gravatar

Edisi Hiburan

Edisi Hiburan


borak kosong

Posted: 15 Apr 2011 09:04 PM PDT

borak kosong


Rela Cuci Kaki Guru Demi Lulus Ujian Nasional

Posted: 15 Apr 2011 09:00 PM PDT

TRIBUNNEWS.COM, SURYA - Ujian Nasional rupanya memang menjadi sesuatu menakutkan untuk sebagian pelajar. Demi menghadapi ujian tersebut, sejumlah persiapan, baik secara mental ataupun spiritual dilakukan.

Seperti dilakukan para pelajar Madrasah Aliyah (MA) Ash-Shomadiyah Tuban, Khamis (14/4/2011) pagi. Satu persatu pelajar MA yang terletak di Jl KH Agus Salim, Kota Tuban tersebut mengikuti 'ritual' penghormatan dengan cara membasuh kaki guru menggunakan air dari sebuah kolam kecil yang telah disediakan.

Sebelumnya, acara diawali dengan upacara di halaman sekolah. Para guru pun memberi semangat kepada spelajar dalam menghadapi Unas. Selanjutnya, barulah 'ritual' itu dimulakan.

Satu demi satu kaki para guru itu dicuci bersih dengan air oleh pelajarnya. Demikian khidmat acara itu belangsung. Para pelajar terlihat sangat tulus membasuh kaki para pendidik yang telah mengajar mereka selama ini.

Suasana menjadi haru. Beberapa guru yang kakinya dibasuh ikut menitiskan air mata. "Semoga kamu boleh menjalani Unas ini dengan baik dan sukses, ya nak. Semoga kalian menjadi orang yang sukses semuanya," ujar seorang guru ketika memeluk murid yang baru saja membasuh kakinya.

Bukan hanya guru yang terbawa dalam suasana ini. Sejumlah pelajar pun ikut menangis, terharu dengan apa yang mereka lakukan. "Saya terharu, sampai tidak kuat menahan tangis," kata Siti Yunita, salah seorang pelajar.

Mereka mengaku, sedar selama ini banyak melakukan kesalahan kepada guru. Sehingga menjelang akhir masa studi, belum pernah menyampaikan rasa terima kasih kepada orang-orang yang telah membimbingnya selama ini.

Ketua MA As-Shomadiyah, Riza Habibi berkata, kegiatan mencuci kaki guru itu merupakan bentuk simbol dan penghormatan dari para pelajar kepada gurunya. "Selain sebagai bentuk penghormatan, ini juga kegiatan pelajar untuk mohon doa restu kepada para guru menjelang pelaksanaan ujian," kata Riza.

Setelah menjalani ritual tersebut, para pelajar kemudian melanjutkan acara dengan menggelar deklarasi 'Unas Jujur'. Mereka berjanji akan melakukan Unas dengan sejujur-jujurnya tanpa ada yang meniru atau bahkan menggunakan soalan bocor.

Tak hanya itu, setelah doa bersama dan berikrar 'Unas Jujur', para pelajar dan gurupun menandatangani  deklarasi 'Unas Jujur' yang telah disediakan pihak sekolah. Bahkan, Wakapolres Tuban Kompol Yandri, perwakilan dari Dinas Pendidikan beserta para guru juga ikut tanda tangan.

"Kami sangat mendukung aksi deklarasi 'Unas Jujur' seperti ini. Sebab, yang diharapkan pemerintah mahupun semua pihak adalah ujian yang dilakukan dengan jujur sehingga hasilnya benar-benar sesuai dengan kemampuan siswa. Kami berharap, tidak akan ada lagi bocoran-bocoran soal sebagaimana yang pernah terjadi pada ujian-ujian lalu," ujar Endang Tri Media, perwakilan dari Dinas Pendidikan Tuban.

Sanggup kahwin dalam keadaan bogel untuk jimat kos pakaian

Posted: 15 Apr 2011 08:32 PM PDT

Inilah pemikiran manusia yang menganggap mereka bangsa
yang berilmu...
saya petik dari kosmo online

FELDKIRCHEN, Austria - Satu pasangan di sini berkahwin dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu, Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner memilih untuk berbogel bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang boleh diingati buat selama-lamanya.

Melanie berkata: "Kami tidak malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Ia pastinya akan menyelamatkan kos pakaian perkahwinan kami."

Dalam majlis itu, seorang pendaftar perkahwinan yang memakai pakaian menyaksikan pasangan berkenaan membaca ikrar perkahwinan.- Agensi

Pengantin belasah isteri sendiri dalam limousin

Posted: 15 Apr 2011 07:00 PM PDT

Sebab-sebab kenapa arak itu diharamkan..
saya petik dari myMetro

MELBOURNE: Mahkamah semalam menjatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 15 bulan ke atas seorang lelaki yang membelasah isterinya ketika mereka menaiki limousin menuju parti meraikan perkahwinan mereka.

Adnan Rusanovski didakwa mengasari isterinya, Ferdi, termasuk dengan menggigit wajah wanita terbabit, selain cuba mencekik dan menumbuknya sebanyak 27 kali.

Adnan, 30, melakukan kesalahan itu pada Mei tahun lalu.

Akibat kejadian itu, Ferdi, 28, mengalami kecederaan teruk dan pemandu limousin berkenaan menganggap pergaduhan itu 'lebih teruk daripada perlawanan tinju.' Pasangan itu baru berkahwin di Macedonia.

Peguam Adnan berkata, tertuduh menghidap masalah mental dan masih bergelut untuk mengubah dirinya, antara lain melalui perkahwinan.

Bagaimanapun, hujah itu ditolak hakim.

 Sebaliknya, Adnan dikatakan mabuk sebelum kejadian. Ketika ini pasangan terbabit dilaporkan bercerai. - AFP

Gila....Bunuh bayi sendiri kerana nak tumpu sukan olimpik

Posted: 15 Apr 2011 06:30 PM PDT

Ada juga manusia yang berfikiran sebegini...
saya petik dari myMetro

SYDNEY: Seorang pemain polo air berbakat Australia yang dituduh membunuh bayi perempuannya bagi membolehkan dia menumpu perhatian untuk Sukan Olimpik Sydney dihukum penjara 18 tahun, semalam.

Mahkamah mendapati Keli Lane, 35, bersalah membunuh bayinya, Tegan, pada Disember tahun lalu.

Anak itu adalah hasil hubungan Keli dengan teman lelakinya dan kehamilan itu dirahsiakan daripada semua pihak, termasuk keluarga dan rakan sepasukannya.

Dia melakukan pembunuhan itu pada September 1996.

Sambil terus mendakwa dia tidak bersalah, Keli berkata, dia menyerahkan Tegan kepada pasangannya sejurus dilahirkan dan tidak pernah menjenguknya.

Bagaimanapun, hakim Mahkamah Agung New South Wales, Anthony Whealy, mendapati Keli bertanggungjawab atas kematian Tegan.

 Kata Whealy, Keli - mewakili Australia sebagai pemain polo air junior - terdesak apabila membunuh Tegan yang sehingga kini tidak ditemui mayatnya.

"Daripada semua aspek, kes ini dilihat sebagai tragedi membabitkan ibu dan anak," katanya.

 Kata Whealy, hakikat bahawa Keli memusnahkan hubungan semula jadi di antara ibu dan anak akan terus menghantui hidupnya.

Dia kemudian menjatuhkan hukuman maksimum dan tanpa parol selama 13 tahun lima bulan.

Keli mendakwa dia menyerahkan Tegan kepada teman lelakinya sebelum mereka memutuskan hubungan tidak lama kemudian.

Namun, pendakwa berpendapat Keli membunuh anak keduanya itu kerana ia mengganggu kehidupan sosial dan kerjayanya, termasuk untuk mewakili Australia dalam Sukan Olimpik 2000.

Ketika perbicaraan, mahkamah diberitahu, Keli pernah memberi anak pertama dan ketiganya kepada pasangan lain untuk dijadikan anak angkat.

Dua lagi kehamilan berakhir dengan pengguguran. - AFP


   

Aneh, Ada Anak Kucing Mirip Anjing

Posted: 15 Apr 2011 05:00 PM PDT

YANGSHAN – Seekor kucing di Yangshan, daerah Jiangsu, China Timur, seketika menjadi terkenal setelah dia melahirkan seekor anak anjing.

Pemilik kucing tersebut, Zhou Yun, mengatakan pada awal April kelmarin kucingnya tersebut melahirkan dua anak. Namun seekor anaknya mati.

Kemudian satu ekor anaknya lagi setelah Zhou perhatikan, menyerupai anak seekor anjing.

"Saya baru menyedari kalau anak kucing saya yang masih hidup ini memiliki wajah yang menyerupai anak anjing," ujar Zhou.

Seperti yang dikutip dari Orange, Jumaat (15/4/2011), Lai Xiaoyun, Ketua Klinik Haiwan Pemerintah, mendatangi rumah Zhou dan memeriksa anak kucing yang menyerupai anjing itu.

"Kucing dan anjing adalah dua spesies yang berbeza sehingga tidak mungkin untuk memiliki keturunan bersama," ujar Lai.

Sumber :http://www.okezone.com/

Macamni punya majlis perkahwinan pun ada

Posted: 15 Apr 2011 11:01 AM PDT







sanggup di permalukan..

Pondan ditugas untuk kutip hutang di Pakistan

Posted: 15 Apr 2011 10:01 AM PDT


KARACHI – Terlambat membayar hutang mungkin anda akan mendapat surat peringatan. Namun di Karachi, kota terbesar di Pakistan, anda akan bertemu dengan penagih hutang transgender.

Sebagai langkah Pemerintah Pakistan untuk mengatasi meningkatnya penghindaran hutang, petugas hutang di Karachi memanfaatkan Riffee, seorang transgender, dan rakan-rakannya sebagai penagih hutang. Riffee dan rakannya akan mendatangi rumah atau tempat usaha penunggak hutang, tujuannya untuk mempermalukan para penunggak hutang hingga akhirnya mahu membayar.

Riffee dan dua rakannya, Sana dan Kohan, secara fizik adalah laki-laki, namun mereka lebih suka dipanggil dan berpakaian seperti wanita. Tugas mereka cukup sederhana, setiap pagi mereka ke tempat kerja dan mengambil daftar penunggak hutang. Satu per satu mereka mendatangi rumah atau pejabat penunggak hutang. Lalu menggoda dan membuat keributan agar orang yang mereka datangi mahu membayar pajak.

Namun demikian, belum jelas apakah taktik tersebut cukup efektif, tapi para petugas pajak bersikeras kalau tidak efektif mereka tidak akan mungkin melakukannya.

"Kehadiran mereka boleh membuat malu penunggak hutang," ujar inspektor hutang Hussein Bhatti seperti dikutip CNN, Jumaat (15/4/2011).

Di negara dimana banyak yang mengatakan pengadilan lemah dan polis boleh disuap, Riffee dan teman-temannya boleh menjadi upaya terakhir, meskipun tidak biasa.

Sumber :http://www.okezone.com/

Wanita Melahirkan Bayi Berwajah Katak Di Haiti

Posted: 15 Apr 2011 09:45 AM PDT

Seorang wanita Haiti melahirkan bayi berwajah katak di hospital Francisco Gonzalvo. Tubuh kecil itu manusia, tapi wajah, mulut, telinga, kepala, leher, menyerupai katak atau kodok.

 Seperti dilapor Ensegundos, Ibu dari fenomena aneh tersebut bernama Tossent Luis, 20 tahun, dari San Pedro de Macoris ke La Romana tiba di rumah sakit dengan tanda-tanda lahir dan dibawa ke ruang bersalin melahirkan selama setengah jam.

 Kelahiran anak ini segera membangkitkan rasa ingin tahu doktor dan jururawat di hospital tersebut.

 Setelah rumor beredar ratusan orang berkumpul di hospital untuk menelusuri dan menemukan kes yang jarang terjadi.

 Kes kelahiran bayi berwajah katak ini juga pernah terjadi di Nepal pada bulan Juni 2009, namun bayi itu tidak memiliki leher dan memiliki bola mata yang besar hampir keluar dari selaput matanya. Menurut para doktor, bayi itu mengalami penyakit yang disebut anencephaly, sebuah penyakit kerusakan tabung syaraf dan tidak lengkapnya perkembangan otak. Janin di dalam kandungan berkembang tanpa tengkorak kepala bahagian atas dan tabung saraf. Bayi yang mengalami keadaan ini dipastikan akan segera meninggal ketika dilahirkan. Penyakit ini juga disebut sebagai penyebab bayi Cyclop (lahir dengan satu mata).

Suami Cemburu, Pipi Isteri ‘Diukir’

Posted: 15 Apr 2011 08:00 AM PDT

INILAH.COM, Beijing – Seorang lelaki China yang cemburu  pada sang isteri, tega menyerang perempuan malang itu dan 'mengukir' pipinya dengan kata-kata tak pantas.

Insiden yang ramai di kalangan pengguna internet China ini, mulanya diberitakan oleh web China Hush. Menurut web itu, Wei Shengxiong dan Xiaowei telah menikah sejak 2006. Mereka bertengkar kerana Wei curiga isterinya berlaku curang.

Pada pagi hari, 30 March lalu, pertengkaran pasangan yang memiliki dua orang anak itu semakin buruk. Wei memutuskan untuk membuat isterinya 'cacat' kerana merasa marah. "Ia juga ingin membuat isetrinya jelek, sehingga takkan dicintai lelaki lain dan tak berselingkuh."

Setelah mengikat dan menuliskan kata-kata China di pipi isterinya, Wei menggosokkan abu ke atas luka itu sehingga takkan hilang seperti tato. Jika terjemahkan secara kasar, huruf China yang ia tuliskan bererti 'murahan'.

"Saya hanya ingin bercerai dan melakukan pembedahan plastik. Wajah saya rosak dan harus mengenakan topeng jika keluar rumah," ujar perempuan itu. Namun di pengadilan, Wei memiliki pengakuan yang berbeza.

Menurut polis, Wei memberikan beberapa pilihan bagi Wei untuk bertanggung jawab atas perselingkuhannya. Pertama, Xiaowei harus  tinggal di rumah merawat anak mereka, serta tak perlu bekerja.

Kedua, selingkuhan Xiaowei harus membayar sejuta yuan kepada Wei. Ketiga, mereka semua pergi ke pengadilan. Terakhir, Wei membuat isterinya cacat dan mematahkan kakinya. Wei memberi tahu kepada polis, isterinya memilih dibuat cacat.

Apakah lori begini boleh mengatasi masalah parking?

Posted: 15 Apr 2011 07:00 AM PDT

image

Adakah dengan mereka bentuk lori yang boleh dibengkokkan boleh mengatasi masalah meletakan kenderaan berat ini?Kalau betullah memang canggih...

Cara sadis binatang memelihara anak

Posted: 15 Apr 2011 06:00 AM PDT

1. Kumbang Penggali (Burying Beetle)
 Ibu kumbang akan memberi makan setiap anak-anaknya, satu per satu. Namun ketika jumlah makanan habis, maka anak terakhir bukan hanya tidak mendapat makanan, namun juga akan dimakan hidup-hidup oleh ibunya.

Kumbang Penggali biasanya tinggal di dalam bangkai tikus. Dan ibu Kumbang selalu bertelur dengan jumlah lebih banyak dari jumlah makanan yang ada (bangkai tikus) maka untuk meningkatkan kesempatan bertumbuh yang lebih besar bagi semua keluarga, jumlah anak harus dicukupkan dengan jumlah makanan, bukan sebaliknya.


2. Panda
 Ibu Panda hanya akan memelihara satu anak, jika dia memiliki lebih dari satu, maka yang lainnya akan ditinggal begitu saja di alam liar. Sementara 'anak kesayangannya' tumbuh sihat dengan  makanan yang cukup, sedangkan anak yang lainnya akan kurus kering tak berdaya.

Ibu Panda memang tidak mungkin menyediakan makanan untuk anak yang kedua atau setelahnya, jadi selama 8-9 bulan pertama (setelah itu anak panda boleh mencari makanan sendiri), anak-anak panda yang tidak dapat makanan cukup (termasuk ASI) harus bertahan hidup sendiri, jika tidak boleh pastilah mereka akan mati.


3. Hamster


Ibu Hamster sering memkan anaknya sendiri. Ibu Hamster biasa melahirkan beberapa anak, jika ada anak yang tidak sempurna (cacat) atau dianggap tidak lulus 'quality control' akan dimakan hidup-hidup, boleh juga disebabkan jika jumlah makanan yang tersedia dianggap kurang untuk memenuhi keperluan dirinya dan anak-anaknya.


4. Helang Hitam
Ibu helang biasanya membiarkan ketika anak-anaknya bermain-main di sarangnya, walaupun sering kali permainan itu boleh mengakibatkan kematian bagi salah satu anaknya.

Jumlah makanan yang tersedia terkadang tidaklah banyak, dan sulit didapat. Maka dari itu ibu Elang membiarkan permainan berbahaya ini, sebagai ujian agar, anak-anak yang kuatlah yang akan bertahan.

[Pelik] Restoran penis binatang di China

Posted: 15 Apr 2011 05:00 AM PDT

Restoran bernama 'Guolizhuang Restaurant', restoran China yang berlokasi di Beijing , China ini memang sungguh istimewa. Keistimewaan restoran ini adalah menyajikan menu berbagai macam penis dan testis binatang untuk kesihatan.

 Di Beijing sendiri ada 4 cawangan dan di luar negeri dibuka masing-masing satu di Atlanta dan Georgia , di daerah Chinatown .

 Daftar menu yang  berbagai macam santapan penis dan testis binatang. Didalam daftar tercantum lebih dari 30 macam penis berbagai binatang. Dan khusus untuk tamu istimewa, disediakan pula menu penis yang lain. Masakan penis lembu jantan yang dipercaya boleh meningkatkan 'kejantanan', disajikan dalam bentuk sayatan berbentuk bintang agar menarik. Lain lagi penyajian sate penis domba (biri-biri) yang diberi bumbu mayonnaise dan keju manis, disuguhkan diatas daun slada.

Penis juga sering dicelupkan ke dalam sos kicap atau ke dalam sos panas. Untuk wanita, makan penis dipercaya bagus untuk kulit.

 penis domba (biri-biri) 
 Penis keledai disajikan di atas daun salad. Bagi para tamu China , tujuan makan organ sex binatang adalah untuk memulihkan libido.

penis keldai
 Di restoran Guolizhuang ini, pelanggan boleh  juga memesan janin rusa dan janin biri-biri. [posmetrobatam]

Makan Besar Ala Orang Arab (Dijamin Kenyang Tujuh Keturunan)

Posted: 15 Apr 2011 04:00 AM PDT

image


image

Wow...Gaun Pengantin Dihiasi Dengan 99.999 Mutiara

Posted: 15 Apr 2011 03:00 AM PDT

VIVAnews - Gaun pengantin bertahta mutiara sudah lumrah. Tetapi bagaimana jika jumlah mutiaranya mencapai 99.999 buah. Peng Yu, lelaki asal China, menghabiskan waktu satu tahun menghias gaun pengantinnya demi membuat tunangannya teruja.

Nombor sembilan dia pilih kerana dalam bahasa China memiliki pengucapan yang sama dengan 'jangka panjang atau selamanya'.

Ia mempersembahkan gaun tersebut untuk tunangannya, Yang Pingzhi, sebagai gambaran bahawa cintanya abadi. Ia sukses membuat tunangannya tersentuh saat pernikahan 12 April 2011 lalu.


Untuk membuat gaun tersebut, Peng Yu mendatangi perusahaan pembuat mutiara di Beihai,daerah Guangxi, bahagian China Selatan. "Dua tahun lalu, ketika Yang setuju menikah denganku, aku mulai berfikir kejutan apa yang akan aku berikan padanya," kata Peng Yu, seperti dikutip dari orange.co.uk.


Peng lalu memutuskan membuat gaun pernikahan istimewa Ia meminta bantuan perancang busana pengantin asal Hongkong untuk membuat gaun dan membeli 99.999 mutiara asli untuk menghiasinya.


Ia menjahit ribuan mutiara tersebut dengan bantuan tujuh orang teman-temannya. Dibutuhkan satu tahun untuk menyelesaikannya. Dengan hiasan  mutiara sebanyak itu, berat gaun mencapai sembilan kilogram.

Berseteru di Pengadilan Gara-gara Tanah 12.7 Sentimeter

Posted: 15 Apr 2011 02:30 AM PDT

Pagar batas rumah antara Ian Chrisholm-Teresa dan David Roberts-Lorraine Foreman.

TEMPO Interaktif, London - Setelah dua hari bersidang, Pengadilan Torquay and Newton Abbot, Inggris, kelmarin memenangkan tuntutan keluarga David Roberts-Lorraine Foreman terhadap pasangan Ian Chrisholm-Teresa.

Hakim memutuskan pagar pembatas di antara kedua rumah mereka harus dirobohkan paling lambat awal bulan depan. Chrisholm juga diwajibkan membayar kos persidangan 20 ribu pound sterling.

Chrisholm dan Teresa, yang sudah lanjut usia, mengaku sangat terpukul atas keputusan pengadilan itu. "Saya tidak tahu bagaimana kami membayarnya. Kami mungkin bakal menjual rumah kami," kata Chrisholm.

Kes ini disebabkan oleh pagar batas yang dianggap oleh pihak yang menuntut menceroboh tanah mereka sejauh 12,7 sentimeter. Roberts juga menilai tembok setinggi hampir dua meter itu juga menghalangi pandangan mereka ketika keluar-masuk kereta. "Saya fikir itu tindakan sangat pengecut dengan tanpa berbincang dan kesepakatan," ujarnya.

Namun Chrisholm mengaku pagar itu terpaksa dibangun lantaran isterinya merasa terancam dengan Roberts. Klaim ini dibantah oleh Roberts.

“Ayah & Ibu kandungku Ternyata Adik-Beradik”

Posted: 15 Apr 2011 01:00 AM PDT

RIMANEWS- Hati siapa yang tak tercabik-cabik mengetahui kedua orangtuanya ternyata adalah saudara kandung.Begitulah yang terjadi dengan Teresa Weiler yang kalut melihat data yang menyebut orangtuanya memiliki hubungan darah. Ayah dan ibunya ternyata saudara kandung. Ia seolah mendapat jawaban atas keadaan fiziknya yang sangat lemah.

Teresa yang kala itu berusia 20 tahun memiliki keyakinan bahawa pernikahan terlarang orangtuanya menjadi penyebab cacat genetik di tubuhnya. Cacat yang membuat masalah kesihatan dan kejiwaan sejak kecil.

Teresa Weiler (The Sun)

Wanita itu sengaja mencari tahu identiti orangtuanya untuk melihat riwayat genetiknya. Maklum, setelah lahir ia ditinggal ibu kandungnya di hospital Dan setelah tiga tahun menghuni pusat asuhan di Brentwood, Essex, ia menjadi anak kepada sebuah keluarga angkat, Terence dan Truda Weiler.

Dalam keluarga angkatnya yang harmonis, Teresa menghabiskan masa-masa kanak-kanaknya dengan bahagia bersama saudara tiri. Hanya, selama membesar sejumlah gangguan kesihatan muncul.

Di usia remaja ia didiagnosis menderita osteorathiritis. "Saya senang bermain hockey. Bahkan sempat mengikuti pertandiangan peringkat daerah Namun saat umur 17 tahun, tempurung lutut kanan saya hancur ketika dalam sebuah pertandingan. Saya harus menjalani pembedahan," katanya, seperti dikutip The Sun.

Selama 30 tahun ia menyimpan rahsia orangtua  Psikologis terganggu, terutama dalam pergaulan. Ia menjaga jarak terhadap teman laki-laki. Ia akan berfikir berulang kali ketika ingin dikasihi.

"Saya single. Walaupun saya tetap bahagia dengan pekerjaan dan hidup, saya tetap merasa telah mengorbankan sebahagian besar kehidupan kerana orangtua saya," kata wanita yang kini berusia 52 tahun.

Masalah itu juga membuatnya tak boleh memiliki anak. Selain fizik lemah, dia takut melakukan program kehamilan lantaran khuatir menurunkan masalah genetik kepada anaknya nanti. "Saya memutuskan untuk tidak menjadi seorang ibu," ujar wanita yang kini bekerja sebagai pengurus taman kanak-kanak.

Membesar di tengah keluarga beragama, nilai-nilai agama Katolik begitu ketat diterapkan. Jelas, perkahwinan antara kakak dan adik bertentangan dengan agamanya. Tak hanya soal kesihatan, ini juga membuatnya merasa kotor dan sakit.

Ia merasa terpukul. Ia memarah ibunya yang sanggup meninggalkannya di hospital setelah kelahiran. Namun di balik rasa sakit hati, ia sempat menemui ibunya walau hanya 20 minit. "Ketika itu, ia lalu meninggalkan nombor telefon. Namun, ketika saya hubungi, tidak boleh. Sejak itu kami tak pernah berhubung lagi."

Aneh… Telur Ayam Itu Tumbuh Ekor

Posted: 15 Apr 2011 12:00 AM PDT

TOLITOLI- Ada yang istimewa dengan telur ayam satu ini. Di bahagian hujung telur terdapat kulit menjulur seperti ekor.

Telur yang dimiliki Saleh Lasing, warga Desa Tende, Kecamatan Galang, Tolitoli, itu kini menjadi perhatian penduduk sekitar.

Sejak telur itu keluar dari ibu ayam kampung, Rabu kelmarin, penduduk tak henti-hentinya mendatangi rumahnya untuk melihat langsung keanehan telur berwarna coklat keputihan tersebut. Mereka yang berkunjung akan mengabadikan telur tersebut.

Saleh, Khamis (14/4/2011) menceritakan, saat hendak melaksanakan solat Maghrib, dia dikejutkan dengan suara ayam berkokok dalam bilik tidurnya.

Setelah ditengok, Saleh terkejut dan mendapati sudah ada seekor ayam di atas tempat tidurnya. Tak lama kemudian Saleh melihat ayam tersebut mengeluarkan beberapa telur ayam. Namun salah satunya berbeza dibanding lainnya, yakni muncul ekor di hujungnya.

Kerana dianggap unik, bapak dua anak ini menyimpan telur tersebut dalam toples untuk dijadikan hiasan dalam rumahnya. Saleh tak berniat untuk menjual telur ini meskipun ramai yang sudah menawarnya.

Sumber :http://www.okezone.com/

Tersangkut di Jendela, Seorang Wanita Mati Lemas

Posted: 14 Apr 2011 11:00 PM PDT

LEBANON – Seorang suami dari Ohio, Amerika Syarikat (AS) terkejut ketika pulang ke rumah kerana menemukan isterinya terhimpit di jendela di ruang bawah tanah.

David Kline menemukan tubuh isterinya Ester (44), tanpa ada denyut nadi dan langsung menghubungi petugas kecemasan untuk meminta pertolongan.
 Petugas mensyaki Ester terjebak di luar rumah kerana sebelumnya dia mengirimkan SMS kepada suaminya mengenai kunci  yang tidak ada.Dia cuba memasuki rumah melalui ruang itu.

"Jendela tersebut sangat sempit, lebarnya hanya 1 meter dan panjangnya kira-kira hanya 0,4 meter, sangat sempit bagi badan manusia untuk boleh masuk," ujar Kline.

"Saya mendapatkan tubuh isteri saya tergantung, sebagian tubuhnya tergantung di jendela, dan pada ketika itu juga saya dapat menjangka bahawasanya istrei saya telah meninggal." Lanjut Kline, seperti dilansirAssociated Press, Khamis (14/4/2011).

Ester terperangkap ketika dia mencuba melalui jendela dan ada bekas kasut di tembok yang menunjukkan dia tengah mencuba memaksakan diri agar boleh masuk ke dalam rumah.

Disyaki wanita tersebut tergantung di jendela selama 9 jam, sehingga dia sulit untuk bernafas. Pihak polis pun memastikan bahawa kematian isteri Kline ini merupakan sebuah kecelakaan.

Sumber :http://www.okezone.com/

Pasangan minta restu hubungan mereka di Facebook kerana perbezaan umur

Posted: 14 Apr 2011 10:00 PM PDT

TRIBUNNEWS.COM - Pasangan ini yang boleh dikatakan aneh dan dikatakan juga hanya sekadar cari sensasi saja. Kerana si perempuan yang bernama Audrey berumur 47 tahun sedangkan Mark Tan baru berusia 23 tahun.

Pasangan ini mencari sokongan secara online agar hubungan mereka direstui. Kerana keluarga kedua belah pihak melarang hubungan cinta disebabkan perbezaan umur yang sangat jauh. Halaman Facebook ini diberi nama Calling out for Blessings - Spread to your friends  sudah mendapat 3.500 likes dan ratusan komentar.

Mereka meminta agar hubungan mereka direstui dan bahkan menyampaikan pesan itu melalui video di YouTube. Mereka berdua bahkan sudah memiliki laman websendiri, www.markandaudreysbigday.com, dan mulai menghitung hari 15 April di mana mereka berdua akan segera melangsungkan pesta pernikahan.

Sumber: Facebook

aReaL&Celebrity

Posted: 15 Apr 2011 09:04 PM PDT

aReaL&Celebrity


Takziah.... Raja Ibrahim Raja Mansor Meninggal Dunia...!!!

Posted: 15 Apr 2011 05:58 AM PDT

Salam Buat Semua,Takziah Diucapkan Kepada Pelakon, Raja Ema Yang Telah Kehilangan Bapa Tercinta Pagi Semalam, Allahyarham Raja Ibrahim Raja Mansor, Suami Kepada Allahyarham Yusni Jaafar Juga Merupakan Seorang Penyanyi Dan Pelakon Popular Di Tahun 80an..



Diharap Raja Ema Dapat Bersabar Menghadapi Dugaan Yang Menimpa, Al-Fatihah Buat Allahyarham Raja Ibrahim Raja Mansor...!!! Amin...!!!

PETALING JAYA 14 April - Penyanyi dan pelakon popular 1980-an, Raja Ema kehilangan bapanya, Raja Ibrahim Raja Mansor yang meninggal dunia kerana sakit jantung di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) di sini pagi ini.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Angan- angan berusia 42 tahun itu, bapanya meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi tadi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di pusat perubatan tersebut.

Bapa saya dimasukkan ke PPUM pada 6 April lalu kerana mengalami tekanan darah rendah. Dia mula mengalami masalah jantung sejak enam bulan lalu dan keadaan kesihatannya mula terjejas sejak dua bulan lalu.

Keadaan jantungnya semakin membimbangkan sehingga pembedahan pintasan jantung terpaksa dijalankan pada pukul 4 petang semalam yang mengambil masa hampir 12 jam. Selepas itu, ayah diberi alat bantuan sokongan hayat.

Selepas bergantung kepada alat tersebut, ayah meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi tadi,katanya kepada Utusan Malaysia sewaktu ditemui sebelum solat jenazah diadakan di Masjid Subang Jaya, Seksyen 15 di sini.

Raja Ibrahim, 73, meninggalkan lima orang anak, Raja Iskandar, Raja Ema, Raja Izat, Raja Emey dan Raja Irna serta sembilan cucu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 Subang Jaya selepas Zohor .

Allahyarham juga merupakan suami kepada aktres komedi popular, Allahyarham Yusni Jaafar yang meninggal dunia tiga tahun lepas.


Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Utusan Online - Hiburan

Posted: 15 Apr 2011 04:19 PM PDT

Utusan Online - Hiburan


The Crow milik Bradley?

Posted:

[unable to retrieve full-text content]Filem lakonannya seperti The Hangover, He's Just Not That Into You, The A-Team dan Valentine's Day semuanya mendapat sambutan menggalakkan sekali gus melonjakkan lagi popularitinya.

Sidek Hussin niaga koleksi antik

Posted:

[unable to retrieve full-text content]Di Ipoh, beliau akan menuju ke Pasar Pagi (Memory Lane) kerana di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai itu, Sidek ada tapak perniagaan barang-barang antik dan terpakai.

Celebrity News

Posted: 15 Apr 2011 03:39 PM PDT

Celebrity News


KRU TV dalam web tonton !!

Posted: 15 Apr 2011 12:55 PM PDT

Memang menakjubkan sebab KRU sekali lagi mendahului syarikat lain dalam arena industri hiburan kerana tanpil dengan channel tersendiri yakni KRU TV. Untuk pengetahuan anda di ZoOmartis dan Facebook rancangan KRU TV boleh ditonton melalui laman web www.tonton.com.my.



Selain menyiarkan filem-filem terbitan KRU, saluran itu juga memaparkan program-program hiburan seperti KRU Paparazzi, KRU Jukebox, KRU The Making of, KRU 24/7, KRU Anime, KRU Blockbuster, Extravaganza, selain drama bersiri dalam format Webisode tidak lama lagi.


Sejak mula bersiaran pada Januari lalu, KRU TV berada di tangga kelima daripada 13 saluran web tv yang disiarkan dalam Tonton.
Tonton merupakan stesen televisyen web yang diperkenalkan oleh Alt Media Sdn Bhd bermula 6 Ogos 2010.




ZOOM : Tabik Spring dekat KRU !! Apa Pula Kata ANda ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Norman Dan Memey Kena Waran Tangkap !!

Posted: 15 Apr 2011 12:48 PM PDT


Hurmm No Komen !!! baca je la news ni..nak buat macam mana sendiri cari penyakit tak nak pergi mahkamah. 


Norman2...Meymey2....!!!


KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap ekoran kegagalan mereka untuk menghadiri prosiding kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jumaat.


Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.
Peguam syarie Munirah A Bakar yang menyebut bagi pihak Fakhrul Azman Abu Hassan yang sedang berada di luar negara terlebih dahulu memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada Norman.



"Norman memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir kerana sakit manakala Suhaiza Suhaimi (Memey) berada di luar kawasan," katanya.


Bagaimanapun, tiada sebarang sijil cuti sakit dikemukakan di mahkamah.
Perbicaraan kes khalwat Norman dan Memey telah berjalan selama dua tahun akhirnya menampakkan tanda-tanda akan berakhir apabila Salehan menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes tersebut.
Beliau juga menetapkan 20 Mei ini untuk peguam syarie membalas hujahan pihak pendakwaan yang difailkan pada Jumaat, manakala pihak pendakwaan dijadualkan menggulung hujah mereka pada 20 Jun depan.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, 23, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini.


Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008.
Pendakwaan terhadap Norman dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey dituduh mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.


Mereka yang didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 20 Januari 2009 kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Untuk membuktikan pertuduhan tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan tujuh saksi pendakwaan.
Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Hasrul Hafizsi Ahmad Kamal.

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Nurul Akademi Fantasia 2 Bernikah 28 Mei 2011

Posted: 15 Apr 2011 12:38 PM PDT

ZoOM mewakili pembaca dan Fans ucapkan tahniah  kerana akan berkahwin dan bukannya hanya kahwin dulu baru nikah. Silap haribulan kena tangkap kering siapa yang susah maklum sajalah artis ni pantang buat silap sikit semua mata memandang. 



Penyanyi Nurullah Abdul Hamid (Nurul), 29, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2) bakal bernikah pada 28 Mei ini dengan pensyarah, Mohd Munzil Muhamad, 28, di rumah Nurul di Petrajaya, Kuching.



Kedua-dua mempelai akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi sehari selepas itu di sebuah dewan di Kuching dengan konsep perkahwinan dalam taman bertemakan warna hitam-merah.
Sementara majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung di De Palma Hotel Ampang, pada 3 Jun depan.


ZOOM : Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.





Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Gossip Gambar Dayang Berpeluk Marcell

Posted: 15 Apr 2011 12:29 PM PDT

Sebenarnya ini gambar lama yang ZoOM jumpa daripada laman blog yang ZoOm Lawat pagi-pagi buta ni, mata tak nak tidur. Terkejut juga bila tengok gambar-gambar ini, sekali pandang minah manalah yang berpeluk sakan dengan suami orang bernama Marcell ni.

Untuk makluman anda di ZoOmartis jantan ini bernama Marcell dan sudah berkahwin dengan Rima Melati Adams seorang bekas finalist Miss Singapore Universe 2001. Dan gambar ini menurut info diambil di Hard Rock Kuala Lumpur semasa showcase album single Dayang.

Namun persoalannya perlukah berpeluk sedemikian rupa ? Tepuk dada ...kita tunggu jiwa !! Tunggu..Cob Cite Cob Citer ( Tangan Usop Wilcha ).

Lagi Gambar di Bawah :








Notes : Tapi ZoOm semasa belajar di Sarawak pernah terserempak dengan Dayang, memang seksi especially masa dia menyanyi bila IPT ZoOm buat event dekat Waterfront Kuching.
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Hattan Bawa 10 Pekerja Mengerjakan Umrah

Posted: 14 Apr 2011 07:17 PM PDT

Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki abang Hattan kita yang bermurah hati membawa 10 pekerja beliau mengerjakan umrah pada pertengahan Jun depan. Ia sebagai tanda terima kasih beliau kepada pekerja-pekerja beliau yang bertungkus lumus menaikkan nama syarikatnya yakni Ria Event Sdn Bhd.

 Jarang-jarang kita dengan seorang pemilik membawa pekerja mengerjakan umrah, sebab yang selalu ZoOM dengar "Owner" suka bawa pergi Bali, Phuket, Singapore dll. Mungkin inilah kelainan yang ada pada abang Hattan kita yang bermurah hati, sebab setahu ZoOM nak pergi umrah banyak kos yang perlu dikeluarkan.

Gambar Hiasan : Abang Amy Search Semasa Mengerjakan Umrah

ZoOM : Apa Pula Kata Anda Di ZoOmartis Dot Net @ Facebook ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Berita Harian: Hip

Posted: 15 Apr 2011 11:20 AM PDT

Berita Harian: Hip


Cinta baru Maya?

Posted: 14 Apr 2011 04:11 PM PDT

Hip

Selepas asyik dikaitkan dengan Remy Ishak, kali ini beralih kepada Farid pula

SELEPAS sekian lama asyik digandingkan atau dikaitkan dengan Remy Ishak, Maya Karin beralih angin bertukar pasangan baru pula. Kali ini dengan Farid Kamil.

Sebagai orang berpengalaman, tidak sukar untuk Maya membina keserasian dengan Farid. Kemesraannya terserlah. Ini semua adalah untuk menghayati watak sebagai Katerina dalam filem terbarunya, Lagenda Budak Setan 2: Katerina. Tapi bagi Maya, ini bukan pertama kali digandingkan dengan Farid. Kali pertama mereka ditemukan menerusi filem Anak Halal.

Katerina sepatutnya dilakonkan oleh Nur Fazura. Tetapi entah apa yang berlaku pada pelakon itu, watak Katerina dibawakan oleh Maya. Tapi Maya enggan mengulas lanjut kenapa dia dipilih menggantikan tempat Nur Fazura.

Katerina cukup istimewa

SEPERTI dijanjikan, Tarantella Pictures dan Astro Shaw meneruskan trilogi Lagenda Budak Setan (LBS) yang sebelum ini meraih kutipan hingga RM4.6 juta dengan LBS 2: Katerina bersama plot lebih padat, mendebarkan dan sarat air mata.
Sehebat garapan terdahulu yang diangkat daripada novel tulisan Ahadiat Akashah, kali ini rasa cinta Kasyah yang masih kuat terhadap Ayu terus diuji dengan kemunculan Katerina atau Kate apabila mereka dipertemukan tanpa sengaja selepas bertahun terpisah.

Selain Farid Kamil sebagai Kasya, sudah pasti tumpuan utama khalayak terarah kepada Maya Karin yang menggantikan Nur Fazura memegang peranan sebagai Kate apatah lagi sebelum ini pelakon asal dikatakan cukup menyerlah.

Enggan membiarkan komen ramai mengganggu tumpuan di lokasi, wanita berdarah campuran Melayu-Jerman itu hanya tersenyum tatkala diajukan isu berkenaan namun cukup berhati-hati menyusun kata meminta penonton menilai kemampuannya selepas melihat hasilnya.

Sebagai pelakon, Maya akui dia memberikan seluruh jiwa untuk menjadi seperti Katerina iaitu gadis berjiwa kental yang mendambakan kasih Kasyah. Malahan malah kepercayaan pengarah, Sharad Sharan memberi amanah itu kepadanya dianggap sebagai cabaran untuk disahut.

"Saya pernah bekerja dengan Sharad dalam filem Ombak Rindu yang juga diadaptasi daripada novel penuh air mata, cuma ketika itu dia produser dan saya memang teringin bekerja di bawah arahannya selepas melihat sentuhannya dalam LBS.

"Daripada Sharad, dia mahu melihat Katerina yang baru selepas melalui transformasi kehidupan dan secara total Kate yang dibawakan Fazura tidak mungkin sama dengan perwatakan Kate yang dizahirkan saya nanti," katanya.

Baginya tidak sukar menterjemah keperitan yang dilalui Kate apabila dia turut mencedok pengalaman bercinta yang pernah dialaminya sejak zaman belasan tahun hingga kini kerana yakin setiap insan pasti melalui suka duka di alam percintaan.

Namun ketika ditanya sama ada dia meletakkan kesepian Kate seperti yang dirasai kini - solo dan hidup sendirian tanpa insan bergelar suami - dengan pantas Maya mengelak seterusnya mengakui dia masih ceria dikelilingi ramai teman dan keluarga tercinta.

Pada masa sama masih merahsiakan perjalanan kisah yang menimpa Kate bersama Kasyah, akui Maya dirinya juga merasa bertuah dapat bergandingan semula dengan hero dalam Anak Halal, Farid.

"Ya ini ibarat pertemuan semula kami. Keserasian memang sudah ada namun biar siapa pun teman gandingan kita, pelakon yang baik sewajarnya tidak punya masalah untuk beraksi. Cuma bonus jika kita lebih dulu mengenali siapa pasangan kita," katanya lagi yang masih sempat mencuri masa menyiapkan album baru di bawah kendalian Audi Mok.

Menyentuh lagi soal filem, tatkala ditanya ada di antara lakonannya yang bagus dan mendapat maklum balas positif pengkritik namun kurang meraih kutipan, air mukanya berubah tetapi dia tidak cepat melatah sebaliknya melihat perkara itu dari sisi putih.

"Sebagai pelakon kita sudah melakukan yang terbaik, begitu juga pengarah, penulis skrip dan semua yang terbabit dalam filem itu. Jika hasilnya dan impaknya juga bagus tetapi kutipan tidak seberapa, tentu ada kurangnya yang mungkin boleh diperhalusi syarikat penerbitan.

"Namun komitmen saya tidak akan terhenti selepas penggambaran tamat. Jika diperlukan saya akan turun padang memenuhi undangan fotografi malah sedia bertemu penonton untuk promosi bergerak," katanya yang sememangnya mempunyai hubungan baik dengan wakil media apabila jarang berkata tidak untuk sesi fotografi.

Ketepikan perasaan ego lelaki

Farid turut merasai debaran berganda apabila sejajar perubahan masa, diri Kasyah digambarkan lebih matang malah kali ini jejaka dambaan Ayu dan Kate itu sudah punya cahaya mata tunggal bernama Athirah yang berusia enam bulan.

Secara jujur akui anak muda tinggi lampai itu, beraksi bersama bayi sekecil itu antara cabaran besar sepanjang 35 hari berada di lokasi tetapi pada masa sama situasi yang ada kalanya sukar dijangka menjadikan dirinya lebih penyabar dan bertanggungjawab.

"Walaupun bukan setiap hari bersama, Athirah cukup istimewa malah secara tidak langsung bayi itu mendewasakan saya. Siapa ibunya atau bagaimana kesudahan LBS 2: Katerina itu nanti, biarlah ia hanya dapat diketahui penonton.

"Berbanding watak Kasyah dulu, LBS 2 menonjolkan kredibilitinya sebagai seorang lelaki penuh sifat kematangan, bapa penyayang selain tentu saja bakal berdepan dilema sekali lagi yang membuatkannya berada di persimpangan," akui pelakon yang juga pengarah muda itu.

Tambah pengarah filem Kongsi itu lagi, paling menyukarkan apabila kebanyakan babak membabitkan adegan menangis apatah lagi sebagai lelaki antara ego yang sukar ditepis adalah mengalirkan air mata apatah lagi di depan lelaki lain!

"Memang susah menangis berturut-turut. Sekali pun hanya lakonan, bayangkan di depan saya ada ramai krew lelaki. Sebagai kaum Adam, kita tidak mampu mengenepikan rasa malu untuk menangis tetapi syukur, jiwa yang sarat dengan emosi Kasyah membuatkan babak sukar menjadi mudah," katanya.

Sudah lama tunggu Maya

Sharad sememangnya mengimpikan Maya membawakan watak Kate untuk trilogi ini tetapi menafikan wujud pertelingkahan atau masalah dengan Nur Fazura sebaliknya menegaskan darah campuran selain perubahan kematangan Kate tepat diajukan untuk Maya Karin.

"Saya sudah nampak kelebihan Maya Karin sejak Ombak Rindu lagi dan sebaik saja merancang menerbitkan trilogi LBS, namanya terus dalam kepala saya. Kali ini watak Katerina lebih dominan yang pastinya satu cabaran besar buat Maya untuk menggalas tanggungjawab ini.

"Saya pasti pengikut novel serta LBS terdahulu tidak akan kecewa. Saya sendiri sudah nampak keistimewaan trilogi ini dengan plot yang sarat, penuh dengan air mata selain sinematografi yang cukup cantik hasil jurukamera berpengalaman yang diterbangkan dari London, Mike," katanya.

LBS 2: Katerina yang dijadualkan menjalani penggambaran selama 40 hari mengambil Kuala Lumpur sebagai lokasi utama selain Pulau Langkawi dan Bhutan, India yang juga menjadi destinasi pertemuan semula antara Kasyah dan Katerina.

Sebaik saja pembikinan dan post produksi LBS 2 selesai, Tarantella Pictures bersama Astra Shaw akan melengkapkan trilogi cinta agung itu dengan memulakan penggambaran LBS 3: Kasyah yang dijangka dapat dimulakan September ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bayaran tidak setimpal

Posted: 14 Apr 2011 03:47 PM PDT

Hip

Jamal Abdillah jelaskan keengganan terima tawaran berlakon Azura 2011

BIAR industri hiburan kebanjiran bakat baru, nama Jamal Abdillah tidak pernah tenggelam malah hingga kini belum ada lagi yang boleh dianggap setanding dengan kedudukannya sebagai Raja Pop.

Jika diselak semula repertoire penampilannya di pentas persembahan langsung, tidak keterlaluan dikatakan juara Bintang RTM 1979 itu berada pada tangga teratas apabila sentiasa menjadi pilihan penganjur. Namun yang pasti, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali tetap menjaga nilai ekslusif diri dengan meletakkan kadar tertentu sebelum memberi kata putus dalam setiap projek demi kerjayanya.

Malah Jamal mengaku tidak dapat memenuhi permintaan produksi Ace Motion Pictures milik Aziz M Osman untuk tampil dalam filem Azura 2011 membawakan watak Zack ketika tua disebabkan nilai ekslusif itu.

"Memang peminat boleh nampak (persembahan) saya di mana-mana tetapi saya tetap memastikan nilai ekslusif tidak hilang dengan memperhalusi semua faktor, terutama bayaran sebelum menyetujui sebarang undangan.

"Filem Azura 2011 umpamanya, saya bukan enggan berlakon filem itu sebaliknya mereka tidak dapat memenuhi permintaan dari segi bayaran sepatutnya. Saya bukan meletak harga, cuma biarlah berbaloi," katanya ketika ditemui pada sidang media Sambutan Hari Ibu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Tampil mengenakan sut gelap bersama kemeja putih yang dipadankan dengan kaca mata hitam-imej sinonimnya-penyanyi kegilaan ramai itu masih kelihatan segak pada usianya yang melepasi separuh abad.

Sebelum ini Aziz dikatakan berminat mengundang pelakon asal Azura yang mencipta fenomena pada 1984 iaitu Jamal dan Ogy untuk membintangi versi baru filem itu yang kini sedang dalam pembikinan tetapi akhirnya hasrat itu terpaksa dilupakan.

Kesempatan bertemu penyanyi itu membolehkan segala persoalan terungkai malah tanpa berselindung, penyanyi Takdir Penentu Segala itu juga mengakui terpaksa berhati-hati supaya peristiwa lama tidak berulang kembali.

"Bukan apa, sampai sekarang saya masih merasakan pengorbanan saya ketika membintangi filem itu dulu kurang berbaloi. Walaupun Azura popular dan hingga kini masih punya daya penarik, bayaran yang diberikan tidak setimpal dengan masa serta pengorbanan yang diberikan.

"Jika dipertimbangkan semula, lebih baik ambil tawaran menyanyi. Itulah yang cuba saya katakan, nilai ekslusif ini perlu dijaga supaya tiada pihak ambil kesempatan. Saya sudah lama cari makan di bidang ini, sama ada nyanyian atau lakonan saya perlu lebih memilih," katanya lagi.

Bagaimanapun Jamal berkata tidak semua tawaran dibuat secara selektif apabila sampai sekarang dia masih memenuhi undangan ke majlis membabitkan kerjasama dengan kerajaan mahu pun persembahan amal.

Mengenai persembahan sempena Hari Ibu di PWTC pada 17 Mei nanti, dia teruja apabila buat tahun kedua diundang untuk majlis sama sekali gus merancang kejutan dengan memberi peluang tetamu bertuah menyanyi karaoke Sandarkan Pada Kenangan dan Kehebatan Cinta.

"Saya sudah menyediakan cenderahati istimewa untuk teman duet saya malah pada persembahan sepanjang sejam itu, hampir 15 lagu akan saya dendangkan termasuk sebuah lagu ciptaan Fauzi Marzuki, Bonda yang belum saya bawakan di mana-mana.

"Istimewanya, kali ini saya turut mengundang pemain saksafon muda, Alif Nasir yang berbakat besar. Sebenarnya banyak lagi kejutan menanti hadirin. Tunggu saja 17 Mei ini," katanya mengenai majlis yang bakal dikendalikan pengacara serba boleh, Dee.

Keutamaan pada anak-anak

Ditanya soal hati, bapa tunggal kepada dua cahaya mata itu mengakui sebagai insan dia memerlukan teman hidup untuk berkongsi segala-galanya namun buat masa ini belum bersedia mendirikan rumah tangga selepas perkahwinan ketiganya menemui kehancuran.

"Siapa yang tidak mahu berteman, boleh berkongsi cerita dan segala perkara. Cuma biarlah ia datang tanpa dipaksa. Apatah lagi saya sendiri seorang yang pemalu. Jujur saya katakan, dulu ketiga-tiga bekas isteri saya yang lebih awal memulakan langkah.

"Sekarang tumpuan saya lebih kepada anak-anak dan perniagaan yang baru berkembang selain kerjaya nyanyian. Boleh dikatakan jadual saya sangat sibuk malah saya sendiri sangat sedih apabila anak bertanya kenapa saya sering lambat balik rumah," katanya penuh syahdu.

Justeru, soal hati cuba diletak ke tepi kerana paling utama adalah memastikan kebajikan kedua-dua buah hatinya, Osama Yamani, 11 dan Ahmad Zaki Yamani, 5 yang dianggap sebagai permata jiwa sekali gus sumber kekuatan hidupnya.

"Biarlah mereka membesar dulu dan memahami erti kehidupan ini. Osama sudah faham situasi kami, tetapi Ahmad Zaki masih terlalu kecil. Siapa tahu mungkin dua tiga tahun dari sekarang saya sudah bersedia untuk kembali hidup berdua," katanya lagi sambil tersenyum.

Dalam kesibukan memenuhi undangan dan melayani anak-anak, Jamal turut memenuhi impiannya menghasilkan album baru yang memuatkan lagu lama sekitar tahun 50-an yang dijangka ia diedarkan pertengahan tahun ini.

Katanya terdapat dua lagu sendiri manakala lapan gubahan lain dinyanyikan semula tetapi diberi nafas baru menerusi susunan semula iramanya untuk disesuaikan dengan rentak masa kini.

"Saya mendapatkan khidmat 'orang muda' dan hampir setahun juga proses pembikinannya. Cuma hanya tinggal satu lagu yang bakal diiringi Orkestra RTM belum dirakamkan," katanya yang tidak sabar menunggu buah tangan terbarunya itu.

INFO

  • Jamal Abdillah muncul membuat persembahan sempena meraikan Hari Ibu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Mei.
  • Berminat untuk menyaksikan persembahan bersama ibu tercinta dan mendapatkan maklumat lanjut serta tempahan boleh hubungi 03-26146701 atau 03-26146702.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    - Blog Hanz -

    Posted: 15 Apr 2011 07:04 AM PDT

    - Blog Hanz -


    Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit - Teaser Promo

    Posted: 15 Apr 2011 05:17 AM PDT





    Release date
    2011
    Genre
    Horror Comedy
    Studio
    Tayangan Unggul Sdn Bhd
    About
    dulu ZOMBI, pastu Kak Limah sekarang JIN PAKAI TONCIT....
    Starring
    Awie, Shy8, Rashidi Ishak, Delimawati, Avaa Vanja, Zami Ismail, Man Kadir, Ezlynn, Azwan Annuar, Dewa Sapri, Nazari, Zainuri, Shila, Adam Khalid dan ramai lagi
    Directed by
    Mamat Khalid
    Written By
    Mamat Khalid
    Screenplay by
    Mamat Khalid
    Produced by
    Tayangan Unggul Sdn Bhd

    Tolong Awek Aku Puntianak ( July 2011 )

    Posted: 15 Apr 2011 05:13 AM PDT








    Release date
    July 2011
    Studio
    Tayangan Unggul Sdn Bhd
    Starring
    Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus Waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri
    Directed by
    James Lee
    Written By
    James Lee
    Screenplay by
    James Lee
    Produced by
    Tayangan Unggul Sdn Bhd

    Himpunan Kisah Sensasi

    Posted: 15 Apr 2011 03:22 AM PDT

    Himpunan Kisah Sensasi


    Klinik guna rokok rawat kanser

    Posted: 14 Apr 2011 03:21 PM PDT

    nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

    du 04.1 Klinik guna rokok rawat kanser

    SEORANG kakitangan menghisap rokok yang digunakan untuk merawat penyakit kanser di klinik Griya Balur, Jakarta baru-baru ini.


    JAKARTA – Klinik Griya Balur di sini menyediakan perkhidmatan merawat penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus ke dalam telinga dan mata selain tiub ke dalam paru-paru si pesakit.

    Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, dia sudah merawat 60,000 pesakit sejak dekad lalu.

    Dia percaya, dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.

    "Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh," katanya. – AFP

    /// kosmo ///

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Posted: 15 Apr 2011 01:08 AM PDT

    Harian Metro: Rap


    Pengalaman baru lakon Khalifah

    Posted: 14 Apr 2011 09:02 AM PDT

    SEJAK diperkenalkan dalam drama bersiri Spa Q 1 terbitan Global Station Sdn Bhd, nama pendatang baru berbakat besar, Nelydia Senrose mula meraih perhatian produser dan pengarah drama persada hiburan tanah air.

    Pemilik nama sebenar, Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen ini membawa watak gadis kurang ajar bernama Melissa dan menjadi anak Norish Karman yang juga teraju utama dalam drama bersiri menarik itu. Mungkin ramai yang tidak tahu, Nelydia baru berusia 13 tahun dan masih menuntut di tingkatan satu ketika berlakon dalam siri berkenaan.

    Sejak Spa Q 1, tawaran berlakon juga semakin mencurah buat Nelydia. Dia juga ditawarkan berlakon musim baru Spa Q iaitu Spa Q 2 dan Spa Qistina yang turut mencetuskan kontroversi ketika itu.

    "Saya berlakon kerana minat yang mendalam dalam bidang seni dan bukan sekadar untuk mencari glamor. Terus terang, saya ingin dikenali kerana bakat dan bukan gosip murahan mahupun kontroversi.


    "Maklumlah, saya bermula dari bawah dan tiada asas dalam bidang lakonan. Saya juga dapat tawaran berlakon dalam Spa Q 1 melalui proses uji bakat sama seperti orang lain sebelum berjaya mendapat kepercayaan pengarah drama seperti sekarang," katanya.


    Gadis Melayu yang juga anak jati Kuala Lumpur ini bertuah kerana ramai pengarah yang memahami jadual padatnya sebagai pelajar dari dulu hingga sekarang.

    "Saya masih terikat dengan pelajaran dan hanya berlakon pada masa cuti sekolah. Apapun, saya perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran dan lakonan kerana ingin keduanya bergerak seiringan. Sekalipun jadual padat, saya berjaya menguruskannya dengan baik bersandarkan minat yang cukup mendalam dalam bidang seni," katanya.

    Terbaru, pelakon yang bakal mencecah usia 17 tahun ini bergandingan dengan Erry Putra dalam slot cerekarama arahan Murali Abdullah berjudul Khalifah yang baru bersiaran di TV3. Dalam Khalifah, Nelydia memegang watak gadis bertudung, Siti Mariam yang membawa lelaki nakal ke jalan yang benar.

    "Ia memang pengalaman baru buat saya. Saya juga mendapat reaksi memberangsangkan daripada peminat yang menyukai lakonan saya dalam cerita itu.

    "Apa yang menarik, saya memaki tudung sepenuhnya dalam cerita itu termasuk ketika babak dalam rumah hingga ramai peminat yang fikir saya benar-benar bertudung di luar. Malah, ada peminat yang kecewa bila dapat tahu saya bertudung sekadar lakonan semata-mata dalam cerita itu," katanya.

    Antara drama lakonannya tahun ini ialah Iqra' arahan Rashid Sibir untuk slot cerekarama di TV3 yang dibintangi Eman Manan, Jasmin Hamid, dan Arief Zafriel. Selain itu, dia turut berlakon dalam slot Mistik Alam Hitam arahan Rashid Sibir dan drama bersiri 13 episod Pak Suman untuk stesen TV Al Hijrah.
    Bagaimanapun, tahun ini, penuntut tingkatan lima

    di Sekolah Menengah USJ 13 Subang Jaya ini terpaksa memperlahankan aktiviti seninya kerana ingin memberi tumpuan pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan berlangsung pada 21 November ini.

    "Sekalipun minat berlakon, saya tetap utamakan pelajaran kerana misi ingin menjadi pelakon berilmu. Saya sedar, sampai bila akan terus berlakon kerana pelajaran adalah jaminan masa depan. Saya juga tidak tahu sama ada akan dapat mencapai apa yang diinginkan atau tidak nanti.

    "Jika mendapat keputusan bagus dalam SPM, saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perniagaan di universiti. Impian saya ingin mempunyai bisnes sendiri kelak," katanya.

    Pada sesi fotografi eksklusif yang diatur Rap di Balai Berita, baru-baru ini, Nelydia ditemani kakaknya, Nelysa yang bertugas sebagai pramugari, syarikat penerbangan Air Asia.

    Anak ketiga daripada tujuh beradik ini juga mengikut jejak kakaknya, Uqasha, pelakon yang pernah digosipkan dengan Nabil Raja Lawak sebelum ini.

    Kata Nelydia lagi, dia akan kembali aktif berlakon selepas menamatkan pelajarannya kelak.

    "Keluarga memang cukup memahami minat saya dan merekalah yang memberi sokongan padu pada saya selama ini. Saya akui susah nak buat dua benda dalam satu masa tapi kerana minat jugalah saya pernah belajar di rumah saja pada tahun lepas kerana ingin memberi tumpuan pada bidang lakonan.

    "Saya juga tidak ada masalah untuk menyesuaikan diri di sekolah kerana hanya menjadi orang biasa saja walaupun ramai kawan-kawan yang tahu saya adalah pelakon. Jika di sekolah, saya menganggap diri sama saja seperti pelajar yang lain," katanya.

    Nelydia yang sangat mengagumi pelakon berkaliber Fauziah Nawi, Eman Manan dan Haliza Misbun juga bergerak sendiri menguruskan karier seninya, sejak dulu.

    "Saya akui perjalanan karier seni saya masih jauh lagi. Ternyata, masih banyak lagi watak mencabar yang saya impikan untuk mengukuhkan nama dalam karier seni.

    "Saya juga impikan untuk bekerja dengan pengarah hebat seperti Kabir Bhatia dan Yusry KRU. Tidak ketinggalan, saya juga menanti tawaran untuk beraksi di layar perak pula pada masa depan," katanya.

    Berkongsi cerita peribadinya pula, kata Nelydia, masih terlalu awal buatnya untuk bercerita mengenai teman istimewa buat masa ini.

    "Saya masih belum ada teman lelaki istimewa lagi. Kalau adapun kawan lelaki yang rapat dengan saya ialah penyanyi Dafi AF.

    Saya selesa berkawan dengannya kerana dia tidak sombong dan 'kekwat'," katanya.

    PROFIL

    NAMA PENUH: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
    NAMA KOMERSIL: Nelydia Senrose
    TARIKH LAHIR: 30 Julai 1994
    ASAL: Kuala Lumpur
    UMUR: 17 tahun
    KERJAYA: Pelajar dan pelakon
    KELUARGA: Anak ketiga daripada tujuh beradik
    AKADEMIK: Penuntut tingkatan lima, Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya
    TERLEFILEM/DRAMA BERSIRI: Spa Q 1 dan 2, Spa Qistina, Sirah Cinta, Khalifah, Datin Wannabe. Anak Aku Artis, Syah Jihan, Iqra', Mistik Alam Hitam dan banyak lagi.

  • Solekan: Riezza Amour 017 2789981
  • Baju: Koleksi sendiri
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sudah ada ego dalam diri

    Posted: 14 Apr 2011 08:53 AM PDT

    BAHANG persaingan sengit antara 11 pelajar Akademi Fantasia musim sembilan (AF9) makin membara apatah lagi dengan penyingkiran Laika walaupun mendapat pujian pada malam konsert pertama, Sabtu lalu.

    Persembahan yang mereka tampilkan pada malam konsert tidak jauh bezanya dengan persembahan ketika tirai AF seminggu sebelumnya. Walaupun ada antara mereka yang agak menyerlah jika dibandingkan dengan pelajar yang lain, rata-rata secara keseluruhannya, masih banyak yang perlu diperbaiki untuk meraih undi.

    Apatah lagi AF9 dipanaskan lagi dengan kehadiran pengkritik tetap, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih mesra disapa sebagai Ogy yang digelar 'singa'. Sebelum ini, Ogy pernah menjadi pengkritik tetap pada musim kelima dan keenam.

    Ketika konsert itu Sabtu lalu, hampir semua pelajar mendapat kritikan pedas daripada Ogy dan ada juga antara mereka yang berjaya mendapat pujian. Turut menjadi juri, Hattan dan Adibah Noor.


    Bukan mudah mendapat pujian daripada seorang yang sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan. Dengan hanya melihat corak persembahan seseorang, Ogy sudah mengetahui tahap kemampuan mereka untuk menceburi bidang hiburan dan seterusnya dikenali dan bakat mereka diiktiraf sebagai penghibur yang mampu memberikan nafas baru kepada industri hiburan tanah air.


    Ogy turut kesal dan kecewa dengan persembahan pelajar AF9. Baginya, pelajar itu sepatutnya sudah bersedia dari semua aspek sebelum masuk ke gelanggang program realiti dan menjadikan musim-musim sebelumnya sebagai teladan.

    Memandangkan ini musim terakhir, Ogy mengharapkan AF9 mampu menjadi legenda. Namun, Ogy tidak mampu menyembunyikan perasaan kecewanya.

    "Saya sangat kecewa dengan persembahan mereka. Pengetua mereka seorang yang hebat. Saya pernah bekerjasama dengan Amy dan saya tahu Amy seorang yang sangat komited dengan kerja.

    "Amy seorang yang bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu. Oleh itu, tidak ada alasan bagi mereka untuk tidak dapat melakukan tugasan yang diberikan dengan baik.

    "Gugup dan hilang fokus tidak patut dijadikan alasan apabila persembahan mereka itu kurang membanggakan. Mereka perlu ikhlas setiap kali membuat persembahan kerana mereka perlu ingat kejayaan mereka terletak di tangan pengundi.

    "Saya juga mahu lihat pembaharuan dalam setiap persembahan yang bakal dipersembahkan. Mereka kena ikhlas dan tidak boleh menipu kami yang sudah 'otai'.

    "Satu lagi yang mengganggu ialah prop yang turut sama di pentas. Sama ada menjadi penari atau sebagai pelakon dalam lagu, tarikan seperti itu sudah digunakan sejak 70-an lagi. Lainlah kalau prop-prop itu memberikan sesuatu atau impak kepada si penyanyi," katanya.

    Kata Ogy, dia turut mengikuti perkembangan mereka setiap hari melalui diari AF yang dipaparkan di televisyen dan berpendapat mereka tidak sepatutnya dimanjakan kerana ia hanya akan membuatkan mereka mencari alasan bagi menutup kelemahan mereka.

    "Mereka terlalu banyak keluhan dan alasan. Saya menggalas tanggungjawab untuk menyedarkan mereka bahawa dunia hiburan bukan seperti yang mereka bayangkan.

    "Mereka perlu bekerja keras jika mahu menjadi legenda seperti pengetua mereka. Saya perlu berlaku jujur ketika memberikan kritikan kerana saya ingin melahirkan seorang lagi penghibur untuk mewarnai dunia hiburan.

    "Saya perlu bersuara lantang dan memberi komen sejujurnya untuk mendidik mereka. Dengan cara itu saja mampu merangsang minda mereka untuk berfikir secara kreatif sebagai anak seni. Saya mahu penghibur yang lahir dari AF kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya dan tidak berniat untuk menjatuhkan semangat dan moral mereka," katanya.

    Jika dibandingkan dengan pelajar yang terdahulu dan pelajar musim ini, Ogy mengakui pelajar musim ini sangat lemah dan tenaga pengajar perlu bekerja keras bagi menyediakan mereka cabaran di luar yang memerlukan mereka kuat dari segi mental, emosi dan spiritual. Mereka perlu menyuntik sikap tidak mudah mengalah dalam diri.

    Ogy yang juga menjadi hos untuk program realiti mencari juara memasak, Jaguh Kampung, turut bersetuju pelajar tersebut sudah mempunyai ego dalam diri masing-masing yang berkemungkinan kerana mereka berasakan mereka sudah hebat apabila berjaya menjadi pelajar AF dan mereka menjadi perhatian orang ramai.

    "Tugas kami adalah untuk membawa pelajar kembali berpijak ke dunia nyata bahawa masih banyak yang mereka perlu pelajari. Perkara pertama yang mereka harus pelajari ialah melakukan pergerakan yang tidak sepatutnya ketika menyanyi bukan cara untuk menutup kegugupan mereka di pentas," katanya yang menyifatkan pelajar musim kedua dan kelima adalah pelajar AF yang paling baik.

    Siaran Langsung Konsert AF9 untuk Minggu kedua berlangsung di Studio 1, Astro Bukit Jalil, jam 9 malam esok menyaksikan persaingan 11 pelajar yang tinggal, Afif, Amir, Azri, Erul, Kay, Raqib, Aida, Eka, Lena, Miza dan Nera.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Posted: 15 Apr 2011 01:07 AM PDT

    Kosmo Online - Hiburan


    Farah raih restu Adam

    Posted:

    Farah raih restu Adam

    Farah raih restu Adam



    WALAUPUN tiada lagi hubungan dan ikatan mesra di antara mereka, namun bintang kelahiran Akademi Fantasia (AF), Adam AF atau nama sebenarnya, Mohd. Aizam Mat Saman telah mengeluarkan kenyataan merestui Farah Diana Anuar atau Farah AF yang bakal bergelar isteri pada tahun ini,

    Pelantun lagu Haruskah itu ditemui pada majlis pelancaran Media - KRU TV yang berlangsung di Laundry Bar eCurve, Mutiara Damansara kelmarin. Dalam nada tenang dia berkata: "Semoga jodoh Farah kekal hingga akhir hayat dan menjadi isteri yang mithali."

    Menganggap hubungannya bersama Farah sebagai sudah menjadi tinggalan sejarah, Adam turut mendoakan Farah dan bakal suaminya dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan aman dan sentosa.

    Di pihak Farah pula, ternyata tiada selain satu perkataan boleh menggambarkan dirinya selain daripada kebahagiaan.

    Mekarnya kuntuman senyuman di bibir Farah saat ditemui pada sidang akhbar program kelolaannya, Rasa Halal Vietnam di Damansara, Petaling Jaya, Selangor Khamis lalu telah memberi 1001 jawapan bahawa si gadis manis itu sedang diulit bahagia dengan cintanya terhadap jejaka yang berasal dari Pulau Pinang itu.

    Gadis manis berusia 26 tahun itu sebenarnya sangat bijak menyembunyikan hubungan cintanya daripada pengetahuan umum.

    Tidak pernah muncul gambar mesra Farah dan lelaki bertuah di hatinya itu untuk dikongsi bersama peminat.

    Sehinggalah foto-foto majlis pertunangan Farah dengan jejaka yang dikatakan seorang ahli perniagaan itu berlangsung di rumah nenek Farah di Yan, Kedah pada 25 Disember tahun lalu selepas majlis merisik diadakan pada Hari Raya Ketiga tersebar di Internet.

    Kini tidak lagi berselindung, Farah mengakui dirinya sangat teruja untuk melangkah ke alam perkahwinan.

    Namun, masih ada sesuatu yang dirahsiakan Farah tentang perkahwinannya itu - nama bakal suaminya.


    FARAH masih merahsiakan nama bakal suaminya yang kini hanya dikenali sebagai Mr. J.


    Farah buat masa ini lebih selesa sang arjuna di hatinya itu hanya dikenali sebagai Mr. J!

    Mula menggenakan tudung sejak 11 Julai tahun lalu, Farah dalam pada itu menolak andai dikatakan punca dia bertudung sekarang ini adalah disebabkan tunangnya. Malah, gadis yang memiliki senyuman yang menawan itu memberitahu, dia bertudung atas dasar penginsafan diri.

    "Saya bertudung ketika melakukan rakaman program Rasa Halal Orient di Kemboja. Selepas melihat dan menitip pengalaman di sana alhamdulillah saya terus menggenakan tudung," ungkapnya.

    Selepas bertudung ia sama sekali tidak pernah mengubahkan diri gadis berbintang Aquarius itu. Menurut Farah, perubahan dalam dirinya sekadar memenuhi tuntutan agama apabila sering merasakan dirinya serba kekurangan selama ini.

    Ulasnya, dia tidak mahu bercakap pasal hatinya telah dibuka atau mendapat hidayah, sebaliknya hanya melengkapkan apa yang kurang dalam dirinya sebagai wanita Muslim selama ini.

    Kriteria Mr.J

    Tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan yang gah, Farah cuma mengharapkan kehadiran orang ramai dan paling penting, ahli keluarganya.

    "Farah orang yang simple. Perkahwinan Farah nanti tiada sebarang konsep cuma Farah harap semua ahli keluarga Farah dan dia dapat datang," katanya.

    Bertanyakan pula mengenai kriteria Mr. J yang berjaya memikat hatinya, dengan nada ketawa Farah memberitahu, bakal suaminya seorang yang manis dan sentiasa memahami dirinya.

    "Walaupun sudah bertunang kami tidak selalu berjumpa dan masing-masing sibuk dengan kerja. Lebih-lebih lagi karier seni Farah tertumpu di Kuala Lumpur manakala perniagaan dia pula tertumpu di Pulau Pinang.


    MATANG. Bintang kelahiran Akademi Fantasia ini berjaya memperlihatkan kredibiliti sebagai hos program Rasa Halal yang bukan menampilkan elemen hiburan.


    "Alhamdulillah dia memahami karier Farah. Walaupun jarang bersua muka tetapi kami kerap bercakap melalui telefon," katanya yang baru selesai menjalani penggambaran program Rasa Halal Vietnam yang diterbitkan olehb Erland Kok itu.

    Selepas menjelajah ke negara China, Taiwan, Hong Kong dan Kemboja, kini program Rasa Halal terbitan Astro Oasis beralih pula ke negara Vietnam.

    Rasa Halal Vietnam telah menemui penonton setianya bermula 13 April lalu menerusi saluran 106 Oasis pada setiap hari Rabu, pukul 7.30 malam.

    Tidak hanya tertumpu kepada mencari makanan halal semata-mata, program itu juga memaparkan tempat-tempat menarik yang harus dikunjungi peminat serta peluang membeli-belah dengan tawaran harga yang rendah.

    Pandai memasak

    Rasa Halal Vietnam membawa pula penonton menjelajahi bumi Vietnam bermula dari kawasan Utara, sebelum bergerak ke Selatan, tengah dan Utara negara itu.

    Antara kawasan yang disingahi program Rasa Halal Vietnam ialah Ho Chi Minh, Vraf Village, Danang dan Hanoi.

    Penonton turut dapat merasai keunikan khazanah warisan seni dan budaya masyarakat tempatan dan budaya masyarakat Vietnam.

    "Pemilihan Farah sekali lagi untuk musim kelima ini kerana personalitinya yang suka makan dan boleh menerima apa jua makanan serta memiliki sikap yang aktif dan peramah. Ia sekali gus dapat menarik perhatian penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.

    "Kami juga amat tertarik dengan kematangan Farah mengacarakan pelbagai segmen mengikut usia program yang telah menjangkau selama lima musim itu," kata Pengurus Saluran Oasis, Izelan Basar.

    Izelan turut mengakui tarikan utama program Rasa Halal disebabkan tempat yang ditawarkan menarik, selesa, murah dan paling penting senang untuk mendapatkan makanan halal.

    Menurut Izelan, selepas ini program Rasa Halal akan menjelajah pula ke negara Laos, Korea Selatan dan Filipina.

    Sementara itu, Farah menganggap pemilihannya sekali lagi mengacarakan Rasa Halal sebagai tuah.

    "Mula-mula dulu Farah akui tidak begitu pandai memasak tetapi selepas terdedah dengan program makanan secara tidak langsung Farah mencuba resepi-resepi makanan daripada negara lain dan daripada situ Farah sudah mula pandai memasak," ujarnya jujur.

    Farah turut melahirkan rasa kagum terhadap negara-negara yang dikunjunginya. Dalam pada itu, Rasa Halal Vietnam turut memaparkan aksi Farah melalui terowong sempit yang dibina para tentera Vietnam zaman dahulu sebagai persediaan mereka melarikan atau menyelamatkan diri daripada musuh.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Bruno bijak di pentas

    Posted:

    Bruno bijak di pentas

    Bruno bijak di pentas

    Oleh HARYATI KARIM
    haryati.karim@kosmo.com.my


    BRUNO menunjukkan kebolehannya bertutur beberapa patah dalam bahasa Melayu.


    SANTAI dan menghiburkan. Itu yang boleh disimpulkan daripada konsert sulung penyanyi kelahiran Hawaii, Bruno Mars yang berlangsung Ahad lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

    Meskipun persembahannya hanya bermula pada pukul 9 malam, tetapi sejak pukul 6 petang lagi peminat sudah berkampung di PWTC sekali gus membuktikan daya tarikan yang dimiliki jejaka berusia 25 tahun itu.

    Bruno Mars atau nama sebenarnya Peter Gene Hernandez memulakan konsertnya dengan memperlihatkan skilnya bermain drum dan terus menghangatkan seluruh dewan dengan lagu The Other Side dan juga Top of The World.

    Pemenang Anugerah Grammy menerusi kategori Persembahan Vokal Pop Lelaki Terbaik itu bijak mengawal dan menarik perhatian penonton dengan menyanyikan lagu Billionaire secara akustik dan menghabiskan keseluruhan lagu itu dalam versi reggae bersama bandnya.

    Sebelum meneruskan persembahannya, Bruno berkata pada penonton: "Bolehkan jika kita berseronok untuk tiga minit dan jamming?" Ia lantas membuatkan penonton yang duduk di barisan hadapan menjerit bagai terkena histeria.

    Bruno yang tersenyum melihat situasi itu terus memetik gitar dan membuat persembahan tribute untuk Michael Jackson dengan lagu Billie Jean dan band Nivana dengan lagu Come As You Are.

    Bruno menutup segmen tersebut dengan lagu-lagu daripada Jackson 5.

    Bruno terus menawan penonton dengan barisan lagu popularnya seperti Marry You, The Lazy Song, Count On Me, Liquor Store Blues dan menyanyi dalam rentak perlahan lagu Nothing On You yang dirasakan cukup indah sekali.

    Bruno memang tidak sukar untuk mencari penyanyi latar kerana sepanjang persembahan berlangsung, penonton memberi kerjasama yang baik.

    Tanpa disuruh mereka dengan sendirinya akan mengiringi setiap barisan lagu-lagu Bruno, malah Bruno dan bandnya kelihatan cukup puas hati apabila penonton menurut sahaja apa yang diminta oleh Bruno.


    MENYAMPAIKAN lagu-lagu popularnya, Bruno turut bermain gitar dalam persembahannya.


    Membuat kejutan, Bruno menyanyikan lagu You Will Be Mine bersama pemuzik iringannya secara acapella, satu persembahan yang tidak dijangka.

    Sempat meluahkan rasa syukurnya kata Bruno: "Sebelum ini kami hanya menyanyi di kelab dan juga majlis keramaian untuk mendapatkan wang tapi hari ini kami mampu menjelajah ke seluruh dunia.

    "Terima kasih kepada semua peminat termasuk anda di Kuala Lumpur yang menjadikan mimpi kami sebagai satu kenyataan.

    "Percayalah ini persembahan pertama tapi bukan yang terakhir kerana kami akan datang lagi tidak lama lagi."

    Petikan gitar solo daripada Bruno membuatkan penonton bersorak, tanpa membuang masa dia terus menyanyikan terus lagu Grenade.

    Bruno bijak mengambil hati peminat Malaysia dengan mengambil inisiatif belajar beberapa patah bahasa Melayu dan berkata: "Aku cinta padamu."

    Perkataan itu diluahkan ketika dia melabuhkan tirai konsert dengan lagu popularnya Just The Way You Are.

    Walaupun lampu pentas sudah dipadamkan dan barisan pemuzik iringan Philip Lawrence (vokal), Eric Hernandez (drum); Kenji Chan (gitar utama); Jared Artis (bass); dan Frederick (keyboard) sudah turun daripada pentas, penonton masih enggan melepas Bruno tanpa mengalunkan sebuah lagi lagu bonus.

    Selepas penonton menjerit namanya, Bruno muncul dan menyanyikan lagu terakhir yang berjudul Runaway sambil menari bersama pemain gitar.

    Ternyata peminatnya pulang dengan perasaan gembira dan puas hati.

    Mana tidaknya, ramai peminatnya tidak dapat menyaksikan konsert yang diberi nama Doowops & Hooligans kerana kehabisan tiket hanya dalam masa seminggu.

    Ditambah pula, kapasiti dewan itu hanya mampu memuatkan 3,000 penonton dalam satu-satu masa.

    Rasanya, jika Bruno mengadakan konsert di Malaysia pada masa hadapan, lokasi yang lebih luas harus difikirkan oleh pihak penganjur bagi memberi peluang kepada semua peminat Bruno Mars untuk menikmati persembahannya.

    Sebelum Bruno naik ke pentas, penyanyi tempatan Mizz Nina terlebih dahulu memanaskan pentas dengan lagu hitnya, What You Waiting For pada pukul 8.30 malam.

    Corak persembahan bertenaga daripada Mizz Nina wajar dipuji, meskipun ia sekadar persembahan pembukaan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Bieber teruja jadi pelakon

    Posted:

    Bieber teruja jadi pelakon

    Bieber teruja jadi pelakon

    JUSTIN BIEBER berkata dia mahu meneruskan kerjaya lakonannya dan mahu muncul lebih banyak di layar perak.

    Penyanyi yang pernah muncul dalam drama penyiasatan bersiri CSI: Crime Scene Investigation awal tahun ini telah jatuh cinta dengan dunia lakonan dan mahu lebih aktif berlakon selepas ini.

    "Saya memang mahu meluaskan lagi kerjaya saya ke bidang lakonan. Lakonan merupakan pekerjaan yang saya suka lakukan," ujarnya.

    Meskipun begitu, penyanyi berusia 17 tahun itu yang baru sahaja muncul dengan filem dokumentari Justin Bieber: Never Say Never yang menceritakan perjalanan hidupnya sebelum dan selepas bergelar penyanyi menjelaskan, dia sebenarnya tidak banyak menggunakan bakat lakonannya dalam filem itu kerana semua gerak-gerinya diarahkan oleh neneknya.

    "Saya tidak banyak berlakon dalam Justin Bieber: Never Say Never kerana kebanyakan adegan diambil daripada video yang dirakam oleh ibu dan nenek saya. Seperti adegan mengemas bilik itu adalah tulen seperti mana yang diminta oleh nenek.

    "Oleh itu, pada masa hadapan, saya mahukan sesuatu yang lebih dan mencabar bakat lakonan saya.

    "Dengan itu, barulah saya boleh buktikan sama ada saya boleh berlakon atau tidak," tegasnya.

    Walaupun mahu meluaskan kerjaya lakonannya, Bieber bagaimanapun masih lagi memberi sepenuh tumpuan kepada bidang nyanyian dan berharap dia dapat bergandingan dengan beberapa penyanyi idamannya.

    "Saya teringin untuk berkolaborasi dengan Stevie Wonder atau Beyonce," ungkapnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Posted: 14 Apr 2011 11:29 PM PDT

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


    Rozita Che Wan Duta Produk Terbaru Safi Rania GOLD

    Posted: 14 Apr 2011 10:55 PM PDT

    Rozita Che Wan Duta Produk Terbaru Safi Rania GOLD
    Teraju Utama SAFI RANIA GOLD

    SAFI RANIA GOLD jenama produk penjagaan kulit halal dan suci nombor satu tempatan baru baru ini memperkenalkan kepada wakil media duta terbaru mereka, pelakon popular Rozita Che Wan.

    Sinonim dengan imej produk SAFI RANIA GOLD yang moden tetapi masih mengekalkan kelembutan serta keayuan wanita kita, membuatkan Rozita menjadi pilihan yang tepat bagi menjadi teraju utama jenama ini.

    Rania

    "Beliau adalah ikon dan inspirasi wanita kini" Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Produk SAFI. Menurut beliau lagi, Rozita adalah ikon buat wanita moden kini yang berjaya mengukir nama di dalam lapangan kerjaya masing masing namun masih menitik beratkan penampilan mereka. Kulit yang bermaya adalah sumber keyakinan buat para wanita. Semakin kita matang, keanjalan serta keremajaan kulit semakin berkurangan, justeru itu, penjagaan kecantikan ini haruslah bermula dari usia muda. Rozita membuktikannya sendiri dengan raut wajahnya yang kelihatan bermaya, anjal dan penuh keremajaan walaupun beliau berada di dalam usia 30an.

    Sejak jenama SAFI RANIA GOLD diperkenalkan pada tahun 2009, ia terus membangun dan terus memberikan inspirasi kepada para wanita. Seiring dengan jenama ini, Rozita juga adalah inspirasi kepada wanita kini. Komitmen beliau terhadap kerjaya serta kehebatan beliau menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu adalah gambaran tepat buat wanita moden kini.

    Nantikan kemunculan beliau yang bakal menemui para peminatnya di seluruh Negara di lokasi rangka promosi anjuran SAFI. Ayuh kita beramah mesra bersama Rozita dan dapatkan tawaran eksklusif daripada SAFI RANIA GOLD.

    Dilancarkan pada tahun 2009, SAFI RANIA GOLD adalah produk anti – penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55% dengan membaiki keanjalan kulit dalam hanya 3 minggu.

    Rangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.

    Rania

    Lengkapkan rejim anti penuaan anda dengan rangkaian produk SAFI RANIA GOLD berikut:

    1) Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g(RM14.90)
    Pembersih muka ini bukan sahaja membersihkan kulit daripada segala kotoran, habuk dan daki, tetapi juga berkesan menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit terasa segar sepanjang hari. Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD diperkaya dengan pelbagai nutrien yang melembapkan kulit, menjadikannya lembut dan licin selepas setiap kali dicuci.

    2) Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g (RM14.90)
    Sesuai untuk kulit kering, formula imbangan pH Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD lembut kepada kulit kerana ia tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali anda mencuci muka.

    3) Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD – 75g(RM14.90)
    Apabila usia kita meningkat, keupayaan kulit kita untuk menanggalkan sel kulit mati merosot, menyebabkan kulit semakin suram. Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD membantu menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang ketara.

    4) Penyegar SAFI RANIA GOLD – 80ml(RM14.90)
    Pori yang besar dan terbuka mudah memerangkap kotoran dan menimbulkan masalah kulit. Penyegar SAFI RANIA GOLD yang dirumus dengan air mawar mengecilkan pori dan membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas setiap kali anda membasuh muka.

    5) Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD – 15g(RM17.90)
    Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD dirumus khas untuk membaiki struktur kulit yang lembut di keliling mata, mengurangkan kemunculan garis halus dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata. Serlahkan kecantikan mata anda dengan sapuan krim ini siang dan malam.

    6) Krim Pelembap Siang SPF 20 ++ SAFI RANIA GOLD – 40g(RM23.90)
    Untuk mengelakkan kesan buruk sinar UVA dan UVB matahari, sapukan Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan SPF 20 ++ setiap hari. Anda bukan sahaja tidak perlu lagi risau tentang bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, bahkan kulit anda akan tampak lebih cerah dan sihat berseri!

    7) Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD – 40g(RM26.90)
    Kulit kita dibaiki dan dipulihkan semasa kita tidur. Untuk memanfaatkan proses semula jadi ini, sapukan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD untuk membantu proses penghidratan dan pemulihan kulit. Anda dapat melihat kulit anda lebih remaja dan berseri bila anda bangun setiap pagi!

    8) Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD – 16g(RM10.90)
    Dengan Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD, kulit anda tidak akan tampak suram dan tidak bermaya. Diperkaya dengan nutrien, Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim Kecantikan ini juga boleh digunakan sebagai asas mekap.

    9) Serum SAFI RANIA GOLD – 20ml (RM35.90)
    Mengandungi segala kebaikan Nano Emas 24K dalam bentuk serum yang menyerap pantas dan tidak berminyak untuk mengembalikan keanjalan kulit wajah. Mengandungi gabungan asid amino yang meneutralkan radikal bebas untuk menghalang kulit menjadi kusam

    Dengan penggunaan rangkaian produk penjagaan kulit SAFI RANIA GOLD secara berterusan, anda bukan sahaja akan tampak jelita, tetapi juga merasa hebat kerana mengetahui kulit anda jauh lebih muda dan cantik berseri! SAFI berbangga kerana dapat memanfaatkan teknologi antipenuaan untuk membantu wanita Malaysia memiliki kulit yang cantik berseri menerusi ramuan khusus yang bertindak secara bersama dengan kulit.

    Rania

    Jelitawan Safi Rania Gold

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Shila Amzah Dilantik Duta Produk Terbaru Safi Balqis Perfect 10
  • SAFI JENAMA UNGGUL PRODUK PENJAGAAN DIRI MUSLIMAH
  • Gambar Nur Fazura Duta LUX Terbaru
  • Gambar Rozita Che Wan Rekaan Zery Zamry di MIFW 2010
  • Kumpulan Produk UNZA Lancar Safi Balqis Perfect 10
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Gold Edition
  • Amy Mastura Jadi Duta Produk Kesihatan
  • Maya Karin Dilantik Jadi Duta Produk InnerShine Prune Plus
  • SimplySiti Sasar Pasaran Indonesia
  • Tahniah Shahir Duta Produk Brands Terbaru
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Drama Juvana Lakonan Zahiril Adzim Izreen Azminda

    Posted: 14 Apr 2011 10:48 PM PDT

    "AKU TIDAK AKAN TERPERANGKAP SELAMANYA"

    Setiap orang wajar diberikan peluang untuk menebus kesalahan yang dilakukan. Akan tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang dipersalahkan dan dihukum atas kesalahan pihak lain? Adakah dia akan bangkit semula dengan semangat baru?

    Ikuti perjalanan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh menerusi siri drama terbaru, JUVANA mulai 25 April 2011, setiap hari Isnin jam 9.00malam.

    Juvana

    Sesi pelancaran JUVANA telah diadakan di Sekolah Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka pada petang Khamis lalu 14 April 2011 bersama para penghuni sekolah tersebut dan barisan artis yang menjayakan drama itu.

    JUVANA terbitan Filmscape yang menyaksikan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, Pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Bront Palarea, Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2010; Zahiril Adzim, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, Hariry serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.

    Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, Puan Nurul Aini Abu Bakar berkata, "TV3 sentiasa tampil ke hadapan dengan memperkenalkan genre drama yang baru kepada jutaan penontonnya. Misalnya, drama muzikal pertama, Hotel Mania; siri drama epik pertama, Arjuna dan kini pula JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut. Kami juga ingin memberi insipirasi kepada para penonton supaya sentiasa berubah ke arah yang positif dan jangan terjerumus dengan gejala gengsterism yang hanya akan memudaratkan diri. Kejayaan akademik dan pengetahuan moral yang tinggi akan memberi jaminan kepada masa depan anda. Itulah yang ingin disampaikan oleh kami menerusi drama bersiri JUVANA."

    "Tidak dapat dinafikan bahawa TV3 selesa untuk bekerjasama dengan Kabir Bhatia dan Faisal Ishak dari Filmscape Production. Mereka sentiasa berfikiran kreatif dan berani, amat teliti dalam kerja-kerja produksi dalam mendapatkan visual-visual yang menarik serta membentuk watak-watak yang berkesan. Kami berharap agar JUVANA akan menerima sambutan yang menggalakkan daripada penonton-penonton TV3 nanti. " tambah Puan Nurul.

    Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

    Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

    Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

    Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

    Jangan ketinggalan untuk menyaksikan JUVANA, setiap hari Isnin jam 9.00malam mulai 25 April 2011, hanya di TV3!

    Juvana

    Juvana

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem Jalan Pintas Lakonan Bront Palarae, Zahiril Adzim
  • Zahiril Adzim, Nas-T, Hanis Kamal dalam Drama 6 Progresif
  • Filem KARAOKE Menang anugerah Mavericks di Festival Filem Antarabangsa Calgary
  • Karnival Sua Rasa TV9 Kuala Terengganu
  • Montage Drama Merah Putih Lagu KAU AKU Nyayian Aizat
  • Kisah Lagenda Bawang Merah Bawang Puteh Versi Lelaki Dalam Merah Putih
  • Zahiril Adzim Dan Nas T Berlakon Drama Bersiri Waris
  • Drama Merah Putih Lakonan Zahiril Adzim dan Ellyas Abdullah
  • Zahiril Adzim dalam Teater SHORT EYES
  • Sinopsis Filem Bunohan
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    Posted: 14 Apr 2011 11:22 PM PDT

    OHBULAN!


    Pengacara MHI, Fedtri Yahya Akan Berkahwin Mei Ini.

    Posted: 14 Apr 2011 10:08 PM PDT

    Pengacara MHI, Fedtri Yahya Akan Berkahwin Mei Ini.

    Seorang peminat Fedtri Yahya (Sebelah Kiri) berkongsi berita gembira menerusi email sebentar tadi.

    Sekadar berkongsi bahagia, saya merupakan salah seorang sahabat serta peminat setia pengacara televisyen Ahmad Fedtri Yahya. Saya mendapat tahu bahawa Ahmad Fedtri Yahya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung bulan 5 iaitu pada 29 Mei 2011. Majlisnya akan diadakan di Kelantan iaitu di rumah bakal pengantin sebelah perempuan.

    Majlis sebelah lelaki pula adalah pada 11 jun 2011 ini.

    Difahamkan, bakal pengantin perempuan yang juga merupakan seorang guru fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong itu merupakan orang Pasir Mas, Kelantan. Mereka berkenalan melalui sesawang Facebook. Beliau merupakan seorang yang kuat agama dan keluarga hafiz hafizah. Alhamdulillah.

    Harap ohbulan dapat kongsi tentang perkara ini. Berkongsi bahagia, selepas pertunangan Ally Iskandar, nampaknya Fedtri dulu yang makan nasi minyak!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Review Filem Seru : Bunyi Lightsaber, Hutan Terang Benderang.

    Posted: 14 Apr 2011 09:51 PM PDT

    Seru, sebuah filem arahan Pierre Andre & Woo Ming Jin akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 28 April ini. Mengambil trademark "Serukan Namaku, Bangkitkan Jasadku", filem ini sepatutnya mempunyai kekuatan elemen-elemen tertentu yang dapat membangkitkan rasa seram. Apabila kami meneliti barisan krew yang terlibat, Pierre Andre & Woo Ming Jin turut terlibat sebagai penulis skrip & lakon layar. Jadi, secara logiknya gabungan 2 idea patut membuatkan kami berkata "wow", tetapi tidak sama sekali.

    Kedua-dua pengarah juga mengakui mereka menggunakan filem Quarantine sebagai rujukan utama untuk menjayakan filem Seru. Jalan cerita filem ini sebenarnya membabitkan kejadian aneh yang berlaku kepada sebuah produksi filem "Jangan Bernafas". Semuanya bermula ketika sesi rakaman "Jangan Bernafas" yang melibatkan Awal Ashaari, Nora Danish & Pierre Andre, apabila seorang krew produksi telah dirasuk & lari ke dalam hutan.

    Maka, sesi rakaman terpaksa dibatalkan & ditunda ke hari seterusnya. Pihak produksi pula menggangap kejadian krew dirasuk & hilang ini patut dirakam & menjadi footage untuk promosi filem "Jangan Bernafas". Nak dijadikan cerita, krew-krew telah diarahkan untuk mencari mangsa yang hilang sambil merakamkan apa sahaja yang berlaku. Dan, al-kisahnya, walaupun diserang, dibunuh, kamera kekal kool seperti biasa.

    Dari segi teknikal, kami terganggu dengan penggunaan sound effect bagi setiap transition babak-babak dalam filem ini. Bunyi seakan pergaduhan pedang lightsaber antara Jedi & Darth Vader ini menjadi taruhan untuk "mengejutkan" para penonton. Ya, awal-awal memang kami terkejut. Selepas itu, nan hado.

    Kemudian, penggunaan cahaya yang melampau untuk sebuah filem seram, gagal menyeramkan kami. Logik akal, mana ada hutan yang terang benderang, kan? Bukan ke hutan khatulistiwa ada lapisan kanopi yang menghalang cahaya matahari daripada sampai ke lapisan bawah hutan? Cahaya matahari kot, apatah lagi cahaya bulan.

    Namun, kami harus memberikan pujian kepada pelakon Along Ezzendi (Sam) yang memegang watak sebagai pengarah filem "Jangan Bernafas". Lakonannya nampak real. Dengan gaya penuh langsi & bersahaja, Along Ezzendi berjaya menimbulkan tension sebagai seorang pengarah yang kuat mendesak, panas baran.

    Oh ya, kami nak maklumkan bahawa Awal Ashaari & Nora Danish hanya muncul untuk 15 minit pertama. Lakonan mereka lebih menyeramkan daripada jalan cerita asal. Dan, Nora Danish kelihatan awesome ber-bareback.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Blog List