Selasa, 26 April 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 26 Apr 2011 07:46 AM PDT

Kosmo Online


Pemuda Maslid desak haramkan filem seram

Posted:

Pemuda Maslid desak haramkan filem seram

Pemuda Maslid desak haramkan filem seram

26/04/2011 7:22pm

KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) hari ini meminta pihak berkuasa supaya mengharam dan menghentikan kebenaran bagi penyiaran filem seram dan hantu yang kini kerap diterbitkan syarikat produksi filem tempatan.

Ketua Umumnya, Dr. Mohammad Nawar Ariffin berkata kebanjiran filem seram dilihat menjadi-menjadi ketika ini dengan jumlahnya mengatasi jumlah filem yang diterbitkan ketika era kegemilangan filem Melayu pada tahun 60-an dahulu.

Menurut beliau, Pemuda Masjid bimbang fenomena penerbitan filem jenis itu hanya akan memundurkan orang Melayu yang merupakan 95 peratus daripada penggemar dan penonton filem sedemikian.

"Adalah malang filem dan drama seram serta hantu ini dijadikan sogokan kepada penggemar filem dan drama Melayu kerana ia tidak langsung boleh membantu dalam membangun jiwa dan intelek masyarakat kita.

"Orang Melayu beragama Islam kini terancam akidah mereka akibat menonton aksi tahyul dan syirik yang sering dipaparkan sehingga semakin ramai terjebak dengan aktiviti kurafat dan mungkar - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tauke perabot maut dalam kejadian langgar lari

Posted:

Tauke perabot maut dalam kejadian langgar lari

Tauke perabot maut dalam kejadian langgar lari

26/04/2011 7:15pm

GEORGE TOWN, 26 April (Bernama) — Seorang pemilik kedai perabot di Bandar Baru Farlim di sini, maut dalam kemalangan langgar lari di Jalan Air Itam di sini awal hari ini.

Tan Joo Seng, 51, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Jurucakap polis berkata, motosikal yang ditunggang Joo Seng menghala ke pusat bandar dipercayai dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan pada pukul 1 pagi menyebabkan lelaki itu jatuh di atas jalan.

Polis percaya Joo Seng dilanggar oleh sebuah kereta berdasarkan serpihan cermin yang dijumpai di tempat kejadian, katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Insp Muhammad Najib Zulkifli di talian 013-5163583 atau 04-2181872 atau balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. — Bernama nfak aze sn

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perhimpunan haram: Lima bekas siswa dibenar merayu

Posted:

Perhimpunan haram: Lima bekas siswa dibenar merayu

Perhimpunan haram: Lima bekas siswa dibenar merayu

26/04/2011 7:05pm

PUTRAJAYA — Lima bekas penuntut universiti berjaya mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rayuan di sini hari ini untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang mensabitkan dan mendenda mereka, masing-masing RM3,900 atau tiga bulan penjara kerana kesalahan menyertai perhimpunan haram 10 tahun lepas.

Panel tiga hakim terdiri daripada dua Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Mohamed Apandi Ali dan seorang Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim sebulat suara memberikan kebenaran untuk merayu kepada Nik Norhafizi Nik Ibrahim, 31, Zulkefli Idris, 31, Ahmad Kamal Abdul Hamid, 30, Rafzan Ramli, 34, dan Khairul Amal Mahmud, 31.

Pada 18 Jun, 2009, Mahkamah Majistret mendapati kelima-lima mereka bersalah menyertai perhimpunan haram di perkarangan Masjid Negara antara 2 petang dan 2.15 petang pada 8 Jun, 2001.

Kelima-lima mereka telah menyertai protes terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri dan telah ditahan dalam lokap balai polis Tun H.S. Lee semalaman berikutan penahanan mereka.

Pada 27 Jan tahun ini, Mahkamah Tinggi menolak rayuan mereka dan mengekalkan sabitan dan denda yang dikenakan ke atas mereka oleh Mahkamah Majistret.

Mereka diwakili peguam Edmund Bon dan Amer Hamzah Arshad manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki Abdul Rahman. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 26 Apr 2011 07:11 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


APMM tahan nelayan Vietnam

Posted: 26 Apr 2011 02:43 AM PDT

KEMAMAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan 14 nelayan Vietnam dalam operasi berhampiran pelantar minyak Tiong Alfa kira-kira 125 batu nautika dari Kuala Terengganu semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Terengganu Kapten Maritim Adam Aziz berkata bot nelayan Vietnam itu berjaya ditahan selepas dikejar anggota penguatkuasa sejauh tiga kilometer dalam operasi pada pukul 8 pagi.


"Kesemua lelaki rakyat Vietnam berusia antara 19 dan 38 tahun itu ditempatkan sementara di Pusat Tahanan Vesel di sini sebelum dihantar ke Penjara Marang untuk direman manakala hasil tangkapan enam tan pelbagai jenis ikan dilelong dengan harga RM1 sekilogram," katanya kepada pemberita di Pusat Tahanan Vessel Maritim di sini, hari ini.

Beliau berkata bot yang dirampas bersama pelbagai kelengkapan menangkap ikan itu dianggar bernilai RM100,000. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cubaan seludup gula pasir gagal

Posted: 26 Apr 2011 02:04 AM PDT

SEMPORNA: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Semporna merampas 1,925 kilogram gula pasir bernilai RM5,390 yang dipercayai cuba diseludup keluar dari negara ini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Azim Khan Abdullah berkata gula pasir itu dirampas daripada sebuah bot di kawasan perairan Tobo-Tobo ketika bot itu cuba meninggalkan perairan negara.


"Hasil pemeriksaan terhadap bot yang didapati dalam keadaan mencurigakan dalam operasi pada pukul 1.15 pagi itu, kami menemui sejumlah bungkusan mengandungi gula pasir yang disusun rapi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata turut dirampas ialah bot berkenaan beserta enjin dalam yang dianggar bernilai RM15,000 dan menahan empat lelaki berumur antara 20 dan 47 tahun untuk membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 26 Apr 2011 03:45 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Isu penjualan nasi lemak di sekolah belum muktamad: Muhyiddin

Posted: 26 Apr 2011 02:58 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]IPOH: Isu penjualan nasi lemak di sekolah masih belum muktamad kerana belum ada perbincangan antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran serta pihak berkaitan.

Polis buru 'Geng Chellu'

Posted: 26 Apr 2011 02:38 AM PDT

Mutakhir

JAWI: Polis memburu seorang lelaki berusia dalam lingkungan awal 20-an yang yang dikenali sebagai T Sugunthan bagi membantu siasatan beberapa kes samun bersenjata oleh kumpulan "Geng Chellu" di sekitar daerah Seberang Perai Selatan di sini.

Ketua Polis Daerah Jawi, Supt Shafien Mamat, berkata lelaki yang menggelar dirinya sebagai "Veera" dari Taman Merak Simpang Ampat itu dipercayai menganggotai kumpulan samun terbabit yang menjalankan kegiatan jenayah sejak tahun lepas.

"Geng itu dipercayai bergerak dalam dua kumpulan kecil yang menjadikan warga asing di kawasan itu sebagai mangsa mereka dengan menyamun wang dan telefon bimbit milik mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Geng terbabit dianggotai empat lelaki dan bergerak dengan menggunakan motosikal serta bersenjatakan pisau dan parang.

Tiga lelaki anggota kumpulan itu ditahan dalam serbuan di dua rumah, dekat Simpang Ampat pada 15 April lalu dan polis turut merampas tiga motosikal, sebuah komputer riba dan resit jual beli daripada ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 18 tahun itu.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Sugunthan diminta
menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 26 Apr 2011 03:39 AM PDT

Harian Metro: Setempat


‘Oh bapa mentuaku’

Posted: 25 Apr 2011 12:25 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Tindakan seorang juruteknik mahu membawa isteri dan anak lelakinya keluar dari rumah mentuanya di Pantai Dalam, di sini, mengundang padah apabila dia bukan saja dibelasah sebaliknya turut diludah dan dibaling dengan batu hingga cedera, Jumaat lalu.

Amah jaja tubuh di rumah majikan

Posted: 25 Apr 2011 12:14 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Digaji untuk membuat kerja dan menjaga rumah majikannya, tetapi seorang amah warga Indonesia menawarkan khidmat seks ketika ketiadaan majikan di rumahnya, di Bukit Kiara, di sini.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 26 Apr 2011 03:08 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Malu bertutur bahasa Melayu

Posted:

Malu bertutur bahasa Melayu

Malu bertutur bahasa Melayu

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 April - Rakyat di negara ini diminta supaya tidak memandang remeh bahasa Malaysia dengan berasa malu untuk bertutur di khalayak ramai seolah-olah bahasa kebangsaan itu bukan bahasa ibunda negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat seharusnya lebih yakin menggunakan bahasa Malaysia yang kini antara bahasa paling unggul digunakan di serata dunia.

Menurut beliau, dari segi jumlah penggunaan bahasa di seluruh negara bahasa kebangsaan adalah jauh lebih kerap digunakan berbanding bahasa-bahasa lain.

''Saya rasa ini kerana sikap, mungkin jika tidak menggunakan bahasa Inggeris tidak glamor dan seolah-olah bahasa Malaysia ini adalah bahasa yang rendah.

''Paling penting adalah soal keyakinan untuk menggunakan bahasa kita. Oleh itu, saya menekankan supaya kempen menggunakan bahasa kebangsaan harus diteruskan," katanya ketika menjawab soalan tambahan ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Firdaus ingin tahu punca kemerosotan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat negara ini termasuk kakitangan awam dan syarikat swasta yang dilihat seperti ada yang tidak kena terhadap cara pengajaran dan pembelajaran bahasa kebangsaan di negara ini.

Muhyiddin yang merupakan Menteri Pelajaran tidak menafikan bahawa wujud rasa bimbang pihaknya terhadap kemunduran penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat hari ini yang lebih mengalu-alukan bahasa Inggeris.

Menurutnya, senario tersebut turut berlaku dalam majlis-majlis kerajaan yang mana penghormatan kepada bahasa luar terpaksa diutamakan sekiranya para jemputan terdiri daripada pihak negara luar walaupun bilangannya sangat kecil.

''Cuba lihat dalam majlis-majlis kerajaan, walaupun dalam majlis itu ada dua tiga kerat orang bangsa asing, pihak penganjur akan mengatakan minta maaf kerana terpaksa bercakap dalam bahasa Inggeris. Sedangkan hanya ada dua tiga 'mat salleh' tetapi kita pula nak tukar bahasa kerana nak ikut kerenah mereka.

''Adakah kerana bila kita menggunakan bahasa Malaysia, tidak ada orang hendak berlanggan atau berurus niaga dengan kita dan dianggap ia tidak boleh membawa keuntungan," jelas beliau.

Timbalan Perdana Menteri berkata, suasana kurang mesra bahasa kebangsaan di negara ini jauh berbeza dengan keadaan negara-negara besar dunia seperti China dan Jepun iaitu rakyatnya begitu bangga dengan bahasa sendiri, malah mendaulatkan penggunaannya pada semua peringkat.

''Sewaktu saya di China baru-baru ini, mereka di sana bercakap semua dalam bahasa mereka, apabila ada sesuatu majlis, bahasa utama mereka juga adalah bahasa ibunda negara itu, cuma apabila hendak bercakap dengan kita barulah mereka menggunakan bahasa Inggeris," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, untuk memastikan keadaan kurang yakin terhadap bahasa Malaysia, kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang telah mengadakan mesyuarat pertama bagi melihat bagaimana bahasa kebangsaan dapat dimartabatkan kepada kedudukannya yang sepatutnya.

Di samping itu, kata Muhyiddin, kurangnya tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar kesalahan berkaitan bahasa kebangsaan juga antara faktor berlakunya keadaan bahasa Malaysia dipinggirkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berganding bahu ke arah transformasi negara - Najib

Posted:

Berganding bahu ke arah transformasi negara - Najib

Berganding bahu ke arah transformasi negara - Najib

KUALA LUMPUR 25 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh rakyat untuk memainkan dua peranan sebagai pemangkin ke arah usaha transformasi negara.

Pertama kata Perdana Menteri, dengan memberikan penghargaan kepada usaha yang dilaksanakan menerusi Pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2010 secara membaca buku laporan tahunannya yang dilancarkan bulan lalu.

Najib menambah, laporan GTP itu akan menunjukkan kepada rakyat sejauh mana kejayaan yang dikecapi dan apa pula yang mampu dicapai hanya dalam tempoh setahun.

''Dalam hanya 254 muka surat, laporan itu merupakan bukti dedikasi, kesungguhan dan kerja kuat yang dicurahkan oleh kakitangan awam, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor awam dan banyak lagi yang bekerjasama mengenal pasti dan menyediakan penyelesaian isu-isu yang ada kaitan dengan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk Our One Malaysia seperti yang disiarkan menerusi blog beliau di http://www.1malaysia.com.my, hari ini.

Najib menambah, perkara kedua yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia adalah dengan memainkan peranan secara langsung dalam agenda transformasi negara menerusi pelbagai cara.

Ia kata beliau, sama ada menerusi pencegahan jenayah, 'whistle blowing', membanteras korupsi, membantu pelajar dan golongan miskin atau dengan memberi maklum balas bagaimana untuk meningkatkan pencapaian negara pada masa depan.

''Bersama-sama, kita dapat menempa satu budaya peningkatan yang berterusan dan menggunakan inisiatif itu untuk menggerakkan negara maju ke hadapan," kata beliau.

Najib menjelaskan, ia merupakan perjalanan masa depan yang panjang dengan tempoh waktu yang sukar namun kepayahan itu perlu dihadapi sekiranya manfaat diharapkan mahu dikecapi.

Manfaat itu pula, kata beliau, tidak hanya akan dinikmati oleh rakyat hari ini tetapi juga generasi akan datang.

''Marilah kita sama-sama memastikan masa depan yang cemerlang dan lebih baik buat Malaysia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Infrastruktur pengangkutan perlu berkembang

Posted:

Infrastruktur pengangkutan perlu berkembang

Infrastruktur pengangkutan perlu berkembang


Muhyiddin Yassin melihat logo Sambutan Ulang Tahun ke-10 Stesen Sentral Kuala Lumpur sambil diperhatikan oleh Mohamed Razeek Hussain (dua dari kiri) pada majlis sambutan tersebut di KL Sentral semalam.


KUALA LUMPUR 25 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, risiko kesesakan bandar dan pencemaran adalah masalah yang akan timbul sekiranya infrastruktur pengangkutan tidak berkembang sejajar dengan pembangunan negara.

Justeru Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberi sokongan sepenuhnya terutama kepada pihak swasta dalam melakukan penambahbaikan terhadap kemudahan pengangkutan demi keselesaan dan kesejahteraan pengguna.

Beliau berkata, usaha tersebut melibatkan langkah-langkah penambahbaikan infrastruktur sedia ada serta mengintegrasikan hab pengangkutan khususnya di bandar raya ini.

''Kedua-dua langkah ini iaitu melakukan penambahbaikan infrastruktur serta mengintegrasikan hab pengangkutan juga akan menentukan sama ada Greater Kuala Lumpur mampu muncul sebagai metropolis bertaraf dunia sama seperti London, New York dan Tokyo ataupun sebaliknya,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-10 Stesen Sentral Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail; Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD); Pengerusi Ekpress Rail Link Sdn. Bhd. (ERL), Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Datuk Mohamed Razeek Hussain.

Timbalan Perdana Menteri dalam pada itu menyambut baik usaha MRCB menerima tanggungjawab melakukan kerja-kerja penambahbaikan prasarana dan kemudahan awam di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Beliau berkata, apa yang lebih penting usaha di bawah inisiatif Pengangkutan Awam Bandar yang menjadi sebahagian daripada pelaksanaan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

''Di bawah inisiatif itu pihak MRCB akan menyambung Stesen Monorel KL Sentral dengan Stesen Sentral KL yang dijangka siap pada Julai 2012 bagi membolehkan penumpang bergerak dengan selesa di antara dua stesen ini.

''Inisiatif yang dirancang MRCB ini juga bertepatan dalam mendokong usaha kerajaan untuk meningkatkan sasaran penggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang menjelang 2012 ke 25 peratus daripada cuma 17 peratus pada 2010,'' katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut menyentuh kejayaan Stesen Sentral KL sebagai sebuah hab pengangkutan awam yang berjaya di negara ini.

''Saya dimaklumkan semua kos operasi konsesi Stesen Sentral KL ditampung sepenuhnya oleh aktiviti komersial yang dijana di stesen ini.

''Di sini saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada MRCB dan anak syarikatnya, Semasa Sentral Sdn. Bhd kerana telah berjaya menguruskan KL Sentral ini dengan jaya tanpa perlu bantuan kewangan terus daripada kerajaan,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, menjadi harapan kerajaan supaya MRCB berkongsi pengalaman kejayaan itu dengan operator hab pengangkutan lain seperti di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Dalam perkembangan berkaitan Muhyiddin berkata, peluang menguruskan hab pengangkutan awam dijangka muncul lebih banyak dalam dekad ini.

Malah beliau berkata, menurut jururunding McKinsey, negara Asia dijangka membelanjakan kira-kira AS$2.5 trilion (RM7.35 trilion) untuk sistem pengangkutan sahaja antara tahun 2010 dan 2020.

''Antara infrastruktur terbabit adalah hab pengangkutan multi modal seperti KL Sentral,'' katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 26 Apr 2011 03:08 AM PDT

Utusan Online - Utara


Pantau pihak perguna pelajar

Posted:

Pantau pihak perguna pelajar

Pantau pihak perguna pelajar

Oleh A. MALIK ASLIE
utusanperak@utusan.com.my


Sebahagian pelajar berkeliaran di luar pintu sebuah bank bertujuan meminta derma atau menjual barangan kepada palanggan bank berkenaan di Bagan Serai, kelmarin.


BAGAN SERAi 25 April - Pihak berkuasa tempatan digesa memantau kegiatan pihak-pihak tertentu yang menggunakan pelajar untuk mengutip derma dan menjual cakera padat video (VCD) yang semakin berleluasa di daerah ini.

Pengerusi Skuad Penyayang Parlimen Bagan Serai, Asmah Ramli berkata, tindakan menggunakan pelajar untuk mengutip derma merupakan satu kesalahan kerana tiada permit yang dikeluarkan untuk tujuan tersebut.

Katanya, banyak aduan telah diterima pihaknya mengenai kegiatan berkenaan yang dijalankan di sekitar kaki lima bank-bank terutamanya pada hujung minggu.

"Saya sendiri pernah melihat para pelajar terutama perempuan meminta derma daripada orang ramai yang berada di sekitar kaki lima bank.

"Keadaan ini sangat menyedihkan kerana pelajar ini dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu yang kononnya bertujuan untuk pembangunan sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Tinjauan yang dilakukan di sekitar kawasan aktiviti itu mendapati pelajar-pelajar tersebut kebanyakannya datang dari luar kawasan dan melakukan aktiviti tersebut atas arahan pihak sekolah.

Menurut sekumpulan pelajar dari Kedah yang enggan dikenali memberitahu, mereka dihantar pihak sekolah pada hari Jumaat bagi mengutip derma untuk sekolah mereka.

"Kami selalu diminta mengutip derma di luar kawasan dan akan dihantar pada awal pagi sebelum dijemput pulang pada lewat petang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penternak ikan kelisa perlu serius

Posted:

Penternak ikan kelisa perlu serius

Penternak ikan kelisa perlu serius


MukhriZ Mahathir (lima dari kiri) melihat ikan kelisa ternakan syarikat Simons Niaga di Kulim, kelmarin.


KULIM 25 April - Penternak ikan kelisa Bumiputera dinasihatkan bersikap serius dan tidak mempersia-siakan peluang di depan mata kerana bidang itu mampu memberikan pulangan lumayan kepada mereka.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sekiranya mampu menghasilkan produk bermutu, mereka berupaya untuk menembusi pasaran baru di luar negara termasuk di China dan Asia Barat.

Menurutnya, buat masa ini tidak ramai pengusaha Bumiputera mahu menceburi bidang tersebut secara komersial.

"Ikan hiasan jenis ini kini menjadi saingan hebat di dalam dan luar negara," katanya.

Beliau ditemui selepas melawat projek ternakan ikan kelisa milik Simons Niaga Sdn. Bhd. di sini semalam.

Jelasnya, seseorang tidak sukar untuk berjaya dalam ternakan ikan kelisa asalkan bersedia mempelajari teknologi yang diperolehi dari Taiwan.

Selain itu, tambah beliau, ikan kelisa juga mudah diternak di tasik dan sungai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ganggu nelayan: Laluan feri ke Langkawi mungkin diubah

Posted:

Ganggu nelayan: Laluan feri ke Langkawi mungkin diubah

Ganggu nelayan: Laluan feri ke Langkawi mungkin diubah

ALOR SETAR 25 April - Laluan perkhidmatan feri penumpang dari Langkawi ke Kuala Perlis mungkin akan diubah kerana ia dikatakan mengganggu aktiviti perikanan nelayan-nelayan kecil di kawasan berkenaan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, cadangan laluan baru itu melibatkan tambahan jarak sebanyak tujuh kilometer berbanding sejauh 37 kilometer pada masa ini.

Kata beliau, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji dan memperhalusi cadangan tersebut supaya sebarang keputusan yang dibuat tidak menyusahkan mana-mana pihak.

"Jawatankuasa terbabit akan mengadakan perbincangan dengan semua yang terlibat termasuk Jabatan Laut, persatuan nelayan, pengusaha feri, wakil rakyat dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berhubung cadangan ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan negeri di sini semalam.

Mohd. Johari yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, para nelayan khususnya di Penarak mendakwa laluan asal menerusi Selat Pancor adalah sempit menyebabkan aktiviti mereka terganggu dengan kehadiran feri penumpang.

Menurut beliau, laluan tersebut telah digunakan sejak 40 tahun lalu semasa trafik di kawasan selat berkenaan tidak sesak seperti sekarang.

"Daripada segi kepentingan nelayan, kita turut melihat pada masa ini Langkawi mempunyai kawasan yang agak terhad untuk aktiviti perikanan seperti ternakan ikan dalam sangkar dan lain-lain.

"Tiada ombak kuat di kawasan laluan feri menerusi selat itu menjadikan ia sesuai untuk menjalankan aktiviti agricultural," kata beliau.

Mohd. Johari berkata, pada masa yang sama, kepentingan pengusaha feri penumpang juga perlu diteliti kerana laluan baru yang dicadangkan itu melibatkan pertambahan jarak sekali gus menyebabkan kos operasi dan tempoh perjalanan bertambah.

Malah katanya, ada yang mengatakan kawasan baru berkenaan terdedah kepada ombak.

''Sebab itu cadangan ini perlu diperhalusi dengan mengambil jalan terbaik kerana membabitkan kepentingan banyak pihak termasuk nelayan, pengusaha feri dan pelancong," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 26 Apr 2011 03:04 AM PDT

Utusan Online - Selatan


30 ikuti Kursus Motosikal Berat

Posted:

30 ikuti Kursus Motosikal Berat

30 ikuti Kursus Motosikal Berat

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


Pegawai polis menyertai Kursus Motosikal Berat untuk memberi kemahiran kepada mereka mengenai pengendalian motosikal berkuasa tinggi. - Utusan MD.SHAHJEHAN MAAMIN


SEREMBAN 25 April - Deruan motosikal berkuasa tinggi menyusur laju di jalan raya memperlihatkan ketangkasan si penunggangnya.

Melihat kehebatan penunggangnya sudah pastinya orang ramai berasa gentar akan keupayaannya dalam menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan tidak kira di mana sahaja.

Justeru, pelbagai usaha dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memperlengkapkan kemahiran serta ilmu kepada pegawai supaya ia dapat manfaatkan sepenuhnya ketika menjalankan tugas.

Seramai 30 orang pegawai polis dari seluruh daerah di negeri ini telah menyertai Kursus Motosikal Berat anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan untuk memberi kemahiran kepada mereka mengenai pengendalian jentera itu, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Manan Mhd. Hassan memberitahu, kursus berkenaan adalah latihan dalam perkhidmatan bagi melatih lebih ramai pegawai untuk mengendalikan motosikal berkuasa besar ini.

Menurut beliau, program berkenaan sudah dimulakan sejak tiga lalu dan mereka akan mula menjelajah ke beberapa buah tempat selama lima hari bermula hari ini.

"Program ini juga dianjurkan untuk memberi pengalaman secara terus kepada pegawai kanan PDRM ketika menjalankan tugas seperti rondaan dan sebagainya.

"Pelepasan peserta ini bermula di IPK dan mereka akan menjelajah ke beberapa buah tempat sebelum berakhir di Pahang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Abd. Manan memberitahu, program seperti itu juga merupakan salah satu usaha pihak polis dalam mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di kawasan jalanan serta lokasi tumpuan orang ramai.

Tambah beliau, program ini juga selaras dengan hasrat pihaknya dalam melaksanakan perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat.

"Apa yang dapat kita lihat bahawa program ini dinamik, bukan sekadar hanya tertumpu kepada aspek pemanduan motosikal semata-mata akan tetapi ia lebih penumpuan bidang-bidang lain.

"Malah, kita juga melihat cara seperti ini lebih memudahkan para pegawai untuk melaksanakan tugasan di mana sahaja mereka berada," katanya.

Katanya, program ini bukan sekadar terhenti di sini akan tetapi ia akan disebar luaskan kepada anggota memandangkan merekalah yang sentiasa bersama orang ramai ketika melaksanakan undang-undang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM1 juta diperlukan baiki sekolah

Posted:

RM1 juta diperlukan baiki sekolah

RM1 juta diperlukan baiki sekolah

MELAKA 25 April - Kira-kira RM1 juta diperlukan bagi membaik pulih beberapa bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Perempuan Durian Daun di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerja baik pulih itu meliputi lantai, kabinet, surau, membina pusat sumber yang baru dan mengecat bangunan sekolah.

''Saya lihat banyak infrastruktur di sekolah ini perlu dibaik pulih dan diganti baru. Ini perlu untuk keselesaan kepada pelajar," katanya selepas melawat sekolah itu hari ini.

Jelasnya, beliau akan berjumpa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dalam tempoh terdekat ini bagi mendapat kelulusan peruntukan yang dipohon.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kok Yong dicari bantu siasatan

Posted:

Kok Yong dicari bantu siasatan

Kok Yong dicari bantu siasatan

MELAKA 25 April - Polis mencari seorang lelaki, Lim Kok Yong, 51, bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang ahli perniagaan yang mayatnya disumbat dalam but kereta di Jalan Air Semubok, Durian Tunggal di sini malam Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, suspek merupakan seorang broker tanah dan beralamat terakhir di Cheng.

"Suspek dicari bagi membantu polis menyelesaikan kes pembunuhan seorang ahli perniagaan warga emas yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya di sini semalam.

Katanya, polis percaya suspek sudah keluar dari negeri ini dan meminta bantuan orang ramai untuk mengesannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 26 Apr 2011 01:52 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Ilmu ‘tarzan’

Posted: 25 Apr 2011 12:43 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin ajaran sesat mungkin layak digelar ‘tok guru tarzan’ kerana hanya memakai seluar pendek dan kemeja-T koyak rabak ketika menyampaikan ceramah kepada pengikutnya sebelum dia ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Perut bengkak cuba pelangsing

Posted: 25 Apr 2011 12:42 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Akibat termakan pujuk rayu seorang kenalan untuk meraih keuntungan dengan menjadi ejen produk pelangsingan badan, seorang lelaki yang yang mencuba produk itu terlebih dulu untuk melihat keberkesanannya menerima padah apabila terpaksa menanggung kesakitan lebih enam bulan

Utusan Online - Timur

Posted: 26 Apr 2011 01:37 AM PDT

Utusan Online - Timur


Motocross serlahkan Kg. Bintang

Posted:

Motocross serlahkan Kg. Bintang

Motocross serlahkan Kg. Bintang

Oleh ADNAN MOHAMAD
utusanterengganu@utusan.com.my


Salah satu aksi peserta pada Kejohanan Motocross Terbuka Setiu 2011 di Litar Kampung Bintang, Setiu, baru-baru ini.


SETIU 25 April - Kampung Bintang dekat sini, suatu ketika hanyalah sekadar salah sebuah kampung di pinggir laluan utama yang menghubungkan negeri ini dengan Kelantan.

Namun sejak beberapa tahun lalu, suasana di kampung itu mula berubah bukan sahaja menjadi tapak bagi kegiatan Pekan Budaya tetapi dimeriahkan lagi dengan kewujudan litar motocross.

Kawasan tumpuan anak-anak muda tempatan menghabiskan waktu terluang itu kini semakin dipertingkatkan kemudahannya dan litar motocross di kawasan seluas lapan hektar itu mempunyai tarikan tersendiri dengan cabaran yang menanti.

Kemudahan itu mendorong tertubuhnya Kelab Motocross Daerah Setiu (KMDS) yang mana kelab itu kemudian mengorak langkah menganjurkan Kejohanan Motocross Terbuka Setiu mulai tahun lalu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.

Ia bukan lagi sekadar 'suka-suka' apabila kejohanan sukan lasak itu dinaikkan tarafnya yang memberi ruang kepada anak-anak muda tempatan melangkah lebih jauh dalam sukan permotoran.

Pengerusi Kelab Motocross Setiu, Wan Sharudin Wan Latif memberitahu, kini kampung itu berjaya menaikkan imej daerah ini sebagai pusat perlumbaan motocross bertaraf antarabangsa.

Menurutnya, selain pelumba tempatan, kejohanan yang dianjurkan di litar itu turut disertai pelumba dari Thailand dan Singapura.

''Kawasan litar ini turut menyediakan kemudahan seperti surau, tandas dan dewan di samping tempat makan," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Wan Sharudin berkata, kejohanan Motocross Terbuka Setiu 2011 yang berlangsung baru-baru ini disertai 137 pelumba termasuk peserta wanita tunggal, Siti Nor Shuhaida Jafri, 15.

Kejohanan selama dua hari itu yang dibahagi kepada lima kategori dirasmikan oleh Pegawai Daerah Setiu, Mohamad Nor Ibrahim manakala upacara penutup disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Abdul Halim Jusoh.

Bagi kategori terbuka, johan disandang pelumba Thailand, Ranabodee, 23, yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala serta hamper.

Naib johan turut dimenangi pelumba Thailand, Amrin, 17, yang menerima wang tunai RM700 berserta piala manakala tempat ketiga dimenangi, Mohd. Noh Hadik dari Johor yang mendapat wang tunai RM500 dan piala.

Bagi kategori Motocross Endurance Open pula, tempat pertama dimenangi pelumba dari Kedah, Ahmad Nasaie Naimi, 25, yang membawa pulang RM800, piala serta hamper.

Tempat kedua dimenangi, Mohd. Zakhirie Yaacob, 28, dari Kelantan (RM500, piala dan hamper) dan Mohd. Zaidi Mat Nor, 26, dari Kelantan menduduki tempat ketiga yang membawa pulang hadiah RM400, piala dan hamper.

Bagi kategori Cub Cross Final, johan disandang Aswadi Mohammad dari Kelantan dengan hadiah RM800, piala, penginapan dan hamper, tempat kedua peserta dari Terengganu, Mohd. Taufik Othman, 26 (RM500, piala dan hamper) dan ketiga Mohd. Abdul Salam, 30, dari Terengganu yang mendapat RM400, piala dan hamper.

Pelumba dari Johor, Zakaria Muri, 45, pula meraih kejuaraan bagi kategori Motocross Veteran Endurance Open dengan hadiah wang tunai RM800, piala dan hamper manakala tempat kedua, Mat Lani Nor Saham, 43, dari Johor (RM500) dan ketiga, peserta dari Kedah, Haszhar Mat Hassan, 43, (RM400, piala dan hamper).

Bagi Motocross Junior, juara disandang oleh Mohd. Zulnazmi, 12, dari Selangor dengan hadiah RM200, piala dan hamper, tempat kedua oleh Mohd. Harith Danial Rizal, 14, dari Selangor (RM150, piala dan hamper) dan ketiga, Siti Nor Shuhaida Jafri, 15, dari Kelantan yang mendapat RM100.

Sementara itu, Abdul Halim ketika ditemui pada majlis itu baru-baru ini berkata, pihaknya tidak menjangka program yang dianjurkan mendapat sambutan yang begitu hebat.

Malah, katanya, kehadiran penonton terutama para penduduk di sekitar kawasan itu di luar jangkaan sehingga melebihi 5,000 orang sepanjang kejohanan berlangsung.

''Program seumpama ini mungkin boleh diadakan dua kali setahun kerana ia dilihat dapat menyemarakkan kegiatan sukan ini di samping meningkatkan keupayaan pelumba tempatan," katanya.

Peserta, Siti Nor Shuhaida semasa ditemui memberitahu, minatnya dalam acara sukan lasak itu bermula kira-kira dua tahun lalu sebagai membuktikan kepada masyarakat bahawa motocross tidak terbatas kepada lelaki sahaja.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra I, Kuala Krai, Kelantan itu berkata, dia telah beberapa kali menyertai kejohanan motocross seperti di Perak, Johor, Selangor dan juga di Thailand.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program JPJ bersama masyarakat

Posted:

Program JPJ bersama masyarakat

Program JPJ bersama masyarakat

KOTA BHARU 25 April - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan mengadakan Program Satu Komuniti Satu JPJ di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Neting, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Rabu dan Khamis ini.

Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan JPJ negeri, Mohd. Faisal Abdul Malik memberitahu, program itu dijadual bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang dan bertujuan merapatkan hubungan penduduk setempat dengan jabatan berkenaan.

"Antara aktiviti yang diatur sepanjang program adalah pameran pelbagai agensi swasta, pemeriksaan motosikal, kaunter bayaran lesen memandu, semakan senarai hitam serta perkhidmatan insurans.

"Pihak kami turut menyediakan sukan futsal antara JPJ dan komuniti serta acara sukaneka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sambutan Hari Belia di Kuala Berang

Posted:

Sambutan Hari Belia di Kuala Berang

Sambutan Hari Belia di Kuala Berang

HULU TERENGGANU 25 April - Kira-kira 3,000 belia di negeri ini dijangka menghadiri pelancaran sambutan Hari Belia Negara peringkat Terengganu pada 20 Mei depan di Padang Astaka, Kuala Berang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, pelbagai program diadakan bagi menambahkan kemeriahan dan menarik penglibatan remaja termasuk pertandingan futsal, Pekan Budaya dan City Night Game.

"Pada masa sama, setiap daerah turut memainkan peranan dengan menganjurkan aktiviti keilmuan dan sosial yang boleh turut mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat," katanya di sini hari ini.

Katanya, Hulu Terengganu bakal menganjurkan Forum Perdana, Marang (Sentuhan Rohani bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan), Besut (Gotong-Royong Perdana) dan Setiu (Seminar Kepenggunaan Belia).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 26 Apr 2011 01:09 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Imam Besar Masjidil Haram bawa Wahabi ke Malaysia, syaki pegawai Jakim

Posted: 26 Apr 2011 12:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 26 April — Seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia minggu lalu, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform "kerajaan dengan kerajaan."

Zamihan Mat Zin, yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar "Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah" bertemakan "Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai."

Seminar dua hari berakhir Ahad lalu diadakan di Hotel Royale Chulan di sini dan dihadiri tokoh agama dari dalam dan luar negara.

"Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

"Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata . . . ada tangan . . . ada kaki . . . itu semua kita tidak boleh terima," kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu.

Tahun lalu Zamihan telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Sebaliknya Zamihan mengakui ada "membangkitkan" nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini.

Tegas beliau, amalan dan ajaran yang dibawa Sheikh Abdul Rahman bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah dan ia bertentangan dengan amalan umat Islam.

"Sebab itu (ajaran Sheikh Abdul Rahman) bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah, sebaliknya ia merupakan metodologi sebahagian amalan al-Hanabilah al-Mujassimah dan metodologi ini bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah yang kita amalkan di Malaysia.

"Memandangkan metodologi ini dipopularkan ajaran Wahabi dan ulama bangkit menentangnya, maka metodologi ini tidak perlu disebarkan kepada umat Islam dalam apa jua pendekatan kerana ia bukan metodologi yang benar yang diwarisi dari Rasulullah," katanya.

Kata Zamihan, beliau menentang keras tindakan Sheikh Abdul Rahman yang cuba mewujudkan suasana tidak senang di kalangan umat Islam dengan membawa fahaman yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah.

"Jika ia (amalan Wahabi) mahu dipraktikkan di Arab Saudi terpulanglah, tapi kita di Malaysia mengamalkan metodologi Ahli Sunah Waljamaah yang jelas iaitu berpegang dengan prinsip akidah yang dirintis dari Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari bermazhab Shafie dan berpandukan metodologi tasawuf dari kalangan ulama sufi yang muktabar.

"Imam Besar Masjidil Haram ini juga pernah membuat (mencetuskan) kontroversi apabila mengemukakan pandangan bahawa orang Islam dilarang menziarai makam Nabi, malah saya ada bukti lain yang menunjukkan beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi.

"Malah dalam seminar yang dihadiri beliau pada Sabtu dan Ahad lalu juga, hampir keseluruhan jurucakap dan tetamu yang hadir mengamalkan metodologi Wahabi, tapi gunakan nama lain daripada diketahui dan ini mengelirukan umat Islam," katanya.

Justeru, kata beliau, pihak berkuasa terutamanya polis dan jabatan agama Islam harus menyiasat perkara tersebut agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Selain itu, Zamihan juga mempersoalkan bagaimana penceramah-penceramah dari luar negara dibenarkan untuk bercakap soal agama tanpa permit.

"Kedatangan Imam Besar Masjidil Haram ini kalau untuk kegiatan umat Islam tiada masalah tapi kalau nak bawa metodologi ia tidak wajar . . . tindakan ini akan mengelirukan umat Islam dan wajar pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.

"Kalau nak masuk Singapura pun kena ada permit tapi bila orang luar berucap pasal agama dan nak bawa metologi Wahabi tidak perlukan permitkah? Sheikh Abdul Rahman datang dengan tujuan untuk semai fahaman Wahabi dan ini tidak wajar," katanya yang turut menjadi perhatian ekoran satu seminar di Singapura awal tahun lalu.

Pada Jumaat lalu Sheikh Abdul Rahman menggesa umat Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunah demi memastikan mereka kekal bersatu padu. 

Beliau berkata, perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya mereka tidak menjadikan kedua-dua perkara itu sebagai sebahagian amalan kehidupan seharian.

"Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah mengenai pentingnya berpegang teguh dengan al-Quran dan As-Sunah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam)," katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan.

Khutbah beliau bertajuk "Perpaduan Islam dan Cabaran Semasa" diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia, Datuk Mahamud Abdul. 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Video seks: Polis dedah identiti si pelaku ‘Masa sesuai’

Posted: 26 Apr 2011 12:07 AM PDT

SUBANG, 26 April — Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan "si pelaku" dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar dipetik media hari ini.

"Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan," kata beliau dipetik Bernama Online.

"Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah)," katanya selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di sini pada hari Selasa.

Ditanya mengenai sebab Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan, Khalid menegaskan bahawa ia merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan kertas siasatan sesuatu kes.

"Kita dah siapkan kertas siasatan itu, sudah tentu kita akan hantar kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara. Sekiranya dia (Peguam Negara) melihat terdapat perkara-perkara yang belum jelas pada kertas siasatan itu i akan dipulang semula kepada kita.

"Dengan ini kita akur dengan apa jua arahan yang diberikan pada kita. Ini proses biasa dan kemungkinan kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara minggu ini," katanya.

Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Mengenai perkembangan kes kematian pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, Khalid berkata Peguam Negara masih meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan pada Jumaat lepas.

"Kita masih lagi menunggu beberapa laporan-laporan dari pakar yang belum siap sepenuhnya sebelum Peguam Negara boleh buat keputusan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 26 Apr 2011 01:08 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Anwar Lelaki Y

Posted:

Anwar Lelaki Y

Anwar Lelaki Y

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


ANWAR Ibrahim hadir di mahkamah bagi mendengar penggulungan kes liwat terhadap bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari di Mahkamah Tinggi Jenayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai penyumbang utama asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Pendedahan identiti tersebut dibuat oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden sewaktu mengemukakan hujahan di akhir kes pendakwaan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pengesahan identiti itu juga membuatkan kesemua penyokong Ahli Parlimen Permatang Pauh yang berada di galeri awam kelihatan diam seketika.

Mohd. Yusof menyatakan, perbandingan hasil ujian DNA yang dibuat oleh saksi pendakwa kelima, Dr. Seah Lay Hong dan saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon mengesahkan profil DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari dengan DNA yang terdapat pada tuala Good Morning, botol minuman 'Cactus' dan berus gigi adalah sepadan.

Ketiga-tiga barang tersebut diambil dari lokap yang menempatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalaman pada 16 Julai 2008 selepas beliau ditangkap, sebagai bahan bukti.

''Dengan padanan tersebut, tanpa sebarang ragu, ia mengesahkan bahawa penyumbang air mani Lelaki Y yang tidak dikenali dan dijumpai di dalam dubur mangsa adalah milik tertuduh,'' tegas Timbalan Kanan Pendakwa Raya itu.

Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut dan tertuduh perlu dipanggil membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya.

Selain itu, beliau menyatakan, barisan pembelaan tidak pernah mencabar secara serius keterangan terperinci Mohd. Saiful Bukhari berhubung kejadian liwat tersebut yang diberitahu dalam prosiding tertutup sebelum ini.

Niat tertuduh untuk melakukan perbuatan tersebut juga jelas kelihatan pada beberapa insiden yang berlaku sebelum dan pada hari kejadian.

Mohd. Yusof menyatakan, tertuduh berulang kali meminta Mohd. Saiful Bukhari untuk datang ke Kondominium Desa Damansara malah pada hari kejadian, Anwar sekali lagi mengingatkan pengadu agar ke tempat kejadian dengan membawa gel pelincir, KY Jelly.

''Tertuduh boleh berbincang mengenai jadual kerjanya dengan mangsa sewaktu masih berada di pejabat tetapi dia tidak berbuat demikian malah turut meminta Mohd. Saiful Bukhari membawa KY Jelly. Apa perlunya diminta membawa pelincir tersebut sekiranya hanya ingin berbincang mengenai jadual kerja?'' katanya.

Sepanjang perbicaraan selama 57 hari, sebanyak 26 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dengan saksi pertama dan utamanya ialah Mohd. Saiful Bukhari.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mat Sabu sedia tanding jawatan nombor 2 Pas

Posted:

Mat Sabu sedia tanding jawatan nombor 2 Pas

Mat Sabu sedia tanding jawatan nombor 2 Pas

Oleh Raja Syahrir Abu Bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 April – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu bersedia untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu dalam pemilihan Jun ini selepas gagal pada percubaan sama pada 2009.

Katanya, keputusan itu bagi meneruskan agenda dan perjuangan parti sebagai salah sebuah komponen pembangkang yang efektif dan mempunyai kredibiliti di negara ini.

Bekas Naib Presiden Pas yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata, beliau mendapat tahu menerima sokongan untuk bertanding jawatan kedua tertinggi parti tersebut daripada beberapa negeri tetapi enggan mendedahkan jumlah sokongan dan negeri berkenaan.

"Saya akan mengumumkan keputusan rasmi mengenai hasrat itu sebelum tarikh pencalonan ditutup pada 15 Mei ini, telefon saya semula pada 14 Mei ini.

"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan bahawa hasrat ini bukan untuk agenda peribadi tetapi demi meneruskan perjuangan Pas selama ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada pemilihan parti dua tahun lalu, penyandang jawatan itu kini, Nasharuddin Mat Isa mendapat 480 undi diikuti Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dengan 281 undi manakala Mat Sabu mendapat 261 undi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MEMBERI SEMANGAT

Posted:

MEMBERI SEMANGAT

MEMBERI SEMANGAT



PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) Ke-30 yang sedang berlangsung

di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) memberi peluang kepada warga Malaysia termasuk pelajar untuk mendapatkan bahan bacaan yang bermutu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan pesta itu semalam yang akan berlangsung sehingga 1 Mei ini dan disertai oleh 700 penggiat dalam industri buku tempatan dan luar negara.

  • MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan para pelajar yang mengunjungi gerai-gerai jualan buku selepas merasmikan PBAKL Ke-30 di PWTC, semalam. – utusan/Fauzi Baharudin
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Rencana Utama

    Posted: 25 Apr 2011 11:34 PM PDT

    Kosmo Online - Rencana Utama


    Kandungan gula tinggi dalam durian

    Posted:

    Kandungan gula tinggi dalam durian

    Kandungan gula tinggi dalam durian

    Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF



    PERLAWANAN bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak yang berlangsung di Stadium Perak, Perak, baru saja lima minit bermula. Tatkala mood para pemain sedang berkobar-kobar untuk mengecapi kemenangan secara tiba-tiba semua yang berada di dalam stadium dikejutkan dengan insiden yang mencemaskan.

    Bekas juara bina badan dan Mr. Asia enam kali, Datuk Malek Mohd. Noor, yang bermain pada posisi penjaga gol diserang sakit jantung. Bekas atlet berusia 57 tahun tersebut dilihat berpaut pada tiang gol gara-gara menahan kesakitan pada bahagian dada.

    "Mula-mula saya berasa pening. Kemudian, sesak nafas sehingga saya rasakan badan semakin mengembang dan jersi mula mengetat terutamanya di bahagian perut. Oksigen saya pula pada waktu itu bagaikan tidak mencukupi dan membuatkan saya tercungap-cungap.


    PENGAMBILAN durian secara berlebihan boleh memudaratkan penghidap diabetes.


    "Sedangkan semasa melakukan sesi memanaskan badan sebelum perlawanan tubuh badan saya dalam keadaan baik saja. Saya boleh melompat dan berlari setempat," jelas Malek ketika dihubungi Kosmo! mengenai situasi yang menimpanya sewaktu terlibat dalam perlawanan bola sepak antara Pasukan Pilihan Menteri Besar Perak dan Pasukan Legenda Negara baru-baru ini.

    Ditebak soalan adakah dia menghidap masalah jantung, anak kelahiran Kampung Sri Gading Batu Pahat, Johor itu menidakkan sekeras-kerasnya. Sebaliknya, graduan dari Universiti Denver di Amerika Syarikat (AS) tersebut memberitahu, dia bebas daripada diabetes, darah tinggi apatah lagi penyakit jantung.

    Atas faktor berkenaan, Malek yang menetap di Ampang, Selangor masih terkejut apabila doktor mengesahkan serangan jantung itu berpunca daripada dua saluran jantungnya yang tersumbat.

    Sesak nafas


    MALEK diserang penyakit jantung ketika mahu memulakan perlawanan bola sepak baru-baru ini.


    "Paling mengejutkan, ada pula pihak yang mendakwa serangan jantung ini akibat saya makan buah durian sewaktu menyertai aktiviti melawat sebuah ladang buah-buahan di Ipoh, Perak anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb). Sukar bagi saya untuk mengiyakan dakwaan itu kerana doktor pun tidak mengesahkannya.

    "Lagipun, pada hari itu saya hanya memakan empat ulas durian. Kemudian, disusuli pula meminum air kelapa dan menjamu selera dengan lauk-pauk yang lain," tutur Malek yang pernah membintangi filem Rimba Malam sekitar tahun 1992 dalam nada suara yang masih lemah.

    Kisah makan durian sehingga menjejaskan faktor kesihatan terhadap masyarakat tempatan bukanlah perkara baru. Pada tahun lalu, media melaporkan akibat terlebih makan durian, Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang mengalami kesesakan nafas sehingga mencemaskan para tetamu yang menghadiri jamuan Pesta Durian dan Promosi Daging Kambing di bangunan Parlimen.

    "Sejak kecil saya sudah mengenali buah durian yang berkulit keras dan mengeluarkan bau yang kuat. Setiap tahun, tiba saja musim durian saya dan keluarga pasti pulang ke kampung ayah di Kuala Kangsar, Perak.

    AMALKAN minum banyak air kosong bagi mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian.


    Di sana, kami berpeluang menikmati buah durian sepuas-puasnya kerana datuk mempunyai dusun yang luas.

    "Seronok apabila makan beramai-ramai sehingga riuh-rendah di pekarangan dusun. Kadangkala kami adik-beradik bersaing siapa yang makan durian dalam kuantiti yang banyak. Setakat ini, saya mampu menghabiskan lebih enam biji durian pada satu-satu masa," jelas penggemar tegar durian, Faridatul Husna Othman, 27, kepada Kosmo!.

    Tambah anak kelahiran Kuala Lumpur itu yang mesra disapa Husna, tidak cukup dengan menikmati buah durian di kampung, mereka sekeluarga pasti tidak melepaskan peluang membawa bekalan longgokan durian pulang ke Kuala Lumpur.

    "Bagi saya keunikan durian terletak pada tekstur dan isinya yang lazat. Biarpun menyedari sesetengah individu kurang gemar pada bau durian tetapi itulah yang menjadikan durian antara buah-buahan tempatan yang istimewa.


    TEMPOYAK salah satu produk daripada buah durian yang popular di kalangan masyarakat Melayu.


    "Lagipun durian bukan saja enak dinikmati secara mentah malah ia boleh dimasak bubur, manisan, aiskrim, kek ataupun tempoyak yang dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman," ujar Husna.

    Walaupun pernah terbaca tentang beberapa individu yang jatuh sakit akibat makan durian, bekas pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 4, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu tidak pernah gusar. Cerita Husna, sebenarnya ia bergantung kepada individu itu untuk menjaga diri sendiri.

    Namun begitu, Husna mengakui bahawa pengambilan buah durian dalam kuantiti yang banyak membuatkan badannya berpeluh-peluh dan terasa panas. Bagi menghilangkan kepanasan tersebut dia mengatasinya dengan meminum banyak air kosong. Ini termasuklah mengikut petua nenek moyang supaya minum air putih yang diisi dalam kulit durian.

    Minum banyak air


    DURIAN amat tinggi kandungan karbohidrat yang secara tidak langsung meningkatkan paras gula dalam darah.


    "Sukar untuk dijelaskan, keberkesanan minum air putih dalam kulit durian yang dapat meredakan kepanasan dalaman badan. Lagipun petua ini telah dipraktikkan secara turun-temurun.

    "Pendapat peribadi saya, jika tidak mahu suhu badan terasa panas, janganlah makan durian umpama tiada esok bagi durian lagi," saran peniaga durian, Mustafa Ali, 53, ketika ditemui di tapak bazar Taman Melawati, Kuala Lumpur.

    Menyentuh mengenai kepanasan badan gara-gara menikmati buah durian, pakar perubatan dan pernafasan Hospital Pantai Ampang, Dr. Zal Ab. Rahim memberitahu, buah durian mempunyai kandungan gula dan lemak yang tinggi. Jadi apabila individu memakan durian dalam kuantiti yang banyak maka ia mengganggu sistem metabolisme gula di dalam badan.

    Kesan daripada peningkatan kadar metabolisme akan menghasilkan haba dalam badan.

    "Bagi penghidap diabetes, jantung atau darah tinggi mereka perlu mengelakkan makanan yang manis, kandungan garam yang tinggi, berkolesterol dan berlemak. Durian antara buah yang mempunyai ciri-ciri itu.

    "Cara untuk mengurangkan suhu dalam badan adalah dengan minum banyak minum air kosong," jelas Zal.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Wanita Maghribi cari jodoh di internet

    Posted:

    Wanita Maghribi cari jodoh di internet

    Wanita Maghribi cari jodoh di internet


    GOLONGAN wanita Maghribi dilihat lebih berani dan serius dalam mencari pasangan di internet berbanding lelaki.


    DI negara yang kebanyakan perkahwinannya masih diatur, ribuan individu yang bujang serta kesepian mencari pasangan mereka dengan hanya satu klik di tetikus komputer di laman web Soukzouaj.

    "Laman mencari jodoh itu direka pada Jun 2010. Walaupun masih baru, laman ini boleh dikatakan berjaya mungkin kerana ia percuma dan juga mudah," kata Pengasas Soukzouaj, Yasser Nejjar.

    Setiap hari, kira-kira 2,600 calon pasangan akan melayari laman itu dan dua per tiga daripadanya ialah wanita.

    Laman itu akan menunjukkan peta Maghribi yang dibahagikan kepada 16 bahagian, kemudian pelayar hanya perlu klik pada bahagian yang dipilih untuk mencari pasangan.

    "Sebagai contoh, berdasarkan pemerhatian hari ini sebanyak 1,670 catatan masuk daripada wanita berbanding lelaki 870 sahaja.

    "Saya berpendapat keadaan ini menandakan wanita lebih berani berbanding lelaki. Kebanyakan catatan menunjukkan mereka benar-benar komited serta berminat untuk mengikat hubungan halal menerusi perkahwinan," kata Nejjar.

    Penganalisis Maghribi menganggap laman perkahwinan itu merupakan satu fenomena baru yang mempunyai kaitan dengan teknologi komunikasi, walaupun di negara ini kebanyakan perkahwinan sudah diatur mengikut pilihan ibu bapa.

    "Kini, golongan perempuan juga boleh memilih pasangan mereka. Mereka mahukan suami yang cintakan mereka, hormat, lelaki yang tidak mempunyai ibu yang berfikiran kolot yang tidak membenarkan mereka tinggal berasingan selepas berkahwin kelak," kata ahli sosiologi, Soumaya Naamane Guessous.

    Katanya lagi, kejayaan laman Soukzouaj menunjukkan bahawa di negara yang kebanyakan anak-anak berkahwin atas pilihan ibu bapa sudah berubah. Golongan remaja perempuan tidak lagi menerima bulat-bulat pilihan ibu bapa mereka.


    LAMAN Soukzouaj menjadi fenomena di Maghribi dalam kalangan orang muda.


    Angka rasmi terbaru menunjukkan lebih 13 juta orang melayari laman sesawang di negara yang mempunyai populasi 32 juta penduduk itu.

    Malah, penggunaan internet juga memainkan peranan dalam demonstrasi yang dilakukan baru-baru ini iaitu reformasi prodemokrasi di Maghribi. Ia mengikuti trend di dunia Arab yang bermula di Tunisia di mana protes yang berterusan menyebabkan kejatuhan Presiden Zine el Abidine Ben Ali, Januari lalu.

    Protes pertama di beberapa bandar di Maghribi pada 20 Februari lalu merupakan suara yang mewakili golongan belia melalui laman sosial Facebook.

    Berbalik kepada laman Soukzouaj, kebanyakan catatan wanita adalah yang menggunakan dialek Maghribi dan Perancis. Ini menunjukkan mereka mengharapkan permintaan mereka dihormati serta menepati ciri calon suami yang dianjurkan Islam.

    "Wanita muda Maghribi, guru, mahukan calon Muslim yang baik hati, lelaki yang baik, menghormati wanita serta ikhlas dari segala sudut," menurut salah satu posting di laman tersebut.

    Sementara itu, catatan kaum lelaki pula lebih kepada kedudukan sosial dan kesungguhan mereka.

    "Saya Simo, 28 tahun berasal dari Rabat, bekerja sebagai jurutera komputer sektor kerajaan, baik dan serius, mencari pasangan dari bandar untuk hubungan yang serius, semoga dengan izin Tuhan, hubungan yang terjalin akan membawa kepada perkahwinan yang suci," kata seorang jejaka yang sedang mencari pasangan yang diimpikannya.

    Menurut seorang pemerhati, kewujudan laman perkahwinan itu menunjukkan perubahan yang terjadi berikutan kemodenan yang dialami masyarakat Maghribi.

    "Selain itu, kami juga melihat terdapat ramai lelaki dan wanita yang dalam kesunyian dan kecewa," kata Naamane Guessous. - AFP

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Hadiah Sako iktiraf penulis

    Posted:

    Hadiah Sako iktiraf penulis

    Hadiah Sako iktiraf penulis

    Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


    MOHD. PUAD (lima dari kiri) bersama Mohamed Hashim (empat dari kiri), Zainuddin Maidin (tiga dari kanan) dan Nasir (dua dari kanan) memotong pulut kuning sempena ulang tahun ke-35 UP&D dan Pengisytiharan Kerjasama Pintar Hadiah Sako 3 di Hotel Marriott Putrajaya baru-baru ini.


    AKSARA nama Ishak Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako amat bermakna dalam lipatan sejarah negara. Sumbangan tokoh persuratan Melayu yang dilahirkan pada 14 November 1909 itu terlalu tinggi nilainya kepada agama, bangsa dan negara.

    Justeru, tidak hairanlah jika beliau menjadi ikon dalam bidang kewartawanan. Beliau berjaya membuktikan kepada masyarakat bahawa dunia kewartawanan bukan sekadar melapor berita, bahkan lebih daripada itu.

    Menyoroti pemikiran dan perjuangan beliau, ia mampu membawa generasi baru mengenali seorang nasionalis merangkap aktivis politik yang memanfaatkan bidang kewartawanan dan kesusasteraan untuk berjuang di medan tempur sebenar.

    Sehubungan itu, bagi menghargai sumbangan dan jasa beliau, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) mengambil inisiatif mewujudkan Sayembara Hadiah Sako bagi novel nasional bermula sejak tahun 1992.

    Menurut Pengarah Eksekutif UP&D, Dr. Hairi Abu Bakar, Hadiah Sako merupakan lambang kenangan abadi Utusan kepada Allahyarham Pak Sako, seorang nasionalis yang menggerakkan perjuangan kemerdekaan negara menerusi mata penanya.

    "Beliau juga merupakan salah seorang pengasas Utusan dan telah memerah keringat menjelajah ke segenap pelosok negara untuk mengumpulkan dana bagi mewujudkan akhbar Melayu pertama milik bangsa ini sepenuhnya.

    "Buah fikiran yang dikirim dalam baris kata-katanya membakar sukma rakyat dan pada masa yang sama menggugah fikiran penjajah.

    "Kini, untuk musim ketiga, UP&D berbangga kerana dapat bergabung tenaga dalam kerjasama pintar Hadiah Sako dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan tawaran hadiah yang lebih menarik," jelas Hairi pada satu majlis yang dianjurkan baru-baru ini.

    Terjemahan karya

    Anugerah Hadiah Sako menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM30,000 bagi pemenang pertama, RM15,000 untuk pemenang tempat kedua dan RM5,000 bagi tempat ketiga.

    Apa yang pasti, buat julung-julung kalinya karya pemenang Hadiah Sako bukan sahaja menerima ganjaran wang tunai, sebaliknya karya mereka akan diterjemahkan ke dalam bahasa asing dan berpeluang menembusi pasaran antarabangsa.

    Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang merasmikan majlis pengisytiharan Kerjasama Pintar Hadiah Sako Kumpulan Utusan melalui UP&D dan ITNM, memuji langkah tersebut demi memartabatkan penulisan sastera dan mengiktiraf penulis-penulis di negara ini.

    "Di samping memartabatkan karya tempatan ke peringkat yang lebih tinggi, Hadiah Sako ini juga secara tidak langsung dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang penulisan di Malaysia bagi memandu pemikiran rakyat melalui karya yang dihasilkan," kata beliau.

    Dalam pada itu, Pengarah Urusan ITNM, Mohd. Khair Ngadiron menegaskan, Pak Sako adalah bukti dan simbol betapa sastera dan pembangunan nasional adalah dua perkara yang saling melengkapi antara satu sama lain.

    "Untuk membentuk sebuah tamadun, bidang sastera tidak boleh dipinggirkan kerana fungsinya tidak terbatas kepada aspek perkembangan bahasa semata-mata.

    "Sebaliknya, sastera turut menjadi medium pembina jati diri bangsa, wadah pemikiran yang sarat pandangan, moral, idea malah menjadi kayu ukur intelektual dan kemanusiaan. Lantaran itu, kami di ITNM sentiasa komited menyokong sebarang aktiviti berteraskan kesusasteraan," tutur Khair yang turut merakamkan penghargaan kepada Kumpulan Utusan di atas tawaran kerjasama tersebut.

    Bagi Hadiah Sako kali ini, penyertaan dibuka sejak tahun 2005 sebelum ditutup pada 2008 dan pengumuman serta penyampaian hadiah kepada pemenang akan berlangsung pada Julai depan.

    Majlis yang dihadiri oleh Pengerusi Ekekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali dan mantan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin itu turut meraikan ulang tahun ke-35 penubuhan UP&D.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Malaysiakini :: Berita

    Posted: 25 Apr 2011 07:05 PM PDT

    Malaysiakini :: Berita


    SMS, rekod panggilan hanya disimpan 30 hari

    Posted: 25 Apr 2011 04:18 AM PDT

    Suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu syarikat pembekal perkhidmatan komunikasi hanya boleh menyimpan kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan rekod panggilan telefon untuk tempoh 30 hari sahaja.

    Pengurus Kanan Celcom Transmission, Mohd Norizal Hasim berkata selepas tempoh itu, semua data itu tidak dapat diperoleh kembali selepas ia diserahkan kepada bahagian bil.

    "Kita tidak dapat mengesan setiap kandungan SMS dan rekod panggilan dalam tempoh masa yang lama," katanya ketika disoal Pengerusi Suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, lapor Bernama.

    Terdahulu itu, Foong mempersoalkan mengapa pegawai penyiasat Michael Leslie Squires sukar mendapatkan maklumat dalam SMS dan panggilan keluar masuk yang terdapat dalam telefon bimbit pegawai SPRM dan Teoh yang telah disita.

    "Dalam kes ini pegawai penyiasat (Michael) telah pergi ke Celcom tetapi beliau balik dengan maklumat Celcom tidak menyimpan maklumat itu," katanya.

    Sebelum ini suruhanjaya dimaklumkan telefon bimbit milik enam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengandungi maklumat pada 15, 16 dan 17 Julai 2009, malahan sebarang maklumat dalam telefon bimbit Teoh juga gagal diperoleh.

    Selain itu, Mohd Norizal, yang merupakan saksi ke-40 suruhanjaya, menjelaskan pihaknya menyediakan 'back up' selama setahun dan hanya merekod masa, tarikh serta nombor telefon penghantar dan penerima tetapi tidak menyimpan isi kandungan SMS.

    "Kandungan SMS itu hanya akan diperolehi sekiranya SIM CARD itu dibuka melalui telefon lain," katanya ketika disoal peguam S.Sivaneindiren dari Majlis Peguam.

    Turut hadir memberi keterangan, Pengurus Bahagian Operasi Pra-Bayar, Mohd Syahrizal Salllehudin, yang juga saksi ke-41 dan Eksekutif Celcom Norazlina Ahmad dan juga saksi ke-42.

    Sementara itu, Penolong Kanan SPRM Putrajaya, Mohamad Azhar Abang Mentari, memberitahu suruhanjaya itu beliau menganggap berita kematian Teoh yang diterima daripada Penguasa SPRM Putrajaya, Mohd Fauzi Shadoollah, adalah satu gurauan kerana mereka sering bergurau.

    Ketika disoal peguam Choew Wee dari Majlis Peguam adakah Mohamad Azhar ada menghubungi sesiapa untuk mendapatkan pengesahan tentang perkara tersebut, Mohamad Azhar berkata: "Saya ada menelefon pegawai perisikan SPRM Hafiz Izhar Idris.

    Selain itu, saksi ke-44 suruhanjaya, Mohd Fauzi Maslan berkata beliau tidak mengingati akhbar atau laman web yang dibaca berhubung kematian Teoh.

    Sementara itu, penolong penguasa SPRM Selangor, Effezul Azran Abd Maulop memberitahu suruhanjaya beliau dimaklumkan oleh pegawai penyiasat Mohd Anuar Ismail mengenai kematian Teoh pada pukul 2 petang, 16 Julai 2009.

    "Ketika saya duduk di sofa di hadapan bilik saya di pejabat SPRM, tingkat 14, Mohd Anuar datang dan mengajak saya turun ke tingkat 5, bangunan Plaza Masalam tetapi tidak dimaklumkan tujuan turun ke tempat itu.

    "Saya nampak Mohd Anuar jenguk ke tingkap dan berbincang sesuatu dengan pengawal keselamatan dan pada waktu itu saya nampak sekujur tubuh di koridor tingkat 5, bangunan itu. Mohd Anuar kemudian memaklumkan kepada saya mayat itu adalah saksi beliau," katanya ketika disoal Choew Wee.

    Effezul Azran, yang merupakan saksi ke-45, turut menafikan beliau menggunakan kekerasan ke atas Anggota Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah.

    Teoh, 30, Setiausaha Politik exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Akta baru beri kuasa penguatkuasaan pada Jakim

    Posted: 25 Apr 2011 02:51 AM PDT

    Undang-undang baru yang digubal untuk memperkemaskan lagi industri halal negara akan memberi lebih kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menguatkuasa penggunaan dan pengeluaran logo halal di negara ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata undang-undang itu sedang dalam proses penggubalan oleh Penasihat Undang-undang Jakim dan Pejabat Peguam Negara.

    "Akta itu akan meliputi tindakan undang-undang dan penguatkuasaan kerana dulu tidak boleh ambil tindakan kepada mana-mana individu, syarikat swasta atau mana-mana syarikat luar yang mengeluarkan sijil kerana peruntukannya tidak diperkemaskan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

    Beliau menjangka urusan mengenai akta itu dapat diselesaikan di peringkatJakim pada tahun ini juga tetapi akan mengambil tempoh tertentu sebelum dibentang di Parlimen.

    Jamil Khir juga berharap kesemua sekolah tahfiz di negara ini berdaftar dengan Jakim supaya sijil pelajar akan diiktiraf seperti peperiksaan awam lain sekaligus menjamin masa depan pelajar.

    "Kalau ada persetujuan di peringkat negeri, baru boleh daftar. Kita nak sekolah agama ini jaga pelajar dan kita nak supaya sijil-sijil mereka diluluskan untuk menjaga kebajikan mereka," katanya.

    Terdahulu beliau menyampaikan amanat sempena pelantikan Ketua Pengarah baru Jakim, Othman Mustapha, berkuatkuasa semalam yang menggantikan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang bersara wajib.

    --Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Rencana

    Posted: 25 Apr 2011 03:17 PM PDT

    Utusan Online - Rencana


    Faktor pengundi Cina

    Posted:

    Faktor pengundi Cina

    Faktor pengundi Cina

    Oleh AZNAN BAKAR
    aznan.bakar@utusan.com.my

    SEJAK Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan kuasa di tiga lagi negeri dan penguasaan di Parlimen merosot, faktor pengundian rakyat negara ini sering menjadi perbincangan.

    Keupayaan pakatan pembangkang menggugat kedudukan BN yang memerintah negara ini sejak merdeka dilihat sebagai perubahan sikap rakyat yang dikatakan semakin bijak menilai.

    Malah, 15 siri pilihan raya kecil selepas itu diikuti dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini menunjukkan pola pengundi yang seolah-olah menjauhi BN terutama dari kalangan kaum Cina.

    Walaupun pelbagai transformasi sama ada ekonomi mahupun sosial telah dilakukan sejak Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, namun BN dilihat begitu sukar untuk menarik semula undi Cina.

    Ada pandangan yang mengatakan pengundi Cina mengundi berdasarkan garis perkauman dengan menolak pemimpin dari parti yang bekerjasama dengan UMNO.

    Pandangan lain pula berpendapat pengundi Cina terutama di kawasan bandar mempunyai pandangan berbeza dan BN belum dapat memenuhi keperluan mereka.

    Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang turut berpandangan demikian menegaskan ia tiada kaitan dengan sentimen kaum. Sebaliknya kata Tiong Lai, ia lebih berkaitan dengan sentimen bandar dan luar bandar.

    Walaupun pemimpin MCA itu menolak kaitan antara paten sokongan pengundi Cina dengan unsur perkauman, namun yang nyata buat masa ini BN bukan pilihan mereka. Penolakan terhadap BN itu pula berlaku secara berterusan. Daripada PRU 2008, diikuti dengan 15 pilihan raya kecil membawa kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak, pengundi Cina memilih mengundi untuk parti tertentu.

    Mereka secara terbuka menolak pemimpin yang datang dari parti yang bersekutu dengan BN. Pada 2008, MCA dan Gerakan ditolak habis-habisan sehingga Gerakan langsung tidak mempunyai wakil di Parlimen, selain kehilangan Pulau Pinang kepada DAP.

    Pada Pilihan Raya Sarawak baru-baru ini, SUPP pula ditolak oleh pengundi Cina menyebabkan parti itu sukar untuk meletakkan wakil Cina dalam kerajaan negeri.

    Jika soal keperluan yang menjadi isu, adakah dengan memilih DAP, maka keperluan itu dapat dipenuhi? Adakah dengan menolak BN, segala apa yang belum dapat dipenuhi akan tertunai? Sedangkan MCA, Gerakan dan SUPP sejak dari dahulu begitu konsisten memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan kaum Cina di negara ini dalam kerajaan.

    Malah isu-isu yang diperjuangkan seperti pendidikan, ekonomi dan kebudayaan kadang-kadang menyebabkan parti-parti terbabit terpaksa 'bertegang' urat dengan UMNO. Namun, segala usaha MCA dan Gerakan termasuk SUPP di Sarawak nampaknya masih belum mencukupi untuk mendapatkan sokongan pengundi Cina.

    Yang menimbulkan kemusykilan, ketika menolak BN yang kononnya gagal memenuhi kehendak komuniti Cina di negara ini, mereka memilih untuk memberi sokongan kepada sebuah parti perkauman seperti DAP.

    Mampukah DAP memenuhi segala keperluan yang dikatakan tidak mampu ditunaikan oleh BN itu? Atau mereka sememangnya beralih ke parti tersebut kerana prinsip perjuangannya yang berasaskan kaum?

    Seperti kata Datuk Mukhriz Mahathir, DAP tidak mampu membawa apa-apa perubahan kepada pengundi di kawasan yang mereka wakili. Selama ini pun telah terbukti pemimpin DAP hanya pandai mengkritik tetapi apabila diberi peluang untuk mentadbir, mereka gagal melaksanakannya.

    Bagi Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, beliau tidak ada masalah untuk membawa keluar parti pimpinannya dari BN sekiranya berterusan ditolak oleh kaum Cina. Kesanggupan Soi Lek untuk membawa keluar MCA dari BN menunjukkan isu sokongan pengundi Cina cukup serius. Bagi MCA, tidak ada gunanya mereka berterusan bekerjasama dalam BN jika tidak mendapat sokongan majoriti kaum Cina.

    Ketika ini DAP dengan pendekatannya lebih berjaya memikat hati kaum Cina berbanding MCA dan Gerakan yang selama ini bukan sahaja menjadi rakan tetapi juga pendesak kerajaan supaya memastikan segala keperluan masyarakat Cina dipenuhi.

    Kenyataan Soi Lek itu seolah-olah memberi gambaran kaum Cina di negara ini tidak kisah jika mereka tidak ada wakil dalam kerajaan. Satu lagi andaian ialah mereka menolak sebarang bentuk kerjasama dengan parti Melayu. Atau mungkin juga mereka hanya menolak kerjasama dengan UMNO tetapi boleh menerima Pas walaupun ia sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

    Kewajarannya ialah mungkin mereka melihat Pas lebih mudah untuk dikuasai berbanding UMNO yang merupakan parti dominan dalam BN. Yang pasti, sikap pengundi Cina sejak PRU 2008 menunjukkan pertimbangan mereka tidak boleh dipisahkan daripada garis-garis perkauman.

    Walaupun ada yang cuba menafikan kaitan itu, namun ia cukup ketara di kalangan pengundi Cina di kawasan bandar. Benar, dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, setiap rakyat bebas menyokong mana-mana fahaman atau parti yang difikirkan mampu memenuhi keperluan mereka.

    Jika pengundi Cina memilih untuk tidak menyokong BN, itu pendirian mereka yang perlu dihormati. Di sebalik pendirian itu sudah pasti ada sebab dan puncanya yang perlu dikaji dan diteliti supaya sesuatu dapat dilakukan jika BN ingin mengembalikan sokongan kaum Cina.

    Namun, apa pun usaha yang dilakukan oleh BN, akhirnya ia tetap terpulang kepada individu terbabit tentang siapa dan parti mana yang mereka mahu sokong.

    Para penganalisis berpendapat faktor pengundi Cina ini pastinya bakal memberikan satu senario politik baru pada PRU akan datang. Cuma diharapkan mereka tidak taksub dengan perjuangan sesebuah parti hingga menolak prinsip multi-racialisme yang menjadi asas kejayaan Malaysia selama ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Melahirkan generasi berintegriti tinggi

    Posted:

    Melahirkan generasi berintegriti tinggi

    Melahirkan generasi berintegriti tinggi

    Oleh ROHANA MAN
    rohana.man@utusan.com.my

    PELAN Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada 23 April 2004 telah menampakkan banyak hasil yang positif walaupun tiada kajian dilakukan untuk mengukur tahap integriti penduduk negara ini. Kesan nyata yang dapat dilihat adalah masyarakat sekarang lebih bersikap terbuka dan berani melaporkan kejadian jenayah sama ada rasuah, buang bayi dan lain-lain.

    Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd Tap Salleh berkata, ekoran sikap itu juga maka banyak kes-kes jenayah rasuah dan buang bayi dilaporkan dari semasa ke semasa. Daripada laporan yang diterima maka kita melihat seolah-olah statistik jenayah meningkat sedangkan pertambahan itu berlaku kerana adanya laporan media mengenainya.

    "Mungkin ada pihak akan berkata kenapa kes rasuah bertambah, kenapa kes buang bayi meningkat. Jadi, timbul persoalan adakah semua tindakan PIN yang telah diambil itu tidak efektif?," katanya dalam sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (NCWO), Datuk Ramani Gurusamy.

    Mohd Tap menjelaskan, peningkatan kes berlaku kerana masyarakat sekarang lebih berani tampil melaporkan kes-kes berkenaan. Berbanding dahulu, orang ramai enggan melaporkan kepada pihak berkuasa kerana mungkin tidak mahu dituduh 'suka jaga tepi kain orang'.

    "Saya melihat statistik kes tidak bertambah, tetapi laporan di media yang meningkat. Sebab itu kita lihat seolah-olah kes-kes seumpama itu meningkat," ujarnya.

    Beliau berpendapat, perubahan sikap masyarakat itu adalah satu perkembangan yang positif kerana adanya check and balance terhadap sesuatu perkara. Keadaan itu katanya, akan membuatkan seseorang individu berfikir banyak kali untuk melakukan sesuatu jenayah. Mohd Tap juga berkata, banyak tindakan telah diambil oleh IIM untuk meningkatkan integriti masyarakat dan ia dilakukan melalui seminar, bengkel dan aktiviti yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat.

    Semua tindakan itu katanya telah menjadi perbualan masyarakat, justeru mesej program yang dianjurkan itu dapat disampaikan dari mulut ke mulut. Antara aspek yang kerap menjadi perbincangan yang menghasilkan tindakan adalah nilai-nilai murni dalam kepimpinan di semua peringkat sama ada di sekolah mahupun sektor awam.

    Selain itu, katanya, faktor-faktor lain yang bersangkut paut adalah persekitaran yang berubah, keadaan ekonomi yang mencabar, pertambahan jenayah lain dan peningkatan pengangguran.

    "Kesemua faktor-faktor itu saling berkaitan dan jika kita mahu integriti penduduk negara ini berada pada paras yang tertinggi, maka keluarga terutama golongan ibu perlu memainkan peranan masing-masing," tambahnya.

    Menurutnya, ibu memainkan peranan penting dalam menyemai nilai-nilai murni di dalam jiwa anak-anak, selain peranan guru, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak kerajaan sendiri. Ini kerana katanya, anak-anak lebih rapat dengan ibu, berbanding dengan bapa. Justeru, bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terutama wanita dalam mempertingkatkan integriti, IIM akan menganjurkan Seminar Integriti Kepimpinan Wanita bertemakan Pemerkasaan Wanita Sebagai Model Peranan Dalam Integriti di IIM pada 28 April ini.

    Antara lain ia bertujuan mendapatkan maklum balas tentang tekad integriti yang terdapat dalam agenda pengukuhan integriti negara, meningkatkan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni dalam kalangan wanita dan mengenal pasti peranan yang boleh dimainkan oleh wanita dalam ruang keluarga serta masyarakat untuk meningkatkan pembudayaan integriti.

    Salah seorang pembentang kertas kerja, Datuk Dr. Rafiah Salim yang juga Pengarah Institut Pengupayaan Wanita bagi Pergerakan Negara-negara Berkecuali NAM (NIEW) memberitahu beliau akan membentangkan kertas kerja bertajuk Kepimpinan Wanita dalam Sektor Awam: Satu Perspektif Integriti.

    Menurutnya, beliau akan membincangkan beberapa topik termasuk salah laku kecil dan salah laku besar yang ada kaitan dengan integriti. Katanya, ada orang menganggap lambat datang kerja itu bukan satu kesalahan, sebaliknya perkara biasa.

    "Begitu juga sikap sesetengah orang yang suka menipu cuti sakit. Mereka patut menyedari bahawa duit gaji yang diperoleh sepanjang bercuti sakit atau lambat datang kerja itu adalah duit haram.

    "Hakikatnya, mereka tidak layak menerima gaji sepanjang bercuti sakit yang palsu itu. Jika mereka menerimanya juga, maka itu boleh dianggap sebagai mencuri," katanya.

    Dr. Rafiah menegaskan, bermula melakukan kesalahan kecil seperti itu, seseorang boleh melarat melakukan kesalahan besar seperti rasuah atau pecah amanah. Bersetuju dengan pandangan Dr. Mohd Tap, beliau menegaskan tindakan pertama bagi mendidik masyarakat supaya lebih berintegriti bermula dari rumah.

    "Peranan ibu amat penting dalam menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa anak-anak kerana anak-anak lebih rapat dengan ibu. Di sekolah pula, 70 peratus guru adalah wanita. Tiga perempat jawatan baru di PTD juga wanita. Sebab itulah, saya menekankan betapa pentingnya peranan wanita dalam melahirkan masyarakat yang berintegriti," katanya.

    Mengulas lanjut, katanya, peratusan wanita yang melanggar integriti yang serius adalah kurang berbanding dengan lelaki. Misalnya, daripada 62 pegawai kastam yang ditahan pada 3 April lalu, sembilan daripadanya adalah wanita. Manakala daripada lapan pegawai imigresen yang ditahan pada 7 April lalu, seorang daripadanya adalah wanita.

    Namun, katanya, wanita dikenal pasti mudah hilang integriti apabila ia melibatkan soal keluarga, anak dan suami. Sebab itulah, katanya ada wanita terpaksa menipu cuti sakit semata-mata mahu menjaga anak di rumah ketika pengasuh bercuti atau menjaga ibu, bapa atau suami yang sakit.

    "Mereka takut nak minta cuti, jadi terpaksalah menipu cuti sakit. Bukan sebab sengaja tetapi keadaan memaksa," ujarnya.

    Justeru, katanya, pihak berkuasa perlu melihat isu ini dengan serius dan dicadangkan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak dibuka di tempat kerja.

    Selain itu, katanya, keadaan sekarang juga memerlukan pusat jagaan harian orang tua diwujudkan supaya anak yang bekerja boleh menghantar orang tua mereka ke pusat itu pada waktu pergi kerja, dan mengambil mereka semula pada waktu balik kerja.

    "Jika ini dapat diadakan, maka saya yakin masalah wanita yang terpaksa menipu cuti sakit semata-mata mahu menjaga keluarga boleh dikurangkan," katanya.

    Selain itu, katanya, konsep bekerja dari rumah wajar diperluaskan supaya wanita dapat menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak di rumah. Begitu juga, isteri mempunyai kuasa yang hebat dalam menasihatkan suami agar tidak terlibat dengan rasuah dan pecah amanah.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Negara

    Posted: 25 Apr 2011 01:07 PM PDT

    Kosmo Online - Negara


    LKIM dakwa persatuan tak wujud

    Posted:

    LKIM dakwa persatuan tak wujud

    LKIM dakwa persatuan tak wujud

    Oleh FARHAZIDA MUKHTAR
    berita@kosmo.com.my



    KUALA LUMPUR – Persatuan Nelayan Teluk Intan, Perak yang dikaitkan dengan komplot tiga lelaki melarikan 43,000 liter minyak diesel subsidi nelayan rupa-rupanya tidak pernah wujud di negara ini.

    Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Mohad Khazin Hamzah berkata, nama persatuan yang dinyatakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) itu sebenarnya tidak ada dalam rekod pihaknya.

    "Kita akan siasat kes itu dan ia akan dijalankan selepas menerima laporan terperinci daripada KPDNKK terlebih dahulu. Selepas itu, baru kita ambil tindakan susulan," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

    Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Perut bagai ditikam

    Posted:

    Perut bagai ditikam

    Perut bagai ditikam

    Oleh JULIA ISMAIL
    julia.ismail@kosmo.com.my


    Mangsa menunjukkan parut kekal pada bahagian perutnya di Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan terpaksa menerima hakikat mengalami kecacatan kekal pada bahagian perut apabila 30 suntikan kosmetik yang diambilnya untuk mengurangkan boroi akhirnya membawa padah.

    Lelaki berusia 30-an itu tidak menyangka kesemua suntikan tersebut yang diambil dalam masa sejam bukan sahaja mengakibatkan kulit perutnya menjadi merah malah tidak selesa dan akhirnya bertukar menjadi parut kekal.

    Segala-galanya bermula apabila mangsa diperkenalkan kepada ejen produk kecantikan tersebut menerusi seorang rakan pada tahun 2009.

    Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Terbit 26,000 judul buku setahun

    Posted:

    Terbit 26,000 judul buku setahun

    Terbit 26,000 judul buku setahun


    MUHYIDDIN (kiri) beramah mesra dengan pelajar yang mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan bekerjasama dengan semua pemain industri buku untuk mencapai sasaran penerbitan sekurang-kurangnya 26,000 judul buku setahun.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasil pengeluaran penulisan perlu digembleng memandangkan pada masa kini hanya terdapat kira-kira 16,000 judul buku diterbitkan dalam tempoh itu.

    "Apa yang penting adalah untuk mendapatkan seberapa ramai mungkin penulis dan penerbit kerana dengan cara ini hasil karya yang dikeluarkan mendapat sokongan dan bermutu," katanya selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL) ke-30 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam. - Bernama

    Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: MukaDepan

    Posted: 25 Apr 2011 09:44 AM PDT

    Berita Harian: MukaDepan


    Rakan blogger

    Posted: 24 Apr 2011 12:15 PM PDT

    MukaDepan

    NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam.

    NAJIB beramah mesra dengan penulis blog termasuk Dr Mahathir pada Persidangan Penulis Blog Malaysia-ASEAN yang pertama di Kuala Lumpur, semalam.

    Kerajaan mahu penulis blog bantu bentuk masa depan negara: Najib

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.

    Perdana Menteri juga percaya hubungan antara blogger dan kerajaan akan menjadi jalinan penting atas dasar saling menghormati dengan kedua-dua pihak boleh berbeza pendapat, tetapi jangan sehingga langsung tidak boleh menerima pandangan orang lain. "Era kerajaan mengetahui segala perkara... tahu yang terbaik, sudah berlalu. Marilah berdepan dengan hakikat ini. Kita (kerajaan) tidak boleh tidak mengendahkan dan kita tidak akan tidak mengendahkan... kita mahu tahu pandangan blogger yang mewakili masyarakat Malaysia. Kita memerlukan pandangan anda, malah kritikan membina daripada anda.

    "Bagaimanapun, harus ada batas supaya tidak menggunakan ruang siber untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran. Justeru, mesti ada batasan.

    "Jika anda bekerja dalam lingkungan berkenaan (menulis atau memberitahu perkara yang benar dan betul), saya percaya blogger akan memainkan peranan amat penting dalam membentuk masa depan lebih baik untuk Malaysia dan ASEAN," katanya ketika ucaptama pada Persidangan Blogger Malaysia-Rantau ASEAN yang pertama di sini, semalam.

    Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Presiden Blog House Malaysia (BHM), Syed Akbar Ali. Pada majlis itu, Dr Mahathir turut diumumkan sebagai Penaung BHM.
    Najib berkata, aktiviti blog di Malaysia ialah antara yang paling rancak serta bebas di dunia dan pentadbiran negara kepemimpinannya memberi sepenuh komitmen untuk meneruskan janji Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet.

    "Ada kira-kira 10.1 juta pengguna Facebook di Malaysia ketika ini, malah 500,000 blog sudah wujud sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mac 2003, iaitu sebelum Tun Dr Mahathir memulakan blog beliau yang kini menarik lebih 30 juta pelawat," katanya.

    Secara keseluruhan, Najib berkata, kebanyakan kerajaan di dunia kini berdepan dengan cabaran media sosial melalui ruang siber, meliputi Facebook, Twitter dan blog yang mampu mempengaruhi serta membentuk pandangan orang ramai, sehingga dalam kes tertentu membawa kepada kejatuhan rejim dan kerajaan atau sekurang-kurangnya mencetuskan kekecohan serta ketidakstabilan.

    Dalam konteks ini, katanya, ketika ditanya wartawan mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu, beliau memberikan jawapan bahawa demokrasi terbuka dan media online atau demokrasi digital menjadikan pilihan raya semakin sukar serta mencabar untuk dimenangi, terutama dengan majoriti besar oleh mana-mana parti politik.

    "Sehubungan itu, hakikat bahawa kita (BN) berupaya untuk menang melebihi majoriti dua pertiga (dalam PRN Sarawak) dengan sendirinya adalah satu pencapaian yang besar," katanya.

    Najib berkata, demokrasi digital adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, malah kerajaan percaya Internet adalah enjin untuk pertumbuhan ekonomi, membina masyarakat berilmu dan berupaya merapatkan rakyat melalui penggunaan yang betul.

    Sementara itu dalam sesi soal jawab bersama peserta persidangan, Najib berkata, kerajaan masih terbuka kepada pendapat orang ramai mengenai cadangan pihak tertentu supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan semula, manakala antara masalah paling besar dalam pelaksanaan dasar di negara ini ialah penguatkuasaan yang lemah.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    zainal mohd jais

    Bersedia dan terbuka dgn kritikan, berani berhadapan dgn pengkritik,akan menjadi proses pembetulan dan pengukuhan kerajaan yg baik. siri dialog @ pertemuan spt ini perlu dibuat secara konsisiten.

    Fran

    walaupun saya penyokong BN tapi tidak semestinya semua dasar BN saya sokong sebab rasanya saya bukan pak turut. Dulu saya tak sokong itu rakan muda..mana sudah itu rakan muda?????

    luqman

    dulu kutuk penulis blog.. skrg?

    Abd Rahim Omar

    Salam - Para blogger juga harus jujur , jng gunakan nama samaran bila membuat teguran , jng takut utk memberitahu siap diri anda yg sebnarnya . Kpd kerajaan atau sesiapa saja yang berkepentingan , sila tegaskan hanya blogger yg telus sahaja yg di layan , yg menggunakan nama samaran admin kena remove dg segera .

    ORANG KAMPUNG

    JANGAN CAKAP TAK SEPERTI BIKIN. HATI DAN PERBUATAN MESTI SAMA. ITULAH IMAN SEBENAR.

    kerak utan

    mende le susah, toksah pangkah pembangkang le. aku dah muak dah kat dia orang nie lebih2 lagi DAP. takpe aku tunggu korang PRU13 nanti. aku bukan manusia yang boleh korang bodoh2kan. buat la drama ko hasut le sahabat2 aku ko racun le bangsa aku, nanti pru13 baru pembangkang tau. jangan dok perasan diri ko tu hebat.

    Superstar

    Macam inilah namanya pemimpin yg bagus. Tak macam pembangkang, tak boleh tegur, rasa paling betul, tapi .....

    azmel

    "termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat." I like!

    AAR

    Imam Al Ghazali "Empat cara untuk mengetahui kelemahan diri ialah: 1.Mencari seorang guru yang mursyid. 2.Bersahabat dengan sahabat yang boleh menegur. 3.Mendengar dari lidah musuh tentang kelemahan diri. 4.Bergaul dengan masyarakat hingga boleh mengambil iktibar serta perbandingan."

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan