gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 12 Apr 2011 01:21 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Keselamatan pengguna terancam

Posted:

Keselamatan pengguna terancam

Keselamatan pengguna terancam

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN



PADA Jun 2003, negara digemparkan dengan kes pembunuhan dan rogol ke atas seorang penganalisis teknologi maklumat (IT) Canny Ong Lay Kian, 29.

Kejadian menyayat hati itu didakwa berlaku kira-kira pukul 10.30 malam pada 13 Jun 2003 apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara.

Selepas memasuki bangunan, Canny dikatakan berpatah-balik seorang diri ke keretanya tetapi tidak kembali kepada ibu serta adiknya dan dipercayai diculik di parkir.

Empat hari kemudian, mayat Canny ditemui rentung dan tertanam dengan kedua-dua belah tangannya berikat di dalam longkang di Jalan Klang Lama.

Akibat kejadian itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) mengarahkan setiap pusat membeli-belah di negara ini memasang kamera litar tertutup di kawasan parkir bagi memboleh dan memudahkan tindakan segera diambil jika berlakunya kejadian jenayah.

Namun, adakah pusat membeli-belah benar-benar mengambil iktibar daripada kejadian jenayah sebelum ini dan bertindak menuruti arahan berkenaan?

Sejauhmana usaha yang dijalankan pengurusan pusat membeli-belah bagi menjamin keselamatan pemilik kenderaan daripada menjadi mangsa jenayah, sama ada membabitkan kawasan parkir dalam atau luar bangunan yang disediakan.

Kawasan parkir yang sinonim dengan keadaan suram, sunyi dan menyeramkan umpama perangkap maut yang menunggu mangsa pada bila-bila masa.

Ini sedikit sebanyak turut diakui oleh Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, yang menyifatkan soal keselamatan di kebanyakan kawasan parkir di negara ini terutama di bahagian dalam bangunan masih jauh daripada memuaskan.

Katanya, MCPF berani membuat kenyataan itu apabila dari semasa ke semasa ia dihubungi orang awam yang membuat aduan dan membangkitkan kebimbangan mereka berhubung soal keselamatan diri serta kenderaan semasa di kawasan parkir.

"Antara jenayah utama yang membuatkan pengguna terutama di kalangan wanita bimbang ketika berada di kawasan parkir adalah culik, kecurian kereta, ragut dan samun tanpa senjata api.

"Masalah ini berlaku akibat sikap kurang peka pihak pengurusan bangunan atau pengendali parkir mengenai kepentingan meningkatkan aspek keselamatan di kawasan itu.

"Pada masa sama, segelintir pengguna dilihat kurang peka atau tidak mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penjenayah," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurut Lam Thye, MCPF sememangnya memberi perhatian yang serius berhubung aspek keselamatan di kawasan parkir sama ada di luar atau dalam bangunan.

Jelasnya, yayasan itu dari semasa ke semasa memberi cadangan dan saranan kepada pihak pengurusan pusat membeli-belah agar sentiasa meningkatkan ciri-ciri keselamatan kawasan parkir mereka terutama jenis parkir di bahagian dalam bangunan.

Lam Thye berkata, pemasangan CCTV sememangnya perlu dilakukan dan penting.

Namun, apa yang lebih mustahak, pihak berkenaan perlu mewujudkan pasukan pengawal berbasikal bagi memudahkan pemantauan terutama di sudut atau waktu sunyi.

Pengurusan bangunan juga perlu menambah jumlah pengawal bagi memastikan kawasan parkir itu sentiasa mampu dipantau secara keseluruhan dari masa ke semasa.

Cara berkenaan akan menimbulkan perasaan selamat di kalangan penggunanya.

Selain itu, katanya, MCPF menasihatkan orang ramai terutama wanita supaya lebih berhati-hati ketika di kawasan parkir.

Tegasnya, sebelum memasuki kawasan itu, pengguna harus memastikan keadaan sekeliling adalah selamat dan tiada orang asing mengekori atau meragukan.

"Jika mengesyaki diekori, berpatah balik atau dapatkan bantuan pengawal keselamatan atau sesiapa yang dipercayai untuk menemani ke kenderaan.

"Paling penting, pegang kunci kenderaan lebih awal sebelum tiba di kenderaan supaya anda boleh terus segera memasuki kereta dan menguncinya.

"Keadaan mencari-cari kunci ketika sampai di kereta boleh meningkatkan risiko seseorang diserang penjenayah," katanya.

Sementara itu, tinjauan dijalankan MEGA di kawasan parkir di beberapa bangunan pejabat kerajaan dan swasta sekitar Petaling Jaya, Selangor, sebelum ini menunjukkan aduan orang ramai kepada yayasan itu memang ada logik serta kebenarannya.

Pemantauan membuktikan keadaan kawasan parkir di bahagian dalam bangunan suram, gelap dan sunyi, membuktikan pengurusannya kurang mementingkan aspek keselamatan.

Malah, pengawal keselamatan tidak ditempatkan di setiap tingkat kawasan itu yang mana boleh menyumbang kepada jenayah.

Bagaimanapun, pemilik bangunan atau syarikat pengusaha tempat meletak kenderaan seperti tanpa salah bersikap 'cekik darah' menetapkan kadar bayaran sehingga RM4.50 sejam.

Keadaan itu berbeza dengan beberapa pengurusan hotel dan pusat membeli-belah terkemuka yang menyediakan servis cukup baik di kawasan parkir.

Bermula dari tempat mengambil tiket masuk, pengguna dipantau kamera litar tertutup (CCTV) di siling sehingga ke ruang meletak kenderaan bagi menjamin keselamatan diri dan kereta mereka.

Turut disediakan perkhidmatan buggy atau kereta peronda kecil bagi membawa pengunjung dari kenderaan ke pintu lif utama bagi mengelakkan mereka berjalan jauh.

Deretan lampu siling yang menerangi kawasannya membuatkan pengunjung merasa selamat ketika keluar atau masuk ke kenderaan, menambahkan keyakinan mereka untuk meletakkan kenderaan dalam tempoh lebih lama dan mengurangkan risiko jenayah di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khidmat terbaik di Sunway Pyramid

Posted:

Khidmat terbaik di Sunway Pyramid

Khidmat terbaik di Sunway Pyramid


Pemantauan melalui CCTV dilakukan bukan saja di tempat letak kereta bahkan di seluruh kawasan pusat membeli-belah.


SETANDING namanya yang tersenarai sebagai antara pusat membeli-belah terkemuka, Sunway Pyramid sentiasa memastikan perkhidmatan ditawarkan kepada pengunjungnya bertaraf lima bintang

Pihak pengurusannya, Sunway Pyramid Sdn. Bhd. berusaha menyediakan kelengkapan dan kemudahan terbaik merangkumi pelbagai aspek yang diperlukan ribuan pengunjung saban hari.

Satu daripadanya adalah meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan di kawasan meletak kenderaan di situ demi kepuasan serta kepentingan pengguna.

Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Darren Chear berkata, sejak dibuka kepada umum, tahap keselamatan dan keselesaan di kawasan meletak kenderaan di pusat membeli-belah itu menjadi antara perkara utama yang diberi perhatian.

Beliau berkata, soal keselamatan dan keselesaan dipertingkatkan selepas kerja pengubahsuaian pembesaran Sunway Pyramid dijalankan beberapa tahun lalu.

"Kami menyediakan pengawal-pengawal keselamatan bagi memantau keadaan di seluruh kawasan tempat meletak kenderaan.

"Mana-mana wanita yang khuatir dengan keselamatan diri sama ada ketika ingin keluar atau masuk kenderaan juga boleh meminta bantuan pengawal keselamatan yang bertugas ini untuk mengiringi mereka hingga ke pintu masuk.

"Selain itu, kami mengecat dinding setiap zon meletak kenderaan menggunakan warna berbeza bagi memudahkan pemilik kenderaan mengingati lokasi kenderaan. Bagi pengunjung yang tidak mengingatinya, kami menyediakan perkhidmatan mencari kenderaan," katanya.

Menurut Darren, Sunway Pyramid adalah pusat membeli-belah pertama di negara ini yang menyediakan lampu pemberitahuan di setiap kotak meletak kenderaan bagi memudahkan pemilik mencari petak kosong.

Jelasnya, sekiranya lampu berwarna hijau, ia menunjukkan masih ada ruang kosong di kotak berkenaan dan jika lampu merah, ia menandakan sudah ada kenderaan di situ.

Bermula seawal pukul 10 pagi hingga tengah malam setiap hari, kira-kira 100 orang pengawal keselamatan bertugas memantau.

Kereta penumpang atau buggy disediakan bagi membawa penumpang terutama warga emas dari kenderaan ke pintu lif dan sebaliknya jika kedudukannya jauh.

Rondaan menggunakan motor dan basikal dijalankan bagi kerja pemantauan termasuk membantu kenderaan yang membawa penumpang orang kurang upaya (OKU) mencari ruang meletak kenderaan.

Setiap pengawal keselamatan yang diambil bekerja juga memiliki kemahiran membantu pemilik menukar tayar bocor, jika kunci tertinggal di dalam atau kenderaan rosak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 12 Apr 2011 09:21 AM PDT

Utusan Online - Johor


Hati-hati minum di kedai kopi

Posted:

Hati-hati minum di kedai kopi

Hati-hati minum di kedai kopi

Saudara Pengarang,
Berita terdapat gelatin babi di dalam serbuk kopi di sebuah premis perniagaan terkenal di Kluang baru-baru ini amat menggemparkan orang ramai.

Amat malang sekali kepada pelanggan khususnya yang beragama Islam kerana mereka selama ini mungkin telah minum kopi yang mengandungi bahan yang dilarang dalam hukum Islam.

Nasib baik pihak yang berwajib mengambil tindakan segera kerana sekiranya tidak pasti orang ramai khususnya yang beragama Islam masih berkunjung ke premis perniagaan tersebut.

Isu ini amat sensitif khususnya kepada masyarakat Islam di negara ini kerana makanan dan minuman ini akhirnya akan menjadi darah daging kita sendiri.

Sebagai penggemar kopi, saya berharap, isu seumpama ini diberi perhatian serius khususnya yang melibatkan premis makanan dan minuman.

Ini kerana, banyak premis perniagaan khususnya yang berbentuk kafe dan kopitiam di negeri ini dan status halalnya amat diragui.

Apatah lagi kebanyakan premis kafe dan kopitiam ini dimiliki oleh pemilik bukan beragama Islam.

Bukan niat saya untuk menabur pasir ke periuk nasi orang namun, sebagai pengguna khususnya yang beragama Islam kita haruslah sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita makan dan minum.

Sekiranya sudah dipastikan kafe, kedai kopi atau kopitiam ini mempunyai unsur-unsur tidak halal, pemilik perniagaan tersebut haruslah meletakkan status tidak halal di premis perniagaan masing-masing.

Pemilik perniagaan ini haruslah lebih bertanggungjawab di dalam hal sebegini dan janganlah hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Justeru itu, saya berharap isu seumpama ini menjadi iktibar kepada semua pihak agar ia tidak berulang pada masa akan datang.

PENGGUNA MUSLIM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perparitan perlu diselenggara

Posted:

Perparitan perlu diselenggara

Perparitan perlu diselenggara

Saudara Pengarang,
OMAR OTHMAN
Penduduk Taman Sri Aman, Pontian


Omar Othman menunjukkan keadaan longkang yang tidak diselenggara dengan betul menyebabkan air bertakung dan menyebabkan banjir di Taman Seri Aman, Ponrian, baru baru ini.


SAYA merupakan salah seorang penduduk di Taman Sri Aman, Pontian ingin menyuarakan rasa kurang senang terhadap masalah sistem perparitan yang dilihat semakin uzur.

Taman ini mula dibangunkan sejak 20 tahun lalu dan bilangan penduduk di sini semakin bertambah sejak beberapa tahun ini.

Apa yang ingin disuarakan di sini adalah sistem perparitan yang ada di sini terutamanya di kawasan kediaman dilihat tidak diselenggara dengan baik sehingga menyebabkan beberapa longkang yang ada tersumbat.

Apabila musim hujan, longkang-longkang yang ada di sini tidak mampu menampung lebihan air akibat tersumbat sehingga menyebabkan ia melimpah sehingga memasuki rumah penduduk kerana tidak dapat mengalir dengan sempurna.

Beberapa longkang juga didapati pecah dan menyebabkan tempat itu menjadi semakin terhakis dan menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan para penduduk.

Selaku penduduk dan pembayar cukai, saya terasa agak terkilan dengan pihak berkuasa yang terlibat kerana masalah ini sudah berlarutan sejak beberapa tahun dan ia seolah-olah diabaikan begitu sahaja tanpa perhatian.

Perkara ini juga bakal mengundang masalah pembiakan nyamuk pada masa akan datang kesan daripada air yang bertakung akibat daripada longkang tersumbat.

Selaku pembayar cukai di kawasan ini, saya berharap masalah ini akan diberikan perhatian sewajarnya daripada pihak berkuasa dengan segera.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 12 Apr 2011 03:22 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Kanser: NCSM tingkatkan kesedaran rakyat

Posted:

Kanser: NCSM tingkatkan kesedaran rakyat

Kanser: NCSM tingkatkan kesedaran rakyat

Oleh SHOLINA OSMAN


Antara program kesedaran mengenai kanser payu dara yang dijalankan oleh Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara (BCWA), baru-baru ini.


Sebut sahaja penyakit barah atau kanser, ia begitu digeruni kerana sekian lama telah dilabelkan sebagai tiada ubat malah hanya maut sahaja yang menanti penghidapnya.

Tanggapan kurang tepat itu sebenarnya menjadi cabaran besar kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang ditubuhkan pada 1966 atas platform untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang fakta sebenar penyakit kanser.

"NCSM akan meneruskan usaha menerusi pelbagai cara termasuk kempen dan sebagainya supaya dapat mengubah persepsi buruk masyarakat mengenai penyakit kanser ini biarpun sehingga 100 tahun lagi,'' kata Presiden dan Pengarah Perubatannya, Dr. Saunthari Somasundaram.

Hakikatnya kata Dr. Saunthari, kanser sebenarnya bukan hanya menunggu maut tetapi penghidapnya mampu hidup lebih lama berbanding pesakit jantung atau diabetes.

"Yang paling penting adalah pengesanan awal. Masyarakat dinasihat melakukan ujian yang berkaitan penyakit ini seperti memogram dan sebagainya setiap tahun,'' katanya ketika ditemui di bangunan NCSM, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, pengesanan awal penting kerana rawatan awal dapat membantu pesakit untuk sembuh dan menjalani kehidupan sihat seperti sedia kala.

Bagaimanapun katanya, apa yang berlaku sekarang kebanyakan pesakit yang datang untuk menerima rawatan sudah terlewat.

Beliau berkata, setelah seseorang itu disahkan pada tahap empat atau lima memang sudah masuk dalam keadaan kritikal.

Selain itu, katanya, tanggapan salah mengenai rawatan kemoterapi juga punca pesakit kanser gagal diselamatkan.

Dr. Saunthari berkata, sehingga kini pihaknya juga giat menjalankan kempen untuk menyedarkan golongan muda iaitu dari peringkat sekolah sehingga universiti.

Ia supaya golongan muda dapat diharapkan bersama-sama untuk mencegah kanser dari terus menular pada masa akan depan.

"Kanak-kanak sekolah perlu didedahkan dengan lebih awal mengenai kanser bukan sahaja untuk pengetahuan dirinya malah juga untuk disebarkan kepada ahli keluarga,'' katanya.

Tambahnya, galakan daripada anak ini akan dapat memujuk seseorang ibu supaya menjalani ujian pengesanan awal kanser.

Katanya, secara tidak langsung nasihat anak akan membuatkan seseorang ibu lebih sedar untuk bertindak lebih awal demi masa depan keluarga.

Sehubungan itu, katanya, jumlah pesakit kanser bukan sahaja akan lebih terkawal dengan adanya kesedaran untuk menjalani ujian pengesanan dengan lebih awal.

Dr. Saunthari memberitahu, pihaknya juga kini juga mengalakkan penganjuran Jamuan Teh Malaysia (Jam) dalam usaha menyedarkan rakyat mengenai penyakit kanser melalui kumpulan-kumpulan kecil.

"Jam adalah satu bentuk majlis bagi mengumpul derma untuk tabung NCSM dan Pertubuhan Kebajikan Barah Payu Dara (BCWA) bagi membantu pesakit kanser,'' katanya.

Beliau berkata, konsep yang diambil daripada Australia Morning Tea Party ini boleh dianjurkan oleh mana-mana individu atau organisasi yang bersedia menjadi tuan rumah dengan menghubungi NCSM menerusi talian 03-26987300.

Katanya, NCSM akan membekalkan tuan rumah dengan poster, risalah, belon, tabung derma, borang derma, kad jemputan, stiker dan juga teh.

"Jamuan teh ini boleh dianjurkan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, tempat kerja, sekolah, kelab dan sebagainya sama ada di waktu pagi atau petang dengan teh sebagai minuman utama,'' katanya.

Katanya, jemputan pula terdiri dari rakan-rakan, ahli keluarga atau rakan sepejabat untuk bersama-sama minum teh sambil berkongsi pengalaman mengenai penyakit kanser sambil menderma.

Tambahnya, tuan rumah mesti kreatif dalam mengumpul dana ketika menganjurkan Jam ini di mana tetamu diminta menderma ketika sampai di pintu masuk, pertandingan, lelongan barang, pertunjukan pentas atau mengedarkan tabung kepada tetamu yang hadir.

Beliau berkata, walaupun konsep Jam ini bermula dari kumpulan kecil tetapi daripada sini segala maklumat yang diperoleh itu dapat disebarkan dengan lebih mudah serta cepat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - GenK

Posted: 11 Apr 2011 09:03 PM PDT

Kosmo Online - GenK


Selusur kenangan sisipan orang muda

Posted:

Selusur kenangan sisipan orang muda

Selusur kenangan sisipan orang muda



MULA membuat debut sulungnya pada tanggal 6 Januari 2009, sisipan GenK dalam Kosmo! dicetuskan sebagai satu wadah dan platform suara bagi golongan muda.

Mencari kelainan dengan memaparkan apa jua aktiviti, trend, hobi, dunia kampus, ikon, kerjaya, fesyen dan isu semasa berkaitan anak muda, GenK bermula dengan sisipan sebanyak 15 muka surat.

GenK atau singkatan kepada Generasi Kosmo! diwujudkan sebagai melengkapi idea enam hari enam sisipan dalam akhbar kompak paling pesat berkembang di tanah air ini.

Disiarkan setiap minggu pada hari Selasa, lima lagi sisipan lain yang mewarnai Kosmo! termasuklah Stailo (Isnin), Infiniti (Rabu), Urban (Khamis), Pesona (Jumaat) dan Horizon (Sabtu).

Dengan tajuk rencana utama pertamanya, Gila Kereta Lama yang menceritakan mengenai minat dan obses sekumpulan anak muda kepada kereta-kereta terpakai yang dibaik pulih menjadi sebuah jentera mengagumkan, ia menjadi petunjuk hala tuju GenK yang dekat dengan hati generasi baru.

Ini kerana berbeza daripada belia sebelum ini, generasi baru zaman Kosmo! ternyata lebih lasak, agresif dan kreatif dalam aktiviti seharian.

Artikel nukilan wartawan Julia Ismail merakamkan minat anak muda Syed Nabil Athrash Syed Ahmad, Khairul Hazri Abdul Latif dan Fairuz Nadzly Harun yang menggemari kereta-kereta terpakai seperti Toyota TE71, Mazda 323, Toyota Corolla KE70 dan Toyota Corolla KE35.

Ketika itu, bersama-sama Julia menggerakkan sisipan tersebut ialah wartawan Adham Shadan. Dalam tempoh dua tahun tiga bulan ini, menyaksikan sebanyak 119 edisi sisipan GenK disiarkan dengan memaparkan pelbagai topik menarik.


SISIPAN GenK menjadi satu medium menyampaikan suara generasi muda melalui pelbagai aktiviti mereka seperti lukisan, muzik, tarian, sukan, kerjaya dan dunia kampus.


Antara rencana utama yang menarik termasuklah Sukarelawan Braille, Sudut Pidato Kembali, Rakan Muda Seni, Lensa Si Cilik, Imaginasi Kreatif Kanak-kanak, Kuasa Helah Aikido, Cerita Si Junior, Delegasi Remaja Jepun dan Graduan Automotif.

Selain kolum Rencana Utama, sisipan GenK juga menawarkan ruangan lain seperti Dulu Saya, Remaja, Kerjaya, Aktiviti, Akademi, Tip, Diari Wartawan dan Layar Kaca.

Perubahan demi perubahan GenK turut menyaksikan penampilan wartawan-wartawan berjiwa muda seperti Khadijah Mohamad, Faten Saphilla Mohamed Isa, Mohd. Yunus Yaakub, Aqmar Alladad, Syalmizi Abd. Hamid dan Mazlina Abdul Majid.

Akhbar Kosmo! yang semakin 'membesar' dengan jumlah sirkulasi dan pembacanya menyebabkan GenK terpaksa tampil lapan muka surat. Lebih padat dan ringkas sesuai dengan mood belia.

Perubahan tersebut sudah pun menjangkau sembilan bulan.

Apa yang pasti, dalam tempoh dua tahun tiga bulan ini GenK berjaya memaparkan segala macam kisah mengenai belia atau lebih tepat menyelongkar dunia generasi muda secara menyeluruh.

Daripada kisah belia di kampus, anak muda di jalanan, remaja ceruk kampung bahkan generasi muda luar negara.

Bagaimanapun, demi sebuah transformasi dalam usaha menguatkan lagi paparan Kosmo! kepada golongan belia, mulai minggu depan GenK akan bertitik noktah.

Ia bukan bermakna sebagai sebuah akhbar orang muda Kosmo! menafikan ruangan khas untuk generasi itu. Sebaliknya kami tampil dengan nama baru, wajah baru, tagline baru dan sudah tentunya penampilan yang serba segar.

Ia akan menemui pembaca mulai minggu hadapan.

Bagaimanapun, bagi melabuhkan tirai sebuah sisipan GenK, minggu ini kami mengajak pembaca mengembara kembali kenangan GenK menerusi beberapa muka depannya yang mungkin masih lagi mengusik minda anda! – ZAMRI RAMBLI dan MAZLINA ABDUL MAJID

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sinar jiwa jaguh otot

Posted:

Sinar jiwa jaguh otot

Sinar jiwa jaguh otot


MALEK (kiri) sewaktu dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada bulan Mac 2010.


MEMEGANG gelaran Mr. Asia sebanyak enam kali, nama Abdul Malek Mohamad Noor tidak perlu diperkenalkan lagi. Lantaran kecemerlangan yang diraihnya, anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu pernah menerima anugerah Pingat Emas Personaliti Sukan Benson & Hedges 1985 diikuti gelaran Olahragawan Negara pada tahun 1986 dan 1990.

Selain itu, beliau juga diiktiraf sebagai Ahli Mangku Negara (AMN) dan penerima Pingat Sultan Ibrahim (1986); Legendary Sportsman of Malaysia dan Coca-Cola Olympian 2007 serta terbaru Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada 30 Mac tahun lalu.

Sewaktu zaman kegemilangannya sekitar 1980-an dan 1990-an, Malek turut menceburi industri seni sebagai pelakon menerusi beberapa buah filem seperti Ujang, Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan Sahabat. Pendek kata, Malek merupakan selebriti terkenal yang menjadi pujaan ramai ketika itu.

Namun, artikel yang disiarkan pada 8 Jun 2010 itu juga menyingkap satu kisah fasa hidup baru Malek. Segala kemasyhuran dan kemewahan yang dikecapi membuatkan beliau alpa dengan kehidupan duniawi yang bersifat sementara sehingga mengabaikan kewajipan sebagai umat Islam.

Menceritakan detik-detik cahaya keimanan mula bersinar di hatinya, Malek memberitahu apabila usia semakin meningkat, jiwanya mula meronta untuk mengubah gaya hidup Barat yang dijalaninya.

Kejayaan dan kemewahan sudah tidak mampu mententeramkan jiwa lelaki berbadan gagah perkasa itu. Rentetan itu juga, Malek sering didatangi mimpi-mimpi ngeri seperti dibakar api neraka, tubuhnya dikelar-kelar dengan besi panas dan banyak lagi.

Kemudian, satu demi satu musibah mula melanda dirinya membuatkan hati kecil Malek berbisik: "Mungkin inilah ujian Allah kerana Dia mahu aku kembali menjadi muslim sejati."

Bagaimanapun, insiden yang berlaku pada 2002 merupakan titik tolak kepada penghijrahan Malek yang sebenar. Ketika itu, beliau hanya berseluar pendek dan berdiri di balkoni Penthouse miliknya yang menghadap Menara Berkembar Petronas KLCC.

"Sedang asyik memerhatikan pemandangan luar, tiba-tiba saya terdengar laungan azan yang berkumandang dari masjid berhampiran dan ia terus menusuk ke dalam kalbu saya.

"Waktu itu saya seperti orang gila apabila ke hulu ke hilir di dalam rumah tanpa mengetahui apa yang perlu dicari. Kemudian, saya menangis sepuas-puasnya sebelum mengambil wuduk dan terus menunaikan solat Maghrib walaupun tidak pasti ia menepati rukun atau tidak.

"Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli sebuah kitab suci al-Quran serta beberapa buku mengenai Islam," terang Malek.

Pada tahun 2008, Malek mengambil tindakan drastik apabila membuang semua piala yang pernah dimenanginya satu ketika dahulu kerana menganggap kesemua piala berbentuk patung itu menjejaskan keimanannya selama ini.

Kini, setiap malam sebelum tidur, Malek akan berdoa semoga dipanjangkan usia agar dia dapat terus bersujud kepada-Nya untuk setiap kesalahan yang pernah terlanjur dilakukan sepanjang hidup.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ekspresi bakat pelajar sekolah

Posted:

Ekspresi bakat pelajar sekolah

Ekspresi bakat pelajar sekolah

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


Program inisiatif ekspresi belia DiGi ini menggalakkan remaja untuk tampil ke hadapan dan menonjolkan bakat kreatif yang dimiliki.


REMAJA dan muzik sukar dipisahkan. Malah, kreativiti mereka terhadap elemen itu menjangkaui pemikiran dan punya tarikan tersendiri. Menyedari hakikat itu, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) mengambil langkah memperkenalkan program DiGi Live Sekolahku Berbakat bagi mencungkil potensi yang ada dalam diri mereka untuk diketengahkan menerusi seni pentas.

Program inisiatif ekspresi belia DiGi itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menggalakkan mereka yang berumur antara 12 hingga 19 tahun menampilkan kreativiti diri dalam cara yang menyeronokkan dan kreatif melalui muzik dan tarian.

Menurut Ketua Pemasaran Segmen DiGi, Moharmustaqeem Mohammed, menerusi penglibatan mereka dengan golongan belia sebelum ini, banyak bakat dinamik dan unik sama ada individu mahupun berkumpulan berjaya ditemui terutama dalam bidang muzik.

"Justeru, ini telah memberikan kami sebab terbaik untuk mewujudkan satu platform di mana mereka boleh menampilkan kemampuan dan kreativiti mereka hingga ke peringkat nasional.

"Apa yang membezakan Sekolahku Berbakat daripada program persembahan bakat yang lain adalah tahap penglibatan yang disediakan kepada semua peserta. Dengan kerjasama KPM, kami akan menganjurkan bengkel kreativiti, tata rias dan persembahan bukan sahaja untuk murid-murid, malah juga guru-guru pilihan kementerian.

"Ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kondusif yang menyokong dan memupuk pembangunan bakat para pelajar di sekolah-sekolah tempatan," kata beliau sewaktu melancarkan program berkenaan di Studio DiGi House di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Lantaran itu, inisiatif DiGi Live Sekolahku Berbakat melengkapi saranan Kementerian Pelajaran dengan hasrat supaya murid-murid menjadi serba boleh dan memiliki cara hidup yang seimbang antara pelajaran dan aktiviti kokurikulum.

Program DiGi Live Sekolahku Berbakat telah bermula sejak 28 Februari lalu dan peringkat akhirnya akan berlangsung pada 8 Mei ini. Ia terbuka kepada semua pelajar sekolah di Malaysia berusia 12 hingga 19 tahun.

Untuk menyertai pertandingan itu, pelajar perlu membentuk kumpulan yang mempunyai dua hingga enam ahli dan mendaftarkan kumpulan mereka menerusi sekolah masing-masing atau dalam talian di www.digi.com.my/digilive bagi salah satu daripada lima kategori berikut, iaitu nyanyian, kugiran, kugiran instrumental, tarian atau tradisional.

Uji bakat akan diadakan di enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor. Sepuluh kumpulan akan dipilih dari setiap negeri untuk bertanding di peringkat akhir bagi negeri tersebut.

Dua kumpulan teratas dari setiap negeri pula layak menyertai pertandingan ke peringkat akhir kebangsaan yang akan berlangsung pada 8 Mei 2011 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Pada setiap tahap pertandingan, kumpulan yang layak perlu menghadiri satu kem yang menampilkan latihan motivasi, sesi berhias diri dan raptai untuk menyediakan mereka ke peringkat akhir.

Bagaimanapun, kumpulan dari luar kawasan enam negeri tersebut boleh menyertai pertandingan ini sama ada dengan menghadiri uji bakat di lokasi yang telah ditetapkan atau menerusi penyertaan wildcard.

Mereka boleh memuat naik video uji bakat ke dalam laman Facebook Belia DiGi, www.facebook.com/digiyouths. Penyertaan wildcard itu juga termasuk bagi kumpulan yang tidak berjaya melepasi uji bakat di negeri masing-masing.

Hanya dua kumpulan daripada penyertaan wildcard di laman Facebook ini akan dipilih untuk bertanding di peringkat akhir kebangsaan berdasarkan undian popular daripada orang ramai.

Untuk maklumat lanjut mengenai program DiGi Live Sekolahku Berbakat, layari laman web www.digi.com.my/digilive.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 11 Apr 2011 03:13 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kumpulan nasyid Ummu Sa'adah jadi perhatian

Posted:

Kumpulan nasyid Ummu Sa'adah jadi perhatian

Kumpulan nasyid Ummu Sa'adah jadi perhatian


AHLI kumpulan nasyid Ummu Sa'adah semakin diminati dalam kalangan peminat nasyid di Terengganu.


SAMBUTAN. Alunan suara dan nyanyian kumpulan nasyid Ummu Sa'adah dari Langkap, Terengganu bukan sahaja menarik perhatian masyarakat daerah Setiu, malah turut diminati oleh pengemar nasyid di negeri itu.

Kumpulan yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu itu mempunyai sepuluh orang ahli dan diketuai oleh guru Taman Bimbangan Kanak-kanak (TBK) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Najmi Ali.

Menurut Najmi, selain sering membuat persembahan pada majlis-majlis formal, kumpulan itu juga kerap diundang untuk menyerikan undangan pada majlis-majlis persandingan.

Malah, katanya, kehebatan kumpulan itu pernah mendapat pengiktirafan apabila muncul naib juara pada Pertandingan Nasyid anjuran Yayasan Islam Terengganu (YIT) selain meraih tempat ketiga pada pertandingan sama anjuran Kemas negeri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

D'Arab Cave Puchong rai penghuni rumah amal

Posted:

D'Arab Cave Puchong rai penghuni rumah amal

D'Arab Cave Puchong rai penghuni rumah amal


SEBAHAGIAN penghuni Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong menikmati jamuan pada majlis pembukaan cawangan D'Arab Cave di Puchong baru-baru ini.



DIHARGAI. Seramai 30 orang anak Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong dijemput ke D'Arab Cave di Puchong baru-baru ini.

Menurut Pengasas D'Arab, Mohd. Hairudin Md. Top, restorannya menyajikan menu Briyani Arab pada kadar harga yang amat berpatutan.

Katanya, pihaknya menjemput anak-anak Rumah Amal Limpahan Kasih tersebut bagi memeriahkan majlis pembukaan cawangan terbaharu itu.

Cawangan D'Arab Cafe itu telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan FZ, Datuk Seri Faizal Zainal.

Untuk maklumat lanjut berkenaan D'Arab Cafe sila layari laman web www.nasiarab.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Time Attack Challenge meriah

Posted:

Time Attack Challenge meriah

Time Attack Challenge meriah


MAT ARIS (tengah) memperkatakan sesuatu kepada peserta Time Attack Challenge di Metro Driving Academy, Pulau Meranti, Puchong baru-baru ini.



TERHIBUR. Orang ramai di sekitar bandar Bukit Puchong, Selangor baru-baru ini diberi peluang melihat acara autocross yang popular iaitu Time Attack Challenge yang diadakan di Metro Driving Academy, Pulau Meranti, Puchong.

Wakil Carpark Rally, Danial Iqbal Zaini berkata, pertunjukan yang julung-julung kali diadakan itu turut memberi peluang kepada orang ramai menyertai sukan permotoran.

"Acara sukan itu memberi peluang kepada orang ramai terutama golongan belia menunjukkan aksi kemahiran dan kecekapan pemandu mengawal kenderaan," katanya sambil memberitahu ia merupakan acara Carpark Rally bagi pusingan pertama yang melibatkan kereta jenis Satria Neo dan Proton Gen 2 sahaja.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Metro Driving Academy, Kesatuan Anak Muda Malaysia, Fuza Motorsports, Campixel Studio, Pertubuhan Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dori's Motorsports.

Turut hadir Pengarah Urusan Metro Driving Academy, Mat Aris Bakar.

"Kami berharap acara ini mampu menambat hati belia membabitkan diri dalam aktiviti yang lebih sihat," ujar Danial.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List