gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Urban

Posted: 09 Mar 2011 01:11 PM PST

Kosmo Online - Urban


Lorong gelap bertukar warna-warni

Posted:

Lorong gelap bertukar warna-warni

Lorong gelap bertukar warna-warni

Oleh BASIR ABU BAKAR



PASAR Seni atau Central Market melalui satu lagi fasa perubahan dalam usaha memastikan ia terus menjadi destinasi persinggahan pelancong dari dalam dan luar negara.

Suatu ketika dahulu Lorong Kasturi di Pasar Seni sangat sinonim dengan tempat remaja melepak, penagih dadah dan pekerja asing tanpa izin berpeleseran. Malah, lorong itu juga sering menjadi lokasi tumpuan peniaga haram yang menjadi punca sampah sarap bersepah sehingga menyebabkan bau busuk di kawasan sekitarnya.

Namun, sejak 19 Februari lalu lorong 'hitam' itu kini mengalami perubahan drastik apabila diberikan sentuhan penuh warna-warni, indah dan bersih.

Mercu tanda Wau Bulan

Dengan nama barunya iaitu Kasturi Walk, laluan pejalan kaki sepanjang 112 meter yang terletak di celah antara bangunan Pasar Seni dan blok bangunan kedai dua tingkat itu lengkap dengan laluan berbumbung unik bertemakan Wau Bulan. Ia menjadi mercu tanda baru yang boleh dibanggakan.

Wau bulan setinggi sembilan meter itu dibina daripada besi yang bersalut timah sebagai simbol budaya masyarakat negara ini selain pada masa yang sama menjadi tema kewujudan Pasar Seni ketika ini.

Berbeza daripada Jalan Petaling dan Jalan Masjid India, laluan yang mempunyai 55 buah kios itu dibina daripada kayu dan berbumbungkan atap rumbia sekali gus membawa pengunjung yang datang ke lorong itu untuk mengimbau suasana perkampungan di tengah-tengah hutan batu di kota metropolitan.

Pengurus Pengiklanan dan Promosi Central Market Sdn. Bhd., Mak Soon Peng berkata, idea untuk memberikan imej baru untuk lorong itu bermula daripada aspirasi Pengarah Urusan Central Market, Bernard Bong yang mahu menjadikan Pasar Seni bertaraf antarabangsa.

"Kasturi Walk dibangunkan oleh Central Market Sdn. Bhd. anak syarikat dari Kumpulan Kha Seng. Ia direka menyerupai rumah Melayu tradisi turut menjual barang kraf tangan, kesenian, pakaian, alat permainan dan makanan serta minuman.


ORANG ramai kini tidak perlu lagi bimbang saat melalui Kasturi Walk kerana ia telah diberikan imej baru oleh pihak pengurusan Pasar Seni.


"Tetapi perniagaan yang dibenar dijalankan di Kasturi Walk kebanyakannya mesti unik, tradisi dan autentik. Antaranya perniagaan kuih tradisi yang menyediakan kuih akok sebagai menu utama. Selain itu, perniagaan labu sayung moden yang digubah menjadi lampu meja juga menjadi satu tarikan," katanya ketika ditemui di Pasar Seni.

Jelasnya, pihak syarikat melaburkan sebanyak RM8 juta untuk menaik taraf Kasturi Walk dengan menyediakan laluan berbumbung, laluan pejalan kaki yang selesa dan menyediakan kawasan persekitaran yang selamat.

Untuk menjaga keselamatan di sekitar kawasan Kasturi Walk pihak Central Market menyediakan 30 buah litar tertutup di kawasan Kasturi Walk daripada sejumlah 200 buah yang terdapat di Pasar Seni. Tidak ketinggalan beberapa pengawal keselamatan beruniform dan tidak beruniform juga akan bertugas menjaga keselamatan.

Dengan usaha itu pihak pengurusan percaya ia berjaya mengurangkan kes jenayah di sekitar kawasan Pasar Seni ke tahap paling minimum sekali gus, meningkatkan lagi keyakinan orang ramai untuk berkunjung ke Kasturi Walk dan Pasar Seni.

Kata Soon Peng, dengan pembinaan Kasturi Walk ia menjadi pelengkap kepada salah satu daya penarik di Pasar Seni dan menambahkan lagi keunikan landskap di kawasan sekitar sebagai usaha memulihkan imej serta menaikkan nama Pasar Seni setaraf dengan lokasi pelancongan antarabangsa seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dari segi rekaan, Soon Peng berkata, ia adalah idea beberapa arkitek dan pereka serta tidak lupa Bernard yang tampil memberi idea dengan konsep tersebut.

Mengindahkan Kasturi Walk

"Sebelum itu bagi merealisasi pembinaan Kasturi Walk beberapa pertemuan dilakukan bersama pihak pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membangunkan Lorong Kasturi kerana ia bukan milik syarikat kami.


PASAR Seni cukup dikenali kerana menjadi tumpuan pelukis-pelukis berbakat yang menjual hasil karya pada harga berpatutan.


"Ketika proses pembangunan dilakukan selepas dipersetujui DBKL beberapa tentangan diterima pihak syarikat daripada pemilik kedai yang berniaga di lorong tersebut.

"Bagaimanapun kini selepas pembinaan selesai dan pelancaran dilakukan saya percaya semua pihak berpuas hati. Selain bentuk landskapnya yang cantik, tahap keselamatan yang turut disediakan pihak syarikat sangat disukai pemilik kedai," katanya.

Selain itu, pihak syarikat juga sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan daripada semua pemilik kedai dan bangunan di sepanjang Kasturi Walk untuk membenarkan bangunan mereka dicat dengan warna-warna indah seperti di Melaka Street.

"Usaha untuk mengecat semula bangunan kedai yang ada di sepanjang Kasturi Walk akan ditanggung sepenuhnya oleh Central Market Sdn. Bhd.

"Pemilik kedai tidak perlu mengeluarkan modal dan langkah itu sebagai satu khidmat masyarakat yang dilakukan syarikat demi menjaga kebaikan jirannya demi kebaikan bersama," katanya.

Salah seorang peniaga Kasturi Walk, Wan Jusoh Wan Ahmad, 46, berkata, perniagaan kuih tradisi yang diusahakannya baru berusia sebulan namun, pendapatan yang diperolehnya mencecah RM300 sehari.

"Baru sebulan saya berniaga di sini. Setakat ini saya berpuas hati. Di sini pengunjungnya ramai sekali gus, melariskan lagi peniagaan kuih tradisi saya.

"Saya tak perlu fikir untuk mengiklankan dan mempromosi perniagaan saya kerana pihak pengurusan sentiasa memberi kerjasama dari segi promosi secara umum di media massa dan kepada para pelancong melalui laman web," katanya yang kagum dengan perubahan yang dilakukan pihak pengurusan Central Market terhadap Lorong Kasturi.


BARANGAN kraf dan tradisional menjadi produk jualan utama di Pasar Seni.


Katanya lagi, kawasan di sekitar Pasar Seni dan Kasturi Walk semakin menarik untuk dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.

"Jualan kuih tradisi saya yang sangat diminati pengunjung ialah kuih akok dan kuih tepung pelita," katanya tersenyum.

Muzammil Mazlan, 31, yang mengusahakan perniagaan minuman francais berkata, ramai pelanggan yang datang ke kios beliau setiap hari selepas dibuka sebulan lalu dan sambutan sangat menggalakkan.

"Kalau boleh saya harap pihak pengurusan dapat meningkatkan lagi promosi sekali gus, menarik lebih ramai pengunjung ke Kasturi Walk.

"Dengan cara itu peniaga-peniaga di sini dapat meningkatkan jualan mereka berikutan peningkatan jumlah pengunjung," katanya ketika ditemui di kiosnya.

Tambah Muzammil, setakat ini apa yang disediakan oleh pihak pengurusan Central Market dari segi infrastruktur dan kemudahan asas sangat baik dan memuaskan semua peniaga.

"Dari segi harga sewa kios kami rasakan ia berpatutan dan pihak pengurusan Central Market banyak memberi kerjasama dari segi membekalkan maklumat serta respons daripada peniaga," ujarnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Grafiti saluran ekspresi anak muda

Posted:

Grafiti saluran ekspresi anak muda

Grafiti saluran ekspresi anak muda

Oleh NASRI JAMALUDIN


ACARA cabaran Lukisan Mural Dinding merupakan medan untuk anak-anak muda meluahkan hasil seni masing-masing.


KEINDAHAN seni lukisan grafiti di tembok atau dinding bangunan adakalanya menyusahkan sesetengah pihak kerana ia dianggap sebagai satu vandalisme kepada harta benda awam.

Namun, jika kemahiran artistik tersebut digunakan ke arah yang betul, bukan sahaja si penciptanya memperoleh pulangan yang berbaloi malah, sumbangan tersebut pasti menjadi satu karya yang dihargai masyarakat.

Bahkan, jika dibuat dengan skala yang besar ia memberikan satu keindahan dan keunikan pada sesuatu tempat itu.

Buktinya, The Zon Johor Bahru baru-baru ini telah menganjurkan satu pertandingan melukis logo 1Malaysia di sepanjang tembok kawasan tersebut yang turut menempatkan pusat beli-beli, hotel dan jeti feri.

Acara tersebut juga mendapat kerjasama Pelancongan Johor, Pejabat Pendidikan Negeri dan Sekolah Seni Johor.

Pertandingan itu yang mendapat sambutan hangat masyarakat setempat apabila disertai 110 pasukan dengan setiap pasukan terdiri daripada tiga anggota.

Dengan tema Colours of 1Malaysia in Nature setiap pasukan menunjukkan kreativiti masing-masing di atas tembok berkenaan bermula dari pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Lebih menarik, pertandingan itu turut disertai peserta dari negeri berhampiran seperti Melaka dan Terengganu.

Melukis di tempat terbuka

Meskipun diberikan tempoh masa yang terhad dengan suasana persekitaran yang panas, ia tidak menjadi penghalang kepada anak-anak seni untuk meluahkan hasil seni yang indah itu.

Bahkan, kegigihan dan kesungguhan para peserta menarik minat para pengunjung yang turut memberi sokongan moral kepada mereka.

Hasilnya, pelbagai lukisan yang berlatar belakang kehidupan seperti tumbuh-tumbuhan, binatang, hidupan laut serta panorama berjaya dihasil para peserta.

Seorang peserta dari Sekolah Seni Johor Bahru, Nuraina Shuhadah Haris Fadilah, 16, memberitahu penyertaannya dalam pertandingan grafiti itu adalah hasil minat yang mendalam dalam bidang seni lukisan.

Katanya, acara tersebut merupakan medan bagi peminat seni lukisan untuk meluahkan hasil seni masing-masing dan menunjukkan kepada masyarakat bahawa hasil seni grafiti juga mempunyai tarikan tersendiri.


PARA pemenang bersama hadiah masing-masing dalam cabaran Lukisan Mural Dinding di The Zon, Johor Bahru.


"Saya bersama rakan, Ummi Fatihnah Khuzairi, 16, dan cikgu, Yusnidah Mohamed, 36, berbincang mengenai tema sebelum mengambil keputusan melukis berkaitan kehidupan dan suasana kampung.

"Kami melukis ikan keli, rumah kampung dan kehidupan yang lain yang turut memaparkan logo 1Malaysia.

"Meskipun penat, saya rasa gembira kerana berjaya menyudahkan dan berharap hasil seni ini dapat dinikmati oleh masyarakat terutama pengunjung di The Zon Johor Bahru," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Katanya, membuat lukisan grafiti mempunyai cabaran tersendiri antaranya termasuk faktor cuaca kerana dibuat di tempat terbuka.

"Sebelum ini saya tidak menyedari mempunyai bakat dalam bidang seni lukis, apabila belajar di Sekolah Seni kemampuan saya terserlah selain mendapat galakkan dari rakan dan guru.

"Dengan menyertai pertandingan grafiti saya berharap meningkatkan lagi kemahiran saya sekali gus mencapai cita-cita bekerja di bidang animasi," katanya.

Pertandingan tersebut juga berjaya menarik minat sebuah kumpulan dari Pulai, Johor Bahru yang disertai Rofaizan Tuan Lah, 29, Jamal Rashid Abd. Rahman, 27, dan Raja Ehriza Raja Hashib, 30.

Menurut Rofaizan penyertaan dalam pertandingan itu sekadar suka-suka dan bukannya mengejar hadiah pertandingan.

Jelasnya, peluang untuk menzahirkan bakat yang ada lebih penting sekali gus dapat berkongsi dengan masyarakat keunikan dan maksud yang ingin disampaikan.

Cipta rekod

Hasil penat lelah para peserta tersebut bukan sahaja menjadi tumpuan orang ramai yang teruja dengan hasil seni dan kepelbagaian gambar malah, ia turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Pertandingan Lukisan Grafiti Logo 1Malaysia Terpanjang.

Lukisan tersebut adalah sepanjang 655 meter dan berjaya memadam rekod lama iaitu 500 meter yang dicipta di Pulau Pinang pada tahun 2008.

Wakil penganjur, Ong Bok Siong berkata, pertandingan tersebut bertujuan memberikan peluang kepada orang ramai meluahkan pandangan masing-masing tentang konsep 1Malaysia melalui kaedah lukisan grafiti.


PASUKAN Budak Terengganu Design yang dianggotai (dari kiri) Mohd. Ridduan, Mohd. Yazid dan Muhd. Nurhalfifi di samping lukisan mural mereka yang berjaya mendapat tempat pertama.


"Acara ini bukan sahaja dapat mengetengahkan bakat rakyat negara ini malah, pada masa sama turut mencantikkan sekeliling bangunan The Zon Johor Bahru ini," katanya.

Bok Siong yang kagum dengan komitmen para peserta berkata, kesungguhan para peserta telah membantu menjayakan hasrat mencipta rekod dalam MBOR.

Sebagai penghargaan, pihaknya menyediakan hadiah kepada para pemenang berupa wang tunai, baucar membeli-belah, trofi dan sijil penyertaan.

Dalam pada itu, kumpulan Budak Terengganu Design yang dianggotai oleh Mohd. Ridduan Ali Akmal, 23, Mohd. Yazid Marzok, 20, dan Mohd. Nurhalfifi Che Husin diumumkan sebagai juara pada pertandingan tersebut.

Kumpulan yang berasal dari Terengganu itu membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, baucer membeli-belah RM200, baucar Starbuck (RM150), trofi dan sijil penyertaan.

Menurut Mohd. Yazid penyertaan tersebut amat berbaloi meskipun pasukannya terpaksa menaiki bas lebih enam jam dari Setiu ke Johor Bahru.

Katanya, tujuan utama menyertai pertandingan tersebut adalah kerana minat yang mendalam dalam seni grafiti dan lukisan.

"Kemenangan ini merupakan sesuatu yang tidak disangka dan ia merupakan kemenangan yang paling besar sejak kami menyertai pertandingan melukis grafiti.

"Dengan kemenangan ini, kami semakin bersemangat untuk menggembangkan lagi bakat ini," katanya yang baru mendapat keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Little India Kota Singa

Posted:

Little India Kota Singa

Little India Kota Singa

Oleh NIZHA PERIASWAMY


SERANGOON PLAZA menyediakan banyak rangkaian kedai dalam suasana beli-belah yang selesa.


SELEPAS menghirup kopi di restoran vegetarian Hot Chips di Syed Alwi Road, penulis terus melintas jalan untuk ke Mustafa Shopping Centre, pusat beli-belah 24 jam yang menjual pelbagai barangan pada harga yang jauh lebih murah dari mana-mana bahagian di Singapura.

Itulah tarikan istimewa di Little India yang mewarnai kehidupan urban di republik tersebut. Berbeza dengan pengalaman beli-belah di Orchard Road, kebanyakan barangan di Little India ditawarkan daripada harga semurah S$2 (RM5).

Little India meliputi rentangan beberapa batang jalan seperti Serangoon Road, Buffalo Road dan Dunlop Street yang menyaksikan deretan kedai menjual pelbagai barangan aksesori, beg, pakaian, hiasan kediaman dan banyak lagi.

Selain pusat beli-belah yang menyediakan barangan yang dibawa masuk dari India dan Pakistan, Serangoon Plaza juga menjadi satu lagi pilihan ideal bagi mereka yang mahu membeli-belah dengan mengekalkan ciri persekitaran Asia Selatan.

Sungguhpun selesa membeli-belah pada kadar harga yang murah, itu tidak bermakna tiada keperluan untuk membawa wang lebih lantaran Little India juga terkenal dengan kedai-kedai emas. Banyak kedai emas milik peniaga India, Cina mahupun India Muslim sering dikerumuni pelanggan biarpun ketika nilai harganya kini sedang melonjak naik.

Ramai yang berpendapat, mereka tertarik untuk membeli barangan kemas di situ kerana Singapura menjual emas pada kualiti terbaik.

Makanan India

Di samping kedai aksesori, kedai emas, pasar basah dan pusat beli-belah, tarikan utama Little India ialah restoran makanan India dan Asia Selatan.

Dibuka di sepanjang jalan-jalan utama mahupun lorong kecil, kulinari Asia Selatan jelas menampakkan permintaan yang tinggi apabila setiap restoran hampir penuh dikerumuni pelanggan tidak kira bangsa termasuk pelancong dari Barat.


ANEKA barangan yang dijual di Little India bukan sahaja diinginkan warga tempatan malah para pelancong asing.


Jenama restoran dari India menguasai perniagaan makanan di situ di samping restoran-restoran tempatan. Dari segi harga pula, rata-ratanya menawarkan harga yang setanding atau sedikit mahal daripada harga di Malaysia. Meskipun begitu, dengan kualiti perkhidmatan dan makanan yang baik pastinya nilai bayaran tidak menjadi isu.

Bagi satu kawasan berunsur bangsa dan kepercayaan agama, tidak lengkap jika tidak mengenali pusat ibadat. Memandangkan namanya juga Little India, maka tidak hairanlah jika kita terserempak dengan beberapa kuil Hindu.

Di hadapan Hotel Grand Chancellor dekat jalan utama Serangoon Road, tersergam Kuil Sri Veera Kaliamman. Ia dikatakan sebagai kuil yang paling popular dan dipercayai paling banyak menerima pengunjung,

Selain beberapa kuil lain di sekitar kawasan tersebut, terdapat sebuah masjid yang menjadi kebanggaan komuniti India Muslim iaitu Masjid Abdul Gafoor serta kuil Buddha Leong San See.

Untuk sampai ke lokasi istimewa itu, kebanyakan pengunjung, tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong asing, dilihat gemar menggunakan pengangkutan awam berbanding pengangkutan sendiri.

Jika tidak mahu menggunakan perkhidmatan bas awam atau teksi, lokasi tersebut boleh dikunjungi dengan menaiki sistem tren aliran massa (MRT) iaitu dengan turun di stesen Little India. MRT dilihat sebagai mod pengangkutan paling efisien bagi kebanyakan pengunjung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 09 Mar 2011 01:09 PM PST

Utusan Online - Keluarga


Diterajang suami yang cemburu buta keterlaluan

Posted:

Diterajang suami yang cemburu buta keterlaluan

Diterajang suami yang cemburu buta keterlaluan

Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar Shefry Moniz

Jika dahulu saya memang suka dia cemburu sebab mahukan perhatiannya, tetapi selepas berkahwin cemburunya semakin menjadi-jadi.

"Malah saya pernah diterajang di depan orang ramai semata-mata kerana ditegur oleh seorang lelaki tua yang hanya bertanyakan arah jalan,"ujar Siti Sarah (bukan nama sebenar) yang merupakan mangsa suami cemburu buta.

Katanya, perangai cemburu suaminya itu bermula sejak mereka berkenalan. Tetapi keadaan semakin teruk selepas mereka bertunang. Malah selepas bertunang, lelaki itu mula menguasai kehidupan Siti Sarah.

"Kadang-kadang hanya disebabkan tidak sempat mengangkat telefon, saya ditempelak olehnya,'' ujarnya .

Kerana cemburu buta, wanita malang itu sering menjadi mangsa keganasan suaminya.

Adakalanya perbuatan suaminya itu keterlaluan dan hanya berpunca daripada hal-hal remeh-temeh.

"Begitu kritikal cemburu suami saya, sehingga masa lampu isyarat merah, saya dilarang untuk memandang orang di sekeliling kerana bimbang 'terpaut' kepada lelaki yang berada di kereta sebelah,'' ujarnya meperihalkan kisah suaminya itu.

Menurut Siti Sarah, semasa bercinta dia memang sudah mengetahui teman lelakinya pada ketika itu kuat cemburu. Tetapi kerana sayang Siti Sarah tetap menerimanya seadanya.

"Memanglah ketika itu saya suka kerana seolah-olah dia terlalu sayangkan diri saya tetapi keadaan ini semakin keterlaluan,'' ujar wanita yang bergelar pendidik itu.

Malah, sehari selepas mereka berkahwin, suaminya sudah berani bertindak melampau dengan menamparnya.

Malah, hanya kerana disapa oleh seorang saudara lelaki, Siti Sarah teruk ditampar suaminya yang cemburu buta itu.

"Masa itu, Allah sahaja tahu perasaan saya apabila suami berkelakuan begitu. Tambahan pula ibu bapa saya juga ada ketika itu,"ceritanya .

Tambahnya, keadaan semakin teruk ketika dirinya sedang berpantang selepas bersalin anak pertamanya.

Dia diterajang hanya semata-mata tidak mengangkat panggilan telefon daripada si suami.

"Memanglah sakit kena terajang tetapi entah kenapa saya masih patuh padanya,'' ujarnya yang memberitahu suaminya seorang romantik dan penyayang ketika dalam keadaan normal.

Siti Sarah sendiri tidak faham apa yang dicemburui oleh suaminya biarpun ketika itu dia berpantang di rumah mereka sendiri.

"Apabila saya tanya kenapa dia sering cemburu kepada saya sehinggakan meninggalkan kesan pada diri saya, alasan yang diberikan ialah kerana dia terlalu sayangkan saya dan tidak mahu kehilangan saya dan anak-anak,'' ujarnya.

Apabila ditanya pernahkah dia berbincang dengan suaminya berkaitan sikap cemburu itu, Siti Sarah memberitahu, ada sahaja alasan yang diberikan suaminya.

Malah Siti Sarah juga pernah mendapatkan bantuan keluarga agar menasihati suaminya, tetapi dia pula akan dipersalahkan kerana dituduh menceritakan masalah rumahtangga kepada orang lain.

"Saya pasrah atas semua yang berlaku, tetapi di hati kecil saya tetap mengharapkan dia berubah suatu hari nanti," ujarnya mengharap.

Katanya, suaminya yang bekerja sebagai guru juga sering bergaduh dengan rakan di sekolahnya hanya kerana hal-hal yang remeh-temeh.

Malah, Siti Sarah memberitahu dia pernah dihubungi pengetua tempat suaminya mengajar dan meminta supaya menasihati suaminya agar tidak bersikap melulu.

"Dulu memanglah malu apabila orang memperihalkan kelakuan suami sendiri, tetapi kini saya sudah kalis dengan sikapnya itu,'' ujarnya yang turut mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan tradisional untuk mengurangkan perangai cemburu buta suaminya.

Siti Sarah juga mengakui, dia kini risau jika tindakan negatif suaminya itu ditiru oleh anak-anak mereka.

"Maklumlah mereka kecil lagi, sebab itu bila suami mengamuk, saya cepat-cepat suruh anak masuk ke bilik supaya mereka tidak melihat tindakannya,'' ujarnya yang mempunyai empat orang anak lelaki.

Katanya , suaminya bukan sekadar cemburu kepadanya sahaja tetapi anak-anaknya juga turut dicemburui apabila mereka rapat dengan orang lain.

Malah, pernah anaknya juga ditendang oleh suami gara-gara cemburu kerana mereka rapat dengan suami jirannya.

"Sekarang, anak-anak saya trauma apabila bapa mereka mengamuk.

"Mungkin akibat terlalu kerap ditampar dan dipukul suami, saya tidak boleh mendengar bunyi yang kuat, keadaan itu menjadikan saya berdebar-debar," ujarnya yang pernah mendapat rawatan psikiatri di sebuah hospital kerajaan.

Siti Sarah juga turut diberikan kaunseling supaya dapat menangani keadaan ketika suaminya naik angin.

"Sepatutnya, hanya suami yang diberikan kaunseling tetapi kerana kasihkan suami, saya sanggup temankan dirinya agar dia berubah,'' ujarnya tenang.

Terangnya, selama dua tahun dia berulang ke hospital dan menjalani kaunseling, kini, biarpun sikap suaminya masih tidak berubah tetapi terdapat unsur-unsur pengurangan pada dirinya.

Akuinya lagi, biarpun suaminya bersikap sedemikian, kasih sayang terhadap suami tetap tidak berkurangan.

"Setiap masa saya tetap berdoa supaya suami diberikan hidayat untuk berubah dan tidak lagi kuat cemburu,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cemburu tindakan dalaman

Posted:

Cemburu tindakan dalaman

Cemburu tindakan dalaman

Oleh ZUHAYATI YAZID


Berprasangka terhadap pasangan boleh menimbulkan perasaan cemburu. - Gambar hiasan


DARI sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai.

Biasanya, perasaan itu timbul lantaran sikap si suami atau isteri yang membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan orang lain di luar pengetahuannya.

Pensyarah Kaunseling keluarga dan Perkahwinan, Fakulti kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Saedah Abd. Ghani berkata, masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran.

"Mungkin kerana terlalu sayangkan seseorang membuatkan dirinya terlalu menjaga sehingga dianggap keterlaluan,'' terangnya.

Penilaian dari kedua-dua sudut itu akan menentukan sama ada seseorang yang berperasaan cemburu itu mengalami masalah psikologi atau tidak.

"Jika masalah itu berpunca daripada aspek dalaman, ia mungkin terganggu dan sering kali menimbulkan perasaan bimbang, resah, gelisah dan syak wasangka terhadap pasangan.

"Tetapi, jika pasangan mempamerkan tindakan negatif antaranya mengecam dan memberontak, mereka dikatakan menunjukkan sifat cemburu itu dari aspek luaran," jelas Dr. Saedah.

Tegas beliau lagi, faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah itu tidak banyak kaitannya dengan keegoan suami, tetapi kurangnya keyakinan dan kepercayaan kepada pasangan menyumbang kepada permasalahan berkenaan.

Beliau berkata, masalah makin meruncing apabila kurang persefahaman dan interaksi antara kedua-dua belah pihak.

Malah, kesan positif dan negatif boleh timbul daripada sifat cemburu itu.

''Positif jika perasaan berkenaan dapat menghalang seseorang itu daripada berlaku curang terhadap pasangannya.

"Bagaimanapun, perasaan cemburu yang tidak terkawal sering kali membawa kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan antaranya bertindak memukul dan mendera isteri,'' ujar Dr. Saedah.

Katanya lagi, sikap cemburu yang membabi buta boleh menjadi satu bentuk tekanan perasaan jika tidak boleh dikawal dan tidak mustahil ia mampu membawa kepada masalah yang lebih besar seperti jenayah.

Jelas beliau, tekanan perasaan boleh diselesaikan, namun ia terpulang bagaimana individu tersebut melihat cemburu sebagai masalah kepada mereka.

"Untuk menyelesaikan masalah cemburu ini, individu perlu memastikan punca yang mencetuskan rasa cemburu dalam dirinya.

"Apabila sudah dapat punca, mereka boleh mengatasi tekanan cemburu itu dengan dua kaedah berbeza iaitu memilih untuk menyelesaikan masalah yang menjadi penyebab cemburu ataupun memilih untuk mengawal emosi daripada menjadi cemburu," katanya.

Dalam hubungan ini, Dr. Saedah berkata, apabila seseorang itu sudah berkahwin perlu menanamkan sifat kesetiaan kepada pasangannya.

Malah, keyakinan, perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan itu serba sedikit akan mengurangkan perasaan cemburu suami atau isteri.

Selain itu, tingkah laku sebagai isteri atau suami dan batas pergaulan dengan bukan mahram perlu dijaga dan diawasi setiap masa.

"Ikatan perkahwinan perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Oleh itu, sebelum seseorang berkahwin, terlebih dulu kita digalakkan mengenali pasangan .

"Ini serba sedikit membantu supaya tidak mengalami pelbagai masalah selepas berkahwin kelak," kata Dr. Saedah.

Beliau berkata, dari aspek psikologi seseorang yang bersikap cemburu sebenarnya mempunyai sikap kurang yakin kepada diri sendiri dan sering kali berprasangka buruk kepada pasangannya.

"Perasaan yang kurang yakin itu mendorong dirinya untuk bertingkah laku sedemikian, sekiranya keadaan ini di kawal ia sekali gus dapat mengurang permasalahan ini,'' ujarnya.

Selain itu, pengalaman masa lampau yang buruk juga mempengaruhi seseorang itu bertindak menjadi cemburu.

"Mungkin ada kisah hitam pada diri mendorong dirinya lebih berhati-hati kepada pasangan sehingga menyebabkan dia menjadi terlalu cemburu,'' ujar Dr. Saedah.

Malah, faktor keistimewaan yang dimiliki oleh pasangan juga adalah antara menjadi punca kepada masalah ini.

Dalam Islam, suami perlu ada sifat cemburu dan sentiasa was-was kepada isteri. Begitu juga isteri.

Bagaimanapun tegasnya, keadaan itu perlu berada pada keadaan terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri serta hubungan suami isteri.

"Seharusnya, kedua-dua pihak harus menjaga hubungan dengan sebaiknya untuk mengelak masalah cemburu ini," katanya.

Tegas Dr. Saedah, tidak salah cemburu pada pasangan kerana cemburu juga merupakan tanda kita menyayangi pasangan tetapi haruslah ada tahapnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 09 Mar 2011 11:23 AM PST

Kosmo Online - Varia


Rawatan memindahkan tenaga

Posted:

Rawatan memindahkan tenaga

Rawatan memindahkan tenaga



SEJAUH manakah dengan meletakkan tangan atau mendekatkan tubuh seseorang dapat memulihkan atau mencergaskan tubuh seseorang? Adakah ini benar? Bolehkah ini berlaku?

Pemindahan tenaga antara dua orang untuk tujuan menyembuh telah diamalkan sejak berabad lamanya. Amalan itu dikenali sebagai reiki.

Hampir kebanyakan budaya di dunia percaya bentuk pemulihan menggunakan kaedah yang sesuai dengan prinsip dan kepercayaan mereka.

Reiki berasal daripada perkataan Jepun Ray-ki. Perkataan ray bermakna alam semesta dan ki pula bermakna tenaga untuk hidup. Ada juga yang mentakrifkan reiki sebagai tenaga hidup dan diterima sebagai pelengkap dalam perubatan moden.

Reiki merawat keseluruhan tubuh, emosi, minda dan roh dan membawa ketenangan jiwa, rasa relaks, selamat dan sejahtera. Ramai yang melaporkan hasil yang luar biasa.

Reiki adalah sesuatu yang baru tetapi ia bukan asing di negara ini. Bahkan terdapat beberapa pengamal terkenal di Malaysia seperti Master Mohd. Hisham Yahya dan Master Terry Ng.

Jenis reiki

Hari ini, terdapat pelbagai jenis teknik reiki yang diamalkan selaras dengan kepercayaan pelbagai masyarakat. Antara teknik yang popular ialah Reiki Seichim, Reiki Gtummo, Reiki Sufism dan Reiki Kundalini.

Pengamal reiki didorong oleh lima prinsip yang dikenali sebagai Five Reiki Precepts. Prinsip itu sebenarnya merupakan senarai nilai-nilai positif untuk diterapkan dalam rutin pengamal.

Kelima-lima prinsip itu menasihatkan kesemua pengamal supaya mengawal kemarahan, elakkan rasa resah, berpuas hati dengan apa yang mereka ada, berusaha gigih dan bersimpati dengan orang lain.

Nilai-nilai itu menyumbang kepada seni hidup bahagia dan ubat ajaib untuk semua jenis penyakit.

Menurut Master Mohd. Hisham Yahya yang mengamalkan Reiki Kundalini, ramai sebenarnya telah menggunakan tenaga spiritual tanpa menyedari mereka sebenarnya mengamalkan reiki.

"Tenaga terdapat di sekeliling kita. Ia tidak boleh diwujud atau dimusnahkan. Tetapi ia boleh diubah dari satu bentuk ke bentuk lain," kata beliau. Reiki Kundalini diasaskan oleh Master Ole Gabrielsen dari Denmark.

Para pengamal perlu mematuhi etika reiki. Paling penting, pesakit perlu disedarkan mengenai reiki. Proses pemulihan hanya boleh berlaku dengan izin pesakit yang tahu cara rawatan itu.

Para pengamal juga tidak boleh menjanjikan sama ada seseorang itu boleh sembuh atau tidak. Mereka hanya boleh menyentuh pesakit dengan kebenaran, elakkan daripada membuat diagnosis dan menghormati rahsia pesakit mereka.


PROSES pemulihan hanya boleh berlaku dengan izin pesakit yang tahu cara rawatan reiki.


"Reiki adalah tenaga pintar, ia akan mengalir ke mana-mana bahagian badan yang memerlukannya tanpa panduan," tambah Hisham yang mengamalkan reiki sejak enam tahun lepas.

Reiki adalah salah satu kaedah alternatif, bukannya penawar mutlak kepada masalah manusia.

Reiki semakin mendapat perhatian perubatan moden. Di hospital dan klinik merentasi Amerika Syarikat (AS), Reiki dilihat sebagai kaedah yang bermakna dan berkesan dari segi kos untuk menambah baik penjagaan pesakit.

Tanpa teknologi

Hospital-hospital utama seperti Portsmouth Regional Hospital di New Hampshire dan California Pacific Medical Center di AS merupakan antara hospital yang mengamalkan program reiki.

Melaksanakan reiki tidak memerlukan teknologi. Ini bermakna hospital terbabit tidak perlu melabur membeli mesin-mesin baru, latihan petugas dan penyelengaraan.

Daripada segi kos, dalam kebanyakan kes para pengamal reiki menawarkan khidmat mereka secara percuma.

Sementara itu, satu kajian di Hartford Hospital di Connecticut, AS yang dijalankan pada tahun 2000 membuktikan bahawa Reiki menambah baik tidur pesakit sebanyak 86 peratus dan mengurangkan kesakitan sebanyak 78 peratus.

Kajian yang sama juga mendapati, kaedah rawatan itu boleh mengurangkan rasa mual sehingga 80 peratus dan mengurangkan sebanyak 94 peratus kerisauan semasa hamil.

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia juga dibebani dengan kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat. Mereka juga mudah jatuh sakit.

Reiki sememangnya kaedah yang mudah, selamat dan murah serta sesuai untuk pelbagai peringkat usia, jantina atau lokasi.

Ia juga tiada konflik antara amalan keagamaan. Sehubungan itu, sesiapa pun bebas mengamalkan kaedah rawatan ini.

"Saya berharap setiap keluarga di Malaysia boleh amalkan reiki sebagai usaha sendiri ke arah kebaikan.

"Ia juga membantu anda mengurangkan stres dan membolehkan anda relaks," tambah Hisham.

Terdapat pelbagai Reiki yang diamalkan di Malaysia, masing-masing dengan teknik tersendiri serta pusat latihan.

Antara laman web popular bagi latihan Reiki ialah Dimensi Alpha Resources (www.reiki-malaysia.com) kepunyaan Master Hisham serta Reiki Natural Teraphy (www.reiki.com.my) kepunyaan Master Terry Ng. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 09 Mar 2011 09:31 AM PST

Utusan Online - Feminin


Butik Aishah Alya untuk muslimah

Posted:

Butik Aishah Alya untuk muslimah

Butik Aishah Alya untuk muslimah

Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar WAHIDAH ZAINAL


Nor Azlina Che Husin (kanan) bersama adiknya Nor Azlindawanis.


PERKEMBANGAN fesyen busana Muslimah semakin ketara pada masa kini, sama ada pakaian untuk bersantai atau untuk ke majlis formal.

Melihatkan permintaan yang sentiasa meningkat dan keterujaan wanita untuk memilih pakaian Muslimah, maka terdetik di hati Nor Azlina Che Husin untuk menceburi dalam bidang penjualan busana Muslimah.

Bermula dengan menjual baju kemeja T Muslimah di pasar pagi di Shah Alam dan pejabat-pejabat kerajaan, Nor Azlina kemudiannya mengorak langkah membuka butik sendiri.

Menggunakan gabungan nama kedua puterinya maka lahirlah Butik Aishah Alya yang terletak di Taman TTDI, Shah Alam.

Walaupun tidak mempunyai pendidikan formal dalam perniagaan namun wanita kelahiran Che Siti Wan Kembang itu sanggup bermula dari bawah.

"Pada awalnya, saya hanya menjual kecil-kecilan sebelum melangkah lebih jauh," ujarnya menceritakan pengalaman selama lima tahun menjaja di sekitar Kuala Lumpur.

Malah akuinya, dia sendiri sanggup turun padang mencari barangan untuk dijual bagi memastikan kualitinya terjamin.

"Ketika itu, setiap minggu saya berulang-alik antara Kuala Lumpur ke Jakarta dan juga Vietnam. Setiap kali pulang ke rumah, anak-anak sudah tidur.

"Namun pada ketika itu, saya tekadkan dalam hati bahawa setiap usaha yang dilakukan akan digantikan dengan kejayaan," kata Nor Azlina yang turut dibantu oleh adiknya, Nor Azlindawanis, 27.

Jikalau dulu, terangnya, busana Muslimah tidak banyak pilihan, kini keadaan semakin jauh berubah.

Ini termasuk dari segi rekaan, kemasan jahitan yang lebih banyak menyuntik elemen-elemen kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri kesopanan.

"Saya rasa kehadiran koleksi busana Muslimah Aishah Alya bagaikan tepat pada waktunya untuk memberi inspirasi tersendiri kepada wanita yang suka bergaya, tetapi masih mengekalkan ciri-ciri Muslimah anggun dan bersopan," ujarnya.

Bagi mereka yang ingin melihat dengan lebih dekat koleksi Aishah Alya, anda boleh berkunjung ke No16, Jalan OperaB U2/B, Taman TTDI Shah Alam atau hubungi terus di talian 019-2739717.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 09 Mar 2011 09:11 AM PST

Utusan Online - Johor


Gajah liar ganggu penduduk

Posted:

Gajah liar ganggu penduduk

Gajah liar ganggu penduduk

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my


Rojali Doladi (depan) bersama penduduk kampung menunjukkan pokok pisang yang dirosakkan oleh gajah liar di Kampung Padang Ragut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, kelmarin.


KOTA TINGGI 8 Mac – Pencerobohan gajah liar di kebun penduduk di Gua Musang, Kelantan, sehingga mengakibatkan seorang penoreh getah maut kelmarin, turut menghantui penduduk di tiga buah kampung di Tanjung Sedili di sini.

Ini kerana haiwan berkenaan juga menceroboh kawasan kebun penduduk di Kampung (Kg.) Padang Ragut, Kg. Singapura dan Kg. Tuan Sheh sejak tiga hari lalu.

Kemunculan sekumpulan gajah liar mencari makan di kampung-kampung itu menyebabkan banyak tanaman yang diusahakan penduduk rosak.

Seorang penduduk, Rojali Doladi, 53, berkata, penduduk di sini mula bimbang kerana gajah-gajah itu kini mula memasuki kawasan kampung untuk memakan umbut kelapa, anak kelapa sawit dan pisang terutamanya pada waktu malam.

"Sasaran utama gajah itu adalah pokok pisang dan anak kelapa sawit baru ditanam serta di kampung yang ada banyak pokok kelapa dan sumber air seperti parit.

"Banyak tanaman dirosak dan dimusnahkan haiwan liar itu sehingga menjejaskan mata pencarian penduduk," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sheikh Kassim Islam, 61, berkata, gajah liar yang merosakkan tanaman penduduk kampung bermula daripada tengah malam hingga awal pagi.

"Selama ini tidak pernah berlaku pencerobohan gajah di kampung ini dan membuatkan kami tidak lena tidur malam. Apa yang membimbangkan kalau-kalau gajah liar itu menyerang rumah penduduk," ujarnya.

Bagi Mesran Tukiman, 41, kejadian gajah-gajah liar menceroboh kawasan kampung di Tanjung Sedili, bukanlah perkara baru kerana ia pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, terdapat tiga hingga empat ekor gajah dikesan berdasarkan pemerhatian penduduk.

"Kg. Singapura sudah tiga kali dimasuki gajah liar. Malah penduduk Kg. Mawai turut memaklumkan masalah sama.

"Saya merayu pihak berkuasa mengambil tindakan kerana kita tidak mahu apa yang berlaku di Gua Musang terjadi di sini," katanya lagi.

Difahamkan, beberapa kawasan kampung telah dimasuki sekumpulan gajah liar dalam kejadian terbaru malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Saharudin Anan ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya telah menerima aduan berhubung masalah yang dialami penduduk dan akan mengambil tindakan secepat mungkin bagi mengatasinya.

"Perhilitan akan mengambil tindakan segera untuk menghalau gajah-gajah itu agar tidak membahayakan penduduk.

"Tindakan susulan pula akan diambil mengikut kesesuaian keadaan di kampung-kampung terbabit," katanya lagi.

Beliau meminta penduduk mana-mana kampung di Tanjung Sedili yang terbabit dengan masalah gajah liar menghubungi Perhilitan Cawangan Bandar Penawar di talian 07-8221092 agar pemantauan dari semasa ke semasa dapat dilakukan dengan kerap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PPR Taman Setia Indah masih tiada CF

Posted:

PPR Taman Setia Indah masih tiada CF

PPR Taman Setia Indah masih tiada CF

JOHOR BAHRU 8 Mac - Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Setia Indah di sini sejak sekian lama masih menanti sijil layak menduduki (CF) sebelum ia boleh diserahkan kepada pemiliknya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, projek tersebut sedang mengalami beberapa masalah termasuk sistem perparitan serta pendawaian elektrik menyebabkan sehingga hari ini CF tidak boleh dikeluarkan.

Beliau berkata, pihaknya sudah meminta pihak pemaju untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan segera.

"Perkara ini sudah diajukan kepada pemaju dan saya akan pastikan ia disiapkan segera. Saya tidak mahu masalah seperti di PPR Tebrau berlaku di sini, tidak lama selepas itu semua benda rosak.

"Kita mahu PPR Taman Setia Indah disiapkan mengikut kualiti dan spesifikasi yang ditetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

PPR Taman Setia Indah siap sepenuhnya pada 2008 dan sehingga kini masih belum diserahkan kepada pemiliknya kerana tidak memiliki CF.

Abdul Halim berkata, perkara itu juga sudah dibangkitkan di dalam mesyuarat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) beberapa kali tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak terlibat.

Katanya, PPR berkenaan dibina untuk menempatkan kira-kira 300 keluarga yang terdiri daripada golongan miskin tegar di dalam kawasan Parlimen Tebrau.

"Pemilihan penduduk PPR tersebut dibuat oleh Pejabat Tanah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 09 Mar 2011 01:44 AM PST

Berita Harian: Ratu


Pakaian dalam mewah

Posted: 08 Mar 2011 05:36 PM PST

Ratu

Mesti sesuai, selesa

CANTIK luar dan dalam adalah kesempurnaan yang sukar dimiliki sesiapa saja. Itu mungkin soal paras rupa dan juga hati. Bagaimana pula dengan soal pemakaian baik luar mahu pun pakaian dalam? Teruja tampil hebat, ada sesetengah wanita gemar berhabisan untuk fesyen pakaian malah tidak kurang juga ada yang sanggup berbelanja lebih, hanya untuk pakaian dalam.

Jangan terkejut jika ada wanita yang sanggup berhabisan mengeluarkan belanja lebih hanya untuk membeli pakaian dalam berjenama mewah dan cantik walaupun bukan menjadi tatapan umum. Bukan lagi perkara pelik, wanita setiap peringkat umur, lebih-lebih lagi yang memiliki kerja hebat mampu mengeluarkan belanja membeli pakaian dalam mewah dan berjenama.

Berbelanja ratusan ringgit hanya untuk sehelai pakaian dalam bukan lagi sesuatu yang luar biasa. Malah, bagi yang kurang berkemampuan, sanggup mengikat perut dan berjimat, hanya untuk memiliki baju dalam berjenama yang diminati.

Bagi kebanyakan wanita, pakaian dalam yang menarik dan mahal mampu menyuntik keyakinan serta menyerlahkan lagi keanggunan wanita.

Selain cantik, siap berenda dan tampak mewah, jenis fabrik dan keselesaan turut menjadi sebab mengapa wanita sanggup berhabis untuk pakaian dalam. Lebih penting, kebiasaannya baju dalam mahal lebih tahan lama.
Satu baju dalam yang mahal boleh tahan bertahun-tahun berbanding baju dalam murah yang hanya dapat dipakai, mungkin hanya beberapa bulan dan apabila dikira dari segi kos, lebih menjimatkan membeli satu baju dalam mahal daripada beberapa baju dalam yang murah harganya.

Namun, ada juga keluhan terutama daripada wanita bertubuh dan payudara besar, kononnya pakaian dalam untuk mereka kurang menarik. Tidak banyak pakaian dalam yang menarik, tidak seperti baju dalam untuk wanita bertubuh atau payudara sederhana.

Hakikatnya, banyak pilihan menarik terbentang buat wanita di luar sana, tidak kira bertubuh kecil atau tidak, payudara kecil, sederhana atau besar. Banyak pembuat pakaian dalam wanita berjenama, tidak mengetepikan keperluan wanita bertubuh dan memiliki payudara besar.

Namun, apa yang lebih penting, keselesaan pakaian dalam perlu menjadi perkara pertama dalam memilih pakaian dalam. Perkara ini harus diberi keutamaan kerana baju dalam ibarat kulit kedua, yang melekat pada tubuh selama lapan hingga 12 jam sehari, malah hingga 24 jam sehari.

Seperkara lagi, pakaian dalam bukan hanya perlu selesa dari segi fabrik yang digunakan, malah memberi keselesaan dalam aspek sokongan pada payudara.

Tidak guna memakai pakaian dalam yang mahal, cantik dan tampak mewah tapi tidak mampu menyokong payudara hingga payudara nampak kendur, londeh dan tidak menarik!

Seksi dalam fabrik warisan

KOLEKSI pakaian dalam, pakaian renang serta pakaian tidur biasanya lebih tertumpu kepada mainan fabrik seperti satin, lace, renda dan jersey. Namun, jarang atau mungkin belum pernah ada koleksi berkenaan bermotifkan batik dan songket. Konsep berkenaan adalah satu kelainan selain unik dalam usaha mengembangkan keunikan fabrik warisan tempatan.

Dibawa oleh jenama yang baru bertapak, June Saira Lingerie menawarkan koleksi pakaian dalam bermotifkan batik di bawah label Batik Lingerie. Menerusi tagline "Be Sexy with Heritage" (Seksi dengan Warisan) sudah cukup mencerminkan gabungan motif batik dalam himpunan pakaian dalam untuk wanita berani, yang sering mahu tampil menyerlah dengan penampilan seksi.

Pemilih jenama itu, June Ramli, berkata ia sebagai satu kelainan memperkenalkan koleksi pakaian dalam berunsurkan sejarah seni warisan Melayu. Pemilihan batik dan songket antara lain bagi mempromosikan fabrik kebanggaan Malaysia menerusi cara yang belum difikirkan sebelum ini.

"Saya rasa menggunakan fabrik batik pada pakaian dalam juga boleh dipakai wanita setiap hari tanpa mengira cuaca," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

June Saira Lingerie adalah koleksi yang bermotifkan kontemporari Asia. Rekaan dan motif pakaian dalam June Saira Lingerie berdasarkan motif bunga-bungaan, haiwan mistik keindahan serta alam semula jadi. Contohnya, burung garuda, naga, ikan laga, bunga orkid dan motif wayang kulit.

Fabrik yang dipakai untuk koleksi June Saira Lingerie pula adalah mesh dan satin sebagai pilihan kedua selepas batik. Dalam rangkaian itu juga terdapat koleksi pakaian renang yang cantik dan terang. Mainan rona warna dalam jenama itu juga pelbagai. Ada yang didatangi dengan warna lembut ada juga yang terang dan menyerlah.

June mensasarkan dan dalam usaha untuk menembusi pasaran tempatan terlebih dulu dengan membuka ruang niaga di beberapa gedung beli-belah yang ada. Namun, katanya, ketika ini beliau memerlukan ejen bagi menjual produk June Saira Lingerie.

Koleksi June Lingerie boleh didapati dan dilihat menerusi laman web sosial Facebook - June Saira Lingerie. Untuk sebarang pertanyaan, e-mel junesairalingerie@gmail.com.

Mewah dengan Valisere

MENGGABUNGKAN elemen 'chic moden' dan berani dengan pintalan vintaj Eropah, jenama pakaian dalam mewah, Valisere menawarkan koleksi mewah, Murmure, Jardin, Amoureuse dan Envouter. Tiga himpunan mewah adalah rekaan yang menepati keinginan romantis sempena musim bunga/panas 2011.

Menyaluti keperibadian feminin pada tahap paling sofistikated, koleksi Valisere diperbuat daripada fabrik, corak dan cetakan geomatrik yang memukau gaya mewah dengan mencipta koleksi yang bercirikan halus dan berani.

Bagi peminat tegar renda mewah, siri Valisere Murmure dicipta untuk memberi inspirasi dan membangkitkan naluri semula jadi dengan corak memukau dalam tona hangat dan jarang, dikemaskan bersama renda seksi. Kehalusan sulaman menyemarakkan asmara serta rasa mewah pada kulit terutama pada rekaan corak fabrik trikot dan lurex yang berkilat serta cetakan timbul berbintik-bintik dengan sekuin logam sekali gus mencipta penampilan berharga dan mewah bagai kulit kedua.

Lapisan kain satin dan tulle dalam kombinasi rona arang, hitam dan nude secara artistik dipadankan dengan sulaman geomatrik kukuh dan renda guipure mengetengahkan visi kelembutan dan magnetik.

Selain itu, untuk kenakalan romantik lagi nostalgik, manjakan diri dengan sulaman floral jitu dengan visi romantis ala taman dengan haruman flora segar untuk siri Valisere Jardin dan Amoureuse.

Sebahagian daripada koleksi memukau itu ialah baju jarang negligee Valisere yang seksi dengan potongan satin dan tekstur renda. Kelembutan acuan dihiasi dengan motif dan rekaan Euphoria memberikan gaya mewah.

Semua koleksi itu boleh didapati di pusat beli-belah terpilih seperti Isetan, Parkson, Robinsons, Metrojaya dan Empire Subang Gallery (butik Triumph).

INFO

Warna pakaian dalam dan anda

Hitam dan merah:
Mewakili keunggulan, kesungguhan dan kehangatan diri.

Hitam dan kuning:
Membawa erti 'perasaan panas' dan 'suasana hangat' atau petanda 'berbahaya'.

Merah jambu:
Mewakili sifat feminin dan diri wanita yang sopan. Ia juga melambangkan daya kekuatan cukup bertenaga untuk menarik perhatian dalam kelembutan.

Putih:
Menggambarkan kesucian serta nilai ringkas dalam diri wanita berkenaan selain mewakili sikap jujur dan tulus. Ia membantu menyejukkan minda, jiwa dan perasaan.

Tip memilih baju dalam sesuai

* Tali bahu mestilah cukup besar untuk menampung dan menyokong payudara iaitu sekurang-kurangnya 19 milimeter (mm) lebar bagi mereka yang bertubuh besar dan payudara besar. Bagi yg bertubuh besar tetapi mempunyai payudara kecil atau sederhana, pilihlah tali bahu antara 13 mm hingga 16 mm.

* Mangkuk atau acuan baju dalam yang paling sesuai untuk mereka yang bertubuh besar dan memiliki payudara besar sewajarnya memberi liputan sepenuhnya. Ia memastikan payudara kemas dan tidak terbuai apabila bergerak atau berjalan.

* Bagi wanita yang bertubuh besar dan mempunyai payudara sederhana, disarankan memilih mangkuk penuh. Mangkuk tiga suku juga boleh dikenakan tetapi pilih saiz baju dalam yang besar.

* Sayap belakang juga mestilah cukup lebar supaya tisu pada bahagian belakang tidak membojol dan berat payudara dapat diseimbangkan dan menghasilkan garis ukur lilit yang selari antara bahagian depan dan belakang baju dalam. Ini turut membantu memperbaiki postur tubuh.

Sumber: www.cikedis.com


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ilham tarian

Posted: 08 Mar 2011 05:17 PM PST

Ratu

pix_gal0
Seni Amerika Latin tampil kelainan

BARANGKALI, persalinan indah berwarna-warni dan meleret dipakai penari itulah yang menghidupkan gerak tari samba atau tango.

Riang bermain dengan warna, perincian kain kembang sebelah lengan membawa penonton larut bersama penarinya. Keindahan itu jugalah sebenarnya menjadi ilham menarik perhatian pereka kelahiran Amerika Latin, Nila Palacios America Mejia, lantas diterjemahkan dalam setiap himpunannya, menggunakan jenama Nila Palacios.

Menjadi bonus kepada perekanya, apabila ilham itu tidak janggal dipakai penduduk tempatan untuk dikenakan ke majlis minum petang atau makan malam, sungguhpun tidak arif dengan tarian samba atau tango.

Ada potongan pendek tetapi bahagian depan diperinci dengan kain meleret atau bahagian bahu terdedah berkain kembang mencetuskan gaya seksi kala mengalun langkah.

Rekaan fesyen Nila Palacios yang berlangsung di Emage Grooming Boutique di Kota Damansara, baru-baru ini, tidak sekadar persembahan fesyen. Model yang memperagakan pakaian, turut lincah mengikut alunan muzik salsa dan rumba menjadikan petang itu berlangsung santai lagi menyeronokkan.
Tetapi usah salah sangka, pakaian berkenaan bukan hanya sesuai untuk wanita yang tahu menari. Setiap wanita yang gemar berpakaian begitu, boleh mencubanya pakaian berpotongan sebegitu, boleh saja mencubanya untuk sesekali tampil berlainan.

Nila berkata, pakaiannya praktikal digayakan ke acara keraian serta makan malam, lantaran ia mengambil fabrik ringan serta mudah melentur, termasuk sutera dan kapas. Paling utama, ia mencipta ilusi yang mampu melindungi kekurangan pemakainya.

"Kelebihan potongan meleret umpamanya, mencetuskan gaya seksi kepada seseorang wanita. Malah, apabila digayakan bersama sepatu tinggi, langsing tubuh lebih terserlah. Begitu juga perincian potongan bahagian empayar wanita diperbuat daripada kain beralur, memberi ilusi bahagian berkenaan lebih sempurna.

"Selain bahagian dada, bahagian pinggul serta perut yang sedikit berisi boleh dilindungi dengan permainan motif atau bagaimana kain dipotong," katanya.

INFO

Lokasi:

* Nila Palacios Latin Fashion Showroom
Menara TKSS,
Jalan Segambut,
Kuala Lumpur.

* Emage Grooming Boutique@Kota Damansara
Dataran Sunway Kota Damansara,
Petaling Jaya,
Selangor.

* Butik online:
www.emmashoppe.com
www.redmegastore.com


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 08 Mar 2011 11:21 PM PST

Utusan Online - Pendidikan


IPGKTAA, SMKL anjur program kelestarian alam sekitar

Posted:

IPGKTAA, SMKL anjur program kelestarian alam sekitar

IPGKTAA, SMKL anjur program kelestarian alam sekitar

TEMERLOH 8 Mac - Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) Kuala Lipis dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang (SMKL) di sini menganjurkan program pendidikan kelestarian alam sekitar dan warisan pribumi.

Program itu bertujuan memberi pendidikan memelihara alam sekitar dan perkara itu tidak terletak pada kerajaan tetapi juga dipikul oleh semua pihak termasuk golongan pendidik serta pelajar.

Timbalan Pengarah IPGKTAA, Roselan Ahmad berkata, kerjasama itu akan menjadi pemangkin sebagai usaha masa depan dalam memastikan rakyat menghargai alam sekitar dan mencintai warisan pribumi.

''Pelajar dan pensyarah adalah golongan yang boleh dididik dalam memberikan kesedaran betapa pentingnya memelihara kelestarian alam sekitar demi kebaikan dan kesejahteraan hidup pada masa depan.

''Selain mempelajari pemuliharaan alam sekitar daripada SMKL, institut itu menawarkan tenaga pengajar dalam Pedagogi Pribumi Kebangsaan (PPK) yang boleh kita kongsi dengan para pelajar sekolah itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat sekolah tersebut dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara kedua-dua pihak dekat sini baru-baru ini.

Selepas majlis itu, rombongan pensyarah IPGKTAA meluangkan masa melawat kawasan botani, ternakan ikan dan kebun yang diusahakan oleh pelajar sekolah tersebut.

Dalam pada itu, Pengetua SMKL, Mohd. Jamri Mat Lela berkata, kerjasama tersebut adalah kesinambungan pihak sekolah dengan beberapa pihak sebelum ini bagi memberikan pendedahan lebih mendalam terhadap tanggungjawab memelihara alam sekitar.

''Sebelum itu sekolah ini turut dipilih oleh Kementerian Pelajaran mengadakan kerjasama dengan WWF Malaysia di bawah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).

''Kerjasama itu ialah memberikan kesedaran dan mendidik anak bangsa untuk menghargai serta melindungi alam sekitar," katanya.

Tambah beliau, kerjasama dengan WWF berjaya menghasilkan Kit Pendidikan Alam Sekitar (KPAS) untuk pelajar sekolah Tingkatan 2.

Katanya, hasil kerjasama tersebut, WWF membantu pihak sekolah mewujudkan kawasan botani dan menggunakan sepenuhnya bahan yang ada seperti memelihara ikan patin dan talapia dalam longkang serta kebun sayur- sayuran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar gembira institusi diraja iktiraf Saser

Posted:

Pelajar gembira institusi diraja iktiraf Saser

Pelajar gembira institusi diraja iktiraf Saser

SEREMBAN 8 Mac - Pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir di sini berbangga selepas nama baru itu dimasyhurkan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini.

Menurut mereka, nama sebelum ini Sekolah Menengah Sains Seremban (Saser) pasti menjadi kenangan tetapi nama baru yang dimasyhurkan itu menampakkan dengan jelas ia telah diiktiraf oleh sebuah institusi Diraja.

Pelajar tingkatan 5 sekolah berkenaan, Harith Fadhilah Halim, 17 berkata, dia berbangga kerana Tuanku Muhriz mengambil berat perihal pendidikan di negeri ini dengan memasyhurkan Saser kepada nama sempena ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

''Dengan nama barunya ini, ia memberikan kami semangat baru untuk memuncakkan kejayaan dalam semua hal, sekali gus mengharumkan nama Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pemasyhuran nama baru Saser ini disempurnakan oleh Tuanku Muhriz di Dewan Putera sekolah berkenaan, hari ini.

''Kami sebagai pelajar berjanji untuk meningkatkan kecemerlangan pada masa hadapan," kata Harith Fadhilah yang berasal dari Perak.

Sementara itu, rakannya yang juga pelajar tingkatan 5, Haris Nasir, 17 memberitahu, perasaannya bercampur antara sedih dan seronok.

''Saya sedih kerana nama Saser baru hendak melonjak naik dan dikenali ramai. Namun saya gembira kerana Saser kini dinamakan sempena nama Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-9, Almarhum Tuanku Munawir," katanya.

Haris juga berharap kejayaan sekolah ini akan berterusan, lebih-lebih lagi dia memikul tanggungjawab besar untuk menaikkan nama sekolah dengan nama barunya itu.

Dalam pada itu, seorang lagi pelajar, Zahri berkata, dengan pemashyuran ini ia bukan sahaja melonjakkan kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), malahan turut mengangkat imej pendidikan negara di mata dunia.

''Kita optimis sekolah ini akan terus mengekalkan kecemerlangan dalam pendidikan negara, sekali gus mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada masa akan datang," kata Zahri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Infiniti

Posted: 08 Mar 2011 09:09 PM PST

Kosmo Online - Infiniti


Bak kedai mamak dalam talian

Posted:

Bak kedai mamak dalam talian

Bak kedai mamak dalam talian

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my



KOMIK adalah satu medium grafik yang dihasilkan melalui susunan lukisan dalam petak bagi menggambarkan peristiwa yang ingin disampaikan dan mengandungi dialog supaya watak-watak dalam komik tersebut seolah-olah hidup.

Sejarah komik moden bermula di Barat. Pada mulanya bahan bacaan itu hanya disiarkan di akhbar-akhbar harian dengan gaya lukisan kartun yang mengandungi unsur-unsur humor dan juga kritikan.

Kemudiannya komik-komik berunsur aksi mula diterbitkan. Antara komik aksi yang terawal ialah Batman, Spiderman dan Superman.

Kewujudan komik telah merentasi benua dan berkembang pula ke Asia semasa Perang Dunia kedua. Jepun yang turut terpengaruh dengan budaya itu berjaya mencipta komik dipanggil manga yang kini menjadi gaya lukisan komik Jepun.

Portal komik

Revolusi teknologi maklumat pada hari ini bukan sahaja mengubah gaya hidup manusia dalam pelbagai aspek, bahkan kebanyakan bahan bacaan bercetak kian susut apabila teknologi digital mengambil alih.

Oleh itu, kesukaran mendapatkan pengedar serta pelbagai kerenah yang dihadapi sebelum ini menjadi pencetus kepada dua sahabat dari Lembah Klang ini membangunkan portal komik secara dalam talian lewat tahun 2009.

Idea menghasilkan FlipKomik terlintas apabila Fairus Azian Ismail dan Mohsen Amdan membayangkan perkara paling ringkas bagi membangunkan kandungan seolah-olah seperti kedai buku mamak yang sering mendapat perhatian kaki komik sejak dahulu lagi.


FAIRUS percaya dengan tahap celik teknologi IT dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin tinggi, portal komik FlipKomik akan mendapat sambutan.


Menurut Fairus yang juga Pengarah Kreatif dan Teknologi Flipsio Resources Sdn. Bhd. (Flipsio), FlipKomik bakal dilancarkan pada pertengahan Mei ini dan ia mengumpulkan karya-karya pelukis komik baru dan lama dari seluruh negara dalam satu portal.

"Jadi, konsep yang kami bawa sangat mudah. Di sini FlipKomik berperanan seperti kedai mamak online yang mana pembaca seolah-olah pergi ke sebuah kedai mamak untuk membaca komik kegemaran mereka.

"Bahkan, komik yang bakal diterbitkan dalam portal itu nanti adalah 100 peratus dihasilkan melalui penggunaan perisian komputer yang menggunakan aplikasi flash.

"Dari aspek teknologi yang semakin berkembang dengan pelbagai rangkaian sosial seperti Facebook memudahkan lagi kami menarik orang ramai menyertai portal ini," katanya.

Sistem yang dibangunkan Flipsio itu mampu menjana pendapatan kepada para pelukis komik malah pihaknya menyediakan dua pilihan untuk terbitan karya mereka iaitu secara percuma atau dikenakan bayaran berpatutan.

Kaedahnya adalah sama seperti seseorang membeli ruang sesebuah laman web dan diikuti pakej istimewa berdasarkan saiz laman yang mereka inginkan.

Lebih menarik apabila portal tersebut turut memaparkan profil lengkap pelukis komik agar pembaca atau pelanggan mudah berinteraksi serta memberi komen.

Disebabkan portal ini masih baru, Flipsio masih belum membuka sebarang pendaftaran kepada pelukis komik mahupun kepada orang ramai sehingga Mei nanti.


FLIPSIO membangunkan idea FlipKomik sejak tahun hujung tahun 2009.


"Kos yang paling murah yang mungkin dikenakan kepada pelukis komik kira-kira RM100 untuk tempoh setahun atau mungkin kurang daripada itu. Tetapi, jika ada permintaan tinggi daripada pembaca yang melanggan komik mereka, kita akan cadangkan pelukis menambah laman sedia ada mereka dengan bahan-bahan yang lebih menarik.

"Dalam sistem yang dibangunkan ini, pelukis turut mendapat bayaran. Contohnya, jika pembaca melanggan dengan kadar RM1, kemungkinan syarikat akan membahagi keuntungan sama rata dengan pelukis.

"Namun, jika pelukis komik masih kurang yakin dengan karya yang dihasilkan, mereka boleh mendaftar secara percuma, tetapi ruang yang disediakan adalah terhad," katanya yang mengharapkan industri kreatif dan teknologi maklumat negara akan lebih berkembang.

Tambahnya, bagi pelanggan yang berminat, mereka usah khuatir kerana pendaftaran ke portal itu adalah percuma. Hanya mereka yang melanggan komik sahaja dikenakan bayaran tertentu kecuali pelukis menawarkan bahan bacaan secara percuma.

Dedahnya lagi, buat masa sekarang hanya bahan bacaan komik menjadi perhatian mereka malah, semua jenis komik boleh dimasukkan ke portal tersebut kecuali bahan porno atau yang memiliki ciri-ciri keganasan melampau.

Aduka komik sulung

Justeru katanya, sebagai permulaan, Flipsio sendiri telah menghasilkan komik berbentuk patriotik berjudul Aduka.

Ia mengisahkan seekor gajah bernama Aduka yang ditugaskan membantu pembinaan empangan di Grik, Perak sekitar tahun 1980-an.

"Ia diadaptasi daripada kisah benar apabila seekor gajah bersahabat baik dengan askar malah, membantu askar dalam kesusahan terutama ancaman daripada komunis yang masih ada ketika itu. Ia bakal diterbitkan dalam portal ini tidak lama lagi," tuturnya dengan penuh semangat.

Sementara itu, seorang lagi pengasas, Mohsen yang juga Pengarah Pembangunan Perniagaan Flipsio memberitahu, tujuan pihaknya menghasilkan portal komik itu agar bakat melukis anak muda negara tidak disia-siakan begitu sahaja malah, mereka perlu diberi peluang.


KOMIK menjadi salah satu medium bahan bacaan dan hiburan bagi masyarakat terutama generasi muda. - Gambar hiasan


Menurutnya, disebabkan pelukis-pelukis berbakat sukar dikesan oleh pihak industri menyebabkan sesetengah syarikat berkaitan bidang kreatif terpaksa menggajikan sumber luar seperti dari Filipina dan China.

"Perkara sedemikian menyebabkan wang kita mengalir keluar padahal bakat bidang kreatif di negara kita sendiri ramai," katanya kesal.

Mohsen yang merupakan penerima Anugerah Belia Negara 2010 peringkat Kuala Lumpur yakin dengan pelancaran portal itu nanti, pelukis komik sedia ada tidak lagi memerlukan kos yang besar untuk mencetak semula komik atau risau tentang pengedaran kerana semuanya melalui atas talian.

Dia yang kini berusia 33 tahun memberitahu, pihaknya turut bertemu dengan kartunis terkenal seperti Ujang untuk membantu dia menjual karyanya dalam bentuk dalam talian.

"Secara lisannya Ujang dah bersetuju, cuma belum ikat kontrak dengan dia. Kalau Ujang kita boleh dapat, kita percaya kartunis-kartunis lain pun akan meletakkan karya mereka di sini.

"Sebarang pertanyaan atau pendaftaran sebagai pelukis komik boleh die-melkan kepada info@flipsio.com," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kitar semula bersihkan HKL

Posted:

Kitar semula bersihkan HKL

Kitar semula bersihkan HKL

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


SEORANG jururawat di Jabatan O&G HKL tertarik melihat beg wanita yang diperbuat daripada seluar jean pada perasmian Hari Kitar Semula Jabatan O&G Hospital.


TATKALA fajar menyingsing menembusi hutan konkrit di tengah ibu kota, pekerja-pekerja Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang bertungkus-lumus mengumpul barang buangan untuk di kitar semula.

Pelbagai botol plastik, tin minuman, kotak-kotak dan kertas dikumpulkan secara beramai-ramai oleh sukarelawan program Hari Kitar Semula Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HKL di perkarangan tempat letak kereta Hospital Bersalin HKL baru-baru ini.

Ia dilakukan hanya dengan satu matlamat iaitu memastikan persekitaran HKL sentiasa bersih dan menyejukkan mata, sekali gus menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar.

Pengerusi Kitar Semula Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HKL, Dr. Noor Haliza Yussoff berkata, program berkenaan diadakan bertujuan untuk memupuk minat dan menggalakkan masyarakat memahami serta mengamalkan kitar semula.

"Ia juga diadakan untuk memulihara persekitaran supaya lebih bersih demi keselamatan serta kesihatan pekerja, pesakit serta pelawat yang mengunjungi hospital ini.

"Dalam pada itu, ia juga dapat menjana pendapatan kepada jabatan-jabatan yang terdapat di hospital ini apabila mengamalkan kitar semula," katanya selepas majlis pelancaran Program Hari Kitar Semula Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HKL.


TIN minuman yang dikumpulkan dipijak untuk memudahkan proses pengumpulan.


Program berkenaan yang mendapat kerjasama Pertubuhan Tzu Chi Malaysia berjaya menarik kira-kira 100 peserta dirasmikan Pengarah HKL, Datuk Zaininah Mohd. Zain.

Walaupun sumbangan program berkenaan tidaklah begitu besar, namun Noor Haliza menambah, dia berharap ia dapat diteruskan kerana melalui aktiviti-aktiviti kecil-kecilan apabila dilakukan secara kerap akan menjadi satu gerakan yang relevan.

Buat permulaan katanya, program tersebut dilakukan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HKL dan ia akan diadakan secara berterusan di jabatan-jabatan lain.

Zaininah memberitahu, terdapat kira-kira 9,000 orang yang berkhidmat di seluruh jabatan-jabatan HKL.

"Saya berharap program yang diadakan ini dapat membuka mata sekali gus membantu meningkatkan lagi semangat kerjasama dalam kalangan pekerja," katanya.

Sementara itu, seorang jururawat dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Siti Hasliza Hamid, 25, berkata, dia sangat gembira kerana dapat bersama-sama menyumbang tenaga dalam memulihara alam sekitar melalui program berkenaan.

"Program kitar semula yang dilakukan ini mungkin kelihatan kecil tetapi, ia tetap dapat menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar terutamanya di kawasan hospital.

"Ia juga merupakan platform terbaik dalam memupuk semangat cintakan alam semula jadi dalam kalangan pekerja-pekerja HKL," katanya.

Bagi Rani Alagappan, 54, pula program kitar semula yang dilakukan tersebut secara tidak langsung dapat memastikan persekitaran hospital sentiasa berada dalam keadaan bersih dan jauh daripada tempat pembiakan nyamuk aedes.


SEORANG jururawat komited menjalankan tanggungjawab membersihkan kawasan hospital pada Hari Kitar Semula Jabatan O&G HKL.


"Sudah seharusnya persekitaran hospital mesti bersih dan selamat untuk pesakit. Membersihkan kawasan hospital daripada plastik, botol dan tin sekali gus memusnahkan tempat pembiakan aedes yang boleh membahayakan pesakit," kata Ketua Jururawat Jabatan Obstetrik dan Ginekologi itu.

Dalam pada itu seorang lagi jururawat, Asmiyaton Abdullah, 28, berkata, dia sangat gembira apabila mendapat pelbagai maklumat mengenai kitar semula menerusi program berkenaan.

"Kita telah didedahkan dengan barangan yang boleh di kitar semula tetapi kita jarang mengaplikasinya.

"Melalui program ini ia melatih dan mendidik kita untuk bukan sahaja membersihkan kawasan yang kotor tetapi mengamalkan kitar semula," ujarnya.

Sukarelawan dari Pertubuhan Tzu Chi Malaysia, Chua Thiam Aik, 26, pula memberitahu, kira-kira 20 sukarelawan dari pertubuhan berkenaan membantu program tersebut.

"Kita datang bersama-sama dalam membantu pihak HKL mengitar semula barang buangan.

"Ini merupakan satu kerjasama yang amat baik kerana dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bijak memilih pencetak

Posted:

Bijak memilih pencetak

Bijak memilih pencetak

Oleh KHAIRUL ANUAR ABDUL RAHMAN
rencana@kosmo.com.my


MODEL pencetak HP Officejet Pro 8500 A menawarkan ciri-ciri menarik yang mampu memudahkan tugasan di pejabat.


TERDAPAT pelbagai jenis pencetak yang terdapat di pasaran dengan teknologi cetakan berbeza mengikut keperluan pengguna.

Pencetak didatangkan dengan pelbagai bentuk dan saiz, daripada yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sehinggalah yang tahan lasak serta mampu melaksanakan tugas cetakan berat di pejabat.

Ada juga pencetak yang direka khusus untuk kegunaan jurufoto dan tidak kurang pula yang menawarkan pelbagai ciri selain mencetak. Ia termasuk mengimbas, menghantar dan menerima faks serta membuat salinan dokumen.

Spesifikasi seperti kelajuan mencetak dan resolusi sesebuah pencetak kadangkala boleh menimbulkan kekeliruan kepada pengguna.

Bagaimanapun, mengenali asas teknologi peranti tersebut iaitu pencetak inkjet menghasilkan gambar yang mampu bertahan lama, manakala pencetak laser monokrom pula merupakan pilihan terbaik untuk menghasilkan dokumen teks dengan pantas.

Pengguna rumah

Pengguna rumah lazimnya mengharapkan pencetak yang dibeli mampu melakukan segala tugasan diberikan mereka. Pencetak perlu berupaya melakukan tugasan seperti mencetak surat, laporan sehingga pengimejan. Kesemuanya tanpa melebihi bajet pengguna.


PENCETAK pelbagai fungsi termasuk faks dan pengimbas boleh menjadi pilihan pengguna.


Ini adalah satu sebab mengapa pilihan terbaik untuk pengguna rumah ialah pencetak mampu dimiliki dan boleh menangani tugasan cetakan yang kebiasaannya dilakukan di rumah.

Contoh terbaik ialah pencetak inkjet berwarna SOHO atau small-office/home-office. Pencetak itu berharga di antara RM150 hingga RM450 yang direka untuk melakukan pelbagai tugasan dalam kuantiti yang rendah, sungguhpun agak perlahan berbanding dengan pencetak pejabat.

Bagi mereka yang kerap melakukan cetakan hitam putih tetapi pada masa sama memerlukan pencetak berwarna, penyelesaian terbaik adalah mendapatkan pencetak peribadi laser monokrom bagi melakukan cetakan dengan lebih pantas dan menjimatkan.

Ini kerana kuantiti yang boleh dicetak bagi setiap unit toner jauh lebih banyak berbanding dengan katrij inkjet. Pencetak laser monokrom hari ini boleh didapati pada harga bawah RM500.

Jurufoto digital

Pada asasnya, mana-mana pencetak inkjet mampu mencetak gambar berwarna tetapi sekiranya memerlukan hasil yang lebih menonjol untuk gambar dirakam, anda memerlukan pencetak yang mampu menghasilkan imej dinamik serta warna lebih hidup.


PENCETAK inkjet DreamLabo 5000 dapat membantu dalam percetakan komersial.


Bagi jurufoto yang sering melakukan cetakan gambar untuk dijadikan sebahagian daripada portfolio mereka, anda perlu mempertimbangkan ciri seperti jenis dakwat digunakan, jenis kertas yang boleh dicetak dan pengurusan warna sesebuah pencetak sebelum membuat keputusan membelinya.

Jika anda hanya perlu mencetak tanpa memerlukan banyak suntingan pada gambar dirakam, anda mungkin boleh memilih pencetak yang menawarkan ciri cetakan terus dari kamera tanpa memerlukan komputer.

Pencetak jenis itu selalunya mempunyai skrin LCD kecil yang membolehkan kita melakukan suntingan asas sebelum mencetaknya.

Usahawan kecil dan sederhana

Sama ada anda bekerja dari rumah atau mempunyai perniagaan kecil yang dilakukan dari rumah, pencetak pelbagai fungsi mungkin pilihan terbaik.

Sama ada pencetak laser atau inkjet, pencetak multi fungsi menggabungkan pengimbas, penyalin dan juga mesin faks. Ia juga mampu menjimatkan ruang dengan kos yang sederhana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 08 Mar 2011 03:14 PM PST

Kosmo Online - Komuniti Kita


Perarakan Maulidur Rasul di Masjid Al-Ikhlasiah

Posted:

Perarakan Maulidur Rasul di Masjid Al-Ikhlasiah

Perarakan Maulidur Rasul di Masjid Al-Ikhlasiah


MENTERI Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (tengah) turut menyertai program perarakan majlis sambutan Maulidur Rasul di Kampung Kerinchi baru-baru ini.


BERARAK. Seramai 2,000 peserta terdiri daripada ahli parti politik, penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan menyertai perarakan bersempena sambutan Maulidur Rasul anjuran UMNO Bahagian Lembah Pantai di sini baru-baru ini.

Perarakan sejauh 1.5 kilometer itu bermula dari Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi mengelilingi kawasan Bukit Kerinchi dan kembali semula ke masjid tersebut.

Perarakan yang bermula pukul 8 pagi itu melibatkan sebanyak 17 kontinjen termasuk persatuan penduduk, UMNO Lembah Pantai serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejohanan olahraga SK Kompleks Gong Badak

Posted:

Kejohanan olahraga SK Kompleks Gong Badak

Kejohanan olahraga SK Kompleks Gong Badak


SEBAHAGIAN pelajar dan guru pada kejohanan olahraga dan sukan ke-10 SK Kompleks Gong Badak di Kuala Terengganu baru-baru ini.


BERSEMANGAT. Seramai 996 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu menyertai kejohanan olahraga dan sukan ke-10 anjuran sekolah itu baru-baru ini.

Sebanyak 82 acara olahraga dan sukan dipertandingkan pada kejohanan tersebut yang melibatkan murid pra sekolah hingga tahun enam.

Pada kejohanan itu, Muhamad Lukman Mohd. Yazid, 12, terpilih sebagai olahragawan selepas menggondol lima pingat emas dan satu pingat gangsa manakala Syadza Asyiqeen Rasdi, 12, pula olahragawati selepas memenangi lima pingat emas dan satu pingat perak.

Guru Besar, SK Kompleks Gong Bada, Roshayati Salleh berkata, kejohanan itu bertujuan mencungkil bakat baru dalam sukan olahraga untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk gotong-royong cat rumah pesakit diabetes

Posted:

Penduduk gotong-royong cat rumah pesakit diabetes

Penduduk gotong-royong cat rumah pesakit diabetes


MOKHTAR (kiri sekali) melihat anggota Rela melakukan kerja mengecat rumah Jasni di Sungai Buloh baru-baru ini.


GOTONG-ROYONG. Penduduk Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh bergotong-royong mengecat rumah seorang pesakit diabetes, Jasni Husah di kampung itu baru-baru ini.

Program itu dianjurkan oleh Jaksa Pendamai (JP) Selangor dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Hospital Sungai Buloh.

Pihak penganjur memilih rumah Jasni untuk program gotong-royong tersebut bertujuan menceriakan keluarga tersebut.

Turut menyertai gotong-royong tersebut ialah Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat JP Daerah Petaling, Datuk Mokhtar Ahmad Dahalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List