gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Johor

Posted: 17 Mar 2011 09:29 AM PDT

Utusan Online - Johor


Galeri MBJB mudahkan pelancong

Posted:

Galeri MBJB mudahkan pelancong

Galeri MBJB mudahkan pelancong

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
editjohor@utusangroup.com.my


Sebahagian cenderamata dan hadiah lama yang dipamerkan dalam Galeri MBJB di Jotic, Johor Bahru.


JOHOR BAHRU 16 Mac – Mungkin tidak semua rakyat Johor tahu sepenuhnya mengenai sejarah bandar raya ini yang kini sudah berusia lebih 150 tahun sejak ia mula dibuka oleh Temenggung Daeng Ibrahim dengan nama Bandar Iskandar Puteri.

Masa berlalu dan bandar raya paling selatan tanah besar Asia ini mengalami kemajuan pesat sejak Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan pada 1933 dan menjadi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 1 Januari 1994.

Dengan hasrat mengumpul dan memulihara nilai warisan, memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat dan menarik minat pelancong dalam dan luar negara, perasmian Galeri MBJB di Pusat Penerangan Pelancongan Johor (Jotic) baru-baru ini umpama membuka tirai sejarah kepada orang ramai.

Ia merupakan usaha MBJB mendapat penarafan empat bintang oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Projek melibatkan kos RM278,000 termasuk RM30,000 hasil sumbangan Pihak Berkuasa Pembangunan Iskandar (IRDA) mula beroperasi November lalu dan terbahagi kepada enam bahagian iaitu Sejarah Johor Bahru, MBJB Pihak Berkuasa Tempatan Anda, Keunikan dan Keistimewaan, Johor Bahru Dulu dan Kini, Bandar Raya Permata Selatan dan kaunter Johor Bahru Visitor Centre.

Galeri MBJB dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hoo Seong Chang baru-baru ini dan turut dihadiri oleh Datuk Bandar, Mohd. Jaffar Awang.

Seong Chang berpendapat, kehadiran galeri itu yang turut menempatkan kaunter khas pelancongan serta dilengkapi dengan persembahan video adalah penting untuk menimbulkan kesan lebih mendalam kepada pelancong.

"Pelancong akan mendapat gambaran jelas mengenai daya tarikan Johor dan ibu negerinya melalui tayangan video, skrin sesentuh dan risalah-risalah.

"Mereka juga dapat mengetahui kedudukan pulau-pulau yang cantik dan kemudahan untuk ke sana," katanya.

Beliau berkata, penubuhan galeri itu merupakan usaha untuk memberi lebih banyak maklumat berguna kepada pelancong yang berkunjung ke negeri ini.

Menurutnya, kemasukan pelancong ke Johor meningkat lebih lima peratus tahun lalu berbanding tiga atau empat peratus yang dijangkakan hasil daripada komitmen agensi kerajaan dan persendirian.

Terdahulu, Mohd. Jaffar dalam ucapannya berkata, reaksi positif yang diterima daripada pelancong dalam dan luar negara menjadi inspirasi kepada pihaknya untuk terus membuat penambahbaikan kepada galeri tersebut dan beberapa kemudahan serupa turut dirancang untuk dibina di kawasan strategik seperti Taman Merdeka dan Hutan Bandar.

"Artifak dan barangan yang ada dalam galeri ini mempunyai nilai warisan dari era Datuk Hashim Yahaya selaku Datuk Bandar yang pertama sehingga MBJB berada di bawah kepimpinan saya," katanya.

Louise Pleysier, 68, pelancong dari Darwin, Australia amat menyukai penubuhan galeri itu dan menyifatkan ia pendekatan yang baik untuk memberi pendedahan kepada pengunjung luar mengenai Johor.

"Banyak yang saya pelajari mengenai sejarah Johor di galeri ini dan melalui tayangan video mengenai tempat pelancongan walaupun saya dan suami kerap ke sini jika kapal layar kami berlabuh di Danga Bay," katanya yang ditemui semasa sedang leka melihat gambar-gambar lama Johor Bahru.

Ditanya pandangannya mengenai Malaysia khususnya Johor, Pleysier memberitahu, dia pernah ke Langkawi dan Port Dickson dan berhasrat menjelajahi pulau-pulau yang ada di negeri ini jika berkesempatan.

Bagi Blanka Sirova, 39, dari Republik Czech yang berada di sini sejak empat bulan lalu berkata, masih banyak tempat yang belum dilawati dan kaunter Johor Bahru Visitor Centre di galeri itu memudahkan dia merancang program sepanjang berada di Johor.

"Sudah 10 tahun saya belayar bersama suami dan kami datang ke sini selepas berada di Kudat, Sabah selama satu setengah tahun.

"Kami akan menghabiskan banyak masa di Johor dan kedatangan kami kali sangat berbaloi kerana banyak input yang diperolehi," ujarnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

15,000 jawatan kosong di Johor

Posted:

15,000 jawatan kosong di Johor

15,000 jawatan kosong di Johor

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


Sebahagian penuntut yang hadir pada Karnival Kerjaya dan Program Penempatan Pekerjaan 2011 di Dewan Iskandar UTM Skudai, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 16 Mac – Kira-kira 15,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelbagai sektor di negeri ini boleh direbut oleh mereka yang masih tercari-cari kerjaya yang sesuai.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja negeri, K. Sritharan berkata, kekosongan itu turut meliputi pekerja am dan operator pengeluaran di sektor pengilangan di sekitar negeri ini.

Sambil menolak lambakan kerja kosong di sini, beliau memberitahu, kekosongan tersebut adalah perkara biasa dan bakal diisi dari semasa ke semasa apabila pihak terlibat menemui calon sesuai.

"Kita turut membantu mereka yang sudah mendaftar dengan jabatan ini untuk mencari atau hendak bertukar pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas perasmian Karnival Kerjaya Dan Program Penempatan Pekerjaan 2011 oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin Ninggal di Universiti Teknologi Maklumat (UTM), di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Unit Pembangunan Kerjaya UTM, Mohd. Shafiee Mohd Sanip dan Pengurus Pusat JobsMalaysia Johor, Mohd. Syahrul Syahid Mohd. Salleh.

Lebih 2,000 pelajar termasuk orang awam menghadiri karnival tahunan yang dianjurkan oleh UTM dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja dan portal pencarian pekerjaan JobsMalaysia.gov.my.

Mengulas mengenai karnival tersebut, Mohd. Tajuddin berkata, 50 syarikat tempatan dan antarabangsa menyertai program yang diadakan selama dua hari bermula hari ini walaupun dalam keadaan ekonomi tidak begitu baik pada masa sekarang.

Tambahnya, aktiviti tersebut dianjurkan sejajar dengan usaha menyediakan peluang pekerjaan, terutama kepada pelajar yang bakal menamatkan pengajian selain bertujuan memberi pendedahan.

"Kita anggarkan lebih 500 peluang kerjaya ditawarkan pada karnival kali ini, terutama dalam bidang jurutera yang memberi kelebihan kepada pelajar universiti yang dipercayai mempunyai kepakaran diperlukan pihak industri," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 17 Mar 2011 01:40 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Suntik botox

Posted: 16 Mar 2011 06:13 PM PDT

Ratu

Bukan hanya untuk cantik, bantu atasi migrain

BOTOX untuk merawat migrain? Mungkin asing bagi kebanyakan kita dengan pelbagai persoalan, bolehkah, bagaimana dan sebagainya. Ketika ini, sebut saja botox, apa yang terbayang adalah wajah yang berubah rupa.

Jika dulu kurang menawan, kini, jadi menarik. Hidung yang pesek bertukar mancung, dagu yang tak berbentuk kini panjang dan runcing, kulit yang mengendur dan `kaya' dengan kedutan, kini licin, gebu dan tegang. Tidak kurang yang menolak rawatan ini, khususnya umat Islam kerana ragu dengan hukum halal haram mengambil suntikan itu, bukan saja kerana bahannya yang dikatakan dari sumber tidak halal malah penggunaannya yang mengubah ciptaan Tuhan.

Suntikan botox untuk merawat migrain memang kurang popular di negara ini. Hakikatnya, Agensi Perkhidmatan Kesihatan England membuktikan botox atau Botulinum toxin A, yang digunakan sebagai rawatan antikedut itu mampu memberi kesan yang baik kepada kira-kira 700,000 pesakit migrain di negara berkenaan.

Kajian terhadap lebih 1,300 pesakit yang diserang 15 kali migrain dalam tempoh sebulan, mendapati botox mampu mengurangkan kekerapan migrain sebaik saja mendapat suntikan itu. Malah, botox juga mempunyai pelbagai kegunaan perubatan lain, termasuk merawat angin ahmar.

Pengamal Perubatan Klinik Estetik Ayu Jelita, Dr Hakim Hamzah, berkata rawatan botox mampu membantu pesakit menghilangkan migrain dengan serta-merta selepas menjalani suntikan itu.
"Rawatan botox untuk migrain lebih popular di negara Barat dan ternyata ia adalah alternatif terbaik meskipun ia tidak berkekalan. Ia hanya bertahan antara enam bulan hingga setahun. Bagaimanapun, rawatan itu mampu bertahan lama bergantung cara suntikan itu dilakukan dan penerimaan kepada pesakit sendiri.

"Namun, mereka yang mendapat suntikan itu memang akan berpuas hati dengan migrain mereka akan hilang untuk tempoh berkenaan atau setidak-tidaknya mengurangkan kekerapan diserang sakit kepala," katanya.

Botox akan bergabung dengan hujung saraf dan menghalang bahan kimia iaitu aceylchiline daripada dilepaskan hingga melemahkan otot yang menyebabkan sakit kepala.

Rawatan botox untuk migrain bermula sejak dua tahun lalu, namun tidak banyak klinik yang menawarkan perkhidmatan ini dan tidak ramai yang mendapatkan rawatan berkenaan.

Dengan bayaran RM669 (kadar yang dikenakan Klinik Estetik Ayu Jelita) untuk satu suntikan, ia bukanlah kadar yang tinggi berbanding kesakitan yang perlu ditanggung pesakit, terutama pesakit migrain kronik.

Pesakit perlu menjalani pemeriksaan rapi daripada doktor untuk melihat kawasan serangan serta punca, selain ujian CT Scan bagi mengenal pasti penyakit lain yang menyebabkan migrain seperti barah dan darah tinggi.

"Ada pesakit yang tidak begitu teruk menghidapi migrain hanya mengambil pil penahan sakit seperti panadol atau ponstan, tetapi ia tidak boleh diambil secara berlebihan kerana boleh menyebabkan kesan sampingan.

"Banyak sebab seseorang itu boleh diserang migrain mungkin kerana selalu dalam keadaan tekanan, penat, terdedah kepada cuaca panas, bunyi bising, kurang tidur, tidak tahan bau-bauan, pengambilan makanan serta minuman mengandungi kafein," katanya.

Namun, Dr Hakim menegaskan rawatan botox tidak boleh dilakukan pada pesakit sakit kepala, yang berpunca daripada ketumbuhan dalam kepala dan aneurysm, gelembung darah yang menyekat saluran darah.

Mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat, sakit kepala atau migrain mempunyai pelbagai kategori dan ia dianggap kronik apabila seseorang itu mengalami serangan melebihi daripada 14 kali sebulan.

Sembilan puluh lima peratus daripada migrain itu boleh dirawat dengan pelbagai cara termasuk mengambil pil penahan sakit manakala lima peratus lagi tidak boleh dirawat disebabkan oleh ketumbuhan dalam kepala dan aneurysm.

INFO: Migrain

  • Sakit kepala disebabkan aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.
  • Migrain mungkin antara penyakit paling lazim di seluruh dunia hinggakan banyak hasil seni juga lahir berkisar penyakit ini.
  • Wanita lebih tinggi mendapat migrain berbanding lelaki, iaitu kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus. Kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius.
  • Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.

    Bahagian migrain

  • Migrain boleh menyerang di bahagian dahi, depan kepala, atas, sisi kanan dan kiri serta belakang kepala sehingga menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan mengganggu kehidupan sosial mereka.
  • Migrain di depan kepala
    Ia berkaitan dengan masalah tekanan, kurang tidur, demam atau kurang darah.
  • Sisi kiri atau kanan kepala
    Migrain focul yang tidak spesifik
  • Belakang kepala
    Sakit kepala occipital, ada kaitan dengan darah tinggi, avmalformation dan aneursym (tidak boleh dirawat)
  • Atas kepala
    Sakit kepala vertex headacde. Mungkin ada kaitan dengan ketumbuhan yang sangat berbahaya dan perlu merujuk kepada doktor.

    Kaedah rawatan

  • Pengambilan ubat sesuai dan selamat seperti pil penahan sakit, suntikan tahan sakit atau ubat merehatkan otot
  • Rehat atau tidur di bilik yang senyap dan tidak terdedah dengan cahaya terang
  • Urut, meditasi atau yoga untuk melancarkan kitaran darah
  • Botox
  • Pembedahan

    Tanda migrain

  • Gangguan visual
  • Nampak tompok atau kilauan cahaya
  • Sensitif pada cahaya terang dan bunyi bising
  • Mual atau muntah
  • Gangguan pada telinga seperti bunyi berdesing dan kaki, tangan serta kaki sakit macam tercucuk jarum
  • Lemah atau kebas pada anggota badan

    Jadi pemarah kerana migrain

    "SAYA tak mahu diganggu, dengar bunyi bising dan akan duduk menyendiri apabila migrain mula menyerang bahagian belakang dan sisi kepala. Rasa berdenyut-denyut menyebabkan saya tambah runsing dan cepat marah.

    "Bila keadaan ini tidak dapat dibendung, mula tekak rasa mual dan nak muntah. Kemudian saya segera telan pil penahan sakit kepala, syfnlex untuk melegakannya. Jika sakit kepala tidak begitu teruk saya cuma ambil panadol atau ponstan saja.

    "Saya tak mahu selalu sangat telan pil penahan sakit, bimbang ada kesan samping lain. Tapi saya tak ada pilihan," luahan penghidap migrain, Juliana Jamaludin, berkongsi pengalaman migrain yang dideritai sejak 10 tahun lalu.

    Melihat wajah dan personalitinya, tiada siapa menyangka gadis berusia 25 tahun yang manis dan periang ini akan berubah watak menjadi pemarah apabila migrain menyerang dirinya.

    Beliau berkata, selalunya migrain datang secara tiba-tiba jika dalam situasi tertekan sama ada disebabkan bebanan tugas, ada masalah, cuaca panas, kurang tidur atau rehat dan makan makanan terlalu manis serta minum kafein.

    Justeru, Juliana yang bekerja di sebuah syarikat swasta, seboleh mungkin cuba mengelak berada pada situasi terbabit serta tidak mengambil makanan dan minuman yang boleh merangsang sakit kepala.

    Lazimnya, migrain akan menyerangnya untuk tempoh empat hingga lima hari dan ia berulang kali hingga menimbulkan ketidakselesaan, kerunsingan serta mengganggu tugas sehariannya.

    "Sakit kepala akan lega sedikit selepas menelan pil tahan sakit, tetapi ia datang semula. Saya memang mempunyai stok ubat yang banyak. Jarang sangat saya ke doktor untuk buat pemeriksaan kerana menganggap ia masih terkawal dan mampu diredakan dengan cara saya.

    "Saya juga selalu membasahkan kepala untuk memastikan sentiasa lembap bagi mengurangkan kebarangkalian diserang sakit kepala. Malah, saya juga akan mencuci rambut setiap hari," kata anak bongsu daripada enam beradik.

    Bercerita lanjut, beliau yang satu-satunya dalam keluarga menghidapi penyakit itu, menjelaskan mula mengesan migrain ketika berusia 15 tahun dan pada ketika itu ia pada tahap sederhana. Ia semakin teruk bila memasuki alam pekerjaan mungkin disebabkan tekanan kerja dan faktor lain.

    Pada zaman persekolahan, sakit kepala dianggap biasa kerana sering tidur lewat untuk menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.

    Namun, apabila keadaan bertambah serius, beliau mula mencari penawar lebih baik bagi mengurangkannya sehinggalah seorang rakan mengesyorkan mencuba mendapatkan suntikan botox di sebuah klinik estetik di Wangsa Maju.

    Pada awalnya, beliau ragu-ragu kerana lazimnya botox dikaitkan dengan rawatan kecantikan, namun menerima kaedah rawatan itu selepas doktor menjalankan pemeriksaan rapi dan mengesyorkan rawatan berkenaan.

    "Doktor menyuntik botox di bahagian belakang dan sisi kepala yang sakit. Apa yang saya sedari, selepas tiga hari suntikan itu dilakukan, saya tidak sakit kepala lagi. Kini, selepas enam bulan disuntik dibuat, ia masih bertahan dan saya tidak lagi menderita migrain. Cuma, saya difahamkan suntikan itu bertahan sekurang-kurangnya setahun dan perlu penjagaan rapi bagi memastikan ia lebih tahan.

    "Saya elak mandi menggunakan pemanas air, pengering rambut dan terdedah cuaca panas bagi menjaga hayat botox suntikan itu. Saya tidak kisah dan mengeluarkan belanja untuk mendapatkan suntikan botox lagi jika migrain menyerang. Saya dapati hanya ini kaedah terbaik ditemui," katanya yang kini tidak begitu bimbang kerana doktor sudah mengesahkan beliau bukanlah pesakit kronik migrain.


  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Salsa seksi, penuh ekspresi

    Posted: 16 Mar 2011 06:02 PM PDT

    Ratu

    KELAS salsa, New Star Studio.

    KELAS salsa, New Star Studio.

    Tarian unik, romantis buatkan individu lebih tenang, gembira

    MATA mana yang mahu melepaskan pandangannya, tatkala merenung jauh ke dalam penterjemahan yang ditonjolkan 'sepasang kekasih' menerusi lenggok tubuh mereka. Luahan kasih sayang dan cinta dipersembahkan menerusi genggaman erat berserta kepantasan gerak tubuh yang cukup membuai jiwa.

    Menekankan konsep kecekapan dan keupayaan memimpin bagi si jejaka, salsa jelas bukan hanya berbeza dari segi corak pergerakannya, namun ia mempunyai cara penyampaian sentuhan tersendiri yang mampu membuatkan penonton terasa kehangatannya. Di balik makna yang tersirat dalam setiap pergerakannya, tarian kelahiran benua Eropah ini juga kini semakin diintai oleh kebanyakan masyarakat tempatan sebagai satu alternetif bagi senaman.

    Pemilik kelas tarian New Star Studio, Jenni Tan berpendapat tarian salsa sememangnya unik dan daya tarikannya tersendiri.

    Menggenggam pengalaman luas dalam salsa, jelasnya tarian itu memberi keberanian kepadanya untuk membuka sebuah kelas khas bagi mereka yang berminat.

    "Seksi dan penuh dengan ekspresi, itulah yang sering dikaitkan dengan salsa. Kelebihan ini juga membuatkan tarian Eropah ini menyeronokkan di samping itu memberikan kepuasan tidak ternilai buat penarinya.
    "Kesungguhan tarian ini secara tidak langsung sebenarnya menguji keupayaan penarinya untuk berkeyakinan tinggi tatkala bersemuka dengan umum. Di samping itu, salsa turut melatih personaliti pemimpin dan pengikut yang kurang diterjemahkan oleh tarian lain," jelasnya ketika ditemui, baru-baru ini.

    Jenni yang sudah mula berkecimpung dalam dunia tarian ballet sejak usianya 9 tahun, memberitahu minatnya beralih kepada salsa apabila menyedari keunikan tarian itu mampu membuatkan dirinya rasa lebih agresif dan lincah dalam menjalani rutin harian.

    "Seperti yang kita tahu, setiap tarian mempunyai keunikannya tersendiri dan bergantung kepada minat individu. Tarian juga mempunyai langkah tersendiri di samping cara penyampaian tertentu yang membawa maksud tersirat.

    "Bagi saya, minat mula beralih kepada salsa sejak lebih enam tahun lalu apabila tarian ini mencuit hati saya menerusi keseronokan dan langkahnya yang lebih santai. Ini berbeza dari ballet yang mana ia memerlukan kelembutan dan ketenangan," katanya sambil menunjukkan langkah tarian salsa yang dikuasainya.

    Tidak hanya itu, penari tarian ini juga memberitahu kelasnya yang dibuka itu menyediakan dua peringkat kepada mereka yang berminat iaitu permulaan dan pertengahan.

    "Minat saya yang mendalam terhadap salsa membuatkan saya lebih berazam untuk membuka kelas tarian saya sendiri kerana tarian ini diyakini mampu memberikan manfaat kepada pengikutnya.

    "Di sini, saya memiliki lebih kurang 30 pelajar lelaki dan perempuan daripada pelbagai bangsa dan kami semua sangat rapat dan saling bantu-membantu serta berkongsi pengalaman.

    "Sebagai contoh, pelajar peringkat awal akan hadir sama mengikuti kelas latihan bersama penari yang lebih profesional bagi mengasah langkah mereka lagi dan saya tidak pernah membataskan keinginan mereka untuk turut serta dalam setiap acara yang diadakan," jelasnya.

    Bercerita lanjut mengenai kelas salsa yang dibuka itu, yuran dikenakan juga berpatutan iaitu RM120 untuk satu peringkat yang lengkap dengan empat sesi pengajian disamping sesi latihan. Mereka yang berminat boleh terus datang ke sini untuk membuat pendaftaran.

    Kelas itu juga tidak memperuntukkan permulaan peralatan yang mahal kerana cukup sekadar memiliki sepatu khas bersama persalinan yang mampu membuatkan anda kelihatan anggun, tarian yang dipersembahkan bertambah elegan dan menarik pandangan.

    Berkongsi pengalamannya yang sudah lebih kurang tiga tahun menari, Penolong Pengurus Akaun, Julian Kassim merasakan tarian mampu memberikannya sebuah kehidupan yang sihat di samping lari dari kesibukan jadual hariannya.

    "Setiap kali saya menari bersama rakan, perasaan yang dapat dicapai hanyalah kegembiraan. Setiap kerisauan yang terdetik terpadam sejenak.

    "Tarian salsa juga membuatkan saya rasa lebih tenang berikutan gerak langkahnya yang romantis dan membuai. Ia juga memberikan saya keyakinan diri kerana tarian ini bukan semudah yang anda sangkakan," jelasnya.

    Ketua Pegawai Eksekutif syarikat IT, Nikhil Gupta berpendapat salsa menjadi salah satu cara untuk dirinya lari dari kesibukan jadualnya tugasannya yang sentiasa padat sejak lima tahun lalu, sekali gus memberikannya landasan untuk bersosial dan berinteraksi.

    "Kepadatan rutin harian sejak lima tahun lalu membuatkan saya rasa agak tertekan dan hilang tumpuan. Masakan tidaknya, setia hari hidup ini hanya terbahagi kepada kerjaya, komputer dan beberapa rutin wajib seperti makan dan tidur.

    "Walaupun sibuk, saya pasti mencari ruang untuk menghadiri kelas ini dan turut serta dengan rakan-rakan jika mereka mempunyai rancangan untuk melakukan aktiviti latihan di luar," katanya berseloroh.

    Sementara itu, pelajar baru, Tan Tai Kim yang juga pembantu peribadi kepada ketua eksekutif kumpulan memberitahu tanggapannya kolot terhadap tarian berubah apabila dia sendiri merasai kehangatannya.

    "Dulu, saya berfikiran agak cetek dan sering berpendapat bahawa tarian sebenarnya menjadi landasan kepada lelaki gatal untuk mengambil kesempatan terhadap wanita. Namun, kini minda saya lebih terbuka dan mula memahami konsep tarian.

    "Ketika awal kemasukan kelas, teman lelaki saya yang menemani saya kerana masih lagi teragak-agak, kini hubungan kami lebih menyeronokkan kerana kami boleh berkongsi cerita terhadap perkara yang sama disamping menjalankan latihan bersama.

    "Tarian juga membawa saya kepada kenalan baru yang mana kami sering kali melakukan aktiviti kunjung- mengunjung pada waktu waktu lapang, Ini secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan saya dengan mereka," katanya.

    INFO: New Star Studio
    Alamat: 65-1, Jalan 109E, Taman Desa, Kuala Lumpur
    Kelas: Isnin (permulaan)
    Selasa (pertengahan)
    Waktu: 8 malam
    Yuran: RM120 untuk empat kelas.

  • Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 012-9208060 atau layari www.newstarstudio.com.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Komuniti Kita

    Posted: 16 Mar 2011 03:23 PM PDT

    Kosmo Online - Komuniti Kita


    Pelajar Perlis ikuti program jati diri

    Posted:

    Pelajar Perlis ikuti program jati diri

    Pelajar Perlis ikuti program jati diri


    SEBAHAGIAN daripada pelajar yang menuntut di Mesir bergambar selepas program Titian Kasih Yayasan Tuanku Syed Putra di Padang Besar, Perlis baru-baru ini.


    SEMANGAT. Sebelum berangkat semula ke Mesir, seramai 150 pelajar Perlis yang menuntut di negara itu telah menyertai Program Titian Kasih di Kem Bukit Keteri, Padang Besar baru-baru ini.

    Program selama dua hari anjuran Baitulmal Perlis dan kerajaan negeri itu diadakan bertujuan menerapkan jati diri kepada para pelajar tersebut sebagai persiapan sebelum kembali ke Mesir yang dilanda krisis politik baru-baru ini.

    Pada hari terakhir program tersebut, kerajaan negeri turut mengumumkan berita baik kepada pelajar itu apabila mereka bukan sahaja dibayar tambang penerbangan ke negara tersebut malah diberi sagu hati berjumlah RM500 setiap seorang.

    Turut hadir pada program itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah negeri, Jafperi Othman.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kenangan bersama pelajar DPA ITM 1974

    Posted:

    Kenangan bersama pelajar DPA ITM 1974

    Kenangan bersama pelajar DPA ITM 1974


    KURUP (duduk tujuh dari kiri) bergambar bersama bekas pelajar DPA ITM 1974 pada pertemuan semula di Intekma Resort, Seksyen 4, Shah Alam baru-baru ini.



    PERTEMUAN. Majlis perjumpaan semula bekas penuntut Institut Teknologi Mara (kini Universiti Teknologi Mara) Kelas 1974 jurusan Diploma Pentadbiran Awam (DPA) berlangsung di Intekma Resort, Shah Alam dalam suasana meriah baru-baru ini.

    Selain menikmati hidangan, majlis yang dihadiri 20 bekas pelajar bersama ahli keluarga masing-masing itu turut dipenuhi dengan tayangan gambar-gambar lama sepanjang mereka bergelar pelajar suatu ketika dahulu.

    Hadir sama ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup yang juga merupakan salah seorang daripada 30 pelajar yang pernah mengikuti kursus tersebut.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Polis Ipoh dekati masyarakat melalui program CCOP

    Posted:

    Polis Ipoh dekati masyarakat melalui program CCOP

    Polis Ipoh dekati masyarakat melalui program CCOP


    MOHD. ISA (tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada wakil penduduk pada program CCOP di Restoran Nasi Kandar Makmur, Ipoh baru-baru ini.



    TURUN PADANG. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengadakan konvoi orientasi komuniti polis (CCOP) peringkat Balai Polis Kampung Baru di Restoran Nasi Kandar Makmur, Ipoh baru-baru ini.

    Konvoi berkenaan yang bertujuan merapatkan hubungan masyarakat setempat dengan pegawai polis itu merupakan lanjutan daripada program komuniti polis yang dianjurkan sebelum ini.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supritendan Mohd. Isa Hussin berkata, pada konvoi itu, beliau bersarapan pagi dengan wakil penduduk sambil memberi maklum balas terhadap aduan dikemukakan.

    "Kami percaya ia mampu mengurangkan kadar jenayah selain membolehkan orang ramai berkomunikasi secara terus dengan pegawai polis tersebut," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Keluarga

    Posted: 16 Mar 2011 01:39 PM PDT

    Utusan Online - Keluarga


    Landskap tingkatkan kualiti hidup manusia

    Posted:

    Landskap tingkatkan kualiti hidup manusia

    Landskap tingkatkan kualiti hidup manusia

    Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
    Gambar SAIFUL BAHARI ASHAARI dan MUHAMAD IQBAL ROSLI


    Dr. Nor Atiah (tengah) membimbing pelajarnya menghasilkan projek cadangan bagi landskap kawasan sensitif di Lembah Bujang, Kedah.


    RAMAI tidak sedar kebanyakan bencana yang berlaku hari ini berpunca daripada pembangunan yang tidak mengambil kira aspek rantaian ekologi dengan sebaik mungkin.

    Tragedi tsunami pada 2004 yang turut memberi kesan pada negara ini terutama di kawasan utara tanah air mungkin dapat dikurangkan jika sistem landskap semulajadinya iaitu hutan paya bakau masih memenuhi sepanjang pantai di kawasan terlibat.

    Sebab itu, isu rantaian ekologi ini menjadi su global yang perlu diberi perhatian. Ia sebenarnya bermula dengan pembangunan landskap yang menitikberatkan rantaian ekologi.

    Di kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat, keutamaan diberikan kepada pembangunan landskap sebelum sesebuah bandar dibangunkan.

    Maknanya, seni bina landskap bukan satu bidang yang remeh dan bukan sekadar untuk mencantik dan mengindahkan sesuatu kawasan.

    Ia sebenarnya membabit keseimbangan antara pembangunan fizikal dengan kelestarian alam semula jadi. Jika di laksanakan dengan terancang ia juga boleh mengurangkan kesan bencana alam seperti tsunami.

    Tetapi bidang seni bina landskap mungkin jarang didengari. Ramai yang tidak tahu bahawa bidang ini adalah satu bidang profesional.

    Setaraf dengan bidang-bidang lain seperti arkitek, kejuruteraan, doktor, peguam dan sebagainya.

    Mungkin ramai yang menyangka bahawa bidang ini adalah terhad kepada pokok-pokok hiasan sahaja. Namun hakikatnya tidak begitu.

    "Landskap ialah tentang bagaimana anda uruskan alam sekitar kurniaan Tuhan dan beri balik kepada manusia," ulas Presiden Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM), Mohd. Fadrillah Mohd. Taib.

    Menurutnya, dalam masa 10 hingga 15 tahun lagi landskap di Malaysia akan dilihat sebagai satu profesion yang amat penting.

    "Pelajar jurusan landskap kini adalah golongan profesional yang dilihat sebagai aset terpenting negara. Kerja mereka nanti bukanlah sekadar menanam pokok, malah menggabungkan elemen teknologi tanpa mengabaikan ekologi dunia.

    "Mereka juga mempunyai tugas besar untuk membuatkan masyarakat agar lebih sensitif dengan alam semula jadi," ujarnya.

    Katanya, pembangunan landskap ini tentang bagaimana mengambil anugerah Allah tanpa mengabaikan rantaian ekologi walaupun pada mikrob dan serangga kecil.

    Ia adalah pencetus kepada kehidupan yang dapat kita teruskan sehingga hari ini.

    Di Malaysia mungkin masih terlalu awal tapi ia sedang dalam proses kerana untuk memastikan pembangunan landskap terbaik memakan tempoh masa yang lama.

    "Sebagai contoh dulu mungkin kita tidak mempunyai laluan khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU) namun kini laluan seperti ramp sudah mula diberi perhatian khusus dalam membangunkan sesuatu landskap," jelasnya.

    Tambah Mohd. Fadrillah, graduan pertama dalam bidang pembangunan landskap ini mula dilahirkan pada tahun 1996 oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

    Sejak dari itu, pelbagai usaha dalam memastikan sukatan pelajaran mereka menepati keperluan manusia hari ini.

    "Kalau di Amerika Syarikat, landskap adalah perkara asas yang paling diutamakan sebelum memulakan satu perancangan bandar.

    "Kenapa landskap amat perlu dititikberatkan? Kita lihat sebagai contoh, Allah menganugerahkan tanah yang mempunyai pelbagai bentuk seperti bergunung-ganang. Tapi manusia yang tidak bertanggung jawab dengan rakusnya meratakan tanah, mengubah aliran air semula jadi ke longkang, bagaimana kedudukan tanah itu, struktur tanah itu sesuai atau tidak, adakah ia menjejaskan ekologi kawasan reka bentuk tanah di kawasan itu dan sebagainya," tegasnya.

    Tambahnya, landskap sebenarnya membolehkan perancangan ruang kehidupan dibuat untuk meningkatkan kualiti hidup manusia.

    "Dalam jangka masa panjang, profesion ini akan bertambah maju. Sudah tentu kita semua mahukan rumah yang selesa, nyaman dan memberikan ketenangan.

    Kenapa banyak rumah kini dibina halaman, ia bukan berfungsi untuk mencantikkan sahaja, malah yang paling penting halaman itu memberikan pengudaraan yang baik.

    "Banyak oksigen masuk, lebih tenang, mengurangkan penggunaan alat pendingin hawa dan sekali gus menjaga alam sekitar, inilah yang perlu dilihat oleh manusia," kata Mohd. Fadrillah.

    Sebagai Arkitek Landskap, tugasnya bukan hanya terhad kepada pokok-pokok semata bahkan memikirkan semua elemen seperti teknologi, konservasi dan banyak lagi.

    "Saya percaya masyarakat kita ini akan berubah sensitiviti terhadap alam sekitar kerana terlalu banyak bukti-bukti nyata pengabaiannya yang memberi kesan negatif terhadap manusia sejagat.

    "Lihat saja contohnya seperti tsunami, pemanasan global, ini semua terjadi kerana rantaian semula jadi telah dirosakkan oleh manusia.

    "Kalau satu rantaian dimusnahkan pasti akan mendatangkan masalah untuk kita juga. Faktor alam semula jadi perlu diberi perhatian sebelum apa jua jenis pembangunan dimulakan," jelasnya yang juga akan menganjurkan persidangan tentang pembangunan landskap di Putrajaya pada 30 Mac ini.

    Antara universiti yang menawarkan pengajian dalam Seni Bina Landskap, ialah Universiti Putra Malaysia (UPM).

    Pensyarah di Jabatan Landskap UPM, Dr. Nor Atiah Ismail berkata, jurusan itu memerlukan pelajar memerah otak menzahirkan idea kreatif untuk rekaan masing-masing.

    "Adalah amat penting bagi kita memastikan agar minda pelajar ini segar dan tidak dalam tekanan.

    "Sebagai contohnya sewaktu melawat Bangkok baru-baru ini, kami dapat melihat betapa seni bina landskap mereka begitu mementingkan nilai budaya dan agama masyarakat setempat," jelasnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pelajari landskap luar negara

    Posted:

    Pelajari landskap luar negara

    Pelajari landskap luar negara

    Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
    Gambar SAIFUL BAHARI ASHAARI


    PROGRAM mobiliti pelajar UPM ke Universiti Of Copenhagen, Denmark. Dari kiri, Seri Rahayu Puteri, Siti Nur Fathirah, Kjell Nelson, Richard Hare, Nur Adibah dan Nur Amira.


    SENI bina landskap mengajar pelajar dalam pembinaan landskap yang menarik, mengikut prinsip-prinsip reka bentuk yang betul.

    Menurut empat pelajar tahun dua Bachelor Seni Bina Landskap di Universiti Putra Malaysia (UPM), melalui bidang itu mereka berpeluang ke luar negara untuk melihat dan merasai sendiri 'aura' seni reka landskap di sana.

    Antara negara-negara yang telah dilawati adalah Denmark dan Thailand.

    Bersertakan landskap yang sangat menarik, Denmark pastinya banyak mengajar Nur Amira Noor Kamal, Siti Nurfathirah Adnan, Nur Adibah Abdul Karim dan Seri Rahayu Puteri Ghazalli dalam pembelajaran mereka.

    Program 'Mobiliti Pelajar' UPM memberi peluang kepada pelajar yang memohon untuk ke luar negara selama dua minggu. Sepanjang dua minggu di sana mereka berpeluang mengikuti pembelajaran bersama pelajar-pelajar Senibina Landskap di University of Copenhagen.

    Menurut mereka, cara pembelajaran di Malaysia dan di Copenhagen adalah sangat berlainan.

    Di sana juga mereka berpeluang menjadi orang kurang upaya (OKU) dengan diberi kerusi roda, menjadi orang buta dan separa buta.

    "Kami dapat menyelami perasaan OKU dengan berbuat demikian. mungkin selama ini kami tidak menyedari betapa susahnya mereka menjalani kehidupan seharian tanpa kemudahan yang khas untuk OKU," kata Nur Amira.

    Pengalaman itu dapat digunakan dalam reka bentuk terutama untuk kepentingan serta kemudahan khas OKU.

    Selain mengikuti sesi pembelajaran di sana, mereka juga berpeluang melawat banyak taman-taman yang sangat cantik dan menarik yang tiada di Malaysia. Antara taman yang mereka telah lawati adalah King's Garden, Rosenborg Palace dan banyak lagi. Sinonim dengan bidang pembelajaran mereka, semestinya lawatan-lawatan di tempat sebegini banyak membantu dalam proses pembelajaran mereka. Selain Copenhagen, mereka juga berkesempatan melawat Thailand selama seminggu bersama rakan-rakan sekelas mereka yang lain.

    Lawatan yang diketuai beberapa orang pensyarah ini membawa pelajar ke taman-taman yang terkenal di sana seperti Nong Nooch Tropical Garden, Queen Sirikit Botanical Garden, serta Floating Market. Thailand adalah salah satu negara yang terkenal dengan landskapnya yang unik dan menarik.

    Selain menghayati keindahan landskap Thailand, mungkin ramai yang mengetahui bahawa Thailand juga terkenal dengan budaya yang unik. Terdapat juga sebuah tempat di Thailand bernama 'Siam Niramit', di mana orang luar dapat mengenali budaya Siam dengan lebih dekat lagi. Di sini juga terdapat sebuah replika perkampungan Siam yang sebenar. Secara tidak langsung, pelajar juga dapat melihat, mengkaji dan memahami budaya Siam ini sendiri dengan lebih dekat.

    "Pengalaman yang kami perolehi hasil dari lawatan ke sana sedikit sebanyak membuka mata dan fikiran mereka dalam merancang dan menghasilkan idea-idea yang baru. Peluang berada ditempat orang memberikan pengalaman yang berbeza berbanding dengan hanya melawat dalam negara sendiri. Ianya sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu untuk diri kami sendiri," ujarnya.

    Mengikut perancangan mereka lagi, sekiranya tiada aral melintang, mereka akan ke Korea pada bulan September ini ini di bawah subjek fakulti mereka.

    "Sebenarnya lawatan-lawatan seperti ini adalah untuk memberikan pengetahuan yang baru. Melalui lawatan yang diadakan, ia bukan sahaja memberi pengalaman baru kepada pelajar, malah menambahkan lagi ilmu," katanya.

    Pelbagai jenis budaya dan masyarakat di sesuatu tempat dapat dipelajari di mana budaya dan masyarakat setempat adalah antara faktor yang penting dalam melakukan perancangan sesuatu reka bentuk landskap yang baru dan asli," jelasnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Blog List