gravatar

Edisi Hiburan

Edisi Hiburan


Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Posted: 01 Apr 2011 11:08 PM PDT

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lagu Tema AGE OF GLORY 2 Menang Anugerah Asia Rainbow

Posted: 01 Apr 2011 10:34 PM PDT

LAGU TEMA AGE OF GLORY 2 MEMENANGI ANUGERAH ASIA RAINBOW TV

ntv7, Saluran Ceria Anda, berjaya melakar sejarah di Anugerah Asia Rainbow TV yang berlangsung di Hong Kong malam tadi. Lagu tema untuk drama popular yang disiarkan di ntv7, Age of Glory II bertajuk "Linger", telah merangkul anugerah Lagu Tema Terbaik di anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Hong Kong Television Professionals Association (HKTVA) dan The TV Production Committees of China TV and Broadcasting Association.

Dinobatkan sebagai pemenang di peringkat Asia sememangnya telah menaikkan martabat industri tempatan kita, " kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan untuk ntv7 dan 8TV. "Segala usaha yang menyumbang ke arah perkembangan industri hiburan tempatan telah membuahkan hasil bagi stesen, penonton dan para pelakon.

Dinyanyikan oleh penyanyi dan komposer, Yise Loh, bersama salah seorang pelakon utama drama itu, Leslie Chai, lagu tersebut telah berjaya mengalahkan finalis dari China, seperti Three Kingdoms dan Marriage Battle.

Yise Loh yang persembahkan lagu itu secara langsung di majlis anugerah tersebut menyatakan bahawa dia terkejut, namun gembira, apabila lagunya diumumkan sebagai pemenang. "Saya tak sangka gubahan ini mampu menang! Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada ntv7 dan Double Vision atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menonjolkan bakat menerusi Age of Glory II," kata Loh.

Anugerah ini amat bermakna baginya kerana beliau merupakan satu-satunya peserta Malaysia yang bertanding dalam penganugerahan itu. Rakan duetnya, Leslie Chai yang tidak dapat hadir ke majlis itu, juga berasa amat gembira apabila dapat tahu lagu yang dinyanyikannya telah menang. Dia berasa amat berbesar hati atas pencalonon antarbangsa ini kerana finalis lain yang bertanding semuanya hebat-hebat belaka. Beliau menganggap kemenangan ini adalah kerana bakat penggubahan lagu Loh dan berharap untuk mendapat peluang untuk menyanyi bersamanya lagi.

Digelar sebagai Anugerah Emmy untuk Asia, Anugerah Asia Rainbow TV tahunan yang pertama ini melibatkan rancangan televisyen dari 13 negara yang bertanding untuk 24 kategori. Dianjurkan bersama oleh Hong Kong Television Professionals Association (HKTVA) dan TV Production Committees of China TV and Broadcasting Association, penganugerahan ini terbuka kepada negara-negara Asia. Tujuan utamanya adalah untuk mengeratkan negara-negara terbabit, di samping menggalakkan perkembangan industri penerbitan televisyen Asia.

Age of Glory II merupakan drama tempatan milik ntv7 yang diterbitkan bersama oleh syarikat penerbitan tempatan Double Vision. Drama yang melibatkan kos RM3 juta ini berlatarbelakangkan keadaan semasa 1930 hingga 1970 dan dihidupkan oleh pelakon tempatan Goh Wee Ping, Frederick Lee dan Leslia Chai.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Nabil Zamanhuri Menang di The 11th Pan Asia Music Festival 2010
  • Filem 'A Case De Alice' dari Brazil menang Anugerah Perdana KLIFF 2008
  • Astro Menang Program Permainan Kuiz Terbaik di Asian Television Awards 2010
  • Keputusan Pemenang KL International Film Festival KLIFF 07
  • Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-23 18 Januari Ini
  • Senarai 14 Lagu Finalis Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24
  • Jaclyn Victor Menang Anugerah Pelakon Harapan Wanita di FFM22
  • Photo of The Day: Tema Anugerah Skrin 2009 Arabian Night
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Petang ABP2008
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gaya Moden Klasik Lords Tailor Anugerah Bintang Popular 2010

    Posted: 01 Apr 2011 07:00 PM PDT

    Dua hari lagi menjelang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, macam-macam ramalan dari pak nujum yang Budiey dengar. Agak-agak siapa yang akan menang ya? Ada yang kata Zizan Raja Lawak, ada yang kata Lisa Surihani yang akan menang Anugerah Bintang Paling Popular. Tak kurang ada yang kata Shaheizy Sam.

    Apa-apa pun, pada hari Ahad ini segalanya terjawab. Sebanyak 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010) akan diumumkan di malam kemuncaknya di Arena of Stars Genting Highlands.

    VIDEO SELEBRITI SALIN BAJU TAJAAN LORDS TAILOR

    Bagi mereka yang tidak berpeluang ke Arena of Stars, acara gemilang ABPBH2010 ini boleh diikuti di TV3 selain radio HotFM kerana kedua-dua stesen penyiaran itu turut membuat siaran secara langsung.

    Budiey sebagai pemerhati dah tentu tak sabar untuk melihat gaya fesyen selebriti di karpet biru ABP.

    Yang pastinya, tema untuk edisi yang ke-24 ini, ABP mengenakan tema Moden Klasik. Pakaian kenalah kena dengan tema. Nanti ada pula yang kena carut sebab baju tak kena dengan tema.

    Pada jam 4 petang semalam (1 April 2011), Budiey dijemput untuk melihat sendiri fesyen Modern Classic rekaan Lord's Tailor untuk pelakon-pelakon lelaki yang akan digayakan di ABPBH2010. Artis yang mendapat tajaan dari Lord's Tailor ialah Shaarnaz Ahmad, Zizan Raja Lawak, Aaron Aziz, Kamal Adli, Shaheizy Sam, Norman Hakim, Fizz Fairuz, Aeril Zafriel, Fizo Omar dan Iqram Dinzly.

    Best betul diorang ni dapat set pakaian lengkap termasuklah diberi topi dan kaca mata. Tapi untuk kaca mata tu, cuma untuk aksesori masa sesi foto semalam je. Nanti untuk acara red karpet, diorang ni kena bawa prop sendiri.

    Siapa paling kacak dan bergaya?

    ABPBH2010

    ABPBH2010

    ABPBH2010

    ABPBH2010

    ABPBH2010

    ABPBH2010

    ABPBH2010

    ABPBH2010

    ABPBH2010

    ABPBH2010

    ABPBH2010

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lords Tailor Taja Baju Zizan Raja Lawak ABPBH 2010
  • Majlis Minum Petang High Tea Lord's Tailor di Hotel Genting
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Pelancaran Pembukaan Lord's Tailor
  • Gambar Faralyna di Malam Gala ABP Rafflesia
  • Senarai Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2010
  • Gambit Saifullah & Lisa Surihani Menang Best Dress ABP 2009
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pada 12 April 2009
  • Mawi Mengaku Cinta Ekin Wanita Paling Istimewa
  • Gambar Stacy di Anugerah Bintang Popular 2008
  • Gone With the Wind Filem Klasik Sempena Krismas
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    Posted: 01 Apr 2011 11:06 PM PDT

    OHBULAN!


    (Gambar) Tony Fernandes Terima Pingat Daripada Ratu England

    Posted: 31 Mar 2011 11:47 PM PDT

    Ratu England, Queen Elizabeth II telah mengurniakan pingat Commander of the Order of the British Empire (CBE) kepada taikun penerbangan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes, di Istana Buckingham, semalam.

    "I am extremely humbled to have received this award today and I would like to thank Her Majesty The Queen for bestowing such an honour upon me. More than a personal honour, it will serve as a catalyst to further enhance relations between the UK and Malaysia, particularly in the areas of business, culture and education," kata Tony Fernandes CBE.

    Dia menambah lagi, "I receive this award today not on my behalf, but on behalf of all the incredible people I work with, wherever they may be around the world. It is their dedication, passion, enthusiasm and hard work that drives me on every single day and it is also my great honour to have the privilege of working with them."

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    Posted: 01 Apr 2011 09:10 PM PDT

    borak kosong


    Tak sanggup lihat keluarga merana bunuh isteri,7 anak dan cucu

    Posted: 01 Apr 2011 09:00 PM PDT

    KAMPALA : Christopher Kasema 43 tahun telah membunuh diri dengan meminum racun.Sebelum itu dia telah mengapak isteri,7 orang anak,seorang cucu serta isterinya kerana tidak sanggup membiarkan ahli keluarganya itu hidup menderita setelah dia mati membunuh diri.

    Christopher membuat pengakuan itu di dalam sebuah pita rakaman yang dijumpai oleh polis di tempat kejadian.Di dalam pita itu dia menerangkan bahawa dia membunuh seluruh ahli keluarganya kerana tidak sanggup meninggalkan keluarganya itu merana selepas ketiadaanya

    Pegawai bank cantik ini milik dua kereta Ferrari

    Posted: 01 Apr 2011 08:00 PM PDT

    Mana dia dapat duit tu??
    saya petik dari kosmo online

    JAKARTA - Polis semalam merampas tiba buah kereta mewah milik Pengurus Hubungan Pelanggan di Citibank, Inong Malinda kerana disyaki menyeleweng wang milik pelanggan bank itu hampir AS$1.95 juta (RM5.74 juta), lapor agensi berita Antara semalam.

    Polis merampas dua buah kereta Ferrari dan sebuah Mercedes-Benz milik wanita tersebut.

    "Polis sedang melakukan usaha untuk merampas aset-aset Inong dan melakukan siasatan dari mana dia memperoleh kereta berkenaan," kata Ketua Detektif Polis Indonesia, Jeneral Ito Sumardi. 

    Polis turut merancang untuk merampas sebuah kereta Hummer H3 yang dibeli atas nama suami wanita tersebut, Andika Gumilang.

    Menurut Ito, polis perlu berhati-hati kerana kemungkinan sebahagian aset Inong diperoleh secara sah di sisi undang-undang.

    "Kami meminta sesiapa sahaja yang menjadi mangsa wanita itu membuat laporan polis," katanya.

    Setakat ini seramai tiga orang memfailkan laporan polis berhubung jenayah yang dilakukan oleh wanita berkenaan yang melibatkan kerugian hampir AS$1.95 juta.

    Ketua Unit Jenayah Polis, Brigedier Jeneral Arif Sulistyo berkata, Inong yang bertugas di bank berkenaan lebih 10 tahun mengambil kesempatan terhadap hubungan baik dengan pelanggan untuk memperdayakan mereka.Maybankard 2 Cards. 2 is all you need. Find out more.


    Menurutnya, wanita itu memalsukan dokumen pengeluaran wang atau gagal untuk mendepositkan wang ke dalam akaun pelanggannya seperti yang dijanjikan.

    Inong kini ditahan di pusat tahanan ibu pejabat polis Indonesia di sini. - Agensi

    Raksasa di rakam di Pelabuhan Sydney

    Posted: 01 Apr 2011 07:00 PM PDT

    Biar betul ni..
    saya petik dari kosmo online

    SYDNEY - Sejumlah penduduk di sini berada dalam ketakutan selepas seekor raksasa dirakamkan di dalam kawasan perairan dekat sebuah jambatan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

    Menurut seorang pegawai polis, Harvey Edison, talian telefon di kebanyakan balai polis tempatan sesak dengan panggilan orang ramai yang memberitahu kewujudan makhluk ganjil itu kelmarin.

    Menurutnya, laporan awal mengenai raksasa itu datang daripada orang ramai yang menaiki kapal pesiaran, feri dan bot di Pelabuhan Sydney.

    Edison berkata, semua rakaman video dan gambar yang menyiarkan kelibat raksasa itu kini dikaji oleh sekumpulan pakar bagi menentukan sama ada ia benar atau palsu.

    Menurut satu kenyataan rasmi, sekumpulan pasukan yang melibatkan ahli biologi terkenal dan penyelam akan tiba di Sydney untuk menyiasat raksasa itu.

    Polis di negeri New South Wales turut membatalkan semua perkhidmatan feri dan pelayaran kapal pesiaran buat sementara waktu.

    Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak belayar atau menaiki bot mewah di pelabuhan ini.

    Raksasa itu mempunyai leher yang panjang seperti kelibat raksasa di Loch Ness di Scotland. - Agensi

    Guru cekik murid

    Posted: 01 Apr 2011 06:00 PM PDT

    Sabar diperlukan untuk menjadi seorang guru..
    saya petik dari kosmo online

    BUKIT MERTAJAM - Seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini mendakwa trauma selepas dikasari oleh seorang guru di sekolah itu.

    Mangsa, Tan Sik Meng, 19, pelajar tingkatan enam memberitahu, dia dikasari oleh guru tersebut selepas dia dikatakan bising sewaktu perhimpunan pagi kelmarin.

    Menurutnya, selepas tamat perhimpunan kira-kira pukul 7.30 pagi, dia diarahkan untuk ke bilik guru.

    "Dia (guru berkenaan) memang tidak berpuas hati dengan saya sebelum ini dan sengaja mencari alasan kononnya saya mengganggu pelajar lain semasa perhimpunan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya di sini semalam.

    Wanita tak tahu dia sudah mengandung selama 30 tahun

    Posted: 01 Apr 2011 05:00 PM PDT

    (Foto: thinkstock)

    Dominica, Janin yang dikandung oleh seorang ibu harusnya dikeluarkan dari dalam tubuh. Tapi perempuan berasal Dominica tidak mengetahui keberadaan janin di dalam perutnya, setelah 30 tahun janin tersebut sudah menjadi mumi.

    Seorang perempuan berusia 59 tahun dari Republik Dominica telah menderita sakit perut yang parah selama beberapa dekad, tapi saat itu tidak ada yang tahu apa penyebab pastinya.

    Setelah melakukan pemeriksaan X-ray ternyata diketahui bahawa tanpa sedar perempuan tersebut memiliki janin yang sudah mati dan membatu di dalam perutnya selama paling sedikit 30 tahun. Sisa-sisa mumi janin tersebut dikeluarkan dan diketahui memiliki berat 1,686 kg. Hal ini diungkapkan oleh salah seorang pejabat kesihatan Dominica.

    "Perempuan tersebut mengatakan bahawa pengalamannya selama sakit panjang ini tidak pernah mendapat perhatian medik yang memadai," ujar Miladys Roman, ketua doktor  dari Luis Eduardo Aybar Hospital di Santo Domingo, seperti dikutip dari Foxnews, Jumaat (1/4/2011).

    Tapi minggu ini ia datang ke hospital umum dengan keluhan rasa sakit yang hebat di daerah perutnya dan saat itulah diketahui ia memiliki janin yang membatu atau anak batu yang kemungkinan berasal dari usia kehamilan 3-5 bulan.

    Perempuan tersebut mengaku terkejut dengan apa yang ditemukan doktor dalam perutnya. Ia mengaku terkejut saat diberitahu mengalami kehamilan yang begitu lama dan ia tidak pernah menyadari bahwa perutnya membesar.

    Sumber :http://health.detik.com/

    Aksi ayam yang patut kita lihat

    Posted: 01 Apr 2011 03:01 PM PDT

    Hebatkan aksinya...

    Blind date pertemukan adik beradik yang lama terpisah

    Posted: 01 Apr 2011 10:01 AM PDT

    LONDON – Anda sedang menjalani blind date melalui dunia maya? Sebaiknya berhati-hati, boleh saja bukan bertemu jodoh, melainkan saudara kandung yang terpisah bertahun-tahun.Sarah Kemp dan George Bentley berkenalan melalui  internet.

    Kemp, yang tinggal di Edinburgh, Scotland dan Bentley yang tinggal di London, saling berkomunikasi melalui dunia maya sejak November lalu. Setelah beberapa bulan saling mengirimkan sms, mereka akhirnya bertemu minggu lalu.

    "Saya tidak pernah setuju pergi ke London untuk blind date tapi kami sudah menjalani dengan baik sejak awal, dan hubungan kami terus berkembang seiring saling mengirim sms secara rutin," kata Kemp.
    Namun ketika bertemu, fakta mengejutkan terlerai. Dalam suatu pertemuan di London, yang difasilitasi jasa layanan blind date pasangan calon kekasih ini mengetahui mereka adalah saudara kandung.

    "Bertemu abangmu yang sudah lama hilang, di sebuah bar, setelah 30 tahun lebih, tentunya akan menjadi hal yang biasa. Tapi bertemu dalam situasi ini, dalam suatu pertemuan benar-benar hal yang aneh. Kami memiliki banyak persamaan sejak pemikiran pertama," urai Kemp. Seperti dikutip dari AOLNews, Jumaat (1/4/2011).

    Sejak kecil, Kemp dan Bentley membesar bersama. Namun ketika orang tua mereka, Felicity dan David Bentley bercerai pada 1975, Kemp pindah ikut ibunya ke Edinburgh, sedangkan Bentley ikut ayahnya.
    Pada 1989, Kemp yang berusia 42 tahun menikah dan bercerai setahun kemudian. Meski sudah bercerai, dia terus menggunakan nama keluarga suaminya, Kemp. Inilah yang membuat pencarian keluarga Bentley atas Sarah Bentley yang berusia 47 tahun menjadi sia-sia.
    "Saya sama sekali tidak tahu di mana dia. Saya mencari nama Sarah Bentley, bukan Sarah Kemp, kerana saya tidak tahu dia telah menikah," ujar Bentley.

    Gila ..kura-kura dan ikan hidup dibuat key chain

    Posted: 01 Apr 2011 09:30 AM PDT

    Ini adalah idea GILA. Peniaga di China menjual ikan hidup dan kura-kura dalam bekas plastik tertutup sebagai gantung kunci (key chain)

    Diisi dengan air berwarna, masing-masing bekas yang panjangnya 7 cm dimasukkan salah satu kura-kura Brazil atau dua Kingfish kecil, dan diisi dengan air "beroksigen", di mana vendor mengatakan memungkinkan haiwan itu hidup selama beberapa bulan.

    Penjual tersebut beranggapan key chain kecil ini sebagai hadiah kecil menggemaskan, dan biasanya dijual di stesen kereta bawah tanah dan kereta api, dilindungi oleh hukum dan, sesuai dengan kata hukum, tidak dianggap pelnyiksaan haiwan.

    Sedangkan Kumpulan perlindungan haiwan menganjurkan larangan penjualan, menyebut key chain itu contoh "kekejaman terhadap haiwan."



    Inilah dia budak yang kena kanser mata yang ditolak oleh hospital untuk merawatnya

    Posted: 01 Apr 2011 08:00 AM PDT




    Kesian samapi macam tu sekali budak ini diperlakukan..
    bukankah hospital itu dibangunkan untuk merawat mereka yang sakit..

    [Kesian] Budak 3 tahun didera dengan dilemparkan ke kolam takungan air

    Posted: 01 Apr 2011 07:00 AM PDT


    Dia dikatakan ditinggalkan oleh ibu kandungnya semasa berumur 3 bulan dan dipelihara oleh neneknya yang berumeur 80 tahun.Dia sering didera oleh ibu tirinya dan terakhir dia telah dilempar ke kolam takung air dibilik mandi dan telah dijumpai oleh ayahnya.Kemudian telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan wanita itu telah ditahan polis.

    Model ini sanggup berbogel jika pasukan Kriket India juapa Piala Dunia

    Posted: 01 Apr 2011 06:00 AM PDT

    NEW DELHI, KOMPAS.com – Perempuan India dididik untuk berpakaian sopan sepanjang waktu. Namun, model populer Poonam Pandey (20) berjanji akan menanggalkan seluruh pakaiannya jika pasukan kriket India menjuarai Piala Dunia Kriket dalam final di Mumbai, 2 April.

    Pandey, yang penampilannya membuat kalender edisi pakaian renang mengatakan, dia ingin memotivasi para pemain. "Aku penggemar fanatik kriket dan pendukung pasukan nasional. Pasukan India perlu sokongan dan ini caraku menyokong mereka," ujarnya. Sejauh ini dukungan Pandey berhasil kerana India mengalahkan Pakistan di semifinal, Rabu (30/3), dan akan menghadapi Sri Lanka di final.

    Pandey mengingatkan dunia pada model asal Paraguay, Larissa Riquelme, yang mahu lari tanpa pakaian jika pasukan bola sepak Paraguay menjadi juara Piala Dunia 2010. Paraguay dikalahkan Sepanyol di suku akhir final, tetapi Riquelme tetap berpose telanjang di depan bendera nasional.

    Trend lelaki di China

    Posted: 01 Apr 2011 05:00 AM PDT








    Hotel terbang

    Posted: 01 Apr 2011 04:00 AM PDT

    Bosan  datang ke hotel yang biasa biasa saja, Ingin merasakan sesuatu yang baru dalam menginap di hotel?? jika anda ingin merasakan sensasi menginap yang belum pernah anda rasakan sebelumnya maka anda harus cuba yang ini.. Hotel Terbang!!

    Projek Crisis Crazy berupa hotel terbang ini menggunakan Helikopter M-12 yang merupakan helikopter terbesar dan terberat yang pernah diciptakan.

    Hotel terbang ini direka dengan sangat mewah dan nyaman, tentunya juga menawarkan pengalaman baru bagi tamu hotel, iaitu menginap di udara!!

    Ingin lihat bagaimana suasana mewahnya Hotel terbang M-12 ini?


    Ini adalah hotel mewah dengan konsep baru yaitu mengudara dan untuk interiornya Hotel ini menggunakan Ranjang besar, dan dekorasi interior yang menawan..







    Pengkhianat yang paling luar biasa dalam sejarah China,

    Posted: 01 Apr 2011 03:00 AM PDT


    Dianggap sebagai pengkhianat yang paling luar biasa dalam sejarah China, lahir pada tahun 1833, menginjak usia 21 tahun, dia bersekolah di Jepun, di mana dia bertemu dengan Dr. Sun Yat Sen yang juga merupakan mentornya. Di bawah pengaruh Dr Sun, dia mulai berparti di dalam rancangan melawan pemerintahan termasuk percubaan pembunuhan pejabat Manchu di Beijing yang gagal. Jang di penjara sampai pemberontakan Wuchang pada tahun 1911, sesudah itu, pada 1925 dia menjadi penerus Dr. Sun sebagai Presiden sementara ROC, setelah Dr. Sun mati (Presiden sementara ROC). Wang tidak boleh mempertahankan kekuasaanya, dengan adanya faksi militer Jiang Jieshi (Chiang Kai Sek) yang merebut kuasa daripadanya di tahun itu. Ketika Nanjing jatuh ke orang Jepun pada 1937, Wang memulai pengkhianatannya dengan bekerja sama dengan pemerintah Jepun. Dia mendukung rancangan Jepun untuk menguasai China. Waktu China di dalam masa-masa gawat dan memerlukan tenaganya, Jingwei malah bergabung dengan orang Jepun  yang merupakan pihak penjajah. Wang meninggal sebelum dia menyaksikan kekalahan Jeun oleh angkatan perang Sekutu di PD II.

    Hotel paling unik di Jepun

    Posted: 01 Apr 2011 02:00 AM PDT





    Gambar kegigihan remaja yang mendapat simpati di Internet

    Posted: 01 Apr 2011 01:00 AM PDT

    Seorang bloger di China menempatkan sebuah artikel pada internet disertai serangkaian foto kehidupan gadis 15 tahun---seorang gadis yang mendapat pujian sebagai "gadis kelahiran 1990-an paling bijaksana."


    Namanya Zhang Qianqian, dan dia bekerja pada tempat pembuatan batu bata di kota Guizou, 12 jam sehari selama cuti musim panas. Selain itu ia juga mengasuh adik perempuan serta si-kembar saudara bungsunya. Kisah Zhang membuktikan sebuah semboyan China kuno: "Anak-anak keluarga miskin menjadi penyambung hidup sejak dini."






    Gadis dalam foto tersebut harus menarik pedati untuk mengirim batu bata, sambil mengasuh beberapa saudara kecilnya yang sedang bermain. Sebagai pengirim batu bata, para buruh mendapat upah sekitar 30 yuan (kira-kira US$4,40) per-hari.

    Suami pergi belayar,Isteri 'belayar' dengan lelaki lain di rumah

    Posted: 01 Apr 2011 12:00 AM PDT

    Sidoarjo - Kerap ditinggal suami berlayar, Yuli Asri (40), warga Perumahan Kahuripan Nirwana Village (KNV) Blok BD-X/3A Kelurahan Sumput Sidoarjo, Jawa Timur sanggup berzina dengan lelaki lain.

    Dia sanggup  berzina dengan Ahmad Tursudi (40), seorang pengusaha kontraktor berasal Desa Grogolan, Kecamatan Dukuh Seti, Pati, Jawa Tengah.

    Cinta Yuli yang bersemi sejak lapan bulan lalu dengan lelaki yang bukan suaminya itu akhirnya perbutan mereka terbongkar. Beberapa penduduk bersama Edi (41), suaminya, menangkap keduanya ketika berduan ' di dalam billik.

    Kes itu terungkap, bermula dari kedatangan Tursudi bertemuYuli yang sendirian di waktu situu. Saat itu, ketiga anak Yuli juga tidak ada di rumah. Edi  suaminya sudah mencium kedatangan tamu tak diundang itu. Dia pun sengaja tak pergi berlayar untuk memerangkap perbuatan isterinya.

    Edi kemudian bersama-sama anggota (Hansip) dan penduduk yang jumlahnya sekitar 15 orang untuk diajak menangkap keduanya. Sebelum menangkap, Edi sengaja membiarkan keduanya bercumbu di dalam bilik. Begitu mendengar desahan seperti sedang 'kepedesan', Edi bersama warga mulai mendekat ke teres rumah.

    Begitu keduanya ke bilik mandi untuk membersihkan diri, Edi bersama warga masuk dan mendapatinya keduanya sedang memakai pakaian setengah telanjang.

    Warga kesal dengan Tursudi, langsung menghadiahkan penumbuk ke arah mukanya. Keduanya juga langsung diseret keluar rumah. Beruntung Tursudi diamankan oleh polis dan dibawa ke Mapolsekta Sidoarjo.

    Di hadapan polis, keduanya mengakui mereka telah berzina. Keduanya menceritakan bahawa hubungan mereka bermula sejak lapan bulan lalu. Keduanya saling kenal di saat rumah Yuli sedang direnovasi oleh Tursudi.

    Dari situlah kedekatan keduanya tidak semakin merenggang dan bahkan beberapa kali melakukan zina ketika Edi pergi berlayar.

    "Kami mulai kenal sejak membuat renovation rumah. Kami berdua ternyata sesuai dan  anak-anaknya juga akrab hingga memanggil Tursudi Ayah," kata Yuli, Selasa (29/3/2011) malam di depan petugas seperti tak merasa  berdosa.

    Betul ke rumah ini serupa dengan wajah Hitler?

    Posted: 31 Mar 2011 11:00 PM PDT

    TRIBUNNEWS.COM – Macam-macam saja pengguna internet. Sebuah rumah di Wales, Inggris, menjadi terkenal setelah pengguna internet melihatnya mirip wajah Adolf Hitler.

    Rumah Swansea berwarna cokelat dan memiliki empat jendela serta merta menarik perhatian dari tabloid Inggris setelah beredar di situs pertemanan sosial.

    Meski demikian, kemiripannya masih menjadi perdebatan. Pada bahagian atas pintu mirip dengan misai Hitler, sementara sisi atap yang miring mirip dengan sisiran rambut Hitler.

    Mayat pun ikut menonton pertandingan bolasepak

    Posted: 31 Mar 2011 10:00 PM PDT

    TRIBUNNEWS.COM – Sejumlah penggemar fanatik bola sepak di Colombia membawa keranda yang berisi mayat anak laki-laki berusia 17 tahun ketikaberlangsung pertandingan antara Cucuta Deportivo dan Envigado. Demikian diberitakan FoxNews, Khamis (31/3/2011).



    Christopher Jacome, penggemar  kelab Cucuta, ditembak hingga mati di sebuah padang bola ketika bermain bola sepak akhir minggu lalu. Teman Jacome, yang dipercayai adalah sebahagian dari geng Barra del Indio, membawa mayatnya dari rumah pemakaman.

    Setelah itu, keranda diusung menuju stadium General Santander, Cucuta. "Mereka tidak mengizinkan fanatik masuk namun mereka akhirnya membolehkan mayat. Ini hanya bahagian dari dunia di mana hanya terjadi di sini," demikian disampaikan staf medis Cucuta, Julio Rivera.

    Awalnya, pengurus stadium mengatakan akan melakukan pertemuan untuk membolehkan mayat masuk. Tetapi, akhirnya tubuh Jacome membawa berkat setelah pasukan ketinggalan 1-0 dan 30 minit kemudian mereka berhasil menyamakan kedudukan.

    Utusan Online - Hiburan

    Posted: 01 Apr 2011 03:17 PM PDT

    Utusan Online - Hiburan


    Pak Uda, Opie sama-sama suka pancing

    Posted:

    Pak Uda, Opie sama-sama suka pancing

    Pak Uda, Opie sama-sama suka pancing

    Oleh KHADIJAH IBRAHIM
    khadijah.ibrahim@utusan.com.my
    Gambar RASHID MAHFOF


    Umpan untuk ikan di kolam berbeza dengan ikan di lautan.


    Pelakon yang sinonim dengan watak Pak Uda dari sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu hingga hari ini memberitahu, minat memancing bermula sejak muda dan pada mulanya beliau gemar memancing di kolam ikan.

    Bagaimanapun keterujaan memancing disertakan dengan skil yang ada, beliau kini memilih laut sebagai tempat melontar joran.

    "Pantang ada cuti berlakon, Pak Uda akan pergi memancing ke laut di persekitaran Pulau Indah, Pulau Sembilan atau Pulau Ketam. Pak Uda pernah pergi memancing sampai ke Setiawan, Perak.

    "Selalunya Pak Uda bersama geng pancing, Aan, Cikgu, Talib dan Tapa. Kami akan sewa bot untuk tiga hari. Setiap seorang membayar kira-kira RM300 kepada tekong. Tekong ini tahu di mana ada ikan dan dia juga yang menyediakan segala kelengkapan makanan dan umpan," katanya.

    Pak Uda yang ditemui di kolam ikan Bai-World, Bandar Tasik Puteri, Rawang, berkata, kumpulan pancingnya akan bergerak pada pukul 8.30 pagi dari jeti Kuala Selangor.

    Turut menemani Pak Uda semasa memancing adalah anaknya, pelakon Opie dan cucunya, Alif Shah Saidi, 4 tahun.

    Katanya, ketika memancing di lautan dan kekadang sehingga ke perairan antarabangsa, antara ikan yang ditangkap adalah ikan merah dan kerapu.

    "Pak Uda pernah dapat ikan merah seberat lapan kilogram. Selalunya ikan-ikan tangkapan itu Pak Uda akan masak stim atau tiga rasa.

    "Kalau banyak sangat barulah dijual. Selalunya kalau kami pergi tidak pernah hampa kerana setiap orang dapat habuan," ceritanya.

    Ditanya apa seronoknya memancing, Pak Uda berkata, sebaik sahaja berada di lautan, segala masalah di daratan akan dilupakan.

    Sebaik sahaja mata kail dibaling ke laut, yang ada di fikiran hanyalah ikan apa yang akan makan umpan dan besar mana ikan itu.

    "Memancing ini sebenarnya mengajar kita bersabar. Sebab untuk mendapat seekor ikan paling cepat pun 15 minit dan paling lama satu jam.

    "Pak Uda selalunya bawa empat batang pancing tapi guna satu sahaja sebab di lautan tidak menang tangan tangkap ikan. Kalau di kolam ikan, perlu pacak banyak pancing," katanya yang sering menggunakan umpan ikan hidup (gelama) dan udang.

    Selain melatih individu menjadi penyabar, memancing juga boleh menjalin hubungan silaturrahim di kalangan kaki pancing.

    Kata Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi filem Mat Som, sebelum pergi memancing ke laut, perlu lihat keadaan air laut sama ada surut, mati atau pasang besar.

    Kaki pancing tidak akan pergi memancing pada masa air pasang kerana berbahaya, waktu air surut hanya sesuai untuk tangkap udang dan ikan paling banyak apabila air surut.

    Menurut Pak Uda, yang sering ditemani oleh anaknya, Ahmad Firdaus, 26, waktu mula-mula pergi memancing di laut, beliau tidak dapat menangkap walau seekor ikan pun kerana mabuk laut.

    Namun kini setiap kali sebelum turun ke laut, Pak Uda akan mengamalkan petua, selawat tiga kali dan minum air laut tiga teguk untuk mengelak mabuk laut.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Artis Koreakacak, cantik, bijak!

    Posted:

    Artis Koreakacak, cantik, bijak!

    Artis Koreakacak, cantik, bijak!



    Tentu sekarang ini sedang sibuk memohon untuk memasuki kolej atau universiti pilihan masing-masing.

    Seperti di Malaysia, Mac juga bulan yang sibuk bagi artis remaja di Korea. Ini kerana, majlis graduasi sekolah tinggi selalunya diadakan sepanjang Februari manakala bulan ini kebanyakan mereka mula mendaftar masuk ke kolej dan universiti.

    Ujian kemasukan ke institusi pengajian tinggi di negara itu sudah pun berlangsung akhir tahun lalu dan difahamkan ramai kalangan bintang K-pop yang mendudukinya.

    Antaranya Jinwoon iaitu anggota termuda 2AM, Key dan Minho daripada SHINee; Jae Jin (FT Island), Ga Yoon (4Minute) serta Joon Hyun, Hyun Seung dan Kikwang daripada BEAST.

    Walaupun rata-rata artis Korea mula menceburi industri hiburan negara itu pada usia belasan tahun, namun pelajaran tetap menjadi keutamaan mereka.

    Tidak kira sepopular mana pun mereka, apabila tiba masa untuk memasuki kolej atau universiti - ramai yang tidak kekok menghadiri kuliah dan tutorial seperti penuntut biasa.

    Baru-baru ini, ramai bintang remaja yang dilihat mendaftar sebagai penuntut baru kolej atau universiti.

    Untuk sesi 2011, Minho (SHINee) akan bergelar siswa Universiti Konkuk manakala Goo Hara (KARA) dan rakan artis, Lee Se Young pula melaporkan diri di Sungshin Women University.

    Gambar kedua-duanya dengan imej segar sebagai siswi bersama dekan dipaparkan dalam laman web rasmi universiti itu akhir bulan lalu.

    Hara, 20, yang dinobatkan sebagai Pengacara Wanita Terbaik KBS 2010 akan mengambil pengkhususan dalam bidang lakonan.

    Teman baiknya yang sebaya, Jinwoon (2AM) pula akan memulakan pengajian filem dan teater di Universiti Daejin dalam wilayah Gyeonggi.

    Heroin Boys Over Flowers, Goo Hye Sun pula diterima memasuki Sungkyunkwan, salah sebuah universiti ternama di Korea - yang menjadi latar drama popular Sungkyunkwan Scandal tahun lalu.

    Anggota T-ara, Hyomin kini penuntut tahun empat dalam bidang teater di universiti itu.

    Artis remaja yang telah memulakan hidup kampus termasuk Seohyun daripada Girls Generation (SNSD) di Universiti Dongguk dan ketua kumpulan SHINee, Onew di Universiti Chungwoon dalam bidang muzik.

    Bintang K-pop lain yang kini masih menuntut ialah vokalis utama FT Island, Lee Hongki dan Kyuhyun daripada Super Junior di Universiti Kyunghee; ketua dan pemain gitar FT Island, Jonghun di Universiti Kyunggi; dua lagi anggota SuJu, Sungmin dan Donghae serta Yunho (DBSK) di Universiti Myongji.

    Nampaknya bintang remaja Korea ini benar-benar mempersiapkan diri mereka dengan ilmu untuk menjadi yang terbaik dalam bidang masing-masing.

    Tidak hairanlah persembahan mereka baik di pentas mahupun di layar perak, cukup meyakinkan sehingga memikat hati para peminat termasuk di luar Korea!

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Celebrity News

    Posted: 01 Apr 2011 03:11 PM PDT

    Celebrity News


    Panas : Rakaman Video Seks Pembangkang Tulen !!

    Posted: 01 Apr 2011 12:08 PM PDT

    Nampaknya kisah video seks ini semakin panas dengan keterangan polis mengenai ketulenan video seks tersebut hasil daripada keputusan pakar mengenai video tersebut. Jika sebelum ini pemimpin kerajaan namun kini pemimpin kanan pembangkang pula menjadi mangsa keadaan.

    Nak buat macam mana nasi dah menjadi bubur terimalah seadanya, bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan terimalah akibatnya.

    Dan berikut pula "Statement" polis mengenai video seks tersebut.

    KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara adalah rakaman tulen.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ekoran pengesahan yang dilakukan oleh pakar tempatan itu, siasatan tersebut kini berada di peringkat akhir sebelum ia diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan untuk dinilai.
    Siasatan berhubung rakaman video seks itu kekal disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
    "Siasatan berhubung rakaman video seks dimaklumkan berada pada tahap akhir selepas polis menerima laporan pakar ke atas kesahihan rakaman video itu.
    "Laporan pakar mengesahkan rakaman itu adalah tulen," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini semalam. 
    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Berita Harian: Hip

    Posted: 01 Apr 2011 11:49 AM PDT

    Berita Harian: Hip


    Pemenangnya adalah...

    Posted: 31 Mar 2011 03:34 PM PDT

    Hip

    Rakan artis ramalkan Lisa, Sam, Zizan calon pilihan Bintang Paling Popular ABPBH 2010

    AHAD ini, akan diketahui siapa pemenang 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010) selain Bintang Paling Popular apabila nama mereka diumumkan pada malam kemuncaknya di Arena of Stars Genting Highlands.

    Bagi mereka yang tidak berpeluang ke Arena of Stars, acara gemilang ABPBH2010 ini boleh diikuti di TV3 selain radio HotFM kerana kedua-dua stesen penyiaran itu turut membuat siaran secara langsung. Bukan sahaja peminat dan pembaca Berita Harian, malahan di kalangan artis sendiri termasuk mereka yang tersenarai dalam Top ABPBH 2010 turut mempunyai pilihan sendiri siapa yang bakal menerima trofi Bintang Paling Popular ABPBH edisi ke-24.

    Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan Zizan antara calon yang disebut-sebut sebagai Bintang Paling Popular kali ini. Beberapa artis juga turut menjadi sebutan dikalangan rakan artis untuk memenangi kategori yang dipertandingkan seperti Diana Danielle, Scha Alyahya, Yuna, Faizal Tahir, Shahir, Aizat, Sharifah Shahirah, Raja Azura @ Kak Engku, Aznil Nawawi, Bunkface malahan Nurul Elfira Loy juga dikatakan ada peluang masing-masing.

    Ramalan untuk berasakan mereka boleh menang adalah berdasarkan kepada bakat, populariti, hasil kerja yang diminati seperti filem atau lagu serta sokongan peminat daripada laman sosial masing-masing seperti Facebook dan Twitter.

    Adat pertandingan, ada kalah dan menang. Ikutkan memang semua orang nak menang. Peminat juga mahu artis pilihan mereka menang. Berikut adalah sebahagian artis yang juga finalis ABPBH2010 yang disoal Hip untuk siapakah calon pilihan mereka untuk menang dalam kategori masing-masing yang akan diumumkan 3 April ini.
    ZIZAN

    "Bintang Paling Popular ABPBH 2010 pilihan saya sama ada Lisa Surihani atau Shaheizy Sam. Nama mereka tengah panas sekarang. Banyak filem yang mereka bintangi, meletup! Tidak mustahil dengan bakat yang mereka miliki, boleh memenangi anugerah itu. Saya mendoakan rezeki untuk kedua-dua rakan saya ini. Malah peminat sendiri boleh menilai sendiri keberkesanan lakonan mereka.

    "Bagi Penyanyi Lelaki Popular, nama yang sedang panas ialah Faizal Tahir. Kita dapat lihat di mana-mana saja ada peminat Faizal, lagunya pun kerap diputarkan di radio dan menjadi pilihan pendengar.

    "Manakala Penyanyi Wanita Popular, saya rasa Yuna mampu menewaskan calon yang lain. Yuna penyanyi yang rendah diri dan dia juga mampu untuk pergi jauh serta bakatnya yang tiada tandingan.

    BLACK MENTOR

    "Bintang Paling Popular pilihan saya ialah Zizan. Saya antara peminatnya dan saya suka cara serta idea dia membuat orang ketawa dan terhibur. Anuar Zain berpotensi untuk menang Penyanyi Lelaki Popular dan siapa tahu sekian lama dia tidak muncul, dia akan kembali membuat kejutan.

    "Pelakon Filem Wanita pilihan saya ialah Diana Danielle. Dia ada karektor yang positif tidak kira bersama peminat mahupun rakan-rakan, tidak sombong. Artis Baru Lelaki Popular pilihan saya ialah Shahir. Shahir ada peminat yang ramai dan kita boleh tengok ke mana saja dia pergi, mesti dikelilingi peminat serta namanya kini sedang meningkat, tidak mustahil untuk Shahir meraih anugerah ini.

    NURUL ELFIRA LOY

    "Saya dengar ura-ura, Lisa Surihani, Shaheizy Sam atau Zizan antara yang mampu membawa pulang hadiah Bintang Paling Popular. "Berdasarkan populariti, Bunkface berpeluang memenangi Artis Duo /Berkumpulan Popular. Nama mereka memang popular di kalangan peminat. Bagi kategori Penyanyi Nasyid Popular, kumpulan Rabbani adalah pilihan saya.

    LIYANA JASMAY

    "Penyanyi Lelaki Popular pilihan saya adalah Aizat, kerana dia memenangi anugerah bagi kategori ini tahun lalu. Tak mustahil Aizat menang lagi. Bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular, saya memilih Aaron Aziz, dan Pelakon TV Wanita Popular pula, Scha Alyahya berkemungkinan besar untuk menang kerana mereka ini berbakat besar dalam dunia lakonan.

    AARON AZIZ

    "Berdasarkan popularitinya di laman web sosial Facebook yang mencecah jutaan peminat, tidak mustahil untuk Lisa Surihani memenangi anugerah Bintang Paling Popular. Tengok saja bilangan pengikutnya di Facebook dan Twitter, sudah cukup sebahagian daripadanya mengundi, pasti artis lain akan tertewas.

    "Pelakon Filem Lelaki Popular yang menjadi pilihan saya ialah Shaheizy Sam. Dia bukan saja popular, malah dia mampu membuat orang ketawa dengan lakonannya yang bersahaja. Rakyat Malaysia gemarkan seorang pelawak dan penghibur, ini kerana apabila kita buat orang ketawa, orang akan cepat sukakan kita.

    "Aznil Nawawi berpeluang cerah untuk memenangi anugerah bagi kategori Pengacara Lelaki Popular, kerana tiada siapa yang mampu menandingi kebolehannya. Kita tengok sampai sekarang, memang sukar untuk mencari pengganti Aznil.

    ALTIMET

    "Lisa Surihani dan Zizan mempunyai ramai peminat. Melihat kepada jumlah peminat di Facebook dan Twitter mereka, sudah cukup ramai untuk membuatkan mereka menang bagi kategori Bintang Paling Popular.

    DIDIE ALIAS

    "Bagi kategori Bintang Paling Popular, Zizan mampu menang. Dia mempunyai hasil kerja yang berkualiti dan setiap kemunculannya menghiburkan orang ramai. Saya percaya tahun ini tuah akan berpihak pada Zizan. Manakala bagi kategori Artis Baru Popular, saya percaya tuah berpihak kepada Nurul Elfira Loy. Dia bukan saja popular, malah bagus dalam lakonan serta pandai membahagikan masa sebagai pelajar. Bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular, Sharifah Shahirah berpeluang untuk membawa pulang anugerah ini kerana namanya sedang meningkat naik sekarang ini.

    SHARNAAZ AHMAD

    "Bintang Paling Popular pilihan saya ialah Shaheizy Sam sebab dia bagus dan mempunyai karektor yang mantap sebagai orang seni. Lihat saja kepada watak yang dibawanya, cukup memberi kesan kepada penonton. Bagi Penyampai Radio Wanita Popular, Raja Azura berpeluang menang kerana dia sudah lama dalam bidang pengacaraan ini. Dia seorang yang bagus dalam bidangnya dan saya cukup mengagumi dia.

    "Bagi Artis Komedi Lelaki Popular, Zizan mempunyai peluang untuk menang, manakala bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular, Didie Alias berpotensi untuk menang.

    Siapa pula pilihan Lisa?

    Menjadi sebutan sebagai antara pemenang dalam ABPBH2010 terutama Bintang Paling Popular pada Ahad ini, memang memberi sedikit kejutan kepada Lisa Surihani. Ini kerana dia sama sekali tidak pernah meletakkan harapan setinggi itu.

    "Baiknya mereka yang meramalkan saya menang. Rezeki di tangan Allah. Entah-entah mereka yang menang nanti. Setiap calon ada peluang sama rata untuk menang dalam setiap kategori di ABPBH nanti. Dicalonkan sehingga tersenarai dalam Top 5 pun, Lisa rasa amat bersyukur alhamdulillah," kata Lisa dalam jawapannya yang dikirim menerusi pesanan BlackBerry.

    Lisa yang kini sibuk menyiapkan penggambaran filem terbarunya memilih Zizan sebagai calon Bintang Paling Popular, manakala Aizat pula diramalkan sekali lagi memenangi Penyanyi Lelaki Popular dan berasakan Ana Raffali berpotensi untuk memegang trofi Penyanyi Wanita Popular.

    "Saya melihat Liyana Jasmay berpeluang cerah untuk menang lagi bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan penyampai radio Hot FM, FBI (Faizal Ismail) pula diramalkan boleh naik ke pentas lagi menerima Penyampai Radio Lelaki Popular," katanya.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    2 tugas berganda

    Posted: 31 Mar 2011 03:26 PM PDT

    Hip

    ZIZAN (kanan) bersama Johan berjaya mencuit hati penonton dengan lawak jenaka mereka dalam program Raja Lawak.

    ZIZAN (kanan) bersama Johan berjaya mencuit hati penonton dengan lawak jenaka mereka dalam program Raja Lawak.

    Zizan tidak akan persiakan peluang sebagai pengacara malam kemuncak ABPBH 2010

    MUNGKIN orang ramai kurang mengenali jejaka dengan nama Mohd Razizan Abdul Razak, tapi apabila sebut saja Zizan Raja Lawak, pasti ramai yang tersenyum dan terbayang akan karektor anak muda dari Terengganu ini yang sentiasa mencuit hati.

    Selepas memenangi tempat kedua program realiti Raja Lawak musim pertama, lima tahun yang lalu, nama Zizan perlahan-lahan mendapat tempatnya yang tersendiri di dalam dunia hiburan tanah air. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa, Zizan pernah mencuba nasib menyertai program realiti Akademi Fantasia musim keempat, tapi tidak kesampaian, namun dia tetap bersyukur kerana diberi ruang untuk menjadi seorang pelawak.

    Sering mendapat tawaran mengacarakan acara kerana keletah dan ideanya yang sentiasa membuatkan orang ketawa, secara tidak langsung melonjakkan namanya sehingga diberi peluang menjadi hos di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010).

    Zizan bakal menghangatkan suasana malam 3 April itu bersama dua lagi pengacara yang tidak asing lagi dengan kepetahan masing-masing iaitu, Raja Azura atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Engku dan Sharifah Shahirah.

    "Pada majlis kemuncak ABPBH 2010 nanti, Zizan bukan saja sibuk dengan satu acara, malah buat pertama kalinya, berganding bersama Dira sebagai hos rancangan Melodi.
    "Memang diakui, sejak memenangi anugerah Personaliti TV Terbaik di Anugerah Shout! 2010, rezeki saya semakin mencurah-curah. Saya bersyukur, tahun ini tawaran yang saya terima memang tidak menang tangan.

    "Diberi peluang mengendalikan Melodi dan mengacarakan ABPBH dalam satu masa serentak, tidak akan saya sia-siakan. Walaupun agak baru dalam mengendalikan program hiburan, tapi ini adalah peluang keemasan yang tidak saya lepaskan.

    Selain itu, saya akan sentiasa cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik," katanya ketika ditemui di Studio Berita Harian baru-baru ini.

    Mula diterbitkan pada 1992, Melodi yang bersiaran selama 18 tahun pernah dikendalikan oleh ramai pengacara disegani, namun bagi anak muda dari Kuala Terengganu ini, tanggungjawab yang dipikulnya itu adalah satu cabaran memangkin semangat bagi dirinya.

    Zizan terharu kerana menjadi sebahagian daripada anak seni tempatan seperti Ogy Datuk Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali dan Raja Azura yang diberi kepercayaan menggalas tugas berat mengendalikan program hiburan popular tanah air.

    Jadi pelawak tidak mudah

    Bukan itu saja, diakui memang rezekinya sejak akhir-akhir ini dan dengan April yang hampir tiba ini, jadual Zizan akan lebih padat dengan penyertaan di dalam rancangan Maharaja Lawak yang menemui penonton bermula malam ini.

    Zizan akan bergandingan dengan rakan karibnya, Johan merebut gelaran Maharaja Lawak bersaing bersama Top 3 program realiti Raja Lawak dari musim pertama hingga ke enam.

    Menurutnya, gandingan dia bersama Johan sebagai satu kumpulan dalam program realiti berkenaan bukan untuk menunjukkan mereka hebat tetapi kerana keserasian dan kebiasaan bersama menyebabkan mereka mengambil tindakan untuk bergabung.

    "Ia adalah satu cabaran besar buat saya. Jangan ingat saya sudah ada nama di dalam bidang ini, saya mampu membuat lawak dengan senang. Pelawak bukan seperti penyanyi, yang mempunyai kebolehan menyanyi walau ke mana saja dia pergi.

    "Pelawak harus mempunyai idea yang membolehkan orang ketawa dan ia bukan sesuatu kerja mudah. Kalau lawak kita menjadi, orang gelak dan sekiranya orang terhibur dengan jenaka saya, saya cukup gembira dan itu adalah satu kejayaan bagi seorang pelawak," katanya.

    Pembabitan Zizan dalam dunia seni ini sejak lima tahun lalu, bukan mahu untuk meraih populariti. Malah pemuda ini tekad untuk terus mewarnai industri hiburan tanah air dengan bakatnya yang dikurnia Tuhan.

    "Jangan pandang remeh kepada pelawak. Ini juga adalah cabang seni dalam dunia hiburan yang memberi pengaruh yang bukannya sedikit. "Seboleh-bolehnya saya mahu menjadikan seni lawak itu sebagai tulang belakang yang membantu menaikkan lagi taraf industri seni negara kita," tambah Zizan.

    Zizan juga berterima kasih kepada peminatnya dan rakan media yang banyak memberi peluang untuk dia berkarya dalam industri hiburan. Dalam usianya yang dianggap masih muda di dalam dunia hiburan ini, banyak perkara yang perlu dipelajarinya.

    Dengan sikapnya yang bersahaja, jejaka ini turut menjadi pilihan utama untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2010. Sebelum itu, dia adalah calon Top 5 menerusi dua kategori iaitu Artis Komedi Lelaki Popular yang menyenaraikan Along, Angah, Johan dan Nabil, manakala bagi Pengacara TV Lelaki Popular turut membariskan Ally Iskandar, Aznil Nawawi, Faizal Ismail dan Jimmy Shanley.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    - Blog Hanz -

    Posted: 01 Apr 2011 07:03 AM PDT

    - Blog Hanz -


    SENARAI EMOTICON UNTUK DIGUNAKAN DI FACEBOOK

    Posted: 31 Mar 2011 10:56 PM PDT

    Rahsia Kentut ~ Just For Fun!

    Posted: 31 Mar 2011 04:35 PM PDT




    1. Orang TIDAK JUJUR

    Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

    2. Orang BINGUNG

    Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.


    3. Orang BERWAWASAN 2020

    Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

    4. Orang SENGSARA

    Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

    5. Orang MISTERIUS

    Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

    6. Orang GUGUP

    Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

    7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI

    Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

    8. Orang SADIS

    Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus

    dikibaskan baunya.

    9. Orang PEMALU

    Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.'

    10. Orang yang STRATEGIK

    Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi
    kentutnya.

    11. Orang BODOH

    Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

    12. Orang PELIK

    Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

    13. Orang SOMBONG

    Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

    14. Orang RAMAH

    Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

    15. Orang yang tidak senang BERGAUL

    Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

    16. Orang AKUATIK

    Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

    17. Orang ATLETIK

    Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

    18. Orang JUJUR

    Orang yang mengaku kalau habis kentut

    19. Orang PINTAR

    Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

    20. Orang KELAKAR

    Orang yang bila ketawa sambil kentut

    21. Orang yang ROMANTIK

    Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

    22. Orang yang TIDAK SIHAT

    Orang yang bila batuk dia akan terkentut

    23. Orang yang PANAS BARAN

    Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

    24. Orang yang PELUPA


    Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia

    sendiri yang kentut

    ~ This is for fun only!

    Himpunan Kisah Sensasi

    Posted: 01 Apr 2011 03:20 AM PDT

    Himpunan Kisah Sensasi


    Wanita bogel terperangkap di cerun bukit

    Posted: 31 Mar 2011 06:00 PM PDT

    nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

    du 06.1 Wanita bogel terperangkap di cerun bukit

    SEORANG anggota penyelamat mendekati seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel di tepi cerum sebuah bukit di San Diego kelmarin.


    SAN DIEGO, Amerika Syarikat (AS) – Seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia terperangkap di tepi cerun setinggi 137 meter dari permukaan laut di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

    Wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dia diselamatkan dalam operasi selama 30 minit kelmarin.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat dari San Diego, Maurice Luque, ramai yang pernah terperangkap di cerun itu sebelum ini selepas mereka mendaki.

    Jelasnya, wanita itu tidak ditahan selepas dia diselamatkan.

    Pihak berkuasa sebaliknya masih belum mendapat gambaran jelas bagaimana wanita tersebut boleh berada dalam keadaan bogel dan terperangkap di cerun tersebut. – Agensi

    /// kosmo ///

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Posted: 01 Apr 2011 01:41 AM PDT

    Harian Metro: Rap


    Rossa ziarah Yoyo di penjara

    Posted: 31 Mar 2011 10:29 AM PDT

    KENANGAN...saat indah Rossa dan Yoyo ketika masih suami isteri.
    KENANGAN...saat indah Rossa dan Yoyo ketika masih suami isteri.

    APABILA berita mengenai pemain dram kumpulan Padi, Surendro Prasetyo atau lebih dikenali sebagai Yoyo dipenjara kerana menagih dadah jenis syabu, di fikiran kebanyakan peminat tergambar wajah penyanyi popular Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani atau Rossa, 34 tahun.

    Ramai membuat tanggapan 'benda haram' itu sebenarnya yang menjadi punca kepada kemusnahan rumah tangga mereka sebelum ini. Pasangan popular dari seberang ini berpisah pada 14 Julai 2009. Bagaimanapun kedua-dua pihak lebih suka punca perpisahan mereka dirahsiakan.

    Puas dikorek puncanya, kedua-dua belah pihak lebih senang mengambil tindakan 'tutup mulut' dan menyatakan rahsia rumah tangga dan perceraian tidak seharusnya dijaja di khalayak umum.

    Pun begitu, sebagai bapa kepada anak tunggal, Rizky Langit Ramadhan, Rossa tidak pernah menjadikan perceraian antara dia dan Yoyo sebagai penghalang untuk berbaik-baik. Apatah lagi jelas penyanyi popular itu, bekas suaminya seorang bapa yang baik.


    Ditemui pada sesi fotografi khas diatur syarikat rakamannya di Malaysia, Suria Records (SRC), bagi mempromosikan album kompilasi Harmoni Jalinan Nada & Ceria, Rossa memberitahu sempat melawat bekas suaminya itu di penjara untuk memberi semangat agar Yoyo dapat membuang tabiat buruk itu, sekali gus menjalani hidup dengan lebih sihat selepas ini.


    "Walaupun sudah berpisah, kami masih lagi berkawan rapat apatah lagi Yoyo bapa kepada Rizky. Sewaktu melawatnya sebelum datang ke mari, saya lihat keadaannya sudah bertambah baik. Malah badannya sudah sedikit berisi," katanya.

    Ditanya adakah dadah menjadi punca kepada perceraian mereka berdua, Rossa sekali lagi menegaskan perkara itu adalah peribadi dan tidak seharusnya dikongsi bersama umum.

    Waktu sama, penyanyi yang cukup hangat dengan lagu Hati Yang Kau Sakiti dan Hey Ladies ini menjelaskan, walaupun laporan berita menyatakan Yoyo sudah menagih lebih 10 tahun, akui Rossa, sepanjang perkahwinan mereka, perkara itu tidak diketahuinya langsung.

    "Dia tidak pernah ambil di hadapan mata saya. Bagaimanapun, dalam tempoh itu saya ada mengesyakinya apabila melihat daripada kesan-kesan yang biasa berlaku kepada seorang penagih.

    "Cuma waktu itu saya tidak nampak dan tidak tahu bagaimana dia menggunakannya. Bagaimanapun, sewaktu bersama saya tidak mahu memikirkan perkara yang buruk. Tambahan pula sebagai ketua keluarga, Yoyo juga melaksanakan tugasnya dengan baik.

    "Hubungannya dengan Rizki juga bagus, cuma kerana kesibukan kami jarang bertemu. Namun apabila ada masa terluang, dia akan sentiasa menghabiskan masa dengan anak," katanya.

    Kata Rossa, apa yang berlaku ada rahmatnya kerana dalam tempoh diikat jamin, tumpuan Yoyo lebih kepada Rizky. Berbanding sebelum ini, masanya lebih banyak
    di luar. Bagaimanapun sekarang Yoyo kembali berada dalam tahanan bagi menanti waktu dibicarakan.

    "Penagih ini sebenarnya mereka boleh dianggap mangsa kerana mereka bukan pembuat atau pengedar. Tahanan itu juga bagus untuknya kerana sudah pasti dia akan menjalani pemulihan. Begitu juga dengan hukuman selepas ini.

    "Walaupun ditahan, ia lebih kepada rawatan untuk memulihkan Yoyo daripada ketagihan. Saya sebagai teman, mengharapkan yang terbaik dan dia akan sihat dan dapat meninggalkan tabiat tidak baik itu," katanya.

    Mengenai cinta pula, Rossa menafikan berita yang disiarkan di Indonesia mengatakan dia sudahpun memutuskan hubungannya dengan jejaka bernama Raja Sapta. Bagaimanapun, dalam berlapik Rossa berkata, soal pernikahan belum lagi timbul kerana masing-masing masih lagi dalam tempoh mengenali hati budi masing-masing.

    "Memang teman-teman yang solo sebelum ini seperti Kris Dayanti sudah pun bernikah, cuma pada saya ia bergantung kepada rezeki. Sudah menjadi rezeki dan sudah sampai masanya untuk Kris bernikah dengan Raul. Saya sendiri gembira dan mendoakan yang terbaik untuknya.

    "Cuma pada saya sekarang, kami tidak mahu terburu-buru. Biarlah jodoh dan masa yang menentukannya," katanya yang turut menghadiri majlis resepsi Kris dan Raul yang berlangsung Jumaat lalu di Jakarta, Indonesia.

    Untuk peminatnya, Rossa kini mempertaruhkan album kompilasi Harmoni Jalinan Nada & Ceria yang menghimpunkan lagu-lagu yang pernah didendangkan untuk filem mahupun drama.

    Salah satu lagu yang dimuatkan dalam album ini, Ku Menunggu ciptaan sepenuhnya Mery LC dikatakan pernah didendangkan ratu rock negara, Ella. Rossa mengakui terkejut apabila dimaklumkan mengenainya kerana sewaktu lagu itu dirakamkan tahun lalu dia tidak tahu yang Ku Menunggu pernah dipopularkan Ella
    di sini.

    "Saya diberikan demo lagu itu untuk dinilai. Selepas mendengarkan melodinya, saya berasa tertarik dan mahu ia diterbitkan dalam album dihasilkan. Apabila album kompilasi ini dihasilkan SRC dan mahu dipasarkan di sini, barulah saya difahamkan bahawa Ku Menunggu sama melodinya dengan lagu dinyanyikan Ella.

    "Sungguh saya tidak tahu menahu. Bagaimanapun, saya sudahpun mendengar lagu terbabit. Melodinya sama tetapi liriknya berbeza. Susunan muziknya juga berbeza kerana Ella menyanyikannya dalam irama rock dan lagu dalam album saya dalam bentuk akustik. Soal hak cipta pula saya tidak tahu dan terpulang kepada penciptanya kerana mereka yang lebih tahu," katanya.

    Mengenai persembahan pula, Rossa banyak menerima undangan menyanyi dan akan menjayakan persembahan konsert mini selama dua malam berturut-turut di Tropicana, Damansara.

    Katanya, kesibukan dengan persiapan itu membuatkan dia tidak dapat memenuhi undangan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha setiap April. Kali terakhir Rossa menjayakan persembahan khusus meraikan setiausaha adalah tiga tahun lalu.

    "Bukan saya tidak dapat tawaran kerana sepanjang tiga tahun lalu saya sibuk dengan persembahan konsert di Jakarta mahupun di Malaysia. Tahun lalu ada juga tawaran tetapi kerana mahu mengadakan konsert di Malaysia, ia terpaksa ditolak.

    "Bagi saya, tumpuan terhadap konsert lebih penting kerana persembahan berlangsung dalam kapasiti yang besar. Tahun ini juga tawaran yang datang terpaksa ditolak kerana harus memberi tumpuan kepada promosi album kompilasi Harmoni Jalinan Nada & Ceria dan pada waktu sama membuat persiapan mini konsert mini yang dijadualkan berlangsung dalam bulan Julai atau Ogos nanti.

    "Seperti saya katakan sebelum ini, Malaysia sudah menjadi rumah kedua. Jarak antara Jakarta dan Kuala Lumpur bukan satu masalah. Malah boleh dikatakan dalam sebulan pasti saya akan ke sini bagi menjayakan persembahan. Cuma ada antara persembahan dijayakan berupa majlis 'private' (tertutup), jadi ia tidak diuar-uarkan," katanya.

    PROFIL

    Nama Penuh: Sri Rossa Roslaina Handiyani
    Tarikh Lahir: 9 Oktober 1978
    Asal: Sumedang, Jawa Barat, Indonesia
    Panggilan: Ocha
    Umur: 33
    Status: Ibu tunggal
    Anak: Rizky Langit Ramadhan
    Pendidikan: Sarjana Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universitas Indonesia
    Kerjaya: Penyanyi
    Album: Untuk Sahabatku, Nada-Nada Cinta, Tegar, Kini, Kembali, Yang Terpilih, Ost. Ayat-Ayat Cinta, Rossa dan Harmoni Terjalin Nada & Ceria
    Sinetron: Dua Sisi Mata Uang dan Perisai Kasih
    Pencapaian: Juara Suara Pelajar II, TPI, Tingkat Propinsi Jawa Barat (1993), The Best Female MTV Indonesia (2000), Bintang Popular Pilihan Peminat, Cek & Ricek (2000), Penyanyi Wanita Terbaik, Kategori Pop Progresive Anugerah Muzik Indonesia (AMI) Sharp Awards 2002, Artis Eksklusif MTV 2005, Penyanyi Paling Popular Anugerah SCTV 2008, Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara - "Terlalu Cinta" (Anugerah Industri Muzik 15), Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara - "Ayat-Ayat Cinta" (Anugerah Industri Muzik 16).

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    KRU rancang Vikingdom

    Posted: 31 Mar 2011 10:21 AM PDT

    SELEPAS kejayaan filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), KRU Studio bakal menghasilkan filem terbaru antarabangsanya yang menampilkan penggunaan bahasa Inggeris 100 peratus berjudul, Vikingdom.

    Keyakinan KRU untuk menghasilkan satu lagi filem bergenre epik itu ekoran sambutan positif daripada penonton. Sejak ditayangkan pada 10 Mac lalu di seluruh pawagam tanah air, HMM sudah mencecah kutipan lebih RM6 juta.

    Walaupun menggunakan 40 peratus bahasa Inggeris, filem yang menampilkan lakonan Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Ummi Nazeera, Datuk Rahim Razali dan Jing Lusi berjaya mencatat kutipan box-office.

    KRU menaruh keyakinan filem yang diberi judul The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran antarabangsa akan mencecah RM6 juta. Fenomena itu satu perkembangan positif untuk pembuat filem dalam menghasilkan genre epik.


    Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, idea meneruskan penghasilan filem terbaru itu timbul sejak 2007. Mempertaruhkan genre filem hampir sama, filem arahan Yusry Abdul Halim itu menggunakan teknologi 3D stereoscopic seperti filem aksi, 300 dan Avatar.


    Katanya, filem ini menampilkan barisan pelakon antarabangsa dan ada kemungkinan beberapa watak untuk pelakon tempatan.

    "Penggambaran berlangsung dalam negara menggunakan kru tempatan. Jika tiada aral, nama pelakon akan diumumkan pada Mei ini. Penggambaran untuk filem ini dijangka bermula pada Oktober.

    "Filem ini menggunakan 100 peratus bahasa Inggeris dan skripnya ditulis James Coine. Sehingga kini, kami dalam proses menyiapkan 'story board'.

    "Dalam pada itu, filem ini juga sudah berada dalam senarai prapenjualan di Eropah dan China untuk mendapat harga yang paling baik. Kami yakin nilai harga akan meningkat selepas mengumumkan barisan pelakon yang akan membintangi filem ini nanti.

    "Kami juga melakukan beberapa uji bakat tertutup di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Kami melihat kepada kebanyakan pelakon program televisyen terkenal untuk membintangi filem ini.

    "Bajet menghasilkan filem ini lebih tinggi daripada Merong dan ia akan diumumkan kemudian," kata Norman ketika ditemui pada sidang media di Cyberjaya, baru-baru ini.

    Norman menolak kemungkinan bintang Hollywood seperti Brad Pitt dan Tom Cruise dalam senarai 'buruan' produksinya memandangkan keupayaan dari segi kekangan bajet. Begitupun, ini adalah satu lagi projek terbesar dan berkualiti yang akan dilaksanakan produksi bertunjangkan warga tempatan.

    Dalam perkembangan lain, ejen jualan KRU Studio yang berpangkalan di Beverly Hills, Amerika Syarikat iaitu Epic Pictures Inc mengumumkan The Malay Chronicles: Bloodlines dilesenkan di lebih 70 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, China, Turki, Perancis, Jerman, Switzerland, Austria, Russia termasuk beberapa negara Timur Tengah dan negara di Eropah Utara.

    Epic juga sebagai ejen jualan untuk filem yang dibintangi Brittany Murphy, Thora Birch dan Marc Blucas berjudul Deadline. Filem triller seram Sean McConville dipasarkan di lebih 40 negara.

    Ketua Pegawai Eksekutif Epic Pictures, Patrick Ewald berkata, pihaknya tertarik dengan kualiti produksi yang dipaparkan menerusi filem epik itu. Malah tidak ramai daripada pengedar yang mengetahui mengenai aura yang ada di sebalik filem HMM.

    "Filem ini memaparkan corak aksi pantas termasuk penceritaan membabitkan sejarah masyarakat Rome, China dan Malaysia sekitar dua dekad lalu. Ibarat kisah dongeng yang menyatukan Barat dan Timur.

    "Kami berbesar hati dilantik sebagai ejen jualan bagi filem ini.

    "Kami yakin filem aksi ini mempunyai nilai di peringkat antarabangsa.

    "Kami kagum dengan keupayaan KRU Studio untuk menterjemah dan babak filem yang ditampilkan mengikut kualiti yang ditetapkan.

    "Malah kami melihat untuk meneruskan satu lagi kerjasama bersama KRU dalam menghasilkan Vikingdom," katanya.

    Epic Pictures aktif memasarkan filem epik pertama KRU itu di Pasaran Filem Eropah Berlin (Februari 2010), Hong Kong Filmart (Mac 2010) termasuk Festival Filem Cannes (Mei 2011).

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Posted: 01 Apr 2011 01:21 AM PDT

    Kosmo Online - Hiburan


    Misteri status kekasih Misha

    Posted:

    Misteri status kekasih Misha

    Misteri status kekasih Misha



    MAKIN matang, makin bijak mematahkan 'peluru berpandu' yang dimuntahkan kepadanya, makin cantik dan makin 'panas', penyanyi Misha Omar pada usia 29 tahun ini sedang menempuh gelombang hidup yang agak ganas.

    Ini kerana dia terus diserang barah cerita sudah berkahwin secara rahsia. Lebih memanaskan cerita tersebut, lelaki yang dikahwini Misha itu didakwa sebagai suami orang dan Misha menjadi isteri ketiga kepada lelaki dengan status seorang usahawan berjaya itu.

    Sudah puas dia menepis. Puas juga menafikan dakwaan kurang berasas itu. Namun ia datang juga, mengikut angin taufan yang belum mahu berhenti melanda dirinya.

    Sehingga akhirnya dia lelah, penyanyi ini dengan tegas memberitahu: "Selepas ini jangan marah jika saya mula menjawab soalan tentang peribadi saya dengan jawapan tak mahu komen.

    "Selama ini, saya telah berusaha jujur dengan semua pihak. Saya tidak salahkan media apabila cerita ini terus berulang kerana saya faham selagi ada sumber, selagi itu ia akan dipaparkan. Dan selagi saya melayan pertanyaan, selagi itu akan ada cerita.

    "Justeru, saya fikir, jika saya tidak menjawab lagi pertanyaan yang boleh menjadi panjang, tetapi hanya mengatakan tiada komen, mungkin itu lebih baik," katanya sewaktu ditemui pada majlis pelancaran album kompilasi Dia...Misha di Celebrities Club, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


    PADA usia 29 tahun, Misha sudah cukup matang untuk mengharungi nista dan cabaran yang datang kepadanya.


    Menurut anak kelahiran Kelantan ini, sebagai seorang wanita yang sudah meningkat usia, dia mempunyai keinginan berkahwin, malah sudah bersedia untuk menjadi isteri orang. Dia juga mengaku takut terkena badi tidak berkahwin kelak.

    Tetapi katanya, selagi kekasih hati tidak melamar atau menghantar rombongan meminang, bagaimana dia hendak melangkah ke alam perkahwinan yang hangat disensasikan segelintir pihak.

    "Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya memang sudah punya kekasih, tetapi saya menafikan saya telah berkahwin. Jangan risau, saya tidak akan menyorokkan kisah saya berkahwin kepada umum. Jika tiba masanya nanti, akan saya kongsi bersama.

    "Hanya buat masa ini, memang saya belum berkahwin. Sebagai wanita yang sudah berusia 29 tahun, saya juga ingin berkahwin. Jujur, saya takut badi tak kahwin. Dan saya tidak mahu berkahwin hanya kerana tekanan seperti sekarang," katanya lagi.

    Didesak membocor rahsia adakah benar dia kini menjalin cinta dengan suami orang, pemilik suara gemersik ini ringkasmenjawab: "Itu adalah misteri yang belum boleh saya jawab."

    Namun apabila terus diasak, pendek juga jawapan Misha. Dalam tawa namun penuh makna, Misha menjawab: "Bagi isteri yang sempurna, tak perlu risau dengan Misha Omar, tapi mungkin kalau kurang sempurna, perlu ada kerisauan sedikit."


    MISHA sempat mendendangkan empat buah lagu pada majlis pelancaran album kompilasi yang mengandungi 16 buah lagu itu.


    Ditanya adakah gosip tersebut mampu membunuh karier sembilan tahun yang dibina dan bolos kontroversi, Misha mengangguk kecil. Kemudian secara rasional dia memberitahu, gosip tersebut tidak sehingga memusnahkan kariernya, tetapi mengaku, ia melumpuhkan sedikit semangatnya sebagai anak seni.

    "Saya faham benar, inilah pakej yang datang seiring dengan kerjaya yang saya pilih. Walaupun kadang-kadang saya fikir ia melelahkan, tapi saya harus bertenang. Sebagai seorang wanita yang semakin dewasa dan matang, saya rasa saya boleh menangani hal ini dengan sebaik mungkin," jelasnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Dafi, Ana Raffali dalam muzikal KMJ 60-an

    Posted:

    Dafi, Ana Raffali dalam muzikal KMJ 60-an

    Dafi, Ana Raffali dalam muzikal KMJ 60-an

    Oleh SAHLIZAH MOHAMED
    sahlizah.mohamed@kosmo.com.my


    BARISAN karyawan muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an bergambar selepas sidang akhbar yang diadakan di Restoran Istana Bambu, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.


    USAI pementasan beberapa siri teater sejak awal tahun, kini tiba giliran Belbis Sdn. Bhd., dengan kerjasama Istana Budaya mementaskan teater muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an (KMJ) yang akan menemui penonton pada 25 Mei depan.

    Menariknya tentang KMJ 60-an, barisan pelakon yang membintangi teater muzikal itu bukan hanya terdiri daripada muka-muka baru seperti Dafi, Ana Raffali dan Iqbal Mazlan (Pilih Kasih), tetapi turut dilakonkan oleh penyanyi-penyanyi dari era 60-an.

    Antaranya ialah Datuk Ahmad Jais, A. Rahman Onn, L. Ramlee, J. Sham, A. Halim, Husin Ismail, A. Rozaimi, Fatimah M. Amin termasuk dua buah band yang akan mengiringi keseluruhan teater tersebut iaitu The Rhythm 60's dan The Wanderers.

    Menurut pengarah persembahan yang juga merupakan pengarah skrip, Lokman Abdul Ghani, meskipun ia merupakan sebuah teater muzikal, namun ia masih dilengkapi dengan sebuah jalan cerita.

    "Teater berkenaan akan mempersembahkan lakonan dari tiga era berasingan iaitu era 60-an, 70-an dan 80- an.

    "Begitupun, 80 peratus merupakan babak pada era 60-an termasuk elemen imbau kembali, manakala selebihnya akan berkisar pada tahun 1970-an dan 80-an sebagai penyambung cerita," katanya yang ditemui selepas sidang akhbar memperkenalkan para pelakon di Istana Bambu, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.

    Ditanya tentang pemilihan Dafi, Anna dan beberapa muka baru dalam dunia teater, Lokman memberitahu, dia amat yakin dengan kemampuan semua pelakon yang telah dipilih.

    "Selain Dafi dan Ana, kita juga ada Gambit, Azrul (Raja Lawak) dan Anne Ngasri. Secara keseluruhan, saya yakin dengan mereka meskipun ia merupakan percubaan pertama Ana dan Dafi.

    "Sebenarnya sejak awal, saya sasarkan mahu mencari pelakon, bukan penyanyi. Tetapi semua pelakon terikat dengan komitmen masing-masing. Atas sebab itu, saya tawarkan kepada penyanyi dan mereka berminat.

    "Lagipun pada saya, penyanyi juga sudah tidak asing dengan pentas kerana mereka menyanyi pun di atas pentas," ujarnya.

    KMJ 60-an mengisahkan Rey yang kembali ke kampung halaman selepas sekian lama menghilangkan diri. Dengan menggunakan teknologi moden, dia telah ditemukan semula dengan rakan karibnya, Azizan selepas hampir 30 tahun berpisah.

    Perjumpaan mereka telah banyak mengimbau sejarah terutama semasa mereka menuntut di kolej. Namun begitu, Rey sebenarnya cuba mencungkil berita tentang kekasihnya, Rose yang dikenali semasa menuntut di kolej yang sama sekitar tahun 60-an.

    Sementara itu, bagi Dafi dan Anna, peluang ditawarkan berlakon teater merupakan peluang untuk mereka mengorak selangkah lagi ke arah cabang industri hiburan.

    "Saya memang minat teater sejak menuntut di universiti dan tawaran ini saya terima sebagai salah satu peluang untuk saya mencuba bakat dalam teater.

    "Sebagai persediaan, saya perlu bersedia mental dan fizikal serta vokal kerana saya juga akan menyanyi sebanyak dua atau tiga buah lagu nanti," ujar Ana.

    Dafi pula memberitahu dia teruja kerana berpeluang berlakon teater untuk kali pertama. "Lebih mengujakan saya kerana ia dipentas di Istana Budaya," katanya.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, Ketua Pegawai Eksekutif Belbis Sdn. Bhd., Afandy Alias dan antara barisan pelakon seperti Ifa Raziah, Siri Nursaida Tarudin dan Radhi Khalid.

    Teater muzikal KMJ 60-an akan dipentaskan bermula 27 Mei sehingga 5 Jun depan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kanta lekap seksa Pattinson

    Posted:

    Kanta lekap seksa Pattinson

    Kanta lekap seksa Pattinson


    ROBERT PATTINSON


    DI sebalik populariti dan kekayaan yang dikecapi melalui filem Twilight, aktor kacak, Robert Pattinson sebenarnya perlu membayar sejumlah pengorbanan yang lebih mahal untuk menjayakan wataknya sebagai pontianak.

    Aktor kelahiran Britain itu sebenarnya 'terseksa' dengan kanta lekap yang terpaksa dipakai sepanjang penggambaran filem untuk menjayakan wataknya.

    "Saya amat gembira apabila semuanya sudah berakhir," katanya yang menggambarkan betapa leganya dia apabila bahagian terakhir filem itu telah selesai menjalani penggambaran.

    Selain 'membenci' kanta lekap, Pattinson turut berdepan dengan masalah untuk memakai alat itu dan khabarnya dia memperlukan dua orang pembantu untuk membantunya.

    "Sebenarnya ia amat memalukan setelah bertahun-tahun. Setiap pagi, ia (memakai kanta lekap) menjadi proses yang panjang. Semua orang sudah bisa melakukannya sendiri dan saya masih perlu dua orang untuk membantu saya kerana saya tidak boleh melakukannya sendiri," tambah Pattinson kepada Splash News.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Blog List