Rabu, 30 Mac 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 30 Mar 2011 01:03 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Kejujuran semakin hilang

Posted:

Kejujuran semakin hilang

Kejujuran semakin hilang

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI


SIKAP orang ramai berebut-rebut memungut beras yang bertaburan akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini mencetuskan persoalan mengenai tahap kejujuran rakyat negara ini.


APAKAH perkara yang menjelekkan berlaku pada bulan Februari lalu? Rasanya mungkin membabitkan insiden sebuah lori beras yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Bukan kemalangan itu tetapi situasinya yang menonjolkan kejelekkan sikap rakyat negara ini yang kononnya kaya dengan sopan santun dan budi bahasa serta tebal nilai dan budaya timur.

Dalam insiden tersebut orang ramai yang lalu lalang dengan rakus mengaut beras yang bertaburan dan mengisinya dalam apa juga bekas yang ada termasuk topi keledar dan beg tangan.

Kerana tamak mahukan beras percuma yang bertaburan mereka langsung tidak mempedulikan pemandu dan kelindan lori tersebut yang cedera serta dalam kesakitan.

Lebih mengharukan orang ramai yang mengerumuni lokasi kemalangan itu seperti semut menghurung gula - langsung tidak endah kepada mangsa yang cedera.

Persoalannya patutkah situasi tersebut berlaku di sebuah negara Islam yang kononnya mempunyai masyarakat yang mengamalkan tata susila yang tinggi?

Adakah ini menunjukkan rakyat negara ini sudah tidak ada nilai kemanusiaan dan tidak lagi prihatin terhadap mereka yang memerlukan?

Sejauh manakah tahap integriti masyarakat di negara ini terutama di bandar? Masih adakah lagi golongan yang bersikap jujur dan prihatin? Tinjauan rambang Mega di kaunter hilang dan jumpa di tiga buah pasar raya besar di ibu kota memberikan satu rumusan 'istimewa'.

Kebanyakan petugas di kaunter tersebut berkata: "Lebih banyak aduan barang hilang daripada mereka yang pulangkan barang yang dijumpai."

Ini bermakna tidak ramai masyarakat yang bersikap jujur.

Jawapan daripada petugas kaunter itu memberikan gambaran bahawa jika kita kehilangan barang atau tertinggal sesuatu, jangan harap akan menemui kembali. Mereka yang menemui barang tersebut tidak akan memulangkannya.

Tidak puas hati dengan jawapan kakitangan kaunter hilang dan jumpa itu penulis melakukan sendiri ujian untuk mengenalpasti tahap integriti dan kejujuran penduduk di ibu kota khususnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Apakah kita semakin tamak?

Posted:

Apakah kita semakin tamak?

Apakah kita semakin tamak?

BENARKAH ada di antara kita kini mula tidak ambil peduli apabila musibah menimpa orang lain? Adakah masyarakat kita yang penuh dengan sifat sopan-santun dan berbudi bahasa sudah bertukar menjadi tamak haloba?

Beberapa kejadian yang berlaku awal tahun ini telah memaparkan realiti sebenar sikap segelintir masyarakat kita.

Februari lepas, seluruh negara membaca luahan rasa kecewa seorang pemandu lori treler Ahmad Rozlin Ahmad Murad, dengan sikap orang ramai berebut memungut kampit berisi beras yang bertaburan di atas jalan raya selepas lori treler tersebut terlibat dalam kemalangan, tanpa mempedulikan mayat rakannya yang tersepit di kenderaan itu.

Sebulan sebelum itu, keluar juga berita dalam media mengenai kenderaan pacuan 4-roda yang membawa lebih RM70,000 (dalam bentuk syiling) terlibat kemalangan di KM 244 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pedas.

Duit syiling itu bertaburan di atas jalan raya. Sesetengah mereka dari kenderaan yang lalu di situ seolah-olah 'berpesta' memungut wang yang bertaburan dan tidak menghiraukan rayuan pemandu kenderaan pacuan 4-roda itu agar tidak 'diambil' syiling tersebut.

Kejadian berkenaan menarik pelbagai reaksi sama ada daripada orang ramai mahupun golongan ulama serta cendikiawan.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harrussani Zakaria seperti yang dinyatakan dalam laporan sebuah akhbar menegaskan, duit tersebut haram diambil serta digunakan kerana ia mempunyai pemilik dan wajib dikembalikan semula.

Manakala Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut berpendapat orang ramai hendaklah membantu mangsa kemalangan tersebut dan memulangkan kembali wang syiling dan bukannya mengambil kesempatan daripada insiden itu.

Malah beliau menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara Islam seperti Malaysia.

Wajarkah insiden-insiden yang mencerminkan 'tamak haloba' rakyat Malaysia berlaku sedangkan kita memang dididik dengan sikap Masyarakat Penyayang dan Berbudi Bahasa?

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini? Tinggal sembilan tahun sahaja lagi untuk kita sampai ke tahun 2020 dan mencapai Wawasan 2020. Malah kita juga sedang berusaha menjayakan Gagasan 1Malaysia.

Sayangnya, adakah masyarakat sudah bersedia mendekati matlamat tersebut? Ahli Psikologi Sosial dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Intan Hashimah Mohd. Hashim berkata, beliau melihat hal ini dari dua aspek.

Pertama, faktor orang ramai tidak membantu seseorang yang telah mengalami kemalangan. Kedua, kenapa pula orang sanggup mencuri/mengambil barangan yang bertaburan kesan daripada kemalangan tersebut?

Menurut Dr. Intan Hashimah, sikap itu tidak semestinya ada kaitan dengan nilai sopan-santun dalam masyarakat tetapi lebih kepada apa yang dipanggil oleh ahli psikologi sosial sebagai kesan pemerhati atau dalam bahasa Inggerisnya by-stander effect.

Banyak kajian dalam psikologi sosial menunjukkan bahawa kecenderungan untuk orang sekeliling membantu seseorang dalam suasana kecemasan (seperti kemalangan jalan raya) akan berkurangan sekiranya terdapat ramai pihak lain yang sedang memerhatikan kejadian yang sama.

"Kemungkinan dengan adanya lebih ramai orang di sekeliling akan mendorong seseorang merasakan tanggungjawab untuk menolong tidak hanya kepada dirinya seorang.

"Malahan ramai yang merasakan orang lain lebih sesuai dan sepatutnya membantu seseorang dalam kecemasan dan bukan dirinya sendiri.

"Dengan itu mereka memilih untuk tidak membantu," kata pakar psikologi sosial itu.

Dr. Intan Hashimah berpendapat fenomena ini berlaku dalam banyak masyarakat termasuk di barat.

Sikap membantu dalam kecemasan akan lebih tinggi jika yang memerhatikan kejadian itu hanya seorang dua berbanding lebih ramai orang.

Mengenai aspek kedua, Dr. Intan Hashimah berpendapat ia masih lagi berkaitan dengan rasa tanggungjawab.

"Dalam situasi kedua, mereka yang mencuri daripada mangsa kemalangan biasanya lebih daripada seorang dan mereka tidak mengenali mangsa kemalangan.

"Tambahan pula ada ramai lagi yang turut mencuri/mengambil barangan yang bertaburan, ini mengurangkan rasa malu atau bersalah dalam diri orang yang mencuri.

"Mereka juga tidak takut tertangkap kerana tiada polis atau pihak autoriti di situ yang akan mengambil tindakan terhadap mereka," katanya. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 30 Mar 2011 09:57 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Ekspresi muslimah kontemporari

Posted:

Ekspresi muslimah kontemporari

Ekspresi muslimah kontemporari

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar ABDUL FATAH SULAIMAN


BAJU yang boleh digayakan mengikut cita rasa anda sendiri. Jika mahukan gaya berbeza boleh cuba mengikat hujung baju dan ditarik ke belakang.


MEMANG fitrah wanita untuk tampil cantik, anggun dan bergaya. Berfesyen adalah salah satu cara menyatakan ekspresi dan sekali gus menambah keyakinan diri.

Bagaimanapun seorang muslimah tidak harus menggadaikan maruah demi mengikuti tuntutan berfesyen. Memang tidak salah mengikuti perkembangan fesyen asalkan ia memenuhi tuntutan syariat.

Mempertaruhkan konsep suai dan padan, Butik Najjah menghasilkan koleksi pakaian muslimah moden kontemporari yang menepati ciri tersebut.

Sebagai contoh, koleksi kardigan terbaru mereka yang boleh dipadankan dengan dres yang berpotongan ala jubah. Tambah elegan, Butik Najjah turut menyediakan tudung yang sesuai digayakan tidak mengira apa jenis pakaian sama ada kasual atau formal.

"Kami juga menyediakan perkhidmatan nasihat serta penggayaan tudung secara percuma," ujar pemilik butik, Nurul Azwin.

Tambahan lagi, Butik Najjah hanya menggunakan fabrik kapas sebagai fabrik utamanya. Ini untuk memberi keselesaan kepada pengguna mengambil kira faktor di Malaysia.

Jadi, jika anda mahukan sesuatu yang bergaya, berbaloi dan berpatutan mungkin boleh mencuba koleksi ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesta berlian Habib

Posted:

Pesta berlian Habib

Pesta berlian Habib

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


Set anting-anting bertatah berlian.


MEMANG terkesan di hati penulis bait-bait skrip iklan berlian Habib Jewels yang popular awal tahun 90-an. Antara petikan iklan tersebut berbunyi,

"Saya pakai berlian bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi untuk kepuasan diri sendiri."

Ia diutarakan oleh seorang pelanggan wanita Habib tentang perasaannya apabila memakai berlian.

Rasanya memang ramai wanita yang masih mengingati iklan tersebut, terutama yang bersetuju dengan kenyataan wanita tersebut. Penulis secara peribadi juga meminati berlian yang sering dikaitkan dengan simbol keindahan cinta dan kasih sayang, kekayaan, kemegahan dan kemasyhuran.

Berlian adalah harta yang tidak ternilai sejak berkurun lamanya, dikagumi kewujudannya di seluruh dunia dan sebagai lambang kesempurnaan dan peribadi si pemakai.

Pada zaman kerajaan Victoria berkuasa di England, berlian menjadi simbol kebesaran kuasa diraja dan ia menghiasi lambang pemasyhuran, pedang dan barangan kemas. Mungkin ramai yang tidak tahu Permaisuri Victoria menggelarkan sambutan Hari Jubli ke-50 baginda sebagai Jubli Berlian.

Sebagai tanda penghargaan kepada berlian, Habib menganjurkan jualan tahunan yang dinamakan Pesta Bulan Berlian dari 1 April hingga 2 Mei. Bertemakan Multiply Your Beauty, Multiply Your Charm, Multiply Your Dazzle, Habib akan menampilkan daya keunikan berlian bagi menepati cita rasa wanita hari ini.

Sifat berlian yang versatil sebenarnya mampu menyerlahkan penampilan anda di setiap masa dan situasi.

Tidak kiralah malam atau siang, busana formal atau kasual, berlian Habib direka khusus untuk penampilan anda agar kelihatan elegan dan klasik.

Pesta Bulan Berlian Habib menyediakan variasi barangan kemas berlian dari kategori emas putih, emas kuning dan juga emas rose. Ia direka khusus untuk wanita yang mahukan penampilan yang hebat menawan. Malah set barangan kemas emas rose juga menjadi elemen penggayaan hebat para selebriti dan aktres Hollywood seperti Katie Holmes dan Mariah Carey.

Pada promosi kali ini Habib turut akan menampilkan koleksi barangan kemas, berlian, intan, permata yang terkini dan sesuai dengan perkembangan arus fesyen dunia.

Antara potongan berlian yang dijangka menambat hati wanita ialah sepasang subang 'candelier' yang diikat penuh seni dengan emas rose dan bertatah tiga jenis potongan batu-batu berlian. Kesemuanya berjumlah 281 biji batu berlian untuk subang tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 30 Mar 2011 09:29 AM PDT

Utusan Online - Johor


400,000 pengguna dapat manfaat

Posted:

400,000 pengguna dapat manfaat

400,000 pengguna dapat manfaat

Oleh Maznah Mohd. Arsad
utusanjohor@utusan.com.my


Abdul Wahab (kanan) menekan butang ketika melancarkan Logo Baru SAJ di Ibu Pejabat SAJ, Larkin, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 29 Mac - Rakyat negeri ini khususnya penduduk di daerah Kluang bakal mendapat manfaat daripada pembinaan Empangan Kahang yang dijangka siap menjelang 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH), Abdul Wahab Abdul Hamid berkata, dengan pembinaan empangan itu bermakna ia menjadikan empat empangan di bawah seliaan SAJH.

Abdul Wahab berkata, kerja-kerja pembinaan dijangka mengambil tempoh tiga tahun sebelum proses memenuhkan takungan empangan mengambil tempoh setahun.

"Seperti diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, projek ini akan dimulakan secepat mungkin termasuk penyediaan kertas kerja, reka bentuk, pembinaan sehingga proses memasukkan air," katanya kepada pemberita selepas pra pelancaran logo baru SAJH, di sini hari ini.

Menurutnya, empangan yang mampu menampung kapasiti 130 juta liter air sehari itu diharap dapat memberi manfaat kepada 400,000 pengguna di Kluang bagi mendapat bekalan air berterusan terutamanya pada musim kemarau.

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menghadiri Majlis Jamuan Rakyat di Kluang berkata, kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan RM105 juta bagi pembinaan empangan tersebut untuk membekalkan air bersih kepada penduduk di daerah itu.

Ketika ini bekalan air bersih di Kluang dibekalkan oleh Empangan Sembrong Barat dan Sembrong Timur.

Mengenai logo baru SAJH, Abdul Wahab berkata, ia merupakan penjenamaan semula sebagai proses transformasi menjadikan SAJH lebih komprehensif dengan operasi perkhidmatan selaras dengan perkembangan industri semasa bekalan air.

"Penjenamaan semula SAJH ini bukan semata-mata hanya penukaran logo tetapi juga disusuli dengan usaha dan tatacara kerja yang profesional, telus dan bertanggungjawab bagi memastikan operasi dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna adalah terbaik dan mesra pengguna," katanya.

Beliau memberitahu, logo lama telah digunakan sejak 17 tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penganggur miliki 5 rekod ditahan lagi

Posted:

Penganggur miliki 5 rekod ditahan lagi

Penganggur miliki 5 rekod ditahan lagi


ADNAN Azizon (tengah) bersama dua pegawai penyiasat menunjukkan dadah yang dirampas di IPD Batu Pahat, kelmarin.


BATU PAHAT 29 Mac - Seorang penganggur yang mempunyai lima rekod kesalahan lampau ditahan kerana memiliki sejumlah dadah dalam serbuan di rumah keluarganya di Jalan Bahagia, di sini Khamis lalu.

Suspek berusia 39 tahun dan masih bujang itu memiliki tiga peket dadah iaitu 16.03 gram (g) heroin, 18.79g ganja dan 1.08g heroin.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Adnan Azizon berkata, polis menahan suspek hasil maklumat awam dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari.

"Ketika ditahan, suspek berseorangan di dalam rumah dan tidak sempat berbuat apa-apa," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, di sini semalam.

Adnan berkata, ujian air kencing mendapati suspek positif menggunakan dadah dan kini direman sehingga 31 Mac ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Dalam kes berasingan pada hari sama, katanya, polis merampas 11.6g dadah jenis heroin selepas menahan seorang pekebun ketika menunggang motosikal di Parit Lapis Simis, Sri Medan di sini, pukul 3.30 petang.

Menurutnya, ujian air kencing mendapati suspek positif menggunakan dadah dan suspek kini direman hingga 31 Mac ini bagi membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Infiniti

Posted: 29 Mar 2011 09:07 PM PDT

Kosmo Online - Infiniti


Seni fotografi kamera analog

Posted:

Seni fotografi kamera analog

Seni fotografi kamera analog

Oleh NADZARUL AMIR , ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my



AGAK pelik bunyinya apabila mendengar masih terdapat penggemar fotografi menggunakan kamera analog tatkala dunia digital yang canggih menguasai pasaran dunia fotografi.

Pengendalian kamera analog bukan sahaja melecehkan kerana memerlukan kesabaran dan penelitian daripada penggemar fotografi malah, terpaksa memproses filem terlebih dahulu untuk melihat hasil karya rakaman mereka.

Bagaimanapun, cabaran tersebut yang menjadikan peranti itu begitu unik dan menarik di persada dunia seni fotografi sehingga ia masih diminati ke hari ini.

Salah seorang penggemar kamera analog, Lee Hong Sing, 31, sanggup membuka sebuah kedai kamera, Lokomotiv Checkpoint pada tahun 2010 di bandar Sunway, Selangor bersama rakannya semata-mata kerana minat mendalam terhadap seni fotografi analog.

"Walaupun terdapat banyak kamera digital di pasaran, kamera analog masih lagi diminati dan mempunyai peminat tersendiri di dalam dan luar negara malah, ia sudah menjadi seperti satu komuniti serta budaya terkini.

"Selain daripada meminati peranti ini, saya ingin mengekalkan legasi kamera analog kerana ada juga penggemar fotografi terutamanya mereka yang baru berkecimpung dalam bidang ini tidak pernah melihat kamera analog," katanya kepada Kosmo!.

Mengimbas kembali gelagat seorang pelanggan muda yang mengunjungi kedainya, Hong Sing memberitahu, apabila melihat kamera analog pemuda tersebut menyangka ia adalah kamera baru.


KIRI: Penggunaan kamera polaroid lebih mudah kerana hasil rakaman dapat dilihat dengan pantaskanan dan KANAN MODEL kamera lomografi Diana F+ yang tampak klasik


Ujarnya, pemuda tersebut berfikiran sedemikian kerana tidak pernah melihat kamera analog yang menggunakan filem sebelum ini.

Senario tersebut telah membuatkan dia lebih bersemangat memberi pendedahan dan mengekalkan kamera analog itu.

Sambil membelek-belek model kamera lomografi Diana F+ yang kelihatan agak klasik dan trendy, dia memberitahu, kamera tersebut merupakan antara kamera analog yang menjadi pilihan penggemar fotografi kedainya.

Kamera lomografi atau Lomo adalah singkatan dari Leningradskoye Optiko Mechanichesckoye Obyedinenie (Penggabungan Mekanisme Optik Leningrad).

Kata Hong Sing, model kamera yang menggunakan negatif filem 120 tersebut menjadi pilihan pengguna kerana ia ringan, mudah dikendalikan dan mempunyai enam pilihan menukar lensa untuk merakam hasil karya mereka.

"Lomografi merupakan nama yang tidak asing dalam dunia fotografi analog kerana telah mengeluarkan beberapa model untuk dijadikan pilihan pengguna.

"Model kamera lomografi bukan sahaja mempunyai reka bentuk menarik tetapi, didatangkan dengan pelbagai warna menceriakan mengikuti trend terkini," katanya yang meminati peranti tersebut sejak 10 tahun lalu.

Seleksi kamera analog


KAMERA lomografi model Oktomat.


Antara model yang terkenal termasuk Lomo LC-A+, Spinner 360, Oktomat, Horizon Kompakt dan banyak lagi.

Ujar Hong Sing, kelebihan kamera lomografi adalah ia dapat merealisasikan impian pengguna dalam menjelmakan hasil karya seni menarik dan mengujakan penggemar fotografi.

Sebagai contoh, katanya model Spinner 360 dapat merakam imej dalam perspektif baru kerana ia boleh berpusing sehingga 360 darjah.

"Pengguna yang ingin mencari kelainan dalam rakaman mereka model Supersampler adalah jawapannya kerana ia didatangkan bersama empat lensa.

"Ia dapat merakam imej secara jujukan untuk memberi panorama dan dimensi baru dalam imej dirakam pengguna," ujarnya lagi.

Tambah Hong Sing, pengguna juga boleh memilih pelbagai negatif filem yang memberi efek menarik kepada hasil rakaman imej seperti 35 milimeter (mm) berwarna, 35 mm redscale, 120 hitam putih dan banyak lagi.

"Kita turut menjual pelbagai aksesori kamera analog untuk melengkapkan daya kreativiti pengguna yang ingin mencari kelainan dalam rakaman imej mereka.

"Dengan menggunakan kamera analog, pengguna dapat mempelajari teknik fotografi dan mempunyai keyakinan diri dalam merakam imej mereka kerana perlu teliti serta mempunyai perspektif dalam menghasilkan karya mereka," ujarnya lagi.

Sementara itu Penyelia Lokomotiv Checkpoint, Kelvin Yap, 33, memberitahu, kedai tersebut turut menjual jenama lain seperti Superheadz, Fuji Film dan banyak lagi.


SEBUAH kamera analog yang klasik dari Rusia.


"Kamera jenama Fuji Film merupakan kamera polaroid yang mudah dikendalikan pengguna.

"Ia dapat memberi pilihan kepada pengguna merakam imej kenangan abadi mereka lebih mudah kerana dapat melihat hasil rakaman dengan pantas," katanya.

Kelvin menambah, penggunaan kamera polaroid juga secara perlahan-lahan telah berkembang menjadi trend golongan muda hari ini.

Katanya lagi, kebanyakan kamera yang terdapat di kedai tersebut dijual pada harga berpatutan dan mampu dimiliki terutamanya golongan muda.

"Dalam pada itu, kamera analog yang terdapat di Lokomotiv Point didatangkan dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Jepun, Hong Kong, Rusia, China dan banyak lagi," ujarnya.

Ketika sedang rancak bercerita mengenai kamera analog, Kelvin membawa keluar beberapa buah kamera klasik yang didatangkan khas dari Rusia.

Hong Sing memberitahu kamera tersebut turut dijual kepada mereka yang meminati kamera klasik.

Katanya, dia mempunyai seorang rakan di Rusia yang akan membantu mencari kamera klasik tersebut.

"Pada kebiasaannya, saya akan memastikan kamera tersebut boleh beroperasi terlebih dahulu sebelum membelinya kerana pelanggan ingin menggunakannya.

"Kadangkala pelanggan akan membuat tempahan terlebih dahulu dan saya cuba mencari untuk mereka," katanya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai perancangan masa hadapan, Hong Sing memberitahu, dia akan menjadikan Lokomotiv Point sebagai lokasi penggemar fotografi berkumpul berkongsi pengalaman mereka menggunakan kamera analog.

Ia adalah satu usaha dalam memastikan kamera analog tidak akan terkubur buat selama-lamanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Air kering pada tahun 2020?

Posted:

Air kering pada tahun 2020?

Air kering pada tahun 2020?

Oleh KU MOHD. RIZDUAN, KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my


RAKYAT Malaysia didapati melakukan pembaziran air bersih apabila menggunakannya secara berlebihan.


AIR atau istilah sains H2O merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Bahkan, ia meliputi 70 peratus daripada permukaan bumi.

Biarpun peratusannya dalam julat yang besar, dunia sebenarnya mempunyai bekalan air bersih yang terhad di permukaan bumi, atmosfera dan dalam tanah.

Masyarakat kadangkala tersalah anggap bahawa lautan adalah sumber air sedia ada tetapi mereka tidak memahami jumlah tenaga yang diperlukan untuk menukar air masin kepada air bersih masih lagi sesuatu yang sukar dilakukan.

Di Malaysia, rakyat sepatutnya berasa bertuah kerana kita mempunyai sumber air tawar yang banyak memandangkan kedudukan negara di garisan khatulistiwa.

Malah, kita turut dikurniakan hujan sepanjang tahun dengan jumlah lebih daripada 2,000 milimeter (mm) manakala bahagian pantai timur sebanyak 5,000 mm setahun.

Dalam pada itu, sungai di negara ini membekalkan kira-kira 97 peratus bekalan air mentah yang diperlukan untuk pertanian, penggunaan domestik dan industri.

Punca air tawar lain seperti tasik, dataran banjir serta muara sungai menyediakan pelbagai sumber dan keperluan kepada manusia, haiwan dan tumbuhan.

Namun, semua itu tidak menjamin bekalan air bersih di negara ini kekal buat selama-lamanya kerana sumber keperluan bagi kegunaan manusia dianggarkan semakin berkurangan akibat pencemaran dan permintaan yang semakin meningkat.

Malah, krisis air bersih menyebabkan manusia bersikap tamak dan mementingkan diri pada masa akan datang sekiranya isu-isu itu tidak ditangani dengan cermat.

Justeru, bagi melahirkan kesedaran secara berterusan dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dengan kerjasama Coca-Cola Malaysia menganjurkan WATER! 2011 sempena Hari Air Sedunia baru-baru ini.

Persoalan paling hangat sudah tentunya, adakah sumber air bersih bakal habis pada tahun 2020? Persoalan itu dibincangkan dan mendapat pelbagai reaksi peserta yang disertai pelbagai negara.

Menurut Presiden MNS, Profesor Maketab Mohamed, teka-teki berkenaan isu tersebut seharusnya ditujukan kembali kepada masyarakat bagaimana kaedah menguruskan air secara efektif.

Penggunaan air


BANYAK negara dunia ketiga kini berdepan dengan krisis air bersih.


Maketab memberitahu, disebabkan sumber air bersih di negara ini agak murah, rakyat menggunakan air secara berlebihan berbanding negara maju malah mudahnya seperti benda jatuh daripada langit.

"Realitinya di Malaysia, purata rakyat kita menggunakan air adalah sebanyak 200 liter seorang setiap hari berbanding negara lain terutama negara maju menggunakan 150 liter seorang.

"Itu semua adalah untuk kegunaan harian seperti mandi dan sebagainya manakala kegunaan secara tidak langsung banyak lagi terutama kegunaan industri," dedahnya.

Hampir 400 remaja menyertai WATER! 2011 yang diadakan di Universiti Putra Malaysia dengan harapan corak pemikiran baru dapat disemai agar mereka bertindak sebagai penjaga air serta mencari kaedah menguruskan sumber yang semakin meruncing dengan lebih baik.

Dalam pada itu, jelas beliau, melalui kajian yang dilakukan oleh pihak tertentu, pembaziran air di negara ini antara 35 hingga 40 peratus dan ia terlalu besar.

Di sebalik semua itu, kos pengurusan dan rawatan air meningkat setiap tahun dan ini memerlukan tenaga kerja mahir bagi mencipta teknologi untuk merawat air tercemar serta mencari sumber lain sebagai jalan penyelesaian.

"Kebanyakan sumber air tanpa rawatan kita sekarang adalah kelas tiga atau mungkin menghampiri kelas empat dan itu agak teruk," ujarnya.

Tambah Maketab, sesetengah NGO berpendapat, jika masyarakat dapat mengurangkan pembaziran air, penduduk sekitar Lembah Klang tidak memerlukan bekalan air dari Pahang.

"Jika kita pergi ke Indonesia atau Thailand keadaannya turut sama macam kita. Tetapi di Singapura situasinya berlainan kerana air sangat bernilai bagi mereka.

"Jadi, kita perlu meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menghindari pembaziran air di kalangan pengguna daripada berterusan," tuturnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Blog Pendaki Solo

Posted:

Blog Pendaki Solo

Blog Pendaki Solo

Oleh KU MOHD. RIZDUAN, KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my


MOHD. NOOR (dua dari kiri) memberi penerangan kepada sekumpulan pelajar mengenai misi rekod dunianya di Menara Kuala Lumpur.


PADA usia 43 tahun, kecergasan fizikalnya mengalahkan kudrat anak muda. Setiap misi yang dilakukan membuahkan kejayaan membanggakan sesiapa sahaja yang mengenalinya.

Kebanyakan masa terluang anak jati Kuala Terengganu itu dihabiskan bagi tujuan latihan mendaki kawasan tinggi secara solo ataupun secara berkumpulan agar ketahanan fizikalnya sentiasa konsisten.

Dengan semangat dan pengalaman pendakian itulah, Mohd. Noor Mat Amin berkongsi kisahnya mendaki gunung, bukit dan bangunan pencakar langit menerusi blog.

Minatnya terhadap dunia blog bermula ketika misi pendakian Gunung Kinabalu pada tahun 2009 kerana dari situ orang ramai dapat mengetahui perkembangannya.

Walaupun sibuk dengan aktiviti lasak sejak berusia 20 tahun, interaksi dengan orang ramai kini, semakin mudah kerana perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan manusia berinteraksi tanpa had.

Melalui laman blog pensolo.blogspot.com, ia pasti menarik perhatian kelompok yang gemar aktiviti lasak terutama pendakian kawasan tinggi yang penuh cabaran.

Bagi Mohd. Noor atau juga lebih dikenali Pendaki Solo, tujuan membangunkan blog itu bukan untuknya mencari keuntungan tetapi sebagai wadah menghebahkan apa sahaja program yang menyihatkan badan.

"Apa yang saya tulis dan kumpulkan di blog ini sebagai dorongan kepada mereka (belia) untuk berfikir serta mencari idea yang berfaedah," katanya yang berjaya melakukan Pendakian Solo 1Malaysia di Gunung Kinabalu, Sabah sebanyak 111 kali bermula 31 Disember 2009 hingga 20 April 2010.

Selain artikel yang ditulis sendiri, blog yang diwujudkan sejak tiga tahun lalu itu turut memuatkan artikel daripada keratan akhbar mengenai dirinya ketika menyertai sesuatu ekspedisi.

Bukan itu sahaja, pensolo.blogspot.com turut disambungkan kepada laman sesawang miliknya, pendakiSOLO.com serta laman sosial Facebook agar perkongsian maklumat tidak terhad pada satu saluran sahaja.


MOHD. NOOR (barisan belakang sembilan dari kiri) bersama sekumpulan pelajar yang mengikuti beliau mendaki Bukit Broga baru-baru ini.


Tambah Mohd. Noor lagi, pihak yang sering mengikuti perkembangan Pendaki Solo datangnya daripada golongan belia dan profesional.

"Kini ramai anak muda suka mendaki gunung malah ada di antara mereka menjadi sukarelawan saya.

"Menariknya ada di antara mereka dahulu suka merempit dengan motosikal tetapi apabila berpeluang mendaki gunung atau bukit mereka berasa seronok disebabkan pelbagai pendedahan diberikan," dedahnya.

Sementara itu, blog yang telah dikunjungi pelawat seramai 13,393 itu bakal lebih berinfomatif apabila Mohd. Noor kini sedang mengumpulkan maklumat mengenai gunung-ganang yang terdapat di Malaysia.

Bagaimanapun katanya, ia akan dimasukkan setelah memperoleh kesemua maklumat terperinci dan dibukukan. Ia dijangka diterbitkan beberapa bulan lagi.

Mengulas mengenai projek pendakian terbarunya, Pendaki Solo itu akan mendaki sebanyak 70 kali anak tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam tanpa henti pada 16 dan 17 Julai ini untuk memecahkan rekod dunia.

Projek itu sebelum ini ditunda daripada April kepada Julai atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Rekod lama dilakukan oleh pendaki Switzerland, Kurt Hess di Menara Esterli Switzerland.

"Mengenai projek terbaru ini, sebenarnya saya perlu buat di menara yang sama di Switzerland tetapi pihak saya memberi keyakinan kepada Guinness World Records bahawa Menara Kuala Lumpur mempunyai cabaran sekali ganda berbanding di sana.

"Ini kerana Menara Esterli membolehkan angin dapat masuk apatah lagi ketinggian menara itu hanya 45 meter manakala di sini saya akan naik turun setinggi 282 meter minimum sebanyak 70 kali," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 29 Mar 2011 03:03 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Wanita UMNO Simpang Tiga anjur karnival masakan

Posted:

Wanita UMNO Simpang Tiga anjur karnival masakan

Wanita UMNO Simpang Tiga anjur karnival masakan


MEGAT ZULKARNAIN (empat dari kiri) bersama Said Anuar (tiga dari kanan) mengacau rendang daging sambil diperhatikan Norlin (empat dari kanan) pada Karnival Masakan Tradisional Melayu di Kampung Simpang Tiga, Gombak baru-baru ini.


MERIAH. Pergerakan Wanita UMNO cawangan Kampung Simpang Tiga, Gombak mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Masakan Tradisional Melayu bersama penduduk kampung baru-baru ini.

Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Simpang Tiga, Norlin Mohd. Nor berkata, program sehari itu bertujuan untuk mewujudkan semangat kekitaan dan kerjasama di kalangan Wanita UMNO dan penduduk kampung.

Katanya, Wanita UMNO dan penduduk kampung bergotong-royong memasak rendang daging sebelum diagih-agihkan kepada masyarakat setempat.

Karnival tersebut dirasmikan oleh Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

Turut hadirTimbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Said Anuar Said Ahmad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Makan malam media Kedah - UUM

Posted:

Makan malam media Kedah - UUM

Makan malam media Kedah - UUM


MOHAMED MUSTAFA (lima dari kiri) bergambar kenangan bersama ahli KMEK pada program ramah mesra dan malam media di Sintok baru-baru ini.



RAI. Universiti Utara Malaysia (UUM) meraikan warga media Kedah pada program ramah mesra dan malam media di Sintok baru-baru ini.

Selain makan malam, pelbagai acara diadakan pada sebelah siang termasuk perlawanan futsal dan go-kart selain pameran.

Menurut Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Mohamed Mustafa Ishak, program itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada media yang banyak memberi komitmen menerusi siaran berita sama ada cetak atau elektronik berkaitan UUM.

Turut hadir pada program itu ialah Pengerusi Kelab Media Elit Kedah (KMEK), Muhammad Zainul Azhar As'hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rakan Muda UKM rai para pegawai kanan KBS

Posted:

Rakan Muda UKM rai para pegawai kanan KBS

Rakan Muda UKM rai para pegawai kanan KBS


AHLI-AHLI Sekretariat Rakan Muda UKM bergambar selepas majlis penghargaan di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya baru-baru ini.



APRESIASI. Lebih 100 tetamu termasuk pegawai-pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diraikan pada satu majlis penghargaan anjuran Sekretariat Rakan Muda Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bangunan kementerian itu di Presint 4, Putrajaya baru-baru ini.

Antara tetamu yang diraikan pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda KBS, Wasitah Mohd. Yusof, pegawai-pegawai UKM serta ahli dan bekas ahli sekretariat Rakan Muda UKM.

Presiden Rakan Muda UKM, Khairul Anwar Mohd. Hairi Jeon berkata, program itu bertujuan menghargai bantuan dan kerjasama semua pihak terhadap sekretariat itu selama ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan