gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 04 Mar 2011 07:40 AM PST

Kosmo Online


Juruwang didakwa pecah amanah hampir RM2 juta

Posted:

Juruwang didakwa pecah amanah hampir RM2 juta

Juruwang didakwa pecah amanah hampir RM2 juta

04/03/2011 7:35pm

MELAKA - Seorang juruwang sebuah bank hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 56 pertuduhan pecah amanah membabitkan deposit cek tidak wujud bernilai RM1,925,500.

Roslizam Zabar, 40, dari KM28.4, Kg Batu Gajah, Merlimau, Jasin yang bertugas didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Bank Islam Malaysia Berhad, Kompleks Pernigaan Masjid Tanah, Alor Gajah di sini, antara 15 Disember 2008 hingga 17 Ogos 2010.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan denda serta boleh juga dikenakan sebatan.

Jika sabit kesalahan, Roslizam berdepan hukuman penjara maksimum 1,120 tahun.

Hakim Abu Bakar Katar membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan pada 13 Jun depan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis terima 41 laporan salah laku di Kerdau

Posted:

Polis terima 41 laporan salah laku di Kerdau

Polis terima 41 laporan salah laku di Kerdau

04/03/2011 7:30pm

TEMERLOH 4 Mac - Polis menerima 41 laporan salah laku membabitkan parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau sejak kempen bermula Sabtu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, pihaknya membuka kertas siasatan terhadap lima laporan.

"Lima kertas siasatan itu adalah berkaitan Akta Hasutan dan Fitnah, Akta Kesalahan Kecil Pilihan Raya dan berkaitan perhimpunan haram.

"Bagaimanapun tiada sebarang kekerasan dilaporkan berlaku," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bas bergesel dengan motosikal, warga emas maut

Posted:

Bas bergesel dengan motosikal, warga emas maut

Bas bergesel dengan motosikal, warga emas maut

04/03/2011 7:08pm

PEKAN 4 Mac - Seorang penunggang motosikal maut manakala empat penumpang sebuah bas ekspres cedera apabila bas yang cuba mengelak sebuah motosikal itu terbalik dan terseret kira-kira 100 meter di Kilometer 12 Jalan Kuantan-Pekan, dekat Tanah Putih, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mat Deris, 70-an, dari Kampung Ubai, di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt. Yahaya Othman berkata, bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Johor Baharu dengan membawa 28 penumpang, manakala penunggang motosikal itu dalam perjalanan ke Kuantan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa keluar secara tiba-tiba di simpang Tanah Putih menyebabkan pemandu bas bertindak mengelak daripada merempuh mangsa. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 04 Mar 2011 07:06 AM PST

Harian Metro: Mutakhir


Krisdayanti kahwin 24 Mac ini

Posted: 04 Mar 2011 06:44 AM PST

JAKARTA: Penyanyi,Krisdayanti akan melangsungkan perkahwinannya dengan Raul Lemos pada 24 Mac ini, sempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Krisdayanti atau lebih di kenali dengan KD dilapor sudah sibuk menyusun senarai tetamu yang akan diundang ke majlis berkenaan.


Perkara itu dinyatakan oleh seorang wanita, jiran penyanyi itu di Pondok Pinang, Jakarta Selatan, semalam.

Dia mendakwa dikunjungi pekerja KD baru-baru ini.


"Mereka sudah mencatatkan nama orang yang akan dijemput. "Menurut pekerja itu, KD akan mencetak kadundangan," kata wanita itu.


Menurutnya, dia diberitahu pekerja KD bahawa bekas isteri Anang Hermansyah itu akan melangsungkan perkahwinannya di Hotel Mulia, Senayan.

"Ya, majlis berkenaan akan diadakan di Hotel Mulia," katanya.


KD dijangka mengenakan pakaian pengantin rekaan Anne Avantie pada majlis pernikahannya itu kelak. - Detik

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3 maut, 4 cedera di Jeddah

Posted: 04 Mar 2011 06:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiga rakyat Malaysia yang sedang mengerjakan umrah maut dan empat lagi cedera selepas bas yang mereka naiki merempuh sebuah trak di Lebuh raya Makkah-Madinah berhampiran Khulais, kira-kira 85 kilometer, utara Jeddah.

Semua mangsa yang terbunuh berasal dari Sabah adalah Hasni Arsid, Mairih Arsid dan Mohamd Timbang. Manakala mangsa yang cedera adalah Zakiah Ibrahim, Latip Saman, Satiah Drahman dan Imelda Francis Basiltal.


Jurucakap Wisma Putra berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 3 pagi, kelmarin (kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan).

Selain tiga rakyat tempatan, seorang wanita Indonesia dan pemandu kedua bas terbabit turut maut dalam kemalangan itu.


Bas berkenaan membawa 33 rakyat Malaysia dan beberapa jemaah Indonesia dalam perjalanan ke Madinah apabila merempuh belakang trak.


Semua mangsa maut di tempat kejadian, manakala 31 lagi dibawa ke hospital berhampiran dengan pelbagai kenderaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 04 Mar 2011 03:22 AM PST

Utusan Online - Selatan


MB kecewa sikap pengunjung hutan lipur

Posted:

MB kecewa sikap pengunjung hutan lipur

MB kecewa sikap pengunjung hutan lipur

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusan N9@utusan.com.my

SEREMBAN 3 Mac – Jika anda seorang yang cintakan kebersihan dan alam sekitar, pastinya perbuatan membuang sampah dan mengotorkan kawasan hutan lipur akan dihalang sepenuhnya.

Tetapi malangnya, tidak ramai bersikap seperti anda kerana ada masyarakat di negara ini terlalu angkuh kononnya sampah ditinggalkan itu ada pihak yang akan membersihkannya.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu akhirnya menyebabkan hutan lipur yang cantik itu bertukar menjadi medan sampah bertaburan, bukan sahaja di celah pohon pokok tetapi juga mengalir dalam sungai yang terdapat di situ.

Inilah senario di kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah yang kini menjadi mangsa sikap manusia tidak faham erti kebersihan, cintakan alam sekitar dan pengotor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengulas perkembangan itu berkata, sikap pengunjung yang pengotor ini amat mengecewakan.

''Mereka membawa makanan sendiri, mengalas tempat duduk dengan kertas surat khabar dan selepas itu meninggalkan segala kotoran. Lebih malang, ada yang membuang ke dalam sungai.

''Orang macam ini, tidak suka lihat alam ini bersih dan apa yang mereka tahu ialah mengotorkannya dan pentingkan diri sendiri," katanya di sini hari ini.

Mohamad ditanya berhubung keadaan di kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah yang kotor biarpun penyeliaan kerap dilakukan agensi kerajaan.

''Kita memang tidak boleh kawal sepanjang tempoh 24 jam kerana ia kawasan terbuka. Pengunjung pula tidak tentu kerana ada yang datang pada waktu pagi, petang dan malam," katanya.

Tegas beliau, selagi pengunjung mempunyai anggapan yang sampah mereka akan dikutip oleh pihak berkuasa, selagi itulah mereka akan terus mengotorkan kawasan hutan lipur ini.

''Ini bukan sahaja di Ulu Bendul, di tempat lain juga begitu seperti di Taman Tasik Seremban dan di pantai Port Dickson. Kadangkala, bungkusan nasi lemak pun ada dalam laut," tambahnya.

Apa pun katanya, kerajaan melalui agensi berkaitan akan terus melakukan pembersihan di kawasan tumpuan pelancong ini.

''Di Ulu Bendul ini, kerajaan telah meletakkan tugas mengawal selia kawasan itu kepada Lembaga Pelancongan negeri dan agensi ini akan diperkemaskan supaya semua ikon pelancongan di negeri ini dapat diurus dengan baik.

''Kikis sikap pengotor ini dan jagalah bumi kita dengan baik," kata Mohamad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

40 juru rujuk adat sertai Bengkel Tanah Adat Perpatih

Posted:

40 juru rujuk adat sertai Bengkel Tanah Adat Perpatih

40 juru rujuk adat sertai Bengkel Tanah Adat Perpatih

SEREMBAN 3 Mac - Seramai 40 juru rujuk adat terdiri daripada Dato'-Dato' Lembaga Adat berkumpul menyertai Bengkel Tanah Adat Perpatih anjuran Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) di Seri Menanti Resort, Kuala Pilah, baru-baru ini.

Pengarahnya, Drs. Shamsuddin Ahmad berkata, objektif utama bengkel itu bagi membincang serta mencari jalan penyelesaian bagaimana tanah adat di negeri ini dapat ditadbir dengan baik tanpa mengetepikan kumpulan terbabit sebagai rujukan utama.

Menurutnya, bengkel sehari itu juga membolehkan peserta serta penceramah mengenal pasti undang-undang serta enakmen sedia ada untuk dikaji semula selain diperhalusi agar bersesuaian dengan peredaran masa.

''Ini bagi memastikan tanah adat ini dapat dimanipulasi sepenuhnya oleh waris yang berhak dengan memberi bantuan daripada segala aspek agar tanah berkenaan tidak terbiar tanpa diusahakan.

''Bengkel ini juga lanjutan perbincangan antara pegawai tanah agar satu formula atau peraturan baru dapat diwujudkan demi menyelesaikan situasi tanah adat tidak dapat diusahakan.

"Ia berpunca daripada masalah waris, kewangan dan tanah tiada pemilik disebabkan kematian," katanya dalam laman web rasmi LMNS.

Tambah beliau, pada bengkel tersebut beberapa penceramah turut dijemput bagi membentangkan kertas kerja dan cadangan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Jelas Shamsuddin, antara cadangan dan idea yang dilontarkan ialah seperti usaha mewujudkan satu syarikat atau koperasi yang boleh mentadbir tanah berkenaan.

''Cadangan bernas ini juga dilihat mampu mendatangkan keuntungan kepada masyarakat dan pewaris tanah itu sendiri daripada ia terus terbiar.

''Mereka juga bersetuju untuk mengkaji semula peraturan serta enakmen supaya tiada lagi masalah perundangan menjadi kekangan dalam usaha memajukan tanah adat ini," katanya.

Dalam pada itu, ujarnya, Dato'-Dato' Lembaga juga harus menjalin kerjasama dengan a pihak pentadbir negeri sebagai usaha mencari jalan untuk memajukan tanah tanpa campur tangan pihak luar.

''Ini secara tidak langsung akan membolehkan tanah-tanah adat yang bertaburan di negeri ini disatukan menjadi sebuah kawasan strategik untuk dimajukan sebagai kawasan pertanian serta pembangunan," ujarnya.

Majlis penutupan bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

150 fakir miskin, ibu tunggal,OKU terima bantuan

Posted:

150 fakir miskin, ibu tunggal,OKU terima bantuan

150 fakir miskin, ibu tunggal,OKU terima bantuan


Mohd. Ali Rustam menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin di Masjid Merlimau Pasir, Melaka, kelmarin.


JASIN 3 Mac - Masyarakat kurang bernasib baik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini menerima bantuan makanan sumbangan sebuah syarikat swasta bagi membantu meringankan beban mereka.

Bantuan merangkumi beras, gula, minyak masak dan pelbagai lagi barangan keperluan itu disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Masjid Merlimau Pasir di sini semalam.

Seramai 150 fakir miskin, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan duda di kawasan DUN itu menerima bantuan tersebut pada majlis berkenaan.

Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau, Roslan Ahmad.

Salah seorang penerima, Merak Umar, 80, melahirkan perasaan gembira dengan bantuan makanan asas yang diterimanya.

"Dengan barangan makanan beras, minyak masak, gula dan keropok ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban harian," katanya ketika ditemui.

Seorang penerima orang kurang upaya (OKU), Mohd. Kaus Mohd. Rasul berkata, dia amat berterima kasih kepada kerajaan dan syarikat swasta kerana sudi menyampaikan bantuan itu yang dapat meringankan bebannya.

"Ini menunjukkan sikap pimpinan kerajaan sedia ada membuktikan mereka dapat menyelami perasaan dan kehidupan setiap rakyat yang dalam kesusahan," katanya yang berasal dari Kampung Solok Teluk.

Perasaan sama dikongsi ibu tunggal, Sakayah Ahmad, 53, dari Taman Perawan.

"Kami amat gembira, dalam kesibukan Ketua Menteri dan calon BN berkempen untuk pilihan raya, mereka masih sempat meluangkan masa untuk turun padang bertemu kami dan berikan bantuan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 04 Mar 2011 03:21 AM PST

Utusan Online - Utara


Hasil padi Kedah merosot

Posted:

Hasil padi Kedah merosot

Hasil padi Kedah merosot

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 3 Mac – Kebanyakan pesawah di negeri ini mengeluh kerana hasil tuaian padi mereka bagi musim ini merosot berbanding pendapatan yang diperoleh pada musim lalu.

Pengerusi Penyelaras Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Ahmad Radin berkata, kemerosotan pendapatan antara 10 hingga 40 peratus itu berpunca daripada serangan makhluk perosak tanaman terutama bena perang dan ulat.

Katanya, keadaan diburukkan lagi dengan banjir besar yang melanda negeri ini pada awal November tahun lalu iaitu ketika padi yang ditanam baru berusia antara 40 hingga 60 hari.

"Makhluk perosak di kawasan sawah padi yang tenggelam akibat banjir akan berpindah untuk menyerang tanaman di kawasan yang tidak dinaiki air.

"Keadaan cuaca yang tidak menentu selepas banjir juga mengakibatkan serangan semakin hebat. Ini kerana penyakit padi akibat serangan haiwan perosak boleh merebak dengan cepat menerusi tiupan angin atau aliran air," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Ahmad, ramai pesawah yang selesai menuai dan menjual padi mereka mengeluh selepas mengalami kemerosotan sehingga 40 peratus jika dibandingkan dengan musim lalu.

Sebagai contoh, katanya, jika seorang petani mendapat pendapatan sebanyak RM10,000 pada musim lepas, hasil yang diperoleh itu menurun kepada RM6,000 pada musim ini.

Sehubungan itu, dia meminta para pesawah yang belum menuai tanaman mereka supaya berhati-hati dengan ancaman penyakit berkenaan yang boleh mengakibatkan kemusnahan kepada pokok padi.

Menurutnya, mereka boleh memaklumkan kepada PPK masing-masing agar tindakan segera dapat diambil bagi memulihkan pokok padi.

"PPK juga boleh memberikan khidmat nasihat kepada petani mengenai cara dan waktu penyemburan racun yang sesuai untuk membasmi penyakit tersebut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UUM biayai kos perubatan penuntut nahas

Posted:

UUM biayai kos perubatan penuntut nahas

UUM biayai kos perubatan penuntut nahas


Dr. Mohamed Mustafa Ishak melihat kesan luka Lim Seow Ching yang terlantar di Hospital Sultanan Bahiyah sambil diperhatikan oleh Lim Ah Keng (tengah) semalam.


ALOR SETAR 3 Mac - Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menanggung kos perubatan seorang penuntutnya yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Sintok-UUM pada Isnin lalu.

Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak memberitahu, penuntut terbabit, Lim Seow Ching, 23, dari Pulau Pinang yang mengalami cedera parah kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Katanya, pembiayaan tersebut sebagai rasa keprihatinan pihaknya terhadap mangsa dalam mengurangkan beban kewangan keluarganya.

"Kita bersyukur kerana mangsa yang mengalami kecederaan serius pada kepala, kaki dan abdomen kini berada dalam keadaan stabil dan mendapat rawatan di sini.

"Seow Ching iaitu pelajar semester akhir jurusan perhotelan diberi kelonggaran menangguhkan pengajiannya dan dia boleh menyambung semula selepas pulih nanti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa dan menghulur sumbangan RM1,000 yang disampaikan kepada bapa mangsa, Lim Ah Keng, 52, dan isterinya Tan Ah Yeow, 45 di hospital terbabit semalam.

Dalam kejadian pada 28 Februari itu, Seow Cheng parah sementara dua rakannya yang juga penuntut UUM maut selepas terlibat dalam nahas membabitkan dua kenderaan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 pagi ketika tiga penuntut perempuan itu dari arah UUM ke Hotel EDC-UUM untuk menghantar Seow Cheng menjalani latihan praktikal.

Dua penuntut iaitu Lim Hsiao Pei dan Teh Chiew Sien yang masing-masing berusia 23 tahun, maut.

Mohamed Mustafa menambah, pihak UUM juga akan mencuba sedaya upaya membantu mangsa dan keluarga mereka dari segi kewangan termasuk menguruskan tuntutan insurans mangsa.

"Kesemua mangsa mempunyai insurans kelompok jadi kita akan uruskan semua ini untuk membela nasib mereka dan keluarga.

"Selain itu, sebelum ini UUM turut menanggung pembiayaan menguruskan pengebumian kedua-dua penuntut yang maut itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Ah Yeow turut gembira atas keprihatinan pihak UUM membantu meringankan beban mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.

"Seow Ching adalah anak sulung kami dan semua adik beradik lain masih bersekolah dan suami saya cuma bekerja sebagai mekanik.

"Di sebalik musibah ini kami gembira kerana UUM tampil membantu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tempe Tani diterima ramai

Posted:

Tempe Tani diterima ramai

Tempe Tani diterima ramai

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Yusob Hanapiah bersama isteri, Norhasmah Hussin menyusun tempe di pusat memproses Tempe Tani di Kampung Lubok Ipoh, Malau, Jitra.


KUBANG PASU 3 Mac – Ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Begitu juga juadah tempe yang begitu sinonim dengan masyarakat Jawa.

Tempe yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti bahan anti oksida, asid amino, serabut, phytokimia, vitamin B1, B2, B6 dan E kini sudah popular di seluruh negara dan semakin mula diterima pelbagai lapisan masyarakat.

Tempe yang diperbuat daripada kacang soya mentah yang direbus kemudian dihancurkan sebelum digaul serta diperam bersama ragi.

Selepas itu, tempe akan dibentuk dalam kepingan nipis dan dibiarkan menapai pada suhu sekitar 30 darjah celsius selama kira-kira 48 jam.

Kira-kira 20 tahun lalu, mungkin sukar bagi penggemar tempe di negeri-negeri Utara semenanjung untuk mencari tempe dan mungkin juga ada di antara masyarakat di sini tidak tahu apa itu tempe.

Kesukaran untuk memperkenalkan tempe kepada masyarakat di negeri Kedah diceritakan oleh seorang pengusaha tempe, Yusob Hanapiah, 57, yang menghadapi pelbagai cabaran semasa mula-mula menjadi pembuat dan penjual tempe di negeri ini kira-kira 27 tahun yang lalu.

Yusob yang merupakan anak jati Kampung Lubok Ipoh, Malau di sini memberitahu, sewaktu berumur awal 20-an dia merantau meninggalkan kampung halaman untuk mencari pengalaman hidup sehingga sampai ke kawasan Kota Tinggi, Johor.

"Sewaktu sampai di sana saya cuba rasa satu benda baru yang agak pelik rasanya bagi saya kerana makanan itu tidak pernah saya makan sewaktu di Kedah.

"Setelah saya makan barulah rakan saya beritahu makanan pelik yang saya makan ini adalah tempe yang dibuat masak lemak cili api," ujarnya ketika ditemui di bengkel membuat tempe di Kampung Lubok Ipoh di sini baru-baru ini.

Yusob yang tertarik dengan keunikan tempe kemudiannya mengambil keputusan untuk mempelajari cara-cara untuk membuat makanan berasaskan kacang soya itu.

Jelasnya, pada mulanya dia memang tidak gemar dengan rasa tempe namun lama kelamaan dia mula jatuh cinta dengan tempe yang mempunyai rasa dan tekstur yang unik.

"Saya belajar cara-cara membuat tempe daripada rakan saya di Kota Tinggi dan kemudiannya saya balik ke Kedah untuk memperkenalkan tempe kepada masyarakat negeri ini.

"Bukan mudah berniaga tempe di sini dan pelbagai pengalaman yang lucu dan menarik dapat saya tempuhi sepanjang menjual tempe bermula pada 1984," katanya.

Yusob berkata, dia mula berniaga tempe di pasar tani seluruh negeri Kedah dan untuk memperkenalkan tempe buatannya itu dia memasak dan menunjukkan kepada pelanggan cara-cara untuk memakan tempe.

"Pada masa itu memang orang Kedah tidak tahu apa itu tempe dan saya perlu menerangkan kepada mereka apa itu tempe.

"Sewaktu saya mula-mula berniaga tempe, saya balut tempe ini dengan daun pokok leret dan ada seorang warga emas dari Kuala Nerang yang menyangkakan tempe ini kuih lepat pisang lalu dia terus membeli lima bungkus tempe untuk sarapan.

"Kemudian, saya nampak dia pergi ke kedai kopi dan membuka pembalut tempe untuk memakannya mentah-mentah. Apabila saya teringatkan peristiwa ini memang saya akan ketawa," ujarnya.

Jelasnya, lama kelamaan setelah Universiti Utara Malaysia (UUM) dibuka di kawasan Kubang Pasu barulah tempe buatannya dikenali ramai ekoran daerah ini mula didatangi dan diduduki oleh masyarakat dari seluruh negara terutama dari tempat yang tempe sudah popular seperti dari selatan Semenanjung.

Kini, dengan menggunakan jenama Tempe Tani, Yusob boleh tersenyum kerana usahanya untuk memperkenalkan tempe kepada masyarakat di negeri ini sudah berjaya.

"Saya tidak lagi berniaga di pasar tani dan tempe-tempe yang dibuat oleh saya kini diambil oleh pemborong-pemborong untuk dipasarkan di sekitar Kubang Pasu.

"Saya bersyukur kerana tempe buatan saya semakin dikenali dan dengannya saya mampu membesarkan tiga orang anak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 04 Mar 2011 03:11 AM PST

Harian Metro: Setempat


‘Susah nak cari makan’

Posted: 03 Mar 2011 09:55 AM PST

KUALA LUMPUR: "Harga minyak naik, harga barang pun naik, susah peniaga nak cari makan," keluh peniaga burger, Asraf Ahmad, 24 berikutan kenaikan beberapa harga barang yang memberikan kesan kepada perniagaan yang diusahakannya di sini.

Katanya, harga sedozen roti burger yang dibelinya sebelum ini RM9, namun baru-baru ini ia naik sehingga RM12.80 sedozen.


"Selain itu, harga sos, mayonis dan kicap turut mengalami kenaikan," katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sini mendapati beberapa barang kegunaan harian mengalami kenaikan harga, malah ada beberapa barang makanan utama mengalami peningkatan harga sehingga menyebabkan peniaga serba salah untuk menaikkan harga.


Kenaikan itu dakwa mereka kerana harga ditawarkan pemborong amat tinggi berbanding harga sebelumnya.


"Payah sebab kami nak jaga pelanggan, tapi harga daging naik pula," kata Kamarulzaman Ghazali, 55, yang kini berada dalam dilema untuk menaikkan harga daging dalam pasaran.

Menurut Kamarulzaman, harga borong bagi sekilogram daging tempatan RM18 dan harga daging import antara RM12 hingga RM13, namun berlaku perubahan harga yang mendadak baru-baru ini.


"Harga baru kami terima dari pemborong semalam RM24.50 bermakna harga daging tempatan naik RM6.50," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, beberapa pelanggan yang ditemui berkata, kenaikan harga barang membebankan mereka. Menurut Rafei Jamil, 32, harga makanan mentah utama tidak perlu dinaikkan kerana ia akan membebankan.


"Sepatutnya harga makanan mentah seperti ayam, daging dan ikan tidak perlu naik kerana harga sekarang pun membebankan," katanya.


Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, ketika mengulas isu kenaikan harga barangan, berkata keadaan ini sukar untuk dikawal memandangkan sifat tamak sesetengah peniaga yang mengaut keuntungan mudah menaikkan harga barang sesuka hati.


Katanya, sifat tamak peniaga sukar untuk dikikis memandangkan mereka tahu pembeli pasti akan membeli barangan keperluan harian berkenaan.


Menurutnya, bagi menangani masalah ini pengguna mempunyai hak bagi membasmi penularan kenaikan harga barang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Diskaun kompaun DBKL hingga 10 Mac

Posted: 03 Mar 2011 09:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Orang ramai masih berpeluang memperoleh diskaun bagi bayaran kompaun trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan tarikh akhir pembayarannya dilanjutkan hingga Khamis depan.

Pengurus Komunikasi Korporatnya, Anwar Mohd Zain, berkata lanjutan tarikh itu selaras keputusan kerajaan yang turut melanjutkan tempoh bagi saman trafik Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan lain.


Katanya, kegagalan orang ramai membayar tunggakan saman trafik DBKL sebelum tarikh berkenaan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk disenaraihitamkan.

"Jika mereka membayar sebelum 10 Mac akan dikenakan RM30, tapi perlu diingat kerana nilai kompaun ini hanya membabitkan mereka yang dikenakan tindakan sehingga 28 Februari.


"Bagi kompaun yang dikeluarkan selepas 1 Mac, kadar yang dikenakan dan tempoh pembayaran balik adalah seperti diluluskan kerajaan baru-baru ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.


Anwar berkata, proses pembayaran semula boleh dibuat pada waktu bekerja bermula 8 pagi hingga 5 petang setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad di beberapa kaunter bayaran DBKL.

Antaranya, Kaunter Bayaran Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut; Kaunter Bayaran Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, Kaunter Bayaran Pejabat-pejabat Cawangan DBKL; Kaunter Bayaran Pejabat Zon Perumahan DBKL dan Kaunter Bayaran Pejabat Kecil Perumahan DBKL.


Untuk rekod, sehingga tahun lalu terdapat 1.2 juta tunggakan kompaun yang belum dijelaskan warga ibu kota.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 04 Mar 2011 03:06 AM PST

Utusan Online - Dalam Negeri


Najib, Gillard komited perkukuh kerjasama

Posted:

Najib, Gillard komited perkukuh kerjasama

Najib, Gillard komited perkukuh kerjasama

CANBERRA 3 Mac - Malaysia-Australia memasuki lembaran baru dengan kedua-dua negara bertekad untuk mengukuhkan lagi hubungan yang sedia terjalin bagi meneroka peluang kerjasama baru demi faedah bersama pada masa depan.

Kedua-dua negara juga sepakat untuk meningkatkan kerjasama menangani pelbagai isu berkaitan keselamatan serantau, memerangi keganasan global, membanteras penyeludupan manusia dan kegiatan jenayah antarabangsa melibatkan kedua-dua negara.

Sambil menyifatkan Australia sebagai negara sahabat dan rakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hubungan Malaysia-Australia sudah terjalin sejak era Perang Dunia Kedua dan ketika darurat menentang komunis di Malaysia, dan berharap ia dapat diperluaskan lagi, terutama dalam bidang ekonomi, pelaburan, pendidikan, pelancongan dan keselamatan.

"Sehubungan itu, Malaysia berharap untuk melihat Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (MAFTA) dapat ditandatangani dalam tempoh setahun menjelang Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun depan," katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Australia, Julia Gillard di Bangunan Parlimen Australia di sini, hari ini.

''Kita berharap dapat menyelesaikan semua masalah berbangkit (dengan MAFTA) dalam tempoh setahun ini dan menjelang sidang kemuncak APEC pada November tahun depan, Malaysia dan Australia sudahpun menandatangani perjanjian MAFTA dan menjadi rakan di rantau Asia Pasifik.

Semasa lawatan ke Bangunan Parlimen Australia di sini pagi ini, Najib diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor diberi sambutan meriah setibanya di Bangunan Parlimen dengan tembakan 19 das, sebelum memeriksa perbarisan kehormatan.

Najib kemudian diiringi Gillard menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman membabitkan kerjasama dalam bidang sukan dan pendidikan.

Kedua-dua pemimpin kemudian mengadakan pertemuan selama kira-kira sejam membincangkan pelbagai isu kerjasama dua hala, isu serantau, keselamatan, penyeludupan manusia, memerangi pengganas dan kegiatan jenayah antarabangsa melibatkan kedua-dua negara.

Najib berkata, Malaysia sentiasa komited memerangi keganasan dan membantu memastikan keamanan serta kestabilan di wilayah selatan Filipina agar rantau ini bebas daripada kegiatan pengganas. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SMK Bandar Baru Sungai Long diarah tutup seminggu

Posted:

SMK Bandar Baru Sungai Long diarah tutup seminggu

SMK Bandar Baru Sungai Long diarah tutup seminggu


Pengawal keselamatan SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang menutup pintu pagar sekolah berkenaan yang diarah tutup seminggu setelah seorang daripada pelajarnya menjadi korban H1N1 baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 3 Mac - Pelajar perempuan yang menjadi korban terbaru wabak Influenza A (H1N1) di negara ini dipercayai baru pulang dari bercuti di Shanghai, China, sebelum meninggal dunia pada 24 Februari lalu.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Long, Kajang itu dikatakan mengunjungi negara tersebut bersama keluarganya semasa cuti persekolahan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Jeff Tung Kok tidak menolak kemungkinan pelajar tersebut dijangkiti wabak berkenaan ketika berada di luar negara.

"Jadi, saya menasihatkan agar pelajar sekolah ini supaya melakukan pemeriksaan kesihatan sekiranya terdapat tanda wabak tersebut kerana kita tidak mahu ada lagi yang menjadi mangsa,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu, Kementerian Kesihatan hari ini menghantar sepasukan pemantau ke sekolah tersebut dan melakukan kerja-kerja pembasmian kuman bagi membendung wabak berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, sekolah berkenaan diarahkan tutup selama seminggu bermula hari ini setelah mendapat persetujuan daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran.

"Sebelum ini pihak sekolah hanya diarahkan tutup selama dua hari sahaja.

''Namun tempoh itu dilanjutkan sehingga 9 Mac ini sebagai langkah membendung penularan wabak itu kerana 15 daripada 42 rakan sekelas pelajar terbabit turut mengalami gejala batuk atau selesema,'' katanya.

Katanya, Kementerian Pelajaran khuatir wabak itu merebak dalam kalangan pelajar dan guru.

''Oleh itu, lanjutan penutupan itu akan dimaklumkan esok kepada pengetua sekolah berkenaan," katanya

Ka Siong berkata, penutupan berkenaan bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman dijalankan bagi mengekang wabak H1N1.

"Kementerian dari semasa ke semasa akan mendapatkan khidmat serta kerjasama Jabatan Kesihatan bagi memastikan sekolah bebas daripada virus itu," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati sekolah berkenaan lengang dan pihak sekolah turut menggantung notis tutup pada pintu pagar utama selama dua hari.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada guru-guru serta pelajarnya pada sesi petang persekolahan semalam kira-kira pukul 5 petang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar di Kajang antara 3 korban H1N1 tahun ini

Posted:

Pelajar di Kajang antara 3 korban H1N1 tahun ini

Pelajar di Kajang antara 3 korban H1N1 tahun ini

KUALA LUMPUR 3 Mac - Pelajar perempuan tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Long, Kajang dekat sini ialah antara tiga orang yang meninggal dunia akibat wabak Influenza A (H1N1) pada tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, pelajar tersebut yang pengsan selepas berjoging sebelum itu mengalami gejala muntah, sakit kepala dan batuk selama seminggu tetapi tiada demam serta dibawa ke sebuah hospital swasta pada 22 Februari lalu.

Pelajar terbabit, katanya, kemudian dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori di sini seterusnya ke Hospital Kuala Lumpur dan meninggal dunia pada 24 Februari lalu.

"Sebab kematian seperti yang dinyatakan pakar perubatan adalah ARDS teruk dengan jangkitan miokarditis bersama septisemia akibat jangkitan virus pneumonia.

''Sementara itu, ujian pengesahan virus pada 25 Februari lalu mendapati kes positif H1N1," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ekoran itu kata Tiong Lai, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat menjalankan siasatan di sekolah terbabit pada 1 Mac dan mendapati 15 daripada 42 rakan sekelas pelajar itu mengalami gejala batuk atau selesema.

Semalam, katanya, pengetua sekolah terbabit memaklumkan bahawa dua orang guru cuti sakit kerana demam, batuk, selesema dan 149 daripada 1,600 pelajar sesi pagi tidak hadir ke sekolah.

"Memandangkan kadar ketidakhadiran yang tinggi, pihak sekolah membuat keputusan untuk menutup sekolah itu," jelasnya.

Justeru, beliau mengingatkan semua guru besar dan pengetua sekolah agar mematuhi garis panduan pengurusan H1N1 di sekolah memandangkan kejadian kluster sering berlaku dalam kalangan murid sekolah.

"Saringan bagi mengesan mereka yang menunjukkan gejala berkenaan hendaklah dilakukan di sekolah yang mengalami kejadian kluster atau ketidakhadiran yang tinggi.

"Penutupan sekolah hanyalah langkah terakhir sekiranya masalah jangkitan menjejaskan keseluruhan fungsi sekolah,'' katanya.

Sementara itu, Tiong Lai berkata, jumlah kes H1N1 yang disahkan sejak 1 Januari lalu sehingga semalam ialah 679, dengan 279 pesakit ILI kini menerima rawatan di hospital dan daripada jumlah itu 31 pesakit disahkan positif H1N1.

"Dua pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kedua-duanya mempunyai faktor risiko untuk dijangkiti wabak tersebut," katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta individu yang mempunyai gejala ILI supaya tidak ke tempat tumpuan ramai.

''Kita juga meminta masyarakat sentiasa mengamalkan langkah mudah dalam mencegah penularan jangkitan H1N1 seperti mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 04 Mar 2011 03:05 AM PST

Berita Harian: Mutakhir


Pengundi diminta tidak "memperjudikan" pilihan raya kecil Kerdau

Posted: 04 Mar 2011 03:03 AM PST

Mutakhir

TEMERLOH: Pengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan DUN Merlimau diminta tidak "memperjudikan" pilihan raya kecil sebagai medan eksperimen untuk berpihak kepada parti pembangkang.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata tindakan pengundi yang cuba membuat ekperimen dengan memilih pembangkang amat berbahaya kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) membuktikan kejayaannya dan prestasi mentadbir negara sejak selepas merdeka hingga sekarang.

Katanya, pengundi diharap tidak terpengaruh dengan fitnah dan pujuk rayu pembangkang termasuk meminta membuat undi protes. "Selama ini BN membuktikan perjuangannya untuk membela nasib agama, bangsa dan negara dan rakyat perlu memilih kerajaan yang mempunyai kekuatan serta terbukti
banyak membantu rakyat sejak sekian lama.

"Pengundi perlu menilai gerak kerja yang dilakukan BN selama ini yang terbukti cemerlang dalam mentadbir negara dalam apa jua situasi. Jangan terpengaruh dengan pelbagai dakyah pembangkang yang hanya tahu memfitnah," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Gelombang Merah Wanita BN di Kampung Badok di sini.
Selepas itu, kira-kira 600 jentera Wanita UMNO bergerak ke rumah-rumah penduduk sekitar untuk berkempen.

Turut berangkat bersama-sama berkempen adalah Tengku Datuk Seri Muhaini Sultan Ahmad Shah.

Sementara itu, Shahrizat berkata, beliau kesal dengan tindakan pembangkang yang terdesak sehingga menyamar sebagai Wanita UMNO dan bergerak ke rumah-rumah untuk
meminta undi protes.

"Mereka memakai tudung merah dan memperkenalkan diri sebagai Wanita UMNO dan meminta pengundi menolak BN ketika pilihan raya kecil di DUN Kerdau.

"Taktik sebegini dilihat sangat kotor dan pembankang dilihat amat terdesak kerana tiada isu yang dapat dimainkan di sini," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TPM jelaskan isu kenaikan harga barang dan projek mega

Posted: 04 Mar 2011 02:59 AM PST

Mutakhir

TEMERLOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kenaikan harga barangan tertentu ketika ini yang dijadikan modal pembangkang dalam kempen politik mereka, sebenarnya adalah isu yang berkaitan dengan senario politik dan ekonomi di seluruh dunia.

Beliau berkata, kenaikan harga barangan tertentu bukanlah disebabkan kerajaan

pimpinan Barisan Nasional (BN) sewenang-wenangnya bertindak demikian, sebaliknya ia berkaitan dengan kenaikan kos dan kekurangan bekalan akibat bencana alam di negara-negara tertentu.
"Situasi ini (kenaikan harga barang) ini berlaku di seluruh dunia, mengikut
badan-badan ekonomi antarabangsa, harga makanan akan terus meningkat dalam
tempoh setahun dua ini," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama
penduduk Kampung Badok, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, krisis politik di Timur Tengah juga menyebabkan kenaikan harga minyak yang secara langsung mempengaruhi kos pengangkutan dan pengeluaran
makanan dunia.

Muhyiddin berkata, kerajaan BN mengambil pelbagai inisiatif dalam usaha
mengawal kenaikan harga barang termasuk memberikan subsidi bagi mengurangkan
harga barangan tertentu supaya tidak membebankan rakyat.

"Kita juga berusaha meningkatkan pendapatan rakyat, antaranya meningkatkan
projek-projek tanaman dan pengeluaran makanan negara dan meningkatkan harga
barangan komoditi.

"Tujuannya supaya rakyat memperoleh pendapatan tinggi dan kalau berlaku
kenaikan harga barangan, kenaikan itu tidak dirasai sangat," katanya.

Mengenai isu berkaitan projek-projek mega bernilai berbilion ringgit yang
didakwa pembangkang sebagai projek membazir wang rakyat, Muhyiddin berkata,
kerajaan membuat perkiraan terhadap projek-projek yang hendak dilaksanakan
itu daripada segi impak ekonomi negara pada masa hadapan.

Beliau berkata, projek-projek mega yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini
seperti pembinaan Jambatan Pulau Pinang dan pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan
juga dilabelkan sebagai projek membazir satu ketika dahulu oleh pembangkang.

Namun, beliau berkata, projek berkenaan yang disifatkan membazir turut dinikmati
mereka yang pernah mempertikaikannya dahulu. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 04 Mar 2011 01:35 AM PST

The Malaysian Insider :: Bahasa


Orang bukan Islam tidak boleh jadi peguam syarie bagi elak kecelarua — peguam

Posted: 04 Mar 2011 12:33 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Mac —Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan dilantik sebagai peguam syarie bagi mengelak timbulnya kecelaruan di kalangan umat Islam.

Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Majlis Agama Islam berkata muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam yang bersidang pada 15 Dis tahun lalu telah merumuskan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie, seseorang itu perlu menguasai al-Quran dan hadis serta menjadikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai idola.

"Peguam syarie juga perlu menguasai bahasa arab, ilmu usul fiqh dan fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah s.w.t agar tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada keimanan kepada Allah s.w.t dan demi kemasalahatan umat Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.

"Oleh yang demikian, demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, muzakarah tersebut telah memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai peguam syarie," katanya ketika berhujah berhubung permohonan Victoria Jayaseele Martin untuk mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam sahaja dibenarkan sebagai pengamal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Sulaiman berkata ketidakbenaran pelantikan orang bukan Islam itu juga demi mengelak sebarang keburukan berlaku dan mengutamakan kepentingan umat Islam daripada kepentingan individu.

"Berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa, sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai peguam syarie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai peguam syarie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah," katanya.

Sementara itu, peguam Ranjit Singh yang mewakili Victoria berhujah bahawa anak guamnya mempunyai kelayakan dalam perundangan Islam dan telah memperoleh Diploma dalam Undang-undang Syariah dan Amalan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2004.

Katanya, dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan bahawa orang bukan Islam tidak boleh menjadi peguam syarie dan hanya orang Islam yang layak (jadi peguam syarie).

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan 17 Mac ini untuk membuat keputusan berhubung permohonan itu.

Pada 19 Mei, Victoria memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang menolak permohonannya bagi diterima sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan.

Dalam permohonannya itu, Victoria, 49, menamakan MAIWP selaku responden.

Beliau memohon satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie menafikan permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie.

Antara lain, Victoria, mahu satu perintah mandamus untuk meminta MAIWP menerima beliau sebagai peguam syarie.

Beliau juga meminta satu pengisytiharan bahawa Perintah 10 Peraturan Peguam Syarie 1993, memberikan mandat bahawa hanya orang Islam boleh diterima sebagai peguam syarie, bercanggah dengan Artikel 5, 8, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Ini merupakan kes ujian pertama di Kuala Lumpur di mana seorang peguam bukan Islam diberikan kebenaran untuk mencabar keputusan bahawa hanya peguam Islam dibenarkan menjadi pengamal di Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu keperluan utama untuk menjadi seorang peguam syarie ialah seseorang itu mestilah orang Islam. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ketua guru disiplin mengaku tidak bersalah cabul 11 pelajar perempuan

Posted: 04 Mar 2011 12:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Mac — Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia antara 15 dan 16 tahun, bulan lepas.

Mengikut kesemua pertuduhan itu, Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada kesemua pelajar berbangsa Cina itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Feb lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika disabit kesalahan.

Ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, isteri tertuduh yang duduk di belakang kandang pesalah kelihatan menekup muka sambil ditenangkan oleh seorang rakan perempuannya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon supaya wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan oleh pendakwaan adalah tinggi.

Amir Asree berkata, tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.

"Sejak tertuduh ditangkap pada 25 Feb lepas, berita mengenainya tersebar luas dan menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar kerana tertuduh telah berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun.

"Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah yang sama turut hadir hari ini bagi mengikuti prosiding kes ini sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh,"katanya.

Majistret Azaraorni Abd Rahman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM11,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan kes.

Isteri kepada tertuduh membayar wang jaminan itu. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 04 Mar 2011 01:34 AM PST

Utusan Online - Timur


Mesti lantik individu berkelayakan

Posted:

Mesti lantik individu berkelayakan

Mesti lantik individu berkelayakan

KOTA BHARU 3 Mac – Beberapa penyokong kerajaan meminta kerajaan negeri melantik individu yang benar-benar berkelayakan bagi menerajui dan menganggotai Perbadanan Pembangunan Tok Bali, Pasir Puteh yang bakal diwujudkan.

Mereka berpendapat, pelantikan ahli lembaga perbadanan itu juga seharusnya tidak hanya terhad kepada golongan tertentu, sebaliknya lebih terbuka termasuk dalam kalangan orang tempatan.

Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong) berkata, sewajarnya bilangan individu atau swasta ditambah menganggotai perbadanan tersebut.

"Ia memberi percambahan fikiran dari luar bagi membantu kerajaan dalam memberi nilai tambah, jika tidak hanya perpindahan nama sahaja," katanya membahaskan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Tok Bali pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Rang Undang-Undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Menurut Zulkifli, perbadanan yang ditubuhkan di negeri ini masih boleh dinilai tambah bagi mempercepatkan pembangunan yang hendak dilakukan.

Beliau turut membangkitkan masalah birokrasi dalam membuat keputusan di peringkat perbadanan yang dianggotai oleh pemimpin negeri, tetapi masih perlu mendapat kelulusan kerajaan.

Sementara itu, Wan Hassan Wan Ibrahim (Pas-Semerak) pula berkata, pelantikan Ahli Lembaga perbadanan itu mesti mengambil kira orang tempatan.

"Mana mungkin pembangunan besar tidak ambil kira masyarakat tempatan," katanya.

Beliau turut meminta kerajaan negeri merangka perancangan pembangunan komprehensif dan dinamik untuk membangunkan kawasan Tok Bali dengan mengambil kira kepentingan anak tempatan.

"Kita tidak mahu 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'. Dalam keghairahan membangunkan Tok Bali, perbadanan jangan meminggirkan masyarakat. Kita tidak mahu pembangunan dibuat, tetapi rakyat lari ke hutan.

"Kerajaan juga harus mengambil kira penempatan semula penduduk apabila tanah mereka dibangunkan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad ketika menggulung perbahasan tersebut berkata, kerajaan negeri akan mengambil perhatian ke atas setiap pandangan yang dikemukakan oleh wakil rakyat.

Beliau berkata, sebagaimana perbadanan lain, Perbadanan Pembangunan Tok Bali akan turut dipandu oleh sebuah jawatankuasa bagi memastikan pelaksanaannya.

Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan dengan sebulat suara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu arak cetus perdebatan sidang DUN

Posted:

Isu arak cetus perdebatan sidang DUN

Isu arak cetus perdebatan sidang DUN

KOTA BHARU 3 Mac - Isu arak mencetuskan perdebatan antara Ketua Pembangkang, Datuk Md. Alwi Che Ahmad dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Perdebatan bermula selepas Takiyuddin mempersoalkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Kok Lanas itu yang mengeluarkan kenyataan media berhubung isu arak di luar dewan semalam.

Jelas beliau, kenyataan Md. Alwi mengelirukan kerana kerajaan Pas Kelantan tidak pernah mengatakan arak tidak haram sebagaimana dakwaan wakil rakyat BN itu.

"Tetapi untuk bukan orang Islam, sebagai kerajaan Islam, Islam benarkan beri kelonggaran. Ketua Pembangkang minta kecek (bercakap) dalam dewan. Nabi benar rakyat bukan Islam minum arak.

"Imam Abu Hanifah berpendapat, kerajaan Islam boleh memberi kebenaran kepada orang bukan Islam untuk mengimport arak tetapi kerajaan Malaysia buat kilang arak, Kelantan tak benar buat kilang, arak bawa masuk tak apa.

"Kita benar toleransi agar arak dibenar kepada sesetengah orang (bukan Islam). Pembangkang jangan kelirukan rakyat," katanya.

Kenyataan Takiyuddin itu mendapat respons daripada Md. Alwi yang mempersoalkan sejak bila Ahli Dewan Undangan Negeri tidak boleh bercakap di luar dewan.

Menurutnya, dasar kerajaan negeri itu memberi gambaran arak dan judi yang diharamkan oleh Pas Kelantan, setaraf, sebaliknya dinyatakan oleh wakil kerajaan negeri tersebut berbeza.

Takiyuddin sebaliknya menyatakan, kenyataan Md. Alwi itu bertentangan dengan amalan partinya yang mana arak dan judi tidak ada kawalan langsung.

Md. Alwi membidas kenyataan Takiyuddin itu dengan menjelaskan, dasar kerajaan Pas Kelantan dengan Kerajaan Pusat adalah sama iaitu membenarkan penjualan judi dan arak dalam kalangan bukan Islam secara terkawal.

"Yang haram tetap haram, yang halal tetap halal, siapa yang lulus dia berdosa," katanya.

Terdahulu, menjawab soalan Rohani Ibrahim (Pas-Tanjong Mas), Takiyuddin berkata, kerajaan negeri belum berhasrat untuk menyerahkan pembangunan kawasan tinggalan sejarah di negeri ini kepada pihak swasta.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk membangunkan kawasan peranginan dan pelancongan di Kelantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gagal tangani masalah air, Pas Kelantan persalah Pusat

Posted:

Gagal tangani masalah air, Pas Kelantan persalah Pusat

Gagal tangani masalah air, Pas Kelantan persalah Pusat

KOTA BHARU 3 Mac - Selepas gagal menyediakan bekalan air bersih kepada seluruh rakyat sehingga menimbulkan rungutan banyak pihak, kerajaan Pas Kelantan bertindak menyalahkan Kerajaan Pusat yang didakwa menafikan hak kerajaan negeri untuk mendapatkan pinjaman bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan, Datuk Md. Anizam Abd. Rahman berkata, Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) hanya meluluskan peruntukan RM96 juta daripada RM300 juta yang dipohon oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata, tindakan Kerajaan Pusat itu menyebabkan Kelantan terkebelakang berbanding negeri-negeri lain dalam menyediakan perkhidmatan itu kepada rakyatnya.

"Kita dinafikan hak pinjaman selama 10 tahun lebih semenjak memerintah pada 1990. Bermakna, kita kebelakang 10 tahun berbanding negeri lain. Walhal termasuk dalam tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

"Kita membayar pinjaman tersebut dan kita minta RM300 juta, tapi diberi RM96 juta, itu masalahnya," katanya menjawab soalan tambahan Hassan Mohamood (Pas-Tawang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Md. Anizam berkata, masalah air bukan hanya berlaku di Kelantan, tetapi akhbar-akhbar hanya melaporkan apa yang berlaku di negeri ini sahaja.

Terdahulu, menjawab soalan Mohd. Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) beliau berkata, berdasarkan perlembagaan, kerja-kerja menyediakan bekalan air tertakluk di bawah Kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri.

Beliau turut memetik satu laporan yang menyatakan bekalan air bersih di negara ini hanya boleh diselesaikan sehingga 2050, walaupun Malaysia mencapai status negara maju pada 2020.

"Jadi kalau Malaysia ini, pelan induk bekalan air bersih 2050 baru nak selesai, apatah lagi negeri Kelantan," katanya.

Beliau berkata, di peringkat kerajaan negeri, pelbagai usaha telah diambil untuk meningkatkan bekalan air bersih, termasuk membina telaga jejari dan membaiki paip-paip air yang ada.

Sebelum ini, Md. Anizam memberitahu, rakyat negeri ini, terutama penduduk luar bandar perlu menunggu sehingga 2027 untuk menikmati bekalan air bersih.

Masalah bekalan air yang berlaku di negeri ini bukan isu baru dan ia telah berlarutan sejak 20 tahun lalu biarpun Kerajaan Pusat telah memberikan bantuan kewangan lebih RM500 juta kepada kerajaan Pas Kelantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 04 Mar 2011 01:33 AM PST

Harian Metro: BeritaUtama


Ramai muntah darah

Posted: 03 Mar 2011 11:17 AM PST

IPOH: Bukan akibat ilmu hitam atau disantau, namun ramai belia dilaporkan mengalami simptom muntah darah gara-gara ketagihan sejenis minuman keras digelar 'tonik gila' atau 'samsu setan'.

Lebih mengejutkan apabila gejala penyakit berkenaan dikesan berpunca daripada kadar alkohol terlalu tinggi sehingga mencecah 43 peratus di dalam minuman terbabit, sekali gus mengancam nyawa individu yang ketagih minuman itu.


Gejala menakutkan ini kian serius selepas tinjauan mendapati minuman terbabit mudah dibeli hampir di semua kedai runcit dan kedai ubat tradisional Cina.

Tinjauan Harian Metro mendapati minuman terbabit dengan kandungan 150 mililiter itu dijual RM3.30 sebotol.


Hasil tinjauan di lebih 10 kedai runcit sekitar bandar raya ini, terdapat kira-kira lima jenama minuman keras yang dijual murah dengan kadar alkohol terendah 27 peratus.


Seorang penagih tegar minuman terbabit yang hanya mahu dikenali Man, 21, berkata dia kini menderita penyakit hepatitis atau bengkak hati akibat ketagih minuman itu sejak lebih setahun lalu.

Dia yang ditemui ketika mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, berkata kini dia kerap muntah darah selain sakit pada hulu hati.


"Doktor memberitahu penyakit saya itu berpunca daripada kesan toksik pada alkohol minuman keras. Saya dinasihatkan berhenti meminumnya kerana doktor bimbang hati saya bertambah rosak. "Malah, kini saya cepat pitam dan buang air besar bercampur darah," katanya.

Man berkata, dia ketagih arak terbabit selepas bercampur kumpulan Mat Rempit dan bahan berbahaya itu dengan pelbagai jenama dijual tidak melebihi RM3.


Menurutnya, minuman keras yang dijual di dalam botol itu dianggap lebih 'power' berbanding arak di dalam tin.


"Arak dalam tin hanya mendatangkan kesan mabuk jika diminum melebihi tiga tin, namun tonik gila ini boleh menyebabkan mabuk dengan hanya empat teguk.


"Selain minuman keras berlogo candi, terdapat juga beberapa minuman keras seangkatannya yang menggunakan simbol kapak dan nombor tertentu," katanya.


Menurutnya, arak itu menjadi pilihan remaja dan belia berikutan harganya murah dan kebanyakan individu yang meminumnya golongan berpendapatan rendah.


"Minuman keras biasa dijual antara RM7 hingga RM9 setin, namun samsu setan ini boleh dibeli semurah RM3.


"Ada juga remaja yang terjebak dalam gejala seks bebas percaya arak itu mampu menambah daya seksual, namun saya tidak pasti kebenarannya," katanya.


Menurutnya, minuman terbabit membawa mudarat apabila menyebabkan individu yang meminumnya jatuh pengsan untuk tempoh masa lama.


"Sebab itu ramai kaki botol yang minum samsu murah ini boleh hilang kawalan dan tidur tersadai di kaki lima. "Rasa minuman keras ini tidak sesedap mana, namun kesannya amat pantas dan lebih 'kaw' jika diambil selalu," katanya yang kini bergantung ubat hospital.


Sementara itu, tinjauan turut mendapati ramai penagih minuman terbabit seperti penagih dadah apabila terbaring mabuk atau tidak sedarkan diri di kaki lima bangunan.


Ini dibuktikan apabila rata-rata kaki botol ditemui bersama terbaring bersama botol minuman terbabit di samping mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Menggigil lihat bayi

Posted: 03 Mar 2011 11:17 AM PST

KLANG: Seorang pekerja pembersihan sebak sejurus menyedari bungkusan plastik hitam yang disapunya di lantai gerabak komuter, rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

Siti Khalijah Mat Zain, 37, menemui mayat bayi itu ketika menjalankan kerja hariannya membersihkan komuter dari stesen di Batu Caves yang berhenti di stesen terakhir di Pelabuhan Klang, jam 9 pagi semalam.


"Selepas semua penumpang turun, saya memulakan kerja menyapu lantai di gerabak hadapan. Tiba-tiba saya tersapu satu bungkusan beg plastik warna hitam di bawah kerusi penumpang, betul-betul belakang ruang pemandu. "Saya angkat beg itu dan mendapati ia agak berat. Saya bawa beg plastik itu keluar dan meletakkannya di atas kerusi tempat penumpang menunggu ketibaan tren komuter, tapi tak berani nak membukanya," katanya.

Siti Khalijah berkata, dia memanggil rakan sekerja, S Kaliyani, 34, yang memberanikan diri membuka plastik itu sebelum kedua-dua mereka melarikan diri selepas melihat ada darah pada bahagian dalam plastik itu. "Kami meminta bantuan rakan lain dan mereka memaklumkannya kepada polis. Selepas plastik itu dibuka, saya sebak apabila melihat di dalamnya ada mayat mayat bayi lelaki yang sungguh comel, masih merah dan bertali pusat," katanya.


Menurutnya, mayat bayi itu dibungkus dengan kain selimut dengan corak bunga berwarna hijau dan turut terdapat di dalam plastik hitam itu ialah sehelai sejadah bersama senaskhah surah Yasin.


Dia yang semalam genap empat bulan bekerja sebagai pekerja pembersihan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, penemuan mayat itu menyebabkannya hilang selera makan dan sedih mengenangkan kekejaman individu yang tergamak membuang bayi itu.

"Sedih betul bila tengok kain sejadah dan surah Yasin bersama bayi itu. Saya sendiri ada bayi berusia setahun lapan bulan. Jadi bila tengok mayat bayi itu ia sangat menyentuh naluri keibuan saya," katanya.


Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi kejadian turut melihat pasukan forensik mengambil sehelai rambut dipercayai milik suspek untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu polis menerima laporan kejadian kira-kira jam 9.15 pagi.


Mohamad berkata, hasil siasatan awal mendapati, pemandu komuter itu mula memandu kereta api itu dari Pelabuhan Klang kira-kira jam 5.35 pagi menuju ke Batu Caves dan tiba di stesen Batu Caves pada jam 7.15 pagi sebelum kembali ke Pelabuhan Klang.


"Kami percaya mayat bayi berkenaan dibuang ketika komuter itu dalam perjalanan pulang ke Pelabuhan Klang. Siasatan awal mendapati tiada saksi melihat bagaimana bungkusan plastik hitam itu boleh berada di bawah tempat duduk penumpang," katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.


Menurutnya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya di balai polis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 04 Mar 2011 01:17 AM PST

Berita Harian: Wilayah


Johor: Tiada lampu isyarat

Posted: 03 Mar 2011 11:05 AM PST

Wilayah

pix_gal0
Aliran kenderaan sibuk di Jalan Persisiran Perling 1 punca sering nahas

JOHOR BAHRU: Ketiadaan lampu isyarat lalu lintas bagi mengawal aliran kenderaan yang mahu melintasi Jalan Persisiran Perling 1 sebelum memasuki Jalan Layang yang menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Usman Awang dekat Taman Perling di sini, sering menjadi punca kemalangan di lokasi itu.

Lampu isyarat pada persimpangan terbabit adalah suatu keperluan mendesak sebagai kemudahan kepada ibu bapa dan pengguna jalan raya untuk menyeberangi laluan berkenaan yang sibuk dengan kenderaan bertali arus dan laju. Kesibukan laluan terbabit pada waktu puncak terutama pagi dan tengah hari menyebabkan kemalangan mudah berlaku di situ.

Keadaan itu membuatkan pemandu yang hendak membelok masuk ke taman perumahan yang menempatkan SMK Dato Usman Awang itu, mengambil risiko setiap kali hendak membelok dan terpaksa menunggu lama jika mahu memastikan tiada kenderaan yang datang dari arah depan.

Masa sama, sikap pemandu yang suka memotong barisan ketika tiba di laluan terbabit juga sering menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya yang setia berbaris menunggu giliran.

Pengetua SMK Dato Usman Awang, A Manaf Muslimin, berkata masalah itu dapat diatasi jika pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera untuk memasang lampu isyarat bagi mengelakkan pengguna jalan raya memandu laju hingga membahayakan keselamatan pengguna lain.
"Tahap keselamatan di sini boleh dipertingkatkan sekiranya Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat mempertimbangkan segera pemasangan lampu isyarat di persimpangan ini bagi mengelakkan kemalangan berikutan sebilangan sikap pemandu yang tidak mahu memperlahankan kenderaan masing-masing.

"Ini berikutan ramai pelajar yang bersekolah di sini datang daripada beberapa perumahan berdekatan yang menjadikan persimpangan ini sentiasa sibuk dengan kenderaan keluar dan masuk. Sekurang-kurangnya, jika ada lampu isyarat di persimpangan itu, pemandu perlu berhenti dan menunggu giliran pada lampu merah," katanya di sini.

Dalam kemalangan terbaru pada Selasa lalu, empat kereta terbabit dalam kemalangan di persimpangan itu kira-kira jam 1 tengah hari, ketika pelajar SMK Dato Usman Awang pulang menyebabkan kesesakan berlaku di situ.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Dato Usman Awang, Azman Safari, berkata keperluan lampu isyarat itu sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak diberi perhatian walaupun kawasan itu kerap berlaku kemalangan.

"Sepatutnya laluan ini disediakan lampu isyarat kerana simpang ini bukan saja menghubungkan satu-satunya sekolah di sini tetapi menjadi tumpuan pengguna membuat pusingan U tetapi ada juga pemandu terbabas ke bahu jalan kerana laluan bukan saja sempit, tetapi pada masa sama perlu mengelak berlanggar kenderaan dari arah bertentangan yang dipandu laju pada laluan yang agak cerun itu," katanya.

Kakitangan sekolah itu, Ahmad Selamat, 50, berkata kesesakan yang berlaku di situ juga tidak mengira masa iaitu berlaku dari awal pagi kerana laluan berkenaan menghubungkan kawasan Nusajaya dan Gelang Patah kerana laluan itu lebih dekat.

"Kebiasaannya, laluan itu menjadi tumpuan kerana pertembungan waktu persekolahan dan pada masa sama pekerja keluar bekerja, berikutan menjadi laluan pilihan kepada pengguna yang mengelak tol Perling," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUN Merlimau: Pendapatan peruncit meningkat

Posted: 03 Mar 2011 11:02 AM PST

Wilayah

PELANGGAN kagum melihat  perubahan  hasil program TUKAR di sebuah pasar mini di Merlimau.

PELANGGAN kagum melihat perubahan hasil program TUKAR di sebuah pasar mini di Merlimau.

Peniaga manfaat Program Transformasi Ekonomi

MERLIMAU: Lima tahun lalu, pendapatan diraih hasil jualan kedai runcit Maznah Gemilang Enterprise di Taman Merlimau Utara di sini, tidak lebih RM4,000 sehari, tetapi sejak pertengahan bulan meningkat kepada tidak kurang RM5,200 projek tranformasi kedai runcit (TUKAR) dilaksanakan kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Pemiliknya, Mahmud Mohamad, 47, berkata beliau bertuah kerana diberi peluang oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) untuk melaksanakan perubahan terhadap perniagaan menjual barangan runcit kering dan basah milik keluarganya itu sejak 15 Februari lalu. Katanya, menerusi projek TUKAR, kerajaan bukan saja menyediakan dana untuk membaik pulih susun atur kedai kepada lebih sistematik, pengurusan akaun dan barangan lebih baik, malah turut menyediakan khidmat rundingan untuk memastikan kedai runcit dapat berdaya saing.

"Daripada maklum balas awal, pelanggan berpuas hati dengan susun atur dan kebersihan serta lebih tertarik untuk membeli di kedai ini," katanya yang ditemui sempena kunjungan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, semalam.

Mahmud yang memiliki tiga pekerja adalah antara tiga pemilik kedai runcit yang sudah mengalami transformasi menerusi projek TUKAR di seluruh negara sejak ia dilancarkan awal tahun ini.

TUKAR adalah antara Peneraju Projek Permulaan (EPP) bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan daya saing dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif.
Menerusi ETP, bidang pemborongan dan peruncitan antara 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang diberi tumpuan oleh kerajaan ialah dalam bidang pemborongan dan peruncitan.

Seorang lagi pemilik Pasar Mini Baru Merlimau, Francisca Jayanathan, 44, yang mengambil alih pengurusan kedai runcit daripada mendiang bapanya sejak tiga tahun lalu, kini mampu tersenyum puas apabila perniagaannya itu mampu meraih hasil jualan tidak kurang RM3,000 sehari, berbanding sebelum ini hanya antara RM1,500 hingga RM1,900.

Katanya, beliau memang berminat menaik taraf perniagaan diusahakan mendiang bapanya sejak tujuh tahun lalu tetapi tidak tahu untuk berbuat demikian.

"Hasil keprihatinan kerajaan menerusi projek TUKAR mampu mengubah nasib peniaga kedai runcit seperti saya dan saya berterima kasih kepada semua pihak khususnya KPDNK yang memberikan peluang untuk saya mengembangkan perniagaan," katanya.

"Ada pelanggan yang terkejut dan secara spontan mengatakan salah masuk kedai kerana kagum dengan perubahan yang dilakukan terhadap susun atur dan kekemasan kedai," katanya yang yakin jumlah pelanggan ke kedai runcitnya akan terus meningkat.

INFO: Kedai runcit moden

  • TUKAR adalah antara Peneraju Projek Permulaan memodenkan kedai runcit tradisional bagi meningkatkan daya saing dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif.

  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Muka Hadapan

    Posted: 04 Mar 2011 01:08 AM PST

    Utusan Online - Muka Hadapan


    13,000 GSTT diambil semula

    Posted:

    13,000 GSTT diambil semula

    13,000 GSTT diambil semula

    KINABATANGAN 3 Mac – Nasib hampir 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang ditamatkan tugas baru-baru ini bakal terbela apabila kerajaan bersetuju mengambil semula mereka untuk berkhidmat.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan berita gembira itu berkata, kerajaan telah meneliti perkara itu dengan terperinci dan meminta Ketua Pengarah Pelajaran mengambil tindakan segera.

    Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan bersetuju untuk menarik semula tindakan memberhentikan tugas kumpulan pengajar tersebut dan berusaha menempatkan mereka di kawasan yang memerlukan.

    Bagaimanapun katanya, kumpulan GSTT tersebut harus bersedia ditempatkan di mana-mana kawasan yang diperlukan mereka bertugas di seluruh negara.

    "Mereka inginkan jawatan ini, maka mereka juga harus bersedia untuk ditempatkan di mana-mana kawasan yang memerlukan khidmat mereka," katanya.

    Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Juara Rakyat dan Majlis Penyampaian Dividen Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas, Tongod dekat sini hari ini.

    Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

    Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung semula perkhidmatan GSTT yang ditamatkan pada akhir tahun lalu dengan tiada sebarang pelantikan baru bagi tahun ini.

    Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, individu yang pernah memegang jawatan GSTT sebelum ini, terutama yang berkhidmat selama dua atau tiga tahun akan diberi peluang untuk terus berkhidmat.

    "Kumpulan tersebut mempunyai pengalaman mengajar dan khidmat mereka diperlukan untuk mendidik anak bangsa," katanya.

    Timbalan Perdana Menteri berkata, kumpulan GSTT yang diberhentikan itu juga akan diberi peluang menjadi guru terlatih dengan menyertai pelbagai kursus meningkatkan kemahiran yang disediakan kerajaan seperti kursus lanjutan dan kursus dalam cuti.

    Beliau berkata, penambahan kursus-kursus tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran mereka dalam mata pelajaran pilihan seperti Bahasa Inggeris dan Matematik.

    Ditanya bilakah kumpulan tersebut akan berkhidmat semula, Muhyiddin berkata, arahan mengambil semula kumpulan GSTT itu telah dikeluarkan kepada pihak terbabit sejak dua bulan lalu.

    "Ia kini dalam proses pengurusan logistik dan penempatan semula kumpulan GSTT tersebut," katanya.

    Dalam pada itu, beliau berkata, pengambilan GSTT kali ini akan dilakukan dengan lebih teliti dengan memberi keutamaan kepada mereka yang pernah berkhidmat.

    Justeru, beliau meminta semua Pengarah Pelajaran Negeri dalam pemilihan nanti supaya memberi perhatian kepada individu yang telah berkhidmat sebagai GSTT sebelum ini dan hanya mengambil mereka yang benar-benar layak.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Malaysia pelawa pelabur

    Posted:

    Malaysia pelawa pelabur

    Malaysia pelawa pelabur


    NAJIB Tun Razak dan Julia Gillard menyaksikan persembahan tarian tradisional Australia semasa menghadiri jamuan makan tengah hari di Bangunan Parlimen, Canberra, Australia, semalam. - BERNAMA


    MELBOURNE 3 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rantau ini menawarkan potensi yang besar dan bakal menjadi pusat pertumbuhan baru global.

    Menurutnya, rantau ASEAN, Asia Timur dan kawasan sehingga ke Australia bakal menjadi pusat pertumbuhan utama dunia dan sehubungan itu, beliau mempelawa usahawan dan pelabur Australia mengambil kesempatan itu merebut potensi itu dengan membuat pelaburan di Malaysia.

    "Benua Eropah tidak menentu, manakala rantau Asia Barat sedang bergolak sementara benua Afrika masih tidak berubah.

    "Jika kita gagal, dunia akan gagal. Keadaan sangat meruncing," katanya ketika berucap pada majlis jamuan malam anjuran Perdana Menteri negeri Victoria, Ted Baillieu di sini malam ini bagi meraikan Najib melawat negeri ini sebagai sebahagian program sempena kunjungan rasmi tiga harinya ke Australia bermula semalam.

    Najib mempelawa usahawan dan pelabur-pelabur Australia supaya melabur dalam industri penerokaan minyak dan gas serta pendidikan.

    Beliau berharap, usahawan dan pelabur Australia akan mengambil bahagian dalam transformasi ekonomi Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dengan memperolehi pendapatan tinggi.

    "Kami memerlukan bakat dan pakar, mereka yang mempunyai kapasiti intelek, mereka yang tahu bagaimana mengurus sumber manusia dan mereka yang tahu mencipta kekayaan," katanya.

    Sementara itu, ketika berucap pada jamuan tengah hari di Bangunan Parlimen di Canberra sebelum itu anjuran Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, Najib berkata, Malaysia mencatat pembangunan yang pesat dan mahu menjadi negara maju menjelang 2020.

    Katanya, di bawah wawasan itu, dalam tempoh tidak sampai 10 tahun lagi Malaysia berharap dapat mencatat pertumbuhan sekurang-kurangnya 6 peratus setahun secara berterusan.

    Katanya, bagi mencapai wawasan itu dan transformasi ekonomi, Malaysia memerlukan pelaburan sehingga AS$440 bilion (RM1.3 trilion) dalam tempoh 10 tahun akan datang dan sekali gus dapat mewujudkan sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan yang sebahagian besarnya merupakan pekerjaan berpendapatan tinggi.

    "Kami percaya, kami dapat mencapai matlamat itu (negara maju dan transformasi ekonomi) dengan sokongan negara-negara sahabat yang membuat pelaburan di negara kami (Malaysia)," tambah beliau.

    ''Sehubungan itu, kami memerlukan pelaburan asing, pekerja-pekerja mahir dan berbakat dan hubungan antara penduduk.

    ''Kami memerlukan perdagangan dan pelaburan asing," tambah beliau.

    Mengenai pendidikan, Najib berkata, kerajaan mengambil keputusan untuk mewujudkan liberalisasi dalam dasar pendidikan pada 1999 bagi membolehkan tiga universiti daripada Australia iaitu Universiti Monash, Curtin dan Swinburne bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

    "Hasrat saya pada waktu itu semasa menjadi Menteri Pelajaran ialah pada masa sama untuk menarik kemasukan pelajar asing ke Malaysia. Kini terdapat kira-kira 75,000 pelajar asing di Malaysia tetapi malangnya hanya terdapat kira-kira 100 pelajar Australia di Malaysia berbanding 23,000 pelajar Malaysia di Australia," katanya.

    Najib berkata, Victoria merupakan negeri terbesar di Australia yang mempunyai ramai pelajar Malaysia dan mereka yang bekerja di negeri ini.

    Sehubungan itu, beliau mengumumkan bahawa Malaysia akan membuka pejabat Konsulat Besar di Melbourne tidak lama lagi. - Utusan

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gillard: Najib adalah rakan Australia

    Posted:

    Gillard: Najib adalah rakan Australia

    Gillard: Najib adalah rakan Australia


    NAJIB Tun Razak dan Rosmah Mansor bersama Governor-General of the Commonwealth of Australia, Quentin Bryce (dua kanan) dan suaminya Michael Bryce (kiri) semasa kunjungan hormat ke Government House di Canberra, semalam. - BERNAMA


    CANBERRA 3 Mac - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard pada Khamis menyifatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai rakan Australia dan seorang pemimpin di rantau ini.

    Komen beliau itu dibuat selepas kedua-dua pemimpin mengambil rostrum masing-masing untuk sidang akhbar bersama selepas menyertai mesyuarat tertutup dan dua hala di mana kerjasama dan hubungan membabitkan kedua-dua buah negara dibincangkan.

    "Perdana Menteri bersama saya sekarang adalah seorang rakan bagi Australia dan seorang pemimpin di rantau ini," katanya.

    Najib berada di Australia untuk lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Gillard sebagai membalas lawatan rasmi beliau ke Malaysia tahun lepas.

    Sementara itu, pada majlis makan tengah hari sempena lawatan Najib, Gillard menyifatkan Najib sebagai contoh dalam usaha menentang extremisme dan yang menjunjung tinggi nilai-nilai Islam yang sebenar.

    "Dan saya hormati kepimpinan anda bagi gerakan global bagi pendekatan sederhana," katanya.

    Gillard menjelaskan bahawa lawatan Najib ke Australia merupakan satu peristiwa penting dalam satu hubungan persahabatan yang begitu lama antara Australia dan Malaysia.

    "Saya berterima kasih kepada anda atas lawatan ini. Satu lawatan bagi persefahaman, dialog dan kerjasama," katanya.

    Gillard juga menjelaskan bahawa lawatan Najib dilakukan selepas lawatannya ke Malaysia tahun lepas.

    "Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas perhatian anda yang tidak sempat bertemu saya pada masa itu dan kerana meluangkan masa untuk menelefon," katanya.

    "Dalam memilih Malaysia sebagai negara serantau yang pertama untuk melakukan lawatan bilateral sebagai Perdana Menteri, saya mahu memberi isyarat betapa kami menghargai hubungan dengan Malaysia," katanya.

    Gillard berkata beliau juga mahu menegaskan mengenai betapa mendalamnya komitmen pendirian Australia bagi hubungan serantau.

    "Dan untuk semua ini kita akan dapat mencapainya secara bersama sebagai rakan kongsi dan kawan.

    "Hubungan kita akan terus bertahan dan ia adalah kukuh," katanya. - Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Rencana Utama

    Posted: 03 Mar 2011 11:24 PM PST

    Kosmo Online - Rencana Utama


    Gempa bumi jejaskan ekonomi

    Posted:

    Gempa bumi jejaskan ekonomi

    Gempa bumi jejaskan ekonomi

    Susunan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
    amir.azam@kosmo.com.my



    KESUBURAN tanah yang dianugerahkan kepada New Zealand telah menyaksikan negara tersebut berjaya menempatkan diri sebagai salah satu pengeluar pertanian disegani dunia.

    Negara beriklim sederhana itu boleh dianggap masih hijau dan berada berjauhan daripada pasaran dunia dari segi geografi.

    Bagaimanapun, pendekatan unik dan kreatif ditekankan New Zealand telah membuatkan industri pertanian menyumbang hampir suku pertumbuhan Dalam Negeri Kasar (GDP) negara berkenaan.

    New Zealand telah menggunakan kepakaran dalam perladangan berkualiti untuk menjadi pengeksport produk tenusu, daging lembu, kambing dan bulu biri-biri bagi menempatkan diri sebagai pemain ekonomi pertanian dunia.

    Dalam pada itu, negara berkenaan juga merupakan salah satu daripada lima pengimport tenusu dunia yang membekalkan 90 peratus produk tenusu di pasaran antarabangsa.

    Bagaimanapun, gempa bumi yang melanda Christchurch baru-baru ini dijangka melumpuhkan pertumbuhan ekonomi di New Zealand sehingga memaksa negara tersebut menurunkan kadar faedah dan kemungkinan berdepan kemelesetan ekonomi.

    Menteri Kewangan, Bill English berkata, bencana yang dipercayai telah meragut lebih daripada 240 nyawa akan meninggalkan kesan mendalam terhadap ekonomi negara itu malah menyediakan sedikit pertumbuhan dalam tahun ini.

    "Sehingga bulan Jun ini mungkin akan menyaksikan tiada pertumbuhan ekonomi langsung," katanya kepada Radio New Zealand.



    "Ia merupakan satu senario berbeza daripada apa yang kami jangka enam bulan lalu tetapi kami akan terus memulihkan ekonomi negara ini," ujarnya.

    Pakar ekonomi pula menganggarkan bandar kedua terbesar di New Zealand, Christchurch itu mencatatkan kira-kira 15 peratus daripada ekonomi negara berkenaan.

    Mereka juga menganggarkan kerosakan disebabkan bencana terburuk negara itu sejak 80 tahun lalu boleh mencecah sehingga AS$12 bilion (RM36 bilion).

    English berkata, bencana tersebut akan menjejaskan pertumbuhan dan enggan mengetepikan kemungkinan berlaku kemelesetan ekoran gempa bumi 6.3 pada skala Richter yang melanda Selasa lalu.

    "Saya tidak mempunyai jawapan kepada perkara tersebut.

    "Kita akan berdepan pertumbuhan yang rendah sama ada terdapat kemelesetan ataupun tidak, sama ada ia dipanggil kemelesetan hanya akan ditentukan oleh ahli statistik," katanya.

    Kebergantungan ekonomi perladangan New Zealand telah menguncup sebanyak 0.2 peratus pada suku Ogos-September tahun lalu apabila Christchurch digegarkan gempa bumi 7.0 pada skala Richter.

    Bagaimanapun, gempa bumi yang berlaku pada 4 September tahun lalu tidak mengorbankan sebarang nyawa tetapi hanya melemahkan struktur bangunan bandar itu.

    Kata English, pertumbuhan bulan Oktober-Disember yang akan dikeluarkan pada akhir bulan ini juga bakal menyaksikan ekonomi agak mendatar.

    Kesan kemelesetan

    "Apa yang saya dapat maklum balas, orang ramai tidak terburu-buru dalam perbelanjaan mereka, peruncitan dan perumahan juga agak mendatar. Apabila ia mendatar anda tidak akan memperoleh peningkatan pertumbuhan ekonomi.



    "Kini kita berdepan bencana gempa bumi pula yang akan menjejaskan pertumbuhan," katanya.

    Sekiranya data Oktober-Disember menunjukkan pengecutan, secara teknikal New Zealand akan berada dalam kemelesetan dengan dua suku berturut-turut mengalami pertumbuhan negatif.

    Dengan separuh pertama tahun ini mengalami kepincangan disebabkan gempa bumi, English berkata, Bank Simpanan mungkin merendahkan nilai faedah untuk merangsang kegiatan ekonomi.

    Ketua Bank Simpanan, Alan Bollard telah mengekalkan kadar pada tiga peratus sejak Julai apabila New Zealand bergelut daripada kesan kemelesetan pada awal tahun 2008 hingga pertengahan 2009.

    Bagaimanapun, pakar ekonomi menjangkakan pengurus bank pusat akan mengurangkan kadar sehingga 0.5 peratus apabila bank bertemu pada 10 Mac nanti.

    Membuka perniagaan

    "Pasaran mengatakan apa yang difikirkan akan berlaku. Gabenor Bank Simpanan apabila membuat keputusan dia akan mengambil kira bukan sahaja mengenai gempa bumi tetapi fakta pertumbuhan ekonomi yang sedikit mendatar berbanding jangkaan mereka tiga atau empat bulan lalu.

    "Ini akan menentukan keputusan tetapi kita akan melihat pada minggu hadapan," katanya.

    Sementara itu, bencana yang melanda bandar kedua terbesar New Zealand, Christchurch telah menyebabkan sektor ekonomi terjejas teruk.

    Pemilik bersama Beach Cafe, Andy Vanlier yang menjalankan operasi di pantai Waimairi berdekatan perairan pantai Christchurch menganggarkan dia sudah kerugian simpanan stok dan perniagaan bernilai AS$18,750 (RM56,943).

    Dia bercadang untuk membuka semula perniagaan selepas pembersihan dilakukan tetapi bimbang kesan jangka panjang gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.

    "Banyak orang telah meninggalkan Christchurch. Kita berharap orang ramai akan kembali seperti sebelum ini menikmati kopi dan bercerita mengenai pengalaman mereka," katanya.

    Bagi Les Overend pula, dia berasa agak gementar untuk kembali menjalankan perniagaan trak aiskrim Mr. Whippy di jalanan terlalu awal.



    Bagaimanapun, dia mendapati penduduk amat menghargai segala imbauan kehidupan sebelum bencana gempa bumi melanda.

    "Orang ramai sangat bersyukur apabila melihat kami," katanya mengenai trak yang mengeluarkan bunyian untuk menarik perhatian pelanggan-pelanggan.

    "Mereka melihat kami sebagai salah satu kehidupan normal di sini," ujarnya lagi.

    Tatkala bandar Christchurch berdepan pelbagai dugaan, dokumen bersejarah yang tersimpan rapi di dalam arca kurun ke-19 terbongkar apabila ia rebah menyembah bumi.

    Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker berkata, manuskrip kulit tulisan tangan di dalam sebuah botol dan silinder tembaga tertutup rapi dipercayai mengandungi dokumen-dokumen telah dijumpai di dalam arca pengasas bandar itu.

    Arca tersebut terletak di dataran utama berdekatan gereja besar bersejarah bandar itu. Ia telah terjatuh pada 22 Februari lalu ketika gempa bumi yang meragut kira-kira 155 nyawa.

    Pada waktu ini, pakar muzium sedang melakukan kajian terhadap barangan tersebut dan mengandungi pesanan daripada pengasas bandar Christchurch menyuarakan wawasan mereka.

    Parker berkata, ia kelihatan seperti suratan takdir apabila menjelma dalam memberi sumber inspirasi kepada kami di saat-saat berdepan masa paling sukar.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Jenayah

    Posted: 03 Mar 2011 11:20 PM PST

    Utusan Online - Jenayah


    Mayat bayi ditemui dalam komuter

    Posted:

    Mayat bayi ditemui dalam komuter

    Mayat bayi ditemui dalam komuter

    Oleh AZIAN AZIZ
    pengarang@utusan.com.my


    Anggota forensik memeriksa beg plastik yang mengandungi mayat bayi yang ditinggalkan dalam komuter di Stesen Komuter Pelabuhan Klang, semalam.


    KLANG 3 Mac – Seorang pencuci gerabak komuter terkejut apabila menemui mayat bayi lelaki dalam satu bungkusan plastik berwarna hitam yang ditinggalkan di bawah tempat duduk penumpang pengangkutan awam itu di Hentian Pelabuhan Klang di sini pagi ini.

    Mayat bayi yang dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat itu ditemui Siti Khalijah Mat Zain, 37, kira-kira pukul 9.15 pagi.

    Siti Khalijah ketika ditemui pemberita di tempat kejadian memberitahu, pada mulanya dia menyangka plastik berwarna hitam itu berisi sampah.

    Bagaimanapun, wanita itu yang baru empat bulan bertugas dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berasa tidak sedap hati dan mengangkat beg plastik tersebut dan membawanya keluar dari gerabak untuk melihat isinya.

    "Saya panggil rakan setugas dan kami terkejut apabila melihat ada kesan darah. Setelah diperiksa, beg plastik itu berisi mayat seorang bayi lelaki yang dibungkus dengan selimut bercorak bunga.

    "Kami juga menemui sehelai sejadah dan surah Yasin di sisi mayat," katanya yang memaklumkan kepada penyelianya mengenai penemuan mayat itu sebelum menghubungi polis.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

    Beliau berkata, siasatan awal mendapati, komuter tersebut bergerak dari Pelabuhan Klang kira-kira pukul 5.35 pagi menuju ke Batu Caves, Selayang dan tiba di sana pada pukul 7.15 pagi.

    Menurut beliau, komuter tersebut difahamkan menyambung semula perjalanan menuju ke Pelabuhan Klang dan berhenti di hentian tersebut kira-kira pukul 8.15 pagi untuk dibersihkan.

    "Difahamkan, semasa gerabak itu hendak dicuci barulah mayat itu ditemui dan kita percaya mayat tersebut dibuang semasa tren berkenaan dalam perjalanan pulang ke Pelabuhan Klang.

    "Setakat ini tiada saksi yang nampak bagaimana bungkusan plastik hitam itu berada di bawah tempat duduk penumpang bahagian gerabak hadapan komuter tersebut," ujarnya.

    Kata beliau lagi, pihaknya menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat bayi itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan gerakan memburu mereka yang bertanggungjawab sedang giat dijalankan.

    Tambah beliau, mayat bayi tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ghairah mahu banyak wang

    Posted:

    Ghairah mahu banyak wang

    Ghairah mahu banyak wang

    Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
    utusanjohor@utusan.com.my

    JOHOR BAHRU 3 Mac – Akibat terlalu ghairah mengejar kekayaan dengan cara mudah, seorang suri rumah kerugian lebih RM40,000 akibat ditipu seorang lelaki kononnya boleh memberi nombor ekor yang memenangi hadiah wang tunai RM1.5 juta.

    Segala-galanya bermula apabila mangsa dikenali sebagai Liu berusia 50 tahun menemui kertas iklan yang menawarkan nombor ekor di cermin keretanya, baru-baru ini.

    Menurut Liu, dia lalu menghubungi nombor telefon di kertas itu bagi mendapatkan kepastian tentang tawaran tersebut.

    Katanya, lelaki itu mendakwa boleh memberi nombor ekor sekiranya dia memberikan wang yang akan digunakan untuk upacara sembahyang.

    "Selepas percaya kata-kata lelaki itu, saya diminta memasukkan wang pendahuluan RM130 dalam akaun atas nama Khor Peng Soon pada 13 Januari lalu.

    "Saya kemudian memasukkan wang ke dalam akaun sama sebanyak 10 kali dengan amaun berbeza.

    "Lelaki itu beritahu wang dimasukkan untuk membawa masuk seorang sami dari Thailand ke rumah saya," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Rumah Kelab Akhbar Cina Selatan di sini hari ini.

    Katanya, terbaru pada Jumaat lalu, dia memasukkan RM5,000 kononnya untuk mengeluarkan wang daripada pihak bank.

    "Lelaki itu meminta saya masukkan RM15,000 tetapi saya tidak cukup wang dan hanya beri RM5,000," jelasnya.

    Liu berkata, dia turut menghabiskan RM5,400 untuk membeli peralatan sembahyang tetapi sehingga kini masih belum menerima sebarang wang.

    Katanya, sebaliknya dia hanya menerima dua keping surat dari Pendang, Kedah, berisi slip pembelian nombor ekor dan sekeping gambar wang kertas.

    Selepas merasakan dirinya tertipu, Liu ke Balai Polis Taman Ungku Aminah di sini kelmarin untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

    "Semalam, lelaki terbabit masih menghubungi saya untuk meminta wang RM13,000 dengan alasan untuk menyegerakan proses pengeluaran wang," katanya.

    Dia yang kesal dengan kejadian menimpa dirinya mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkara seumpama itu.

    "Sepanjang proses penipuan itu, saya telah menghabiskan sejumlah besar wang simpanan selain meminjam dari keluarga dan kawan-kawan. Saya bernasib baik kerana tidak pinjam daripada ah long," katanya.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian dan memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Politik

    Posted: 03 Mar 2011 11:10 PM PST

    Utusan Online - Politik


    Pas seru ahli serang UMNO

    Posted:

    Pas seru ahli serang UMNO

    Pas seru ahli serang UMNO

    Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
    mohdasron.mustapha@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 3 Mac - Seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, hari ini tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO.

    Rashid yang 22 tahun mengabdikan diri kepada Pas berkata, kerana taksub dengan amanah Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau terpaksa meringkuk dalam penjara apabila ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak tiga kali.

    "Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak tiga kali kerana membawa senjata.

    "Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com, hari ini.

    Pendedahan itu sekali gus mengesahkan mengenai kewujudan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikaitkan dengan Pas, sehingga menyaksikan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Adli dan puluhan ahli Pas ditahan di bawah ISA.

    Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.

    Pada masa sama, beliau juga mendedahkan bahawa pucuk pimpinan Pas tidak pernah ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini sebaliknya ia dijadikan perkakas dan modal politik bagi memancing sokongan orang Melayu.

    Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

    "Apabila didesak mengenai kes hudud kenapa tidak dilaksanakan selepas menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, jawapan yang diberi oleh pucuk pimpinan Pas adalah hudud ini hanya satu per dua ribu sahaja dalam Islam, maknanya mereka berbohong," jelasnya.

    Dedah Rashid lagi, Pas juga pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa solat di masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan ahli parti itu diharamkan daripada beribadah di masjid terbabit kerana perjuangan nasional tidak selari dengan Islam.

    Bagaimanapun jelas beliau, sebaik sahaja Pas berjaya menawan Terengganu pada 1999, segalanya berubah dan Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar pada ketika itu, membenarkan masjid yang dahulunya haram digunakan oleh ahli Pas bagi tujuan ibadah.

    "Pas menggunakan agama. Dalam usrah dan ceramahnya, Pas sering mengelirukan pengikutnya dengan cerita-cerita keislaman pada zaman Rasulullah SAW. Jadi pengikut Pas terasa dengan menyokong Pas mereka berjuang untuk Islam tetapi mereka sebenarnya keliru.

    "Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai Pas selama 22 tahun, sekarang barulah saya sedar, Pas dan Islam adalah berbeza. Islam itu adalah agama dan Pas hanyalah sebuah parti," terangnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    LHDN diminta segera siasat Anwar

    Posted:

    LHDN diminta segera siasat Anwar

    LHDN diminta segera siasat Anwar

    KUALA LUMPUR 3 Mac - Sikap berdiam diri Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendedahkan kos guaman yang dibayar Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Karpal Singh telah menimbulkan kegelisahan rakyat.

    Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir (gambar) berkata, rakyat perlu tahu jumlah sebenar yang dibayar bagi mengendalikan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana dikhuatiri ada muslihat di sebaliknya.

    Katanya, tindakan Pengerusi DAP itu dilihat mempunyai motif politik kerana beliau pernah mempercayai Anwar terlibat dalam satu lagi kes liwat pada 1997.

    "Sehingga hari ini Karpal termasuk LHDN terus membisu walaupun didesak pelbagai pihak untuk mendedahkan kos guaman berkenaan.

    "Kita khuatir dengan cara ini, Anwar kini dengan mudah dalam genggaman Karpal," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Baru-baru ini, pelbagai pihak mempersoalkan tindakan Karpal mewakili Anwar kerana pernah mendedahkan kegiatan homoseks dan liwat Anwar semasa di Dewan Rakyat pada Oktober 1997 dan ketika berucap di salah sebuah hotel di ibu negara sekitar tahun itu.

    Selain itu, kesanggupan Karpal juga menimbulkan pelbagai reaksi apabila beberapa pengamal undang-undang merangkap ahli Parlimen berpendapat beliau perlu dipanggil sebagai saksi pendakwaan dalam kes kali ini kerana mengakui pernah mempunyai bukti dalam kes liwat pertama Anwar dahulu.

    Dalam konteks itu, Musa berkata, sekiranya tidak benar dakwaan itu, Karpal dicabar untuk menafikannya.

    "Sekiranya tidak benar ada unsur pembayaran tinggi seperti didakwa, Karpal dan LHDN diminta beritahu segera," katanya.

    "Jangan biarkan rakyat tertunggu-tunggu kerana ini membabitkan kepentingan rakyat," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Nasional

    Posted: 03 Mar 2011 11:06 PM PST

    Berita Harian: Nasional


    Najib rakan baik Australia: Gillard

    Posted: 03 Mar 2011 12:53 PM PST

    Nasional

    ROSMAH  berbual dengan murid North Ainslie Primary School ketika melawat sekolah itu di Canberra, semalam.

    ROSMAH berbual dengan murid North Ainslie Primary School ketika melawat sekolah itu di Canberra, semalam.

    Canberra harap hubungan, kerjasama dengan Kuala Lumpur terus kukuh

    CANBERRA: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menyifatkan rakan sejawatnya, Datuk Seri Najib Razak sebagai rakan Australia dan seorang pemimpin di rantau ini.

    Komen beliau itu dibuat selepas kedua-dua pemimpin mengambil rostrum masing-masing untuk sidang akhbar bersama selepas menyertai mesyuarat tertutup dan dua hala yang membincangkan kerjasama dan hubungan kedua-dua negara. "Perdana Menteri bersama saya sekarang ialah rakan Australia dan pemimpin di rantau ini," katanya.

    Najib ke Australia untuk lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Gillard sebagai membalas lawatan rasminya ke Malaysia tahun lalu.

    Pada majlis makan tengah hari sempena lawatan itu, Gillard menyifatkan Najib contoh dalam usaha menentang ekstremisme dan yang menjunjung tinggi nilai Islam yang sebenar.

    "Saya hormati kepemimpinan anda dalam gerakan global bagi pendekatan sederhana," katanya.
    Gillard menjelaskan bahawa lawatan Najib ke Australia adalah peristiwa penting dalam hubungan persahabatan yang begitu lama antara Australia dan Malaysia.

    "Saya berterima kasih kepada anda atas lawatan ini. Satu lawatan bagi persefahaman, dialog dan kerjasama.

    "Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas perhatian anda yang tidak sempat bertemu saya pada masa itu dan kerana meluangkan masa untuk menelefon.

    "Dalam memilih Malaysia sebagai negara serantau yang pertama untuk melakukan lawatan bilateral sebagai Perdana Menteri, saya mahu memberi isyarat betapa kami menghargai hubungan dengan Malaysia," katanya.

    Gillard berkata, beliau juga mahu menegaskan mengenai betapa mendalamnya komitmen pendirian Australia bagi hubungan serantau.

    "Untuk semua ini, kita mencapainya secara bersama sebagai rakan kongsi dan kawan. Hubungan kita terus bertahan dan ia adalah kukuh," katanya. – BERNAMA


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    13,000 GSTT terus tugas

    Posted: 03 Mar 2011 12:50 PM PST

    Nasional

    MUHYIDDIN (dua dari kanan), menerima geran Komunal Lalampas  daripada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal (kiri) sebelum diserahkan kepada Masiung (kanan) sambil diperhatikan Musa (tiga dari kanan) dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan (empat dari kanan) ketika majlis penyampaian geran Komunal Lalampas  di Kampung Simpang Entilibon, Tungod, semalam.

    MUHYIDDIN (dua dari kanan), menerima geran Komunal Lalampas daripada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal (kiri) sebelum diserahkan kepada Masiung (kanan) sambil diperhatikan Musa (tiga dari kanan) dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan (empat dari kanan) ketika majlis penyampaian geran Komunal Lalampas di Kampung Simpang Entilibon, Tungod, semalam.

    Keputusan dibuat selepas ambil kira rayuan: Muhyiddin

    KINABATANGAN: Kerajaan mengumumkan menarik balik surat pemberhentian perkhidmatan kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang diberikan tahun lalu.

    Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rungutan dan rayuan serta kewajaran dalam mencari penyelesaian terbaik terhadap isu mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran dan surat pemberitahuan akan dikeluarkan kepada semua GSTT terbabit dalam tempoh terdekat.

    "Keputusan ini akan memberi peluang kepada mereka meneruskan perkhidmatan, sama ada mahu menjadi GSTT selama dua, tiga atau lima tahun.

    "Arahan penarikan balik itu dikeluarkan kira-kira dua bulan lalu, cuma pelaksanaannya mengambil masa sedikit kerana ia turut membabitkan logistik dan penempatan semula.

    "Bagaimanapun, saya meminta jika mereka dihantar ke tempat lain dan bukan di sekolah asal, mereka sanggup berkhidmat kerana mungkin di sekolah asal sudah diisi guru terlatih.
    "Kementerian akan menempatkan mereka bagi mengisi kekosongan di sekolah yang menghadapi kekurangan guru," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Juara Rakyat Parlimen Kinabatangan di Dewan Kampung Simpang Entilibon di sini, semalam.

    Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah.

    Muhyiddin turut meminta Ketua Pengarah Pelajaran meneliti keperluan guru sementara yang masih diperlukan di sesetengah kawasan sebelum khidmat mereka dihentikan.

    Katanya, walaupun guru terlatih yang baru keluar dari Institut Pendidikan Guru (IPG), guru sementara perlu dibela kerana mereka boleh ditempatkan di kawasan yang memerlukan khidmat mereka.

    "Kita juga akan cuba memberi peluang kepada GSTT untuk mengikuti kursus lanjutan atau kursus dalam cuti supaya mereka boleh meningkatkan keupayaan," katanya.

    Timbalan Perdana Menteri turut meminta semua pegawai pelajaran daerah membuat semakan dengan pegawai pelajaran negeri dan ibu pejabat sebelum mengambil guru sementara baru kerana boleh menggunakan khidmat GSTT sedia ada.

    Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, tindakan kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari adalah susulan sistem komputer yang tidak berfungsi di beberapa tempat pada hari terakhir pembayaran, 28 Februari lalu.

    Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan dividen Ladang PPRT Tongod kepada wakil Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) dan menyerahkan geran berkelompok kepada Masiung.

    Seramai 1,022 penduduk dari 16 kampung di Ulu Tongod menerima geran itu. Kawasan seluas 7,700 hektar itu akan dibangunkan dengan peruntukan kira-kira RM200 juta.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Mahkamah

    Posted: 03 Mar 2011 07:36 PM PST

    Utusan Online - Mahkamah


    Tiada penderaan fizikal - Anwar

    Posted:

    Tiada penderaan fizikal - Anwar

    Tiada penderaan fizikal - Anwar

    Oleh AMIRUDDIN HARUN dan SUWARNI MOKHTAR
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 3 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa tiada penderaan fizikal dilakukan terhadapnya sejak beliau mula ditahan oleh pihak polis sehingga dibebaskan pada 17 Julai 2008.

    Ketua Pembangkang itu juga menyatakan, anggota polis yang menangkapnya pada 16 Julai 2008 bersikap sopan terhadapnya meskipun tidak diberitahu penangkapan itu atas kesalahan apa.

    ''Tiada penderaan fizikal (walaupun) saya telah dilayan sama seperti Botak Chin (penjenayah tahun 80-an). Tidak diberitahu kesalahannya dan diheret seperti Al-Qaeda,'' kata Anwar yang kemudian turut mengakui dia dilayan dengan hormat sepanjang ditahan.

    Anwar berkata demikian sewaktu menjawab soalan balas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden pada prosiding bicara dalam perbicaraan dalam kes liwat antara beliau dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

    Prosiding itu dilakukan bagi menentukan sama ada beberapa barang kes yang dirampas dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) ibu negara pada 17 Julai 2008 boleh diterima sebagai barang bukti atau sebaliknya.

    Dalam keterangannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan, pada 14 Julai 2008, beliau diberitahu oleh peguamnya, Sankara Nair bahawa beliau perlu pergi ke IPK untuk memberikan kenyataan kepada pegawai penyiasat, Deputi Supritendan Judy Blacious Pereira.

    ''Atas kesalahan apa tidak dinyatakan, sama ada antinasional, pengkhianat atau seribu satu tuduhan termasuk tidak memakai baju batik Malaysia,'' katanya.

    Beliau bagaimanapun mengakui mengetahui terdapat laporan polis dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhari di samping beberapa laporan yang berunsurkan politik.

    Ahli politik itu menyatakan, sewaktu di IPK, kenyataannya akan direkodkan oleh Judy di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

    Terdahulu semasa pemeriksaan utama oleh peguam Karpal Singh, Anwar memberitahu, pada 16 Julai 2008, kira-kira pukul 1 petang, kereta yang dinaiki ketika hendak pulang ke rumahnya di Bukit Segambut telah dipintas oleh beberapa kenderaan polis.

    Turut berada di kawasan terbabit antara 10 hingga 15 anggota Unit Tindakan Khas (UTK).

    Menurutnya, anggota-anggota polis itu memakai baraclava (topeng muka) dan sebahagiannya bersenjatakan sub-mesingan menyebabkan kenderaan yang dinaiki oleh beliau terpaksa berhenti.

    Melihat keadaan tersebut, beliau telah diminta oleh Nair untuk duduk di dalam kereta sementara peguam itu yang duduk di tempat duduk hadapan keluar menemui seorang pegawai polis berpakaian seragam yang menghampiri mereka.

    ''Sankara telah bertanya kenapa kami ditahan dan dia (pegawai polis) berulang kali menyatakan 'arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar,'' kata beliau.

    Menurutnya, beliau juga bertanya sendiri kepada pegawai polis terbabit kenapa beliau dilayan sedemikian rupa kerana Nair telah memaklumkan kepada Judy bahawa beliau akan pergi menemuinya pada pukul 2 petang hari tersebut.

    Setibanya di IPK, beliau dibawa ke bilik mesyuarat IPK dan ditinggalkan dengan beberapa pegawai polis sebelum Nair dan peguam R. Sivarasa tiba, jelasnya.

    Menurut beliau, kenyataannya kemudian dirakamkan oleh Judy mulai pukul 2.30 petang dan selesai pada pukul 5.30 petang.

    ''Selepas lengkap, Judy menyatakan telah selesai dan saya ingat saya ada bertanya kepadanya adakah dia pasti dan dia jawab ya. Rakaman kenyataan itu selesai pada pukul 5.30 petang dan ditunjukkan kepada saya dan saya tandatangan,'' katanya.

    Selepas itu, beliau dibawa semula ke bilik mesyuarat dan diminta untuk menunggu seketika dan kira-kira pukul 8 malam, Judy menyatakan akan membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    Di hospital tersebut, beliau yang ditemani oleh Sivarasa selain Judy dibawa menemui dua doktor pakar iaitu, Dr. Ee Boon Leong dan Dr. Jayaindran Sinnadorai untuk pemeriksaan.

    Beliau berkata, dia telah diberi satu borang dan kedua-dua doktor itu memberitahunya bahawa mereka diminta untuk mengambil sampel darah dan rambut untuk ujian asid deoksiribonukelik (DNA).

    Bagaimanapun, atas nasihat peguam, beliau hanya membenarkan dirinya diperiksa tetapi tidak memberikan sebarang sampel ekoran pengalamannya pada 1998.

    Tanpa kehadiran peguam, pegawai penyiasat dan jururawat, katanya, beliau diminta membuka pakaian dan pemeriksaan dilakukan terhadap kemaluan dan duburnya termasuk diukur zakar dan bulu kemaluan.

    Sambil menyifatkan pemeriksaan itu sebagai menjatuhkan maruahnya dan memalukan, Anwar menyatakan, walaupun doktor-doktor terbabit menggunakan putik kapas sewaktu memeriksa alat sulitnya, beliau tidak bersetuju sebarang peralatan dimasukkan ke dalam duburnya.

    Selepas pemeriksaan, menurut Anwar, kedua-dua doktor itu ada bertanyakan tentang dakwaan liwat terbabit sebelum beliau dibawa semula ke IPK pada pukul 11 malam dan ditahan di lokap.

    Di lokap, menurutnya, Supritendan Yahya Abdul Rahman kemudian membekalkannya dengan satu botol air minuman, tuala, berus gigi, ubat gigi dan sabun selain diberikan dua tuala yang dibawa oleh isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

    ''Saya tidak mengharapkan layanan VIP tapi keadaannya (lokap) amat teruk dengan tandasnya yang kotor,'' katanya yang turut menyatakan beliau telah memberitahu Yahya bahawa beliau tidak boleh tidur di atas simen kerana sakit belakang.

    Selepas dibebaskan pada pukul 12.30 tengah hari keesokan harinya, Anwar memberitahu, beliau mendapatkan rawatan kerana mengalami kesakitan yang teramat sangat dan diberi suntikan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada habeas corpus dibuat

    Posted:

    Tiada habeas corpus dibuat

    Tiada habeas corpus dibuat

    KUALA LUMPUR 3 Mac - Tiada permohonan habeas corpus dibuat dari mula Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan pada 16 Julai 2008 sehingga dibebaskan keesokan harinya kerana pihak polis telah memaklumkan kepada peguam Ketua Pembangkang itu bahawa beliau diperlukan untuk memberi keterangan berhubung dakwaan liwat.

    Menurut peguam, Sankara Nair, pihaknya akan memfailkan permohonan tersebut sekiranya tidak dimaklumkan sedemikian malah tidak akan meninggalkan Anwar di Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kuala Lumpur.

    Habeas corpus merupakan satu permohonan yang sering difailkan oleh seseorang individu yang mendakwa dirinya telah ditahan secara salah.

    Sewaktu disoal balas, Nair menyatakan, berdasarkan pengalaman sebagai seorang pegawai polis dan pernah menganggotai Unit Khas (SB), seseorang individu dianggap sebagai suspek apabila dia diperlukan untuk memberi keterangan.

    Bagaimanapun, ketika disoal oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden adakah Anwar seorang suspek dalam kes liwat itu, peguam terbabit tidak memberikan jawapan yang jelas sebaliknya menyatakan:

    ''Tidak semestinya. Tiada definisi khusus dalam undang-undang mengenai suspek. Itu tanggapan awak.''

    MOHD. YUSOF (MY): Tetapi berdasarkan jawapan awak sebelum ini, Anwar adalah suspek.

    Nair memberi keterangan sewaktu disoal balas oleh Mohd. Yusof pada prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) dalam kes liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

    TWT tersebut diadakan selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan pasukan pembelaan bahawa wujud pertikaian berhubung beberapa barang kes yang dikemukakan dalam kes liwat berkenaan.

    Barang-barang kes tersebut adalah sehelai tuala kecil 'Good Morning', sebatang berus gigi kecil warna putih, satu botol plastik jenama 'Cactus' dan dua helai bulu (termasuk sehelai bulu yang dijumpai oleh ahli kimia, Nor Aidora Saedon pada tuala kecil tersebut).

    Kesemua barang dirampas dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008.

    Dalam TWT, peranan pihak pendakwaan dan pembelaan akan berubah dengan peguam bela akan memulakan sesi soal balas bagi membolehkan mereka membuktikan dakwaan yang dibuat.

    Terdahulu, ketika disoal oleh peguam bela, Karpal Singh, Nair memberitahu, beliau mengekori kenderaan yang membawa Anwar ke IPK selepas anak guamnya itu ditahan di Bukit Segambut di sini, kira-kira 50 meter dari rumah Ketua Pembangkang itu.

    Setibanya di Tingkat 7 bangunan tersebut, mereka dibawa ke satu bilik menyerupai bilik mesyuarat di bahagian D9 itu.

    Beliau kemudian dimaklumkan oleh seorang pegawai kanan polis yang dikenali sebagai Asisten Komisioner (ACP) Razali bahawa Anwar diperlukan bagi memberi keterangan berhubung laporan yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhari.

    Selepas dimaklumkan sedemikian, hanya peguam R. Sivarasa tinggal di bilik berkenaan bagi menemani Anwar sewaktu memberi keterangan bersumpah manakala dia dan beberapa peguam lain meninggalkan IPK.

    Dia bagaimanapun mendakwa tiada alasan atau waran tangkap diberikan kepadanya.

    Pada 16 Julai 2008, kira-kira pukul 1 petang, Anwar ditahan ketika berada di dalam kenderaannya di Bukit Segambut di sini, kira-kira 50 meter dari rumahnya iaitu sejam lebih awal dari tempoh beliau sepatutnya menyerah diri ke IPK Kuala Lumpur.

    Pada pukul 8.35 malam, Anwar yang disoal siasat di Tingkat 7 IPK tersebut telah dibawa oleh polis ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi beliau menolak untuk diambil sampel darahnya dan hanya bersetuju dilakukan pemeriksaan biasa.

    Beliau dibebaskan keesokan harinya dengan jaminan polis kira-kira pukul 9.45 pagi selepas ditahan hampir 21 jam di IPK tersebut.

    Perbicaraan bersambung esok dengan Sivarasa dijangka memberi keterangan dalam prosiding tersebut.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Malaysiakini :: Berita

    Posted: 03 Mar 2011 07:30 PM PST

    Malaysiakini :: Berita


    Liwat II: Anwar kembali ke kandang tertuduh

    Posted: 03 Mar 2011 06:55 PM PST

    [IKUTI LAPORAN LANGSUNG]

    Perbicaraan dalam perbicaraan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Peguam Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah pihak pendakwaan mahu menyoal semula ketua pembangkang itu.

    Hari ini sepatutnya giliran peguam, R Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang memberi keterangan.

    azlanAnwar berkata beliau memang ada menandatangani sebuah dokumen berhubung penahannya di IPK KL taetapi tidak ingat sama ada ia waran tangkap.

    Yusof kemudiannya menunjukkan sesalinan dokumen itu tetapi dibantah oleh peguam Karpal Singh yang berkata salinan asal mesti dikemukakan.

    Katanya Akta Bukti tidak relevan dalam situasi dan pihak pendakwaan mesti mengemukakan salinan asal.

    "Okay, jika awak bantah, saya tarik balik soalan," kata Yusof sambil menambah beliau mempunyai soalan lain.

    Yusof: Awak ingat ada tandatangani beberapa dokumen tetapi tidak tidak ingat?

    Anwar: Saya ingat ada tandatangani tetapi tidak ingat apa yang ditandatangani itu.

    Yusof: Adakah awak bertanya kepada (pegawai penyiasat) Jude (Pereira) mengapa awak di sana?

    Anwar:
    Saya ada tanay mengapa saya diperlukan. Saya berkeras mahu melihat laporan polis terhadap saya (laporan Saiful). Laporan polis itu hanya diberikan beberapa bulan selepas itu.

    Yusof kemudiannya menunjukkan 112 kenyataan asal yang diambil dari Anwar pada 16 dan 17 Julai 2008.

    "Betul, ini keterangan saya tetapi saya mesti pastikan tiada pindaan dibuat selepas pengalaman saya dengan pihak pendakwaan kata anwar.

    Karpal memohon Anwar diberikan masa membaca kenyataan itu dan beliau kemudian mengesahkan kandungan 112 kenyataan berkenaan.

    Karpal kemudiannya meminta Anwar melihat mukasurat 2 kenyataan itu.

    Karpal: (Ini) salinan 112 kenyataan yang diberikan kepada peguam anda?

    Anwar: Ya.

    Karpal: Saya mahu awak rujuk kepada salinan yang diberikan kepada anda. Saya mahu tandakannya. Adakah perbezaan antara salinan yang diberikan kepada anda dengan salinan yang ditunjukkan itu?

    Anwar: Ya, ada tertulis 'sulit' pada yang asal, tetapi salinan saya tidak ditulis 'sulit'.

    Tambah ketua pembangkang itu, perkataan 'sulit' juga tidak terdapat pada setiap mukasurat salinannya. Beliau juga mendapati ada perbezaan di mukasurat 2 antara salinannya dengan yang asal dan berkata seolah-olah mukasurat itu dimasukkan.

    [Berita penuh menyusul]

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kempen BN bertentangan slogan 1Malaysia

    Posted: 03 Mar 2011 06:40 PM PST

    Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau sangat kotor dan bertentangan dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan BN, lapor Harakahdaily.

    Lim yang kesal dengan beberapa perbuatan khianat termasuk penyebaran risalah fitnah berkata, Umno BN harus bertanggungjawab dalam perkara berkenaan.

    NONE"Kempen ini mahu menonjolkan 1Malaysia yang sepatutnya menunjukkan perpaduan dan satu kempen yang bersih.

    "Tapi sangat sedih apabila melihat kempen yang sangat kotor. Ada fitnah, dusta, risalah-risalah dan gambar lucah, tuduhan-tuduhan tidak berasas dan siapa yang bertanggungjawab?

    "Tentulah Barisan Nasional. Tak boleh lari daripada itu," kata beliau pada sidang media di bilik gerakan DAP, pekan Merlimau, petang semalam.

    NONEHadir sama ialah calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Yuhaizad Abdullah.

    Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur juga berkata, Umno harus memberi peluang kepada pengundi-pengundi untuk memilih calon daripada mana-mana parti tanpa menggunakan wang sebagai umpan.

    "Siapa menang siapa kalah terpulang kepada pengundi-pengundi.

    "Berkempenlah secara bersih dan hormati keputusan rakyat. Tak perlu ada insiden-insiden seperti pecah kereta, pentas DAP cuba dibakar.

    merlimau dap stage arson 280211"Ini semua tidak patut berlaku dan semua bertentangan dengan slogan 1Malaysia.

    "Politik wang sangat jelas dan ini bukan satu pertandingan yang sihat dan sangat dikesali," katanya.

    Sementara itu, mengulas mengenai peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya ini, Lim berkata, kalah atau menang bukan keutamaan tetapi yang lebih penting adalah melihat perubahan yang dilakukan pengundi-pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum.

    "Kita tahu tempat ini memang sukar untuk menang, mungkin tak boleh menang tapi apa yang mustahak dapat sambutan pengundi-pengundi di kawasan ini yang menunjukkan sokongan lebih kuat kepada Pakatan Rakyat," katanya.

    NONEUjarnya juga, selepas pilihan raya umum 2008, semakin ramai rakyat yang mahukan politik baru.

    "Sejak tsunami politik tiga tahun dahulu kita lihat ada perubahan bukan sahaja di negeri Melaka tapi di Malaysia dan apa yang berlaku di Mesir,Tunisia dan Timur Tengah, kita lihat perkembangan politik baru dan rakyat mahu menuntut perubahan termasuk di Malaysia," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pahang

    Posted: 03 Mar 2011 07:27 PM PST

    Utusan Online - Pahang


    269 peneroka terima wang ses RM3.367j

    Posted:

    269 peneroka terima wang ses RM3.367j

    269 peneroka terima wang ses RM3.367j

    Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
    utusanpahang@utusan.com.my

    KUALA KRAU 3 Mac – Seramai 269 peneroka Felda Jengka 22 di sini gembira apabila bakal menerima bayaran wang ses iaitu Tabung Tanam Semula sebanyak RM3.367 juta yang diterima mereka Isnin ini.

    Rata-rata peneroka tanah rancangan itu ketika ditemui Utusan Malaysia terharu dengan usaha kerajaan yang menunaikan permintaan mereka tentang bayaran tersebut.

    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Jengka 22, Mat Rejab Saaban berkata, peneroka di sini terharu dengan bayaran tersebut yang telah lama mereka nantikan selama ini.

    Menurutnya, bayaran itu diberikan selepas wang ses yang merupakan potongan cukai yang dikutip oleh Risda bagi tujuan penebangan pokok getah untuk tujuan tanam semula yang berjumlah RM18,000.

    Katanya, peneroka terbabit bersetuju menukar tanaman asal daripada getah kepada kelapa sawit yang mula ditanam pada 2004 dan kini usia pokok sawit sudah menjangkau tujuh tahun.

    "Peneroka yang menanam sendiri di kebun memperolehi bayaran penuh tunai RM18,000, manakala yang melalui Felda kos itu digunakan untuk membiayai tanaman semula sawit," katanya di sini hari ini.

    Seorang peneroka, Mahadi Anang, 58, berkata, pembayaran wang itu melegakan hatinya bersama peneroka lain kerana ia boleh digunakan untuk tujuan tertentu.

    "Saya lega kerana wang itu dapat digunakan untuk membesarkan rumah dan menabung dalam Koperasi Permodalan Felda," katanya.

    Bagi rakannya, Mohd. Nor Jantan, 57, menyifatkan kerajaan dan Felda memahami perasaan dan keperluan rakyat yang memerlukan wang tunai bagi pelbagai tujuan keluarga.

    Katanya, walaupun wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi Bayaran Kembali (BK) tetapi tidak menjadi masalah kerana proses pemotongan hutang hanya dilakukan pada 2015.

    Bagi Mohd. Sihat Rashid, 62, wang tersebut akan digunakan membeli komputer riba untuk kegunaan keluarga dan selebihnya disimpan untuk digunakan pada masa depan.

    Seorang peneroka, Ramli Tambi, 56, berharap masyarakat Felda di tanah rancangan itu bersyukur dengan usaha kerajaan menunaikan permintaan mereka walaupun membabitkan peruntukan jutaan ringgit.

    Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Peneroka Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak memuji kepemimpinan JKKR Felda Jengka 22 kerana menyampaikan masalah mereka terus kepada Felda.

    Katanya, langkah yang dilakukan golongan itu adalah tepat kerana tidak menyuarakan masalah tersebut kepada pihak luar khususnya pembangkang yang sengaja memainkan isu terbabit tanpa membantu mereka menyelesaikannya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Keistimewaan Gunung Senyum jadi tarikan

    Posted:

    Keistimewaan Gunung Senyum jadi tarikan

    Keistimewaan Gunung Senyum jadi tarikan


    KEADAAN Gua Makam Tok Long di Gunung Senyum merupakan antara daya tarikan dalam program Inap Desa Felda Jengka 25.


    KUALA KRAU 3 Mac - Masyarakat peneroka Felda Jengka 25 di sini yang terlibat dalam program inap desa berbangga kerana dapat bersama kerajaan mempromosikan produk pelancongan kepada pelancong tempatan dan asing.

    Mereka menyifatkan langkah mengadakan program itu ternyata berbaloi kerana memberi pendapatan tambahan selain memperkenalkan kehidupan masyarakat peneroka kepada pelancong.

    Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Jengka 25, Rosli Yahya, 56, berbangga kerana berjaya mengusahakan program tersebut, sekali gus menaikkan nama kawasan tersebut di negara ini.

    Jelasnya, antara pakej pelancongan disediakan seperti harmoni, dari kota ke desa, kembara, kursus dan santai yang menawarkan harga minimum termasuk penginapan serta makan minum.

    "Pelancong sama ada tempatan dan asing dibawa melawat tempat bersejarah di Gunung Senyum seperti Gua Terang Bulan, Makam Tok Long dan Gua Angin dengan melalui jalan ladang Jengka 25.

    "Persembahan tradisional turut disediakan seperti istiadat perkahwinan orang Melayu, marhaban, kompang, silat, sepak raga bulatan, gendang Kedah dan sukan rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

    Bagi pelancong dari Jepun, Yuta Kumura, 17, peluang tinggal bersama keluarga Melayu di situ sangat berguna kerana dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan baru tentang kehidupan masyarakat itu.

    Perkara itu disokong oleh rakannya, Mio IKeda, 16, dengan menyifatkan keluarga Melayu di negara ini sangat peramah dan menghormati tetamu seperti masyarakat Jepun.

    "Walaupun menghadapi masalah komunikasi tetapi melalui bahasa isyarat, ia lebih mudah kerana masing-masing saling hormat menghormati," katanya.

    Rakannya, Saki Nakamishu, 17, berharap akan datang semula ke situ kerana terpikat dengan budaya dan keindahan panorama di tanah rancangan tersebut.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Galakkan kreativiti, inovasi pelajar di kawasan luar bandar

    Posted:

    Galakkan kreativiti, inovasi pelajar di kawasan luar bandar

    Galakkan kreativiti, inovasi pelajar di kawasan luar bandar


    Maximus Johnity Ongkili bersalaman dengan murid-murid sambil diperhatikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah di Sekolah Kebangsaan Paya Taram, Kerdau, semalam.


    TEMERLOH 3 Mac - Kerajaan akan memperluaskan program SIRIM Pintar-Learning iaitu pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ke sekolah-sekolah kawasan luar bandar.

    Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, ia dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar dan masyarakat akar umbi.

    Katanya, maklum balas positif daripada pihak sekolah mendapati program itu berkesan kerana membantu pembelajaran.

    "Sejak diperkenalkan di Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit, Lubok Antu, Sarawak pada 2009, 32 sekolah lain di Sabah, Sarawak, Kelantan, Selangor, Johor dan Melaka menerima manfaat daripada program berkenaan.

    "Mengikut laporan awal di 33 sekolah berkenaan, pelajar semakin berminat belajar melalui kaedah ini dan lebih gemar mengambil bahagian dalam pembelajaran yang berbentuk interaktif," katanya.

    Beliau berucap pada majlis penyerahan SIRIM Pintar Learning dan SIRIM Robokit kepada sekolah-sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini hari ini.

    Menurut Maximus, tiga sekolah di DUN tersebut iaitu Sekolah Kebangsaan Paya Taram, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Kerdau dan SJK Tamil Ladang Bee adalah sekolah terawal di negeri ini menyertai program berkenaan.

    Tambahnya, program pembelajaran pintar bernilai RM35,000 yang dimajukan oleh SIRIM Berhad itu merangkumi penggunaan papan putih interaktif, perisian dan projektor.

    Tiga lagi sekolah, Sekolah Kebangsaan Pulau Pasir Mandi, Telok Sentang dan Paya Arau menerima program robokit yang membantu pelajar mempelajari sistem kawalan bersepadu serta asas pengaturcaraan komputer.

    Maximus berkata, kementerian menerima banyak permohonan daripada pihak sekolah di seluruh negara bagi program tersebut, namun ia masih dikategorikan sebagai projek di peringkat perintis.

    "Apabila kajian terperinci selesai, kita akan berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk memperluas penggunaan program ini," katanya.

    Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha memberikan akses terhadap teknologi terkini khususnya dalam bidang pendidikan kepada rakyat.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Rencana

    Posted: 03 Mar 2011 03:17 PM PST

    Utusan Online - Rencana


    Ihsan Pahang untuk Selangor

    Posted:

    Ihsan Pahang untuk Selangor

    Ihsan Pahang untuk Selangor

    Oleh YUSRI SAHAT
    utusanktn@gmail.com

    BENARKAH Kerajaan Pahang begitu ghairah untuk melihat Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) dilaksanakan sehingga meminggirkan kebajikan rakyat dan pemeliharaan alam sekitar?

    Meskipun jawapannya adalah tidak, namun itulah gambaran yang cuba diberikan oleh pembangkang kononnya kerajaan negeri terlalu ghairah dengan projek tersebut demi mendapat pulangan kewangan yang menguntungkan.

    Pembangkang dengan lantang mendakwa soal penempatan semula dan pampasan penduduk tidak dihiraukan oleh kerajaan negeri. Begitu juga dalam soal pemeliharaan alam sekitar apabila kerajaan negeri dikatakan tidak memikirkan bencana yang bakal menimpa rakyat ekoran projek mega tersebut.

    Bagi menjawab tohmahan tersebut, perlu difahami bahawa PPAMPS merupakan projek Kerajaan Persekutuan bernilai hampir RM4 juta yang dibiayai menerusi pinjaman mudah daripada Kerajaan Jepun. Projek itu dicetuskan sebagai jawapan kepada krisis air yang bakal dihadapi oleh kira-kira tujuh juta penduduk Selangor dan Lembah Klang selepas tahun 2010.

    Sejak hari pertama projek mega itu dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan, Pahang sentiasa mengambil sikap positif bagi memastikan ia berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

    PPAMPS merupakan projek nasional yang harus disokong demi memastikan penduduk Selangor dan Lembah Klang tidak akan keputusan bekalan apabila seluruh kemudahan bekalan air yang ada di negeri itu tidak lagi berupaya membekalkan air dirawat yang mencukupi selepas tahun 2010.

    Jika dilihat dari segi pulangan kewangan kepada Kerajaan Pahang, ia sebenarnya tidaklah seberapa. Dengan kadar hanya 10 sen semeter padu dan jumlah keseluruhannya sebanyak 1.8 juta meter padu sehari yang disalurkan ke Selangor, pulangannya hanya RM69 juta.

    Apalah sangat nilai RM69 juta, sedangkan kutipan daripada pembekalan air dirawat di Pahang selama ini pun adalah sebanyak kira-kira RM90 juta setahun.

    Apatah lagi dengan jumlah kewangan yang kecil itu hendak digunakan untuk menukar keseluruhan 12,393 kilometer batang paip dan menaiktaraf 82 loji yang kini hampir sama usianya dengan kemerdekaan negara, yang memerlukan lebih RM1 bilion untuk dibaikpulih.

    Jika soal alam sekitar dijadikan isu, dalam proses rundingan tersebut, Kerajaan Pahang jenuh mengingatkan mengenainya. Oleh sebab itulah juga, beberapa pindaan kepada cadangan asal diambil kira termasuk yang utama iaitu mengurangkan cadangan pembinaan empangan daripada dua buah kepada sebuah sahaja.

    Jika tidak, bukan sahaja penduduk di Lembah Klau, Raub, malah penduduk daerah lain juga akan membuat bantahan sama apabila sebuah lagi empangan yang kira-kira sama reka bentuknya seperti yang dicadangkan di Lembah Klau, dibina di kawasan tersebut.

    Begitu juga dengan tahap ketinggian Empangan Lembah Klau itu pada asalnya dianggap terlalu tinggi. Berikutan itu, kerajaan negeri menawarkan cadangan supaya ia dikurangkan seterusnya dipersetujui Kerajaan Persekutuan.

    Pastinya, Kerajaan Pahang amat layak untuk menyuarakan apa juga pandangan dan cadangan demi menjaga keperluan menjaga alam sekitar. Ini kerana, Pahang mewartakan seluas 270,000 hektar hutan sebagai kawasan tadahan air yang sepatutnya tidak boleh diusik sama sekali dengan apa juga projek pembangunan. Keluasan kawasan tadahan itu dianggarkan lebih dua kali ganda daripada keluasan negeri Pulau Pinang.

    Dalam soal pampasan, Kerajaan Pahang memberi penekanan kepada aspek kesaksamaan kepada penduduk yang terbabit dalam PPAMPS. Apabila aspek itu dipertikaikan sehingga ada pihak membawa kes tersebut ke mahkamah, ia sebenarnya memberi natijah yang lebih baik kepada kerajaan negeri dan penduduk dalam usaha menyelesaikan kes berkenaan.

    Apabila parti pembangkang mengambil kesempatan politik daripada episod PPAMPS itu, memang ada baiknya projek berkenaan dikaji semula.

    PPAMPS sebenarnya dilihat oleh penduduk Pahang tidak lebih sebagai satu projek ihsan kerajaan negeri Pahang kepada Selangor dan Lembah Klang. Ia bersandarkan sikap mengambil berat terhadap penduduk Selangor dan Lembah Klang yang dikatakan akan mula mengalami krisis air selepas tahun 2010.

    Keseluruhan air mentah sebanyak 1.8 juta meter padu sehari itu akan sepenuhnya disalurkan ke kawasan terbabit. Penduduk Pahang tidak akan mengambil setitik air daripada projek tersebut.

    Jika menghadapi masalah berkaitan air sekalipun, ia bukan soal kekurangan bekalan tetapi lebih kepada aspek sistem pembekalan dan penyampaiannya.

    Dengan begitu banyak lembangan sungai yang ada di Pahang terutama Sungai Pahang, Sungai Rompin dan Sungai Kuantan yang saban hari mengalirkan hingga 12.6 juta meter padu air mentah ke Laut China Selatan, ia lebih daripada mencukupi untuk menampung keperluan penduduk negeri ini sehingga tahun 2050 yang sebanyak 1.8 juta meter padu sehari ketika itu.

    Apa yang diperlukan cuma untuk meningkatkan mutu sistem pembekalan seperti keperluan menaiktaraf atau membina loji baru, selain menggantikan paip-paip lama yang usang yang kerap kali menyebabkan sistem penghantaran tergendala kepada penduduk.

    Justeru, Selangor sewajarnya berterima kasih kepada Pahang yang bersedia membekalkan air kepada penduduk negeri tersebut. Soal ideologi politik diketepikan sementara demi memastikan kesinambungan hidup penduduk di negeri berkenaan.

    Jika Kerajaan Selangor 'bosan' untuk berurusan dengan Kerajaan Persekutuan dan Pahang, sewajarnya kerajaan negeri berkenaan memikirkan semula pelaksanaan PPAMPS.

    Mungkin lebih elok Kerajaan Selangor berunding dengan Kelantan untuk mendapatkan bekalan air yang amat mereka perlukan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Syukur nikmat, bukan riak

    Posted:

    Syukur nikmat, bukan riak

    Syukur nikmat, bukan riak

    Oleh Aziz Jamaludin Mhd. Tahir

    TERDAPAT sebuah anekdot menarik bagaimana dua pihak saling berbeza pandangan mengenai sebuah gelas yang berisikan hanya separuh air. Bagi mereka yang berfikiran positif, perspektif yang dilihatnya ialah separuh berisi dan berusaha untuk mengisi separuh lagi airnya penuh.

    Bagi pihak satu lagi, ia berfikir berasaskan ruang yang kosong, maka kekosongan terus dipersalahkan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

    Walau bagaimanapun, pihak kedua tidak mengambil peluang untuk berfikir bagi memenuhi kekosongan tersebut. Mereka hanya berusaha untuk mengurangkan air yang berada dalam gelas sehingga semuanya menjadi kosong. Anekdot tersebut amat relevan apabila kita menilai kembali apa yang telah dan sedang berlaku dalam masyarakat, terutamanya apabila berhadapan dengan perebutan kuasa politik.

    Sejak manusia mencipta ruang politik sebagai kaedah mendapatkan kuasa secara sah dan mencuba kaedah demokrasi sebagai perantaranya menjadikan persekitaran semakin bertaburan dengan riak. Pihak yang memandang gelas separuh kosong sentiasa mempersoalkan orang yang telah memenuhkan air separuh gelas.

    Dalam pandangan itu tersasul pula pelbagai teori. Pihak yang mengisi air hingga ke separuh gelas tidak akan memenuhkan gelas tersebut, kerana air akan digunakan untuk kepentingan diri, keluarga, sahabat dan kroni. Tapi, apa yang lebih ketara ialah mereka membuat teori itulah sebenarnya lebih banyak menggunakan air yang berada dalam separuh gelas itu untuk kepentingan diri, keluarga, sahabat dan kroni.

    Ragam berebut air yang separuh gelas itu oleh pihak yang memandang gelas separuh kosong adalah simbol kepada sikap melampau. Tindakan tersebut dianggap melampau ialah kerana tidak menghargai apa yang dilakukan oleh orang lain yang bertungkus lumus mengisi air sehingga mampu sampai ke separuh gelas.

    Orang tidak menghargai jasa dan keringat orang lain itulah sebenarnya adalah termasuk dalam golongan yang tidak tahu dan mahu bersyukur. Mereka adalah golongan yang riak dan takbur.

    Sikap riak dan takbur merupakan perilaku yang amat dibenci oleh Allah SWT. Salah satu prinsip asas Islam ialah mensyukuri nikmat yang dikurniakan-Nya. Nikmat itu memang banyak, dengan menyedari akan kekurangan diri manusia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi kekurangan.

    Dalam percubaan mendapatkan keselesaan, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang telah ada. Dari keadaan itulah maka kita akan berfikir secara positif sebagaimana difikirkan oleh mereka yang telah cuba mengisi air ke dalam gelas tersebut.

    Atas kesyukuran itulah maka seseorang akan memperoleh ganjaran psikologi dan ketenteraman hati. Mereka akan dapat menjalani kehidupan yang aman, sejahtera dan tidak diselubungi dengan rasa takut akan kehilangan sesuatu kerana dia yakin bahawa Allah SWT sentiasa bermurah hati memberikan pertolongan.

    Mereka yang tidak bersyukur akan terus menghadapi suasana resah dan bimbang. Ia akan bimbang dengan air separuh penuh tidak akan dinikmatinya maka dari situlah mereka memulakan propaganda dengan pelbagai fitnah.

    Air yang diisi dituduh tidak bersih. Air yang separuh itu bukan datangnya dari sumber yang sah dan halal. Maka di situlah bermulanya polimik, sedangkan yang membuat tuduhan itu tidak pernah mampu menghasilkan sesuatu yang memberikan faedah dan ketenangan kepada orang lain.

    Sebagai seorang yang beriman dan menyedari tanggungjawab membantu manusia lain, apa yang dapat dilakukan dalam pemenuhan tanggungjawab itu adalah sesuatu yang amat besar ertinya. Hasil yang diperoleh, walaupun sedikit akan menjadi sesuatu yang membanggakan kerana mereka sedar dan insaf, masih ada jalan untuk melakukan kebaikan untuk manusia yang lain.

    Ini tidak berlaku kepada mereka yang hanya tahu bercakap tetapi tidak banyak melaksanakan tindakan yang boleh menghasilkan impak kepada orang lain. Mereka hanyalah sekadar fasih berkata-kata, bijak mengatur slogan dan membina retorik pemikiran yang jauh dari realiti. Mereka sebenarnya telah mereka-rekakan sesuatu sehingga membawa kepada kefasikan, pembohongan dan kesombongan diri, semakin menjauhkan diri dari mendapat keredaan Allah SWT.

    Menyelusuri sejarah kesungguhan kerajaan membangunkan infrastruktur, menyusun kaedah pendidikan, merangka rencana menghasilkan lebih banyak sumber kekayaan melalui potensi sumber asli, mengeluarkan hasil bumi dan menggerakkan rangkaian jual-beli adalah satu tanggungjawab yang besar.

    Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Negara

    Posted: 03 Mar 2011 01:40 PM PST

    Kosmo Online - Negara


    Guru sandaran boleh kerja semula

    Posted:

    Guru sandaran boleh kerja semula

    Guru sandaran boleh kerja semula


    Guru-guru sandaran yang ditamatkan perkhidmatan tahun lalu pasti gembira apabila kerajaan menarik balik notis itu kelmarin. - Gambar hiasan


    TONGOD (Sabah) – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) mengumumkan berita gembira buat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian pada tahun lepas bahawa notis itu ditarik balik.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan.

    Serentak itu, beliau mengingatkan GSTT supaya bersedia berkhidmat di mana sahaja mereka dihantar bertugas kerana mereka tidak semestinya dihantar bertugas semula di sekolah asal.

    "Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai," katanya.

    Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di sini semalam.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sembang Santai Alam Flora tawar hadiah wang tunai RM30,000

    Posted:

    Sembang Santai Alam Flora tawar hadiah wang tunai RM30,000

    Sembang Santai Alam Flora tawar hadiah wang tunai RM30,000

    Oleh JUNHAIRI ALYASA
    junhairi.alyasa@kosmo.com.my


    Mohd. zain


    KUALA LUMPUR – Anda berhasrat untuk memenangi wang tunai RM30,000? Apa kata jika anda menyertai pertandingan Sembang Santai anjuran bersama Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) dan akhbar Kosmo! bermula minggu depan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan berkata, pertandingan tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat supaya mencintai alam sekitar.

    "Kita juga ingin mendedahkan kepada masyarakat mengenai cara-cara pengendalian sisa pepejal yang betul dan dalam masa sama memperkenalkan Alam Flora sebagai sebuah organisasi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pengurusan sisa pepejal," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

    Jelas beliau, orang ramai boleh menyertai pertandingan tersebut dengan mengikuti artikel peraduan yang disiarkan melalui Kosmo! dan menjawab soalan yang disediakan selain mencipta slogan dan dialog kreatif.

    "Kesemua artikel yang disiarkan berkisar mengenai cara pengurusan sisa pepejal mesra alam dan perkhidmatan Alam Flora yang menyeluruh," ujar beliau.

    Mohd. Zain memberitahu, borang penyertaan perlu dihantar bersama dengan tujuh keping kepala akhbar Kosmo! yang boleh didapati pada mana-mana tarikh sepanjang tempoh peraduan berlangsung.

    Pusingan pertama peraduan itu akan bermula pada 7 Mac hingga 17 April sementara pusingan kedua bermula pada 18 April hingga 29 Mei.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Buat apa pakai silikon - Fazura

    Posted:

    Buat apa pakai silikon - Fazura

    Buat apa pakai silikon - Fazura


    FAZURA menafikan fitnah yang dilemparkan terhadapnya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fazura menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia telah menjalani pembedahan untuk membesarkan payu dara.

    "Ia cerita bodoh tidak masuk akal," katanya ketika ditanya mengenai perkara itu pada sidang akhbar pelancaran pewangi Herve Leger keluaran produk kecantikan Avon di sini semalam.

    Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifudin, 27, dituduh melakukan pembedahan tersebut oleh sebuah laman portal hiburan, Ohbulan.com.

    Portal tersebut mendakwa, silikon di dalam payu dara pelakon itu pecah menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan di Hospital Serdang dekat sini pada 1 Mac lalu.

    Fazura yang kini menunggu kelulusan visa untuk ke Mekah bagi menjalani penggambaran drama Tahajud Cinta menegaskan, fitnah itu cukup mengaibkan namun dia memaafkan orang yang telah memfitnahnya.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Kota

    Posted: 03 Mar 2011 11:26 AM PST

    Utusan Online - Kota


    Naik taraf belum sempurna

    Posted:

    Naik taraf belum sempurna

    Naik taraf belum sempurna

    Oleh Roslah Othman
    kota@utusan.com.my


    Yew Teong Look (duduk tengah) dan penduduk meneliti lakaran Jalan Genting Klang semasa mengadakan lawatan dan perbincangan mengenai beberapa tambahan kemudahan yang diperlukan di jalan tersebut.


    KUALA LUMPUR 3 Mac. - Kesesakan di Jalan Genting Klang, Setapak yang sebelum ini menimbulkan banyak rungutan kepada penduduk dari taman berhampiran dan pengguna kenderaan dilihat semakin berkurangan selepas kerja-kerja menaik taraf melibatkan pelebaran jalan, pembinaan jejantas dan pemasangan lampu isyarat di persimpangan masuk Jalan P. Ramlee selesai sejak dua bulan lalu.

    Bagaimanapun, penghuni rumah di sekitar kawasan itu yang menggunakan jalan berkenaan setiap hari beranggapan masih ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

    Ini termasuklah mempertimbangkan cadangan memasang dua lampu isyarat lagi, melibatkan persimpangan masuk ke kawasan perumahan Taman Danau Kota di Jalan 3/23D dan Jalan Ayer Jerneh.

    Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look berkata, kewajaran lampu isyarat di kedua-dua persimpangan itu dipasang bukan sahaja kerana untuk keselamatan pengguna jalan berkenaan dan keselesaan penduduk, tetapi juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang masih berlaku di situ.

    Menurutnya, sebelum ini penduduk yang datang dari arah Jalan Genting Klang ke Kuala Lumpur, terpaksa membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat Jalan P. Ramlee yang jaraknya kira-kira 1.3 kilometer untuk sampai ke rumah mereka di Jalan 3/23 D.

    Ketika itu, katanya, laluan dari Jalan Pahang hanya untuk belok ke kiri sahaja untuk masuk ke kawasan perumahan yang mempunyai kira-kira 10,000 unit rumah.

    "Lampu isyarat di persimpangan Jalan P. Ramlee yang disediakan tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang terlalu banyak setiap hari.

    "Keadaan ini menyebabkan mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama kira-kira 20 hingga 30 minit untuk sampai ke rumah yang tidak jauh dari situ," katanya ketika hadir meninjau ke lokasi terlibat baru-baru ini.

    Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Awam, DBKL, Ir. Mak See.

    Selain mencadangkan pemasangan dua lampu isyarat di persimpangan masuk di Jalan 3/23D dan Jalan Ayer Jerneh, DBKL turut diminta agar mempertimbangkan cadangan memasang pagar dan kerja-kerja melebarkan jalan di bawah jejantas Jalan Genting Klang.

    Selain itu DBKL juga diminta membuat garisan kuning bagi menentukan petak letak kereta di hadapan bangunan kedai.

    "Saya berharap DBKL dapat mempertimbangkan perkara ini bagi memastikan keselesaan penduduk dan pengguna kenderaan di kawasan ini," ujarnya.

    Sementara itu beberapa peniaga yang ditemui menaruh harapan agar cadangan itu dipertimbangkan pihak berkuasa tempatan demi memastikan kelancaran urusan harian mereka.

    Chia Kong Chun, 55, turut melahirkan kesulitan kerana terpaksa membuat pusingan U di Jalan Air Jerneh untuk ke kedainya.

    "Saya tidak menafikan lampu isyarat dapat membantu mengurangkan masalah ini. Bagaimanapun penyelesaian itu mungkin hanya berkesan dalam jangka masa pendek memandangkan jumlah kenderaan akan semakin bertambah seiring kepadatan penduduk di kawasan ini yang semakin meningkat," katanya.

    Seorang peniaga, SC Low, 57, pula berkata, kesesakan lalu lintas di Jalan Genting Klang semakin berkurangan sejak kerja-kerja menaik taraf jalan itu diselesaikan.

    Dia yang mengusahakan sebuah restoran berdekatan jalan itu sejak lebih 20 tahun lalu bagaimanapun kesal dengan tindakan DBKL yang mengenakan kompaun terhadap kenderaan yang diletakkan di situ, sekali gus menjejaskan perniagaannya.

    "Keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya DBKL menyediakan petak kuning bagi membolehkan pelanggan meletakkan kenderaan mereka dengan selamat," ujarnya.

    Seorang peniaga lain, Lim Sin Sang, 63, berkata, keengganan orang ramai menggunakan jejantas disediakan juga merupakan antara penyumbang kesesakan lalu lintas di situ.

    Dia yang menjalankan perniagaan peralatan besi sejak hampir 20 tahun itu juga tidak menafikan sikap pemandu teksi dan bas yang menunggu dan mengambil penumpang di jejantas berhampiran turut mengundangkan kesesakan.

    "Sekurang-kurangnya pemasangan pagar dan pelebaran jalan di kawasan terlibat dapat mengurangkan sedikit kesesakan di sini," ujarnya.

    Melalui perbincangan yang diadakan selama hampir dua jam, wakil DBKL secara ringkas memutuskan bersetuju mempertimbangkan dua cadangan yang dikemukakan melibatkan pemasangan pagar dan pelebaran jalan berhampiran jejantas serta pemasangan garisan kuning bagi petak letak kereta berhampiran kedai.

    Bagaimanapun, cadangan melibatkan pemasangan dua lampu isyarat di persimpangan Jalan 3/23D dan Jalan Ayer Jerneh masih belum dapat diputuskan dan memerlukan kajian terperinci.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pampasan terbaik flat PKNS Jalan Jelatek

    Posted:

    Pampasan terbaik flat PKNS Jalan Jelatek

    Pampasan terbaik flat PKNS Jalan Jelatek

    KUALA LUMPUR 3 Mac - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetap mempertahankan nilai pampasan yang ditawarkan kepada pemilik unit rumah pangsa PKNS, Jalan Jelatek dekat sini adalah yang terbaik.

    Menurut PKNS, nilai pampasan yang ditawarkan olehnya kepada pemilik, iaitu sebanyak RM250,000 hingga RM500,000, adalah melebihi tiga kali ganda lebih tinggi daripada nilai yang dibuat oleh jurunilai bertauliah dan kerajaan.

    PKNS, dalam kenyataan akhbarnya di sini hari ini berkata, daripada jumlah keseluruhan pemilik rumah dan kedai iaitu 69 orang, sebanyak 54 pemilik atau 78 peratus telah bersetuju menerima tawaran pampasan oleh PKNS dan telah berjaya meningkatkan taraf hidup mereka.

    "Ada di antara mereka telah membeli rumah yang lebih selesa dan di kawasan lebih tenang untuk mereka menjalani kehidupan di usia emas," ujar PKNS dalam kenyataan itu.

    Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas PKNS terhadap laporan 'Kami sanggup tinggal di flat buruk' yang disiarkan akhbar ini pada 26 Februari lalu.

    Baki penduduk yang masih menghuni flat tersebut mendesak diberikan pampasan sebanyak RM500,000 untuk seunit rumah dan RM1 juta bagi seunit kedai.

    PKNS juga memberitahu, berdasarkan rekodnya, jumlah sebenar pemilik unit di flat itu ialah 15 orang dan bukan 17 orang seperti yang dikatakan oleh wakil penduduk yang masih enggan berpindah dari situ.

    Kenyataan akhbar PKNS itu turut memaklumkan, projek pembangunan semula kawasan itu telah dirancang lebih 10 tahun lalu dan mendapat maklum balas positif dan sememangnya dinantikan oleh penduduk yang inginkan pembaharuan.

    Mengenai dakwaan wakil penduduk yang enggan berpindah bahawa PKNS tidak menyerahkan hak milik strata rumah, PKNS berkata: "Berikutan mendapat persetujuan majoriti penduduk, PKNS telah menangguhkan penyempurnaan pemilikan strata bagi memastikan pembangunan semula dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan teratur.

    "Bagaimanapun, hak-hak pemilik unit masih terpelihara seperti yang termaktub dalam perjanjian jual beli."

    Menyentuh mengenai dakwaan kawasan persekitaran di situ kotor, PKNS menjelaskan ia kini menjadi tanggungjawab penduduk sendiri memandangkan mereka sudah tidak membayar sebarang caj perkhidmatan kepada PKNS.

    "Dalam hal ini, PKNS memahami permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dan sehubungan itu PKNS berusaha memastikan projek pembangunan semula ini dapat berjalan lancar dan teratur tanpa meminggirkan kebajikan penduduk.

    "PKNS juga tiada sebarang halangan sekiranya pemilik petak berhasrat untuk menyertai projek pembangunan tersebut dan membeli unit-unit yang akan dibangunkan nanti," ujar kenyataan itu lagi.

    PKNS berhasrat untuk membangunkan kawasan itu dengan projek mega Datum Jelatek bernilai RM1.2 bilion.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kembali kepada dua hala

    Posted:

    Kembali kepada dua hala

    Kembali kepada dua hala

    Oleh NUR NAZLINA NADZARI
    kota@utusan.com.my


    Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua dari kiri) dan M. Saravanan (kiri) bersama penerima lesen perniagaan di Little India pada majlis di Brickfields, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


    KUALA LUMPUR 3 Mac – Beberapa batang jalan di kawasan Little India, Brickfields akan kembali menjadi jalan dua hala bermula 1 April depan.

    Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, perubahan itu dibuat atas permintaan rakyat di kawasan itu.

    Beliau menjelaskan, pihaknya akan meneliti penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan jalan dua hala itu yang akan dicuba dalam tempoh dua bulan bagi melihat keberkesanan terhadap aliran trafik.

    "Semua papan tanda dua hala akan diletakkan semula apabila tiba masa perubahan ini dilaksanakan nanti.

    "Kami akan melihatkan keberkesanan (perubahan) jalan ini dan jika tidak baik maka akan kembali kepada jalan sehala seperti sekarang," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat tawaran lesen kepada 38 peniaga di Little India, di Kompleks Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Brickfields di sini baru-baru ini.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan dan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup.

    Kata, Raja Nong Chik, jalan yang terlibat adalah bermula dari Jalan Rozario, memasuki Jalan Sultan Abdul Samad dan berakhir sebelum simpang ke Jalan Tun Sambanthan 4.

    Difahamkan, satu jalan belakang yang berada sebelum simpang ke Jalan Tun Sambanthan 4 akan dinaik taraf untuk dijadikan jalan dua hala, yang akan dihubungkan ke Jalan Thambipillay.

    Sementara itu, katanya, beliau telah mengarahkan DBKL supaya tidak menyaman kereta yang diletakkan di tepi jalan di kawasan itu.

    "Saya faham masalah kekurangan tempat letak kereta yang dihadapi orang ramai di kawasan ini. Ini adalah kerana kawasan letak kereta belum disiapkan lagi.

    "Buat masa ini, meletak kereta di tepi jalan dibenarkan. Cuma saya tidak benarkan kalau diletakkan bertindih, dan mereka ini boleh disaman," jelasnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Blog List