gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Pemotoran

Posted: 22 Apr 2011 01:24 PM PDT

Kosmo Online - Pemotoran


Kereta hibrid terhangat di pasaran

Posted:

Kereta hibrid terhangat di pasaran

Kereta hibrid terhangat di pasaran

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my



"BRADER, kereta ini guna dua enjin? Berapa cc? Macam mana nak caj semula bateri kalau sudah habis? Kereta ni memang tak guna minyak? Berapa laju boleh lari?"

Itu antara soalan yang biasa ditanya apabila perkataan kereta hibrid timbul. Walaupun teknologi hibrid bukanlah penemuan baru dalam industri pemotoran, hakikatnya masih ramai yang belum faham sepenuhnya tentang kenderaan hibrid.

Ditambah pula dengan teknologi pembikinan kereta yang begitu pantas berkembang. Pengguna juga dilihat semakin keliru dengan pelbagai istilah yang digunakan oleh pengeluar kenderaan. Sedangkan ada antara istilah itu merujuk kepada teknologi yang sama.

Paling jauh perbatuan

Secara ringkasnya, kenderaan hibrid ialah jentera yang menggabungkan sistem enjin konvensional dan motor elektrik untuk bergerak. Matlamat utama penghasilan sebuah kenderaan hibrid adalah untuk mencatatkan perbatuan paling jauh dengan penggunaan bahan api paling sedikit di samping meminimumkan pelepasan gas-gas berbahaya daripada ekzos ke atmosfera.

Jika dilihat pada pasaran tempatan, segmen kereta hibrid dimulakan dengan model Civic Hybrid keluaran Honda pada tahun 2007. Betul, ia kurang mendapat sambutan berikutan harganya yang mahal dan kesedaran terhadap teknologi hibrid masih belum meluas ketika itu.

Kemudian, UMW Toyota turut serta dengan memperkenalkan model hibrid popularnya Prius, sebelum diikuti oleh jenama lebih mewah, Lexus. Situasi semakin meriah apabila kerajaan memansuhkan cukai import dan duti eksais ke atas kenderaan hibrid dalam Bajet 2011, sekali gus membuatkan harganya lebih mampu milik.

Jadi, tidak hairanlah jika generasi kedua model hibrid daripada Honda ini menjadi begitu popular. Bagi sebuah negara yang cukai kenderaannya antara tertinggi di dunia, Insight boleh dianggap sebagai sebuah kereta hybrid yang sempurna untuk orang kebanyakan di Malaysia.

Pada harga RM98,000 seunit (di atas jalan), anda sudah boleh memandu sebuah kenderaan hibrid yang tidak kalah dari aspek reka bentuk, praktikaliti dan teknologi. Paling penting, anda membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Untuk sebuah kereta yang memang direka untuk pemanduan di bandar, kuasa daripada enjin bersesaran 1.3 liter tidak mengecewakan. Jadi, kalau ada sesiapa kata Insight kurang power, beli sahaja kereta lain kerana Insight tidak direka untuk tujuan itu.

Biarpun begitu, Insight masih mampu memecut sehingga 190 kilometer sejam (km/j). Tetapi angka itu hanya diperoleh ketika menuruni bukit dan sangat tidak digalakkan demi keselamatan.



Sistem IMA

Enjin SOHC i-VTEC tersebut dipadankan dengan sistem Integrated Motor Assist (IMA) generasi baru yang lebih cekap berbanding sistem IMA sebelum ini. IMA terdiri daripada motor elektrik berkuasa 10-kilowat (13 hp) dan satu Intelligent Power Unit (IPU) kompak.

IPU berperanan menarik dan menyimpan tenaga kinetik yang terhasil daripada tindakan membrek dan nyahpecutan selain membekalkan kuasa tambahan ketika memecut apabila diperlukan.

Anda juga boleh mengharapkan pertukaran gear yang lancar menerusi aplikasi transmisi automatik CVT (continuously variable).

Insight hadir dengan ciri yang interaktif dan berfokuskan kepada pemandu. Teknologi yang membantu menjimatkan penggunaan bahan api itu dikenali sebagai Ecological Drive Assist System (Eco Assist).

Tekan butang ECON

Caranya mudah, pemandu hanya perlu menekan butang ECON berwarna hijau di sebelah kanan stereng. Ciri ini mengoptimumkan kawalan CVT, enjin dan komponennya untuk meningkatkan kecekapan penggunaan minyak.

Pertukaran lampu latar speedometer memberitahu pemandu sama ada mereka memandu dalam keadaan yang menjimatkan atau sebaliknya. Jika hijau, anda memang mesra alam sekitar. Kalau biru, anda mungkin perlu lebih berlembut ketika memijak pedal minyak. Tetapi, jangan leka pula melihat lampu itu bertukar warna sampai tidak sedar apa yang berlaku di atas jalan raya.

Honda mendakwa Insight mampu mencatat perbatuan sejauh 30 kilometer untuk setiap liter petrolnya (km/l). Namun, sewaktu sesi pandu uji baru-baru ini catatan terbaik yang berjaya dilakukan ialah 27km/l. Itu pun setelah memandu dalam keadaan paling berhemah dan 'berlindung' di belakang sebuah lori.

Motivasi

Sebagai motivasi untuk mencapai perbatuan terbaik, pemandu yang memandu dalam cara menjimatkan akan dihadiahkan dengan simbol daun. Daun itu kemudian akan 'tumbuh' sebelum membentuk sebuah trofi. Kalau boleh dapat trofi, anda memang pemandu paling mesra alam di Malaysia.

Demi menggalakkan penggunaan jentera hibrid di Malaysia, Honda Malaysia melanjutkan tempoh jaminan bateri Insight kepada dua tahun lagi, tambahan kepada jaminan selama tiga tahun yang diberikan oleh Honda Motor, Jepun.

Ini bermakna jaminan yang diberi adalah selama lima tahun atau perbatuan sehingga 140,000km (yang mana tiba dahulu).

Bukan itu sahaja, Honda Malaysia akan mengurangkan harga alat ganti Insight sehingga lebih 40 peratus terutama baterinya. Tidak perlu bimbang dengan bateri itu kerana jangka hayatnya ialah selama kereta tersebut boleh digunakan.

"Insight sememangnya satu pakej menarik untuk pengguna yang mengutamakan alam sekitar," akui Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Rohime Shafie.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelanggan kenal kualiti GIVI

Posted:

Pelanggan kenal kualiti GIVI

Pelanggan kenal kualiti GIVI

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my


GIVI Point di Kuala Lumpur menawarkan pelbagai keperluan dan aksesori kepada kelompok penunggang motosikal tempatan.


APABILA langit kelihatan mendung dan titisan air mula membasahi bumi, rata-rata penunggang motosikal akan berhenti di tepi jalan. Tempat duduk motosikal dibuka. Ada juga yang menyelongkar kotak utiliti yang dipasang di belakang motosikal mereka. Hanya satu perkara dalam fikiran. Baju hujan.

Percaya atau tidak, baju hujan turut mengalami perkembangan fesyen tersendiri. Lewat tahun 1980-an, fesyen baju hujan kelihatan seperti kot hitam Darth Vader dalam filem Star Wars. Awal tahun 1990-an pula, baju hujan warna kuning mula menjadi pilihan. Sama warna dengan baju kot Dick Tracy, watak polis penyiasat dalam komik bertajuk sama.

Pada ketika itu, hanya baju hujan free size dilambakkan dalam pasaran. Satu baju boleh memuatkan seorang dewasa dan seorang kanak-kanak. Kemas lagi baju kelawar yang dijual di pasar malam. Ini realiti produk yang ditawarkan kepada penunggang motosikal.

Pengaruh baju hujan Darth Vader dan Dick Tracy itu pudar apabila pengeluar seperti GIVI Asia Sdn. Bhd. (GIVI Asia) mula menawarkan rangkaian produk dengan pilihan saiz dan material berkualiti. Soal mengapa jenama Itali itu berbuat demikian dijawab sendiri oleh Pengurus Operasi Luar Negara GIVI Asia, Joseph Perucca.

"Ketika kami melakukannya, tiada syarikat yang memenuhi spesifikasi produk dengan tepat dan menitikberatkan aspek keselamatan penunggang motosikal di negara ini," katanya.

Perompak industri

Sama seperti syarikat OEM lain, GIVI Asia tidak dapat lari daripada satu masalah utama industri. Apa lagi kalau bukan perompak industri atau lanun cetak rompak.

"Ini suatu perkara yang amat memalukan kerana kerugian ditanggung banyak pihak. Mereka mencuri dua kali. Satu daripada pelanggan dan keduanya kami.

"Lazimnya harga barangan ciplak 30 peratus lebih murah daripada produk tulen. Tetapi kualitinya pula 60 peratus lebih rendah," katanya yang mengakui Masalah ini amat sukar dikawal dan memerlukan kos tinggi untuk mengatasinya.

Lanun cetak rompak cukup bijak menghasilkan produk baju hujan yang sukar ditentukan ketulenannya. Logo, butang, zip sehingga pelekat hologram berjaya ditiru.

Penulis sendiri pernah menjadi mangsa. Baju hujan ciplak dibeli di sebuah kedai motosikal berhampiran Taman Dagang, Ampang pada harga RM90 satu set. Malangnya, selepas tiga kali dipakai, zipnya sudah tercabut.

Tetapi keadaan di Malaysia boleh dikatakan tidak begitu kritikal jika dibandingkan dengan kuasa baru ekonomi Asia, China.

"Kami agak bernasib baik di sini kerana pelanggan sudah mengenali kualiti GIVI. Peniaga juga tahu tindakan undang-undang akan dikenakan ke atas mereka sekiranya terlibat.

"Jika dibandingkan dengan China, sembilan daripada sepuluh penunggang motosikal menggunakan produk GIVI tiruan," katanya yang menyatakan ada juga produk berkenaan diedarkan ke pasaran luar China.

Berhubung jumlah kerugian yang dialami pihaknya, beliau tidak dapat memberikan nilai kerana kebanyakan transaksi dilakukan di kaunter. Berbeza dengan keadaan sebelum ini yang mana barangan tiruan GIVI dipamerkan secara terang-terangan.

Namun begitu, masalah itu tidak meliputi produk lain seperti kotak utiliti dan topi keledar keluaran GIVI. Sebabnya, penghasilan produk tersebut melibatkan kos yang tinggi.

Di peringkat global, GIVI terkenal dengan kotak utiliti dan menguasai pasaran sebanyak 65 peratus. Di Malaysia, misalnya, ia menguasai 50 peratus pasaran, selain hampir semua jenama pengeluar motosikal berkuasa tinggi menggunakan kotak GIVI.

GIVI Lifestyle

Sebagai strategi mendekati pengguna, GIVI Asia mengorak langkah membuka ruang GIVI Lifestyle di pasar raya besar dan di dalam kedai pengedar-pengedar produknya. Pusat tersebut mempamer dan menjual produk GIVI, di samping memberi informasi mengenai produk syarikat kepada pelanggan.

Buat masa ini, GIVI Lifestyle sudah dibuka di Giant Kinrara, Puchong, Chear Motor, Klang dan Tiga S Motor di Hulu Klang. Perucca memberitahu, pihaknya berhasrat mengadakan kerjasama dengan pengedar-pengedar produknya untuk mewujudkan sehingga 15 buah GIVI Lifestyle di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Sebenarnya, sejarah GIVI bermula pada tahun 1978. Ia diasaskan oleh Giuseppe Visenzi, bekas pelumba motosikal yang pernah memenangi tempat ketiga Kejuaraan Dunia kelas 350cc tahun 1969. Kini beliau ialah pengerusi GIVI.

Di GIVI, sebilangan besar pengurus atasan dan kakitangan syarikat GIVI termasuk Perucca aktif menunggang motosikal berkuasa besar. Jadi, siapa yang lebih memahami keperluan penunggang motosikal kalau bukan penunggang sendiri?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siri jelajah Continental

Posted:

Siri jelajah Continental

Siri jelajah Continental


NANTIKAN kehadiran trak tayar Continental ini di bandar-bandar utama berhampiran tempat tinggal anda


SELARI dengan inisiatif global Continental AG dalam memperkenalkan Teknologi Trak Tayar Yang Baru, Continental Sime Tyre PJ Sdn. Bhd. mengadakan program siri jelajah yang unik.

Tujuannya adalah untuk memperkenalkan produk terbaru keluaran Continental kepada pelanggan sedia ada dan bakal pembeli, di samping mengetengahkan konsep baharu bagi mencapai kos pemanduan terendah.

Promosi tayar HD Hybrid generasi baru dan demonstrasi e-Tools merupakan kandungan utama siri jelajah tersebut. Bagi memenuhi keperluan spesifik pasaran tempatan, sebuah trak telah diubahsuai untuk menepati ciri-ciri pasaran Asia.

Siri jelajah itu bermula di Petaling Jaya pada 16 April lalu, sebelum berhenti di sembilan lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia. Trak Continental akan berhenti di lokasi-lokasi termasuklah Ipoh, Kuantan dan Melaka sebelum menamatkannya di Klang menjelang awal Julai nanti.

Pelancarannya disempurnakan oleh Pengarah besar Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh. Turut hadir Pengarah Jualan dan Pemasaran Unit Perniagaan Tayar Trak Asia Pasifik, Peter Hofmann.

Antara yang boleh diperoleh daripada pusat informasi bergerak itu ialah testimonial para pelanggan yang berpuas hati serta demonstrasi skin sentuh e-Tools iaitu ContiTireFinder, ContiTireTerminal, ContiCostCalculator dan tayar-tayar trak terbaru Continental.

Sebagai contoh, e-Tolls ContiCostCalculator menyediakan maklumat mengenai kos tayar keseluruhan, meliputi harga asas, anggaran perbatuan dan nilai bekas tayar.

Demi memenuhi janji mencapai kos keseluruhan terendah, Continental turut melancarkan tayar HD Hybrid keluarannya. Material yang digunakan untuk menghasilkan tayar tersebut pasti meyakinkan pengusaha bas kerana ia menjanjikan perbatuan yang lebih tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tayar trak Continental, sila layari laman web www.continental-truck-tyres.com/my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 22 Apr 2011 01:14 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Siti Musliha 2011

Posted:

Siti Musliha 2011

Siti Musliha 2011


SELEPAS 17 tahun menghilang, Siti Musliha yang kini berusia 28 tahun tampak ayu berbaju blaus hijau dan bertudung.


BANJIR air mata. Itulah ungkapan paling tepat menggambarkan kesedihan sesiapa saja yang menyaksikan kanak-kanak istimewa, Siti Musliha muncul di televisyen menyanyikan lagu Hujan Air Mata pada 1995.

Sekuat mana pun cuba menahan perasaan, hampir setiap orang menangis atau sekurang-kurangnya sebak dan tersentap perasaan saat mendengar kanak-kanak istimewa berwajah cacat itu menyanyikan lagu kisah dirinya itu.

Setiap kali klip video Siti Musliha menyanyikan lagu itu disiarkan di televisyen atau radio, ramai yang bersedia dengan sapu tangan buat pengesat air mata.

Ia lagu daripada album Siti Musliha yang diterbitkan komposer Adnan Abu Hassan untuk mengutip dana bagi membiayai kos pembedahan muka kanak-kanak tersebut. Lagu itu juga layak ke Anugerah Juara Lagu 1995.

Tumpuan luar biasa terhadap Siti Musliha, anak sulung Mohd. Mustafa Manap dan Rohani Atan, yang dilahirkan kurang sempurna pada 10 Januari 1983 ini bermula apabila dia muncul di televisyen pada 1994.

Simpati terhadapnya datang daripada semua pihak tanpa mengira latar belakang kedudukan, kaum dan agama.

Pun begitu, selepas kemunculannya yang menyentap perasaan orang ramai sekitar 1994 hingga 1996, Siti Musliha tiba-tiba 'hilang' tanpa sebarang khabar berita. Rakyat Malaysia terutama para peminatnya tertanya-tanya mengenai perkembangannya.

Di dalam Internet termasuk laman-laman sosial Facebook, ribuan peminatnya saling bertanya di manakah Siti Musliha. Ramai yang tidak segan silu menyatakan perasaan rindu terhadap Siti Musliha.

Ketika menjejakinya, wartawan S2, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan ROSALINDA MD. SAID mengambil masa dua minggu untuk mengesan di mana Siti Musliha iaitu bermula dari awal bulan ini.

Sehinggalah Khamis, 14 April lalu, mereka bersama-sama jurugambar AMIN FARIJ HASSAN dipertemukan dengan Siti Musliha di coffee house sebuah hotel di Ampang, Kuala Lumpur.

Dalam usianya sudah 28 tahun, Siti Musliha masih seperti dulu, tetap petah, bercakap lemah-lembut dan tersusun kata-katanya. Ungkapannya sentiasa merendahkan diri.

Pelbagai cerita dikongsi. Ini termasuk Siti Musliha baru saja pulang daripada menunaikan umrah.

"Saya betul-betul tak sangka masih ada yang merindui saya. Terima kasih saya ucapkan, kalau ada rezeki insya-Allah kita berjumpa," pesan Siti Musliha kepada para peminat yang tercari-cari di mana dia selama ini.

Pertemuan itu kemudian membawakan wartawan S2 dan jurugambar MD. SHAHJEHAN MAAMIN ke sidang akhbar membabitkan Siti Musliha bersama beberapa artis tempatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Ahad lalu.

Ikuti lebih banyak kisah Siti Musliha dalam S2 Utusan Malaysia hari ini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Koleksi pisau chef Adrian

Posted:

Koleksi pisau chef Adrian

Koleksi pisau chef Adrian

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED


CHEF Adrian menyifatkan pisau umpama jiwa memasak beliau.


HAMPIR setiap resipi bermula dengan satu arahan seperti memotong seekor ayam, menghiris bawang, mengisar bawang putih, membelah tomato atau mungkin mengupas sebiji buah avacado.

Oleh itu, tukang masak profesional atau lebih dikenali sebagai chef sudah tentu memiliki kemahiran memotong lebih pantas dan teliti.

Sama ada chef tersebut memasak di hotel lima bintang ataupun di rumah, sebaik sahaja mereka memperoleh kemahiran menggunakan pisau, sudah tentu menjadikannya sebahagian daripada keseronokan memasak.

Menariknya mengenai pisau yang digunakan oleh para chef terdiri daripada pelbagai jenis.

Minggu ini, S3 meninjau gajet pilihan Chef Executif dari Pullman Putrajaya Lakeside, Adrian Jackson yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masakan.

Sebelum bertugas di Pullman, Chef Adrian pernah bertugas di Amerika Syarikat, Dubai, Singapura dan Thailand.

Berbekalkan pengalaman itu, beliau diberi kepercayaan untuk mengetuai dapur B's yang menghidangkan pelbagai juadah masakan Asia dan Barat.

Daripada sajian bufet pelbagai pilihan hingga ke 'a la carte', Chef Adrian kini berkongsi gajet pilihan beliau dengan pembaca setia S3.

Chef Adrian berkata, gajet pilihan yang kebiasaan dijadikan sebagai koleksi oleh para chef ialah pisau.

Sejak menceburi bidang tersebut, Chef Adrian telah mengumpul 18 pisau yang dibelinya dari pelbagai negara sebagai koleksi peribadi.

"Pisau yang saya beli dijadikan sebagai kenangan setelah saya menamatkan kontrak bekerja di luar negara. Antaranya dibeli dari Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Thailand dan Jepun.

"Boleh dikatakan sebilah pisau umpama jiwa memasak buat saya. Sebab itu saya tak kisah berbelanja untuk mengumpulkan koleksi tersebut," katanya.

Menurutnya, antara jenama yang menjadi pilihan Chef Adrian ialah Mac dan Global. Mata pisau tersebut dikatakan tahan lasak dan sesuai digunakan di mana-mana dapur.

Katanya, antara sebahagian daripada koleksi beliau ialah seperti pisau boning, filet, blade, slicer, piller, sashimi, chopper dan utility yang digunakan untuk memotong bahan-bahan masakan yang berlainan.

"Dengan kemahiran memotong, memasak menjadi satu kerja yang menyeronokkan.

Tambahnya, jika chef memahami peranan setiap pisau, sudah tentu ia memudahkan lagi kerja-kerja di dapur.

"Sebagai tukang masak, kemahiran mengunakan pisau merupakan perkara asas yang diperlukan untuk memotong permukaan bahan masakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 22 Apr 2011 11:41 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Mi sayur rumpai laut Sabah

Posted:

Mi sayur rumpai laut Sabah

Mi sayur rumpai laut Sabah


PATRICIA menunjukkan produk mi sayur rumpai laut hasil penyelidikan saintis UMS.


MI sayur diperbuat daripada rumpai laut memang tidak asing kepada mereka yang menjaga kesihatan dan pengamal makanan berasaskan sayur (vegetarian) di negara seperti Jepun dan Filipina.

Mereka mengetahui faedah kesihatan daripada alga laut itu dan telah menghasilkannya sejak sekian lama. Kini, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan inovasi sendiri telah menghasilkan mi yang boleh meningkatkan kandungan serat dalam diet kepada lebih 30 peratus berbanding mi biasa.

"Mi biasa hanya mengandungi kadar serat sekitar 0.5 peratus sahaja," kata Pakar Sains Pemakanan UMS, Dr. Ismail Aswawi Kassim, Chan Pei Teng dan Norhafizah Ismail, yang memenangi anugerah perak pada Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010.

Produk berkenaan adalah hasil daripada penyelidikan mereka selama dua tahun yang mendapat tajaan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Rumpai laut daripada jenis Red Kappaphycus alvarezii dan green Caulerpa lentillifera yang membiak dengan banyak di perairan Sabah terutama di pantai bahagian timur, dipilih untuk projek berkenaan berikutan kandungan kesihatan yang baik.

"Selain serat diet, rumpai laut ini juga kaya dengan sumber mineral, protein dan vitamin. Ia mengandungi jumlah lipid yang rendah dan jumlah Omega-3 yang mencukupi," katanya.


GREEN CAULERPA LENTILLIFERA salah satu jenis rumpai laut yang digunakan dalam menghasilkan mi sayur.


Kajian yang dilakukan di peringkat antarabangsa mendapati bahawa Omega-3 sebagai asid lemak yang penting boleh membantu merendahkan trigliserida dan meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik). Ia juga boleh bertindak sebagai antikogulen dan mengelakkan pembekuan darah.

Kajian juga menunjukkan bahawa Omega-3 boleh membantu merendahkan tekanan darah tinggi.

Pensyarah kanan Teknologi Makanan dan Bioproses di UMS, Patricia Matanjum berkata, mi sayur yang dihasilkan penyelidik universiti itu tidak mempunyai bahan penambah rasa atau pengawet.

Beliau yakin bahawa tarikan produk berkenaan terletak pada nilai antioksidanya yang tinggi.

"Antioksida seperti yang diketahui adalah baik untuk kesihatan yang berkaitan dengan jantung. Kajian kami menunjukkan bahawa kandungan antioksida di dalamnya meningkat selepas dididih. Mi berkenaan hendaklah dididih untuk selama lima hingga tujuh minit sebelum dimakan. Nutrien yang lain juga kekal stabil meskipun melalui suhu panas," demikian menurut Matanjun. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 22 Apr 2011 09:31 AM PDT

Utusan Online - Johor


Muzium Pak Akob anak-beranak

Posted:

Muzium Pak Akob anak-beranak

Muzium Pak Akob anak-beranak

Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


SEBAHAGIAN barang lama termasuk tin minuman dan botol koleksi Mohd. Saupin Salim. – utusan/Norzainura Abdul Majid


BATU PAHAT 21 April - Siapa sangka hobinya mengumpul pelbagai barangan antik sejak 25 tahun lalu mencetuskan idea menarik untuk membuka sebuah muzium agar kesemua koleksinya dapat ditonton umum.

Pengumpulan koleksi Mohd. Saupi Salim, 54, bermula dengan barangan permainan kanak-kanak seperti botol susu yang diperbuat daripada kaca sehingga kepada pelbagai permainan dari luar negara, perabot serta beratus-ratus basikal yang masih disimpan dengan baik.

Lebih mesra dengan panggilan Pak Akob, koleksi yang dikumpul sejak berusia lingkungan 20-an kini menjadikannya salah seorang daripada 500 pengumpul barangan antik terbesar di Asia.

Menurutnya, pengumpulan barang antik secara serius bagaimanapun bermula 15 tahun lalu dan menjadikannya sebagai hobi sekeluarga kerana kesemua anak-anaknya turut mempunyai melakukan perkara serupa.

Pak Akob yang juga seorang usahawan berharap agar impiannya akan menjadi kenyataan kerana koleksi barangan yang dimilikinya sudah tiada lagi di pasaran sekarang dan tentunya ia dapat menarik orang ramai untuk melihatnya.

"Saya dapat idea untuk mengumpulkan barangan saya dalam sebuah muzium kerana ingin orang ramai turut serta melihat dan mengetahui tentang berangan tersebut sekali gus merancakkan industri pelancongan di negara kita," jelasnya yang telah pun menubuhkan sebuah syarikat iaitu Museum Collections Sdn. Bhd.

Antara koleksi terbaik yang beliau miliki adalah Paddle Car pelbagai jenis keluaran 1925 hingga 1980, jentera bomba, kereta api, jip serta bot yang diperbuat daripada besi dan kayu.


MOHD. Saupi Salim (tiga dari kiri) bergambar bersama basikal antik dan unik di Batu Pahat, Johor, baru baru ini.


Tambahnya Paddle Car tersebut berjenama Austin, Jaguar, Coachbuit dan Bugatti yang berharga antara RM500 hingga RM5,000 manakala permainan kanak-kanak daripada tin (tintoys) yang kebanyakannya dari England dan Jepun yang dibeli dengan harga RM50 hingga RM1,500.

"Kesemua barangan itu ada lebih kurang 300,000 koleksi termasuk pelbagai barangan dari jenama Coke," jelasnya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengah Muar, di sini baru-baru ini.

Pak Akob mempunyai lebih 200 buah basikal kanak-kanak untuk usia tiga hingga lima tahun yang dipanggil Bone Shaker keluaran tahun 17 hingga 18 yang berharga antara RM1,000 hingga RM3,000 sebuah dan paling berharga beliau mempunyai koleksi basikal kanak-kanak keluaran pertama dunia.

Beliau turut memiliki 400 koleksi basikal kanak-kanak keluaran tahun 1900 hingga 1970 jenama Tricycle, Tri-Ang dan Mobo yang berharga antara RM500 hinga RM2,500 dan barisan basikal antik bersaiz 18 hingga 28 kaki dari jenama Bsa, Triumph, Sunbeam, Norton, Royal Enfield dan Rudge berharga antara RM800 hingga RM5,000 sebuah.

Selain itu, Pak Akob mempunyai tujuh buah basikal Big Wheel atau nama lainnya iaitu Panny-Farthing dan Ordinary keluaran tahun 1880 dan awal tahun 19 dengan harga RM2,500 hingga RM5,000 sebuah.

Menurut Pak Akob bukan mudah untuk mendapatkan koleksi barangan tersebut yang ada antaranya telah berusia lebih satu abad dan berada dalam keadaan baik hasil penjagaan yang rapi.

Tambahnya, setakat hari ini, kesemua koleksi barangan antiknya bernilai RM3.5 juta termasuk pelbagai perabot antik yang kebanyakannya berasal dari China, peninggalan kaum peranakan Baba dan Nyonya dan sesetengahnya buatan England.

"Melihat kesemua koleksi saya tersusun kemas dan berada dalam keadaan baik saya berasa puas, justeru saya berhasrat untuk membuka sebuah galeri atau muzium yang boleh menempatkan kesemua koleksi yang saya ada untuk tatapan umum," jelasnya bangga.

Pak Akob menambah, dia telah menubuhkan syarikat berkenaan bersama rakan kongsinya Profesor Dr. Roland Ong yang merupakan seorang pengumpul kamera terbesar di Asia dan muzium itu akan bertemakan 'Historic Photo & Toy Tourism'.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tebing runtuh dapat perhatian

Posted:

Tebing runtuh dapat perhatian

Tebing runtuh dapat perhatian

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 21 April - Kelegaan jelas terpampang di wajah sebahagian besar daripada 219 keluarga di Kampung Poh Chee Leng, dekat sini apabila masalah tebing konkrit runtuh yang berisiko mengundang masalah banjir mendapat perhatian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Jurutera JPS daerah, Mustafa Murad berkata, berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh pihaknya, hujan lebat yang berlaku ketika itu menyebabkan arus deras dari Sungai Skudai yang melalui anak sungai di kampung itu dan tidak mampu ditampung tebing konkrit tersebut.

"Kajian mengenai punca keruntuhan tebing terbabit akan dilakukan untuk mengenal pasti sama ada keruntuhan itu disebabkan kecuaian kontraktor.

"JPS akan mengarahkan kontraktor terbabit supaya melakukan baik pulih dalam minggu ini juga," katanya selepas mengadakan tinjauan bersama Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng, di sini semalam.

Utusan Malaysia pada Selasa 19 April lalu melaporkan, sebahagian daripada tembok konkrit setinggi 4.5 meter itu runtuh dipercayai kerana tidak mampu menampung jumlah air akibat hujan lebat petang Jumaat lalu.

Mustafa bagaimanapun menegaskan, tindakan jangka masa pendek oleh kontraktor itu mungkin dapat mengatasi masalah itu buat sementara waktu dan ia telah dipanjangkan kepada kementerian untuk perancangan lanjut.

Dia turut memberi jaminan akan mengambil tindakan segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Pesona

Posted: 22 Apr 2011 07:06 AM PDT

Kosmo Online - Pesona


Sepatu London anak Malaysia

Posted:

Sepatu London anak Malaysia

Sepatu London anak Malaysia

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my



DIA tidak betah bekerja di bawah kawalan orang lain kerana merasakan dunianya terlalu terhad dan terbatas. Memikul tanggungjawab selaku seorang arkitek memang menjadi impian Zetty Syazleen Ismail yang merupakan seorang penuntut di Universiti Cardiff, United Kingdom dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina.

Penglibatannya dalam mereka sebuah butik di London menyebabkan dia sering sibuk dan jarang berada bersama keluarga terutama anaknya, Zaara Alyssa, 4.

"Saya sayangkan kerjaya sebagai seorang arkitek, tetapi saya terpaksa meninggalkan kerja itu atas beberapa sebab. Pertama, saya tidak mahu terlepas saat-saat indah melihat anak saya membesar. Bila bekerja, saya memang jarang habiskan masa dengannya dan sering sibuk di pejabat selain perlu menghadiri mesyuarat dan pelbagai urusan kerja yang lain," katanya melalui utusan e-mel kepada penulis.

Keduanya, projek seni bina sebuah bangunan pendidikan yang dipertanggungjawabkan kepadanya terpaksa disiapkan dengan kos yang rendah dan terhad sehingga dia merasakan tiada ruang untuknya meneroka keupayaan mempelajari perkara-perkara baru.

"Disebabkan itu, saya dapati projek itu membosankan dan minat saya untuk meneruskannya mati perlahan-lahan. Walaupun begitu, saya tetap cintakan dunia seni bina dan kini saya menjadi arkitek bebas," katanya yang tidak mampu untuk membuang sepenuhnya sisi seni bina dalam diri.

Kelahiran Sepatu London

Ekoran itu, Zetty bertekad mahu melampiaskan cita-citanya dengan membangunkan perniagaan sendiri yang sememangnya menjadi impian dia sejak dulu lagi. Pada Jun 2009, Zetty nekad menceburi dunia rekaan kasut di kota London memandangkan dia seorang penggemar kasut dan selalu mengikuti perkembangan fesyen terkini.


BAKAT dan kreativiti seni yang ada tidak disia-siakan Zetty apabila membangunkan Sepatu London.


"Saya memang sukakan kasut dan fesyen dan rasanya semua wanita mempunyai minat yang sama. Seperti yang saya katakan, saya gemar meneroka perkara baru dengan melihat gaya pemakaian dan warna-warna indah.

"Bila meninggalkan kerjaya saya, saya mahu melakukan sesuatu mengikut naluri hati saya dan sebab itu saya melangkah ke perniagaan kasut. Mencipta sesebuah rekaan bagaikan satu terapi diri bagi saya.

"Saya merasakan sentiasa berada dalam zon yang selesa setiap kali mencipta rekaan baru untuk kasut-kasut saya. Bila saya mulakan Sepatu London, saya bukan sahaja mahu menzahirkan rekaan-rekaan yang mewah, tetapi mampu dan selesa untuk semua wanita," jelasnya.

Baginya, wanita di kota London sanggup membelanjakan wang mereka untuk memiliki kasut hasil rekaan pereka yang gah meskipun sesetengah daripadanya mempunyai corak yang 'menyedihkan'.

"Sepatu London bukan hanya menawarkan koleksi yang bercita rasa mewah, tetapi dari segi harga, ia amat berpatutan dan mampu dimiliki," katanya yang kemudian ditemui di ibu negara menjelang pertunjukan fesyen Sepatu London baru-baru ini.

Segala idea dan kreativiti miliknya ditumpahkan kepada sepasang kasut dengan sisi elegan dan moden. Ada yang bertumit tinggi, sederhana atau rata.

Menurut Zetty, harga Sepatu London yang menggunakan material seperti kulit dan suede dijual dalam julat harga yang murah iaitu antara £20 hingga £35 (RM140-RM300).


SEPATU London turut diperagakan di pentas fesyen.


"Sasaran kami adaalah untuk menghasilkan kasut yang penuh stail, tetapi pada harga yang berpatutan," ujarnya yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Kumpulan One Drop Sdn. Bhd.

Jualan atas talian

Meskipun tidak memiliki butik mewah untuk memperagakan koleksi Sepatu London, perniagaan yang dijalankan menerusi dalam talian setakat ini belum pernah mengecewakan. Bahkan, menurut Zetty, di London urusan perniagaan untuk memberi barangan runcit turut ditawarkan dalam bentuk dalam talian.

"Saya dinasihatkan oleh pengilang yang menjalinkan kerjasama dengan Sepatu London untuk hanya berniaga menerusi dalam talian dan setakat ini, semuanya berjalan lancar.

"Walaupun tiada kedai, saya menawarkan peluang kepada pelanggan yang ingin mencuba kasut menerusi temu janji di pejabat saya yang terletak di One Canada Square, Canary Wharf, London," katanya yang ditemui di ibu negara.

Mengimbas semula detik-detik awal anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu di London, dia terlebih dahulu berada di sana sebagai seorang penuntut.

"Saya balik ke Malaysia pada tahun 2003 selepas belajar. Pada September 2005, saya mendirikan rumah tangga dan selepas itu, kami sepakat untuk berpindah ke London pada tahun yang sama," tutur wanita berusia 33 tahun itu.

Inspirasi

Berbicara lanjut tentang Sepatu London, Zetty mengakui tujuh pasang kasut awal yang dihasilkannya bermula daripada inspirasi watak animasi iaitu Little Mermaid yang sering ditonton oleh anaknya.

Ia termasuklah Andrina, Aquatta, Alana, Attina, Arista dan Adella yang merupakan adik-beradik kepada ikan duyung bernama Ariel.


PERNIAGAAN Sepatu London dijalankan sepenuhnya dalam talian.


Diajukan persoalan mengenai asal usul jenama Sepatu London, Zetty memberitahu, dia sememangnya tidak pernah terfikir untuk menggunakan namanya bagi mendokong produk yang dihasilkan seperti yang sering di lakukan oleh kebanyakan pihak.

"Saya memang tidak mahu menggunakan nama saya sebagai satu jenama. Pada saya perkataan sepatu itu amat menarik dan unik. Tetapi sebab utama saya memilih Sepatu kerana ketika saya kecil, nenek saya sering gunakan terma itu tidak kira untuk kasut bertutup, selipar, sandal atau apa-apa sahaja. Dalam konteks mudah, nama sepatu itu adalah kerana nenek saya," ujarnya yang tidak melantik mana-mana individu sebagai duta kepada Sepatu London.

Zetty turut mendedahkan bahawa dia hanya menghasilkan rekaan di atas sehelai kertas untuk setiap rekaan sebelum ia dihantar kepada pengilang yang dilantik khusus mengeluarkan Sepatu London termasuk sebuah kilang di Prague, Republik Czech.

Menyedari Sepatu London hanya boleh dibeli menerusi secara dalam talian di laman web www.sepatu.co.uk, Zetty menyasarkan akan membawa jenama itu ke Malaysia menjelang tahun depan.

"Itu adalah impian saya. Mungkin Sepatu London akan menjengah pasaran di Malaysia pada tahun depan. Saya tidak sabar untuk berkongsi minat dengan pencinta kasut di Malaysia," katanya yang akan memperbaharui setiap rekaan setiap tiga bulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersaing di litar bersama Alesi

Posted:

Bersaing di litar bersama Alesi

Bersaing di litar bersama Alesi

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my


SELEPAS tamat perlumbaan di litar USJ Subang, wakil media mengambil kesempatan merakamkan gambar kenangan dengan legenda F1, Alesi (duduk).


SEMPENA demam Formula Satu (F1) pada Grand Prix (GP) Malaysia yang berlangsung pada 9 dan 10 April lalu di Litar Sepang, Proton Holding Berhad membawa wakil-wakil media merasai pengalaman memandu jentera kecil persis kereta lumba F1 iaitu go-kart awal April lalu.

Cabaran memandu Go-Kart yang mengambil tempat di Litar Go-Kart Speedway Plus, USJ Subang itu amat bermakna buat 40 wakil media yang hadir kerana ia menampilkan legenda F1, Jean Alesi yang pernah menjadi pelumba untuk pasukan Tyrrell, Benetton, Sauber, Prost, Jordan dan Ferrari.

Seramai 50 peserta mengambil bahagian termasuk 10 wakil daripada pihak penganjur sendiri.

Kami kemudiannya dibahagikan kepada lima kumpulan sebelum memulakan ujian kelayakan masa terpantas untuk tempat 25 teratas sebelum ke pusingan suku akhir.

Setiap wakil media menanti penuh keterujaan untuk menguji kemahiran pemanduan dan masing-masing serius mendengar taklimat mengenai perlumbaan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Apabila segalanya sudah jelas, setiap wakil media menunggu giliran untuk menunjukkan aksi memandu di litar go-kart. Seramai 10 peserta dilepaskan dalam satu sesi perlumbaan.

Penulis yang pertama kali memandu jentera kecil tersebut sedikit gementar apabila melihat rakan-rakan media yang lebih dahulu melakukan pemanduan kerana ada yang hampir terbabas di selekoh.


ALESI (kanan) mengucapkan tahniah kepada Tom yang mendapat tempat kedua sejurus tamat perlumbaan.


Malah, ada di antara mereka lagaknya tidak ubah seperti pemandu F1 walaupun prestasi mereka memandu go-kart belum diketahui.

Macam-macam aksi dapat dilihat sepanjang acara berlangsung. Ada yang memandu perlahan sehingga dipotong oleh pemandu berkali-kali, tidak kurang pula yang berdesup laju seakan-akan menyerap aura Alesi.

Keasyikan melakukan pusingan dengan kelajuan tinggi membuatkan ada segelintir pemandu terbabas, mujur tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Apa yang pasti jika anda berpeluang mencuba memandu jentera itu, jangan membuka mulut kerana terlalu teruja, bagi mengelakkan batu-batu kerikil kecil masuk ke dalam mulut anda!

Bagi yang tidak biasa memandu go-kart sebelum ini, pasti berdepan dengan masalah kawalan stereng kerana stereng jentera kecil itu keras dan susah untuk dipusing.

Tamat sahaja pusingan separuh akhir, 10 pemandu terpantas berpeluang berlumba bersama Alesi yang sebelum itu hanya memerhatikan dari jauh kehebatan bakal-bakal pelumba yang bakal menyainginya.

Saat yang dinanti-nantikan telah tiba apabila Duta Lotus, Alesi melangkah masuk tepat pukul 12.40 tengah hari untuk berlumba dengan 10 pemandu terpantas dalam kalangan rakan media. Mereka bersaing untuk merebut hadiah GPS dan pemain MP3 untuk tiga tempat teratas.

Ternyata perlumbaan semakin sengit apabila masing-masing mahu memberikan saingan kepada legenda F1 tersebut sehingga ada beberapa pelumba yang mengekori dekat di belakang Alesi.

Setelah tamat enam pusingan, ternyata pemanduan Alesi masih berbisa kerana berjaya menumpaskan 10 pemandu lain.

Tom Goh, 29, yang berada di kedudukan kedua tidak menyangka bahawa dia mampu memberikan saingan sengit kepada legenda F1 itu sekali gus memenangi GPS, trofi dan topi keledar khas yang ditandatangan oleh Alesi.


PARA peserta memberi kosentrasi sepenuhnya semasa pemanduan dalam merebut tempat ke final.


"Pada mulanya saya berada di posisi kelima dan mula memotong pelumba-pelumba lain sehingga berada betul-betul di belakang Alesi," katanya yang merupakan Pengasas dan Pengarah laman web zerotohundred.com.

Tom yang sememangnya aktif dalam sukan go-kart sejak setahun lalu kerap melakukan latihan dua minggu sekali namun, dia tidak aktif sejak empat bulan lalu kerana sibuk.

"Saya memilih sukan go-kart kerana ia adalah sukan yang paling hampir atau menyamai sukan F1 dan ia lebih murah," katanya yang mengimpikan untuk memiliki jentera tersebut dalam masa enam bulan lagi.

Berada di kedudukan yang kelima, Wazid Zaidon, 26, berbangga dan teruja kerana dapat berlumba dengan Alesi.

"Sungguhpun saya tidak berpeluang memintasnya tetapi, tetap berpuas hati kerana dapat memberikan saingan kerana bukan semua orang dapat merasai pengalaman seperti ini," katanya yang memasang impian untuk bersaing dengan legenda F1 yang lain pada masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 22 Apr 2011 01:43 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Bapa mithali idaman wanita

Posted: 21 Apr 2011 07:20 PM PDT

Ratu

pix_gal0
Sifat prihatin, sabar dan matang pakej lengkap memimpin keluarga

MEMBENTUK nilai insan di dalam jiwa anak adalah satu bentuk pendidikan yang penting dan wajib dititikberatkan di dalam institusi kekeluargaan.

Namun, dek kesibukan mencari sesuap nasi, situasi sering bertukar di mana tugas menguruskan rumah tangga serta mendidik anak bagaikan dibebankan terus di bahu seorang ibu. Bagi si bapa, usah berlapang dada jika berasakan tanggungjawab berkurangan kerana menurut kajian, kanak-kanak yang membesar tanpa pemimpin lelaki mempunyai risiko dua hingga tiga kali ganda untuk menghadapi masalah emosi dan perilaku.

Tidak mendapat 'sentuhan' seorang bapa juga menyebabkan mereka berisiko tinggi terbabit dalam penagihan dadah serta alkohol dan tiga hingga empat kali ganda untuk merokok berbanding remaja yang memiliki bapa di sisi mereka.

Fakta itu bagaikan ada benarnya apabila David Blackenhorn yang juga Presiden Institut Nilai Amerika menyatakan cabaran paling mendesak dihadapi Amerika Syarikat pada akhir abad ke-20 adalah penciptaan semula institusi kebapaan sebagai peranan penting lelaki dalam masyarakat.

Dalam Islam, kemuliaan status bapa dinyatakan juga di dalam hadis daripada Abdullah Ibn Amr; Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Keredaan Allah terletak kepada keredaan bapa dan kemurkaan Allah juga terletak kepada kemurkaan bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Justeru, RATU menyelidik apakah ciri lelaki lelaki yang diinginkan seorang wanita terutama jika membabitkan soal peranan di dalam memimpin keluarga dan anak.

REAKSI

  • Peniaga butik online, Nurashiqin Omar.

    "Sebagai seorang suami dan bapa, keprihatinan dalam membantu mendidik anak adalah nilai yang sangat dihargai pasangan selain dilihat sebagai pelaksanaan tanggungjawab dalam memastikan tugas membentuk keperibadian mulia dalam diri anak lebih sempurna.

    "Biarpun dalam waktu tertekan, seorang suami dan bapa perlu mempamerkan sikap yang positif terutama apabila berdepan dengan kerenah anak dan masalah remeh temeh sekali gus berupaya mengendalikan permasalahan terbabit sebaiknya kerana sifat sebegini akan dicontohi oleh anak apabila mereka meningkat dewasa kelak," katanya.

    Tambahnya, bagi melengkapkan dua ciri utama iaitu prihatin dan sabar, kematangan adalah perlu bagi seorang lelaki apabila bergelar ketua keluarga.

    "Lelaki perlu membentuk kematangan dalam diri mereka bagi memastikan rumah tangga yang dibina aman harmoni dan keluarga dimiliki juga dapat dibimbing dengan sempurna," katanya.

  • Penolong Pegawai Perancang Bahasa, Noreena Zolkeplee.

    "Jujur saya katakan, zaman ini memang sukar hendak mencari lelaki yang berkualiti sedangkan nilai itu lebih penting berbanding wang ringgit.

    "Sebelum memutuskan untuk berkahwin dulu, saya juga menimbang sebaik mungkin pelakuan dan sikap yang ada di dalam diri bakal suami kerana memikirkan perkahwinan bukan untuk jangka masa pendek," katanya.

    Bagi Noreena, anak dan bapa tidak seharusnya terbatas oleh jarak pemisah.
    Justeru, sebagai lelaki yang matang dan bijak, mereka seharusnya tahu bagaimana menjalin keserasian bersama anak terutama melalui komunikasi.

  • Suri rumah, Hazleen Mohd Ghazali.

    "Nilai penting yang perlu ada di dalam diri seorang suami atau ayah tentunya kesabaran dan bijak memahami sifat serta tingkah laku anak.

    "Beruntung seorang wanita jika berdampingan dengan lelaki yang ringan tulang membantu kerja rumah, menguruskan anak, berkomunikasi dan tidak mengabaikan prestasi pendidikan anak dengan melakukan pemeriksaan rutin terhadap kerja sekolah anak" katanya.

    Akui Hazleen, hubungan rapat yang terbina mewujudkan satu situasi di mana anak-anak lebih mendengar cakap malah hormat terhadap bapanya.

    INFO
    Kemahiran diperlukan seorang lelaki bergelar bapa.

  • Kemahiran menjadi suami yang disayangi, dihormati dan disanjungi oleh pasangan masing-masing.
  • Ia merangkumi kemahiran memahami perasaan isteri, menghormati perbezaan pandangan yang mungkin berlaku dan seterusnya kebolehan menyusun strategi bersama pasangan dalam mendidik serta membangunkan keluarga atau dalam kata lain, prihatin, bijak juga matang.
  • Pepatah ada mengatakan bahawa 'hadiah terbaik daripada seorang bapa kepada anaknya adalah menyayangi ibu mereka'. Lantas rasa itu membentuk perasaan hormat anak kepada bapa yang langsung membenihkan nilai insan yang lain di dalam diri anak.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Mahkota dijunjung

    Posted: 21 Apr 2011 07:04 PM PDT

    Ratu

    Nadia tulus, tidak pura-pura

    KERJA kebajikan, pemuliharaan alam sekitar dan membantu orang kurang bernasib baik, amat sinonim dengan wanita cantik bergelar ratu. Kadangkala timbul pertanyaan, adakah kecintaan itu 'direka' dek mahkota dijunjung, atau sememang naluri semula jadi, yang mengalir dalam urat nadi?

    Pemilik nama Nadia Heng, tidak terkesima, jauh lagi terkejut dengan pandangan itu, kerana sememangnya antara pundak dipikul ratu antara lain sebagai duta kecil mempromosi kehidupan positif yang umum direalisasikan menerusi acara amal serta kebajikan. "Sama ada ia lahir daripada hati yang luhur atau dilakukan secara terpaksa sebab bergelar ratu, mata memandang bijak menilai," katanya Miss World Malaysia 2010 ketika diajukan soalan ketika ditemui baru-baru ini.

    Jelas Nadia, pembabitan dalam kerja amal seperti alam sekitar dan haiwan bermula sejak beliau menuntut di universiti lagi.

    "Ketika di universiti saya melancarkan dua kempen iaitu 'Save our virgin rain forests' serta 'Save our ocean's sacred gardens'. Ketika menjalankan kempen ini kami bekerja dengan WWF dan Malaysian Nature Society. Tujuan kami adalah untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar terutama dalam menghargai dan memelihara makhluk lautan.

    "Kami mahu orang ramai lebih sedar mengenai alam sekitar, selain lebih bertanggungjawab. Sama ada ketika bercuti ke kawasan kepulauan atau sekadar berkunjung, persekitaran dan kebersihan itu perlu dijaga. Lebih daripada itu kami ingin mendidik masyarakat bagaimana untuk menikmati khazanah alam dengan menjaga dan melindunginya," katanya.
    Beliau yang baru-baru ini diumumkan sebagai duta pakaian dalam berjenama, XIXILI, menyifatkan perlantikan itu tepat dengan seleranya, kerana antara lain, turut mendidik wanita 'memberi' kepada insan memerlukan (kurang berkemampuan atau menjadi mangsa bencana).

    "Gembira dengan perlantikan, kerana XIXILI tidak sekadar prihatin terhadap penampilan wanita dalam penyediaan pakaian dalam selesa dan berkualiti, tetapi pada masa sama tidak melupakan alam sekitar dan kerja amal menerusi kempen kitar semula coli terpakai.

    "Secara jujurnya saya berharap kempen semudah ini tidak sekadar menjadi landasan kepada orang ramai untuk menderma dan kitar semula, sebaliknya memahami bahawa apa saja termasuk sumbangan kecil yang mereka lakukan ini, boleh membantu mengubah hidup orang lain serta alam sekitar.

    "Lebih daripada itu ia ia mewujudkan kesedaran masyarakat bahawa berfikir sebelum membeli. Ertinya kita perlu mengambil berat mengenai sumber produk, diperbuat daripada apa dan bagaimana cara pelupusannya kelak dan apakah kesannya kepada alam sekitar? Saya percaya perkara ini akan mengambil masa dan agak pelik dilakukan pada peringkat awal, tetapi lama kelamaan akan menjadi tabiat dan cara hidup positif," katanya.

    Pemilihan Nadia secara kebetulan apabila beberapa bulan lalu, berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif, XIXILI Intima Sdn Bhd, Joanne Khoo ketika membeli belah di XIXILI cawangan Bangsar yang menawarkan gelaran duta produk itu.

    "Kini saya tahu bagaimana memilih coli sesuai, secara tidak langsung saya meminati XIXILI. Pada saya potongan amat istimewa menjadikan tubuh badan wanita kemas dan berbentuk cantik. Saya memang pengguna XIXILI sebelum dilantik sebagai duta," katanya yang tidak pernah lekang dengan senyuman manis.

    Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Nadia bersetuju, apatah lagi XIXILI menganjurkan kempen amal.

    Mengimbau pembabitan dalam pertandingan ratu, Nadia berkata segala-galanya bermula apabila rakan sekerjanya memberikan galakan untuknya mencuba.

    "Sejak kecil saya memang berminat dengan pertandingan ratu Malaysia. Saya terasa kagum apabila Lina Teoh menang tempat ketiga di Seychelles pada 1998. Saya berasa sungguh bangga untuk mewakili negara tercinta dan amat bersyukur diberikan peluang ini.

    Mengulas mengenai pembabitan dalam pertandingan itu, Nadia yang yang bekerja sebagai eksekutif perhubungan awam di sebuah syarikat perhubungan awam terkenal di Kuala Lumpur sememang tahu mengenai pertandingan seumpama itu tetapi tidak terfikir untuk menyertainya, lantaran komitmen perlu diberikan terhadap kerja.

    Segala-galanya bermula bila usia mencecah 25 tahun, pada 16 Jun lalu lantas mendorong gadis berdarah campuran Cina dan Eropah ini mencuba nasib menyertai uji bakat Miss World Malaysia 2010.

    Itu pun kerana usianya sudah mencapai tahap kelayakan terakhir untuk pemilihan ratu cantik.

    "Saya ingin mencabar kemampuan diri sendiri, selebihnya mengubah persepsi masyarakat mengenai pertandingan ratu cantik. Bila usia menginjak 25 tahun, saya rasa inilah masa paling sesuai memandangkan tempoh usia ini adalah syarat kelayakan untuk menyertainya. Apabila usia sudah 26 tahun saya tidak berpeluang menyertainya lagi.

    "Apa yang pasti gelaran ini membuka pintu untuk pelbagai peluang baru. Selain bertemu insan terkenal dan dihormati masyarakat ia juga menjadi landasan kepada saya untuk melakukan perkara baru, yang saya impikan sebelum ini," katanya.

    Selepas dimahkotakan sebagai Miss World Malaysia 2010, Nadia Heng, ligat ke sana sini, bergaya lantak. Walaupun gelaran tidak mengubah 100 peratus kehidupannya, sedikit sebanyak, ia perlu baginya menjaga tertib walau di mana saja berada.

    "Kegembiraan memang tidak cukup untuk diluahkan dalam bentuk tulisan, tetapi saya berharap kemenangan ini dapat membantu menyumbangkan sesuatu untuk kebaikan alam sekitar. Sebenarnya penjagaan alam sekitar dan membantu golongan kurang berkemampuan menerusi kerja amal, bukan dipikul oleh individu, sebaliknya daripada semua pihak. Sebetulnya ia adalah tanggungjawab bersama dan perlu bermula daripada rumah," katanya.

    Derma coli terpakai untuk kebajikan

    BERSEMPENA bulan cinta alam sekitar, XIXILI melancarkan kempen kitar semula coli terpakai sehingga 30 April ini.

    Menerusi kempen berkenaan, orang ramai boleh menyerahkan coli berkenaan dan XIXILI bersedia memberi RM10 untuk coli diterima.

    Ketua Pegawai Eksekutif, XIXILI Intima Sdn Bhd, Joanne Khoo, berkata pihaknya menerima sebarang jenis coli tetapi ia mestilah dalam keadaan yang masih dipakai.

    "Coli diterima ini akan diserahkan kepada rumah perlindungan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Matlamat utama kempen diadakan bagai membolehkan orang kurang berkemampuan memperoleh pakaian dalam. Mungkin ia kelihatan remeh, tetapi dalam keadaan mangsa berhadapan dengan kemusnahan dan bencana alam sekitar, wanita mesti mengenakan pakaian dalam tetapi ramai yang tidak terfikir olehnya atau wanita itu sendiri, malu untuk memaklumkan hal berkenaan," katanya ketika majlis pelancaran kempen kitar semula, baru-baru ini.

    Pelancaran dilakukan Pengarah Pembangunan Wanita, Jabatan Pembangunan Wanita, Wan Hasmah Wan Mohd. Turut hadiri Pengerusi XIXILI Intima Sdn Bhd, Datuk Tan Boon Pun dan Prof Datuk Jimmy Choo.

    Pada majlis itu, Nadia turut diumumkan sebagai duta XIXILI.

    INFO:

    NAMA: Nadia Heng
    ASAL: Port Dickson Negeri Sembilan
    PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 - 2006, Diploma Perhubungan Awam Kolej Taylor's (2003 - 2004) - Anugerah Pelajar Terbaik dalam jurusan Perhubungan Awam dan Komunikasi

    PEMBABITAN :

    Iklan Fishermen's Friend - April 2009
    Iklan Gintel - Mac 2009
    Iklan Spritzer - Mei 2008
    Pengacara rancangan Health Blitz RTM 2 (13 Episod) - Mac 2008
    Ntv 7 Deal or No Deal.

    PERTUNJUKAN FESYEN:

    * Tomei Print Art.
    * Pertunjukan Fesyen Tomei Alamanda Putrajaya, Pavilion, Sungei Wang dan 1 Utama - Ogos dan September 2008


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Komuniti Kita

    Posted: 21 Apr 2011 03:32 PM PDT

    Kosmo Online - Komuniti Kita


    25 petani terima bantuan benih tembikai

    Posted:

    25 petani terima bantuan benih tembikai

    25 petani terima bantuan benih tembikai


    ABDUL HALIM (berdiri, empat dari kiri) bersama sebahagian petani yang menerima bantuan benih tembikai di Kampung Saujana, Setiu baru-baru ini.


    BANTUAN BENIH. Seramai 25 orang petani yang mengusahakan projek berkelompok tanaman tembikai di Kampung Saujana, Setiu menerima sumbangan berupa benih tembikai baru-baru ini.

    Sumbangan itu adalah inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Abdul Halim Jusoh dalam usaha meringankan beban para petani ekoran bencana banjir yang dialami baru-baru ini.

    Pada majlis itu, setiap petani menerima biji benih tembikai bernilai RM500 dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM13,000.

    Abdul Halim berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban petani terlibat selepas tanaman tembikai mereka sebelum ini rosak ditenggelami banjir.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Zon Tengah juara perbarisan terbaik

    Posted:

    Zon Tengah juara perbarisan terbaik

    Zon Tengah juara perbarisan terbaik


    PESERTA acara perbarisan pasukan Zon Tengah gembira selepas menjuarai acara tersebut pada Sukan Integrasi Nasional Perkeso 2011 di Bangi baru-baru ini.


    JUARA. Pasukan Zon Tengah muncul juara acara perbarisan sempena Sukan Integrasi Nasional Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 2011 di Institut Penyelidikan Negara (Inspen), Bangi baru-baru ini.

    Zon Tengah yang diwakili pejabat-pejabat Perkeso dari Lembah Klang berjaya menewaskan pasukan dari zon-zon lain.

    Acara sukan tahunan yang melibatkan kakitangan dan pegawai Perkeso itu berlangsung selama tiga hari.

    Selain acara perbarisan, acara sukan yang dipertandingkan ialah badminton, bola jaring dan ping pong.

    Hadiah acara perbarisan dan sukan disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pensyarah PTSB lawat pejabat DPMM Pulau Pinang

    Posted:

    Pensyarah PTSB lawat pejabat DPMM Pulau Pinang

    Pensyarah PTSB lawat pejabat DPMM Pulau Pinang


    PENSYARAH PTSB bergambar bersama ahli Jawatankuasa DPMM Pulau Pinang di pejabat DPMM Pulau Pinang di Leboh Pantai, Pulau Pinang baru-baru ini.


    CARI MAKLUMAT. Seramai 12 orang pensyarah Keusahawanan di Jabatan Perdagangan, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim mengadakan lawatan kerja rasmi ke pejabat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pulau Pinang di Leboh Pantai, Pulau Pinang baru-baru ini.

    Ketua Program Perniagaan Jabatan itu, Haziri Husain berkata, banyak perkara baru diperoleh setelah mendengar ceramah dari kakitangan DPMM Pulau Pinang itu.

    "Ketibaan rombongan kami yang diketuai Asmidar Ahmad telah disambut urusetia DPMM Pulau Pinang, Yasir Hafiz Munawar Ali dan ahli jawatankuasa DPMM Pulau Pinang 2011," katanya.

    Haziri memberitahu, pihaknya sedang merangka pelbagai program membantu graduan PTSB termasuk mengadakan seminar, konvensyen, klinik perniagaan, forum keusahawanan dan lawatan ke premis perniagaan usahawan terkenal.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Agrobiz

    Posted: 21 Apr 2011 03:06 PM PDT

    Utusan Online - Agrobiz


    Noh rancang kor tani jadi unit khas

    Posted:

    Noh rancang kor tani jadi unit khas

    Noh rancang kor tani jadi unit khas


    NOH Omar bersama sebahagian penerima watikah pelantikan pasukan kor tani MARDI di Serdang, semalam.


    KUALA LUMPUR 21 April – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang menjadikan pasukan kor tani sebagai satu unit khas di bawah kementerian tersebut.

    Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, unit itu ketika ini diletakkan di pelbagai jabatan dan agensi bertujuan menjadi ejen penerangan kepada kepada golongan sasar membabitkan petani, nelayan dan penternak serta usahawan dalam industri asas tani.

    Menurut beliau, pasukan tersebut boleh dijadikan satu unit yang berperanan sebagai barisan hadapan dalam membantu kementerian membangunkan sektor pertanian negara.

    "Bagaimanapun, cadangan penubuhan unit tersebut bergantung kepada sambutan dan kejayaan para sukarelawan ini membantu kerajaan dalam mempromosikan peranan dan dasar kerajaan," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran dan penyampaian watikah pelantikan pasukan kor tani Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) di Serdang hari ini.

    Pasukan kor tani MARDI dianggotai 100 orang terdiri daripada 80 usahawan yang dilatih MARDI serta 20 pegawai agensi itu.

    Sejak diperkenalkan tahun lepas, keseluruhan keanggotaan pasukan kor tani telah mencapai angka 4,000 orang meliputi tiga jabatan dan sembilan agensi di bawah kementerian tersebut.

    Dalam pada itu, Noh berkata, pasukan kor tani bukan sahaja terlibat sebagai usahawan tani yang berjaya, malah mampu menjadi model dan berperanan menarik golongan muda menyertai industri pertanian.

    Selain itu, beliau berharap, melalui kerjasama dengan pasukan sukarelawan itu, kerajaan akan dapat membantu 4,000 petani, nelayan dan penternak memperoleh sumber pendapatan yang lebih baik dan mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Keluarga

    Posted: 21 Apr 2011 01:17 PM PDT

    Utusan Online - Keluarga


    Nafas baru untuk basikal lama

    Posted:

    Nafas baru untuk basikal lama

    Nafas baru untuk basikal lama

    Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
    Gambar KAMAL BASIR


    Abdullah Mohd. Salleh melakukan kerja-kerja mengecat rangka basikal lama di bengkelnya di alor star.


    SEJAK dahulu, sekitar 1950-an, basikal merupakan kenderaan popular walaupun kereta sudah boleh dilihat menjalar di jalan-jalan raya. Malah tentera Jepun menggunakan basikal melalui jalan darat dari Kota Bharu hingga ke Singapura untuk menjajah Malaya pada Perang Dunia Kedua.

    Sekarang pun basikal masih menjadi kegunaan penting dalam kehidupan harian rakyat di negara ini. Ini termasuk ada individu yang menjulang nama Malaysia di mata dunia menerusi basikal.

    Buktinya, aksi jaguh-jaguh berbasikal negara seperti Azizulhasni Awang dalam kejohanan bertaraf dunia. Cuma reka bentuk basikalnya yang berbeza mengikut peredaran zaman.

    Namun kehadiran reka bentuk moden lebih ringan dan aerodinamik seperti mountain bike dan BMX yang menguasai pasaran pada ketika ini, basikal lama tetap ada pemintaan.

    Basikal keluaran dahulu atau sering disebut sebagai basikal tua tetap bernilai dan menjadi koleksi penggemar atau pengumpul basikal klasik.

    Bukan mudah untuk mendapatkan koleksi basikal klasik kerana pengeluarannya sudah lama dihentikan.

    Jika ada pun hanya rangka yang boleh dianggap sebagai besi buruk. Untuk mencari sebuah basikal tua yang lengkap sekarang ini rasanya agak sukar.

    Namun, dalam memelihara barangan klasik dan bernilai itu, rangka basikal tua tersebut boleh dibaiki bagi menghasilkan sebuah basikal yang lengkap.

    Tetapi kerjanya tidak mudah. Ia bermula daripada proses mengutip rangka yang kebanyakannya tersandar di perdu pisang atau terbiar berkarat di bawah rumah. Rangka tanpa rim dan pedal itu biasanya ditinggalkan terbiar selepas tidak lagi digunakan.

    Bagi peminat-peminat basikal tua atau klasik di utara, nama Abdullah Mohd. Salleh, 49, memang cukup dikenali.

    Ada yang menggelarnya 'doktor' basikal tua kerana keupayaannya merawat dan memulihkan kenderaan berkenaan daripada buruk sehingga cantik menawan.

    Abdullah, 49, anak kelahiran Johor Bahru yang merantau ke negeri Kedah sekitar 1982 memulakan kerjayanya sebagai kakitangan sebuah syarikat pemaju perumahan.

    Permintaan yang tinggi

    Dia tertarik dengan kerja-kerja membaiki basikal kerana melihat bidang berkenaan mempunyai potensi cukup luas. Apatah lagi ia jarang diterokai golongan Bumiputera.

    Atas minatnya itu, Abdullah telah mengikuti bengkel Perantisan Perniagaan Peruncitan Basikal anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) selama 21 hari di Kuala Lumpur pada 2004 sebelum membuat kerja-kerja membaiki basikal secara sampingan.

    Akhirnya, dia mengambil keputusan membuka kedai basikal yang diberi nama Zone Dinar di Jalan Kuala, Alor Setar, tiga tahun kemudian.

    Minat yang mendalam terhadap basikal klasik juga membawa Abdullah menyertai Persatuan Gerek Tua Alor Setar (Getuas).

    Ternyata tindakan itu membantu perniagaannya berkembang cepat kerana ahli-ahli persatuan tersebut menjadi sebahagian daripada pelanggannya.

    Menurut Abdullah, ramai pelanggan termasuk ahli Getuas menghantar basikal klasik atau lebih dikenali di Kedah sebagai gerek tua ke kedainya untuk diperbaiki atau diselenggara.

    Malah ada memintanya memasang semula basikal tua yang baru dibeli.

    Dia berkata, kebanyakan basikal klasik yang dipasangnya adalah buatan England keluaran 1930-an hingga 1950-an seperti jenama Raleigh, Hercules, BSA, Royal Enfield, Hopper, Rudge, King Edwards, Phillips dan Robin Hoods.

    Selain itu, terdapat basikal klasik keluaran negara lain terutama Belanda. Antaranya yang begitu popular ialah Valuas, Gazelle Fongkras, Batavia dan Phillips.

    Namun, ia tidak dapat menandingi basikal klasik keluaran England kerana mendapat permintaan yang tinggi di negara ini.

    Ini disebabkan oleh sejarah atau kesan penjajahan British di negara ini suatu ketika dahulu manakala basikal klasik Belanda lebih popular di Indonesia, negara yang pernah dijajah negara itu.

    "Kadang-kadang mereka (pelanggan) menghantar secara berasingan rangka, pedal, rim, tempat duduk dan pemegang.

    "Malah ada komponen yang tidak mencukupi untuk menjadikannya sebuah basikal lengkap sehingga saya terpaksa mencari alatan ganti di merata tempat termasuk ke seluruh Perak, Pulau Pinang dan Selangor, inilah yang mengambil masa agak panjang," kata Abdullah.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Dari normal jadi mak nyah

    Posted:

    Dari normal jadi mak nyah

    Dari normal jadi mak nyah

    JIKA setakat wajah, susuk tubuh dan penampilan pada hari wawancara ini dibuat, insan ini mungkin tidaklah seperti yang dikatakannya.

    Kalau ada pun mungkin sedikit getar serta lenggok suaranya senada pengakuan yang dibuat.

    Tanpa segan, tanpa silu, Roslan Hamzah, 52, atau lebih senang dikenali sebagai Atuk membuat pengakuan dia adalah seorang mak nyah.

    "Sekarang pun masih mak nyah walaupun fizikal Atuk sudah berubah," katanya kepada penulis dalam satu wawancara yang tidak dirancang. Penulis ketika itu membuat liputan satu persidangan mengenai epidemik HIV dan Atuk adalah seorang daripada peserta persidangan tersebut.

    Berasal dari Kajang, Selangor Atuk berkata, dia dilahirkan normal sebagai seorang lelaki, yang aktif bersukan hingga pernah mewakili sekolah di peringkat negeri Melaka dalam acara lari pecut.

    Cuma apabila prestasinya merosot kata-kata yang tidak enak mula singgah di cuping telinganya.

    "Roslan mengapa awak berlari macam pondan! Roslan awak dah berlari macam pondan!" Menurut Atuk kata-kata yang merentap perasaannya itu dihamburkan oleh gurunya ketika dia di bangku sekolah rendah di Melaka.

    "Siapa yang melihat realiti diri Atuk? Guru Atuk sendiri," katanya dan menambah bahawa ketika itu dia tinggal bersama ayah dan emak tiri.

    Atuk berkata hidupnya mula tertekan apabila menjadi bahan ejekan pelajar dan menjadi mangsa serangan seksual ketika dalam tingkatan satu.

    "Penyerang" Atuk boleh diibaratkan menepati pepatah Melayu harapkan pagar, pagar makan padi kerana dia bekerja dengan ayah Atuk seorang pegawai tentera.

    Lelaki itu ditugaskan untuk mengambil anak tentera pulang dari sekolah.

    "Atuk ada latihan sukan hari itu dan bila selesai, budak yang lain semua dah balik. Pemandu trak itu mengugut akan meninggalkan Atuk dalam ladang getah jika Atuk tak ikut kehendaknya.

    "Dia adalah lelaki pertama yang merosakkan Atuk dan memperkenalkan Atuk dengan seks," ceritanya lagi.

    Atuk tidak berdiam diri, sebaliknya menceritakan kisah hitam itu kepada ayah hingga membawa kepada bertukar sekolah dan tinggal di Petaling Jaya bersama emak.

    Cuma Atuk tidak dapat bertahan lama di sekolah baru kerana diejek berikutan penampilan lembut hingga tiada kawan lelaki sebaliknya budak perempuan.

    "Atuk menjadi semakin tertekan. Macam mana nak belajar kalau setiap hari diejek.

    "Lagi pun Atuk terpaksa berpindah dan dipisahkan dari ayah dan emak tiri Atuk. Setiap kali bertengkar dengan emak Atuk akan minta dipulangkan kepada emak tiri.

    Mangsa keadaan?

    Dalam usia yang boleh dikatakan masih mentah ternyata Atuk melalui pelbagai tekanan. Bukan sahaja dibelenggu isu dengan keluarga dan isu diejek di sekolah, nalurinya terhadap lelaki turut melonjak terutama selepas menjadi mangsa serangan seksual.

    Jalan penyelesaiannya? Lari dari rumah. Itulah yang Atuk lakukan. Bergelandangan di sekitar kawasan yang menjadi tempat tumpuan remaja.

    Atuk juga mengaku melakukan aksi seksual dengan kawan-kawan yang bergelandangan.

    "Kadang kala secara suka sama suka dan ada juga yang dipaksa," demikian pengakuan Atuk kepada Bernama.

    Menurut Atuk, emak kandung ada mencarinya tetapi pertemuan mereka sering berakhir dengan pertengkaran.

    Atuk juga berkenalan dengan seorang perempuan Melayu yang bekerja di bar di kawasan dia melepak.

    "Umur Atuk masa itu sekitar 15 tahun. Atuk kenal satu perempuan di Petaling Jaya. Dia tengok Atuk lembut dan bawa Atuk balik ke rumahnya.

    "Perempuan itu bagi Atuk duit, ajar Atuk ambil hormon dan Atuk mula simpan rambut panjang. Dia juga ajak atuk kerja di bar di mana dia bekerja. Atuk berpakaian seperti seorang wanita.

    "Masa itu ayah sudah meninggal dunia dan hubungan Atuk dengan emak kandung terputus langsung. Memang emak ada cari tetapi Atuk pilih jalan hidup sendiri.

    "Prinsip Atuk di mana ada kebahagiaan di situ Atuk cari. Usia Atuk masa tu masih muda, bila dapat kerja di pub itu satu kebahagiaa. Atuk juga mula mengenali Lorong Haji Taib," Atuk menyambung kisahnya.

    Semakin tersasar

    Melalui seorang mak nyah yang kerap berkunjung ke bar, Atuk mula berjinak-jinak menyusuri kelam Lorong Haji Taib, lorong yang tersohor dengan kegiatan memperdagangkan tubuh.

    "Pergi sekali Atuk rasa seronok. Mengapa? Atuk dijaga dengan baik. Masa itu Atuk tak terfikir langsung dipergunakan dan mak nyah itu ialah ibu ayam," demikian pengakuan Atuk.

    Bukan sahaja memperdagangkan diri, Atuk juga terjebak dengan penggunaan dadah.

    Bisnes memperdagangkan tubuhnya bukan sahaja di sekitar Kuala Lumpur tetapi kemudian menjalar merentas Tambak Johor ke pulau republik Singapura.

    "Ramai pelanggan, nak sikat rambut pun tak sempat. Terlampau banyak sangat duit, sampai komot simpan bawah kain. Balik ke Kuala Lumpur gosok dengan seterika.

    "Satu malam boleh dapat antara 30 hingga 40 pelanggan terutamanya hujung minggu. Satu pelanggan boleh dapat 50 dolar," kata Atuk dengan berkata dia terjebak dalam lembah pelacuran selama hampir 20 tahun.— BERNAMA

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Blog List