Isnin, 28 Mac 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 28 Mar 2011 09:13 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Pencapaian bagus

Posted: 27 Mar 2011 11:28 AM PDT

MukaDepan

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Razak berucap pada pelancaran Laporan Tahunan GTP 2010 pada Malam Transformasi Bersama Rakyat Untukmu Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Effendy Rashid

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Razak berucap pada pelancaran Laporan Tahunan GTP 2010 pada Malam Transformasi Bersama Rakyat Untukmu Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Effendy Rashid

Najib puas hati inisiatif NKRA penuhi aspirasi rakyat

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan rakyat sebagai pemegang saham terpenting Program Transformasi Kerajaan (GTP) akan terus mendapat manfaat hasil pencapaian memberangsangkan tahun pertama pelaksanaan enam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Ketika membentangkan laporan tahun pertama GTP itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar tanggungjawab dan amanah yang diletakkan rakyat untuk memenuhi keinginan hidup selesa dalam sebuah negara aman, selamat, selain merasai aspirasi masa depan rakyat. "Kejayaan sepanjang 2010 tidak akan terhenti, sebaliknya akan kuatkan iltizam untuk terus bekerja dengan gigih dan buat apa saja yang termampu dan terbaik demi kesejahteraan rakyat dan negara tercinta.

"Kita insaf dan bersikap rendah diri bahawa era kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir dan apa yang penting bagi kita ialah mengenal pasti keinginan rakyat. Apa yang sebenarnya jangkaan rakyat dan apakah aspirasi rakyat yang perlu dipenuhi kerajaan," katanya ketika melancarkan Laporan Tahunan GTP 2010 pada Malam Transformasi Bersama Rakyat Untukmu Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Idris Jala, barisan menteri kabinet serta lebih 7,000 orang awam.

Enam inisiatif NKRA menerusi GTP adalah mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, memperbaiki infrastruktur asas luar bandar dan mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar.
Pelancaran buku laporan setebal 268 muka surat hasil pencapaian tahun pertama GTP dilakukan selepas pelancaran program berkenaan secara rasmi pada 28 Januari 2010.

Perdana Menteri berkata, sebagai program yang menjadi agenda besar kerajaan supaya dapat menyentuh isi hati rakyat dan menyelesaikan pemasalahan mereka, kejayaan program ini menuntut masa, usaha serta dedikasi serta halangan dan kekangan.

"Yang pasti, hasil ini dapat diperlihatkan kerana ia berpaksi kepada usaha gigih, semangat kental, pengorbanan tinggi dan kesanggupan bekerja sebagai satu pasukan untuk kepentingan rakyat dan negara," katanya.

Najib berkata, kerajaan akan pastikan agenda ini dilaksanakan sehingga ke peringkat akar umbi supaya gagasan 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dapat dilaksana berdasarkan kepada enam inisiatif NKRA yang digariskan menerusi GTP.

Sementara itu, Najib berkata, GTP akan diselaras, dipantau dan diselia oleh Timbalan Perdana Menteri.

"Selepas ini Muhyiddin akan menyelaraskan tindakan diambil oleh semua menteri terutama menteri yang mengetuai enam Bidang Keberhasilan Utama (NKRA).

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua menteri yang mengetuai NKRA dan menteri lain serta dua menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Idris Jala yang mengetuai PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan) serta anggota PEMANDU dari sektor awam dan swasta.

"Saya juga ingin ucap terima kasih kepada sektor perkhidmatan awam diketuai Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Ketua Setiausaha Negara) kerana mereka berganding bahu bersama anggota kerajaan.

"Tanpa sokongan mereka, GTP tidak mungkin dapat dijayakan. Inilah yang dapat dipersembahkan kepada rakyat Malaysia. Inilah hasrat kita untuk lakukan yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Yangretibase

Tahniah atas pencapaian yang bagus; tetapi biarlah manfaatnya benar-benar dapat dinikmati oleh rakyat, bukan sekadar hanya segelintir kroni yang bertambah menggunung kekayaan mereka, sedang rakyat menderita.
Wahai pemimpin, tolonglah menjadi orang baik.

1malaysia

bagus.....
tp alangkah bagus jika kes2 rasuah yg dulu di selesaikan dgn segera cth komisyen kapal selam,kes antatuya,plkn....kenapa di pandang sepi kes2 ygberprofil tinggi?ini akan menjd isu negara jika masih blum di pnggil ikan2 besar ini di lautan...jgn sekadar takat muat je nk perangi rasuah


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak hilang ditemui mati dalam gaung tinggal rangka

Posted: 27 Mar 2011 11:20 AM PDT

MukaDepan

 MAYAT   Mohd Zaki    diusung  anggota polis untuk dibawa ke bilik mayat Hospital Tampin yang ditemui dalam gaung  di Kilometer 10 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah.

MAYAT Mohd Zaki diusung anggota polis untuk dibawa ke bilik mayat Hospital Tampin yang ditemui dalam gaung di Kilometer 10 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah.

TAMPIN: Hancur luluh hati seorang ibu apabila menerima berita anak lelaki yang ditunggu-tunggu kepulangannya sejak tiga minggu lalu, ditemui mati dalam keadaan menyedihkan kelmarin dalam sebuah gaung selepas terbabit dalam kemalangan, dipercayai pada 5 Mac lalu.

Lebih menyayat hati, tubuh anak lelakinya yang berusia 27 tahun itu, Mohd Zaki Ahmudhi, sudah tinggal rangka ketika ditemui selepas terbenam selama 21 hari dalam sebuah lopak air dalam gaung di Kilometer 10 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah.

Mayatnya disedari berada dalam gaung itu pada jam 1.35 petang kelmarin, apabila orang awam melaporkan menemui mayat lelaki dengan sebuah motosikal tidak jauh dari tubuhnya. Kemalangan dipercayai berlaku pada 5 Mac kerana Mohd Zaki yang bertugas di Kem Tuanku Syed Sirajuddin dikatakan tidak melaporkan diri untuk bertugas pada tarikh berkenaan.

Ibu mangsa yang enggan namanya disiarkan, berkata Mohd Zaki menghubunginya beberapa hari sebelum kehilangannya pada 5 Mac lalu bagi memaklumkan akan pulang berjumpanya dalam masa terdekat.

"Sejak itu, saya yang sudah lama tidak bertemunya menanti penuh harapan kerana merindui dia yang sudah lama tidak pulang ke kampung di Kluang, Johor.

"Bagaimanapun, beberapa hari kemudian pihak kem menghubungi saya memaklumkan Mohd Zaki tidak melapor diri sejak 5 Mac lalu. Saya menghubungi semua saudara mara dan rakannya, namun semua tidak tahu apa-apa mengenai dia," katanya sebak ketika ditemui di rumah mayat Hospital Tampin, di sini semalam.
Walaupun tiada berita mengenainya, beliau tetap menaruh harapan dan berharap anaknya pulang dengan selamat. Namun, penantiannya berakhir kelmarin, apabila diminta ke Hospital Tampin untuk pengecaman mayat.

"Sedih hati bukan kepalang apabila mendapati mayat itu adalah anak saya. Lebih menyedihkan melihat keadaannya yang sudah tinggal rangka. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana saat dia menghembuskan nafas terakhirnya berseorangan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata kawasan yang sunyi serta dikelilingi hutan menyebabkan kejadian itu tidak disedari.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 28 Mar 2011 07:39 AM PDT

Kosmo Online


Fakulti Pertahanan di UiTM dicadangkan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan mencadangkan penubuhan Fakulti Industri Pertahanan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) seluruh negara bagi menambah tenaga kerja tempatan yang pakar dalam bidang itu.

Syarahan perbezaan mazhab di Unisza

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) akan menganjurkan Syarahan Akademik Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) kepada umum, Khamis ini.

Dadah RM56,000 dirampas dalam 3 operasi

Posted:

[unable to retrieve full-text content]ALOR SETAR – Polis Kedah menahan empat lelaki termasuk seorang di bawah umur serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM56,000 dalam tiga operasi sejak Jumaat hingga semalam.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 28 Mar 2011 07:08 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Lelaki tikam anak lepas ditegur

Posted: 28 Mar 2011 05:07 AM PDT

SERDANG: Seorang operator kilang maut akibat ditikam di bahagian dada oleh bapanya sendiri selepas dia menegur tingkah laku bapanya yang mabuk di Bandar Sungai Mas, Banting, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam apabila lelaki berumur 20 tahun itu dikatakan menegur bapanya yang berbogel dalam keadaan mabuk di depan rumah mereka sebelum itu.


"Berang dengan teguran itu, bapanya yang berumur 40-an terus mencapai pisau di dapur sebelum bertindak menikamnya di dada, dia mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata selepas menikam anaknya, suspek yang tidak bekerja melarikan diri sebelum berjaya dikesan di sebuah stesen minyak Petronas Teluk Panglima Garang dekat sini pada kira-kira pukul 11 pagi ini.


Katanya polis menahan suspek untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan kerana membunuh, dan mayat anaknya dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bot nelayan pecah tersadai

Posted: 28 Mar 2011 02:07 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Sebuah bot nelayan yang pecah dipukul ombak besar ditemui terdampar di Pantai Tok Jembal berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata empat nelayan asing yang berada dalam bot milik warga tempatan yang didaftar di Johor itu sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai pada kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam.


"Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan empat orang nelayan asing berenang ke darat dan terus menghilangkan diri," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya polis menahan seorang daripada nelayan itu yang berasal dari Kemboja di sebuah kedai kopi di Kampung Tok Jembal sejurus selepas kejadian itu.


"Tiga lagi rakannya yang berasal dari Kemboja dan Thailand ditahan berdekatan sebuah sekolah di kampung berkenaan kira-kira pukul 12 malam tadi.


"Hasil siasatan mendapati keempat-empat nelayan yang berusia 23 hingga 27 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Kes disiasat mengikut Sekyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 28 Mar 2011 03:44 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Kejayaan Lotus Renault lonjak nama PROTON

Posted: 28 Mar 2011 03:31 AM PDT

Mutakhir

PUTRAJAYA: Kejayaan Lotus Renault menduduki tempat ketiga perlumbaan Formula One di Melbourne semalam telah menaikkan nama PROTON Holdings Berhad selaku pemilik Lotus Renault menerusi anak syarikatnya, Lotus Group.

"Tahniah kepada Lotus Renault," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang menyifatkannya satu kejayaan daripada segi penjenamaan kepada PROTON.

Bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu di sini hari ini, Ahmad Shabery berkata pihak Lotus akan memberi peluang kepada 19 jurutera tempatan untuk bekerja di kilang mereka di United Kingdom bagi menimba pengalaman. "Jika ruang diberikan kepada PROTON sudah tentu ia memberi pendedahan baru kepada jurutera tempatan bukan sahaja untuk memenangi perlumbaan tetapi juga boleh belajar bagaimana untuk bersifat lebih inovatif," katanya.

Dalam perlumbaan pembuka tirai kejohanan F1 musim ini di Melbourne, Australia semalam, pemandu Lotus Renault, Vitaly Petrov dari Rusia, menduduki tempat ketiga di belakang juara musim lalu, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull dan Lewis Hamilton yang menadu McLaren. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tentera Gaddafi sekat kemaraan pemberontak, NATO bedil Sirte

Posted: 28 Mar 2011 03:27 AM PDT

Mutakhir

BIN JAWAD, Libya: Tentera kerajaan menghentikan kemaraan pemberontak ke kampung halaman Muammar Gaddafi, Sirte yang dibom pesawat tentera bersekutu selepas NATO mengambil alih operasi ketenteraan di Libya.

Wartawan AFP berkata, tentera pemberontak yang mara ke Sirte sejak dua hari lalu, diserang hendap tentera kerajaan bersenjata mesingan dan pikap di jalan raya dari Bin Jawad ke Nofilia.

Pihak pemberontak semalam menawan Bin Jawad, 140 kilometer ke timur Sirte, selepas menawan bandar minyak utama Ras Lanuf ketika mereka mara dengan sokongan serangan udara tentera bersekutu. Selepas diserang hendap, tentera pemberontak berundur ke Bin Jawad dan melepaskan tembakan meriam.

Sembilan letupan kuat kedengaran di Sirte awal hari ini ketika pesawat NATO melintas di udara bagi menguatkuasa zon larangan terbang yang berlarutan sembilan hari. - AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 28 Mar 2011 03:41 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Kawan karib kebas RM20,000

Posted: 27 Mar 2011 10:05 AM PDT

SHAH ALAM: Impian seorang peniaga kedai telefon untuk memiliki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Caldina musnah apabila jurujual kereta yang juga rakan baiknya melarikan wang pendahuluan RM20,000.

Difahamkan, suspek turut menipu rakan lain hingga mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sebelum melarikan diri bersama wang mangsa.


Mangsa, Megat Khairul Afiq Ramli, 22, berkata dia tertarik pakej yang ditawarkan rakannya itu pada April tahun lalu kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding kedai lain selain memberi tempoh singkat untuk mendapat kereta.

Katanya, harga MPV Toyota Caldina baru yang ditawarkan rakannya itu RM30,000 berbanding tempat lain melebihi RM100,000.


"Dia begitu meyakinkan apabila mendakwa harga itu termasuk cukai import. Saya tidak mempunyai perasaan syak wasangka dan mengeluarkan wang simpanan demi memenuhi impian.


"Saya menyerahkan wang berkenaan selepas yakin dengannya yang bersungguh-sungguh mahu menguruskan pembelian kereta dalam dua bulan," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, janji tinggal janji apabila kereta yang ditunggu tiada, malah rakannya melarikan diri bersama wang miliknya.


Megat Khairul berkata, rakannya yang berusia 25 tahun itu turut menukar nombor telefon hingga usaha menjejakinya gagal.

"Saya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada 25 Mac lalu.


"Saya mahu dia mengembalikan wang kami atau berdepan tindakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Satu lori TV LCD hilang

Posted: 27 Mar 2011 10:02 AM PDT

PETALING JAYA: Empat lelaki melarikan sebuah lori sarat dengan televisyen LCD dianggarkan bernilai RM200,000 di Kampung Baru Subang, dekat sini, Jumaat lalu.

Difahamkan, semua suspek menyamar pemandu dan penumpang teksi sebelum menahan lori terbabit.


Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, pemandu lori bersama kelindannya yang datang dari Subang Jaya membawa 70 televisyen LCD itu dihalang sebuah teksi.

"Pemandu lori itu yang terkejut memberhentikan kenderaannya. Dua penyamun terbabit keluar dari teksi dan mengacukan pistol ke arah pemandu dan kelindannya serta mengarahkan mereka keluar dari lori," katanya.


Sumber berkata, penyamun terbabit mengikat mata mangsa sebelum membawa mereka masuk ke dalam teksi.


"Selepas itu, suspek membawa lari lori terbabit manakala mangsa dibawa menaiki teksi ke Kampung Baru Sungai Buloh sebelum meninggalkan mereka berdua di tepi jalan.

"Penyamun terbabit melarikan diri meninggalkan mangsa dalam keadaan terpinga-pinga. Mereka berdua kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan kejadian itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 28 Mar 2011 03:35 AM PDT

Utusan Online - Utara


Gelagat haiwan di Taman Eko

Posted:

Gelagat haiwan di Taman Eko

Gelagat haiwan di Taman Eko

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my


Kanak-kanak pasti teruja apabila berpeluang memberi ikan-ikan makan di Taman Nature Trail.


BAGAN SERAI 27 Mac - Tidak lengkap kedatangan ke Bukit Merah Laketown Resort sekiranya tidak singgah ke Taman Eko yang terdapat di sini.

Bagi mereka yang menyukai suasana di kelilingi alam semula jadi sambil ditemani bunyi unggas, di sini adalah tempat paling tepat untuk menikmatinya.

Ini kerana taman haiwan berkonsep mesra alam itu direka agar menyerupai habitat asal haiwan-haiwan tersebut.

Justeru tidak hairanlah apabila berjalan di atas pelantar yang ditinggikan, pengunjung dapat melihat haiwan-haiwan di atas kanopi dengan lebih jelas selain boleh memberikan makanan terus kepada mereka.

Taman ini didirikan pada 5 September 1999 dan mempunyai tiga taman besar yang menempatkan 30 spesies haiwan dari dalam dan luar negara.

Namun, dalam ketenangan di taman itu, jangan terkejut sekiranya kedamaian anda dikejutkan dengan jeritan memanggil nama 'pasangan' Ayu dan Boy.

Jangan salah sangka kerana pasangan tersebut bukanlah penyambut tetamu atau penjaga di sana tetapi hanya sepasang buaya yang berehat di kandang mereka.

Jika sebelum ini Ayu dan Boy ditempatkan bersama haiwan lain kini mereka mempunyai 'rumah' baru yang dilengkapi kemudahan kolam renang.

Turut mendapat rumah baru adalah beruang dan rusa yang siap sepenuhnya pada Disember lalu.

Kawasan pameran yang lebih luas ini dibina bagi menambahkan keselesaan terhadap haiwan-haiwan tersebut.

Apabila tiba di pintu masuk ke Taman Eko, pengunjung boleh membeli makanan untuk diberikan kepada haiwan-haiwan pada harga berpatutan dan mereka tidak dibenarkan untuk membawa makanan dari luar.

Taman pertama yang akan dilalui dinamakan Nature Trail yang juga merupakan taman yang terbesar di sini.

Di dalam taman itu pengunjung boleh memberi makan kepada pelbagai spesies ikan seperti ikan koi, kalui, patin, rohu dan keli Afrika.

Situasi itu pastinya memberikan keseronokan kepada pengunjung apabila dibenarkan memberi makanan kepada beratus-ratus ikan yang berebut-rebut untuk mendapatkan makanan yang dilemparkan.

Selain itu, terdapat juga ikan arapaima dan ikan muncung buaya yang menjadi tarikan di situ.

Taman kedua besar ialah Laluan Tropika. Di situ pengunjung dapat melihat gelagat ungka tangan putih bergayut dan jika bernasib baik ia akan mengeluarkan bunyi yang boleh didengar sehingga dua kilometer jauhnya.


Pengunjung ke Taman Eko Bukit Merah Laketown Resort boleh bermesra dengan haiwan-haiwan di situ.


Pengunjung juga boleh menyaksikan sesi memberi makanan untuk memerang kecil pada pukul 12 tengah hari dan 3.30 petang.

Jika pengunjung melawat pada waktu siang, haiwan-haiwan seperti sugar glider, kongkang dan monyet Capuchin akan tidur, tetapi jika ingin melihat mereka bergerak aktif, pengunjung boleh mengikuti program The Hoot yang akan membawa pengunjung mengembara waktu malam.

Program kembara malam di dalam Taman Eko itu diadakan setiap hari Jumaat, Sabtu, cuti umum dan cuti sekolah. Program itu bermula dengan pelayaran malam selama setengah jam di tasik Bukit Merah pada pukul 9 malam sebelum memasuki Taman Eko.

Melalui program itu, pengunjung dibawa oleh seorang renjer untuk melihat haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam, uniknya pengunjung akan berjalan dalam gelap dengan bantuan lampu suluh dan cahaya bulan sahaja.

Di antara Nature Trail dan Laluan Tropika, terdapat kawasan pameran Binturong. Binturong adalah musang yang terbesar yang boleh dijumpai di Asia Tenggara.

Haiwan itu aktif pada waktu malam tetapi kadang-kadang ia juga akan mengambil makanan daripada pengunjung pada waktu siang.

Selain itu, pengunjung juga dipelawa untuk memasuki kawasan pameran monyet tupai.

Di situ, monyet-monyet tupai yang jinak akan mengambil makanan dari tangan pengunjung dan lebih menyeronokkan apabila monyet yang berasal dari Amerika Selatan itu akan melompat ke atas bahu pengunjung untuk mengambil makanan dari tangan.

Jika bernasib baik, para pengunjung juga berpeluang melihat burung merak jantan mengembangkan ekornya untuk menarik perhatian merak betina di dalam taman itu.

Di dalam Taman Reptilia, pengunjung akan disambut oleh iguana yang dibenarkan bergerak bebas di dalam taman ini. Pengunjung juga akan dapat melihat beberapa jenis ular seperti ular sawa batik gergasi, ular tedung selar, ular tedung senduk dan ular kapak.

Khas untuk kanak-kanak, terdapat taman haiwan peliharaan di sini antaranya arnab, tikus, tikus belanda dan kambing biri-biri. Melalui ruangan itu, kanak-kanak digalakkan untuk menyentuh dan memberi makanan kepada haiwan-haiwan di sana.

Tidak ketinggalan menghiburkan pengunjung di situ adalah aksi burung kakak tua menerusi pertunjukan yang diadakan dua sesi setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.30 petang hingga 4.30 petang.

Menerusi pertunjukan itu, pengunjung akan dihiburkan dengan gelagat burung kakak tua dengan bermacam-macam aksi antaranya seperti menaiki basikal, mengira dan bermain bola.

Pada penghujung pertunjukan juga pengunjung boleh bergambar dengan burung-burung dengan kadar bayaran hanya RM1 seorang.

Kedatangan ke Taman Eko pastinya menambahkan pengetahuan dan menjanjikan pengalaman menyeronokkan terutamanya kepada kanak-kanak.

Selain Taman Eko, Bukit Merah Laketown Resort juga mempunyai tarikan lain seperti Pulau Orang Utan dan Taman Tema Air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerjasama awam perlu

Posted:

Kerjasama awam perlu

Kerjasama awam perlu

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

KUBANG PASU 27 Mac - Jenayah penyeludupan dapat dibendung secara lebih berkesan jika orang awam dapat memberi kerjasama yang erat terhadap agensi kerajaan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Ismail Ibrahim berkata, jabatan itu amat memerlukan kerjasama dan hubungan baik orang awam dalam usaha mencegah dan membanteras kegiatan penyeludupan yang mampu membantutkan perkembangan ekonomi negara.

Kata beliau, semua pihak harus mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk bersama-sama membanteras kegiatan tersebut dan bukan meletakkannya di atas bahu agensi kerajaan semata-mata.

"Kastam atau agensi kerajaan lain tidak akan dapat bertindak seratus peratus dalam membanteras penyeludupan. Kerjasama orang awam akan membantu kita umpamanya yang mana kita tak nampak, ada orang awam akan bantu salur maklumat," katanya kepada pemberita selepas Program Khidmat Bakti Masyarakat dan Kempen Mencegah Penyeludupan Rokok Anjuran JKDM negeri di Kampung Keda di sini semalam.

Program itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd. Johari Baharum. Hadir sama Pengarah Kastam negeri, Datuk Abd. Aziz Abdul Latif.

Menurut Ismail, tanggungjawab untuk membendung kegiatan penyeludupan semakin hari semakin mencabar kerana penjenayah menggunakan pelbagai helah bagi mengatasi pemantauan pihak berkuasa.

Katanya, sejak akhir-akhir ini, pihaknya mengesan modus operandi terbaru yang mana penyeludup rokok tidak lagi menjual barangan mereka di kedai-kedai tetapi secara terus menerusi Internet.

"Ini menyulitkan lagi kerja-kerja kita. Tetapi kalau kerjasama orang awam begitu kuat, sudah pasti kita dapat membanterasnya dengan lebih berkesan," ujarnya.

Beliau berkata, kerjasama seumpama itu telah terbukti seperti kejayaan JKDM mencatatkan nilai rampasan pelbagai jenis barangan berjumlah lebih setengah bilion ringgit sepanjang tahun lalu hasil kerjasama orang awam dan usaha penguat kuasa jabatan berkenaan.

Dalam pada itu, Abd. Aziz memberitahu, JKDM Kedah berjaya merampas rokok putih dan rokok kretek bernilai RM5,070 yang melibatkan cukai sebanyak RM16,855 bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kedah Motor Sports Club menunggang motosikal sambil berbakti

Posted:

Kedah Motor Sports Club menunggang motosikal sambil berbakti

Kedah Motor Sports Club menunggang motosikal sambil berbakti


Hosna Sultan Badlishah (dua kiri) melepaskan 50 ahli KMSC yang menyertai tunggangan amal di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 27 Mac - Seramai 50 peserta menyertai program tunggangan amal anjuran Kedah Motor Sports Club (KMSC) ke Rumah Anak-Anak Istimewa di Jitra, dekat sini hari ini.

Setiausaha KMCS, Joo Keong Tiong berkata, menerusi tunggangan amal itu para peserta menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada penghuni rumah itu selain beramah mesra dengan mereka.

Katanya, program tersebut merupakan sebahagian daripada karnival pemotoran selama dua hari bermula semalam sempena sambutan ulang tahun ke-25 kelab berkenaan.

"Ini adalah sebahagian tanggungjawab sosial anggota kelab terhadap masyarakat termasuk anak-anak istimewa," katanya kepada pemberita selepas pelepasan peserta tunggangan amal di pekarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini.

Pelepasan para peserta disempurnakan oleh penaung KMSC, Tunku Datuk Hosna Sultan Badlishah.

Menurut Keong Tiong, sepanjang dua hari karnival itu pelbagai acara menarik diadakan termasuk mencari harta karun menerusi penyertaan seramai 300 peserta bermotosikal.

Katanya, acara mencari harta karun itu tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai penyertaan paling ramai menerusi penggunaan motosikal besar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 28 Mar 2011 03:27 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Jimat RM45.7 juta bina penjara baru

Posted:

Jimat RM45.7 juta bina penjara baru

Jimat RM45.7 juta bina penjara baru

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 27 Mac - Program Pemulihan Pemasyarakatan yang dilancarkan semalam mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM45.7 juta daripada membina sebuah kompleks penjara baru, selain mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kos pembinaan program pemulihan itu di kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah RM4.3 juta sahaja.

Beliau menjelaskan, pada setiap Rancangan Malaysia, kerajaan biasanya membina antara lima hingga enam buah kompleks penjara yang setiap satunya bernilai antara RM40 dan RM50 juta.

"Langkah yang dilaksanakan ini juga mampu menangani kemungkinan berlakunya kesesakan dalam penjara pada masa depan disebabkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) hanya sebuah kompleks penjara dimohon untuk dibina," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pelancaran Program Pemulihan Pemasyarakatan bertujuan memulihkan banduan sebelum dibebaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kem Mahkota, Kluang semalam.

Hishammuddin berkata, pada peringkat permulaan, banduan tersebut akan bekerja dan ditempatkan di kem ATM melalui kerjasama antara Jabatan Penjara dengan pihak tentera.

Menurutnya, pelaksanaan program itu dapat mengelakkan banduan yang bukan dalam kategori jenayah berat bercampur dengan mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah serius.

Jelasnya, kategori Banduan Hukuman Mati, Banduan Hukuman Seumur Hayat, Banduan Tahanan Limpah Sultan, Banduan Kesalahan Seksual, Tahanan Reman, POPOC, Langkah-Langkah Pencegahan Khas, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Penghuni Juvana, banduan yang dibicarakan dan yang dikurung kerana tiada penjamin tidak akan terlibat dalam program itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Naib Canselor ‘gila ranking’ digesa letak jawatan

Posted:

Naib Canselor 'gila ranking' digesa letak jawatan

Naib Canselor 'gila ranking' digesa letak jawatan

KUALA LUMPUR 27 Mac – Naib Canselor atau Rektor mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) yang meminggirkan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan dalam bahasa Melayu digesa supaya meletakkan jawatan kerana melanggar prinsip asas agenda nasional.

Ketua Dua Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, sikap mereka yang 'gila ranking' itu perlu dihapuskan supaya bahasa Melayu dapat dijadikan bahasa ilmu bertaraf antarabangsa.

"Bagi menggalakkan perkembangan pesat bahasa Melayu, IPT awam dan swasta perlu memartabat dan mendaulatkan bahasa tersebut dalam sistem pendidikan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia pada Mesyuarat Agung Gapena ke-40, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Satu Gapena, Prof. Emeritus Tan Sri Ismail Hussein.

Abdul Latiff berkata, dalam usaha sesebuah IPT untuk meningkatkan ranking, peranan mereka sebagai pendaulat bahasa tersebut juga perlu diutamakan supaya ia seimbang sebagai pemangkin pembangunan negara.

Sementara itu, katanya, kerajaan juga digesa supaya menubuhkan sebuah jabatan pemantauan dan pelaksanaan bahasa Melayu di setiap IPT bagi mendaulatkan bahasa tersebut.

Tambahnya, penubuhan jabatan itu dapat menggalakkan pembelajaran dalam bahasa Melayu dan menarik minat pelajar asing untuk mendalami peradaban orang Melayu serta memperluaskan lagi penggunaan bahasa tersebut ke serata dunia.

"Penyelidikan dan penerbitan yang dikeluarkan IPT dalam bahasa Melayu perlu diutamakan dan usaha mereka mendaulatkan bahasa ini perlu dihargai dengan pemberian anugerah dan sijil kecemerlangan tahunan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rela sedia banteras jenayah bersama PDRM

Posted:

Rela sedia banteras jenayah bersama PDRM

Rela sedia banteras jenayah bersama PDRM


KETUA Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam (kiri) dan Ketua Pengarah Rela, Datuk Zaidon Asmuni (kanan) memakaikan Pangkat Kehormat Rela kepada Erwan Mohd. Tahir pada Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat Rela Sempena Hari Bertemu Pelanggan KDN di IOI Mall, Puchong, semalam.


KUALA LUMPUR 27 Mac - Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) komited untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengurangkan kadar jenayah sehingga ke tahap paling minimum.

Leftenan Kolonel Kehormat Rela, Datuk Seri Dr. Erwan Datuk Mohd. Tahir berkata, sehubungan itu, pihaknya akan menggerakkan semua anggota menjadi 'mata dan telinga' kerajaan.

"Skop kerja Rela telah diperluaskan dari semasa ke semasa untuk membantu PDRM, contohnya turut terlibat dalam melakukan serbuan dan menangkap pendatang asing tanpa izin.

"Kami (Rela) berjaya dalam misi itu dan kerana itu kami semakin yakin untuk membantu PDRM," katanya pada Majlis Pemakaian Pangkat Kehormatan Rela di IOI Mall, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 41 anggota Rela menerima pangkat masing-masing dan mereka diberi kepercayaan dalam membantu mengurangkan jenayah di kawasan-kawasan tertentu.

Erwan turut berharap agar setiap anggota Rela terus mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.

"Saya mahu anggota Rela bersama membantu menyelesaikan masalah masyarakat agar pasukan ini dipandang tinggi setaraf dengan unit beruniform lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 28 Mar 2011 03:06 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Bantu belia miliki tanah

Posted:

Bantu belia miliki tanah

Bantu belia miliki tanah

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 27 Mac – Harga tanah di Kampung Tersusun Lipat Kajang Merlimau, Jasin di sini dikurangkan kira-kira 30 peratus bagi membolehkan golongan belia memiliki tanah di kawasan tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri. Mohd. Ali Rustam berkata, berdasarkan perbincangan bersama pembeli semalam, kerajaan negeri bersetuju supaya 240 lot tanah yang ada di kampung tersusun itu dijual pada harga antara RM7 dan RM9 bagi setiap kaki persegi.

"Dulu setiap kaki persegi kita jual RM10 hingga RM13 tetapi kerana ramai pembeli minta kita turunkan harga, tetapi kita terpaksa kurangkan sedikit spesifikasi kemudahan.

"Pembeli yang sudah beli lot tanah pada harga lama juga layak mendapatkan harga baru ini," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan 24 pembeli tanah di kampung itu di Seri Bendahara di sini.

Ujarnya, pengurangan harga itu membolehkan golongan muda memiliki lot tanah di kampung itu pada harga RM35,000 bagi tanah seluas 5,000 kaki persegi berbanding RM50,000 untuk keluasan tanah yang sama sebelum ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sembilan pesalah ringan bersihkan masjid

Posted:

Sembilan pesalah ringan bersihkan masjid

Sembilan pesalah ringan bersihkan masjid


Shuib Ongah memberi taklimat kepada sebahagian daripada sembilan orang pesalah ringan daripada Parol Daerah Melaka untuk membersihkan Masjid Ayer Molek di Melaka, semalam.


MELAKA 27 Mac - Seramai sembilan orang daripada Parol Daerah Melaka Tengah terlibat dalam program Pusat Kehadiran Wajib (PKW) diarahkan membersihkan masjid Ayer Molek dan Rumah Orang Tua Bukit Baru secara percuma.

Ketua Seksyen PKW, Shuib Ongah berkata, program yang dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah bagi pesalah-pesalah yang melakukan jenayah ringan seperti mencuri dan memiliki komponen atau motosikal curi, lumba haram, mencuri basikal dan sebagainya.

Menurutnya, mereka akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan selama dua atau tiga jam sehari selama tiga bulan sebelum dibebaskan.

"Program ini dapat memberikan peluang kepada pesalah mendekati masyarakat dan membuka minda mengenai keburukan melakukan jenayah curi dan sebagainya apabila dibebaskan," jelas beliau ketika ditemui pada program membersihkan masjid Ayer Molek, di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Parol Daerah Melaka Tengah, Jamaludin Elias, Pegawai Penjara, Saufie Afandy Md. Senin dan Penyelia KPW, Raeis Aziz.

Sementara itu, Bendahari Masjid Ayer Molek, Md. Yasiudin Abd. Hadi yakin kerja-kerja melibatkan pesalah dengan masyarakat akan membolehkan mereka kembali semua ke pangkal jalan.

Menurutnya, program yang dijalankan secara percuma itu merupakan inisiatif kerajaan untuk memberi pendedahan kepada pesalah terhadap masyarakat.

''Saya yakin mereka akan sedar tentang kesalahan yang telah dilakukan. Berjumpa masyarakat diharap akan menjadikan mereka manusia berguna," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kesan radioaktif: jangan beli bayam, brokoli dari Jepun

Posted:

Kesan radioaktif: jangan beli bayam, brokoli dari Jepun

Kesan radioaktif: jangan beli bayam, brokoli dari Jepun

SEREMBAN 27 Mac - Orang ramai di negeri ini dinasihatkan untuk tidak membeli sayur-sayuran terutamanya bayam dan brokoli dari Jepun yang terdedah dengan kesan radioaktif di Fukushima.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi berkata, kerajaan negeri memandang serius keadaan yang berlaku dan mahu supaya orang ramai menghentikan seketika pembelian sayuran berkenaan buat sementara waktu.

''Kerajaan negeri memang berjaga-jaga dalam soal ini kerana apa yang berlaku melibatkan pengimportan sayur-sayuran yang terdedah dengan bahan radiasi dan sudah pasti ia akan mendatangkan mudarat kepada pengguna.

''Kita mahu supaya orang ramai terutamanya pembeli berwaspada dengan sayur-sayuran dari negara berkenaan kerana dalam soal kesihatan kita tidak boleh berkompromi," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Duta Malaysia di Jepun, Datuk Shaharuddin Md. Som mengenai pergantungan pengimportan 11 produk pertanian ke negara ini termasuk bayam dan brokoli kerana disahkan tercemar dengan bahan radiasi nuklear.

Tambah beliau, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri selain Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri untuk menghalang penjualan bahan makanan itu kepada orang ramai.

Orang ramai juga jelasnya, diingatkan supaya memberi maklumat kepada pihaknya supaya langkah pencegahan dapat dibuat dengan segera.

''Kita mengharapkan supaya orang ramai sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenainya. Jika perlu laporkan kepada pihak berkuasa supaya langkah susulan dapat diambil.

''Nasihat ini juga turut ditujukan kepada para peniaga supaya tidak mengambil mudah perkara ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 28 Mar 2011 01:32 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


GTP amat membanggakan

Posted:

GTP amat membanggakan

GTP amat membanggakan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2010 Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Stadium Putra Bikit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. - Bernama


KUALA LUMPUR 27 Mac - Pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sejak setahun lalu membuahkan kejayaan amat membanggakan kerana ia dihasilkan melalui satu agenda bersifat berani, inovatif dan telus serta didukung oleh pasukan pentadbir yang bersungguh-sungguh mahu meningkatkan taraf hidup rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehubungan itu berkata, kejayaan tersebut akan dijadikan iltizam kepada kerajaan untuk berusaha lebih gigih pada masa akan datang demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Beliau berkata, kejayaan itu juga amat berkait rapat dengan keputusan kerajaan menetapkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang selama ini menjadi tiang kepada GTP.

"Dalam setiap NKRA, kita sasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan cara menyentuh denyut nadi mereka. Kita insaf bahawa rakyat adalah segala-galanya bagi kerajaan. Mereka merupakan satu amanah.

"Seperkara lagi dalam era kini, kerajaan yang cekap adalah kerajaan yang tahu jangkaan rakyat. Sudah tentu rakyat mahu kualiti hidup mereka ditingkatkan selain tinggal dalam sebuah negara yang selesa dan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Transformasi Bersama Rakyat Untukmu Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri-Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Idris Jala serta barisan menteri dan timbalan menteri.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Pada majlis malam ini beliau turut melancarkan Buku Laporan Tahunan GTP 2010.

Perdana Menteri turut menyentuh bagaimana kerajaan mengambil kira pandangan rakyat sebelum GTP dilaksanakan tahun lepas melalui satu proses tinjauan.

Hasilnya kata beliau, enam NKRA telah ditetapkan iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, memperbaiki pencapaian pelajar, meningkatkan pendapatan isi rumah berpendapatan rendah, meningkatkan infrastruktur luar bandar dan meningkatkan kemudahan pengangkutan awam bandar.

"Kita juga sedar era kerajaan mengetahui segala-galanya telah berakhir. Oleh itu dengan rasa rendah diri kita perlukan maklum balas rakyat supaya kita tahu apa yang mereka mahukan," ujarnya.

Sementara itu beliau mengakui bukan mudah untuk kerajaan mengecap kejayaan itu kerana pelbagai cabaran serta dugaan terpaksa ditempuhi.

"Oleh itu dalam kita meraikan kejayaan tahun pertama GTP ini, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penjawat awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan kerana bersama-sama menggembleng tenaga menjayakan misi ini," ujarnya

Dalam pada itu dalam ucapannya, Najib turut memaklumkan kejayaan-kejayaan kerajaan menaikkan taraf hidup rakyat melalui enam NKRA yang merupakan tiang atau tunjang kepada GTP.

Antara pencapaian tersebut ialah:

1. Indeks jenayah turun 15 peratus, indeks jenayah jalanan turun 35 peratus,

2. Memerangi rasuah-penggubalan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat selain tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes rasuah yang berjaya meningkatkan keyakinan rakyat.

3. 700,000 kanak-kanak memperoleh manfaat daripada lebih 1,500 kelas prasekolah.

4. Berjaya menurunkan 99.8 peratus golongan miskin tegar.

5. Mengubah kehidupan 2 juta rakyat dalam bidang meningkatkan infrastruktur luar bandar.

6. Peningkatan penumpang transit aliran ringan (LRT) yang kini berjumlah 2.43 juta orang dan peningkatan 192 peratus penumpang bas transit lebuh raya (BET).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM lancar laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan

Posted:

PM lancar laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan

PM lancar laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan


Najib Tun Razak bersama isteri, Rosmah Mansor; Muhyiddin Yassin dan isteri, serta menteri-menteri Kabinet yang lain menyanyikan lagu 1Malaysia beramai-ramai pada Malam Transformasi Bersama Rakyat Untukmu Malayisa di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.


KUALA LUMPUR 27 Mac - Kira-kira 7,000 rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi menyaksikan serta menyokong pelancaran laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2010.

Laporan tersebut yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata berjaya menarik perhatian rakyat negara ini yang teruja untuk mengetahui sejauh mana kejayaan program yang mula diperkenalkan pada 28 Januari tahun lalu.

Majlis bertemakan Malam Transformasi Bersama Rakyat: Untukmu Malaysia itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala serta menteri-menteri lain.

Pelancaran laporan tahunan itu juga diserikan lagi dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Hattan, Aizat, Daniel Lee, Reshmonu, Alyah dan ramai lagi.

GTP meliputi enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam bidang pendidikan, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar dan mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar.

Laporan tahunan itu dilancarkan bertujuan memberi maklumat serta informasi kepada rakyat mengenai perkembangan dan pencapaian enam NKRA itu.

Selain itu, laporan tersebut juga turut menerangkan perancangan kerajaan dalam enam bidang utama itu pada masa hadapan serta usaha membawa negara merealisasikan hasrat mencapai status negara maju menjelang 2020.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muhyiddin teruskan program GTP

Posted:

Muhyiddin teruskan program GTP

Muhyiddin teruskan program GTP

KUALA LUMPUR 27 Mac - Teraju utama memimpin dan menyelia Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada masa akan datang sehingga tahun akhir pelaksanaannya pada 2012 diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berucap pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2010 GTP di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam ini, Perdana Menteri berkata, Muhyiddin akan dibantu oleh kesemua enam menteri yang terlibat dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan di dalam GTP.

"Program GTP ini akan diselaraskan dan dipantau selia selepas ini oleh Muhyiddin dan beliau akan menyelaraskan semua tindakan yang akan diambil oleh menteri," katanya.

Najib berkata, kejayaan program GTP tidak akan terhenti pada tahun pertama pelaksanaannya sebaliknya ia akan menguatkan semangat kerajaan untuk terus bekerja.

Buku laporan setebal 268 muka surat itu boleh dimuat turun melalui laman web www.pemandu.gov.my. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 28 Mar 2011 01:25 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Kebas wang atuk RM65,000

Posted: 27 Mar 2011 10:48 AM PDT

JOHOR BAHRU: Dia dijadikan cucu angkat dan ditatang bagai minyak yang penuh, namun segala jasa datuknya dibalas dengan pengkhianatan apabila melesapkan wang pencen milik warga emas itu berjumlah RM65,000.

Lebih memilukan Yasin Sagi, 80, dari Kampung Majidee Baru, di sini, cucu angkatnya yang dipanggil nama Gemuk, 30-an menipunya dengan mendapatkan cap jarinya ketika menemaninya melakukan urusan di bank.


Yasin yang mengalami masalah pendengaran berkata, Gemuk tinggal di Stulang, tidak jauh dari rumahnya dan sering mengunjunginya, selain ringan tulang.

"Dia menggelar saya 'Atuk' dan kerana itu saya menjadikannya cucu angkat. Keluarga saya juga menyenangi sikapnya yang tidak berkira selain gemar membantu.


"Rupa-rupanya itu semua helahnya untuk mencuri duit saya. Kini semua wang hasil titik peluh sepanjang 30 tahun bertugas di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) lesap," katanya.


Yasin berkata, dia menyedari Gemuk mencuri duitnya selepas menerima rekod pengeluaran wang di bank antara 23 Disember tahun lalu hingga 4 Januari lalu.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, Gemuk menemaninya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta sebuah bank di Larkin Perdana untuk membuka buku akaun simpanan bank.


"Pada 23 Disember, Gemuk membawa saya ke cawangan bank di Jalan Wong Ah Fook mengeluarkan RM2,000 bagi membeli baja. Gemuk kemudian membuat permohonan mendapatkan kad ATM (mesin juruwang automatik) atas nama saya tanpa pengetahuan saya.

"Saya yang kurang tahu prosedur bank hanya mengikut permintaannya apabila dia meminta cap jari pada satu borang," katanya.


Menurutnya, dengan kad ATM itu Gemuk membuat beberapa pengeluaran antara 23 Disember tahun lalu dan 4 Januari lalu, sehingga semua wang pencennya RM65,000 di dalam akaun habis.


Yasin berkata, dia hanya menyedari wang pencennya licin selepas dimaklumkan menantu, Ungku Chik, 40-an, selepas menerima makluman dari bank mengenai rekod pengeluaran wang menggunakan kad ATM dengan jumlah maksimum RM5,000 setiap hari secara berterusan selama dua minggu.


"Sejak itu, Gemuk menghilangkan diri. Saya tidak sangka dia menipu dan mencuri duit saya," katanya. Yasin turut kecewa dengan pengurusan bank berkenaan yang memberi kebenaran kepada individu lain bagi membuat urusan permohonan kad ATM.


Yasin membuat laporan di Balai Polis Majidee pada 4 Januari lalu dan jurucakap balai polis berkenaan mengesahkan menerima laporan itu.


"Kami masih menjalankan siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Gemuk menghubungi talian 07-2212999 atau 07-2254422," kata jurucakap itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelakon penipu

Posted: 27 Mar 2011 10:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mualaf yang pernah berlakon dalam beberapa drama Cina terbitan produksi tempatan, rupa-rupanya turut bijak 'berlakon' apabila memperdaya ribuan mangsa menyertai skim perniagaan jualan langsung (MLM) dianjurkannya, menyebabkan mangsa kerugian hampir RM50 juta.

Dia yang dikenali dengan nama K dan berusia awal 40-an, bijak memperdayakan mangsa melabur skim MLM didalanginya apabila menjual nama kerabat diraja sebuah negeri di Pantai Timur dengan mendakwa dia anak angkat keluarga diraja.


Selain itu, K bijak memanipulasi statusnya sebagai saudara baru menyebabkan skim pelaburan dianjurkannya mudah mendapat ahli dengan jumlah keahlian mencecah 30,000 orang termasuk dari Indonesia dan Thailand.

Kebanyakan mangsa adalah kakitangan kerajaan dan warga emas yang terpengaruh apabila K mendakwa mampu memberi pulangan keuntungan sehingga 60 peratus daripada modal permulaan RM3,700 satu lot.


Penipuan K didedahkan tiga mangsanya, Mohd Fahmi Anuar, 32, Adam Lim, 31, dan Adlan Shah Haris, 35, yang membuat aduan kepada Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan di pejabatnya di sini, baru-baru ini.


Mereka yang mengetuai ahli kumpulan pelaburan terbesar di Johor dan sekitar Lembah Klang berkata, K juga meyakinkan pelabur dengan memaklumkan syarikatnya mempunyai lombong berlian di Kanada dan kilang pemprosesannya di China.

Menurut Mohd Fahmi, pada mulanya dia musykil, tetapi selepas diberi penerangan kononnya pelaburan itu mempunyai lesen sah selain melihat K menggunakan kereta mewah bernombor VIP yang didaftarkan dengan alamat istana, dia tidak teragak-agak mencuba nasib.


"Saya mengajak rakan lain melabur dan gembira apabila menerima pulangan pertama seperti yang dijanjikan selepas sebulan melabur.

"Namun, sejak Oktober tahun lalu sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang bayaran dan setiap kali menelefon K tidak pernah berjawab," katanya yang mendakwa mengalami kerugian RM250,000 melalui dua pakej yang disertai.


Mohd Fahmi berkata, dia bersama rakan lain pergi ke rumah K tetapi mendapati rumah lelaki itu dikawal ketat dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) selain dipasang pagar berduri.


"Saya yakin lelaki itu masih tinggal di rumah berkenaan berdasarkan kereta dan keadaan rumah yang kemas tetapi dia sengaja berbuat demikian kerana enggan bersemuka dengan kami yang 'mengejarnya' sejak lapan bulan lalu," katanya.


Katanya, ramai pelabur mengalami kerugian dan ada antara mereka sanggup menjual kebun, membuat pinjaman bank, menjual barang kemas dan juga meminjam daripada along.


Adlan Shah pula berkata, banyak janji K tidak ditepati malah pelbagai alasan direka bagi melepaskan diri.


"Awalnya kami dimaklumkan proses pembayaran mempunyai sedikit masalah selepas berlaku pertukaran dalam sistem elektronik bagi penambahbaikan dan dia meminta kami menunggu hingga hujung bulan.


"Dia berjanji membayar tunggakan keuntungan kepada ahli melalui pembayaran cek sebaik saja masalah membabitkan sistem itu selesai tapi sehingga sekarang kami tak mendapat apa-apa," katanya yang mendakwa kerugian hingga RM4 juta, hasil pelaburan bersama beberapa orang bawahannya.


Menurutnya, K juga bijak memerangkap ketua kumpulan sepertinya untuk melepaskan diri daripada dimarahi ahli.


"Selepas cek keuntungan diserahkan kepada ketua kumpulan K akan memaklumkan kepada semua ahli kononnya bayaran dibuat. "Namun, belum sempat kami menunaikan cek dia membekukan akuan bank menyebabkan cek tidak boleh ditunaikan, tapi ahli memarahi kami kerana menyangka dia benar-benar memberikan duit," katanya.


Adlan Shah juga mendakwa, K memeluk agama Islam hanya sebagai usaha untuk meyakinkan mangsanya.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan laporan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 28 Mar 2011 01:24 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Alkitab: NGO Islam gesa kumpulan Kristian mohon maaf

Posted: 28 Mar 2011 12:37 AM PDT

Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), yang dianggotai 19 badan bukan kerajaan, menuntut kumpulan masyarakat Kristian supaya memohon maaf kepada umat Islam ekoran pelbagai kenyataan dalam isu kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang sebahagiannya didakwa telah menggores umat Islam.

Selain itu, Pembela juga berpendapat bahawa kumpulan 35,100 Alkitab tidak patut dibenarkan untuk edaran kerana bercanggah dengan undang-undang negara ini.

Minggu lalu kerajaan membolehkan pelepasan naskhah Alkitab yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching tanpa dikenakan dua syarat iaitu tag dan nombor bersiri.

Sebaliknya ia akan dikeluarkan dengan dicap "Untuk Kristian" sahaja.

"Keputusan awal kerajaan sudah merupakan satu kompromi yang sebenarnya sudah melampaui peruntukan-peruntukan ini.

"Oleh itu, sikap keras dan degil pihak Kristian terhadap keputusan awal kerajaan ini adalah sangat mendukacitakan," kata Pembela dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Pembela berkata, lebih-lebih lagi jika diambil kira kitab al-Quran sendiri dikawal cetakan dan sebarannya oleh Kementerian Dalam Negeri, mendakwa prosedur biasa itu sebagai satu kesalahan besar yang mencemar kesucian Kristian dan Alkitab adalah satu tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab.

Dalam kenyataan itu, Pembela juga menyeru agar kumpulan-kumpulan Kristian menghentikan pendekatan konfrontasi, sebaliknya menggunakan saluran perbincangan yang ada seperti Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama yang ditubuhkan oleh kerajaan.

"Kami menegaskan, jikalau mereka berterusan hendak mengambil pendekatan konfrontasi dan garis keras, kami mungkin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada jawatankuasa  tersebut," kata Pembela dalam kenyataan di bawah tajuk "mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia dalam menangani isu kitab Injil Bahasa Melayu."

Pembela berkata, kenyataan ini dibuat memandangkan sikap kumpulan-kumpulan Kristian akhir-akhir ini yang terlalu provokatif dan melampau-lampau dalam menangani isu kitab Injil dalam Bahasa Malaysia.

Gabungan Pembela terdiri daripada Angkatan Belia Islam Malaysia, Gerak Massa Malaysia, Ikatan Badan Amal Islami Wilayah Persekutuan, Ikatan Muslimin Malaysia, Institut Pengajian Tradisional Islam, Persatuan Muslimat Interaktif, Institut Islam dan Pengajian Strategik, Kesatuan Pondok Islamiah Malaysia, Persatuan al-Hunafa, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia, Persatuan Al-Hidayah, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia, Pusat Penyelidikan dan Maklumat Islam, Teras Pengupayaan Melayu, Yayasan Kubra dan Yayasan Sofa.

Pembela berkata, pihaknya menegaskan kepada semua pemimpin politik tanpa mengira parti agar jangan sekali-kali menggadaikan kedaulatan Islam kerana tekanan sokongan politik.

"Kalaupun tunduk kepada tekanan politik boleh membawa hasil sementara tetapi dalam jangka panjang ia akan meruntuhkan paksi pembinaan negara bangsa dan turut merugikan semua pihak," katanya.

Pembela juga berkata pihaknya juga sangat tidak selesa dengan pendekatan membiarkan para pemimpin bukan Islam yang ke hadapan menjadi jurucakap bagi pihak kerajaan mahupun pembangkang dalam isu ini.

"Oleh kerana ianya melibatkan isu Islam, sepatutnya pemimpin beragama Islam lebih terkehadapan dalam menangani isu ini.

"Pemimpin bukan Islam nampaknya sering berlebih-lebihan dan kurang berhati-hati dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat," kata Pembela yang merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Kenyataan berkenaan pelepasan Alkitab dikeluarkan oleh Idris bagi pihak Kabinet.

Pembela berkata, pihaknya juga menegaskan pengundi majoriti di negara ini adalah umat Islam dan berdasarkan senario mutakhir ini, "kami memutuskan untuk menggerakkan kempen kesedaran di kalangan pengundi Islam di negara untuk menolak mana-mana pemimpin yang terlalu berkompromi dengan prinsip kedaulatan Islam di Malaysia."

"Untuk tujuan itu, kami akan memantau serius setiap kenyataan dan tindakan setiap tokoh politik dalam isu-isu seumpama ini," katanya lagi.

Pembela juga akan mengemukakan satu memorandum khas berkenaan isu ini kepada pihak Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu.

Kata Pembela, pihaknya ingin mempersoalkan sampai ke tahap mana mereka hendak memprovokasi dan memanipulasi isu Alkitab dan adakah mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka ini amat menghiris perasaan umat Islam.

"Pembela menuntut agar kumpulan-kumpulan Kristian terbabit kembali menghormati persefahaman yang ada di kalangan penganut agama yang berdasarkan Perlembagaan negara, peruntukan undang-undang dan pelbagai keputusan-keputusan rasmi.

"Ini termasuklah Artikel 3(1), 11(4) dan enakmennya, Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu kalimah Allah, larangan Mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah selagi rayuan belum diputuskan, dan keputusan Kabinet 1986 tentang import masuk kitab Injil berbahasa Malaysia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Azmin sindir polis keluar notis Seksyen 111 ‘lapan bulan’ lebih awal

Posted: 28 Mar 2011 12:27 AM PDT

Azmin

SHAH ALAM, 28 Mac — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyindir polis mengeluarkan notis "lapan bulan lebih awal" agar hadir di ibu pejabat polis Ampang untuk memberi keterangan berhubung kekecohan pada program parti yang dianjurkan di pusat khidmat masyarakatnya di Gombak, Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata selain tidak diberi alasan beliau dipanggil, pihak polis juga seolah-olah mengeluarkan notis secara terburu-buru dengan kesilapan tarikh.

Kata beliau, sedangkan notis itu dipercayai berkaitan dengan insiden Jumaat lalu — yang berakhir dengan kekecohan antara polis dan penyokong Pakatan Rakyat, tetapi tarikh notis bulan tertera "26 November 2011."

"Notis yang diberikan kepada saya tidak menyebut alasan siasatan dan mereka lakukan ini secara terburu-buru.

"Notis di bawah Seksyen 111 telah digunakan terhadap saya lewat malam tadi yang bertarikh 26 November 2011, ini bermakna polis terlalu cekap yang mana mereka sediakan notis lapan bulan lebih awal," kata Azmin.

Beliau mengaitkan kedua-dua kes liwat membabitkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana prosedur yang dibuat tidak mengikut kronologi membuktikan tuduhan tersebut telah dirancang.

"Saya telah dimaklumkan terdapat tiga buah kereta, satu kereta peronda dan dua kereta persendirian datang ke rumah saya untuk memberikan notis kepada saya tapi selepas itu mereka tetap menunggu di hadapan rumah saya dan sekali lagi saya merasakan ini adalah satu bentuk gangguan dan ugutan terhadap anak dan keluarga saya. Sebaik sahaja menyerahkan notis kenapa anda mesti terus berada di hadapan rumah saya?

"Bila saya pulang kira-kira pukul 1 lebih (pagi tadi) mereka masih lagi berada di sekitar kawasan rumah saya dan untuk apa? Rakan saya dari Batu Caves dan juga Hulu Klang juga menerima notis pada pukul 2.30 pagi. Kenapa tidak serahkan notis itu hari ini atau tengah hari? Kenapa perlu tergesa-gesa?" soalnya.

Ketika polis tiba di pekarangan rumahnya, Azmin berada di Hotel De Palma, Ampang kerana menghadiri mesyuarat PKR selepas makan tengah hari di lokasi sama.

"Saya mempersoalkan cara mereka buat perkara ini; seolah-olah saya seorang penjenayah. Mengapa mereka perlu serahkan notis macam itu yang terdapat unsur gangguan dan ugutan kepada saya dan keluarga. Mereka datang lewat malam tadi. Mereka tidak boleh tunggu sehingga hari ini untuk serahkan notis. Kenapa polis bertindak dengan tidak profesional," katanya kepada wartawan selepas sesi pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini.

Azmin juga menuntut Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab atas sikap "tidak profesional" polis.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis, Azmin berkata peguamnya akan mengkaji perkara itu.

"Peguam saya akan kaji dulu. Satu saya rasa ia menceroboh dan kedua bertindak di luar kuasa kerana tidak mempunyai hak untuk masuk. Ini adalah premis swasta, ia pejabat saya, anda tahu pusat khidmat masyarakat. Mereka tidak sepatutnya datang dan mengganggu program kita," katanya.

Azmin berkata peguamnya mungkin akan kemukanan notis pertama menjelang petang esok.

Beliau juga menunjukkan kepada pemberita notis yang diterimanya lewat malam tadi yang dikeluarkan lapan bulan awal.

Azmin juga menuntut permohonan maaf daripada Ketua Polis Ampang kerana mengganggu satu program yang dianjurkan di pusat khidmat masyarakatnya Jumaat lalu.

"Perhimpunan yang kita buat secara aman dan dirancang tetapi ia menjadi kelam-kabut apabila polis masuk dan membuat provokasi yang mengganggu ketenteraman program.

"Peguam saya akan menghantar satu notis esok kepada OCPD (Ketua Polis Daerah) Ampang menuntut permohonan maaf dan memohon penjelasan dan jika mereka tidak mahu kita akan ambil tindakan undang-undang kepada polis," katanya.

Azmin sepatutnya menemui polis hari ini untuk memberikan keterangan berhubung program Pakatan Rakyat yang diadakan pusat khidmat masyarakat Gombak.

Akaun Twitter PKR Wilayah Persekutuan pula menyebut: "@AzminAli diminta lapor diri ke balai polis esok (hari ini); isu ceramah 25/3 tiada permit. Mengikut sumber beliau mungkin akan ditahan."

Difahamkan Azmin telah bercakap kepada Ketua Polis Ampang dan menetapkan semula pertemuan dengan polis kerana menghadiri perasmian DUN Selangor pagi ini.

Majlis Jumaat lalu anjuran PKR, yang didakwa diadakan tanpa permit polis, berubah menjadi 'hodoh' apabila anggota polis cuba menghentikan Anwar daripada meneruskan ucapannya, menyebabkan penyokong beliau marah lalu menyerang pasukan keselamatan.

Ketua Umum PKR itu, yang merupakan pemimpin terakhir berceramah telah menyampaikan ucapannya sekitar 13 minit ketika polis mula campur tangan sedangkan dikatakan telah diberi 15 minit untuk berucap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 27 Mar 2011 11:24 PM PDT

Berita Harian: Nasional


'Najib berjaya yakinkan rakyat'

Posted: 27 Mar 2011 02:43 PM PDT

Nasional

pix_gal0
Kepemimpinan Perdana Menteri beri mood lebih positif kepada BN: Daim

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berpendapat kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang berusaha membina kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) selepas prestasi buruk pada pilihan raya umum 2008 berjaya mengurangi keresahan di kalangan rakyat.

Katanya, usaha Najib itu juga berjaya menenangkan keadaan politik negara secara keseluruhan dan rakyat juga sudah matang serta bijak membuat penilaian politik. Beliau berkata, keyakinan rakyat terhadap BN juga dilihat lebih terserlah apabila memenangi pilihan raya kecil Galas, Batu Sapi, Tenang, Kerdau dan Merlimau secara berturut-turut dalam tempoh empat bulan.

Sambil menyifatkan Perdana Menteri sangat jujur dan ikhlas berusaha untuk membantu meninggikan taraf hidup rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan miskin, Daim berkata selagi rakyat bijak membezakan antara padi dengan sekam, beliau yakin BN akan terus memerintah.

"UMNO dan BN akan terus hidup. Saya tidak fikir BN boleh kalah lebih teruk daripada pilihan raya umum 2008. Situasi politik pada 2008 amat berbeza daripada situasi sekarang.

"Namun, realiti politik ini selalu berubah mengikut suasana, jika kita tidak waspada dan berhati-hati, suasana tenang boleh bertukar menjadi keruh dalam sekelip mata," katanya dalam wawancara disiarkan Mingguan Malaysia, semalam.
Daim berkata, program seperti skim rumah pertama adalah antara komitmen kerajaan BN yang menyedari setiap rakyat berhak hidup dalam keadaan aman, selesa, bebas dan makmur serta memerlukan kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin UMNO dan BN perlu sentiasa peka terhadap tuntutan rakyat.

"Setiap wakil rakyat, setiap pemimpin BN, baik yang kecil atau besar harus sentiasa turun padang, jangan tunggu padang datang kepada kita. Semua mereka harus bekerja kerja untuk menghidupkan UMNO dan BN, bukannya mencari hidup daripadanya," katanya mengambil contoh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam yang selalu turun padang dan bermesra dengan rakyat tidak kira majlis perkahwinan, kematian, kebakaran atau kemalangan. Kalau tidak dapat hadir beliau hantar wakil atau SMS.

Di samping itu, Daim menyarankan jentera UMNO dan BN perlu diperbaiki dan dimodenkan sesuai dengan perubahan sosial, teknologi maklumat dan ekonomi.

Sebagai contoh, katanya, Perdana Menteri menggunakan blog dan twitter untuk berinteraksi secara spontan dengan rakyat terutama golongan muda yang kini jauh lebih berpelajaran dan luas jaringan mereka.

"Mimpi, harapan dan aspirasi mereka tentu berbeza daripada yang dialami ibu bapa mereka. UMNO dan BN perlu memahami semua hal ini dengan jelas supaya dapat melaksanakan program yang boleh dihayati golongan ini.

"Program mesti berterusan, bukan menanti pilihan raya kecil baru sibuk turun padang. Takkan tak ada pilihan raya kecil, maka tak ada pembangunan... saya percaya bila Perdana Menteri dan Timbalan jumpa ketua cawangan UMNO, ia akan dapat menyelesaikan masalah rakyat dan UMNO akan bertambah kukuh.

"Sebelum pilihan raya (akan datang), semua masalah dalaman (parti) mesti diselesaikan. Kekuatan Perdana Menteri seorang belum boleh menentukan kemenangan BN. Calon dipilih juga mesti bersih dan diterima rakyat," katanya yang yakin rakyat yang mengundi pembangkang pada 2008 kini inginkan perubahan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk tagih bekalan air percuma dijanji pembangkang

Posted: 27 Mar 2011 02:41 PM PDT

Nasional

KLANG: Meskipun sudah tiga tahun pembangkang memerintah negeri ini, masih ada penduduk tidak mendapat bekalan air percuma bagi 20 meter padu seperti dijanjikan menerusi manifesto Pilihan Raya Umum pada 2008.

Penghuni sebuah pangsapuri di Pandamaran di sini, yang kebanyakannya berpendapatan rendah, misalnya masih belum menikmati kemudahan itu ketika sebahagian besar penduduk termasuk pemilik rumah mewah menerima keistimewaan berkenaan.

Ini berikutan pangsapuri berkenaan menggunakan meter pukal, di mana penghuni tidak mempunyai akaun individu. Berikutan itu, pengurusan bangunan yang tentukan jumlah setiap penghuni perlu bayar berdasarkan caj keseluruhan yang dikenakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS). Penghuni terbabit mendakwa pihak persatuan penduduk taman itu sudah banyak kali membuat permohonan kepada kerajaan negeri, tetapi gagal dan terpaksa membayar bil air kepada pengurusan pangsapuri pada harga tidak munasabah.

Kinana Asari, 39, berkata penghuni pangsapuri itu sudah lama menantikan bekalan air percuma, tetapi sehingga kini belum menjadi kenyataan.

Katanya, kelewatan kerajaan negeri menyelesaikan masalah mereka menyebabkan penghuni terpaksa berdepan caj tinggi berbanding caj biasa dikenakan SYABAS.

"Pihak pengurusan sewenang-wenangnya meletakkan caj bil air tanpa merujuk kepada meter. Jadi bil air tidak konsisten berikutan pangsapuri ini menggunakan meter pukal," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 27 Mar 2011 11:24 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Wang tidak boleh beli segala-galanya

Posted:

Wang tidak boleh beli segala-galanya

Wang tidak boleh beli segala-galanya


PEGAWAI Jabatan Pengangkutan Jalan melakukan operasi pemeriksaan cermin gelap kenderaan. - Gambar hiasan


BAGI sesetengah orang, wang berkuasa menyelesaikan banyak masalah malah boleh melancarkan urusan dan jaminan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Namun ramai tidak menyedari kuasa wang jugalah menyebabkan ramai tersungkur dan musnah kerananya. Wang juga menyebabkan kita silap membuat pilihan sehingga menjejaskan reputasi dan masa depan.

Satu kisah benar yang dipaparkan Jejak Rasuah minggu ini memberi iktibar bahawa wang tidak boleh membeli segala-galanya.

Seorang pengurus syarikat swasta yang dikenali sebagai Lim juga termasuk dalam golongan yang mempercayai wang boleh membantunya daripada disaman dalam satu operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Operasi yang dijalankan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala Melaka bertujuan untuk mengesan pengguna cermin gelap melebihi had dan tanpa surat kebenaran.

Lim yang memandu kereta Mercedes-Benz berwarna hitam tidak menyangka keretanya ditahan kerana menggunakan cermin tingkap terlalu gelap.

Dia bagaimanapun dengan angkuh mendakwa merupakan orang kenamaan (VIP) dan memperlekehkan tindakan seorang anggota penguat kuasa JPJ yang dikenali sebagai Daud.

Daud dengan tenang meminta Lim menunjukkan sebarang surat kebenaran untuk menggunakan cermin gelap namun lelaki itu gagal berbuat demikian.

Berikutan itu, Daud mengeluarkan buku notis untuk dicatat maklumat peribadi Lim dan kesalahan yang dilakukannya, tetapi tidak semena-mena Lim merayu agar dia tidak disaman.

Lim yang ketika itu dalam perjalanan ke satu mesyuarat untuk menandatangani satu tender penting, mula terfikir untuk memberi rasuah kepada penguat kuasa tersebut agar urusannya tidak tergendala.

Tiba-tiba Lim menghulurkan wang berjumlah RM400 kepada Daud tetapi anggota JPJ itu enggan menerimanya.

Tanpa Lim sedari, tindakannya itu sedang diperhatikan oleh seorang pegawai SPRM, dikenali sebagai Ismail yang berada tidak jauh daripada mereka.

Ismail memperkenalkan dirinya sebagai pegawai SPRM kepada Lim dan menahannya kerana telah cuba menyogok Daud ketika menjalankan tugas supaya tidak disaman atas kesalahan menggunakan cermin gelap pada kenderaannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 27 Mar 2011 11:24 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Jati diri dalam karangan seni

Posted:

Jati diri dalam karangan seni

Jati diri dalam karangan seni

Oleh BASIR ABU BAKAR



SEBAHAGIAN besar generasi muda di negara ini masih tidak mengetahui tentang puisi apatah lagi mengenal lebih mendalam mengenai konsep dan pengisian maksudnya.

Seperkara yang terdetik dalam fikiran mereka tentang puisi adalah karangan seumpama lirik lagu dan patah-patah perkataan yang dibaca oleh pendeklamasi sempena sambutan acara tertentu. Lebih malang, mereka menganggap acara deklamasi puisi sesuatu yang membosankan.

Mungkin itu stigma yang bersarang dalam diri sebahagian besar anak muda negara ini yang rata-ratanya lebih meminati budaya popular dari Barat berbanding resam bangsa sendiri.

Secara umumnya, makna puisi menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, bermaksud karangan yang berbentuk sajak termasuk syair, pantun dan lain-lain.

Pemuisi pula bermaksud orang mencipta iaitu mengarang, menulis atau mendeklamasikan puisi ataupun penyajak.

Bagaimanapun, generasi muda tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Arus modenisasi hari ini kadang-kala membuatkan generasi baru anak muda alpa dan terkeliru antara puisi dan seni.

Keadaan yang berlaku itu turut menyebabkan mereka tidak mempedulikan budaya kesusasteraan tanah air kita yang sebenarnya merupakan satu perkara yang sangat indah untuk dihayati dan hebat kelihatan di peringkat antarabangsa.

Mungkinkah juga mereka menganggap puisi tidak setaraf dengan pemikiran mereka yang moden dan hanya layak untuk dinikmati oleh mereka yang berumur?

Kalau ada yang beranggapan begitu, ia ternyata silap dan pandangan skeptikal itu seharusnya diubah kerana puisi merupakan medium seni yang begitu indah dan puitis seandainya dihalusi serta diselami.

Puisi hakikatnya merupakan warisan bangsa turun-temurun daripada nenek moyang kita yang sewajarnya diangkat dan terus dipelihara agar ia tidak akan lenyap di muka bumi ini.

Untuk terus memelihara pusaka bangsa ini, ia memerlukan sokongan dan bantuan semua pihak untuk mengkomersialkan puisi agar ia mampu menarik perhatian golongan muda untuk menghayatinya.


MALAYSIA tidak pernah ketandusan buku-buku bacaan sastera dan puisi, cuma yang dibimbangkan adalah bilangan pembaca serta pengikutnya.


Selamatkan karya puisi

Pemuisi terkenal negara, Ramli Selamat, 54, menjelaskan bahawa usaha mempromosi seni sastera bangsa perlu dilakukan secara berterusan bagi menyelamatkan idea dan karya puisi negara agar ia tidak terus terkubur.

Menurutnya, penerbitan dalam bentuk buku dan media-media lain perlu dipertingkatkan. Segala penerbitan itu perlu disebarluas ke tengah masyarakat.

"Usaha memasyarakat dan merakyatkan puisi dan penyair perlu diberi sokongan dari segi kewangan dan kemudahan untuk berkarya.

"Selain itu, pendedahan terhadap puisi yang sejati perlu diberikan kepada generasi muda sejak di bangku sekolah atau sewajarnya bermula dari tadika," kata Ramli yang bekerja sebagai seorang kerani dan berasal dari Kuantan, Pahang.

Sememangnya puisi masih mempunyai peminat dan penulis dalam kalangan generasi muda namun jumlah mereka boleh dibilang dengan jari jika dibandingkan dengan jumlah golongan muda yang berminat dengan program realiti berbentuk hiburan kontemporari.

Sesungguhnya keadaan tersebut tidak dapat diabaikan kerana ia menjadi fenomena di mana-mana negara di dunia ini dan ia dianggap sebagai sesuatu yang normal.

Timbalan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Amiruddin Md. Ali Hanafiah menjelaskan bahawa keadaan suram sambutan yang kurang diterima golongan muda kini mungkin disebabkan kesilapan pemuisi itu sendiri.

Menurutnya, cara seseorang pemuisi itu menyampaikan persembahan mereka perlu mempunyai elemen tambahan dan tidak hanya bergantung kepada lontaran suara semata-mata.

"Pemuisi mungkin boleh memasukkan elemen muzikal, lakonan dan persembahan pancaran layar Powerpoint dalam setiap persembahan mereka.

"Dengan kepelbagaian elemen itu saya percaya ia dapat menarik lebih ramai peminat puisi di kalangan generasi muda," kata penulis buku kumpulan puisi remaja Anak Warisan itu.

Pada masa yang sama katanya, setiap peminat puisi pasti akan ternanti gimik persembahan seseorang pemuisi setiap kali mereka melakukan persembahan di atas pentas puisi.


SASTERA dan puisi Cina terus hidup kerana antara lain ia dikomersialkan melalui lukisan, terjemahan dan cenderamata.


Walaupun bilangan peminat puisi dalam kalangan generasi muda kurang tapi jumlah mereka masih tetap ada di mana-mana kerana manusia secara lumrahnya memerlukan satu seni yang tulen dan bererti untuk dihayati.

Masih mentah

Seorang pemuisi kritis terkenal negara, Daeng Ramli Mat Akil memberitahu, dunia puisi masa kini dari segi pengisiannya masih mentah dan hampir kebanyakan penyair pada 1990-an hingga kini tiada jati diri.

"Isi kandungan puisi yang disiar dalam akhbar, majalah dan dideklamasi oleh pemuisi di program puisi amat mentah ideanya dan tiada jati diri.

"Selain itu isi kandungan pembelajaran Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) yang diajar di sekolah kini dipilih oleh panel pemilih yang tiada ilmu pendidikan bahasa," katanya.

Daeng Ramli berkata, puisi Melayu yang bagus terbentuk pada dekad 1960-an, antara tokohnya ialah AS Amin, Noor SI, Noor SM, Latiff Mohiddin, Kassim Ahmad dan lain-lain yang seangkatan dengannya ketika itu.

Generasi kini masih gagal mendisiplinkan diri untuk menghayati puisi kerana beberapa sebab iaitu kebanyakan guru malas dan kekurangan ilmu bahasa, sastera, pendidikan dan agama.

Selain itu, sikap ibu bapa yang kurang prihatin, menteri yang sambil lewa mengangkat darjat bahasa Melayu dan sastera Melayu selain peranan media, akhbar dan Internet yang bersikap seperti melepaskan batuk di tangga.

Daeng Ramli menambah, dakwaan puisi akan terkubur pada masa akan datang mustahil berlaku selagi akhbar dan majalah masih diterbitkan.

Puisi Melayu masih diberi ruang kerana rata-rata pembaca wanita lebih cenderung meminati puisi berbanding pembaca lelaki, jelas Ramli yang turut mencadangkan agar Kosmo! mengadakan ruangan untuk puisi.

"Generasi kini kenali puisi menerusi ujian Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia selain di kolej dan universiti," katanya.

Kemajuan sastera China


SETIAP bait puisi mempunyai mesej untuk dicerna oleh pembaca. - Gambar hiasan


Daeng Ramli menjelaskan bahawa puisi Melayu jauh berbeza dengan puisi bahasa lain. Puisi Cina lebih maju, lebih banyak antologi sejak dahulu. Silibus sastera China di Malaysia amat kaya kerana orang di belakangnya amat prihatin.

Puisi India pula mengalami nasib yang sama seperti puisi Melayu, lemah dan hampir tiada fokus ilmu. Kita wajar tiru cara China dan Jepun majukan puisi mereka.

Bangsa China dan Jepun memajukan puisi mereka dengan menulis karya puisi indah mereka pada barangan cenderamata, kalendar, baju, tekstil dan lain-lain.

"Jangan jadi seperti orang Amerika Syarikat dan Arab yang kurang aktif memajukan puisi mereka. Banyak akhbar dan majalah mereka tidak siarkan puisi seperti Times, Newsweek, Economist, Los Angeles Times dan lain-lain," ujar Daeng Ramli.

Justeru, beberapa langkah perlu diambil bagi memelihara khazanah bangsa dan negara ini iaitu dengan mengubah silibus pendidikan negara yang ada sekarang dengan mengajar pelajar mencipta puisi atau cerpen.

Selain itu satu kajian mengenai kelemahan perkembangan puisi sejak tahun 2000 perlu dilakukan dan menyediakan tenaga pengajar yang terdiri dari penyair jemputan.

Penerbitan puisi dalam akhbar, majalah, media elektronik dan buku perlu lebih banyak dilakukan. Ini termasuk melakukan kunjungan ke negara-negara asing melibatkan menteri, belia dan pelabur bagi menyaksikan persembahan puisi dengan gaya muzik tersendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 27 Mar 2011 11:12 PM PDT

Utusan Online - Politik


Nalla sedia jumpa pemimpin Pas

Posted:

Nalla sedia jumpa pemimpin Pas

Nalla sedia jumpa pemimpin Pas

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 27 Mac – Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan sedia berjumpa dengan pucuk pimpinan Pas bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, mengetahui siapa Anwar.

"Pimpinan Pas boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka (Pas) julang sebagai ketua.

"Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat Pas.

"Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin.

"Penyokong Pas harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin," dakwanya.

Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.

"Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar," katanya.

Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan Datuk T mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ke mana Anwar?: Penjelasan PKR jadi 'senjata makan tuan'

Posted:

Ke mana Anwar?: Penjelasan PKR jadi 'senjata makan tuan'

Ke mana Anwar?: Penjelasan PKR jadi 'senjata makan tuan'

KUALA LUMPUR 27 Mac - Tindakan terdesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadikan Facebook sebagai bukti alibi, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di hotel ketika rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang berlaku, bertukar menjadi 'senjata makan tuan'.

Ini kerana PKR melalui Pengarah Strateginya, Mohd. Rafizi Ramli, mungkin tidak sedar terdapat perbezaan waktu antara laman sosial Facebook dengan Twitter sebelum 13 Mac lalu, akibat Waktu Musim Panas (DST) yang menyaksikan masa di Facebook sejam lebih awal berbanding Twitter.

Ini kerana Facebook bergantung kepada server (pelayan Internet) di Amerika Syarikat yang mempunyai perbezaan waktu (cepat sejam) akibat DST tetapi server Twitter tidak bergantung kepada Amerika sebaliknya, ia mengikut waktu sebenar sesebuah negara pengguna.

Perbezaan waktu tersebut hanya kembali sepadan di antara Twitter dan Facebook apabila Amerika Syarikat pada 13 Mac lalu, menambah sebanyak sejam waktu di negara tersebut bagi menyelaras semula perbezaan waktu siang yang lebih panjang ketika musim bunga dan musim panas.

Sebab itu, berlakunya perbezaan masa antara mesej Anwar di Twitter dengan Facebook untuk kandungan yang sama pada 21 Februari lalu, iaitu tarikh di mana rakaman video seks membabitkan seseorang yang didakwa sebagai pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah bilik hotel.

Bagaimana mesej di kedua-dua laman sosial tersebut tetap mempunyai persamaan iaitu Anwar didapati 'hilang' lebih dua jam dari pukul 9.20 hingga 11.38 malam (Twitter) dan 8.20-10.40 malam (Facebook) tanpa sebarang penjelasan kukuh daripada Ketua Pembangkang itu sendiri.

Sedangkan, dalam tempoh itulah aksi seks yang mengaitkan seorang pemimpin pembangkang dengan wanita China dirakamkan (10.20-10.41 malam) dan dengan mengambil kira fenomena DST (perlu tambah sejam), waktu sebenar 'kehilangan' Anwar di Facebook adalah dari pukul 9.20 hingga 11.40 malam.

Menurut penulis blog Minda Intelek Melayu (MIM), Dr. Novandri Hasan Basri, akibat tindakan terdesak Mohd. Rafizi itu, semakin banyak rahsia ke mana Anwar 'menghilang' pada waktu aksi seks tersebut dirakamkan kini terbongkar sedikit demi sedikit.

"Sungguh memalukan sebagai Pengarah Strategi PKR, Mohd. Rafizi cuba mengelirukan rakyat dengan jam di Facebook tetapi hakikatnya, jam di Twitter adalah waktu semasa iaitu waktu ketika mesej ditweet. Jika Anwar tweet pukul 9.20 malam, ia bermaksud pukul 9.20 malam.

"Tetapi Mohd. Rafizi sendiri telah menyulitkan isu Anwar 'hilang'. Disebabkan kenyataan beliau mahu membuktikan kehadiran Anwar, MIM juga dapat tahu bahawa Anwar turut 'hilang' dalam Facebook lebih dua jam (8.20-10.40 malam)," katanya dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Mohd. Rafizi, berdasarkan waktu di Facebook itu (belum ditambah sejam) adalah mustahil 'aktor' yang melakukan hubungan seks tersebut adalah Anwar sebagaimana didakwa oleh banyak pihak.

Namun semalam, Anwar ketika diajukan soalan ke mana beliau 'menghilang' dalam tempoh lebih dua jam itu langsung tidak mahu menjawab sebaliknya mempersoalkan mengapa mereka yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video tersebut tidak ditahan oleh pihak berkuasa.

Sedangkan sebelum ini, ketika menafikan dirinya ialah pemimpin pembangkang dimaksudkan, Anwar dengan tegas memberitahu, dia berada bersama keluarganya dan sedang mengemas kini laman sosial Twitter dan Facebook ketika aksi seks itu berlangsung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 27 Mar 2011 07:07 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Daim: Tanpa Dr M, Anwar tak mungkin jadi timbalan presiden

Posted: 27 Mar 2011 05:26 AM PDT

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin menyifatkan PKR tidak boleh menjadi teras kepada pakatan pembangkang kerana parti itu hidup kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan untuk Anwar.

Katanya bukan saja pakatan pembangkang tidak mempunyai asas politik yang kukuh, dalam PKR pun yang mana Anwar adalah penasihatnya, terus bergelumang dengan masalah.

"Bolehkah PKR menjadi teras kepada kumpulan ini dan bolehkah pakatan begini meyakinkan rakyat yang ia boleh menjamin masa depan bangsa dan negara lebih baik daripada Umno dan BN yang sudah membina negara seadanya selama lebih 50 tahun?" soalnya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.

Daim berkata pembangkang yang relevan ialah yang mengawasi dan menegur kerajaan, yang tidak chauvinistik dan tidak berpandangan sempit, yang boleh menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

"Jika kita perhati kepada keadaan parti pembangkang sekarang, jelas mereka tidak hilang arah. Cuma, masing-masing ada arah sendiri. Mereka mengamalkan prinsip kahwin monyet," katanya.

Daim berkata mereka juga mencedok format BN tapi secara setengah jalan saja, bukan sepenuhnya dan ini bukan satu alternatif yang unggul bagi rakyat.

"Pakatan Rakyat, saya pernah berkata, hanyalah satu konspirasi politik. Saya lihat kumpulan ini tak akan dapat capai kata sepakat dalam hal penting mengenai kebaikan negara kerana masing-masing parti taksub kepada pendirian dan prinsip sendiri," katanya

Dalam wawancara itu Daim turut membidas Anwar kerana pendirian yang sentiasa berubah-ubah.

"Tanya kawan Anwar, mereka kata Anwar pakai macam-macam topeng sejak masih di universiti. Waktu dia jadi pelampau bahasa Melayu, bahasa Inggeris diketepikan hingga ramai anak kita yang lahir selepas tahun 1969 hilang kompetensi dalam bahasa Inggeris. Dalam dunia globalisasi, Internet dan teknologi komunikasi sekarang, kekurang fasihan warga kita dalam bahasa Inggeris adalah satu kemunduran.

"Tapi sekarang ini Anwar menjadi pejuang 'multi-culturalism' dan 'liberalisme utopia' pula, sehingga ada di kalangan mereka mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu. Sikap dan tindakan politik begini yang menggadai segala harga diri, maruah, martabat dan prinsip untuk mendapat sokongan tertentu mengingatkan kita kepada watak utama drama Christopher Marlowe, Dr Faustus," katanya.

Daim juga berkata apa yang berlaku sehingga Anwar dipecat dari Umno bukan satu konspirasi politik.

Katanya teori konspirasi politik itu sengaja dicipta Anwar kerana mahu dirinya dilihat sebagai 'The Fall Guy, iaitu insan yang dianiayai bagi meraih simpati serta sokongan bagi menutup hakikat kecacatan peribadi sendiri.

Katanya tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad dan jentera Umno di belakangnya, Anwar tak mungkin menjadi timbalan presiden parti.

Pada pengamatan ramai, Anwar tidak menunjukkan kebolehan luar biasa sebagai pentadbir. Tidak nampak sebarang 'reformasi' di mana-mana kementerian yang dipegangnya ketika menjadi menteri, katanya.

"Kehebatannya lebih kepada seorang, yang pintar berpidato bagi membakar semangat dan emosi khalayak walaupun isi ucapan cuma igauan politik saja. Berdasarkan ini, sekarang ini rakyat tak yakin Anwar boleh jadi pemimpin yang berkesan, meskipun setelah kesnya di mahkamah selesai," katanya.

Mengenai pergolakan di Timur Tengah, Daim berpendapat soal kebebasan dan hak asasi manusia, bukan penyebab utama kepada pergolakan itu.

"Yang lebih penting ialah soal kelembapan ekonomi, peluang pekerjaan dan pembangunan serta kurangnya infrastruktur yang asas dan moden," katanya.

Katanya jika salah satu punca utama keresahan rakyat di Timur Tengah iaitu Palestin menjadi reda, potensi negara-negara Teluk dan lingkungan Arab itu, baik dari segi politik ataupun ekonomi, akan lebih terserlah.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konvensyen bimbang 6 KSU diganti bukan bumi

Posted: 27 Mar 2011 04:18 AM PDT

Konvensyen tranformasi ekonomi bumiputera anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap pelantikan bukan bumiputera sebagai ketua setiausaha (KSU) di enam kementerian.

Menurutnya, kesemua jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh KSU bumiputera.

Konvensyen itu bimbang pelantikan tersebut akan menjejaskan agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

ibrahim ali pc at pwtcMenurutnya, dengan kuasa mutlak yang ada, mereka berupaya secara terang dan berselindung menggagalkan agenda pembangunan ekonomi bumiputera di kementerian mereka.

Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Kementerian Tenaga dan Hijau, Kementerian Perdagangan Antarabangsa (MITI), Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengangkutan.

Perkara tersebut merupakan antara 13 resolusi yang diluluskan dalam konvensyen sehari yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Sehubungan itu, konvensyen berkenaan mendesak Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) mengambil tindakan dengan mengarahkan ketua setiausaha negara menukar KSN berkenaan jika mereka terbuka membelakangkan agenda ekonomi bumiputera.

MTAB adalah badan peneraju pembangunan sosio-ekonomi Melayu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib TUn Razak dan dianggotai lapan menteri kabinet.

Hampir 700 peserta yang terdiri termasuk wakil 76 NGO Melayu dan bumiputera menghadiri konvensyen tersebut.

Selain itu, konvensyen itu menyokong penubuhan Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sebagai usaha meletakkan orang Melayu dan bumiputera dalam agihan kek ekonomi negara dalam suasana transformasi ekonomi.

"Konvensyen berpendapat bahawa TERAJU tidak sepatutnya dilihat sebagai sebuah lagi organisasi yang menjaga kepentingan bumiputera, tetapi masih lesu dalam tindakan afirmatif.

"Peranan TERAJU seharusnya seiring dengan agensi-agensi yang lain seperti PEMANDU yang diberikan peranan besar dalam memacu Program Transformasi Ekonomi Negara," resolusi itu dipetik.

Sehubungan itu konvensyen tersebut menggesa supaya TERAJU mesti diberi kuasa penuh mengarah dan memantau menteri, KSU, Ketua-ketua pengarah agensi dan GLC dalam hal berkaitan agenda ekonomi bumiputera.

Selain itu beberapa resolusi yang diluluskan antaranya:

1. Menjadikan pembangunan ekonomi bumiputera sebagai agenda nasional

2. MTAB perlu memastikan ketua pegawai eksukutif syarikat GLC yang hendak dilantik mesti berjiwa Melayu dan bukannya terdiri dari mereka yang golongan Melayu Liberal.

3. Meningkatkan komitmen pengurusan Petronas dalam agenda bumiputera di Petronas.

4. Mewujudkan satu badan khas yang memantau dan menyelia kemajuan tanah rizab Melayu yang boleh dinamakan Perbadanan Kemajuan Tanah Rizab Melayu Greater Kuala Lumpur.

Sementara itu, dalam sidang medianya, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali meminta kerajaan berhati-hati terhadap pakar-pakar luar yang dijemput memberi pandangan tentang ekonomi tetapi "tidak mengetahui latar belakang sejarah dan perkembangan dalam negara ini".

"Mereka menggubal ekonomi tidak berasaskan kepada sosioekonomi Malaysia,"katanya.

Menurutnya, beliau menerima pandangan dan input yang didakwa bahawa pandangan mereka "tidak ada roh" dan "tidak ada latarbelakang sejarah Malaysia".

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas akan menyerahkan resolusi tersebut kepada Najib, timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pihak-pihak lain selepas ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 27 Mar 2011 03:10 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Sasaran lebih cemerlang KDN

Posted:

Sasaran lebih cemerlang KDN

Sasaran lebih cemerlang KDN

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my


Sebahagian daripada anggota polis segak berbaris sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - GAMBAR-ZAINI HUSIN


KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini melaporkan hasil Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk 2010 berjaya melangkaui sasaran awal menentang jenayah di seluruh negara.

Pada awal 2010, sasaran ditetapkan untuk pengurangan lima peratus indeks jenayah yang melibatkan 14 kategori berbeza di samping penurunan 20 peratus jenayah jalanan yang merangkumi ragut dan rompakan tidak bersenjata.

Selain itu, sasaran turut ditetapkan untuk menutup 2,000 kes jenayah berat yang tertangguh serta mengemukakan 5,500 kes jenayah berat untuk pendakwaan di mahkamah.

Usaha mencapai sasaran ini bukan sahaja dipikul Polis Diraja Malaysia (PDRM) malahan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Jabatan lain di bawah KDN iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di samping agensi kerajaan yang lain turut membantu sehinggakan semua sasaran tersebut dicapai atau melangkaui jangkaan.

Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2010 menunjukkan Pencapaian dalam mencantas indeks jenayah mencapai keputusan yang amat memberangsangkan dengan penurunan 15 peratus (penurunan lebih 32,000 kes) berbanding lima peratus yang disasarkan.

Peratusan ini juga merupakan rekod penurunan jenayah tertinggi sejak negara merdeka sementara kejiranan yang sebelum ini mencatatkan kadar jenayah yang tinggi turut menunjukkan penurunan mendadak.

Jenayah jalanan berjaya dikurangkan sebanyak 35 peratus, hampir dua kali ganda sasaran awal sebanyak 20 peratus.

Negeri 'panas' seperti Pulau Pinang mencatatkan penurunan lebih 25 peratus kadar jenayah sementara Selangor dan Johor masing-masing mencatatkan 11.36 peratus dan 1.55 peratus penurunan tambahan untuk tiga bulan pertama 2011.

Buat pertama kali juga, kadar jenayah di seluruh negara dapat dikurangkan selepas empat tahun berturut-turut menunjukkan peningkatan mendadak terutamanya bagi jenayah jalanan.

Antara kejayaan yang dinyatakan laporan GTP 2010 itu termasuk rampasan 2,371 kenderaan dalam Ops Lejang, 2,471 penahanan untuk rompakan tepi jalan (Ops Rentap), 2,050 penahanan untuk kes pecah rumah (Ops Pintu) dan penyediaan 1,008 Alat Komunikasi Mudah Alih (MACD).

Hasil kejayaan itu turut diiktiraf Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bukan sahaja kerana telah mengurangkan kadar jenayah negara malahan jauh melangkaui sasaran awal NKRA dalam hanya satu tahun.

Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye menganggap pencapaian itu amat membanggakan tetapi menegaskan masih ada ruang untuk ditingkatkan.

"Kita berharap pihak polis dan agensi berkaitan meneruskan usaha agar dapat mencapai hasil lebih baik untuk 2011.

"Usaha ini memerlukan komitmen berterusan dari semua anggota PDRM tidak kira yang berpangkat tinggi atau rendah," katanya.

Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Mohd. Jamil Mohd. Hassan pula berpendapat usaha dan kerjasama antara pihak berkuasa dengan orang ramai menjadi kunci kejayaan yang dicapai itu.

"Pencapaian yang amat baik ini memerlukan kerjasama semua pihak dan tentu kita semua berharap keputusan setanding atau lebih baik dapat dicapai untuk 2011.

"Selain itu, aplikasi teknologi canggih dan terkini juga perlu diberi penekanan melalui penyediaan peruntukan yang cukup bagi membolehkan usaha menentang jenayah terus mengekalkan momentumnya," ujarnya.

Laporan tahunan GTP 2010 berkenaan turut menyatakan kerjasama antara orang ramai, pihak swasta dan anggota beruniform menjadi antara kunci kejayaan sasaran NKRA tersebut.

Melalui 2,168 skim rondaan sukarela (SRS), 108,400 orang awam menyertai warga Rela, JPAM dan Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan rondaan terutamanya di kawasan panas di samping pemantauan 387,734 ahli RakanCop serta kehadiran Balai Polis Bergerak bersama unit motosikal polis.

Maklum balas Jawatankuasa Antarabangsa Penilaian Prestasi (IPR) untuk NKRA turut menyokong langkah menyusun semula tugas anggota polis ke barisan hadapan sebagai pemikiran luar kotak dan komitmen agihan tenaga kerja secara bijak yang amat berkesan.

Jawatankuasa itu turut menyokong cadangan menyediakan teknologi terkini dan lebih canggih kepada anggota polis bukan sahaja bagi menghalang jenayah malahan untuk menjangka perubahan bentuk jenayah yang mungkin dilakukan kelak.

Untuk 2011, KDN telah menetapkan beberapa sasaran baru dalam menantang jenayah teramsuk penurunan lima peratus indeks jenayah dan pengurangan 20 peratus jenayah jalanan berbanding 2010.

Selain itu, sasaran turut ditetapkan agar cuma 50 peratus penduduk negara ini yang mempunyai 'rasa khuatir menjadi mangsa jenayah' (52.8 peratus pada 2010), 60 peratus responden 'berpuas hati dengan perkhidmatan PDRM' (55 peratus pada 2010) dan membawa sekurang-kurangnya 20 peratus kes siasatan yang dibuka untuk pendakwaan di mahkamah.

Dengan kerjasama semua pihak terutamanya orang ramai serta penyediaan teknologi terkini untuk pihak berkuasa, bukan sahaja angka-angka sasaran ini adpat dicapai malahan kadar jenayah negara pasti dapat dikurangkan dengan mendadak.

Semua usaha tersebut perlu digembeling dari sekarang demi menjamin dan menyediakan persekitaran lebih selamat dan selesa untuk generasi akan datang seterusnya menjamin kelangsungan bumi bernama Malaysia ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemikiran Strategi Laut Biru

Posted:

Pemikiran Strategi Laut Biru

Pemikiran Strategi Laut Biru

Oleh MARHAINI KAMARUDDIN
marhaini.kamaruddin@utusan.com.my


Najib Tun Razak berbual dengan seorang banduan sambil diperhatikan ahli keluarga banduan (kiri duduk) selepas melancarkan program pemulihan dan perasmian pusat pemulihan pemasyarakatan di Kem Mahkota Kluang, Sabtu lalu.


KEADAAN aman di Malaysia menyebabkan kelibat anggota tentera jarang-jarang kelihatan.

Berbeza dengan polis yang dapat kita lihat di mana-mana, tentera apatah lagi dalam jumlah yang besar hanya dapat dilihat semasa perbarisan Hari Kebangsaan, membantu memindahkan mangsa bencana banjir atau tanah runtuh.

Sekali-sekala wajah segak mereka keluar di dada akhbar ketika berlepas pergi atau pulang dari luar negara sebagai pasukan pengaman di bawah panji Bangsa-Bangsa Bersatu.

Akibatnya anggota tentera menjadi figura yang asing bagi masyarakat.

Justeru pelancaran Program Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota, Kluang, Johor oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu, membawa perspektif baru kepada tugas pasukan tentera - bukan hanya mendekati rakyat semasa kecemasan atau bencana.

Seperti kata Najib: "Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan terutamanya polis, tentera dan Jabatan Penjara dilihat menjaga kubu masing-masing dengan secara cemburu."

Namun di bawah pemikiran Strategi Laut Biru (National Blue Ocean Strategy - NBOS), kedua-dua kementerian bekerjasama dalam Program Pemulihan Pemasyarakatan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber kerajaan yang sedia ada bagi mencapai impak lebih besar.

Sebelum ini, mungkin tidak pernah dibayangkan sebuah pusat pemulihan yang menempatkan banduan akan dibina di dalam kem tentera.

Namun di bawah NBOS, pusat-pusat pemulihan akan dibina di kem tentera yang dikenal pasti dengan anggota tentera membantu menyelia banduan bersama-sama pegawai penjara.

Lima kem tentera terlibat menjadi perintis program iaitu Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan, Kem Tok Jalai, Alor Setar (Kedah), Kem Batu 10, 4 Briged Mekanis, Kuantan (Pahang), Kem Desa Pahlawan (Kelantan) dan Kem Mahkota, Kluang, Johor, yang dirasmikan Najib, kelmarin.

Mungkin akan timbul suara-suara sumbang mempersoalkan kenapa perlu dilakukan di dalam kem tentera? Tidakkah ini akan mengancam keselamatan anggota tentera dan keluarga mereka yang berada di dalam kawasan itu. Malah lebih buruk lagi mendedahkan aset ketenteraan negara kepada golongan banduan?

Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifeli Mohd. Zin sudah pun bersedia menjawab isu-isu seperti itu.

"Secara logiknya dalam keadaan sekarang, di manakah lokasi yang paling sesuai untuk membina penjara," soalnya.

Hakikatnya tidak ada komuniti yang mahukan penjara dibina dalam kejiranan mereka.

Memang mudah mencadangkan program itu dan ini kononnya untuk mengembalikan bekas banduan ke pangkuan masyarakat, namun realitinya siapa yang benar-benar ikhlas dan tidak teragak-agak menerima mereka?

Menyedarinya, Najib selaku bekas Menteri Pertahanan yang cukup arif tentang aset dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melontarkan pandangan: "Kenapa tidak dibina sahaja pusat pemulihan banduan di dalam kem tentera?"

Selain menjimatkan kos seperti dijelaskan Perdana Menteri - dianggarkan hampir RM40 juta untuk membina sebuah penjara berbanding hanya sekitar RM4 juta bagi sebuah pusat pemulihan di dalam kem tentera - masalah kesukaran mencari lokasi penjara baru seterusnya kesesakan di penjara seluruh negara dapat diatasi serentak.

Bagi Zulkifeli dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar, program terbaru ini cukup mengujakan mereka.

Sebagai langkah pertama untuk memasyarakatkan kumpulan yang terlibat di bawah program itu, mereka tidak lagi dipanggil banduan sebaliknya 'orang yang diselia'.

Selain kemahiran tertentu yang akan diajar kepada mereka sebagai bekal apabila keluar nanti, pelbagai aktiviti antaranya kelas pemantapan rohani oleh Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan serta perlawanan futsal persahabatan, dirancang.

Malah, Kor Pendidikan Angkatan Tentera bersedia mengadakan kelas malam untuk 'orang yang diselia' sekiranya ada yang berminat menduduki peperiksaan.

Semuanya bermatlamat membina sikap baik, memudahkan pergaulan dan mengembalikan keyakinan mereka untuk berdepan dengan masyarakat.

Akhirnya, peranan Jabatan Penjara sebagai organisasi pemulihan dan bukan sekadar pelaksana hukuman akan betul-betul tercapai.

Penglibatan ATM pula akan memberi nilai tambah kepada 'graduan' pusat pemulihan terbabit apabila mereka dibiasakan dengan nilai disiplin tentera yang tinggi.

Justeru ia diyakini akan menurunkan kadar kemasukan semula ke penjara sekali gus mencapai salah satu objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kadar jenayah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 27 Mar 2011 01:09 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Pertarungan jenama tambah hebat

Posted:

Pertarungan jenama tambah hebat

Pertarungan jenama tambah hebat

Oleh MOHD. TAUFEK RAZAK
berita@kosmo.com.my


Vitaly Petrov, pemandu Lotus Renault menjulang trofi yang dimenanginya di Melbourne, Australia semalam.


KUALA LUMPUR - Pasukan Lotus Renault membuktikan bahawa mereka lebih hebat berbanding Lotus apabila meraih kedudukan di podium pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) di Melbourne, Australia semalam.

Ia hasil kejayaan pemandu kelahiran Rusia, Vitaly Petrov yang menduduki tangga ketiga pada perlumbaan Grand Prix (GP) Australia.

Pada perlumbaan pembuka tirai F1 2011 itu, pemandu sensasi Red Bull, Sebastian Vettel yang juga juara dunia 2010, muncul juara sementara Lewis Hamilton daripada McLaren menduduki tangga kedua.

Kejayaan Petrov di Litar Albert Park itu membuktikan pelaburan yang dilakukan Kumpulan Proton Holdings Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Lotus Group berbaloi.

Selain meraih podium sulung, kejayaan itu juga satu kemenangan moral buat dua jenama kereta Lotus dan Renault yang baru bergabung tenaga musim ini dalam kancah F1.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rakyat kena sedia hadapi gempa

Posted:

Rakyat kena sedia hadapi gempa

Rakyat kena sedia hadapi gempa

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.

Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.

Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.

"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.

"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak perlu lapor polis jika hilang MyKad

Posted:

Tidak perlu lapor polis jika hilang MyKad

Tidak perlu lapor polis jika hilang MyKad

PUCHONG - Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.

"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.

"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 27 Mar 2011 11:26 AM PDT

Utusan Online - Kota


Syabas beri penduduk 'diskaun'

Posted:

Syabas beri penduduk 'diskaun'

Syabas beri penduduk 'diskaun'

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


P. KamalanaThan memeriksa air bukit yang disalurkan ke rumah sambil diperhatikan oleh salah seorang penduduk di Serendah Golf, Hulu Selangor baru-baru ini.


SERENDAH 27 Mac - Pemilik banglo dan pangsapuri di Serendah Golf Resort kini boleh menarik nafas lega kerana masalah bil air yang dihadapi mereka sejak 10 tahun lalu akhirnya menemui kata sepakat.

Menerusi penyelesaian itu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bersetuju pemilik setiap unit hanya perlu membayar RM200 daripada tunggakan bil air yang berjumlah RM79,000 kepada Syabas.

Keputusan itu tercapai hasil perbincangan antara Syabas bersama persatuan penduduk dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan baru-baru ini dalam menyelesaikan masalah yang selama ini membelenggu kira-kira 500 pemilik kediaman terlibat.

Kamalanathan berkata, walaupun perkara itu mengambil masa agak lama untuk diselesaikan, keputusan yang diambil adalah hasil kerjasama dan kesabaran semua pihak.

Katanya, pemilik kediaman berkenaan juga kini boleh mengemukakan permohonan mereka untuk menukar meter air pukal kepada meter individu.

Terdahulu, beliau menyampaikan cek sumbangan Parlimen Hulu Selangor berjumlah RM10,000 bagi membantu mengurangkan jumlah bil air tertunggak yang disampaikan kepada Pengarah Eksekutif Kewangan Syabas, Thein Kwee Sim.

Turut hadir pada majlis itu, Penolong Pengurus Besar Syabas Wilayah Hulu Selangor, Abdul Latip Mustafa, peguam yang dilantik penduduk, P. Periasamy dan beberapa orang pemilik kediaman.

Katanya, pemilik yang berhasrat menukar meter pukal kepada meter individu boleh mengemukakan permohonan mereka dengan membayar sebanyak RM150 bagi pemilik banglo, manakala RM100 pemilik pangsapuri. Mereka juga akan dikenakan bayaran RM30 untuk caj pemasangan.

"Dalam isu ini penduduk tidak bersalah, begitu juga pihak Syabas. Sebaliknya disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pihak pemaju yang tidak menjelaskan bayaran kepada Syabas

telah mendatangkan kesulitan kepada penghuni," ujarnya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pemilik-Pemilik Kediaman Serendah Golf Resort, Datuk Dr. Mahmod Md. Nor berharap tindakan undang-undang ke atas pemaju terlibat diambil bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Bagi Muslim Ahmad, 55, pula hanya kesyukuran dipanjatkan kerana hari ini mereka sudah boleh menikmati bekalan air bersih.

Ini kerana selama ini mereka menggunakan air bukit, yang diragui kebersihannya, yang disalurkan oleh pemaju ke kawasan perumahan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program Subahan berjaya di Taman Templer

Posted:

Program Subahan berjaya di Taman Templer

Program Subahan berjaya di Taman Templer


SUBAHAN Kamal (kanan) berbual dengan guru besar sekolah dan wakil agensi yang menerima sumbangan pada majlis di pejabatnya di Selayang, baru-baru ini.


SELAYANG 27 Mac - Walaupun tidak mempunyai anak yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, Datuk Subahan Kamal tetap boleh berbangga dengan keputusan peperiksaan berkenaan yang diketahui baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer itu juga berhak untuk berasa gembira kerana sekurang-kurangnya beliau telah turut menyumbang kepada pencapaian keputusan SPM yang memberangsangkan sekolah di kawasannya.

Pembabitan Subahan dalam keputusan SPM yang baik itu adalah menerusi inisiatif beliau menyediakan dana untuk menampung yuran tuisyen pelajar-pelajar dua buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Selayang iaitu SMK Darul Ehsan dan SMK Selayang Baru.

Setiap sekolah berkenaan menerima yuran tuisyen berjumlah RM20,000 setahun, peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat, yang diberikan secara berperingkat kepada Persatuan Ibu-Bapa dan Guru.

"SMK Darul Ehsan mencatat 96.1 peratus lulus, naik 1.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. SMK Selayang Baru pula walaupun peratusan lulus merosot sedikit kepada 84.3 peratus, tetapi kualitinya lebih baik untuk menyaksikan Gred Purata Sekolahnya (GPS) meningkat, malah seorang pelajar mendapat 11A," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis menyerahkan sumbangan daripada Pejabat ADUN Taman Templer kepada PIBG empat buah sekolah di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Sekolah berkenaan ialah SMK Darul Ehsan, SMK Selayang Baru dan Sekolah Kebangsaan Kepong yang masing-masing menerima RM5,000 manakala Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Selayang Baru menerima RM10,000.

Beliau turut menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Selayang dan RM1,000 kepada Badan Kebajikan Pejabat Islam Daerah Gombak untuk membiayai program masing-masing.

"Kami melihat program ini memberi kesan kepada pencapaian pelajar dan ini amat membanggakan saya. Tugas saya bukan hanya menangani masalah infra tetapi juga isu pembangunan manusia, termasuk menghasilkan anak-anak yang akan ke universiti, belia prihatin dan sebagainya.

"Program ini turut melibatkan tuisyen untuk calon PMR (Penilaian Menengah Rendah). Saya telah turut menjemput tiga sekolah menengah yang lain dan mereka sedang mengkaji program ini," katanya.

Tambah beliau, walaupun membelanjakan hampir separuh peruntukan diperolehnya untuk sekolah demi kejayaan anak-anak di kawasannya, maka ia sesuatu yang berbaloi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ADUN Sungai Burong taja Utusan Malaysia kepada 13 sekolah

Posted:

ADUN Sungai Burong taja Utusan Malaysia kepada 13 sekolah

ADUN Sungai Burong taja Utusan Malaysia kepada 13 sekolah


Shamsudin Lias (baris ketiga, lima dari kiri) bersama pelajar sekolah rendah dan menengah kawasan DUN Sungai Burung pada majlis penyerahan dan penajaan Utusan Malaysia di Tanjong Karang, baru-baru ini.


TANJONG KARANG 27 Mac - Sebanyak 13 sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, di sini menerima tajaan akhbar Utusan Malaysia yang memuatkan sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP).

Sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias itu melibatkan 30 naskhah bagi setiap sekolah untuk rujukan serta latih tubi khususnya bagi calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.

Shamsudin berkata, pihaknya berharap penajaan tersebut dapat memastikan murid-murid terlibat memperoleh kemudahan pembelajaran terbaik untuk kecemerlangan pendidikan masa depan mereka.

"Saya melihat ADaP mampu membantu meningkatkan pemahaman murid sekolah dalam setiap mata pelajaran.

"Saya berharap ia akan memberikan kelebihan kepada mereka untuk menguasai setiap mata pelajaran sebagai persediaan menghadapi UPSR," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Harun, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Pemasaran dan Perniagaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd. (Perfisio), Mohd. Yusri Abdul Ghani dan Pengetua SMKDH, Roslan Bustani.

Melalui penajaan tersebut, sekolah yang terlibat akan menerima naskhah akhbar Utusan Malaysia pada setiap Rabu yang memuatkan sisipan ADaP sehingga September ini.

Antara sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Parit 4, SK Sungai Burong, SK Sungai Sireh dan SK Seri Gambut.

Turut menerima tajaan itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yitt Khwan, SJKC Bagan Pasir dan SJK Tamil Ghandiji.

Shamsudin turut menyumbangkan aplikasi Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar Tutor (Tutor iLMS) keluaran Perfisio selama setahun kepada tiga sekolah menengah di kawasan itu bagi membantu calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ia melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Harun, SMK Seri Desa dan SMK Sungai Burong, masing-masing terletak di dalam kawasan DUN itu.

"Sebanyak 60 kata laluan bagi aplikasi pembelajaran dalam talian, Tutor yang disumbangkan kepada sekolah berkenaan selain bantuan sebanyak RM30 kepada ibu bapa yang berminat mendapatkan aplikasi tersebut daripada ADUN Sungai Burung.

"Saya dapati aplikasi tersebut bukan hanya dapat merapatkan jurang teknologi pelajar di luar bandar dengan kawasan bandar, malah ia juga mampu meningkatkan prestasi pendidikan mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan