gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 11 Mar 2011 03:27 AM PST

Utusan Online - Dalam Negeri


Rebut peluang sektor pembinaan di India – TPM

Posted:

Rebut peluang sektor pembinaan di India – TPM

Rebut peluang sektor pembinaan di India – TPM

Oleh Marzuki Yusoff


Muhyiddin Yassin bersama sebahagian 39 pelajar Malaysia dari Universiti KLE, Balgaum di Karnataka dan Institute Medical Science di Maharashtra pada majlis makan malam Timbalan Perdana Menteri bersama warga Malaysia di Mumbai, India, malam tadi. Turut hadir Shaziman Abu Mansor dan S. Subramanian. – bernama


NEW DELHI 10 Mac – Syarikat-syarikat pembinaan dari Malaysia perlu menerokai peluang besar daripada perkembangan pesat industri itu terutama pembangunan infrastruktur di India yang bernilai beratus-ratus bilion ringgit setahun.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membuat gesaan tersebut memberi contoh setiap hari sepanjang 21 kilometer lebuh raya dibina di negara berpenduduk lebih satu bilion orang itu.

Menurut beliau, dalam setahun 7,000 kilometer lebuh raya dibina di India dengan nilai kos projek mencapai beratus-ratus bilion ringgit.

"Setakat ini, banyak syarikat pembinaan dari Malaysia telah berada di India dan saya berharap peluang besar yang ada di negara ini dapat diterokai oleh lebih banyak syarikat kita," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pejabat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) cawangan India yang pertama di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramanian; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Duta Khas Malaysia Untuk Infrastruktur dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Mengenai pembukaan pejabat CIDB itu, Muhyiddin menjelaskan ia berfungsi sebagai pangkalan, penggerak dan menyelaraskan penglibatan yang lebih aktif daripada syarikat-syarikat Malaysia di negara itu.

Beliau percaya dengan perkembangan yang berlaku di India, peranan CIDB akan menjadi lebih penting dan operasinya di negara itu akan kekal lama dengan peranan yang lebih besar.

Setakat ini, nilai projek melibatkan syarikat-syarikat Malaysia dalam sektor pembinaan di India menjangkau lebih AS$5 bilion (RM15 bilion).

Pada sidang akhbar sama, Timbalan Perdana Menteri berkata, CIDB telah diminta untuk menyelaraskan usaha-usaha menubuhkan akademi latihan bagi melatih tenaga terlatih dalam bidang pembinaan.

Akademi latihan itu, kata beliau, akan menyediakan latihan kepada penduduk dari negara ini yang kemudiannya akan bekerja dengan syarikat-syarikat Malaysia yang beroperasi di India.

"Perkara ini adalah hasil perbincangan saya pada sesi pertemuan dengan syarikat-syarikat Malaysia semalam. Jadi CIDB akan mencari jalan bagaimana akademi itu dapat ditubuhkan," ujarnya.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan Menteri Pengangkutan Jalan dan Lebuh Raya India, C.P Joshi hari ini, Muhyiddin berkata, kedua-dua negara membincangkan beberapa perkara membabitkan kerjasama yang boleh diadakan terutama dalam pembinaan infrastruktur.

Difahamkan, beberapa syarikat Malaysia termasuk PLUS Expressway berminat untuk memajukan lebuh raya sejauh beratus-ratus kilometer termasuk di Gujarat, manakala Malaysia Mining Corporation mungkin terlibat dalam projek perluasan pelabuhan kontena di Chennai membabitkan kos lebih RM10 bilion.

Sebuah lagi syarikat Malaysia, MRCB turut berminat untuk membangunkan projek perbandaran baru di wilayah Gujarat. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kaunter saman trafik sesak lagi

Posted:

Kaunter saman trafik sesak lagi

Kaunter saman trafik sesak lagi

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Mac - Asalkan ada kaunter bayaran saman trafik, tempat tersebut hari ini dipenuhi orang ramai yang mahu menjelaskan saman tertunggak masing-masing pada hari terakhir tempoh insentif diskaun diberikan oleh kerajaan.

Keadaan sesak yang pernah berlaku pada 28 Februari lalu berulang lagi selepas kerajaan melanjutkan tempoh menjelaskan bayaran saman sehingga hari ini.

Kesesakan itu juga dipercayai berlaku akibat sikap 'suka bertangguh' orang ramai yang menunggu sehingga hari terakhir untuk menjelaskan saman.

Akibatnya, mereka terpaksa bersesak pada hari terakhir apabila jumlah pembayar saman meningkat berbanding tempoh lanjutan 10 hari yang diberikan oleh kerajaan mulai 1 Mac lalu.

Namun, ada juga pembayar saman yang mendakwa sistem komputer yang tergendala selain nombor giliran yang habis terlalu awal sejak beberapa hari lalu menyebabkan mereka terpaksa membayar saman itu pada saat-saat akhir.

Suasana sesak bukan sahaja dapat dilihat di kaunter bayaran saman di cawangan trafik dan ibu pejabat polis daerah (IPD), malah ia turut berlaku di pejabat-pejabat Pos Malaysia dan pos mini di seluruh negara.

Tinjauan Utusan Malaysia di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Dukong, Lebuh Raya Grand Saga di Kajang mendapati, pejabat pos mini di situ yang selama ini lengang turut sesak.

Pembayar saman mula beratur sejak awal pagi sehingga ke tengah hari sehingga menyebabkan tempat meletak kereta di kawasan itu penuh.

Malah, orang ramai beratur bukan sahaja di dalam pejabat pos mini itu tetapi sehingga ke kawasan luar.

Rata-rata pengguna kenderaan yang ditemui memberitahu, mereka memilih pos mini itu kerana ia agak lengang sebelum ini.

Namun hari ini, keadaan menjadi sebaliknya apabila barisan dalam pejabat pos yang mampu memuatkan lebih daripada 30 orang, tetap tidak berkurangan malah ia bersilih ganti dengan pembayar saman.

Kerajaan sebelum ini melanjutkan tempoh diskaun bayaran saman sebanyak 50 peratus sejak Ogos lepas yang sepatutnya berakhir pada 28 Februari lalu sehingga hari ini.

Langkah melanjutkan tempoh bayaran saman itu dibuat selepas mendapati lebih 17 juta saman masih belum dijelaskan apabila tempoh itu berakhir hujung bulan lalu.

Sementara itu, tinjauan di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati, keadaan sesak sama seperti yang berlaku pada 28 Februari lalu.

Di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee mendapati, nombor giliran habis seawal pukul 10.30 pagi, manakala di Bukit Aman pula, mereka yang menunggu sejak pukul 8 pagi dilihat belum dapat membayar saman mereka sehingga tengah hari ini.

Pegawai Kompaun Polis Trafik Jalan Bandar, Asisten Supritendan Azhari Chik berkata, seperti hari-hari sebelum ini, hanya 800 nombor dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, jika nombor giliran itu berjaya dihabiskan sebelum 8 malam ini, nombor giliran baru akan dikeluarkan.

"Bagaimanapun nombor mungkin dihadkan kepada 100 sahaja kerana bimbang tidak dapat dihabiskan sebelum tengah malam ini," katanya.

Beliau berkata, proses semakan dan pembayaran mengambil masa kerana ada di antara mereka yang menyemak dan membayar untuk lebih 50 saman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis Pulau Pinang kutip lebih RM6 juta saman dalam 10 hari

Posted:

Polis Pulau Pinang kutip lebih RM6 juta saman dalam 10 hari

Polis Pulau Pinang kutip lebih RM6 juta saman dalam 10 hari

PULAU PINANG 10 Mac - Polis negeri mengutip lebih RM6 juta saman sepanjang 10 hari tempoh lanjutan bayaran saman tertunggak yang berakhir hari ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan saman trafik yang berjaya dikutip kontinjen itu sejak Januari lalu meningkat kepada RM24 juta.

"Setakat ini, kita menerima maklum balas yang baik daripada pesalah trafik untuk menjelaskan saman-saman tertunggak mereka.

"Tiada juga sebarang rungutan kita terima sepanjang hari terakhir pembayaran hari ini.

"Jika mereka curiga terhadap saman yang dikenakan, mereka boleh jumpa kami sendiri dengan membawa bukti-bukti kukuh selain kenyataan lisan," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas meninjau kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini.

Menurut Ayub, sejak tahun 2000 hingga 2010, jumlah saman yang dikeluarkan polis negeri adalah sebanyak 3.7 juta tetapi hanya 2.1 juta pesalah trafik berjaya menjelaskannya, manakala 43 peratus lagi masih berdegil.

"Kita serah kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya berhubung penyenaraian hitam nama-nama pesalah trafik yang gagal membayar saman apabila tempoh lanjutan itu tamat hari ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 11 Mar 2011 03:20 AM PST

Utusan Online - Selatan


Pusat ikan hiasan Bukit Lintang

Posted:

Pusat ikan hiasan Bukit Lintang

Pusat ikan hiasan Bukit Lintang

Oleh Nas Norziela Nasbah
utusanmelaka@utusan.com.my


Ikan clown fish antara yang diminati bagi penggemar ikan hiasan.


MELAKA 10 Mac – Perusahaan ikan hiasan biasanya dikaitkan dengan perniagaan yang diusahakan secara persendirian oleh golongan elit atau peniaga yang mempunyai kecenderungan dan hobi mendalam terhadap ternakan ikan hiasan.

Namun hakikatnya, perusahaan ikan hiasan boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja mahupun penduduk kampung asalkan mereka berminat mengusahakannya secara bersungguh-sungguh kerana perusahaan ini berpotensi menjana pendapatan.

Bagi membantu rakyat negeri ini terlibat mengusahakan industri tersebut, sebuah Pusat Penternakan Ikan Hiasan iaitu yang pertama seumpamanya di negara ini ditubuhkan bagi menambah dan mempelbagaikan pengeluaran ikan hiasan sekali gus memperluaskan pasarannya ke luar negara.

Ia dijayakan bersama dengan agensi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) dengan perbelanjaan menelan kos kira-kira RM300,000.

Terletak di Kampung Bukit Lintang, di sini, penduduk di kawasan tersebut sudah boleh berbangga kerana melalui usaha itu, mereka kini berpeluang menjana pendapatan melalui penjualan ikan hiasan.

Sebagai permulaan, pusat tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh LKTN yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan termasuk mengaplikasikan teknologi baru dalam perusahaan itu.

Selain menjadi pusat asuhan pelbagai spesies ikan hiasan, ia berperanan menjadi tarikan pelancong dan juga penduduk tempatan kerana terletak di lokasi strategik iaitu di laluan Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

Pusat ternakan ikan hiasan yang terletak di kawasan seluas 0.85 hektar sudah mula beroperasi dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada 22 Februari lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia ke pusat penternakan ini mendapati ikan hiasan jenis symphysodon discuss paling banyak diternak iaitu sebanyak 300 ekor dan diletakkan di hampir 100 akuarium lengkap dengan kemudahan oksigen dan perhiasan.

Lebih menarik, pusat ternakan ikan hiasan ini dibuka untuk orang ramai bukan sahaja tujuan pembelian malah dijadikan sebagai tempat rujukan.

Antara maklumat yang boleh diperoleh ialah mengenai ikan arowana, guppy, herlequin, koi, oscar, pelaga, swordtail, tiger barb dan tetra selain symphysodon discuss.

Ketua Pengarah LKTN, Ahmad Loman berkata, sebagai permulaan, pusat tersebut kini membiak kira-kira 20,000 benih ikan hiasan jenis discuss yang diimport dari Thailand dan Eropah.

Menurutnya, pihak LKTN menyasarkan pusat penternakan tersebut sebagai hab mengeksport ikan hiasan bermula pada tahun ini.

Katanya, projek ternakan ikan hiasan di pusat terbabit bakal dikomersialkan memandangkan potensi pasarannya amat menggalakkan dan mendapat permintaan di peringkat antarabangsa.

Ujar beliau, ikan hiasan yang ditawarkan adalah antara 250 jenis ikan hiasan yang diternak di negara ini untuk tujuan pasaran tempatan dan luar negara seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan Thailand selain ke pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

"Pada peringkat permulaan, LKTN menyasarkan sebanyak 300 ekor ikan dijual dalam masa sebulan dan sebanyak 4,800 ekor ikan setahun dengan nilai jualan RM48,960.

"Daripada jumlah itu, keuntungan bersih yang bakal diperoleh pada tahun pertama adalah sebanyak RM14,000 dan dijangka terus meningkat pada kadar lima peratus bagi setiap tahun berikutnya," katanya.

Lebih menarik, ikan hiasan yang dibiak itu menggunakan teknologi baru berasaskan bio keselamatan sebagai jaminan untuk menghasilkan baka ikan yang bermutu tinggi dan memenuhi pasaran eksport.

Menurut Ahmad, LKTN mencadangkan kesemua benih ikan yang matang dalam tempoh lebih empat bulan seterusnya akan dieksport ke luar negara terutama Eropah.

"Keadaan ini merupakan peringkat permulaan pembiakan ikan hiasan di pusat ini dalam tempoh lima ke enam bulan lagi.

"Dengan kemudahan pembiakan dan asuhan di sini, pembiakan benih ikan dari Eropah berjaya dilakukan sebelum dituai untuk dieksport ke luar negara," katanya.

Ahmad berkata, pemilihan ikan hiasan jenis discuss sebagai spesies utama diternak di sini adalah kerana ia merupakan spesies ikan hiasan yang terbaik dan mempunyai permintaan tinggi di pasaran antarabangsa.

" Ikan hiasan jenis discuss ini akan bertelur dalam tempoh tiga bulan dan selepas itu telur ini akan diasingkan daripada induknya sebelum menetas.

"Anak-anak ikan ini kemudian akan diasingkan mengikut saiz. Anak-anak ikan mula dijual apabila ia mencapai saiz 4 sentimeter hingga 8 sentimeter," katanya.

Tambah beliau, makmal pembiakan dan asuhan di pusat tersebut ini dijaga oleh beberapa kakitangan LKTN yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang penjagaan ikan hiasan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tingkat pendapatan sektor penternakan negara - KM

Posted:

Tingkat pendapatan sektor penternakan negara - KM

Tingkat pendapatan sektor penternakan negara - KM

MELAKA 10 Mac - Usaha kerajaan negeri mewujudkan Pusat Ikan Hiasan bertujuan membantu peniaga menambah jumlah pendapatan dan mempelbagaikan lagi pengeluaran ikan hiasan di negara ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, selain itu, ia juga diharap dapat memperkenalkan daerah ini sebagai pusat ikan hiasan di kalangan pelancong dan pengusaha tempatan.

"Penubuhan Pusat Ikan Hiasan antaranya bertujuan meningkat dan mempelbagaikan pengeluaran ikan hiasan selain berusaha memperluaskan pasaran perusahaan.

"Selain itu, pusat tersebut bertindak sebagai tempat penetasan bagi pengeluaran benih ikan hiasan jenis discuss dan dibesarkan untuk dijual sebagai produk akhir," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pusat Penternakan Ikan Hiasan di Bukit Lintang di sini, baru-baru ini.

Katanya, melalui penubuhan pusat penternakan tersebut, ia diharap mampu menyumbang pendapatan kepada pengusahanya sekali gus meningkatkan pendapatan dalam sektor penternakan di negeri ini.

"Pusat ini memberi banyak peluang kepada pengusaha tempatan di bawah pemantauan agensi kerajaan sekali gus menjana pendapatan.

"Saya lihat usaha memberi tunjuk ajar kepada penduduk kampung dan pengusaha tempatan di sini merupakan sebagai satu langkah yang positif," katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri berharap LKTN dapat membimbing penduduk tempatan bagi melahirkan usahawan baru dalam bidang ternakan ikan hiasan.

Selain itu, ia boleh dikomersialkan ke pasaran tempatan dan peringkat antarabangsa.

Ujar Mohd. Ali, pemilihan kawasan Bukit Lintang sebagai lokasi penubuhan pusat penternakan ikan hiasan jenis discuss ini adalah tepat.

"Pihak kerajaan negeri yakin lokasi yang dipilih mampu dijadikan sebagai penggerak utama bagi memasarkan ikan hiasan discuss memandangkan lokasi strategik yang berhampiran dengan Singapura, selain Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

"Selain itu, negeri ini juga mempunyai banyak kemudahan bagi tujuan projek termasuk sumber air yang dirawat, pengangkutan darat dan udara di samping kunjungan pelancong luar yang boleh meningkatkan ekonomi pasaran ikan hiasan ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk nikmati air tanpa gangguan

Posted:

Penduduk nikmati air tanpa gangguan

Penduduk nikmati air tanpa gangguan

Oleh Ainol Amriz Ismail
utusanN9@utusa.com.my

KUALA PILAH 10 Mac - Lebih 1,000 penduduk di empat kampung dekat sini bakal menikmati bekalan air 24 jam tanpa gangguan apabila tangki air di Kampung Sikai siap dibina dalam waktu terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Menanti, Datuk Abd. Samad Ibrahim berkata, empat kampung itu ialah Kampung Gunung Pasir, Kampung Sikai, Kampung Pulau dan Kampung Bukit dekat Seri Menanti.

''Kerajaan mengambil berat rungutan penduduk yang sering mengalami gangguan bekalan air lebih-lebih lagi pada musim perayaan.

''Masalah yang berlarutan sejak 35 tahun lalu ini akan dapat diselesaikan apabila tangki air itu mula dibina pada bulan ini dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

''Kos pembinaan tangki dan keperluan paip lainnya melibatkan RM4 juta," katanya di Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti, dekat sini, hari ini.

Abd. Samad bercakap demikian pada majlis penyerahan cek pampasan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) kepada empat penerima selepas pengambilan balik tanah dibuat untuk projek pembinaan tangki air.

Hadir sama Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan negeri memberitahu, apabila siap kelak ia boleh menampung keperluan lebih 200 buah rumah di sekitar kawasan terbabit, selain keperluan penambahan paip untuk melancarkan bekalan ke setiap rumah.

''Masalah ini telah lama diperjuangkan dan atas kekangan peruntukan, maka ia tertangguh sedikit.

''Tetapi selaku wakil rakyat, isu ini sentiasa diketengahkan baik di peringkat negeri, mahupun Persekutuan supaya tindakan segera dilakukan lebih-lebih lagi penduduk sudah terlalu lama menanggung derita ini," katanya.

Namun kata Abd. Samad, pembinaan itu akan mengambil masa sedikit dan berharap penduduk khususnya anak-anak mereka dapat bersabar sebelum menikmati kemudahan bekalan air yang lebih baik.

Pada majlis itu tiga penerima, Abdul Rashid Jaafar, 67; Ramly Jaafar, 56, dan Fadiah Jaafar, 61, masing-masing menerima cek pampasan berjumlah RM6,500 seorang.

Sementara seorang lagi penerima Sulaiman Abd. Rahman menerima cek pampasan berjumlah RM19,500.

Dalam pada itu, Abd. Samad juga mengumumkan di kawasan berhampiran empat kampung itu juga akan dibina menara telekomunikasi.

''Pada dasarnya pengendali syarikat Rangkaian Minang (NS) Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk membina menara ini dan selepas ini liputan telefon di kawasan ini akan lebih meluas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 11 Mar 2011 03:09 AM PST

Utusan Online - Utara


MPK keluar permit sah

Posted:

MPK keluar permit sah

MPK keluar permit sah

KANGAR 10 Mac - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah mengeluarkan permit kebenaran kepada individu yang dikenali sebagai operator untuk menjalankan operasi mereka secara sah di kawasan jeti Kuala Perlis di sini.

Yang Dipertua MPK, Rosley Mat berkata, operator itu yang beroperasi menggunakan motosikal, kini perlu memakai jaket keselamatan yang tertera MPKPs dan nombor siri bagi membolehkannya beroperasi, sekali gus jaket itu tidak boleh ditukar milik kerana nama mereka telah didaftarkan.

Menurut beliau, sebelum ini individu berkenaan sering berkeliaran menunggang motosikal sambil menggamit pemandu kereta, terutama pelancong untuk meletak kenderaan di kawasan jeti Kuala Perlis.

"Kita mahu ubah imej kawasan jeti di Kuala Perlis ini menjadi kawasan mesra pelancong kerana sebelum ini ramai pelancong yang hendak ke Langkawi, Kedah bimbang meninggalkan kenderaan mereka di kawasan jeti ini kerana wujudnya kumpulan individu sedemikian."

"Namun, dengan pengeluaran permit tersebut pelancong tidak perlu bimbang kerana MPK akan memantau aktiviti dan operasi operator berkenaan, termasuk pengusaha tempat letak kenderaan di kawasan itu," katanya kepada para pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau, melalui peraturan tersebut, semua kenderaan mesti diletakkan dalam kawasan meletak kenderaan yang dikhaskan, manakala tempat letak kenderaan di hadapan pintu masuk jeti hanya untuk kenderaan yang berurusan memunggah barang.

Rosley berkata, pada masa ini terdapat 62 operator sedemikian di kawasan jeti Kuala Perlis, namun hanya 22 daripadanya memiliki lesen memandu.

Justeru, beliau berkata, MPK dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta sekolah memandu akan mengadakan program khas lesen berkelompok kepada operator yang terlibat.

"Operator yang mendapat permit boleh beroperasi sehingga ke Bukit Papan sahaja, jika melepasi kawasan berkenaan seperti di Behor Latif pihak polis akan mengambil tindakan," katanya.

Menurut beliau, MPK juga akan bekerjasama dengan pengusaha tempat letak kenderaan di Kuala Perlis bagi membantu melancarkan operasi berkenaan.

"Pengusaha perlu memberi kerjasama dan bayaran kepada operator yang membawa kenderaan ke tempat letak kenderaan," katanya.

Beliau berkata, terdapat 38 pengusaha tempat letak kenderaan persendirian di kawasan Kuala Perlis, namun hanya 12 pengusaha sahaja yang memiliki lesen manakala permohonan untuk memiliki lesen masih dibuka.

"MPK sendiri telah menambah tempat letak kenderaan di kawasan seluas satu hektar berhampiran stesen bas Kuala Perlis yang boleh memuatkan lebih 1,000 kenderaan pada satu-satu masa," katanya.

Rosley berkata, pada masa ini kadar bayaran tempat letak kenderaan di kawasan berkenaan ialah antara RM8 sehingga RM12 bagi tempoh 24 jam.

Difahamkan sebelum ini, operator berkenaan mampu meraih pendapatan sehingga RM120 sehari melalui kegiatan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahu kekal di Gunung Cheroh

Posted:

Mahu kekal di Gunung Cheroh

Mahu kekal di Gunung Cheroh

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my


PARA penduduk setinggan Kampung Gunung Cheroh membuat laporan polis mengenai arahan pindah dari kampung berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, semalam.


IPOH 10 Mac – Sebanyak 21 keluarga rumah setinggan di Kampung Gunung Cheroh merayu kerajaan negeri supaya membenarkan mereka terus menetap di kawasan yang telah didiami itu sejak tiga generasi lalu.

Seorang penduduk, K. Valliama, 70, berkata, penduduk kampung telah diarah mengosongkan kawasan tersebut dalam tempoh dua minggu dari sekarang kerana tanah berkenaan telah diberikan kepada syarikat pemaju, Fasa Unggul Sdn. Bhd. untuk pembinaan projek pembangunan.

"Saya telah menetap di situ lebih 40 tahun dan mempunyai 10 orang anak. Apa yang saya mahu hanya tinggal di tempat yang sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, penduduk telah memohon sekurang-kurangnya lima kali kepada Pejabat Tanah dan Galian negeri sejak 1998 untuk mendapatkan kebenaran mendirikan rumah di situ, namun tiada sebarang maklum balas yang diterima.

Lebih malang katanya, apabila pihak pemaju tidak menawarkan sebarang pampasan untuk proses pemindahan tersebut.

Menurutnya, sebelum ini, 32 keluarga di kawasan tersebut telah dipindahkan ke Buntong dan Taman Loke Lim sewaktu zaman pemerintahan bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali serta pakatan pembangkang.

Sehubungan itu, dia berharap, pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya memandangkan rata-rata penduduk berkenaan merupakan golongan miskin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TEKUN lulus RM324,000 untuk 34 peniaga

Posted:

TEKUN lulus RM324,000 untuk 34 peniaga

TEKUN lulus RM324,000 untuk 34 peniaga

TASEK GELUGOR 10 Mac - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) negeri telah meluluskan pinjaman RM324,000 kepada 34 peniaga di daerah ini sejak dua bulan lalu.

Pengurus TEKUN Parlimen Tasek Gelugor, Azhari Yaacob berkata, setiap peminjam menerima antara RM3,000 hingga RM35,000.

"Langkah ini pastinya menggembirakan mereka dalam usaha menjadi usahawan berjaya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan TEKUN di sini kelmarin.

Hadir sama pada malis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahya.

Sementara itu seorang pengusaha rempeyek, Rohaya Yaakub, 43, dari Teluk Air Tawar memberitahu, pinjaman RM35,000 itu akan digunakan untuk memajukan lagi perniagaannya.

"Saya mahu membeli mesin khas bagi membuat rempeyek secara besar-besaran," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, selepas ini dia tidak perlu lagi menggunakan tangan untuk membuat rempeyek dan hasilnya pula tidak begitu banyak.

Bagi penjual kain, Khairul Nisah Mohamad, 28, dari Air Melintas Besar, pinjaman RM3,000 yang diterimanya itu boleh membantu untuk memperluaskan rangkaian perniagaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 11 Mar 2011 01:35 AM PST

Utusan Online - Timur


Desak baiki jambatan 30 tahun

Posted:

Desak baiki jambatan 30 tahun

Desak baiki jambatan 30 tahun

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Wan Mohd. Bakri Wan Mamat menunjukkan kerosakan lantai jambatan kayu Kampung Kutan Sungai,Tumpat, semalam.


TUMPAT 10 Mac – Penduduk dan pengguna yang melalui jambatan kayu di Kampung Kutan Sungai dekat sini berharap pihak berkuasa dapat membantu membaik pulih jambatan yang menjadi jalan pintas untuk menghubungkan jajahan ini dengan Pasir Mas.

Ia ekoran sebahagian daripada lantai kayu jambatan itu yang sudah reput dan patah yang mengancam keselamatan penduduk setiap kali menggunakannya.

Tinjuan Utusan Malaysia mendapati jambatan ini turut mengancam nyawa pelajar kerana ia menjadi laluan utama mereka untuk ke sekolah.

Antara sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tendong dan Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Ulum yang terletak dalam daerah Pasir Mas serta Sekolah Menengah Agama Falahiah; Sekolah Maahad Muhammadi Pasir Pekan dan SMK Mahmud Mahyiddin yang terletak di daerah ini.

Seorang penduduk, Wan Mohd. Bakri Wan Mamat, 46, berkata, kerosakan jambatan ini bukan disebabkan oleh banjir tetapi kerana tidak dapat menampung berat kenderaan seperti kereta, motosikal dan basikal yang sering berulang alik melalui jambatan ini.

"Masalah ini dapat diatasi sekiranya jambatan kayu ini diganti dengan jambatan konkrit. Lagi pun jambatan konkrit lebih tahan untuk kenderaan berulang alik melaluinya," katanya.

Tambahnya, jambatan yang berusia hampir 30 tahun ini sudah pun dibaiki lima kali selepas mengalami kerosakan.

Sementara itu, Kamalbaharin Ibrahim, 46, berkata, dia sentiasa merasa cemas setiap kali melalui jambatan tersebut kerana kebanyakan lantainya telah patah.

Menurutnya, apabila ada lantai yang patah dan reput, memang tidak selamat untuk dilalui lagi, namun disebabkan jambatan ini sudah diketahui umum sebagai penghubung jalan pintas untuk ke Pasir Mas dan Tumpat, ia menjadi pilihan penduduk.

"Bila-bila masa sahaja ada tayar kenderaan tersangkut dalam lubang akibat kayu patah di atas jambatan ini, bagi yang sering melaluinya, mungkin perasan kayu jambatan ini patah.

"Namun bagi yang tidak biasa melalui jambatan ini, mungkin kecelakaan akan menimpa terutamanya apabila melaluinya pada waktu malam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kantin asrama Perkaya dibuka semula

Posted:

Kantin asrama Perkaya dibuka semula

Kantin asrama Perkaya dibuka semula

KUALA TERENGGANU 10 Mac - Kantin asrama pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) Marang yang diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Daerah sejak 7 Mac lalu dibenarkan beroperasi mulai petang semalam.

Pengetua asrama, Wan Kamal Wan Mokhtar berkata, pihak Jabatan Kesihatan Daerah Marang yang menjalankan siasatan semula telah membatalkan notis penutupan sementara selama dua minggu setelah berpuas hati dengan langkah-langkah yang diambil.

Katanya, pihak pengurusan asrama telah mengambil tindakan dan langkah segera seperti yang diarahkan oleh Jabatan Kesihatan bagi membolehkan kantin asrama beroperasi seperti biasa.

''Borang permohonan bagi pemeriksaan semula telah dihantar sehari selepas kejadian dan pegawai jabatan berkenaan datang membuat pemeriksaan susulan pagi semalam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia mengenai asrama Perkaya yang diarah menghentikan operasi selama dua minggu ekoran tahap kebersihan yang tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan negeri sejak 7 Mac lepas.

Arahan penutupan itu dibuat setelah sembilan pelajar perempuan dikatakan mengalami keracunan makanan ketika berada di sekolah.

Mereka mengadu sakit perut dan muntah selepas mengambil sarapan dan telah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Pusat Kesihatan Mercang.

Menurut Wan Kamal, kes tersebut mungkin terpencil dan diluar kawalan pihak pengurusan asrama kerana ia hanya melibatkan jumlah bilangan pelajar yang amat kecil.

Namun begitu, pihak pengurusan asrama akan sentiasa lebih berhati-hati untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sasar 50 sertai program 4x4 media

Posted:

Sasar 50 sertai program 4x4 media

Sasar 50 sertai program 4x4 media

KUALA TERENGGANU 10 Mac - Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) negeri hari ini menyasarkan penyertaan 50 wakil media dari dalam dan luar negara dalam Program Pacuan Empat Roda (4x4) Media Antarabangsa Jun ini.

Pengarah Pelancongan negeri, Mohd. Nasir Kushairi berkata, ia sebagai langkah memperhebatkan promosi bagi negeri ini melalui pelbagai produk termasuk kegiatan lasak di samping menghayati alam semula jadi.

Katanya, kesemua peserta akan dibawa menaiki 15 buah kenderaan pada program yang berlangsung selama empat hari tiga malam itu.

"Kita telah memilih kawasan yang belum diterokai serta mempunyai nilai sejarah yang tinggi seperti sekitar Kemaman dan Pasir Raja.

"Bagaimanapun, laluan-laluan itu masih belum ditetapkan sepenuhnya dan mungkin akan ada penambahbaikan selepas ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Nasir menggantikan Shuhaimi Abu Hassan Shari sejak 1 Februari lalu memberitahu, pihaknya akan mendapatkan kerjasama daripada Tourism Kelantan dan Pahang bagi menjayakan program berkenaan.

"Hasrat kita ialah untuk memperhebatkan industri pelancongan di Terengganu memandangkan negeri ini mempunyai banyak potensi dalam bidang ekopelancongan," ujar beliau.

Tambahnya, dengan adanya program seperti itu, peserta berpeluang menikmati dan mempelajari sesuatu yang berharga mengenai keindahan hutan di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 11 Mar 2011 01:16 AM PST

The Malaysian Insider :: Bahasa


Saya tidak perkecil Bahasa Kebangsaan, kata Naib Canselor UM

Posted: 11 Mar 2011 12:13 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Datuk Ghauth Jasmon hari ini berkata ulasan-ulasan beliau semasa satu taklimat dengan penuntut pada 14 Feb di universiti telah disalah tafsir dan terkeluar daripada konteks dan diberikan gambaran yang salah bahawa beliau merendahkan martabat Bahasa Malaysia.

Ghauth berkata semasa takimat dengan kira-kira 2,000 penuntut dari pelbagai fakulti dan juga staf akademik, beliau hanya menyampaikan data Kementerian Pengajian Tinggi mengenai kebolehan pekerjaan graduan dan kaitannya dengan penguasaan yang baik dan kemahiran dalam Bahasa Inggeris.

"Tapi ia berakhir seperti saya tidak memberi keutamaan kepada Bahasa Malaysia, yang mana saya tidak ada niat langsung. Saya fikir ini semua hanya salah faham semata-mata," katanya pada satu sidang akhbar di UM, di sini, hari ini.

Beliau mengadakan sidang akhbar itu bagi menjelaskan apa yang berlaku semasa taklimat itu yang menimbulkan kontroversi di mana beliau didakwa oleh seorang "Siswa Kecewa, UM (dalam Berita Harian Online, bahawa Ghauth telah merendahkan martabat bahasa kebangsaan.

Adalah dilaporkan satu memorandum telah dikemukakan oleh para penuntut dari Akademi Pengajian Melayu (APM) mendesak Ghauth meminta maaf berhubung perkara itu dan menyatakan pendiriannya mengenai bahasa kebangsaan.

Ghauth berkata statistik UM tahun lepas menunjukkan bahawa para penuntut APM, enam bulan selepas selesai pengajian, mempunyai kadar kebolehpekerjaan graduan yang rendah berbanding penuntut dari fakulti-fakulti yang lain.

Beliau berkata Kementerian Pengajian Tinggi mahu semua universiti awam di negara ini supaya meningkatkan penguasaan dan kemahiran Bahasa Inggeris di kalangan penuntut dalam usaha meningkatkan kadar kebolehpekerjaan graduan dan ini menjadi tugas beliau untuk membentangkan fakta itu, mesej dan kekhuatiran itu kepada penuntut UM.

"Semua data (yang saya bentangkan) datang dari kementerian dan bukan dari saya. Saya sebenarnya membentangkan statistik dan data yang diberikan kementerian. Tidak ada rancangan untuk meminggirkan Bahasa Malaysia," katanya.

Beliau berkata taklimat itu diadakan antara lain untuk berkongsi visi dan misi bagi meningkatkan kedudukan UM supaya berada dalam kedudukan 100 universiti teratas dalam tempoh lima tahun dan mendapatkan pandangan penuntut mengenai sumbangan mereka bagi mencapai matlamat itu dan membentangkan data kementerian mengenai kebolehpekerjaan graduan dan langkah-langkah bagi mempertingkatkannya antara lain melalui penguasaan Bahasa Ingeris yang lebih baik.

Ghauth berkata, beliau akan bertemu para penuntut APM tidak lama lagi bagi menjelaskan perkara itu dan mengelakkan sebarang salah faham.

"Mungkin mereka tidak sedar bahawa apa jua data yang saya sebutkan datang dari data kebangsaan (kementerian).Jika mereka faham latar belakang perkara ini, saya fikir tidak timbul salah faham ini," katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan cakap besar, kata Awang Tengah kepada Anwar

Posted: 11 Mar 2011 12:04 AM PST

Awang Tengah menyifatkan Anwar sebagai sudah hilang kewibawaan beliau. — gambar fail

SARIKEI, 11 Mac — Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya bercakap besar tentang keinginannya untuk mengambil alih Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang.

Menyifatkan Anwar sebagai telah hilang kewibawaan selaku seorang pemimpin, Awang Tengah berkata ''impian September 16, 2008'' Anwar untuk mengambil alih Putrajaya juga telah gagal.

"Jadi dia tidak sepatutnya cakap besar sekarang," katanya sebelum menyerahkan pampasan tanah berjumlah RM3.1 juta kepada lebih 200 pemilik tanah di Tanjung Manis, dekat sini hari ini.

Awang Tengah berkata malah wakil rakyat daripada PKR turut beramai-ramai meninggalkan parti itu. Sebagai tambahan, banyak anggota pengasas dan anggota biasa PKR yang turut berbuat demikian, kata Awang Tengah. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 11 Mar 2011 01:12 AM PST

Utusan Online - Muka Hadapan


Premium insurans tak masuk akal

Posted:

Premium insurans tak masuk akal

Premium insurans tak masuk akal

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Mac - Penyokong kerajaan dan pembangkang hari ini 'bersatu' menyelar syarikat-syarikat insurans kerana mengenakan premium yang tidak masuk akal terhadap kenderaan lama berusia lebih 10 tahun dan insurans pihak ketiga sejak dua tahun lalu.

Sambil menyifatkan dua langkah itu sebagai tidak munasabah, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) berkata, peraturan baru tersebut telah menyusahkan rakyat terutama penduduk di luar bandar.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengkaji semula kadar dikenakan itu sejak dua tahun lalu kerana jelas membebankan rakyat ekoran harga premium insurans yang terlalu tinggi.

''Ini isu serius. Oleh itu Kementerian Kewangan dan BNM perlu melihat masalah ini kerana ia tidak memberi keadilan kepada rakyat di kampung-kampung. Kebanyakan kenderaan mereka adalah kenderaan lama. Peraturan ini langsung tidak munasabah.

''Munasabah ke premium insurans kereta lama lebih tinggi daripada kereta baru. Begitu juga dengan pembelian insurans pihak ketiga, mengapa kadarnya terlalu tinggi?'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Isu mengenakan premium insurans pihak ketiga yang terlalu tinggi pernah dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika mencelah berkata, kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula operasi syarikat-syarikat insurans kerana perjalanan perniagaan mereka adalah secara menipu.

''Perniagaan yang banyak menipu rakyat ialah perniagaan insurans. Berlaku sahaja kes kemalangan berpuluh tahun baru selesai. Saya minta satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memantau operasi mereka kerana mereka ini adalah penipu paling besar di negara ini," katanya.

Mohamed dalam pada itu turut mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu syarikat insurans yang baru sebagai alternatif bagi syarikat insurans sedia ada.

''Kalau masalah ini tidak selesai, apa kata Kementerian Kewangan mewujudkan syarikat insurans baru yang boleh menjual insurans dengan harga berpatutan. Namakan sahaja insurans ini, insurans 1Malaysia. Jangan terima lagi syarikat-syarikat insurans yang sedia ada sekarang," ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee ketika mencelah telah meminta isu yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading itu meliputi pembelian insurans hayat.

Chong Chieng Jen (DAP-Kuching) di dalam perbahasannya juga bersetuju supaya kadar premium insurans pihak ketiga diturunkan bagi meringankan beban rakyat.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat bagaimana syarikat-syarikat insurans ketika ini memaksa pelanggan membeli polisi insurans kemalangan peribadi sebelum dikeluarkan polisi insurans pihak ketiga walaupun kerajaan tidak membenarkan ia berlaku.

''Itu belum dikira caj tambahan (loading) yang turut dikenakan kepada pelanggan. Apabila dicampur kedua-duanya dan ditambahkan dengan bayaran premium insurans pihak ketiga sudah tentu harganya tinggi dan membebankan.

''Walaupun Kementerian Kewangan sudah kata tidak ada syarikat yang boleh paksa pemilik kenderaan untuk membeli insurans tambahan ini, tetapi ini masih diamalkan oleh semua syarikat insurans di negara ini," katanya.

Akibatnya beliau berkata, harga premium insurans pihak ketiga yang dahulu dibayar sekitar RM70 sehingga RM80 tetapi sekarang harganya antara RM100 hingga RM200.

''Bank Negara ini butakah, takkan tidak tahu langsung, ini hakikat yang memang berleluasa? Mengapa kerajaan tidak ada penyelesaian sebaliknya terus membenarkan syarikat insurans mengeksploitasi pelanggan mereka," katanya.

Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) pula berpendapat operasi syarikat trak penunda juga harus dipantau kerana ia menyumbang kepada peningkatan kadar premium insurans yang dijual kepada pemilik kenderaan, termasuk caj tambahan.

Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mempersoalkan kuasa Bank Negara dalam mengawal syarikat-syarikat berkenaan.

Meskipun katanya, telah ada arahan supaya syarikat-syarikat insurans tidak boleh memaksa pemilik kenderaan membeli pelindungan insurans tambahan namun perkara itu masih berleluasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Premium tambahan sehingga 150 peratus 'sakitkan' pengguna

Posted:

Premium tambahan sehingga 150 peratus 'sakitkan' pengguna

Premium tambahan sehingga 150 peratus 'sakitkan' pengguna

Oleh raja syahrir abu bakar
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Mac - Selain kadar premium insurans pihak ketiga yang perlu dibayar, pemilik kenderaan kini terpaksa menanggung beban berikutan kadar premium tambahan (loading) 'menyakitkan' yang dikenakan oleh syarikat penyedia insurans.

Manakan tidak, kadar premium tambahan itu boleh mencecah sehingga 150 peratus daripada caruman premium biasa pengguna dan lebih tidak adil, ia dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sumber Utusan Malaysia memberitahu, akibat 'kebenaran' bank induk itu, syarikat insurans bebas meletakkan kadar premium yang berbeza tetapi dihadkan sehingga 150 peratus.

Sebagai contoh katanya, seorang pengguna yang membayar premium insurans pihak ketiga pada kadar RM72 setahun sebenarnya perlu membayar sehingga RM180 setahun akibat beban tambahan tersebut.

"Itu bagi kereta lama berusia 15 tahun yang berkapasiti rendah seperti di bawah 1,000 cc. Bagi 1,500 cc ke atas pula ia mencecah sehingga RM337.50 setahun," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tentang gesaan beberapa ahli Parlimen yang meminta supaya Kementerian Kewangan dan BNM mengkaji semula kadar premium insurans pihak ketiga ke atas pengguna yang disifatkan terlalu tinggi sejak dua tahun lalu.

Sumber itu menambah, pemilik kenderaan berusia 15 tahun ke atas pula berhadapan masalah lain apabila syarikat insurans tidak membenarkan mereka mengambil premium insurans pihak ketiga.

Katanya, pemilik berkenaan perlu merujuk kepada 'Malaysian Motor Insurance Pool' (MMIP) bagi mendapatkan perlindungan insurans.

"Selain kadar berbeza yang ditetapkan MMIP, kenderaan yang berusia lebih 15 tahun itu juga perlu diperiksa oleh Puspakom Sdn. Bhd. dan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM60, jadi semuanya duit," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aliran keluar RM135.3 bilion

Posted:

Aliran keluar RM135.3 bilion

Aliran keluar RM135.3 bilion

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia mencatatkan kesalahan dan ketinggalan (E&O) aliran keluar kewangan RM135.3 bilion bagi tempoh 2000 hingga 2009.

Perdana Menteri berkata, E&O akan ada di dalam imbangan pembayaran memandangkan jumlah urus niaga negara yang amat besar dengan dunia luar di samping ketiadaan data untuk barangan tertentu disebabkan oleh kesalahan perangkaan atau pindahan dana yang tidak direkodkan.

"Jumlah E&O ini mencakupi kurang dua peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia dan dalam lingkungan lima peratus daripada jumlah perdagangan mengikut standard yang diterima.

"Selain percanggahan perangkaan yang benar-benar berlaku, E&O juga mungkin mencerminkan aliran kewangan tidak direkodkan yang dijalankan melalui saluran tidak formal, yang mungkin termasuk dana berpunca daripada aktiviti haram," katanya melalui jawapan bertulis kepada Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagaimanapun, data urus niaga ekonomi dan kewangan Malaysia dengan dunia luar dirangkum dalam perangkaan imbangan pembayaran yang disusun mengikut metodologi seperti disarankan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Kit Siang dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan langkah-langkah yang diambil mengenai laporan Integriti Kewangan Sedunia (GFI) bahawa Malaysia mengalami aliran keluar kewangan haram dalam lingkungan RM888 bilion yang disebabkan oleh rasuah dan salah urus di antara tahun 2000 dan 2008.

Perdana Menteri menambah, menyedari jumlah aliran keluar dana tidak direkodkan semakin meningkat, Bank Negara Malaysia telah menjalankan siasatan mengenai pindahan dana secara haram oleh pengurup wang.

Beliau berkata, sehingga kini, sebanyak 50 lesen pengurup wang dibatalkan dengan lapan pengurup wang serta pengarahnya didakwa di mahkamah dan didapati bersalah.

"Kerjasama antarabangsa dan perkongsian maklumat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang asing bagi tujuan perkongsian hasil risikan dan bukti bagi transaksi merentas sempadan juga dipertingkatkan.

"Beberapa rakan sejawat asing telah bekerjasama dalam pengawasan dan tindakan bersama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang tempatan bagi menjejaki destinasi terakhir dana haram berkenaan.

"Pada masa sama, kerajaan juga telah menubuhkan pasukan petugas peringkat tertinggi untuk terus menyiasat perkara itu," ujarnya.

Beliau turut memaklumkan, rangka tindakan dan kerja undang-undang baru untuk industri pengurupan serta pengiriman wang akan dilaksanakan tahun ini untuk memupuk pembangunan industri yang kukuh, menggalakkan standard tadbir urus dan amalan profesional baik demi melindungi integriti industri.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai ekonomi terbuka serta sistem kewangan liberal dengan sektor perniagaan dan isi rumahnya dapat menjalankan pelbagai urus niaga merentas sempadan.

"Jumlah perdagangan Malaysia pada 2010 adalah sebanyak RM1.17 trilion iaitu bersamaan 153 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Sistem ini didukung oleh undang-undang, peraturan dan kawal selia yang komprehensif sekali gus memberi keyakinan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 10 Mar 2011 11:38 PM PST

Utusan Online - Politik


Wakil rakyat PKR dipelawa sertai KITA

Posted:

Wakil rakyat PKR dipelawa sertai KITA

Wakil rakyat PKR dipelawa sertai KITA

SUNGAI PETANI 10 Mac – Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mengajak wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berasa terpinggir dan tidak dihargai oleh pemimpin pembangkang agar menyertai parti itu.

Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata, parti tersebut menyediakan ruang yang luas untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan transformasi politik.

Malah, katanya, adalah lebih elok bagi pemimpin terlibat menyertai parti terbaru berkenaan memandangkan mereka tidak lagi sefahaman dengan pemimpin PKR.

"Sekiranya mana-mana wakil rakyat merasakan tidak dihargai ataupun hilang kepercayaan dengan pemimpin, lebih baik mereka sertai KITA.

"KITA mengalu-alukan kehadiran mereka untuk meneruskan perjuangan dan berkhidmat demi rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Zamil yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri berkata, beliau memahami bahawa beberapa wakil rakyat dan pemimpin PKR kini berada di persimpangan sama ada mahu terus kekal dalam parti itu atau sebaliknya.

"Saya tahu ramai daripada mereka begitu kecewa dengan kepimpinan PKR pusat dan negeri yang dilihat tidak melakukan apa-apa kepada rakyat dan hanya tahu mengukuhkan kedudukan dalam parti.

"Saya berharap mereka memikirkan sedalam-dalamnya dan berjuang bersama kami dalam KITA," katanya.

Dalam pada itu, Zamil mendakwa, PKR mungkin terkubur di negeri ini berikutan cabang parti tersebut dijangka dibubarkan tidak lama lagi.

Katanya, keadaan tersebut berlaku kerana kebanyakan ahli tidak berpuas hati dengan sikap pucuk pimpinan pusat yang mengetepikan peranan pimpinan peringkat akar umbi.

"Selain itu, kita perhatikan ramai pemimpin terutamanya wakil rakyat yang sebelum ini begitu setia dengan parti, satu demi satu meninggalkan PKR," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

986,285 layak mengundi jika pilihan raya April

Posted:

986,285 layak mengundi jika pilihan raya April

986,285 layak mengundi jika pilihan raya April

PUTRAJAYA 10 Mac - Sejumlah 986,285 pemilih berdaftar di Sarawak layak mengundi jika Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan hujung bulan ini untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri pada April.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, ia merupakan daftar pemilih yang disahkan sehingga Disember tahun lalu.

Sehubungan itu, kata beliau, mereka yang berdaftar pada suku pertama tahun ini iaitu pada Januari, Februari dan Mac akan terlepas peluang mengundi dalam proses demokrasi itu.

"Itu salah mereka sendiri kerana SPR sudah ingatkan berulang-ulang kali supaya daftar... daftar... daftar.

"Bagi suku keempat yang daftar pada Oktober, November dan Disember 2010 di Sarawak ialah 20,202 orang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mengikut Daftar Pemilih terkini suku ketiga 2010 yang diwartakan pada 27 Disember, Sarawak mempunyai 1,435,638 penduduk yang melepasi umur 21 tahun.

Ini bermakna, jika pilihan raya negeri kesepuluh dilangsungkan April ini, sejumlah 449,353 penduduk Sarawak akan terlepas peluang mengundi.

Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya 20 Mei 2006 itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memiliki 34 kerusi DUN, diikuti oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebanyak 11 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebanyak sembilan kerusi dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) sebanyak lapan kerusi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 10 Mar 2011 11:15 PM PST

Utusan Online - Jenayah


Sindiket samun kereta mewah lumpuh

Posted:

Sindiket samun kereta mewah lumpuh

Sindiket samun kereta mewah lumpuh

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my


ANTARA kereta mewah yang disamun ditemui semula selepas 11 suspek ditahan baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 10 Mac - Polis melumpuhkan satu sindiket samun kereta mewah di sekitar ibu negara yang menggunakan taktik langgar dari belakang selepas menahan 11 individu yang terlibat dalam kegiatan itu, baru-baru ini.

Kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 35 tahun dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 20 kes samun kenderaan untuk tahun ini sahaja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, sindiket ini menjadikan laluan lebuh raya di sekitar Lembah Klang sebagai lokasi jenayah mereka.

"Modus operandi kumpulan ini adalah mengekori kereta mewah dan melanggar belakang kenderaan itu sebelum menyamun mangsa dengan senjata seperti parang atau kayu sebaik sahaja pemandunya keluar dari kenderaan.

"Hasil siasatan polis mendapati, kira-kira 100 kes samun menggunakan modus sebegitu sejak 2009 sehingga Februari lalu membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta," katanya pada sidang akhbar di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras di sini hari ini.

Tambah Bakri, susulan penahanan kesemua suspek itu, polis menemui lapan buah kereta mewah yang dicuri antaranya jenis Toyota Alphard, BMW, Mitsubishi Airtrek, Honda Civic dan Toyota Altis yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM800,000.

"Turut ditemui, pelbagai jenis senjata berbahaya seperti parang, pedang dan kayu yang digunakan untuk melakukan jenayah terbabit.

"Sebahagian daripada suspek juga dikesan memiliki rekod jenayah lampau, malah seorang daripadanya baru sahaja dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, Johor," katanya sambil menambah, kumpulan ini dikesan aktif melakukan kegiatan samun di lebuh raya sekitar Rawang dan Gombak.

Salah seorang daripada mangsa termasuklah Pengarang Sukan Utusan Malaysia, Meor Herman Meor Shakri yang disamun di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Rawang ketika pulang bertugas pada 8 Februari lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah bersama perabot dicuri

Posted:

Rumah bersama perabot dicuri

Rumah bersama perabot dicuri


Seorang penduduk, Rasni Putih menunjukkan sebuah rumah papan dua tingkat yang hanya tinggal pelapik tiang dan kayu selepas dilarikan oleh pihak tidak bertanggungjawab di Kampung Bakau, Kangar, semalam.


KANGAR 10 Mac - Lazimnya dalam kes pecah rumah, barang-barang yang akan dilarikan namun di Kampung Bakau di sini, sebuah rumah milik seorang wanita turut 'hilang'.

Zuria Ali, 30, terkejut apabila mendapati rumah papan dua tingkat miliknya hilang selepas dia sendiri pergi ke kampung itu pada Jumaat lalu.

Wanita tersebut yang kini menetap di Perak datang ke kampung itu untuk melihat keadaannya setelah dimaklumkan oleh penduduk bahawa rumahnya yang disewa kepada orang lain 'hilang'.

Zuria pada mulanya tidak mempercayai cakap penduduk kampung tersebut tetapi selepas pergi sendiri ke rumah itu, dia mendapati rumah tersebut dengan perkakas di dalamnya seperti pinggan mangkuk, almari, perabot, meja makan dan peti ais telah lesap.

Zuria yang mendakwa tidak mendapat bayaran sewa rumah selama lima bulan hanya dapat melihat 24 pelapik tiang, cebisan kayu dan televisyen rosak di tapak rumahnya itu.

Berikutan itu, Zuria membuat laporan polis mengenai kehilangan rumah pusaka yang dianggarkan berusia lebih 60 tahun itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 10 Mar 2011 11:14 PM PST

Kosmo Online - Rencana Utama


Jatuh cinta keindahan bahasa Melayu

Posted:

Jatuh cinta keindahan bahasa Melayu

Jatuh cinta keindahan bahasa Melayu

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my



TAMADUN Melayu yang sudah sekian lama bertapak di peta dunia banyak meninggalkan khazanah warisan tidak ternilai untuk diwarisi generasi masa hadapan.

Antara warisan luar biasa ditinggalkan generasi terdahulu termasuk bahasa Melayu yang menjadi kebanggaan terutamanya di negara-negara rumpun nusantara.

Keindahan dan kelembutan lenggok bahasa Melayu secara perlahan-lahan telah merentasi sempadan dalam bidang pelajaran, perdagangan serta banyak lagi.

Walaupun jika dilihat di Malaysia hari ini, bahasa Melayu sedang terhimpit apabila semakin ramai generasi muda mengutamakan bahasa Inggeris bahkan masih ramai yang tergagap apabila berbahasa Melayu, situasi berbeza berlaku di luar negara.

Keindahan dan signifikan bahasa Melayu menyebabkan semakin banyak universiti luar negara membuka pusat pengajian bahasa dan budaya Melayu.

Lantaran itulah, apabila Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama beberapa kementerian lain menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) jumlah penyertaan bukanlah boleh dibilang dengan jari.

Memasuki edisi kelima tahun ini, PABM 2011 menyaksikan penyertaan 59 peserta dari 56 buah negara di seluruh dunia untuk merebut Piala Perdana Menteri.

Lebih mengagumkan daripada 59 peserta itu, wakil dari lima buah negara kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS), Rusia, Perancis, China dan Britain juga tidak ketinggalan tampil berpidato dalam bahasa Melayu.

Peserta yang berasal dari Moscow, Rusia, Daria Kamyshnikova, 19, memberitahu, dia sangat tertarik dengan keindahan bahasa Melayu sehingga menyuntik semangat untuk mempelajari bahasa tersebut.

"Pada mulanya, saya gemar membaca pelbagai buku dan laman web mengenai Asia. Lama-kelamaan saya mula tertarik dengan bahasa dan budaya Melayu.

"Gaya pertuturan bahasa Melayu yang indah dan mempunyai makna tersendiri telah membuka hati saya untuk mempelajari bahasa ini," ceritanya ketika ditemui Kosmo!

Sekali mendengar pertuturan penuntut Pengajian Sejarah, Sastera dan Budaya Melayu, Pusat Nusantara Universiti Moscow itu sudah cukup menggambarkan bahawa dia mencintai bahasa Melayu.

Susun atur tutur kata gadis kecil itu begitu fasih sehingga jika tidak dipandang akan merasakan kita sedang berbicara bersama orang Melayu.


DASHA pemidato dari Rusia menyampaikan pidato sepenuh hati dengan penguasaan sebutan bahasa Melayu yang sangat baik.


Gadis yang lebih dikenali sebagai Dasha itu menambah dia mempelajari bahasa Melayu untuk mendekati budaya Melayu di Asia Tenggara terutamanya Malaysia.

Katanya, bagi mempelajari sesuatu bahasa atau budaya asing, seseorang perlu mempelajari bahasa tersebut daripada penuturnya.

"Saya telah mempelajari bahasa Melayu selama hampir empat tahun dan mendapati ia tidak begitu sukar untuk dipelajari.

"Di Rusia pula, terdapat banyak bahan rujukan seperti buku-buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi memudahkan lagi proses pembelajaran bahasa Melayu," katanya.

Bagi Kimberly Twarog, 26, pula, dia sangat tertarik dengan kelompok pelbagai etnik yang terdapat di negara-negara nusantara.

"Negara-negara nusantara mempunyai kekayaan daripada segi budaya, muzik, teater, hikayat dan bermacam-macam lagi yang ingin saya fahami serta terokai.

"Ciri-ciri tersebut yang membuatkan saya ingin mempelajari dan mendekati bahasa Melayu," katanya yang gemar menikmati nasi goreng dan karipap.

Peserta dari Universiti California Los Angeles, AS itu menjelaskan, dengan pemahaman lebih mendalam terhadap sesuatu bahasa ia dapat membantu memahami kebudayaan sesuatu bangsa.

Kimberly yang ingin menjadi profesor ataupun penyelidik mengenai negara-negara nusantara memberitahu, dia tidak berdepan masalah sepanjang empat tahun mempelajari bahasa Melayu.

"Selain daripada bahasa Melayu saya juga menggemari tarian tradisional yang terdapat di negara-negara nusantara.

"Saya sangat tertarik kepada tarian zapin dan gamelan Jawa. Jika mempunyai kesempatan saya ingin mempelajari tarian-tarian ini," katanya.

Sambil berseloka peserta negara Perancis, Florian Sarboni, 21, dari Universiti De La Rochelle berkata: "Tidak mahu diwawancara."


SERAMAI 15 peserta bagi kategori antarabangsa dan nusantara yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir PABM 2011.


Florian yang sudah dua tahun mempelajari bahasa Indonesia menyifatkan bahasa Melayu sangat indah dari segi tatabahasa dan struktur penyusunan ayatnya.

"Walaupun terdapat perbezaan di dalam bahasa Indonesia dan Malaysia, saya masih boleh memahaminya kerana ia adalah serumpun.

"Kalau membicarakan tentang kesukaran mempelajari bahasa ia terpulang kepada individu tersebut sama ada rajin ataupun sebaliknya," katanya yang mempunyai telo bahasa Indonesia.

Lelaki yang meminati sukan renang itu menambah, dia sering kali berbicara dan membuat ulang kaji untuk memperbaiki bahasa dipelajarinya.

Katanya, dia berharap dengan mempelajari bahasa Indonesia dan bahasa Melayu akan membuka peluang pekerjaan baginya di negara Asia Tenggara.

Dengan perwatakan agak pemalu, peserta China, Guo Zi Tong, 20, berkata apabila terbaca artikel mengenai keindahan pantai di Pulau Langkawi dan Pulau Redang telah membuatkan dia bersungguh-sungguh mendalami bahasa Melayu.

Penuntut Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing itu memberitahu, dia gemar bahan bacaan dalam bahasa Melayu dan menyimpan cita-cita melanjutkan pelajaran di Malaysia.

"Saya turut mempunyai rakan Melayu yang melanjutkan pelajaran di China yang membantu saya memperbaiki dan memantapkan penguasaan bahasa Melayu saya.

"Selain daripada itu, saya juga menggemari lagu-lagu dalam bahasa Melayu dan lagu kegemaran saya ialah Bukan Cinta Biasa yang dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza," katanya.

"Apa khabar?" sapa Jennifer Mary Mccalum, 26, sambil memberitahu itu perkataan bahasa Melayu pertama dipelajarinya.

Peserta Britain yang lebih mesra dengan panggilan Jenny itu berkata, dia banyak menyaksikan persembahan gamelan Indonesia di universitinya membuatkan dia mempelajari bahasa Melayu.

"Selain daripada tarian tradisional saya juga menggemari sajak, pantun dan puisi kerana lenggok bahasanya berirama dan menusuk di jiwa apatah apabila dapat memahami maknanya.

"Disebabkan saya mempelajari bahasa Indonesia, saya menggemari penulisan Andrei Hirata terutamanya buku Laskar Pelangi," katanya.

Selain buku dan bahan bacaan Internet, penuntut Universiti London itu berkata, dia juga mempunyai ramai kenalan dari Malaysia dan Indonesia melalui laman sosial untuk memantapkan bahasa Melayu.

Katanya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang cukup mudah dan indah dipelajari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 10 Mar 2011 08:04 PM PST

Utusan Online - Mahkamah


Imej Anwar, Saiful dikenal pasti

Posted:

Imej Anwar, Saiful dikenal pasti

Imej Anwar, Saiful dikenal pasti

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Mac – Imej Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan antara yang dikenal pasti oleh seorang pegawai polis melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Pegawai Penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira berkata, beliau juga mengenal pasti Hasanuddin Abdul Hamid yang merupakan pemilik unit kondominium tempat kejadian liwat itu didakwa berlaku dan bekas Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Datuk Dr. Mohd. Arif Mohd. Karim.

Turut dikenal pasti ialah beberapa buah kenderaan yang keluar masuk kondominium itu yang didaftarkan atas nama ahli perniagaan dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Mahmood Nik Hassan; bekas Ketua Pegawai Operasi Bursa Malaysia, Omar Malik Merican dan ahli korporat, Datuk Nik Mohd. Sidek Nik Abu Bakar.

Dalam rakaman CCTV yang diambil dari pejabat pengurusan dan pos pengawal kondominium tersebut, katanya, nama-nama pemilik kereta itu diketahui selepas semakan dibuat terhadap nombor pendaftaran kenderaan-kenderaan terbabit di Jabatan Pengangkutan Jalan.

Saksi pendakwa ke-25 yang kini bertugas di Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang Bukit Aman itu berkata demikian sewaktu disoal pada pemeriksaan utama dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada 24 Februari lalu, pegawai penganalisis audio video dari Maktab Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Asisten Supritendan Fauziah Che Mat telah membuat analisis ke atas dua pemacu keras yang diambil dari tempat kejadian.

Atas arahan Judy, tumpuan diberikan ke atas beberapa buah kenderaan dan individu yang keluar masuk ke kondominium terbabit dan menuju ke tingkat lima Blok 11.

Bagaimanapun pada ketika itu, identiti sebenar individu-individu terbabit masih belum dikenal pasti kecuali Mohd. Saiful Bukhari yang mengesahkan kehadirannya ke premis tersebut dalam keterangannya sebelum ini.

Dalam keterangannya hari ini, Judy turut memberitahu, walaupun rakaman percakapan telah selesai, Anwar tetap ditahan semalaman di lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) ibu negara ekoran siasatan atas dakwaan kes liwat yang dibuat oleh pengadu masih belum selesai.

''Selepas bawa balik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), saya ingin tanya lagi soalan. Oleh yang demikian saya telah tahan beliau di lokap pada pukul 11.05 malam (16 Julai 2008),'' katanya.

Menurutnya, beliau tidak boleh meneruskan rakaman percakapan ke atas Ketua Pembangkang itu pada hari yang sama kerana mengikut peraturan lokap, pihak polis tidak boleh menyoal atau merakam percakapan tahanan selepas pukul 6 petang.

Judy menjelaskan, pada keesokan harinya, beliau telah menyambung rakaman percakapan ahli politik itu berkaitan pemeriksaan yang dilakukan di HKL sebelum Anwar dibebaskan pada pukul 9.30 pagi.

Selain itu, Anwar mahupun peguamnya, R. Sivarasa dari sebelum rakaman percakapan dijalankan pada petang 16 Julai 2008, tidak pernah mengadu bahawa mereka tidak diberikan alasan penahanan.

Terdahulu, Judy dalam keterangannya menyatakan, pihaknya telah memohon waran tangkap ke atas tertuduh pada 15 Julai 2008 dari Mahkamah Kuala Lumpur dan waran tersebut telah disempurnakan oleh Supritendan Ahmad Taufik Abdullah pada keesokan harinya, kira-kira pukul 2.40 petang.

Pada prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) yang lalu, Anwar dan Sivarasa menyatakan bahawa mereka tidak pernah dimaklumkan mengenai alasan penahanan walaupun telah bertanya berulang kali.

Mereka juga mendakwa bahawa penahanan Anwar tersebut tidak sah kerana rakaman percakapan telah selesai diambil pada petang 16 Julai tahun yang sama.

Menjawab soalan lain Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, saksi tersebut memberitahu, pada pukul 7.30 malam, 29 Jun 2008, beliau ada merampas satu tiub cecair pelincir jenama 'Johnson & Johnson' yang dibawa oleh Mohd. Saiful Bukhari ke pejabatnya ketika itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Sementara itu, penyokong-penyokong Anwar tanpa segan silu terus membuat bising sepanjang perbicaraan berlangsung sehingga mengganggu media yang sedang membuat catatan.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga tanpa rasa malu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Mohd. Saiful Bukhari sewaktu mangsa keluar dari bilik saksi memasuki dewan mahkamah untuk dicamkan oleh saksi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah akan bersambung esok dengan barisan pembelaan yang diketuai oleh peguam bela, Karpal Singh menyoal balas Judy.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

20 dokumen mencurigakan dalam 4 fail

Posted:

20 dokumen mencurigakan dalam 4 fail

20 dokumen mencurigakan dalam 4 fail

KUALA LUMPUR 10 Mac – Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu terdapat lebih 20 dokumen yang mencurigakan dijumpai dalam empat fail tuntutan peruntukan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan yang diperoleh dari Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.

Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Arman Alies, 35, berkata, dokumen itu ditanda semasa beliau membuat semakan untuk mencari empat invois dan sebut harga pembekalan serta pembinaan terhadap empat syarikat yang dicetak daripada komputer riba milik Beng Hock sekiranya ada di dalam fail-fail tersebut.

''Dokumen itu dianggap mencurigakan kerana saya beranggapan seolah-olah bukan pemilik syarikat yang tandatangan tetapi sengaja diada-adakan.

''Tandatangan tersebut juga terlalu sama selain ada dokumen yang ditandatangani oleh Beng Hock tetapi menggunakan cop rasmi Yang Berhormat (YB) Ean Yong Hian Wah,'' katanya.

Menurut Arman, walaupun semakan itu bertujuan mencari empat dokumen sahaja, ia berlanjutan dari pukul 10.40 hingga 11.50 malam kerana Beng Hock lebih banyak berdiam diri seolah-olah cuba mengingati sesuatu selain membelek satu persatu dokumen di dalam empat fail keras itu.

Ketika itu, beliau dibantu oleh Penolong Penguasa Mohd. Ashraf Mohd. Yunus membuat tandaan pada dokumen-dokumen yang dianggap mencurigakan untuk dimaklumkan kepada Ketua Bahagian Siasatan SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah bagi tindakan selanjutnya.

''Apabila ditanya kenapa empat dokumen berada dalam komputer ribanya, Beng Hock menjawab mungkin ia dimuat turun daripada e-mel yang diterima. Dia juga tidak dapat ingat dengan tepat kerja-kerja pembinaan dan pembekalan yang telah dibuat.

''Beng Hock juga tidak sedar bahawa arahan perbendaharaan memerlukan tiga sebut harga daripada syarikat berbeza dan hanya memproses apa yang diterima selain pemilihan kontraktor dibuat oleh YB Ean,'' jelas beliau.

Bagaimanapun, kata Arman, empat dokumen tersebut gagal ditemui dan Beng Hock memberi jaminan untuk mengemukakannya kepada SPRM sekiranya ia ditemui dalam komputer pejabat.

Beliau kemudiannya menyuruh Mohd. Ashraf membawa Beng Hock keluar dari bilik mesyuarat utama dan berjumpa dengan Hairul Ilham untuk memaklumkan hasil semakan dokumen itu.

Semasa disoal oleh pegawai pengendali, Awang Armadajaya Awang Mahmud sama ada saksi mengambil kira kebajikan Beng Hock atau tidak mempedulikan lelaki tersebut, Arman dengan tegas menjawab:

''Lepas keluar dari bilik mesyuarat saya tidak lagi jumpa Beng Hock. Pasal kebajikan, ada pegawai penyiasat. Saya tidak boleh cakap tidak peduli. Ia agak kasar. Pada saya, tugas rasmi saya sudah tamat.''

Sementara itu, Arman yang bertugas di Bahagian Perisikan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya memberitahu, beliau diarah hadir dalam satu taklimat berkaitan penyelewengan peruntukan dua ahli DUN di SPRM Selangor pada pukul 7.15 pagi, 15 Julai 2009.

Beliau kemudiannya ditugaskan untuk mengesan seorang kontraktor di Sungai Buloh sebelum menemui lelaki berkenaan di Seksyen 25, Shah Alam.

Pada pukul 8 malam, dia dimaklumkan oleh Hairul Ilham terdapat empat dokumen yang tidak sepatutnya disimpan oleh Beng Hock dijumpai di dalam komputer ribanya dan mengarahkan dokumen yang sama dicari di dalam empat fail.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 10 Mar 2011 07:40 PM PST

Malaysiakini :: Berita


Polis: Saya rekod keterangan dari Rosmah

Posted: 10 Mar 2011 07:08 PM PST

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu.

NONESebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut.

Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar.

Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu.

Karpal:
Siapa orang yang awak jumpa dalam menjalankan siasatan kes ini selepas 26 Jun, 2008?

Jude: (teragak-agak) Saya jumpa beberapa orang.

Karpal: Siapa?

Jude: Rahimi (Osman), (bekas pembantu Anwar), Ezam (Mohd Nor), Tuah (bapa saudara Saiful) dan ...

Karpal: Datuk Mumtaz?

Jude: Ya.

Karpal:
Bagaimana dengan Najib?

Jude: Tidak ada.

Karpal: Ada kenyataan direkodkan dari Rosmah?

Jude: Ada... tetapi saya perlu periksa.

Karpal: Tadi, awak kata ada!

Jude: Nanti, saya perlu periksa. Ya, saya ada ambil keterangan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Liwat II: Karpal asak pegawai penyiasat pula

Posted: 10 Mar 2011 06:32 PM PST

[IKUTI LAPORAN LANGSUNG]

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini diasak oleh peguambela Karpal Singh dengan cara yang sama beliau mengendalikan siasatannya dalam kes dakwaan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEPereira, adalah saksi ke-25 dan terakhir pihak pendakwaan.

Perbicaraan hari ini hangat apabila pegawai polis yang berpengalaman dalam siasatan lebih 20 tahun itu berkata beliau sebelum ini telah memberi keterangan di mahkamah sebanyak lima hingga 10 kali termasuk kepada inkuiri Suhakam.

Akuinya, beliau adalah juga pegawai yang terlibat dalam kes kontroversial yang membabitkan lima peguam yang mewakili beberapa individu yang menyalakan lilin di luar balai polis Brickfields ditangkap.

"Pegawai penyiasat adalah ASP Ho. Saya adalah pegawai yang bertanggungjawab tidak memberikan akses kepada peguam berjumpa dengan anak guam mereka."

Pereira berkata pada inkuri Suhakam yang diadakan tahun lalu, beliau telah memberikan keterangannya, namun tidak diterima kerana berlaku sedikit percanggahan.

Karpal:
Apa sedikit percanggahan? Saya tak mahu ugut awak. Ini percanggahan serious?

Pereira: Ya.

Karpal: Jangan bohong apabila mengambil sumpah di mahkamah!

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian tampil membuat bantahan manakala Pereira berkeras menafikan beliau menipu ketika inkuri Suhakam itu.

NONEKarpal kemudian bertanya, "Apa penemuan inkuiri itu?" Tetapi hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mencelah dan ingin tahu relevan soalan Karpal itu.

Karpal berkata ia bagi membuktikan kredibiliti saksi dan hakim membenarkan pihak pembelaan meneruskan soalannya itu.

Karpal kemudian meminta Pereira membaca laporan inkuri Suhakam itu.

Pereira: DSP Jude Pereira pada inkuiri tidak memberi keterangan yang boleh diterima kerana beliau tidak berkata benar dan mempunyai 'hilang ingatan'.

Inkuiri Suhakam ketika itu dipengerusikan oleh pesuruhjayanya, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang juga seorang peguam terkemuka.

Karpal mahu laporan itu ditandakan sebagai bahan bukti tetapi dibantah oleh Yusof yang mencadangkan ia ditandakan sebagai ID (identification). Zabidin membenarkan bantahan itu dan laporan berkenaan ditandakan sebagai ID.

Menyambung keterangannya, Pereira mengakui tiada waran tangkap yang dibawa oleh pegawai yang menangkap pada kejadian itu.

"Namun, waran itu wujud," katanya.

"Saya difahamkan arahan dibuat oleh (Mohd) Bakri Zinin untuk membuat tangkapan. Saya tidak tahu mengapa."

Berbalik kepada kes Anwar, Pereira berkata di IPK KL, pegawai polis Supt Ahmad Taufik Abdullah hanya menyempurnakan waran tangkapan itu pada jam 2.40 petang.

"Saya ambil keterangan Anwar pada jam 2.45 petang dan ini berlarutan hingga 5.40 petang."

Menurut Pereira, Anwar adalah suspek dalam kes berkenaan.

Karpal kemudian bertanya kepada saksi sama ada beliau memahami peraturan lokap.

"Seseorang yang ditahan mesti dikurung selepas jam 6 petang," kata Karpal.

Pereira berkata dia memahami peraturan itu - iaiatu seseorang tidak boleh dibawa keluar dari lokap selepas jam 6 petang.

Karpal: 6 petang hingga 6 pagi - suspek tak boleh dikeluarkan kerana ia waktu rehat.

Pereira:
Betul.

Karpal:
Kenapa anwar tidak diletak dalam lokap seperti dalam peraturan kerana dia adalah suspek.

Pereira:
Anwar belum masuk lokap. Saya tak setuju.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 10 Mar 2011 07:08 PM PST

Utusan Online - Pahang


Orang Asli dapat pampasan RM14 juta

Posted:

Orang Asli dapat pampasan RM14 juta

Orang Asli dapat pampasan RM14 juta

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


SULTAN Ahmad Shah bersama Leo Moggie (dua dari kanan) menekan alat khas sebagai tanda merasmikan pecah tanah tapak Projek Hidroelektrik Hulu Jelai, di Cameron Highlands baru-baru ini. Turut hadir, Sultanah Kalsom (kanan) dan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kiri).


CAMERON HIGHLANDS 10 Mac - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyalurkan sebanyak RM14 juta sebagai pampasan kepada penduduk Orang Asli di 14 kampung yang terlibat dengan projek Empangan Hidroelektrik Hulu Jelai dekat sini.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, menerusi pampasan itu, terdapat Orang Asli bakal menerima 'durian runtuh' paling tinggi sebanyak RM100,000.

''Kita melaksanakan penilaian di kawasan tanaman dan tempat tinggal yang terbabit dengan projek empangan secara teliti dengan kerjasama Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara pecah tanah projek itu di Mukim Hulu Telom di sini baru-baru ini.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyempurnakan upacara majlis pecah tanah itu.

Turut berangkat, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Hadir sama, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon; Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh baru-baru ini.

Che Khalib memberitahu, projek itu bakal memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, jelas beliau, pihaknya akan berunding dengan kontraktor projek supaya mengambil seberapa ramai pekerja di kalangan Orang Asli di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, Wan Rosdy pula berkata, selain peluang pekerjaan, projek berkenaan akan melahirkan ramai usahawan baru yang terbabit dengan pembinaan, pembekalan dan makanan.

''Peluang pekerjaan sentiasa menanti belia Orang Asli apabila projek ini bermula di samping mereka juga dapat mempelajari kepakaran tertentu," katanya.

Beliau menambah, masyarakat Orang Asli perlu mengubah sikap apabila menerima tempias pembangunan di kawasan masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beri peluang pekerjaan bidang teknikal, buruh

Posted:

Beri peluang pekerjaan bidang teknikal, buruh

Beri peluang pekerjaan bidang teknikal, buruh

CAMERON HIGHLANDS 10 Mac - Penduduk Orang Asli di sini bersyukur dan gembira apabila kerajaan negeri akan melaksanakan projek Empangan Hidroelektrik Hulu Jelai yang melibatkan kos bernilai RM2.15 bilion pada tahun ini.

Sambil menyifatkan mereka bakal bebas daripada dunia 'kegelapan,' penduduk terlibat memuji kesungguhan kerajaan negeri dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam melaksanakan transformasi pembangunan terutama bagi menjana ekonomi mereka berasaskan pertanian dan pelancongan.

Tok Batin Pos Betau, Ahmad Selalu berkata, projek berkenaan memberi manfaat kepada belia Orang Asli Hulu Jelai dan Cameron Highlands menerusi peluang pekerjaan terutama dalam bidang teknikal dan buruh.

''Jika sebelum ini kami masuk ke hutan mencari gaharu, rotan dan berburu binatang, maka projek berkenaan memberi sinar perubahan hidup menerusi peluang pekerjaan untuk menyara keluarga," katanya.

Projek hidroelektrik itu meliputi dua fasa iaitu fasa satu telah bermula Oktober tahun lalu dan fasa dua, dijangka bermula pada bulan depan dan bakal beroperasi mulai Disember 2015.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyempurnakan upacara pecah tanah di tapak projek berkenaan di Mukim Hulu Telom di sini baru-baru ini.

Turut berangkat, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Projek berkenaan, kata Ahmad, memberi peluang untuk menjana pendapatan di kalangan usahawan Orang Asli dalam bidang pembekalan, pengangkutan dan projek kecil sampingan.

Tok Batin Pos Senderut, Mahathir Tegos pula berkata, penduduk Orang Asli berpuas hati dan terhutang budi dengan kerajaan negeri kerana melaksanakan projek itu bagi memberi kemudahan bekalan elektrik sepenuhnya tidak lama lagi.

''Harapan kami projek ini dapat disiapkan mengikut jadual supaya Orang Asli dapat menikmati bekalan elektrik sepanjang masa dan tidak lagi menggunakan pelita dan api jamung," katanya.

Seorang penduduk Kampung Cheros, Cameron Highlands, Risad Piah, 49, berkata, kaum Orang Asli berpuas hati dengan pelaksanaan projek itu selepas kerajaan negeri dan TNB mengadakan perbincangan dan mendapat persetujuan sebelum mengambil keputusan membina empangan di kawasan itu.

''Kita menyambut baik tindakan semua pihak terlibat turun padang berbincang untuk melaksanakan projek di samping memberi pampasan dan kemudahan asas untuk kehidupan kami lebih selesa pada masa akan datang," katanya.

Menurutnya, projek itu merupakan satu perubahan dalam kehidupan mereka yang sebelum ini tidak menyangka bakal menikmati bekalan elektrik di penempatan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Buka semula Zoo Temerloh

Posted:

Buka semula Zoo Temerloh

Buka semula Zoo Temerloh

PIHAK berkuasa tempatan diminta membuka semula Zoo Mini yang terletak di Jalan Bahagia, Temerloh setelah tidak beroperasi sejak sekian lama.

Penutupan zoo tersebut menyebabkan pengunjung mengeluh kerana tidak dapat membawa anak-anak beriadah terutama pada hujung minggu.

Selain itu, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) disaran mewujudkan zoo malam seperti dicadangkan oleh bekas Yang Dipertua MPT, Datuk Zulkifli Yaakob pada Julai 2009.

Zoo mini itu merupakan salah satu daya tarikan orang ramai untuk bersantai dan beriadah bersama ahli keluarga.

Sejak zoo itu ditutup, ia kelihatan suram dan ramai pengunjung yang datang pulang dengan perasaan hampa kerana tidak tahu taman haiwan itu tidak lagi beroperasi.

Misalnya, pada cuti perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, ramai pengunjung datang ke daerah Temerloh kerana pulang bercuti di kampung halaman masing-masing.

Mereka membawa ahli keluarga terutama anak-anak untuk melihat pelbagai spesies haiwan secara lebih dekat, malangnya, hasrat itu tidak kesampaian kerana zoo tersebut ditutup.

Zoo mini itu boleh dijadikan salah satu produk pelancongan daerah ini dan sepatutnya dimajukan lagi.

Ia perlu diuruskan dengan baik kerana zoo itu menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari daerah lain seperti Jerantut, Maran, Bentong, Raub dan Lipis.

Saya berharap MPT dapat merealisasikan zoo malam itu seperti dirancang kerana ia adalah daya tarikan baru kepada daerah Temerloh dan pastinya mendapat sambutan baik daripada orang ramai.

Difahamkan, zoo berkeluasan satu hektar itu diambil alih oleh MPT daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tujuan mewujudkan zoo malam.

Penduduk kini menunggu wujudnya zoo malam untuk melihat haiwan seperti ular, buaya dan bermacam-macam lagi.

Dengan adanya zoo malam itu, orang ramai dapat melihat sendiri bagaimana kehidupan haiwan liar tersebut pada waktu malam.

Saya berharap MPT mencontohi Majlis Perbandaran Taiping dan Majlis Perbandaran Kemaman yang berjaya mewujudkan zoo masing-masing.

Kita mahu melihat Zoo Temerloh menjadi zoo terbesar di Pahang dan terkenal seperti taman haiwan sedia ada di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 10 Mar 2011 03:23 PM PST

Utusan Online - Rencana


Melayu lupa keberkatan?

Posted:

Melayu lupa keberkatan?

Melayu lupa keberkatan?

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

NAMPAKNYA orang Melayu Islam telah lupa mengenai pentingnya keberkatan dalam hidup. Bagi Muslim yang mukmin, mereka percaya keberkatan memainkan peranan penting dalam hidup. Oleh itu, mereka akan memastikan segala makanan dan minuman yang masuk ke dalam mulut adalah halal berikutan ia akan menjadi darah daging mereka.

Muslim sedemikian, akan memastikan mereka tidak melakukan penipuan dan menerima rasuah bagi mengkhianati kaum sendiri kerana mereka tahu wang yang diperoleh secara tidak halal akan menyebabkan wujudnya titik-titik hitam di dalam hati.

Apabila hati telah mati dan menjadi keras, orang Melayu akan menjadi semakin liberal dan bersikap tidak apa apabila hak kaum mereka untuk bekerja atau berniaga diketepikan.

Itulah rintihan yang diluahkan oleh seorang aktivis masyarakat kepada wartawan Utusan Malaysia dalam satu pertemuan lebih dua jam pada cuti hujung minggu baru-baru ini.

Apa yang disebut oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan itu adalah masalah besar yang kini menghimpit orang Melayu khususnya para peniaga kerana mereka tidak lagi dibantu oleh kaum sendiri.

Menurut beliau, ahli-ahli politik Melayu kini hanya sibuk bergaduh sesama sendiri bagi merebut kuasa dan agama Islam yang masing-masing anuti gagal untuk menyatukan mereka.

Dalam masa sama, agensi dan jabatan kerajaan yang sepatutnya menolong orang Melayu lebih mementingkan keuntungan dan melupakan agenda sebenar untuk mengembalikan hak dan maruah kaum itu.

Beliau memberi contoh restoran di sebuah kompleks beli-belah ternama di Kuala Lumpur yang menjadi tempat temu bual kami yang sehingga kini gagal untuk mendapat sokongan kewangan daripada kerajaan.

Jelas beliau, pengusaha terbabit wajar dibantu kerana dia telah menjalankan tanggungjawab murni untuk mempamerkan pelbagai produk yang dihasilkan oleh usahawan kecil Melayu di premisnya.

''Restoran ini adalah segelintir premis yang diusaha peniaga Melayu di sini dan saudara dapat lihat ia dihimpit oleh banyak gerai lain yang dipunyai bukan kaum kita.

''Ada agensi kerajaan yang pernah menjanjikan bantuan RM5,000 tetapi setelah tiga tahun, pengusaha restoran ini masih menunggu janji ini ditunaikan," ujarnya.

Menurut Nadzim, beliau turut menerima aduan daripada seorang usahawan penternakan yang mendakwa beliau ditekan sebuah agensi kerajaan supaya berpindah dari ladangnya.

''Ternakan beliau telah diracun pihak tertentu sehingga rugi berjuta-juta ringgit. Taktik ini digunakan supaya beliau keluar dari situ kerana kawasan berkenaan akan dimajukan sebagai padang golf oleh usahawan dari negara jiran.

''Masalah ini berlaku kerana ada sesetengah agensi kerajaan kita diketuai oleh Napoleon Kecil yang hanya mementingkan keuntungan termasuk komisen yang diterima, bukannya agenda utama untuk membantu orang Melayu," katanya.

Beliau menyifatkan Napoleon Kecil itu sebagai sangat berkuasa dan cukup angkuh kerana mereka tidak menghiraukan surat sokongan daripada Perdana Menteri yang dibawa oleh usahawan itu yang mengarahkan isu berkenaan diselesaikan segera secara baik.

Dalam pada itu, beliau juga melahirkan kebimbangan bahawa sikap mengabaikan keberkatan dalam hidup turut menular di kalangan syarikat yang dimiliki parti politik Melayu.

''Jangan terkejut jika saya beritahu saudara bahawa syarikat terbabit telah memesan berpuluh ribu kuih yang dihasilkan usahawan Cina. Mungkin alasan yang diberikan adalah kerana harga yang murah dan servis lebih baik.

''Saya tidak menyalahkan usahawan Cina terbabit kerana dia pandai, tetapi saya menyalahkan orang Melayu seperti ini yang tidak sedar diri," katanya.

Bagaimanapun, tegas beliau, komen itu bukan bererti beliau mempertikaikan ajaran Islam sebagai agama yang cintakan keamanan dan kedamaian di antara kaum.

''Islam tidak pernah menegah umatnya berniaga atau berurusan dengan kaum atau bangsa lain. Namun, sebagai Muslim, sepatutnya kita sentiasa membantu saudara seagama dalam segenap bidang.

''Inilah pentingnya soal hati tadi. Jika hati kita tidak mati, sudah tentu kita akan memberi keutamaan membeli barangan atau perkhidmatan di kedai Muslim.

''Jika sudah tidak ada orang Islam yang mampu mengeluarkan sesuatu produk, barulah kita berniaga dengan bukan Islam. Ini tidak, ramai orang kita yang lebih suka berniaga dengan bukan Islam sedangkan produk yang sama boleh didapati di kedai Muslim," ujarnya kesal.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kehairanan dengan sikap menteri-menteri Melayu yang amat payah untuk membantu kaum sendiri.

''Ada menteri kita kata, saya tidak boleh nak tolong, kerana saya ikut buku. Kalau ikut buku, kita tidak perlu menteri lagilah kerana kita boleh berurusan terus dengan pegawai-pegawai.

''Kita berjumpa menteri kerana mengharapkan mereka dapat menggunakan kuasa budi-bicara termasuk yang menyentuh hak keistimewaan orang Melayu. Menteri kita nampaknya macam tidak jelas agenda masing-masing, hendak tolong pun susah.

''Menteri ini tidak sedar bahawa kaum lain sangat mementingkan aspek bantu membantu dan mereka kena belajar dengan menteri Cina, bagaimana mereka menolong orang Cina," katanya.

Tambah beliau, di seluruh dunia budaya bending backwards (melentikkan badan ke belakang) untuk menolong adalah perkara biasa bagi bangsa maju seperti China, Jepun dan Yahudi.

''Kita patut belajar daripada Datuk Seri S. Samy Vellu (bekas Presiden MIC) kerana beliau pernah menelefon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memaklumkan permohonan sebuah syarikat kaum India untuk mendapatkan sijil halal. Kita mana ada menteri nak buat kerja macam ini,'' ujar beliau.

Tegas beliau, lebih banyak bantuan harus diberikan kepada orang Melayu berikutan kedudukan kaum itu yang masih tidak sama rata dengan kaum lain.

''Kalau kita yang tidak tahu ikat tali sarung tangan tinju pun disuruh berlawan dengan bekas juara dunia, Mike Tyson, ini tentu tidak boleh. Jika ini dibiarkan, kita akan terikat dengan undang-undang dunia iaitu yang kuat akan menjadi raja dan yang lemah menjadi hamba.

''Saya harap saudara tulis perkara ini, bagi menyedarkan semua pihak bahawa kedudukan orang Melayu kini cukup hina kerana kita lemah dalam segenap segi termasuk sosial, ekonomi dan pendidikan,'' katanya.

Walaupun situasi sekarang tidak memihak kepada orang Melayu, ujarnya, beliau yakin mereka boleh menjadi kaum yang kuat, jika sedar diri dan sanggup berubah dari sekarang untuk menolong kaum sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jihad Bisnes Waqaf Korporat

Posted:

Jihad Bisnes Waqaf Korporat

Jihad Bisnes Waqaf Korporat

Oleh Muhammad Ali

JOHOR Corporation (JCorp) menandatangani Perjanjian Persefahaman dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) pada 4 Disember 2009. Perjanjian ini mempunyai implikasi besar kepada masa depan JCorp sebagai badan korporat serta perjuangan menjayakan Jihad Bisnes untuk kepentingan bangsa, negara dan umat Islam. Selain memungkinkan JCorp terusmenerus mewakafkan saham syarikat miliknya mengikut kaedah yang diiktiraf sebagai Waqaf Korporat, ia memberi pengiktirafan undang-undang (legitimacy) kepada institusi Waqaf Korporat menerusi penubuhan Waqaf An Nur Corporation Berhad (WANCorp).

Pengiktirafan itu memberi laluan kepada WANCorp untuk berkembang menjadi sebuah badan korporat bertaraf wakaf pertama di Malaysia. Dengan taraf ini, iaitu dengan kombinasi kedua-dua kelebihan institusi wakaf dan institusi korporat, WANCorp diyakini boleh menjadi institusi teras kepada usaha memperkasa ekonomi Melayu dan umat Islam Malaysia.

Justeru, WANCorp berpotensi memainkan peranan strategik dalam konteks menjayakan agenda transformasi Melayu Islam dalam konteks Model Baru Ekonomi (MBE).

Ciri utama yang membezakan Waqaf Korporat dengan wakaf harta, wang dan saham terletak pada kaedah pengurusan harta, iaitu yang dimulakan dengan saham syarikat JCorp yang telah diwakafkan. Insya-Allah, langkah ini kemudiannya boleh disusuli pewakafan saham syarikat milik semua pihak (termasuk milik swasta dan GLC lain) yang ingin bersama menjayakan konsep Waqaf Korporat untuk kepentingan jangka panjang bangsa Melayu dan umat Islam amnya.

Ada beberapa matlamat strategik penubuhan WANCorp demi menjadikannya badan korporat pengurus saham serta hal ehwal kepentingan bisnes dalam syarikat yang sahamnya diwakafkan. Antara pertimbangan utama rangka struktur WANCorp disusun seperti itu adalah untuk mengimbangi dua tuntutan asas.

Pertama, konsep struktur pemegang amanah mengurus wakaf wajib memenuhi sepenuhnya syarat asas pewakafan menurut hukum syarak dan syariat. Kedua, ia distruktur sebegitu rupa supaya dapat memenuhi keperluan keberkesanan bisnes dan korporat.

Apapun, Waqaf Korporat perlu distrukturkan supaya dapat menentukan urusan bisnes berjalan licin dalam memenuhi keperluan korporat, umpamanya untuk memangkinkan pertumbuhan menerusi pengambilalihan dan usaha sama (joint venture, merger and acquisition) dapat dipermudah. Semua ini membolehkan syarikat terbabit menambah nilai aset, di samping menjamin kelangsungan bisnes menjana harta kekayaan berpanjangan dan berkekalan.

Kaedah susunan struktur dan sistem pengurusan WANCorp telah diasaskan mengikut amalan korporat swasta (khasnya mengikut acuan Syarikat Awam Tersenarai – PLC). WANCorp juga telah menerima pakai amalan pengurusan terbaik JCorp, terutama aspek urus tadbir korporat terbaik, ketelusan dan kebertanggungjawapan.

Di peringkat awal, semua tanggungjawab mengurus dan mengendalikan hal ehwal bisnes WANCorp telah mendapat kerjasama dan sokongan penuh Kumpulan JCorp yang mana telah terbukti kecemerlangannya. Dalam kata lain, di peringkat permulaan, semua tanggungjawab pengurusan bisnes WANCorp telah diamanahkan kembali kepada pengurusan JCorp. Namun, WANCorp kini dalam proses membentuk barisan pengurusan korporatnya sendiri untuk menentukan ia berdikari dan berautonomi, menepati tuntutan menyempurnakan sepenuhnya amanah mutawwali sebagai sebuah badan pengurusan wakaf.

Tanggungjawab mengurus sendiri aset yang diwakafkan memberi WANCorp kedudukan istimewa, kerana tidak seperti harta wakaf lain, pengurusannya telah diserah amanah kepada WANCorp oleh pihak berkuasa agama negeri. Prinsip menentukan supaya tanggungjawab pengurusan bisnes diserahkan kepada orang yang ahli dalam bisnes sangat penting untuk menempa kejayaan.

Lagipun, ia selaras dengan anjuran Islam yang mengingatkan bahawa sekiranya sesuatu amanah tidak diserahkan kepada yang ahli, pasti mengundang kehancuran dan kemusnahan usaha yang diamanahkan itu. Kita lihat sebelum ini banyak kegagalan umat Islam mengurus aset dan harta, mengakibatkan kebocoran dan kehilangan hak milik, termasuk yang diswastakan kepada mereka. Kemungkinan besar ini berlaku berpunca daripada pengabaian prinsip penyerahan amanah yang tidak menepati anjuran Islam.

Saya yakin inilah antara pertimbangan utama pihak berkuasa agama Johor ketika menerima pembaharuan yang diperkenal menerusi konsep Waqaf Korporat, lalu menyerahkan amanah pengurusan kepada WANCorp sepenuhnya, tertakluk kepada kuasa yang ada pada Lembaga Pengarah serta peraturan dan undang-undang yang membabitkan perjalanan sebuah syarikat awam berdaftar.

Proses penubuhan dan langkah menggerakkan WANCorp telah dijayakan menerusi beberapa peringkat. Langkah pertama JCorp mewakafkan saham kepada WANCorp di bawah konsep ini berlaku pada 8 Julai 2005 apabila 75 peratus saham syarikat Tiram Travels Sdn. Bhd. milik JCorp bernilai RM260,568 (nilai aset bersih) diwakafkan. Tiram Travels terlibat dalam bisnes pengendalian pakej haji dan umrah.

Kemudian, pada 3 Ogos 2006, langkah lebih besar dan berani diambil ketika Datuk Nooh Gadut memegang jawatan Mufti Johor. Sesungguhnya, WANCorp terhutang budi kepada Nooh yang melihat konsep Waqaf Korporat sesuatu yang perlu segera dijayakan demi kepentingan jangka panjang umat.

Langkah kedua ini membabitkan pewakafan saham RM200 juta (nilai aset bersih) dalam tiga syarikat JCorp yang tersenarai di Bursa Malaysia iaitu RM142 juta dalam Kulim Malaysia Bhd. (syarikat memiliki Sindora Bhd. dan rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut serta bisnes minyak sawit, termasuk sebuah anak syarikatnya tersenarai di London Stock Exchange); RM45 juta dalam KPJ Healthcare Bhd. dan RM13 juta dalam Johor Land Bhd. Justeru, secara tidak langsung, WANCorp kini mempunyai kepentingan dalam bisnes antarabangsa dengan nilai berbilion ringgit, terutama menerusi rangkaian restoran KFC yang semua makanan dam minumannya dipastikan halal.

Sekalipun jumlah saham yang diwakafkan sejauh ini masih kecil, potensi untuk terus menambahnya sangat baik, terutama jika WANCorp mendapat sokongan penuh menerusi pewakafan saham (atau wang untuk membeli saham) dari kalangan umat Islam, bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Paling penting, terdapat prospek untuk mengekalkan hak milik saham-saham yang diwakafkan kepada WANCorp, insya-Allah, berkekalan dan berkesinambungan untuk manfaat generasi masa depan, sekali gus memperkasa ekonomi bangsa dan umat.

Pewakafan saham KPJ Healthcare (KPJ) pula menepati cita-cita WANCorp menjayakan Jihad Bisnes yang diperjuangkan di JCorp sejak 1982-2010, dan akan diteruskan untuk kepentingan negara, bangsa dan agama. Ketua Eksekutif KPJ serta barisan pengurusan dan para doktor pakar KPJ daripada kalangan semua bangsa, agama dan keturunan dapat memanfaatkan semangat perkasa Jihad Bisnes ini, sehingga berjaya membina dan mengembangkan bisnes KPJ menjadi pemimpin pasaran. Justeru, konsep Jihad Bisnes dan Waqaf Korporat tidak eksklusif Muslim, malah sangat inklusif, dan juga tidak menghalang pencapaian tinggi bisnes.

Sesungguhnya, Waqaf Korporat menjanjikan pembaharuan peranan organisasi korporat untuk kepentingan besar masyarakat dan negara. Ini perlu mendapat perhatian, khasnya dalam keadaan krisis ekonomi dunia hari ini akibat kerakusan sistem bisnes dan korporat anjuran kapitalisme Barat.

Jelas sekali Waqaf Korporat diyakini dapat menyumbang terhadap usaha mengimbangi ketidakadilan ekonomi dan sosial dengan menggunakan kaedah institusi Islam.

Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Timbalan Presiden, Dewan Perdagangan

Islam Malaysia (DPIM) dan Pengerusi Pengasas,

Waqaf An Nur Corporation Bhd. (WANCorp)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 10 Mar 2011 01:15 PM PST

Kosmo Online - Negara


Peniaga P. Pinang naikkan harga

Posted:

Peniaga P. Pinang naikkan harga

Peniaga P. Pinang naikkan harga

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my


KENAIKAN harga barangan keperluan seperti sayur-sayuran turut menyumbang kepada peningkatan harga makanan di negara ini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Harga pelbagai makanan di negara ini didapati mulai melonjak secara mendadak sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan di pasaran.

Ketika ini, antara barangan keperluan yang naik di pasaran ialah bawang besar, bawang putih, kacang dal, rempah, ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayur-sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi dan serbuk teh.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati kenaikan itu berpunca daripada kenaikan harga barangan import dan peningkatan harga gas serta bahan api sejak kebelakangan ini.

Kesan kenaikan itu menyebabkan harga makanan turut mengalami kenaikan.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, kenaikan harga makanan itu disedari hasil kajian pegawainya di restoran dan pemilik gerai makanan di sekitar Pulau Pinang baru-baru ini.

"Bayangkan, satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan lepas kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuanku mizan naik kapal selam

Posted:

Tuanku mizan naik kapal selam

Tuanku mizan naik kapal selam


TUANKU Mizan (kanan) dan Abdul Aziz menunjukkan tanda bagus ketika menaiki kapal selam di Kota Kinabalu semalam.


KOTA KINABALU - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berpuas hati dengan prestasi dan keupayaan angkatan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengendalikan KD Tunku Abdul Rahman, kata Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar semalam.

Seri Paduka yang menaiki KD Tunku Abdul Rahman semasa kapal itu menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan memuji keupayaan kapal selam berkenaan untuk berada pada tahap kesiagaan yang tinggi.

"Dengan penyelaman yang disertai oleh Tuanku, ini jelas menyangkal tohmahan dan juga kenyataan negatif yang menyatakan kapal selam negara tidak boleh belayar dan tidak boleh menyelam.

"Dalam konteks kapal selam ini, sekali lagi saya mengatakan bahawa kedua-dua kapal selam milik negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak adalah dalam keadaan yang baik dan beroperasi pada tahap optimum," katanya selepas keberangkatan balik Seri Paduka Baginda di sini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah lesap dicuri penyewa

Posted:

Rumah lesap dicuri penyewa

Rumah lesap dicuri penyewa

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


ROSNI menunjukkan pelapik tiang dan kayu yang tinggal selepas rumah itu dikebas orang di Kampung Bakau, Kangar baru-baru ini.


KANGAR – Setelah lima bulan tidak mendapat duit sewa, seorang pemilik rumah tergamam apabila mendapati kediamannya itu 'lesap' dipercayai dilarikan penyewanya di Kampung Bakau di sini baru-baru ini.

Pada mulanya, pemilik rumah tersebut, Zuria Ali, 30, tidak mempercayai berita orang kampung yang memberitahu rumah papan dua tingkat itu 'lesap'.

Dia yang tinggal di Perak kemudian balik ke Kampung Bakau pada Jumaat lalu dan terkejut apabila melihat rumahnya betul-betul sudah tiada.

Apa yang tinggal di tapak rumah itu hanyalah 24 pelapik tiang, cebisan papan buruk yang berselerak dan televisyen yang sudah rosak manakala bahagian bumbung, dinding papan dan tiang rumah sudah dikebas.

Cerita Zuria, banyak perkakas dalam rumah miliknya turut dikebas antaranya pinggan mangkuk, almari, perabot, meja makan dan peti sejuk.

"Saya mengesyaki penyewa sebelum ini terlibat membawa lari rumah saya selain tidak membayar sewa," katanya yang kemudian membuat laporan polis.

Zuria memberitahu, rumah pusaka tersebut berusia lebih 60 tahun dan selama ini dijaga oleh rakannya, Rosni Putih, 57, bagi mengutip sewa RM100 sebulan daripada sebuah keluarga yang tinggal di rumah itu sejak lima tahun lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 10 Mar 2011 11:17 AM PST

Utusan Online - Kota


Hanya pandai berjanji

Posted:

Hanya pandai berjanji

Hanya pandai berjanji

Oleh A. JAILANI ABDULLAH
kota@utusan.com.my


Megat Zulkarnain Omardin (tengah) bersama pengusaha-pengusaha gerai makan yang terbakar selepas majlis penyampaian bantuan segera di Gombak, kelmarin.


GOMBAK 10 Mac – "Mereka semua hanya pandai berjanji itu dan ini tetapi selepas itu semuanya menghilangkan diri. "Akhirnya, kami juga yang terpaksa menanggung segala kerugian dan berusaha sendiri membangunkan semula perniagaan kami."

Itulah antara luahan peniaga kedai makan di Bazar Greenwood di sini yang menjadi mangsa kebakaran minggu lalu.

Dalam kebakaran pada 3 Mac lalu itu, 20 buah kedai makan di bazar itu musnah, dipercayai berpunca daripada kejadian litar pintas di salah sebuah kedai.

Pengusaha yang terlibat menganggarkan kerugian mereka bernilai sekitar RM15,000.

Kebakaran yang bermula kira-kira 9.40 malam itu turut merosakkan enam kedai makan lain.

Salah seorang mangsa, Wan Rahim Wan Ahmad, 53, berkata, setakat ini, belum ada makluman mengenai bantuan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri kepada dia dan rakan-rakannya.

Pengusaha kedai nasi ayam itu berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali dan Ahli Parlimen Gombak Setia, Azmin Ali telah datang pada sebelah siang hari kebakaran dan berjanji akan memberikan bantuan segera termasuk menyediakan tapak kedai sementara.

"Namun sehingga kini, kami tidak mendapat sebarang makluman baru. Pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pun tiada datang untuk memaklumkan apa-apa.

"Saya minta ADUN dan Ahli Parlimen kawasan ini agar menyegerakan bantuan seperti tapak berniaga sementara dan mungkin sedikit bantuan modal," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima bantuan segera daripada Kerajaan Pusat yang disampaikan oleh Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Gombak, Megat Zulkarnain Omardin di tapak gerai yang terbakar itu semalam.

Wan Rahim turut kesal kerana laporan anak lelakinya kepada balai bomba dan penyelamat paling hampir iaitu di Taman Koperasi Polis tidak mendapat bantuan segera.

"Mereka memberitahu balai itu di luar kawasan Selangor, mereka berada di dalam kawasan Kuala Lumpur.

"Sepatutnya dalam keadaan kecemasan mereka seharusnya membantu tanpa mengambil kira perkara-perkara birokrasi seperti itu. Kalau mereka datang, mungkin tidak banyak kedai yang musnah," ujarnya dengan nada terkilan.

Zaliha Mohamed, 51, yang telah berniaga nasi ayam selama 13 tahun di situ berkata, Hasan telah meminta mereka menyenaraikan kerugian dan berjanji akan menyegerakan bantuan termasuk memberikan tapak sementara, tetapi sehingga kini tiada makluman lanjut.

"Dalam mesyuarat kami dengan MPS pada Jumaat lalu, kami diberitahu kedai sementara akan mula dibina di Taman Berlian pada hari Isnin... tetapi hingga hari ini tidak nampak kerja-kerja dilakukan," dakwanya.

Kawasan tapak yang dijanjikan hanya berada di seberang jalan kawasan kedai makan yang terbakar itu.

Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata, MPS perlu mengambil serius masalah yang dihadapi peniaga-peniaga itu dengan segera menunaikan janji dan menghulurkan bantuan.

"Pihak kami memberikan MPS tempoh satu dua hari lagi. Jika tiada apa-apa bantuan juga, kami akan bertemu mereka untuk membuat desakan kerana ini melibatkan rakyat yang mesti didahulukan.

"Apabila berlaku bencana, rakyat tak boleh tunggu. Kepada wakil rakyat kawasan ini begitu juga, jangan hanya pandai berjanji," tegasnya.

Mengenai bantuan yang disampaikan, beliau berkata, ia bertujuan meringankan sedikit beban peniaga dan juga janji Barisan Nasional pada malam kejadian itu.

"Kami turut memberi bantuan sebanyak RM300 seorang kepada enam pemilik kedai lain yang turut terjejas ," katanya.

Mengenai pembangunan semula kedai yang terbakar, beliau berkata, ia di bawah kuasa kerajaan negeri dan pihaknya hanya boleh mendesak pihak yang berkenaan agar mempercepatkan bantuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fikirkan masa depan keluarga

Posted:

Fikirkan masa depan keluarga

Fikirkan masa depan keluarga

Oleh Roslah Othman
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Mac - Baki 39 keluarga di Ladang Bukit Jalil (LBJ) yang masih enggan berpindah diminta melihat sendiri kehidupan yang kini dinikmati oleh 71 keluarga bekas penduduk ladang itu yang kini menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah di Puchong.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M.Saravanan berkata, sejak berpindah ke PPR berkenaan hampir lima tahun lalu, mereka mengakui kehidupan mereka kini lebih selesa.

Menurutnya, walaupun terdapat beberapa masalah terhadap kemudahan awam di PPR tersebut tetapi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa memastikan ia dibaiki segera.

"Sudah tiba masanya mereka (penduduk LBJ) memikirkan masa depan mereka dan anak-anak dengan menerima tawaran yang dibuat," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan 71 keluarga bekas pekerja LBJ di PPR Muhibbah di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib dan Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, Sukiman Surahman.

Saravanan berkata, nilai pampasan berjumlah RM922,088 yang ditawarkan kepada 116 bekas pekerja ladang berkenaan juga amat berpatutan dan sepadan dengan perkhidmatan mereka di ladang itu.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan penduduk terbabit bahawa tanah tapak ladang berkenaan bukan akan dibangunkan dengan projek mega tetapi dijadikan tanah perkuburan.

"Saya kurang pasti kenapa pihak-pihak tertentu cuba memanipulasi perkara ini termasuk menggunakan media sedangkan kerajaan berusaha menyelesaikan masalah itu secara berhemah, adil dan saksama," katanya,

Mengenai dakwaan peguam penduduk bahawa notis pindah yang dihantar oleh DBKL bertarikh 1 Mac lalu sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Akta Relif Spesifik 1950, beliau berkata, masih banyak lagi akta yang boleh digunakan termasuk Akta Bangunan.

Bagaimanapun, katanya, pihak kementerian telah melantik peguam bagi melihat perkara tersebut.

Sementara itu, salah seorang bekas pekerja ladang, P.Suppu Lethumy, 62, berkata, dia gembira kerana sejak berpindah ke PPR Muhhibah kerana kehidupannya kini lebih baik.

Dia yang berasal dari Perak itu mula bekerja di ladang berkenaan sejak awal tahun 70-an.

K. Hemalatha, 29, yang merupakan generasi ketiga pula menganggap tawaran yang diberikan oleh kerajaan itu benar-benar menggembirakan.

Katanya, sejak diarahkan berpindah, dia tidak tinggal bersama ibu bapanya, sebaliknya turut ditawarkan rumah lain di kawasan sama.

"Ia benar-benar selesa berbanding dahulu dan suasana di sini juga ceria," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Balai polis terap konsep balai raya awam

Posted:

Balai polis terap konsep balai raya awam

Balai polis terap konsep balai raya awam

KLANG 10 Mac - Polis Selangor akan menerapkan konsep 'balai raya awam' di setiap balai polis bagi menggalakkan perbincangan serta pertemuan dengan masyarakat dalam usaha membanteras jenayah di kawasan komuniti masing- masing.

Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (gambar) berkata, konsep itu dilaksanakan kerana selama ini orang ramai hanya mengunjungi balai polis untuk membuat laporan.

Sedangkan, katanya, balai polis, balai komuniti dan pondok polis mempunyai peranan lebih luas iaitu turut berfungsi mengeratkan hubungan dengan masyarakat.

"Sekiranya tiada bilik khas di pondok- pondok polis untuk mengadakan perbincangan atau pertemuan, masyarakat boleh menjemput kami mengadakan perbincangan di kawasan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pondok Polis Bandar Parkland bernilai RM1.5 juta di Bukit Tinggi, di sini baru-baru ini.

Balai berkenaan merupakan sumbangan syarikat pemaju perumahan di Bandar Bukit Tinggi, WCT Land Sdn. Bhd. (WCT) dan dijangka siap pada 2013.

Pembinaan balai polis itu merupakan hasil usaha WCT bagi membantu meningkatkan keupayaan dan kecekapan polis dalam memerangi serta mencegah jenayah di kawasan berkenaan yang mempunyai 4,000 unit kediaman.

Tun Hisan memberitahu, konsep balai polis sebagai balai raya awam diyakini akan meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap polis.

Dalam pada itu, beliau memuji langkah WCT menyediakan sebuah bilik mesyuarat khas di Pondok Polis Bandar Parkland bagi kegunaan awam dan berharap langkah tersebut turut diikuti pemaju-pemaju lain.

Ketika ini, Selangor mempunyai sebuah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (14 buah), balai polis (77 buah), balai komuniti (57 buah) dan pondok polis (44 buah).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List