gravatar

Edisi Hiburan

Edisi Hiburan


borak kosong

Posted: 25 Mar 2011 09:38 PM PDT

borak kosong


Kerana Kegemukan, Babi Jalani Pembedahan Wajah

Posted: 25 Mar 2011 09:00 PM PDT

ADELAIDE – Babi seberat seperempat ton ini menjalani pembedahan wajah untuk membantunya kembali melihat kerana kegemukan.

Babi tersebut tidak lagi boleh melihat kerana alis matanya menutupi pandangannya kerana berat tubuhnya yang semakin bertambah.

Alat angkut berat pun dipersiapkan untuk mengangkut sang babi atas persetujuan pemiliknya untuk mengangkat kembali alisnya.

Seperti dilaporkan Orange, Jumaat (25/3/2011), Boris, babi berusia tiga tahun tersebut menjadi selebriti tempatan di wilayah Rosewater, Adelaide, Australia.

Pemiliknya Graeme Cane mengatakan bahawa Boris tidak boleh melihat kerana faktor berat tubuhnya yang makin bertambah, sehingga alis matanya turun dan menutupi pandangannya.

Dia sudah cuba membuat babinya agar menjalankan diet tapi semakin parah, alis matanya malah semakin turun menutupi matanya.

Walaupun matanya tidak boleh melihat dan juga cacat di punggungnya, Boris merupakan babi lokal yang menjadi bintang.

Pemandu lori treler air yang tergantung di bahu lebuh raya

Posted: 25 Mar 2011 08:00 PM PDT

Nasib pemandu ini sungguh baik...
saya petik dari kosmo online


FORTH WORTH, Texas - Anggota-anggota bomba di sini berjaya menyelamatkan seorang pemandu lori treler air yang tergantung di bahu lebuh raya selepas ia berlanggar dengan sebuah kereta Honda, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba Forth Worth, Tim Hardmen berkata, anggota-anggotanya menggunakan tangga dan peralatan abah-abah untuk mengeluarkan pemandu yang berada dalam keadaan menggeletar dari ruang pemandu pada ketinggian 15.24 meter.

Operasi menyelamat dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4 pagi Rabu lalu itu melibatkan seorang lelaki dan wanita yang berada dalam kereta Honda.

Kereta itu tersepit di antara treler dengan penghadang di lebuh raya.

Pemandu lori itu hanya mengalami kecederaan kecil. - Agensi

Haiwan Tarsier yang memiliki wajah mirip watak Yoda dari sisi Star Wars

Posted: 25 Mar 2011 07:00 PM PDT


SAYA PETIK DARI KOSMO ONLINE

MANILA - Seorang jurugambar, Erik Mikhailov merakamkan gambar seekor haiwan yang mirip satu watak dalam siri filem Star Wars, Yoda ketika dia mengunjungi sebuah kawasan hutan hujan di Filipina baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebenarnya, haiwan yang dirakamkan gambar itu merupakan Tarsier yang mempunyai ciri-ciri fizikal mirip watak Yoda.

Haiwan itu mempunyai bentuk telinga yang tajam ke atas dan memiliki mata besar.

"Saya terus teringatkan Yoda (semasa melihat haiwan tersebut). Ketika itu, saya tidak tahu jenis makhluk tersebut walaupun terdapat pelbagai kehidupan yang menakjubkan untuk dilihat," katanya.

Tarsier merupakan haiwan yang hidup di Asia Tenggara. Ia dikenali dengan nama Maumag di Filipina dan mempunyai mata sangat besar dan menjadikan serangga sebagai makanan. - Agensi

[Sedih] Bangun pagi anak dah jadi arwah

Posted: 25 Mar 2011 06:00 PM PDT

Malang sungguh nasib ibu ini...
saya petik dari myMetro


KUALA TERENGGANU: "Apabila tengok anak bongsu tiada di sisi ketika bangun tidur, saya bingkas mencarinya dan hati mula berdebar. Sebaik membuka pintu depan, luluh hati saya apabila nampak dia terapung dalam air dengan sebelah tangannya memegang anak tangga." 

Demikian kata Norazilawati Ibrahim, 30, yang kematian anak bongsunya, Nur Hasniatul Nabila Zaidi, 13 bulan, yang lemas apabila pekarangan rumah mereka di Kampung Raja Baram, Chendering di sini, dinaiki air sedalam kira-kira 0.2 meter, kira-kira jam 8 pagi semalam. 

Norazilawati berkata, sebaik melihat anaknya dalam keadaan menyayat hati itu, dia terus mengangkat bayinya dan memanggil suami, namun usaha mereka menyelamatkan anak bongsu daripada dua beradik itu dengan memberi pertolongan cemas tidak berjaya. 

"Kebiasaannya saya terjaga daripada tidur dengan dikejutkannya, tapi hari ini (semalam) hari paling malang kerana saya pula yang terkejut apabila mendapati dia tiada di sisi apabila bangun tidur," katanya. 

Menurutnya, mangsa sebelum ini bersikap pelik apabila kelihatan gembira malah selera makannya bertambah selain sempat bergurau dengan bapanya, Zaidi Mamat, 32, seorang nelayan kira-kira jam 10 malam sebelum tidur. 

"Malam tadi (kelmarin) dia sempat bermain telefon bimbit bapanya. Biasanya suami menegur tetapi semalam (kelmarin) pelik apabila dia hanya tengok dan tidak cakap apa-apa. 

"Sebelum ini, dia seperti tunjuk tanda pelik kerana mesra dengan semua ahli keluarga dan nak bersalam dengan mereka, sedangkan sebelum ini dia agak pemalu," katanya. 

Norazilawati berkata, sebelum kejadian dia bersama anak dan suami tidur di ruang tamu berhampiran pintu depan kerana khuatir air bertambah naik selepas perkarangan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang kelmarin. 

Menurutnya, kira-kira jam 2 pagi dia terjaga dan mengalihkan Nur Hasniatul Nabila daripada buaian untuk tidur di sebelahnya sebelum anaknya itu merengek meminta susu kira-kira jam 4 pagi. 

"Saya tidak sangka itu kali terakhir melihat wajah anak yang menangis mahukan susu sebelum menemuinya terapung dalam air pagi tadi (semalam)," katanya. 

Datuk mangsa, Mamat @ Muhammad Muda, 62, membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Chendering dan jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Pandak, Chendering di sini, kira-kira jam 3 petang selepas solat Jumaat, semalam. 

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Asisten Superintendan Khazahari Che Amat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Seluruh Penghuni Pulau Ini Berbadan Gemuk

Posted: 25 Mar 2011 05:00 PM PDT

VIVAnews - Bukan keunikan budaya atau keindahan alam membuat Nauru terkenal. Negara kecil yang hanya berpenduduk sekitar 10 ribu orang ini menjadi perbincangan dunia kerana ciri tubuh penduduknya yang gemuk.

Berdasar catatan Badan Kesihatan Dunia atau WHO, sekitar 95 peratus warga negara di kawasan Samudra Pasifik itu menderita obesiti. Sebahagian besar  menderita diabetes.

Mereka yang tergolong obesiti memiliki indeks massa tubuh (BMI) lebih dari 30. Sedangkan orang gemuk dibatasi pada skala 25-30, dan tubuh ideal sebesar 18,5-24,9. IMT dihitung dari berat badan (kilogram) dibagi tinggi badan kuadrat (meter persegi).

Secara sejarah, warga Nauru mengenal tradisi penggemukan dengan memberi makan berlebihan sejak kecil. Namun, itu bukan satu-satunya pemicu meledaknya angka obesiti di negara seluas 21 kilometer persegi itu.

Kegemaran masyarakat memakan makanan berlemak dan mengandung gula juga turut andil menghantarkan Nauru sebagai negara berpenduduk gemuk terbanyak di dunia. Keadaan pun semakin buruk dengan minimnya pengetahuan masyarakat mengenai gaya hidup sihat.

Masyarakat Nauru mengalami perubahan gaya hidup sejak menemukan cadangan fosfat melimpah di awal 1900-an. Mereka menjadi sangat konsumtif seiring kehadiran sejumlah perusahaan tambang di negara yang berbentuk pulau itu.

Perbaikan tingkat ekonomi mengubah gaya hidup masyarakat setempat. Buah dan ikan yang tadinya menjadi makanan kesukaan menjadi makanan 'sampah' import. Kehidupan masyarakat Nauru ketika ini sangat bergantung import makanan dari Amerika, Jepun dan Australia.

Ledakan obesiti membuat pemerintah Nauru harus bekerja keras menyelamatkan warganya dari risiko penyakit terkait obesiti. Berbagai program pelangsingan diluncurkan, mulai dari kelas senam , olahraga, seminar gizi, hingga menganjurkan pertandingan penurunan berat badan.

Predikat yang diraih Nauru itu diikuti Mikronesia dengan 92 peratus penduduk mengalami kelebihan berat badan, Kepulauan Cook (92%), Tonga (92%), Niue (84%), Samoa (83%), Palau (81%), Amerika Syarikat (79%), Kiribati (77%), dan Dominic (76%).

Natalia Vagina adalah seorang Lelaki !!!

Posted: 25 Mar 2011 11:01 AM PDT

Natalia Vagina adalah seorang Lelaki!!!

Demi Pertandingan Kecantikan,Kanak-kanak Lapan Tahun Dibotox oleh Ibunya sendiri

Posted: 25 Mar 2011 10:01 AM PDT

Liputan6.com, San Francisco: Eksploitasi terhadap anak boleh dilakukan dengan berbagai cara. Seorang anak di Amerika Syarikat harus memenuhi hasrat sang ibu yang menginginkannya menjadi terkenal. Demi pertandingan kecantikan, Britney Champbell pun harus menjadi dewasa sebelum waktunya dengan penggunaan botox.

Gadis yang baru berusia lapan tahun ini pun mendapatkan 1-2 ml suntikan botox (botulinum toksin) di dahi, bibir dan sekitar matanya untuk mencegah penuaan. Suntikan diberikan ibunya sendiri, Kerry, yang kebetulan seorang ahli kecantikan. Wanita berusia 34 tahun ini nampaknya sangat terobsesi dengan pertandingan kecantikan. Ia benar-benar berharap anaknya boleh meraih gelar tersebut ketika besar nanti.

Britney dicatat sebagai gadis termuda yang mendapatkan suntikan Botox sebagai alasan kosmetik.� Meski berbahaya, Kerry merasa melakukan sesuatu yang bermanfaat bagi Britney di masa mendatang. Kerry mulai menyuntikkan botox ke dalam tubuh Britney sejak Mei 2010 lalu. "Saya percaya, suatu hari nanti ia akan menjadi model, aktris atau penyanyi. Ia harus medapatkan perawatan dengan botoks sejak dini agar wajahnya tetap muda," katanyanya.

Tidak hanya injeksi botox untuk mencegah kedut Britney juga melakukan waxing untuk mencegah pertumbuhan bulu-bulu halus, termasuk di sekitar alat kelaminnya. Hal ini dilakukan agar Britney tidak akan menemui masalah ketika melakukan pemotretan dengan bikini.

Lebih memprihatinkan, Britney menganggap apa yang dilakukan ibunya adalah hal yang normal. Ia bahkan mengaku lebih beruntung dari teman-temannya yang belum diizinkan untuk melakukan perawatan kecantikan oleh orang tua mereka. "Teman-teman saya merasa terkesan. Mereka malah ingin menjadi cantik seperti saya. Saya juga ingin menempatkan silikon untuk memperbesar payudara dan mengubah bentuk hidung, "kata Britney.

Berbagai prosedur kecantikan, baik invasif (melalui operasi) dan noninvasif (injeksi, laser, dll) tidak dianjurkan untuk wanita muda, khususnya remaja dan anak muda. Kecantikan buatan ini bersifat permanen, sehingga dikhuatirkan perubahan tidak wajar dan boleh mempengaruhi mental mereka.

Sayangnya di beberapa negara termasuk IBritain dan Amerika, tempat Britney dan orangtuanya tinggal, tidak ada aturan yang membatasi anak-anak menerima suntikan Botox.

[Keji] Ibu bayar anak angkatnya untuk bunuh anak sendiri

Posted: 25 Mar 2011 09:30 AM PDT

Kesal dengan perlakuan anaknya, ibu kandung Agnes Kharisma membayar anak angkatnya Rp 2 juta untuk membunuh anaknya sendiri  Agnes alias Risma. M, ibu dari Agnes Kharisma menurut Kapolres Jakarta Selatan Kombes Pol Gatot Edi Pramono, menjelaskan bahawa S  anak angkat dari M dan kawannya U dibayar Rp 2 juta untuk membunuh anaknya.

Agnes Kharisma dibunuh saudara angkat atas perintah Ibunya sendiri

"Kedua pelaku S dan U mengaku dibayar Rp 2 juta untuk melakukan pembunuhan," kata Gatot di Mapolres Jakarta Selatan, Rabu (23/3/2011). Selepas membunuh Agnes dan membuangnya ke longkang besar di sekitar Jagakarsa, Jakarta Selatan pada 10 Februari 2011. Para pelaku langsung melarikan diri. Pelaku S pulang ke rumahnya di kawasan Bekasi dan U langsung pulang kampung di Jawa Timur.

"Mereka ditangkap di kediamannya kecuali M ditangkap ketika pemeriksaan di Polres Jakarta Selatan," kata Gatot Edi. M mengakui kepada polis telah merancangkan pembunuhan tersebut dengan anak angkatnya S. Ketiga tersangka ketika ini dijerat pasal 340 KUHP tentang pembunuhan  dengan ancaman hukuman 20 tahun dan maksimal hukuman mati.

Sebelumnya, masyarakat di Jalan Joe, Jagakarsa, Jakarta Selatan digemparkan dengan penemuan mayat tanpa pakaian di sebuah longkan besal berhampiran pondok telefon. Ketika itu warga menduga kalau mayat tersebut adalah orang gila yang biasa berada di dilokasi itu.

Namun, setelah dilakukan penyiasatan ternyata mayat tersebut  ialah Agnes yang menghilang diri sejak tiga hari sebelum ditemukan. Awalnya Agnes diduga dibunuh teman laki-lakinya, tetapisebenarnya Agnes diketahui dibunuh ibu kandungnya bersama dua pelaku lainnya. Sang ibu mengaku membunuh anaknya lantaran merasa sakit hati dengan perlakuan anaknya yang tidak memandangnya sebagai ibu bahkan Agnes pernah mengusir dirinya.

[Gila] Pasangan Ini Kumpul 240 Patung Seks

Posted: 25 Mar 2011 08:30 AM PDT

Wacky Bob dan koleksi patung seksnya

VIVAnews - Ada-ada saja hobi pasangan suami isteri ini. Bob dan Lizzie Gibbins memenuhi rumah mereka dengan koleksi patung seks. Jumlah patung yang mereka miliki sekitar 240 buah.

Setiap boneka mereka beli dengan harga £7.000.

Pasangan eksentrik ini memilih, dan menamakan boneka bersama, bahkan mereka membelikan tiap boneka pakaian, wig, dan make up setiap bulan. Tak hairan jika mereka telah menghabiskan £100.000  untuk hobi mereka ini. Lihat foto koleksi boneka mereka :






Uniknya, hobi yang mereka  ini bukan kerana ketagiahn seks.

"Banyak dari pemilik patung seks menggunakan mereka untuk memuaskan ghairah seks, tapi saya tidak pernah tertarik menggunakan mereka untuk seks," ujar lelaki berusia 60 tahun dan memiliki dua orang anak ini.

Hobi ini tidak membuat sang isteri cemburu. "Ini hobi yang kami bagi bersama. Kami sangat menikmatinya," ujar Lizzie.

[Teruk] Mayat bayi yang dianggap macam bangkai binatang

Posted: 25 Mar 2011 07:40 AM PDT

Mayat bayi perempuan ini terletak di tepi jalan tanpa ada yang mempedulikan.Orang dewasa bahkan anak kecil yang lalu lalang melewati mayat tanpa memperdulikan mayat itu.Pemandangan menyedihkan itu seperti hal yang lumrah.Hingga seseorang sedar ada orang asing(fotografer) yang merakamkan gambar, baru mayat itu ditutupi kain dan dipindahkan.Ini bukan masalah kemiskinan atau bencana melainkan bagaimana orang-orang di negara tersebut menilai sebuah kehidupan.






Cara baru yoga guna lilitan ular

Posted: 25 Mar 2011 06:00 AM PDT

VIVAnews -Ramai orang membuat yoga sebagai medium untuk menenangkan fikiran di tengah stress. Namun, bagaimana jika melakukannya dengan lilitan ular yang melingkar di leher, tangan, dan pinggang?

Yoga bersama ular adalah metode terbaru yang dikembangkan Kwali Kumara, seorang pakar yoga yang memiliki gelaran 'mad snake lady'.

Disebut Kumar Serpent Healing, metode relaksasi ini merupakan cabang yoga Kundalini, yang fokus pada pernafasan, meditasi, dan nyanyian untuk melepaskan energi peredam stress.

Kwali mengatakan, penggunaan ular bertujuan memperdalam hubungan manusia dengan dunia spiritualitas, dan alam. Ia menjadikan ular sebagai medium untuk menunjukkan jalan ke alam bawah sedar.

"Jika orang takut pada ular, itu artinya dia takut dengan spiritualitasnya sendiri," ujarnya seperti dikutip oleh laman Daily Mail. "Ular akan menjadi penghubung seseorang dengan keadaan spiritualnya."

Ular dijadikan medium untuk mengatasi ketakutan sehingga energi dapat mengalir dengan lebih leluasa melalui lapan cakra tubuh. Cakra adalah titik-titik energi manusia berupa garis vertikal yang membentang dari dasar tulang punggung ke puncak kepala.

Penyumbatan titik-titik energi biasanya yang membuat manusia tidak mampu menyelesaikan masalah, merasa sedih, gelisah, atau merasa gagal mencapai mimpi. Di sinilah yoga berperanan mencairkan sumbatan di titik-titik energi.

Dalam kelas yoga ular, Kwali memainkan ular pada tubuhnya sekitar 20 minit untuk melepaskan energi dan meringankan ketegangan tubuh dan fikiran.

Bagaimana perasaan anda jika menghadapi situasi begini?

Posted: 25 Mar 2011 05:00 AM PDT

Mungkin kita akan panik jika menghadapi keadaan begini...

Adakah anda sanggup berenang seperti budak ini?

Posted: 25 Mar 2011 04:00 AM PDT


Berpantang maut sebelunm ajal,selamat walaupun satu hari suntuk tenggelam didalam sungai

Posted: 25 Mar 2011 03:00 AM PDT

Dia jatuh dengan keretanya di malam hari ke dalam sungai dan tak seorang pun percaya apa yang akan terjadi ketika operasi penyelamat mulai pagi hingga sampai pagi besoknya .Mangsa itu terselamat,aneh bunyinya ,apa boleh dia bernafas dalam air? itu tanya sigadis ini! di lebih tahu,




Inilah dia Presiden sebuah negara yang ada album rap sendiri

Posted: 25 Mar 2011 02:00 AM PDT

Presiden Yoweri Museveni mengatakan bahawa dia akan mengeluarkan album rap setelah dia berhasil membuat sebuah lagu hit di radio Uganda dan kelab malam di negara tersebut.

"Saya sangat senang melihat reaksi anak muda. Itu bererti mereka sangat haus akan muzik dari leluhur mereka," ujar lelaki berusia 67 tahun tersebut, demikian dilapor Reuters.


Pemimpin dengan jolokkan M7 ini menampilkan dua lagu rakyat anak-anak dari tempat asalnya di wilayah Barat Uganda, pada ketika  melakukan kempenn pemilihan beberapa bulan lalu.

Produser rakaman kemudian memasukkan irama hip-hop dan audio suara Museveni yang sedang berbicara mengenai.

Parti pun sangat gembira dengan populariti lagu tersebut sebelum melakukan poling pemilihan.

Sebelumnya parti pemerintahan yang berkuasa tersebut memperingatkan sebuah suratkhabar yang menampilkan gambar presiden yang memiliki gelar doktor tersebut dengan tubuhnya yang berotot dan bertato.

Alkohol selamatkan lelaki telanjang ini daripada beku

Posted: 25 Mar 2011 01:00 AM PDT

Seorang lelaki yang mabuk terlihat terkapar di bangku taman yang membeku dengan hanya mengenakan pakaian dalam dan dia berhasil selamat kerana alkohol yang dia minum.

Aleksander Andrzej (32), dilihat berada di taman di Warsawa, Polandia, suhu ketika  itu mencapai minus 5 darjah, tapi akhirnya dia berhasil selamat dan dibawa ke hospital oleh polis.

Pada ketika ujian pernafasan diketahui bahawa kandungan alkohol dalam tubuhnya sangat tinggi hingga mencapai 30 kali dibandingkan batasan bagi seorang pemandu

Para doktor meyakini bahawa alkohol dalam darah yang menolongnya tidak membeku, sehingga tidak membuat lelaki tersebut menjadi sebahagian dari hiasan taman tersebut. Demikian laporrkan Orange,

Doktor mengatakan bahawa lelaki tersebut sangat beruntung masih boleh selamat, bahkan dengan kandungan alkohol dalam tubuhnya itu bioleh menyebabkan kematian, tapi doktor mengatakan bahawa lelaki tersebut akan selamat.

Tumpahkan Minuman ke Presiden, Peense Diadili

Posted: 25 Mar 2011 12:00 AM PDT

JOHANNESBURG – Seorang lelaki di Afrika Selatan kerana tidak sengaja menumpahkan minuman ke presiden kini harus diadili.

Daryl Peense (31), mengatakan kepada pengadilan bahawa dia memang menumpahkan wiski kepada Presiden Jacob Zuma, tapi hal tersebut dikarenakan ketidaksengajaan.
Demikian seperti dilaporkan BBC, Khamis (24/3/2011).

Pengawal presiden, Funani Edgar Nemaenzhe, melihat bahawa Peense menuangkan minumannya dari balkon ke arah rombongan presiden yang sedang mengadakan pertemuan di Durban Juli lalu.

Dia mengatakan, bahawa lelaki tersebut dengan sengaja menumpahkan minumannya ke arah=presiden. Hal tersebut diungkapkan di pengadilan.

Saat insiden itu berlangsung, pengawal lainnya harus melepas jaketnya untuk melindungi sang presiden.

Sementara pengacara terdakwa mengatakan bahawa sang presiden sendiri tidak mengeluhkan kejadian tersebut.

"Terdakwa tidak berniat untuk mencederakan presiden," ujar Jimmy Howse.(

Banduan Ini Dipaksa Berdiri Telanjang Selama 12 Jam

Posted: 24 Mar 2011 11:00 PM PDT

Tahanan di sebuah penjara Amerika Syarikat (AS) mengajukan tuntutan setelah dirinya dipaksa untuk berdiri dalam keadaan telanjang selama 12 jam, dengan tubuh hanya ditutupi dengan krim.

Sekira 29 tahanan di penjara Whitfield County, Dalton dikhabarkan dipaksa untuk berdiri telanjang dalam keadaan cuaca dingin.

David Bennett bersama dengan tahanan lain Jesus Gallardo melayangkan tuntutan ganti rugi sebesar USD5 juta.

"(Insiden) itu benar-benar memalukan," ungkap Bennett dalam tuntutannya seperti dikutip Associated Press,

Namun pihak penjara membela diri hal itu dilakukan untuk membersihkan kutu yang ada di tubuh para tahanan.
"Ada wabah kutu yang menyerang seluruh penjara, dan seluruh penghuni penjara harus dibersihkan," ungkap Kapten Wesley Lynch  dari penjara Whitfield County.

Lynch pun tidak tinggal diam dengan aksi ini. Dua pekerja dikhabarkan dikenakan hukum disiplin akibat insiden tersebut.

Patung Palsu Laku 2,9 juta euro

Posted: 24 Mar 2011 10:00 PM PDT

TRIBUNNEWS.COM – Sebuah patung suku Indian Maya yang laku dijual seharga 2,9 juta euro pada sebuah lelong di Paris, diberitakan sebagai patung palsu.

Rumah lelong Perancis Drouot seperti dilansir BBC berkeras bahawa patung itu asli dan sudah berumur lebih dari 1000 tahun.

Namun menurut Institut Antropologi dan Sejarah Nasional Mexico patung itu, berbentuk sosok bertopeng dengan memegang perisai, tidak cocok dengan gaya seni kayu pada periode sejarah yang dikatakan dalam lelong itu.

Sebanyak 66 benda lain yang juga dilelong pada hari Isnin(21/3/2011) lalu juga palsu, kata Institut Nasional Meksiko.

Menteri Luar negeri Mexico pun sudah memberitahukan hal ini pada pejabat sejawatnya di Perancis.

"Patung itu mencoba membuat kembali sosok gaya era pra-kolumbia di wilayah Maya di tenggara Meksico, tapi tingginya, posturnya serta gaya kaki yang menekuk dengan ikatan sepatu yang muncul bukan menunjukkan karakter budaya ini," demikian bunyi pernyataan institut itu.

Menurut pernyataan itu, patung itu dibuat sedemikian rupa untuk memberi kesan kuno pada hasil akhirnya.

Patung setinggi 1,65 meter itu, dijual oleh seorang kolektor kepada seorang pembeli Eropah tanpa nama, merupakan benda termahal yang dijual dalam lelang.

Celebrity News

Posted: 25 Mar 2011 03:39 PM PDT

Celebrity News


Program Mentor Penuh Dengan Drama - Edry

Posted: 25 Mar 2011 09:59 AM PDT

Dah terang bersuluh pula inilah pepatah yang boleh ZoOm katakan mengenai progam mentor yiang sedang berjalan, dan mungkin selama ini kebanyakan program hiburan lain turut menggunakan format dan cara yang sama untuk menarik perhatian penonton diluar sana.

Namun bukan semua orang mudah diperbodohkan, biarlah mereka disebalik tabir yang mengetahui kisah yang berlaku. Tetapi dengan adanya komen Edry KRU menguatkan lagi spekulasi yang selama ini terjadi.

Ikuti "Statement" yang sempat ZoOm copy dan berkongsi dengan anda di ZoOmartis & Facebook.


Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ (zeera@thestar.com.my)

Edry Abdul Halim (kiri) dan protegenya Ika dalam program Mentor 5

CYBERJAYA: Komposer Edry Abdul Halim tetap bertegas dengan pendiriannya untuk menolak elemen drama dalam program Mentor musim kelima di TV3.



Katanya, selepas berbincang dengan penerbit Mentor, Muhamad Sufian Isa, Edry nekad enggan mengikut skrip 'drama' yang disediakan bagi mengelak dirinya diperbodohkan.

"Saya hanya akan melakukan perkara yang saya mahu demi mencapai misi saya untuk mengajar ilmu muzik kepada protege.

"Saya tidak membidas mana-mana mentor atau protege sebaliknya kepada program tersebut dengan menegur penerbit agar mengurangkan elemen berlakon.

"Saya tidak selesa apabila disuruh mengikut skrip drama yang diberikan kerana rasa seperti diperbodohkan," ujarnya di sini, Jumaat.

Tambahnya: "Saya menyertai program ini kerana hendak mengajar seorang protege untuk bergelar penyanyi dan bukannya untuk berlakon.

"Jadi, setelah saya meluahkan perkara ini kepada pihak penerbit, mereka bersikap terbuka dan bersetuju agar saya tidak berlakon."

Jelasnya, dia tidak bersetuju apabila mentor perlu berlakon memarahi protege yang dirasakan seperti marah tidak bertempat dan visual seperti aksi melaga-lagakan antara satu sama lain.

"Saya tidak akan terlibat dalam rakaman visual yang mengikut skrip mereka sebaliknya akan lebih memberikan tumpuan kepada protege saya.

"Jangan terlebih sensasi kerana kami semua mempunyai reputasi tersendiri. Saya tidak mahu menang kerana simpati," katanya.

Menyentuh tentang protegenya, Edry berkata masih awal untuk mengukur kebolehan Ika kerana rancangan itu baru memasuki minggu kedua.

Selain bergelar mentor kepada Ika, pengarah filem Magika ini sedang sibuk menyiapkan skrip filem terbarunya berjudul 29 Februari.

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Contoh Surat Cuti 2011

Posted: 25 Mar 2011 09:45 AM PDT

Kalau nak tahu ini adalah salah satu surat cuti yang lain daripada yang lain, mungkin kerana tak ada idea kot. Nak tahu lebih lanjut baca je la karangan insan yang pandai dan luar biasa ini.

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Utusan Online - Hiburan

Posted: 25 Mar 2011 03:28 PM PDT

Utusan Online - Hiburan


Anita Sarawak amal laser scrub

Posted:

Anita Sarawak amal laser scrub

Anita Sarawak amal laser scrub

Oleh HASNURUL MOHAMED
Gambar Mohd. Shaharani Saibi



SETIAP kali menatap wajah superstar Anita Sarawak, pasti ramai wanita berasa cemburu kerana dalam usianya cecah 60 tahun, dia mempunyai seraut wajah cantik dan kelihatan muda.

Kecantikan yang dimiliki oleh Anita menimbulkan cakap-cakap nakal kononnya penyanyi kesayangan ramai ini menyuntik botox untuk sentiasa kelihatan muda dan cantik memandangkan kecantikan adalah aset utama bagi seorang artis.

Cakap-cakap itu semakin tidak enak didengar apatah sejak akhir-akhir ini penampilan Anita dikatakan memang amat jauh berbeza dengan kulit yang halus mulus, tegang tanpa kedutan!

Anita yang lebih mesra dengan panggilan Kak Nita, ketawa kecil dan menafikan menggunakan botox sebaliknya mengakui, menggunakan kaedah laser scrub untuk rawatan kulit muka.

"Kak Nita tidak perlukan botox untuk nampak muda tapi Kak Nita menggunakan laser scrub untuk membuang semua sel-sel mati yang terdapat di kulit.

"Laser scrub ini macam pasir dan Kak Nita akan melakukan ini sebulan sekali. Kosnya pula sekitar ratusan ringgit," katanya.

Menurut Kak Nita, selepas melakukan laser scrub, ia tidak menegangkan kulit mukanya tetapi sekadar membuang semua sel kulit yang mati.

"Untuk menegangkan kulit muka Kak Nita menggunakan pelembap tetapi jangan guna sembarangan pelembap.

"Sebabnya, pelembap yang digunakan itu akan meresap masuk ke dalam kulit," jelasnya.

Kak Nita memberitahu, laser scrub yang dilakukannya itu boleh dibuat di mana-mana spa, tidak semestinya di luar negara.

"Mana-mana spa pun boleh. Kak Nita tak ada satu spa yang khusus.

"Tapi mestilah profesional dan rujuk kepada konsultan," tegas Kak Nita.

Ketika ditebak dengan soalan apakah hanya dengan menggunakan pelembab mampu menegangkan kulit dan bukan botox seperti artis lain, tanpa ragu-ragu Kak Nita berkata:

"Itulah amalan Kak Nita. Kak Nita tidak mahu menyentuh peribadi orang lain kerana setiap orang mempunyai pandangan sendiri.

"Soal penggunaan botox ini, tepuk dada, tanya selera tapi memang Kak Nita tak guna botox.

"Cuba tengok muka Kak Nita ini. Bukannya tidak ada kedut. Ini, di atas dahi ini, ada kedut," ujar Kak Nita.

Selain menjaga kecantikan kulit dengan kaedah laser scrub, Kak Nita juga tidak suka melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan kulit kering kerana terlalu terdedah kepada cahaya matahari yang boleh menyebabkan kulit berkedut.

"Di samping itu pastikan air dalam badan mencukupi kerana jika tidak cukup air juga akan menyebabkan cepat tua," katanya.

Tambahnya, untuk menjaga kecantikan, perlu rajin menggunakan pencuci muka dan pelembap muka serta krim mata sebelum masuk tidur.

"Tak payah beli krim yang mahal-mahal sebab Kak Nita gunakan Cream of Olay sahaja," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ulam santapan wajib Maya

Posted:

Ulam santapan wajib Maya

Ulam santapan wajib Maya

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my



Bukan hanya solekan pada wajah mahupun pakaian yang membaluti tubuh, tetapi masyarakat juga mempunyai sifat ingin tahu apakah rejim serta rutin yang diamalkan oleh artis kesayangan mereka.

Salah seorang yang selalu menjadi perhatian ramai ialah aktres dan penyanyi jelita, Maya Karin yang memiliki kecantikan dan tidak terlepas menjadi mangsa cemburu kaum sejenisnya.

Sebagai seorang artis popular yang perlu kelihatan menawan di mata masyarakat, Maya cukup mengutamakan diet serta amalan pemakanan yang sihat.

Kerana itu, Maya yang berdarah kacukan Jerman-Melayu ini mengamalkan ulam-ulaman serta sayuran organik yang merupakan santapan wajibnya.

"Bagai tidak lengkap juadah harian saya terutama di waktu tengah hari seandainya tidak ada ulam dan sayur-sayuran.

"Begitu juga dengan amaun makanan yang cukup saya makan. Saya akan memastikan sukatan itu tidak melebihi daripada apa yang sepatutnya dan saya juga elakkan makanan bergoreng.

"Sekali-sekali, saya akan menikmati makanan segera mahupun manisan sekadar untuk menghilangkan rasa keinginan itu," kata pemilik nama penuh Maya Karin Roelcke yang berusia 30 tahun ini lagi.

Bagi memastikan tahap kesihatannya sentiasa berada dalam keadaan terbaik, Maya mengakui dia banyak menghabiskan masa di gimnasium sekurang-kurangnya dua kali seminggu selama satu setengah jam.

Menyertai gimnasium kata Maya, banyak memberi kelebihan untuknya menyertai pelbagai aktiviti dan kelas senaman yang dianjurkan.

"Saya juga ada menyertai kelas yoga dan berbasikal tetapi jika masa mengizinkan. Paling tidak pun, setengah jam dan dalam tempoh itu, saya akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh," ujar Maya yang mula dikenali menerusi filem Seri Dewi Malam pada tahun 2001 ini lagi.

Untuk rutin kecantikan wajah pula, Maya menjelaskan sesibuk mana pun dirinya, dia akan memastikan wajahnya dibersihkan dua kali sehari iaitu pagi dan malam.

Sebagai duta L'Oreal, adalah menjadi keutamaan Maya untuk menggunakan produk kecantikan itu yang merangkumi pencuci, penyegar (toner) dan pelembap (moisturizer).

Wanita kelahiran Beyruth, Jerman ini juga memberitahu dia memang begitu selektif dalam memilih produk kecantikan memandangkan kulit wajahnya yang begitu sensitif.

"Selain itu, sebulan sekali saya akan menjalani rawatan muka selain mengamalkan pemakaian masker sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang segar," kata Maya yang juga mengamalkan makanan tambahan, InnerShine Prune Plus.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Posted: 25 Mar 2011 11:02 AM PDT

Berita Harian: Hip


Tunggu saja 3 April

Posted: 24 Mar 2011 04:25 PM PDT

Hip

pix_gal0
Lisa Surihani mula merasai bahang ABPBH 2010, tidak mahu letak harapan tinggi

TIDAK lama lagi acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 berlangsung. Sama ada peminat, malahan sebilangan artis sendiri terutama yang nama mereka berada dalam senarai Top 5 ABPBH 2010, sudah mula mencongak siapakah yang menang dalam kategori dipertandingkan.

Memang semua nama ada peluang untuk menang. Faizal Tahir, Black, Aizat, Lisa Surihani, Anuar Zain, Shaheizy Sam, Adira, Stacy, Liyana Jasmay, Zizan, Shahir, Aaron Aziz, Linda Onn, Nabil, Fara Fauzana, Raja Azura, Fasha Sandha dan Scha Alyahya adalah antara nama yang sering jadi pilihan peminat sebagai pemenang.

Daripada deretan itu, Lisa Surihani Mohamed dianggap sebagai calon favourite bukan sahaja untuk memenangi kategori yang mencalonkan namanya. Ini kerana populariti pelakon wanita popular berusia 25 tahun ini yang semakin menyerlah sejak membintangi beberapa drama bersiri dan filem. Jika mahu dibandingkan dengan pelakon wanita lain, Lisa memang di antara pelakon yang mempunyai ramai peminat berdasarkan sikapnya yang lemah lembut, peramah dan berbudi bahasa, tidak kira bersama peminat mahupun rakan-rakan.
Malahan setiap kali berjumpa, Lisa tidak pernah lokek dengan senyuman, dan sememangnya dia akan menunjukkan rasa hormat serta pandai mengambil hati.

Lihat saja jumlah pengikutnya di laman web sosial Facebook dan Twitter, sudah hampir mencecah angka juta serta apabila muncul saja Lisa pada siri jelajah promosi ABPBH 2010 yang disertainya, diadakan di sekitar tanah air baru-baru ini, ternyata ramai peminat bersorak riang memanggil namanya. Melihat kepada faktor itulah, tidak kira di kalangan rakan artis mahupun pembaca setia, Lisa menjadi pilihan.

Bagaimanapun, pelakon ini yang dihubungi Hip bagi mengulas mengenai ramalan tersebut, sedikit pun tidak menunjukkan perasaan bangga, malahan tidak juga mahu meletakkan harapan terlalu tinggi.
Malah, gadis ini dengan sikap penuh rendah diri hanya berserah kepada takdir dan ketentuan Tuhan selain menegaskan jangan sesekali menafikan peluang dan populariti semua artis yang tersenarai dalam Top 5 ABPBH2010.

"Kita tidak akan tahu keputusannya sampailah malam kemuncak 3 April nanti. Namun, saya hargai tekaan awal ini yang mengatakan nama saya antara calon pilihan sebagai Bintang Paling Popular tapi saya serahkan segala-galanya kepada Tuhan dan ini bergantung kepada rezeki.

"Sejujur kata, saya tidak mengharapkan kemenangan dan soal menang atau tidak, biarlah saya ketepikan terlebih dahulu. Cukup sekadar nama saya dicalonkan, saya sudah merasai amat terharu kerana kerja serta bakat saya dihargai orang ramai.

"Kemenangan bagi anugerah Bintang Paling Popular adalah sesuatu yang agak besar, justeru saya tidak terlalu memikirkan mengenai anugerah ini. Saya hanya lebih kepada bersyukur kerana mendapat sokongan yang tanpa henti dari peminat.

Begitu juga dengan kesudian peminat menyokong hasil kerja saya adalah satu anugerah buat saya. Saya menghargai sokongan ini," ujar Lisa yang cukup popular menerusi drama bersiri Adamaya.

ABPBH peluang perbaiki diri

Selain itu, Lisa juga sudah banyak membintangi drama dan filem, antaranya ialah Good Bye Boys, I'm Not Single, Jangan Pandang Belakang Congkak, V3: Samseng Jalanan, Semerah Cinta Stiletto, Zoo, Lagenda Budak Setan, dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2.

Turut dicalonkan di dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular, Lisa cukup berterima kasih kepada peminatnya yang tanpa henti menyokongnya sehingga dia berjaya sampai ke tahap ini.

"ABPBH adalah anugerah berdasarkan pemilihan dan undian daripada peminat. Ini menjadi landasan untuk peminat menyuarakan pendapat terhadap artis kegemaran mereka. Tidak dinafikan, anugerah ini juga menolong Lisa untuk memperbaiki diri Lisa lagi dari semasa ke semasa. Diharapkan dengan sokongan positif dari semua pihak, Lisa akan terus berada di dalam persada seni tanah air," katanya.

Sarat dengan hiburan, populariti dan kerdipan nama bintang yang terus menyinari persada hiburan, anugerah ini adalah landasan kepada peminat menyatakan penghargaan kepada insan seni yang berjasa menerusi undian dalam 17 kategori yang disediakan.

Malam Ahad itu nanti, bakal melakar satu lagi sejarah dalam industri hiburan tanah air dan segala debaran bakal terungkai.

Siapakah di antara finalis ABPBH 2010 bakal mengungguli anugerah utama iaitu, Bintang Paling Popular. Siapakah di antara artis popular yang akan membawa pulang hadiah utama, sebuah kereta Nissan Teana. Semua persoalan dan tanda tanya akan terjawab dalam beberapa hari lagi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kata Hati, Bebas pertaruhan Mila

Posted: 24 Mar 2011 04:22 PM PDT

Hip

Bangkit dengan album terkini lima lagu ciptaan terbaru

MILA atau nama Nursharmila Jirin, juara Akademi Fantasia (AF) musim kelima ini mahu bangkit dengan album keduanya selepas hampir empat tahun tidak menghasilkan sebarang produk.

Gadis genit ini tampil dengan album baru yang diberi judul menggunakan Mila Jirin, memuatkan lagu karya terbaru dan beberapa lagu yang diambil daripada album pertamanya.

Lima lagu baru menjadi pertaruhan manakala tiga lagi lagu selingan, iaitu lagu yang pernah dimuatkan dalam album pertamanya, Aku Lebih Tahu versi remix, Siapa Tak Perlu Cinta dan La Ober La La La yang diberi nafas baru. Manakala lagu barunya berjudul Bebas, Malu-Malu, Luahan Hati, Kata Hati dan Kasih Yang Terdampar. Album terbitan MJ Panacea Records yang berkonsepkan 'pop moderate' ini turut menggunakan khidmat tiga orang penerbit terkenal seperti Aidit Alfian, Ajai dan Amir. Namun, konsep album ini tidak banyak kurangnya dari hasilnya yang pertama, di mana motif cinta dan kebebasan banyak diterapkan di dalam bait-bait liriknya.

Ditanya mengenai lagu kegemarannya yang menjadi taruhan buat album keduanya ini, Mila memilih lagu Malu-Malu kerana ia agak berbeza dengan lagunya sebelum ini dan lagu Kasih Yang Terdampar, sebuah lagu rentah balada yang menyelitkan konsep 'slow rock' di akhir lagu.

Lebih menarik lagi, album ini adalah produksi Mila sendiri, setelah hampir tujuh bulan mengusahakan atas inisiatif dirinya sendiri, serta turut mempamerkan bakatnya dalam penulisan lirik di mana dia menghasilkan lirik untuk lagu Bebas.

"Pada mulanya saya hanya mencuba menulis, tapi dengan bantuan Sheikh Qalam, saya dapat menyiapkan lirik lagu itu dalam masa dua hingga ke tiga hari. Saya akui masih baru dalam penulisan dan lirik yang dihasilkan bukanlah antara yang terbaik.
"Ini kali pertama saya menulis lirik kepada lagu saya sendiri, banyak lagi yang saya perlu perbaiki. Oleh itu, saya harap pendengar mahupun peminat boleh menerima karya saya ini," kata Mila.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini turut menyatakan dia akan turun padang dengan mengadakan jelajah di seluruh tanah air bagi mempromosikan lagunya dan menyemarakkan penjualan album Mila Jirin.

Sehingga kini, Mila berpuas hati dengan penjualan hasil albumnya itu, di mana ia mendapat sambutan yang agak baik dan dua lagunya iaitu Kata Hati dan Bebas sudah disiarkan di beberapa stesen radio.

Oleh itu, sesiapa yang berminat dengan album Mila Jirin ini boleh mendapatkannya di kedai muzik di sekitar tanah air dan juga boleh melayari laman web www.erama.tv/milajirin dan www.facebook.com/milajirin untuk makluman lebih lanjut.

Selain cakera padat (CD), peminat boleh mendapatkan album ini dalam bentuk kad digital. Kad digital tersebut bukan saja lebih murah berbanding CD, malah peminat boleh menggunakan untuk memuat turun barisan lagu baru Mila terus ke komputer.

"Di Amerika Syarikat dan Eropah sudah lama menggunakan kad digital ini. Kaedah ini sesuatu yang baru tetapi ia memudahkan golongan remaja untuk mendapatkan album baru saya, serta harganya berpatutan dengan golongan ini," kata Mila.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

- Blog Hanz -

Posted: 25 Mar 2011 07:34 AM PDT

- Blog Hanz -


(VIDEO) DatoT & Anwar Conspiracy (Video Anwar)

Posted: 25 Mar 2011 06:20 AM PDT

Perkara- Perkara Yang Sering Buat Kita Tension

Posted: 24 Mar 2011 04:47 PM PDT




1. Nampak pempuan jalan sane-sini sambil kolom lollipop...

2. Tengah bersesak2 dalam bas/komuter, ade budak kecik menangis kuat2...

3. Nampak ade orang tersungkur depan kite tapi kite takleh ketawe kuat2...


4. Tengah jawab exam ade pengawas exam jenguk2 kertas kite...

5. Order makanan pastu lambat siap...

6. Dalam kuliah/kelas kite tak paham pape langsung tapi orang lain sume paham...

7. Baru pas clash pastu nampak ade couple ngah dating...

8. Tengok orang tue makan...

9. Tengah gaduh ngan boypren/girlpren pastu kredit abes...

10. Baru nak download @%#& movie, tetibe internet slow plak...

11. Tengah sronok tengok cite kat tb tetibe ade orang alih channel lain plak...

12. Jumpe duet tepi tepi jalan tapi rase sedang diperhatikan...

13. Rase nak sepak2 orang tu tapi tak berani... 

14. Bace luahan perasaan orang yang baru pas break di facebook...

15. Pegi bandar nampak awek2 tak cun cube bertelanjang untuk secebis perhatian dari orang ramai...

16. Bercite-cite nak jadi mufti tapi nak jadi imam pun tak berani...

17. Time tengah puase nampak KFC terbang di mane2...

18. Bile tengah malam ade orang cite pasal hantu pastu terjage sorang2...

19. Chelsea kene bantai ngan MU tapi takleh tengok sebab kene wat lab report...

20. Dah tulis msj panjang2 pastu terdelete plak... @_@

Himpunan Kisah Sensasi

Posted: 25 Mar 2011 03:44 AM PDT

Himpunan Kisah Sensasi


Premis tawar urutan gay diserbu

Posted: 24 Mar 2011 06:00 PM PDT

ne 05.1 Premis tawar urutan gay diserbu

DUA orang lelaki menutup muka selepas ditahan polis kerana disyaki melakukan urutan gay di Pulau Tikus, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Alasan dua pelanggan lelaki yang datang ke sebuah pusat urutan gay di Pulau Tikus di sini kononnya untuk berjumpa dengan rakan mereka di situ gagal meyakinkan polis menyebabkan mereka ditahan dalam satu serbuan semalam.

Ketika serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu, polis turut menahan tiga pemuda dipercayai tukang urut dan penyelia yang berusia antara 28 hingga 33 tahun.

Menurut jurucakap polis, pihaknya terpaksa menunggu lebih dua jam untuk masuk ke dalam premis tersebut kerana perlu melalui proses pengecaman wajah pelanggan.

"Kami dapat masuk premis itu selepas seorang pelanggan keluar dari pusat urut yang terletak di tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah itu.

"Ketika serbuan, terdapat dua pelanggan lelaki dipercayai baru selesai menjalankan urutan," katanya yang memberitahu serbuan tersebut merupakan yang keempat sejak tahun lalu.

Difahamkan, pusat urut yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) itu hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja untuk masuk ke dalam dengan menggunakan sistem kod rahsia di pintu masuk.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

je 01.1 Premis tawar urutan gay diserbu

Sebuah buku memaparkan gambar lelaki bogel turut dirampas ketika polis menyerbu sebuah pusat urut tanpa lesen yang menawarkan khidmat gay di Pulau Tikus, Pulau Pinang, semalam.

-gambar dari utusanmalaysia


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

Posted: 25 Mar 2011 03:40 AM PDT

macam macam hiburan terkini


Hati Marsha sudah dimiliki

Posted: 24 Mar 2011 08:54 PM PDT

MARSHA Londoh merupakan bintang Akademi Fantasia 3 (AF3) yang paling popular selepas juara program realiti televisyen (TV) musim itu, Mawi mencetuskan fenomena lapan tahun lalu.

Biarpun populariti Mawi dikatakan semakin merudum, tetapi ia sebaliknya buat Marsha yang kini semakin laris dengan tawaran berlakon drama, telemovie mahupun filem.

Pelakon dan penyanyi yang dilahirkan di Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat pada 6 November 1985 itu bukan setakat menjadi sebutan para peminat kerana bakat seninya.

Malah, Marsha yang dibesarkan di Tamparuli, Sabah ini juga sering mencetuskan banyak gosip panas yang mengaitkannya dengan ramai artis mahupun selebriti terkenal tanah air.

Dalam pada sibuk menafikan semua gosip itu termasuklah pernah dikaitkan bercinta dengan Yusry KRU, Hans Isaac dan Ramli MS, tetapi baru-baru ini dia mengakui hatinya sudah dimiliki.

Menurut penyanyi lagu Untuk Terakhir Kali ini, dia kini sedang menjalani perhubungan intim bersama seorang jejaka Melayu yang dikenali sebagai Z sejak mereka berkenalan setahun lalu.

"Teman lelaki saya itu bukannya artis tetapi dia orang biasa dan bekerja di pejabat sahaja. Adalah EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk bekalan semasa hari tuanya nanti.

"Dia tidak mahu dikenali ramai. Cukuplah saya katakan namanya bermula daripada huruf Z," katanya selepas sidang akhbar drama Kum Kum The Series lakonannya baru-baru.

Pada majlis yang diadakan di Mutiara Damansara, Selangor itu pihak Astro Ria memperkenalkan para pelakon drama 13 episod itu termasuklah Marsha yang melakonkan watak Mawar.

Kata Marsha, dia sengaja memilih pasangannya bukan dari kalangan artis kerana takut dengan perceraian yang banyak berlaku sejak akhir-akhir ini.

"Saya dapati perkahwinan sesama pasangan artis ramai yang tidak kekal lama. Itu tidak bermakna saya menolak jodoh kalau ditakdirkan pasangan saya juga adalah golongan artis.

"Kalau boleh saya mahu elakkan perkara itu. Saya kenal Z secara kebetulan setahun lalu sewaktu majlis pelancaran restoran Kopitiam milik komposer Ajai di Kuala Lumpur.

"Sewaktu mula berkenalan, saya tidak tahu latarbelakang Z. Tidak kiralah sama ada dia orang kaya atau miskin. Kebetulan saya pula memang banyak bergaul dengan orang Melayu," ujarnya.

Marsha yang akan muncul dengan album sulung berjudul Yang Pertama tidak lama lagi menambah, dia sudahpun memperkenalkan Z dengan keluarganya pada 6 Disember tahun lalu.

Disenangi

Pada majlis hari lahirnya yang ke-25 itu, Z telah bertemu dengan ibu bapa penyanyi berketurunan Kadazan Dusun di mana kehadiran jejaka itu turut disenangi sanak keluarganya yang lain.

"Sebelum itu, pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, saya juga telah pergi beraya di rumah keluarga Z di Klang, Selangor. Sekarang ini, keluarga dua belah pihak tahu hubungan kami," jelasnya.

Sewaktu ditanya perancangan terdekatnya bersama Z, Marsha menjelaskan, dia belum menetapkan tarikh tertentu untuk menamatkan zaman gadisnya dalam waktu terdekat ini.

Sebaliknya, pemilik nama penuh Marsha Milan Londoh ini menyerahkan kepada jodoh di mana pada masa sama dia akan menjaga hubungannya dengan Z sebaik mungkin.

Gosip yang sering melanda Marsha turut mendapat perhatian teman lelakinya yang sering bertanya kebenaran di sebalik sesuatu gosip itu.

"Biasanya kalau ada keluar gosip saya dengan artis-artis lain, Z akan bertanya kepada saya, sama ada betul atau tidak. Bagaimanapun, dia bukan seorang yang kaki cemburu.

"Dia seorang yang amat mengambil berat tentang perkembangan diri saya. Saya pun tidak pasti sama ada hubungan saya dengan Z akan ke jenjang pelamin ataupun tidak.

"Pada masa sama, setiap kali ke majlis perkahwinan kawan-kawan sama sekolah, hati ini tiba-tiba hendak kahwin," kata Marsha tanpa berselindung.

Kum Kum The Series akan bersiaran setiap hari Selasa mulai 12 April ini pukul 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104, Astro).

Selain Marsha, turut membintangi drama arahan Michael Ang itu ialah Didie Alias yang melakonkan watak Mak Hitam, Elfira Loy (Shikin), Sharnaaz Ahmad (Yusof) dan Saiful Nizan (Ramli).

Bercerita tentang pengalamannya berlakon Kum Kum The Series, kata penyanyi di bawah naungan syarikat rakaman Alibi Music ini, dia berasa puas dengan watak Mawar yang dilakonkannya itu.

"Selain drama, saya juga ada menerima tawaran berlakon beberapa filem tetapi saya tolak kerana wataknya kurang sesuai dengan saya. Saya asyik diberikan watak gadis yang mengada-ngada.

"Selalunya saya menolak sesuatu tawaran berlakon filem kerana masa yang kurang sesuai," tutur gadis manis tinggi lampai ini lagi.

Sejak 2005, Marsha telah melakonkan lebih 10 telemovie antaranya berjudul Rumah Terbuka AF3, Gitu-Gitu Raya, Besan vs Madu, 5 Saat, Beautiful Maria dan Cinta Meriam Buluh serta drama rantaian Hotel Mania, K.I.T.A., Dottie dan Awan Dania 3.

google: teman lelaki marsha londoh, boyfriend marsha londoh, marsha londoh dah berpunya, gambar teman lelaki marsha londoh, marsha londoh 2011, marsha londoh terkini terbaru marsha londoh, gambar boyfriend marsha londoh, foto marsha londoh

Alif kaku, Intan kelu terserempak hantu

Posted: 24 Mar 2011 08:53 PM PDT

INSIDEN terserempak dengan hantu merupakan pengalaman yang paling menakutkan bagi mereka yang pernah mengalaminya.

Apatah lagi, terbayangkan makhluk alam mistik bermata merah dengan wajah hodoh, bukan sahaja sudah mampu meremangkan bulu roma tetapi juga boleh membuatkan degupan jantung terhenti seketika.

Berada dalam situasi begitu pasti membuatkan badan menjadi seram sejuk, tekak menjadi kering dan mulut terkunci rapi tanpa mampu berkata-kata.

Hendak berganjak seinci pun tidak terdaya kerana seluruh tubuh terasa begitu kaku dan diselubungi rasa takut yang amat sangat.

Begitulah perasaan yang dialami oleh dua penyanyi, Alif Satar, 21, dan Intan Liyana, 25, ketika menjadi perantara program terbitan Utusan Studios, Mastika Mencari Logika (MML).

MML merupakan sebuah program berbentuk majalah, diterbitkan sebanyak 13 episod dan akan disiarkan di Astro Prima (saluran 105, Astro) mulai 8 April ini pukul 9 malam.

Dalam rancangan selama 30 minit itu, watak wartawan dan jurufoto majalah Mastika, terbitan anak syarikat Kumpulan Utusan, Utusan Karya Sdn. Bhd., (UKSB) dilakonkan semula oleh Intan dan Alif.

google: intan liyana, intan liyana facebook, intan liyana blog, intan liyana myspace, intan liyana seksi, intan liyana hot, intan liyana bogel, buah dada intan liyana, intan liyana terkini terbaru, intan liyana 2011, gambar terbaru terkini intan liyana, intan liyana dan teman lelaki

Danny sahut cabaran

Posted: 24 Mar 2011 08:51 PM PDT

KALI pertama bertemu sekitar setahun yang lalu, pasangan ini tidak pernah menyangka perkenalan melalui kenalan itu akan membawa mereka ke satu perhubungan yang lebih serius.

Namun, suratan menentukan bahawa kedua-duanya sebenarnya mempunyai misi yang sama iaitu mencari pasangan serasi bagi menempuh alam baru.

Tidak mahu berputih mata melihat si bunga dipetik kumbang lain, sang jejaka mula mengambil langkah berani dengan mendekati dan melamar si gadis.

Walaupun lamaran itu diterima, namun keraguan masih bersarang di minda si gadis sehingga membuatnya mencabar sang jejaka supaya melamarnya sendiri di hadapan ibu bapanya.

Tidak gentar dengan cabaran itu, sang jejaka mula mengatur langkah menyahut cabaran tersebut dan ia membuahkan hasil sebaik si gadis menyatakan kesediaan untuk menerimanya dengan seadanya.

Begitulah antara rentetan percintaan yang dilalui oleh pengacara dan pelakon, Khardanie Anwa, 31, atau lebih dikenali dengan nama pentas Danny X-Factor bersama pilihan hatinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria (Lin), 25.

Diikat dengan tali pertunangan dalam satu majlis yang berlangsung di Tronoh Mines, Kampar, 20 Mac lalu, pasangan sama cantik sama padan ini mengakui mereka masih belajar mencintai antara satu sama lain.

"Saya rasa macam tidak percaya sudah menjadi tunangan Lin. Rasa seperti saya sedang berada di set penggambaran dan melakonkan babak pertunangan. Rasa macam mimpi.

"Namun saya bersyukur kerana ini memang hari yang saya nantikan. Lin wanita untuk saya dan saya gembira kerana hubungan kami berjaya sampai ke tahap ini," kata Danny saat ditemui selepas berlangsungnya majlis pertunangannya dengan Lin.

Pada majlis serba ringkas itu, Lin yang anggun mengenakan busana berwarna perak menerima sebentuk cincin pertunangan yang disarungkan ibu Danny, Shamsiah Shiraku.

Danny yang kini merupakan pengacara program dokumentari Agro-Xplorasi bersama Annahita Bakavoli dan Nazrudin Rahman (Naz) turut menerima sebentuk cincin yang disarungkan ibu Lin, Siti Zabedah Samaon.

Pada majlis pertunangan itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Kedua-dua pihak juga bersetuju mengikat tali pertunangan dalam tempoh enam bulan manakala wang hantaran dirahsiakan.

Menyambung bicara, Danny yang bakal memegang watak Ahmad Albob dalam drama bersiri Ahmad Albob Yang Punya menerusi slot Lagenda tidak lama lagi berkata, kematangan dan keperibadian pramugari syarikat penerbangan AirAsia itu merupakan perencah utama yang mengikat hatinya terhadap wanita itu.

"Kami berkenalan tidak lama hanya sekitar setahun lalu namun mula rapat tanggal 1.11.11 dan saya yang memulakannya dulu dengan meminta nombor telefon Lin untuk dihubungi.

"Saya masih ingat lokasi dating kami yang pertama adalah di restoran mamak di Sri Petaling. Saya hubungi Lin untuk berjumpa dan rupa-rupanya dia juga menantikan panggilan saya.

"Walaupun dia baru balik bertugas dari penerbangan ke London, kami tetap berjumpa pada malam itu dan disitulah berputiknya percintaan kami," katanya sambil tersenyum memandang Lin yang setia menemani usai majlis itu.

Pak Ya kecewa

Posted: 24 Mar 2011 08:50 PM PDT

PADA Ogos tahun lalu, menerusi syarikat produksi Tasminaq I-Tech Sdn. Bhd. (TQIT), artis veteran, Datuk Yahya Sulong pernah memberitahu bahawa sebuah filem epik mengisahkan kehidupannya sebagai anggota polis hutan sekitar tahun 1948 - 1957 akan diterbitkan.

Namun, setelah lebih tujuh bulan berlalu, artis komedi yang juga dikenali sebagai Pak Ya meluahkan rasa kecewanya terhadap produksi tersebut kerana tidak terdapat sebarang perkembangan dalam menghasilkan filem yang diberi judul Ambush - Hidup Dan Mati itu.

Tambah menyedihkan lagi, dakwa Pak Ya, dia tidak menerima sebarang bayaran seperti mana yang telah dijanjikan oleh TQIT.

"Ketika saya mula-mula bersetuju untuk bekerjasama dengan produksi tersebut, mereka berjanji akan memberi bayaran sebanyak RM5,000 atas bantuan yang saya berikan untuk menghasilkan skrip filem berkenaan.

"Namun sehingga kini, saya belum menerima apa-apa bayaran dan individu yang bertanggungjawab mengambil sikap berdiam diri.

"Apabila dihubungi, jawapan yang diberi mengatakan produksi tersebut ketiadaan dana untuk meneruskan penerbitan filem tersebut.

"Jadi, disebabkan tidak mahu meminta-minta, saya akur dengan takdir yang ditentukan ini," ceritanya yang sedih apabila projek pembikinan filem berkisar tentang pasukan polis hutan yang dinamakan sebagai Jungle Squad itu ditangguhkan.

Disebabkan itu, Pak Ya berharap agar ada pihak lain tampil sebagai penaja atau pun mengambil alih untuk meneruskan pembikinan filem Ambush - Hidup Dan Mati.

"Ia adalah detik-detik sejarah bagaimana pasukan polis hutan cuba menangkis serangan komunis daripada terus menjajah penduduk tempatan.

"Cukup menarik untuk difilemkan dan dipaparkan buat tatapan generasi muda bagi tujuan pendidikan," tambah pelawak yang kini berusia 84 tahun itu pada satu majlis penyerahan sumbangan bernilai RM2,000 oleh Biro Pemuzik Profesional (BPP) Karyawan di rumahnya di Flat Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan wakil BPP, Aznan Alias.

Pak Ya kini semakin uzur kerana penyakit asma dan masalah jantung.

Mentor panas di belakang pentas

Posted: 24 Mar 2011 08:50 PM PDT

PANAS! panas! panas!... Mentor tidak puas hati kerana penerbit menyiarkan segmen protege menangis untuk meraih simpati penonton.

Segmen air mata itu memaparkan Erra Fazira sebagai mentor sedang memujuk protegenya, Salma atau Salmah A.Asis, 21, yang merasakan dirinya tidak cantik berbanding peserta lain.

Kata Erra, cantik adalah subjektif dan setiap orang mempunyai kecantikan tersendiri dan Salma tidak perlu risau kerana program itu memberi penekanan kepada vokal.

Apa pun Salma yang berasal dari Tawau, Sabah itu beruntung kerana mendapat mentor yang menitik beratkan soal imej, maka tampillah gadis itu ala Cinderella untuk persembahan pertama.

Walaupun Erra dan Salma tidak terfikir menggunakan segmen itu sebagai drama raih simpati, namun pada pandangan orang lain ia menjurus ke arah tersebut.

Kebetulan pula, Salma yang mendendangkan lagu Yang Terindah Hanya Sementara dan duet dengan Erra menerusi lagu Pertemuan, Cemburu dan Jendela Hati mendapat markah paling tinggi (80 peratus) berbanding Iqa (55 peratus) dan Aiman (48 peratus).

Salma layak mendapat keputusan itu bukan kerana drama air mata tapi kerana vokalnya memang bagus berbanding dua rakan lain.

Malah juri tetap, Datuk Ramli MS serta juri jemputan, Zainal Abidin turut memuji peningkatan vokal Salma.

"Celine Dion pun tidak cantik. Siapa kata orang tidak cantik tidak boleh menyanyi. Saya tidak ada masalah dengan vokal Salma. Kalau ikutkan, protege kumpulan B ini lebih bersedia dan bagus daripada kumpulan A," kata Ramli jujur.

Sementara itu Edry Abdul Halim yang merupakan mentor kepada Iqa atau Nursyafiqah Nasratullah Mohd. Nor, 25, dari Ampang, Selangor mahu isu drama dan air mata dihentikan.

Katanya, adalah tidak adil kepada protege lain yang tidak mempunyai kisah sedih untuk dikongsi bersama orang ramai.

"Saya sangat kecewa kerana drama sebabak yang ditonjolkan secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada penonton.

"Ini kerana 30 peratus daripada pemarkahan ditentukan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) daripada penonton, selain 50 peratus daripada juri profesional dan 20 peratus juri awam," katanya.

Bagaimanapun Edry tidak menuding jari kepada Salma kerana apa yang dipapar ditentukan oleh pihak penerbitan termasuk giliran mengadakan persembahan.

Katanya, kenapa tidak diadakan cabutan untuk menentukan siapa yang menyanyi dulu dan terakhir kerana aturan itu juga turut mempengaruhi undian atas faktor kasihan.

Pandangan Edry itu disokong oleh Rahim Maarof yang merupakan mentor kepada Aiman Hakin Ridza Abdoh, 23, dari Shah Alam, Selangor.

Tidak ada pilih kasih

Pengarah dan penerbit eksekutif Mentor musim kelima, Muhamad Sufian Isa berkata, apa yang dipaparkan adalah babak yang terbaik.

"Seperti wartawan, kami pun akan memilih sudut terbaik untuk disiarkan. Tidak ada maksud apa-apa. Ini adalah rancangan realiti, apa yang dipaparkan adalah luahan hati protege kepada mentor.

"Setiap mentor ada strategi kerana itu semua sebahagian daripada corak persembahan program. Apa pun program ini mengutamakan vokal, tidak ada faktor raih simpati," jelasnya.

Sufian turut menepis cadangan agar diadakan cabutan untuk menentukan giliran persembahan di kalangan protege.

Katanya, mereka mempunyai cara tersendiri untuk menentukan siapa yang dahulu dan kemudian tanpa ada isu pilih kasih.

"Minggu ini Iqa dulu, minggu depan mungkin dia jadi protege terakhir menyanyi. Kami sudah ada aturan dan kalau dibuat cabutan, macam mana kalau asyik orang yang sama jadi peserta pertama buat persembahan.

"Lagipun ini bukan kali pertama Mentor ke udara, sudah masuk musim ke lima. Pasti semua orang sudah maklum format yang kami ketengahkan," katanya terus terang.

Bukan Erra Minta Digelar Primadona

Posted: 24 Mar 2011 08:48 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira yang sering digelar primadona filem Melayu tidak mengambil berat tentang gelaran tersebut kerana bukan dia yang mahu dipanggil seperti itu.

Dia yang tidak pasti dari mana datangnya gelaran primadona tersebut menganggap perkara itu sebagai sesuatu di angin lalu sahaja.

"Saya hanya melakukan kerja saya dan tidak tahu siapa yang memberikan gelaran itu kepada saya.

"Walaupun gelaran itu diberikan, saya menganggap ia sebagai perkara penting.

"Pada saya, primadona merupakan suatu nama yang sudah lama berada dalam persada seni lakonan dan banyak melakar kejayaan.

"Seseorang itu bukan sahaja telah mengharumkan nama sendiri, malah turut membantu kemajuan persada seni," katanya ketika sidang media memperagakan set mutiara tajaan Rafflesia berjumlah RM180,000 di Pusat Mutiara Rafflesia, di sini, Rabu.

Set mutiara yang diberi nama 'primadona klasik' itu bakal dihadiahkan kepada pemenang Artis Paling Popular pada malam Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010 di Arena of Stars, Genting Highlands pada 3 April ini.

Tambah pelakon filem Kuliah Cinta dan Cinta Kolestrol ini: "Saya tidak merasakan diri saya sudah lama berlakon kerana gelaran primadona layak untuk seseorang pelakon yang sangat lama bertahan seperti Seniwati Saadiah dan Sarimah.

"Saya melihat kepada sumbangan lakonan mereka sehingga ke akhir hayat. Namun semuanya berbalik kepada rezeki. Jika saya mampu berlakon sampai bila-bila, jadi kenapa tidak."

Setelah lama tidak muncul dalam filem, Erra masih aktif berlakon drama dan telefilem.

"Saya masih terikat dengan kontrak Astro Megadrama. Minggu depan, saya akan berlakon telefilem Sanggul Beracun untuk Astro Citra.

"Telefilem itu menyentuh tentang kisah benar seorang wanita dari Johor. Ia diarahkan oleh Sabri Yunus dan dilakonkan oleh para pelakon teater seperti Nam Ron," ujar Erra yang turut sibuk dengan program Mentor musim kelima di TV3.

Jelas Erra lagi, selepas 10 tahun dalam industri hiburan, baru dia merasakan dirinya di terima kerana bakat dan bukan bersandarkan kepada rupa cantik semata-mata.

'Rezeki Tak Putus Selepas Kahwin' - Lan The Typewriter

Posted: 24 Mar 2011 08:48 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Azlan & The Typewriter atau lebih dikenali dengan panggilan Lan akui rezekinya dalam bidang muzik tidak pernah putus sejak mendirikan rumah tangga pada Januari lalu.

Sejak berkahwin dengan Normala Hassan, 28, pemilik nama sebenar Norazlan Rosle, 28, ini sering diundang menjayakan persembahan di ibu negara.

Malah pada 28 April hingga 1 Mei depan Lan bakal membuat persembahan dalam Konsert Wings Opera Hidup dan Superfriends.

Menjadi satu-satunya penyanyi termuda di kalangan ikon rock tersohor negara seperti Man Kidal, Kid Search, Yazit Search, Rosli Mohalim, Hillary, Yan, Edrie Hashim, Ujang, Nash, Hattan, Ramli Sarip, Mus May, Yantzen, Lola dan M. Nasir, Lan menganggap penyertaannya sebagai suatu tuah.

"Saya rasa seperti mimpi dalam mimpi apabila diajak membuat persembahan dalam Konsert Wings Opera Hidup dan Superfriends ini.


Lan sewaktu membuat persembahan semasa majlis sidang media Konsert Wings Opera Hidup dan Superfriends.
"Saya sudah biasa membesar dengan muzik-muzik evergreen seperti lagu Intanku Kesepian nyanyian Wings dan tiada masalah untuk menyanyikan lagu-lagu mereka.

"Saya akan mendendangkan dua buah lagu dari Wings dan sebuah lagu evergreen lain," kata Lan dalam satu sidang media di Istana Budaya, di sini, Isnin.

Selepas konsert tersebut, penyanyi lagu Gerak Hati ini akan terbabit dengan Joe Wings, Ujang Exist, Hillary Search dan Kelly dalam satu projek band bernama Prima Domestik.

Mereka bakal muncul dengan single Sedingin Pluto.

"Pemilihan saya dalam konsert ini juga sedikit sebanyak kerana pergaulan kami. Walaupun saya muda daripada mereka, tidak menjadi halangan untuk kami bersatu dalam memperjuangkan muzik rock kerana kami tidak mengamalkan kronisme," ujarnya.

Memandangkan jadual kerjanya agak padat, Lan terpaksa menyelesaikan segala perancangan yang ada dalam fikirannya satu per satu.

Dek kerana sibuk dengan kerja, Lan terpaksa melupakan hasratnya dengan isteri untuk berbulan madu. Namun Lan bersyukur kerana mujurlah isterinya merupakan seorang yang memahami.

Ahmad Idham Berhati-Hati Bikin 'Senjakala'

Posted: 24 Mar 2011 08:47 PM PDT

PETALING JAYA: Industri perfileman yang melahirkan banyak karya seram membuatkan pengarah filem Ahmad Idham lebih berhati-hati dalam merealisasikan karyanya menerusi Filem Senjakala.

Filem yang akan ditayangkan pada 14 April ini mengangkat persoalan di antara cinta dua insan dan makhluk ghaib belaan mereka.

Kata Idham, adegan seram yang cukup menakutkan sudah menjadi satu penanda aras dalam karya seram pada hari ini.

"Tapi sebenarnya, plot dan penceritaan masih menjadi inti pati sebuah cerita seram yang bagus.

"Senjakala memberi kepuasan kedua-duanya iaitu unsur seram dan jalan cerita yang boleh dihayati oleh penonton," katanya.

Filem ini menjalani penggambaran sekitar Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam selama 20 hari dengan membariskan pelakon-pelakon hebat iaitu Zahiril Adzim dan Liyana Jasmay serta dibantu oleh Kamal Adli dan Faezah Elai.

Ia diterbitkan di bawah syarikat produksi Idham iaitu Excellent Pictures.

Dengan kos mencecah RM1.7 juta keseluruhannya, Senjakala diinspirasikan oleh Idham dengan mengangkat dua watak utama iaitu Arman (Zahiril) dan Karlisa (Liyana). Senjakala menceritakan bagaimana Karlisa yang kematian tunangannya dalam kemalangan jalan raya telah pulang ke Kampung Senja Lama iaitu tempat dia membesar bersama-sama teman rapatnya, Isabella.


Salah satu aksi yang dilakonkan oleh Zahiril Adzim.
Di kampung tersebut, Karlisa telah tinggal dengan Opah Maimon selain sering bertemu dengan Arman, seorang jejaka kampung yang hidup terasing dari orang lain.

Perkenalan itu menyingkap satu rahsia di mana kedua-duanya mempunyai saka peninggalan orang tua mereka.

"Cerita ini menjelaskan bagaimana keadaan mereka yang 'membela' sesuatu. Selain itu, ia turut merujuk kepada kelakuan, percakapan, pergaulan dan apa yang berkaitan dengan orang seperti ini," kata Idham.

Kala ditanya apa bezanya Senjakala dengan karya-karyanya terdahulu seperti Jangan Pandang Belakang, Congkak dan Niyang Rapik, pengarah ini memberitahu, filem ini dihasilkan dengan elemen terbaik yang ada dalam filem-filem tersebut.

"Kombinasi yang terbaik dalam Senjakala adalah dua pelakon utamanya, Zahiril Adzim dan Liyana Jasmay yang pernah dicalonkan untuk Shout! Awards 2009, bagi kategori 'Best On Screen Chemistry'. Kemesraan ini dapat dilihat melalui Senjakala," jelas Idham menceritakan mengenai pemilihan dua pelakon utama filem ini.

Bagi pemenang Anugerah Sinematografi Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23, melalui filem Niyang Rapik, jurukamera Raja Mukhriz menganggap Senjakala memberi satu peluang lebih besar dalam menjana kreativitinya melalui teknik kamera yang menjadi sebahagian dari elemen penceritaan.

"Jika dilihat pergerakan kamera yang lebih seperti terapung juga boleh diistilahkan sebagai 'unstability of movement,' (pergerakan yang tidak stabil) adalah satu kaedah untuk membawa penonton sebagai pihak ketiga dalam Senja kala.

Ia merujuk kepada saka untuk setiap watak," jelas Raja Mukhriz lagi.

Secara normal, sesebuah karya seram, boleh dipertingkatkan lagi nilai dan aspek ketakutan itu melalui sentuhan kesan khas, terutamanya makhluk ghaib atau hantu di dalam sesebuah filem.

Sementara itu, Mohd Khalil Md Yusuf atau lebih dikenali sebagai Amy Chantik, diberi peluang buat pertama kalinya bekerja di bawah Ahmad Idham untuk menzahirkan kesan khas seram.

Bagi Amy sendiri, melakukan kesan khas dalam Senjakala merupakan satu tugas yang berlainan dari apa yang telah dilakukan sebelumnya.

"Saya perlu membuat kajian yang lebih menyeluruh melalui penyelidikan dan pemerhatian terutamanya kepada mereka yang pernah terlibat dalam amalan saka selain rujukan di Internet mahupun buku-buku.

"Saya cukup teruja dan berterima kasih, sekali memberikan sepenuh komitmen dalam memenuhi hasrat pengarah," kata Amy.

Excellent Pictures telah menerbitkan filem-filem lain antaranya Tipah Tertipu, Impak Maksima dan Niyang Rapik.

Selain itu dua buah filem iaitu Hantu Bonceng telah selesai proses pasca produksi dan menanti tarikh tayangan manakala filem Jangan Pandang Pandang baru sahaja selesai menjalani proses penggambaran.

Majlis Kesyukuran Kejayaan Deejay Lin

Posted: 24 Mar 2011 08:45 PM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis kesyukuran sempena kemenangan penyampai SuriaFM, Deejay Lin pada Anugerah Seri Angkasa 2010 bagi kategori Penyampai Radio Wanita Terbaik dan Rancangan Radio Interaktif Terbaik diadakan di restoran Carlos Heaven Food, Kenanga International, di sini, Khamis.

Majlis yang diberi nama Apresiasi Suria Cinta itu turut mengadakan penyampaian hadiah Lagu Berduit Suria FM yang dianjurkan oleh stesen radio itu sejak 28 Februari lalu.

Selain penghargaan kepada Deejay Lin dan penyampaian hadiah, majlis tersebut bertujuan meraikan pendengar setia Suria FM terutama sekali buat mereka yangmenyokong kejayaan Lin.

Segmen 'Suria Cinta- Inspirasi Cinta Anda' yang dikendalikan oleh Lin merupakan salah satu segmen di Suria FM yang mempunyai hit dan rating tinggi bagi jumlah pendengar dan mendapat sambutan orang ramai.

Segmen tersebut banyak mengetengahkan isu cinta selain memutarkan lagu-lagu yang menghiburkan pendengarnya.

Suria FM kini semakin giat menjalankan pelbagai aktiviti 'on-ground'dan juga 'on-air'. Suria FM baru selesai menganjurkan Suriashowdown!Band Kampus Terbaik 2011 pada Sabtu lalu.

Sekarang ini, masih lagi berlangsung peraduan Lagu Berduit Suria FMsehingga 1 April depan yang menawarkan pendengar wang tunai RM70,000.

Pendengar hanya perlu mendengar rancangan Breakfast@Suria untuk mengetahuilagunya. Apabila lagunya berkumandang di radio dalam apa sahaja segmendi Suria FM, hantarkan jawapan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)dengan menaip LB dan hantar ke 33988.

SMS yang terpilih akan dihubungi oleh deejay bertugas dan setiap jawapan yang betul akan melayakkan pendengar memenangi sebahagian wang tunai RM70,000.

Pendengar bertuah juga bakal memenangi lebih wang tunai di pusingan bonus jika mendengar Lagu Berduit dalam versi 'LIVE'.

Blog Sensasi Ohbayu

Posted: 25 Mar 2011 03:27 AM PDT

Blog Sensasi Ohbayu


7 Pintu Neraka

Posted: 24 Mar 2011 05:00 PM PDT

*gambar hiasan

"Neraka mempunyai tujuh pintu, untuk masing-masing pintu dihuni (sekumpulan orang yang berdosa yang ditentukan)" (Al Hijr :44)

Diriwayatkan bahawa ketika Jibril turun membawa ayat di atas tadi, Nabi saw memintanya untuk menjelaskan gambaran neraka. Jibril menjawab: "Wahai Nabi Allah,

Sesungguhnya di dalam neraka ada tujuh pintu, jarak antara masing-masing pintu sejauh tujuh puluh tahun, dan setdiap pintu lebih panas dari pintu yang lain,

Nama-nama pintu tersebut adalah:

1. Hawiyah (jurang), pintu ini untuk kaum munafik dan kafir.
2. Jahim, pintu ini untuk kaum musyrikin yang menyekutukan Allah.


3. Pintu ketiga untuk kaum sabdian (penyembah api).
4. Lazza, pintu ini untuk syaitan dan para pengikutnya serta para penyembah api.
5. Huthamah (menghancurkan hingga berkeping-keping), pintu ini untuk kaum Yahudi.
6. Sa'ir (api yang menyala-nyala), pintu ini untuk kaum kafir.

Tatkala sampai pada penjelasan pintu yang ketujuh, Jibril terddiam. Nabi SAW meminta dia untuk menjelaskan pintu yang ketujuh, Jibril pun menjawab: "Pintu ini untuk umatmu yang angkuh"; yang mati tanpa menyesali dosa-dosa mereka.

Lalu, Nabi saw mengangkat kepalanya dan begitu sedih, sampai beliau pengsan. Setelah sedar baginda berkata: "Wahai jibril, sesunggguhnya engkau telah menyebabkan aku risau dua kali ganda. Adakah umatku masuk Neraka?"

Kemuddian Nabi saw mulai menangis. Setelah kejaddian itu, beliau tidak berbicara dengan sdiapapun selama beberapa hari, dan ketika solat beliau menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. kerana tangisannya ini, semua sahabat ikut menangis, kemuddian mereka bertanya: "Mengapa beliau begitu berduka?" Namun Baginda tidak menjawab.

Oleh itu, Imam Ali as sedang pergi melaksanakan satu misi, maka para sahabat pergi mengahadap sang wanita cahaya penghulu wanita syurga, Saidatina Fatimah AS. Para sahabat pun menceritakan keadaan ayahnya (Rasulullah SAW). Setelah mendengar semua itu, Fatimah AS bangkit lalu mengenakan jubahnya (cadur) yang memiliki dua belas tampalan yang dijahit dengan daun pokok korma. Salman al-Farisi yang hadir bersama orang-orang ini terusik hatinya setelah melihat jubah

Saidatina Fatimah AS, lalu berkata: " Aduhai! Sementara puteri-puteri Kaisar dan Kisra (pemimpin Parsi kuno) duduk di atas singgasana emas, puteri Nabi ini tidak mempunyai pakaian yang layak untuk dipakai".

Ketika Saidatina Fatimah AS sampai di hadapan Rasulullah SAW, dia melihat keadaan Rasulullah SAW yang menyedihkan dan juga keadaan para sahabatnya, kemuddian dia berkata: "Wahai Ayahanda, Salman terkejut setelah melihat jubahku yang sudah koyak, aku bersumpah, demi tuhan yang telah memilihmu menjadi

Nabi, sejak lima tahun lalu kami hanya memiliki satu helai pakadian di rumah kami, pada waktu siang kami memberi makan unta-unta dan pada waktu malam kami beristirahat, anak-anak kami tidur beralaskan kulit dengan daun-daun kering pohon kurma. Nabi berpaling ke arah Salman dan berkata "Apakah engkau

memperhatikan dan mengambil pelajaran?"

Fatimah Az-Zahra melihat wajah Nabi menjadi pucat dan pipinya menjadi cekung -kerana tangisan yang tidak berhenti . Sebagaimana yang di ceritakan oleh Kasyfi, bahawa bumi tempat beliau duduk telah menjadi basah dengan air mata. Saidatina Fatimah AS berkata kepada ayahnya, semoga hidupku menjadi tebusanmu,

"Mengapa Ayahanda menangis?" Nabi SAW menjawab, "Ya Fathimah, mengapa aku tidak boleh menangis?, kerana sesungguhnya Jibril telah menyampaikan kepadaku

sebuah ayat yang menggambarkan gambaran neraka. Neraka mempunyai tujuh pintu, dan pintu-pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu celah api. Pada setiap celah ada tujuh puluh ribu peti dari api, dan setiap peti berisi tujuh puluh ribu jenis azab".

Ketika Fatimah AS mendengar semua ini, beliau berseru, "Sesungguhnya orang yang dimasukkan kedalam api ini pasti menemui ajal". Setelah mengatakan ini beliau pengsan. Setelah tersedar, beliau berkata, "Wahai yang terbaik dari segala mahluk, siapakah yang patut mendapat azab yang seperti itu?" Nabi SAW menjawab,

"Umatku yang mengikuti hawa nafsunya dan tidak memelihara solat, dan azab ini tidak seberapa bila dibandingkan dengan azab-azab yang lainya.

Setelah mendengar ucapan ini semua sahabat Nabi SAW menangis , "Derita perjalanan alam akhirat sangat jauh, sedangkan perbekalan sangat sedikit". Sementara sebagian lagi menangis dan meratap, "Aduhai seandainya ibuku tidak melahirkanku, maka aku tidak akan mendengar tentang azab ini", Ammar bin Yasir berkata,
"Andaikan aku seekor burung, tentu aku tidak akan ditahan (di hari kiamat) untuk di hisab". Bilal yang tidak hadir di sana datang kepada Salman dan bertanya sebab-sebab duka cita itu, Salman menjawab, "Celakalah engkau dan aku, sesungguhnya kita akan mendapat pakadian dari api, sebagai pengganti dari pakaian ini
dan kita akan diberi makan dengan zaqqum (pohon beracun di Neraka).

Maha adil Allah, begitulah Maha Pemurah memberikan kebebasan pada manusia untuk memilih.. antara iman & kufur, dengan tanpa ada paksaan "laa ikrooha fiddin..".

Akhirnya pilihan yang kita ambil, mendapatkan balasan yangg adil dari Yang Maha Adil. Jalan menuju syurga berliku sukar di daki akibat nafsu keduniaan tetapi semasa sampai tujuan, maka akan mendapatkan keindahan yang "tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, tidak dapat dibayangkan oleh hati. Sedangkan jalan menuju neraka, indah mempesona..akhirnya sampai pada gambaran yang mengerikan..

Wallahualam

sumber : isuhangat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sudah-sudahlah Gaddafi

Posted: 24 Mar 2011 04:57 PM PDT

Poster-poster demonstrasi yang menarik dalam revolusi di Libya. Seruan kepada pemimpin-pemimpin jika anda telah dibenci oleh rakyat, turun sahaja lah, jangan mengorbankan nyawa rakyat yang tak berdosa, membuat rakyat derita kerana ego seorang pemimpin.

Hidup di dunia hanya sementara, tiada yang kekal kecuali Akhirat yang kekal abadi.

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

Posted: 25 Mar 2011 03:19 AM PDT

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Danny X Factor dan Leen bertunang

Posted: 24 Mar 2011 02:09 PM PDT

Gambar Danny X Factor dan Leen bertunangTahniah kami ucapkan kepada Danny X Factor yang telah selamat bertunang dengan kekasih hatinya, Zaidatul Norfazleen Zakaria (Leen) yang juga seorang Pramugari di syarikat penerbangan Airasia pada 20 Mac 2011 yang lalu.. Majlis pertunangan yang meriah ni diadakan di Kampar, Perak.. MyGosip harap pertunangan mereka kekal sehingga ke jinjang pelamin tanpa sebarang masaalah hendaknya..

Buat peminat Danny X Factor, jom kita layan gambar di majlis pertunangan Danny X Factor dan Leen ni…

danny x factor bertunang

danny x factor dan tunang

tunang danny x factor leen

gambar danny dan leen di majlis pertunangan

majlis pertunangan danny x factor dan leen

leen dan danny x factor bertunang


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Posted: 25 Mar 2011 01:38 AM PDT

Kosmo Online - Hiburan


Tak cari gaduh

Posted:

Tak cari gaduh

Tak cari gaduh



DUA kali dinobatkan sebagai Aktres Terbaik pada Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin, kehebatan Erra Fazira dalam dunia lakonan sememangnya tidak boleh dipertikaikan.

Lihat sahaja setiap filem lakonannya yang tidak pernah mengecewakan dan kerap meraih kutipan melebihi RM1 juta. Disebabkan itu tidak keterlaluan sekiranya ada yang mengangkatnya sebagai primadona masa kini.

Meskipun tidak menolak apabila mendapat gelaran sedemikian, namun bagi Erra buat masa ini dia masih belum layak lagi untuk berdiri sebaris dengan primadona Melayu terkenal seperti Allahyarham Datin Saadiah, Normadiah ataupun Datuk Sarimah.

"Dengan gelaran primadona bermakna ia satu tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh seseorang artis itu. Bukan hanya lakonan yang diminati, tetapi untuk bergelar primadona seseorang itu disukai oleh ramai orang.

"Bagi saya juga individu yang layak untuk mendapat gelaran tersebut adalah artis yang sehingga ke akhir hayatnya terus berada dalam persada hiburan. Sedangkan saya pula baru sahaja 17 tahun bergelar sebagai seorang artis," jelasnya.

Menurut pelakon kelahiran Rawang, Selangor itu lagi, selepas 10 tahun berlakon, barulah dia merasa puas apabila lakonannya mula diterima ramai dan mendapat maklum balas yang baik daripada peminat.

Ujarnya, untuk meyakinkan peminat bahawa dia benar-benar boleh berlakon adalah satu cabaran yang cukup besar buat dirinya. Disebabkan itu dia terpaksa mengambil masa yang lama agar bakatnya diberi perhatian.


ERRA FAZIRA mendefinisikan gelaran primadona layak diberi kepada anak seni yang berkecimpung dalam dunia hiburan sepanjang hayat mereka.


"Sebelum ini ramai yang anggap saya hanya menggunakan kecantikan untuk bergelar sebagai pelakon. Namun hanya selepas 10 tahun, baru orang melihat bakat yang ada pada diri dan barulah saya berasa puas," ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya apakah aktiviti seni terbarunya ketika ini, Erra menjelaskan selain terbabit dengan program Mentor, dia juga turut berlakon dalam beberapa telemovie.

Beritahu Erra, buat masa ini antara telemovie terbaru lakonannya berjudul Sanggul Beracun di samping beberapa pelakon seperti Namron dan diarahkan oleh Sabri Yunus.

"Tentang tawaran berlakon filem pula, baru-baru ini saya ada mendapat tawaran daripada Edry, tetapi ia terpaksa ditolak memandangkan jadual saya yang agak sibuk," ujarnya yang turut terkenal dengan watak Nurul Ain menerusi drama bersiri popular Mertua vs Menantu.

Manakala mengenai dunia nyanyian pula, dia menjelaskan masih lagi berminat untuk menyanyi dan mungkin akan menghasilkan album sendiri apabila kontraknya dengan SRC Records tamat nanti.

Tak saman

Pastinya ramai yang sudah mengetahui mengenai kontroversi artis popular yang telah meninggalkan sesi fotografi dengan sebuah majalah popular tempatan.

Biarpun nama Ziana Zain yang hangat diperkatakan dalam kontroversi tersebut, namun sebenarnya Erra Fazira dan Ning Baizura turut terbabit dalam sesi fotografi berkenaan.

Lebih menarik, baru-baru ini ketiga-tiga artis tersebut telah mengadakan satu perjumpaan dan dikatakan mahu berbincang untuk mengambil tindakan terhadap majalah berkenaan.

Mengulas mengenai cerita tersebut, Erra akui dia memang ada membuat pertemuan dengan Ziana dan Ning, tetapi mereka berbincang tentang banyak topik semasa pertemuan itu.

"Memang banyak topik yang kami bualkan, namun saya tidak nafikan juga kontroversi berkenaan adalah salah satu perkara yang menjadi topik perbincangan kami.

"Bagaimanapun, dalam perbincangan itu tidaklah sampai kami mahu ambil keputusan untuk menyaman majalah tersebut. Sebaliknya kami cuma memberi pandangan masing-masing tentang masalah berkenaan," jelas Erra.


ERRA masih mahu menjadi penyanyi.


Tambah Erra, dia sendiri tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut, namun tetap berasa sedikit terguris dan simpati terhadap kontroversi yang menimpa rakan baiknya itu.

Ujarnya, kontroversi yang berlaku itu memang tidak menggembirakan dirinya, malah dia menganggap cerita yang disebarkan itu dilihat seperti berat sebelah.

"Siapa yang pernah bekerjasama dengan saya, Ziana ataupun Ning tentunya tahu dengan cara kerja kami. Takkanlah kami hendak menabur pasir dalam periuk nasi sendiri," ujarnya.

Sekiranya dipanggil untuk menjalani sesi fotografi dari majalah yang sama pada masa akan datang, Erra menjelaskan dia tidak ada masalah untuk menerimanya dan akan bersikap profesional.

"Saya harap kalau ada mana-mana pihak yang mahu membuat sesi fotografi selepas ini, mereka haruslah tahu garis panduan seseorang artis itu terlebih dahulu dan tidak boleh ambil mudah," ujarnya.

Bersikap terbuka

Selain kisah berkenaan, turut hangat diperkatakan adalah mengenai perasaan kurang senang Edry Abdul Halim terhadap protege Erra iaitu Salma dalam rancangan Mentor musim ke-5.

Pada konsert yang berlangsung pada Ahad lalu, Edry mengkritik persembahan Salma yang sarat dengan elemen drama bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai sehingga mendapat undi terbanyak.

Menurut Erra, dia pada mulanya agak terkejut juga dengan kritikan yang telah dilemparkan itu, tetapi menafikan dia dan Edry mempunyai sebarang masalah.

"Setiap orang bebas untuk memberi apa sahaja komen dan saya bersama protege lebih bersikap terbuka. Mungkin masa itu dia memang ada rasa tidak puas hati dalam sesetengah perkara yang lain.

"Malah, pada malam itu saya lebih banyak berdiam diri dan menghormati setiap komen yang diberikan. Cuma saya banyak memberi kata-kata perangsang kepada Salma supaya dia dapat lakukan yang terbaik," ujarnya.

Menurut Erra lagi, biarpun Salma mendapat undian tertinggi dengan mengatasi Iqa dan Aiman, tetapi dia sering mengingatkan protegenya itu supaya tidak berasa terlalu selesa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Yahya Sulong belum dilupakan

Posted:

Yahya Sulong belum dilupakan

Yahya Sulong belum dilupakan

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


PRIHATIN. Antara rakan-rakan artis yang sudi melawat Pak Yahya dikediamannya.


DULU kita pernah disajikan dengan keletah pelawak dan pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong yang membuatkan seisi keluarga bergelak ketawa apabila menontonnya di kaca televisyen mahupun layar perak.

Namun, kini setelah usia semakin meningkat, kesihatannya juga terjejas menyebabkan Yahya atau lebih mesra dipanggil Pak Yahya, 84, tidak dapat lagi menyumbang tenaga kepada industri seni yang pernah menjadi sumber rezekinya suatu ketika dahulu.

Aktor veteran yang sedang uzur ini sedang menderita penyakit seperti asma, sakit jantung dan sukar bernafas yang membuatkan dia terpaksa berulang-alik ke hospital.

"Sudah tiga kali Pak Yahya dimasukkan ke hospital dan ini pun dia baru keluar. Kesihatannya semakin terjejas. Kadangkala Pak Yahya menjadi pelupa dan berperangai seperti kanak-kanak semula," jelas isterinya, Datin Alisah Ali, 64, yang setia bersengkang mata demi menjaga suami tersayang.

Jika sebelum ini Pak Yahya menerima rawatan di Hospital Ampang Puteri, namun disebabkan berhadapan dengan masalah kewangan, Pak Yahya terpaksa dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berdekatan dengan rumahnya.

Bagi meringankan beban kewangan yang dialami Pak Yahya, Biro Pemuzik Profesional, Persatuan Karyawan Malaysia yang dikelola oleh Aznan Alias telah bertandang ke rumahnya di Pangsapuri Seri Perak, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menyampaikan sumbangan.

Karyawan telah menyampaikan sumbangan berupa cek yang bernilai RM2,000 bagi menampung sebahagian perbelanjaan harian dan kos perubatan hasil daripada kutipan tabung Music Aid yang telah ditubuhkan setahun lalu.

"Kami memilih Pak Yahya sebagai penerima sumbangan ini kerana beliau juga dahulu merupakan seorang pemain drum yang disegani dan berbakat di sekitar tahun 70-an.

"Pak Yahya ialah penerima kesembilan yang mendapat sumbangan yang bertujuan untuk membantu pemuzik yang sedang dalam kesusahan dan tidak dapat membuat persembahan lagi," jelas Aznan lagi. Turut hadir ialah Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez serta beberapa rakan artis yang termasuk Ayati Tasrip dan Ibnor Riza.

Pak Yahya yang terharu dengan sumbangan meluahkan: "Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam sumbangan ini. Apabila sembuh kelak, insya-Allah saya mahu kembali menyumbang bakat kepada industri seni."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Eva tidak terdesak

Posted:

Eva tidak terdesak

Eva tidak terdesak


EVA LONGORIA dan Eduardo Cruz.


NAMPAKNYA aktres Eva Longoria langsung tidak terkesan dengan perceraian yang menimpanya dan bekas suaminya, Tony Parker selepas berkahwin selama tiga tahun.

"Semua perkara dalam kehidupan saya amat sempurna," katanya kepada majalah People menjelang hari ulang tahunnya yang ke-36 baru-baru ini.

Turut bersama-samanya meraikan sambutan tersebut di Eve Nightclub ialah buah hati barunya, Eduardo Cruz dan beberapa teman rapatnya seperti Mario Lopez dan David Spade.

Sepanjang majlis berlangsung, bintang Desperate Housewives dilihat sangat romantik di ruang orang kenamaan bersama Cruz.

"Saya menghargai semua yang telah berlaku dan jadikan ia sebagai pengalaman dalam kehidupan. Saya tidak pernah menyesal. Jadi anda tahu saya tidak bersedih dan akan meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi

Posted: 24 Mar 2011 11:26 PM PDT

Sensasi


Cerita Seram Di Kuantan

Posted: 24 Mar 2011 12:06 AM PDT

Selamat berhibur semua...terlebih dulu biar hamba perkenalkan diri hamba ni...hamba ni merupakan seorang yg berasal dari kuantan,mahasiswa 1st sem kat U ni...believe it or not hamba ni berbangsa cina,dan hamba bertutur dlm BM bersama ibu hamba... ok ni merupakan citer2 hantu BENAR dari kuantan yg pernah dialami oleh sahabat handai hamba ni sendiri...terpulang la pada kalian nak percaya ke tidak...



Telok Chempedak (TC)

- Pada bulan mac yg lepas,kawan2 hamba baru sahaja selesai mendapat keputusan stpm... dipendekan cerita kawan2 hamba ni pun berbincang di mana tempat yg boleh mereka raikan pada malam itu, Akhirnya TC menjadi pilihan mereka...
Selesai sahaja meraikan kejayaan mereka dalam STPM di TC pada malam tersebut, mereka berlima (kelima-lima nya perempuan pula tu) pun memulakan perjalanan balik dari TC menuju ke Air Putih. Mereka memandu kereta Kelisa dan memecut laju menerusi jalan Bkt. Pelindung, Pada masa tersebut mereka berborak dengan gembira sekali (maklumlah baru lepas berseronok di TC)dan tanpa disedari tiba2 hari pun hujan. Kawan hamba(si driver) pun menumpukan sepenuh perhatiannya di jalan disebabkan penglihatan pada malam itu kurang jelas. Waktu itu dashboard sudah menunjukan pukul 2am. Penumpang2 di belakang kereta pula ada yg dah tertidur sebab letih sangat dengan aktiviti pada hari itu.
Tiba2 salah sorang penumpang di belakang kereta, CY terlihat sesuatu kelibat samar2 di tepi jalan itu. Pada mulanya CY buat tak tahu sahaja disebabkan dia fikir itu mungkin hanya imaginasi dia. Lagipun manusia berakal mana yg sanggup berdiri dlm hujan, pukul 2am pula tu... tetapi semasa jarak kereta semakin dekat dengan jelmaan tersebut CY mula naik takut sebab bayangan tu jelas kelihatan menyerupai tubuh seorang wanita. CY dgn cemasnya pun menggerakan kawan di sebelahnya yg dah hampir tetidur,lalu bertanya kpd kawannya bahawa adakah dia juga terlihat jelmaan di depan jalan itu? Kawannya pun membuka mata besar2 dan ternyata bahawa bukan CY seorang sahaja yg terlihat "benda" itu. Mereka yg sudahpun badan bermandikan peluh sejuk berhasrat untuk mendiamkan diri dan tidak memberitahu si driver apa2 pun, takut2 nanti terjadi kemalangan pula... tetapi yg peliknya si driver memandu kereta dengan bersahaja seperti tiada apa2 pun di depan jalan tersebut...Akhirnya jelmaan perempuan berbaju putih di dlm gelap tadi hilang terus dari pandangan mereka...
Sesampainya sahaja di kaw. perumahan, CY pun bertanya kepada si driver bahawa adakah dia terlihat "benda" di depan tadi... si driver dgn pantas nya pun menjawab yg dia tidak ternampak apa2 pun... Apakah kelibat sebenar makluk yg mereka lihat tadi? Hamba pun tidak dapat menjawab persoalan ini...



Banglo Usang di depan Taman Seri Mahkota, dekat sini

- Kepada kawan2 sekalian yg selalu menaiki bas UMP pergi ke Kuantan pada hujung minggu, pertengahan jalan dari Gambang ke Kuantan (highway), sila pandang ke sebelah kanan kalian betul2. Kepada kalian yg bermata tajam kalian akan sedar berdekatan dgn ladang kelapa sawit (lebih kurang berhadapan dgn Taman Seri Mahkota) tersergam sebuah banglo dua tingkat beratap biru, yg dimana tingkapnya sudah pun disimenkan utk tujuan tertentu. Rumah tersebut cukup senang dikenalpasti kerana ia merupakan satu-satunya rumah yg berada di tapak berkenaan. Tiada lagi rumah lain di sekeliling rumah tersebut.
Mesti kalian terfikir2 manusia mana yg akan tinggal di banglo tersebut? apa yg hamba boleh katakan disini ialah rumah tersebut telah ditinggalkan lama oleh insan2 yg telah mendiami nya. Ini adalah ekoran daripada gangguan demi gangguan yg timbul semasa si pemilik rumah mendiami rumah tersebut. Pemilik rumah tersebut silih berganti tangan namun tiada seorang pun yg sanggup menetap panjang di rumah tersebut. Jika hamba tidak silap rumah tersebut telah pun dijadikan sebagai sarang penternakan burung layang2 dan sebab itulah tingkap rumah tersebut disimen dari luar.



Jalan Beserah (Kuantan)

(Hamba mendapat kisah ini daripada cikgu yg pernah mengajar hamba semasa hamba berada di tingkatan 5. Raut wajah cikgu hamba jelas menunjukan yg beliau ketakutan sms menceritakan cerita ini kpd hamba dan juga rakan2 hamba yg lain.Cerita ini bukanlah REKAAN)

- Cik Nora(bukan nama sebenar) semakin gelisah. Jam tangannya telah pun menunjukan tepat pada pukul 1030pm namun beliau masih lagi berada di dalam pejabat ekoran tugasannya yg perlu diselesaikan pada hari tersebut juga. Semasa Cik Nora sedang meneliti fail2 tugasannya tiba2 beliau tersedar bahawa terdapat kekurangan pada fail2 tersebut. Lalu barulah beliau sedar bahawa beliau tertinggal salah satu daripada fail tersebut di rumahnya.
Maka tanpa berlengah lagi Cik Nora pun memecut laju ke rumah kediamannya. Selesai sahaja mendapatkan kembali fail yg tertinggal di rumah beliau Cik Nora memecut kembali ke pejabatnya. Hujan turun lebat pada malam itu. Sesampai nya kenderaan Cik Nora di sebuah selekoh berdekatan dengan jalan Beserah Cik Nora tiba-tiba tergamam setelah melihat satu kelibat yg menggoyangkan tangannya dgn laju sekali seolah-olah mahu menumpang kenderaan yg dibawa oleh Cik Nora.
Pada mulanya Cik Nora bersimpati kepada "insan" tersebut kerana terpaksa bermandikan hujan dingin dalam kegelapan malam itu. Tetapi setelah melihat gerak-geri "insan" tersebut kaku seperti robot dan juga pakaiannya yg serba putih Cik Nora menjadi takut. Hayunan tangan "insan" tersebut laju sekali dan hanya tangannya sahaja yg bergerak dan badannya seperti kaku di tanah memperlihatkan seolah-olah "insan" tersebut tidak terusik akan kesejukan malam dan hujan dingin yg membasahi tubuhnya. Tambahan pula tiada kenderaan di sekitar jalan itu pada waktu tersebut. Lalu Cik Nora pun memecut laju meninggalkan "insan" tersebut di tengah2 kegelapan itu... Pada keesokan paginya barulah Cik Nora dapat melihat sendiri bahawa tempat "insan" itu berdiri pd malam tersebut sebenarnya merupakan satu lurah yg dalam...



SMKAP (Kuantan)
(Ini merupakan sekolah hamba dahulu.Sudah banyak pelajar dan guru yg terlihat kelibat seorang pelajar perempuan cina yg seringkali muncul dgn berpakaian seragam lama yg dikatakan pernah membunuh diri di tandas tingkat 3 di sekolah ini)

Kes1
- Puan Ina(bukan nama sebenar) baru sahaja memulakan tugasan paginya sebagai seorang "cleaner" di sekolah tersebut. Waktu masih lagi awal pagi dan hari tersebut bukan merupakan hari persekolahan.
Lalu Puan Ina memikul segala alatan cucian ke pejabat pengetua yg terletak berhampiran dgn tempat parkir kereta. Puan Ina mengelap pintu cermin bilik pejabat pengetua tanpa menduga akan apa yg akan berlaku seterusnya. Sedang Puan Ina khusyuk mengelap pintu cermin tersebut tiba2 seorang pelajar mendekati Puan Ina. Puan Ina berpaling ke arah pelajar tersebut. Rupa2nya pelajar tersebut merupakan seorang pelajar perempuan yg berbangsa cina. Raut wajah pelajar tersebut begitu berseri sekali. Tetapi apa yg pelik tentang pelajar tersebut ialah pakaian sukannya yg menyerupai pakaian ala 80s'. Pelajar tersebut dgn penuh sopannya meminta utk lalu dari Puan Ina. Seingat Puan Ina sepanjangan kerjayanya di sekolah tersebut tidak pernah pula dia terlihat pelajar perempuan tersebut. Lalu dgn penuh tanda tanya Puan Ina berpaling semula ke arah pelajar tadi tapi apa yg dilihatnya adalah ruang legar yg kosong. Adalah amat mustahil utk seseorang hilang sekelip mata di ruang yg sebegitu luas sekali. Puan Ina tercari2 akan kelibat perempuan tadi namun tiada apa yg dapat dilihatnya.
(utk pengetahuan kalian mak cik cleaner dlm cerita ini telah pun meninggal dunia atas penyakit kanser yg dihidapinya beberapa tahun yg lepas)


Kes2
- Ah Meng(bukan nama sebenar) sedang mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas bersama-sama rakan2nya. Sedang cikgunya sedang mengajar di hadapan kelas, Ah Meng tiba2 terlihat kelibat seorang pelajar perempuan cina yg berjalan menyusuri koridor di luar kelasnya.
Ah Meng yg sedang leka mendengar kata2 cikgu2nya tiba2 terganggu akan pandangan pelajar perempuan tersebut. Mana tidaknya pelajar perempuan tersebut kelihatan begitu cantik sekali, belum pernah lagi Ah Meng terserempak dgn pelajar perempuan itu sebelumnya. Tetapi ada sesuatu yg amat pelik mengenai perempuan tersebut. Baju uniform sekolah yg dipakainya seperti uniform sekolah dulu kala. Jarak pelajar perempuan tersebut dgn Ah Meng adalah begitu dekat sekali dan pelajar tersebut seolah2 tidak mengendahkan akan Ah Meng yg khusyuk melihatnya dari tadi.
Ah Meng berasa amat pelik kerana pelajar perempuan tersebut terus berjalan ke arah hujung koridor di luar kelasnya yg merupakan tembok batu konkrit. Tiada sebarang pintu atau jalan pun di situ. Mata Ah Meng terus sahaja tertumpu ke arah pelajar perempuan tersebut dan tanpa dijangka-jangka...pelajar itu berjalan menerusi dinding tersebut. Ah Meng menjadi hilang akal tiba2. Dia tidak percaya akan apa yg dilihatnya. Lalu dengan segera Ah Meng melaporkan akan apa yg dilihatnya kpd cikgunya. Apa yg hamba tahu selepas itu terdapat ura2 yg mengatakan pengetua sekolah tersebut cuba merahsiakan perkara itu drpd pengetahuan org ramai namun akhirnya rahsia tersebut pecah juga.


Kes3
(Cerita ini merupakan cerita yg paling hangat di sekolah tersebut kerana melibatkan ramai pelajar dan guru)

- Ah Mei dan Ah Chu(bukan nama sebenar) merupakan adik-beradik kembar seiras. Mereka merupakan pengawas di sekolah ini dan mempunyai sifat serta karakteristik yg seakan-akan sama.
Pada suatu hari (petang) ketika Ah Mei sedang berjalan di koridor tingkat 3, tiba2 dia terdengar akan bunyi titisan air dari tandas yg terletak di hujung koridor tingkat tersebut (mahulah diberitahu disini bahawa tandas tersebut pernah terjadinya kes bunuh diri oleh seorang pelajar perempuan,sejak terjadinya kejadian tersebut tandas itu telah dikunci oleh pihak pentadbiran sekolah dan tidak digunakan sehingga ke hari ini). Dengan penuh rasa curiga Ah Mei pun mendekati tandas tersebut. Perasaan ingin tahu yg membuak-buak dlm hati Ah Mei menyebabkannya memanjat dinding tandas tersebut utk melihat dari arah manakah datangnya bunyi air dari dalam tandas tersebut.
Ah Chu yg sedang belajar di dalam kelas berdekatan dgn tandas tersebut tiba2 berasa tidak sedap hati.Namun dia sendiri tidak tahu akan apa yg tidak kena. Tiba2 kedengaran bunyi seseorang menjerit dari arah tandas tersebut. Jeritan yg kuat itu didengari hingga ke berapa kelas berdekatan. Cikgu serta pelajar tergamam setelah terdengar bunyi jeritan itu. Lalu Ah Chu segera keluar dari kelas dan berlari ke arah tandas itu dan mendapati adiknya Ah Mei telah pun jatuh pengsan di koridor tandas tersebut. Pelajar diikuti guru bergegas munyusuri koridor tersebut dan mereka kemudiannya mendapati bahawa kedua-dua adik-beradik kembar tersebut telah pun jatuh pengsan. Guru dgn segera memimpin Ah Mei dan Ah Chu dan meletakan mereka di kaw yg lapang. Ah Chu dan Ah Mei akhirnya sedar beberapa minit kemudian.
Kemudiannya apabila ditanya kpd rakan hamba, yg juga merupakan teman rapat kpd adik beradik kembar tersebut tentang apa yg telah berlaku, rakan hamba memberitahu hamba bahawa sedang Ah Mei menjenguk ke dlm tandas tersebut dari luar,apa yg telah dilihatnya adalah sesuatu yg amat menakutkan. Digambarkan bahawa makhluk yg dilihatnya di dalam tandas tersebut berupa perempuan yg bermuka amat hodoh, lidahnya terjelir keluar serta matanya berwarna merah saga.


-itu sahajalah kisah2 yg dapat hamba ceritakan. Hamba terlebih dahulu memohon maaf jika cerita hamba ini telah melukakan hati & menyebabkan ketidak-puasan kpd sesetengah pihak. sekian.

Zon Artis

Posted: 24 Mar 2011 11:26 PM PDT

Zon Artis


(Tahniah!) M.Nasir Terima Gelaran Dato’

Posted: 24 Mar 2011 02:01 AM PDT

M.NASIR TERIMA GELARAN DATO

Selepas beberapa artis telah menerima gelaran Dato', kini giliran M.Nasir pula menerima gelaran tersebut. M.Nasir dikurniakan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' oleh DYMM Sultan Pahang dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Pahang hari ini. Majlis penganugerahan tersebut berlangsung di Pekan, Pahang.

Oleh itu, tahniah team Zon Artis ucapkan kepada M.Nasir kerana telah dianugerahkan gelaran Dato'. Mulai saat ini, kenalah panggil M.Nasir dengan panggilan Dato' M.Nasir. Hee..

Psstt: Ada berani tengok kemalangan ni?

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Posted: 24 Mar 2011 11:16 PM PDT

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Final SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011

Posted: 24 Mar 2011 09:39 PM PDT

One 'E' and 'A' menempa gelaran juara di SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011!

Acara kemuncak kepada apa sahaja pertandingan. Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Begitu juga dengan pertandingan SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011! anjuran Suria FM ini. Pencarian bakat baru melalui saluran profesional di kalangan kumpulan band pelajar di institusi pengajian awam dan swasta ini sudah sampai ke akhirnya.

Siri ujibakat bagi pertandingan ini telah bermula dari bahagian utara tanah air iaitu di Penang Megamall pada 29 Januari 2011, keesokan harinya pula pada 30 Januari 2011 di East Cost Mall, Kuantan kemudian diteruskan di bahagian selatan tanahair iaitu di The Zon, Johor Bahru pada 5 Febuari 2011. Siri ujibakat peringkat saingan dan separuh akhir ini berakhir di lembah kelang iaitu di Plaza Metro Kajang, pada 6 Febuari 2011 yang lalu. Muzik yang di bawakan terbuka kepada semua genre.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta namun pertandingan ini bukan pertandingan band antara atau mewakili kampus sebaliknya hanya memerlukan penyertaan pelajar/penuntut kampus sahaja. Cara untuk menyertainya sangat mudah iaitu mereka yang berminat perlu datang ke tempat-tempat ujibakat yang telah disenaraikan, kemudian daftarkan band berserta kad pelajar sebagai bukti peserta tersebut benar-benar merupakan pelajar dan tunggu sehingga giliran untuk sesi saringan pertama. Kemudian 10 band yang mempunyai markah tertinggi akan masuk ke peringkat saringan kedua pada hari yang sama di waktu petangnya. Dari sejumlah band yang memasuki saringan kedua ini di setiap lokasi, hanya 12 band sahaja yang akan dipilih untuk masuk ke peringkat akhir.

Band Juara - One 'E' And 'A'

Sabtu lalu, terukir satu lagi detik bersejarah buat Suria FM. Suriashowdown! Band Kampus Terbaik 2011! merupakan pertandingan realiti pertama anjuran sepenuhnya Suria FM. Sebanyak 12 band yang terbaik dipilih bagi peringkat akhir dan band yang bernama One 'E' and 'A' telah berjaya menyandang gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000 ringgit. Satu jumlah yang bernilai kerana penyertaan adalah percuma.

Selain menyandang gelaran juara, band One 'E' and 'A' juga telah terpilih sebagai persembahan terbaik dan memenangi trofi bagi gelaran tersebut. Keputusan ini bukanlah mudah untuk dibuat kerana setiap peserta akhir ini mempunyai kelebihan tersendiri selain persembahan mantap yang ditunjukkan. Oleh itu, sebanyak 3 juri professional dibawakan khas untuk membuat keputusan getir ini. Jurinya ialah Suby, Sham Kamikaze & Nurul Wahab. Selain dari juri professional, keputusan ini juga banyak dibantu oleh undian SMS yang telah dibuka selama 2 minggu sebelum pertandingan akhir tersebut berlangsung.

Band One E and A adalah merupakan band yang kesemua ahlinya merupakan pelajar dari UiTM Shah Alam. Ahli kumpulannya terdiri daripada Fify Emielia Shazlin B Ahmad Murshaidi ( Vokalis ), Muhammad Shahwalnaz Hussain ( Keyboardist), Mohammad Syahnaaz B Shuib ( Drummer ), Muhammad Helmi B Shahuddin ( Guitaris ) dan Mohd Firdaus Bin Abdul Wahab (Basis ). Bagi persembahan akhir ini band One E and A membawakan dua buah lagu iaitu satu lagu yang dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza yang bertajuk 'Bisikan Asmara' dan satu lagi lagu yang bertajuk ' Bukan Milikmu Lagi ' nyanyian Agnes Monica.

Band kedua pula diungguli oleh band 'Nastia' dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 ringgit. Band ini merupakan pelajar-pelajar dari Aswara manakala tempat ketiga adalah dari UiTM Shah Alam juga iaitu Band 'Kekabu' dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 ringgit.

"Untuk mengadakan program yang seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah buat Suria FM kerana ini merupakan pertandingan reality yang pertama buat Suria FM. Bukan sahaja memerlukan komitmen yang tinggi malahan memerlukan perangkaan strategi yang tepat dan betul bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Saya berasa berpuah hati kerana ianya dapat berakhir dengan jayanya. Janji Suria FM kepada band yang telah menang, kami akan sedaya upaya untuk membantu menaikkan mereka dan pastinya bakat mereka tidak akan di sia-siakan begitu sahaja kerana mereka ialah yang terbaik di antara yang terbaik. " menurut kata En.yusry Abu Samah, Deputy COO Suria FM.

Sekarang ini, masih lagu berlangsung peraduan 'Lagu Berduit' di Suria FM. Peraduan ini bermula dari 28 Febuari 2011 selama 5 minggu sehingga 1 April 2011. Menangi sebahagian daripada RM70 ribu untuk ' Lagu Berduit Suria FM'. Dengarkan Breakfast@Suria untuk mengetahui lagunya. Apabila lagunya berkumandang di radio dalam apa sahaja segmen di Suria FM, hantarkan jawapan menerusi SMS dengan menaip LB dan hantarkan ke 33988. SMS yang terpilih akan dihubungi dan setiap jawapan yang betul akan berjaya memenangi wang tunai dari sebahagian RM70,000 tersebut. Menangi lebih wang tunai di pusingan bonus jika mendengar Lagu Berduit dalam versi 'LIVE'.

Juara - One 'E' And 'A'

Naib Juara - Nastia

Finalis, Juri & Penyampai Suria FM

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • One E and A Juara Band Kampus Suria FM
  • Suria Showdown Band Kampus Terbaik 2011
  • Kampus Astro Learning Carnival
  • Rebut RM70ribu di Peraduan Lagu Berduit Suria FM
  • Final Poster Cicakman 2: Planet Hitam 2
  • Pemenang Cabaran Media Twisties Bingit Hot FM Rockstar Band Profile
  • Hard Rock Cafe Umum 10 Finalis Battle Of The Bands
  • Sudut Pidato Rancangan Terbaru Astro Awani
  • Maybank Malaysian Open 2011
  • Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, OAG, Flop Poppy ke Final Ikon Malaysia
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Mubarak Majid Zarynn Min Drama Cinta Seorang Isteri

    Posted: 24 Mar 2011 09:52 AM PDT

    KISAH PERGOLAKAN CINTA SEORANG ISTERI MENGISI SLOT CITRA DI TV2

    Memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri bukanlah semudah yang disangka. Apatahlagi jika tidak bersedia sepenuhnya untuk berumahtangga. Namun bila serunya telah tiba, tiada seorang pun yang dapat mengelakkannya daripada terjadi. Ibarat kata jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan.

    Begitu pun hubungan antara dua hati yang telah sekian lama terbina hakikatnya tidak menjaminkan kebahagiaan berkekalan sekiranya rumahtangga itu tidak dibajai dengan kesediaan kedua pihak memikul tanggungjawab besar hidup bersama. Apatahlagi sekiranya suami gagal memainkan peranan sebagai nakhoda kapal dalam melayari pelayaran hidup berumahtangga.

    Zarynn Min pegang watak Amy

    Zarynn Min pegang watak Amy

    Begitu kisah yang melatari drama menarik sarat dengan pengajaran berguna bertajuk Cinta Seorang Isteri disiarkan pada 25 Mac 2011 (Jumaat), jam 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2.

    Ceritanya mengangkat kisah penderitaan seorang isteri bernama Amy lakonan hebat pelakon Zarynn Min. Amy mencintai Johari yang dibawakan wataknya oleh Ijoi Azhari dimana sedari usianya remaja sampai ke satu ketika apabila Amy mendapati Johari bukan lelaki yang disangkanya idaman hati.

    Namun kerana ibubapanya, Amy berubah fikiran untuk sanggup meneruskan perancangan yang sudah diaturkan sedari awal untuk berkahwin dengan Johari. Dia hanya mampu berserah kepada takdir mengharapkan supaya kesediaannya menerima Johari sebagai suami bakal memberikan kehidupan yang lebih sempurna. Apatahlagi dia sudah berjanji kepada keluarganya untuk menjadi isteri yang solehah setelah berkahwin.

    Begitu pun setelah menjalani kehidupan sebagai suami isteri, Amy begitu kecewa. Dia mendapati Johari tidak pernah mengambil tahu akan keadaan isterinya. Semua tanggungjawabnya diabaikan tanpa rasa bersalah. Hinggakan sampai satu ketika Johari tenggelam dalam kesombongannya.

    Ketika itu dia mula tergerak hati untuk mencari erti kehidupan dan sedar apa itu perkahwinan sekaligus mahu mengenali apa itu sebenarnya yang dimaksudkan dengan isteri. Pada situasi sama yang tergambar di fikirannya hanya mahu kembali semula kepada isteri, Amy.

    Namun masihkah ada ruang di hati Amy untuk menerima kembali kehadiran suaminya itu? Atau sebaliknya Amy sudah nekad mahu kembali hidup sendiri setelah sedar dirinya diperlakukan tidak sepatutnya oleh suami.

    Turut terlibat menjayakan drama menarik ini termasuklah Mubarak Majid, Rashidah Jaafar dan Kazaruddin Saisi.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sheila Majid Berduet Dengan Chandra
  • Drama Dendam Lakonan Rima Melati Adam, Aliff Remaja
  • Trivia Album Raya Paling Mahal di Dunia
  • Jalaluddin Hassan, Mubarak Majid, Nadia Mustafa Dalam Kaligrafi Cinta
  • Slot Samarinda Drama Yusuff Lakonan Ashraf Muslim, Zarynn Min, Syed Ali
  • Drama Best of Panggung RTM
  • Eja, Arash mohd Drama Hijab di Kalbu
  • Gambar Sheila Majid di Pelancaran Sinaran Raya 2010 Pavilion KL
  • Konsert Amal Sheila Majid di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
  • Album Datuk Sheila Majid Satu Penghargaan
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    Posted: 24 Mar 2011 11:06 PM PDT

    OHBULAN!


    (Video) Drew Beaumier, Kostum Transformer Di Audition American Idol 2011

    Posted: 24 Mar 2011 09:48 PM PDT

    Even though it's a 'no', personally we think this is the coolest audition ever! Bayangkan, anda hadir ke ujibakat Akademi Fantasia dengan mengenakan kostum Transformer, it's like a children's dream come true!

    Drew Beaumier, sangat mengilai siri animasi Transformer semenjak kecil, terutamanya Optimus Prime telah mencipta sebuah kostum yang boleh berfungsi di atas jalan raya, siap ada sound effect lagi. Proses pembikinan kostum ini hanya memakan masa 8 minggu dengan menggunakan bahan kitar semula serta gam yang dibeli daripada Walmart. Dikatakan kos pembikinan kostum ini hanya sekitar Usd300, dan sudah balik modal.

    Dia berkata, "Semuanya bermula apabila ada pelancong yang sanggup membayar wang untuk bergambar dengan kostum tersebut. Sejak itu, saya sentiasa menghiburkan pelancong, malah sentiasa memenangi pertandingan kostum di malam Halloween."

    Setakat ini, Drew Beaumier berjaya mencipta kostum robot Ford Mustang, Red Harley Davidson, Police Motorbike, Yellow Volkswagen Beetle & Iron Man. Dia juga bercadang untuk menjual kostum robot tersebut kerana banyak menerima permintaan daripada pengumpul di Facebook. Bukan itu sahaja, dia juga berkata bahawa sudah ramai gadis yang menghubunginya untuk berkenalan.

    Yeah, kini anda juga boleh memiliki sebuah bumblebee, dan berdiri sama hebat dengan Jejai. Ha ha.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Lady Gaga Kritik Radio Malaysia Kerana Ubah Lirik Berunsur Gay!

    Posted: 24 Mar 2011 08:13 PM PDT

    Sebagai selebriti bertaraf dunia, Lady Gaga nampaknya tidak memahami tahap sensitiviti rakyat Malaysia berkenaan isu lirik yang provokatif, sensitif. Yang menjadi isu, kandungan lagu Born This Way mengandungi lirik berunsurkan provokatif  & sensitif terhadap pendengar Malaysia. Pendek kata, lagu tersebut mengalakkan fenomena "Saya gay, saya okay" yang pernah menjadi isu panas negara sekitar Januari lalu.

    Lirik tersebut telah disunting oleh radio-radio tempatan atas alasan ia melanggar peraturan kerajaan, "good taste or decency or are offensive to public feeling". Disebabkan itu, Lady Gaga telah mengkritik radio-radio Malaysia secara terbuka dalam temubualnya bersama Google baru-baru ini.

    Satu soalan ditanyakan kepada Lady Gaga oleh jurucakap Google, "How do you feel that Malaysia radio station editing out No matter gay, straight or bi, lesbian, transgendered life, I'm on the right track, baby?"

    "Well obviously I disagree with it, otherwise I wouldn't have specifically put those words in the song." Dia kemudiannya mengalakkan peminat-peminat di Malaysia supaya membantah penyuntingan lirik tersebut.

    "All the young people in Malaysia that want those words to be played on the radio, it is your job and it is your duty as young people to have your voices heard," sambung Lady Gaga lagi.

    Lady Gaga kemudiannya menambah, "You must do everything that you can if you want to be liberated by your society."

    Pendapat kami, nak kata dia bersalah 100% pun tidak, sebab dia memang tak tahu apa-apa! Lady Gaga tak pernah datang ke Malaysia, dia tidak akan memahami budaya rakyat Malaysia yang memang sensitif & taboo terhadap isu gay.

    Jadi semuanya terserah kepada pendengar Malaysia. Kami rasa, when there's no demand, there's no supply. Apa pendapat anda pula? Tonton minit ke 37:00 untuk mendengar respon Lady Gaga berkenaan isu ini.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Blog List