gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Stailo

Posted: 03 Apr 2011 11:07 AM PDT

Kosmo Online - Stailo


Inspirasi rumah fesyen Paris

Posted:

Inspirasi rumah fesyen Paris

Inspirasi rumah fesyen Paris

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my



PENAMPILAN Khairunnisa Mazbar, 26, tampak lebih sederhana walaupun dihiasi skaf yang dililit dileher, berbanding rekaan jubah daripada kain kaftan bermanik yang digantung kemas di dinding butik miliknya.

Justeru, sekilas pandang pasti ramai yang tidak menyangka pereka fesyen muda itu pernah mengembara sehingga ke kota Paris, Perancis seorang diri demi mendalami bidang fesyen di rumah-rumah fesyen di sana.

Menurut Khairunnisa yang mesra disapa sebagai Nisa, ada sebab dia memilih Paris American Academy di Paris sebagai destinasi menimba ilmu selepas terlebih dahulu belajar di International Academy of Fashion and Design (IFTC) di Malaysia.

"Saya memilih kedua-dua kolej ini kerana di situlah pereka Bernard Chandran pernah melanjutkan pengajian dalam bidang fesyen. Dia adalah salah seorang idola saya dan saya mahu berjaya dengan mengikut laluan yang pernah diterokainya," katanya pada pertemuan bersama penulis di butik Nisa Mazbar di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Nisa memberitahu, kepulangannya ke Malaysia juga adalah disebabkan permintaan kedua-dua orang tuanya. Dia akur walaupun menyedari industri fesyen di Malaysia adalah jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan Paris.

"Di Paris saya berpeluang menjalani latihan praktikal di beberapa rumah fesyen yang besar. Antara yang paling lama adalah dengan pereka fesyen, Elie Saab iaitu selama empat musim.

"Di sini pula saya berpeluang mengunjungi Malaysian International Fashion Alliance (MIFA). Walaupun industri fesyen di sini kecil tetapi, hubungan sesama pereka fesyen lebih akrab berbanding di Paris kerana kebanyakan pereka di sana lebih bersikap individu.

"Walaupun bekerja dalam tekanan dan perlu menghasilkan rekaan yang banyak, saya berbangga pernah menimba ilmu dengan Elie Saab kerana hanya pelatih yang terpilih sahaja mendapat peluang sebegitu," katanya yang biasa menghadiri minggu-minggu fesyen di Paris.

Bagaimanapun, selepas kembali ke tanah air tahun lalu, Nisa tidak tergesa-gesa mewujudkan sebuah butik sebaliknya terlebih dahulu mencurahkan ilmu yang dimilikinya sepanjang berada di Paris dengan menjadi pensyarah di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya.

"Hanya tiga bulan sahaja. Saya meletakkan jawatan kerana mengajar bukan minat saya. Selepas itu saya membuat keputusan mewujudkan butik Nisa Mazbar yang saya uruskan seorang diri kini," katanya.

Gemarkan perincian



Mengaku mengagumi rekaan busana jubah rekaan Elie Saab yang sering dipakai oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja negara Arab, Nisa mahu rekaan jubahnya tampil lebih ringkas serta sesuai dipakai oleh golongan wanita yang mahu tampil sederhana tetapi elegan.

"Jika rekaan Elie Saab lebih berat dengan batu-batuannya, saya tampil lebih ringkas kerana sasaran saya adalah golongan wanita berusia 20-an sehingga 40-an.

"Untuk jubah juga, saya menggunakan fabrik kaftan yang dipadankan dengan batuan serta kristal Swarovski daripada pelbagai warna dan saiz. Saya melakukan pemasangan batuan sendiri yang memakan masa kira-kira seminggu untuk satu rekaan siap," katanya.

Selain fabrik kaftan, net dan sifon turut menjadi pilihan Nisa. Bagi rekaan gaun pengantin, Nisa banyak menggunakan fabrik net serta diinspirasikan oleh rekaan gaun pengantin oleh Vera Wang.

"Untuk skirt saya suka membuat perubahan pada tekstur fabrik sebagai perincian manakala, blaus banyak dihasilkan menggunakan fabrik sifon.

"Sekiranya jubah rekaan saya tampil elegan, pilihan skirt dan blaus adalah lebih funky dan menepati cita rasa wanita muda atau yang berkerjaya," katanya.

Dalam pada itu tambah Nisa, pembabitannya dalam rekaan fesyen dan kini perniagaan fesyen turut diinspirasikan oleh pereka fesyen Zara. Dia mahu mewujudkan francais pakaian siap pakai untuk digayakan pada masa hadapan.

"Saya mahu lakukan sesuatu sebagaimana yang Zara lakukan. Bagi saya rekaan fesyen adalah perniagaan. Setiap rekaan pasti ada penggemar atau orang yang tidak menggemarinya.

"Tetapi, saya tampil dengan cara saya sendiri serta rekaan yang mempunyai sentuhan idea saya," katanya.

Kehidupan peribadi



Bakal mendirikan rumah tangga penghujung tahun ini, anak ketiga daripada empat adik-beradik itu menghabiskan kebanyakan masanya menguruskan butik seorang diri dan mengunjungi bengkel-bengkel jahitannya untuk melihat busana klien yang disiapkan.

"Saya akan menyiapkan pemasangan perincian di butik sebelum mengunjungi bengkel pada waktu makan tengah hari. Selepas itu saya akan kembali ke butik atau menyertai acara-acara fesyen sekiranya mendapat jemputan.

"Secara peribadi, saya seorang yang sukakan privasi dan kurang bersosial. Sekiranya kebosanan saya akan main permainan video PS3 seorang diri di butik. Saya seorang yang suka menyendiri," katanya.

Selain itu, disebabkan kesibukan memajukan butik Nisa Mazbar, dia kini tidak dapat lagi melakukan hobinya iaitu menonton wayang pada masa lapang.

"Masa saya banyak di butik menguruskan perniagaan yang saya jalankan sejak September tahun lalu. Saya bertuah kerana kawan-kawan rapat di sini banyak membantu dari segi pemasaran kerana saya masih baru di sini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengaruh warna Mediterranean

Posted:

Pengaruh warna Mediterranean

Pengaruh warna Mediterranean


PENAMPILAN tampak lebih ranggi dengan jaket tebal dan beg kulit rona coklat.


MASSIMO DUTTI membuka lembaran musim bunga dan panas dengan koleksi rekaan hebat tanpa cela yang diinspirasikan oleh gaya topografi pulau dan padang pasir yang menepati cita rasa urban. Inilah mantra terbaru daripada Massimo Dutti. Koleksi terbarunya tampil segar dan vital, walaupun mengetengahkan gaya klasik yang mempunyai sentuhan gaya hidup moden.

Massimo Dutti untuk wanita datang dalam beberapa jenis fabrik yang memenuhi cita rasa pengguna berbeza. Sama ada kulit dan campuran fiber semula jadi, kain kapas dan linen atau sutera yang pasti koleksi itu dilihat paling chic untuk digayakan sempena musim bunga dan panas tahun ini.

Ibarat melalui kembara dari lautan Atlantik, pilihan koleksi kali itu sememangnya melengkapkan penampilan yang sofiktikated dan selesa.

Terdapat kategori estetik dan abadi yang ditampilkan. Merah, putih dan biru yang dipadankan dengan bunga-bungaan, garisan atau bintik serta fabrik yang ringan merupakan alasan yang kuat untuk menjadi koleksi yang wajib ada dalam setiap almari pakaian anda.

Dari Afrika Savanna muncul inspirasi untuk menjadikan koleksi musim bunga dan panas ini satu kenyataan. Blazer, kemeja putih, seluar pendek dan jaket sahari atau asas yang menunjukkan simbol tersebut.


KEMEJA berpetak mencermin gaya lelaki maskulin.


Selain itu, linen yang merupakan material fabrik merupakan kunci yang membawa gaya safari tampil romantik dengan sentuhan delux. Dres dan top dalam potongan geometrik dan dalam warna koral terang atau putih pasti menarik perhatian si jejaka.

Sementara itu, Massimo Dutti untuk lelaki mengubah penampilan kepada gaya urban sambil mewujudkan aura intelektual yang ideal untuk bohemian dan semangat kosmopolitan.

Kepada mereka yang belum membuat keputusan untuk ke mana musim panas ini, pilihan terbaik adalah menyediakan beg pakaian dengan pakaian untuk mengelilingi dunia tanpa melupakan koleksi musim bunga dan panas tahun ini.

Sama ada blazer atau jaket gaya kasual, baju sejuk dan seluar lurus adalah koleksi yang harus ada untuk jejaka Massimo Dutti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bertudung gaya trendy

Posted:

Bertudung gaya trendy

Bertudung gaya trendy


MARLIANA bijak menata gaya tudung mengikut acara yang dihadirinya.




TUDUNG yang senada warna dan motif dengan busana.


UNTUK tampil dengan gaya tudung unik tetapi cantik, ramai wanita terpaksa mencuba berkali-kali sehingga berpuas hati. Kebanyakan gadis bertudung kini semakin menitikberatkan gaya dalam memastikan mereka tampil anggun.

Fynas Zainol, 25, turut terjebak dengan fesyen tudung terkini iaitu ala Hana Tajima dan Yuna. Namun, tidak mahu meniru 100 peratus gaya itu, Fynas sebaliknya tampil lebih ringkas dan relevan untuk aktiviti santai.

Baginya, fesyen tudung seperti itu merupakan gaya terkini yang harus dicuba oleh golongan wanita yang ingin tampil cantik tetapi mudah digayakan.

"Fesyen tudung Hana Tajima dan Yuna kedua-duanya menembusi pasaran antarabangsa dan mereka mempunyai gaya tersendiri. Selepas melihat mereka memakainya, saya belajar cara-cara pemakaian itu melalui laman web YouTube.

"Dalam masa sama, saya juga mencuba gaya saya sendiri dan memastikan ia selesa untuk dipakai dan sesuai untuk ke sesuatu acara yang saya hadiri," katanya ketika ditemui di studio fotografi di ibu pejabat Kosmo! baru-baru ini.

Selepas selesa menggayakan fesyen tudung sebegitu juga, Fynas berasa lebih yakin dan cantik. Dia juga tidak perlu bersusah payah menyediakan pin tudung yang pelbagai sebagai aksesori sampingan.

"Fesyen ini sangat mudah dan ringkas. Hanya berbekalkan satu pin dan jarum, sesiapa sahaja sudah boleh kelihatan anggun dan kemas apabila bertudung," katanya yang selesa memilih selendang daripada fabrik kain kapas.

Pemilihan warna pula adalah bergantung kepada cita rasa masing-masing. Fynas menggemari warna-warna terang terutama merah atau memilih selendang dengan gabungan beberapa warna.

"Warna merah menampilkan sisi elegan. Saya banyak mengumpul selendang berwarna merah. Selain itu, saya menggayakannya untuk apa sahaja acara dan aktiviti termasuk bersantai, bersiar-siar dan untuk acara rasmi," kata jurutera mekanikal itu.

Bagi Marliana Mohd. Mansor, 25, pula, fesyen tudung seperti Hana Tajima dan Yuna menjadi pilihannya sesuai dengan perkembangan semasa dan pengguna masa kini yang bukan sahaja trendy tetapi mengekalkan ciri-ciri ketimuran.

"Nak memakainya pun mudah, belit-belit sahaja," katanya yang baru sahaja berjinak-jinak dengan fesyen tersebut sejak dua bulan lalu.

Bagi Marliana yang mengusahakan butik secara online di Facebook iaitu Arenalai Collections, walaupun hanya berbekalkan sehelai selendang pashmina, dia suka menambahkan seri pemakaian dengan menambah aksesori.

"Aksesori yang saya gunakan bergantung kepada acara yang saya hadiri. Jika sekadar keluar bersama rakan, saya tidak mengenakan aksesori kerana dengan sehelai selendang dan sebatang jarum pun saya sudah tampil selesa dan bergaya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 03 Apr 2011 11:03 AM PDT

Kosmo Online - Varia


1,000 bilah keris Zul Purba

Posted:

1,000 bilah keris Zul Purba

1,000 bilah keris Zul Purba

Oleh NORAZMAN ABDUL RAHIM
rencana@kosmo.com.my


ZULKIFLI sedang menempa besi untuk dibentuk menjadi keris di bengkelnya di Kampung Pengkalan Batu.


KEMAHIRAN Zulkifli Wahab, 48, menghasilkan keris terbukti apabila dia tidak pernah putus pelanggan sejak terlibat dalam pertukangan itu lebih sedekad lalu. Jika dilihat keris-keris yang dihasilkan, tiada siapa menyangka yang empunya diri merupakan seorang yang kelainan upaya (OKU).

Justeru, kecekalan Zulkifli dari Kampung Pengkalan Batu, Mersing, Johor mencari rezeki tanpa mengharapkan bantuan orang lain bukan sahaja dipuji malah, dikagumi ramai. Bagi Zulkifli sendiri, kekurangan tersebut tidak pernah membuat dia berputus asa, sebaliknya menaikkan semangatnya untuk terus bekerja bagi mencari sesuap nasi.

Tidak hairanlah, setelah lebih 12 tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan, dia yang juga dikenali sebagai Zul Purba telah berjaya menyiapkan lebih 1,000 bilah keris.

"Mula-mula menceburi bidang ini, saya agak kekok kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi dan ketelitian untuk menghasilkan sebilah keris. Bagaimanapun, saya tidak mudah berputus asa dan akhirnya pengorbanan saya berbaloi apabila kerja-kerja ini telah menjadi kebiasaan sekali gus ia menjadi lebih mudah pada hari ini," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Mempelajari ilmu dan kemahiran tersebut daripada seorang pembuat keris, kongsi Zulkifli membuat sebilah keris adakalanya memakan masa sehingga sebulan kerana memerlukan ketelitian untuk menggabungkan tujuh sehingga lapan jenis besi selain kemahiran mengukir.

Selain itu katanya yang mengalami kecacatan di kaki selepas terlibat dalam satu kemalangan, pembuatan keris juga bergantung kepada permintaan pelanggan yang inginkan saiz dan bentuk hulu tertentu.

"Saya turut membuat pelbagai jeAnis hulu keris, antaranya Hulu Jawa Deman yang reka bentuknya berasal dari Indonesia. Tidak ketinggalan Kake Pusaka dari Terengganu, Gajah Mina dan lain-lain lain. Yang pasti, semua bentuk hulu yang direka mempunyai maksud tersendiri," katanya.

Selain itu, bagi membuat hulu dan sarung keris, beberapa jenis kayu digunakan seperti leban tanduk, macang hutan, kayu boin dan kemuning yang diperoleh daripada pembekal kayu dari daerah lain.

"Seni membuat keris tidak semudah yang disangka kerana terpaksa menggabungkan besi, membentuk alur dan luk keris serta mengikut bentuk yang diinginkan pelanggan," katanya.

Dia turut memberitahu, keris yang sering mendapat tempahan ialah keris Malela, Anak Alang, Pandai Sarah, Pandai Mamat, Pukal dan Bugis.

Selain membuat keris bersama sarung, Zulkifli juga arif dalam membuat pisau seperti pisau daging, pisau lapah dan pisau sembelih serta parang.

Sedia berkongsi ilmu yang dimiliki, Zulkifli menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajarinya memandangkan keris adalah warisan yang perlu diketahui generasi akan datang.

"Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan ilmu membuat keris datanglah dan tiada bayaran dikenakan. Cuma memerlukan minat sahaja kerana inilah warisan yang ditinggalkan panglima kita sebagai senjata dan lambang kekuatan anak Melayu," katanya mengakhiri perbualan.

Bagi sesiapa yang berminat menempah atau belajar membuat keris, Zulkifli boleh ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Batu, Mersing atau menghubunginya di talian 019-764 4573.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

HD kuasa baru televisyen

Posted:

HD kuasa baru televisyen

HD kuasa baru televisyen


ANTARA program TV tempatan terbitan Astro yang mengaplikasi teknologi HD (dari kiri), Konsert Akhir Astro Star Quest 2010 dan Konsert Akhir Vanaavil Superstar 2010.


HARI ini di mana-mana saja ramai yang memperkatakan tentang televisyen berdefinisi tinggi (TVHD) tetapi adakah mereka memahami apakah sebenarnya teknologi terbaru dunia penyiaran televisyen negara itu?

Merungkai sejarah TVHD, ia sebenarnya sejenis sistem penyiaran TV yang bercirikan peleraian yang jauh lebih tinggi berbanding format-format biasa seperti NTSC (sistem televisyen analog), SECAM (sistem televisyen berwarna analog) dan PAL (sitem pengekodan warna garisan bersilang tingkat).

Walaupun adanya format-format TVHD analog awal yang pernah dipancarkan di Eropah dan Jepun, TVHD biasanya dipancarkan secara digital, kerana penyiaran TV digital memerlukan lebar jalur yang kurang jika menggunakan mampatan video secukupnya.

Teknologi TVHD julung-julung kali diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 1990-an oleh sekumpulan syarikat elektrik bergelar Perikatan Besar HDTV Digital.

Apa yang penting, TVHD menawarkan mutu gambar yang jauh lebih baik berbanding TV biasa.

Kejelasan imej definisi tinggi (HD) menawarkan kualiti kejelasan yang lebih baik dan mengurangkan kesan kabur. HD juga mempunyai kelebihan yang lain seperti gerakan yang lebih lancar dan pewarnaan yang lebih nyata dan natural.

Sehubungan itu, stesen TV Islam pertama negara, TV AlHijrah yang mula bersiaran pada 1 November tahun lepas melakar sejarah dengan menjadi stesen TVHD percuma yang menawarkan teknologi penyiaran HD.

Menurut Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat TV AlHijrah, Irwan A. Rahman, TV AlHijrah merupakan stesen TV percuma pertama negara yang menyiarkan kandungan kreatif dan berkualiti dalam format terkini HD.

"Stesen berteknologi digital ini dapat memenuhi keperluan terkini penonton dari segi kualiti penerbitan serta daripada aspek mutu tontonan yang menjanjikan kualiti terbaik," jelasnya.

Tambahnya, perkara itu cukup membanggakan stesen TV yang mula bersiaran dengan 60 peratus daripada kandungannya adalah terbitan tempatan dan 40 peratus adalah kandungan asing itu.

Lebih membanggakan, 30 peratus daripada keseluruhan penerbitan tempatan diterbitkan sendiri oleh TV AlHijrah yang kesemuanya dihasilkan dalam format HD.

Program HD

Namun, sebelum kemunculan TV AlHijrah, stesen TV satelit berbayar Astro yang mula dilancarkan di negara ini pada tahun 1996 sebenarnya telah menjadi stesen TV pertama yang menghasilkan program-program TV tempatan dalam bentuk HD.

"Sejak melancarkan Astro B.yond pada 11 Disember 2009, penonton TV di negara ini telah diberi peluang untuk menikmati program-program TV import dalam bentuk HD melalui 12 saluran istimewa.

"Selain itu, Astro turut menerbitkan sendiri program-program tempatan yang menggunakan teknologi HD," ujar Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Sebagai perintis sejarah penyiaran negara, Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 (AF8) merupakan program sulung yang dirakam dan disiarkan secara langsung pada 22 Mei 2010 menggunakan teknologi HD.

Menurutnya, inisiatif tersebut tidak terhenti di situ apabila banyak lagi program-program tempatan diterbitkan menggunakan teknologi HD.

Antara program itu termasuklah Kejohanan Piala Thomas & Uber 2010 (Mei 2010), Konsert Akhir Astro Star Quest (Julai 2010), Majlis Pelancaran Audio Ethiran (Julai 2010), Konsert Akhir Vaanavil Superstar (September 2010), Natchattira Galatta (September 2010), Battleground Akhir (September 2010), Konsert Akhir Aatam 100 Vagai (Disember 2010), Kemuncak Mari Menari (Disember 2010) dan yang terbaru Gelanggang Akhir Raja Lawak Astro (Mac 2011).

"Pada tahun ini, banyak lagi program-program berjenama Astro akan diterbitkan menggunakan teknologi definisi tinggi yang termasuklah Maharaja Lawak (Akhir), Imam Muda (Akhir), Konsert Akhir Vaanavil Super Star 2011 dan Konsert Akhir Astro Star Quest 2011," katanya.

Selepas langkah yang dirintis oleh Astro dan TV AlHijrah itu, aplikasi HD dalam penerbitan program-program TV tempatan bakal menjadi ikutan stesen-stesen TV lain yang terdapat di negara ini yang termasuklah RTM, TV3, 8TV, ntv7 dan sebagainya pada masa-masa akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 03 Apr 2011 09:34 AM PDT

Utusan Online - Johor


Hantar ubat melalui pos

Posted:

Hantar ubat melalui pos

Hantar ubat melalui pos

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


PETUGAS farmasi Hospital Sultanah Aminah, Siti Noor Suhana Husin memasukkan ubat ke dalam sampul untuk dihantar melalui pos di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 2 April - Klinik Kesihatan Mahmoodiah, di sini menyasarkan 300 pesakit di sekitar daerah ini menggunakan perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) 1Malaysia pada tahun ini.

Pegawai Kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Dr. Roslinda A. Rahman berkata, hanya pesakit kronik dibenarkan menggunakan perkhidmatan UMP untuk mendapatkan bekalan ubat susulan.

"Ini bagi memudahkan mereka yang menghidap penyakit kronik, misalnya darah tinggi dan diabetes mendapat bekalan ubat tanpa perlu datang ke kaunter farmasi.

"Bagaimanapun, sebelum ubat dihantar kita akan periksa tahap penyakit terlebih dahulu," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan perkhidmatan UMP di klinik itu semalam.

Perkhidmatan UMP dilancarkan Januari lalu bagi meringankan beban pesakit kronik supaya mereka tidak perlu datang ke hospital untuk mendapatkan bekalan ubat dan ia dihantar ke rumah, pejabat atau mana-mana destinasi pilihan pesakit.

Perkhidmatan itu lebih khusus bagi pesakit kronik yang telah stabil dengan rawatan dan mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap ubat diberikan oleh doktor kepada mereka sebelum ini.

Kos kiriman ubat akan ditanggung oleh pesakit iaitu RM3.50 bagi kawasan Putrajaya, RM5 bagi kiriman di Semenanjung Malaysia dan RM8 bagi Sabah dan Sarawak.

Roslinda berkata, selain klinik tersebut, terdapat 11 lagi klinik kesihatan di sekitar daerah itu yang dicadangkan untuk menggunakan perkhidmatan UMP.

Sementara itu, Ketua Pegawai Farmasi Johor Bahru, Ali Ismail berkata, Klinik Kesihatan Mahmoodiah merupakan klinik pertama di daerah ini yang memperkenalkan perkhidmatan itu.

Menurutnya, Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini serta Hospital Pakar Muar turut menggunakan perkhidmatan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MBJB berjaya daftar 1,500 lesen baru

Posted:

MBJB berjaya daftar 1,500 lesen baru

MBJB berjaya daftar 1,500 lesen baru

JOHOR BAHRU 2 April - Kira-kira 1,500 lesen premis perniagaan berjaya didaftarkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menerusi program Kaunter Permohonan Terus atau Klinik Lesen pada tahun ini.

Datuk Bandar Johor Bahru, Mohd. Jaffar Awang berkata, jumlah tersebut diperoleh hasil program yang diadakan oleh Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan di KSL City, Danga City Mall dan pasar raya @Mart Kempas.

Menerusi program itu jelasnya, para peniaga tidak perlu datang ke pejabat MBJB untuk membuat lesen, sebaliknya mereka hanya perlu mengisi borang yang dilengkapi dokumen sokongan untuk mendapatkan lesen perniagaan.

"Menerusi Klinik Lesen ini, proses permohonan lesen premis perniagaan dapat dipermudahkan, malah ia boleh siap dalam tempoh sehari," katanya pada program Klinik Pelesenan MBJB di @Mart Kempas di sini, baru-baru ini.

Pada program itu, 60 lesen premis perniagaan diserahkan oleh Mohd. Jaffar kepada peniaga di pasar raya berkenaan selain melawat ke beberapa gerai di situ.

Beliau berkata, MBJB turut menyasarkan untuk mengurangkan bilangan peniaga tidak berlesen di bandar raya ini sekali gus memberi keselesaan kepada peniaga bagi menjalankan perniagaan tanpa rasa bimbang.

"Rata-rata peniaga yang kita jumpa berpuas hati dengan pendekatan MBJB ini dalam usaha memudahkan proses permohonan lesen mereka selain dapat mengetahui syarat dan peraturan MBJB secara lebih jelas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 03 Apr 2011 09:02 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Jojo obses gaya hidup sihat

Posted:

Jojo obses gaya hidup sihat

Jojo obses gaya hidup sihat

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto AMIRA AZMAN


Jojo Struys


PADA usia 35 tahun, Jojo Struys yang memiliki wajah anak-anakan masih lincah dan cergas. Mengakui dirinya obses dengan gaya hidup sihat, dia sering penuhi masa dengan pelbagai aktiviti kecergasan, senaman dan spiritual.

Bagi wanita jelita kelahiran Singapura ini, kekal sihat dan cerdas merupakan keutamaannya.

Lulusan Universiti Curtin Perth, Australia ini juga menambah, kecantikan datang daripada tubuh yang sihat dan cergas.

Bagi mengekalkan kesihatan diri, Jojo bermain tenis, senaman yoga dan berjalan merentas bukit atau hutan.

"Saya suka menari dan merentas hutan. Bersatu bersama alam juga mampu menenangkan minda dan badan sebenarnya.

''Saya gemar hiasan dalaman dan lilin. Bagi saya, lilin mewujudkan satu persekitaran yang tenang, khususnya apabila kita pulang ke rumah selepas menjalani hari yang sibuk.

''Membakar lilin dengan aroma khusus mewujudkan bau persekitaran yang mampu menenangkan mood saya," ujarnya yang kini merupakan penerbit dan pengacara Astro Hitz Yuna Inspired Powered by DiGi.

Program yang mendapat tajaan dan sokongan DiGi, Canon dan Malaysia Airlines menampilkan kerjasama Yuna dengan peminatnya dari Kuala Lumpur ke London dan New York sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.

"Sebelum ini saya hanya mengacara tetapi menerusi syarikat sendiri, saya akhirnya dapat menerbitkan rancangan TV saya sendiri," katanya mahu lebih dikenali kerana kemampuannya bekerja, bukan atas rupa semata-mata.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Istana kelengkapan perkahwinan

Posted:

Istana kelengkapan perkahwinan

Istana kelengkapan perkahwinan

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
foto ASMARUDDIN JAMALUDDIN


Tingkat dua menampilkan hiasan pelamin.


BERKONSEPKAN perniagaan francais premis tiga tingkat, Dios Astana Bridal menawarkan pelbagai produk kraf tangan dan kelengkapan andaman perkahwinan.

Istana kelengkapan perkahwinan itu merupakan kota fesyen untuk barangan pengantin.

Daripada sebuah pelamin, busana pengantin dan hadiah untuk para tetamu, semuanya ada di Dios. Bagi yang bercita-cita membina empayar perniagaan perkahwinan, anda boleh memilih francais Dios.

Dios Astana Bridal adalah pusat kraf tangan perkahwinan dan kelengkapan andaman. Ia memang terkenal di kalangan mak andam atau mereka yang berkecimpung dalam bidang perkahwinan, kerana konsep borongnya.

Sebut apa sahaja keperluan yang diingini oleh si pengantin semuanya ada di sini.

Barangan seperti reben, busana pengantin, kelengkapan pelamin, bunga telur, cenderahati, kraf tangan, tekstil, kad undangan dan pakej hantaran semuanya ada.

Malah pengantin juga boleh menempah baju mengikut cita rasa dan impian masing-masing.

Pengarah Urusan Dios Astana Bridal, Zaidi Osman memberitahu, program francais dalam perniagaan kelengkapan perkahwinan ini dibuka khusus untuk bumiputera yang berminat.

"Kepada francaisi, apa sahaja barang yang dikehendaki akan dibekalkan oleh Dios . Kita akan beri galakan dan modal serta barangan. Namun tidak perlu bimbang kerana 80 peratus daripada modal akan mendapat peruntukan PNS (Perbadanan Nasional Berhad)," katanya.

Zaidi menambah tujuannya membuka dan memperkenalkan program francais kelengkapan perkahwinan di bawah satu bumbung bagi berkongsi dan mengimbangi perniagaan yang 90 peratus daripadanya dimonopoli oleh bukan bumiputera.

"Kita harus ingat industri perkahwinan Melayu sekarang ini bukan dimonopoli oleh bumiputera. Ia adalah sesuatu yang janggal apabila budaya kita orang lain yang uruskan.

"Di samping itu, kita juga ingin memberi peluang kepada pengusaha bumiputera yang berminat untuk berniaga dan memudahkan penawaran barangan perniagaan dan stok di seluruh Malaysia," ujarnya yang turut menaja busana finalis Pencarian Citra Wanita anjuran Mingguan Malaysia tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 03 Apr 2011 03:03 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Masalah keputihan sejak usia 6 tahun

Posted:

Masalah keputihan sejak usia 6 tahun

Masalah keputihan sejak usia 6 tahun

DOKTOR,
Soalan: SAYA berumur 15 tahun dan mempunyai beberapa soalan. Saya berasa risau kerana saya belum lagi datang haid.

Saya juga menghadapi masalah keputihan sejak akhir umur saya enam tahun. Apakah ini merupakan masalah yang teruk atau sebaliknya?

Perlukah saya berjumpa dengan pakar atau adakah ini cuma sesuatu yang dipengaruhi oleh tubuh badan seseorang?

n Wanie, Perak.

Jawapan: Sebaiknya berjumpalah dengan doktor. Sekiranya telah ada perkembangan organ wanita, boleh tunggu sehingga berumur 18 tahun, sebaliknya jika tiada perkembangan pada organ wanita, perlulah berjumpa doktor pakar wanita pada usia 15 ke 16 tahun untuk memperhalusi penyebab masalah tiada haid.

Masalah keputihan sering berlaku pada wanita termasuklah kanak-kanak. Sekiranya keputihan itu banyak, berbau yang tidak menyenangkan atau gatal, perlulah mendapat pemeriksaan dari pakar. Ia selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman. Kemasukan benda asing dalam faraj boleh terjadi pada kanak-kanak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berat ideal bukan kurus

Posted:

Berat ideal bukan kurus

Berat ideal bukan kurus

Soalan: TANGGAPAN tidak sepadan, mula timbul perasaan malu untuk mendampingi pasangan, sentiasa murung dan tidak dapat mengawal selera makan adalah punca utama yang sering mengugat masalah berat badan wanita masa kini.

Sememangnya setiap wanita mengimpikan bentuk badan yang unggul, jelita sepanjang hari dan tidak jemu dipandang. Itulah impian utama yang ingin dikecapi oleh wanita selama ini.

Oleh itu, pelbagai kaedah dan langkah dalam menyelesaikan masalah tersebut telah dilaksanakan bagi mempertingkatkan pengetahuan wanita yang mengalami masalah sedemikian.

Saya ingin pendapat doktor, apakah cara terbaik untuk menurunkan berat badan dan pada masa yang sama tidak memudaratkan kesihatan.

Salmah, Johor.

JAWAPAN: Persepsi untuk kurus perlu diubah kepada mencapai berat badan ideal. Amalan gaya hidup sihat adalah penting dan lebih utama untuk memastikan kita mencapai berat badan yang seimbang. Ini termasuk penjagaan pemakanan setiap waktu perlu dititik berat. Selain itu, melakukan senaman berkala dengan tetap amat membantu pembakaran lemak berlebihan di badan. Berat badan ideal akan menjadikan seseorang itu lebih muda dan sihat serta berkeyakinan tinggi. Ia juga melancarkan aktiviti seharian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Kesihatan

Posted: 03 Apr 2011 01:18 AM PDT

Kosmo Online - Kesihatan


BPA ubah lelaki jadi wanita

Posted:

BPA ubah lelaki jadi wanita

BPA ubah lelaki jadi wanita

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com


KLORIN di dalam kolam renang akan bertukar menjadi racun jika bercampur dengan air kencing manusia. - Gambar hiasan


AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara.

Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.

Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.

"Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.

"Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.

"Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia," katanya.

BPA

Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.

"Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.

"Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada," ujarnya.

Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya.

Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.

Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.

"Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan.

"Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.

"Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.

"Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter," katanya.

Selain isu pencemaran bekas minuman, sumber air yang diminum juga berupaya mendedahkan manusia kepada risiko penyakit kanser.


AIR paip yang sudah dirawat selamat diminum begitu sahaja.


"Air yang tidak dirawat mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti nitrat, arsenik, mikroorganisma dan bahan kimia daripada racun perosak.

"Setelah air di empangan memasuki pusat pemprosesan air, kebanyakan bahan itu berjaya dihapuskan.

"Klorin yang digunakan turut membantu menghapuskan bakteria.

"Begitupun, jika air yang telah diklorin itu bertembung dengan sisa organik seperti air kencing, ia akan bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan Trihalomethanes (THM) iaitu bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser," kata Pauzi.

Klorin

Jelas Pauzi yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang Sains Alam Sekitar, kandungan klorin yang terdapat pada sumber air minuman bagaimanapun tidak terlalu banyak.

Sebaliknya, kata beliau, tempat paling berisiko adalah di kolam renang kerana kandungan klorinnya tinggi.

Mengulas lanjut, Pauzi memberitahu, THM wujud di dalam kolam renang jika terdapat ramai individu yang mandi di situ.

Jika salah seorang daripada mereka membuang air kecil atau najis yang merupakan sisa organik, ia akan bertindak balas dengan klorin lantas menghasilkan THM.

"Walaupun kandungan THM itu rendah, jika tersentuh atau diminum, kita boleh mendapat kanser dalam jangka masa panjang," katanya kepada Jurnal.

Disebabkan itu, kata Pauzi, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) telah mengharamkan rawatan air minuman menggunakan klorin.

Katanya, ada dua cara rawatan air tanpa klorin iaitu dengan menggunakan teknologi osmosis balikan (RO) dan ultra violet.

Ironinya, menurut Pauzi, kebanyakan negara masih mengekalkan rawatan klorin kerana ia murah.

Bercerita lebih lanjut, menurut Pauzi yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Saintis Muslim Malaysia, terdapat banyak punca pencemaran air yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Plastik daripada bulu ayam

Posted:

Plastik daripada bulu ayam

Plastik daripada bulu ayam


BULU ayam boleh menggantikan bahan petroleum dalam proses pembuatan plastik.


JURNAL yang dikeluarkan oleh Persatuan Bahan Kimia Amerika Syarikat dari Anaheim, California mendedahkan penyelidik menemui langkah terbaru mencipta plastik mudah urai daripada buangan bulu ayam.

Ujar wakil penyelidik, Yiqi Yang, pihaknya sedang giat menjalankan uji kaji keberkesanan penciptaan termoplastik daripada bulu pelepah spesies burung terutama ayam.

"Namun, tidak ada satu pun yang berjaya kekal dalam bentuk asal apabila basah namun teknik ini adalah yang pertama kali digunakan oleh kami dalam usaha menghasilkan kualiti terbaik menentang kebasahan kesan air," katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya sedang mencuba untuk membangunkan plastik daripada sumber asli yang boleh dikitar semula untuk menggantikan bahan asas petroleum dalam penciptaan sebelum ini.

Pihak yang bertanggungjawab dalam pembangunan bahan biologikal dan biofiber Institut Pertanian dan Sumber Semula Jadi Universiti Nebraska-Lincoln menegaskan, pendekatan pihaknya bersifat mesra alam dan berfungsi melestarikan keseimbangan alam sekitar.

"Bulu ayam adalah prospek terbaik kerana ia mudah dan biasanya terabai.

"Selalunya lebih 1.3 bilion kilogram bulu ayam terbuang begitu sahaja di Amerika Syarikat setiap tahun. Ada baiknya jika ia dimanfaatkan untuk diproses menjadi makanan haiwan," cadangnya selain diproses untuk bahan plastik.

Bulu ayam terbina daripada keratin iaitu sejenis protein yang ditemui daripada struktur rambut, tanduk, kuku dan bulu yang boleh menambah kekuatan dan ketahanan plastik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 02 Apr 2011 01:30 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Bahagia walau hemofilia

Posted:

Bahagia walau hemofilia

Bahagia walau hemofilia

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto ASMARUDDIN JAMALUDDIN


Dr. Faraizah (paling kanan) bersama pesakit hemofilia, Edwin Goh, Zaiton M. Hassan (berbaju ungu) yang mempunyai dua anak penghidap hemofilia dan Pengurus Perhubungan Awam Bayer HealthCare, Janice Chow.


GELAGAT seorang kanak-kanak lelaki comel menarik perhatian. Ketika itu tetamu yang lain asyik mendengar pembentangan Presiden Pertubuhan Hemofilia Malaysia (PHM), Datuk Dr. Faraizah Abdul Karim, pada sidang media persatuan tersebut baru-baru ini.

Tidak menghiraukan orang di sekelilingnya, kanak-kanak itu mundar-mandir, sesekali dia berlari ke arah ayah dan ibunya yang duduk di belakang.

Jangkaan penulis, pastinya dia penghidap hemofilia. Jika tidak masakan dia boleh berada di situ. Usai acara, tanpa berlengah penulis terus mendekatinya.

"Adik siapa nama?" soal penulis kepadanya.

"Afzar," jawabnya ringkas dan kembali berlari ke arah bapanya.

Berkenalan dengan ibunya, Norhana Hussain menerbitkan rasa kekaguman betapa wanita itu sangat tabah dan positif menempuh ketentuan-Nya.

Sambil tersenyum dia mengakui anak bongsu yang berusia lima tahun itu hemofilia. Dalam teragak-agak, penulis menyoal lagi adakah dia bersedia menerima kenyataan ketika anak itu dilahirkan?

"Oh! Itu memang sudah dijangka sebab saya juga penghidap hemofilia," katanya dengan wajah tersenyum.

Menurut beliau, anak yang diberi nama Afzar Azhar Zainol Azhar itu mempunyai sepasang abang kembar berusia 22 tahun, juga penghidap hemofilia.

Disebabkan dirinya penghidap penyakit itu, maka dia tidak berasa ia satu perkara yang menyedihkan dan sudah bersedia untuk melalui keadaan tersebut.

Menyingkap sejarah hidupnya, Norhana yang juga Setiausaha Kehormat PHM berkata, dia hanya mengetahui dirinya penghidap hemofilia ketika berusia lima tahun selepas mencabut gigi.

Tertusuk jarum

"Saya mengalami pendarahan teruk hingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Akhirnya setelah ujian dijalankan, didapati saya penghidap hemofilia dengan faktor pembekuan sederhana 1.2 peratus," katanya.

Antara pengalaman yang paling mendebarkan bagi wanita itu adalah apabila jarum tertusuk dan tertanam di dalam kakinya ketika di tingkatan 3. Dia dibawa ke hospital dan doktor ingin melakukan pembedahan bagi membuang jarum tersebut.

Antara rasa mahu atau tidak, dia terpaksa menerangkan kepada doktor bahawa dirinya hemofilia lalu pembedahan tidak jadi dijalankan.

"Ketika itu kaedah rawatan tidak sehebat hari ini. Jika tidak dibuang, doktor takut jarum itu masuk ke salur darah. Nasib baik ia tersangkut pada bahagian sendi, jadi doktor buat keputusan untuk tidak membuangnya. ''Sampai hari ini jarum itu masih ada dan kadangkala terasa juga kesannya," kata beliau.

Norhana juga tidak terlepas melalui detik mencemaskan ketika bersalin anak sulungnya. Namun dia bersyukur kerana semua itu dapat dilalui dengan tenang dan selamat.

Ditanya bagaimana dia menjaga ketiga-tiga anaknya yang menghidap penyakit itu, katanya, dia tidak menyekat aktiviti mereka tetapi mengambil langkah berhati-hati.

"Kesemua anak saya diberi pendedahan mengenai hemofilia sejak mereka berusia dua tahun lagi," katanya.

Seperti Afzar kata Norhana, dia tahu apa itu hemofilia dan akan mengambil ais sendiri andai mengalami luka kecil sebelum diberi rawatan selanjutnya.

Bertanya kepada suami Norhana, Zainol Azhar Mohd. Sidek bagaimana penerimaan keluarga terhadap bakal isteri ketika ingin berumah tangga dulu, beliau berkata;

"Saya tidak ada masalah kerana bagi saya ajal maut itu di tangan Tuhan. Namun, ibu saya pada mulanya agak keberatan. Tetapi bila diyakinkan kepada dia mengenai segala-galanya, akhirnya dia terima," katanya.

Bagi Norhana sekeluarga, hemofilia bukanlah satu beban yang membantutkan mereka untuk mengecapi hidup secara normal. Malah penyakit itu mengeratkan lagi ikatan keluarga dan dalam masa yang sama membantu mereka yang mengalami nasib serupa di luar sana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

“Hati saya tetap pada Kak Pah”

Posted:

"Hati saya tetap pada Kak Pah"

"Hati saya tetap pada Kak Pah"

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my
Foto ZAINI HUSIN


Shaiffudin mahu terus mengumpul koleksi Datuk Sharifah Aini.


LAGU Kisah Yang Terjadi kerap diputarkan di radio sekitar tahun 1975.

Terpesona dengan keindahan lirik dan melodinya menjadikan lagu itu pencetus buat Muhammad Shaiffudin Sarif untuk meminati biduanita negara, Datuk Sharifah Aini.

Meskipun ketika itu Shaiffudin baru berusia lapan tahun, namun dia tahu, Sharifah Aini adalah orang yang paling layak untuk berada di dalam hatinya sebagai idola.

Cerita pemuda berusia 45 tahun itu, dahulu, minatnya terhadap penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu terpaksa disembunyikan daripada pengetahuan ramai terutama keluarga.

Semuanya kerana dia segan untuk memberitahu bahawa wanita yang sering dikenali sebagai Kak Pah itu adalah penyanyi kesayangannya.

"Bayangkan, segala gambar, keratan akhbar atau majalah berkaitan Kak Pah saya simpan bawah tilam atau di mana-mana sahaja tempat tersorok.

"Masa itu budak-budak lagi. Segan nak mengaku. Tetapi sekarang lain. Sebut apa sahaja. Konsert Kak Pah di semua lokasi saya pergi.

"Album dia semua saya ada, gambar-gambar dia, jangan cakaplah, berlambak-lambak ada dalam simpanan," katanya bersungguh.

Menurut Shaiffudin, koleksi paling dalam simpanannya selain piring hitam adalah gambar-gambar Kak Pah dari awal pembabitannya dalam bidang seni termasuk beberapa keping gambar penyanyi itu semasa kecil.

Layak dipanggil peminat tegar Kak Pah, Shaiffudin turut mengaku menyimpan kenangan bersama penyanyi bersuara merdu itu.

Antaranya, dia pernah dipelawa menaiki kereta bersama Sharifah Aini dalam perjalanan pulang selepas selesai menonton konsert penyanyi itu sekitar tahun 1998.

"Sungguh tak sangka, seorang diva seperti dia tak kisah hendak menumpangkan seorang peminat seperti saya menaiki keretanya sampai ke luar pintu pagar.

"Nampak yang dia tak meninggi diri meski sudah bergelar biduanita negara. Di dalam kereta sempat kami berbual-bual sebentar. Itulah pengalaman manis sepanjang saya meminati Kak Pah," ujarnya.

Ditanya keistimewaan Kak Pah pada matanya, jelas Shaiffudin, selain personaliti yang menarik, bakat Kak Pah sebagai penyanyi juga unik dan lain daripada yang lain.

"Kalau dia menyanyi, sebutan setiap perkataan dalam nyanyiannya jelas. Tak seperti artis lain. Selain menyanyi, dia pun berbakat dalam bidang lakonan.

"Saya juga suka pada sepasang mata yang dimiliki Kak Pah. Cukup cantik!" pujinya tanpa segan.

Sukar membuat keputusan lagu yang benar-benar menjadi kesukaannya, kata Shaiffudin, kebanyakan lagu Kak Pah cukup istimewa di hatinya.

Berani bertaruh bahawa tiada artis lain setanding Kak Pah, akui Shaffudin, dia akan terus meminati idolanya itu sehingga ke akhir hayat.

"Datanglah Siti Nurhaliza atau Erra Fazira ke, hati saya tetap pada Sharifah Aini. Dia memang superstar sebenar," katanya yang bercita-cita mahu membuat pameran koleksi Kak Pah kepada umum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List