Selasa, 15 Mac 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 15 Mar 2011 09:32 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Loji nuklear meletup

Posted: 14 Mar 2011 11:38 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]

Kenapa tunggu 2012 haram botol susu polikarbonat

Posted: 14 Mar 2011 11:32 AM PDT

MukaDepan

PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.

PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.

PUTRAJAYA: Mengapa tunggu hingga 2012 jika ia membahayakan? Persoalan yang ditimbulkan berikutan tindakan kerajaan menunggu hingga tempoh itu bagi pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA) kerana dikhuatiri boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan Kabinet yang dicapai pada 2 Mac lalu itu bertujuan memberi tempoh pada pihak industri membuat persediaan menukar atau membeli mesin serta menggunakan bahan mentah sesuai bagi memenuhi peraturan baru itu.

"Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA selamat untuk golongan berisiko tinggi khususnya bayi dan kanak-kanak," katanya pada sidang media di sini, semalam. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), mempersoalkan tindakan itu dan mendesak kerajaan mengharamkan terus penjualan botol berkenaan.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman, berkata tindakan kerajaan mengharamkannya pada tahun depan hanya akan menyebabkan lebih ramai bayi dan kanak-kanak berisiko mendapat pelbagai penyakit.

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman pula mahu setiap botol susu yang dipasarkan melalui pemeriksaan ketat bagi memastikan penggunaannya tidak membahayakan kesihatan bayi dan kanak-kanak.

Tiong Lai sebelum itu berkata, kajian terhadap 159 sampel botol susu bayi juga mendapati 85 peratus atau 135 dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 miligram per kilogram.
Katanya, kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius berbanding pada suhu bilik 25 darjah celsius. Kadar migrasi merujuk kepada percampuran bahan BPA itu dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu.

"Dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian," katanya.

Bagaimanapun, katanya orang ramai boleh bertindak awal dengan menukar penggunaan botol susu bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

Beliau berkata, pengharaman ini selaras tindakan sama yang diambil beberapa negara antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Kesatuan Eropah.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan botol susu bayi polikarbonat supaya mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

INFO: Bisphenol A (BPA)
- Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
- Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
- Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
- Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
- Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
- Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
- Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:

  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Mutakhir

    Posted: 15 Mar 2011 08:26 AM PDT

    Harian Metro: Mutakhir


    Pakatan U MOBILE - ZTE, CHINA perluas rangkaian mudah alih

    Posted: 15 Mar 2011 04:58 AM PDT

    KUALA LUMPUR: U Mobile Sdn Bhd dan ZTE Corporation dari China, hari ini menandatangani perjanjian yang akan menyaksikan pengusaha perkhidmatan mudah alih 3G tempatan meluaskan rangkaian 42 Mbps di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan kawasan utara pada setengah tahun kedua 2011.

    Perjanjian tiga tahun ini juga menyediakan pemasangan platform LTE (evolusi jangka panjang) seiring dnegan rancangan untuk membawa 100 Mbps rangkaian tanpa wayar di seluruh bandar raya utama di Malaysia.


    Hadir menyaksikan pemeteraian itu di sini ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan Duta Besar China ke Malaysia, Chai Xi.

    "Dalam perkongsian strategik ini, U Mobile dilihat mengambil pendekatan ke hadapan dalam menyediakan teknologi tanpa wayar terkini untuk negara.


    "Dalam masa 12 bulan akan datang, akan dapat dilihat peningkatan perkhidmatan U Mobile bagi 42 Mbps kepada 84 Mbps. Pengguna internet berkemungkinan mengalami pengalaman 10 kali lebih pantas berbanding kadar semasa," demikian menurut syarikat dalam kenyataan bersama hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Adun Serkam angkat sumpah Exco baru Melaka

    Posted: 15 Mar 2011 04:45 AM PDT

    MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam, Datuk Ghazale Muhamad, 55, mengangkat sumpah sebagai anggota Exco kerajaan negeri Melaka yang baru di Istana Melaka di sini hari ini.

    Ghazale, Adun penggal pertama dan timbalan pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengangkat sumpah jawatan dan sumpah kerahsiaan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.


    Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad; dan Setiasaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online

    Posted: 15 Mar 2011 07:16 AM PDT

    Kosmo Online


    Letupan loji nuklear: tiada rakyat malaysia dipindahkan

    Posted:


    Ruang

    Sawah padi restoran buluh

    BAYU senja bertiup lembut ke pipi tatkala krew Jurnal tiba di lokasi restoran yang terletak di sisi Jalan Hulu Kelang-Ampang ini. Lagi...

    Infiniti

    Bak kedai mamak dalam talian

    KOMIK adalah satu medium grafik yang dihasilkan melalui susunan lukisan dalam petak bagi menggambarkan peristiwa yang ingin disampaikan dan mengandungi dialog supaya watak-watak dalam komik tersebut seolah-olah hidup. Lagi...

    Kesihatan

    Kahak litupi paru-paru

    PADA malam itu anak perempuan Hanisah, Mia yang baru berusia enam bulan setengah tidak lena tidur. Sekejap-sekejap dia terjaga dan terbatuk. Lagi...

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Program susu 1malaysia untuk murid miskin - Muhyiddin

    Posted:

    Program susu 1malaysia untuk murid miskin - Muhyiddin

    Program susu 1malaysia untuk murid miskin - Muhyiddin

    15/03/2011 7:22pm

    PUTRAJAYA — Program Susu 1Malaysia tidak melibatkan semua murid sekolah rendah, sebaliknya khusus untuk murid miskin terutamanya di kawasan luar bandar, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengambil kira kos yang terlalu tinggi sekiranya melibatkan semua murid sekolah rendah di negara ini.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebanyak 400,000 murid di seluruh negara telah dikenal pasti untuk program itu dengan setiap murid akan dibekalkan dengan dua kotak susu seminggu.

    Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri upacara penutupan Program Keluarga Angkat 1Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran di sini hari ini. — Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pasangan kekasih dipenjara 18 tahun kerana miliki syabu

    Posted:

    Pasangan kekasih dipenjara 18 tahun kerana miliki syabu

    Pasangan kekasih dipenjara 18 tahun kerana miliki syabu

    15/03/2011 6:43pm

    SHAH ALAM 15 Mac — Seorang wanita warga China menangis teresak-esak di Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 54.1 gram, dua tahun lepas.

    Fan Ting Ting, 25, kelihatan terkejut dan terus menangis selepas jurubahasa mahkamah menerangkan tempoh hukuman penjara yang diputuskan oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki terhadapnya.

    Dalam prosiding sama, Mohtarudin turut menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadap teman lelaki Fan, Koo Ming Keung, 39, warga Hong Kong kerana melakukan kesalahan yang sama.

    Mahkamah memerintahkan pasangan kekasih itu, yang berada di Malaysia sejak Januari 2009, menjalani hukuman berkuat kuasa dari tarikh mereka ditangkap pada 7 Mac 2009.

    Koo, seorang ahli perniagaan dilihat memeluk dan memujuk Fan yang berterusan menangis kerana tidak berpuas hati dengan tempoh hukuman penjara itu.

    Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di No. 25, Jalan Pekaka 8/10, Seksyen 8, Kota Damansara dekat sini, kira-kira 5.30 pagi pada 7 Mac 2009.

    Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39 A (2) Akta yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan. — Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Mutakhir

    Posted: 15 Mar 2011 03:45 AM PDT

    Berita Harian: Mutakhir


    Hassan Skodeng lepas tanpa bebas tuduhan komen palsu

    Posted: 15 Mar 2011 03:41 AM PDT

    Mutakhir

    PETALING JAYA: Blogger Hassan Skodeng atau nama sebenarnya Irwan Abdul Rahman dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini terhadap tuduhan membuat dan memula penghantaran komen palsu berhubung artikel 'TNB to sue WWF over Earth Hour' dalam blognya di internet.

    Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara bersetuju menarik balik pendakwaan dalam kes itu.

    Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad berkata representasi oleh pihak pembelaan pada 23 Sept tahun lepas kepada jabatan itu telah diterima pada 22 Februari lalu. Irwan, 36, yang juga editor eksekutif ruangan Lifestyle & Entertainment akhbar The Malay Mail, didakwa membuat dan memula komen palsu itu dalam laman blog http://nose4news.wordpress.com dengan niat hendak menyakiti hati orang lain.

    Artikel itu ditulis dalam bentuk berita berdasarkan "satu sidang akhbar palsu" oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh yang kononnya menyatakan bahawa syarikat itu akan menyaman Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) berhubung kempen Earth Hour.

    Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 6 dan 7 petang 25 Mac tahun lepas di pejabat akhbar itu di B-3A-01,02 & 03, Dataran 3 Dua, No 2, Jalan 19/1 di sini.

    Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
    Pendakwaan dibantu Zainulnahar Zakaria manakala Irwan diwakili peguam bela Datuk Jahaberdeen Mohamaed Yunoos. - BERNAMA


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pasangan kekasih dipenjara 18 tahun kerana miliki syabu

    Posted: 15 Mar 2011 03:15 AM PDT

    Mutakhir

    SHAH ALAM: Seorang wanita warga China menangis teresak-esak di Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas dia dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 54.1 gram, dua tahun lalu.

    Fan Ting Ting, 25, kelihatan terkejut dan terus menangis selepas jurubahasa mahkamah menerangkan tempoh hukuman penjara yang diputuskan oleh Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki terhadapnya.

    Dalam prosiding sama, Mohtarudin turut menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadap teman lelaki Fan, Koo Ming Keung, 39, warga Hong Kong kerana melakukan kesalahan sama. Mahkamah memerintahkan pasangan kekasih itu yang berada di Malaysia sejak Januari 2009, menjalani hukuman berkuat kuasa dari tarikh mereka ditangkap pada 7 Mac 2009.

    Koo, seorang ahli perniagaan dilihat memeluk dan memujuk Fan yang berterusan menangis kerana tidak berpuas hati dengan tempoh hukuman penjara itu.

    Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di No. 25, Jalan Pekaka 8/10, Seksyen 8, Kota Damansara dekat sini, kira-kira 5.30 pagi pada 7 Mac 2009.

    Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39 A (2) Akta yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.
    Sebelum ini, mereka dibicarakan atas tuduhan mengedar mengikut Seksyen 39B akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

    Bagaimanapun, ketika akhir kes pembelaan, Mohtarudin memutuskan untuk meminda pertuduhan mereka kepada memiliki mengikut Seksyen 12 (2) selepas mendapati tiada bukti untuk mengaitkan mereka dengan kesalahan mengedar.

    Beliau berkata, walaupun terdapat perkakas memproses dadah ditemui di dalam rumah sewa pasangan kekasih itu, mahkamah mendapati tiada keterangan lain yang boleh membuktikan bahawa kedua-dua tertuduh terlibat dalam pembuatan dadah itu.

    "Mahkamah bagaimanapun mendapati kedua-dua tertuduh dengan niat bersama telah menyewa rumah itu (tempat kejadian) dan mempunyai kawalan eksklusif ke atas dadah itu. Justeru, kedua-dua tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 12 (2) iaitu bagi kesalahan memiliki (dadah)," katanya.

    Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan Koo memberitahu mahkamah bahawa mereka berdua tidak tahu langsung mengenai kewujudan dadah itu.

    "Kami betul-betul tidak tahu apa-apa dan teman wanita saya (Fan) hanya datang mencari saya semasa kejadian. Kami hanya berniaga sahaja dan kami betul-betul tidak bersalah. Ibu teman wanita saya telah masuk hospital kerana kes ini," katanya melalui jurubahasa mahkamah.

    "Ejen yang sewakan rumah kepada kedua-dua tertuduh dalam keterangannya memaklumkan bahawa Koo telah menandatangani perjanjian sewa rumah dan nombor kad pengenalan Koo tertera di bawah perjanjian itu," kata Mohtarudin.

    Sepanjang perbicaraan itu, seramai 15 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pembelaan mengemukakan tiga orang saksi.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mak Kah Keong yang menyebut bagi pihak peguam Gooi Soon Seng. - BERNAMA


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Selatan

    Posted: 15 Mar 2011 03:38 AM PDT

    Utusan Online - Selatan


    Hobi jadi pendapatan lumayan

    Posted:

    Hobi jadi pendapatan lumayan

    Hobi jadi pendapatan lumayan

    Oleh NAS NORZIELA NASBAH
    utusanmelaka@utusan.com.my


    SPESIES katak yang jarang ditemui turut dijual di Newhillz Pets di Kampung Tun Razak, Bukit Katil, Melaka. - utusan/Nas Norziela Nasbah


    MELAKA 14 Mac - Hobi memelihara haiwan peliharaan sudah menjadi kelaziman di kalangan peminat haiwan.

    Kini, minat untuk membela binatang eksotik semakin meningkat di kalangan masyarakat kerana keunikannya dan memiliki haiwan tersebut memberi satu kepuasan serta kebanggaan.

    Terdapat pelbagai jenis binatang yang sering dipelihara dan ia terdiri daripada pelbagai spesies yang jarang ditemui.

    Malah terdapat juga binatang peliharaan yang dipelihara bukan sahaja mahal tetapi memerlukan perbelanjaan tinggi untuk menjaganya.

    Tidak hairanlah perniagaan haiwan peliharaan menjanjikan pendapatan lumayan.

    Pemilik kedai menjual haiwan peliharaan, Rosahairil Tan Roslan Tan berkata, perniagaannya bermula dengan hobi memelihara arnab pelbagai spesies sejak berusia 12 tahun.

    Rosahairil, 32, memberitahu pada awalnya dia mula memelihara kucing dan minat terhadap haiwan peliharaan lain bermula selepas itu.

    Jelasnya, naluri cintakan alam sekitar dan haiwan telah mendorong dirinya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan.

    Menurut pemegang Ijazah Biologi Pemuliharaan pengkhususan Zoologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, minatnya pada haiwan peliharaan membuka perspektif baru apabila berjinak dalam bidang perniagaan pula.

    Berbekalkan ilmu yang ditimba semasa masih menuntut, bermula tahun 2008 Rosahairil memulakan perniagaan haiwan Newhillz Pets di rumahnya di Kampung Tun Razak, di Bukit Katil di sini.

    Fokusnya lebih kepada penjualan arnab yang terdiri daripada pelbagai spesies termasuk dari baka Holland Lop, Teddy Bear, Lop, Rex, Lion Head dan New Zealand White.

    "Pada mulanya saya telah membeli dua ekor arnab kemudian arnab tersebut dibiakkan bagi mendapat anak untuk dijual.

    "Bermula dari situ arnab-arnab saya semakin banyak dan permintaan juga bertambah dari semasa ke semasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

    Menurut Rosahairil, nilai pasaran arnab ditentukan oleh baka iaitu antara RM50 dan ada kalanya mencecah hingga RM3,500.

    "Baka Holland Lop adalah antara arnab yang bernilai tinggi dan ia terbahagi kepada dua kategori iaitu baka kategori persembahan dan baka kategori pembiakan.

    "Baka kategori persembahan lebih mahal terutama kalau salasilah ketulenan bakanya dijaga tanpa kacukan daripada baka berlainan," katanya.

    Tambah beliau, arnab yang dipelihara boleh menjangkau usia 9 hingga 15 tahun bergantung kepada teknik penjagaan dan pemakanan yang betul.

    Berbeza dengan haiwan peliharaan lain, kos memelihara spesies itu tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi iaitu antara RM30 hingga RM50 sebulan untuk membeli makanan dan perkakas lain.

    Selain arnab, Rosahairil juga menjual pelbagai haiwan peliharaan lain seperti ikan laga, ular, kucing, kala jengking, cicak, tarantula, hamster, tikus, kura-kura dan katak.

    Dalam pada itu, seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi dan informasi, Rosahairil menggunakan kaedah yang berbeza untuk menjual produknya.

    Dia menggunakan teknologi terkini dengan memasarkan arnab secara online menerusi blog, laman sesawang dan laman sosial seperti Facebook.

    "Dengan cara ini proses jual beli menjadi lebih mudah kerana pembeli boleh melayari Internet pada bila-bila masa di mana sahaja mereka berada.

    "Keadaan ini secara tidak langsung meluaskan lagi ruang lingkup perniagaan dan saya boleh mendapat maklum balas para pelanggan dengan lebih mudah dan pantas," katanya.

    Selain itu, Rosahairil turut menjual haiwan peliharaan di Car Boot Sale anjuran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) setiap Ahad di Ayer Keroh.

    Pelanggannya bukan sahaja dari Melaka tetapi juga dari Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

    Jelasnya, memelihara binatang kesayangan bukan sahaja dapat memastikan spesies itu tidak pupus malah dapat dijadikan sebagai punca pendapatan lumayan.

    Mengenai perancangan masa hadapan, Rosahairil bercadang mencari tapak untuk membuat taman arnab bagi memperkenalkan baka-baka arnab yang terdapat di seluruh dunia.

    Pada masa sama, dia turut merancang untuk menubuhkan kelab pencinta arnab di negeri ini supaya orang ramai mendapat lebih banyak informasi berguna berkaitan haiwan comel itu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Norehan sahut cabaran suami ceburi bidang kecantikan

    Posted:

    Norehan sahut cabaran suami ceburi bidang kecantikan

    Norehan sahut cabaran suami ceburi bidang kecantikan


    NOREHAN menyolek seorang model di Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini.


    JEMPOL 14 Mac - Bermodalkan RM30,000 dan berbekalkan kemahiran menggunting rambut yang dipelajarinya di sebuah pusat pengajian swasta di Seremban, Norehan Abd. Majid, 38, memulakan langkah menceburi perniagaan salon rambut.

    Walaupun secara kecil-kecilan, Norehan atau lebih mesra dengan gelaran Ann tidak lagi menoleh ke belakang selepas itu.

    Kini, selepas lebih 10 tahun, beliau mengembangkan perniagaan dengan membuka butik pengantin pula.

    Menurutnya, cabaran yang diterima daripada suaminya, Nazri Aziz, 49, membuatkannya nekad untuk menceburi bidang kecantikan.

    "Sebelum membuka perniagaan ini, saya bekerja sebagai pemandu van sekolah. Sementara menunggu pelajar sekolah keluar, saya akan berniaga makanan ringan di luar sekolah. Pada waktu petang pula, saya belajar menggunting rambut dan solekan.

    "Walaupun perwatakan saya agak kasar dan pernah digelar 'tomboi' oleh rakan-rakan, namun, saya tetap mengikuti kursus tersebut demi menyahut cabaran," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

    Bermula dengan satu lot kedai di pekan Batu Kikir pada 2000, dia kini mampu membesarkan premis perniagaannya.

    Sejak itu, nama Salon dan Andaman Ann mula meniti di bibir penduduk sekitar daerah ini sehingga ke Kuala Lumpur.

    "Saya juga ada membuka cawangan di Seremban dan bercadang untuk menambah cawangan lain dalam masa terdekat.

    "Kebiasaannya tempahan akan diutamakan di negeri ini. Bukan tidak mahu pergi jauh tetapi saya lebih selesa jika buat masa ini tumpuan di sekitar negeri ini.

    Ann memberitahu, butiknya bukan sahaja menjadi pilihan masyarakat setempat malah, turut menjadi pilihan di kalangan orang kenamaan.

    "Musim cuti sekolah memang kami tak menang tangan nak penuhi permintaan pengantin yang perlukan khidmat solekan serta baju pengantin.

    "Terlalu banyak yang perlu dihadapi untuk meneruskan perniagaan ini seperti melayan kerenah pelanggan yang pelbagai serta mencari pekerja yang benar-benar mahir," katanya.

    Menurutnya, agak sukar untuk mendapatkan pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran seperti solekan, hiasan pelamin dan menjahit baju pengantin.

    "Kita perlu peka dengan perkembangan semasa dan kepelbagaian corak rekaan baju kerana ramai pelanggan mahukan sesuatu yang baru pada majlis bersejarah mereka.

    "Kita juga kena kreatif dan tidak malu untuk belajar kerana setiap hari banyak rekaan baru muncul dan kita harus mengejar pembaharuan itu.

    "Kalau nak maju, tak boleh bergantung kepada corak rekaan lama tapi kena pandai sesuaikan imej pengantin dengan tema perkahwinan mereka," jelasnya.

    Bagi ibu kepada lima orang anak itu, bajet pengantin memainkan peranan untuk mendapatkan hasil rekaan yang menarik agar majlis bersejarah itu tidak membosankan serta menyusahkan pengantin sendiri.

    Di butik itu, katanya, pakej yang ditawarkan adalah serendah RM800 hingga RM2,900 berdasarkan bajet pengantin serta kelengkapan yang diperlukan mereka.

    Bagi menjadikan Salon dan Andaman Ann sebagai pusat sehenti bagi pasangan pengantin, Ann turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti perkhidmatan jurugambar, kanopi, hiasan meja makan, salon dan karaoke.

    Jurugambar, Naziera Nazri, 18, yang juga anak kepada Ann, memulakan langkah dalam bidang fotografi seawal usia 15 tahun.

    "Minat saya mula timbul apabila sering mengikuti ayah dan ibu ke majlis perkahwinan. Jika ibu menyolek pengantin, ayah pula merakam gambar.

    "Selain belajar dengan ayah, saya juga mengikuti kelas di luar. Apa yang penting saya tetap meneruskan persekolahan dan tidak mengabaikan pelajaran," katanya.

    Beliau berkata, dia kini diberi kepercayaan untuk merakam gambar pengantin tanpa perlu dibantu ayahnya.

    Jelasnya, perkhidmatan mengambil gambar ditawarkan pada harga serendah RM750 hingga RM2,500.

    Namun, Naziera juga berdepan dengan cabaran seperti pelanggan tidak yakin kemampuannya merakam gambar yang baik pada hari bahagia mereka.

    "Apabila saya menunjukkan hasil yang dirakam sebelum ini, baru mereka yakin dengan kebolehan saya. Jadi selepas ini saya terpaksa merahsiakan umur saya.

    "Saya bercadang untuk membantu ibu dalam perniagaan ini. Zaman ini kemahiran amat diperlukan. Jadi saya akan menggunakan apa yang ada dengan sebaiknya," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tanah terbiar 40.8 hektar dipulihkan

    Posted:

    Tanah terbiar 40.8 hektar dipulihkan

    Tanah terbiar 40.8 hektar dipulihkan

    Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
    utusanN9@utusan.com.my


    MOHAMAD Hasan menanam pokok ketika merasmikan Projek Pembangunan Tanah Terbiar Kampung Jawa, Jempol, Negeri Sembilan, semalam.


    JEMPOL 14 Mac – Seluas 40.8 hektar tanah di Kampung Jawa, dekat sini yang terbiar sejak 40 tahun lalu sedang dipulihkan untuk mengeluarkan hasil pertanian.

    Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kawasan itu sedang diusahakan dengan tanaman kelapa pandan, nangka, pisang, tebu dan buah jambu yang tidak berbiji dengan bantuan dan kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Pertanian.

    Beliau berkata, ia adalah projek pertama pemulihan tanah terbiar di negeri ini pada tahun ini yang akan disusuli dengan projek ladang rakyat dan sebanyak RM3.2 juta akan dibelanjakan untuk tujuan itu.

    "Kawasan tanah terbiar lebih 40 tahun ini tidak dapat diusahakan sebelum ini kerana terlampau ramai pemiliknya yang tidak dapat mencapai kata sepakat untuk memajukannya," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Projek Pembangunan Tanah Terbiar Kampung Jawa, di sini hari ini.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohamad Hashim Abdullah.

    Kejayaan membangunkan tanah terbiar itu, kata Mohamad, sebahagiannya adalah hasil daripada seminar dan simposium dianjurkan oleh Jabatan Pertanian semasa sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri tahun lalu yang turut disertai pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dan datuk lembaga adat.

    Jelasnya, pada sesi itu, mereka telah didedahkan dengan selok-belok Kanun Tanah Negara dan bagaimana untuk mengusahakan tanah terbiar yang banyak terdapat di negeri ini.

    "Mereka sudah tahu macam mana menyediakan tanah untuk diusahakan sama ada secara sendiri atau oleh pengusaha lain," katanya.

    Beliau menarik perhatian, sebanyak 76.8 hektar tanah terbiar di negeri itu telah dapat dipulihkan sejak awal tahun ini.

    Tambahnya, tanah terbiar terbahagi kepada dua kategori iaitu ladang dan sawah.

    "Masalah ladang terbiar telah dapat diselesaikan dengan tanaman berkelompok kelapa sawit atau getah hasil bantuan agensi seperti Felda dan Felcra tetapi sawah masih perlu diberi perhatian.

    "Masalahnya di negeri ini, tanah terbiar dimiliki oleh banyak tuan punya yang kebanyakannya enggan berunding jika ada usaha memulihkannya dan bukannya disebabkan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian yang tidak mengambil daya usaha ke arah itu.

    "Pelbagai cara dan usaha untuk memujuk dan memberikan penerangan kepada ketua kampung dan datuk lembaga adat telah dilakukan bagi mencari jalan agar tanah terbiar di tempat mereka dapat dipulihkan," ujarnya.

    Pada majlis itu, Menteri Besar turut menyampaikan anak pokok buah-buahan kepada wakil rakyat di kawasan Parlimen Jempol, bantuan kewangan dan alat sokongan hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol dan bantuan usahawan Mara kepada ibu tunggal di kampung tersebut.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Dalam Negeri

    Posted: 15 Mar 2011 03:34 AM PDT

    Utusan Online - Dalam Negeri


    Botol susu polikarbonat diharam

    Posted:

    Botol susu polikarbonat diharam

    Botol susu polikarbonat diharam

    Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
    pengarang@utusan.com.my


    Liow Tiong Lai menunjukkan perbezaan di antara jenis botol susu yang mempunyai Bisphenol A (BPA) (kiri) di Putrajaya, semalam.


    PUTRAJAYA 14 Mac – Penjualan botol susu jenis polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA) diharamkan berada di pasaran.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, mesyuarat Jemaah Menteri 2 Mac lalu bersetuju cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi jenis tersebut.

    Menurutnya, langkah penguatkuasaan pengharaman tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012.

    "Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh bayi dan kanak-kanak.

    "Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh. Sehingga kini juga tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi serta tiada jaminan keselamatan untuk itu," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pengharaman penjualan botol susu bayi jenis itu di ibu pejabat kementerian, di sini hari ini.

    Hadir sama Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

    Tiong Lai berkata, tindakan pengharaman tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh setahun untuk membuat persediaan menukar, membeli mesin dan memilih penggunaan bahan mentah yang sesuai.

    Pada masa sama, beliau berkata, pemantauan berterusan yang dijalankan pihak kementerian mendapati berlakunya migrasi BPA dari botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji.

    "Sehingga tahun lepas, sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus daripadanya dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil kesan migrasi dari botol berkenaan.

    "Kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi yang berlaku meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah Celsius berbanding suhu bilik 25 darjah Celsius," katanya.

    Mengulas lanjut mengenai tindakan pengharaman itu, beliau berkata, langkah tersebut selaras dengan pendekatan diambil oleh Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (AS).

    "Terkini, pihak Kesatuan Eropah juga telah membuat pengumuman mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA," katanya.

    Sehubungan itu, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan pengguna terutamanya terhadap bayi dan kanak-kanak.

    Menurutnya, langkah pengharaman itu dapat melindungi keselamatan kumpulan berisiko tinggi berkenaan sehinggalah terdapat maklumat keselamatan terbaru mengenai penggunaan BPA diperolehi.

    Beliau menasihatkan dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi jenis polikarbonat.

    Namun begitu, katanya, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukar botol susu bayi jenis polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

    Beliau menambah, pihaknya juga akan menjalankan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam hal berkenaan.

    Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 0388833652/88833653 /88833655 atau layari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Biodiesel mula dijual Jun ini

    Posted:

    Biodiesel mula dijual Jun ini

    Biodiesel mula dijual Jun ini

    KUALA LUMPUR 14 Mac - Bermula Jun ini, pemandu kenderaan berat dan pacuan empat roda yang menggunakan diesel mempunyai pilihan dari segi penggunaan bahan bakar berikutan penjualan minyak biodiesel kelapa sawit B5.

    Sebagai permulaan, B5 akan dijual di stesen-stesen minyak terpilih di ibu negara, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka dengan harga yang akan diumumkan kemudian.

    Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Choo Yuen May berkata, sebanyak 200,000 tan metrik bahan api alternatif itu akan dipasarkan pada tahun ini.

    "Penggunaan biodiesel dapat mengurangkan kebergantungan terhadap minyak diesel yang bekalannya semakin berkurangan di seluruh dunia selain mengurangkan pengaliran wang keluar berikutan import bahan api itu," katanya ketika berucap pada Persidangan Dunia Hijau di sini hari ini.

    Hadir sama Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Prof. Datuk Dr. Rofina Yasmin Othman; Penasihat kepada Lembaga Pengarah Meja Bulat Minyak Sawit Mapan (RSPO) dan Duta Brazil ke Malaysia, Sergio De Souza Fontes Arruda.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    TPM ucap tahniah kepada Chong Wei

    Posted:

    TPM ucap tahniah kepada Chong Wei

    TPM ucap tahniah kepada Chong Wei

    KUALA LUMPUR 14 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei atas kejayaannya menjuarai kejohanan badminton All England, semalam.

    Beliau berkata, kegigihan serta semangat Malaysia Boleh yang dimiliki Chong Wei ternyata menjadi tonggak kepada beliau untuk menjuarai kejohanan paling berprestij dalam sukan badminton.

    "Kejayaan ini membuktikan bahawa sifat tidak mudah mengalah dalam menghadapi cabaran akan membuahkan hasil yang diidamkan.

    "Segala usaha, penat lelah dan pengorbanan Datuk Lee harus dijadikan contoh oleh rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli sukan lain agar terus berusaha mengecap kejayaan demi kejayaan bagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Pada perlawanan akhir semalam, Chong Wei melakar kemenangan ke atas seteru utamanya, Lin Dan dengan mempamerkan antara aksi terbaiknya untuk membawa pulang kejuaraan berprestij itu buat kali kedua.

    Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para penyokong yang telah memberikan galakan serta dorongan yang tidak berbelah bahagi terhadap Chong Wei untuk kekal menjuarai kejohanan perseorangan tersebut.

    "Saya yakin sorakan peminat Malaysia di Birmingham Indoor Arena telah membakar semangat Datuk Lee untuk menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan dalam masa kurang satu jam.

    "Syabas untuk Datuk Lee. Rakyat Malaysia berbangga dan kagum dengan kejayaan Datuk," katanya.

    Dalam pada itu, Muhyiddin turut memberi pujian kepada pasangan beregu negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang telah memberikan tentangan sengit kepada Mathias Boe dan Carsten Mogensen dari Denmark.

    Beliau yakin pasangan tersebut akan terus meningkatkan latihan untuk kembali merampas kejuaraan beregu All England pada masa akan datang.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: BeritaUtama

    Posted: 15 Mar 2011 01:38 AM PDT

    Harian Metro: BeritaUtama


    Baby insaf

    Posted: 14 Mar 2011 10:42 AM PDT

    KUALA LUMPUR: "Cukuplah pengalaman tujuh bulan dipenjarakan di luar negara selepas menjadi keldai dadah," kata Nur Dhiya Ain Rosman, 20, yang dibebaskan dari penjara Cape Town, Afrika Selatan, 9 Mac lalu.

    Anak kedua daripada empat beradik berasal dari Jalan Tun Sambathan 4, Brickfields, di sini, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pada jam 6 pagi hari sama.

    Nur Dhiya dipenjarakan di Cape Town selama tujuh bulan bermula 14 Ogos tahun lalu hingga 9 Mac lalu selepas ditahan dan didapati bersalah kerana membawa 1.2 kilogram dadah jenis syabu.

    Menurutnya, ketika ditahan dia tidak mengetahui apa-apa mengenai dadah itu dan terkejut selepas menyedari ditipu rakan baik yang dikenali sejak kecil.


    Katanya, dia bersetuju melancong ke Cape Town selepas diajak rakan baiknya itu yang menawarkan tiket penerbangan dan penginapan percuma selama empat hari ke negara itu, tetapi rakannya membatalkan percutian pada saat akhir menyebabkan dia terpaksa pergi seorang diri.


    "Rakan saya itu meyakinkan saya akan selamat kerana akan ditemani wakil syarikat yang menguruskan pelancongan percuma itu dan bakal ditempatkan di sebuah hotel mewah selama empat hari.

    "Selama di sana saya dilayan dengan baik dan apabila tiba saat untuk pulang pada 14 Ogos tahun lalu, seorang wanita yang mendakwa wakil syarikat itu yang menemani saya menyerahkan sebuah beg kecil sebagai sagu hati tanpa diketahui isinya.

    "Ketika di lapangan terbang kira-kira jam 10 malam selepas melalui pemeriksaan pengimbasan, saya ditahan pegawai imigresen negara itu," katanya ketika ditemui di sebuah hotel di sini, semalam.

    Nur Dhiya berkata, sebaik ditahan, dia hanya berdoa kerana tidak mengetahui motif rakan baiknya serta wakil syarikat pelancongan itu berbuat demikian dan hanya mengetahui dirinya dikhianati selepas dipenjara.

    "Saya sungguh insaf dengan pengalaman ini kerana pertama kali berjauhan dengan ibu, ayah dan adik-beradik. Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini.

    "Saya menasihatkan remaja supaya berhati-hati dengan rakan sendiri dan orang yang baru dikenali kerana kebanyakan mereka mempunyai muslihat," katanya yang dibebaskan daripada penjara selepas Mahkamah Tinggi Cape Town memutuskan dia tidak bersalah dalam kes pengedaran dadah.

    Menurutnya, walaupun dilayan dengan baik, pengalaman tinggal dalam penjara bersama tahanan warga Afrika amat menginsafkan kerana mereka sering bergaduh menyebabkan dirinya tertekan selain berjauhan orang tersayang.

    Harian Metro pada 15 Ogos tahun lalu melaporkan Nur Dhiya ditahan di lapangan terbang Cape Town selepas dikesan membawa 1.2 kilogram syabu dan ditempatkan di sebuah pusat tahanan.

    Sementara itu, ibu dan bapanya, Roslah Abd Jani, 44, dan A C Musa Abu Chik, 43, bersyukur kerana mimpi ngeri keluarganya berakhir apabila Nur Dhiya atau lebih dikenali sebagai Baby dibebaskan dan kini kembali ke pangkuan keluarga.

    Roslah berkata, sebelum ini dia tidak boleh tidur malam dan setiap hari berusaha menghubungi Kedutaan Malaysia di Cape Town untuk mengetahui keadaan anak gadisnya itu.

    "Saya mengorbankan segala-galanya demi menyelamatkan Baby kerana dia masih muda dan masa depannya masih panjang," katanya yang menghabiskan ribuan ringgit untuk membebaskan anaknya dengan pertolongan pelbagai pihak.

    Komen Anda

    Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
    kalau kita berada di tempat baby pown kita mybe akan mengalami situasi yang sama....cz yang menipu adalah kawan baik dia sendiri, kita xakan pernah menaruh negative thinking dekat kawan baik kita...to baby n family, alhamdulillah semua dah selamat n next time hati2....:)

    imran

    bersyukur ke kadrat Illahi....jadikan sempadan atas apa yang berlaku....juga kepada remaja lain....

    nal

    nasib baik 7 bulan jer...pikir baik2 sblum pcaya kat sesape pun...

    lilian

    saya rasa geram dan sedih dengan keadaan baby yg dikhianati oleh individu berkenaan..bukan sahaja kawan malahan sesiapa sahaja boleh melakukan perkara yg tidak baik ke atas kita kerana kita memberi kepercayaan sepenuhnya.Di harap individu di luar sana lebih berhati-hati dan selidik dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

    rash

    x guna punye kwn...x pe bby..jgn risau..sok kat akhirat dia mmg x lepas punye...

    mya

    saya juga tidak pernah terkena jebakan yang diketahui tetapi kita juga haruslah berwaspada samada kawan baik ataupun rakan sepejabat anda.

    sabrina jefri

    apa pn yang kita buat kena selidik dahulu. tak salah kalau di periksa terlebih dahulu isi beg yang dibagi.... bukannya budak berumur 2atau3 tahun .....

    saida

    elok hantar anak tuan puan itu ke sekolah ugama pulak supaya dapaat memberi dai kekuatan sebenar dalam menghadapi hidup pancaroba ini. Terima aksih

    mael

    klu dah biasa bergaul dan sosial tdk mgkn jadi mcm tu?....

    mit

    Pengalaman Nur Dhiya sebaik mungkin kongsikan dengan rakyat malaysia, supaya menjadi pengajaran kepada mereka yang masih cetek ilmu kemasyarakatan.

    aisyah

    xguna tol kawan cam tu..apapun..alhamdulillah.. semuanya selamat..pada baby.. tabah la menghadapi masa hadapan,..yang pasti awak telah selamat dan kembali ke pangkuan keluarga.

    azlan

    sib baik lepas..tp tu la manusia kan...mudah lupa kalau ada mende pree laju ajer...cuba la kita gunakan akal pikiran nothing is free in this world..kalau melancong tu free must be a hidden agenda tu...so beringat la.

    bard

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pasukan jejak pelajar Malaysia

    Posted: 14 Mar 2011 10:14 AM PDT

    TOKYO: Dua pasukan peninjau dari Kedutaan Malaysia, di sini, sudah dihantar ke empat kawasan paling teruk terjejas akibat gempa bumi kuat dan tsunami di timur Jepun, semalam bagi bertemu semua rakyat Malaysia yang berada di kawasan itu.

    Pasukan itu dijangka berada di empat kawasan iaitu Miyagi, Fukushima, Iwate dan Ibaraki.

    Kawasan ini menempatkan 253 rakyat Malaysia dan daripada jumlah itu, 149 orang adalah pelajar.

    Semua mereka ditempatkan di kawasan pemindahan sementara disediakan kerajaan Jepun bersama-sama warga tempatan dan mereka dilaporkan selamat.


    Duta Besar Malaysia di Jepun, Datuk Shaharuddin Md Som berkata, dua pasukan dihantar itu dijangka mengambil masa 26 jam untuk tiba di kawasan bencana berbanding lima jam sebelum ini.


    Katanya, sebaik bencana berlaku, semua perkhidmatan pengangkutan awam dihentikan dan lebuh raya ditutup, selain talian telefon terputus.

    "Pada masa itu talian Internet masih boleh digunakan, jadi pegawai kedutaan cuba menghubungi rakyat kita menggunakan laman facebook dan twitter," katanya ketika ditemui di Kedutaan Malaysia di Shibuya, di sini, tengah malam kelmarin.

    Menurutnya, pasukan berkenaan bertemu pelajar berdasarkan alamat diberikan sebelum ini bagi mengetahui keadaan sebenar dan keperluan mereka sebelum bantuan seterusnya dihulurkan.

    "Setakat ini, semua pelajar dan rakyat kita berada dalam keadaan selamat, malah sedang berada bersama-sama rakyat tempatan di kawasan pemindahan yang disediakan.

    "Kita juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kehilangan dan kematian berkaitan rakyat kita.

    "Pasukan berkenaan juga membawa bersama makanan dan minuman yang mungkin diperlukan rakyat kita. Jika penilaian yang dibuat memerlukan kita memindahkan mereka, kita akan berbuat demikian, tetapi semua akan dibuat penilaian. Tempat pemindahan paling sesuai ialah di Tokyo. Kita sudah bersedia untuk berbuat demikian jika keadaan memerlukan," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Wilayah

    Posted: 15 Mar 2011 01:35 AM PDT

    Berita Harian: Wilayah


    Wilayah: Pelanggan 'lari' ke Pekan Mundok

    Posted: 14 Mar 2011 12:21 PM PDT

    Wilayah

    Peniaga dakwa penguatkuasaan di sempadan agak longgar

    RANTAU PANJANG: Peniaga di Kawasan Bebas Cukai (KBC) di sini, tidak berpuas hati dengan tahap penguatkuasaan di sempadan Kelantan-Thailand khususnya di Kampung Jeram Perdah, Mundok yang didakwa agak longgar sehingga menyebabkan perniagaan mereka terjejas teruk.

    Mereka mendakwa lebih ramai berkunjung ke pekan Mundok untuk membeli-belah dan tidak lagi berbelanja di kawasan bebas cukai kerana barangan di situ lebih murah selain tidak dikenakan cukai. Tinjauan Berita Harian ke pekan Mundok, kelmarin, mendapati orang ramai berpusu-pusu menyeberangi Sungai Golok dengan tambang bot hanya RM1 setiap seorang dan kembali semula ke sini dengan pelbagai jenis barangan yang dibeli.

    Orang ramai dikatakan semakin bertambah khususnya setiap Jumaat dan Isnin di mana kawasan meletak kenderaan di tebing sungai yang berdekatan rumah penduduk kampung sesak sehingga di bahu jalan.

    Timbalan Presiden Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Rantau Panjang, Ramli Abdullah, berkata hampir 800 peniaga di kawasan bebas cukai itu kerugian kerana pelanggan beralih ke pekan Mundok.

    Beliau berkata, tahap penguatkuasaan yang agak longgar menyebabkan orang ramai bebas keluar masuk menerusi pangkalan haram di situ seterusnya membeli-belah dengan kadar harga barangan yang lebih murah, selain tidak dikenakan cukai.
    "Apa guna kawasan bebas cukai di pekan Rantau Panjang sekiranya ada kawasan lain yang berdekatan 'lebih bebas' dan menarik hati orang ramai untuk berbelanja.

    "Kami berharap agensi berkaitan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah ini kerana ia menjejaskan mata pencarian kami," katanya ketika ditemui, semalam.

    Ramli berkata, bilangan pelanggan yang semakin berkurangan juga menyebabkan ramai peniaga di kawasan bebas cukai di sini menghadapi pelbagai masalah termasuk kesukaran membayar pinjaman tekun serta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

    "Perbezaan harga barang di sini dengan pekan Mundok amat ketara kerana ada barangan yang berbeza harga sehingga RM5 hingga RM8.

    "Keadaan ini juga menyebabkan pelanggan 'lari' ke sana dan sudah semestinya menjejaskan pendapatan peniaga di sini," katanya.

    Peniaga, Ayub Mat, 39, berkata biasanya pada setiap Jumaat, pelanggan ramai datang ke KBC, di sini tetapi kini mereka lebih suka membeli-belah di Mundok.

    Katanya, pelanggan mudah menyeberangi ke pekan itu dan membeli-belah walaupun terpaksa bersesak di dalam bot enjin galah menyeberangi sungai selebar kira-kira 60 meter itu.

    "Sekiranya bot terbabit terbalik sudah tentu akan meragut nyawa kerana muatannya berlebihan selain ada yang membawa anak-anak kecil bersama," katanya.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sentral: Pembalakan haram dibongkar

    Posted: 14 Mar 2011 12:19 PM PDT

    Wilayah

    HASIL hutan di Bukit Enggang, Bandar Sungai Long diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

    HASIL hutan di Bukit Enggang, Bandar Sungai Long diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

    Dalang kegiatan terbabit bertindak licik dengan meletakkan jengkaut di atas tanah hak milik hingga menyebabkan kekangan pada pihak penguatkuasaan untuk merampasnya ketika ia ditemui

    BANDAR SUNGAI LONG: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) berjaya membongkar satu lokasi pembalakan haram yang dipercayai dijalankan sejak awal bulan lalu, dekat sini, kelmarin.

    Risikan bersepadu yang diketuai Penolong Pengarah Operasi dan Penguatkuasaan JPNS, Mohd Yussainy Md Yusop bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu menemui beberapa longgokan kayu balak yang disembunyikan dalam semak kira-kira 500 meter dari lokasi pembalakan dipercayai disorokkan pekerja sindiket terbabit. Selain itu, jengkaut yang digunakan bagi mengangkut naik kayu balak ke atas lori turut disorokkan di lorong semak yang lain, kira-kira satu kilometer dari lokasi pembalakan.

    Bagaimanapun, dalang kegiatan terbabit bertindak licik dengan meletakkan mesin itu di atas tanah hak milik hingga menyebabkan kekangan kepada pihak penguatkuasaan untuk merampasnya ketika ia ditemui.

    Mohd Yussainy berkata, Bukit Enggang adalah 'lokasi panas' yang kaya pelbagai hasil hutan, tetapi dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan secara mudah tanpa menghiraukan tindakan penguatkuasaan.

    "Hasil risikan mendapati, mereka menebang kayu balak dan mengumpulnya di satu tempat yang tersorok sebelum membawa keluar menggunakan lori pada waktu tengah malam bagi mengelak dikesan pihak penguat kuasa.
    "Berikutan itu, pemantauan berterusan secara berkala pada waktu malam akan dijalankan kerana kita khuatir kegiatan pembalakan haram serta masalah kecurian pasir yang berlaku di kawasan ini akan turut menjejaskan dua hutan simpan bersebelahan iaitu Hutan Simpan Sungai Lalang dan Hutan Simpan Hulu Langat," katanya.

    Tinjauan Sentral mendapati, lokasi pembalakan haram itu terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Sungai Long serta jalan masuk menuju ke sana dikawal tonto upahan bermula dari jalan utama bandar itu hingga ke kaki bukit.

    Tidak cukup dengan itu, selain tonto upahan yang membocorkan maklumat, dalangnya turut mengadakan beberapa sekatan di sepanjang laluan masuk menuju ke lokasi pembalakan termasuk menggunakan longgokan batu bata, kayu berpaku dan kayu balak.

    Difahamkan, setiap kerja mengangkut kayu balak yang dicuri itu mampu mengaut keuntungan kira-kira RM5,000 bagi setiap perjalanan.

    Jika disabitkan kesalahan, pengusaha sindiket terbabit boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM500,000 dan penjara antara satu hingga 20 tahun mengikut Seksyen 40, Akta Perhutanan Negara 1984 kerana memindahkan hasil hutan tanpa kebenaran.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Muka Hadapan

    Posted: 15 Mar 2011 01:34 AM PDT

    Utusan Online - Muka Hadapan


    Terbit buku rangsang minda – PM

    Posted:

    Terbit buku rangsang minda – PM

    Terbit buku rangsang minda – PM

    Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
    zaid.adnan@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 14 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah tiba masanya bagi penerbit-penerbit buku di negara ini untuk mengeluarkan buku yang bermakna dan mampu merangsang minda selain dapat dibanggakan di persada antarabangsa.

    Perdana Menteri berkata, penerbit-penerbit buku juga disarankan supaya tidak hanya berpuas hati dengan sekadar menghasilkan buku ulang kaji, cerita hantu, cerita-cerita skandal lucah mahupun bacaan ringan semata-mata.

    Menurut beliau, ia amat bertepatan dengan hasrat kerajaan kini yang menekankan aspek modal insan yang berkaliber dan bertaraf global.

    ''Dan dengan semangat 1Malaysia, saya percaya penghasilan buku berprestij seperti buku Tiang Seri Negara ini akan menjadi satu khazanah intelek negara dan menjadi sumber rujukan pelajar serta dapat mempertingkat integriti sekali gus memperkukuhkan jalinan perpaduan sesama kita," katanya.

    Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku Tiang Seri Negara, Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Taman Perdana Diraja di sini hari ini.

    Teks ucapan Najib dibacakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

    Najib dalam pada itu berkata, secara individu dan bagi pihak kerajaan beliau amat mengalu-alukan buku Tiang Seri Negara, Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 yang boleh meningkatkan darjat dan identiti negara serta memperkasakan institusi dan sistem pemerintahan beraja berperlembagaan di mata dunia.

    Perdana Menteri berharap supaya agensi-agensi kerajaan dan swasta dapat melengkapkan koleksi mereka dengan buku Tiang Seri Negara agar ia dapat diakses oleh pegawai eksekutif dan warga kerja masing-masing.

    Najib menarik perhatian, beliau difahamkan bahawa daripada simpanan buku yang terdapat di Perpustakaan Negara yang berjumlah 290,000 itu tidak sampai 500 judul yang berkaitan dengan Raja-Raja, Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Yang di-Pertuan Agong.

    ''Saya menekankan hal ini kerana saya dapati penerbitan ini boleh menyemai dan memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan institusinya.

    ''Dengan cara ini juga, kita boleh memperkuatkan rasa penghormatan dan kemegahan di kalangan rakyat agar tidak timbul gejala-gejala yang kurang manis berkaitan institusi ini," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tuanku Mizan lancar buku legasi Yang di-Pertuan Agong

    Posted:

    Tuanku Mizan lancar buku legasi Yang di-Pertuan Agong

    Tuanku Mizan lancar buku legasi Yang di-Pertuan Agong


    TUANKU Mizan Zainal Abidin menerima cenderamata daripada Azizah Mokhzani pada pelancaran buku Tiang Seri Negara, Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 sambil disaksikan Tengku Razaleigh Hamzah di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama


    KUALA LUMPUR 14 Mac -- Rakyat berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat keperibadian serta legasi kesemua 13 Yang di-Pertuan Agong yang bersemayam di negara ini menerusi penerbitan buku bertajuk Tiang Seri Negara, Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957.

    Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menyempurnakan pelancaran buku tersebut di Taman Perdana Diraja di sini.

    Buku tulisan Datin Azizah Mokhzani dan diterbitkan Arus Intelek Sdn. Bhd. itu mengisahkan keperibadian, sumbangan dan legasi kesemua 13 Yang di-Pertuan Agong yang bersemayam sejak negara merdeka pada 1957.

    Buku yang mengandungi 352 halaman itu turut memaparkan 620 keping gambar termasuk 415 gambar bersejarah dan yang dirakamkan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Sultan Zainal Abidin yang memenangi pertandingan Internationale de I'art Photograpique di Switzerland.

    Penerbitan buku itu dibarisi panel penasihat yang arif dalam sejarah sistem pemerintahan beraja negara antaranya Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Dr. Arshad Ayub, Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin, Tan Sri Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim dan Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali.

    Ia juga telah disemak dan diperakukan oleh pihak istana di setiap negeri.

    Azizah dalam ucapannya berkata, kisah kehidupan Yang di-Pertuan Agong boleh menjadi inspirasi dan pedoman kepada rakyat manakala pencapaian Seri Paduka boleh dijadikan pedoman kepada pelajar agar sentiasa mencapai kegemilangan dalam setiap bidang yang diceburi.

    "Pada saya, banyak legasi dan inspirasi yang dapat dihayati daripada kisah-kisah setiap Yang di-Pertuan Agong kerana ia boleh memupuk semangat menghormati institusi yang menjadi identiti negara.

    "Setiap Yang di-Pertuan Agong mempunyai keperibadian, aura dan legasi yang perlu diiktiraf dan dihargai," katanya.

    Buku Tiang Seri Negara, Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 itu boleh diperoleh di kedai buku terpilih pada harga RM499 senaskhah bermula hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Malaysia sedia beri komitmen

    Posted:

    Malaysia sedia beri komitmen

    Malaysia sedia beri komitmen

    Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
    pengarang@utusan.com,my

    KUALA LUMPUR 14 Mac – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam kerjasama dengan Australia berhubung isu jenayah antarabangsa.

    Beliau berkata, hubungan dua hala itu akan memberi tumpuan yang lebih meluas terhadap pergerakan manusia di perairan antarabangsa.

    "Kita akan membuat kerjasama yang lebih erat bukan sahaja dengan negara di sekitar kejiranan seperti Indonesia tetapi juga Australia.

    "Ini berikutan, kita mempunyai ancaman yang hampir sama di setiap sempadan dan perkongsian maklumat serta penggunaan teknologi baru akan memberi ruang kepada penambahbaikan kepada setiap hubungan dua hala ini," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Menteri Dalam Negeri Australia, Brandon O'Connor di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

    Sementara itu, beliau memberitahu, Kem Mahkota di Kluang, Johor bakal menjadi penempatan pertama bagi program perintis antara Jabatan Penjara dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menguruskan banduan-banduan yang melakukan kesalahan kecil.

    Tambahnya, projek yang dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kem Mahkota, Kluang, Johor, pada 27 Mac ini, dilihat mampu mengurangkan kesesakan yang dialami di penjara seluruh negara.

    "Program itu juga membantu untuk mengelakkan penjenayah yang melakukan kesalahan kecil ini menjadi penyumbang terbesar jenayah berat di dalam negara.

    "Ia merupakan pendekatan yang begitu berbeza apabila tentera bakal terlibat secara langsung dalam menguruskan banduan ini," katanya.

    Enam kem tentera sudah dikenal pasti bagi menjayakan program itu termasuk Kem Mahkota di Kluang, Johor sebagai projek perintis yang akan mula dilaksanakan secara berperingkat, April ini.

    Mengulas lanjut, beliau berkata, projek perintis itu turut menjimatkan wang kerajaan apabila tiada peruntukan untuk membina penjara baru dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

    "Dengan hanya berfikir cara berlainan, kita bukan sahaja menjimatkan lebih RM40 hingga RM60 juta untuk pembinaan penjara malah bekerjasama dengan lebih erat bersama kementerian lain.

    "Kerjasama pintar secara dua hala di antara kementerian ini memberi kita kelebihan untuk berkongsi informasi serta teknologi terbaru," jelasnya.

    Dalam perkembangan sama, belum ada sebarang keputusan dibuat berhubung permohonan membawa masuk 45,000 pekerja asing, terutama dari India bagi menampung keperluan pelbagai sektor di negara

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    The Malaysian Insider :: Bahasa

    Posted: 15 Mar 2011 01:12 AM PDT

    The Malaysian Insider :: Bahasa


    Isu jurulatih: Chong Wei mahu Misbun buat keputusan segera

    Posted: 15 Mar 2011 12:23 AM PDT

    Lee Chong Wei (tengah) melambai-lambaikan tangannya ketika tiba di KLIA hari ini. Turut bersama Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Nadzmi Mohd Salleh (kiri). — Foto Bernama

    PUTRAJAYA, 15 Mac — Pemain nombor satu badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei, merayu agar jurulatihnya Datuk Misbun Sidek segera membuat keputusan sama ada mahu menyambung kontrak sebagai jurulatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

    Beliau yang menjuarai perseorangan All England Ahad lepas dengan menewaskan jaguh China Lin Dan, masih mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada sifunya itu untuk menghadapi kejohanan-kejohanan seterusnya.

    "Saya memang perlukan Misbun, namun saya tidak mahu memberi tekanan kepada beliau. Beliau mungkin mempunyai masalah peribadi namun saya berharap agar Misbun dapat segera membuat keputusan dan kembali membimbing kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Pemain berusia 29 tahun ini yakin Misbun akan kembali membimbingnya. 

    Misbun mengambil keputusan meletak jawatan kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan pengurusan BAM.

    Walaupun pelbagai pihak telah menemui Misbun untuk membincangkan tentang hasratnya meletak jawatan, namun sehingga kini tiada kata putus daripada beliau. — Bernama

     

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Muhyiddin tak pasti Lynas sudah ada lesen operasi tanah jarang

    Posted: 15 Mar 2011 12:14 AM PDT

    PUTRAJAYA, 15 Mac — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak pasti sama ada kelulusan sudah diberikan kepada syarikat Australia untuk mendirikan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan, yang kini mencetuskan kebimbangan ramai.

    Dua hari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan bahawa langkah-langkah keselamatan akan dipastikan bagi mengelakkan masalah sisa radioaktif sebagaimana pernah disaksikan di Perak.

    Hari ini, timbalan perdana menteri juga berkata kerajaan sedar akan kebimbangan yang dilahirkan oleh pelbagai pihak berkaitan dengan keselamatan orang ramai.

    Justeru kata Muhyiddin, agensi-agensi relevan akan memastikan setiap syarat dipatuhi sebelum satu keputusan dibuat mengenai tapak tersebut.

    "Kami faham penduduk bimbang tetapi beberapa syarat mesti dipatuhi seperti soal keselamatan dan alam sekitar.

    "Jadi agensi-agensi yang relevan mesti kaji sebelum satu keputusan dibuat. Sama ada ia sudah dibuat keputusan atau tidak, saya tidak pasti," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

    Syarikat perlombongan Australia, Lynas Corporation, sedang membina tapak pemprosesan tanah jarang terbesar di negeri kelahiran Najib, mencetuskan kebimbangan akan berulangnya pencemaran radiasi yang pernah disaksikan di Bukit Merah, Perak yang dikaitkan dengan lapan kes leukemia membabitkan penduduk tempatan.

    Sabtu lalu, The Star melaporkan bahawa Lynas diberikan lesen praoperasi.

    Khamis lalu, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata beliau sememangnya telah membangkitkan isu tapak pemprosesan tanah jarang di Gebeng dua tahun lalu, tetapi kini mahu berganding dengan pencinta alam sekitar dari Australia demi memastikan kepentingan rakyat negara tidak terjejas.

    Menurut Fuziah, beliau akan bekerjasama dengan rakan-rakan sejawatannya dari Green Party Australia untuk mengenakan tekanan ke atas kerajaan agar melihat secara mendalam kesan ke atas alam sekitar dan kesihatan akibat projek bernilai AS$230 juta itu dan mahu jaminan perlindungan sebelum Lynas Corp memulakan operasinya.

    Kawasan industri Gebeng bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang yang paling besar di dunia, menurut laporan akhbar Amerika Syarikat The New York Times minggu lalu.

    Beberapa pakar yang dipetik dalam laporan itu melahirkan kebimbangan berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek itu beroperasi.

    Ia percubaan kedua Malaysia dalam membangunkan industri pemprosesan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak sekitar 1980-an.

    Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata kelulusan diberikan kepada projek Lynas selepas melalui penilaian oleh pelbagai agensi kerajaan.

    Kerajaan Malaysia dilaporkan telah menawarkn pusat Lynas itu taraf perintis selama 12 tahun.

    Terengganu yang merupakan pilihan pertama Lynas telah menolak cadangan syarikat Australia itu pada 2007 ekoran tekanan daripada pencinta alam sekitar, kata Fuziah yang juga Naib Presiden PKR.

     

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Timur

    Posted: 15 Mar 2011 01:07 AM PDT

    Utusan Online - Timur


    Paparan keindahan kain dunia Melayu

    Posted:

    Paparan keindahan kain dunia Melayu

    Paparan keindahan kain dunia Melayu

    Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOBM
    utusanterengganu@utusan.com.my


    Urat pisang yang diikat dengan motif tertentu sebelum dicelup dan ditenun dalam kaedah pembuatan tekstil tradisional di Muzium Negeri Terengganu.


    KUALA TERENGGANU 14 Mac – Dalam tradisi masyarakat silam, kain atau istilah moden dan komersialnya, tekstil bukan sekadar menutup tubuh, ia lebih daripada itu, dengan menjadi hiasan diri dan cerminan peribadi.

    Melalui proses evolusi, dari segi reka corak dan pemakaian, penggunaan kain disesuaikan dengan strata kehidupan dan pandai seni tenunan mencurahkan jiwa mereka bagi memancarkan keindahannya.

    Ungkapan 'sedap mata memandang' menjadi sebahagian daripada ukuran nilai dengan segenap corak mengandungi makna dan lambang yang dipetik dari unsur alam dan rekaan bentuknya mempunyai pelbagai fungsi.

    Mungkin ramai antara kita yang memakai jenis kain tertentu tetapi tidak mengenalinya, apatah lagi untuk memahami bagaimana ia dihasilkan dan menyedari betapa mempunyai estetika yang tinggi.

    Pameran tekstil 1ASEAN 1Jalinan oleh Lembaga Muzium Negeri di sini dengan kerjasama Terengganu Institute Of Design Excellence (TIDE) yang bermula hari ini berusaha beri kefahaman dan kesedaran meluas.

    Program yang akan berlangsung sehingga 30 Jun depan memaparkan legasi peninggalan dunia Melayu dari segi tekstil.

    Di sebalik keterbatasan teknologi, masyarakat silam melakukan inovasi dan kreativiti yang kemudian memperlihatkannya sebagai salah satu simbol ketinggian peradaban dan ketamadunan bangsa.

    Kain songket, limar, sutera, tenun, telepuk benang halus, batik dan pelangi adalah antara tekstil tradisional yang masih boleh dilihat kini.

    Pengarah Muzium Negeri, Mohd. Yusof Abdullah ketika ditemui berkata, pameran ini diusahakan bagi meningkatkan apresiasi dan kecintaan terhadap tekstil warisan yang unik dan tinggi nilainya.

    Pameran itu mengetengahkan koleksi muzium, individu-individu dan badan-badan tertentu dari negara-negara serantau yang mencerminkan persamaan dan sedikit perbezaannya.


    Mohd. Yusof Abdullah menunjukkan kain pelangi yang merupakan permulaan kepada perkembangan batik moden di Muzium Negeri Terengganu.


    "Di sini sejarah tekstil diketengahkan dengan bahan-bahan awal menghasilkan fabrik termasuk kulit kayu, daun nanas, pokok abaca selain kapas dan sutera.

    "Pengunjung juga boleh melihat demonstrasi proses penghasilan benang sehingga menjadi kain melalui pelbagai peralatan yang digunakan di samping membeli produk melalui gerai-gerai yang disediakan.

    "Peralatan, bahan dan teknik tradisional pembuatan tekstil melalui proses tenunan, sulaman, batik, tekatan, mengait serta hiasan manik boleh disaksikan selain persembahan fesyen dan bengkel," katanya.

    Pada masa silam, laut dan bahtera menjadi penghubung yang turut menjalin kerja pandai seni tenunan nusantara dan saling mempengaruhi.

    "Kebanyakannya memiliki persamaan dalam pelbagai sudut. Ini menunjukkan masyarakat dalam satu rumpun ini saling berkongsi dalam berbagai bidang termasuk dalam teknologi penghasilan tekstil," katanya.

    Kapas dan sutera melengkap tekstil dari India dan China, berlegar melalui sistem perdagangan dalam dunia Melayu yang kemudiannya membantu mencorak wajah dan identiti tersendiri bagi setiap negara.

    Ia bukan sahaja daripada sudut motif tetapi juga dilihat dari sudut teknik dalam menghasilkannya.

    "Ia memaparkan kebijaksanaan dan kreativiti kepada generasi muda yang perlu diselami dan dijiwai semula.

    "Mereka (generasi muda) perlu belajar menghargai keintelektualan nenek moyang mereka, di samping mengenali jati diri warisan yang masih mampu ditatap dan disentuh itu," katanya.

    Pameran tekstil 1ASEAN 1Jalinan menjadi wadah dalam menjayakan matlamat tersebut, di samping boleh dijadikan sumber inspirasi kepada artisan muda untuk menghasilkan koleksi tekstil yang lebih bermutu dan diminati masyarakat tempatan dan luar negara.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    RISDA lulus peruntukan RM3.2 juta

    Posted:

    RISDA lulus peruntukan RM3.2 juta

    RISDA lulus peruntukan RM3.2 juta

    Oleh TOREK SULONG
    utusankelantan@utusan.com.my


    Mohd. Rujhan Salleh (tiga dari kanan) menyampaikan geran motosikal kepada salah seorang penduduk miskin tegar di Pasir Puteh, semalam.


    PASIR PUTEH 14 Mac - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menerusi RISDA telah meluluskan peruntukan berjumlah RM3.2 juta bagi membantu meningkatkan pendapatan 350 penduduk miskin tegar di negeri ini.

    Pengarah RISDA negeri, Zahari Mat Amin berkata, kumpulan sasaran yang mendapat pembelaan kerajaan pusat itu terdiri daripada penduduk di empat jajahan iaitu Tumpat, Kota Baharu, Bachok dan daerah ini yang tersenarai dalam e-Kasih.

    Beliau berkata, bantuan itu berbentuk peralatan dan barangan telah diagihkan oleh RISDA selepas kursus khas Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dilaksanakan kepada kumpulan sasaran.

    "Pegawai RISDA dipertanggungjawabkan memastikan pendapatan mereka mampu dijana dengan memberi bimbingan secara berterusan supaya mereka berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan," katanya selepas majlis perasmian program peningkatan pendapatan 20 penduduk miskin tegar di daerah ini, di sini.

    Majlis itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Mohd. Rujhan Salleh.

    Zahari berkata, antara barangan yang diagihkan termasuk peralatan membuat kuih, jentera pembajak, peti sejuk, mesin pemotong rumput dan motosikal roda tiga.

    Beliau berkata, setiap peserta yang terpilih dalam senarai e-Kasih itu mendapat bantuan barangan dan peralatan bernilai melebihi RM10,000.

    Katanya, RISDA turut mengagihkan bantuan lebih 10 beruk memetik buah kelapa kepada penduduk miskin yang berminat menjalankan usaha memetik buah kelapa di kawasan Tumpat dan Bachok.

    "Harga beruk terlatih menjangkau RM2,800 seekor dan usaha itu terbukti mampu meningkatkan pendapatan kumpulan sasaran.

    "Kita laksanakan pendekatan ini berasaskan minat dan kecenderungan supaya kedudukan ekonomi mereka dapat ditingkatkan," katanya.

    Sementara itu, Mohd. Rujhan berkata, sejak 2008 sehingga kini seramai 209 penduduk miskin di Pasir Puteh mendapat manfaat menerusi program ini dengan anggaran perbelanjaan RM1.9 juga.

    Beliau berkata, hasrat utama Kerajaan Pusat ialah memastikan rakyat termiskin mendapat pembelaan sewajarnya dan mampu meningkatkan pendapatan mereka bagi merapatkan jurang ekonomi dalam komuniti.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Teguran bapa bawa tuah Siti Hawa johan seni khat

    Posted:

    Teguran bapa bawa tuah Siti Hawa johan seni khat

    Teguran bapa bawa tuah Siti Hawa johan seni khat


    Siti Hawa Zainal Abidin dan Nik Abd. Rahman Zaki Nik Abd. Karim bersama piala pusingan di Taman Tamadun Islam, semalam.


    KUALA TERENGGANU 14 Mac - Teguran bapa yang meminta agar Siti Hawa Zainal Abidin, 28, memperbaiki tulisan jawinya yang teruk ketika berada di sekolah menengah tidak sia-sia.

    Dia yang akhirnya memilih kerjaya sebagai penulis khat di Yayasan Restu semalam muncul sebagai johan kategori karya siap (kanvas) pada pertandingan seni khat program Inspirasi Seni Khat Taman Tamadun Islam (TTI) 2011.

    Siti Hawa membawa pulang wang RM4,000 dan turut dinobatkan sebagai penerima anugerah Piala Tengku Sri Bendahara Raja.

    Anak kelahiran Grik, Perak itu tidak menyangka menerima dua kemenangan berkenaan memandangkan persaingan adalah sengit dan melibatkan ramai penulis khat.

    Katanya, penulisan khat bermotifkan corak kayu yang diketengahkan dalam pertandingan itu merupakan idea yang difikirkan pada saat-saat akhir.

    "Pada mulanya, saya terfikir corak lain bagaimanapun menukarnya kerana melihat corak berinspirasikan kayu lebih menarik dan sesuai dengan lenggok tulisan yang saya mahu ketengahkan.

    "Saya amat berterima kasih kepada keluarga yang banyak mendorong saya dalam bidang ini," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan itu di Taman Tamadun Islam, di sini hari ini.

    Pada majlis berkenaan, hadiah disampaikan oleh Tengku Sri Bendahara Raja, Tengku Mustaffa Kamel.

    Pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM61,000 dianjurkan oleh kerajaan negeri menerusi agensinya, TTI Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Malaysia.

    Program Inspirasi Khat TTI selama dua hari turut diisi dengan seminar yang menyentuh mengenai seminar pemantapan dan perkembangan seni khat global.

    Sebanyak lima kategori dipertandingkan termasuk kategori karya siap (kayu) yang dimenangi oleh Abdul Wahab Khalid.

    Kategori karya siap (logam) dinobatkan kepada Syed Ubaidillah Syed Mohamad dan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000.

    Nik Abd. Rahman Zaki Nik Abd. Karim membawa pulang hadiah bernilai RM2,500 selain dinobatkan pemenang Piala Datuk Seri Ahmad Said setelah menjuarai kategori spontan (terbuka).

    Kategori spontan (sekolah) dimenangi oleh Muhammad Yazid Samsudin yang membawa hadiah bernilai RM700.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Nasional

    Posted: 15 Mar 2011 12:05 AM PDT

    Berita Harian: Nasional


    450 pelajar kita tersepit

    Posted: 14 Mar 2011 02:25 PM PDT

    Nasional

    Situasi di Yaman makin parah

    KUALA LUMPUR: Kira-kira 450 pelajar Malaysia yang menuntut di Yaman semakin tersepit selepas menghadapi kesukaran mengeluarkan wang untuk membeli makanan ketika tahap keselamatan semakin buruk ekoran peningkatan kes pertempuran antara tentera dengan pembangkang yang kini mengorbankan lebih 30 nyawa.

    Berikutan keadaan itu, seramai 47 pelajar, termasuk yang sudah berkeluarga diminta mengosongkan rumah masing-masing dan berpindah ke kediaman berhampiran pejabat Persatuan Pelajar Islam Malaysia di Yaman (PERMAYA) berhampiran Universiti Iman, di Sana'a. Presiden PERMAYA, Mohd Iqbal Abu Yaziz, berkata keadaan semakin sukar kerana pertempuran berlaku hampir setiap hari.

    "Setakat ini, belum ada laporan pelajar Malaysia diancam kumpulan pembangkang, walaupun kebanyakan penduduk di Sana'a bebas memiliki senjata api.

    "Kami menghadapi kesukaran mengeluarkan wang untuk membeli makanan dan barang keperluan kerana gangguan sistem mesin juruwang automatik (ATM)," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

    Mohd Iqbal berkata, selepas pembangkang menguasai lebih banyak kawasan di pusat bandar, keadaan semakin buruk apabila melihat penduduk bebas membawa senjata api ketika menyertai demonstrasi.
    Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Yaman, Abdul Samad Othman, berkata pihaknya kini hanya menunggu lampu hijau kerajaan untuk membawa keluar pulang rakyat Malaysia.

    Berita Harian difahamkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah pun mengerahkan krew pesawat Hercules C130 bersiap sedia untuk ditugaskan membawa keluar rakyat Malaysia yang kini berada di Yaman.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Seri Paduka lancar buku Tiang Seri Negara

    Posted: 14 Mar 2011 02:25 PM PDT

    Nasional

    SERI Paduka menerima buku  Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 yang diserahkan Azizah sambil diperhatikan Tengku Razaleigh pada majlis pelancaran buku itu di Kuala Lumpur, semalam.

    SERI Paduka menerima buku Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 yang diserahkan Azizah sambil diperhatikan Tengku Razaleigh pada majlis pelancaran buku itu di Kuala Lumpur, semalam.

    KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam berkenan melancarkan buku Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957 di Kelab Taman Tasik Perdana Diraja di sini.

    Turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Laxamana Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan kerabat diraja.

    Hadir sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Panel Penasihat penerbitan buku itu, Tengku Razaleigh Hamzah serta Tan Sri Dr Arshad Ayub. Buku itu yang ditulis Pengerusi Eksekutif Arus Intelek Sdn Bhd, Datin Azizah Mokhzani, memaparkan sejarah kewujudan institusi diraja serta peranan dan bidang kuasa yang ada pada Seri Paduka sebagai Ketua Negara.

    Sementara itu, Najib dalam ucapannya dibacakan Saifuddin berkata, penerbitan buku itu dapat membuka mata dunia bahawa Malaysia memberi sumbangan unggul dan unik kepada corak dan amalan demokrasi yang mana Yang di-Pertuan Agong dilantik mengikut pemilihan dan kaedah penggiliran dan bukan semata-mata kerana keturunan.

    "Justeru, sistem pentadbiran di negara ini adalah begitu demokratik sekali," katanya.

    Najib berkata, buku itu wajar menjadi koleksi setiap agensi kerajaan dan swasta serta badan korporat agar dapat diakses warga kerja.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Politik

    Posted: 14 Mar 2011 11:24 PM PDT

    Utusan Online - Politik


    Testimoni rakyat, usahawan kepada BN

    Posted:

    Testimoni rakyat, usahawan kepada BN

    Testimoni rakyat, usahawan kepada BN


    Muhyiddin Yassin bersalaman dengan Tan Kay Hock ketika merasmikan majlis sambutan ulang tahun ke-75 syarikat George Kent Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.


    KUALA LUMPUR 14 Mac - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau, 6 Mac lalu menjadi ukuran testimoni rakyat termasuk golongan usahawan terhadap keikhlasan serta komitmen kerajaan mentransformasi ekonomi negara.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka percaya hanya kerajaan BN mampu merancakkan ekonomi negara dan hasilnya parti mendapat majoriti undi lebih besar dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu.

    Selain itu beliau berkata, kejayaan tersebut adalah tanda penerimaan rakyat kepada usaha kerajaan melaksanakan pelbagai program ekonomi setelah mengambil kira kepentingan setiap lapisan masyarakat tanpa seorang pun terkecuali.

    "Apa yang dilakukan ini berjaya meningkatkan keyakinan serta pandangan positif rakyat terhadap kemampuan kerajaan dalam usaha kita meletakkan kedudukan ekonomi negara pada tahap yang lebih stabil," katanya ketika melancarkan sambutan ulang tahun ke-75 penubuhan syarikat George Kent (Malaysia) Berhad di sini hari ini.

    Turut hadir Pengerusi George Kent, Tan Sri Tan Kay Hock dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

    Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyentuh langkah kerajaan menyediakan pelbagai dana bagi membantu peniaga tempatan terutama meningkatkan persaingan di kalangan mereka.

    Beliau berkata, dana-dana tersebut disediakan melalui kementerian serta agensi-agensi tertentu dan ia berperanan membantu meningkatkan kemampuan usahawan tempatan dalam sektor yang diceburi.

    "Sebahagian besar bantuan diberikan dalam bentuk penyediaan kemudahan peralatan pengeluaran produk, pemasaran, promosi, jenama dan sumber manusia," ujarnya.

    Muhyiddin juga amat berharap syarikat-syarikat tempatan sentiasa menjalankan perniagaan secara lebih berinovatif supaya produk-produk keluaran mereka menepati kehendak pasaran semasa.

    "Langkah ini juga sejajar dengan usaha memastikan syarikat tempatan mampu mengecapi kejayaan dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang. Contohilah kejayaan George Kent yang jenama syarikat ini cukup dikenali sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa," ujarnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    SPR tunggu pengisytiharan bubar DUN Sarawak

    Posted:

    SPR tunggu pengisytiharan bubar DUN Sarawak

    SPR tunggu pengisytiharan bubar DUN Sarawak

    Oleh ZULKIFLI JALIL

    PUTRAJAYA 14 Mac - "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya tunggu pengisytiharan sahaja, kita tahu sudah tak lama lagi akan diumumlah tu."

    Demikian reaksi Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof ketika ditanya sama ada pihaknya telah mendapat 'isyarat akhir' daripada kerajaan negeri Sarawak berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membuka laluan kepada pilihan raya negeri ke-10.

    Menurut Abd. Aziz, SPR telah bersiap sedia dari segi keperluan logistik untuk mengendalikan pilihan raya di negeri tersebut.

    "Peruntukan bajet yang dipohon daripada Kementerian Kewangan sekitar RM45 juta.

    "SPR akan membuka sejumlah 1,716 pusat mengundi di seluruh Sarawak dengan sebahagian besar melibatkan sekolah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

    Abd. Aziz berkata, sebanyak 71 pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi akan dibuka selain 20 pusat pengiraan undi berkelompok melibatkan pengundian kawasan-kawasan terpencil dan pedalaman.

    "Sejumlah 14,929 petugas pilihan raya pelbagai kategori turut dilantik dengan kita juga mengenal pasti 71 orang pegawai pengurus dan 172 orang penolong pegawai pengurus.

    "Jumlah pemilih berdaftar di seluruh Sarawak yang disahkan pada Disember 2010 adalah seramai 986,285 orang, insya-Allah daftar ini akan digunakan jika DUN dibubarkan akhir bulan ini atau awal April," katanya.

    Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai tahun depan dan ramai pemerhati politik meramalkan ia akan diadakan bulan depan.

    Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Rencana Utama

    Posted: 14 Mar 2011 11:05 PM PDT

    Kosmo Online - Rencana Utama


    Skil tuntut kesabaran dan kreativiti

    Posted:

    Skil tuntut kesabaran dan kreativiti

    Skil tuntut kesabaran dan kreativiti

    Oleh NURUL IZZA ROSLY



    TANGANNYA kejap memegang berus. Pantas sahaja tari jari-jemarinya mengoleskan pelbagai rona cat pada permukaan dinding di dalam bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SBPT) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

    Sesekali lelaki berusia 45 tahun dan berkumis tebal itu mencuri pandang ke arah kanta pembesar khas di tangan kirinya sambil tangan kanannya memegang berus untuk mengadun warna supaya hasil lukisan muralnya itu nanti nampak realistik.

    "Melukis mural pada permukaan dinding tidak sama seperti melukis di atas kanvas kerana mural adalah lukisan berskala besar dan mencabar kemahiran seseorang pelukis.

    "Ia memerlukan ketekunan, kesabaran, ketelitian yang sangat tinggi kerana terpaksa mengejar masa dan 'berperang' dengan cuaca jika mural dilakukan di kawasan yang terbuka," kata Mohd. Jalaludin Ahmad Ramli yang juga dikenali dengan nama Lal.

    Anak kelahiran Ipoh, Perak itu sudah 11 tahun melukis mural sepenuh masa walaupun pada awalnya dia lebih aktif sebagai kartunis, ilustrator dan pengajar seni. Lal juga pernah menimba pengalaman dan berkhidmat di beberapa buah syarikat penerbitan dan produksi.

    Menurut Lal, mural bukan sekadar lukisan penghias dinding malah mural yang baik sewajarnya dapat melimpahkan aura atau roh yang memberikan impak kepada sesiapa sahaja yang menatapnya.

    "Melukis di permukaan dinding agak mencabar kerana bukan sahaja saiznya yang besar malah permukaannya juga tidak licin dan rata hingga menyukarkan proses mewarna.

    "Sungguhpun begitu, ia bukan alasan untuk berkompromi dengan kualiti mural yang bakal dihasilkan," ujar Lal yang mula serius menajamkan skil melukis mural pada tahun 2001 atas saranan seorang rakan yang mahukan dirinya mencari kelainan dalam berkarya.


    LAL menunjukkan gambar-gambar koleksi mural yang pernah dihasilkan sepanjang kariernya menjadi pelukis mural.


    Lal memberitahu, sebelum sesuatu mural itu dihasilkan, dia perlu mengetahui skop atau tema yang dikehendaki dan mula membuat beberapa lakaran di atas kertas sebelum dibentangkan kepada pelanggannya.

    "Ia umpama melukis di atas sebuah kanvas yang amat besar. Banyak benda perlu ditekankan, kena jaga ukuran, jarak, saiz, subjek yang perlu dilukis, latar belakang, latar depan, latar tengah dan sebagainya.

    "Mungkin anda sendiri lihat ia nampak mudah dilakukan, tetapi hakikatnya ia tidak. Hanya mereka yang betul-betul mahir mampu menghasilkan mural yang benar-benar hidup sehingga mampu memberi kesan terhadap mereka yang melihatnya," ujarnya.

    Katanya, eksploitasi warna juga memainkan peranan dalam penghasilan mural. Jika tidak, ia bagaikan tidak bernyawa dan hambar.

    Baginya, seseorang pelukis mural itu perlu menjiwai karya yang mahu dilukisnya dan perlu fokus apabila sudah mula memegang berus.

    "Ada juga lakaran yang dibuat ditolak oleh pelanggan dan terpaksa dibuat semula. Bagi saya, itu sudah jadi lumrah, kehendak dan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan. Oleh itu, saya lebih suka pelanggan sendiri yang melontarkan idea kerana prosesnya akan menjadi lebih mudah.

    "Ada juga pelukis mural yang menggunakan projektor untuk dilakar pada permukaan dinding kerana ia lebih menjimatkan masa tetapi bagi saya dengan cara itu kemahiran yang ada tidak dapat digunakan sepenuhnya," ujarnya yang lebih puas jika dapat melakar sendiri di dinding kerana itulah cabaran yang perlu dipikul oleh pelukis mural.

    Warna asas


    MELUKIS mural menuntut kesabaran dan ketelitian yang tinggi.


    Selepas dilakar, proses mewarna pula mengambil tempat. Lal memberitahu, pewarnaan tidak bertumpu kepada sesuatu objek atau subjek sahaja tetapi ia dimulakan dengan mencalitkan warna-warna asas terlebih dahulu.

    Setelah itu, mural tersebut dikemaskan lagi dengan adunan warna bagi memberikan nyawa pada imej, subjek dan mesejnya.

    Ternyata apa yang dibicarakan Lal benar. Pandangan mata penulis dan jurugambar Ahmad Zakki Jilan di SMK Taman Setiawangsa dijamu dengan pelbagai lukisan mural yang indah.

    Setiap karya muralnya dilukis dalam rupa berbingkai untuk menghiasi bangunan blok A, B, C dan D sekolah berkenaan. Lal sendiri telah menghasilkan puluhan mural di sekolah itu sejak tahun 2008.

    Lukisan mural pemandangan sungai di blok B dan mural yang bertajuk Lestarikan Alam Hijau Kita dapat mententeramkan minda sekali gus menyejukkan pandangan mata tatkala cahaya terik menyimbah ketika kunjungan waktu tengah hari baru-baru ini.

    Subjek rumit

    "Cepat atau lambat sesebuah mural untuk disiapkan bergantung pada saiz mural itu sendiri dan subjek yang mahu dilukis. Jika subjeknya rumit, ia mengambil masa kerana ia memerlukan ketelitian tinggi.

    "Hayat mural yang dilukis boleh mencapai sehingga enam tahun kerana saya menggunakan cat yang berkualiti tinggi. Mural ini bukan sahaja menjadi penghias di dinding-dinding bangunan sekolah, malah ia boleh dilakukan di pejabat, restoran, tadika, rumah dan sebagainya," ujarnya yang turut mengadakan kelas lukisan dari rumah ke rumah.

    Tambahnya yang sudah melukis beratus-ratus mural, caj yang dikenakan bagi sesuatu mural dikira berdasarkan saiz dan kerumitan subjek yang perlu dilukis. Bagi ukuran 24 kaki x 10 kaki boleh mencecah sehingga RM2,000 hingga RM3,000 namun harga masih boleh dibawa berbincang.

    Jika tidak betah melakukan tugasan melukis mural, Lal lebih suka mendapatkan khidmat 'anak muridnya', Mohd. Fikri Sapie, 30.


    MURAL bertajuk Lestarikan Alam Hijau Kita memberi makna yang jelas kepada audiens.


    "Seperti Abang Jalal, saya juga gemar melukis sejak kecil, cuma tiada kesempatan untuk melebarkan kemahiran ini.

    "Saya akan membantunya jika ada keperluan dan kelapangan. Walaupun tiada pengalaman secara formal mempelajari seni lukisan sepertinya, dia tidak lokek untuk memberikan tunjuk ajar," katanya yang masih dalam proses belajar selok-belok seni mural.

    Sama seperti orang lain, Mohd. Fikri juga pernah menganggap melukis mural adalah satu tugas yang mudah tetapi jangkaan itu meleset.

    "Ia nampak mudah, tetapi seseorang itu perlu mempunyai kesabaran, ketelitian dan disiplin yang tinggi bagi menghasilkan mural berkualiti," katanya yang memasang impian untuk bergerak sendiri jika sudah penuh ilmu mural di dada.

    Tidak menyesal

    Sementara itu, seorang lagi pelukis mural, Norshahrizal Sapiai, 34, tidak pernah menyesali pembabitannya dalam bidang seni mural walaupun dirinya memiliki Ijazah Undang-Undang Sivil dan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

    "Persepsi sesetengah orang bahawa pelukis mural seperti kami ini tidak boleh ke mana-mana dan tiada masa depan ternyata silap sama sekali.


    ALATAN asas melukis terdiri daripada cat pelbagai warna, berus pelbagai saiz dan kapur tulis.


    "Walaupun pada awalnya, keluarga saya sendiri tidak mempersetujui dengan keputusan saya berkecimpung dalam bidang ini, kini saya membuktikannya bahawa saya boleh berjaya," katanya yang mempunyai syarikatnya sendiri sejak tahun 2002.

    Kini, anak kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan mempunyai lapan orang pekerja terlatih yang membantunya menerajui perniagaan melukis mural di sekitar Lembah Klang.

    "Karya mural saya lebih kepada seni tulisan khat. Itu kelebihan saya berbanding pelukis-pelukis mural yang lain.

    "Selain melukis mural di sekolah-sekolah, saya turut melakukannya di masjid-masjid,

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Jenayah

    Posted: 14 Mar 2011 11:04 PM PDT

    Utusan Online - Jenayah


    Dua pengedar pil khayal pusat hiburan tumpas

    Posted:

    Dua pengedar pil khayal pusat hiburan tumpas

    Dua pengedar pil khayal pusat hiburan tumpas

    PULAU PINANG 14 Mac - Satu sindiket pengedaran pil khayal di beberapa pusat hiburan di bandar ini yang dipercayai didalangi oleh dua lelaki tempatan tumpas apabila mereka ditahan dalam satu serbuan di Bukit Gambir di sini, Jumaat lalu.

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Deputi Supritendan Lee King Chuan berkata, kedua-dua lelaki itu yang masing-masing berusia 21 dan 34 tahun itu ditahan ketika serbuan dilakukan di sebuah pangsapuri pada kira-kira pukul 2 petang.

    Difahamkan, ketika ditahan, lelaki berkenaan sedang leka memasukkan pil khayal itu ke dalam beg untuk diedarkan kepada pelanggan pada sebelah malamnya.

    "Hasil pemeriksaan di rumah mereka yang terletak di tingkat enam itu, polis merampas 14,150 biji dadah jenis Eramin 5 bernilai RM283,000 yang disimpan dalam sebuah bilik.

    "Siasatan ke atas kedua-dua lelaki berkenaan mendapati mereka telah menjalankan aktiviti pengedaran Eramin 5 di pusat hiburan di negeri ini sejak enam bulan lalu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Jelas King Chuan, pihaknya turut menyita kesemua barangan milik suspek iaitu sebuah kereta, komputer riba, barang kemas, pelbagai mata wang asing bernilai RM3,083, wang tunai berjumlah RM189,198, jam tangan Rolex dan Omega.

    Kesemua barangan rampasan yang disita bernilai RM154,431.

    Beliau berkata, kejayaan menumpaskan rangkaian pengedaran pil khayal tersebut adalah hasil daripada intipan pihaknya sejak dua bulan lalu.

    Menurutnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga 18 Mac ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya iaitu mengedar dadah.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    21,390 pil kuda bernilai RM427,000 dirampas

    Posted:

    21,390 pil kuda bernilai RM427,000 dirampas

    21,390 pil kuda bernilai RM427,000 dirampas


    MD. Azmi Othman (kanan) menunjukkan duit bernilai RM73,000 dirampas bersama pil kuda di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kota Bharu, semalam.


    KOTA BHARU 14 Mac - Polis menahan seorang pengedar dadah dan merampas 21,390 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM427,000 dalam serbuan di rumahnya di Nilam Puri, dekat sini Sabtu lalu.

    Ketua Jabatan Narkotik negeri, Supritendan Md. Azmi Othman berkata, dalam rampasan terbesar tahun ini tersebut, polis turut menyita dua kenderaan milik suspek jenis Honda Civic dan Perodua Myvi.

    Beliau berkata, polis juga menemui wang tunai RM73,711 dipercayai hasil urusan jual-beli dadah, dalam boot Perodua Myvi itu.

    Jelasnya, ketika serbuan dibuat, suspek warga tempatan berusia 20-an sedang bersembunyi dalam tangki air bahagian atas rumahnya dan cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas.

    "Polis bertindak atas maklumat awam dan ketika serbuan suspek seorang diri di rumah itu kerana ibu bapanya difahamkan sedang menjalankan perniagaan di Ketereh.

    "Suspek cuba melarikan diri dengan menyorok di dalam tangki air di rumah itu, namun kita berjaya menahannya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, hari ini.

    Md. Azmi berkata, suspek kini direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

    Sementara itu, beliau memberitahu, bagi wang dirampas, suspek disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya Perlucutan Hak Harta 1988 kerana dipercayai hasil daripada urusan jual-beli dadah.

    Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek menjadi pengedar dadah di negeri ini secara bersendirian tanpa mana-mana sindiket atau kumpulan.

    "Suspek masih bujang dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, manakala ujian air kencing dilakukan terhadapnya menunjukkan hasil negatif.

    "Kesemua dadah itu dipercayai diperoleh dari negara jiran dengan nilai borong RM266,800 manakala hasil jualannya boleh mencecah RM427,000," ujarnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Mahkamah

    Posted: 14 Mar 2011 07:45 PM PDT

    Utusan Online - Mahkamah


    'Tertuduh harus diarah beri sampel DNA'

    Posted:

    'Tertuduh harus diarah beri sampel DNA'

    'Tertuduh harus diarah beri sampel DNA'

    Oleh AMIRUDDIN HARUN dan SUWARNI MOKHTAR
    pengarang@utusan.com.my


    Anwar Ibrahim mengelak ditemu bual oleh wartawan ketika diajukan soalan berkenaan desakan agar beliau memberikan sampel DNA, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.


    KUALA LUMPUR 14 Mac - Demi kebenaran dan keadilan, pihak pendakwaan hari ini menggesa Mahkamah Tinggi di sini menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) sebagai perbandingan dengan profil DNA yang ditemui di dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

    Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan menegaskan bahawa mahkamah harus melaksanakan kuasa dan tanggungjawabnya mengikut Seksyen 73 dan 165 Akta Keterangan 1950 dalam mengarahkan Ketua Pembangkang itu berbuat demikian.

    ''Demi kepentingan keadilan kedua-dua pihak, tertuduh seharusnya diarahkan untuk memberi sampel (DNA) agar kebenaran dapat ditegakkan,'' katanya.

    Beliau berhujah demikian ketika mengemukakan permohonan buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara supaya mahkamah berkenaan menggunakan kuasanya untuk memerintahkan Anwar memberikan sampel bagi tujuan ujian profil DNA.

    Permohonan itu dikemukakan pada Jumaat lalu selepas saksi pendakwa ke-26 dan terakhir, Supritendan Ahmad Taufek Abdullah selesai memberi keterangan.

    Selain itu, Mohd. Yusof memohon Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menyemak semula keputusannya pada 8 Mac lalu yang tidak menerima masuk tiga bahan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan setelah diadakan prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT).

    Tiga bahan bukti yang tidak diterima masuk itu ialah sehelai tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi dan satu botol minuman plastik yang diambil dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008 yang menempatkan Anwar semalaman.

    Hakim terbabit memutuskan demikian selepas mendapati barang-barang kes berkenaan yang diambil bagi tujuan mendapatkan profil DNA, diperoleh dengan cara yang tidak sah.

    Prosiding TWT diadakan ekoran bantahan barisan pembelaan terhadap barang-barang kes itu semasa ahli kimia, Nor Aidora Saedon dalam keterangannya menyatakan bahawa ujian analisis DNA terhadap ketiga-tiga barang itu menunjukkan kehadiran profil DNA Lelaki Y.

    Dalam hujahnya, Mohd. Yusof menegaskan, selain daripada keterangan secara lisan daripada Mohd. Saiful Bukhari, terdapat bukti yang menunjukkan kehadiran air mani (semen) pada calitan putik kapas yang diambil daripada bahagian atas rektal pengadu tersebut.

    ''Ini adalah sampel tempat kejadian. (Maka) Mahkamah ini berhak untuk mengarahkan tertuduh membekalkan sampel untuk dipadankan dengan sampel di tempat kejadian,'' katanya,

    Jelas beliau lagi, permohonan itu bukan sahaja logik tetapi sememangnya wajar untuk seorang tertuduh yang menghadapi tuduhan liwat, bagi tujuan membebaskan dirinya, dengan sukarela menawarkan sampel DNA untuk dibandingkan dengan sampel tempat kejadian.

    Mohd. Yusof juga menghujahkan, dalam keadaan Hakim Mohamad Zabidin tidak boleh meminta Anwar menyerahkan sampel DNA, hakim tersebut boleh mengarahkan pihak lain untuk mendapatkan sampel tersebut daripada tertuduh.

    Ini kerana, menurut beliau, apa yang relevan adalah sama ada DNA yang diperoleh daripada dubur Mohd. Saiful Bukhari boleh dipadankan dengan tertuduh.

    Memetik kandungan 'Undang-Undang Bahan Bukti Sarkar', katanya:

    ''Fungsi utama seorang hakim adalah untuk melihat keadilan dilaksanakan antara pihak-pihak yang terlibat, dan terlampau berpendirian teguh kepada sesuatu peraturan, kadang-kala boleh memalukan hakim dalam menjalankan tugasnya dan melumpuhkan keadilan,'' katanya.

    Tegas beliau juga, memang benar permohonan sedemikian tidak pernah dikemukakan sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan apatah lagi dalam kes ini, pihaknya mempunyai bahan bukti tetapi disebabkan alasan teknikal, bahan bukti itu tidak diterima masuk sebagai keterangan.

    Justeru, katanya, beliau memohon mahkamah menggunakan Seksyen 73 dan 165 akta tersebut, sama ada secara bersama atau berasingan, bagi membolehkan mahkamah membuat kesimpulan sama ada kehadiran air mani pada sampel tempat kejadian sepadan dengan tertuduh.

    Sementara itu, bagi permohonan semakan semula perintah mahkamah pada TWT, Mohd. Yusof berkata, penangkapan dan penahanan Anwar telah dilakukan mengikut undang-undang menyebabkan semua bahan bukti terbabit sebenarnya telah diperoleh secara betul dan sah.

    ''Bahan-bahan bukti yang diambil dari lokap tersebut dan keputusan ujian DNA bahan-bahan itu seharusnya diterima masuk. Ia adalah satu-satunya perkara yang betul dan sah dilakukan,'' kata Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu.

    Jelas beliau, berikutan timbulnya keterangan-keterangan baharu yang tidak dicabar membuktikan bahawa penangkapan Anwar adalah mematuhi undang-undang selain ahli politik itu telah dimaklumkan alasan penangkapan tersebut.

    Berdasarkan keterangan, menurutnya, waran tangkap telah diserahkan dan diterima oleh Anwar malahan tandatangannya yang telah diturunkan pada dokumen terbabit tidak pernah dipertikaikan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

    Menurut beliau lagi, keterangan pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira menyatakan bahawa beliau telah menghantar surat melalui faksimile kepada peguam Anwar, Sankara Nair pada 15 Julai 2008 yang mengarahkannya menyerah diri pada keesokan harinya dan waran tangkap telah dimohon dari mahkamah.

    Saksi itu juga, katanya, menyatakan telah menyerahkan waran tangkap kepada Ahmad Taufek yang menangkap Anwar dan sebelum percakapan Anwar dirakamkan, Judy telah memberitahu tertuduh mengenai laporan liwat yang telah dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhari.

    Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, dalam menentukan sama ada terdapat asas untuk melaksanakan budi bicara menolak sesuatu keterangan, mahkamah boleh melihat keterangan yang dikemukakan semasa prosiding TWT dan juga perbicaraan penuh.

    Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

    Peguam bela utama Anwar, Karpal Singh akan mengemukakan hujah balas esok.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Anwar mohon hina mahkamah ke atas NST, Utusan

    Posted:

    Anwar mohon hina mahkamah ke atas NST, Utusan

    Anwar mohon hina mahkamah ke atas NST, Utusan

    KUALA LUMPUR 14 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi mengemukakan permohonan menghina mahkamah di Mahkamah Tinggi di sini ke atas dua media tempatan iaitu akhbar New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia.

    Ia berikutan laporan berita mengenai demonstrasi yang berlaku di seluruh negara yang mendesak Ketua Pembangkang itu memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

    Ia juga ekoran penerbitan laporan berita mengenai hujahan pihak pendakwaan hari ini berhubung permohonan untuk mendapatkan sampel DNA terbabit.

    Permohonan menghina mahkamah itu merupakan kali kedua dibuat ke atas akhbar tempatan walaupun terdapat portal media yang turut membuat laporan yang sama.

    Kali pertama permohonan menghina mahkamah ke atas media dibuat ialah pada 4 Februari tahun lalu iaitu ke atas Utusan Malaysia berkaitan dengan gambar yang dipetik dari agensi Bernama.

    Permohonan tersebut bagaimanapun ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

    Terdahulu, peguam bela utama, Karpal Singh mencelah sebaik sahaja Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memaklumkan mahkamah mengenai permohonan yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan hari ini.

    Beliau menyatakan, akhbar NST dan Utusan Malaysia sejak semalam telah menyiarkan laporan berita mengenai anak guamnya dan perbicaraan kes liwat tersebut yang 'nakal, berunsur skandal dan penuh dengan kebencian'.

    Karpal juga mempertikaikan mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris itu mengenai penerbitan hujahan yang akan dibuat oleh Mohd. Yusof hari ini tetapi sudah diterbitkan di akhbar berkenaan.

    Selain mendakwa kebocoran di Pejabat Peguam Negara, peguam itu turut menyatakan bahawa Mohd. Yusof telah merelakan dirinya dimanipulasi dan seluruh ahli pasukan pendakwaan berada di tangan ahli politik.

    Tidak cukup dengan itu, beliau turut memohon agar mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkaitan DNA itu dikenakan tindakan menghina mahkamah.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pahang

    Posted: 14 Mar 2011 07:38 PM PDT

    Utusan Online - Pahang


    Atasi masalah Jambatan Sg. Gayong

    Posted:

    Atasi masalah Jambatan Sg. Gayong

    Atasi masalah Jambatan Sg. Gayong

    Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
    nahar.latib@utusan.com.my


    Boh Suan Tan See menunjukkan jalan di Kampung Kedaik Asal dan Rantau Panjang yang terputus hubungan selepas jalan utama berdekatan jambatan Sungai Gayong dinaiki air.


    ROMPIN 14 Mac – Orang Asli di Kampung Kedaik Asal dan Rantau Panjang dekat sini sering menghadapi masalah apabila jambatan yang menghubungkan jalan utama dengan kampung mereka ditenggelami air pada musim tengkujuh.

    Walaupun banjir di sekitar kawasan daerah ini sudah surut namun jambatan yang ditenggelami air itu hanya boleh digunakan apabila air surut dalam tempoh sebulan.

    Keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan jalan ladang kelapa sawit untuk keluar dari kampung tersebut walaupun jalan terbabit bahaya dan tidak boleh dilalui kenderaan berat.

    Lebih menyedihkan apabila jalan utama itu tidak boleh dilalui semua kenderaan menyebabkan hasil pertanian seperti kelapa sawit dan getah tidak dapat dikeluarkan malah menyebabkan pendapatan kira-kira 160 keluarga Orang Asli di situ terjejas.

    Penduduk Kampung Kedaik Asal, Amran Boji berkata, penduduk kecewa kerana jambatan sedia ada terlalu rendah dan tidak mampu menampung air dari Sungai Gayong hingga mengakibatkan ia ditenggelami air hampir setiap tahun.

    Menurutnya, jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu sering kali ditenggelami air terutama pada musim tengkujuh dan mengambil masa yang lama untuk surut.

    "Kerajaan perlu mengkaji semula pembinaan jambatan itu kerana setiap kali musim tengkujuh ia mudah dinaiki air dari Sungai Gayong," katanya ditemui Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

    Menurut Amran, keadaan itu perlu diatasi segera kerana penduduk sukar keluar ke jalan utama dan mereka terpaksa menggunakan jalan alternatif dengan jarak yang jauh.

    "Penduduk yang ingin keluar terpaksa menggunakan jalan ladang kelapa sawit di sini dan dihadkan sehingga pukul 11 malam saja untuk keluar masuk ke kawasan kampung ini," katanya.

    Seorang lagi penduduk kampung itu, Leha Muda berkata, ketiadaan jalan utama di situ menyebabkan seorang kanak-kanak berusia enam tahun meninggal dunia akibat gagal dihantar ke hospital.

    Menurutnya, kes itu membuktikan bahawa jalan itu amat penting kepada penduduk di situ, lebih-lebih lagi jika berlaku kecemasan kepada penduduk yang memerlukan rawatan segera.

    "Sebelum ini terdapat kes kematian akibat mangsa lewat menerima rawatan di hospital hingga dia disahkan meninggal dunia selepas itu.

    "Wanita mengandung juga bimbang kerana jalan di situ tidak boleh dilalui, tambahan pula jalan alternatif di sini mempunyai jarak lebih jauh dan keadaan permukaan jalan yang licin," katanya.

    Tok Batin Kedaik Asal, Boh Suan Tan See berkata, kebanyakan daripada murid dan pelajar di kampung itu juga sukar untuk ke sekolah akibat daripada masalah tersebut.

    "Apabila keadaan itu berlaku akan menyebabkan murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah sukar ke sekolah walaupun kebanyakan mereka tinggal di asrama.

    "Kami minta kerajaan menyediakan kemudahan atau infrastruktur kepada penduduk di sini kerana kemudahan seperti itu amat berguna kepada penduduk setempat," katanya.

    Menurut beliau, masalah itu sudah beberapa kali diajukan kepada pihak bertanggungjawab, namun tiada penyelesaian yang dapat dilakukan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    JKR, PTD perlu pandang serius

    Posted:

    JKR, PTD perlu pandang serius

    JKR, PTD perlu pandang serius


    orang Asli Kampung Kedaik Asal dan Rantau Panjang terpaksa menggunakan jalan ladang kelapa sawit sebagai laluan alternatif selepas Jambatan Sungai Gayong dinaiki air.


    ROMPIN 14 Mac – Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Rompin digesa memandang serius masalah Jambatan Sungai Gayong di Kampung Kedaik Asal di sini yang sering dinaiki air setiap kali musim tengkujuh.

    Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Mohd. Jarjis berkata, masalah itu perlu diatasi segera memandangkan jambatan tersebut rendah dan sering dinaiki air terutama ketika musim banjir.

    "Kedua-dua agensi itu perlu membincangkan apakah langkah terbaik mengatasi masalah tersebut termasuk menambak pasir atau meninggikan jambatan terbabit supaya tidak mendatangkan masalah kepada penduduk setempat," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini. Jamaluddin yang juga Duta Malaysia ke Amerika Syarikat berkata, hasil lawatan beliau ke kampung berkenaan mendapati jambatan itu masih ditenggelami air dan perlu diatasi segera kerana ia menjadi laluan keluar dan masuk utama ke kampung tersebut.

    Tambahnya, masalah itu juga secara tidak langsung melumpuhkan ekonomi penduduk kerana hasil pertanian tidak dapat diangkut ke luar.

    "Kebanyakan penduduk Orang Asli di sini menjalankan aktiviti pertanian kelapa sawit dan kebun getah.

    "Jadi bagaimana hasil pertanian itu boleh dibawa keluar sekiranya jalan utama tidak boleh dilalui kenderaan berat," katanya.

    Beliau berkata, pihak berwajib perlu mengatasinya segera kerana difahamkan setiap kali musim tengkujuh jalan di situ termasuk di sekitar kawasan jambatan sering dinaiki air.

    "Kita berharap pihak berwajib menyelesaikan masalah itu dengan segera kerana kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku berulang kali hingga menyusahkan penduduk di kawasan terbabit," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiga asnaf terima rumah baru

    Posted:

    Tiga asnaf terima rumah baru

    Tiga asnaf terima rumah baru

    Oleh Haris Fadilah Ahmad
    utusanpahang@utusan.com.my


    WAN Abdul Wahid Wan Hassan (tiga, kanan) disaksikan Ahmad Shukri Ismail (tiga, kiri) menyerahkan replika cek berbentuk kunci projek BRB kepada seorang penduduk di Kampung Bukit Rang, Jerantut, baru-baru ini.


    JERANTUT 14 Mac – Tiga penduduk golongan asnaf penerima zakat Kampung Bukit Rang, kawasan Pulau Tawar, dekat sini bersyukur apabila menerima sumbangan bernilai RM30,000 daripada Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) menerusi projek Bina Rumah Baru (BRB) tahun ini.

    Bantuan tersebut membolehkan mereka yang terdiri daripada warga miskin dan ibu tunggal itu dapat membina rumah yang lebih selesa.

    Seorang penerima sumbangan tersebut, Shamsiah Sulaiman, 54, berkata, dia terharu apabila kesusahan hidupnya mendapat perhatian MUIP dan pemimpin setempat sehingga terpilih menerima bantuan untuk membina rumah baru.

    Shamsiah yang tinggal di Bukit Rang menambah, bantuan itu membolehkannya membina rumah baru memandangkan rumah sedia ada sudah rosak dan uzur.

    "Keprihatinan MUIP dan pemimpin setempat antara tanggungjawab sosial menjaga kebajikan penduduk dalam membantu insan yang miskin dan lemah," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini.

    Sumbangan itu disampaikan Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, di Masjid Kampung Bukit Rang, dekat sini sempena sambutan Maulidur Rasul kelmarin.

    Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail dan Ketua Kampung Bukit Rang, Abdullah Ishak.

    Bagi rakannya, Zaleha Ahmad, 56, bantuan itu merungkaikan kemelut kemiskinannya yang kini dibebani kesukaran mengumpulkan sejumlah wang untuk membina tempat tinggal baru.

    "Sebelum ini, saya tidak berduit membina rumah baru apatah lagi membeli sekeping papan menampal dinding yang rosak kerana keperluan makanan perlu diutamakan," katanya.

    Dalam pada itu, Wan Abdul Wahid berkata, bantuan projek BRB untuk golongan tersebut diperuntukkan kepada penduduk miskin berasaskan kriteria ditetapkan dengan bantuan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pemimpin setempat.

    Jelasnya, sejak tahun lalu, MUIP memperuntukkan RM30,000 hingga RM38,000 masing-masing kepada 150 orang penerima golongan asnaf yang terpilih menerusi projek berkenaan.

    Bagi Ahmad Shukri, bantuan tersebut merupakan kewajipan sosial kerajaan negeri dan MUIP meringankan beban golongan asnaf yang lapan menerusi peruntukan projek BRB termasuk membaiki kerosakan tempat tinggal.

    Katanya, komitmen MUIP menyasarkan bantuan zakat kepada golongan itu wajar disyukuri sekali gus mempercepatkan usaha kerajaan negeri memenuhi matlamat mencapai kemiskinan sifar dalam tempoh lima tahun ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Malaysiakini :: Berita

    Posted: 14 Mar 2011 07:27 PM PDT

    Malaysiakini :: Berita


    Reaktor nuklear Jepun meletup lagi

    Posted: 14 Mar 2011 07:05 PM PDT

    Satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

    NONE"Ada letupan besar kedengaran di antara jam 6 pagi dan 6:15 pagi di reaktor nombor dua iaitu loji nuklear No 1 Fukushima," kata jurucakap Tokyo Electric Power Co.

    Kerajaan juga melaporkan kerosakan di bahagian bekas yang melindungi reaktor yang sama di Fukushima iaitu 250 kilometer, timur laut Tokyo walaupun tidak pasti sama ada kejadian itu menyebabkan letupan.

    Ketua Setiuasaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar berkata, kolam penahan di reaktor nuklear nombor dua mengalami kerosakan.

    NONESementara itu, agensi polis Jepun berkata angka kematian rasmi akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda perairan timur laut Jepun kini melebihi 2,400 orang.

    Menurut jurucakapnya, 2,414 orang disahkan mati manakala 3,118 masih hilang manakala 1,885 mengalami kecederaan selepas bencana alam itu melanda petang Jumaat lalu.

    Jumlah kematian sehingga semalam ialah 1,647 orang.

    - AFP

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Adik Karpal meninggal, liwat II ditangguhkan

    Posted: 14 Mar 2011 06:54 PM PDT

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diberitahu adik peguam bela utama, Karapal Singh telah meninggal dunia.

    Perkara itu dimaklumkan oleh seorang lagi peguam bela, Sankara Nair yang berkata adik bongsu Karpal meninggal dunia pada jam 11 malam semalam.

    azlanKatanya, Karpal akan sibuk dengan urusan pengebumian sehingga Isnin kerana terpaksa terbabit dengan acara keagamaan.

    Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata dalam keadaan seumpama itu adalah sukar bagi beliau membantah. Beliau juga merakamkan takziah kepada Karpal dan keluarganya.

    Hakim Mohd Zabidin kemudian bersetuju membenarkan perbicaraan ditangguhkan sehingga Isnin ini.

    Mahkamah yang bersidang hari ini sepatutnya mendengar hujah balas daripada Karpal berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan.

    Permohonan pertama adalah bagi hakim mengkaji semula keputusannya yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti yang dibuat pada perbicaraan dalam perbicaraan Selasa lalu. Permohonan kedua pula adalah bagi mahkamah mengarahkan ketua pembangkang itu membekalkan sampel DNA untuk diuji.

    Semalam, Mohd Yusof mengakui permohonan pendakwaan itu bukan sesuatu yang lazim tetapi berhujah sampel DNA daripada Anwar adalah penting dan relevan kerana ia boleh menentukan sama ada DNA tersebut sepadan dengan yang diperolehi dari sperma yang dijumpai di kawasan keliling dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan..

    NONE"Tiada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi ini tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen (Akta Bahan Bukti) adalah hanya kata-kata. Kami mempunyai bukti tetapi kerana alasan teknikal, ia tidak diterima (oleh hakim)" katanya.

    Yusof juga mendapati dirinya menjadi kecaman semalam apabila salinan permohonan pendakwaan dikatakan bocor dan disiarkan oleh beberapa pertubuhan media, terutamanya di New Straits Times dan blog Malaysia Today.

    Peguam Cara Negara II itu mengaku bertanggungjawab manakala permohonan supaya tindakan menghina mahkamah dikenakan ke atas akhbar yang mencetaknya ditolak oleh hakim Mohd Zabidin.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Rencana

    Posted: 14 Mar 2011 03:13 PM PDT

    Utusan Online - Rencana


    Impian DAP di Sarawak

    Posted:

    Impian DAP di Sarawak

    Impian DAP di Sarawak

    Oleh A. Aziz Deraman

    Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dilakukan pada bila-bila masa. Pilihan Raya Negeri (PRN) disebut-sebut sebelum Julai akan datang. Kini parti-parti pembangkang dari Semenanjung sedang menggunakan apa juga cara mempengaruhi rakyat Sarawak.

    Mereka cenderung ke arah memesongkan pandangan rakyat terhadap kerajaan negeri. Mereka mahu rakyat menyokong pendirian politik ekstrem. Di sana sini semasa penulis berada di beberapa bandar pada penghujung Februari dan awal Mac baru-baru ini, kata-kata 'change' atau perubahan menjadi sebutan lumrah. Malahan perkataan "Tok Uban' disebut tanpa segan silu dan kepada siapa ia dimaksudkan.

    Kelemahan masyarakat umum digunakan pembangkang habis-habisan. Kedatangan tokoh-tokoh pembangkang melalui kempen berunsur hasutan kian ketara. Pembohongan fakta dibuat, kerana rakyat tidak tahu semua. Mereka masih menabur janji kosong. Itu sudah menjadi umpan besar pancingan yang hebat.

    Kehangatan politik Sarawak sedang dirasakan. Cita-cita Parti Tindakan Rakyat (DAP) hanya satu. DAP mahu memerintah Sarawak melalui pakatan pembangkang dengan kuasa dominan di tangan mereka. Lalu digembar-gemburkan segala macam tohmahan, fitnah dan serba tidak kena terhadap kemajuan Sarawak.

    Semua pihak, kerajaan dan rakyat Sarawak mesti diperingatkan. Berhati-hatilah dengan dakwaan dan fitnah DAP, apabila Barisan Nasional (BN) dikatakan zalim. BN tersohor dengan dasar diskriminasi. DAP mendakwa berjuang untuk setiap golongan rakyat semua kaum dan kumpulan etnik.

    Kerajaan Persekutuan dikatakan tidak pernah berlaku adil untuk Sarawak dan Sabah. Kata mereka orang Sarawak hanya mendapat sekeping kecil daripada kek pembangunan negara.

    DAP mengabui mata rakyat. Mereka tidak pernah bersyukur bahawa Sarawak sudah jauh lebih maju. Mereka lupa akan kehidupan kota yang senang lenang dinikmati orang Cina. Kemakmuran, kestabilan dan taraf hidup rakyat sudah jauh meningkat.

    Sayangnya, orang ramai semakin terpukau, ada penerimaan melulu terhadap isu-isu melalui pidato yang berapi-api dan janji-janji yang memukau.

    Suara politik sumbang pihak pembangkang terus menerus diledakkan. Mereka menafikan apa sahaja kebaikan dan kejayaan kerajaan BN selama memimpin negara. Macam-macam isu dibangkitkan.

    Mereka mulai menghasut tentang isu tanah adat anak negeri (NCR), kebajikan rakyat Sarawak di Semenanjung yang kononnya diabaikan, isu agama, pendidikan dan isu-isu lain berkaitan dengan status istimewa Melayu dan bumiputera. Bara api perkauman sedang ditiupkan, suatu hal yang tidak terlalu lazim.

    DAP pandai menggunakan kesempatan, ruang dan peluang. Lalu timbul dakwaan bahawa hanya DAP sahaja yang boleh menjamin kesejahteraan rakyat Sarawak.

    Fokus DAP adalah terhadap orang-orang Cina dan usaha menawan bandar-bandar seperti Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan di mana penempatan kawasan ramai pengundi Cina. Kawasan luar bandar mungkin sukar buat mereka. Sokongan orang Cina di bandar kian meningkat.

    Mahu tidak mahu anggota BN Sarawak mesti bertindak pantas, menjawab segala tuduhan dan gerakkan perpaduan kaum bumiputera. BN Sarawak hendaklah lebih bersatu.

    BN kena mencari pendekatan baru. Rakyat mesti disedarkan bahawa segala dakwaan DAP itu tidak lebih daripada suara kekecewaan kerana kerakusan kuasa dan bertujuan merosakkan kedamaian negara.

    Isu-isu yang dibangkitkan itu sudah menjadi program kerajaan secara berterusan. Lihat sahaja pembangunan infrastruktur, keutamaan kepada pendidikan, kemajuan ekonomi dan kebajikan sosial.

    Ada sogokan idea supaya timbul anggapan bahawa bumiputera Sarawak hanya 'kelas kedua' berbanding dengan Melayu di Semenanjung. Mereka gagal melihat kerjasama pentadbiran antara kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan. Pembangunan hebat di Sarawak diperlekehkan begitu sahaja.

    Kemenangan tipis DAP sebanyak 398 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu, Mei tahun lalu, sudah cukup buat DAP menggunakannya sebagai formula, strategi dan taktik pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

    Ada tanda-tanda sokongan kaum Cina kepada BN mulai merosot disebabkan nyalaan api perkauman. BN masih disokong kuat oleh orang Melayu, Melanau, dan bangsa Dayak seperti Iban dan Bidayuh. Itu pun di kawasan luar bandar. BN dijangka menguasai kerusi-kerusi DUN nanti dengan sokongan padu daripada bumiputera.

    Apakah iktibar politik dari Sibu? Kenapakah formula Sibu akan menjadi formula DAP untuk menawan bandar-bandar di Sarawak kali ini? Mana-mana kelemahan BN negeri dan parti-parti komponennya mesti diperkukuhkan semula dan serta-merta.

    Kemarahan terhadap BN mungkin disebabkan kesilapan seorang dua pemimpin sebelum ini. Misalnya kekalahan PRK Sibu dikaitkan dengan penduduk-penduduk tempatan yang tidak berpuas hati dengan pemimpin mereka.

    Akibat besar sebenarnya datang daripada pemimpin tempatan BN sendiri, apabila SUPP yang sudah 28 tahun mewakili penduduk kawasan Sibu tetapi pembangunan hanya ditumpukan di pusat bandar Sibu sahaja, tidak menyeluruh ke kawasan luar bandar.

    Bagaimanakah cara DAP memesongkan pemikiran dan persepsi masyarakat umum? Mereka menghasut rakyat, khususnya kaum Cina agar tidak mengundi BN.

    Apakah isu-isu yang sering DAP bangkitkan? Antaranya mereka mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan Melayu dan bumiputera; mendesak tambahan biasiswa kerajaan kepada kaum Cina; melebihkan kuota pelajar Cina memasuki universiti tempatan (IPTA); bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dibuat berterusan selama-lamanya; tambahkan Menteri Cina dalam Kabinet sekarang; iktiraf sijil UEC Cina; hapuskan mana-mana kementerian yang membantu Melayu dan bumiputera.

    Mereka mengungkit-ngungkit isu tanah adat atau NCR di Sarawak. Generasi muda dan pemimpin pelapis Cina dalam DAP sudah mempunyai pemikiran ultra radikal.

    Perjuangan DAP semakin jelas bagi menjayakan konsep Malaysian-Malaysia tajaan mereka berkonsepkan kesamarataan, bukannya 1Malaysia yang berteraskan Perlembagaan, penerimaan dan keadilan sosial.

    Mereka bercita-cita untuk merobekkan Perlembagaan Persekutuan dan mengubah struktur negara kepada sistem baru pemerintahan, sekiranya pembangkang berkuasa penuh pada PRU Ke-13 kelak. Mereka mahu memulakannya dengan kemenangan di Sarawak.

    Ada impian DAP bahawa menjelang tahun 2020, kuasa politik dominan Malaysia menjadi milik orang Cina bukan bumiputera.

    Penulis sangat tidak faham kenapa parti-parti politik yang berlandaskan orang Melayu atau Islam kekal menyokong DAP.

    Bagi Sarawak, BN mesti lebih diperkukuh dan lakukan kesedaran perpaduan di kalangan bumiputera tanpa mengira suku bangsa.

    Datuk A Aziz Deraman ialah bekas pegawai tinggi PTD, pemerhati politik dan pernah memegang jawatan-jawatan penting di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Jenayah di P. Pinang turun 25%

    Posted:

    Jenayah di P. Pinang turun 25%

    Jenayah di P. Pinang turun 25%

    Oleh AZELI ALI
    azeli.ali@utusan.com.my

    Penurunan indeks jenayah bukan sekadar memenuhi petunjuk statistik semata-mata namun ia lebih kepada mengurangkan perasaan takut di kalangan masyarakat.

    Malah ia juga mampu membuatkan masyarakat rasa selamat terutama dengan kehadiran anggota polis di kalangan masyarakat sendiri.

    Itulah yang telah diterapkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob bagi memastikan kadar jenayah di Pulau Mutiara menurun selain membuktikan bahawa negeri yang dipilih sebagai hotspot jenayah itu sebenarnya memang selamat.

    Pelbagai strategi dan langkah diambil bagi memastikan penurunan kadar jenayah di Pulau Pinang mampu mencapai 27.1 peratus pada tahun lalu menjangkau sasaran kerajaan di peringkat nasional iaitu 5 peratus.

    Lebih membanggakan sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan di peringkat nasional bagi kes jenayah jalanan iaitu 20 peratus berjaya di atasi kontinjen Pulau Pinang apabila mencatat 24.8 peratus penurunan tahun lalu.

    Menurut Ayub, semua itu tidak akan dicapai sekiranya tiada kerjasama yang erat antara pihak polis dan masyarakat sendiri melalui pelbagai program seperti kepolisan komuniti, skim rondaan sukarela (SRS), pasukan simpanan sukarelawan polis (PVR) selain program dialog dan sesi bertemu masyarakat.

    Jelas beliau, antara sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan Kementerian Dalam negeri (KDN) adalah bagi mengurangkan kadar jenayah di negara ini jadi pihak polis harus kreatif mencipta strategi mencapai sasaran itu.

    "Hakim polis adalah rakyat. Beberapa tahun lalu statistik jenayah di negeri membuatkan rakyat rasa tak selamat dengan peningkatan kadar jenayah jalanan seperti ragut, samun, peras ugut dan sebagainya.

    "Tapi kita cuba perbaiki sistem dan cara bergerak di kontinjen Pulau Pinang dan hasilnya hanya 1,953 kes jenayah jalanan berlaku pada 2010 berbanding tahun 2009 iaitu sebanyak 2,596 kes dan menunjukkan penurunan sebanyak 644 kes," katanya pada sidang media khas sempena Sambutan Hari Polis Ke-204 pada 25 Mac ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Georgetown baru-baru ini.

    Tambah Ayub, secara keseluruhan indeks jenayah bagi Januari hingga Disember 2010 juga menurun sebanyak 4,509 kes iaitu daripada 16, 653 kes pada tempoh sama tahun 2009 kepada 12,144 kes tahun lalu.

    Jelasnya, pucuk pimpinan polis Pulau Pinang sentiasa aktif dalam program kepolisan komuniti serta sesi bertemu masyarakat sama ada di program ceramah atau dialog malah di masjid-masjid melalui khutbah Jumaat serta di rumah-rumah ibadat lain.

    Selain pimpinan di IPK, Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai juga memiliki program kepolisan komuniti mereka sendiri dan inilah satu pendekatan berhemah yang dilakukan polis Pulau Pinang untuk menyelami masalah rakyat.

    "Kalau dulu polis yang anjurkan program dan menjemput orang ramai untuk menyertai program kami namun kini program yang dianjurkan masyarakat serta badan bukan kerajaan (NGO) menjemput polis untuk bersama mereka.

    "Ini dibuktikan pada program sambutan Tahun Baru Cina anjuran sebuah NGO di Sungai Ara, Februari lalu apabila lebih 12,000 penduduk hadir bersama pihak polis memeriahkan sambutan itu," ujarnya.

    Kini hubungan antara masyarakat dan polis juga semakin erat apabila lebih 1,000 SRS wujud di negeri ini di taman-taman perumahan serta di kampung-kampung selain 1,017 anggota PVR yang terdiri daripada anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

    Interaksi antara polis dan masyarakat juga ditingkatkan dengan penggunaan teknologi serta sistem komunikasi terkini seperti facebook, khidmat pesanan ringkas serta slot di radio Mutiara FM.

    Menyedari peranan media dalam membantu pihak polis juga, semua Ibu Pejabat Polis Daerah kini dilengkapi dengan pusat media yang dilengkapi komputer dan wi-fi bagi memudahkan pihak media mendapatkan maklumat serta menyebarkan kepada orang ramai.

    Jelas Ayub lagi, kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan juga sentiasa dipertingkatkan dalam operasi mencegah jenayah termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

    "48 CCTV baru akan dipasang yang akan siap penghujung Mac ini iaitu 24 di bahagian pulau dan 24 lagi di Seberang Perai sebagai tambahan kepada 31 CCTV sedia ada.

    "Kita juga akan menambah kiosk kecemasan di beberapa kawasan yang menjadi tumpuan pelancong sebagai tambahan kepada dua kiosk yang telah dipasang di Upper Penang Road dan Gurney Drive sekarang," katanya.

    Selain itu, sistem paparan maklumat elektronik juga dipasang bagi menghebahkan statistik jenayah serta maklumat penting berkaitan cegah jenayah kepada orang ramai.

    Dalam membangunkan kawasan perumahan baru di negeri ini, sistem penandaan kawasan panas atau hotspot pada pemetaan kawasan juga dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

    Balai Polis Pintar juga telah dibangunkan di Pulau Pinang antaranya di Balai Polis Bayan Baru dan Pulau Tikus yang memiliki sistem kawalan yang canggih dan terkini yang memiliki pelbagai kemudahan untuk keselesaan masayarakat atau dikategorikan balai polis e-sektor.

    Pada masa sama Ayub berkata, makmal forensik di IPK juga dipertingkatkan dengan kemahiran forensik canggih dan moden selari dengan konsep penyiasatan saintifik yang mampu menyelesaikan kes dengan cepat dan berkesan.

    Namun begitu kontinjen Pulau Pinang tidak melupakan pembangunan modal insan dengan menyediakan kelas bahasa Inggeris dan Hokkien kepada anggota bagi meningkatkan kemahiran mereka berkomunikasi dengan pelancong serta penduduk negeri ini yang kebanyakannya berbahasa Hokkien.

    Dari segi prasarana juga, beberapa balai polis lama akan dinaik taraf dari masa ke semasa agar menjadi motivasi kepada anggota sendiri untuk memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat serta menaikkan imej polis di mata masyarakat.

    "Kita akui Pulau Pinang adalah tapak mulanya institusi kepolisan moden di negara ini pada tahun 1807 namun beberapa kelengkapan serta kemudahan yang ada agak ketinggalan zaman.

    "Oleh sebab itu, kita secara proaktif mengatasi masalah ini termasuk membina balai polis baru seperti di Batu Feringghi, Tasek Gelugor, Teluk Air Tawar dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan yang kini berwajah baru," ujar Ayub lagi.

    Semua kejayaan yang dicapai polis Pulau Pinang kata Ayub tidak mampu dicapai tanpa semangat kebersamaan antara polis dan masyarakat dan pastinya masyarakat selamanya adalah hakim kepada polis.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Negara

    Posted: 14 Mar 2011 01:11 PM PDT

    Kosmo Online - Negara


    Pasukan Smart berlepas ke Jepun hari ini

    Posted:

    Pasukan Smart berlepas ke Jepun hari ini

    Pasukan Smart berlepas ke Jepun hari ini

    Oleh ZULKIFLI MANZOR
    zulkifli.manzor@kosmo.com.my


    PASUKAN Smart dan perubatan dari Malaysia akan turut terlibat secara langsung membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.


    KUALA LUMPUR - Pegawai perubatan serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dijadual berlepas ke Jepun pada pukul 6 pagi ini untuk membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di negara itu.

    Pegawai Perhubungan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Kamarul Zaman Ali berkata, pasukan tersebut dijadualkan berlepas dari Pangkalan TUDM Subang menggunakan dua buah pesawat Hercules C-130 milik TUDM dengan membawa 55 pegawai dan anggota.

    "Penerbangan untuk misi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami itu terpaksa ditangguh sebanyak dua kali sebelum ini kerana terdapat beberapa urusan yang perlu diuruskan.

    "Tetapi hari ini (semalam) pasukan kita telah bersedia untuk memasuki negara tersebut bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di sana," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

    Kamarul Zaman berkata, pihak berkuasa Jepun telah memberi kebenaran untuk pasukan daripada Malaysia memasuki negara tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Hutang tanpa deposit punca muflis

    Posted:

    Hutang tanpa deposit punca muflis

    Hutang tanpa deposit punca muflis

    Oleh SUHANA MD. YUSOP
    suhana.yusop@kosmo.com.my


    RAMAI kakitangan awam tidak menyedari kelonggaran syarat pinjaman boleh memakan diri sehingga mereka tidak mampu membayar balik pinjaman dan akhirnya diisytiharkan muflis. - Gambar hiasan


    KUALA LUMPUR – Tawaran pembelian kereta tanpa deposit merupakan antara punca ramai penjawat awam di Malaysia diisytiharkan muflis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bagi tahun 2009 sahaja, seramai 542 orang atau hampir 50 peratus daripada 1,086 penjawat awam yang diisytiharkan muflis dilaporkan akibat terlibat dalam tawaran pembelian skim tersebut.

    "Selepas membuat pinjaman dan akibat tidak tahan menanggung kadar hutang sewa beli yang tinggi setiap bulan dalam tempoh yang lama, ada dalam kalangan mereka (penjawat awam) gagal melunaskannya hingga diisytiharkan muflis oleh pihak bank.

    "Trend itu semakin meningkat hingga 200 peratus pada 2010 dan melalui angka tidak rasmi yang saya dapat, jumlahnya sudah mencecah kira-kira 3,000 orang," ujarnya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

    Menurut beliau, hampir kesemua bank dan syarikat kenderaan terutama pengedar kereta dan motosikal di negara ini menawarkan skim yang sama kepada penjawat awam.

    Selain skim pembelian kereta tanpa deposit, penjawat awam juga ramai yang terperangkap dengan tindakan muflis kerana menjadi penjamin iaitu sebanyak 15.56 peratus, pinjaman peribadi (8.65 peratus), pinjaman perumahan (8.65 peratus), penjamin korporat (4.14 peratus), pinjaman perniagaan (3.96 peratus) dan hutang kad kredit (3.68 peratus).

    Kesemua itu melibatkan jumlah hutang di antara RM50,000 hingga RM500,000.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kerajaan haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A

    Posted:

    Kerajaan haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A

    Kerajaan haramkan botol susu polikarbonat Bisphenol A


    PENJUALAN botol susu yang diperbuat daripada polikarbonat (kanan) akan diharamkan oleh kerajaan mulai 1 Mac tahun depan.


    PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai .

    Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

    "Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutama bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

    "Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini semalam.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: MukaDepan

    Posted: 14 Mar 2011 09:45 AM PDT

    Berita Harian: MukaDepan


    Belum ajal

    Posted: 13 Mar 2011 04:04 PM PDT

    [unable to retrieve full-text content]Jepun kerja keras elak kebocoran loji nuklear

    Berita Harian mohon maaf

    Posted: 13 Mar 2011 11:54 AM PDT

    MukaDepan

    MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

    Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.

    Kami mendapat banyak reaksi berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun. Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi. Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

    Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu. – PENGARANG


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan