gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Johor

Posted: 16 Apr 2011 09:46 AM PDT

Utusan Online - Johor


40 peniaga buat laporan polis

Posted:

40 peniaga buat laporan polis

40 peniaga buat laporan polis

Oleh KAMIL MASLIH
utusanjohor@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada peniaga yang menanggung kerugian membuat laporan polis di Stadium Muar, Johor, semalam.


MUAR 15 April - Seramai 40 orang peniaga mengalami kerugian kerana ditipu selepas penganjur Karnival Jelajah Johor Amal Palestin Tsunami Jepun di Stadium Muar gagal menganjurkan program itu pada hujung minggu ini.

Utusan Malaysia difahamkan, penganjur memperdaya pelbagai pihak dengan menyatakan karnival tiga hari itu akan dirasmikan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan kutipan sumbangan akan disalurkan kepada mangsa tsunami di Jepun dan penduduk Palestin.

Kegagalan penganjur untuk mengadakan karnival tersebut disedari malam tadi selepas tidak menjelaskan sebarang bayaran bagi 50 khemah yang telah didirikan khusus untuk karnival itu.

Menurut salah seorang peserta karnival, Mohd. Glenn Abdullah, 40, dia dan rakan-rakan peniaga lain telah membuat laporan di Balai Polis Muar pada pukul 2.19 pagi tadi selepas kecewa dengan sikap penganjur yang masih terus berdolak-dalik dan menghilangkan diri.

"Rakan-rakan peniaga saya datang ke tapak karnival malam tadi untuk meletakkan barang tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian kerana khemah yang ada dibuka balik oleh syarikat khemah yang dilantik," katanya yang merupakan Pengurus Acara dari syarikat Meps Motorsports.

Mohd. Glenn yang kerugian beribu-ribu ringgit kecewa dengan kegagalan penganjur kerana pihaknya terpaksa membatalkan pelbagai acara menarik termasuk pameran sukan permotoran serta program menggapai bintang bersama angkasawan negara, walhal promosi dan hebahan telah dilakukan di seluruh Johor.

Seorang peniaga pakaian, Mohd. Nor Hamibi Saleh, 25, berkata, apa yang berlaku menyebabkan dia kerugian RM500 kerana telah membayar penuh untuk sewa tapak seperti mana ramai rakan-rakannya yang lain dari Bazar Uptown Maharani.

"Penganjur menetapkan harga sewa yang berbeza mengikut jenis tapak, bagi gerai makanan sewanya adalah RM1,000 manakala sewa gerai barang-barang seperti pakaian dan beg tangan adalah RM500," katanya yang merupakan peniaga pakaian.

Dalam pada itu, menurut seorang lagi peniaga yang sanggup datang dari Melaka, Yahya Jantan, 38, pihak penganjur juga gagal membuat persiapan lain termasuk menyediakan generator elektrik dan memperincikan aturcara majlis.

"Daripada hebahannya, ini bukan calang-calang karnival dan memang saya kecewa kerana kalau diteruskan pasti karnival ini mendapat sambutan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perkampungan Penulis Muda disertai 50 pelajar

Posted:

Perkampungan Penulis Muda disertai 50 pelajar

Perkampungan Penulis Muda disertai 50 pelajar


PELAJAR sekolah bangga bersama sijil penyertaan apabila terpilih menyertai Perkampungan Penulis Muda di Kompleks Belia dan Sukan, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 15 April - Sebanyak 50 pelajar tingkatan empat, lima dan enam dari 10 daerah menyertai Perkampungan Penulis Muda Sekolah Menengah Negeri Johor di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, di sini semalam.

Perkampungan yang diadakan selama tiga hari bermula kelmarin turut membincangkan asas penulisan cerpen, penggunaan bahasa dan laras bahasa untuk penulisan puisi.

Pegawai Perancang Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan, Rusdi Abdul Rahman berkata, sepanjang program itu para peserta akan didedahkan kepada ilmu asas penulisan karya kreatif.

Menurutnya, puisi dan cerpen yang melibatkan peringkat umur remaja akan diberi tumpuan kerana ia mampu mendedahkan para peserta dengan motivasi penulisan karya kreatif.

"Program tersebut sudah dianjurkan buat kali ke-10 sejak ia dimulakan pada 2002. Saban tahun peserta yang terlibat semakin bertambah dan ia adalah petunjuk positif bahawa penghasilan bakat-bakat penulis muda di negeri ini," katanya.

Menurut Rusdi, karya puisi dan cerpen pelajar yang terbaik sepanjang perkampungan Johor dan Melaka akan diterbitkan oleh DBP seperti mana program-program sebelum ini.

"DBP telah menerbitkan antologi Putik Hijau, Risik dan Misteri Otak Szalinsky bagi karya terbaik sepanjang perkampungan Johor dan Melaka pada 2002 dan 2003. Pada 2006 dan 2007 pula, antologi cerpen bertajuk Pengorbanan dan Jaringan Harapan (antologi puisi) diterbitkan.

"Karya terbaru perkampungan pada 2008 dan 2009 pula diterbitkan dengan tajuk Mawar: Taman Ezzflowz dan Astaka Bahasa," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 16 Apr 2011 01:39 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Ekstotika Kenyalang

Posted: 15 Apr 2011 06:00 PM PDT

Ratu

Misi generasi muda mahu tingkat pencapaian hidup, pertahan tradisi

MAHU timba ilmu, berfikiran positif dan pertingkat status gadis Sarawak - itulah suara wanita Bumi Kenyalang hari ini yang makin maju malah turut menyumbang dalam pembangunan progresif negeri ini.

Pertemuan sisipan Sabtu dengan sekumpulan gadis remaja Sarawak di Kuching, baru-baru ini jelas membuktikan kesungguhan dan keazaman mereka dalam mengubah nasib diri serta meningkatkan pencapaian wanita Sarawak. Rata-rata gadis yang ditemui mahu pergi lebih jauh dalam hidup, sekali gus mengikis tanggapan negatif kononnya gadis bumi Kenyalang masih mundur dan terperangkap dalam kepompong sendiri.

Biarpun ada antara generasi baru wanita Sarawak yang ditemui sekadar memiliki kelayakan akademik memadai, mereka tetap berfikiran positif. Gadis ini tidak mahu nasib diri terus malap sekadar menjadi 'penyeri rumah', membantu ibu bapa menguruskan rumah, menjaga adik-beradik atau berkahwin pada usia muda sekalipun realitinya, masih ada segelintir remaja di pedalaman Sarawak, dibelenggu fahaman lapuk.

Jika diikutkan pandangan kuno, anak dara tidak boleh keluar bekerja, apatah lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Justeru, dalam usia masih mentah, iaitu antara 14 dan 15 tahun, gadis sunti di pedalaman Sarawak mendirikan rumah tangga. Perkahwinan dianggap jalan pintas untuk menyelamatkan gadis sunti Sarawak daripada berdepan masalah dan cabaran hidup.

Namun, sesuai dengan pembangunan dikecapi negeri ini dan perubahan gaya hidup, gadis Sarawak hari ini mahu mengubah nasib diri tanpa sesekali mengorbankan jati diri dan budaya yang diwarisi turun-temurun.
Bagi penari di Kampung Budaya Sarawak, Florence Cindy anak Kesati, 23, dari suku Bidayuh, beliau mengakui tidak mahu menjadi sebahagian daripada gadis yang terpaksa menghabiskan masa muda dengan menumpukan perhatian kepada rumah tangga, suami dan anak.

Berkongsi cerita, Florence menjelaskan, sebaik saja tamat tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa (SMKBK), Kuching, beliau melanjutkan pelajaran peringkat sijil di Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan dalam bidang Sains Kesihatan.

Namun, tidak mahu membuang masa, Florence bekerja sebagai penyambut tetamu di Sarawak River Cruise di Kuching, selama setahun sebelum bertukar kerja di Kampung Budaya Sarawak sementelah berbakat menari.

Ternyata, keputusan yang diambil Florence suatu langkah tepat kerana seni dan budaya sudah sebati dalam hidupnya.

"Saya pilih bidang kesenian sebagai kerjaya dan tidak mahu menjadi seperti gadis seusia yang sudah berkahwin. Bekerja di Kampung Budaya Sarawak banyak manfaatnya kerana dapat meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan mengenai keunikan hidup dan budaya suku kaum di Sarawak.

"Saya bangga menjadi anak Sarawak kerana mempunyai kepelbagaian penduduk peri bumi dengan lebih 30 etnik, cukup istimewa berbanding negeri lain.

"Sebagai contoh, di Kampung Budaya Sarawak, pengunjung boleh meneroka seluruh negeri dengan berkunjung ke tujuh rumah tradisional suku kaum utama Sarawak iaitu Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu dan Cina. Malah, orang ramai juga boleh melihat secara dekat mengenai keunikan cara hidup dan budaya suku kaum itu," katanya.

Tugas Florence tidak sekadar menjadi penari kebudayaan, malah turut menjadi pegawai perhubungan kepada pengunjung di kampung berkenaan.

Pandangan Florence juga dipersetujui rakan setugas, Shafinaz Husaini, 19, yang baru lapan bulan menjadi penari Kampung Budaya Sarawak. Bagi dirinya, perkara paling menyeronokkan bekerja di pusat kebudayaan itu ialah dapat bertemu dan melihat ragam pengunjung yang datang dari seluruh dunia.

Selepas membuat persembahan kebudayaan, Shafinaz bergilir-gilir bertugas di rumah tradisional kaum Sarawak untuk memberi maklumat dan penerangan kepada pengunjung.

"Kita sudah diberi latihan dan kursus mencukupi mengenai pelbagai aspek termasuk sejarah dan latar belakang kaum peri bumi Sarawak. Ini termasuk elemen seni, budaya, kraftangan, keturunan dan kehidupannya. Kita perlu mahir dan berpengetahuan supaya pengunjung diberi penerangan betul dan jika tersilap fakta, ia tentu menjejaskan imej Sarawak.

"Pengunjung memang teruja melihat persembahan kebudayaan yang memaparkan tarian suku kaum Iban, Bidayuh, Melanau-Melayu, joget Melayu asli, Orang Ulu dan sebagainya yang diadakan dua sesi setiap hari.

"Orang ramai juga boleh mencuba tarian tradisional itu selepas persembahan berakhir," katanya sambil menambah kunjungan pelancong meningkat setiap kali tibanya Rain Forest Music Festival yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak setiap tahun.

Rakan setugas Norhidayah Materang, 24, dari Rejang, pula berkata, sejak dari zaman persekolahan, beliau sudah terdedah dalam bidang kesenian yang diasah hingga menjadi satu skil atau kemahiran diri.

Norhidayah berkata, seseorang tidak seharusnya cepat berputus asa jika tidak maju dalam pelajaran, sebaliknya mampu memenuhi kehendak pasaran pekerjaan jika memiliki kemahiran.

"Saya gunakan kemahiran dalam bidang seni ini untuk memohon pekerjaan di Kampung Budaya Sarawak. Dengan latihan dan kursus, saya dapat meningkatkan lagi keupayaan diri. Saya tidak mengambil masa panjang untuk belajar. Lenggok tangan dan badan tidaklah begitu kaku kerana sudah biasa dengan bidang ini," katanya.

Seorang lagi kakitangan Kampung Budaya Sarawak, Siti Sofia Latif, 23, yang berwajah lembut mahu menjadi insan berwawasan dan kebanggaan keluarga.

"Saya akan menimba sebanyak mungkin pengalaman bekerja selain mendalami bidang seni budaya jika ada peluang," katanya yang mula menyertai kumpulan penari itu sejak September tahun lalu.

Azam anak tani

PANTAS tangannya memetik lada hitam yang ranum di bawah terik matahari. Tekun dan tabah, Siti Indira anak Naweol, 18, dari Kampung Pichin, Serian juga ada impian untuk mengubah hidupnya.

Dalam diam, Siti Indira menyimpan cita-cita memburu kejayaan melalui kerjaya pilihan yang kelak dapat menjamin masa depannya.

Anak gadis ini yang dilahirkan dalam keluarga tani, terdedah dengan kegiatan tanaman lada hitam sejak kecil lagi. Namun, Siti Indira tidak berhasrat mewarisi pekerjaan keluarganya, sebaliknya mahu mencuba bidang lain yang lebih mencabar.

Siti Indira yang tamat persekolahan dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Serian ini, tidak mahu membuang masa sebaliknya diisi dengan membantu kedua orang tuanya mengusahakan kebun lada hitam.

"Saya memang tidak kekok buat kerja ini. Sebagai anak kampung, ia adalah aktiviti biasa dan sudah sebati dengan diri saya. Apa yang saya lihat, ramai gadis remaja seusia saya bekerja di kebun lada hitam yang dimiliki keluarga atau mengambil upah bekerja di kebun orang lain,

"Selain itu, kawan seusia saya ramai juga yang duduk di rumah membantu ibu bapa menjaga adik yang masih kecil. Namun, ada juga yang sudah keluar dari kampung ini untuk menyambung pelajaran atau bekerja.

"Ketika ini, saya menimbang untuk bekerja atau menyambung pelajaran," katanya.

Cerita Siti Indira, beliau tidak terlepas daripada memikirkan soal masa depan.

"Bagi saya, peluang melanjutkan pelajaran amat luas cuma bergantung kepada semangat dan kemahuan seseorang melakukannya," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dunia disleksia

Posted: 15 Apr 2011 05:52 PM PDT

Ratu

SHARIFAH Haneesya Syed Sahlan (tengah) dan Syed Hezreek (kanan) bersama ibu tersayang Nor Hasnida.

SHARIFAH Haneesya Syed Sahlan (tengah) dan Syed Hezreek (kanan) bersama ibu tersayang Nor Hasnida.

Anak istimewa perlu bimbingan khusus

"PERNAH saya bersedih dan sering bertanya kepada ibu, mengapa Allah buat saya begini dan mengapa saya terpaksa melalui detik sukar. Walaupun puas saya berusaha untuk berada di tahap yang sama seperti kawan lain, saya sering kali gagal," kata Sharifah Haneesya Syed Sahlan.

Kata-kata anak gadis yang cukup manis penampilannya ini pasti menyentuh hati sesiapa saja yang mendengar, apatah lagi ibu yang melahirkan. Sepanjang perbualan, tiada siapa menyangka Sharifah Haneesya, 11, sebenarnya mengalami masalah disleksia. Cuma, sekilas mata memandang ke arah lencana yang ditampal pada seragam sekolahnya menyedarkan kita masalah dialaminya. Perkataan `Pelajar Disleksia' terpampang pada lencananya.

Sharifah Haneesya Syed Sahlan, 11, bercerita masalahnya dikesan pada usia lapan tahun. Dia sentiasa bermasalah untuk membaca menyebabkannya terpaksa memberi fokus yang lebih sepanjang proses pembelajaran berbanding rakan seusia.

"Saya sukar untuk menyusun ayat kerana saya tidak mampu memikirkan apa-apa selanjutnya untuk dikaitkan dengan kenyataan yang dilakukan terdahulunya.

"Saya juga tidak suka dengan keadaan yang bingit atau mendesak kerana ia membuatkan saya rasa sesak nafas malah kadangkala trauma dengan persekitaran sedemikian," jelasnya.
Apapun keadaan yang terpaksa dilalui sebagai anak gadis, Sharifah Haneesya tidak menganggap dirinya golongan yang lemah, dia mencari dirinya dan berpegang pada minat dan bakat yang dimilikinya untuk membawa dirinya ke atas.

"Jika ditanya mengenai cita-cita saya tidak tahu, Tapi apa yang pasti saya ingin menjadi individu yang berjaya. Buat masa ini, saya minat dengan seni persembahan dan akan melakukan yang terbaik untuk pilihan itu.

"Saya juga ingin memadamkan spekulasi umum terhadap kekurangan anak-anak disleksia. Dengan usaha dan ketekunan, saya yakin kami mampu berada di tangga teratas dalam bidang yang diceburi," katanya bersemangat.

Menyokong semangat itu, ibunya menjelaskan dia juga tidak pernah berputus asa memikirkan yang terbaik berikutan hasratnya ingin melihat individu disleksia seperti puterinya itu mencapai kejayaan seiring kanak-kanak normal.

"Terimalah kekurangan mereka dan perbaiki kelemahan dimiliki. Kefahaman dan toleransi membolehkan anak-anak ini berada di tempat teratas jika peluang diberikan kepada mereka dan saya yakin begitu juga dengan puteri saya ini.

"Mereka bukan tidak bijak, cuma cara pembelajaran dan penyampaian berbeza daripada kanak-kanak normal. Paling penting, jangan sesekali memperlekehkan usaha yang mereka lakukan," luahnya.

Cabaran yang pasti berat buat Nor Hasnida Hasan, tambah pula bukan seorang malah dua anaknya berhadapan masalah serupa.

Nor Hasnida mengakui, pada awalnya agak sukar menerima kenyataan anak sulung perempuannya mengalami masalah disleksia, namun, dia melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan anaknya.

"Setiap ibu yang melahirkan mengimpikan kesempurnaan. Melihat fizikal anak sulung saya yang tidak jauh seperti kanak-kanak normal, menyulitkan lagi penerimaan berita mengenai masalah dialaminya.

"Sebelum ini, saya mengambil tindakan drastik dengan memberikan jadual padat dengan harapan dia tidak ketinggalan dalam kelasnya memandangkan keadaan dirinya yang bermasalah dalam pelajaran seperti mengeja dan membaca.

"Dia pernah dirotan dan dimarahi kerana agak lambat mengeja, apatah lagi membaca. Tiada pendekatan lain diambil melainkan paksaan dan saya lihat anak semakin tertekan," katanya.

Nor Hasnida akhirnya beralah dan berbincang dengan anak bagi mengetahui masalah yang berlaku. Pemeriksaan lanjut dengan pakar perubatan akhirnya mengesahkan anaknya itu mengalami masalah disleksia.

"Patutlah segala perancangan saya termasuk jadual belajar tidak berhasil. Mengetahui masalahnya, saya membuka hati mendekatinya dan mendalami apa yang dilalui anak.

"Saya memberikan kelonggaran untuk dirinya memilih cabang yang diminatinya, tanpa mengabaikan kepentingan pelajaran. Jadi, saya mengetengahkan sistem pembelajaran yang interaktif dan kreatif seiringan dengan pemikiran mereka. Begitu juga dengan anak kedua saya, cuma masalahnya lebih ketara berbanding kakaknya," katanya.

Hasnida yang membesarkan dua anak disleksia itu mendakwa, pada pendapatnya setiap individu istimewa yang senasib dengan permata hatinya mampu meraih kejayaan bergantung kepada kecenderungan minat mereka.

Katanya, anak-anak istimewa ini mungkin bermasalah dalam pembelajaran akademik, namun mereka juga sebenarnya memiliki bakat terpendam yang cukup memberangsangkan jika digilap dan dibimbing dengan betul. Mereka juga memerlukan sokongan, tambah pula kanak-kanak begini mudah emosi.

Sharifah Haneesya, menunjukkan minat dalam bidang seni persembahan. Hasil nyanyian dan lakonannya cukup menyentuh dan penyampaiannya acap kali diberikan pujian, malah ada juga yang menyuarakan mereka tidak percaya dia seorang disleksik.

"Mungkin ada segelintir individu tidak dapat menerima minat yang ditonjolkan anak saya kerana menganggap dirinya terlalu mentah dan seharusnya saya tidak memanjakan dirinya dengan setiap permintaan.

"Tapi mereka lupa dengan masalah yang dialami anak sulung saya itu, jika dia tidak cemerlang dalam bidang akademik, sekurang-kurangnya dia meraih kejayaan dalam bidang yang digemarinya. Sekurang-kurangnya dia memiliki sesuatu dalam kehidupannya," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin, berkata masalah disleksia bukan perkara remeh.

Disleksia bukan sesuatu yang harus digeruni namun ia bukan soal kecil. Penghidapnya mengalami kesukaran mengenal perkataan, sukar mengingati suku kata atau menggabungkan huruf sekali gus menyukarkan pembacaan.

Apabila pembacaan jadi penghalang, timbul pelbagai masalah lain misalnya pelajar sering ketinggalan menyebabkan mereka kurang minat untuk ke sekolah walaupun memiliki kecerdasan mental sama malah lebih daripada pelajar normal lain.

"Selain masalah utama penghidap disleksia iaitu dari segi pandangan dan pendengaran, beberapa petanda lain dikaitkan dengan disleksia. Misalnya, penghidap tidak sedar mereka memakai baju atau kasut terbalik, memegang pensel dengan semua jari serta tidak dapat mengingati turutan sesuatu perkara contohnya turutan hari," katanya.

Jelasnya, masalah berkenaan boleh diatasi dalam tempoh singkat iaitu seawal tiga bulan terutama di kalangan mereka yang masalah dikesan sejak kecil, seperti berusia empat tahun atau lima tahun.

Katanya, kanak-kanak istimewa ini juga mempunyai kelebihan dalam pelbagai sektor terutama seni jika diberikan pendedahan awal dan adalah penting untuk ibu bapa sendiri mengesan minat dimiliki anak mereka.

"Jika mendapati anak kita mengalami masalah disleksia, jangan pandang mudah dan membiarkan keadaan menjadi keruh. Sedari dan fahami, berbincang sangat penting dalam mendidik anak pintar ini," jelasnya.

Kempen beli sambil bantu

UMUM mengetahui, masalah disleksia mampu membantutkan tumbesaran kanak-kanak dalam mencapai kejayaan di masa hadapan jika ia dibiarkan berlarutan tanpa sebarang bimbingan.

Masalah yang dihidapi kira-kira 314,00 pelajar di Malaysia itu menyukarkan mereka untuk menjalani proses pembelajaran, termasuk membaca, mendengar dan menghitung. Kanak-kanak ini memerlukan alat bantuan mengajar khusus untuk mendidik mereka berbeza dengan mereka yang normal.

Namun, untuk menyediakan kemudahan itu memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi merangkumi keperluan tenaga pengajar yang terlatih.

Sebagai langkah awal menyuarakan keprihatinan terhadap masalah itu, Procter & Gamble (P&G) bersama kerjasama pasar raya Giant menganjurkan kempen Gift Of Learning bagi mewujudkan peluang pembelajaran untuk bantu kanak-kanak disleksia menerusi Persatuan Disleksia Malaysia (DAM).

Kempen itu mensasarkan dana sebanyak RM100,000 untuk disalurkan kepada DAM seluruh negara sekali gus menyediakan kemudahan dan alat bantuan belajar untuk anak-anak istimewa itu.

Pelancaran berlangsung hari ini di Giant Kota Damansara bermula jam 11.30 pagi dan tetamu yang hadir bakal dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh kanak-kanak DAM.

Masyarakat boleh melakukan sumbangan kepada kempen itu dengan membeli produk P&G yang tersenarai di semua rangkaian pasar raya Giant seluruh negara bermula 1 April ini hingga 19 Mei 2011.

INFO: Penghidap disleksia hebat
1. Saintis terkemuka, Albert Einstein
2. Presiden Amerika Syarikat ke-35, John F Kennedy
3. Juara tinju dunia, Mohammad Ali
4. Penyanyi dan pemuzik, John Lennon
5. Pelukis dan arkitek, Leonardo da Vinci
6. Pengarah dan pelakon, Tom Cruise
7. Pengarah filem terkenal Hollywood, Steven Spielberg


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 15 Apr 2011 07:27 PM PDT

Harian Metro: Hati


Fabrik tenun amat istimewa

Posted: 15 Apr 2011 10:27 AM PDT

PEREKA fesyen terkemuka, Coco Chanel pernah berkata, untuk menjadi seorang yang luar biasa dan tidak mudah ditukar ganti, seseorang itu harus sentiasa tampil berbeza.

Kata-kata berkenaan menjadi azimat pereka tempatan, Khoon Hooi, dalam menghasilkan koleksi istimewa yang juga rekaan terbarunya tahun ini.

Ditampilkan khas sempena musim bunga dan panas yang baru tiba, koleksi itu secara dasarnya diilhamkan oleh elemen 'menyepikan diri' yang cukup misteri.

Berbeza dengan koleksi sebelumnya, himpunan Hooi kali ini menggunakan fabrik ikat yang sememangnya sinonim dengan masyarakat Iban di Sarawak.


Menurut Hooi, fabrik tenun berkenaan amat istimewa kerana ia menggunakan teknik pembuatan tradisional yang seakan sama dengan proses pelunturan.


Seiring dengan peredaran zaman, fabrik ikat turut mengalami pembaharuan namun ia tidak tersasar jauh daripada elemen tradisi yang menjadi tunjang keistimewaannya selama ini.

"Koleksi ini amat istimewa di hati kerana untuk menyiapkannya, saya mengambil banyak masa dan berdepan dengan cabaran untuk menggunakan pelbagai fabrik ikat bercorak pada ton berbeza.

"Saya tidak mahu koleksi ini tampak terlalu sarat dan menjejaskan keseluruhan
rekaan. Untuk itu, saya tampilkan corak yang ringkas tetapi masih elegan dan moden, dua elemen utama yang digemari wanita hari ini.

"Saya perlu berani untuk menampilkan kepelbagaian dalam rekaan dan koleksi ini salah satu daripada kepelbagaian itu," katanya.

Elemen misteri wanita yang menyepikan diri berjaya diterjemahkan Hooi kepada himpunan rekaan yang cukup bergaya.

Antara yang mencuri perhatian ialah skirt kembang pendek yang dipadankan dengan baju rekaan cerut di pinggang. Fesyen kasual ini memang jelas berbeza kerana skirt dan baju berkenaan menyerlahkan gaya etnik yang unik.

Selain itu, padanan legging pelbagai corak yang dipadankan dengan baju labuh tanpa lengan atau baju tanpa lengan juga tidak kurang menarik untuk digayakan.

Fesyen ini jelas ada kelainan tersendiri dan apa yang pasti, ia praktikal untuk wanita

di negara ini. Rekaan gaun koktel tiga warna daripada Hooi kali ini juga tidak menghampakan.

Rekaan bersilang yang ditampilkan tidak kurang menarik untuk digayakan lebih-lebih lagi ia menggunakan rona pastel yang menawan.

Gaun labuh rona oren muda serta skirt berlisu juga sepatutnya ada dalam koleksi setiap wanita. Meskipun polos, gaun berkenaan masih tampak bergaya dengan sepatu yang bersesuaian.

Koleksi musim bunga dan panas 2011 itu boleh didapati di Galeri Star Hill, Maizen dan Parkson, Pavilion.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Stail jalanan glamor

Posted: 15 Apr 2011 10:14 AM PDT

RENTAK nomad bohemian yang bebas mengeksperimentasikan gaya terus dipersembahkan dalam aliran fesyen musim ini. Berteraskan inspirasi itu jugalah Juicy Couture kini hadir dengan koleksi musim bunga Juicy Couture Resort 2011 yang kebanyakan rekaannya mengimbau semula kemeriahan fesyen era 1970-an.

Gaun maksi pelbagai rona serta gaun pendek mozek batik menjadi beberapa elemen utama dalam koleksi ini, di samping masih mengekalkan tanda pengenalan jenama dari Los Angeles ini dengan hiasan ropol pada setiap helaiannya.

Bak kata Pengurus Pemasaran Juicy Couture Malaysia, Joanne Ngoh, koleksi musim ini cuba membawa wanita tampil lebih feminin tapi dalam masa sama selesa serta sesuai dipadankan untuk apa jua gaya.

"Selama ini Juicy Couture dikenali dengan koleksi jumper, baju sejuk, seluar trek dan beberapa aksesori kasual mewah seperti rantai, gelang dan beg tangan menarik.


"Menerusi koleksi ini, Juicy Couture mula beralih kepada stail jalanan dan fesyen yang lebih elegan serta moden tapi masih mengekalkan ciri-ciri glamor yang menjadi tunjang jenama ini," katanya.


Aspek keselesaan turut diberi perhatian dan koleksi ini banyak menggunakan fabrik ringan seperti kapas dan jersi yang menarik dipadu padan bersama legging serta jaket.

"Himpunan kali ini bermula daripada helaian kasual - dengan gaun maksi, jumper, kemeja-T pendek dan skirt - kepada rekaan formal seperti gaun pendek hitam, blaus flora serta jaket berstruktur.

"Selain itu, ia tampak lebih menarik dengan padanan aksesori ikon Juicy Couture iaitu gelang dan beg tangan," tambah Joanne.

Koleksi musim bunga ini mula menerjah pasaran tempatan sejak akhir bulan lalu, seiring dengan pembukaan butik keduanya di The Gardens.

Menariknya, Juicy Couture tidak terhad kepada busana luaran kerana ia turut menghidangkan koleksi pakaian dalam, renang dan sukan dalam pelbagai rekaan penuh glamor.

Tidak ketinggalan rekaan ceria dan moden bagi bayi berusia antara dua hingga 24 bulan serta kanak-kanak antara enam ke 12 tahun yang biasanya didatangkan dalam satu set lengkap termasuk beg dan kasut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 15 Apr 2011 01:13 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Derita hilang lima anak

Posted:

Derita hilang lima anak

Derita hilang lima anak


GAMBAR 2005... Siti Zulaikha pastinya belum mengerti penderitaan kehilangan lima adik-beradiknya seperti dirasai ibu, Jamilah Majid dan bapanya, Zulkifli Mohd. Noor. Ini kerana ketika tragedi 2004, dia berusia setahun dan kini baru berumur lapan tahun.


SAYA minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kasihanilah isteri saya.

"Kami tak mahu lagi kenang peristiwa tsunami itu. Tolonglah faham, jangan datang ke rumah kami," pinta suara garau milik Zulkifli Mohd. Noor, 49, ketika dihubungi sebelum talian telefon kemudian terputus.

Mendengar kata-kata itu, kami ditemani wartawan S2 dari cawangan Pulau Pinang, Rokiah Abdullah, berasa amat kecewa. Jauh di sudut hati, kami tetap menyimpan harapan menggunung untuk bertemu dengannya.

Zulkifli, bapa tabah yang bekerja sebagai pemandu bas kilang dan menetap di Pondok Upeh, Balik Pulau, kira-kira 40 kilometer dari pusat bandar Geogetown.

Beliau adalah suami kepada Jamilah Majid, 46, yang sama-sama berkongsi perasaan sedih kematian lima anak dalam kejadian menyayat hati dalam tragedi tsunami pada 26 Disember 2004.

Kami kemudian mengambil keputusan untuk singgah dahulu di Tanjong Bungah, satu lagi kawasan yang pernah dilanda tsunami pada tarikh itu.

Setelah menemui beberapa mangsa di situ dan mendapatkan gambaran lebih jelas tentang kejadian tujuh tahun lalu, kami nekad ke rumah Zulkifli lewat petang itu. Sepanjang perjalanan, pelbagai andaian timbul.

Nasib menyebelahi kami apabila melihat lelaki itu sedang duduk bersama seorang rakannya di hadapan rumah.

Zulkifli yang agak terkejut dengan kehadiran kami, segera mengajak kami beredar untuk berbual tidak jauh dari rumahnya.

"Minta maaflah sebab tak jemput masuk ke dalam rumah. Saya tak sampai hati tengok isteri saya. Sampai sekarang, dia masih trauma, emosinya terganggu kalau cuba tanya kisah lalu.

"Tsunami yang berlaku di Jepun baru-baru ini pun, sedikit sebanyak menyebabkan fikirannya tidak menentu," katanya.

Kami cuba berkongsi perasaan Jamilah. Kami faham kesukaran dihadapi Zulkifli. Bayangkan, anak-anak yang dijaga penuh kasih sayang, daripada tapak kaki hanya sebesar dua jari, tiba-tiba lenyap dalam sekelip mata!

Bukan seorang tetapi lima orang sekali gus! Hakikatnya, hanya Tuhan yang mengetahui betapa beratnya penderitaan yang ditanggung mereka berdua.

"Bukan tak nak terima takdir. Kami pasrah. Kami tahu Tuhan lebih sayangkan mereka (dalam nada sebak). Tapi kenangan bersama anak-anak, itu yang tak sanggup nak diingatkan lagi," ujarnya perlahan.

Menurut Zulkifli, sebelum kehadiran ombak besar, dia sekeluarga termasuk ibu dan anak saudaranya, Erdawati Shamimi, 23, yang hamil enam bulan, berkelah di Pantai Pasir Panjang. Mereka baru selesai makan tengah hari.

"Kami selalu berkelah. Saya gantung buaian untuk anak yang paling kecil di bawah pokok," katanya cuba mengenang kembali peristiwa menyayat hati tersebut.

Dalam masa yang sama, air laut tiba-tiba surut jauh ke tengah dan banyak ikan terdampar di daratan - fenomena alam yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya.

Ketika anak-anak sibuk mengutip pelbagai jenis ikan, datang ombak besar lalu menghanyutkan mereka di pantai. Dalam kelam-kabut, Zulkifli dan Jamilah terselamat kerana sempat berpaut pada pokok dan batu-batu.

Malangnya, lima anaknya terkorban. Mereka ialah Siti Nurain yang berusia 17 tahun ketika itu; Mohd. Shukri, 12; Siti Nur Shuhada, 10; Nur Atikah, 9, dan Siti Nur Suraya, 5. Turut terkorban, Erdawati. Dua yang terselamat ialah Siti Fairuz, 16, dan Siti Zulaikha, yang berusia setahun pada tarikh kejadian.

Kesemua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Empat, Pulau Pinang.

Berbulan-bulan lamanya Zulkifli tidak keluar bekerja. Dia sugul dan kesal kerana tidak mampu menyelamatkan kelima-lima anak mereka yang dilihat tenggelam timbul akibat dipukul ombak.

Setiap detik terbayang peristiwa itu. Suara anak-anak menjerit meminta tolong terngiang-ngiang di telinga tanpa henti. Penderitaan yang tidak dapat ditanggung ialah setiap kali tiba sesi persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri.

"Semasa itulah riuh rendah rumah. Masing-masing nak baju baru dan kasut baru. Saya pula, awal-awal lagi bersedia, bekerja kuat untuk menyiapkan keperluan anak," katanya cuba tersenyum.

Sehinggalah suatu hari sebaik bangun tidur, dia bertanya pada diri sendiri: "Sampai bila harus jadi begini?"

Sejak itu, dia berusaha kembali kepada kehidupan biasa - mula bekerja dan berkebun setiap kali mempunyai masa lapang.

Pun begitu, Zulkifli mengakui sehingga kini, tidur malamnya masih bermimpikan anak-anaknya itu terutama Mohd. Shukri, satu-satunya anak lelaki yang dimiliki sebelum ini.

Dia tidak sanggup melihat laut apatah lagi berkelah sebagaimana rutin yang dilakukan dulu.

"Mana boleh lupa, mereka anak-anak saya. Penghibur kami suami isteri. Setiap hari melihat mereka membesar, bermain dan bergurau bersama," katanya.

Sehingga kini, baju sekolah mereka yang dibeli sementara menunggu sesi baru persekolahan waktu itu, masih lagi disimpan dengan baik di dalam almari.

"Apabila melihat baju-baju mereka, hati jadi terlalu pilu. Fikiran akan melayang teringatkan mereka," katanya lagi.

Sekian lama juga rumah terasa kosong. Tiada siapa berani menyentuh kisah lalu. Masing-masing memendam luka yang parah.

Van yang sering digunakan untuk pergi berkelah pula telah lama dijual kerana Jamilah tidak sanggup melihat sebarang kenangan yang ada kaitan dengan kehilangan anak-anak mereka.

"Kami jarang berbincang tentang anak-anak yang telah pergi meninggalkan kami, tentang pengalaman tsunami atau apa sahaja yang berkaitan dengan peristiwa sedih tersebut. Kalau rindu, kami selalunya akan melihat gambar mereka tanpa berkata apa-apa," jelas Zulkifli.

Kini, Siti Fairuz telah berusia 23 tahun. Adiknya, Siti Zulaikha pula berada di tahun dua sekolah rendah.

Di sebalik apa yang berlaku, Zulkifli yakin, Allah sentiasa mendengar rintihannya. Selepas kehilangan Mohd. Shukri, pasangan itu dikurniakan seorang lagi anak lelaki.

"Kami namakan dia Mohd. Zikri. Nama ini dekat-dekat dengan Mohd. Shukri. Dia sekarang dah berusia lima tahun," katanya mengakhiri perbualan, dengan sekali lagi memohon maaf kerana tidak dapat merakamkan gambar terbaru anaknya itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jodoh selepas 'berbalah'

Posted:

Jodoh selepas 'berbalah'

Jodoh selepas 'berbalah'

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my


MOHD. Saiful Nizam Ismail dan Khairul Noormaidah Zali serasi dalam setiap aktiviti sama ada ketika di dapur atau menghias halaman rumah.


HAMPIR 11 bulan mereka membina mahligai bahagia dan melayari bahtera sebagai suami isteri. Ternyata kehidupan itu berbeza berbanding hari-hari yang pernah dilalui sebelum ini.

Detik baru dalam kehidupan pasangan selebriti ini bermula apabila mereka dinikahkan pada 4 Jun tahun lalu di rumah keluarga pengantin perempuan di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Tidak keterlaluan jika dinyatakan pasangan yang sama padan ini dilihat begitu serasi antara satu sama lain ketika ditemui di Rawang, baru-baru ini.

Menyingkap kisah cinta antara mereka ternyata ia merupakan satu rentetan yang menarik untuk dikongsi bersama.

Bagi Wartawan Eksekutif Penyiaran dan penyampai berita Buletin Utama TV3, Mohd. Saiful Nizam Ismail, 28, dan pasangannya, juara rancangan realiti Gadis Melayu pertama, Khairul Noormaidah Zali, 26, mereka sendiri tidak menyangka akhirnya akan disatukan sebagai suami isteri.

Ini kerana menurut Mohd. Saiful atau lebih mesra disapa Saiful, dia terpaut dengan Khairul Noormaidah atau lebih dikenali sebagai Aida bukanlah kerana sifat lemah lembutnya mahupun sopan perilakunya tetapi segala-galanya bermula akibat salah faham.

Ulas anak kelahiran Changlun, Kedah, ini lagi, salah faham yang dimaksudkan adalah berkaitan sebuah hadis yang pernah dibaca oleh Aida yang dirasakannya salah pada pendengarannya ketika itu.

''Waktu itu saya menonton program Wanita Hari ini (WHI) dan terdengar hadis yang dibaca oleh Aida dan pada pendengaran saya ia salah dan kebetulan pula hadis tersebut juga merupakan hadis kegemaran saya.

''Tanpa membuang masa saya terus menghubungi salah seorang rakan saya untuk mendapatkan nombor telefon Aida dengan niat untuk menegurnya.

''Tapi siapa sangka, bermula dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang hanya dibalas 'terima kasih' seterusnya menghubunginya (Aida), akhirnya hubungan kami berakhir di jenjang pelamin,'' ujarnya sambil tersenyum.

Bercerita mengenai keistimewaan yang ada pada Saiful sehingga berjaya 'mencuit' hati gadis kelahiran Kuantan, Pahang ini pula, jelas Aida, sifat jujur dan sikap yang berterus terang menjadi penanda aras buatnya.

Selain itu, Saiful juga merupakan seorang suami yang sangat memahami dan juga pandai mengambil hati seluruh ahli keluarganya.

Bagaimanapun bercerita lanjut mengenai pertemuannya dengan Saiful, menurut Aida, dia pernah menghubungi Saiful ketika dia menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) bertujuan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah.

Ketika itu, e-mel yang dihantar hanya berbalas 'ok' dan seterusnya senyap begitu sahaja.

''Bayangkan saya telah berjanji dengan pensyarah saya ketika itu untuk menyiapkan tugasan yang diberi dan tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Saiful.

''Waktu itu Tuhan saja yang tahu dan akhirnya saya sendiri tidak menyangka akan berkawan seterusnya berkahwin dengan orang yang pernah saya hubungi satu ketika dahulu,'' tambah anak ketiga daripada sembilan adik-beradik ini lagi.

Itulah yang dinamakan takdir dan sememangnya jodoh telah ditetapkan-Nya.

Dan siapa sangka, bermula hanya dengan teguran, seterusnya berkawan dan akhirnya berkesudahan di jenjang pelamin.

Pasangan yang romantik ini berharap agar perjalanan hidup mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List