gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Harian Metro: Mutakhir

Posted: 04 Apr 2011 07:34 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Lagu terakhir Seri Bayu

Posted: 03 Apr 2011 11:58 AM PDT

PORT DICKSON: "Ayah (Seri Bayu) sempat menghasilkan sebuah lagu berjudul 'Sebelum Aku Pergi' untuk saya," kata penyanyi remaja, Nazira Abdul Ghani, ketika ditemui pada majlis pengebumian komposer dan penulis lirik terkenal itu.

Nazira yang juga anak angkat kepada Seri Bayu berkata, dia mengenali arwah ketika menyertai pertandingan karaoke di Tasik Idaman, Bangi, Selangor, empat bulan lalu.


"Saya disapa arwah ayah yang turut menyaksikan pertandingan itu. Dia menyatakan kagum dengan suara saya, malah berjanji menggilap saya menjadi penyanyi popular," kata anak bongsu lima beradik itu.

Menurutnya, arwah ayah angkatnya itu meminta untuk tinggal bersama keluarganya di Kampung Teluk Pelanduk, di sini, dengan alasan suka dengan suasana kampung dan mudah mendapat ilham mencipta lagu.


Nazira berkata, arwah seperti dapat menjangka hayatnya tidak lama apabila begitu tergesa-gesa menyiapkan lagu untuk rakaman album.


"Ketika keluarga saya dan arwah ke Shah Alam berjumpa seorang komposer lagi bagi pembikinan video klip lagu Sebelum Aku Pergi, dia beria-ia minta disiapkan pada Mei, apabila ditanya kenapa tidak bulan April, dia hanya tersenyum saja. "Rupa-rupanya arwah seperti mengetahui ajalnya dan tidak mahu albumnya disiapkan dalam tempoh berpantang 44 hari," katanya.

Kelmarin, komposer dan penulis lirik, Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaluddin Sulik menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Port Dickson di sini, kira-kira jam 8.30 malam akibat penyakit saraf motoneuron dihidapinya sejak 2004 lalu.


Isterinya yang juga seorang penyanyi, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 27, atau Erema, turut kelihatan walaupun sebelum ini rumah tangga mereka bermasalah dan kes itu masih dalam perbicaraan mahkamah.

"Saya masih sah isteri arwah dan reda dengan pemergiannya," kata Erema yang mengetahui berita kematian suaminya itu kira-kira jam 9 malam kelmarin.


"Kali terakhir berjumpa arwah ketika hadir perbicaraan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Ogos lalu. Namun, kami kerap berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk bertanya khabar antara satu sama lain," kata ibu kepada seorang anak perempuan berusia lapan tahun itu.


Jenazah Seri Bayu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Teluk Pelanduk, di sini, semalam kira-kira jam 2 petang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bebas radioaktif

Posted: 03 Apr 2011 11:58 AM PDT

TOKYO: Semua rakyat Malaysia termasuk pelajar di negara ini tidak terdedah kepada sebarang pencemaran radiasi nuklear atau radioaktif dan berada dalam keadaan selamat serta meneruskan kehidupan seperti biasa.

Pemeriksaan dilakukan mendapati tahap radiasi dikesan pada sebahagian mereka selepas beberapa minggu loji nuklear di Fukushima mengalami kebocoran tidak serius atau berbahaya.


Pemeriksaan itu dilakukan pegawai Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia (ANM) ditugaskan memantau tahap radiasi di beberapa kawasan, terutama kawasan didiami warga Malaysia.

Ketua Penolong Pengarah AELB, Ibrahim Muhamad, berkata pemeriksaan tahap pencemaran radiasi pada tubuh, pakaian atau barangan rakyat Malaysia terbabit turut menunjukkan tiada di kalangan mereka mengalami pencemaran serius.


"Sepanjang beberapa hari membuat pemantauan dan pemeriksaan terhadap beberapa individu, kita percaya tiada ancaman radiasi setakat ini dan Jepun bebas dari ancaman yang serius selain di Fukushima.


"Bacaan meter pada alat pengesan juga normal," katanya yang mengikuti Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia selama tujuh hari di beberapa kawasan yang terjejas akibat bencana gempa dan tsunami.

Ibrahim berkata, sepanjang misi di Yamagata, Miyagi, Tochigi dan Gunma dia bersama seorang lagi pegawai membuat pemantauan rapi terhadap kawasan yang dilawati dan juga anggota sukarelawan serta warga Malaysia yang berada di lokasi berkenaan.


"Sepanjang masa kami memantau kadar radiasi dan memberi penerangan mengenainya. Setakat ini tiada sukarelawan atau rakyat kita yang dikesan terdedah pada radiasi.

"Jika ada pun hanya ketika kenderaan kumpulan sukarelawan melalui Fukushima di mana kadar radiasinya lebih kurang 35 mikro Sievert (Sv) sejam iaitu 50 kali lebih tinggi daripada kadar biasa, namun semua anggota misi tidak terdedah pada bahaya kerana hanya melalui kawasan itu dalam waktu yang singkat," katanya.


Ibrahim berkata, pada pandangan peribadinya semua rakyat Malaysia di sini termasuk kumpulan sukarelawan tidak terdedah pada radiasi, namun pemeriksaan lanjut sentiasa dilakukan di tanah air bagi mereka yang tiba dari Jepun.


Sementara itu, Ketua Misi, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, dia bersyukur kerana matlamat misi kali ini berjaya dilaksanakan walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk radiasi nuklear, gempa bumi dan ancaman tsunami.


"Kita berjaya menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia dan warga tempatan yang terjejas akibat bencana yang dahsyat ini. Pelbagai rintangan kami tempuhi termasuk kesukaran memasuki kawasan tragedi ekoran sedikit kerenah birokrasi di sini.


"Namun itu semua dapat kami harungi dan semua barangan bantuan dapat diserahkan kepada mereka yang memerlukannya. Apa yang penting adalah kami selamat serta tidak terdedah pada radiasi," katanya di Kedutaan Besar Malaysia di Jepun selepas bertemu dengan lebih 150 warga Malaysia di sini, semalam.


Seramai 48 sukarelawan terdiri daripada pasukan perubatan, pegawai dalam bidang nuklear dan media berada di sini sejak 24 Mac lalu bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana dan akan pulang ke tanah air hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 04 Apr 2011 07:31 AM PDT

Kosmo Online


Cetak rompak meningkat 300 peratus

Posted:

Cetak rompak meningkat 300 peratus

Cetak rompak meningkat 300 peratus

04/04/2011 3:09pm

KUANTAN - Jumlah kes yang membabitkan rampasan video cakera padat (VCD) dan video cakera digital (DVD) cetak rompak di Pahang meningkat sebanyak 300 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang Mohd A. Aruwan Ab Aziz berkata, berdasarkan maklumat orang ramai, 33 kes diberkas membabitkan kesalahan menjual barangan VCD dan DVD cetak rompak berbanding 13 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya, daripada 33 kes atas kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan itu, sebanyak 9,671 unit pelbagai VCD dan DVD cetak rompak berjaya dirampas dengan nilai rampasan dianggarkan RM48,355.

"Kebanyakan premis-premis tetap yang diperiksa itu mempunyai lesen yang sah bagi penjualan VCD dan DVD tetapi produk cetak rompak itu disimpan di tempat lain sebelum dikeluarkan mengikut permintaan pelanggan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

PPDNKK Pahang katanya turut berjaya mengesan dua kes yang membabitkan kesalahan bawah Akta Hakcipta 1987 yang membabitkan rampasan 3,135 keping VCD dan DVD yang bernilai RM15,675 bagi tempoh yang sama.

Katanya jumlah rampasan itu juga menunjukkan peningkatan berbanding 69 keping dengan nilai anggaran RM690 dari dua kes yang dikesan Januari hingga Mac tahun lepas.

Menurutnya kesemua kes berkenaan telah dan akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rokok seludup bernilai RM103,488 dirampas

Posted:

Rokok seludup bernilai RM103,488 dirampas

Rokok seludup bernilai RM103,488 dirampas

04/04/2011 1:59pm

TAWAU – Pasukan Gerakan Marin Tawau merampas 7,000 bungkus rokok bernilai RM103,488 yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini melalui sungai, semalam.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Tawau ASP R. Krishnan berkata dalam operasi pada pukul 9 malam hasil maklumat orang ramai itu, pihaknya menemui 14 kotak yang ditinggalkan di tebing sungai dekat Kinabutan.

"Setelah memeriksa kotak berkenaan, kami menemui 4,500 bungkus rokok berjenama Mighty King Size dan 2,500 bungkus berjenama Mighty Menthol King Size," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

40 tenggiling bernilai RM60,000 dirampas

Posted:

40 tenggiling bernilai RM60,000 dirampas

40 tenggiling bernilai RM60,000 dirampas

04/04/2011 1:16pm

KOTA BAHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan merampas 40 ekor tenggiling bernilai kira-kira RM60,000 yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Pengarah Perhilitan negeri Rahmat Topani berkata rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota jabatannya dengan kerjasama polis, di hadapan balai polis Bukit Yong pada pukul 6.45 pagi ini.

Beliau berkata tenggiling spesis "manis javanica" seberat 200 kilogram itu disimpan dalam sebuah kereta jenis Toyota Camry dan dipercayai cuba diseludup ke Thailand.

"Kami menahan seorang pemandu kereta itu dan penumpang masing-masing berumur dalam lingkungan 40-an berasal dari Johor untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata mereka ditahan mengikut Seksyen 68 (2) Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010, Akta 716 dan mengikut akta yang baru dipinda itu, mereka yang disabit kesalahan boleh didenda sehingga 100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Rahmat berkata pihaknya percaya haiwan itu cuba diseludup ke China untuk tujuan perubatan tradisional melalui Thailand. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 04 Apr 2011 03:42 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Usaha terus lahirkan modal insan berkualiti

Posted:

Usaha terus lahirkan modal insan berkualiti

Usaha terus lahirkan modal insan berkualiti

TAWAU 3 April - Kerajaan akan terus meningkatkan usaha melahirkan modal insan berkualiti termasuk penduduk di luar bandar melalui penyediaan pelbagai peluang pendidikan kepada rakyat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha seperti itu bukan suatu yang baru malah sudah menjadi agenda utama kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan.

"Masyarakat luar bandar boleh dilepaskan daripada belenggu kemiskinan dengan memberikan mereka ilmu dan kemahiran melalui peluang-peluang pendidikan berkualiti," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Mara peringkat daerah Semporna di sini, hari ini.

Menurut Shafie, dasar kerajaan sejak dahulu yang memberi penekanan terhadap pendidikan dengan penyediakan kemudahan asas termasuk bangunan sekolah sama ada di kawasan pedalaman atau pulau-pulau telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara seperti yang disaksikan hari ini.

Katanya, pada awal kemerdekaan negara dahulu, banyak jawatan kerajaan termasuk di peringkat daerah diketuai pegawai Inggeris namun melalui pendidikan berterusan jawatan-jawatan berkenaan secara beransur berjaya diambil alih rakyat tempatan.

Pada hari ini kata Shafie, bukan sahaja agensi kerajaan di semua peringkat telah diterajui anak-anak tempatan malah syarikat besar dan institusi perbankan swasta yang mempunyai cawangan di serata dunia juga telah diterajui rakyat tempatan kesan daripada pendidikan.

Beliau berkata, usaha memperkasa modal insan di negara ini mesti terus dimantapkan mengikut peredaran dan keperluan semasa agar sumber semula jadi di negara ini dapat diterokai sepenuhnya melalui modal insan yang berinovatif.

Katanya, tanpa kekuatan ilmu pengetahuan sumber kekayaan negara termasuk kelapa sawit tidak akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana untuk mengeluarkan produk baru berasaskan kelapa sawit perlukan modal insan berilmu. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM3 juta untuk tabung Tan Sri Manickavasagam

Posted:

RM3 juta untuk tabung Tan Sri Manickavasagam

RM3 juta untuk tabung Tan Sri Manickavasagam

KUALA LUMPUR 3 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan RM3 juta untuk Tabung Pinjaman Pendidikan Tan Sri Manickavasagam yang dijenamakan semula dan dikendalikan sepenuhnya oleh MIC.

Presiden MIC, Datuk G. Palanivel berkata, Perdana Menteri meluluskan peruntukan itu bagi memperkasakan misi penubuhan tabung pendidikan tersebut untuk membantu para pelajar yang memerlukan.

"Saya yakin tabung pendidikan ini akan menjadi satu lagi saluran untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan para pelajar India di negara ini.

"Kita perlu mencari pendekatan yang lain untuk membantu pelajar India dalam bidang pendidikan yang semakin mencabar," katanya selepas mempengerusikan lembaga pengarah tabung tersebut di ibu pejabat MIC di sini hari ini.

Kira-kira 1,300 pelajar telah menikmati pelbagai bantuan pendidikan daripada tabung tersebut sejak ia ditubuhkan pada 1972 oleh bekas Presiden MIC yang keenam, mendiang Tan Sri Manickavasagam.

Tabung pendidikan itu juga memberi keutamaan kepada para pelajar yang berhak menerimanya untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda dan diploma.

Palanivel berkata, anak mendiang Tan Sri Manickavasagam, M. Ramani telah menemuinya Februari lalu untuk menyatakan hasratnya menyerahkan tabung pendidikan tersebut kepada MIC .

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sistem Pemantauan Bandar Selamat kurangkan kadar jenayah jalanan

Posted:

Sistem Pemantauan Bandar Selamat kurangkan kadar jenayah jalanan

Sistem Pemantauan Bandar Selamat kurangkan kadar jenayah jalanan

KUALA LUMPUR 3 April - Selari dengan usaha menubuhkan Program Bandar Selamat (SCP), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperkenalkan Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SCMS) yang pertama di negara ini.

Sistem SCMS yang beroperasi menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) itu akan berhubung terus dengan Sistem Laporan Polis (PRS).

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kamalruddin Shamsudin berkata, ia adalah antara pendekatan beterusan bagi memastikan usaha mengurangkan kadar jenayah jalanan dapat dilaksanakan secara strategik dan mengikut keperluan semasa.

Tambah beliau, Malaysia boleh dianggap maju selangkah ke hadapan berbanding negara lain yang masih beroperasi menggunakan sistem manual GIS yang bergantung kepada sistem pemetaan.

"SCMS adalah satu sistem yang menghubungkan pelbagai agensi di bawah satu payung dan beroperasi secara online.

"Ini bermakna, dengan menggunakan sistem ini, pelbagai agensi akan dapat membuat laporan secara dalam talian terus kepada kerajaan tempatan dan polis berhubung jenayah jalanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamalruddin berkata, dengan penggunaan GIS sebagai platform utama, SCMS mampu menterjemahkan terus PRS ke bentuk digital.

Beliau memberitahu, penggunaa SCMS bukan saja mampu membantu polis untuk menganalisis bentuk jenayah malah dalam mengenal pasti kawasan yang mempunyai pola jenayah tinggi.

"Saya yakin, SCMS akan banyak membantu polis dalam mengatur strategi serta meletakkan anggota mereka secara berkesan," katanya.

Tambah beliau, SCMS terbukti keberkesanannya dan ia digunakan di 42 lokasi panas sejak 1 Januari lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 04 Apr 2011 03:15 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Malaysia yakin terus dapat visa lawatan percuma ke Britain

Posted: 04 Apr 2011 03:06 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Malaysia yakin bahawa warganegaranya kecuali penuntut, yang melawat Britain akan terus menikmati visa lawatan percuma ke negara itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ini berdasarkan daripada langkah proaktif yang diambil Kuala Lumpur sejak setahun lalu berhubung isu visa dan juga berdasarkan kepada hubungan yang kukuh dengan Britain.

Bercakap kepada pemberita dengan Menteri di Pejabat Luar dan Komanwel Britain, Jeremy Browne, selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dua hala berhubung kerjasama dalam bidang Imigresen, Hishammuddin berkata melalui MoU itu ia mengukuhkan lagi keyakinan antara kedua buah negara berhubung isu itu. "Satu bidang yang kami dapat sahkan ialah isu visa. Seperti yang anda tahu tiada keperluan bagi Malaysia untuk mempunyai visa, yang menjadi satu isu sebelum ini. Saya berpendapat ia berdasarkan kepada hubungan akrab dan proses pembinaan antara (kedua buah) negara dan agensi berkaitan.

"Ia adalah perkembangan yang menarik. Dan majlis menandatangani MoU ini akan mengukuhkan lagi urusan itu dengan lebih baik.

"Jadi isu seperti penarikan balik visa untuk warganegara Malaysia yang mempunyai anak di United Kingdom dan semua itu tidak akan timbul lagi dan saya berharap pada masa depan, itupun kalau rakyat Malaysia yang pergi ke UK menjaga kelakuan mereka," katanya.

Pada majlis itu, Malaysia diwakili Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, dan Britain oleh Browne.
Tahun lalu, ada laporan menyebut bahawa Britain mungkin melihat semula cadangannya untuk mengenakan keperluan visa bagi rakyat Malaysia jika isu tinggal melebihi tempoh tidak ditangani sewajarnya.

Setakat Januari tahun lalu, laporan menyebut terdapat kira-kira 20,000 rakyat Malaysia tinggal melebihi tempoh di Britain.

"Jadi, isu visa ke UK...kalau dulu jadi satu isu sama ada kemungkinan ditarik balik, tapi jelas hari ini hubungan kita sejak setahun lalu telah meyakinkan kerajaan UK bahawa rakyat Malaysia masih (layak menikmati) visa percuma untuk melawat UK.

"Tetapi jelas dengan persefahaman seperti ini (MoU), ia akan mengurangkan kekhuatiran yang ada di kalangan ibu bapa rakyat Malaysia," katanya.

Hishammuddin berkata, Kuala Lumpur berharap untuk menandatangani perjanjian keselamatan dengan London semasa lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ke Britain yang dijadualkan pada Julai dan dengan itu menyelesaikan beberapa isu yang dihadapi rakyat Malaysia yang tinggal secara haram di Britain. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Surirumah cederakan madu dipenjara dua tahun

Posted: 04 Apr 2011 03:00 AM PDT

Mutakhir

ALOR SETAR: Seorang suri rumah yang mengaku bersalah mencederakan madu dan anak tirinya pada Januari lalu, dikenakan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Alor Setar, Mohd Sabri Ismail, memerintahkan Nor Azmah Shaari, 28, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap 8 Januari lalu, sehari selepas kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru Baru, tepi Sekolah Alor Biak, Jitra.

Nor Azmah dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Siti Aminah Hanapi, 50, menggunakan sebilah parang. Dia juga mengaku bersalah menyebabkan kecederaan terhadap anak Siti Aminah, Nurul Syuhada Saad, 16, menggunakan sebilah parang.

Rozita Mohamad dari Jabatan Bantuan Guaman Kedah, yang mewakili Nor Azmah, merayu mahkamah mengenakan hukuman yang ringan dengan alasan tertuduh membuat pengakuan bersalah selain tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mempunyai seorang anak kecil berusia 11 bulan.

Rozita berkata, tertuduh mengalami tekanan perasaan dan gangguan kerana masalah rumah tangga.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Rizal Fadzil, pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan membabitkan penggunaan senjata adalah serius. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 04 Apr 2011 03:14 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Semarakkan Anugerah Agro Remaja

Posted:

Semarakkan Anugerah Agro Remaja

Semarakkan Anugerah Agro Remaja

Oleh RIZANIZAM ABD. HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


salah seorang wakil Skill-Tech (tengah) menunjukkan jem nanas yang sudah siap kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin.


JASIN 3 April - Lima tahun lalu, kerajaan mengumumkan sebanyak 90,000 pelajar sekolah menengah harian berpeluang mengikuti pengajian kemahiran vokasional menjelang tahun ini.

Ia berikutan langkah kerajaan ketika itu yang menyenaraikan mata pelajaran vokasional (MPV) dalam projek berimpak tinggi di bawah Badan Bertindak Pelaksanaan Negara (BBPN) dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

MPV bertujuan membekalkan kemahiran vokasional kepada pelajar yang cenderung kepada ketukangan tangan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan, memulakan perniagaan atau meneruskan latihan di peringkat lebih tinggi.

Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam usaha menarik minat pelajar yang kurang meminati pelajaran berbentuk akademik.

Turut tidak terkecuali ke arah usaha itu, akhbar Utusan Malaysia dengan kerjasama institusi kemahiran swasta, Institut Skill-Tech (Skill-Tech) menganjurkan program Anugerah Agro Remaja@Sekolah yang mendapat penyertaan lebih 100 buah sekolah menengah seluruh negara biarpun baru pertama kali diperkenalkan tahun ini.

Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya 15 sekolah telah disenarai pendek untuk dilawati sebelum ke peringkat akhir anugerah tersebut yang dijangka diadakan akhir bulan ini.

Antara sekolah tersenarai adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin (SMKJ) di Jalan Bunga Tanjung, Taman Maju di sini melalui penghasilan produk mereka, jus nanas dengan jenama D' Just Seen.

Produk tersebut dihasilkan oleh empat pelajar tingkatan empat yang mengambil MPV Pemprosesan Makanan diketuai Nur Azura Senin serta tiga rakannya, Fadzly Idham Rahim, Muhammad Adib Suhaidi dan Intan Najihah Abdul Kadir.

Menurut guru pembimbing mereka, Zainah Ismail, program seperti Anugerah Agro Remaja@Sekolah banyak membantu membina keyakinan diri terutamanya di kalangan pelajar yang mempunyai pencapaian sederhana lemah dalam akademik.

"Pelajar-pelajar ini selalunya kurang yakin pada diri sendiri, tetapi program kemahiran sebegini telah memupuk minat mereka dan secara perlahan-lahan, mereka yakin.

"Perkembangan positif ini mungkin kesan daripada kerja berkumpulan yang memerlukan mereka berinteraksi sesama sendiri selain minat pada bidang kemahiran yang dipelajari," katanya di sini, baru-baru ini.

Anugerah Agro Remaja@Sekolah menyediakan empat kategori iaitu landskap, pemprosesan makanan, ternakan atau perikanan dan tanaman dengan tempat pertama setiap kategori menerima wang tunai RM2,000.

Tempat kedua menerima RM1,500 dan tempat ketiga sebanyak RM1,000 manakala wang tunai berjumlah RM10,000 serta piala iringan diberi kepada pemenang keseluruhan anugerah tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar teruja sertai Anugerah Agro

Posted:

Pelajar teruja sertai Anugerah Agro

Pelajar teruja sertai Anugerah Agro


Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin mendengar ceramah yang disampaikan oleh wakil Skill-Tech mengenai kepentingan penglibatan pelajar dalam bidang pertanian pada Road Show Anugerah Agro Remaja@Sekolah di Melaka, baru-baru ini.


JASIN 3 April - Anugerah Agro Remaja@Sekolah yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah terpilih dalam bidang pertanian banyak membantu membina keyakinan diri pelajar yang lebih cenderung kepada bidang kemahiran.

Bagi empat pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin (SMKJ) di sini, tiada apa yang lebih menggembirakan mereka apabila sekolah itu tersenarai antara 15 sekolah seluruh negara yang layak ke peringkat akhir program tersebut akhir bulan ini.

Mereka yang mengambil mata pelajaran vokasional (MPV) Pemprosesan Makanan iaitu Nur Azura Senin, Fadzly Idham Rahim, Muhammad Adib Suhaidi dan Intan Najihah Abdul Kadir menimba pengalaman amat berharga apabila terpilih menyertai program tersebut.

"Bagi kami, program sebegini amat membantu membina keyakinan diri dan satu pengiktirafan kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam bidang akademik," kata Nur Azura ketika ditemui di sekolah tersebut di sini, baru-baru ini.

Nur Azura mengetuai kumpulan pelajar tersebut untuk membuat pembentangan projek menghasilkan jem nanas D' Just Seen di hadapan para juri anugerah tersebut.

Menurut Muhammad Adib pula, pertandingan itu merapatkan lagi hubungan antara pelajar, pihak sekolah dan ibu bapa.

"Melalui program ini, ia dapat memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, prihatin, bekerjasama dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

"Kini baru saya tahu pertanian bukan sahaja industri belakang rumah, tetapi ramai yang telah memperoleh pendapatan lumayan jika bersungguh-sungguh dan mendapat bimbingan yang betul," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perkahwinan 1Malaysia di Seremban

Posted:

Perkahwinan 1Malaysia di Seremban

Perkahwinan 1Malaysia di Seremban


pasangan pengantin Shahazizul Mat Johar dan Norheleyna Ramley mengetengahkan konsep 1Malaysia pada majlis perkahwinan mereka di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, semalam.


SEREMBAN 3 April — Satu majlis perkahwinan 1Malaysia diadakan di sini hari ini yang diserikan dengan permainan caklempong, tarian akrobatik singa dan tarian India.

"Saya mahu sahut seruan Perdana Menteri. Kita nak terapkan konsep 1Malaysia. Biar semua orang terutama penduduk negara ini tahu mengenai budaya masing-masing," kata pesara tentera, Ramley Abdullah.

Beliau mahu mengenang majlis perkahwinan anak perempuannya Norheleyna, 22, dengan pasangannya Shahazizul Mat Johar, 25, yang dihadiri kira-kira 500 orang jemputan pelbagai kaum sebagai Perkahwinan 1Malaysia.

Majlis diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Ketibaan pasangan pengantin tidak disambut dengan paluan kompang, sebaliknya dengan pukulan gendang dan alunan muzik caklempong sebelum disambut dengan tarian dua ekor singa.

Ketika menuju ke pelamin pula, pasangan pengantin disambut dengan persembahan silat dan tarian India.

Tetamu pelbagai kaum turut berpeluang menepung tawar pasangan pengantin. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 04 Apr 2011 03:08 AM PDT

Utusan Online - Utara


Peranan Mubarak masih relevan

Posted:

Peranan Mubarak masih relevan

Peranan Mubarak masih relevan

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

PULAU PINANG 3 April - Peranan ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) masih relevan dan berguna untuk membantu kepimpinan negara dalam membentuk dan membawa Malaysia menjadi maju.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, sebagai bekas wakil rakyat, ahli Mubarak masih dianggap sebagai pemimpin dan dihormati rakyat malahan mereka juga tahu apa sahaja keperluan dan masalah yang perlu ditangani di kawasan itu.

Justeru katanya, pengalaman yang ada di kalangan bekas wakil rakyat sudah tentu dapat membantu pemimpin sekarang menangkis apa juga isu yang ditimbulkan pembangkang.

''Negara kita amat unik kerana mempunyai kepimpinan daripada banyak saf tidak kira sekarang atau terdahulu yang menyebabkan kita mampu menghadapi pelbagai cabaran dalam menuju matlamat menjadi negara maju.

''Meskipun tidak lagi berkhidmat, ahli Mubarak masih boleh memainkan peranan yang begitu penting melalui pengalaman - pengalaman mereka terdahulu,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Mubarak Pulau Pinang Ke-10 di sini, hari ini.

Sehubungan itu beliau menjelaskan, adalah wajar jika pengalaman bekas wakil rakyat tersebut digunakan untuk faedah bersama.

Hadir sama Yang Dipertua Mubarak Pulau Pinang, Datuk Ong Hean Tee.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM1.5 juta biasiswa untuk anak Perak

Posted:

RM1.5 juta biasiswa untuk anak Perak

RM1.5 juta biasiswa untuk anak Perak


Dr. Zambry Abd Kadir menerima replika cek biasiswa program asasi 1 Malaysia dari S. Veerasingan (tiga dari kanan) di Ipoh, kelmarin.


IPOH 3 April - Universiti Antarabangsa Premier Perak (Piup) akan membina kampus barunya di kawasan 100 hektar di Gua Tempurung di sini tidak lama lagi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, reka bentuk kampus itu sedang disiapkan.

Beliau berkata, pembukaan kampus itu akan memberi peluang kepada pelajar anak negeri itu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, farmasi, pentadbiran perniagaan dan sains komputer.

"Universiti baru ini membuktikan usaha kerajaan negeri dalam menjadikan negeri ini sebagai pusat kecemerlangan berteraskan ilmu pengetahuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sumbangan Biasiswa, Program Asasi 1 Malaysia oleh Puip kepada kerajaan negeri di sini, semalam.

Majlis penyerahan replika cek biasiswa dilakukan oleh Penasihat Menteri Besar, Datuk S. Veerasingan yang mewakili universiti berkenaan kepada Dr. Zambry.

Biasiswa bernilai RM1.5 juta itu diberikan kepada 150 anak negeri itu yang melanjutkan pengajian di universiti berkenaan.

Puip kini beroperasi di sebuah bangunan di Jalan Kampar di sini.

Zambry berkata, sebuah jawatankuasa pemilihan ditubuhkan untuk membuat penilaian terhadap pelajar yang memohon biasiswa tersebut.

"Pelajar yang mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini boleh memohon masuk bagi pengambilan sesi April dan Mei ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gajah liar musnahkan beratus pokok pisang

Posted:

Gajah liar musnahkan beratus pokok pisang

Gajah liar musnahkan beratus pokok pisang

SUNGAI SIPUT 3 April - Kehadiran sekumpulan gajah liar di Kampung Jalong, di sini, sejak seminggu lalu meresahkan penduduk apabila sebahagian besar tanaman mereka musnah sehingga terpaksa menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit angkara haiwan tersebut.

Difahamkan gajah-gajah liar berkenaan keluar pada waktu malam dari hutan berhampiran dan masuk ke kebun penduduk untuk mencari makanan hingga menyebabkan pokok pisang dan tanaman lain menjadi mangsa.

Kehadiran binatang liar itu bukan sahaja menyebabkan hasil tanaman musnah malah membimbangkan penduduk kerana dikhuatiri terserempak dengan kumpulan gajah berkenaan.

Seorang penduduk, Abu Kassim Talib, 58, berkata, dia mula menyedari haiwan berkenaan menceroboh kebun penduduk apabila melihat banyak pokok pisang tumbang.

Katanya, kira-kira 300 batang pokok pisang di kebunnya turut musnah dan menyebabkan dia tidak berani lagi ke kebun kerana takut terserempak dengan kawanan haiwan tersebut.

"Perkara ini sudah berlarutan sejak seminggu lalu dan boleh dikatakan kumpulan gajah ini datang pada setiap malam.

"Berdasarkan kesan dan tapak kaki yang ditemui, kita anggarkan sebanyak 11 ekor gajah sudah masuk ke kebun penduduk," katanya.

Sementara itu, Shafie Abdullah, 53, berkata, dia mengalami kerugian kira-kira RM20,000 akibat kemusnahan kebun pisangnya berikutan pencerobohan kumpulan gajah liar itu..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 04 Apr 2011 03:03 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Nenek dikelar

Posted: 03 Apr 2011 11:16 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SENTUL: Seorang nenek berusia 79 tahun ditemui mati dibunuh dengan lehernya dikelar di depan lif 20 meter daripada rumahnya di tingkat lapan Blok 41, Flat Sri Perak, dekat Bandar Baru Sentul, di sini, semalam.

18 dianiaya ‘kontraktor halimunan’

Posted: 03 Apr 2011 10:52 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]RAWANG: Seramai 18 peniaga di Gerai Upen Kampung Koskan, di sini, menanggung keperitan, malah mendakwa dianiaya ‘kontraktor halimunan’ yang sehingga kini tidak menonjolkan diri.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 04 Apr 2011 02:25 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Johor: Indeks jenayah jalanan turun

Posted: 03 Apr 2011 12:37 PM PDT

Wilayah

KOPERAL  Sahak Haron memberi penerangan mengenai risalah kepolisan kepada  Yam Darus (dua dari kanan) dan Robiah Matap  (dua dari kiri) serta Maria Mazlan  berhubung kerjasama antara polis dengan  masyarakat untuk membanteras jenayah.

KOPERAL Sahak Haron memberi penerangan mengenai risalah kepolisan kepada Yam Darus (dua dari kanan) dan Robiah Matap (dua dari kiri) serta Maria Mazlan berhubung kerjasama antara polis dengan masyarakat untuk membanteras jenayah.

Penurunan hasil kerjasama erat orang ramai dengan polis

JOHOR BAHRU: Perangkaan jenayah jalanan di seluruh Johor bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, berkurangan 22.08 peratus atau 221 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

Penurunan yang membabitkan pelbagai jenayah jalanan dan kekerasan seperti ragut, samun tanpa senjata api dan samun berkawan tanpa senjata api, itu antara lain hasil kerjasama orang ramai dalam membantu polis membanteras jenayah. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kejayaan itu berikutan kesediaan masyarakat menjadi 'mata dan telinga' polis dengan menyalurkan maklumat penting bagi membongkar kegiatan jenayah.

Katanya, sebanyak 780 kes jenayah jalanan direkodkan sejak Januari hingga Mac tahun ini berbanding 1,001 kes bagi tempoh sama tahun lalu. Dalam tempoh sama tahun ini, seramai 108 suspek sudah ditahan.

"Ini adalah usaha bersama antara polis dan masyarakat dalam memerangi jenayah. Saya pasti jika kerjasama ini berterusan, kedudukan jenayah indeks di negeri ini boleh dikurangkan lagi," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan masyarakat negeri ini semakin mengambil berat situasi jenayah yang berlaku di sekeliling mereka, sekali gus mahu melihat Johor terus bebas dari masalah itu.
Katanya, jika masyarakat hanya mengharapkan penyelesaian dilakukan polis saja dalam hal berkaitan jenayah, pasti penurunan itu tidak dapat dilaksanakan.

"Sebab itu, kita tidak mahu masyarakat berdiam diri dan sebaliknya sentiasa bekerjasama dengan kami. Kita percaya berkat sokongan diberikan semua pihak, kadar indeks ini akan terus menurun pada tahun depan," katanya.

Mohd Mokhtar berkata, kewujudan bit polis terutama di 'kawasan panas' turut menyumbang kepada penurunan kadar jenayah jalanan di negeri ini.

"Walaupun polis bertugas 24 jam sehari untuk mencegah jenayah, kami juga memerlukan sokongan padu daripada masyarakat untuk terus menyokong segala tindakan yang diambil.

"Ini disebabkan ada ketika moral dan motivasi anggota kami terjejas berikutan beberapa insiden yang menggugat kredibiliti polis, selain wujud kenyataan memburukkan polis oleh pihak berkepentingan," katanya.

Beliau menegaskan, masyarakat tidak wajar 'menjatuhkan' hukuman terhadap polis yang sentiasa berusaha menegakkan undang-undang kerana ia umpama 'marahkan nyamuk, kelambu dibakar'.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sentral: Anjing liar berkeliaran cemar imej Putrajaya

Posted: 03 Apr 2011 12:35 PM PDT

Wilayah

ANJING liar dipercayai menghuni kawasan hutan dan ladang kelapa sawit kini berkeliaran mencari makan hingga ke Putrajaya.

ANJING liar dipercayai menghuni kawasan hutan dan ladang kelapa sawit kini berkeliaran mencari makan hingga ke Putrajaya.

Orang ramai tak selesa kunjungi tempat awam

PUTRAJAYA: Masalah anjing liar yang jumlahnya semakin bertambah mula menghantui bandar raya pentadbiran ini.

Kumpulan anjing liar berkenaan dipercayai menghuni beberapa kawasan hutan dan ladang kelapa sawit di sekitar sini dan berkeliaran mencari makan hingga ke dalam Putrajaya. Jika tidak dikawal pada peringkat awal, ia akan menjadi masalah yang sukar dibendung pada masa depan.

Selain beberapa kawasan pinggir Putrajaya, kumpulan anjing liar itu juga berkeliaran di padang permainan awam seperti padang ragbi Putrajaya di Presint 5 berhampiran.

Orang ramai yang menggunakan padang itu meminta pihak berkuasa mengambil tindakan, termasuk menembak anjing liar bagi mengelakkan ia membiak dan menjadi masalah kepada penghuni dalam jangka panjang.

Tinjauan Sentral baru-baru ini mendapati sekurang-kurangnya sekumpulan 10 anjing liar berada di sekitar padang ragbi itu.
Kawasan perkuburan di Presint 20 juga menjadi lokasi anjing 'bersantai.'

Pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, berkata kehadiran anjing liar itu menakutkan orang ramai, khususnya kanak-kanak untuk mengunjungi padang berkenaan.

"Anjing liar berkeliaran di Putrajaya sejak beberapa bulan lalu dan kawasan padang seolah-olah sarang mereka.

"Ia perlu dikawal kerana lama-kelamaan jumlahnya akan jadi banyak dan sukar dikawal," katanya.

Selain itu, beliau meminta Perbadanan Putrajaya (PPj) perlu bertindak segera supaya haiwan itu tidak berkeliaran memasuki kawasan perumahan, selain memberikan gambaran tidak elok kepada pusat pentadbiran kerajaan itu.

Khairul Amin Hamah, 29, berkata sukar menangkap anjing liar itu kerana jumlahnya yang semakin banyak dan mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menembak ubat pelali untuk menangkapnya.

"Buat masa ini mungkin anjing itu tidak ganas tetapi siapa tahu keadaan boleh menjadi buruk jika ia terlalu lapar atau mungkin bertindak agresif," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 04 Apr 2011 01:37 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


BN kemuka 18 calon muka baru

Posted:

BN kemuka 18 calon muka baru

BN kemuka 18 calon muka baru

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
utusansarawak@utusan.com.my


Adenan Satem (dua dari kiri) bersama pemimpin Barisan Nasional Sarawak mengangkat tangan selepas pengumuman calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Sarawak Ke-10 di Kuching, semalam. - BERNAMA


KUCHING 3 April - Barisan Nasional (BN) Sarawak mengemukakan 25 peratus atau 18 orang calon muka baru bagi menggalas cabaran parti itu pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Mereka terdiri daripada 10 calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB (PBB), tujuh calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan satu calon Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Kesemua Presiden parti komponen BN negeri, iaitu Tan Sri Abdul Taib Mahmud (PBB); Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam (SUPP); Datuk Seri Dr. James Jemut Masing (PRS) dan Datuk Seri Wiliam Mawan Ikom (Parti Demokratik Progresif Sarawak) juga akan mempertahankan kerusi masing-masing di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Piasau, Baleh dan Pakan.

Ketua Penerangan BN negeri, Tan Sri Adenan Satem yang mengumumkan senarai calon BN di Ibu Pejabat PBB, di sini, hari ini, membuat kejutan apabila tidak mengumumkan nama calon parti itu di DUN Ba'kelalan.

DUN berkenaan sebelum ini dimenangi calon SPDP, Balang Rining dan pada pilihan raya negeri kali ini, pembangkang dijangka mencalonkan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Baru Bian.

Adenan sewaktu ditanya mengenai calon BN di Ba'kelalan sekadar berkata, ia adalah 'calon misteri' yang hanya akan diumumkan sebelum hari penamaan calon Rabu ini.

"Kita boleh cari calon pada bila-bila masa dan kita ada banyak (calon), cuma kita mahu mencari calon yang betul," katanya.

Sidang akhbar berkenaan yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan bagaimanapun tidak dihadiri oleh Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri yang dikatakan mempunyai satu majlis lain.

Turut mengejutkan pemerhati politik ialah penyandang DUN Lingga, Simoi Peri dicalonkan sekali lagi walaupun beberapa hari lalu mengadakan sidang akhbar mengumumkan tidak akan bertanding.

Mengulas lanjut, Adenan berkata, senarai calon yang diketengahkan BN kali ini mempunyai ciri-ciri boleh menang sebagaimana yang disyaratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Alumni UM rakan kerajaan

Posted:

Alumni UM rakan kerajaan

Alumni UM rakan kerajaan

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak dan Rosmah Mansor bersama sebahagian daripada alumni pada majlis Alumni Universiti Malaya bersama PM di Hotel Shangri-La , Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Muhyiddin Yassin dan isteri, Noorainee Abdul Rahman, Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim dan Ismail Sabri Yaacob.


KUALA LUMPUR 3 April – Ahli-ahli Alumni Universiti Malaya (UM) diminta menjadi rakan kepada kerajaan dalam usaha mentransformasi Malaysia menjadi negara maju dan bukan bertindak sebaliknya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bekas-bekas pelajar UM itu juga tidak sepatutnya menjadi rakan kepada pembangkang yang cuba melakukan reformasi dalam negara.

Beliau berkata, selaku modal insan yang banyak mempengaruhi corak pentadbiran serta kemajuan negara, alumni UM perlu memastikan rahmat yang dikecapi hari ini berkekalan.

"Saya berharap para alumni yang kini menjadi ketua di lapangan masing-masing sentiasa bersama dengan kerajaan dan bukannya menjadi rakan kepada agenda reformasi pihak pembangkang.

"Segala kepakaran dan ilmu yang dikutip perlu disalurkan kepada kerajaan bagi memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju," katanya berucap merasmikan Majlis Makan Malam Persatuan Alumni UM (PAUM) di sini malam ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor selaku Penaung PAUM.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Dalam pada itu, Najib mengakui UM selaku universiti terunggul di negara ini telah banyak berjasa kepada negara terutamanya dengan melahirkan ramai modal insan berkualiti.

Katanya, pada masa sekarang pun, ramai di kalangan anggota Kabinet merupakan alumni UM dan Muhyiddin merupakan salah seorang daripadanya.

Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan, UM tidak harus berpuas hati dengan pencapaian sedia ada kerana untuk menjadi sebuah gedung ilmu terunggul, universiti itu perlu sentiasa kreatif dan inovatif.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Najib mahu setiap alumni yang dilahirkan oleh universiti tempatan mempunyai sifat mengenang budi yang tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kos tunai haji kekal

Posted:

Kos tunai haji kekal

Kos tunai haji kekal

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

JERAI 3 April – Kos menunaikan ibadat haji di tanah suci Mekah tahun ini kekal iaitu sebanyak RM9,980 seperti tahun lepas bagi setiap jemaah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengekalan kos itu secara tidak langsung membabitkan tambahan subsidi oleh kerajaan untuk setiap jemaah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 tahun lalu.

Katanya, keputusan tersebut mengambil kira pertimbangan daripada pelbagai sudut dan pandangan termasuk keperluan pendeposit di Lembaga Tabung Haji (TH).

"Di sebalik peningkatan kos pengangkutan, makan minum dan penginapan di tanah suci, kerajaan tetap menimbangkan terutamanya keperluan pendeposit haji yang berusia dan berharap menunaikan haji.

"Ia juga mengambil kira prestasi pencapaian TH yang mampu mengendalikan dengan sebaik mungkin urusan ini serta keuntungan yang diperoleh pada 2010. Jadi kita mengekalkan tambang haji tahun terdahulu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Jamil Khir, tambang tersebut hanya untuk jemaah yang pertama kali menunaikan haji sahaja.

"Bagi mereka yang pernah menunaikan haji perlu membayar tambang penuh iaitu RM14,340 kerana dikecualikan mendapat subsidi. Ini sebagai memberi peluang mereka yang pertama kali ingin menunaikan haji," katanya.

Katanya, kos sebenar tersebut juga masih rendah berbanding negara jiran seperti Singapura sebanyak RM16,000, Brunei (RM17,000), Thailand (RM14,000) dan Indonesia RM10,000 hingga RM14,000.

Tambah beliau, dianggarkan lebih 500,000 pendeposit TH memohon untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

"Namun semua ini bergantung kepada kuota yang akan dibenarkan oleh kerajaan Arab Saudi nanti.

"Pada masa yang sama kita akan berusaha memohon kuota sebanyak mungkin tetapi masih dalam lingkungan kemampuan TH menguruskannya demi keselesaan jemaah mengerjakan ibadat itu kelak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 04 Apr 2011 01:24 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


PKR tanding di 47 kerusi, tak dapat elak Snap

Posted: 03 Apr 2011 11:06 PM PDT

KUCHING, 4 April — Pertembungan antara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dilihat tidak dapat dielakkan dengan pengumuman PKR akan bertanding di 47 kerusi pada pilihan raya negeri kali ini.

Keputusan PKR mahu bertanding di 47 kerusi diumumkan pada majlis pengumuman calon dan penyerahan watikah bagi zon Sarawak tengah dan utara diadakan di sebuah hotel di Sibu hari ini.

Kelmarin, Snap berkata ia akan bertanding di 27 kerusi.

Empat kerusi lagi yang akan ditandingi PKR masih di peringkat rundingan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu bersama PAS dan DAP akan memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional (BN) pada kali ini.

Di peringkat Sarawak, Snap merupakan rakan Pakatan Rakyat.

PAS dan DAP masing-masing bertanding di lima dan 15 kerusi.

"Kita akan bersungguh-sungguh berkempen dan memberikan penerangan kepada penduduk Sarawak untuk memberikan dokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Pilihan raya Sarawak kali ini merupakan sejarah kerana buat pertama kali BN diberi tentangan sengit," kata Anwar.

Senarai calon PKR diumum hari ini:

N1. Opar — Boniface Willy Anak Tumek

N2. Tasik Biru — John Tenewi Nuewk

N4. Pantai Damai — Wan Zainal Abidin Wan Senusi

N5. Demak Laut — Ali Hossen Abang

N6. Tupong — Baharuddin @ Din Shah Mokhsen

N7. Samariang — Zulrusdi Mohamad Hol

N8. Satok — Ahmad Nazib Johari

N11. Batu Lintang — See Chee How

N14. Asajaya — Arip Ameran

N16. Bengoh — Willie Anak Mongin

N17. Tarat — Peter Ato Anak Mayau

N18. Tebedu — Christopher Anak Kiyui

N19. Kedup — Lainus Anak Andrew Luwak

N21. Simunjan — Mashor Hossen

N23. Lingga — Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan

N25. Balai Ringin — Ibi Anak Uding

N26. Bukit Begunan — Jimmy Lim

N28. Engkilili — Marudi @ Barudi Anak Mawong

N29. Batang Ai — Nicholas Bawin Anak Anggat

N30. Saribas — Abang Zulkifli Abang Engkeh

N31. Layar — Stanny Embat Pharoh Anak Laja

N32. Bukit Saban — Jerah Anak Engkiong

N33. Kalaka — Mohd Yahya Abdullah

N34. Krian — Ali Anak Biju

N35. Belawai — Abdul Wahab Abdullah

N37. Daro — Jamaluddin Ibrahim

N42. Meluan — John Brian Anthony Anak Jeremy Guang

N43. Ngemah — Aris Anak Alap

N44. Machan — Chen Nguk Fa

N49. Nangka — Norisham Mohamed Ali

N50. Dalat — Sylvester Ajah Subah

N51. Balingan — Suriati Abdullah

N52. Tamin — Mengga Anak Mikui

N53. Kakus — Paul Anyie Raja

N54. Pelagus — Edward Sumbang Anak Asun

N55. Katibas — Munan Anak Laja

N56. Baleh — Bendindang Anak Manjah

N57. Belaga — Basah Kesing @ Ali Basar Kesing

N58. Jepak — Abdul Jalil Bujang

N60. Kemena — Bernard Binar Bayang Anak Rading

N61. Bekenu — Ishak Mahwi

N62. Lambir — Zolhaidah Suboh

N65. Senadin — Michael Teo Yu Keng

N67. Telang Usan — Ngau Laing

N69. Batu Danau — Lau Liak Koi

N70. Ba'Kelalan — Baru Bian

N71. Bukit Sari — Japar Suyut


MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PKR bidas OKU ditahan bawah ISA

Posted: 03 Apr 2011 10:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 April — Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam tindakan Putrajaya menahan seorang anggota parti yang berkategori Orang Kelainan Upaya (OKU) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Jumaat lalu.

Kata Dr Wan Azizah (gambar), tindakan itu menggambarkan yang kerajaan tidak mengendahkan desakan rakyat tetapi menunjukkan sikap BN yang sudah terlalu angkuh.

"Apatah lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Jumaat lalu telah meluluskan usul (menggesa) memansuhkan ISA," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Kita difahamkan Kadir Hashim dikaitkan dengan militan di Kemboja. Jika benar dakwaan tersebut, Kadir hendaklah dibawa kemuka pengadilan, dibicarakan dan dibenarkan membela diri.

"Negara ini mempunyai cukup akta dan undang-undang yang boleh digunakan, umpamanya Akta Polis dan Kanun Keseksaan," katanya lagi.

Kadir, ditahan polis mengikut Seksyen 73(1) ISA di Kampung Kerinchi di sini.

Anggota PKR itu ditahan dalam serbuan melibatkan 20 anggota polis berpakaian preman di rumahnya kira-kira pukul 6.50 petang.

Sehubungan itu kata Dr Wan Azizah, PKR dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa bicara Kadir yang jelas membelakangi hak asasi manusia.

"Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan dengan pilihan raya negeri Sarawak yang semakin hampir.

Dr Wan Azizah berkata PKR mahu ISA dimansuhkan dan kesemua tahanan yang ada didakwa di mahkamah dan dibicarakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

"PRK sedar bahawa ketenteraman awam itu adalah penting dan mesti dipertahankan tetapi penahanan tanpa bicara melalui ISA itu jelas sekali zalim dan di luar kemanusiaan," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 04 Apr 2011 01:15 AM PDT

Utusan Online - Timur


Trend menginap di hotel dikesali

Posted:

Trend menginap di hotel dikesali

Trend menginap di hotel dikesali

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
utusanterengganu@utusan.com.my

BESUT 3 April - Trend anak-anak menginap di hotel dan resort apabila pulang ke kampung menziarah ibu bapa yang semakin menular dikhuatiri boleh merencatkan institusi keluarga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali berkata, sikap sedemikian tidak wajar dalam tradisi Melayu kerana ia mungkin mengguris perasaan kedua ibu bapa dan sanak-saudara.

Katanya, walaupun ibu bapa tidak pernah menyuarakan kekesalan atas perbuatan sikap sedemikian, ia sebenarnya menjejaskan hubungan dan suasana kerana waktu bersama mereka akan semakin terbatas.

"Apabila anak-anak sudah berjawatan dan sekali-sekala pulang ke kampung, mereka lebih gemar tinggal di hotel dan bukan lagi di rumah di mana mereka dibesarkan," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) daerah Besut di Dewan Sivik Jabi di sini semalam.

Ramlan berkata, apa yang berlaku menunjukkan pentingnya sikap tanggungjawab, disiplin dan kesedaran tentang sikap menghormati orang-orang tua ditekankan kepada anak-anak sejak kecil.

"Walaupun mereka berjaya menjadi seorang pelajar cemerlang tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa dan janganlah melukakan hati mereka ini," katanya.

Justeru, Ramlan berkata, anak-anak perlu diberi didikan dan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapanya dan juga peranan yang perlu dimainkan dalam masyarakat sejak kecil lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bengkel tulis fiksyen UTM-Utusan asah bakat

Posted:

Bengkel tulis fiksyen UTM-Utusan asah bakat

Bengkel tulis fiksyen UTM-Utusan asah bakat


Hashim Ismail (kiri) memberikan tunjuk ajar kepada para peserta Bengkel Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi anjuran Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Utusan Malaysia di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 3 April - Bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kumpulan Utusan dilihat mampu mengasah bakat penulis muda dalam genre itu.

Ketua Satu Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita), Tuan Sharif Tuan Putera berkata, bengkel yang dianjurkan sempena Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi itu sekali gus membantu mengatasi kekurangan penulis tempatan dalam genre tersebut.

"Harapan saya melalui penganjuran bengkel ini, Terengganu dapat melahirkan penulis-penulis yang hebat seterusnya menghasilkan novel untuk menyertai pertandingan sayembara ini," katanya.

Beliau ditemui pada Bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi di Hotel Tanjung Vista di sini semalam.

Hadir sama, Pengurus Kanan Penerbitan Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Faridah Shamsudin.

Sejumlah 20 peserta termasuk penulis, mahasiswa dan orang perseorangan menyertai bengkel berkenaan yang melibatkan pembentangan oleh beberapa penulis terkenal seperti Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin dan Prof. Madya Dr. Hashim Ismail.

Sayembara itu menawarkan hadiah wang tunai RM15,000 untuk pemenang tempat pertama, RM7,000 tempat kedua dan RM5,000 tempat ketiga manakala tiga pemenang saguhati pula bakal menerima RM1,000 setiap seorang.

Untuk maklumat lanjut mengenai sayembara ini boleh menghubungi Yosman Mohd. Bain di talian 07-5218166/ 019-7557760 atau Rozlan Mohamed Noor (03-92856577/ 012-3828353).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KADA sedia RM1 juta tingkat pendapatan IKS

Posted:

KADA sedia RM1 juta tingkat pendapatan IKS

KADA sedia RM1 juta tingkat pendapatan IKS

PASIR PUTEH 3 April - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) memperuntukkan hampir RM1 juta bagi membantu 148 peserta industri kecil dan sederhana (IKS) di negeri ini meningkatkan pendapatan sekitar RM800 ke RM1,200 sebulan sepanjang tahun ini.

Pegawai Pertanian KADA, Tanty Mazny Mohd. Yaacob berkata, peserta terlibat kebanyakannya berasal dari kawasan operasi KADA di Kota Bharu Selatan, Kota Bharu Utara, Pasir Puteh, Pasir Mas, Bachok dan Tumpat.

Menurutnya, kebanyakan mereka mengusahakan industri kecil berasaskan makanan ringan tradisional yang dikenal pasti laris dijual bagi pasaran domestik.

"Ini termasuk mengusahakan kerepek ubi kayu, bahulu, roti canai dan kuih segera," katanya kepada pemberita pada upacara perasmian penyampaian bantuan mesin dan peralatan kepada 27 usahawan tani KADA di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Jawa di sini hari ini.

Bantuan mesin dan peralatan itu disampaikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman.

Tanty Mazny berkata, peserta dari Jajahan Pasir Mas antara tertinggi mendapat bantuan iaitu seramai 27 orang dengan nilai lebih RM196,971 diikuti kawasan Pasir Puteh seramai 27 peserta (RM187,260) dan Bachok seramai 27 peserta dengan nilai RM163,142.

"Peserta juga memperoleh bantuan bernilai di antara RM8,000 hingga RM10,000 seorang berasaskan keperluan projek yang dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata, bantuan yang disalurkan membolehkan mereka mengubah cara bekerja daripada pemprosesan cara lama yang banyak menggunakan tenaga kepada teknologi baru yang lebih cekap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 03 Apr 2011 11:39 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Siasat blog perkauman, hina Melayu

Posted:

Siasat blog perkauman, hina Melayu

Siasat blog perkauman, hina Melayu

KUALA LUMPUR 3 April - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kewujudan laman blog http://alfanso-rightstoon.blogspot.com/ yang didakwa sarat dengan elemen perkauman dan hasutan.

Menurut Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Zubir Harun, paparan blog tersebut yang bersifat keterlaluan boleh menimbulkan keresahan serta rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu.

Jelasnya, perkara itu amat berbahaya sekiranya dibiarkan dan tindakan segera perlu diambil bagi memastikan tidak timbul lebih banyak perpecahan kaum di negara ini.

"Jangan sampai Melayu ambil tindakan sendiri sehingga melampaui batas undang-undang.

"Kami tidak mahu ada sebarang huru-hara dalam negara. Justeru, setiap perkara yang membabitkan perkauman seperti ini wajib disiasat pihak berkuasa sebelum terlambat," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Tidak setakat memadankan gambar pemimpin Melayu dengan binatang, blog itu turut memaparkan kata-kata hinaan terhadap PDRM selain menyifatkan Melayu UMNO sebagai paria sebenar.

Sementara itu, Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah menyifatkan individu yang mengelolakan laman blog tersebut sebagai bacul dan mempunyai niat jahat.

"Setahu saya SKMM mempunyai hak untuk menyiasat tanpa perlu menunggu laporan polis. Justeru mereka perlu mengambil tindakan segera terhadap penghinaan seperti ini.

"Jelas tuduhan itu bertujuan merosakkan perhubungan baik antara kaum di negara ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, PDRM hanya akan menjalankan siasatan berhubung kewujudan blog itu jika ada pihak yang tampil membuat laporan polis.

Buat masa ini, katanya, PDRM belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kewujudan blog itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bunuh: Bekas jurulatih kuda disoal polis Australia

Posted:

Bunuh: Bekas jurulatih kuda disoal polis Australia

Bunuh: Bekas jurulatih kuda disoal polis Australia

MELBOURNE 3 April - Seorang bekas jurulatih kuda di Malaysia, John Nikolic disoal siasat polis berhubung pembunuhan personaliti lumba kuda, Les Samba.

Nikolic, 38, yang tinggal di subbandar Robina di Gold Coast, bercakap dengan para penyiasat selama enam jam, lapor akhbar Herald Sun.

Walaupun tinggal berjauhan, John Nikolic menjalin hubungan baik dengan abangnya, Danny, seorang joki terkenal di Melbourne yang pernah berkahwin dengan Victoria, anak perempuan Samba.

Danny, seorang pelumba yang banyak memenangi perlumbaan kumpulan satu, secara sukarela datang untuk disoal siasat selepas pembunuhan Samba, lapor akhbar itu.

Polis kemudiannya berkata, mereka tidak menganggapnya sebagai suspek.

John Nikolic menyerahkan lesen latihannya selepas terbabit dalam inkuiri di Queensland tahun lepas.

Sebelum ini, Nikolic melatih kuda di Malaysia, yang mana dia dilaporkan telah mempersiapkan lebih daripada 100 pemenang.

Skuad homisid telah melawat beberapa negeri sejak pembunuhan kejam Samba di Middle Park pada 27 Februari.

Dia meninggal akibat ditembak bertalu-talu selepas dikejar di sepanjang Beaconsfield Parade. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 03 Apr 2011 11:25 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Seni buatan tangan comel

Posted:

Seni buatan tangan comel

Seni buatan tangan comel

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my



ZAKKA dalam istilah Jepun bermaksud pelbagai barangan. Sungguhpun begitu terdapat pelbagai lagi konotasi menarik yang digunakan yang merujuk kepada pelbagai barangan serta hiasan yang dibuat hasil kerja tangan dengan kreativiti pereka itu sendiri.

Lebih tepat lagi, zakka sebenarnya merupakan seni melihat sesuatu barangan yang biasa digunakan iaitu barangan asas yang mudah didapati seperti kain perca, butang, kayu yang kemudiannya dijahit, kait atau dilekat mengikut kreativiti serta tidak memerlukan kos yang tinggi.

Zakka mula menjadi fenomena baru di seluruh dunia seiring dengan bangkitnya pengaruh budaya pop yang mahukan sesuatu yang comel, unik serta lain dari yang lain. Di Jepun juga, zakka bermakna pelbagai item yang mempunyai banyak fungsi, menarik serta unik.

Di negara Matahari Terbit itu, kedai menjual barangan yang dibuat menggunakan seni tangan yang comel bukanlah sesuatu yang asing di sana. Malah, bagi yang pernah melancong ke Taiwan, Hong Kong dan Eropah sudah tentu dapat berkongsi bahawa fenomena zakka sudah popular di sana sejak dahulu lagi.

Bagi penggemar seni kraf hasil buatan tangan, zakka diangkat umpama satu jenama popular.

Humpty Dumpty, Gelato Pique, Edit.for.Lulu, Deuxieme Classe dan La Belle Epoque merupakan antara patung imaginasi yang dicipta oleh mereka yang menjadikan hasil kreativiti tangan itu sebagai kepuasan dalam hidup.

Walaupun konsep zakka masih lagi baru di Malaysia, kewujudan sebuah kedai Daiso iaitu kedai yang menjual barangan kelengkapan rumah yang diinspirasi zakka pada 2008 di ibu negara memeriahkan fenomena itu.

Pipit Zakka idea suami isteri

Kini, muncul pula sebuah kedai zakka di Petaling Jaya, dengan menggunakan sepenuhnya konsep itu. Pipit Zakka Store yang terletak di kawasan rumah dua tingkat di SS2 menyajikan pelbagai barangan hasil rekaan tangan yang dipasarkan oleh pereka tempatan dan juga luar negara.

Dimiliki oleh Mike Ooi dan isterinya Ivery Khooi, kedai tersebut dibuka selepas mendapat permintaan pelanggan setia mereka yang sebelum ini hanya dapat membeli barangan tersebut yang dijual mereka melalui laman sesawang Pipit.

"Sebenarnya kami membuka kedai, selepas merancangnya hampir empat tahun.


HIASAN berbentuk epal ini dikatakan boleh memberi nasib baik kepada mereka yang memilikinya.


"Selain sokongan daripada peminat barangan zakka dari laman sosial, kami juga mendapat sokongan daripada rakan kami yang menawarkan tempat ini untuk disewakan pada harga yang berpatutan," kata Mike yang menyifatkan kedai kecil mereka diinspirasikan daripada lambakan kedai zakka yang dikunjungi ketika melancong ke Tokyo, Jepun.

Disebabkan dia dan isteri juga berminat dengan kelengkapan serta perhiasan seperti anting-anting, patung hiasan, mereka ternyata berpuas hati dengan pembukaan kedai kecil mereka itu.

"Disebabkan kedai kami kecil dan hanya dikendali oleh kami berdua sahaja, kami sepakat menamakannya sebagai Pipit iaitu nama seekor burung kecil," terangnya yang masing-masing berusia 31 tahun.

Menurut Ivery yang turut mereka cipta beberapa perhiasan buatan tangan, keunikan kedai berkonsepkan zakka di Jepun, menyuntik idea untuk mewujudkan kedai tersebut, malah konsep kedai tersebut juga dilengkapi dengan barangan buatan tangan serta kitar semula.

"Terdapat ramai individu yang menggemari barangan hasil tangan unik dan comel tetapi, tidak tahu tempat yang sesuai untuk menjual hasil kreativiti mereka. Kini di Pipit Zakka Store, pelanggan boleh berkunjung bila-bila masa sahaja.

"Malah, bagi mereka yang banyak menghasilkan barangan hasil kreativiti tangan juga boleh mempamerkan barangan mereka untuk jualan," terangnya yang tanpa segan mengakui meja yang sedang digunakan untuk sesi temu bual itu merupakan sebuah meja terpakai.

Walaupun kedai tersebut kecil, tetapi atmosferanya sudah tentu menjadikan pengunjung rambang mata dengan lebih 20 barangan hasil kerja tangan tempatan dan luar negara.

Antara yang menarik seperti beg sandang, perhiasan diri, barang mainan serta t-shirt yang dijual pada harga berpatutan iaitu serendah RM3 hingga RM200.

"Semua produk ini adalah 100 peratus asli malah, sangat eksklusif kerana dihasilkan hanya satu keluaran sahaja memandangkan ia dibuat dengan tangan. Ini bermakna kita tidak akan terserempak orang yang menggunakan produk yang sama dan serupa," jelasnya sambil memberitahu barang-barang dijual mereka ada yang dibawa dari Perak, Pulau Pinang malah, dari Hong Kong dan Taiwan.


WAJAH patung amigurumi comel yang sedang diusahakan oleh Rosmalia.


Kerja tangan lama kembali popular

Hakikatnya, seni buatan tangan yang menggunakan kreativiti seperti menjahit, mengait, menampal dan menggunakan barang terpakai seperti zakka sebenarnya sudah mula popular sejak zaman dahulu lagi terutama di kawasan kampung.

Cuma hasilnya mungkin tidaklah secomel atau seunik produk sekarang.

Ibu-ibu yang tidak bekerja contohnya akan menghabiskan waktu senggang mereka dengan mengait benang-benang menjadi alas televisyen, alas meja, topi serta stoking kanak-kanak.

Bagi seorang guru, Rosmalia Muhammad, 30, dia yang mula terdetik untuk belajar cara-cara mengait selepas melihat hasil seni halus mengait kakaknya kini semakin gian dengan hobi masa senggang itu.

"Mula-mula saya hanya mengait topi, penyepit rambut untuk anak saya, kemudian pernah sekali saya hadiahkan kepada anak rakan saya, ramai yang tertarik melihat kreativiti saya.

"Selepas mendapat permintaan ramai, saya mula memasarkan pelbagai perhiasan yang dibuat menggunakan jahitan mengait melalui blog dan laman sosial Facebook," katanya mengakui banyak mempelajari teknik-teknik mengait melalui buku keluaran Jepun.

Kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan Triang, Pahang itu, minatnya terhadap kerja-kerja mengait begitu mendalam sehingga dia sanggup berbelanja membeli sejenis jarum mengait khas yang hanya dijual di Jepun iaitu Hamanaka Rakuraku.

"Dengan menggunakan jarum baru itu, ia lebih memudahkan saya untuk membuat chochet hiasan bunga di topi yang kini semakin popular dengan menggunakan benang saya beli dari Turki melalui laman sesawang benangkait.com.

"Saya banyak mendapat idea dengan melayari laman web yang kebanyakan dari Jepun, walaupun tidak memahami bahasa yang digunakan, tetapi mereka menunjukkan langkah-langkah dengan terperinci yang memudahkan," katanya yang juga gemar membuat sejenis patung yang dibuat daripada kain perca yang kemudian disumbat dengan fiber iaitu gentian benang sintetik. Dia kini sedang mencuba mengait patung yang dikenali sebagai amigurumi.

Kualiti kraf buatan tangan

Konsep zakka semakin mendapat tempat di hati, tetapi ia masih lagi hanya di dalam pasaran khusus untuk remaja. Bagi seorang pereka grafik, Saw Sue Mei, 26, dia mengakui tidak ramai di Malaysia yang tahu nilai barangan buatan tangan.

Dia yang turut gemar membuat barangan hasil kerja tangan seperti penanda buku, bantal peluk, klip rambut dan juga beg sandang, kecewa apabila ada yang memperlekehkan hasilnya.


HIASAN burung hantu yang dibuat daripada kertas keras boleh menjadi hiasan comel di meja kerja atau rak rumah.


"Zakka tidak mendapat publisiti secara meluas di negara kita, ia menyebabkan ramai yang merungut apabila harga barangan zakka ada yang agak mahal.

"Mereka mungkin tidak tahu menilai seni serta kreativiti tangan itu yang walaupun nampak kecil dan biasa tetapi, memerlukan bakat serta konsentrasi yang tinggi" katanya.

Pendapatnya turut dipersetujui oleh Noramalina Zakaria, 18, yang mengakui mereka yang membuat hasil tangan memerlukan komitmen masa kerana ia dibuat sedikit demi sedikit demi memastikan kekemasan dan kualitinya terjaga.

"Saya percaya, mereka yang membuat perhiasan dengan menggunakan sepenuhnya kerja tangan memerlukan kesabaran yang tinggi, walaupun kos yang dikeluarkan tidak banyak. Harga dibayar pembeli itu adalah bagi membayar kreativiti pembuat tersebut," terangnya panjang lebar.

Trend populariti zakka pada ketika ini mengingatkan kita kepada hasil-hasil buatan tangan zaman orang tua kita yang gemar membuat perhiasan menggunakan barangan terpakai serta yang mudah didapati sekali gus membawa kita mengimbau zaman lampau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 03 Apr 2011 11:09 PM PDT

Utusan Online - Politik


Empat pemimpin utama BN pertahan kerusi

Posted:

Empat pemimpin utama BN pertahan kerusi

Empat pemimpin utama BN pertahan kerusi


ABDUL Taib Mahmud bersalaman dengan para hadiran ketika menghadiri mesyuarat Barisan Nasional negeri sebelum pengumuman calon Pilihan Raya Negeri Sarawak di Kuching, semalam. - BERNAMA


KUCHING 3 April - Keempat-empat pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mempertahankan kerusi masing-masing pada pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.

Mengetuai parti pemerintah ialah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian di Mukah.

Taib, 74, menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sebandi pada Mac 1981.

Beliau menjadi wakil rakyat Sebandi, kini dikenali Asajaya, sebelum berpindah ke Balingian pada pilihan raya negeri 2001.

Bagi Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr. George Chan, 74, yang juga Timbalan Ketua Menteri akan mempertahankan kerusi DUN Piasau bagi penggal keenam.

George, pertama kali menang tanpa bertanding pada pilihan raya negeri 1983 di Piasau, yang sebelum ini dikenali sebagai Miri.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr. James Masing, akan mempertahankan kerusi DUN Baleh di Hulu Rajang untuk penggal ketujuh, yang dimenanginya sejak 1983.

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan, akan mempertahankan kerusi DUN Pakan di Julau, yang dimenanginya enam kali berturut-turut sejak 1983. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PKR, Snap masih bertelagah soal kerusi

Posted:

PKR, Snap masih bertelagah soal kerusi

PKR, Snap masih bertelagah soal kerusi

KUCHING 3 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), yang terus berkeras akan bertanding tidak kurang daripada 27 kerusi pilihan mereka, sehingga menyebabkan rundingan menemui jalan buntu.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata: "Kami dengan rasa kesal yang amat sangat usaha kami untuk mencapai pakatan pilihan raya dengan Snap bagi menghadapi pilihan raya negeri terus dikecewakan.''

"Di sebalik usaha kami untuk mencapai kompromi, ia kelihatan Snap tidak mahu mengadakan satu barisan padu bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, Presiden Snap, Edwin Dundang apabila mengumumkan calon parti itu mengkritik PKR ekoran sikap tidak acuhnya dalam pengagihan kerusi dan mendakwa ia semakin ketara menyebabkan PKR tidak mahu mengadakan pakatan pilihan raya dengan Snap.

Tian Chua, bagaimanapun mendakwa usaha PKR untuk mengadakan secara positif menerusi rundingan pengagihan kerusi, "Snap pula terus bersikap degil."

Tian Chua berkata, tuduhan Snap bahawa PKR bertindak berlengah-lengah dalam rundingan pengagihan kerusi adalah tidak benar dan bertujuan mengelirukan orang ramai.

"Sebaliknya, pelbagai surat dan pesanan dihantar kepada pemimpin Snap tidak mendapat jawapan ataupun maklum balas," dakwanya. - BERNAMA.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 03 Apr 2011 07:42 PM PDT

Malaysiakini :: Berita


Dr M gembira buku memoirnya laris

Posted: 03 Apr 2011 05:40 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan rasa gembira dengan sambutan yang amat menggalakkan yang diterima oleh buku memoirnya yang bertajuk 'A Doctor in The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', di mana 25,000 naskah sudahpun terjual dalam minggu pertama pelancarannya.

"Saya tidak sangka orang ramai suka membaca buku itu, kerana paparan saya dalam buku itu agak 'kasar' dalam banyak perkara," katanya semasa berucap pada majlis 'A Night of Celebration of A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', di Kuala Lumpur, malam semalam.

NONEBeliau juga mendedahkan bahawa banyak perkara tidak dimuatkan dalam memoir itu kerana beliau merasakan ia tidak sesuai untuk diperkatakan atas sebab-sebab peribadi.

"Saya tidak tahu sekiranya ada antara mereka yang gembira apabila nama mereka dimuatkan dalam memoir itu, tapi saya pasti jika saya perkatakan sesuatu yang kasar, mereka tidak akan suka mendengarnya," katanya.

Bagaimanapun katanya beliau gembira mendapat tahu yang buku itu laris di pasaran.

"Diharapkan orang ramai tidak gunakan buku ini untuk dijadikan sebagai 'hadiah' semata-mata, kerana ia juga perlu dibaca dan diambil iktibar," katanya.

NONESementara itu syarikat penerbit buku itu, MPH Group Publishing, merancang untuk menterjemah memoir tersebut ke dalam versi Bahasa Malaysia dan Mandarin untuk mencapai sasaran pembaca yang lebih luas.

Pengurus Besarnya Ivy Tan berkata versi Mandarin akan mula dijual pada bulan Ogos manakala versi Bahasa Malaysia dijangka hujung tahun.

Beliau berkata kira-kira 40,000 naskah sudah terjual sejak ia mula dilancarkan pada 8 Mac lepas sehingga kini.

"Cetakan kedua 25,000 naskah akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lagi, namun ia akan melalui sedikit perubahan dari segi foto dan kandungan fakta," tambahnya.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mansor dakwa sambutan lawatan PM hambar

Posted: 03 Apr 2011 05:29 PM PDT

Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.

NONEIni kerana kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, kehadiran Datuk Seri Najib Razak seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.

"2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang denganbas.

"Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang perdana menteri?

"Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa... bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN," kata Mansor dalam wawancaranya dengan TV Selangor.

Sabtu lalu, Najib dipetik Bernama sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu.

najib trip to penang 020411 02"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik laporan Bernama.

Walau bagaimanapun, semalam, tanpa diduga presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

Katanya, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Pakatan Rakyat tidak ambil peduli dengan kenyataan Najib itu. Sebaliknya, Lim berkata Pakatan bertekad untuk melipatgandakan usaha membawa perubahan di negeri berkenaan.

NONE"Pulau Pinang (pimpinan) Pakatan Rakayat akan (adakan) siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting," kata Lim dalam satu kenyataan media.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 03 Apr 2011 07:32 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Promosi Pahang Barat ditingkatkan

Posted:

Promosi Pahang Barat ditingkatkan

Promosi Pahang Barat ditingkatkan

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 3 April - Tourism Pahang akan menggandakan usaha mempromosikan destinasi pelancongan di Pahang Barat ekoran sambutan positif di kalangan pelancong tempatan dan luar negara.

Pengarahnya, Amran Abd. Rahman berkata, beberapa daerah di wilayah itu seperti Cameron Highlands, Lipis, Temerloh, Lanchang, Bentong dan Sungai Koyan akan dibangunkan secara agresif bagi tujuan ekopelancongan.

"Tourism Pahang akan bekerjasama dengan pihak tertentu bagi menjayakan usaha itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cherating Tourism Mart di Kampung Cherating Lama, di sini semalam.

Menurut Amran, pihaknya berusaha menjadikan laluan antara Cameron Highlands sehingga ke Bentong sebagai jalan pelancongan kerana ia memberi manfaat kepada penduduk di kawasan sekitarnya.

Jelasnya, pelancong akan melalui beberapa destinasi pelancongan di situ seperti perkampungan Orang Asli, kampung tradisional dan di Pusat Perlindungan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh.

"Destinasi terbabit kurang dikenali, tetapi mempunyai potensi untuk dibangunkan supaya menjadi pilihan pelancong untuk datang ke negeri ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selesaikan penempatan generasi baru Felda

Posted:

Selesaikan penempatan generasi baru Felda

Selesaikan penempatan generasi baru Felda


SEBAHAGIAN generasi baru Felda Kota Gelanggi 1 dan 3 mengangkat tangan selepas menandatangani memorandum menuntut penempatan tetap di Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut, semalam.


JERANTUT 3 April - Seramai 600 generasi baru di Felda Kota Gelanggi 1 dan 3 dekat sini menggesa kerajaan serta Felda menangani masalah pemilikan tanah termasuk perumahan yang gagal diselesaikan sehingga kini.

Anak peneroka Felda Kota Gelanggi 1, Satiriah Manaf berkata, kebanyakan generasi baru sudah berkeluarga dan tinggal bersama ibu bapa masing-masing yang merupakan peneroka awal di situ.

Menurutnya, kebanyakan mereka menetap dan bekerja di tanah rancangan serta memerlukan kediaman sendiri bagi menjalani kehidupan sempurna.

"Kerajaan dan Felda boleh memajukan tanah kosong seluas 16 hektar di sini dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai penempatan generasi baru," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menandatangani memorandum berkaitan perkara itu di sini hari ini.

Rakannya, Shahrul Nizam Ahmad Basjuni berkata, penyelesaian isu itu perlu disegerakan secara situasi 'menang-menang' membabitkan kerajaan negeri, Felda dan anak peneroka.

Bagi Ketua Gerakan Generasi Kedua (GGK) Felda Kota Gelanggi 1 dan 3, Solihin Omar, program memiliki rumah menerusi skim jaminan kredit hanya bermanfaat kepada segelintir anak peneroka yang mempunyai pekerjaan tetap.

"Bagaimana pula nasib kami yang berusia lebih 40-an, tanpa kerja tetap dan tiada penyata gaji sah berbanding mereka yang ada kerjaya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Miskin bukan alasan tidak ke sekolah

Posted:

Miskin bukan alasan tidak ke sekolah

Miskin bukan alasan tidak ke sekolah

TEMERLOH 3 April - Masalah kemiskinan tidak boleh dijadikan alasan oleh ibu bapa untuk tidak menghantar anak ke sekolah kerana ia bertentangan dengan dasar kerajaan.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menyediakan segala keperluan termasuk pinjaman buku teks kepada mereka terutama yang tinggal di luar bandar.

"Jika melihat kepada keputusan peperiksaan penting mendapati kebanyakan pelajar cemerlang adalah terdiri daripada mereka di luar bandar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bangau, di sini kelmarin.

Ismail yang merupakan bekas pelajar sekolah itu berkata, terdapat segelintir golongan tersebut berjaya melanjutkan pengajian sehingga ke luar negara dan menjawat jawatan tinggi sama ada sektor awam atau swasta.

Tambahnya, selain itu, mereka juga boleh menjadi usahawan yang bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 03 Apr 2011 07:15 PM PDT

Utusan Online - Mahkamah


Warga emas dihukum gantung

Posted:

Warga emas dihukum gantung

Warga emas dihukum gantung

ALOR SETAR 3 April - Seorang warga emas dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas didapati bersalah kerana membunuh jirannya dengan sebilah pisau tujuh tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani A. Rahim menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati Lee Chin Hua, 68, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ketika memberi keterangan membela diri sebelum ini.

Tertuduh yang berbaju T dan berseluar putih dilihat tenang sebaik sahaja mendengar hukuman tersebut dibacakan.

Zamani dalam penghakiman lisannya berkata, keterangan tertuduh ketika membela diri termasuk tujuh saksi jelas bercanggah dengan keterangan saksi-saksi pendakwa dan bahan bukti dalam kes tersebut.

Beliau antaranya menolak keterangan Chin Hua mengatakan dia menggunakan pisau tersebut untuk mempertahankan diri daripada dicederakan oleh si mati, namun tiada laporan kecederaan ke atasnya.

"Keterangan saksi mengatakan tertuduh mengeluarkan sebilah pisau yang tersemat di dalam bajunya dan kata-kata 'Kau mesti mati hari ini' jelas membuktikan tertuduh berniat untuk membunuh si mati," katanya.

Chin Hua, disabitkan kesalahan membunuh Loh Futt Keong, 25, seorang peniaga di rumah bernombor 340, Taman Derga Jaya, Jalan Datuk Kumbar di sini, kira-kira pukul 7 pagi pada 21 November 2004.

Dalam pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhayati Ibrahim tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Menurut keterangan kes, berlaku pertelingkahan mulut antara keluarga tertuduh dan si mati di hadapan rumah mereka pada hari kejadian sebelum Chin Hua dikatakan mengeluarkan sebilah pisau dari dalam bajunya dan menikam si mati.

Tertuduh diwakili peguam, Chong Weng Kong dan Jamil Shafie.

Weng Kong yang ditemui di luar mahkamah memberitahu, anak guamnya akan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tommy insaf selepas nyawa bapa dalam bahaya

Posted:

Tommy insaf selepas nyawa bapa dalam bahaya

Tommy insaf selepas nyawa bapa dalam bahaya

KATA cerdik pandai, manusia yang baik ialah mereka yang mengaku kesilapannya, memberitahu orang lain apa kesilapannya dan sering menasihatkan supaya jangan diikuti kesilapannya.

Tiga langkah tersebut bukan mudah untuk dilaksanakan namun ia sebenarnya boleh dilakukan jika ada kemahuan.

Bagi melakukan transformasi diri dan orang lain, ia memerlukan lebih daripada keberanian dan keikhlasan.

Itulah yang berlaku kepada seorang bekas penagih dadah, Tommy (bukan nama sebenar) yang telah kembali ke pangkal jalan dan bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan sindiket penyamaran membabitkan kegiatan rasuah.

Tommy yang berusia 22 tahun mula menagih dadah sejak terpengaruh dengan aktiviti sosial bersama rakan-rakan kolejnya. Selain menagih, dia juga terkenal kerana menjual pil ekstasi di sekitar Pulau Pinang.

Pada suatu malam, ketika leka menjual dadah di sebuah kelab malam di Bukit Mertajam, Tommy didatangi tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Anuar, Omar dan Muthu.

Ketiga-tiga lelaki yang berpakaian biasa itu mendakwa diri mereka pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah sambil mengeluarkan pas kerja dan menunjukkan sepucuk pistol.

Mereka mengugut untuk mendedahkan kegiatan haram Tommy dan meminta dia membayar wang sebanyak RM10,000 supaya tidak ditangkap atas tuduhan menjual dadah.

Ketiga-tiga 'pegawai polis' itu turut mengugut untuk mencederakan bapa Tommy jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh tiga hari.

Bimbang keselamatan dirinya, Tommy berjanji untuk membayar suapan itu. Bagaimanapun, tiba-tiba timbul perasaan bersalah kerana jalan salah yang dipilihnya, nyawa bapanya pula dalam bahaya.

Berikutan itu, Tommy bertekad mahu memperbetulkan kesilapannya dan atas nasihat bapanya, dia membuat laporan kepada SPRM berhubung kegiatan tiga pegawai polis terbabit.

Walaupun tindakannya itu berisiko tinggi dan boleh menggadai nyawa, namun Tommy yakin tindakannya itu betul.

Setelah aduan diterima, pegawai SPRM telah membuat perancangan untuk memerangkap tiga pegawai polis tersebut dengan bantuan daripada Tommy sendiri.

Akhirnya Anuar, Omar dan Muthu berjaya diberkas atas kesalahan meminta dan menerima rasuah.

Hasil siasatan yang dijalankan, ketiga-tiga mereka bukan pegawai polis yang sebenar tetapi telah menyamar untuk melakukan aktiviti ugutan dan rasuah itu.

Akibat kegiatan itu, ketiga-tiga mereka telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut berkaitan kesalahan menyamar sebagai polis.

Tommy kini telah berpindah ke Kuala Lumpur dan memulakan hidup baru dengan memulakan perniagaan menjual buah-buahan. Dia berpuas hati kerana keinsafan dirinya bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa bapanya, malah membanteras kegiatan rasuah individu tidak bertanggungjawab.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 03 Apr 2011 03:31 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Cabaran realistik calon

Posted:

Cabaran realistik calon

Cabaran realistik calon

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com

DI sebuah kawasan di Sarawak, ada 15 janji yang dilontarkan oleh calon pilihan raya negeri lepas yang masih belum tertunai. Meskipun dia sudah menang tetapi ekoran namanya tercatat sebagai calon pilihan raya negeri Sarawak ke-10, ini bermakna dia bakal 'bertemu buku dengan ruas' dengan pengundinya.

Enggan menyebut calon itu dari parti mana, penganalisis politik Sarawak, Dr. Jeniri Amir memberitahu Utusan Malaysia semalam bahawa perkara pertama yang harus tersemat dalam fikiran calon-calon pilihan raya negeri itu ialah jangan suka menjaja janji.

Beliau yang baru menghabiskan road show ke seluruh Sarawak selama sebulan setengah untuk menyiapkan satu kajian sosio politik berkata, maklumat dan data yang diperolehnya mendapati kebanyakan wakil rakyat masih gagal menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya negeri 2006. Ini menimbulkan kemarahan pengundi.

Dr. Jeniri yang berpengalaman luas tentang sepak terajang politik Bumi Kenyalang menarik perhatian bahawa apa yang perlu dilakukan oleh semua calon DUN Barisan Nasional (BN) yang baru diumumkan di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Jalan Bako, Kuching petang semalam ialah mengeluarkan janji yang realistik kepada pengundi di kawasan mereka. Sebanyak 70 daripada 71 calon BN diumumkan semalam, manakala seorang calon BN di DUN Ba'Kelalan akan diumumkan sebelum Rabu ini ekoran wujud spekulasi Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian kecewa dengan kepimpinan partinya.

"Dalam keghairahan kita menawan hati pengundi, jangan kita kata okey... okey... okey pada setiap apa yang dituntut oleh pengundi kita. "Jangan sampai calon menjual janji yang tidak realistik sebab kelak akan memakan diri selama lima tahun kemudian. Beranilah berkata tidak jika ia memang tidak dapat dipenuhi. Saya fikir rakyat akan faham sekiranya memang sesuatu itu tidak dibolehkan," katanya.

Justeru, sebaik sahaja nama-nama mereka diumumkan mewakili BN semalam, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh jentera parti ialah menjelaskan kepada rakyat Sarawak mengapa calon itu dipilih. Mereka perlu bergerak ke setiap penjuru dan bertemu sebanyak mungkin pengundi. Ia memandangkan sebahagian daripada mereka merupakan calon baru.

Demikian juga dikhabarkan bahawa DAP akan menampilkan calon-calon muda, berkelayakan dan profesional seperti mana BN yang mempertaruhkan calon dari kalangan doktor dan jurutera. Namun tidak seperti Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang dikatakan akan meletakkan calon-calon yang agak tua dan 'dikitar semula'.

Dr. Jeniri menarik perhatian kepentingan pendekatan berhemah dengan bahasa badan dan tutur kata calon untuk menarik hati pengundi. Penampilan seperti ini akan mencetuskan persepsi.

"Dalam politik, persepsi itu lebih penting daripada realiti. Individu berkenaan harus ditampilkan positif, menyebatikan diri dan akhirnya perhitungan pengundi yang akan memilih wakil rakyat yang dilihat rapat dengan masyarakat. Ini semua bergantung kepada kreativiti komunikasi politik yang sesuai dan efektif," katanya.

Namun dalam aspek ini, beliau percaya rakyat Sarawak akan memilih calon dan parti yang mampu menggerakkan pembaharuan pembangunan serta memenuhi kehendak pengundi. "Bukan calon yang hanya pandai berjanji dan mengkritik," katanya.

Mengambil contoh cabaran calon di bandar, katanya, kejayaan mereka kelak bersandarkan kepada parti mana yang mampu memenuhi aspirasi dan idealisme pengundi. "Saya fikir BN akan tanganinya dalam manifesto soal tadbir urus kepimpinan yang baik selari dengan soal kewibawaan, kesinambungan kepimpinan dan kestabilan politik untuk terus memacu negeri.

"Ini melibatkan keperluan asas dan tadbir urus, soal janji yang tidak ditunaikan serta isu pembangunan yang lewat," katanya.

Mengenai isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Jeniri percaya pendiriannya turut dikongsi majoriti penduduk Sarawak. Beliau menegaskan: "Ia tidak relevan. Isu tempatan lebih dominan daripada isu nasional tetapi isu harga minyak akan beri kesan langsung."

Begitupun, kata beliau, dalam sehari dua ini beliau berpendapat BN perlu menggunakan media tradisional dan media baru dalam kempen pilihan raya negeri. Ini kerana perang pilihan raya negeri nanti bukan sahaja di alam nyata.

"Perang di alam siber lebih dahsyat terutama di kalangan generasi muda. Contohnya, penggunaan Internet di bandar-bandar di Sarawak lebih tinggi walaupun Internet dari segi sumber maklumat jatuh nombor empat selepas televisyen, suratkhabar dan radio," katanya merujuk kepada penggunaan Youtube oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud baru-baru ini dalam usaha menangkis serangan dakwaan dan tuduhan terhadap salah guna kuasa dan amalan nepotisme.

Kata Dr. Jeniri: "Keberkesanan komunikasi politik maklumat media baru untuk mempengaruhi pengundi penting khususnya dalam kalangan pengundi celik teknologi yang tidak mudah dipengaruhi serta golongan kelas menengah dan pendidik yang begitu sofistikated.

"Mereka perlu diyakinkan dengan fakta ke fakta, hujah-hujah pejal dan wacana ke wacana yang lebih meyakinkan pengundi sofistikated yang tidak mudah menelan bulat-bulat. Ini bermakna, penggunaan angka dan fakta yang logik akan memberi kesan."

Dalam soal ini juga, Dr. Jeniri percaya pilihan raya kali ini akan mencetuskan fenomena 'kawasan-kawasan panas' yang berbeza dengan kategori kawasan panas dalam konteks Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pertama dalam konteks politik, kawasan panas itu muncul jika ia melibatkan pertembungan nama-nama besar atau personaliti yang berjawatan dalam parti. Antaranya di Balingian, Piasau dan Layar. Di situ nanti, pembangkang tidak akan memberi tiket kemenangan percuma. Mereka akan menyerang habis-habisan meskipun faham akhirnya mereka tidak akan menang. Malah, pembangkang akan menganggap keupayaan menurunkan majoriti lawan popular mereka sebagai kemenangan moral.

Kedua, kawasan panas akan membabitkan kawasan di mana majoriti undi yang diraih penyandang pada pilihan raya lepas tipis atau kurang 1,000 undi. Parti-parti bertanding akan cuba mempertahankan kerusi dengan apa cara sekalipun.

Kategori ketiga kawasan panas pula bergantung kepada isu tertentu yang dianggap paling diperkatakan di situ. Misalnya di Telang Usan di pedalaman Baram yang masih diselimuti isu-isu 'menggelegak' antaranya Penan, pembalakan, alam sekitar dan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berjaya pulih keyakinan rakyat

Posted:

Berjaya pulih keyakinan rakyat

Berjaya pulih keyakinan rakyat

Oleh YONG SOO HEONG
PENULIS ialah Ketua Pengarang Bernama.


Najib Tun Razak berucap di Karnival Kebudayaan India 1Malaysia di PISA, Pulau Pinang, kelmarin.


SEMALAM adalah hari ulang tahun kedua Malaysia diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gaya kepimpinan beliau yang cukup dinamik. Pelbagai perkembangan menarik telah berlaku sejak beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009 iaitu ketika negara ini diwarnai dengan pelbagai rencah tidak menentu akibat dilanda tsunami politik selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008.

Dalam tempoh dua tahun lalu, Najib telah melaksanakan pelbagai langkah untuk memulihkan keyakinan rakyat, terutama dalam kalangan mereka yang mempunyai kuasa untuk memilih kerajaan iaitu pengundi.

Perkara itu diakui baru-baru ini oleh bekas penasihat ekonomi dan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin apabila beliau memuji usaha Najib membina kembali keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) dan kerajaan persekutuan.

Barangkali, antara inisiatif paling menyerlah yang diambil oleh Najib untuk membina keyakinan rakyat ialah pelaksanaan konsep 1Malaysia yang begitu inklusif sifatnya dan membawa harapan baru dalam segenap bidang, terutama bagi mereka yang selama ini berasa tersisih akibat pelaksanaan dasar yang dianggap bersifat menindas.

Benarlah, harapan serta tindakan afirmatif merupakan penawar yang amat mujarab bagi mereka yang terluka hati kerana menganggap diri mereka menjadi mangsa kepada perbuatan yang tidak rasional dan saksama.

Sebagai pemimpin, Najib sentiasa melihat kepelbagaian yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik — Melayu, Cina, India, Dayak, Iban, Kelabit, Orang Ulu, Bidayuh, Kadazan atau Murut sebagai satu sumber kekuatan bagi negara ini.

Beliau sering berkata: "Apa yang menjadikan Malaysia ini unik ialah kepelbagaian rakyatnya. Matlamat 1Malaysia adalah untuk memulihara dan memperkukuhkan perpaduan dalam kepelbagaian ini, yang sejak sekian lama menjadi kekuatan kita dan terus menjadi harapan kita untuk masa akan datang."

Beliau juga sering mengulangi kata-kata berikut: "Setiap orang daripada kita walaupun mempunyai perbezaan, berkongsi cita- cita yang sama iaitu untuk menikmati hari esok yang lebih sejahtera.

Setiap orang daripada kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan persefahaman."

Kata-kata beliau itu sepatutnya sentiasa tersemat di sanubari seluruh rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya mereka membantu orang lain, bukan sekadar bersikap manis di mulut sahaja atau hanya berinteraksi dengan kaum atau masyarakat sendiri sahaja.

Apa yang membanggakan ialah contoh terbaik bagi konsep 1Malaysia ini diperlihatkan oleh Najib sendiri melalui sekian banyak tinjauan mesra yang beliau lakukan untuk mendampingi rakyat pelbagai kaum dan masyarakat di negara ini. Walaupun menduduki kerusi Perdana Menteri, Najib tidak berasa kekok apabila melawat pasar, rumah panjang dan kampung yang jauh di pedalaman, gerai di tepi jalan, hospital atau di mana jua untuk bertemu dengan orang ramai dan memberitahu mereka bahawa keadaan akan bertambah baik sekiranya setiap orang sanggup berbakti dan memberi sumbangan kepada negara.

Untuk memastikan jentera kerajaan dapat memberi perkhidmatan secara lebih berkesan kepada orang ramai, beliau memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan menubuhkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memantau Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan untuk pelbagai kementerian.

Walaupun ia dipandang dengan penuh kesangsian oleh sesetengah pihak pada peringkat awalnya, namun selepas setahun dilaksanakan, GTP telah membawa begitu banyak kejayaan apabila berjuta-juta rakyat negara ini memperoleh nikmat daripadanya, sama ada secara langsung atau sebaliknya.

Untuk julung kalinya dalam tempoh empat tahun, indeks jenayah negara ini telah menurun sebanyak 35 peratus dan jenayah jalanan pula berkurangan sebanyak 15 peratus, penurunan terbesar secara perbandingan antara tahun dalam sejarah Malaysia. Tahun lalu juga menyaksikan Malaysia mencatat pencapaian tertinggi dalam pendidikan apabila 700,000 kanak-kanak mendapat pendidikan awal dan jumlah mereka yang mampu membaca dan mengira menunjukkan peningkatan yang amat ketara.

Jumlah biasiswa yang diberi juga meningkat serta lebih saksama di bawah pentadbiran Najib dan perkara ini menghapuskan perasaan tidak puas hati pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan serta ibu bapa mereka. Najib sering berkata kerajaan menganggap biasiswa sebagai suatu pelaburan, bukan perbelanjaan dan menegaskan bahawa pemberian itu akan mengemudi negara ke arah kejayaan lebih besar.

"Apabila kita terus membuat pelaburan untuk rakyat, negara kita akan menjadi lebih berdaya saing," katanya sambil menambah oleh kerana Malaysia sedang melangkah ke arah menjadi negara maju, kunci utama kejayaannya terletak pada rakyat sendiri.

Duta Besar Jordan ke Malaysia Maher A. Lukasha memberitahu Bernama bahawa sokongan yang diberi kerajaan Malaysia terhadap bidang pendidikan merupakan suatu usaha positif untuk rakyat negara ini dan Raja Abdullah 11 ibn Al Hussein dari negara beliau mengibaratkan pendidikan sebagai 'perisai yang melindungi sesebuah negara'. Dalam bidang pembanterasan rasuah pula, langkah kerajaan menggubal Akta Pemberi Maklumat pada tahun lalu merupakan suatu usaha yang sungguh bermakna.

Langkah yang diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah berjaya mengubah persepsi orang ramai terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah di negara ini dan meningkatkan lagi keyakinan suruhanjaya itu dalam menangani jenayah rasuah seperti yang terbukti baru-baru ini apabila ia berjaya menahan beberapa pegawai kastam bersama hasil yang mereka peroleh secara haram.

Mengenai pengangkutan awam bandar pula, dalam tempoh setahun lepas, jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) ialah 2.34 juta, manakala jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas transit pula meningkat 192 peratus.

Lebih dua juta penduduk luar bandar pula mendapat manfaat daripada pembinaan 750km jalan raya baru, di samping bekalan elektrik dan air bersih yang disalurkan kepada 36,723 isi rumah dan pembinaan serta pembaikan yang dilakukan terhadap 16,962 rumah di kawasan terpencil. Jumlah isi rumah yang tergolong sebagai miskin tegar juga menurun 99 peratus.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia T. Jasudasen menyifatkan Najib sebagai penyelesai masalah. Diplomat kelahiran Pahang itu, yang dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang pada tahun lepas, berkata GTP dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) mencerminkan kesungguhan Najib menangani isu serius secara berdepan untuk memastikan hasilnya tercapai.

"Beliau adalah pemimpin yang berorientasikan hasil," kata Jasudasen.

Di bawah kepimpinan Najib, kerajaan telah melakukan pembaharuan dalam banyak bidang dan beliau sendiri yakin lebih banyak kejayaan akan dicapai pada masa akan datang.

Sesungguhnya, dengan kehadiran Najib sebagai pemimpin, penyatu, penunjuk teladan dan pembawa perubahan, Malaysia memang mampu mencapai semua itu dan barangkali, bukan sesuatu yang keterlaluan jika dikatakan bahawa ungkapan keramat 'Malaysia Boleh' adalah seiring dan senada bunyinya dengan ungkapan 'Najib Boleh'.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 03 Apr 2011 01:26 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Bantah letup terumbu karang

Posted:

Bantah letup terumbu karang

Bantah letup terumbu karang

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my


INILAH lokasi terumbu karang dekat Pantai Rombang, Melaka yang mahu diletupkan tetapi mendapat bantahan nelayan.


MELAKA - Kira-kira 200 nelayan mengadakan demonstrasi secara aman di Pantai Rombang di sini semalam bagi membantah tindakan sebuah syarikat petroleum mahu meletupkan kawasan terumbu karang di kawasan tersebut bagi pembinaan jeti.

Mereka mendakwa tindakan tersebut bakal menutup pintu rezeki golongan nelayan memandangkan terumbu karang tersebut adalah lubuk ikan yang menjadi sumber rezeki sejak 50 tahun lalu.

Syarikat petroleum terbabit dijadual meletupkan terumbu karang tersebut esok.

Notis pemberitahuan kepada nelayan mengenai kerja-kerja tersebut sudah pun diedarkan baru-baru ini.

Terumbu karang terbabit terletak kira-kira tiga batu nautika dari Pantai Rombang.

Pada perhimpunan itu, lebih 80 tandatangan bantahan nelayan berjaya dikumpulkan.

Ia akan diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahman Ab. Karim dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sebelum Aku Pergi lirik terakhir Seri Bayu

Posted:

Sebelum Aku Pergi lirik terakhir Seri Bayu

Sebelum Aku Pergi lirik terakhir Seri Bayu

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my

PORT DICKSON – "Saya sudah merakamkan sebuah lirik lagu bertajuk Sebelum Aku Pergi ciptaan Seri Bayu tetapi belum sempat album single itu diterbitkan, arwah sudah pun pergi meninggalkan kami."

Itulah luahan, Nazira Abdul Ghani, 16, yang merupakan anak angkat kepada komposer dan penulis lirik terkenal Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaludin Sulik, 45, yang meninggal dunia di Hospital Port Dickson kira-kira pukul 8.30 malam kelmarin akibat penyakit saraf.

Nazira yang ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Pelanduk di sini semalam berkata, lagu tersebut sudah lama dicipta oleh Seri Bayu tetapi beliau tidak mempunyai penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut.

"Bagaimanapun, beberapa bulan lalu, saya berjumpa dengan arwah selepas satu pertandingan karaoke di Bangi, Selangor dan dia berhasrat mendidik saya menjadi penyanyi," katanya di sini semalam.

Menurut Nazira, arwah tinggal bersama keluarganya di Kampung Teluk Pelanduk di sini sejak empat bulan lalu sebelum dia meninggal dunia.

"Seri Bayu sangat teruja untuk menyiapkan album ini dan semua perancangan sudah dilakukan olehnya dengan bantuan beberapa rakan.

"Saya sedih kerana hasrat arwah untuk menerbitkan single ini tidak kesampaian," jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tambang haji kali pertama kekal

Posted:

Tambang haji kali pertama kekal

Tambang haji kali pertama kekal

GURUN - Tambang untuk menunaikan fardu haji di Tanah Suci bagi mereka yang pertama kali terpilih untuk mengerjakan ibadat itu pada tahun ini kekal sama seperti tahun lepas iaitu sebanyak RM9,980 seorang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan tidak menaikkan tambangnya walaupun kos sebenar meningkat berikutan kenaikan harga minyak dan pengurusan jemaah di Mekah dan Madinah serta syarat baru yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi.

"Pelbagai perkara dan pertimbangan diambil kira untuk mengekalkan kos ini terutama untuk menjaga kebajikan jemaah yang setia dan lama menunggu giliran yang berumur lebih 75 tahun serta pertimbangan prestasi dan keuntungan TH tahun lepas," katanya di sini semalam.

Jamil Khir berkata, subsidi untuk seorang jemaah tahun ini adalah sebanyak RM4,360 berbanding RM3,060 tahun lepas.

Namun, menurut beliau, bagi jemaah yang menunaikan ibadat haji bagi kali kedua, mereka dikenakan kos sebenar iaitu tanpa subsidi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 03 Apr 2011 09:23 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Seludup RM10b

Posted: 02 Apr 2011 03:14 PM PDT

MukaDepan

Pasangan kastam dikesan hantar wang haram ke luar negara

PUTRAJAYA: Siasatan awal pasukan khas diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melakukan operasi terhadap pasangan suami isteri pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di Pahang, mendapati wujudnya transaksi lebih RM10 bilion dalam bentuk penghantaran wang dan penyeludupan wang ke luar negara secara haram.

Serbuan yang dilakukan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM seluruh negara, selain beberapa syarikat penggurup wang sejak Isnin lalu, dipercayai akan membongkar lebih banyak penyelewengan apabila siasatan lanjut dijalankan. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata 62 pegawai KDRM, termasuk sembilan perempuan, merangkumi pelbagai pangkat ditahan sejak operasi itu bermula dan 17 daripada mereka kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

"Siasatan berikutan serbuan serentak di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur itu turut membongkar kesalahan membabitkan RM1.2 bilion mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001, selain membekukan akaun berjumlah RM602 juta, menyita RM382 juta, manakala RM31.2 juta lagi dilucut hak harta.

"Dalam serbuan kelmarin saja kita dapati ada pegawai kastam yang memiliki RM850,000 dalam akaun, ada yang memiliki setengah juta dalam akaun selain amanah saham dan kereta mewah, manakala di sebuah rumah pegawai KDRM kita temui RM625,250 dalam tiga beg dan seorang lagi memiliki lima jongkong emas bernilai sekitar RM50,000.

"Operasi kita kali ini bertumpu di Pelabuhan Klang (Selangor), Pelabuhan Kuantan (Pahang), Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas serta Pelabuhan Pasir Gudang di Johor. Tangkapan terbesar 46 kakitangan KDRM di lakukan di Pelabuhan Klang," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Jelas beliau, maklumat siasatan menunjukkan pegawai KDRM di pelabuhan seluruh Malaysia meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat ejen penghantar dan ejen untuk mengurangkan duti kastam bagi mempercepatkan pemerosesan Borang K1 (borang pengisytiharan cukai) dari 2008 hingga 2011.

Mustafar juga memaklumkan bahawa 17 masih ditahan reman, termasuk pegawai kanan KDRM yang disambung reman empat hari lagi mulai semalam, manakala isterinya sudah dibebaskan. Sebahagian besar akaun yang dibekukan juga sudah dilepaskan selepas siasatan awal.

Umumnya secara keseluruhan, kata beliau, bagi setiap kes yang dibongkar ada 10 lagi yang terlepas dan amalan rasuah itu menyebabkan kerugian sekitar RM108 bilion setiap tahun kepada kerajaan dari segi kutipan cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan dan pengisytiharan tidak betul barangan import.

"Pegawai KDRM yang disoal siasat mengakui menerima suapan antara RM100 hingga RM500 bagi setiap borang K1 sejak lima bulan lalu, membabitkan lebih 100 syarikat dan kita membekukan lebih 150 akaun bagi membantu siasatan.

"Ada pegawai KDRM yang menerima sampai RM10,000 sebulan menerusi tujuh transaksi akaun dan ada pula ditemui memiliki RM11,891 serta 600 Riyal, menyimpan belasan ribu ringgit di rumah, memiliki simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sehingga RM200,000, selain memiliki jam tangan berjenama mewah yang diperbuat daripada emas.

"Selain penemuan 200 kotak mercun pelbagai jenis dan 20 kotak mengandungi rokok seludup dianggar bernilai puluhan ribu ringgit yang ditemui di rumah pegawai kanan KDRM Pahang Jumaat lalu, semalam kita menemui seorang pegawai KDRM memiliki dua pucuk pistol tiruan dan 241 butir peluru," katanya.

Jelas beliau, operasi membabitkan KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Peguam Negara (JPN) serta agensi lain yang berkaitan dengan diketuai oleh SPRM itu dinamakan Ops 3b kerana disasarkan dapat mendapatkan kembali RM3 bilion yang diseleweng.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

zamri

wowwwww...bukan main kaya lg kerja. saya rasa ramai dh tau perkara ni. tp itulah.....

nazariy

Tahniah kepada SPRM, Cuma agak terlambat

Abu Aiman

BERAT!BERAT!BERAT!...... MALU BESOOOO WEAAAAH....


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List