Isnin, 21 Mac 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 21 Mar 2011 09:20 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Libya lumpuh

Posted: 20 Mar 2011 03:27 PM PDT

MukaDepan

BEBERAPA kenderaan tentera Gaddafi  musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi, semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis.

BEBERAPA kenderaan tentera Gaddafi musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam selepas terkena bedilan serangan udara tentera bersekutu awal pagi, semalam. Serangan udara itu diketuai Amerika Syarikat bersama Britain dan Perancis.

Tentera bersekutu bedil 112 Tomahawk dalam serangan awal pagi semalam.
Kami tak pernah gentar: Gaddafi

TRIPOLI: Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis melancarkan peluru berpandu Tomahawk dan membuat serangan udara terhadap beberapa sasaran di Libya awal pagi semalam, mencetuskan kemarahan pemimpin negara Arab itu, Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan kawasan Mediterranean sebagai 'medan perang.'

Jet pejuang Perancis lewat kelmarin memulakan serangan dalam operasi 'Odyssey Dawn' itu yang bertujuan menguatkuasakan zon larangan terbang di ruang udara Libya selaras resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diluluskan Khamis lalu.

Operasi berkenaan yang menyaksikan kereta kebal dan kereta perisai tentera Gaddafi dibedil, adalah campur tangan ketenteraan antarabangsa terbesar di rantau Arab sejak pencerobohan ke atas Iraq pada 2003. Beberapa jam selepas tindakan permulaan oleh Perancis, kapal perang dan kapal selam AS dan Britain melancarkan 112 peluru berpandu Tomahawk ke arah 20 sasaran di kawasan pantai Libya dalam kegelapan sebelum fajar bagi membolehkan jet pejuang tentera bersekutu memasuki ruang udara Libya tanpa tentangan.

Seorang pegawai Majlis Keselamatan Negara AS yang tidak mahu namanya didedahkan berkata sistem pertahanan udara Libya lumpuh akibat serangan bertalu-talu misil Tomahawk berkenaan.

Selain melancarkan misil, Tentera Udara Diraja Britain turut menghantar beberapa jet pejuang Tornado GR4, manakala AS menghantar 19 pesawat termasuk pengebom halimunan B2, untuk membuat pengeboman ke atas Libya.

Dalam reaksi pertamanya terhadap serangan berkenaan, Gaddafi berkata tindakan AS, Britain dan Perancis itu adalah satu keganasan terhadap Libya.
"Kami akan mempertahankan negara ini daripada musuh asing yang mahu mengeksploitasi pergolakan di sini.

"Penduduk Libya bersama saya dalam melancarkan perang besar-besaran terhadap musuh asing ini. Kami sudah membuka depoh senjata bagi mengagih senjata kepada rakyat untuk menentang pengganas ini," katanya dalam ucapan disiarkan televisyen tempatan semalam.

Tentera Gaddafi mendakwa 48 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan ulama terbunuh dan 150 cedera dalam serangan tentera bersekutu itu, bagaimanapun angka itu tidak dapat disahkan oleh pihak berkecuali.

Keganasan meletus di Libya sejak sebulan lalu apabila Gaddafi cuba menghapuskan bantahan rakyat yang mahu menamatkan pemerintahan kuku besi beliau sejak 42 tahun lalu.

Pemberontak yang menguasai bandar kedua terbesar Libya, Benghazi menyambut baik serangan tentera bersekutu itu yang dijangka mengubah momentum untuk memihak kepada pemberontak selepas tentera Gaddafi mampu menyingkir mereka daripada beberapa bandar.

Bangkai kenderaan tentera Gaddafi yang musnah dan terbakar dilihat di jalan menuju ke Benghazi semalam, membolehkan pasukan pemberontak mara ke bandar Ajdabiyah untuk menawannya semula selepas disingkir tentera kerajaan minggu lalu. – Reuters/Agensi/AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

BUYA BEN

beginilah negara islam.berperang sama sendiri lepas tu hancur.memudahkan pihak kafir untuk serang.dulu amerika takut gak nk serang libya.xde alasan konon.tp sekarang amat mudah untuk mereka.seperti singa2 lapar meratah seladang.kite tgk plak pasni.negara islam mane akan jd mangsa akibat kebodohan sendiri.

johntriton

saya sangat sedih kerana negara islam dijajah satu persatu oleh amerika,kita sepatutnya sebagai negara islam patut menolong libya dan menyatukan mereka kembali.

taufik

saya tak setuju atas serangan ke atas libia dan apakah tindakan ummat islam sedangkang yang menyrang adalah orang-orang kafir sebagai musuh allah..?

Suzin Mohd Sali

Amerika dan sekutunya suka sangat mencampuri hal hal negara terutamanya negara Islam. Kalau Isreal menyerang dan membunuh rakyat Palestine Amerika tidak berbuat apa-apa dan di mana negara-negara Islam yang lain?

mcm WORLD WAR 3 da bermula kan

Lobinor b Ondu

Walaupun Libya dibedil kita tetap menyokong negara berkenaan sebagai negara islam

IZZUDDIN ALI

Apabila Amerika dan sekutunya masuk campur soal dalaman Libya, akhirnya Muamar Gaddafi akan dilihat sebagai hero, walaupun hakikatnya berbeza.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pilihan raya Sarawak mungkin lebih awal: SPR

Posted: 20 Mar 2011 03:25 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam membayangkan kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan diadakan sebelum pertengahan bulan depan, iaitu lebih awal daripada tarikh yang diramal ramai pemerhati politik.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat di Kuching Rabu ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.

"Selepas mesyuarat itu, kita boleh mengeluarkan surat kuasa kepada pegawai pengurus pilihan raya pada hari yang sama atau pada satu tarikh ditetapkan. "Kita tidak perlu mengambil masa lama, sebaliknya ia akan dilakukan secepat mungkin walaupun SPR mempunyai tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-10 diadakan.

Mengikut prosedur, sehari selepas surat kuasa diberikan kepada pegawai pengurus pilihan raya, SPR perlu mengeluarkan notis bagi mengadakan pilihan raya negeri.

Penamaan calon untuk pilihan raya berkenaan pula boleh diadakan empat hari selepas notis itu dikeluarkan.
Ini bermakna penamaan calon boleh diadakan pada 28 Mac, tetapi berdasarkan amalan SPR sebelum ini, penamaan calon biasanya diadakan pada Sabtu. Oleh itu, penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 kemungkinan besar diadakan pada 2 April.

Dengan mengambil kira tempoh kempen yang mesti diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari, maka hari pengundian dijangka diadakan pada 9 April.

Desas desus sebelum ini menyatakan hari penamaan calon akan diadakan pada 6 April, manakala pengundian pada 16 April.

DUN Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan 28 kerusi mempunyai majoriti Melayu/Melanau, Iban (19), Cina (15), Orang Ulu (tiga) dan Bidayuh (enam).

Sejak pembentukan Malaysia pada 1963, Sarawak telah mengadakan sembilan pilihan raya negeri, iaitu pada 1969-1970, 1974, 1979, 1983, 1987, 1991, 1996, 2001 dan 2006.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mat cikaro

tak kisah... nak buat esok pun boleh... janji adil...


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 21 Mar 2011 07:51 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Keputusan SPM diumum Rabu

Posted: 21 Mar 2011 07:41 AM PDT

PUTRAJAYA: Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di sini.

Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama.


Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Kenyataan itu menyebut Kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini.


Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kakak Tun Dr Siti Hasmah meninggal dunia

Posted: 21 Mar 2011 06:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Paduka Saleha Mohd Ali, kakak Tun Dr Siti Hasmah, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, petang ini, akibat kanser uterin.

Pegawai Khas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Sufi Yusoff, ketika dihubungi Bernama berkata, Allahyarham, 88, meninggal dunia kira-kira 5.10 petang tadi.


Sementara itu, anak Saleha, Zahedi Mohd Ali, berkata jenazah ibunya dimandikan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa, Petaling Jaya petang tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, sebelum Zohor esok.

Saleha, anak ketiga daripada 13 beradik, merupakan penaung Universal Peace Federation Malaysia. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 21 Mar 2011 07:32 AM PDT

Kosmo Online


Lebih 30 rumah di Kuala Kedah dilanda ribut

Posted:

Lebih 30 rumah di Kuala Kedah dilanda ribut

Lebih 30 rumah di Kuala Kedah dilanda ribut

21/03/2011 7:07pm

ALOR SETAR - Lebih 30 rumah di Mukim Kubang Rotan, Kuala Kedah dekat sini mengalami kerosakan selepas dilanda ribut petang semalam.

Antara kawasan terbabit ialah Taman Seri Abadi, Taman Samudera, Kampung Tambak Bunga, Tepi Laut, Kubang Bongor dan Sematang Bongak.

Fatimah Dahman, 47, dari Taman Samudera, berkata ketika kejadian pukul 5 petang itu angin bertiup kencang sehingga mengakibatkan semua bahagian bumbung rumahnya diterbangkan.

"Saya pergi selamatkan bayi yang saya asuh berusia 11 bulan dalam buaian... kemudian saya ke depan rumah dan lihat bumbung semua dah hilang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini.

Peniaga air dan rojak di taman yang sama, Nornatasya Abdullah, 39, pula berkata dia ternampak angin berpusing berwarna putih di padang bola berhampiran. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat lelaki di puncak Gunung Jerai

Posted:

Mayat lelaki di puncak Gunung Jerai

Mayat lelaki di puncak Gunung Jerai

21/03/2011 6:45pm

YAN - Mayat seorang lelaki yang dipercayai mati dibunuh, ditemui berhampiran puncak Gunung Jerai di sini, pagi ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Supt. Low Thiang Huat berkata, mayat dengan beberapa liang kesan tusukan senjata tajam itu ditemui oleh seorang lelaki yang sedang berjogging sekitar gunung berkenaan pada kira-kira pukul 8 pagi.

"Pemeriksaan mendapati bahagian leher mayat itu terdapat kesan ia ditikam sehingga tembus, dan satu lagi kesan tikaman dikesan di bahagian belakang badan," katanya ketika ditemui di lokasi mayat dijumpai di sini hari ini.

Beliau berkata mayat, lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an itu ditemui dalam keadaan hanya berseluar dalam berwarna merah, dan polis percaya lelaki itu dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dicampakkan di kawasan itu, kira-kira lima kilometer dari puncak Gunung Jerai. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga maut kemalangan 2 kenderaan

Posted:

Tiga maut kemalangan 2 kenderaan

Tiga maut kemalangan 2 kenderaan

21/03/2011 6:36pm

GUA MUSANG - Tiga sepupu maut manakala tiga yang lain parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, hari ini.

Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pegawai Rashid Hussein Bank (RHB) di Kuala Lumpur, Hasmah Idrus, 28, dan sepupunya, Shaibah Che Danial, 34, manakala adik Hasmah, Siti Aminah, 22, meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK).

Tiga yang cedera parah ialah adik Shaibah, Syaikhah, 25, menerima rawatan awal di Hospital Gua Musang (HGM) sebelum dihantar untuk rawatan lanjut di HKK dan pasangan suami isteri yang nama mereka belum diketahui dirawat di HGM.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, ASP Zakaria Syahadan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 12.45 tengah hari semasa empat sepupu yang berasal dari Kampung Pasir Era, Kuala Krai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 21 Mar 2011 03:29 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Pengguna panik beli ayam

Posted: 20 Mar 2011 11:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kenaikan mendadak harga ayam di pasaran yang mencecah RM8.50 hingga RM9.90 sekilogram tidak menjejaskan permintaan makanan itu apabila bekalan ayam di kebanyakan pasar basah dan kedai runcit habis seawal jam 12 tengah hari.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar basah, pasar raya dan kedai runcit sekitar ibu kota mendapati kebanyakan pengguna terburu-buru dengan membeli bekalan ayam dalam kuantiti banyak ekoran kebimbangan harga itu akan terus meningkat.


Suri rumah, Saodah Abdullah, 50, berkata pengguna tidak mempunyai pilihan selain membeli ayam walaupun menyedari harga di pasaran terlalu mahal dan membebankan.

"Saya berkeluarga besar yang memerlukan penggunaan ayam yang lebih sebagai bahan masakan.

"Suami dan anak-anak lebih gemar ayam berbanding ikan atau daging menyebabkan saya membelinya dalam kuantiti banyak," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Saodah berkata, kenaikan itu tidak wajar kerana membebankan isi rumah yang terpaksa berbelanja lebih setiap hari terutama sepanjang seminggu cuti persekolahan selain faktor kenduri kahwin.


Pengguna, Ahmad Bohari Mohd Nor, 46, berkata kenaikan harga ayam secara mendadak iaitu kira-kira RM1.50 itu memberi kesan kepada perbelanjaan hariannya.

"Saya harap pihak terbabit memantau harga ayam terutama pada musim cuti sekolah dan perayaan kerana ada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga terlalu tinggi," katanya.

Peniaga pasar basah, R Gopal, 31, berkata peniaga terpaksa menaikkan harga kerana pembekal menjual ayam kepada mereka dengan harga tinggi RM8 sekilogram.

Katanya, peniaga memperoleh untung kecil selain perlu menampung beberapa kos penyelenggaraan termasuk bayaran pekerja dan perkhidmatan yang disediakan pasar itu.


"Minggu lalu, kami menjual ayam pada harga RM7.50 sekilogram, tetapi naik sedikit demi sedikit hingga sekarang dengan harga RM8.50 sekilogram," katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata masalah kenaikan harga ayam secara mendadak ini berpunca daripada harga tinggi bekalan makanan ayam yang diimport dari negara luar.

Mohd Yusuf berkata, kebanyakan negara pengimport kini mengalami bencana alam yang menyebabkan bekalan produk dijual dengan harga mahal dan senario ini memberi kesan kepada harga barangan terutama bekalan ayam di pasaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kegiatan ulat di KLIA semakin berkurangan

Posted: 20 Mar 2011 11:37 AM PDT

PUTRAJAYA: Pelbagai usaha pihak berkuasa dan penguat kuasa untuk membanteras kegiatan ulat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, membuahkan hasil apabila kegiatan itu dikesan semakin berkurangan.

Pengurus Besar Kanan (Operasi), Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Datuk Azmi Murad, berkata ia membuktikan usaha dan kerjasama pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan MAHB untuk membanteras kegiatan ulat menunjukkan hasil positif.


Beliau juga tidak menafikan kegiatan ulat berlaku di semua lapangan terbang, tetapi kerjasama antara semua pihak untuk membanteras kegiatan itu termasuk mengadakan sekatan jalan raya di pintu keluar KLIA dan pemantauan berterusan.

Katanya, berikutan tindakan bersepadu itu pihaknya kurang mendapat aduan orang ramai dan penumpang atau melalui media berhubung kegiatan ulat di KLIA.


"Sekarang ini, kami jarang menerima aduan orang ramai atau penumpang mengenai kegiatan ulat, malah daripada pemantauan kami juga dapati kegiatan mereka semakin berkurangan daripada masa ke semasa.


"Mereka sudah tidak berani singgah, ini juga hasil langkah drastik yang dilakukan kerajaan dengan mendakwa mereka di mahkamah, sekali gus memberi peringatan kepada 'ulat' lain supaya tidak melakukan perkara sama," katanya.

Azmi berkata, orang ramai dan pelanggan dinasihatkan supaya tidak melanggan 'ulat' bagi memastikan usaha berterusan membanteras kegiatan itu dilaksanakan secara menyeluruh.


Menurutnya, walaupun kegiatan itu menunjukkan trend penurunan, tetapi itu tidak bermakna pihak berkuasa lega atau lepas tangan, sebaliknya terus berusaha memastikan pintu masuk negara bebas daripada 'ulat'.

"Kami sentiasa memantau modus operandi terbaru 'ulat-ulat' terbabit bagi memastikan kegiatan mereka tidak berleluasa semula," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 21 Mar 2011 03:28 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Soal keperluan ATM tak boleh dibincang: Zahid

Posted: 21 Mar 2011 03:20 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa soal kesiapsiagaan dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh dibincangkan atau dipolimikkan, termasuk di Parlimen.

SPRM tak diberi kuasa mendakwa bagi jamin proses pendakwaan telus

Posted: 21 Mar 2011 03:17 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak diberi kuasa pendakwaan kerana mahu menjamin pendakwaan kes rasuah berprofil tinggi dapat dijalankan secara adil dan telus.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 21 Mar 2011 03:26 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


SPR terima RM45 juta untuk Sarawak

Posted:

SPR terima RM45 juta untuk Sarawak

SPR terima RM45 juta untuk Sarawak

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


Wan Ahmad Wan Omar


KUALA LUMPUR 20 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima peruntukan RM45 juta daripada Kementerian Kewangan untuk mengendalikan Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke-10.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah itu adalah seperti mana yang dipohon dan meningkat sebanyak RM15 juta berbanding pilihan raya negeri pada 2006 berikutan kadar sewa pelbagai jenis logistik semakin meningkat terutama kos pengangkutan.

"Untuk pengangkutan, SPR menyediakan lebih 20 buah helikopter yang turut disewa dari Indonesia dan Filipina, 300 pacuan empat roda dan 1,000 buah sampan untuk membawa petugas dan peralatan terutama di kawasan pedalaman," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan esok bagi membolehkan pilihan raya kali-10 negeri itu diadakan.

Wan Ahmad menambah, pengendalian pilihan raya negeri Sarawak adalah satu tugas besar dan mencabar kerana melibatkan kawasan amat luas, lebih luas berbanding Semenanjung Malaysia dan persediaannya adalah berbagai-bagai.

Bagaimanapun beliau berkata, SPR telah bersiap sedia mengendalikan pilihan raya negeri dan akan mengadakan mesyuarat khas Rabu ini di Kuching untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya negeri tersebut.

Mengulas kemungkinan pembawaan budaya politik agresif dari Semenanjung ke Sarawak terutama oleh pembangkang, beliau berkata, SPR dan pihak polis menjangkakan keadaan sedemikian akan berlaku.

Sehubungan itu, Wan Ahmad mengingatkan kepada semua pemimpin parti-parti politik supaya memahami dan menghormati tata tertib berkempen seperti telah dinyatakan dalam buku SPR.

"Setiap pilihan raya perlu dihadapi dengan tertib dan bersopan bukan melalui budaya berkempen yang ganas kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dan mengganggu gugat ketenteraman awam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis mampu kawal situasi

Posted:

Polis mampu kawal situasi

Polis mampu kawal situasi

KUCHING 20 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri yakin dengan kemampuan pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengawal situasi bagi menghadapi pilihan raya negeri kelak.

Pengarahnya, Datuk Takun Sunggah berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan ada usaha membawa masuk budaya politik agresif dan keterlaluan dari Semenanjung oleh pihak tertentu.

"Bagaimanapun kita yakin pilihan raya kali ini akan berjalan lancar dan terkawal. Kejadian di Sibu dulu berlaku kerana ia merupakan pilihan raya kecil, jadi semua pihak tertumpu di situ.

"Langkah berjaga-jaga akan diambil bagi memastikan insiden sama tidak berulang sehingga menyusahkan semua pihak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan esok bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Abdul Taib ketika mengumumkan perkara itu turut menyerahkan kepada SPR untuk mengambil tindakan selanjutnya termasuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari membuang undi.

Dalam pada itu, Takun mengingatkan semua pihak agar mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya.

"Kehadiran orang luar atau 'jembalang' dan sebagainya adalah di luar bidang kuasa kami. Paling penting semua pihak perlu memberi kerjasama kepada SPR dan polis," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jepun ucap terima kasih

Posted:

Jepun ucap terima kasih

Jepun ucap terima kasih

KOTA KINABALU 20 Mac - Kerajaan Jepun merakamkan penghargaan ke atas rakyat dan kerajaan Malaysia atas kesudian memberi bantuan kepada negara matahari terbit itu ekoran kejadian gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.

Duta Jepun di Malaysia, Masahiko Horie berkata, pengorbanan dan sikap persahabatan yang ditunjukkan oleh negara ini kepada Jepun dalam mengharungi ujian getir tersebut sangat dihargai.

Katanya, kerajaan Jepun menghargai segala bantuan dan rasa simpati yang dihulurkan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala ucapan simpati, takziah dan galakan yang diberikan kepada rakyat Jepun dalam mengharungi malapetaka tersebut," katanya di Universiti Malaysia Sabah hari ini.

Horie berkata, Jepun telah menerima bantuan serta sumbangan daripada beberapa buah syarikat dan kumpulan perniagaan di negara ini, termasuk Maybank, Kumpulan YTL, Kumpulan Tan Chong serta beberapa buah restoran makanan Jepun di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 21 Mar 2011 03:14 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Kenduri asam pedas 1Malaysia

Posted:

Kenduri asam pedas 1Malaysia

Kenduri asam pedas 1Malaysia

Oleh NAS NORZIELA NASBAH
utusanmelaka@utusan.com.my


RAIS Yatim (dua dari kiri) bersama Mohd. Ali Rustam menikmati hidangan asam pedas pada Program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia di Pengkalan Samak, Merlimau, kelmarin.


JASIN 20 Mac - Kebiasaannya pekarangan rumah milik sepasang suami isteri di Pengkalan Samak, Merlimau di sini meriah dengan majlis kenduri dan kegiatan gotong-royong bagi meraikan keluarga mereka, saudara mara dan penduduk sekitar kampung berkenaan.

Namun, keadaan sedikit istimewa baru-baru ini apabila pekarangan rumah milik Wan Syed Hashim Wan Mohammad, 63, dan isteri, Zainah Cheku, 57, menerima kunjungan hampir 1,000 tetamu pelbagai kaum sempena program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia Melaka.

Tetamu yang datang pada 'Kenduri Asam Pedas' anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu bukan calang-calang orang kerana ada di kalangan mereka merupakan pemimpin berjiwa seni dan terkenal dengan caranya yang memartabatkan kebudayaan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Tidak ketinggalan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut berkunjung bagi memeriahkan kenduri bercorak 1Malaysia itu.

Tanpa mengira penduduk Melayu, India dan Cina, tiada kerusi dan meja disediakan untuk para tetamu bagi menikmati hidangan itu sebaliknya mereka makan bersila termasuk tetamu kehormat iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Mungkin jika dilihat pada mata kasar mereka kelihatan kekok, namun semangat 1Malaysia ternyata tidak menjadi penghalang semua masyarakat di sini berhimpun bagi memeriahkan 'Kenduri Asam Pedas' yang sememangnya cukup sinonim dengan nama negeri Hang Tuah ini.

Berbalik kepada keistimewaan masakan itu, sebut sahaja asam pedas pastinya terbayang dalam fikiran tentang masakan istimewa negeri Hang Tuah ini.

Dengan hidangan yang diberikan secara percuma, program anjuran kementerian itu menyediakan tiga jenis gulai asam pedas iaitu ikan pari, ikan parang dan tetel.

Sambil menikmati hidangan, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan dondang sayang.

Rais ketika berucap berkata, kehadiran rakyat pelbagai kaum menikmati masakan tradisi masyarakat Melayu secara bersila jelas membuktikan kesepakatan pelbagai kaum di negara ini.

"Keadaan ini juga menunjukkan perjuangan 1Malaysia kita selama ini sudah berkesan di hati masyarakat. Ia dapat dilihat dari segi keramaian, gotong-royong dan penglibatan masyarakat pada malam ini," katanya.

Program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia 'Kenduri Asam Pedas' yang bermula pukul 8 malam itu mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk kampung berkenaan.

Bagi Wan Syed Hashim, walaupun hanya mengetahui program berkenaan akan diadakan di rumahnya kira-kira dua minggu lalu, dia langsung tidak berasa bimbang program itu tidak dapat dijayakan.

"Rumah saya sering dijadikan lokasi aktiviti masyarakat di sini. Dalam setiap aktiviti, penduduk kampung akan bergotong-royong membantu saya. Asam pedas ini juga dimasak secara gotong-royong membabitkan penduduk kampung dan ahli keluarga saya," katanya.

Zainah yang dipertanggungjawabkan memasak asam pedas dan lauk-pauk untuk tetamu berkata, sejak pagi kelmarin penduduk kampung termasuk keluarganya bersama-sama membuat persiapan bagi memasak hidangan itu.

"Selain asam pedas kami juga menyediakan ikan sepat masak kuning. Berkat gotong-royong, semua hidangan ini berjaya disiapkan tanpa sebarang masalah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program eratkan hubungan pelbagai kaum

Posted:

Program eratkan hubungan pelbagai kaum

Program eratkan hubungan pelbagai kaum

JASIN 20 Mac - Program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia 'Kenduri Asam Pedas' mendapat pujian pelbagai lapisan masyarakat di Pengkalan Samak di sini.

Orang ramai menyifatkan program yang julung-julung kali diadakan itu berjaya menarik minat masyarakat berbilang kaum selaras dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seorang pesara, K. Mahdhavan, 78, berkata, dia teruja semua lapisan masyarakat hadir dan masing-masing menikmati masakan asam pedas.

Menurutnya, program itu dilihat dapat menjalinkan hubungan lebih rapat di kalangan penduduk di sekitar Pengkalan Samak.

"Saya harap program ini tidak terhenti setakat ini tetapi lebih elok jika diadakan sebulan sekali kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat kampung di sini," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut baru-baru ini.

Bagi pesara, Hassan Saad, 62, program 'Kenduri Asam Pedas' memiliki keunikan tersendiri melihat pada hubungan mesra pelbagai kaum dalam sebuah majlis serta mendekatkan masyarakat dengan pemimpin.

"Pemimpin yang datang duduk makan bersila mengikut adat Melayu. Jika bukan melalui majlis ini, bila lagi dapat berjumpa dengan pemimpin," katanya.

Bagi penjawat awam, Nurul Ilmi Ahmad, 33, berkata, program itu membuktikan masyarakat di negara ini hidup aman dan damai walaupun berlainan agama.

Menurutnya, semua lapisan masyarakat berkumpul dan apa yang menarik, pada malam tersebut 'Kenduri Asam Pedas' dilihat sebagai medan pertemuan masyarakat bersama pemimpin.

"Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Masyarakat berlainan bangsa dapat menjamu hidangan orang Melayu, mungkin pada masa hadapan saya berpeluang menikmati makanan India dan Cina pula melalui program sebegini," katanya.

Seorang nelayan, Tan Boon Siah, 60, berkata, program itu meninggalkan kesan positif kepada masyarakat setempat.

"Saya datang ke sini bukan sahaja dapat menjamu masakan asli masyarakat Melayu Melaka malah berpeluang bertemu pemimpin secara dekat seperti menteri.

"Malah apa yang menarik, saya turut duduk bersila bersama rakan-rakan lain dan berbual tanpa mengira batasan kaum," katanya.

Bagi S. Pumithavathy, 44, program itu menarik kerana dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum.

''Saya harap program ini diteruskan dan peluang patut diberikan untuk orang India pula menyediakan masakan bagi dirasai oleh semua masyarakat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bantu selesai masalah rakyat

Posted:

Bantu selesai masalah rakyat

Bantu selesai masalah rakyat

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 20 Mac - Pemimpin parti dan masyarakat di negeri ini hendaklah melihat permasalahan rakyat sebagai denyutan nadi bersama serta tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang janggal sehingga diabaikan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, permasalahan yang dihadapi oleh rakyat itu sebenarnya merupakan satu peluang kepada kita semua untuk menunjukkan rasa tanggungjawab tinggi, sekali gus memperlihatkan kesungguhan kerajaan membantu golongan yang memerlukan.

''Rakyat akan suka pada kita, jika masalah yang diluahkan itu dapat diselesaikan segera.

''Jangan masalah yang diluahkan itu diperam sampai bertahun dan ini akan menyebabkan rakyat tidak yakin dengan keikhlasan kerajaan," katanya di sini semalam.

Mohamad menjelaskan, semua pemimpin sama ada parti, masyarakat mahupun kerajaan hendaklah mempunyai kemampuan untuk mentelaah mana-mana isu berbangkit dan melihat di mana yang perlu didahulukan.

''Tiada simpul yang tidak boleh dileraikan. Saya selalu memandang permasalahan rakyat sebagai sesuatu yang positif dan tidak pernah memandang masalah itu sebagai beban," katanya.

Beliau juga mengingatkan semua pihak bahawa dengan menyelesaikan masalah yang diluahkan rakyat, maka pulangan yang diperoleh kerajaan amat besar sekali, di mana akan terkeluarlah dari mulut mereka mengatakan kerajaan buat kerja, pemimpin itu rajin bekerja.

''Selaku pemimpin kita mesti mempunyai daya dan deria pendengaran yang amat tinggi.

''Jangan terlalu cepat menepis pandangan rakyat. Mereka belum habis bercakap, kita sudah mengelak.

''Kita mesti dengar hujah mereka sekurang-kurangnya 50 peratus kerana itu merupakan luahan hati yang telah terpendam," kata Mohamad.

Justeru Mohamad mengingatkan semua pemimpin di negeri ini agar sama-sama bergelumang dengan masyarakat serta mengetahui hingga ke akar umbi apa yang dimahukan mereka.

''Malanglah kalau pemimpin yang ada ini tidak berfungsi dengan baik. Jambatan yang dibina antara rakyat dan kerajaan roboh di tengah jalan. Akibatnya masalah rakyat di peringkat akar umbi tidak dapat disalurkan dengan berkesan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 21 Mar 2011 03:10 AM PDT

Utusan Online - Utara


Abadi koleksi antik di rumah tradisional Melayu

Posted:

Abadi koleksi antik di rumah tradisional Melayu

Abadi koleksi antik di rumah tradisional Melayu

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


YONG Kein Sun menunjukkan galeri antik miliknya yang
di bina di Tanah Liat Pulau Pinang. - utusan/ Sazali Che Din


BUKIT MERTAJAM 20 Mac - Bermula sekadar hobi dengan mengumpul wang kertas dan duit syiling lama, Yong Kein Sun, 50, mula tertarik dengan barangan antik.

Namun, apabila koleksi wang kertas dan duit syiling yang disimpan sejak berusia 20-an dicuri, dia mula berubah kepada barangan yang lebih besar dan sukar untuk dicuri.

Bermula detik itulah, Kein Sun mula mengumpul barangan seperti mesin taip, pemain piring hitam, seterika arang, telefon, radio dan banyak lagi.

Selain itu, minatnya juga mula bercambah kepada seni ukiran kayu dan akar-akar kayu yang berbentuk unik yang mampu diubah menjadi perabot seperti kerusi dan meja.

Menyedari rumahnya di Berapit dekat sini tidak lagi mampu menampung koleksinya, Kein Sun membeli sebidang tanah di Tanah Liat dekat sini dan membina sebuah rumah kayu yang akan dijadikan galeri barangan antik miliknya.

Tanah seluas 1,594 meter persegi itu dipenuhi pokok manggis yang akhirnya terpaksa ditebang dan Kein Sun bagi memanfaatkan batang manggis itu menjadi tangga rumah serta kerusi dan meja.

Istimewanya, rumah yang dibina pada 2008 dan siap sepenuhnya pada 2009 itu tidak menggunakan paku dan dibina bercirikan rumah Melayu.

Menurut Kein Sun, binaan rumah itu amat istimewa baginya kerana memenuhi minatnya yang mendalam kepada barangan antik serta seni ukiran kayu.

"Itulah sebabnya saya cuba menampilkan ciri-ciri tradisional Melayu di rumah ini melalui ukiran tingkap, hiasan dinding serta binaan bumbungnya.

"Malah, saya gunakan batang manggis yang ditebang di kawasan tanah ini sebagai tangga selain dibina tidak menggunakan paku," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di galeri itu, baru-baru ini.

Kayu untuk membina rumah itu juga diperolehi daripada tiga buah rumah lama yang dibeli dengan harga RM10,000 sebelum dibaik pulih.

Keunikan binaan rumah itu juga membuatkan ia menjadi pilihan kepada pasangan pengantin baru untuk mengabadikan kenangan mereka sebagai raja sehari serta lokasi peminat fotografi.

Menyentuh mengenai koleksi barangan antiknya, Kein Sun berkata, dia mendapatkan barang-barang itu daripada rakan-rakan yang mengetahui tentang minatnya itu.

Selain itu, dia juga mendapatkan beberapa barangan seperti radio dan pemain piring hitam daripada galeri barangan antik di negara jiran, Indonesia.

"Semua radio dan pemain piring hitam yang ada masih berfungsi dengan baik dan ada kalanya saya mengisi masa terluang dengan mendengar lagu daripada piring hitam.

"Saya rasakan satu kepuasan apabila dapat menghayati lagu yang dimainkan serta meneliti setiap koleksi barangan antik yang disimpan di galeri ini," ujar bapa kepada lima cahayamata itu.

Ditanya koleksi yang paling disayanginya, Kein Sun berkata, beberapa barangan seperti mesin taip 1914, pemain piring hitam 1920-an serta motosikal jenis BSA 1941 menjadi pilihan.

Ini kerana ujarnya, koleksi itu agak sukar diperolehi kini malah, ia juga sering menjadi rebutan pengumpul barangan antik.

Koleksi barangan antik di galeri itu juga ujarnya, harus dipelihara dengan baik kerana inilah warisan yang ditinggalkan kepada anak cucu pada masa depan.

Atas sebab itulah, dia tidak mengenakan bayaran kepada pengunjung ke galeri itu malah, amat menggalakkan pelajar sekolah untuk hadir ke galeri tersebut.

"Rumah ini adalah galeri seni kayu dan barangan antik saya manakala sebuah kedai di Lebuh Campbell dekat George Town adalah pusat jualan barangan antik.

"Galeri ini juga umpama sebuah muzium bagi saya dan oleh sebab itu, saya abadikan nama BM Muzium di sini apabila mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) nanti," katanya.

Mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian 012-4849999 atau layari http://artwoodantique.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan Pulau Pinang diselar

Posted:

Kerajaan Pulau Pinang diselar

Kerajaan Pulau Pinang diselar

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

BUKIT MERTAJAM 20 Mac – Kerajaan DAP Pulau Pinang sekali lagi diselar kerana didakwa cuba meminggirkan orang Melayu di kawasan Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Nibong Tebal dengan mengecualikan mereka daripada menerima liputan wifi percuma.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, tindakan itu seolah-olah menafikan hak serta menindas orang Melayu di kawasan terbabit daripada mendapat manfaat teknologi menerusi liputan wifi.

"Dahulu kerajaan DAP di negeri itu mencanangkan yang mereka adalah kerajaan untuk rakyat dan prihatin dengan nasib rakyat. Tapi kenapa kawasan terbabit dinafikan hak mendapat liputan wifi dengan alasan mereka dipimpin oleh Ahli Parlimen yang tidak menyokong pakatan pembangkang.

"Orang Melayu sudah banyak dipinggirkan sama ada dalam isu perumahan atau perniagaan apabila gerai mereka dirobohkan dan kini dengan kemudahan wifi pula," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, di sini semalam.

Azhar mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Telekomunikasi Pulau Pinang, Jeff Ooi dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang kerajaan DAP Pulau Pinang akan mengecualikan tiga kawasan Parlimen daripada menerima liputan wi-fi.

Ini kerana Parlimen Kepala Batas diwakili bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Sementara itu, Tan Tee Beng yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun lalu dan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) adalah Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Jelas Azhar, kerajaan DAP Pulau Pinang patut sedar banyak pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Pusat di negeri ini untuk dinikmati oleh rakyat biarpun Pulau Pinang diperintah pembangkang.

"Beberapa projek seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang, projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta naik taraf Keretapi Bukit Bendera dijalankan kerajaan Pusat.

"Apa rasa orang Pulau Pinang kalau kerajaan Pusat ambil tindakan serupa untuk pinggirkan mereka kerana tak sokong kerajaan Barisan Nasional," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

25 majikan tidak mencarum pekerja dikompaun Perkeso

Posted:

25 majikan tidak mencarum pekerja dikompaun Perkeso

25 majikan tidak mencarum pekerja dikompaun Perkeso


PENGURUS Besar Kanan Bahagian Operasi Perkeso, Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed (tengah) bersama pegawai Perkeso Pulau Pinang mengkompaun 25 majikan yang tidak berdaftar dan mencarum pekerjanya dengan Perkeso di Balai Batu Feringghi, kelmarin.


PULAU PINANG 20 Mac - Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) Pulau Pinang mengenakan kompaun terhadap 25 majikan di negeri ini kerana tidak berdaftar dan mencarum pekerjanya dengan Perkeso dalam operasi yang dilakukannya kelmarin.

Mereka merupakan sebahagian daripada 127 pemilik syarikat dan perusahaan di sekitar Pulau Pinang yang dilawati 60 anggota Perkeso negeri dalam Ops Senja dan Malam yang dijalankan kira-kira pukul 5.30 petang dengan kerjasama anggota polis di Balai Batu Feringghi.

Pengarah Perkeso negeri, Noorhanita Mohamad berkata, ketika pemeriksaan dilakukan ke atas kesemua premis makanan, cenderamata dan pusat hiburan yang terletak di Jalan Fettes dan Batu Feringghi itu, hanya dua pemilik kedai bertindak memberhentikan operasi perniagaan mereka.

Difahamkan, tindakan mengunci pintu dari arah luar termasuk mematikan suis lampu di keseluruhan kedai secara serta-merta yang dilakukan itu bertujuan menghalang kedatangan anggota Perkeso memasuki ke premis terbabit.

''Operasi yang dijalankan itu bertujuan mengesan mana-mana majikan yang masih ingkar mencarum pekerja mereka di Perkeso.

''Kompaun tidak lebih RM1,000 dikeluarkan terhadap majikan yang gagal mencarumkan setiap pekerjanya dan sekiranya masih gagal, tindakan mahkamah akan dikenakan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, pihaknya memberi masa kepada 25 pemilik premis itu untuk menyelesaikan semua caruman pekerjanya dan diskaun 75 peratus diberikan kepada mereka yang datang kurang dalam tempoh seminggu.

''Malah, tindakan yang diambil bukanlah untuk membebankan mereka tetapi supaya memastikan kebajikan pekerja yang bekerja pada waktu malam itu mempunyai perlindungan keselamatan sosial," katanya.

Sementara itu, Noorhanita memberitahu, hasil lawatan yang dilakukan ke atas 354 majikan di negeri sehingga 17 Mac lalu mendapati hanya 22 peratus sahaja yang gagal mendaftar dan mencarum pekerjanya.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 71 kompaun dikeluarkan sepanjang Ops Kesan yang dijalankan pada tahun ini dengan nilai kompaun yang diperoleh sebanyak RM46,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 21 Mar 2011 01:39 AM PDT

Utusan Online - Timur


Burger laris di medan selera Cina

Posted:

Burger laris di medan selera Cina

Burger laris di medan selera Cina

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my



KOTA BHARU - Aroma daging burger yang digoreng garing, dicampur dengan ramuan rempah ratus serta sos, mampu menarik minat sesiapa sahaja untuk singgah bagi menikmati hidangan burger sebagai makanan sampingan bagi mengalas perut daripada keroncong.

Berbekalkan gerai kecil di Jalan Kebun Sultan dekat sini, suatu pemandangan yang berbeza di tengah-tengah medan selera masyarakat Tiong Hua apabila seorang lelaki Melayu pertengahan usia sibuk melayan tempahan para pelanggan yang ingin menikmati burger yang dihasilkannya.

Sejak 10 tahun lalu, rutin harian Tengku Haizan Tengku Ya'acob, 36, tidak pernah berubah.

Perniagaan gerai burger yang diusahakannya itu semakin mendapat sambutan daripada pelbagai kaum.

"Memang agak pelik berniaga di tengah-tengah medan selera orang Cina, tetapi Alhamdulillah burger saya mendapat sambutan daripada semua kaum termasuk masyarakat Cina sendiri.

"Masa mula-mula berniaga, tidak ramai orang seperti sekarang. Yang ada hanya medan selera, saya tidak rasa janggal walaupun duduk dalam medan selera majoriti kaum Cina," katanya yang lebih 10 tahun berniaga di situ.

Katanya, burgernya mendapat sambutan daripada kaum Cina kerana ia menepati selera dan cita rasa mereka dengan adunan rempah serta sayuran yang tersendiri.

Menurut Tengku Haizan, rutinnya bermula seawal pukul 11 pagi apabila dia keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan seperti daging burger, sayur-sayuran, roti, telur dan sebagainya sebelum membuat persediaan bagi memulakan perniagaan.

Menceritakan penglibatannya dalam dunia perniagaan burger, katanya, ia timbul selepas melihat ramai peniaga burger di luar sana berjaya dalam dunia perniagaan itu.

Bertitik tolak dari situlah, dia mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan burger dan menjadikannya sebagai punca rezeki menyara keluarga.

"Dengan modal permulaan RM3,000, saya memulakan perniagaan burger. Namun, pada peringkat awal bukanlah mudah.

"Masa mula-mula berniaga untung bersih di bawah RM80 dan rata-rata pelanggan hanyalah kawan-kawan saya sahaja.

"Selepas itu, sedikit demi sedikit pelanggan kian bertambah. Alhamdulillah pelanggan, termasuk masyarakat Cina semakin hari semakin bertambah," katanya.

Kata usahawan itu lagi, membuka perniagaan walau sekecil mana pun memerlukan kesabaran yang tinggi dengan tidak mengharapkan keuntungan serta-merta di peringkat awal, selain pemilihan tapak perniagaan yang strategik.

Walaupun tidak menyediakan meja untuk menikmati makanan yang disediakan, namun beberapa buah kerusi diletakkan berhampiran gerai bagi pelanggan yang menunggu makanan yang diminta siap.

Kata usahawan tersebut lagi, walaupun kerjayanya cukup memenatkan, namun pulangan menjual burger cukup berbaloi apabila dia mampu menjual lebih 200 biji burger setiap hari dengan pendapatan kira-kira RM100.

Tambahnya, cara pembuatan burger termasuk pembungkusan, rasa dan kos serta perkhidmatan yang diberikan merupakan penentu untuk dinilai oleh pelanggan.

"Selain kelazatan burger, saya turut mementingkan kebersihan dalam penyediaan bahan makanan itu kepada pelanggan," katanya.

Tengku Haizan berkata, pada peringkat awal perniagaan, dia menyediakan menu seperti burger biasa yang terdiri daripada roti burger dengan kepingan daging ayam, lembu atau telur serta sayur.

"Buat masa ini gerai saya menyediakan hampir 32 jenis menu yang terdiri daripada bahan asas dalam pembuatan burger iaitu daging ayam, lembu, ikan, hotdog dan telur yang dipelbagaikan dengan bahan tambahan seperti keju dan limpahan sos mayonis serta cili.

Tambahnya, hidangan burger di gerainya boleh dinikmati dengan harga serendah RM1.20 untuk menu hamlet, manakala yang paling mahal berharga RM4.80 iaitu burger double double cheese.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Petani kerugian RM50,000

Posted:

Petani kerugian RM50,000

Petani kerugian RM50,000

Oleh ADNAN MOHAMAD
utusanterengganu@utusan.com.my


Sidek Harun Mamat (kiri) dan Jazmi Ismail menunjukkan tanaman tembikai yang rosak akibat keganasan kerbau liar di Kampung Saujana Setiu, kelmarin .


SETIU 20 Mac - Empat petani yang mengusahakan projek berkelompok tanaman tembikai di Kampung Saujana dekat sini, kerugian hampir RM50,000 apabila tanaman mereka dimusnahkan oleh sekumpulan lebih 50 ekor kerbau liar selama dua hari berturut sejak kelmarin.

Mereka mendakwa, haiwan tersebut memusnah dan memakan tanaman para petani terlibat yang kini mula mengeluarkan hasil yang dijangka dapat dijual pertengahan bulan depan.

Seorang mangsa, Sidek Harun Mamat, 53, yang kerugian RM25,000 berkata, anggaran kerugian itu berdasarkan kemusnahan kesemua 5,800 pokok tembikai yang ditanam di kawasan seluas dua hektar sejak 15 Februari lalu setelah dimakan serta dipijak oleh haiwan tersebut pada waktu malam.

Sidek yang tinggal di Kampung Che Mohid dekat sini berkata, sekiranya tembikai yang berusia 40 hari itu tidak musnah, dia menjangkakan memperoleh pendapatan mencecah RM25,000 memandangkan harga buah itu yang semakin mahal.

"Nasib saya agak malang tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, kerana bukan saja kerugian akibat tanaman rosak kerana kerbau, tetapi tembikai yang saya tanam di kawasan lain seluas 1.5 hektar turut musnah akibat ditenggelami air berikutan hujan lebat baru-baru ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ekoran kejadian itu, bapa kepada 10 orang anak termasuk empat yang masih bersekolah itu terpaksa menanggung kerugian atas modal melebihi RM10,000 disebabkan kemusnahan tanaman tembikai di dua kawasan itu.

Seorang lagi petani, Abg. Ghafar Hassan, 52, memberitahu, dia mengalami kerugian lebih RM12,000 setelah tanaman tembikai seluas satu hektar dimusnahkan olrh kumpulan kerbau itu selama dua malam berturut-turut.

Menurutnya, walaupun kebunnya itu berpagar, tetapi ia gagal menghalang haiwan berkenaan merempuh pagar sebelum menceroboh dan merosakkan tanamannya.

"Kerbau-kerbau itu hanya berkeliaran dan memusnahkan tembikai kami waktu malam, manakala di sebelah siang ia dipercayai bersembunyi dalam hutan tidak jauh dari kawasan ini," katanya yang telah mengusahakan projek berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Bagi Mohd. Zain Isa, 48, dari Kampung Saujana pula, dia mengalami kerugian kira-kira RM3,000 setelah sebahagian tanamannya dimusnahkan haiwan tersebut.

Katanya, kejadian seumpama itu mungkin dapat dielakkan jika para pemilik kerbau tersebut lebih bertanggungjawab dan tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran.

Seorang lagi mangsa, Jazmi Ismail, 38, berkata, ancaman haiwan itu bukan sahaja mengakibatkan kerugian wang ringgit kepada petani, malah juga daripada segi tenaga serta titik peluh mereka mengusahakan tanaman berkenaan.

"Kami tak terkilan sangat jika tanaman kami rosak akibat banjir atau bencana alam, tetapi lebih menyedihkan apabila tembikai ini musnah disebabkan haiwan yang sepatutnya dikawal oleh para pemiliknya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mahasiswa mesti jauhi hedonisme

Posted:

Mahasiswa mesti jauhi hedonisme

Mahasiswa mesti jauhi hedonisme

KUALA TERENGGANU 20 Mac - Golongan mahasiswa perlu menjauhi budaya hedonisme kerana ia dikhuatiri akan membantut hasrat negara melahirkan barisan kepimpinan yang hebat dan terbilang.

Naib Presiden Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri berkata, hedonisme yang mencerminkan amalan untuk menikmati keseronokan melampau tanpa mengambil kira larangan agama wajar dikikis sama sekali.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang memandangkan pada masa kini terdapat kalangan penuntut universiti yang mengamalkan budaya seumpama itu sehingga memberi kesan negatif terhadap masa depan mereka.

"Kita dapati ada siswa dan siswi hari ini yang mengamalkan budaya hedonisme atau hidup untuk seronok melampau walaupun ia ditegah agama Islam.

"Mereka ini bukan sahaja gagal menjadi pemimpin hebat dan cemerlang, malah turut dipandang serong oleh masyarakat," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Seminar Kepimpinan Mahasiswa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung Gagasan, Syed Anuar Syed Mohamad dan penceramah jemputan dari Majlis Tindakan Pemikir (Mantap), Kamarazzaman Yunus yang membentangkan kertas kerja bertajuk Ketuanan Melayu vs Ketuanan Islam.

Program yang dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran Mara dengan kerjasama Gagasan dan Bahagian Hal Ehwal dan Alumni UniSZA itu disertai oleh para penuntut Universiti Malaysia Terengganu, Politeknik Kota Kuala Terengganu dan UniSZA.

Mohd. Nasir yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, mahasiswa perlu sentiasa menggilap bakat kepimpinan semasa di kampus, selain menimba sebanyak mana ilmu dalam usaha mengisi serta mewarnai kepimpinan negara.

Menurutnya, mahasiswa yang mempunyai nilai karismatik, berintelektual serta sarat dengan idea-idea baru yang luar biasa, mampu meyakinkan masyarakat untuk bergelar seorang pemimpin yang dihormati pada masa akan datang.

"Tanpa usaha yang bersungguh-sungguh, selain mengamalkan budaya 'pak turut' dan suka mengampu, ia akan memberi impak besar kepada mereka sekali gus merosakkan masyarakat dan masa depan negara," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 21 Mar 2011 01:29 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Sukan dijadikan bidang penting

Posted:

Sukan dijadikan bidang penting

Sukan dijadikan bidang penting

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA dan AIZAWATI AHMAD
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor bersama delegasi Kongres Antarabangsa Perubatan Sukan dan Latihan. Turut sama Dr. Mohd. Mydin Mohd. Musa (tiga dari kanan) dan Dr. Fabio Pigozzi (tiga dari kiri) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR 20 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan amat komited dalam memastikan sukan menjadi bidang penting dalam kehidupan setiap rakyat Malaysia.

Perdana Menteri berkata, ini kerana sebagai sebuah negara yang masih muda, bidang sukan memainkan peranan yang utama dan istimewa dalam proses membangunkan Malaysia.

"Sukan menjadi penghubung kepada pelbagai budaya, kaum dan agama berbeza yang membentuk satu masyarakat Malaysia yang bersatu-padu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Kongres Antarabangsa Perubatan Sukan dan Latihan anjuran Persekutuan Antarabangsa Perubatan Sukan dan Latihan (FIMS) dan Persatuan Perubatan Sukan dan Latihan Malaysia (SSEMM) di sini hari ini.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden FIMS, Dr. Fabio Pigozzi dan Presien SSEMM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Mydin Mohd. Musa.

Najib berkata, hasil komitmen kerajaan dalam bidang sukan, negara yang masih muda ini kini sudah menerima 'dividennya' apabila lebih ramai jaguh sukan berjaya dilahirkan seperti ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei serta kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan negara yang memenangi kejohanan besar di luar negara baru-baru ini.

Najib berkata, di peringkat peribadi, beliau sendiri sebenarnya sangat mempercayai kuasa sukan sejak kali pertama dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1986.

"Sejak itu dan sehingga kini, saya tetap komited dalam membina budaya sukan di negara ini yang melangkaui semua golongan dan pelbagai peringkat kehidupan masyarakat.

"Tetapi sudah pasti segala usaha dalam perkembangan sukan di negara ini dan atlet kita mesti selari dengan banyak usaha pembangunan dalam bidang ini terutamanya dari aspek perubatan, nutrisi dan sokongan sains," katanya.

Katanya, Malaysia amat bertuah dengan kewujudan Institut Sukan Negara (ISN) yang dilengkapi dengan teknologi perubatan dan peralatan sukan terkini bagi usaha membina budaya sukan yang terbaik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program Antara Dua Garisan erat hubungan Malaysia-Indonesia

Posted:

Program Antara Dua Garisan erat hubungan Malaysia-Indonesia

Program Antara Dua Garisan erat hubungan Malaysia-Indonesia


Mukhriz Tun Mahathir bersama Sahkyan Asmara (kiri) dan Azwanddin Hamzah pada pelancaran program penerbitan televisyen Hubungan Dua Hala Malaysia-Indonesia di Hotel De Palma, Ampang, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 20 Mac - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini melancarkan Antara Dua Garisan yang merupakan program penerbitan televisyen hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, program yang akan ditayangkan Jun ini itu akan mengupas secara terperinci tentang dasar-dasar negara melibatkan pembangunan ekonomi sejagat.

"Stesen televisyen TVRI dan Metro TV Indonesia telah bersetuju melaksanakan program Antara Dua Garisan INI.

"Sehingga kini, lapan timbalan menteri Malaysia dan Indonesia serta enam menteri dan tokoh negara Malaysia-Indonesia telah memberi komitmen untuk rancangan ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program itu oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di sini malam ini.

Program selama 30 minit yang akan memulakan penggambaran bermula esok itu dijayakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia-Indonesia dan bakal disiarkan selama 12 bulan di stesen televisyen yang terpilih di kedua-dua belah negara.

Siri pertama program Antara Dua Garisan akan menyiarkan wawancara membabitkan menteri dan ketua menteri dari Malaysia serta temu bual rakyat kedua-dua negara mengenai sesuatu isu.

Azwanddin berkata, diharap program itu dapat memberi penjelasan yang lebih tepat mengenai sesuatu perkara khususnya isu sensitif yang sebelum ini rakyat disogok dengan maklumat negatif oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Sakhyan Asmara berkata, Indonesia menyambut baik program itu kerana ia bertujuan mengukuhkan hubungan yang sedia terjalin antara Malaysia-Indonesia.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab bersama kepada rakyat kedua-dua negara untuk mengeratkan hubungan Malaysia-Indonesia yang diibaratkan sebagai abang dan adik.

"Kita mempunyai banyak persamaan budaya dan masalah yang dihadapi itu boleh diselesaikan supaya kita dapat terus berdampingan untuk selamanya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sultan Kelantan murka

Posted:

Sultan Kelantan murka

Sultan Kelantan murka

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


Sukri Mohamed menunjukkan sijil pendaftaran sebuah pertubuhan sewaktu membuat sidang akhbar di Istana Bali Besar, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU 20 Mac - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V amat dukacita dengan tindakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diketuai seorang lelaki yang mendakwa berketurunan Long Yunus kerana mengurniakan darjah kebesaran termasuk gelaran 'Datuk kepada lebih 150 orang sejak tahun lalu.

Kekecewaan baginda itu diumumkan oleh Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Sukri berkata, pihaknya telah membuat tiga laporan polis terhadap NGO terbabit sejak tahun lalu kerana tindakan tersebut menyalahi undang-undang.

Katanya, ada di antara penerima terbabit sanggup membayar ratusan ribu ringgit kepada NGO tersebut bagi mendapatkan gelaran 'Datuk' kurniaan darjah kebesaran.

"Untuk mendapatkan gelaran "datuk" ada penerima yang sanggup membayar RM150,000. Terbaru pertubuhan itu telah mengadakan majlis penganugerahan di sebuah hotel di sini pada minggu lalu.

"Mengikut Perkara 43 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Sultan Kelantan adalah pangkal segala kemuliaan dan kebesaran dalam negeri ini dan baginda sahaja yang boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan pangkat kemuliaan, pingat kebesaran dan kehormatan.

"Berikutan itu mana-mana pihak selain Sultan Kelantan tidak boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran dan tidak boleh mengadakan pangkat kemuliaan, pingat kebesaran dan kehormatan," katanya.

Tambahnya, semua pihak terutama rakyat dari luar Kelantan harus menyedari tiada sesiapa dari negeri selain daripada Sultan Muhammad Ke-V yang layak mengurniakan darjah kebesaran bagi mengelakkan terus ditipu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat di dalam majlis penganugerah darjah oleh pertubuhan berkenaan.

"Ia masih dalam siasatan namun tiada sebarang tangkapan dibuat dan kita sedang merekod kenyataan daripada mereka yang terlibat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 21 Mar 2011 01:15 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Video seks: Buat laporan polis jika teraniaya, kata Hishammuddin

Posted: 21 Mar 2011 12:46 AM PDT

Hishamuddin Hussein

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta individu yang rasa dirinya "teraniaya" ekoran penyebaran video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, agar membuat laporan polis.

Beliau berkata tanpa laporan polis, pihaknya tidak boleh melakukan siasatan.

"Kita tak boleh nak ambil tindakan selagi tiada laporan polis dibuat.

"Tapi siapa yang terlibat kena berani dan jawab, sesiapa yang rasa dianiaya buatlah laporan polis," katanya pada sidang media.

Menurut Hishammuddin, beliau baru hari ini dimaklumkan mengenai video seks tersebut dan tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya.

"Saya baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara ini (video seks) pagi tadi, saya tak tahu siapa dan apa butirannya.

"Sama ada dia daripada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) saya tidak tahu, sama ada ia tulen atau palsu saya juga tidak tahu, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok," katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Naib Presiden Umno itu juga meminta semua pihak agar jangan membuat spekulasi bahawa polis terlibat dalam penyebaran video seks itu.

"Apa yang boleh saya tegaskan bahawa polis tidak terlibat dalam apa jua kegiatan untuk merekod video itu.

"Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok," katanya.

Jelas beliau, sekiranya benar individu tersebut adalah pemimpin Pakatan Rakyat, maka rakyat akan menilai dan menghukum tindakan individu tersebut.

Hari ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Wakil-wakil media dibawa ke hotel itu oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai "Datuk T".

Rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagaian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur, dan seorang lelaki tidak dikenali di bilik hotel tersebut.

Bahagian kedua, yang dirakamkan dari pelbagai sudut, menunjukkan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita berkenaan dan mengadakan hubungan seks dalam beberapa posisi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pakatan nafi lelaki dalam video seks Anwar

Posted: 21 Mar 2011 12:17 AM PDT

Ni Nazmi

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Pakatan Rakyat (PR) menafikan lelaki yang didakwa dalam rakaman video, melanggan seorang pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu sebagai Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini (rakaman) video Anwar yang direka," kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Ia bukan Datuk Seri Anwar. Ini satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk memberi persepsi umum bahawa beliau seorang yang tidak bermoral, yang tidak layak untuk menerajui negara ini," kata anggota biro politik PAS Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.

Naib presiden PKR Chua Tian Chang juga mendakwa BN semakin terdesak, "beralih daripada isu-isu besar seperti pilihan raya dan dasar kepada serangan peribadi."

Pagi tadi, seorang lelaki yang menamakan dirinya "Datuk T" mempertontonkan rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan PR sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing dari China.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya.

Malah katanya, jika pemimpin politik itu mengenal pasti dia adalah tuan punya diri dalam rakaman tersebut, maka dia dan isterinya harus meletakkan jawatan.

Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin.

Dalam satu kenyataan yang turut diedarkan kepada media, yang tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan SPA.

Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks.

"Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, wayar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks pemimpin itu dengan pelacur tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 21 Mar 2011 01:14 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Anak terbujur tepi tiang lampu

Posted: 20 Mar 2011 11:32 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: “Luluh hati saya sebaik melihat anak sulong terbujur kaku di tanah. Malah, hampir pitam apabila mendapati dia tidak bernyawa,” kata Mohd Marzuki Muda, 44, bapa Muhammad Naqiuddin, 11, yang maut selepas terkena renjatan elektrik ketika bermain bola di kawasan permainan di Taman Perumahan Batu 3, Shah Alam, dekat sini, kelmarin.

Danny ikat janji lepas 3 bulan berkenalan

Posted: 20 Mar 2011 11:08 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KAMPAR: Keserasian dimiliki seperti sudah bertahun berhubungan biarpun tidak sampai tiga bulan perkenalan menjadi faktor pelakon, pengacara dan penyanyi, Danny X-Factor, mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Saidatul Fazlin Zakaria, 25, yang bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan Air Asia.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 21 Mar 2011 01:14 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Apartmen retak

Posted: 20 Mar 2011 03:58 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]SEPANG: Hampir 100 keluarga di Apartmen Taman D’Menara, Bukit Changgang di sini hidup tertekan setiap hari apabila rumah yang diduduki sejak 2005 mengalami pelbagai masalah akibat tindakan pemaju yang mengambil sikap lepas tangan.

Bantah kuari pasir

Posted: 20 Mar 2011 03:57 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA NERANG: Kira-kira 35 keluarga dari Kampung Padang Lanjut mahu projek kuari pasir berhampiran Sungai Padang Terap berdekatan kawasan perkampungan itu dihentikan segera kerana bimbang ia menyebabkan kejadian tanah runtuh yang boleh menjejaskan rumah mereka.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 20 Mar 2011 11:22 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Merajuk jika tidak dihiraukan

Posted:

Merajuk jika tidak dihiraukan

Merajuk jika tidak dihiraukan

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN



RENUNGAN mamalia berwarna putih kemerahan dengan tompokan bulat kebiruan dan ekornya yang panjang tirus dari jauh sudah membuatkan perasaan membuak-buak untuk mendekati dan menyentuh haiwan itu.

Aneh. Itu perkataan pertama yang terpacul dari mulut melihat kucing bernama Tutankhamun Naked dan Qabilah Osmond Naked kerana tubuh kedua-dua mamalia itu tiada bulu, matanya pula bulat bak buah badam manakala telinganya agak besar jika dibandingkan dengan kucing yang biasa dilihat di negara ini.

Namun, spesies kucing yang memiliki kepala yang kecil dengan leher panjang itu membuatkan perasaan teruja seketika. Apabila disentuh, rasanya umpama kain baldu dan kadangkala seperti memegang lapisan getah.

Itu antara ciri-ciri nyata baka kucing Sphynx yang turut mempunyai kaki yang panjang, kulit kepala dan leher yang berkedut serta tapak kaki yang unik.

Asal usul Sphynx

Mengimbau kembali kemunculan kucing tanpa bulu, ia ditemui di Ontario, Kanada pada tahun 1966 apabila kucing tempatan berbulu pendek yang mempunyai warna hitam dan putih bernama Elizabeth kepunyaan Micalwaith melahirkan seekor kucing jantan tanpa bulu bernama Prune.

Apabila Prune telah dewasa, ia dikacukkan pula dengan ibunya lalu terhasil kucing tanpa bulu malah, setengahnya diimport ke Eropah.

Baka Sphynx pertama yang diimport adalah dari Kanada ke Belanda oleh seorang pembiak kucing, Hugo Herenandez yang memiliki kucing bernama Punkie dan Paloma.


KIRI: Tutankhamun Naked (depan) dan Qabilah Osmond Naked bijak beraksi di depan kamera semasa sesi fotografi.


Dari masa ke semasa, pembiakan kucing itu semakin berkembang melalui proses mutasi dengan beberapa spesies kucing lain agar baka kucing tanpa bulu tidak pupus.

Bagi yang pertama kali melihat mamalia itu, mereka mungkin menganggap kucing berkenaan dijangkiti penyakit. Mungkin juga, ada pihak yang mengandaikan pemiliknya mencukur bulu haiwan terbabit.

Bagaimanapun, seorang pembiak baka Sphynx dari Kajang, Selangor, Norhayati Zakaria, 51, mahu orang ramai mengetahui lebih lanjut mengenai haiwan yang dikatakan agak sukar ditemui di Malaysia itu.

Menjelaskan lebih lanjut, Norhayati memberitahu, antara cabaran memelihara kucing Sphynx adalah usaha mendapatkan baka tulen yang berkualiti dari segi standard daripada pembiak yang sudah berjaya.

"Selain sukar mendapatkan pembiak yang telah berjaya, kos juga memainkan peranan penting kerana ia agak mahal dan baka tersebut perlu diimport dari luar negara memandangkan ia terlalu terhad dan hampir tiada di negara ini.

"Kos tersebut termasuklah harga kucing dan kos pengangkutan di samping pertukaran nilai mata wang yang tinggi," katanya yang memiliki kira-kira tujuh ekor kucing baka Sphynx.

Karakter Sphynx


FADZILAH menjelaskan kewujudan kucing Sphynx disebabkan oleh faktor genetik.


Norhayati yang juga pembiak kucing berdaftar dengan sebuah pertubuhan dunia, Federation International Feline (FIFe), faktor utama dia tertarik kepada kucing berkenaan disebabkan sifatnya yang lincah, sangat manja, aktif dan paling penting spesies ini mempunyai sifat tersendiri.

"Kucing ini suka dibelai dan akan merajuk jika tidak dihiraukan.

"Jika terasa sejuk, haiwan ini bijak mencari tempat yang boleh menghilangkan kesejukan seperti di bawah kain selimut atau tidur di sebelah pemiliknya," ujarnya yang turut memelihara kira-kira 50 ekor kucing pelbagai spesies di rumahnya.

Bagaimanapun terangnya, sebelum memelihara sebarang baka kucing, individu yang berminat memelihara kucing itu perlu memahami serta mempelajari serba sedikit mengenai kucing berkenaan sebagai panduan.

Malah, untuk memiliki baka Sphynx, Norhayati memberitahu, peminat dinasihatkan mendapatkannya daripada pembiak berdaftar sama ada dalam negeri atau luar negara agar ketulenan baka dapat ditentukan dengan baik.

Akuinya yang memelihara baka dari jenis Canadian Sphynx, ada juga kucing yang dibiakkan di dalam negara malah, dia sendiri salah seorang pembiak itu. Namun, bukan mudah melakukannya kerana ada etika tertentu yang mesti dipatuhi.

"Saya membiak Sphynx secara terhad kerana saya tidak mempunyai banyak baka kucing itu selain tidak membiaknya secara komersial," jelasnya.

Melalui pengalaman Norhayati sebelum ini, tidak ada negara tertentu yang dianggap paling baik dalam pembiakan Sphynx kerana hampir seluruh dunia mempunyai pembiak baka Sphynx tulen.

"Kebanyakan pembiak di luar negara tidak mudah menjual baka Sphynx kepada peminat dari negara lain kerana mereka mengutamakan kriteria tertentu.

"Nilai kucing ini sebenarnya ditentukan melalui standard atau profil baka itu sendiri. Jika ia jenis kualiti pertunjukan maka nilainya juga bersesuaian dengan statusnya itu," tuturnya yang juga Setiausaha Kelab Kucing Malaysia.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Aneka Haiwan, Bahagian Pembangunan Komuniti Ternakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr. Fadzilah A'ini Abdul Kadir memberitahu, kewujudan baka kucing tanpa bulu terbabit disebabkan oleh faktor genetik.

Terang beliau, apabila berlaku kacukan antara ibu dan anak kucing berkenaan melalui proses silang balik (backcrossing), maka akan ada satu hasil anak daripada gen resesif.

Namun, tidak semua kucing Sphynx memiliki gen resesif kerana terdapat juga antara baka itu memiliki gen dominan.

"Gen resesif merujuk kepada gen yang mempunyai ciri-ciri tidak menarik. Sebagai contoh, ia juga juga boleh menyebabkan albino.

"Lain pula bagi situasi kucing ini. Setelah dihasilkan melalui proses silang, ramai pula yang sukakannya dan lama-kelamaan ia disebarkan ke merata tempat," katanya.


SPHYNX bijak mencari tempat untuk memanaskan badan jika kesejukan.


Menurut Fadzilah, kucing Sphynx sebenarnya mempunyai bulu tetapi, ia tidak begitu ketara kerana bulunya sangat halus, pendek serta memiliki warna yang cerah seperti bulu roma (vellus hair) yang terdapat pada bayi atau muka wanita.

"Kucing ini mempunyai bulu terutama di bahagian hidung dan belakang telinga jika diteliti. Oleh kerana kekurangan bulu, kucing ini mudah sejuk," katanya.

Ada sesetengah pihak berpendapat kucing ini sesuai dipelihara individu yang mengalami alergik terutama pesakit asma memandangkan kucing berkenaan tiada bulu.

Bagaimanapun dedah Fadzilah, alergik terhadap kucing itu tetap berlaku akibat penghasilan protein yang dikenali sebagai Fel d1 oleh kucing itu dan selalunya berada dalam air liur dan peluh yang mungkin boleh menyebabkan alahan.

"Bagaimanapun, ia masih selamat dipelihara oleh pesakit asma berbanding kucing yang mempunyai banyak bulu," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 20 Mar 2011 11:07 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Al Ehsan buat laporan polis terhadap Anwar

Posted:

Al Ehsan buat laporan polis terhadap Anwar

Al Ehsan buat laporan polis terhadap Anwar

PASIR MAS 20 Mac - Pertubuhan Kebajikan Islamiah Al Ehsan Kelantan (Al Ehsan) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini bagi mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel darahnya berhubung perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapi pemimpin itu.

Laporan polis itu dibuat Presiden Al Ehsan Kelantan, Che Dollah Che Ismail kira-kira pukul lima petang semalam sambil diiringi 50 orang ahli pertubuhan itu.

Che Dollah berkata, laporan itu bertujuan menegakkan kebenaran yang sudah sekian lama tertangguh ekoran kedegilan Anwar menyerahkan DNA meskipun ia menjadi perkara paling kritikal dalam perbicaraan tersebut.

"Anwar sepatutnya berani tampil menegakkan kebenaran agar kita dapat tahu siapa sebenarnya identiti Lelaki Y dalam perbicaraan liwat yang dihadapinya itu,'' katanya.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Che Dollah berkata, sebagai seorang pemimpin yang kononnya berani, Anwar perlu menterjemahkan keberanian itu di mahkamah bukannya memberi alasan untuk menyelamatkan diri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rasuah membawa kesengsaraan

Posted:

Rasuah membawa kesengsaraan

Rasuah membawa kesengsaraan

RASUAH membawa kesengsaraan. Kesengsaraan pula datangnya bermacam-macam bentuk. Ditimpa musibah seperti kemalangan atau bencana alam, perceraian, kehinaan, kehilangan keluarga dan rakan-rakan, muflis, sakit dan sebagainya.

Seseorang yang memilih terlibat dalam rasuah sama ada sedar atau tidak, mereka mungkin ditimpa kesengsaraan sebagai pengajaran yang mana tempoh dan bentuknya hanya Tuhan menentukannya.

Malangnya, bagi mereka yang mengamalkan rasuah sebagai cara hidup dan mahu cepat senang tidak sedar kesan perbuatannya terhadap keluarga, masyarakat dan negara.

Tidak hairanlah, bagi sesetengah negara yang 'menghalalkan' perbuatan rasuah bermaharajalela sering ditimpa bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami. Kata orang, walaupun terlepas hukuman dunia belum tentu lepas hukuman akhirat.

Satu kisah benar membuka siri Jejak Rasuah minggu ini, boleh dijadikan teladan dan sempadan bagaimana rasuah itu boleh membawa kesengsaraan, bukan sahaja pada diri sendiri, malah memberi kesan kepada orang yang paling rapat seperti anak.

Kegiatan rasuah seorang bapa terbongkar ketika anaknya, Sari (bukan nama sebenar) ditangkap khalwat bersama kekasih di sebuah kondominium di ibu negara.

Maklumat yang diberi oleh orang awam yang tidak tahan melihat perlakuan sepasang kekasih berlagak suami isteri itu telah membawa kepada risikan pihak Jabatan Agama Islam sehingga tangkapan berjaya dibuat kira-kira pukul 2 pagi hari kejadian.

Pihak penguat kuasa terpaksa merempuh pintu kondo itu setelah hampir 20 minit menunggu untuk dibuka.

Ketika tangkapan, pasangan kekasih itu menunjukkan 'sijil nikah' kepada penguat kuasa, bagaimanapun penipuan mereka berjaya dikesan selepas salah seorang penguat kuasa mendapati sijil nikah itu palsu.

Sari menangis dan merayu agar dilepaskan dengan alasan dirinya berbadan dua. Bukan sahaja dosanya berzina dan cuba menipu, malah dia juga mengandung anak luar nikah.

Sijil nikah palsu yang dirampas telah membawa kepada tangkapan seorang pemilik Pusat Kursus Perkahwinan, Ahmad (bukan nama sebenar) yang bersubahat dengan seorang penguat kuasa sambilan di Jabatan Agama Islam, Amir (bukan nama sebenar).

Risikan dan tangkapan dilakukan oleh SPRM hasil maklumat dan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam.

Hasil siasatan mendapati Ahmad dan Amir meminta rasuah RM3,000 daripada pasangan kekasih yang mahu sijil nikah palsu serta sijil kursus perkahwinan palsu.

Apa yang mengejutkan, Amir merupakan bapa kandung kepada Sari bagaimanapun tanpa pengetahuan kedua-dua pihak, kekasih Sari telah mendapat sijil nikah palsu itu daripada Ahmad.

Amir terkejut dan sedih setelah dimaklumkan keterlanjuran yang dilakukan anak sulungnya itu tetapi bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 20 Mar 2011 11:04 PM PDT

Utusan Online - Politik


Anwar patut malu kepada Najib isu DNA

Posted:

Anwar patut malu kepada Najib isu DNA

Anwar patut malu kepada Najib isu DNA

KUALA LUMPUR 20 Mac - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim patut berasa malu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan kesediaan Perdana Menteri menyerahkan sampel asid deoksiribonukleiknya (DNA) jika diperlukan.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini kerana sampel DNA Anwar amat diperlukan demi membuktikan beliau tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan seperti didakwa.

Justeru katanya, Anwar perlu mencontohi keberanian Najib untuk menyerahkan sampel DNA seperti diucapkan secara terbuka oleh Perdana Menteri dalam satu majlis di Sarawak semalam.

Keberanian Najib wajar dicontohi Anwar kerana Perdana Menteri itu langsung tidak menunjukkan rasa bersalah atau takut apabila pihak pembangkang melemparkan fitnah mengaitkan dirinya, katanya dalam blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.

Semalam, Najib dalam ucapan di Serian menegaskan beliau bukan seperti Anwar yang gentar memberikan sampel DNA dalam usaha menegakkan kebenaran, dipercayai ekoran cubaan Anwar mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya sebelum ini.

''Kalau Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak tegakkan keadilan, bagilah DNA (milik Anwar), selagi tak bagi DNA orang akan tertanya-tanya dalam kepala, orang Serian pun nak tahu siapa lelaki 'Y', semua orang nak tahu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali menyifatkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak esok sebagai memenuhi amanah dan mandat rakyat.

Katanya, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah mengotakan janjinya untuk berundur apabila sampai masa dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri tersebut.

"Peralihan kuasa tentunya akan berlaku dan pada hemat saya ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar bercita-cita jadi presiden - Ummi Hafilda

Posted:

Anwar bercita-cita jadi presiden - Ummi Hafilda

Anwar bercita-cita jadi presiden - Ummi Hafilda

Oleh RADHUAN HUSSAIN
dan FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my

BESUT 20 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bercita-cita besar untuk menjadikan Malaysia sebuah republik sekali gus mengangkat dirinya sebagai Presiden, manakala Azmin Ali pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Lebih dahsyat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga dikatakan mempunyai niat untuk menghapuskan institusi diraja sekiranya beliau berkuasa.

Cita-cita Anwar itu didedahkan oleh saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali pada majlis ceramah 'Pas Keluk Kelek' di Bandar Jerteh di sini, malam tadi.

Menurut Ummi Hafilda, cita-cita luar biasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu diluahkan oleh abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar suatu ketika dulu.

"Abang saya pernah beritahu arwah bapa kami, jika Anwar berkuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah republik," katanya.

Majlis itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh serta barisan kepimpinan UMNO bahagian tersebut. Turut memberikan ceramah ialah Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris.

Sesi ceramah tersebut berlangsung hampir serentak dengan ceramah para pemimpin Pas dan PKR yang disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Azmin yang terletak berhampiran dan hanya terpisah sebatang sungai dekat Masjid Hadhari di sini.

Dalam ceramah itu, Ummi Hafilda mengupas satu persatu perilaku keji Anwar termasuk skandalnya dengan isteri salah seorang pemimpin PKR, selain fitnah dan pembohongan Ketua Pembangkang itu kepada seluruh rakyat.

Ummi Hafilda turut berikrar untuk melancarkan 'perang dan ganyang' terhadap Anwar serta abangnya sendiri, Azmin bermula tahun ini bagi memastikan kedua-duanya tersungkur dan terkubur, jika mereka masih enggan bertaubat.

Selain itu, Ummi Hafilda turut menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai hubungan intim dengan ahli perniagaan, Baginda Minda.

Beliau selanjutnya melafazkan sumpah 'wallahi, wabillahi, watallahi' di depan hadirin sambil bertegas yang beliau tidak pernah mengadakan hubungan seks dan berzina dengan ahli perniagaan terbabit seperti yang didakwa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 20 Mar 2011 07:18 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Belajar ICT secara percuma

Posted:

Belajar ICT secara percuma

Belajar ICT secara percuma

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanpahang@utusan.com.my


TENGKU Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bersama Mazlan Mohamad (dua dari kanan) meluangkan masa meninjau aktiviti pelajar di Pusat Komuniti Bestari Tanjung Api, Kuantan, baru-baru ini.
slug-phg-190311-fokuskomunitibestari
KUANTAN 18 Mac - TENGKU Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah bersama Mazlan Mohamad (dua dari kanan) meluangkan masa meninjau aktiviti yang dilakukan pelajar di Pusat Komuniti Bestari di Tanjung Api, Kuantan baru-baru ini.
Berita dan Gambar:Siti Norizat Abdul Jalil


KUANTAN 20 Mac - Pusat Komuniti Bestari yang ditubuhkan di Tanjung Api di sini membuka lembaran baru apabila menyediakan kemudahan komputer kepada pelajar sekolah dan penduduk di situ mengikuti pembelajaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara percuma.

Penubuhan pusat itu merupakan keprihatinan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang berperanan membantu mereka menikmati kemudahan pembelajaran secara komprehensif dan kondusif di luar waktu sekolah.

Mula beroperasi pada Januari lalu, pusat itu mendapat kerjasama daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Pahang bagi menyalurkan kandungan pembelajaran menggunakan perisian e-Bahan kepada pelajar.

Pusat itu mendapat sambutan memberangsangkan berikutan seramai 850 pelajar dari darjah satu hingga tingkatan lima untuk mengikuti pembelajaran tersebut.

Pengerusi MBC, Datuk Zainal Rahim Darus berkata, objektif utama penubuhannya adalah menyediakan prasarana pembelajaran secara kondusif kepada pelajar sekolah terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan.

''Kami turut menyalurkan kandungan pembelajaran melalui kerjasama pihak Jabatan Pelajaran Pahang, sekolah dan vendor yang mempunyai kandungan pembelajaran tambahan.

''Selain itu pusat tersebut menyediakan fasilitator berpengalaman bagi memantau dan menunjuk ajar pelajar menghadapi sebarang masalah dalam pelajaran terutama kepada mereka yang akan menghadapi peperiksaan penting," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Zainal berkata, pusat komuniti itu dilengkapi 40 unit komputer, tiga bilik tutorial, perpustakaan mini, alat bantuan mengajar dan Internet berkelajuan tinggi.

Jelasnya, setiap pelajar akan menjalani beberapa proses pembelajaran secara berperingkat iaitu bermula dengan pendaftaran pelajar.

''Pelajar akan mengikut sukatan pelajaran masing-masing yang disediakan oleh BTPN dan EduWeb TV.

"Mereka akan dinilai melalui soalan dan latihan yang diberikan oleh tenaga pengajar bagi mengenal pasti mata pelajaran yang lemah," katanya.

Jelas Zainal, laporan prestasi pelajar akan dinilai oleh pihak komuniti sebelum diserahkan kepada ibu-bapa serta pihak sekolah bagi mengetahui tahap pelajaran.

Selain itu, beliau memberitahu, terdapat pengisian tambahan iaitu Program Mingguan dijalankan pada Sabtu dan Ahad yang menyediakan aktiviti seperti kelas Fardhu Ain, Congak, Pengucapan Awam dan Sijil Permulaan ICT Cambridge bagi mempelbagaikan pengetahuan serta kemahiran mereka.

''Beroperasi setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam, setiap pelajar diperuntukkan masa dua jam untuk menggunakan komputer," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beri manfaat penduduk kuasai ilmu menerusi Internet

Posted:

Beri manfaat penduduk kuasai ilmu menerusi Internet

Beri manfaat penduduk kuasai ilmu menerusi Internet

KUANTAN 20 Mac - Masyarakat khususnya pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan perlu memanfaatkan kemudahan Pusat Komuniti Bestari dalam menguasai ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohamad berkata, usaha tersebut amat berkesan terutama kepada pelajar sekolah bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan dunia luar.

Menurutnya, penglibatan dan kerjasama daripada Telekom Malaysia (TM) menerusi anak syarikatnya, TMNet mengenai penubuhan pusat itu akan meningkatkan rangkaian eko-sistem kepada kualiti pendidikan masyarakat di situ.

''Saya menyokong usaha tersebut kerana pelajar mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah serta memperoleh pelbagai maklumat melalui kemudahan jalur lebar yang disediakan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Seorang guru Sekolah Kebangsaan Tok Sira, Siti Nor Zana Sheikh Said, 36, berkata, pendekatan tersebut amat baik dan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin serta diterapkan di minda setiap pelajar.

Tambahnya, mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan lebih tekun serta memperluaskan pengetahuan dengan melayari Internet yang menyediakan pelbagai bahan rujukan serta maklumat.

''Terima kasih kepada Tengku Muda, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah atas keprihatinan terhadap rakyat negeri ini," katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Afzan, Nur Shazlin Azman, 16, berpendapat, penggunaan ICT dalam pembelajaran amat berguna apabila kesemua maklumat dikehendaki diperoleh dengan mudah dan cepat.

Menurutnya, walaupun belajar dalam tempoh yang singkat tetapi pelbagai pengetahuan diperoleh menerusi tunjuk ajar daripada tenaga pengajar profesional.

"Saya akan gunakan sebaik mungkin dalam mempelajari bidang ICT serta memperbaiki kelemahan dalam pelajaran supaya lulus cemerlang pada peperiksaan nanti," katanya.

Bagi pelajar tingkatan satu SMK Teluk Chempedak, Muhamad Zikri Safwan, ketiadaan kemudahan seperti komputer di rumahnya membuatkan dia teruja memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang diberikan kepadanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kontraktor bumiputera ditegur

Posted:

Kontraktor bumiputera ditegur

Kontraktor bumiputera ditegur

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

MARAN 20 Mac - Segelintir kontraktor bumiputera di negeri ini ditegur kerana menjual tender yang diterima oleh kerajaan untuk diuruskan oleh pihak kedua sehingga menyebabkan sesuatu projek itu tidak sempurna dan gagal disiapkan mengikut jadual.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, sikap mencari untung 'atas angin ' perlu dibuang kerana tidak menjamin kemajuan kepada mereka dan jika dibiarkan akan memberi kesan negatif khususnya dalam menghasilkan kerja berkualiti.

''Walaupun ada larangan dalam syarat penawaran kerja, kontraktor tidak boleh menyerahkannya kepada pihak lain tetapi masih ada yang berdegil," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Surat Tawaran dan Inden Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) bagi pusingan pertama Daerah Maran di sini baru-baru ini.

Mohd. Tan berkata, kedegilan pihak terbabit berbuat demikian juga akan membantutkan daya saing kontraktor dan tidak membantu dalam peningkatan kemahiran mereka.

Katanya, mereka yang terpilih perlu melaksanakan sendiri kerja tersebut kerana akan memberi kemahiran dan pengalaman dalam bidang itu.

Dalam pada itu, beliau menyeru kontraktor Kelas F mengutamakan kepuasan kerja dan bukan berorientasikan keuntungan semata-mata.

Katanya, golongan yang ikhlas dan bertanggungjawab akan mendapat keberkatan dan berusaha mengembangkan perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 20 Mar 2011 07:11 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Karpal jawab tuntutan untuk sampel DNA Anwar

Posted: 20 Mar 2011 06:37 PM PDT

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela utamanya, Karpal Singh membuat hujahan berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan.

NONEMereka mahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyemak semula penghakimannya dalam perbicaraan dalam perbicaraan dan juga mahu mahkamah mengarahkan Anwar membekalkan sampel DNA bagi tujuan profailing.

Mahkamah ditangguhkan Isnin lalu apabila diberitahu bahawa adik Karpal Singh telah meninggalkan dunia.

Hari ini, kehadiran polis di kompleks mahkamah, Jalan Duta, lebih ramai berbanding sebelum ini berikutan tekanan daripada penyokong dan pemimpin BN yang mendesak ketua pembangkang untuk itu memberikan sampel DNA.

Sementara itu, menurut seorang lagi peguambela, R Sivarasa siri tunjuk perasaan anjuran Umno bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNAnya adalah hanya untuk melengkapkan cubaan pihak berkuasa mengguna bukti reka cipta untuk mensabitkan ketua umum PKR itu.

"Bagi saya demo-demo yang dibuat oleh pihak Umno jelas berniat jahat dan dibuat bagi mengelirukan rakyat sebab bagi saya ini menunjukkan mereka kurang faham mengenai isu sebenar dalam kes ini.

NONE"Isu sebenar dalam kes ini, sampel-sampel DNA yang diuji dan dibentangkan dalam mahkamah yang kononnya daripada badan Saiful, memang bagi kita sampel DNA itu telah dimanipulasikan dan terdapat aspek yang meragukan dan direka untuk memberi gambaran bahawa DNA Anwar telah ada di sana," katanya kepada TV Selangor, semalam.

Menurut beliau, pemimpin tertentu dalam Umno tidak dapat lari dari hakikat bukti DNA yang dibawa ke mahkamah sebenarnya tercemar dengan keterangan-keterangan bercanggah doktor dan pegawai penyiasat.

"Kalau saya Datuk Seri Anwar, tentunya saya pun mengambil pendirian kenapa saya harus memberikan sampel untuk melengkapkan sesuatu keputusan yang saya tahu memang dipalsukan,' kata Sivarasa.

"Sebab itu kita menolak sama sekali desakan mana-mana pihak untuk meminta Datuk Seri Anwar untuk memberikan DNA sebab isu pokok dalam kes ini adalah sampel DNA telah direka. Dan itu jelas daripada
semua keterangan dari dulu sampai sekarang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Datuk' palsu: Istana K'tan buat laporan polis

Posted: 20 Mar 2011 08:32 AM PDT

Sultan Kelantan, Sultan Muhammed V sangat memandang berat dan melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak tertentu di negeri ini yang mengurniakan darjah kebesaran kepada individu dengan sewenangnya.

Menyatakan demikian, Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed berkata baginda melahirkan perkara itu kerana terdapat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang "mengurniakan" darjah kebesaran dan anugerah "datuk" kononnya daripada Kesultanan Kelantan dengan bayaran RM150,000 sedangkan anugerah itu adalah palsu.

Sukri berkata pertubuhan itu yang dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Januari lepas memberikan "darjah kebesaran Kelantan" kepada 120 orang dari dalam dan luar Kelantan mulai tahun lepas.

"Untuk mendapatkan gelaran "datuk" ada penerima sanggup membayar sehingga RM150,000. Terbaru, pertubuhan itu telah mengadakan majlis penganugerahan di sebuah hotel di Kota Bharu minggu lepas," katanya dalam satu sidang akhbar di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata susulan daripada itu, pihak Istana Kelantan telah membuat tiga laporan polis - satu di balai polis Pasir Mas dan dua di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Jumaat lepas.

Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pendaftar Pertubuhan.

Sukri berkata mengikut Perkara 43 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, hanya Sultan Kelantan boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan pangkat kemuliaan, pingat kebesaran dan kehormatan.

Dalam sidang akhbar yang sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat di dalam majlis penganugerah darjah oleh pertubuhan berkenaan.

"Ia masih dalam siasatan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan, namun tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 20 Mar 2011 03:40 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Jangan tangguk di air keruh

Posted:

Jangan tangguk di air keruh

Jangan tangguk di air keruh

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my


Najib Tun Razak berbincang dengan Abdul Taib Mahmud sambil menikmati air kelapa muda pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Samarahan, kelmarin. - BERNAMA


HASRAT Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk berundur sebenarnya sudah dua kali dinyatakan sejak awal tahun ini, masing-masing sewaktu berucap dalam program Sejiwa Senada di Mukah dan Betong.

Kelmarin, ia sekali lagi diulangi oleh Abdul Taib dan ia dilihat sebagai satu pernyataan yang serius kerana dizahirkan pada program Sejiwa Senada Bahagian Samarahan yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri yang berucap selepas itu, turut mengulas pengumuman Abdul Taib yang disifatkannya sebagai seorang 'Ayahanda' dengan satu ingatan yang cukup tegas iaitu jangan mana-mana pihak cuba membuat desakan berhubung pengunduran itu.

Kata Najib, soal pengunduran itu biarlah hanya dibincangkan antara beliau dan Abdul Taib sendiri dan ingatan itu sekali lagi diulangi pada sidang akhbar di Bilik VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebelum berangkat ke ibu negara.

"Apabila sampai masa yang paling sesuai untuk berundur, Pehin Sri (Abdul Taib) akan memaklumkan kepada saya," katanya.

Justeru, ingatan Perdana Menteri itu perlu dihayati semua pihak dan tidak perlulah ada mana-mana pemimpin yang cuba menangguk di air keruh dengan harapan akan terpilih sebagai Ketua Menteri.

Memang ada beberapa nama disebut-sebut sebagai pengganti yang layak, seperti dua pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) iaitu Timbalan Presiden II, Datuk Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden Kanan, Datuk Awang Tengah Ali Hassan.

Ada juga pihak yang menyebut Ketua Penerangan PBB, Tan Sri Adenan Satim dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi masih mempunyai peluang. Sebenarnya, nama-nama ini bukannya sesuatu yang baru bagi rakyat Sarawak kerana ia telah lama tersebar.

Bagi tukang gosip politik, pelbagai teori dicipta, umpamanya teori STATE yang berinspirasikan teori RAHMAN yang dikaitkan dengan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri bagi merasionalkan peluang Effendi.

Menurut mereka, S merujuk kepada Ketua Menteri pertama, Datuk Stephen Kalong Ningkan, T merujuk kepada Datuk Penghulu Tawi Sli (Ketua Menteri kedua), A merujuk kepada Tun Abdul Rahman Ya'kub (Ketua Menteri ketiga), T merujuk kepada Abdul Taib dan E pula merujuk kepada Effendi.

Begitulah kreativiti tukang gosip politik, pelbagai teori dicipta namun hakikatnya Sarawak hanya memerlukan seorang sahaja Ketua Menteri dan dalam politik sesiapa sahaja mempunyai peluang untuk naik ke atas.

Ia telah berlaku di peringkat kepimpinan Pusat dan negeri-negeri lain, sudah acap kali pemimpin yang tidak dijangka dilantik sebagai pemimpin nombor satu. Rezeki Allah tiada siapa yang tahu.

Kerana itu, soal kepimpinan yang bakal berubah tidak sepatutnya mengalihkan fokus Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk berhadapan dengan 'perang besar demokrasi' yang akan diadakan tidak lama lagi. Apa yang lebih penting ialah kemenangan BN kerana ia akan menjadi indikator sokongan rakyat kepada kerajaan di peringkat nasional.

Ketua Pemuda PBB, Datuk Fadillah Yusof turut berkongsi sentimen yang sama apabila meminta kepimpinan pemuda parti itu menyelami ingatan Perdana Menteri bahawa perubahan mesti dibuat secara teratur dan berhati-hati.

"Sama ada di peringkat pusat dan negeri, peralihan kuasa mesti berlaku sebaik mungkin. Paling utama ialah kesinambungan perancangan pembangunan.

"Apabila berlaku perubahan, ia mestilah memperkukuhkan apa yang telah dibina baik dari segi politik mahupun sosio ekonomi dan pemimpin baru itu mestilah menerima penghormatan dari semua sektor, bukan sahaja politik bahkan ekonomi," tegasnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Asajaya, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Abdul Taib perlu diberi ruang untuk membuat keputusan dan beliau sebagai ahli politik yang amat berpengalaman pastinya akan melakukan yang terbaik untuk seluruh rakyat Sarawak.

"Kita berdiri teguh di belakang Ketua Menteri dan jangan ada mana-mana pemimpin baik dalam BN mahupun dari luar membuat desakan.

"Sudah pasti satu hari nanti kita akan bertemu pemimpin yang baru, bak kata pepatah Melayu, patah tumbuh hilang berganti," katanya yang merupakan Ketua Setiausaha Politik Abdul Taib.

Mengulas mengenai antara cabaran pemimpin baru kelak, Abdul Karim berkata ia adalah berkaitan mempertahankan perpaduan rakyat berbilang bangsa di Sarawak.

"Beliau (Abdul Taib) amat hebat menyatukan rakyat baik Melayu, Cina, Dayak dan Orang Ulu sehingga tiada satu pun yang tersisih.

"Sukar untuk mencari pemimpin sebegini, sesiapa yang mengambil alih kelak perlu mencari formula untuk mengekalkan apa yang telah berjaya dilakukan Pehin Sri (Abdul Taib)," katanya.

Turut mengulas hasrat pengunduran itu ialah Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyatakan harapan supaya pemimpin baru nanti tidak mengetepikan landasan pembangunan negeri yang telah dirangka Abdul Taib.

Katanya, jika mahu melakukan perubahan sekalipun ia hanya dalam aspek pelaksanaan, bukannya misi yang digariskan.

"Kalau tidak ada kesinambungan, akan hilanglah hala tuju Sarawak yang telah dirancang dengan baik selama ini," tegasnya.

Beliau juga berharap tiada tekanan diberikan kepada Abdul Taib untuk berundur kerana sesuatu perkara yang penting tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

"Saya selalu berkata dalam persidangan antarabangsa berkaitan demokrasi, jangan paksa kita (Malaysia) untuk berbuat sesuatu.

"Negara kita ada program tersendiri, begitu juga dengan Pehin Sri, beliau ada program dan tempoh masa yang ditetapkan," katanya yang melahirkan keyakinan bahawa Sarawak tidak pernah tandus kepimpinan yang berkualiti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Teknologi terkini Polis Selangor

Posted:

Teknologi terkini Polis Selangor

Teknologi terkini Polis Selangor

Oleh ASSIM HASSAN
jenayah@utusan.com.my


Tun Hisan Tun Hamzah menunjukkan ikon 'help' yang terdapat dalam aplikasi PDRM di telefon bimbit pintar ahli Rakan Cop Polis Selangor.


PEREDARAN masa dan kewujudan pelbagai teknologi masa kini dilihat mampu membantu pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengurangkan kadar jenayah.

Malah, teknologi juga dilihat meningkatkan kecekapan pihak polis untuk memperoleh maklumat yang disalurkan oleh pengadu dengan cepat agar tindakan sewajarnya boleh dilaksanakan segera.

Selari dengan kecanggihan teknologi yang ada, Polis Selangor mengambil inisiatif menggunakan kemudahan itu untuk membantu mengekang jenayah di negeri tersebut.

Penggunaan telefon bimbit pintar (Smartphone) boleh membantu ahli-ahli Rakan Cop di kawasan-kawasan panas menyalurkan maklumat dengan hanya menekan ikon 'help' yang terdapat dalam aplikasi PDRM di telefon bimbit pintar masing-masing.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, pihaknya merangka beberapa strategi baru dalam memastikan negeri itu sentiasa berada dalam keadaan selamat. Jelasnya, kemudahan teknologi yang ada masa kini digunapakai bagi membantu mengurangkan sekali gus mencegah jenayah di negeri tersebut.

Antara projek perintis yang bakal dilaksanakan Polis Selangor adalah kemudahan penyampaian maklumat daripada ahli-ahli Rakan Cop kepada pihak polis dengan menggunakan telefon bimbit pintar.

"Polis Selangor sentiasa memandang ke hadapan untuk membantu orang ramai termasuk meningkatkan keyakinan mereka terhadap keselamatan di negara ini.

"Kita akan memberi nilai tambah (value added) kepada ahli-ahli Rakan Cop dengan menggunakan telefon bimbit pintar di kawasan-kawasan panas," katanya.

Melalui satu ikon di dalam telefon bimbit pintar, ahli Rakan Cop mempunyai satu aplikasi PDRM dan ikon 'help'.

Setiap ahli Rakan Cop yang mempunyai masalah atau berdepan dengan bahaya hanya perlu menekan ikon itu. Secara automatik, sistem kedudukan global (GPS) di pusat kawalan polis akan berupaya mengesan lokasi mereka.

Ini akan memudahkan orang ramai tanpa perlu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) selain membolehkan polis segera pergi ke lokasi terbabit.

Kemudahan ini adalah untuk setiap ahli Rakan Cop Polis Selangor dan mereka boleh mendaftar untuk seberapa banyak rumah di negeri itu.

Jika sesuatu berlaku di rumah ketika ketiadaan mangsa, dan kejadian itu dimaklumkan oleh jiran, ahli Rakan Cop juga boleh menekan ikon 'help' dan anggota peronda akan segera ke lokasi tersebut.

Buat masa ini, aplikasi itu digunapakai oleh Polis Selangor sahaja dan akan mula dilaksanakan mulai Mei depan untuk ahli Rakan Cop di kawasan-kawasan panas di seluruh negeri itu.

Menurut Tun Hisan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga telah dimaklumkan mengenai strategi ini dan mengarahkan agar Polis Selangor melaksanakannya dahulu sebagai projek perintis.

Selain itu, Tun Hisan memberitahu, pihaknya kini menempatkan beberapa anggota polis di stesen transit aliran ringan (LRT) di Selangor bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan di kawasan tersebut sekali gus merasai peranan polis.

Penempatan anggota polis itu akan dibantu oleh polis bantuan dan pihaknya hanya akan menempatkan anggota di beberapa kawasan LRT yang mempunyai indeks jenayah yang tinggi serta kawasan panas. Program ini turut melibatkan penyertaan anggota Pasukan Gerakan Am yang sebelum ini bertugas di kawasan-kawasan sempadan negara.

Tidak dinafikan, negeri Selangor juga merupakan antara negeri yang diberi perhatian oleh kerajaan dalam mengurangkan indeks jenayah keseluruhan lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus.

Menurut Tun Hisan, pihaknya tidak menetapkan atau mensasarkan apa-apa sasaran kecuali yang ditetapkan kerajaan.

Bagaimanapun, Polis Selangor berazam melakukan perubahan dan membantu menurunkan indeks jenayah, khususnya jenayah jalanan.

Bagi Polis Selangor, mereka bukan hanya mahu mencapai indeks prestasi utama (KPI) yang ditetapkan tetapi apa yang penting adalah masyarakat berasa selamat dan mengubah persepsi mereka terhadap pasukan itu.

"Bila kita kata jenayah turun, memang kita boleh kukuhkan kenyataan itu dengan statistik tetapi masyarakat masih rasa tidak betul dan tidak yakin termasuk masih ada yang skeptikal terhadap keupayaan polis.

"Sebenarnya, kita tidak boleh berasa seronok apabila kita kata jenayah turun kerana masyarakat masih berasa takut dengan keadaan sekeliling.

"Apa yang perlu kita buat adalah bagaimana mahu 'memerangi' persepsi masyarakat itu. Saya tidak boleh buat sendiri atau dengan anggota dan pegawai saya. Ia mesti dilakukan bersama dengan masyarakat melalui kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap PDRM," ujar beliau.

Menurutnya, keyakinan dalam diri masyarakat adalah bahawa keupayaan pihak polis perlu diubah dan bersama-sama dengan pasukan itu membantu mengurangkan jenayah.

Sepanjang Januari hingga 15 Mac 2011, indeks jenayah keseluruhan berjaya dikurangkan kepada 11.36 peratus, manakala jenayah jalanan sebanyak 24.51 peratus.

Ini bukan tandanya Polis Selangor mahu mendabik dada atas kejayaan itu, namun ia boleh memberi jaminan bahawa indeks jenayah boleh dikurangkan dan menjadikan Selangor negeri yang selamat untuk orang ramai.

Selaku ketua yang mengepalai Polis Kontinjen Selangor, Tun Hisan mengakui pihaknya mempunyai cabaran dalam memastikan pelan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini berjaya.

Bagaimanapun jelasnya, cabaran paling utama adalah untuk mengubah mentaliti di kalangan pegawai dan anggota polis terutamanya dalam suasana serta pendekatan kerja baru selain berbeza selepas pelbagai transformasi yang dilakukan.

"Selain itu, cabaran yang saya hadapi ialah memperoleh keyakinan dan mendapat kerjasama daripada masyarakat agar sama-sama mengurangkan kadar jenayah di Selangor," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 20 Mar 2011 01:28 PM PDT

Kosmo Online - Negara


48 orang terbunuh, 150 cedera

Posted:

48 orang terbunuh, 150 cedera

48 orang terbunuh, 150 cedera


SEORANG lelaki berdiri di hadapan sebuah kereta perisai milik penyokong Muammar Gaddafi yang terbakar dalam serangan di sebatang jalan di antara Benghazi dan Ajdabiyah, Libya semalam.


TRIPOLI - Selepas hampir 42 tahun di puncak kuasa, Pemerintah Libya, Muammar Gaddafi dikejutkan dengan serangan 112 peluru berpandu Tomahawk pada awal pagi semalam yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya.

Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq tamat hampir lapan tahun lalu apatah lagi dunia melihatnya sebagai usaha terbaru Barat untuk memaksa Gaddafi berundur.

Selain AS, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali.

Kapal Amerika Syarikat yang terlibat dalam serangan itu termasuklah USS Barry, USS Stout, USS Providence, USS Scranton dan USS Florida dengan dibantu sebuah kapal selam Britain, Westminster.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AS guna Tomahawk terbaru di Libya

Posted:

AS guna Tomahawk terbaru di Libya

AS guna Tomahawk terbaru di Libya


KAPAL pemusnah AS, Arleigh Burke melancarkan peluru berpandu Tomahawk (gambar kecil) ke arah Libya di Laut Mediterrranean kelmarin.


TRIPOLI – Tentera perikatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) menjadikan sasaran ketenteraan Libya untuk menguji kekuatan dan kecanggihan peluru berpandu Tomahawk edisi terbaru.

Peluru itu bukan sahaja meninggalkan kesan kemusnahan malah mampu memastikan tentera perikatan berada pada tahap risiko yang kecil kerana ia boleh dilancarkan dengan tepat, jauh dari kawasan konflik iaitu dari kapal perang atau kapal selam.

Senjata itu digunakan oleh pihak Britain dan AS kerana ia sukar untuk dikesan dan mampu terbang pada ketinggian yang rendah dan laluan sukar.

Selain itu, ia mampu terbang pada kelajuan supersonik dan telah digunakan secara meluas ketika konflik Perang Teluk dan operasi susulan pada Jun 1993.

Kemunculan Tomahawk menuju ke Iraq pada waktu siang menjadi satu daripada imej yang mengagumkan ketika konflik tercetus pada 1991.

Tomahawk turut digunakan ketika perang Bosnia pada 1995 dan di Iraq sekali lagi pada 1996. Peluru berpandu itu boleh juga dilengkapi dengan senjata konvensional atau bom nuklear.

Tomahawk mula diperkenalkan oleh syarikat General Dynamics pada tahun 1970-an dan digunakan secara rasmi oleh Tentera AS pada 1983 sehingga ke hari ini.

Ia mengalami pelbagai pembaharuan beberapa kali bagi meningkatkan keupayaannya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sukan bina hubungan etnik

Posted:

Sukan bina hubungan etnik

Sukan bina hubungan etnik

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sukan memainkan peranan sangat penting sebagai penghubung dalam menjalin hubungan antara pelbagai etnik, budaya, bangsa dan agama yang membentuk sebuah masyarakat yang bertenaga dalam pembinaan negara.

Perdana Menteri berkata, sukan juga bertindak sebagai sebahagian daripada proses mencari sahabat di kalangan asing.

Sebagai seorang yang mempercayai kuasa transformasi dalam sukan, kata Najib, beliau komited untuk membina budaya sukan di Malaysia bermula dari akar umbi sehingga ke peringkat elit.

"Saya komited bukan hanya untuk mencapai kecemerlangan kesukanan nasional tetapi memastikan sukan kekal sebagai sebahagian daripada kehidupan semua rakyat Malaysia, sebab itu saya menubuhkan sebuah jawatankuasa peringkat kabinet membabitkan 10 kementerian berlainan dan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Jawatankuasa itu kini menumpukan mengenai lapan sukan teras bola sepak, hoki, badminton, skuasy, boling, gimnastik, akuatik dan atletik dan saya ingin menyatakan bahawa setakat ini ia nampak membuahkan hasil," katanya selepas menerima Anugerah Plak Kehormatan daripada Persekutuan Sukan Perubatan Antarabangsa (FIMS) di sini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 20 Mar 2011 11:37 AM PDT

Utusan Online - Kota


Adenovirus: Lagi pelatih diserang

Posted:

Adenovirus: Lagi pelatih diserang

Adenovirus: Lagi pelatih diserang

KUALA LUMPUR 19 Mac - Seorang lagi pelatih inspektor lelaki Pusat Latihan Polis (Pulapol) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan "Adenovirus".

Pelatih itu dimasukkan ke ICU kira-kira 8.30 pagi ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebook memaklumkan sebelum ini, seorang pelatih konstabel lelaki dan dua pelatih inspektor wanita masih dirawat di unit itu, menjadikan jumlah yang dimasukkan ke ICU empat orang berbanding tiga semalam.

Menurut laman itu, jumlah pelatih yang dirawat di HKL ialah 24 orang iaitu sembilan pelatih inspektor lelaki, 11 pelatih inspektor wanita dan empat pelatih konstabel lelaki, manakala jumlah mereka yang dikuarantin ialah 347 orang.

Untuk maklumat lanjut, anggota keluarga pelatih boleh menghubungi talian 03-26882009 atau 03-26882062 di Bilik Gerakan Khas Pulapol. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bayi dibuang di pangsapuri

Posted:

Bayi dibuang di pangsapuri

Bayi dibuang di pangsapuri


Bayi perempuan yang ditinggalkan di tangga sebuah apartmen di Kepong, Kuala Lumpur, awal pagi semalam.


KUALA LUMPUR 19 Mac - Seorang pengawal keselamatan yang menjalankan rondaan di Apartmen Puncak Desa, Kepong dekat sini terkejut apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih hidup di tangga tingkat dua kediaman itu, hari ini.

Bayi malang itu ditemui dalam keadaan berdarah di bahagian kepala dan masih bertali pusat kira-kira pukul 6.20 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pengawal keselamatan itu segera memaklumkan kepada penyelia apartmen berkenaan sebelum menghubungi polis.

"Bayi tersebut kemudian dihantar ke Hospital Selayang dan keadaannya kini dilaporkan stabil," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 20 Mar 2011 09:47 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Siapa ganti Taib

Posted: 19 Mar 2011 01:34 PM PDT

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ibrahim yusof

Tahniah Sarawak esok akan bukar dun,pertahankan 16/september 1963 dan pastikan BN berkuasa semula, terima kasih.

faz

yang dapat memodenkan dan memajukan sarawak dr segi prasarana dan kemudahana awam khususnya seperti pengangkutan awam, jalan raya kws pedalaman, bina lebuh raya menghubungkan bandar2 utama dalam negeri dan sbbgnya supaya swak tidak ketinggalan kemajuannya dengan negeri2 di semenanjung.

MIZ

ada! Janji nak bagi kah isik?

maramin abd. labin

SAYA PERCAYA RAMAI PEMIMPIN PELAPIS YANG BERWIBAWA DI SARAWAK. "AGI HIDUP AGI NGALABAN" SEMOGA NEGERI SARAWAK TERUS MAJU.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan