gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 31 Mar 2011 01:45 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Kewajipan pemilik barang kemas

Posted:

Kewajipan pemilik barang kemas

Kewajipan pemilik barang kemas

Oleh ZUARIDA MOHYIN
Gambar WAHIDAH ZAINAL


Wanita dan emas bagai aur dengan tebing, sukar dipisahkan.


MEMANG fitrah manusia sentiasa tertarik epada harta dan suka mengumpulnya. Malah manusia tidak pernah puas dalam mengejar harta kekayaan. Hakikatnya, tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalang kecintaan dalam mengejar harta kecuali kematian.

Allah turut merakamkan kecintaan manusia kepada harta benda dalam firman-Nya yang bermaksud: Dijadikan indah pada (pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga). (ali-Imran: 14).

Hakikatnya ramai yang alpa atau buat-buat terlupa bahawa harta yang dimiliki itu sebenarnya hak Allah SWT. Hak kita hanyalah sebagai 'pengurus' atau 'penjaga' yang pastinya akan ditanya dari mana harta itu dan ke mana ia dibelanjakan.

Oleh itu, janganlah sekali-kali menganggap harta yang dimiliki hak mutlak kita dengan berbelanja sesuka hati termasuk ke jalan kemaksiatan dan kemungkaran.

Islam tidak menganggap kekayaan sebagai penghalang untuk berbakti kepada agama dan meningkatkan mutu ibadat serta mendekatkan diri kepada Allah.

Bahkan, Islam menyuruh umatnya mencari sebanyak mungkin harta. Syaratnya, jangan sampai lalai daripada mengingati Allah SWT.

Malah, dalam al-Quran banyak disebutkan ayat yang menyeru umat Islam untuk mencari rezeki dan berusaha di atas muka bumi ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (al-Mulk: 15)

Manakala dalam surah al-Jumu'ah ayat 10 pula Allah SWT menuntut kita mencari dan mengumpulkan harta.

Malahan Rasulullah sentiasa berdoa agar dimasukkan dari kalangan orang yang kaya dan dijauhkan daripada kemiskinan dan kefakiran.

Yang pastinya, Islam tidak menyuruh umatnya hidup dalam keadaan miskin dan sentiasa mengharap simpati orang.

Persepsi yang menyebutkan bahawa jika ingin menjadi hamba yang soleh mestilah hidup dalam keadaan miskin bukanlah syiar Islam.

Ini pernah ditegaskan dalam buku karangan ulama terkenal, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi bertajuk Masalah Dalam Kemiskinan dan Cara Islam Mengatasinya.

Dalam buku itu beliau mengatakan kemiskinan boleh membawa seseorang melakukan perkara yang menjejaskan akidah serta merbahaya kepada pemikiran, akhlak, masyarakat dan negara.

Untuk memastikan wujud keadilan antara yang miskin dan kaya, maka terdapat mekanisme zakat yang diwajibkan ke atas umat Islam yang ada kemampuan.

Bagi zakat harta ia turut termasuk zakat emas terutama bagi golongan wanita yang suka berhias dan memakai barangan perhiasan daripada emas dan perak.

Malah ada yang yang menjadikan pembelian perhiasan emas dan perak sebagai satu hobi dan kemestian.

Sedangkan tanpa disedari di sebalik hobi atau kemestian sebenarnya ada kewajipan yang perlu diberi perhatian.

Eksekutif Zakat PPZ-MAIWP, Ahmad Husni Abd. Rahman memberitahu, kesedaran umat Islam di negara untuk mengeluarkan zakat emas dan perak menampakkan peningkatan.

"Ramai yang sudah mula sedar kewajipan berzakat dan menunaikannya. Ini dilihat menerusi statistik dari segi penambahan bilangan pembayar individu, syarikat dan sebagainya serta bilangan kutipan yang meningkat.

"Walaupun ada kesedaran yang baik tetapi masih perlu diusahakan kerana pasaran emas bukan lagi terhad kepada emas perhiasan atau emas yang disimpan dalam bentuk klasik semata-mata bahkan sudah melebar luas kepada emas dalam bentuk perdagangan dan pelaburan," katanya ketika ditemui selepas bengkel Kilauan Firdausi anjuran Pusat Pengutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Felda Holdings Berhad dan Habib Jewels Sdn. Bhd.

Ujar Ahmad Husni, kebiasaannya bagi emas yang disimpan, tidak banyak isu yang dibincangkan.

Perkara yang sering menimbulkan persoalan sama ada wajid berzakat atau tidak ialah yang membabitkan emas yang digadai dan yang dipakai sebagai perhiasan.

Yang pertama terdapat pandangan yang mewajibkan zakat terhadap emas yang dipakai.

Pandangan ini dikeluarkan oleh Umar bin al-Khattab, Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Amr bin 'Ash, Sa'id bin al-Musayyab, Sa'id bin Jabir, 'Atha', Mujahid dan lain-lain lagi. Mazhab Hanafi, Zahiri dan Zaidiyah juga menyokong pendapat ini.

Kedua, pendapat yang mengatakan tidak wajib zakat ke atas emas yang dipakai sebagai perhiasan sebagaimana yang dikeluarkan oleh Abdullah bin Umar, Aisyah, Jabir bin Abdullah, Anas bin Malik, Asma binti Abu Bakr dan beberapa orang lagi. Mazhab Maliki, Hambali dan pendapat yang ketara daripada Syafie dan Ja'fariyyah juga mendokong pendapat kedua ni.

Kata Ahmad Husni, setelah dilihat dan dikaji, kewajipan zakat emas yang dipakai ini dilihat kepada persoalan uruf (kebiasaan pemakaian) masyarakat setempat.

Jika ia melebihi keperluan, maka dianggap sebagai sesuatu yang bersifat berlebih-lebihan dan keluar dari norma keseimbangan.

Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: Yang lebih daripada keperluan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.

Maka lebihan daripada uruf tersebut wajar dizakatkan. Uruf emas perhiasan di Wilayah Persekutuan adalah sebanyak 150 gram.

Isu lain kata Ahmad Husni, adalah berkaitan nilaian untuk kiraan emas, sama ada dinilai secara purata atau mengikut harga semasa.

Perkara ini katanya, masih dalam perbincangan yang akan diumumkan keputusannya.

Melihat kepada nilai emas yang semakin tinggi menyebabkan emas bukan sahaja terhad sebagai barang perhiasan tetapi telah digunakan untuk pelaburan.

Jelas Ahmad Husni, emas pelaburan wajib dizakatkan. Ini berdasarkan kaedah fiqh dalam bab zakat dinyatakan: "Setiap harta yang berkembang atau mempunyai potensi pengembangan dan produktif, maka ia adalah tabungan untuk zakat."

Justeru, kecenderungan menjadikan emas sebagai komoditi harus dilihat kaedah zakatnya. Ia mungkin bukan lagi dalam bentuk emas itu sendiri secara fizikal tetapi lebih kepada pergerakan pelaburan yang mirip kepada zakat perniagaan.

Mengulas tindakan mereka yang lari daripada kewajipan menunaikan zakat, Ahmad Husni berkata, apabila seseorang itu telah mampu dan telah wajib untuknya mengeluarkan zakat tetapi dia melewatkan pengeluaran zakat maka terdapat dua kesan ke atas dirinya:

lBerdosa kerana dia dengan niat sengaja melewatkan pembayaran dan menjadi penghalang orang fakir untuk mendapatkan haknya.

lHak ganti rugi fakir miskin terhadap 'ain harta yang diwajibkan zakat walaupun semua hartanya musnah. Ini kerana dia sengaja melewatkannya tanpa alasan dan dia terpaksa menanggung risiko kelalaiannya demi menjaga kepentingan orang yang berhak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kad undangan pembuka majlis

Posted:

Kad undangan pembuka majlis

Kad undangan pembuka majlis

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL


Salihudin Ahmad Khalid bersama isterinya, Noor Azian Ahmad berbincang sesuatu mengenai reka bentuk kad perkahwinan.


BAGI pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, selain persiapan bunga telur, barangan hantaran serta barangan kelengkapan kenduri, kad jemputan perkahwinan juga perlu diberi perhatian.

Selain berperanan untuk menjemput para tetamu, ia juga berfungsi untuk menghebahkan hari bersejarah yang bakal berlangsung.

Paling menggembirakan ialah sekiranya kad jemputan perkahwinan yang dihantar merupakan idea dan rekaan pasangan pengantin itu sendiri.

Hakikat itu diakui sendiri Pengurus Cawangan Syarikat Percetakan CJ Print Pandan Indah, Selangor, Salihudin Ahmad Khalid yang menawarkan konsep 'bebas' di mana setiap pelanggan yang ingin menempah kad perkahwinan, mereka sendiri yang menetapkan reka bentuknya.

Apa yang penting bagi Salihudin, kepuasan para pelanggannya selain memberikan perkhidmatan yang terbaik.

''Bukan satu perkara mudah untuk memenuhi serta memuaskan kehendak hati setiap pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan kami.

''Masing-masing mahukan yang terbaik termasuk kad jemputan mahupun cenderahati yang bakal mereka edarkan. Yang penting, pemberian mereka adalah lain daripada yang lain, unik dan istimewa,'' ujarnya.

Dengan erti kata lain, CJ Print tidak menyediakan kad kahwin yang siap cetak untuk pilihan setiap pelanggan yang mengunjungi premisnya.

Untuk pengetahuan bersama, CJ Print merupakan salah satu penaja untuk Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke-2.

Bagi pemenang pertama hingga kesepuluh, masing-masing menerima tajaan berupa kad jemputan perkahwinan untuk diedarkan kepada para tetamu.

Bagi Salihudin yang mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan selama 17 tahun, selain reka bentuk yang menarik dan unik, warna turut memainkan peranan penting. Ini kerana penggunaan warna-warna ceria dan romantik mampu menjadikan kad tersebut bertambah menarik.

CJ Print yang mula beroperasi di F11, Pandan Kapital Shopping, Pandan Indah sekitar Januari lalu sebenarnya telah diusahakan sejak 1990-an lagi.

Menurut Salihudin, pihaknya menguruskan pasaran di sekitar Lembah Klang manakala bagi pasaran di bahagian Perak, CJ Print mempunyai satu lagi cawangan yang terletak di No. 3, Medan Mak Intan, Jalan Mahkota, Teluk Intan.

Dibangunkan secara kecil-kecilan sehinggalah menjadi syarikat percetakan dikenali sehingga kini, CJ Print mengekalkan kad kahwin sebagai produk utamanya.

Selain itu apa sahaja bentuk cenderahati seperti kole kaca, beg kertas, pasu kecil dan sebagainya juga boleh didapati di CJ Print dan tempahan kad kahwin dikenakan serendah 40 sen sahaja sekeping.

Dibuka dari 11 pagi hingga 7 malam tujuh hari seminggu, CJ Print memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk datang dan melihat sendiri sampel ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Salihudin di talian 013-3403255 atau 017-3980532 (Marzuki) di Teluk Intan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 31 Mar 2011 11:45 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Suri rumah berjaya dengan Avon

Posted:

Suri rumah berjaya dengan Avon

Suri rumah berjaya dengan Avon

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


NORA (tiga dari kanan) diraikan dalam satu majlis bersama wakil-wakil Avon yang lain.


BELI untuk pakai sendiri. Itulah permulaan seorang suri rumah, Nora Hashim, 43, terpaut dengan jenama Avon kira-kira enam tahun lalu. Waktu itu dia sekadar menjadi ahli biasa untuk mendapatkan diskaun ketika membeli barangan yang dijual seorang temannya.

Namun, gara-gara rakannya berhenti menjadi wakil jualan, Nora bertindak nekad untuk terus mendaftar sebagai wakil penjual Avon pada bulan Jun 2007.

Tambahan pula, ketika itu suaminya, Abdul Gani Hadzri baru sahaja berhenti kerja. Keadaan itu menyebabkan dia memasang niat menjual produk Avon demi untuk menambah pendapatan keluarga.

Ternyata niat murninya itu dimakbulkan Allah. Sehingga hujung tahun 2007, Nora berjaya mencapai sasaran jualan bernilai RM94,000 sekali gus, memperoleh satu tiket percutian ke Switzerland.

"Bagaimanapun, saya mengambil keputusan menukar lokasi ke Perth, Australia kerana dengan itu saya boleh membawa suami dan seorang anak bercuti ke sana.

"Alhamdulillah, dalam tempoh enam bulan saya dapat membuktikan kesungguhan saya untuk serius dalam perniagaan Avon kepada suami melalui kejayaan jualan yang dicapai." kata Nora dalam satu pertemuan bersama Kosmo! baru-baru ini.

Walaupun pada awal penglibatannya, si suami tidak menunjukkan sokongan tetapi, usaha gigih Nora akhirnya mendapat restu lelaki yang dicintai itu.

Menurut Abdul Gani, 46, sepanjang berbelas tahun dia bekerja dalam perkhidmatan kerajaan, tidak pernah sekali pun dia mampu membawa isteri dan anak-anaknya bercuti ke luar negara.

Tetapi, melihat isterinya melakukan perkara tersebut dalam tempoh enam bulan, hatinya terasa begitu sebak dan pilu.

"Memang mula-mula apabila isteri memberitahu ingin menjadi wakil jualan Avon, saya hanya memandang sinis hasratnya.

"Namun demikian, sebaik saya menjejakkan kaki ke hotel penginapan di Perth saya terus berpaling kepada Nora dan berkata padanya bahawa, 'no turning back my dear'," ujar Abdul Gani yang mengakui dia turut menangis ketika itu.

Sejak itu, pendapatan yang diperoleh daripada hasil jualan Avon yang stabil dan terjamin membuatkan hati Nora puas. Tahun berikutnya, Nora menerima insentif dua tiket percutian ke Rom, Itali selepas berjaya mencapai jualan RM196,000.

Cuma, atas beberapa alasan tertentu, Nora tidak mengambil tiket percutian tersebut sebaliknya memilih menukarnya dengan wang tunai.


INSENTIF kereta Avon membolehkan Nora memiliki tiga buah kereta mewah.


Pada bulan Januari 2009, Nora beralih menyertai program Avon Sales Leadership. Kegigihan wanita itu untuk terus merubah kehidupan ke arah yang lebih baik begitu membara.

Tambahan pula, apabila melihat sendiri kejayaan downline menjadi Senior Executive Sales Leader (SESL) menjadikan wanita kelahiran Johor Bahru, Johor itu lebih bersemangat, aktif dan yakin.

Bermula sebagai seorang suri rumah, Nora kini boleh berbangga dengan pencapaian diri apabila bergelar Sales Leader No. 2 negara sepanjang tahun 2010.

Menurut ibu kepada lima cahaya mata itu, Avon Sales Leadership bukan sahaja memberi pendapatan stabil malah mampu mengeratkan hubungan bersama kumpulan masing-masing.

"Ini sangat berbeza daripada kebanyakan perniagaan skim jualan langsung yang ada iaitu menekan downline untuk kejayaan upline.

"Malah, melalui Sales Leadership ini, ia dapat melatih saya menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan prihatin hasil daripada sesi latihan profesional yang dianjurkan Avon," ujar Nora yang tidak ketinggalan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli kumpulan yang sentiasa menyokongnya.

Kini, soal kewangan bukan satu masalah besar buat Nora sekeluarga kerana dia mampu memperoleh pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.

Sementara itu, di bawah program elaun kereta pula, Nora berjaya memiliki tiga buah mewah. Ternyata, bersama Avon Nora dan keluarganya dapat menjalani hidup mewah walaupun tidak mempunyai pendidikan tinggi.

Pesanan Nora bagi mereka yang berminat merebut peluang menambah pendapatan bersama Avon adalah meletakkan impian di hadapan dan terus mengusahakannya hingga berjaya.

Untuk peluang pendapatan bersama Avon, sila layari www.my.avon.com atau hubungi 1800-22-AVON (2866).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Apabila kereta berlakon teater

Posted:

Apabila kereta berlakon teater

Apabila kereta berlakon teater


LEBIH 2,000 orang pekerja bertungkus-lumus dalam tempoh tiga bulan untuk menyiapkan semua kenderaan bagi melengkapkan kehendak produksi.


MANUSIA berlakon di pentas teater menerusi pelbagai karakter adalah suatu perkara biasa dalam dunia seni persembahan. Namun, bagaimana pula jika benda yang tidak bernyawa seperti kereta diberikan 'nyawa' untuk menjadi pelakon teater?

Bukan sekadar menjadi prop pementasan yang kaku, ia benar-benar boleh berkata-kata, mengenyitkan mata, malah melompat. Dalam erti kata lain ia hidup!

Selamat datang ke dunia pementasan bertaraf global Disney On Ice - World of Fantasy yang dalam rangka mengadakan pementasan bergerak ke 70 buah negara di seluruh dunia.

Pementasan tersebut bakal berlangsung di Kuala Lumpur bermula esok, 1 April hingga 3 April ini di Stadium Tertutup Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pementasan yang menampilkan karakter-karakter popular Disney itu kali ini bakal menampilkan buat pertama kalinya di atas pentas, karakter-karakter popular yang diangkat daripada filem animasi pecah panggung, The Cars.

Ini bermakna karakter-karakter The Cars seperti Lightning McQueen, Mater, Doc Hudson, Sally Carrera, Luigi dan Ramone akan berkongsi pentas Disney On Ice: World Of Fantasy bersama karakter Disney yang juga pertama kali muncul menerusi pementasan Disney On Ice iaitu Tinker Bell.

Pementasan itu turut disertai karakter-karakter dari filem animasi The Lion King dan The Little Mermaid yang pernah muncul menerusi siri pementasan Disney On Ice sebelum ini.


KEPETAHAN dan aksi watak Lightning McQueen pasti mencuit hati penonton.


Namun, apa yang unik ialah cara penerbit teater ini, Feld Entertainment yang berjaya membina jasad hidup Lightning McQueen dan rakan-rakannya itu untuk dijelmakan sebagai pelakon teater tersebut.

Berbanding di layar perak yang menyaksikan karakter-karakter tersebut muncul dalam bentuk animasi, di pentas teater tersebut pula, kesemua karakter yang dimaksudkan hadir dalam bentuk binaan kereta.

Ia adalah hasil kerja yang dilakukan oleh kira-kira 2,000 orang pekerja yang berjaya menyiapkannya dalam tempoh tiga bulan.

Mulut getah

Antara ciri-ciri yang dibina bagi memberi 'nyawa' kepada setiap binaan kereta tersebut termasuklah bahagian mulut yang boleh berkata-kata yang dierbuat daripada getah.

"Disebabkan setiap binaan kereta itu diprogramkan dengan sistem animatronics yang dibina hasil gabungan teknologi robotik dan elektronik, maka ia boleh melakukan aksi melompat, mengenyitkan mata dan bergerak ke hadapan serta mengundur," ujar Naib Presiden Elemen Babak Pentas Feld Entertainment, Rick Papineau.

"Pergerakan binaan kereta tersebut diprogramkan dalam komputer sebelum dimuat turun ke dalam kotak kawalan yang dibina dalam setiap kereta itu. Kotak kawalan itu digerakkan oleh alat kawalan tanpa wayar," jelasnya lagi.

Tambahnya, setiap kereta tersebut berkebolehan bergerak selaju 64 kilometer per jam tetapi atas sebab-sebab keselamatan, ia telah diprogramkan supaya tidak bergerak melebihi 24 kilometer per jam.

"Apa yang pasti, pementasan Disney On Ice - World of Fantasy bakal menyajikan suatu kelainan apabila karakter-karakter The Cars itu menunjukkan 'bakat' lakonan masing-masing di pentas," ujar Papineau.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan tentang Disney On Ice - World of Fantasy, boleh menghubungi talian 03-7493 3010/7880 7999 atau melayari laman web www.prworldwidelive.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 31 Mar 2011 09:15 AM PDT

Utusan Online - Johor


Kena tahan bau kambing

Posted:

Kena tahan bau kambing

Kena tahan bau kambing

Oleh RAHIMAH MOHAMED
utusanjohor@utusan.com.my


Abdullah Hashim bersama kambing-kambing Boer miliknya di kandang haiwan di Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah, Johor, baru-baru ini. UTUSAN/RAHIMAH MOHAMED.


NUSAJAYA 30 Mac - Daging kambing sedap dimakan, apatah lagi jika dipanggang atau dibakar.

Namun, bagi yang bercita-cita menjadi penternak kambing, pastikan anda sanggup menahan bau kurang enak haiwan tersebut.

Tetapi jika sudah minat, perkara itu bukan isu besar seperti yang ditunjukkan Abdullah Hashim, 37, yang sanggup berdepan cabaran bagi memastikan minat mendalam dalam bidang menternak kambing menjadi realiti.

Abdullah memberitahu, dia turut mendapat sokongan dan bantuan daripada RISDA sebanyak RM10,000 untuk membina kandang dan memulakan penternakan tiga tahun lalu dengan membeli 27 ekor lembu dari Pekan Nanas, Pontian dan Gelang Patah.

Saban hari dia memberi makan dan minum serta memantau perkembangan ternakannya bagi memastikan kambing-kambingnya sentiasa sihat.

"Saya memberi kambing makan hampas kulit kacang soya yang telah kering bersama rumput gajah atau napier," katanya kepada Utusan Malaysia semasa ditemui di kandang kambingnya di Kampung Ulu Pulai, Gelang Patah baru-baru ini.

Menurutnya, terdapat beberapa jenis makanan kambing dalam pasaran, tetapi yang paling baik adalah berasaskan kacang soya, manakala makanan popular pula adalah rumput napier.

Berkat kegigihan Abdullah, Jabatan Veterinar Daerah Pontian baru-baru ini turut menyumbang 11 ekor kambing Boer kepadanya.

"Ini adalah sebagai permulaan dan apabila kambing itu melahirkan anak, maka anak-anaknya akan diserahkan kembali kepada jabatan itu sehingga mencukupi 11 ekor semula," katanya.

Abdullah memberitahu, bagi mengelakkan ternakannya berbau dan mudah dijangkiti penyakit, dia akan memandikan haiwan berkenaan dua kali seminggu.

Selain mempunyai bulu yang lebih tebal, kambing Boer juga memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain serta daging lebih banyak berbanding kambing jenis lain.

Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu kini mampu menarik nafas lega kerana usaha gigihnya kini semakin menampakkan hasil dan menerima tempahan daripada pelanggan.

"Saya turut menyediakan kambing untuk akikah iaitu dengan kadar harga RM700 hingga RM800 seekor," katanya.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi Abdullah di talian 019-7537581.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kepelbagaian perisa baulu Mek

Posted:

Kepelbagaian perisa baulu Mek

Kepelbagaian perisa baulu Mek


Sum Siah Che Wil bersama pembantunya menunjukkan kuih baulu di kedainya di Plaza Kotaraya, Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 30 Mac - Keenakan baulu sememangnya terkenal sejak berzaman dan ada sesetengah pengusaha mengambil inisiatif sendiri untuk mempelbagaikan perisa selari dengan cita rasa masyarakat kini.

Pemilik Mek Enterprise, Sum Siah Che Wil, 53, berkata, permintaan yang amat menggalakkan terutamanya daripada rakyat Singapura dan masyarakat tempatan mendorongnya untuk menghasilkan baulu pelbagai perisa termasuk baulu marmar.

Menurutnya, para pengunjung dari negara jiran itu sememangnya menggemari kuih tradisional seperti baulu dan ia secara tidak langsung menjadikan dirinya lebih kreatif untuk menghasilkan kepelbagaian terhadap produk keluarannya.

"Selain baulu tradisional, saya juga menghasilkan baulu marmar, coklat, kismis, durian, pandan dan strawberi. Sambutan terhadap semua produk ini amat menggalakkan daripada warga Singapura dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa," katanya kepada Utusan Malaysia di Plaza Kotaraya di sini baru-baru ini.

Sum Siah berkata, setiap hari dia bersama empat pembantunya yang terdiri daripada ahli keluarga akan menghasilkan kira-kira 100 kotak baulu untuk dipasarkan pada harga antara RM10 hingga RM12.

Selain menjual baulu, dia turut memasarkan produk makanan tempatan seperti kek kukus, kerepek, biskut dan serunding.

"Masyarakat di bandar raya ini sememangnya menggemari kek kukus kerana keenakan rasanya. Saya menjual kek kukus ini pada harga antara RM35 untuk kek seberat 800 gram dan RM48 untuk 1.2 kilogram," katanya.

Selain mempunyai tiga rangkaian premis iaitu di Danga City Mall, Pasar Borong Pandan dan Pasar Karat, Sum Siah turut menyimpan cita-cita untuk meluaskan pasaran perniagaannya pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 31 Mar 2011 01:50 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Seperti pelumba profesional

Posted: 30 Mar 2011 08:01 PM PDT

Ratu

DARI kiri; Radziah, Noor Afizuna, Sheila, Afieza, Lizz Shanana, Fadhilah dan Norhafizah bergambar di litar.

DARI kiri; Radziah, Noor Afizuna, Sheila, Afieza, Lizz Shanana, Fadhilah dan Norhafizah bergambar di litar.

MELIHAT wanita menunggang motosikal berkuasa besar atau superbike di jalan raya bukanlah suatu pemandangan yang asing pada masa kini kerana sudah semakin ramai kaum Hawa menunjukkan minat dalam kenderaan beroda dua itu.

Malah, sudah banyak kelab atau kumpulan superbike wanita ditubuhkan di serata Malaysia dengan pelbagai aktiviti dilakukan seperti berkonvoi ke destinasi terpilih atau beraksi di litar lumba, di Litar Sepang pada hujung minggu.

Kehebatan mereka beraksi boleh dikatakan setanding dengan kaum Adam. Pemanduan mereka cukup bergaya malah mereka tidak gentar memecut laju. Jika mahu menyamakan mereka dengan pelumba handalan MotoGP, mungkin keterlaluan, tetapi aksi yang dan gaya dipaparkan penunggang motosikal berkuasa besar wanita daripada kumpulan Superbike Malaysia di atas trek, baru-baru ini, benar-benar mengagumkan penulis.

Dengan lengkap berpakaian seperti pelumba profesional, berkasut dan bersarung tangan serta topi keledar lumba, lagak dipaparkan sekumpulan wanita ini sangat meyakinkan.

Biarpun cuaca pada petang itu agak mendung, tidak terlihat langsung kerisauan di wajah masing-masing. Masing-masing teruja, mungkin disebabkan peluang untuk melakukan aktiviti ini hadir pada hujung minggu saja, justeru, halangan kecil itu langsung tidak mematahkan semangat serta fokus mereka.

Bagi ahli perniagaan, Sheila Abdullah, beliau mula menceburi aktiviti berlumba di litar sejak setahun lalu kerana berasa lebih puas berbanding memandu di jalan raya.
"Saya akan ke litar setiap hujung minggu bersama suami atau rakan lumba yang lain untuk berlatih menunggang dengan betul.

"Sebenarnya memang puas menunggang di trek kerana boleh memecut dengan laju. Jika di jalan lurus di trek, saya mampu memecut sehingga 270 kilometer per jam (km/j)," katanya yang menunggang motosikal jenis Yamaha R1 1000cc.

Beliau ditemui bersama enam penunggang lain, Noor Afizuna Afendi, Radziah Saluki, Afieza Arifin, Norhafizah Libon, Fadhilah Mohd Yusof dan Liza Samry berpeluang beraksi di litar itu baru-baru ini dengan motosikal masing-masing.

Sheila akui, tidak ramai wanita yang benar-benar berminat untuk terbabit dengan serius dalam aktiviti itu, jika ada pun jumlahnya hanya sekitar dua atau tiga orang.

"Kebanyakan wanita yang datang sekadar untuk mencuba dan tak berani untuk memecut laju kerana takut dengan selekoh tajam di litar. Hakikatnya, ia (selekoh) tidak berbahaya jika tahu cara untuk melaluinya.

"Bagi saya, ia bukan masalah kerana boleh dipelajari. Saya sendiri pun belajar dengan penunggang lain dan turut mempunyai guru sendiri bagi mengajar cara menunggang yang betul. Jika sudah mahir, kita akan berasa sangat puas ketika melalui selekoh tajam itu," katanya yang berhasrat menyertai Malaysia Superbike Series (MSS) jika berpeluang kerana sudah jatuh cinta dengan aktiviti itu.

Kini, Sheila giat berlatih untuk memantapkan penunggangan dan menjadikan suami, yang bakal menyertai MSS tahun ini sebagai rakan latihan.

Bagi Noor Afizuna, menunggang di litar lumba dan di jalan raya, berbeza dari segi kepuasan dan keselamatan.

"Di jalan raya, penunggang tidak boleh memecut laju sesuka hati kerana perlu berwaspada dengan keadaan permukaan jalan yang tidak rata dan berlubang, ditambah dengan kerenah pemandu lain dan mungkin boleh mengundang kemalangan.

"Di litar lumba, tidak perlu risau dengan semua perkara itu kerana ia memang tempat untuk memecut dan penunggang boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk memandu laju," katanya yang menggunakan jentera BMW 800F.

Katanya, langkah keselamatan diambil untuk berlumba di litar juga dititikberatkan. Semua penunggang diwajibkan memakai pakaian lumba berkulit, kasut lumba, sarung tangan dan topi keledar, yang dapat memastikan kecederaan minimum jika berlaku kemalangan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zuliana ubah persepsi

Posted: 30 Mar 2011 07:56 PM PDT

Ratu

pix_gal0
Kehidupan kaum Penan semakin maju

LENGGOK dan raut wajah lembut gadis Penan etnik ini tampak yakin, penuh cita-cita serta impian setinggi gunung untuk menjadi insan paling berjaya dalam daerah tempat tinggalnya di Niah, Sarawak. Impiannya juga, menepis tanggapan masyarakat bahawa suku pribumi Sarawak itu bukan lagi hidup berpindah-randah atau menetap di rumah panjang, sebaliknya sudah semakin moden sejajar dengan arus pembangunan negara.

Di kala kebanyakan remaja seusianya yang sudah berkahwin, anak ramai dan menumpukan hidup sebagai suri rumah, gadis ini mempunyai impian yang berbeza. Beliau begitu optimis untuk membuktikan dirinya mampu meneroka lebih jauh dalam kerjaya bagi menjamin masa depannya. Berkahwin pada usia 14 tahun atau 15 tahun adalah perkara biasa di kalangan masyarakat Penan hingga sekarang. Prinsip hidup mereka mudah, jika tidak suka belajar, berhenti saja sekolah. Minat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi memang tiada dalam diari hidup remaja.

Tekanan kemiskinan, tiada dorongan daripada ibu bapa dan suasana persekitaran masyarakat menyebabkan ramai remaja Penan hanya berpuas hati dengan apa yang ada.

Zuliana Ishak, 21, ingin mengubah persepsi itu. Nasib memang menyebelahinya apabila terpilih menyertai program Tabung Impian Honda, tajaan Honda Malaysia, bertujuan memberi peluang kepada pelajar miskin mengubah kehidupan.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Subis, Miri, ini meskipun tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetap bersemangat untuk terus maju dalam kehidupan.
Anak sulung daripada tujuh beradik dengan bapa hanya bertugas sebagai pengawal keselamatan dan ibu, suri rumah, menyebabkan dirinya menyimpan impian membela nasib keluarganya dan menjadi ikon kepada remaja lain di tempatnya.

Justeru, gadis bertubuh kecil tetapi berjiwa besar ini menganggap, pemilihannya menyertai program Tabung Impian Honda, ibarat 'mengantuk disorokkan bantal' dan mahu menggunakan peluang sebaiknya sebagai anjakan paradigma untuk mencipta kejayaan dalam hidup.

Daripada seorang gadis pemalu, kurang berkeyakinan dan tidak banyak bercakap, beliau sudah semakin ligat mengikuti program di Kampung Budaya Sarawak mempelajari bidang kebudayaan dan kesenian meliputi kelas tarian, bermain alat muzik dan kraftangan.

Zuliana memilih program di situ kerana minat terhadap bidang berkenaan, mahu mendalami dan mengekalkan keunikan warisan pelbagai etnik dan suku kaum di Malaysia supaya tidak lupus ditelan zaman.

Pemilihan latihan di Kampung Budaya Sarawak juga tepat kerana tempat itu digelar muzium hidup terbesar dunia yang menempatkan wajah warisan budaya Sarawak, termasuk kediaman tujuh rumah tradisional bagi tujuh suku kaum utama iaitu Bidayuh, Iban, Ulu Penan, Melanau, Melayu dan Cina.

"Sejak mengikuti program disediakan pada Mac tahun lalu, banyak yang saya belajar mengenai warisan seni dan budaya negara ini khususnya Sarawak. Selepas dua semester di sini dalam bidang tarian, saya mengikuti kelas tarian Bidayuh, Iban, Melayu Asli, Inang Semenanjung dan Zapin. Selepas ini banyak lagi jenis tarian yang ada di Malaysia akan saya pelajari.

"Di samping itu, saya juga mengikuti kelas muzik. Sebagai permulaan, saya sudah mengikuti kelas muzik tradisi Bidayuh iaitu Rejang beuh dan ode kebun, yang sering dipersembahkan selepas musim menuai. Mengikut program, saya akan belajar beberapa alat muzik bagi melengkapkan cabang kesenian itu.

"Dalam bidang kraftangan pula saya didedahkan dengan cara membuat aksesori seperti gelang tangan dan marek empang (perhiasan dipakai menutupi dada) berasaskan manik. Akan datang saya akan belajar tenunan," kata anak kelahiran Kampung Tanjung Belipat .

Ketika ditemui wakil RATU di Kampung Budaya Sarawak baru-baru ini, Zuliana menunjukkan kemahirannya bermain beberapa alat muzik tradisional kaum negeri Bumi Kenyalang itu. Gadis ini juga boleh menari dengan baik pelbagai tarian mengikut lenggok dan alunan muzik tanpa rasa canggung.

Apa yang pasti, sepanjang dua tahun pengajian, Zuliana tidak mahu mempersia-siakan peluang diberi untuk mengutip sebanyak mungkin pengetahuan dan pengalaman sebagai bekalan meneroka peluang dalam bidang terbabit sebaik tamat pengajian.

Ditanya perancangannya, Zuliana berhasrat membuka kelas kesenian dan kebudayaan yang menyediakan kursus kemahiran dalam bidang berkaitan untuk penduduk di kampungnya.

"Setakat ini, kampung saya tidak mempunyai pusat aktiviti seumpama itu. Saya berharap dengan adanya pusat ini, ramai remaja yang tidak berminat meneruskan pelajaran ke peringkat tinggi mendapatkan kemahiran sama ada ingin belajar muzik, tarian atau kraftangan mengikut minat masing-masing.

"Bagi saya, remaja wajar didedahkan kepada bidang ini kerana ia sangat menyeronokkan dan tidak membosankan, selain boleh dijadikan kerja sampingan yang mampu menjana pendapatan. Sarawak mempunyai banyak keunikan. Bukan saja memiliki pelbagai suku kaum, etnik dan agama, malah kaya dengan warisan seni budaya mengikut latar belakang yang harus dikekalkan," katanya.

Beliau menjelaskan, berdasarkan pemerhatiannya, generasi sekarang semakin melupakan dan kurang berminat untuk mendalami warisan seni budaya tempatan akibat kepesatan pembangunan dan kemajuan dunia tanpa sempadan.

Akuinya, memang mereka boleh mendapatkan banyak maklumat dalam internet, namun ia tidak mampu memberikan gambaran keseluruhan mengenainya, apatah lagi jika tidak mencuba sendiri memainkan alat muzik, menari atau membuat sebarang kraftangan.

"Bidang ini memerlukan kreativiti. Memang pada awalnya agak susah dan rasa kekok bagi yang tidak biasa melakukannya. Saya yakin remaja di Sarawak boleh melakukannya kerana sebahagian besar daripada mereka memang sudah terdedah kepada latar belakang membuat kraftangan dan sebagainya yang diperturunkan daripada nenek moyang," katanya.

Bercerita lanjut mengenai program Tabung Impian Honda itu, Zuliana berkata, perubahan terhadap dirinya agak ketara selepas mengikuti program itu, yang merangkumi bengkel pemantapan diri, menguji minda, cara berkomunikasi dan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan keyakinan diri.

"Saya bangga dilahirkan sebagai kaum Penan. Kehidupan suku kaum Penan sudah jauh berubah. Kami turut dilengkapi pelbagai infrastruktur. Ada kemudahan elektrik, air dan jalan raya malah semakin moden dalam menjalani kehidupan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 30 Mar 2011 03:03 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Bank Rakyat rai pengamal media

Posted:

Bank Rakyat rai pengamal media

Bank Rakyat rai pengamal media


ISMAIL SABRI (tengah) bersama sebahagian wakil-wakil media yang hadir pada Malam Media Bank Rakyat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur semalam.


DIHARGAI. Kira-kira 200 pengamal media diraikan pada Malam Media Bank Rakyat 2011 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur malam tadi.

Ketua Hal Ehwal Awamnya, Saliman Zainal berkata, kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh media telah berjaya membantu Bank Rakyat sehingga menjadi seperti sekarang.

"Majlis ini adalah sebagai mengenang budi dan merapatkan hubungan baik yang telah terjalin antara Bank Rakyat dengan pihak media.

"Kerjasama dan sumbangan yang diberi oleh pihak media kepada Bank Rakyat selama ini sangat kami hargai dan tidak dapat dibalas dengan kata-kata," katanya.

Majlis itu telah disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut hadir ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

100 sertai perkelahan renjer muda di taman tema air LWOT

Posted:

100 sertai perkelahan renjer muda di taman tema air LWOT

100 sertai perkelahan renjer muda di taman tema air LWOT


SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak ceria selepas menyertai perkelahan renjer muda di Tambun, Perak baru-baru ini.



RIADAH MINDA. Seramai 100 kanak-kanak menyertai perkelahan Renjer Muda anjuran pengurusan taman tema air, Lost World of Tambun (LWOT), Ipoh baru-baru ini.

Pengurus Besar LWOT, Calvin Ho berkata, aktiviti santai selama sehari tersebut diadakan sempena ulang tahun setahun penubuhan renjer muda di pusat rekreasi berkenaan.

Beliau berkata, renjer muda terbabit didedahkan dengan habitat, makanan, sifat dan penjagaan haiwan yang dipelihara di dalam taman tema berkenaan.

"Keahlian renjer muda terbuka kepada kanak-kanak dan remaja berusia enam hingga 16 tahun dengan yuran keahlian RM200 setahun. Selain mendapat baju seragam khas ranjer muda, peserta dibenarkan memasuki taman tema ini pada bila-bila masa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

130 penduduk miskin terima bantuan beras

Posted:

130 penduduk miskin terima bantuan beras

130 penduduk miskin terima bantuan beras


HABIDI (berbaju gelap) bersama sebahagian daripada penduduk miskin yang menerima bantuan beras di Kampung Sungai Lilin, Bukit Gantang, Perak baru-baru ini.



BANTUAN. Pertubuhan As-Siddiq telah mengagihkan sebanyak 1.3 tan beras kepada 130 penduduk miskin di Kampung Sungai Lilin, Simpang, Bukit Gantang, Perak baru-baru ini.

Menurut pengerusi pertubuhan tersebut, Habidi Zain, sumbangan tersebut adalah yang pertama kali diadakan dan berhasrat meneruskannya dalam masa terdekat.

Katanya, usaha itu perlu kerana terdapat ramai penduduk kurang berkemampuan.

"Ini kerana penduduk di kampung itu, rata-rata bergantung kepada hasil kebun yang tidak menentu.

"Sejak lima tahun lalu, pertubuhan kebajikan kami aktif melaksanakan program kemasyarakatan di Taiping dan Bukit Gantang dan kita berharap dapat membantu semua pihak tanpa mengira kaum dan agama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Urban

Posted: 30 Mar 2011 01:29 PM PDT

Kosmo Online - Urban


Inspirasi alam semula jadi Petrosains

Posted:

Inspirasi alam semula jadi Petrosains

Inspirasi alam semula jadi Petrosains

Oleh NIZHA PERIASWAMY
Nizha.periswamy@kosmo.com.my



SETELAH beberapa kali mencuba, Suhaili Mohd. Dairi, 34, bersama suami, Asrizal Sarikon, 35, akhirnya berjaya mendapat peluang membawa kedua-dua anak mereka ke Petrosains di Suria KLCC.

Tempahan awal yang dibuat melalui talian Internet untuk ke karnival pada 19 Mac lalu ternyata berbaloi, apabila mereka adalah antara ibu bapa yang dapat memanfaatkan karnival ulang tahun ke-12 Petrosains.

"Saya membuat tempahan seminggu yang lalu apabila mendapat tahu tentang karnival ini. Kami datang jauh dari Johor Bahru semata-mata untuk menghabiskan masa bercuti di Kuala Lumpur bersama anak-anak," kata Suhaili seorang eksekutif akaun yang dilihat sibuk membantu anak-anak mewarna mural dinding.

Kebanyakan kanak-kanak dan orang dewasa dilihat berada dalam persekitaran yang mengujakan apabila mereka didedahkan dengan karnival berinspirasi alam semula jadi sempena ulang tahun ke-12 pusat itu.

Ramai pengunjung, kebanyakannya kanak-kanak dan keluarga dilihat memanfaatkan hujung minggu cuti sekolah baru-baru ini dalam karnival bertemakan 'Biodiversiti dan Anda.' Kempen yang diadakan dengan tujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai konservasi alam semula jadi dan melindungi persekitaran dengan cara yang menghiburkan.

"Walaupun datang ke Malaysia atas urusan kerja suami, kami tetap memilih Petrosains demi anak kami yang berusia tiga tahun. Kami dapat tahu mengenai tempat ini daripada rakan-rakan suami. Ia menarik dan sangat berguna," demikian kata seorang pelancong dari Chennai, India, Anitha Sampath, 32.


IBU BAPA membawa anak-anak mereka ke Petrosains yang menawarkan pelbagai aktiviti menyeronokkan sempena cuti sekolah baru-baru ini.


Karnival yang diadakan selama dua hari pada 19 dan 20 Mac itu menyaksikan para pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan termasuk persembahan sains, bengkel dan program khas yang disediakan pihak pengurusan Petrosains.

Kanak-kanak turut dimeriahkan dengan persembahan daripada badut dan ahli silap mata, sementara mereka berpeluang menyertai aktiviti seperti seni pasir eko, kraf kitar semula, lukisan pada wajah, lukisan mural eko dan membina pokok ceria.

Selain aktiviti yang penuh mengujakan, Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) turut mengadakan persembahan drum yang menghiburkan pengunjung. Orkestra Filharmonik Muda Malaysia juga mengambil bahagian dengan membuat persembahan khas.

Untuk semua golongan

Selain kanak-kanak, karnival itu jelas mempunyai tarikan tersendiri kepada orang dewasa.

Mohd. Adam Abu Bakar, 29, seorang jurutera dan isteri beliau, Adiba Aziz, 23, ternyata antara orang dewasa yang tidak mahu ketinggalan mengambil bahagian dalam aktiviti karnival itu.

Sambil sibuk memegang belon, Adam yang terlibat dalam salah satu acara kelihatan sangat bertenaga.

"Saya langsung tidak menyangka ia semeriah ini. Semua aktiviti yang disediakan menarik, sama ada untuk kanak-kanak atau orang dewasa kerana semuanya tentang pembelajaran dan kesedaran tentang alam sekitar," kata jurutera itu.

Satu lagi elemen yang dijadikan subjek pendidikan oleh Petrosains adalah mengenai konservasi air dan melindungi bumi. Ia didedahkan melalui aktiviti seperti bengkel lip balm, cabaran rubiks dan sesi ceramah umum yang dikendalikan oleh pakar-pakar.


KARNIVAL yang diadakan sempena ulang tahun ke-12 Petrosains menarik pelbagai kumpulan pengunjung.


Beberapa persembahan mini juga diadakan oleh pelajar sekolah menengah dan rendah sebagai salah satu cara untuk menunjukkan kemahiran komunikasi sains mereka kepada umum.

Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains Sdn. Bhd., Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim berkata, karnival itu sangat istimewa kerana selain menjadi acara ulang tahun Petrosains, ia juga berkongsi pendekatan yang boleh membantu kanak-kanak memperkaya pengetahuan sains yang memfokuskan kepada pelbagai persoalan dan penjelajahan.

"Kami sangat gembira untuk terus berada di sini dan mengangkat tanggungjawab menginspirasikan generasi muda belajar lebih banyak mengenai sains.

"Kami berharap agar kesedaran terhadap biodiversiti akan memberikan perubahan yang signifikan agar ia memimpin kepada perlindungan alam sekitar dan kehidupan," katanya.

Bagi pengunjung, Yong Yee Vern, 26, dari Gombak dan anak saudaranya, Chin Yean Yee, 11, karnival seperti itu amat sesuai diadakan pada musim cuti sekolah.

"Subjek atau tema karnival mengenai biodiversiti, konservasi dan perlindungan alam sekitar amat tepat pada masanya. Ia perlu dikembangkan dari semasa ke semasa kepada generasi akan datang," kata ahli farmasi itu.

Petrosains berlokasi di Suria KLCC dan dibuka kepada umum dari hari Selasa hingga Ahad dan tutup pada hari Isnin.

Waktu operasi adalah pada pukul 9.30 pagi hingga 4 petang dan 9.30 pagi hingga 5 petang pada hujung minggu. Tempahan awal digalakkan menerusi talian 03-2331 8181 atau layari www.petrosains.com.my untuk keterangan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belon panas di langit Putrajaya

Posted:

Belon panas di langit Putrajaya

Belon panas di langit Putrajaya

Oleh BASIR ABU BAKAR
basir.abubakar@kosmo.com.my


HAMPIR 400,000 pengunjung berkumpul di tapak Monumen Alaf Baru Presint 2, Putrajaya.


FIESTA Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya kini sudah memasuki tahun ketiga selepas ia dimulakan di tapak Monumen Alaf Baru Presint 2, Putrajaya pada tahun 2009.

Menyajikan pandangan yang luar biasa indah, ia sekali gus menjadi acara tahunan yang ditunggu-tunggu seluruh isi keluarga di negara ini.

Lantaran itu juga, edisi ketiga tahun ini bermula 17 Mac lalu berakhir tiga hari kemudian dirasakan terlalu singkat untuk dinikmati dan dirasai seluruh masyarakat di sekitar Lembah Klang.

Program anjuran Malaysian Sport Aviation Federation (MSAF) dan AKA Balloon Sdn. Bhd., dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu padat dengan pelbagai aktiviti bagi memberi peluang kepada orang ramai menyertainya.

Seorang kakitangan kerajaan, Fariza Abdul Aziz, 27, berkata, fiesta seperti itu perlu diadakan lebih kerap di kawasan Lembah Klang kerana ia sesuai untuk aktiviti santai seisi keluarga dan banyak memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai sukan udara.

"Walaupun fiesta ini sudah tiga kali diadakan tapi, ia merupakan pengalaman kedua saya hadir ke pertunjukan sukan udara seumpama ini.

"Acara yang diadakan sangat padat dan berguna kerana sukan udara seperti ini jarang berlangsung di negara ini," katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Fariza, walaupun acara belon panas sebagai tarikan utama penonton di fiesta tersebut tapi, terdapat juga acara sampingan lain yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.

"Acara sampingan yang turut diadakan seperti penerbangan model pesawat terbang, layang-layang, demonstrasi paramotor, pertandingan mewarna dan membuat kapal terbang kertas untuk kanak-kanak. Tidak ketinggalan bazar jualan," ujarnya.

Menarik


PENGUNJUNG juga berpeluang untuk menaiki belon panas dengan kadar bayaran RM10 untuk orang dewasa.


Seorang kakitangan swasta, Fazli Mohd. Zaki, 28, berkata, fiesta tersebut perlu diadakan dengan lebih besar selain waktu belon panas diterbangkan dipanjangkan.

"Tempoh masa belon udara panas diterbangkan sangat singkat iaitu dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan 6 petang hingga 9 malam.

"Tak puas rasanya untuk kami merasai pengalaman menaiki belon udara panas dan menyaksikan ia berterbangan di ruang udara pusat pentadbiran kerajaan ini," katanya yang datang ke Putrajaya bersama anak-anak dan isteri.

Seorang pengunjung, Nurul Huda Mohd. Sharif, 28, berkata, selain berpengalaman menaiki belon udara panas acara sampingan yang disediakan sangat menarik sehingga membuatkan ahli keluarga dapat terlibat dalam pelbagai acara.

"Saya berpeluang merasai sendiri setiap acara yang diadakan sehinggakan saya, suami dan anak tidak sedar bahawa kami sudah seharian berada di tapak Monumen Alaf Baru Presint 2 ini.

"Kami tidak perlu risau kerana pihak penganjur telah menyediakan segala kemudahan infrastruktur untuk pengunjung yang hadir dari segi tempat makan, tandas, khemah untuk berteduh dan ruang tempat letak kereta yang banyak," kata Nurul Huda.

Bagaimanapun akui Nurul Huda, limpahan pengunjung di Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lama bagi merasai pengalaman menaiki belon udara panas yang hanya diadakan pada tempoh masa tertentu sahaja.

Belon dari 15 negara

Sementara itu, Presiden MSAF, Tengku Abdillah Tengku Hassan, berkata, pada tahun ini sebanyak 27 buah belon udara panas yang membabitkan 15 negara mengambil bahagian dalam fiesta tahun ini. Ia turut dimeriahkan dengan pelbagai acara sampingan untuk dirasai seisi keluarga.

"Penerbangan belon udara yang dihiasi dengan pelbagai corak dan bentuk mewarnai ruang udara di sini merupakan kali ketiga diadakan.


PESERTA belon panas sedang berusaha memanaskan belon mereka untuk diterbangkan di Putrajaya baru-baru ini.


"Pengunjung berpeluang menaiki belon yang diikat secara turun dan naik dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak," katanya sambil menyenaraikan negara yang terlibat seperti Vietnam, India, Hong Kong, Perancis, Jerman, Jepun, Belgium, Thailand, New Zealand, Korea, Amerika Syarikat dan Indonesia.

Menurut Tengku Abdillah, belon udara panas hanya dimainkan pada awal pagi dan lewat petang disebabkan cuaca sangat panas pada pukul 11 pagi sehingga 6 petang di Malaysia tidak sesuai untuk menerbangkan belon berkenaan.

"Belon udara panas menggunakan haba panas untuk naik ke udara. Bila udara di sekelilingnya berada pada tahap dingin ia sesuai untuk belon terbang. Tapi apabila keadaan udara sekeliling panas belon sukar naik ke udara.

"Oleh sebab itu juga belon udara panas hanya terbang pada pukul 7 pagi hingga 11 pagi dan 6 petang hingga 9 malam," katanya.

Jelasnya lagi, pergerakan belon mengikut angin secara berkumpulan pada ketinggian kira-kira 300 meter di dalam radius tidak melebihi lima kilometer dari tapak pelepasan itu mendapat perhatian kira-kira 400,000 pengunjung selama ia berlangsung.

Pegawai Komander Kelab Kostum Starwars, Zulkarnain PS Muhammad, 35, berkata, fiesta seumpama itu juga memberi peluang kepada kelab sukarelawan yang dipimpinnya untuk turut serta selain dapat melakukan aktiviti amal.

"Dalam fiesta ini kelab kami berpeluang mempromosi filem Starwars dan mengutip dana untuk tabung mangsa tsunami Jepun.

"Seramai 15 daripada 19 orang ahli kelab terlibat dalam fiesta belon udara panas tahun ini. Kesemua ahli kami merupakan peminat filem Starwars dan sukarelawan dari kawalan profesional," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dilarang Masuk ke panggung

Posted:

Dilarang Masuk ke panggung

Dilarang Masuk ke panggung

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my



PENGGEMAR filem aksi, seram dan fiksyen pasti tidak sabar untuk menonton beberapa garapan filem yang menjurus ke arah genre berkenaan. Deretan empat filem yang bakal menjengah pawagam pada bulan April ini pasti mengundang rasa tidak sabar.

Bermula dengan tayangan filem terbitan Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd. dan Cineworks Sdn. Bhd., iaitu Dilarang Masuk, penonton bakal disajikan dengan pendatang baru menerusi filem misteri yang dialami oleh empat sekawan selepas mereka tersesat jalan.

Rumah banglo usang tempat mereka berteduh menyimpan pelbagai kisah misteri sehingga salah seorang daripada mereka trauma dan mampu melihat kejadian aneh.

Jika mahukan perjalanan cerita yang lebih mencabar, Limitless juga merupakan sebuah filem yang tidak kurang hebatnya. Menceritakan seorang penulis yang memiliki akal fikiran luar biasa sehingga menimbulkan kesukaran dalam hidupnya.

Sementara itu, bagi penonton yang dahagakan filem bergenre fiksyen, Gantz dan Source Code mampu menepati selera anda. Kedua-dua filem digarap dengan elemen tersendiri di samping jalan cerita yang menarik.

Dilarang Masuk

Bahasa: Bahasa Melayu

Klasifikasi: Umum

Genre: Seram/Ngeri

Durasi: 1 jam 30 minit

Tarikh Tayangan: 7 April 2011

Pelakon: Shiqin Kamal, Azma Aizal Yusoof, Isma Hanum Husein, Muniff Isa Badrul dan Esma Daniel

Pengarah: Jeffrey Chiang

EMPAT sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang dan mereka memutuskan untuk bermalam di situ.

Di rumah misteri yang seakan-akan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol yang masih penuh dengan peluru hidup.

Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh dan terlihat kelibat seorang gadis perempuan. Fatia trauma seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ?

Source Code

Bahasa: Bahasa Inggeris

Genre: Aksi/Triller/Sains fiksyen

Tarikh Tayangan: 7 April 2011

Pelakon: Jake Gyllenhaal, Michelle Monaghan, Vera Farmiga,

Pengarah: Duncan Jones

CAPTAIN Colter Stevens (Jake Gyllenhaal) tiba-tiba tersedar bahawa dia berada di dalam tubuh orang yang tidak dikenali.

Lebih teruk lagi, Stevens mendapati dia akan terlibat dalam misi untuk mencari seorang pengebom berkaitan dengan letupan kereta api di Chicago.

Melalui tugasan yang asing baginya, dia mendapati dirinya merupakan sebahagian daripada eksperimen kerajaan yang digelar Source Code. Apakah misteri di sebalik kisah pengebom dan serangan yang telah dirancang?

Gantz

Bahasa: Bahasa Jepun

Genre: Aksi/Sains fiksyen

Tarikh Tayangan: 7 April 2011

Pelakon: Kazunari Ninomiya, Kenichi Matsuyama, Yuriko Yoshitaka

Pengarah: Shinsuke Sato

MENGISAHKAN seorang penuntut kolej, Kei Kurono (Kazunari Ninomiya) bersama rakannya, Masaru Kato (Kenichi Matsuyama) memberikan pertolongan kepada seorang lelaki mabuk yang terjatuh di platform kereta api bawah tanah.

Kei kemudian turut turun ke bawah untuk membantu rakannya itu. Tidak lama kemudian, kereta api bawah tanah itu seperti menarik jasad kedua-dua mereka.

Bagaimanapun, selepas itu, Kei dan Masaru mendapati mereka berada di sebuah pangsapuri yang pelik dengan misteri bulatan hitam gergasi bersama dengan orang yang telah mati.

Bulatan gergasi itu digelar Gantz. Gantz kemudian mengarahkan orang yang terkumpul di dalamnya untuk menjalani misi menghapuskan makhluk asing. Jika berjaya mereka akan diberikan 100 markah dan dibebaskan. Tetapi jika gagal, mereka akan terperangkap sehingga mati.

Limitless

Bahasa: Bahasa Inggeris

Genre: Aksi/Triller

Tarikh Tayangan: 14 April 2011

Pelakon: Bradley Cooper, Rebert De Niro, Abbie Cornish

Pengarah: Niel Burger

BRADLEY Cooper dan Robert De Niro beraksi menerusi filem ini yang berkisarkan aksi mengenai penyakit saraf yang kronik.

Ia menceritakan seorang penulis yang hidupnya melalui transformasi dengan sejenis dadah yang hebat dan membolehkan dia menggunakan 100 peratus akal fikirannya untuk menjadi manusia yang sempurna.

Dengan kuasa itu, dia bagaimanapun berasa terancam dengan apa yang dimiliki dalam kehidupan sehariannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List