Sabtu, 9 April 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 09 Apr 2011 09:11 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Kesan cedera akibat jatuh

Posted: 08 Apr 2011 09:55 AM PDT

FORENSIK HUKM dan anggota bomba meninjau kawasan pejabat SPRM di mana, Penolong Pengarah kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati.

FORENSIK HUKM dan anggota bomba meninjau kawasan pejabat SPRM di mana, Penolong Pengarah kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati.

Polis rampas CCTV
  • Siasatan selesai seminggu

  • KUALA LUMPUR: Laporan awal hasil bedah siasat kematian Ahmad Sarbani Mohamed, pegawai kastam yang ditemui mati di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan pada Rabu lalu, mendapati kecederaan pada tubuhnya adalah selari dan konsisten dengan kesan akibat jatuh dari tempat tinggi.Berikutan itu, setakat ini polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut tetapi tidak menolak siasatan mengikut seksyen lain jika laporan penuh siasatan serta bedah siasat mendapati ada unsur yang meragukan.
    Selain itu, polis mengakui ada petunjuk tertentu berhubung kematian Penolong Pengarah Cawangan Import, Eksport dan Kawalan Sempadan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor itu dan berharap semua pihak bersabar dan memberi peluang kepada polis menerima laporan makmal yang lengkap kerana ada bahan bukti masih dianalisis.

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata polis turut merampas kamera litar tertutup (CCTV) pada bangunan pejabat SPRM itu, tetapi enggan mengulas lanjut kerana ia sedang dianalisis.

    "Kita ada petunjuk tertentu yang sedang kita ikuti dan semua pihak diharap bersabar, kita tak mahu wujud kebimbangan yang keterlaluan," katanya yang turut menegaskan bedah siasat hanya dilakukan sekali mengikut prosedur oleh pasukan patologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
    Beliau juga menjelaskan siasatan dijangka selesai dalam tempoh seminggu lagi selepas polis menerima laporan penuh ujian makmal yang sedang dijalankan termasuk kemungkinan wujud unsur jenayah.

    "Bedah siasat dilakukan semalam (kelmarin) dan keputusan penuh belum dapat diberikan. Selagi laporan ujian belum diperoleh, keputusan penuh bedah siasat tidak diketahui.

    "Kita harap laporan itu akan diperoleh dalam tempoh terdekat, mungkin kurang seminggu sebelum punca sebenar kematian diketahui... cuma setakat ini saya boleh katakan kesan kecederaan mangsa selari dan konsisten akibat jatuh dari tempat tinggi," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur, di sini semalam.

    Dalam kejadian pagi Rabu lalu, Ahmad Sarbani, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan. Allahyarham dikatakan datang secara sukarela ke pejabat SPRM untuk berbincang mengenai siasatan kes rasuah dengan pegawai penyiasat agensi itu.

    Mengulas lanjut, Zulkifli mengesahkan, polis sudah merakamkan percakapan enam pegawai SPRM Wilayah Persekutuan sejak hari kejadian tetapi enggan mengesahkan sama ada mereka termasuk dua pegawai yang digantung tugas oleh agensi itu kerana ingkar perintah berhubung pengendalian saksi.

    Sementara itu, dua jentera Bomba dilihat memasuki perkarangan pejabat berkenaan pada jam 2.15 petang semalam, sebelum beberapa kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) masuk ke premis itu lima minit kemudian.
    Dua jentera dari Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur itu diletakkan di tepi bangunan, berdekatan lokasi Ahmad Sarbani dikatakan terjatuh.

    Penolong Pengarah Operasinya, Azizan Ismail, ketika dihubungi berkata, pihaknya diminta oleh polis ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan khususnya dalam penyediaan peralatan.

    Difahamkan, premis itu ditutup kepada orang awam mulai jam 12.30 tengah hari, dipercayai bagi mengelak sebarang gangguan penyiasatan di kawasan pejabat agensi itu. Beberapa pegawai polis bersama anggota forensik turut dilihat berbincang di perkarangan bangunan berkenaan.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    nasir b mohamad

    kemungkinan ada unsur jenayah. sebab sebab ada usul ugutan keatas keluarga. itu kemungkinan saja ingin beri pandangan

    Yangretibase

    Nak cari kesan apalagi, kalau mangsa sekadar ditolak jatuh, misalnya!

    Abang Aji

    Al-fathihah untuk Allahyarham Ahmad Sarbani. Cuma lepas ni janganlah usung gambar Allahyarham kesana kesini macam keluarga Teoh Beng Hock..

    Aizamir Shahrul

    Assalamualaikum. Biarkan pihak polis menyiasat sedalam-dalamnya. Jika perlu tubuhkan inkues. Malang rasanya apabila pihak pembangkang masuk campur hal ini. Ingat dapat memberikan idea penyelesaian tetapi terang-terang mengambil kesempatan untuk memburukkan pihak SPRM. Tidak pula mereka memuji pihak SPRM yang telah berjaya menyelamatkan 10 billion dalam serbuan ke atas jabatan kastam baru-baru ini. Adala tidak wajar menuduh pihak SPRM membunuh arwah. Tiada untungnya untuk membunuh di pejabat SPRM, baik bunuh di luar dari SPRM punya pejabat.

    mir

    Saya Muskil Allahyarham dikatakan datang secara sukarela. Bukan diarahkan oleh SPRM Untuk datang

    hassim

    Jika semua faham akan isi kandungan Al-Quran Dan Al-Hadith Rasulullah SAW dan mengamalkannya pasti peristiwa sebegini tidak akan berlaku.

    dieymus

    kebenaran akan terbukti jua...


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Mutakhir

    Posted: 09 Apr 2011 07:23 AM PDT

    Harian Metro: Mutakhir


    Pemandu rentung kereta terbakar dalam nahas

    Posted: 08 Apr 2011 10:24 AM PDT

    KUALA LUMPUR: Seorang pemuda rentung apabila kereta Honda Prelude yang dipandunya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 18.3 Lebuh Raya Maju Expressway (Mex), di sini, pagi semalam.

    Kejadian kira-kira jam 7 pagi selepas mangsa Soh Ying Kiat, 29 tahun, dipercayai gagal mengawal kereta yang dipandunya dari arah Putrajaya menghala ke Kuala Lumpur lalu terbabas dan merempuh penghadang jalan.

    Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, kereta mangsa terbakar dan mangsa mati di tempat kejadian.

    Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    2 bot nelayan tempatan dibawa ke Indonesia

    Posted: 08 Apr 2011 10:10 AM PDT

    KUALA LUMPUR: Dua bot nelayan tempatan ditahan dipercayai oleh agensi penguatkuasaan Indonesia di perairan negara kira-kira 45 batu nautika dari Barat Daya, Pulau Pinang dan 25 batu nautika dari perairan antarabangsa Malaysia-Indonesia, semalam.

    Menurut sumber Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM), dua bot berkenaan dari Hutan Melintang, Perak dipaksa masuk ke sempadan perairan negara berkenaan, walaupun cuba dihalang pihak berkuasa negara ini.

    Katanya, empat helikopter masing-masing milik APMM jenis jenis AW192 bersama dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Super Lynx dan Godell diarahkan ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai penahanan terbabit yang berlaku jam 12.40 tengah hari.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Setempat

    Posted: 09 Apr 2011 03:19 AM PDT

    Harian Metro: Setempat


    Penghantar surat tahan peragut dihargai

    Posted: 08 Apr 2011 11:22 AM PDT

    KUALA LUMPUR: "Biarpun saya dan keluarga tidak pernah menjadi mangsa ragut, namun saya berdendam dengan mereka.

    "Ini kerana saya sering tonton di televisyen selain terbaca di akhbar ramai mangsa ragut bukan saja cedera sebaliknya ada yang maut akibat kekejaman mereka itu," kata penghantar surat, Amyrul Zaki Ahmad Sibi, 22.


    Dia menerima sijil penghargaan daripada polis selepas menahan seorang peragut berusia 30-an di Jalan Raja Chulan, di sini, 30 Mac lalu.

    Sijil penghargaan itu disampaikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamed, atas keberanian dan komitmen Amyrul untuk bersama polis membanteras jenayah ketika perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), di sini, semalam.


    Turut menerima sijil penghargaan, tujuh pegawai dan anggota polis yang berkhidmat cemerlang sepanjang Mac lalu.


    Menceritakan semula kejadian itu, Amyrul berkata, dia yang dalam perjalanan untuk menghantar surat terlihat sekumpulan lima orang awam mengejar dua lelaki sambil menjerit 'peragut'.

    "Saya memecut motosikal sebelum melanggar belakang seorang daripada suspek menyebabkan dia terjatuh.


    "Dengan bantuan orang ramai, kami menahan peragut itu sebelum menyerahkannya kepada polis. Namun, saya kecewa kerana gagal menahan rakan suspek," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Penceroboh perkosa wanita

    Posted: 08 Apr 2011 11:20 AM PDT

    GOMBAK: Seorang wanita ditutup mata, diikat tangan dengan tali sebelum dirogol seorang lelaki yang menceroboh bilik tidurnya di rumah kedai yang disewa berhampiran Stesen Bas Rawang, dekat sini, Rabu lalu.

    Sebelum kejadian, mangsa berusia 20-an tidur bersendirian di rumah itu selepas pulang kerja kira-kira jam 12 tengah hari.


    Menurut sumber, mangsa yang bekerja di sebuah kedai serbaneka terjaga daripada tidur apabila mendapati lehernya dicekik seorang lelaki sebelum matanya ditutup dengan kain.

    "Tindakan lelaki itu mengakibatkan mangsa terkejut dan berlaku pergelutan ketika cuba mempertahankan diri, namun gagal, malah suspek turut mengikat tangan mangsa dengan tali.


    "Selepas menghalang mangsa meronta-ronta, lelaki itu menyelak baju dan kain mangsa sebelum merogolnya.


    "Mangsa yang tinggal berseorangan di bilik itu tidak menyangka dirinya menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit yang gagal dikenali kerana ketika kejadian matanya ditutup," katanya.

    Sumber berkata, puas mangsa merayu dilepaskan, namun suspek tidak menghiraukannya, malah bertambah ghairah meratah tubuh wanita terbabit.


    "Selepas merogol, suspek mengambil dompet mangsa dan melarikan diri.

    "Malah, mangsa dibiarkan tanpa dilepaskan ikatannya. Mangsa berjaya melepaskan diri tidak lama kemudian, namun suspek melarikan diri," katanya Mangsa membuat laporan di Balai Polis Rawang kerana bimbang dengan keselamatan dirinya jika kejadian itu berulang.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Utara

    Posted: 09 Apr 2011 03:18 AM PDT

    Utusan Online - Utara


    Bomoh disyaki rogol pelajar

    Posted:

    Bomoh disyaki rogol pelajar

    Bomoh disyaki rogol pelajar

    Oleh SAFINA RAMLI
    kedah@utusan.com.my



    KUBANG PASU 8 April – Seorang bomoh dari Simpang Kemboja, Ayer Hitam di sini ditahan polis kelmarin kerana disyaki merogol seorang pelajar tingkatan lima yang menjalani rawatan menghalau hantu dari dalam tubuhnya di rumah pengamal perubatan tradisional itu Selasa lalu.

    Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusuf (gambar) berkata, mangsa pergi ke rumah bomoh tersebut bersama ibu bapanya kira-kira pukul 7 malam Isnin lalu dan bomoh tersebut memberitahu bahawa ada hantu yang menumpang tubuh pelajar tersebut.

    "Bomoh tersebut menyuruhnya datang semula keesokan harinya bagi menerima rawatan susulan," ujarnya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, di sini hari ini.

    Menurut Ibrahim, apabila datang semula ke rumah bomoh itu, pelajar tersebut diarahkan untuk masuk ke dalam bilik bersama lelaki berusia 36 tahun itu manakala ibu bapa pelajar tersebut menunggu di ruang tamu.

    "Ketika kejadian, isteri bomoh tersebut berada di dapur dan selepas kejadian rogol berlaku, pelajar tersebut menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapanya.

    "Polis menerima laporan daripada keluarga pelajar tersebut pada hari Rabu dan bomoh tersebut ditahan di tempat kerjanya di Kolam Udang Kerpan pada petang Rabu," katanya.

    Jelasnya, bomoh tersebut kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tidak rugi wanita sertai bengkel - Syed Razlan

    Posted:

    Tidak rugi wanita sertai bengkel - Syed Razlan

    Tidak rugi wanita sertai bengkel - Syed Razlan


    Sharifah Hishimah Syed Shahabuddin (dua, kanan) menerima dokumen perjanjian kerjasama daripada Normala Hamzah sambil diperhatikan Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (tengah) di Dewan Sivik, Arau, Perlis, semalam.


    ARAU 8 April - Wanita di negeri Perlis disaran supaya tidak melepaskan peluang untuk menyertai program atau aktiviti ke arah meningkatkan mutu hidup masing-masing pada zaman serba mencabar ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perdagangan dan Industri, Sains dan Teknologi, Pembangunan Usahawan dan Hubungan Antarabangsa Negeri Perlis, Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail berkata, ini kerana wanita tanpa mengira latar belakang sudah tidak lagi boleh terpinggir daripada pelbagai bidang terutama yang berkaitan dengan kehidupan.

    "Bengkel atau seminar berkaitan wanita jarang sekali diadakan di negeri-negeri termasuk Perlis.

    "Jadi jika terdapat program seumpama ini dianjurkan, jangan lepaskan peluang kerana ia dapat memberi banyak pendedahan mengenai gaya hidup atau kehidupan wanita masa kini," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pauh.

    Beliau berkata demikian selepas menyaksikan perjanjian kerjasama penganjuran Bengkel Sayangi Diri Sayangi Keluarga Bersama Wanita anjuran majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. dengan Dewan Undangan Negeri Pauh dan pihak penaja di Dewan Sivik, di sini, hari ini.

    Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Sharifah Hishimah Syed Shahabuddin dan Pengarang Wanita, Normala Hamzah.

    Bengkel sehari itu yang akan diadakan di dewan berkenaan pada 23 April ini menyasarkan 200 peserta untuk diberikan pendedahan mengenai pelbagai maklumat berguna berkaitan kecantikan, penjagaan kesihatan diri, pengurusan masa, motivasi keagamaan, perundangan serta fesyen.

    Menurut Syed Razlan, maklumat yang diperoleh menerusi bengkel seumpama itu berguna bagi memberikan keyakinan dan meningkatkan keterampilan golongan wanita dalam menjalani kehidupan seharian sama ada di rumah atau di pejabat.

    "Menerusi bengkel seumpama ini, sudah tentu mereka (wanita) tidak akan ketinggalan berbanding mereka yang tinggal di bandar besar kerana didedahkan dengan pelbagai maklumat terkini," tambah beliau.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiga pencari madu disengat beratus ekor lebah

    Posted:

    Tiga pencari madu disengat beratus ekor lebah

    Tiga pencari madu disengat beratus ekor lebah


    MOHD. Badri Md. Rawi (kiri) menunjukkan kesan sengatan lebah pada bibir rakannya, Osman Dali di rumahnya di Kampung Telok Perah, Kuala Pegang, Baling, semalam.


    BALING 8 April - Tiga pencari lebah nyaris maut disengat beratus-ratus ekor lebah semasa mahu mengambil madu lebah di Bongi dekat Keledang, Kuala Pegang, di sini petang semalam

    Mangsa terbabit, Mohd. Badri Md. Rawi, 40, dan Osman Dali, 39, serta Mohd. Yusof Abdul Raof, 46, dari Kampung Telok Perah, Kuala Pegang mengalami kecederaan di bahagian kepala, bibir dan telinga.

    Ketiga-tiga mereka berada di bawah pokok yang mempunyai ketinggian 30 meter yang menjadi tempat lebah berkenaan berkumpul.

    Menurut Mohd. Badri, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang semasa dia dan rakan-rakan sedang memasang buluh sigai untuk mengambil madu apabila secara tiba-tiba beratus lebah mula menyerang mereka.

    "Kami tidak dapat berbuat apa-apa apabila diserang secara tiba-tiba menyebabkan kami terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.

    Mohd. Badri berkata, akibat kejadian itu, dia dan rakan-rakan terpaksa lari meninggalkan kawasan berkenaan untuk menyelamatkan diri," ujarnya yang masih menahan kesakitan.

    Seorang lagi mangsa, Osman Dali berkata, akibat diserang bertalu-talu dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menahan sakit sambil berlari namun mereka terus diserang.

    "Walaupun kami berlari menyelamatkan diri, lebah itu masih menyerang sehingga kami terpaksa menahan sakit sebelum memasang unggun api bagi mengelak terus diserang," katanya.

    Osman terpaksa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Baling, malam tadi.

    Kesemua mereka adalah antara pencari lebah berpengalaman yang mampu mengambil madu dalam masa lima minit sahaja sekiranya pokok rendah, manakala pokok yang tinggi mengambil masa kira-kira 20 minit.

    Kumpulan lebah yang menyerang pencari madu ini adalah lebah tua dan mampu menghasilkan sehingga hampir lima kilogram madu bagi setiap sarang.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Selatan

    Posted: 09 Apr 2011 03:09 AM PDT

    Utusan Online - Selatan


    Ditamatkan kontrak serta-merta

    Posted:

    Ditamatkan kontrak serta-merta

    Ditamatkan kontrak serta-merta

    Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR dan MD SHAHJEHAN MAAMIN
    utusanN9@utusan.com.my


    Ambrin Buang (kanan) melawat bangunan baru selepas Majlis Penyerahan bangunan Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Sembilan di Seremban 2, semalam.


    SEREMBAN 8 April - Kontraktor bertanggungjawab melaksanakan kerja pembinaan projek bangunan Jabatan Audit Negara cawangan Pahang dikenakan tindakan tamat kontrak serta-merta apabila didapati gagal menyiapkannya dalam tempoh ditetapkan.

    Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim berkata, tindakan itu diambil baru-baru ini, selepas kontraktor terbabit gagal menepati perkembangan kerja seperti dijadualkan selain memperlihatkan kelewatan kerja yang serius.

    "Bangunan tersebut dijangka siap tahun ini, namun disebabkan masalah ini, projek pembinaan bangunan itu mungkin hanya dapat disiapkan tahun depan.

    "Untuk itu, kita telah melantik kontraktor baru bagi memastikan projek yang menelan belanja hampir RM16 juta ini dapat diteruskan sekali gus disiapkan dalam tempoh berkenaan," katanya.

    Judin berkata demikian pada majlis Penyerahan Bangunan Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Sembilan di Seremban 2 di sini hari ini.

    Hadir sama, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; Pengarah JKR Negeri Sembilan, Datuk Ir. Dr. Roslan Md. Taha dan Pengarah Audit Negeri Sembilan, Norzaini Alias.

    Dalam perkembangan sama, Judin memberitahu, projek berkenaan merupakan antara empat bangunan Jabatan Audit Negara di beberapa negeri di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dirancang siap pada tahun ini juga.

    "Tiga lagi projek pembinaan bangunan itu di Selangor, Melaka dan Kelantan berjalan lancar, dengan bangunan di Selangor sudah siap dan akan diserahkan kepada Jabatan Audit selewat-lewatnya penghujung bulan ini.

    "Sementara di Melaka dan Kelantan kita jangkakan ia siap pada penghujung tahun ini," jelasnya yang kini sedang memantau secara dekat perkembangan kesemua projek seliaan JKR itu.

    Terdahulu, Ambrin dalam ucapan perasmian berkata, pihaknya termasuk seluruh warga Jabatan Audit negeri ini amat gembira dan berpuas hati dengan bangunan baru kerana ia dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti serta awal dari tempoh yang ditetapkan.

    "Bangunan baru ini akan dikenali sebagai Wisma Audit Negeri Sembilan dan saya berharap dengan adanya bangunan yang kondusif ini warga kerja dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin," ujarnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    17 peniaga diberi tempoh berpindah Isnin ini

    Posted:

    17 peniaga diberi tempoh berpindah Isnin ini

    17 peniaga diberi tempoh berpindah Isnin ini


    Yusof Jantan (enam dari kanan) bermesra dengan sebahagian daripada 17 peniaga pada majlis dialog di Ayer Keroh, Melaka, semalam.


    MELAKA 8 April - Seramai 17 peniaga medan niaga berhampiran destinasi pelancong, Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh di sini diberi tempoh sehingga Isnin ini untuk mempertimbangkan tawaran Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf kawasan tersebut pada Jun ini

    Ketua Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan berkata, peniaga di situ ditawarkan tiga pilihan sama ada berpindah ke lokasi baru yang disediakan di hadapan kedai madu lebah iaitu kira-kira 100 meter dari tapak niaga sekarang atau menyewa di premis perniagaan dengan harga sewa kedai lebih murah.

    Menurutnya, tawaran lain yang disediakan juga termasuk memberi peniaga terbabit pampasan kira-kira RM1,200 sekiranya sewa tapak niaga lama berjumlah RM200 dan dikira sepanjang enam bulan medan niaga tersebut tidak beroperasi bagi kerja-kerja naik taraf kawasan itu.

    "Kini, terpulang kepada peniaga di situ untuk membuat pilihan. Kita sedia berbincang dan berusaha untuk menyelesaikan apa juga masalah yang dihadapi oleh peniaga.

    "Jika mereka mahu berniaga di tapak baru yang disediakan, kita akan minta kontraktor yang terlibat menjalankan projek naik taraf medan niaga di situ sediakan tapak kedai baru untuk peniaga," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama 17 peniaga kedai makan dan kraftangan di medan niaga Ayer Keroh di sini hari ini.

    Menurut Yusof, tapak sedia medan niaga yang terletak bersebelahan Taman Mini Malaysia itu perlu dinaik taraf bagi pembinaan kawasan letak kereta dan bas persiaran serta menambahkan beberapa unit kedai di situ selain meningkatkan keindahan persekitaran pada masa depan.

    Katanya, keadaan sekitar di situ yang agak sempit menyukarkan laluan bas persiaran untuk keluar masuk dan meletak kenderaan memandangkan lokasi tersebut sering menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke Taman Mini Malaysia dan Taman Asean selain Kedai Madu Lebah.

    Ujar beliau, peniaga terbabit juga tidak perlu bimbang dengan notis mengarahkan mereka mengosongkan kawasan tersebut dalam tempoh 14 hari memandangkan ia berlaku disebabkan kesilapan teknikal daripada pihaknya.

    Katanya, tapak medan niaga di situ perlu dinaik taraf bagi menjamin keselesaan peniaga dan menambah keindahan persekitaran kawasan tersebut demi memastikan jumlah pengunjung ke kawasan itu bertambah pada masa depan.

    "Setakat ini, peniaga telah memberi reaksi yang baik terhadap tawaran PKNM dan kita sedia memberi masa kepada mereka untuk memikirkan tawaran yang sesuai mengikut keperluan mereka.

    "Peniaga juga tidak perlu bimbang kerana apabila siap projek ini nanti, mereka akan tetap menjadi keutamaan untuk menyambung perniagaan di tapak niaga yang sedia ada," katanya.

    Menurut beliau, projek naik taraf medan niaga di kawasan itu akan berjalan selama enam bulan bermula Jun dan dijadual siap pada Disember ini serta dijangka diletakkan di bawah pengurusan baru syarikat swasta manakala PKNM bertindak sebagai badan pemantau operasi medan niaga itu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tapak rumah terbengkalai jadi tempat buang sampah, sisa toksik

    Posted:

    Tapak rumah terbengkalai jadi tempat buang sampah, sisa toksik

    Tapak rumah terbengkalai jadi tempat buang sampah, sisa toksik

    SEREMBAN 8 April - Pekerja kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Senawang dekat sini mendakwa lokasi tapak rumah terbengkalai berhampiran kilang berkenaan kini menjadi tumpuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah serta sisa toksik.

    Tindakan itu menjadi punca dan masalah bau busuk kepada pekerja kilang berkenaan termasuk penduduk di sekitar kawasan tersebut berikutan bau sisa berkenaan boleh dihidu dari jarak satu kilometer.

    Pengurus Hal Ehwal Alam Sekitar kilang terbabit, Ismail Mohd. Yunus berkata, pihak syarikat telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengawal keselamatan bertugas.

    "Sampah berupa sisa toksik ini dipercayai dibuang di kawasan ini sejak tiga hari lalu, selain bau busuk kita bimbang sisa toksik ini boleh memudaratkan kesihatan pekerja.

    "Saya dimaklumkan bahawa pada Isnin lalu terdapat dua buah lori persendirian membuang sampah tersebut di kawasan ini kira-kira pukul 10.50 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Ismail berkata, sampah itu mendatangkan bau yang tidak menyenangkan sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pekerja kilang.

    "Bau busuk sampah ini sangat kuat sehingga menyebabkan ramai pekerja berasa mual dan pening kepala setiap hari.

    "Orang ramai yang melalui kawasan ini dan penduduk di Taman Senawang Jaya dekat sini juga diyakini berhadapan dengan masalah yang sama," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Dalam Negeri

    Posted: 09 Apr 2011 03:03 AM PDT

    Utusan Online - Dalam Negeri


    Bersubahat terima rasuah

    Posted:

    Bersubahat terima rasuah

    Bersubahat terima rasuah

    oleh SUWARNI MOKHTAR
    dan SITI NOORALINA AHMAD
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 8 April - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rantau Panjang, Mohammad Agos Mohd. Noor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan bersubahat dengan seorang ibu tunggal untuk menerima rasuah RM50,000 berhubung penganugerahan 'Dato' Diraja' daripada sebuah persatuan kerabat, tahun lalu.

    Mohammad Agos, 52, yang berkopiah putih dan berjaket hitam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

    Dia didakwa bersubahat dengan Nor Azimah Jamaludin, 31, untuk menerima suapan berupa sekeping cek Public Bank Bhd. bernilai RM50,000 bertarikh 7 Disember 2010 daripada Izuldin Hani Mohd. Noor di Restoran McDonald's, Lot 3644 dan 8081, Taman Melati di sini pada 8 Disember tahun lalu.

    Cek itu didakwa diberikan sebagai dorongan kepada tertuduh bagi mendapatkan anugerah 'Dato' Diraja' daripada Persatuan Kerabat Diraja Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Long Yunus Negeri Kelantan.

    Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana satu lebih tinggi.

    Mohammad Agos turut didakwa mengikut pertuduhan pilihan iaitu bersubahat dengan Nor Azimah menipu Izuldin Hani dengan memperdayakan lelaki itu untuk mempercayai bahawa Nor Azimah boleh mendapatkan anugerah 'Dato' Diraja' padahal ia tidak sah mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan.

    Perbuatan itu mendorong Izuldin Hani untuk menyerahkan sekeping cek bernilai RM50,000 bertarikh 7 Disember 2010 kira-kira pukul 5 petang pada tarikh dan tempat yang sama.

    Pertuduhan pilihan ditawarkan oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda.

    Sementara itu, Nor Azimah turut mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rosbiahanin Ariffin bagi tuduhan menerima rasuah dan menipu mangsa pada masa, tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 16(a)(A) akta tersebut dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    Mohammad Agos yang diwakili peguam Wan Helmi Wan Hassan dan Nor Azimah, masing-masing diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 9 Mei ini.

    Di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Nor Azimah yang tidak diwakili peguam bela mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) akta tersebut iaitu menerima rasuah RM150,000 daripada ahli perniagaan, Salleh Jahaya bagi tujuan yang sama.

    Bagi pertuduhan pertama, Nor Azimah didakwa menerima cek CIMB Bank bernilai RM75,000 bertarikh 12 November 2010 daripada Salleh Jahaya di Brass Cafe, Hotel Crystal Crown, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang, dekat sini pada 13 November tahun lalu.

    Dia turut didakwa menerima cek bernilai RM75,000 bertarikh 30 November 2010 daripada ahli perniagaan itu di lokasi yang sama antara 20 dan 30 November 2010.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Bekas jurujual edar dadah dihukum gantung

    Posted:

    Bekas jurujual edar dadah dihukum gantung

    Bekas jurujual edar dadah dihukum gantung


    AIDILFITRI Idrus menutup muka dengan baju untuk mengelak wajahnya dirakamkan jurugambar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, semalam.


    PULAU PINANG 8 April - Suasana tenang di Mahkamah Tinggi di sini bertukar hiba apabila beberapa ahli keluarga seorang bekas jurujual kereta tidak mampu menahan kesedihan setelah tertuduh dihukum gantung kerana mengedar 18,889 gram kanabis, tiga tahun lalu.

    Pesuruhjaya Kehakiman, Nurmala Salim menjatuhkan hukuman itu hari ini selepas mendapati Aidilfitri Idrus, 41, bersalah setelah pembelaannya gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

    Pada mulanya ahli keluarga tertuduh yang duduk di galeri awam nampak tenang tetapi tiba-tiba menangis teresak-esak sebaik sahaja hukuman dijatuhkan.

    Terdahulu Nurmala berkata, keterangan tertuduh ketika membela diri hanyalah penafian semata-mata, selain mereka-reka cerita agar selari dengan fakta perbicaraan.

    Jelasnya, keterangan Aidilfitri yang mendakwa beg berisi kanabis itu kononnya milik orang lain juga tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai kerana saksi pendakwa memberitahu tertuduh sentiasa memegang beg tersebut.

    Malahan tertuduh, kata Nurmala, memainkan peranan utama untuk membawa dan menyerahkan kanabis selepas bayaran dibuat.

    Aidilfitri yang berbaju T biru dan berseluar coklat dilihat bersahaja ketika hukuman dijatuhkan.

    Dalam pembelaannya sebelum ini, tertuduh mendakwa hanya menolong kawan sepupunya untuk menghantar sebuah beg tanpa mengetahui kandungannya kepada seorang lelaki yang tidak dikenali.

    Aidilfitri didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 2.40 petang, 30 April 2008 di tepi jalan berdekatan Pasaraya Tesco, Lebuh Kudin di sini.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Hasbie dakwa pertuduhan tidak jelas, cacat

    Posted:

    Hasbie dakwa pertuduhan tidak jelas, cacat

    Hasbie dakwa pertuduhan tidak jelas, cacat

    BUTTERWORTH 8 April – Pihak pembelaan yang mewakili Hasbie Satar hari ini memohon Mahkamah Sesyen di sini melepas tanpa membebaskan lelaki tersebut daripada pertuduhan terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram bernilai lebih RM2.13 juta.

    Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan permohonan itu dengan alasan kertas pertuduhan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah tidak jelas dan cacat kerana tidak menyatakan butiran kegiatan haram yang didakwa dilakukan oleh anak guamnya.

    Muhammad Shafee yang turut dibantu oleh peguam Badrul Munir Mohd. Bukhari, Mohd. Fairus Masri dan Shahril Lamin menyifatkan perkara itu mustahak kerana anak guamnya berhak mengetahui kegiatan haram yang menjadi subjek dalam kes tersebut.

    "Aktiviti pengubahan wang haram adalah satu kesalahan yang kompleks dan kami berhak mengetahui apa jenis kesalahan yang dilakukan. Jika tidak dinyatakan, maka kes ini tidak sepatutnya diteruskan dan anak guam saya perlu dilepaskan tanpa dibebaskan.

    "Jika mahkamah mempunyai asas supaya kes ini diteruskan, pihak pendakwaan perlu meminda kertas pertuduhan supaya ia menerangkan dengan spesifik kesalahan kegiatan haram yang dikaitkan dengan wang berkenaan," katanya.

    Hasbie yang merupakan bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, didakwa terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram bernilai lebih RM2.13 juta.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pangsapuri Sri Molek, Jalan Laksamana, Teluk Air Tawar dekat sini pada 11 Februari 2010.

    Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya.

    Timbalan Pendakwa Raya, Anselm Charles Fernandiz yang mengendalikan pendakwaan dalam hujahnya bagaimanapun berkata, pertuduhan yang dikemukakan adalah sah dan memadai kerana memenuhi keperluan undang-undang.

    Katanya, tiada sebarang keperluan untuk mengubah pertuduhan tersebut kerana tidak berlaku sebarang percanggahan dengan Seksyen 152, 153 dan 154 Kanun Tatacara Jenayah.

    Justeru, pihaknya memohon supaya permohonan pihak pembelaan itu ditolak.

    Hakim Mohd. Zairan Aman menetapkan 6 Mei ini untuk keputusan sama ada mengekalkan atau tidak pertuduhan yang dikemukakan terhadap Hasbie dalam kes tersebut.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: BeritaUtama

    Posted: 09 Apr 2011 01:47 AM PDT

    Harian Metro: BeritaUtama


    Janji untung 1,000 ganda

    Posted: 08 Apr 2011 11:02 AM PDT

    KUALA LUMPUR: Satu sindiket pelaburan palsu bukan saja dikesan 'menjual agama' sebagai aset untuk memperdaya mangsa, sebaliknya mendakwa 'projek pelaburan' yang dijalankan mereka 'rahsia kerajaan' selain hanya dibenarkan kepada golongan Muslim.

    Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai 'Dana Haji Jasman' dilaporkan mula bergiat aktif sejak 2007, selain mengaut keuntungan dipercayai mencecah jutaan ringgit sepanjang tempoh berkenaan selepas memperdaya ratusan mangsa terutama penduduk Johor dan kini mula menular ke Kuala Lumpur serta beberapa negeri lain di Semenanjung.

    Difahamkan, skim pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) itu tidak menetapkan nilai minimum atau maksimum sebaliknya menjanjikan setiap pelaburan bermula RM1 akan diberikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu.

    Biarpun konsep pelaburan ini seakan-akan sama seperti MLM, sindiket terbabit 'menjual agama' kerana setiap pelabur dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah selain 'berbaiah' dan berjanji tidak menggunakan wang itu kepada jalan yang salah termasuk membeli rokok.


    Malah, ahli kumpulan sindiket terbabit menggelar diri mereka sebagai 'kadi' dan 'pegawai agama' selain melakukan penerangan di lokasi tumpuan golongan Muslim terutama di masjid dan surau.


    Jurucakap Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan terperinci mengenai ahli kumpulan sindiket yang terbabit dalam skim pelaburan itu.

    "Malah, SSM mengumpul maklumat orang ramai selepas beberapa aduan diterima daripada mangsa terutama penduduk di Johor.

    "Pendedahan ini dilakukan biarpun SSM belum menerima laporan terperinci jumlah sebenar pelaburan dan kerugian mangsa kerana SSM tidak mahu lebih ramai mangsa terpedaya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

    Menceritakan taktik kumpulan terbabit, jurucakap SSM berkata, mereka pergi ke kawasan tumpuan Muslim seperti masjid dan surau sebelum memperkenalkan diri sebagai 'kadi' atau 'pegawai agama'.

    "Malah, ada kalanya kumpulan terbabit melakukan 'ceramah' di hotel selepas melakukan hebahan di surau atau masjid mengenai pelaburan berkonsepkan Islam," katanya.

    Menurutnya, dalam 'ceramah' berkenaan kumpulan terbabit mendakwa dana itu milik kerajaan dan dikhaskan kepada Muslim serta perlu dirahsiakan daripada penganut agama lain.

    "Setiap pelaburan RM1 dijanjikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu selain tidak dibenarkan untuk berbelanja di jalan yang salah termasuk membeli rokok.

    "Kebijaksanaan kumpulan ini memanipulasi agama untuk meyakinkan mangsa terutama golongan Muslim daripada setiap peringkat menyebabkan ramai individu menyertai pelaburan berkenaan. Malah, mangsa bukan saja penduduk kampung berusia 50-an yang dipanggil 'pak cik' sebaliknya terdapat juga kakitangan kerajaan dan golongan profesional yang menjadi mangsa.

    "Malah, maklumat yang kami peroleh mengatakan ada seorang individu melabur wang simpanan miliknya RM100,000 sebelum kumpulan terbabit menghilangkan diri," katanya.

    Katanya, dia menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum melakukan pelaburan dalam mana-mana skim kerana kebanyakannya menipu.

    "Orang ramai boleh membuat rujukan dengan pihak SSM atau Bank Negara terlebih dulu sebelum melakukan sebarang pelaburan bagi memastikan mereka melabur dengan individu yang benar. Untuk menjadi orang kaya, sepatutnya masyarakat lebih bijak kerana untuk sampai ke tahap itu bukan suatu perkara mudah," katanya.

    Sehubungan itu, mangsa atau orang ramai yang mempunyai maklumat skim terbabit diminta menghubungi SSM di talian 03-62048999 atau emel kepada aduan@seccom.com.my.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan ketika dihubungi, mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung skim pelaburan terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

    Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata perbuatan mereka itu satu pembohongan dan dosa besar.

    "Orang ramai dinasihatkan jangan terpedaya dengan golongan terbabit yang mengaku tokoh agama selagi latar belakang mereka tidak diselidiki sebelum menyerahkan wang kepada individu terbabit," katanya ketika dihubungi, semalam.

    Tambahnya, pelaburan yang dijalankan kumpulan terbabit haram kerana menipu orang ramai selain mengingatkan masyarakat melakukan rujukan kepada pihak lebih arif sebelum menyertai sesuatu pelaburan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Alahai budak Banting

    Posted: 08 Apr 2011 10:54 AM PDT

    KUALA LUMPUR: "Walaupun saya masih di tingkatan empat, kegilaan saya terhadap seks sangat kuat sehinggakan saya sanggup berulang-alik dari Banting ke Brickfields setiap hujung minggu semata-mata untuk melanggan pelacur.

    "Malah, saya juga terpaksa menipu ayah kononnya saya mahu ke rumah kawan untuk mengulang kaji pelajaran dengan harapan ayah membenarkan saya meminjam motosikal Honda EX5 miliknya," itu antara pengakuan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Banting, yang hanya mahu dikenali sebagai Ezry (bukan nama sebenar), 16 yang ketagih seks sejak setahun lalu.

    Melalui perbualan dengannya di sebuah rumah pelacuran di Brickfields baru-baru ini, tidak terdetik di hatinya untuk menipu ibu bapanya namun kerana kegilaan seks 'melampau' itu dia terpaksa menipu kedua-dua orang tuanya semata-mata untuk memuaskan nafsunya.

    "Semuanya kerana pengaruh rakan yang membawa saya ke sini Februari tahun lalu. Sejak itu saya asyik teringat untuk datang lagi selepas kali pertama melangganinya.


    "Saya tahu dari Brickfields ke Banting sejauh 160 kilometer pergi dan balik, tetapi saya tidak kisah dan sanggup. Malah, saya tidak keseorangan kerana saya turut ditemani seorang rakan sekolah yang bersama-sama melanggan pelacur di sini.


    "Soal duit minyak kami tidak keberatan kerana selalunya kami 'tong-tong' (kongsi). Lagipun kami ke sini seminggu sekali saja iaitu pada hujung minggu," katanya.

    Menurutnya, demi mendapatkan 'seks seminggu sekali' itu, dia kadangkala menyimpan wang saku pemberian ibu bapanya serta turut membuat kerja sambilan di sebuah kedai makan di Banting milik kenalannya.

    "Setiap hari ayah beri RM6 wang poket sebagai perbelanjaan. Baki wang yang saya tidak guna akan disimpan untuk melanggan pelacur pada hujung minggu," katanya.

    Rakan Ezry yang mahu dikenali sebagai Mizi, 16, berkata kegiatan melanggan pelacur dianggap sebagai pemberi semangat untuknya mengulang kaji pelajaran menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan.

    "Seronok sebenarnya di sini, bagaikan pesta. Mana tidaknya, kerana ayam-ayam (pelacur) di sini semuanya lawa dan murah, dengan hanya RM30 saya dapat memuaskan nafsu.

    "Kalau dibanding di Banting dengan Brickfields banyak bezanya...Di Banting kawasannya sunyi sepi dan tiada pelacur tetapi di sini 'heaven' (seronok) sangat," katanya.

    Menurut Mizi, apa yang membuatkannya datang ke rumah pelacuran terbabit kerana pelacur di kawasan itu cantik termasuk dari Sabah dan Sarawak berusia lingkungan 18 hingga 23 tahun.

    Sementara itu sumber berkata, kawasan pelacuran terbabit sentiasa dipenuhi pelacur warga Malaysia, Indonesia, India, China, Myanmar dan Bangladesh dengan harga serendah RM30 hingga RM50 bagi sekali perkhidmatan.

    Katanya, antara perkhidmatan ditawar seks, onani, 'urutan harimau' dan lain-lain.

    Harian Metro 3 Mac lalu melaporkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan premis pelacuran di kawasan berkenaan namun kegiatan itu kini kembali beroperasi seperti biasa.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi, berkata kawasan pelacuran berkenaan sudah beberapa kali diserbu pihak polis dan DBKL namun kegiatan itu masih diteruskan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Timur

    Posted: 09 Apr 2011 01:44 AM PDT

    Utusan Online - Timur


    Peniaga jangan menipu

    Posted:

    Peniaga jangan menipu

    Peniaga jangan menipu

    Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
    rodelio.taucan@utusan.com.my

    KOTA BHARU 8 April – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan memberi amaran kepada peniaga agar tidak mencari jalan pintas untuk mengaut keuntungan sehingga sanggup mencuri dan menipu pelanggan.

    Pengarahnya, Fauzi Haron (gambar) berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk merampas dan menyita segala harta benda syarikat-syarikat terbabit sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan dalam perniagaan.

    Jelasnya, tindakan pihaknya menyita sebuah kilang membuat silinder gas memasak semalam harus dijadikan tauladan kepada syarikat lain agar tidak melakukan kesalahan.

    "Peniaga mahu jalan pintas cepat dapat untung dan inilah yang mereka sanggup lakukan, jadi saya harap ketegasan kami menjadi pengajaran kepada orang lain.

    "Syarikat itu sudah disita dan akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi atas kesalahan yang dilakukan," katanya selepas majlis penerangan isu-isu kenaikan harga dan Akta Perlindungan Pengguna di sini hari ini.

    Dalam serbuan di Pantai Senok, Bachok semalam, kilang terbabit disita selepas dipercayai mencuri lebih 4,000 silinder gas pelbagai jenama sebelum diubahsuai dan diedarkan semula menggunakan jenama lain.

    Turut disita ialah mesin penyembur dan pemotong, 85 kilogram cat serta 500 pemegang silinder yang kesemua rampasan tersebut bernilai RM2 juta.

    Siasatan awal mendapati kilang terbabit telah melakukan aktiviti itu sejak tiga bulan lalu dan sekurang-kurangnya lima syarikat pengeluar gas memasak mengalami kerugian RM1.2 juta sebulan.

    Fauzi berkata, pegawai-pegawainya akan sentiasa melakukan risikan setiap kali mendapat aduan daripada pengguna.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    KRP baik pulih rumah dihempap pokok kelapa

    Posted:

    KRP baik pulih rumah dihempap pokok kelapa

    KRP baik pulih rumah dihempap pokok kelapa


    Ahli KRP bergotong-royong membaik pulih bahagian dapur, dinding dan atap rumah Ayob Hamat yang rosak teruk dihempap pokok kelapa di Kampung Sabak, semalam.


    KOTA BHARU 8 April - Kelab Rakan Pendengar Pantai Timur (KRP) mengambil inisiatif membaik pulih rumah salah seorang ahli mereka, Ayob Hamat, 48, di Kampung Sabak di sini yang rosak teruk dihempap pokok kelapa Selasa lalu.

    Program gotong-royong tersebut diketuai oleh Pengerusi KRP, Mohd. Rozi Ab. Rahim dan turut disertai penduduk kampung tersebut termasuk Penghulu Mukim Sabak, Azammanan Ahmad.

    Mohd. Rozi berkata, peralatan untuk membaik pulih rumah seperti zink, kayu dan simen disumbangkan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka manakala pihaknya melaksanakan kerja-kerja membaik pulih.

    "Ini merupakan sumbangan kami untuk membantu ahli-ahli yang dalam kesusahan, tanggungjawab sosial ini akan diteruskan setiap masa.

    "Kami turun beramai-ramai bergotong-royong membantu membaik pulih bahagian dapur, dinding dan atap rumahnya yang rosak. Program seperti ini dapat mengeratkan hubungan di antara kami," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Sabak di sini hari ini.

    Sementara itu Ayob sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu membaiki rumahnya yang rosak.

    Dia yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak RM5,000 disebabkan kemusnahan struktur di bahagian dapur rumahnya biarpun tiada sebarangan kecederaan berlaku.

    "Semasa kejadian hanya ibu mertua saya berada di rumah, saya bersama isteri dan anak tiada di rumah. Sumbangan ini amat besar ertinya kerana kami bukannya keluarga berada.

    "Kami amat bersyukur kerana semua datang membantu untuk menyiapkan dapur rumah saya yang rosak teruk termasuk pejabat DUN Chempaka yang memberikan bantuan kewangan," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    100 ekor tupai ditembak

    Posted:

    100 ekor tupai ditembak

    100 ekor tupai ditembak


    PENDUDUK bersama ahli Rela dan polis berjaya menembak 100 ekor tupai di Kampung Atas Beting, Chetok, Pasir Mas, kelmarin.


    PASIR MAS 8 April - Lebih 100 ekor tupai ditembak sempena program kemasyarakatan setempat di Kampung Atas Beting, Chetok di sini semalam.

    Program itu dilaksanakan secara gotong-royong bersama ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan polis dalam mengurangkan jumlah haiwan berkenaan terutamanya dalam menghadapi musim buah tidak lama lagi.

    Ia merupakan sebahagian program yang disenaraikan sempena kempen kesihatan yang diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Peladang Kawasan Chetok dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas.

    Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Che Kamarulzaman Che Harun berkata, penglibatan masyarakat setempat penting dalam memastikan program itu berjalan lancar.

    Katanya, sebagai contoh untuk menghapuskan tupai yang mengancam tanaman penduduk, ia memerlukan penglibatan semua pihak.

    Justeru itu, katanya, pemuda UMNO merasakan ia adalah tanggungjawab bersama bagi menyelesaikan masalah tersebut yang dihadapi penduduk kampung.

    "Sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mengekalkan semangat kerjasama yang menjadi warisan tradisi dalam masyarakat," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Muka Hadapan

    Posted: 09 Apr 2011 01:31 AM PDT

    Utusan Online - Muka Hadapan


    Keselamatan maksimum

    Posted:

    [unable to retrieve full-text content]Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum mengarahkan semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu dilakukan di aras bawah bangunan SPRM, berkuatkuasa serta-merta.

    Suruhanjaya ditubuh selepas pelaku seks dipasti

    Posted:

    [unable to retrieve full-text content]Kabinet semalam mengarahkan polis memperluaskan skop siasatan bagi mengenal pasti pelaku di dalam video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang.

    BERSUBAHAT RASUAH ANUGERAH ‘DATO’ DIRAJA’

    Posted:

    BERSUBAHAT RASUAH ANUGERAH 'DATO' DIRAJA'

    BERSUBAHAT RASUAH ANUGERAH 'DATO' DIRAJA'



    KES melibatkan penerima darjah kebesaran menerusi saluran didakwa tidak diiktiraf sering kali menimbulkan masalah sekali gus mengheret mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

    Justeru, ia menyaksikan kes terbaru Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rantau Panjang, Mohammad Agos Mohd. Noor (gambar) didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur semalam atas tuduhan bersubahat dengan seorang ibu tunggal untuk menerima rasuah RM50,000 berhubung penganugerahan 'Dato' Diraja' daripada sebuah persatuan kerabat, tahun lalu.

    Di Mahkamah Sesyen Shah Alam pula semalam, ibu tunggal terbabit Nor Azimah Jamaludin mengaku tidak bersalah menerima rasuah RM150,000 daripada seorang ahli perniagaan bagi tujuan yang sama pada 12 November serta antara 20 dan 30 November 2010. – utusan/ZAINI HUSIN & Mohd. Shaharani Saibi

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    The Malaysian Insider :: Bahasa

    Posted: 09 Apr 2011 01:24 AM PDT

    The Malaysian Insider :: Bahasa


    Khairy: Isu video seks sengaja dicetus alih fokus rakyat

    Posted: 09 Apr 2011 12:32 AM PDT

    KUALA LUMPUR, 9 April Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan, dakwaan kononnya turut wujud rakaman video seks membabitkan beliau sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi mengalih tumpuan rakyat daripada isu sama mengaitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Khairy (gambar) yang juga Ketua Pemuda Umno ketika ditanya media berhubung perkara berkenaan berkata, ia adalah satu usaha yang tidak berasas untuk menjatuhkan diri beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau.

    "Saya melihat ini satu usaha untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat daripada skandal yang melibatkan pemimpin pembangkang," kata beliau di Pokok Sena, Kedah hari ini.

    "Ia kisah lama yang sebenarnya keluar pada pilihan raya umum yang lepas untuk menjatuhkan saya tetapi tidak berjaya," kata beliau dipetik laporan media.

    Kelmarin, Pemuda Umno Rembau mencabar bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin, membuktikan dakwaannya beliau pernah menerima rakaman aksi seks yang dikatakan melibatkan Khairy ketika pilihan raya umum 2008.

    Kelmarin, Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai "Chegubard" berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu.

    "Badrul Hisham Shaharin dicabar membuktikan dakwaan beliau dalam The Malaysian Insider adalah benar. Dalam kenyataan Badrul Hisham kata bahawa beliau telah dibekalkan oleh ahli Umno rakaman video lucah Khairy Jamaluddin (ketika) pada pilihan raya 2008. Kenyataan ini adalah bersifat biadab dan berunsur fitnah," kata Penolong Setiausaha Pemuda Umno Rembau, Safariladira Abdullah.

    Kata Safariladira, Pemuda Rembau juga mencabar Badrul Hisham untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai video berkenaan dan jangan hanya bercakap kosong menabur fitnah dan berniat jahat.

    Badrul Hisham dalam kenyataannya kelmarin berkata, ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempennya telah didekati dengan orang tidak dikenali, dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy.

    Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar.

    "Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM mengenai kewujudan video seks yang kononnya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.

    "Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja," katanya lagi.

    Lebih dua minggu lalu negara dikejutkan pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan aksi seks Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, oleh "Datuk T".

    Awal minggu ini, klip sedutan pendedahan itu disebarkan menerusi dunia siber khususnya oleh blog-blog pro-Umno.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    PM sedia temu kakitangan wakil staf kastam

    Posted: 09 Apr 2011 12:27 AM PDT

    KUALA LUMPUR, 9 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersedia bertemu dengan wakil kesatuan dan persatuan pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dalam usaha merungkai segala isu-isu yang sedang dihadapi termasuk ekoran insiden kematian salah seorang anggotanya di presmis SPRM. 

    "Tidak ada masalah, saya boleh jumpa, pada masa yang sesuai..," kata Najib di Pekan hari ini. Dipetik Bernama Online.

    Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat persatuan itu berikutan laporan-laporan buruk berkaitan KDRM sejak kebelakangan ini. 

    Semalam, Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Ibrahim Ahmad berkata moral dan kredibiliti pegawai dan anggota KDRM kini terjejas berikutan laporan media berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan RM108 bilion. 

    Ditanya berkenaan perkara berkenaan, Perdana Menteri berkata sekiranya semua pegawai KDRM "mengikut peraturan", maka tidak akan "timbul apa-apa masalah" lagi. 

    "Kalau kita ikut peraturan (dalam urusan kerja), tidak ada masalah, kalau (urusan) import apa-apa produk contohnya, kita isytihar produk itu pada harga berpatutan atau harga sebenarnya, tidak ada masalah. 

    "Kalau kita tak nak isytihar atau mengisytihar kurang dari nilai, itu yang jadi masalah. 

    "Kalau ikut pada peraturan, sepatutnya tidak timbul apa-apa masalah (seperti apa yang berlaku ketika ini)," kata Perdana Menteri. 

    Semalam, Ibrahim ketika bercakap kepada pemberita berkata: 

    "Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kami berharap Datuk Seri Najib dapat memberikan nasihat yang boleh membersihkan maruah dan imej Kastam yang kini terjejas akibat laporan media yang tidak tepat." 

    Ibrahim berkata laporan media yang mengaitkan pegawai KDRM terlibat dengan rasuah dan pengubahan wang haram sebanyak RM108 bilion adalah tidak logik kerana agensi itu menjana pendapatan sebanyak RM28.3 bilion pada tahun lepas.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Rencana Utama

    Posted: 08 Apr 2011 11:10 PM PDT

    Kosmo Online - Rencana Utama


    Wanita bebaskan keluarga daripada kemiskinan

    Posted:

    Wanita bebaskan keluarga daripada kemiskinan

    Wanita bebaskan keluarga daripada kemiskinan

    Oleh NIZHA PERIASWAMY



    SUGUNTHA RAJAGOPAL baru berusia 31 tahun tetapi, dia sudah mempunyai empat orang anak yang berusia di antara empat hingga sembilan tahun.

    Tidak tergolong dalam kelompok keluarga kelas pertengahan jauh sekali berstatus mewah, keluarga Suguntha menjalani hidup dalam strata keluarga miskin tegar. Namun, dia masih mencari jalan untuk keluar daripada kepompong itu.

    Kini, Suguntha dengan berbekalkan semangat, usaha dan sokongan beberapa pihak, perlahan-lahan cuba bangkit dan memperbetulkan segala kelemahan dalam hidupnya.

    Itu termasuk azam untuk mendapatkan rawatan untuk salah seorang anaknya yang didiagnos penyakit jantung, membawa suaminya kembali ke jalan yang betul dan berniaga sendiri untuk menjana pendapatan keluarga.

    Rentetan kepayahan hidup Suguntha bermula ketika dia berusia 20-an lagi. Saat pasangan lain meniti hari gembira alam rumah tangga, dia terpaksa menghantar suaminya yang ketagihan alkohol ke pusat pemulihan di Ipoh, Perak selama empat tahun.

    Suaminya, Jaya Kumar Perumal, 34, ialah antara penagih alkohol tegar hingga menjejaskan kehidupan dia dan keluarga.

    Menurut laporan Persekutuan Polisi Alkohol Global, rakyat Malaysia adalah pengguna alkohol ke-10 tertinggi di dunia dengan perbelanjaan terhadap minuman itu mencapai jumlah AS$500 juta (RM1.514 bilion) setahun.

    "Saya tidak kisah mengenai perpisahan sementara itu. Asalkan dia sedar kesilapannya dan pulang sebagai manusia yang baru. Saya tidak mahu dia merosakkan diri dan keluarga dengan arak.

    "Selama empat tahun itu, saya terpaksa mencari pendapatan sendiri dan menjaga anak-anak. Paling memeritkan, apabila anak saya pula menghidap penyakit jantung," kata Suguntha merujuk kepada anak perempuannya, Slosini yang kini berusia enam tahun.

    Slosini mempunyai kembarnya iaitu Sivasini manakala anak sulungnya, Sarvin Kumar, kini dalam penjagaan sebuah rumah kebajikan.

    "Anak kedua saya, Ghayayini dijaga oleh ibu bapa mertua dan saya hanya menjaga kedua-dua anak kembar ini," luah Suguntha menggambarkan mengenai keperitan hidupnya.

    Ketika tidak ramai orang mempedulikan nasib Suguntha, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), World Vision dan badan kebajikan Malaysian Care, tampil membela dan memberi semangat kepada individu seperti ibu malang itu.


    SUGUNTHA (dua dari kanan) bersama kumpulan wanita lain tekun menerima tunjuk ajar daripada mentor mereka, Kogilavani (paling kanan) mengenai pengurusan bajet.


    Suguntha yang mendiami sebuah kawasan setinggan di Pandan Indah, Selangor kini mendapat pendidikan rumah daripada World Vision. Badan itu mahu membimbing para suri rumah seperti Suguntha mengikut panduan dan tunjuk ajar demi memperbaiki taraf hidup mereka.

    Pengurusan kewangan

    "Komuniti itu perlu mendapat didikan mengenai pengurusan kewangan dalam kehidupan harian. Selalunya, komuniti miskin dan bermasalah ini kerap menggunakan pendapatan yang mereka peroleh untuk aktiviti yang tidak berguna seperti alkohol, berjudi, pelacuran dan sebagainya. Penglibatan itu bukan sahaja merosakkan diri sendiri bahkan keluarga mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif World Vision, Liew Tong Ngan yang melihat wanita adalah pemangkin yang mampu mengubah nasib keluarga miskin itu.

    Sementara itu Pengurus Korporat World Vision, Yong Ching Sze memberitahu, pihaknya mengajar ketua keluarga untuk membuat pengiraan dan bajet supaya mereka dapat menjimatkan duit dan menggunakan pada waktu krisis.

    "Walaupun kami bukan tenaga pengajar secara langsung, kami mendapat kerjasama daripada Malaysian Care.

    "Tanpa mengira perbezaan bangsa, program ini dijalankan kepada mana-mana komuniti wanita yang terperangkap dalam kemiskinan dan masalah keluarga.

    Ching Sze ditemui Kosmo! di pejabat Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) ketika persatuan itu menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM30,000 untuk World Vision bagi menjalankan program Pendidikan Kewangan untuk wanita miskin di kawasan urban baru-baru ini.

    Sumbangan PIAM kali ini dipercayai dapat menyediakan pelbagai bahan modul dan sokongan serta bantuan material kepada kira-kira 150 orang wanita miskin yang mengambil bahagian dalam program pendidikan kewangan tersebut.


    PUSAT komuniti ini dijadikan tempat bagi Suguntha dan Letchumy serta beberapa wanita lain mengikuti program kerjasama World Vision dan Malaysian Care.


    "Kami memilih untuk menyumbang kepada program ini kerana percaya wanita di Malaysia mempunyai kuasa untuk mengubah nasib keluarga daripada terus dibelenggu kemiskinan," kata Pegawai Kesatuan Perhubungan Awam PIAM, Rohan Kananathan yang berjarap bantuan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya.

    "Saya mewakili wanita lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PIAM yang menghulurkan bantuan kewangan bagi mendedahkan kami kepada program pendidikan kewangan seumpama ini.

    "Saya percaya ramai lagi wanita miskin, ibu tunggal, wanita bujang atau yang tidak mempunyai sokongan kekeluargaan boleh menerima kebaikan melalui program ini," luah Suguntha yang kini menarik nafas lega.

    Sekarang, Suguntha sudah membuka perniagaan sendiri hasil sokongan pihak berkenaan dan disiplin dirinya dalam mengikuti kursus itu.

    Sebagai permulaan, dia kini dapat membuka gerai jualan buah-buahan berhampiran tempat tinggalnya. Lebih bermakna, suaminya juga kini membantunya dalam perniagaan.

    "Suami saya menjual putu mayam di luar. Saya tidak mahu dia bekerja di mana-mana kerana takut akan dipengaruhi rakan-rakan yang tidak baik. Suami saya kini bebas daripada pengaruh negatif rakan-rakan sekali gus alkohol," kata Suguntha seraya tersenyum.

    Minat belajar

    Di pusat komuniti kawasan setinggan Pandan Jaya itu, seorang mentor, Kogilavani Lokanamdom, 38, sibuk bercakap sesuatu kepada Suguntha di samping membelek modul yang akan digunakan untuk pembelajaran pada hari itu.

    "Kebanyakan wanita di sini mempunyai minat untuk belajar dan memperbaiki hidup mereka. Di sini, mereka diajar untuk mengurus kewangan termasuk menabung, memberikan mereka harapan untuk terus hidup, memberi tunjuk ajar melangsaikan hutang dan membina keluarga menerusi pengurusan bajet," kata Kogilavani yang berkhidmat dengan Malaysian Care dalam program tajaan World Vision dan PIAM.

    Tambahnya, mereka bergabung dengan pelbagai organisasi dan pihak swasta demi membantu komuniti yang kurang bernasib baik. Setakat ini, lebih 50 orang wanita telah mengambil bahagian dalam program tersebut.

    "Saya bersedia memberikan wang kebajikan yang saya peroleh kepada keluarga lain yang lebih memerlukan. "Saya sudah mempunyai semangat untuk membaiki kehidupan, lebih-lebih lagi dengan bantuan suami dan ahli keluarga." kata Sugunthayang sudah memperoleh pendapatan harian sekitar RM50 hingga RM70 sehari.

    Hidup baru

    Di pusat komuniti itu juga, seorang lagi wanita ditemui Kosmo!. Berwajah riang, mungkin kerana teruja dengan sesi temu ramah, Letchumy Sinivasagan, 52, mengakui tidak pernah merasai kehidupan sebaik hari ini.


    KETUA Pegawai Eksekutif World Vision, Liew Tong Ngan (kiri) menerima tajaan daripada Pengurus Besar Hannover Re Asia Selatan dan Asia Tenggara, K. Rohan pada satu majlis di ibu pejabat PIAM di Brickfields, Kuala Lumpur baru-baru ini.


    Dapat menyelesaikan semua hutang dan memiliki semula dua barangan kemas yang dipajak gadai, dia yakin program itu mampu mengubah pelbagai masalah wanita lain.

    "Saya hanya bekerja sebagai orang gaji dan suami saya meninggal dunia semasa anak tunggal saya masih berusia 14 tahun," katanya yang kini sudah 14 tahun sejak kehilangan suaminya itu.

    Kerja sebagai orang gaji bukan baru baginya. Sejak kecil, Letchumy bekerja dengan beberapa orang majikan dan memiliki beberapa sijil kelayakan untuk kerja rumah.

    Namun, kerana pelbagai sebab, antaranya ketiadaan kad pengenalan dan masalah kemiskinan sejak lahir, Letchumy tidak lagi mampu bertahan dan hampir hilang harapan hidup gara-gara didesak cabaran kehidupan kelompok miskin tegar.

    "Saya akhirnya bertemu dengan seorang wanita bernama Christina untuk menceritakan masalah saya. Dia telah membantu saya memperoleh kad pengenalan seterusnya memperkenalkan saya kepada Malaysian Care.

    "Di sini, mentor, Kogilavani banyak memberi tunjuk ajar dari segi pengurusan kewangan. Kini, saya agak gembira kerana dapat mengambil kembali barang kemas yang pernah dipajak gadai selain dapat menghantar anak saya belajar di kolej," kata wanita itu.

    Menurut Letchumy, dia dan peserta lain akan diberikan beberapa sampul dengan setiap sampul tertulis fungsi tertentu.

    Antaranya ialah sampul membayar sewa rumah, elektrik dan air, menabung, untuk pendidikan anak, tebus emas pajak gadai dan sebagainya. Peserta program dididik menggunakan sampul tersebut berdasarkan pecahan peratusan pendapatan.

    "Ia banyak membantu apabila saya dapat mengumpul RM2,000 dalam masa hanya setahun. Sesuatu yang tidak mungkin berlaku sebelum ini," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Si pemalu jadi jurulatih cinta

    Posted:

    Si pemalu jadi jurulatih cinta

    Si pemalu jadi jurulatih cinta


    SEE (kiri) sedang memberi tunjuk ajar kepada seorang lelaki teknik memikat wanita.


    PADA usia 17 tahun, remaja bernama Xavier See mendiami dunia penuh kemurungan. Dia berhenti sekolah dan rakan-rakan pula boleh dikira dengan jari. Tidak dianugerahkan fizikal menarik, See juga gugup apabila berdepan dengan gadis idamannya yang sering membawa kepada kekecewaan setiap kali dia ingin menjalin hubungan serius.

    Namun, mimpi ngeri tersebut kini tidak lagi menghantui dirinya. Hari ini, See berbangga menjadi lelaki dewasa berumur 23 tahun yang memegang kerjaya sebagai jurulatih cinta buat kaum Adam. Dia berjaya menyingkirkan imej lelaki pemalunya kepada lelaki segak berketerampilan.

    Segalanya begitu kontra, jika dahulu dia merupakan golongan lelaki yang gagal merebut hati wanita tetapi kini, dia menjadi guru kepada lelaki-lelaki Singapura yang mengalami nasib silam sepertinya. See kini membantu mereka mengaturkan temu janji bersama wanita yang bersesuaian.

    Lelaki-lelaki yang mendapatkan khidmat See akan diberi kursus tiga hari dengan bayaran sebanyak S$1,800 (RM4,320).

    "Pelajar-pelajar saya akan diajar cara mencuri hati wanita dengan mengasah keyakinan dan keberanian diri mereka.

    "Saya menyediakan sesi pembelajaran secara individu dan juga bengkel berkumpulan dengan mengajar mereka tentang keinginan wanita, mengenal pasti persekitaran serta teknik memikat hati wanita idaman mereka," jelasnya yang berkhidmat di bawah sebuah syarikat beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS), 24/7 Attractive Man.

    Bagi memberikan gambaran jelas situasi memikat wanita, See tanpa segan silu melakukan demonstrasi tersebut dengan menjadikan dirinya sebagai 'pelakon' di hadapan pelajar-pelajarnya yang kemudiannya akan dilakonkan semula oleh mereka.

    Selain itu, dia turut membawa pelajar-pelajarnya ke kedai-kedai buku, kafe dan pusat hiburan sebagai latihan komunikasi bersama wanita yang pertama kali ditemui mereka.

    Menyentuh soal kerjaya, dia dikira bertuah kerana khidmat yang ditawarkan menepati situasi di Singapura apabila 43 peratus lelaki dalam lingkungan umur 30 hingga 34 tahun masih bujang dan tidak mempunyai teman wanita.

    See memberitahu, prestasi kerjayanya semakin meningkat terutama dari segi jumlah pelajar apabila dia berjaya menerima 140 pelajar pada tahun lalu berbanding 50 pelajar pada 2009.

    Seorang lagi jurulatih cinta yang hanya dikenali dengan nama Skilldo mula menceburkan diri dalam kerjaya tersebut pada 2007 dan telah mengajar lebih 700 pelajar termasuk lelaki muda yang ingin mencari teman wanita serta duda yang mahu mencari cinta baru.

    "Tetapi sebagai sebuah negara Asia, sistem yang kita jalankan berbeza daripada negara-negara lain kerana kita perlu menghormati beberapa aspek budaya agar tidak kelihatan keterlaluan," ujarnya.

    Isyarat dan syarat cinta


    KANAN: Bayaran untuk lelaki Singapura mendapatkan khidmat jurulatih cinta untuk kursus tiga hari ialah RM4,320.


    Sementara itu, seorang lelaki berumur 21 tahun, Mike, menceritakan pengalamannya ketika belajar tentang teknik memikat wanita bersama See.

    "See mengajar kami beberapa isyarat rahsia dan peraturan ketika temujanji seperti memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap wanita yang ditemui.

    "Antara konsep yang diaplikasikan See diterjemah berdasarkan buku bertajuk The Game: Penetrating the Secret Society of Pickup Artists yang ditulis oleh Neil Strauss pada 2005," katanya.

    Seorang jurujual, Ryan Tan, 32, mengakui sejak dia mendapatkan khidmat daripada dua jurulatih cinta pada 2008, kemahiran sosialnya meningkat mendadak dan dia kini bahagia bersama teman wanitanya, Theresa Low, 35.

    "Lelaki memang jarang bersosial. Kami boleh bekerja dan bermain permainan komputer tetapi, kemahiran sosial kami amat rendah," katanya yang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya pada tahun ini.

    Berbeza pula dengan Derick Ho, 29, dari Magic School Secret Skills, yang menyediakan kursus temu janji menggunakan pendekatan silap mata sejak 2007 lagi.

    Jelasnya, proses berkenalan perlu diselitkan dengan unsur kejutan agar menjadi lebih menarik dan memudahkan proses tersebut berjalan lebih pantas.

    "Tidak ramai yang mempunyai kelebihan melakukan silap mata. Ia mampu membuatkan perbualan hambar menjadi menarik, membuat wanita tersenyum dan membuatkan lelaki tampak lebih berkarisma.

    "Walaupun aksi silap mata yang dilakukan tidak menjadi, tetapi ia sebenarnya menunjukkan keikhlasan lelaki itu mencuba sesuatu bagi menarik perhatian wanita tersebut," ujarnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Politik

    Posted: 08 Apr 2011 11:04 PM PDT

    Utusan Online - Politik


    Dakwaan Wan Azizah dedah pembohongan

    Posted:

    Dakwaan Wan Azizah dedah pembohongan

    Dakwaan Wan Azizah dedah pembohongan

    KUALA LUMPUR 8 April – Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersenam semasa di penjara mendedahkan penipuan awal yang dibuat oleh beliau sebelum ini.

    Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, semasa Anwar di penjara antara tahun 1998 sehingga 2004, Wan Azizah sering mendakwa suaminya itu tidak sihat dan mengalami masalah sakit belakang.

    "Tetapi kali ini, dia mendakwa pula Anwar sering bersenam di penjara. Ini jelas menunjukkan bahawa Wan Azizah berbohong satu ketika dahulu dan berbohong lagi kali ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar sering bersenam semasa di penjara sekali gus menafikan bahawa individu di dalam rakaman video seks itu adalah Anwar yang disifatkannya lebih sasa.

    Azwanddin menambah, Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah tidak mempunyai hak untuk menafikan individu di dalam rakaman video seks itu ialah Anwar kerana hubungan kekeluargaan antara mereka.

    Sebagai isteri dan anak kepada Anwar katanya, sudah semestinya Wan Azizah dan Nurul Izzah akan mempertahankan Anwar biar betapa buruk sekali pun pendedahan berkait dengan Penasihat PKR itu.

    "Sebaik-baiknya Wan Azizah dan Nurul Izzah bersetuju supaya suruhanjaya diraja yang dibarisi oleh mereka yang bebas ditubuhkan bagi menyiasat keseluruhan aspek mengenai rakaman video seks itu," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Parti politik jangan campuri urusan kakitangan awam

    Posted:

    Parti politik jangan campuri urusan kakitangan awam

    Parti politik jangan campuri urusan kakitangan awam


    Omar Osman (duduk, tengah) dan Ibrahim Ahmad (duduk dua dari kiri) mengadakan sidang akhbar meminta penjelasan SPRM berhubung isu yang melanda kakitangan kastam di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan, Kelana Jaya, semalam.


    PETALING JAYA 8 April – Parti-parti politik digesa tidak menangguk di air keruh dalam beberapa isu yang melanda kastam termasuk kematian pegawai jabatan itu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kelmarin.

    Ketegasan itu disuarakan Kesatuan Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Persatuan Pegawai Kanan Kastam (Pekasa) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

    Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, ahli politik tidak sepatutnya mencampuri urusan kakitangan awam yang berada di bawah tanggungjawab kongres itu.

    "Kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik sebenarnya hanya mengguris hati kakitangan JKDM, bukan membantu menaikkan semangat.

    "Mereka tidak perlu lebih ke hadapan berbanding kami dengan menyuarakan segala yang tidak dipersetujui oleh kakitangan JKDM," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan di Kelana Jaya, di sini hari ini.

    Ketegasan Omar itu mendapat tepukan gemuruh lebih 50 pegawai kastam yang hadir termasuk dari Sabah dan Sarawak.

    Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Pegawai JKDM, Ibrahim Ahmad berkata, hasil mesyuarat dengan CUEPACS dan Pekasa petang ini, ketiga-tiga pihak mencapai tiga rumusan.

    "Pertamanya, kami akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapat nasihat dan suntikan semangat bagi menaikkan semula martabat JKDM.

    "Dalam pertemuan itu juga, kami akan berbincang mengenai skim gaji yang diterima kakitangan JKDM yang dilihat terlalu rendah," ujarnya.

    Menurutnya, rumusan kedua pula ialah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 12 April ini di Putrajaya bagi meminta suruhanjaya tersebut membersihkan nama JKDM yang dikatakan terlibat dalam rasuah sebanyak RM108.5 bilion.

    Bagi rumusan ketiga, jelasnya, Kesatuan Pegawai JKDM, Pekasa dan CUEPACS mahu media memperbetulkan bahawa kakitangan JKDM terlibat dengan rasuah sebanyak itu.

    "Ini kerana jumlah RM108.5 bilion itu menjadi satu trauma bagi warga JKDM ketika ini dan ia perlu dipulihkan bagi menaikkan semula semangat kerja kakitangan," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Malaysiakini :: Berita

    Posted: 08 Apr 2011 07:23 PM PDT

    Malaysiakini :: Berita


    TPM: Kenapa 'ubah' kalau boleh 'transformasi'

    Posted: 08 Apr 2011 06:26 PM PDT

    Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Pakatan Rakyat yang didakwa menabur janji kosong dalam manifesto untuk memancing undi pada setiap pilihan raya.

    sarawak election muhyiddin 080411 04Katanya, Pakatan boleh menjanjikan 'bulan dan matahari' tetapi rekod di beberapa negeri yang diperintah mereka menunjukkan apa yang dijanjikan tidak pernah tertunai, malah dipenuhi pembohongan.

    Sedangkan, kata beliau, BN tidak pernah menyebut perkataan 'ubah' yang sebenarnya sudah lapuk di mata rakyat.

    "Barisan Nasional yang melihat masa depan negara dalam perspektif yang lebih luas mahukan transformasi agar Malaysia dan Sarawak terus berkembang dan maju," katanya pada majlis makan malam 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri lebih 1,000 orang di Sibu, malam semalam.

    Pakatan Rakyat, semalam mengumumkan manifesto bertemakan "Jom Ubah Sarawak" yang menggariskan 10 dasar secara serentak di Sibu dan Kuching.

    sarawak election muhyiddin 080411 03"Kita jangan terpedaya dan mesti berhati-hati bila mana kita menghadapi pilihan raya, kita mesti tahu akan hak kita. Yang mustahaknya, kita mesti tahu siapa mereka (pembangkang).

    (Lim) Guan Eng kata Pulau Pinang kini negeri contoh, tapi contoh yang bagaimana... nak berniaga pun susah. Mungkin dia popular di kalangan orang Cina, tetapi (realitinya secara umum) kita mestilah juga popular di kalangan orang Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban, Bidayuh dan semuanya," kata Muhyiddin.

    Turut dibidasnya adalah manifesto Pakatan Rakyat di Selangor pada pilihan raya umum yang lalu termasuk memberi elaun kepada ibu-ibu tunggal, caruman takaful RM2,500 untuk warga emas dan memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran universiti.

    sarawak election sibu bn ceramah 080411 02"Semua ini tidak ditunaikan sehingga hari ini. Ini hanya satu tawaran sahaja yang tidak pernah dipenuhi.

    "Semuanya bohong, bohong dan bohong,.. tak ada pun.., kosong! Ini semua tawaran-tawaran yang mereka tidak akan mampu laksanakan jika memerintah.

    "Dia nak ubah sebab nak ambil kuasa sahaja sebab itu mahu tumbangkan kerajaan. Sebab itu, BN mahukan mandat baru memerintah untuk meneruskan kesinambungan pembangunan dan kemajuan Sarawak. Kita tidak memaksa, tetapi kita yakin rakyat Sarawak akan membuat keputusan yang tepat," katanya.

    Sehubungan itu, Muhyiddin menyeru penduduk di Sarawak agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis Pakatan Rakyat.

    sarawak election miri dap ceramah 080411 01"Saya berharap penduduk di negeri ini menyokong usaha yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan pelan transformasi ekonomi.

    "Program-program transfromasi ini mencakupi semua bidang dan ia adalah jauh lebih besar daripada perubahan yang diuar-uarkan pihak pembangkang yang bertanding di Sarawak," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Presiden PPMM jawab bidasan mufti Perlis

    Posted: 08 Apr 2011 05:37 AM PDT

    Mufti Perlis Dr Juanda Jaya perlu memahami Undang-undang Keterangan Islam dan Tatacara Prosedur Jenayah Mahkamah Syariah untuk membezakan penerimaan bahan bukti dan sabitan sesuatu kesalahan, kata Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar.

    Beliau mengulas kenyataan Dr Juanda yang membidas kenyataannya Rabu lalu, bahawa video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah.

    "Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya telah ditanya oleh seorang wartawan Utusan Malaysia "adakah rakaman video boleh diterima sebagai bahan bukti di Mahkamah Syariah?"

    "Saya ditanya atas kapasiti sebagai presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan pengamal undang undang syariah.
    "Jawapan saya ialah dalam undang undang keterangan Islam pembuktian yang terbaik adalah melalui iqrar, kemudian syahadah dan bayyinah yang juga termasuk qarinah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Menurutnya, di mahkamah syariah bayyinah telah digunapakai secara meluas, termasuk rakaman video gambar dan dokumen lain. Ia juga tidak terhad kepada kes-kes mal, malah kes jenayah juga.

    Pandangan ulama seperti Ibn Farhun dan Ibn Jawziyah juga, tambah Zainul Rijal, agak jelas dalam hal bayyinah.

    "Jadi apabila ditanya sedemikian, saya mengatakan rakaman video boleh diterima sebagai bahan bukti kerana ia merupakan bayyinah dan qarinah.

    "Saya tidak sekali-kali mengatakan hanya dengan rakaman video tersebut yang merupakan bayyinah, sabitan terhadap kesalahan zina boleh dibuat. Penerimaan bahan bukti dan sabitan di mahkamah adalah dua perkara yang berlainan.

    "Saya menganjurkan Dr Juanda memahami undang-undang keterangan Islam dan tatacara prosedur jenayah mahkamah syariah bagi membezakan penerimaan bahan bukti dan sabitan sesuatu kesalahan.

    "Malah dalam undang-undang jenayah syariah juga, sekiranya sesuatu kesalahan hudud itu tidak dapat dibuktikan mengikut prinsip pembuktian yang ketat bagi kesalahan hudud, hakim boleh menjatuhkan hukuman taazir dengan menggunakan bahan bukti bayyinah," tambahnya.

    Di mahkamah syariah, kata Zainul Rijal lagi, sekiranya sesuatu bukti itu diterima sebagai bayyinah, tidak semesti sabitan boleh dilakukan.

    "Sebagai contoh seorang yang telah membuat laporan polis bahawa dia telah didera. Laporan polis tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti (bayyinah) tetapi dengan laporan polis sahaja tidak mungkin sabitan fasakh umpamanya boleh dibuat.

    "Prinsip-prinsip ini semuanya telah jelas di dalam undang-undang Islam. Dr Juanda perlu memahami sepenuhnya apa yang saya katakan dan tidak terlalu pantas menghukum sebagai menyeleweng dari Islam.

    "Neraca yang digunakan adalah perundangan Islam yang berkuatkuasa di negara ini bukan berdasarkan emosi," tambahnya.

    Zainul Rijal berkata, sekiranya Dr Juanda masih berpendapat bahawa bayyinah seperti ini masih lagi menyeleweng dari prinsip Islam, "saya sarankan kesemua peruntukan di dalam Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Perlis dikaji semula kerana penyelewengan tersebut.

    "Negeri Perlis juga menggunapakai peruntukan yang sama. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk kesemua pihak kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah khususnya Surah al-Hujuraat ayat 6," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pahang

    Posted: 08 Apr 2011 07:04 PM PDT

    Utusan Online - Pahang


    Masalah air paip di Kerdau

    Posted:

    Masalah air paip di Kerdau

    Masalah air paip di Kerdau

    Oleh ALI MAHMOOD
    utusanpahang@utusan.com.my


    Sultan Ahmad Shah beramah mesra dengan kanak-kanak dan penduduk kampung di Kerdau, Pahang, semalam.


    TEMERLOH 8 April – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menasihati penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini yang menghadapi masalah bekalan air paip supaya bersabar kerana kerajaan negeri sedang berusaha menaik taraf loji bekalan air di situ.

    Baginda bertitah, Jabatan Bekalan Air (JBA) daerah ini telah mendapat peruntukan sebanyak RM11 juta bagi menaik taraf loji tersebut termasuk menggantikan pam loji di Batu Sawar yang bernilai RM250,000.

    Baginda menambah, kerja-kerja menggantikan paip baru sepanjang 2.3 kilometer dari pekan Kerdau yang bernilai RM690,000 pula akan dimulakan tidak lama lagi.

    "Daripada peruntukan itu juga beta dimaklumkan kerja-kerja menggantikan paip dari Seberang Temerloh ke Kampung Teluk Sentang dan Kampung Rumpun Makmur ke Kampung Kerai sepanjang 29 kilometer akan dimulakan dalam sedikit masa lagi," titah baginda.

    Sultan Ahmad Shah bertitah demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke DUN Kerdau di Kampung Purun dekat sini semalam.

    Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau), Datuk Mohamed Jaafar (Jenderak) dan Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin (Lanchang).

    Baginda bertitah, pembinaan tadahan air bukit untuk keperluan masyarakat Orang Asli Kampung Paya Sendayan bernilai RM50,000 kini juga dalam proses pembinaan.

    Baginda bertitah, kesemua projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri termasuk JBA akan mengambil masa dan bukannya siap dalam sekelip mata.

    Baginda juga meminta kerajaan negeri supaya terus melaksanakan pembangunan kerana masih terdapat banyak yang boleh disalurkan ke kawasan yang kurang maju di seluruh negeri ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Bakal guru menderita akibat jangkitan kuman

    Posted:

    Bakal guru menderita akibat jangkitan kuman

    Bakal guru menderita akibat jangkitan kuman


    MOHD. Sharkar Shamsudin (dua dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada Abdul Manaf Yunus mengenai perkembangan Mohd. Syafiq di Temerloh, baru-baru ini.


    TEMERLOH 8 April - Impian seorang bakal guru untuk mengikut jejak langkah bapanya menjadi pendidik pudar, apabila terlantar sakit akibat jangkitan kuman pada otak.

    Sejak lima bulan lalu Mohd. Syafiq Abdul Manaf, 22, pelajar tahun tiga Institut Perguruan Lipis tidak mampu bergerak kerana lumpuh sebelah badan dan bergantung makanan melalui tiub yang dipasang di hidungnya.

    Bapanya, Abdul Manaf Yunus, 47, berkata, anaknya seorang yang aktif dan tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal tetapi diserang demam panas ketika menuntut di institut tersebut pada 23 September tahun lalu.

    Menurutnya, selepas dibawa pulang, Mohd. Syafiq kemudian dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini bagi mendapatkan rawatan.

    "Tidak lama kemudian dia kembali pulih tetapi diserang sawan hingga tidak sedar diri dan terus lumpuh sebelah badan. Saya menggunakan separuh gaji saya setiap bulan bagi membeli keperluan susu Mohd. Syafiq," katanya di sini.

    Abdul Manaf menjelaskan demikian ketika ditemui pemberita di rumahnya baru-baru ini selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin yang melawat Mohd. Syafiq di sini.

    Abdul Manaf berkata, selain susu, barangan seperti lampin pakai buang, makanan tambahan dan ubat-ubatan lain turut dibeli membabitkan kos yang tinggi.

    Tambahnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) baru-baru ini bersetuju memberi bantuan perbelanjaan RM300 sebulan dan berharap kelulusan itu dapat disegerakan.

    Sementara itu, Mohd. Sharkar berkata, pihaknya tampil menghulurkan bantuan kepada Abdul Manaf bagi mengurangkan sedikit bebanan keluarga tersebut.

    Orang ramai yang ingin membantu boleh mengunjungi rumah Abdul Manaf di alamat nombor 14 Jalan 1/5 Taman Seri Layang, Mentakab atau menyalurkan terus bantuan ke akaun Maybank 156020291063 atau boleh dihubungi di talian 013-9348914.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Dilla sahut cabaran jadi jurutera elektrik setanding lelaki

    Posted:

    Dilla sahut cabaran jadi jurutera elektrik setanding lelaki

    Dilla sahut cabaran jadi jurutera elektrik setanding lelaki



    KUANTAN 8 April - Bidang kejuruteraan elektrik sememangnya dipelopori oleh lelaki dalam dunia pekerjaan tetapi ia bukan bermakna ia dimonopoli golongan tersebut.

    Gadis Pahang minggu ini, Nurul Fadilla Azwani Md. Akil, 24, yang bertugas sebagai jurutera elektrik di sebuah syarikat kontraktor elektrik di bandar ini, menyahut cabaran untuk terlibat dengan kerjaya yang dikuasai kaum lelaki.

    Bagaimanapun, dia mengakui bidang tersebut biasanya didominasi oleh kaum Adam kerana ia memerlukan ketahanan fizikal dan mental.

    "Bayangkan, kerap kali saya terpaksa bekerja di bawah panas matahari bagi memantau dan memastikan semua kerja di tapak projek berjalan lancar," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

    Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Nurul Fadilla Azwani atau lebih mesra disapa Dilla, kini sudah hampir setahun menjadi jurutera di syarikat tersebut.

    Jelasnya, keseronokan bekerja dalam bidang tersebut penting kerana ia akan menghasilkan kualiti kerja terbaik dan memberi kepuasan kepada semua pihak.

    Dilla turut mengakui kepercayaan sesetengah orang terhadap keupayaan wanita dalam profesion itu bukan satu perkara mudah, tetapi golongan lelaki tidak boleh memperkecilkan kebolehan kaum Hawa dalam bidang tersebut.

    Mengenai pengisian waktu lapang, Dilla yang merupakan anak jati negeri ini mengunjungi pusat kecantikan dengan membuat rawatan penjagaan kulit yang sering terdedah pada cuaca panas.

    "Cara itu merupakan sebahagian aktiviti saya menghilangkan tekanan sepanjang bekerja pada setiap minggu," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Rencana

    Posted: 08 Apr 2011 03:45 PM PDT

    Utusan Online - Rencana


    Pergolakan dunia semasa

    Posted:

    Pergolakan dunia semasa

    Pergolakan dunia semasa

    Saranan Salleh

    PELBAGAI perkembangan berlaku seminggu dua ini dan penting untuk kita mengambil tahu. Pasaran saham New York dan London naik walaupun Libya, Syria dan Yemen bergelut dengan demonstrasi inginkan perubahan kepimpinan.

    Libya sudah dikenakan zon larangan terbang dan pengeluar minyak ketujuh terbesar di dunia itu tidak akan dapat membekalkan dunia dengan dua peratus yang dibekalkannya selama hari ini.

    NATO memimpin serangan ke atas tentera Gadaffi, walaupun kadangkala mereka tersalah sasaran dan pejuang anti-kerajaan menerima padahnya. Pada waktu yang sama, minyak juga naik ke paras AS$108 setong di pasaran New York, paras tertinggi sejak dua tahun lepas.

    Kenaikan minyak dan emas mencecah paras AS$1,451 seauns di pasaran New York. Sekali imbas dilihat bahawa kekacauan di Timur Tengah tidak mendatangkan kesan buruk kepada pasaran saham dunia. Walaupun Obama berhadapan dengan kemungkinan ditutup perkhidmatan kerajaan Amerika Syarikat angkara tiada persetujuan dengan speaker yang terdiri daripada Republican tentang pemotongan AS$33 bilion daripada belanjawan negara tersebut, keadaan ekonomi di negara tersebut menunjukkan tanda-tanda pemulihan terutama sekali dari segi pengurangan pengangguran.

    Laporan pendapatan syarikat juga menunjukkan rata-rata pemulihan korporat. Di rantau sebelah kita, berita terbaru ialah kemungkinan besar kerajaan Australia menolak pembelian Bursa Saham Australia oleh Bursa Saham Singapura. Penggabungan itu sekiranya berlaku akan mewujudkan bursa saham kedua terbesar di rantau Pasifik.

    Sedikit sebanyak ini akan memberi kesan kepada bursa saham kita. Sudah sampailah masanya bursa saham kita berbuat sesuatu supaya kita dapat terus berdaya saing di rantau ini. Ini berlatarbelakangkan kemajuan dari semasa ke semasa bursa-bursa lain seperti Thailand dan Indonesia yang semakin hari semakin mengorak langkah yang jauh daripada kita.

    Ura-ura menyenaraikan saham-saham daripada bursa-bursa di rantau ASEAN ini perlu dipercepatkan kerana entiti demikian hanya satu saja yang boleh wujud dan kalau ditubuhkan oleh orang lain, kita akan melepas lagi.

    Tumpuan kepada pelabur runcit wajar dipertingkatkan kerana tiada siapa yang tahu kuasa pelabur runcit yang sebenarnya. Kalau kita memperkatakan tentang pelabur institusi, balik-balik kita bercakap tentang institusi-institusi yang sama sahaja seperti KWSP dan PNB. Kalau hendak dikirakan dari segi mutu syarikat yang tersenarai berbanding dengan bursa lain di rantau ini, kita memiliki lebih banyak syarikat yang bermutu tinggi daripada bursa-bursa lain, tetapi kenapa jumlah dagangan dan nilai dagangan orang lain lebih tinggi daripada kita.

    Ini bererti faktor-faktor sokongan seperti kemudahan pembiayaan kewangan dan lain-lain faktor yang berkaitan dengan susah/senangnya melakukan urusan dagangan perlu dilihat dan dikaji. Pasaran adalah ibarat burung di dalam genggaman, kalau terlalu ketat burung akan mati, terlalu longgar burung akan terbang. Seorang broker yang telah berkecimpung dalam pasaran saham selama 20 tahun dan telah bersara mengatakan walaupun kita telah mencecah paras 1,500 mata di FBMKLCI tetapi dalam 'real terms' (kenaikan sebenar), kita belum mencapai paras 1990-an dahulu.

    Kita perlu menaikkan minat pelabur runcit kita dan kembali kepada kedudukan pertama di rantau ASEAN seperti sebelum krisis 1998 dan dengan adanya kemajuan teknologi hari ini, kita tidak memerlukan banyak cawangan untuk syarikat broker kita. Kita hanya perlukan 'kemudahan dalam urusan melalui teknologi'.

    Dua perkara penting yang wajar kita beri perhatian ialah kedudukan mata wang kita dan nilai emas dari semasa ke semasa. Mata wang kita telah menunjukkan kenaikan sejak Januari 2011, berbanding dengan Dolar Amerika yang menunjukkan kenaikan daripada AS$1 sebanyak RM3.0640 pada 3 Januari 2011 kepada RM3.0255 untuk AS$1 pada 5 April 2011.

    Bagi mata wang pound, mata wang kita jatuh daripada RM4.762 untuk satu pound pada 3 Januari 2011 kepada RM4.9466 untuk satu pound pada 5 April 2011 dan untuk Dolar Singapura pula kita juga jatuh daripada RM2.3839 untuk satu Dolar Singapura kepada RM2.4006 bagi satu Dolar Singapura untuk masa yang sama. Apa yang boleh kita rumuskan daripada angka-angka ini ialah kenaikan Ringgit dengan Dolar Amerika dan bukan lain-lain tempat. Ini disebabkan ekonomi Amerika sudah sampai ke tahap yang teruk dan baru hendak kembali pulih.

    Bagi emas pula harga penutup pada 5 April 2011 ialah AS$1451.80 seauns dan setahun dulu ialah AS$1132.90 seauns, kenaikan sebanyak 28.15 peratus. Bagi kebanyakan orang ramai, mungkin harga ini terlalu tinggi tetapi di sinilah bursa saham kita perlu melihat ETF untuk emas diperdagangkan. ETF ialah Exchange Traded Fund atau Dana Dagangan Bursa seperti yang digunakan dengan saham indeks atau saham-saham pilihan. Dengan dagangan ETF ini, seseorang pelabur itu tidak perlu mengeluarkan harga satu auns tetapi satu par sepuluh daripada harga semasa.

    Walau bagaimanapun jika pelabur ingin menyimpan emas secara nyata, bursa mestilah bersedia memberikannya. Pada masa ini, sesiapa yang berminat melabur dalam emas (bukan barangan kemas), ada bank-bank perdagangan yang jual beli emas dengan menggunakan buku simpanan.

    Jadi, bagi mereka yang ada lebihan wang untuk dilaburkan, fikir-fikirkanlah yang mana satu wajar diberikan tumpuan. Satu lagi malapetaka yang melanda ekonomi ketiga terbesar dunia ialah tsunami dan gempa bumi berukuran 8.9 pada 11 Mac 2011 di Jepun dan kesan buruk selepas itu. Kesan utama yang banyak diperkatakan hari ini ialah loji nuklear yang bahan radioaktifnya telah dibuang ke Lautan Pasifik.

    Pelbagai angka radiasi diberikan sehingga tujuh juta kali ganda paras selamat pernah dinyatakan. Apa yang berlaku di loji nuklear Jepun ini memberi pelbagai implikasi kepada negara-negara yang ingin mendirikan loji nuklear. Malahan ramai yang sudah memberhentikan operasi loji mereka, menunggu apa yang bakal berlaku di Fukushima tersebut dan bagi mereka yang bakal mendirikan loji nuklear, mengkaji semula keinginan tersebut.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Trauma Sipadan

    Posted:

    Trauma Sipadan

    Trauma Sipadan

    TANGGAL 23 April 2000, negara digemparkan kejadian enam lelaki bersenjata anggota kumpulan Abu Sayyaf yang menculik 10 rakyat Malaysia dan 11 pelancong asing di Pulau Sipadan, Sabah. Mereka dijadikan tebusan oleh kumpulan pengganas itu selama hampir tiga bulan di Jolo, Filipina.

    Mangsa culik dipindahkan ke beberapa kawasan bagi mengelirukan tentera Filipina yang menjalankan operasi serampang dua mata - menyelamatkan tebusan dan memusnahkan tempat persembunyian para pejuang pemisah itu.

    Tidak sedikit usaha pelbagai pihak di negara ini dan negara asing lain bersama pemerintah Filipina bagi membebaskan kesemua mangsa culik.

    Usaha itu menampakkan hasil pada 22 Jun 2000 apabila seorang pekerja Jabatan Hidupan Liar Semporna, Zulkurnain Hashim menjadi mangsa pertama yang dibebaskan setelah ditahan selama 60 hari.

    Ini diikuti Lans Koperal (kini Sarjan) Abdul Jawah Salawat yang dibebaskan pada 14 Julai selepas 83 hari dalam cengkaman 'neraka dunia' Abu Sayyaf. N. Baln Krishnan @ Bala, pekerja Jabatan Hidupan Liar Semporna pula dibebaskan enam hari kemudian.

    Setelah kira-kira 11 tahun kejadian itu berlalu, wartawan S2, TARMIZI ABDUL RAHIM dan HISYAMUDDIN AYUB serta jurugambar GHAZALI BASRI menjejaki ketiga-tiga tebusan Abu Sayyaf itu.

    Zulkurnain kini bertugas di Jabatan Hidupan Liar Tawau, sementara Abdul Jawah yang dulunya di Pondok Polis Sipadan telah berpindah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak. Bala pula kini di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

    Baru-baru ini, Zulkurnain dan Abdul Jawah dibawa oleh S2 melawat semula Sipadan, pulau yang pernah mencatat sejarah hitam dalam hidup mereka.

    Semasa bot menghampiri jeti Pulau Sipadan, air muka, gerak-geri dan bahasa tubuh Zulkurnain dan Abdul Jawah tiba-tiba berubah. Kerutan dahi dan pandangan mata mereka tidak seperti semasa menaiki bot, kira-kira 45 minit sebelum itu.

    Jelas, masih ada trauma dalam diri mereka, yang sukar untuk 'diubati' sebaliknya terus membelenggu walaupun 'tragedi hitam' itu sudahpun 11 tahun berlalu.

    Apabila ditanya, Zulkurnain yang kali pertama ke pulau itu selepas insiden penculikan tersebut, tanpa berselindung mengakui wujud sedikit perasaan trauma, gerun, dan terbayang-bayang kenangan tragedi yang menimpa mereka pada malam 23 April 2000.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Negara

    Posted: 08 Apr 2011 01:04 PM PDT

    Kosmo Online - Negara


    Wanita Aceh pengsan disebat

    Posted:

    Wanita Aceh pengsan disebat

    Wanita Aceh pengsan disebat


    IRDAYANTI terpaksa diusung setelah dia pengsan selepas selesai menjalani hukuman sebat di Aceh Besar, Banda Aceh semalam.


    BANDA ACEH - Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.

    Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.

    Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat.

    "Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. - Agensi

    Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Periksa semua aktiviti jualan telur di pasaran

    Posted:

    Periksa semua aktiviti jualan telur di pasaran

    Periksa semua aktiviti jualan telur di pasaran

    Oleh JUNHAIRI ALYASA dan SUHANA YUSOP
    berita@kosmo.com.my

    KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengarahkan semua bahagian penguat kuasa kementerian tersebut di seluruh negara supaya membuat pemeriksaan aktiviti jualan telur tiruan.

    Beliau yang sedih dan kesal dengan sikap peniaga yang menggunakan taktik kotor untuk mengejar keuntungan turut meminta orang ramai membantu menyalurkan maklumat.

    "Saya melihat penjualan telur tiruan sangat serius dan mahu bahagian penguat kuasa menyiasat perkara ini sedalam-dalamnya dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang ada," tegasnya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Aktifkan Gaya Hidup Lestari anjuran AEON Co. (M) Bhd. di Jusco Mahkota Cheras di sini semalam.

    Lian Hoe memberitahu, dalang di sebalik penjualan telur tiruan itu akan dikenakan tindakan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan juga akta lain yang mungkin berkaitan.

    Katanya, tindakan itu perlu diambil bagi mengekang kegiatan tersebut daripada tersebar ke seluruh negara.

    Pada Rabu lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa terdapat telur ayam tiruan dijual di Pulau Pinang berikutan aduan seorang pembeli yang dipercayai membeli 30 biji telur itu di pasar awam Pulau Tikus pada Selasa lalu.

    Ekoran pendedahan itu, Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri telah merampas sebanyak 270 biji telur untuk dibuat kajian bagi mengesahkan perkara tersebut.

    Lian Hoe berkata, ketika ini terdapat seramai 1,900 orang pegawai penguat kuasa dan 1,300 orang pemantau harga bertugas di seluruh negara.

    "Bilangan penguat kuasa kita tidak ramai jadi saya berharap pengguna juga dapat turut sama membantu kami untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera," ujarnya.

    Sementara itu, Pengarah Penguat Kuasa kementerian itu, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, sampel telur tiruan yang dirampas kelmarin telah dihantar ke Jabatan Kimia dan Jabatan Veterinar untuk dianalisis.

    "Keputusannya akan diketahui dalam masa terdekat dan difahamkan telur tersebut merupakan telur import," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Diiktiraf monumen kebangsaan

    Posted:

    Diiktiraf monumen kebangsaan

    Diiktiraf monumen kebangsaan


    STESEN KTMB Tanjung Pagar di Singapura dikekalkan sebagai monumen kebangsaan.


    SINGAPURA - Kerajaan Singapura akan mengekal dan memelihara bangunan stesen kereta api di Tanjung Pagar dan Bukit Timah di sini kerana kedua-duanya mempunyai unsur sejarah yang signifikan.

    Untuk tujuan itu, Majlis Pemeliharaan Monumen (PMB) mewartakan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tanjung Pagar sebagai monumen kebangsaan manakala Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) mewartakan Stesen Kereta Api Bukit Timah sebagai bangunan yang dipulihara, kata pihak berkuasa terbabit dalam satu kenyataan semalam.

    Ketika pemukiman pada 24 Mei tahun lepas, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan rakan sejawatan dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjung Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

    Kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju agar bangunan stesen kereta api di Tanjung Pagar dan Bukit Timah dipulihara atas faktor sejarah.

    Dengan perpindahan Stesen KTMB Tanjung Pagar ke WTCP pada 1 Julai ini, kedua-dua stesen terbabit akan berhenti beroperasi sebagai stesen kereta api.

    Pengarah PMB, Jean Wee berkata, pewartaan stesen kereta api itu adalah untuk mengiktiraf keunikan struktur dan kewujudannya sebagai stesen kereta api utama di Singapura.

    Beliau berkata, sejak 80 tahun lepas, Stesen KTMB Tanjung Pagar menjadi satu-satunya nadi pengangkutan kereta api yang menghubungkan Singapura dan Malaysia.

    "Stesen itu akan terus menjadi mercu tanda sekalipun penggunaannya berbeza, sebagai mencerminkan keutuhan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan juga rakyatnya," kata beliau. - Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: MukaDepan

    Posted: 08 Apr 2011 09:38 AM PDT

    Berita Harian: MukaDepan


    Gantung tugas

    Posted: 07 Apr 2011 11:19 AM PDT

    MukaDepan

    Dua kakitangan SPRM disiasat berkaitan kes kematian pegawai kastam

    PUTRAJAYA: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digantung tugas semalam kerana ingkar perintah berhubung pengendalian saksi yang berkaitan dalam kes kematian seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM), di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, di ibu negara kelmarin.

    Tindakan berkuat kuasa serta-merta itu bagi membantu SPRM menjalankan siasatan dalaman berhubung kes berkenaan. Menurut kenyataan media SPRM semalam, pegawai terbabit disiasat kerana gagal berada bersama saksi atau pelanggan di premis suruhanjaya berkenaan sepanjang masa.

    "Proses tahan kerja ini adalah bagi membantu melicinkan penyiasatan dalaman berhubung perkara ini sehingga siasatan selesai. Tindakan dibuat mengikut Peraturan 43, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002, iaitu penahanan kerja bagi maksud penyiasatan," katanya.

    Difahamkan kedua-dua pegawai terbabit perlu hadir ke pejabat seperti biasa setiap hari tetapi tidak dibenarkan melakukan sebarang tugas termasuk siasatan.

    Dalam kejadian pagi kelmarin, Penolong Pengarah cawangan Import Eksport dan Kawalan Sempadan KDRM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan. Allahyarham datang secara sukarela ke pejabat SPRM untuk berbincang sesuatu mengenai siasatan kes rasuah dengan pegawai penyiasat agensi itu.
    SPRM kelmarin mengesahkan Ahmad Sarbani adalah antara pegawai KDRM yang ditahan pada 1 April lalu untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 2 April.

    Siasatan dijalankan selepas 62 pegawai kastam ditahan dan disoal siasat dalam Operasi 3B kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, baru-baru ini. Penahanan membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun dan daripada jumlah itu, 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah negeri ditahan reman.

    SPRM juga menjelaskan, hasil siasatan dalaman akan dibentangkan kepada badan bebas, iaitu Jawatankuasa Aduan SPRM, yang dipengerusikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nor Abdullah dan dianggotai tiga ahli.

    Terma rujukan Jawatankuasa Aduan SPRM ialah memantau pengendalian aduan salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai dan mengenal pasti kelemahan dalam tatacara kerja suruhanjaya yang mungkin menimbulkan aduan. Bagaimanapun, siasatan dalaman tidak ada kaitan dengan siasatan polis berhubung kematian pegawai berkenaan.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    84

    Wajar digantung tugas.. untuk pengajaran.. Bukan sahaja SPRM, Boleh dikatakan kebanyakan pegawai pertugas jabatan selalu membiakan kita rakyat Tunggu Tunggu Tunggu..
    selalu mengunakan kuasa mereka menyeksa rakyat. lagipun, bukan mesra langsung mereka terhadap rakyat.
    Selogan saja " mesra ke / senyum ke / tolong menolong ke.. apa apa saja.. Tapi layanan mereka memang kasar dan tak sopan.

    Rahman

    Kita haya berteka teki bagaimana kejadian ini boleh berlaku. Tapi yang lebih penting akibat kejadian ini adalah kemarahan/kebencian rakyat kepada pesalah-pesalah rasuah telah dialihkan kepada pihak yang berusaha untuk menghapuskan rasuah. Begitu mudah rakyat Malaysia diperbodohkan.

    prihatin

    Agak meragukan dengan SPRM..sebab da 2 kali kes kematian melibatkan orang2 yg sedang disiasat..

    firdaus

    SPRM MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK.TERUSKAN LAGI USAHA DAN FOKUS JUGA KEPADA AGENSI KERAJAAN DAN KERAJAAN NEGERI YANG LAIN

    harun arshad

    Harapan supaya siasatan isu utama rasuah tidak dihentikan kerana peristiwa ini.

    1malaysia

    skrip yg sama.......keadaan yg sama......
    ketajaman akal setaraf lutut....

    penan baram

    lagi senaang bagi,.. datang opis duduk goyang kaki sahaja. gaji jalan,..

    mirsa

    SPRM Tidak Propesional dlam menjalankan tugas. Kurang ajar. Media pulak suka-suka mengeluarkan keyataan.Alahyarham seorang yg baik ,dari sudut agamanya dan dari segi kemanusianya juga amat baik

    kereta lama

    kalau mantan PM Tun Dr Mahadhir kata dulu "melayu mudah lupa", banyak orang marah marah.... tetapi hakikatnya memang begitu, kita mudah lupa kepada sejarah..... maka itulah satu drpd hasilnya. sebagai umat islam
    banyakkanlah kita bermuhasabah....

    alia mohd

    mcm tak logik arwah bunuh diri, arwah orang islam bukannya tidak beragama. Sangat mencurigakan. jika benar kerajaan telus, buktikan segera apa yang terjadi. Tidak logik juga sebab selepas arwah tiada di bilik pegawai SPRM tu, pegawai tersebut cari n terus jumpa di kawasan mangsa meninggal. Kenapa tuju ke kawasan tu?

    dihar

    jangan menjatuhkan hukuman sendiri(mentafsir)sebelum kes selesai@dalam siasatan....

    Zahar Ghazaley

    ....pada sprm untuk soal siasat gunakanlah tingkat bawah bagi mengelakkan kejadian jatuh bangunan berlaku...

    azmir

    biarkan siasatan dijlnkan agar negara tetap menjd negara contoh .


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kekalkan BN demi masa depan

    Posted: 07 Apr 2011 11:18 AM PDT

    MukaDepan

    KUCHING: Rakyat Malaysia, khususnya di Sarawak yang akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri ke-10, perlu memastikan Barisan Nasional (BN) kekal sebagai kerajaan bagi meneruskan usaha Malaysia untuk mencapai taraf negara maju dan menjamin masa depan mereka.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ini kerana parti pembangkang berada dalam keadaan kucar-kacir dan jika diberi peluang membentuk kerajaan, impian rakyat Malaysia menjadi negara maju tidak akan kesampaian.

    Pada masa sama, beliau meminta masyarakat Cina di Sarawak berfikir secara rasional dalam menentukan masa depan mereka dan tidak termakan umpan parti pembangkang. "Walaupun sentimen pengundi di bandar berbeza, tetapi bagi memastikan kepentingan masyarakat Cina terus terbela, mereka perlu ada wakil dalam kerajaan negeri. Kita memerlukan kerajaan yang mewakili semua kaum di Sarawak. Sebab itu saya berharap mereka tidak termakan dengan mainan politik dan hasutan DAP kerana parti itu sebenarnya cuma mahu meraih undi.

    "Masyarakat Cina juga tidak akan mendapat lebih manfaat daripada politik yang tidak menentu dan politik yang tidak stabil," katanya selepas majlis pelancaran dan penyerahan Skim Pintar-Learning dan Sirim Robokit, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong, di sini semalam.

    Najib juga berkata, rakyat perlu sedar kegagalan pakatan pembangkang membentuk persefahaman dalam pengagihan kerusi membuktikan mereka tidak boleh menjadi alternatif kepada BN walaupun pada mulanya cuba mengatur barisan yang diharapkan dapat memberi tentangan kepada BN.

    Beliau juga berkata, jumlah calon yang ramai bertanding pada pilihan raya kali ini memberi kelebihan kepada BN.
    "Lebih ramai lebih baik sebab ini bererti undi mereka (pembangkang) akan berpecah, tidak tumpu kepada seorang calon (pembangkang) saja," kata Perdana Menteri sambil menambah beliau memang menjangka persaingan kali ini pasti sengit dengan pembangkang akan cuba mengatur satu barisan yang boleh memberi tentangan kepada BN.

    Mengenai taktik DAP yang menggunakan propaganda 'undi SUPP (Parti Bersatu Rakyat Sarawak) adalah undi untuk Taib (Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud)' Perdana Menteri berkata, itu hanya mainan politik DAP dan berharap rakyat tidak termakan dengan hasutan seperti itu.

    Beliau turut menegaskan, dakwaan calon bukan BN yang kononnya mendapat sokongan pemimpin parti di peringkat pusat tidak benar sama sekali kerana BN hanya menyokong calon menggunakan lambang dacing dan akan bekerja keras untuk memenangkan mereka.

    Sementara itu, ketika berucap dalam program tinjauan mesra sekitar pasar Kota Sentosa yang turut disertai calon BN bagi DUN Kota Sentosa, Datuk Alfred Yap, Perdana Menteri meminta masyarakat Cina terus memberi sokongan kepada BN demi memastikan kelangsungan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri ini.

    Beliau memberi jaminan, akan secara peribadi melakukan yang terbaik bagi memastikan kestabilan negara terus terpelihara serta adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

    "Orang Cina pandai berniaga dan sentiasa mahu untung, tapi jika dasar negara tidak baik macam mana hendak berniaga? Sudah tentu (orang Cina) tidak mahu rugi. Oleh itu perlu buat pilihan bijak, orang lain (pembangkang) boleh cakap, tapi BN boleh beri jaminan.

    "Sekiranya orang di sini sokong BN, kita akan pastikan kawasan ini membangun dengan maju dan pesat," katanya yang meluangkan hampir sejam beramah mesra dengan penduduk serta melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Hap Hin.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan