gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 21 Apr 2011 11:31 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Hentikan pemerdagangan orang

Posted:

Hentikan pemerdagangan orang

Hentikan pemerdagangan orang


PEMERDAGANGAN manusia kini boleh berlaku melalui penjualan bayi, penjualan organ manusia, buruh paksa dan pemerdagangan seks.


AKTIVITI pemerdagangan manusia merupakan antara jenayah tertua sehingga menjadi satu industri yang memberi pulangan lumayan. Ia tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi.

Pemerdagangan orang juga tidak semestinya mereka yang terlibat perlu merentas sempadan sesebuah negara tetapi, ia juga boleh berlaku secara domestik seperti dalam isu kerja paksa.

Ia juga tidak semestinya melibatkan pekerja asing sahaja tetapi, boleh diambil kira nasib pekerja tempatan yang dieksploitasi oleh majikan. Setiap hari wanita, lelaki dan kanak-kanak dijual beli seperti barangan dagangan dengan matlamat terakhir adalah untuk mengeksploitasi mereka bagi mendapat keuntungan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 21 Apr 2011 09:37 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Setiausaha tingkatkan kualiti

Posted:

Setiausaha tingkatkan kualiti

Setiausaha tingkatkan kualiti

Oleh NIK HAZIRAH NIK DAUD
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

SETIAUSAHA bukan sahaja menjadi orang kanan bos, malah sebenarnya perlu sentiasa bersedia mental dan fizikal untuk menggalas tanggungjawab lebih-lebih lagi dalam dunia yang semakin kompetitif.

Pengalaman menghadiri seminar setiausaha mampu membantu golongan itu berinteraksi, berkomunikasi dan menunaikan peranan mereka dengan lebih berkesan dan proaktif.

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, seminar setiausaha penting untuk memberi penerangan, pengetahuan dan justifikasi bagaimana seseorang setiausaha berperanan.

Bagi meraikan golongan setiausaha, Majalah WANITA menerusi pendekatan lazimnya yang lebih kepada majlis ilmu berjaya menarik penyertaan hampir 200 setiausaha sekitar Lembah Klang untuk sama-sama meningkatkan keyakinan diri, latihan dan kemahiran ke arah menjadi setiausaha yang lebih berkualiti, berintegriti dan berakauntabiliti.

Bertemakan Cabaran & Profesionalisme Setiausaha, seminar satu hari itu sememangnya memberikan banyak input bermanfaat.

Ia memberi penekanan dari aspek kepimpinan, keterampilan diri, pengisian kerohanian, kesihatan dan integriti kerja supaya para setiausaha dapat memberikan perkhidmatan terbaik mengikut cabaran semasa.

Ini bertepatan dengan objektif utama penganjurannya iaitu menanam integriti dan budaya kerja yang lebih berhemah di kalangan setiausaha. Seterusnya, melahirkan kelompok setiausaha yang dikagumi kerana komitmen kerja yang bagus ditambah dengan penampilan dan ketertiban yang disenangi ramai.

Majlis perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Maznah turut melancarkan wajah baru majalah WANITA edisi ke-500. Hadir sama ialah Pengurus Besar Operasi Utusan Karya Sdn. Bhd., Zurzaliza Bajuri dan Pengarang Kanan Unit Majalah Keluarga, selaku Pengarang WANITA, Normala Hamzah.

Para penceramah yang terlibat dalam seminar pada kali ini ialah Ahmad Husni Abdul Rahman dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ), penceramah bebas, Datuk Dr. Fadzilah Mohd. Ali dengan topik Budaya Kerja, Integriti & Ketertiban dan ceramah tentang imej dan penampilan yang disampaikan perunding imej, Datin Norma Norell.

Sesi seminar diteruskan dengan topik Etika dan Protokol oleh pemilik butik W2W, Yasmin Siddik dan disusuli ceramah kesihatan oleh Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar dari Pusat Perubatan PrimaNora.

Dalam pada itu, para peserta bengkel turut diajar tentang teknik solekan dan dandanan yang dikendalikan pihak produk kecantikan Alazo.

Bagi menceriakan lagi seminar tersebut, turut diselitkan ialah acara pertunjukan fesyen pereka terkenal, Faizal Hamid serta persembahan istimewa penyanyi kecil molek, Amy Mastura dengan pilihan lagu popularnya yang berjaya menggamatkan seisi dewan.

Sesuai dengan tajuknya, seminar itu dilihat berjaya membawa pendekatan terkini dalam memartabatkan kerjaya setiausaha seterusnya membawa kepada kejayaan diri dan seluruh organisasi yang diwakili setiap setiausaha.

Acara eksklusif tahunan itu mendapat kerjasama Kementerian Sumber Manusia dan tajaan rakan-rakan strategik iaitu PPZ, Empire Classic Furniture, Alazo, Jamu Mak Dara, Adabi, Habib Jewels dan Hotel Legend sebagai penaja lokasi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 21 Apr 2011 09:19 AM PDT

Utusan Online - Johor


Mahu jalan kampung diturap

Posted:

Mahu jalan kampung diturap

Mahu jalan kampung diturap

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


beberapa kanak-kanak melalui jalan tidak berturap di Parit Haji Ahmad, Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 20 April - Penduduk di dua buah kampung di daerah ini melahirkan rasa kecewa berhubung keadaan jalan keluar dari rumah mereka yang rosak teruk akibat tidak pernah diturap sejak sekian lama.

Jalan Sagof, Penerok, Sungai Buntu dan Parit Haji Ahmad, Ayer Baloi di sini menjadi laluan utama penduduk untuk menuju ke jalan utama bagi melaksanakan urusan harian dan juga laluan utama bagi kanak-kanak ke sekolah.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, jalan sepanjang kira-kira 500 meter serta 700 meter di Jalan Sagof, Penerok, Sungai Buntu dan Parit Haji Ahmad, Ayer Baloi di yang dibina lebih 40 tahun lalu itu rosak teruk dan berlubang selain mengundang bahaya kepada pengguna.

Lebih menyedihkan, keadaan jalan yang berlubang dan tidak pernah diturap sejak lebih 40 tahun lalu itu agak sempit serta tidak mempunyai lampu untuk menerangi kegelapan lewat petang dan malam.

Seorang penduduk, Jamal Manan, 51, berkata, jalan berkenaan merupakan satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan kampung itu dan keadaan akan menjadi lebih teruk apabila hujan lebat.

Katanya, penduduk di sini pernah memohon bantuan sebanyak lima kali daripada ketua kampung agar jalan tersebut diturap tetapi hanya mendapat peruntukan lima lori batu kerikil untuk tujuan berkenaan.

"Tahun lalu, kami mengambil inisiatif sendiri dengan menambak jalan ini dengan menggunakan tanah merah. Sebelum ini ketua kampung ada bagi tanah untuk tambak jalan.

"Keadaan akan menjadi sangat teruk apabila hujan lebat, jangan katakan motosikal kereta pun masih belum tentu boleh lalu jalan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Mohammad Noor Ahmad, 49, berkata, permohonan menurap jalan sudah dibuat banyak kali tetapi ketua kampung di situ memberitahu pihaknya tidak mempunyai peruntukan untuk tujuan itu.

"Kalau jalan ini dibiarkan tanpa diturap, masalah akan timbul apabila berlaku kecemasan kerana kenderaan susah untuk keluar masuk dan apabila hujan kanak-kanak di sini susah untuk ke sekolah," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk di Parit Haji Ahmad, Ayer Baloi, Salimah Hassan, 69, berkata, jalan di kampung itu sudah wujud sejak sekian lama dan sepanjang tempoh itu juga jalan berkenaan tidak pernah diturap selain ditambak sendiri oleh penduduk.

Katanya, permohonan untuk menurap jalan itu sudah dibuat banyak kali namun tidak berhasil.

"Masalah ini sudah wujud sejak sekian lama dan sudah dua kali bertukar wakil rakyat tetapi masalah tetap tidak pernah selesai.

"Kalau musim panas kawasan rumah akan jadi berdebu, tetapi kalau musim hujan memang lecak teruk sampaikan cucu-cucu saya yang nak ke sekolah pun terpaksa pakai plastik di kaki bagi mengelakkan kasut kotor," katanya lagi.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Aufa Mohd. Rapis, 15, berkata, pelajar sekolah yang tinggal di sini terpaksa keluar seawal pukul 6.30 pagi untuk menunggu bas di jalan utama dan apabila musim hujan ia diibaratkan seperti 'malapetaka' kerana baju yang dipakai mungkin akan kotor sebelum tiba di sekolah.

"Kalau musim hujan memang kami terpaksa basuh kasut dan pakaian sekolah hampir setiap hari akibat meredah jalan lecak. Pada masa sama kami juga akan berjumpa dengan pelbagai haiwan di tengah-tengah jalan seperti biawak dan ular tedung," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

30 sijil halal ditarik tahun lalu

Posted:

30 sijil halal ditarik tahun lalu

30 sijil halal ditarik tahun lalu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
pengarang@utusan.com.my


Zainal Abidin Osman memeriksa tekanan darah ketika melawat tapak pameran pada Seminar Penggunaan Halal Negeri Johor 2011 di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 20 April - Sebanyak 30 sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) ditarik balik daripada beberapa syarikat pada tahun lalu kerana gagal mematuhi piawaian persijilan halal yang ditetapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, tindakan tersebut diambil selepas pemantauan mendapati mereka yang gagal mematuhi syarat-syarat yang termaktub dalam pemberian sijil seperti tidak menjaga kebersihan.

"Pemantauan akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan mereka ini benar-benar mematuhi garis panduan persijilan halal. Jika tidak kita akan menarik balik sijil halal mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penggunaan Halal Negeri Johor 2011 di Dewan Besar Pusat Islam di sini hari ini.

Seminar selama sehari itu bertujuan mempromosikan produk halal di samping memberi pendidikan berterusan terhadap kepentingan menggunakan barangan halal dalam kehidupan seharian.

Zainal Abidin berkata, setiap tahun secara purata sebanyak 350 sijil halal dikeluarkan JAINJ untuk diberikan kepada para pengusaha makanan dan produk perniagaan.

Beliau berkata, pemberian sijil itu dilakukan selepas panel 14 institusi yang diketuai oleh JAINJ melakukan proses penilaian terhadap sesebuah syarikat bagi memastikan mereka benar-benar mengikuti piawaian yang ditetapkan.

"Sijil ini dikeluarkan setahun sekali dan akan diperbaharui sekali setiap dua tahun. Sepanjang tempoh berkenaan, panel 14 institusi ini akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan ia benar-benar mengikut garis panduan halal," katanya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, JAINJ menggalakkan syarikat bukan Islam untuk memohon persijilan halal itu kerana produk halal mempunyai pasaran yang sangat luas di dalam dan di luar negara.

"Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 63 peratus daripada syarikat yang memohon sijil halal adalah terdiri daripada bukan Islam. Ini merupakan perkembangan yang sangat baik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 21 Apr 2011 01:55 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Cinta wanita Bidayuh

Posted: 20 Apr 2011 06:48 PM PDT

Ratu

MASA lapang Narong banyak dihabiskan dengan melukis.

MASA lapang Narong banyak dihabiskan dengan melukis.

Terjemah kekayaan budaya dan alam hutan hujan Sarawak

ORANGNYA kecil molek dan penampilannya cukup ringkas tetapi mempunyai bakat begitu besar serta penuh berseni. Berasal dari keturunan Bidayuh, Narong Daun, 41, adalah antara seniman wanita terkenal di Kuching, Sarawak. Bakatnya cukup dikagumi.

Berpegang pada akar umbi yang kuat dan didorongi kehalusan seni serta cintanya pada alam semula jadi, membawanya kepada kepekaan seni dan semangat untuk budaya asli Sarawak, khususnya flora serta fauna. Bagaimanapun, mencipta kelainan, Narong memilih lukisan sutera sebagai medium pilihan dan hasil seninya pelbagai, dari alam Sarawak penuh gaya hingga inspirasi konseptual bermotifkan pelbagai adat budaya yang boleh ditemui di seluruh Sarawak.

Pendekatan diketengahkan dan dijiwai adalah satu proses 'memeritkan' kerana celupan warna fabrik perlu dilakukan berhati-hati serta teliti bagi menghasilkan tekstil luar biasa dari pelbagai lapisan, tanpa batas mosaik warna dan pola.

Demi minat dalam seni lukisan yang sudah terpasak sejak usia 15 tahun, semua itu tidak pernah menjadi penghalang kepada Narong untuk menghasilkan hasil karya menarik dan menambat ramai penggemar seni.

"Cita-cita saya untuk menjadi pelukis tidak mudah digapai. Apabila saya mengambil keputusan untuk menjadi pelukis sepenuh masa, keluarga tidak gembira kerana tanggapan mereka bidang ini tiada masa depan.
"Tetapi, saya benar-benar berminat dalam bidang ini lalu meneruskan juga hasrat itu dengan tekad ingin membuktikan keupayaan diri," katanya ketika ditemui di The Art Gallery, Artgeously Ramsayong di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

Masih mekar ingatan Narong ketika masih di bangku sekolah dulu. Ayahnya sering kecewa apabila kertas lukisan yang dibeli untuk kegunaan belajar selalu saja cepat habis berbanding rakan lain.

Mana tidaknya, cerita Narong, ada saja idea yang terlintas di fikiran, jari jemarinya pantas melakarkan pada kertas lukisan.

"Kami bukan dari keluarga yang senang, ayah hanya bekerja sebagai petani. Apabila saya tidak berjimat cermat menggunakan kertas lukisan itu, tentu saja lebih banyak belanja yang perlu dikeluarkan," katanya sambil tersenyum mengingatkan kisah silam.

Narong yang mendapat pendidikan sehingga Tingkatan Enam di Sunny Hill School di Kuching, berkata sebaik saja tamat persekolahan, dia terus bekerja untuk mencari wang saku supaya dapat membeli peralatan lukisan tanpa lagi membebankan bapanya.

Ketika itu gaji yang diterima tidak begitu lumayan tetapi setiap bulan sebahagian besar daripadanya dihabiskan untuk membeli keperluan lukisan. Walaupun tidak boleh bermewah dan berseronok, hatinya puas dapat membeli apa yang diinginkan dan meneruskan minat melukis.

Anak ketujuh daripada sembilan beradik ini memberitahu, oleh kerana tidak mampu, beliau sehingga kini tidak pernah berpeluang mengikuti mana-mana kelas formal atau profesional dalam bidang seni lukisan.

Narong sebaliknya sentiasa tekun mengasah bakat semula jadi yang dimiliki secara sendirian dan banyak eksperimen dilakukan.

"Jika ada yang memuji hasil lukisan saya, tentu berasa puas dan berbesar hati. Tetapi, jika ada yang mengkritik, saya tidak kisah dan menerimanya dengan positif serta menjadikan komen atau pandangan itu untuk membetulkan kelemahan.

"Lagipun, saya tidak pernah berpeluang belajar di mana-mana institusi seni. Kalau kritikan itu hanya untuk mencari kelemahan dan kekurangan semata-mata atau ada niat tidak betul, tentu saja saya tidak layan kerana saya tahu apa saya buat," katanya menetapkan prinsip yang dipegang sejak dulu lagi.

Katanya, peluang menjadi seniman residen The Art Gallery, Artageously Ramsayong yang terkenal di Kuching, Sarawak pada 2001, bagaikan satu tuah kerana memberi peluang untuk terus mengasah bakat dan menimba ilmu.

"Sebenarnya, sebelum beralih kepada lukisan pada sutera, saya terlebih dulu membuat chanting atau lukisan batik. Pada 2004, saya mendapati lukisan pada sutera lebih memberikan kebebasan dan kepuasan berkarya terutama dalam penggunaan serta pemilihan warna. Akhirnya, saya terus kekal untuk berkarya menggunakan lukisan pada sutera," ceritanya lagi.

Selepas 11 tahun menghambakan diri pada lukisan, hari ini Narong muncul sebagai seorang seniman yang kuat dalam genre diterokai. Cinta dan kebanggaannya dengan warisan Bidayuh, memberi kesan yang mendalam dalam setiap hasil kerjanya.

Penyajian bahan subjeknya pula sering berani dan menonjol sehingga luar biasa tetapi sesuai dan bertepatan untuk gaya seni.

Katanya, setiap karya lukisannya dapat disiapkan antara satu minggu hingga tiga minggu tetapi ada juga yang disiapkan hanya dalam masa dua hari atau tiga hari. Lukisan itu dijual pada harga RM350 hingga RM9,000, setiap satu.

Antara hasil karya yang sentiasa dekat dalam hatinya ialah Siri Rahsia Rimba yang memaparkan tumbuhan dan bunga terkenal di negeri bumi Kenyalang. Begitu juga dengan sentuhan karya Narong's Hornbill yang memperlihatkan tiga burung dijalin bersama dengan medley warna dan harmoni.

Seni tema rekaan abstrak dalam siri Sarawakiana (Terendak, Naga dan Pesta Kenyalang) turut merakamkan penghargaan dan minat Narong pada unsur tradisional.

Hari ini, Narong terus mendapat ilham daripada kepelbagaian budaya Sarawak dan keindahan alam hutan hujan.

Narong melihat semua itu dengan mata yang tajam dan tangan stabil untuk melakarkan apa disukai sehingga tercipta karya seni yang bermutu tinggi, halus dan penuh getaran. Usahanya itu adalah penting dan memberi sumbangan terhadap seni di Sarawak dan Malaysia.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Raja sehari - Pasangan melangkah anggun di Grand Riverview

Posted: 20 Apr 2011 06:46 PM PDT

Ratu

pix_gal0
MELANGKAH anggun bagaikan puteri dan putera raja, bersemayam di singgahsana yang cukup indah, serta menjadi tumpuan tetamu yang datang, pasti menjadi impian setiap insan yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Bakal pengantin juga pasti mengimpikan sebuah perkahwinan yang sempurna dan menjadi sejarah dalam hidup mereka untuk dikenang selamanya. Ikatan perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua hati tetapi juga satu kenangan yang terindah.

Bakal bergelar raja sehari, pasangan pastinya mengharapkan majlis yang dilangsungkan menjadi hari yang sempurna dan turut menjadi kenangan kepada tetamu yang datang. Bagi merealisasikan impian pasangan pengantin, Hotel Grand Riverview di Kota Bharu, Kelantan menyediakan pakej perkahwinan menarik yang pasti menjadikan hari sejarah itu sangat bermakna.

Pengantin tidak perlu gusar memikirkan sebuah persiapan yang sempurna dan menarik kerana Hotel Grand Riverview bersedia menggalas tanggungjawab menjadikan majlis yang berlangsung dikenang selamanya, bukan saja oleh pengantin malah sekalian tetamu yang hadir.

Pengurus Pemasaran Hotel Grand Riverview, Raja Rusmin Raja Mahmud, berkata pihaknya menyediakan tiga pakej menarik untuk bakal pengantin yang akan meraikan hari bersejarah mereka.

Pakej Everlasting, Eternity dan Cherish, ditawarkan buat bakal pengantin dengan harga berbeza. Dengan tempahan minimum 40 meja, setiap pakej mempunyai kelebihan sendiri dengan menu tersendiri.
"Bagi pakej Cherish, harga bermula pada RM488, Eternity RM588 dan Everlasting RM688 untuk sebuah meja. Setiap pakej sudah ditetapkan menu sama ada masakan Melayu atau Cina," katanya yang ditemui pada majlis Karnival Perkahwinan, di hotel berkenaan, baru-baru ini.

Katanya, usaha yang dilakukan oleh pihaknya itu adalah bagi membantu pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan meraikan hari bersejarah mereka dengan penuh bermakna bersama keluarga.

"Sudah pasti pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan inginkan hari bersejarah mereka menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan.

"Kami akan merealisasikan perkahwinan impian mereka dan menjadikan ia satu sejarah dalam kehidupan mereka yang ingin melangkah ke alam perkahwinan," katanya.

Raja Rusmin berkata, pasangan yang berminat untuk membuat tempahan majlis perkahwinan boleh menghubungi Hotel Grand Riverview bagi menetapkan tarikh dan memilih pakej yang mereka inginkan.

"Kami bertanggungjawab sepenuhnya dalam persiapan serta hari berlangsungnya majlis. Namun, persiapan lain seperti pakaian pengantin, itu diuruskan sendiri oleh pengantin," katanya.

Lokasi:

Hotel Grand Riverview
Jalan Post Office Lama
15000 Kota Bharu
Kelantan.

Telefon: 09-7439988

E-mel: sales@grh.com.my


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Horizon

Posted: 20 Apr 2011 09:24 PM PDT

Kosmo Online - Horizon


Hati terpukau suasana Haven

Posted:

Hati terpukau suasana Haven

Hati terpukau suasana Haven

Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my



SEORANG teman pernah bertanya: 'di manakah lokasi paling ideal untuk melihat panorama pencakar langit Kuala Lumpur' dan kemusykilannya itu ditambah pula dengan kriteria 'kalau boleh biarlah kita seolah-olah meninjau dari kawasan tinggi'.

Bagi mereka yang berada di Lembah Klang, ada beberapa lokasi yang mungkin terlintas dalam fikiran. Selain Menara Kuala Lumpur yang bersuasana mewah dan pinggiran lereng bukit di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa, Menara Tinjau Ampang di Bukit Langat adalah jawapannya.

Terletak sejauh 20 minit perjalanan bebas kesesakan trafik dari ibu kota, laluan ke lokasi itu disambut dengan papan tanda yang memaparkan tulisan Pusat Pelancongan dan Menara Tinjau (Look Out Point).

Khabarnya, itulah lokasi tumpuan ramai terutamanya ketika sambutan tahun baru. Waktu itu, kanvas langit malam diwarnai pertunjukan bunga api dari beberapa pusat sambutan popular di sekitar ibu negara.

Persekitaran yang bersih dan dijaga rapi oleh pihak pengurusan memberi kelebihan di lokasi atas bukit itu. Pujian harus diberi kepada pihak penyelenggara kawasan itu memandangkan faktor kedudukannya yang mungkin sukar untuk kerja-kerja pengurusan. Malangnya, begitulah yang terjadi di beberapa kawasan pelancongan air terjun di pinggir kota yang gagal diselia dengan baik.

Pesona senja

Menara Tinjau Ampang sinonim dalam kalangan warga kota sebagai lokasi menghayati suasana matahari terbenam pada waktu senja selain menyaksikan pemandangan keseluruhan Kuala Lumpur pada waktu malam.


KANAN: John (kanan) dan Susi sangat menyukai lokasi Haven hingga bercadang untuk melangsungkan perkahwinan mereka di situ.


Serakan cahaya warna-warni dari landskap hutan batu bertambah seri apabila dibalas dengan ton langit malam yang gelap atau adakalanya dicorakkan formasi awan dalam remang kemerah-merahan.

Temu janji Horizon bersama pemilik restoran Haven yang terletak di tebing bukit dekat kaki tangga ke menara tinjau itu disambut baik oleh Pengurus Restoran, Jul Amri Jadjurie yang kemudiannya menceritakan keindahan pengalaman menjamu selera di Haven yang berlatarkan panorama Kuala Lumpur.

Menurutnya, sudah menjadi adat bagi setiap pasangan yang dilamun cinta untuk mencari tempat istimewa bagi mengabadikan memori yang boleh diingati selamanya. Lebih bermakna jika lokasi itu menjadi lokasi bersejarah termeterainya ikatan suci sebagai pasangan suami isteri.

Itulah sentuhan ajaib yang dimiliki Haven. Ramai pasangan dikatakan melengkapkan kisah cinta mereka dengan melangsungkan perkahwinan di tempat tersebut.

"Sejak Haven beroperasi selama dua tahun, ramai pasangan yang melangsungkan perkahwinan di sini. Ada antara mereka bertemu buat kali pertama di sini, kemudian mengenali satu sama lain dan akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin.

"Suasana di Haven yang tenang dan diserikan pemandangan indah Kuala Lumpur terutamanya pada waktu malam, membuatkan mereka teruja dan berasa gembira untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing," kata Jul Amri.

Suasana romantik yang diwujudkan di Haven sememangnya mencetus perasaan tenteram. Apabila melihatkan beberapa pasangan di sudut restoran leka menikmati momen matahari terbenam, terpancar bibit-bibit bahagia antara mereka walaupun bagi yang menjadi pemerhati dalam diam.

Dekorasi meja yang bersahaja dengan lilin kecil dan hiasan bunga segar secara automatik menyemarakkan rasa ingin menghargai waktu dan persekitaran.

Lokasi pertemuan

Bagi pasangan yang ditemui selepas momen senja berganti malam, John Chaw Choon Hoe, 30, dan tunangnya, Susi Tan, 29, mereka tidak segan berkongsi kisah cinta mereka yang kini sudah masuk usia empat tahun.


HAVEN mampu menempatkan seramai 300 pelanggan dalam satu masa.


Susi memberitahu itu bukan kali pertama mereka berkunjung ke Haven. Restoran itu telah menjadi salah satu tempat kegemaran mereka untuk bersantai dan meluangkan masa bersama setelah seharian bekerja.

"Kami suka makanan yang dihidangkan di sini tambahan lagi pemandangan di sini cukup indah. Lokasinya juga tidak begitu jauh dari rumah kami," jelasnya yang menetap di Petaling Jaya.

Bagi John pula, dekorasi keseluruhan yang dipamerkan Haven menambat hatinya untuk sering berkunjung ke restoran itu.

"Bunga segar yang dihias di atas setiap meja membuatkan suasana menjadi lebih santai dan dekorasi restoran ini sudah cukup menyejukkan mata yang memandang," katanya.

Lebih mengujakan apabila Susi dan John memberitahu mereka sedang merisik lokasi perkahwinan yang akan berlangsung pada hujung tahun. Tentu sekali Haven turut tersenarai sebagai lokasi pilihan.

"Ia tentu akan menjadi detik yang bermakna memandangkan pemandangan malam di sini cukup indah dan sesuai sebagai tempat melangsungkan hari bersejarah," tambah John.

Binaan teguh pada ketinggian 280 meter dari paras laut menjadikan kedudukan Haven lebih bertuah berbanding restoran lain kerana pesona alam semula jadi itu hadir di sekelilingnya tanpa perlu dibuat-buat.

Pokok-pokok menjalar di premis menambahkan kesegaran suasana selain ketenteraman yang tercipta tanpa gangguan deruman kenderaan di jalan raya. Menikmati makan malam bertemankan dendangan cengkerik dan unggas hutan adalah suatu bonus!

Tradisional Melayu

Meneliti ke segenap ruang Haven, Jul Amri menjelaskan konsep restoran tersebut menekankan nilai estetika tradisional Melayu dengan ukiran kayu menghiasi dinding restoran.

Selain itu, susun atur meja dan kerusi rotan di Haven sering diubah setiap bulan bagi memberi suasana baru kepada pegunjung agar tidak bosan untuk datang menjamu selera di Haven.

Bunga segar yang dihias di meja pula akan bertahan selama tiga hari sebelum diganti dengan bunga berlainan jenis bagi mewujudkan persekitaran agar tampak baru.


MENARA tinjau ini menjadi tumpuan pengunjung yang mahu melihat panorama yang hebat.


Keramahan pelayan-pelayan di Haven juga membuatkan pengunjung berasa dekat dengan mereka tanpa ada formaliti seperti di restoran lain. Mereka dilatih untuk berinteraksi sebagai sahabat kepada pengunjung dengan memberi cadangan menu dan juga menyediakan pelbagai bentuk permainan.

Menghalusi konsep santai Haven, Jul Amri memberitahu mereka lebih gemar pengunjung berasa selesa tanpa perlu mengikut sebarang protokol yang ditekankan di sesetengah restoran.

"Selalunya apabila ada pengunjung kita yang datang seorang diri atau pasangan yang kelihatan bosan, pelayan kami akan menghampiri untuk menguji mereka dengan teka-teki dan permainan menarik agar mereka berasa ceria.

"Sebagai ganjaran, pengunjung juga diberi diskaun untuk makan malam tersebut dan cara ini nyata digemari rata-rata pengunjung kami," katanya.

Memandangkan Haven sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara, juadah yang disediakan merangkumi pelbagai pilihan bermula dari masakan tempatan, Asia Barat dan juga masakan Barat.

Menu tempatan yang wajib dicuba pengunjung ialah kuetiau Penang dan nasi goreng tomyam yang mungkin kedengaran biasa tapi rasanya nyata berbeza dari tempat lain.

Buat penggemar hidangan Asia Barat pula, makanan berat seperti beriani kambing basmati dan juadah sampingan, Fatayer Combo yang merangkumi daging ayam, lembu, kambing, sayuran, keju dan herba za'atar, pasti membuka selera.

Kaki kambing panggang (braised lamb shank) merupakan antara menu Barat yang perlu dicuba pengunjung. Menggunakan daging kambing yang diimport, teksturnya begitu lembut dan seakan-akan mencair apabila dikunyah.

Kelazatan itu adalah resipi yang dicipta eksklusif oleh chef di Haven. Kesemua menu dihidangkan dalam saiz hidangan yang pasti membuatkan pengunjung berpuas hati dengan rasa, hiasan dan persembahan makanan di Haven.

Pengunjung yang berminat untuk membuat tempahan boleh menghubungi talian 016-2323999 atau melayari laman web Haven di www.havenrestaurant.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Signatur biskut cip coklat DoubleTree

Posted:

Signatur biskut cip coklat DoubleTree

Signatur biskut cip coklat DoubleTree

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my


KEMERIAHAN suasana hiasan bankuet di Grand Ballroom yang terletak di tingkat 10.


PENGALAMAN menginap selama tiga hari dua malam di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur sungguh mengujakan. Kemesraan yang dipamerkan kakitangan pihak hotel itu bukan sahaja memudahkan komunikasi malah menjadikan penginapan di situ suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Kurang 10 minit berjalan kaki dari stesen LRT Ampang Park di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak, hotel bertaraf lima bintang itu tersergam megah. Sebaris dengan bangunan-bangunan kedutaan berdekatan, DoubleTree benar-benar strategik dari segi lokasi.

Bangunan yang berkongsi dengan pusat perniagaan Intermark itu dahulunya juga sebuah hotel dan pusat komersial, kini dibangunkan semula di bawah payung jenama 'pokok berganda'.

"DoubleTree mempunyai makna yang khusus. Seperti dua batang pokok boleh memberi penginapan, perlindungan dan rehat kepada seseorang, DoubleTree juga membawa signifikasi yang sama.

"Ia adalah tempat untuk memberikan anda keselesaan dan penginapan seolah-olah di bawah redup pokok," kata Pengurus Komunikasi dan Pemasaran DoubleTree rangkaian Hotel Hilton, Cindy Wong.

Nota-nota kecil

Tambahnya, ia bukan sekadar hotel yang mengutamakan nilai komersial tetapi pihaknya amat peka terhadap kepentingan penggunaan bahan kitar semula sebagai salah satu cara berterima kasih dan menghargai alam sekitar.

Justeru itu, Hotel DoubleTree banyak menyediakan nota-nota kecil di bilik untuk mengingati pelanggannya supaya bercermat di samping menyediakan kertas dan pensil yang menggunakan bahan kitar semula.

"Ramai orang yang mula memilih produk mesra alam. DoubleTree adalah salah satu daripadanya.

"DoubleTree juga turut menunjukkan kasih sayang kepada semua pelanggan kami menerusi Jawatankuasa CARE yang mengambil berat kualiti, perkhidmatan, perhubungan positif serta sumbangan kepada komuniti," kata Cindy mengenai elemen khusus hotel itu.


RUANG sambutan yang luas mengujakan tetamu ketika melangkah masuk ke dalam hotel.


Hotel yang dibuka pada bulan Ogos tahun lalu itu merupakan projek pembangunan integrasi dengan bangunan komersial Intermark. Ia menawarkan sebanyak 540 buah bilik yang ditempatkan di 34 tingkat bangunannya.

"Kami sangat peka terhadap pelanggan yang mengunjungi DoubleTree. Oleh itu, kami menawarkan penginapan yang lengkap dan disertai layanan yang mesra. Pemberian biskut cip coklat adalah salah satu cara kami mendekatkan diri dengan pelanggan," kata-kata Cindy sememangnya ada kebenaran.

Keenakan rasa biskut coklat cip yang ditawarkan dalam pek kecil tentu sekali satu elemen tarikan yang mendekatkan pelanggan dengan jenama DoubleTree. Ia satu konsep yang baru, tetapi kini sebut sahaja mengenai biskut coklat cip, minda pastinya terfikir pada DoubleTree.

Bukan itu sahaja, DoubleTree juga menawarkan pelanggan dengan pengalaman tidur yang mengujakan!

Satu senarai bantal disediakan pada tilam untuk pelanggan memilih mengikut keperluan kesihatan mahupun jika sekadar ingin mencuba.

Kemudahan lengkap

Dengan reka bentuk dalaman yang segar, setiap bilik standard yang berkeluasan 32.5 meter persegi menawarkan pemandangan panorama Kuala Lumpur dan sebahagian Lembah Klang.

Unit penginapan turut dilengkapi meja kerja, akses Internet berkelajuan tinggi, televisyen LCD 32 inci dengan antara muka multimedia berdefinisi tinggi (HDMI), kemudahan membuat kopi dan teh serta produk sanitasi yang mewah.

Bagi menambah nilai kepada bilik-bilik eksklusifnya, DoubleTree menawarkan sembilan tingkat eksklusif iaitu bermula dari Tingkat 26. Ia termasuk 156 bilik eksekutif, 19 bilik Deluxe Suite, 21 suit eksekutif dan lima Terrace Suite dengan ruang lanai yang luas untuk melihat panorama yang menakjubkan.

Bagi mereka yang memilih untuk tinggal di tingkat eksekutif itu, pelbagai kemudahan ditawarkan termasuk sarapan pagi dan snek pada waktu tengah hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kuasa dai mai, tok long

Posted:

Kuasa dai mai, tok long

Kuasa dai mai, tok long


PASAR Chatuchak sememangnya juara bagi rangkaian fesyen terkini dalam kategori pakaian kasual harian.


MINGGU lalu saya menghabiskan masa di Downtown Cheras. Bukan merencana untuk membeli apa-apa, tetapi untuk diurut kaki oleh ahli terapi jalanan yang sangat berkemahiran.

Dalam pada menggetap bibir dan 'mencengkam' erat susur tangan kerusi akibat menahan kesakitan, pandangan saya masih liar memandang ke sekeliling kawasan bagi memerhatikan kesibukan di bazar malam popular itu.

Ramai anak muda tempatan ligat memancing pengunjung untuk ke gerai mereka yang rata-ratanya menawarkan jualan pakaian baru dan terpakai selain barangan dekorasi dan kelengkapan kediaman. Dalam diam, mereka semua amat saya cemburui lantaran memiliki perniagaan sendiri.

Walaupun bisnes itu bukan di butik atau premis mewah, komitmen mereka untuk menyara diri dan keluarga wajar diberi sokongan.

Saya tertarik pada jualan pakaian di situ. Selain ada peniaga yang membuat sendiri cetakan baju T dan kerja jahitan, segolongan besar yang lain mendapatkan bekalan material dan produk sedia pakai dari negara-negara jiran.

Terfikir juga, semua itu melibatkan konsep kembara merentas sempadan negara dan dimensi budaya.

Redah pasar

Perjalanan Filosofi Destinasi kali ini mengintai senario di beberapa lokasi iaitu Pasar Chatuchak di Bangkok dan Pe Thai di Hatyai, Thailand.

Pelancong dari serata dunia membanjiri Bangkok dan Hatyai bukan sahaja kerana tarikan pelancongan dan godaan hiburan berbaur seks di 'daerah lampu merah'nya.

Mereka juga datang sebagai pembeli dan pemborong yang membawa harapan perniagaan di tempat asal masing-masing.


ANTARA rakan wartawan yang puas berbelanja besar di Pasar Chatuchak.


Mereka datang ke tanah Siam itu untuk menghimpun kuota bekalan mereka, termasuk menguruskan pembungkusan dan penghantaran pulang. Setiap urus niaga pastinya diiringi congakan prospek keuntungan.

Bangkok misalnya, tidak pernah kehabisan sumber pakaian dan aksesori. Bermacam-macam produk pakaian asas dan sedia pakai boleh ditemui di gedung beli-belah, kedai borong, pasar dan gerai pinggir jalan yang berselang lot dengan warung mi sup atau penjual jam tangan tiruan.

Bagaimanapun, variasi kualitinya bergantung kepada syarikat pengeluar, rangkaian gred dan nilai pesanan eksport.

Dalam portal dagang global alibaba.com, terdapat lebih 2,000 syarikat pengeluar dan pembekal pakaian di Bangkok yang berdaftar dalam jaringannya.

Seorang pengusaha label bebas yang ditemui di Pasar Chatuchak, Bangkok, Amnuay Ratta, 24, memberitahu kedainya kerap didatangi warga Malaysia yang membeli dalam kuantiti banyak.

"Mereka sangat agresif ketika tawar-menawar. Saya tahu mereka menjual semula pakaian itu di Malaysia pada harga jauh lebih mahal. Tapi, saya amat memahami. Kehadiran mereka juga adalah survival bisnes saya," ujarnya yang mengaku akan lembut hati apabila rakyat Malaysia cuba bercakap bahasa Thai ketika berurus niaga.

Memang benar. Mempelajari sebutan angka dan ungkapan asas seperti rar kar tho rai (berapakah harga barang ini?), lod rar kar dai mai (boleh turunkan harga sedikit?) atau dai mai, tok long (boleh tak, tolonglah) ketika merayu, pasti mendapat respons baik.

Walaupun rata-rata penjual tempatan sudah boleh bercakap bahasa Inggeris ringkas, kuasa pujukan dan kesungguhan orang Malaysia untuk cuba berkomunikasi dalam bahasa mereka sudah boleh dijadikan mukadimah persetujuan bisnes.

Industri berkembang

"Kadang-kadang, bekalan material kami yang diambil dari China juga menghadapi masalah dari segi kekangan import dan logistik selain kemantapan modal pusingan peniaga.


SEORANG pembekal pakaian sedang menunggu pemborong di sebuah pasar pakaian pagi di Bangkok.


"Tapi, berita baiknya adalah industri pembuatan pakaian di Thailand sudah bertambah maju. Kualiti pengeluar pakaian kami bertambah baik. Thailand kini giat menghasilkan produk baru dan mencetus trend fesyen terkini buat golongan muda rantau Asia Tenggara," ujar Amnuay.

Hakikatnya, selain penjual dan pembekal skala kecil dan sederhana seperti Amnuay, terdapat banyak lagi syarikat pembuat pakaian Thailand yang bukan baru dalam industri.

Ada antara syarikat tersebut sudah bertahun-tahun membekalkan item untuk pengeluar jenama besar seperti Adidas dan Nike serta gergasi fesyen seperti Channel dan Gucci.

Peluang niaga

Bagi Asye Nur Hikmet, 22, kunjungan ke Bangkok sudah menjadi rutinnya setiap kali hendak menambah semula stok pakaian untuk dijual di kedainya di BB Plaza, Kuala Lumpur. Baru sahaja memulakan bisnes butik pakaian lelaki tahun lalu bersama rakan, Asye senang menjalin jaringan perhubungan bisnes dengan kenalannya di Thailand.

"Namun, tidak semestinya saya dapatkan bekalan daripada satu sumber. Selalunya saya akan beli daripada beberapa kedai berbeza mengikut jenis produk. Makin banyak yang dibeli, makin murah harga yang diberikan," ujarnya yang aktif sebagai model sambilan.

Tambah Asye, adakalanya dia hanya perlu menelefon pihak pembekal untuk menghantar tempahan stok tersebut melalui pos. Murah dan berbaloi!

"Setakat ini kami tiada masalah dengan para pembekal Thailand. Peniaga kecil-kecilan seperti saya amat mereka senangi. Dengan menjaga budi bicara, kita mampu membina hubungan yang baik dengan mereka.

"Tentang rangkaian jualan pula, saya tidak menaikkan harga berlipat kali ganda. Cukup sekadar mendapat keuntungan sedikit kerana saya mahu pakaian jualan saya mampu dimiliki oleh golongan pembeli sasaran iaitu golongan muda," terang Asye.

Kadang-kadang terfikir juga untuk mengikut rentak bisnes seperti Amnuay dan Asye. Apatah lagi saya pernah terpandang jualan baju T di sebuah butik di Plaza Sungei Wang yang dijual pada harga RM39 sehelai.

Materialnya daripada gred bagus, bercorak cetakan timbul dan tanpa tulang jahitan sisi. Saya tidak masuk ke butik itu kerana saya sudahpun membeli baju yang sama pada harga 100 Baht (RM10) sewaktu bertandang ke Pasar Chatuchak tidak lama dahulu.

Seronok benar mereka membuat untung. Itulah bisnes!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 20 Apr 2011 07:31 PM PDT

Harian Metro: Hati


Solekan sesuai fesyen pakaian

Posted: 20 Apr 2011 09:09 AM PDT

SENTUHAN magis dan kreativiti jurumekap mampu menjadikan seseorang itu kelihatan anggun berbanding biasa.

Jika pandai menyuai padan gaya, penampilan pastinya akan lebih menyerlah dan memukau pandangan sesiapa juga.

Namun, untuk mendapatkan solekan yang menawan, kita perlu mengenal pasti terlebih dulu bentuk wajah, warna kulit, pakaian serta acara yang akan dihadiri.

Jurumekap profesional Lancome, Ismie, berkata amat mustahak untuk wanita pastikan solekan yang dikenakan sesuai dengan pakaian yang digayakan mereka.


Untuk menghadiri majlis tidak formal atau bersantai bersama teman di hujung minggu, solekan tidak perlu terlalu tebal dan sebaiknya kelihatan semula jadi.


"Tidak perlu bersolek berlebihan andai mahu bersantai bersama teman tersayang di hujung minggu.

"Paling utama, solekan haruslah tampak cantik dan kena dengan penampilan wanita itu sendiri.

"Jika tidak mengenakan solekan yang betul, wajah akan kelihatan kurang menarik selain kusam dan layu," katanya.

Selain solekan, katanya, pemilihan pakaian menarik juga perlu bersesuaian supaya ia tidak kelihatan janggal.

Blaus ringkas rona gelap seperti hitam atau biru juga mampu memberi perbezaan, sekali gus pasti menarik perhatian mata yang memandang.

Untuk menyerlahkan lagi penampilan, gaya rambut bagi yang tidak bertudung juga boleh dipelbagaikan.

Jika sudah biasa dengan gaya rambut lurus, anda juga boleh mengubah kepada gaya kerinting atau berombak.

Ikuti langkah demi langkah solekan menarik daripada Ismie untuk wanita atau remaja mencuba sendiri di rumah.

Terima kasih:

  • Ismie dan Lancome Malaysia.
  • Model:
  • Nor Adila Amil

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Aquasource lebih berkesan

    Posted: 20 Apr 2011 08:55 AM PDT

    JIKA dulu penggunaan plankton daripada sumber mata air termal sebagai bahan utama bagi memberikan lembapan pada kulit muka, kini jenama penjagaan kulit Biotherm muncul dengan bahan asas baru sebagai kandungan tambahan produknya bagi meningkatkan kesan hidrasi.

    Kebaikan plankton termal digandingkan bersama rembesan gula daripada bahagian lembut dan lembapan pokok (mannose) digunakan bagi menghasilkan Aquasource yang dikatakan dapat memberi kesan lebih baik berbanding sebelum ini.

    Mannose berperanan dalam membantu pokok untuk menyimpan air dan diperoleh melalui penahanan proses ekstrak kimia hijau yang menggunakan air terbabit sebagai pelarut yang boleh melarutkan bahan lain.

    Formulanya dijadikan matlamat utama dalam menghasilkan produk ini bagi memberikan penghidratan kepada lapisan epidermis untuk mengekalkannya dalam jangka masa panjang.


    Dalam konteks moden botani, manna merujuk kepada rembesan gula daripada pelbagai tumbuhan khususnya yang diperoleh sendiri melalui penyejatan cairan manna Ash yang diekstrak oleh kepingan kecil kulit kayu yang dipotong.


    Manna Ash atau nama saintifiknya Fraxinus ornus berasal daripada selatan Eropah dan barat daya Asia menghasilkan cairan biru hijau yang mengandungi khasiat sebagai ubat.

    Biotherm membawa keluar penemuan yang belum pernah ditemui secara klinikal dan disahkan berkesan melalui ujian vitro berbanding ejen lembapan popular lain seperti asid hyaluronic, gliserol dan urea.

    Ujian ini membuktikan ia membantu memperbaiki dan meneguhkan struktur kulit selain mengekalkan proses semula jadi hidrasi kulit sedia ada.

    Mannose juga dapat memberikan kesan pada setiap lapisan epidermis bagi membina semula bahagian atas kulit yang menghadapi masalah.

    Selain itu, ia dikatakan dapat membantu menjana semula bahagian paling dalam epidermis dengan menambahkan ketebalan sebanyak 25 peratus untuk menyimpan air dalam kulit sekali gus memberikan lembapan yang dikehendaki secara semula jadi pada kulit selama 48 jam.

    Dengan kandungan yang digunakan, Aquasource adalah generasi produk hidrasi baru yang dapat membantu pengguna mendapatkan keremajaan kulit.

    Dihasilkan untuk tiga jenis kulit iaitu kering, normal hingga kulit kombinasi dan minyak selesa dipakai kerana tidak melekit dan mudah meresap didatangkan dengan dua tekstur iaitu gel dan krim.

    Biothrem akan menyediakan rawatan kecantikan muka selama 20 minit di Isetan KLCC dan Robinson, Mid Valley khusus untuk pelanggan yang ingin mendapatkan kesan hidrasi yang lebih baik pada kulit wajah seiring dengan pelancaran Aquasource.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Komuniti Kita

    Posted: 20 Apr 2011 03:36 PM PDT

    Kosmo Online - Komuniti Kita


    Sambutan 30 tahun kecemerlangan MSU

    Posted:

    Sambutan 30 tahun kecemerlangan MSU

    Sambutan 30 tahun kecemerlangan MSU


    PARA pelajar bergambar beramai-ramai di samping logo MSU sempena sambutan 30 tahun kecemerlangan universiti tersebut di Shah Alam baru-baru ini.


    CAHAYA. Management & Science University (MSU) melalui Centre for Foundation Studies (CFS) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kerjaya Pelajar (SCD) telah menganjurkan program 'MSU Night of Light' baru-baru ini.

    Program tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti bersempena meraikan 30 tahun kecemerlangan MSU dan Kolej PTPL.

    Acara yang melibatkan penyertaan seramai 600 pelajar CFS daripada pelbagai pengkhususan pengajian telah berjaya mencipta rekod 'The Most Number of Hand-Made Lanterns'.

    Dalam acara tersebut, pelajar secara bersama-sama telah menghasilkan sejumlah 2,500 tanglung yang kemudiannya telah disusun mengikut bentuk bunga raya yang merupakan logo MSU.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Stesen minyak Petronas rai pelanggan setia

    Posted:

    Stesen minyak Petronas rai pelanggan setia

    Stesen minyak Petronas rai pelanggan setia


    SHAIDI (empat dari kiri) bersama kakitangannya meraikan pelanggan di stesen minyak Petronas Taman Pengkalan Utama, Ipoh baru-baru ini.


    DIRAI. Demi menghargai kesetiaan pelanggan, stesen minyak Petronas Taman Pengkalan Utama, Ipoh meneruskan tradisi menyediakan jamuan ringan kepada pengunjung baru-baru ini.

    Pengurusnya, Shaidi Mohd. Zin berkata, promosi yang diadakan itu diyakini mampu mengeratkan hubungan stesen minyak berkenaan bersama para pelanggan khususnya penduduk setempat.

    Katanya, sepanjang acara yang bermula pada pukul 5 petang hingga 9 malam itu, pihaknya turut menyediakan hadiah misteri kepada pelanggan bertuah.

    "Pada masa sama, kita mahu memperkenalkan produk terbaru Petronas iaitu petrol Primax 95 Extra selain bercadang meneruskan tradisi mengedarkan akhbar Kosmo! dan Kosmo! Ahad percuma pada hari tertentu," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sambutan Vaisakhi meriah di George Town

    Posted:

    Sambutan Vaisakhi meriah di George Town

    Sambutan Vaisakhi meriah di George Town


    SEKUMPULAN anak muda keturunan Sikh menyambut Vaisakhi dalam suasana penuh meriah di Wadda Gurdwara Sahib, George Town baru-baru ini.


    TRADISI. Kemeriahan menyambut hari kebesaran Vaisakhi oleh masyarakat Sikh cukup dirasai di Wadda Gurdwara Sahib, Jalan Gudwara, George Town baru-baru ini.

    Hampir 2,000 pengunjung termasuk anak-anak muda datang bagi merayakan sambutan Vaisakhi di kuil itu yang turut disajikan dengan pelbagai makanan tradisi seperti capati, dhal dan laddu.

    Selain penganut agama Sikh, kaum lain termasuk pelancong asing turut hadir dengan berpakaian warna-warni menjadikan sambutan kali ini benar-benar bercirikan 1Malaysia.

    Sambutan yang diadakan pada 14 April setiap tahun di seluruh dunia itu merupakan perayaan utama dalam kalendar Sikh sempena memperingati penubuhan Khalsa pada 1699.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Blog List