gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Urban

Posted: 16 Mar 2011 01:05 PM PDT

Kosmo Online - Urban


Seni kontemporari pengkarya muda

Posted:

Seni kontemporari pengkarya muda

Seni kontemporari pengkarya muda

Oleh NIZHA PERIASWAMY



DENGAN tema This Is It-Black & White, pameran seni di Galeri Core Design, Subang Jaya tentu sekali akan membangkit memori buat legenda muzik tersohor, Micheal Jackson.

Sungguhpun, beliau bukanlah subjek utama dalam pameran itu, tetapi tema serta penekanan terhadap warna, tentu sekali sudah cukup untuk membawa semua seniman terlibat mengenang ikon pop itu.

"Sebenarnya tujuan pameran ini adalah untuk mengetengah seni kontemporari. Seni melangkaui lukisan semata-mata kerana di Core Design, kami percaya, pengumpul seni mula berganjak daripada seni aliran utama kepada yang lebih kompleks dan rumit," jelas Perunding Seni di Core Design, Scarlette Lee.

Sambil berjalan ke arah sebuah arca kinetik yang diperbuat daripada papan kayu, Scarlette mengakui, seni sofistikated mula menjadi pilihan pengumpul seni dan penghias kediaman mahupun lokasi komersial. "Apa yang menarik pada pameran ini adalah ia mengumpul artis yang agak ramai dengan hasil seni kontemporari yang muda-muda belaka, menepati cita rasa zaman sekarang," kongsinya.

Satu-satunya artis wanita yang dilihat di Galeri Core Design, Anniketyni Madia, 25, anak watan Sarawak itu memilih untuk mempamerkan seni arca kayu. Penglibatannya dalam bidang itu sudah bermula sejak tiga tahun lalu.

"Saya memilih arca, satu bidang seni yang amnya tidak diminati wanita kerana saya sukakan imej 3D," kata Anniketyni yang kini sedang melanjutkan pelajaran Ijazah Lanjutan dalam bidang Seni Halus, pengkhususan dalam Matematik di Universiti Sains Malaysia (USM).

"Saya suka mempersembahkan sesuatu yang berbeza dan bersifat maskulin kerana ia menggambarkan diri saya," akuinya yang sukakan cabaran dan kelainan. Arca wanita muda itu antara yang menarik perhatian sejurus anda memasuki galeri itu kerana bentuknya yang geometrik membabitkan banyak ukuran dan penelitian.

Tarian dan lagu Michael Jackson


WAKIL tunggal pengkarya wanita, Anniketyni tampil dengan arca kayu berimej 3D.


Satu lagi kelainan yang ditunjukkan dalam pameran This Is It-Black & White adalah melalui artis Annas Azzim Azwar, 25, yang mengaplikasikan kerjanya sebagai animator dalam kaca berlapis lut sinar.

Seiring dengan tema tersebut, Annas menterjemah tarian moon walk menggunakan seorang model secara berperingkat dalam sepuluh gerakan. Setiap gerakan itu disusun menggunakan kaedah lapisan demi lapisan.

"Cara ini akan membuatkan gerakan kelihatan hidup," katanya yang memilih model yang berbadan berisi. "Ia adalah supaya bentuk badannya lebih ketara dan boleh mempersembahkan gerak tari secara lebih jelas dan cantik. Dan ia berhasil.

Bagaimana pula anda menunjukkan ekspresi wajah tatkala mendengar lagu-lagu legenda muzik, Micheal Jackson? Itu idea yang menjadi subjek utama paparan seni gambar foto oleh Meor Zukhairi Rosli, 26, yang menggunakan tajuk Big Fan 1958.

Memaparkan wajah seorang wanita berambut kerinting dalam empat jenis gambar dengan ekspresi wajah yang berlainan, Meor mahu mengetengahkan perasaan seorang peminat tegar lagu-lagu Micheal Jackson.


AZHARUDIN menggunakan potongan kayu kecil membentuk imej potret adiknya.


"Saya mahu menunjukkan kepelbagaian ekspresi pendengar MJ. Marah, suka, tenang, menghayati dan sebagainya. Saya memilih konsep ini selepas menyelidik tema dan mendapati MJ adalah medium yang tepat," katanya yang amat mengagumi ikon dunia muzik itu.

Pencarian model bagi gambar foto itu kata Meor, melibatkan seorang wanita muda berambut kerinting tanpa sebarang mekap. "Saya mahu ekspresi nampak sejati," kata bekas pelajar kursus Animasi Komputer yang pertama kali melibatkan diri dalam pameran seni selepas empat tahun menimba pengalaman dalam dunia fotografi komersial.

Idea orang muda

Rata-rata peserta artis seni dalam pameran seni This Is It-Black & White di Core Design itu membariskan artis-artis muda dalam lingkungan usia pertengahan 20-an. "Saya percaya, melalui penglibatan artis-artis muda seperti ini, idea-idea yang disampaikan melalui karya seni ini juga muda, segar, baru dan unik," ujar Scarlette merujuk kepada artis-artis muda yang baru berjinak dalam dunia seni ini.

Misalnya, artis Mohd. Azli Wahid, 26, bekas pelajar Seni Halus dari UiTM suka melihat seni sebagai alat permainan kerana katanya, setiap alat permainan mempunyai karakter. Sambil menunjukkan kasut yang berlainan, Azli menggunakan batu yang diukir seperti kasut sebagai hasil karya seninya.

"Ia seperti mengingatkan manusia kepada asal-usul kita. Inilah dia! (This Is It). Daripada zaman batu, mungkinkah manusia menggunakan batu sebagai kasut? Kaitan manusia dengan kasut dalam satu sindiran sinis," itu kata Azli merujuk kepada kasut batu yang diukir secara minimum untuk mengekalkan keaslian batu yang ditemui di Puncak Perdana dan Ijok itu.

Sementara itu, Liu Cheng Hua, 26, mempunyai identiti tersendiri dalam menyampaikan karyanya. "Identiti saya ialah lampu berwarna LED yang digunakan. Tetapi apa yang cuba dipaparkan dalam karya ini adalah satu catatan sejarah mengenai tokoh kapitan terkemuka tahun 1876 di Larut Matang atau Taiping iaitu Kapitan Chung Keng Kwee.


KASUT batu menjadi karya Mohd. Azli dalam pameran This Is It-Black & White.


"Saya menggunakan warna tema, hitam dan putih untuk membangkit unsur klasik. Saya menjalani pelbagai penyelidikan termasuk berjumpa dengan pewaris generasi keenam Keng Kwee dan cuba mendapatkan gambar-gambar berkenaan lelaki itu," katanya. Gambar-gambar yang dipaparkan menggunakan media cetak itu dihiasi dengan dawai-dawai halus dan papan-papan berpetak kecil sebagai merangsang lagi unsur kebudayaan kehidupan masyarakat Cina dahulu.

Artis terakhir yang ditemui di galeri yang sama ialah seorang lelaki berbadan kecil tetapi mempamerkan hasil kerja seni yang tidak kurang rumitnya. Digantung di aras atas bangunan galeri, The Face yang dipamerkan oleh Azharudin Mappon, 26, ialah sejenis potret yang dibuat menggunakan kayu-kayu kecil yang dipotong bersegi. Mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri, Azharudin memberitahu, potret yang dipaparkan adalah wajah adik beliau, Siti Nurfatin Zulaikham, seorang wanita yang paling rapat dalam hidupnya.

Kreativiti Azharudin menggunakan kayu-kayu yang dipotong seperti silinder bersegi empat dalam pelbagai saiz, pelbagai tona warna asli kayu itu disusun kemas untuk memberikan bayangan yang sempurna untuk mempamer wajah seorang wanita.

"Walaupun ia tidak berwarna hitam atau putih, bagi saya, tona itu adalah interpretasi kegelapan dan keterangan yang dapat dilihat melalui karya ini," kata Azharudin.

Ramai lagi artis yang terlibat dalam pameran itu dan hasil mereka boleh dilihat di Galeri The Core Design di 87, Jalan 15/2A, Seksyen 15, Subang Jaya sejak 6 Mac lalu hingga 31 Mac ini.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 012-667 4348, 012-611 7976 atau e-mel ke anni@coredesigngallery.com. Galeri itu dibuka setiap hari bermula pada pukul 10 pagi hingga 7 petang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nostalgia zaman kanak-kanak di Toy Museum

Posted:

Nostalgia zaman kanak-kanak di Toy Museum

Nostalgia zaman kanak-kanak di Toy Museum

Oleh ZAKI SALLEH


PATUNG Predator bersaiz gergasi sebesar orang dewasa yang menjadi tarikan kanak-kanak.


BUKAN sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa turut teruja. Itu gambaran jujur sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke dalam Muzium Mainan Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Toy Museum.

Merupakan muzium pertama seumpamanya di negara ini, Muzium Mainan Pulau Pinang memang unik dengan koleksi kira-kira 80,000 patung mainan.

Tidak susah untuk ke sini. Terletak di Jalan Tanjung Bungah, namanya turut tercatat dalam peta pelancongan negeri sebagai lokasi yang perlu dilawati jika ke Pulau Mutiara.

Bayaran masuknya hanya RM10 bagi dewasa dan RM6 kanak-kanak, manakala pelancong asing pula dikenakan bayaran RM20 dan RM10 seorang.

Selain watak kartun dan permainan popular, koleksinya terdiri watak rancangan televisyen, filem sehinggalah selebriti dan tidak ketinggalan figura aksi.

Antaranya koleksi superhero daripada komik Marvell, siri televisyen Buffy The Vampire, watak-watak filem Army of Darkness dan set patung Eddie iaitu maskot kumpulan rock Barat popular Iron Maiden.

Tidak ketinggalan Power Rangers, Lilo & Stich, Spiderman, Mr Bean, Shrek, Kung Fu Panda, Transformers, Batman, Gremlins dan Conan.

Turut mencuri tumpuan ialah set patung permainan Barbie dan teman lelakinya Ken, Snow White serta watak figura filem-filem aksi Hollywood bersaiz sebenar.

Kepuasan pelawat

Bagi si dewasa, menyusuri satu persatu ruang pameran di dalam Toy Museum mengembalikan nostalgia di zaman kanak-kanak, tidak kiralah sama ada yang lahir di era 60-an, 70-an mahupun 80-an.

Mana tidaknya, mata tidak berkelip melihat koleksi perwira galaksi seperti G-Force Battle of The Planet, set permainan Gundam dan robot hebat Voltron.

Bukan sekadar pameran biasa, di setiap sudut pameran turut dijelaskan serba sedikit mengenai watak-watak yang dipamerkan.

Ini termasuklah di Galeri Field of Combat yang bukan sahaja mempamerkan patung permainan tentera seperti kapal dan pesawat pejuang, tetapi mencatatkan latar belakang peristiwa sesebuah peperangan.

Toy Museum pernah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records pada tahun 2003 kerana memiliki 120,000 koleksi patung permainan yang disifatkan sebagai antara jumlah terbanyak di dunia.

Ia mengatasi jumlah muzium serupa di Jepun dan Singapura.

"Sudah lama kami sekeluarga merancang ke sini dan kami memang berpuas hati walaupun terpaksa membayar RM68 untuk kami sekeluarga masuk," ujar guru dari Batu Pahat, Johor, Rus Mizi Ibrahim, 37.

Seorang lagi pengunjung dari Ipoh, Perak, Mohd. Salleh Ayarshah, 33, pula memberitahu, anak-anaknya begitu teruja ke sini.

"Muzium ini menjadi antara lokasi wajib kami ketika melancong ke Pulau Pinang," ujarnya.

Bercakap dengan pemiliknya pula, Ir. Loh Lean Cheng, 55, minat yang mendalam menyebabkan beliau membuka muzium itu pada tahun 2005 bagi mempamerkan segala koleksinya untuk dikongsi bersama orang ramai.

"Kunjungan ke sebuah muzium maninan di London ketika berusia 19 tahun memberi inspirasi kepada saya.

"Sejak itu saya mula mengumpulkan pelbagai jenis mainan dan jumlahnya semakin bertambah sehinggalah mencecah 100,000 mainan dan tidak muat untuk disimpan di rumah," katanya berseloroh.

Kebanyakan patung-patung itu diperoleh secara eksklusif terus dari syarikat produksi di Hollywood, jadi ia sukar ditemui di tempat lain.

Menerima kunjungan kira-kira 100,000 pengunjung setahun termasuk 35 peratus dari luar negara, Toy Museum disifatkan sebagai lokasi yang wajib dilawati selain, Bukit Bendera dan pantai Batu Feringghi.

Lokasi baru

Namun, di sebalik reputasi itu, ia masih belum memberikan kepuasan kepada Lean Cheng kerana impiannya kini adalah untuk membina sebuah muzium mainan yang lebih besar dan lengkap.

Ruang muzium yang terletak berhampiran Hotel Copthorne Orchid itu yang sempit menyebabkan banyak koleksi-koleksi patung permainan baru tidak dapat dipamerkan.

"Lihatlah keadaan dalamnya, ada bahagian lantai yang rosak tetapi, sukar dibaiki kerana kami hanya menyewa di sini.

"Kami perlukan ruang lebih besar agar banyak lagi koleksi patung permainan boleh dipamerkan, malangnya niat kami terbatas," keluh Lean Cheng yang membuka muzium itu kerana ingin berkongsi minat dengan orang ramai.

Cadangan beliau untuk membina sebuah muzium mainan baru bertaraf antarabangsa berkeluasan 2,787 meter persegi berdekatan Taman Botani ditolak kerajaan negeri.

"Saya bukan memohon bantuan kewangan kerana kos membina muzium bernilai kira-kira RM5 juta itu saya biayai sepenuhnya, tetapi kebenaran menyewa tanah di kawasan itu.

"Dengan jumlah pengunjung yang bertambah sebanyak 20 peratus setahun, muzium ini perlu dipindahkan.

"Taman Botani paling sesuai selain tidak jauh dari pusat bandar. Projek ini pun bukannya menjejaskan kehijauan taman itu, sebaliknya melonjakkan lagi kehadiran pengunjung ke sana," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pintu gaya Itali

Posted:

Pintu gaya Itali

Pintu gaya Itali

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my


GRANDONI berdiri di depan pintu masuk StileItalia yang terletak di Solaris Mont Kiara.


ADAKAH anda sedar, sesebuah rumah atau pejabat atau mana-mana bangunan komersial bukan sahaja fungsinya sebagai tempat berlindung bahkan, lebih daripada itu. Jika anda mencari kelainan dalam menata kediaman atau bangunan dengan menggunakan fesyen terkemuka berinpirasikan gaya Itali, teruskan membaca artikel ini.

Itali bukan sahaja terkenal sebagai hab fesyen antarabangsa tetapi, kini di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur konsep fesyen Itali diterjemahkan melalui pintu rumah. Butik StileItalia membariskan pintu-pintu, tingkap dan sistem sekuriti untuk kediaman yang peka terhadap unsur elegan dan eksklusif.

StileItalia kini dibuka di Solaris Mont Kiara untuk penggemar pintu rumah gaya eksklusif, trendy dan bergaya tetapi pada masa yang sama mengekalkan ciri keselamatan.

Dengan lebih 100 model pintu yang didatangkan dalam 30 koleksi, butik StileItalia memberikan peluang kepada pengunjung untuk menambah nilai kepada kediaman mereka.

"Kami mahu mempersembahkan satu hasil yang teliti dan berkualiti dari Itali. Ia akan memberikan satu lagi ciri kesempurnaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif StileItalia Sdn. Bhd., Dr. Alberto Grandoni.

Ini kerana katanya, StileItalia mempunyai ciri pembuatan yang asli dan reka bentuk penuh kreativiti apabila ia bukan sahaja menggunakan jenama Itali tetapi didatangkan dari negara fesyen itu. Ia dihasilkan daripada kayu berkualiti iaiyu kayu jati dari Brazil dengan harga sebuah pintu bermula dari RM3,000 ke atas.

"Saya percaya, StileItalia diperkenal tepat pada masanya seiring dengan cita rasa rakyat tempatan terhadap produk yang berkelas tinggi dan berkualiti," jelas beliau.

Selain keutamaan yang diberikan terhadap rekaan, StileItalia turut menitikberat unsur keselamatan serta rekaan bangunan hijau yang mesra alam.

Menggunakan teknologi keselamatan yang terbaik, StileItalia menawarkan seleksi pilihan sekuriti kerana ia adalah keperluan utama yang harus diberi penekanan untuk menjamin keselamatan penghuni premis.

Sistem penghadang, jaringan untuk menghalang kemasukan serangga, butang punat yang memudahkan urusan menutup dan membuka tirai dan sistem pengunci yang teliti menjadikan StileItalia antara pilihan wajib bagi pintu rumah.

Untuk maklumat lanjut, layari laman www.stileitalia.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 16 Mar 2011 11:34 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Karnival kesihatan USM

Posted:

Karnival kesihatan USM

Karnival kesihatan USM

Oleh ZAKI SALLEH


KERJASAMA. Haja Mydin (kiri) menerima tajaan daripada Pengurus Jualan Wilayah Utara Marigold, Lim Soon Chai di USM baru-baru ini.


AMALKAN gaya hidup sihat sepanjang hayat. Itu objektif Kempen Gaya Hidup Sihat 2011 (HLC 2011) yang akan berlangsung di Tapak Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 18 dan 19 Mac ini.

Menarikya, buat julung-julung kalinya program seperti ini menggabungkan idea dan kreativiti siswa-siswi dari dua institusi pengajian tinggi iaitu USM dan Kolej Damansara Utama Kampus Pulau Pinang (KDU Penang).

Mereka terdiri daripada para pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Komunikasi Pemujukan KDU Penang yang diketuai oleh penasihatnya, Profesor Madya Khor Yoke Lim dari USM.

Terdapat empat aktiviti utama yang berjalan sepanjang kempen ini iaitu Kempen Pendidikan Kesihatan, Pertandingan Pakai dan Menang, Karnival Kesihatan HLC dan Kempen Berjalan Untuk Kesihatan.

Pengarah Projek HLC 2011, Haja Mydin Abdul Kuthoos berkata, kempen tersebut mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia (KPTM).

Bertemakan Menikmati Gaya Hidup Sihat, HLC 2011 ingin melahirkan minda masyarakat yang menjadikan gaya hidup sihat sebagai motivasi demi kebaikan diri sendiri, keluarga dan negara.

"HLC 2011 bermula dengan Kempen Pendidikan Kesihatan dari 16 Februari hingga 13 Mac lalu di 15 buah sekolah rendah dan menengah terpilih di sekitar negeri ini.

"Pada kempen ini, tenaga kerja HLC 2011 daripada USM dan KDU Penang mengadakan mini pameran kesihatan serta menunjukkan kaedah penjagaan diri yang berkesan seperti mencuci tangan dan menjaga tubuh.

"Kita mensasarkan sekolah kerana murid-murid merupakan agen paling baik dan berkesan untuk menyampaikan pendidikan kesihatan di peringkat asas," ujarnya.

Sementara itu, Pertandingan Pakai dan Menang pula berlangsung di sekitar Kampus USM Pulau Pinang dan KDU Penang bagi mengesan sesiapa yang memakai baju-T rasmi program untuk diberikan hadiah misteri.

"Satu karnival kesihatan akan diadakan pada kedua-dua tarikh itu di kawasan tapak pesta konvokesyen yang melibatkan penyertaan dan pameran pelbagai agensi kerajaan serta pihak swasta berkaitan kesihatan.

"Pengunjung juga boleh berkongsi tip-tip penjagaan kesihatan daripada pakar yang dijemput menerusi tiga seminar yang diadakan," katanya.


MENDERMA darah antara aktiviti yang dianjurkan pada Kempen Gaya Hidup Sihat 2011 di USM. - Gambar hiasan


Kempen berjalan

Bazar Sihat yang menjual pelbagai barangan kesihatan dan Pertandingan Makan Buah dalam usaha mendidik masyarakat agar mengamalkan pemakanan sihat turut diadakan.

"Menerusi kerjasama dengan Hospital Pulau Pinang (HPP), kita adakan kempen menderma darah di kalangan warga kampus pada karnival ini nanti," ujarnya.

Sehubungan itu, satu majlis ringkas penyerahan tajaan oleh dua penaja utama HLC 2011 iaitu Marigold Peel Fresh & Vitagen dan Lois Jeans (Malaysia) diadakan di USM Pulau Pinang baru-baru ini.

Kemuncak kempen itu nanti ialah Kempen Berjalan untuk Kesihatan 2011 pada 26 Mac pukul 8 pagi dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Taman Belia Pulau Pinang yang melibatkan kira-kira 2,000 peserta.

Penyertaan hanya RM15 dan peserta akan berjalan kaki sejauh kira-kira empat kilometer melalui Taman Botani, Jalan Kebun Bunga dan kembali ke Taman Belia.

Menurut Haja Mydin, 25 peserta terawal yang menamatkan perjalanan tersebut akan menerima hadiah di samping 25 cabutan bertuah manakala semua peserta akan diberi sijil penghargaan.

"Semua peserta diberi sarapan pagi percuma daripada penaja, beg cenderamata dan mengunjungi pameran kesihatan oleh agensi kerajaan dan swasta.

"Hasil kutipan daripada kempen ini nanti akan didermakan kepada beberapa organisasi terpilih seperti Hospital Besar Penang (HPP), Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah dan Hospice Malaysia," katanya.

Orang ramai yang ingin turut serta dalam sebarang program HLC 2011 boleh mendapatkan keterangan lanjut menerusi laman web http://hlc2011-usm.weebly.com atau hubungi talian 012-444 0699.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 16 Mar 2011 09:22 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Guna kosmetik tanpa was-was

Posted:

Guna kosmetik tanpa was-was

Guna kosmetik tanpa was-was

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar IZHAM JAAFAR


Ili Zawani di samping produk kosmetik FCC yang berstatus halal.


SEKALIPUN mahu kelihatan cantik, wanita Muslim perlu berhati-hati supaya tidak terjebak menggunakan produk kosmetik tidak halal.

Kehadiran Farmasi Colours Cosmetic (FCC) dari Turki yang dijamin halal dalam pasaran Malaysia sejak tiga tahun, sebenarnya telah memberi peluang kepada wanita di negara ini untuk menggunakan kosmetik tanpa was-was.

Pengarah Eksekutif di Naturalife Solution Sdn. Bhd., Ili Zawani Datuk Ismail, 24, berkata, beliau juga tidak menyangka usahanya membawa masuk FCC di negara ini akhirnya telah membawa kejayaan yang diharapkan.

Lagi pun katanya, nama FCC sudah lama terkenal di 50 buah negara di seluruh dunia.

''Sambutan pelancaran FCC sejak tahun pertama lagi sudah di luar jangkaan,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di No 6-2, Jalan USJ 21/7, USJ 21, Business Centre, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Bagaimanapun jelas gadis berusia 24 tahun ini, beliau juga tidak menjangka akan menjadi 'taukeh kosmetik' di usia yang masih muda.

Kata Ili Zawani, walaupun sebelum ini beliau bukannya seorang yang suka menggenakan solekan kecuali pada majlis tertentu sahaja, FCC membuatkan beliau mula mendalami seni solekan.

''Biasanya sebelum ini saya lebih sukakan gaya sederhana iaitu hanya memakai bedak, pembayang mata dan gincu bibir sahaja apabila keluar rumah,'' ujar anak kedua dari tiga adik beradik ini.

Ceritanya pembabitan awal dalam dunia perniagaana bermula ketika beliau berada pada tahun akhir ketika mengikuti kursus sijil tambahan daripada badan perakaunan profesional, The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di Kolej Universiti Sunway.

''Ayah pula secara tiba-tiba sahaja menyerahkan tanggungjawab menerajui Naturalife Solution yang ketika itu menghadapi masalah disebabkan tidak diuruskan dengan baik,'' katanya.

Bagaimanapun IIi Zawani mengakui tidak dapat menolak hasrat ayahnya itu sekalipun ketika itu beliau tidak berada di dalam keadaan bersedia untuk menjadi usahawan.

''Hasil dari pembacaan di dalam Internet akhirnya saya terjumpa dengan satu jenama kosmetik yang dikeluarkan dari Istanbul, Turki,'' katanya.

Katanya, daripada pertemuan dengan pengeluar akhirnya Ili Zawani mendapat peluang sebagai pengedar kosmetik FCC dan yakin FCC mampu bersaing dengan jenama kosmetik lain yang telah lama berada di negara ini memandangkan ia berstatus produk halal.

Di samping itu, katanya, pengguna juga mempunyai banyak pilihan dengan menikmati kualiti kosmetik yang setaraf dengan jenama terkenal.

"FCC memberikan pilihan ini kepada pengguna dan ternyata daripada sambutan yang diberikan menunjukkan kosmetik ini semakin diterima wanita Malaysia,'' ujarnya.

Bagaimanapun kata Ili, setakat ini kosmetik FCC hanya boleh dibeli di pusat membeli-belah tertentu seperti Parkson, Jusco dan terbaru di Carrefore, Subang Jaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 16 Mar 2011 09:15 AM PDT

Utusan Online - Johor


Beri peluang pekerja sambung belajar

Posted:

Beri peluang pekerja sambung belajar

Beri peluang pekerja sambung belajar

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


Mok Chek Hou (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen antara Mohamad Syafwan Arshad (kiri) dan Chong Chai Pin pada majlis menandatangani MoU antara Kumpulan KTC dan UTMSpace di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 15 Mac – Institut Akauntan KTC semalam menjalinkan kerjasama dengan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan Universiti Teknologi Malaysia (UTMSpace) untuk mewujudkan kursus Diploma Eksekutif Pembangunan Perniagaan bagi pekerja yang ingin menyambung pengajian mereka.

Pengerusi Kumpulan KTC, Chong Chai Pin berkata, kursus eksekutif yang memakan masa 18 bulan itu diwujudkan khusus untuk golongan pekerja dalam bidang perniagaan, akauntan dan pengurusan yang sebelum ini tidak berpeluang untuk menyambung pengajian mereka.

Beliau berkata, antara syarat kemasukan adalah memiliki sekurang-kurang tiga tahun pengalaman dalam bidang berkaitan serta tiga kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kita menyasarkan seramai 50 penuntut untuk pengambilan pertama pada April ini dan kursus ini akan dilakukan di dua kampus cawangan kami iaitu di Jalan Wong Ah Fook dan Nusajaya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara KTC dan UTMSpace di Rumah Kelab Akhbar Cina, di sini semalam.

Pada majlis itu, Chai Pin mewakili KTC, manakala UTMSpace oleh Pegawai Pembangunan Program Eksekutif, Mohamad Syafwan Arshad. Majlis itu disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hou.

Chai Pin berkata, kerjasama dengan UTMSpace dibuat kerana UTM merupakan antara universiti terkemuka di negara ini dan pada masa sama mempunyai kedudukan terbaik di peringkat antarabangsa.

Beliau yakin kerjasama itu akan membolehkan lebih ramai individu berpeluang menyambung pengajian mereka di samping meningkatkan ilmu dalam bidang perniagaan bagi membolehkan mereka bersaing dalam dunia pekerjaan.

Sementara itu, Mohamad Syafwan berkata, kerjasama tersebut bakal memberi manfaat kepada orang ramai khususnya golongan pekerja yang ingin menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurutnya, selepas menamatkan pengajian tersebut, mereka boleh menggunakan kelulusan yang diperoleh untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UTMSpace tamat usaha sama kolej tak berkualiti

Posted:

UTMSpace tamat usaha sama kolej tak berkualiti

UTMSpace tamat usaha sama kolej tak berkualiti

JOHOR BAHRU 15 Mac - Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan Universiti Teknologi Malaysia (UTMSpace) akan menamatkan usaha sama dengan kolej swasta yang tidak memenuhi piawaian kualiti ditetapkan.

Pegawai Pembangunan Program Eksekutif UTMSpace, Mohamad Syafwan Arshad berkata, sebanyak 10 kolej kini sedang dalam senarai pemerhatian dan pihaknya sedang menimbang untuk menghentikan kerjasama kerana didapati tidak mencapai kualiti disyaratkan.

"Kita tidak akan berkompromi dalam soal kualiti pendidikan untuk penuntut. Bukan sesuatu yang mudah bagi kolej swasta untuk mewujudkan kerjasama dengan kami kerana mereka perlu melalui beberapa proses penilaian termasuk menerusi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Sejak 2005, kami telah membuka ruang untuk program usaha sama dengan pelbagai kolej swasta dan sehingga kini sebanyak 35 geran diberikan dan satu usaha sama telah dihentikan kerana didapati melanggar syarat yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Kumpulan KTC dan UTMSpace di Rumah Kelab Akhbar Cina, di sini semalam.

Jalinan kerjasama itu bertujuan mewujudkan kursus Diploma Eksekutif Pembangunan Perniagaan bagi pekerja yang ingin menyambung pengajian mereka.

Mohamad Syafwan berkata, sekiranya proses pembatalan kerjasama berlaku, proses pengambilan penuntut baru akan dihentikan namun pada masa sama proses pengajian akan tetap diteruskan sehingga tamat.

Beliau memberitahu, sehingga kini sebanyak 1,500 penuntut telah menyertai program usaha sama itu dan penilaian terhadap sesebuah kolej dibuat pada setiap semester.

UTMSpace kini menawarkan 118 kursus di bawah program pengajian separuh masa dari peringkat diploma hingga ijazah sarjana muda.

Selain menawarkan program bagi mereka yang mempunyai kerjaya, UTMSpace turut menyediakan kursus pembangunan profesional, program eksekutif, sijil profesional dan program dalam talian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 16 Mar 2011 03:07 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Genetik tingkatkan risiko kanser kolon

Posted:

Genetik tingkatkan risiko kanser kolon

Genetik tingkatkan risiko kanser kolon

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


Kanser kolon berisiko terhadap mereka yang berusia lebih 60 tahun.


SIAPA sangka keseronokan menikmati hidup tanpa sebarang penyakit bahaya lebih separuh abad akhirnya diuji dengan penyakit kanser kolon pada usia emas.

Bukan mudah untuk mengenal pasti puncanya kerana penyakit ini tiada penyebab tunggal. Hampir semua kanser kolon bermula dengan ketumbuhan bukan kanser atau dikenali sebagai polip yang akhirnya secara senyap bertukar menjadi sel kanser.

Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, Pakar Gastroenterologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Selangor berkata, sesiapapun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser kolon jika usia melebihi daripada 60 tahun.

Antara risiko-risiko lain ialah makan satu diet tinggi dalam daging merah atau daging proses, mempunyai polip kolorektal, berpenyakit radang usus penyakit Crohn atau kolitis berulser) dan ahli keluarga pernah menghidap kanser usus.

Tambah Dr. Abdul Malik , sindrom genetik tertentu turut meningkatkan risiko untuk kanser kolon.

Kolon atau kolorektal, ialah kanser yang berlaku di awal usus besar (kolon) atau dubur (akhir kolon). Lain-lain jenis kanser boleh menjejaskan kolon, seperti limfoma, tumor karsinoid, melanoma dan sarkoma. Kes-kes seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah yang luar biasa.

Diagnosis awal boleh meningkatkan kesembuhan. Apa anda makan boleh memainkan peranan dalam kanser risiko usus besar anda.

Kanser kolon boleh terjadi dengan satu serat rendah yang tinggi lemak diet dan daging merah.

Merokok dan minuman beralkohol adalah faktor risiko lain yang berkaitan dengan punca kanser kolon.

Banyak kes kanser kolon tidak mempunyai gejala-gejala.

Gejala-gejala berikut bagaimanapun, mungkin menunjukkan kanser kolon:

lSakit abdomen dan rasa tidak puas selepas membuang air besar.

lDarah dalam najis.

lCirit-birit, sembelit atau perubahan lain dalam tabiat-tabiat membuang air.

lSekatan usus.

lKehilangan berat dengan tiada alasan yang diketahui.

Tanda-tanda dan ujian-ujian

Cara untuk mendiagnos penyakit kanser kolon ialah menerusi kolonoskopi dan Sigmoidoscopy. Bagaimanapun hanya melalui proses kolonoskopi membolehkan kita melihat keadaan keseluruhan kolon.

Ujian darah juga boleh dibuat untuk mengesan penyakit ini. Ujian ini dinamakan complete blood count (CBC) untuk anemia.

Ujian fungsi hati

Jika doktor anda mengesyaki yang anda mempunyai barah kolorektum, lebih banyak ujian akan diadakan untuk melihat jika kanser itu telah merebak. Ini dipanggil pemeringkatan CT atau MRI mengimbas abdomen, kawasan pinggul, dada, atau otak boleh digunakan untuk melakonkan kanser. Kadang-kadang, imbasan PET juga digunakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Elak risiko kanser payu dara

Posted:

Elak risiko kanser payu dara

Elak risiko kanser payu dara

Oleh ZUHAYATI YAZID

Wanita sebenarnya mempunyai reaksi yang berbeza apabila diberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan payu dara mereka.

Apa yang lebih membimbangkan atau mungkin menjadi trauma dalam hidup, jika wanita itu didiagnosis menghidap barah payu dara.

Kini, dengan ledakan teknologi moden dan pengesanan awal terhadap pembunuh nombor satu wanita itu mampu mengurangkan risiko berlakunya kanser.

Bagaimanapun pemakanan yang teratur dan sihat memainkan peranan penting dalam menjalani kehidupan yang sempurna.

Bukan lagi rahsia, melalui pemakanan berasaskan soya mampu mengurangkan risiko terjadinya kanser payu dara di kalangan wanita.

Ini terbukti apabila satu kajian secara klinikal yang telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara yang dilakukan oleh profesor di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang profesor dari Jabatan Biostatistik di Universiti Tokyo, Dr. Yasuo Ohashi.

Mereka mendapati pengambilan soya dan begitu juga pengambilan minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota iaitu minuman susu kultur, Yakult secara tetap dan berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.

Malah, dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini mendapati, wanita yang mengambil minuman susu kultur dengan lebih kerap di lihat kurang berpotensi untuk di jangkiti kanser payu dara, walaupun mereka tidak mengambil makanan berasaskan soya dalam jumlah yang banyak.

Kajian itu juga mendapati pengambilan secara tetap setiap hari produk yang mengandungi bakteria Lactobacilus casei Shirota (LcS atau lebih dikenali sebagai Strain Shirota) semenjak usia remaja mampu mengurangkan risiko seseorang wanita itu terkena kanser payu dara.

''Ini terbukti kerana komponen di dalam makanan yang berasaskan soya dan Strain Shirota mempunyai fungsi yang boleh melindungi daripada kejadian kanser payu dara di kalangan mereka yang mengambilnya,'' ujarnya semasa membentangkan kertas kerja di Simposium Kanser Payu Dara di San Antonio, Amerika Syarikat Disember lalu.

Kajian kertas kerja itu mengkaji hubung kait antara pengambilan minuman yang mengandungi Strain Shirota dan makanan yang berasaskan soya dengan penyebab kanser payu dara.

Bakteria yang dinamakan LcS dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak di dalam usus dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan yang mengambilnya.

Beliau menjelaskan bahawa kesan perlindungan tersebut mungkin disebabkan oleh kesan bakteria Strain Shirota ke atas mikroflora usus yang telah membantu penghadaman isoflavon soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan kanser payu dara.

''Strain Shirota juga mampu meningkatkan sistem imunisasi semula jadi tubuh khususnya aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan kesan perlindungan," tegasnya.

Tegasnya dalam kajian itu, seramai 355 pesakit berumur 40 hingga 55 tahun yang menjalani pembedahan kanser payu dara dari tempoh Oktober 2007 hingga Mac 2009 dan 710 orang yang sihat yang tinggal di kawasan yang sama dan berumur sebaya dijadikan objek dalam kajian tersebut.

''Mereka dikaji berdasarkan kepada diet dan gaya hidup sejak masih remaja lagi dan semasa dewasa.

''Hasilnya, didapati sebanyak 30 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang mengambil minuman yang mengandungi bakteria asid laktik iaitu susu berkultur Yakult sebanyak empat kali atau lebih seminggu berbanding mereka yang mengambil tiga kali atau kurang dalam seminggu," kata Dr. Toi.

Dalam pada itu, sebanyak 40 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang menyatakan mereka tidak makan banyak produk soya tetapi minum Yakult empat kali atau lebih seminggu berbanding dengan mereka yang minum tiga kali atau kurang seminggu.

''Sebelum ini terdapat kajian yang mendapati pengambilan unsur soya turut memberi pengaruh dalam pengurangan risiko kanser payu dara.

''Penyumbang kepada pengurangan risiko kanser payu dara itu adalah disebabkan oleh pengaruh LcS kepada mikroflora yang terdapat pada usus yang sekali gus menambahbaikan metabolisme pada unsur soya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 16 Mar 2011 01:26 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Zang Toi

Posted: 15 Mar 2011 04:51 PM PDT

Ratu

'Ubati' krisis ekonomi di New York

MENERIMA tepukan gemuruh sambil berdiri daripada tetamu, jelas menunjukkan takjub terhadap nukilan malam itu!

Barangkali juga, keterujaan terhadap rekaan musim luruh 2011 Zang Toi lewat pertunjukan fesyen berlangsung di Lincoln Center, baru-baru ini, sudah tidak perlu dilontarkan dengan kata-kata lagi. Pujian dan sokongan terhadap rekaan terkini pereka kecil molek kelahiran Kelantan ini, tidak berakhir di pentas peragaan itu, malah berlanjutan dihebohkan dalam laporan akhbar serta laman blog penggemar fesyen sekitar New York.

Ramai memuji rekaannya, yang dikatakan antara terbaik pernah dihasilkannya. Laman sosial facebook beliau turut sendat dengan komen pujian. Malah, ada peminatnya mengakui sanggup menonton pertunjukan fesyen berkenaan berkali-kali di youtube tanpa jemu kerana mengimpikan untuk memiliki persalinan Zang Toi.

Sebuah akhbar New York dipetik menyebut: "Dalam situasi masyarakat kota itu baru pulih daripada krisis ekonomi, Zang Toi bagaikan 'ubat' yang berjaya mengkhayalkan pemikiran ramai orang, dengan helaian memukau. Setiap satu dihasilkan menggunakan tangan, setiap helaian bukan saja unik tetapi bagaikan edisi khas yang patut dimiliki."

Pertunjukan fesyen Zang Toi hari itu disertai ramai kenamaan, termasuk penyanyi yang memenangi anugerah Grammy, Kelly Bensimon, Ramona Singer, Alex McCord, Luann de Lesseps, Irina Dvorevenko dan Maxim Beloserkovsky (kedua-duanya daripada 'American Ballet Theater').
Bertajuk, 'Keindahan Abadi', himpunan musim luruh 2011 Zang Toi itu menampilkan kira-kira 33 helaian, digayakan model daripada pelbagai jenis warna kulit, termasuk model Asia kegemarannya Ling. Peragaan oleh model berkulit putih serta hitam menjadikan pertunjukan itu amat dekat di hati setiap individu, baik yang menyaksikan persembahan malam itu atau menontonnya di laman web.

Kebanyakan helaian dihasilkan menggunakan fabrik mewah, termasuk kulit unta dan kapas. Kemasan sutera tipis berkilat dan renda Perancis antara elemen tambahan mengembalikan nostalgia persalinan lama gaya Eropah.

Antara yang 'baru' pada pertunjukan itu ialah apabila Zang Toi menampilkan rekaan kasut dan aksesori yang sebelum ini hanya untuk pasaran Malaysia. Di New York, 'buah tangan' itu akan menjengah pasaran menjelang akhir tahun atau awal tahun depan.

Dikhabarkan bakal melahirkan rangkaian alat soleknya sendiri, Zang Toi nyata bijak memanfaatkan pentas malam itu sebagai landasan memperkenalkan rangkaian alat soleknya yang dikatakan mendapat kerjasama 'Amazing Cosmetics'.

Solekan dicalitkan ke wajah model pada pertunjukan hebat pereka itu turut ditaja 'Amazing Cosmetics', bagaikan petunjuk kuat, begitulah nanti rangkaian kosmetik Zang Toi.

Usai pertunjukan fesyen peminat dan penyokong menyatakan "Anda perlu menyertai pertunjukan di Paris! Bila kami boleh melihat nama anda dalam kalendar pertunjukan fesyen adi busana di sana?" Dengan bersemangat, Zang Toi menjawab, tidak lama lagi!

Julai ini, genap tiga dekad Zang Toi berniaga di New York, mempunyai jaringan hubungan profil tinggi, selain kerap memenuhi cita rasa bintang filem serta ikon hiburan antarabangsa.

Dilahirkan di Kuala Krai, Kelantan, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang rekaan di Parson School pada usia 20 tahun. Pada 1989, beliau membuka jenama sendiri di New York dan pada 1990, memenangi Anugerah Pereka Muda Kadet Mouton. Sejak itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi, bakatnya terus menyinar dan jenamanya semakin laris.

Koleksi astetik beliau sentiasa menampilkan gambaran glamor moden serta canggih dan itulah yang menyebabkan ramai pelanggan setia kepadanya.

Ramai selebriti ternama dan wanita hebat dilihat gemar menyarung Zang Toi. Antaranya Eva Longoria Parker, mendiang Farrah Fawcett, Sharon Stone, Fergie (daripada Black Eyed Peas), Devon Aoki, Ivana Trump dan Melinda Gates.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'I'm Every Women'

Posted: 15 Mar 2011 04:49 PM PDT

Ratu

Ms Read tampil koleksi baru sempena Hari Wanita Sedunia

WANITA masa kini mampu berdepan dengan pelbagai cabaran. Semuanya bermula apabila mencapai tahap terbaik dalam bidang akademik di universiti lantas memiliki kerjaya tersendiri dengan statistik membuktikan lebih 47 peratus tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada wanita.

Menghargai pencapaian wanita dan bersempena sambutan Hari Wanita ke-100, 8 Mac lalu, jenama pakaian terkenal yang menyediakan koleksi khas untuk wanita bertubuh gempal dan besar, Ms Read menampilkan I'm Every Women. Koleksi kali ini lebih menarik antaranya blaus santai, cardigan longgar, kemeja labuh selain himpunan seluar dan jeans. Lebih menyerlah, koleksi pakaian menggunakan warna pastel menarik seperti putih, krim, hijau lemon, biru lembut dan merah jambu yang menawan untuk pelbagai gaya baik ke pejabat, mesyuarat rasmi atau acara chic kasual dan makan malam dengan gaya penuh ciri sofistikated.

Ms Read amat mementingkan keselesaan si pemakai. Oleh itu, penggunaan fabrik lembut dan selesa seperti kapas, viscose dan linen voile untuk himpunan terbaru itu. Rekaan Ms Read memberi keselesaan sepanjang hari malah menyerlahkan gaya feminin dengan cara lebih praktikal.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Infiniti

Posted: 15 Mar 2011 09:40 PM PDT

Kosmo Online - Infiniti


Kegilaan pengguna terkini

Posted:

Kegilaan pengguna terkini

Kegilaan pengguna terkini

Susunan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM



SEJAK akhir-akhir ini, dunia pengkomputeran bagaikan sedang 'berperang' apabila satu persatu model tablet diperkenalkan kepada khalayak umum.

Jenama tablet diperkenalkan pula bukan calang-calang pembuatannya kerana setiap produk dibangunkan syarikat-syarikat gergasi dunia yang mempunyai peminat tersendiri.

Trend pembangunan tablet yang semakin kecil, nipis dan dilengkapi pelbagai ciri terkini serta canggih menjadi rencah spesifikasi gajet terbaru itu untuk menarik perhatian lebih ramai pembeli.

Bagaimanapun, antara tablet yang menjadi sebutan dan perhatian penggemar peranti berprestasi tinggi di seluruh dunia adalah Apple iPad 2, Motorola Xoom, Blackberry Playbook, HTC Flyer, Samsung Galaxy Tab 10.1 serta HP Palm Touchpad.

Apple iPad 2

Kesungguhan Ketua Eksekutif Apple Inc., Steve Jobs, 56, yang sedang bercuti sakit jelas terpancar pada wajahnya apabila sanggup membuat penampilan istimewa di Teater Seni Pusat Yerba Buena, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini untuk menghadiahkan pengikutnya dengan generasi kedua iPad.

Kemunculan Jobs sudah pasti mengejutkan ramai pihak apatah lagi dia sendiri memberi penerangan fungsi dan teknikal mengenai tablet terbaru tersebut.

Jobs berkata, Apple sudah menghasilkan model iPad terbaru itu sejak sekian lama.

Meskipun masih menerima rawatan penyakitnya, dia tidak mahu ketinggalan bermegah dalam rangka promosi gajet terbaru itu.

"Kebanyakan tablet belum dapat menandingi iPad generasi pertama tetapi kami tidak mahu berehat lama dengan kejayaan itu. Jadi kami membawakan iPad 2," katanya.


RIBUAN warga New York sanggup beratur panjang dalam cuaca sejuk demi membeli iPad 2 minggu lalu.


Ciri iPad 2 menampilkan reka bentuk yang lebih nipis dan ringan berbanding telefon pintar iPhone 4. Ia turut dilengkapi kamera hadapan dan belakang bagi membolehkan pengguna berbual menerusi video bersama keluarga serta rakan dengan lebih mudah.

Dalam pada itu, prestasi iPad 2 juga lebih pantas berbanding iPad generasi pertama kerana dilengkapi cip A5. Lebih menarik, peranti terbaru itu memaparkan kualiti grafik yang jauh lebih hebat.

Ia turut menawarkan iMovie membolehkan pengguna menyunting video dengan pantas dan berkesan. Aplikasi lain yang terdapat pada iPad 2 termasuk GarageBand dan Hot Spot yang membolehkan gajet itu mengakses Internet menerusi talian tanpa wayar ke iPhone melalui hubungan telekomunikasi.

Jobs menambah, iPad 2 dijual dalam lingkungan harga AS$499 (RM1,547) sehingga AS$829 (RM2,570) sama seperti keluaran versi pertama.

iPad 2 diedar ke seluruh Amerika Syarikat pada 11 Mac lalu, manakala bagi Jepun, Perancis dan Jerman pula akan diedarkan pada 25 dan 26 Mac.

Apple Inc. telah menjual hampir 15 juta unit iPad generasi pertama di antara April hingga Disember dan mengaut keuntungan hampir AS$10 juta (RM31 juta).

Motorola Xoom

Walaupun iPad 2 dilaporkan popular dalam pasaran, Motorola Mobility Inc. tidak mahu ketinggalan melancarkan sebuah tablet terbaru yang diberi nama Xoom.

Motorola Xoom menampilkan skrin definisi tinggi (HD) bersaiz 25 sentimeter untuk memberi kepuasan paparan kepada pengguna. Ia turut menampilkan kamera di bahagian depan bagi kegunaan perbualan video dan kamera dengan resolusi lima megapiksel yang mampu merakamkan video dalam bentuk HD.

Xoom turut mampu menampung kandungan video Flash – sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh iPad keluaran Apple Inc. dan boleh bertindak sebagai kawasan tumpuan Wi-Fi bagi menghubungkan lima lagi gajet lain kepada Internet.


PARA pemilik iPad 2 teruja lantaran berpuas hati dengan fungsi dan pilihan aplikasi peranti nipis tersebut.


Sebagai nilai tambah, Motorola Xoom turut dilengkapi Honeycomb iaitu satu versi Android yang telah direka untuk skrin sesentuh lebih besar pada tablet.

Versi terbaru Android itu sangat berguna bagi telefon pintar yang mempunyai skrin sesentuh yang kecil.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sanjay Jha berkata, Honeycomb turut mengandungi versi YouTube yang direka semula dan berupaya untuk membuat panggilan video menggunakan Google Talk.

Ciri-ciri lain yang ditawarkan tablet itu termasuklah gyroscope terbina dalam, barometer, e-kompas, akselerometer dan beberapa aplikasi perkhidmatan lain.

BlackBerry Playbook

Bagi penggemar telefon pintar BlackBerry pula, mereka tentu sekali akan menanti kemunculan tablet keluaran Research in Motion (RIM).

Tablet Playbook yang disasarkan kepada pengguna perniagaan yang mahukan komunikasi selamat dijangka mampu memberi persaingan dalam segmen tablet antarabangsa.

"Ini adalah komputer tablet profesional yang pertama di dunia.

"Anda akan melalui pengalaman penuh ketika melayari laman web," kata Presiden dan Ketua Eksekutif Bersama RIM, Mike Lazaridis ketika mempamerkan peralatan tersebut di San Francisco baru-baru ini.

Playbook adalah satu daripada sejumlah komputer tablet yang akan dikeluarkan dalam usaha mengatasi iPad dan merupakan cubaan pertama di luar modul telefon bimbit untuk syarikat RIM.

Ia mempunyai skrin sesentuh berukuran 17.8 sentimeter, lebih kecil berbanding iPad yang bersaiz 25 sentimeter dan menggunakan perisian video Adobe Flash.

Keistimewaan tablet terbaru ini adalah pengguna BlackBerry boleh menyambung telefon pintar mereka dengan Playbook menggunakan Bluetooth untuk melihat e-mel, kalendar, dokumen atau kandungan lain.

Ia juga dilengkapi kamera di bahagian hadapan dan belakang bagi menyokong sidang video serta membolehkan penggunaan beberapa program serentak.


SESI persidangan video menggunakan Motorola Xoom.


HTC Flyer

HTC yang terkenal dengan inovasi dan pembangunan dalam bidang telekomunikasi turut memperkenalkan tablet sulungnya iaitu HTC Flyer.

Dengan menggunakan pendekatan intuitif dan inovatif, HTC Flyer turut menampilkan aplikasi terbaru HTC Watch.

Ia berfungsi sebagai perkhidmatan video untuk memberi keselesaan kepada pengguna berkomunikasi bersama keluarga dan rakan-rakan dengan lebih mudah.

Dalam pada itu, HTC juga akan berkolaborasi bersama OnLive, Inc. dengan melancarkan perkhidmatan permainan video pertama dalam platform tablet.

"Jelas sekali telefon pintar telah mengubah kehidupan kita. Jadi kami ingin menghasilkan sebuah tablet yang mampu memberi pengalaman seumpama telefon pintar," kata Ketua Pegawai Eksekutif, HTC Corporation, Peter Chou.

Kini penggemar peranti berprestasi tinggi hanya perlu membuat pilihan tepat dalam pembelian tablet mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Idea kreatif 360 darjah

Posted:

Idea kreatif 360 darjah

Idea kreatif 360 darjah


MOHAMAD NAZRAN mahu menjadikan hasil kerjanya boleh dikongsi oleh pengguna iPad pada tahun ini.


BERBEKALKAN sebuah kamera DSLR, tripod, komputer riba dan beberapa perisian komputer di sisi sudah memadai buat Mohamad Nazran Abdul Aziz berkarya dengan ideanya yang jarang diberikan tumpuan penuh oleh para penggiat visual atau fotografi lain.

Bagi sesetengah pihak, memotret foto secara normal sudah memadai tambahan banyak perisian komputer yang boleh mencantikkan gambar.

Namun, tidak bagi Mohamad Nazran dari Bandar Baru Bangi, Selangor apabila dia lebih puas dengan visual 360 darjah yang diminatinya sejak 10 tahun lalu.

Melalui laman interaktif www.maya360.com, ia pasti menarik perhatian mereka yang inginkan maklumat tambahan mengenai sesuatu tempat yang belum dijelajahi.

Walaupun tidak mempunyai latar belakang pendidikan multimedia, Mohamad Nazran berusaha mempelajari menerusi sumber-sumber Internet dan mendapatkan tunjuk ajar mengenai teknik fotografi daripada rakan-rakannya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai laman tersebut, dia yang selesa dipanggil Bulp oleh rakan-rakannya memberitahu, dia mula membangunkan Maya360 sejak empat tahun lalu kerana minat mendalam terhadap bidang multimedia interaktif.

"Menerusi Maya360, pengguna boleh melihat sesuatu tempat secara radius yang merangkumi sudut atas dan bawah.

"Bukan itu sahaja, dalam imej tersebut, pengguna turut diberi pilihan melihat ruang di dalam bangunan seolah-olah mereka berada di tempat tersebut," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Antara lokasi yang menjadi pilihan Mohamad Nazran adalah Litar Antarabangsa Sepang, Tugu Negara, Bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Penjara Pudu, Bandar Baru Bangi dan banyak lagi tempat menarik.

Imej lebih hidup

Menurut lelaki berusia 31 tahun itu, kali pertama dia melihat karya 360 darjah adalah pada tahun 2000, namun teknologi itu belum berkembang disebabkan kelajuan Internet yang agak perlahan dan kemampuan perisian Adobe Flash masih terhad.

Bagaimanapun ujar Mohamad Nazran, menjelang tahun 2008, dia mula mencari program perisian yang bersesuaian untuk menghasilkan imej 360 darjah dengan cara tersendiri memandangkan imej tersebut nampak lebih hidup berbanding foto biasa.


MELALUI pandangan 360 darjah, seseorang akan lebih memahami subjek dan lingkungan yang hendak disampaikan.


Jelasnya, selain foto, dia turut memasukkan elemen multimedia lain seperti audio, video serta peta Google di dalam imej 360 darjahnya.

"Sistem audio yang terdapat dalam laman ini disesuaikan dengan imej 360 darjah apabila bunyinya direka khas dalam format 3D," dedahnya.

Pada masa sama, Mohamad Nazran berkata, walaupun Maya360 menggunakan perisian Adobe Flash, pengguna komputer tablet iPad tidak perlu risau kerana ia juga boleh dilihat melalui gajet tersebut setelah proses ubah suai dilakukan.

"Pada tahun ini juga saya akan menjadikan Maya360 mampu dilihat secara menyeluruh di iPad memandangkan kini ramai pengguna memiliki komputer tablet itu.

"Maklum balas yang diterima daripada pengguna amat menggalakkan dan mereka menyukai hasil kerja saya.

"Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara turut berterima kasih di atas usaha saya merakam tempat menarik secara terperinci malah usaha itu bagi mereka dapat mengubat rindu di tanah air," katanya bangga.

Terang Mohamad Nazran yang bekerja di sebuah syarikat berkaitan teknologi maklumat, di negara Barat terutamanya di Eropah, konsep 360 darjah sangat berkembang pesat dan ada sesetengah daripada rakannya di sana menjadikan media kreatif ini sebagai kerjaya.

"Tetapi, pendedahan mengenai konsep ini di Malaysia masih kurang dan ada yang belum mengetahuinya.

"Saya juga pernah mengintai peluang untuk bekerjasama dengan sektor awam dan swasta bagi membangunkan kios di tempat masing-masing dengan imej 360 darjah beserta penerangan secara interaktif, tetapi belum ada rezeki," tuturnya sedikit kecewa.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Maya360 boleh die-melkan kepada admin@studiobulp.com.my atau hubungi Mohamad Nazran 017-263 5006. - KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 15 Mar 2011 01:40 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Ditentang keluarga sebab berotot sasa

Posted:

Ditentang keluarga sebab berotot sasa

Ditentang keluarga sebab berotot sasa

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL


Biarpun terlibat dalam sukan bina badan, Lilian tetap menjaga penampilan agar kelihatan menarik sentiasa.


IBU bapa mana yang mahu melihat anak gadis mereka yang dididik dengan penuh sopan santun memiliki otot pejal dan sasa seperti lelaki. Apatah lagi melihat anak kesayangan saban hari bermain dengan besi untuk memejalkan otot hingga seolah-olah hilang sifat lembut seorang wanita.

Itu yang dilalui Lilian Tan, 38, apabila menceburi sukan bina badan.

Menurut anak tunggal pasangan Tan Cheng Teik dan Jenny Tan itu, pada awalnya dia mendapat tentangan yang hebat daripada ibu bapanya.

Keluarganya bukan sahaja kecewa dengan keputusannya untuk melibatkan diri secara serius di dalam sukan tersebut malah mereka tidak yakin akan kebolehan Lilian.

Tetapi segala-galanya berubah apabila Lilian berjaya membuktikan bahawa dia sememangnya tidak omong kosong malah berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa.

''Saya selesa dengan situasi sekarang malah yang paling menggembirakan sudah pasti sokongan daripada ibu bapa. Satu ketika dahulu merekalah orang yang paling menentang keputusan saya ini.

''Hari ini, mereka bukan sahaja berbangga dengan anak mereka malah saya juga akan membuktikan bahawa saya mampu melakukan yang lebih baik daripada hari ini.

''Dan apabila berbicara mengenai bentuk badan saya, sudah pasti saya amat berbangga walaupun ada mata yang gerun melihatnya,'' katanya yang memulakan karier dalam sukan bina badan ketika berumur 26 tahun.

Hakikatnya, di Malaysia, sukan bina badan untuk kaum wanita jarang sekali diadakan kerana batasan agama dan budaya masyarakat rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, penghujung tahun lalu, Lilian berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila mendapat pingat gangsa dalam pertandingan World Physique Sports Championship dan juga Asian Women Physique di Singapura.

Ini sekali gus menjadikannya wakil wanita Malaysia pertama yang menyertai pertandingan bina badan di peringkat antarabangsa.

Tidak sengaja

Menyingkap penglibatannya di dalam sukan tersebut, menurut anak kelahiran Pulau Pinang itu, segala-galanya berlaku secara tidak sengaja.

Ini kerana Lilian sememangnya bukanlah seorang yang aktif dalam bidang sukan sejak di bangku sekolah memandangkan dirinya sering sahaja sakit.

Bagaimanapun, sejak menyambung pelajaran di luar negara, Lilian mula melibatkan diri dalam sukan renang.

Bercerita lanjut, ulas Lilian, segala-galanya bermula ketika kolam renang tempat yang selalu dikunjunginya ditutup selama dua minggu untuk pengubahsuaian.

Disebabkan sudah terbiasa melakukan renangan, apabila kolam tersebut ditutup Lilian tiada tempat lain untuk melakukan senaman selain mengunjungi gim.

''Cuba anda bayangkan, seumur hidup saya tidak pernah mengunjungi gim apatah lagi mencuba segala kelengkapan di sana.

''Jadi, apabila kolam renang ditutup, saya tidak mempunyai pilihan lain selain ke gim untuk melakukan senaman. Pada satu hari saya telah membuat ujian berat badan.

''Daripada ujian tersebut saya mendapati berat badan saya melebihi daripada yang sepatutnya dan bermula dari situlah saya mula mencuba peralatan di gim tersebut seperti threadmill dan basikal,'' katanya ketika ditemui di salah sebuah gim di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Saat itu, dumbell dan segala peralatan senaman menjadi kawan karib Lilian dalam usaha menurunkan berat badanya.

Tanpa disangka, latihan asal yang dilakukan untuk menurunkan berat badan akhirnya mengubah dirinya di mana ototnya mula 'berketak' seperti seorang jaguh bina badan.

Lilian tidak menoleh lagi apabila mula melibatkan diri dalam setiap pertandingan yang diadakan dan Mr. Penang Body Contest merupakan pertandingan pertama yang disertainya.

Disebabkan di Malaysia, sukan bina badan untuk wanita tidak menonjol, Lilian akhirnya pulang semula ke Amerika Syarikat untuk menyambung latihan seterusnya menyertai setiap pertandingan yang diadakan di luar negara.

Kini setelah memenangi beberapa pingat dan gelaran, Lilian berhasrat untuk menjadi atlet bina badan yang profesional.

Berbicara mengenai penjagaan dan pemakanan, umum ketahui dalam sukan itu bentuk dan saiz badan adalah penting.

Tetapi bagi bina badan wanita, mereka perlu mengambil lebih banyak makanan berprotein jika ingin membina otot di samping mengambil keperluan asas pemakanan biasa serta kekal berat badan yang seimbang agar tidak berlakunya kesan sampingan pada masa hadapan.

Lazimnya, pengambilan makanan seorang ahli bina badan akan berubah dari semasa ke semasa. Ia berdasarkan kepada keperluan otot-otot badan sebelum dan sewaktu bertanding.

Tambah Lilian, dia juga perlu mengamalkan diet yang seimbang selama tiga bulan sebelum pertandingan bermula.

Dalam tempoh tersebut dia mengambil makanan berprotein seperti ayam, ikan, telur, daging, makanan tanpa minyak dan gula serta garam yang sedikit.

''Dalam bab pemakanan ini, saya perlu mengamalkan pemakanan berdasarkan carta piramid dan tidak dibenarkan makan dengan kuantiti yang berlebihan tetapi perlu mengambil makanan yang sedikit secara kerap dari enam hingga tujuh kali sehari.

''Ini termasuk makanan tambahan seperti, protein powder, L-Glutamine, Creatine, multivitamin, vitamin C dan mineral serta antioksida,'' ujar pemegang Ijazah Kesenian ini.

Katanya lagi, bagi ahli bina badan wanita, mereka diwajibkan mengambil sejumlah 1,500 kalori setiap hari dan sebelum pertandingan, peserta dinasihati agar mengurangkan pengambilan kalori dan secara tidak langsung peratusan karbohidrat, protein dan lemak turut berubah sehingga hari pertandingan.

Mereka yang berotot juga dinasihati agar menjauhi daripada pengambilan makanan berlemak yang berlebihan agar penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung dapat dielakkan.

Selain itu menurut Lilian, kerana saiz badan yang besar, dia berdepan masalah mendapatkan baju yang sesuai untuk dirinya.

''Bayangkan jika saya membeli seluar, jika muat di bahagian pinggang sudah pasti akan tersangkut di bahagian paha manakala baju juga begitu. Jika muat di bahagian badan ia belum tentu muat di bahagian tangan,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak kisah fizikal Lilian

Posted:

Tidak kisah fizikal Lilian

Tidak kisah fizikal Lilian

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL


Lilian dan Terry bergandingan dalam sukan bina badan.


DI awal perkenalan, masing-masing sudah mempunyai pasangan tetapi takdir sudah tertulis, hari ini mereka bersatu sebagai pasangan kekasih.

Bagi Lilian Tan dan Terry Gallyot, masing-masing tidak menyangka persahabatan yang pada awalnya terjalin disebabkan karier akhirnya bertukar menjadi pasangan kekasih setelah masingmasing kecundang di alam percintaan.

Mungkinkah takdir juga yang menentukan perhubungan pasangan ini hingga ke jenjang pelamin seterusnya hingga ke akhir hayat?

Persoalan tersebut susah untuk dirungkaikan tetapi waima apapun kini mereka bahagia memandangkan setiap seorang memahami kerjaya masing-masing.

Menyingkap kisah perkenalan mereka, menurut Terry yang juga merupakan bekas Mr. Asia 1999 sama sekali tidak menyangka hanya dengan satu panggilan telefon, perhubungan mereka mampu kekal sehingga hari ini.

Tetapi seperti pasangan lain, mereka turut melalui fasa perkenalan dan persahabatan sebelum 'berikrar' menjadi pasangan kekasih.

Begitupun, menurut Terry, sebelum hubungan mereka serius, dia dan Lilian pernah terputus hubungan memandangkan ketika itu masing-masing mempunyai pasangan dan setelah segala-galanya berakhir (putus) mereka dipertemukan melalui laman sosial facebook.

''Pada mulanya, Lilian menelefon Persatuan Bina Badan pada tahun 2004 dan persatuan telah memberikan nombor saya.

''Tujuan Lilian menelefon ketika itu hanyalah untuk bertanyakan mengenai penglibatan wanita di dalam sukan bina badan di Malaysia dan daripada situ juga kami terus berhubung melalui emel dan bercakap mengenai sukan bina badan sahaja.

''Dalam tempoh tertentu (tidak ingat) saya dan Lilian putus hubungan dan akhirnya pada tahun 2009 Lilian mula menghubungi saya melalui facebook dan penghujung tahun itu bermulalah perhubungan kami,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Terry, mungkin disebabkan berada dalam bidang yang sama, mereka dilihat mempunyai kesefahaman dan keserasian antara satu sama lain.

Katanya lagi, komunikasi antara mereka berdua juga senang dan setakat ini mereka tiada masalah.

Apabila ditanya adakah dia selesa berdampingan dengan wanita yang mempunyai bentuk badan yang 'berketak', sambil tersenyum Terry memberitahu tiada bezanya malah baginya itu semua tidak penting melainkan personaliti individu tersebut.

Sementara itu, Lilian ketika diminta mengulas mengenai teman lelakinya itu tidak menyangka sama sekali akan bergandingan dengan seorang yang telah mempunyai nama di dalam sukan bina badan.

Malah bagi Lilian semua sudah tertulis dan kini dia merasa amat bertuah sekurang-kurangnya Terry dapat membantunya baik dari segi latihan mahupun memberi nasihat.

''Seperti semua sedia maklum, sukan bina badan ini bukanlah satu sukan yang diminati dan disertai oleh kaum wanita.

''Oleh yang demikian, saya perlukan sokongan padu daripada orang tersayang selain keluarga dan dalam hal ini Terry memainkan peranan yang penting kerana selain menjadi jurulatih saya secara tidak rasmi, dia juga boleh menasihati saya.

''Sekurang-kurangnya ada juga orang yang berpengalaman membimbing saya untuk terus berada di dalam bidang ini,'' katanya.

Apabila diajukan soalan bilakah mereka akan mengakhiri perhubungan sebagai suami isteri, bagi Terry mereka tidak pernah membincangkan hal tersebut tetapi menyerahkan segala-galanya kepada takdir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List