gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 19 Apr 2011 01:05 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Hazwani lebih gemar busana pengantin

Posted:

Hazwani lebih gemar busana pengantin

Hazwani lebih gemar busana pengantin

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar WANIDAH ZAINAL ARIPIN


sebelum sesuatu rekaan dihasilkan, Hazwani akan melakarnya terlebih dahulu.


SABAN tahun namanya menjadi sebutan di kalangan peminat fesyen, malah kian sebaris dengan pereka-pereka terkenal tanah air.

Senario itu membuatkan rekaannya sentiasa menjadi pilihan selebriti untuk digayakan terutama pada majlis-majlis membabitkan acara karpet merah (red carpet).

Memilih untuk mereka busana yang ringkas dan tidak terlalu sarat dengan perincian namun masih nampak menarik, Hazwani Osman, 29, telah memulakan kariernya sebagai pereka fesyen sebaik tamat pengajian pada tahun 2005.

Lazimnya jelas anak kelahiran Taiping, Perak ini, setiap rekaan yang dihasilkan adalah mengikut tema majlis yang akan dihadiri pelanggannya.

''Secara jujur, jika ditanya rekaan apa yang diminati sudah pasti saya akan katakan rekaan yang ringkas dan senang digayakan.

''Tetapi ia masih bergantung kepada tema keseluruhan majlis sama ada glamor, retro, kontemporari dan sebagainya.

''Yang pasti, setiap rekaan yang dihasilkan mestilah cantik dan mampu menyerlahkan penampilan si pemakai,'' ujar anak keenam daripada tujuh beradik ini.

Hari ini setelah enam tahun bergelumang dalam dunia fesyen, Hazwani berbangga dengan koleksi rekaan yang menggunakan label namanya sendiri.

Bukan itu sahaja, malah dia turut mempunyai studio serta butik sendiri yang menempatkan kesemua koleksinya.

Begitu pun, menurut Hazwani, dia belum lagi mampu mendabik dada memandangkan masih perlu dibimbing untuk menyaingi pereka-pereka tersohor yang lain.

Untuk itu, beliau mengambil pendekatan untuk terus belajar dan memantau perkembangan industri yang disertainya malah bagi Hazwani, pengetahuan adalah segala-galanya.

Dalam masa yang sama, Hazwani menganggap industri fesyen sebagai bidang yang menuntut dirinya untuk terus menimba ilmu dan tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian yang dikecapi.

Hazwani yang lebih cenderung menghasilkan pakaian lelaki juga gemar memilih warna-warna klasik seperti emas, perak, gangsa serta warna-warna tanah.

Ini kerana, menurutnya warna-warna tersebut jarang digunakan selain menampilkan warna yang terang dan mampu menarik perhatian ramai.

Bagaimanapun menurut Hazwani, rekaannya juga bergantung kepada peredaran zaman serta mengikut musim.

Selain itu, pemilik Ijazah Rekaan Fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, ini juga gemar menggunakan fabrik yang beralun dan lembut seperti sifon, satin dan sutera.

Ini kerana kain-kain tersebut bukan sahaja mudah dibentuk malah ia juga nampak cantik apabila digayakan.

Sering menjadikan majalah fesyen serta bahan di Internet sebagai rujukan, Hazwani mengakui bahawa dia lebih gemar menghasilkan busana pengantin.

Alasannya ialah rekaan tersebut amat bermakna kerana ia disarungkan pada hari keraian istimewa dalam hidup seseorang.

Jelasnya lagi, untuk membuat rekaan baju pengantin tidaklah terlalu susah berbanding konsep fesyen lain.

Ini kerana setiap kali menerima pelanggan, mereka sentiasa mahukan busana itu tidak kelihatan terlalu sarat tetapi menarik.

Menyifatkan sesuatu pekerjaan yang bermula daripada bawah bakal membuka sinar kegembiraan kelak, maka hari ini Hazwani mampu tersenyum riang apabila rekaannya mampu menjulang namanya di persada fesyen tanah air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 19 Apr 2011 09:33 AM PDT

Utusan Online - Johor


Jalan raya tidak diturap

Posted:

Jalan raya tidak diturap

Jalan raya tidak diturap

Saudara Pengarang,
Saya merasa hairan mengapa Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Johor lambat bertindak membaiki jalan berlubang dan melakukan kerja-kerja penurapan jalan.

Dari pemerhatian saya, selepas banjir melanda Segamat serta beberapa daerah di Johor awal tahun lalu, kerja-kerja pembaikan jalan atau penurapan masih belum dilakukan sepenuhnya.

Beberapa jalan berlubang masih tidak ditampal. Jika ditampal sekalipun hasil tampalan cuma bertahan beberapa jam, tampal pada sebelah pagi menjelang tengah hari atau petang berlubang semula, contohnya di hadapan Pejabat Penerangan Daerah Segamat.

Mungkin ini akibat dari kerja tampalan segera. Lubang atau lopak diisi pasir disusuli batu-batu halus dan disiram dengan tar. Berbeza dengan kerja-kerja penampalan dan penurapan sekitar tahun 1970-an dahulu di mana penggelek jalan digunakan dalam kerja penampalan dan penurapan.

Penggelak berkenaan akan melakukan kerja penyempurnaan setelah minyak tar disiram dan proses menggelek jalan berkenaan dilakukan berulang kali sehingga tampalan padat, berbanding pada masa kini cuma kadangkala sahaja penggelek bersaiz kecil digunakan.

Baru-baru ini saya ke Muar menggunakan jalan pintas Kampung Pagoh, melalui Pagoh terus ke pekan Muar dan ketika balik melalui Jalan Tangkak terus ke Segamat. Saya dapati jalan diturap pada lokasi-lokasi tertentu sahaja, malah banyak jalan berlopak dan berlubang tidak ditampal.

Ini berbeza dengan kualiti jalan di Negeri Sembilan. Pada cuti sempena tahun perayaan Tahun Baru Cina yang lalu saya sempat ke Port Dickson dan melalui beberapa daerah di negeri tersebut.

Rata-rata saya perhatikan kerja-kerja pembaikan jalan begitu aktif dijalankan.

Malah pada bulan Mac saya juga telah pergi ke pekan Rembau dan Seremban kemudiannya terus ke Johor Bahru.

Saya amat berpuas hati dengan kualiti jalan di Negeri Sembilan. Boleh dikatakan jalan keluar dari Johor melalui Negeri Sembilan ke destinasi-destinasi tertentu saya dapat melihat perbezaan kualiti jalan di antara kedua-dua negeri ini.

Justeru itu, diharapkan pihak Kerajaan Negeri Johor dan JKR Johor khususnya memastikan jurutera daerah dan unit berkaitan melakukan pemantauan serta mengambil tindakan susulan sewajarnya terhadap jalan-jalan sekitar negeri ini kerana ia digunakan setiap hari bukan sahaja oleh penduduk setempat malahan pengunjung luar.

Jalan yang bermasalah boleh mengundang bahaya kepada pengguna terutama pada waktu malam, hujan dan kepada mereka yang tidak biasa melalui jalan-jalan tertentu lebih-lebih lagi ketika kecemasan.

Pastikan juga jalan di sekitar bandar berada dalam keadaan yang baik, jangan tunggu sehingga pemimpin datang barulah hendak melakukan kerja pembaikan.

SUKA MEMERHATI

Segamat, Johor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga Felda Nitar 2 diharap sabar

Posted:

Warga Felda Nitar 2 diharap sabar

Warga Felda Nitar 2 diharap sabar

MERSING 18 April - Penduduk Felda Nitar 2 dekat sini yang diancam bahaya ekoran ketiadaan lampu isyarat di simpang empat tanah rancangan itu diharap bersabar kerana masalah itu akan diselesaikan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, T. Murukasvary berkata, selaku wakil rakyat kawasan, Felda Nitar 2 menjadi tanggungjawabnya dan masalah penduduk setempat turut dirasai.

"Saya banyak menerima aduan mengenai kemalangan yang kerap berlaku kerana tiada lampu isyarat di simpang empat tersebut.

"Malah, adakalanya lampu jalan yang satu-satunya memainkan peranan yang penting di situ turut kerap mati yang menimbulkan masalah kepada pengguna jalan itu terutamanya pada waktu malam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam.

Murukasvary berkata, pihaknya telah meminta pihak berkaitan turun padang melakukan siasatan ke lokasi yang dimaksudkan sekali gus mengambil langkah sewajarnya kerana sudah terlalu banyak aduan dibuat orang ramai.

Setiausaha UMNO cawangan Felda Nitar 2, Mahadi Sulaiman, 57, memaklumkan dia sudah kerap mengutarakan masalah itu setiap kali mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diadakan.

"Saya sendiri pernah menyaksikan kemalangan yang membabitkan kereta dari arah Mersing yang tidak tahu arah mana hendak dituju, telah terbabas masuk ke dalam sebuah kedai makan di simpang yang dimaksudkan," katanya.

Mahadi berkata, selain itu, lampu jalan di simpang empat kerap mati secara tiba-tiba dan paling lama ia berlarutan sehingga sebulan sekali gus menambahkan jumlah kemalangan terutamanya pada waktu malam kerana keadaan yang gelap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 19 Apr 2011 01:44 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Pakaian organik untuk si manja

Posted: 18 Apr 2011 05:04 PM PDT

Ratu

pix_gal0
Tidak guna pewarna

"PAKAIAN organik kurang menarik. Sudahlah warnanya tidak ceria, harganya pula mahal." Jika ini anggapan anda, mungkin ada benarnya.

Tetapi, jika diberi pilihan antara tampil cantik bergaya dengan ancaman kesihatan, mana pula pilihan anda? Kehadiran baju organik kurang dua tahun diperkenalkan kepada masyarakat dunia, lantaran pakaian 'diperkaya' dengan bahan kimia, termasuk dari segi penggunaan fabrik dan warna keterlaluan boleh memudaratkan.

Kegatalan kulit di kalangan bayi terjadi kerana banyak sebab. Selain disebabkan faktor semula jadi atau lahir bersama masalah itu, ia juga boleh berlaku disebabkan pemakaian pakaian daripada fabrik yang tidak mampu menyerap dengan baik.

Keadaan itu bertambah buruk jika fabrik itu bersumberkan bahan bukan organik, sudah tentu keadaan kulit bayi yang sensitif semakin menyeksakan. Tambahan pula, kadar resapan bahan kimia menerusi kulit adalah lebih tinggi daripada jika ia masuk melalui mulut.

Pakaian organik khusus untuk kanak-kanak, Organic Fashion House, eksklusif terdapat di Parkson cawangan Pavilion dan Parkson cawangan 1 Utama. Ia menyediakan pakaian untuk bayi baru lahir hingga 3 tahun.
Kelebihan produk ini, ketika proses menghasilkan baju, bahan peluntur atau pewarna tidak digunakan. Sebab itulah anda boleh dapati warna pakaian diperoleh lebih kurang sama, kurang ceria kerana ia mengikut warna asal kapas. Sebab itu juga, kebanyakan produk pakaian organik didapati dalam warna kuning, coklat atau hijau.

Seorang ibu, Yuan Ng berkata, sebagai ibu, kita tahu bila anak berasa sihat dan selesa dengan pakaiannya.

Walaupun anaknya, Lim Ke Xin, berusia 2 tahun tidak mempunyai sebarang masalah kulit, beliau berasa amat yakin kerana anaknya itu menyarung pakaian yang tidak mengandungi bahan kimia.

"Ia juga tahan tahan lebih lama dan bebas kimia. Paling istimewa potongannya cantik dan berbeza walaupun warnanya bagi kebanyakan orang, kurang ceria," katanya.

INFO: Pakaian organik

  • Fabrik kapas organik bermutu tinggi, selain kemampuannya menyerap peluh lebih baik, membuatkan si kecil berasa selesa.
  • Sesuai untuk anak kecil yang mempunyai masalah kulit sensitif dan kegatalan.
  • Mudah dijaga dan tahan lama. Selepas dicuci bentuknya tidak 'lari' kerana menggunakan bahan kapas asli tanpa bantuan bahan kimia yang berperanan mengekalkan bentuknya.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Cabaran Johnson's baby Oil Lite

    Posted: 18 Apr 2011 04:58 PM PDT

    Ratu

    Tidak melekit, mudah meresap

    PENDUDUK yang tinggal di negara bermusim sejuk sering terdedah dengan masalah kulit kering dan merekah berikutan keadaan cuaca sejuk melampau. Maka, perkara itu tidak asing lagi buat mereka.

    Namun, masalah itu turut tidak mengecualikan masyarakat di negara tropika, termasuk di Malaysia. Kita juga tidak terlepas daripada dibelenggu masalah kulit akibat cuaca melampau. Masalah kulit kering juga berlaku disebabkan pelbagai faktor dalam kehidupan seharian. Persekitaran yang mempunyai pendingin udara umpamanya boleh menjejaskan kelembapan kulit menyebabkan kulit kering. Selain itu, penggunaan alat solek, kurang tidur, merokok, turut menyebabkan kulit kering.

    Pelbagai inisiatif disaran untuk melenyapkan masalah kulit kering, menyapu minyak badan bayi ke seluruh tubuh sebelum keluar rumah.

    Memandangkan kita tinggal di negara yang cuacanya tidak menentu, kaedah menyapu minyak badan bayi ke tubuh mungkin kurang digemari ramai berikutan minyak yang disapu ke kulit boleh menjadi melekit dan tidak selesa apabila terkena panas mahu pun berpeluh.

    Justeru, bagi mereka yang teragak-agak dalam penggunaan minyak badan bayi, Johnson's baby Oil Lite.
    yang mengandungi formula penyerapan ultra-lite dan tanpa rasa melekit hadir mencabar penggunanya sekali gus menyangkal pendapat itu.

    Dalam cabaran Oil Lite itu, pelanggan di pasar raya dan pasar raya diberikan Johnson's baby Oil Lite dan minyak badan zaitun Jenama X untuk disapukan pada tangan masing-masing tanpa diberitahu jenamanya.

    Kertas penyerap minyak muka diletakkan pada setiap tangan untuk menguji sama ada terdapat sebarang baki minyak. Selepas percubaan itu, pelanggan diberikan soalan kaji selidik untuk mendapatkan pandangan mereka.

    Cabaran yang dijalankan pada Mac dan April, membabitkan 4,450 wanita Malaysia menunjukkan kebanyakan wanita bersetuju Johnson's baby Oil Lite tidak melekit dan cepat menyerap ke dalam kulit. Malah, 97 peratus wanita bersetuju minyak itu membuat kulit mereka rasa lembut seperti kulit bayi.

    Seramai 98 peratus wanita pula berkata, Johnson's baby Oil Lite cepat menyerap ke dalam kulit malahan 95 peratus mendapati tiada rasa melekit dan berminyak selepas disapukan pada kulit.

    Minyak ini menyerap pantas ke dalam dan membolehkan kulit bernafas secara semula jadi, menjadikan kulit rasa lembut dan sehalus bayi. Ia sesuai digunakan untuk mengurut, membersih dan melembapkan kulit kering serta sensitif.

    Cabaran Oil Lite tahun ini berlangsung di pasar raya di seluruh negara, bermula 18 Mac hingga 1 Mei depan. Sertailah Cabaran Johnson's baby Oil Lite dan nikmati pek promosi istimewa dua botol 125 mililiter (ml) setiap satu berharga RM11.90.

    Pelanggan juga layak menyertai permainan interaktif dengan sebarang pembelian pek promosi Johnson's baby Oil untuk memenangi produk Johnson's baby.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Hati

    Posted: 18 Apr 2011 08:16 PM PDT

    Harian Metro: Hati


    Sambung legasi Ipoh Loken

    Posted: 18 Apr 2011 10:32 AM PDT

    KEDAINYA menjual apa saja, asalkan barang lama. Peminat barangan lama memang sudah lama ada kumpulannya sendiri tetapi terlalu ramaikah mereka?

    "Boleh saja lihat kumpulannya di Internet, memang ramai," kata Nurliza Alias, anak kelahiran Perak tetapi kini menetap di Shah Alam, Selangor.

    Untuk memudahkan barangnya dipamerkan, pada Jun 2010, Nurliza membuka kedai yang dinamakan Ipoh Loken di Anggerik Mall, Shah Alam.

    "Ia dinamakan Ipoh Loken kerana ada kenangan tersendiri. Ada sebuah pasar lambak yang menjual barangan lama di tempat yang sekarang dinamakan Memory Lane di Jalan Horley.


    "Dahulu, sebelum berada di Jalan Horley, ia berada di tempat lain yang digelar Loken kerana terletak di Jalan Lam Loo King. Ipoh Loken memang tumpuan peminat barangan lama. Arwah bapa mentua saya juga berniaga barangan lama di situ. Jadi nama Ipoh Loken memang sentimental bagi saya," katanya.


    Bagi peminat barangan lama, kedai Nurliza nampaknya sesuai untuk kaum lelaki mahupun perempuan. Selain peralatan pinggan mangkuk, ada juga koleksi lain seperti radio lama, tin minuman lama, telefon dan beg kotak lama. Ada yang sudah lebih 60 tahun usianya.

    "Stok yang ada di sini ada yang dicari sendiri, ada juga yang diminta orang lain supaya menjual bagi pihak mereka.

    "Sekiranya dapat jumpa barang yang kita cari, rasa seronok susah hendak digambarkan. Bagaikan jumpa emas rasanya," kata Nurliza, 45, sambil menjelaskan bagi menambah stok dan memenuhi permintaan pelanggan dia kena selalu melakukan pencarian.

    Pencarian stok barangan membuatkan Nurliza perlu menjenguk ke pasar lambak antik yang lain seperti di Melaka, Seremban, Johor dan Singapura.

    "Kalau ikutkan hati banyak lagi barang yang dicari tidak dijumpai, tetapi saya akan terus mencari. Ada yang memesan dan memberitahu ciri-ciri barang yang mereka mahu. Jadi pencarian itu semakin meluas," katanya.

    Minat ibu kepada lima anak ini terhadap barangan lama sudah lama ada dalam dirinya.

    "Seronok dapat berada di dalam bidang yang kita minat. Asalnya tidak terfikir hendak berniaga sebaliknya hanya minat mengumpul, tetapi bila sudah banyak barang dan orang pun berminat hendak beli, baru terfikir untuk menjual.

    "Di rumah pun penuh dengan barangan lama yang diguna sekeluarga. Lagipun arwah bapa mentua pernah berpesan supaya kami meneruskan menjual barangan lama di tapak jualan kepunyaannya. Daripada situ, saya dan ahli keluarga suami menyambung perniagaan ini, bermakna tradisi keluarga dapat diteruskan," katanya.

    Selain kedai di Anggerik Mall, keluarga Nurliza tetap meneruskan perniagaan di Memory Lane, Ipoh setiap pagi Ahad.

    "Kebanyakan pelanggan berbangsa Melayu, ada juga daripada bangsa lain. Bagi peminat pinggan mangkuk biasanya mereka mencari satu set, tetapi untuk mendapat satu set memang sukar. Namun, apabila berkenan saja, mereka terus beli walaupun tidak cukup set.

    "Menerusi alam siber, bukan hanya mudah mempromosi, proses jualan juga boleh dilakukan.

    "Di Internet, ramai yang saling berhubung dan berkongsi minat yang sama. Boleh melihat koleksi yang masing-masing ada dan daripada situ, boleh juga membeli dan menjual.

    "Ada pelanggan yang datang ke kedai saya setelah melihat gambar yang dipaparkan di blog dan Facebook saya. Mereka datang sebab mahu melihat sendiri barang itu," katanya.

    Apa yang seronoknya menjual barang lama?

    "Seronok kerana barang lama sangat cantik, unik dan menimbulkan nostalgia. Barangan lama juga tak jemu mata memandang. Pinggan mangkuk contohnya, fesyen moden sekarang tidak boleh lawan daripada segi bunga, warna dan pembuatannya," katanya.

    Pinggan mangkuk, cawan dan gelas rekaan dulu-dulu sangat berseni dan klasik membuatkan rekaannya sentiasa malar segar. Ada pelanggan Nurliza yang mengumpul pinggan mangkuk daripada koleksi kangkung sahaja.

    "Dia mengumpul semua, daripada jenis pinggan, cawan, teko dan lain-lain yang sebunga. Minatnya itu kerana nostalgianya di zaman kecil yang pernah menggunakan barang itu.

    "Ada yang asalnya tidak minat tetapi jadi berminat setelah melihat barang yang ada di kedai ini. Ada pula yang asalnya menemani kawan kemudian mereka yang terjangkit pula meminatinya," cerita Nurliza mengenai gelagat pelanggannya.

    Pinggan mangkuk memang antara barang yang paling diminati ramai dan mudah sekali larisnya. Nurliza sendiri semakin arif mengenai bunga dan reka bentuknya.

    "Antara yang popular ialah bunga kangkung dan kekwa. Tetapi bunga ini pun ada
    banyak versi dan warna. Lain orang lain minatnya. Ada yang mahu bunga yang sama tetapi warna berbeza. Setiap satu ada keistimewaan tersendiri," katanya.

    Walaupun dia bertindak sebagai penjual barang lama, kerana kasihnya pada barang lama itu, ada barangan yang terasa sayang untuk dijual.

    "Radio lama dan meja solek bercermin bulat antara barang yang amat saya sayang. Susah hendak mendapatkan barang ini dan sekiranya dijual belum tentu boleh dapat yang lain," katanya.

    Proses pertama Nurliza apabila mendapat barang baru sebagai stok di kedainya adalah membersihkannya termasuk menyamak sesetengah barangan terlebih dulu sebelum dijual.

    Pernah mempunyai kerjaya tetap sebelum berkahwin tetapi kemudian berhenti kerana mendapat anak pertama, Nurliza semakin dekat dengan minatnya pada barangan lama. Kini sudah 18 tahun dia mengumpul pengalaman di bidang berkenaan.

    Bagi peminat barangan lama, boleh melayari Kedaiipohloken.blogspot.com.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    12 tahun niaga batu

    Posted: 18 Apr 2011 10:26 AM PDT

    TERTARIK dengan kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada setiap batu mendorong Wong Yok Lin, 69, menceburi perniagaan berasaskan bahan berkenaan. Selepas 12 tahun terbabit dengan aktiviti itu, dia puas dan berbangga dapat berkongsi pengalaman dengan mereka yang mempunyai hobi sama.

    Menurutnya, terdapat lebih 500 jenis batu dengan keistimewaan tersendiri yang dikatakan boleh menyembuhkan penyakit, memberi tuah, menaikkan seri wajah, mengeratkan kasih sayang, menghasilkan minda cergas dan menambah rezeki.

    Begitupun, terdapat juga batu yang hanya menarik daripada segi warna dan corak justeru hanya sesuai digunakan untuk hiasan atau dipadankan sebagai permata cincin, gelang dan subang.

    Antara batu yang popular, menurutnya, termasuk azurite, jed, jarum mas, tigers eye, green phantom, calcite, aked, obsidian, fluorite, ros quartz dan batu garam.


    "Setiap jenis batu mempunyai keistimewaan tersendiri dan mungkin sukar dipercayai oleh sesetengah pihak yang menganggap ia hanya rekaan dan kepercayaan kaum tertentu saja.


    "Masyarakat Cina mempercayai keistimewaan yang terdapat pada batu, sebab itu mereka sanggup mengeluarkan wang yang banyak semata-mata untuk memiliki bahan berkenaan," katanya yang berniaga di pusat beli-belah Kuantan Parade, Kuantan.

    Menurut Wong, pelbagai kaum memilih untuk memiliki batu berkenaan semata-mata sebagai hobi selain tertarik dengan keunikan pada galian berkenaan.

    Akuinya, ada pelanggan mendakwa rezeki mereka bertambah apabila dinaikkan pangkat selain diterima bekerja dengan gaji lumayan selepas memiliki sesetengah jenis batu.

    "Bagaimanapun saya fikir, ini mungkin satu kebetulan saja," kata wanita berasal dari Ipoh, Perak ini.

    Untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai batu yang dijual, dia sentiasa belajar dengan individu yang mahir selain mengikuti kursus jangka pendek dan membaca buku yang rata-rata keluaran luar negara.

    Setiap pelanggan yang datang ke kedainya perlu mendapat penerangan jelas mengenai batu yang mereka minati selain diberi peluang melihat lebih dekat produk seperti gelang, cincin, pokok hiasan, subang dan loket.

    Selepas mendapat penerangan, terpulang kepada pelanggan sama ada ingin membeli atau sebaliknya tetapi apa yang penting adalah pendedahan mengenai kelebihan terdapat pada batu yang diminati dapat disampaikan dengan jelas dan tepat.

    "Saya menjual lebih 100 jenis batu yang diimport dari Afrika, China dan Brazil yang diperoleh daripada pembekal terkemuka di Kuala Lumpur yang dijamin ketulenannya.

    "Selain produk siap, saya juga mampu menghasilkan barangan seperti gelang yang kebiasaannya diminati golongan wanita termasuk remaja. Harga yang ditawarkan antara RM300 hingga RM15,000 bergantung kepada kualiti dan saiz," katanya.

    Wanita ini mengakui, selepas 12 tahun terbabit dengan perniagaan batu, dia bercadang untuk bersara dalam tempoh terdekat, sebelum perniagaan itu diserahkan kepada anaknya.

    Dia dan suaminya, Choi Soi Ha, 74, akan berehat sambil melancong menghabiskan usia tua selain bertindak sebagai penasihat kepada dua anaknya yang turut memiliki kedai menjual batu.

    Bagi Choi pula, minat terhadap batu menjadi pendorong utama dia dan isteri terbabit dalam perniagaan batu sejak 12 tahun lalu selepas lebih 15 tahun terbabit dengan perniagaan restoran di Ipoh.

    "Saya berbangga perniagaan batu ini diwarisi dua anak apatah lagi mereka turut memiliki minat yang sama.

    "Pendapatan lumayan turut mendorong mereka untuk terbabit dalam bidang ini. Masa depan perniagaan batu kini semakin cerah terutama apabila semakin ramai pihak meminatinya untuk pelbagai tujuan," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Komuniti Kita

    Posted: 18 Apr 2011 03:36 PM PDT

    Kosmo Online - Komuniti Kita


    Siswazah UMT sertai program usahawan

    Posted:

    Siswazah UMT sertai program usahawan

    Siswazah UMT sertai program usahawan


    MOHAMED AWANG (tengah) melawat salah sebuah gerai pameran selepas merasmikan program usahawan muda di Kuala Terengganu baru-baru ini.


    PUPUK SEMANGAT. Seramai 750 orang siswazah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyertai program usahawan muda anjuran universiti itu dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) di Kuala Terengganu baru-baru ini.

    Dengan tema 'Menjana Usahawan Siswazah', program tiga hari yang diadakan di Pusat Dagangan Terengganu itu turut disertai 40 usahawan tempatan yang menyaksikan para peserta bersama-sama memasarkan pelbagai produk dan perkhidmatan.

    Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, program itu memberi pengalaman berharga kepada pelajar tersebut.

    Hadir merasmikan program itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera. Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YPU, A. Razak Sulaiman.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pasukan Utusan/Kosmo! beraksi cemerlang

    Posted:

    Pasukan Utusan/Kosmo! beraksi cemerlang

    Pasukan Utusan/Kosmo! beraksi cemerlang


    PEMAIN pasukan Utusan/Kosmo! dan ILP bergambar kenangan sebelum perlawanan bola sepak persahabatan di ILP, Gong Badak, Kuala Terengganu baru-baru ini.



    PASUKAN bola sepak Utusan/Kosmo! mengadakan perlawanan persabahatan dengan pasukan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak, Kuala Terengganu di institut tersebut baru-baru ini.

    Pasukan Utusan/Kosmo! yang membariskan pemain-pemain muda berjaya menewaskan pasukan ILP dengan jaringan besar 5-1 pada perlawanan persahabatan itu yang bertujuan mempromosikan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!.

    Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan yang menarik di samping menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kumpulan Utusan anjur bengkel penulisan novel fiksyen

    Posted:

    Kumpulan Utusan anjur bengkel penulisan novel fiksyen

    Kumpulan Utusan anjur bengkel penulisan novel fiksyen


    SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi di Pusat Kegiatan Guru Penanti, Pulau Pinang baru-baru ini.



    BAKAT BARU. Seramai 30 penulis dan penggiat puisi sekitar Pulau Pinang menyertai bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kumpulan Utusan baru-baru ini.

    Bertempat di Pusat Kegiatan Guru Penanti, Pulau Pinang, ia dikendalikan Prof. Madya Dr. Hashim Ismail, Mohamad Saleeh Rahamad dan Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin.

    Turut hadir, Pengurus Kanan Penerbitan Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Faridah Shamsudin.

    Bengkel yang diadakan sempena Sayembara Novel Fiksyen Sains itu juga bertujuan membantu penulis-penulis melahirkan karya yang lebih bermutu.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Keluarga

    Posted: 18 Apr 2011 01:46 PM PDT

    Utusan Online - Keluarga


    Tidak kisah apa yang dimakan

    Posted:

    Tidak kisah apa yang dimakan

    Tidak kisah apa yang dimakan

    Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN


    Sebahagian peserta Seminar Diet Sihat Tiru Macam Saya dan Program 'Sihat Dalam Tempoh 60 Hari @ LPPKN', anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


    BERMULA 1991, Kementerian Kesihatan menjalankan kempen mengurangkan pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia iaitu Kempen Cara Hidup Sihat.

    Itu kerana gula dikenalpasti sebagai bahan utama yang menyumbang kepada masalah kegemukan atau obesiti yang semakin meningkat di negara ini.

    Pengambilan gula dalam kuantiti tinggi boleh mengakibatkan tenaga berlebihan pada diri seseorang yang mana dalam jangka masa panjang, ia boleh meningkatkan berat badan.

    Seterusnya kerajaan menjalankan beberapa kempen, program dan aktiviti untuk menggalakkan rakyat mengurangkan pengambilan gula dalam makanan serta minuman setiap hari.

    Antara kempen, program dan aktiviti secara berterusan itu adalah Kempen Kurangkan Gula yang dianjurkan pada 1998, '1 Mencukupi, Kurang Lebih Baik', Promosi Makanan Secara Sihat atau 5M Kempen Pengurangan Gula Di Kalangan Pelajar Sekolah.

    Selain itu, kementerian mengadakan perundingan dengan industri makanan supaya mengurangkan kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang dikeluarkan di pasaran.

    Kementerian turut mewujudkan 51 jawatan Pegawai Zat di klinik kesihatan sehingga Mac 2010 untuk menawarkan perkhidmatan rundingan berhubung amalan pemakanan sihat kepada orang ramai.

    Namun, di sebalik usaha-usaha gigih kerajaan dalam melahirkan rakyat sihat dan sejahtera, masalah obesiti di negara ini masih tinggi.

    Lebih membimbangkan, di Malaysia, peningkatan masalah obesiti turut membabitkan golongan kanak-kanak lelaki seawal usia tujuh dan semakin banyak dialami remaja dalam lingkungan umur antara 13 hingga 17 tahun.

    Pakar Diet yang juga Pegawai Dietetik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Mohammad Basri Rusdu berkata, faktor utama yang menyumbang kepada masalah obesiti di kalangan rakyat negara ini adalah sikap mereka sendiri yang tidak mengambil berat berhubung pemakanan sihat.

    Jelasnya, kebanyakan rakyat Malaysia terutama yang mengalami obesiti bukannya tidak mengedari atau tidak mengetahui apa itu pemakanan sihat tetapi mereka sebenarnya tidak mengambil kisah apa yang dimakan dan diminum.

    "Pemakanan sihat atau turut dikenali Diet Seimbang mempunyai prinsip-prinsipnya iaitu makanan pelbagai jenis makanan, imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal serta makanan lebih bijirin dan kekacang.

    "Seseorang juga perlu makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran, kurangkan lemak dan kolesterol, kurangkan gula dan garam, minum air suam dalam kuantiti yang banyak serta makan bahan yang bersih.

    "Kebanyakan orang sedar dan tahu pemakanan sihat adalah penting untuk kesihatan tetapi mereka tidak kisah untuk mengambil tahu mengenai prinsip pemakanan secara teliti, menyebabkan mereka mengabaikannya," katanya.

    Beliau memberitahu demikian ketika ditemui wartawan selepas menyampaikan ceramah bertajuk Diet Sihat-Tiru Cara Betul, Mudah dan Selamat.

    Ceramah tersebut sempena Seminar Diet Sihat Tiru Macam Saya dan Perasmian Program 'Sihat Dalam Tempoh 60 Hari @ LPPKN', anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Mohammad Basri menyatakan, pada zaman moden ini, maklumat berhubung pemakanan sihat terlalu banyak dan mudah diperoleh terutama di laman Internet.

    "Bagaimanapun, kebanyakan orang lebih suka mengambil jalan mudah. Sebagai contoh, mereka lebih gemar membeli makanan di luar yang sememangnya mengandungi gula, garam dan bahan perisa tambahan secara berlebihan, berbanding masak sendiri di rumah.

    "Dengan sikap penjual makanan yang kurang peka berhubung pemakanan sihat kepada pengguna, ia meningkatkan risiko dan masalah obesiti di kalangan orang ramai.

    "Sikap ibu bapa yang tidak kisah dalam mengawal pemakanan anak dan memasak atau membeli sajian kurang sihat turut menyumbang kepada masalah kesihatan berkenaan," ujarnya.

    Tegas Mohammad Basri, faktor lain yang menjadi punca obesiti adalah keturunan, genetik, tiada senaman mencukupi, nutrisi tidak seimbang atau pengambilan makanan dalam kadar banyak, hormon, pengambilan ubat, rawatan dan virus.

    Katanya, obesiti adalah penyakit kronik yang boleh menyebabkan banyak penyakit kronik lain seperti diabetes, jantung, kegagalan sistem pernafasan dan perkumuhan, darah tinggi, kanser serta kematian.

    Jadi, Mohammad Basri menasihatkan semua orang terutama yang mempunyai penyakit kronik supaya mengamalkan diet seimbang demi menjamin kesihatan yang lebih baik.

    Bagi individu yang gemar atau kerap makan pula , ujarnya, perlu lebih banyak bersenam untuk membakar lemak dalam badan.

    Bukan setakat itu, para penjual atau peniaga juga harus mengambil perhatian, bertanggungjawab dan lebih prihatin untuk menyediakan pelbagai masakan sihat.

    Ia termasuk mengurangkan hidangan bergoreng, masin serta manis bagi memberi banyak pilihan kepada pengguna.

    Pada masa sama, beliau begitu berharap akta berhubung label makanan dikuatkuasakan kerana ketika ini banyak fakta nutrisi yang dipaparkan mengenai sesuatu produk kurang lengkap.

    Sementara itu, ujarnya, individu obesiti dinasihatkan mengunjungi Klinik Obesiti di HKL bagi mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat terbaik dalam usaha menurunkan berat melalui pemakanan sihat.

    "Klinik ini berfungsi memberi kaunseling, mengubah cara pemakanan dan membuat cadangan mengenai hidangan harian yang sepatutnya dimakan kepada pengidap obesiti.

    "Sekali lagi ingin saya nasihatkan kepada orang ramai supaya mengamalkan pemakanan sihat kerana ia memberi 1001 kebaikan kepada diri anda terutama pada masa depan.

    "Mengamalkan diet seimbang bukannya sukar kerana hanya mengawal apa yang anda makan tetapi apa yang sukar, anda tidak mahu mengubah sikap," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Meraikan setiausaha di PWTC

    Posted:

    Meraikan setiausaha di PWTC

    Meraikan setiausaha di PWTC


    Shabri Saad bersama model yang menggayakan pakaian rekaannya.


    PUSAT Dagangan Dunia Putra (PWTC) bakal mengadakan persembahan khas sempena minggu setiausaha pada 20 dan 21 April ini. Ia menyasarkan penyertaan 1,600 setiausaha dan ketua-ketua mereka.

    Menurut Pengarah Komunikasi Pemasaran PWTC, Fadzilah Said, bertemankan penyanyi terkenal, Ramli Sarip, tetamu bakal digegarkan dengan pelbagai acara menarik.

    ''Majlis yang bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang itu mengundang pengacara dan pelawak terkenal, Dee.

    "Di samping itu turut diadakan pertunjukan fesyen bersama pereka terkenal yang juga seorang pensyarah seni, Shabri Saad.

    ''Kita mensasarkan 800 tetamu akan datang pada hari pertama dan bilangan yang sama untuk hari kedua. Kami menjanjikan sesuatu kelainan pada hari setiausaha kali ini," jelasnya.

    Menurut Fadzilah, makanan yang dihidangkan pada hari itu berdasarkan ialah cita rasa barat yang menghidangkan hanya yang terbaik buat tetamu.

    Sementara itu menurut Dee, konsep yang akan dia ketengahkan pada majlis kali ini ialah Retro. Iaitu gaya 70-an untuk mengimbas kembali kenangan indah zaman dahulu.

    ''Saya juga akan memastikan penyertaan bos dan setiausaha di atas pentas yang mana penyertaan yang terhebat akan diberikan hadiah,' ujarnya.

    Dalam pada itu Shabri menyifatkan pertunjukkan fesyen kali ini membabitkan koleksi ala-Malaysia yang terbaik.

    ''Terdapat 24 jenis pakaian yang akan diperagakan bakal memenuhi cita rasa hebat pencinta fesyen.

    ''Antara koleksi gabungan yang bakal disaksikan ialah fesyen seperti batik, songket, ready-to-ware dan sebagainya yang dipersembahkan oleh lapan peragawati," katanya.

    Kepada yang berminat untuk turut serta dalam acara ini boleh menghubungi talian 03-2614 6701 dan 03-2614 6702 (Siti Raba'ah) untuk pertanyaan lanjut.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Blog List