gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 10 Mar 2011 11:50 AM PST

Kosmo Online - Varia


Cabaran Doktor Kecil Lifebuoy

Posted:

Cabaran Doktor Kecil Lifebuoy

Cabaran Doktor Kecil Lifebuoy


LIFEBUOY menggunakan pendekatan kanak-kanak menggerakkan perubahan rakan-rakan sebaya mereka dalam kempen Cabaran Doktor Kecil Lifebuoy.


MELENTUR buluh biar dari rebungnya. Demikian pepatah yang sesuai digunakan untuk merujuk usaha mengajar kanak-kanak dengan sikap dan tabiat yang positif.

Lantaran itu Lifebuoy, jenama sabun perlindungan daripada kuman mengambil inisiatif melancarkan pertandingan unik antara sekolah di seluruh negara 28 Februari lalu dengan matlamat untuk menyemai tabiat menjaga kesihatan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia.

Pertandingan yang dinamakan Cabaran Doktor Kecil Lifebuoy adalah sebahagian daripada kempen misi sosial besar-besaran jenama itu untuk memastikan semua rakyat Malaysia menjadikan tabiat membasuh tangan dan membersihkan diri dengan sabun sebagai satu amalan hidup.

Pelajar sekolah rendah itu diajar melakukan lima perkara penting setiap hari iaitu apabila mandi, selepas menggunakan tandas, sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam dengan menggunakan Lifebuoy.

Cabaran Doktor Kecil Lifebuoy dibuka kepada semua sekolah rendah di seluruh negara di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah dijemput menghantar borang penyertaan yang disiarkan oleh akhbar utama.

Setiap sekolah daripada 16 buah sekolah yang terpilih kemudian akan memilih lima pelajar bersama seorang guru untuk program itu.

Pelajar terpilih tersebut akan menjadi 'Doktor Kecil' Lifebuoy atau duta kesihatan untuk sekolah masing-masing. Semua Doktor Kecil bersama guru mereka akan menghadiri kem kebersihan interaktif eksklusif tiga hari dua malam yang dianjurkan oleh Lifebuoy.

Mereka akan belajar cara yang kreatif dan berkesan untuk menggalakkan rakan sekolah mereka mengamalkan tabiat menjaga kebersihan, khususnya membasuh tangan dan membersihkan diri dengan sabun lima kali sehari.

Dalam tempoh enam minggu, pelajar setiap sekolah akan dinilai sejauh mana mereka mengamalkan penjagaan kebersihan atas dorongan dan daya usaha pasukan-pasukan Doktor Kecil.

Sekolah yang menunjukkan pertukaran tabiat paling ketara, dinilai berasaskan senarai kriteria yang ditetapkan, akan menerima pembiayaan untuk mengubahsuai tandas dan kemudahan mencuci tangan dengan kos sehingga RM20,000 dan bekalan sabun Lifebuoy selama satu tahun.

Di samping itu, dua sekolah lain akan menerima bekalan satu tahun sabun Lifebuoy sebagai hadiah sagu hati.

Cabaran Doktor Kecil Lifebuoy diadakan sejajar dengan komitmen kerajaan untuk membentuk rakyat Malaysia menjadi warga yang mementingkan kebersihan.

"Tekanan positif daripada rakan sebaya boleh menjadi cara yang berkesan untuk menggalakkan anak-anak muda Malaysia mengamalkan tabiat menjaga kebersihan.

"Oleh itu, kami terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelajaran sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat untuk memperkasakan kanak-kanak Malaysia menjadi kuasa penggerak perubahan," kata Pengarah Penjagaan Rumah dan Peribadi, Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd., Ainul Yaqin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 10 Mar 2011 09:25 AM PST

Utusan Online - Johor


‘Pemasar Mesra Pengunjung Ceria’

Posted:

'Pemasar Mesra Pengunjung Ceria'

'Pemasar Mesra Pengunjung Ceria'

Oleh RAHIMAH MOHAMED
editjohor@utusangroup.com.my


Mohd. Faridulatrash Mukri (dua dari kiri) melawat beberapa buah gerai pada program Pemasar Mesra Pengunjung Ceria di Pasar Tani Pontian, baru-baru ini. – UTUSAN/RAHIMAH MOHAMED.


PONTIAN 9 Mac - Pasar tani memang sinonim dengan negara ini sejak sekian lama, kerana ia memberi pilihan kepada rakyat mendapatkan pelbagai produk, khususnya hasil tani yang diusahakan sendiri oleh peladang, penternak dan nelayan.

Kini, seiring dengan peredaran masa dan tuntutan pelanggan, penganjurnya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melakukan pelbagai revolusi untuk mewujudkan suasana ceria dan selesa bagi orang ramai membeli pelbagai barangan keperluan.

Malah kini, sebut apa sahaja barangan keperluan dapur yang dikehendaki, hampir semua ada dijual di pasar tani dan bagi menceriakan suasana, FAMA Johor memperkenalkan konsep 'Pemasar Mesra Pengunjung Ceria' seperti yang dianjurkan di tapak pasar tani di Pontian, baru-baru ini.

Nyata usaha itu membuahkan hasil apabila ia mendapat sambutan hangat daripada orang ramai khususnya penduduk sekitar.

Mereka bukan sahaja datang untuk membeli barangan keperluan, malah menyertai pelbagai acara yang dianjurkan sempena program yang dirasmikan oleh Pengarah FAMA negeri, Mohd. Faridulatrash Mukri.

Mohd. Faridulatrash mengakui terharu melihat sambutan daripada para pengunjung terhadap program yang dianjurkan itu dan mereka turut mengambil bahagian memeriahkannya.

"Ini adalah program yang julung kalinya diadakan di tapak pasar tani Pontian. Saya begitu kagum dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh orang ramai di sini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Turut hadir Pegawai FAMA Daerah Pontian, Daud Mohd. Nor dan Urusetia Pasar Tani Pontian, Adam Abas.

Antara program yang diadakan termasuklah demonstrasi memasak nasi beriani gam kelolaan syarikat Faiza Sdn. Bhd., oleh cef terkenal di Johor, Zainuddin Ali, pertandingan mewarna, gerai terbaik dan meneka berat buah nanas.

Pengarah FAMA Johor itu juga menyatakan, beliau tidak menduga program itu berlangsung dalam suasana yang penuh kemeriahan.

Sementara itu, hadiah gerai terbaik dimenangi oleh Adam Daud, 50, manakala pertandingan meneka berat nanas diraih oleh Nadyatul Hidayu Hussin, 21, seorang pengunjung dari Segamat dan johan pertandingan mewarna dimenangi oleh Mohd. Hafizu Hakqim Jaafar, 6, dari Sekolah Bandar Pontian.

Adam yang berniaga sayur-sayuran melahirkan kegembiraannya setelah memenangi hadiah kategori gerai terbaik.

"Anugerah ini akan menyuntik semangat saya untuk menjadikan gerai ini lebih cantik, bersih dan selesa bagi kepentingan pelanggan yang datang membeli sayur-sayuran yang saya jual," katanya.

Sementara itu, Fuziah Abdul Rahman, 40, dari syarikat Faiza berharap, pelbagai program yang dianjurkan di pasar tani itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

"Alhamdulillah sambutan yang kami terima amat baik daripada para pengunjung serta peniaga yang ada di sini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Produk berasaskan sekam padi

Posted:

Produk berasaskan sekam padi

Produk berasaskan sekam padi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 9 Mac – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menghasilkan bahan yang boleh digunakan untuk merawat air kesan sisa industri tekstil daripada sekam padi.

Teknologi baru dinamakan Pengesan Phenol yang dicipta sekumpulan empat penyelidik itu mampu memerangkap phenol iaitu sejenis bahan sisa industri tekstil yang terhasil daripada bahan pewarna boleh mencemarkan air yang menjadi punca penyakit barah.

Ketua Penyelidik, Prof. Madya Dr. Mohd. Nazlan Mohd. Muhid dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains UTM berkata, produk yang dihasilkan itu adalah kaedah terkini yang boleh digunakan untuk memerangkap phenol dan ia memudahkan bahan berkenaan dikumpul serta dirawat.

Beliau berkata, bahan itu berasaskan enzim tyrosimase daripada tumbuhan seperti kentang dan ubi kayu yang kemudian disalut dengan maerogel iaitu sebatian dihasilkan daripada sekam padi.

"Tyrosimase yang dihasilkan daripada tumbuhan ini sebenarnya tidak boleh berfungsi sendiri untuk memerangkap phenol kerana ia tidak mampu berfungsi pada suhu ekstrem.

"Bahan tersebut disalut dengan maerogel bagi membolehkannya berfungsi dengan baik untuk memerangkap phenol meskipun terlarut dalam air pada kuantiti yang sangat kecil," katanya pada sidang akhbar memperkenalkan produk tersebut di UTM, Skudai dekat sini hari ini.

Mohd. Nazlan berkata, Pengesan Phenol amat efisien kerana ia bertindak dengan cepat untuk mengasingkan phenol daripada air dan akan mengapungkan bahan itu apabila diletak ke dalam air.

Beliau berkata, kaedah itu lebih murah dan efisien kerana dalam tempoh kurang sejam ia akan membuatkan phenol terapung di permukaan air.

"Sisa phenol itu kemudian boleh diambil dan air yang tertinggal itu akan dirawat dengan sempurna," katanya.

Kumpulannya mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan Pengesan Phenol dan ia merupakan susulan daripada maerogel yang merupakan bahan pepejal paling ringan di dunia yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Beliau memberitahu, Pengesan Phenol itu hanya perlu digunakan pada kadar satu peratus daripada jumlah air yang ingin dirawat dan ciptaan itu juga telah merangkul Anugerah Emas pada Ekspo Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Pada masa ini, kita hanya menjalankan kajian dalam skala makmal dan amat berharap ada pihak industri tampil untuk bekerjasama membangunkan ciptaan ini dan seterusnya mampu menghasilkan bahan yang boleh merawat air terutamanya yang tercemar akibat phenol," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 10 Mar 2011 01:59 AM PST

Berita Harian: Ratu


Perjuangkan Taarana

Posted: 09 Mar 2011 04:35 PM PST

Ratu

pix_gal0
KASIH sayang dan ketabahan sering dikaitkan dengan wanita. Mungkin kerana kelembutan hati hawa secara lahiriah membuatkan mereka mudah jatuh hati sekali gus sanggup berjuang demi memberikan kesejahteraan hidup buat orang yang mereka cintai.

Pengorbanan dan cinta juga membuatkan wanita mencerminkan kecekalan, semangat membara mencairkan segala sekatan yang tersedia menanti mereka.

Sikap wanita ini yang sanggup membanting dirinya, berlatih hampir lima jam setiap hari demi menguasai semula pementasan yang bakal dipertontonkan kepada umum patut dijadikan teladan walaupun sebenarnya beliau layak dilayan sebagai tetamu terhormat. Datin Umayal Eswaran, yang juga pengerusi dan Ahli Pengarah Eksekutif Badan Kebajikan Vijayaratnam sanggup turun padang mempersembahkan tarian klasik India, Dasavatar, yang sudah ditinggalkannya sejak 15 tahun dulu demi mengumpul dana memulakan sekolah buat kanak-kanak keperluan khas.

Wanita yang berkecimpung dalam dunia tarian sejak usianya empat tahun itu tidak menafikan bukan mudah mengasah semula langkah yang sudah lama ditinggalkannya.

Setiap pergerakan perlu menunjukkan kecekapan serta kesempurnaan dan kerana itu, ia memerlukan banyak latihan dan kesabaran memandangkan jadualnya sebagai usahawan, isteri dan juga ibu cukup padat.

Tetapi, Umayal berpegang teguh kepada pendirian, setiap kerja kebajikan yang dilakukan akan lebih bermakna dan memberi kepuasan jika dia sendiri turun padang dan berhempas-pulas menjayakannya.
"Setiap projek berjaya dijalankan bertambah bermakna kepada saya jika diri ini sendiri mengerah keringat, turun padang bersama yang lain untuk mencapai matlamat. Di samping itu, saya tidak mahu hanya dikenali sebagai 'pengarah'.

"Campur tangan saya juga akan membuatkan individu lain yakin terhadap kesungguhan saya menjalankan aktiviti kebajikan membantu golongan yang memerlukan, termasuk kurang upaya dan miskin," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Wanita yang tidak lekang melemparkan senyuman manis sepanjang perbualan petang itu juga memberitahu hasratnya untuk memulakan projek Taarana, sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa itu tercetus apabila beliau mendapati negara ini masih kekurangan kemudahan sedemikian.

"Taarana hadir apabila saya mula mendapati di sini kurang kemudahan persekolahan untuk kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran mereka seperti disleksia.

"Bukan mudah untuk memulakan sekolah atau pusat untuk kanak-kanak bermasalah dalam pembelajaran. Keperluannya berbeza dan mereka tidak seperti kanak-kanak normal, yang boleh bergerak sendiri dalam mencapai kecemerlangan akademik.

"Namun, itu bukan alasan untuk kita meminggirkan kanak-kanak ini. Saya berharap kehadiran Taarana mampu memberikan gaya hidup dan pencapaian yang diperlukan pelajar bermasalah, malah meningkatkan kebolehan untuk berada dalam komuniti," jelasnya, yang membuat persembahan itu bersama barisan penari terkenal tempatan dan India, baru-baru ini.

Dana yang dikumpul digunakan untuk menampung keperluan Taarana, termasuk membayar gaji guru, menyediakan kelengkapan persekolahan dan murid selain sebagai bayaran sewa sekolah berkenaan, di Taman OUG, di ibu kota.

Taarana ditubuhkan bagi menyediakan kemudahan pendidikan bagi kanak-kanak keperluan khas berusia 6 tahun hingga 12 tahun.

Sejajar maksud Taarana, iaitu kesedaran dan dengan harapan, kanak-kanak yang didaftarkan di sekolah itu akan mengikuti sukatan pelajaran yang disediakan dengan gabungan Persatuan untuk Individu Keperluan Khas (Singapura).

Kanak-kanak terbabit bakal didedahkan dengan kurikulum yang bukan sekadar memberi tumpuan pada akademik malah kemahiran hidup, pendidikan psikologi dan kesenian. Untuk maklumat lanjut mengenai Taarana, layari laman web www.vf.org.my.

Bercerita lanjut mengenai projek Badan Kebajikan Vijayaratnam yang ditubuhkan pada 2006, Umayal berkata, setiap projek dan dana yang ditubuhkan memberikan fokus pada kanak-kanak, terutama yang bermasalah dari segi fizikal mahu pun psikologi dan memerlukan penjagaan khas.

Antara inisiatif tahunan ialah program Footprints, yang menumpukan pada kanak-kanak kurang bernasib baik untuk menjadikan mereka lebih cemerlang dalam hidup.

"Kanak-kanak ini akan dibimbing oleh mentor mereka yang ditapis sebelum diberikan kepercayaan untuk membimbing anak-anak. Jalinan ini akan mengajar kanak-kanak ini pentingnya mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran dan kehidupan," katanya.

Pihaknya juga memberi peluang kepada kanak-kanak dari rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang menikmati kehidupan normal seperti kanak-kanak lain, menyaksikan persembahan Disney on Ice serta perlumbaan kereta di Sepang.

Setakat ini, pihaknya mendapat kerjasama dan sumbangan pelbagai pihak, termasuk bantuan kewangan untuk perubatan dan biasiswa pembelajaran.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saya ada diabetes

Posted: 09 Mar 2011 04:34 PM PST

Ratu

Apa perlu saya makan?

MAKANAN sihat sering kali dianggap hidangan yang tidak menyelerakan kerana untuk menyediakannya, kebanyakan bahan perisa digunakan perlu dikurangkan atau langsung tidak dimasukkan dalam masakan.

Keadaan itu sudah tentu menyebabkan rasa hidangan berkenaan 'lari' daripada keenakannya yang sebenar atau berasa hambar, sekali gus membuatkan putus selera untuk menikmatinya. Bagi yang menghidap penyakit pula, makanan sihat bermakna - perlu berpantang banyak jenis makanan supaya tahap kesihatan tidak terjejas. Kata-kata seperti "tidak boleh makan itu, tidak boleh makan ini" lazim kedengaran semata-mata bimbang pengambilan makanan berkenaan akan menyebabkan kesihatan terjejas.

Penghidap diabetes antara yang sering kali terpaksa `ikat selera'.
Mereka selalu diingatkan supaya jangan mengambil karbohidrat dan kurangkan kadar penggunaan gula dalam masakan. Malah, segala makanan berkarbohidrat atau mempunyai kandungan gula tinggi tanpa ada pilihan diberikan, dilarang sama sekali bagi memastikan paras glukosa tidak naik.

Perunding Dietetik, At 19 Culinary Studio, Goo Chui Hoong, berkata memastikan pengambilan makanan sihat, khususnya buat mereka yang berpenyakit bukan bermakna langsung tidak boleh makan, sebaliknya perlu ada kawalan dan kadar sesuai ketika mengambilnya.
Kata Chui Hoong, makanan sihat bukan hanya untuk individu yang ada penyakit tetapi juga sesuai dan bermanfaat kepada semua bagi menjaga kesihatan serta mencegah penyakit.

Pesakit diabetes, bukan tidak boleh langsung mengambil karbohidrat dan gula kerana hakikatnya, pengambilan makanan sedemikian amat penting bagi memastikan pemakanan nutrisi yang seimbang. Cuma, kadar diambil perlu seimbang dan berpatutan.

"Karbohidrat ditukar kepada glukosa dan darah membawa glukosa ke seluruh tubuh serta diserap tubuh untuk menjadi sumber tenaga. Jumlah glukosa yang diperlukan oleh tubuh kita akan dikendalikan insulin dan jika tidak cukup ia boleh memberi kesan, tubuh menjadi lemah.

"Tetapi jika karbohidrat terlalu tinggi dalam diet, ia juga tidak elok kerana tahap glukosa dalam darah akan tinggi dan menyebabkan risiko kepada pesakit diabetes," katanya ketika mengendalikan bengkel masakan sihat bertajuk, Saya Ada Diabetes - Apa Yang Perlu Saya Makan, anjuran At 19 Culinary Studio, di Damansara Heights, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bengkel masakan itu adalah antara siri bengkel Kesihatan & Nutrisi, dikendalikan At 19 Culinary Studio, yang dibuka sejak setahun lalu. Selain membincangkan corak pemakanan sihat serta kesan terhadap kesihatan, bengkel itu turut memberi tunjuk ajar menyediakan beberapa resipi sihat dan enak.

Jelas Chui Hoong, karbohidrat terbahagi kepada dua jenis iaitu sederhana dan kompleks. Karbohidrat sederhana ialah gula, termasuk glukosa dan fruktosa daripada buah-buahan, sayuran serta laktosa daripada susu dan sukrosa daripada tebu atau gula tebu.

Karbohidrat kompleks pula kebanyakannya diperoleh daripada sumber yang tidak perlu banyak diubahsuai. Biasanya adalah makanan ruji seperti nasi, roti dan dan ubi.

Penghidap diabetes perlu hadkan jumlah pengambilan jenis karbohidrat yang diambil dalam menu harian. Mereka juga dinasihatkan tidak meninggalkan waktu makan, bagi mencegah kandungan glukosa dalam darah terlalu tinggi atau rendah.

Lebih baik lagi jika dapat mensasarkan menyediakan pengambilan 50 peratus tenaga daripada karbohidrat dengan meningkatkan pengambilan karbohidrat kompleks atau makanan yang kaya serat.

"Satu mangkuk nasi sudah memadai untuk diambil pada satu masa. Tetapi ada yang memang suka makan nasi dan ingin makan dua mangkuk. Bagi mengelakkan kadar karbohidrat diambilnya tinggi pada satu masa, dia mungkin boleh asingkan dua mangkuk nasi itu dengan mengambilnya dalam masa berbeza.

"Selain itu, penghidap diabetes juga perlu tetapkan waktu pengambilan makanannya supaya dapat mengetahui kesan ubat-ubatan diabetes yang diambil," katanya sambil menambah jumlah sebenar karbohidrat perlu diambil adalah mengikut keperluan individu.

Mengekalkan berat badan normal adalah amat penting kepada penghidap diabetes kerana berat badan berlebihan boleh menyebabkan glukosa dalam darah tinggi dan ini membahayakan kesihatan.

Bagi memastikan berat badan normal, individu terbabit perlu bergerak aktif dan mengelakkan makanan berlemak serta memperbanyakkan pengambilan serat. Apatah lagi, diet yang mengandungi lemak tinggi juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

"Banyakkan pengambilan serat yang boleh diperoleh daripada sayuran dan buah-buahan. Namun, harus ingat, kurangkan atau elakkan mengambil jus buah-buahan kerana kandungan gulanya agak tinggi," kata Chui Hoong.

Penyelaras Program At 19 Culinary Studio, Hellen Fong berkata, pihaknya turut menyediakan bengkel masakan sihat bagi mencegah kolesterol tinggi, antibarah, kesihatan mata serta makanan sihat untuk kanak-kanak.

"Kami meningkatkan keprihatinan pengguna mengenai pemakanan sihat. Hari ini, semakin ramai yang bimbang mengenai amalan diet mereka dan ingin tahu bagaimana hendak makan dengan betul serta hidup sihat," katanya.

Menu sihat

Ikan Tenggiri Panggang Bersama Halia Muda

Bahan:

2 keping ikan tenggiri
Kunyit
2 ulas bawang putih
2 sentimeter halia
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk kari ikan
Sedikit serbuk kunyit
4 sudu teh dadih rendah lemak
2 sudu teh puri tomato
1 biji limau purut
1 sudu teh minyak
Halia muda

Cara menyediakan:

1. Gaulkan ikan tenggiri dengan serbuk kunyit, garam dan lada hitam.
2. Panggang ikan tenggiri dalam ketuhar selama 15 minit. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia muda yang sudah dikisar.
4. Masukkan dadih, serbuk cili, serbuk kari, puri tomato, serbuk kunyit dan halia yang sudah dicincang.
5. Tuang sambal ke atas ikan tenggiri panggang.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 09 Mar 2011 11:31 PM PST

Utusan Online - Pendidikan


110 pelajar Marang sertai Kursus Kepimpinan Prauniversiti

Posted:

110 pelajar Marang sertai Kursus Kepimpinan Prauniversiti

110 pelajar Marang sertai Kursus Kepimpinan Prauniversiti


Zakariah Ali (tiga dari kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta Kursus Kepimpinan Prauniversiti di Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu, semalam.


SETIU 9 Mac - Seramai 110 pelajar dari Parlimen Marang yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menyertai Kursus Kepimpinan Prauniversiti selama tiga hari yang berakhir baru-baru ini.

Program anjuran Yayasan Pelajaran Mara (YPM) itu berlangsung di Peladang Setiu Agro Resort di sini yang dikendalikan oleh TED'S Motivation and Traning Centre.

Kursus dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia itu disertai oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa, SMK Mercang, SMK Tengku Lela Sengara, SMK Tun Telanai dan SMK Pengkalan Berangan.

Pegawai Seranta Wilayah Timur Bahagian Pengurusan Program YPM, Mahusin Taib berkata, kursus itu diadakan bagi mempersiapkan keyakinan pelajar bagi menghadapi peperiksaan itu.

Menurutnya, ia juga untuk membimbing mereka agar mempunyai jati diri yang kukuh dan menjadi generasi yang cekal menghadapi cabaran masa depan.

''Menerusi aktiviti seperti kemahiran merancang dan lain-lain lagi, secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada mereka untuk meningkatkan kecemerlangan akademik," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNT, Zakariah Ali ketika berucap menutup kursus itu berkata, sebagai pelajar Tingkatan Enam Atas, segala kegiatan mereka seperti tingkah laku dan disiplin sentiasa diperhatikan oleh pelajar lain.

''Mereka juga diibaratkan sebagai pemimpin di sekolah, mereka kena mempunyai disiplin yang tinggi," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 09 Mar 2011 03:23 PM PST

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelatih JPAM tamat kursus asas

Posted:

Pelatih JPAM tamat kursus asas

Pelatih JPAM tamat kursus asas


SEBAHAGIAN daripada anggota baru Jabatan Pertahanan Awam, Malaysia (JPAM) gembira selepas menamatkan kursus asas JPAM Siri 3/2011 di Butterworth baru-baru ini.


SEMANGAT. Seramai 150 anggota baru Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Seberang Perai menyertai kursus asas JPAM Siri 3/2011 di JPAM Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini.

Kursus tiga hari itu menekankan aspek asas kawat kaki, kawat pengusung, asas pertolongan cemas, asas menghadapi kebakaran, pengurusan bencana dan pusat pemindahan.

Majlis penutup kursus itu disempurnakan Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid.

Beliau menyasarkan untuk mendapatkan tambahan 200,000 anggota tahun ini bagi mencapai sasaran 400,000 anggota JPAM seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar Perda Tech curah bakti di Permatang Tok Brain

Posted:

Pelajar Perda Tech curah bakti di Permatang Tok Brain

Pelajar Perda Tech curah bakti di Permatang Tok Brain


AZMI (duduk dua dari kiri) bergambar kenangan dengan sebahagian pelajar Perda Tech sempena program Bakti Siswa 2011 di Penaga, Kepala Batas baru-baru ini.



TAMBAH ILMU. Seramai 40 pelajar Institut Kemahiran Tinggi Perda (Perda Tech), Sungai Pancur, Nibong Tebal menyertai program Bakti Siswa 2011 di Kampung Permatang Tok Brain, Penaga, Pulau Pinang baru-baru ini.

Program anjuran Perda Tech dengan kerjasama jawatankuasa surau Kampung Permatang Tok Brain itu dirasmikan oleh Pengurus Besar Perda, Datuk Azmi Lateh.

Pengarah Perda Tech, Mohd. Asri Baharum berkata, semasa tinggal selama dua hari di kampung itu sebagai anak angkat, peserta berpeluang menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan penduduk kampung.

Peserta turut mengikuti ceramah agama dari Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Norzli Mat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kumpulan Alif hibur penduduk Pangsapuri Vista Pinggiran

Posted:

Kumpulan Alif hibur penduduk Pangsapuri Vista Pinggiran

Kumpulan Alif hibur penduduk Pangsapuri Vista Pinggiran


AHLI kumpulan Alif mengambil kesempatan bergambar dengan ahli jawatankuasa Surau Al-Irsyad, Pangsapuri Vista Pinggiran, Seri Kembangan baru-baru ini.



NASYID. Kumpulan nasyid, Alif menghiburkan penduduk Pangsapuri Vista Pinggiran, Seri Kembangan, Selangor yang diundang untuk memeriahkan majlis sambutan Maulidur Rasul.

Majlis tersebut diadakan di Surau Al-Irsyad, pangsapuri itu baru-baru ini.

Pada persembahan itu, kumpulan nasyid itu mendendangkan beberapa buah lagu ciptaan mereka.

Selain itu, persembahan nasyid kanak-kanak juga diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut dan mendekatkan kanak-kanak dengan hiburan yang bercorak keagamaan.

Selain itu, ceramah agama berkaitan dengan sambutan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List