gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 20 Apr 2011 07:34 AM PDT

Kosmo Online


Isteri buruh terima pampasan Perkeso

Posted:

Isteri buruh terima pampasan Perkeso

Isteri buruh terima pampasan Perkeso

20/04/2011 7:07pm

GEORGETOWN - Isteri pekerja buruh syarikat kontraktor pembersihan yang maut dalam lubang saluran pembetungan di Bagan Jermal Ahad lepas, menerima pampasan iaitu bayaran faedah pengurusan jenazah dan pencen penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengurus Perkeso negeri, Othman Mohd Nordin berkata, isteri Allahyarham Zakaria Ahmad iaitu Nas Fatiha Azman, 26, menerima RM1,500 bagi pengurusan jenazah dan RM945 bayaran berkala sebagai pencen penakat.

"Bayaran bulanan yang diterima itu adalah sepanjang hayat dan sehingga anak si mati berusia 21 tahun, dan Perkeso bertanggungjawab memberi faedah berkenaan kepada pekerja yang mencarum," katanya kepada pemberita ketika menyerahkan cek kepada Nas Fatiha hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

5 PBT Selangor ambil alih tugas Alam Flora

Posted:

5 PBT Selangor ambil alih tugas Alam Flora

5 PBT Selangor ambil alih tugas Alam Flora

20/04/2011 7:05pm

SHAH ALAM - Lima pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor akan bekerjasama bagi memastikan pengambilalihan kerja pembersihan daripada Alam Flora Sdn. Bhd. berjalan lancar, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, lima PBT terbabit ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perbandaran Klang.

"Kesemua PBT terbabit akan mengadakan rundingan termasuk menentukan koordinasi kawasan persempadanan masing-masing serta kos bagi tujuan pengambilalihan kerja pembersihan berkenaan.

"Kerjasama ini juga bertujuan memastikan kerja pembersihan seperti memotong rumput di kawasan kediaman dan tepi jalan majlis serta kerja membersihkan longkang diuruskan dengan lebih sistematik dan berkesan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Festival Boria 1Malaysia bakal catat rekod

Posted:

Festival Boria 1Malaysia bakal catat rekod

Festival Boria 1Malaysia bakal catat rekod

20/04/2011 7:11pm

GEORGETOWN - Sebanyak 2,500 peserta boria bakal mencatat rekod Malaysia Book Of Records untuk persembahan boria yang dianggotai oleh peserta paling ramai dalam negara sempena Festival Boria 1Malaysia di Kampung Seronok, dekat sini 30 April ini.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia negeri Jaime Yeoh berkata, sebelum ini, Malaysia Book of Records pernah mencatatkan rekod penyertaan teramai sebanyak 2,020 orang pada tahun 2002 anjuran Jabatan Pelajaran Negeri di sini.

Katanya, setakat ini 1,800 orang daripada pelbagai kaum telah mengesahkan penyertaan untuk catatan rekod terbaru itu dan jabatan pelancongan negeri itu menyasarkan 2,500 peserta.

"Setakat ini penyertaan diterima daripada 37 buah sekolah rendah dan menengah dari seluruh negeri, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sektor awam dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO), penggiat industri pelancongan dan kebudayaan negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 20 Apr 2011 03:51 AM PDT

Utusan Online - Selatan


USIM, AeU tandatangani MoU

Posted:

USIM, AeU tandatangani MoU

USIM, AeU tandatangani MoU

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my


Dr. Ansary Ahmed (dua dari kiri) bertukar dolumen MoU dengan Dr. Muhammad Muda di Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 19 April – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memperhebatkan sistem pendidikannya dengan menawarkan program pengajian jarak jauh secara dalam talian bagi peringkat diploma dan ijazah melalui portal Malaysian Education Online (Medo).

Kejayaan itu merupakan hasil kerjasama pintar antara USIM dan Asia e University (AeU) dalam usaha mewujudkan akses pembelajaran lebih terbuka, mudah dan efisien ke arah melahirkan lebih ramai masyarakat berilmu.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhammad Muda berkata, inisiatif berkenaan selari dengan Projek Permulaan (EPP) Ke-6 yang diumumkan kerajaan bagi memfokuskan kepada keperluan memperkembangkan Pendidikan Jarak Jauh Antarabangsa di negara ini.

"Medo telah membuka peluang serta mewujudkan satu kaedah alternatif pembelajaran kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) khususnya terhadap warga USIM untuk belajar secara dalam talian.

"Malah, menerusi kerjasama dengan AeU, ia turut membolehkan USIM menembusi pasaran pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa yang semakin berkembang menerusi program pengajian yang ditawarkan," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan AeU di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif AeU, Prof. Datuk Dr. Ansary Ahmed.

Muhammad menambah, perkembangan sistem pengajian itu bukan sahaja diyakini dapat mencapai matlamat menjana lebih ramai modal insan berdaya saing, malah akan menjadi salah satu sumber pendapatan baru kepada USIM.

"Program seperti ini dilihat semakin berkembang pesat di peringkat global iaitu di rantau ini sahaja ia memperlihatkan pertumbuhan pada kadar 12 peratus setahun sejak 10 tahun lalu. Trend ini dijangka berterusan memandangkan banyak negara sedang berusaha untuk mengaplikasikannya," ujarnya.

Antara kursus dan program diploma serta ijazah yang ditawarkan menerusi Medo di Usim termasuk Sarjana Pentadbiran Muamalat, Sarjana Bahasa Arab Komunikasi, Sarjana Undang-Undang Perbandingan dan Diploma Siswazah dan Sarjana Dalam Penyalahgunaan Dadah (SPADA).

Kursus lain yang turut ditawarkan ialah Sarjana dan Doktor Falsafah Keselamatan dan Jaminan Maklumat, Sarjana dan Doktor Falsafah Quran dan Sunnah serta Sarjana dan Doktor Falsafah Dakwah dan Pengurusan Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kakitangan UTeM cuba tawan Gunung Kinabalu hari ini

Posted:

Kakitangan UTeM cuba tawan Gunung Kinabalu hari ini

Kakitangan UTeM cuba tawan Gunung Kinabalu hari ini


Kakitangan UTeM dan Kelab Esprit de Corp bertekad menawan puncak Gunung Kinabalu.


MELAKA 19 April - Kelab Kembara Biro Sukan dan Rekreasi Badan Kebajikan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersama Kelab Esprit de Corp, Bukit Katil Melaka berazam menawan puncak Kinabalu bermula hari ini dan esok.

Usaha untuk menawan antara puncak gunung tertinggi di Asia itu bagi mengibar bendera Melaka sempena sambutan Ulang Tahun Kelapan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Pengarah Program, Mohd. Rusdi Isohod berkata, seramai 20 pendaki terdiri daripada 14 kakitangan UTeM dan enam ahli Kelab Esprit de Corp sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk memulakan pendakian itu hari ini.

''Kami semua sudah menjalani beberapa siri latihan fizikal bagi memastikan tahap kecergasan kesemua pendaki berada pada tahap baik untuk menawan puncak Gunung Kinabalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, persiapan lain yang turut dilakukan iaitu dalam aspek kelengkapan pendakian dan urusan perjalanan dilaksanakan dengan sempurna bagi memastikan ekspedisi tersebut berjalan lancar.

Ujarnya, pendaki yang mewakili UTeM cukup berpengalaman kerana pernah melakar beberapa kejayaan tersendiri menawan beberapa puncak gunung seperti Gunung Tahan, Gunung Korbu, Gunung Yong Belar, Gunung Gayong, Gunung Yong Yap dan banyak lagi.

Katanya, keazaman kumpulan pendakian itu kian bertambah apabila mendapat suntikan semangat dan sokongan penuh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Sehubungan itu, beliau yakin kesemua 20 pendaki akan mampu menawan dan sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

''Apa yang saya harapkan adalah sepanjang pendakian cuaca akan memihak kepada kami, jika hujan, ia akan menyukarkan pergerakan ke puncak," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

200 sertai Jom Boling

Posted:

200 sertai Jom Boling

200 sertai Jom Boling


Pasukan Kelab Badminton UTeM muncul juara pada pertandingan Jom Boling di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 19 April - Seramai 200 pelajar dari pelbagai persatuan dan kelab di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyertai pertandingan 'Jom Boling' di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) Ayer Keroh di sini baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Kelab Bowling UTeM dan Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) merupakan acara tahunan sejak 2008.

Pengarah Program, Muhammad Hasif Saidin berkata, pertandingan itu diadakan bertujuan mengukuhkan lagi hubungan antara kelab-kelab dan persatuan di UTeM.

Menurutnya, selain itu, kejohanan seperti itu mampu memupuk semangat berpasukan dalam menjayakan semua aktiviti kelab dalam membentuk semangat kerjasama.

''Malah kejohanan ini dapat mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar UTeM untuk diketengahkan bertanding di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dan kebangsaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Mohd. Nizam Mazlan.

Kejohanan itu dimenangi Kelab Badminton UTeM, naib juara jatuh kepada oleh Persatuan pelajar Fakulti Kejuruteraan Pembuatan dan Kelab Boling UTeM 1 di tempat ketiga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 20 Apr 2011 03:43 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Kurikulum sekolah sukan akan dikaji

Posted:

Kurikulum sekolah sukan akan dikaji

Kurikulum sekolah sukan akan dikaji


MUHYIDDIN Yassin menurunkan tandatangan pada bola milik pasukan bola tampar Sekolah Tinggi Eksperimen Universiti Beijing di Beijing, China, semalam. – BERNAMA


BEIJING 19 April – Kementerian Pelajaran mungkin mengubah kurikulum sekolah sukannya supaya lebih ramai atlet negara dapat dilahirkan dan pada yang sama pelajarnya juga cemerlang dalam bidang akademik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan sekolah sukan di sini seperti Sekolah Tinggi Eksperimen Universiti Beijing yang melahirkan ramai atlet untuk negara ini dan cemerlang dalam pelajaran perlu dicontohi.

"Saya melihat sekolah ini sebagai satu sekolah berprestasi tinggi tetapi keistimewaannya ia berjalan satu sesi iaitu pelajar akan memasuki kelas untuk belajar tentang akademik dan selepas itu bersambung dengan pendidikan jasmani," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah tersebut di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekolah sukan tersebut adalah kombinasi sukan dan akademik selain kemudahan bertaraf antarabangsa disediakan.

Menurut Muhyiddin, tidak semua sekolah di negara ini mempunyai kemudahan seumpama itu kecuali sekolah yang terpilih dengan tujuan tertentu seperti Sekolah Tinggi Eksperimen Universiti Beijing yang melahirkan atlet renang, bola tampar, olahraga dan atlet sukan tari.

"Sekolah itu berjaya melahirkan ramai atlet negara dan saya fikir perlu ada rombakan baru terhadap sekolah sukan di negara kita untuk memperbaiki lagi pencapaiannya," ujar beliau.

Dalam pada itu Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran merancang untuk melahirkan 3,000 guru sukan yang mempunyai kepakaran khusus dalam sesuatu bidang sukan bagi melahirkan lebih ramai atlet negara.

"Ketika ini kita mempunyai guru sukan tetapi mereka tidak cukup terlatih dan tumpuan hanya diberikan terhadap pendidikan jasmani," katanya.

Beliau yang turut mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pelajaran China, Yuan Guiren hari ini sempena lawatan kerja ke negara ini memberitahu, China juga mempunyai program seperti Malaysia iaitu Satu Sukan Satu Pelajar apabila mewajibkan setiap pelajar mengambil mata pelajaran pendidikan jasmani satu jam setiap hari.

Katanya, beliau turut melahirkan hasrat untuk membuat pertukaran pelajar dan kakitangan dalam bidang sukan antara kedua-dua negara bagi membantu pembangunan sukan negara.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, Malaysia berharap China dapat membantu usaha mengantarabangsakan penggunaan bahasa Melayu dengan universitinya menawarkan program bahasa tersebut.

"Kita telah terima ramai pelajar yang berminat dengan bahasa Melayu dan ketika ini ada lima universiti di China yang menawarkan subjek tersebut," ujarnya.

Pada masa yang sama juga katanya, Malaysia mahu memperluaskan kerjasama dalam pembelajaran bahasa Mandarin yang betul termasuk menghantar kira-kira 100 guru di Beijing Foreign Studies University supaya mereka dapat mengajar bahasa itu dengan betul apabila pulang ke negara kelak. – Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Institusi raja akan dipertahan

Posted:

Institusi raja akan dipertahan

Institusi raja akan dipertahan

Oleh HAMDEN RAMLI
pengarang@utusan.com.my

KUALA KANGSAR 19 April – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengulangi ikrar akan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu daripada sebarang tindakan menghina, apatah lagi mahu meruntuhkan sistem berkerajaan dan bernegara yang telah lama berakar di bumi ini.

Baginda bertitah, sebagai payung negeri, institusi raja perlu berpendirian tegas memastikan takhta kekal berada di atas politik.

"Tugas tersebut bukanlah ringan. Ia memerlukan kearifan dan hikmah, pengalaman dan kedewasaan.

"Tugas tersebut bertambah mencabar dalam menghadapi demografi warga yang berlatarbelakangkan pelbagai kaum, agama, ditambah pula komposisi warga muda yang bertambah bilangannya, memiliki pelbagai idealisme di samping terdedah kepada pengaruh globalisasi," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Raja Nazrin bertitah, pada hari ini pemahaman warga terhadap institusi raja bagaikan berada di dua penghujung pendulum, ada yang menghargai kewujudannya dan ada pula yang kabur dengan peranannya.

Sehubungan itu titah baginda, menjadi tanggungjawab raja pemerintah untuk memperlihatkan kepada warganya kepentingan institusi raja terutama dalam memenuhi peranan semak dan imbang dalam urus tadbir kerajaan yang berpaksikan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Titah baginda lagi, pada masa ini institusi raja sedang melalui satu lagi evolusi hasil daripada suasana dinamik politik tempatan.

Bagaimanapun baginda yakin dengan pengalaman dan hikmah Sultan Azlan Shah serta raja-raja Melayu, institusi raja di bumi ini akan menemui paksi baru bagi melakarkan peranan yang lebih relevan dalam era semakin berubah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Abdul Rahman dilantik semula

Posted:

Abdul Rahman dilantik semula

Abdul Rahman dilantik semula


Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan surat cara pelantikan kepada Abdul Rahman Abas di Istana Negara, semalam. - Bernama


KUALA LUMPUR 19 April - Tun Abdul Rahman Abbas hari ini dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Abdul Rahman menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi tempoh dua tahun dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini.

Abdul Rahman, 73, yang dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Ketujuh pada 17 April 2001 dan seterusnya dilantik semula untuk memegang jawatan yang sama pada 1 Mei 2005 dan 15 April 2009.

Beliau yang kini Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten), berkahwin dengan Toh Puan Majimor Shariff dan dikurniakan empat orang anak.

Abdul Rahman, yang mempunyai ijazah kepujian dalam bidang Kesusasteraan daripada Universiti Malaya (UM) pada 1972, pernah menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang selama tiga tahun bermula pada 1982.

Beliau pernah berkhidmat sebagai guru selama 20 tahun sebelum aktif dalam politik dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bertam, Pulau Pinang selama empat penggal pada tahun 1978, 1982, 1986 dan 1990. - BERNAMA

Abdul Rahman pernah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dari 1974 hingga 1988, Anggota Jawatankuasa Pemuda UMNO dari 1976 hingga 1978 dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas pada 1988.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 20 Apr 2011 03:26 AM PDT

Utusan Online - Utara


AUCMS tambah empat fakulti baru

Posted:

AUCMS tambah empat fakulti baru

AUCMS tambah empat fakulti baru

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


Zainuddin Md. Wazir (dua dari kanan) bersama pelajar yang menjayakan Program Fiesta Aspirasi Seni dan Usahawan AUCMS 2011 di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini. – utusan/Sazali Che Din


KEPALA BATAS 19 April - Institusi pendidikan perubatan terkemuka, Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) yang baru dinaikkan taraf sebagai kolej universiti, berhasrat untuk menambah empat fakulti baru menjelang September ini.

Empat fakulti baru itu adalah Sains Sukan, Pengurusan dan Pendidikan Perubatan, Hospitaliti Perubatan dan Pelancongan serta Perubatan Tradisional.

Presiden AUCMS, Datuk Dr. Zainuddin Md. Wazir berkata, keputusan untuk menambah fakulti berkenaan adalah selaras dengan usaha pihaknya mewujudkan kursus-kursus baru yang memenuhi keperluan semasa, khususnya dalam bidang perubatan.

''Kita sudah menghantar permohonan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengenai hasrat untuk mewujudkan beberapa lagi fakulti yang bakal menyaksikan penawaran kursus-kursus baru.

''Jika semua berjalan lancar, kita harap fakulti-fakulti ini akan diwujudkan selewat-lewatnya menjelang September tahun ini," katanya selepas merasmikan Program Fiesta Aspirasi Seni dan Kebudayaan AUCMS di sini baru-baru ini.

AUCMS yang sebelum ini dikenali sebagai ACMS, ditubuhkan sejak 2002 dan merupakan salah satu kolej universiti swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi serta memfokuskan kepada pendidikan perubatan dan sains kesihatan bersekutu.

Setakat ini, AUCMS mempunyai empat fakulti yang menyediakan pelbagai kursus kepada para penuntut lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), matrikulasi dan setaraf dengannya iaitu Fakulti Perubatan, Kejururawatan, Fisioterapi dan Sains Bersepadu.

Mengulas lanjut, Zainuddin memberitahu, fakulti-fakulti yang akan diwujudkan memberi fokus dalam memenuhi keperluan bukan sahaja daripada segi kecemerlangan akademik, tetapi juga dalam bidang sukan serta kebudayaan.

Beliau memberi contoh, Fakulti Sains Sukan turut merangkumi penubuhan akademi bola sepak yang menyediakan aktiviti latihan serta penganjuran kejohanan bola sepak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sty Deyana Suhailah Pengacara Muda UiTM

Posted:

Sty Deyana Suhailah Pengacara Muda UiTM

Sty Deyana Suhailah Pengacara Muda UiTM


Sty Deyana Suhailah Mat Desa (kanan) menerima anugerah daripada Rektor UiTM Perak, Prof. Dr. Zainab Mohamed di Seri Iskandar, Perak, baru-baru ini.


SERI ISKANDAR 19 April - Mahasiswa tahun satu Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Sty Deyana Suhailah Mat Desa, 21, muncul sebagai pemenang program Pengacara Muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2011.

Program yang antara lain bertujuan mencungkil bakat pengacaraan itu terdiri daripada tiga peringkat saringan dan disertai lebih 50 mahasiswa UiTM Perak daripada pelbagai fakulti.

Sty Deyana Suhailah memulakan cabaran pertama di peringkat saringan dengan mengendalikan sebuah rancangan temu bual sambil mengupas isu pelajar dan fesyen.

Anak kepada pasangan Mat Desa Hashim, 57, dan Abadah Ramli, 56, itu kemudiannya meneruskan cabaran di peringkat separuh akhir dengan mengacara sebuah majlis rasmi perkahwinan olok-olok di hotel.

"Terdapat dua tugasan pada peringkat akhir. Pertamanya saya menjalani satu rakaman video untuk sesi membaca berita selama lima minit.

"Untuk tugasan kedua pula, saya dikehendaki mengacarakan satu majlis 'karpet merah' Anugerah Skrin secara spontan," katanya kepada Utusan Malaysia.

Sty Deyana Suhailah yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai Pengerusi Terbaik dalam Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2009, bagaimanapun mengakui masih gementar untuk mengacarakan sesebuah majlis.

Namun, katanya, dia berusaha mengatasi perasaan tersebut melalui latihan serta dorongan daripada rakan-rakan.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu yang amat meminati pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain dan Datuk Mahathir Lokman berpendapat, kebolehan berinteraksi dengan penonton melalui kepelbagaian ton suara penting bagi menghidupkan sesebuah rancangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penuntut IPT perlu persediaan alam kerjaya

Posted:

Penuntut IPT perlu persediaan alam kerjaya

Penuntut IPT perlu persediaan alam kerjaya


Ahmad Zaini Japar (tiga dari kiri) bersama Mohd. Amy Azhar Mohd. Harif (dua dari kiri) melawat pameran di Karnival Kerjaya Kali Ke-19 di UUM Sintok, kelmarin.


KUBANG PASU 19 April - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya yang berada di tahun akhir, perlu mendedahkan diri dengan persediaan ke alam kerjaya agar mampu menjadi siswazah yang boleh bersaing di pasaran kerja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar berkata, lulusan IPT tidak hanya boleh mengharapkan segulung ijazah untuk mendapatkan kerja, tetapi mesti membuat persiapan yang mantap dengan menjana kualiti diri sejak berada di 'menara gading' lagi.

"Selepas pengajian selesai, siswazah tidak dapat mengelakkan diri untuk menempuh proses mencari kerja, termasuk temu duga. Dalam proses ini, mereka perlu mempunyai penampilan dan jati diri bagi mendapat pekerjaan," katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Karnival Kerjaya 2011 anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia yang bertemakan Graduan Holistik Ke Arah Kebolehpasaran Kerja di Dewan Muadzam Shah universiti itu di Sintok, semalam.

Hadir sama Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof. Madya Dr. Mohd. Amy Azhar Mohd. Harif.

Karnival selama tiga hari berakhir esok itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran kerjaya dan pendidikan, temu duga, bual bicara kerjaya serta ceramah kemasukan ke IPT awam.

Sehubungan itu, Ahmah Zaini berkata, para mahasiswa perlu mengambil peluang dengan penganjuran program kerjaya seperti yang diadakan oleh UUM itu bagi mendedahkan diri terhadap persediaan ke alam pekerjaan.

Beliau percaya, peserta-peserta yang mengikuti karnival kerjaya berkenaan akan mengetahui hala tuju dan peranan yang perlu dimainkan oleh mereka untuk menembusi pasaran kerja selepas menamatkan pengajian masing-masing.

Sementara itu, Mohd. Amy Azhar memberitahu, Karnival Kerjaya Kali Ke-19 UUM itu mendapat sambutan yang menggalakkan, bukan sahaja daripada kalangan mahasiswa bahkan badan korporat, jabatan kerajaan dan IPT.

Menurut beliau, antara objektif penganjuran karnival itu ialah memberi pendedahan kepada para peserta mengenai persediaan ke alam kerjaya meliputi penulisan resume, surat iringan dan tips-tips menghadapi temu duga.

Katanya, ia juga bertujuan memberi pendedahan mengenai kepentingan menguasai kemahiran komunikasi untuk menjadi siswazah yang mempunyai nilai tinggi di pasaran kerja.

"Karnival ini turut menyediakan peluang pekerjaan kepada bakal siswazah UUM dan juga masyarakat setempat, selain menggalakkan penglibatan badan korporat dalam menyumbangkan tenaga kemahiran dan ilmu kepada golongan yang bakal menerajui negara kelak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 20 Apr 2011 03:25 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Mayat bayi disumbat dalam botol dijumpai di Sungai Tawau

Posted: 20 Apr 2011 02:54 AM PDT

Mutakhir

TAWAU: Mayat seorang bayi yang sudah reput dijumpai disumbat di dalam botol Nescafe bersaiz besar di Sungai Tawau pagi tadi.

Botol itu dijumpai selepas tersangkut di bawah sebuah jambatan di sungai berkenaan di kawasan Blok 10 Kampung Titingan.

Bayi yang jantinanya belum dikenal pasti itu ditemui kira-kira jam 9.30 pagi oleh seorang penduduk. "Ketika saya sedang mengupas kelapa, tiba-tiba adik saya datang dan memaklumkan bahawa ada satu botol di bawah jambatan yang sangat mencurigakan.

"Sebaik sampai di jambatan, saya mengambil botol itu dan melihat secara dekat isinya. Selepas membuka botol dan melihat kandungannya, saya cepat-cepat menutup semula botol itu kerana tidak tahan dengan bau busuk yang keluar darinya," kata Ronnie Jude, 32.

Beliau berkata pihak polis mengambil botol berkenaan selepas dimaklumkan mengenai penemuannya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin mengesahkan penemuan bayi terbabit dan siasatan terperinci masih dijalankan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib muat naik gambar beliau ketika hadiri acara sukan

Posted: 20 Apr 2011 02:51 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkongsi minatnya dalam bidang sukan dengan pembaca blog beliau dengan memuat naik beberapa keping gambar ketika menghadiri acara sukan dua minggu lalu.

Sebanyak 13 keping gambar dimuat naik iaitu dari acara 1Malaysia Cardiff City Junior Football League dan Litar Formula 1 Sepang yang diadakan pada 10 April lalu serta Pertandingan Golf Terbuka Malaysia yang diadakan pada 17 April.

Najib berkata, beliau akan memuat naik lebih banyak lagi blog bergambar sekiranya berkesempatan di lain masa, untuk tatapan rakyat semua. "Sepertimana yang anda sedia maklum, saya meminati pelbagai jenis sukan. Dalam dua minggu yang lalu, saya amat bertuah kerana berkesempatan untuk menyelami minat saya terhadap bola sepak, lumba kereta dan golf.

"Di sini saya sertakan beberapa gambar yang diambil dari ketiga-tiga acara tersebut," katanya dalam entri terbaru ''Sukan-Blog Bergambar'' di blog beliau www.1malaysia.com.my. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 20 Apr 2011 03:24 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Mana mahu lari?

Posted: 19 Apr 2011 12:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Pakistan yang tiada lesen memandu manakala cukai jalan teksi dipandunya tamat tempoh ditahan dalam Operasi Halang Siri 12/2011 di ibu kota, semalam.

Ketua Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Mohd Zamri Zainal Abidin, berkata lelaki itu pada mulanya cuba melarikan diri sebaik menyedari operasi dijalankan pihak berkuasa, tetapi gagal sebelum dia ditahan.


"Lelaki terbabit akan dikenakan tindakan mahkamah kerana menyalahgunakan permit kerja manakala pemilik teksi yang menyewakannya kepada lelaki itu akan diberi surat saman kerana membenarkan warga asing terbabit memandu teksinya," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, lelaki terbabit antara 28 pemandu teksi yang ditahan kerana melakukan kesalahan menghalang lalu lintas sebelum mereka dikompaun RM150 mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Operasi dua jam itu diketuai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), JPJ, Jabatan Alam Sekitar dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bertujuan memastikan kenderaan pengangkutan awam tidak menghalang lalu lintas hingga menyumbang kepada kesesakan.


Tumpuan operasi ialah membabitkan beberapa jalan utama seperti Jalan Tun Razak dan Jalan Tun HS Lee di samping lokasi tumpuan lain termasuk pekarangan KLCC, Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Leboh Ampang dan Jalan Sultan Muhamad.

Selain itu, 23 saman dikeluarkan kepada pemandu bas, 22 saman bagi kenderaan lain dan 12 kereta ditunda.


Sementara itu, Ketua Inspektor Unit Trafik dan Tunda Bahagian Penguatkuasaan DBKL, Shaiful Anuar Shaharom, berkata operasi berkenaan diadakan bagi memastikan ibu kota tidak terus sesak disebabkan tindakan pemandu bas dan teksi meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua mahasiswa sesat hutan 24 jam

Posted: 19 Apr 2011 11:58 AM PDT

JANDA BAIK: "Walaupun badan terlalu penat, tetapi saya tetap meredah kegelapan malam mencari jalan pulang. Ketika itu bermacam-macam bermain di fikiran saya selepas terdengar bunyi anjing dan monyet," kata Claries Pirus, 24, pelajar Management & Science University (MSU), Shah Alam, Selangor yang tersesat 24 jam di kawasan Latto Charuk, Sungai Tampek, di sini, semalam.

Dia bersama rakannya, Sumitha Muniandy, 24, ditemui seorang penduduk kampung kira-kira jam 2.20 petang ketika usaha mencari mereka giat dijalankan polis, bomba, Unit Pengesan Anjing (K9), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan penduduk kampung.


Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Sabirin, 28, berkata dia mula mencari pelajar terbabit selepas Zuhur dan mendapat petunjuk penemuan mangsa kira-kira 10 minit selepas usaha mencari dijalankan.

Menurutnya, dia pada mulanya terdengar suara tidak jelas meminta tolong sebelum meneruskan perjalanan. Selang tidak beberapa lama kemudian dia mendengar orang meminta tolong dengan jelas dan pergi ke arah suara itu.


"Saya menemui mereka yang duduk berhampiran kawasan air terjun.


"Syukur ketika ditemui mereka selamat dan tidak cedera. Saya memberi mereka minum sebelum membawa mereka turun 10 minit kemudian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata pelajar terbabit datang kawasan itu bagi menjalani aktiviti keperluan subjek pengurusan rekreasi bermula 16 April lalu.


Menurutnya, pelajar terbabit seramai 124 orang dan diiringi tiga pensyarah serta dibantu 11 jurulatih dipecahkan kepada dua kumpulan.

"Bagaimanapun, ketika latihan dijalankan dua pelajarnya tersesat dan usaha mencari dijalankan sehingga jam 7 malam.


"Selepas gagal menemui mangsa, mereka membuat laporan polis sebelum usaha mencari disambung semula sehingga 11 malam," katanya pada sidang media di tempat kejadian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 20 Apr 2011 02:26 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Pelajar dicabul dalam kelas

Posted: 19 Apr 2011 12:33 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.

Drebar meraung tiga jam tersepit

Posted: 19 Apr 2011 12:32 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]IPOH: Seorang pemandu bas meraung kesakitan kira-kira tiga jam akibat tersepit selepas bas ekspres dipandunya merempuh sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 266, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), menghala utara, di sini, malam kelmarin.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 20 Apr 2011 01:47 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Sentral: Ops halang

Posted: 19 Apr 2011 02:00 PM PDT

Wilayah

PENGUAT KUASA DBKL dan JPJ  menahan dan menyaman kenderaan awam dan persendirian yang menghalang lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur.

PENGUAT KUASA DBKL dan JPJ menahan dan menyaman kenderaan awam dan persendirian yang menghalang lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur.

Penguat kuasa DBKL, JPJ 'kepung' pemandu kenderaan langgar peraturan

KUALA LUMPUR: Dua pemandu teksi yang melakukan kesalahan menghalang lalu lintas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorel Titiwangsa di sini, sanggup membahayakan diri dengan memasuki laluan Jalan Tun Razak yang sesak dengan kenderaan secara tiba-tiba selepas menyedari kehadiran penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota penguat kuasa DBKL, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang terbabit dalam Operasi Halang Siri 11/2011 dari jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari berjaya 'mengepung' teksi terbabit. Selain dua pemandu teksi terbabit, enam lagi pemandu teksi yang turut meletakkan kenderaan di kawasan larangan di stesen berkenaan, tidak sampai 200 meter dari Bilik Gerakan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL turut dikenakan kompaun RM150 mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Inspektor Trafik Penguat kuasa DBKL, Tuan Shaiful Anuar Shahrom, berkata operasi berkenaan diadakan bagi memastikan ibu kota tidak terus sesak disebabkan tindakan pemandu bas dan teksi meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.

"Tindakan itu diambil atas laporan diterima daripada orang awam. DBKL tidak mahu keadaan itu berlarutan dan menyusahkan pengguna jalan raya lain," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Shaiful berkata, 129 tindakan diambil DBKL iaitu empat kes membabitkan ketumpatan asap melebihi 50 peratus oleh JAS, manakala JPJ sebanyak 27 kes.
"JPJ turut mengambil tindakan ke atas seorang warga asing daripada Pakistan yang menyalahgunakan permit kerjanya dengan membawa teksi," katanya.

Selain Jalan Tun Razak, beberapa lokasi tumpuan lain termasuk Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Leboh Ampang serta Jalan Sultan turut digempur dalam operasi itu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Johor: Jeti nelayan uzur

Posted: 19 Apr 2011 01:42 PM PDT

Wilayah

JETI usang perlu diganti di Kampung Penerok, Kukup.

JETI usang perlu diganti di Kampung Penerok, Kukup.

Penduduk Kampung Penerok mahu kemudahan, infrastuktur dinaik taraf

KUKUP: Nelayan sekitar Kampung Penerok di sini, melahirkan rasa kecewa berikutan ketiadaan jeti yang sempurna untuk memudahkan mereka menguruskan aktiviti keluar masuk menangkap ikan setiap hari.

Keadaan jeti sedia ada yang usang dengan pondok tempat mereka meletakkan kelengkapan menangkap ikan yang ada di situ semakin uzur apabila hanya menunggu masa untuk rebah. Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jabar Abd Rahman, 70, berkata semua kemudahan yang ada di situ sudah usang kerana dibina sejak 1970-an lagi.

"Hasil pendapatan di sini tidak begitu baik, membuatkan nelayan di sini tidak mampu berusaha untuk membina jeti, jambatan atau pondok yang bagi bagi menggantikan kemudahan yang semakin usang itu.

"Pendapatan nelayan di sini hanya sekitar RM300 hingga RM500 sebulan, itulah rezeki mereka untuk menyara keluarga dan persekolahan anak-anak," katanya.

Jabar berkata, berikutan kemiskinan yang menghimpit mereka, kebanyakan nelayan kampung itu hanya mampu keluar menangkap ikan dengan menggunakan jaring, rawai dan pukat kecil saja.
"Selain kemudahan jeti dan pondok di sini, jambatan yang merentangi tali air sebagai laluan untuk nelayan menuju ke perahu juga terlalu usang perlu diganti segera. Kami merayu agar Majlis Daerah Pontian (MDP) atau Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi perhatian agar dapat membina semula jambatan di sini.

"Jambatan ini adalah penghubung kampung yang terdekat seperti Sungai Buntu dan Penerok Laut. Saya bimbang kalau kenderaan seperti kereta dan motosikal lalu di sini, menyebabkan jambatan di sini runtuh, berikutan tiangnya juga sudah reput sedangkan ia adalah laluan utama penduduk termasuk mengeluarkan hasil kebun," katanya.

Beliau berkata, walaupun jauh daripada pusat bandar, namun kira-kira 200 penduduk kampung itu berharap mereka turut berpeluang mengharungi kehidupan dengan lebih selesa terutama kemudahan infrastruktur yang usang itu dapat dibina atau diganti baru," katanya.

Nelayan, Rahmad Minal, 43, berkata mereka amat berharap perhatian kerajaan negeri untuk membantu membina kembali pelbagai kemudahan untuk keselesaan semua nelayan di situ keluar ke laut.

"Sebagai anak kampung dan nelayan di sini, besarlah harapan kami untuk melihat kemudahan awam seperti jeti, pondok dan jambatan di sini dapat dibina baru," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 20 Apr 2011 01:38 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


‘Kami tidak takut didakwa’

Posted:

'Kami tidak takut didakwa'

'Kami tidak takut didakwa'

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 April – Trio 'Datuk T' hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa.

Shazryl Eskay ketika dihubungi berkata, beliau tidak akan sesekali membantah sebarang tindakan undang-undang, jika benar pihak Peguam Negara mahu mendakwa trio Datuk T di mahkamah, atas kesalahan memiliki serta mengedarkan rakaman video seks berkenaan.

"Kami serah sepenuhnya kepada pihak polis dan Peguam Negara. Di pihak kami, apa juga keputusan dan arahan pihak berkuasa kami akan patuh termasuk pergi ke mahkamah. Kami akan memberi kerjasama 100 peratus kepada semua yang terlibat kerana kami sedar ini adalah perjuangan demi kebenaran.

"Oleh itu, kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar," katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.

Katanya, atas niat yang murni tersebut jugalah sehingga kini, semua trio Datuk T tidak mendapatkan sebarang khidmat guaman bagi menghadapi kemungkinan pendakwaan kerana yakin, Allah akan menolong golongan yang berjuang untuk mengelakkan negara ini dari di perintah individu tidak bermoral.

"Pada saya, pendedahan ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolehkan rakyat menjadi saksi. Kalau ingin mengedar, rakaman tersebut sudah dicetak sebanyak 20,000 salinan tetapi sehingga kini hanya 15 individu sahaja yang dibenar menontonnya," jelas beliau.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, jika Shazryl Eskay sanggup melakukan sumpah laknat termasuk di depan Kaabah, Anwar yang selama ini menampilkan imej Islamik di mata masyarakat juga perlu ada keberanian dan kepercayaan tersebut, dalam mencari kebenaran sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

Sambil mengakui bahawa dirinya juga sudah bersedia untuk menerima apa juga keputusan Peguam Negara, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, beliau juga sanggup berdepan dengan Anwar dalam apa juga situasi, selepas ketua pembangkang itu bermati-matian menafikan beliau terlibat dalam aksi video seks itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

23 inisiatif jana kekayaan negara

Posted:

23 inisiatif jana kekayaan negara

23 inisiatif jana kekayaan negara

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN, HASHNAN ABDULLAH dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersama sebahagian pemimpin korporat pada Majlis Pengumuman Program Transformasi Ekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 19 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 23 inisiatif bagi mewujudkan kekayaan baru dan membangunkan ekosistem negara yang mampu menarik pelaburan berbilion ringgit.

Inisiatif baru itu yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak dengan Unit Inovasi Khas (Unik) di bawah Pejabat Perdana Menteri juga mampu menggali kekayaan intelektual negara.

Perdana Menteri ketika melancarkan Inisiatif Penjanaan Kekayaan Baru dan Pembangunan Ekosistem Negara itu berkata, ia akan menjadi hala tuju baharu yang memberi impak positif kepada penjanaan kekayaan negara.

Menurut Najib, projek berkenaan antaranya meliputi:

* Menukar sisa buangan kelapa sawit kepada produk bermargin tinggi.

* Menghasilkan perisian yang mampu memantau corak penggunaan tenaga sekali gus membantu menjimatkannya.

* Penghasilan ubat semula jadi kanser serviks oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

* Penghasilan kit diagnostik oleh Universiti Malaya (UM) yang boleh mengesahkan penyakit denggi dalam empat jam.

* Menghasilkan teknologi terkini dalam industri diod pancaran cahaya (LED).

* Kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menghasilkan enjin carian Internet yang sangat tepat.

Kata Perdana Menteri, pasaran global untuk sektor-sektor itu dianggarkan bernilai RM1.46 trilion yang sangat menguntungkan Malaysia walaupun hanya sedikit penglibatan dalam segmen berkenaan.

''Kesan limpahannya sangat jauh dan akan mempertingkatkan kemahiran teknikal dan perniagaan seluruh rangkaian bekalan, tidak seperti inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D), projek berinovasi ini berjaya menarik pelanggan antarabangsa sebelum pelancarannya lagi," katanya di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pegawai Eksekutif Unik, Datuk Kamal Jit Singh.

Pada majlis yang sama, Najib turut menyaksikan pemeteraian hubungan strategik antara rakan usahasama Unik bagi mengkomersialkan projek berkaitan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pewujudan kekayaan baharu, hak harta intelek daripada universiti dan institusi penyelidikan awam serta inisiatif ekosistem.

Menurutnya, lebih 1,000 projek telah diteliti dengan 113 dikenal pasti mempunyai potensi dikomersialkan yang dianggarkan bernilai RM316 bilion.

''Kita harus menembusi pasaran global bagi menawan sebahagian daripada nilai ini dan hasilnya akan dapat kita lihat sebelum suku kedua 2012," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

7 projek baharu ETP dilancar

Posted:

7 projek baharu ETP dilancar

7 projek baharu ETP dilancar

PUTRAJAYA 19 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan tujuh projek baharu dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai usaha untuk memperkukuhkan lagi aliran kemasukan pelaburan ke negara ini.

Beliau berkata, dengan pelancaran tujuh projek baharu itu bersama lima projek yang telah dilancarkan sebelum ini, ia dijangka menjana pelaburan sebanyak RM11.16 bilion serta Pendapatan Kasar Negara (PNK) sebanyak RM16.62 bilion selain mewujudkan 74,457 pekerjaan tambahan.

"Sebanyak 72 projek dalam 54 Projek Permulaan (EPP) diumumkan sehingga kini, yang bermakna 41.2 peratus daripada 131 EPP telah dimulakan, semuanya dalam tempoh kurang enam bulan sejak ETP dilancarkan.

"Secara terkumpul, kesemua projek ini dijangka menjana pelaburan berjumlah RM106.405 bilion serta RM153.83 bilion dalam PNK dan 298,865 pekerjaan baharu," katanya ketika mengumumkan projek pelaburan ETP yang terkini, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Tujuh projek baharu itu adalah penubuhan hab pembuatan perkakasan rumah elektrik dan rangkaian pengedaran antarabangsa, membina infrastruktur Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) bagi meningkatkan kecekapan pelepasan kontena, siaran digital multimedia bumi dan kajian asas perkhidmatan e-Kaunter.

Selain itu, ia turut membabitkan projek e-mel 1Malaysia, mewujudkan kelompok kewangan dan pentadbiran perbankan Islam dan membangunkan pasar komuniti.

Dalam ucapan sama, Najib menyifatkan kesediaan golongan korporat yang tampil secara sukarela menandatangani ikrar Kewibawaan Korporat dan Prinsip-prinsip Anti-Rasuah Korporat sebagai usaha meningkatkan tahap integriti dalam bidang perniagaan pada masa depan.

"Usaha mengurangkan amalan rasuah di alam perniagaan amat diperlukan untuk meningkatkan keupayaan Malaysia menarik minat pelabur. Ia merupakan salah satu unsur ETP yang terpenting memandangkan Malaysia kini berada di persimpangan pembangunan ekonomi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 20 Apr 2011 01:31 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Mahkamah: Harta Syed Kechik RM400j ditadbir isteri kedua, tiga anak

Posted: 20 Apr 2011 12:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 April — Mahkamah Persekutuan memutuskan kekayaan RM400 juta milik Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed akan ditadbir bersama oleh isteri kedua Allahyarham dan tiga anaknya, sekali gus mengakhiri pertikaian berhubung siapa yang berhak menjadi pentadbir harta pusaka itu.

Mahkamah memutuskan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah iaitu isteri kedua Syed Kechik dan anak perempuannya, Puan Sri Sharifah Zarah dan Sharifah Munira gagal dalam usaha terakhir mereka untuk menghentikan Syed Gamal, anak lelaki

tunggal Syed Kechik bersama isteri pertama sebagai pentadbir bersama harta pusaka tersebut.

Laporan media memetik Bernama berkata, panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum sebulat suara menolak permohonan isteri Syed Kechik dan dua anak perempuannya untuk mendapat kebenaran mahkamah mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Beliau yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Seri Md Raus Sharif membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Datuk N. Vijaykumar yang mewakili Sofiah, dan dua anak perempuannya dan Pawancheek Marican mewakili Syed Gamal.

Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga perayu menjelaskan kos guaman RM30,000 kepada Syed Gamal selaku responden.

Pada 30 Julai lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng memutuskan harta pusaka Allahyarham ditadbir bersama oleh isteri dan tiga anaknya.

Syed Gamal, 46, pemilik kafe siber, merupakan anak lelaki tunggal Syed Kechik hasil perkahwinan Allahyarham dengan Zainab@Eshah Abdullah.

Kemelut perebutan harta pusaka keluarga itu bermula selepas kematian Syed Kechik ketika berusia 80 tahun pada 10 April 2009 kerana sakit jantung tanpa meninggalkan wasiat.

Syed Kechik ialah bapa mertua pengerusi Yayasan Al-Bukhary Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang tersenarai antara orang terkaya di negara ini.

 Pada 15 September 2009, Sofiah dan anaknya memfailkan petisyen memohon supaya mereka diberikan surat kuasa mentadbir harta pusaka Allahyarham.

Syed Gamal kemudian memfailkan permohonan kaveat pada 14 April 2009 bagi menghalang keluarga tirinya itu dilantik sebagai satu-satunya pentadbir harta pusaka Syed Kechik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aziz Bari: Pemuda PAS ‘jangan naik minyak’ kerana kritik Hadi

Posted: 20 Apr 2011 12:48 AM PDT

Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 20 April — Prof Abdul Aziz Bari menasihatkan Dewan Pemuda PAS supaya tidak "mengamuk dan naik minyak" ekoran pandangannya bahawa Presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dilihat sebagai liabiliti kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Justeru tegas penganalisis politik ini, Dewan Pemuda PAS khususnya kepimpinan Wilayah Persekutuan seharusnya memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir baik.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah (Persektuuan) tak perlu melenting. Mereka kena faham konsep dan implikasi kepemimpinan dalam politik moden berperlembagaan hari ini," kata ahli akademik ini.

"Mungkin Dewan Pemuda Wilayah berasa PAS sekarang hebat. Itu hak mereka. Tetapi tak perlulah mereka mengamuk.

"Saya fikir elok mereka bekerja untuk memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir baik," kata beliau dalam satu kenyataan balas hari ini.

Semalam, pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen turut menyanggah pandangan Aziz sambil berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS.

"Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja.

"Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008, malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi  dari tujuh kerusi pada 2004," katanya.

Sebagai presiden kata beliau, keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti di seluruh negara bukannya di Terengganu sahaja.

"Dan, ia sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS di bawah presiden," katanya.

Kata beliau, Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Hadi adalah punca kegagalan 16 September.

"Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai profesor atau sekadar menggantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi.

"Nampaknya beliau sengaja mengkambinghitamkan presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca," kata beliau lagi.

Pemimpin-pemimpin PAS mempertahankan kepimpinan Hadi sambil menegaskan pemimpin veteran itu bukan liabiliti kepada parti Islam sepert didakwa Aziz.

Sebaliknya, mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi pula berkata alasan yang diberikan Aziz itu adalah perkara yang akan sentiasa dibangkitkan setiap kali menjelang pemilihan parti itu.

Dalam kenyataan hari ini, Aziz juga berkata, ramai yang akur bahawa ruang yang ditinggalkan oleh Fadhil tidak dapat diisi oleh Hadi.

"Fadhil hebat kerana beliau meninggalkan landasan yang hari ini menjadi asas Pakatan Rakyat. Sebaliknya, Hadi mempunyai imej yang berbeza. Walaupun belum ke tahap meninggalkan Pakatan golongan ini sudah pernah mengungkit kedudukan mereka dalam Pakatan," kata beliau.

Oleh itu kata beliau, mereka yang mahu perubahan dalam negara perlu menyokong perubahan dalam PAS.

Katanya, perubahan dalam negara sukar untuk berlaku tanpa sistem dua parti yang mantap. PAS di bawah Hadi tidak peduli konsep ini.

"Meskipun Hadi dan kumpulannya menjerit-jerit untuk menggantikan Umno mereka tidak bekerja untuk membina sebuah sistem yang perlu ke arah itu. Sebab itu Umno senang dengan mereka," katanya lagi.

Aziz berkata, sesiapa yang berjawatan dalam politik perlu akur bahawa prestasi mereka sentiasa dinilai dan dikritik.

"Siapa raja, baik putera raja, ulama, cendekiawan dan lain-lain, perlu akur bahawa mereka tidak lagi kebal dari penilaian dan kritikan," katanya lagi.

Aziz menambah, "komen saya mungkin keterlaluan bagi mereka" tetapi bagi mereka yang prihatin tentang perlunya perubahan, komen itu boleh dipertimbangkan.

"Komen saya berdasarkan pemerhatian dan suara yang dizahirkan oleh pemimpin dan ahli parti. Saya tak perlu dedahkan siapa mereka. Itu kerja parti, termasuk Dewan Pemuda Wilayah, untuk menyiasatnya," katanya lagi.

Soal Aziz, jika Presiden Umno boleh dikritik, mengapa tidak Presiden PAS.

"Lagipun PAS sudah mendakwa yang ia bersedia mengganti Umno. PAS juga mendakwa ia parti untuk semua, termasuk orang bukan Islam.

"Dengan itu PAS perlu inklusif, bukan eksklusif. Mengamuk dan naik minyak bila dikritik bukan ciri parti politik," katanya.

Aziz juga berkata, beliau tidak mengkritik Hadi atas dasar peribadi, sebaliknya mengkritik prestasnya kerana ingin melihat PAS parti penting.

"Ia bukan sahaja parti utama Pakatan Rakyat tetapi ia parti yang senior dan mempunyai banyak ahli, khabarnya sejuta. Ertinya PAS parti terbesar dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Sebab itu katanya, Umno sentiasa gelisah dengan PAS dan cuba mencari jalan untuk menggoncang kesetiaannya dalam Pakatan Rakyat.

"Sikap dolak dalik Presiden PAS dalam isu 16 September semua orang tahu. Begitu juga dengan gagasan kerajaan perpaduan," katanya.

Aziz juga mengaitkan kritikan terbaru ini dengan prestasi parti-parti komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu.

"Cuba bandingkan perancangan DAP di Sarawak. Mereka bekerja sejak tahun yang lalu. Saya rasa PAS tidak berbuat begitu.

"Mereka sepatut menang di Beting Maro. Dalam soal ini, siapa yang patut menanggungnya?" katanya.

Beliau seterusnya memberikan analogi "jika pemain gagal bermain dengan baik pasti ada yang tidak kena dengan sistem permainan dan taktik yang dipakai."

"Dan, siapa yang hendak dipersalahkan? Jawabnya jurulatih atau pengurus pasukan. Kita akur bahawa menukar ketua tidak semestinya menghasilkan keputusan yang positif.

"Tetapi kita mesti mencuba. Kita tidak boleh mengekalkan pengurusan yang prestasinya hambar," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 20 Apr 2011 01:14 AM PDT

Utusan Online - Timur


PSMZA rangsang ciptaan kreatif

Posted:

PSMZA rangsang ciptaan kreatif

PSMZA rangsang ciptaan kreatif

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my


Pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menunjukkan sijil serta alat 'Pemanjat Pokok Kelapa' selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Industri Terbaik pada Pertandingan Inovasi anjuran PSMZA, Dungun, baru-baru ini.


DUNGUN 19 April – Pelbagai ciptaan kreatif berjaya dihasilkan oleh penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dalam pertandingan inovasi yang dianjurkan politeknik itu baru-baru ini.

Ia termasuk rekaan alat pemanjat kelapa daripada dua batang besi serta kabel getah hasil ilham empat penuntut tahun akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang menarik perhatian juri.

Alat yang dipakaikan pada tangan dan kaki pemanjat pokok kelapa itu berjaya meyakinkan para juri bahawa ia ciptaan yang selamat dan mempercepatkan proses memetik kelapa yang kini amat jarang dilakukan oleh manusia.

Penggunaan alat itu juga sesuai untuk proses penghasilan nira kelapa yang diketahui umum tidak boleh dilakukan oleh haiwan belaan seperti beruk.

Alat itu bersama ciptaan mesin penerai benang menjadi pilihan para juri untuk dinobatkan sebagai Anugerah Industri Terbaik.

Timbalan Pengarah PSMZA, Saifullah Musa berkata, program itu berjaya memaparkan hubungan sains dan manusia yang sebelum ini dilihat rumit tetapi hakikatnya mudah difahami jika dipersembahkan dengan betul.

"Melalui pertandingan itu, warga kampus berpeluang memperoleh kepelbagaian sumber yang boleh dimanfaatkan kerana apa yang dihasilkan mampu mengurangkan kos dan menjimatkan masa," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dalam pertandingan itu, 25 kumpulan melibatkan empat jabatan iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Teknologi Maklumat mengambil bahagian.

Enam penyertaan dipilih untuk menerima Anugerah Projek Terbaik Keseluruhan iaitu 'Special Tool Valve Seal Pneumatic Device', 'Rain Sensor Car Window System' dan 'Safety Helmet'.

Turut menerima anugerah sama yang disampaikan oleh Saifullah ialah 'Tyre Pressure and Co-Sensor', 'RFID Student Attendance System' dan 'Smart Trolley Projector'.

Dalam program itu, wakil Sirim Berhad, Institut Teknologi Petroleum Petronas, YTL Power Services Sdn. Bhd. dan Akademi Binaan Negara dijemput untuk membuat penilaian dan penghakiman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Inisiatif warga UMK bantu mangsa gempa di Jepun

Posted:

Inisiatif warga UMK bantu mangsa gempa di Jepun

Inisiatif warga UMK bantu mangsa gempa di Jepun


Sebahagian kakitangan Jabatan Canselori UMK yang menyertai program 'Car Wash' untuk mengisi Tabung Bantuan Kemanusiaan mangsa gempa bumi dan tsunami Jepun di kampus universiti itu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 19 April - Penderitaan rakyat Jepun yang dilanda gempa bumi dan tsunami terus mendapat simpati pelbagai pihak di negeri ini, termasuk warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Dalam usaha menzahirkan keprihatinan mereka, Kelab Kebajikan Kakitangan Jabatan Canselori UMK, menganjurkan Program Cuci Kereta atau 'Car Wash' bagi mengisi Tabung Bantuan Kemanusiaan mangsa gempa peringkat kampus.

Seramai 30 anggota kelab menjayakan program itu bagi mengumpul dana untuk disalurkan ke dalam tabung berkenaan.

Timbalan Pengerusi Kelab itu, Liau Pei Wen berkata, ahli terbabit mencuci kenderaan termasuk motosikal dan van dengan bayaran antara RM3 dan RM11 bermula pukul 10.30 pagi hingga 5.30 petang.

Beliau berkata, program tersebut mendapat sambutan hangat bukan sahaja daripada kakitangan dan pelajar UMK, tetapi juga masyarakat sekitar kampus.

"Usaha itu dibuat tanda keprihatinan kami dengan penderitaan yang dialami rakyat Jepun di samping menimbulkan kesedaran kalangan warga universiti sendiri bagi membantu mereka yang berada di dalam kesusahan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Pei Wen berkata, pihaknya menyasarkan kutipan sebanyak RM1,000 sepanjang program sehari itu, termasuk melalui jualan minuman di gerai yang disediakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMK, Mara lahir graduan 'sains keusahawanan'

Posted:

UMK, Mara lahir graduan 'sains keusahawanan'

UMK, Mara lahir graduan 'sains keusahawanan'


Zainai Mohamed (dua kiri) bersama Ibrahim Ahmad bertukar dokumen pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian dan Pelancaran PPKS antara UMK dan Mara di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 19 April - Program Persediaan Keusahawanan Sains (PPKS) yang merupakan kerjasama antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bakal menjadi program pengajian prauniversiti terbaru yang akan melahirkan graduan sains dengan latar belakang kukuh dalam bidang keusahawanan.

Ketua Pengarah Mara, Ibrahim Ahmad berkata, seramai 200 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menjadi kumpulan pertama mengikuti program itu selama setahun di Kolej Mara Kulim, Kedah bermula 22 Mei ini sebelum menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di UMK.

Katanya, pelaksanaan program itu penting selaras dengan pelan transformasi Mara yang memberi fokus kepada bidang keusahawanan kalangan bumiputera dan peluang pendidikan bertaraf global.

"Kami percaya seorang usahawan boleh dilatih dan program ini adalah sebahagian proses untuk membentuk mereka sejak dari peringkat awal lagi," katanya selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian dan pelancaran PPKS di kampus universiti itu di sini semalam.

Hadir sama Naib Canselor UMK, Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Zainai Mohamed; Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Tinggi Mara, Abd. Rahim Hashim dan Pengerusi PPKS merangkap Dekan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli UMK, Profesor Dr. Ibrahim Che Omar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 20 Apr 2011 12:02 AM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Berkebun cara orang kota

Posted:

Berkebun cara orang kota

Berkebun cara orang kota

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my



KEPADA Rozi Maria Mohd. Nasir, 33, menanam lebih 30 jenis sayur dan buah di laman belakang kediamannya, mampu memberi kepuasan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.

Merealisasikan impiannya yang mahukan laman dapur atau lebih popular disebut sebagai edible garden seperti di luar negara, dia yang sebelum ini menetap selama tujuh tahun di kediaman jenis pangsapuri memilih untuk berpindah ke rumah teres di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves.

"Saya selalu mengimpikan untuk memetik sayur dan tanaman yang lain dari tingkap rumah terus ke masuk ke periuk, seperti yang sering ditonton di dalam rancangan masakan di televisyen," katanya yang minat dengan aktiviti berkebun sejak berumur lapan tahun. Pada masa itu, Rozi Maria banyak membantu ibunya menyiram tanaman di halaman rumah mereka di Simpang Renggam, Johor.

Dia yang mesra disapa Maria, menggunakan idea kreatifnya memilih tanaman yang sesuai untuk ditanam di pelbagai sudut. Kediamannya juga diceriakan dengan elemen warna menawan selain kombinasi tumbuhan yang sepadan.

Barisan tanaman berpasu yang disusun kemas di segenap ruang seperti laman hadapan rumah, dapur, kaki lima dan belakang kediaman cukup sinonim menterjemahkan inspirasi pemilik yang cintakan keceriaan sepanjang masa.

Selain itu, pembantu teknikal di Jabatan Kerja Raya itu turut mendapat sokongan suaminya, Linezam Roseli, 33. Linezam, mula meminati aktiviti berkebun selepas melihat kegigihan isterinya menjaga tanaman dengan begitu rapi.

Dibantu suami

Maria mengakui, suaminya sebelum ini kurang menunjukkan minat terhadap hobinya mungkin kerana laman dapur di rumah pangsapuri mereka agak kecil.

"Sebelum ini suami kurang membantu, saya sahaja yang menjaga tanaman terutama selepas pulang kerja dan membersihkan kawasan laman di sudut balkoni rumah.

"Selepas berpindah ke rumah teres, suami banyak membantu membersihkan kawasan laman belakang rumah, membuat pondok rehat, pergola.

"Bahkan, kami sekeluarga meluangkan masa cuti hujung minggu dengan menyiram tanaman, memetik sayur terutama kacang botol kerana ia tumbuh dengan cepat selepas dipetik," kata ibu kepada tiga orang anak itu yang mempunyai hobi memasak.

Antara tanaman hijau yang tumbuh subur di laman belakang rumah Maria ialah bendi, cili, kunyit, halia, limau purut, ubi, lengkuas, daun kari dan daun pandan.

Selain menanam pokok untuk kegunaan memasak, Maria juga menanam pokok buah-buahan seperti jambu, ciku dan mempelam. Biji benihnya dibeli dari nurseri manakala sayur-sayuran kebanyakan dibawa daripada kampung.


MARIA memilih tanaman yang sesuai untuk kebun mininya.


Khidmat nasihat

Menceritakan cara-cara dia memastikan tanamannya tumbuh dengan subur dan sihat, Maria akan meletakkan baja organik dan mempelajari tip menjaga tanaman daripada laman web. Dia juga mendapat khidmat nasihat daripada perunding tanaman di nurseri dan ibunya.

"Hobi saya ini bukan sahaja dapat mencantikkan kawasan lapang di belakang di rumah saya, malah konsep edible garden yang semakin popular di kalangan masyarakat juga mampu mengurangkan kos perbelanjaan dapur.

"Selain itu, ia juga menambah nilai estetika kepada landskap halaman atau tanah kosong di kediaman. Bahkan, ia bukan sahaja dapat menyejukkan mata penghuni rumah, malah tetamu yang berkunjung.

"Saya mengakui saya tiada pengetahuan khusus mengenai penataan taman tetapi saya suka mencuba sesuatu yang baru," katanya yang juga menanam pokok markisa.

Sebagai seorang yang menitikberat susunan barangan di dalam dan luar rumah, lulusan Diploma Seni Bina, Politeknik Kuantan, Pahang itu lebih selesa menjaga dan menguruskan rumah tanpa pembantu rumah.

Walaupun ketiga-ketiga anak-anaknya, Laila Rasyida, 8, Nayli Athirah, 6 dan Rizq Luqman yang baru berusia dua setengah tahun memerlukan perhatian sepenuhnya, Maria mengaku dia memperoleh kepuasan apabila dapat melakukan sesuatu mengikut kreativitinya.

Dalam pada itu, hobi berkebun bukan sahaja diminati oleh golongan Hawa, malah bagi seorang juruteknik elektrik, Muhamad Nazli Ismail, 38, dia juga gemarkan kehijauan alam.

"Saya minat berkebun sejak kecil, lagi pun saya berasal dari kampung, jadi bila dah tinggal di bandar, saya mahu suasana seperti di kampung, bangun pagi dan keluar rumah nampak tanaman yang segar.

"Bagi saya, kepuasan adalah utama setelah melihat hasil yang diusahakan dengan keringat sendiri dan makan daripadanya. Sedikit sebanyak dapat juga menjimatkan kos barang dapur," katanya yang berasal dari Parit Buntar, Perak dan kini menetap di Banting, Selangor.

Dengan keluasan laman di belakang rumah, antara sayur yang ditanam adalah cili, bendi, timun, petola, ubi dan lain-lain lagi.

Nazli yang banyak membuat rujukan melalui laman web Jabatan Pertanian Malaysia mula menanam sayur dan ulam-ulaman sejak lima tahun lalu bermula dengan suka-suka kini sudah menjadi rutin.

"Dulu memang suka-suka sahaja, tak jaga betul-betul, ada juga tanaman yang rosak, tetapi lama-kelamaan, saya semakin minat menanam sayur dan buahan-buahan.

"Setiap hari saya akan siram dua kali iaitu pagi dan petang kecuali waktu hujan, untuk kawalan kumbang daun, saya sembur racun cypermethrin. Untuk kawalan kutu daun saya sembur dengan racun malathion dan kawalan penyakit kulapuk downy dilakukan dengan menyembur hexaconaxole," terangnya panjang lebar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 19 Apr 2011 11:38 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Ketua Geng Jogang ditembak

Posted:

Ketua Geng Jogang ditembak

Ketua Geng Jogang ditembak

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
pengarang@utusan.com.my


Anggota polis mengangkat mayat penjenayah yang ditembak mati di Taman Bukit Sendayan, Seremban, semalam.


SEREMBAN 19 April – Polis menembak mati seorang daripada tiga penjenayah warga asing dipercayai ketua kumpulan Geng Jogang selepas cuba menyerang anggota pasukan itu dengan parang di Taman Bukit Sendayan dekat sini, awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.20 pagi ketika suspek yang berusia lingkungan 20-an dan dua lagi rakannya sedang memotong pagar sebuah rumah yang terletak di lot tepi di taman tersebut.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, sepasukan anggota polis yang ketika itu menjalankan rondaan cegah jenayah terserempak dengan ketiga-tiga suspek yang baru selesai memotong pagar berkenaan.

"Polis kemudian menghampiri mereka dan memperkenalkan diri, namun kesemua mereka melarikan diri bagi mengelak ditangkap.

"Bagaimanapun, salah seorang daripada suspek bertindak ganas dengan cuba menyerang anggota polis menggunakan sebilah parang tanpa menghiraukan amaran yang diberikan.

"Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan yang mengenai dada dan kepala suspek," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Menurutnya, dua rakan penjenayah itu melarikan diri ke kawasan semak berhampiran dan polis ketika ini masih memburu mereka.

Kata beliau, polis turut menemui besi pemotong, pemutar skru, topeng muka, sepasang sarung tangan dan dua bilah parang termasuk sebilah yang masih dipegang oleh suspek yang mati ditembak.

Suspek yang ditembak mati dipercayai ketua kumpulan itu yang dipercayai terbabit dalam 10 kes samun bersenjata di sekitar Labu, Nilai dan Sendayan sejak awal tahun ini.

Menurut Osman, kumpulan ini menggunakan modus operandi yang sama dalam setiap jenayah mereka iaitu melakukan samun antara pukul 3 hingga 5 pagi.

Mangsa biasanya akan diikat serta dikasari atau dicederakan jika enggan bekerjasama atau membuat bising, kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

27 GRO warga Vietnam, China berbikini ditahan

Posted:

27 GRO warga Vietnam, China berbikini ditahan

27 GRO warga Vietnam, China berbikini ditahan


Sebahagian gadis pelayan pelanggan warga asing yang ditahan di Bandar Sungai Long, Kajang, malam semalam.


KUALA LUMPUR 19 April - Seramai 25 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan dua rakyat China ditahan ketika leka melayan pelanggan dengan hanya mengenakan bikini di sebuah pusat hiburan di Bandar Sungai Long dekat sini, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor itu, turut ditahan enam penjaga premis dan 30 pelanggan lelaki.

Premis yang dipercayai telah beroperasi sejak setahun lalu itu turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa selain hanya membenarkan pelanggan tetap masuk.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan Izwan Abd Karim berkata, kesemua wanita yang berusia 18 hingga 34 tahun itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO.

"Ketika diserbu, kesemua mereka sedang asyik melayan kira-kira 30 pengunjung. Ada antara mereka cuba melarikan diri namun tidak berjaya," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 19 Apr 2011 11:37 PM PDT

Utusan Online - Politik


Snap dakwa Pelagus miliknya, ADUN tidak tahu menahu

Posted:

Snap dakwa Pelagus miliknya, ADUN tidak tahu menahu

Snap dakwa Pelagus miliknya, ADUN tidak tahu menahu

KUCHING 19 April - Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) hari ini mendakwa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus miliknya dengan alasan calon Bebas, George Lagong yang menang di kawasan itu adalah ahlinya.

Presiden Snap, Edwin Dundang turut mendakwa George telah menyatakan pendirian untuk berdiri teguh dan berjuang bersama parti pembangkang itu.

"Meskipun menang sebagai calon Bebas, George kekal sebagai ahli parti ini. Beliau yang tidak dapat hadir hari ini membenarkan saya mengumumkan pendiriannya itu.

"Justeru, secara tidak rasminya Snap memenangi satu daripada 26 kerusi yang ditandingi," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Snap di sini hari ini.

Pada pilihan raya negeri Sabtu lalu, George menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Stanley Nyitar dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Edward Sumbang Asun dengan majoriti 2,837 undi.

Mengulas lanjut, Edwin berkata, George terpaksa bertanding di Pelagus atas tiket Bebas kerana beliau tidak sempat mendapatkan surat kebenaran rasmi daripada pihak parti pada hari penamaan calon.

"Seperti yang anda tahu, beliau sepatutnya bertanding sebagai calon Snap di DUN Baleh tetapi menukar fikiran dengan bertanding di DUN Pelagus pada saat-saat akhir.

"Bagaimanapun, kami telah dimaklumkan mengenainya dan keputusan beliau itu mendapat restu pucuk pimpinan parti," katanya.

Sementara itu, George yang dihubungi Utusan Malaysia memberikan kenyataan berbeza malah menegaskan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan politiknya.

Katanya, beliau langsung tidak dimaklumkan mengenai statusnya sebagai ADUN Snap kerana berada di luar kawasan sejak tiga hari lalu.

"Saya ingin tegaskan, sama ada saya ahli Snap atau tidak, saya bertanding dan menang sebagai calon Bebas, bukan calon Snap," tegasnya.

Dalam pada itu, George mendedahkan sehingga hari ini masih belum ada mana-mana parti mempelawa beliau menyertai mereka namun mengakui bahawa beliau adalah seorang yang mesra Barisan Nasional (BN) dan kemungkinan untuk menyertai parti pemerintah itu adalah tinggi.

"Saya tidak mahu tergesa-gesa, saya perlukan masa. Saya perlukan kenderaan politik (parti) untuk kerjaya politik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DAP sengaja tuduh BN untuk dapat undi Cina

Posted:

DAP sengaja tuduh BN untuk dapat undi Cina

DAP sengaja tuduh BN untuk dapat undi Cina

KUALA LUMPUR 19 April - Tindakan DAP menuduh Barisan Nasional (BN) tidak membela nasib masyarakat Cina bertujuan mewujudkan sentimen perkauman semata-mata bagi mendapatkan undi kaum tersebut.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari (gambar) berkata, DAP turut mempergunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas untuk membawa sistem dua parti iaitu untuk Cina dan bukan Cina bagi memecah-belahkan undi Melayu.

"Dalam hal ini, saya lihat konsep dua parti yang cuba dibawa oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 telah berjaya apabila ramai pengundi Cina menolak BN.

"Di Sarawak, DAP melabelkan BN sebagai parti yang tidak membela nasib orang Cina. Ini merupakan taktik mereka untuk menarik undi kaum itu secara total dan pada masa sama mereka juga menggunakan PKR serta Pas untuk memecahkan undi Melayu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Anuar, isu utama pengundi Cina di Sarawak tidak memilih BN bukan kerana trend atau pola pengundian, tetapi ia kesan tindakan DAP membakar semangat perkauman serta kebencian kaum lain terhadap BN.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 19 Apr 2011 11:05 PM PDT

Berita Harian: Nasional


Akaun e-mel peribadi setiap rakyat

Posted: 19 Apr 2011 03:38 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA: Mulai Julai ini rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan diberikan akaun e-mel peribadi menerusi web portal E-mel 1Malaysia yang membolehkan mereka menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan semua agensi awam.

PM umum 7 inisiatif projek baru ETP

Posted: 19 Apr 2011 03:35 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan tujuh inisiatif projek baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan jumlah pelaburan RM901.5 juta menjelang 2020 selain mengulas perkembangan lima projek yang diumumkan pada taklimat perkembangan ETP 11 Mac lalu.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 19 Apr 2011 07:38 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Invois Beng Hock berlainan

Posted:

Invois Beng Hock berlainan

Invois Beng Hock berlainan

KUALA LUMPUR 19 April — Seorang ahli perniagaan yang menguruskan projek DAP hari ini memberitahu Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock bahawa invois dalam milikan Beng Hock adalah berlainan daripada jumlah yang dipohon.

Lee Wye Weng, 52, berkata, selain jumlah tuntutan, invois yang dicetak daripada komputer Beng Hock itu juga mempunyai kepala surat dan format berlainan daripada apa yang dihantar melalui e-mel kepada Beng Hock.

Katanya, maklumat yang dikirim kepada Beng Hock adalah penyata tuntutan akhir dan mengandungi jumlah bayaran berlainan bagi satu projek yang menggunakan syarikat milik bumiputera kelas F.

"Saya yang menghantar e-mail tersebut tetapi saya tidak tahu dan tidak dapat memberi penjelasan tentang invois yang dicetak ini," katanya ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wye Weng berkata, tindakan menggunakan syarikat bumiputera untuk mendapatkan projek kecil daripada Pejabat Tanah dan Daerah adalah perkara biasa kerana ia melibatkan lesen kelas F yang hanya diberi kepada bumiputera.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa tiada sebarang surat rasmi dibuat bagi penggunaan syarikat terbabit dan tahu bahawa ia salah serta melanggar peraturan Perbendaharaan.

Wye Weng turut mengakui bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan Beng Hock menyedari urusan menggunakan nama syarikat bumiputera dan yang melakukan kerja-kerja projek adalah syarikat lain.

Beliau yang turut memperoleh bayaran dalam setiap projek sebagai bayaran pengurusan memberitahu bahawa syarikat MKMN Enterprise, MA Bina Melur Enterprise, Fizami Construction dan Aris Enterprise dimiliki oleh mereka yang rapat dengannya dan mempunyai pertalian kekeluargaan.

Katanya, syarikat-syarikat tersebut memperoleh projek daripada DAP dan mendapat wang pendahuluan daripada DAP sebelum mendapat bayaran daripada Pejabat Tanah dan Daerah.

Susulan soalan berkaitan penglibatan empat syarikat tersebut dalam projek DAP, Muhammad Shafee memohon supaya suruhanjaya mengarahkan Wye Weng menyerahkan tiga resit pembayaran untuk DAP Serdang Aman yang mempunyai kaitan dengan penyiasatan SPRM.

Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen bagaimanapun belum memutuskan sama ada Wye Weng perlu berbuat demikian (bawa resit) ataupun tidak.

Terdahulu Muhammad Shafee berhujah bahawa suruhanjaya wajar meminta Wye Weng membawa resit pembayaran tersebut kerana beliau tidak menyerahkannya sehingga kini kepada SPRM dan ia mampu menunjukkan tahap psikologi Beng Hock selepas siasatan.

Katanya, Beng Hock berasa tertekan dan bersalah atas tindakannya menggunakan wang kerajaan untuk dana politik dan perasaan bersalah itu bukan sahaja terhadap dirinya sendiri tetapi juga kepada DAP kerana ia telah melibatkan banyak pihak dalam parti tersebut.

Sementara itu, Wye Weng yang turut dipanggil pada malam yang sama Beng Hock disoal di pejabat SPRM memberitahu bahawa beliau sempat berbual dan Beng Hock tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Katanya, pegawai SPRM juga melayannya dengan baik dan menjaga kebajikan serta tidak mengawal pergerakan malah beliau mampu ke tandas dan pantri dengan bebas.

Selain Cheng Yuen, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh.

Prosiding bersambung esok. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Salim Parlan, pasangan mengaku tidak bersalah tuduhan khalwat

Posted:

Salim Parlan, pasangan mengaku tidak bersalah tuduhan khalwat

Salim Parlan, pasangan mengaku tidak bersalah tuduhan khalwat

PULAU PINANG 19 April - Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

Nur Diayana Norslan, 30, bekas pembantu peribadi kepada Salim, juga mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya, yang menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Salim yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Feringghi, 16 April lalu pada kira-kira pukul 5 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam prosiding itu, peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh, Wan Faridulhadi Mohd Yusoff memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM1,000 daripada RM3,000, seperti yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

"Jumlah RM3,000 dicadangkan pihak pendakwaan adalah terlalu tinggi dan seolah-olah menghukum mereka sebelum perbicaraan selesai kerana jumlah itu sama dengan denda maksimum dalam pertuduhan itu," katanya.

Wan Faridulhadi memberitahu mahkamah bahawa isteri Salim yang turut hadir pada prosiding hari ini bersedia untuk menjadi penjamin kepada kedua-dua tertuduh.

''Hal ini (perkahwinan kedua) memang telah diketahui isteri pertama Salim serta keluarga, sebab itulah isterinya itu sanggup menjadi penjamin tetapi gagal berbuat demikian kerana bukan pemastautin tetap negeri ini,'' katanya.

Nik Bukhari Hashimy kemudian menetapkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin bermastautin di Pulau Pinang bagi setiap tertuduh.

Salim tiba di mahkamah bersama isterinya pada kira-kira pukul 8 pagi manakala Nur Diayana yang berbaju kurung putih berbunga merah jambu serta bertudung warna sama tiba berasingan sejam kemudian.

Sementara itu, di luar mahkamah, Wan Faridulhadi berkata, Salim dan Nur Diayana telah berkahwin di luar negara dan dalam proses mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini.

Salim, isteri dan Nur Diayana dilihat pulang pada pukul 11.10 pagi setelah seorang ahli perniagaan membayar jaminan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 19 Apr 2011 07:28 PM PDT

Utusan Online - Pahang


200 sertai seminar keusahawanan

Posted:

200 sertai seminar keusahawanan

200 sertai seminar keusahawanan

oleh NOREHAN SALEH
utusanpahang@utusan.com.my


Sebahagian pelajar Kolej Polytech Mara dan Kolej Antarabangsa IKIP mempelajari teknik-teknik menjadi usahawan di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 19 April - Seramai 200 penuntut tahun akhir institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di Pahang menyertai seminar keusahawanan di Kolej Antarabangsa IKIP di sini baru-baru ini.

Ahli Panel seminar keusahawanan tersebut, Dr. Mohammed Khairul Anuar Mohd. Basri berkata, program tersebut sebagai persediaan kepada penuntut terbabit sebelum mereka memasuki alam pekerjaan.

"Kebanyakan mereka merupakan penuntut tahun akhir diploma dan ijazah keusahawanan dari Kolej Politech Mara dan Kolej Antarabangsa IKIP.

"Tujuan seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada mereka berkaitan perniagaan yang bakal dijalankan serta pengetahuan mengenai dunia perniagaan," katanya ketika ditemui selepas seminar itu.

Mohammed Khairul Anuar memberitahu, seminar itu juga memberi pendedahan kepada pelajar terbabit mengenai selok-belok untuk memulakan perniagaan.

Beliau juga menggalakkan peserta menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara francais kerana ia mampu memberi pulangan lumayan kepada peniaga.

Pada seminar itu juga tambahnya, para peserta berpeluang berkongsi ilmu dan pengalaman dengan beberapa usahawan yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3,000 lepasan sekolah kunjungi Ekspo UiTM

Posted:

3,000 lepasan sekolah kunjungi Ekspo UiTM

3,000 lepasan sekolah kunjungi Ekspo UiTM


Shahaniza Shamsuddin (kanan) melawat pameran di ekspo Selangkah ke Universiti Teknologi Mara di Maran, Pahang, baru-baru ini.


MARAN 19 April - Lebih 3,000 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan matrikulasi mengunjungi ekspo Selangkah ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat sini baru-baru ini.

Ekspo itu berlangsung di UiTM Cawangan Jengka dan Kuantan.

Rektor UiTM Pahang, Datuk Hilmi Ab. Rahman berkata, ekspo tahunan itu bertujuan mempromosikan kemasukan bakal mahasiswa ke UiTM pada sesi pengajian akan datang.

Katanya, program tersebut merupakan usaha universiti tersebut bagi membantu pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang diminati selaras dengan sasaran untuk mencapai seramai 250,000 pelajar menjelang 2015.

''Ekspo ini adalah kali ke lima dianjurkan secara besar-besaran serentak di semua UiTM seluruh negara,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Perasmian program itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Hadir sama ADUN Jengka, Wan Salman Wan Ismail.

Menurut Hilmi, program itu dapat membantu calon membuat pilihan tepat terhadap jurusan yang ingin dipilih dengan bantuan kakitangan akademik dan pengurusan terlatih.

Menerusi ekspo itu, tambah beliau, calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan, khidmat nasihat kaunseling dan kerjaya, pameran fakulti dan persatuan pelajar.

''Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada calon kurang berkelayakan tetapi masih ingin belajar menerusi program istimewa UiTM iaitu Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB),'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak buruh kasar terima Anugerah Khas

Posted:

Anak buruh kasar terima Anugerah Khas

Anak buruh kasar terima Anugerah Khas


Mohd. Tarmimi Mohd. Zulkifli (tengah) bersama dua rakannya selepas majlis pragraduasi di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 19 April - Anak kepada seorang buruh kasar berjaya menerima Anugerah Khas Datuk Dr. Haji Azman Zaini pada majlis pragraduasi di Kolej Shahputra di sini baru-baru ini.

Pelajar Diploma Komunikasi dan Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, Mohd. Tarmimi Mohd. Zulkifli, 22, mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.54 dalam peperiksaan selain aktif dalam aktiviti kampus.

Pada majlis tersebut, seramai 400 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UiTM menerima diploma dan ijazah sarjana muda masing-masing.

Mohd. Tarmimi ketika ditemui berkata, selain menumpukan perhatian dalam akademik, beliau pernah menjadi pengarah projek bagi Festival Seni 1Malaysia: Penyu Takkan Menangis Lagi dengan kerjasama Tabung Hidupan Liar (WWF) dan Makan Malam Amal Malam Satu Harapan di kampus itu.

Menurutnya, beliau turut menyertai pertandingan syair peringkat negeri dua tahun lalu dan merupakan pengacara pada setiap program di kampus.

"Kejayaan saya ini ditujukan khas kepada bapa saya seorang buruh kasar dan ibu yang bekerja sebagai pembantu masak di kantin sekolah di Raub.

"Walaupun pekerjaan mereka tidak seperti ibu bapa rakan saya yang lain, namun, itu bukan penghalang untuk saya mengecap kejayaan," katanya.

Mohd. Tarmimi memberitahu, teknik belajar secara berkumpulan juga merupakan satu cara terbaik untuk mencapai kejayaan.

"Saya lazimnya belajar dengan rakan baik saya iaitu Alizashah Mohd. Shah kerana apabila belajar secara berkumpulan, kita akan mendapat banyak maklumat tambahan," katanya yang bercita-cita menjadi pegawai perhubungan awam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 19 Apr 2011 07:07 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Video seks: Siapa 'whistle blower' sebenarnya?

Posted: 19 Apr 2011 06:53 PM PDT

Sejak 21 Mac, gandingan' Datuk T' diangkat oleh pemimpin Umno dan juak-juaknya termasuk PERKASA dan Utusan Malaysia sebagai 'whistle blowers' yang harus dilindungi.

Pada tarikh itu, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay dan Datuk Shuib Lazim menayangkan sebuah video kepada media dan ahli politik terpilih untuk "membuktikan' Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Suara-suara Umno mengenai keperluan melindungi Datuk T sebagai "whistle blower" semakin lantang dengan pengumuman terbaru polis bahawa tiga individu berkenaan mungkin dihadapkan ke mahkamah kerana menayangkan video lucah.

Persoalan timbul sama ada Datuk T layak dipanggil "whistle blower" kerana kononnya mendedahkan perbuatan sumbang Anwar.

"Whistle blower" adalah pihak yang mendedahkan sesuatu skandal , khususnya yang mempunyai implikasi kepentingan nasional.

Umumnya orang yang membuat pendedahan itu terbabit secara langsung dalam skandal berkenaan, justeru keperluan untuk memastikan keselamatan beliau.

"Whistle blower" berkenaan juga dikecualikan daripada pendakwaan demi memastikan agenda lebih besar ialah membongkar skandal itu dan menghukum "ikan jerung" yang bertanggungjawab, mencapai matlamatnya.

Merujuk kepada kes Datuk T, seseorang yang memegang bukti dan mahu menegakkan kebenaran tidak akan membuat tempahan bilik hotel dan menjemput media serta ahli politik tertentu (Datuk Zaid Ibrahim) untuk menonton video lucah.

Tindakan itu bukan amalan rasional bagi pihak yang menuntut keadilan tetapi lebih mirip kepada ahli politik yang mahu memastikan rakaman itu dipancarkan ke seluruh media tempatan dan antarabangsa.

Pihak yang berjiwa Islam dan tidak mahu mengaibkan sesiapa (seperti mana yang didakwa Datuk T) tidak akan menggunakan media untuk membuat ugutan terbuka terhadap Anwar dan isterinya untuk berundur dari politik.

Sejak 21 Mac, motif Eskay, Rahim dan Shuib berhubung video itu terbongkar sedikit demi sedikit.

Kecacatan-kecacatan dalam video berkenaan turut diperinci dan didedahkan oleh pihak-pihak tertentu, untuk membuktikan rakaman itu adalah fitnah licik semata-mata.

Dukacita dimaklumkan gandingan Datuk T tidak boleh memakai topi "whistle blower" supaya kebal dari pendakwaan di mahkamah undang-undang mahupun menghadapi penilaian di mahkamah rakyat.

Segala tindakan yang diambil mereka mempunyai agenda tertentu dan ia amat berkait dengan agenda besar Umno untuk menumbangkan Anwar.

Benar, "whistle blower" harus dllindungi, tetapi siapakah "whistle blower" dalam kes ini, mahupun dalam politik negara?

Jawapannya Anwar Ibrahim.

Susulan tindakannya mendedahkan pelbagai skandal di Dewan Rakyat dan di ceramah-ceramah, Anwar digantung enam bulan dari parlimen Disember lalu.

Ceramah-ceramah beliau di Kuala Lumpur, Johor dan negeri-negeri lain menjadi sasaran serbuan polis.

Di Sarawak, ceramah-ceramah Anwar dihadiri ribuan orang, di bandar dan kawasan pedalaman, dengan pengundi Melayu-Melanau, Cina, Iban dan Dayak hadir mendengar kepincangan-kepincangan BN.

Sehingga hari ini, perdana menteri dan menteri-menteri Umno khususnya tidak menjawab beberapa skandal yang dibongkarkan oleh Anwar.

Ini termasuklah pemberian kontrak lebih RM2 bilion Kementerian Pertahanan kepada seorang pemimpin Umno dari Perak sejak tahun 2008 yang mencerminkan budaya kronisme masih menebal dalam Umno.

Najib juga tidak mengulas dakwan Anwar bahawa 1Malaysia Development Corporation (MDB) dan syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjalankan urusniaga mencurigakan dengan Petro Saudi.

Urusniaga itu melibatkan hampir RM6 bilion ringgit.

Contoh-contoh ini hanya secebis daripada pendedahan yang dibuat oleh Anwar di parlimen dan di luar dewan sejak beliau menjadi ketua pembangkang Ogos 2008.

Kebanyakan daripada dakwaan itu tidak dijawab oleh menteri berkenaan, sebaliknya ketua pembangkang diaib dan dicaci dengan kata-kata kurang sopan di dalam parlimen serta juga di luar oleh juak-juak Umno.

Sejak 2008, Umno mencari helah bagaimana untuk mengekang "whistle blower" bernama Anwar Ibrahim.

Perbicaraan fitnah liwat sekali lagi menjadi senjata politik Umno untuk menyerang Anwar dengan keyakinan pengundi Melayu mudah dipengaruhi atas isu-isu agama dan moral.

Juak-juak Umno seperti Umni Hafilda dikitar semula manakala "pejuang-pejuang bangsa" seperti Senator Ezam Mohamad Nor dan S.Nallakarupan diberikan liputan luar biasa dalam media arus perdana.

Apabila "tsunami fitnah" Umno tidak dapat menghakis sokongan untuk Anwar kerana orang Melayu menolak budaya sedemikian, parti itu tidak berundur malah memperhebatkan serangan.

Maka sampailah giliran gandingan Datuk T pula memegang "obor kebenaran" Umno dengan video seks demi membela agama bangsa dan negara.

Dan jika video seks babak pertama gagal mencapai maksud yang dihajatkan oleh Umno, usah bimbang kerana kilang fitnah parti itu sentiasa rancak dengan senjata-senjata lain.

Perlu ditanya, jika Anwar tidak lantang dan hujahnya tidak meyakinkan, adakah Umno akan mengambil peduli terhadapnya?.

Apakah rakyat di Semenanjung dan di Sarawak akan menerima secara membuta tuli segala pendedahan Anwar, jika ia tidak disokong dengan bukti dan fakta?

Jelas, Umno mempunyai kepentingan untuk membisukan "whistle blower" terbesar di negara ketika ini dengan apa cara sekali pun sama ada menerusi mahkamah atau pun menggunakan video untuk menabur fitnah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Teoh lebih banyak berfikir dan berdiam diri'

Posted: 19 Apr 2011 06:00 AM PDT

Seorang ahli perniagaan yang menguruskan projek DAP memberitahu suruhanjaya menyiasat kematian Teoh Beng Hock bahawa setiausaha politik kepada Exco Selangor itu dilihat lebih banyak berfikir dan berdiam diri ketika mereka bertemu di ruang tamu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor.

Lee Wye Weng, 52, berkata Teoh juga kelihatan agak letih dan daripada raut wajahnya, Teoh seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"Saya berjumpa dengan Teoh selepas kembali ke pejabat SPRM pada awal pagi, 16 Julai 2009 dan pada ketika itu Teoh sedang berehat di atas sofa di kawasan Pendidikan Masyarakat (Penmas)," katanya.

Lee menjelaskan walaupun agak terkejut dengan pertemuan itu, namun beliau sempat berbual dengan Teoh kira-kira 20 minit sebelum Lee dibawa oleh pegawai SPRM untuk dirakam percakapan sekitar pukul 1 pagi.

"Dalam pertemuan itu, Teoh memaklumkan telefon dan pasportnya telah diambil oleh pegawai SPRM dan beliau juga memberitahu kepada saya yang beliau (Teoh) tidak suka komputer riba miliknya diambil oleh pegawai berkenaan," katanya ketika disoal pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Lee berkata Teoh juga memaklumkan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan cara pegawai SPRM yang memaksanya untuk menulis e-mel dan kata laluan ketika ditemu bual oleh pegawai SPRM itu.

"Teoh juga tidak dibenarkan berjumpa dengan peguamnya pada waktu itu walaupun telah meminta kebenaran daripada pegawai SPRM," katanya.

Lee memberitahu suruhanjaya itu bahawa selepas pertemuan singkat itu, beliau tidak lagi berjumpa dengan Teoh walaupun berada di pejabat SPRM sehingga 10 pagi, 16 Julai 2009.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Selain itu, Lee berkata beliau terperanjat apabila mendapat panggilan daripada seseorang pada pukul 5 hingga 5.30 petang yang memaklumkan kepadanya Teoh telah membunuh diri.

Ketika disoal bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman apa yang berada di dalam minda Lee sejurus mendapat tahu mengenai perkara itu, Lee berkata: "Terdapat tiga kemungkinan yang bermain di minda saya iaitu sama ada Teoh bunuh diri, kejadian itu satu kemalangan ataupun Teoh dibunuh".

Jawapan yang diberikan oleh Lee mendapat reaksi daripada Awang Armadajaya yang mempersoalkan mengapa Lee berpendapat sedemikian?

Lee berkata beliau tidak bermaksud untuk menyatakan Teoh berkemungkinan membunuh diri atau sebaliknya kerana dalam keadaan tertekan seseorang itu boleh melakukan apa sahaja.

"Saya melalui situasi yang sama seperti Teoh dan saya juga turut tertekan apabila disoal bertalu-talu oleh pegawai SPRM," katanya.

Lee juga disoal peguam Robert Lau dari Majlis Peguam mengenai dakwaan pegawai SPRM yang memaklumkan Lee tidak memberikan kerjasama semasa disoal siasat.

"Pada waktu itu saya agak tertekan dengan cara pegawai berkenaan menyoal saya seperti saya orang salah dan saya bukannya tidak mahu bekerjasama sebaliknya ingin merujuk kepada peguam terlebih dahulu," kata Lee.

Selain Foong, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka'.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 19 Apr 2011 03:18 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Elak sensasi isu agama, kaum

Posted:

Elak sensasi isu agama, kaum

Elak sensasi isu agama, kaum


Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyampaikan titah ucapan pada istiadat Mengadap Sembah Taat Setia, Menjunjung Duli dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak sempena Hari Keputeraan Sultan Perak ke-83 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam. – bernama


TEKS titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah di Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-83 baginda di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, semalam.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, hamba-Mu ini melafazkan kalimah kesyukuran kerana dengan limpah ihsan dari-Mu juga, hamba-Mu terus dikurniakan usia untuk dapat menyambut ulang tahun hari keputeraan kali ke-83.

Semoga dengan panduan dari-Mu juga, hamba-Mu berjaya menyempurnakan amanah memimpin negeri dan menaungi warga, secara adil – secara saksama.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, para keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas para Tabiin dan para ulama.

Ketika negara ini mencapai kemerdekaan, Beta berada dalam usia muda yang penuh dengan idealisme. Beta turut menghayati iltizam dan impian Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra (Almarhum) untuk membangunkan sebuah negara merdeka yang aman lagi bersatu, makmur lagi berdaulat.

Barisan pemimpin yang merintis gerakan kemerdekaan, mengenal pasti pentingnya dipupuk perpaduan dan hubungan harmoni di kalangan warga pelbagai kaum dan pelbagai agama di bumi ini.

Beta bersama warga muda sezaman, turut berazam untuk menjadikan impian indah itu satu realiti, lalu sama-sama mendukung impian untuk membina sebuah negara bangsa merdeka yang teguh bersatu dan kukuh berpadu.

Sesungguhnya, hubungan harmoni antara kaum telah sedia ada secara semula jadi terutama melalui semangat yang diperlihatkan di kalangan masyarakat biasa, dari kalangan petani dan nelayan, pekerja ladang dan pelombong bijih, pemandu teksi dan pekedai runcit, demikian juga di kalangan pendidik, pentadbir dan peniaga.

Masing-masing menerima hakikat bahawa Tuhan telah mencipta manusia dengan pelbagai perbezaan tetapi dari perbezaan itu terkandung banyak persamaan.

Hubungan tulus ikhlas kemanusiaan, sebenarnya, lebih terpancar di kalangan kanak-kanak, yang bermain air di kolam yang sama dan berlari-lari di padang yang sama, tanpa mengenal perbezaan sama ada antara kaum, antara agama atau antara taraf sosial.

Ketika Beta berada di alam sekolah, hubungan harmoni di antara kaum sebenarnya telah berjaya dipupuk dengan penuh kebijaksanaan melalui program pendidikan nasional yang berkesan. Perpaduan dan hubungan harmoni tumbuh segar di dalam jiwa raga setiap warga – hidup subur di taman sebuah negara bangsa.

Pohon perpaduan yang subur itu kemudiannya diracun. Kegiatan politik bersentimen kaum secara keterlaluan mengakibatkan tercetusnya tragis perselisihan kaum yang ekstrem dalam tahun 1969.

Langkah-langkah perundangan dan pentadbiran lalu diperkenalkan untuk menangani krisis yang berlaku. Ia berjaya memberi kestabilan yang telah membolehkan negara memberi fokus kepada usaha pembangunan hingga negara berjaya mencatatkan kadar pertumbuhan ekonomi yang membanggakan.

Kebelakangan ini, isu perkauman dan isu keagamaan kembali menjelma. Pandangan sempit bertunjangkan kaum dan pendirian emosional berakarkan agama cuba dihidupkan semula.

Api kemarahan di kalangan kaum dan di antara penganut agama mahu dinyalakan, sementara pendekatan rasional kerajaan cuma dilemahkan. Perkembangan ini amatlah berbahaya. Perkembangan berbahaya ini, jika tidak dibendung secara bijak, berpotensi memusnahkan masa hadapan negara.

Isu-isu menyentuh sensitiviti kaum dan sensitiviti agama adalah kompleks lagi rumit. Isu kaum dan isu agama tidak dapat diselesaikan melalui saluran perundangan atau melalui penghakiman mahkamah semata-mata.

Keputusan mahkamah tidak memberi erti jika keputusan tersebut tidak diterima secara objektif, lebih mudarat lagi jika ditafsirkan dengan emosi. Kebebasan dan integriti mahkamah akan menjadi subjek pertikaian apabila emosi mempengaruhi asas penilaian.

Isu-isu menyentuh sensitiviti kaum dan sensiviti agama memerlukan pendekatan penyelesaian secara bijaksana serta berhikmah – melalui perbincangan – melalui perundingan, supaya persefahaman dan apresiasi di kalangan warga dapat dipertingkatkan.

Pemimpin kaum dan pemimpin agama yang berpengaruh mempunyai peranan sangat utama. Semua agama menyeru kepada perdamaian, Semua agama mengajar penganutnya menghormati agama lain serta memahami akan sensitiviti agama lain. Semua agama mengajar pengikutnya supaya tidak mempersendakan jauh sekali dari menghina agama lain.

Semua pihak wajib menerima realiti asas, bahawa negara ini telah mempunyai sejarah yang lama didiami oleh penduduk pelbagai kaum dan pelbagai agama.

Pada hari pertama negara ini mencapai kemerdekaan, warga kepada Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai agama. Kata sepakat tentang keistimewaan, kedudukan, perlindungan dan hak setiap kumpulan telah dijamin secara Perlembagaan.

Dengan latar belakang sedemikian, setiap pihak harus menerima hakikat bahawa di antara warga memang ada kelainan, tetapi dalam kelainan tersebut terkandung kesamaan.

Elemen-elemen kesamaan itu adalah aset negara yang harus dipupuk untuk membina kemakmuran, sedangkan elemen-elemen kelainan yang bersifat liabiliti, tidak harus digembar-gemburkan.

Tidak akan berlaku kestabilan politik tanpa perpaduan warga. Tidak akan dapat disuburkan ekonomi negara tanpa kestabilan politik.

Banyak negara berakhir dengan anarki, pertumpahan darah, pembunuhan dan kemusnahan apabila isu kaum dan isu agama dipilih untuk disensasikan.

Oleh itu, pemimpin agama hendaklah melaksanakan tugas keagamaan dengan penuh keikhlasan, atas nama Tuhan, atas nama agama, tanpa menyelitkan agenda politik.

Akan rosaklah agama jika agama mula dicampuradukkan dengan agenda politik. Akibatnya pengikut kabur, negara hancur, yang menang menjadi arang, yang kalah menjadi abu.

Raja pemerintah, termaktub di dalam Perlembagaan mempunyai tanggungjawab sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Namun Perlembagaan juga menggariskan tanggungjawab raja pemerintah untuk melindungi kepentingan sah kaum-kaum lain.

Raja-raja Melayu amat memahami tanggungjawab untuk bersifat adil dan saksama kepada semua warga dan bersedia membantu merangka formula terbaik demi memastikan hubungan harmoni di antara kaum dan di antara agama kekal terjamin.

Beta menyeru seluruh warga di negeri ini untuk mengamalkan budaya politik berteraskan kesederhanaan, mengutamakan perpaduan warga, dan memilih pendekatan politik yang konstruktif demi menjamin sistem berkerajaan berteraskan amalan demokrasi kekal dipertahankan.

Isu sensitif menyentuh kaum dan menyentuh agama hendaklah dielak daripada dijadikan modal politik untuk mendapatkan pengaruh.

Carilah formula menang-menang untuk menyelamatkan warga daripada menjadi mangsa pertelingkahan hingga terpaksa berakhir dengan kesengsaraan.

Beta hargai sokongan dan persepakatan yang Beta peroleh daripada Paduka Anakanda Raja Muda, Paduka Adinda Raja Di Hilir, kesemua Raja Bergelar Waris Negeri, Kerabat Diraja, Orang Besar dan Ahli Dewan Negara membantu Beta memenuhi peranan seorang Sultan.

Beta menzahirkan penghargaan kepada Mamanda Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Dewan Negeri, anggota kehakiman dan perundangan, anggota perkhidmatan awam, para ulama dan imam-imam.

Angkatan Tentera, Polis Diraja Malaysia, badan-badan beruniform, para penghulu dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung yang telah melaksanakan tanggungjawab serta saling bekerjasama untuk memastikan negeri sentiasa berada dalam keadaan aman lagi stabil serta warga berada dalam suasana selamat lagi sejahtera.

Beta amat mengalu-alukan peranan pihak swasta, badan-badan sukarela, badan-badan kebajikan, badan-badan sukan serta warga keseluruhannya yang telah membantu memperlengkapkan usaha-usaha pembangunan yang dirintis oleh kerajaan beta.

Semoga warga dan Negeri Perak Darul Ridzuan terus dilimpahkan nikmat dan rahmat, perlindungan dan keselamatan dari Allah Subhanahu Wataala.

Kepada Mu Ya Allah, hamba-Mu memohon untuk terus diberikan petunjuk dan hidayah. Amin, Ya Rabul Alamin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi

Posted:

Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi

Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi

Oleh Zaini Hassan

ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.

Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.

Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama.

Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain.

Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh memesongkan mereka daripada soal budaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina. Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia.

Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.

Saya telah nyatakan perkara itu dalam Cuit bertajuk Apa lagi orang Cina mahu? tahun lepas. Tulisan itu dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan surat pembaca yang saya terima dari republik itu menyokong penuh tulisan itu.

Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.

Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia.

Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.

Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas. Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik mungkin untuk menyatupadukan kaum itu.

Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP.

DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang Cina kini ke arah menyokong pembangkang. Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.

Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah?

Pandangan saya, apa yang UMNO harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1Melayu, 1Bumi.

Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain.

Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini.

Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.

Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sarawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah pasti mereka akan menang dan ada wakil dalam dewan undangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan di kawasan kaum bumiputera, bagi membolehkan kaum bumiputera terus berpecah. Pas seperti biasa, tidak sedar semua itu.

Dalam usaha meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia diteruskan kerana ia adalah dasar jangka panjang negara. Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika UMNO melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.

Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.

Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.

Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal.

Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.

UMNO harus meniupkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.

Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: "Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan..."

Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.

Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.

Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang.

Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.

Saya angkat topi kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akan jatuh ke tangan orang lain.

Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.

Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.

Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.

Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah.

Kini terletak dalam tangan UMNO untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini.

Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi. Ayuh gerakkan!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 19 Apr 2011 01:20 PM PDT

Kosmo Online - Negara


E-mel untuk 18 juta rakyat

Posted:

E-mel untuk 18 juta rakyat

E-mel untuk 18 juta rakyat


PROGRAM e-mel 1MY yang akan bermula Julai ini akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia berkomunikasi dengan kerajaan menerusi Internet. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Kerajaan akan menyediakan e-mel percuma di bawah konsep 1Malaysia (1MY) kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas bagi melancarkan komunikasi secara langsung antara warga Malaysia dan kerajaan.

Perkhidmatan itu bermakna hampir 18 juta daripada 27.5 juta penduduk Malaysia akan menjadi pemilik akaun peribadi e-mel 1MY.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif itu juga diharap meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan dan komuniti perniagaan.

"Ia sebahagian daripada penyediaan pusat sehenti untuk perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan tambah nilai seperti rangkaian sosial, memeriksa bil secara online dan juga bayaran, serta pembangunan web bagi rakyat dan syarikat,'' kata beliau semasa mengumumkan projek pelaburan terkini di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kris Dayanti mengaku hamil 4 bulan

Posted:

Kris Dayanti mengaku hamil 4 bulan

Kris Dayanti mengaku hamil 4 bulan

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
sahar_musthafa@yahoo.com


KRIS Dayanti dan Raul pada majlis pernikahan mereka di Jakarta pada 20 Mac lalu.


JAKARTA – Penyanyi Kris Dayanti akhirnya mengaku dia telah hamil empat bulan dan terpaksa menerima hakikat itu biarpun dilempar dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah.

Mahu atau tidak, Kris, 36, dan suaminya, Raul Lemos, 40-an, menerima berita itu dengan rasa tanggungjawab selepas menyedari kesilapan mereka sebelum berkahwin.

"Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,'' jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya.

Kris bernikah dengan usahawan dari Timor Leste itu pada 20 Mac lalu.

Dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS), Kris memberitahu Kosmo!, dia pada mulanya tidak berniat menghebahkan secara terbuka berita kehamilan itu kerana ia perkara sensitif.

Namun Kris berpendapat, adalah lebih baik dia sendiri mengesahkan perkara itu daripada membiarkan ia keluar dari mulut orang lain.

"Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kedah tolak permohonan rebat UUM

Posted:

Kedah tolak permohonan rebat UUM

Kedah tolak permohonan rebat UUM

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my

ALOR SETAR – Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menanggung kenaikan bayaran cukai tanah daripada RM100,000 kepada RM1.8 juta sejak tahun 2008 berikutan tindakan kerajaan negeri menolak permohonan melanjutkan rebat yang diberikan selama dua tahun bermula pada 2006.

Sewaktu Kedah di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2006, UUM mendapat rebat sebanyak RM1.7 juta setahun dan untuk itu, pihak universiti hanya perlu membayar cukai tanah berjumlah RM100,000.

Pemberian rebat itu dilanjutkan pada tahun 2007 tetapi apabila pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di bawah pimpinan Pas mengambil alih pemerintahan pada 2008, keistimewaan itu ditarik balik dan UUM terpaksa menjelaskan bayaran penuh sebanyak RM1.8 juta setahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan, isu rebat itu menunjukkan bahawa dakwaan cukai tanah kampus UUM seluas 1,061 hektar di Sintok naik 10 kali ganda sebenarnya tidak timbul.

Malah, katanya, kadar cukai bersamaan 20 sen sehektar itu munasabah dan antara yang terendah.

"UUM dapat rebat pada 2006 sebab mereka kekurangan duit, dan mesyuarat kerajaan negeri di bawah Menteri Besar ketika itu (Datuk Seri Mahdzir Khalid) memberi rebat.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List