gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 08 Mar 2011 01:02 PM PST

Utusan Online - Keluarga


Che Bon masih trauma

Posted:

Che Bon masih trauma

Che Bon masih trauma

Oleh SHOLINA OSMAN


Che Bon menunjukkan tali begnya yang putus ditarik peragut.


PAGI itu sama seperti pagi-pagi yang lain dalam hidup Che Bon Yob yang tinggal di Simpang Empat, Perlis. Cuma hari itu dia perlu segera ke bank bagi memasukkan wang untuk anaknya yang sedang menuntut di sebuah universiti di Kuala Lumpur.

Lagi pun, dia tidak boleh melengahkan urusan itu memandangkan bank akan ditutup pada minggu tersebut sempena cuti Krismas.

Che Bon tidak ke bank bersendirian. Dia ditemani anak saudaranya yang dikenali sebagai Kak Chik dengan menunggang motosikal.

Memandangkan tiada siapa di rumah, sudah menjadi kelaziman Che Bon akan menyimpan semua barangan kemas seperti rantai dan gelang dalam beg tangannya.

Dia merasa lebih selamat kalau semua itu dimasukkan dalam beg tangan yang boleh dibawanya ke mana-mana sahaja.

Sebaik sahaja Kak Chik sampai, Che Bon terus keluar dengan membonceng motosikal anak saudaranya itu ke bank yang terletak lebih kurang dua kilometer dari rumahnya.

Jalan yang dilalui juga sememangnya biasa digunakan Che Bon dan penduduk kampung di situ sebagai jalan pintas.

Bagaimanapun perasaan Che Bon terasa agak lain juga pada hari itu. Jalan tersebut dirasakan begitu lengang. Hanya motosikal yang ditunggangnya bersama Kak Chik yang bergerak agak perlahan itu sahaja ada di jalan ketika itu.

Dalam perjalanan itu, Che Bon yang terleka seketika terkejut apabila merasakan bahu kanannya yang sedang mengepit beg direntap dengan kasar.

"Yang saya pelik pada ketika itu langsung tidak kedengaran bunyi enjin motosikal kecuali yang dikemudi Kak Chik sahaja,'' katanya ketika dihubungi MegaMega.

Cerita Che Bon, kejadian itu berlaku secepat kilat sehingga membuatkannya dan Kak Chik tergamam seketika tanpa mampu berbuat apa-apa.

Dirinya seakan-akan terpukau malah hanya mampu memandang sahaja ke arah peragut bermotosikal itu yang hanya berjaya merentap tali beg tangannya.

Hanya selepas beberapa saat selepas itu baharu terkeluar perkataan 'jahat' dari mulutnya menyumpah peragut itu.

Yang pelik cerita Che Bon, bukan dirinya sahaja malah anak saudaranya juga terkunci mulut untuk menjerit minta tolong.

Ketika itu Che Bon bertindak memindahkan beg tangan yang sudah terputus tali itu untuk dikepit sekuat-kuat hati di sebelah kiri tangannya pula.

Belum pun reda nafas akibat terkejut, peragut itu berpatah balik dan muncul lagi dari belakang.

"Peragut yang berseorangan itu mengekori motosikal kami di mana tangannya berterusan berusaha untuk merentap beg tangan dari celah lengan saya,'' katanya.

Che Bon juga langsung tidak pandang ke kiri atau kanan walaupun peragut berkenaan tak henti-henti menjerit 'berikan beg awak...berikan beg awak,'' katanya.

Tindakan Che Bon yang kuat mempertahankan beg tangannya itu membuatkan peragut tersebut berang lalu menendang motosikal yang diboncengnya.

Akibatnya Che Bom terjatuh dari motosikal. Dia akui dunianya terasa kelam sekejap selepas terjatuh dan mukanya tersembam di atas jalan.

Manakala Kak Chik yang dalam keadaan terkejut itu berusaha berdiri sambil memegang motosikal yang hampir rebah ke jalan.

Che Bon bernasib baik kerana kejadian itu disedari oleh orang ramai yang menyebabkan peragut itu terus memecut motosikalnya.

Itu antara kisah bagaimana kaum Hawa berani bertindak mempertahankan hak mereka daripada dilarikan peragut.

Namun tidak semua yang berjaya. Ada yang tersungkur cedera parah. Ada pula yang terkorban akibat perbuatan peragut yang tidak berhati perut tersebut.

Tidak kurang juga ada wanita yang terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup, kesan parut kekal serta mengharungi trauma yang tidak pernah hilang dari fikiran.

Bagi peragut pula, wanita merupakan sasaran utama mereka kerana berpandangan golongan itu lemah dan mudah ditumpaskan.

Tetapi mereka juga ada kalanya terlupa bahawa bukan semua golongan yang dianggap lemah itu boleh dijadikan mangsa dengan mudah.

Kenyataannya beberapa wanita telah berjaya menghalang perbuatan peragut ini walaupun sebenarnya ia masih dalam jumlah yang begitu kecil.

Sekurang-kurangnya semangat 'srikandi' untuk menentang peragut wajar menjadi contoh dan pendorong kepada mana-mana wanita supaya tidak sesekali memberi peluang untuk dijadikan sebagai mangsa peragut.

Biarpun banyak pihak menasihatkan supaya tidak melawan peragut kerana nyawa lebih penting daripada harta benda. Namun, ia bukan alasan untuk membiarkan peragut bermaharajalela tanpa ditentang.

Che Bon merupakan salah seorang wanita yang bersemangat 'srikandi' yang langsung tidak memberi peluang untuk peragut merampas beg tangan yang berisi barang kemas bernilai kira-kira RM12,000.

Detik-detik cemas melawan peragut itu walaupun dah berlalu sejak tiga tahun lalu masih lagi hangat di ingatan Che Bon.

"Saya akui masih lagi trauma dengan peristiwa itu dan berharap ia tidak akan berulang lagi,' katanya'.

Cerita Che Bon, sejak peristiwa itu dia bukan sahaja enggan membonceng motosikal malah dirinya merasa lebih selamat jika menaiki kereta jika hendak keluar dari rumah.

Sementara itu, Noorhuda Ibrahim, 35, pula tidak boleh melupakan pengalaman empat kali diragut.

"Tiga kali beg tangan diragut dan sekali telefon bimbit,'' kata wanita bertubuh kecil molek ini.

Bagaimanapun katanya, dalam tiga kes ragut itu beliau tidak berbuat apa-apa kerana ia berlaku dengan pantas.

Noorhuda berkata, insiden kali ke tiga telah membuatkan beliau nekad untuk berhempas-pulas berlawan peragut.

"Saya cuba untuk tidak melepaskan beg tangan yang ditarik dari belakang ketika berjalan pulang ke rumah,'' katanya.

Kata Noorhuda, beliau memang sedar bahaya yang mengundang tetapi semua itu diketepikan selepas dibakar oleh semangat 'srikandi' untuk berlawan.

Ketika itu dalam fikirannya, jangan melepaskan begitu sahaja beg tangan tetapi berusaha untuk mempertahankannya.

"Saya puas hati kerana tidak menyerah beg dengan begitu sahaja kepada peragut,'' katanya yang cedera semasa kejadian itu.

Akibat bergelut dengan peragut, Noorhuda luka teruk di bahagian bahu, lengan dan pinggul.

Katanya, selama sebulan jugalah beliau terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menerima suntikan bagi mengelakkan lukanya dicemari kuman.

Jelas Noorhuda, sehingga ke hari ini parut itu jelas kelihatan dan akan mengingatkan beliau terhadap kejadian itu yang dirasakan masih baru berlaku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Che Bon masih trauma

Posted:

Che Bon masih trauma

Che Bon masih trauma

Oleh SHOLINA OSMAN


Che Bon menunjukkan tali begnya yang putus ditarik peragut.


PAGI itu sama seperti pagi-pagi yang lain dalam hidup Che Bon Yob yang tinggal di Simpang Empat, Perlis. Cuma hari itu dia perlu segera ke bank bagi memasukkan wang untuk anaknya yang sedang menuntut di sebuah universiti di Kuala Lumpur.

Lagi pun, dia tidak boleh melengahkan urusan itu memandangkan bank akan ditutup pada minggu tersebut sempena cuti Krismas.

Che Bon tidak ke bank bersendirian. Dia ditemani anak saudaranya yang dikenali sebagai Kak Chik dengan menunggang motosikal.

Memandangkan tiada siapa di rumah, sudah menjadi kelaziman Che Bon akan menyimpan semua barangan kemas seperti rantai dan gelang dalam beg tangannya.

Dia merasa lebih selamat kalau semua itu dimasukkan dalam beg tangan yang boleh dibawanya ke mana-mana sahaja.

Sebaik sahaja Kak Chik sampai, Che Bon terus keluar dengan membonceng motosikal anak saudaranya itu ke bank yang terletak lebih kurang dua kilometer dari rumahnya.

Jalan yang dilalui juga sememangnya biasa digunakan Che Bon dan penduduk kampung di situ sebagai jalan pintas.

Bagaimanapun perasaan Che Bon terasa agak lain juga pada hari itu. Jalan tersebut dirasakan begitu lengang. Hanya motosikal yang ditunggangnya bersama Kak Chik yang bergerak agak perlahan itu sahaja ada di jalan ketika itu.

Dalam perjalanan itu, Che Bon yang terleka seketika terkejut apabila merasakan bahu kanannya yang sedang mengepit beg direntap dengan kasar.

"Yang saya pelik pada ketika itu langsung tidak kedengaran bunyi enjin motosikal kecuali yang dikemudi Kak Chik sahaja,'' katanya ketika dihubungi MegaMega.

Cerita Che Bon, kejadian itu berlaku secepat kilat sehingga membuatkannya dan Kak Chik tergamam seketika tanpa mampu berbuat apa-apa.

Dirinya seakan-akan terpukau malah hanya mampu memandang sahaja ke arah peragut bermotosikal itu yang hanya berjaya merentap tali beg tangannya.

Hanya selepas beberapa saat selepas itu baharu terkeluar perkataan 'jahat' dari mulutnya menyumpah peragut itu.

Yang pelik cerita Che Bon, bukan dirinya sahaja malah anak saudaranya juga terkunci mulut untuk menjerit minta tolong.

Ketika itu Che Bon bertindak memindahkan beg tangan yang sudah terputus tali itu untuk dikepit sekuat-kuat hati di sebelah kiri tangannya pula.

Belum pun reda nafas akibat terkejut, peragut itu berpatah balik dan muncul lagi dari belakang.

"Peragut yang berseorangan itu mengekori motosikal kami di mana tangannya berterusan berusaha untuk merentap beg tangan dari celah lengan saya,'' katanya.

Che Bon juga langsung tidak pandang ke kiri atau kanan walaupun peragut berkenaan tak henti-henti menjerit 'berikan beg awak...berikan beg awak,'' katanya.

Tindakan Che Bon yang kuat mempertahankan beg tangannya itu membuatkan peragut tersebut berang lalu menendang motosikal yang diboncengnya.

Akibatnya Che Bom terjatuh dari motosikal. Dia akui dunianya terasa kelam sekejap selepas terjatuh dan mukanya tersembam di atas jalan.

Manakala Kak Chik yang dalam keadaan terkejut itu berusaha berdiri sambil memegang motosikal yang hampir rebah ke jalan.

Che Bon bernasib baik kerana kejadian itu disedari oleh orang ramai yang menyebabkan peragut itu terus memecut motosikalnya.

Itu antara kisah bagaimana kaum Hawa berani bertindak mempertahankan hak mereka daripada dilarikan peragut.

Namun tidak semua yang berjaya. Ada yang tersungkur cedera parah. Ada pula yang terkorban akibat perbuatan peragut yang tidak berhati perut tersebut.

Tidak kurang juga ada wanita yang terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup, kesan parut kekal serta mengharungi trauma yang tidak pernah hilang dari fikiran.

Bagi peragut pula, wanita merupakan sasaran utama mereka kerana berpandangan golongan itu lemah dan mudah ditumpaskan.

Tetapi mereka juga ada kalanya terlupa bahawa bukan semua golongan yang dianggap lemah itu boleh dijadikan mangsa dengan mudah.

Kenyataannya beberapa wanita telah berjaya menghalang perbuatan peragut ini walaupun sebenarnya ia masih dalam jumlah yang begitu kecil.

Sekurang-kurangnya semangat 'srikandi' untuk menentang peragut wajar menjadi contoh dan pendorong kepada mana-mana wanita supaya tidak sesekali memberi peluang untuk dijadikan sebagai mangsa peragut.

Biarpun banyak pihak menasihatkan supaya tidak melawan peragut kerana nyawa lebih penting daripada harta benda. Namun, ia bukan alasan untuk membiarkan peragut bermaharajalela tanpa ditentang.

Che Bon merupakan salah seorang wanita yang bersemangat 'srikandi' yang langsung tidak memberi peluang untuk peragut merampas beg tangan yang berisi barang kemas bernilai kira-kira RM12,000.

Detik-detik cemas melawan peragut itu walaupun dah berlalu sejak tiga tahun lalu masih lagi hangat di ingatan Che Bon.

"Saya akui masih lagi trauma dengan peristiwa itu dan berharap ia tidak akan berulang lagi,' katanya'.

Cerita Che Bon, sejak peristiwa itu dia bukan sahaja enggan membonceng motosikal malah dirinya merasa lebih selamat jika menaiki kereta jika hendak keluar dari rumah.

Sementara itu, Noorhuda Ibrahim, 35, pula tidak boleh melupakan pengalaman empat kali diragut.

"Tiga kali beg tangan diragut dan sekali telefon bimbit,'' kata wanita bertubuh kecil molek ini.

Bagaimanapun katanya, dalam tiga kes ragut itu beliau tidak berbuat apa-apa kerana ia berlaku dengan pantas.

Noorhuda berkata, insiden kali ke tiga telah membuatkan beliau nekad untuk berhempas-pulas berlawan peragut.

"Saya cuba untuk tidak melepaskan beg tangan yang ditarik dari belakang ketika berjalan pulang ke rumah,'' katanya.

Kata Noorhuda, beliau memang sedar bahaya yang mengundang tetapi semua itu diketepikan selepas dibakar oleh semangat 'srikandi' untuk berlawan.

Ketika itu dalam fikirannya, jangan melepaskan begitu sahaja beg tangan tetapi berusaha untuk mempertahankannya.

"Saya puas hati kerana tidak menyerah beg dengan begitu sahaja kepada peragut,'' katanya yang cedera semasa kejadian itu.

Akibat bergelut dengan peragut, Noorhuda luka teruk di bahagian bahu, lengan dan pinggul.

Katanya, selama sebulan jugalah beliau terpaksa berulang-alik ke hospital untuk menerima suntikan bagi mengelakkan lukanya dicemari kuman.

Jelas Noorhuda, sehingga ke hari ini parut itu jelas kelihatan dan akan mengingatkan beliau terhadap kejadian itu yang dirasakan masih baru berlaku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 08 Mar 2011 11:45 AM PST

Kosmo Online - Varia


Iklan pelancongan domestik Adwave

Posted:

Iklan pelancongan domestik Adwave

Iklan pelancongan domestik Adwave

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my


PASUKAN Adwave 2011 mencabar peserta tahun ini menghasilkan iklan kreatif mengenai pelancongan domestik.


REPUTASI Adwave atau singkatan kepada Pameran Pengiklanan Pemenang Anugerah sebagai satu program kendalian pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang memang cukup disegani.

Memasuki usia penganjuran matang kali ke-14, pasukan Adwave 2011 yang menggelarkan diri mereka sebagai Adwave in-Spired menampilkan kelainan apabila memilih tema Colours of Fascination sebagai kempen pengiklanan mereka.

Misi kali ini adalah untuk mengetengahkan idea paling kreatif tetapi, berkesan yang dihasilkan sendiri oleh warga kampus bagi mempromosikan pelancongan domestik negara.

Menerusi pertandingan Marketing Communication Competition (Mar.Com2), peserta perlu menghasilkan sebuah video dan poster berhubung Bagaimanana Mempromosikan Pelancongan Domestik Malaysia Menerusi Gajet Perkhidmatan Internet Bergerak diikuti satu kertas cadangan.

Penyertaan secara individu atau sekurang-kurangnya empat orang dalam sebuah kumpulan dengan bayaran pendaftaran RM20 dikenakan untuk setiap penyertaan.

Hadiah tajaan Spice CSL memang cukup berbaloi kerana pemenang pertama mendapat habuan wang tunai RM2,000 dan sebuah tablet CSL spice Mi700 DroidPad bernilai RM1,599.

Wang tunai RM1,500 dan telefon pintar CSL Mi410 bernilai RM1,499 pula menanti pemenang kedua, manakala tempat ketiga masih boleh berpuas hati menerima wang tunai RM1,000 bersama telefon bimbit CSL Mi300.


SAMA seperti tahun-tahun sebelumnya, Adwave 2011 juga sarat dengan pelbagai aktiviti seperti pameran di luar kampus USM.


"Kami yakin warga kampus di luar sana mampu memberikan input-input idea yang bukan sahaja unik, tetapi berkesan dan berkualiti," ujar Pengarah Koordinator Media Adwave 2011, Jasmine Leong Chui kepada Kosmo!.

Katanya, hasil kreatif itu akan diadili oleh para juri terdiri daripada pihak Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As), Kementerian Pelancongan Malaysia (MOT), Spice CSL, Primeworks Studios Sdn. Bhd. serta pensyarah USM.

Ujar Jasmine, pertandingan itu dibuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta dengan tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Mac ini. Keterangan lanjut boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.adwave.usm.my.

Menjelaskan lebih lanjut, katanya kempen Adwave 2011 telah pun dimulakan sejak awal Februari lalu menerusi siri jelajah ke-12 buah kampus di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

"Selain itu, Adwave turut bekerjasama dengan MOT dalam melaksanakan program yang dikenali sebagai IPT Buddies, khusus untuk warga IPT bermula 19 Mac sehingga 20 Mac nanti.

"Program ini bertujuan untuk mendekatkan pelajar IPT berkenaan modul-modul pelancongan yang diperkenalkan oleh MOT.

"Kemuncaknya nanti adalah pameran hasil seni kreatif Pemenang Anugerah Kancil pada 22 hingga 25 Mac termasuklah Bengkel Kreatif dan Hari Pelancaran Adwave.

"Minggu Adwave diteruskan dengan Adwave Domestic Tourism Fair (ADTF) di kompleks beli-belah Queensbay Mall, Bayan Baru selama dua hari bermula 26 Mac, diikuti acara penutupan keesokannya.


ADWAVE mempunyai reputasi tersendiri sebagai pertandingan dan pameran pengiklanan tahunan dalam kalangan pelajar universiti.


"Seperti tahun-tahun sebelumnya, Adwave 2011 kekal memilih berkolaborasi dengan akhbar kompak Kosmo! serta beberapa penaja seperti rangkaian web televisyen seperti Penang Channel, gua.com.my dan MYC!

"Tidak ketinggalan Adwave turut bekerjasama dengan majalah pelancongan Gaya Travel serta dua stesen radio iaitu One FM dan Fly FM," tutur Jasmine penuh yakin kempen pengiklanan Adwave mampu melonjakkan sektor pelancongan dalam kalangan anak-anak muda.

Setiap aktiviti Adwave in-Spired 2011 pula boleh diketahui menerusi laman sosial Facebook Adwave yang sentiasa dikemas kini.

"Adwave 2011 berharap dapat menjadi pemangkin serta memberi ilham kepada para pelajar untuk memperluaskan minda dan menggarap pemikiran yang lebih kreatif dan berinovatif.

"Menerusi inspirasi yang dicetuskan ini, kami mahu membawa perubahan pemikiran kepada warga kampus bahawa melanconglah di dalam negara dahulu sebelum ingin melangkah ke negara luar.

"Selain laman sesawang, sebarang pertanyaan mengenai penganjuran Adwave 2011 juga boleh diperoleh terus melalui saya di talian 014-944 3886, 017-461 9270 atau e-mel jasmineleong.adwave2011@gmail.com," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 08 Mar 2011 09:18 AM PST

Utusan Online - Johor


Sungai Mersing kotor

Posted:

Sungai Mersing kotor

Sungai Mersing kotor


KEADAAN sungai di Mersing yang dipenuhi dengan sampah sarap sejak akhir-akhir ini.


Saudara Pengarang,
SEBAGAI penduduk Mersing, saya terkilan dengan sikap orang ramai dan pengunjung yang tidak peka dengan aspek kebersihan apabila sering membuang sampah di kawasan pantai dan sungai di daerah ini.

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung yang suka membuang sampah merata-rata tanpa mempedulikan amaran yang diletakkan oleh pihak berkuasa tempatan amat dikesali.

Sikap mereka yang seolah-olah tidak mempunyai kesedaran sivik menjadikan Sungai Mersing dan pantainya begitu kotor, penuh dengan longgokan sampah-sarap meskipun kerap kali dibersihkan oleh Majlis Daerah Mersing (MDM).

Pada pendapat saya, usaha kerajaan negeri menjadikan Mersing sebagai daerah pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung mungkin terjejas berikutan sikap orang ramai yang tidak peka terhadap kebersihan.

Selain memiliki beberapa pantai dan pulau yang indah, daerah ini mempunyai sungai yang boleh diklasifikasikan sebagai 'syurga' perairan dan boleh dikomersialkan sebagai salah satu produk pelancongan.

Namun, semua itu akan menjadi sia-sia sekiranya pengunjung dan orang ramai tidak bersama-sama menyumbang kebersihan kawasan yang menjadi tumpuan ramai itu.

Saya mencadangkan agar pihak MDM mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang pengotor ini. Selain itu sampah-sarap yang terdapat di kawasan itu juga perlu dibersihkan segera kerana ia juga mencacatkan pemandangan.

Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan serius, saya khuatir suatu hari nanti daerah Mersing akan mendapat imej yang buruk selain kemungkinan hidupan di Sungai Mersing terjejas.

Jika semua pihak bersama-sama menjaga kebersihan terutama di Sungai Mersing, ia juga boleh dijadikan tempat yang sesuai untuk pengunjung menikmati pemandangan indah tepian sungai berkenaan.

PENDUDUK RISAU,

Mersing

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Apa status PPR Taman Setia Indah?

Posted:

Apa status PPR Taman Setia Indah?

Apa status PPR Taman Setia Indah?



Saudara Pengarang,
SAYA merupakan salah seorang penduduk di kawasan Taman Setia Indah, Johor Bahru dan sehingga kini masih tertanya-tanya tentang status Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan ini kerana ia sudah lebih tiga tahun siap.

Apakah punca sebenar kelewatan ini? Adakah ia berpunca daripada kesilapan pemaju atau kesilapan daripada pihak kerajaan negeri sendiri sehingga menyebabkan golongan sasar yang sewajarnya menduduki rumah tersebut masih belum boleh menikmati kemudahan itu?.

Pada pendapat saya, sekiranya projek berkenaan sudah siap, lebih baik ia diserahkan kepada golongan sasar yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sekiranya projek berkenaan dibiarkan terlalu lama, mungkin akan mengundang musibah seperti masalah anjing liar dan pada masa sama berkemungkinan akan wujud kes kecurian di dalam kawasan itu.

Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera bagi membuktikan kepekaan kerajaan terhadap masyarakat di negeri ini.

PENDUDUK BINGUNG

Taman Setia Indah, JB

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 08 Mar 2011 03:22 AM PST

Utusan Online - Kesihatan


Kepentingan ujian saringan kesihatan

Posted:

Kepentingan ujian saringan kesihatan

Kepentingan ujian saringan kesihatan

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

SEJAUH mana anda menyedari kepentingan ujian saringan dan menjalani pemeriksaan itu? Kebanyakan orang kurang sedar malah ada segelintir tidak tahu langsung apakah itu ujian saringan dan keperluannya dalam memelihara kesihatan.

Ujian saringan adalah kajian atau penilaian untuk mengesan simptom awal penyakit kronik bagi memudahkan pencegahan dan rawatan.

Pakar Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) , Dr. Nani Deraman berkata, ujian saringan terbahagi kepada banyak jenis dan satu daripadanya yang sering digalak serta diberi penekanan untuk dijalankan adalah Ujian Saringan Kardiovaskular .

Katanya, dengan Ujian Saringan Kardiovaskular, doktor akan melakukan tiga ujian iaitu tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol dalam darah untuk mengesan penyakit-penyakit kronik berkaitan jantung.

"Pemeriksaan tekanan darah dilakukan untuk mengesan penyakit darah tinggi atau darah rendah, kandungan gula dalam darah bagi kencing manis dan paras kolesterol dalam darah untuk memastikan tahap kolesterol seseorang.

"Doktor akan mengambil satu sampel darah dari badan seseorang untuk ketiga-tiga ujian ini dan ia akan dihantar ke makmal bagi memperoleh keputusan tepat.

"Jika seseorang mempunyai penyakit atau berisiko mendapat penyakit kronik, doktor akan merawatnya melalui ubat, memantau dan memberikan cara terbaik mengatasi serta mengawalnya supaya ia tidak menjadi serius," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Nani memberitahu, bagaimanapun, masyarakat dilihat kurang menjalankan ujian saringan atas beberapa faktor antaranya tidak mempunyai kesedaran mendalam mengenai kepentingan pemeriksaan itu dan kesibukan masa.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melakukan ujian saringan kerana ia amat penting dalam menunjukkan keadaan kesihatan semasa mereka dan mampu mengurang atau mengelakkan risiko dijangkiti penyakit kronik berkaitan kardiovaskular.

Beliau berkata, penyakit darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol tinggi adalah faktor utama menyumbang kepada penyakit jantung yang menjadi penyakit pembunuh nombor satu di negara ini.

Menurutnya, secara normal, seseorang digalak menjalankan ujian saringan sekali setiap tahun bermula usia 40 tahun dan ke atas.

Bagaimanapun, individu yang mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik dinasihatkan berjumpa doktor pada usia lebih muda untuk mengetahui secara lanjut mengenai ujian saringan ini, ujian saringan lain dan tempoh bersesuaian menjalankan pemeriksaan berkenaan.

"Seseorang boleh menjalankan ujian saringan di mana-mana klinik kerajaan dan hospital, klinik serta makmal swasta yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.

"Mereka perlu berpuasa selama lapan jam sebelum boleh menjalani ujian saringan.

"Tempoh ujian saringan hanya beberapa minit namun keputusan tepatnya akan diperoleh dalam jangkamasa kira-kira seminggu jika dijalankan di hospital, klinik dan makmal swasta serta sebulan di klinik kerajaan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 08 Mar 2011 01:34 AM PST

Berita Harian: Ratu


Kuasa urutan

Posted: 07 Mar 2011 05:16 PM PST

Ratu

`Khasiat' penting rangsang tumbesaran bayi

BAYI boleh mati akibat tidak menerima belaian dan sentuhan. Mungkin bunyinya keras, tetapi itulah hakikat kehidupan manusia yang memerlukan orang dewasa, terutama ibunya sendiri untuk menyusu atau memandikan. Belaian dan sentuhan bertindak bagaikan magis, membantu bayi untuk lebih bersemangat melalui tempoh tumbesarannya.

Kajian dijalankan pada 1915 di beberapa rumah anak yatim di Amerika Syarikat mendapati, kadar kematian bayi berusia bawah satu tahun mencapai angka 100 peratus. Ia bukan disebabkan kekurangan khasiat makanan atau keadaan kurang bersih, tetapi menghidapi marasmus, sejenis penyakit misteri, mengakibatkan kehilangan selera makan, seterusnya tidak bermaya.

Marasmus, dipercayai berlaku akibat kurang sentuhan dan belaian. Kajian di Hospital Bellevue New York pada 1938 pula, mendapati kadar kematian bayi di bawah usia setahun, menurun daripada 30 peratus kepada kurang 10 peratus, apabila jururawat memulakan rutin harian menyentuh dan membelai bayi berkenaan. Tidak dapat disangkal lagi, susu ibu membekalkan antibodi penting untuk melindungi dan membantu bayi membesar. Namun, urutan yang dilakukan ke atas bayi membantu merangsang perkembangan fizikal dan mental secara semula jadi. Komunikasi mesra antara ibu dengan anak, seperti percakapan dan hubungan mata mengeratkan lagi hubungan itu.

Perunding Pediatrik dan Kardiologi, Datuk Dr Zulkifli Ismail, menjelaskan mengurut adalah cara asuhan dan penyembuhan diamalkan pelbagai budaya di seluruh dunia sejak berabad lalu.

Pengamal kesihatan terdahulu cuba memahami bagaimana sentuhan dan urutan boleh memberikan kesan ajaib, tetapi tiada penemuan ketara yang diperoleh sehinggalah pada kurun sekarang.

"Dr Tiffany Field, seorang profesor di University of Miami School of Medicine, yang mengetuai Institut Kajian Sentuhan menemui perhubungan istimewa terapi sentuhan terhadap manusia. Ia mendatangkan banyak kebaikan, bukan saja kepada bayi, malah orang dewasa," katanya yang bertemu Dr Field pada satu persidangan kesihatan di luar negara, lantas diundang untuk mempelajari teknik berkenaan secara lebih mendalam. Dr Zulkifli menjadi pelopor teknik berkenaan di negara ini.
Dr Field mendapati sentuhan bagi bayi, sama penting seperti makan dan tidur. Ini kerana pada asasnya, terapi sentuhan atau urutan boleh merangsang saraf otak dalam proses penyerapan zat makanan, seterusnya membantu penambahan berat badan lebih baik. Ia turut membantu mengurangkan tahap hormon tekanan dan hasilnya, mempertingkatkan fungsi imuniti.

Kata Dr Zulkifli, urutan juga mampu mengurangkan tahap dan tempoh kolik pada bayi, selain memperbaiki masalah tidur. Urutan dapat membantu bayi tidur lebih cepat dan kurang terjaga malam.

Dalam satu kajian membabitkan 72 bayi jaundis atau 'penyakit kuning' oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 2000 dan 2001, mendapati bayi yang diurut mengalami peningkatan berat badan berbanding bayi yang tidak diurut. Keadaan itu dikaitkan dengan manfaat nutrisi lebih baik bagi bayi yang diurut.

Penemuan itu konsisten dengan kajian klinikal dibentangkan Dr Field pada 1997, yang menunjukkan terapi sentuhan juga membantu bayi pramatang menambah berat badan lebih cepat, memperbaiki fungsi pernafasan kanak-kanak yang menghidapi asma, manakala bagi kanak-kanak diabetes ia mampu bertindak balas positif terhadap rawatan.

Dr Zulkifli ditemui pada majlis perasmian siri bengkel urutan bayi, Touch atau sentuh, anjuran Johnson's Baby dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad. Program itu yang akan dilaksanakan di lapan negeri seluruh negara, selama tiga bulan bermula Mei, bertujuan mendidik ibu atau bakal ibu mengenai teknik urutan bayi berkesan.

Ibu bapa yang berminat untuk menyertai mana-mana bengkel boleh menghubungi talian bebas tol di 1-300-88-0566 pada waktu pejabat atau mendaftar di laman www.babycenter.com.my/johnsonsbaby/touch.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - GenK

Posted: 07 Mar 2011 09:02 PM PST

Kosmo Online - GenK


Tarian tradisi Sabah, Sarawak

Posted:

Tarian tradisi Sabah, Sarawak

Tarian tradisi Sabah, Sarawak

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
rencana@kosmo.com.my



DARI jauh kedengaran sayup-sayup kiraan satu hingga lapan berulang kali. Kadangkala ia diselangi alunan lagu tradisional Melayu memecah keheningan malam.

Ada masanya muncul laungan serentak lapan ke sepuluh suara bercampur gaul meluahkan ekspresi berdasarkan irama yang ditarikan.

Semakin hampir dengan ruang yang dilengkapi cermin sekeliling setinggi 2.5 meter, kelihatan sosok tubuh seorang wanita menjadi ikon tarian di tengah-tengah bulatan yang dikelilingi sekelompok penari lain.

Di suatu sudut pula seorang jejaka berpeluk tubuh memerhatikan gerak langkah yang disusun oleh anak buahnya sambil membetulkan cermin matanya.

Hampir dua tahun kumpulan itu bersabar mendengar herdikan golongan pesimis yang gemarkan kualiti seni tari luar negara. Sepanjang tempoh itu ahli-ahli di dalamnya bangkit setingkat demi setingkat membuktikan mereka bukan seperti yang diduga.

Presiden Persatuan Adikarma, Valentino Stanley Jogian, 24, tidak sesekali memandang ke belakang dan terus optimis memperjuangkan nasib tarian yang semakin dipinggirkan.

Bangkit daripada kegagalan pada awal usia penubuhan persatuannya, Valentino meletakkan tarian tradisi dari Kepulauan Borneo sebagai taruhan utama setiap kali beraksi.


TARIAN tradisi dari Kepulauan Borneo menjadi taruhan setiap kali beraksi.


"Saya akui kehebatan saya bukan pada tarian tradisional Melayu sebaliknya ilmu yang dikutip sejak di bangku sekolah lagi.

"Kebanyakannya adalah seni gerakan dari negeri asal saya iaitu Sarawak," ujarnya ketika pertemuan pertama di institusi pengajiannya baru-baru ini.

Terkesima apabila dikatakan pasukannya sekadar tangkap muat tatkala beraksi di pentas, Valentino menegaskan kumpulannya sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali persembahan dan terpulang kepada setiap individu untuk melabelkan kualiti yang ditampilkan.

"Kami memandang setiap kritikan dan komen dari sisi positif dan terpulang kepada pihak-pihak tertentu untuk bersuara jika ada isu yang terbuku di hati," tambahnya bersulam wajah ceria.

Karya etnik

Mengangkat tarian tradisi pelbagai suku kaum dari negeri terbesar Malaysia, Sarawak, kumpulan Adikarma yang berpusat di Pulau Pinang semakin berani mengolah karya-karya etnik lampau untuk diadun dengan elemen kontemporari.

"Jarang ada kumpulan di Semenanjung Malaysia yang berminat mengangkat seni tari dari Sabah dan Sarawak untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi walhal rata-ratanya menggemari keunikan dalam gerak tari kedua-dua buah negeri tersebut," katanya yang turut ditemani rakan-rakannya.


WAJAH-WAJAH ahli Adikarma yang menjulang pelbagai tarian unik dari Bumi Kenyalang.


Justeru, keyakinan Valentino memartabatkan seni dan warisan dari Bumi Kenyalang disambut baik oleh masyarakat sekitar malah meraih lebih ramai ahli sejak nama Adikarma melonjak naik di Pulau Mutiara.

"Tarian yang paling digemari adalah etnik orang Ulu, Iban, Melanau dan Bidayuh namun adakalanya kami juga menampilkan tarian masyarakat Melayu Sarawak yang juga terkenal dengan tarian zapin Sebat dan zapin Sindang," getusnya sambil mendemonstrasikan dua langkah asas zapin yang disebutnya.

Ketika ditebak dengan kontroversi yang melanda kumpulannya suatu masa dahulu, Valentino meletakkan segala keperitan silam sebagai panduan untuknya bersama ahli kumpulannya lain maju ke hadapan.

"Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sesama taulan, itu semua asam garam dunia seni dan adalah elok tidak dikenang perkara yang lalu," cerita bakal guru itu penuh berfalsafah.

Kendatipun tiada kursus tari ditawarkan di universiti tempat berasasnya Adikarma, ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang pendidikan semakin bertambah. Keahlian Adikarma kini mencecah 200 orang.

"Bukan semua penari kami ada latar belakang dalam bidang ini dan ramai yang baru bermula dari tahap pertama sejak menyertai Adikarma namun minat yang sama menyatukan kami semua," jelasnya sambil memperkenalkan ahli jawatankuasa setiap unit yang ditubuhnya.

Meletakkan sasaran untuk meneroka lebih banyak tarian eksotik dan unik dari Bumi Kenyalang antaranya dari suku kaum Penan, Kenyah dan Kedayan, Adikarma juga giat menjalankan penyelidikan dan penerokaan tarian etnik Momogun Rungus, Murut, Tidong dan Lundayeh di Sabah dan Brunei.

Mahasiswa berkarya

Selain bidang tarian, Adikarma juga menyediakan platform untuk individu yang meminati bidang lakonan dan pengurusan acara.

Menurut penasihat Adikarma merangkap Pegawai Kebudayaan dan Kesenian Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP), Universiti Sains Malaysia (USM), Zulkifli Che Hussin, Adikarma adalah pertubuhan pelajar yang menyediakan ruang luas untuk mahasiswa berkarya.

"Dengan adanya penyertaan pelajar daripada pelbagai kaum, saya pasti seruan 1Malaysia berjaya disahut dan direalisasikan untuk membentuk gagasan yang bervariasi," ujarnya yang sentiasa mengiringi kumpulan Adikarma menjayakan persembahan di sekitar Pulau Pinang.


PERSEMBAHAN Adikarma mengangkat tarian tradisional dari Sabah dan Sarawak.


Adikarma yang sering menerima pelbagai undangan memeriahkan majlis sama ada di USM bahkan di luar sekalipun aktif menyertai pelbagai pertandingan peringkat amatur mahupun profesional.

"Kalah menang adat bertanding, kami akui usia masih setahun jagung maka istilah malu ditolak ketepi dan memandang setiap aktiviti yang disertai sebagai laluan merintis kejayaan dan meneroka pengalaman," singkap Valentino.

Adikarma yang dalam proses persiapan menjelang program Pengembaran Budaya dengan Universiti De La Salle, Filipina bulan Julai ini turut giat melatih warga baru yang baru mendaftar beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, seorang penari, Nur Afikah Rahman, 21, meletakkan Adikarma sebagai sandaran untuk memajukan diri dalam bidang kokurikulum.

"Pelajar yang cemerlang perlu seimbang daripada semua aspek termasuk kurikulum dan kokurikulum," katanya yang pernah menjadi penari Swatari di bawah syarikat Pak Ngah Production suatu ketika dahulu.

Gimnas kebangsaan, Wan Siti Haniza Wan Izahar, 21, yang turut berjinak-jinak dalam dunia tarian kini menyahut usaha yang dilakukan Adikarma.

"Banyak yang telah saya pelajari sejak bersama Adikarma, bukan sekadar memahirkan saya dalam bidang tarian malah membina keyakinan diri tampil di khalayak," tambahnya yang kini menuntut dalam jurusan komunikasi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Saya tahu sukarnya jadi orang miskin' - Michael

Posted:

'Saya tahu sukarnya jadi orang miskin' - Michael

'Saya tahu sukarnya jadi orang miskin' - Michael

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


MICHAEL pernah menerima mesej ugutan daripada ah long yang dikirim melalui sistem pesanan ringkas (SMS).


MEMEGANG jawatan sebagai Ketua Biro Pengaduan Awam MCA selama 24 tahun membuatkan nama Datuk Michael Chong sentiasa meniti di bibir masyarakat yang memerlukan khidmat beliau.

Bukan sahaja terhad kepada kaum Cina, bahkan biro yang diterajui beliau sejak tahun 1987 itu turut menjadi pilihan kaum Melayu dan India bagi mengadu masalah yang dihadapi mereka.

Bermula daripada sekecil-kecil kes seperti masalah sampah dan banjir, hinggalah melibatkan kes penipuan dalam jumlah yang besar, pembuli jalan raya serta kekejaman ah long terhadap peminjamnya, Michael berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.

Malah, di kalangan media beliau amat disenangi lantaran sikapnya yang mudah mesra dan pandai bergurau, sekali gus menjadikan sesi sidang akhbar berjalan lancar.

Namun, di sebalik kemasyhuran beliau, mungkin ramai yang tidak tahu liku-liku kehidupan yang ditempuhi Michael sewaktu zaman remajanya. Peluang berkongsi kisah hidup beliau dalam satu pertemuan dengan Kosmo! di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini memberi satu perspektif baru terhadap figura berusia 62 tahun itu.

Michael merupakan anak sulung daripada enam adik-beradik. Beliau dilahirkan di Batu Gajah, Perak dalam keluarga yang susah. Bapanya cuma seorang tukang sapu di sekolah manakala ibunya bekerja mengambil upah mencuci pakaian.

Beliau menetap di Batu Gajah sehingga berusia enam tahun sebelum keluarganya berpindah ke Batu Arang di Selangor. Michael memulakan alam persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Batu Arang. Selepas itu beliau menyambung persekolahan di Sekolah Methodist Lelaki sesi petang di Kuala Lumpur.

Kehilangan bapa

"Pada zaman remaja saya selalu sakit dan lemah. Pada usia saya 17 tahun, bapa saya meninggal dunia akibat kanser. Apa yang menyedihkan ketika itu kami sekeluarga hanya mempunyai wang sebanyak RM17 dan ia tidak mencukupi untuk mengkebumikan bapa dengan sempurna.

"Ketika bapa sakit, semua duit yang ada habis digunakan untuk berubat dan kebanyakan bomoh yang kami temui adalah penipu. Peristiwa itu begitu berbekas di hati dan tidak mampu saya lupakan hingga ke saat ini," imbau Michael sambil memberitahu adiknya yang paling kecil berusia enam tahun ketika kematian bapanya.

Sejak itu, beliau bertekad untuk mencari kerja bagi membantu meringankan beban keluarga. Ladang Socfin milik sebuah syarikat dari Perancis menjadi lokasi pertamanya bekerja.



Mengambil upah memotong lalang secara separuh masa membolehkan Michael mendapat upah RM1.50 sehari. Walaupun dibayar dengan gaji yang kecil, beliau tidak pernah merungut dengan tugas tersebut.

Selepas beberapa bulan, Michael mendapat kerja yang lebih baik sebagai pembantu makmal di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman di Batu Arang. Ketika itu gajinya hampir RM70 sebulan.

"Saya bekerja di sana selama tujuh tahun. Kemudian pada tahun 1974, saya merantau ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib mencari peluang kerja yang lebih baik.

"Di kota saya melakukan beberapa pekerjaan seperti jurujual di Bangsar dengan menjual barangan berupa penyedut hampagas. Setahun selepas itu, saya bekerja di syarikat insurans pula. Masa itu kehidupan saya amat susah kerana duit tidak cukup," jelas Michael yang pernah melalui pengalaman kereta ditarik kerana ansuran yang tidak berbayar.

Keadaan itu juga membuatkan kehidupan Michael ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagaimanapun, semua cabaran itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus berusaha menjadi manusia yang berguna.

Pada bulan Ogos 1980, Michael berpeluang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada seorang wakil rakyat, Lee Kim Sai (kini bergelar Tan Sri dan bekas Menteri Kesihatan) di Rawang.

Boleh dianggap selesa dengan jawatan yang diperoleh, namun Michael masih tidak boleh menarik nafas lega kerana perselisihan yang berlaku dalam kem MCA pada tahun 1983. Lebih teruk, beliau dipecat kerana sebab tertentu.

Tiga tahun kemudian, beliau kembali bekerja di ibu pejabat MCA sebagai Pegawai Perhubungan Awam Harta MCA. Apabila Michael berjaya membuktikan kemampuan dalam menyelesaikan masalah, kepimpinan parti mengambil keputusan untuk menubuhkan Jabatan Perkhidmatan dan Aduan Awam pada September 1987.



Michael sekali lagi diberi tugas baru iaitu mengetuai Biro Pengaduan Awam MCA yang bertanggungjawab memberi khidmat bantuan kepada masyarakat.

"Presiden MCA ketika itu, Tan Koon Swan (November 1985 hingga September 1986) yang mengarahkan saya untuk mengetuai biro tersebut. Justeru, saya sangat berterima kasih kepada beliau di atas kepercayaan yang diberikan.

"Bagi saya prinsip yang digunakan dalam melaksanakan tugas ini ialah kerja berpasukan. Apabila saya buat apa-apa kerja, ia bukan semata-mata tugas saya seorang tetapi amanah daripada pemimpin atasan sehingga ke akar umbi," tegas Michael yang mengakui bertuah kerana turut mendapat sokongan media dalam menjalankan tugas walaupun pada mulanya mereka berasa sangsi dengan ketelusan lelaki itu.

Apa yang penting, ujar bapa kepada empat cahaya mata tersebut setiap kerja yang dilakukan perlu ikhlas kerana tanpa faktor tersebut, seseorang itu tidak mampu untuk bertahan lama.

Di samping itu, kesusahan hidup yang dialami juga mendorong Michael untuk sentiasa membantu golongan yang memerlukan.

"Saya tahu bagaimana sukarnya menjadi orang miskin. Jadi, saya faham perasaan mereka yang berada dalam situasi berkenaan. Disebabkan itulah, saya sangat mencintai kerja ini kerana dapat berbakti kepada masyarakat," ungkap Michael yang sentiasa bersemangat dan komited terhadap tugasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bakal jurutera ke tanah Sakura

Posted:

Bakal jurutera ke tanah Sakura

Bakal jurutera ke tanah Sakura

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


KAMI BOLEH. Demikian ungkapan 120 pelajar yang dijadualkan berangkat ke Jepun untuk mengikuti jurusan kejuruteraan yang dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Jepun pada penghujung Mac ini selama lebih kurang empat tahun.


MOHAMAD Ashraf Zulkaple, 20, terlalu obses dengan Jepun. Tanyalah apa saja tentang negara Matahari Terbit itu. Baik kebudayaan, politik, perundangan, kumpulan etnik mahupun fesyen terkini, dia mampu menjawabnya dengan mudah.

Kata Mohamad Ashraf, apabila melangkah ke menara gading, dia memilih mengikuti Program Rancangan Persediaan Khas Ke Jepun (RPKJ) di Universiti Malaya (UM). Minat yang mendalam, akhirnya membolehkan Mohamad Ashraf mampu membaca dan fasih bertutur bahasa Jepun dalam masa setahun.

Berpuluh tahun menunggu, pada penghujung Mac ini dia dijadualkan menyambung pengajian di negara yang didirikan oleh Maharaja Jimmu pada abad ke-7 itu.

Pada 10 Februari lalu, Mohamad Ashraf menerima Sijil Tamat Kursus RPKJ. Bukan dia seorang saja tetapi 119 pelajar yang lain turut memperoleh sijil yang sama. Kesemua 120 pelajar itu akan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai kursus kejuruteraan di beberapa universiti di Jepun.

"Alhamdulillah, impian saya telah jadi kenyataan, jika selama ini hanya melihat Jepun di alam maya, dalam masa beberapa hari lagi saya akan ke sana," katanya yang bakal melanjutkan pengajian di Universiti Tokyo pada penghujung Mac dalam bidang kejuruteraan mekanikal selama empat tahun.

Dia juga memukau ratusan hadirin yang hadir apabila diberi penghormatan menyampaikan ucapan alu-aluan mewakili pelajar lain dalam bahasa Jepun.

Pro Canselor UM, Toh Puan Dr. Aishah Ong; Naib Canselor UM, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon dan Menteri yang juga Timbalan Ketua Delegasi Kedutaan Jepun di Malaysia, Koichi Ito juga melahirkan kekaguman mereka dengan kepetahan anak jati Johor itu.

Faten Hakim Mohamad Zaini, 20, turut merasai perasaan yang sama dengan Mohamad Ashraf. Lebih bermakna, apabila Faten diumumkan sebagai penerima Hadiah Buku Lembaga Tabung Amanah Sojitz, Anugerah Khas Pelajar dan hadiah kehadiran terbaik.

Belajar bersungguh-sungguh

Pelajar lain yang turut menerima Anugerah Khas Pelajar ialah Marliza Madung, Mohd. Fadhli Azhari, Muhammad Affan Othman termasuk Mohamad Ashraf.

Selain itu, majlis itu turut menyaksikan 13 orang berjaya menerima bagi Hadiah Pemenang Peraduan Esei Tabung Amanah Sojitz.

"Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan peluang yang diberikan tak akan disia-siakan begitu saja," ujar Faten Hakim. Dia bakal menjadi graduan Universiti Nagoya dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia.

Dalam pada itu, Dr. Aishah dalam ucapannya berkata, 120 pelajar ini merupakan kumpulan ke-28 yang akan berlepas ke Jepun bagi melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang kejuruteraan di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Katanya, matlamat utama pelajar itu dihantar ke negara itu supaya warganegara Malaysia dapat meniru kejayaan negara Jepun dalam bidang perindustrian, pengurusan, perniagaan dan menerap budaya kerja yang berdisiplin selari dengan Dasar Pandang Ke Timur ilham mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Menjadi harapan kita agar para pelajar kita dapat menerapkan nilai-nilai baik untuk kemajuan kendiri dan negara di samping menjalankan misi utama iaitu memindahkan teknologi moden ke negara ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA, Datin Rosslina Ahmad Mokhtar mengumumkan berita gembira.

"Para pelajar yang cemerlang boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana di Jepun dengan tajaan dan apa yang perlu dilakukan ialah dengan membuat permohonan kepada kami.

"Justeru, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan berbaktilah kepada negara sejurus selepas tamat belajar," ujarnya.

Sebelum majlis bersurai, Koichi Ito berkata kepada semua pelajar dan kemudian bunyi tepukan gemuruh bergema : "Nippon e yokoso, isshoukenmei benkyou shiteo kudasai (Selamat datang ke Jepun, silalah belajar bersungguh-sungguh)."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 07 Mar 2011 08:38 PM PST

Harian Metro: Hati


Tak gentar dilambung badai

Posted: 07 Mar 2011 07:55 AM PST

SETIAP pagi dia menghantar anaknya ke sekolah dan selepas itu dia ke laut pula menangkap ikan. Dia nelayan yang agak jarang ditemui kerana dia adalah nelayan wanita!

Ramai yang tidak tahu nama sebenarnya ialah Fauziah Yahya kerana dia sering dipanggil sebagai Siah. Siah dan abangnya, Isa sering bekerja sama mensasarkan tangkapan ketam, ikan bebolos dan udang lantas itu membuatkan orang kampung mencari mereka sekiranya mahukan ketiga-tiga hasilan laut itu.

Siah, 34, memang masih muda tetapi pengalamannya ke laut agak banyak kerana ia bermula sejak kecil.

Anak ketiga daripada lapan beradik itu mula mengikut arwah bapanya ke laut ketika usianya 10 tahun. Ketika itu mereka sekadar menggunakan sampan berdayung, tidak berenjin seperti sekarang. Memang Siah anak yang rapat dengan arwah bapanya.

Pengalaman yang ditimba itu membuat Siah arif mengenai laut. Bukan sahaja mengenai hasilan laut tetapi perkara yang berkaitan seperti angin, ribut, jaring, bot dan cerita alam yang lain. Manakan tidak, laut terletak betul-betul di belakang rumah ibunya.


"Pada setiap hasil laut, jenis jaring sentiasa berbeza. Jaring untuk ikan bebolos contohnya, bentuknya lebih halus, panjangnya 900 meter, saya boleh siapkan dalam masa dua hari sahaja.

"Jaring udang pula lebih pendek, satu hari tiga keping boleh siap," cerita Siah sambil menambah, dalam tempoh dua minggu, dia boleh menyiapkan 20 keping jaring.

Menurutnya, jaring kena selalu ditukar kerana cepat rosak dan menghasilkannya sendiri lebih berbaloi kerana jaring sedia ada yang dibeli ada kalanya agak mahal.


Dunia orang laut selalunya difahami oleh orang laut sahaja. Sebagai orang yang asing mengenai dunia laut, memang seronok mendengar dia bercerita mengenai pengetahuan dan pengalamannya.


"Kena kenal pasti sama ada air kecil atau air besar. Begitu juga sama ada arus ada atau tidak. Biasanya sekiranya air tiada arus, ikan tiada.

"Kalau air besar, ada rezeki untuk kami. Begitu juga teknik menebar jaring. Ketam di bahagian tepi dan jaring ditebar melintang. Ikan bebolos pula ditebar menegak dan ke tengah sedikit," katanya.


"Pergi ke laut kena tengok keadaan air. Air surut waktu yang sesuai untuk memulakan kerja kerana walaupun surut, ikan lebih banyak. "Paling kurang setiap kali kami mendapat tujuh hingga lapan kilogram sehari. Ikan bebolos dijual RM10 sekilogram," katanya.

Menurut emak Siah, Halimah Baba, 61, mungkin disebabkan arwah suaminya dahulu seorang nelayan maka semua anak-anaknya suka ke laut walaupun mereka ada pekerjaan lain. Sekiranya tidak ke laut pun ada yang minat memancing.


Halimah sendiri mengusahakan ikan kering untuk dijual kepada orang kampung. Pelbagai ikan digunakannya seperti anak tamban dan gelama.

"Ikan direndam air garam dahulu kemudian dijemur sehingga kering. Tempoh mengering mengambil masa tiga hingga empat hari dan mesti di bawah cuaca yang benar-benar panas.


"Dahulu kami mempunyai dua bot tetapi sekarang tinggal sebuah sahaja kerana dicuri orang. Kenalah tempah yang baru.


"Dahulu sebelum bot hilang, enjin pun pernah hilang. Inilah cabaran sebagai penangkap ikan. Jaring koyak dan sebagainya adalah rempah ratus kehidupan sebagai nelayan," katanya.


Di laut, berada di atas bot masing-masing, nelayan saling bertegur sapa dan kenal mengenali. Memang ada yang terkejut melihat seorang perempuan berada di tengah laut menangkap ikan tetapi Siah sudah biasa dengan keadaan itu.

Walaupun melaksanakan kerja jarang dilakukan oleh kaum hawa tetapi orang kampungnya, Kampung Pantai Hilir, Melaka, menganggap apa yang dilakukan ibu dua anak itu sebagai perkara biasa.

"Saya memilih bidang ini kerana memang sangat sukakan laut. Entahlah, tak tahu kenapa tetapi jiwa saya memang sangat menyukai laut.

"Pernah mencuba bekerja dengan orang tetapi rasanya tidak sesuai dengan jiwa saya. Laut juga yang saya ingat selalu.

"Dari dahulu lagi, balik sekolah saya mesti mengikut bapa ke laut. Begitu juga selepas balik kerja. Jadi lebih baiklah saya buat pekerjaan ini," katanya sambil merenung laut yang redup di hadapan kami.

Ke laut menangkap ikan ternyata dunia yang dicintai wanita bertubuh kecil ini. Kerjanya bukan mudah bagi kebanyakan wanita, menolak bot ke laut, mengemudi dan kemudian menebar jaring. Ia memerlukan kemahiran dan pengalaman tinggi tetapi Siah berjaya melakukannya.


Suaminya, Mohd Nazri Husin, 37, dahulu pernah tidak membenarkan Siah ke laut kerana bimbangkan keselamatannya tetapi apabila dia tetap meminta izin akhirnya si suami membenarkan.

"Cuma waktu mengandung saya berhenti seketika ke laut tetapi selepas itu sambung semula. Ketika mengandung itu saya menolong kerja membersih ikan dan membantu emak membuat ikan masin.

"Anak perempuan saya juga nampaknya mempunyai minat sama seperti saya. Suka sangat ke laut," katanya.


Laut bukan sahaja tempat Siah menambah rezeki tetapi hatinya seronok, puas dan gembira berada di situ. Membesar dalam keluarga nelayan, pengalaman Siah memang pelbagai, antaranya dia pernah karam apabila bot dinaiki bersama arwah bapanya dipukul ombak.


"Ketika itu saya berumur 10 tahun dan ingat lagi, saya kena berenang ke tepi untuk menyelamatkan diri," katanya.


Belum lagi kisah dilanda ribut yang melandanya tiba-tiba.

"Waktu pergi air tenang dan cuaca baik. Tiba-tiba sahaja ribut melanda. Terpaksa lari ke pantai selamatkan diri dan potong jaring yang sudah ditebar ke laut.

"Memang bab cuaca susah hendak dijangka jadi kami kena sentiasa bersedia," katanya.


Sekiranya ke laut, Siah membawa peralatan lengkap seperti pisau dan playar kerana itu diperlukan sekiranya perlu memotong jaring di kala kecemasan. Rezeki nelayan memang tidak menentu. Ada kala banyak, ada kala sedikit, ada kala terlalu sedikit.


"Sekiranya terlalu sedikit, ia menjadi makanan keluarga sahaja. Tidak dapat dijual kepada orang kampung. Tetapi biasanya anak ikan sentiasa ada jadi kami boleh membuat ikan kering yang ada pengikutnya sendiri.


"Seronok apabila dapat menaikkan ikan, puas sangat rasa hati," pengakhir kata Siah sambil memeluk anak lelaki bongsunya yang sentiasa manja di sisi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua 'singa' seri parti piza

Posted: 07 Mar 2011 07:52 AM PST

MENERUSI semangat 1Malaysia, Domino's Pizza membawakan tarian singa dan parti piza untuk penghuni Sinthamani Divine Life Ashram, baru-baru ini.

Kanak-kanak terpegun melihat persembahan tarian singa di rumah anak yatim itu.


Untuk masyarakat Cina, tarian itu membawa tuah, kegembiraan dan kemakmuran untuk penghuni rumah.

Kumpulan itu terus menghiburkan kanak-kanak dengan gerakan akrobatik serta berpeluang bermain-main dengan dua 'singa' pelbagai warna itu.


Pengurus Pemasaran Domino's Pizza, Hasfahlinda Mohamed Hassan, berkata, sambutan Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Deepavali sudah menjadi perayaan semua kaum tanpa mengira latar belakang bangsa, budaya dan agama.


"Untuk menambah keseronokan, tarian singa dan parti piza juga satu acara memupuk keharmonian dan bertolak ansur di negara ini," katanya.

Warden rumah berkenaan, M Selvarajan, berkata kehadiran Domino's Pizza dan kumpulan tarian singa memang menarik.


"Bagi kanak-kanak ia satu pengalaman pertama mereka menikmati piza dengan persembahan tarian singa," katanya.

Menempatkan kanak-kanak serta ibu tunggal dan orang tua, Sinthamani Divine Life Ashram kini memiliki 65 individu terdiri daripada 45 kanak-kanak seawal usia setahun. Ada kira-kira 20 orang dewasa di rumah perlindungan berkenaan dan ada penghuni mencecah usia 70 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 07 Mar 2011 03:13 PM PST

Kosmo Online - Komuniti Kita


Hari Kitar Semula di HKL

Posted:

Hari Kitar Semula di HKL

Hari Kitar Semula di HKL



KITAR SEMULA. Jabatan Obstretrik dan Ginokologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) menganjurkan Hari Kitar Semula di hospital itu baru-baru ini.

Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain berkata, program tersebut bertujuan membantu mengurangkan perbelanjaan hospital dalam urusan penyelenggaraan sampah.

Menurutnya, program itu juga bertujuan mendidik dan menerapkan amalan kitar semula di kalangan masyarakat dan kakitangan hospital itu bagi memelihara persekitaran terutama di HKL.

"HKL menyediakan tempat pengumpulan sampah untuk di kitar semula kepada orang awam dan pihak HKL tidak mengambil sebarang keuntungan daripada aktiviti tersebut," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 universiti sertai 'Cabaran Perubahan Sosial' DiGi

Posted:

13 universiti sertai 'Cabaran Perubahan Sosial' DiGi

13 universiti sertai 'Cabaran Perubahan Sosial' DiGi


ROHANI (berdiri lima dari kiri) dan Clausen (belakang tengah) bersama peserta 'Cabaran Perubahan Sosial' anjuran DiGi di Shah Alam baru-baru ini.



PERTANDINGAN. Sebanyak 13 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyertai pertandingan 'Cabaran Perubahan Sosial' anjuran DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) di Shah Alam baru-baru ini.

Pada pertandingan itu, peserta dikehendaki mencipta satu laman web untuk membantu masyarakat mempromosi produk mereka melalui perkhidmatan Pusat Komuniti Broadband Centre (CBC) DiGi.

Universiti Sains Malaysia menerima anugerah khas penghormatan terbaik dan menerima hadiah RM10,000.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Rohani Abdullah. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif DiGi, Henrik Clausen.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda UMNO, KPTM bantu warga emas lumpuh

Posted:

Pemuda UMNO, KPTM bantu warga emas lumpuh

Pemuda UMNO, KPTM bantu warga emas lumpuh


SOHAIMI (dua dari kanan) menyerahkan kerusi roda kepada Mek di rumahnya di Kampung Kubang Sawa, Tumpat baru-baru ini.



SUMBANG. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) menyampaikan sumbangan kerusi roda beserta barangan keperluan lain kepada seorang warga emas lumpuh, Mek Mahmmod, 87, di Kampung Kubang Sawa, Tumpat baru-baru ini.

Exconya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sumbangan berkenaan merupakan lanjutan daripada lawatan kali pertama pihaknya ke Tumpat bulan lalu.

"Ini merupakan satu program kemasyarakatan atau mesra rakyat yang lebih kepada memahami dan mengetahui permasalahan yang berlaku dan berusaha membantu mereka," katanya.

Katanya, program itu dilaksanakan sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang mahu Pergerakan Pemuda UMNO terus mendekati rakyat sehingga ke akar umbi dengan konsisten.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 07 Mar 2011 01:47 PM PST

Utusan Online - Keluarga


Mia Sara si permata yang bersinar

Posted:

Mia Sara si permata yang bersinar

Mia Sara si permata yang bersinar

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH



KALAU disebut pelakon cilik yang paling popular dan dikenali ramai waktu ini, tanpa ragu nama Mia Sara pasti akan terpacul dari bibir.

Kenyataan itu memang ada benarnya kerana kalau diperhatikan ketika ini, tiada pelakon kanak-kanak yang dilihat begitu menyerlah dan popular dalam sekelip mata seperti mana yang dikecapi oleh Mia Sara atau nama sebenarnya, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 5.

Lebih mesra disapa Mia, si comel ini mula meraih perhatian ramai sewaktu membintangi drama bersiri Adamaya yang menggandingkannya bersama Lisa Surihani dan Syed Hussein tahun lalu.

Selepas kejayaan drama bersiri itu, Mia terus menjadi rebutan para penerbit filem dan drama untuk membintangi karya mereka. Antara drama yang sudah dibintangi Mia adalah Epilog Syurga Cinta, Tiramisu, Zoo The Series dan terbaru, Begitukah Cinta.

Tahun ini juga peminat akan dapat menyaksikan keletahnya dalam dua buah filem yang bukan calang-calang iaitu Nur Kasih The Movie dan Sekali Lagi.

Biarpun baru berusia lima tahun, kepetahannya berbicara dan keyakinan dirinya yang cukup tinggi di hadapan kamera membuatkan ramai yang tertarik serta terkesima dengan keberkesanan lakonannya.

Barangkali ramai yang tidak tahu, pada usianya yang lima tahun itu, Mia masih belum boleh membaca dengan baik tetapi dia dikurniakan dengan akal fikiran yang sangat tajam sehinggakan dia mampu menghafal skrip dengan baik.

Semuanya hasil daripada bantuan sama ada daripada bapanya, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, 36, pembantu peribadi mahupun pengurus produksi yang akan membacakan dialog kepada Mia untuk dihafalnya sebelum memulakan penggambaran.

"Memang susah sangat Mia nak baca skrip. Bila orang bacakan, Mia akan ulang balik apa yang mereka cakap dan Mia akan hafal. Susah tau sebenarnya nak berlakon ni. Berlakon sebab minat sangat. Tapi, bila besar Mia nak jadi doktor haiwan sebab Mia suka sangat dengan haiwan," luah Mia panjang lebar dan penuh jujur saat diajukan dengan beberapa pertanyaan ringkas.

Memandangkan Mia masih kecil dan merupakan seorang kanak-kanak aktif, perbualan pada petang itu lebih banyak dihabiskan bersama bapanya yang lebih mesra disapa dengan panggilan Ridz.

Sambil memandang ke arah Mia yang sibuk bermain dengan abangnya, Muhamad Danish Hilmi, 7, Ridz memberitahu, dia memang tidak mahu Mia menjadi pelakon.

Dengan penuh tegas dia menjelaskan dia langsung tidak menggalakkan anaknya menceburi bidang lakonan.

Sebaliknya, dia lebih selesa seandainya Mia hanya membintangi iklan komersial yang sebenarnya telah membuka jalan buat Mia sehingga dikenali seperti hari ini.

Dalam pertemuan itu juga, Ridz dengan penuh rendah diri memohon agar wajahnya dan anak-anaknya yang lain selain Mia tidak dirakamkan.

"Dunia seni ini sebenarnya penuh pancaroba dan cabarannya sangat hebat.

"Saya bimbang kalau tanpa pengawasan yang teliti, Mia akan hanyut dalam dunia seni yang bukanlah seindah yang disangka.

"Saya sendiri terpaksa bertegas dan berkeras dengan Mia apabila bercakap dengannya jika hendak dibandingkan dengan anak-anak saya yang lain.

"Selagi Mia diminati dan permintaan terhadapnya terus tinggi, saya akan membenarkan Mia menjadi seorang pelakon.

"Tetapi, bila sampai waktunya kelak, saya akan memikirkan masa depannya pula," ujar Ridz dalam nada yang serius.

Tidak jual anak

Sekadar menyingkap sejarah pembabitan Mia dalam dunia seni, si kecil yang dilahirkan pada 30 September 2005 itu mula membintangi iklan Bank Islam ketika usianya dua tahun.

Iklan-iklan lain yang pernah dibintangi Mia adalah Softlan, Astro B.yond, Sustagen, TM dan banyak lagi.

Biarpun Mia kini merupakan salah seorang bintang yang cukup bersinar dan menjadi kesayangan ramai, Ridz tidak mahu anaknya terus leka dengan arus glamor.

Sebagai bapa, sudah menjadi tanggungjawab Ridz untuk memastikan Mia tidak tersasar daripada landasan.

Malah, Ridz juga cukup sedar sudah menjadi resmi untuk setiap pelakon kanak-kanak yang pasti akan disayangi dan meraih perhatian ramai pihak.

Tetapi, apabila mereka mula meningkat dewasa, barangkali perasaan itu sudah jauh berbeza dan tidak semestinya mereka akan terus diminati seperti mana ketika mereka kecil.

Namun begitu, Ridz meluahkan kekesalan apabila ada yang beranggapan bapa sepertinya terlalu menggalakkan anak yang masih kecil untuk berlakon sehingga dilabelkan seperti mahu menjual anak.

"Allah telah mengurniakan saya dengan seorang anak dan memberikan rezeki menerusi Mia dengan bakat yang ada dalam dirinya itu. Mana ada bapa yang tidak sayang kepada anaknya sehingga mahu menjual anaknya dan mengerah semua tenaga semata-mata untuk mencari rezeki.

"Maaf, saya bukan seperti segelintir ibu bapa yang dilihat terlalu berlebihan sehingga mendesak anak mereka menjadi seorang artis. Dalam konteks ini, saya tidak pernah memaksa Mia tetapi ia adalah keputusannya sendiri yang mahu menjadi seorang pelakon.

"Dalam apa jua hal sekali pun, saya akan berbincang dan bertanya sendiri dengan Mia sama ada dia mahu berlakon dalam satu-satu projek atau tawaran yang diterima

"Kadang-kala saya kasihan melihatnya yang perlu berada di lokasi penggambaran sehingga lewat pagi sedangkan ketika itu adalah waktu tidur bagi kanak-kanak seusianya.

"Bukan soal wang yang menjadi keutamaan tetapi saya harus memikirkan tentang diri Mia terlebih dahulu berbanding perkara lain terutama bab kesihatan dan pemakanannya.

"Malah, saya tidak lokek untuk berbelanja lebih membeli makanan kesihatan dan vitamin agar Mia sentiasa berada dalam kesihatan yang baik," kata Ridz yang mempunyai perniagaan sendiri.

Setanding

Atas alasan itu jugalah, Ridz dengan penuh jujur dan terus-terang memberitahu, harga bayaran untuk Mia diletakkan setanding atau hampir menyamai seorang pelakon dewasa.

Membicarakan tentang hal itu, Ridz mempunyai justifikasinya sendiri apabila dia memberitahu walaupun Mia seorang kanak-kanak, tetapi, dia seharusnya diberi layanan sama rata dengan pelakon lain dalam sebuah drama mahupun filem.

Walau bagaimanapun, Ridz enggan mendedahkan jumlah bayaran yang telah ditetapkan untuk anaknya itu untuk disiarkan.

"Tetapi, apa yang boleh saya katakan, harga untuk filem, drama bersiri dan telemovie, semuanya berbeza. Bukan soal demand tetapi saya melakukannya dengan sebab tersendiri kerana mahu Mia dibayar setimpal dengan bakat serta tenaganya yang telah digunakan.

"Pernah satu ketika, sebuah syarikat produksi mahu membayar Mia daripada duit lebihan bajet yang telah diperuntukkan. Bukankah itu keterlaluan namanya? Tidak kira watak utama atau pembantu, bayaran haruslah dibayar sewajarnya.

"Ada juga produksi yang hanya menanam tebu di pinggir bibir apabila janji tidak dikotakan seperti mana yang dipersetujui sebelum ini. Apabila sampai di lokasi, semuanya menjadi lain. Jadi, daripada situ saya belajar dan perlu mempertahankan hak anak saya sebagai seorang pelakon.

"Dalam hal ini juga, saya terbuka kepada perbincangan dan tolak-ansur. Itu semua boleh dibawa berbincang. Setakat ini, saya tidak berdepan dengan sebarang masalah besar dari produksi yang pernah bekerjasama dengan saya," jelasnya penuh diplomasi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelakon kanak-kanak bukan tempelan

Posted:

Pelakon kanak-kanak bukan tempelan

Pelakon kanak-kanak bukan tempelan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

SEPERKARA lagi yang amat ditekankan oleh bapa Mia Sara Nasuha iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh atau Ridz adalah tentang skrip dan watak yang ditawarkan kepada anaknya itu.

Memang benar katanya, bagi pelakon kanak-kanak barangkali agak sukar untuk menjadi begitu memilih. Tetapi baginya, tidak mustahil untuk seorang kanak-kanak memberikan persembahan terbaik dalam setiap lakonannya.

"Pelakon kanak-kanak bukan tempelan. Mereka juga adalah pelakon yang sebenar. Kenaifan mereka selalunya akan membuatkan mereka jujur dalam memberikan lakonan yang mampu meninggalkan impak besar.

"Seboleh-bolehnya, saya mahu memberikan sumbangan bukan hanya untuk dirinya dan masyarakat tetapi juga mengharumkan negaranya seperti mana kejayaan yang pernah dilakar oleh Allahyarham Bat Latiff dan Aziz M. Osman di luar negara.

"Setidak-tidaknya masyarakat luar tahu dan dapat melihat negara kita sebenarnya mempunyai pelakon kanak-kanak yang berbakat besar.

"Saya tidak hanya bercakap untuk Mia sahaja, tetapi juga mewakili mana-mana pelakon cilik yang lain," ujar Ridz.

Apa yang dikatakan oleh Ridz itu memang ada kebenarannya. Walaupun masih muda dan barangkali mentah dalam bidang lakonan, bakat pelakon kanak-kanak tidak seharusnya dipandang enteng.

Sejarah juga sudah membuktikan pelakon kanak-kanak tempatan juga memiliki bakat luar biasa sehingga diiktiraf sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Asia Pasifik.

Bermula dengan kejayaan Wan Hussain pada tahun 1954 yang memenangi anugerah itu menerusi filem Mega Mendung dan kemudiannya diikuti dengan Tony Castello yang telah memberikan persembahan mantap dalam filem Anakku Sazali pada 1957.

Kemudian, muncul pula Bat Latif dan siapa yang dapat melupakan lakonan bersahaja beliau dalam filem Nujum Pak Belalang sehingga mampu diiktiraf di Festival Filem Asia Pasifik di Jepun pada tahun 1960.

Empat tahun kemudian, Bat Latif mengulangi kejayaan serupa menerusi filem Gerhana arahan Datuk Jamil Sulong pada tahun 1964.

Hanya 12 tahun selepas itu, Malaysia sekali lagi diangkat di mata dunia menerusi lakonan Aziz M. Osman dalam filem Sayang Anakku Sayang dan sehingga kini, tiada lagi pelakon kanak-kanak yang menerima pengiktirafan tertinggi itu.

Seniman-seniman terdahulu telah menjadi perintis serta membuka peluang kepada anak-anak seni cilik yang lain untuk menceburi bidang seni sehingga ada yang dapat bertahan sehingga ke hari ini.

Bakat mereka juga dipandang tinggi oleh Festival Filem Malaysia (FFM) yang turut memperkenalkan kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik bermula pada FFM2 (1981) dengan menyaksikan Norasnizah Zaidi menjadi pemenang pertama menerusi filem Langit Tidak Selalu Cerah.

Wajar dijadikan contoh

Pemenang-pemenang seterusnya menjadi milik Zul Zamrin Huri yang memenanginya untuk filem Kami pada tahu 1982, Dino M. Borhan (Di Ambang Kasih - 1984), Mohd. Hazliludin (Roda-Roda - 1986), Fazrideen Fadzil (Rahsia - 1987), Norshuhaiba (Oh Fatimah - 1989) dan Noramarina Zulkifli (Fenomena - 1991).

Seterusnya, Siti Hani Nurzara yang merupakan anak kepada produser dan pengarah wanita terkenal, Julie Dahlan memenanginya pada tahun 1992 bagi filem Harry Boy, Ahmad Danial Hazly (Berlari Ke Langit - 2004), Shawn Lee (Ah Lok Kafé - 2005), Syafie Naswip (Mukhsin - 2007), Erynne Erryna (Congkak - 2008), Hadziq (Syurga Cinta - 2009) dan Fimie Don (Magika - 2010).

Selain daripada barisan pemenang anugerah ini, ada juga beberapa orang pelakon yang memulakan karier mereka sejak kecil masih lagi bertahan sehingga hari ini.

Pelakon kecil molek, Nor Azemi Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Tam merupakan antara pelakon kanak-kanak yang masih aktif meneruskan legasi seninya sehingga ke hari ini.

Begitu juga dengan tiga adik-beradik terkenal, Nasrizal, Nasreen dan Ngasriah Ngasri atau lebih dikenali dengan panggilan Bell, Darling dan Anne yang sehingga kini terus menjadi pilihan penerbit untuk membintangi drama-drama tempatan.

Walaupun wajah mereka jarang ditonton di layar lebar, tetapi, mereka tetap laris sebagai pelakon drama yang telah menyerlahkan nama mereka dari kecil sehinggalah ke hari ini.

Bell misalnya, pernah membintangi filem Kaki Bakar arahan U-Wei Shaari yang telah mengharumkan nama negara di peringkat dunia sekitar pertengahan tahun 90-an.

Begitu juga dengan dua adiknya, Darling dan Anne yang memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 1997 dan 1993 masing-masing bagi drama Selamat Hari Jadi Su 3 dan Anak Angkat.

Darling bukan hanya dikenali sebagai pelakon tetapi telah mengorak langkah setapak langkah lagi dalam karier seninya apabila sudah bergelar penerbit drama menerusi syarikat Nasridz Pictures Sdn. Bhd.

Kejayaan mereka yang memulakan karier pada usia yang cukup muda wajar dijadikan contoh kepada kanak-kanak lain yang mahu menjadikan bidang seni sebagai sumber rezeki.

Tetapi, mereka juga harus sedar dan ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memantau serta membimbing mereka agar tidak sesekali mengabaikan pelajaran.

Bisnes hiburan tempatan tidak selalunya menjanjikan kemewahan dan populariti yang berpanjangan kerana industri seni bukan seperti di Hollywood yang dapat menampung kehidupan untuk jangka masa panjang hanya dengan sekali berlakon sahaja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List