Ahad, 20 Mac 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 20 Mar 2011 07:16 AM PDT

Kosmo Online


Adiq Hussainie juarai Sirkit 2 GP Kebangsaan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR – Pelumba negara, Mohd Adiq Hussainie Othman mencuri tumpuan apabila muncul juara kategori lelaki terbuka pada Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix (GP) Kebangsaan Sirkit 2 di sini hari ini.

Kris Dayanti dan Raul Lemos bernikah

Posted:

[unable to retrieve full-text content]JAKARTA – Diva Indonesia, Kris Dayanti dan kekasihnya, Raul Lemos menyempurnakan kisah percintaan mereka dengan ikatan pernikahan pada satu majlis yang sederhana di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Jalan Sudirman, Jakarta Pusat, hari ini.

Imigresen Tawau tahan 117 warga asing

Posted:

[unable to retrieve full-text content]TAWAU – Jabatan Imigresen Tawau berjaya menahan 117 warga asing dalam tiga operasi di sekitar bandar Tawau semalam.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 20 Mar 2011 07:16 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Terperangkap 9 hari

Posted: 20 Mar 2011 04:48 AM PDT

TOKYO: Seorang nenek berusia 80 tahun dan cucu perempuannya berusia 16 tahun diselamatkan hari ini, selepas sembilan hari terperangkap di bawah runtuhan kediaman yang dilanda gempa bumi dan tsunami di bandar raya Ishinomaki.

TV NHK yang memetik polis wilayah Miyagi berkata, kedua-dua mangsa lemah ketika ditemui tapi masih sedar. Mereka dihantar ke sebuah hospital menggunakan helikopter.


Pemberita NHK yang memetik seorang doktor berkata, kedua-dua mangsa terperangkap di bahagian dapur dan mereka meneruskan hidup dengan memakan yogurt serta makanan lain dalam peti ais.

Mangsa ditemui selepas cucu perempuan terbabit menjumpai jalan keluar ke bumbung sebelum melambai ke arah helikopter penyelamat, kata pemberita NHK.


Remaja terbabit, Jin Abe, mengalami suhu badan rendah, menggeletar dan hilang deria rasa pada buku lali kirinya, kata pemberita itu.


Menurut jurucakap Hospital Palang Merah Ishinomaki, kedua-dua mangsa sedang dirawat.

"Saya hanya sempat melihat sekilas pandang pada warga emas itu yang tertutup matanya. Kelihatannya dia masih hidup," kata jurucakap itu ketika ditanya sama ada nenek itu masih sedar atau sebaliknya. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Libya diserang

Posted: 20 Mar 2011 03:56 AM PDT

Britain, Perancis Amerika syarikat (AS) hari ini, menghujani bumi Libya dengan peluru berpandu dari udara dan laut dalam Operation Ellamy' sebagai hukuman kerana tentera Muammar Gaddafi melanggar ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menetapkan zon larangan terbang di negara itu.

Pelbagai lokasi dilaporkan menjadi sasaran serangan dari kapal selam British dan kapal perang AS yang melancarkan peluru berpandu Tomahawk selain pesawat AS menggugurkan 40 bom di lapangan terbang Libya.

Sasaran pengeboman itu adalah pusat arahan dan kawalan, radar dan tapak pelancaran peluru berpandu darat ke udara.

Jet pejuang tentera udara Britain, Tornado GR4 turut menggempur pelbagai sasaran di Libya dengan peluru berpandu Storm Shadow yang boleh dilancarkan dari jarak 320 kilometer. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 20 Mar 2011 03:26 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Ditumbuk, rompak, culik

Posted: 19 Mar 2011 12:24 PM PDT

JOHOR BAHRU: "Saya hanya ingat mati apabila diculik. Penculik itu bukan saja menutup mata saya tetapi turut mencekik leher, menumbuk muka bertubi-tubi dan mengikat tangan selepas saya dihumban ke tempat duduk belakang kereta keluarga," kata mangsa culik, Yuen Mei Kien, 49, semalam.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu terpaksa menempuhi detik mencemaskan apabila diculik kumpulan penjenayah hampir dua hari, termasuk dirompak dan dikurung di sebuah rumah, sebelum dibebaskan awal pagi semalam.


Yuen berkata, kejadian berlaku jam 6 pagi Khamis lalu ketika dia meletakkan kereta berhampiran sebuah restoran makanan segera di Taman Bukit Indah, di sini, kerana mahu menaiki kenderaan rakan untuk menuju ke tempat kerja di Singapura.

Yuen yang bekerja sebagai ketua pentadbir di sebuah syarikat swasta di negara republik itu berkata, ketika turun dari kereta, tiba-tiba dua lelaki menghampirinya dan merampas kunci kereta sebelum dia dihumban ke kereta milik keluarganya.


"Lebih kuat saya meronta, kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bertindak lebih ganas dan mencekik saya hingga saya terpaksa akur dengan arahan mereka demi menyelamatkan nyawa.


"Setiap kali bertanya termasuk nombor pin kad mesin juruwang automatik (ATM), mereka menumbuk muka saya, mengakibatkan hampir keseluruhan wajah menjadi lebam, terutama di mata.

"Kemudian mereka mengurung saya di dalam kereta hampir 10 jam sementara mengeluarkan wang saya bernilai RM10,000 daripada ATM," katanya.


Yuen berkata, sepanjang perjalanan dalam kereta, dia mendengar kumpulan penjenayah berkomunikasi dalam Bahasa Tamil sebelum dia dikurung di bilik gelap di sebuah rumah bagi mengelakkannya melarikan diri.

Bagaimanapun kira-kira jam 2.30 pagi semalam, penjenayah menghantarnya ke Jalan 1/3, Taman Bukit Indah, di sini, menggunakan kereta sebelum menghilangkan diri.


"Keadaan saya lebih buruk daripada banduan penjara. Saya bukan saja kelaparan kerana tidak diberikan makan minum hampir dua hari, malah cedera hampir seluruh badan.


"Melihat keadaan saya yang tidak bermaya, mereka mengambil keputusan meninggalkan saya di tepi jalan biar pun pada awalnya mengugut menghumban saya ke dalam longkang," katanya yang kemudian dibantu beberapa pengguna jalan raya.


Yuen yang masih trauma dengan kejadian itu meminta bantuan orang ramai yang ada maklumat berkaitan kereta keluarga Toyota Vios dengan nombor pendaftaran JMA 8711 yang dilarikan penjenayah itu supaya menghubungi polis secepat mungkin.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superitendan Abdul Aziz Ahmad mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan.


Beliau berkata, dalam kejadian itu mangsa turut kehilangan wang tunai RM500, S1,000 (mata wang Singapura), telefon bimbit dan kereta jenis Toyota Vios.


Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan dan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menculik.


"Polis akan mengambil keterangan daripada mangsa secepat mungkin selain menjalankan usaha bagi menangkap penjenayah terbabit," katanya ketika dihubungi semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kumpulan ketiga pelajar dari Yaman selamat tiba

Posted: 19 Mar 2011 12:24 PM PDT

PUTRAJAYA: Kumpulan ketiga seramai 27 rakyat Malaysia dari Yaman selamat tiba di tanah air awal pagi semalam, menjadikan jumlah yang pulang ke tanah air sehingga kini 60 orang, dan kebanyakannya pelajar beberapa universiti di negara Teluk berkenaan.

Kumpulan terbabit tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang melalui Penerbangan Malaysia MH163 pada jam 6 pagi, selepas transit di Dubai.


Mereka yang belajar di beberapa universiti termasuk Universiti Al-Iman, Universiti Sains dan Teknologi Yaman, Universiti Kebangsaan Yaman tiba bersama keluarga dan anak masing-masing disambut wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum pulang ke kediaman masing-masing.

Kebanyakan pelajar mengambil keputusan pulang ke tanah air berikutan bimbang keselamatan diri dan keluarga mereka.


Tambahan pula, jalan utama di negara itu dipenuhi penunjuk perasaan membawa senjata api, sekali gus menakutkan mereka untuk terus tinggal di negara itu.


Malah, keadaan itu menyebabkan mereka terpaksa berkurung di dalam rumah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Perkara itu diakui pelajar, Muhammad Amir Razli Thava, 31, yang menyatakan kehidupan mereka di Yaman bertambah teruk apabila banyak bank ditutup, selain harga barang makanan dan keperluan harian meningkat sekali ganda.


"Keadaan itu menyebabkan kami kekurangan wang untuk membeli makanan. Pada masa sama, kejadian tembak menembak sentiasa berlaku sepanjang hari, ini lebih menakutkan kami," katanya.

Sebelum ini, 33 rakyat Malaysia dibawa pulang ke Malaysia berikutan pergolakan politik di negara itu semakin teruk. Difahamkan, lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan dibawa pulang secara berperingkat-peringkat menerusi penerbangan komersial.


Orang ramai yang ingin mendapat maklumat mengenai operasi membawa pulang rakyat Malaysia di Yaman boleh menghubungi Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri di talian 03-8887 4570/ 03-8889 2746/ 03-8887 4770/ 03-8889 2830/ 019-278 4566.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 20 Mar 2011 03:15 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


'Saya tidak takut serah DNA'

Posted:

'Saya tidak takut serah DNA'

'Saya tidak takut serah DNA'


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan sebahagian penduduk di Pekan Serian sempena Majlis Pelancaran Sejiwa Senada Bahagian Samarahan di Sarawak, semalam. -MINGGUAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


SERIAN 19 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau bukannya seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gentar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) walaupun ia bertujuan menegakkan kebenaran.

Menurut Perdana Menteri, tiada apa yang perlu ditakutkan untuk menyerahkan sampel tersebut jika seseorang itu berada di pihak yang benar.

"Kalau nak DNA saya, saya boleh bagi DNA, tiada masalah... (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin pun kata takut apa kalau tak salah.

"Kalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak tegakkan keadilan, bagilah DNA (milik Anwar), selagi tak bagi DNA orang akan tertanya-tanya dalam kepala, orang Serian pun nak tahu siapa lelaki 'Y', semua orang nak tahu," katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Program Sejiwa Senada Bahagian Samarahan, di sini hari ini.

Di lobi Parlimen, Isnin lalu, Anwar berterusan mengelak daripada menyahut cabaran pelbagai pihak supaya beliau menyerahkan sampel DNA bagi merungkai siapa identiti lelaki 'Y' yang meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Malah, Anwar kelihatan cuba menjawab di luar konteks dengan mempersoal kenapa tidak didesak Perdana Menteri dan menteri Kabinetnya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyerahkan DNA terlebih dahulu dalam isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu dan dakwaan merogol pembantu rumah yang kemudian diketahui tidak berasas.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengingatkan rakyat negeri ini supaya menilai 'kehebatan' PKR yang diterajui Anwar berikutan tindakan keluar parti oleh para pengasasnya.

Beliau memberikan contoh Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar yang keluar parti dan membuat kenyataan bahawa akan berlaku mala petaka yang dahsyat jika Anwar menjadi Perdana Menteri.

Katanya, begitu juga dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim yang menjadi arkitek kemenangan parti itu di Selangor yang turut angkat kaki.

Tidak terkecuali katanya, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang satu ketika dahulu jika berucap di Dewan Rakyat sentiasa memuja Anwar umpama 'dewa yang turun dari langit'.

"Kini Gobalakrishnan kata orang ini (Anwar) hanya gunakan kita apabila diperlukan.

"Peguam Anwar, Zulkifli Noordin pun sudah tinggalkan dia malah, menulis pula dalam blog bahawa Anwar mesti serahkan DNA ," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wajah baru Utusan, Mingguan

Posted:

Wajah baru Utusan, Mingguan

Wajah baru Utusan, Mingguan

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


ABDUL Ghani Othman bersama Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (dua kiri), Aziz Ishak (dua kanan), Nasir Ali (kanan) dan Hassan Mohd Noor (kiri) melihat wajah baru Utusan Malaysia di Johor Bahru semalam. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 19 Mac - Peka dengan kehendak pembaca yang sentiasa inginkan kelainan serta pembaharuan terutama golongan muda, akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia diberi nafas baru agar sentiasa segar dan dinamik, sejajar perkembangan semasa.

Lebih segar, lebih cantik dan lebih hebat - itu gambaran keseluruhan wajah baru kedua-dua akhbar tersebut yang dilancarkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada satu majlis yang cukup meriah di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan; Datuk Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor.

Selain itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Ahmad Zahari Jamil; Konsulat Jeneral Republik Singapura, Tham Borg Tsien dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri turut meluangkan masa menghadiri majlis tersebut.

Majlis pelancaran yang dihadiri oleh lebih 5,000 pengunjung itu bermula pukul 10 pagi dengan persembahan tarian zapin sebelum acara kemuncak mendedahkan wajah baru akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia disempurnakan oleh Abdul Ghani.

Dengan penampilan wajah baru serta penambahbaikan kandungan yang lebih santai dan ringan tetapi berkualiti tinggi, tagline Utusan Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai Penyebar Fikiran Rakyat kini diubah kepada Pemangkin Fikiran Rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wartawan dukung kerajaan pacu negara - MB

Posted:

Wartawan dukung kerajaan pacu negara - MB

Wartawan dukung kerajaan pacu negara - MB


Najib Tun Razak melihat wajah baru Utusan Malaysia sambil diperhatikan timbalannya, Muhyiddin Yassin selepas sidang media di Kuching, Sarawak, semalam. - MINGGUAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


JOHOR BAHRU 19 Mac - Falsafah kewartawanan mendukung kerajaan yang memerintah perlu menjadi pegangan kepada semua media di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, dalam dunia persuratkhabaran dan kewartawanan, kepentingan negara tetap perlu diutamakan, sekali gus soal persefahaman dan pengagihan kekayaan secara adil diberikan perhatian.

Katanya, penumpuan harus diberikan kepada liputan pembangunan, merapatkan jurang perbezaan kaum dan mengharmonikan hubungan antara masyarakat serta menegakkan asas-asas penubuhan negara yang berpaksikan Perlembagaan Persekutuan.

"Nilai-nilai ini kita dapati masih kuat mendasari identiti Kumpulan Utusan khususnya Utusan Malaysia dan jika ada pihak mengatakan akhbar ini rasis, jelas ia tidak berasas sama sekali," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Peningkatan Kualiti Cetak dan Wajah Baru Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia di Padang A Plaza Angsana, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamed Hashim berkata, perubahan wajah baru itu bagi meningkatkan kedudukan Utusan Malaysia sebagai akhbar nasional bahasa Melayu yang unggul serta mengembalikan takhta Mingguan Malaysia sebagai akhbar mingguan utama.

Jelasnya, perkembangan itu selaras dengan usaha menaik taraf mesin cetak di loji percetakan syarikat di Tebrau di sini dan Gong Badak, Terengganu yang menelan belanja lebih RM20 juta yang sudah pun selesai.

"Ia memakan masa setahun dan melibatkan penaiktarafan mesin pracetak daripada jenis konvensional kepada percetakan akhbar yang kini menggunakan teknologi plat cetak digital yang lebih berkualiti, pantas dan efisien.

"Langkah itu diambil bagi membolehkan akhbar kami dicetak dengan lebih kemas, cantik penuh warna dan paling penting ia mampu meningkatkan keupayaan dan kapasiti cetak akhbar sekali gus tidak timbul lagi masalah kelewatan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 20 Mar 2011 03:08 AM PDT

Utusan Online - Selatan


1 maut setiap 2 hari

Posted:

1 maut setiap 2 hari

1 maut setiap 2 hari

MELAKA 19 Mac - Satu kematian setiap dua hari melibatkan penunggang motosikal direkodkan sepanjang tahun ini sehingga Februari lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, rekod daripada Ibu Pejabat Polis negeri pada tahun ini menunjukkan sebanyak 26 penunggang motosikal terkorban sepanjang tempoh dua bulan itu.

"Mereka yang cedera parah pula seramai 12 orang dan 71 orang lagi cedera ringan. Secara keseluruhannya ia membabitkan 109 orang.

"Angka ini membimbangkan jika dibandingkan pada tahun lalu iaitu 189 kematian, 135 cedera parah dan 487 cedera ringan daripada keseluruhan 802 penunggang motosikal yang terlibat kemalangan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Ride It Right (RIR) atau Tunggang... Jangan Tunggang-Langgang di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali turut memuji usaha pihak tersebut sekali gus dapat mengurangkan korban jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

"Kempen ini merupakan pendekatan terbaik untuk mendidik golongan remaja dan belia untuk menyertai aktiviti berfaedah ini selain penguatkuasaan yang dilakukan pihak polis.

"Kerajaan negeri juga mempunyai kemudahan Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) untuk mengadakan acara kemuncak perlumbaan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 20 Mar 2011 03:06 AM PDT

Utusan Online - Utara


Pusat susu kerbau

Posted:

Pusat susu kerbau

Pusat susu kerbau

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my


JOHARI Baharum (dua dari kiri) menunggang motosikal bersama Ahmad Said (kiri) pada majlis kenduri rakyat bersama Agrobank di Kampung Budi, Kubang Pasu, Kedah, semalam.


KUBANG PASU 19 Mac - Kampung Budi dan Kampung Pulau Timbul di sini bakal muncul sebagai pusat utama pengeluaran bekalan susu kerbau bagi menampung permintaan tinggi minuman itu di pasaran utara Semenanjung.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum berkata, setakat ini, terdapat sebuah syarikat yang mengusahakan ternakan kerbau bagi pengeluaran susu tetapi ia hanya untuk menampung permintaan sekitar daerah itu sahaja.

"Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan membuat kajian supaya aktiviti ternakan susu kerbau di kampung ini dapat dikembangkan dengan lebih sistematik untuk memenuhi permintaan yang tinggi di pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program kenduri rakyat bersama Agrobank di Surau Kampung Budi di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Agrobank, Datuk Ahmad Said.

Johari memberitahu, setakat ini, syarikat itu mempunyai 30 ekor kerbau dan jumlah itu akan ditambah dengan kerbau-kerbau import dari India dan Pakistan.

"Jabatan Veterinar sedang menguruskan perkara ini dan dijangka pada hujung tahun ini kampung-kampung ini menjadi pusat pengeluaran susu kerbau bagi kawasan utara," katanya.

Menurutnya, susu kerbau mempunyai permintaan tinggi di pasaran kerana rasanya lebih enak, berkhasiat selain boleh dijadikan bahan utama dalam membuat keju, dadih dan makanan lain berasaskan susu.

Katanya, setakat ini, terdapat ternakan susu kerbau di Taman Kerbau di Langkawi tetapi jumlah yang dihasilkan tidak mencukupi bagi menampung permintaan yang terlalu tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khidmat kereta api Bukit Bendera disambung

Posted:

Khidmat kereta api Bukit Bendera disambung

Khidmat kereta api Bukit Bendera disambung

PULAU PINANG 19 Mac - Seramai kira-kira 2.4 juta pengunjung dijangka menggunakan perkhidmatan kereta api Bukit Bendera apabila operasinya yang dihentikan hampir setahun untuk kerja-kerja naik taraf disambung semula sebulan lagi.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, jumlah itu meningkat hampir empat kali ganda daripada jumlah pengunjung yang dicatatkan pada 2009 iaitu 607,198 orang dan untuk dua bulan pertama pada 2010, seramai 65,176 orang.

Katanya, peningkatan tersebut hasil imej dan wajah baru kereta api tersebut yang lebih pantas dan menggunakan koc-koc baru buatan Switzerland yang lebih moden selain lebih selesa untuk penumpang.

''Kerja-kerja menaik taraf kereta api Bukit Bendera telah selesai dilaksanakan kerajaan dan kini kami serahkan sepenuhnya kepada kerajaan DAP Pulau Pinang untuk operasi dan penyelenggaraan.

''Kementerian Pelancongan telah menyediakan kemudahan, maka adalah menjadi tanggungjawab bagi kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memastikan tempat ini dijaga dan diselenggara dengan baik. Ini tanda kita tetap tengok dan jaga Pulau Pinang walaupun ia dikuasai pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penyerahan projek menaik taraf kereta api Bukit Bendera kepada Timbalan Pengerusi Perbadanan Bukit Bendera, Datuk Lee Kah Chun, di sini hari ini.

Menerusi projek membabitkan kos RM73 juta itu, kereta api jenis furnikular yang digunakan sejak 1923 digantikan dengan kereta api jenis elektrik yang lebih moden serta memberi keselesaan kepada pengunjung ke Bukit Bendera .

Sebelum ini, perkhidmatan kereta api berusia 87 tahun itu dihentikan operasinya bermula 22 Februari tahun lalu untuk kerja-kerja menaik taraf.

Sementara itu, Yen Yen berkata, potensi negeri itu menjadi peneraju sektor pelancongan cukup tinggi tetapi memerlukan komitmen jitu daripada kerajaan DAP Pulau Pinang untuk melakukan peningkatan terhadap landskap yang ada.

''Saya amat mengharapkan Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mempolitik apa-apa jua isu yang berkaitan dengan manfaat rakyat. Tidak guna kita menjadi wakil rakyat kalau tidak dapat membezakan mana yang penting untuk mereka atau parti politik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 20 Mar 2011 03:03 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Kris Dayanti, Raul bernikah hari ini

Posted: 20 Mar 2011 02:58 AM PDT

Mutakhir


JAKARTA: Diva Indonesia Kris Dayanti dan kekasihnya Raul
Lemos menyempurnakan kisah percintaan mereka dengan ikatan pernikahan pada satu majlis yang sederhana di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Jalan Sudirman, Jakarta Pusat, hari ini. Mereka dinikahkan bapa Kris, Trenggono dengan disaksikan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Tri Sutrisno yang mewakili Kris dan Arif Abdullah Saga,
wakil Raul dan selepas akad nikah, pasangan pengantin baru itu terus mempamerkan
kemesraan melalui kucupan bibir di hadapan para tetamu.
Ini adalah pernikahan kedua bagi kedua-dua pasangan itu setelah rumah tangga
mereka sebelum ini gagal.
Kris adalah bekas isteri penyanyi dan komposer ternama Anang Hermansyah,
manakala Raul, seorang usahawan dari Timor Leste pula gagal dalam rumah tangganya sebelum ini dengan Silvalay Noor Athalia atau mesra dengan panggilan
Atha.
Kisah percintaan Kris dan Raul diwarnai dengan pelbagai halangan kerana
sebelum bercerai dengan Raul, Atha pernah melemparkan tuduhan bahawa Kris adalah
perosak rumahtangganya, namun halangan itu berakhir setelah Raul sah bercerai
dengan Atha pada 21 Dis tahun lalu.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Harapan dan doa saya rumah tangga
saya kali ini akan lebih rukun dan damai serta dirahmati Allah," kata Kris pada
sidang akhbar bersama suaminya sejurus selepas majlis pernikahan.
Pasangan mempelai itu juga menemui orang tua masing-masing untuk mendapatkan
restu. Ibu Raul, Esmeralda yang kini menetap di Lisbon, Portugal turut hadir
memberi restu kepada anak dan menantunya.
Majlis pernikahan Kris dan Raul dihadiri kira-kira 100 orang yang terdiri
daripada kaum keluarga serta rakan-rakan terdekat pasangan itu termasuk
artis-artis popular Indonesia seperti Rossa, Iis Dahlia dan Desi Ratnasari.
Majlis resepsi perkahwinan mereka dijadual di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta,
pada Jumaat ini, iaitu sehari selepas hari ulang tahun kelahiran Kris Dayanti.-- BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan pantau rapi insiden nuklear di Jepun

Posted: 20 Mar 2011 02:19 AM PDT

Mutakhir

SANDAKAN: Rakyat di negara ini tidak perlu bimbang
mengenai kesan pencemaran radioaktif di negara ini ekoran insiden letupan loji
tenaga nuklear di Fukushima, Jepun kerana kerajaan melakukan pemantauan dengan ketat. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata pemantauan itu dilakukan membabitkan alam sekitar, kemasukan pelancong dari luar negara dan kemasukan barang makanan dari lapangan terbang dan pelabuhan terutama
dari Jepun.
"Tiada keraguan perlu ditimbulkan kerana tiada sebarang pencemaran
radioaktif dikesan di negara kita sehingga hari ini dan jangan percaya kepada
khabar-khabar angin yang tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis
Penanaman Tukun Tiruan Mesra Alam di sini hari ini.
Beliau berkata Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh negara masih menunjukkan paras normal dan saringan yang dilakukan
di pelabuhan membabitkan makanan dan kontena belum ada pencemaran bahan
radioaktif dikesan.
Katanya sejak tiga hari lepas Kementerian Kesihatan sudah mengambil
sampel-sampel makanan yang diimport dan keputusan sampel itu semuanya negatif.
"Rakyat diminta merujuk dan mengambil perhatian mengenai perkembangan
pencemaran radioaktif di negara ini oleh kerajaan melalui Majlis Keselamatan
Negara (MKN) dengan saya adalah jurucakap mereka," katanya.
Menurutnya Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia,
Jabatan Meteorologi Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan memantau secara
aktif keadaan insiden nuklear di Jepun dan impaknya di negara ini. -- BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 20 Mar 2011 01:42 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Hasrat kahwin setiap bulan

Posted: 19 Mar 2011 12:32 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tembelang seorang lelaki yang bercita-cita hidup senang dengan mengikis wang wanita bukan saja terbongkar, malah dia kini tidak keruan apabila terpaksa berdepan pakatan empat 'madu' yang berganding bahu untuk memporak-perandakan hidupnya.

Pakatan berkenaan membabitkan tiga mangsa yang dijanjikan untuk dikahwini dalam tempoh selang sebulan, bermula bulan depan, manakala bekas isteri lelaki itu mahu melunaskan dendam selepas menyedari suaminya curang.

Sebagai wanita, dia berang kerana suaminya memperdaya mangsa hingga ada yang mengandung, ditipu lebih RM10,000 dan diperbodoh-bodohkan.

Antara perancangan empat mangsa lelaki yang selayaknya digelar kasanova kaki temberang itu adalah membuat laporan polis selepas mendakwa diugut lelaki berkenaan dan muncul di majlis perkahwinannya dengan seorang lagi mangsa.


"Kami menyimpan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang dihantar lelaki itu selepas tembelangnya pecah. Kami juga mendapat maklumat dia akan berkahwin dengan seorang lagi mangsanya beberapa bulan lagi.


"Tunggulah kehadiran kami," kata seorang mangsa mewakili kumpulan wanita itu yang mahu dikenali sebagai Nani, 28.

Nani ditemui Metro Ahad bersama dua lagi mangsa dikenali sebagai Miza, 42; Dira, 51, dan bekas isteri lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Alin, 29.

Menurut Nani, tembelang lelaki itu terbongkar selepas dia, Miza dan Dira yang masing-masing berstatus ibu tunggal berhubung antara satu sama lain di laman sosial yang menjadi punca kepada perkenalan mereka dengan lelaki terbabit.

Katanya, mereka mengenali lelaki itu sekitar Ogos tahun lalu menerusi laman sosial dan segala-galanya terbongkar dua bulan lalu.

"Dalam laman sosial itu, Miza dan Dira turut menjadi kenalan saya. Apabila berhubung antara satu sama lain, masing-masing bercerita mengenai 'drama king' itu dan terbongkarlah rahsia.

"Dalam menjalin hubungan cinta dengan saya, rupa-rupanya dia turut bercinta dengan dua rakan saya. Taktiknya sama, antaranya menggunakan panggilan diri 'papa' dan menagih simpati dengan mengatakan ibunya terlantar di hospital dua tahun akibat koma," katanya.

Nani berkata, lelaki itu turut merayu supaya diberikan RM15,000 untuk menanggung kos rawatan ibunya.

"Dengan saya dia minta RM15,000, begitu juga Miza dan Dira. Kerana tertipu dengan janji manisnya, sepanjang perkenalan, saya menyerahkan lebih RM10,000.

"Paling menyedihkan, saya sanggup meminjam RM5,000 daripada along untuk diberikan kepadanya," katanya yang turut mengakui menyerah tubuhnya kepada lelaki itu sehingga kini mengandung dua bulan.

Menurut Nani, satu lagi tembelang yang dibongkar, lelaki yang pada mulanya mengaku bujang itu rupa-rupanya berkahwin.

"Lelaki itu meminjam telefon bimbit saya dan menggantikan dengan 'telefon buruk' miliknya. Saya mengesan satu nombor tanpa nama dan menghubunginya.

"Alangkah terkejutnya saya, individu yang saya hubungi adalah isterinya. Isterinya tidak terkejut kerana tahu kerenah suaminya yang banyak skandal dengan wanita, malah pada masa sama mengakui tidak tinggal sebumbung dan akan bercerai," katanya.

Selepas mengenali satu sama lain sebulan lalu, Nani bersama Miza, Dira dan Alin mengadakan pertemuan dan terbongkarlah lebih banyak rahsia lelaki itu.

"Dalam pertemuan itu Alin mengesahkan sudah bercerai. Walaupun masing-masing sakit hati tetapi apabila bercerita, lucu pula jadinya.

"Ketika menjalin hubungan dengan kami, dia sudah ada isteri. Dengan saya dia janji nak kahwin April tahun ini dan dengan dua lagi 'kekasihnya' (Miza dan Dira), dia janji nak kahwin pada Mei dan Jun. Justeru, kami ini empat madulah jadinya," katanya.

Menurut Nani, dakwaan lelaki itu bahawa ibunya sakit juga dusta semata-mata.

"Kami sudah berjumpa ibunya. Memang dia raja drama sebab ibunya sihat saja di rumah. Kami juga bertemu seorang adik beradiknya dan ternyata dia memang penipu," katanya.

Nani mengakui 'tewas' dengan ayat manis lelaki itu dan kini menyesal.

"Saya pun sukar menyatakan mengapa saya jatuh hati dengannya sebab boleh dikatakan dia masuk dalam kategori kasanova 'cap ayam'. Nak kata tampan, tak adalah pula, perut buncit adalah.

"Cuma, dia guna ayat manis untuk memikat sehingga saya terpikat. Kini, saya menanggung akibatnya," katanya.

Bagi Miza pula, dia kerugian kira-kira RM1,000 selepas 'buta-buta' menyerahkan wang kepada lelaki itu.

"Lelaki itu memang pandai memujuk rayu. Kerjanya asyik minta wang... tambah nilai kredit telefon bimbit pun minta dengan saya.

"Kira-kira RM1,000 sudah saya beri kepadanya. Selepas tembelangnya terbongkar, saya akan menuntut kembali wang saya," katanya.

Dira pula berkata, dia kerugian kira-kira RM500 sepanjang berkenalan dengan lelaki itu.

"Eloklah tembelangnya pecah sebab belum apa-apa, sudah terserlah sikap buruknya. Kerjanya asyik cemburu, mengongkong dan memaki saja.

"Nasiblah siapa mangsanya selepas ini. Orang seperti itu tidak akan berhenti menipu dan menyusahkan orang lain," katanya.

Dalam pada itu, Alin mengakui sehingga hari ini dia menerima panggilan daripada wanita tidak dikenali melepaskan kemarahan dan menuntut wang.

"Saya memang ada menggunakan nombor telefon bekas suami. Justeru, ada wanita yang dikenakan bekas suami menghubungi nombor telefon itu.

"Saya nak buat macam mana. Pekakkan telinga sajalah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dengar bunyi pelik

Posted: 19 Mar 2011 12:32 PM PDT

ALOR GAJAH: "Saya dengar bunyi pelik di luar tapi tidak syak apa-apa sebelum terasa bas bergegar dan terhoyong-hayang lalu merempuh penghadang tengah lebuh raya dan terus melencong ke kiri jalan."

Begitu kata penumpang bas pesiaran, Shibli Sabtu, 26, selepas bas dinaiki bersama lapan penumpang lain terbalik di Kilometer 214.4, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah Selatan, kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

Dalam kejadian itu, semua penumpang yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru itu berdepan detik mencemaskan apabila bas dipandu lelaki berusia awal 30-an hilang kawalan sebelum terbabit dalam kemalangan.

"Ketika leka bermain telefon bimbit, tiba-tiba bas merempuh sesuatu dengan kuat sebelum senget ke kanan. Rakan saya pula tercampak ke lantai bahagian depan.


"Saya dengar penumpang menjerit dan meraung ketakutan selepas bas terbabas ke kiri sebelum terbalik ke kanan dan terseret, mengakibatkan sembilan penumpang lain tercampak dari tempat duduk," kata penuntut pusat pengajian tinggi awam itu.


Katanya, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila perjalanan yang dijadualkan jam 12.40 tengah malam dari Perhentian Bas Bukit Jalil ditangguhkan ke jam 1 pagi akibat hal yang tidak dapat dielakkan. Malah bas juga dirasakan tidak stabil kerana halajunya berubah-ubah.

Seorang lagi penumpang, Azlan Abdullah, 46, berkata pemandu lewat memulakan perjalanan kira-kira 30 minit daripada masa dinyatakan dan berhenti di Hentian Sebelah Nilai.

"Selepas memandu 30 minit, sekali lagi pemandu berhenti di Hentian Sebelah Senawang untuk menghilangkan mengantuk dan meneruskan perjalanan 10 minit kemudian sebelum terbabit kemalangan," katanya.

Katanya, ketika kejadian kebanyakan mereka terlelap dan dia tersedar apabila bas dirasakan senget sebelum terbalik dan terseret sejauh 50 meter.

"Saya cuba pegang tempat duduk depan dengan kuat tapi tetap tercampak. Keadaan huru hara kerana ramai penumpang tercampak dari tempat duduk.

"Saya cuba tendang cermin depan dengan harapan kami semua tidak terperangkap di dalam bas tapi tidak berjaya.

"Kemudian saya cuba membuka pintu kecemasan di atas bumbung bas dan dari situl kami semua merangkak keluar dari bas yang terbalik itu.

"Saya bersyukur kami semua, termasuk pemandu, terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius," katanya.

Sementara itu, sumber Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah (IPD) berkata, hasil siasatan awal, pihaknya percaya bas pesiaran dari arah Kuala Lumpur ke Johor Bharu hilang kawalan selepas terlanggar penghadang jalan dan melencong ke kiri lalu melanggar tebing dan terbalik ke kanan.

Bagaimanapun, bas itu hanya membawa sembilan penumpang dan mereka menyambung perjalanan ke Johor Bahru menggunakan bas pesiaran lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 20 Mar 2011 01:40 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


DUN Sarawak bubar esok

Posted:

DUN Sarawak bubar esok

DUN Sarawak bubar esok


Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin dan Abdul Taib Mahmud di Pekan Serian sempena Majlis Pelancaran Sejiwa Senada Bahagian Samarahan, di Sarawak, semalam. – MINGGUAN MALAYSIA/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


KUCHING 19 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.

Beliau berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam satu pertemuan sebelum ini.

Katanya, kini terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh hari penamaan calon dan pengundian.

"Saya telah bertemu Yang Dipertua Negeri untuk berunding mengenai hal pembubaran DUN dan beliau bersetuju dengan saya. Arahan pembubaran telah diberi dan ia akan berjalan pada 21 Mac, salinannya akan diberi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya," katanya.

Beliau membuat pengumuman berkenaan pada sidang akhbar yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), petang ini.

Pengumuman berkenaan menamatkan spekulasi berhubung pembubaran DUN yang memuncak apabila Abdul Taib mengadakan pertemuan bersama Abang Muhammad Salahuddin di Astana Negeri kira-kira sejam, pagi kelmarin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peralihan kuasa di Sarawak

Posted:

Peralihan kuasa di Sarawak

Peralihan kuasa di Sarawak

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
utusansarawak@utusan.com.my

KUCHING 19 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sudah mempunyai persefahaman bersama Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa peralihan kuasa di negeri ini perlu berlaku secara tersusun.

Sehubungan itu Perdana Menteri berkata, Abdul Taib memerlukan sedikit masa untuk menentukan bakal penggantinya sebagai Ketua Menteri.

Katanya, apa yang lebih penting adalah peralihan kuasa berkenaan tidak akan menjejaskan kestabilan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan negeri bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa keadaan.

"Jadi sebab itulah Pehin Sri (Abdul Taib) mengetuai jentera BN pada pilihan raya kali ini.

"Apabila sampai masa yang paling sesuai untuk berundur, Pehin Sri akan memaklumkan kepada saya," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan turut dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Abdul Taib dan semua presiden parti komponen BN Sarawak.

Sementara itu, sewaktu berucap pada majlis perasmian program Sejiwa Senada di pekan Serian pagi ini, Perdana Menteri memberi ingatan tegas kepada semua pihak dalam BN supaya tidak membuat desakan dalam isu pengunduran Abdul Taib.

"Ikutlah tradisi yang baik dalam negara kita, yang penting peralihan kuasa yang tertib dan tersusun supaya kepimpinan baru yang mengambil alih alih nanti boleh membawa Sarawak kepada keadaan lebih baik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taib mahu berundur selepas Pilihan Raya Sarawak

Posted:

Taib mahu berundur selepas Pilihan Raya Sarawak

Taib mahu berundur selepas Pilihan Raya Sarawak

SERIAN 19 Mac - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini mengumumkan beliau akan berundur selepas mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Beliau yang mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya itu berkata, keputusan untuk mengetuai jentera BN hanyalah bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan pemimpin baru dapat dikenal pasti.

Katanya, apabila pemimpin berkenaan dapat membentuk satu pasukan yang mantap dan menyeluruh merangkumi semua kaum di negeri ini, beliau akan melepaskan jawatannya.

"Kemungkinan saya akan bersara adalah sudah dekat, saya akan mengetuai pilihan raya nanti tetapi hanya untuk memastikan semua perkara berjalan lancar dan pemimpin baru dapat dilahirkan," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Program Sejiwa Senada Bahagian Samarahan, di sini hari ini.

Abdul Taib merupakan Ketua Menteri yang keempat selepas Datuk Stephen Kalong Ningkan, Datuk Penghulu Tawi Sli dan Tun Abdul Rahman Ya'kub sejak jawatan itu diperkenalkan pada 1963. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada 1981.

Abdul Taib dalam ucapannya itu berkata, beliau sudah lama berkhidmat untuk Sarawak dan sedar bahawa suatu hari nanti terpaksa berundur.

"Saya orang tua, bukan macam (Perdana Menteri) Datuk Najib, masih handsome masih muda, ataupun timbalannya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang manis dengan misainya.

"Tetapi saya tidak mahu cita-cita saya (untuk memajukan Sarawak) mati dengan diri saya sendiri, saya mahu ia terus hidup selama mungkin," tegasnya.

Dalam pada itu, Abdul Taib memberikan gambaran umum berhubung pelan peralihan kuasa apabila berkata, pemimpin yang terlibat perlu diberi latihan terlebih dahulu.

Beliau berkata, proses memberi latihan itu sebenarnya telah lama dilaksanakan sehingga dalam kerajaan negeri sekarang hanya beliau dan Alfred Jabu yang merupakan pemimpin veteran.

Menjawab soalan apakah beliau akan berundur pada pertengahan penggal, Abdul Taib berkata, "Mungkin, saya harap pada masa itu semua orang sudah bersedia. Sebenarnya saya berniat untuk berundur pada 2006 tetapi ia tidak dapat dilakukan, jadi saya tangguhkan."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 20 Mar 2011 01:35 AM PDT

Utusan Online - Timur


Umrah terus KT-Saudi

Posted:

Umrah terus KT-Saudi

Umrah terus KT-Saudi

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my


Sebahagian jemaah yang akan mengerjakan umrah membuat pemeriksaan imigresen dan kesihatan di Lapangan Terbang, Sultan Mahmud Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 19 Mac - Terengganu menjadi negeri pertama menawarkan penerbangan umrah secara terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah, Arab Saudi.

Naib Presiden Bahagian Haji dan Sewa Khas Malaysian Airline System Bhd. (MAS), Kapten Nik Huzlan Nik Hussain berkata, penerbangan terus itu memudahkan jemaah dari Pantai Timur apabila dapat menjimatkan masa serta tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur.

"Saya berharap semua pihak akan memanfaatkan sepenuhnya peluang ini pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis keberangkatan jemaah Umrah Anugerah di LTSM, di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu, Datuk Mazlan Ngah.

Seramai 451 jemaah yang terdiri daripada para petugas operasi haji tahun lepas dan beberapa kakitangan kerajaan terpilih menunaikan umrah pada kali ini.

Mereka berlepas pada pukul 5.55 petang semalam dengan menaiki pesawat MH8324 dan akan mengambil masa selama sembilan jam sebelum sampai di Jeddah.

Hampir kesemua jemaah menggunakan khidmat agensi pengurusan umrah iaitu Zahafiz Travel & Tours Sdn. Bhd., Imtiyaz Travel & Tours Sdn. Bhd., Rayhar Travels Sdn. Bhd. dan TH Travel & Services Sdn. Bhd.

Setiap agensi menawarkan tiga pakej iaitu pakej biasa, sederhana dan kelas pertama di mana pemilihan pakej bergantung kepada tahap kemampuan jemaah.

Nik Huzlan seterusnya berkata, secara purata, kira-kira 25,000 visa untuk menunaikan umrah telah diberikan kepada penduduk Terengganu, Kelantan dan Pahang pada setiap tahun.

Katanya, jumlah itu merangkumi 30 peratus daripada 80,000 visa yang dikeluarkan kerajaan pada setiap tahun untuk digunakan oleh penduduk negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siswazah dipelawa sertai Tunas Mekar

Posted:

Siswazah dipelawa sertai Tunas Mekar

Siswazah dipelawa sertai Tunas Mekar

KOTA BHARU 19 Mac - Siswazah lepasan diploma institut pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini dipelawa untuk menyertai program Tunas Mekar yang dianjurkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan dan Universiti Tekonologi Mara (UiTM).

Koordinator program itu, Mohd. Faizal Ramli berkata, program tersebut dirangka untuk membentuk usahawan muda dengan memberikan latihan kepada para peserta.

Beliau bagaimanapun menjelaskan tempat amat terhad kepada 40 orang sahaja dan meminta mereka yang berminat supaya mendaftar secepat mungkin selagi tempat masih ada.

"Peserta program ini akan ditempat terus ke syarikat-syarikat tertentu berdasarkan minat mereka, sebagai contoh, mereka akan ditempatkan di kolam ikan jika berminat dalam bidang ternakan atau di bengkel membuat makanan segera jika menunjukkan potensi ke arah pemprosesan makanan.

"Mereka ini akan ditemuduga untuk melihat minat masing-masing dan mendapat elaun sebagai perbelanjaan sepanjang latihan berkenaan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 20 Mar 2011 01:09 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


PM gembira dengan prestasi GTP, perkhidmatan awam

Posted: 20 Mar 2011 12:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau cukup gembira dengan pencapaian hasil Program Transformasi Kerajaan (GTP) walaupun pada awal ia dilancarkan wujud sikap skeptikal yang agak tinggi.

Beliau berkata kerajaan terkejut gembira mendapati sasarannya telah dicapai dan dalam beberapa hal sasaran melebihi jangkaan.

"Ini merupakan bukti cemerlang terhadap komitmen yang ditunjukkan oleh perkhidmatan awam," katanya dalam wawancara yang disiarkan dalam keluaran terbaru majalah Malaysian Business, dikendali oleh Ketua Pengarangnya, Datuk A. Kadir Jasin; Pengarang Charles Raj; dan Pengarang Berita Gurmeet Kaur.

Perdana Menteri berkata keputusan setakat ini sangat menggalakkan dan "kebanyakan dari apa yang kita janjikan telah ditunaikan".

"Memang tidak diragukan, beberapa matlamat memerlukan jangka masa yang lebih panjang. Sebagai contoh, sementara berlaku beberapa penambahbaikan dalam pengangkutan bandar, dengan peningkatan jumlah penumpang di LRT (sistem transit laju ringan), pembangunan MRT baru (Transit Rel Massa) pula akan mengambil masa," katanya.

Najib berkata "blok bangunan kini siap tersedia, pertama, untuk meredakan kesesakan dan menambahbaik apa yang kita ada pada ketika ini dan, kedua, untuk melaksanakan sistem MRT".

Beliau juga berkata anggota Jawatankuasa Kajian Prestasi Antarabangsa, yang terdiri daripada pakar-pakar perkhidmatan awam dari Amerika Syarikat, UK, Australia, Korea Selatan, Rusia dan Singapura memuji usaha dan hasil yang dicapai oleh kerajaan setakat ini.

"Tahun ini, kita akan terus mengadakan perjumpaan dengan rakyat untuk mendapatkan maklum balas mereka tentang kemungkinan bidang tumpuan baru," katanya.

Tentang apa yang ditunjukkan oleh kajian terbaru mengenai enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Najib berkata dalam jangka masa 12 bulan (Januari-Disember 2010), usaha berkenaan sudah mula menunjukkan hasil positif.

Indeks jenayah menurun sebanyak 15 peratus dan jenayah jalanan turun 35 peratus. Ini dicapai hasli mobilisasi lebih daripada 14,000 pegawai polis ke 50 kawasan panas jenayah.

Selain itu, hampir 5,000 anggota Rela dan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) telah ditugaskan ke kawasan panas tersebut.

Perdana Menteri berkata tinjauan oleh Transparency International (TI), Barometer Rasuah Global 2010, menunjukkan penambahbaikan persepsi awam terhadap usaha kerajaan memerangi rasuah.

"Ia menunjukkan 48 peratus daripada rakyat Malaysia berpendapat bahawa usaha kerajaan menentang rasuah berkesan. Ini merupakan peningkatan dari 28 peratus pada 2009.

"Di beberapa bidang, kita telah mengatasi sasaran. Bagi enrolmen pra-sekolah, misalnya, kita mewujudkan 1,500 kelas baru pra-sekolah dengan enrolmen 55,056 kanak-kanak.

"Kemiskinan tegar telah menurun kepada hanya 0.2 peratus menerusi penambahbaikan tahap pendapatan lebih daripada 44,600 isi rumah miskin tegar".

Usaha untuk menambak baik pengangkutan bandar juga menunjukkan hasil positif, dengan penumpang LRT meningkat sebanyak 2.43 juta.

Di kawasan luar bandar juga, pelbagai projek seperti bekalan air bersih, elektrik, jalan luar bandar dan baik pulih rumah untuk golongan miskin, member manfaat kepada kira-kira dua juta orang.

"Pencapaian ini adalah hasil usaha gabungan seluruh pegawai kerajaan di semua peringkat.

"Ini menunjukkan bahawa anggota perkhidmatan awam mampu mencapai 'sasaran mustahil' dengan program terperinci," kata Najib, dan menambah penghuraian pencapaian tahunan akan diterbitkan sesuai dengan ikrar untuk bersikap telus.

Perdana Menteri berkata, oleh kerana ramai anggota perkhidmatan awam terlibat dalam Labs (Pemandu), yang menyusun sasaran, "mereka kini berminat melihat mereka menunaikan rancangan dan janji mereka".

"Mereka begitu bersungguh-sungguh dan rajin untuk menentukan sasaran dicapai. Perkhidmatan awam amat menerima baik perubahan yang diperkenalkan bersama GTP," katanya.

Perdana Menteri berkata, sasaran dan tujuan yang digariskan telah membantu menggembleng usaha anggota perkhidmatan awam untuk memenuhi segala janji.

"GTP terbukti menjadi pemangkin utama dan tandaras untuk perkhidmatan awam bekerja lebih kuat dan sebagai sebuah pasukan demi faedah rakyat," tambahnya.

Beliau juga berkata Menteri dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) masing-masing begitu fokus dalam menyampaikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan untuk mereka.

Mengenai beberapa cabaran yang dihadapi kerajaan dan bagaimana mengatasinya, Najib berkata: "Sikap skeptikal dan keraguan orang ramai adalah cabaran terbesar. Kita harus bekerja kuat untuk menyampaikan hasil yang dijanjikan.

"Sebaik saja mereka melihat manfaat daripada pengangkutan awam yang lebih baik, ketelusan lebih luas, kadar jenayah lebih rendah, mereka akan yakin bahawa kerajaan mengotakan apa yang dikatakannya.

"Kerajaan juga tidak mengabaikan pandangan negatif. Kita berusaha untuk mengatasi dan menjawab sebanyak mungkin pertanyaan. Pemandu akan terus menyelesaikan aduan dan memberi perhatian.

"Beberapa kejayaan telah dicapai, dengan beberapa pihak yang menentang dan bersikap skeptikal mula menghargai hasil yang dicapai." — Bernama

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AELB beri perkhidmatan percuma kesan pencemaran radioaktif bermula hari ini

Posted: 19 Mar 2011 09:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) kini membuka perkhidmatan pengesanan sinaran untuk mengesan pencemaran radioaktif secara percuma kepada orang ramai yang ingin berbuat demikian.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata perkhidmatan itu yang bermula hari ini, dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang setiap hari di ibu pejabat AELB, Batu 24, Jalan Dengkil, Selangor.

"Buat masa ini, orang awam tidak perlu melakukan pengesanan sinaran untuk mengesan pencemaran radioaktif kerana situasi di Malaysia masih berada di tahap normal dan terkawal.

"Walau bagaimanapun, sekiranya orang awam ingin melakukan pemonitoran individu, AELB bersedia melakukannya secara percuma," katanya dalam  kenyataan di laman web kementerian www.mosti.gov.my hari ini.

Selain itu katanya, Agensi Nuklear Malaysia pula bersedia memberi khidmat analisa pencemaran makanan jika diperlukan.

Ongkili berkata sistem pengesan sinaran radiasi (RPM) yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sejak 2009,  juga menunjukkan paras normal.

"Pegawai AELB dan Agensi Nuklear Malaysia turut berada di lapangan terbang utama yang menerima pesawat dari Jepun untuk melakukan saringan kedua kepada penumpang jika terdapat bacaan yang melebihi kadar yang dibenarkan (0.5 mikro Sievert)," katanya.

Ongkili berkata pada masa yang sama, penumpang yang ingin mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran radioaktif lebih lanjut boleh memohon kepada pegawai bertugas di KLIA dan Terminal Tambang Murah (LCCT).

"Mosti menasihatkan sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak bimbang dan tidak mempercayai khabar-khabar angin dari sumber yang tidak berasas," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk  kepada Pusat Maklumat Radiologi AELB di talian 03-89225888 atau 019-2807869 atau melalui emel di  MNR-Customer@aelb.gov.my. — Bernama

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 19 Mar 2011 11:40 PM PDT

Utusan Online - Politik


Zaid tidak sokong isu liwat Anwar

Posted:

Zaid tidak sokong isu liwat Anwar

Zaid tidak sokong isu liwat Anwar

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU 19 Mac - Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) tidak pernah memberi sokongan terhadap isu liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun ketika beliau masih berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah tegasnya, ketika bersama UMNO dan menjadi Menteri Kabinet pada 1998, beliau mengetahui bahawa semua bukti yang ada pada pihak polis berhubung dakwaan salah guna kuasa terhadap Anwar pada tahun itu adalah benar dan tidak ada sebarang konspirasi yang berlaku seperti didakwa oleh pemimpin berkenaan.

Sehubungan itu katanya, segala komen yang pernah dikeluarkannya berhubung Anwar ketika masih di dalam PKR hanya mengenai beberapa kelemahan pihak pendakwaan pada tahun 1998 dan hukuman yang dikenakan, bukannya sokongan terhadap pemimpin itu.

"Masa saya dalam PKR setahun lebih memang saya ada buat komen dalam kes 1998 kerana ada aspek yang tidak memuaskan, misalnya laporan perubatan pengadu ketika itu tidak dikemukakan.

"Saya juga ada memberi ucapan di Ampang, Kuala Lumpur, kalau tidak silap bahawa hukuman penjara Anwar terlalu berat mengenai salah guna kuasa, tetapi tidak sekali pun saya pernah kata Anwar ini dikonspirasikan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Terdahulu, kira-kira pukul 9.30 pagi ini, Zaid yang diiringi oleh beberapa penyokongnya hadir ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat satu laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Jelas beliau, laporan itu dibuat untuk menggesa polis menyiasat Karpal kerana mendakwa pemimpin itu telah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadapnya.

"Tiga hari dulu Karpal buat ugutan terhadap saya. Saya buat kenyataan minggu lepas bahawa Anwar sepatutnya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes liwat beliau sebab itulah bukti yang menolongnya kalau tidak buat kerja itu.

"Lanjutan cadangan itu, Karpal kata saya lakukan kesalahan besar, cuba mempengaruhi mahkamah. Dia ugut saya, dia kata jangan main-main dalam air yang bergolak kerana akibatnya parah," jelas Zaid.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pluralisme: Jakim siasat Ketua Pembangkang

Posted:

Pluralisme: Jakim siasat Ketua Pembangkang

Pluralisme: Jakim siasat Ketua Pembangkang

YAN 19 Mac - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini menjalankan siasatan terhadap dakwaan isu pluralisme yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, siasatan termasuk meneliti terperinci teks ucapan yang pernah dibuat Anwar sebelum ini.

"Perkara ini perlu kita siasat secara terperinci sebelum membuat apa-apa tindakan seperti yang disyorkan oleh pihak tertentu, kita (Jakim) akan meneliti teks-teks ucapan beliau (Anwar) sebelum ini.

"Kita akan siasat dan lihat adakah keyakinan beliau terhadap pluralisme ini boleh membawa kepada kesesatan atau sebagainya," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia di Sungai Limau di sini hari ini.

Ia sebagai mengulas kenyataan Anggota Parlimen Bebas kawasan Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin baru-baru ini yang menggesa Jakim menyiasat salah satu siri ucapan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac tahun lepas.

Zulkifli mendakwa, ucapan Anwar bertajuk Religion and Pluralism in a Divided World itu mempunyai kecenderungan kepada fahaman tersebut.

Dalam pada itu, Jamil Khir menambah, Jakim memandang serius isu fahaman pluralisme dan giat melakukan usaha pencegahan agar tidak menyesatkan umat Islam.

"Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan bahawa fahaman pluralisme atau liberalisme ini salah daripada sudut pandangan Islam dan merupakan kefahaman yang terkeluar daripada Islam.

"Bahkah ini menyentuh soal akidah umat Islam kalau keyakinan terhadap pluralisme ini boleh membawa kepada kesesatan dalam kalangan yang berpegang kepada fahaman ini ia perlu dicegah," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 19 Mar 2011 11:37 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Lapan terbunuh nahas

Posted:

Lapan terbunuh nahas

Lapan terbunuh nahas

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


KEMALANGAN maut meragut nyawa sepasang suami isteri dan anggota tentera di KM 9 Jalan Kluang-Teck Wah Heng di Kluang, semalam.


BATU PAHAT 19 Mac - Seramai lapan orang termasuk sepasang suami isteri maut dalam empat kemalangan berasingan di daerah ini dan Kluang hari ini.

Di Kluang, kereta Proton Saga dinaiki sepasang suami isteri bertembung dengan Proton Persona dipandu seorang anggota tentera pada pukul 7.45 pagi di Kilometer 9, Jalan Kluang-Teck Wah Heng.

Difahamkan kereta dipandu anggota tentera itu, Norizan Musa, 33, hilang kawalan di selekoh sehingga memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan dinaiki pasangan suami isteri itu.

Ketika kejadian, mangsa, Muaz Abdul Rahman, 57, dikatakan dalam perjalanan membawa isterinya, Maznah Muhamed, 53, ke Stesen Bas Kluang kerana wanita itu berhasrat untuk mengunjungi rumah anak mereka di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, Norizan dan Maznah maut di tempat kejadian manakala Muaz meninggal dunia di Hospital Kluang.

Sementara itu, di Sri Medan, dua maut dalam kemalangan kira-kira 10 pagi membabitkan sebuah treler, dua lori dan sebuah kereta di Kilometer 14.5 Jalan Muar-Yong Peng.

Dua yang meninggal dunia ialah pemandu lori, Mohammad Syukri Musa, 39, dari Taman Tasik Jaya, Seremban dan pemandu kereta Toyota, Selamat Maskor, 44, dari Kampung Sri Maamor, Tangkak.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supritendan Adnan Azizon berkata, dalam satu lagi nahas, dua pemuda maut dalam kemalangan pukul 1.15 pagi di Kilometer 5, Jalan Bukit Pasir berdekatan Parit Bilal di sini apabila motosikal dinaiki mereka terbabas ke bawah lori.

Adnan berkata, dua pemuda itu ialah Muhammad Herman Jehia, 23, dari Kampung Parit Haji Dahlia, Yong Peng dan Mohd. Iezwan Anuar, 18, dari Kampung Sri Wangi.

Katanya, Hafedy Othman, 18 dari Kampung Parit Khalil, Ayer Hitam maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta di Kilometer 28.5 Jalan Kluang tengah malam tadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

9 wanita asing diselamatkan

Posted:

9 wanita asing diselamatkan

9 wanita asing diselamatkan


ANGGOTA penguat kuasa Imigresen memeriksa dokumen sembilan wanita warga asing yang diperalatkan sebagai pekerja pembersihan di Segamat, semalam.


SEGAMAT 19 Mac - Jabatan Imigresen Johor menyelamatkan sembilan wanita warga asing yang dipergunakan sebagai pekerja pembersihan selama lapan tahun di sebuah rumah teres di sini hari ini.

Dalam serbuan pukul 6.45 pagi itu, jabatan tersebut mendapati semua wanita berkenaan tinggal di negara ini secara haram setelah tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan atau permit kerja yang sah.

Kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 41 tahun itu mendakwa dipaksa bekerja dari pagi hingga ke malam sebagai pekerja pembersihan dengan bayaran tidak setimpal, malah salah seorang daripadanya sudah bekerja sebagai pekerja pembersihan selama lapan tahun.

Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul berkata, semua wanita itu bekerja sebagai pekerja pembersihan sambilan yang menerima tempahan melalui panggilan telefon.

Menurutnya, majikan mereka mengenakan bayaran serendah RM50 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seperti mengemas rumah dan mencuci pakaian.

"Hasil siasatan mendapati setiap hari mereka ini akan dihantar ke tiga hingga empat rumah mengikut tempahan daripada pelanggan walaupun caj perkidmatan dikenakan lumayan, mangsa hanya dibayar mengikut gaji pembantu rumah iaitu sekitar RM350 hingga RM400.

"Majikan mereka pula mengaut untung berganda apabila menerima bayaran mencecah ribuan ringgit sehari hasil kutipan caj perkhidmatan wanita warga asing terbabit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 19 Mar 2011 11:32 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Mimpi ngeri nuklear Jepun

Posted:

Mimpi ngeri nuklear Jepun

Mimpi ngeri nuklear Jepun



PEMBUNUHAN Alexander Litvinenko, 44, pada penghujung tahun 2006 menjadi kisah sensasi dunia perisikan. Litvinenko, seorang ejen badan perisikan Rusia, KGB, jatuh sakit pada 1 November 2006 selepas makan di sebuah restoran sushi di London. Dia baru sahaja menerima bukti tentang satu kes pembunuhan lain semasa makan di situ.

Pada 3 November, kesihatan Litvinenko bertambah buruk dan dia terpaksa dikejarkan ke Hospital Barnet di London. Pihak berkuasa Britain mengenal pasti bahawa Litvinenko telah diracun menggunakan bahan radioaktif polonium-210.

Gambarnya di hospital menunjukkan dia berkepala botak dan kelihatan tenat. Dia meninggal dunia tiga minggu kemudian.

Pembunuhan Litvinenko dikatakan mirip kisah dalam filem Hollywood bahkan ia didakwa sengaja dirancang oleh pihak berkuasa Rusia sendiri.

Insiden yang dialami Litvinenko boleh dikatakan merupakan kes keracunan bahan radioaktif terbaru yang menarik perhatian dunia sebelum beberapa siri letupan loji nuklear berlaku di Jepun lebih seminggu lalu. Loji nuklear Fukushima Daiichi meletup selepas utara Pulau Honshu dilanda tsunami sekali gus mendedahkan penduduk Negara Matahari Terbit itu kepada radiasi yang dikhuatiri boleh mengancam nyawa.

Radiasi boleh ditemui secara semula jadi di persekitaran hidup manusia. Haba, cahaya dan ketuhar mikro semuanya menghasilkan radiasi tetapi tidak berbahaya kepada tubuh manusia.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (AS), kira-kira 80 peratus radiasi datang daripada sumber semula jadi manakala selebihnya daripada sumber buatan manusia terutama mesin sinaran X di hospital.

Semasa letupan nuklear, manusia terdedah kepada jumlah radiasi yang tinggi dalam tempoh yang singkat dan boleh menyebabkan sindrom radiasi akut.

Bagaimanapun, insiden di Fukushima dikatakan tidak memberi kesan langsung kepada penduduk Tokyo apatah lagi Malaysia yang terletak sejauh 6,000 kilometer dari Jepun.


KEROSAKAN teruk pada bangunan loji nuklear yang meletupkan reaktor akibat tsunami menjadi kebimbangan Jepun dan negara serantau.


Ini diakui oleh Ketua Program Sains Nuklear, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Redzuwan Yahaya.

Redzuwan yang lebih suka menggunakan perkataan sinaran berbanding radiasi memberitahu, sinaran nuklear tersebut tidak mendatangkan kesan terhadap manusia seperti kebarangkalian mendapat kanser dan menyebabkan kematian.

"Bagi rakyat di Jepun, sinaran tersebut tidak berbahaya kerana penyebarannya adalah kecil. Inikan pula kita yang berada jauh di Malaysia," katanya kepada Jurnal.

Tahan 30 tahun

Menurutnya, sememangnya sinaran nuklear tersebut akan tersebar dan wujud di udara dalam tempoh masa yang lama tetapi ia tidak memberikan kesan. Sebagai contoh, bahan radioaktif paling berisiko daripada 250 bahan radioaktif lain seperti caesium dan strontium.

Dua bahan radioaktif ini dikatakan jika tersebar di ruang udara mampu bertahan selama 30 tahun.

Namun di Jepun, kesan sinaran nuklear yang tersebar hanya diibaratkan seperti rakyatnya menjalani satu rawatan sinaran X. Itu pun jika mereka duduk di luar sepanjang hari untuk beberapa hari tanpa perlindungan.


SEORANG petugas perubatan menggunakan alat pengukur radiasi Geiger di Niigata, Jepun pada 16 Mac lalu.


Bagaimanapun, Redzuwan yang berpengalaman selama hampir 20 tahun mengajar dalam bidang sains nuklear juga tidak menolak sinaran nuklear pada paras tertentu boleh membahayakan kesihatan dan nyawa manusia.

Antara yang mungkin terjadi, jika kesan sinaran berukuran 100 rems, ia akan merosakkan sistem peredaran darah dan menyebabkan sel limposit dalam darah berkurangan.

"Pendedahan kepada sinaran berukuran 200 rems pula akan mengakibatkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang menyebabkan mual, muntah-muntah dan cirit birit," katanya.

Mandul

Pada kekuatan ini juga ia boleh menjejaskan sistem peranakan wanita.

Ujarnya, sinaran nuklear yang berukuran 1,000 rems pula akan mengakibatkan kerosakan pada pembuluh darah.

Bagi mereka yang terdedah secara langsung terhadap sinaran berukuran lebih 5,000 rems pula akan menyebabkan sel otak rosak. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan perubahan pada asid deoksiribonukleik (DNA) sehingga menyebabkan kematian.

Ulasnya, disebabkan itu pekerja yang bekerja di kawasan teknologi nuklear untuk tempoh masa yang lama akan dipindahkan ke bahagian dalam pejabat bertujuan untuk menghilangkan atau mengurangkan kesan sinaran yang mungkin terkena semasa bekerja.

Redzuwan juga menolak kemungkinan kesan sinaran di Jepun akan meningkat dan menyamai kesan sinaran akibat letupan kuat loji nuklear Chernobyl di Ukraine pada 26 April 1986.


FUKUSHIMA merupakan wilayah paling aktif dengan industri nuklear di Jepun.


Tragedi Chernobyl menyebabkan 32 orang terbunuh akibat kesan langsung keracunan radiasi sementara 8,000 yang lain mengalami kesan pencemaran radioaktif akibat bahan radioaktif tersebar ke udara sehingga ke barat Eropah.

"Kebiasaannya kesan radioaktif hanya berlaku di kawasan lingkungan yang terlibat malah kesan tersebut tidak akan mencecah tahap yang lebih tinggi kerana Jepun telah pun melakukan tindakan bagi menyejukkan loji jana kuasa nuklear yang lebur dengan mencurahkan air laut ke dalam loji dengan menggunakan helikopter," katanya.

Menerangkan lebih lanjut mengenai loji nuklear tersebut, Redzuwan memberitahu, apabila loji nuklear tersebut lebur ia akan mengeluarkan tiga jenis bahan radioaktif ke udara iaitu caesium, iodin dan strontium.

Ulasnya, selepas seminggu letupan itu berlaku, loji nuklear tersebut masih panas ibarat seperti memasak 620,000 biji telur dalam masa tiga minit sekali gus menyebabkan penyebaran sinaran nuklear. Namun begitu, Jepun sedang bertungkus-lumus berusaha untuk menyejukkan loji nuklear tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 19 Mar 2011 11:20 PM PDT

Berita Harian: Nasional


DUN Sarawak dibubar esok

Posted: 19 Mar 2011 03:29 PM PDT

Nasional

NAJIB bersama Muhyiddin, Taib  dan barisan kepemimpinan BN melaungkan 1Malaysia pada majlis  Sejiwa Senada di   Serian, semalam.

NAJIB bersama Muhyiddin, Taib dan barisan kepemimpinan BN melaungkan 1Malaysia pada majlis Sejiwa Senada di Serian, semalam.

Abdul Taib tetap bertanding, terajui kempen BN menangi pilihan raya

KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam menamatkan teka-teki mengenai Pilihan Raya Negeri apabila mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) esok sambil mengesahkan beliau akan bertanding dan terus menerajui kerajaan negeri sehingga tempoh sesuai melaksanakan peralihan kuasa.

Abdul Taib yang sudah 48 tahun aktif dalam politik dan 30 tahun menerajui Sarawak berkata, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin sudah memperkenankan keputusan itu dan notis pembubaran akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut. SPR dalam kenyataannya malam tadi menyatakan mesyuarat khas akan diadakan Rabu ini di sini, diikuti penyerahan writ pilihan raya kepada semua pegawai pengurus pilihan raya di 71 kawasan DUN Sarawak dan sidang media bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Bagaimanapun, sudah ada desas-desus menyatakan hari penamaan calon adalah pada 6 April diikuti pengundian pada 16 April.

Pada sidang media bersama Datuk Seri Najib Razak di Lapangan Terbang Antarabangsa di sini, sebelum Perdana Menteri pulang selepas menyempurnakan lawatan seharinya ke negeri ini, Abdul Taib yang ditanya mengenai masa depan politiknya berkata, beliau sudah menyuarakan hasrat berundur sejak 2006.

Ditanya sama ada proses peralihan kuasa boleh dilakukan pada pertengahan penggal selepas pilihan raya ke-10 itu, Abdul Taib sekadar menjawab: "Boleh jadi... saya harap semua pihak sudah bersedia (untuk peralihan kuasa) sebab hasrat saya nak lepaskan jawatan pada 2006, tetapi tak menjadi dan saya menangguhkannya."
Sejak akhir-akhir ini, dua tokoh disebut sebagai pengganti Abdul Taib, iaitu Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Openg dan Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Pada majlis Sejiwa Senada dihadiri Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Serian sebelum itu, Abdul Taib ketika berucap di depan lebih 10,000 penduduk berkata, kemungkinan beliau bersara sudah dekat, tetapi akan menerajui pilihan raya kali ini untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

"Selepas itu (pilihan raya), saya akan serahkan kepemimpinan kepada satu pasukan yang boleh bekerja dengan semua kaum... Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum. Saya sudah lama berkhidmat dan tahu akan tiba satu ketika saya harus pergi," katanya dan memberi jaminan cita-cita membangunkan seluruh Sarawak tidak akan mati walaupun sudah bersara.

Sementara itu, Najib berkata, Ketua Menteri Sarawak itu memerlukan masa menentukan penggantinya.

"Siapa penggantinya akan dapat ditentukan dalam keadaan parti dan kerajaan terus stabil dan kuat, tidak berlaku pergolakan. Sebab itulah kita pentingkan beliau mengetuai pilihan raya ini dan bila sampai masa paling sesuai (peralihan kuasa), beliau akan maklumkan kepada saya," katanya.

Terdahulu ketika menyentuh perkara sama dalam ucapannya, Perdana Menteri memberi jaminan proses peralihan kuasa kepemimpinan kerajaan negeri akan dilakukan penuh tertib dan tersusun, sekali gus meminta semua pihak menyerahkan soal itu kepada beliau dan Abdul Taib.

"Saya dapat bayangkan Tan Sri (Abdul Taib) berharap apabila beliau meninggalkan pentas (berundur), beliau dapat meletakkan pimpinan yang kukuh, stabil dan diterima semua pihak. Beliau tahu dan faham, saya boleh pastikan beliau memang bersedia (berundur) bila tiba masanya. Jadi, janganlah terus mendesak serta membangkitkan isu kerana yang penting proses itu berjalan lancar," katanya.

Mengenai hasil lawatannya, Perdana Menteri berkata, beliau gembira suasana dilihatnya sepanjang lawatan sehari ke negeri ini.

"Nampaknya mood dan suasana dalam lawatan saya amat baik dan Muhyiddin pun beritahu lawatannya pun dapat sambutan menggalakkan. Dalam keadaan sedemikian, kita optimis... insya-Allah sokongan kepada BN pada tahap terbaik, tapi kita mesti atur langkah tepat, bijak dan pastikan jentera bergerak dengan lancar dan mesti kerja kuat.

"Semua mesti disusun rapi dan buat keputusan tepat lebih-lebih lagi calon yang kita pilih, mesti calon boleh menang," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

wanjeff

Spatutnya Pehin Seri sudah lama berehat dri arena politik. Dlm meniti usia yg kian lanjut dan keadaan kesihatan yg kurang memuaskan tiada byk yg dpt Pehin Seri lakukan lagi. Berilah peluang pd pemimpin2 muda yg sudah lama bersedia utk menerajui Sarawak. Bukan utk menidakkan kemampuan Pehin Seri, tapi itulah realitinya.

qisya

di harap datuk seri taib mahmud mengotakan janji akan berundur selepas pilihan raya..terima kasih.

Mohd Yunus

DUN bubar esok, tahniah BN kerana telah berjaya membangun negeri ini dengan pelbagai prasarana dan meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini. Tidak ada isu besar yang nak dibangkitkan terhadap kepincangan kerajaan BN. Kalau nak berjaya perlu berusaha, sebab yang leper tak akan datang melayang dan yang bulat tak akan datang bergolek. Sama-samalah kita bersatu demi negeri kita. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Jangan bertindak secara keanak-anakan, berdemonstrasi, menyusah dan memusnahkan ketenteraman dan harta benda awam. Pilihlah pemimpin yang boleh memajukan negeri kita. TQ


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DKN benteng cabaran sosial

Posted: 19 Mar 2011 03:28 PM PDT

Nasional

 SHAHRIZAT  melancarkan Dasar Keluarga Negara sempena program MyNilai  
di Shah Alam, semalam sambil diperhatikan Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor  Dr Sahol Hamid  Abu Bakar.

SHAHRIZAT melancarkan Dasar Keluarga Negara sempena program MyNilai di Shah Alam, semalam sambil diperhatikan Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Generasi berkualiti pacu Malaysia ke arah negara maju

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil semalam melancarkan Dasar Keluarga Negara (DKN) yang akan menjadi benteng kepada institusi keluarga menghadapi pelbagai cabaran sosial semasa.

Dasar itu yang diwujudkan hasil kesedaran mengenai pentingnya melahirkan generasi berkualiti dalam memacu negara menjadi negara maju diluluskan Kabinet pada 17 Disember 2007. Shahrizat berkata, DKN akan menjadi panduan dan peringatan kepada semua pihak yang terbabit dalam proses pembangunan negara supaya mengarusperdanakan perspektif keluarga dalam perundangan, dasar, prosedur, peraturan dan program pembangunan negara secara menyeluruh.

"Pelaksanaan DKN berdasarkan kepada tiga teras iaitu meningkatkan komitmen dan pembabitan pelbagai pihak untuk mengutamakan perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio-ekonomi.

"Memastikan undang-undang, dasar, prosedur serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan mengutamakan perspektif keluarga dan menyediakan serta memastikan program, perkhidmatan dan kemudahan mesra keluarga mudah diakses dan dicapai.

"Kalau masyarakat menghayati apa yang terkandung dalam DKN, mereka akan terpelihara. DKN diharapkan menjadi benteng menghadapi masalah sosial yang melanda negara," katanya pada majlis pelancaran DKN di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam.
Katanya, pemilihan UiTM bersesuaian dengan DKN yang boleh dimanfaatkan golongan sasar iaitu generasi pewaris.

Antara sebab DKN dilaksanakan ialah penduduk negara ini yang masih muda. Satu pertiga daripada 27.5 juta penduduk Malaysia di bawah 15 tahun.

Walaupun dari segi peratusan ia akan berkurangan daripada 31.7 peratus pada 2010 kepada 30.4 peratus pada 2020 dan ini menjadikan bilangan isi rumah/keluarga akan bertambah apabila Generasi Z dan Generasi Gen Alpha yang lahir selepas tahun 2000 memasuki kumpulan mereka yang akan berkahwin.

Jumlah isi rumah/keluarga yang kini sebanyak 6.3 juta akan berlipat ganda pada 2020.

Senario perkahwinan turut melalui perubahan terutama membabitkan generasi Y iaitu yang lahir pada 1980an, semakin dilewatkan di mana lelaki kini berkahwin pada purata usia 29 tahun dan perempuan, 25 tahun, manakala peratusan tidak berkahwin turut meningkat terutama wanita berkelulusan tinggi.

Sementara itu, struktur keluarga biasa juga tidak lagi terhad kepada bentuk keluarga nukleus (ibu, bapa dan anak) ataupun keluarga luas (ibu, bapa, datuk, nenek atau ahli keluarga lain) sebaliknya bentuk keluarga baru dalam masyarakat ialah ibu/bapa tunggal, keluarga gabungan, keluarga komuter (suami/isteri tinggal berjauhan dan berjumpa hujung minggu), keluarga sandwic (pasangan yang perlu menanggung anak dan ibu bapa yang tua) dan keluarga DINK (Double Income No Kids).

Keperluan keluarga baru ini memerlukan peraturan, perundangan, dasar serta perkhidmatan yang perlu menyokong cabaran baru ini.

Selain itu, penduduk berumur 60 tahun ke atas juga akan bertambah kepada 9.9 peratus pada 2020 berbanding 7.4 peratus pada 2010. Berikutan itu, sokongan perlu mengambil kira keperluan warga emas dan keluarga sandwich dalam perancangan pembangunan sosio ekonomi.

Dalam memastikan kejayaan DKN, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bersama pihak swasta dan NGO.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 19 Mar 2011 07:37 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


112 peluru berpandu dilancar ke atas Libya

Posted: 19 Mar 2011 06:22 PM PDT

Kapal perang dan kapal selam Amerika dan British melancarkan fasa pertama serangan peluru berpandu ke atas pertahanan udara Libya dan pegawai pertahanan Amerika berkata, serangan itu dipercayai mengakibatkan kerosakan besar.

Dalam serangan tersebut, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya, lapor AP.

Para pegawai pertahanan Amerika berkata adalah terlalu awal untuk menilai kesan serangan tersebut, tetapi berasaskan kepada ketepatan sasaran peluru yang dilancarkan, mereka merasakan ia mengakibatkan kerosakan teruk ke atas pertahanan udara Libya.

Pegawai berkenaan tidak mahu disebut namanya kerana misi serangan tersebut masih berterusan.

Ketika mengumumkan misi serangan tersebut ketika melawat Brazil, Presiden Barack Obama berkata beliau keberatan mengambil langkah ketenteraan tetapi yakin ianya perlu untuk menyelamatkan nyawa orang awam.

Obama mengulangi bahawa beliau tidak akan menghantar tentera Amerika memasuki Libya.

"Kami tidak boleh melihat sahaja apabila seorang pemimpin yang zalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak akan ada belas kasihan ke atas mereka," katanya di Brasilia.

Setakat ini, Amerika dilihat menghadkan peranannya dalam campurtangan di Libya, dengan fokus pertamanya untuk melumpuhkan pertahanan udara Libya, dan kemudian menyerahkan kepada negara-negara Eropah dan mungkin negara-negara Arab untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di atas ruang udara negara Afrika Utara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib: Titik permulaan optimistik

Posted: 19 Mar 2011 06:06 AM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak yakin suasana ceria dan sambutan menggalakkan yang diterima oleh beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan bersama ke Sarawak hari ini merupakan satu titik permulaan optimistik untuk mereka turun padang ke setiap negeri bagi berjumpa dengan rakyat.

"Kita merasa optimis. Insya-Allah sokongan kepada BN berada di tahap yang baik," kata Perdana Menteri pada persidangan akhbar bersama-sama Muhyiddin di Lapangan Antarabangsa Kuching.

Turut hadir Ketua Menteri sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Najib dan Muhyiddin yang tiba di Kuching semalam di bawah program turun padang pemimpin yang bermula hari ini sehingga September depan, telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari, termasuk program Sejiwa Senada di Serian, kira-kira 60km dari Kuching.

Perdana Menteri berkata dengan adanya program turun padang itu, kerajaan dapat mengenal pasti masalah rakyat dan menyelesaikan perkara yang menjadi rintangan di peringkat akar umbi.

Mengenai pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan bulan depan, Najib berkata: "Peringatan yang saya lazim berikan sama ada di peringkat nasional, negeri atau pilihan raya ialah kita mesti mengatur langkah yang tepat dan bijak."

Pengerusi BN itu berkata BN mesti memastikan jentera mereka bergerak dengan rancak dan bekerja kuat.

"Maknanya semua jentera parti BN mesti disusun rapat dan mengambil keputusan yang tepat, terutamanya untuk mengetengahkan calon yang boleh menang pada pilihan raya nanti".

--Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 19 Mar 2011 07:26 PM PDT

Utusan Online - Pahang


RM8j naik taraf jalan Kampung Pagi

Posted:

RM8j naik taraf jalan Kampung Pagi

RM8j naik taraf jalan Kampung Pagi

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Sebuah jentera meratakan tapak dan melebarkan jalan untuk diturap dengan tar di Kampung Pagi, Hulu Tembeling, Jerantut, semalam.


JERANTUT 19 Mac - Sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi membina dan melebarkan jalan Kampung Pagi di Hulu Tembeling dekat sini yang akan dimulakan tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak, berkata, jumlah itu merupakan sebahagian peruntukan Kerajaan Persekutuan bernilai RM200 juta bagi membina jalan tersebut bermula dari kampung itu ke Kampung Tuit di Kuala Tahan di sini.

Menurutnya, sebuah konsortium telah melaksanakan kerja jajaran serta kajian tanah sebelum kontraktor terlibat melebarkan laluan untuk membina jalan berkenaan.

''Kerajaan juga menyelesaikan sejumlah pampasan kepada penduduk apabila tanah milik mereka diambil bagi tujuan projek itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Wan Amizan, pakej projek itu yang bermula dari Kampung Tuit hingga ke Kampung Pagi sejauh 28 kilometer adalah antara projek mega menerusi program pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur di kawasan Tahan dan bakal siap sepenuhnya 2013.

Jelasnya, kemudahan tersebut dipercepatkan untuk keselesaan penduduk, termasuk bagi memunggah hasil kampung di samping menggalakkan sektor pelancongan inap desa di tempat itu.

''Jalan raya itu dikenali sebagai jalan pelancongan kerana pelawat boleh memilih jalan darat untuk mengunjungi kampung tradisional Melayu Hulu Tembeling bagi menggantikan penggunaan bot penambang di Sungai Tembeling," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Jerantut berkata, jalan itu memberi manfaat kepada 300 penduduk Kampung Pagi selain penduduk Kuala Sat, Bantai, Mat Daling dan Gusai berulang alik ke bandar Jerantut.

''Kita berharap jalan raya di kampung itu akan siap tahun ini dan menjadi pusat pertumbuhan baru di Hulu Tembeling berasaskan sektor pertanian dan pelancongan," katanya.

Katanya, transformasi pembangunan sosial, termasuk pendidikan terus mendominasi Hulu Tembeling, sekali gus mengubah kehidupan penduduk kampung tradisional daerah ini ke arah yang lebih baik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gangguan air di Rompin hari ini

Posted:

Gangguan air di Rompin hari ini

Gangguan air di Rompin hari ini

KUANTAN 19 Mac - Beberapa kawasan di daerah Rompin akan mengalami gangguan bekalan air mulai esok sehingga Isnin berikutan kerosakan pam di Loji Air Sungai Aur, Muadzam Shah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bekalan Air Pahang, Jaafar Abdullah berkata, kawasan yang terlibat adalah seluruh Bandar Muadzam, Bukit Ibam, Kampung Aur, Kampung Mikang dan Kampung Buluh Nipis.

"Selain itu, Kota Perdana, Kampung Kedaik, Kampung Kundang, Kampung Sawah Batu dan Kampung Gadak juga akan terlibat dengan gangguan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, gangguan itu dijangka pulih sepenuhnya Isnin ini dan orang ramai boleh menghubungi Pusat Aduan JBA Pahang untuk bantuan di talian 09-5739999.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 19 Mar 2011 03:12 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Gendang pilihan raya bermula

Posted:

Gendang pilihan raya bermula

Gendang pilihan raya bermula

Oleh SAIFUL HAIZAN


Pemimpin yang bijaksana tahu bila masa yang sesuai untuk berundur, ungkapan menarik dari Taib Mahmud ketika menjelaskan pengundurannya dari politik Sarawak.


Seandainya boleh disukat, pastinya suhu politik di Sarawak semalam berada pada tahap 100 darjah celcius.

Ia kerana penantian sejak berbulan lalu berhubung tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menemui noktah iaitu berlaku esok.

Lebih istimewa kali ini ia diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BN memalu gendang perang mereka dengan cukup bergaya, kehadiran Najib dan Muhyiddin secara serentak memahat satu sejarah kerana ia tidak pernah berlaku di Sarawak.

Bermula dengan pertemuan Perdana Menteri bersama rakan-rakan facebook yang rata-rata terdiri daripada generasi muda, ia diikuti dengan acara kemuncak iaitu perasmian Program Sejiwa Senada Bahagian Samarahan sebelum mengadakan lawatan secara berasingan di sekitar Samarahan, Kuching dan Sri Aman.

Kehadirannya amat membanggakan rakyat dan riak wajah mereka cukup gembira menantikan kehadiran dua pemimpin besar itu sehingga ada yang berlari ke arah khemah utama Program Sejiwa Senada di Pekan Serian untuk menatap wajah Najib dan Muhyiddin.

Ia merupakan satu petanda baik kepada BN dan hakikat itu turut dikongsi oleh Penganalisis politik terkenal Sarawak, Dr. Jeniri Amir yang mengakui 'rating' Najib cukup tinggi di mata rakyat.

Beliau yang rapat dengan denyut nadi politik Sarawak juga pantas memberikan jawapan "BN akan menang dengan majoriti dua per tiga sekali lagi" apabila diminta mengulas mengenai peluang parti pemerintah itu.

Hujah beliau, sehingga hari ini masih belum ada parti pembangkang yang benar-benar berjaya mencabar BN Sarawak yang dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sabah (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (SPDP) dalam konteks yang lebih menyeluruh.

Malah beliau tanpa teragak-agak menyatakan pertarungan sebenar ialah antara calon BN dari SUPP menentang calon pembangkang DAP sahaja di kawasan-kawasan bandar.

Dan kawasan bandar itu menurutnya, tidak akan mencorakkan politik Sarawak kerana jumlah kerusinya terlalu kecil jika dibandingkan dengan kerusi di kawasan luar bandar yang masih berpaksikan politik pembangunan dan bukannya politik berasaskan isu.

"Di kawasan bandar, saya lihat BN perlu lebih berhati-hati jika mahu berkempen dengan kaedah pengumuman projek kerana ia tidak digemari orang Cina," katanya.

Apa pun, DAP dilihat cukup fokus untuk meluaskan pengaruh mereka dan jelas mereka bertindak bijak apabila tidak menunjukkan sikap tamak berebut kerusi sebagaimana Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sanggup melukakan parti tempatan, Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) yang kini bergelar pembangkang.

DAP sedar mengenai kemampuan mereka di Sarawak, tidak sebagaimana sebuah lagi parti import dari Semenanjung, PKR yang amat bernafsu besar.

"Kalau di peringkat nasional, PKR sudah bergelut masalah, masakan PKR boleh meyakinkan rakyat Sarawak.

"Imej PKR dan Anwar yang tercalar teruk itu sudah cukup menggerunkan rakyat," kata Jeniri.

Pembangkang, walaupun sedar mereka berdepan dengan laluan sukar, tetap tidak mahu mengalah dan membuat kenyataan demi kenyataan kononnya akan menawan Sarawak, barang kali untuk menghiburkan hati sendiri.

Pelengkap

Penasihat DAP, Lim Kit Siang umpamanya, menyifatkan pilihan raya negeri akan datang sebagai pelengkap kepada tsunami politik yang berlaku pada pilihan raya umum 2008.

Lantaran itulah, tidak pelik jika 'hantu-hantu jembalang' dari Semenanjung yang dimaksudkan oleh Muhyiddin sudah mula kelihatan keluar masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sejak beberapa hari lalu.

Terpulanglah kepada rakyat Sarawak untuk membuat penilaian sama ada hantu-hantu jembalang ini berhak mencorakkan masa depan mereka. Hanya kuasa undi rakyat yang akan menentukan sama ada angka 63 kerusi yang dimiliki BN dan tujuh kerusi milik pembangkang akan berubah.

Turut mencuri tumpuan ramai semalam ialah pengumuman Abdul Taib bahawa beliau akan berundur selepas menyelesaikan tugasnya iaitu mengetuai jentera pilihan raya BN dan mengenal pasti calon yang sesuai untuk mengambil alih tempatnya.

Mengakui masa untuk berundur semakin hampir, Abdul Taib sebagai bapa pemodenan Sarawak membuat satu kenyataan yang cukup dalam maknanya: "Saya tidak mahu cita-cita saya (untuk memajukan Sarawak) mati dengan diri saya sendiri, saya mahu ia terus hidup selama mungkin," tegasnya.

Jelas Abdul Taib, meletakkan Sarawak di atas segala-galanya dan kerana itulah Jeniri menganggap Ketua Menteri hampir 30 tahun sebagai seorang negarawan.

"Seorang pemimpin yang bijaksana tahu bila masa yang sesuai untuk berundur," katanya.

Menurut beliau, jasa Abdul Taib amat besar di Sarawak sebagai arkitek pembangunan dan meninggalkan jejak dalam semua bidang.

"Apa yang penting sekarang ialah beliau perlu mewujudkan satu pasukan yang boleh bekerjasama bukan sahaja untuk PBB dan BN malah untuk perpaduan rakyat Sarawak," katanya.

Buat rakyat Sarawak, hayatilah lirik lagu rasmi negeri sebelum membuat perhitungan politik yang dijangka berlangsung pada pertengahan April depan:

Sarawak Tanah Air Ku

Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak

Engkaulah Tanah Pusaka Ku

Tanah Tumpah Darah Ku

Ibu Pertiwi Ku

Rakyat Hidup Mesra dan Bahagia

Damai Muhibbah Sentiasa

Bersatu Berusaha Berbakti

Untuk Sarawak Ku Cintai

Sarawak Dalam Malaysia

Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa

Kekallah Sarawak Bertuah

Teras Perjuangan Rakyat

Berjaya Berdaulat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pecah tembok filem Melayu

Posted:

Pecah tembok filem Melayu

Pecah tembok filem Melayu



MINGGUAN: Norman semakin bergerak ke hadapan dengan memecah tembok pasaran antarabangsa dalam filem terbaru Hikayat Merong Mahawangsa. Bagaimana ia bermula?

NORMAN: Pertama sekali bila buat filem kena fikirkan siapa sasaran kita. Kita juga mahu buat filem yang lain dari apa yang ada di pasaran. Selalunya filem kami berbentuk komedi. Jadi untuk lari dari filem berbentuk komedi atau seram kita kena cari sebuah filem yang senang dijual antarabangsa dan tempatan. Bagi saya genre yang sesuai untuk pasaran antarabangsa adalah aksi. Kemudian kami cuba untuk mencari bentuk filem yang kami mahu buat kerana yang penting walaupun berbentuk aksi akhirnya apa yang dijual adalah cerita, bukan aksi atau teknik CGI. Itu adalah faktor tambahan. Kemudian kami buat penyelidikan dan membaca pelbagai cerita seperti Hang Tuah, Raja Brook tetapi kami dapati yang paling sesuai adalah Hikayat Merong Mahawangsa. Tetapi ia perlu dipersembahkan dalam interpretasi moden.

Kami dapat tahu asal cerita ini adalah dari penglipurlara yang diceritakan dari mulut ke mulut. Ia kemudian berubah-rubah dan lebih kepada cara penceritaan lama. Dalam filem ini kita akan lihat ada elemen universal, pertama kerana ia ada melibatkan konteks antarabangsa melibatkan kerajaan Rom dan China. Bagaimana kedua-dua putera Rom dan China ini disatukan di tanah air yang baru ditubuhkan iaitu di Langkasuka. Itu yang saya rasakan ada tarikan untuk ke peringkat global dan juga tempatan.

Kami juga kemudian mendapat tahu ada insentif dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang dinamakan geran e-content. Kami kemukakan cadangan kerana dari segi bajetnya ia memang agak besar RM8 juta dan kami tidak mampu. Kami juga terpaksa mencari penaja seperti Celcom dan Malaysian Philharmonic Ochestra dan modal dalaman sendiri. Apabila selesai pengambaran filem ini apa yang kami lakukan adalah membuat threller filem selama seminit yang kemudian kami jaja ke pasaran antarabangsa. Kami bawa ke ejen penjualan di Amerika Syarikat dan mereka yang akan buat perjanjian dengan semua pengedar lain.

Bagaimana saudara boleh memulakan langkah ke pasaran luar?

NORMAN: Saya sebenarnya sudah pergi meneroka pasaran antarabangsa sejak tahun 2006 lagi. Saya sudah pergi ke Hong Kong, Bangkok, American Filem Market dan mula membuat kenalan di sana. Ia sebagai networking dengan mereka untuk pasaran antarabangsa. Ada salah sebuah syarikat berminat untuk mengedar tetapi mereka tidak tahu kita boleh buat filem seperti ini. Mereka pun tidak sangka kerana pada asalnya mereka lebih kepada mahu menolong saja. Tapi apabila mereka menerima sambutan yang banyak dari negara-negara lain dan kemudian makin ramai yang mahu mengambil hak pengedaran itu. Jadi filem ini sudah terjual walaupun ia masih belum disiapkan sepenuhnya. Dari situ kami juga dapat modal untuk menampung kos selebihnya.

Bagi saya tugas membuat filem itu bukan sekadar membuat filem tetapi perlu melibatkan pemasaran. Oleh itu pertama sekali kita kena tahu siapa pasaran kita, jadi kita perlu melibatkan hubungan dengan pengedar dari peringkat awal. Sekarang ini saya ada dua filem antarabangsa, satu filem animasi dan satu lagi filem aksi berkonsepkan seperti filem 300 dan Avatar. Pengambaran berlangsung di dalam studio di Cyberjaya. Kita panggil pelakon dari Hollywood berlakon dengan kami di sini. Sekarang kami sudah buat pre-sale dengan bagi skrip dahulu, apa yang kami buat bermula dari peringkat awal iaitu ketika membuat skrip lagi.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 19 Mar 2011 01:36 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Lagi bayi mati tersedak susu

Posted:

Lagi bayi mati tersedak susu

Lagi bayi mati tersedak susu

Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my


INILAH pusat jagaan di Shah Alam tempat Adelia didakwa tersedak susu sebelum meninggal dunia.


KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri, Muhammad Nizzam Aminuddin dan Fariza Tukir tidak akan dapat melupakan detik hitam dalam hidup mereka pada Rabu lalu apabila menerima panggilan kecemasan mengatakan anak bongsu mereka, Adelia yang baru berusia dua bulan sedang nazak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Shah Alam, Selangor.

Pada waktu itu, mereka sibuk memilih pakaian untuk Adelia di sebuah pasar raya di Shah Alam.

Muhammad Nizzam, 34, masih ingat dia bersama isterinya berkejar ke Pusat Perubatan Darul Ehsan di Seksyen 14 selepas pengurusan taska memaklumkan arwah dihantar ke sana dari sebuah klinik di Seksyen 10.

Mangsa sebelum itu dipercayai tersedak ketika diberi minum susu botol oleh kakitangan taska itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

: Seorang lagi masuk ICU

Posted:

<i>Adenovirus</i>: Seorang lagi masuk ICU

Adenovirus: Seorang lagi masuk ICU

KUALA LUMPUR - Seorang lagi pelatih inspektor lelaki Pusat Latihan Polis (Pulapol) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi semalam akibat jangkitan Adenovirus.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebook memaklumkan sebelum ini, seorang pelatih konstabel lelaki dan dua pelatih inspektor wanita masih dirawat di unit itu, menjadikan jumlah yang dimasukkan ke ICU empat orang berbanding tiga kelmarin.

Menurut laman itu, jumlah pelatih yang dirawat di HKL ialah 24 orang iaitu sembilan pelatih inspektor lelaki, 11 pelatih inspektor wanita dan empat pelatih konstabel lelaki manakala jumlah mereka yang dikuarantin ialah 347 orang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUN Sarawak dibubar esok

Posted:

DUN Sarawak dibubar esok

DUN Sarawak dibubar esok


Taib Mahmud


KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan, demikian diumumkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam.

Katanya, beliau telah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian, katanya pada sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini.

Pengumuman Taib itu menamatkan teka teki mengenai tarikh pilihan raya negeri Sarawak. DUN Sarawak sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.

Najib dan Muhyiddin yang tiba di sini kelmarin di bawah program 'turun padang' pemimpin yang bermula semalam sehingga September depan telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini seharian semalam. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 19 Mar 2011 11:30 AM PDT

Utusan Online - Kota


Lori kuari kuasai jalan

Posted:

Lori kuari kuasai jalan

Lori kuari kuasai jalan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


JALAN Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh berlopak selepas hujan dan berdebu pula pada musim panas akibat digunakan oleh lori yang mengangkut batu dari kuari berdekatan setiap hari. – UTUSAN/AMIRA AZMAN


SUNGAI BULOH 18 Mac – Terlalu tinggi harga yang perlu dibayar oleh penduduk di sekitar Kampung Matang Pagar di sini untuk melalui jalan di kawasan kampung mereka setiap hari.

Ini kerana mereka terpaksa berkongsi jalan dengan lori-lori besar yang berulang-alik dari sebuah kuari berhampiran.

Bukan sekadar membahayakan nyawa pengguna jalan tersebut, malah kehadiran kenderaan berat itu turut memberi kesan buruk kepada jalan raya di situ.

Lubang besar, tidak rata dan beralun sudah menjadi ciri utama jalan di Kampung Matang Pagar.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, dakwaan penduduk bahawa mereka terpaksa berkongsi jalan dengan lori-lori besar memang benar, malah lori-lori itu dilihat 'sangat berkuasa' di jalan itu.

Seorang penduduk, Hanif Sapri, 31, berkata, keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak sentiasa terancam dengan kehadiran lori-lori dari kuari berhampiran yang memulakan operasi sejak pukul 5 pagi setiap hari.

Katanya, sudah banyak penduduk yang maut dan cedera kerana terlibat dalam kemalangan dengan lori-lori berkenaan tetapi semua itu tidak pernah memberi kesan kepada operasi lori terbabit.

"Laluan di sini memang sibuk dan kehadiran kenderaan berat memburukkan lagi keadaan.

"Masalah jalan rosak juga tidak pernah ada kesudahannya. Tindakan yang diambil hanya bersifat sementara.

"Isu ini pernah dibangkitkan oleh media dan selepas itu, pihak berkuasa ada mengambil tindakan tetapi keadaan kembali seperti sedia kala selepas beberapa ketika," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Nazar Munir, 46, berkata, jalan rosak dan berlubang bukan sahaja membahayakan pengguna, malah turut merosakkan kenderaan.

Katanya, dia terpaksa memperuntukkan sejumlah pendapatannya untuk membaiki kerosakan kereta akibat melalui jalan kampung itu setiap hari.

Tambahnya, kehadiran lori-lori kuari juga mencemarkan udara di kawasan itu dan rumahnya yang terletak di Taman Impian Indah tidak pernah lekang daripada masalah habuk.

Mohd. Razi Md. Radi, 68, pula berkata, keadaan jalan tersebut yang tidak rata di kawasan itu boleh mengundang kecelakaan kepada penduduk terutama penunggang motosikal dan kanak-kanak yang berbasikal ke sekolah.

"Saya pernah jatuh daripada motosikal kerana tidak sempat untuk mengelak lubang. Nasib saya baik kerana hanya cedera ringan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis tingkat kawalan di stesen LRT

Posted:

Polis tingkat kawalan di stesen LRT

Polis tingkat kawalan di stesen LRT


TUN Hisan Tun Hamzah (kanan) mendengan penerangan daripada Ketua Keselamatan Kumpulan Prasarana, Abu Shahriman Abu Yazid (tengah) semasa menaiki LRT untuk ke Stesen LRT Ampang, semalam.


KUALA LUMPUR 18 Mac - Polis Selangor memberi jami nan bahawa orang ramai kini tidak lagi terdedah kepada jenayah jalanan seperti penyeluk saku dan ragut apabila menggunakan kemudahan transit aliran ringan (LRT) di negeri itu.

Ini berikutan langkah polis kontinjen negeri yang akan meningkatkan tahap kawalan di sekitar stesen-stesen LRT yang mempunyai indeks jenayah tinggi dan kawasan panas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pendekatan yang dilaksanakan itu bagi mening katkan keyakinan orang ramai terhadap soal keselamatan di kawasan awam.

"Apabila saya bertemu dengan beberapa pengguna LRT tadi dan bertanyakan tentang keselamatan, mereka me lahirkan rasa selamat serta yakin menggunakan kemudahan itu dengan adanya anggota polis yang bertugas.

"Perkara ini merupakan satu perubahan yang dialu-alu kan dan usaha untuk menyakinkan orang ramai boleh dianggap berjaya," katanya selepas melakukan 'walkabout' Ketua Polis Selangor di laluan Stesen LRT Cahaya ke Am pang di sini hari ini.

Ditanya sama ada pihaknya akan menempatkan anggota polis di semua laluan LRT di negeri ini, Tun Hisan mem beritahu, hanya kawasan panas dan mempunyai indeks jenayah yang tinggi yang akan ditempatkan anggota polis.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai kesukaran untuk menempatkan anggota di semua laluan berikutan keku rangan tenaga kerja.

"Bahagian siasatan jenayah daerah akan membantu kita menganalisis kawasan-kawasan yang dikenal pasti mem punyai indeks jenayah yang kerap selain daripada kawasan panas," katanya.

Tun Hisan menambah, beliau berharap agar masyarakat dapat mengubah persepsi terhadap pihak polis kerana apa yang dilaksanakan pihaknya bertujuan membantu menjaga dan mewujudkan keadaan selamat di sesuatu kawasan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelarian Myanmar di tapak projek KLIFD dipindah

Posted:

Pelarian Myanmar di tapak projek KLIFD dipindah

Pelarian Myanmar di tapak projek KLIFD dipindah

KUALA LUMPUR 18 Mac - Semua penduduk dan pemilik premis di tapak Projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) telah dipindahkan bagi membangunkan kawasan itu.

Naib Presiden Kanan Komunikasi Korporat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Shahriza Embi berkata, pelarian Myanmar yang menghuni bangunan lama di tapak projek itu turut diberi penempatan semula.

Katanya, usaha itu adalah hasil kerjasama Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Pelarian Chin (CRC).

"Kumpulan pertama penghuni bangunan yang ditinggalkan di tapak projek itu telah mengosongkan premis tersebut.

"Pihak kami telah berbincang dengan pelbagai pihak terlibat untuk menyelesaikan usaha penempatan semula ini membabitkan penduduk dan peniaga di situ secara baik dan adil,'' katanya dalam satu kenyataan di sini.

Projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur bernilai RM26 bilion itu bakal dibangunkan dekat kawasan Kampung Pandan, di sini.

Projek kerjasama 1MDB dengan Mubadala Development Company (Mubadala) dari Abu Dhabi itu bakal bermula Jun ini.

Menurut Shahriza, pembangunan di kawasan tersebut sepatutnya bermula pada lewat 1990-an, namun, bangunan sedia ada membabitkan dua blok yang mempunyai tiga dan empat tingkat di situ tidak dirobohkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 19 Mar 2011 09:46 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Taib umum pelan kuasa

Posted: 18 Mar 2011 03:38 PM PDT

MukaDepan

NAJIB  berbincang sesuatu dengan Abdul Taib sambil disaksikan Rosmah dan Ragad Kurdi sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, malam tadi. - Foto Ghazali Bujang

NAJIB berbincang sesuatu dengan Abdul Taib sambil disaksikan Rosmah dan Ragad Kurdi sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, malam tadi. - Foto Ghazali Bujang

KM Sarawak nyata masa depan ketika lawatan PM, TPM

KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka membuat pengumuman masa depan politiknya hari ini, ketika spekulasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan, hangat diperkatakan sekarang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu dijangka membuat pengumuman ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini yang tiba ke sini, malam tadi.

Kelmarin, Abdul Taib mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri dan menimbulkan spekulasi, DUN akan dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri ke-10 diadakan bulan depan. Akhbar tempatan di sini semalam, melaporkan Abdul Taib dijangka membubarkan DUN Sarawak selewat-lewatnya Isnin ini, kira-kira empat bulan daripada tempoh tamat DUN sekarang.

Penamaan calon mungkin diadakan minggu pertama bulan depan dengan kempen pilihan raya selama 10 hari, menjadikan hari mengundi berlangsung pada pertengahan April.

Hari ini, beliau bersama-sama Najib dan Muhyiddin menghadiri program Sejiwa Senada anjuran kerajaan negeri, di Serian, dekat sini, iaitu salah satu daripada 11 siri program bertemu rakyat sebelum pilihan raya diadakan. Dua program terakhir akan diadakan di ibu negeri ini pada minggu pertama April.

Sementara itu, Abdul Taib yang ditemui selepas Majlis Perhimpunan Belia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK) semalam, kelihatan ceria dan beramah mesra dengan orang ramai, namun masih mengelak pihak media yang cuba bertanya mengenai tarikh pembubaran DUN.
"Tunggu sehari lagi... pengumuman akan dibuat sedikit masa lagi," katanya mengelak ditemuramah media ketika ditanya mengenai pengumuman rasmi yang akan dibuat berkaitan pilihan raya sebelum bergegas menaiki kenderaan rasmi bersama isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Abdul Taib yang ditanya mengenai khabar angin beliau akan ke Makkah bagi menunaikan umrah, menafikan perkara itu dan memaklumkan beliau akan berada di negeri ini.

Petanda pilihan raya semakin dekat diperkukuhkan dengan persiapan oleh BN apabila sumber memberitahu Berita Harian, manifesto pilihan raya BN sudah dimuktamadkan dan mendapat restu Abdul Taib pada Rabu lalu. BN juga dalam proses memuktamadkan senarai calon dengan satu mesyuarat penting bagi membincangkan senarai calon berlangsung di Kuching malam tadi.

Difahamkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka mencalonkan sekurang-kurangnya tujuh muka baru, manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menampilkan lapan muka baru di kerusi yang ia kalah pada pilihan raya 2006. Parti Rakyat Sarawak (PRS) pula dijangka mencalonkan dua muka baru dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengesahkan mencalonkan semula semua lapan penyandang.

Dalam ucapannya sebelum itu, Abdul Taib meminta belia tidak melupakan pegangan asas dalam kehidupan iaitu ajaran agama dan budaya bagi memastikan identiti sebagai masyarakat yang berbudi bahasa kekal walau di mana mereka berada.

Katanya, pembangunan generasi muda sangat penting, terutama bagi memastikan peluang pekerjaan dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), yang mementingkan bidang kemahiran, dapat dicapai bagi mengelak kebergantungan kepada pihak luar.

"Sarawak akan berubah secara meluas selepas semua projek SCORE dilaksanakan dengan sasaran mencapai masyarakat berpendapatan tinggi perlu dicapai dalam memastikan negeri mencapai status negeri maju," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

madz

Semoga Sarawak terus maju...

madz

Semoga Sarawak terus maju...

Mohad Takrim

Assalam . Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud(KM) Sarawak perlu memberi laluan kepada Calon Baru bagi menggantikan belIau. Walaupun jasa beliau terlalu banyak, sudah tiba masanya beliau berundur berdasarkan senario politik dunia terutamanya di Asia Barat. Apapun, semoga BN terus kekal di Sarawak.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaji RM2,000 minimum mohon kad kredit

Posted: 18 Mar 2011 03:36 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta, hanya mereka berpendapatan RM2,000 sebulan boleh memohon kad kredit berikutan langkah terbaru Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan had minimum pendapatan tahunan daripada RM18,000 kepada RM24,000.

Pemegang kad kredit sedia ada dan pemohon baru berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang daripada itu, hanya boleh memiliki kad daripada dua bank dan had kredit ditetapkan dua kali ganda daripada pendapatan bulanan masing-masing.

Timbalan Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus, pada taklimat medianya semalam, berkata berikutan langkah itu, pemegang kad berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang yang mempunyai kad kredit lebih daripada dua bank diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk mengurangkannya kepada dua bank saja. "Golongan ini diberi masa dua tahun untuk menyelesaikan baki tertunggak untuk kad yang dibatalkan itu," katanya.

Katanya, walaupun hutang daripada kad kredit di Malaysia kini berada pada paras yang boleh diuruskan, langkah terbabit perlu diambil untuk menggalakkan pengurusan hutang dan kewangan secara berhemah.

Katanya, garis panduan baru itu juga adalah untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap penggunaan kad kredit sebagai instrumen bayaran yang selamat serta memastikan amalan perniagaan adil untuk semua pihak.

"Matlamat utama garis panduan baru ini adalah sebagai langkah awal memastikan paras terkawal hutang isi rumah kekal pada kedudukan sekarang pada masa akan datang," katanya.
Sehingga akhir tahun lalu, hutang tertunggak kad kredit di negara ini adalah RM30.8 bilion atau lima peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah.

Kira-kira 50 peratus daripada 3.2 juta pemegang kad kredit di Malaysia ketika ini mempunyai pendapatan tahunan RM36,000 atau kurang daripada itu.

Nor Shamsiah berkata, dalam usaha meningkatkan ciri-ciri keselamatan kad kredit, semua urus niaga yang menggunakan instrumen bayaran berkenaan akan memerlukan pengesahan PIN, bermula 1 Januari 2015.

Beliau berkata, maklumat urus niaga menggunakan kad kredit juga akan dihantar oleh bank kepada pemegang kad menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berkuat kuasa 1 Januari depan.

"Bank juga akan melaksanakan lebih banyak pengesahan keselamatan untuk urus niaga dalam talian bermula 1 April tahun depan," katanya.

Sementara itu, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) memberi jaminan kepada pemegang kad kredit, kedudukan kewangan mereka akan dinilai oleh bank ketika melaksanakan garis panduan baru itu.

"Garis panduan itu baru saja dikeluarkan, justeru, ahli kami serta pengeluar kad lain kini sedang mengkaji semula operasi masing-masing dan membuat perubahan dalam proses berkaitan.

"Diharapkan, bank dan pengeluar kad diberikan tempoh yang wajar untuk menyelesaikan kajian semula itu seterusnya memberi maklumat kepada pengguna terhadap pendekatan yang akan digunakan kelak," kata Pengarah Eksekutifnya, Chuah Mei Lin.

Dalam pada itu, Mei Lin berkata, ABM dan pengeluar kad bank komersial sudah menyediakan senarai soalan yang mungkin dikemukakan pengguna dan jawapan berkaitan dengannya untuk memudahkan rujukan dibuat apabila mengendalikan pertanyaan daripada pemegang kad kredit yang terbabit.

"Pelanggan yang berdepan kesulitan boleh menghubungi bank masing-masing untuk berbincang situasi peribadi mereka supaya nasihat boleh diberikan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

raff

Langkah yang bijak. Cadangkan agar golongan yang dah pencen, pernah disenarai hitamkan tidak dibenarkan memperbaharui kad kredit. Kalau tak sampai tua nak mati pun masih ada yang berhutang kad kredit.

genal

satu keputusan yang bijak oleh bank negara demi menjamin rakyat daripada bebanan hutang yang boleh menghancurkan masa depan rakyat terutama golongan muda.

azni05

Bg sy bgus jgk lngkah ini.Stdak-tdaknya ia akn mngubah sdkit skap boros brblanja d kalangn pmgang kad sdia ada srta mngingtkn kpd yg bru cba-cba hndak mndkatkn dri dgn kad hutang ini..

damai83

Langkah yang baik. Kad kredit adalah satu kemudahan yang harus digunakan dengan bijak berasaskan keperluan.

GGANU

Salam,
Elakkan dari menggunakan khidmat kad kredit dari bank-bank konvensional kerana ia adalah amalan riba menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan