Khamis, 24 Mac 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 24 Mar 2011 11:10 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Sarapan baik untuk minda

Posted:

Sarapan baik untuk minda

Sarapan baik untuk minda

Oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI


SARAPAN yang disediakan sendiri lebih baik daripada sarapan yang dibeli.


SARAPAN yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi. Ia juga mengelakkan tubuh menjadi lesu.

Sebaliknya, ramai yang memilih makanan atau snek yang kurang berkhasiat dan berkalori tinggi untuk bersarapan. Sesetengah orang percaya mereka boleh menggantikan sarapan pagi yang tertinggal dengan mengambil kuantiti yang banyak pada waktu makan tengah hari.

Malah ada juga yang berpendapat mereka boleh mengurangkan berat badan dengan meninggalkan sarapan pagi. Hakikatnya tanpa disedari mereka boleh mengekalkan berat badan dengan amalan sarapan pagi yang kaya protein dan serat.

Contoh kombinasi sarapan yang berkhasiat ialah telur rebus, sebiji buah oren dan semangkuk bijirin. Bersarapan dengan susu rendah lemak atau sekeping roti penuh bijirin dengan mentega kacang, potongan lobak merah dan yogurt rendah lemak juga antara amalan yang sihat,

Secara umum, wanita Malaysia yakin dan prihatin dengan kepentingan mengalas perut dengan sarapan pagi yang berkhasiat untuk diri dan keluarga.

Meskipun sebahagian besar wanita bandar terdiri daripada mereka yang bekerja, namun kesibukan mengimbangkan masa antara urusan tugas, rumah dan keluarga bukan alasan mengabaikan sarapan.

Rumusan tersebut dibuat berdasarkan tinjauan ke atas sepuluh orang wanita yang bekerja sama ada bujang atau sudah berkahwin. Mereka berumur di antara 27 hingga 33 tahun dan menetap di sekitar Kuala Lumpur.

Alternatif mudah

Sarapan pagi yang disediakan sendiri lebih berkhasiat berbanding membelinya. Bagi yang ingin melawan kesibukan pada waktu pagi, roti dan susu adalah pilihan ideal yang paling ringkas.

Sesekali pada hari minggu, Hartini Yahya akan menunaikan permintaan anak-anaknya untuk bersarapan di luar, sekali gus dapat bermesra dengan keluarga serta menghilangkan tekanan.

Menurut seorang ibu kepada dua anak kecil, melihat anak gembira memang cukup berbaloi asalkan mereka makan sarapan.

Tetapi pada hari lain, Penolong Setiausaha di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu akan memastikan anaknya dibekalkan dengan sarapan yang dimasak sendiri.


BIJIRIN antara menu yang berkhasiat untuk sarapan.


Kesibukan sebagai pegawai perubatan tidak menghalang seorang lagi ibu muda untuk menekankan kepentingan sarapan kepada anaknya yang berusia tujuh dan empat tahun sebelum ke sekolah.

Dr. Rohaya Abdul Razak akan memastikan ahli keluarganya bersarapan dengan makanan yang disediakan di rumah seperti bijirin dengan susu, telur atau bihun goreng.

Bagaimanapun, beliau sama sekali tidak akan membawa anaknya ke restoran makanan segera untuk bersarapan kerana menganggap makanan segera mempunyai kandungan lemak yang terlalu tinggi.

Rakannya, seorang pengurus syarikat telekomunikasi, Shakila Imran juga enggan membenarkan anak-anaknya makan makanan segera yang disifatkan terlalu berminyak dan tiada sayur-sayuran.

Beliau menolak untuk menjadikan makanan segera sebagai hadiah atau insentif kepada anak-anaknya. Sebaliknya Shakila lebih gemar memasak sendiri jika anak-anaknya meminta makanan segera seperti kentang goreng termasuk hash brown, burger dan nugget.

Anak Shakila telah terbiasa dengan rutin menghabiskan susu yang disediakan setiap pagi sebelum ke sekolah atau tadika.

Ia cukup mengenyangkan mereka sehingga waktu rehat sekali gus menyediakan makanan seimbang yang penting sebagai permulaan hari yang baik.

Jika teringin untuk bersarapan di luar pada hujung minggu, Shakila lebih selesa memilih kedai biasa seperti kedai mamak untuk menjamu makanan seperti tose atau capati yang kurang berminyak.

Perkembangan minda

Khasiat daripada sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak.

Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada Februari 1998.

Ia membuktikan bahawa pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding pelajar-pelajar yang tidak bersarapan.

Bagaimanapun, sarapan yang manis seperti bijirin yang bergula, penkek dan sirap maple biskut cip coklat perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan mereka cepat lapar, mudah meragam dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

Sama seperti kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja jika mereka memulakan hari dengan bersarapan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 24 Mar 2011 10:02 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Kemahiran menjahit tudung

Posted:

Kemahiran menjahit tudung

Kemahiran menjahit tudung

Oleh SITI AISHAH YUSOFF


Marzaily Ariffin (dua dari kanan) memberi tunjuk ajar cara-cara menghasilkan tudung lycra.


SEIRING dengan perubahan fesyen pakaian, pemakaian tudung di kalangan wanita negara ini juga kerap berubah-ubah.

Kalau suatu ketika dulu tudung 'bawal' menguasai pasaran kini giliran tudung lycra ber'awning' menjadi fenomena dengan pelbagai rekaan dan potongan.

Lebih menarik tudung ini boleh dibuat sendiri jika tahu tahu teknik jahitannya sebagaimana yang diajar dalam bengkel menjahit tudung lycra anjuran R&R Craft baru-baru ini.

Bengkel menjahit tudung yang diadakan di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, ini telah disertai seramai lebih 300 peserta.

Menurut Pengarah R& R Craft, Che Ku Rozinah Che Ku Abas, sambutan yang diberi terhadap bengkel tersebut sangat menggalakkan.

"Rata-rata peserta yang hadir begitu teruja kerana ingin belajar membuat tudung sendiri. Tidak kurang juga yang ingin menggunakan kemahiran tersebut bagi membuka perusahaan membuat tudung," katanya.

Menurut tenaga pengajar Marzaily Ariffin, untuk menghasilkan tudung lycra tidak semestinya seseorang itu pandai menjahit, apa yang penting adalah minat untuk belajar.

Sementara itu, bengkel menjahit tudung akan diteruskan pada 27 Mac dengan menghubungi 018 386 300 atau 016-6155230.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 24 Mar 2011 09:36 AM PDT

Utusan Online - Johor


Calon SPM dapat A meningkat

Posted:

Calon SPM dapat A meningkat

Calon SPM dapat A meningkat

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


Markom Giran (bersongkok) bersama pelajar cemerlang SPM 2010 bagi negeri Johor ketika majlis pengumuman keputusan peperiksaan itu di Johor Bahru, semalam. - utusan/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 23 Mac - Seramai 1,101 daripada 56,215 calon sekolah kerajaan dan persendirian di negeri ini lulus cemerlang dengan memperoleh gred A+, A dan A- dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang keputusannya diumumkan hari ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Markom Giran berkata, bilangan calon cemerlang yang mendapat semua A dalam mata pelajaran meningkat 91 orang berbanding 1,010 pada 2009.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan yang cemerlang itu, 39 calon sekolah kerajaan memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran berbanding hanya 29 calon pada 2009.

"Pada keseluruhannya, pencapaian calon SPM 2010 membanggakan. Seramai 43,489 calon (89.03 peratus) berjaya mendapat sijil berbanding 42,370 calon (88.98 peratus) pada 2009.

"Seramai 35 daripada 61 calon berkeperluan khas turut berjaya mendapat sijil berbanding hanya 19 calon pada 2009," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM 2010 peringkat negeri ini di sini hari ini.

Markom berkata, Gred Purata Negeri (GPN) bagi SPM 2010 turut meningkat kepada 5.19 berbanding 5.32 pada 2009 iaitu menyamai Gred Purata Nasional.

Beliau berkata, peningkatan GPN tahun ini disebabkan oleh penumpuan calon terhadap mata pelajaran yang diambil setelah dasar mengehadkan jumlah maksimum 10 mata pelajaran dan dua bagi mata pelajaran tambahan dalam SPM mula dilaksanakan 2010.

Katanya, Sekolah Tun Fatimah di sini dianugerahkan sebagai Sekolah Cemerlang kategori Sekolah Berasrama Penuh manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru, Pasir Gudang bagi kategori sekolah menengah agama.

Sekolah Menengah Kebangsaan Canossian Convent, Kluang pula dianugerah sebagai Sekolah Cemerlang kategori sekolah harian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keputusan cemerlang hadiah untuk bapa

Posted:

Keputusan cemerlang hadiah untuk bapa

Keputusan cemerlang hadiah untuk bapa


Nur Farah Natasha menunjukkan slip peperiksaan kepada ibu bapanya, Ahmad Tarmizi Salleh dan Norashimah Zakaria di SM Teknik, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 23 Mac - Anak pemandu teksi, Nur Farah Natasya Ahmad Tarmizi, 18, turut menyertai senarai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang keputusannya diumumkan hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru yang memperoleh 9A+ dan 1B+ itu berkata, kejayaan tersebut merupakan 'hadiah' istimewa untuk bapanya, Ahmad Tarmizi Salleh, 44, yang setiap pagi akan menghantar dan mengambilnya sejauh 25 kilometer dari rumah di Ulu Tiram.

"Terima kasih kepada ayah dan ibu serta guru-guru yang sentiasa memberikan semangat untuk saya mendapat keputusan cemerlang ini," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Anak sulung daripada dua beradik itu berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang Asasi Sains di Universiti Malaya dan bercita-cita menjadi pensyarah dalam bidang kejuruteraan kimia.

Nur Farah Natasya berkata, resipi kejayaannya adalah sentiasa mengulang kaji pelajaran dan memberikan tumpuan ketika guru mengajar.

"Saya hanya mengambil tuisyen ketika peperiksaan hampir tiba," katanya.

Sementara itu, guru bimbingan kaunseling SM Teknik Johor Bahru, Norhasimah Hashim berkata, sekolah tersebut turut dianugerahkan Sekolah Cemerlang bagi kategori Sekolah Teknik seluruh Johor dengan 100 peratus pelajar lulus dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.62.

Seramai sembilan pelajar sekolah itu mendapat 10A+ dan ia adalah pencapaian terbaik dan menunjukkan peningkatan berbanding keputusan 2009.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 24 Mar 2011 01:11 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Seindah nama Bayan Indah

Posted: 23 Mar 2011 06:55 PM PDT

Ratu

MENCARI arah ke Sungai Penchala tidak sukar, tetapi mencari lokasi ditujui, lebih mudah sekiranya mendapatkan panduan lengkap, bertulis.

"Masuk ke Sungai Penchala, anda akan nampak masjid kuning. Terus ke kiri dan apabila nampak rumah banglo berwarna hijau, jalan terus. Anda akan melalui beberapa bonggol sebelum belok lagi ke kanan dan seterusnya..," arahan dalam e-mel daripada seorang kenalan.

Kalau anda mencarinya menerusi peta atau bantuan alat elektronik agak sukar untuk ditemui, melainkan bertanya. Tetapi banyak rumah besar menghala ke sana dipisahkan oleh tembok berpagar tinggi. Begitu pun itu adalah pengalaman pertama. Kunjungan selepas itu lebih mudah kerana Bayan Indah sememangnya berbekas di hati. "Menarik? Apa yang awak rasa bila tengok tempat ini?" tanya pemiliknya, Rohani Jelani. Mungkin biasa bagi pemiliknya tetapi bukan bagi umum, termasuk penulis.

Bayan Indah, banglo berkonsepkan rumah Melayu, asalnya adalah rumah kelamin diduduki Rohani sejak sekian lama. Menjadikan lokasi itu sebagai tumpuan ramai juga tidak pernah direncanakan sejak dulu.

Tetapi apabila tiga anaknya semakin meningkat dewasa, melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia tidak lagi merasakan rumah itu sesuai untuk dihuni sendirian.

"Sudah lebih daripada 10 tahun saya belajar memasak, di rumah ini. Bila anak-anak belajar ke luar negara, rumah semakin sunyi. Saya berfikir ada baiknya saya meneruskan kelas memasak dengan lebih serius. Bila ada pelajar dari jauh yang perlu bermalam, maka saya memutuskan untuk memperbaiki bahagian atas menjadi bilik. Saya meluaskan bahagian dapur dan membaikpulih bahagian bilik air supaya lebih sesuai untuk tetamu. Itulah bagaimana ia bermula," katanya.
Segala-galanya berlaku secara berperingkat. Selepas itu, kawasan sebelah bawah berhampiran pagar pula Rohani jadikan dewan kecil yang boleh memuatkan acara peribadi atau mesyuarat.

"Sebetulnya, apa yang ingin saya tonjolkan ini memberikan pengalaman baru kepada seseorang yang ingin mencari lokasi berbeza. Pemandangan dikelilingi kehijauan dan kami menyajikan hidangan enak," katanya.

Nama Bayan Indah, hasil saranan teman karib Rohani, seorang pengukir seni kaca dari Pulau Pinang, Wong Keng Fuan. Ia mengambil nama lokasi rumah, Kampung Palimbayan Indah, Sungai Penchala. Mengambil kira mudah disebut, khususnya bagi orang luar, ia diringkaskan menjadi Bayan Indah saja.

Hampir dua tahun beroperasi, 80 peratus kunjungan sekolah memasak itu adalah warga tempatan dengan selebihnya pelancong. Peratusan besar orang tempatan datang berkunjung terdiri daripada syarikat korporat dan antarabangsa yang melangsungkan acara peribadi buat pelanggan atau pekerja.

Pelajar sasaran kelas memasak Rohani terdiri daripada pencinta makanan, individu yang menghargai cita rasa dan mendalami 'kerumitan' dalam menghasilkan makanan yang sempurna.

Dibantu pekerja yang terhad dan dibantu pekerja sambilan jika ada acara besar untuk membantunya membeli di pasar, mengemas atau membersih. Kerja utama iaitu memasak, tergalas di bahunya.

Serba ringkas, kata Rohani, apabila menerima tempahan daripada syarikat korporat untuk menganjurkan majlis yang ingin melancarkan produk berunsur organik contohnya, dia bukan saja perlu tahu mengenai produk organik, sebaliknya tahu memasak makanan memenuhi konsep diingini pelanggan dan ke pasar membeli barangan keperluan.

"Boleh saja saya membeli roti untuk dibuat sandwich sebab lebih menjimatkan masa, tetapi saya tidak sampai hati. Kenapa? Sebab saya tampil bersama konsep ini dan saya usahakan untuk membuat roti sendiri. Ia berbaloi kepada pelanggan kerana mereka membayar khidmat saya. Kalau roti pun saya beli di kedai, itu bukan pengalaman namanya," katanya yang tidak menafikan pinjaman bank menjadi masalah utama, justeru dia perlu berjimat cermat memastikan kelancaran operasi.

Menjalankan segala-gala tampak sempurna memerlukan kerja keras. Melancong sekurang-kurang tiga kali setahun, mencuba hidangan baru, serta memiliki beribu-ribu buku masakan sebagai rujukan, antara dilakukan Rohani.

Katanya, berpuas hati dengan apa yang ada hari ini tidak memadai kerana dunia masakan turut mengalami evolusi dan perlu baginya untuk terus berada di depan.
Selain keluarga, memasak sememangnya memberikan kegembiraan sukar diluahkan dengan kata-kata. Meneroka dunia masakan mengalir dalam setiap urat nadi.

"Makanan, melahirkan inspirasi. Kadangkala saya mendapat inspirasi menerusi bau, yang terhasil daripada campuran herba atau mungkin juga tekstur baru atau rasa yang jarang-jarang saya jumpa," katanya.

Biarpun segala-galanya tampak mudah bagi Rohani, menjalankan operasi Bayan Indah tidak semudah disangka. Juga tidak seindah apa yang tergambar depan mata. Ditanya mengenai saranan jika ada wanita lain yang ingin membuka konsep sama seperti Bayan Indah, secara berseloroh, dia berkata" "Lebih baik jangan."

Kata-katanya itu bersebab kerana dia sendiri, pada usia 50-an bagaikan mempunyai kuasa tambahan, menghabiskan hampir keseluruhannya masanya di situ.

"Kalau ingin membuka rumah sebegitu tetapi ingin goyang kaki, konsep ini mungkin tidak sesuai," katanya.

Perlu ada sejumlah wang yang diperuntukkan kerana untuk beberapa tahun pertama, operasi seharusnya licin. Tambah pula, kata Rohani, perniagaan begitu tidak mendatangkan keuntungan cepat atau datang bergolek. Minat dan stamina tinggi melengkapkan pakej.

Keindahan Bayan Indah menggamit untuk dikunjungi tetapi ia hanya satu. Bak kata Rohani, dia tidak mungkin membuka cawangan lain lagi sebab mahu menjadikan yang satu itu paling istimewa.

"Saya berharap Bayan Indah menjadi pilihan atau mercu tanda makanan Malaysia moden. Boleh jadi juga lokasi individu khususnya pelancong menerokai bahawa ruang lingkup sajian Asia tidak hanya tertumpu kepada masakan Thailand, India atau Jepun, tetapi turut membabitkan sajian Nyonya, Melayu, India Malaysia dan Cina Malaysia," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tumbuk, tendang

Posted: 23 Mar 2011 06:29 PM PDT

Ratu

Kickboxing aktiviti pilihan hilangkan tekanan

APABILA rasa tertekan, marah atau pun kecewa, ada antara kita yang tidak mampu mengawal perasaan itu. Habis dinding, pintu atau apa saja yang berhampiran, menjadi mangsa, disepak, ditumbuk. Silap percaturan, orang berdekatan boleh menjadi mangsa.

Elakkan perkara begini berlaku. Jika anda jenis yang `fizikal' kala meluahkan tekanan, cuba aktiviti kickboxing.

Anda boleh menumbuk, menendang dan paling penting, ia bukan saja mengurangkan tekanan malah aktiviti yang menyihatkan. Kajian mendapati, kickboxing menduduki tangga teratas aktiviti yang membakar kalori. Dikatakan, ia mampu membakar sebanyak 800 kalori dalam tempoh satu jam.
Degupan jantung juga akan bergerak pantas selari dengan pergerakan semua otot yang bekerja ketika melakukan aktiviti kickboxing. Ia memang sesuai bagi mereka yang mahu membakar kalori dan pada masa yang sama juga, belajar kaedah mempertahankan diri.

Ia diakui oleh Pengarah Dalaman Latihan-MENA-APAC, Sarah Faradilla Hamzah. Wanita bekerjaya berusia 36 tahun itu tidak menafikan tekanan yang dihadapi, baik di pejabat mahu pun rumah, hilang apabila mengikuti aktiviti itu.

Setiap kali selepas mengikuti kelas kickboxing, dia berasa tenang, mental bertambah kuat, begitu juga daya fokusnya.
"Secara fizikal, ia mencabar tetapi menyenangkan hati dan jiwa. Badan juga rasa ringan selepas berpeluh. Ada yang risau aktiviti ini akan membuat badan berotot, hakikatnya tidak, kickboxing mempertahankan susuk tubuh lebih feminin apabila kita `punching' (menumbuk) dan 'kicking' (menendang).

"Saya jatuh cinta selepas menyertai kelas kickboxing kerana paling penting ialah saya berasa lebih yakin pada diri sendiri," katanya.

Lantaran sentiasa sibuk dengan tuntutan tugas harian, Sarah Faradilla hanya dapat meluangkan masa dengan kickboxing seminggu sekali, setiap Sabtu.

Pelajar, Amber Lee, 16, juga menjadikan aktiviti kickboxing sebagai rutin mingguan bersama abangnya.

"Saya meminati aktiviti ini kerana ia membantu mengurangkan tekanan selain ia antara sukan sihat untuk stamina badan. Ketika menumbuk dan menendang, saya berasa puas," katanya.

Sarah Faradilla dan Lee mengikuti kelas kickboxing di TNT Kickboxing yang terletak di Desa Sri Hartamas. Pusat latihan kickboxing itu ditubuhkan sejak 1999 dan hampir 90 peratus ahli kelab berkenaan adalah wanita.

Ia beroperasi dari Isnin hingga Sabtu dengan empat kelas sehari bergantung kepada pakej yang dipilih. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.tntkickboxing.com atau hubungi 03-62012342.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 23 Mar 2011 11:36 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


Muhamad Alif pelajar terbaik SBPI Temerloh

Posted:

Muhamad Alif pelajar terbaik SBPI Temerloh

Muhamad Alif pelajar terbaik SBPI Temerloh

TEMERLOH 23 Mac – Kejayaan dua abang yang menjadi jurutera memberi inspirasi kepada Muhamad Alif Mohd. Najib untuk muncul pelajar terbaik Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini.

Muhamad Alif yang mendapat 9A+ berkata, kejayaan dua abangnya dan seorang kakaknya yang sedang menuntut di sebuah universiti tempatan sedikit sebanyak menjadi pembakar semangat untuknya berjaya.

Dia yang memperoleh A+ bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan menjadi pakar jantung.

''Walaupun saya yakin memperoleh banyak A, saya tidak sangka semuanya A+ kerana dalam peperiksaan percubaan sebelum ini terdapat beberapa subjek yang sukar bagi saya untuk mendapat A+.

"Saya merupakan orang paling gembira hari ini walaupun ibu bapa tiada bersama kerana bercuti di luar negara tetapi kehadiran abang sulung sedikit sebanyak dapat menceriakan saya," kata anak bongsu daripada empat beradik itu kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ameerul Ashraf peroleh 11A+

Posted:

Ameerul Ashraf peroleh 11A+

Ameerul Ashraf peroleh 11A+


AMEERUL Ashraf menerima ciuman daripada ibu bapanya, Harunarashid Mohd. Yunos dan Raha Abu Hassan di SBP Integrasi Selandar, Melaka, semalam.


MELAKA 23 Mac - Selepas cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebelum ini, Ameerul Ashraf Harunarashid terus menempa kejayaan apabila memperoleh 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar dekat sini, mencipta sejarah tersendiri apabila muncul salah seorang daripada dua pelajar negeri ini yang mencapai keputusan gred cemerlang A+ dalam semua mata pelajaran SPM tahun lalu.

Lebih manis, anak sulung pasangan guru itu muncul satu-satunya pelajar Melayu daripada 21 pelajar yang diumumkan oleh Pengarah Pelajaran negeri, Juliah Leman mencapai gred cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran.

''Saya memang sudah menjangka mencapai keputusan yang amat membanggakan ini, cuma risau dengan mata pelajaran Sejarah.

''Tetapi apabila saya melihat slip keputusan dan memperolehi 11A+, saya seperti tidak percaya. Ini adalah pencapaian terbaik saya," katanya ketika ditemui selepas menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Pelajaran Negeri di jabatan itu di Bukit Baru, di sini hari ini.

Berkongsi rahsia kejayaannya, Ameerul Ashraf berkata, sepanjang belajar, dia tidak pernah hilang fokus dan sentiasa memastikan setiap kerja kursus yang diarahkan berjaya disiapkan.

''Saya juga tidak pernah mengabaikan solat lima waktu malah kerap membaca surah Yasin," katanya.

Selepas ini, dia bercadang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi doktor gigi.

Sementara itu, bapanya, Harunarashid Mohd. Yunos, 45, yang merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar di Sekolah Vokasional Melaka Tengah, bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh anaknya.

''Sejak UPSR dan PMR, dia muncul pelajar terbaik sekolah dan apabila peperiksaan SPM, saya yakin dia mampu melakukan yang terbaik," ujarnya.

Ibunya, Raha Abu Hassan, 42, guru di Sekolah Menengah Teknik Melaka berharap pencapaian Ameerul Ashraf akan menjadi pendorong kepada seorang lagi anaknya, Aida Najwa yang akan menduduki SPM tahun ini.

''Ibu mana yang tidak gembira dengan pencapaian cemerlang yang diperoleh anak dalam peperiksaan seperti ini,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pemotoran

Posted: 23 Mar 2011 11:15 PM PDT

Utusan Online - Pemotoran


MPV penuhi keperluan

Posted:

MPV penuhi keperluan

MPV penuhi keperluan


Keluarga Fairuz Hana Anuar nyata selesa dengan kenderaan MPV yang dimiliki.


SUDAH tentu ketika bujang, keinginan membeli sesuatu hanya berdasarkan cita rasa individu berbanding apabila sudah mendirikan rumah tangga.

Bila keluarga sudah mula berkembang, pelbagai perubahan perlu disesuaikan mengikut perkembangan semasa. Contohnya, bermula daripada pembelian sebuah pangsapuri ke rumah teres sehinggalah bertukar daripada kereta sedan ke kenderaan pelbagai guna (MPV).

Bagi pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu bapa, imej model MPV merupakan kenderaan pertama yang mula terbayang di minda.

Dikenali sebagai kenderaan keluarga, MPV merupakan kenderaan yang diminati terutamanya oleh golongan ibu bagi melaksanakan rutin seharian mereka.

Bagi seorang wanita berkerjaya yang juga usahawan sambilan dan ibu kepada tiga orang anak, Fairuz Hana Anuar, 35, sebuah kenderaan MPV adalah sangat penting dalam rutin sehariannya lebih-lebih lagi bagi menguruskan perniagaan menjual kek dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.

Dia juga bersetuju bahawa kenderaan MPV memang mempunyai manfaat yang lebih banyak jika dibandingkan dengan kereta sedan.

"Saya memilih sebuah MPV kerana saya perlu melakukan beberapa tugas sebagai seorang isteri, ibu dan sebagai seorang wanita berkerjaya.

"Dalam menjalankan peranan saya sebagai seorang usahawan wanita dan ibu kepada tiga anak, saya sentiasa mengejar masa dan perlu melakukan pelbagai rutin harian. Bersesuaian dengan gaya hidup saya yang aktif, saya memerlukan keselesaan sewaktu ke mesyuarat, menguruskan perniagaan dan urusan anak-anak saya," katanya.

Apabila ditanya tentang perbandingan menggunakan MPV berbanding jenis kereta yang lain, Fairuz Hana berkata: "Saya membeli sebuah MPV kerana keselesaan yang dijanjikan walaupun saya terpaksa berjalan ke beberapa tempat dalam satu hari.

"Misalannya, saya memandu anak saya ke sekolah pada hujung minggu untuk aktiviti kokurikulum dan seterusnya ke pasar untuk membeli barangbarang keperluan. Menjelang tengah hari, saya memandu ke kedai dan seterusnya ke pasar raya bagi membeli barangan keperluan serta menjemput balik anak saya dari sekola," katanya.

Ternyata, ia memenuhi keperluan dan kehendak keluarga saya secara menyeluruh!

Layari http://www.allaboutexora.com/ untuk keterangan lanjut

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 23 Mar 2011 08:16 PM PDT

Harian Metro: Hati


Rona pembayang mata beri kelainan

Posted: 23 Mar 2011 09:51 AM PDT

JIKA wajah baru kali pertama disolek pasti kecantikan lebih terserlah. Apatah lagi jika solekan digandingkan dengan pakaian mengikut konsep atau tema.

Solekan yang mantap dan berkesan mampu menonjolkan kelebihan wajah serta menenggelamkan kekurangan diri. Dalam erti kata lain, wajah yang bulat akan terlindung menerusi sapuan bayangan, begitu juga mata sepet akan galak bersinar dengan paduan warna solekan mata 'smokey' yang mampu membuatkan tumpuan tetamu beralih pandangan ke arah anda.

Untuk menghadiri acara permaidani merah atau glamor biasanya penampilan perlulah mengikut tema. Misalnya, jika konsep majlis mengikut rona seperti merah dan hitam atau merah jambu, sebagai tetamu anda perlu berpakaian mengikut tema ditetapkan.

Jangan pula memakai rona berbeza semata-mata mahu mencuri tumpuan. Ini kerana tidak mengikut tema akan membuatkan anda berasa terasing, sekali gus menyebabkan mood berkurang.


Menurut jurusolek profesional yang hanya mahu dikenali sebagai Sam, solekan ke majlis glamor perlu lain daripada biasa supaya seri wajah lebih menyerlah.

Selepas menetapkan jenis, warna pakaian dan perhiasan, rona pembayang mata dan gincu dipilih untuk sapuan wajah.

"Untuk pembayang mata, campuran warna gelap seperti biru, hijau dan ungu digunakan. Kemudian ditambah dengan alas pembayang mata pada bahagian kelopak supaya warna diadun cantik.

"Biasanya kelainan itu datang menerusi rona pembayang mata serta gincu yang mampu membangkitkan kecantikan wanita," katanya.

Pilihan warna bibir pula bergantung kepada ton kulit serta pakaian dikenakan. Jika berkulit putih, apa salahnya untuk acara glamor pilih warna merah tua kemudian sapukan pengilat bibir untuk kesan lebih menyerlah manakala untuk yang berkulit gelap, pilih gincu cerah bersama pengilat bibir warna senada.

"Jika anda ingin menonjolkan bentuk bibir, pilih warna gincu yang cerah kemudian kurangkan rona pembayang mata. Namun, jangan dilupa pada pengilat bibir kerana ia membuatkan bibir penuh dan seksi," katanya.

Untuk lebih anggun, tambah sedikit perhiasan anting-anting labuh kemudian lengkapkan dengan tas tangan comel. Pastikan rambut didandan kemas sama ada dibiarkan berjurai atau dibentuk gaya bun.

Pilih kasut bertumit bagi memberikan postur badan yang menarik. Penampilan sebegini membuatkan anda bukan saja tampil ringkas, namun memukau pandangan.

,b>Terima kasih:

  • Solekan dan dandanan: Sam Beauty Shop
    (016-3813935) menggunakan produk L'Oreal
  • Pakaian: Sam Beauty Shop
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Godaan warna hangat, dingin

    Posted: 23 Mar 2011 09:31 AM PDT

    LIRIKAN mata menggoda datangnya dengan hanya secalit warna pembayang mata. Terserlah menerusi senyuman daripada bibir merah bak delima lantas menyerlahkan kejelitaan wanita.

    Wanita dan solekan sukar dipisahkan, saling melengkapi antara satu sama lain. Walaupun terdapat pelbagai produk solekan di pasaran, wanita tetap menghadapi masalah dalam memilih produk solekan sesuai.

    Ada wanita gemar solekan rona terang, ada juga yang sukakan warna malap dan pudar.

    Memahami kehendak wanita, produk kecantikan Artistry membawakan himpunan Warna Bunga Mekar koleksi musim bunga 2011. Ia hadir dengan alat solek rona nipis dan warna bertenaga untuk menampilkan kejelitaan dan seri semula jadi wanita.


    Himpunan alat solek musim bunga itu hadir dalam pilihan warna hangat dan dingin. Direka indah dengan hiasan bunga-bungaan, kompak mengandungi palet rona langit nipis, warna-warni kuntum aprikot dan rona ilham daripada alam semula jadi.


    Semua himpunan direka secara eksklusif oleh legenda, Frances Hathaway yang terkenal dengan kreativiti menghasilkan pelbagai warna alat solek.

    Frances juga menjadikan wanita tampil dengan gaya tersendiri, sofistikated, anggun dan selesa menggunakan warna solekan ini.

    Himpunan warna hangat musim bunga 2011 Artistry terdiri daripada tiga pembayang mata iaitu koleksi hijau keemasan, kuning dan coklat semula jadi. Formula pembayang mata Artistry menggunakan teknologi terkini bagi menyediakan warna segar, nipis, semula jadi serta lebih ringan dan segar. Warna meluncur tanpa cela dan boleh diguna nipis atau dilapisi bagi ketrampilan tersendiri. Kedua-dua palet segar mendukung warna musim bunga dan keriangan musim baru.

    Untuk celak, formula licin mudah diguna tanpa menarik atau menyentap memberikan impak maksimum, manakala formula metalik berkilauan memberi sinaran pada mata. Tampil menyerlah dengan celak rona perang gelap keemasan dan biru langit.

    Serlahkan kejelitaan dengan rona lembut pemerah pipi bak baldu mudah diadun untuk memberikan pipi seri keremajaan. Ia tampil dengan dua pemerah pipi Sunset dan First Blush.

    Barisan baru gincu memberikan sekilas warna licin berkrim dengan impak kilauan tinggi. Warna tahan lama dan mudah disapu. Formulanya mempunyai pelembap, merapi dan mengindahkan bibir untuk Apricot Blossom dan Plum Blossom.

    Koleksi Warna Bunga Mekar musim bunga 2011 Artistry berada di pasaran kini menerusi pengedar Amway di seluruh negara dan di 15 Kedai Amway.

    Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi Warna Bunga Mekar musim bunga 2011 Artistry atau produk lain dalam rangkaian Artistry, layari laman sesawang www.amway2u.com atau hubungi Amway di talian 03-79462288.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Urban

    Posted: 23 Mar 2011 01:15 PM PDT

    Kosmo Online - Urban


    Kanak-kanak 'pengemis' terbaik

    Posted:

    Kanak-kanak 'pengemis' terbaik

    Kanak-kanak 'pengemis' terbaik

    Oleh BASIR ABU BAKAR
    basir.abubakar@kosmo.com.my



    "ABANG boleh bagi sedikit sedekah wang untuk sumbangan sekolah anak-anak yatim dan tahfiz. Abang, abang...bagilah sikit derma untuk kami. Kami memerlukan sumbangan untuk memajukan sekolah kami."

    Demikian kata-kata rayuan salah seorang pengemis kanak-kanak yang memperkenalkan dirinya sebagai Fatimah sambil menghulurkan sekeping nota berwarna kuning kepada setiap individu yang didekatinya.

    Bila diperhatikan kandungan nota itu tercatat doa dan alamat sebuah sekolah tahfiz yang tidak jelas kelihatan seperti difotostat tercatat dalam nota berkenaan.

    Gelagat Fatimah, penulis perhatikan sehingga dia keluar dari kedai makan pusat membeli-belah Ampang Point, Kuala Lumpur.

    Bersamanya di satu sudut hujung jalan sekitar sepuluh kanak-kanak lain yang pasti juga senasibnya dengannya memikul gelaran pengemis pada usia muda.

    Apa yang pasti, penulis percaya situasi didekati peminta sedekah cilik seperti itu pernah dialami oleh kebanyakan penghuni di kawasan bandar kota metropolitan negara ini.

    Apabila merenung wajah anak kecil itu pasti setiap individu yang didekati kanak-kanak tersebut akan merasa simpati sekali gus akan mengeluarkan sekurang-kurangnya sekeping wang kertas bernilai RM1 untuk dihulurkan.


    KOSMO! turun ke lokasi tumpuan peminta sedekah kanak-kanak di Ampang untuk menjalankan siasatan baru-baru ini.


    Sikap pemurah masyarakat kita itu juga kadangkala menjadi 'lubuk dan lombong' kepada pihak-pihak tertentu untuk mengeksploitasi sifat mudah kasihan penduduk di negara ini.

    Apa yang pasti, bijak mengeksploitasi kanak-kanak kerana dari sudut psikologi, orang akan lebih kasihan melihat si kecil menadah tangan dengan muka kasihan dan rupa comot, percaya atau tidak jika penulis katakan dalam sehari seorang kanak-kanak mampu mengumpul di antara RM50 hingga RM70 seorang.

    Jika dihitung dengan teliti sekiranya kanak-kanak tersebut bergerak di bawah sindiket, dengan sepuluh orang pengemis kanak-kanak kumpulan sindiket berkenaan boleh mengutip di antara RM12,000 hingga RM18,000 sebulan.

    Kiraan itu mungkin sekadar anggaran kasar berdasarkan siasatan yang pernah dijalan oleh wartawan Kosmo! sebelum ini serta pendedahan media, namun penulis tidak menolak kemungkinan kumpulan kanak-kanak tersebut mampu menjana pendapatan lebih daripada itu dalam satu-satu masa mengikut musim dan lokasi.

    Seorang ahli perniagaan, Azizi Wahab, 36, berkata, sindiket peminta sedekah itu mengeksploitasi sikap pemurah orang ramai dengan menggunakan hujah dan helah meruntun jiwa bagi meraih simpati.

    Bagi Azizi yang tidak mudah terpedaya dengan helah golongan itu, sebaliknya mengambil sikap berhati-hati untuk memberi sumbangan. Dia lebih gemar untuk meneliti peribadi si peminta sedekah pada pandangan kasar sebelum menghulurkan wang.


    KEBANYAKAN orang yang merasa kasihan dengan nasib pengemis kanak-kanak ini biasanya akan menghulurkan RM1.


    "Saya akan tanya si peminta sedekah sama ada mereka sudah makan atau belum. Kalau belum makan, saya akan belanja mereka makan sebanyak mana yang mereka mahu tapi, saya tidak akan bagi duit kepada mereka.

    "Tapi itu bergantung kepada keadaan. Pada pengalaman saya si peminta sedekah yang menipu ini mereka tidak akan menerima pelawaan saya untuk belanja makan sebaliknya, mereka lebih berminat dengan wang. Jika anda tidak percaya cuba anda uji sendiri," katanya.

    Tegas Azizi lagi, pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi membanteras kegiatan meminta sedekah yang semakin berleluasa ketika ini terutama sekali kumpulan yang menggunakan kanak-kanak sebagai ejen operasi sindiket tidak bermoral mereka.

    "Hasil pemerhatian, saya dapati kumpulan kanak-kanak yang berlegar-legar di sekitar kawasan Ampang Point ini biasanya memulakan operasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

    "Mereka semua ada dalam sepuluh orang yang berumur dari 7 tahun hingga 14 tahun. Mereka juga didapati diawasi oleh dua orang wanita yang berlagak seperti ibu mereka," katanya kepada penulis ketika ditemubual di Ampang, baru-baru ini.

    Seorang jururawat, Noraida Sazali, 29, berkata, sejak bekerja empat tahun lalu di sebuah klinik swasta dekat Ampang Point, kanak-kanak tersebut telah dilihat menjalankan kegiatan meminta sedekah di sekitar kawasan itu hampir setiap hari.

    Menurutnya, kanak-kanak tersebut difahamkan akan datang daripada Ampang Campuran dengan menaiki bas ke kawasan tersebut setiap hari dari awal pagi hingga petang.

    Seorang pekerja buruh, Hashim Hamid, 29, berkata, kebanyakan mereka terdiri daripada orang Myanmar yang beragama Islam.


    SELAIN kedai makan, kumpulan peminta sedekah kanak-kanak juga akan menjadikan masjid-masjid sebagai lokasi tumpuan terutama pada hari Jumaat.


    "Kanak-kanak ini semuanya tidak bersekolah dan menjalankan aktiviti meminta sedekah sepenuh masa di kawasan sekitar Ampang Point.

    "Mereka bergerak secara berdua-duaan bagi kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas pula bergerak secara individu," dedahnya yang juga pernah bersembang dengan kumpulan kanak-kanak terbabit.

    Pelayan gerai, Irwan Syah Fadli, 30, berkata, kumpulan kanak-kanak yang meminta sedekah itu pandai mencari mangsa mereka untuk menagih simpati.

    "Setiap kali mereka memperoleh sejumlah wang derma mereka pasti akan ke satu sudut kawasan blok kedai berdekatan untuk menyerahkan wang mereka kepada penjaga mereka yang sedang menunggu.

    "Jumlah wang itu akan dikumpul dari pagi hingga malam. Kalau dalam sehari dapat 100 orang penderma bagi RM1, jika dijumlahkan mereka akan mendapat RM100. Tapi jika mereka ada 10 orang berapa yang mereka akan dapat?" soal Irwan kepada penulis.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Bintang EPL beraksi di dapur

    Posted:

    Bintang EPL beraksi di dapur

    Bintang EPL beraksi di dapur

    Oleh BASIR ABU BAKAR
    basir.abubakar@kosmo.com.my


    KREW Makan Kitchen dan pemenang peraduan Hotel DoubleTree by Hilton bergambar kenangan dengan lima bintang legenda EPL.


    PELUANG untuk bergambar bersama idola pemain bola sepak antarabangsa mungkin menjadi impian semua peminat bola sepak terutama bagi mereka yang menggilai permainan tertua dan paling ramai peminat di seluruh dunia itu.

    Namun, bagaimana pula jika anda bukan sahaja dapat bergambar bahkan, berkesempatan memasak bersama legenda bola sepak dunia.

    Hadir ke Malaysia sempena Liga Piala Malaysia Masters EPL 2011 kebanyakan bintang bola sepak veteran itu terdiri daripada pemain legenda kelab-kelab dan liga Eropah.

    Pada hari istimewa itu lima legenda bola sepak tersebut, Viv Anderson (bekas pemain Notthingham Forest), Jeff Winter (bekas pengadil EPL), Sir Bryan Robson (bekas pemain Mancheter United), Ronny Johnsen (bekas pemain Manchester United) dan David May (bekas pemain Manchester United).

    Ia tentunya menjadi pengalaman yang amat berbeza dan sukar dilupakan memandangkan legenda itu biasanya hanya dilihat beraksi di padang.

    Pengalaman berharga tersebut dilalui tiga orang peminat bola sepak Malaysia apabila percubaan bersahaja mereka menjawab soalan kuiz yang dianjurkan Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur dalam laman web sosial (Facebook) hotel itu membolehkan mereka terpilih sebagai pemenang.

    Mereka yang bertuah itu ialah Ruby Nath, Ganesh Vythiligan dan Zufino Zulkifli yang pada mulanya hanya menyertai pertandingan kuiz dalam laman web sosial hotel tersebut sekadar memenuhi masa lapang.

    Ruby Nath, 28, berkata, dia turut berterima kasih kepada teman wanitanya Uma Devi, 32, yang banyak membantu ketika mengisi soalan yang dikemukakan dalam laman Facebook hotel bertaraf antarabangsa berkenaan.

    Katanya, terpilih sebagai pemenang dan seterusnya berpeluang memasak bersama legenda bola sepak Eropah yang digilai semua peminat bola di seluruh dunia sememangnya sesuatu yang sukar dilupakan. Apatah, lagi kami bersama-sama memasak juadah tradisional.

    "Saya perlu memasak roti jala bersama-sama pemain Manchester United Masters, Ronny Jonhsen dan David May di dapur restoran Makan Kitchen, Hotel Doubletree. Peluang ini satu penghargaan.

    "Bukan sahaja mereka (pemain Masters EPL) malah, ini kali pertama saya memasak roti jala. Ia sangat menyeronokkan kerana walaupun nampak mudah namun, ia menuntut kemahiran untuk melakukannya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Johnsen berkata, walaupun biasa memasak tetapi, ini kali pertama dia memasak roti jala yang menjadi makanan tradisi masyarakat Melayu di negara ini. Akui Johnsen, ia pengalaman baru yang sangat berharga.


    PEMENANG peraduan anjuran Hotel DoubleTree by Hilton, Ganesh (kiri) asyik memerhatikan kesungguhan Robson menebar roti jala.


    "Pada mulanya memang sukar untuk memasak roti jala di atas kuali. Setelah empat hingga lima kali saya lakukan dengan tunjuk ajar chef, akhirnya saya berjaya melakukannya dengan baik.

    "Roti yang saya hasilkan semakin cantik dan menjadi seperti yang dikehendaki. Saya rasa roti jala seumpama penkek," katanya yang sangat menggemari nasi goreng.

    May pula yang kelihatan begitu bersemangat untuk melakukan demonstrasi memasak roti jala sejak awal program memberitahu, bermain bola memang menjadi profesionnya namun, memasak merupakan aktiviti senggang yang sangat biasa dilakukannya di rumah.

    "Saya suka memasak sebenarnya. Berpeluang memasak di dapur restoran Makan Kitchen ini merupakan satu peluang yang tidak patut dilepaskan.

    "Memasak makanan tradisi masyarakat Malaysia merupakan sesuatu yang menarik, begitu juga dengan rasanya yang sangat istimewa," katanya.

    Pengarah Pembangunan Perniagaan DoubleTree by Hilton, Leo Frankel berkata, program yang diadakan itu sebagai salah satu rangka untuk mempromosi makanan masyarakat Malaysia kepada pemain bola sepak liga Piala Malaysia Masters EPL 2011 dan memperkenalkan restoran Makan Kitchen.

    "Seramai 40 pemain dan pengadil kejohanan bola sepak ini menginap di Hotel DoubleTree by Hilton. Dengan peluang yang ada ini kami menjemput lima orang daripada mereka untuk mencari pengalaman memasak makanan tradisi penduduk di negara ini.

    "Mereka dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk tiga dapur yang berbeza. Dapur masakan Melayu, India dan Cina. Masakan yang perlu dimasak ialah roti jala, roti canai dan kuetiau," katanya kepada media.

    Tambah Frankel, kesemua kumpulan terbabit dibantu oleh chef dapur Makan Kitchen iaitu Chef Ahmad Nurul Azri, Kua Beng Hooi dan Prem Kumar Jeyaraman.

    Kesemua pemain bola sepak tersebut bersama tiga orang pemenang bertuah kuiz yang dianjurkan pihak hotel dilihat begitu tekun mendengar tunjuk ajar yang diberikan chef masing-masing.

    Pelbagai aksi dan telatah dapat dilihat petugas media serta kakitangan hotel sehingga mencuit hati. Malah, ada antara hadirin yang ketawa besar melihat gaya tersendiri bintang bola sepak kesukaan mereka beraksi di dapur.

    Paling kelakar tentunya saat Robson menunjukan bakatnya menebar roti canai di dapur India.

    Apa yang pasti, cubaan membawa bintang bola sepak itu ke dapur sesuatu idea yang berbeza namun, kehangatannya tetap sama seperti di stadium ketika perlawanan berlangsung.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Jemput-jemput sotong kurita

    Posted:

    Jemput-jemput sotong kurita

    Jemput-jemput sotong kurita

    Oleh BASIR ABU BAKAR
    basir.abubakar@kosmo.com.my


    Satu set Takoyaki terdiri daripada lima ketul jemput-jemput dijual pada harga RM4.


    KEBIASAANNYA masyarakat kita hanya mengenali jemput-jemput pisang, bawang dan ikan bilis yang terdiri daripada adunan tepung bersama bahan-bahan terpilih lain sebelum digoreng di dalam kuali.

    Tapi pernahkah anda mendengar mengenai jemput-jemput Jepun atau namanya Takoyaki?

    Jemput-jemput itu diadun bersama sotong kurita, ayam dan ketam yang kemudiannya digoreng di dalam kuali khas yang turut membantu membentuk jemput-jemput tersebut menjadi bulat seperti bola golf.

    Untuk menjamah jemput-jemput itu kita tidak lagi perlu ke Jepun untuk merasai keenakan makanan negara Matahari Terbit tersebut kerana juadah enak itu kini sudah berada di Malaysia.

    Juadah makanan ringan yang popular di Jepun itu kini semakin popular di Malaysia sehingga menyebabkan penggemar jemput-jemput tersebut sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.


    Takoyaki di Kasturi Walk turut mendapat perhatian pelancong asing.


    Pemandangan seperti itu boleh anda lihat saat melalui sebuah gerai takoyaki di Kasturi Walk, Pasar Seni, Kuala Lumpur.

    Kios Takoyaki milik Ahmad Fazrin Abdul Rahman, 29, yang baru dua bulan beroperasi di Kasturi Walk itu menjadi tumpuan warga kota yang bekerja di pusat bandar berdekatan lokasi tumpuan pelancong Pasar Seni.

    Menurut Fazrin, dia belajar cara membuat jemput-jemput Jepun atau Takoyaki tersebut selama tiga bulan menerusi laman YouTube.

    "Bermula dari situ juga saya mula membeli sebuah dapur khas dan peralatan asas membuat takoyaki di rumah yang diimport dari Jepun. Setiap hari saya akan berlatih memasak takoyaki sehingga mahir.

    "Pada mata kasar nampak mudah tapi, hakikatnya adalah sukar untuk membentuk takoyaki itu menjadi bulat," katanya yang menjual Takoyaki pada harga RM4, satu set (lima biji Takoyaki).

    Semuanya bermula dengan minat menjamah takoyaki di restoran sushi. Fazrin kemudian mengambil kesempatan mengusahakan sendiri dan melakukan sedikit pengubahsuaian dalam proses menyediakan juadah popular dan menyihatkan dari Jepun itu.

    Jika pada asalnya Takoyaki hanya berinti sotong kurita, Fazrin bertindak berani mengubahsuai dengan memasukkan inti ketam dan ayam dalam menu takoyakinya.

    Kios perniagaan takoyaki pertama Fazrin yang beroperasi dari pukul 11 pagi mampu menjual sehingga 700 biji takoyaki setiap hari.


    AHMAD FAZRIN mula menjalankan perniagaan takoyaki sejak tiga bulan lalu.


    Lebih mengejutkan lagi apabila jemput-jemput Jepun yang diusahakannya itu turut mendapat pujian pelancong Jepun yang kini menjadi pelanggan tetap kiosnya setiap hari.

    "Takoyaki saya laris seperti pisang goreng panas sehingga ada pelanggan dari Jepun memuji Takoyaki premis saya lebih sedap dari Takoyaki di Jepun.

    "Namun begitu, saya terpaksa mengakui takoyaki berinti sotong kurita tetap popular dan mendapat permintaan tinggi sehingga menyebabkan saya pening kepala kerana kekurangan bekalan," katanya yang turut mengusahakan perniagaan ukiran kayu menggunakan laser itu.

    Fazrin mendedahkan selain aduan tepung gandum dan inti sotong, perasa tambahan ketam serta ayam yang dimasuk bersama sebagai penghias turut menjadi rahsia keenakan takoyakinya.

    "Hiasan yang dimasukkan dalam takoyaki termasuklah hirisan ikan tuna salai, daun bawang, serbuk cili, serbuk rumpai laut, mayonis, sos tomato dan sos cili.

    "Ekoran sambutan yang menggalakkan dan mengelakkan pelanggan daripada beratur panjang saya terpaksa menambah jumlah dapur dari satu kepada dua," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan