gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 18 Mar 2011 01:04 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Khidmat tentera? Tiada yang terlepas

Posted:

Khidmat tentera? Tiada yang terlepas

Khidmat tentera? Tiada yang terlepas

Antara yang pernah menjadi pelatih ialah juara dan finalis One In A Million, Suki dan Alif Satar serta pelakon sensasi, Diana Danielle.

Dalam kes Diana, ia sedikit kontroversi kerana artis remaja itu meminta penangguhan atas alasan sibuk dengan kegiatan seninya.

Di Korea, kisah artis menyertai program Khidmat Negara ini bukan sesuatu yang asing. Cuma bezanya ia bukan untuk remaja lelaki dan perempuan lepasan sekolah tetapi wajib kepada semua lelaki Korea.

Ia dipanggil Khidmat Tentera dan bukan juga setakat tiga bulan seperti di Malaysia, malah memakan masa dua tahun. Bayangkan berapa lama mereka terpaksa menangguhkan aktiviti seni. Artis yang popular juga mungkin dilupakan jika 'menghilang' sebegini lama.

Mungkin sebab itu, ada kalangan artis yang mencari alasan untuk menangguhkan khidmat tentera malah ada yang melampaui batas untuk mengelak daripada melaporkan diri.

Kisah penyanyi rap MC Mong yang dikatakan sanggup mencabut sendiri giginya untuk terlepas daripada khidmat tentera kini menjadi kes mahkamah di Korea.

Memang ada yang mendapat pengecualian daripada khidmat tentera, namun mereka masih perlu bekerja dengan agensi kerajaan misalnya di bahagian khidmat komuniti. Tidak ada yang terlepas. Sesiapa yang cuba mengelak akan dihukum dan berhadapan dengan pelbagai aral untuk mengembangkan karier mereka di Korea.

MC Mong sudah menerima 'hukuman' apabila terpaksa meninggalkan program 2 days 1 night yang dihoskannya malah tidak lagi muncul di kaca TV walaupun mahkamah masih belum memutuskan yang dia bersalah.

Namun tidak semua yang cuba mengelak daripada menunaikan tanggungjawab mereka. Kebanyakannya akur apabila dipanggil untuk melaporkan diri walaupun sedang berada di puncak kerjaya.

Antaranya penyanyi dan pelakon antarabangsa Rain yang difahamkan akan memasuki Khidmat Tentera bulan depan. Dia yang sedang menempa nama di Hollywood selepas tampil dalam filem Speed Racer dan Ninja Assasin terpaksa menangguhkan projek terbarunya selepas menerima notis panggilan Khidmat Tentera.

Ramai juga selebriti lain yang dengan rela hati meninggalkan sementara dunia glamor untuk menjalani kehidupan sebagai anggota tentera antaranya aktor Stairways to Heaven, Lee Wan; hero Iljimae, Lee Jun Ki; serta pelakon Slave Hunter, Kim Ji Suk.

'Kehilangan' aktor dan penyanyi pujaan ini memang menyedihkan para peminat mereka yang akan merindui wajah idola kesayangan masing-masing selama dua tahun.

Justeru tidak hairanlah ada yang sanggup datang dari pelosok Korea malah negara jiran Jepun dan China semata-mata untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Bahkan ada yang berkhemah di hadapan kem tentera untuk mengintai peluang merakam wajah, bersalaman atau sekurang-kurangnya melambai ke arah idola mereka.

Mereka sanggup berhabis wang ringgit, masa dan tenaga kerana tahu 'kehilangan' artis pujaan mereka itu mungkin lebih lama daripada sepatutnya.

Ini kerana, bukan semua yang dapat kembali ke kedudukan asal seperti dua tahun sebelumnya. Ada yang terpaksa berhempas pulas untuk bersaing dengan aktor dan penyanyi yang jauh lebih muda. Tidak kurang yang terus 'tenggelam' di tengah-tengah gelombang hiburan Korea yang pesat berkembang.

Hero drama Coffee House, Gong Yoo misalnya sudah agak lama keluar dari kem tentera namun masih belum muncul dalam satu drama baru pun sehingga kini.

Apa pun bagi negara yang terletak di tengah-tengah di antara Jepun yang sering dilanda bencana dan Korea Utara, yang boleh mengambil tindakan ketenteraan pada bila-bila masa - latihan tentera adalah suatu kewajipan dan kemestian kepada setiap lelakinya yang berumur 20 tahun ke atas yang sihat tubuh badan sebagai persediaan mempertahankan negara menghadapi sebarang kemungkinan.

Dan bagi selebriti lelaki Korea yang bersemangat patriotik, mereka perlu bersedia dipanggil bila-bila masa!

Aktor kacak, Hyun-bin mungkin selebriti paling bergaya yang menyertai Khidmat Tentera apabila ketika berada di puncak kemasyhuran kerana lakonan hebatnya dalam Secret Garden, secara sukarela menawarkan diri untuk menjalani kehidupan sebagai anggota tentera.

Lebih hebat lagi, bukan setakat menjadi askar biasa, beliau memilih menjadi anggota marin - pasukan yang perlu menjalani latihan paling sukar dalam perkhidmatan tentera.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Roseyatimah cinta sejati Mustapha

Posted:

Roseyatimah cinta sejati Mustapha

Roseyatimah cinta sejati Mustapha

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASSAN


MUSTAPHA menunjukkan koleksi buku resipi isterinya yang masih disimpan di kabinet dapur rumahnya.


Namun apabila mengukur kasih sayang seorang suami terhadap isteri, sememangnya ia tidak bersempadan.

Biarpun ajal dan maut memisahkan mereka sejak 14 Disember 1987, namun perasaan kasih sayang terhadap isteri tercinta, Allahyarham Roseyatimah memang tidak pernah surut di hatinya.

Begitulah yang dapat disimpulkan oleh penulis tatkala kali pertama menjejakkan kaki ke rumah teres tiga bilik yang terletak di Subang Jaya milik Datuk Mustapha Azhari Maarof, 76 tahun.

Tatkala melangkah 'istana kesayangan' Mustapha Maarof, mata tiba-tiba terpaku melihat setiap sudut dinding rumah itu tergantung indah gambar Allahyarham isteri tersayang yang sudah lama kembali ke rahmatullah meninggalkan suami dan dua anak kerana barah payu dara.

Satu demi satu, wajah manis seniwati yang mengukir nama dalam dunia filem Melayu itu ditatap, hati ini tiba-tiba berkata, betapa dalamnya cinta dan kasih sayang Mustapha Maarof terhadap Roseyatimah atau nama sebenarnya Rosnah Jasni.

Sebab itu, tidak hairanlah biarpun telah lebih dua dekad hidup sendirian tanpa belaian seorang wanita bernama isteri, Mustapha Maarof tetap bahagia ditemani anak, menantu dan tujuh orang cucunya.

Bukan setakat gambar yang disimpan malah dari ruang tamu ke ruang tengah kediaman, satu demi satu, barangan kesayangan milik isteri ditunjukkan termasuk perhiasan, pakaian dan ratusan buku resipi koleksi peribadi isterinya diatur cantik dalam empat buat kabinet.

"Selain anak-anak, hanya inilah barangan kenangan milik arwah yang menjadi teman ketika saya sunyi.

"Sebab itu, sejak dulu hingga hari ini tidak terlintas di hati saya untuk memberikan barang-barang ini kepada orang lain apalagi untuk membuangnya.

"Barang-barang ini bukan sahaja menjadi kenangan malah ia tempat anak-anak melepas rindu terhadap arwah.

"Bayangkan ketika arwah meninggal, anak-anak masih kecil. Waktu itu, hati dan perasaan ini hanya Allah yang tahu tetapi demi anak-anak saya harus kuat," kata Mustapha menyingkap kisah dukanya.

Mungkin bagi mereka yang tidak mengenali seniman yang mencipta nama melalui filem Hang Tuah dan menjadi pujaan ramai wanita, menganggap itu bagaikan sebuah kisah yang berputar di layar perak.

Namun hakikatnya itulah kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi Mustapha Maarof.

Mustapha dan arwah isterinya, Roseyatimah mendirikan rumah tangga pada tahun 1967. Allahyarham menjejakkan kaki ke Keris Film di Singapura sekitar tahun 1955 dan kerjaya seninya bermula dengan filem Pendekar Bujang Lapok.

"Ketika itu saya lihat arwah orangnya memang lemah lembut, sopan dan cukup menghormati orang lain.

"Namun Rose bukan senang untuk diperisterikan. Dia anak tunggal dalam keluarga Allahyarham Pak Jasni dan Mak Neng. Bagaimanapun, inilah yang dikatakan jodoh.

"Sebab itu, biarpun maut memisahkan kami, tetapi bagi saya Rose sentiasa hidup di hati ini. Tawa manisnya, suara manjanya sesekali terngiang-ngiang di telinga saya," kata Mustapha.

Tatkala berkongsi memori indah arwah isteri kesayangannya itu, Mustapha yang mulanya tenang tiba-tiba terdiam seketika tanpa diduga matanya berkaca dan dalam getar suaranya dia berkata:

"Sehingga kini memori hidup bersama arwah memang sukar saya dilupakan. Semakin lama arwah pergi, semakin dekat arwah di hati ini.

"Kasih sayang yang dicurahkan oleh arwah terhadap keluarga memang tiada galang gantinya.

"Kadang-kadang saya rasa arwah bagaikan bersama kami, walaupun hakikatnya arwah sudah lama pergi.

"Sampai saat ini saya tidak boleh lupa cara dia menjaga anak-anak dan lazatnya masakan dia sehingga kini masih terasa.

"Arwah tahu saya suka makan makanan yang masih panas. Kalau saya ada di rumah dia akan masak pelbagai jenis lauk pauk untuk kami anak-beranak makan.

"Dia tidak suka simpan makanan sehingga sejuk. Masakannya yang paling saya suka ialah asam pedas dan paru masak rempah.

"Satu sikap dia yang saya suka, untuk menjadi isteri yang baik dia sanggup membuat pelbagai hiasan rumah dan memasak. Buku resipinya beratus-ratus dan saya masih simpan hingga hari ini.

"Setiap kali dia ke dapur, anak sulung kami, Azlynna pasti akan menolong sehinggakan masakannya kini boleh dikatakan hampir sama dengan arwah ibunya."

Mengakui tempoh membesarkan dua anak, Azlynna,41, dan Mohamad Rezainuddin,35, bukanlah tempoh yang singkat. Ia sebenarnya tidak begitu mudah dilakukan oleh seorang bapa tunggal sepertinya.

Seorang lagi anak mereka ialah Mohammed Khairuddin meninggal dunia akibat denggi ketika berusia tiga tahun.

"Perasaan curiga sering membelenggu saya terutama apabila memikirkan tentang anak-anak. Sehinggalah ke satu tahap, saya ikut ke mana mereka pergi.

"Bukan apa, pergaulan yang tidak menentu dengan gejala sosial yang menular membuatkan saya risau. Keadaan ini berlarutan berpuluh tahun lamanya sehinggalah anak-anak saya berkahwin," kata Mustapha.

Biarpun reda dengan pemergian isterinya, dia terkilan kerana pada saat dia dirai dan dikurniakan gelaran Datuk, isterinya tiada di sisi.

Sebelum Roseyatimah, Mustapha pernah memperisterikan pelakon jelita, Suraya Harun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Suzlynna.

Namun perkahwinan itu hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja apabila mereka berpisah pada tahun 1965.

"Anak-anak amat menghormati saya. Malah, mereka langsung tidak menyebut tentang perkahwinan. Terus-terang saya selesa hidup begini," katanya.

Anak seni yang dilahirkan pada tanggal 1 Januari 1935 itu sehingga kini masih aktif dalam pelbagai persatuan.

Dalam bidang lakonan dan penerbitan, syarikatnya, Warna Motion Pictures tidak lama lagi bakal muncul dengan siri terbaru Pak Kadok dan dijangka ditayangkan pada 2 April ini di RTM 2.

Selain Mustapha, drama rantaian 13 episod itu turut dilakonkan oleh Datuk Aziz Singah, Bob Singah dan Rosnah

Johari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 18 Mar 2011 11:42 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Tetamu istimewa USS

Posted:

Tetamu istimewa USS

Tetamu istimewa USS


SERAMAI 200 penghuni dari tiga rumah kebajikan di Kuala Lumpur dibawa melawat Universal Studios Singapura.


KUNJUNGAN ke Singapura tidak lengkap sekiranya tidak melawat Resort World Sentosa (RWS) yang menempatkan Universal Studios Singapura (USS) iaitu taman tema pertama seumpamanya di rantau ini selepas di Amerika Syarikat dan Jepun.

Sejak dibuka pada Mac tahun lalu, USS telah dikunjungi kira-kira 15 juta pengunjung tempatan dan luar negara yang mahu merasai pelbagai hiburan dan keseronokan yang ditawarkan di dalamnya.

Biarpun meraih populariti dan kejayaan dalam sekelip mata, namun RWS tetap tidak melupakan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat termasuk di Malaysia.

Bagi tujuan itu, baru-baru ini RWS menganjurkan program aRWSome Kids' Date yang melibatkan lebih 200 kanak-kanak dan 36 kakitangan daripada tiga rumah kebajikan iaitu Rumah Barkat, Rumah Kebajikan Ti-Ratana dan Living Hope di Kuala Lumpur.

Menurut Pengurus Komunikasi RSW, Lynn Lee, program yang diadakan merupakan penghargaan kami kepada masyarakat yang selama ini banyak memberi sokongan terhadap RSW yang kini mencecah usia setahun.

"Cuma kali ini agak istimewa kerana ia diraikan bersama rakan-rakan kita dari Malaysia," katanya.

Selain dibawa menjamu selera, kesemua penghuni terbabit berpeluang melawat ke seluruh taman tema seluas 49 hektar (121 ekar) itu.

Pastinya peluang meneroka alam misteri Revenge of the Mummy serta menguji adrenalin di roller coaster duo tertinggi di dunia, Battlestar Galactica menjadi kenangan yang sukar dilupakan.


Universal Studios Singapura menyambut ulang tahun pertamanya Mac ini.


Keceriaan itu jelas terbayang pada wajah seorang penghuni Rumah Kebajikan Ti-Ratana, Leong Chee Keong yang tidak dapat menggambarkan kegembiraannya apabila berpeluang melawat USS yang menjadi idaman seluruh kanak-kanak di rantau ini.

"Walaupun terpaksa bangun seawal jam 2 pagi, namun saya sangat gembira kerana berpeluang untuk berada di sini.

"Saya sangat berbesar hati dan seronok mencuba pelbagai permainan yang ditawarkan seperti roller coaster," kata gadis berusia 17 tahun itu.

USS yang terletak dalam kawasan RSW di Pulau Sentosa merupakan taman tema terbesar di rantau ini.

Taman itu mengetengahkan 24 permainan tunggangan dan tarikan dalam tujuh zon bertema Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar.

Menjelang akhir tahun ini, RSW bakal diserikan dengan pelbagai tarikan baru di taman temanya, iaitu Madagascar dan Transfomers di samping pembukaan Muzium Xperimental Maritim.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Adrian sukses bisnes Avon

Posted:

Adrian sukses bisnes Avon

Adrian sukses bisnes Avon

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my


ADRIAN (tengah) bergambar dengan beberapa wakil Avon yang menjadi sumber inspirasi untuk berjaya.


BEBERAPA tahun dahulu, penglibatan jejaka bernama Adrian Ong, 25, dalam Avon menjadi bahan ketawa rakan-rakannya dek kerana jenama itu sendiri sinonim dengan wanita.

Ada rakan yang mengejeknya dengan panggilan lelaki lembut gara-gara tindakan Adrian yang berjinak-jinak mengedarkan katalog Avon kepada rakan sekerjanya.

"Segalanya bermula apabila saya membeli deodoran bebola di sebuah cawangan Avon di Lahad Datu, Sabah. Wakil Avon di situ mengajak saya untuk menjadi ahli.

"Bagi mendapatkan diskaun pada masa akan datang, jadi saya pun bersetuju untuk menjadi ahli," katanya yang sebelum ini menjadi penyelia di salah sebuah pasar raya di Lahad Datu.

Tambahnya, setiap bulan dia akan ke butik Avon untuk mendapatkan produk-produk yang ditempah oleh rakan sekerjanya.

"Apabila Avon melancarkan kempen Sales Leadership, pemilik butik menyuruh saya mencari lima orang untuk didaftarkan di bawah nama saya dan kemudian dia memberikan saya cek bernilai RM5.75.

"Ketawa besar apabila menerima cek tersebut kerana ia jauh lebih rendah daripada pendapatan yang saya peroleh sebagai penyelia di pasar raya iaitu RM1,500 sebulan," katanya.

Katanya lagi, pemilik tersebut memberitahu bahawa jumlah tersebut akan berganda dan sejak itu Adrian mula menjalankan aktiviti menambahkan ahli.

"Saya pernah mengambil cuti semata-mata untuk merekrut ahli baru. Satu hari saya pernah dapat 16 orang dan ia melayakkan saya memperoleh RM175 hanya dengan mencari ahli baru sahaja.

"Bayangkan, hanya beberapa minit kita boleh buat wang dan tambah pendapatan. Sejak itu, saya berhenti kerja dan mula serius dengan Avon tanpa mempedulikan ejekan hatta, pandangan sinis orang terhadap saya," ujarnya yang turut menggunakan produk Avon.

Walaupun kini, pergaulannya lebih bertumpu kepada golongan wanita, Adrian banyak mempelajari hal-hal berkaitan dengan kecantikan supaya dia tidak kekok berinteraksi dengan pelanggan yang kebanyakannya wanita.

Pada usia 25 tahun, Adrian yang baru setahun lima bulan menceburi Multi-Level Marketing Avon mampu meraih pendapatan RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.

"Ia jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan gaji saya sebagai penyelia sebelum ini. Kerjanya pula lebih senang dan tidak stres.

"Jika dulu susah mendapatkan cuti rehat untuk melancong, kini dengan Avon, saya berpeluang melancong ke Surabaya, Bali, Langkawi dan Los Angeles bersama wakil Avon yang lain," kata anak kedua daripada enam beradik itu.

Hadiah bercuti daripada Avon tersebut bagai suntikan motivasi untuk Adrian memantapkan lagi kariernya bersama Avon walaupun dikelilingi dengan ramai wanita.

Menurut Adrian, kejayaannya hari ini adalah inspirasi daripada kejayaan wanita-wanita Avon di sekelilingnya.

"Kini saya mahu berkongsi kisah kejayaan saya dengan generasi muda yang lain dan mahu mereka menyertai saya.

"Daripada mereka terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang melanda remaja sekarang ini, lebih baik ajar mereka cara berniaga dengan Avon. Sedikit sebanyak ia boleh membantu mereka menjana pendapatan," katanya yang memasang impian memiliki rumah sendiri dalam masa terdekat ini.

Bagi tahun 2011, Adrian berazam untuk mendapatkan pendapatan lebih RM10,000 sebulan selain membantu ahli di bawahnya berjaya.

"Bagi remaja lelaki yang berminat menyertai Avon tetapi malu kerana menganggap Avon adalah untuk wanita anda silap kerana sebagai lelaki kita punya kelebihan sendiri.

"Jika ramai wanita di Avon boleh berjaya, kenapa kita tidak?" katanya penuh semangat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 18 Mar 2011 09:24 AM PDT

Utusan Online - Johor


Isza pengusaha tauhu bumiputera

Posted:

Isza pengusaha tauhu bumiputera

Isza pengusaha tauhu bumiputera

Oleh RAHIMAH MOHAMED
utusanjohor@utusan.com.my


Azemizan Alik bersama tauhu yang hendak dipotong kepada beberapa bahagian di Isza Food Enterprise di Gelang Patah, Johor, semalam.


NUSAJAYA 17 Mac – Keenakan tauhu memang diakui ramai sehingga menjadikannya makanan kegemaran pelbagai lapisan masyarakat sejak sekian lama.

Dibawa oleh peniaga China ke seluruh dunia, tauhu kekal menjadi makanan kegemaran termasuk di Asia Tenggara, khususnya Malaysia.

Menyedari potensi besar dalam perniagaan itu, usahawan bumiputera turut menceburi pembuatannya untuk memenuhi permintaan tauhu halal yang kian berkembang dan antara berani menyahut cabaran itu ialah Isza Food Enterprise di No. 54, Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah dekat sini.

Pemiliknya, Azeliza Alik, 36, memberitahu, syarikat itu ditubuhkan pada awal 2008 dengan modal RM50,000 untuk membuat tauhu, air soya dan tauhu fa (tauhu manis)," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Menurut anak kelahiran Kampung Ulu Pulai ini, pihaknya menceburi bidang itu kerana fardu kifayah tidak ramai syarikat bumiputera menghasilkan tauhu sedangkan permintaan daripada umat Islam yang tinggi.

Katanya, dengan modal itu, dia mendirikan bengkel dan membeli mesin memproses bernilai RM30,000 dan kini mempunyai enam pekerja untuk membantunya menguruskan perniagaan tersebut.

Kini syarikat itu mampu menghasilkan 7,000 keping tauhu setiap hari dan pengeluaran ditambah sehingga empat kali ganda pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan Tahun Baru Cina.

"Saya mendapat nasihat, tunjuk ajar serta pandangan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MARDI, Pertubuhan Peladang negeri, RISDA dan Sirim," kata ibu kepada empat cahayamata ini.


Azemizan Alik (kiri) meletakkan bahan mengeraskan tauhu yang dihasilkan supaya mudah dipotong.


Beliau memberitahu pada 2009 Pejabat Pertanian Daerah Pontian turut meluluskan geran untuk membeli mesin memproses bernilai RM20,000 kepadanya.

Sementara itu, adiknya, Azemizan, 29, yang juga penyelia di situ berkata, kini dengan kelengkapan mesin memproses yang lebih banyak, pengeluaran dapat ditingkatkan dua kali ganda daripada sebelumnya.

Malah, keupayaan syarikat itu menghasilkan produk berasaskan tauhu dan air soya turut menarik Pertubuhan Peladang Kawasan Pontian Timur meluluskan geran RM10,000 untuk membaik pulih dan membesarkan lagi bengkel memproses.

Menurutnya, produk mereka setakat ini dipasarkan di Gelang Patah, Nusajaya, Pekan Nanas, Pontian, Skudai, Senai, Kulaijaya dan pasar tani di sekitar kawasan berkenaan.

Seorang pekerja, Mohamad Ibrahim, 18, pula memberitahu, proses pembuatan tauhu bermula dengan merendamkan kacang soya selama kira-kira lima jam.

"Selepas itu, kacang dipecah dan dikisar lebih kurang 15 minit, sebelum ditapis dan dipisahkan hampas daripada patinya," katanya.

Mohamad Afiq Abd. Munir, 18, pula berkata, pati air soya itu kemudian dimasak dan dimasukkan ke dalam acuan untuk dibekukan.

"Jika semua proses ini dilakukan dengan sebaiknya, nescaya tauhu yang dihasilkan juga akan baik, lazat dan bermutu. Untuk mengeras atau membekukan tauhu, kita letakkan cuka atau saiko," katanya.

Orang ramai yang ingin berurusan dengan Isza Food Enterprise boleh menghubungi talian 013-7570006.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fahaman pluralisme giat dipantau

Posted:

Fahaman pluralisme giat dipantau

Fahaman pluralisme giat dipantau

NUSAJAYA 17 Mac - Kerajaan negeri sedang giat memantau dan menjalankan usaha mencegah fahaman pluralisme agar ia tidak bertapak di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan serius terhadap bahaya fahaman tersebut melalui pelbagai sesi ceramah, seminar dan khutbah di samping mengedarkan risalah kepada orang ramai.

Beliau berkata, fahaman pluralisme adalah bahaya kerana ia beranggapan semua agama adalah sama dan benar dengan mendakwa semua agama di muka bumi ini mempunyai tuhan dan menganjurkan kebaikan.

"Sehingga ke hari ini kami tidak menerima sebarang aduan berkaitan kumpulan yang berpegang kepada fahaman ini dan pada masa sama kita memantau perkara ini," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini.

Beliau menjelaskan demikian sebagai menjawab soalan Datuk Abdul Aziz Sapian (BN-Nusajaya) berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam menangani fahaman pluralisme di dalam negeri ini.

Zainal Abidin berkata, fahaman pluralisme adalah bahaya kepada masyarakat Islam kerana ia mendakwa Islam bukan agama yang paling benar.

Selain itu beliau berkata, fahaman itu juga menganjurkan masyarakat Islam untuk menerima konsep kesamarataan dalam beragama mengikut kaedah 'Lintas Agama'.

"Antara kaedah perlaksanaan konsep 'Lintas Agama' adalah menggalakkan konsep perkahwinan campur iaitu menghalalkan perkahwinan antara penganut berbeza agama.

"Jika masalah ini berlaku di negeri ini, tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan akan dilakukan di Mahkamah Syariah negeri dengan segera," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Pesona

Posted: 18 Mar 2011 07:26 AM PDT

Kosmo Online - Pesona


Dulu guru, kini usahawan

Posted:

Dulu guru, kini usahawan

Dulu guru, kini usahawan

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my



SENYUMAN yang sentiasa terukir pada wajah wanita berusia 46 tahun saat pertama kali bertentang mata, penulis tidak menyangka banyak cerita suka duka di sebalik kejayaan yang dikecapinya.

Ramah, mudah mesra dan tutur kata yang meyakinkan mungkin merupakan aset yang dieksploitasi bagi menempa kejayaan demi kejayaan. Namun, apa yang dimiliki pada hari ini bukan hasil yang digapai dalam sekelip mata.

Banyak babak jatuh bangun dalam drama kehidupannya bergelar ahli perniagaan. Bermula dengan kerjaya sebagai pendidik sehinggalah memberi tunjuk ajar kepada mereka yang berminat menjadi ahli perniagaan sepertinya.

Kini, Puziah Saad, 46, anak kelima daripada lapan beradik yang dilahirkan pada 3 Januari 1965 itu menjadi tekong menguruskan syarikat Bella-Z Mutiara Marketing (M) Sdn. Bhd. dengan memegang jawatan sebagai pengarah urusan.

Apa yang dicapai pada hari ini merupakan kesinambungan minat berniaga yang mengalir dalam darahnya sejak kecil. Habis dijajah satu kampung menjual jagung, jambu dan barangan lain bagi membantu kehidupan keluarganya yang susah.

Selepas tamat persekolahan di Sekolah Menengah Teknik Melaka, Puziah melanjutkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam jurusan Sains Politik diikuti dengan mengambil Diploma Pendidikan Geografi.

"Oleh kerana keadaan ekonomi tidak bagus, peluang kerja tiada dan pada masa itu saya mengambil keputusan menjadi guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Kuala Lumpur dari tahun 1991 hingga tahun 1997.

"Walaupun ketika itu menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru, namun jiwa saya tidak sepenuhnya di situ kerana naluri ingin berniaga lebih kuat dan saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan jualan langsung," katanya yang berasal dari Kajang, Selangor.

Puziah menceburkan diri dalam perniagaan jualan langsung secara sambilan supaya ia tidak mengganggu tugasannya untuk mendidik. Ketika mula-mula mengajar, Puziah mengadakan kelas tuisyen tetapi apabila menyedari ia tidak mampu memberikan pendapatan yang lumayan dalam masa singkat, ibu kepada tiga cahaya mata itu berhenti mengadakan kelas tuisyen selepas setahun.

Secara sambilan

"Perniagaan mula-mula saya ceburi ialah barangan keperluan rumah, Tupperware pada tahun 1991. Kerjanya tidak susah mana pun kerana barangan seperti ini mempunyai permintaan yang bagus.

"Walaupun buat secara sambilan, saya mampu memperoleh RM2,000 sebulan dan apabila saya lihat ada peluang yang lebih bagus saya terus mengorak langkah menjual produk kesihatan yang jualannya lebih memberangsangkan," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Maluri, Kuala Lumpur baru-baru ini.


PRODUK pelangsing pertama keluaran De Bella, Litchin mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna.


Telahannya tepat kerana jualan produk kesihatan sangat bagus. Dalam masa tiga tahun Puziah melakukannya secara sambilan, dia mendapat pendapatan sebanyak RM20,000 sebulan berbanding gaji guru pada ketika itu, RM1,119 sebulan.

Setelah beberapa ketika, syarikat tempat Puziah bernaung mengalami masalah dan dia kemudian beralih kepada syarikat lain yang menjual produk barangan kemas.

Permintaan produk yang sangat bagus membolehkannya mencipta kejayaan dalam tempoh tiga bulan sekali gus melayakkan menerima sebuah kereta mewah.

"Kekuatan saya adalah dalam bidang pemasaran. Tidak seperti produk kesihatan, produk barangan kemas sukar dijual dan ia memerlukan daya pujuk serta mempengaruhi pelanggan yang tinggi.

"Menjelang tahun 1997, negara dilanda kegawatan ekonomi dan ia memberi kesan kepada perniagaan yang saya ceburi sehingga terpaksa gulung tikar. Sudah tiga kali gagal, saya tidak sanggup nak buat perniagaan dengan orang," katanya.

Minatnya lebih bertumpu dalam bidang perniagaan. Walaupun mengajar, pada masa yang sama, Puziah menjalankan jualan langsung.

Selepas tujuh tahun mengajar, Puziah tidak mengharapkan rezekinya di dalam bidang pendidikan. Akhirnya beliau nekad memberikan notis 24 jam sebagai guru pada tahun 1998.

"Saya perlu bayar sebulan gaji dan keadaan ketika itu kritikal. Tetapi saya tidak putus asa kerana bagi saya selagi ada akal, keberanian dan semangat, kita masih boleh berfikir untuk berjaya.

"Dengan pengalaman yang ada, tanpa menoleh ke belakang lagi, saya mengorak langkah melahirkan jenama De Bella dengan menggunakan segala kepakaran yang ada dan melancarkan produk ini pada bulan Julai 1998," katanya yang bermodalkan RM250,000 dengan mencagar rumah dan menjual kereta.

Ternyata usahanya berhasil apabila bulan pertama jualan, Puziah memperoleh RM60,000 dengan permulaan tujuh jenis produk. Beliau dibantu oleh tiga orang staf yang terdiri daripada penjaga kaunter, bahagian pengurusan dan mengurus akaun.

Ia semakin berkembang dan mencatatkan perolehan RM150,000 pada bulan kedua dan akhirnya mendapat pulangan modal dalam masa enam bulan sahaja diikuti dengan keuntungan pada bulan-bulan seterusnya.


AISHAH (dua dari kanan) menggalas tanggungjawab sebagai duta produk pelangsingan keluaran De Bella.


Dalam masa setahun iaitu antara tahun 1999 hingga tahun 2000 hasil jualan mencecah jutaan ringgit. Tidak menafikan bahawa di pasaran mempunyai lambakan produk yang sama, namun De Bella tidak gusar kerana punya pelanggan setia.

Lebih berani

"Sudah menjadi lumrah, dunia perniagaan ada pasang surutnya. Keadaan paling bagus ialah pada tahun 2003 dan tahun 2004 keadaan masih stabil lagi tetapi, pada tahun 2005 hingga tahun 2008 banyak yang berkecimpung dalam bidang perniagaan gagal.

"Sebab itulah pentingnya berjimat dan menyimpan ketika senang kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku," kata ibu kepada tiga orang cahaya mata itu yang gemar membaca buku-buku motivasi.

Saat ditanya siapakah idolanya, Puziah memberitahu, dia menjadikan seorang budak sekampungnya sebagai idola.

"Sungguhpun tidak lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP), kini dia telah bergelar jutawan walaupun hanya bermula sebagai penghantar surat.

"Kejayaan-kejayaan individu seperti inilah yang memangkin semangat saya untuk terus berjaya dan pada masa yang sama saya mahu orang lain juga jadi seperti saya dengan melahirkan usahawan," katanya.

Puziah sempat menitipkan pesan buat wanita supaya lebih berani dan jangan terlalu bergantung kepada suami.

"Wanita kini perlu lebih berdikari. Andai kata berlaku sesuatu dalam rumah tangga, kita sudah ada sumber pendapatan sendiri," tegasnya sambil memberitahu 95 peratus daripada pengedar De Bella ialah wanita.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Komitmen Ambank pada unta Zoo Negara

Posted:

Komitmen Ambank pada unta Zoo Negara

Komitmen Ambank pada unta Zoo Negara

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my


SYED ANUAR (kanan) menyerahkan cek bernilai RM40,000 kepada Mohamad untuk memperbaharui penajaan unta Dromedary Zoo Negara.


SELARI dengan maskotnya iaitu unta, Kumpulan AmBank (Ambank) baru-baru ini memperbaharui penajaan unta Dromedary Zoo Negara dengan menghulurkan sumbangan sebanyak RM40,000.

Penajaan tahunan ke-25 untuk tahun 2010 itu disampaikan di Dataran Hutson, Zoo Negara dalam satu majlis penyampaian replika cek yang berlangsung baru-baru ini.

Cek tersebut disampaikan kepada Pengarah Persatuan Zoologi Malaysia, Dr. Mohamad Ngah oleh Ketua Hal Ehwal Awam Kumpulan, Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali.

Majlis tidak berakhir dengan penyerahan cek sahaja malah, program sehari itu dimeriahkan dengan beberapa aktiviti menarik seperti mengecat semula tapak kaki unta, sesi kanak-kanak bersama haiwan dan pertandingan mewarna.

Aktiviti mengecat semula tapak kaki unta yang bermula seawal pukul 7.30 pagi Sabtu, 12 Mac lalu disertai oleh ahli Kelab Kumpulan AmBank (KAG), keluarga AmBank MyKasih, pemegang akuan Saver G.A.N.G, kakitangan Kumpulan AmBank dan pengurusan kanan kumpulan AmBank.

Ia diikuti dengan sesi interaktif kanak-kanak bersama haiwan dan pertandingan mewarna kanak-kanak yang berlangsung dengan meriah melibatkan penyertaan daripada kanak-kanak AmBank MyKasih dan Savers' G.A.N.G berumur lapan hingga 12 tahun.

Seramai 430 peserta dan penonton menghadiri ketiga-tiga aktiviti yang terdiri daripada 300 ahli KAG, 80 keluarga AmBank MyKasih dan selebihnya merupakan 50 kanak-kanak daripada ahli Savers' G.A.N.G.


MASKOT AmBank beramah mesra dengan kanak-kanak hadir di Zoo Negara.


Menurut Syed Anuar, kumpulan AmBank dengan sukacitanya memperbaharui penajaan untuk tahun 2010 yang berjumlah RM40,000.

"Unta dipilih kerana ia merupakan maskot Kumpulan AmBank yang sering kelihatan di dalam iklan-iklan dan kempen promosi serta majlis-majlis sosial kakitangan.

"Sudah menjadi amalan tahunan kumpulan AmBank membantu Zoo Negara dalam penyelenggaraan unta-unta sejak pembelian awal pada tahun 1985 dan setakat ini AmBank telah menyumbang lebih daripada RM580,000," katanya.

Tambahnya, melalui sumbangan dan sokongan yang telah diberikan kepada Zoo Negara, pihak AmBank telah menerima sepasang unta Dromedary, melalui program pertukaran haiwan pada April 2007.

Ia secara tidak langsung telah meningkatkan bilangan unta yang ditaja di Zoo Negara daripada empat ekor kepada enam ekor.

"Sebagai simbolik sempena penajaan unta yang masuk tahun ke-25, jejak kaki unta yang sedia ada akan dicat semula dari pintu masuk utama ke tempat perlindungan unta yang disertai oleh 200 peserta.

"Aktiviti mengecat semula jejak kaki unta yang pertama dan terpanjang di Zoo Negara ini merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan kakitangan staf AmBank," ujarnya.


PARA peserta mendaftarkan diri seawal pukul 7 pagi di pintu masuk Zoo Negara.


Jelasnya, aktiviti sedemikian dapat memupuk ikatan antara kakitangan sekali gus menanam sikap tanggungjawab untuk menyumbang kepada komuniti dan juga penyelengaraan haiwan di zoo.

Malah, Syed Anuar memberitahu, penajaan tersebut juga merupakan usaha Kumpulan AmBank menyumbang kepada alam sekitar dengan mengambil kira mengenai kesejahteraan haiwan-haiwan.

"Pendedahan kepada kanak-kanak mengenai jenis-jenis haiwan yang semakin pupus akan dapat mengajar mereka lebih menghargai nilai alam sekitar serta pemeliharaan dan pemuliharaan untuk generasi akan datang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Makruh membazir masa

Posted:

Makruh membazir masa

Makruh membazir masa


BERMAIN daun terup adalah perbuatan yang membuang masa dan dibimbangi boleh mendorong kepada perjudian.


SAYA dan rakan-rakan sering bermain daun terup tetapi tanpa melibatkan wang taruhan. Adakah ia dianggap berjudi kerana kami hanya sekadar bermain untuk suka-suka sahaja?

JAWAPAN: Melakukan sesuatu yang sia-sia dan tidak mendatangkan sebarang manfaat hukumnya makruh kerana membiarkan masa dan ruang itu berlalu tanpa diisi dengan aktiviti berfaedah.

Bermain daun terup walaupun untuk hiburan dibimbangi akan menimbulkan keinginan untuk menggunakan permainan tersebut sebagai alat perjudian. Jangan membazir masa dengan aktiviti yang sia-sia. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran." (Al-Asr: 1-3)

Gunakanlah masa lapang anda dengan memikirkan setiap ciptaan Allah yang maha indah, melaksanakan aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat dan membawa kepada ketaatan kepada Allah. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya." (Surah Al-Furqan 25:72)

Allah juga telah berfirman:

"(Dan janganlah menjatuhkan diri kalian sendiri pada kerosakkan)."

Mari kita merenung. Mari kita mengkaji secara matang. Janganlah tergesa-gesa untuk melakukan sesuatu. Jangan pula emosional.

Jauhilah perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan kerana walaupun hanya bermain daun terup dibimbangi akan timbul keinginan untuk mencuba kepada perkara baru dan seterusnya. Ketahuilah bahawa syaitan itu amat suka akan perkara yang menuju kepada kejahatan.

Haram bau syurga minta cerai tanpa alasan

SAYA mempunyai seorang saudara lelaki (berkeluarga). Isterinya tidak bersama dengannya iaitu dengan tidur berasingan hampir empat tahun dan sering meminta cerai.

Demi anak-anak, saudara saya itu bertahan sehingga kini. Pada pendapat ustaz apakah tindakan yang harus diambil oleh saudara saya untuk kebahagiaan keluarganya dan apakah sebenarnya maksud suami yang dayus?

JAWAPAN: Tujuan perkahwinan adalah untuk mencari keredaan Allah dan bukan kerana ikut-ikutan dan berseronok semata-mata. Pernikahan menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita untuk menjalani kehidupan bersama. Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaan-Nya bagi orang yang berfikir." (Surah Ar-Rum : 21)

Sebagai suami dan isteri dalam rumah tangga perlu ada keserasian dan saling mempercayai antara satu sama lain. Haram hukumnya apabila seorang isteri meminta cerai tanpa alasan yang munasabah dan dibenarkan oleh syarak. Sabda Nabi yang bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meminta cerai tanpa alasan maka haram kepadanya bau syurga". (Riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)

Seorang suami harus bijak menangani masalah ini dengan penuh kelembutan dan penuh hikmah. Nasihatilah isteri agar tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mengguris hatinya.

Didik isteri melakukan ibadah-ibadah yang memberi ruang untuk bertaubat dan melembutkan hatinya. Seandainya masih derhaka (nusyuz), harus memisahkan tempat tidur dengan tempat isterinya dan langkah terakhir suami boleh memukul dengan niat memberi pengajaran (tidak mencederakan) di bahagian wajah atau yang mudah cedera. Seperti Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka. Dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya)." (Surah An-Nisa':34)

Dalam hal ini, panel menasihati agar saudara mendapatkan orang tengah yang dipercayai seperti imam, pakar kaunseling atau orang yang dihormati dalam masyarakat untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Apa yang penting adalah dengan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh supaya dibukakan kemudahan dalam mengurus segala permasalahan seterusnya dapat membina rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat.

Suami yang dayus adalah kerana gagal menjadi pelindung kepada isteri dan anak-anaknya. Membiarkan isteri terus-menerus melakukan dosa dan maksiat seperti membiarkan aurat terdedah kepada yang bukan mahram, membiarkan pergaulan isteri tanpa batasan dan tidak melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim.

Ingatlah wahai suami, didiklah isteri dan anak-anak kita dalam lingkungan keimanan dan ketakwaan kerana kita adalah orang yang pertama dipersoalkan di akhirat kelak di atas segala yang dilakukan oleh ahli keluarga kita.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 18 Mar 2011 01:03 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Seksikah?

Posted: 17 Mar 2011 05:14 PM PDT

Ratu

Kajian buktikan lelaki memasak kerana rasa kacak atau mahu memikat wanita

MEMASAK sering kali dikaitkan sebagai tugas hakiki seorang wanita sehingga ada mengatakan, seorang perempuan itu wajib pandai memasak sebelum meneruskan niat untuk berkahwin.

Bagaimanapun, jika anda sedar, kebanyakan rancangan masakan tempatan atau luar negara sering menampilkan tukang masak atau chef yang terdiri daripada lelaki. Lihat saja gaya bersahaja Chef Wan yang leka memasak sambil berceloteh atau aksi Jamie Oliver dan Martin Yan di saluran Asian Food Channel (AFC).

Mereka tampak begitu yakin, malah cukup mahir di dapur sehingga mampu menarik perhatian wanita dek kerana penampilan yang tampak seksi atau mungkin juga macho.

Mungkin itu hanya alasan direka wanita supaya suami atau teman lelaki mereka rajin masuk dapur atau mungkin itu kebenaran yang wajar menjadi pendorong bagi lelaki jika ingin memikat perempuan.

Menurut kajian Teori Gastrosexuals, yang mana Gastrosexuals merujuk kepada kelompok lelaki yang menjadikan memasak sebagai hobi, mengaitkan populariti chef selebriti lelaki seperti Gordon Ramsay dan Jamie Oliver adalah kerana aktiviti itu yang memperlihatkan diri mereka kacak.
Sementara itu, kajian oleh syarikat makanan, PurAsia menunjukkan 48 peratus responden percaya individu pandai memasak mampu menarik minat orang terhadapnya, manakala 23 peratus lelaki berusia 18 tahun hingga 34 tahun memasak kerana ingin memikat perempuan.

Itu mungkin pendapat masyarakat luar, apa pandangan wanita tempatan? RATU meninjau...

"Memang seksi. Saya sangat suka lelaki yang pandai memasak. Pada pandangan saya, tugas memasak secara tradisinya dipegang oleh kaum wanita tapi sekarang ini lelaki juga tidak kurang hebat di dapur mungkin kerana itu ramai lelaki menyandang gelaran chef di hotel besar seluruh dunia.

"Daya kreativiti, imaginasi dan bakat semula jadi dimiliki lelaki mahir memasak membuatkan kelompok itu terlihat istimewa pada pandangan wanita." - Pemilik agensi model, Ida Shafinaz Nazri, 29.

"Lelaki yang pandai memasak adalah satu bonus dalam sesebuah rumah tangga dan pasti saya setuju jika mereka dilabel seksi atau mungkin juga macho. Contoh itu, ada pada bapa mentua dan suami yang sememangnya rajin ke dapur. Untungnya tentulah isteri kerana sekurang-kurangnya mereka boleh bantu meringankan tanggungjawab isteri.

"Bagaimanapun, sebagai seorang isteri, kelebihan itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mereka mengabaikan tugas memasak." - Model sambilan dan setiausaha, Norzazarina Omar, 33.

"Memang seksi tapi bukan pada penampilan kerana saya percaya, seksi itu juga sesuatu yang subjektif. Pada saya, lelaki pandai memasak dan rajin ke dapur ini punya daya penarik serta kelebihan tersendiri berbanding lelaki lain. Ia menampakkan dia sebagai seorang yang romantis dan berjiwa lembut. Sikap suami yang rajin masuk dapur juga sebenarnya boleh membuatkan isteri rasa istimewa dan besar hati." - Hazleen Mohd Ghazali, 29.

"Memang seksi dan kacak sangat sebab suami saya bila memasak tak pakai baju (dalam nada bergurau). Saya suka apabila suami masuk ke dapur kerana selalunya sajian dihasilkan suami memang menjadi dan sedap." - Kakitangan kerajaan, Marina Mohamad, 29.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selamat di perantauan

Posted: 17 Mar 2011 05:10 PM PDT

Ratu

ARMIN, Foo dan Ziana melancarkan kempen inovatif Antabax.

ARMIN, Foo dan Ziana melancarkan kempen inovatif Antabax.

Elak jangkitan bakteria ketika melancong

SATU kajian membabitkan lebih 34,000 pelancong antarabangsa yang mendapatkan perkhidmatan perubatan untuk penyakit berkaitan pengembaraan, mendapati hanya 50 peratus orang dewasa dan 49 peratus kanak-kanak mendapatkan penjagaan perubatan sebelum melancong.

Angka dilaporkan itu pasti membimbangkan tetapi apa yang lebih penting, kajian itu secara tidak langsung menunjukkan pentingnya mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang perjalanan. Persediaan penjagaan kesihatan dan beberapa langkah pencegahan perlu dibuat sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan kesihatan tidak terjejas sepanjang melancong.

Bagi yang gemar mengembara atau melancong, mereka perlu sedar potensi bahaya di negara yang dikunjungi dan apa yang boleh dilakukan ialah meminimumkan risiko dijangkiti sebarang penyakit.

Untuk itu, dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan ketika mengembara, Antabax melancarkan kempen inovatif, Melancong Bersih, Sihat dan Berwaspada, di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kempen inovatif itu dilancarkan bersempena Pesta Pelancongan MATTA 2011. Antara lain ia bertujuan memupuk gaya hidup sihat untuk pelancong Malaysia dengan perlindungan antibakteria sepanjang hari.
Pengurus Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Carmen Foo, berkata inisiatif mengadakan kempen berkenaan adalah berasaskan fakta bahawa 80 peratus jangkitan penyakit berjangkit disebarkan menerusi tangan dan cara paling mudah untuk mengurangkan kadar jangkitan ini adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih dengan air dan sabun atau menggunakan pembersih tangan.

"Meskipun jangkitan melalui tangan adalah punca utama penyebaran, bahagian badan lain turut perlu dilindungi dengan menggunakan produk antibakteria tertentu, terutama ketika melancong ke negara luar yang dilanda wabak penyakit endemik," katanya.

Seiring dengan kempen itu, syarikat berkenaan turut mengagihkan lebih 50,000 Kit Melancong Antabax kepada pengunjung pameran. Setiap pek mengandungi pembersih tangan Antabax yang direka khas untuk kemudahan melancong dan ia boleh digunakan bagi memenuhi keperluan pembersihan kulit serta dilengkapi direktori panggilan telefon penting untuk pelancong. Direktori itu merangkumi syarikat kad kredit, syarikat penerbangan dan maklumat penerbangan serantau.

Foo berkata, kit itu amat berguna kepada pelancong ketika mengalami kecemasan atau perkara tidak diingini seperti ditimpa musibah kehilangan dompet atau telefon bimbit di luar negara manakala pembersih tangan pula seakan penyelamat nyawa terutama apabila mahu membersihkan diri ketika mengembara.

Pada majlis pelancaran, duta Antabax, Ziana Zain dan suami, Armin Zaharin turut hadir. Kedua-duanya yang berpengalaman melancong banyak tempat di luar negara turut mengakui, menjaga kesihatan dan kebersihan diri ketika melancong adalah penting serta perlu sentiasa diberi perhatian.

"Kita tidak boleh mengabaikan kebersihan rutin penjagaan diri ketika melancong. Semuanya perlukan sedikit perancangan. Untuk pantas, pembersihan efektif dan menghilangkan penyebaran bakteria, penggunaan semburan penyahkuman tangan dan gel penyahkuman adalah satu kemestian dan perlu dibawa ketika melancong.

"Selain itu, kita perlu kerap membersihkan tangan dan gunakan teknik yang betul ketika membersihkannya. Jangan lupa mengambil makanan tambahan untuk mengekalkan kesihatan optimum," kata Armin.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 17 Mar 2011 01:25 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Pendidikan seks dalam Islam

Posted:

Pendidikan seks dalam Islam

Pendidikan seks dalam Islam

Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN


BERDUA-DUAAN lelaki dan perempuan di tempat sunyi pada waktu tengah malam boleh menjerumuskan diri ke dalam perlakuan zina.


BAB seks sering dianggap tajuk yang sensitif untuk dibincangkan secara terbuka. Justeru, ada ibu bapa yang berharap anak-anak akan 'belajar' atau memahaminya secara semulajadi, tanpa perlu bersoal-jawab dengan ibu bapa.

Sebab itulah, ramai yang menyatakan kebimbangan jika cadangan mewujudkan subjek pendidikan seks di sekolah menjadi kenyataan.

Jangkaan ibu bapa, jika ia diajar di sekolah, rasa ingin tahu anak-anak akan membuak-buak lantas membawa mereka melakukan eksperimen terhadap ilmu baru yang diperolehi itu.

Pendidikan seks di rantau Asia melalui status perkembangan yang pelbagai. Negara seperti Indonesia, Mongolia dan Korea Selatan mempunyai rangka polisi yang sistematik tentang pengajaran seks di sekolah.

Bagaimanapun, Malaysia dan Thailand melihat pendidikan kesihatan reproduktif adalah lebih sesuai kepada golongan remaja.

Di Jepun, pendidikan seks adalah wajib bagi remaja berusia antara 10 ke 11 tahun. Bagaimanapun topik utamanya berkisar kepada bab biologi seperti baligh yang melibatkan bab haid dan keluar mani.

Di China dan Sri Lanka, pendidikan seks tradisionalnya adalah membaca buku teks biologi yang berkaitan bab reproduktif. Sri Lanka juga hanya mengajar bab ini apabila remaja berumur 17 dan 18 tahun.

Demikian antara senario apabila membicarakan bab pendidikan seks di beberapa negara di rantau Asia ini.

Bagaimanapun, pendidikan seks sebenarnya bukan semata-mata membincangkan bab hubungan intim suami isteri. Sebaliknya, ia melibatkan isu berkaitan anatomi manusia.

Bagi ibu bapa yang menghalang pendidikan seks diajar di sekolah, kita memahami kebimbangan mereka. Namun, untuk memutuskan pendidikan seks tidak perlu diajar kerana merasakan anak-anak itu akan tahu sendiri, bukan tindakan yang bijak.

Sebenarnya, ibu bapa tidak ada pilihan. Sama ada mereka membenarkan ia diajar di sekolah, atau mereka sendiri yang perlu mengajarnya.

Jika tidak, memang anak-anak itu akan tahu sendiri tetapi kita bimbang mereka mengetahuinya daripada sumber-sumber yang mungkin menjerumuskan mereka ke kancah yang ingin kita elakkan itu. Apatah lagi dengan dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari menerusi Internet.

Tambahan pula, ada bukti bahawa tanpa ilmu yang secukupnya ramai remaja yang tersilap langkah dan terpaksa mengakhiri hidup dengan pengalaman yang tidak menyenangkan.

Contohnya, ramai pelajar sekolah yang dihidapi AIDS akibat hubungan seks rambang dan ramai juga yang mengandung anak di luar nikah akibat hubungan seks yang tidak sepatutnya berlaku.

Ketika pelbagai pihak sibuk bercakap mengenai pro dan kontra mengenai pendidikan seks di sekolah, ramai yang alpa bahawa perkara itu sebenar terangkum dalam ajaran Islam.

Ia dibincangkang dengan jelas dalam bab taharah atau bersuci. Bab ini adalah yang terpenting dalam hidup setiap Muslim lebih-lebih lagi bab mandi wajib atau mandi junub. Tanpa memahami kaifiat atau cara-cara mandi junub, segala ibadat yang dilakukan adalah sia-sia.

Pensyarah Institut Pendidikan (Pendidikan awal kanak-kanak) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Penolong Profesor Dr. Mastura Badzis berkata, dalam Islam pendidikan seks sebenarnya telah bermula di peringkat prasekolah lagi.

Ini apabila kanak-kanak diajar dan boleh membezakan fizikal lelaki dan wanita serta jenis alat permainan mereka.

Beliau berkata, walaupun secara spontan kanak-kanak akan cuba bermain dengan semua alat permainan tetapi kita akan nampak kecenderungan mengikut jantina.

Demikian juga, katanya, dalam segi memperkenalkan anggota dan fungsi badan seperti kaki, tangan, dada dan sebagainya.

"Yang selalu berlaku silap, apabila tiba ke anggota sulit ibu bapa tidak beritahu kepada anak-anak yang berusia empat atau lima tahun tentang pantang larangnya.

"Kita perlu menjelaskan kepada anak-anak yang alat sulit itu hanya boleh disentuh oleh ibu bapa dan guru bagi tujuan membersihkan apabila ke tandas dan bukannya untuk tujuan lain," katanya.

Demikian juga bagi kanak-kanak perempuan, mereka perlu diberi penjelasan dan pengetahuan tentang haid apabila mencapai usia baligh.

Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah: "Haid itu adalah kotoran". Oleh itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu (al-Baqarah: 222).

Sebenarnya, menurut Dr. Mastura, kebimbangan masyarakat tentang pengenalan pendidikan seks di sekolah berkait dengan persepsi bahawa subjek itu akan menjurus kepada persoalan hubungan seks semata-mata.

Sedangkan, katanya, di Barat ia telah lama diajar dan diletakkan di bawah subjek Pendidikan Kesihatan, Sosial, Peribadi dan Ekonomi (PSHE).

"Jika tajuk itu menjadi halangan, maka ia boleh ditukar kepada Pendidikan Kesihatan dan Penjagaan Diri, misalnya," jelas beliau.

Seorang tokoh iaitu Dr. Mohd Aqlah (1990) (Jordan) dalam bukunya Tarbiyyatul aulad fil Islam melihat pendidikan seks sebagai sebahagian dari pendidikan dan pembentukan akhlak.

Menurut Dr. Mastura, antara adab-adab yang perlu dipupuk pada anak-anak berkaitan pendidikan ini adalah:

lCara duduk dan cara berkomunikasi

lMemahamkan kanak-kanak tentang perasaan malu, penjagaan kehormatan diri dan pisahkan tempat tidur pada usia 10 tahun adalah permulaan yang baik kepada pemahaman tentang pendidikan seks (walaupun tanpa diberitahu apakah itu hubungan seks).

lMenyemai adab meminta izin sebelum masuk ke bilik ibu bapa (surah an-Nur: 58)

lPemahaman tentang bab aurat dan rasional kenapa perlu menutup aurat

lPisah tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan bila usia masuk tujuh tahun (dari segi perkembangan kognitif, kanak-kanak di usia ini sudah mula boleh membezakan sesuatu yang yang konkrit dan abstrak serta di peringkat permulaan memahami sesuatu yang berbentuk konseptual)

lPendidikan tentang penjagaan maruah dan perwatakan diri contohnya tak boleh lihat aurat orang lain, larangan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah.

Kata Dr. Mastura lagi, berikut adalah tips hasil penulisan Dr. Hassan Shamsi Basha dari Beirut (2001):

lUsah menganggap anggota sulit sebagai suatu yang aib dan tak perlu disebut bila memperkenalkan anggota badan. Didik anak menerima dan menghargai dirinya seadanya.

lCuba menjawab persoalan anak tentang sesuatu yang berkaitan pendidikan seks dengan jawapan mudah difahami (sesuai mengikut peringkat umur) tanpa perlu diperincikan. Contohnya soalan, "Bagaimana adik boleh ada dalam perut umi"?

lApabila kanak-kanak semakin besar, boleh bercerita tentang proses kejadian manusia dan peringkat perkembangan janin dalam kandungan sehingga usia sembilan bulan.

lDidik anak tentang keselamatan diri: apa yang ada pada dirinya adalah miliknya. Jangan biarkan sesiapa menyentuh alat sulitnya kecuali untuk tujuan membersihkan atau sebab perubatan.

lPerhatikan tingkahlaku anak ketika bermain terutama jika bermain bercampur lelaki perempuan yang remaja dan kanak-kanak di bawah umur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Awasi pengaruh filem asing

Posted:

Awasi pengaruh filem asing

Awasi pengaruh filem asing

SEBANYAK 9,575 kes rogol di bawah umur direkodkan Polis Diraja Malaysia bagi tempoh lima tahun sejak 2005. Statistik yang direkodkan itu menunjukkan jumlah kes yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lebih-lebih lagi anak perempuan, statistik di atas pastinya membangkitkan kekhuatiran dan kebimbangan.

Bimbang jika perkara yang tidak diingini itu berlaku kepada anak-anak gadis yang disayangi dan ditatang ibarat minyak yang penuh.

Apa yang pasti, Islam mempunyai cara tersendiri dalam mendidik atau mentarbiah anak-anak supaya nafsu yang dikurniakan Allah itu tidak disalah-guna atau disalurkan ke perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam.

Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff berkata, kebanyakan gejala sosial dalam masyarakat mula berlaku di peringkat usia remaja dan juga semasa di bangku sekolah.

Seringkali, kata beliau, perlakuan orang dewasa atau ibu bapa mudah dicontohi oleh anak-anak.

"Tiada pengawasan oleh orang dewasa menjadikan anak-anak terjebak ke kancah maksiat," katanya.

Menurut Dr. Zulkifli, sebab itu, pendidikan awal anak-anak amat penting kerana anak-anak yang membesar dalam kelompok yang sihat, maka baiklah anak itu dan begitulah sebaliknya.'

Sebab itu, kata beliau, Islam menitikberatkan penyelesaian di peringkat akar umbi iaitu manusia sendiri.

"Al-Quran melihat manusia sebagai agen pembangunan yang utama di muka bumi. Berjaya atau tidak pembangunan di dunia bergantung kepada manusia," jelasnya.

Justeru, al-Quran menggariskan dua gagasan dalam menangani isu ini iaitu membangunkan diri remaja dan membanteras cabang masalah.

Kata Dr. Zulkifli, isu melibatkan remaja tidak mudah diselesaikan jika masalah yang melibatkan manusia tidak ditangani dengan baik.

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah membangunkan diri remaja kerana remaja yang tidak membangun jiwanya akan menyalahgunakan pembangunan fizikal.

"Mereka akan menjadi makhluk perosak merosakkan kemudahan fizikal sama ada di rumah flat, jalan raya dan tempat-tempat awam," katanya.

Pada masa yang sama, ibu bapa mesti serius membimbing anak-anak ke arah masa depan yang gemilang.

Biasanya, kata Dr. Zulkifli, mereka yang tidak mendapat perhatian di rumah akan mencari rakan sebaya yang boleh memenuhi ego dan keperluan tersebut.

Menurut beliau, faham keagamaan yang cetek turut menyumbang kepada pertumbuhan gejala sosial di kalangan remaja termasuk berzina.

Ada di kalangan umat Islam yang jika tahu tentang agama pun hanya serpihan sahaja seperti hal berkaitan ibadah solat, puasa, tahlil, akikah dan beberapa juzuk kecil.

"Mereka tidak mendalami agama sebagai sesuatu yang bertitik tolak daripada akidah.

"Mereka juga tidak faham hukum hakam agama yang akan mempengaruhi sikap mereka dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan," katanya.

Bagi membanteras cabang masalah, Dr. Zulkifli mencadangkan supaya media massa dan hiburan diberi suntikan pendidikan bersepadu dunia dan akhirat.

Katanya, kesan penayangan adegan bercumbu, pendedahan aurat dan berpelukan cukup mempengaruhi minda remaja.

"Malah, kebanyakan filem import juga membawa budaya dan norma yang bertentangan dengan budaya tempatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List