gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 24 Mar 2011 09:18 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Isu DNA Anwar selesai

Posted: 23 Mar 2011 02:45 PM PDT

MukaDepan

Mahkamah Tinggi benar berus gigi, tuala 'Good Morning' dan
botol air mineral jadi barang kes

KUALA LUMPUR: Isu DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencetuskan perbahasan di dalam dan luar mahkamah sejak dua minggu lalu, berakhir semalam.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi semalam membenarkan berus gigi putih, tuala 'Good Morning' dan botol air mineral yang diambil dari bilik lokap Anwar pada 16 Julai 2008, diterima sebagai barang kes dalam kes liwat membabitkannya. Sehubungan itu, mahkamah menerima keterangan berhubung sampel DNA oleh Ahli Kimia Nor Aidora Saedon dan bekas Ketua Bahagian Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK), Superintendan Amidon Anan membabitkan ketiga-tiga barang itu.
Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan pihak pendakwaan supaya memerintahkan Anwar menyerahkan spesimen daripada badannya untuk mendapatkan profil DNA bagi tujuan perbandingan.

Keputusan mahkamah itu dijangka merungkai persoalan identiti 'Lelaki Y' yang profil DNA ditemui dalam dubur bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau menolak ketiga-tiga barang itu sebagai bahan kes ketika prosedur 'bicara dalam perbicaraan' walaupun ia relevan dan boleh diterima, selepas mendapati ia diperoleh secara tidak sah.
"Ketika itu, tiada keterangan daripada pegawai penyiasat, Superintendan Judy Blacious Pereira yang tidak dipanggil sebagai saksi, selain disokong hujah pembelaan tertuduh ditangkap secara tidak sah dan penahanannya dibuat bagi mendapatkan sampel DNA menggunakan tipu muslihat.

"Bagaimanapun, apabila Pereira dan pegawai tangkapan Superintendan Ahmad Taufek Abdullah memberikan keterangan selepas 'bicara dalam perbicaraan' ia jelas menunjukkan tangkapan dan penahanan Anwar di lokap tidak lagi boleh dikatakan dibuat menggunakan tipu muslihat.

"Dalam keadaan itu, mahkamah tidak mempunyai budi bicara selain membenarkan ketiga-tiga barang yang diperoleh daripada bilik lokap dan segala keterangan berkaitan dengannya diterima sebagai barang bukti.

"Sehubungan itu, saya memutuskan barangan berkenaan dan segala keterangan berkaitannya boleh diterima dan boleh dikemukakan dalam perbicaraan ini sebagai bukti. Dengan ini saya mengetepikan keputusan terdahulu," katanya.

Pada 8 Mac lalu, Mohamad Zabidin menolak permohonan pendakwaan supaya berus gigi putih, tuala 'Good Morning' dan botol air mineral yang diambil dari bilik Anwar diterima sebagai barang kes kerana diperoleh secara tidak sah.

Ketiga-tiga barang itu diambil pasukan forensik polis dari lokap IPK pada jam 11.40 pagi, 17 Julai 2008.

Nor Aidora dalam keterangannya sebelum ini berkata profil DNA diperoleh daripada semua barang itu sepadan dengan profil DNA 'Lelaki Y' ditemui dalam dubur Mohd Saiful.

Sementara itu, berhubung permohonan bagi memerintahkan Anwar menyerahkan sampel DNA beliau, Mohamad Zabidin berkata beliau menolak permohonan itu kerana tiada peruntukan undang-undang yang membolehkannya berbuat demikian.

Katanya, Seksyen 73(2) yang dirujuk pendakwaan menyatakan secara spesifik penulisan bagi tujuan perbandingan dan Seksyen 73(3) pula kesan cap jari.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memohon mahkamah untuk memanggil semula Nor Aidora dan Amidon hari ini bagi tujuan mengemukakan barang berkenaan sebagai barang bukti.

Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Mohd Yusof dan menetapkan prosiding bersambung hari ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

idris

kalau ambil sampel yg pernah dipertikai, orang ramai akan pertikai bila ada laporan/akhbar kepartian memutarbelitkan isu. Jalan terbaik arahkan suspek ke balai dan ambil sampel yg dikehendaki. Kalau boleh Karpal Singh hadir sama.

SEMALU BERDURI

kepada Datok Anuar Ibrahim, saya sebagai rakyat biasa berpandangan bahawa setelah mengamati cerita-cerita dan kes beliau yang sedang berjalan masakini dan mungkin pada hari-hari mendatang,( kerana akan ujud kes yang baru nampaknya), eloklah beliau berundur diri dari arena politik negara dan janganlah bertahan disebalik ke egoannya selami ini, cukuplah setakat ini jadilah insan biasa sahaja ( macam rakyat biasa datok )kan lebih selesa daripada dibebankan dengan berbagai tomahan dan kriktikan. Jika TUN Dr. Mahathir ( mantan Perdana Menteri)boleh berundur dengan selesa mengapa tidak Datok buat begitu, nampaknya Datok kelihatan seperti orang yang sangat Warak mencontohi sifat Nabi Muhammad tatapi Nabi sendiri tidak seangkuh/seego Datok, Nabi sentiasa merendah diri dan bersabar, jadilah insan seperti biasanya yang berpijak dibumi nyata . Ingatlah Datok bahawa " dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung".
Sekian.

mohd

assalamualaikum,
saya ingin tahu berapa lama untuk mendapat pengesahan proses untuk mendapatkan DNA? saya sebenarnya dah boring dengan KES DNA ini dari 2008 sekarang 2011 masih belum selesai.Berapa tahun lagi untuk selesaikan KES.

kamis

Ya ALLAH jauhkanlah segala bencana untuk negara tercinta. berilah petunjuk dah HIDAYAH kepada semua. Amin.

Ayah Man

Segala kekeliruan dan permasaalahan kini nampaknya telah terungkai. Kita cuma menunggu satu keputusan atau kenyataan di buat secara rasmi oleh tuan hakim mengenai lelaki 'Y'. Bagi kita Y sudah cukup jelas empunya dirinya.

Janganlah kita suka mengaibkan sesama insan walaupun betul ia membuat kesalahan. Apakah kita sendiri tidak pernah membuat dosa? Apakah rasanya bila dosa kita diperaibkan?

rohana bt taib

ikutlah keputusan mereka yang bijaksana.biar cepat proses pengadilan dilaksanakan.kita tunggu saja.

sri siantan

Biar kes dpt diselesaiakan dgn cepat, telus & adil. Mungkin nak buka kes baru pulak...

siti hajar

Allah akan menunjukkan siapa yg benar dan siapa yang bersalah....

rahimad bin mohamed

Ya Allah kau tunjukkanlah kebenarannya


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 24 Mar 2011 07:48 AM PDT

Kosmo Online


Bayi ditinggalkan abang disangkakan mangsa buang

Posted:

Bayi ditinggalkan abang disangkakan mangsa buang

Bayi ditinggalkan abang disangkakan mangsa buang

24/03/2011 6:58pm

JOHOR BAHRU - Tindakan seorang budak lelaki meninggalkan adik perempuannya berusia tiga bulan di tingkat bawah rumah mereka di Flat Taman Larkin Perdana di sini untuk bermain, menimbulkan kekecohan penduduk yang menyangkakan bayi itu merupakan bayi dibuang.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaacob berkata, kejadian berlaku 12 tengah hari apabila bayi itu ditemui dalam sebuah beg galas oleh seorang peniaga.

"Melihat keadaan bayi itu yang hampir dihurung semut, peniaga terbabit terus menghubungi polis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zainuddin berkata, siasatan polis mendapati bayi berkenaan sebenarnya ditinggalkan secara tidak sengaja oleh abangnya yang berumur enam tahun kerana dia pergi bermain dengan kawan-kawannya.

Beliau berkata, bayi itu dijaga oleh abangnya selepas ibu mereka keluar mencari kerja manakala nenek mereka pergi ke sebuah klinik. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis Selangor jejaki 11 individu bantu siasatan kes bunuh

Posted:

Polis Selangor jejaki 11 individu bantu siasatan kes bunuh

Polis Selangor jejaki 11 individu bantu siasatan kes bunuh

24/03/2011 6:33pm

SHAH ALAM - Polis Selangor sedang mengesan 11 individu termasuk enam warganegara asing bagi membantu siasatan lapan kes bunuh yang masih belum selesai di sekitar Lembah Klang sepanjang tempoh tiga tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd. Adnan Abdullah berkata, daripada lapan kes itu, dua kes pada 2009, empat kes pada 2010 dan dua kes pada tahun ini.

"Polis Selangor masih belum dapat menyelesaikan kes-kes bunuh ini berikutan kegagalan mengesan kesemua individu terbabit. Justeru kita berharap bantuan daripada orang ramai untuk mengesan mereka yang boleh membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Individu terbabit ialah K. Devandran, 20, dari Kampung Sungai Terentang Tambahan Rawang; V. Ganasan, 30, dari Kampung Baru Kundang; T.Viyay Anad, 28, dari Taman Intan, Kapar, Klang; Arwan Mohd Johari Syariff Dong, 33, dari Jalan Besar, Banting; dan S. Muniandy, 43, dari Taman Sri Layang, Mentakab, Pahang.

Warganegara asing terbabit ialah Zaw Zaw Aung, 24, warga Myanmar, dari Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34 di sini; Aung Than Lwin, 25, warga Myanmar, dari Taman Bukit Kinrara, Puchong; MD Shahin, warga Bangladesh, 40-an, dari Taman Perdana, Kuala Lumpur; Aung Thaik, 31, dan Chit Lin, 23, kedua-duanya warga Myanmar dari Taman Desawan, Klang serta seorang wanita warga Indonesia, Zulfa Ismail, 22.

Mohd Adnan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kesemua individu terbabit supaya menghubungi Pegawai Turus Jenayah Berat IPK Selangor Supt Dennis Leong di talian 013-8010104. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dipenjara 8 tahun kerana miliki senjata api

Posted:

Dipenjara 8 tahun kerana miliki senjata api

Dipenjara 8 tahun kerana miliki senjata api

24/03/2011 6:23pm

KOTA BHARU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara lapan tahun terhadap seorang lelaki yang mengaku salah memiliki senjata api dan peluru, bulan lalu.

Hakim Rofiah Mohamad turut menjatuhi hukuman enam sebatan rotan terhadap Suphon Ehsan, 30, bagi kesalahan itu.

Suphon didakwa memiliki sepucuk Revolver 357 Magnum Cal Smith & Wesson tanpa sebarang permit atau lesen yang sah pada pukul 4.25 pagi, 25 Februari lalu di sebuah chalet Perdana Resort di sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Hukuman Lebih Berat) 1971 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun, dan boleh disebat tidak kurang enam sebatan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 24 Mar 2011 03:41 AM PDT

Utusan Online - Utara


68 calon dapat semua A

Posted:

68 calon dapat semua A

68 calon dapat semua A

Oleh MARZITA ABDULLAH
utusanperlis@utusan.com.my


Mohammad Hazraf Hakim Khan dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra dijulang oleh rakan-rakannya selepas mendapat 9A+ selepas majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010 di Kangar, semalam. - utusan/Faizal Abu Hassan HASSAN


KANGAR 23 Mac - Perlis mencatat pencapaian terbaik dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dengan 68 pelajarnya memperoleh keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat ketika mengumumkan keputusan tersebut berkata, jumlah itu memperlihatkan peningkatan lima pelajar berbanding 2009 iaitu 63 pelajar.

Beliau berkata, daripada jumlah itu lima pelajar memperoleh keputusan A+ dalam semua mata pelajaran.

Mereka ialah Muhammad Farhan Mohamad Nadzam dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama, Arau (11A+); Lee Ze Chen dari SMK Derma (11A+), Loo Chang Zhi dan Tan Jia Ern Chris dari sekolah yang sama dengan keputusan 10A+ serta Mohammad Hazraf Hakim Khan dari SM Sains Tuanku Syed Putra, memperoleh 9A+.

Mansor berkata, Perlis juga merekodkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan catatan 0.07 peratus iaitu daripada 5.56 peratus pada 2009 kepada 5.63 peratus.

"Selain itu, tujuh sekolah mencatat keputusan 100 peratus iaitu kekal seperti 2009," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan SPM 2010 di SM Sains Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

Menurut beliau, prestasi sekolah luar bandar turut memberangsangkan apabila lima pelajar dari empat sekolah mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Sekolah-sekolah berkenaan yang belum pernah mencatat keputusan sedemikian ialah SMK Syed Saffi dengan dua pelajar dan masing-masing seorang pelajar di SMK Syed Sirajuddin, SMK Kuala Perlis dan SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah.

Selain itu, kata beliau, tiga mata pelajaran melepasi prestasi pencapaian peringkat kebangsaan iaitu Sejarah (76 peratus), Bahasa Arab Tinggi (92.21 peratus) dan Kimia mencatat 96.7 peratus.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

9 pelajar Kedah peroleh gred cemerlang tertinggi A+

Posted:

9 pelajar Kedah peroleh gred cemerlang tertinggi A+

9 pelajar Kedah peroleh gred cemerlang tertinggi A+


Pasangan kembar, Nor Aini Muhammad (kanan) yang mendapat keputusan 8A,2C dan kembarnya Nor Ain Muhammad 6A,2B dan 1C menunjukkan keputusan SPM yang diperolehi mereka di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 23 Mac - Sembilan pelajar di negeri ini berjaya meraih gred cemerlang tertinggi A+ dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Abdullah Saad berkata, tiga sekolah berjaya mencatat kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Berasrama Penuh Kubang Pasu, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.

"Sebanyak 59 mata pelajaran mencatatkan kelulusan 100 peratus berbanding 55 mata pelajaran pada 2009.

"Seramai 31,761 orang calon layak mendapat sijil dan peratus pencapaian Kedah ialah 49 peratus serta meningkat 2.91 peratus daripada 46.09 peratus tahun lalu," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, 36,548 pelajar menduduki SPM 2010 dan seramai 451 calon berjaya memperoleh Gred Cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran.

Tambahnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan 43 orang berbanding 408 pada keputusan SPM 2009.

"Gred purata keseluruhan SPM Negeri Kedah 2010 ialah 5.392 berbanding 5.560 pada tahun 2009.

"Sebanyak 11 buah sekolah berjaya mencapai gred purata antara 0.0 hingga 3.0," katanya.

Jelas Abdullah, sebahagian besar sekolah di Kedah berada dalam kategori sekolah cemerlang, baik dan memuaskan.

"Sekolah berpotensi hanya lima buah sahaja dan ini menggambarkan tahap pencapaian sekolah semakin meningkat ke arah berprestasi tinggi," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Memperkaya pengetahuan pelajar

Posted:

Memperkaya pengetahuan pelajar

Memperkaya pengetahuan pelajar

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

TAMBUN 23 Mac - Cuti penggal persekolahan sememangnya menjadi saat yang dinantikan dalam kalendar seorang pelajar kerana pada waktu itu pasti pelbagai aktiviti yang direncanakan akan dilaksanakan.

Tidak ketinggalan dalam merancakkan waktu luang yang ditunggu saban tahun itu, Lost World Of Tambun (LWOT) menganjurkan program perkelahan untuk keluarga dinamakan Lost World Junior Ranger baru-baru ini.

Program yang diadakan selepas setahun ia dilancarkan itu disertai oleh kira-kira 100 peserta yang juga dikenali sebagai renjer bersama keluarga masing-masing.

Berlatarbelakangkan Tasik Cermin, semua renjer disajikan dengan pelbagai acara menarik yang disusun sepanjang sehari program itu berlangsung.

Pengurus Besar LWOT, Calvin Ho berkata, pihaknya menyarankan ibu bapa terutama yang menetap di kawasan ini supaya tidak melepaskan peluang mendaftarkan anak mereka menyertai program tersebut.

Katanya, menerusi program itu kanak-kanak dan remaja berpeluang mempelajari segala-galanya mengenai asal-usul, makanan, sifat, habitat dan penjagaan haiwan yang terdapat di taman tema air itu.

Jelasnya, sehingga kini 79 kanak-kanak dan remaja menyertai program berkenaan dan pihaknya menjangkakan jumlah itu akan meningkat tidak lama lagi.

"Keahlian Program Junior Ranger ini terbuka kepada mereka yang berumur antara enam hingga 16 tahun dengan yuran dikenakan RM200 setahun.

"Selain mendapat uniform khas renjer, peserta program ini boleh berkunjung ke mini zoo di sini pada bila-bila masa secara percuma dan mempelajari apa jua yang berkaitan dengan haiwan kesukaan masing-masing," katanya.

Disajikan keindahan panorama gua batu kapur sepanjang program berlangsung, LWOT menyediakan aktiviti seperti cara penjagaan haiwan dengan betul, persembahan ular kapak, rusuk kerbau, kapak tokong dan tedung senduk selain haiwan lain seperti burung kakak tua dan feret.

Menurutnya, program itu menarik kerana ia membantu kanak-kanak mempelajari mengenai haiwan peliharaan dengan lebih mendalam yang tidak dapat dipelajari melalui buku.

"Apabila sudah lama belajar, mereka akan menjadi pakar tentang haiwan. Kemudian mereka akan diberikan ujian dalam bentuk objektif dan pengucapan awam kepada pengunjung.

"Jika lulus, mereka akan dikurniakan lencana. Program ini mempunyai beberapa pangkat iaitu Junior Ranger, Junior Ranger I, Junior Ranger II dan Junior Master Ranger," katanya.

Menurutnya, ibu bapa tidak perlu risau kerana LWOT mempunyai dua renjer utama yang menyelia Junior Ranger sepanjang peserta berada di taman tema air itu.

Eksekutif Pemasaran Hospital Pantai Ipoh, Rashilawati Abdul Latiff, berkata, beliau akan terus memberi galakan kepada dua anaknya yang telah menyertai program tersebut Ogos lalu.

"Banyak perubahan dalam diri dua anak saya selepas menyertai program ini dan jika mereka tidak mempunyai sebarang aktiviti lain hujung minggu, di sinilah tempat mereka melepak," katanya.

Peserta terawal yang menyertai program tersebut, M. Rishikesh, 10, mengakui semakin berani dan teruja untuk membelai apa jua haiwan yang terdapat di LWOT termasuk ular sawa.

Pelajar tahun empat Sekolah Kebangsaan Lebuh Cator itu berkata, penglibatan dalam program tersebut dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran Sains yang amat diminatinya.

"Di LWOT kami diberi tunjuk ajar mengenali haiwan dengan lebih dekat dan saya mula menyukai dan menyayangi haiwan sejak terlibat dalam program ini.

"Selain itu, menerusi pendedahan yang ditimba sepanjang menjadi renjer ia membantu saya dalam teknik pengucapan awam untuk persediaan berhadapan dengan pengunjung," katanya yang bercita-cita menjadi saintis.

Siti Nur Aqilah Mohammad, 13, yang berasal dari Lenggong pula sanggup mengharungi perjalanan kira-kira dua jam bagi mengikuti program itu.

Katanya, melalui program tersebut dia dapat mengenali ramai rakan baru yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Saya mempunyai ramai kenalan setelah menyertai program ini. Selain menambah pengetahuan mengenai haiwan, saya juga dapat mengasah kemahiran menggunakan bahasa Cina dalam pergaulan bersama rakan-rakan di sini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 24 Mar 2011 03:40 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Industri ICT penting penuhi hasrat kerajaan menuju MBE

Posted: 24 Mar 2011 03:20 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memainkan peranan yang amat penting dalam memenuhi hasrat kerajaan menuju ke arah Model Baru Ekonomi (MBE) yang berpaksikan pengetahuan dan inovasi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, pada hari ini kreativiti dan inovasi ICT memainkan peranan

penting dalam pelbagai bidang termasuk memudahkan urusan perdagangan, rawatan kesihatan, mencipta peluang pekerjaan, meningkatkan penggunaan ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama, memantapkan lagi ekonomi dunia.
"Semenjak tidak kurang dari empat dekad lalu, industri ini berkembang pesat
sehingga menjadi asas kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi dunia," kata beliau
pada majlis penyampaian Anugerah ICT NEF-Awani di sini hari ini.

Najib juga meminta persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) bumiputera
supaya perlu lebih sensitif kepada pergerakan dan permintaan pasaran dan mempunyai keupayaan untuk memperoleh projek serta peluang bagi anggota-anggota
mereka dalam usaha merapatkan jurang ekonomi yang wujud di antara bumiputera dan
golongan lain.

Katanya, sebagai persatuan bumiputera, adalah menjadi tanggungjawab setiap persatuan untuk mengetahui dan merasai nadi keperluan anggota-anggotanya.

"Persatuan harus menerajui inisiatif ke arah memenuhi keperluan-keperluan ini serta mencari jalan penyelesaian permasalahan yang dilalui anggota-anggota. Perkara ini amat penting untuk memastikan isu-isu industri yang
dihadapi oleh peniaga Bumiputera dapat diatasi," katanya.

Sebanyak 13 anugerah telah disampaikan pada majlis yang disiarkan secara langsung melalui Astro Awani itu.

Antara pemenang anugerah ialah Century Software Sdn Bhd bagi kategori Produk
Perisian Bumiputera Terbaik, Reza Razali (Anugerah Usahawan Tekno Bumiputera
Muda Terbaik), Lotdotmy Sdn Bhd (Anugerah Aplikasi Media Baru Bumiputera
Terbaik) dan Les' Copaque Production Sdn Bhd (Anugerah Khas: NEF-Awani Tun Dr
Mahathir). - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

CUEPACS cadang sistem gaji sebaris

Posted: 24 Mar 2011 03:17 AM PDT

Mutakhir

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan Sistem Gaji Sebaris diperkenalkan dalam kajian semula terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) supaya penjawat awam lebih produktif dalam menunaikan tugas mereka.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya juga mencadangkan kepada

kerajaan supaya kenaikan pangkat dan gaji penjawat awam mengambil kira pembabitan mereka dalam aktiviti luar seperti kesukarelaan, kemasyarakatan dan sukan. Beliau berkata, perkara itu akan dikemukakan dalam pertemuan antara pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 4 April.

"Kita menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji semula Sistem Saraan
Malaysia yang kini pun masih banyak dipertikaikan.

"Pada peringkat awal, ini antara cadangan yang akan dikemukakan oleh Cuepacs
kepada kerajaan untuk kajian semula terhadap SSM," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 Selasa lalu,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kajian semula SSM sedang
dijalankan untuk menjadikan perkhidmatan awam negara ini lebih produktif,
berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi.

Najib berkata, kajian komprehensif itu bukan sahaja meneliti aspek saraan
semata-mata tetapi juga bakal mewujudkan struktur dan sistem yang dinamis bagi
menterjemahkan agenda transformasi kerajaan serta ekonomi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan satu lagi
anugerah khas bagi menghargai penjawat awam, yang selain berupaya menunjukkan
mutu kerja tinggi di pejabat, mampu pula bergiat aktif dalam aktiviti
kesukarelaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan sukan.

Mengulas lanjut, Omar berkata, pihaknya berpendapat banyak kelebihan bakal
dinikmati penjawat awam dengan Sistem Gaji Sebaris, antaranya daripada segi
pergerakan gaji dan tahap gaji maksimum mereka.

Beliau berkata, dalam Jadual Gaji Matriks yang ada dalam SSM sekarang, penjawat awam hanya memperoleh kelebihan dalam jangka pendek, misalnya akan mencapai tahap gaji maksimum dengan cepat sedangkan mereka masih ada tempoh untuk berkhidmat.

Malahan, beliau berkata, kenaikan gaji dan pangkat yang diberikan kepada penjawat awam lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kini juga
menyekat dan "membunuh" semangat sebahagian penjawat awam lain.

Katanya, tidak semua yang terkandung di dalam SSM kini tidak berfaedah, namun
sudah tiba masanya bagi kerajaan menilai semula beberapa perkara kerana
kelebihan perlu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Omar berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan Cuepacs itu kerana ia
dapat meningkatkan lagi produktiviti dan prestasi kerja penjawat awam di negara
ini. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 24 Mar 2011 03:35 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Serbu kondo syabu RM3.5j

Posted: 23 Mar 2011 01:27 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sembilan lelaki warga Iran dan seorang wanita Thailand yang berselindung di sebalik kehidupan mewah di kondominium yang menjadi pusat pengedaran syabu bernilai RM3.5 juta diberkas, baru-baru ini.

Difahamkan, sindiket yang beroperasi sejak tiga bulan lalu aktif mengedar dadah jenis methamphetamine atau syabu di sekitar Lembah Klang dengan bantuan ejen rakyat tempatan.


Sindiket terbabit juga dipercayai membawa bekalan dadah yang siap diproses dari negara asal mereka melalui pelabuhan, lapangan terbang, perkhidmatan kurier dan kargo dalam negara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata hasil maklumat orang awam, pihaknya melakukan intipan ke atas ahli sindiket terbabit yang rata-rata menyewa di kediaman mewah yang dijadikan pusat kegiatan mereka.


"Seorang ahli sindiket itu ditahan ketika memandu keluar dari sebuah kondo mewah di Jalan Tun Razak pada jam 10 malam 20 Mac lalu dan susulan tangkapan itu, kami melakukan beberapa siri tangkapan pada hari sama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.


Beliau berkata, ahli sindiket terbabit berusia antara 18 hingga 39 tahun ditahan di Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Putra Mas.

Menurutnya, tiga daripada mereka menggunakan visa pelajar manakala selebihnya pelancong.


"Taktik mereka mudah dengan mereka akan menyewa di kediaman mewah yang dijadikan pusat kegiatan mereka dan melantik warga tempatan sebagai ejen pengedaran.

"Bekalan syabu berkualiti tinggi pula dibawa dari negara asal untuk dipasarkan di pasaran tempatan dan kadang kala mereka memasarkan dadah itu ke negara lain untuk mendapat pulangan lumayan," katanya.


Katanya, syabu seberat 11.5 kilogram (kg) yang bernilai RM3.5 juta di pasaran itu dirampas bersama sebuah Perodua Myvi, Proton Gen.2, Hyundai Elantra dan wang tunai berjumlah RM25,000 termasuk mata wang Riyal.


Kang berkata, 10 suspek itu direman tujuh hari hingga Ahad ini mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.


"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan edar dadah yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.


"Kami juga menjejaki individu lain termasuk ejen tempatan yang terbabit sindiket itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPSJ tidak terima aduan kerosakan

Posted: 23 Mar 2011 12:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak menerima aduan kerosakan di kawasan Taman Perumahan Batu 3, Shah Alam, berhubung tragedi yang meragut nyawa Muhammad Naqiuddin Mohd Marzuki akibat renjatan elektrik, Sabtu lalu.

Difahamkan, mangsa terkena arus elektrik voltan tinggi pada tiang lampu yang dipercayai mengalami masalah teknikal sejak beberapa bulan lalu di kawasan padang permainan taman berkenaan.


Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid, berkata pihaknya menerima aduan kerosakan lampu yang tidak berfungsi di kawasan sama, tetapi aduan itu diterima pada Mei tahun lalu. "Ada pihak mendakwa mereka sudah membuat aduan kepada MPSJ berkenaan kerosakan itu, tetapi kami tidak menerima sebarang aduan selepas membuat semakan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPSJ di sini, semalam.

"Kami akan membuat penyelenggaraan segera apabila menerima aduan penduduk dan pada masa sama kami mengarahkan kontraktor bekerjasama dengan MPSJ untuk teliti masalah lain tanpa mengira ada aduan atau tidak," katanya.


Beliau berkata, agak sukar untuk mengesan kehadiran aliran elektrik pada tiang lampu kerana masalah itu hanya dapat dikesan pada kabel yang ditanam di bawah tanah dan jika terdapat sebarang kerosakan ia dapat dikesan ketika hujan atau ada air seperti banjir.


Menurut Abdullah, selepas ini, pihaknya akan meminta kontraktor membuat semakan di kawasan taman sekitar Subang Jaya dan kawasan lain untuk memeriksa keadaan semua tiang lampu dan akan memperbaiki kerosakan dengan segera untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

"Kami mempunyai 12 kontraktor yang akan memeriksa dan menjalankan penyelenggaraan merangkumi empat zon iaitu kawasan Subang Jaya, Puchong, Kinrara dan Seri Kembangan. Jumlah kontraktor mencukupi berdasarkan jumlah peruntukan yang kami ada," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 24 Mar 2011 03:34 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Pencapaian SPM catat peningkatan

Posted:

Pencapaian SPM catat peningkatan

Pencapaian SPM catat peningkatan

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Pelajar terbaik SPM peringkat negeri Melaka bergembira selepas mengambil keputusan mereka di SBP Integrasi Selandar, Melaka, semalam.


MELAKA 23 Mac – Seramai 318 daripada 15,420 calon daripada sekolah kerajaan, sekolah agama bantuan kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan persendirian mendapat A bagi semua mata pelajaran dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Juliah Leman berkata, daripada jumlah tersebut, hanya 21 pelajar mendapat keputusan gred cemerlang (A+) dalam semua mata pelajaran SPM tahun lalu berbanding 12 pelajar pada 2009.

Menurutnya, berdasarkan sistem penggredan baru SPM itu menunjukkan bilangan pelajar yang memperoleh gred A meningkat seramai sembilan orang (0.05 peratus) berbanding 309 (2.34 peratus) pada 2009.

''Sebanyak 21 buah sekolah mencapai keputusan 100 peratus berbanding 19 pada 2009, manakala 39 buah sekolah melahirkan pelajar yang mencapai gred cemerlang A dalam semua mata pelajaran berbanding 31 sekolah tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan SPM peringkat negeri, di sini hari ini.

Juliah berkata, sebanyak 73 buah sekolah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) kurang daripada 6.75 peratus, dua buah sekolah dalam kategori cemerlang, 18 dalam kategori baik dan 54 bagi kategori memuaskan.

Katanya, berdasarkan keputusan SPM tahun lalu, tidak ada sekolah di negeri ini yang diletakan dalam kategori berpotensi.

Beliau berkata, terdapat tujuh mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains mencatat peratus lulus melebihi 77 peratus, mengatasi peringkat nasional sebanyak 0.4 peratus hingga 2.9 peratus.

Ujarnya, bagi lima mata pelajaran teras tidak termasuk Bahasa Melayu dan Sains ia mengatasi peringkat nasional dengan keputusan gred cemerlang (A+, A dan A-) sebanyak 0.36 peratus hingga 12.49 peratus.

''Secara keseluruhannya keputusan SPM bagi peringkat negeri tahun lalu telah menunjukkan peningkatan dari segi kualiti kecemerlangan dari 2006 hingga 2010," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NS catat keputusan membanggakan

Posted:

NS catat keputusan membanggakan

NS catat keputusan membanggakan

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


barisan pelajar cemerlang dengan bangga menunjukkan keputusan cemerlang 10A+ dalam peperiksaan SPM di SMSTM, Seremban, semalam.


SEREMBAN 23 Mac - Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 bagi negeri ini secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan apabila memperoleh Gred Purata Negeri (GPN) pada kadar 5.00 berbanding 5.22 peratus pada tahun lalu.

Secara keseluruhannya, seramai 15,997 iaitu 91 peratus daripada 17,587 calon yang menduduki peperiksaan berkenaan pada tahun lalu layak mendapat sijil.

Lebih membanggakan, negeri ini turut menyaksikan peningkatan terhadap bilangan pelajar cemerlang selepas 620 calon diumumkan memperoleh pangkat A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 590 calon pada SPM 2009.

Pengarah Pelajaran negeri, Abdul Halim Abdul Razak berkata, penurunan kadar GPN negeri itu dipengaruhi oleh peningkatan dari segi peratusan bilangan calon berjaya memperoleh sijil, cemerlang dengan pangkat A dan lulus dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

''Ini merupakan satu perkembangan yang baik bagi negeri ini di mana nilai GPN menurun sebanyak 0.22 berbanding 2009 pada kadar 5.22.

''Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memainkan peranan serta komitmen khususnya warga pendidik, pihak pengurusan sekolah, guru-guru termasuk ibu bapa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Abdul Halim, seramai 44 calon sekolah kerajaan di negeri ini berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh pangkat A+ dalam semua mata pelajaran berbanding 15 calon pada 2009.

''Selain itu, pencapaian calon mengikut lokasi di negeri ini antara sekolah bandar, sekolah luar bandar dan sekolah Felda turut menunjukkan peningkatan prestasi berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) yang menurun berbanding tahun lalu.

''Bagi sekolah bandar, GPS yang dicatatkan bagi SPM 2010 ialah 4.57 manakala sekolah luar bandar pula mencatatkan 5.35 sekali gus menjadikan jurang peratusan GPS menurun sebanyak 0.78 peratus," ujarnya.

Tambahnya, sekolah Felda pula menunjukkan penurunan GPS iaitu dari 6.07 pada 2009 menjadi 5.72 untuk 2010, manakala sekolah Agama Bantuan Kerajaan turut mencatatkan penurunan dari 6.03 kepada 5.20 peratus.

Jelasnya, kesemua 17,587 calon sekolah Kementerian Pelajaran telah menduduki SPM pada 23 November hingga 20 Disember tahun lalu di 139 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini.

Sementara itu, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SMSTM) yang dahulunya dikenali dengan Sekolah Menengah Sains Seremban (Saser) di sini pula telah diumumkan sebagai salah sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang mencatatkan keputusan cemerlang di peringkat kebangsaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MB ucap tahniah

Posted:

MB ucap tahniah

MB ucap tahniah

SEREMBAN 23 Mac – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan tahniah kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia 2010 bagi negeri ini yang berjaya mencatatkan keputusan cemerlang.

Katanya, kejayaan itu merupakan hasil kerja keras para pendidik dan pelajar yang mahu memastikan kecemerlangan dalam semua peperiksaan peringkat kebangsaan dikuasai negeri ini.

''Kejayaan ini telah mengharumkan nama negeri lebih-lebih lagi dalam usaha kerajaan negeri mahu menjadikan ia sebagai lembah ilmu yang melahirkan modal insan keperluan negara pada masa hadapan," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau yang kini berada di Mekah berkata, dasar tanpa kompromi dalam menjana pendidikan di negeri ini serta hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Jabatan Pelajaran negeri, guru, ibu bapa dan pelajar menjadikan suasana baik itu diterjemahkan dengan keputusan cemerlang pada peperiksaan peringkat kebangsaan.

''Memang kita menetapkan satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Jabatan Pelajaran negeri supaya dalam semua peperiksaan peringkat kebangsaan, negeri ini hendaklah berada pada kedudukan terbaik.

''Itu telah mereka lakukan dan dibuktikan dalam keputusan peperiksaan SPM kali ini, ia terbukti amat membanggakan," katanya.

Jelas Mohamad, kejayaan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (Saser) muncul sekolah terbaik peringkat kebangsaan dan terbaik Sekolah Berasrama Penuh (SBP), juga membanggakan semua pihak.

''Saya berharap kejayaan ini tidak terhenti di sini, sebaliknya mereka yang terlibat terus berusaha untuk mempertahankan rekod paling cemerlang ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 24 Mar 2011 03:31 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


SPM terbaik dalam 4 tahun

Posted:

SPM terbaik dalam 4 tahun

SPM terbaik dalam 4 tahun

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


Abd. Ghaffar Mahmud menunjukkan keputusan peperiksaan SPM pada sidang media di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 23 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam empat tahun ini dengan seramai 9,239 orang atau 2.28 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran memperoleh gred cemerlang ( A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat gred cemerlang tertinggi iaitu A+ dalam semua mata pelajaran.

''Sebanyak 368,559 orang atau 91.2 peratus calon berjaya mendapat sijil berbanding 90.8 peratus calon pada tahun lalu.

''Sebanyak 81 daripada 103 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi yang menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2010 di sini hari ini.

Mengenai pelajar terbaik, beliau berkata, seramai empat calon berjaya mendapat A+ dalam kesemua 12 mata pelajaran yang diambil dan 47 lagi mendapat A+ dalam semua 11 mata pelajaran.

''Terdapat 207 calon yang mendapat A+ dalam semua 10 mata pelajaran dan 105 calon mendapat A+ dalam semua sembilan mata pelajaran," katanya,

Abd Ghafar berkata, sebahagian besar sekolah di Malaysia dikategorikan dalam pencapaian sekolah cemerlang, baik dan memuaskan.

''Hanya sebilangan kecil iaitu 66 buah sekolah atau 3.1 peratus sahaja yang memperoleh pencapaian berpotensi," katanya.

Menurutnya, seramai tujuh calon berkeperluan khas termasuk yang rabun, buta dan pekak berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi semua mata pelajaran.

''Seorang calon rabun telah berjaya mendapat lapan A+ dan tiga A dalam 11 mata pelajaran yang diduduki dan seorang lagi calon buta mendapat enam A+, tiga A dan satu A-," katanya.

Tambahnya, pelajar paling cemerlang dalam SPM 2010 akan diraikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis yang akan diadakan di Lembaga Peperiksaan di Kuala Lumpur pada 1 April ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wong Yujing peroleh A+ bagi Tasawwur Islam

Posted:

Wong Yujing peroleh A+ bagi Tasawwur Islam

Wong Yujing peroleh A+ bagi Tasawwur Islam

KUALA TERENGGANU 23 Mac - Minat untuk mendalami Islam sebagai agama rasmi negara mendorong kejayaan Wong Yujing mendapat A+ bagi subjek Tasawwur Islam sekali gus membantunya memperoleh 10A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman itu berkata, kejayaannya turut didorong sikapnya yang sentiasa berinteraksi dengan pelajar Islam ketika di dalam kelas sejak di tingkatan empat lagi.

Malah, kegigihannya belajar sendiri menerusi buku teks turut membantunya mencapai keputusan cemerlang itu.

"Kejayaan saya ini terutama dalam subjek Tasawwur Islam banyak dibantu oleh guru dan rakan sekelas," katanya ketika ditemui pada majlis Pengumuman Keputusan SPM 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring di sini hari ini.

Yujing, anak sulung kepada pasangan pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu merupakan antara 17 pelajar cemerlang SPM 2010 yang memperoleh A+ dalam semua subjek yang diambil.

Dia bercita-cita menjadi seorang ahli perniagaan dan bercadang melanjutkan pengajian ke United Kingdom dalam bidang kejuruteraan kimia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SMS Tuanku Munawir SBP paling cemerlang

Posted:

SMS Tuanku Munawir SBP paling cemerlang

SMS Tuanku Munawir SBP paling cemerlang

SEREMBAN 23Mac - Penambahbaikan program serta modul pembelajaran yang berkesan menjadikan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SMSTM), di sini dinobatkan sebagai sekolah berasrama penuh (SBP) paling cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Pencapaian membanggakan itu turut menyaksikan 143daripada 266calon SPM sekolah berkenaan memperoleh pangkat A dalam semua mata pelajaran termasuk 16calon mendapat pangkat A+ dalam semua subjek.

Pengetuanya, Sabuddin Sani berkata, kejayaan itu merupakan hasil usaha, disiplin, kerjasama serta komitmen yang tinggi daripada semua pihak termasuk tenaga pengajar, ibu bapa khususnya pelajar.

''Saya bersyukur dengan keputusan ini dan lebih menggembirakan apabila berjaya mengekalkan rekod cemerlang lima tahun berturut-turut di negeri ini. Hari ini, kami diberitahu SMSTM menjadi 'juara' peringkat kebangsaan," katanya.

Beliau ditemui di sekolah berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (Saser), di sini hari ini.

Sabuddin berkata, antara program dan modul pembelajaran sokongan yang diterapkan di sekolah itu adalah seperti kelas tambahan malam, 'lonjakan Saujana', 'Perkampungan Ilmu', bengkel latih tubikelas pagi dan program 'Guru Muda'.

Sementara itu, seorang pelajar cemerlang SMSTM, Muhammad Fahim Hanaffi Azahan, 17, berkata, kaedah pembelajaran akademik yang diterapkan di sekolah berkenaan banyak membantunya meraih keputusan 10A+.

''Guru banyak memberi tunjuk ajar selain dorongan dan bantuan daripada ibu bapa serta rakan-rakan juga sedikit sebanyak menjadi faktor penyumbang kepada keputusan saya ini," jelas pelajar berasal dari Ampang, Selangor itu yang bercita-cita menjadi ahli geologi.

Seorang lagi pelajar, Mohd. Fateh Mohd. Lani, 17, berkata, walaupun sedih kerana bapanya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan darah, kejayaan meraih 10 A+ akan menggembirakan keluarganya.

''Saya amat berterima kasih kepada semua guru serta rakan-rakan yang banyak membantu mencapai keputusan ini," ujarnya yang turut mengakui program akademik khas yang diwujudkan oleh pihak sekolah menjadi pemangkin terhadap kejayaannya itu.

Bagi, D. Aghilan, 17, pula, kejayaannya memperoleh 10A+ itu merupakan hasil bantuan semua pihak.

"Sekolah ini memang bagus, mereka akan pastikan tiada pelajar yang tercicir dan kalau lemah, rakan-rakan lain pasti akan membantu,"katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 24 Mar 2011 01:40 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Taib dapat sokongan

Posted: 23 Mar 2011 03:33 PM PDT

Wilayah

TAIB menjawab soalan wartawan mengenai isu pilihan raya selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia ke-85 di Riverside Majestic, Kuching.

TAIB menjawab soalan wartawan mengenai isu pilihan raya selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia ke-85 di Riverside Majestic, Kuching.

Pengundi DUN Balingian yakin kemampuan Ketua Menteri

KUCHING: Dakwaan kononnya sokongan kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud, makin merosot dan kemungkinan kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, adalah propaganda pembangkang untuk memburukkan Ketua Menteri dan dilihat sebagai cubaan untuk mengelirukan rakyat.

Kaji selidik menunjukkan 84 peratus penduduk di kawasan berkenaan menyokong kepemimpinan beliau yang sudah 30 tahun berkhidmat sebagai Ketua Menteri.

Kaji selidik itu juga mendapati Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu tidak berdepan masalah mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti besar. "Ini berdasarkan kaji selidik yang mendapati populariti Abdul Taib tidak pernah terjejas, malah semakin meningkat menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 ini.

"Sentimen Melayu-Melanau banyak mempengaruhi kedudukan kerusi DUN Balingian, yang menjadi kubu kuat BN sejak pilihan raya negeri pertama hingga Pilihan Raya Negeri Ke-9 pada 2006, dengan BN tidak pernah tewas di kawasan itu," kata penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir.

Abdul Taib berpindah daripada DUN Asajaya ke DUN Balingian pada 2001 dan menang dengan majoriti 7,391 undi pada tahun berkenaan, diikuti majoriti 5,726 undi pada 2006.

Dalam pilihan raya negeri 2006, Abdul Taib memperoleh 6,391 undi berbanding pencabar tunggalnya, Ibrahim Bayau dari PKR yang cuma mendapat 667 undi.
Pada pilihan raya negeri 1991 beliau menang di DUN Asajaya dan menang tanpa bertanding di kerusi sama pada 1996.

Sebelum itu, DUN Asajaya dikenali sebagai DUN Sebandi, yang mana Abdul Taib menang tanpa bertanding di situ pada 1981 dan berjaya mempertahankannya pada pilihan raya negeri 1983 dan 1987.

Lebih 70 peratus daripada kira-kira 12,000 pengundi di Balingian adalah kaum Melayu/Melanau dengan bakinya, Iban dan Cina.

Dr Jeniri berkata, tidak pernah dalam sejarah pilihan raya negeri atau Parlimen BN tewas di kawasan Balingian dengan sokongan terhadap BN sentiasa pada paras stabil dan kukuh.

"Keadaan ini tidak sedikitpun berubah di sebalik pelbagai isu termasuk cubaan pembangkang memburuk-burukkan pucuk pimpinan Sarawak itu.

"Kita perlu faham apa sentimen masyarakat Melanau terhadap pemimpin Melanau. Abdul Taib dilihat sebagai pejuang dan pembela nasib rakyat bukan saja Melanau, malah semua kaum di negeri ini," katanya.

Beliau berkata, hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah Mukah di kawasan DUN Balingian jauh membangun sejak Ketua Menteri menjadi wakil rakyat di situ pada 2001 hingga sekarang.

Katanya, walaupun masih ada beberapa kawasan yang kekurangan, keseluruhannya, penduduk Mukah gembira dengan pertumbuhan dan pembangunan pesat di Balingian.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Banjir lumpur

Posted: 23 Mar 2011 03:32 PM PDT

Wilayah

Penduduk Kampung Asam Kumbang salahkan projek perumahan berdekatan

BEMBAN: Penduduk di Kampung Asam Kumbang, terutama yang menetap di Kilometer 21, Jalan Asam Kumbang-Serkam, dekat sini, mengadu berdepan banjir kilat berlumpur setiap kali hujan lebat, didakwa akibat daripada projek pembinaan perumahan tidak jauh dari situ.

Masalah itu dakwa mereka sudah berlarutan sejak hampir setahun lalu, mengakibatkan kerugian yang besar. Masalah itu sudah acap kali diaju kepada pihak berkenaan, tetapi sehingga kini tiada langkah penyelesaian diambil.

Kali terakhir bencana itu berlaku Sabtu lalu yang mengakibatkan lumpur memasuki rumah, menyebabkan pelbagai barangan dan perabot rosak, selain terpaksa menjalankan proses pembersihan. Justeru, penduduk berharap pemaju atau pihak berkuasa terbabit membantu menyelesaikan masalah itu dan satu daripada cadangan mereka ialah membina longkang konkrit yang boleh mengalirkan air berlumpur itu terus keluar dari situ.

Penduduk, Huzir Ali, 45, berkata mereka hidup dalam kebimbangan setiap kali hujan lebat sehingga terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk.

Katanya, masalah banjir kilat berlumpur tanah merah itu berlaku, berikutan kawasan penempatan penduduk berada di lokasi lebih rendah berbanding tapak projek pembinaan perumahan berkenaan.

"Sejak pembinaan tapak perumahan baru itu dilakukan di depan rumah kami, masalah banjir lumpur tanah merah ini sering berlaku terutama apabila hujan lebat. Sebab itu, kami berharap pemaju terbabit atau pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.
"Ini termasuk membina longkang konkrit di tepi jalan utama di depan kawasan tapak pembinaan perumahan itu supaya air yang mengalir tidak lagi memasuki kawasan rumah penduduk di sini," katanya.

Huzir berkata, rumahnya pernah beberapa kali dimasuki air lumpur tanah merah itu sejak adanya pembinaan taman perumahan baru di situ sehingga menyebabkan beberapa masalah seperti lumpur tebal yang terpaksa dibersihkan.

Rakannya, Khairul Amri Yahya, 35, berharap masalah yang sering menghantui penduduk di situ dapat diatasi segera oleh pihak yang bertanggungjawab bagi keselesaan mereka yang mendiami kampung berkenaan.

"Saya difahamkan masalah ini pernah dibangkitkan kepada pemaju perumahan, tetapi masih tiada perubahan dan saya berharap pihak berkenaan akan lebih prihatin dengan membina longkang konkrit supaya air yang mengalir tidak memasuki kawasan rumah kami," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Chua Kheng Hwa ketika dihubungi berkata, beliau sudah mengadakan lawatan ke kawasan rumah penduduk yang terbabit dalam kejadian itu.

"Selepas melihat sendiri, saya meminta pemaju dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini daripada terus berlaku dengan mendalamkan kawasan laluan air sedia ada," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 24 Mar 2011 01:28 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Suruhanjaya: SPRM bertindak tidak profesional

Posted: 24 Mar 2011 12:51 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bertindak secara profesional dalam menjalankan urusannya, demikian diberitahu suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Pegawai penyiasat SPRM Mohd Anuar Ismail berkata, dia tidak baca dengan segera kenyataan selepas ia direkodkan awal pagi 16 Julai 2009 kerana tidur kerana kepenatan.

"Anda semua tidak profesional," kata pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong, pada sesi inkuiri hari ini.

"Adakah anda bersetuju bahawa kita mesti mengembalikan profesionalisme dalam pasukan anda?" kata beliau.

Anuar, 34, mengaku adanya masalah koordinasi dalam SPRM dan soal profesionalisme boleh diperbaiki.

Teoh ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat oleh SPRM.

MENYUSUL LAGI

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sebutan kes bunuh Sosilawati ditangguh ke 31 Mac

Posted: 24 Mar 2011 12:29 AM PDT

SHAH ALAM, 24 Mac — Kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang sepatutnya disebut di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan pada 31 Mac ini.

Peguam Puspha Ratnam yang mewakili keempat-empat tertuduh dalam kes itu ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima surat daripada pihak mahkamah memaklumkan bahawa kes itu akan disebut pada 31 Mac ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir.

Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting pada 24 Feb lepas memutuskan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini dan menetapkan hari ini bagi sebutan di Mahkamah Tinggi.

Pada 13 Okt tahun lepas, bekas peguam, N.Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T.Thilaiyagan, 19, R.Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di sini pada 30 Ogos tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Selain Puspha, keempat-empat tertuduh turut diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Datuk Ng See Teong.

Pendakwaan pula dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.

Pada 21 Feb lepas, dua lagi pekerja ladang, K.Sarawanan, 20, dan U.Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana melupuskan mayat kesemua mangsa. — Bernama

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 24 Mar 2011 01:17 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Datuk T kumpulan 3 sahabat

Posted:

Datuk T kumpulan 3 sahabat

Datuk T kumpulan 3 sahabat

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


Abdul Rahim Thamby Chik (duduk kiri) dan Shazryl Eskay Abdullah ketika sidang media mengenai pendedahan sebuah klip video membabitkan aksi seks



MISTERI siapa Datuk T yang merujuk tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur terdedah semalam.

Tokoh itu ialah ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, Shazryl Eskay dan Abdul Rahim yakin lelaki dalam rakaman video itu ialah seorang pemimpin parti pembangkang. Shuib bagaimanapun tidak hadir pada sidang akhbar itu kerana tidak sihat.

Berikut ialah sebahagian isi kandungan sidang akhbar itu.

SIAPA Datuk T (Trio)?

Bukan nama individu tetapi sebaliknya kumpulan tiga sahabat yang saling mengenali sejak sekian lama. Nama Datuk T sengaja digunakan untuk mengelakkan orang ramai mengenali mereka pada awal pendedahan video seks berkenaan.

Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Apa peranan mereka?

Shazryl Eskay Abdullah: Diarahkan oleh Anwar supaya mengambil jam tangan Omega di dalam sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Bagaimanapun di bilik hotel itu selain menemui jam tangan, beliau turut menjumpai empat kamera litar tertutup (CCTV).

Beliau yang tidak dapat melihat isi kandungan rakaman video itu meminta bantuan Abdul Rahim dan Shuib bagi membuat salinan rakaman.

Beliau juga meminta Abdul Rahim untuk mencari lokasi yang boleh menjamin keselamatannya bagi mendedahkan isi kandungan video tersebut kepada wartawan pada 21 Mac lalu.

"Saya yakin 100 peratus (lelaki dalam video itu adalah seorang pemimpin parti pembangkang) sebab saya pun ada dalam rakaman video tersebut," katanya.

Rahim Thamby Chik: Dihubungi Shazryl Eskay minggu lalu yang meminta bantuan bagi menyalin video seks itu. Juga bertanggungjawab memilih dan menempah bilik di Carcosa Seri Negara untuk tujuan pendedahan kepada wartawan.

Shuib Lazim: Membantu proses menyalin rakaman video. Beliau turut menjemput Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga anak saudaranya supaya diberi peluang menonton rakaman video itu kerana hubungannya yang rapat dengan Anwar walaupun pada awalnya tidak dipersetujui oleh Shazryl Eskay dan Abdul Rahim.

Mengapa pendedahan dibuat?

Shazryl Eskay: "Sebenarnya (selepas) saya menunaikan umrah dan haji, saya rasa dipergunakan oleh Anwar sekian lama. Saya kenal Anwar sejak 1996."

Rahim Tamby Chik: "Saya mengambil keputusan mendedahkan video seks ini bagi menegakkan kebenaran demi rakyat Malaysia mengenai akhlak sebenar pemimpin utama pembangkang ini.

Kami juga tampil mendedahkan identiti masing-masing kerana tidak mahu pembohongan, fitnah serta putar belit terus berleluasa menjadi asas politik di negara ini yang ditunjangi oleh pemimpin pembangkang tersebut.

Mengapa pilih Carcosa Seri Negara?

Rahim Tamby Chik: "Carcosa dipilih kerana mereka hendak tempat yang eksklusif dari segi keselamatan."

Shazryl Eskay: "Kita tidak dapat perlindungan daripada polis, jadi saya tanya Tan Sri di mana tempat yang selamat dan Carcosa dikenal pasti. Sebenarnya kita hendak bagi lima orang wartawan sahaja yang tengok tetapi yang datang lebih 20 orang."

Mengenai Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail?

Shazryl Eskay: "Seseorang (lelaki) menelefon saya, dia datang nak tengok video itu semalam. Saya kata okay, saya akan aturkan tempat untuk dia tengok. Tapi lelaki itu kata tidak dan nak datang sendiri untuk ambil video. Jadi, patutkah saya bagi video itu? (Dijawab 'tidak!' oleh wartawan). Dia kawan baik kepada Wan Azizah."

Mengenai penglibatan Johari Abdul?

Abdul Rahim dan Shazryl Eskay mendakwa Johari mengakui lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah pemimpin parti pembangkang berkenaan. Bagaimanapun sebaik pulang daripada menonton video itu, Johari menghubungi Shuib meminta wang pelincir. Johari juga meminta bayaran bagi tujuh ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk keluar parti. Permintaan itu ditolak.

Abdul Rahim: "Saya segera arahkan semua itu dihentikan. Ini bukan soal beri wang. Kita hendak tegakkan kebenaran. Kita bersusah payah untuk tegakkan kebenaran dan kita menghadapi rakyat Malaysia sebagai hakim yang bijaksana. Kerana itu walaupun semalam Ahli Parlimen ini (Johari) cuba membawa tujuh ahli Parlimen untuk temui kita. Kita tolak kerana kita tidak berminat sama sekali soal kewangan. Sedangkan misi sebenar untuk melihat kebenaran ini ditegakkan demi rakyat Malaysia.

Mengapa dedahkan sekarang?

Shazryl Eskay: "Ini bukan soal masa tapi yang cukup, cukuplah. Kebenaran mesti diberitahu."

Mengapa tidak dedahkan kepada polis?

Shazryl Eskay: "Setiap kali polis dilibatkan, akan dipusing. Selalu akan dianggap konspirasi kerajaan. Saya bukan orang politik. Tapi saya pasti seseorang sudah melakukan sesuatu yang salah. Sebab itu kita biar wartawan yang putuskan. Kita bagi mereka tengok sendiri.

Siapa lagi terlibat?

Shazryl Eskay: "Tiada orang luar. Semua tiga ini, tiada sesiapa lagi. T untuk tiga atau trio."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tubuh suruhanjaya diraja

Posted:

Tubuh suruhanjaya diraja

Tubuh suruhanjaya diraja

KUALA LUMPUR 23 Mac - Kumpulan yang bertanggungjawab mendedahkan skandal video seks seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang, mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahihan rakaman itu.

Ini kerana tegas kumpulan yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, rakyat wajib didedahkan dengan kebenaran.

Menurut Abdul Rahim, melalui suruhanjaya diraja tersebut, misteri lelaki dalam rakaman video seks itu, akan terjawab.

Katanya, suruhanjaya tersebut boleh dianggotai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; wakil DAP, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media.

Pada masa yang sama, beliau juga menyeru supaya pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan video seks tersebut diberi kebebasan untuk memilih pakar forensik serta pemerhati asing bagi menunjukkan ketelusan.

"Suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan dengan segera bagi menyiasat ketulenan dan kebenaran video ini demi rakyat kerana sudah terlalu banyak spekulasi, penafian dan putar belit berhubung pendedahan video ini.

"Sedangkan pemimpin ini adalah orang yang bakal menentukan masa depan negara, bangsa dan kedudukan Islam tetapi terpalit dengan skandal seks," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahim mendesak pemimpin pembangkang tersebut mencontohi sikapnya yang berundur selepas diarahkan pucuk pimpinan tertinggi meskipun didapati tidak bersalah oleh mahkmah dalam skandal seks dengan gadis bawah umur tidak lama dahulu.

Katanya, beliau tetap dengan pendirian untuk berundur kerana tidak mahu menjadi liabiliti kepada negara.

"Dia patut mengambil sikap yang samalah. Saya akur kepada kewibawaan, integriti dan kredibiliti. Saya berhenti tanpa ada masalah dan saya berharap contohilah sikap ini. Jadilah rakyat yang taat dan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Shazryl Eskay berjanji akan menyerahkan rakaman video seks tersebut kepada suruhanjaya diraja sebaik sahaja ia ditubuhkan kerajaan kerana yakin melalui pendekatan tersebut, segala kebenaran akan terbukti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KDN timbang saman Anwar

Posted:

KDN timbang saman Anwar

KDN timbang saman Anwar

KUALA LUMPUR 23 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang untuk menyaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkan kementerian itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pendedahan video seks oleh individu misteri bergelar 'Datuk T' kelmarin.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan yang mungkin diambil itu bukan demi kepentingan dirinya tetapi bagi menjaga nama baik kementerian dan PDRM.

Ia juga, katanya, sebagai bukti bahawa kementerian mahu 'menggali' perkara itu sedalam-dalamnya bagi mencari kebenaran selain mengenal pasti sama ada ia sengaja direka oleh pihak tertentu.

"Dalam kes ini mereka menuduh saya, kementerian dan PDRM terlibat dalam konspirasi. Kalau ada fakta, saya tiada masalah untuk failkan saman kerana tiada apa untuk disembunyikan.

"Perkara ini sedang dikaji oleh peguam-peguam saya. Kali ini kami tidak akan duduk saja dan biarkan mereka bermain politik. Kami hanya menjalankan tugas," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Anwar berkata, tindakan mempertontonkan video itu tidak boleh dilakukan tanpa perlindungan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan polis.

Malah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, ketiadaan sebarang tindakan polis bagi menghalang penayangan video tersebut menjadi bukti penglibatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Hishammuddin dalam pada itu turut mencabar mana-mana pihak yang menuding jari terhadapnya dan polis dalam isu berkenaan agar tampil dengan bukti.

"Semua dakwaan kononnya diputar belit dan konspirasi hanyalah untuk lari daripada kebenaran. Apa jua tuduhan sila buktikan.

"Mereka laungkan keadilan tetapi sebelum perkara ini diadili, mereka sudah putar belit sehingga segalanya menjadi tunggang terbalik untuk mengaburi orang ramai," ujarnya.

Ditanya kemungkinan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes berkenaan, beliau menjelaskan, keputusan mengenainya bukan terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya.

"Saya ingin tegaskan, jika suruhanjaya itu ditubuhkan sekali pun, ia tidak menghalang polis daripada meneruskan siasatan mereka. Perkara ini sudah pun berada di tangan polis berdasarkan laporan dibuat Anwar sendiri dan pastinya kita mahukan kebenaran ditegakkan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 24 Mar 2011 01:16 AM PDT

Utusan Online - Timur


Terengganu terus cemerlang SPM

Posted:

Terengganu terus cemerlang SPM

Terengganu terus cemerlang SPM

oleh Radhuan Hussain
utusanterengganu@utusan.com.my


Ahmad Said (tengah) bersama pelajar terbaik SPM negeri Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 23 Mac - Terengganu terus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dengan pencapaian gred purata 5.03 berbanding 5.17 pada 2009.

Pengecilan gred itu menunjukkan prestasi yang semakin meningkat dalam pelbagai aspek termasuk jumlah calon yang memperoleh A+ dalam semua subjek melonjak kepada 17 daripada lima orang tahun sebelumnya.

Seramai 23,561 calon menduduki SPM di negeri ini dan peratusan calon memperoleh A iaitu kombinasi A+, A dan A- dalam semua subjek meningkat 0.57 peratus kepada 405 orang berbanding 283 pada tahun sebelumnya.

Pencapaian itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud.

Pada majlis itu, Ahmad turut menyampaikan sumbangan komputer riba kepada 17 pelajar cemerlang tersebut.

Sebanyak tujuh buah sekolah muncul sekolah cemerlang di negeri ini yang mencapai gred purata sekolah (GPS) 2.25 ke bawah berbanding hanya enam sekolah pada 2009.

Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Kuala Terengganu, SM Imtiaz Kuala Terengganu, Sekolah Menengah Agama (SMA) Atas Sultan Zainal Abidin, SM Imtiaz Dungun, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Batu Rakit, SM Sains Dungun dan SM Sains Sultan Mahmud.

Sekolah Menengah Agama (SMA) Tok Jiring pula muncul sebagai sekolah terbaik di Terengganu bagi kategori pencapaian calon paling ramai memperoleh A+ dalam semua subjek yang diambil iaitu seramai empat orang.

Empat pelajar SMKA Tok Jiring itu ialah Wan Nuraisyah Azzaharah Wan Zuki @ Wan Zubir, Nurul Shahirah Putih, Nur Zulaikha Ismail dan Faizah Omar yang mendapat 11A+ dan merupakan antara 17 pelajar yang dapat A+ dalam semua subjek.

Seramai 13 lagi pelajar cemerlang ialah Nurliyana Athirah Azmi dari SMA Atas Sultan Zainal Abidin memperoleh 11 A+.

Enam pelajar dapat 10A+ iaitu Nurain Nabilah Mat Rawi dari SMK Tengku Lela Senggara, Raja Akif Raja Zahirudin dari SMK Rantau Petronas dan Fatin Fazzrini Marzuki dari SMK Lembah Bidong .

Mohd. Firdaus Abd. Rashid, Damian Liew Wen Xian dan Wong Yujing dari SMK Sultan Sulaiman .

Dua pelajar SM Sains Kuala Terengganu iaitu Norshahiratul Atiqah Mohd. Zaidi dan Yusuf Abdullah Azman turut mendapat keputusan yang sama.

Empat pelajar mendapat 9A+ mereka ialah Nurul Diyana Mat Zaidi dari SM Sains Sultan Mahmud, dua pelajar SMK Sultan Ismail 2 iaitu Chong Hui Ken dan Lim Fang Sheng serta Goh Chow Ching dari SMK Tengku Mahmud.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hadiah kepada dermawan KL - Tuan Norazwani

Posted:

Hadiah kepada dermawan KL - Tuan Norazwani

Hadiah kepada dermawan KL - Tuan Norazwani


Tiga daripada lima pelajar terbaik Maahad Muhamadi Perempuan Kota Bharu (dari kiri) Ulfah Mohammad, Tuan Norazwani Tuan Ibrahim dan Nik Aisyah Najwa Nik Mustaffa Shapri menunjukkan slip keputusan cemerlang SPM 11A di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 23 Mac - Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal menjadi bayangan kejayaan Tuan Norazwani Tuan Ibrahim, 18, yang memiliki keputusan SPM 9A+ dan 2A.

Pelajar Maahad Muhammadi (P) itu merupakan salah seorang daripada lima pelajar terbaik sekolah tersebut yang mendapat 11A dalam keputusan SPM 2010 yang diumumkan hari ini.

Seramai 381 daripada 385 calon sekolah itu yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu mendapat sekurang-kurangnya satu A.

Tuan Norazwani mencatat A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah manakala A dalam Fizik dan Biologi.

Anak kedua daripada lapan beradik kepada petani, Tuan Ibrahim Tengku Omar, 40, dan surirumah Rohayu Mat Daud, 38, itu percaya, keputusan yang didapatinya adalah rezeki yang sudah ditetapkan Allah.

"Saya tidak berasa tertekan apabila menggalas harapan guru untuk mendapat A+ dalam kesemua mata pelajaran diambil, yang penting saya sudah berusaha bersungguh-sungguh dan dalam masa sama gembira dengan pencapaian rakan lain.

"Allah itu adil, walaupun berada dalam keluarga kurang berkemampuan dan adik-beradik yang ramai, setiap kali saya duduk belajar suasana dalam rumah tenang sahaja tanpa ada gangguan.

"Saya anggap keputusan ini sebagai hadiah kepada seorang dermawan dari Kuala Lumpur yang menyumbang RM400 sebulan kepada saya sejak tingkatan empat," katanya.

Tuan Norazwani bercita-cita menjadi pensyarah dan berhasrat menyambung pengajian di luar negara.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, peratus kelulusan SPM sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) meningkat daripada 95 peratus pada 2009 kepada 96.8 peratus tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SMK Lembah Bidong antara terbaik

Posted:

SMK Lembah Bidong antara terbaik

SMK Lembah Bidong antara terbaik

SETIU 23 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong di sini muncul sebagai salah sebuah sekolah terbaik di negeri ini dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Sekolah elit kerajaan negeri itu yang berada pada kedudukan teratas di peringkat daerah Setiu mencatat keputusan 100 peratus dengan 11 daripada pelajarnya mendapat semua A.

Pengetuanya, Sa'diah Morshidi memberitahu, salah seorang pelajarnya, Fatin Fazzrini Marzuki memperoleh semua A+ dan merupakan salah seorang pelajar terbaik peringkat negeri.

Lain-lain pelajar cemerlang ialah Nur Saraya Nabeela Abdul Hamid, Khairul Maisrah Kahar, Norlida Abdul Ghani dan Zul Hafifi Abdul Gahani.

Ayuni Badihah Che Ishak, Siti Nur Hanie Embong, Noor Syakirah Mohd. Rashid, Amirul Hisyam Abdul Manaf dan Nurain Shahirah Mohd Asri.

''Pada tahun lalu tiada pelajar yang mendapat semua A+. Daripada 14 calon yang mendapat semua A di daerah ini, sebahagian besarnya dari sekolah ini.

''Daripada keseluruhan 113 orang calon sekolah ini, tiga orang mendapat 10A, 9A (9), 8A (5), 7A (7), 6A (6) dan 5A (26)," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 23 Mar 2011 11:36 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Akibat tidak ikut nasihat doktor

Posted:

Akibat tidak ikut nasihat doktor

Akibat tidak ikut nasihat doktor

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my



WAJAH enigma Nisa bertukar keriangan apabila disapa Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur, Datuk Dr. Abdul Razak Muttalif.

"Nisa, ada wartawan ingin menemubual awak, awak ok ke?," kata Abdul Razak sambil menyelak langsir katil di wad IPR Rabu lalu.

Tanpa ada bantahan, Nisa bingkas bangun dari katilnya lantas bersuara: "Tiada masalah Datuk, apa salahnya berkongsi cerita tentang penyakit saya, saya sudi."

Rundingan mudah antara doktor dan pesakit itu se memangnya telah membuka ruang untuk penulis menebak kisah Nisa yang menghidap penyakit tibi. . Tanpa berselindung, wanita yang berumur 35 tahun itu memberitahu, dia menyewa sebuah bilik berharga RM20 sebulan di sebuah flat di Chow Kit bersama rakannya.

"Saya ibu tunggal dan ada seorang anak perempuan duduk di rumah ibu," ujarnya yang duduk bersimpuh atas katil wad. Kemudian dia membetulkan ikatan rambutnya dan menegakkan posisi badannya, tanda dia bersedia menjawab pelbagai soalan yang ingin dilontarkan.

Sebelum itu, dia dinasihatkan Abdul Razak untuk memakai topeng udara. Sebagai langkah berjaga-jaga, penulis juga diminta untuk berbuat demikian bagi mencegah sebarang jangkitan.

Bicara semakin serius tatkala dia mula menitipkan cerita bagaimana dia mula menghidap penyakit tibi yang begitu menyesakkan hidupnya.

Langgar pantang

"Sebenarnya, saya pernah kena penyakit ini sekitar tahun 2003, tapi mahu tahu kenapa saya masih lagi di sini (wad), jawabnya ialah saya telah langgar pantang," ujar Nisa yang menyalahkan dirinya sendiri.

Kata anak jati Kuala Lumpur itu, dia tidak mengikut preskripsi yang telah ditetapkan oleh doktor.

Sepatutnya dia harus makan 12 biji pil ubat dalam tempoh enam bulan tanpa gagal.

"Saya degil, tak ikut cakap doktor. Akibatnya, dua bulan lalu, nyawa saya bagai di hujung tanduk apabila saya disahkan diserang simptom tibi sekali lagi.

"Saya mengalami batuk berlarutan, jantung rasa sakit, muntah dan gagal bernafas dengan baik. Akhirnya saya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kemudian di pindahkan ke IPR," katanya yang memberitahu bahawa keluarga sebelah ibunya, mempunyai sejarah penyakit berjangkit itu.

Nisa memberitahu, dia mempunyai sebab yang kuat membuka bicaranya dengan memberitahu lokasi tempat tinggalnya. Penulis sebenarnya dapat meramal bahawa kedudukan geografi kediamannya itulah penyumbang kepada penyakit yang dialaminya.

Chow Kit adalah sebuah kawasan yang cukup terkenal. Namun masyarakat harus akui, persekitaran di situ agak menakutkan.

Chow Kit yang terletak di jantung ibu kota didominasi oleh warga asing. Ia di burukkan lagi dengan lalu-lalang kenderaan yang bertali arus.

Udara tercemar

Sampah sarap yang bertaburan ditambah dengan bau yang menjengkelkan memang tidak payah cakap, pihak berkuasa tempatan pun sudah kering air liur menasihati orang ramai supaya menjaga kebersihan.

Dalam erti kata lain, persekitaran Chow Kit sangat kotor.


PEMBERIAN ubat mengikut kaedah Directly Observed Therapy Short Course (DOTS) disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia. - Gambar hiasan


"Sememangnya apa yang kamu senaraikan tentang tempat itu, memang benar. Saya telah menyedut udara tercemar dengan kuman tibi.

"Tapi ingin saya tekankan sebab utama saya kena tibi semula ialah kerana saya tidak ikut prosedur menghabiskan rawatan enam bulan seperti yang ditetapkan doktor," katanya.

Bagaimanapun, Nisa membongkar rahsia kedegilannya. Peringkat awal menghidap penyakit itu pada tahun 2003, dia benar-benar mahu segera sembuh.

Namun kekangan kewangan yang menghantui ibu tunggal itu telah membantutkannya ke hospital. Wang hasil kerjanya perlu diperuntukkan kepada anak tersayang.

Kali ini, dia bernasib baik, rawatan terbaik yang diberikan secara percuma di IPR akan menjadikan dia seorang yang sihat semula.

Ujar wanita itu, kini dia makin berselera. Berat badan yang dulunya 44 kilogram (kg) kini mencecah 51.7 kg merupakan indikasi bahawa wanita itu makin sihat.

Jiran katil Nisa, Iman, 34, mempunyai simptom yang sama tetapi kepercayaan konvensionalnya telah memakan diri.

"Saya fikirkan saya kena santau sebab saya batuk dan muntah berdarah.

"Menguatkan lagi kepercayaan yang saya terkena santau apabila doktor gagal mengesan penyakit tibi dan hanya memberitahu, saya hanya mengalami demam biasa," ujarnya.

Hilang selera

Wujud kekhuatiran dalam benak wanita yang juga seorang penyambut tetamu di sebuah hotel di ibu kota itu. Segala bentuk ubat-ubatan kampung yang diberi oleh dukun juga tidak memulihkan kesihatannya.

Sebaliknya, Iman memberitahu, ada perkara pelik terjadi. Pada waktu pagi, suhu badannya normal. Bagaimanapun, pada sebelah petang hingga ke malam, seluruh tubuhnya akan panas.

Akhirnya, atas nasihat majikannya, Iman merujuk seorang pakar yang berjaya mengesahkan dia terkena jangkitan tibi.

Sukar untuk ibu kepada seorang anak itu memberi sebab mengapa dia mendapat jangkitan penyakit tibi.

Namun, dia mengesyaki tuntutan pekerjaan yang memerlukan dia bercakap dan bergaul dengan pelanggan hotel yang datang dari dalam dan luar negara merupakan faktor utama kepada penyebaran kuman tibi yang tersebar melalui udara.


PENYAKIT tibi yang tidak dirawat dengan sempurna boleh membawa maut.


Sama seperti Nisa, impak kepada penyakit yang dulu dikenali sebagai batuk kering, Iman hilang selera makan.

"Kita memang terasa nak makan itu dan ini tapi bila makanan itu ada depan mata, kita tak mampu nak telan.

"Percaya atau tidak, badan saya susut 14 kg disebabkan tibi," katanya yang baru dua minggu menjadi tetamu kepada wad IPR Kuala Lumpur.

Sedang penulis dan Iman masih rancak berbual, Nisa hadir menghampiri kami. Nisa kemudiannya seolah-olah memberi mandat kepada Iman agar jangan mengikut jejak langkahnya yang mengingkari nasihat pakar.

"Jangan tinggal walau satu hari pun dan ingat kalau kita terlupa sehari, kita terpaksa mengulangi sekali lagi putaran preskripsi dari awal," pesan Nisa kepada Iman.

Kepada orang ramai, Iman pula mengingatkan bahawa nyahkan kepercayaan karut sebaliknya dapatkan rawatan di hospital.

Penyakit tibi, hakikatnya tidak mengenal batasan kehidupan seseorang. Tidak kira sama ada seseorang itu miskin atau kaya, kuman tibi mampu menyerang.

"Masyarakat perlu lebih peka kepada penyakit yang berbisa ini, hindari kawasan sesak yang boleh beri kita risiko," kata mereka yang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IPR yang menjaga mereka dengan baik.

Dalam pada itu, menurut Abdul Razak, mengikut prosedur biasa, seseorang penghidap tibi akan menjalani rawatan yang dikenali sebagai Short Course Chemotheraphy (SCC) yang mengambil masa enam bulan.

"Pesakit akan diberi 12 tablet ubat setiap hari dalam tempoh itu dan mereka mesti dipastikan makan ubat tanpa putus, jika tak, penyakit bolah datang semula," ujarnya.

Pemberian ubat adalah mengikut kaedah Directly Ob served Therapy Short Course (DOTS) yang mempunyai lima cabang rawatan.

Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan diberikan. Kebiasaannya, ia mengandungi empat jenis ubat yang disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tibi bukan santau

Posted:

Tibi bukan santau

Tibi bukan santau


ABDUL RAZAK menunjukkan keadaan paru-paru jika seseorang terkena jangkitan kuman tibi.


RAUT wajah Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR), Datuk Dr. Abdul Razak Muttalif, berkerut tatkala mengulas mengenai sikap sesetengah masyarakat alaf baru yang masih degil.

Beliau sendiri kurang faham dengan stigma rakyat negara ini yang sering mengaitkan penyakit tibi dengan santau.

"Sebagai doktor pakar tibi yang berpengalaman lebih sedekad, saya sering berjumpa kes yang mengaitkan batuk berdarah dikaitkan dengan santau.

"Biasalah bomoh, dia akan cakap orang ni, orang itu buatlah. Lepas itu, bagi ubat jampi tapi masalahnya, mangsa tidak sembuh-sembuh," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Abdul Razak mempunyai cerita sedih mengenai kepercayaan itu.

"Dulu, saya pernah merawat pelajar sekolah yang batuk berdarah, keluarga fikir anaknya kena santau jadi mereka jumpa bomoh. Bila jumpa saya, dia makin kronik dan akhirnya meninggal dunia.

"Tahun lalu juga, berlaku tragedi sama yang melibatkan seorang pelajar berusia 16 tahun," kata doktor pakar yang pernah bertugas di Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan sebelum bertugas di IPR Kuala Lumpur.

Sememangnya kupasan mengenai penyakit berjangkit itu sangat panjang. Abdul Razak turut ditanya sama ada penggunaan shisha boleh mendedahkan seseorang kepada tibi.

"Jawapannya tidak, melainkan individu yang menghisap shisha itu merupakan penghidap tibi dan kemudiannya berkongsi paip shisha dan menghembuskan asap ke udara," jelasnya.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu dokumen yang bertajuk, Tobacco: Deadly In Any Form or Disguise menyatakan, tembakau dalam sebarang bentuk termasuk shisha tetap berupaya mendatangkan bahaya kepada penggunanya.

Satu sesi penggunaan shisha di antara 20 minit hingga 80 minit akan mendedahkan penggunanya kepada asap yang lebih banyak pada masa yang lebih lama berbanding sebatang rokok.

Asap daripada shisha yang terhasil daripada pembakaran tembakau dan arang juga mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu, ia juga terkandung hidrokarbon (benzene dan benzo-pyrene) yang dikatakan elemen penyebab kanser tetapi kadarnya belum dapat dipastikan.

Kemiskinan tegar


PESAKIT tibi dinasihatkan berterusan bertemu dengan doktor walaupun sudah berasa sihat.


Walau bagaimanapun, kata Abdul Razak, kajian mengenai shisha belum dilakukan secara intensif seperti rokok.

Adakah pendatang asing penyumbang utama kepada jangkitan tibi di Malaysia? Jawapannya juga tidak.

Abdul Razak berkata, hanya 10 peratus pesakit dijangkiti tibi kerana tahap kesihatannya tidak disaring, tetapi di antara 70 hingga 80 peratus daripadanya disebabkan faktor lain seperti kemiskinan tegar. Selain itu, ia juga mempunyai kaitan dengan penyakit kronik seperti diabetes, kanser dan HIV serta mereka yang kuat merokok.

Menceritakan tentang senario penyakit maut itu di Malaysia, beliau memberitahu, jumlah kes tibi mengalami peningkatan kes satu peratus dalam tempoh setahun.

Itu semua kerana masih ramai yang kurang ambil tahu dan kurang kesedaran terhadap tibi.

"Setiap tahun berlaku peningkatan pesakit tibi dan tahun lalu saja ia mencecah hingga 18,000 kes, membabitkan kira-kira 1,600 kematian yang dibimbangi terus meningkat," ujarnya sambil memberitahu, IPR sering menerima pesakit pada tahap kritikal. Sedangkan penyakit tibi sebenarnya dapat disembuhkan dalam tempoh enam bulan mengikut preskripsi yang ditetapkan.

Justeru, beliau menyarankan agar orang ramai yang mengalami simptom tibi segera berjumpa doktor yang bertauliah untuk dapatkan nasihat.

"Janganlah kerana kita, orang lain yang tak bersalah turut terjejas.

"Mesej terakhir daripada saya, bersama-samalah kita berganding bahu mencegah penyebaran penyakit bahaya ini," katanya penuh harapan.

Sempena Hari Tibi Sedunia yang disambut setiap tahun hari ini, pihak institut juga dijadualkan akan mengadakan sambutan hari bersejarah itu pada 28 Mac di IPR di Kuala Lumpur.

Pelbagai acara diadakan termasuk pemeriksaan kesihatan secara percuma. - MAZLINA ABDUL MAJID

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 23 Mar 2011 11:23 PM PDT

Berita Harian: Nasional


Bantuan berterusan ke Jepun

Posted: 23 Mar 2011 04:33 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Jepun yang menjadi mangsa bencana gempa bumi dan tsunami, baru-baru ini.

PM kongsi hasil transformasi

Posted: 23 Mar 2011 04:32 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan berkongsi hasil Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang dilaksanakan sejak setahun lalu, dengan rakyat pada majlis khas di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad ini.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 23 Mar 2011 11:13 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


9 lelaki Iran, 1 gadis Thai ditahan

Posted:

9 lelaki Iran, 1 gadis Thai ditahan

9 lelaki Iran, 1 gadis Thai ditahan

Oleh ROZIANAH RISMAN
pengarang@utusan.com.my


Kang Chez Chiang (dua dari kanan) menunjukkan syabu yang dirampas dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Mac - Polis menahan sembilan lelaki warga Iran dan seorang gadis Thailand bersama sejumlah 11.5 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM2.2 juta dalam beberapa serbuan di sekitar ibu negara, Ahad lalu.

Kesemua mereka berusia 18 hingga 39 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Kuala Lumpur, kira-kira pukul 10 malam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, kesemua suspek ditangkap di tiga lokasi iaitu Jalan Putra Mas, Jalan Tun Razak dan Jalan Bukit Bintang.

"Kumpulan ini dipercayai aktif sejak tiga bulan lalu dan kerap menjadikan kediaman mewah atau kondominium sebagai pusat kegiatan dadah mereka," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Tambahnya, pihaknya juga merampas tiga buah kereta Perodua Myvi, Proton Gen2 dan Hyundai berserta wang tunai sebanyak RM25,000.

Chez Chiang memberitahu, siasatan awal mendapati kesemua suspek memasuki negara ini sebagai pelancong, pelajar dan salah seorang bekerja sebagai penjual kasut.

"Saringan ujian air kencing turut dilakukan ke atas semua suspek dan menunjukkan mereka negatif dadah," katanya.

Tambahnya, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan reman mulai kelmarin hingga 27 Mac ini.

Kata beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah itu dan punca bekalan diperoleh.

Beliau memberitahu, setakat ini seramai 17 warga Iran telah berjaya ditahan di sekitar ibu negara membabitkan rampasan kesemuanya seberat 83.8 kilogram yang bernilai RM15.9 juta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 23 Mar 2011 11:11 PM PDT

Utusan Online - Politik


Penamaan 6 April, undi 16 April

Posted:

Penamaan 6 April, undi 16 April

Penamaan 6 April, undi 16 April

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my


Abdul Aziz Mohd. Yusof menunjukkan peta kawasan Pilihan Raya Negeri Sarawak di Kuching, semalam.


KUCHING 23 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah pada 6 April ini diikuti hari pengundian pada 16 April ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, penetapan tarikh itu menjadikan tempoh untuk parti politik berkempen ialah 10 hari.

Katanya, keputusan penuh pilihan raya berkenaan dijangka diketahui selewat-lewatnya pada pukul 11 malam.

"Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009, Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010, Suku Tahun Ketiga 2010 dan Suku Tahun Keempat 2010 yang akan diwartakan pada Jumaat ini.

"Daftar ini mengandungi 979,796 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 961,433 pemilih biasa dan 18,363 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan khas bersama Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, bagi melicinkan proses pilihan raya berkenaan, SPR melantik 71 Pegawai Pengurus dan 165 orang penolongnya.

Katanya, untuk memantau semua aktiviti kempen pula, SPR memutuskan untuk menubuhkan 80 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).

"SPR akan menggunakan 1,749 pusat mengundi yang mengandungi 2,606 saluran mengundi. Seramai 24,379 orang pegawai dan petugas pilihan raya telah dilantik untuk membantu SPR dan dianggarkan RM50 juta akan digunakan untuk melaksanakan pilihan raya ini," katanya.

Mengenai hari penamaan calon yang diadakan pada hari bekerja iaitu Rabu, jelasnya, apa yang penting pada hari berkenaan ialah kehadiran calon, pencadang dan penyokong pencalonan sahaja.

Beliau dalam pada itu turut mengumumkan semua parti bertanding boleh menggunakan logo masing-masing kecuali Parti Cinta Malaysia (PCM) yang masih belum mendaftarkan logonya dengan SPR.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perkukuhkan jentera BN – Taib

Posted:

Perkukuhkan jentera BN – Taib

Perkukuhkan jentera BN – Taib

KUCHING 23 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengingatkan jentera parti itu supaya tidak terlalu bergantung pada kelemahan pembangkang untuk melakar kemenangan yang lebih besar dalam pilihan raya negeri akan datang.

Sebaliknya, tegas beliau, jentera parti mesti terus diperkukuhkan dan bukannya hilang fokus berikutan beberapa perkembangan terbaru politik tempatan dan kebangsaan.

"Ingin saya tegaskan kepada jentera BN, kita jangan terlalu bergantung pada kelemahan pembangkang tetapi kita perlu melihat kekuatan BN sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Jabatan dan Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia Ke-85 di sini, hari ini.

Beliau mengulas kemelut Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai pembahagian kerusi yang ditandingi, selain isu tayangan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 23 Mar 2011 07:44 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Liwat II: Dua saksi dipanggil semula

Posted: 23 Mar 2011 07:11 PM PDT

[IKUTI LAPORAN LANGSUNG]

Berikutan tamparan hebat yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam memutuskan tangkapan ke atasnya adalah sah, perbicaraan bersambung hari ini dengan memanggil semula dua saksi.

Ini bagi membolehkan tiga barangan yang sebelum ini dipertikaikan diterima sebagai bukti.

Barangan berkenaan - sebuah botol air minuman berjenama Cactus, tuala 'Good Morning' dan sebatang berus gigi berwarna putih. Semua barangan ini diperolehi daripada sel Anwar selepas beliau ditahan semalaman oleh polis pada 16 Julai, 2008.

Dua saksi berkenaan - ahli kimia Nor Aidora Saedon dan bekas ketua Penyiasat Lokasi Jenayah, Supt (Rtd) Amidon Anan -terbabit mengendalikan barangan berkenaan.

Nor Aidora sebelum ini pada keterangannya berkata DNA yang diperolehi daripada barangan tersebut adalah daripada 'Lelaki Y".

Berikutan perbicaraan hari ini, pihak pendakwaan dijangka selesai membentangkan kes mereka dan mahkamah akan menetapkan tarikh bagi mendengar hujahan pula.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, hakim kemudiannya akan menentukan sama ada pihak pendakwaan mempunyai kes prima facie dan sehubungan itu memerintahkan Anwar supaya membela diri.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nazri: Jangan kaitkan Datuk T degan Umo

Posted: 23 Mar 2011 07:51 AM PDT

Kumpulan Datuk T, yang memiliki video seks yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang, tidak ada kaitan dengan Umno, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata ini kerana tiga individu berkenaan bertindak atas kapasiti mereka sendiri dan langsung tiada kaitan dengan Umno.

"Sebagai sebuah parti yang mempunyai tiga juta keahlian, jika ada salah seorang yang mempunyai niat dan motif tertentu, tiada apa yang boleh kita lakukan.

"Perlu faham (bahawa) mereka buat semua itu atas (kapasiti) individu, jadi jangan kaitkan mereka ini dengan Umno," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Eskay Shazryl Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang mengakui bahawa mereka adalah Datuk T atau "trio".

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 23 Mar 2011 07:22 PM PDT

Utusan Online - Pahang


4,413 calon berjaya di Pahang

Posted:

4,413 calon berjaya di Pahang

4,413 calon berjaya di Pahang

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my


PELAJAR cemerlang SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad menunjukkan keputusan SPM masing-masing di Kuantan, semalam.


KUANTAN 23 Mac - Segala debaran sejak tiga bulan lalu berakhir bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 apabila keputusannya diumumkan hari ini.

Sebahagiannya bergembira selepas segala usaha gigih mereka berbaloi manakala ada yang berduka apabila keputusan yang diterima agak mengecewakan.

Di Pahang, keputusan SPM diumumkan oleh Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mazlan Mohammad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di Bandar Indera Mahkota di sini.

Menurutnya, keputusan SPM bagi negeri ini menunjukkan jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar mengikut nilai Gred Purata Sekolah (GPS) berjaya dirapatkan.

Berdasarkan pencapaian SPM 2010, kata beliau, GPS bagi sekolah bandar adalah 4.73 manakala sekolah luar bandar pula 5.25, berbanding 4.58 dan 5.33 pada SPM 2009.

Menurutnya, keputusan itu menunjukkan jurang antara sekolah bandar dan luar bandar pada SPM 2010 adalah 0.52 iaitu turun 0.23 berbanding 0.75 pada SPM 2009.

"Ia satu pencapaian yang boleh dibanggakan dalam usaha kerajaan negeri merapatkan jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan keputusan SPM 2010 peringkat negeri, di sini hari ini.

Mazlan memberitahu, seramai 4,413 atau 19.01 peratus daripada 26,299 calon berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred C (A+ hingga C) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 3,735 atau 15.95 peratus pada tahun sebelumnya.

Menurut beliau, seramai 381 calon berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran pada keputusan tahun ini berbanding hanya 317 orang calon tahun sebelumnya.

Lebih membanggakan, ujarnya, seramai lima pelajar cemerlang mendapat gred A+ untuk semua mata pelajaran yang diambil iaitu Chan Shu Ren dari SMK Chung Ching, Raub yang mendapat 11A+, Stephanie Mary Anne dari SMK Abdul Rahman Talib di sini (10A+) dan pelajar SMK Mahmud, Raub, Chong Chiu Ching mendapat 10A+.

Ini diikuti oleh Cheong Yi Chen daripada SMK Sultan Abu Bakar di sini yang mendapat 10A+ dan Muhammad Arif Mohd. Najib merupakan pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh (9A+).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cemerlang walaupun cacat penglihatan

Posted:

Cemerlang walaupun cacat penglihatan

Cemerlang walaupun cacat penglihatan


MUHAMMAD Ammar Ibrahim Astar menerima pujian istimewa daripada ibunya, Wan Mahani Asri di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan, semalam.


KUANTAN 23 Mac - Walaupun cacat penglihatan sejak berusia sembilan tahun, ia tidak menghalang Muhammad Ammar Ibrahim Astar, 19, untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini.

Anak keempat daripada 11 beradik yang bercita-cita menjadi pensyarah dalam bidang Ekonomi Islam itu, mendapat keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan tersebut.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di sini itu merupakan pelajar cemerlang peringkat negeri bagi kategori calon istimewa (cacat penglihatan).

Muhammad Ammar Ibrahim ketika ditemui gembira dengan kejayaan tersebut dan amat bersyukur kerana memperoleh keputusan cemerlang itu.

"Saya amat berterima kasih kepada guru dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam pembelajaran dan ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan sehingga boleh mencapai tahap begini," katanya.

Anak peneroka Felda Jengka 24, Maran itu merupakan antara pelajar cemerlang SPM yang diumumkan oleh Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohammad, di sini hari ini.

Muhammad Ammar Ibrahim berkata, kekurangannya menjadikan dia seorang yang begitu tabah dalam menghadapi pelbagai kesukaran ketika belajar.

"Memang agak susah untuk belajar kerana kebanyakan buku teks masih tidak menggunakan tulisan Braille namun dengan bantuan guru-guru dan rakan-rakan sekolah, saya dapat belajar dengan mudah," katanya.

Sementara itu, ibunya, Wan Mahani Asri, 42, berkata, dia gembira dengan pencapaian anaknya itu walaupun keadaan anaknya tidak seperti pelajar yang lain.

"Saya bangga dengan Muhammad Ammar kerana dia tidak pernah menjadikan kekurangan yang ada pada dirinya sebagai alasan malah saya tidak pernah menggangap dia ada kekurangan," ujarnya.

Bapa pelajar terbabit, Astar Ali, 47, turut mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar anaknya sehingga berjaya dalam SPM.

"Kami sekeluarga sentiasa memberikan dorongan kepadanya supaya berjaya dalam kehidupan dan menjadi manusia berguna," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga emasdisyaki cabul kanak-kanak

Posted:

Warga emasdisyaki cabul kanak-kanak

Warga emasdisyaki cabul kanak-kanak

PEKAN 23 Mac - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga emas kerana disyaki mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sebuah rumah di Felda Chini Timur pada Khamis lalu.

Ketua Polis daerah, Supritendan Yahaya Othman berkata, tangkapan itu dibuat di rumah masing-masing sebaik sahaja keluarga mangsa membuat laporan polis pada pukul 9 pagi keesokan harinya.

Menurut beliau, suspek yang berusia 71 tahun merupakan rakan bapa mangsa manakala seorang lagi suspek berumur 18 tahun adalah kawan kepada abang mangsa.

"Mangsa mendakwa dicabul suspek beberapa kali sebelum ini dan dalam kes terbaru di bilik air rumah warga emas terbabit kira-kira pukul 5 petang pada Khamis lalu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 23 Mar 2011 07:06 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Tuala, berus gigi, botol air diterima

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 23 Mac - Sehelai tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi dan satu botol minuman plastik yang dipertikaikan oleh pihak pembelaan sebelum ini, diterima sebagai bahan bukti dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mendapati penangkapan dan penahanan Ketua Pembangkang itu adalah sah.

Enggan tuding jari kepada sesiapa

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 23 Mac – Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd. Anuar Ismail mengesahkan beliau tidak tahu bahawa Ketua Unit Siasatan, Hairul Ilham Hamzah telah pulang ke rumah selain tidak dimaklumkan perkembangan siasatan pada awal pagi 16 Julai 2009.

Utusan Online - Rencana

Posted: 23 Mar 2011 03:33 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Transformasi politik Sarawak

Posted:

Transformasi politik Sarawak

Transformasi politik Sarawak

Oleh KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN
KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN
Penulis Bebas

JIKA kita mengasaskan pandangan kepada laporan media baru, kita akan pantas menjangkakan bahawa Sarawak adalah sebuah negeri yang terlalu jauh ke belakang dan mundur. Sarawak digambarkan sebagai sebuah negeri yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang sama sekali tidak mempedulikan rakyat, sekali gus hanya mendahulukan kepentingan peribadi.

Kalau kita percayakan kepada laporan media baru (sebahagiannya berpusat nun jauh di London); kita yang berada di Semenanjung pun pasti akan berasa marah dan menganggap Sarawak sebagai sebuah negeri yang memerlukan 'perubahan' dan digantikan dengan kepimpinan baru. Politik berasaskan persepsi sudah memberikan gambaran yang terlalu buruk terhadap Kerajaan Sarawak.

Secara kebetulan, penulis berada di Sarawak untuk beberapa ketika. Persepsi benar-benar berubah. Sarawak tidak seperti yang digambarkan oleh 'pakar media baru' yang secara nyata dan jelas memberikan pandangan yang ekstrem dan terlalu buruk kepada negeri itu.

Sarawak, negeri yang amat makmur dan sama sekali tidak seperti digambarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ketepikan kepentingan politik dan kita akan dapat melihat Sarawak sebagai 'model pembangunan baru' kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Apa yang berlaku di Sarawak, sama ada mahu kita mengakuinya atau tidak adalah satu bentuk transformasi yang luar biasa. Baik daripada sudut politik; mahupun ekonomi - kepimpinan Sarawak telah mampu meletakkan negeri tersebut sebagai antara negeri utama daripada sudut pembangunan ekonomi.

Hakikat ini memang sangat sukar mahu disangkal. Kecuali kepada mereka yang selalu mahu melihat kepada kelemahan-kelemahan kecil tertentu - bagi menafikan pencapaian dalam konteks yang lebih besar.

Tidak ada ahli politik yang waras dan objektif, mahu membuat perbandingan dengan apa yang berlaku di Sarawak dengan apa yang kita ada di Semenanjung.

Bumi Kenyalang ini cukup terbentang luas. Keluasan Sarawak sahaja adalah 37.7 peratus daripada keseluruhan Malaysia! Ini sekali gus membayangkan bahawa beban untuk memastikan pembangunan dapat dirasai oleh semua rakyat; baik yang berada di Kuching sehingga ke Bekalalan dan Hulu Baram adalah cabaran yang luar biasa besar. Bagi mereka yang pernah bertugas di Sarawak, pastinya faham bahawa ini adalah cabaran yang sangat real dan bersifat sebenar.

Demikian juga tanggungjawab seorang Wakil Rakyat di Wangsa Maju (sebagai misal) mahu diperbandingkan dengan seorang lagi wakil rakyat daripada kawasan Mukah, Hulu Rajang mahupun Julau di Sarawak. Kalangan Yang Berhormat daripada Sarawak pastinya perlu bekerja jauh lebih kuat dalam memastikan pembangunan dapat dibawa ke setiap inci kawasan Parlimen yang diwakili.

Justeru, janganlah kita terlalu mudah - di atas semangat untuk menawan 'Putrajaya' menghamburkan segala macam penghinaan, sekali gus membenih semangat politik benci di kalangan rakyat di Sarawak. Hakikatnya, mereka sedang berada di landasan yang tepat bagi mencatatkan lebih banyak kejayaan sekiranya tidak diganggu gugat dengan pelbagai politik benci dan hasut.

Berdasarkan kepada fakta yang disediakan oleh pihak ketiga, Malaysian Rating Corporation Berhad, ekonomi Sarawak berada di tahapnya yang baik. Bajet dan belanjawan negeri berada dalam keadaan 'surplus'. Berdasarkan angka ekonomi tahun 2008, pendapatan Sarawak meningkat sebanyak 59.3 peratus (RM6.5 bilion) - sementara perbelanjaan di sekitar RM4.4 bilion. Dengan sendirinya, Sarawak mempunyai lebihan hampir RM2 bilion untuk diterjemahkan dalam bentuk pembangunan di seluruh 11 Bahagian di Sarawak.

Yang pasti, tugas ini bukanlah suatu amanah yang mudah. Ia pasti mengambil masa untuk memastikan keseluruhan Bahagian, bandar, kampung kecil dan rumah panjang di Sarawak mendapat nikmat pembangunan yang sebenar. Sudah barang tentu, dalam kesukaran yang ada itu, wujud pihak yang boleh mengambil kesempatan daripada insiden-insiden kecil yang sebenarnya tidak melambangkan 'kemakmuran' Sarawak secara keseluruhannya.

Kita lihat sahaja bagaimana pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang bakal meratakan peluang perniagaan dan pekerjaan di kawasan yang sangat strategik. SCORE, mungkin sahaja boleh diangkat sebagai antara 'agenda koridor' yang berjaya selain daripada apa yang berlaku di Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor.

Kekuatan SCORE adalah sumber tenaga yang memang sudah siap tersedia di sekeliling parameternya. Sumber inilah yang dirasakan sangat strategik - sekali gus menjadi pelengkap kepada banyak industri yang dibangunkan di sekelilingnya nanti.

Melalui SCORE, Sarawak sudah pun menerima banyak pertanyaan dan pelaburan daripada pelbagai syarikat antarabangsa seperti Tokuyama, Asia Zincox Resources, Rio Tinto, Acacia Cellulose International dan banyak lagi. Ini semua menzahirkan peluang jangka panjang untuk warga Sarawak.

Nyata, SCORE mendapat perhatian yang luar biasa daripada Ketua Menteri Sarawak. Tanyalah apa sahaja kepadanya - daripada nama syarikat, sehinggalah 'teknologi' yang bakal mereka bawa ke Sarawak. Semuanya dapat dijawab dengan baik oleh Pehin Sri Taib Mahmud; membayangkan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang amat hands-on.

Benar, hari ini Ketua Menteri berhadapan dengan 'politik persepsi' yang sudah banyak menidakkan pencapaiannya selama ini. Warga internet, disajikan dengan berita yang lebih bersifat 'personal' dan tidak melihat Sarawak dalam perspektif 'umumnya' yang mungkin sahaja lebih baik daripada kalangan negeri yang dipimpin oleh pihak pembangkang sekali pun.

Hakikat yang perlu diterima, kejayaan Sarawak hari ini adalah bersandarkan kepada kepimpinan dan kerajaan yang mempunyai visi jelas. Perkara yang wajar diterima adalah nilai profesionalisme kakitangan awam Sarawak yang dirasakan cukup tinggi dan wajar dihargai. Mereka inilah sebenarnya yang menjadi 'nadi kejayaan' kepada Sarawak selama ini.

Realiti di Sarawak akan menzahirkan suatu perkara yang sama sekali berbeza daripada apa yang digambarkan di media baru. Sarawak bangkit dengan meyakinkan dengan 'model pembangunan' sendiri yang seringkali 'seiring' dengan apa yang berlaku di Semenanjung.

Sarawak sudah mempunyai 'asas politik dan ekonomi' yang agak kukuh, bagi meneruskan kejayaan di masa-masa akan datang. Ya, mungkin ramai yang mahu melihat 'perubahan', namun ianya perlulah dilakukan dengan mandat dan restu rakyat Sarawak sendiri. Siapa kita ingin menentukan apa yang baik buat mereka; sekiranya mereka lebih gembira dengan apa yang mereka ada.

Sikap Ketua Menteri yang terbuka dan tenang akan memungkinkan proses transformasi yang lebih mudah di Sarawak. Ini semua wajar berlaku bukan atas dasar 'politik kebencian' namun atas semangat menjaga dan memelihara 'kesinambungan' apa yang ada di Sarawak hari ini. Sayang, jika politik berasaskan persepsi mengelabui 'realiti Sarawak' yang lebih indah dan makmur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wakaf mampu pertahan geoekonomi orang Melayu

Posted:

Wakaf mampu pertahan geoekonomi orang Melayu

Wakaf mampu pertahan geoekonomi orang Melayu

Oleh Zaini Hassan

BEBERAPA minggu lalu Cuit menulis mengenai kedudukan geopolitik orang Melayu di negara ini. Ada yang menafikan apabila angka-angka yang diberikan mengenai jumlah daftar pengundi yang diusahakan oleh pembangkang melebihi daripada yang dilakukan oleh pihak UMNO dan BN.

Ada yang marah, nafi, melenting kerana kononnya angka itu tidak tepat. Tapi saya berpegang kepada angka itu, kerana ia datangnya dari sumber yang sahih.

Begitu juga apabila saya menulis lagi mengenai kedudukan geopolitik berhubung tanah-tanah berkependudukan Melayu yang dibangunkan dengan kondo-kondo yang mahal-mahal di Kuala Lumpur. Saya membangkitkan soal mengenai kedudukan beberapa kampung setinggan Melayu yang kini sedang mengalami proses transformasi, yang saya yakin tidak mampu didiami lagi oleh orang Melayu asal di situ. Dengar kata ada juga yang marah-marah dengan tulisan itu.

Apa yang saya tulis itu tiada niat lain selain untuk merangsang minda kita, orang Melayu dan politik Melayu supaya berfikir sejenak, sebelum terbabas lebih jauh. Niat saya mungkin baik, tapi ia dianggap sebaliknya dan dilihat dalam konteks yang berbeza.

Namun minggu ini, saya mahu menyentuh lagi mengenai isu pemilikan aset orang Melayu pula. Sama seperti geopolitik juga, tapi kali ini ialah mengenai soal geoekonomi atau geografi ekonomi pula.

Apa itu geoekonomi? Secara kasar ia membawa maksud kajian mengenai aspek politik ekonomi dan sumber-sumbernya. Geoekonomi menurut Wikipedia yang memetik seorang ahli ekonomi Amerika, Edward Luttwak adalah salah satu cabang kepada geopolitik.

Jadi kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat. Saya mahu menitikberatkan mengenai geoekonomi orang Melayu, yang jika tidak diambil berat juga akan membawa musibah untuk jangka masa panjang.

Ia mungkin membabitkan pegangan strategik sesuatu aset, perniagaan atau harta yang dimiliki oleh sesuatu pihak. Dalam konteks ini, pegangan itu dimiliki oleh orang Melayu.

Pagi Sabtu dua minggu lalu saya menghadiri satu persidangan dikenali sebagai Persidangan Kebangsaan Program Transformasi Melayu Muslim dan Wakaf Korporat yang diadakan di Putrajaya.

Jarang-jarang saya mahu menghadiri persidangan seperti ini, terutamanya yang membabitkan orang Melayu. Ada kata-kata sinis yang pernah diucap mengatakan persidangan seumpama itu hanya membuang masa sahaja. Terlalu banyak kongres, persidangan, seminar, wacana mengenai ekonomi orang Melayu sejak puluhan tahun dulu yang jika dikumpulkan kertas kerjanya boleh dibuat pulau, kata seorang pengkritik.

Namun pagi itu, situasinya berbeza. Ia dihadiri oleh kira-kira 300 peserta yang rata-rata saya lihat terdiri daripada Melayu ternama dan berkedudukan dalam dunia korporat dan perniagaan. Pendek kata tetamu yang hadir cukup berkualiti.

Antara penceramah yang menarik perhatian semua ialah Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Sekali pandang Ali mirip seperti Colonel Harland Sanders pengasas ayam goreng KFC di Amerika Syarikat. Itulah pertama kali saya melihatnya dari dekat. Rambutnya putih, misainya juga putih. Betul-betul ala Sanders, pencipta KFC itu.

Ali ialah bekas Presiden dan CEO Johor Corporation (JCorp) yang diterajuinya selama 30 tahun. Beliau kini sudah bersara daripada syarikat korporat terkemuka milik kerajaan negeri Johor itu.

Di bawah terajunya, JCorp berjaya memiliki syarikat KFC yang diusahakan di Malaysia daripada seorang pengusaha Cina pada waktu itu. Hasil gigihnya KFC Malaysia mengembangkan sayapnya ke seluruh pelosok negara, termasuklah ke Singapura, Brunei, India dan terbaru ke sebuah negara Indo-China.

Namun pada pembentangannya di pagi itu, semua tetamu yang hadir senyap. Semua tertumpu kepada penerangannya mengenai satu pendekatan baru mengenai wakaf.

Jika selama ini kita hanya mendengar mengenai wakaf tanah kubur, wakaf tanah surau, masjid, madrasah atau sekolah pondok, kini pendekatannya diangkat ke tahap yang lebih tinggi. Wakaf yang yang dibawanya ialah wakaf korporat atau wakaf syarikat, saham, aset, wang selain harta.

Beliau mempunyai alasan yang kukuh apabila memperkenalkan pendekatan itu iaitu: Bagi mengelakkan aset-aset milik orang Melayu Islam (di negara ini) jatuh ke tangan pihak lain.

Ia berkaitan jihad bisnes membabitkan soal maruah dan strategik bangsa dan agama.

Semua yang hadir, yang ada antaranya terdiri daripada usahawan besar negara tertarik dengan pendekatan itu.

Dalam sesi soal jawab kemudian, rata-rata bersetuju supaya mana-mana aset yang dipegang oleh orang Melayu Islam di negara ini tidak dijual kepada orang lain. Jika perlu dijual sekali pun, juallah kepada lingkungan yang sama atau diwakafkan.

Alasan mereka ialah membabitkan soal geoekonomi orang-orang Melayu yang mungkin akan hilang.

Justeru, Majlis Perundingan NGO-NGO Melayu (MPM) yang menganjurkan persidangan itu telah melantik Yayasan Iqra' sebagai penyelaras bagi membentuk wakaf korporat itu. Iqra' akan distrukturkan bagi memenuhi tuntutan menyempurnakan sepenuhnya amanah mutawwali sebagai sebuah badan pengurusan wakaf.

Melalui penerajunya Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga Pengerusi Mara, beliau segera menggerakkan beberapa tokoh profesional, termasuk Ali Hashim sendiri untuk membantu merealisasikan 'jihad busines' itu.

Ali semasa perkhidmatannya dalam JCorp berpengalaman menggerakkan wakaf korporat melalui penubuhan Waqaf An Nur Corporation Berhad (WANCorp).

Kita berharap Yayasan Iqra' yang akan menggerakkan jihad ini dapat menyelamatkan syarikat-syarikat strategik milik Melayu dan Islam daripada jatuh ke tangan orang lain.

Badan wakaf ini juga diharap menjadi pemangkin untuk membantu mengumpul pegangan 30 peratus ekuiti bumiputera bernilai RM400 bilion menjelang dan selepas 2020, tercapai.

Sebelum menamatkan tulisan ini, saya ingin berkongsi pendapat seorang pembaca dalam majalah Newsweek edisi terbaru (14 Mac 2011) mengulas cadangan seorang profesor ekonomi Niall Ferguson yang mengesyorkan Amerika Syarikat menswastakan aset-aset negara itu bagi menyelesaikan hutang negara itu.

Ini kata surat pembaca itu:

''Dalam cadangan untuk menswastakan aset-aset negara itu, Ferguson telah meletakkan Grand Canyon dan Yellowstone sebagai hadnya. Mengapa dihadkan kepada aset bernilai itu? Cuba fikirkan berapa banyak Disney sanggup bayar jika Yellowstone dibenarkan untuk jualan! Apa yang kita boleh peroleh daripada Pentagon? Pangkalan-pangkalan tentera kita sudah tentu amat bernilai kepada China (jika boleh dijual kepada mereka)..."

Bagi pembaca majalah itu, Grand Canyon, Yellowstone dan Pentagon ialah aset-aset strategik Amerika yang tidak boleh dijual beli sama sekali, atau dipindah tangan. Ia adalah geoekonomi politik Amerika.

Akhir kata, jika dulu kita berhempas pulas dan bermegah memiliki Malayan Banking, Malayan Finance, Kwong Yik Bank, Dunlop, Guthrie dan banyak lagi daripada tangan orang lain, maka pertahankanlah ia.

Ia adalah geoekonomi politik kita.

(Nota: Cuit akan disiarkan seperti biasa Rabu depan)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 23 Mar 2011 01:12 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Berus gigi, tuala, botol jadi bukti

Posted:

Berus gigi, tuala, botol jadi bukti

Berus gigi, tuala, botol jadi bukti

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my


ANWAR ditemani isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menerima hakikat nasib tidak menyebelahinya apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan untuk menerima tiga barang kes sebagai bukti dalam perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menerima tiga barang tersebut iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol air mineral kosong jenama 'Cactus' selepas mendapati penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 adalah sah dan mengikut undang-undang.

Beliau membuat keputusan itu berdasarkan keterangan pegawai penyiasat Supritendan Jude Pereira yang menyokong keterangan Supritendan Ahmad Taufik Abdullah selaku pegawai yang menahan Anwar pada waktu itu.

Ahmad Taufik dalam keterangannya sebelum ini berkata, dia telah memberitahu Anwar alasan penangkapan itu adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan pihak polis telah memperoleh waran tangkap terhadap Ketua Pembangkang berkenaan ketika penahanan itu dibuat.

"Merujuk kepada keterangan pegawai penyiasat (Jude) dan pegawai yang membuat tangkapan (Ahmad Taufik), penahanan itu sah mengikut undang-undang.

"Oleh itu, penahanan tertuduh tidak lagi boleh dikatakan secara salah dan mahkamah benarkan tiga barang tersebut ditanda sebagai bukti," kata Hakim Mohamad Zabidin dalam prosiding yang hanya berjalan selama 10 minit.

Jude sebelum ini tidak memberi keterangan semasa prosiding bicara dalam bicara yang diadakan selama dua hari bermula pada 3 Mac lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Misteri siapa ‘Datuk T’ terjawab

Posted:

Misteri siapa 'Datuk T' terjawab

Misteri siapa 'Datuk T' terjawab


RAHIM dan Shazryl Eskay (duduk dua dari kanan) menjawab soalan pada sidang akhbar mengenai kontroversi video seks di Kuala Lumpur semalam. Gambar kecil, Shuib Lazim.


KUALA LUMPUR – Misteri identiti 'Datuk T' yang menggemparkan negara dengan pendedahan klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seseorang mirip pemimpin pembangkang terjawab semalam apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku mereka adalah individu di sebalik gelaran itu.

Mereka turut mendedahkan bahawa individu ketiga yang terlibat dengan pendedahan video seks itu kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara di sini dua hari lepas ialah Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang tidak hadir pada sidang akhbar itu.

Shazryl menjelaskan, 'Datuk T' adalah 'trio' yang melibatkan mereka bertiga.

"Kami menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video itu untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang," kata Shazryl.

Sidang akhbar itu dihadiri kira-kira 50 wakil media dari dalam dan luar negara dengan Rahim dan Eskay dikawal ketat beberapa lelaki yang dipercayai pengawal peribadi mereka.

Shazryl juga berkata, beliau bersedia mendedahkan segala-galanya kepada polis.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pilihan raya Sarawak 16 April

Posted:

Pilihan raya Sarawak 16 April

Pilihan raya Sarawak 16 April


ABDUL AZIZ menunjukkan peta persempadanan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada sidang akhbar di Kuching semalam.


KUCHING – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan 6 April sebagai tarikh penamaan calon dan 16 April sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada 21 Mac lalu berhubung pembubaran DUN Sarawak.

"Dengan ini kita mengumumkan 23 Mac tarikh keluar writ iaitu hari ini (semalam), 25 Mac tarikh notis pilihan raya, 6 April hari penamaan calon dan 16 April tarikh pengundian," katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, SPR akan menggunakan daftar pemilih suku pertama, kedua, ketiga dan empat tahun 2010 yang diwartakan pada 25 Mac iaitu membabitkan seramai 979,796 pengundi iaitu 961,433 pemilih biasa dan 18,363 pemilih pos.

Katanya, pengundi boleh membuat semakan maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi mereka melalui laman web rasmi SPR, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau menghubungi terus ke pejabat SPR.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 23 Mar 2011 11:28 AM PDT

Utusan Online - Kota


Belajar berkumpulan petua semua A

Posted:

Belajar berkumpulan petua semua A

Belajar berkumpulan petua semua A


PELAJAR Sekolah Sultan Alam Shah bersorak gembira dengan kejayaan mereka mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM selepas mengambil keputusan masing-masing di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 23 Mac - Langkah memberi perhatian penuh di dalam kelas dan belajar secara berkumpulan adalah petua pencapaian cemerlang 52 pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) meraih A dalam semua mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Berkongsi rahsia tersebut, Muhammad Farid Ibrahim, 18, yang berjaya memperoleh 10 A+ berkata, amalan teknik belajar itu akhirnya berbaloi dan membuahkan hasil yang menggembirakan.

"Selain itu saya membuat banyak latihan dalam mata pelajaran yang kurang dikuasai seperti Matematik Tambahan untuk meningkatkan pemahaman saya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika mengambil keputusan SPM di SAS, di sini hari ini.

Muhammad Farid merupakan salah seorang daripada 52 calon SPM sekolah berasrama penuh (SBP) itu yang meraih A dalam semua mata pelajaran.

Paling membanggakan ialah tujuh daripada keseluruhan 183 calon mendapat 10 A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Berkongsi resipi yang sama, Muhammad Farid Abdul Wahab, 18, yang turut mendapat 10A+ dalam semua mata pelajaran.

"Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru yang tidak henti-henti memberi bantuan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar," katanya yang bercita-cita menjadi doktor.

Sementara itu, Muhamad Farhan Khairul Anuar, 18, berkata, kejayaan mendapat 10 A dalam SPM itu adalah berkat usahanya mengulang kaji pelajaran tanpa jemu bersama rakan-rakan.

Dia yang aktif dalam permainan ragbi memberitahu, belajar secara berkumpulan dapat membantunya memahami sesuatu topik dengan lebih cepat dan berkesan berbanding belajar secara bersendirian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pencapaian SPM di KL catat peningkatan

Posted:

Pencapaian SPM di KL catat peningkatan

Pencapaian SPM di KL catat peningkatan


(dari kiri) Kan Ka Hou, Lim Bei, Mei Ling Cai Ling dan Nurul Yasameen Hajibeigy menunjukkan keputusan SPM yang mereka peroleh di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Mac - Pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun lalu meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Mohd. Adenan Deraman berkata, bilangan calon SPM yang memperoleh sijil juga bertambah kepada 18,263 tahun lalu berbanding 17,681 pada 2009.

Sementara itu, pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) SPM 2010 untuk Kuala Lumpur turut meningkat 0.18 kepada 4.74 berbanding 2009.

"Keputusan SPM tahun lalu juga menunjukkan 792 calon berjaya mendapat gred cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 669 calon pada 2009,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Di samping itu, katanya, daripada jumlah keseluruhan tersebut, terdapat empat calon istimewa yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu.

"Mereka adalah empat calon berkeperluan khas iaitu dua calon rabun, seorang calon buta dan seorang calon pelbagai kecacatan dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas (cacat penglihatan ) Setapak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki.

"Masing-masing berjaya memperoleh semua A dalam mata pelajaran yang diduduki," ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Adenan berkata, tiga buah sekolah dikategorikan sebagai sekolah cemerlang berdasarkan kepada Gred Purata Sekolah (GPS).

"Sekolah itu adalah Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri dan Sekolah Menengah Sains Selangor.

"Sebahagain besar sekolah di negeri ini dapat dirumuskan sebagai berada dalam kategori pencapaian sekolah cemerlang, baik dan memuaskan. Tiada sekolah yang memperoleh pencapaian berpotensi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mentor-menti bantu Sekolah Seri Puteri kekal cemerlang

Posted:

Mentor-menti bantu Sekolah Seri Puteri kekal cemerlang

Mentor-menti bantu Sekolah Seri Puteri kekal cemerlang

CYBERJAYA 23 Mac - Program mentor-menti banyak membantu 48 pelajar cemerlang Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Sekolah Seri Puteri mendapat A bagi semua mata pelajaran dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Menurut salah seorang pelajar tersebut, Hanie Farhana Hamdi, 18, yang mendapat 9A, program mentor-menti sememangnya sesuatu yang diperlukan setiap pelajar sebelum menghadapi SPM.

Menurutnya, meskipun sibuk sebagai penolong ketua pelajar di sekolah, ia tidak menjejaskan tumpuannya terhadap pelajaran.

"Dalam program itu, seorang guru ditugaskan memantau seorang pelajar untuk menyiapkan kerja rumah serta mengulang kaji pelajaran.

"Peluang di asrama juga dimanfaatkan dengan sebaik mungkin kerana waktu mengulang kaji pelajaran juga terhad," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui semasa mengambil keputusan SPM di Sekolah Seri Puteri, di sini hari ini.

Sementara itu, Nurul Fadhilah Syahirah Ismail, 18, berkata, kejayaan memperoleh 9A dalam SPM adalah berkat memberi tumpuan dalam kelas dan tidak segan bertanya kepada rakan serta guru jika menghadapi kesukaran dalam sesuatu subjek.

Dia yang bercita-cita menjadi doktor, memperuntukkan lima jam sehari untuk mengulang kaji tanpa meninggalkan kegemaran melakukan aktiviti riadah pada waktu lapang.

"Saya mengulang kaji pelajaran tanpa mengikut jadual tetap, tetapi saya akan pastikan segala kerja rumah yang diberikan setiap hari wajib disiapkan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelajar yang mendapat 9A, Nur Ilham Nadia Nain, 18, turut bersetuju yang program mentor-menti banyak membantu kejayaannya itu.

"Jadual ulang kaji yang diatur bersama rakan-rakan yang menyertai program itu di bawah seliaan guru banyak membantu dalam pembelajaran.

"Saya berusaha dengan gigih bagi mencapai keputusan tersebut. Pada masa sama, keluarga juga banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk mencatat keputusan cemerlang ini," katanya yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Pencapaian Sekolah Seri Puteri bagaimanapun menurun apabila hanya 48 calon mendapat semua A berbanding 60 pelajar pada 2009.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 23 Mar 2011 09:16 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Ganjaran penuh

Posted: 22 Mar 2011 03:03 PM PDT

MukaDepan

Penjawat awam pilih bersara awal diberi imbuhan sekali gus: Najib

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam menarik balik penangguhan bayaran sebahagian ganjaran berkaitan persaraan pilihan kepada penjawat awam berkuat kuasa 1 Februari 2010.

Berikutan itu, penjawat awam yang memilih bersara pilihan akan menerima bayaran sekali gus atau 100 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkannya, berkata kerajaan juga bersetuju supaya semua penjawat awam yang mengambil Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara wajib atau bersara mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239, termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan perubatan secara percuma. "Keputusan itu dibuat berkat usaha kakitangan kerajaan membantu kerajaan menguruskan kewangan negara dengan bijak, sehingga mampu memulihkan negara daripada masalah ekonomi," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, semalam.

Pada 1 Februari 2010, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan keputusan kerajaan menangguh bayaran sebahagian ganjaran membabitkan permohonan bersara pilihan bagi kakitangan awam Persekutuan, negeri dan badan berkanun serta tempatan.

Ia berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Antara syarat itu, kakitangan yang ingin bersara pilihan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi berbanding bayaran sekali gus seperti sebelumnya.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman, menteri-menteri Kabinet.

Majlis yang dihadiri kira-kira 5,757 penjawat awam itu turut disaksikan secara langsung oleh 570 penjawat awam di Sarawak dan Sabah yang mengikutinya secara sidang video di kedua-dua negeri.

Mengulas keistimewaan yang bakal dinikmati pesara Skim KWSP itu, Najib berkata, ia tidak akan membabitkan mereka yang meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.

Katanya, ia juga hanya boleh dinikmati mereka yang bersara wajib oleh kerajaan Persekutuan atau negeri atau pihak berkuasa berkanun dan tempatan.

Mengenai Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia, Najib berkata, satu kaedah `exit policy' akan diwujudkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

"Kaedah baru ini bakal diperkenalkan berikutan masalah sistem pool yang dibangkitkan sebelum ini bertujuan memastikan pegawai yang terbabit tidak teraniaya dengan mengamalkan sistem penilaian yang bebas dan berkecuali.

"Mengikut kaedah baru ini, pegawai berkenaan akan diberikan tugasan khusus bagi memanfaatkan pengalaman mereka," katanya.

Mengikut sistem penilaian baru yang bakal dilaksanakan mulai Jun ini, Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan diberikan fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA.

Najib turut mengumumkan cadangan kerajaan memperkenalkan satu lagi anugerah khas bagi menghargai penjawat awam yang menunjukkan mutu kerja tinggi di pejabat dan pada masa sama bergiat aktif dalam kegiatan sukarelawan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, tahap prestasi kerja dan pembabitan aktif penjawat awam dalam semua aktiviti sepanjang 2011 akan dinilai bagi tujuan berkenaan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Adam

Semakan Sistem Saraan Malaysia, seharusnya melibatkan semakan KENAIKAN Gaji Kakitangan Awam. Kalau sistem sahaja yang diubah, tetapi tidak melibatkan sebarang kenaikan gaji, tidak memberi makna kepada penjawat Awam. Kenaikan harga barang yang tidak terkawal dan kos sara hidup melambung, sewajarnya diberi keutamaan oleh kerajaan. Penjawat AWAM akan menunggu JANJI kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyatnya dalam MEB. Kita tunggu dan lihat.

zul

Sepatutnya kerajaan tambahkan 20% ganjaran kepada yang bersara awal yang telah berkhidmat melebihi 30 tahun kerana boleh menjimatkan banyak wang kerajaan kerana bersara awal pada hal produktiviti dah tak setimpal dengan gaji yang terlalu tinggi.

roslina bt ibtahim

terima kasih

princelancer

Asyik2 penjawat awam je dapat kemudahan dari kerajaan, bagaimana dengan penjawat swasta,kerap dipinggirkan?

Ishak Siraj

Terima kasih Datuk Seri.....Bolehlah kita "orang lama" bersara awal. Beri peluang orang muda berkerja.Dapat kurangkan penganguran..

misbahuddin kusnin

sekali air bah sekali pasir berubah.

waheeda aefa

ganjaran telah diumumkan dapat sepenuhnya. saya ingin memohon penjelasan dari pihak Kementerian samada bayaran pencen individu akan dibayar bermula persaraan awal atau terpaksa menunggu hingga tempoh persaraan iaitu 56 tahun

Othman Sitlin

Terimasih kpd keprihatinan kerajaan kpd k/t awam....walaubagaimanapun,kerajaan perlu mengkaji semula imbuhan perumahan yg jauh berbeza antara k/tgn persekutuan yg berasal dr Sabah dgn dr Semenjung....juga imbuhan kakitangan awam.....trmkasih.....

sri siantan

Syukur. Ramai yang boleh bersara awal untuk menumpukan kepada ibadah, berniaga sendiri atau beri peluang pekerjaan kepada kepada orang lain. Terima kasih, kerajaan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List