Jumaat, 11 Mac 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 11 Mar 2011 11:22 AM PST

Kosmo Online - Varia


Bercuti dengan Firefly Holiday

Posted:

Bercuti dengan Firefly Holiday

Bercuti dengan Firefly Holiday


MOHD. KHALID (tiga dari kanan) dalam gimik promosi istimewa Firefly Holiday.


BAGI para pelancong yang ingin menikmati percutian dengan jaminan pulangan wang, kunjungilah Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2011 sehingga 13 Mac ini.

Syarikat penerbangan komuniti, FlyFirefly Sdn. Bhd. (Firefly) misalnya, menawarkan pelbagai tawaran menarik eksklusif untuk pelanggannya melalui pakej Firefly Holiday selama tiga hari sehingga esok.

Menurut Ketua Pemasaran dan Komunikasi Firefly, Angelina Fernandez, Firefly yang akan membuka ruang pameran di Dewan 3, Pusat Dangangan Putra (PWTC) sudah tentu mendapat tarikan para pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut.

"Kami yakin dengan promosi pada tahun ini. Selain memberi jaminan pulangan wang, kami juga menawarkan pakej istimewa bagi laluan penerbangan Firefly ke Malaysia Timur dan juga destinasi popular yang lain.

"Ia dapat memberi kepuasan kepada pelancong yang mengikuti perkhidmatan kami," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian pameran tersebut oleh Presiden MATTA, Datuk Mohd. Khalid Harun.

Antara pakej percutian yang memberi jaminan pulangan wang ialah percutian ke Kota Kinabalu selama tiga hari dua malam (3D/2N) pada harga dari RM239 dan Kuching (3D/2N) dari hanya RM299. Bagi pakej keluarga iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak ke Pulau Langkawi (3D/2N) hanya RM899.

Bagi percutian luar negara pula, tiket ke Koh Samui (3D/2N) dijual dari RM599 dan Singapura Hard Rock Hotel (3D/2N) bermula RM719.

Katanya, harga-harga tersebut tidak termasuk duti lapangan terbang dan caj lain-lain.

"Selain daripada pakej percutian istimewa Firefly Holiday itu, pengunjung pameran juga berpeluang merebut hadiah-hadiah istimewa bernilai lebih RM300,000," ujarnya.

Hadiah berganda ini khas bagi pelanggan Firefly adalah dengan sumbangan Malaysia Airlines, Chartis Insurance, Maxis dan United Overseas Bank (UOB).

Pembeli harian dengan jumlah nilai yang tertinggi juga berpeluang memenangi dua tiket pulang balik bagi penerbangan Malaysia Airlines atau Firefly dan pembeli kedua tertinggi pula boleh membawa pulang sebuah iPad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 10 Mar 2011 11:32 PM PST

Utusan Online - Pendidikan


SK Kuala Tembeling juara

Posted:

SK Kuala Tembeling juara

SK Kuala Tembeling juara

JERANTUT 10 Mac - Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tembeling muncul juara setelah menumpaskan SK Chebong 6-5 dalam Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Zon Tembeling bawah 12 tahun di padang SK Merting dekat sini baru-baru ini.

Pasukan bola jaring SK Kuala Tembeling yang mengalahkan empat pasukan lain di pusingan awal membawa pulang pingat, hamper dan sijil penyertaan manakala pasukan SK Chebong di tempat kedua juga menerima hadiah sama.

SK Kuala Tahan menduduki tempat ketiga dalam kejohanan itu setelah menumpaskan SK Merting dengan jaringan 11-2 dan masing-masing menerima pingat dan sijil penyertaan.

Setiausaha MSSM Zon Tembeling, Mohd. Razis Ibrahim berkata, sebanyak enam sekolah rendah di kawasan pedalaman Tembeling menyertai kejohanan berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ADaP sesuai dijadikan rujukan pelajar

Posted:

ADaP sesuai dijadikan rujukan pelajar

ADaP sesuai dijadikan rujukan pelajar

BERA 10 Mac - Sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dalam akhbar Utusan Malaysia amat berguna kepada pelajar terutama sebagai rujukan dan ulang kaji bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu, Sains dan Matematik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Padil Osman berkata, sisipan ADaP juga dapat membantu guru meningkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.

Katanya, persembahan ADaP yang berkualiti mampu menarik minat dan memudahkan pelajar menguasai sesuatu mata pelajaran.

''Saya menaja 4,000 naskah akhbar ini untuk pelajar di lapan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di DUN Kemayan kerana saya dapati kandungan ADaP boleh membantu pelajar menguasai mata pelajaran berkenaan dengan berkesan.

''Saya harap guru dapat memanfaatkan ADaP bagi membantu melahirkan pelajar yang lulus cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia," kata Mohd. Padil.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis penyerahan cek penajaan Utusan Malaysia dan menutup Bengkel Puisi Tradisional di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bera di sini semalam.

Bengkel dikendalikan penggiat seni tempatan, Roslan Madun dihadiri 80 pelajar dan guru dari sekolah menengah di sni.

Hadir sama, Pegawai PPD Bera, Ramli Awang.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Padil berkata, novel Interlok menjadi mangsa eksploitasi pihak tertentu untuk kepentingan politik sempit kerana rakyat negara ini tidak memahami fungsi dan peranan sastera.

Katanya, Interlok tidak menghina sesiapa terutama kaum India tetapi ia digarap agar para pembaca menghargai perpaduan yang wujud sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihati para pelajar supaya menghayati pelajaran sastera kerana ia mampu mendidik mereka menjadi pelajar dan warganegara mempunyai integriti dan jati diri.

''Sastera tidak hanya boleh dilihat sebagai mata pelajaran untuk lulus peperiksaan semata-mata kerana ia memainkan peranan yang cukup besar dalam membentuk jati diri pelajar.

''Saya difahamkan komponen sastera seperti puisi, syair, gurindam, pantun, nazam dan gurindam turut digunakan untuk menegur raja, kerabat istana dan pemimpin yang tidak berlaku adil," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 10 Mar 2011 01:44 PM PST

Utusan Online - Keluarga


Kampung Pengantin janjikan kejutan

Posted:

Kampung Pengantin janjikan kejutan

Kampung Pengantin janjikan kejutan

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar WAHIDAH ZAINAL


Syed Nahar (kanan) berbincang dengan Danial Hassan Basari dan Nurul Illyiana Nor Zaidi (duduk) serta Farid Fikri Shukri dan Nur Natalia Ku Yusof (berdiri belakang) di Kampung Pengantin, baru-baru ini.


Biarpun saban minggu Kampung Pengantin tidak pernah sunyi menganjurkan majlis-majlis perkahwinan, tetapi penajaan untuk juara dan tempat kedua pemenang Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Kedua tetap dijanjikan dengan kejutan istimewa.

Sehubungan itu, pemiliknya Syed Nahar Syed Hassan kini ligat memikirkan sesuatu untuk disesuaikan dengan konsep yang telah diusulkan oleh kedua pasangan itu supaya ia dapat direalisasikan seperti apa yang dipinta.

''Bukan sahaja untuk membuatkan semua tetamu yang hadir terpukau, malah mampu meninggalkan kenangan yang teramat manis kepada kedua-dua pengantin ini,'' katanya ketika ditemui di Kampung Pengantin yang terletak di Jalan Usahawan 3/23A, Off, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebelum itu, Syed Nahar telah bertemu untuk berbincang dengan pasangan terbabit iaitu Danial Hassan Basari, 25, dan Nurul Illyiana Nor Zaidi, 25, serta Farid Fikri Shukri, 26, dan Nur Natalia Ku Yusof, 21.

Perkahwinan pasangan juara akan diadakan pada 3 April ini manakala pasangan tempat kedua pula pada 20 Mac.

Setiap majlis kahwin itu akan dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk ahli keluarga pengantin.

''Masing-masing telah menyatakan konsep yang diinginkan. Kini tiba giliran saya pula untuk menterjemahkan mengikut kehendak mereka dengan sebaik mungkin,'' katanya.

Bagaimanapun, katanya, selaku perancang dan perunding perkahwinan yang diusahakan sejak 2005 beliau mendapati dua perkara perlu diberi perhatian dalam majlis perkahwinan.

''Perarakan masuk pengantin ke dewan dan upacara memotong kek merupakan dua acara kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh tetamu yang hadir,'' katanya.

Kata Syed Nahar, untuk mencipta kelainan bukan satu tugas mudah. Ia memerlukan daya tumpuan dan kreativiti yang tinggi.

Lagi pun katanya, perkahwinan itu yang ditaja oleh Kampung Pengantin perlu diatur dengan cermat dan berjalan dengan lancar.

Bagi pasangan juara, Danial dan Nurul Ilyiana sudah menyatakan persetujuan untuk memilih konsep dalam taman ala Inggeris.

''Ini memang impian kami berdua yang secara kebetulan adalah sama,'' ujar Danial.

Pasangan dua sejoli itu mengakui suka dikelilingi oleh bunga-bungaan yang diharap akan menambahkan lagi seri dalam majlis kahwin itu nanti.

Bagaimanapun kedua-duanya masih belum dapat memutuskan sama ada ingin memotong kek atau digantikan dengan bahan lain yang didapati sesuai untuk menampakkan kelainan pada acara kemuncak itu.

Sementara itu, Farid Fikri dan Nur Natalia, sudah menetapkan akan memilih konsep kontemporari.

''Kami mahukan setiap tetamu yang hadir bukan sahaja bersantai dari pilihan pakaian sehinggalah semasa berada di majlis dari awal sampai hingga akhir,'' katanya.

Jelas kedua bakal pengantin ini, apa yang penting tetamu puas hati hadir ke majlis perkahwinan mereka.

Kampung Pengantin boleh dihubungi di talian 016-2518035.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sos lada hitam, piza

Posted:

Sos lada hitam, piza

Sos lada hitam, piza


Sos lada hitam


Soalan:

SAYA memang minat stik. Saya dah cuba membuat kedua-duanya tetapi masalahnya tentang penyediaan sosnya yang kurang sedap walaupun saya ikut seperti dalam buku masakan. Boleh chef bagi tip yang betul cara membuatnya atau ada bahan lain yang perlu ditambah?

ABDULLAH THANI,

abdullah1963@ymail.com.

Jawapan:

Sos black pepper menggunakan asas stok iaitu stok perang yang dimasak secara perlahan-lahan sehingga isipadunya menjadi setengah. Stok perang ini kemudian digunakan pula untuk membuat sos perang yang dikenali sebagai demi glace.

Demi glace merupakan konsentrasi stok perang tadi dan digunakan untuk membuat pelbagai jenis sos dan antaranya adalah sos lada hitam (blackpepper sauce). Untuk menyediakan stok perang anda memerlukan tulang lembu (anda boleh juga menggunakan tulang lain selain tulang lembu), lobak merah, bawang merah, seleri, tomato puri, tepung dan herba campuran yang dipanggang sehingga keperangan dan kemudian direbus.

Masa merebus perlulah lama supaya rasa daging dapat diekstrak. Masa merebus boleh mengambil masa lebih dari satu jam bergantung kepada berapa banyak stok yang ingin anda sediakan.

Teknik membakar juga perlu betul. Anda perlu membakar sehingga semua bahan betul-betul menjadi perang gelap tetapi tidaklah sampai menjadi hangus. Hasilnya, stok anda akan menjadi perang gelap. Warna inilah yang diingini dalam penyediaan stok perang. Oleh itu apabila anda menggunakan stok, warna demi glace anda tidak menjadi pudar.

Saya telah mengubah suai sedikit proses dan bahan-bahan yang digunakan agar proses dan masa membuat black pepper sauce menjadi lebih mudah dan singkat. Untuk pengetahuan saudara, saya pernah berkongsi resipi membuat sos piza dalam keluaran yang lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan