gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 04 Apr 2011 11:07 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Mutiara tabioka bubble tea

Posted:

Mutiara tabioka bubble tea

Mutiara tabioka bubble tea

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my



CUACA panas pada petang itu membuatkan kios jualan Cup Bon Rolling Ice yang dimiliki oleh Md. Muzammil Mazlan, 31, dikunjungi ramai pelanggan. Masing-masing memesan minuman kegemaran bubble mereka.

Ada yang memilih perisa tiramisu, durian belanda dan jambu batu, yogurt dan banyak lagi perasa enak yang mampu menghilangkan dahaga sewaktu menyedut minuman istimewa itu buat kali pertama.

Beroperasi di Kasturi Walk, Pasar Seni, kios jualan tersebut berjaya menarik perhatian masyarakat terutama golongan muda yang sememangnya menggemari minuman tersebut.

Menurut Muzammil, minuman bubble amat popular di Taiwan, Korea dan Singapura. Justeru, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai perniagaan francais minuman tersebut di bawah kendalian Cup Bon Rolling Ice.

Penggemar setia

"Saya merupakan salah seorang penggemar setia minuman bubble. Apabila selalu menikmatinya, tiba-tiba terlintas di fikiran untuk menceburi francais dalam jualan minuman ini.

"Berbekalkan modal sebanyak RM30,000, saya berjaya memiliki kios jualan di Kasturi Walk yang baru dilancarkan sejak bulan Februari lalu. Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan," ujar Muzammil bumiputera pertama yang membuka kios jualan minuman bubble di bawah jenama Cup Bon Rolling Ice.

Terdapat enam jenis minuman bubble yang ditawarkan oleh kios Muzammil iaitu Pure Green Tea & Black Series, Rolling Ice Series, Milk Tea Series, Snow Ice Series, Yobon Series dan Coffee Series.

Minuman tersebut dijual pada harga di antara RM4.50 hingga RM5.50 secawan. Namun, menariknya daripada enam jenis tersebut, ia boleh divariasikan kepada 28 perisa termasuk buah-buahan.


SEKUMPULAN remaja seronok menikmati minuman Bubble di kios Kasturi Walk.


Tambah Muzammil, antara minuman yang sering dipesan pelanggan adalah perasa tiramisu daripada Coffee Series yang cukup lazat dinikmati ketika cuaca panas.

"Selalunya pelanggan yang sudah mencuba minuman ini, pasti akan datang untuk menikmatinya buat kali kedua dan seterusnya menjadi pelanggan tetap di kiosk kami," jelas bekas kontraktor itu ketika ditemui di kiosnya baru-baru ini.

Memberi kepuasan

Sementara itu, seorang pelanggan, Rizam Abdul Razak, 41, memberitahu, minuman bubble mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia memberi kepuasan kepada peminumnya.

"Segelas minuman ini boleh mengenyangkan dan memberi tenaga disebabkan sagu mutiara (pearl tabioka) yang terdapat di dalamnya. Selain itu, saya hanya minum sedikit air suam selepas menikmati minuman bubble," kata Rizam.

Sagu mutiara yang diperbuat daripada ubi kayu digunakan sebagai bahan tambahan untuk minuman tersbeut. Selepas dimasak ia akan mengembang dan tenggelam ke dasar sekali gus dilihat sebagai gelembung hitam yang sangat menarik.

Disebabkan itulah orang menggelarnya sebagai minuman bubble (gelembung).

Bagi Syuhada Lamry, 20, pula minuman tersebut mempunyai rasa yang lebih sedap berbanding minuman biasa. Sehubungan itu, tidak hairanlah jika ia mampu menarik perhatian masyarakat khususnya golongan remaja.

"Sekurang-kurangnya saya akan membeli minuman bubble dua kali seminggu jika keluar ke mana-mana. Tambahan pula cuaca panas terik, sudah tentu ia begitu berharga ketika dinikmati," tutur Syuhada sambil menyedut minuman bubble yang baru dibeli.

Untuk maklumat lanjut mengenai minuman ini, layari laman web www.cupbon.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 04 Apr 2011 09:19 AM PDT

Utusan Online - Johor


Masjid Kolam Ayer RM9 juta

Posted:

Masjid Kolam Ayer RM9 juta

Masjid Kolam Ayer RM9 juta

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


Abdul Ghani Othman (kanan) diberi penerangan mengenai konsep Masjid Kolam Ayer oleh Mohd. Rashidi Md. Noor (kiri) sambil diperhatikan oleh Abdul Rahman Mohd. Sharif di Johor Bahru, semalam. - utusan/Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 3 April - Syarikat pemaju hartanah, Mudra Tropika Sdn. Bhd., (Mudra Tropika) bakal membina Masjid Kolam Ayer berkonsepkan bangunan hijau pertama seumpamanya di negara ini bernilai RM9 juta.

Pengerusinya, Mohd. Rashidi Md. Noor memberitahu, pembinaan masjid di kawasan perkampungan alaf baru di Nong Chik di tengah bandar raya Johor Bahru itu, bakal dimulakan akhir tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada 2013.

Menurut beliau, masjid hijau itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan serba canggih dan terkini dengan reka bentuk utama masjid menumpukan kepada ciri-ciri kehijauan, mesra alam, ekonomi dan pembangunan sosial.

"Teknologi baru yang akan diperkenalkan ialah Building Integrated Photovoltaics iaitu sistem inovatif pada bangunan menghasilkan elektrik melalui tenaga solar pada panel penyerapan cahaya yang diletakkan pada bumbung bangunan.

"Masjid Kolam Ayer juga akan memperkenalkan sistem pengumpulan air hujan untuk diguna pakai bagi pelbagai kegunaan termasuk berwuduk dan kerja pembersihan," katanya.

Mohd. Rashidi menjelaskan demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah masjid itu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Jalan Kolam Ayer-Nong Chik, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mudra Tropika Sdn. Bhd., Datuk Abdul Rahman Mohd. Sharif berkata, pembinaan bangunan itu mampu mengurangkan perbelanjaan masjid pada setiap bulan.

"Kami difahamkan kos utiliti sebuah masjid mencecah RM15,000 hingga RM20,000 sebulan namun dengan masjid hijau ini kita jangka ia dapat mengurangkan kos tersebut sehingga RM5,000 sebulan," ujarnya.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, langkah syarikat berkenaan untuk membina sebuah masjid berkonsepkan teknologi hijau itu perlu dijadikan contoh kepada projek pembangunan lain di negeri ini dan bukan hanya tertumpu kepada pembinaan masjid.

Ini kerana, jelas beliau, pendekatan tersebut dapat mengurangkan kos perbelanjaan utiliti dan kini konsep berkenaan sudah pun diguna pakai di pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kota Iskandar, Nusajaya.

"Biarpun pembinaan berkonsepkan teknologi hijau ini memerlukan belanja agak besar, namun hasilnya kelak mampu mengurangkan perbelanjaan terutama elektrik dan mengwujudkan masjid mesra alam," ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usaha atasi banjir di Pontian berjaya

Posted:

Usaha atasi banjir di Pontian berjaya

Usaha atasi banjir di Pontian berjaya

PONTIAN 3 April - Kerja-kerja mendalamkan sungai-sungai utama di daerah ini yang dimulakan sejak 2008 telah berjaya mengurangkan masalah banjir di beberapa tempat.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, sungai-sungai terlibat ialah Sungai Pontian Kecil, Sungai Ayer Baloi, Sungai Pinggan, Sungai Sanglang dan Sungai Benut.

Projek pembaikan itu turut membabitkan pembinaan pintu-pintu air, jambatan serta lain-lain kerja berkaitan selepas banjir besar di negeri ini pada 2007.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil tindakan bijak bagi mengelakkan banjir berulang walaupun ia memakan kos yang tinggi.

''Sebagai contoh, kerja-kerja di Sungai Benut menelan kos RM9 juta, manakala Sungai Pontian Kecil kira-kira RM13 juta.

''Banjir di kawasan Benut dan Pekan Nanas baru-baru ini tidak seburuk 2007 dengan jumlah mangsa melebihi 10,000 orang dan ia jelas menunjukkan hasil keberkesanan projek mengorek dan mendalamkan sungai," katanya kepada pemberita selepas majlis pengagihan bantuan wang ihsan bagi mangsa banjir daerah ini, di sini semalam.

Sebanyak 204 buah keluarga terlibat dengan kejadian banjir yang berlaku bermula 30 Januari hingga 3 Februari lalu dengan seramai 848 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan.

Setiap keluarga menerima wang tunai RM500 sumbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM102,000 selain seunit dapur gas oleh Yayasan Sayang Mutiara.

Pengagihan sumbangan wang ihsan itu disampaikan Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tang Nai Soon yang mewakili Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Sayang Mutiara, Datuk Ahmad Kemin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 03 Apr 2011 11:35 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


Pendidikan sejarah bukan indoktrinasi

Posted:

Pendidikan sejarah bukan indoktrinasi

Pendidikan sejarah bukan indoktrinasi

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

Persepsi pendidikan sejarah di sekolah sebagai satu proses indoktrinasi oleh 'golongan yang menang' atau untuk mempromosikan tokoh tertentu adalah salah dan berniat jahat.

Sejarah sebenarnya untuk memahami kompleksiti dalam sesebuah masyarakat atau negara. Melalui sejarah, kita boleh mengambil iktibar dan teladan daripada sesuatu peristiwa.

Banyak nilai murni yang boleh dipelajari seperti nilai kemanusiaan sejagat, semangat setia kawan, mengelak konflik dan pergaduhan atau konfrontasi.

Di samping itu, pelajar juga boleh memahami kedinamikan dalam perhubungan dan penyatuan antara kelompok.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), fakta serta asal-usul sesuatu peristiwa akan diterangkan dengan hasrat pelajar akan saling mengenali, hormat-menghormati dan bertoleransi dalam menyelesaikan sesuatu perselisihan faham.

Malah, peranan serta sumbangan kelompok minoriti turut diajar dan sekali gus menafikan bahawa pendidikan Sejarah sebagai satu alat propaganda.

Pendekatan baharu dalam P&P juga tidak lagi memfokus kepada hafalan fakta, sebaliknya menjurus kepada nilai atau sumbangan yang diperoleh daripada sesuatu peristiwa itu.

Begitu juga dalam aspek kisah seseorang tokoh. Bukan peribadi tokoh yang ditonjolkan, tetapi wawasan, keupayaan dan kebolehannya. Sifat dan sikap positif tokoh itu yang perlu dicontohi.

Pelajar juga didedahkan dengan perhubungan diplomatik dan dasar yang melibatkan negara kita dengan negara lain. Hal ini penting agar pelajar memahami manfaat yang diperoleh hasil hubungan erat antara Malaysia dan negara lain.

Pada masa sama, ia juga bagi mengelakkan rakyat kita daripada membuat perkara yang boleh menjejaskan hubungan tersebut.

Justeru, langkah mewajibkan pelajar lulus Sejarah dalam SPM mulai 2013 amat tepat dan menepati aspirasi gagasan 1Malaysia.

Langkah ini pasti akan melonjak pencapaian pelajar dalam subjek itu dan paling utama mereka akan mengamalkan etika hidup yang selaras dengan Perlembagaan negara.

Tambahan pula, ada institusi pengajian tinggi (IPT) yang mula mengenakan pra-syarat wajib lulus Sejarah untuk mengikuti sebarang kursus kelolaannya.

Berdasarkan statistik, prestasi akademik pelajar terbukti semakin baik jika ia diwajibkan lulus seperti subjek Bahasa Melayu yang merekodkan pencapaian lulus melebihi 90 peratus pada tahun lalu.

Sementara itu, subjek Sejarah pada 2010, hanya mencatat 76.4 peratus lulus di bandar dan 75.4 peratus lulus di luar bandar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Angkasa sasar 200 koperasi sekolah di Sarawak

Posted:

Angkasa sasar 200 koperasi sekolah di Sarawak

Angkasa sasar 200 koperasi sekolah di Sarawak

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan 200 buah sekolah di Sarawak menjadi ahli pertubuhan itu menjelang 2013.

Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sasaran itu berikutan pencapaian keseluruhan koperasi sekolah dan dewasa di Sarawak menunjukkan peningkatan yang tinggi dari segi nilai modal saham serta aset terkumpul.

"Kita sedia maklum koperasi sekolah di Sarawak juga menjadi penyumbang kepada usaha merealisasikan hasrat kerajaan untuk menambah nilai modal saham dan aset dengan memberi lebih tumpuan kepada bidang perniagaan yang lebih menguntungkan di sekolah-sekolah.

"Angkasa akan berperanan menyasarkan keahlian koperasi sekolah dan membantu memajukannya. Setakat ini hanya 181 keahlian koperasi yang mendaftar di Sarawak dan dijangka meningkat kepada 200 buah sekolah menjelang 2013," katanya.

Menurutnya lagi, statistik menunjukkan sehingga 31 Disember lalu, 8,164 keseluruhan koperasi sekolah dan dewasa seluruh negara melibatkan keanggotaan seramai lapan juta ahli dengan jumlah aset RM75.13 bilion serta perolehan anggaran RM10 bilion yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Daripada jumlah itu koperasi sekolah sebanyak 2,115 buah, modal yuran RM17.3 juta, aset terkumpul 177.7 juta dan modal pusingan RM195.1 juta," katanya.

Abdul Fattah berkata, koperasi sekolah menjadi medan pendedahan awal untuk memberi pengalaman kepada pelajar dalam bidang keusahawanan.

"Minat yang ditunjukkan itu membuktikan keyakinan dalam pengurusan koperasi sekolah yang amat tersusun di bawah penyeliaan Angkasa dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Abdul Fattah menambah, koperasi sekolah di Sarawak mampu memberi saingan kepada koperasi dewasa jika mempunyai perancangan tersusun dan konsisten selain semangat yang gigih daripada pelajar dan guru.

"Apa yang paling penting adalah sokongan dan ruang perniagaan yang diberikan pengetua sekolah terhadap koperasi masing-masing," katanya,

Kewujudan koperasi sekolah, jelas beliau, adalah untuk membentuk perubahan sikap serta minat pelajar menceburi bidang perniagaan dan bukannya untuk mencari keuntungan semata-mata.

Oleh sebab itu, katanya, kejayaan model koperasi sekolah di Malaysia telah dijadikan contoh oleh negara lain yang ingin menerapkan semangat berkoperasi kepada generasi muda bermula dari bangku sekolah.

''Usaha ini telah memberi peluang kepada banyak pihak untuk memupuk semangat ingin maju di kalangan pelajar dan sekali gus bersama-sama membantu membangunkan negara pada masa akan datang.

''Melalui Hari Koperasi Sekolah, Program Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah, Pelancongan Koperasi Sekolah pelajar bukan sahaja berpeluang memahami gerakan koperasi tetapi dapat membuka mata dan minda mereka tentang betapa besar kesan peranan Angkasa terhadap ekonomi negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 03 Apr 2011 03:19 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


Balu polis menerima bantuan kewangan

Posted:

Balu polis menerima bantuan kewangan

Balu polis menerima bantuan kewangan


ZAHEDI (dua dari kiri) bersama sebahagian penerima sijil penghargaan sempena Hari Peringatan Polis Ke-204 di Shah Alam baru-baru ini.


PENGHARGAAN. Tiga orang balu dan lapan anak yatim menerima bantuan kewangan bagi mengenang jasa suami serta bapa mereka yang pernah berkhidmat sebagai anggota polis sempena Hari Peringatan Polis Ke-204 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Bantuan kewangan itu disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob.

Pada majlis itu, seramai 40 individu menerima sijil penghargaan sebagai menghargai kerjasama yang diberikan kepada polis untuk membasmi kegiatan jenayah.

Ketika berucap pada majlis itu, Zahedi mengharapkan masyarakat dapat meningkatkan kerjasama dengan polis bagi membantu mengurangkan kadar jenayah terutamanya di Shah Alam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemimpin dekati masyarakat Orang Asli

Posted:

Pemimpin dekati masyarakat Orang Asli

Pemimpin dekati masyarakat Orang Asli


HASIMAN (tengah) menari bersama beberapa Orang Asli pada program Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli di Banting baru-baru ini.


BERMESRA. Seramai 500 masyarakat Orang Asli menyertai program Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib di Banting, Selangor baru-baru ini.

Program untuk mendekatkan pemimpin dan rakyat itu melibatkan tiga perkampungan Orang Asli iaitu Pulau Banting, Pematang Buah dan Telok Tongkah.

Menurut ADUN Morib, Hasiman Sidom matlamat utama program itu bertujuan mewujudkan kerjasama di kalangan pelbagai kaum dalam menjayakan gagasan 1Malaysia.

Aktiviti lain yang diadakan pada program itu ialah adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma, ceramah jati diri dan pameran antidadah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua keluarga miskin dapat bantuan rumah

Posted:

Dua keluarga miskin dapat bantuan rumah

Dua keluarga miskin dapat bantuan rumah


ROSLAN (tiga kiri) menyerah kunci rumah kepada Che Nah melalui Program Bantuan Rumah RISDA di Kampung Selamat, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.


RUMAH BARU. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Pulau Pinang membantu dua keluarga miskin memiliki rumah baru di Kampung Selamat, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Che Nah Dahaman, 80, dan Rosmi Ishak, 44, dipilih menerima bantuan tersebut melalui Program Bantuan Rumah Tahun 2010 oleh RISDA Pulau Pinang membabitkan kos kira-kira RM33,000 bagi sebuah rumah.

Pembinaan rumah itu dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin menyempurnakan majlis menyerah kunci rumah kepada kedua-dua penerima tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Agrobiz

Posted: 03 Apr 2011 03:16 PM PDT

Utusan Online - Agrobiz


Nelayan Sarawak mampu tersenyum

Posted:

Nelayan Sarawak mampu tersenyum

Nelayan Sarawak mampu tersenyum

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


Kemudahan kompleks pendaratan memudahkan proses pemunggahan ikan dilakukan oleh nelayan.


BENAR seperti pepatah Melayu yang menyebut di mana ada kemahuan di situ ada jalan, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Begitu juga nasib nelayan di negara ini. Setelah memperoleh pelbagai manfaat daripada projek dan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan, terpulang kepada mereka untuk berusaha meningkatkan taraf hidup.

Jika dahulu kehidupan nelayan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, maka masalahnya lebih memedihkan apabila musim tengkujuh.

Namun keprihatinan kerajaan dalam membantu golongan tersebut tidak pernah diabaikan malah mereka kini merupakan di antara golongan yang amat bertuah.

Penubuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah banyak membantu dalam mengurangkan beban yang ditanggung nelayan.

Pelbagai projek serta bantuan dihulurkan bagi membantu serta meningkatkan pendapatan mereka.

Kompleks Perikanan LKIM Bintawa, Sarawak merupakan contoh pelabuhan perikanan antara yang terbaik diuruskan dengan cekap oleh LKIM.

Menurut Pengurus Besar, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sri Muara, Kartini Bujang, selain memudahkan nelayan mendaratkan hasil tangkapan, kompleks itu turut berfungsi untuk mengenalpasti, merancang, mengurus dan mentadbir segala perjalanan hasil laut yang didaratkan.

"LKIM turut menaik taraf kompleks pendaratan ikan ini dari masa ke semasa bagi memenuhi pertambahan bot yang berlabuh dari dalam dan luar negara.

"Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab terhadap segala keperluan nelayan, LKIM sentiasa berusaha meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka dan membangunkan industri perikanan ," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelasnya lagi, bagi memudahkan kerja-kerja pengawasan serta penyelenggaraan kompleks, LKIM telah menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada PNK.

"PNK merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan oleh LKIM melalui Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (Penesa) bagi menguruskan keperluan serta hasil daripada nelayan," jelasnya.

Terdapat 18 PNK yang dikelolakan oleh Penesa dan mendapat bantuan serta khidmat nasihat sepenuhnya daripada LKIM.

Pengurus Besar Penesa, Mastam Nodo berkata, Penesa merupakan persatuan nelayan negeri yang kelima ditubuhkan di negara ini.

Persatuan tersebut berfungsi sebagai organisasi yang menguruskan projek serta hal yang berkaitan nelayan di peringkat negeri.

Tambah beliau, Penesa juga merupakan sebuah koperasi yang disertai hampir 13,000 nelayan negeri Sarawak yang berdaftar sebagai ahli PNK setiap kawasan.

"Sehingga Disember tahun lepas sahaja, Penesa berjaya mengumpulkan sebanyak 1, 639, 148.12 unit saham yang berharga RM1 seunit dimiliki oleh nelayan seluruh Sarawak.

"Ia bertepatan dengan hasrat Penesa sendiri yang mahu mempertingkatkan taraf sosio- ekonomi nelayan," ujar beliau yang di temui di pejabatnya di Wisma Penesa, Kota Sentosa, Sarawak.

Selain meningkatkan hasil pendapatan nelayan melalui pengetahuan kemahiran dan daya usaha, Penesa turut melaksanakan beberapa projek bagi mengembangkan saham yang dimiliki oleh para nelayan.

Antara projek ekonomi yang dilaksanakan oleh persatuan tersebut adalah Projek Pembekalan Diesel Bersubsidi, Projek Akuakultur, restoran, Projek Pembekalan Kotak Ikan Berinsulasi dan projek lain (pembinaan bangunan).

Bagi nelayan seluruh Sarawak, peluang yang disediakan oleh kerajaan disambut dengan penuh syukur dan dimanfaatkan sepenuhnya.

Menurut Pengurus Operasi, Kompleks LKIM Bintawa, Samsul Olddie, pelabuhan tersebut sehingga kini menerima tidak kurang dari 10 bot nelayan mendaratkan hasil tangkapan setiap hari.

"Setiap bot membawa hampir tujuh hingga lapan tan hasil laut pada setiap hari.

"Nelayan yang mendaratkan ikan di sini adalah terdiri daripada nelayan laut dalam serta pesisir pantai dan hasil tangkapan akan dijual terus kepada peraih," ujarnya.

Setelah pihak LKIM mengambil alih pengurusan kompleks tersebut keadaan menjadi bertambah lancar dan terkawal.

Selain sebagai pusat pendaratan ikan, LKIM melalui persatuan nelayan turut berusaha menghasilkan pelbagai produk berasaskan hasil laut.

Antaranya keropok lekor, keropok ikan dan pelbagai jenis produk lain yang bertujuan membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Menurut Samsul, bagi memproses produk berasaskan laut, pihaknya mengambil pekerja di di kalangan penduduk yang rata-rata terdiri daripada para isteri nelayan.

"Selain dapat menambah pendapatan mereka kami turut membuka peluang baru bagi penduduk tempatan yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.

"Bagi mesin pemprosesan ikan untuk dijadikan keropok turut disumbangkan oleh kerajaan manakala produk hasil laut yang dihasilkan akan dibekalkan kepada penduduk yang berminat untuk dijual," tambahnya.

Bagi mengembangkan saham nelayan di dalam koperasi persatuan, LKIM di bawah kelolaan PNK Seri Muara telah mengambil inisiatif membeli kapal rawai dan kini telah pun mula beroperasi.

Kapal yang dianggarkan berharga lebih RM300,000 dibeli di Tanjung Balai, Indonesia tersebut mampu meningkatkan pulangan pelaburan yang dilakukan oleh nelayan di dalam PNK.

Kini segala urusan pendaratan ikan di kompleks tersebut bertambah lancar dan lebih mudah di bawah kelolaan PNK dan LKIM khasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ikan segar Pasar Nelayan Bako

Posted:

Ikan segar Pasar Nelayan Bako

Ikan segar Pasar Nelayan Bako

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF

DITUBUHKAN pada November 2007, Pasar Nelayan Bako sehingga kini merupakan antara pasar nelayan yang membekalkan ikan segar terus kepada pembeli.

Bertempat di Kampung Bako, Sarawak, bangunan asal pasar tersebut merupakan balai nelayan yang dijadikan Pejabat Unit Nelayan, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kampung Bako di bawah Persatuan Nelayan kawasan Buntal.

Dengan kos sebanyak RM74,996, balai tersebut ditukar kepada sebuah pasar nelayan yang lebih bersih, lengkap dan teratur. Pada masa sama, peruntukan berperingkat untuk menambah baik pasar nelayan tersebut dari tahun 2007 sehingga 2009 adalah sebanyak RM241,080.

Pembukaan pasar nelayan tersebut juga adalah bagi memenuhi permintaan pihak PNK Kampung Bako bagi membolehkan nelayan tempatan menjual terus hasil tangkapan dan menempatkan peserta di bawah satu bangunan dengan pengurusan yang lebih teratur.

Menurut Pengerusi pasar nelayan tersebut, Rozi Mat, sambutan yang diterima daripada pelanggan juga amat menggalakkan.

"Semenjak beroperasi, kami menerima kunjungan daripada orang ramai dan hasil yang diperolehi juga amat baik.

"Malah pendapatan kami sebagai peniaga boleh mencecah sehingga ratusan ringgit sehari," ujarnya ketika ditemui di Pasar Nelayan, Kampung Bako, Sarawak baru-baru ini.

Jelas Rozi, waktu kemuncak pengunjung adalah pada sebelah petang dan pada hujung minggu.

Bagi salah seorang peserta yang berniaga di pasar berkenaan, Junaidah Talib, 43, turut mengakui sambutan yang diterima amat baik kerana rata-rata ikan yang terdapat di pasar tersebut masih segar.

"Kita akan beli terus daripada nelayan sesudah ikan tersebut didaratkan.

"Ikan yang didaratkan pada waktu pagi dalam pukul sembilan hingga 10 namun sudah ada pembeli yang menunggu di sini bagi mendapatkannya," ujar beliau.

Junaidah yang juga bendahari pasar berkenaan berkata, rata-rata pengunjung yang datang ke pasar tersebut terdiri daripada orang-orang kampung dan yang tinggal di bandar.

"Mereka sanggup datang dari jauh semata-mata untuk membeli dan menikmati ikan segar yang sukar didapati di pasar-pasar lain di sana," katanya.

Sehingga kini pasar nelayan tersebut mampu memberi pulangan yang lumayan kepada peniaga juga kepada nelayan tanpa perlu melalui orang tengah dalam memasarkan hasil tangkapan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Megabait

Posted: 03 Apr 2011 03:16 PM PDT

Utusan Online - Megabait


Masalah perisian permainan video

Posted:

Masalah perisian permainan video

Masalah perisian permainan video


UNTUK memasang permainan video pada komputer, pengguna perlu memastikan peranti installer berada dalam keadaan baik dan mengaplikasi perisian yang tulen.


SAYA memasang permainan komputer FIFA 11 dengan mengikut semua arahan pemasangan.

Setelah hampir sejam menunggu, akhirnya habis proses pemasangan. Saya buka permainan tersebut dan mendapati kesalahan Cannot open this program because the configuration is incorrect,reinstall may fix this problem.

Kemudian, saya memasang semula program permainan komputer tersebut dan membukanya semula setelah siap proses pemasangan.

Namun, masih lagi terdapat kesalahan tersebut. Kenapakah perkara ini berlaku?

-SHAHIKHWAN SHAHRIZAL, kedah

TERIMA kasih saudara Ikhwan. Di sini saya sediakan beberapa panduan secara umum untuk memasang sesuatu perisian komputer sama ada ia bertujuan permainan, aplikasi multimedia atau sebagainya.

1. Pertamany,a pastikan perisian tersebut adalah tulen.

2. Pastikan CD atau DVD installer tersebut tiada masalah atau rosak.

3. Pastikan kapasiti komputer anda memenuhi keperluan perisian dan perkakasan untuk memasang perisian tersebut.

4. Ikut arahan untuk pemasangan dan konfigurasinya seperti yang dinyatakan di dalam manual penguna.

5. Pastikan juga program komputer tersebut adalah untuk versi komputer kerana terdapat juga program untuk dimainkan oleh pemain DVD, PS2 dan sebagainya.

6. Masukan nombor siri yang betul sekiranya perisian tersebut memerlukan kemasukan nombor siri tersebut.

7. Sekiranya perisian tersebut memerlukan program sokongan seperti DirectX, Winpcap dan sebagainya, pastikan dipasang terlebih dahulu program tersebut dengan versi yang diperlukan.

Sekiranya masih ada masalah, sila buang sepenuhnya perisian tersebut atau fully uninstall dan seterusnya pasang kembali mengikut cara-caranya.

Ini boleh dilakukan dengan beberapa kali.

Sila rujuk kepada pihak pengeluar sekiranya ada program kemas kini terkini untuk perisian tersebut.

Sekiranya ada, muat turun dan pasangkan pada komputer anda setelah memasang lengkap program tersebut.

Bagi perisian untuk aplikasi multimedia, pastikan kad antara muka grafik yang digunakan bersesuaian dan pemasangan kad tersebut bersama dengan program pemacunya (driver) dalam sistem pengoperasian Windows adalah baik dan tiada masalah.

Bagi perisian komputer yang terkenal seperti Windows, FIFA 11 dan sebagainya, setiap kesalahan yang dinyatakan ada kodnya dan ia boleh disemak menerusi laman web rasmi pengeluar atau perlu membuat pertanyaan pada pengeluar perisian atau permainan komputer tersebut.

Pastikan juga permainan itu adalah untuk mod komputer

Salah satu cara lagi untuk memastikan sama ada komputer tersebut bermasalah untuk memasang perisian tersebut atau program pemasangan yang bermasalah ialah dengan memasangkan perisian itu kepada komputer-komputer lain.

Sekiranya berjaya, berkemungkinan komputer kita bermasalah dari segi perkakasannya atau sistem pengoperasian Windows.

Masalah tersebut juga boleh berpunca daripada masalah ketidakstabilan sistem pengoperasian Windows seperti ada fail sistem yang hilang atau fail sistem yang rosak. Di sini ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya adalah seperti berikut:-

1. Salin fail CRT DLL dan MANIFEST ke dalam folder program atau aplikasi komputer tersebut. Ia boleh diperolehi daripada folder di C:\windows\winsxs.

Cari folder bernama seperti x86_Microsoft.VC80.CRT dan salin kesemua fail dll yang berada di dalamnya ke folder program atau aplikasi komputer. Seterusnya, cari folder manifests pula dan salin kesemua fail .manifest ke folder program atau aplikasi komputer.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gajet untuk generasi muda

Posted:

Gajet untuk generasi muda

Gajet untuk generasi muda

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my


LG Cookie Mini (T300) bakal menawarkan pengguna pengalaman pelayaran Internet mudah alih terbaik.


BERMATLAMAT memenuhi gaya hidup mobiliti generasi muda hari ini, pengeluar produk elektronik, LG memperkenalkan tiga model baru telefon bimbit dalam rangkaian Generasi Z.

Model tersebut adalah LG Cookie Mini (T300), LG Cookie Style (T310i) dan LG Town (C305).

Kesemua koleksi tersebut didatangkan bersama warna bertenaga dan bergaya serta menawarkan pengalaman fungsi komunikasi terbaik kepada pengguna.

Bukan setakat itu, ketiga-tiganya juga dilengkapi spesifikasi antara muka mesra pengguna, fungsi menaip versatil, aplikasi permainan muzik termaju, capaian laman rangkaian sosial, e-mel dan mesej ringkas.

Melengkapkan fungsi multimedianya pula, model-model itu juga didatangkan bersama set kepala 3.5 inci, penalaan radio dan slot kad memori microSD.

Bagi memudahkan pengguna, kesemuanya tersedia bersama aplikasi rangkaian sosial Facebook, Twitter, Windows Live Messenger dan sebagainya.

Maklumat lanjut mengenai model-model telefon bimbit terbaru ini, sila layari laman web www.lg.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List