Selasa, 29 Mac 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Harian Metro: Mutakhir

Posted: 29 Mar 2011 07:56 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Ahli perniagaan dibunuh dan disumbat dalam bonet

Posted: 29 Mar 2011 06:46 AM PDT

RANTAU PANJANG: lelaki yang dipercayai ahli perniagaan dijumpai mati dengan mayatnya disumbat dalam bonet kenderaan miliknya di Simpang Empat Salam dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliluddin Rahim berkata mayat lelaki itu yang dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh lebih lapan jam sebelum ditemui.


"Pihak polis menerima laporan daripada seorang penjual air tebu memaklumkan mengenai penemuan sebuah kenderaan jenis Toyota Vios berwarna hitam yang berada dalam keadaan mencurigakan dan tidak berkunci di kawasan itu.

"Hasil pemeriksaan pihak polis yang tiba di kawasan itu kira-kira pukul 10 malam tadi membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai ahli perniagaan berusia 56 tahun," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Beliau berkata lelaki itu dipercayai berasal dari Batu Dua, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui pada mayat berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lori bawa muatan ratusan ribu ringgit tercampak

Posted: 29 Mar 2011 03:45 AM PDT

IPOH: Pemandu dan kelindan sebuah treler membawa muatan cip komputer terselamat apabila kenderaan tersebut tercampak ke dalam gaung dalam kejadian kemalangan di Km 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Jelapang awal pagi tadi.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab berkata, pemandu treler S.Thinakaran, 44 berasal dari Pulau Pinang hanya mengalami cedera di kaki akibat tersepit dicelah kenderaan.


Pemandu treler dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun manakala kelindannya yang hanya dikenali sebagai Rozaidi, 40, terselamat dalam kejadian pukul 3.38 pagi tadi, katanya ketika dihubungi hari ini.

Rodzi berkata kejadian berlaku ketika lori treler yang dipandu Thinakaran membawa muatan komputer cip yang dianggarkan bernilai ratus ribu ringgit dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Pulau Pinang.


Pemandu treler berkenaan dikatakan cuba mengelak sebuah lori yang cuba memotongnya dari arah belakang lalu terbabas dan tercampak ke dalam gaung sedalam lapan meter dikiri jalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 29 Mar 2011 07:34 AM PDT

Kosmo Online


Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah paling moden

Posted:

Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah paling moden

Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah paling moden

29/03/2011 4:07pm

JITRA - Kem Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini yang sebelum ini dikenali Kem Tok Jalai merupakan antara kem yang termoden dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifli Mohd. Zin berkata, infrastruktur moden yang melengkapi kem bernilai RM92 juta itu dijangka mampu menjamin kualiti tugas yang tinggi pada kalangan warga Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD).

"ATM khususnya tentera darat menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan kerajaan negeri di atas kesediaan memperuntukkan tanah bagi pembinaan kem ini," katanya ketika berucap pada perasmian kem yang disempurnakan Sultan Kedah Sultan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini.

Zulkifli berkata, pembinaan kem itu bermula pada 2007 dan siap serta diambil alih sepenuhnya oleh 6 RAMD yang sebelum itu berpangkalan di Bukit Pinang dekat sini pada 28 Mac tahun lepas. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semua mangsa banjir di Kerian dibenar pulang

Posted:

Semua mangsa banjir di Kerian dibenar pulang

Semua mangsa banjir di Kerian dibenar pulang

29/03/2011 4:07pm

IPOH - Semua mangsa banjir di daerah Kerian yang ditempat di pusat pemindahan sejak 21 Mac lepas telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt. Mat Fauzi Nayan berkata, kesemua mereka telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dari 10.30 pagi hingga 2 petang tadi selepas keadaan di kampung mereka pulih seperti biasa hari ini.

Dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah dan SK Alor Pongsu juga ditutup hari ini, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebanyak 11 kampung telah ditengelami air sedalam 0.5 meter hingga satu meter ketika dilanda banjir ekoran langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah yang berada di paras bahaya akibat hujan lebat sejak 21 Mac.

Mat Fauzi berkata, walaupun keadaan pulih seperti biasa, pihak berkuasa masih dalam keadaan bersiap sedia sekiranya banjir berulang. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Air empangan Timah Tasoh dilepaskan

Posted:

Air empangan Timah Tasoh dilepaskan

Air empangan Timah Tasoh dilepaskan

29/03/2011 4:07pm

KANGAR - Empangan Timah Tasoh mula memlepaskan air berikutan parasnya yang naik berikutan hujan berterusan sejak semalam.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis, Nishad Mohamed Mohd. Shaffy berkata, paras air di empangan itu meningkat ke paras 29.34 meter tengah hari tadi berbanding 29.27 meter pada sebelah pagi.

Beliau berkata, empat pintu empangan telah dibuka setakat ini bagi mengawal paras air dalam empangan itu.

"Air dari empangan itu mengalir ke Sungai Perlis seterusnya ke laut," katanya.

Hujan sesekali lebat masih berlaku di Perlis dan ia dijangka berterusan sehingga esok. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 29 Mar 2011 04:11 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Lori muatan cip terbabas ke dalam gaung

Posted: 29 Mar 2011 03:57 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]IPOH: Pemandu dan kelindan sebuah treler membawa muatan cip komputer terselamat apabila kenderaan itu tercampak ke dalam gaung dalam kejadian kemalangan di KM265.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Jelapang awal pagi tadi.

Mangsa banjir di Terengganu meningkat

Posted: 29 Mar 2011 03:05 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir kilat di empat daerah di Terengganu meningkat kepada 893 orang daripada 234 keluarga membabitkan 13 pusat pemindahan sehingga 5 petang tadi.

Utusan Online - Utara

Posted: 29 Mar 2011 03:24 AM PDT

Utusan Online - Utara


Arang kayu masih ada 'jasa'

Posted:

Arang kayu masih ada 'jasa'

Arang kayu masih ada 'jasa'

Oleh Malinda Abdul Malik
utusanpenang@utusan.com.my


Arang kayu yang diusahakan oleh Tan diperoleh dari hutan paya bakau di Taiping, Perak.


PULAU PINANG 28 Mac - Sebelum wujudnya dapur gas, arang digunakan bagi tujuan memasak dan berperanan sebagai bahan bakar paling asas dalam dunia masakan.

Di negara ini, ia masih banyak digunakan untuk membakar sate, memanggang ikan dan membuat kuih-muih seperti baulu.

Arang merujuk kepada kayu yang telah dibakar tetapi belum hangus sepenuhnya dan membentuk menjadi bahan bakar fosil.

Kelebihan arang adalah ia tidak mengeluarkan asap seperti kayu basah, justeru, itu amat sesuai digunakan untuk kerja-kerja memasak.

Bagaimanapun, perkembangan teknologi menjadikan gas sebagai bahan bakar menyebabkan arang semakin dilupakan.

Bahkan sejak akhir-akhir ini, permintaan arang di pasaran semakin menurun kerana kebanyakan pengguna sudah beralih kepada bahan bakar gas.

Namun, arang kini kembali mendapat tempat di kalangan pengguna setelah muncul beberapa penemuan baru yang menyatakan bahan bakar berkenaan banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia.

Antaranya serbuk arang boleh dijadikan agen penstabilan dan penyulingan dalam industri air mineral.

Selain itu, ia turut digunakan secara meluas sebagai bahan pembersih dalam kerja- kerja penyelenggaraan penghawa dingin.

Di negara ini, arang kayu diperbuat daripada pokok biasa atau pokok bakau.

Kayu bakau yang diperoleh dari kawasan paya air masin lebih sesuai untuk dijadikan arang yang bermutu tinggi berbanding kawasan lain.

Ini kerana bentuknya lebih lurus, saiz yang hampir sama dan murah.

Seorang pembekal arang kayu yang hanya mahu dikenali sebagai Tan memberitahu, di Pulau Pinang hanya terdapat dua lokasi untuk mendapatkan bekalan.

Dua kawasan berkenaan adalah Pengkalan Weld dan Bakau Street yang telah menjalankan perniagaan sejak 1940-an.

"Saya masih ingat pada awal 1980-an, beberapa pembekal di sini agak bimbang dengan industri pembuatan arang yang akan merosot teruk berikutan penggunaan dapur gas dan elektrik yang kian meluas digunakan pada masa itu.

"Namun, ternyata ramalan mereka meleset kerana sejak mengambil alih perniagaan daripada abang hampir tiga dekad lalu, permintaan sentiasa ada.

"Saya mendapat permintaan tinggi daripada para peniaga kecil yang mengusahakan perniagaan ikan bakar dan sate," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru- baru ini.

Tan berkata, dia memperoleh bekalan kayu dari Taiping, Perak untuk dijual bagi pasaran di sini.

Jelasnya, bekalan tersebut hanya diperoleh setiap tiga minggu berikutan Jabatan Perhutanan Perak menetapkan kuota kepada pengusaha di sana.

"Kalau nak diikutkan memang kadang- kadang bekalan yang saya dapat tidak cukup kerana saya terpaksa menampung permintaan yang banyak.

"Bagaimanapun, sebagai seorang pencinta alam sekitar, kita kena jaga persekitaran kita supaya tidak musnah," ujarnya.

Sejurus kawasan pokok bakau diteroka dan ditebang, pelesen dan pengusaha diwajibkan menanam semula anak pokok di situ.

Kawasan berkenaan tidak dibenarkan diganggu dan anak-anak pokok akan dibiarkan membesar secara semula jadi untuk tempoh tiga tahun.

Hanya pokok bakau berukuran lilit 0.2 meter ke atas daripada spesies minyak dan kurap digunakan untuk membuat arang.

Tan menghantar arang yang dipesan kepada para pelanggannya berdasarkan jumlah pesanan.

Penghantaran tersebut dibuat secara percuma meskipun nilai tempahannya kecil.

"Selalunya saya jual RM2.50 setiap kilogram tapi buat pelanggan tetap dan peniaga runcit, saya jual mengikut harga borong bagi menguntungkan kedua-dua belah pihak," jelasnya mengakhiri pertemuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Persatuan pengguna perlu agresif

Posted:

Persatuan pengguna perlu agresif

Persatuan pengguna perlu agresif

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 28 Mac _ Persatuan-persatuan pengguna diminta lebih agresif dalam membela kepentingan masyarakat terutama penduduk di luar bandar yang kurang memahami hak mereka dalam sesuatu isu berkaitan kepenggunaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, selain itu persatuan pengguna juga perlu berani bersikap 'menentang' ketika menangani kerenah sebilangan peniaga yang suka mengambil kesempatan terhadap orang ramai dengan tawaran mengelirukan dan menaikan harga barangan dengan sesuka hati.

Kata beliau, berdasarkan maklum balas yang diterimanya semasa melawat kawasan perkampungan, ada penduduk yang mengadu telah diperdaya termasuk membeli barangan tidak berkualiti, dikenakan harga tinggi melebihi yang ditetapkan kerajaan dan penipuan dari segi perkhidmatan syarikat tertentu.

"Apabila mengalami situasi sedemikian, penduduk kampung tidak tahu kepada siapa mereka hendak mengadu kerana kurang arif berhubung hak-hak mereka berkaitan dengan isu berkenaan.

"Perlu bagi persatuan-persatuan pengguna turun ke lapangan dengan memberi kursus kepada ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat tentang isu kepenggunaan supaya lebih ramai penduduk memahami hak mereka," katanya ketika berucap merasmikan Jamuan Makan Malam Persatuan Pelindung Pengguna Kedah di sini semalam.

Ahmad Bashhah turut menyatakan, kerisauannya apabila masih ada pengguna yang terpedaya dengan pelbagai skim seperti gores dan menang, cepat kaya dan pelaburan menerusi talian.

Kata beliau, amat menyedihkan apabila perkara seumpama itu tetap berlaku walaupun telah diminta oleh kerajaan supaya menjauhi skim-skim penipuan berkenaan.

"Saya kecewa kerana masih ada yang rugi beribu ringgit dengan pelbagai jenis skim menipu orang walaupun kes-kes seperti itu sering dilaporkan media massa.

"Saya berharap agar persatuan pengguna tampil mendedahkan syarikat-syarikat yang masih beroperasi dengan taktik penipuan itu supaya orang ramai terselamat daripada menjadi mangsa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rela terima bot, jaket bantu mangsa banjir

Posted:

Rela terima bot, jaket bantu mangsa banjir

Rela terima bot, jaket bantu mangsa banjir


MOHD. Asrul Effendi Ibrahim (depan tujuh dari kiri) bersama anggotanya melihat kelengkapan bot yang diterima bagi membantu mangsa banjir di SK Selama dekat Bandar Baharu, Kedah, semalam.


BANDAR BAHARU 28 Mac - Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Daerah Bandar Baharu hari ini menerima sebuah bot gentian kaca serta 15 jaket keselamatan bagi kegunaan operasi menyelamat mangsa banjir.

Pemangku Pegawai Rela Daerah, Mohd. Asrul Efendi Ibrahim berkata, kesemua peralatan berkenaan disumbangkan oleh Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir untuk membantu melicinkan kerja-kerja memindahkan mangsa banjir yang dikatakan kerap berlaku di kawasan itu sejak kebelakangan ini.

"Kedudukan daerah ini yang terletak berhampiran Sungai Kerian menyebabkan banyak kawasan rendah seperti Kampung Banggol Rashid di Selama Kedah dan Kampung Bagan Samak, Bandar Baharu sering dilanda banjir.

"Setiap kali banjir, Rela merupakan antara pasukan yang paling awal turun padang. Namun, operasi kami sebelum ini terbantut sedikit ekoran kekurangan kelengkapan," katanya pada majlis penerimaan sumbangan berkenaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Selama hari ini.

Menurut Mohd. Asrul Effendi, semua kelengkapan yang bernilai RM7,000 itu disimpan di pejabat Rela daerah dan digunakan untuk operasi menyelamat pada masa akan datang.

"Dengan adanya bot beserta enjin ini, operasi menyelamat akan dapat dilakukan dengan segera. Ini amat penting kerana kita boleh selamatkan nyawa malah harta benda sementara menunggu bantuan agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba," jelasnya.

Beliau berterima kasih kepada Abdul Aziz yang prihatin dengan keperluan pasukan berkenaan dan berharap sumbangan tersebut dapat digunakan sebaik mungkin oleh anggota Rela.

"Kemudahan ini disediakan untuk meningkatkan kecekapan dan kepantasan kerja-kerja menyelamat mangsa banjir. Bot ini boleh beroperasi pada bila-bila masa," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 29 Mar 2011 03:21 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Isu pendatang dibincang peringkat menteri

Posted:

Isu pendatang dibincang peringkat menteri

Isu pendatang dibincang peringkat menteri

PUTRAJAYA 28 Mac – Malaysia bakal berkongsi pandangan serta pendirian berhubung isu-isu serantau termasuk berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta jenayah antarabangsa pada Persidangan Menteri-Menteri Proses Bali, Rabu ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, persidangan tersebut akan dijadikan platform untuk menghalusi perbincangan yang telah diadakan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatnya dari Australia, Julia Gillard baru-baru ini.

Menurutnya, pertemuan akan mempertimbangkan cadangan daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) untuk mewujudkan kerangka kerjasama serantau menangani masalah PATI di rantau Asia Pasifik.

"Pegawai-pegawai kanan daripada setiap negara yang menyertai persidangan ini akan bermesyuarat terlebih dahulu, iaitu pada hari ini untuk melihat agenda kerangka kerjasama serantau sebelum mesyuarat di peringkat menteri diadakan.

"Antara negara terlibat ialah Australia, Indonesia, Bangladesh, Thailand, Sri Lanka, Malaysia, New Zealand dan Singapura," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, kerangka cadangan tersebut membolehkan satu mekanisme kerjasama di kalangan negara sumber, transit serta destinasi yang dituju oleh PATI diwujudkan sekali gus mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya.

Menurutnya, isu tersebut perlu diberi perhatian kerana rantau Asia Pasifik dipenuhi hampir 3.5 juta pelarian iaitu 37 peratus pelarian dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kementerian pantau tahap radiasi

Posted:

Kementerian pantau tahap radiasi

Kementerian pantau tahap radiasi

Oleh Hisyamuddin Ayub
utusansabah@utusan.com.my

KOTA KINABALU 28 Mac - Sebilangan besar kakitangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi termasuk Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili turun padang bagi memantau persekitaran negara berikutan paras radiasi terlampau yang dikesan di loji nuklear Fukushima, Jepun.

Menurut Maximus, berdasarkan pemantauan yang dilakukan sejak 15 Mac lalu, tiada sebarang kesan radiasi dicatatkan, malah enam buah mesin yang digunakan untuk tujuan itu di seluruh negara termasuk sebuah di Kudat tidak menunjukkan sebarang tanda kehadiran bahan tercemar itu.

Beliau yang baru sahaja pulang daripada melakukan pemantauan di Kudat dan Kota Marudu turut memberitahu, bacaan pada mesin itu adalah negatif.

"Dua tempat ini merupakan daerah di negara ini yang paling dekat untuk menerima kesan radiasi dari Jepun. Namun bacaan terhadap kesan sinaran radiasi adalah negatif," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Innospce, Pusat Inovasi Komuniti kedua negara selepas pusat pertama ditubuhkan di Kuching, Sarawak.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), Datuk Ir. Yahaya Ahmad.

Mengulas lanjut Maximus berkata, beberapa agensi lain turut membantu kementerian membuat pemantauan termasuk Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Meteorologi.

Menurutnya, selain memantau persekitaran negara, kementerian turut memastikan semua individu yang memasuki negara ini bebas daripada sebarang kesan radiasi menerusi pemeriksaan menggunakan teknologi moden.

"Saya jamin tiada sebarang kesan radiasi di negara ini setakat ini.

Saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin mengenai perkara itu yang disebarkan menerusi khidmat pesanan ringkas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersama selesaikan isu gelandangan - Rosmah

Posted:

Bersama selesaikan isu gelandangan - Rosmah

Bersama selesaikan isu gelandangan - Rosmah


Rosmah Mansor menurunkan tandatangan ketika merasmikan bangunan Kechara Soup Kitchen sambil disaksikan Shahrizat Abdul Jalil dan Ruby Khong (dua dari kanan) di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Mac - Golongan pendidik dan profesional serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelesaikan secara proaktif isu orang gelandangan atau mereka yang tidak berumah.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berharap ia dapat memastikan senario berkenaan tidak lagi berlarutan dalam masyarakat Malaysia.

"Bagaimanapun, kita patut bersyukur kerana keadaan golongan tersebut di negara ini tidak seteruk negara-negara lain. Ia berikutan langkah progresif kerajaan yang berjaya mengurangkan jumlah golongan itu menerusi program-program dan pelan strategik sedia ada.

"Saya percaya jika kita mengkaji dalam skop yang lebih luas tentang punca golongan itu tidak berumah dan hidup di jalanan, ia akan lebih membantu kerajaan mencapai sifar gelandangan," katanya ketika berucap pada majlis pembukaan bangunan Kechara Soup Kitchen di Jalan Imbi hari ini.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Presiden Kechara Soup Kitchen, Datuk Ruby Khong dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Sayed Rahman Syed Mohd.

Rosmah berkata, setakat ini kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah memperkenalkan program rumah perlindungan iaitu Anjung Singgah di sekitar Lembah Klang yang akan dirasmikan pada 9 April ini.

Kata beliau, ia merupakan salah satu Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk mereka yang tinggal di Lembah Klang dan tidak berumah.

Baginya, Malaysia bernasib baik apabila usaha membantu golongan gelandangan turut dibantu oleh NGO seperti Kechara Soup Kitchen yang menyediakan makanan untuk mereka.

"Kita berbangga dengan Kechara apabila bersedia membantu golongan gelandangan malah turut sensitif dalam isu halal dengan menyediakan makanan halal untuk golongan terbabit," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 29 Mar 2011 03:18 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Uniknya Masjid Kampung Hulu

Posted:

Uniknya Masjid Kampung Hulu

Uniknya Masjid Kampung Hulu

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


RUANG dalam Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir mempunyai seni bina yang begitu indah, klasik dan masih kukuh hingga ke hari ini.


MELAKA 28 Mac - Melaka cukup dikenali sebagai negeri yang mempunyai banyak peninggalan warisan sejarah yang mesti dipertahankan dan dipulihara untuk rujukan generasi sekarang dan akan datang, selain menjadi tarikan pelancongan ke negeri ini.

Di negeri ini, tersimpan pelbagai cerita sejarah, peninggalan dan warisan yang menjadikan negeri ini sebagai pusat rujukan seni dan sastera Melayu moden negara selain pusat pelancongan terkenal terutama bagi mereka yang ingin melihat pelbagai kesan sejarah sejak zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris.

Dengan kata lain, mereka yang berkunjung ke 'negeri Hang Tuah' ini memang terasa akan suasana bersejarah terutamanya apabila melihat bangunan dan rumah lama serta landskap di sekitar Banda Hilir.

Kota A'Famosa, Bastion House, bangunan merah peninggalan penjajah seperti Stadhuys, turut menjadi perhatian ialah 44 rumah tradisonal yang dikenal pasti sebagai warisan sejarah negeri, lebih 300 masjid lama yang masih kukuh serta pelbagai artifak sejarah yang kebanyakannya tersimpan di muzium-muzium.

Salah satu yang berjaya mencuri perhatian pelancong daripada seluruh dunia ialah masjid-masjid lama dan bersejarah ada di antaranya berusia lebih 100 tahun.

Terdapat kira-kira 54 buah masjid lama yang dibina pada zaman penjajahan, menjadi perhatian kerana ia mempunyai seni bina yang begitu indah, klasik dan masih kukuh hingga hari ini.

Bagi memastikan masjid-masjid ini terus kekal menjadi perhatian pelancong, kerajaan negeri telah mengambil langkah untuk mewartakannya sebagai bangunan warisan sejarah.

Salah satu masjid yang sering diperkatakan ialah Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir. Masjid Kampung Hulu adalah kedua tertua di negeri ini selepas masjid Peringgit. Berusia kira-kira 300 tahun apabila ia mula dibina pada 1728 Masihi.

Masjid ini dipercayai dibina oleh Datuk Arom atau Harun iaitu seorang pendatang dari China yang memeluk Islam.

Masjid ini juga dipercayai dibina pada zaman pemerintahan Belanda dan telah diubah suai dengan binaan batu konkrit pada 1892.

Selain daripada keunikan reka bentuknya, masjid ini menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara kerana mengambil air kolahnya bagi dijadikan penawar penyakit yang tidak dapat dirawati doktor perubatan.

Hampir setiap hari ada sahaja orang ramai yang berkunjung ke masjid ini sama ada membawa botol kecil atau besar untuk mengambil air daripada kolah tersebut.

Biarpun sudah menjangkau usia yang agak panjang namun struktur masjid ini yang boleh memuatkan 270 jemaah pada satu-satu masa dilihat masih utuh.

Difahamkan beberapa pengubahsuaian terhadap masjid ini dengan mengekalkan struktur asal apabila atap nipah yang digunakan pada awal pembukaannya telah ditukar dengan atap genting.

Menjejakkan kaki buat pertama kali ke masjid ini sudah pasti anda akan terpegun dengan ukiran dan ciri-ciri seni binanya yang menggabungkan ukiran daripada China dan Aceh.

Ini dapat dilihat pada kubahnya yang memiliki gaya seperti Pagoda dan tiang-tiang bulat pula datang dari China.

Kelainan seni bina masjid lama di negeri ini jika dibandingkan dengan masjid di negeri-negeri lain adalah terletak pada tiga lapisan bumbungnya yang diperbuat daripada tanah liat dan sebuah menara batu yang berbentuk seperti kubu, namun sebenarnya berfungsi sebagai tempat laungan azan.

Masjid ini juga mempunyai empat tiang seri yang menjadi pendokong kepada bumbung dan lantai masjid.

Berdasarkan kajian oleh beberapa penyelidik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), masyarakat Melayu di negeri ini suatu masa dahulu mempunyai kepercayaan tersendiri iaitu setiap lapisan bumbung masjid di negeri ini mempunyai maksud tertentu dan mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Dalam pada itu, bahan binaan pada bahagian dinding masjid juga dipercayai diperbuat daripada campuran putih telur dan pasir serta batu granit.

Pada pintu depannya pula terdapat sebuah gendang lama serta dua buah meriam lama terletak berhampiran kaki tangga memasuki masjid tersebut.

Mimbarnya masih mengekalkan bentuk yang lama dan dapat dilihat struktur binaan yang agak lama tetapi masih mampu bertahan.

Di luar kawasan masjid ini terdapat makam Habib Abdullah Abu Bakar Al-Hadar, seorang pendakwah dari Yemen dan makam tersebut dipercayai berusia lebih 100 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak perlu lakukan pengubahsuaian

Posted:

Tidak perlu lakukan pengubahsuaian

Tidak perlu lakukan pengubahsuaian


Makam pendakwah dari Yemen, Habib Abdullah Abu Bakar Al-Hadar, berusia lebih daripada 100 tahun terdapat di dalam Masjid Kampung Hulu, Melaka.


MELAKA 28 Mac - Masjid Kampung Hulu yang kedua tertua di negeri ini wajar dikekalkan struktur binaannya tanpa perlu lagi sebarang pengubahsuaian.

Imamnya, Ahyeat Alias, 54, berkata, struktur masjid itu perlu dikekalkan kerana ia sudah berusia kira-kira 300 tahun dan ciri-ciri seni bina yang terdapat di dalamnya dilihat masih utuh.

Menurutnya, sejak masjid itu mula dibina pada 1728 ia menjadi kebanggaan orang Melayu di negeri ini kerana selain keunikan seni reka bentuknya, masjid ini mempunyai pelbagai cerita menarik yang tidak dapat dibukukan.

"Siapa sahaja yang dapat melakukan solat di masjid ini sudah tentu terpegun dengan seni ukiran lama yang dilihat masih utuh, kuat dan menarik.

"Saya amat berharap walaupun berlaku arus pembangunan di sekitar kawasan ini, masjid ini kalau boleh, biarlah ia seperti pada kedudukan asal," ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahyeat menambah, selain keunikan yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara, masjid ini juga mempunyai kelebihan tersendiri.

Katanya, air kolah yang digunakan untuk mengambil wuduk pula boleh dijadikan sebagai penyembuh beberapa penyakit yang tidak dapat diubati oleh perubatan moden.

"Perkara ini sudah terbukti apabila orang ramai yang datang dari Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak dan sebagainya datang ke masjid ini kerana ingin mengambil air kolah untuk dijadikan penyembuh penyakit," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelaburan ke NS meningkat

Posted:

Pelaburan ke NS meningkat

Pelaburan ke NS meningkat

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


Mohamad Hasan beramah mesra dengan beberapa petugas pada majlis perasmian dan upacara pecah tanah Projek Hijau di Bangunan Utama Shell Refining Company (FOM) Berhad, Port Dickson, semalam.


TELUK KEMANG 28 Mac - Jumlah pelaburan baru ke negeri ini dijangka terus meningkat berbanding tahun lalu berdasarkan keadaan ekonomi negara yang terus stabil dan berkembang ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, dengan mencatatkan jumlah pelaburan baru sebanyak RM5.2 bilion pada tahun lalu, angka itu dijangka terus bertambah dengan keupayaan kerajaan negeri menawarkan prospek yang lebih menarik kepada pelabur.

Jelasnya, tumpuan kerajaan negeri kini akan lebih terarah kepada menarik lebih ramai pelabur baru yang melibatkan empat sektor meliputi teknologi hijau, pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

"Sebelum ini kita hanya tertumpu kepada sektor perkilangan dan kerajaan negeri sedar bahawa kebergantungan terhadap satu sektor sahaja tidak menjamin kepesatan ekonomi negeri.

"Oleh itu banyak usaha telah kita lakukan dan setakat ini kita berjaya melepasi sasaran pelaburan yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan sebanyak RM1 bilion bagi setiap negeri," katanya.

Mohamad berkata demikian selepas majlis perasmian dan upacara pecah tanah Projek Hijau di Bangunan Utama Shell Refining Company (FOM) Berhad, Port Dickson dekat sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Shell, Mohd. Anuar Taib dan Pengarah Urusan Shell Refining Company, Rozano Saad.

Bagaimanapun kata Mohamad, kerajaan negeri cukup berhati-hati dalam menerima sebarang bentuk pelaburan, oleh itu syarat yang dikenakan kepada pelabur baru amat ketat sebelum diluluskan.

Katanya, ia bagi menjamin keselamatan orang ramai selain melindungi alam sekitar.

"Oleh itu kita menggalakkan pelaburan baru seperti teknologi hijau dalam sektor perkhidmatan, pelancongan dan kesihatan kerana kita yakin ia mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 29 Mar 2011 01:29 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Usah lengahkan perbicaraan

Posted:

Usah lengahkan perbicaraan

Usah lengahkan perbicaraan


Raja Dr. Nazrin Shah (tengah) ketika menghadiri majlis Konvokesyen Keenam Belas Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2010 Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Peguam Negara yang juga Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Patail (dua dari kiri). - BERNAMA


KUALA LUMPUR 28 Mac - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menasihatkan pengamal undang-undang supaya tidak mempersendakan mahkamah selain membantu untuk tidak melengahkan perbicaraan.

Baginda juga mengingatkan bahawa profesion undang-undang adalah profesion yang dipandang mulia dan elit serta mempunyai peradaban, kesopanan dan etika tersendiri.

Baginda bertitah salah satu tonggak utama profesion undang-undang adalah etika dan moraliti; memastikan integriti undang-undang dan keadilan terhadap mahkamah dan begitu juga terhadap anak guam, dapat disempurnakan.

"Dalam melaksanakan tanggungjawab, mahkamah jangan sesekali dipersendakan, para peguam seboleh-bolehnya wajib membantu untuk memastikan perbicaraan tidak dilengahkan dan para peguam juga tidak harus dengan cara yang tidak profesional sengaja menyusahkan pihak lawan," titah baginda.

Raja Nazrin menjelaskan demikian ketika bertitah pada Majlis Konvokesyen Keenam Belas Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2010 Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia di sini hari ini.

Baginda turut mengingatkan kepada para pengamal undang-undang bahawa mereka wajib menjadi tauladan dengan menjauhi perbuatan yang mengabaikan keadilan.

"Sedarilah bahawa tingkah laku para peguam turut diadili oleh masyarakat," titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah kecekapan mahkamah mengurangkan kes tertunggak bukan sahaja dapat memastikan keadilan dilaksanakan secara segera tetapi turut meningkatkan peraturan pengurusan mahkamah di kaca mata umum.

Baginda bertitah bahawa negara memerlukan barisan profesional yang kompeten di bidang undang-undang antarabangsa untuk membantu mempertahankan kepentingan negara di peringkat global.

"Diramalkan evolusi dalam profesion undang-undang sepuluh tahun akan datang bakal berlaku lebih hebat daripada kadar yang berlaku sejak seratus tahun lalu.

"Kesediaan melakukan perubahan dan merintis langkah pembaharuan adalah satu kemestian kepada semua profesion dalam dunia global yang semakin terangkai ini," titah baginda.

Baginda bertitah bahawa evolusi tersebut akan terus berlaku dalam menghadapi gelombang-gelombang baru, antaranya ialah penemuan pesat di bidang sains dan kemajuan pesat teknologi serta pengaruh globalisasi yang semakin meningkat sekali gus membawa perubahan bentuk persaingan.

"Perubahan demografi penduduk dari segi usia beserta kebangkitan media sosial, perubahan sosial, serta perubahan persekitaran intelek juga merupakan antara evolusi yang menghadapi gelombang baru," titah baginda.

Baginda juga bertitah bahawa setiap gelombang baru ini memerlukan peraturan baru dan akan meningkatkan keperluan interaksi perundangan di peringkat antarabangsa. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemandu wanita berbahaya?

Posted:

Pemandu wanita berbahaya?

Pemandu wanita berbahaya?

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini 'hangat' apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.

Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

''Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

''Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.

''Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum," katanya.

Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

''Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.

''Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu," katanya.

Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tubuh Fakulti Industri Pertahanan

Posted:

Tubuh Fakulti Industri Pertahanan

Tubuh Fakulti Industri Pertahanan

KUALA LUMPUR 28 Mac - Universiti Teknologi Mara (UiTM) dicadang menubuhkan Fakulti Industri Pertahanan bagi melahirkan tenaga kerja terlatih dalam memperkukuhkan industri pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan menerusi Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan (MIDES) itu adalah atas pertimbangan bahawa UiTM mempunyai kemampuan mengembangkan skop fakulti dalam pelbagai bidang.

Skop itu, menurut beliau, melibatkan industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pertahanan, pembuatan kapal, industri untuk peralatan atau aset tentera darat serta bahan-bahan guna sama.

''Kita tidak menafikan lain-lain universiti tetapi secara khusus, UiTM paling sesuai. Industri pertahanan negara semakin berkembang dan kita tidak cukup tenaga kerja. Adalah mustahil jika negara mengambil tenaga luar untuk industri pertahanan kita.

''Sebagai contoh, Boustead Holdings Bhd. memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 tukang kimpal kapal tetapi kini hanya ada 200 orang pekerja bahagian itu.

''Oleh itu, kita minta UiTM dan Kementerian Pengajian Tinggi proaktif dengan kehendak pasaran dalam merealisasikan penubuhan fakulti terbabit,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat MIDES Bilangan 1/2011 membabitkan Kumpulan Kerja Persenjataan, Kumpulan Kerja Barangan Guna Sama dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, UiTM dan Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini pernah dimaklumkan mengenai hasrat MIDES supaya diwujudkan fakulti tersebut.

''Dalam mesyuarat hari ini, kita perkukuhkan lagi cadangan tentang pentingnya penubuhan fakulti terbabit,'' ujarnya.

Ditanya mengapa penubuhan fakulti itu tidak dicadangkan di UPNM, beliau berkata, UPNM merupakan sebuah universiti berkonsepkan butik dengan pengambilan penuntut yang kecil berbanding UiTM.

Sementara itu, katanya, selain cadangan penubuhan fakulti berkenaan, MIDES turut mencadangkan agar diwujudkan sebuah unit penilaian bersama bagi penggunaan barang-barang persenjataan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguat kuasa lain.

''Ini supaya tidak ada agensi-agensi yang menggunakan peralatan persenjataan yang berbeza kecuali unit-unit penguatkuasaan yang khusus,'' jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 29 Mar 2011 01:28 AM PDT

Utusan Online - Timur


103 pelajar ditahan ponteng sekolah

Posted:

103 pelajar ditahan ponteng sekolah

103 pelajar ditahan ponteng sekolah

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my


Anggota Rela menahan pelajar dalam satu operasi Gerak Gempur Basmi Ponteng Sekolah di beberapa buah sekolah sekitar Kuala Terengganu, baru-baru ini . – utusan/Shaifudin Mohd Nor


KUALA TERENGGANU 28 Mac - Seperti pelajar lain, mereka turun dari rumah pada awal pagi lengkap berpakaian seragam sekolah dan menggalas beg berisi buku.

Namun, dengan berjalan kaki atau bermotosikal pemberian bapa bagi menyenangkan mereka dan dibekalkan wang saku, lokasi tujuan bukanlah ke sekolah sebagaimana yang dianggap oleh keluarga.

Mereka menuju ke premis kosong, belukar dan juga warung selain berpeleseran sekitar premis perniagaan atau peranginan sementara menunggu waktu untuk pulang ke rumah kelak.

Senario yang digambarkan adalah masalah pelajar ponteng sekolah dan ia sesuatu yang tiada berkesudahan dan usaha perlu terus dilakukan untuk menanganinya agar tidak menjadi gejala lumrah kerana ia berkait rapat dengan gejala sosial yang boleh memusnahkan masa depan pelajar.

Dalam usaha terus mengejar kecemerlangan akademik di negeri ini, Jabatan Pelajaran Terengganu menyedari penyimpangan sikap itu perlu turut diberi perhatian khusus.

Dalam operasi yang disasarkan kepada tiga buah sekolah menengah di sini baru-baru ini, 31 pelajar berjaya ditahan manakala sebilangan lagi berjaya melarikan diri.

Ada di kalangan mereka yang ditahan dikesan positif dadah dan terbabit dengan gejala merokok.

Kesemua pelajar itu diberikan kaunseling dan ibu bapa turut dimaklumkan oleh pihak sekolah dan sebilangan daripada mereka terkejut dengan perlakuan anak-anak.

Operasi itu digerakkan oleh Jabatan Pelajaran negeri dengan kerjasama Ikatan Relawan Rakyat (Rela), polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta guru sekolah.

Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud berkata, operasi itu dilakukan secara serentak di seluruh Terengganu bertujuan mengurangkan kadar ponteng sekolah di kalangan pelajar di negeri ini.


Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Azahar Abu Bakar (kiri) memberi nasihat kepada pelajar sekolah yang ditahan ponteng sekolah.


Katanya, operasi itu juga boleh diibaratkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada pihaknya dalam merangka pelbagai pendekatan menangani isu berkenaan.

Menurutnya, walaupun operasi itu pertama kali diadakan, beliau menyifatkannya sebagai berjaya.

"Kejayaan ini bukan ditentukan oleh jumlah tangkapan walaupun kita berjaya menahan 103 pelajar sekolah yang ponteng sepanjang operasi ini. Apa yang ingin kita tekankan ialah mengenai usaha berterusan Jabatan Pelajaran negeri dalam membangunkan sahsiah pelajar," katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Razali, kesemua 103 pelajar itu yang terdiri daripada 98 lelaki dan lima perempuan akan dipanggil menghadiri kursus pembangunan kendiri yang dijalankan sekolah masing-masing secara berperingkat.

"Kursus ini akan dijalankan secara berbeza di antara pelajar lelaki dan perempuan. Maklum balas yang diterima daripada ibu bapa pelajar yang terlibat amat positif setakat ini.

"Kita panggil ibu bapa ini ke sekolah selepas kita tangkap anak mereka kerana ponteng dan hampir kesemua mereka akur dan tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam hal ini," kata Razali lagi.

Tambah Razali, pihaknya akan meneruskan operasi yang sama selepas ini secara berkala.

Menurutnya, banyak faktor mendorong ke arah gejala itu termasuk pengaruh persekitaran, masalah diri pelajar diikuti masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya di samping interaksi guru dengan pelajar.

Justeru jelasnya, langkah mengatasi masalah itu bukan menjadi tanggungjawab jabatan dan sekolah semata-mata, tetapi perlu ditangani bersama ibu bapa, masyarakat dan pihak berkuasa secara berterusan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syor Pemuda Pas ditolak

Posted:

Syor Pemuda Pas ditolak

Syor Pemuda Pas ditolak

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


Takiyuddin Hassan (kiri) berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa di Kompleks Darul Naim, semalam.


KOTA BHARU 28 Mac - Isu berkaitan pemindahan para peniaga di Pasar Lama MPKB ke Bazar Tok Guru belum selesai.

Semalam, kerajaan Pas Kelantan menolak cadangan Dewan Pemuda Pas negeri supaya membeli balik Pasar Lama MPKB demi kebajikan peniaga kecil di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu bertentangan dengan dasar kerajaan Pas Kelantan yang berpegang kepada janji.

"Pasar ini telah dijual kepada sebuah syarikat pemaju sebagai sebahagian usaha sama dalam membangunkan Bazar Tengku Anis, di bazar MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam) mendapat keuntungan.

"Dasar kerajaan negeri kita jelas, apabila perjanjian dibuat, kita berpegang teguh kecuali orang itu hendak bagi balik.

"Itu adalah dasar Islam. Kalau hendak ambil balik benda yang telah dijual, itu bukan dasar kerajaan negeri," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Dewan Pemuda Pas Kelantan sebelum ini yang meminta kerajaan negeri membeli balik pasar lama tersebut dan membaik pulihnya demi kepentingan peniaga kecil di situ.

Cadangan itu dibuat selepas sayap Pas melihat isu itu semakin memuncak apabila 300 peniaga di Pasar Lama MPKB enggan berpindah ke Bazar Tok Guru.

Ekoran itu, para peniaga terbabit mendakwa kerajaan Pas Kelantan tidak berpegang kepada janji.

Semalam, seorang ahli perniagaan menyatakan hasrat untuk membeli Pasar Lama MPKB dengan nilai RM5 juta daripada pemilik bangunan itu, Sensa Timur Sdn. Bhd.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu bakal miliki sebuah lagi hospital pakar

Posted:

Terengganu bakal miliki sebuah lagi hospital pakar

Terengganu bakal miliki sebuah lagi hospital pakar

KUALA TERENGGANU 28 Mac - TDM Berhad, syarikat pelaburan milik kerajaan negeri merancang untuk membina sebuah hospital swasta baru di bandar raya ini bagi menampung keperluan rakyat negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badrul Hisham Mahari berkata, jika menjadi kenyataan, hospital dengan kelengkapan dan kemudahan terkini itu akan melibatkan pelaburan dianggarkan RM200 juta.

Katanya, Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) di sini milik TDM yang merupakan hospital swasta berlesen penuh pertama di negeri ini dan beroperasi sejak 2006 sudah semakin sesak dengan ruang terbatas.

''Sehubungan itu kita merancang membina sebuah hospital baru di pinggir bandar raya yang dapat menyediakan 150 katil dengan perkhidmatan yang lebih selesa.

''Lokasinya masih dalam proses untuk dikenal pasti, dan berdasarkan saiz seperti Pusat Perubatan Kuantan (KTC) yang sedang dibangunkan, kos keseluruhan dianggar mencecah RM200 juta," katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini baru-baru ini, katanya, sektor penjagaan kesihatan menunjukkan potensi untuk terus berkembang pesat selain peladangan yang menjadi teras.

Kepentingan Kumpulan TDM dalam sektor penjagaan kesihatan adalah melalui pemilikan melalui tiga pusat perubatan bersaiz sederhana termasuk KTS.

TDM juga mengendalikan Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di Selangor dan Pusat Perubatan Kuantan (KTC) Centre di Pahang.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh hospital berkenaan termasuk perubatan umum, pediatrik, ortopedik, pembedahan umum, radiologi, obstetrik, ginekologi, ENT, fisioterapi dan psikiatri.

Selaku sebuah hospital komuniti katanya, ia memberikan perkhidmatan dengan kos bayaran 20 peratus lebih rendah berbanding kadar yang ditetapkan.

''Semua hospital sedia ini membawa keuntungan dan berdasarkan keperluan kesemuanya perlu diperbesarkan lagi.

''Pembinaan KMC yang baru sedang giat dijalankan dan hospital setinggi tujuh tingkat itu dijangka siap pembinaannya pada tahun depan dan bakal menjadi hospital swasta terbesar di Pantai Timur," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 29 Mar 2011 01:22 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Khairy: Ubah sistem cukai ringankan rakyat pendapatan sederhana tinggi

Posted: 29 Mar 2011 12:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Kerajaan wajar meminda sistem percukaian bagi membantu rakyat berpendapatan sederhana tinggi dengan menganjakkan kadar cukai maksimum kepada kumpulan pendapatan yang lebih tinggi, kata Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini.

Langkah itu menurut Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), dapat meringankan bebanan mereka dalam menangani kos sara hidup di samping mengimbangi caj cukai di mana kadar yang maksimum dikenakan ke atas mereka yang sememangnya berpendapatan tinggi dan bukannya sederhana atau sederhana tinggi.

Wakil rakyat itu melahirkan pandangan ini ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Kata Khairy, baru-baru ini beliau telah mengetengahkan isu pelepasan cukai penting yang mana tidak memadai untuk membantu meringankan beban pembayar cukai iaitu rebet cukai RM1,000 bagi anak-anak berumur 18 tahun ke bawah serta pengurangan cukai RM4,000 bagi setiap anak yang mengikuti pengajian tinggi mereka di negara.

Katanya langkah itu penting kerana kos bagi membesar dan mengasuh anak adalah tinggi dan semakin meningkat.

Pada masa yang sama katanya, peruntukan pelepasan cukai RM4,000 setahun bagi pengajian anak-anak di institusi pengajian tinggi tidak begitu dirasai oleh para ibu bapa terutama sekali sekiranya anak-anak mereka tidak mendapat sebarang bantuan pinjaman atau biasiswa.

Malah sebelum ini, Khairy juga telah menyentuh tentang aspek percukaian progresif di mana pada masa sekarang golongan yang mempunyai pendapatan bercukai antara RM100,000 hingga RM120,000 setahun, yang juga kelompok majoriti bagi kumpulan pendapatan pertengahan, dikenakan cukai maksimum 26 peratus sepertimana mereka berpendapatan tinggi RM30,000 atau RM50,000 dan ke atas.

"Jika kita melihat kepada trend sumber percukaian, sumbangan cukai pendapatan individu kepada perbendaharaan negara telah melonjak lebih 228 peratus daripada RM7 bilion pada 2000 ke RM23 bilion pada pada suku ketiga 2010," kata Khairy sambil menambah, peratus dapatan daripada cukai individu juga telah naik dari 11.3 peratus ke 20.2 peratus bagi tempoh yang sama.

Sungguhpun demikian, kata beliau, masih ada majoriti pembayar cukai individu di Malaysia di takuk pendapatan sederhana tinggi menanggung beban cukai maksimum.

"Pada masa sekarang, cukai tujuh peratus dikenakan kepada banjaran pendapatan bercukai tahunan RM35,000, 12 peratus bagi pendapata tahunan sehingga RM50,000, 19 peratus bagi di bawah RM70,000, 24 peratus bagi banjaran pendapatan tahunan bawah RM100,000 dan cukai maksimum 26 peratus bagi manakala bagi yang mempunyai banjaran pendapatan cukai melebihi RM100,000," kata Khairy lagi.

Tambah beliau, sekiranya jika dianggarkan nisbah peratusan pelepasan cukai sebanyak 20 peratus daripada pendapatan cukai, maka pendapatan minimum bulanan bagi cukai maksimum adalah RM10,000 sebulan.

Katanya, kajian menunjukkan daripada 1.6 juta rakyat yang membayar cukai pendapatan, pembayar cukai di kelompok pembayar cukai teratas ini berjumlah 181,700 atau 11 peratus sahaja tetapi menyumbang 73 peratus daripada cukai pendapatan individu bagi tahun 2009. 

"Namun, kita melihat ketidakseimbangan bagi kumpulan ini kerana mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 sebulan dikenakan juga kadar cukai maksimum seumpama yang berpendapatan lumayan dan lebih tinggi," kata Ketua Pemuda Umno ini.

Katanya, keadaan itu amat membebankan golongan terbabit dan secara perbandingan kadar efektif cukai tersebut lebih tinggi daripada Singapura mahupun Hongkong. 

"Bahkan sungguhpun Amerika Syarikat mempunyai kadar cukai tertinggi iaitu 35 peratus tetapi ia cuma bagi pendapatan tahunan melebihi AS$357,700 (atau RM1.08 juta) dan di Singapura pula kadar maksimum cuma bagi pendapatan tahunan menjangkau AS$236,640 (atau RM567,000)," katanya.

Dalam perbahasannya, Khairy juga menyentuh tentang isu harga rumah dalam Skim Rumah Pertamaku.

"Saya telah menyentuh tentang isu ini semasa saya mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mac yang lalu.

"Namun, saya dapati tiada jawapan khusus pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa pihak kementerian menggulung dan menjawab segala persoalan ahli-ahli Parlimen pada 21 Mac lepas," kata beliau.

Khairy menyeru agar nilai harga rumah yang dimasukkan dalam skop dan cakupan skim ini dinaikkan kepada RM300,000 terutama bagi bandar-bandar besar. 

"Ini kerana kalau kita lihat purata harga rumah teres di bandar-bandar besar seperti KL Central adalah RM542,000, KL Utara RM283,000, Selatan KL RM333,000, Petaling Jaya RM348,000, Pulau Pinang (kawasan pulau) RM562,000, Tawau RM303,000 dan Kota Kinabalu pula RM284,000," katanya.

Pada masa yang sama katanya, kajian syarikat perunding hartanah Tetuan Rahim & Co mendapati sungguhpun terdapat unit-unit rumah sedia ada di pasaran sekitar harga RM150,000 hingga RM250,000, tetapi amatlah sukar dan terhad pula bagi mendapatkan unit rumah di sekitar harga RM200,000 ke RM220,000 bagi kawasan atau projek perumahan baru.

Sementara itu, kajian Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia merumuskan prospek kenaikan harga rumah setinggi 13 peratus tahun ini akibat kenaikan bahan-bahan binaan.

"Sehubungan itu bagi membantu kumpulan sasaran skim ini iaitu di usia 25 hingga 34 tahun seramai 4.3 juta atau 15.4 peratus daripada populasi negara, saya sekali lagi menyeru agar harga skim rumah dinaikkan ke RM300,000 dan sekiranya dapat ditambah jumlah pendapatan maksimum daripada RM3,000 kepada RM5,000 atau RM6,000 bagi meliputi cakupan yang lebih besar serta mengambil kira penggabungan pendapatan si suami dan isteri," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rais: Kontroversi ‘Iinterlok’ bukan penghalang kepada karya sastera bermutu

Posted: 29 Mar 2011 12:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Kontroversi melibatkan novel "Interlok" tidak harus menjadi penghalang kepada golongan karyawan untuk terus menghasilkan karya sastera yang bermutu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Apa yang berlaku di luar bidang kawalan penulis. Jadi kita nak beritahu penulis jangan takut walaupun Interlok sudah ''dikunci'' begitu. Teruskan menulis dan lahirkan pemikiran yang tajam dan tinggi tamadunnya," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sastera Pelbagai Kaum: Karya dan Aktiviti Sastera Sebagai Wahana Integrasi Nasional di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini hari ini, Rais berkata apa yang berlaku pada karya Interlok tidak semestinya akan berlaku pada masa hadapan.

"Walaupun Interlok sudah dibuat sedemikian, tidak semestinya ia terus menerus begitu. Yang saya hasratkan ialah buat masa depan, apabila sesuatu buku sastera itu sudah diterima, tidak wajar bagi kita untuk mengubahnya sekiranya buku itu sudah diterima sebagai buku sastera negara.

"Ini mesti saya katakan demi menjaga maruah kesusasteraan tanah air," katanya.

Novel Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, menjadi kontroversi setelah diperkenalkan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan Lima di Zon 2 iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan, kerana mengandungi beberapa perkataan yang tidak disenangai masyarakat India.

Kerajaan bagaimanapun bersetuju untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif itu.

Rais berkata penulis perlu diberi kebebasan dalam berkarya.

"Ini satu pendekatan yang saya sendiri perlu memberi takrif yang jelas. Saya masih tergolong dalam pihak yang beri kebebasan kepada penulis melahirkan buah fikirannya," katanya.

Rais berkata peranan Bahasa Melayu dalam membina masyarakat pelbagai kaum di negara ini tidak boleh diambil ringan.

Katanya seminar yang dianjurkan Aswara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (Perspektif) hari ini merupakan langkah awal dalam melahirkan penulisan yang bernilai antara penulis Melayu dan bukan Melayu.

Beliau berkata kementerian akan bekerjasama dengan DBP dan Aswara dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu demi menyatukan masyarakat pelbagai kaum, selaras dengan konsep Gagasan 1Malaysia.

Pada seminar itu, satu memorandum persefahaman ditandatangani antara Rektor Aswara Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa, Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Abdul Aziz dan Presiden Perspektif Goh Hin San untuk bekerjasama dalam usaha member bimbingan kepada penulis menghasilkan karya bermutu.

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 28 Mar 2011 11:36 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Setaraf lokasi terkemuka dunia

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SUDAH lebih lima minit lelaki itu berdiri di kawasan kaki lima lokasi yang paling sibuk di ibu negara, Jalan Bukit Bintang.

Backpackers pada usia emas

Posted:

[unable to retrieve full-text content]LAZIMNYA aktiviti backpackers digemari oleh anak- anak muda. Namun sejak kebelakangan ini, senarionya sudah berubah. Kini, warga emas dan pesara dilihat mendominasi kembara di negara-negara Asia.

Utusan Online - Politik

Posted: 28 Mar 2011 11:26 PM PDT

Utusan Online - Politik


Siasat skandal rakaman cara menyeluruh

Posted:

Siasat skandal rakaman cara menyeluruh

Siasat skandal rakaman cara menyeluruh

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mac - Selepas seminggu mengunci mulut, kini semakin ramai pemimpin Pas tampil mendesak siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti siapa sebenarnya pemimpin kanan pembangkang yang dikaitkan dengan skandal rakaman video seks.

Terbaru, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) bersetuju agar kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal rakaman itu secara menyeluruh dengan berteraskan prinsip kebenaran, keadilan serta ketelusan.

Beliau yang menyambut baik cadangan supaya pemimpin Pas dan parti pembangkang lain dijemput sebagai pemerhati dalam suruhanjaya tersebut percaya, jika siasatan dilakukan tanpa niat untuk memerangkap, rakyat akan menerima hakikat sebenar di sebalik video itu.

"Prinsip yang Pemuda Pas pegang, apa pun situasi yang berlaku, ia perlu kepada penyiasatan yang adil, telus dan tidak bermaksud untuk memerangkap. Soal mekanisme bagaimana siasatan itu hendak dilaksanakan boleh ditentukan kemudian.

"Dalam soal ini, apa yang penting pihak yang bertanggungjawab menyiasat ketulenan video ini mestilah pakar forensik yang mempunyai pengetahuan luas. Sama ada pakar tempatan atau asing itu terpulang kepada kerajaan tetapi yang penting siasatan mesti telus.

"Soal wakil parti pembangkang itu tidak semestinya perlu kerana ahli politik bukanlah pakar dalam bidang forensik tetapi kalau sekadar pemerhati dalam suruhanjaya diraja itu nanti, Pas menyambut baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kenyataan Nasrudin itu menyusul sehari selepas bekas Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu mendesak supaya pakar asing dijemput bagi membantu siasatan ketulenan rakaman video seks pemimpin pembangkang yang wajahnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohamad berkata, langkah itu penting kerana jika siasatan video seks tersebut hanya melibatkan pakar forensik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai sukar untuk percaya keputusan siasatan nanti kerana ia mungkin dikaitkan sebagai konspirasi.

Mengenai cadangan supaya pakar asing turut membantu siasatan, Nasrudin berkata, ia langkah yang wajar dipertimbangkan kerajaan kerana penyiasatan oleh pakar asing akan memberi ketelusan sebagaimana diharap rakyat.

Dalam pada itu, Mohamad ketika dihubungi menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau merupakan salah seorang daripada dua pemimpin Pas yang sudah menonton rakaman video seks itu.

"Saya belum tengok dan tidak akan tengok. Kita biarkan kerja ini (meneliti ketulenan) kepada pihak berkuasa, mereka yang sepatutnya menonton dan menyiasat perkara ini. Saya tidak suka menonton hal sebegini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taja tambang dianggap rasuah

Posted:

Taja tambang dianggap rasuah

Taja tambang dianggap rasuah

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 28 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada mana-mana kerajaan negeri dan parti politik bahawa mereka boleh disabitkan dengan jenayah rasuah jika didapati terlibat menaja tambang tiket penerbangan kepada penduduk Sarawak di Semenanjung untuk pulang mengundi.

Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas menyatakan perbuatan sedemikian suatu sogokan yang jika disabitkan kesalahan, pelakunya boleh dihukum penjara selama dua tahun dan denda tidak melebihi RM5,000.

Tegasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini bekerjasama rapat dengan SPRM akan memantau kegiatan tersebut menjelang hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April depan.

"Jika kerajaan-kerajaan negeri dan parti-parti politik secara terbuka membayar tambang tiket ini, ia bermakna mereka mengharapkan penduduk Sarawak mengundi parti mereka.

"Perbuatan menyogok ini satu jenayah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Jika dibenarkan, akan banyak kerajaan negeri dan parti politik nanti limpahkan duit yang jelas suatu jenayah rasuah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas keluhan lebih 30,000 penduduk Sarawak yang mencari rezeki di Johor yang meminta kerajaan negeri membantu mereka untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April nanti.

Sebahagian besar daripada mereka mahu pulang mengundi tetapi hasrat itu terbantut oleh faktor kewangan kerana kos yang tinggi untuk membeli tiket penerbangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 28 Mar 2011 11:22 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Polis dapatkan pakar kenal pasti bukti

Posted:

Polis dapatkan pakar kenal pasti bukti

Polis dapatkan pakar kenal pasti bukti

KUALA LUMPUR 28 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam proses membuat pengesahan pakar mengenai kesahihan bahan-bahan bukti yang diterima berkaitan rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti politik.

Setiausahanya, Datuk Ghazali Md. Amin berkata, justeru, PDRM berharap semua pihak bersabar dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

"Kita meminta agar semua pihak tidak membuat spekulasi kerana takut mengganggu perjalanan siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ghazali ketika dihubungi tidak menafikan kemungkinan akan memanggil pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim untuk membantu dalam siasatan video berkenaan.

"Saya tidak menafikan akan memanggil mana-mana individu yang dipercayai boleh membantu dan terlibat dalam siasatan rakaman video tersebut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NGO tolak cadangan panggil pakar asing siasat video seks

Posted:

NGO tolak cadangan panggil pakar asing siasat video seks

NGO tolak cadangan panggil pakar asing siasat video seks

KUALA LUMPUR 28 Mac - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolak cadangan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu yang mahu pakar asing menyiasat kesahihan rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana negara turut memiliki pakar untuk menyiasat kes sedemikian.

"Bagi saya Mohamad Sabu lebih 'mendewakan' pakar asing daripada pakar tempatan.

"Dia cuba lari daripada isu sebenar. Jika benar dia mahu menegakkan keadilan, kenapa dia tidak desak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja seperti dalam kes kematian Teoh Beng Hock," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar pula meminta supaya jangan sesekali 'mengheret' orang luar masuk ke kancah politik negara.

"Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan daripada kerajaan, begitu banyak hal dalam negara melibatkan pihak antarabangsa sehinggakan mencemar perspektif orang luar mengenai keharmonian di negara ini.

"Pihak pembangkang menimbulkan cadangan itu kerana mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang suka main politik yang 'gila-gila', 'kotor' dan sentiasa didorong oleh nafsu untuk mendapatkan kuasa," ujarnya.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula berkata, cadangan itu hanya untuk kepentingan politik pembangkang sahaja.

"Kalau mereka di pihak yang benar, maka benarlah, tetapi kalau sebaliknya, saya rasa ini hanya untuk memutar-belitkan kenyataan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 28 Mar 2011 07:55 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Saya akan suruh balik – Saksi

Posted:

Saya akan suruh balik – Saksi

Saya akan suruh balik – Saksi

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mac – ''Kalau saya tahu perkara ini akan berlaku, by hook or by crook (dengan apa cara sekalipun), saya akan halau dia keluar dari pejabat SPRM, saya akan suruh dia balik terus.''

Itulah jawapan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd. Nazri Ibrahim apabila ditanya apa tindakan yang akan dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini sehingga membawa kepada kematian Teoh Beng Hock pada 16 Julai 2009.

Beliau berkata demikian semasa disoal oleh ahli Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock yang juga pakar psikologi forensik, Profesor Mohamed Hatta Shaharom mengenai perkara yang akan dilakukan sekiranya dia mampu mengelakkan insiden yang menimpa Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Bagaimanapun, Mohd. Nazri yang bertanggungjawab merakam kenyataan Beng Hock pada awal pagi hari tersebut memilih untuk bersikap bertimbang rasa dengan membenarkan saksi itu berehat di sofa dan tidak terus pulang walaupun telah diberi kebenaran.

''Selepas selesai rakaman, atas arahan pegawai penyiasat, saya maklumkan pada Beng Hock bahawa dia boleh balik dan bawa semula dokumen-dokumen berkaitan dengan kes.

''Dia tanya, boleh saya berehat sekejap. Saya kata boleh, cuma jangan merayau-rayau dalam pejabat SPRM. Dia kata okay. Saya beritahu, kalau ada apa-apa, berhubung dengan pegawai penyiasat. Selepas itu saya kemas bilik dan ajak rakan sekerja balik bersama-sama,'' jelas beliau.

Menurut Mohd. Nazri, dia amat terkejut apabila mengetahui Beng Hock ditemui mati pada pukul 2 petang hari yang sama kerana kejadian seumpama itu tidak pernah terjadi serta masih tertanya-tanya sehingga kini bagaimana ia boleh berlaku.

Sekalipun mengakui merupakan orang terakhir bersama Beng Hock dalam urusan siasatan, Mohd. Nazri menolak andaian bahawa dia telah menyebabkan kematian itu kerana tidak pernah berkasar atau memberi tekanan kepada saksi.

Menjawab soalan peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berhubung perkataan kebenaran YB (Yang Berhormat) dan arahan YB dalam nota misteri daripada beg sandang Beng Hock, Mohd. Nazri berkata, hanya perkataan 'telah diluluskan oleh YB' direkod beliau daripada saksi pada malam tersebut.

Katanya, rakaman percakapan itu bukan sahaja diteliti semula oleh Beng Hock daripada dokumen di dalam komputer tetapi dibaca sekali lagi selepas ia dicetak sebelum menurunkan tandatangan sebagai pengesahan.

Terdahulu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull hadir untuk memberi keterangan tentang prosedur siasatan serta perintah-perintah tetap dalam agensi tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sebutan semula kes ADUN Sri Muda 25 April

Posted:

Sebutan semula kes ADUN Sri Muda 25 April

Sebutan semula kes ADUN Sri Muda 25 April

SHAH ALAM 28 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei terpaksa bergegas ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas pihak pendakwaan memohon waran tangkap dikeluarkan kepadanya yang gagal hadir sebutan kes di bawah Akta Hasutan yang dihadapinya.

Shuhaimi, 42, yang sedang mengikuti majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Ke-12 pagi ini tiba di mahkamah selepas peguam beliau, Edmund Bon memohon menangguhkan prosiding sebentar bagi menghubungi anak guamnya.

Shuhaimi muncul kira-kira pukul 10.05 pagi dengan berpakaian rasmi DUN dan bersongkok hitam.

Terdahulu, ketika kes disebut di hadapan Hakim Slamat Yahya, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap kepada Shuhaimi berikutan ketiadaannya di mahkamah yang bersidang pada pukul 9 pagi.

Edmund bagaimanapun memaklumkan bahawa pihaknya telah menyerahkan surat kepada mahkamah pada 25 Mac lalu, memohon agar kes itu disebut pada sebelah petang berikutan Shuhaimi perlu menghadiri pembukaan DUN yang dirasmikan oleh Sultan Selangor hari ini.

Menurut Mohamad Hanafiah, peguam sepatutnya menasihatkan Shuhaimi untuk hadir pada prosiding pagi ini memandangkan mahkamah tidak memberi jawapan kepada surat mereka, apatah lagi Shuhaimi terikat dengan syarat-syarat jaminan dan tarikh sebutan yang telah ditetapkan awal.

Selepas ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hadir, pertuduhan dibacakan sekali lagi memandangkan pada 7 Februari lalu, pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar.

Dia didakwa menerbitkan artikel bertajuk Pandangan saya berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://srimuda.blogspot.com di Pusat Khidmat Rakyat, 6/2, Jalan Anggerik Vanilla R 31/R, Kota Kemuning di sini, 30 Disember tahun lalu.

Edmund turut memohon satu tarikh sebutan berikutan pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi selewat-lewatnya Jumaat ini untuk memohon satu deklarasi bahawa Akta Hasutan 1948 bercanggah dengan Artikel 5,8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 25 April ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 28 Mar 2011 07:45 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Mempelbagaikan aktiviti sungai

Posted:

Mempelbagaikan aktiviti sungai

Mempelbagaikan aktiviti sungai

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


PENONTON memenuhi tebing Sungai Pahang untuk menyaksikan pelbagai acara menarik.


MARAN 28 Mac – Sungai Pahang merupakan antara sungai terpanjang di Malaysia yang berfungsi menjana ekonomi penduduk dan eko-pelancongan di negeri ini.

Sungai sepanjang 459 kilometer itu menjadi nadi penggerak kepada pembangunan beberapa daerah seperti Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Pekan.

Malah, sungai itu juga menjadi laluan ke Taman Negara yang terletak di Hulu Tembeling menjadikannya popular di kalangan pelancong tempatan dan asing.

Selain itu, sungai tersebut turut berfungsi membekalkan sumber protein kepada penduduk sekitarnya dan menjadi pusat rekreasi bagi aktiviti seperti pesta sungai, ekspedisi berakit serta pertandingan memancing.

Menyedari tentang keunikan sungai itu, Majlis Belia Daerah Maran (MBDM) mengorak langkah melancarkan Pesta Sungai Pahang yang diadakan selama tiga hari di Pekan Lama Chenor, di sini baru-baru ini.

Menurut Pengerusinya, Khairul Amin Osman, program itu bukan sahaja membabitkan aktiviti di sungai tetapi juga di daratan seperti forum perdana, pertandingan melukis, sukan rakyat, nyanyian dan sebagainya.

Di samping itu katanya, kempen 'Cintai Sungai Kita' turut diadakan supaya masyarakat menjaga kebersihan sungai daripada sampah sarap atau sisa toksik yang boleh menjejaskan kualiti sungai itu sendiri.

"Pelbagai acara yang diadakan sempena pesta itu bertujuan mengembalikan nostalgia kehebatan dan fungsi sungai tersebut kepada generasi baru," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Khairul berkata, aktiviti tersebut secara langsung mempromosikan sungai itu sebagai destinasi eko-pelancongan daerah itu untuk dimasukkan dalam kalendar aktiviti tahunan tahun depan.

Jelasnya, lokasi penganjuran pesta sungai di pekan tersebut sesuai kerana aliran air tidak deras dengan pengunjung menyaksikan aktiviti dari tebing sungai.

Ahli Jawatankuasa Urus Setia program tersebut, Saiful Azman Afendi Mokhtar berkata, sebagai simbolik pelancaran pesta itu sebanyak 200,000 spesies benih ikan pelbagai jenis dilepaskan.

Jelasnya, langkah itu bertujuan memberi sumber rezeki kepada nelayan sungai yang tinggal di pinggir Sungai Pahang selain menjadi pilihan kaki pancing untuk memancing ikan di situ.

"Pembiakan pelbagai spesies ikan secara semula jadi akan mendorong kaki pancing tempatan dan luar Pahang menjadikan Sungai Pahang sebagai destinasi pilihan mereka," katanya.

Beliau berharap masyarakat mencintai keindahan dan kebersihan dan tidak membuang sampah atau sisa toksik ke dalam sungai yang boleh menjejaskan kualiti alam sekitar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesta Sungai Pahang akan dinaik taraf

Posted:

Pesta Sungai Pahang akan dinaik taraf

Pesta Sungai Pahang akan dinaik taraf

MARAN 28 Mac - Kerajaan negeri bercadang menaik taraf pesta Sungai Pahang sebagai aktiviti tahunan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga sumber alam itu daripada tercemar.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak (gambar) berkata, langkah tersebut bagi memastikan penduduk dan pengunjung luar menghargai keunikan sungai itu yang mempunyai tarikan tersendiri.

"Pada masa sama kita berharap program itu memberi daya tarikan bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Katanya, program yang dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Maran mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan dan dimuatkan sebagai salah satu aktiviti tahunan kementerian tersebut.

Bagi Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib yang juga penduduk asal Kampung Pantai Chenor mengakui gembira menyaksikan pesta itu yang memberi hiburan kepada penduduk.

Katanya, jika dahulu pada tahun 1950-an dan 60-an, program seperti itu sentiasa dinantikan oleh rakyat kerana menjadi satu hiburan kepada mereka.

Jelasnya, program itu secara tidak langsung mempromosikan Sungai Pahang sebagai khazanah dan warisan negeri yang perlu dihargai oleh generasi baru.

Dalam pada itu seorang pengunjung, Norhasmimi Abdul Ghani berpendapat, langkah yang dilakukan oleh MBDM dapat memupuk semangat kekitaan dan kerjasama di kalangan masyarakat sekitarnya.

Katanya, acara seperti itu berpotensi untuk dijadikan sebagai program negeri atau nasional dengan menjemput peserta luar Pahang menyertai beberapa aktiviti yang diadakan di sungai tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10,000 penduduk marah JBA

Posted:

10,000 penduduk marah JBA

10,000 penduduk marah JBA

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


BEBERAPA penduduk memasang kain rentang bagi menunjukkan rasa kurang senang akibat gangguan bekalan air di Temerloh, semalam.


TEMERLOH 28 Mac – Kira-kira 10,000 penduduk di sekitar daerah ini merungut berikutan bekalan air yang terjejas sejak kelmarin.

Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian penduduk terutama di Taman Setia Jasa, Seberang Temerloh berhimpun secara aman dengan membawa sepanduk bagi menyatakan kekesalan terhadap Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Setia Jasa, Rashid Omar berkata, bekalan terputus sejak Sabtu lalu menyebabkan penduduk melahirkan rasa marah kepada JBA.

"Kami minta JBA hantar empat lori tangki sehari dengan tiga kali penghantaran. Setakat ini mereka hanya hantar dua lori dengan dua kali penghantaran. Jumlah itu tidak mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia, ketika ditemui hari ini.

Seorang penduduk taman itu, Ayob Seman, 52, berkata, masalah yang berlaku itu telah berlarutan sejak hampir sebulan.

"Ini sangat menyusahkan penduduk kerana kami tidak tahu bila masalah ini akan selesai," katanya.

Seorang lagi penduduk, Ghazali Idris, 63, berkata, gangguan bekalan air di taman perumahan itu sebenarnya berlaku sejak 1 Mac lalu tetapi ia semakin buruk bermula kelmarin.

Sebelum ini, menurutnya, gangguan bekalan sering berlaku pada sebelah petang hingga ke Subuh tetapi sejak Sabtu lalu, bekalan air terputus sama sekali.

"Saya memandu kereta sejauh 30 kilometer sehari ke Chenor untuk mengambil air Sungai Pahang bagi kegunaan keluarga," katanya.

Menurut Ghazali, masalah bekalan air turut menyebabkan tiga anaknya mengalami masalah kelewatan ke sekolah.

Ini kerana ujarnya, anak-anaknya terpaksa mandi di Jengka untuk ke sekolah setiap hari.

"Mereka terpaksa bangun awal pagi untuk balik ke kampung di Jengka semata-mata mahu mandi sebelum kembali ke sekolah di Temerloh.

"Sampai bila masalah ini hendak selesai, bayangkan betapa sukarnya keluarga yang mempunyai anak kecil," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 28 Mar 2011 07:33 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Seminggu dimalukan, Anwar didendang bagai wira

Posted: 28 Mar 2011 12:31 PM PDT

Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin malam didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Malah, dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.

Selain Anwar sendiri, hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.

Bagi Anwar sendiri, beliau menyifatkan dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, ketua pembangkang meminta penyokongnya tidak mempedulikan isu itu sebaliknya memfokuskan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Berbaju Melayu, bersongkok

Beliau juga berkata, tiga parti dalam Pakatan - PKR, DAP dan PAS - sudah selesai dalam pembahagian kerusi dan sehubungan usaha menumbangkan BN dan menamatkan pentadbiran 30 tahun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hendaklah digiatkan.

"Taib Mahmud ini sudah sama lama (bekas presiden Mesir) Hosni Mubarak," katanya disambut gelak ketawa ribuan penyokong yang hampir memenuhi stadium itu.

Pilihan raya negeri itu akan diadakan pada 16 Mac depan, yang menjadi penentuan kepada usaha Pakatan merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Mengulas itu video seks yang dikaitkan dengan dirinya, Anwar mempersoalkan kewibawaan Rahim dan membandingkannya dengan isu yang sama melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini.

"Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik," sindir Anwar yang berbaju Melayu dan bersongkok dalam ceramah itu.

Sambil mengaitkan Rahim dengan dakwaan rasuah yang membelenggu bekas pemimpin kanan Umno itu sebelum ini, Anwar juga mendakwa isu video itu ditimbulkan kerana pendakwaan terhadapnya di mahkamah dalam kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "lemah".

Nik Aziz hanya berdoa, bertakbir

Manakala Lim pula dalam ceramahnya sebelum itu mempersoalkan kenapa Datuk T sebagai pihak di belakang penyiaran video itu kepada pihak media dan beberapa ahli politik tidak ditangkap sehingga sekarang.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur mencadangkan diadakan persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan daripada pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama.

"Bagaimanapun, langkah pertama hendaklah tangkap Datuk T dan bawa ke muka pengadilan terlebih dahulu," kata pemimpin popular DAP itu lagi.

Manakala Abdul Hadi pula mengulas dakwaan terhadap Anwar itu daripada aspek agama yang mana dakwaan terhadap Anwar itu didakwanya tidak dibuat mengikut kaedah hukum Islam.

"Ini ditayangkan di hotel, bukan mahkamah... Sepatutnya siasat jenis kameranya, filem yang digunakan, siapa pelakonnya, siapa penerbitnya," katanya yang juga anggota parlimen Marang.

Bagaimanapun, acara puncak yang dinantikan, iaitu ceramah Nik Abdul Aziz mungkin mengecewakan ramai penyokongnnya apabila beliau hanya naik ke pentas bagi membacakan doa dan bertakbir tiga kali.

Pemimpin veteran PAS itu tidak langsung berceramah, dipercayai kepenatan setelah menghadiri program lain sebelum itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NGO Kristian 'keras', PEMBELA ugut tarik diri

Posted: 28 Mar 2011 04:35 AM PDT

Sebuah gabungan pertubuhan Islam hari ini mengugut untuk menarik diri daripada sebuah jawatankuasa persefahaman agama sekiranya NGO Kristian terus berkeras dalam isu melibatkan naskhah Injil dalam berbahasa Melayu.


Satu kenyataan gabungan pertubuhan itu menyebut, NGO Kristian berkenaan perlu menggunakan "saluran perbincangan" melalui Jawatankuasa Kerja Mempromosi Persefahaman Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) bagi mengutarakan isu berkenaan.

"Kami menegaskan, jikalau mereka berterusan hendak mengambil pendekatan konfrontasi dan (tindakan) keras, kami mungkin mengambil keputusan untuk menarik diri daripada jawatankuasa tersebut," kenyataan itu dipetik.

PEMBELA juga mendakwa, kenyataan yang telah dikeluarkan NGO berkenaan berhubung isu tersebut telah mengguris hati umat Islam.

"Provokasi dan pelanggaran berterusan terhadap perasaan dan sensitiviti umat Islam ini akan mencetuskan ketegangan dan mengundang reaksi daripada kelompok Islam yang mungkin sukar dikawal dan dibendung oleh sesiapa," menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu dipercayai berhubung tindakan kerajaan meluluskan supaya kitab Injil yang ditahan itu dilepaskan pada pertengahan bulan ini.

Tindakan itu diambil setelah menerima kritikan pelbagai pihak, termasuk tuntutan daripada Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

PEMBELA juga berkeras bahawa kerajaan tidak seharusnya membenarkan naskhah berkenaan diedarkan kerana tindakan itu antara lainnya melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu kalimah Allah.

Selain itu, tindakan itu juga bertentangan dengan larangan oleh mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah.

"Keputusan awal kerajaan sudah merupakan suatu kompromi yang sebenarnya sudah melampaui peruntukan-peruntukan ini.

"Oleh itu sikap keras dan degil pihak Kristian terhadap keputusan awal kerajaan ini adalah sangat-sangat mendukacitakan

"Apatah lagi jika diambil kira, kitab Al-Quran sendiri dikawal cetakan dan sebarannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Ini adalah prosedur biasa dan menuduhnya sebagai suatu kesalahan besar yang mencemar kesucian kitab Injil adalah suatu tuduhan yang liar dan tidak bertanggungjawab," kenyataan itu dipetik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 28 Mar 2011 03:23 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Di mana ketelusan Pas?

Posted:

Di mana ketelusan Pas?

Di mana ketelusan Pas?

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


Para pemimpin NGO sekitar Pulau Pinang mengadakan perhimpunan mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kesahihan video seks melibatkan pemimpin pembangkang di Pulau Pinang, kelmarin.


KITA tidak harus melupakan bahawa dalam kamus politik Pas, ada dua tindakan mereka yang cukup sinonim dengan parti itu, pertamanya solat hajat dan kedua menggesa ditubuhkan suruhanjaya diraja apabila ada isu.

Tetapi sejak kebelakangan ini, Pas tidak lagi bersikap demikian termasuklah dalam isu terbaru berhubung rakaman video seks yang melibatkan seorang pemimpin pembangkang.

Pas bukan sahaja awal-awal lagi menganggap ia konspirasi politik malah menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes itu. Malahan Pas juga tidak kedengaran untuk mengadakan solat hajat bagi memohon petunjuk Allah berikutan isu terbaru yang timbul.

Ia berbeza dengan apa yang berlaku pada tahun 1998, apabila Pas beria-ia menganjurkan solat hajat di pusat tarbiyahnya di Taman Melewar dan mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan.

Entah mengapa kali ini, Pas tidak lagi bersikap telus, sebaliknya tindakan Pas dilihat lebih banyak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya. Sebab itulah pemimpin Pas boleh mengeluarkan kenyataan bahawa penubuhan suruhanjaya diraja hanyalah mengarut selagi situasi sebenar tidak diketahui.

Apa yang anehnya, Pas sendiri sebelum ini begitu beria-ia benar bersetuju mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock kononnya atas alasan mencari kebenaran.

Namun kenapa dalam isu terbaru ini desakan penubuhan suruhanjaya tersebut dianggap 'mengarut'? Sedangkan kita masih ingat suatu ketika dulu apabila timbul isu, Pas bukan sahaja membuat desakan melalui kenyataan akhbar atau di dalam Dewan Rakyat malah mengadakan siri ceramah.

Namun kini segalanya sudah berubah. Ternyata ikatan setiakawan yang diwujudkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP seolah-olah 'mengunci langkah' Pas untuk menyatakan kebenaran.

Pas tidak mahu membuat tindakan yang dilihat akan menjejaskan hubungan dengan kedua-dua parti berkenaan yang sudah 'membuaikan' Pas dengan impian ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pas tidak mahu peluang politik tersebut terjejas jika apa yang didakwa melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang menjadi kenyataan.

Justeru pemimpin-pemimpin Pas di peringkat pusat 'bersilat lidah' bagi menafikan sebarang usaha yang memungkinkan kebenaran boleh dicapai tetapi dilihat tidak akan menyebelahi mereka.

Semua ini sebenarnya merugikan politik Pas itu sendiri. Sudah pasti ramai yang akan melihat Pas bukan lagi memperjuangkan sesuatu perkara berlandaskan kepada kebenaran tetapi lebih kepada keuntungan politik.

Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sepatutnya Pas bertegas dalam soal melibatkan moral mana-mana pemimpin sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

Ramai tertanya-tanya bagaimana jika video seks itu dikaitkan dengan pemimpin kerajaan atau tepat lagi Barisan Nasional (BN), apakah Pas akan mendiamkan diri dan membantah sebarang usaha menubuhkan suruhanjaya diraja?

Sudah pastilah Pas tidak akan membantah sebaliknya akan berterusan bersama-sama dengan PKR dan DAP melakukan desakan kerana percaya ia akan menguntungkan politik pembangkang.

Ia sudah dibuktikan dalam beberapa kes sebelum ini termasuklah berhujah, Islam membenarkan kita mendedahkan peribadi seseorang demi mencari pemimpin yang baik tetapi apabila tercetus isu video seks terbaru ini, Pas seolah-olah menghapuskan sikap telusnya. Soal mencari kebenaran tidak diperkatakan sebaliknya di kalangan mereka menganggap ia taktik politik yang cukup menjijikkan.

Kita tidak faham kenapakah apabila timbul sahaja perkara berkaitan dengan pembangkang ia dianggap konspirasi, fitnah dan berniat jahat, sedangkan kalau sesuatu isu itu melibatkan kerajaan maka pembangkang akan menerimanya sebagai satu fakta biarpun ada antaranya hanyalah fitnah.

Berikutan sikap Pas yang dilihat semakin menenggelamkan sikap telusnya sebagai sebuah parti Islam itulah yang menyebabkan ada desakan supaya Pas menyatakan pendirian secara terus-terang dalam isu terbaru ini.

Mereka tidak mahu Pas yang melaungkan slogan-slogan Islam seolah-olah tidak mahu mencari sebuah kebenaran tidak kira sama ada ia memihak kepada politik pembangkang atau tidak.

Sebenarnya, berdasarkan kepada maklumat yang diterima di peringkat akar umbi Pas, mereka semakin tawar untuk menyokong langkah parti itu terus bekerjasama dengan PKR. Ia disebabkan dengan pelbagai kemelut yang berlaku melibatkan pemimpin-pemimpin parti berkenaan ia turut menjejaskan imej Pas.

Pas masih belum mahu melihat bagaimana tindakan mereka terlalu bersekongkol dengan PKR dan DAP telah memungkinkan parti itu tewas dalam empat pilihan raya kecil yang diadakan baru-baru ini.

Dan kini Pas akan menerima padahnya lagi jika mereka terus tidak konsisten dalam isu-isu berkaitan menegakkan kebenaran.

Kalau benar Pas jujur, sudah pastilah parti itu tidak akan awal-awal lagi menganggap apa yang terjadi konspirasi sebaliknya akan berusaha menggesa supaya segala langkah dilakukan bagi membuktikan apa yang berlaku satu konspirasi atau kebenaran.

Pada masa ini, Pas mengambil jalan selamat dengan meminta polis menjalankan siasatan terperinci tetapi soalnya jika siasatan polis tidak menyebelahi pembangkang adakah Pas akan menerima keputusan berkenaan. Adakah ketika ini Pas akan menyebelahi PKR atau bersetuju dengan siasatan polis biarpun mereka tahu ia tidak akan menguntungkan pembangkang?

Justeru adalah wajar jika Pas berhenti daripada terus berdolak-dalih dalam isu terbaru ini. Keadilan dan kebenaran bukan hanya berhak dikuasai oleh pembangkang sahaja tetapi juga pihak-pihak lain di luar lingkungan parti itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Industri kreatif erat persahabatan

Posted:

Industri kreatif erat persahabatan

Industri kreatif erat persahabatan

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my


Muhammad Takari (kiri), Zainal Kling dan Abu Hassan Hasbullah di majlis Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia Siri II di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.


Jika membangkitkan isu hubungan Malaysia dan Indonesia, mungkin ada di antara kita berfikiran bahawa untuk apa dibicarakan sesuatu yang pada dasarnya tidak ada perbezaan. Kedua-dua negara ini masing- masing berbangsa dan berketurunan yang satu iaitu Melayu, bertutur pula dalam bahasa yang serupa sehingga berkongsi sebahagian adat dan budaya.

Tambah menguatkan lagi integrasi ini ialah atas kepercayaan agama suci Islam di samping mengasaskan sistem pendidikan pondok sebagai salah satu bentuk penyebaran Islam. Jadi di mana timbulnya perbezaan itu? Unsur persamaan yang disebutkan tadi sepatutnya tidak menjadi satu perkara utama yang menjadi punca perbalahan.

Sekiranya disoroti kembali sejarah pertembungan persefahaman ini dikatakan berlaku pada sekitar tahun 1980 an sehingga awal tahun 2000. Ianya berlarutan sehingga ke generasi alaf baru apabila perasaan kebenciaan itu cuba disebarkan oleh pihak yang tidakbertanggungjawab termasuk media massa.

Pemikiran tidak sihat itu telah mencetuskan suasana getir apabila beberapa kumpulan rakyat Indonesia melancarkan serangan terhadap Malaysia seperti ''Ganyang Malaysia" termasuk bertindak membakar bendera kita.

Namun, Malaysia tidak mudah melatah di atas perbuatan itu. Malah titik penyelesaian cuba dicari agar permasalahan hubungan antara negara berjiran ini tidak berlarutan.

Atas kepentingan itulah Forum Setiakawan Malaysia-Indonesia anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan Utusan Malaysia dianjurkan pada Sabtu lalu.

Utusan Malaysia tampil menjadi peneraju dalam mencetuskan hubungan baik ini sehingga diakui Pensyarah Fakulti Sastera Universitas Sumatera Utara Medan, Dr. Muhammad Takari yang menjadi ahli panel forum itu.

Menurut beliau, media massa memainkan peranan penting dalam mendukung keserumpunan Malaysia dan Indonesia, justeru akhbar Utusan Malaysia menjadi peneraju dalam mengukuhkan perhubungan itu melalui penganjuran forum tersebut bagi membincangkan persamaan antara kedua-dua negara.

''Media massa Indonesia agak jarang mengambil langkah sebegini malah mereka memanipulasi beberapa isu antara dua negara,'' jelasnya.

Forum yang dianjurkan kali ini ingin mencari persepakatan untuk memamajukan masa depan daripada hubungan perbezaan itu kepada persamaan pada generasi kini. Ini kerana perbalahan antara isu bahasa, budaya, adat dan tradisi itu sudah menjadi klise dalam pemikiran generasi baru.

Dalam konteks itu, pembangunan industri seni antara kedua-dua negara boleh menjadi salah satu usaha penyatuan penting memandangkan genenarasi terkini lebih liberal serta relaktif yang berpandangan bahawa isu-isu sebelum ini adalah isu hipokrit.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, golongan muda lebih berfikiran terhadap langkah strategik bagi mengatasi permaslahan tersebut iaitu menerima budaya popular sebagai asas baru kepada hubungan kedua-dua ini.

Ia sekali gus memberi satu suara kepada golongan muda bahawa mereka boleh bercantum dalam sebuah industri yang menyebabkan mereka akan lupa bahawa pernah wujud perbezaan di atas isu-isu itu dalam kehidupan mereka.

''Budaya popular akan menjadi nilai baru kepada budaya tradisi yang telah dikongsi bersama yang sekarang ini menjadi punca perpecahan.

''Karektor Upin dan Upin serta ikon penyanyi Siti Nurhaliza yang kini diterima di Indonesia menjadi roh dan aset baru dalam memulihkan kembali hubungan kesetiakawanan ini," katanya yang turut menjadi ahli panel pada forum itu.

Berikutan itu, katanya, penggabungan budaya boleh diterjemahkan melalui industri kreatif sehingga mampu menubuhkan sebuah syarikat korporat yang bekerjasama antara dua negara. Elemen wayang kulit yang dicetak di sehelai baju T sekali gus dipasarkan di negara masing-masing boleh diambil sebagai contoh.

Elemen budaya popular ini tidak harus berkisar kepada pencetakan baju T sahaja atau pembuatan rantai kunci, reka bentuk fesyen kasut dan sebagainya, tetapi pembikinan filem juga boleh dihasilkan sekali gus diedarkan di kedua-dua negara.

Seniman negara, Senator Tan Sri Jins Shamsudin turut melontarkan idea yang sama pada forum itu. Malah, usaha merapatkan jurang persefahaman Malaysia dan Indonesia sudah dijayakan oleh pembuat-pembuat filem melalui penubuhan Persatuan Persahabatan Malaysia-Indonesia (Permai).

Harapan Jins hanya satu iaitu filem-filem antara negara serumpun ini diteruskan kerana ia boleh menggambarkan sebagai satu bangsa dan satu keturunan agar sejarah terdahulu tidak dilupakan.

''Kita perlu membuat sejarah filem berhubung Malaysia dan Indonesia supaya anak-anak muda tahu perjalanan sejarah kedua-dua negara ini yang boleh dilihat sebagai hubungan adik-beradik sekali gus menggambarkan hubungan budaya, bangsa dan bahasa.

''Namun, di samping pembuat filem perlu ada pengedarnya kerana filem-filem kita tidak banyak ditayangkan di negara seberang, begitu juga sebaliknya," katanya.

Selain pembikinan perfileman, elemen sukan juga boleh menjadi faktor penyatuan kerana adanya nilai budaya popular. Lihat sahaja peminat bekas pemain kebangsaan, Safee Sali yang kini berhijrah ke sebuah kelab di Indonesia sekali gus beban perbezaan dapat dikurangkan.

Justeru, industri kreatif boleh memainkan peranannya apabila para intelektual mampu merangka rencana strategik bagi membolehkan pendidikan bidang indusri kreatif kedua-dua negara ini berlangsung dengan cemerlang.

Pelajar Indonesia boleh datang ke Malaysia untuk mempelajari budaya dan atmosfera di sini yang boleh digarapkan melalui filem, begitu juga pelajar kita yang akan ke sana atas tujuan yang sama.

Mengulas lanjut, Abu Hassan berkata, golongan baru akan terlibat secara total dan praktikal melalui penggabungan antara pelajar dan pelajar.

''Dalam hal ini kita boleh mengambil contoh bagaimana penulis JK Rowling dapat menyatakan seluruh dunia melalui bukunya Harry Porter, begitu juga wayang kulit di suatu ketika dahulu. Begitu juga perbalahan negara eropah sebelum tertubuhnya kuasa eropah yang akhirnya dapat bercantum melalui proses pembudayaan semula.

''Kejayaan silam itu tidak diteruskan akibat kealpaan di peringkat intelektual yang mana telah banyak membahaskan teks tetapi tidak membahaskan strategik hubungan antara kedua-dua negara secara praktikal," katanya.

Persoalannya di sini, bagaimana kita mahu mencari jalan terbaik untuk membina kerjasama antara kedua-dua negara ini yang boleh diambil alih peranannya oleh generasi baru kini. Ada harapan akan muncul melalui pembangunan industri kreatif itu yang boleh menyelesaikan perselisihan.

Buat masa ini, beberapa nama boleh menjadi penggerak budaya popular itu seperti Siti Nurhaliza mampu menjadi penghubung kepada keakraban hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia menerusi seni yang diperjuangkannya selama ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 28 Mar 2011 01:46 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Ikon negara hilang seri

Posted:

Ikon negara hilang seri

Ikon negara hilang seri

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
dan SUHANA VERU
berita@kosmo.com.my


DATARAN Merdeka di Kuala Lumpur semakin hilang seri kerana rumputnya yang rosak dan dipenuhi tompokan tanah ekoran terlalu banyak aktiviti dianjurkan di situ.


KUALA LUMPUR - Imej Dataran Merdeka sebagai ikon pelancongan dan sejarah di ibu kota didapati tercemar apabila rumput di kawasan itu kerap mengalami kerosakan teruk dan mati setiap kali aktiviti tertentu seperti konsert dijalankan.

Pemandangan yang menyakitkan mata itu sedikit sebanyak memberi gambaran buruk kepada pelancong asing yang melawat ke kawasan berkenaan.

Tinjauan wartawan Kosmo! semalam selepas menerima aduan daripada orang ramai mendapati kekerapan Dataran Merdeka dijadikan lokasi majlis melibatkan orang ramai adalah antara punca kerosakan rumput di situ.

Lebih teruk, pada hari minggu dan cuti umum kawasan itu menjadi tumpuan pengunjung, khususnya warga asing, yang kerap meninggalkan lambakan sampah-sarap.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Biar mahkamah tentukan - Syed Zainal

Posted:

Biar mahkamah tentukan - Syed Zainal

Biar mahkamah tentukan - Syed Zainal


KERETA F1 pasukan Lotus Renault.


PETALING JAYA - Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed menyerahkan kepada Mahkamah Tinggi London untuk menentukan sama ada pasukan Lotus Renault atau Team Lotus yang lebih layak menggunakan jenama Lotus dalam perlumbaan Formula Satu (F1).

"Biarlah mahkamah yang menentukan siapa sebenarnya yang berhak. Bukanlah hak saya untuk menentukannya dan perlumbaan di Melbourne semalam (kelmarin) tidak sama sekali mencerminkan siapa yang mempunyai hak atau tidak.

"Apa yang berlaku di mahkamah, biarlah mahkamah yang menentukan. Kita tidak seharusnya melangkaui keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah," katanya ketika menjelaskan mengenai laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai kemenangan pasukan Lotus Renault mengalahkan Team Lotus pada perlumbaan pertama F1 musim 2011 di Melbourne, Australia kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sultan minta kerajaan Selangor jangan boros

Posted:

Sultan minta kerajaan Selangor jangan boros

Sultan minta kerajaan Selangor jangan boros

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my


SULTAN SHARAFUDDIN memeriksa perbarisan kawalan kehormat semasa berangkat ke majlis perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Negeri Selangor ke-12 di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan kerajaan negeri supaya tidak berbelanja secara boros dan tanpa kawalan meskipun ekonomi negara kini berkembang lebih pesat.

Baginda bertitah, kerajaan negeri hendaklah sentiasa melakukan perbelanjaan berhemah dan mengelakkan pembaziran yang boleh merugikan negeri ini.

"Memang benar kita sudah keluar daripada kemelut ekonomi global namun kita harus sentiasa bersiap sedia berhadapan dengan iklim ekonomi dunia yang ada kalanya tidak menentu khususnya di Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.

"Jangan kita leka dan situasi global seharusnya dipantau. Pada masa yang sama, jangan kita berbelanja secara boros dan tanpa kawalan," titah baginda pada majlis perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan