Ahad, 20 Mac 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 20 Mar 2011 01:04 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Lampu solar: Mereka bentuk tiang lampu

Posted:

Lampu solar: Mereka bentuk tiang lampu

Lampu solar: Mereka bentuk tiang lampu

BANYAK teknologi telah dikembangkan untuk menggunakan sinaran suria atau cahaya matahari bagi menjana bekalan tenaga elektrik.

Tenaga suria atau tenaga solar adalah teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari.

Tenaga matahari telah digunakan dalam banyak teknologi tradisional sejak beberapa abad dan telah digunakan secara meluas ketika ketiadaan bekalan tenaga lain.

Seperti di kawasan terpencil dan kawasan pedalaman yang mempunyai struktur bumi yang sukar dicapai bagi pemasangan tiang elektrik Tenaga Nasional Berhad ( TNB) dan menyumbang kepada kos yang amat tinggi berbanding pemasangan solar panel.

Pada minggu ini, Zull Design Autotronic akan berkongsi mereka bentuk inovasi dengan pembaca dengan rekaan lampu solar.

Kita mulakan dengan siri Bahagian 1 iaitu mereka bentuk struktur utama tiang lampu dengan reka bentuk dan saiz yang bersesuaian.

Alat-alat yang digunakan

nKepingan besi (sheet metal)

nBatang besi (mild steel hollow square bar) - 75mm x 75mm

nBatang besi (mild steel hollow square bar) - 65mm x 65mm

nSkru dan nat

Untuk mereka bentuk tiang lampu solar, pihak kami mereka kepada 3 bahagian utama tiang iaitu tapak, tiang bawah dan tiang atas supaya ia lebih kukuh.

Bersambung pada minggu hadapan untuk proses mereka bentuk seterusnya. Selamat mencuba.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bantu keluarga miskin

Posted:

Bantu keluarga miskin

Bantu keluarga miskin

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
kampus@utusan.com.my

kHIDMAT masyarakat anjuran Sekolah Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Profesional tersebut adalah antara aktiviti pelajar bersama mentor bagi memupuk sikap prihatin di kalangan pelajar.

Ia meliputi program kebajikan masyarakat bersama seorang ibu tunggal yang menghidap penyakit ahmar, dan anak beliau yang kurang upaya. Beliau juga merupakan ibu kepada salah seorang pelajar PTPL Sarawak.

Selain sesi ramah mesra, PTPL juga turut menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban yang dipikul oleh keluarga yang memerlukan.

Fatemah Abdullah berkata, sumbangan berbentuk wang tunai yang diberikan PTPL sedikit sebanyak dapat membantu keluarganya dari segi kewangan.

"Saya kehilangan tempat bergantung sejak kematian suami, tidak lagi bekerja sebagai pekerja am di salah sebuah syarikat swasta di Kuching," katanya.

Seorang tenaga pengajar, Rohaya Mahmud berkata, program seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa kerana ia mampu memberi pendedahan kepada pelajar tentang permasalahan yang sebenar yang dihadapi masyarakat dan mendidik mereka supaya lebih prihatin.

Salah seorang pelajar, Mohd Syafiq Mohd Shahdan berkata, program sebegini mampu menyemaikan sikap tolong menolong di dalam masyarakat yang tidak mengenal perbezaan bangsa, bahasa dan agama.

Ia juga menyahut saranan Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan adanya program seperti ini diyakini PTPL Sarawak mampu untuk melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi, prihatin, berdikari dan mempunyai semangat kekitaan selain cemerlang dalam bidang akademik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Stailo

Posted: 20 Mar 2011 11:25 AM PDT

Kosmo Online - Stailo


Platform terbaik pereka baru

Posted:

Platform terbaik pereka baru

Platform terbaik pereka baru

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF



SETIAP tahun industri fesyen tempatan menerima kehadiran ramai pereka muda berbakat besar. Namun, malangnya jumlah pereka yang bertahan akhirnya boleh dihitung dengan jari. Kenyataan itu diakui sendiri oleh pengasas Young Designers Arena (Yoda), Baizura Tazri, 30.

Berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Baizura mengeluh panjang kerana secara purata dalam setahun Malaysia melahirkan 350 graduan fesyen dari pelbagai universiti dan kolej. Namun, dalam setahun hanya sekitar 50 graduan yang kekal terlibat dalam bidang itu.

Tambah Baizura, separuh daripada graduan itu mula mengisi kekosongan pekerjaan dalam jawatan kerani, setiausaha, pegawai bank ataupun guru.

"Kadangkala masalah ini timbul kerana tindakan sesetengah pihak seperti penganjur pertunjukan fesyen yang lebih selesa menjemput pereka yang popular untuk acara mereka. Bagi saya, pereka muda juga berhak berkongsi pentas peragaan yang sama. Jika tidak diberi peluang pada hari ini, bila lagi tempoh yang ideal?" soal Baizura, lulusan akauntan sistematik di salah sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Enggan situasi tersebut berterusan, gadis genit yang pernah terlibat dalam acara fesyen terbesar seperti Malaysian International Fashion Alliance (MIFA) dan Festival Fesyen Islamik (IFF), menubuhkan Yoda.

Organisasi yang ditubuhkan pada tahun 2009 itu bukanlah untuk mencari keuntungan, sebaliknya objektif utamanya adalah untuk memperkenalkan pereka muda tempatan kepada pencinta fesyen. Pada masa yang sama, berusaha mencari ruang dan peluang buat pereka yang berdaftar di bawah naungan Yoda menunjukkan koleksi produk mereka.

"Kami berbesar hati membantu mengangkat barisan pereka muda yang bersemangat waja memajukan diri, label dan rekaan fesyen dalam industri fesyen.

"Pada pengamatan saya pereka baru yang memiliki keazaman dan berdaya saing cuma memerlukan landasan yang betul. Paling penting perlu bijak mencari signatur rekaan peribadi," ujar Baizura kepada Stailo.



Tatkala diaju soalan berkaitan permasalahan yang sering dialami pereka baru, Baizura yang dibantu tujuh ahli jawatankuasa menyenaraikan tiga masalah utama. Pertama, aspek kewangan. Sebaik saja graduan menamatkan pengajian, mereka akan berhadapan dengan masalah kewangan yang serius terutamanya bagi memulakan perniagaan. Antaranya untuk membeli peralatan jahitan dan fabrik.

Kedua, pereka muda mudah mengaku kalah untuk meneruskan perjuangan dalam bidang fesyen atas alasan tidak mempunyai kenalan terutamanya dalam kalangan pencinta fesyen dan pihak media. Seterusnya, kurang mendapat sokongan ahli keluarga terutamanya dalam kalangan graduan lelaki.

"Dengan wujudnya Yoda kami cuba meringankan masalah yang dihadapi. Setiap bulan kami merangka sebuah pertunjukan fesyen buat pereka muda mempamerkan koleksi bagi tujuan promosi," kata Baizura.

Dari segi kewangan pula, Baizura menyatakan kumpulan pereka baru berpeluang memohon pinjaman Dana Industri Kreatif yang ditadbir oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Dana tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia sebagai pemangkin industri kreatif di Malaysia.

Rekaan berkualiti

Sementara itu pereka muda Mohammad Zarrieff Nasir, 23, memberitahu, dia menyertai Yoda kerana tertarik pada misi dan visi organisasi berkenaan yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pereka baru.

"Meskipun Yoda tidak mengaut keuntungan tetapi, mereka sanggup berhempas-pulas bagi memastikan ahli Yoda diletakkan pada landasan yang betul. Sebab itu, pengasas Yoda, Baizura berkali-kali mengingatkan supaya setiap rekaan yang kami hasilkan haruslah berkualiti dan trendy.

"Walaupun pereka baru tetapi, ia bukan tiket bagi kami mengambil sikap sambil lewa. Yoda cukup menitikberatkan soal standard," terang Mohammad Zarrieff atau Zaf yang merupakan graduan Ijazah Rekaan Fesyen dari Universiti Middlesex, London.

Tambah pereka berketinggian 178 sentimeter itu, setiap nasihat dan teguran daripada pihak Yoda dijadikan panduan untuk berjaya dalam industri fesyen tempatan dan seterusnya, melakar nama di peringkat antarabangsa.

Kini Zaf bersama beberapa pereka muda naungan Yoda sedang menyiapkan koleksi fesyen yang bakal dipersembahkan dalam slot Yoda di Festival Fesyen Stylo Grand Prix KL 2011. Festival fesyen yang dianjurkan sempena musim Formula Satu (F1) tersebut dijangka berlangsung dari 3 hingga 10 April depan.


BAIZURA (tengah) memastikan barisan pereka muda di bawah naungan Yoda diberi peluang mempamerkan bakat dan produk mereka termasuklah pereka Zarrieff (kiri) dan Zulfadli.


"Saya teruja kerana terpilih untuk mempamerkan koleksi fesyen pada acara fesyen tersebut. Pada Festival Stylo itu nanti saya akan tampil dengan himpunan pakaian yang diinspirasi daripada filem Amadeus," jelas Zaf yang pernah mereka busana buat Datuk Siti Nurhaliza dalam program bual bicara Siti yang disiarkan menerusi saluran Astro.

Peluang semakin cerah

Dalam pada itu, Zulfadli Nasir, 25, yang sibuk membetulkan dres putih rekaannya yang membaluti tubuh model dalam sesi fotografi dengan Stailo turut mengakui kewujudan Yoda memberi impak positif terhadap perjalanan kelompok pereka muda.

Jelas anak jati Kuala Lumpur itu, inisiatif Yoda wajar dicontohi kerana ia bukan sahaja mempromosi malah, berusaha mencari ruang buat pereka muda mempamerkan kreativiti koleksi busana.

"Pada fasa awal menuntut dalam jurusan fesyen di Pusat Latihan Fesyen Antarabangsa (IFTC) Kuala Lumpur, saya berasa bimbang sekiranya tamat saja pengajian cita-cita bergelar fesyen tidak dapat diteruskan.

"Bukan mudah bagi pereka muda seperti kami untuk menambat hati pencinta fesyen tempatan sekiranya nama dan rekaan kami tidak diperkenalkan kepada khalayak. Namun, segala permasalahan yang dihadapi dapat diatasi selepas menyertai Yoda. Organisasi ini membantu mencari ruang yang ideal bagi kami mengetengahkan bakat," tutur Zulfadli yang sedang menghasilkan busana Muslimah konsep moden, ranggi dan chic.


PERTUNJUKAN fesyen ahli Yoda pada Hari Belia Negara 2010.


Menyoroti cintanya terhadap bidang fesyen semuanya bermula gara-gara beg galas. Biarpun sebelum ini pernah bergelar pengurus makanan dan minuman serta chef masakan Melayu di beberapa buah hotel tetapi, bidang tersebut belum mampu memberikan kepuasan maksimum kepada Zulfadli.

Dia ingin memperoleh pendapatan hasil kreativiti, usaha dan idea sendiri. Lantas, jejaka yang lahir pada 14 Mac 1986 itu, tegar berhenti kerja dan menganggur hampir sebulan.

"Sewaktu memerap di dalam bilik saya asyik membelek-belek beg galas yang tergantung di dinding. Saya lihat dengan teliti, bagaimana beg dihasilkan sehingga memaksa saya menetas benang pada beg berkenaan.

"Beg yang telah ditetas itu saya tekap pada helaian kertas dan melukis pola. Kemudian, saya mengambil inisiatif menjahit semula beg galas tersebut dengan menumpang mesin jahit di salah satu butik berhampiran rumah. Di sana pemilik butik mengajar saya teknik asas menjahit dan mengendalikan mesin jahit dengan betul," bicara Fadli yang kini mampu mereka dan menjahit seunit beg dalam tempoh sejam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lasak dengan gaya klasik

Posted:

Lasak dengan gaya klasik

Lasak dengan gaya klasik


JAKET putih berbutang depan menyerlah gaya wanita moden.


SAMA ada Signature Navy atau Sail White, kedua-dua koleksi terbaru Nautica untuk lelaki itu dilengkapi palet warna ceria seperti biru langit, kardinal dan kuning. Warna-warna itu mencipta penampilan yang klasik tetapi berkuasa.

Dengan rekaan yang diperhebat tetapi, sesuai dipakai untuk pelbagai aktiviti, penekanan warna yang digunakan dipadankan pula dengan perincian seperti logo, cetakan dan aplikasi grafik.

Selain kedua-dua siri berkenaan, koleksi Knit Avtives pula tampil dengan cetakan-cetakan yang unik. Bagaimanapun, garisan polosnya dengan warna kontras nyata menyerlahkan rekaan itu.

Elemen-elemen yang disatukan dengan koleksi rekaan musim bunga itu banyak dipengaruhi oleh sentuhan gaya dari pantai selatan Amerika Syarikat (AS). Kemeja terbarunya untuk lelaki sama ada dalam rekaan klasik atau bergaris tampil dalam warna biru, merah dan kuning.

Koleksi itu juga dihasilkan dalam fabrik kapas poplin yang tahan kedutan sama ada untuk kemeja berlengan pendek atau panjang. Siri Jetstream Bomber pula menjadi kegemaran ramai kerana ia dibuat menggunakan kapas dan nilon yang tahan lasak dan berpoket.

Rekaan terbaru Nautica itu boleh dipadankan dengan kemeja T di dalamnya atau seluar pendek untuk kelihatan santai. Kemeja T terbaru Nautica pula tampil dengan potongan leher V dengan warna logo yang kontras seperti warna merah, biru dan kelabu.

Tidak ketinggalan, rekaan terbaru untuk wanita tampil rileks dan kasual melalui dres polonya atau rekaan gaya feminin. Kedua-duanya tampak terkini dan klasik.


JAKET putih Nautica yang ideal digayakan bersama seluar pendek corak jalur ataupun seluar pendek berkotak.


Mengambil inspirasi dengan udara musim bunga, panaskan diri anda dengan jaket ala tentera atau dres paras lutut yang menggunakan palet warna seperti putih, kelabu, biru dan merah.

Untuk tampil bergaya, lipatan, pin dan ropol memberikan sentuhan feminin untuk koleksi rekaan gaya kasual itu.

Untuk musim kali ini juga, Nautica menyuntik sedikit elemen kait dan garisan pada dres polo yang menggunakan fabrik satin bagi memberikan sedikit kelembutan kepada pemakainya. Tidak ketinggalan kilauan seperti air untuk melengkapkan gaya musim bunga.

Perincian yang dikenakan juga dititik beratkan dalam koleksi kali ini sama ada menggunakan cetakan dan trim. Lapisan ringkas seperti fabrik kait yang ringan, kain kapas, French terry dan pique sesuai dipadankan dengan seluar denim atau seluar panjang mahupun pendek.

Warna-warna seperti crisp, Americana, navi, putih, merah, biru amparo dan matahari adalah warna-warna yang dapat dilihat bagi koleksi musim ini. Bersedialah untuk menikmati musim panas pula dengan denim putih dan berwarna.

Gaya lasak itu dapat dilihat dalam rekaan tetapi, ia dilembutkan dengan tambahan elemen ropol, bunga- bungaan, cetakan, jaring dan lipatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lipstik merah yang sensasi

Posted:

Lipstik merah yang sensasi

Lipstik merah yang sensasi


GINCU merah sehingga kini kekal menjadi pilihan utama kebanyakan kaum wanita.


SUATU ketika dahulu, lipstik merah merupakan warna yang menunjukkan signatur seseorang dan bukannya dipakai oleh semua wanita. Ia ibarat penampilan bersifat peribadi.

Tetapi kini, warna merah sudah menjadi trend yang sesuai untuk apa sahaja acara, penampilan, bentuk bibir, pakaian mahupun usia seseorang. Wanita masa kini semakin berani mengenakan warna merah walaupun sekadar minum petang bersama rakan.

Jurusolek, Tiar Mazlan memberitahu, wanita yang memakai lipstik merah kini berada di mana-mana. Ia bukan lagi warna yang digayakan untuk ke majlis-majlis glamor tetapi, dilihat sesuai untuk semua keadaan.

"Kalau dahulu lipstik merah hanya dipadankan dengan warna pakaian tertentu sahaja, kini pakaian warna hijau juga sesuai digayakan dengan lipstik merah. Namun, pilih warna hijau yang lembut dan rona merah yang sesuai sama ada ton panas atau sejuk," katanya.

Bagaimanapun, padanan solekan amat penting untuk dipadankan dengan bibir yang merah. Tiar menasihatkan wanita untuk memilih pembayang mata daripada rona natural serta mengenakan maskara untuk tampil lebih dramatik.

"Terdapat pelbagai pilihan warna merah yang boleh dipadankan dengan warna kulit, pakaian dan usia seseorang. Untuk mereka yang berkulit sawo matang, warna merah hati lebih sesuai berbanding merah cili yang sesuai untuk wanita berkulit cerah.

"Selain itu, secara peribadi saya menyukai sapuan lipstik merah tanpa pengilat kerana ia kelihatan klasik," katanya yang memilih pelakon Scha Al Yahya sebagai selebriti yang paling sesuai mengenakan lipstik warna merah.

Namun katanya, wanita yang paling menyerlah dengan lipstik merah adalah mereka yang memiliki bibir mungil.

"Mereka yang memiliki bibir nipis boleh melukis bentuk bibir supaya lebih tebal sebelum mengenakan lipstik merah untuk lebih menyerlah," katanya.

Dalam pada itu, pensyarah fesyen dan konsultan imej, Faizal Hamid memberitahu, trend pemakaian lipstik merah adalah trend sepanjang zaman (timeless) dan menjadi salah satu keperluan yang harus ada di dalam beg solekan setiap wanita.

"Jika anda seorang yang berani lipstik merah adalah pemilihan warna yang paling tepat sekali untuk menyerlahkan lagi penampilan anda untuk lebih anggun, glamor dan seksi," katanya.

Tambahnya, lipstik merah adalah trend kosmetik yang sentiasa popular dan tidak ditelan zaman.

"Warna merah itu sensual dan memukau tetapi masih elegan dan classy. Ramai wanita yang takut untuk bereksperimentasi serta kurang selesa dengan lipstik warna terang, kerana ia akan cukup menarik perhatian dan menjadi tumpuan.

"Namun begitu, jika lipstik merah dipilih dengan berhati-hati dan digayakan dengan betul, ia akan menjadi pelengkap menyerlahkan gaya untuk apa jua acara," katanya.

Katanya lagi, lipstik merah telah menjadi kegemaran dan pilihan utama wanita-wanita ternama dunia, terutamanya selebriti-selebriti barat dahulu hingga sekarang. - ROSMALINA ABD. KADIR

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 20 Mar 2011 10:00 AM PDT

Utusan Online - Johor


MERIAH

Posted:

MERIAH

MERIAH


Pengunjung teruja membaca akhbar Utusan Malaysia berwajah baru pada majlis Pelancaran Wajah Baru Akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia di Plaza Angsana, Johor Bahru semalam.


Karnival dan Konsert Terima Kasih Utusan/Mingguan Malaysia yang diadakan di Padang A, Plaza Angsana, di Johor Bahru, semalam, meriah dengan kedatangan pengunjung pelbagai lapisan masyarakat.

Karnival yang dimulakan pukul 9 pagi hingga 6 petang sempena perasmian Peningkatan Kualiti Cetak dan Wajah Baru akhbar itu menarik lebih 5,000 pengunjung.Barisan artis yang mengadakan persembahan ialah Black Mentor, Meet Uncle Hussain, Tom My Starz LG dan Ana Raffali selain artis-artis era 60-an seperti Datuk Jeffrydin, Datin Azizah Mohamad dan kumpulan Orkes Nirwana di bawah pimpinan Datuk A. Rahman Hassan.

Perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan turut dihadiri Exco kerajaan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor. Sempena pameran itu turut diadakan jualan cenderaMATA, foto studio, bengkel kesihatan, aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa, pameran, pertandingan karaoke, promosi mencari pekerjaan dan jualan produk termasuk buku-buku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 20 Mar 2011 09:37 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Kuasa emas

Posted:

Kuasa emas

Kuasa emas

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Pengurus pemasaran komunikasi Habib, Yasheedah Yashaiya menunjukkan koleksi emas terbaru.


PUAK Inca mempercayai emas seperti air mata matahari kerana keagungan dan keunggulan serta simbol kemewahannya yang menjadi dambaan setiap zaman.

Simbol kemewahan, ketulenan dan kekuatan, ia sering dikaitkan dengan unsur-unsur kepercayaan dan ketuhanan serta kelas bangsawan tersendiri. Hari ini emas menjadi asas penting dalam setiap budaya, mewarisi kecantikan semula jadi batuan bernilai tinggi dan medium berharga setiap zaman.

Berbicara tentang perhiasan barang kemas, rasanya tidak lengkap tanpa menyebut Habib Jewels iaitu jenama jauhari unggul tempatan.

Kepekaan Habib terhadap rekaan koleksi barang kemas tersebut sangat terserlah seiring dengan kehendak fesyen dan kemahuan penggemar.

Lantaran itu, Habib saban waktu mempersembahkan koleksi terbaru untuk memenuhi selera pemburu barang kemas yang senantiasa menginginkan gaya terkini.

Sempena sambutan Pesta Emas 2011 yang berakhir hari ini, Habib menampilkan satu lagi koleksi istimewa yang menawan hati dan mata yang memandang.

Bagi musim terbaru, Habib memfokuskan kepada rekaan yang tampak moden dan kontemporari.Motif baru dipadankan dengan unsur-unsur yang tidak ketinggalan zaman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Serum untuk wajah

Posted:

Serum untuk wajah

Serum untuk wajah

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto WAHIDAH ZAINAL

PADA usia muda anda seharusnya sudah terbiasa dengan penjagaan wajah bagi mengelakkan terjadinya kedutan yang boleh menyebabkan penampilan anda lebih tua daripada usia.

Selain penggunaan produk, cara menggunakan produk dengan betul amat penting.

Hanya memperuntukkan 10 hingga 15 minit, belailah wajah untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Berdisiplin

Dengan pemakaian produk penjagaan wajah dengan berdisiplin, kulit wajah boleh menjadi lembut dan mampu mengecilkan pori-pori.

Mungkin cara ini lambat berkesan tetapi belaian boleh merehatkan wajah.

Sebaiknya, anda perlu melakukan langkah-langkah urutan lembut pada wajah sebelum anda tidur.

Pada waktu itu, aliran darah pada wajah lebih lancar membantu wajah bertindak balas dengan produk penjagaan wajah yang dipakai.

Bersama Genifique Lancome, pelajari langkah mudah menggunakan serum sebelum tidur untuk merehatkan tekstur wajah dan membetulkan kedutan terutama di bahagian yang sering terdedah iaitu hujung mata.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 20 Mar 2011 03:06 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Gabungan vitamin untuk kulit

Posted:

Gabungan vitamin untuk kulit

Gabungan vitamin untuk kulit

Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkali digabungkan bersama?

Jawapan

Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:

"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.

"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.

"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khasiat air liur lintah

Posted:

Khasiat air liur lintah

Khasiat air liur lintah

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto HAFIZ JOHARI
Terima kasih Zanna, Jelita Sari, Hotel Quality, Shah Alam, Lot 7-1A, Plaza Perangsang, Pers. Perbandaran, Shah Alam, Selangor. (Tel: 03-55195031/013-2842015)


LINTAH akan menghisap darah kotor pada bahagian kepala yang mengalami masalah migrain.


DI sebuah pusat kecantikan, penulis memerhatikan seekor lintah menghisap darah kotor keluar dari bahagian kepala pesakit.

Teknik rawatan itu semakin mendapat sambutan khususnya bagi mereka yang inginkan rawatan tradisional atau alternatif lain.

Rawatan yang dikenali sebagai bekam lintah itu merupakan sejenis perubatan tradisional untuk membuang darah-darah kotor dari tubuh pesakit. Darah-darah kotor akan disedut oleh lintah bertujuan menyahkan darah kotor.

Lintah digunakan sebagai medium bagi menarik keluar darah kotor dari tubuh.

Keistimewaan lintah terdapat pada air liurnya yang mengandungi 17 unsur penting terutamanya hirudin, yang berfungsi bagi menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah.

Selain itu, terdapat juga ekstrak hormon pheromone yang merangsang pengeluaran bau tubuh. Ekstrak ini berguna dalam mengatasi masalah hubungan seksual.

Ekstrak histamine pula berfungsi bagi membesarkan salur darah dan mencergaskan aliran darah sementara ekstrak nitri oxide pula dapat mempercepatkan peredaran darah.

Dari sudut perubatan pula, lintah daripada spesies Hirudo Medicianalis. banyak digunakan dalam membantu merawat penyakit yang berkaitan dengan darah seperti penyakit jantung, darah tinggi, migrain, sakit kepala dan sebagainya.

Sebagai rumusan, kedua-dua bidang ini saling melengkapi dan mempunyai kelebihan bagi mengenal pasti tanda-tanda penyakit atau masalah dalaman.

Bekam lintah merupakan salah satu rawatan alternatif bagi mengurangkan atau menyelesaikan masalah tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Kesihatan

Posted: 20 Mar 2011 01:26 AM PDT

Kosmo Online - Kesihatan


Membaik pulih kaki itik

Posted:

Membaik pulih kaki itik

Membaik pulih kaki itik

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


PEMBEDAHAN adalah penyelesaian membaiki masalah kaki leper.


MASA bersekolah dulu, Mohd. Haziq Ariffin, 21, sering diejek rakan-rakan kerana mempunyai kaki yang leper sehinggakan ada yang mengejek dia berjalan seperti itik.

"Saya tidak sedar mengenai keadaan kaki saya sehinggalah rakan-rakan dan keluarga memberitahu yang saya berjalan tidak normal.

"Pada masa itu saya ingat ia merupakan kecacatan kekal dan tiada rawatan spesifik. Lagipun kaki saya tidak merasa sakit ketika berjalan," katanya ketika ditemui Jurnal di Hospital Pantai Cheras (PHC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujar anak ketiga daripada empat beradik itu, dia mulai sedar kasut yang dipakai cepat haus semasa berumur 13 tahun .

Bahagian tepi kasut cepat rosak sehingga Haziq terpaksa menukar kasut yang baru.

"Saya juga mula rasa sakit pada bahagian pergelangan kaki, betis dan lutut. Jika berdiri terlalu lama kaki saya juga cepat merasa lenguh.

"Malah, saya juga tidak dapat melakukan kerja berat seperti mengangkat barang dan tidak aktif bersukan," katanya yang kemudiannya mendapat rawatan di salah sebuah hospital swasta.

Haziq hanya diberikan pelapik kasut khas yang mempunyai lengkungan untuk kakinya.

Menurutnya, semasa memakai alat tersebut kakinya tidak merasa sakit tetapi apabila tidak memakai pelapik tersebut kakinya kembali merasa sakit terutama ketika di dalam rumah.


KHAIRUL FAIZI memeriksa kaki Haziq selepas pembedahan membaik pulih kaki dijalankan.


"Akhirnya, sakit saya mula melarat di bahagian pinggang dan tulang belakang. Saya juga tidak dapat tidur dengan lena dan akhirnya mengambil keputusan mendapatkan rawatan pakar lain," kata pelajar jurusan pengurusan perhotelan di Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak).

Menurut Pakar Perunding Kaki dan Pergelangan Kaki Hospital Pantai Cheras, Dr. Khairul Faizi Mohammad, disebabkan keadaan kesihatan Haziq bertambah teruk dan umurnya yang semakin meningkat, pelapik kaki atau kasut khas tidak lagi mampu merawat.

"Haziq perlu melakukan pembedahan untuk membetulkan keadaan kakinya yang leper," katanya yang berpengalaman selama enam tahun dalam rawatan penyakit yang melibatkan kaki dan pergelangan kaki.

Ujar Khairul, ada tiga punca utama kenapa kaki menjadi leper. Salah satu daripadanya disebabkan tendon tibialis posterior yang bermasalah semasa proses tumbesaran.

Selain itu, kecederaan yang melibatkan tendon ketika kemalangan juga boleh menyebabkan kaki menjadi leper.

"Bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis juga berpotensi menyebabkan kaki yang normal menjadi leper.

"Sebabnya, ia memberi kesan terhadap urat saraf dan juga sendi pada kaki sekali gus menyebabkan otot-otot kaki menjadi kendur dan leper," katanya.

Jelasnya, sememangnya orang ramai tidak akan sedar mengenai penyakit tersebut kecuali apabila kaki mula merasa sakit.

Menurut Khairul, biasanya penyakit kaki leper berlaku pada kedua-dua belah kaki jadi rawatan membetulkannya adalah perlu.

"Pembedahan perlu dilakukan untuk mendapatkan lengkungan pada kaki. Caranya ialah dengan mematikan sendi-sendi yang tidak penting atau tidak terlalu besar pada bahagian jari kaki.


KHAIRUL menunjukkan lengkung kaki yang normal.


"Selain itu, pesakit juga perlu melakukan proses memendekkan arca di bahagian dalam kaki dan memanjangkan arca di bahagian luar kaki," katanya mengenai prosedur pembedahan penyakit kaki leper.

Ulasnya, urat keting pada kaki juga terpaksa dilonggarkan dengan tujuan untuk mendapatkan bentuk kaki yang normal.

Selepas itu, satu alat berupa rod titanium dimasukkan ke dalam kaki dan alat berbentuk X iaitu plat X diletakkan seumur hidup bagi mendapatkan bentuk dan mengimbangkan keadaan kaki.

Tambahnya, selepas pembedahan pesakit juga perlu melakukan fisioterapi dalam masa dua hingga tiga bulan untuk memulihkan keadaan kaki.

Ditanyakan mengenai kaki bayi mahupun kanak-kanak yang leper, Khairul meberitahu, perkara tersebut adalah normal.

"Ibu bapa tidak perlu risau jika kaki anak leper kerana biasanya selepas umur kanak-kanak tersebut menjangkau lima hingga enam tahun, mereka akan mendapat bentuk kaki yang normal.

"Pembedahan hanya dilakukan pada mereka yang tumbesarannya sudah terhenti. Sebagai contoh, dalam lingkungan umur 20 tahun ke atas," katanya lagi.

Haziq selepas menjalani pembedahan pada tahun lepas, kini sudah tidak merasa sakit di bahagian kaki, lutut, pinggang dan tulang belakang.

"Saya rasa macam mendapat kaki yang baru dan sudah boleh melakukan kerja-kerja dengan baik," katanya kini melakukan latihan praktikal di Hotel Shangri-La Putrajaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Megabait

Posted: 19 Mar 2011 03:52 PM PDT

Utusan Online - Megabait


Peranti magik iPad 2

Posted:

Peranti magik iPad 2

Peranti magik iPad 2

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
ridzwan.iman@utusangroup.com.my



SATU juta iPad 2 dijual dalam masa seminggu di Amerika Syarikat (AS)? Wah.., hebat sungguh penangan gajet terbaru dari Apple ini sehinggakan ia menjadi idaman kepada sesiapa sahaja. Minatnya berjaya menyusup masuk ke hati mereka yang tidak pernah berminat kepada produk-produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Cupertino, California itu sebelum ini.

Jualan iPad 2 itu menyaksikan Apple berjaya menjual tiga kali lebih banyak daripada produk syarikat pesaingnya seperti Samsung, Motorola, HP dan juga lain-lain pengeluar komputer tablet di pasaran.

Apa yang menarik, kajian terhadap pembeli iPad 2 mendapati 60 peratus daripada mereka yang membeli produk itu adalah pengguna produk Apple sebelum ini tetapi 40 peratus daripadanya pula adalah pembeli produk pertama dari syarikat itu.

Selepas pelancarannya di AS minggu lepas, iPad 2 akan dijual di 26 negara pada 25 Mac ini tetapi setakat ini tiada tarikh pelancaran rasmi diumumkan untuk pasaran Malaysia.

Apa yang menarik mengenai komputer tablet dari Apple ini sehinggakan ia menjadi bualan ramai? Sudah tentu, ia kini lebih nipis, laju, ringan, jangka hayat bateri lebih panjang dan mempunyai penutup yang sangat menarik!

iPad 2 yang digelar sebagai 'peranti magik' masa depan itu seperti biasa mempunyai kemampuan melayari Internet, membaca dan menghantar e-mel, menikmati foto, video, mendengar lagu, bermain permainan, membaca e-buku dan pelbagai lagi.

"Dengan jualan iPad mencecah 15 juta, iPad telah berjaya memberi definasi baru bagi dunia peranti bergerak," kata Ketua pegawai eksekutif Apple Inc., Steve Jobs.

Katanya, ketika terdapat pihak-pihak lain sedang berusaha 'meniru' kejayaan iPad generasi pertama, Apple kini telah memperkenalkan iPad 2 yang akan membawa iPad lebih jauh ke hadapan dan seterusnya menyebabkan pesaing terpaksa mengubah lagi reka bentuk dan teknologi produk mereka.

Komputer tablet ini sudah tentu mempunyai reka bentuk baru yang lebih menarik dengan 33 peratus lebih nipis iaitu pada ketebalan 8.8 milimeter dan berat 600 gram, iaitu 15 peratus lebih ringan daripada model iPad sebelum ini

Walaupun mengekalkan saiz skrin 9.7 inci seperti model sebelum ini, ia kini tidak mempunyai bingkai dan memudahkan pergerakan jari pada skrin sesentuhnya.

iPad 2 menggunakan iOS 4.3, versi terkini perisian sistem operasi bergerak dari Apple dan juga dilengkapi perisian pelayar Safari yang membolehkan pelayaran Internet lebih laju, iTunes Home Sharing, AirPlay dan personal HotSpot.

Gajet ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri gyro terbina dalam untuk membolehkan permainan komputer, sokongan HSUPA untuk meningkatkan kelajuan memuatnaik 3G dan HDMI Video Mirroring untuk membolehkan pengguna iPad menonton di televisyen digital menggunakan adaptor pilihan.

Komputer ini juga menggunakan cip pemproses dual-core A5 untuk meningkatkan prestasi dan juga grafik, di samping mempunyai dua kamera di hadapan dan belakang untuk membolehkan anda melakukan persidangan video melalui Internet yang disambung melalui Wi-Fi atau 3G.

Kamera hadapan VGA boleh digunakan untuk persidangan video FaceTime dan PhotoBooth dan kamera di belakang boleh mengambil gambar pegun dan video 720 HD.

Walaupun mempunyai ciri-ciri berkuasa tetapi iPad 2 masih boleh mengekalkan tahap kesediaan bateri sehingga 10 jam untuk melayari Internet tetapi apa yang lebih menarik ialah ia mempunyai pelindung magnetik Smart Cover yang kaya dengan warna.

iPad 2 mempunyai dua warna untuk pilihan iaitu warna hitam dan putih dan terdapat model yang oleh menggunakan rangkaian 3G dan di AS, ia boleh menggunakan rangkaian 3G AT&T dan Verizon.

iPad 2 dengan Wi-Fi dipasarkan di AS dengan harga AS$499 untuk model 16GB, AS$599 model dan AS$699 model 64GB.

Selain itu, ia juga mempunyai model dengan Wi-Fi dan 3G yang berbeza harga untuk ketiga-ketiga model itu iaitu AS$629 (16GB), AS$729 (32GB) dan AS$829 (64GB).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan