gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Urban

Posted: 02 Mar 2011 01:20 PM PST

Kosmo Online - Urban


Tarian Fire-Ra pukau Kota Singa

Posted:

Tarian Fire-Ra pukau Kota Singa

Tarian Fire-Ra pukau Kota Singa

Oleh NIZHA PERIASWAMY
Nizha.periswamy@kosmo.com.my



WALAUPUN sudah berlatih sejak pagi, kumpulan penari Fire-Ra masih kelihatan bertenaga.

Latihan demi latihan sejak tiga minggu setiap hari, menjadikan kumpulan itu kebal berhadapan dengan pertandingan tarian yang ditunggu-tunggu peminat iaitu Aattam 100 Vagai vs Dhool.

Pertandingan itu mengumpulkan jutaan penonton televisyen dari dua negara iaitu saluran Tamil Vaanavil di Astro dan saluran Vasantham bahagian hiburan Tamil Media Corp. di Singapura.

"Ini adalah detik yang dinanti-nantikan dan kami yakin dengan kumpulan ini. Ia bakal membawa pulang nama baik Malaysia di tanah Singa," kata wanita yang siap berpakaian lengkap dan disolek, M.Rathika Thevi, 30.

Dia selaku ketua kumpulan Fire-Ra memberitahu, setibanya di studio rakaman Media Corp. di Singapura pada pagi hari pertandingan mereka tidak membuat latihan sendiri sebaliknya, sekadar latihan menerusi sesi raptai.

"Raptai bermula pada pukul 12 tengah hari sebanyak dua kali. Ini diikuti raptai penuh pada pukul 4 petang. Ia di selang-seli dengan kumpulan-kumpulan lain bagi tiga segmen, tiga kali menukar pakaian dan solekan, kami tidak mempunyai masa yang banyak untuk berlatih di sini," kata Rathika yang sudahpun mendirikan rumah tangga dengan seorang peserta kumpulan itu, L. Yeseskaran, 33.

Terus berlatih dan berkongsi tip sesama mereka sebelum acara sebenar dimulakan, Rathika antara peserta paling sibuk yang kelihatan di bilik latihan.


KUMPULAN Millennium Arts Creation dari Malaysia membawa pulang hadiah wang tunai RM3,500 selepas menduduki tempat kelima.


Astro saluran Vaanavil mengumpulkan tiga pemenang utama pertandingan tarian paling popular tempatan Astro Vaanavil, Aattam 100 Vagai untuk bersaing dengan tiga pemenang utama pertandingan tarian saluran Vasantham dari Singapura, Dhool.

Tepati ramalan ramai

Pertandingan tarian akhirnya berpihak kepada Malaysia apabila, kumpulan Fire-Ra dari Klang memenangi pertandingan itu sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai S$25,000 (RM60,000).

Pertandingan seperti itu sebelum ini pernah diadakan di Malaysia tetapi, pada skala besar melibatkan negara Malaysia, Singapura, India, Sri Lanka dan Mauritius. Namun, pertandingan Aatam 100 Vagai vs Dhool yang diadakan di Studio Rakaman Media Corp. di Singapura pada 13 Februari lalu tidak kurang berpengaruh kerana mempertaruh persaingan sengit di samping turut disiarkan secara langsung di kedua-dua negara.

"Pertandingan yang melibatkan enam kumpulan tarian dari dua negara sememangnya satu percubaan kolaborasi baik Vasantham Media Corp. dan Astro Vaanavil. Kami tidak kisah siapa pemenang kerana tujuan pertandingan ini adalah untuk meningkatkan semangat kesukanan tarian dan mengeratkan hubungan dua negara dalam aspek tarian India," demikian kata Pengarah Pengurusan Kumpulan Kandungan Astro, Dr. Rajamani Chellamuthu yang turut menghadirkan diri ke pertandingan itu.

Tambahnya, beliau amat yakin dengan kumpulan Malaysia berikutan persembahan penuh kemahiran khususnya kumpulan Fire-Ra.

"Saya dapat lihat semangat mereka dan percaya mereka akan membawa balik hadiah tempat pertama. Saya gembira apabila jangkaan saya tepat. Namun, harus diakui persembahan tiga kumpulan mewakili Singapura sangat baik menjadikan persaingan antara kedua-dua negara sengit," katanya yang ditemui sejurus selepas keputusan diumum.

Selain Fire-Ra, Malaysia juga diwakili Millenium Arts Creations dan Future Dancers, manakala tiga kumpulan dari Singapura pula ialah Freak A Zoids, Mera Naam Joker dan Pow Chica Wow Wow.


JURI dari India, Satish turut membuat persembahan tarian kepada penonton.


Pertandingan itu dihakimi lima orang juri iaitu Aravinth Kumarasamy dan Sreedevy Sivarajasingam dari Singapura, Ajith Baskar dan Revathy dari Malaysia serta seorang juri dari India iaitu Sathish Krishnan.

Ramai penonton di studio Media Corp. termasuk penonton Singapura dapat meramalkan kemenangan akan berpihak kepada Fire-Ra. Ini kerana konsep tarian dan penggunaan Fire-Ra ternyata sangat berbeza dan lebih sempurna.

"Kami banyak membuat kajian sebelum membuat keputusan pemilihan lagu, pakaian dan gaya tari. Kami mahu mempersembahkan sesuatu yang berbeza tetapi menarik," kata pengasas kumpulan dan jurutari Era Dancers, Indran Ramasamy.

"Fire-Ra adalah salah sebuah kumpulan kecil daripada Era Dancers. Kami menubuhkan kumpulan tarian ini sejak lapan tahun lalu dan setiap tahun, kami akan menghantar wakil bagi pertandingan Aattam 100 Vagai. Fire-Ra adalah pemenang pertandingan Aatam 100 Vagai 2009 dan kumpulan tersebut bersama beberapa orang individu dari Era bergabung bagi berhadapan dengan pertandingan di Singapura kali ini."

Bagi pengurus kumpulan itu, Abdul Razak Mohd Hanifa, 48, kemenangan yang dijangka sebenarnya bukan kemenangan yang mudah. Ini kerana pesaing rapat, Pow Chica Wow Wow dan Mere Nam Joker dari Singapura turut mempamer persembahan yang berkualiti tinggi, khususnya untuk persembahan tarian kontemporari.

"Walaubagaimanapun, kami mengekalkan keaslian tarian segmen tradisional selain banyak menggunakan elemen-elemen Asia," katanya yang mengagumkan penonton dengan tarian segmen akhir, tarian tema menggunakan tema tarian Bali.

Ahli kumpulan Fire-Ra yang lain terdiri daripada T. Kesavaraj, V. Tana Sawntari, A. Roszelin, M. Karthigeyen, G. Malar Vili dan D. Mervin.

"Kami akan terus berusaha dalam bidang tarian untuk mencapai lebih banyak kemenangan.


BARISAN pemenang kumpulan Fire-Ra bersama krew Astro Vaanavil.


"Kejayaan ini sememangnya sesuatu yang dijangka oleh kami. Namun, kami tidak akan menganggap ia sebagai kemenangan muktamad dan percaya ada banyak lagi peluang dan ruang yang perlu kami terokai untuk kejayaan yang lebih besar," kata ahli kumpulan secara bersama.

Dua kumpulan Malaysia yang lain, Future Dancers dan Millenium Art Creation mendapat tempat keenam dan kelima membawa pulang hadiah wang tunai S$1,500 (RM3,500) setiap satu.

Tempat keempat, ketiga dan kedua masing-masing diraih kumpulan dari Singapura, Freak A Zoids S$1,500 (RM3,500), Mere Naam Joker S$3,000 (RM7,000) dan Pow Chica Wow Wow S$5,000 (RM12,000).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ekstrem di Sunway Lagoon

Posted:

Ekstrem di Sunway Lagoon

Ekstrem di Sunway Lagoon

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
rencana@kosmo.com.my


EXTREME Park menawarkan pelbagai tarikan aktiviti lasak seperti bungee, paintball, flying fox dan G-force X.


ADRENALIN pengunjung Sunway Lagoon terus diduga. Tidak cukup dengan variasi permainan air yang sememangnya mengujakan, tetamu taman tema itu kini ditambah lagi dengan sembilan tarikan permainan ekstrem baru.

Antaranya ialah tapak bungee, G-force X, litar go-kart, papan memanah, paintball, kayak, swan ride, flying fox dan trampolin.

Permainan yang dikelompokkan dalam lingkungan taman tema ekstrem itu atau Extreme Park diperkenalkan untuk mengiringi empat taman tema utama lain iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park dan Scream Park.

Setiap taman tema menyimpan keunikan tersendiri untuk diterokai dan dengan adanya penambahan Extreme Park, situasi gamat bersama jeritan gemuruh penggemar aktiviti lasak kian kedengaran.

Sehubungan dengan pengenalan taman tema baru pada lembaran tahun 2011, duta khas juga dilantik buat pertama kalinya untuk menyerikan taman tema Sunway Lagoon.

Berkecimpung dalam dunia lakonan, pengacaraan televisyen dan perundingan motivasi, Maznah Zolkifli dipilih sebagai duta sulung Sunway Lagoon selaras dengan penglibatan aktif dalam bidang sukan sejak usia muda.

"Saya memikul tanggungjawab ini dengan ikhlas dan berbangga dapat menjadi sebahagian daripada warga Sunway Lagoon," ujarnya yang ditemui selepas majlis perasmian Extreme Park.

Tambah Maznah, kegilaannya dalam menyahut cabaran sukan lasak bertitik-tolak daripada keyakinan diri yang tinggi untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri.

"Saya gemarkan Target Shooting (tembak tepat) kerana ia sangat menguji ketahanan mental dan disiplin diri," tambahnya yang turut menggemari perlawanan catur dan karom.

Lasak baginya bukan isu baru bagi golongan wanita pada masa kini. Kaum Hawa yang terlibat dengan sukan ekstrem tidak seharusnya dipandang serong dan diberikan label negatif.

"Malah, inilah kelebihan wanita yang membuktikan pada dunia kami bukan insan lemah malah, perlu disifatkan sebagai individu serba boleh dan cekal dengan cabaran," katanya.


AHMAD SHABERY juga tidak ketinggalan mencuba bungee yang menjadi tarikan di Sunway Lagoon.


Selaras dengan prinsipnya, Maznah menggalakkan lebih ramai penglibatan wanita dan belia dalam sukan ekstrem sekali gus, menghapuskan stereotaip wanita dan belia adalah golongan yang sering membazir waktu melakukan aktiviti yang kurang berfaedah.

Maznah yang tidak terlepas mencuba permainan baru yang diperkenalkan Sunway Lagoon menyifatkan bungee adalah yang paling mencabar antara semua aktiviti lain.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan disaksikan Timbalan Pengurus Besar Sunway Lagoon, M. Magendran.

Usai merasmikan majlis yang tepat pada pukul 11.11 pagi itu, kehangatan cabaran antara wakil media bermula bagi merebut hadiah wang tunai RM11,111 yang akan disalurkan kepada institusi kebajikan terpilih.

Setiap peserta daripada 11 kumpulan yang bertanding dapat merasai keseronokan semua cabaran di Extreme Park dalam pertandingan yang berlangsung selama 60 minit itu.

Mengakhiri setiap halangan yang ditugaskan, pasukan KL FM berjaya menggondol hadiah utama mengalahkan pasukan lain.

Menurut ketua pasukan KL FM, Nordin Md. Salleh yang tidak menduga pasukannya mampu mengatasi 10 pasukan lain, pasukannya buat masa ini masih belum memutuskan institusi yang bakal menerima sumbangan mereka.

Extreme Park dibuka dari pukul 11 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan 10 pagi hingga 6 petang pada hari lain termasuk cuti am.

Bayaran masuk untuk semua taman tema cuma RM100 untuk dewasa dan RM80 untuk kanak-kanak, manakala untuk pakej tiga taman tema iaitu Water Park, Amusement Park dan Wildlife Park hanya RM80 untuk dewasa dan RM65 bagi kanak-kanak.

Namun, bagi warganegara Malaysia yang memiliki Mykad potongan harga diberikan sebanyak 25 peratus untuk setiap kali bayaran masuk.

Keterangan lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang www.sunwaylagoon.com atau www.facebook.com/sunwaylagoonMsia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 02 Mar 2011 11:26 AM PST

Kosmo Online - Varia


Jurnal kanser beri semangat

Posted:

Jurnal kanser beri semangat

Jurnal kanser beri semangat

Oleh NIZHA PERIASWAMY


ROSNAH (tengah) melancarkan My Journal sambil disaksikan Christina (kiri) dan Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Rosmawati Mohamed.


TANYALAH kepada sesiapa sahaja, saat dikhabarkan sebagai pesakit barah pasti diri terasa hilang harapan untuk terus hidup.

Memikirkan kematian, kesakitan dan segala jenis rawatan kanser menyebabkan seseorang berada pada tahap putus asa paling ekstrem.

Kerana itu, apabila didiagnosis sebagai pesakit kanser adalah penting untuk seseorang itu mendalami dan memahami penyakit tersebut.

Selain mendapat rundingan pakar perubatan, seseorang pesakit seharusnya mendekati survivor dan pesakit kanser lain untuk berkongsi kisah.

Kehadiran buku My Journal edisi kedua dilihat sebagai satu cara lagi untuk pesakit kanser mendapatkan sokongan dan semangat.

Dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin, inisiatif yang menerima sokongan daripada Empowered! iaitu Persatuan Advokasi Barah Malaysia itu adalah sejajar dengan misi persatuan berkenaan untuk menyelamatkan nyawa dan menghapuskan penderitaan akibat barah dalam kalangan masyarakat yang kurang berkemampuan.

"Saya dapati ramai pesakit saya yang tidak mempunyai maklumat yang sewajarnya mengenai keadaan mereka. Itu menyebabkan mereka khuatir dan sangat tertekan.

"Waktu itulah timbul inspirasi untuk saya menerbitkan My Journal bagi dijadikan bahan rujukan dan panduan untuk membantu pesakit-pesakit barah memahami keadaan mereka dan siri rawatan yang ada supaya mereka lebih bersedia menghadapi hari-hari hadapan," jelas Pengasas dan Presiden Empowered! yang juga penulis buku tersebut, Dr. Christina Ng.

My Journal adalah projek khidmat masyarakat di seluruh negara yang menjadi sumber bagi pesakit dan bekas pesakit barah untuk memaklumkan serta memperkasa mereka dalam menghadapi barah.

Berdasarkan maklum balas daripada pesakit-pesakit yang mendapatkan edisi pertama yang dilancarkan pada 2007, olahan dan pembaikan telah dibuat dalam edisi kedua untuk menjadikannya lebih informatif dan praktikal bagi pengguna.

"My Journal menawarkan maklumat mengenai jenis-jenis ujian diagnostik yang boleh dijalani, menerangkan jenis-jenis rawatan barah dan memberi nasihat mengenai pelbagai impak ekoran rawatan barah seperti kesan ke atas kehidupan peribadi dan keluarga pesakit," ungkap Christina yang juga seorang perunding perubatan onkologi.

Edisi kedua itu juga menyediakan kertas kerja untuk membantu bekas pesakit mengatur diari rawatan mereka, merakamkan temu janji dengan doktor dan menyimpan senarai ubat-ubatan.

Diterbitkan dalam bentuk filofax dan empat pilihan bahasa utama negara, ia membolehkan pesakit memfailkan laporan pemeriksaan kesihatan mereka atau rencana-rencana yang memberikan inspirasi selain terdapat bahagian untuk menulis nota peribadi.

"Barah adalah sejenis penyakit yang boleh melemahkan seseorang dari segi fizikal dan emosi. Menghadapi diagnosis barah amatlah menghampakan. Seseorang pesakit itu mungkin mengalami emosi mendalam daripada kejutan awal hingga kepada perasaan penuh kekhuatiran, sedih dan rasa marah.

"Kerap kali, pesakit yang melawan barah sukar meluahkan perasaan mereka kepada keluarga dan rakan-rakan dan mungkin akan menyendiri dalam usaha menangani kebarangkalian mengatasi penyakit ini.


CHRISTINA menunjukkan edisi kedua My Journal yang menjadi panduan dan motivasi kepada pesakit kanser.


"Maklumat yang betul dan sokongan yang padu adalah amat penting pada waktu itu kerana pesakit perlu berfikiran waras dan bersedia secara mental untuk menjalani pemulihan," tambah beliau.

Sempena majlis pelancaran itu, sebanyak 4,000 naskah edisi kedua My Journal akan disumbangkan kepada hospital-hospital kerajaan terpilih yang mempunyai unit barah bagi memperkuatkan lagi misi EMPOWERED!

"Kementerian Kesihatan amat berbesar hati kerana dapat menyokong inisiatif murni ini. Ilham di sebalik My Journal, iaitu untuk membantu pesakit barah dalam menjalani pemulihan dengan maklumat dan sokongan yang mencukupi amatlah membanggakan," kata Rosnah.

Seorang bekas pesakit barah usus, Phong KT, memberitahu, melawan barah adalah suatu fasa hidup yang menakutkan.

"Saya bernasib baik kerana telah diperkenalkan kepada My Journal yang menjadi satu sumber pengetahuan yang berharga untuk mententeramkan saya," kata Phong.

Edisi kedua My Journal dijual pada harga RM30 di empat buah hospital iaitu Hospital Pantai Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Sunway Petaling Jaya, Pusat Perubatan Sabah dan Pusat Pakar Loh Guan Lye Pulau Pinang.

Bagi setiap naskhah My Journal yang dijual, orang ramai akan membantu seorang bekas pesakit barah yang kurang berkemampuan untuk memiliki senaskah panduan sumber.

Untuk keterangan lanjut mengenai edisi kedua My Journal atau Empowered! The Cancer Advocacy Society of Malaysia sila layari www.empowered.org.my

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Paintball pertama dalam cahaya UV

Posted:

Paintball pertama dalam cahaya UV

Paintball pertama dalam cahaya UV

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


Pengalaman yang diraih sebelum ini memberi kelebihan kepada A.C.E menjadi juara dalam Energizer Night Strike di Xtion Paintball yang dianjurkan baru-baru ini.


SIAPA sangka, permainan paintball yang pada asalnya dimainkan dua sahabat di hutan Henniker, New Hampshire, Amerika Syarikat pada tahun 1950-an kini mempunyai kira-kira 12 juta peminatnya di seantero dunia. Populariti paintball dikatakan setara dengan sukan futsal.

Di Malaysia, sukan itu mula dimainkan secara meluas pada tahun 1999. Mungkin ramai tidak mengetahui sebenarnya Malaysia adalah pusat paintball terbesar di Asia.

Sejajar dengan perkembangannya, baru-baru ini pihak Energizer Malaysia Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menganjurkan Energizer Night Strike di Xtion Paintball, Bukit Jalil yang telah pun mencipta sejarahnya tersendiri.

Bermain guna cahaya UV

Acara itu diiktiraf sebagai pertandingan paintball waktu malam yang menggunakan cahaya ultraviolet (UV) pertama di Asia Pasifik oleh Paintball Asia League Series (PALS). Permainan itu menampilkan pusingan 'speedball' tujuh minit yang mempunyai senario menawan bendera.

Ia dimainkan dalam keadaan gelap dan hanya diterangi oleh cahaya UV dan bebola cat berwarna pendarfluor untuk melengkapkan imej jenama baru Energizer, iaitu Energy Beam.

"Energizer Night Strike merupakan salah satu contoh bagaimana Energizer membawakan keseronokan jenama kami melalui acara sebegini yang boleh dialami sendiri secara realiti oleh pengguna kami," kata Pengurus Jenama bagi Energizer, Joshua Leong.

Selama tiga hari berturut-turut, pancaran cahaya dan bebola cat pendarfluor jingga yang ditembak oleh para peserta sepanjang malam berserta bunyi helikopter dan letusan senjata telah menggamatkan Bukit Jalil.

Sebanyak 19 pasukan mengambil bahagian dengan 85 pusingan permainan yang kesemuanya dijalankan pada waktu malam.

Antara pasukan yang mengambil bahagian seperti A.C.E, Pro-Ops, Marauders, TMS, Orale Canale, Black Cell dan Double R termasuk dua pasukan daripada Energizer Malaysia.

Pasukan A.C.E. dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000. Sementara pasukan Double R meraih tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM10,000 manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Black Cell dengan wang tunai sebanyak RM5,000.

Kejutan pasukan amatur

Seperti yang dijangkakan, pasukan-pasukan berpengalaman seperti A.C.E sememangnya mempunyai banyak kelebihan. Namun suasana kelam dan cahaya neon di arena pertempuran turut memberi kelebihan kepada para peserta amatur yang berjaya mencatat jumlah tembakan mengenai sasaran yang memberangsangkan.

Sebagai contoh, walaupun pasukan profesional Black Cell yang cukup berpengalaman namun, mereka kalah mengejut dengan pasukan amatur, Double R.


SETIAP pemain harus bijak mengatur strategi melumpuhkan lawan apabila berada di kawasan yang gelap.


"Medan pertempuran sememangnya seimbang bagi semua pasukan. Tapi persekitaran permainan yang agak gelap ditambah bilangan bebola cat terhad yang boleh digunakan oleh setiap pemain dalam setiap pusingan.

"Ini memberikan peluang kepada pasukan yang kurang berpengalaman untuk mencatat kemenangan," kata salah seorang ahli pasukan Black Cell, Nicholas Wong.

Bagaimanapun Nicholas mencuri tumpuan ramai dalam permainan itu. Dia telah memasuki medan pertempuran dengan memakai satu sut samaran ghillie lengkap, menjadikan beliau hampir tidak kelihatan apabila meniarap di atas tanah.

Taktik tersebut ternyata berhasil apabila dia berjaya mengetepikan empat orang lawan dalam satu pusingan dan berjaya menggondol gelaran Best Camouflage.

Dalam pada itu, Suhaila Shardi yang merupakan satu-satunya pemain paintball wanita dalam pasukan TMS, muncul sebagai pemain pertama berjaya menawan kubu lawan dalam pusingan awal pada malam pertama.

Dengan mempamerkan ketangkasan dan semangat juang yang mengagumkan, dia berjaya menyelinap masuk jauh ke dalam kawasan pihak lawan dan menyalakan bateri AA Energizer gergasi, menandakan kejayaan mencapai kemenangan.

Mengulas lanjut, Pengurus Besar Napshot, Energizer Night Strike, Kevin Wong berkata, pertandingan itu merupakan satu acara yang sungguh baik untuk industri paintball tempatan, terutamanya bagi membangkitkan rasa minat terhadap sukan tersebut.

"Acara sebegini mungkin bakal menjadi suatu fenomena baru dalam sukan paintball yang pastinya akan menarik minat lebih ramai untuk menyertai permainan tersebut," tambah beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 02 Mar 2011 09:19 AM PST

Utusan Online - Feminin


Azlin tinggalkan zon selesa

Posted:

Azlin tinggalkan zon selesa

Azlin tinggalkan zon selesa

Oleh SHOLINA OSMAN

Azlin Ahmad Shaharbi


Sampai bila perlu makan gaji? Ayat ini mungkin tidak pernah dipedulikan oleh mereka yang sudah berada di 'zon selesa' walaupun kadangkala pernah dicuit oleh persoalan itu.

Begitu pun, mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan duduk di rumah untuk menjadi suri rumah sepenuh masa bagi wanita profesional seperti doktor, peguam, arkitek dan jurutera, mungkin sesuatu yang agak merugikan.

Apatah lagi dengan jumlah tenaga wanita di bidang profesional di negara yang masih jauh berkurangan.

Bagaimanapun negara tidak akan rugi jika wanita profesional ini berhenti kerja disebabkan enggan makan gaji tetapi memilih untuk menyambung profesyen dengan membuka syarikat sendiri.

Langkah wanita profesional seperti ini wajar dijadikan contoh kepada wanita lain di luar sana supaya tidak mensia-siakan kebolehan yang dimiliki.

Datuk Azlin Ahmad Shaharbi, 47, pemilik Azlin Shaharbi & Associates juga antara wanita profesional yang bertahan 'setahun' sahaja untuk makan gaji.

Lulusan Sarjana Muda UndangUndang dari Universiti Kent, England ini mengakui kerja makan gaji sebenarnya banyak menyekat kebolehan yang dimiliki oleh seseorang.

"Nama pun bekerja dengan orang, tidak semua idea saya boleh diterima bos tambahan pula ketika itu saya masih muda baharu sahaja tamat chambering,'' katanya ketika ditemui di firmanya yang terletak di 29, Jalan Kent 3 Off Jalan Maktab, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau bersyukur kerana dalam tempoh setahun itu banyak yang dipelajari walaupun tenaganya diperah habis-habisan.

"Adatlah kerja makan gaji tetapi saya gunakan peluang itu untuk mempelajari selok-belok yang berguna jika ingin membuka firma guaman sendiri,'' katanya.

Walaupun masih baru dalam dunia guaman, Azlin diberikan kepercayaan oleh ketuanya untuk mengendalikan cawangan syarikat di Kajang.

Katanya, daripada situ beliau mula belajar pengurusan firma guaman yang sememangnya memberikan pengalaman begitu berharga.

Akhirnya Azlin nekad berhenti kerja dan bersama dengan seorang rakan kongsi mula membuka firma guaman sendiri di Petaling Jaya mulai 1 Januari 1990.

"Di sini bergunanya pengalaman menguruskan firma guaman dengan semangat untuk memulakan perniagaan sendiri,'' katanya.

Beliau sedar, firma guaman dibuka bukan hanya untuk mencari pelanggan khusus untuk mengendalikan kes-kes di mahkamah sahaja.

Sebaliknya, matlamat Azlin mahu menjadikan firma guamannya turut mengendalikan urusan guaman perbankan dan hartanah.

Cerita Azlin, beliau dan rakan kongsinya terpaksa tebalkan muka serta 'naik-turun' bank untuk memperkenalkan firma mereka dan menyakin pihak bank bahawa mereka juga mampu mengendalikan urusan guaman bagi pembelian hartanah oleh pelanggan.

"Akhirnya kami telah diberi kepercayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) sekali gus membolehkan firma kami berjaya mendapat keuntungan dalam tempoh enam bulan,'' katanya.

Pencapaian itu dianggap suatu yang membanggakan memandangkan jangkaan awal beliau dan rakan hanya akan mendapat untung dalam tempoh dua tahun beroperasi.

Kini usia firma guaman miliknya telah mencecah 23 tahun.

Dalam keserasiannya dengan dunia perniagaan, Azlin yang mempunyai bakat dalam penulisan sehingga mendorongnya menubuhkan HPC Global sejak 10 tahun yang lalu.

"Perniagaan ini juga berasaskan minat terpendam saya dalam bidang penulisan,'' ujar anak kelahiran Ipoh, Perak ini.

Perkhidmatan HPC Global meliputi bidang penerbitan ( buletin, majalah, buku, laporan tahunan), pemasaran korporat (logo, profil syarikat, brosur, bunting, sepanduk, kalendar meja dan juga papan iklan gergasi), pengurusan majlis dan pameran, seminar dan juga laman web.

"Saya sendiri yang akan memberi idea bukan sahaja untuk membuat lay-out malah juga penulisan untuk majalah dan sebagainya,'' kata Azlin lagi.

Sesuai dengan pengalamannya sebagai peguam dan usahawan, pada tahun 2006 Azlin menulis buku bertajuk Undang-Undang Untuk Usahawan.

Buku yang diedarkan oleh Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia (Peniagawati) itu, akan diulang cetak dan bakal dilancar sekali lagi pertengahan tahun ini.

"Saya mendapati usahawan di negara ini masih cetek pengetahuan dalam undang-undang berkaitan dengan perniagaan sehingga mudah ditipu.

"Untuk itu saya juga mengendalikan kelas-kelas untuk para usahawan di seluruh negara supaya faham dengan selok-belok undang-undang yang berkaitan perniagaan," katanya.

Sekalipun sibuk menjalankan perniagaan, Azlin tetap mempunyai masa lapang untuk bermain alat-alat muzik seperti piano, gitar, saksofon dan drum.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan wanita yang bercadang untuk menjadi usahawan supaya membuat perancangan yang teliti dan memilih jenis perniagaan yang bersesuai mengikut kemampuan.

"Jangan buka sesuatu perniagaan itu hanya kerana nak ikut orang, sebaliknya berpandukan minat serta kebolehan supaya perniagaan yang dijalankan tidak sekerat jalan,'' katanya.

Ini kerana katanya, walaupun menjalankan perniagaan sendiri nampak mudah, tetapi ia agak mencabar bagi yang berkeluarga khususnya dalam aspek mengendalikan masa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 02 Mar 2011 09:12 AM PST

Utusan Online - Johor


Perkhidmatan jalur lebar di Seri Alam

Posted:

Perkhidmatan jalur lebar di Seri Alam

Perkhidmatan jalur lebar di Seri Alam

JOHOR BAHRU 1 Mac - Telekom Malaysia Berhad (TM) menjalinkan kerjasama dengan syarikat pemaju hartanah, Seri Alam Properties Sdn. Bhd., bagi menyediakan menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada penduduk di sekitar kawasan Seri Alam dekat sini.

Pengurus Besar TM Johor, Mohd. Roslan Mohd. Rashidi berkata, usahasama itu amat bermakna kerana ia menggambarkan kesungguhan kedua-dua syarikat untuk membolehkan lebih ramai masyarakat menikmati gaya hidup digital.

"Kami komited untuk memanfaatkan kecekapan utama kami bagi mengubah tapak perumahan di radius 20 kilometer di pusat bandar Johor Bahru dengan penyediaan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi, unik dan mesra alam.

"Usahasama penting untuk mengubah trend pembangunan perumahan tempatan di negeri ini,'' katanya dalam satu kenyataan di sini.

Melalui perjanjian ditandatangani baru-baru ini, Fasa 2D5 di Bandar Seri Alam akan dilengkapi perkhidmatan HSBB UniFi yang merangkumi perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi, Televisyen Protokol Internet (IPTV) dengan kelajuan dari 5Mbps sehingga 20Mbps menerusi teknologi gentian Fiber-to-the-Home (FTTH).

Pada 2010, TM bekerjasama dengan dua syarikat pemaju hartanah iaitu Dynasty View Sdn. Bhd., bagi penyediaan perkhidmatan HSBB kepada penduduk di sekitar Seri Austin di sini, wilayah Iskandar Malaysia dan Mudra Tropika Sdn. Bhd., bagi perkhidmatan sama di kawasan Nong Chik Heights di sini.

Perkhidmatan UniFi kini ditawarkan di 48 kawasan ekonomi dan zon industri utama termasuk Lembah Klang, Cyberjaya, Putrajaya, Kulim Hi-Tech Park dan kawasan industri Bayan Baru.

Bagi negeri Johor, perkhidmatan tersebut ditawarkan di kawasan perumahan Nusajaya, zon industri Permas dan Senai.

Sementara itu, Ketua Anak Syarikat Seri Alam Properties Sdn. Bhd., Frankie Tan Kiat How berkata, melalui usahasama itu para pembeli rumah di Fasa 2D5 akan diberikan tawaran untuk perkhidmatan UniFi VIP 5Mbps secara percuma bagi tempoh maksimum dua tahun.

"Sebagai pemaju terkemuka di rantau ini, kami mempunyai visi untuk menjadikan Bandar Seri Alam sebuah Bandar Ilmu dengan HSBB dan usahama ini akan membuka jalan dalam merealisasikan visi tersebut untuk meningkatkan taraf hidup dan membawakan teknologi terkini kepada gaya hidup masyarakat.

"Ini merupakan perjanjian ketiga seperti ini ditandatangani antara TM dan pemaju hartanah di Johor dan kerjasama seperti ini akan membantu meningkatkan kadar penggunaan jalur lebar berkelajuan tinggi penduduk Malaysia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat bersara

Posted:

Ketua Polis Daerah Batu Pahat bersara

Ketua Polis Daerah Batu Pahat bersara

BATU PAHAT 1 Mac - "Walaupun mukanya nampak garang, tetapi sebenarnya hubungan beliau dengan anggota polis lain seperti bapa dan anak."

Itulah reaksi Ketua Balai Polis Ayer Hitam, Sarjan Mejar Zainudin Hashim yang telah berkhidmat selama 32 tahun di daerah ini apabila ditanya mengenai Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris yang bersara wajib mulai semalam.

Menurut Zainudin, ketuanya itu mempunyai hubungan yang rapat dengan semua ketua balai membuatkan mereka tidak segan untuk memberi pendapat dan berjumpa dengannya.

Walaupun tegas, katanya, Ibrahim sentiasa berfikiran terbuka dan memberi teguran secara berhemah membuatkan semua anggota dan pegawai amat menghormatinya.

"Pesanan beliau yang paling saya ingati adalah, kalau buat sesuatu perkara tidak kira kecil atau besar, buat bersungguh-sungguh sebab penat yang ditanggung sama sahaja," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas Majlis Persaraan Ibrahim dan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff yang menyaksikan Ibrahim menyerahkan tugasnya kepada Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Adnan Azizon.

Ibrahim bersara semalam setelah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 34 tahun.

Beliau mula berkhidmat sebagai inspektor pada 5 Disember 1976 dan telah memegang jawatan Ketua Polis Daerah Batu Pahat selama empat tahun empat bulan.

Sebelum ini, beliau penah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Rembau, Ketua Polis Daerah Raub, Ketua Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Pegawai Turus Pentadbiran di IPK Perak.

Ibrahim memiliki kelulusan Diploma Sains Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilahirkan pada 1 Mac 1953 di Ulu Kinta, Perak.

Sementara itu, Mohd. Mokhtar menyifatkan Ibrahim sebagai antara ketua polis daerah di negeri yang paling berjaya dalam melaksanakan konsep kepolisan komuniti bagi mengeratkan kerjasama antara polis dan masyarakat.

"Ini penting kerana senjata yang paling canggih dalam memerangi jenayah adalah kerjasama antara polis dan masyarakat," katanya.

Ketua Balai Sri Medan, Sarjan Mejar Md. Zainudin Dalha pula berkata, kewibawaan dan perancangan rapi Ibrahim banyak membantu mereka menghadapi situasi banjir khususnya di Sri Medan baru-baru ini.

Beliau senang dengan sikap Ibrahim yang boleh dihubungi pada bila-bila masa dan mudah diajak berbincang dalam mencari penyelesaian terbaik ketika menghadapi bencana berkenaan.

Dalam pada itu, Adnan berkata, kepimpinan dan tunjuk ajar daripada Ibrahim akan dijadikan bekalan untuk memikul tanggungjawab memimpin pasukan polis di daerah ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 02 Mar 2011 01:13 AM PST

Berita Harian: Ratu


Cantiknya pakai dress!

Posted: 01 Mar 2011 03:37 PM PST

Ratu

Kelainan dengan Coast dan Jessica

CANTIKNYA jika sekali sekala menggayakan dress atau blaus ke acara tertentu. Baik keluar bersama rakan ataupun si cinta hati, dress panjang mahu pun pendek, rekaan berkemban atau bertali halus, anda pasti kelihatan anggun menawan.

Walaupun Malaysia bukan negara empat musim, gedung beli-belah Robinsons, The Gardens, Kuala Lumpur menampilkan koleksi dress `meletup' musim panas daripada dua jenama terkenal iaitu Coast dari London dan Jessica dari Hong Kong. Penulis sendiri bagaikan 'gila' menyaksikan rekaan segar dua jenama berkenaan. Hebatnya, Coast dan Jessica pada musim ini memainkan rona warna terang, lembut, menyerlah dan lebih menarik, tambah pula ada gabungan corak abstrak, flora selain rekaan dress tanpa sebarang corak berkonsep ala taman.

Dress jenama Coast kali ini tampil dengan potongan klasik yang menonjolkan potongan anggun pada bahagian dada dan leher. Dress yang diperkenalkan sangat sesuai untuk menghadiri majlis rasmi, berprestij dan majlis prom dengan ilham zaman 50-an.

Rekaan corak bunga-bungaan dan abstrak menerusi fabrik nipis dan berkualiti seperti sifon, satin, kapas dan linen memberi impak mewah dan eksklusif kepada si pemakainya.

Tidak kurang hebatnya, jenama Jessica menyerlahkan penampilan chic dan ala feminin dengan keindahan sutera organza. Jenama ini juga memberikan keceriaan dan keistimewaan untuk acara santai, kasual dan menghadiri parti. Keindahan manik dan labuci pada rekaan blaus pendek memberi bayangan kontur tubuh lebih anggun dan sensasi.
Terdapat juga potongan pola polos daripada fabrik selesa seperti kapas dan sifon pada baju dan skirt, koleksi kali ini adalah inspirasi daripada unsur alam iaitu air, pasir dan bumi.

Wanita moden, sofistikated, bergaya dan feminin, inilah masanya mencari kelainan daripada Jessica dan Coast. Boleh didapati di Robinsons, koleksi eksklusif Coast bermula pada harga RM339 manakala Jessica bermula pada harga RM259.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kuasa mistik 'Spells'

Posted: 01 Mar 2011 02:51 PM PST

Ratu

Terjemahan ikat Khoon Hooi

BERMAIN dengan gabungan moden tradisional berserta bayangan warna gelap, menerbitkan lagi keberanian fabrik ikat, di samping turut mendedahkan kuasa mistik masa lampau tersirat di sebalik keanggunan rekaan.

Koleksi fabrik ikat juga memberikan ilusi keberanian dan memukau kepada si pemakai menerusi gabungan warna dan cetakan unik dalam persalinan dihasilkannya. Keindahan itu diterjemahkan dalam koleksi Luruh/Panas 2011, pereka fesyen terkenal, Khoon Hooi yang mengadaptasikan kuasa mistik itu menerusi Spells.

Ikat yang bermakna `mencantumkan' adalah teknik tenun tradisional kaum Iban, yang menggunakan proses celup sama seperti ikat dan celup.

"Koleksi adalah antara yang cukup mencabar kreativiti dan fahaman berikutan saya perlu menggabungkan beberapa cetakan ikat bersama dengan fabrik berlainan rona.

"Ia bagi memastikan hasilnya tidak kelihatan terlalu berat dengan warna sebaliknya memberikan nafas segar dan merubahnya menjadi koleksi fabrik tanpa batasan waktu bercampur elegan buat wanita yang mencari-cari identiti tersendiri," jelas Hooi.
Menerusi Spells, pereka itu menghasilkan tekstur yang kaya dengan warna lembut dan menggunakan fabrik pilihannya bagi menyeimbangi keberanian dan keindahan dalam setiap persalinan.

Koleksi kali ini memberikan fenomena seakan `mara' terhadap tubuh, ropol dililit secara melintang dan menegak dengan volum dramatik.

Pemilihan rona juga dikuatkan lagi dengan penemuan antara kreativiti rekaan dan tenunan membuatkan si pemakai tampil lebih berkeyakinan sekali gus masih mengekalkan aura feminin dari dalam jiwa," katanya.

Koleksi Khoon Hooi Musim Luruh/Panas 2011 boleh didapati di Star Hill Gallery, Maizen dan Parkson, Pavilion.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Infiniti

Posted: 01 Mar 2011 09:38 PM PST

Kosmo Online - Infiniti


Alternatif tuisyen dalam talian

Posted:

Alternatif tuisyen dalam talian

Alternatif tuisyen dalam talian

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my



ANAK-ANAK umpama kain putih yang perlu dicorak dengan penuh warna-warni agar mempunyai masa depan lebih cerah dan menjadi manusia berguna apabila meningkat usia dewasa kelak.

Titik permulaan bagi memastikan anak-anak mengecapi kejayaan dalam kehidupan mereka adalah menyediakan pelajaran yang berkualiti dan bermutu tinggi di peringkat akar umbi lagi.

Dengan kejayaan diperoleh dalam pelajaran kelak, anak-anak mampu menggapai cita-cita mereka sehingga ke menara gading sekali gus dapat menyumbang bakti kepada negara, agama dan bangsa.

Sudah menjadi satu trend hari ini, ibu bapa tidak hanya menghantar anak-anak menuntut ilmu di sekolah bahkan, melengkap dada anak-anak dengan ilmu tambahan di kelas tuisyen.

Bagaimanapun, bebanan kewangan dan keterbatasan waktu menyebabkan ada dalam kalangan ibu bapa tidak berkesempatan menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas-kelas tuisyen yang ditawarkan di luar sekolah.

Menyedari keperluan mengisi kekosongan itu, Integrated Commerce Sdn. Bhd. (ICSB) membangunkan inovasi produk pendidikan alam maya, EasyTuition sebagai kaedah alternatif pembelajaran untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Pengarah Urusan ICSB, Kamaruzaman Asri berkata, EasyTuition merupakan kaedah tuisyen secara dalam talian mencakupi proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dibangunkan untuk memberi alternatif mengurangkan beban kewangan dan pengurusan masa kepada ibu bapa.


PENDIDIKAN bermutu tinggi mampu melahirkan modal insan masa hadapan. – Gambar hiasan.


"Ciri paling utama ditawarkan dalam produk EasyTuition adalah pembelajaran melalui video. Melalui kaedah ini pelajar dapat melihat dan mendengar penerangan topik-topik pembelajaran yang disampaikan oleh guru-guru EasyTuition.

"Pembelajaran secara video ini dijangka mampu menarik minat pelajar untuk mendalami apa yang dipelajari dengan lebih mendalam kerana mereka mempunyai kebebasan membuat ulang kaji beberapa kali hingga benar-benar faham mengenai subjek dipelajari," katanya ketika ditemui Kosmo!.

Kamaruzaman menjelaskan, pembelajaran secara video yang ditekankan dalam EasyTuition membolehkan pelajar belajar secara berulang tanpa had melalui komputer yang ada akses Internet di rumah masing-masing.

Katanya, video pembelajaran EasyTuition berkualiti kerana sudah disunting dengan memasukkan pelbagai teknik dan elemen multimedia menarik. Ia untuk memastikan pelajar tidak berasa jemu ketika mengikuti kelas tuisyen di alam maya.

"Selain daripada pembelajaran secara video, pelajar juga boleh menjawab soalan kuiz, latihan, mendapatkan contoh soalan peperiksaan malah, dapat mencuba permainan di akhir topik dan banyak lagi.


TENAGA kerja ICSB bertungkus-lumus menyiapkan EasyTuition.


"Pelbagai bentuk dan format soalan ditawarkan untuk menilai pengetahuan serta mengukur prestasi pelajar-pelajar ini. Soalan juga disediakan bersama jawapan apabila dijawab, diperiksa dan diberikan markah dengan serta-merta melalui dalam talian," katanya.

Tenaga pengajar berpengalaman

Kamaruzaman menambah, EasyTuition turut menyediakan akses kepada ibu bapa atau penjaga dalam memantau pembelajaran anak-anak di bawah jagaan mereka.

"Dalam sistem EasyTuition, ibu bapa atau penjaga akan diberikan satu akaun khas bagi tujuan memantau prestasi pembelajaran anak-anak secara talian.

"Sebagai contoh, sekiranya mendaftar tiga orang anak, pemantauan prestasi mereka dapat dilakukan hanya dengan menggunakan satu akaun," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Pengurus Besar ICSB, Mohd. Sahly Mohamed Sani, berkata, EasyTuition menawarkan tuisyen seawal tahun satu sehingga tingkatan lima.

"Kesemua subjek teras bagi tahap-tahap yang berkenaan ada ditawarkan dalam produk alam maya ini.

"Bahkan, semua subjek ini diajar oleh guru-guru pakar seluruh negara yang begitu komited dan terlatih dalam subjek masing-masing," katanya.

Mohd. Sahly memberitahu, setiap langganan EasyTuition bukan untuk tiga atau enam bulan sahaja tetapi untuk satu sesi persekolahan.

Sebagai contoh, katanya, jika mendaftar pada bulan Januari, langganan akan aktif sehingga tamat sesi persekolahan dalam tahun yang sama sekali gus dapat menjimatkan kos.

"Sebagai permulaan hanya pakej Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang ditawarkan kepada orang ramai.


PEMBELAJARAN secara alam maya kini mendapat tempat dalam masyarakat.


"Pakej Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijangka boleh dilanggan pada bulan April, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula pada bulan Jun," ujarnya.

Katanya, kesemua pakej pula dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2012.

Sementara itu, perunding pendidikan ICSB, Rosli Shuib menjelaskan, para guru yang dipilih merupakan mereka berpengalaman dalam bidang masing-masing.

"Minimum pengalaman guru tersebut adalah tujuh tahun mengajar malah, ada yang terpilih sebagai guru cemerlang serta guru inovatif peringkat kebangsaan.

"Sehingga kini, seramai 17 orang guru terlibat secara aktif dalam memberi input serta terlibat dalam rakaman pembelajaran," katanya.

Di samping itu, dia menambah, silibus yang terkandung dalam EasyTuition juga mengikut sepenuhnya silibus sepanjang tahun yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran.

Katanya, produk itu juga membolehkan ibu bapa mengikuti penyampaian setiap tajuk di sekolah dan mereka boleh menjadi tutor kepada anak-anak sendiri.

Orang ramai boleh mengakses laman web EasyTuition di www.easytuition.net mulai 1 Januari lalu dan dijual pada harga serendah RM30 hingga RM70 bagi setiap satu subjek untuk setiap sesi persekolahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gegaran Rock Band 3

Posted:

Gegaran Rock Band 3

Gegaran Rock Band 3

Oleh MOHAMMAD RADZI ZOHRI
rencana@kosmo.com.my


MUZIK yang dihasilkan akan bertambah mengagumkan apabila anda dapat bermain RB3 dalam sebuah band.


SATU ketika dahulu francais Rock Band mungkin dipandang sebagai sebuah permainan video yang cuba menumpang populariti Guitar Hero. Kedua-dua merupakan permainan simulasi kugiran muzik dengan menggunakan lagu-lagu terkenal dalam permainannya.

Kini, dengan Rock Band 3 (RB3), peminat Guitar Hero sudah mula berpaling tadah kerana pembaharuan yang dibawa francais Rock Band. Ia diterbitkan oleh Harmonix dan Backbone Entertainment dan boleh dimainkan menerusi konsol Xbox 360, Playstation 3, Wii dan Nintendo DS.

Mod Pro

Mod untuk bermain secara pro adalah pembaharuan utama yang dibawa permainan terbaru ini. Bagi tujuan tersebut, alat kawalan gitar khas dibangunkan iaitu pro guitar dan pro drums.

Pro guitar dilihat seolah-olah menyerupai gitar sebenar dengan menempatkan 102 butang di bahagian leher gitar berkenaan hampir sama gitar sebenar.

Lebih menarik lagi, alat kawalan pro guitar itu boleh didapati dalam bentuk Fender Squier Stratocaster dan Fender Mustang. Walaupun tidak memiliki tali sepenuhnya, pro guitar menyediakan string box yang memerlukan pemain untuk strum seperti bermain gitar sebenar.

Pemain perlu menekan butang pada leher gitar mengikut kod-kod lagu yang dipilih. Selain daripada gitar, terdapat juga mod pro untuk gitar bass, drum dan papan nada.

Mekanisme permainan

Secara keseluruhan, cara permainan RB3 tidak jauh beza berbanding siri sebelum ini. Pemain masih perlu memainkan alat muzik mengikut isyarat yang muncul di skrin mereka.

Dalam pada itu, pemain juga mempunyai kebebasan memilih untuk bermain secara solo ataupun berkumpulan dengan bilangan pemain sehingga empat orang. Ia tidak termasuk penyanyi.

Pemain perlu menamatkan sesuatu lagu mengikut tahap kesusahan yang telah dipilih dan terdapat bonus istimewa sekiranya semua pemain memainkan alat muzik masing-masing dengan cemerlang. Bagaimanapun, jika salah seorang ahli kumpulan gagal ia akan menjejaskan prestasi keseluruhan kumpulan.

Mod permainan

RB3 kali ini menawarkan mod kerjaya lebih menarik, apabila pemain mampu menggubah sendiri jalan cerita kumpulan muzik yang ditubuhkan pada awal permainan.

Terdapat juga mod permainan Road Challenges yang membolehkan pemain berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk menduga kewibawaan dan kehebatan pemain.


PRO drum membolehkan pemain beraksi tidak ubah seperti seorang pemain drum sebenar.


Bagi mereka yang gemar bermain lebih daripada seorang, pemain boleh memilih permainan secara offline bersama rakan-rakan lain atau pun dengan menyertai kumpulan lain secara atas talian.

Set lagu

RB3 memberikan seleksi pilihan lagu yang banyak untuk pemain. Lagu-lagu daripada 1970 sehingga 2000 boleh didapati dalam RB3.

Antara lagu menarik yang terdapat dalam permainan itu adalah Werewolves of London oleh Warren Zevon, Rainbow in the Dark (Dio), Misery Business (Paramore) dan Beast and the Harlot (Avenge Sevenfold).

Pemain juga boleh membeli dan memuat turun lagu-lagu daripada Harmonix. Seleksi lagu-lagu muat turun adalah lebih menarik seperti daripada kumpulan terkenal Linkin Park, Metallica, Lenny Kravitz dan Lady Antabellum.

Walaupun RB3 tidak memiliki kualiti grafik yang hebat, ia tidak penting kerana pemain hanya akan memberi tumpuan pada isyarat alat muzik dan juga muzik itu sendiri.

Ia lebih menyeronokkan apabila sahabat handai bertandang di rumah dan semua alat muzik dapat dimainkan bersama-sama untuk menambah kemeriahan bermain muzik.

Ciri terbaru iaitu pro guitar dan pro drums juga memberikan satu nafas baru kepada permainan genre ini. Koleksi lagu sedia ada dan kandungan lagu muat turun dalam permainan yang sentiasa bertambah pasti akan membuatkan pemain tidak mudah jemu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List