gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 29 Apr 2011 01:07 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Baharat enakkan masakan Arab

Posted:

Baharat enakkan masakan Arab

Baharat enakkan masakan Arab

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN


Chef Azmi menunjukkan cara-cara penyediaan sos bagi masakan daging kisar bersama sos berempah.


PERNAHKAH anda merasai keenakan masakan negara-negara Asia Barat yang banyak menggunakan ramuan baharat.

Baharat juga telah diiktiraf sebagai ramuan perasa utama kepada masakan Timur Tengah, Turki dan Arab yang dikisar untuk dimasak bersama bahan seperti daging kambing, lembu, ayam dan lain-lain.

Jika anda tertanya-tanya apakah maksud perkataan baharat, ia merupakan perkataan Arab yang sebenarnya membawa maksud rempah.

Namun, jika anda ke Asia Barat jangan terkejut jika dihidangkan dengan sebuah tarian apabila meminta baharat kerana di sana baharat bukan hanya bermaksud rempah tetapi juga tarian gelek tradisional Arab.

Kebiasaan jika kita mengunjungi restoran yang menyajikan masakan dari Asia Barat, sudah tentu aroma enak berbau lada dari jenis lada hitam atau lada sulah pastinya membuka selera.

Malah campuran rempah dan aroma baharat boleh divariasikan mengikut cita rasa setempat.

Masakan padang pasir

Pada minggu ini, Gaya Chef membawa pembaca ke dapur hotel lima bintang, Grand Blue Wave, Shah Alam.

Dapur tersebut diketuai oleh Chef Eksekutif, Azmi Md. Sidek yang merupakan salah seorang pakar kepada masakan padang pasir dan pelbagai lagi jenis masakan dari barat ke timur.

Malah beliau sendiri pernah berkhidmat sebagai tukang masak khas di Raja buat keluarga Kesultanan Brunei Darulssalam.

Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, Chef Azmi yang merupakan anak bongsu dari enam beradik itu sentiasa membantu ibunya menyediakan masakan di dapur.

Pada mulanya, Chef Azmi ingin menceburi bidang ketenteraan kerana minat berkerja sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tetapi beliau terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana minat memasak dilihatnya mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Sejak menceburi bidang masakan, Chef Azmi banyak menimba pengalaman sebagai tukang masak di luar negara seperti Brunei, Jepun, Qatar, Arab Saudi dan lain-lain.

Berbekalkan pengalaman yang luas sejak 20 tahun dalam bidang berkenaan, penulis bertuah kerana berpeluang merasa masakan yang enak dimasak oleh Chef Azmi sendiri ketika bertemu dengannya minggu lalu.

Chef Azmi berkata, baharat digunakan dalam pelbagai masakan dan merupakan perasa semulajadi tanpa bahan pengawet, perasa tambahan atau pewarna tiruan.

"Kebiasaannya, baharat ditumis menggunakan mentega sebelum digunakan untuk membangkitkan aromanya.

"Bahan-bahan rempah-ratus yang dicampurkan untuk menghasilkan baharat terdiri dari lebih tujuh jenis bahan seperti paprika, serbuk cili, lada hitam, pelbagai variasi rempah beraroma seperti kayu manis, buah pala, ketumbar, jintan putih, cengkih dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, baharat dicampurkan mengikut sukatan tertentu untuk memperoleh rasa yang lazat.

Selain itu, baharat sesuai dimasukkan ke dalam masakan berdaging seperti bebola daging, kebab, ayam panggang ataupun tandoori kerana ia memberikan rasa yang enak kepada daging yang dimasak," jelasnya.

Menurutnya, dari segi kesihatan pula, daging atau ayam yang diperap dengan rempah boleh bertahan lebih lama dan lebih enak dimakan.

"Baharat mudah dihasilkan sendiri dan boleh tahan lama untuk disimpan di dalam balang berbulan lamanya.

"Di Malaysia, rempah-ratus asas untuk baharat memang telah dijadikan bahan umum yang digunakan dalam masakan Melayu dan India.

"Ia mudah didapati dan boleh dibeli dengan harga yang murah dan boleh dicampurkan dalam pelbagai jenis masakan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jodoh Imam Muda usaha rakan sebilik

Posted:

Jodoh Imam Muda usaha rakan sebilik

Jodoh Imam Muda usaha rakan sebilik

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my


Walaupun kelihatan malu-malu, pasangan ini masih mampu memberikan pose manja untuk tatapan pembaca.


KREDIBILITINYA sebagai seorang pemimpin nyata terserlah dan tidak salah percaturan apabila namanya dijulang sebagai juara program realiti dakwah Imam Muda, yang pertama.

Bukan sahaja seorang anak muda yang murah dengan senyuman, tetapi Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 27, juga merupakan individu yang mudah didekati.

Tidak dinafikan, anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini punya aura selaku seorang pendakwah.

Berpeluang menemuinya baru-baru ini bersama isteri tersayang, Nur Husna Yusoff, 24, ternyata Asyraf seorang yang santai dan penuh humor ketika berbicara.

Setelah hampir sembilan bulan menyandang gelaran Imam Muda, ramai sudah sedia maklum akan personaliti graduan Sarjana Muda Usuluddin dan Fiqh dari Universiti Malaya (UM) ini.

Untuk itu, apa kata kita singkap pula kisah rumahtangganya yang didirikan pada 14 Februari 2010.

Mengikut cerita pasangan muda ini, baik Asyraf mahupun Husna, kedua-duanya tidak pernah mengenali antara satu sama lain walaupun belajar dalam universiti yang sama.

Malah menurut Asyraf, mereka telah dipertemukan oleh rakan baik mereka yang ingin menyatukan mereka.

"Kiranya kami merupakan pasangan match make yang mana adik kepada kawan saya, berkawan baik dengan isteri saya ketika itu.

"Memandangkan sebelum ini saya pernah bergurau mengatakan tidak berkawan dengan sesiapa dan tidak menyangka pula kawan serumah saya menganggap ia satu perkara yang serius.

"Dalam hal ini, kawan serumah sebenarnya yang beria-ria hendak mempertemukan kami sedangkan kami ketika itu memang tidak mengenali antara satu sama lain,'' ujarnya sambil tersenyum.

Tambahnya lagi, selepas pertama kali dipertemukan, masing-masing tidak bertegur sapa. Ia berakhir setakat itu sahaja tanpa sebarang pesanan apatah lagi hendak bertukar-tukar nombor telefon.

Selepas beberapa bulan masing-masing mendiamkan diri, akhirnya Asyraf mengambil keputusan untuk memulakan salam perkenalan.

Bagaimanapun Asyraf memberitahu bahawa sistem pesanan ringkas (SMS) yang pertama dihantar kepada Husna tanpa disengajakan tetapi ia tidak mendapat respons.

Apabila ditanya bila SMSnya berbalas, dengan jujur Asyraf memberitahu dia tidak mengingatinya tetapi selepas SMSnya yang pertama tidak berjawab dia mencuba pula mengirim e-mel.

Tanpa disedari bila bermulanya detik perkenalan, akhirnya sedar tak sedar sudah setahun persahabatan mereka terjalin.

"Jujur saya katakan, kami tidak menyedari bila persahabatan antara kami bermula dan dalam sedar tak sedar sudah setahun.

"Sepanjang persahabatan, kami tidak pernah keluar berdua melainkan ditemani rakan-rakan. Husna sememangnya seorang yang amat pemalu,'' ujarnya lagi.

Berbicara lanjut mengenai perkenalannya, Asyraf terus terang memberitahu bahawa sebelum berkawan dengan Husna, dia pernah berkawan dengan perempuan lain tetapi tidak lebih daripada seorang sahabat.

Berbalik kepada ceritanya bersama Husna, segala-galanya berlaku tanpa dirancang. akhirnya tanpa sebarang persediaan dan persiapan akhirnya mereka telah disatukan atas persetujuan bersama.

Walaupun perancangan awal mereka memilih penghujung Jun 2010 untuk disatukan, tetapi apa yang berlaku ada hikmahnya.

''Jika ikut perancangan, kami cadang antara Jun hingga Disember untuk tarikh perkahwinan kami, tetapi segala-galanya telah ditentukan-Nya.

''Alhamdulillah, kami disatukan pada Februari dan saya rasa sekiranya belum, mungkin sehingga hari ini kami masih lagi belum bergelar suami isteri,'' katanya lagi.

Sementara itu, Husna yang ditemui memang merupakan seorang yang pemalu.

Selain tutur katanya yang lemah lembut, Husna juga dilihat seorang isteri yang begitu manja malah mereka sememangnya pasangan yang serasi.

Walaupun belum dikurniakan cahaya mata, pasangan ini begitu bahagia melayari bahtera perkahwinan yang sudah pasti disulam dengan cinta sejati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 29 Apr 2011 12:06 PM PDT

Kosmo Online - Varia


Avon bawa suri rumah keliling dunia

Posted:

Avon bawa suri rumah keliling dunia

Avon bawa suri rumah keliling dunia

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my


SARMILA (kanan) bersama-sama rakan-rakan seperjuangan dari serata pelosok negara.


BEBERAPA tahun lalu sebelum menyertai Avon, Sarmila Ismail, 36, hanya memasang impian untuk memiliki aset dan menyimpan keinginan melancong ke luar negara. Namun, kekangan kewangan menyebabkan semua daripada itu perlu dipendam.

Status suri rumah tidak bergaji yang disandangnya membuatkan segala yang diimpikan itu mustahil untuk direalisasikan.

Sungguhpun begitu, impian wanita berasal dari Johor itu tidak pernah padam. Dia sentiasa mencari sesuatu perniagaan yang boleh menjamin masa depannya tanpa mengorbankan masanya untuk menjalankan tanggungjawab menjadi seorang isteri dan ibu.

Namun, setelah terbaca beberapa kisah wanita-wanita yang berjaya dengan Avon, nalurinya terpanggil untuk menjadi salah seorang daripada wanita tersebut sekali gus menunaikan impian yang terpendam.

"Dari situlah semangat saya muncul. Bermula dengan mencari pelanggan sedikit demi sedikit, akhirnya saya mula serius berniaga Avon pada tahun 2008.

"Jenama Avon bukanlah baru di hati saya kerana mula mengenali Avon sejak zaman sekolah lagi. Kini saya menjadikan Avon sebagai platform untuk mengecapi kejayaan," katanya menetap di Muadzam Shah, Pahang.

Baginya tidak sukar untuk menjual produk Avon kerana ia dikenali ramai, mempunyai pengikut setia di pelbagai peringkat umur selain menawarkan produk yang berkualiti dan mampu milik.

Berbekalkan modal awal sebanyak RM100 dan mengambil pesanan pelanggan sikit demi sedikit, kesabaran ibu kepada empat orang anak itu terbayar apabila kini dinobatkan sebagai Wakil Avon No. Satu Negara Januari lalu.


Jenama Avon menawarkan produk berkualiti pada harga mampu milik.


Tidak berpendidikan tinggi

Berpegangkan azimat, lebih banyak mendengar daripada bercakap, lebih banyak kerja daripada berdiam diri, melayakkan Sarmila menyandang status Pengurus Unit Senior selepas setahun menyertai Avon. Lebih manis dia berpeluang menyertai Insentif Percutian ke Vietnam.

"Sebelum menjual Avon, kehidupan saya sekeluarga biasa-biasa sahaja. Tidaklah susah sangat tapi, tidaklah senang manapun.

"Tetapi sebagai suri rumah, saya juga punya impian seperti wanita yang berkerjaya di luar sana untuk tinggal dengan selesa dan memiliki aset walaupun tiada pendapatan," ujarnya yang mempunyai pelanggan terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Tenaga Nasional dan politeknik berhampiran serta penduduk sekitar Felda Muadzam.

Sarmila yang mendapat sokongan suami tercinta, Mohd. Nasir Che Menor, 43, sebelum ini pernah bekerja sebagai pembantu kedai kasut, kerani stesen minyak dan pegawai akaun, tidak menjadikan alasan tidak berpelajaran tinggi sebagai penghalang untuknya berjaya.

"Saya mahu buktikan bahawa saya mampu bersaing dengan orang lain malah, mahu jadi lebih baik dan berjaya daripada mereka.

"Kini dengan hasil Avon, saya sudah mampu membeli rumah sendiri serta berpeluang melancong ke luar negara seperti ke New Zealand, Belanda, United Kingdom, Turki, Vietnam dan Jepun walaupun hanya sebagai suri rumah," ujarnya yang mengambil masa dua tahun untuk menampakkan hasil.

Kata Sarmila, bagi wanita bergelar suri rumah sepertinya, tidak perlu takut kerana terdapat sesi latihan dan pembangunan untuk mendalami selok-belok perniagaan.

"Suri rumah yang mahu membantu meningkatkan kehidupan keluarga, sertailah Avon kerana ia menjanjikan pendapatan lumayan yang tidak pernah anda jangkakan.

"Tidak perlu modal banyak, siapkan diri anda dengan pengetahuan terhadap produk yang mahu dijual," katanya sambil memberitahu dia mampu mendapat pendapatan lebih RM5,000 sebulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 29 Apr 2011 10:49 AM PDT

Utusan Online - Johor


Jumlah projek semakin terhad

Posted:

Jumlah projek semakin terhad

Jumlah projek semakin terhad

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.com.my


Thomas George (dua dari kanan) melihat model menara Aifel Tower pada Minggu Pembinaan Wilayah Johor, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 28 April - Sebanyak 61,794 kontraktor yang berdaftar sehingga bulan lalu kini terpaksa berdepan dengan jumlah projek pembinaan dan pembangunan yang semakin terhad.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Thomas George berkata, ini kerana bilangan syarikat kontraktor sekarang ini semakin banyak berbanding jumlah projek sedia ada.

"Dengan bilangan projek terhad, ia menyukarkan syarikat kontraktor untuk mengekalkan prestasi mereka.

"Tambahan pula, dalam keadaan dunia masa kini yang sedang bergerak tanpa sempadan, kontraktor kita terpaksa bersaing dengan kontraktor luar negara yang mempunyai peralatan, jentera, kemahiran dan sistem jauh lebih maju dari kita semua," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Minggu Pembinaan Wilayah (RCW) Johor 2011 di Bangunan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi CIDB, Datuk Ir. Hamzah Hassan.

Thomas berkata, kontraktor kelas rendah iaitu gred G1 hingga G3 adalah yang paling ramai berdepan dengan masalah tersebut berbanding kontraktor kelas tinggi iaitu seramai 49,635 syarikat atau bersamaan 80 peratus diikuti Gred G4 (6,399 atau 11 peratus) dan Gred G6 hingga G7 (5,760 atau sembilan peratus).

Dalam pada itu, beliau berkata, kontraktor tempatan berjaya menembusi pasaran pembinaan di 49 negara dalam pelbagai skop kerja antaranya pembinaan infrastruktur, bangunan dan lapangan terbang.

Beliau memberitahu, ia melibatkan 556 projek yang sudah siap bernilai RM51.7 bilion dan 96 projek lagi masih dalam pembinaan bernilai RM40 bilion.

"Ini menunjukkan kontraktor tempatan mampu bersaing di pasaran global dengan memberikan perkhidmatan dan mutu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa," ujarnya.

Mengenai sektor pembinaan di negeri ini, beliau berkata, ia menunjukkan perkembangan positif dengan mencatat pertumbuhan 3.1 peratus pada 2009 berbanding 2.9 peratus pada tahun sebelumnya.

Pada tahun ini, katanya, Johor sudah mencatatkan pelaburan sebanyak RM47.2 bilion yang mana RM29.1 bilion adalah pelaburan langsung asing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semai semangat cinta agama, bangsa dan negara

Posted:

Semai semangat cinta agama, bangsa dan negara

Semai semangat cinta agama, bangsa dan negara

NUSAJAYA 28 April – Penduduk Kampung Ulu Pulai di sini digesa agar menyemaikan rasa lebih tanggungjawab pada agama, bangsa dan negara serta diseru untuk membuktikan kesungguhan tersebut.

Ketua kampungnya, Abdul Aziz Layong, 51, berkata, semua penduduk tidak terkecuali generasi muda perlu bersama berganding bahu menjaga keamanan tempat tinggal dan juga kejiranan yang ada.

"Sebagai pemuda dan pemudi harapan bangsa dan negara, kita hendaklah menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin," katanya kepada Utusan Malaysia ketika melawat latihan kawad di Balai Raya Kampung Ulu Pulai, di sini baru-baru ini.

Seramai 40 penduduk yang terdiri dari pelbagai lapisan umur telah menyertai latihan kawad yang diadakan pada tiap-tiap malam minggu itu sejak setahun lalu.

Ketua Balai Polis Ulu Choh, Sarjan Mejar Ibrahim Isa pula berkata, ini adalah kali pertama dia melihat sikap penuh rasa tanggungjawab dan kerjasama yang ditunjukkan penduduk dalam sesebuah kampung.

"Saya merasa sungguh terharu di atas apa yang ditunjukkan oleh mereka yang terbabit didalam latihan kawad ini, sekali gus membuktikan penduduk Kampung Ulu Pulai hidup dalam penuh kemakmuran di samping mengutamakan semangat bekerjasama," katanya.

Menurut Ibrahim, segala pengajaran dan latihan yang diberikan diharap dapat digunakan sebaik mungkin, di samping berperanan menjadi 'mata dan telinga kepada pihak polis'.

Sementara itu, jurulatih bagi latihan kawad itu, Hishamudin Abdul Ghani, 27, berkata, dia mula mengajar kawad di kampung itu sejak dua tahun lalu.

"Saya juga pernah menjadi johan peringkat daerah dalam pertandingan kawad kaki semasa di sekolah, selain pernah mendapat latihan kawad kaki di Pusat Latihan Polis di Bakri, Muar," katanya.

Latihan kawad di Kampung Ulu Pulai yang mendapat kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung (JKKK) Kawasan 3, Mukim Jeram Batu, Pontian ini turut disertai peserta paling muda iaitu Norsyafawati Noradi, 11.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Pesona

Posted: 29 Apr 2011 07:20 AM PDT

Kosmo Online - Pesona


Mudarat gula berlebihan

Posted:

Mudarat gula berlebihan

Mudarat gula berlebihan

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my



PENGAMBILAN makanan yang tidak seimbang dalam kalangan kanak-kanak punca utama mereka terjebak dengan pelbagai masalah kesihatan sejak kecil. Sama ada masalah kesihatan seperti penyakit hingga kepada masalah fizikal, semuanya dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat.

Pemanis dalam makanan kandungan boleh memberikan pelbagai kesan yang tidak diingini.

"Kanak-kanak adalah kumpulan penggemar makanan manis yang harus dikawal kerana makanan mereka mempunyai kandungan gula yang tinggi!" demikian amaran yang diberikan oleh Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam pada majlis pengenalan produk tenusu, susu tepung berfomula bagi kanak-kanak, Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan di Kula Lumpur baru-baru ini.

Beliau memberitahu, perspektif umum iaitu kanak-kanak yang gemuk dan besar adalah sihat sebenarnya adalah salah sama sekali. Malah mereka mungkin mempunyai kalori dan lemak selain berpotensi membesar sebagai dewasa obes.

Indra berpendapat, kanak-kanak di Malaysia mungkin bermasalah jika ibu bapa dan penjaga kurang arif mengenai jumlah kandungan gula yang sepatutnya diambil setiap hari.

Statistik mendedahkan, 5.4 peratus kanak-kanak Malaysia obes dan 6.8 peratus daripada mereka berumur dalam lingkungan antara 7 hingga 9 tahun, manakala 6.4 peratus dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun.

"Ia satu pendedahan yang tidak sihat. Pengambilan gula dalam kalangan kanak-kanak mengikut usia iaitu lima hingga enam sudu kecil bagi kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 8 tahun dan tidak lebih 10 sudu kecil bagi dewasa," katanya.

Bagaimanapun, Indra mengakui pengambilan gula secara purata bagi setiap orang di Malaysia melebihi 24 sudu kecil.


DIDIKAN mengenai makanan seimbang perlu dilakukan secara berperingkat.


Ada kalangan ibu bapa yang tidak mengendahkan jika anak mereka enggan ber sarapan. "Tindakan itu boleh menyebabkan anak-anak cepat lapar dan mereka mengidam serta makan makanan yang manis. Ini boleh meningkatkan kadar gula, kalori dan sekali gus menyebabkan mereka obes," katanya yang menggesa ibu bapa agar prihatin terhadap amalan makanan.

Pangambilan gula yang berlebihan bukan sahaja menjadikan seseorang obes tetapi turut menyumbang kepada masalah kaviti gigi akibat kekurangan mikronutrien dan diabetes.

Ditanya tentang kandungan pemanis, Indra memberitahu, amnya, istilah manisan boleh ditafsirkan dalam pelbagai nama. Antaranya sirup jagung, sirup glukosa, gula merah, molasses, treacle, gula melaka, madu, fruktosa, dan sukrosa.

"Ingat, semua nama ini adalah panggilan lain bagi gula" katanya.

Label makanan

Amnya, kandungan gula, menurut Indra akan dilabel sama ada bersama karbohidrat atau dengan nama-nama yang diberikan tadi. "Kandungan dalam label makanan dinyatakan mengikut jumlah yang banyak kepada yang paling kecil. Jika anda lihat nama-nama gula ini berada pada bacaan permulaan, kedua atau ketiga, maka ketahuilah makanan itu mempunyai elemen pemanis yang sangat tinggi," katanya.

Indra menyarankan agar ibu bapa bijak dalam menangani masalah pengambilan gula berlebihan dalam kalangan kanak-kanak. Jelas beliau, didikan mengenai makanan seimbang perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan matang.

"Jangan sekat terus sekali gus tetapi cuba fahamkan dan ajar mereka. Kanak-kanak cukup pandai, mereka akan faham. Satu lagi, jangan sekali-sekali hadiahkan mereka dengan makanan bergula. Itu satu lagi tindakan yang salah, tetapi kita sering lakukan," katanya merujuk kepada amalan memberi gula-gula, coklat, aiskrim, donut dan sebagainya sebagai ganjaran.

Indra mahu ibu bapa memulakan amalan makanan berkhasiat di rumah dengan menjadi contoh yang baik. Ibu bapa adalah orang pertama yang perlu mengamalkan makanan sihat, bijak memilih makanan, masakan dan cuba gunakan amaun gula yang kecil dalam apa jua persiapan makanan. Ibu bapa juga disaran sentiasa peka terhadap kandungan gula dalam makanan yang dibeli di luar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembelajaran anak Kiwanis di TUDM

Posted:

Pembelajaran anak Kiwanis di TUDM

Pembelajaran anak Kiwanis di TUDM

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


AHMAD AFANDI (dua dari kiri) bersama Muhammad Naim Zaina Salleh memotong kek hari sempena sambutan Hari Sindrom Down Sedunia di Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi baru-baru ini.


DERETAN model pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tersusun di Galeri 1 Muzium TUDM menimbulkan rasa teruja buat sekumpulan pengunjung istimewa yang hadir.

Tanpa berlengah, masing-masing mula mengeluarkan kamera dan memainkan peranan sebagai jurugambar amatur dan memilih sudut terbaik dalam menghasilkan gambar yang diingini.

Di satu sudut kelihatan seorang bapa tekun menyuruh si anak bergaya di hadapan model pesawat yang dipilih. Walaupun zuriatnya itu merupakan anak sindrom Down, namun dia mampu memberi gaya menarik.

Sesekali, bibir mereka menguntum senyuman tanda malu apabila ada orang lain memerhatikan gelagat mereka. Demikian antara situasi yang dapat dilihat sewaktu berlangsungnya sesi lawatan sambil belajar oleh Yayasan Kiwanis Sindrom Down Nasional (YKSD) ke Muzium TUDM baru-baru ini.

Menurut Presiden YKSD, Tee Han Cheong, program tersebut diadakan sempena meraikan Hari Sindrom Down Sedunia yang disambut pada 21 Mac setiap tahun.

"Apa yang penting, matlamat sambutan Hari Sindrom Down Sedunia ini adalah untuk menyerlahkan bakat dan mewujudkan kesedaran kepada masyarakat bahawa individu yang dilahirkan dengan kecacatan sindrom Down juga mampu berdikari dan menjadi insan yang berguna jika mereka diberi peluang dan bimbingan secukupnya.

"Kehadiran mereka akan diberi perhatian oleh khalayak dan secara tidak langsung menepis segala stigma yang sering ditimbulkan mengenai masalah pembelajaran golongan sindrom Down," jelas Han Cheong ketika ditemui Kosmo!.

Sementara itu, Pengarah Urusan YKSD, Angie Heng berkata, program tersebut dianjurkan untuk memberi peluang kepada pelajar sindrom Down merasai pengalaman menyertai lawatan sambil belajar dan mengenali bagaimana TUDM bermula.

Kesedaran masyarakat

"Di samping itu, mereka turut diberi maklumat tentang peranan yang dimainkan oleh TUDM sebagai entiti utama yang bertanggungjawab menjaga kedaulatan ruang udara negara," ujar Angie. Pihaknya turut mengadakan pelbagai aktiviti lain dalam menyebarkan maklumat dan mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai sindrom Down dari semasa ke semasa.


LIM ZI REN gembira berada di dalam pesawat pada satu lawatan ke Muzium TUDM baru-baru ini.


Seramai 144 peserta termasuk 50 pelajar sindrom Down, ibu bapa, guru dan kakitangan YKSD menyertai program lawatan tersebut.

Bagi Komander Pangkalan TUDM, Leftenan Kolonel Ahmad Afandi Shuib, beliau mengakui teruja apabila melihat keseronokan yang terpamer pada wajah anak-anak istimewa tersebut.

"Walaupun mereka mungkin tidak mengerti sepenuhnya tentang apa yang dilihat atau didengar melalui lawatan ini, tetapi saya percaya sedikit sebanyak ia membantu proses pembelajaran anak-anak ini.

"Malah, kami di TUDM rasa gembira dan bangga kerana berpeluang memberi pendedahan seumpama ini kepada pihak YKSD dan juga ibu bapa yang mempunyai anak-anak sindrom Down," kata Ahmad Afandi.

Tambah beliau, pihaknya juga pernah mengadakan satu program terapi khas bagi kanak-kanak kurang upaya seperti menaiki kuda dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dalam pada itu, ibu kepada Ahmad Abdul Rahman, kanak-kanak sindrom down yang baru berusia tiga tahun setengah, Dr. Farrah Nini Dusuki, 42, tidak ketinggalan berkongsi pengalaman sepanjang lawatan berlangsung.

"Melalui program sebegini, ia mampu memberi pendedahan kepada si kecil tentang dunia luar sekali gus merasai pengalaman mengikuti rombongan seperti menaiki bas, berkumpul beramai-ramai dan sebagainya," tutur Farrah Nini yang mula menghantar anaknya ke Kiwanis sejak berusia empat bulan.

Lawatan itu dikelolakan oleh YKSD yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan menyediakan Program Pendidikan Khas bagi kanak-kanak sindrom Down.

Sehingga kini terdapat tujuh pusat YKSD beroperasi di seluruh negara dengan jumlah pelajar keseluruhannya melebihi 200 orang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Haram gugur janin 120 hari

Posted:

Haram gugur janin 120 hari

Haram gugur janin 120 hari

BOLEHKAH kandungan janin digugurkan kerana berlaku kecacatan pada janin tersebut?
JAWAPAN: Setiap manusia pastinya mempunyai fitrah untuk berkeluarga. Dengan berkeluarga kita telah menyempurnakan sebahagian daripada agama dan mengimpikan zuriat sebagai penerus legasi keturunan.

Namun begitu, ramai manusia melakukan perkara yang bertentangan dengan peraturan Allah apabila menggugurkan kandungan dengan alasan kerana masih belum bersedia dari segi fizikal, mental dan kewangan. Bagi muslim yang beriman, Allah memberikan peringatan dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka" – ( al-An'am : 151)

i) Janin di dalam kandungan terbentuk dalam beberapa peringkat iaitu peringkat awal yang dipanggil nutfah iaitu dari satu hari hingga 40 hari. Peringkat kedua alaqah iaitu dari 41 hari hingga 80 hari. Peringkat sesudah terbentuk yang dipanggil mudhghah iaitu berumur antara 81 hari hingga 120 hari. Peringkat keempat pula ialah selepas berumur 121 hari iaitu sesudah ditiup roh insaniah ke dalamnya (janin).

ii) Terdapat pelbagai kecacatan yang berlaku pada janin antaranya ialah kecacatan fizikal seperti pekak, buta mata, sumbing bibir, tiada otak dan kepala besar.

Yang kedua kecacatan mental seperti kelembapan otak, kecacatan otak dan sebagainya. Bentuk kecacatan pula ialah kecacatan teruk dan kecacatan ringan.

iii) Menurut ijma' Fuqaha', adalah haram menggugurkan janin berumur 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh. Kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang bersangatan.

iv) Menggugurkan janin yang berumur antara 1 hari hingga 40 hari adalah makruh, sekiranya tidak mendatangkan bahaya kepada ibu.

v) Ijma' Fuqaha' juga berpendapat pengguguran janin berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu menghadapi cacat dan penyakit yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Manusia yang beriman amat menitikberatkan soal halal haram sesuatu tindakan dalam kehidupan. Jangan kerana mengikut kehendak nafsu untuk mencapai nikmat sementara hingga membelakangkan hukum yang akan dipersoalkan kembali di akhirat kelak.

Golongan khunsa boleh berkahwin

BOLEHKAH kita mengahwini seseorang khunsa iaitu seseorang yang mempunyai dua kemaluan pada dirinya? Dia 80 peratus perempuan dan 20 peratus lelaki tetapi, tidak pernah datang haid. Dia juga mempunyai genetik lelaki sedangkan perwatakannya dan percakapannya perempuan. Bagaimana pula dengan hukum dalam Islam?

JAWAPAN: Khunsa bermaksud seseorang yang dilahirkan dengan dua kemaluan dari jenis lelaki dan wanita.

Sama seperti manusia yang lain, golongan khunsa berhak untuk berkahwin setelah memilih mana-mana jantina yang bersesuaian dengan dirinya. Malah, golongan ini diharuskan untuk melakukan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi dan juga mendapat pandangan dan nasihat daripada pakar perubatan sebelum dilakukan sesuatu pembedahan itu.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah membincangkan Kedudukan mak nyah dalam Islam.

Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya kali ke-126 pada 24 Februari 1983 telah mempersetujui fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa iaitu:

1. Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.

2. Seseorang yang dilahirkan khunsa musykil iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan diharuskan pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi supaya dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.

Panel mengingatkan, bagi mereka yang mengatakan haram berkahwin bagi golongan tersebut, ia adalah pandangan yang salah dan jauh menyimpang daripada kebenaran. Mereka juga manusia yang punyai hak untuk berkeluarga seperti manusia yang lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 28 Apr 2011 11:21 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


115 pelajar cemerlang dirai

Posted:

KULAIJAYA 28 April - Seramai 115 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima penghargaan dan pengiktirafan di sini, baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA TERENGGANU 28 April – Chef Hazwani, Chef Atraz dan Chef Nadzirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu bakal mewakili Terengganu pada Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011 Oktober depan.... Berita Penuh


JOHOR BAHRU 28 April – Seramai 844 penuntut dari tujuh Kolej Komuniti Wilayah Johor menerima sijil masing-masing pada majlis konvokesyen ke-7 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, dekat sini baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA LUMPUR 28 April - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) untuk tahun ke-10 mengiktiraf pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah angkatnya yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).... Berita Penuh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SMK Lembah Bidong juara memasak

Posted:

KULAIJAYA 28 April - Seramai 115 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima penghargaan dan pengiktirafan di sini, baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA TERENGGANU 28 April – Chef Hazwani, Chef Atraz dan Chef Nadzirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu bakal mewakili Terengganu pada Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011 Oktober depan.... Berita Penuh


JOHOR BAHRU 28 April – Seramai 844 penuntut dari tujuh Kolej Komuniti Wilayah Johor menerima sijil masing-masing pada majlis konvokesyen ke-7 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, dekat sini baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA LUMPUR 28 April - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) untuk tahun ke-10 mengiktiraf pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah angkatnya yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).... Berita Penuh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List