gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 03 Apr 2011 07:22 AM PDT

Kosmo Online


Interlok: Ahli Parlimen, aktivis ditahan

Posted:

Interlok: Ahli Parlimen, aktivis ditahan

Interlok: Ahli Parlimen, aktivis ditahan

03/04/2011 8:03pm

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manogaran, dan seorang aktivis MS Arjunan ditahan di perkarangan Kuil Subraminiyar di Batu Caves, dekat sini, hari ini ketika cuba mengadakan sidang media membantah novel Interlok.

Manogaran dan Arjunan dari Persatuan Progresif Pelajar Tamil Malaysia (Mastsap) hanya sempat mengadakan sidang media kira-kira lima minit sebelum ditahan kira-kira 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah memberitahu, mereka ditahan kerana tidak mengendahkan amaran polis supaya tidak mengadakan sidang media di situ yang merupakan tempat beribadah.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah bagi pencegahan daripada berkumpul.

Mereka kemudian dibebaskan kira-kira pukul 3.30 petang tadi selepas polis merakamkan kenyataan mereka. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jambatan gantung hampir siap runtuh

Posted:

Jambatan gantung hampir siap runtuh

Jambatan gantung hampir siap runtuh

03/04/2011 6:50pm

GUA MUSANG – Sebuah jambatan gantung yang hampir siap dibina merentangi Sungai Galas di Kampung Pulai di sini runtuh malam tadi dipercayai akibat hujan lebat.

Jambatan sepanjang 130 meter bernilai RM220,000 itu dipercayai runtuh pada awal tengah malam tadi tetapi hanya disedari penduduk kampung kira-kira jam 7 pagi ini.

Pengerusi MCA bahagian Gua Musang Chee Sien Chen berkata kebanyakan penduduk yang menunggu pembinaan jambatan itu siap, terkejut apabila melihat ia telah runtuh.

"Mujur jambatan itu belum digunakan penduduk, jika tidak mungkin ada yang cedera.

"Kejadian itu dipercayai berpunca daripada stuktur pembinaannya yang tidak kuat dan pernah menjadi pertikaian penduduk akhir Februari tahun lepas kerana bimbang akan runtuh, " katanya kepada pemberita yang melawat jambatan itu hari ini.

Turut melawat jambatan itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusoff.

Pengerusi Tokong Pulai, Lew Kew Bee pula berkata, pihaknya mempertikai pembinaan jambatan gantung berkenaan yang bukan sahaja terlalu mahal tetapi dibuat secara mudah hingga terdedah kepada kejadian runtuh itu.

"Penduduk pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail bagi membincangkan perkara itu, tetapi dimaklumkan pembinaannya mengikut prosedur.

"Kita diberitahu struktur pembinaan ikut pakar yang pernah berbuat demikian dan dunia juga ikut cara berkenaan. Kini apa telah jadi apabila runtuh sebelum siap," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

363 pelajar cemerlang SPM dapat biasiswa

Posted:

363 pelajar cemerlang SPM dapat biasiswa

363 pelajar cemerlang SPM dapat biasiswa

03/04/2011 6:49pm

ALOR SETAR – Seramai 363 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan A penuh (A ) dalam semua mata pelajaran bakal memperoleh biasiswa daripada kerajaan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya beliau yakin mereka yang tidak berpeluang untuk mendapat biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam akan diberikan biasiswa lain seperti biasiswa 1Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.

"Selain itu mereka juga berpeluang dapat biasiswa daripada agensi lain seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Bank Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, di sini hari ini.

Pada majlis sama Mohd Puad turut menyampaikan bantuan wang ehsan RM22,600 kepada 113 pelajar berkenaan yang terbabit dengan bencana banjir November tahun lalu.

Mohd Puad berkata Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah mula mengagih bantuan RM6.4 juta kepada pelajar dan sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir besar di Kedah baru-baru ini.

"RM2.4 juta wang ehsan diberikan kepada 10,329 pelajar terlibat banjir di Kedah, iaitu RM200 setiap seorang; dan RM4 juta lagi diberikan kepada sekolah-sekolah yang pelbagai peralatan dan bangunannya rosak akibat banjir, agar ia dapat dibaik pulih, demi keselesaan pelajar dan guru," katanya.

Beliau berkata bantuan itu diserahkan kepada Jabatan Pelajaran (JPN) Kedah untuk diagihkan secepat mungkin kepada pelajar dan sekolah terlibat. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 03 Apr 2011 07:12 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Murid dipukul guru meninggal

Posted: 03 Apr 2011 02:43 AM PDT

ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul seorang guru di asrama sebuah sekolah agama rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu.


Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang tadi.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anggota tentera didakwa

Posted: 02 Apr 2011 07:17 AM PDT

BAGAN DATOH: Empat anggota tentera yang menyembelih seekor burung enggang di Hutan Royal Belum seperti tersebar luas dalam lawan web sosial facebook dan blog akhir bulan lalu, disiasat dan didakwa mengikut Akta Tentera dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

Perkara itu disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan semua anggota berkenaan disiasat berhubung kejadian itu.


Kelmarin, beberapa akhbar dan laman portal berita tempatan memaparkan satu foto menunjukkan beberapa anggota tentera memegang seekor burung enggang disembelih.

Perkara ini bukan saja mendapat bantahan orang ramai dan Persatuan Pencinta Alam, sebaliknya kerajaan negeri turut memandang serius perkara itu.


Katanya, siasatan mendapati, seorang anggota berpangkat pegawai dan tiga anggota lain-lain pangkat dikatakan menemui spesies burung terancam itu dalam keadaan separuh mati dipercayai cedera selepas menjadi buruan pemburu lain.


"Mereka (anggota tentera) kemudian menyembelih burung itu dan merakam gambar bersama bangkai haiwan itu sebelum menyebarkan di laman web sosial.

"Perbuatan itu sangat dikesali dan kita tidak akan melindungi mana-mana anggota tentera yang didapati terbabit dalam kegiatan sedemikan," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perkasa, Hutan Melintang, di sini, semalam.


Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan, Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman kesal dengan perbuatan itu dan mahu perkara itu disiasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 03 Apr 2011 03:42 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Lebih 200,000 tempat ditawar

Posted:

Lebih 200,000 tempat ditawar

Lebih 200,000 tempat ditawar

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
dan SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin diiringi Mohamed Khaled Nordin (kiri) melihat sebahagian orang ramai mengisi borang kemasukan ke universiti di The Mines, Kuala Lumpur, semalam. – MINGGUAN/MOHD. NOOR AMIN


KUALA LUMPUR 2 April – Lebih 200,000 tempat ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta kepada para penuntut bagi kemasukan sesi akademik 2011/ 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran itu adalah untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta mereka yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Beliau memberitahu, 100,500 tempat adalah bagi pengambilan penuntut dalam bidang teknikal, latihan dan kemahiran di 27 buah politeknik serta 323 Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pada tahun ini.

"Dengan adanya tawaran melanjutkan pengajian sama ada ke IPT mahupun institut latihan dan teknikal, ia dapat memberi pilihan kepada penuntut untuk mengikuti kursus-kursus yang diminati sekali gus mampu menampung keperluan negara dari segi tenaga kerja mahir.

"Pastinya kerajaan akan meneruskan komitmen menyediakan pendidikan yang berkualiti di institusi pendidikan dan latihan di negara ini. Bagi kerajaan ini merupakan satu usaha berterusan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berucap semasa menutup Karnival Pengajian Tinggi Negara 'Jom Masuk U' Kali Ketujuh di The Mines dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Rujhan Mustafa dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud.

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 menyaksikan sambutan luar biasa pengunjung yang mencecah 300,000 orang sejak ia dianjurkan 14 Januari lalu di 10 lokasi terpilih seluruh negara.

Muhyiddin berkata, buat masa ini lebih 580,000 mahasiswa mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama, sarjana dan PhD di semua IPT awam dan swasta.

Beliau berkata, sememangnya matlamat kerajaan menyediakan pendidikan berkualiti kerana ia merupakan landasan bagi melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan daya saing melalui peningkatan kualiti modal insan.

Beliau turut menyentuh kejayaan negara melaksanakan beberapa inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan.

"Alhamdulillah, hasil pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di bawah NKRA pendidikan, kita telah berjaya meningkatkan kemasukan ke prasekolah kepada 72.4 peratus manakala 85 peratus murid sekolah rendah celik huruf.

"Sebanyak 91 peratus pula menguasai numerasi (celik angka), 43 buah sekolah telah mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi manakala 586 atau 7.6 peratus guru besar menerima ganjaran di bawah Bai'ah atau new deal untuk pemimpin sekolah," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syarat baru keputusan Universiti Al-Azhar

Posted:

Syarat baru keputusan Universiti Al-Azhar

Syarat baru keputusan Universiti Al-Azhar

KUALA LUMPUR 2 April - Syarat baru iaitu peperiksaan kelayakan bahasa Arab untuk penuntut Malaysia bagi kemasukan ke Universiti Al- Azhar, Mesir merupakan keputusan yang dibuat oleh universiti itu sendiri dan bukannya dicadangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sistem peperiksaan itu dipersetujui oleh kementerian kerana penguasaan bahasa Arab di kalangan penuntut Malaysia adalah lemah.

"Menurut pihak universiti itu, ramai penuntut kita tidak dapat menyempurnakan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan masalah itu.

"Bagaimanapun, kita meminta pihak pengurusan Universiti Al-Azhar memberi kemudahan kepada penuntut kita untuk menduduki peperiksaan itu di negara ini tanpa perlu ke Mesir," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 'Jom Masuk U' Kali Ketujuh yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Mohamed Khaled tidak mahu orang ramai mempunyai salah tanggapan bahawa kementerian dengan sengaja memperkenalkan syarat itu bagi 'menyukarkan' lagi kemasukan penuntut Malaysia ke universiti itu.

Sementara itu, Mohamed Khaled meminta institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyediakan peluang kepada masyarakat setempat untuk menyambung pengajian di kampus masing-masing.

Sehubungan itu katanya, pihak universiti perlu mengenal pasti pelajar cemerlang di kawasan masing-masing untuk mengikuti program khas asasi atau kursus universiti yang kurang mendapat sambutan secara terus tanpa perlu memohon menerusi Unit Pengurusan Universiti (UPU).

Dalam pada itu katanya, 140,140 tempat disediakan untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) serta pusat latihan pada tahun ini.

Daripada jumlah itu jelasnya, 16,640 tempat adalah bagi mengikuti pengajian pusat asasi, diploma IPTA (23,000), diploma Politeknik (51,000), sijil kolej komuniti (11,000) dan sijil Institut Latihan Kemahiran Awam (38,500).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amy Search dipilih Pengetua AF9

Posted:

Amy Search dipilih Pengetua AF9

Amy Search dipilih Pengetua AF9

KUALA LUMPUR 2 April – Teka-teki mengenai Pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9) terjawab apabila Astro Ria mengumumkan Amy Search dipilih sebagai penyandang jawatan tertinggi dalam program realiti TV popular itu hari ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, pemilihan Amy Search atau nama penuhnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, dilakukan berdasarkan maklum balas daripada banyak pihak selain pengalaman luas beliau dalam bidang nyanyian dan muzik tanah air.

Pengumuman tersebut dilakukan di Aeon, Jusco, Wangsa Maju

di sini malam ini, sempena program Tirai AF9.

Astro sebelum ini merahsiakan penyandang jawatan tersebut biarpun khabar angin bertiup kencang mengatakan Ahmad Dhani iaitu gitaris dan vokalis kumpulan Dewa dari Indonesia bakal mengisi jawatan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 03 Apr 2011 03:30 AM PDT

Harian Metro: Setempat


SPRM tahan 62 pegawai kastam

Posted: 02 Apr 2011 08:07 AM PDT

PUTRAJAYA: Seramai 62 pegawai kastam pelbagai pangkat berusia antara 24 hingga 56 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak operasi besar- besaran bersepadu dikenali Ops 3b di lima pelabuhan seluruh negara, Isnin lalu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, daripada jumlah itu 53 adalah lelaki manakala sembilan lagi wanita.


Beliau berkata, sehingga semalam, 17 masih direman manakala yang lain dibebaskan dengan jaminan. Pegawai kastam dari Pelabuhan Klang, Selangor paling ramai ditahan iaitu 48 orang.

"Hasil siasatan mendapati, ada pegawai mengaku menerima suapan antara RM100 hingga RM500 untuk setiap borang K1 iaitu borang pengisytiharan kastam sejak lima bulan lalu, malah ada yang mengaku pihak tertentu memasukkan RM10,000 setiap bulan ke dalam akaun dan kita mengesan tujuh transaksi dijalankan.


"Malah, kami turut menemui wang yang banyak dalam akaun pegawai, pelaburan amanah saham bernilai RM200,000 termasuk jam tangan emas," katanya pada sidang media di sini, semalam.


Mustafar berkata, kelmarin SPRM turut menahan beberapa lagi pegawai dan menemui tiga beg wang tunai berjumlah RM625,250, selain lima jongkong emas bernilai kira-kira RM50,000 serta dua pistol tiruan dan 241 peluru.

Katanya, di rumah pengarah kastam yang masih ditahan reman, pihaknya menemui wang tunai bernilai RM65,000, mercun dan bunga api serta rokok kretek.


"Kita masih menyiasat harta dimiliki pengarah berkenaan kerana dalam beberapa akaun miliknya mempunyai ribuan malahan jutaan ringgi, ada yang berjumlah sehingga RM2.1 juta manakala satu akaun lagi RM500,000, semua itu masih dalam siasatan," katanya.

Mustafar berkata, hasil operasi itu juga, SPRM mengesan lebih RM10 bilion diseludup dan dihantar ke luar negara secara haram.


Beliau berkata, fokus utama pelaksanaan operasi itu bagi mendapatkan kembali hasil pendapatan kerajaan serta membersihkan amalan rasuah di kalangan pegawai dan kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).


Ia berikutan ada maklumat menyatakan pegawai kastam di pelabuhan seluruh negara meminta dan menerima rasuah daripada ejen penghantaran untuk mengurangkan duti kastam serta mempercepatkan proses Borang K1.


Operasi dilaksanakan di Pelabuhan Klang, Selangor; Pelabuhan Kuantan, Pahang; Pelabuhan Pulau Pinang; Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.


"Usaha kita adalah mendapatkan kembali pendapatan kerajaan yang boleh diberikan semula kepada masyarakat. Kerajaan kehilangan berbilion ringgit disebabkan amalan 'tangan kotor' yang dilakukan pihak tertentu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nota akhir Fadil sebelum hilang

Posted: 02 Apr 2011 07:35 AM PDT

TANJUNG MALIM: "Mak, Fadil lari bukan nak susahkan mak tapi Fadil nak cari kehidupan baru, Fadil tak nak sekolah, mak jangan risau, Fadil selamat nanti," itu nota terakhir ditinggalkan Muhammad Fadil Darumin, 15, kepada ibunya, Fauziah Yusof, 48, sebelum menghilangkan diri sejak sembilan hari lalu.

Muhammad Fadil yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Methodist dipercayai melarikan diri dari rumahnya di Kampung Berop, di sini.


Fauziah berkata, kali terakhir dia berbual dengan anaknya pada malam Jumaat (25 Mac) lalu dan menasihatkannya supaya belajar bersungguh-sungguh.

Beliau berkata, dia dan suami, Darumin Mohd Salleh, 46, juga mencadangkan kepada Muhammad Fadil supaya menyambung belajar di sekolah agama selepas menerima aduan anaknya sering ponteng sekolah.


"Saya dan suami menegur sikapnya demi masa depannya, namun kami terkejut selepas mendapati dia tiada di dalam bilik pada pagi esoknya.


"Saya sempat menemui nota berkenaan dan hati saya luluh selepas membacanya kerana tidak menyangka Muhammad Fadil terguris dengan nasihat yang kami berikan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, dia cuba menghubungi saudara mara terdekat namun tetap gagal menemui Muhammad Fadil.


Fauziah berkata, menurut rakan anaknya, Muhammad Fadil sempat menyuruh seorang rakan sekolahnya menghantarnya ke stesen kereta api Tanjung Malim, dipercayai mahu menuju ke Kuala Lumpur.

"Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, saya membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Malim pada 27 Mac lalu selepas usaha menjejakinya menemui jalan buntu.


"Saya merayu kepadanya supaya pulang segera kerana kami sekeluarga bimbang keselamatannya," katanya.


Sementara itu, Darumin berkata, Muhammad Fadil adalah anak bongsu empat beradik dan mempunyai bentuk badan gempal, berkulit cerah dan ketinggian 150 sentimeter.


"Saya berharap Muhammad Fadil pulang segera ke pangkuan kami keluarga. Isteri saya sering sakit sejak seminggu lalu kerana teringatkan Muhammad Fadil," katanya.


Sesiapa yang ada maklumat mengenai remaja lelaki berkenaan boleh menghubungi Darumin di talian 0178473011, 0172294185 atau 0172373753 atau menghubungi balai polis berdekatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 03 Apr 2011 03:07 AM PDT

Utusan Online - Utara


Kawal pembangunan tanah sawah

Posted:

Kawal pembangunan tanah sawah

Kawal pembangunan tanah sawah

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

KUBANG PASU 2 April - Kerajaan Pas Kedah digesa mengkaji secara mendalam isu tanah sawah dibangunkan secara berleluasa dengan projek perumahan dan perindustrian di negeri ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom (gambar) berkata, jika masalah itu terus berlaku tanpa kawalan maka ia menjejaskan pengeluaran padi negara termasuk sasaran mengurangkan import beras yang kini berjumlah 30 peratus menjelang 2020.

"Kedah juga dikhuatiri kehilangan gelaran jelapang padi negara kerana banyak tanah sawah yang telah dibangunkan untuk projek perumahan dan perindustrian dan sehingga kini tiada ganti," katanya selepas merasmikan Majlis Penubuhan dan Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Pesawah Kedah Berhad, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, kementerian memandang serius perkara itu kerana pelbagai masalah boleh timbul pada masa hadapan kalau kawasan tanah sawah terus ditimbus untuk projek perumahan atau industri.

"Contohnya banyak sawah dalam kawasan Lembaga Rancangan Pertanian Muda (MADA) di negeri ini yang dibina projek pembangunan dan tidak diganti memandangkan penyediaan sistem pengairan menelan belanja mahal," katanya.

Kata Mohd. Johari, sebagai contoh kos membina sistem pengairan untuk menampung keperluan pesawah di Lembah Bujang di Merbok mencecah hampir RM100 juta.

Tegasnya, sepatutnya kerajaan negeri membuat kajian untuk mengawal dan mengatasi masalah tersebut untuk kepentingan pesawah dan pengeluaran padi negara.

Menyentuh tentang penubuhan koperasi pesawah tersebut, katanya, kerajaan menggalakkan penubuhan koperasi berasaskan pertanian terutama membabitkan generasi kedua petani di negeri ini bagi meningkatkan produktiviti mereka.

"Terdapat peluang yang boleh diceburi koperasi terbabit berkaitan industri padi sekali gus meningkatkan pendapatan petani.

"Misalnya koperasi ini boleh bekerjasama dengan petani dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk menguruskan sistem estet padi dalam meningkatkan pendapatan petani," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

IRM cadang bina perpustakaan

Posted:

IRM cadang bina perpustakaan

IRM cadang bina perpustakaan


ZAWAHIR Abdullah (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Amran Sudin berupa makanan untuk Pusat Jagaan Baitul Mahabah Al-Hashimi di Padang Terap, semalam.


PADANG TERAP 2 April - Islamic Relief Malaysia (IRM) bercadang membina sebuah perpustakaan di Pusat Jagaan Baitul Mahabah Al-Hashimi di sini bagi membolehkan 45 anak-anak yatim yang tinggal di situ menuntut ilmu dengan lebih sempurna.

Presiden IRM, Zawahir Abdullah berkata, pihaknya telah meninjau kawasan di pusat tersebut dan mendapati tiada sebuah perpustakaan lengkap untuk anak-anak yatim yang tinggal di situ.

"Projek untuk membina perpustakaan ini antara program pembangunan IRM dalam sektor pendidikan dan kebajikan anak-anak yatim.

"Perpustakaan yang akan dibina pula dilengkapi dengan pelbagai jenis buku untuk kegunaan anak- anak yatim di pusat ini," katanya ketika ditemui selepas melawat Pusat Jagaan Baitul Mahabah Al-Hashimi, di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya juga sedang mencari rumah anak-anak yatim yang memerlukan perpustakaan di seluruh negara dan sangat menggalakkan orang ramai menyumbang buku-buku kepada pihaknya untuk diletakkan di dalam perpustakaan tersebut.

"Kanak-kanak perlu disemai dengan minat untuk membaca sejak dari kecil lagi dan oleh sebab itu kami amat memerlukan buku-buku baru untuk diletakkan di dalam perpustakaan di rumah anak-anak yatim ini.

"Kami harap usaha untuk membina perpustakaan di rumah anak- anak yatim ini akan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Baitul Mahabah Al-Hashimi, Amran Sudin berkata, anak-anak yatim yang tinggal di situ menunjukkan minat membaca yang mendalam.

"Sebelum ini, ada pihak yang datang melawat kami di sini bertanya keperluan anak-anak yatim di sini.

"Kebanyakan anak-anak yatim yang tinggal di sini berkata mereka mahu buku untuk dibaca jadi cadangan IRM membina perpustakaan di sini amat tepat," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tanam pokok gaharu di tanah terbiar

Posted:

Tanam pokok gaharu di tanah terbiar

Tanam pokok gaharu di tanah terbiar

IPOH 2 April - Pemilik tanah terbiar di negeri ini diminta mengusahakan tanah mereka dengan tanaman pokok gaharu yang mampu memberi pulangan lumayan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pokok gaharu juga boleh ditanam dalam skala kecil serta penjagaannya tidak rumit.

Katanya, dalam tempoh lima tahun, kayu gaharu yang merupakan salah satu bahan untuk menghasilkan minyak wangi sudah boleh mengeluarkan hasil untuk dieksport.

"Kerajaan negeri menggalakkan pemilik tanah memajukan tanaman ini kerana potensinya yang besar berikutan permintaannya yang tinggi di Asia Barat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar dan Pameran Hala Tuju Industri Gaharu di Dewan Serbaguna, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini.

Selain industri minyak wangi, kayu gaharu turut digunakan untuk membuat perhiasan, tonik minuman, teh dan sabun.

Hamidah berkata, Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (SADC) telah melaksanakan projek perintis tanaman itu di Kledang Sayong, Kuala Kangsar tahun lalu.

Menurutnya, projek tersebut melibatkan kawasan 100 hektar.

Beliau berkata, SADC boleh mewujudkan pusat pengumpulan dengan kerjasama Syarikat Kayu Gaharu (M) Sdn. Bhd. untuk memasarkan kayu gaharu di negeri ini.

"Melalui pengumpulan setempat itu akan memudahkan industri gaharu ditingkatkan dan sekali gus meningkatkan pendapatan pengusaha terlibat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 03 Apr 2011 03:05 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Murid kena pukul meninggal, penyelia asrama ditahan

Posted: 03 Apr 2011 02:37 AM PDT

Mutakhir

ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis, sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada 8.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu.

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini. Dalam kejadian 7 malam itu, seorang guru lelaki berumur 26 tahun dikatakan memukul murid terbabit selama hampir dua jam sehingga pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya, berkata suspek yang juga penyelia asrama sekolah berkenaan ditahan pada jam 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada jam 1.40 pagi kelmarin.
"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas itu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata, dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," katanya.

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.

Saiful Sopfidee berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada jam 8 pagi kelmarin.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang kelmarin. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Sebelum aku pergi' lirik terakhir Seri Bayu

Posted: 03 Apr 2011 02:11 AM PDT

Mutakhir

PORT DICKSON: "Sebelum Aku Pergi" adalah lirik lagu terakhir yang dicipta oleh Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 45, yang meninggal dunia di Hospital Port Dickson 8.30 malam tadi akibat penyakit saraf.

Lirik itu dihasilkannya beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia, khusus untuk anak angkatnya Nazira Abdul Ghani, 16, yang baru mahu bertapak di bidang seni.

"Dia menyiapkan lagu ini dengan bahasa isyarat dengan dibantu oleh Nazira. Lagu dan lirik ini ditulis dalam dua minggu terakhir hidup Allahyarham. "Lirik yang ditulis untuk lagu berkonsepkan balada ini banyak menyentuh kesedihan Allahyarham terutama mengenai masalah penceraian dengan isteri keduanya." kata abang angkat Allahyarham, Abdul Ghani Pandak Sidi.

Abdul Ghani berkata, Seri Bayu dimasukkan ke Hospital Port Dickson pada Jumaat lalu apabila tiba-tiba diserang sakit kuat akibat jangkitan kuman dalam paru-parunya.

Penulis lirik kelahiran Singapura yang juga bekas wartawan ini menderita sakit lumpuh selama enam tahun akibat masalah saraf.

Sepanjang tempoh itu, Allahyarham dijaga oleh adik-beradik angkatnya yang tinggal di Shah Alam, Serdang dan kali terakhir di rumah Abdul Ghani.
Antara bait lirik lagu Sebelum Aku Pergi ialah:

"Lukaku simpan dalam senyuman. Menangis hatiku siapa yang tahu".

Nazira hanya termenung melihat helaian lirik lagu itu yang ditunjukkan oleh Abdul Ghani dan tidak dapat menjawab semua pertanyaan wartawan kerana terlalu sedih dengan pemergian ayah angkatnya itu.

Seorang sahabat lama Allahyarham, Azmi Zahari memberitahu bahawa Allahyarham berkahwin dua kali tetapi kedua-duanya tidak bertahan lama.

"Saya tidak pernah berjumpa dengan anak-anak Allahyarham tetapi beliau ternyata amat sayangkan mereka. Potret lima anaknya dengan isteri pertama menjadi pengubat Allahyarham ketika rindu," katanya.

Azmi berkata, beliau telah merancang untuk mengadakan konset kebajikan untuk Seri Bayu pada tahun lalu bersama dengan beberapa orang artis tempatan tetapi konsert itu tidak dapat diteruskan akibat masalah tertentu.

"Saya rasa sepanjang hayat Allahyarham, beliau telah menulis sebanyak lebih daripada 2,000 lirik lagu. Artis yang mendapat khidmat penulis ini ialah Jamal Abdillah dan Anita Sarawak," katanya.

Artis tempatan yang dikatakan mendapat khidmat terakhir Allahyarham tahun lalu ialah penyanyi Sheeda melalui lagu "Muah Muah Sayang".

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telok selepas solat Zuhur tadi. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 03 Apr 2011 01:32 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Jones mahu anjur lagi kempen bakar al-Quran 22 April

Posted: 02 Apr 2011 11:59 PM PDT

Pastor Terry Jones pada satu sidang media 8 September 2010 di Gainesville, Florida ketika bercadang mahu membakar al-Quran. — Foto Reuters

GAINESVILLE (Florida), 3 April — Pemimpin gereja fundamentalis dari Florida, yang mengetuai kempen membakar al-Quran bulan lalu dan membawa kepada demonstrasi berdarah di Afghanistan, berdegil akan mengadakan protes lebih besar di masjid paling besar di Amerika Syarikat akhir bulan ini.

Rancangan itu dikhuatiri akan memburukkan lagi ketegangan yang dirasakan di beberapa bahagian lain dunia.

Laporan Reuters menyebut demonstrasi dua hari berturut-turut, semalam dan kelmarin, di Afghanistan termasuk tindakan menceroboh pejabat PBB telah menyebabkan hampir 20 orang terbunuh.

"Matlamat kami ialah membawa kesedaran mengenai elemen radikal yang ada dalam Islam," kata Pastor Terry Jones dalam temu bual dengan Reuters di sini semalam.

Satu gambar naskhah al-Quran dibakar juga didapati dimuatkan pada skrin komputernya.

"Sudah pasti sesuatu yang sangat teruk melihat orang dibunuh atau terbunuh. Pada sebelah lain saya merasakan ia menunjukkan elemen radikal Islam," katanya lagi.

Jones, seorang bekas pengurus hotel sebelum tukar kerjaya sebagai pastor, yang mendakwa al-Quran mendorong kegagasan berkata, dia akan meneruskan satu protes pada 22 April ini - di pekarangan masjid terbesar di Amerika Syarikat iaitu Dearborn, Michigan.

Presiden Barack Obama juga mengecam perbuatan membakar al-Quran tetapi tidak menyebutkan nama Jones.

Beberapa pemimpin Kristian dan Islam di Amerika Syarikat juga mengecam jones dan gereja kecil Dove World Outreach Center yang mempunyai sekitar 30 ahli.

Jones merancang untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan sempena 11 September tahun lalu tetapi mengubah fikiran.

"Salah satu tragedi besar ialah gereja kecil ini menyebabkan kegemparan," kata Geoff Tunnicliffe, pengarah World Evangelical Alliance International, yang menghimpunkan gereja evangelis dari lebih 100 negara.

"Soalan saya kepada dia (Jones), 'Mengapa anda mahu memprovokasi orang kepada respons macam ini, dengan memang mengetahui apakah kesannya?" kata beliau.

Pegawai-pegawai kerajaan di Pakistan dan Afghanistan mahu pihak berkuasa menahan Jones meskipun kritikan dan tindakannya dibenarkan di bawah undang-undang kebebasan berucap di Amerika Syarikat.

Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dan kemudian menyelia pembakaran kitab suci itu yang dihadiri sekitar 50 orang. Program itu berlangsung kira-kira enam jam.

Video yang menunjukkan naskhah-naskhah yang direndam dalam minyak tanah dan kemudian dibakar disiarkan menerusi laman web Dove World Outreach Center.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua pekerja loji nuklear Jepun hilang ditemui mati

Posted: 02 Apr 2011 11:26 PM PDT

TOKYO, 3 April — Dua pekerja loji tenaga nuklear Fukushima yang hilang dalam tragedi gempa bumi dan tsunami bulan lalu ditemui mati ketika radiokatif pada kadar yang tinggi melimpah ke laut.

Kedua-dua pekerja terbabit yang berusia 21 dan 24 tahun dilaporkan hilang sejak 11 Mac.

Mayat kedua-dua mereka hanya ditemui minggu lalu di kompleks tenaga nuklear Fukushima Dai-ichi.

Operatornya, Tokyo Electric Power Company berkata mayat pekerja-pekerja berkenaan ditemui di aras bawah bangunan turbin reaktor No 4.

Syarikat itu tidak memberitahu punca mereka mati.

Bagaimanapun laporan media berkata kedua-dua mereka menghadapi masalah kehilangan darah dan lemas.

"Sesuatu yang menyedihkan  buat saya, dua pekerja muda ini cuba melindungi loji tenaga ini ketika dilanda gempa bumi dan tsunami," kata Pengerusi Tokyo Electric Power Company Tsunehisa Katsumata dalam satu kenyataan.

Kemusnahan di kompleks tenaga nuklear itu adalah paling buruk sejak krisis Chernobyl pada 1986.

Jurucakap Tokyo Electric Power Company berkata, pengumuman mengenai penemuan dua mayat itu dilewatkan atas pertimbangan keluarga mereka.

Polis kebangsaan Jepun mengesahkan 12,009 orang telah terbunuh manakala 15,472 masih hilang apabila gempa bumi pada skala 9 dan tsunami yang menyusul melanda kawasan timur laut Jepun awal bulan lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 03 Apr 2011 01:26 AM PDT

Utusan Online - Timur


Cemar duli jumpa rakyat

Posted:

Cemar duli jumpa rakyat

Cemar duli jumpa rakyat

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


SULTAN Muhammad V beramah mesra dengan kanak-kanak di Dewan Pusat Operasi Kesedar Mengkebang, Kuala Krai, semalam.


KUALA KRAI 2 April - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meneruskan kemesraan dan kecaknaan baginda terhadap rakyat jelata apabila berkenan meluangkan masa selama hampir satu jam melawat penduduk di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Mengkebang di sini, hari ini.

Kehadiran baginda ke kampung tersebut sempena program Kem Kesihatan Persatuan Pakar-pakar Sakit Telinga Hidung dan Tekak Malaysia (MSOHNS) - Kelab Komuniti ORL Universiti Sains Malaysia yang diadakan di Dewan Pusat Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), di sini.

Ia merupakan lawatan kedua baginda ke kampung itu dalam tempoh dua bulan selepas berkunjung ke situ untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Mengkebang, Februari lalu.

Terdahulu, sebelum ketibaan baginda, rakyat jelata yang tidak sabar menatap raja kesayangan mereka itu mula berkumpul di dewan tersebut seawal pukul 9 pagi dan mengambil peluang mendapatkan rawatan kesihatan percuma yang disediakan.

Ketibaan baginda tepat pada pukul 1 tengah hari disambut oleh Presiden MSOHNS, Dr. Havinder Singh dan Pengarah program, Dr. Najeb Soleh.

Dr. Havinder dalam ucapannya menjelaskan, program berkenaan bertujuan memberi peluang kepada rakyat miskin di kawasan pedalaman untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara percuma.

"Ini adalah program pertama yang kita adakan dan memilih tempat ini memandangkan lokasinya yang terletak jauh di pedalaman.

"Melalui program ini, kami membawa bersama kira-kira 100 doktor termasuk doktor pakar untuk berjumpa dengan masyarakat dan memberi rawatan," katanya.

Sementara itu, selepas merasmikan program berkenaan, Sultan Muhammad meluangkan masa selama kira-kira 20 minit melawat ruang pameran yang disediakan serta bersalaman dengan lebih 300 penduduk yang hadir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bapa rayu bantuan orang ramai kesan anak gadis hilang

Posted:

Bapa rayu bantuan orang ramai kesan anak gadis hilang

Bapa rayu bantuan orang ramai kesan anak gadis hilang


FAUZI Ya'acob bersama isterinya, Zaiton Mat Noor menunjukkan gambar anak perempuan mereka, Surita Asyikin yang hilang sejak 28 Mac lalu di rumahnya di Kampung Pengkalan Depu, Tok Uban, Pasir Mas, kelmarin.


PASIR MAS 2 April - Seorang bapa dari Kampung Pengkalan Depu, dekat sini memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan anak gadisnya, Surita Asyikin, 21, yang hilang sejak lima hari lalu.

Fauzi Ya'acob, 58, berkata, anak perempuannya itu yang mengalami masalah lembam, telah keluar rumah pada Isnin lalu secara bersendirian kerana hendak ke Klinik Kesihatan Tok Uban, tidak jauh dari rumah mereka, bagi mendapat rawatan sakit gigi.

Menurutnya, anak keempat daripada 13 beradik itu, jarang keluar rumah dan kebiasaannya menghabiskan masa bersama keluarga disebabkan masalah mental.

Katanya, seorang penduduk ada memaklumkan ternampak Surita Asyikin berjalan seorang diri dan kemudian menaiki kenderaan sapu menghala ke Pasir Mas, bagaimanapun bukannya ke klinik berkenaan.

"Selepas beberapa jam tidak pulang, saya mengambil keputusan untuk ke klinik tersebut namun, dia tidak ada sana dan kira-kira pukul 3 petang, adiknya sekali lagi ke klinik tersebut tetapi turut gagal menemuinya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Fauzi memberitahu, dia telah beberapa kali menghubungi telefon bimbit anak perempuannya itu tetapi ia telah dimatikan dan sehingga kini mereka sekeluarga masih gagal berhubung dengan Surita Asyikin.

Berikutan itu, dia telah membuat laporan polis kira-kira pukul 8 pagi Selasa lalu.

"Surita Asyikin memakai baju T berwarna merah, berseluar jeans hitam dan bertudung hitam semasa keluar rumah Isnin lalu.

"Saya merayu sesiapa yang terlihat Surita Asyikin supaya dapat menghubungi saya di talian 013-968 3166 atau 019-908 7297 atau menghantarnya ke balai polis berhampiran," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengesan gadis tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemancing maut dalam kolam buatan

Posted:

Pemancing maut dalam kolam buatan

Pemancing maut dalam kolam buatan

KUALA TERENGGANU 2 April - Seorang lelaki yang hilang ketika keluar memancing sejak tiga hari lalu ditemui mati terapung di dalam kolam buatan manusia, Bukit Besi, Dungun pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Nanang, 40, ditemui penduduk kampung bersama alatan memancing dan memburu ayam hutan di kolam itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd. Nor berkata, menurut maklumat penduduk, lokasi kejadian itu merupakan tempat mangsa sering memancing ketika mempunyai masa terluang jika tidak mengambil upah mengait kelapa sawit dan menjadi buruh binaan.

Katanya, kali terakhir penduduk melihat mangsa ialah tiga hari lalu.

"Hasil siasatan mendapati tiada kesan cedera pada mangsa.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat dan laporan menunjukkan mangsa mati lemas," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 03 Apr 2011 01:21 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Perniagaan ikut syarak

Posted: 02 Apr 2011 07:59 AM PDT

FITNAH... Akhil Hayy dituduh menipu.
FITNAH... Akhil Hayy dituduh menipu.

KUALA LUMPUR: "Ana cari makan cara halal, kenapa harus ada pihak yang cuba menidakkan atau memfitnahnya? Jika benar perniagaan yang dijalankan berunsurkan penipuan dan menyalahi hukum syarak, sila kemukakan bukti dan ana sedia bertanggungjawab.

"Memang tiada perkara atau benda yang akan membuatkan semua pihak berpuas hati, jadi tidak hairanlah jika apa saja yang ana lakukan, pasti ada yang tidak kena.

"Bagaimanapun, ingin ana tegaskan di sini, perniagaan yang baru ana mulakan ini tidak berasaskan perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) seperti yang didakwa kerana kami lebih menitikberatkan perniagaan berteraskan 'trading' atau pemasaran satu tingkat (SLM)," kata artis dan penceramah bebas, Akhil Hayy.

Beliau diminta mengulas tohmahan yang dilemparkan terhadapnya melalui blog kononnya perniagaan yang dijalankannya berteraskan sistem piramid, malah menggunakan kredibiliti sebagai pendakwah untuk 'cari makan' dalam perniagaan MLM.


Antara kandungan blog yang mencercanya berbunyi: "Amende mamat kat atas ni angkat tangan macam Ayah Pin? Mintak murah rezeki daripada skim piramid yang dilancarkannya itu ke apa?"


Penyanyi nasyid itu dituduh menjalankan perniagaan membekal dan pengeluar produk minyak wangi dan produk kesihatan untuk orang Melayu yang ketinggalan zaman dan tidak berpelajaran. Dalam masa sama, dia juga didakwa menipu orang Melayu dengan skim piramid yang dilancarkan.

Ketika dihubungi Metro Ahad semalam, beliau berkata syarikatnya Akhil Hayy Network yang beroperasi di Kajang pada mulanya hanya menjual produk kesihatan untuk kaki dan minyak wangi tetapi kini mula mengembangkan operasi dengan memperkenalkan pakej umrah dan haji selain urusan berkaitan insurans.

Metro Ahad yang cuba mendapatkan gambaran sebenar perniagaan penceramah bebas itu di pejabatnya di Kajang semalam mendapati pintu utama pejabatnya lengkap dengan kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan dua tingkat itu berkunci kira-kira jam 3 petang.

Setakat ini, katanya, perniagaan yang dibuka secara rasmi 26 Ogos tahun lalu itu diuruskannya sendiri manakala isterinya, Waheeda sibuk dengan aktiviti dakwah.

"Buat masa ini, ana sendiri yang menguruskannya dengan dibantu beberapa kakitangan.

"Bukan dia langsung tidak membantu, tetapi tidak secara menyeluruh kerana ana tidak mahu membebankannya," kata bekas vokalis kumpulan D'riyadh itu.

Dia yang dihubungi dari Pulau Pinang menganggap dakwaan itu tidak berasas dan sengaja ditimbulkan oleh golongan tertentu yang kurang senang dengan kejayaannya.

Menurut Akhil, dia kecewa apabila ada pihak yang bukan saja mempertikaikan perniagaannya, malah mendakwa gambar pada papan iklannya seakan-akan memohon bantuan daripada Ayah Pin.

"Siapakah dia (Ayah Pin) untuk ana minta pertolongan? Mungkin orang yang memfitnah ana itu lebih kenal Ayah Pin daripada ana kerana tahu cara dan gaya ketua ajaran sesat berkenaan," katanya berseloroh.

Katanya, jika dia menjalankan perniagaan secara haram, mustahil untuknya mendaftarkan perniagaan dan mempromosikannya melalui laman web.

"Ana bukan bodoh untuk berbuat demikian, malah sebelum memulakan perniagaan, ana sudah berbincang dengan beberapa ulama dan pakar agama bagi mengetahui sama ada perniagaan yang dilakukan ini menyalahi syarak atau tidak.

"Memang ada MLM yang menyalahi (syarak) tetapi bukan perniagaan seperti yang ana uruskan ini," katanya.

Bukan saja sebagai ahli perniagaan tetapi juga sebagai pendakwah, dia turut dikutuk apabila pihak tertentu mendakwa dia tidak mendapat tauliah untuk berbuat demikian.

"Mungkin ramai tidak tahu ana mendapat tauliah daripada Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dan kini dalam proses mendapatkan pengiktirafan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)," katanya yang bakal menunaikan umrah bersama isteri, Mawi dan Ikin 8 April ini.

Ditanya sama ada beliau dan Waheeda kini bersiap sedia untuk menerima 'orang baru', beliau berkata: "Kami hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan, jadi ana tumpukan perhatian kepada anak ana dan perniagaan yang dijalankan itu."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar dipukul hampir dua jam

Posted: 02 Apr 2011 07:40 AM PDT

ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.

Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.


Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.


Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah.

"Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin," katanya.

Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB.

"Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri.

"Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan," katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam.

Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri.

Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu.

"Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal," katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin.

Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini.

"Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin," katanya.

Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 03 Apr 2011 01:06 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


RM108 bilion lesap setiap tahun

Posted:

RM108 bilion lesap setiap tahun

RM108 bilion lesap setiap tahun

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 2 April - Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.

Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.

"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.

"Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mustafar berkata, hasil operasi itu, sebanyak 62 orang pegawai JKDM telah ditahan dan sejumlah RM602 juta wang dibekukan, selain RM382 juta disita manakala RM31.2 juta dilucut hak harta.

"Kita siasat semua kes dan tangkapan ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 dan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

62 pegawai JKDM ditahan - SPRM

Posted:

62 pegawai JKDM ditahan - SPRM

62 pegawai JKDM ditahan - SPRM

PUTRAJAYA 2 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain dalam 'Operasi 3b' yang diadakan sepanjang minggu ini.

Mereka terdiri daripada 53 lelaki dan sembilan perempuan berusia antara 24 hingga 53 tahun.

Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang yang berpangkat pengarah masih direman manakala selebihnya dibebaskan atas jaminan.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, penahanan itu membolehkan pihaknya membongkar pelbagai aktiviti mencurigakan membabitkan pegawai pasukan penguat kuasa itu.

Menurut beliau, antara pembongkaran yang ditemui adalah terdapat pegawai yang memiliki kereta mewah, jam tangan buatan emas, jongkong emas serta menyimpan wang tunai yang banyak.

Beliau mendedahkan, seorang pegawai kanan berpangkat pengarah memiliki wang tunai RM65,000 yang ditemui berselerakan dalam rumahnya dan memiliki RM2.1 juta dan RM500,000 dalam dua akaun berasingan.

"Selain itu, kami turut menemui berkotak-kotak bunga api dan mercun serta rokok-rokok kretek di rumah pengarah tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Operasi 3B tersebut diadakan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membongkar aktiviti pegawai kastam di pelabuhan yang meminta dan menerima wang rasuah daripada ejen penghantaran.

Mustafar berkata, terdapat juga pegawai mengaku menerima RM100 untuk setiap borang pengisytiharan duti K1 yang diproses dalam tempoh lima bulan yang lalu.

Beliau berkata, SPRM turut menemui wang simpanan sebanyak RM850,000 dalam sebuah akaun serta simpanan Amanah Saham Bumiputera bernilai RM200,000.

"Selain pegawai yang menerima RM10,000 setiap bulan, kami turut mendapati ada pegawai yang memakai kenderaan mewah Toyota Estima walaupun gaji mereka tidak tinggi.

"Turut dijumpai dalam operasi adalah lima ketul jongkong emas bernilai RM50,000, jam tangan mewah yang dibuat daripada emas, dua pucuk pistol tiruan dan 241 butir peluru," katanya.

Mustafar berkata, operasi telah dilakukan di lima pelabuhan utama iaitu di Pelabuhan Klang, Kuantan, Pulau Pinang, Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang. Tangkapan paling banyak berlaku di Pelabuhan Klang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SAMBUTAN MESRA

Posted:

SAMBUTAN MESRA

SAMBUTAN MESRA


ORANG ramai tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Najib Tun Razak yang bersarapan di medan selera dekat Flat Perumahan Padang Tembak, Air Itam di Pulau Pinang, semalam. – mingguan/Zhafaran Nasib


LAWATAN kerja sehari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Pinang semalam dipenuhi dengan pertemuan dengan pelbagai lapisan rakyat.

Sejurus tiba di lapangan terbang, Perdana Menteri terus menemui kira-kira 500 pemandu teksi bagi mendengar masalah mereka.

Beliau kemudiannya meninjau kawasan perumahan dan pasar awam di Gelugor, Jelutong, Kampung Melayu dan Padang Tembak sebelum menghadiri jamuan rakyat di pekarangan Masjid Permatang Pasir, Balik Pulau.

Najib yang genap dua tahun menjadi Perdana Menteri hari ini, turut menemui pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri diikuti sesi 'Mari Berjumpa Mari Berhubung' dengan 200 rakan Facebooknya di negeri itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 02 Apr 2011 11:47 PM PDT

Berita Harian: Nasional


Rakyat mula yakin dasar, tindakan kerajaan: Najib

Posted: 02 Apr 2011 03:54 PM PDT

Nasional

NAJIB meluangkan masa bertemu  pemimpin serta masyarakat  di Flet Kampung  Melayu, Air Itam di kedai Nasi Kandar Kampung Melayu  ketika   membuat lawatan sehari di Pulau Pinang, semalam.

NAJIB meluangkan masa bertemu pemimpin serta masyarakat di Flet Kampung Melayu, Air Itam di kedai Nasi Kandar Kampung Melayu ketika membuat lawatan sehari di Pulau Pinang, semalam.

Hasil laporan Pelan Transformasi Kerajaan bukti pencapaian

BALIK PULAU: "Saya nampak rakyat kini lebih yakin dengan apa yang kerajaan lakukan," kata Datuk Seri Najib Razak sempena ulang tahun kedua sebagai Perdana Menteri, hari ini.

Beliau berkata, pada peringkat awal, rakyat lebih mengambil sikap tunggu dan lihat sama ada kerajaan melaksanakan tindakan dan sistem penyampaian terhadap apa yang dinyatakan. "Alhamdulillah dalam masa dua tahun ini menerusi pelbagai usaha nampaknya harapan rakyat kepada kerajaan dapat dipenuhi," katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Kampung Permatang Pasir di sini, semalam.

Najib yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yaacop dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Perdana Menteri berkata, penerimaan rakyat itu lebih jelas apabila kerajaan membentangkan hasil laporan Pelan Transformasi Kerajaan yang disokong dengan pandangan wakil luar negara, termasuk Transperancy International.

Beliau berkata, selain itu, Pelan Transformasi Ekonomi menerusi pengumuman pelbagai projek dan kejayaan memulihkan ekonomi negara secara mendadak dengan mencapai pertumbuhan 7.2 peratus tahun lalu juga meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.
"Tidak ketinggalan juga dilaksanakan program dan projek yang menyentuh isi hati rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata, tidak ada majlis tertentu diadakan sempena ulang tahun kedua itu kecuali sambutan selepas 100 hari mengambil alih pentadbiran kerajaan dulu.

Mengenai ADUN Lenggeng, Mustafa Salim yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 kerana kesalahan menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor, Najib berkata:

"Beliau (Mustafa) masih boleh menjadi wakil rakyat sehingga proses rayuan tamat dan kerusinya tidak kosong lagi."

Sementara itu, Perdana Menteri membawa khabar gembira buat kira-kira 2,000 pengusaha teksi di bahagian pulau negeri ini apabila menyatakan komitmen untuk membantu mereka.

Dalam pertemuan ringkas dengan pengusaha teksi sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) Najib berjanji akan melihat memorandum diserahkan kepadanya oleh Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Kawasan Pulau Pinang.

Sementara itu, Najib mengumumkan kerajaan akan meningkatkan jumlah pelajar India di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selaras komitmennya memastikan golongan berkenaan dapat mencapai kemajuan dalam bidang pendidikan.

"Saya akan bekerjasama dengan MIC serta parti mewakili masyarakat India dalam Barisan Nasional (BN) supaya mereka dapat pembelaan sewajarnya dan saya lihat peluang pendidikan perlu ditingkatkan.

"Kita akan cari jalan supaya dapat kita tambah jumlah pelajar India di universiti kerana jumlahnya tidak seimbang berbanding jumlah masyarakat India secara keseluruhannya," katanya ketika merasmikan Karnival Kebudayaan India 1Malaysia di Kompleks Arena Sukan Antarabangsa (PISA), di sini.

Pada karnival itu, seramai 3,226 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang yang hilang kepercayaan terhadap parti mengisytiharkan keluar dari PKR di hadapan Perdana Menteri serta berikrar menyokong kepemimpinan Najib.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk Pulau Pinang mahu BN kembali tadbir

Posted: 02 Apr 2011 03:53 PM PDT

Nasional

BALIK PULAU: Selepas tiga tahun berada di bawah pentadbiran kerajaan DAP, rakyat Pulau Pinang kini mula menunjukkan sentimen untuk kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) bagi merampas kembali negeri ini.

Perkembangan baru itu dinyatakan Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan amanat kepada kira-kira 15,000 rakyat Pulau Mutiara pada majlis Rakyat Bersama Pemimpin di Kampung Permatang Pasir di sini, semalam.

"Saya tak tahu nak kata, tetapi ada angin mahukan perubahan... saya dapat rasa. Saya percaya kita (BN) boleh bangkit semula," katanya Perdana Menteri. Mengulas lanjut pada sidang media selepas itu, Najib berkata, oleh kerana perkara itu berdasarkan pandangan mata kasar, rakyat perlu menterjemahkan sentimen itu kepada sokongan dalam bentuk undi pada pilihan raya akan datang.

"Saya ingin melihat sentimen ini diterjemahkan dalam bentuk sokongan dan kesudahan dalam bentuk undi apabila sampai pilihan raya dan itulah yang mesti diusahakan jentera BN," katanya.

Mengenai kajian kerusi Dewan Undangan Negeri yang boleh dirampas semula di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang, Perdana Menteri berkata: "Kita sudah buat macam-macam, dia (pakatan pembangkang) juga buat kajian, masing-masing buat kajian."

Terdahulu, dalam ucapannya, Najib berkata, walaupun BN kalah empat negeri pada pilihan raya umum lalu, beliau meminta pemimpin dan ahli BN negeri itu terus merapatkan barisan dan bermuafakat untuk merampas kembali tampuk pemerintahan daripada pembangkang.
"Apabila kita tiada kuasa, kita jangan patah semangat... begitu kecewa melalui mimpi ngeri pada 2008. Kita mesti bangun daripada mimpi ngeri dengan semangat baru, iltizam baru bahawa jika kita sudah berjaya dalam 11 pilihan raya umum lalu, cuma satu kecundang, mengapa tidak boleh kembali untuk menyambung semula menjadi pemerintah," katanya.

Perdana Menteri turut meminta pemimpin dan ahli UMNO supaya tidak menimbulkan masalah dalam parti sehingga boleh menjejaskan perjuangan parti.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 02 Apr 2011 11:32 PM PDT

Utusan Online - Politik


Pulau Pinang bandar metropolis

Posted:

Pulau Pinang bandar metropolis

Pulau Pinang bandar metropolis

Oleh ZABRY MOHAMAD dan ABDUL MUIN SAPIDIN
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak mengadakan lawatan meninjau masalah yang dihadapi penduduk di Flat Perumahan Padang Tembak Air Itam di Pulau Pinang, semalam.


BALIK PULAU 2 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan hasrat kerajaan Pusat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar metropolis baru yang bakal mengukuhkan lagi negeri ini sebagai hab pembangunan penting negara.

Perdana Menteri berkata, satu makmal akan diwujudkan dengan kerjasama tiga badan iaitu Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) serta Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang akan membuat kajian mendalam bagi menjayakan projek tersebut.

Menurut beliau, komitmen berkenaan menunjukkan kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan Pulau Pinang yang ditadbir pembangkang.

"Kita tidak pinggirkan Pulau Pinang walaupun tidak lagi dikuasai Barisan Nasional (BN).

"Kita lihat daripada perspektif nasional bahawa Pulau Pinang merupakan kawasan strategik dan ada keunikan serta kekuatan tersendiri di sebelah utara.

"Pada masa ini, dua bandar yang mendapat status bandar metropolis adalah Johor Bahru dan Lembah Klang," katanya kepada pemberita pada majlis Jamuan Bersama Rakyat di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mengambil kesempatan dengan mengakui pembangunan yang dilaksanakan itu hasil penat lelah mereka.

Menyentuh mengenai isu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang, Najib berkata, beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri mengenai isu video itu.

Perdana Menteri berkata, meskipun isu tersebut menimbulkan pelbagai persepsi namun rakyat mahukan kebenaran.

"Saya tidak mahu komen, biarlah rakyat yang putuskan.

"Saya hanya menyatakan bahawa kita hanya mahukan kebenaran, bukan persepsi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak mustahil rampas semula P. Pinang - PM

Posted:

Tidak mustahil rampas semula P. Pinang - PM

Tidak mustahil rampas semula P. Pinang - PM

BALIK PULAU 2 April - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya hasrat Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Pulau Pinang bukan sesuatu yang mustahil kerana rakyat di negeri itu dilihat mahukan perubahan.

Sehubungan itu, menurut Perdana Menteri, semua komponen BN dari peringkat akar umbi perlu mempunyai semangat yang kental untuk berdepan apa juga cabaran kerana ia merupakan asas bagi mencapai sesuatu kejayaan.

Menurutnya, kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu tidak seharusnya mematahkan semangat jentera parti kerana ia adalah asam garam dalam politik.

"Dalam lawatan saya hari ini, nampaknya ada angin perubahan, itu saya dapat rasa.

"Walaupun kita telah kalah (pilihan raya umum lalu), kita tidak patut rasa kecewa, macam juga putaran roda kehidupan, ada masa di bawah, ada masa di atas," katanya.

Beliau berucap pada majlis Jamuan Bersama Rakyat di Kampung Permatang Pasir yang dihadiri kira-kira 20,000 orang, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan Setiausaha BN negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengingatkan jentera parti di semua peringkat supaya sentiasa bermuafakat dan mengelak sebarang perselisihan.

Pada sidang akhbar selepas itu, Najib turut menyentuh perkara sama dengan meminta angin perubahan yang dimahukan rakyat di negeri itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan.

"Sekarang ini (perubahan) di peringkat sentimen dan semasa pilihan raya nanti, sokongan ini yang perlu diterjemahkan dalam bentuk undi.

"Itu yang kita (jentera BN) perlu usahakan dari sekarang," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 02 Apr 2011 11:29 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Import telur burung Indonesia

Posted:

Import telur burung Indonesia

Import telur burung Indonesia

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com



DARI jauh, bangunan seperti kotak setinggi tiga tingkat itu begitu menarik perhatian sementelah ia dicat warna putih dan tersergam di kawasan lapang di Kulim, Kedah. Sesekali terdengar suara kicauan burung memecah kesunyian di sekitarnya.

Sebaik sahaja memasuki bangunan seluas 1,200 meter persegi itu, mata tertancap pada banyak pasangan burung walit berwarna hitam pekat yang sedang mengerjakan sesuatu.

Pasangan burung itu duduk rapat-rapat sehingga bahu berlaga bahu manakala dada mereka tersandar pada tiang kayu.

Kepala mereka yang kecil pula digerakkan ke kiri dan ke kanan seperti orang sedang bertahlil.

"Burung walit jantan dan betina itu sepakat membuat sarang sebagai persediaan untuk bertelur dan menetaskan anak.

"Bahu mereka tersandar pada kayu kerana burung walit tidak memiliki kaki yang kuat untuk menampung berat badan mereka.

Air liur

"Burung ini membuat sarang dengan mengeluarkan air liur sambil mengerakkan kepala ke kiri dan ke kanan sehingga membentuk sarang yang seakan-akan sampan," cerita Pengarah Urusan Syarikat Kumpulan Aeroswift, Hazellina Ismail, 43.

Difahamkan, pasangan burung walit akan mengambil masa selama 40 hingga 42 hari untuk menyiapkan sarang mereka.

Aeroswift menurut Hazellina merupakan sebuah syarikat bumiputera yang terlibat dalam penternakan dan pengeluaran produk burung walit secara intensif di negara ini sejak tahun 2005.


SARANG burung walit dipercayai memiliki banyak kebaikan untuk kesihatan manusia.


Wanita itu juga memberitahu, fasiliti yang perlu diadakan untuk teknologi terbaru pembiakan burung walit termasuklah penggunaan sistem inkubator untuk penetasan telur, penyediaan makanan iaitu serangga kepada burung walit dan sistem bersangkar.

Ditanya kenapa beliau memilih bidang tersebut sementelah ia sering dimonopoli kaum lelaki, graduan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, beliau sememangnya wanita yang sukakan cabaran.

"Saya suka mencuba sesuatu yang baru terutama pekerjaan yang tidak ramai wanita terlibat. Lebih-lebih lagi bidang ini sering dimonopoli oleh kaum Cina.

"Disebabkan itu, saya ingin membuktikan kaum bumiputera juga mampu berjaya dalam bidang ini," katanya yang berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang burung walit.

Hazellina juga terlibat dalam bidang ini atas faktor suaminya, Khairil Sani Wong Abdullah.

"Keluarga suami memang mengusahakan perniagaan sarang burung walit sejak tiga generasi yang lalu.

"Selepas berkahwin, secara tidak langsung saya turut terlibat apatah lagi pulangannya lumayan.

"Ia merupakan perniagaan yang istimewa," katanya yang telah berkahwin selama 19 tahun dengan Khairil yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aeroswift.

Menurut Hazellina, sebelum ini perniagaan burung walit milik keluarga suaminya hanya dibuat secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, perniagaan tersebut semakin maju sehinggakan hasil sarang burung itu dieksport ke negara seperti China.

Pada tahun 2005, Hazellina dan Khairil merancang untuk menubuhkan Aeroswift iaitu syarikat yang memfokuskan hasil jualan sarang burung walit.

Anak walit

Walaupun enggan mendedahkan kos sebenar projek sarang burung tersebut, Hazellina memberitahu projek burung walit itu mempunyai fasiliti yang serba lengkap.


LEBIH 1,000 biji telur sedang menunggu giliran untuk ditetaskan.


Menyentuh keistimewaan burung walit, Hazellina memberitahu, air liur burung tersebut sangat istimewa kerana ia akan mengeras sebaik sahaja terdedah kepada udara.

"Malah, sarang yang terhasil melalui air liurnya mampu memberi pelbagai khasiat kepada manusia," katanya.

Dalam setahun, seekor burung walit betina boleh bertelur sebanyak tiga kali dengan menghasilkan dua atau tiga biji telur pada setiap kali bertelur.

"Anak burung walit yang baru menetas masih buta pada 20 hari pertama namun mereka sudah boleh makan serangga pada umur tujuh hingga sembilan hari.

"Anak burung walit hanya berukuran lebih kurang dua sentimeter dan mempunyai kulit yang begitu nipis.

"Sehinggakan kalau kita lihat mereka makan, gumpalan serangga tersebut akan kelihatan di kerongkong anak burung walit tersebut," cerita Hazellina.

Hazellina berkata, pada hari kesepuluh tompok-tompok kehitaman mula tumbuh pada kulit anak walit.

"Penjagaan anak walit sama seperti menjaga seorang bayi. Pekerja rumah burung Aeroswift di Kulim misalnya perlu mensteril terlebih dahulu makanan anak burung selain menggunakan sarung tangan semasa member makan," kata Hazellina sambil memberitahu, sehingga hujung minggu ini terdapat lebih 300 ekor anak burung walit di Aeroswift dan lebih kurang 1,000 biji telur walit sedang dalam proses pengeraman.

Ujarnya, proses pengeraman itu adalah satu proses yang berterusan dan beliau menyasarkan sebanyak 3,000 ekor burung walit akan berada di Aeroswift.

Mempunyai sarang berwarna kuning keemasan, Hazellina berkata, sarang burung daripada keluarga Aerodramus itu dipercayai mempunyai khasiat kesihatan yang tinggi.

Mengupas lebih lanjut, Hazellina berkata, burung yang berukuran 15 sm itu bersifat pembersih dan tidak akan membuang najis di dalam sarang.

Sarang

Sarang burung dikatakan lebih banyak khasiatnya jika burung tersebut sihat dan memakan serangga yang tidak tercemar. Sarang burung walit mengandungi enzim yang tinggi dan boleh meningkatkan daya tahan terhadap penyakit.


PUSAT pemeliharaan burung walit di Kulim Kedah ini menjadi peneraju konsep penternakan burung walit secara intensif di Malaysia.


"Sarang burung ini juga sangat kaya dengan asid sialik yang banyak membantu perkembangan neurologi dan daya intelek bayi.

"Zat kolagennya juga dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan selera makan serta memperbaiki saluran pencernaan.

"Selain itu, pengambilan sarang burung walit oleh wanita hamil mampu mengurangkan rasa sakit ketika bersalin, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung serta mempercepatkan proses penyembuhan selepas bersalin," ujarnya.

Sebelum ini, sarang burung walit sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Cina.

Sarang burung itu mula ditemui di Gua Niah, Sarawak pada tahun 1878 sebelum diusahakan secara besar-besaran dengan memberi keuntungan yang tinggi.

Tidak keterlaluan jika digelarkan sebagai ratu burung walit, Hazellina memberitahu, habitat sarang burung walit hanya terdapat di Asia Tenggara. Ia paling banyak ditemui di Indonesia iaitu sebanyak 60 peratus, diikuti Thailand (20 peratus) dan Malaysia hanya tujuh peratus sahaja.

"Indonesia terlebih dahulu telah memasuki industri ini sejak sekian lama dan memang kami mempunyai jaringan di sana untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

"Memang pihak pengurusan pernah menghantar wakil kami ke sana untuk meninjau perkembangan industri ini di sana," kata Hazellina lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tengok keris seperti perempuan

Posted:

Tengok keris seperti perempuan

Tengok keris seperti perempuan

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
afzan.kasiman@kosmo.com.my


KOLEKSI senjata besi milik Nazari dijaga dengan baik.


KEGHAIRAHAN Mohd. Nazari Md. Said, 53, terhadap senjata besi mungkin boleh dianggap pelik.

"Saya boleh tak tidur malam bila tengok besi yang ditempa cantik, terutamanya apabila ia dijadikan senjata.

"Sekali tengok, boleh termimpi-mimpi, mengalahkan tengok perempuan dibuatnya," jelas peminat nombor satu senjata besi ini.

Bermula dengan minat yang mendalam, Nazari nekad untuk mendalami ilmu besi.

Malah, sehingga kini, selepas lebih 20 tahun mendampingi besi, dia telah mempunyai ratusan murid yang berguru silat kebatinan iaitu silat yang boleh menguasai 'zat' daripada logam keras itu.

"Saya mempelajari ilmu besi ini daripada seorang guru silat di Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu yang dipanggil Pok Su Wei.

"Beliau boleh menaikkan keris yang diletakkan di celah rusuknya. Saya lihat sendiri keris tersebut bergerak turun naik di celah rusuknya," ujarnya sambil menunjukkan kepada Jurnal kebolehan serupa.

Besi tujuh par

Jelas Nazari, Pok Su Wei pernah memberitahunya, kalau hendak diuji sebilah keris, cara yang boleh dilakukan ialah dengan menyuruh keris tersebut turun dan naik tetapi andai kata terjadi pergaduhan, senjata tersebut boleh terbang melayang menikam musuh.

"Katanya lagi, sekiranya ada orang yang menyerang kita dengan senjata besi, senjata tersebut akan tersasar satu inci dari kulit tubuh badan kita," katanya.

Tidak hanya minat dan membeli besi yang berkenaan, Nazari juga pernah mengharungi perjalanan panjang hanya untuk mendapatkan besi tujuh par.

"Pada tahun 1986, saya mengupah seorang tukang besi di Kampung Chendering, Kuala Terengganu untuk membuat senjata adunan besi tujuh par daripada tujuh jenis besi yang diambil dari tujuh buah negeri dan disepuh dengan tujuh air sungai dan ditempa oleh tukang besi itu pada tiap-tiap tujuh kali hari Selasa.

"Semasa tukang besi menempa senjata besi tersebut saya lihat dia memegang besi panas berwarna merah seperti memegang pisang goreng yang diangkat dari kuali," cerita bapa kepada dua anak ini.

Hasil daripada adunan besi tujuh par yang ditempah itu, sebanyak 20 bilah kerambit berjaya dihasilkan namun kini hanya tinggal satu yang ada dalam simpanannya.

"Saya ambil masa dua tahun untuk kumpul besi dan ambil air sungai dari tujuh negeri," katanya yang pernah mengalami bisa akibat terkena senjata yang ditempa daripada besi tujuh par tadi.

Sebagai pengumpul senjata besi, Nazari nyaris ditipu oleh seorang dukun yang mendakwa boleh menegakkan sebilah keris yang dikatakan bernilai RM1.5juta.

"Tetapi sebenarnya dia cakap kosong. Daripada nilai jutaan ringgit, dia akhirnya tawarkan kepada saya RM2,000 saja, tetapi saya tidak berminat," katanya.

Nazari yang tidak lokek pengalaman turut menitipkan beberapa petua memilih senjata yang hendak dibeli.

"Bukan sebarang ukuran boleh digunakan kerana ada jenis ukuran yang sesuai dengan diri kita, ada juga yang tidak.

Daun kelapa

"Bagi saya, biasanya senjata diukur dengan menggunakan daun kelapa atau ibu jari," katanya

Selain itu, jelas Nazari, ada juga ukuran mengikut ukuran orang Hulu yang sebutannya seperti bunyi syair iaitu 'besi betat besi miang anak endong keciciran petang-petang baginda datang emas sekupang jatuh ke riba'.

Selain senjata yang ditempah dengan tukang besi, Nazari juga pernah berjumpa dengan orang yang memperoleh senjata daripada alam ghaib.


DENGAN bacaan beberapa kalimah al-Quran, Nazari boleh mengarahkan keris untuk turun dan naik dari tulang rusuknya.


"Senjata seperti itu biasanya mempunyai beberapa kelebihan. Pernah juga saya melihat sendiri senjata begitu.

"Menurut tuan empunya senjata itu, ada ketika senjata berkenaan hanya tinggal sarung dan hulu.

"Mata besinya didakwa telah kembali ke tempat asal. Dakwa pemiliknya lagi, ia akan kembali semula ke sarungnya beberapa ketika selepas itu," katanya.

Menurut pendapat sesetengah pihak yang memiliki senjata Melayu seperti keris, banyak kelebihan yang diperoleh oleh pemakai dan pemiliknya. Contohnya, seseorang itu boleh kebal dan ghaib.

Bagi Nazari, itu dakwaan sesetengah pemilik atau kepercayaan penyimpan keris.

"Sebagai orang Islam, kita tidak boleh bergantung kepada barang seperti itu dan menganggapnya seperti tangkal yang memiliki kuasa, dikhuatiri boleh menyebabkan syirik.

"Suatu ketika dahulu, saya pernah memiliki keris yang bercampur dengan besi kuning pemberian seorang guru.

"Senjata tersebut mempunyai beberapa kelebihan. Selalunya kalau saya hendak keluar berburu, saya akan membawanya. Saya juga telah menguji senjata yang mempunyai besi kuning tersebut.

"Antara pengalaman yang boleh dikongsi bersama, saya pernah mengikat senjata besi kuning tersebut di kaki ayam dan menembaknya dengan senapang. Ayam tersebut tidak mati," ceritanya.

Ditebak persoalan bagaimana sesuatu keris itu berkuasa, Nazari menjelaskan, ada keris yang mempunyai khadam atau dipanggil penjaga.

Katanya, cara penjagaan keris itu bersyarat dan orang dahulu menyebutnya 'keris dijaga'.

Pemiliknya perlu mengikut syarat yang telah ditetapkan seperti diperasap dan dilangirkan dengan limau dan dibaca dengan sesuatu ayat ataupun cara 'bangkitan' mahupun 'seruan' terhadap keris yang dipuja.

"Perbuatan itu yang mendatangkan 'kuasa'. Namun, perbuatan itu perlu dikaji kerana ritual tersebut boleh memesongkan akidah.

"Penjagaan keris bergantung kepada niat tuan empunya keris tersebut, sama ada sebagai koleksi ataupun mahukan kehebatan daripadanya seperti keris Taming Sari dalam cerita Hang Tuah," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terbuai dibelai pengkid

Posted:

Terbuai dibelai pengkid

Terbuai dibelai pengkid

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my



GADIS manis itu lagaknya seperti insan biasa, tiada yang istimewa atau aneh pada dirinya.

Namun, Anis, 27, pernah melalui gelora pahit dalam hidupnya setelah dikecewakan insan bernama lelaki.

Tidak terlepas daripada menjalinkan hubungan normal seperti kebanyakan pasangan lain sejak usia belasan tahun, Anis bagaimanapun mencalit garisan hitam dalam lembaran hayatnya setelah bertemu Asrul, 28, tatkala menuntut di sebuah kolej di ibu kota.

Cinta membuatkan hatinya buta. Dia hanya menurut kemahuan nafsu yang merajai diri sehingga sanggup menyerahkan segala yang dimiliki termasuk maruah dan wang ringgit.

Kata-kata manis Asrul selama ini rupa-rupanya cuma ingin mengambil kesempatan ke atas Anis yang mulus dan ada rupa.

"Asrul memang mengubah radius kehidupan saya sepenuhnya sehingga saya sanggup menyerahkan segala-galanya kepadanya," ujar Anis kepada Jurnal.

Mengimbas kenangan bersama Asrul, Anis mengandaikan cinta mereka adalah yang teragung dan sukar dicari. Anis tidak sanggup berpisah dengan Asrul walaupun sekejap.

"Ke mana saja pergi kami mesti bersama sedangkan kami belajar di fakulti yang berlainan.

"Namun, Asrul masih sempat mencari perempuan selain saya," bicaranya dalam nada sebak.

Malah, Asrul sendiri mengaku kepada Anis yang dia memang ada perempuan lain sehingga membawa ke ranjang.

Bagai halilintar membelah bumi, pada masa itu juga Anis menamatkan hubungan cinta mereka.

Songsang

"Saya bukan jenis wanita yang sanggup berkongsi kasih dengan orang lain apatah lagi jika sudah melibatkan hubungan intim.

"Kepercayaan kepada lelaki luntur sama sekali. Biarlah golongan lelaki sekadar menjadi kawan, bukan insan yang perlu saya curahkan kasih sayang," tambah Anis yang sentiasa dikelilingi lelaki termasuk lima abangnya yang telah berumah tangga.

Tanpa diduga, tatkala Anis memerlukan sokongan, Erry muncul mengutip serpihan hatinya yang retak lalu memupuk dan membelainya dengan sepenuh perasaan cinta.

Erry bukan insan biasa bagi Anis. Walaupun lagaknya seakan-akan lelaki selain pemakaiannya bak lelaki sejati, hanya Erry yang memahami jiwa Anis.

"Selepas bersama Asrul selama dua tahun akhirnya kami putus begitu sahaja.

"Pada masa yang sama, Erry muncul memberikan cintanya walaupun kami sesama jantina," getus Anis yang semakin menemui sinar hidupnya.

Bercahaya. Itu tafsiran yang diberikan kepada kehadiran Erry yang bukan bersifat mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Selain cinta dan kasih sayang, Erry sanggup berkorban demi melihat Anis bahagia dan sentiasa ceria.

"Erry menjual motosikal kesayangannya demi membayar ansuran bulanan kereta baru saya.

"Katanya, dia tidak sanggup melihat saya meredah panas terik matahari menaiki motosikal untuk ke kolej.

"Dia juga sering menemani dan menunggu saya di luar dewan kuliah," katanya yang kini menetap di sebuah negeri di utara Semenanjung.

Percaya pada prinsip hanya wanita tahu apa yang wanita lain inginkan menjadikan Anis terus hanyut bersama Erry dalam bahtera yang mereka cipta sendiri.

"Mungkin satu hari nanti cinta saya akan beralih arah apabila bertemu lelaki yang dapat menerima diri saya seadanya," singkapnya bersulam nada kekesalan.


RAMAI gadis beralih arah kepada cinta wanita pengkid kerana golongan itu dikatakan lebih romantis dan mengambil berat. - Gambar hiasan


Kisah Ain, 25 pula berbeza plot penceritaannya. Akibat tidak tahan menanggung rindu terlalu lama berpisah dengan tunangnya, Dani, yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, cinta Ain pula berubah.

"Siapa yang tidak perlukan cinta di dunia ini. Saya akui saya mahukan cinta dan perlindungan daripada seseorang yang diyakini dan selesa," bicaranya.

Selain tidak percaya pada kejujuran cinta yang berada jauh beribu kilometer, ujar Ain yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, dia sentiasa memerlukan kehangatan kasih sayang.

Jauh

"Saya putuskan hubungan dengan Dani sebab berasa terlalu lama menunggu.

"Saya serik malah yakin dia semakin melupakan saya kerana kami kian jarang berhubung selepas hampir dua tahun dia tinggal di luar negara," jelasnya.

Setelah hubungannya bersama lelaki berkecai sebelum sempat ke jenjang pelamin, Ain disunting pula oleh seorang pengkid selepas mereka berkenalan dalam sebuah laman sosial.

Nat atau Natalie, 24, yang beragama Kristian sekali pandang saling tak tumpah seperti seorang lelaki, bahkan bulu roma halus pada wajahnya sudah cukup menggetarkan sanubari Ain.

Berkalung kata-kata dan pujukan manis Nat, Ain akhirnya memutuskan untuk memilih jalan hidup yang berbeza.

"Saya bahagia bersama Nat. Dia sentiasa bersama saya dan menghargai diri saya lebih daripada Dani yang hanya gemar menabur janji kosong," luahnya yang selesa dengan kehidupan barunya bersama Nat.

Tatkala ditebak tentang penerimaan keluarga terhadap cinta barunya, Ain menyerahkan pada takdir dan waktu yang mungkin bakal membisikkan bayu keinsafan pada dirinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 02 Apr 2011 07:44 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Penulis lirik Seri Bayu meninggal dunia

Posted: 02 Apr 2011 07:10 PM PDT

Penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, meninggal dunia pada 8.15 malam tadi di Hospital Port Dickson selepas menderita sakit saraf selama enam tahun.

Menurut sahabat baik penulis lirik itu, Azmi Zahari, Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

"Beliau dimasukkan ke hospital di Port Dickson kerana semasa kejadian, Seri Bayu tinggal bersama abang angkatnya di Kampung Teluk di Port Dickson. Sebelum ini, Allahyarham dijaga oleh adik angkatnya di Serdang," kata Azmi yang juga Exco Pertubuhan Insan Prihatin kepada Bernama.

Allahyarham yang berasal dari Singapura akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, Kampung Teluk di Port Dickson, selepas waktu Zuhur.

Seri Bayu pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali dan dikurniakan lima anak dengan isteri pertama.

Beliau pernah mencipta lagu untuk Jamal Abdillah dan Anita Sarawak serta ramai lagi artis tempatan yang lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

S'wak ada balak, minyak, gas, tanah dan juga 'buaya'

Posted: 02 Apr 2011 06:56 PM PDT

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng mengibaratkan pembabitan Pakatan Rakayta pada pilihan raya ke-10 Sarawak 'pertarung terbesar abad ini'.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata pemerintahan berterusan BN sejak Sarawak mencapai kemerdekaannya pada 1963 telah membantutkan demokrasi dan menafikan rakyat daripada menikmati kemewahan daripada negeri itu yang kaya dengan sumber alam semulajadi.

anwar ceramah in permatang pauh 270311 lim guan eng"Sarawak ada balak, minyak, gas dan tanah. Malangnya, ia juga ada banyak 'buaya'," kata Lim pada satu rali di ibu pejabat DAP di Kuching, malam semalam.

Gurauan Lim mengenai buaya itu menyaksikan lebih 500 hadirin gelak besar yang dikaitkanya dengan reptilia yang membaham manusia yang terdapat di sungai-sungai di Sarawak dengan pemimpin kerajaan yang korup.

"Sebab inilah kita perlu pilih calon yang berani untuk tangkap buaya-buaya itu," kata Lim sambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirinnya.

Lim kemudian menjadikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai sasarannya dan mempersoalkan keikhlasan janjinya untuk bersara selepas pilihan raya.

Hadirin sekali lagi menjerit "Tidak!" apabila ditanya sama ada mereka mempercayai Taib. Lim kemudian mengingatkan mereka bahawa ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan juga pernah membuat janji yang sama pada 2006.

NONEKetiaka itu, Chan yang juga timbalan ketua menteri berjanji akan bersara dalam tempoh setahun dan menurut Lim sehingga saat ini tiada tanda-tanda bahawa beliau akan berbuat demikian.

"Lagipun, mereka (Taib and Chan) adalah menantu. Jika Chan tidak berundur, adakah awak fikir Taib akan berundur?" soal Lim.

Menurutnya, rakyat Sarawak tidak sepatutnya membenarkan BN terus menang pada pilihan raya 16 April ini atau tidak Taib akan menjadikannya sebagai isyarat untuk beliau terus kekal berkuasa.

"Jika awak mahu Taib pergi, awak mesti pastikan BN ditewaskan," katanya.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 02 Apr 2011 07:12 PM PDT

Utusan Online - Pahang


'Cuaca tidak menentu'

Posted:

'Cuaca tidak menentu'

'Cuaca tidak menentu'

Oleh Ali Mahmood
utusanpahang@utusan.com.my


Adnan Yaakob beramah mesra dengan mangsa banjir di Kampung Cegar Medang, Benus, Pahang, semalam.


BENTONG 2 April - Rakyat di negeri ini dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga- jaga kemungkinan menghadapi banjir ekoran cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penduduk perlu berpindah ke pusat pemindahan banjir disediakan sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

''Saya faham kebanyakan mangsa banjir enggan berpindah kerana bimbang keselamatan rumah dan harta benda mereka terdedah kepada kecurian tetapi perlu mengutamakan keselamatan dan nyawa diri sendiri terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang ringgit kepada 230 mangsa banjir di Kampung Cegar Medang, Benus, dekat sini hari ini.

Seramai 300 keluarga di kampung terbabit dilanda banjir kilat selama lapan jam akibat hujan lebat pada 20 Mac lalu.

Adnan memberitahu, kerajaan negeri sedar bantuan disalurkan itu tidak seberapa berbanding jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung mangsa.

''Namun saya yakin ia juga sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kepada mangsa-mangsa banjir,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3 lelaki edar heroin ditahan

Posted:

3 lelaki edar heroin ditahan

3 lelaki edar heroin ditahan

BERA 2 April - Polis merampas dadah jenis heroin seberat 43.5 gram daripada tiga lelaki berusia 30-an di Felda Sebertak dekat sini kelmarin.

Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Mohd. Zahid Mohd. Noor berkata, kejayaan itu hasil intipan di sebuah rumah kosong dua tingkat yang dijadikan tempat penagihan sejak sebulan lalu di kawasan tersebut.

Menurut beliau, sebanyak 16 peket plastik berisi dadah heroin dalam bentuk serbuk dan ketulan dijumpai di ruang tamu rumah tersebut.

"Salah seorang suspek cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung namun berjaya ditangkap," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau menambah, polis turut menemui lima peket plastik lutsinar dan enam keratan tiub straw berisi serbuk dan bahan ketulan dadah jenis heroin, semasa pemeriksaan fizikal terhadap ketiga-tiga suspek.

Mohd. Zahid memberitahu, hasil ujian saringan awal kesemua suspek didapati positif dadah jenis candu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, dadah tersebut dipercayai dibawa masuk dari Pulau Pinang berdasarkan dua suspek berasal dari negeri itu manakala seorang lagi dari Felda Bukit Kepayang, dekat sini.

Ketiga-tiga suspek juga, jelas beliau mempunyai rekod lampau iaitu terlibat dalam kegiatan penagihan dadah lebih 10 tahun dan pernah ditangkap serta dihukum atas kesalahan dadah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sektor swasta disaran anjur program pendidikan

Posted:

Sektor swasta disaran anjur program pendidikan

Sektor swasta disaran anjur program pendidikan

RAUB 2 April - Sumbangan pelbagai pihak termasuk sektor swasta diperlukan bagi meningkatkan kualiti pendidikan sekali gus melahirkan pelajar cemerlang akademik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Raub, Haris Fadzillah Abu Samah berkata, kerjasama itu bagi meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah menengah terutama mereka yang bakal menduduki peperiksaan utama.

''Kita akan cuba membantu supaya mereka mampu mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan seterusnya berjaya dalam kehidupan," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas melancarkan Jom Masuk U dan penyerahan Portal Tuisyen Skor A di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Hadir sama i Pengarah Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd., Datuk Azinuddin Rahim selaku penaja program tersebut.

Haris Fadzillah berkata, langkah melibatkan pihak swasta itu juga sebagai strategi untuk menaikkan nama daerah Raub agar terkenal melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam akademik.

Tambah beliau, pihak swasta juga seharusnya menjadikan aktiviti menaja program pendidikan sebagai salah satu tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat pada setiap tahun.

''Seterusnya gandingan semua pihak dapat memastikan matlamat untuk melahirkan pelajar cemerlang mencapai sasaran,'' ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 02 Apr 2011 03:11 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Bantu Najib kembalikan imbangan

Posted:

Bantu Najib kembalikan imbangan

Bantu Najib kembalikan imbangan

Oleh Baharom Mahusin

HARI ini genap dua tahun Datuk Seri Najib Tun Razak mengemudi pentadbiran negara. Tempoh dua tahun adalah suatu jangka masa yang amat singkat. Baru 730 hari beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Terlalu pantas masa berlalu sedangkan cabaran yang mendatang begitu hebat.

Sebagai suatu perbandingan, Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira lima tahun untuk disiapkan antara tahun 1992 dan 1997. Keseluruhannya, 1,825 hari diperlukan untuk membina sebuah bangunan yang ketika ia siap merupakan bangunan yang tertinggi di dunia.

Najib mengambil alih pentadbiran negara ketika politik Malaysia kucar- kacir ekoran pentadbiran yang lemah dan persepsi negatif rakyat pada era kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sungguhpun telah dilatih berpolitik dan mentadbir sejak tahun 1976, iaitu sejak beliau berusia 23 tahun lagi, namun apabila beliau mengambil alih pentadbiran sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, Najib mewarisi satu situasi politik yang tidak pernah kita saksikan di Malaysia sejak negara merdeka.

Dalam buku autobiografi Tun Dr. Mahathir Mohamad, A Doctor In The House, bekas perdana menteri itu menyifatkan situasi politik negara ketika ini umpama quagmire, iaitu istilah lama bahasa Inggeris untuk lumpur jerlus. Berpolitik di atas lumpur jerlus, menurutnya, amat berbahaya.

"Apa yang jelas ialah kita memerlukan pemimpin yang kuat untuk memandu kita keluar daripada lumpur jerlus ini, dan melainkan langkah-langkah radikal diambil, Barisan Nasional tidak akan selamat pada pilihan raya umum akan datang," tulis Dr. Mahathir.

Berdasarkan pandangan itu, Najib tidak mempunyai pilihan lain. Untuk menyelamatkan negara daripada lumpur jerlus politik yang menjadi analogi Dr. Mahathir, beliau perlu menjadi pemimpin yang kuat. Najib perlu diberi dokongan untuk mengembalikan imbangan politik tanah air.

Bukan itu sahaja, beliau kena disokong oleh jentera parti dan kerajaan yang kukuh. Rakyat daripada pelbagai golongan, kaum dan agama wajar memahami situasi Najib ini, kerana sehingga imbangan politik tersebut kembali, kita harus sedar bahawa kita semua berdiri di atas platform yang rapuh.

Dua tahun telah berlalu sejak beliau berkuasa sebagai Perdana Menteri. Dalam tempoh itu, Najib memperkenalkan dasar-dasar baharu, menjaga dan melonjakkan ekonomi, mempertahankan serta melindungi kebajikan rakyat.

Begitu banyak program baharu kerajaan diperkenalkan daripada slogan 1Malaysia, projek-projek Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKRA) dan langkah-langkah progresif ke arah menjayakan Program Transformasi Ekonomi.

Transformasi

Najib telah pun melaporkan sebahagian daripada kejayaan yang dicapai. Pada Januari lalu, selepas tiga bulan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi sejak 25 Oktober 2010, sebanyak 19 projek dan pembangunan diperkenalkan daripada projek-projek NKRA. Projek-projek itu merangkumi pelaburan berjumlah RM67 bilion, menambah RM36 bilion kepada pendapatan kasar negara dan mencipta 35,000 peluang pekerjaan.

Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam bidang ekonomi dan bukan ekonomi ditetapkan dan menjadi sasaran yang perlu dicapai oleh menteri-menteri dan jentera kerajaan di bawah Najib.

Yang ketara daripada penekanan tersebut adalah kemunculan iklim pelaburan yang amat memberangsangkan, dengan Bursa Malaysia – yang menjadi salah satu petunjuk ekonomi – mencapai paras tertinggi baru melebihi 1,555 mata dengan nilai pasaran modal kira-kira RM700 bilion.

Najib yang berusia 57 tahun, dengan latar belakangnya sebagai anak bekas perdana menteri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, mengotakan janji-janji khususnya untuk rakyat di bandar dan juga pedalaman. Satu projek ekonomi penting yang akan dilaksanakannya untuk berjuta-juta rakyat ialah projek Aliran Transit Mass (MRT) Lembah Klang yang menelan pelaburan RM36 bilion dan bakal mencipta 130,000 pekerjaan pada kemuncak pelaksanaan projek itu nanti.

Projek-projek infrastruktur seumpama itu, seperti yang diperlihatkan pada tahun-tahun 1990-an, amat besar impaknya kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Najib, dengan latar belakang pendidikan ekonomi yang diperoleh di universiti di England, mempunyai kefahaman yang jelas tentang apa yang ingin dicapainya dalam bidang ekonomi.

Membawa rakyat bersama-sama dalam agenda ekonomi menjadi prioriti kerajaan, manakala dari sudut politik beliau berusaha untuk menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus menjadi sebuah negara yang tidak habis-habis berhadapan dengan pertarungan politik yang sia-sia.

Dalam proses itu, beliau berjanji berlaku adil kepada semua kaum, iaitu kata-kata yang terpahat dalam ucapan penerimaan jawatan Perdana Menteri dua tahun lalu. Bagi Najib, semua rakyat, sama ada anak muda Iban di Ulu Kapit, Sarawak atau warga emas berketurunan Siam di Tumpat, Kelantan, "tidak ada sesiapa merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional."

Dua tahun bersama rakyat, Najib mula memperoleh rentak dan jalan keluar daripada kemelut politik yang diwarisinya. Rakyat, terutamanya orang muda, semakin ramai merasakan Najib seorang Perdana Menteri yang bekerja keras, terbuka, ramah, prihatin dan fokus dalam kepimpinannya. Mereka mula memahami muslihat politik musuh-musuhnya. Kepada sesetengah pihak, musuh politik itu juga kini sudah menjadi musuh negara.

Akaun Facebook beliau, misalnya, kini telah mencecah lebih 600,000 orang teman Facebook, jauh meninggalkan akaun Facebook selebriti hiburan seperti Fara Fauzana, malahan seorang pemimpin pembangkang menghadapi masalah untuk menyaingi populariti Najib dalam Facebook ekoran pemberontakan para peminatnya setelah terbongkar satu skandal seks.

Najib sedikit demi sedikit telah berjaya menambah jumlah sahabat dan mengurangkan bilangan musuh – satu gerakan yang menjadi prasyarat kejayaan mana-mana pemimpin dalam apa sahaja sistem politik.

Satu pungutan pendapat dalam kalangan rakyat Malaysia yang dijalankan pada Disember lalu menunjukkan lebih dua per tiga responden kajian tersebut berpuas hati dengan kepimpinan Najib dan merasakan Malaysia sedang menghala ke arah yang betul.

Responden Melayu dan India semakin bertambah keyakinan mereka kepada Perdana Menteri dan menyokong balik Barisan Nasional selepas mereka memberikan mesej politik yang pahit kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008 sewaktu komponen parti pelbagai kaum itu dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, berdasarkan kajian tersebut dan pola mengundi para pengundi Cina dalam beberapa pilihan raya kecil yang diadakan dalam tempoh 24 bulan lalu, para pengundi Cina belum sepenuhnya tenteram perasaan mereka.

Sebahagian daripada sentimen itu merupakan reaksi semula jadi terhadap kegagalan parti-parti Cina dalam Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan. MCA dan Gerakan masih belum dapat menangkap imaginasi politik masyarakat Cina yang diwakili oleh parti-parti itu.

Paling rumit

Membawa kembali pengundi Cina ke pangkuan kerajaan mungkin menjadi masalah paling rumit Najib setakat ini ketika beberapa saingan politik lain dalam dunia siber, perang persepsi, perdebatan ekonomi dan kos sara hidup, serta usaha menampan kesan ekonomi global ke atas Malaysia telah berjaya ditangani dengan baik.

Dalam satu interviu dengan media asing beberapa hari lalu, Najib memberi isyarat bahawa beliau menanti keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini sebelum menentukan bilakah akan mengadakan pilihan raya umum.

Sebenarnya Perdana Menteri mempunyai tempoh sehingga 27 April 2013 sebelum mandat Dewan Rakyat sekarang, yang diperoleh pada Mac 2008, berakhir. Di atas kertas beliau mempunyai masa selama dua tahun satu bulan lagi sebelum membubarkan Dewan Rakyat.

Isunya: Sanggupkah Najib menunggu selama itu? Persoalan lain: Sabarkah rakyat menanti sehingga 27 April 2013 untuk membantu Najib mengembalikan imbangan kuasa yang retak pada Mac 2008?

Sejak menjadi Perdana Menteri dua tahun lalu, Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Pekan itu dalam diam dan secara terbuka telah pun menyediakan Barisan Nasional untuk menghadapi pilihan raya umum.

Bukan rahsia lagi bahawa prestasi lebih baik Barisan Nasional yang menang dengan majoriti lebih besar dalam lima pilihan raya kecil di Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau sejak November 2010 ada kaitan dengan persediaan rapi dan efisiensi kerajaan pimpinannya bagi menghadapi saat-saat penentuan politik itu.

Dalam pilihan raya negeri di Sarawak dan pilihan raya umum akan datang, rakyat harus membantu Najib. Mengembalikan imbangan politik Malaysia amat mustahak untuk percaturan Najib seterusnya dalam usaha mengangkat Malaysia menjadi negara maju dalam acuan sendiri menjelang 2020.

Tahun keramat 2020 itu dirintis ideanya oleh Dr. Mahathir, tokoh yang menganggap bapa Najib, Allahyarham Tun Razak, sebagai "mentor dan pelindungnya". Status negara maju dalam Wawasan 2020 itu menjadi impian yang dikongsi oleh Najib, Dr. Mahathir dan kita semua.

Dengan sokongan rakyat serta rating tinggi dalam ekonomi, dalam beberapa minggu dan bulan mendatang, bermula daripada pilihan raya negeri Sarawak, para pengundi di Malaysia bakal menggunakan tanggungjawab mereka dalam menentukan hala tuju negara.

Dalam satu ucapan, Najib menegaskan pendekatan politiknya: "Kita memberi tumpuan penuh kepada aspek keberhasilan dan dengan mencapainya, saya berharap dapat merangsang majoriti rakyat Malaysia yang yakin kepada kita dan mempengaruhi kumpulan minoriti yang berfikiran negatif untuk menyokong kita. Akhirnya, ini merupakan agenda transformasi negara yang kita mesti bawa semua orang bersama, dalam semangat sebenar 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan."

Itulah Najib, Perdana Menteri yang sewaktu dilantik pada 3 April 2009 lalu dengan penuh rendah diri mengajak kita semua bersama-samanya menempuh satu perjalanan bernegara yang hebat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar adalah pelakon terbaik

Posted:

Anwar adalah pelakon terbaik

Anwar adalah pelakon terbaik

BUAT pertama kalinya Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), DATUK S. NALLAKARUPPAN bersetuju ditemu bual. Itu pun selepas muak dan mual menonton lagak Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjuk perutnya pada sidang akhbar menafikan beliau individu dalam video seks yang didedahkan baru-baru ini.

Terlalu banyak yang diketahui Nallakaruppan tentang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Bagi beliau, adegan-adegan yang disaksi dengan matanya sendiri bukan cerita bohong dan juga bukan konspirasi. Beliau hairan mengapa masih ramai yang tegar mempercayai Anwar tidak bersalah sedangkan keengganan Ketua Pembangkang itu menyerahkan sampel DNA-nya sudah cukup untuk membuktikan sebaliknya.

Sepanjang tiga jam ditemu bual, beliau sering dilihat berfikir dan merenung pengalamannya semasa menjadi rakan baik Anwar. Ditanya mengapa terlalu lama mengambil masa untuk meninggalkan Anwar, katanya, selepas bebas daripada dipenjara setahun, beliau menyangka 'sahabatnya' sudah berubah. Namun Anwar tidak berubah. Ikuti wawancara Nallakaruppan bersama wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK dan HAFIZAHRIL HAMID.

MINGGUAN: Macam mana Datuk mula mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim?

NALLAKARUPAN: Saya mengenali Anwar bila dia berada di dalam ABIM. Saya mengenali seorang rakan Datuk Kordia Singh, Dia rapat dengan bapa Anwar. Ketika itu saya lihat beliau sebagai lelaki muda yang sangat aktif. Kemudian dia menceburi politik dan menjadi timbalan menteri di Kementerian Belia dan Sukan. Datuk Seri S. Samy Vellu banyak kali memberitahu bahawa Anwar meminta saya berjumpa dengannya. Saya beberapa kali menolak namun pada satu hari selepas mesyuarat Kabinet Samy Vellu telefon dan minta saya datang kerana Anwar mahu berjumpa. Hanya ketika itulah saya berjumpa dengannya. Sejak dari itu saya berjumpa di rumahnya dan kemudian menjadi semakin rapat.

Saya mula rapat sekitar tahun 1983 dan sebelum itu saya hanya berjumpa sekali sekala.

Bagaimana Datuk melihat Anwar ketika itu?

NALLAKARUPAN: Pada saya ketika itu beliau dilihat sebagai seorang yang berperangai baik. Pada awalnya tidak ada sebarang yang pelik hanya setelah beberapa lama baru beliau tunjukkan kelakuan sebenar dan saya agak terkejut dan sedih. Aktivitinya mula diketahui namun beliau tetap tidak berubah. Tiada siapa yang boleh menasihatkannya kerana beliau tidak akan mendengar. Kemudian ketika saya bersama Datuk V.K Lim atas urusan perniagaan dan mengambil alih kepentingan dalam syarikat Multi Purpose. Ketika itu saya masih bersama Magnum. Saya pernah berhasrat untuk berhenti kerana tidak tahan dengan apa yang dilakukan Anwar tetapi dihalang oleh V.K Lim. Beliau berpandangan kita berurusan perniagaan, jangan mencari pasal dengannya dan jangan berhenti. Saya tiada pilihan, di satu pihak ia berkaitan dengan kelangsungan hidup saya, di satu pihak melibatkan syarikat saya dan di satu pihak pula ia melibatkan kawan saya.

Bila Datuk mula perasan Anwar ini mempunyai perangai pelik?

NALLAKARUPAN: Perangai peliknya itu mula saya lihat ketika beliau berada di Kementerian Pelajaran. Saya tidak pernah melihat dalam hidup saya seorang lelaki yang berperangai pelik sebegitu. Anwar dan saya umur lebih kurang tapi saya tidak pernah lihat orang bernafsu seperti itu. Saya boleh katakan beliau ini mempunyai masalah split personality. Berperangai alim pada satu masa namun melakukan perbuatan buruk pada waktu lain. Saya pernah menunjukkan gambar beliau duduk bersebelahan imam di Masjid Negara. Saya secara bergurau berkata, "awak buat jahat semalam tapi esok you pergi masjid duduk sebelah imam.'' Anwar menjawab itu budak jahat (gambar) tapi ini budak baik (tunjuk dirinya). Anwar mengaku dia rascal.

Saya adalah seorang yang percaya pada Tuhan dan pada awalnya saya melihat beliau adalah seorang pemimpin untuk negara. Tapi bila sudah terlibat dalam perbuatan tidak bermoral saya tidak pernah menyangka akan ada seorang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan akan berkelakuan sedemikian. Saya mula merasa tidak kena beberapa ketika kemudian saya ditangkap. Namun kemudian saya berfikir tidak boleh membiarkan beliau begitu saja atas dasar kawan. Keadaan akan berlainan jika saya memilih untuk bersama kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir ketika itu tetapi saya tidak melakukannya. Bila sampai waktu Anwar dibebaskan saya beranggapan beliau akan berubah tetapi itu tidak berlaku. Anwar tidak pernah berubah. Pada masa itulah saya membuat keputusan untuk meninggalkannya.

Kenapa Datuk mengambil masa yang lama, lebih 20 tahun untuk meninggalkan Anwar?

NALLAKARUPAN: Saya bertindak keluar setelah berbincang dengan beberapa rakan rapat. Mereka memberitahu saya perlu lakukan (tinggalkan Anwar) untuk negara dan masyarakat dan bukan kerana hanya fikirkan tentang seorang kawan. Kata-kata ini telah diucap oleh seorang tokoh yang dikenali dan saya akur kerana mendengar ia perlu dilakukan untuk negara dan masyarakat. Pernah pada ketika beliau di dalam kerajaan sekitar tahun 1996 atau 1997, Anwar mengugut saya menyuruh polis menangkap saya jika saya meninggalkan beliau. Saya ketika itu telah bersedia untuk meninggalkan semuanya tetapi V.K Lim telefon meminta saya membatalkannya. Ia satu keadaan yang sangat sukar bagi saya. Malah ketika kisahnya terdedah kepada umum saya pernah berkata kepada Anwar bahawa apa yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir adalah betul, kenapa tidak mengaku saja.

Apakah Azizah, Azmin dan anak-anak beliau tahu siapa sebenarnya Anwar?

NALLAKARUPAN: Saya pasti Azizah dan Azmin tahu siapa beliau. Tapi mereka seperti biasa akan mengatakan semua yang berlaku adalah konspirasi. Sebenarnya tidak ada konspirasi dan saya berani mengatakan apa yang Tun Dr. Mahathir katakan adalah betul walaupun pada satu ketika saya tidak memihak kepada beliau. Kita lihat dalam kes liwat melibatkan Saiful Bukhari, perkara yang mudah seperti menyerahkan DNA pun begitu sukar untuk dilakukan. Beliau tetap mengatakan semua itu adalah konspirasi. Semasa polis menangkap saya dulu pihak polis mahu mengambil sampel DNA saya, saya tidak ada masalah, ambillah. Kenapa Anwar tidak mahu bagi sedangkan suspek adalah beliau. Saya telah ditahan di Bukit Aman hampir 50 hari. Saya masih lagi memikirkan tentang kawan ketika itu. Namun kini saya sangat menyesal kerana tidak membantu kerajaan ketika itu.

Penyokong Anwar ramai yang fanatik. Mungkin Datuk ada perkara yang tidak pernah diberitahu untuk dikongsi kepada mereka?

NALLAKARUPAN: Bagi saya apa saja yang dikatakan atau keluar dari mulutnya adalah temberang. Saya pernah berkawan rapat dengannya dan saya tahu. Bila beliau menjadi Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, dia boleh twist and talk bila-bila masa seperti sesumpah. Lidahnya sangat bercabang Dia boleh kata buah epal yang dipegangnya adalah buah oren. Begitu hebat beliau memutar belit. Rakyat pula tertipu dengan tipu helah dan putar belit yang dikatakan kerana kepetahannya berkata-kata. Itulah perangai sebenarnya. Sayangnya kepetahan dan bakat berpidatonya tidak digunakan untuk kebaikan negara. Kelakuan sebenarnya boleh menghancurkan negara.

Datuk dikenali sebagai rakan tenis Anwar, boleh ceritakan?

NALLAKARUPAN: Kami bermain tenis di sebuah tenis court berdekatan dengan Bangsar Shopping Centre dan Tivoli Villa Condominium. Tempat ini di bangunkan oleh Multi Purpose dan Bandar Raya Development untuk kami bermain tenis. Kami mempunyai seorang jurulatih dari Chicago. Namun dalam banyak hal orang mengetahui beliau menghabiskan masa bermain tenis. Selalunya saya bergerak dengan pemandu saya tetapi bila Anwar mahu menukar aktivitinya saya akan memandu. Ketika itu beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan saya pernah beritahu beliau jika apa-apa berlaku, saya akan masuk penjara.

Apa yang Datuk boleh lakukan untuk orang ramai tahu siapa sebenarnya Anwar?

NALLAKARUPAN: Bagi saya semua pihak termasuklah parti politik seperti UMNO perlu membantu usaha ini. Saya ada berceramah ketika pilihan raya dan ramai yang mahu berjumpa saya secara personal untuk tahu lebih lanjut. Banyak tempat sudah saya pergi dan nama saya sudah sangat dikenali. Namun secara personal saya katakan mereka tidak melihat apa yang berlaku. Memang orang suka mendengar ceramah yang saya sampaikan tapi saya juga perlu fikir apakah saya perlu terlalu menonjol begini. Tapi saya juga tidak mahu mengambil risiko yang agak keterlaluan.

Dalam keadaan sekarang dengan ada banyak kes melibatkan beliau di mahkamah dan pelbagai lagi nanti akan timbul pandangan apa yang dikatakan tidak betul. Kita mahu penerangan ini dilakukan secara tersusun supaya orang betul-betul faham dan sedar. Tapi saya berterus terang apa yang orang ramai tahu hanyalah 20 peratus daripada kisah keseluruhannya. Saya pernah berceramah di Permatang Pauh dan saya ada sedikit bercakap tentang aktivitinya dan yang berkaitan dengan wang judi Magnum. Kemudian beliau menyaman saya sebanyak RM50 juta. Saya sebenarnya sangat gembira beliau saman saya kerana sekurang-kurangnya di mahkamah nanti saya akan dedahkan semuanya. Saya akan mendedahkan segalanya di mahkamah nanti, apa yang dilakukan, aktiviti yang dibuat, semua akan didedah. Saya memang menanti saat itu dan tidak sabar mahu berjumpa Anwar di mahkamah.

Ambil contoh kes video seks baru-baru ini, ramai yang beranggapan itu adalah konspirasi. Kalau hendak tunggu kes mahkamah akan ambil masa Datuk?

NALLAKARUPAN: Dalam kes itu Datuk Shazryl Eskay Abdulla memang rapat dengan Anwar. Selepas pembedahan Anwar, beliau berada di Universiti Oxford di London dan Anwar juga minta saya datang ke sana katanya atas urusan perniagaan. Eskay berada di sana selama dua tiga hari. Adalah mengejutkan Anwar tetap berkelakuan sama dan saya tidak bersetuju dan saya balik. Anwar masih lagi berperangai sama dan saya tidak faham kenapa beliau masih begitu. Seolah-olah Anwar menganggap saya seperti bapa ayam. Satu lagi saya hendak nyatakan di sini adalah tidak betul bahawa Anwar tidak mengenali Eskay kerana mereka telah kenal lama. Saya kesal kerana Anwar mempunyai isteri dan anak namun beliau tidak peduli tentang semua itu. Apa yang difikirkannya adalah apa yang perlu untuk dirinya dan bukan orang lain. Anwar adalah seorang yang tidak akan berubah malah sehingga ke liang lahad sekalipun. Malah jika beliau hidup balik pun Anwar akan tetap mengulangi perbuatan yang sama.

Apa yang membuatkan Datuk benar-benar kecewa dengan Anwar?

NALLAKARUPAN: Saya kesal kerana Anwar tidak mahu berubah. Saya ingat selepas keluar penjara dia akan berubah tetapi sama saja. Beliau memang tidak akan berubah walaupun selepas dia mati nanti. Sekali lagi saya cakap kalau Anwar boleh hidup balik dia akan ulang balik perangai buruknya itu. Tapi sebenarnya apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan negara dan orang ramai seperti nasihat dari rakan dan tokoh yang saya katakan tadi. Ketika saya di dalam penjara saya pernah diugut akan digantung kerana kesalahan yang dilakukan namun saya tidak bekerjasama. Ketika itu apa yang saya lakukan kerana Anwar adalah kawan baik saya. Tapi saya silap kerana ia tidak berbaloi. Anwar sangat pandai berlakon sehinggakan ramai orang terpengaruh dengan lakonan dan penipuan beliau. Bagi saya beliau tidak akan berubah.

Memang saya silap tidak keluar lebih awal tapi apa yang saya lakukan ini adalah untuk negara kerana pemimpin datang dan pergi namun negara ini akan tetap kekal. Saya sendiri masuk penjara ketika zaman Tun Dr. Mahathir tetapi saya tidak menyalahkan beliau dan tidak pernah bercakap buruk tentangnya. Malah saya menghormati beliau dan tidak menyimpan dendam terhadapnya kerana saya tahu apa yang dilakukan beliau adalah betul. Saya cabar Anwar supaya mengheret Tun Dr. Mahathir ke mahkamah supaya saya boleh menjadi saksi pertama untuk Tun. Dr. Mahathir. Saya akan lakukan walaupun beliau pernah memenjarakan saya. Oleh itu saya melihat apa yang saya lakukan ini adalah untuk negara dan masyarakat. Saya tahu apa yang Anwar lakukan adalah salah kerana saya berada dan melihat sendiri apa yang beliau lakukan. Saya sanggup mati untuk negara jika itu yang perlu saya lakukan untuk menegakkan kebenaran yang diselindung oleh Anwar. Dan yang paling penting tidak ada orang yang boleh membeli saya kerana saya bukan orang yang murah maruahnya untuk dibeli. Saya adalah manusia yang berpegang pada prinsip tapi Anwar bukanlah orang yang tahu apa maknanya prinsip.

Berapa lama lagi Anwar akan bertahan?

NALLAKARUPAN: Bagi saya apa yang dilakukan beliau adalah sekadar berlakon. Beliau lahir di Pulau Pinang sama seperti Tan Sri P. Ramlee. Kedua-duanya pelakon tapi Anwar lebih hebat kerana berlakon di pentas sebenar. Begitu juga bagi Wan Azizah dan Azmin yang mana mereka adalah pelakon dan Anwar adalah pengarah. Kalau tidak bagaimana Wan Azizah boleh kata Anwar adalah pemimpin anugerah Tuhan. Beliau adalah pelakon terbaik dan tidak ada orang yang boleh berlakon seperti Anwar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 02 Apr 2011 01:27 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Duit kerajaan RM108b lesap

Posted:

Duit kerajaan RM108b lesap

Duit kerajaan RM108b lesap


GAMBAR barangan rampasan seperti rokok kretek dan mercun yang ditemui dalam rumah salah seorang suspek di Pahang baru-baru ini.


PUTRAJAYA – Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor' yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.

Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat.

"Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu.

"Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,'' katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Masa itu ingat nak mati sahaja’

Posted:

'Masa itu ingat nak mati sahaja'

'Masa itu ingat nak mati sahaja'


MALEK bercerita keadaannya kepada Zolkples di Hospital Pantai, Ipoh semalam.


IPOH – Tahap kesihatan bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor yang mengalami serangan jantung pada Rabu lalu kini beransur pulih.

Dia sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh (HPI) sebelum dipindahkan ke wad biasa pada pukul 3 petang semalam.

Namun Malek, 56, meminta tidak ditemubual oleh wartawan sebaliknya hanya bercerita melalui Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong yang datang melawatnya semalam.

Malek yang mengaku dia tidak tahu menghidap penyakit jantung, tidak putus-putus mengucap kalimah syahadah sepanjang perjalanan ke hospital.

"Masa itu saya ingat hendak mati sahaja dan terbayang pengalaman menunaikan ibadah umrah seminggu lalu,'' katanya kepada Zolkples.

Turut sama melawat Malek ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Datuk Mumtaz Jaafar.

Menurut Malek, ketika diserang sakit jantung, dia sempat berpaut pada palang gol dan menjerit meminta bantuan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seri Bayu meninggal dunia

Posted:

Seri Bayu meninggal dunia

Seri Bayu meninggal dunia


GAMBAR terakhir Seri Bayu yang dirakamkan pada 2 Mac lalu.


KUALA LUMPUR - Komposer dan penulis lirik, Jamaludin Sulik atau lebih dikenali sebagai Seri Bayu, 44, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, malam tadi.

Menurut anak angkat Allahyarham, Sarina Abdul Ghani, 29, Seri Bayu meninggal pada pukul 8.30 malam akibat penyakit saraf motoneuron yang dihidapinya sejak tahun 2004.

"Arwah kritikal sejak tiga hari lalu sebelum dia dimasukkan ke Hospital Port Dickson semalam (kelmarin),'' katanya ketika dihubungi semalam.

Sarina berkata, usaha mereka untuk menghubungi keluarga dan anak Seri Bayu gagal.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 02 Apr 2011 09:35 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Video seks tulen

Posted: 01 Apr 2011 12:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Isu mengenai kesahihan rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan wanita muda warga asing yang didedahkan baru-baru ini, terjawab semalam apabila polis mengesahkan ia adalah tulen dan bukan rakaman yang telah diubah suai.

Ketulenan rakaman itu disahkan pakar tempatan yang dilantik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu memastikan kesahihan video seks berkenaan kerana timbul pelbagai tanggapan orang ramai mengenainya, terutama Anwar yang mendakwa ia adalah konspirasi politik bagi menjatuhkannya.

Ketua Polis Negara, Tan Si Ismail Omar, berkata berikutan keputusan itu, siasatan kes video seks oleh pasukan penyiasat khas yang ditubuhkan PDRM kini dalam peringkat akhir sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Sebaik menerima bahan bukti iaitu pita rakaman video seks itu, polis serah kepada pakar untuk mengesahkan ketulenannya sebelum hasil laporan diterima. Laporan pakar mendapati, rakaman video seks berkenaan adalah tulen dan berikutan itu, siasatan kini sudah berada di peringkat akhir," katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL), di sini semalam.

Ketika ditanya sama ada 'pelakon' dalam video berkenaan adalah Ketua Pembangkang, Ismail enggan mengulas, sebaliknya menjelaskan tugasnya adalah memastikan kesahihan video berkenaan.

"Siapa individu dalam video berkenaan tidak penting... apa yang penting polis mengesahkan video itu tulen. Polis juga mendapat banyak pertanyaan daripada masyarakat sama ada video terbabit tulen atau sebaliknya," katanya.
Beliau juga berkata, polis sudah mengambil keterangan beberapa individu yang dikenal pasti mempunyai maklumat berhubung rakaman video berkenaan bagi melengkapkan kertas siasatan.

"Sesiapa yang polis rasa penting dan tahu berhubung rakaman video itu sudah dipanggil dan berapa ramai jumlahnya tidak perlu didedahkan. Polis percaya, pasukan penyiasat khas yang ditubuhkan sudah menjalankan siasatan menyeluruh dan profesional," katanya.

Ismail turut mengesahkan, tiga individu ditahan sebaik rakaman video berkenaan didedahkan dan dibebaskan dengan jaminan polis, tetapi enggan mendedahkan identiti mereka. Beliau juga tidak menolak kemungkinan polis menghantar rakaman video berkenaan untuk dianalisa oleh pakar luar negara.

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam reaksinya semalam mempertikaikan kenyataan Ismail dan menganggap ia sebagai cubaan mengalihkan perhatian masyarakat daripada isu sebenar selain bermotifkan politik.

Naib Presidennya, N Surendran, dalam satu kenyataan mendakwa tindakan itu adalah cubaan mengelirukan orang ramai yang bertujuan untuk merosakkan dan menjejaskan reputasi penasihat PKR itu.

Beliau berkata, kenyataan Ismail langsung tidak membuktikan Anwar individu yang dilihat dalam video itu dan Anwar dengan tegas pernah menegaskan beliau bukan individu yang terbabit dalam video berkenaan.

Dua minggu lalu, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bersama ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim mengaku mereka adalah trio yang menggelarkan diri sebagai Datuk T dan bertanggungjawab mendedahkan rakaman video dan menayangkannya kepada media, di Carcosa Seri Negara sebelum diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mizieboy

penting utk tahu aktor terlibat.ikutkan berlambak video seks kat luar sana.

liana

kecut, DSAI boleh je nak bersumpah secara live depan tv, tapi ada ke ruang atau peluang diberikan kepadanya untuk buat sedemikian,esp oleh rtm or tv3??

rofi

berani kerana benar,kenapa mesti takut.bersabar jika diuji,jangan sampai melayu terus me layu,jgn terus difitnah,perjuangan tidak didunia saja,hidup islam,hidup melayu.jgn bersengketa..kalau itu mahu jugak..kita pangil mat saleh.

zack

bila batil berada di atas yg hak..hak telah lenyap...Allah akan melenyapkan yg batil..so besedia la semue...

cok kodok

tak syak lg mmg itulah orangnya

ketulahan

rakyat malaysia pemikiran sekarang hanya berkaitan isu DSI...tak dak cerita lain ke...bosan...bosan ikutilah jejak dr mahathir berfikiran lebih jauh menjangkau usia 3 generasi.... baru dikatakan rakyat berfikiran maju...pemberita tolonglah sikit jangan jadikan isu ..berita utama perkARA seperti ni dah...

remy

karang polis bg komen lebih2 kate menjejaskn siasatan plak sume x kena ngn pembangkang ni sesuai ngn name pn..pembangkang...bangkang je la kerjanya...

NAJIB

heyyy pe sal ni pah stu2 ftnah tmbul kt DSAI ni????yg mne stu btul ni???ape pnye krjaan la gni xhbis2 ftnah org.jgn guna kuasa untuk jtuhkn org.Berjuang mengikut islam la derRRRrr.

awing69

Ya..Allah tunjukkanlah kebenaran..agar kekalutan besar yang mejatuhkan maruah ini terungkai...kesian saudara kita tu..

izaldrock

Macamana nak perjuang bangsa Melayu jika Malayu dah di kaburi wang sejak dulu...Walau bagaimana pun MELAYU TAKKAN HILANG...

bumimerdeka

Tiada siapa boleh siasat Anwar w/p salah. Kebalnya dia.Tapi anwar tak mahu k/sama, dari dulu sampai sekarang. Cukup kebal mengalahkan Agong

kamal ahmad

cadangan-lantik ejen penyiasat antarabangsa bagi menyiasat.senang citer.

dol said

video semuanya tulen..man ada tidak tulin..yang pentingnya pelakonnya tulen ke tidak...tungguuuuuuuuuu lagi satu kes lagi ke mahkamah akan menghabiskan duit DSI dan rakyat

zairizanz

Mungkin ini salah 1 cara nak mengetahui akhlak seseorang pemimpin dengan merakam video si pelaku,..hei si pulan,..jikalau kamu berasa curiga anak2 kecil kamu dijaga oleh seorang amah, adakah kamu akan menyiasat atau kamu akan mendiamkanya? sudah semestinya kamu akan pasang cctv di tempat-tempat tertentu untuk perangkap kelakuan si amah itu td,..jadi melalui cctv yang kamu rakam itu telah menayangkan kelakuan, perangai si amah dengan mendera anak2 kecil kamu, adakah kamu akan mendiamkan perangai si amah itu berterusan walaupun kamu dah tgk bukti penderaan pada cctv yang kamu sendiri memasangnya? Adakah kamu akan mendakwanya atau mendiamkannya? adakah kamu sebagai siperakam video harus didakwa setelah kamu merakamkan aksi si amah itu td? Fikir logik lah sikit...

jazz

Hoi bro... ini bukan soal Melayu fitnah Melayu la... tapi soal moral, kalau rakyat biasa di ambil tindakan takkan orang besar tidak... syabas polis siasat habis-habisan..

amiruddin

tamak,hasat dengki tlh mempengaruhi minda & hati.kalaulah betul bukan DSAI yang lain jgn dok kalut

zzzzzzzz

masalahnya sekarang ada sesetengah rakyat terfikir.macamana rakaman itu boleh terjadi???bagaimana pula di penuduh itu tahu si pelaku itu membuat tempahan hotel itu dan tahu pulak si pelaku nak buat hubungan seks??dan bagaimana pula boleh ada rakaman video di bilik hotel si pelaku??adakah semua bilik hotel mempunyai rakaman video untuk merakam setiap orang yang sewa bilik hotel???kalau macam tu sepatutnya pihak hotel juga kena bertanggungjawab dengan kejadian itu???soalnya sekarang apa dah terjadi dengan bangsa kita yang sentiasa menjatuhkan maruah seseorang hanya kerana kepentingan diri sendiri.akhirnya bangsa melayu juga yang menjadi cemuhan bangsa2 lain....sedarlah..fitnah itu lebih berat dosanya daripada membunuh...mungkin di dunia engkau selamat tapi di akhirat engkau lebih malu dari orang yang engkau cemuh itu...dan si pelaku pulak...kalau buat salah tu...mengaku sajalah kerana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga...orang lain cuma membaca,mendengar dan melihat tapi yang menanggung semua balasan nanti adalah orang yang menuduh dan dituduh..itu semua biarlah korang sendiri yang fikirkan...renung-renungkanlah sikap diri sendiri....

muzaffar

kiter semua xtaw sape yg benar sape yg salah...masing2 dengan tanggapan tersendiri, pengaruh sana sini...hmmm...jgn di akhirat nanti, kiter jugak bersama2 kena jawab dengan Allah swt....baik berkecuali...anda semua pun banyak di taburkan dengan janji2 politik jew...anda mendengar, pastu terpengaruh..bukan terlibat...peace no war

Pemerhati

Kita rakyat biasa jangan terlalu banyak buat andaian atau tuduhan. Kita tunggu keputusannya, orang di tuduh kalau di tanya memang la tak mengaku.

Jebat

3 org Datuk sepatutnya ditangkap dan bergari. Tapi boleh suka-suka buat kenyataan akhbar. Muka mereka tu memang tak tau malu. Polis patut lebih adil, masyarakat membuat penilaian.KPN cerdik ke tak cerdik?

Addiey

"Siapa individu dalam video berkenaan tidak penting... apa yang penting polis mengesahkan video itu tulen". Adoi !!! kenyataan yg tidak profesional oleh KPN. pd i yg penting siapa pelakunya..

ckg tk krg

kalau x benar, dikatakan fitnah,.. kalau benar nk kata apa?? yg buat tu, semua salah, x kira la pelaku ke perakam ke...yg rakam dah mengaku,,,hero tu bila lg???

heuzer

mcm byk psoalan yg boleh wujud dr masyarakat. Kenapa video itu baru di'panas'kan tatkala pbicaraan liwat mcm menemui jalan buntu utk dselesai. Btahun2 pbicaraan dilakukan, mula2 ttg kpimpinan ms pmecatan ppm, slepas tu kes liwat, timbul pulak kes video. Lepas ni mesti ada lagi. Cari juak org yg mrancang rakaman itu. Kes video yg dilakukan oleh yb dr BN yg lepas tak jugak masuk isu mahkamah. Pikir2 la

takde kerja lain ka! Dato T udah2 la tu, tindakan kamu semua sebenarnya mencalarkan nama PM. Kamu pergi buat kerja kamu biar polis yang siasat. Jangan mengaibkan orang kalau tak ada bukti sahih.

julai

memang kita rakyat malaysia sudah matang dan educated dalam segala hal.Tapi yang pandai berdolak-dalih tulah susah.kalau beliau bukan pelakunya, JAGAN TAKUT..MASUK MASJID JUJUNG ALQURAN dan BERSUMPAHLAH degan KEBENARAN

takde kerja lain ka! Dato T udah2 la tu, tindakan kamu semua sebenarnya mencalarkan nama PM. Kamu pergi buat kerja kamu biar polis yang siasat. Jangan mengaibkan orang kalau tak ada bukti sahih.

kepada pencacai2 anwar, terima la kenyataan..

khatijah

Kepada pelakon tulinnya maka bertaubatlah...sebelum ajal menjengah..

oMg

sebagai manusia kita kena tahu hidup ini bukan sahaja didunia malah diakhirat, setiap amanah yang dipertanggugjawabkan ada dipersoalkan kelak ...

Putera

Hoi....Melayu...Cakap tu tapis la sikit.Melayu fitnah Melayu. Bangsa Asing hanya bertepuk tangan dan kaki.Mananya slogan "PERJUANGNA BANGSA MELAYU".

kecut

Kalau betul tak buat, bersumpahlah dengan nama Allah di hadapan siaran langsung televisyen..biar berjuta rakyat tengok sebagai saksi..

azman

pihak polis belum lagi mengeluarkan kenyataan bahawa DSAI terlibat jadi kenapa PKR kelam kabut .. Kalau Benar DSAI terlibat bagaima pula reaksi mereka itu yang harus mereka jawab

anuar

Apa yang penting sekarang ialah siapa pelakunya. Kebenaran perlu ditegakkan.

aar

menurut al-mawardi dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah pihak berkuasa terikat dengan pengawalan memelihara nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta.

The Saint

kan dah tabiat manusia, yang tak baik tu lah yang mereka suka

Azmi

saya percaya masyarakat malaysia sudah matang dan educated. kita bukan nak tahu video itu tulen tetapi kita mahu tahu adakah pelakon itu tulen. Ini perkara amat peribadi, tetapi kenapa mereka yang merakamkan video ini tidak langsung dituduh bersalah dan masyarakat juga tidak percaya kepada kepakaran malaysia untuk mengesahkan ketulenan video. satu lagi persoalan adalah kenapa rakaman itu hitam putih sedangkan faedah tontonan berkualiti sepatutnya berwarna. saya fikir ini muslihat yang terancang. Jika ianya tidak terancang, sepatutnya mereka yang merakam, menyebar, menonton dan membuat ugutan kepada Anwar Ibrahim perlu ditangkap dahulu.kenapa polis dapat mengesahkan ketulenan tetapi tidak dapat mengesahkan pelakonnya. Ini persoalan yang perlu dijawab dan dipaparkan oleh media.

Osman

Siapa lelaki dalam video itu?

Nora

Bila buat lapuran,polis kena siasat dah siasat polis masih di salahkan tak tau apa yang ada diminda mereka sehiggakan kebenaran dinafikan demi taksub pada seorang pemimpin yang tak bermoral.Dunia akhir zaman yang baik dikata jahat dan yang jahat dikata baik

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tengok Baik2 Ye...

Halwa Telinga

My Blog List

Senarai Blog Saya

Selalu Baca