gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 19 Apr 2011 09:34 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Mudah keluar duit KWSP

Posted: 18 Apr 2011 12:08 PM PDT

MukaDepan

pix_gal0
Pencarum tidak perlu isi borang hanya bawa MyKad dan buku akaun bank

KUALA LUMPUR: Mulai sekarang, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mahu mengeluarkan simpanan mereka pada umur 50 dan 55 tahun serta yang mempunyai simpanan melebihi RM1 juta boleh melakukannya secara mudah dengan hanya membawa kad pengenalan dan buku bank ke agensi itu.

Tanpa perlu mengisi sebarang borang, pencarum boleh membuat pengeluaran di mana-mana kaunter KWSP dan kelulusan akan diberikan serta-merta selepas kelayakan pengeluaran disahkan. Bagaimanapun, hanya mereka yang memiliki MyKad boleh berbuat demikian, manakala pemegang kad pengenalan polis dan tentera atau yang masih menggunakan kad pengenalan lama, perlu mengikut proses lama dengan mengisi Borang KWSP9 dan mengemukakan salinan kad pengenalan serta salinan akaun buku bank.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol, berkata inisiatif pengeluaran mudah itu diperkenalkan bagi mempercepatkan proses permohonan pengeluaran simpanan yang sebelum ini memerlukan pencarum mengisi borang dan mengemukakan salinan dokumen berkaitan.

"Ia menunjukkan komitmen KWSP yang sentiasa berusaha mempertingkatkan tahap penyampaian perkhidmatan untuk manfaat ahli," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, dengan jumlah pencarum yang semakin meningkat, adalah penting bagi KWSP memastikan penambahbaikan sistem penyampaian melalui teknologi diteruskan.
"Ahli diberi jaminan bahawa data dan maklumat peribadi mereka dilindungi berdasarkan tahap keselamatan yang diwujudkan melalui pensijilan ISO/IEC 27001 yang diterima KWSP selepas mematuhi standard antarabangsa yang ketat untuk pengurusan keselamatan data," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Asri Pokyie

Tahniah KWSP, satu peningkatan perkhidmatan yang membanggakan, jgn ada yang salah guna sudahhh...

AMYTKY

Inilah satu usaha yang terbaik. Teruskan

maramin al

Tahniah kpd pihak KWSP atas transformasi perkhidmatan yg memudahkan para pelanggan. Saya juga mencadangkan agar perkhidmatan yg mudah diperluaskan bagi pengeluaran kos perubatan ahli yg amat memerlukan.

gurap

salah satu berita yang mengembirakan hati beta..terima kasih KWSP..

RAJES

kami harap KWSP,BAGAI PELUANG KETUKAR UMUR KEPADA 45THN UNTUK MENGELUARAN,KERANA MASAI INI LAH KITA BOLEH BERJALAN ATAU BUAT URUSAN APA2.KALAU DAH 5OTHN ,BANDAN PUN DAH TAK KUAT.INI DUIT KITA,KALAU KITA TAK BOLEH JALAN MACAM MANA,LAST2 DUIT ANAK YG AMBIL.TAPI MERAKA TAK NAK JAGA KITA.
HARAP KWSP BUKA MATA.THKS.

majid

terima kasi kwsp yang selalu memberi mamfaat kepada ahli ahlinya.

pokcik selamat

bagus memang bagus... soalannya.. berapa kerat la pekerja yg ada lebih dr 1 juta pada usia 50 tahun? kebanyakkannya..simpanan yg ada pun bawah 100 ribu pada usia 50 tahun.. patutnya..dividen ditingkatkan supaya kompetitif.. asb bg purata 8% bank rakyat.. 15%..

aryf skudal

untuk orang nak guna untuk majlis nikah tak boleh ke?

mamat narwawie

Bagus........ianya memudahkan masyarakat....

buah pala

terima kasih kwsp tetapi pastikan tidak ada pihak yang ambil kesempatan menipu.

MOHD. NOR BOHAN

Perkembangan yang mengembirakan bagi yang tahu menggunakan keistemewaan tetapi neraka bagi yang tidak tahu merancang masa depan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 19 Apr 2011 07:44 AM PDT

Kosmo Online


APMM tahan bot seludup rokok kretek RM1 juta

Posted:

APMM tahan bot seludup rokok kretek RM1 juta

APMM tahan bot seludup rokok kretek RM1 juta

19/04/2011 9:19pm

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 di sini berjaya menahan dua daripada tiga buah bot dalam cubaan menyeludup rokok kretek kira-kira 18 batu nautika dari Pulau Pangkor, di sini semalam.

Ketua Penguatkuasa APMM Perak, Kapten (Maritim) Ang Cheng Hwa berkata, bot berkenaan ditahan selepas mendapat maklumat orang ramai berhubung aktiviti penyeludupan.

Beliau berkata, pada 7.30 petang dua buah bot APMM dihantar ke lokasi untuk menyiasat dan mereka mengesan tiga buah bot dalam keadaan mencurigakan dan cuba menghampiri bot berkenaan sebelum ketiga-tiga bot cuba melarikan diri.

Bagaimanapun katanya, tali sebuah bot tersebut tersangkut pada kipas dan tekongnya melarikan diri dengan terjun ke laut manakala tekong bot kedua juga terjun ke laut sebelum melarikan diri dengan menaiki bot ketiga yang menghala ke arah sempadan perairan negara.

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot berkenaan membawa 190,000 karton pelbagai jenis rokok kretek seperti Gudang Garam dengan anggaran harga pasaran bernilai RM800,000 manakala duti yang perlu dibayar dianggarkan kira-kira RM875,000," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penagihan dadah di Kelantan meningkat

Posted:

Penagihan dadah di Kelantan meningkat

Penagihan dadah di Kelantan meningkat

19/04/2011 9:18pm

KOTA BHARU - Kes penyalahgunaan dadah di Kelantan meningkat sebanyak 50 peratus, dan lima daripada 10 daerah di negeri itu dikategorikan sebagai paling kritikal, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau berkata, daerah terbabit ialah Tumpat dengan 160 kes, diikuti Kuala Krai (77 kes), Pasir Mas (71), Bachok (49) dan Tanah Merah (45) manakala sejumlah 2,868 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 1,902 pada 2009.

Sehubungan itu, Abu Seman berkata, kementerian berhasrat membina rumah komuniti di setiap daerah di Kelantan bagi mengurangkan penagihan dadah yang digerakkan masyarakat setempat, dengan yang pertama dilaksanakan di Kampung Tanjung Kuala, Tumpat.

"Saya lihat program rumah komuniti amat baik, dan ia amat sesuai dan perlu dilaksanakan di semua daerah di Kelantan. Kalau boleh, setiap daerah ada sebuah rumah komuniti, terutama di lima daerah tumpuan yang kritikal dengan kes dadah itu," katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Cure & Care (C&C) 1Malaysia di Padang Tembak, Pengkalan Chepa hari ini.

Sehingga kini, terdapat 15 rumah komuniti dan enam Klinik C&C di seluruh negara. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar parah jatuh bangunan sekolah

Posted:

Pelajar parah jatuh bangunan sekolah

Pelajar parah jatuh bangunan sekolah

19/04/2011 7:20pm

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar perempuan cedera parah selepas terjatuh daripada tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Amanjaya, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 pagi itu Masuria Surentharan, 15, dikatakan terjatuh dari bahagian koridor Blok F sekolah itu menyebabkan dia cedera di kepala dan patah kedua-dua kakinya.

Pelajar terbabit masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, kata Timbalan Pengarah Pelajaran negeri Roslee Ismail.

Bercakap kepada pemberita di sini beliau berkata, ketika kejadian Masuria dan pelajar lain sedang bersiap untuk memulakan sesi persekolahan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 19 Apr 2011 07:38 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Ketua Geng Jongang mati ditembak

Posted: 19 Apr 2011 02:08 AM PDT

SEREMBAN: Ketua kumpulan penyamun warga asing yang digelar "Geng Jongang" mati ditembak anggota polis selepas cubaan menyerang anggota terbabit menggunakan parang di Taman Bukit Sendayan, dekat sini awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika suspek yang berusia lingkungan 20-an dan dua lagi rakannya sedang memotong pagar sebuah rumah yang terletak di lot tepi di taman tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga Thailand cuba seludup diesel ditahan

Posted: 19 Apr 2011 01:53 AM PDT

LANGKAWI: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Satu Langkawi menahan tiga lelaki Thailand dan merampas 6,000 liter minyak diesel kira-kira 1.75 batu nautika dari Pulau Langgun perairan Langkawi di sini malam tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM wilayah itu DSP Salehuddin Md Zaman berkata penahanan dan rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan terhadap sebuah bot nelayan yang dalam keadaan mencurigakan pada pukul 7.45 malam.


"Mereka yang ditahan berusia antara 21 dan 31 tahun. Kami percaya minyak diesel itu hendak diseludup ke negara jiran," katanya pada sidang akhbar di pangkalan PGM Langkawi di sini, petang tadi.

Beliau berkata bot nelayan itu juga telah diubahsuai dengan menambah tangki untuk mengisi minyak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 19 Apr 2011 03:28 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Pelatih Pulapol ceria bersukan

Posted:

Pelatih Pulapol ceria bersukan

Pelatih Pulapol ceria bersukan

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Acara tarik tali salah satu acara sukan yang dipertandingkan.


JEMPOL 18 April – Sudah menjadi rutin harian, sebahagian besar pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam dekat sini menjalani latihan asas kepolisan dengan semangat kental dan penuh keperwiraan.

Namun di sebalik keseriusan latihan yang ditempuhi mereka, masih ada ruang untuk berseronok dan bergembira sebagai meredakan ketegangan, selain berpeluang berkenalan lebih mesra antara satu sama lain di pusat latihan itu.

Ruang yang ada itulah digunakan sepenuhnya pelatih Pulapol ini untuk menyertai pelbagai aktiviti dan sukan rakyat, sekali gus menjadikan mereka 'wira' baru di sebalik pagar latihan Pulapol ini.

Pelatih, Muhammad Haidul Jamil, 23, dari Johor berkata, aktiviti sukan dan riadah serta ramah mesra ini membuatkan dia dan rakan-rakannya merasa lebih akrab untuk menempuhi cabaran di Pulapol ini.

''Jika sebelum ini kami serius menjalani latihan bagi menjadi anggota polis, hari ini kami gembira, penat lelah dan tekanan hilang seketika apabila terlibat dalam hari sukan," katanya yang ditemui di Pulapol, dekat sini, baru-baru ini.

Kata Muhammad Hairul, dia gembira apabila suasana latihan yang serius sebelum ini, bertukar dengan gelak ketawa.

"Aktiviti sukan yang dijalankan dapat merapatkan hubungan antara kami.

"Maklumlah, tinggal di pusat latihan yang sama tidak bermakna kami dapat mengenali semua di sini. Walaupun sudah tiga bulan di sini, saya tidak mengenali semua pelatih.

"Kesibukan menjalani latihan membuatkan saya tidak berkesempatan mengenali kesemua 843 pelatih yang ada di sini," katanya.


Sebahagian pelatih yang menyertai sambutan hari sukan Pulapol Air Hitam, Jempol baru-baru ini.


Sementara itu, Muhammad Suhaimi Hazah, 21, berharap program seperti itu akan diadakan lebih kerap pada masa akan datang.

"Saya tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti memanjat tiang licin.

"Ini merupakan kali pertama saya terlibat dengan acara itu, lagipun semuanya memerlukan kerjasama berpasukan dan kekuatan mental," ujarnya.

Rakannya, Mohd. Faizol Aziz, 25, dari Kelantan berkata, acara sukan itu bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pelatih malah mereka lebih 'dekat' dengan kakitangan Pulapol.

"Apabila kakitangan di sini membawa keluarga mereka menyertai acara sukan, ia membuatkan saya mengingati keluarga di kampung.

"Rindu pada keluarga terubat apabila melihat mereka seperti ibu, ayah dan adik beradik sendiri," ujarnya.

Azrina Md. Hasan, 29, pula gembira kerana aktiviti di sini turut melibatkan kanak-kanak.

''Biarpun penghuni di Pulapol ini, semuanya orang dewasa, kehadiran kanak-kanak juga membuatkan kami merasa seronok. Telatah mereka menghiburkan kami.

''Program ramah mesra dan sukan sempena Hari Polis ini, benar-benar membuatkan hati kami lega dan sentiasa dihargai," kata Azrina.

Tambahnya, dia telah menyertai acara menangkap itik dan berjaya melakukannya.

''Cukuplah dapat dua ekor itik, bukannya mudah, tetapi penat mengejar itik berbaloi juga," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Acara ramah mesra, sukan eratkan hubungan

Posted:

Acara ramah mesra, sukan eratkan hubungan

Acara ramah mesra, sukan eratkan hubungan

JEMPOL 18 April - Kreativiti kakitangan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, dekat sini berjaya mengeratkan hubungan bersama 843 pelatihnya menerusi acara sukan dan ramah mesra.

Komandan Pulapol, Supritendan Mud Shukri Jusoh berkata, mengatur aktiviti yang unik serta kesanggupan kakitangan menghiburkan pelatih, amat dihargai sehingga ia memberi kesan mendalam dalam jiwa 843 pelatih.

''Sukan dapat menghimpunkan semangat setiakawan yang baik dan melalui aktiviti yang dirancang itulah, kita dapati pelatih begitu mesra dan saling bantu membantu antara satu sama lain," katanya kepada Utusan Malaysia dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, sambutan sempena Hari Polis itu telah berlangsung dengan pelbagai aktiviti sejak 18 Februari lalu dan dijadualkan berakhir pada 25 Mei nanti.

"Aktiviti yang dilangsungkan ini merupakan satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara kakitangan, pelatih dan ahli keluarga mereka.

"Pelbagai acara telah kita adakan dan antaranya ialah pertandingan mewarna, menangkap itik, memanjat tiang licin, tarik tali, telurku sayang, anyaman ketupat, memasang komponen katil dan kerusi beracun," katanya.

Ujarnya, walaupun pelatih bersama menjalani latihan, namun ada yang kurang mengenali rakan mereka.

"Melalui aktiviti yang dijalankan, mereka dapat berkenalan dan berkerjasama dalam pasukan. Paling seronok, kita sediakan Piala Komandan Pulapol bagi juara setiap acara," ujarnya.

Kata Mud Shukri, biarpun paksinya adalah sukan, tetapi apa yang lebih penting kita mahu melahirkan generasi muda polis yang kuat semangat dan jati dirinya, serta sentiasa sedia membantu dan berada di barisan hadapan.

''Pelatih yang kebanyakannya orang muda ini, akan berada di posisi hadapan bersama masyarakat apabila tamat latihan kelak.

''Mereka harus dilengkapkan dengan pengetahuan, selain siap sedia pada bila-bila masa. Aktiviti ini, banyak mengajar mereka bekerja dalam satu pasukan dan ia diharap dapat menjadi pegangan apabila bertugas pada masa hadapan," ujar Mud Shukri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MAINS sasar RM53j kutipan zakat 2011

Posted:

MAINS sasar RM53j kutipan zakat 2011

MAINS sasar RM53j kutipan zakat 2011

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


Ismee Ismail menyerahkan replika cek zakat perniagaan kepada Mohamad Hasan di Seremban, semalam.


SEREMBAN 18 April - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) bagi mencapai sasaran pungutan zakat mencecah RM53 juta bagi tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sasaran itu selari dengan perkembangan tahap ekonomi negara, yang mana ia akan mempengaruhi peningkatan kutipan zakat pendapatan dan perniagaan yang menjadi penyumbang terbesar, berbanding jenis zakat lain.

''Bagi tahun lalu, kita menyasarkan RM48 juta, namun kita berjaya memungut hampir RM50 juta pelbagai jenis zakat dan ini merupakan satu perkembangan yang memberangsangkan dari segi prestasi pungutan.

''Maka untuk tahun ini, kita meletakkan KPI kepada PZNS untuk mengutip RM53 juta bagi semua jenis zakat," katanya.

Mohamad bercakap kepada pemberita selepas menerima zakat perniagaan dari TH dan anak syarikatnya, TH Properties Sdn. Bhd. yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail bagi pihak PZNS berjumlah hampir RM2.2 juta di Klana Resort di sini hari ini.

Jelas Mohamad lagi, dari awal Januari hingga penghujung Mac lalu, PZNS berjaya mengutip hampir RM13.3 juta meliputi pelbagai jenis zakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 19 Apr 2011 03:26 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Keluarga masih gagal kesan

Posted: 18 Apr 2011 12:25 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]SERDANG: Misteri kehilangan lima lelaki disyaki diculik pada 4 April lalu oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol dan mendakwa dari Jabatan Narkotik Bukit Aman masih menjadi tanda tanya.

40 Mat Rempit cuba rempuh

Posted: 18 Apr 2011 12:21 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]AMPANG: Dua remaja mengalami detik cemas hampir 10 minit apabila kereta dipandu diekori kira-kira 40 Mat Rempit yang dipercayai cuba melakukan sesuatu yang buruk terhadap mereka dalam kejadian di Ampang, di sini.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 19 Apr 2011 03:24 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


10,000 rakyat Libya lari ke Tunisia

Posted: 19 Apr 2011 03:16 AM PDT

Mutakhir

GENEVA: Kira-kira 10,000 rakyat Libya dari kawasan pergunungan barat negara itu memasuki Tunisia dalam tempoh 10 hari lalu, kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR), hari ini.

"UNHCR melihat peningkatan angkat pelarian Libya tiba di Tunisia dari wilayah pergunungan barat negara berkenaan," kata jurucakap UNHCR, Andrej Mahecic.

"Seminggu berlaku, kira-kira 6,000 rakyat Libya tiba di kawasan Dehiba, selatan Tunisia. Secara keseluruhan, kita anggarkan kira-kira 10,000 warga Libya menyeberangi kawasan itu dalam tempoh 10 hari," katanya. Kebanyakan daripada pelarian itu datang dari bandar Nalut, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Tunisia. - AFP
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sultan Perak seru rakyat utamakan perpaduan, amalkan politik sederhana

Posted: 19 Apr 2011 02:59 AM PDT

Mutakhir

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini menyeru rakyat supaya mengamalkan budaya politik yang berteraskan kesederhanaan dan mengutamakan perpaduan demi menjamin serta mempertahankan sistem kerajaan berasaskan amalan demokrasi.

Titah baginda, rakyat harus mengelak daripada menjadikan isu sensitif yang menyentuh kaum dan agama sebagai modal politik untuk mendapat pengaruh.

"Tidak akan berlaku stabiliti politik tanpa perpaduan warga. Tidak akan dapat disuburkan ekonomi negara tanpa stabiliti politik. Banyak negara berakhir dengan anarki, pertumpahan darah, pembunuhan dan kemusnahan apabila isu kaum dan agama dipilih untuk disensasikan," titah baginda. Sultan Azlan bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena sambutan ulang tahun ke-83 keputeraan baginda di Istana Iskandariah di sini.

Baginda juga menasihatkan rakyat supaya mencari jalan penyelesaian yang membawa situasi ''menang-menang'' kepada semua pihak supaya tidak timbul pertelingkahan berterusan.

Titah Sultan Azlan, semua pihak juga wajib menerima realiti asas bahawa negara ini didiami pelbagai kaum dan agama sebaik sahaja mencapai kemerdekaan.

Oleh yang demikian, setiap pihak harus menerima hakikat bahawa antara warga memang ada kelainan, tetapi dalam kelainan terbabit terkandung kesamaan yang mana ia adalah aset negara yang perlu terus dipupuk untuk membina kemakmuran, manakala elemen kelainan yang bersifat liabiliti tidak harus digembar-gemburkan, titah baginda.
"Masing-masing menerima hakikat tuhan mencipta manusia dengan pelbagai perbezaan tetapi daripada perbezaan itu terkandung persamaan. Hubungan tulus ikhlas kemanusiaan sebenarnya lebih terpancar di kalangan kanak-kanak yang bermain air di kolam yang sama dan berlari-lari di padang yang sama tanpa mengenal perbezaan antara kaum, agama dan taraf sosial," titah baginda.

Selain itu titah Sultan Azlan, isu menyentuh sensitiviti kaum dan agama adalah kompleks yang tidak dapat diselesaikan melalui saluran perundangan atau melalui penghakiman mahkamah semata-mata.

"Keputusan mahkamah tidak memberi erti jika keputusan tersebut tidak diterima secara objektif, lebih mudarat lagi jika ditafsirkan dengan emosi. Kebebasan dan integriti mahkamah akan menjadi subjek pertikaian apabila emosi mempengaruhi asas penilaian," titah baginda.

Sultan Perak turut bertitah isu berkaitan sensitiviti kaum dan agama perlu ditangani secara bijaksana serta berhikmah iaitu melalui perbincangan, agar persefahaman pada kalangan warga dapat dipertingkatkan.

Pada istiadat hari ini baginda berkenan mengurniakan darjah dan bintang kebesaran kepada 65 penerima dengan didahului oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 19 Apr 2011 03:10 AM PDT

Utusan Online - Utara


Penjaja haram bermaharajalela

Posted:

Penjaja haram bermaharajalela

Penjaja haram bermaharajalela

Oleh Malinda Abdul Malik
utusanpenang@utusan.com.my


Papan tanda dilarang berniaga dapat dilihat di luar pasar basah Chowrasta namun ia tidak diendahkan.


PULAU PINANG 18 April - Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Itulah luahan peniaga pasar basah Chowrasta di sini, ekoran tiada tindakan penguatkuasaan tegas diambil terhadap penjaja haram di situ yang semakin berleluasa.

Aktiviti penjaja haram di sekitar kawasan itu juga menimbulkan keadaan tidak selesa kepada orang ramai kerana sering menggunakan petak letak kereta sebagai tempat berniaga sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, adalah tidak adil jika penjaja haram dibenarkan terus beroperasi di situ.

Ini kerana, jelasnya, setiap peniaga sepertinya bukan sahaja membayar sewa RM70 bagi setiap meja, malah dikenakan cukai dan caj air serta elektrik.

"Bagi penjaja haram, mereka tidak perlu membayar sesen pun.

"Paling mengecewakan kami adalah apabila kawasan ini ada papan tanda larangan berniaga," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Tan, mereka pernah mengadu kepada kerajaan DAP Pulau Pinang namun, masalah tersebut terus berlarutan.

Katanya, sehingga kini tiada tindakan penguatkuasaan tegas diambil, seolah-olah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hanya memejamkan mata.

"Ada juga anggota MPPP datang mengenakan kompaun, tapi hanya sekali dalam tiga bulan," ujarnya.

Seorang lagi peniaga, Husin Jakir, 50, memberitahu, keadaan tersebut menyebabkan dia mengalami kerugian kerana orang ramai lebih suka membeli daripada peniaga haram di luar pasar.

Ini kerana pembeli boleh memperoleh barangan dengan harga lebih murah dan tidak perlu bersusah-payah masuk ke dalam pasar.

Selain itu, gerai-gerai haram berkenaan yang didirikan di atas petak letak kereta turut menyukarkan pengguna untuk meletakkan kenderaan masing-masing.

"Kalau ada kebakaran atau kejadian buruk lain pula, memang sukar bagi pihak berkuasa melalui kawasan ini untuk memberi bantuan kecemasan," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap, MPPP dapat memainkan peranan mengambil tindakan segera supaya masalah yang timbul daripada penjaja haram tersebut seperti kekotoran, kesesakan lalu lintas dan keselamatan orang ramai dapat diatasi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jamin Program SPKR diterus

Posted:

Jamin Program SPKR diterus

Jamin Program SPKR diterus

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

KEPALA BATAS 18 April - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) memberi jaminan Skim Pembangunan Kemajuan Rakyat (SPKR) yang dilaksanakan sejak 1990-an akan diteruskan bagi meningkatkan kualiti hidup golongan memerlukan terutamanya di kawasan luar bandar.

Pengerusi Perda, Datuk Azhar Ibrahim berkata, walaupun peruntukan kepada agensi itu berkurangan berbanding tahun lalu, segala program berorientasikan pembangunan rakyat berpendapatan rendah tetap diteruskan.

Menurut beliau, Perda tidak pernah melepaskan tanggungjawab untuk mengkaji serta melaksanakan pelbagai bentuk program melalui SPKR untuk membantu golongan miskin melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi.

''Kita akui peruntukan tahun ini agak berkurangan kerana kita sedang menumpukan kepada usaha menaik taraf program serta prasarana pusat pembangunan Perda Hi-Tech.

''Tetapi ini tidak bermakna program SPKR akan dihentikan sebaliknya Perda akan memanfaatkan peruntukan dalaman untuk meneruskan program ini kerana masih ada golongan miskin yang memerlukan pembelaan dan kita akan bantu," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata demikian selepas menyampaikan dividen Projek Veggie Park kepada 100 golongan miskin sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) di Mukim Tok Alang di sini hari ini.

Azhar memberitahu, sejak diperkenalkan, SPKR dan PEK telah banyak memberi manfaat kepada penduduk berpendapatan rendah di negeri ini termasuk golongan usahawan kecil untuk mengembangkan perniagaan.

Menurut beliau, antara program yang dilaksanakan melalui SPKR adalah dengan menyalurkan bantuan berupa mesin yang boleh digunakan oleh penerima bantuan untuk memulakan perniagaan masing-masing.

Melalui program itu, katanya, para peserta bukan sahaja dibantu dari segi kewangan tetapi dibekalkan peralatan supaya mereka lebih berdikari untuk meningkatkan potensi perniagaan.

''Hasil kerjasama dengan agensi-agensi lain, sudah ramai golongan miskin berjaya membina perniagaan dan membawa produk mereka ke pasaran yang lebih luas dan bagi Perda, ini adalah kejayaan yang sangat bermakna," jelasnya.

Bagi PEK pula katanya, Perda bekerjasama dengan pemimpin masyarakat bagi mengenal pasti golongan miskin yang boleh dibantu melalui bantuan peralatan serta kemudahan perniagaan.

Katanya, bantuan ekonomi yang diberikan akan membolehkan golongan sasar menyertai atau menjalankan projek-projek peningkatan pendapatan dalam berbagai sektor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Calon SPM rayu bantuan RM3,000 bedah jantung

Posted:

Calon SPM rayu bantuan RM3,000 bedah jantung

Calon SPM rayu bantuan RM3,000 bedah jantung


Siti Nor Haleeda Abdul Razak menunjukkan surat dari IJN berhubung pembedahan yang perlu dilaluinya di rumahnya di Kuala Kedah, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 18 April - Seorang pelajar tingkatan lima dari Kampung Madrasah di Kuala Kedah di sini merayu bantuan orang ramai untuk membiayai pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Mei ini.

Pelajar terbabit, Siti Nor Haleeda Abdul Razak, 17, yang menderita saluran jantung tersumbat sejak 2001 memerlukan wang sebanyak RM3,000 untuk pembedahan tersebut.

Bapanya, Abdul Razak Awang Kechik, 54, yang bekerja sebagai nelayan memberitahu, dia tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu kerana pendapatannya tidak seberapa.

Apatah lagi, dia terpaksa menanggung tujuh anak termasuk empat daripada mereka masih bersekolah dan menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).

"Kos yang dikenakan oleh IJN adalah RM45,000 tetapi setelah diberi subsidi anak saya hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM3,000.

"Tetapi bagi nelayan seperti saya, jumlah ini sangat tinggi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, Siti Nor Haleeda, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Kedah sering pengsan ekoran masalah kesihatan itu dan dia perlu ke IJN semula pada 30 Mei ini bagi pembedahan tersebut.

Siti Nor Haleeda yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini berkata, dia berharap untuk menjalani kehidupan seperti remaja biasa yang sihat.

"Saya cuma berharap untuk dapat belajar dan berjaya dalam pelajaran seterusnya berpeluang membantu keluarga," katanya.

Orang ramai yang ingin membantu pelajar ini boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Agro Bank 1-00-5071-00004003-3 milik Abdul Razak Awang Kechik atau menelefonnya di talian 013-5374395.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 19 Apr 2011 03:10 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Lanjut pengajian ke peringkat tertinggi

Posted:

Lanjut pengajian ke peringkat tertinggi

Lanjut pengajian ke peringkat tertinggi

PUTRAJAYA 18 April – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru wakil-wakil rakyat melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi sehingga ke pasca siswazah bagi mewujudkan budaya baru di kalangan pemimpin masyarakat.

Beliau berkata, wakil rakyat yang tinggi ilmu dapat memainkan peranan lebih berkesan selain dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam karier masing-masing.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Khas Pasca Siswazah untuk Ahli Parlimen di bawah kendalian Universiti Utara Malaysia (UUM) serta menyerahkan surat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) kepada Ahli-Ahli Parlimen, di sini hari ini.

Ahli Parlimen yang terlibat adalah Datuk Halimah Mohd. Sadique (Tenggara), Datuk Abdul Rahman Bakri (Sabak Bernam), Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Ir. Hamim Samuri (Ledang) dan Datuk Ismail Abd. Muttalib (Maran).

Selain itu, ia turut disertai oleh Datuk Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Md. Sirat Abu (Bukit Katil), Datuk Lilah Yasin (Jempol), Datuk Sapawi Ahmad (Sipitang) dan P. Kamalanathan (Hulu Selangor).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPRM perlu jelaskan 2 kes rasuah ditutup ekoran kematian Beng Hock

Posted:

SPRM perlu jelaskan 2 kes rasuah ditutup ekoran kematian Beng Hock

SPRM perlu jelaskan 2 kes rasuah ditutup ekoran kematian Beng Hock

KUALA LUMPUR 18 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjelaskan dengan terperinci mengenai kes salah guna kuasa dan rasuah membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang terpaksa ditutup ekoran kematian Teoh Beng Hock.

Penjelasan itu penting bagi mengelakkan orang ramai berterusan termakan dengan dakyah pembangkang yang sengaja menjadikan SPRM sebagai 'kambing hitam' dalam kematian Beng Hock, sehingga menenggelamkan persoalan pokok iaitu jenayah rasuah membabitkan pemimpin pembangkang di Selangor.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, dengan pendedahan tersebut orang ramai akan sedar adalah mustahil untuk SPRM membunuh seorang saksi sedangkan sebelum ini mereka bersusah payah membongkar kes berkenaan.

"Orang ramai ingin tahu dan perlu tahu siapa suspek yang disiasat dan apakah kegiatan penyelewengan yang dilakukan? Berapa jumlah rasuah dan apa bidang kuasa mereka kerana semua orang tahu, dua exco tersebut masih lagi berkhidmat dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

"Desakan ini bukan bermaksud kita mahu masuk campur urusan Suruhanjaya Diraja. Suruhanjaya berkenaan bertujuan untuk mencari jawapan sama ada Beng Hock dibunuh atau bunuh diri tetapi rakyat pula mahu tahu siapa perasuahnya," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Pegawai Penyiasat SPRM yang juga saksi ke-24 Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Beng Hock, Mohd. Anuar Ismail memberitahu, kematian pegawai khas kepada seorang Exco negeri Selangor itu menyebabkan kes penyelewengan di Seri Kembangan dan Kampung Tunku terpaksa ditutup.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed yang merupakan kejadian kedua selepas Beng Hock, Musa berkata, biar apa pun yang berlaku, SPRM tetap perlu fokus dan jangan sesekali tunduk kepada desakan pihak tertentu.

"Tanggungjawab SPRM untuk memerangi rasuah tidak harus terhenti hanya kerana kematian dua saksi pendakwaan tersebut. Jenayah ini perlu diperangi habis-habisan demi memastikan Malaysia bebas daripada penyelewengan dan rasuah," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sultan Kelantan ketuai penerimaan pingat

Posted:

Sultan Kelantan ketuai penerimaan pingat

Sultan Kelantan ketuai penerimaan pingat

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

KUALA KANGSAR 18 April - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengetuai senarai 927 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini, esok.

Sultan Muhammad V dianugerahkan Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati (DK).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pula menerima anugerah Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak Yang Amat Dimulia (SPSA) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Gabenor wilayah Lampung, Indonesia, Komisaris Jeneral Polis, Drs. H. Sjachroedin pula menerima anugerah Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) membawa gelaran Datuk Seri.

Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Datuk Ahmad Johan Raslan; Pengerusi The New Straits Times Press (NSTP) Malaysia, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Dr. Anthony Francis Fernandes dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP), juga membawa gelaran Datuk Seri.

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin menerima Darjah Seri Panglima yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan, Datuk Zalekha Hassan menjadi penerima tunggal Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, seramai 54 individu dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) membawa gelaran Datuk.

Antaranya, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Sham Mat Sahat; Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan; Timbalan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Perak, Dr. Naran Singh dan Pengarah Pelajaran Perak, Mohd. Rauhi Mohd. Isa serta Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ismail Saffian.

Turut menerima DPMP, Pengurus Besar Yayasan Perak, Abdul Jamil Mat Kasa dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Abu Hassan Mohd. Isa; Pegawai Daerah Manjung, Ahmad Shafiee; Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Syed Mokhtar Syed Iddris dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Perak, Ir. Muhammad Hafni Ibrahim.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Mior Shaharuddin; Timbalan Pengarah Kanan (Pembangunan) Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kementerian Kesihatan, Jagjit Singh; Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir; bekas ADUN Kuala Sepetang, See Tean Seng dan Pengetua Sekolah Agama Maahad Al-Maarif Al-Islamiah, Changkat Jering, Abdul Majid Zainal Abidin turut dikurniakan DPMP.

Sementara itu, tiga pegawai tinggi pasukan keselamatan iaitu Panglima 8 Briged, Abdul Rahim Abdul Mutalib; Mohd. Nuar Rijaldin dari Cawangan Sumber Manusia Markas Tentera Darat dan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof dianugerahkan Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Sempena sambutan Hari Keputeraan kali ini, Sultan Azlan Shah turut mengurniakan 14 Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 65 Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 25 Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 192 Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 274 Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 280 Pingat Jasa Kebaktian dan 10 Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Wartawan Kumpulan Utusan Biro Perak, Ani Awang merupakan antara penerima PJK.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 19 Apr 2011 01:23 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Cukai tanah UUM 10 kali ganda

Posted:

Cukai tanah UUM 10 kali ganda

Cukai tanah UUM 10 kali ganda

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


Mohamed Khaled Nordin (tengah) berbincang sesuatu dengan beberapa Ahli Parlimen pada Majlis Pelancaran Program Khas Pascasiswazah Untuk Ahli Parlimen di Hotel Marriott, Putrajaya, semalam. – Utusan/HANAFI KHAMIS


PUTRAJAYA 18 April – Tindakan kerajaan negeri Pas Kedah menaikkan cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri amat dikesali kerana universiti itu kini terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri itu juga gagal menyediakan bekalan air mencukupi sehingga memaksa pihak pengurusan UUM membayar antara RM80,000 sehingga RM90,000 sebulan bagi kos lori mengangkut air ke universiti tersebut.

Menurutnya, ini jelas menunjukkan sikap kerajaan negeri yang tidak serius dalam menjayakan sektor pengajian tinggi negara bagi memenuhi keperluan melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi.

"Kita harap kerajaan negeri Kedah tidak mengenakan cukai terlampau tinggi kerana wang itu sepatutnya boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan dan penerbitan.

"Kerajaan negeri sebaliknya cuba mendapatkan keuntungan daripada sebuah institusi pengajian tinggi sedangkan mereka sepatutnya faham bahawa UUM adalah sebuah pusat akademik yang berfungsi untuk melahirkan modal insan.

"Di Selangor, kerajaan negeri tolak Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan di Kedah isu bekalan air dan cukai tanah pula," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program pascasiswazah untuk ahli Parlimen, di sini hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Mohamed Khaled menambah, kerajaan negeri Kedah hanya tahu mempersoalkan tindakan Kerajaan Pusat menaikkan harga gula dalam ceramah politiknya sedangkan mereka sendiri menaikkan cukai tanah pada kadar cukup tinggi.

Sementara itu, Dr. Mohamed Mustafa berkata, beliau telah menemui Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak awal tahun ini untuk berbincang mengenai isu air dan merayu agar kadar cukai tanah dikurangkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MB nafi naikkan cukai tanah UUM 10 kali ganda

Posted:

MB nafi naikkan cukai tanah UUM 10 kali ganda

MB nafi naikkan cukai tanah UUM 10 kali ganda

ALOR SETAR 18 April - Kerajaan Pas Kedah menafikan cukai tanah kawasan Universiti Utara Malaysia (UUM) dinaikkan sehingga mencecah lebih RM1 juta setahun.

Sebaliknya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan, jumlah tersebut perlu dibayar oleh UUM mengikut perjanjian pada 2006 kerana tempoh rebat cukai tanah bagi tempoh 2006 hingga 2008 telah tamat.

"UUM diberi rebat cukai tanah selepas pengurusan universiti itu mengemukakan rayuan bagi mengurangkan cukai tanah dan mendapat persetujuan kerajaan negeri ketika itu, dengan memberi rebat bagi tempoh dua tahun.

"Rebat tamat tempoh pada 2008, sebab itu cukai tanah yang dibayar sebelum ini RM100,000 berbanding terkini lebih RM1 juta," katanya selepas perhimpunan bulanan di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Azizan mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Mahathir baru-baru ini yang mendakwa kerajaan negeri menaikkan cukai tanah di UUM sehingga 10 kali ganda, berbanding ketika negeri ini ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mukhriz mendakwa, tindakan itu tidak wajar dan membebankan pengurusan UUM kerana sebelum ini cukai tanah yang dikenakan sekitar RM100,000 setahun.

Azizan berkata, setelah rebat berakhir, bermula tahun 2009, bayaran cukai tanah yang perlu dijelaskan ialah lebih RM1 juta.

"Saya harap penjelasan ini membuktikan kerajaan negeri bukan naikkan cukai tanah, cukai asal lebih RM1 juta setelah diberi rebat, UUM bayar RM100,000 sahaja. Apabila perjanjian berakhir, kenalah bayar penuh.

"Ini amalan biasa dalam urus tadbir, bila ada pihak minta bantuan, kita beri atas dasar timbang rasa," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan Mukhriz kerana kemungkinan Ahli Parlimen Jerlun itu tidak mendapat maklumat tepat.

Mengenai masalah bekalan air yang sekian lama dialami warga UUM, Azizan berkata, ia perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

"Saya pernah bangkitkan isu ini supaya pengurusan UUM kemukakan cadangan kepada kementerian untuk naik taraf infrastruktur bekalan air, tetapi saya tak nampak pun hasilnya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengeluaran mudah wang KWSP

Posted:

Pengeluaran mudah wang KWSP

Pengeluaran mudah wang KWSP

KUALA LUMPUR 18 April – Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memohon pengeluaran umur 50, 55 tahun dan simpanan melebihi RM1 juta dengan lebih mudah.

Penambahbaikan yang baru diperkenalkan itu membolehkan ahli memohon pengeluaran berkenaan dengan mudah tanpa perlu mengisi borang, menyertakan salinan kad pengenalan dan buku akaun bank.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol dalam kenyataan hari ini berkata, inisiatif pengeluaran mudah itu dilaksanakan bagi mempercepatkan proses permohonan pengeluaran bagi tiga kumpulan itu.

Katanya, dengan inisiatif baru itu, ahli yang ingin membuat pengeluaran tersebut hanya perlu membawa bersama kad pengenalan dan buku akaun ke mana-mana kaunter perkhidmatan KWSP.

Katanya, perkhidmatan itu khusus untuk pemegang MyKad sahaja dan kelulusan boleh dibuat serta-merta setelah identiti ahli dan kelayakan pengeluaran disahkan.

Bagaimanapun, Azlan berkata, ahli yang memiliki kad pengenalan tentera atau polis atau yang masih menggunakan kad pengenalan lama tidak boleh menikmati kemudahan itu.

Katanya, mereka perlu melalui proses pengeluaran biasa dengan mengisi Borang KWSP 9 dan mengemukakan salinan kad pengenalan serta salinan buku akaun bank.

Azlan menjelaskan, dengan jumlah ahli yang kian meningkat, adalah amat penting bagi KWSP memastikan penambahbaikan sistem penyampaian melalui teknologi diteruskan.

"Ahli diberi jaminan bahawa data dan maklumat peribadi mereka dilindungi berdasarkan tahap keselamatan yang diwujudkan melalui pensijilan ISO/IEC 27001 yang diterima KWSP setelah mematuhi standard antarabangsa yang ketat untuk pengurusan keselamatan data," katanya. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 19 Apr 2011 01:23 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Gadis seksi untuk siswa

Posted: 18 Apr 2011 01:22 PM PDT

MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan 'parti pakaian seragam kolej.'

Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.

Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.

"Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.


"Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.


"Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan," katanya, di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maut dilanggar dua kereta

Posted: 18 Apr 2011 01:13 PM PDT

KANGAR: Seorang petani hanya mampu melihat seorang remaja maut di depan mata apabila usahanya memberi amaran kepada sebuah kereta daripada melanggar mangsa yang tercampak ke tengah jalan gagal, malam kelmarin.

Mangsa, Hassan Basri Osman, 19, maut di tempat kejadian apabila dilanggar dua kenderaan selepas motosikal dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Datuk Ali, berhampiran Kampung Tok Kuning, dekat sini, kira-kira jam 8 malam.

Rakannya, Rosli Jabar, 18, pula berjaya diselamatkan daripada lemas selepas terperosok bersama motosikal ke dalam parit yang berair. Kedua-dua remaja terbabit berasal dari Kuala Perlis.

Petani, Abdul Rahim Ayob, 54, berkata dia cuba menahan sebuah kereta dari arah Kangar ke Kuala Perlis dengan melambai-lambai cahaya telefon bimbit untuk menghalangnya daripada melanggar remaja yang ketika itu dalam keadaan parah selepas dilanggar kenderaan pertama tetapi gagal.


"Akibat perlanggaran itu, saya melihat mangsa tergolek di bawah kenderaan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 19 Apr 2011 01:19 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


PAS akan tetap tanding di Sarawak PRU-13, kata Hadi

Posted: 18 Apr 2011 11:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 April — PAS akan tetap bertanding merebut kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 walaupun gagal memenangi sebarang kerusi semasa pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu.

Tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar), walaupun parti Islam itu tidak menang di kelima-lima kerusi yang ditandingi namun sokongan kuat pengundi Sarawak menunjukkan parti itu mula diterima.

"Sokongan yang kuat diterima oleh mereka, maka ini petunjuk PAS diterima di Sarawak, namun kekuatan yang ada tidak mampu memberi kemenangan buat masa ini. 

"Bagaimanapun kita yakin dengan penerusan gerak kerja yang akan kita lakukan untuk mengembangkan PAS di Sarawak sejurus tamat pilihan raya (negeri Sarawak). 

"Malah sudah ada negeri-negeri yang mengambil inisiatif menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibantu sebagai DUN angkat, untuk digerakkan PAS di Sarawak dan kita akan bertanding dalam pilihan raya yang akan datang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini PAS bertanding lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro namun tewas di kesemua kawasan.

Walaupun tiada kerusi dimenangi tetapi undi popular diterima parti itu meningkat kali, kemungkinan antara lain kerana jumlah kerusi ditandingi kali ini. 

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dalam persaingan paling sengit dengan memperoleh 55 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Pakatan Rakyat, yang pertama kali bertanding di bawah perikatan tiga parti pula mendapat 15 kerusi dan Bebas satu. DAP menyumbangkan 12 kemenangan manakala PKR tiga kerusi. 

Tambah Hadi, walaupun masih baru bertapak di Sarawak, namun undi parti itu pada pilihan raya negeri itu meningkat dan ia bukti pengundi mula menerima dasar perjuangan parti Islam itu.

"PAS parti yang baru di Sarawak, walaupun tidak memenangi sebarang kerusi, undi PAS meningkat tinggi di Beting Maro dan bertambah melebihi 100 peratus di beberapa DUN lain yang  ditandingi. 

"Walaupun kali pertama bertanding di empat DUN yang baru, kita tidak hilang wang pertaruhan. Malah ada banyak peti undi yang kita menang dalam DUN tersebut termasuklah rumah panjang didiami kaum Iban," katanya.

Jelas Ahli Parlimen Marang itu, PAS akan meneruskan gerak kerja dan Sarawak bagi memperkukuhkan parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Walaupun masih baru di Sarawak, dalam tempoh dua minggu kempen pilihan raya, kita berjaya menubuhkan cawangan-cawangan baru PAS di setiap DUN termasuk Muara Tuang yang mana kita berjaya menubuhkan tujuh cawangan baru di kalangan anak anak tempatan.

"Keahlian PAS juga bertambah sepanjang tempoh pilihan raya . . . ini isyarat PAS diterima dan sedia untuk dikembangkan di Sarawak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Timbalan KSU Belia dan Sukan hadapi tuduhan khalwat

Posted: 18 Apr 2011 11:00 PM PDT

GEORGE TOWN, 19 April — Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, dikenakan tuduhan berkhalwat melibatkan pembantu peribadinya, di sini hari ini.

Dia ditahan pihak berkuasa agama negeri bersama pasangannya Nur Diayana Norslan, 30, pada pukul 5 pagi Sabtu lalu.

Salim didakwa di bawah Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nur Diayana pula di bawah Seksyen 27(b).

Kedua-dua Salim dan Nur Diayana meminta mereka dibicarakan.

Jika disabitkan kesalahan kedua-dua mereka boleh didenda hingga RM3,000 atau hukuman penjara lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Syariah Rendah Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Pegawai itu ditangkap khalwat bersama pembantunya di sebuah hotel di Batu Feringghi.

Mereka ditahan dua anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dan seorang anggota polis.

Pegawai kanan terbabit pernah memegang jawatan tinggi dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama lima tahun sebelum dinaikkan pangkat ke jawatannya kini sejak 21 Ogos lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 19 Apr 2011 01:17 AM PDT

Utusan Online - Timur


Ancaman aktiviti pembalakan

Posted:

Ancaman aktiviti pembalakan

Ancaman aktiviti pembalakan

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


Aliran air dari atas Bukit Kabung sudah tidak bersih, berkeladak dan berlumpur akibat aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.


PASIR PUTEH 18 April – Sebelum ini, lebih 700 penduduk di tiga buah kampung dekat sini melalui kehidupan yang aman walaupun mereka hanya bergantung kepada bekalan air bersih dari sebuah bukit berhampiran.

Namun, kehidupan mereka tiba-tiba tergugat angkara pembalakan kawasan hutan dara Bukit Kabung dekat sini yang merupakan nadi kepada sumber bekalan air bersih bagi pelbagai kegunaan harian penduduk termasuk kegiatan pertanian.

Disebabkan sikap tidak peka kerajaan Pas Kelantan meluluskan aktiviti pembalakan itu, penduduk di Felda Teratak Batu, Kampung Gong Kelih dan Kampung Gong Genor berdepan ancaman kemungkinan berlaku hakisan tanah.

Lantaran itu, penduduk terbabit mendesak kerajaan Pas Kelantan segera membatalkan permit pembalakan di kawasan hutan dara itu demi survival mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Mukim Gong Kelih, Mat Lazim Zakaria berkata, kerajaan negeri lebih mementingkan keuntungan apabila meluluskan pembalakan di kawasan berkenaan tanpa memikirkan implikasinya kepada penduduk.

Beliau mendakwa, kesan aktiviti pembalakan menyebabkan bekalan air bersih penduduk yang menggunakan sistem tandak atau takungan terancam, selain kemungkinan hilang punca rezeki apabila tanaman padi dan cili secara berkelompok turut gagal diusahakan.

"Keadaan yang berlaku menyebabkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menghadapi masalah untuk menyedut dan mengalirkan air ke sawah dan kawasan pertanian kerana hampir keseluruhan anak sungai di kaki bukit berkenaan ditimbus tanah berlumpur akibat kerja-kerja pembalakan.

"Pada akhir tahun lalu, penduduk menanggung kerugian apabila tanaman padi tidak menjadi disebabkan ketiadaan punca air. Pada musim ini, mereka turut hilang pendapatan kerana tidak dapat mengerjakan sawah akibat masalah sama," katanya ketika ditemui di Gong Kelih, dekat sini, baru-baru ini.

Mat Lazim mendakwa, penduduk yang tinggal pada aras tinggi di kaki bukit di Teratak Batu juga menghadapi kesukaran bagi membina telaga tiub untuk mendapatkan bekalan air bersih kerana terpaksa menggerudi tanah berbatu.


Anak sungai di kaki Bukit Kabung turut tertimbus disebabkan hakisan sehingga gagal membekalkan sumber air ke kawasan pertanian yang berdekatan.


Dakwanya, masalah itu tidak akan berlaku sekiranya kawasan hutan dara berkenaan tidak diteroka semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Seorang penduduk Teratak Batu, Rozi Ibrahim, 63, mendakwa, hakisan tanah yang berlaku menyebabkan keseluruhan saluran paip utama berukuran lilit 72 sentimeter dan saluran jejari ke rumah penduduk tidak dapat berfungsi akibat dipenuhi lumpur.

"Ketika ini, kerja membalak dihentikan buat sementara waktu kerana kebanyakan pembalak bimbang kegiatan mereka akan dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) setelah mendapati berlaku hakisan teruk sehingga menyebabkan keseluruhan bekas takungan air penduduk tertimbus," katanya.

Rozi mendakwa, tidak ramai penduduk yang mengetahui perkara tersebut kerana mereka perlu meredah hutan dan mendaki bukit sejauh lebih dua kilometer jika hendak melihat tandak yang dibina sekiranya krisis bekalan air bersih berlaku.

"Tindakan pemimpin kerajaan negeri yang tidak bijaksana menyebabkan penduduk terpaksa menerima kesan berpanjangan," dakwanya.

Seorang lagi penduduk, Wan Hussin Wan Ibrahim, 70, pula bimbang kampung mereka akan mengalami tanah runtuh dalam jangka panjang kerana tiada lagi sistem penampan semula jadi setelah pokok-pokok yang ada ditebang.

Beliau mendakwa, bencana itu boleh berlaku disebabkan pemimpin kerajaan negeri lebih mementingkan keuntungan hasil sumber balak berbanding menjaga kebajikan rakyat.

Kesan penerokaan hutan dara tidak dirasai oleh pemimpin kerajaan negeri. Sepatutnya, mereka tidak rakus menggunakan kuasa dengan meluluskan kawasan tadahan hujan untuk diterokai. Bayangkan betapa sukarnya ahli jemaah untuk mengambil air sembahyang di masjid akibat ketiadaan air," katanya.

Wan Hussin berkata, masalah tersebut boleh diatasi sekiranya kerajaan negeri menarik balik permit yang dikeluarkan dan membersihkan timbunan lumpur dalam anak sungai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Air bersih: Penduduk Pasir Puteh berpiket lagi

Posted:

Air bersih: Penduduk Pasir Puteh berpiket lagi

Air bersih: Penduduk Pasir Puteh berpiket lagi


200 penduduk Pasir Puteh berpiket buat kali kedua apabila perkhidmatan bekalan air bersih gagal diselesaikan di hadapan pejabat AKSB, petang kelmarin.


PASIR PUTEH 18 April - Hampir 200 penduduk daerah ini berpiket secara aman buat kali kedua di hadapan pejabat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dekat sini, petang semalam apabila tuntutan memorandum yang dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 7 April lalu tidak mendapat maklum balas positif daripada pihak kerajaan negeri.

Mereka berkumpul selama setengah jam bermula pukul 4.00 petang dengan disertai Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MKPM) Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Penduduk terbabit mengangkat sepanduk sinis "Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan Kami Rakyat Pasir Puteh bersyukur atas keprihatinan kerajaan mengatasi masalah air penduduk - Daripada Rakyat Jajahan Pasir Puteh," selain melaungkan "Kerajaan Negeri Bohong."

Zawawi berkata, kerajaan negeri sepatutnya menyuntik lebih banyak dana untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air bersih kepada penduduk, selain telus dalam perbelanjaan pinjaman mudah berjumlah RM510 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat bagi tujuan berkenaan.

"Saya mewakili rakyat Pasir Puteh mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menjalankan siasatan terhadap penggunaan wang tersebut kerana bekalan air bersih sepatutnya tidak lagi bermasalah sekiranya peruntukan itu digunakan dengan sebaik mungkin," katanya.

Zawawi berkata, rakyat turut marah dengan cadangan kerajaan negeri menyediakan paip khas kepada peniaga di kalangan kroni pemimpin kerajaan, berbanding hospital dan sekolah yang lebih memerlukan bekalan air.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Lembaga Pelawat Hospital Tengku Anis (HTA), Datuk Che Min Che Ahmad berkata, masalah air telah menjejaskan operasi di hospital kerana bekalan air lori yang disediakan oleh AKSB tidak mencukupi.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, pengurusan air di Kelantan sewajarnya diserahkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kerana kerajaan negeri terbukti gagal menguruskan keperluan utama rakyat sejak sekian lama.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang ketika dihubungi pula mengesahkan masalah bekalan air berlaku di semua sekolah di daerah ini dan ia turut mengganggu pembelajaran di makmal sains, kantin, asrama dan tandas.

"AKSB perlu bertindak segera, jangan sampai Jabatan Pelajaran Negeri terpaksa mengambil keputusan memberi cuti sementara kepada beberapa sekolah yang berdepan masalah bekalan air paling kritikal," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peluang pelajar miskin ke UiTM

Posted:

Peluang pelajar miskin ke UiTM

Peluang pelajar miskin ke UiTM

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

RANTAU PANJANG 18 April - Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menyediakan peruntukan khas bagi memberi peluang kepada pelajar miskin dari seluruh negara melanjutkan pengajian di universiti tersebut.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata (gambar), peruntukan itu merangkumi semua kos berkaitan termasuk yuran pengajian.

"UiTM akan tanggung semua kos yang berkaitan. Pelajar terbabit tidak perlu risau tentang perbelanjaan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis UiTM Destini Anak Bangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial, dekat sini kelmarin.

Katanya, kemudahan itu disediakan bagi membela nasib pelajar terbabit agar mereka boleh menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam usaha mengubah nasib keluarga.

Beliau berkata, pada tahun ini UiTM mensasarkan seramai 5,000 pelajar miskin dari seluruh negara menikmati peruntukan khas tersebut.

"Kerajaan sememangnya peka dan amat menyedari bahawa masih ramai anak-anak kita yang layak untuk melanjutkan pengajian, tetapi kerana kekangan kemiskinan maka mereka terpaksa lupakan hasrat dan cita-citanya itu," katanya.

Justeru katanya, transformasi harus berlaku dengan memberikan pendidikan seimbang, sama-rata dan sempurna kepada semua golongan, terutama pelajar miskin.

"Dalam mencapai matlamat tersebut kita merakyatkan UiTM sebagai sebuah universiti yang relevan, dirujuk dan dihormati untuk terus kekal sebagaimana kewujudannya sehingga ke hari ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 18 Apr 2011 11:42 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Langkah kanan usahawan muda

Posted:

Langkah kanan usahawan muda

Langkah kanan usahawan muda

Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my


KEPULAN asap dan percikan api di gerai Burger Junction menarik perhatian orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat cara penyediaan burger istimewa itu.


KEMAS beruniform seperti chef, dua orang lelaki di gerai Burger Junction begitu tekun menyediakan pesanan pelanggan yang berkunjung ke gerai mereka.

Seawal pukul 7 malam, gerai kecil yang terletak di Jalan Pandan Aman, Pandan Indah, Ampang itu dibuka bagi menyambut kehadiran pelanggan yang kebanyakan daripadanya merupakan pelanggan tetap bisnes mereka.

Sekali pandang, mungkin orang ramai beranggapan bahawa ia sekadar menyajikan burger biasa. Namun, sebenarnya terdapat keunikan di sebalik bisnes yang baru memulakan operasi Februari lalu itu.

Menggunakan teknik kukus dan gril untuk memasak burger, pengusahanya Nor Afif Rahimi, 24, ramah bercerita mengenai idea tersebut yang telah wujud sejak dia berumur 18 tahun.

"Jika kita lihat burger biasa yang digoreng, dagingnya akan ditekan-tekan di atas kuali leper hingga menyebabkan jus dalam daging menjadi kering. Teksturnya juga menjadi liat.

"Namun dengan teknik mengukus dan gril, daging burger menjadi lembut lantas membuatkannya mudah dipotong dan dikunyah. Jus berperisa dalam daging juga dapat dikekalkan," jelas Afif.

Pada masa yang sama, menurutnya, teknik tersebut turut menyingkirkan kandungan lemak dalam daging iaitu lemak tersebut akan terkumpul di bahagian bawah pengukus.

Graduan Sains Pentadbiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu memberitahu, sekurang-kurangnya 10 minit diperlukan bagi mengukus burger tetapi tiada masa maksimum diperlukan kerana daging kukus tidak akan terlebih masak.

Burger yang telah dikukus itu akan digril pula di atas bara arang. Lebih menarik, tempurung kelapa juga menjadi bahan bakar bersama-sama arang tersebut dan ia dikatakan mampu menaikkan aroma daging burger.

Afif menolak penggunaan kuali leper yang sering digunakan di gerai-gerai burger lain kerana baginya, burger yang digril dengan tempurung lebih sedap rasanya malah cara tersebut lebih klasik.


PESANAN pelanggan dicatat dengan cermat untuk mengelakkan kekeliruan ketika menyediakan burger.


"Ramai orang beranggapan menggoreng burger di atas kuali leper tersebut sebagai teknik menggril tapi sebenarnya tidak.

"Lagi pula, cara tersebut menyebabkan burger menjadi terlalu berminyak dan mengandungi kolesterol tinggi," katanya.

Jika kebanyakan burger dilengkapkan dengan kepingan timun sebagai elemen sayuran di dalamnya, burger kukus dan gril di Burger Junction itu pula mengekalkan kandungan asal seperti penyediaan burger di negara Barat.

Menurut Afif, burger merupakan makanan asal orang Barat, maka tidak wajar ia disesuaikan dengan selera tempatan. Salad, kuah salad Thousand Island dan sos sudah cukup melengkapkan sebiji burger.

Bagi memberikan kepuasan berganda kepada pelanggan, roti burger yang digunakan Burger Junction ditempah dari sebuah kilang roti di ibu negara. Roti tersebut berjisim 50 gram (g) berbanding roti biasa yang seberat 40g.

Selain itu, Afif juga hanya menggunakan daging burger berkomposisikan 100 peratus daging demi mendapatkan kualiti yang lebih baik daripada burger biasa.

Risiko usahawan muda

Walaupun memiliki ijazah, Afif tidak segan mengusahakan perniagaan burger seperti itu. Mungkin bagi sesetengah orang, menjual burger di jalanan dianggap sebagai satu bisnes picisan.

Seperti yang dijangkakannya, pelbagai kata-kata peluntur semangat telah diterima oleh Afif apabila dia mula-mula menyuarakan keinginan untuk menjalankan perniagaan tersebut. Tidak kenal erti putus asa, semua itu 'ditelan' sahaja untuk dijadikan motivasi.

"Pada mulanya, saya menjalankan perniagaan sate tetapi sambutan kurang menggalakkan jadi saya mengubah haluan kepada burger pula.

"Memang ramai yang bertanya kenapa saya memilih menjual burger sedangkan saya boleh memilih pekerjaan yang lebih terjamin. Namun saya terfikir, jika sesebuah perniagaan itu dijalankan dengan bijak, juallah apa sahaja ia pasti mendatangkan keuntungan," ujarnya.

Semangat untuk berjaya dalam diri anak muda kelahiran Kuala Lumpur ini tidak pernah padam bahkan dia percaya perniagaan burger kukus dan gril yang dijalankannya kini mampu menjanjikan masa depan cerah buatnya.

Menyedari faktor merebut peluang sebagai salah satu resam berniaga, dia tidak mengambil masa yang lama untuk membuka gerai kedua Burger Junction. Awal April lalu, Afif menambah cawangan gerainya di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Risiko yang diambil dirasakan berbaloi kerana sambutan di kedua-dua gerai amat menggalakkan. Dalam sehari, purata 200 biji burger berjaya dijual bagi kedua-dua gerai.


GERAI Burger Junction di Pandan Indah ini tidak putus-putus dikunjungi pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat.


Lelaki yang mempunyai hobi memasak itu menambah, untuk berjaya dalam perniagaan, seseorang itu perlu tampil dengan identiti tersendiri untuk menarik perhatian orang ramai.

Sementara itu, Penaung Kelab Usahawan 1Malaysia (1MYEC), Tan Sri Rozali Ismail berkata, usaha anak-anak muda yang menjalankan perniagaan burger itu wajar dipuji.

Congak masa depan

Menurut Rozali, galakan harus diberikan kepada usahawan-usahawan muda yang ingin membuka perniagaan secara kecil-kecilan.

"Daripada menganggur, lebih baik mereka membuka perniagaan kecil-kecilan seperti berniaga burger, menjual barangan kraftangan, menjual perabot terpakai dan sebagainya.

"Mereka tidak sepatutnya bimbang akan risiko kerana kita akan memberikan bimbingan dan menyediakan seminar bagi mereka yang berminat menjalankan perniagaan," ujar beliau.

Sebagai sebuah kelab yang baru ditubuhkan, Rozali menggalakkan para usahawan muda mendaftar di Dewan Perniagaan Melayu dan 1MYEC bagi menjamin operasi dan pergerakan perniagaan mereka.

Tergolong sebagai usahawan muda membuatkan Afif tidak terkecuali dalam merangka masa depan perniagaan burger kukus dan gril miliknya.

Bakal membuka gerai ketiga di Taman Samudera, Gombak menjelang Mei ini, Afif turut menyasarkan untuk menambah beberapa lagi gerai di sekitar Lembah Klang.

Baginya, perniagaan perlu dijalankan secara berperingkat dan tidak gelojoh mengejar keuntungan.

Afif bagaimanapun menyimpan hasrat. Impian memiliki kios bergerak dijadikan sasaran tertinggi dalam perancangannya memandangkan tidak banyak peniaga burger menggunakan cara tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Variasi menu di Throw-Throw Burger Corner

Posted:

Variasi menu di Throw-Throw Burger Corner

Variasi menu di Throw-Throw Burger Corner

Oleh M. RIZAL BIN NOR
rencana@kosmo.com.my


AMIRUL HAFIZ ABDUL RAZAK (kiri) bersama Azwan Ali Ibrahim sedang menyediakan burger untuk pelanggannya.


KEBIASAANNYA kita hanya dapat menikmati burger ayam, daging lembu dan telur di gerai-gerai burger di tepi jalan.

Namun, bagi pengunjung yang pernah berkunjung ke Throw-Throw Burger Corner yang terletak bersebelahan stesen minyak Shell, Jerantut, Pahang, anda pasti terpegun melihat menu yang disediakan di gerai tersebut.

Pemiliknya, Amirul Hafiz Abdul Razak, 25, menampilkan kelainan dengan menyediakan hidangan burger berasaskan daging rusa, arnab, kambing dan burung unta.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung ke gerai miliknya, Amirul Hafiz telah memperkenalkan burger dinosaur, pattaya dan burger kukus.

"Saya ingin mencari kelainan daripada peniaga lain selain mengubah cita rasa penggemar burger di sini yang sebelum ini hanya menikmati sajian daging lembu dan ayam selain telur.

"Gerai yang berwarna merah juga telah berjaya menarik perhatian orang ramai untuk mendekati gerai saya sekali gus mencuba menunya," katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada masa sama, keunikan turut ditampilkan pada setiap daging yang dimasak. Setiap bahan makanan itu akan diperap di dalam sos lada hitam terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Menurutnya, beliau tergerak hati untuk mencipta menu baru selepas mencuba burger istimewa yang dibeli di gerai milik kawannya di daerah yang sama.

Disalut dua telur

Sebaik pulang ke gerainya yang beroperasi sejak Januari lalu, Amirul Hafiz telah mencipta menu baru iaitu burger disalut menggunakan dua biji telur dan diberi nama burger pattaya.

"Saya tidak menyangka burger pattaya mendapat sambutan hebat dalam kalangan pelanggan.

"Disebabkan tidak cukup tenaga untuk menjalankan perniagaan seorang diri, saya telah melatih seorang pekerja, Azwan Ali Ibrahim, 20, berasal dari Semporna, Sabah untuk membantu saya setiap hari," ujarnya yang mempunyai Sijil Pengendalian Makanan dari Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP).

Selepas kejayaan mencipta burger pattaya, Amirul Hafiz yang gemar memasak sejak berusia 12 tahun telah mencipta satu lagi menu yang kini amat digemari para pelanggannya iaitu burger dinosaur.

Beliau berkata, burger dinosaur dinamakan sedemikian kerana ia menggunakan roti yang lebih besar untuk mengapit tiga keping daging dan sayur serta disaluti telur.


Amirul Hafiz (tengah) bersama Azwan (kanan) dan Sakinah mempamerkan pelbagai jenis burger lazat di gerai mereka.


"Semakin hari semakin ramai pelanggan yang datang untuk mencuba burger dinosaur kerana ia boleh dijadikan hidangan keluarga memandangkan saiznya yang lebih besar," katanya.

Amirul Hafiz memberitahu, idea untuk menghasilkan burger besar itu dicetuskan oleh sepupunya, Sakinah Syed Ali.

"Sepupu saya (Sakinah) begitu tertarik dengan iklan burger bersaiz besar dalam majalah dan menyuruh saya membuatnya sebagai menu baru. Sekarang hasilnya amat membanggakan kerana menu ini mendapat sambutan baik," ujar anak sulung daripada tiga beradik itu.

Sambutan memberangsangkan

Pada mulanya, beliau mengakui tidak yakin untuk mencipta resipi baru kerana bimbang gagal menarik minat penggemar burger khususnya di daerah Jerantut.

Namun siapa sangka, kreativiti menu baru yang diperkenal olehnya berjaya menarik ramai pelanggan tanpa mengira usia dan kaum.

"Sebelum ini, saya menjual kira-kira 80 biji burger sahaja setiap hari namun sejak kemunculan menu-menu baru, jualan harian kini mencecah 150 biji.

"Saya sangat bersyukur kerana berkat usaha dan dorongan daripada pelbagai pihak, gerai saya mula dikenali ramai," jelasnya dengan nada gembira.

Ditanya mengenai perancangan pada masa depan, anak muda itu memasang impian untuk membina sebuah gerai berkonsepkan kabin ala Inggeris dengan menyediakan pelbagai makanan Barat.

"Saya tidak berminat untuk membuka restoran kerana saya lebih suka kedai yang berbentuk kabin seperti yang terdapat di negara Barat kerana lebih senang diuruskan," katanya yang turut berkebolehan sebagai ahli silap mata.

Selain menjalankan perniagaan di gerainya, Amirul Hafiz turut menerima tempahan daripada orang ramai dan mereka yang berminat boleh menghubungi talian 019-990 3996.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 18 Apr 2011 11:42 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Trio 'Datuk T' berhadapan tindakan undang-undang

Posted:

Trio 'Datuk T' berhadapan tindakan undang-undang

Trio 'Datuk T' berhadapan tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR 18 April - Trio 'Datuk T' mungkin berhadapan tindakan undang-undang jika Peguam Negara (AG) memutuskan pendakwaan atas kesalahan menayangkan rakaman video seks yang pelakon lelakinya didakwa mempunyai mirip wajah seorang pemimpin parti pembangkang baru-baru ini.

Tindakan terhadap ketiga-tiganya iaitu Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim boleh dilakukan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pendakwaan itu bergantung kepada AG yang akan membuat keputusan selepas melihat laporan hasil siasatan polis.

"Ada kemungkinan (pendakwaan), tetapi polis membuat tindakan apabila mendapat keputusan AG," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, polis dijangka menyerahkan laporan lengkap siasatan rakaman video seks itu kepada AG, Rabu ini, berikutan masih terdapat beberapa perkara lagi perlu diselesaikan.

"Namun, itu adalah cadangan tarikh penyerahan dan ia belum dipastikan lagi, memandangkan hingga kini masih ada beberapa perkara yang perlu diperjelaskan dalam laporan itu," katanya.

Bagaimanapun, difahamkan pihak polis masih buntu dengan satu lagi bukti kes iaitu jam tangan Omega yang sehingga kini masih belum dipastikan pemiliknya.

Dalam perkembangan sama, ditanya tentang dakwaan penahanan seorang wanita yang dipercayai pelacur dari China yang juga 'pelakon' video terbabit, Acryl Sani menafikan perkara itu.

Beliau turut menolak dakwaan, pihak polis telah menemui wanita yang dapat membantu siasatan kes tersebut.

"Wanita China itu tiada dalam tahanan kami," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siasatan forensik temui DNA

Posted:

Siasatan forensik temui DNA

Siasatan forensik temui DNA

KUALA LUMPUR 18 April - Siasatan forensik dalam kes kematian Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang mayatnya ditemui di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada 6 April lalu, dipercayai hanya menemui asid deoksiribonukleik (DNA) milik Penolong Pengarah Kastam Selangor itu di bangunan tersebut.

Menurut sumber, hasil siasatan itu menemui DNA milik Ahmad Sarbani di lokasi kejadian termasuk di tingkap bangunan tersebut yang baru beroperasi penghujung tahun lalu.

"Bangunan tersebut masih belum dirasmikan dan oleh itu kesan DNA mudah ditemui," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber, pihaknya juga percaya polis dapat menyelesaikan kes berikutan bukti kukuh berupa dokumen dibawa Ahmad Sarbani ketika kejadian selain maklumat penting terkandung di dalam telefon bimbit miliknya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah memberitahu, pihaknya masih belum menerima laporan kimia dan patologi kes tersebut tetapi dijangka minggu ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 18 Apr 2011 11:18 PM PDT

Utusan Online - Politik


Lapan bekas menteri angkat sumpah

Posted:

Lapan bekas menteri angkat sumpah

Lapan bekas menteri angkat sumpah

Oleh SOPI SAMAILE dan MOHD. ZAAIN MD. ZIN
pengarang@utusan.com.my

KUCHING 18 April - Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sarawak mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebagai anggota Kabinet atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Kompleks DUN Bangunan Baru di Petra Jaya di sini hari ini.

Ahli-Ahli Kabinet tersebut terdiri daripada bekas menteri dengan lima daripadanya daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan masing-masing seorang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).

Mendahului upacara mengangkat sumpah yang turut disaksikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud ialah Timbalan Ketua Menteri yang juga Timbalan Presiden PBB, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Presiden PRS, Datuk Seri James Jemut Masing; Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan Ikom serta seorang lagi Timbalan Presiden PBB, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg.

Empat lagi ADUN yang turut mengangkat sumpah ialah Timbalan Setiausaha Agung SUPP, Datuk Seri Wong Soon Koh; Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan; Naib Presiden PBB, Datuk Seri Michael Manyin Jawong dan Timbalan Ketua Wanita PBB, Datin Fatimah Abdullah.

Bagaimanapun, kesemua ahli MMKN itu belum lagi dimaklumkan portfolio masing-masing sama ada pertukaran atau sebaliknya, namun difahamkan perkara mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi.

Pada malam Sabtu lalu, Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri selepas BN menang 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.

Hadir sama menyaksikan majlis angkat sumpah tersebut ialah bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam yang tewas kepada calon DAP di kerusi DUN Piasau dengan majoriti 1,582 undi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hubungan kaum: DAP bertanggungjawab

Posted:

Hubungan kaum: DAP bertanggungjawab

Hubungan kaum: DAP bertanggungjawab

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 April - DAP perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika berlaku sebarang kejadian yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan etnik di Sarawak selepas ini.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana DAP merupakan dalang utama yang membangkitkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat Cina semasa kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 serta ketika mereka meraikan kemenangan.

Pada masa yang sama katanya, masyarakat Cina Sarawak juga perlu berani berdepan dengan segala akibat kerana membenarkan sebuah parti politik yang cauvinis dan perkauman bertapak dengan bergaya di negeri tersebut.

Menurutnya, kini semua pihak sudah membuka mata mengenai tebalnya sikap cauvinis dan perkauman Lim Kit Siang serta anaknya, Lim Guan Eng.

"DAP semasa berkempen bukan sahaja membakar sentimen perkauman di kalangan pengundi tetapi ucapan Kit Siang sebaik sahaja parti itu menang bergaya juga menunjukkan sikap cauvinisnya yang sebenar.

"Kit Siang bukan sahaja membangkitkan sentimen perkauman tetapi mendabik dada dengan mengisytiharkan matlamat DAP telah berjaya," kata Azwanddin dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan DAP yang sanggup memperjudikan keharmonian antara kaum apabila berterusan membangkitkan sentimen perkauman dalam kempen mereka di Sarawak.

Hakikat itu diakui pelbagai pihak dan hasilnya, DAP berjaya memenangi 13 daripada 15 kerusi yang ditandingi iaitu peningkatan sekali ganda berbanding keputusan pilihan raya negeri 2006.

Menurut Azwanddin, semua pihak terutamanya masyarakat bumiputera yang termakan dengan janji pembangkang perlu sedar bahawa negara ini dikhuatiri akan berada dalam keadaan tidak menentu jika DAP lebih berkuasa.

Katanya, jika sentimen sebegitu yang disemai semasa berkempen dan semasa meraikan kemenangan, beliau percaya pendekatan yang sama juga akan dilakukan pada pilihan raya umum akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 18 Apr 2011 07:46 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Khairudin menangis kena soal

Posted:

Khairudin menangis kena soal

Khairudin menangis kena soal

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 April – Seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada malam Teoh Beng Hock disoal siasat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor tiba-tiba menangis selepas tidak sampai setengah jam memberi keterangan dalam prosiding suruhanjaya di sini hari ini.

Mohd. Khairudin Denan, 56, dilihat tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja mendengar komen Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen tentang kegagalannya membuat rondaan di dalam pejabat berkenaan pada malam tersebut.

Terdahulu, semasa ditanya oleh peguam yang mewakili SPRM, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, Mohd. Khairudin menjelaskan tugasnya menjaga keselamatan dokumen-dokumen kerajaan, mengawal keluar masuk serta membuat rondaan bagi memastikan lampu-lampu ditutup.

Semasa bertugas antara pukul 12 tengah malam dan 8 pagi, 16 Julai 2009, saksi mengaku serta bersumpah, dia tidak membuat rondaan kerana merasakan keadaan di pejabat selamat selain tidak tergerak hati untuk berbuat demikian.

"Saya tidak meronda sebab Allah tidak menggerakkan hati saya,'' kata Mohd. Khairudin.

Jawapan tersebut menyebabkan Cheng Yuen berkata: ``Kalau Tuhan tidak suruh awak buat rondaan, jadi awak tidak buat. Bergantung kepada Tuhan. Kalau begini setiap hari, jadi awak tidak perlu buat".

Mohd. Khairudin dilihat terdiam dan terus tunduk sambil menangis sebaik sahaja mendengar kata-kata itu sehingga terpaksa dihulurkan tisu untuk mengelap air mata.

Prosiding yang pada mulanya ditangguhkan selama lima minit bagi memberi ruang untuk saksi bertenang bagaimanapun berlanjutan selama satu jam apabila lelaki itu kemudiannya diambil keterangan secara tertutup di dalam kamar oleh seorang daripada panel suruhanjaya, Profesor Dr. Mohamed. Hatta Shaharum.

Sebelum ini, pegawai penyiasat SPRM, Mohd. Anuar Ismail ketika memberi keterangan dalam prosiding suruhanjaya juga menangis apabila Cheng Yuen bertanya adakah saksi ditenangkan oleh isterinya ketika dia pulang untuk memastikan keluarganya dalam keadaan selamat berikutan insiden kematian Beng Hock.

Pada Khamis lalu, prosiding sedikit gempar apabila Mohd. Khairudin didakwa menipu serta mendapat tunjuk ajar untuk memberi keterangan selepas sehelai nota bertaip dan bertulis tangan serta sebuah diari yang mengandungi beberapa catatan berkaitan ditemui bersamanya di dalam kandang saksi.

Mohd. Khairudin bagaimanapun menjelaskan nota itu sebagai persediaan kerana ini merupakan pertama kali dia memberi keterangan di mahkamah manakala diari itu pula diambil dari bakul sampah dalam pejabat SPRM apabila melihat ia mengandungi ayat-ayat al-Quran dan tidak wajar dibuang sebegitu.

Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini akan bersambung esok.

Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada exco Selangor, Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Graduan tikam kekasih kekal dipenjara

Posted:

Graduan tikam kekasih kekal dipenjara

Graduan tikam kekasih kekal dipenjara

PUTRAJAYA 18 April - Seorang graduan sebuah universiti tempatan kekal dipenjara empat tahun setelah Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuannya atas kesalahan menghalang bayi berusia lapan bulan yang dikandung oleh teman wanitanya daripada dilahirkan dengan cara menikam perut mangsa menggunakan pisau.

Panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff sebulat suara menolak rayuan akhirnya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 10 September 2009.

Ekoran keputusan yang turut dicapai oleh Hakim Datuk Ahmad Maarop dan Hakim Datuk Azhar Ma'ah itu, lelaki terbabit yang kini berusia 23 tahun terlepas peluang menghadiri upacara konvokesyennya yang dijadualkan berlangsung beberapa bulan lagi.

Pemuda itu yang ketika kejadian berusia 17 tahun disabitkan atas tuduhan menikam perut gadis sebayanya di antara pukul 12 tengah hari dan 1 petang, 11 September 2005 di sebuah rumah di Kampung Endah, Tanjung Sepat, Banting, Selangor.

Dia yang mengaku bersalah atas tuduhan pilihan diperintah oleh Mahkamah Kanak-Kanak Telok Datok ditahan di Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun sehingga mencapai usia 21 tahun.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang menjalankan kuasa semakan menggantikan perintah itu dengan hukuman penjara empat tahun.

Pemuda terbabit diwakili oleh peguam Azizzul Shariman Mat Yusoff manakala Timbalan Pendakwa Raya, Fatnin Yusof mewakili pihak pendakwaan.

Fakta kes menyatakan, pada hari kejadian, pasangan itu melakukan hubungan seks sebelum bertengkar kerana perayu tidak berpuas hati berhubung bayi yang dikandung oleh kekasihnya.

Mangsa mengalami pendarahan yang banyak setelah sebilah pisau berukuran lapan inci tercucuk di perutnya sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Banting.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 18 Apr 2011 07:29 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Kelebihan kanak-kanak di taska

Posted:

Kelebihan kanak-kanak di taska

Kelebihan kanak-kanak di taska

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


Sebahagian kanak-kanak bersedia untuk bersarapan pagi sambil diawasi oleh dua orang pengasuh di Taska Tiara Murni, Kuantan, baru-baru ini. – Utusan/khairatul ainal abdul karim


KUANTAN 18 April – Suatu ketika dahulu, hanya golongan bapa keluar bekerja mencari nafkah tetapi kini wanita juga memikul beban yang sama bagi menambah pendapatan keluarga.

Namun, timbul persoalan, jika ibu juga keluar bekerja, bagaimana dengan penjagaan anak-anak? Siapakah yang bertanggungjawab menjaga dan memantau aktiviti harian mereka?

Apakah meninggalkan anak-anak untuk dijaga oleh neneknya adalah sesuatu yang wajar? Atau adakah taman asuhan kanak-kanak atau ringkasnya taska merupakan alternatif terbaik?

Itu adalah dilema yang sering dihadapi oleh kebanyakan keluarga apabila ibu bapa bekerja.

Dengan senario masa kini yang menakutkan berikutan kes penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi, ibu bapa yang bekerja terus dihimpit dilema.

Segala-galanya terletak di tangan ibu bapa itu sendiri dalam mencorak dan memastikan keselamatan anak-anak.

Seorang pengusaha taska di Jalan Mat Kilau di sini, Norbaizura Ariffin, 50, menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak di bawah seliaan taska daripada menghantar anak ke rumah orang lain.

Ini kerana di taska, katanya, kanak-kanak dikawal rapi dari segi keselamatan dan pemakanan.

Di taska juga katanya, pemakanan kanak-kanak tersebut begitu dititikberatkan supaya mereka dapat membesar dengan sihat.

"Kanak-kanak akan diberi makanan berkhasiat seperti bijirin, roti, telur, sup sayur, daging, ayam, biskut dan bihun goreng.

"Di sini, kami sentiasa memastikan makanan yang dihidangkan kepada kanak-kanak mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan kalsium untuk keperluan tumbesaran mereka," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Norbaizura yang mendapat sokongan kuat daripada suami, Akmal Yahya, 53, berkecimpung dalam bidang pengasuhan kanak-kanak hampir enam tahun lalu berkata, kanak-kanak juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat.

Sebaik sahaja ibu bapa menghantar anak-anak, ujarnya, pengasuh telah bersiap-sedia dengan aktiviti menyeronokkan.

"Di taska, aktiviti dijalankan turut mengambil kira faktor umur dan keupayaan kanak-kanak itu sendiri.

"Misalnya, bayi berusia tiga hingga 12 bulan akan melakukan aktiviti seperti mendengar muzik, menggenggam jari, sentuhan, main alat yang mengeluarkan bunyi atau tindak balas cermin.

"Kanak-kanak berusia dua hingga empat tahun pula lebih cenderung melibatkan diri dalam aktiviti mengenal warna, saiz, melukis, menghasilkan kraf tangan, menyanyi, berdrama dan menari," katanya.

Norbaizura berkata, aktiviti paling digemari kanak-kanak di taskanya ialah sesi bercerita dan lakonan.

Menerusi cerita dan lakonan yang disampaikan guru, katanya, kanak-kanak bukan sahaja terhibur malah mudah memahami apa yang hendak disampaikan dalam kisah tersebut.

"Kanak-kanak akan berasa gembira dan terhibur apabila permainan mereka diselitkan dengan pelbagai informasi dan pendidikan.

"Justeru, saya kurang bersetuju apabila terdapat segelintir ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka bermain kerana menganggap sesi bermain hanya merugikan dan membuang masa.

"Aktiviti ini juga merupakan salah satu persediaan diri kanak-kanak untuk menempuh alam remaja dan dewasa," ujar Norbaizura yang mengusahakan taska selain sebuah tadika dan pusat jagaan di sini.

Tambahnya, jika ibu bapa melihat anak-anak mereka bermain pasir, jangan cepat melenting tetapi seelok-eloknya memberitahu mereka bahawa pasir tidak elok untuk dijadikan alat mainan.

"Beritahu anak-anak, terdapat bermacam-macam benda dalam pasir, antaranya bakteria yang boleh mendatangkan penyakit," ujarnya.

Selain itu, Norbaizura memberitahu, gerak-geri kanak-kanak sering diawasi oleh pengasuh.

Di taskanya juga, kata beliau, kanak-kanak dilarang bermain di luar premis tanpa pemantauan pengasuh.

"Ancaman keselamatan seperti kemalangan, terjatuh dalam longkang atau bermain alatan tajam, bergaduh dengan rakan mungkin berlaku.

Namun, dengan kecekapan pengasuh terlatih di sini serta diiktiraf, ancaman keselamatan seumpama itu boleh dielakkan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perlu selidik taska sebelum hantar anak

Posted:

Perlu selidik taska sebelum hantar anak

Perlu selidik taska sebelum hantar anak

KUANTAN 18 April - Ibu bapa perlu meneliti beberapa aspek penting sebelum menghantar anak ke taman asuhan kanak-kanak (taska) bagi jaminan keselamatan.

Taska yang 'hebat' dilengkapi perabot, permainan dan kelengkapan mewah atau pernah memenangi anugerah tidak boleh dijadikan ukuran dalam pemilihan tersebut.

Seorang kakitangan awam, Wan Norakmal Hayati Wan Salim, 36, berkata, setiap ibu bapa perlu menyelidik latar belakang dan kemampuan sesebuah taska.

Selain itu, katanya, ibu bapa perlu mendapatkan maklum balas daripada penjaga lain yang pernah menghantar anak mereka di taska berkenaan.

"Setakat ini saya berpuas hati dengan layanan yang diberikan pihak taska terhadap anak-anak saya," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Seorang peniaga, Norhuda Ali, 57, berkata, banyak kebaikan yang diperoleh dengan menghantar anak-anak ke taska berbanding dijaga oleh orang lain di rumah.

"Di taska masa anak-anak dipenuhi dengan aktiviti yang sesuai dengan umur mereka mengikut jadual yang disediakan.

"Mereka berpeluang berinteraksi dengan rakan-rakan sekali gus meluaskan pandangan mereka selain dapat ramai kawan. Ia secara tidak langsung membantu meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak tersebut," katanya.

Rakannya, Rosni Sulong, 42, pula berkata, kanak-kanak diajar berdikari seperti menyimpan kasut mereka sendiri di rak disediakan dan meletakkan pinggan di sinki selepas makan.

"Ini menerapkan sifat bertanggungjawab dan meningkatkan disiplin mereka. Dari segi kerohanian pula, mereka diajar menghafal doa-doa harian, surah-surah pendek dan meningkatkan siasah diri.

"Saya memang menggalakkan ibu bapa yang bekerja menghantar anak-anak ke taska tetapi pastikan taska itu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pinjaman tiga badan berkanun

Posted:

Pinjaman tiga badan berkanun

Pinjaman tiga badan berkanun

KUANTAN 18 April – Sebanyak tiga badan berkanun di negeri ini sedang dalam proses membuat pembayaran balik pinjaman kepada kerajaan negeri mengikut jadual yang ditetapkan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ketiga-tiga badan berkanun itu adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Amanah Saham Pahang Berhad dan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP).

"Kerajaan negeri tidak begitu ketat dalam meminta bayaran balik pinjaman daripada badan berkanun terbabit," katanya ketika menjawab soalan Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Menurut Adnan, ini berikutan badan-badan berkanun tersebut terlibat dalam memberi perkhidmatan sosial kepada rakyat.

"Jadi perkara pembayaran ini begitu tidak begitu ketat. Badan berkanun negeri dan kerajaan negeri seperti anak beranak," jelasnya.

Menjawab soalan Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (BN-Tahan) beliau berkata, sebanyak 27 asrama harian sekolah rendah dan 10 asrama desa telah dibina di negeri ini.

Beliau memberitahu, asrama desa diwujudkan sekitar 1960 hingga 1980 untuk pelajar yang tinggal jauh di pedalaman kerana perhubungan yang sukar untuk ke sekolah setiap hari.

"Kesemua 50 pelajar yang tinggal di asrama itu dikecualikan daripada sebarang bayaran kerana ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran melibatkan kos pengurusan dan penyediaan makanan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 18 Apr 2011 07:06 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Dr M: Politik rasis DAP kini menular di S'wak

Posted: 18 Apr 2011 04:28 AM PDT

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak membuktikan bahawa DAP berjaya membawa 'jenama politik perkauman' ke negeri terbesar di Malaysia itu.

chedet mahathir blog 020508Dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa sebelum ini, semua kaum berkerjasama dengan satu sama lain demi pembangunan Sarawak.

"Saya ucapkan tahniah kepada DAP kerana membawa politik perkauman ke Sarawak. Sekarang kita dengan jelas melihat masyarakat Cina menolak hubungan pelbagai kaum. Mereka kini dijangkiti virus perkauman yang menjadi asas perjuangan DAP," tulisnya.

"Malaysia menghadapi bahaya terbahagi kepada dua parti - satu Melayu yan didominasi daripada 'default' dan satu lagi Cina melalui pilihan.Sistem dua parti yang berasaskan perkauman tidak akan menyumbang kepada kestabilan, apa lagi perpaduan negara."

NONEPada pilihan raya ke-10, Sabtu lalu, Pakatan Rakyat yang diterajui DAP memenangi 15 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Mengenai pilihan raya umum ke-13 akan datang, mantan perdana menteri itu berkata beliau berharap dan berdoa corak di Sarawak tidak akan diulang di seluruh Malaysia.

"Biar kita berfikir secara berhati-hati sama ada kita mahu memecahkan negara ini atau bersedia berkorban sesuatu bagi mengekalkan kestabilan dan pembangunan menerusi gabungan BN," katanya.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pakar: Lynas jauh lebih teruk dari Bukit Merah

Posted: 18 Apr 2011 04:10 AM PDT

Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

NONEIni adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.

Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk.

Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.

Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium - elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya.

NONEJayabalan sebaliknya berkata sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan.

"Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," katanya kepada kira-kira 500 orang di ceramahnya di Kuantan pada malam Ahad lalu.

"Dan mungkin juga pihak berkuasa adalah betul kerana thorium adalah sisa tahap rendah (radioactive) dan mereka dakwa ini adalah selamat.

"Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda... ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif," katanya.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 18 Apr 2011 03:33 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Bukan rasis tetapi strategi

Posted:

Bukan rasis tetapi strategi

Bukan rasis tetapi strategi

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SESUATU yang menarik berlaku di lobi Parlimen semalam, apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ditanya apakah tindakan yang akan diambil ke atas Mingguan Malaysia berikutan tulisan Awang Selamat dalam ruangan pojoknya di akhbar tersebut menyentuh mengenai sikap pengundi Cina. Soalan yang dikemukakan kepada Hishammuddin jelas menjurus ke arah desakan supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan, atas alasan Awang Selamat dan Mingguan Malaysia bersikap perkauman.

Tetapi Hishammuddin bijak memberi jawapan. Beliau menganggap seperti juga akhbar-akhbar lain, akhbar Mingguan Malaysia berhak untuk memberikan idea serta membuat ulasan mengenai sentimen dalam landskap politik negara. "Itu hanya idea, kita lihat akhbar The Star, mereka juga bercakap mengenai pelbagai sentimen dalam politik negara, kita lihat juga akhbar berbahasa Cina, saya pantau laporan mereka mengenai sentimen politik negara adalah begitu teruk sekali.

"Bagaimanapun, kita perlu memberikan semua akhbar-akhbar ini ruang kerana mereka tahu landskap politik negara yang kini bukan sahaja telah berubah, malah jauh lebih berbeza daripada sebelum ini.'' Itulah jawapan tegas yang diberikan Hishammuddin sekali gus menutup mulut pihak-pihak tertentu terutamanya daripada media pro pembangkang yang mahu sesuatu dilakukan ke atas Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang dianggap akhbar rasis.

Sepatutnya sebelum pihak-pihak berkenaan membuat tafsiran atau andaian apatah lagi memutar belit fakta, mereka perlu mengkaji terlebih dahulu apa yang dimaksudkan oleh Awang Selamat dalam ruangan berkenaan. Awang Selamat tidak menyatakan BN perlu menolak undi Cina, sebaliknya mencadangkan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu.

Malahan Awang Selamat juga menegaskan, BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina, walaupun senario itu mahu dielakkan. Tetapi malangnya tulisan berkenaan tidak dibaca dalam konteks sebenar, maka wujud pelbagai tafsiran membuta-tuli yang boleh mengusutkan keadaan.

Persoalannya, apakah masyarakat Cina begitu istimewa sehinggakah tiada siapa pun boleh mengupas atau memberikan pandangan terhadap sebarang tindakan mereka?

Kita bukanlah ingin mencetuskan isu perkauman tetapi sekadar bertanya memandangkan selama ini apabila media-media pro pembangkang membangkitkan sesuatu perkara berkaitan orang Melayu, tiada pula ia dianggap perkauman.

Tetapi kenapakah apabila Awang Selamat hanya sekadar memberikan pandangan, ia dianggap tindakan perkauman dan perlu dikenakan tindakan.

Bagaimana pula dengan tulisan-tulisan di dalam akhbar-akhbar Cina. Sesiapa juga yang mengikut ruangan 'Dari akhbar Cina' dalam Utusan Malaysia akan mendapati betapa rasisnya sesetengah tulisan sehingga ada antara tulisan itu memperlekehkan usaha kerajaan, menyindir orang Melayu dan memburukkan bekas-bekas pemimpin negara.

Jangan lupa ada sesetengah tulisan memberi pandangan bagaimana kaum Cina bangkit menguasai politik, tetapi orang Melayu tidak marah atau melenting kerana menganggap itu hak penulis berkenaan memberikan pandangan.

Oleh itu, Hishammuddin telah memberikan jawapan yang bijak dengan menyatakan laporan akhbar berbahasa Cina mengenai sentimen politik negara lebih teruk sekali.

Berdasarkan jawapan itu, mana-mana pihak tidak perlu sensitif tidak tentu fasal sehinggakan kalau ada sesiapa hendak menyentuh soal pendirian masyarakat Cina, ia dianggap perkauman.

Tidak salahnya kita memberikan pandangan berdasarkan realiti semasa dan dalam konteks ini, Awang Selamat memberikan pandangan berlandaskan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.

Sesiapa juga yang mengikuti keputusan berkenaan akan membuat andaian dan cadangan yang sama kerana jelas majoriti masyarakat Cina di Sarawak tidak memihak kepada BN biarpun kerajaan BN sudah melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan taraf hidup mereka, selain memenuhi segala permintaan mereka.

Kejayaan DAP meraih 12 kerusi berbanding enam kerusi pada 2006 menjadi bukti bahawa masyarakat Cina memang tidak menyebelahi BN.

Jika senario ini berterusan, sudah pastilah ia membahayakan BN dalam pilihan raya umum akan datang. BN selama-lamanya tidak boleh menggunakan strategi lama atau bergantung kepada sesuatu kelompok sahaja untuk terus berkuasa.

Oleh itu, tidak salah jika BN seperti mana cadangan Awang Selamat mencari strategi baru dan bukannya 'terus merayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP.'

Senario ini juga sudah berlaku di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini seperti di Hulu Selangor, Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau. Walaupun BN menang tetapi tahap sokongan masyarakat Cina kepada parti itu masih rendah, biarpun segala permintaan mereka dipenuhi.

Apabila Awang Selamat mengemukakan cadangan supaya BN mencari kaedah baru bagi menghadapi kemungkinan kehilangan sokongan pengundi Cina, ia bukanlah rasis tetapi strategi berlandaskan realiti landskap politik negara yang semakin berubah.

Ini samalah juga ketika di Galas dahulu apabila BN terpaksa mengubah strategi dengan memastikan sokongan Orang Asli meningkat memandangkan pengundi Melayu berpecah kepada dua kumpulan berikutan pertembungan dengan Pas.

Ketika itu tidak ada pula orang Melayu menuduh BN mengetepikan mereka kerana memahami itu sebahagian daripada percaturan strategi dalam pilihan raya, tetapi kenapa pula apabila sesuatu pandangan itu berkait dengan kaum Cina ia dianggap rasis?

Justeru janganlah melatah tidak tentu hala sedangkan kalau dikaji sesetengah laporan yang dibuat oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina bukan sahaja 'rasis', malahan cukup menyakitkan hati orang-orang Melayu.

Begitu juga sikap sesetengah portal pro pembangkang yang sering menyiarkan artikel atau kenyataan yang boleh ditafsirkan berbaur perkauman. Namun, tidak ada pula mana-mana pihak yang kononnya anti perkauman menyuarakan pandangan atau membuat desakan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Tetapi apabila Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia membangkitkan sesuatu isu berkaitan dengan kepentingan orang Melayu atau menyentuh sikap kaum Cina terus sahaja dituduh perkauman.

Sudah pastilah isu ini tidak akan diam begitu sahaja kerana akan ada pemimpin-pemimpin pembangkang Melayu akan mengambil kesempatan.

Mereka akan membuat pelbagai tuduhan bukan sahaja kepada Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia tetapi juga Hishammuddin yang pastinya akan dituduh 'berat sebelah'.

Apa pun, rakyat sudah bijak menilai segala yang berlaku termasuklah bagaimana istimewanya layanan kerajaan BN kepada pengundi Cina setiap kali pilihan raya tetapi akhirnya undi mereka entah ke mana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dibelenggu lonjakan inflasi

Posted:

Dibelenggu lonjakan inflasi

Dibelenggu lonjakan inflasi

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

INFLASI! Bagi rakyat biasa di mana-mana negara seluruh dunia, perkataan ini hanya mempunyai makna yang negatif iaitu kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Situasi global jelas menunjukkan inflasi berlaku di semua sektor yang akhirnya memberi kesan paling mendalam kepada rakyat terutamanya penduduk berpendapatan rendah dan miskin di negara-negara dunia ketiga.

Zon Eropah yang merangkumi 17 buah negara pada bulan lalu mencatatkan peningkatan kadar inflasi paling tinggi dalam tempoh 29 bulan. Amerika Syarikat (AS) juga mencatatkan 0.5 peratus peningkatan inflasi kepada 2.1 peratus untuk Februari 2011.

Sri Lanka, India dan Indonesia merupakan antara negara yang mencatatkan kadar inflasi yang tinggi tetapi jauh ketinggalan berbanding Vietnam yang mencatatkan rekod peningkatan inflasi paling pantas di Asia dan tertinggi dalam tempoh dua tahun.

Filipina mengekalkan kadar inflasi 4.3 peratus untuk Januari dan Februari, China 4.9 peratus dan Singapura lima peratus (Februari). Thailand dan Malaysia pula mencatatkan antara kadar inflasi paling rendah di rantau ini dengan masing-masing 2.8 peratus dan 2.9 peratus untuk bulan Februari.

Namun, kadar inflasi Malaysia merupakan tertinggi dalam tempoh 22 bulan sementara Thailand turut mencatatkan kenaikan paling tinggi sejak 29 bulan lalu selepas rekod untuk bulan Mac 2011 melonjak kepada 3.14 peratus.

Jelas daripada rumusan tersebut, hampir semua negara di Asia dan seluruh dunia kini dibelenggu lonjakan inflasi yang dikaitkan dengan harga komoditi global.

Bank Pembangunan Asia (ADB) pula mengeluarkan amaran rantau Asia perlu mengawal kadar inflasi berikutan kenaikan mendadak kos makanan yang berlaku sepanjang Februari lalu boleh menggoncang kestabilan pembangunan rantau ini serta membawa kepada ketidakseimbangan pendapatan dan meningkatkan tekanan sosial masyarakat setempat.

ADB juga menjangkakan kadar inflasi rantau Asia akan melonjak kepada 5.3 peratus berbanding 4.4 peratus tahun lalu berikutan krisis nuklear di Jepun dan pergolakan di Timur Tengah.

Berdasarkan rekod terdahulu, purata inflasi jangka panjang di Malaysia adalah 2.9 peratus iaitu antara paling rendah di rantau ini. Namun, beberapa kejadian inflasi tinggi dicatatkan dalam tempoh 50 tahun lalu iaitu pada pertengahan 1970-an, awal 1980-an, 1990-an dan lewat tahun 2000.

Kejadian sekitar 1970-an dan 1980-an berkaitan harga makanan dan minyak dunia, 1990-an disebabkan permintaan domestik yang kukuh dan aliran masuk modal yang besar sementara inflasi sejak tahun 2000 dikaitkan dengan peningkatan berterusan harga komoditi global.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan baru-baru ini menyatakan tiga penyumbang utama peningkatan harga komoditi dunia iaitu faktor cuaca, kapasiti pengeluaran dan dasar larangan eksport.

Cuaca di seluruh dunia yang semakin sukar diramal telah menjejaskan pengeluaran termasuk di Rusia dan Kazakhstan yang dilanda kemarau sementara India dan Australia dilanda banjir.

Kapasiti pengeluaran makanan global yang cuma meningkat antara satu dan dua peratus setahun juga tidak dapat menampung keperluan penduduk dunia yang meningkat empat peratus setahun.

Berikutan kebimbangan terhadap bekalan, beberapa negara turut menghentikan eksport produk tertentu seperti Rusia yang melarang eksport gandum dan India melarang eksport bawang merah.

Kerajaan kini memantau 12 jenis bahan makanan yang dikategorikan sebagai barangan kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga 1946, di samping kawalan harga pada musim perayaan membabitkan 28 jenis produk.

Kempen bagi menjelaskan kenaikan harga barangan turut dibuat melalui radio dan televisyen, edaran risalah, roadshow di peringkat negeri, khidmat pesanan ringkas (SMS), sembang pengguna (kelab, persatuan, pertubuhan dan koperasi) dan perjumpaan bersama industri.

Namun, Pensyarah Ekonomi Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Amir Baharuddin berpendapat, masalah inflasi jangka pendek khususnya untuk Malaysia tidak akan memberi kesan besar.

"Tetapi, kerajaan perlu tumpu kepada risiko jangka panjang terutamanya dari segi sewaan tapak niaga (kecil atau besar) yang kini sudah terlampau tinggi.

"Kos sewaan ini seterusnya akan diserap ke dalam barang jualan dan akhirnya pengguna sendiri yang terpaksa menanggung 'kerasukan' pemilik premis mengaut keuntungan daripada peniaga," tegasnya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan membuat ketetapan tahap maksimum kenaikan harga jualan dalam satu tahun bagi mengelakkan pihak yang tegar dan rakus mengambil kesempatan terhadap rakyat.

"Inflasi kita masih yang terendah tetapi jika semua (tuan premis, peniaga) tidak mengikut usaha kerajaan mengekang peningkatan inflasi, harga barang akan terus melonjak secara tidak formal (senyap)," ujarnya.

Amir juga menasihatkan semua pihak memberikan kerjasama dalam mengawal inflasi dan mengelakkan kenaikan harga sesuka hati kerana akhirnya mereka sendiri selaku rakyat negara ini akan menerima kesannya.

"Apa kerajaan Malaysia buat sekarang sudah mencukupi untuk mengawal inflasi tetapi masalahnya ada yang mengambil kesempatan berita masalah dunia seperti di Jepun dan Libya bagi menghalalkan tindakan mereka menaikkan harga jualan atau sewaan.

"Bencana global sedemikian bukannya berlaku setiap hari dan tidak sepatutnya digunakan sebagai alasan. Lebih teruk lagi, harga jualan yang sudah dinaikkan di negara ini tidak lagi diturunkan kemudiannya, walau apa pun yang berlaku," katanya.

Ini dakwanya dapat dilihat apabila harga rumah jatuh merudum ketika gawat 1997 dan 1998 tetapi ketika gawat 2008 harga rumah terus meningkat dengan sesetengah pihak sengaja membuat spekulasi kenaikan harga.

"Harga jatuh ketika gawat 1990-an kerana mereka ingin menjual lot rumah yang sudah siap tetapi pada 2008, harga rumah menjadi semakin mahal atas dasar 'ada pembeli yang mampu dan sanggup membeli'.

"Seperti berita kenaikan rumah di Pulau Pinang yang kononnya akan berterusan setiap tahun selagi ada orang yang membeli. Bila sudah tiada yang mampu membelinya nanti, maka lingkuplah sektor tersebut," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 18 Apr 2011 01:18 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Kaji semula hadkan nasi lemak

Posted:

Kaji semula hadkan nasi lemak

Kaji semula hadkan nasi lemak


PERATURAN mengehadkan jualan nasi lemak di kantin sekolah dikatakan tidak akan membantu menyelesaikan masalah obesiti di kalangan pelajar. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan meminta kerajaan mengkaji semula arahan mengehadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti di kalangan pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat di kalangan ibu bapa masih rendah.

Sebaliknya, kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan untuk menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.

"Tidak wajar penjualan nasi lemak dihadkan kerana ia makanan yang sinonim dengan masyarakat negara ini selain murah dan mengenyangkan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan semalam yang menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah bagi membendung masalah pelajar mengalami obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu juga mahu pengusaha kantin hanya menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cukai tanah tahunan UUM RM1.8 juta

Posted:

Cukai tanah tahunan UUM RM1.8 juta

Cukai tanah tahunan UUM RM1.8 juta

Oleh ZULKIFLI MANZOR

PUTRAJAYA – Sukar dipercayai apabila kerajaan negeri Kedah sanggup mengenakan kadar cukai tanah tahunan 10 kali ganda lebih tinggi atau sebanyak RM1.8 juta setahun ke atas Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah sejak tiga tahun lalu.

Nasib malang universiti itu didedahkan sendiri oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang terpaksa merayu kerajaan negeri supaya mengurangkan kadar cukai tersebut.

Menurutnya, kadar cukai tanah yang terlalu tinggi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan penyelidikan dan penerbitan universiti.

Sebelum ini UUM membayar RM150,000 cukai tanah setahun.

Lebih menyedihkan lagi, ujar beliau, UUM juga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menyewa lori mengangkut air bagi kegunaan pelajar universiti tersebut yang menghadapi masalah untuk mendapatkan air bersih sejak tahun lalu.

Menurutnya, sejak setahun lalu sebahagian pelajar UUM terpaksa mengambil air menggunakan baldi daripada lori yang disewa khas tersebut dan ia menyukarkan usaha universiti berkenaan menarik pelajar dari luar negara.

"Masalah ini amat membebankan kewangan dan kami telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya cukai tanah itu dikurangkan tetapi tiada jawapan hingga kini.

"Bagaimanapun kami tetap tidak ketinggalan menjelaskan bayaran yang dikenakan itu sejak tiga tahun lalu" katanya pada majlis pelancaran Program Khas Pasca Siswazah Untuk Ahli Parlimen di UUM oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

5 pencuri kereta mewah tumpas

Posted:

5 pencuri kereta mewah tumpas

5 pencuri kereta mewah tumpas

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my


KERETA curi yang ditemui semula daripada lima penjenayah yang ditahan di sekitar Petaling Jaya baru-baru ini.


PETALING JAYA – Sekumpulan penyamun kereta mewah yang menjadikan hotel lima bintang sebagai stor tempat menyembunyikan kenderaan curi dan tempat persembunyian tumpas apabila mereka diberkas di sini baru-baru ini.

Kegiatan kumpulan lelaki berumur 24 hingga 42 tahun itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Damansara Jaya di sini pada pukul 2.35 pagi pada 10 April lalu.

Suspek yang berumur 27 tahun itu dipercayai mahu mencuri kunci sebuah kereta mewah yang dimiliki penghuni di dalam rumah yang cuba dipecah masuk itu.

Ekoran penahanan lelaki itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis kemudian berjaya menahan empat lagi suspek di sebuah hotel lima bintang di Seksyen 16 di sini pada pukul 10.30 malam pada 12 April lalu.

"Suspek itu dipercayai telah menginap di hotel itu sejak beberapa hari lalu sebagai lokasi persembunyian mereka sebelum merancang mencuri atau menjual kereta-kereta yang dicuri.

"Kesemua suspek sebelum ini pernah ditahan kerana pelbagai kes jenayah. Ada di antara suspek terlibat dalam tiga hingga empat kes jenayah termasuk memiliki dadah, pecah rumah dan mencuri kenderaan," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 18 Apr 2011 11:40 AM PDT

Utusan Online - Kota


Jalan rosak perkara biasa?

Posted:

Jalan rosak perkara biasa?

Jalan rosak perkara biasa?

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my


ANTARA jalan raya di Pandan Indah rosak teruk dan berlubang yang didakwa berpunca daripada kurang penyenggaraan dan kualiti turapan yang rendah.


KUALA LUMPUR 18 April - Penduduk di sekitar Pandan Indah di sini merungut kerana terpaksa berhadapan dengan keadaan jalan raya yang rosak teruk dan berlubang setiap hari.

Kata mereka, sebagai kemudahan awam yang utama, jalan raya sepatutnya sentiasa dalam keadaan yang baik, bukannya sesuatu yang menjejaskan keselamatan dan keselesaan orang ramai serta dianggap sebagai perkara biasa.

Tinjauan Utusan Malaysia di jalan-jalan sekitar kawasan tersebut mendapati banyak jalan yang rosak serta tidak diturap dengan sempurna yang menyebabkan terdapat banyak lubang besar.

Seorang pemandu, Mohd. Hafiz Amran, 30, berkata, turapan jalan yang dilakukan tidak mampu bertahan lama dan akan kembali berlubang dalam masa sebulan sahaja.

"Saya berharap agar pihak berkuasa dapat memastikan turapan yang dibuat berkualiti tinggi supaya permukaan jalan yang rata dan sempurna dapat kekal lebih lama.

"Dengan jumlah kenderaan yang tinggi dan keadaan cuaca panas dan hujan di negara ini, isu kualiti jalan harus menjadi keutamaan pihak berkuasa supaya ia mampu bertahan lama," katanya di sini baru-baru ini.

Dia mencadangkan agar kualiti penyenggaraan dan turapan jalan oleh operator lebuh raya dijadikan panduan oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, seorang penunggang motosikal, Firdaus Ngabi, 23, berkata, permukaan jalan yang tidak rata dan beralun amat berbahaya kepada penunggang motosikal sepertinya.

"Kadar kemalangan dalam kalangan penunggang motosikal sememangnya tinggi dan risiko itu akan meningkat jika keadaan jalan rosak dan berlubang.

"Apabila kami mengelak lubang terutama secara tiba-tiba, ada kemungkinan kami akan dilanggar oleh kenderaan yang datang dari belakang," jelasnya.

Seorang penduduk, Siti Nor Jiha Salleh, 21, pula berkata, pihak berkuasa perlu memberikan tumpuan kepada kualiti jalan kerana ia adalah cerminan kepada imej dan keberkesanan sesebuah pihak berkuasa.

"Kalau jalan elok, bukan sahaja orang ramai tidak merungut dan kemalangan dapat dihindar tetapi juga menjadikan pemandangan di sesebuah kawasan lebih cantik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah mampu milik ditambah

Posted:

Rumah mampu milik ditambah

Rumah mampu milik ditambah

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kanan) bersalaman dengan sebahagian perwakilan yang menyertai Majlis Perundingan Belia Negeri peringkat Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – utusan/Riduan Rizal


KUALA LUMPUR 18 April – Kerajaan akan membangunkan lebih banyak rumah mampu milik di beberapa kawasan bagi memastikan golongan belia tidak perlu menyewa atau menetap di luar ibu kota.

Ia juga sejajar dengan hasrat kerajaan yang menyasarkan lebih ramai orang menghuni bandar raya Kuala Lumpur menjelang tahun 2020.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, usaha itu akan dipergiatkan kerana kerajaan menyedari bebanan kewangan yang ditanggung oleh golongan belia.

"Kita sedia maklum dengan masalah yang dihadapi oleh golongan belia terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana dan kerana itu, kerajaan berusaha menangani isu perumahan ini," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab usul daripada seorang perwakilan dalam Majlis Perundingan Belia Negeri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung di sini, kelmarin.

Perwakilan berkenaan mencadangkan supaya kerajaan khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan lebih banyak rumah mampu milik bagi memberi peluang kepada golongan muda memiliki rumah sendiri.

Golongan belia berpendapatan rendah dikatakan tidak dapat memanfaatkan pengenalan Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan kerajaan berikutan harga kebanyakan rumah di ibu kota melampaui kemampuan mereka.

Selain itu, DBKL juga diminta melonggarkan syarat sewaan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi memberi peluang kepada golongan belia terutama yang baru berkahwin dan belum mempunyai anak untuk menyewa sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Tempoh itu adalah bagi memberi peluang kepada pasangan belia untuk menabung dan kemudian digunakan untuk pembayaran deposit untuk membeli rumah.

Bagaimanapun, Raja Nong Chik berkata, DBKL mempunyai syarat tersendiri bagi penyewaan rumah kos rendah kerana bilangan unit yang terhad sedangkan senarai menunggu terlalu panjang.

"Atas sebab itu juga, jika keutamaan diberi kepada keluarga kecil (pasangan yang baru mendirikan rumah tangga tetapi belum mempunyai cahaya mata), kita bimbang keluarga besar (dengan anak ramai) akan ketinggalan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

120 pelajar terima tajaan e-tutor Utusan Malaysia

Posted:

120 pelajar terima tajaan e-tutor Utusan Malaysia

120 pelajar terima tajaan e-tutor Utusan Malaysia


SAFIE Asnawi (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan akses e-tutor kepada Toha Ali di SMK Tiram Jaya, Tanjong Karang, baru-baru ini.


TANJONG KARANG 18 April - Seramai 120 pelajar dari tiga buah sekolah menengah dan rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang di sini menerima tajaan pakej pembelajaran keluaran Kumpulan Utusan, e-tutor.

Sumbangan daripada Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Safie Asnawi itu melibatkan 20 akses e-tutor bernilai RM150 setiap satu kepada dua sekolah rendah untuk rujukan serta latih tubi khususnya bagi calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiram Jaya, Mhd. Sidin Thaukit turut menyumbang sebanyak 20 akses untuk digunakan oleh calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Mhd. Sidin yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tiram berharap penajaan tersebut dapat membantu pelajar sekolah terlibat untuk meraih kecemerlangan dalam pelajaran mereka.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut di SMK Tiram Jaya, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Pegawai Daerah Kuala Selangor, Ahmad Radzi Saari, Pengetua SMK Tiram Jaya, Toha Ali, Guru Besar SK Seri Tiram, Rosli Yusof dan Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Pemasaran dan Perniagaan Perfisio Solutions Sdn. Bhd. (Perfisio), Mohd. Yusri Abdul Ghani.

Mhd. Sidin juga sedia menimbang untuk menggunakan aplikasi Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar Tutor (Tutor iLMS) Versi 2.0 keluaran Perfisio bagi membantu calon SPM.

Katanya, ibu bapa yang berminat mendapatkan aplikasi tersebut daripada sekolah hanya perlu membayar RM120 manakala baki RM30 akan ditaja oleh pihaknya.

Sebarang pertanyaan mengenai pembelajaran e-tutor boleh dibuat dengan menghubungi Perunding Perniagaan Baru Perfisio Solution Sdn. Bhd, Mohd. Ali di talian 019-2405808.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List