gravatar

Edisi Hiburan

Edisi Hiburan


Sensasi

Posted: 04 Apr 2011 11:21 PM PDT

Sensasi


Gambar Selebriti Malaysia sekitar ABPBH 2010 di Arena Of Stars Genting

Posted: 04 Apr 2011 10:25 AM PDT


gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010


OHBULAN!

Posted: 04 Apr 2011 11:14 PM PDT

OHBULAN!


Kontroversi : Tasha Shilla Dikejar Peminat Angau?

Posted: 04 Apr 2011 09:41 PM PDT

Tasha Shilla dikejar peminat angau? Apa kata dia? Ikuti temubualnya melalui video selepas ini.

Pertemuan kami & Tasha Shilla di Arena of Stars tidak disia-siakan. Sebagai bintang yang baru hadir dalam industri hiburan, kelibat Tasha Shilla semakin menyinar terutamanya selepas membintangi drama Gemilang. Menurut Tasha Shilla, dia sebenarnya sudah lama teringin untuk bekerja dengan pengarah Kabir Baktia selepas menonton filem Cinta.

"Selepas menonton filem Cinta, I simpan impian untuk bekerja dengan Kabir Baktia. Namun, impian itu terbuka apabila I berlakon untuk filem Ratu. Ketika itu, I ada bertanya kepada salah seorang krew, "Di mana produksi Kabir Baktia?'. Tamat sahaja pengambaran Ratu, I dapat tawaran berlakon drama Dottie. Dan, akhirnya tawaran drama Gemilang menyusul," kata Tasha apabila kami bertanyakan penglibatan dia untuk drama Gemilang.

Untuk pengetahuan anda, filem Ratu turut dilakonkan oleh Tasha Shilla, dan sekarang ditayangkan melalui Astro First, baru-baru ini. Menurut produser filem Ratu The Movie, A. Latiff Mohaideen ketika ditanya mengenai filem yang kini berada di Astro First itu memberikan jawapan ini, "Kita akan 'memahkotakan' kembali Ratu The Movie melalui Astro First untuk menunjukkan yang kita tidak pernah berputus asa untuk sentiasa membawa pembaharuan dalam industri perfileman. Saya akui sambutan yang diterima di panggung-panggung adalah sederhana tapi itu tidak bermakna filem ini tidak bagus kerana rata-rata penonton yang sudah menonton filem ini memberikan reaksi yang baik.

"Cuma mungkin pemilihan tarikh tidak sesuai menyebabkan filem ini mempunyai penonton yang berjumlah kecil. Kini kita bersama Astro First membawakan secara eksklusif filem Ratu The Movie melalui medium paling mudah untuk mereka yang ingin menonton filem ini tetapi tidak mempunyai masa untuk ke panggung iaitu televisyen."

Drama terbaru Tasha Shilla, berjudul Sahara kini boleh ditonton melalui slot Samarinda. Dengar cerita, Sahara menerima lebih 1 juta rating penonton selepas 2 hari disiarkan di Tv. Awesome!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sharifah Sofia Sudah Bersalin, Tahniah!

Posted: 04 Apr 2011 08:32 PM PDT

Pelakon & kini seorang ibu yang bahagia, Sharifah Sofia selamat melahirkan seorang bayi perempuan, kira-kira pukul 5 petang semalam. Menurut Twitter Sharifah Sofia, setakat ini dia & suami masih belum bercadang untuk memilih nama untuk insan terbaru yang hadir di dalam hidup mereka. Kemungkinan besar akan diberi nama pada hari ke-7, hari cukur jambul. Difahamkan, Sharifah Sofia melahirkan anak dilakukan secara normal tanpa dibantu oleh apa-apa painkiller.

Apa pun, sampaikan ucapan tahniah buat Sharifah Sofia di Twitternya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Posted: 04 Apr 2011 11:05 PM PDT

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Angah & Along Raja Lawak di ABPBH2010

Posted: 04 Apr 2011 10:36 PM PDT

klik here

HOME | Arkib | Tentang Penulis | Hubungi | XML Sitemap | Advertise | Disclaimer | Subscribe | Add to bookmark (Ctrl+D)

© 2007 - 2011 Budiey.com (Sensasi Selebriti)

Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)

Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.

Sensasi Selebriti dijana oleh WordPress 3.1

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah Bintang Popular 2010

Posted: 04 Apr 2011 03:57 PM PDT

Gambar Fesyen Rekaan Siti Nurhaliza dari Rizman Ruzaini di Anugerah Bintang Popular 2010

Nah, walaupun Budiey tak sempat nak ambil gambar penyanyi nombor satu Malaysia, Dato' Siti Nurhaliza… tapi nasib baik Rizman Ruzaini yang tolong titipkan beberapa keping gambar cun melecun semuanya. Semalam, bukan main ramai peminat Siti Nurhaliza tanya pada Budiey bila nak upload gambar Siti. Budiey tak nak jawab banyak sebab memang satu keping pun takde dalam kad memori kamera.

Untuk ABP kali ini, Dato' Siti Nurhaliza menggunakan khidmat Rizman Ruzaini untuk digayakan semasa acara red carpet dan persembahan. Kedua-duanya berkonsepkan elegan kontemporari klasik menggunakan warna asas hitam dengan perincian kristal serta merah.

Siti

Siti

Siti

Siti

Siti

Semua foto harus dikreditkan kepada Rizman Ruzaini. Terima kasih blog Rizman Ruzaini.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Dato' Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Tahun 1997
  • Video Persembahan Siti Nurhaliza Nyanyi No Body di ABP 2010
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza @ Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular
  • Gambar Siti Nurhaliza @ Anugerah Industri Muzik 1998
  • Gambar Fesyen Siti Nurhaliza di Anugerah MACP 2008
  • Gambar Terbaru Dato' Siti Nurhaliza @ Majlis Penyampaian ABP2007
  • Malam Cipta Ekpres 2008, Yayasan Nurjiwa, Siti Nurhaliza & Barisan Nasional
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABP 2007
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    Posted: 04 Apr 2011 09:05 PM PDT

    borak kosong


    Inilah TV tertua di Britain yang akan dilelong

    Posted: 04 Apr 2011 08:00 PM PDT

    LONDON - Set televisyen tertua di Britain yang dipasang pada 1936, akan dilelong pada harga bidaan bermula £5,000, (RM24,415), lapor sebuah akhbar semalam.

    Set televisyen jenis Marconi 702 itu yang didatangkan dengan skrin berukuran 30.48 sentimeter, masih berfungsi dengan baik walaupun sudah beroperasi selama 75 tahun.

    Ia dibeli pada harga bawah £100 (RM488) oleh seorang lelaki, G. B. Davis selepas tiga minggu siaran televisyen bermula di Britain.

    Pada masa itu, cuma terdapat satu saluran di Britain yang bersiaran selama tiga jam setiap hari.

    "Set ini dijual oleh keluarga pemilik asalnya (telah meninggal dunia) dan merupakan televisyen tertua di Britain yang masih berada dalam keadaan baik," kata pakar agensi lelongan Bonhams yang mengendalikan lelongan itu, Laurence Fisher. - Agensi

    saya petik dari kosmo online

    Lelaki ini terpengaruh dengan Lady Gaga

    Posted: 04 Apr 2011 07:00 PM PDT

    semuanya gara-gara Lady Gaga..
    sampaikan lelaki ini pun terpengaruh...


    Kepala pecah dihempap motosikal ibu

    Posted: 04 Apr 2011 06:00 PM PDT

    Kesian...
    saya petik dari kosmo online..

    KOTA BHARU – Tindakan seorang ibu yang membawa dua anaknya menunggang motosikal untuk membeli nasi kukus pada waktu malam mengundang padah apabila salah seorang kanak-kanak itu maut dalam kejadian di Jalan Kubang Kerian, dekat sini kelmarin.

    Lebih menyedihkan apabila kepala Mohd. Danial Zamri, 5, pecah akibat dihempap motosikal yang ditunggang ibunya selepas tiga beranak itu tercampak sebaik bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama dalam kejadian pukul 8.45 malam tersebut.

    Dalam kejadian itu, ibu kanak-kanak tersebut, Rinawati Lilianita Mohd. Idris, 25, dan adik Mohd. Danial, Mohd. Zarif Hakimi, 3, cedera dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Ketika kejadian, mereka dari arah Kubang Kerian ke Binjai.

    Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, selepas bergesel, ketiga-tiga beranak tercampak dengan Mohd. Danial dihempap motosikal tersebut lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

    Katanya, polis telah mengambil keterangan pemandu lori berusia 46 tahun dari Jerteh, Terengganu untuk membantu siasatan.

    Anjing ini membuat pekerja pos mogok

    Posted: 04 Apr 2011 05:00 PM PDT

    Sebuah perusahaan pos surat di Inggris, Royal Mail, melarang pengiriman surat ke seluruh pelosok Newman Road (jalan Newman), di New York, setelah seekor anjing menggigit pekerjanya.

    Lebih dari 30 penghuni rumah mengeluh kerana kini mereka harus mengambil surat-surat mereka ke pejabat pos setelah insiden yang melibatkan seekor anjing berusia 4 tahun, bernama Rusty.

    Karen Mitchell, sang pemilik anjing mengatakan bahawa Rusty memang selalu mengonggong namun belum pernah menggigit orang.

    "Bahkan anak saya yang berusia 5 tahun, tidur dengan Rusty, dan ia sama sekali tidak menyakiti,"ujarnya seperti dilasir Telegraph, Isnin (4/4/2011).

    Mitchell pun sempat didatangi oleh polis yang memperingatkan akan menahan Rusty jika hal tersebut terus berlanjut.

    Dalam sebuah surat kepada warga, Royal Mail menulis: "Untuk sementara, kami memutuskan untuk menangguhkan pengiriman surat ke seluruh pelosok Newman Road. Langkah luar biasa ini kami ambil sebagai perlindungan terhadappekerja Royal Mail."

    Banyak warga yang tidak setuju atas kebijakan Royal Mail yang dianggap berlebihan tersebut, kerana mereka merasa dirugikan atas keputusan tersebut.

    Warga pun meminta penangguhan pengiriman surat sebagai pilihan terakhir yang seharusnya ditempuh Royal Mail.

    Baju pelik untuk orang pelik

    Posted: 04 Apr 2011 11:01 AM PDT





    Btal perkahwinan setelah tahu bakal suami actor filem porno

    Posted: 04 Apr 2011 10:01 AM PDT

    Teliti dulu pasangan Anda sebelum menikah. Siapa tahu calon yang dipilih memiliki 'profesi' yang tak lazim.

    Seperti yang dialami Haylie Hocking (27). Perempuan Inggris ini membatalkan rencana pernikahan dengan Jason Brake (30), setelah mengetahui calonnya itu seorang bintang filem porno.

    Malahan, Jason  sempat bermain filem dewasa beberapa minggu sebelum menikah.

    Profesi Jason itu terbongkar setelah seorang teman yang mengatur pesta bagi Haylie mencari seorang penari lelaki di internet. Tanpa sengaja ditemukan Jason tengah bermain cinta dengan seorang perempuan di sebuah filem.

    "Tidak mungkin saya dapat menikahi seorang bintang filem dewasa," kata Haylie, dikutip dari Telegraph.

    Pasangan ini pertama kali bertemu tahun lalu ketika Jason menjadi pelanggan di bengkel tempat Haylie bekerja. Setelah Jason memperkenalkan diri sebagai pelatih fitness, mereka pun mulai bercinta.

    Ketika itu Haylie menganggap Jason adalah seorang yang romantis, bijaksana, dan pecinta yang penuh ghairah. Enam bulan setelah bertemu, Jason pun pindah ke rumah Haylie di Bristol.

    Jason yang rutin membawakan bunga dan perhiasan untuk Haylie, kerap pergi di akhir minggu. Dia mengaku melatih kliennya di tempat latihan.

    Setelah lapan bulan, Jason melamar dan membawakan Haylie sebuah cincin pertunangan. Namun rahsia Jason terbongkar ketika teman Haylie, Lisa, akan memesan seorang penari untuk pesta bujang.

    Mata Lisa terpandang klip filem yang dengan wajah mirip Jason. Haylie pun melawat laman internet itu, dan memastikan itu adalah kekasihnya.

    Jason mengaku mula bermain filem porno sebagai pekerjaan sampingan sebelum bertemu Haylie. "Sisi seks itu murni untuk kamera, namun Haylie tidak memahami jika saya hanya berlakon."

    "Saya menyesal dan tidak mahu menyakitinya. Saya masih mencintai Haylie dan akan menghentikan main filem porno jika dia memintanya

    Petinju wanita di tembak ayah tiri sebelum bertanding

    Posted: 04 Apr 2011 09:30 AM PDT

    TRIBUNNEWS.COM, BERLIN – Petinju wanita Rola El-Halabi harus mengakhiri kariernya setelah ditembak oleh ayah tirinya menjelang perebutan gelaran juara dunia.

    El-Halabi (26) mengalami penembakan di bahagian tangan, kaki, dan lutut. Ia ditembak oleh ayah tirinya

    di bilik persalinan saat akan melakukan perebutan gelaran juara dunia kelas ringan WIBF di Karlshorts, Berlin, Jerman, Jumaat lalu.

    Dalam peristiwa tersebut, pelaku juga menembak dua petugas keamanan. Namun, keadaan mereka telah pulih setelah mendapat perawatan di hospital.

    "Pembedahan (El-Halabi) berjalan sukses. Namun, kemungkinan besar kariernya sebagai petinju harus berakhir," kata promotor tinju El-Halabi, Malte Mueller-Michaelis.

    Si penembak yang berusia 44 tahun  dtahan, sementara polis harus mengevakuasi 600 penonton yang akan menyaksikan pertarungan perebutan gelar juara dunia tersebut.

    "Saya sedang bersama pelatih dan pengurus di bilik persalinan ketika ayah datang dan mengancam kami semua," kata El-Halabi. "Dia kemudian menembak tangan saya dari jarak 1 meter. Saya menangis dan meminta dia menjauhkan pistolnya."

    "Ia kemudian mengancam akan menembak diri sendiri, tetapi dia terlalu pengecut," kata El-Halabi lagi. "Ia kemudian menembak lutut dan kaki kanan saya."

    El-Halabi memiliki rekod bertarung 11 kali menang dengan 6 KO dan memiliki dua gelaran juara dunia. Ia sebenarnya akan mempertahankan gelaran juara ketika ayahnya masukke bilik lalu menembak.

    Ini dia wanita seksi yang terjun bogel menggunakan payung terjun

    Posted: 04 Apr 2011 08:38 AM PDT

    Namanya Roberta Mancino, seorang atlet skydiver profesional. Dari wajah cantik dan sensualnya, berdarah Itali. Bagi yang belum tahu, Mancio sudah empat kali terjun payung tanpa pakaian  menutupi tubuhnya.

    Jangan dibayangkan, kerana ada fakta lain tentang peraih beberapa penghargaan dan rekod penerjun dunia ini. Pernah lima kali payung terjunnya tak terbuka ketika terjun di kelas menengah, beruntung payung simpanan cadangannya bekerja dengan baik.

    Sejak percubaan pertama pada Oktober 2001 atau ketika berusia 21 tahun, hingga Disember 2010, Mancino sudah melakukan skydiver atau terjun dari pesawat sebanyak lebih dari 6.000 kali.

    Sementara itu, Mancino terlibat modeling sejak berusia 16. Inilah alasannya terjun bogel, terlibat dalam sesi pemotretan majalah. Tahun lalu, ia dinobatkan sebagai atlet wanita terseksi di dunia oleh majalah kesihatan Men's Fitness.

    "Ya, aku melakukannya (terjun bogel) untuk sesi foto majalah. Pernah pesawat berisi 23 penerjun lain (kru), jadi aku harus menutup tubuh hanya dengan selimut, sampai saat terjun tiba. Tapi ketika aku melompat, semua orang jadi punya pertunjukan di udara. Rasanya dingin, tapi sekaligusangin menabrak langsung tubuhku yang tanpa pakaian," katanya dilansir mensfitness.com.

    Selain melakoni skydiver, Mancino juga senang melakukan BASE Jumping,iaitu aktiviti melompat dengan payung terjun dari benda atau objek yang punya ketinggian, seperti gedung, menara, tebing, dan lain sebagainya. Tak hanya itu, Mancino juga gemar dengan Wingsuit Flying. Sama, terjun bebas dari pesawat, namun payung terjunnya menampal di tubuh, mirip sayap ketika membentangkan tangan dan kaki.

    Berkahwin dengan pengantin yang sudah meninggal dunia

    Posted: 04 Apr 2011 07:00 AM PDT

    Kematian ternyata tidak mengurangkan niat seorang perempuan untuk menikahi lelaki yang dicintainya. Meskipun telah ditinggal mati, Magali Jaskiewicz, perempuan berasal Prancis ini tetap ingin menikah dengan kekasihnya, Jonathan George. Setahun setelah kepergian sang kekasih, dia pun kini rasmi menyandang status isteri kepada Jonathan George.

    Sebenarnya, pasangan ini merancang menikah  setelah enam tahun berpacaran. Namun sayangnya, niat mereka tidak dapat terwujud kerana sang mempelai lelaki tewas m dalam kemalangan motor, dua hari menjelang pernikahan.

    Dengan sedikit pengetahuan yang dimilikinya, perempuan berusia 32 tahun ini, lalu mencari cara agar pernikahannya boleh tetap dilangsungkan. Ia mengetahui bahawa Kitab Undang-undang Hukum Perdata Perancis mengizinkan pernikahan anumerta jika semua persyaratan formal pernikahan sudah terlampir lengkap sebelum salah satu dari mempelai meninggal, termasuk diantaranya tanggal pernikahan.

    Kepada para pejabat pemerintahan yang mengurus pernikahan dia menyakinkan bahwa dirinya dan sang calon suami, Jonathan sudah hidup bersama sejak tahun 2004 dan telah memiliki akaun bank bersama. Dia juga bahkan memperlihatkan foto-foto pakaian pengantin yang telah dibeli untuk dipakai pada hari pernikahannya.

    Keinginanannya pun terkabul. Setahun pasca kematian sang kekasih, Magali berdiri sendirian tanpa mempelai lelaki di depan altar sebuah gereja, lengkap dengan menggunakan busana pengantin.

    Ia melangsungkan pernikahan yang dulu tidak sempat terwujud dalam sebuah upacara yang dihadiri sekitar 30 anggota keluarga dan teman-teman dekat. Upacara pernikahan tanpa pengantin lelaki itu berlangsung di Dommary Baroncourt, sebelah timur Perancis, pada hari Sabtu minggu lalu.

    Ibu Kesha ajari tentang seks sebelum umur tujuh tahun

    Posted: 04 Apr 2011 06:00 AM PDT

    Los Angeles - Ibunya mengajari Kesha tentang segala hal yang berhubungan dengan seks, sebelum Kesha berusia tujuh tahun.

    Sang ibu ingin Kesha menjadi seorang perempuan yang bertanggung jawab. Hal itu ia lakukan untuk mendorong Kesha agar cepat menjadi wanita yang dewasa.

    "Aku mengetahui segalanya tentang seks sebelum aku berumur tujuh tahun. Ibu meninggalkanku di rumah ketika aku berusia 14 tahun dengan kad kredit, dan sekotak kondom serta kunci kereta dan berpesan, "Jangan hamil dan jangan mengemudi ketika sedang mabuk".

    "Aku harus bertanggung jawab untuk diriku sendiri," jelasnya seperti yang dikutip dari harian Inggris The Times. [mor

    Sue Kent buktikan walaupun tangannya cacat dia masih boleh mengurut

    Posted: 04 Apr 2011 05:00 AM PDT

    Sue Kent. Wanita 48 tahun ini lahir dengan tangan hanya sepanjang 20,3 sentimeter. Namun, keadaan tubuh yang tak sempurna ini  menaikkansemangat hidupnya dan membawanya menjadi tukang urut cacat @ kudung




    Wanita yang telah memiliki dua anak ini menjalani pekerjaan sebagai tukang urut sejak tiga tahun lalu. Dengan teknik  urut menggunakan jari dan telapak kaki, dia hampir tak pernah istirahat melayani pelangganya yang memerlukankan relaksasi atau bermasalah dengan persendian.

    Pelanggannya tak hanya masyarakat umum di Inggris. Sejumlah atlet nasional setempat juga menjadi pelanggan setia di klinik miliknya di Mumbles, Wales. Ia bahkan terpilih sebagai tukang urut rasmi yang menangani pasukan kebangsaan negaranya pada Olimpik yang akan berlangsung di London, Inggris, 2012.

    "Ambisi saya saat ini ingin terus mempelajari teknik mengurut dengan kaki hingga tingkat tertinggi," katanya seperti dikutip Daily Mail. "Sungguh menantang bergabung dengan terapis yang bekerja dengan tangan, tapi harus mengembangkan prosedur urut dengan efek yang sama antara urutan kaki dan tangan."

    Ketidaksempurnaan fisik itu tak membuat Sue menyepikan diri dari lingkungan sosialnya. Di sela-sela kesibukannya mengurut, ia mengisi waktu kelapangannya dengan balet, berenang, dan berkuda. "Saya sangat suka balet, mungkin ini juga yang membuat kaki saya sangat kuat untuk mengurut" ujarnya.

    Sue adalah korbankesan buruk Thalidomide ketika masih janin. Saat masih dalam kandungan, sang ibu rajin memakan ubat itu untuk mengatasi berbagai keluhan selama kehamilan, seperti mual di pagi hari, insomnia, batuk, dan flu.

    Thalidomide cukup popular di kalangan ibu hamil selama tahun 1950-an dan 1960-an. Namun tidak ada yang menyangka,memakan ubat itu membuat lebih dari 10 ribu bayi lahir cacat. Ini merupakan salah satu tragedi terbesar dalam sejarah dunia kesihatan.
      

    Inilah Wanita Pembunuh Tertua Di Dunia

    Posted: 04 Apr 2011 04:00 AM PDT

    Clara Tang mencipta rekod sebagai perempuan tertua yang didakwa dalam sebuah ke pembunuhan di Australia. Tang berusia 92 tahun ketika dihadapkan ke pengadilan atas tuduhan memukul dan menikam suaminya hingga tewas, March tahun lalu.

    Suaminya, Chin Yung Tang, berusia 98 tahun waktu itu dan mereka sudah melewati suka dan duka bersama sebagai suami-isteri selama lebih dari 70 tahun.

    Dokumen yang diserahkan kepada polis menyebutkan, mereka berhasil selamat dari ijajahan Jepun ke China pada awal abad ke-20 dan Revolusi Kebudayaan Mao Zedong pada dekad 1960-an, sebelum akhirnya pindah dari Shanghai ke Sydney, 30 tahun silam.

    Menurut harian Sun-Herald, Minggu (3/4), Tang mengaku tak bersalah kerana berada dalam keadaani sakit jiwa ketika melakukan perbuatannya itu. Tang memang menderita dementia dan selalu merasa khuatir makanannya sudah diberi racun oleh suaminya. Saat ditangkap polisi, Tang dalam keadaan berlumuran darah dari luka-luka suaminya.
    __________________

    Inilah,Lembu Pertama Yang Menggunakan Kaki Palsu

    Posted: 04 Apr 2011 03:00 AM PDT

    Meadow nama seekor anaklembu yang pertama di dunia yang mengunakan dua kaki belakang palsu agar oleh kembali berjalan normal. Kaki Meadow terpaksa dipotong kerana kedua kuku kakinya mengalami frostbite (membusuk akibat kebekuan ais).

    Lembu yang kini berumur 11 bulan ini ditemukan pada Ogos lalu oleh Nancy Dickenson dan anaknya di sebuah ladang penggembalaan di timur laut New Mexico, Amerika Syarikat (AS). Ketika ditemukan, Meadow nyaris tidak boleh berdiri kerana kedua kuku kaki belakangnya membusuk akibat kebekuan ais Untuk menyelamatkan Meadow agar boleh berjalan normal, Dickenson pun membeli haiwan ternak dari pemiliknya dan segera membawa ke doktor hewan setempat.

    Doktor haiwan, dibantu mahasiswa Colorado State University, memotong kedua kaki belakang Meadow dan menyiapkan kaki palsu yang sesuai dengan struktur tulang lembu. 'Meadow merupakan lembu pertama di dunia yang memakai dua kaki palsu,' kata Robert Callan, doktor haiwan yang membedah Meadow.

    Dickenson menyatakan biaya pembedahan kaki palsu bagi Meadow mencapai ribuan dolar dan ditanggung penuh oleh dirinya dan keluarga. Nama Meadow yang bererti padang rumput ini diberikan Dickenson sesuai dengan lokasi ketika lembu jenis black angus ini ditemukan.

    Kini Meadow boleh berlari dan menyesuaikan diri dengan haiwan ternak lain di Twin Willow, peternakan milik Dickenson. Ketika para tetangga bertanya apakah lembu itu akan dipotong untuk diambil dagingnya, Dickenson menjawab, 'Apakah Anda bergurau Ini bayiku yang baru.'

    Nyaris meninggal dunia kerana penis menegak selama 21 hari

    Posted: 04 Apr 2011 02:31 AM PDT

    Seorang lelaki berusia 55 tahun dari India nyaris meninggal dunia kerana mengalami suatu kelainan pada penisnya. Lelaki itu harus menjalani operasi darurat setelah organ vitalnya itu terus menegang selama lebih kurang 21 hari.

    Para doktor di sebuah hospital di Calcutta, India, terpaksa melakukan pembedahan tersebut untuk menyelamatkan lelaki tersebut dari penderitaan.Pembedahan selama satu jam tersebut dilaporkan berjaya, tetapi laki-laki yang berkerja sebagai pengusaha tersebut dipastikan mengalami impotensi.

    "Lelaki ini sudah sangat terlambat untuk mendapatkan pertolongan. Seharusnya dia mendapatkan pengubatan dalam waktu enam jam. Kalau tidak, dia boleh meninggal dunia. Selain itu, ia juga mengalami kerosakan penis," ungkap Dr Avishek Mukherjee, seperti dikutip The Sun.

    Lelaki yang namanya tidak diberitahu demi melindungi privasinya ini dilaporkan tidak memakn ubat Viagra. Para doktor merasa yakin kalau dia mengalami sejenis kelainan yang disebut priapism yang dipicu oleh gangguan dalam sistem saraf. Akibat gangguan ini, aliran darah akan sulit keluar dari penis.

    "Selama ereksi, aliran darah akan berhenti," kata Dr Mukherjee.

    "Oleh sebab itu, jika ereksi terjadi lebih dari satu jam, aliran darah ke penis akan berkurang sehingga akan merosak organ tersebut. Jika aliran ini tetap terhambat untuk jangka waktu yang lama, penis bahkan boleh mengidap penyakit gangren," katanya.

    Gadis 17 tahun ancam ibunya dengan pistol supaya dibelikan kereta sport

    Posted: 04 Apr 2011 01:00 AM PDT

    Bagaimana anda merengek meminta kereta baru kepada orang tua ketika masih muda? Gadis berusia 17 tahun ini terlalu, dia mengacukan sebuah pistol kepada ibunya agar dibolehkan membeli sebuah kereta sport Nissan 350Z.

    Seperti dilapor topspeed, Isnin (4/4/2011) gadis itu mengunjungi wakil penjual Nissan Sutherlan di Fort Myers, Florida dan rupanya tertarik dengan kereta sport Nissan.

    Salesman Nissan lalu meminta gadis itu untuk meminta persetujuan orangtua. Gadis itu berkata pada salesman bahawa dia akan pulang dulu ke rumah.

    Ketika sampai di rumah dan ibu menolak permintaannya, tiba-tiba gadis yang putus asa itu langsung mengacukan sang ibu dengan pistol dan mengancam ibunya untuk menghantarnya ke wakil penjual kereta itu..

    Singkat kata, polis akhirnya menangkap gadis yang kecewa itu kerana pistol itu rupanya merupakan pistol curi. Dan kes pencurian pistol itu tidak pernah terungkap sejak tahun lalu. Namun kerana sayang dan ingin melindungi anak gadisnya, ibunya tidak mendakwa anak durhaka itu.

    Guru kena tindakan disipilin kerana kata muridnya sendiri bakal penjenayah di Facebook

    Posted: 04 Apr 2011 12:00 AM PDT

    Seorang guru terpaksa diambil tindakan disiplin dari pihak sekolah dan harus menjalani cuti tanpa menerima gaji. Semua itu kerana perbuatan tak menyenangkannya kepada salah seorang muridnya di Facebook.

    Guru sekolah rendah yang tak dikenali identitinya ini, sanggup mengata anak didiknya sendiri sebagai calon penjenayah. Dia rupanya tidak senang dengan gaya rambut  muridnya. Foto murid itu diposting di akaun Facebook miliknya, lengkap dengan kata-kata tersebut.

    Murid yang jadi korban bernama Ukailya Lofton. Dia masih berusia 7 tahun. Penghinaan  guru di Facebook rupanya diketahui oleh beberapa ibubapa murid sehingga mereka memprotes kelakuan guru itu. Akhirnya guru itu dikenakan tindakan disiplin.


    "Anda tak boleh begitu saja memecat seseorang kerana apa yang mereka punya di Facebook. Alasan mengapa dia dibericuti adalah kerana insiden ini menciptakan masalah serius," ucap pejabat sekolah, Theodore Best, seperti detikINET kutip dari Dailymail, Ahad (3/4/2011).

    Kejadian ini terjadi di sekolah Overton Elementary School yang berlokasi di New Jersey, Amerika Syarikat. Para orang tua memang sangat marah dengan kelakuan sang guru sehingga tidak mahu lagi anak mereka diajar olehnya.

    Penyiasatan lebih lanjut kini sedang dilakukan terhadap guru tersebut untuk mengetahui apa saja pelanggaran yang dilakukannya. Dia agaknya hanya boleh menyesali perbuatan mengejek muridnya sendiri yang masih remaja.

    Patung disingkirkan kerana pyudarnya terlalu besar

    Posted: 03 Apr 2011 11:30 PM PDT

     Sebuah kota kecil di Perancis,  Neuville-en-Ferrain heboh. Kota berpenduduk 10 ribu orang itu heboh gara-gara sebuah patung yang disingkirkan dari Dewan Bandaraya. Patung Marianne itu dipindah kerana payudaranya dinilai terlalu besar.
    "Ini membuat orang-orang yang melihatnya berkata-kata," kata seorang pegawai Bandar yang enggan disebutkan namanya. "Terutama ketika ada acara di sini, misalnya ketika ada orang yang menikah."
    Datuk Bandar Gerard Cordon pun geram akibat banyak cerita tentang patung ini. Dia menyingkirkan patung itu dan memujuk Dewan Kota untuk menyetujui dana 900 euro dalam anggaran tahun ini. Dana itu untuk membeli patung baru.  Gerard ingin payudara di patung Marianne yang baru tidak terlalu besar.
    Marianne memang bukan tokoh sembarangan. Dia adalah simbol Republik Perancis. Patung Marianne ini dibuat dan diletakkan di Dewan Bandaraya pada 2007. Patung ini dibuat dengan harga 1.400 euro.
    Artis yang membuat patung ini, Catherine Lamacque tak percaya patungnya disingkirkan. "Keputusan Datuk Bandar sangat absurd. Aku berharap dia tidak menghancurkannya," kata Catherine seperti dikutip dari laman ABC, 2 April 2011.
    Menurut seorang pegawai Balndaraya lainnya keputusan menyingkirkan patung ini sepenuhnya keputusan Datuk Bndar. "Ini bukan keputusan bersama, tapi keputusan dia sendiri," kata pegawai yang tak mahu disebut namanya itu. "Padahal ini karya seni yang indah," ujarnya.

    Buat selimut daripada seluar dalam yang terpakai

    Posted: 03 Apr 2011 10:00 PM PDT

    Seorang lelaki dari Missouri timur memutuskan untuk menunjukkan rasa terima kasihnya kepada wanita dengan membuat selimut dari seluar dalam wanita.

    Louis Garret dari Louisiana, awalnya dia melihat sebuah selimut underwear di majalah langganannya. Kemudian dia teringat sebuah patung yang dia miliki yang menggunakan seluar dalam bekas isterinya. Akhirnya Garret Memutukan untuk membuat selimut dari seluar dalam bekas untuk dirinya sendiri. Kemudian dia meminta teman-teman wanitanya untuk menyumbang  seluar dalam bekas mereka. Bahkan dia juga pergi ke mall untuk mendapatkan celana dalam lebih banyak lagi dari para pengunjung mall.


    Namun, bukan sembarang seluardalam yang dia mahu tapi seluar dalam wanita itu harus terbuat dari nilon atau sutra. Selimut yang dibuat oleh Garret ini memerlukan sekitar 58 celana dalam wanita. Meskipun apa yang telah dilakukannya ini mendapat liputan dari  media, Garret tidak akan dan tidak mahu menjual selimut buatannya ini.

     Louis Garret



    Celebrity News

    Posted: 04 Apr 2011 03:21 PM PDT

    Celebrity News


    Gossip : Luahan Jimmy Mengenai Isteri beliau

    Posted: 04 Apr 2011 07:19 AM PDT

    Nampaknya kisah perkahwinan Jimmy dan isteri Nursuhaila belum menemui titik penamat malah semakin berliku-liku untuk menuju kedepan. ZoOM tidak layak untuk menilai pasangan ini kerana masing-masing mengeluarkan "Statement" yang ingin menegakkan benang basah.

    Walauapa pun semoga pasangan ini cuba bermuhasabah diri memikirkan masa depan yang sudah pasti penuh dengan simpang-simpang dan jalan yang berliku untuk dilalui. Berikut "Statement" Jimmy yang beliau luahkan kepada wartawan mengenai kisahnya bersama si isteri.


    SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah tanpa keizinannya. 
    Menurut Jimmy lagi, Nursuhaila juga tidak meminta maaf daripadanya sebelum bertolak ke Mekah pada 25 Februari lalu bersama ahli keluarganya.
    "Saya ada ke majlis doa selamat yang diadakan keluarga Nursuhaila atas pelawaan keluarga mertua kerana mungkin boleh minta maaf.
     
    "Tapi saya duduk berjam-jam di situ macam orang asing," katanya dan menambah berasa sedih kerana telah berniat untuk mengerjakan umrah bersama isteri.
    Jimmy, 31, yang ditemui semasa menghadiri prosiding sebutan kes nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin, juga menitipkan pesan supaya isterinya kembali kepada ajaran agama.
    "Sebagai suami, saya boleh menutup mata dan memaafkan kerana faham isteri boleh jadi emosional. Saya tidak kejam.
     
    "Tapi walau kaya, cantik dan bijak macam mana pun, suami tetap di atas. Itu perintah Allah, bukan saya yang kata.
    "Kalau suami perompak sekali pun, selagi dia tidak suruh melakukan dosa-dosa besar, suami harus dituruti," tambahnya.
    Selain itu, Jimmy juga mengakui dia tidak sempat untuk bersolat jemaah dengan Nursuhaila, walaupun sejak kecil telah menanam impian untuk bersolat bersama isteri.
     
    Dia juga memberitahu, Nursuhaila ada meminta cerai semasa mereka bersemuka di luar kediaman keluarga wanita tersebut pada 28 November 2010.
    Selepas tarikh tersebut, Jimmy memberitahu Nursuhaila tidak lagi menjawab panggilannya mahupun membalas khidmat pesanan ringkas (SMS)yang dihantar.
    "Kita jangan memprejudiskan masa depan anak yang masih belum dilahirkan.
    "Saya tak minta 10 sen pun wang dia atau keluarganya. Saya hanya mahu anak dijaga oleh saya.
     
    "Kalau boleh memang saya nak sama-sama jaga, tapi kalau dah tak berminat, nak buat macam mana?," katanya.
    Jimmy yang mengakui telah membuang egonya dalam usaha mempertahankan perkahwinannya juga bersyukur kerana kejadian yang berlaku menyebabkan dia banyak bermunajat kepada Allah.
    "Saya tidak kata saya seorang yang alim atau warak. Tetapi saya banyak belajar, baca buku-buku walaupun ibu bapa saya tak sempat untuk mengajar saya.
    "Saya tidak hisap rokok, tidak pernah minum arak walau seteguk, tidak berjudi, bukan kaki disko dan bukan kaki perempuan. Saya hanya pernah bersama dengan seorang sahaja perempuan.
     
    "Langkah saya pendek kerana ramai yang kenal. Saya jenis yang suka duduk di rumah. Kerja rumah saya buat, baju hantar ke dobi dan makan pun di luar.
    "Apa yang saya mahu mudah sahaja, hanya layan saya sebagai seorang suami. Jika itu pun tidak boleh dilakukan, ada sesuatu yang silap," tambahnya.
    Jimmy juga berharap agar pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan menjadikan masalah rumah tangganya sebagai pengajaran.
    ZoOM : Kesian dekat anak yang bakal dilahirka...Apa pula kata anda...Doakan je la !!


    Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

    Utusan Online - Hiburan

    Posted: 04 Apr 2011 03:07 PM PDT

    Utusan Online - Hiburan


    Karya jujur Osman Ali

    Posted:

    Karya jujur Osman Ali

    Karya jujur Osman Ali

    Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
    shazryn.faizal@utusan.com.my
    Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH dan ihsan NUANSA


    KARYAWAN filem Cun! yang menghadiri majlis tayangan di GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


    BAGI mereka yang mengikuti perkembangan pengarah filem terkenal, Osman Ali pasti cukup kenal dengan sentuhan dalam setiap karyanya.

    Genre drama berat dengan pelbagai isu sering kali menjadi pilihan utama Osman untuk karya-karyanya kecuali Puaka Tebing Biru yang dikategorikan dalam genre seram.

    Sentuhan Osman untuk setiap filem-filemnya bermula dengan Bukak Api, Malaikat Di Jendela dan Anak Halal semuanya mendapat kritikan yang positif serta diterima dengan baik.

    Lalu, apabila Osman mengumumkan dia akan mengarahkan sebuah filem komedi romantik, keputusan itu dilihat sedikit 'mengejutkan'.

    Pelbagai persoalan mula timbul sama ada Osman mampu memberikan impak menerusi karya terbarunya yang diberi judul Cun! itu.

    Apatah lagi, Osman memiliki trek rekod yang tidak begitu memberangsangkan sewaktu mengarahkan filem cereka pertamanya, Puaka Tebing Biru.

    Bimbang juga seandainya Cun! akan mengalami nasib yang serupa seperti Puaka Tebing Biru.

    Bukan mudah untuk Osman keluar dari kepompong untuk menarik perhatian pencinta filem tempatan dengan mengarahkan filem komedi romantik.

    Namun, pandangan itu berubah serta-merta sewaktu menyaksikan Cun! pada majlis tayangannya di GSC Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, Mac lalu.

    Ternyata selama satu setengah jam menonton filem tersebut, tanpa ragu lagi, Cun! merupakan sebuah karya yang cukup menghiburkan tanpa timbul sedikit rasa bosan sewaktu menontonnya.

    Pada hemat penulis, Cun! merupakan sebuah karya yang cukup jujur dan paling utama, ia sarat dengan nilai kasih sayang serta kekeluargaan yang cukup tinggi.

    Cun! cukup segala rencah. Sepanjang menontonnya, terbit pelbagai rasa yang membuatkan kita senyum, ketawa sehingga air mata mengalir di pipi pun tidak disedari.

    Pujian juga harus diberikan kepada kecemerlangan sinematografi yang berlatar belakangkan kehidupan kampung dan sawah padi di Kedah yang menghijau membuatkan mata begitu sejuk menonton filem ini.

    Kecemerlangan Cun! bukan sahaja terletak kepada naskhah yang ringkas namun, berisi tetapi juga kepada keberkesanan setiap pelakon yang berjaya mewarnakan karakter masing-masing.

    Setiap karakter dibentuk dengan seimbang sehingga tiada seorang pun yang ketinggalan dan dilupakan dalam filem ini. Percaya atau tidak, sang kerbau bernama Kembang juga memberikan impaknya.

    Dua tonggak utamanya, Maya Karin dan Remy Ishak berjaya mencipta keserasian dan mereka layak untuk digelar pasangan ideal layar perak alaf baru.

    Pelakon lain seperti Faezah Elai, Nadia Nissa, Kartina Aziz, Ning Baizura, Jehan Miskin, Mislina Mustaffa, Marsha Londoh serta bakat baru, Siti Nor Faridah telah membuktikan kemampuan masing-masing kepada Osman yang ternyata tidak silap percaturan memilih mereka.

    Bayangan Osman

    Menyentuh aspek pemilihan pelakon, Osman tidak menafikan sewaktu menulis naskhah Cun! dia telah membayangkan setiap pelakon yang akan membawakan watak yang diciptanya.

    Kata Osman, watak-watak seperti Luna Latisya, Tom dan Manis sememangnya dicipta khusus untuk Maya, Faezah dan Nadia kerana dia memiliki kepercayaan yang tinggi kepada tiga aktres itu.

    Namun, untuk watak Atan, Osman mengakui dia memiliki kesukaran memilih aktor yang mampu membawakan watak berkenaan.

    "Sebelum Remy dipilih, saya telah membuat uji bakat kepada tiga orang aktor untuk digandingkan bersama Maya. Saya tidak nafikan mereka memang bagus tetapi ciri-ciri pemuda kampung tiada pada diri mereka.

    "Sehinggalah, saya terfikirkan Remy tetapi, saya masih ada sedikit keraguan kerana bimbang dia tidak dapat mencipta keserasian itu bersama Maya.

    "Apabila Remy dipanggil uji bakat untuk digandingkan dengan Maya, mereka memang kelihatan kekok dan janggal untuk bersama.

    "Selepas menjalani bengkel lakonan selama sebulan, barulah mereka dapat menyesuaikan diri sehinggalah tamat penggambaran," jelas Osman dalam sidang media selepas tayangan filem Cun! terbitan bersama Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) dan Nuansa Sdn. Bhd.

    Turut hadir pada majlis tayangan itu ialah Penerbit Eksekutif TUSB, Gayatri Su-Lin Pillai dan Penerbit Eksekutif Nuansa, Julian Jayaseelan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Amy mahu lahirkan bintang

    Posted:

    Amy mahu lahirkan bintang

    Amy mahu lahirkan bintang

    Oleh ABD. AZIZ ITAR
    aziz.itar@utusan.com.my
    Gambar ZAINI HUSIN


    AMY... Pengetua AF9.


    SELAMA ini ramai peminat dan pengkritik muzik tempatan memandang sinis terhadap program realiti televisyen (TV) Akademi Fantasia (AF) kerana program terbitan Astro Ria itu dikatakan belum benar-benar melahirkan penyanyi berkaliber.

    Paling memedihkan apabila ada yang melabelkan bintang-bintang kelahiran AF seperti artis mee segera yang pada dasarnya popular tetapi kurang berkualiti.

    Maka itu, bukan sahaja artis keluaran AF menjadi tumpuan sebaliknya perhatian turut terarah kepada pengetua dan tenaga pengajarnya sehinggalah ke musim terakhir program tersebut.

    Selaku pengetua AF9, penyanyi rock tersohor Amy Search menyedari dia juga tidak dapat lari daripada semua kritikan yang bakal menjelma dan cabaran.

    Biarpun dia yakin dengan bakat 12 pelajar yang memasuki akademi tersebut, vokalis kumpulan Search itu berazam untuk membimbing para peserta terbabit.

    "Saya boleh mengubah mereka. Saya yakin mereka mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang nyanyian.

    "Mereka juga nanti akan belajar lebih mendalam bagaimana untuk menjadi orang seni. Ada di antara mereka yang sudahpun 'memukau' saya.

    "Kita kena beri ruang dan peluang kepada mereka. Saya dapati mereka mempunyai sikap tersendiri.

    "Tanggungjawab saya adalah untuk mencurahkan pengalaman yang ada kepada mereka. Ini kerana, perjalanan seni mereka akan bermula selepas berakhirnya AF9 nanti.

    "Kalaulah saya sudah dapat melihat 'bintang' itu nanti, maka saya akan terus berada di belakang mereka," kata Amy pada sidang akhbar seusainya Konsert Tirai AF9 di sebuha pusat membeli-belah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Pada konsert selama dua jam 30 minit dan disiarkan menerusi Astro Ria itu, 12 pelajar AF9 iaitu Azri, Aida, Laika, Afif, Amir, Nera, Raqib, Miza, Kay, Eka, Lena dan Erul masing-masing menyampaikan dua buah lagu secara medley di hadapan hampir 5,000 penonton.

    Menurut Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, selain mengambil kira suara dan bakat persembahan, dia turut mengambil kira soal penampilan serta kesungguhan para peserta AF musim terakhir itu sebagai antara kriteria penting sebelum bergelar bintang.

    "Saya melihat seseorang pelajar AF9 itu daripada gaya dan persembahannya yang menonjol sewaktu berada di atas pentas.

    "Walaupun saya dapati ada yang gemuruh tetapi mereka begitu bersemangat untuk melihat diri masing-masing. Malah, mereka juga seronok.

    Banyak tekanan

    "Bagi saya AF lebih mencabar berbanding program realiti TV lain. Saya pernah menjadi mentor dalam program Mentor tetapi saya dapati AF lebih banyak tekanan. Kita mengajar pelajar AF dan bersedia untuk melihat mereka hampa selepas tersingkir kelak," ujarnya.

    Amy merupakan pengetua AF selepas Datuk Freddie Fernandez (AF1), Datuk Ramli MS (AF2, AF6), Datuk M. Nasir (AF3), Ramli Sarip (AF4), Roslan Aziz (AF5), Datin Seri Tiara Jacquelina (AF7) dan Norman Abdul Halim (AF8).

    Sewaktu ditanya bagaimanakah perasaannya apabila menjadi pengetua AF9 biarpun sebelum ini desas-desus bertiup kencang mengatakan Ahmad Dhani, gitaris dan vokalis kumpulan rock Indonesia, Dewa 19 disebut-sebut sebagai calon tersebut, Amy berkata, dia berserah kepada takdir.

    "Syukur kerana saya diberi peluang menjadi pengetua AF9. Saya percaya kalau sudah rezeki ia tidak akan ke mana.

    "Semoga saya dapat curahkan jiwa dan raga saya untuk adik-adik kita ini yang mahu menjadi bintang.

    "Saya menerima tawaran ini pun beberapa bulan lalu. Mulanya isteri saya (Nourish) tanya sama ada saya mahu terima tawaran itu ataupun tidak.

    "Pada mulanya saya tidak mahu terima tetapi apabila fikir semula, saya rasa saya mahu beri sesuatu kepada AF9 ini," komennya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Hip

    Posted: 04 Apr 2011 11:31 AM PDT

    Berita Harian: Hip


    Prioriti 3 jejaka popular

    Posted: 03 Apr 2011 03:17 PM PDT

    Hip

    Kesibukan tugas tidak halang Aaron, Fizz dan Zizan luangkan waktu bersama keluarga, rakan

    KETIGA-TIGANYA boleh dianggap antara bintang paling sibuk ketika ini. Satu demi satu projek filem, drama mahupun program televisyen dijayakan mereka. Pada ketika khidmat terus dicari, ketika itulah masing-masing sedar wujudnya ruang untuk mencari rezeki.

    Bagaimanapun, kerja bukan satu-satunya keutamaan buat tiga jejaka popular ini. Masih ada perkara lain yang turut ditempatkan pada kedudukan tertinggi dalam kehidupan masing-masing. Keluarga, rakan dan tenaga sokongan di sekeliling mereka tetap diberikan perhatian sebaik mungkin, kerana tanpa mereka ini, belum tentu kejayaan hari ini dapat dikecapi. Justeru, Aaron Aziz, Fizz Fairuz dan Zizan tidak pernah melupakan kumpulan penting ini, walaupun waktu untuk diluangkan bersama mereka mungkin tidak sebanyak dulu lagi. Ketiga-tiganya sempat berkongsi pandangan mengenai topik terbabit, ketika ditemui pada majlis minum petang anjuran Lord's Tailor di Bangsar, baru-baru ini.

    Aaron imbangi karier dan famili

    MESKIPUN sibuk dengan penggambaran di lokasi, namun ia tidak menghalang Aaron untuk meluangkan masa bersama keluarga, malah dia menegaskan, perlu ada keseimbangan antara karier dan keluarga demi kebaikan bersama, walaupun agak sukar untuk melakukannya.

    Bagi pelakon yang juga model ini, keluarga perlu diberikan keutamaan dan sudah menjadi tanggungjawab seorang suami menguruskan rumah tangga supaya tidak terabai, terutama kebajikan isteri dan anak-anak.
    Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz sedaya mungkin cuba meluangkan masa bersama anak-anaknya setiap kali selesai penggambaran, apatah lagi merekalah penyeri hidup dan penghilang lelahnya tatkala seharian di lokasi.

    Bapa kepada seorang putera dan dua puteri ini mengaku, sesibuk mana pun dirinya, perlu ada waktu untuknya membahagiakan anak-anaknya. Contohnya, ketika dia kini berkejar ke lokasi drama Kasih Yang Suci serta turut terbabit dalam sebuah filem, namun waktu untuk keluarga turut dicari.

    Pada ketika si anak bongsu, Dahlia Arissa Puteri, 10 bulan, mungkin terlalu kecil untuk memberikan tindak balas kepada apa yang berlaku di sekelilingnya, namun Aaron bersyukur apabila Danish Anaqi, 7, dan Dewi Ariana, 5, seolah-olah memahami kesibukan si bapa.

    Justeru, mereka tidak merengek mahupun mendesak dirinya meluangkan masa yang panjang bersama mereka.

    Aaron turut menganggap dirinya bertuah kerana dianugerahkan isteri seperti Diyana Halik, yang memahami karier seninya, serta tidak pernah mendesak dirinya untuk melakukan yang terbaik buat keluarga.

    "Alhamdulilah perjalanan karier saya kini berjalan lancar dan rezeki semakin bertambah sejak adanya anak ketiga, malah mereka tidak pernah merungut kerana saya akan tetap meluangkan sedikit masa untuk keluarga.

    "Memang agak sukar dan penat kerana lepas penggambaran, balik ke rumah nak layan anak-anak lagi, tetapi saya berasa seronok bersama mereka. Melihat saja wajah anak-anak, hilang rasa penat. Pokok pangkal, kita perlu pandai seimbangkan kedua-duanya demi kebahagiaan rumah tangga," katanya.

    Bidang lakonan ialah kerjaya utamanya dalam menyara keluarga, namun Aaron enggan bergantung harap kepada dunia seni semata-mata. Lalu dia cuba menceburi bidang lain sebagai jaminan masa depan.

    Aaron kini baru berjinak-jinak dalam bidang pelaburan di negara kelahirannya, Singapura, yang dianggap mampu memberi sumber kewangan kedua.

    Jangan sampai kehilangan insan tersayang

    LAIN pula ceritanya dengan Fizz Fairuz. Meskipun masih bujang, namun kesibukannya di lokasi tidak pernah menghalangnya untuk bersama anggota keluarga dan kenalan.

    Malah Fizz tidak pernah menjadikan kesibukan tugasnya sebagai sebab untuk dirinya tidak dapat bersantai bersama keluarga, walaupun memiliki masa yang agak terhad.

    "Saya baru saja selesai menjalani penggambaran filem Ponti VS Omi arahan Afdlin Shauki dan sekarang sibuk dengan penggambaran telefilem Jalan Pulang Yang Panjang. Selepas ini ada beberapa lagi projek drama yang menyusul.

    "Kita jangan jadikan kesibukan itu sebagai alasan untuk tidak meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Bagi saya, kalau kita mementingkan kerja semata-mata, saya yakin lambat-laun kita akan kehilangan mereka.

    "Walau sesibuk mana pun tugas kita, perlu ada masa walau sekejap untuk mereka kerana ia akan mengeratkan lagi hubungan antara kita," jelasnya.

    Siapa sangka, selepas beberapa tahun cuba membuktikan bakat yang ada, kini jejaka berusia 32 tahun ini menjadi perhatian ramai, seterusnya direbut pelbagai rumah produksi. Sejak awal tahun sehingga kini, sudah empat filem dibintangi. Begitu juga beberapa drama turut mengkredit nama pelakon ini.

    Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin berkata, hidup sebagai anak seni perlu mempunyai matlamat hidup. Dia tidak terkecuali, justeru dia amat menghargai setiap peluang yang diberi.

    "Saya menerima tawaran yang datang sebagai peluang dan cabaran dalam memperbaiki diri, malah saya turut mensasarkan untuk terbabit dalam tujuh filem sepanjang tahun ini," katanya yang melihat 2011 antara tahun paling bersinar buat karier seninya.

    Sentiasa cuba perbaiki diri

    PELAWAK dan pengacara, Zizan, pula menganggap kesibukan tugasnya kini memberi peluang untuknya mengembangkan lagi bakat yang sememang mula mendapat perhatian daripada segenap lapisan peminat dan penggiat seni tanah air.

    Pada saat dia membina tapak lebih kukuh dalam dunia lakonan dan pengacaraan, Zizan bagaimanapun tetap menganggap masa untuk bersama keluarga dan teman-teman cukup berharga buat dirinya. Pemuda ini cukup sedar, tanpa sokongan mereka, belum tentu dia mampu berdiri sebaris bintang popular lain ketika ini.

    Hakikatnya, lelaki yang sering membuatkan kita ketawa ini semakin dirasa kehadirannya dalam dunia hiburan tanah air. Pada waktu dia memikul tanggungjawab sebagai pengacara Melodi, Zizan juga kini terbabit dalam program Maharaja Lawak, yang menghimpunkan finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima.

    Agak merangkak pada awal kemunculannya, tetapi hari ini tiada siapa yang mampu menyangkal bakat semula jadi dimiliki jejaka ini membawanya hingga ke tahap yang tinggi. Ramai yang melihat Zizan sebagai antara bakat serba boleh yang mampu untuk melangkah lebih jauh lagi.

    Bersandar kepada bakat dan keupayaan yang ada dalam diri, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak tidak pernah menganggap dirinya hebat, malah sentiasa mencari peluang yang ada untuk memperbaiki diri.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pi Mai Pi Mai Tang Tu kembali

    Posted: 03 Apr 2011 03:13 PM PDT

    Hip

    IMUDA, Zami dan Khatijah pada sidang media The Return of Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

    IMUDA, Zami dan Khatijah pada sidang media The Return of Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

    Bakal dipentaskan di hadapan peminat di Seri Melayu, Jun ini

    MEREKA yang membesar dengan Pi Mai Pi Mai Tang Tu pasti masih mengingati gelagat watak Pak Uda, Mak Ngah, Budin, Ana, Mat Deris, Mat Over, Mak Usu, Lucy mahu pun Ravi yang 'menghuni' Kampung Seri Wangi.

    Populariti sitkom arahan Othman Hafsham yang diilhamkan Dr Hatta Azad Khan sekitar 1987 itu membuatkan hampir semua pelakon melekat dengan nama watak masing-masing hingga ke hari ini. Namun seiring perkembangan semasa dan kebanjiran program baru, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dihentikan produksinya, tetapi setiap episod masih disiarkan di kaca televisyen membuatkan generasi masa kini turut mengenali siapa diri mereka.

    Misi membawakan semula rancangan kegemaran ramai itu secara langsung kepada khalayak dengan gabungan tunjang asal dan kisah berkaitan era semasa, The Return of Pi Mai Pi Mai Tang Tu (TRPMPMTT) direalisasikan.

    Mengambil tempat di Restoran Seri Melayu pada 5 Jun ini, ruang utama rumah makan terkenal itu bakal mengimbas nostalgia kegemilangan sitkom yang mencuit hati semua peringkat usia.

    Dibawakan khas Karyawan dengan usaha sama Kumpulan Syarikat Seri Melayu, hasil inisiatif Imuda yang juga pendukung watak Budin, karya itu dijangka penuh dengan adegan mencuit hati.
    Imuda berkata, acara dikenali sebagai Pesta Lawak asalnya sekadar menggabungkan pelawak generasi lama dan baru, malah sebagai pelengkap tiga kertas kerja dibentangkan untuk pilihan iaitu bangsawan, sandiwara serta sitkom.

    Namun selepas menilai semula cadangan, sitkom PMPMTT yang cukup akrab dengan khalayak termasuk penonton muda dipilih sebagai pengisian utama pesta terbabit, selain kemunculan bakat pelapis sebagai pembuka acara.

    "Memang sitkom ini pernah dipentaskan di Istana Budaya dalam bentuk muzikal pada 2006, cuma bagi kami kepuasan lebih kepada pementasan secara langsung seperti mana ketika ia disiarkan di TV dulu.

    "Sitkom ini pernah popular, jadi kenapa tidak kita menonjolkan semula sitkom ini kerana pengisian lawaknya terarah kepada mesej sosial terutama, berhubung isu kemasyarakatan," katanya pada sidang media mengumumkan persembahan itu di ibu kota baru-baru ini.

    Hadir sama pada majlis itu ialah Othman Hafsham, Zami Ismail yang memegang watak Pak Uda serta Khatijah Tan sebagai Mak Ngah.

    Mengakui agak terkilan apabila sitkom ini dihentikan, Imuda yang turut mengalih PMPMTT ke siri komik di Berita Minggu berasakan, kupasan skrip yang dikembangkan setiap watak menyentuh segala aspek.

    "Bersama garapan skrip bagus dan sentuhan pengarah hebat, saban minggu sitkom ini menyelongkar permasalahan penduduk ibu negara, khususnya penduduk setinggan, yang tanpa disedari mendedahkan hakikat kehidupan.

    "Membuat penonton ketawa bukan mudah apatah lagi apabila membabitkan isu serius, malah sebenarnya kami berlatih dua minggu untuk setiap episod, tetapi keserasian memudahkan segala-galanya," katanya mengenang memori lalu.

    Tidak hairan hubungan di set terus utuh hingga kini dan masing-masing mengakui mereka bukan hanya umpama saudara, bahkan sudah seakan anggota badan yang melengkapi satu sama lain.

    Lebih menyuntik keyakinan untuk muncul semula di khalayak bersama jenama PMPMTT adalah ketika menjayakan pementasan di Putrajaya, baru-baru ini, apabila penampilan 15 minit di pentas utama bersama beberapa 'geng' sitkom itu mengundang tawa hadirin.

    "Jika bukan ketika dan waktu ini, bila lagi pementasan semula ini mahu direalisasikan. Malah ibaratnya ia umpama reunion kami yang sememangnya pernah berkongsi pentas selepas program terbabit berakhir, cuma perasaan tidak sama apabila kembali semula dengan PMPMTT.

    "Kami tidak sabar untuk menjalani latihan. Walaupun hanya tiga tunjang utama yang berada di sini, idea bergabung sudah diajukan kepada rakan lain, selain bertemu dengan Dr Hatta untuk mengadakan perbincangan," katanya yang merancang membawa TRPMPMTT mengadakan siri jelajah.

    Perkembangan watak selepas 25 tahun

    BERKAITAN watak dan perwatakan, Imuda menjelaskan, sudah pasti ada sedikit olahan kerana setiap insan mengalami perubahan dan mereka mahu penonton melihat penduduk Kampung Seri Wangi juga berkembang sejajar peredaran semasa.

    "Tidak mungkin watak Budin statik seperti 25 tahun dulu, iaitu budak kampung yang tiada tujuan. Mungkin dia sudah sukses, begitu juga Mak Ngah, daripada hanya gerai dia punya restoran besar. Perjumpaan semula ini akan menampilkan kesinambungan setiap watak yang pasti mahu diketahui khalayak," kata Imuda yang kini mencecah usia 51 tahun.

    Bagi Othman Hafsham pula, sekali pun hanya bertindak sebagai penasihat, ilham mementaskan dianggap sebagai usaha yang wajar diberikan sokongan, malah baginya PMPMTT mempunyai kelompok peminat tegar berikutan idea tajam, mencuit hati dan panas, selain barisan pelakon yang mantap.

    "Saya anggap mereka pelakon kreatif kerana mampu menghidupkan setiap episod dengan bersahaja namun meninggalkan impak apabila suatu waktu dulu mampu menegur masyarakat menerusi cara tersendiri.

    "Sepanjang bekerja dengan mereka, saya nampak semangat setia kawan serta kesungguhan dalam diri setiap pelakon. Kelakarnya, sebelum penonton ketawa, saya yang lebih dulu tergelak melihat telatah dan jenaka mereka yang ada kalanya spontan," katanya lagi.

    Bagi mereka yang ingin membuat tempahan meja pada kadar RM1,000, RM1,500, RM2,000, RM3,000 dan RM5,000, hubungi pejabat Karyawan di 03-79552967/03-796066459/014-7176276 atau 013-2245917.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    - Blog Hanz -

    Posted: 04 Apr 2011 07:23 AM PDT

    - Blog Hanz -


    RAHSIA FALSAFAH BUNGA

    Posted: 03 Apr 2011 04:54 PM PDT



    Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'. Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri. Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja.aduhai.kesiannya!!!  Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai ataupun mengkajinya sendiri secara semulajadi. 


    Erti Ros  
    Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu. 

     FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:  

    ROS PUTIH  
    Cinta sejati dan kekuasaan. 

    BUNGA CARNATION  
    Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang. 

    BUNGA CAMELIA  
    Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya. 

    BUNGA KEKWA  
    Bunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta. 

    BUNGA DAISI  
    Ia mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara. 

     BUNGA IRIS  
    Ia melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu. 

    BUNGA JASMIN  
    Ia mendorong ke arah percintaan dan kekayaan. 

    BUNGA ORKID  
    Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup. 

    ROS MERAH  
    Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta. 

    BUNGA MATAHARI  
    Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya. 

     BUNGA TULIP  
    Ia membawa rasa cinta dan tuah. 

     BUNGA IVY  
    Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang. 

    BUNGA VIOLET  
    Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang. 

     KOD WARNA BUNGA  
    Merah: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan. 
    Ungu: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan. 
    Kuning: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang. 
    Putih: Semangat mementingkan kebenaran. 
    Merah Jambu: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu! 


    MAKSUD TERSIRAT  
    Cuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu. Sekiranya: 

    KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan akan diperolehi tak lama lagi. 

    BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je la! 


    BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi beberapa cabaran dalam hidup. 



    Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100%

    Himpunan Kisah Sensasi

    Posted: 04 Apr 2011 03:33 AM PDT

    Himpunan Kisah Sensasi


    Miley Cyrus Berang Dijadikan Patung Seks

    Posted: 03 Apr 2011 05:30 PM PDT

    nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

    SELEBRITI terkenal Hollywood, Miley Cyrus berang dengan sebuah syarikat menghasilkan patung sebagai simbul seks yang menyerupai dirinya.

    Malah, Miley mengambil serius perkara ini dan berhasrat untuk membawa perkara ini ke pihak perundangan terhadap penjualan patung simbul seks yang diberi nama Finally Mylie! Love Doll itu.

    Bagaimanapun, bukan Miley saja, malah beberapa nama artis popular seperti Lady Gaga, Britney Spears, Kim Kardashian, Pamela dan Beyonce Knowles juga tersenarai.

    miley2 Miley Cyrus Berang Dijadikan Patung Seks

    Walaupun mendapat ugutan saman dari Miley, syarikat tersebut tidak berniat menarik produk mereka itu dari pasaran.

    ///mstar///

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

    Posted: 04 Apr 2011 03:29 AM PDT

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


    Zahiril Adzim bakal bertunang dengan Shera Ayob bulan mei ini

    Posted: 04 Apr 2011 01:21 AM PDT

    shera ayob bertunangTahniah buat Zahiril Adzim yang bakal bertunang dengan Shera Ayob pada bulan Mei ini.. Kalau tak silap, Shera Ayob ni juga bekas kekasih Kamal Adli kan.. Akhirnya percintaan diantara Zahiril Adzim dan Shera Ayob selama 6 bulan lebih bakal diakhiri dengan ikatan pertunangan juga, Dengarnya ikatan pertunangan mereka hanya beberapa bulan sahaja sebelum mereka berdua dinikahkan.. Bagus la kan.. Bertunang lama-lama pun bukanya bagus sangat…

    "Walaupun sekadar majlis pertunangan sahaja, ia adalah satu perkara yang perlu diambil serius dan saya agak berdebar-debar menunggu hari tersebut.

    "Justeru itu, selain beberapa filem lakonan saya yang bakal dikeluarkan seperti Senjakala dan Bunohan, saya juga akan memberi fokus mengenai persiapan pertunangan ini"

    "Alhamdulillah, setakat ini kami sudah pun berjumpa dengan kedua-dua belah keluarga kami dan saya sudah pun bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami Shera"

    Apa-apa pun, MyGosip doakan semua perancangan yang dilakukan oleh Zahiril dan Shera akan berjalan dengan lancar hendaknya..

    Zahiril Adzim dan Shera Ayob


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Keputusan Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH 2010)

    Posted: 03 Apr 2011 11:28 PM PDT

    Shaheizy Sam abpbh 2010Tahniah buat Shaheizy Sam kerana berjaya dipilih sebagai Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang diadakan di Arena Of Stars Genting Highland semalam.. Bagi MyGosip, Shaheizy Sam memang layak memenangi anugerah tersebut untuk tahun ini.. Shaheizy Sam telah membawa pulang trofi, kereta Nissan Teana 2.0 liter berharga RM137,000 dan barangan kemas Rafflesia berharga RM180,000..

    MyGosip juga ingin mengucapkan Tahniah buat pemenang-pemenang lain pada malam semalam.. Buat sesiapa yang tak menonton ABPBH 2010 semalam, MyGosip ada sediakan senarai penuh kesemua pemenang-pemenang di ABPBH kat bawah ni..

    senarai penuh pemenang anugerah bintang popular 2010:.

    1) Penyanyi Lelaki Popular – Faizal Tahir

    2) Penyanyi Wanita Popular – Yuna

    3) Artis Duo/ Berkumpulan Popular – 6ixth Sense

    4) Penyanyi Nasyid Popular – Rabbani

    5) Pelakon Televisyen Lelaki Popular – Remy Ishak

    6) Pelakon Televisyen Wanita Popular – Fasha Sandha

    7) Artis Baru Lelaki Popular – Shahir

    8) Artis Baru Wanita Popular – Ana Raffali

    9) Artis Komedi Lelaki Popular – Zizan

    10) Artis Komedi Wanita Popular – Noorkhiriah

    11) Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam

    12) Pelakon Filem Wanita Popular – Lisa Surihani

    13) Pengacara Televisyen Lelaki Popular – Aznil Nawawi

    14) Pengacara Televisyen Wanita Popular – Fara Fauzana

    15) Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

    16) Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana

    17) Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Rosnani Jamil

    18) Anugerah Artis Mobile Popular 2010 – 6ixth Sense


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Posted: 04 Apr 2011 01:32 AM PDT

    Kosmo Online - Hiburan


    Sibuk jadi pelatih produksi

    Posted:

    Sibuk jadi pelatih produksi

    Sibuk jadi pelatih produksi



    SESI fotografi khas bersama Kosmo! kali ini sedikit berbeza daripada kebiasaannya, apabila aktres dan penyanyi Liyana Jasmay terpaksa mencuri masa daripada penggambaran filem Aku, Kau dan Dia arahan Pierre Andre.

    Bagaimanapun, penglibatan Liyana bukan sebagai pelakon sebaliknya sebagai pelatih yang menjalani latihan praktikal di syarikat perfileman Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

    Meskipun hadir sedikit lewat daripada waktu yang dijanjikan, Liyana tampil dengan riak wajah gembira dan segera memohon maaf atas kelewatannya itu.

    "Saya tidak sampai hati mahu tinggalkan set penggambaran kerana terlalu banyak pelakon tambahan yang perlu dijaga. Sebab itu saya sedikit lewat," katanya.

    Dalam tempoh tiga bulan, bermula pertengahan Mac lalu, rutin hariannya berubah sama sekali daripada kebiasaan.

    Melupakan sebentar statusnya sebagai pelakon, jadualnya terikat sama dengan jadual filem yang sedang berjalan.

    Akui Liyana, sebelum menjalani latihan praktikal 1000 macam perkara bermain di minda.

    Bimbang dengan kerja yang dilakukan serta penerimaan orang sekeliling, ternyata kini, Liyana mempunyai masa yang cukup seronok. Malah, dia juga tidak lupa komitmennya sebagai seorang pelatih dan melakukan sesi fotografi sepantas yang mungkin.

    "Saya kena kembali semula ke set penggambaran, ada kerja," balasnya dengan senyuman.

    Latihan praktikal

    Pelakon ini dengan penuh teruja bercerita mengenai pengalamannya menjalani latihan praktikal demi memperoleh diploma daripada Kolej Sunway, Petaling Jaya, Kuala Lumpur dalam jurusan seni persembahan dan media sekitar hujung tahun ini.

    "Pengalaman paling menarik bila mula-mula saya datang ke set penggambaran filem, semua krew ingat saya yang akan berlakon.

    "Bila saya cakap saya buat latihan praktikal mereka semua terkejut.

    "Dulu saya yang sibuk hafal skrip dan tidak memikirkan perkara lain selain lakonan tetapi sekarang saya yang harus memastikan penggambaran berjalan lancar," ujarnya.

    Tambah gadis berusia 23 tahun itu lagi, disebabkan dia telah bekerja dalam industri filem sejak usia sembilan tahun, tidak sukar buatnya untuk melakukan kerja-kerja belakang tabir. Malah, dia dihormati sebagai salah seorang pekerja di sana.


    KATA Liyana dia seronok terlibat dalam pengurusan belakang tabir untuk menambah ilmu di dada.


    "Sebenarnya saya agak cemas sebab bimbang kena buli dan bermacam-macam lagi.

    "Namun bila saya sudah menjalani latihan praktikal, semua orang sangat menghormati dan amat mudah untuk saya bekerja kerana saya mengenali kebanyakan kru yang terlibat di belakang tabir," katanya yang bertanggungjawab sebagai pembantu pengurus produksi dan pembantu produksi.

    Sambungnya lagi, menjalani latihan di sebuah syarikat perfileman merupakan persediaan buatnya yang mempunyai impian untuk membuka sebuah syarikat produksi miliknya sendiri pada masa depan.

    "Selain saya belajar untuk dapatkan diploma, saya juga belajar cara-cara pengurusan sebuah produksi dan mengetahui dengan lebih mendalam perjalanan sesebuah produksi filem.

    "Sebenarnya ini bagus untuk saya, sebab saya ada impian untuk memiliki sebuah syarikat produksi.

    "Sebelum saya boleh merealisasikannya, saya harus timba pengalaman di tempat orang dan memahami perjalanan sebuah produksi.

    "Kalau dulu saya hanya berlakon dan tidak ambil peduli tentang pengurusan, sekarang saya dapat belajar banyak benda baru serta belajar memikul tanggungjawab yang diamanahkan," katanya panjang lebar.

    Walaupun sibuk dengan latihan praktikal, itu tidak membataskan Liyana untuk meneruskan kerjaya lakonannya. Masih sempat mencuri masa untuk promosi filem seram terbarunya Senjakala, Liyana juga akan terlibat dengan penggambaran filem Papadom 2 sekitar bulan April depan.

    "Nasib baik saya buat praktikal di Tayangan Unggul dan mereka yang menerbitkan filem Papadom 2, jadi tidak ada masalah untuk saya buat praktikal dan bekerja sebagai pelakon dalam masa yang sama," katanya lagi.

    Ajal dan kiamat

    Awal Mac lalu, selama dua minggu, Liyana bersama ibunya serta keluarga abang iparnya berada di Mekah kerana mengerjakan umrah. Itu merupakan umrah kali kedua buat Liyana.

    Meskipun masih muda, tegas Liyana itu bukan alasan untuknya tidak menjejakkan kaki ke tanah suci. Dia cukup senang sepanjang berada di sana, malah disifatkan sebagai tempat paling aman dan tenang buatnya.

    "Selalu orang akan buat persepsi umrah dan haji hanya untuk orang tua. Ada juga orang yang takutkan saya kenapa nak pergi Mekah, nanti mesti ada benda yang akan jadi. Sebenarnya itu salah, mengikut kata jurupandu yang membawa kami di sana, kebanyakan orang tidak mahu ke Mekah kerana belum bersedia.


    LIYANA kembali berpasangan dengan 'hero' lamanya, Zahiril Adzim dalam filem Senjakala.


    "Sedang hakikat sebenarnya, orang yang banyak buat dosa patut pergi, minta keampunan daripada Allah. Alhamdulillah, saya tidak menghadapi sebarang masalah di sana, saya mempunyai masa yang cukup seronok," tuturnya.

    Jelas Liyana, ketika usia masih mudalah sepatutnya pergi Mekah kerana masih mempunyai kekuatan untuk berjalan dengan mengerjakan umrah atau haji.

    "Umrah dan haji bukan untuk orang tua sahaja tetapi untuk semua orang tidak kira usia. Saya bersyukur kerana dapat jadi tetamu Allah pada usia ini, bukan semua orang yang dapat jemputan untuk ke sana. Ramai orang kaya yang belum sampai ke Mekah sedangkan tempat lain sudah mereka lawati.

    "Jadi, jika berkemampuan dan mempunyai rezeki, apa salah melawat Mekah. Kita juga tidak tahu bila ajal dan kiamat, sekarang pun tanda-tanda kiamat kecil sudah mula kelihatan. Kalau tua, belum tentu larat untuk melakukan semua perkara di sana," balasnya.

    Kata Liyana lagi, jika berkesempatan dan mempunyai rezeki, dia ingin menjadikan Mekah sebagai destinasi tahunannya untuk dilawati, bagaimanapun dia belum bersedia untuk menunaikan haji.

    "Saya rasa dalam hati semua orang yang beragama Islam mesti nak ke Mekah, saya sudah lakukan umrah manakala haji saya belum bersedia. Saya sudah simpan niat yang saya akan menunaikan haji selepas saya berkahwin dan pergi bersama suami. Kalau boleh saya ingin buat haji sebelum usia 40 tahun," ceritanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Luka dan senyuman Allahyarham Seri Bayu

    Posted:

    Luka dan senyuman Allahyarham Seri Bayu

    Luka dan senyuman Allahyarham Seri Bayu

    Oleh SAHLIZAH MOHAMED
    sahlizah.mohamed@kosmo.com.my


    Erema menyiram air mawar di pusara suaminya, Allahyarham Seri Bayu.


    "LUKAKU simpan dalam senyuman, hati menangis tak siapa yang tahu" - itu antara bait lagu terakhir yang ditulis oleh komposer berhati waja Seri Bayu, Sebelum Aku Pergi, kira-kira dua minggu lalu sebelum dia dijemput Ilahi.

    Rahsia Allah tiada siapa yang dapat menebak. Apabila sampai seru-Nya, maka selamat tinggal duniawi.

    Sekitar pukul 8.30 malam kelmarin di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, berakhirlah penderitaan dan sengsara yang dialami selama enam tahun oleh penulis lirik lagu terkenal pada tahun 1980-an, Seri Bayu.

    Allahyarham Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik dijemput mengadap Ilahi pada usia 45 tahun dan sekali gus menyebabkan industri seni suara telah kehilangan seorang penulis lirik yang berbakat dengan hasil sentuhan magisnya.

    Semasa hayatnya, Seri Bayu merupakan seorang penulis lirik yang berbakat yang telah menghasilkan lebih 2,000 lagu dan penyanyi yang pernah membawakan hasil nukilannya bukan calang-calang nama seperti Fauziah Latiff, Francissca Peter, Anita Sarawak dan Jamal Abdillah.

    Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan melalui perkahwinan pertama telah dikurniakan lima orang anak sebelum bercerai pada tahun 2002.

    Seri Bayu kemudian melalui perkahwinan kedua bersama penyanyi Dayang Erema Zaira Awang Moshdad dari Kuching, Sarawak pada 19 Disember 2006.

    Namun langit tidak selalu cerah. Kehidupan penulis lirik kelahiran Singapura itu berubah selepas penyakit saraf yang dihidapi pada tahun 2004 menjadi antara punca Erema ingin menuntut fasakh ekoran Seri Bayu gagal menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.


    POTRET terakhir Seri Bayu dirakamkan oleh jurugambar Jefri Iran sewaktu Allahyarham berkunjung ke pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. pada 2 Mac lalu.


    Erema dilaporkan mula menuntut cerai daripada Allahyarham di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada awal November tahun 2008.

    Seri Bayu yang baru dua bulan menetap dengan keluarga angkatnya di Kampung Teluk Pelanduk, Negeri Sembilan selamat disemadikan di tanah perkuburan berhampiran tempat tinggalnya semalam.

    Sementara itu, Erema yang dihubungi memberitahu, dia diberitahu tentang pemergian Seri Bayu malam kelmarin melalui salah seorang teman Allahyarham.

    Dalam pada itu, deejay SuriaFM, Roslinda Abdul Majid atau Deejay Lin ketika dihubungi Kosmo! berkata, berita pemergian insan yang sangat dihormati dan dikagumi itu amat memeranjatkan dirinya dan seluruh tenaga radio berkenaan.

    "Saya memang sangat terkejut dengan berita pemergian arwah kerana saya baru berjumpa dengannya pada Khamis lalu (31 Mac) di pejabat SuriaFM. Arwah hadir untuk memberikan lagu terbaharu ciptaannya, Sebelum Aku Pergi yang ditulis khas buat anak angkatnya, Nazira Abdul Ghani, 16.

    "Ia amat menyedihkan, tetapi pada masa yang sama, saya bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk berjumpa dengannya buat kali yang terakhir," katanya lagi.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Paris mengaku ikon fesyen

    Posted:

    Paris mengaku ikon fesyen

    Paris mengaku ikon fesyen


    PARIS HILTON


    DIA langsung tidak kisah sekiranya dikatakan cuba meniru gaya selebriti yang semakin menyinar, Kim Kardashian. Bagaimanapun, Paris Hilton yang mewarisi empayar perniagaan keluarganya mengakui bahawa dia merupakan pelopor fesyen paling popular.

    "Ramai di luar sana cuba meniru apa yang saya lakukan. Saya seorang yang asli tanpa perlu meniru orang lain. Tiada yang boleh menandingi saya," beritahunya kepada The Associated Press (AP).

    Hilton yang terkenal dengan kehidupan sosialnya itu telah membesar bersama Kim yang juga berusia 30 tahun. Malah, dia juga dikatakan merupakan mentor kepada Kardashian.

    Ini kerana dia merupakan individu pertama yang mendedahkan rakannya itu ke populariti Hollywood.

    Dalam pada itu, Paris yang kini sedang sibuk mempromosikan koleksi terbaru kasut jenama dirinya berkata, dia merupakan seorang profesional serta tahu hala tuju yang diimpikannya.

    "Saya telah lakukan semua yang saya inginkan. Sudah tentu saya begitu gembira kerana apa yang saya lakukan pastiya berjaya.

    "Jadi ia sungguh menyeronokkan dan tiada apa lagi yang perlu saya lakukan," tutur Paris dengan jujur.

    Turut mengakui bahawa dirinya merupakan seorang ikon fesyen untuk wanita, Paris memberitahu; "Ramai yang menggemari fesyen atau stail saya. Apabila membeli produk saya, dengan secara semula jadi mereka boleh menjadi diri saya."

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Posted: 04 Apr 2011 01:21 AM PDT

    Harian Metro: Rap


    Pelbagai faktor penentu undi

    Posted: 03 Apr 2011 09:11 AM PDT

    SAAT dinantikan penonton setia rancangan realiti TV popular, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) apabila berpeluang menyaksikan sendiri bakat sebenar peserta terpilih yang berlangsung Sabtu lalu, di pekarangan pusat beli-belah Aeon, AU/2 Setiawangsa.

    Sewaktu sidang akhbar memperkenalkan tenaga pengajar dan pelajar terpilih, kebanyakan wakil media memuji bakat dimiliki mereka. Namun, Sabtu lalu menjadi medan sebenar untuk 12 peserta menunjukkan kemampuan sebenar.

    Digemari media, belum tentu mampu memenangi hati peminat. Tambah pula, peminat setia AF memilih peserta daripada pelbagai sudut dan faktor. Kemampuan vokal kadang-kadang bukan menjadi pilihan utama. Beberapa elemen lain turut menjadi faktor penentu untuk mereka disukai, sekali gus memancing undi penonton.

    Bagaimanapun, menerusi maklum balas diterima, kebanyakan penonton berasakan semua peserta dipilih produksi untuk musim akhir ini ada suara, cuma ada beberapa pelajar masih lagi gementar dan kurang daripada sudut penghayatan lagu juga persembahan.


    Sebahagian besar peserta juga mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada penyokong setia termasuk ahli keluarga. Datang daripada latar berbeza, sudah tentu sokongan dari tempat kelahiran turut memainkan peranan dalam usaha mendapatkan undi.


    Seramai 12 pelajar dipilih, masing-masing enam perempuan dan lelaki. Dua pelajar dari Sabah dan kedua-duanya perempuan dan dua peserta lain dari Melaka manakala yang lain dari Lembah Klang.

    Personaliti juga turut memainkan peranan penting dan ia turut mempengaruhi keputusan penonton untuk memilih siapakah yang layak untuk diumumkan juara. Bagi penonton setia yang mahu mengenali lebih dekat setiap peserta untuk musim ini, berikut disertakan latar belakang setiap peserta.

    SUHADA

    Nursuhada Jebat, 19 tahun

  • Berasal dari Batu Berendam, Melaka
  • Pelajar semester 2 jurusan Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
  • Anak sulung daripada empat beradik, tiga perempuan dan seorang lelaki
  • Dibesarkan ibu selepas ibu bapanya bercerai. Adik bongsu berumur enam hari sewaktu ibu bapa bercerai
  • Tujuan bergelar penyanyi untuk membuktikan boleh berjaya walaupun tanpa kasih sayang ayah
  • Hadiah paling diimpikan supaya ayahnya dapat memberi kasih sayang kepada anak-anak
  • Ada kumpulan adik-beradik diberi nama SASSU (Singkatan nama Sabira, Shafina,Syuhada) ala-ala Elite dan Feminin
  • Seorang yang peramah, sensitif, jujur dan bijak berkata-kata.

    LAIKA

    Zulaikha Zahari, 22 tahun

  • Berasal dari Cheras, Selangor
  • Anak ketujuh daripada 10 beradik
  • Ibu bapa bercerai dan tiga adiknya bergantung kepada Zulaikha dan tinggal bersamanya
  • Selalu menjadi orang tengah dalam keluarga
  • Berniaga selipar, jam dan kentang putar di Uptown Setiawangsa dan Cheras. Modal dipinjam daripada kawan-kawan
  • Amat tegas dan lasak

    MIZA

    Roshammizah Rosli, 27 tahun

  • Asal dari Gombak
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda bahasa Inggeris di Unitar
  • Anak pertama daripada dua beradik
  • Sangat rapat dengan adik kerana adik satu-satunya ahli keluarga yang ada
  • Yatim piatu sebab ibu dan ayah meninggal dunia pada 2007. Ketika itu Miza masih belajar dan adik lelakinya berumur 16 tahun
  • Ayah meninggal selang seminggu dengan ibu disebabkan penyakit strok dan ibu kanser paru-paru
  • Sentiasa bawa gambar keluarga yang diletakkan dalam kereta dan dompet
  • Sedih dengan kritikan orang yang sering memperkatakan pakej dimiliki untuk menjadi penyanyi

    NERA

    Queennera Francine Francis Kitingon, 19 tahun

  • Asal dari Penampang, Sabah
  • Beragama Kristian
  • Pelajar Asian Tourism Int College
  • Pernah masuk pertandingan ratu cantik, Top 3 Miss Earth Sabah dan Top 10 Miss Earth Malaysia (2008)
  • Selalu menyertai pertunjukan fesyen dan model catwalk
  • Suka sangat dengan haiwan dan selalu bawa balik kucing di jalanan dan pernah ada lebih 20 ekor kucing. Sekarang ada empat kucing dan lima anjing
  • Cepat tersentuh mengenai haiwan
  • Lemah lembut dan sopan, ibu bapa sangat tegas dan dia tidak boleh balik lambat

    LENA

    Lenaber Haidir, 21 tahun

  • Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan kini menetap di Hulu Langat, Selangor
  • Anak ketiga daripada enam beradik
  • Belajar hingga PMR saja
  • Berhenti sekolah kerana mahu menjaga ibu yang lumpuh, bapa sakit jantung dan kencing manis serta adik-adik masih kecil
  • Buat kerja kampung untuk bantu keluarga
  • Behijrah ke Kuala Lumpur ketika usia 17 tahun dan menumpang di rumah mak cik
  • Ibu dan bapa sanggup jual tanah, rumah dan kereta pada 2008 kerana ingin bersama anak-anak di Kuala Lumpur dan menjadikan impian Lena bergelar penyanyi menjadi kenyataan
  • Kini berniaga di Pasar Pagi Pudu dan pasar malam sekitar Kuala Lumpur menjual jam tangan, dompet dan selipar

    EKA

    Nur Atiqah Shariffudin, 22 tahun

  • Asal dari Kajang, Selangor
  • Anak kedua daripada tiga beradik semuanya perempuan
  • Pelajar jurusan E-Secretaryship di KLMU
  • Berkebolehan dalam bidang tarian Hip Hop dan tarian moden
  • Pernah menjadi Juara pertandingan menari anjuran Menara Kuala Lumpur 2010 bersama kumpulan Sequence Crew
  • Tempat kedua ketika membuat persembahan di Maha 2010 bersama kumpulan Funkafaction
  • Model catwalk sejak usia 18 tahun
  • Seorang yang berdikari dan tidak mahu menyusahkan ibu bapa

    ERUL

    Khairul Najmuddin Abu Samah, 19 tahun

  • Tinggal di Taman Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Pelajar Diploma jurusan muzik di Aswara
  • Anak ketiga daripada lima beradik
  • Peminat lagu Korea dan Jepun (K-Pop & J-Pop)
  • Berbakat, pandai menyanyi, menari, menulis lirik dan lagu
  • Mengikuti Kelas Vokal dan Piano di Yamaha sejak usia 12 tahun
  • Pernah mengikuti kelas tarian moden dan Hip Hop di Linda Jasmine Dance Studio

    AMIR

    Mohamad Amirullah Jahari, 19 Tahun

  • Asal dari Kuching, Sarawak
  • Pelajar semester 2 Diploma Muzik di Aswara
  • Anak keempat daripada enam beradik
  • Kerja sambilan sebagai pemuzik jalanan
  • Di Kuching selalu bermain di Waterfront Kuching dan di Kuala Lumpur pula di Jalan Alor, Bukit Bintang
  • Main gitar sejak umur 13 tahun
  • Suka menyuarakan pendapat dan gemar bercakap mengenai muzik
  • Fanatik muzik kerana dunianya adalah muzik

    AFIF

    Ahmad Aliff Afif Tarmizie, 25 tahun

  • Asal Ampang, Kuala Lumpur
  • Jurucakap produk
  • Anak kedua daripada tiga beradik (semua lelaki)
  • Ibu bapa bercerai dua tahun lalu, tinggal dengan ibu Ibunya ketua guru di Taska Islam
  • Bapa bekas imam, datuk sebelah bapa ialah bekas Mufti Negeri Pahang manakala sebelah ibu ialah Qari Negeri Pahang
  • Mewarisi bakat daripada datuk yang juga seorang qari
  • Minat menyanyi dan menari sejak dari kecil
  • Seorang yang ceria, kelakar, suka mengusik, suka bergurau dan kadang-kadang nakal
  • Suka imej botak kerana nampak lebih matang dan serius. Kalau berambut panjang wajah nampak lebih kebudak-budakan
  • Pentingkan keluarga

    AZRI

    Mohamad Azri Abdullah, 24 tahun

  • Asal Klang, Selangor
  • Anak keempat daripada lima beradik
  • Kerja sambilan sebagai pemain gong untuk kumpulan gamelan dan mengangkat barang PA sistem
  • Ada band, Breakfast Band (indie) dan single Bagai Puteri, Hentikan dan Masih Ada
  • Seorang yang tak mudah putus asa dan mempunyai keyakinan untuk menjadikan impian satu kenyataan.

    KAY

    Nur Khaidir Muhd, 22 tahun

  • Anak bongsu daripada enam beradik
  • Bekerja menjual barang-barang di laman web
  • Adik Diddy AF4, ibu, Kamariah Ahmad penyanyi era 70-an
  • Pernah datang uji bakat AF4 bersama Diddy, tapi Diddy yang dipilih
  • Pernah menyanyi di Restoran Bora Ombak
  • Rasa disisih keluarga apabila Diddy masuk AF4
  • Cemburu dengan Diddy kerana lebih disayangi seperti anak bongsu

    RAQIB

    Fahrur Raqib Abdul Majid, 21 tahun

  • Asal dari Melaka
  • Pelajar Ijazah Perakaunan di MMU Melaka
  • Anak ketiga dari empat beradik (2 Lelaki, 2 Perempuan)
  • Pernah mewakili Malaysia ke Pertandingan Tilawah Peringkat Asia semasa berumur 12 tahun, menang tempat kedua
  • Warisi bakat mengaji daripada ibu yang juga sering menyertai pertandingan tilawah. Ibu juga penyanyi lagu asli
  • Seorang yang simple, agak skema, suka mencuba sesuatu yang baru, pandai mencipta lagu dan kadangkala nampak macam poyo
  • Minat sangat hendak masuk AF kerana mahu ubah persepsi orang terhadap orang yang selalu masuk tilawah
  • Berbakat main alat muzik gitar dan keyboard tetapi tidak tahu baca nota muzik
  • Nampak bijak dan suka berfikir
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pengetua rock kemudi AF9

    Posted: 03 Apr 2011 08:04 AM PDT

    JANGKAAN ramai bahawa penyanyi utama kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy, 53 tahun, bakal menyandang jawatan pengetua Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) ternyata benar apabila ia diumumkan sewaktu Konsert Tirai berlangsung di pusat beli-belah AEON, AU2, Setiawangsa, malam kelmarin.

    Walaupun pengacara rancangan musim terakhir itu, Aznil Nawawi cuba membuat gimik dengan mendendangkan beberapa judul lagu dicipta dan didendangkan pencipta dan penyanyi popular Ahmad Dhani, namun waktu sama, ramai sudah menjangka bahawa Amy akan muncul di atas pentas ketika pengumuman dibuat.

    Sebelum itu, timbul isu dan kontroversi membabitkan pemilihan jawatan pengetua. Desas-desus bahawa Ahmad Dhani diberikan peluang mengisi jawatan terbabit pada musim ini timbul apabila penyanyi seberang itu sempat datang dan menjayakan beberapa siri persembahan dianjurkan Astro.

    Ketika sidang akhbar sebaik konsert tamat, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi cuba mengelak daripada isu kontroversi itu berlanjutan dengan menegaskan apa yang diperkatakan sebelum ini hanyalah khabar angin dan nama Amy turut berada dalam senarai mereka yang mahu dipilih menjadi pengetua.


    "Pihak kami tidak pernah mengesahkan pemilihan Dhani. Ia hanyalah spekulasi. Bagaimanapun, pihak kami berbesar hati apabila Amy menerima tawaran diberikan," katanya.


    Sementara itu, Amy menyifatkan pemilihannya untuk mengisi jawatan pengetua sebagai rezeki dan turut berbesar hati dengan pemilihan di buat.

    "Seperti yang dikatakan Azlin sebelum ini pelbagai spekulasi dibuat membabitkan pemilihan jawatan pengetua. Apabila tawaran itu datang kepada saya, tiada perkataan dapat saya ungkapkan. Saya menggunakan peluang ini untuk memberikan yang terbaik," katanya.

    Tegas Amy lagi, apa yang akan dilakukan sebagai pengetua bukan saja membabitkan pelajar saja, tetapi juga penonton setia yang memang meminati atau mahu menjadi penyanyi untuk berkongsi pengetahuan dan ilmu dalam bidang muzik.

    Bercerita lanjut mengenai visinya sebagai pengetua, selepas menyaksikan persembahan dilakukan 12 peserta terpilih bagi musim ini, katanya mereka mempunyai masa depan yang cerah berdasarkan bakat ditonjolkan, terutama apabila ada antara peserta ini memberikan gaya persembahan memukau dan penuh semangat.

    Menyentuh mengenai kriteria peserta mahu dibentuk katanya ia bergantung kepada kesungguhan peserta. Baginya pada malam Konsert Tirai yang turut disiarkan secara langsung Astro Ria perkara itu turut terdapat pada pelajar terbabit.

    "Sebenarnya ada empat peserta yang saya lihat mempunyai kriteria yang saya mahu tengok. Bagaimanapun, biarlah nama mereka itu saya rahsiakan. Peserta lain pula, masih boleh dibentuk bagi menonjolkan kemampuan mereka," katanya lagi.

    Mungkin ada yang menimbulkan persoalan apabila ikon muzik rock itu dipilih menjadi pengetua. Ia sama dengan pembabitan penyanyi utama Aerosmith, Steven Tyler menjadi juri untuk rancangan American Idol.

    Bagaimana seorang penyanyi berjiwa rock dapat mengemudi atau mencungkil bakat anak muda yang kebanyakannya lebih terdedah dengan jalur muzik pop. Apatah lagi, konsep Akademi Fantasia itu sendiri lebih ke arah pop (popular).

    "Saya sendiri sebenarnya kalau tidak menjadi penyanyi rock, akan menjadi penyanyi pop. Jalur muzik bukan satu masalah sebaliknya mengasah bakat yang dimiliki mereka lebih penting," katanya ringkas.

    Pada malam Konsert Tirai tiga peserta dilihat mampu memberikan persembahan menghiburkan dan memberikan persembahan meyakinkan dengan vokal menarik.

    Peserta terbabit Khairul Najmuddin Abu Samah atau Erul yang mendendangkan lagu secara medley, 2PM dan Kasih Tercipta. Dari sudut vokal dua peserta dilihat menyerlah iaitu Mohamad Amirullah Jahari atau Amir mendendangkan lagu Aku Skandal dan Seribu Tahun juga Roshammizah Rosli (Miza) menyanyikan lagu I Am dan Hey Ladies.

    Dua peserta yang turut mampu memberikan saingan sekiranya dinilai dari corak persembahan, Lenaber Haidir (Lena) menyanyikan lagu Lamunan Terhenti dan Dag Dig Dug dan Nur Khaidir Muhammad (Kay) mendendangkan lagu Ku Berjanji Kerana Cinta dan Kasih Latifah.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Blog List