gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 09 Apr 2011 01:14 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Gejala terlebih keinginan

Posted:

Gejala terlebih keinginan

Gejala terlebih keinginan

Oleh Hafizahril Hamid


AKIBAT ketagihan seks rumah tangga Woods yang dibina atas dasar cinta musnah sekelip mata.


JIKA saya tidak dapat perempuan (seks) dalam tempoh tiga hari, saya akan mendapat sakit kepala yang teruk,". Memang selamba alasan yang diucapkan di atas tetapi menariknya ia dinyatakan secara peribadi oleh orang paling berkuasa di dunia, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy.

Kejadian ini berlaku apabila bekas Perdana Menteri Britain, Harold Macmillan secara tidak sengaja melihat adegan asmara seorang pegawai White House dalam limousin selepas sidang kemuncak mengenai nuklear di Bermuda pada tahun 1961.

Kennedy ketika hayatnya terkenal sebagai pemimpin muda yang berkarisma dan berpandangan jauh tetapi pada masa yang sama dipalit dengan kontroversi skandal seks.

Misteri

Isu ini masih kekal misteri seperti mana kontroversi pembunuhannya sehingga kini namun ramai yang berpandangan Kennedy mempunyai masalah dalam ketagihan seks.

Dalam soal ketagihan seks pastinya ia bukan satu perkara baru kerana kita sedia maklum bahawa "pelacuran adalah antara pekerjaan paling tertua di dunia,". Maka pastinya ketagihan ini juga antara masalah manusia sejak zaman berzaman.

Contoh paling tepat pada zaman silam bagaimana kegilaan terhadap seks ini boleh melampaui batas sehingga merosakkan negara adalah bekas pemerintah Rom, Caligula.

Beliau yang memerintah Rom pada tahun 12 hingga 41 Sebelum Masihi, dikenali sebagai pemimpin yang prihatin untuk dua tahun pertama sahaja. Namun bertukar karakter menjadi kejam, ganas dan gila seks sehingga menyusah dan memusnahkan kehidupan rakyat.

Satu lagi contoh klasik yang akan dikenang sepanjang zaman adalah bila mana tembelang pemain golf terkenal dunia, Tiger Woods terdedah kepada khalayak.

Di sebalik imej bersih yang ditonjolkan, Woods akhirnya mengakui ketagihan seks dan lebih 20 wanita dikaitkan dengannya. Walaupun beliau mendaftar masuk sebuah sebuah pusat rawatan ketagihan seks, akhirnya isterinya Elin Nordegren menuntut perceraian selain hilang hak penjagaan terhadap dua anaknya.

Status

Mungkin kerana tenggelam dengan kehidupan status bintang beberapa pelakon dan selebriti Hollywood juga berhadapan masalah ketagihan seks.

Antara yang menjadi tumpuan adalah Charlie Sheen, David Duchovny, dan Russell Brand yang mendakwa pernah melakukan hubungan seks dengan lebih 1,000 wanita. Masalah sama juga dihadapai oleh beberapa pelakon senior antaranya Michael Douglas dan Jack Nicholson.

Namun timbul persoalan apakah mereka ini benar-benar ketagihan seks ataupun hanya sekadar alasan popular untuk mengelak kehilangan kredibiliti.

Dalam soal ini tidak timbul bahawa pangkat, jawatan dan status diri akan membezakan sama ada seseorang itu mengalami masalah ketagihan seks. Begitu juga ia tidak berkait dalam soal umur serta jantina kerana sesiapa sahaja boleh terlibat dalam perlakuannya.

Secara fitrahnya seks adalah keperluan bagi manusia untuk mendapatkan zuriat namun kegagalan manusia itu mengawal diri mengakibatkan mereka tewas kepada nafsu.

Namun yang menjadi persoalannya kenapa manusia sanggup mengambil risiko yang sangat tinggi hanya untuk memenuhi keperluan nafsu seks mereka yang keterlaluan.

Risiko

Ini yang dialami oleh Kennedy yang mana manusia akan mengingati beliau sebagai pemimpin yang berkaliber namun pada masa yang sama mempunyai selera seks yang "besar".

Namun timbul persoalan bagaimana untuk mendefinasikan ketagihan seks. Dalam soal ini pastinya ramai yang akan menuding jari terhadap lelaki atas alasan mereka lebih kerap memikirkan soal seks dalam sehari.

Malah ada mitos mengatakan lelaki memikirkan seks dalam tempoh setiap tujuh saat? Bagaimanapun tidak ada data sahih untuk membuktikan perkara ini.

Namun menurut satu laporan, Kinsey Report (Sexual Behavior in the Human Male), menyatakan 54 peratus lelaki di AS memikirkan tentang seks beberapa kali sehari, 43 peratus beberapa kali seminggu dan hanya empat peratus sesekali dalam sebulan.

Sekurang-kurangnya ia sedikit banyak menjelaskan kecenderungan seks lelaki secara umum. Namun segelintir dari 54 peratus lelaki itu dan tidak lupa golongan wanita cenderung mempunyai masalah ketagihan seks.

Ketagihan seks secara relatifnya boleh dianggap sebagai gangguan secara progresif akibat dari kelakuan dan pemikiran mengenai seks secara keterlaluan. Kita tahu bahawa seks adalah satu keperluan bagi manusia. Namun jika keterlaluan ia akhirnya akan memakan diri melalui apa yang kita faham sebagai ketagihan seks.

Punca

Berdasarkan kajian, manusia berkongsi bahagian yang sama di bahagian otak dalam soal makanan, penyalahgunaan dadah dan keinginan seksual.

Ia menghantar isyarat kepada mereka yang ketagih seks bahawa perbuatan itu adalah baik seperti mana ia menghantar isyarat bahawa makanan adalah baik ketika kita lapar.

Bahagian ini berkait rapat dengan survival otak manusia dan sistem ganjaran yang kemudian dihantar ke bahagian otak yang bertanggungjawab dalam membantu manusia membuat keputusan, pemikiran rasional serta tahap intelek manusia.

Bagaimanapun perlakuan seks yang berlangsung bagi mereka yang ketagih seks tidak melibatkan keintiman. Golongan ini umpama mendapat keseronokan di puncak dunia setiap kali aktiviti seks dilakukan mungkin sebagai alasan untuk lari dari realiti hidup dan gangguan masalah akibat kemurungan kerana masalah dalam hidup.

Bagi lelaki dan wanita yang mempunyai masalah ketagihan seks ini akan bertindak di luar kebiasaan seperti bersama dua atau lebih wanita / lelaki ketika berhubungan, suka mendera dan bertindak ganas seperti memukul ketika melakukan seks sehingga mengakibatkan kecederaan, melakukan hubungan seks tanpa mengira jantina, menjadikan kanak-kanak sebagai pemuas nafsu serta gagal mengawal nafsu yang sering menuntut perlakuan seks bila-bila masa dan di mana ia berkehendak.

Simptom

Menurut kajian seorang felo di British Association of Counselling and Psychotherapy, Phillip Hodson, berpendapat bahawa manusia mempunyai masalah ketagihan kerana sebab-sebab yang berkaitan dengan fitrah semulajadi manusia (seperti makan, seks dan sebagainya) adalah sesuatu yang membimbangkan.

Ini kerana kebiasaannya manusia tidak akan terperangkap dengan fitrah semulajadi mereka tetapi kerana memikirkannya secara keterlaluan menjadikan mereka obses sehingga bertindak di luar kebiasaan dalam perlakuan seks atau dipanggil hiperseksualiti.

Selalunya perlakuan ini dipengaruhi gangguan emosi, gangguan personaliti, ketidakstabilan mental dan dorongan nafsu yang keterlaluan selain penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Malah kebanyakan mereka ini turut dikaitkan dengan sindrom split personality kerana kebiasaannya mereka mempunyai kerjaya selesa namun apabila kehendak nafsu itu tiba ia agak sukar dikawal.

Dalam soal ini mungkin ada yang berpandangan apakah melakukan hubungan seks secara aktif dengan pasangan boleh dianggap sebagai ketagihan.

Wanita

Berdasarkan kajian yang dijalankan, bahasa badan mengenai diagnosis yang dilakukan menunjukkan hubungan seks secara aktif yang dilakukan ketika kita berada dalam keadaan stres, tertekan atau kebimbangan dianggap sebagai petanda utama seseorang itu berhadapan dengan masalah ketagihan seks.

Apabila ia berlanjutan mereka ini akan mula melanggan pelacur atau mencari kepuasan dengan melakukan seks lebih dari seorang pada satu-satu masa.

Namun dalam soal ini wanita juga turut berkongsi masalah yang sama walaupun kebanyakan mereka masih percaya bahawa cinta dan seks adalah seiring.

Di AS sahaja seramai 30 peratus mereka yang berkunjung ke pusat pemulihan seks adalah wanita dan menyedihkan selama ini kebanyakan mereka tidak tahu mereka mempunyai masalah ketagihan seks walaupun senantiasa curang malah dengan kekasih dan suami rakan baik sendiri.

Malah dalam kes-kes tertentu terdapat di kalangan wanita yang sanggup melakukan hubungan seks dengan lima atau lebih lelaki semata-mata untuk kepuasan.

Yang pasti masalah ketagihan seks hanya menjadi topik utama dalam 15 tahun kebelakangan ini. Dari hanya pusat pemulihan untuk ketagihan alkohol dan dadah, kini kebanyakan pusat sebegini sudah mula menjadikan masalah ketagihan seks sebagai antara perniagaan yang lumayan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mengharap sinar baru

Posted:

Mengharap sinar baru

Mengharap sinar baru

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Selepas kisah keluarga ini disiarkan Utusan Malaysia, ramai yang mengunjungi mereka menghulurkan bantuan.


MUNGKIN sudah takdir Suhaimi Hassan, 47, kehilangan dua anak yang menghidap Duchenna Muscular Dystrophy iaitu sejenis penyakit berkaitan sendi dan genetik pada tahun lalu.

Utusan Malaysia pernah menyiarkan tentang penderitaan Suhaimi dan Noraidah Kadir, 43 yang dikurniakan tiga anak yang menghidap penyakit mister itu.

Mohd. Badli meninggal dunia pada Januari 2010, disusuli Mohd. Sayydan lima bulan kemudiannya .

Reda dengan ketentuan Ilahi, pasangan suami isteri itu memberi sepenuh tumpuan kepada seorang lagi anak istimewa mereka, Mohd. Hashim, 12, dan enam orang lagi yang normal.

Bagi Suhaimi, dikurniakan anak istimewa mungkin ujian yang cukup berat bagi sebuah keluarga namun dia pasrah.

Dia yang sudah biasa berada dalam keadaan genting memberitahu, ada kalangan adik-beradiknya menghidap penyakit kronik dan hidup dalam kesusahan.

Ketentuan dan ujian terhadap keluarganya itu mengajar Suhaimi menjadi seorang yang cekal dan sabar.

Dia yang berazam memenuhi keperluan keluarganya kini bertugas sebagai pemandu lori simen dan pasir.

Menurut Suhaimi, dia tidak pernah menyangka ketiga-tiga anak lelakinya menerima nasib yang sama iaitu disahkan menghidap penyakit misteri ketika berusia enam hingga 10 tahun.

Tiada ubat

Ketika kecil, katanya, mereka bertiga seperti kanak-kanak normal namun keadaan mula berubah apabila menjangkau usia enam tahun.

"Rawatan demi rawatan kami cuba termasuk bomoh namun tiada ubat yang mampu menyembuhkan mereka. Doktor menjelaskan anak-anak saya mungkin tiada harapan untuk sembuh.

''Ini kerana penyakit itu menyebabkan sistem dalam badan mereka semakin lemah dari sehari ke sehari. Ketika doktor memberitahu perkara itu, saya dan isteri reda sebarang kemungkinan.

''Tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit tersebut selain kuasa Allah sahaja, jadi kami reda dengan keadaan ini," ujarnya.

Menceritakan pengalaman menjaga ketiga-tiga anaknya yang sudah pasti memerlukan sepenuh perhatian, Suhaimi memberitahu, mereka tidak rumit dijaga. Mereka boleh makan dan minum apa sahaja, namun keperluan lampin pakai buang menuntuk kos yang tinggi.

Sesungguhnya dia dan isteri tidak tahan melihat penderitaan anak-anak. Mahu sahaja mereka memberi keselesaan kepada anak-anak tetapi tidak mampu sehinggalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun padang membantu mengurangkan sedikit beban mereka.

Mengesot

Berbanding penderitaan abang-abangnya yang terlantar semasa hayat mereka, Mohd. Hashim agak bertuah kerana masih mampu mengesot.

Biar pun begitu, wujud kebimbangan di hati Suhaimi apabila anak ketujuh mereka, Mohd. Nashirudin, 7, mungkin menerima nasib yang sama apabila mula menunjukkan tanda-tanda serangan penyakit tersebut.

Pasrah menerima takdir Tuhan, Suhaimi tetap bersyukur dengan kehidupan mereka sekeluarga.

"Nasib kami sekarang tidaklah senang sangat tetapi susah pun tidak. Semuanya ala kadar. Kami bersyukur kerana menerima bantuan JKM buat Mohd. Hashim untuk menampung keperluan seharian selain terpaksa menggunakan duit pencen.

"Selepas Mohd. Sayydan dan Mohd. Badli meninggal dunia, saya dapat meluangkan masa bekerja di luar rumah. Jika sebelum ini, saya tidak boleh bekerja kerana sukar untuk ibunya seorang diri menguruskan ketiga-tiga anak kami itu. Sekarang saya mengharapkan sinar baru buat keluarga," katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi dan isteri mahu memberi tumpuan kepada anak-anaknya yang masih bersekolah dan kecil lagi iaitu Mohd. Shalihin, 16, Mohd. Hanif, 11, Nor Syaima Amirah, 18, Siti Syazwani, 9, dan Nik Safia, 2 walaupun kehidupan mereka ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Suhaimi di talian 019-947 1485.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 09 Apr 2011 09:29 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Denim untuk wanita

Posted:

Denim untuk wanita

Denim untuk wanita

Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
pengarang@utusan.com.my


JEAN tahan lasak Levi's Curve ID mengutamakan kesempurnaan pemakai.


Jenama pakaian jean terkemuka, Levi's kini mengembangkan rangkaian denim untuk wanita keluarannya, Levi's Curve ID dengan menambahkan stail dan saiz.

Levi's Curve ID adalah jean tahan lasak yang direka menggunakan sistem padanan revolusi mengikut bentuk kaki bukan saiz.

Pengarah Komersil Levi Strauss Malaysia, Anitha Narayanan berkata, setakat ini, pengguna sangat menyukai dan memberi reaksi positif mengenai sistem itu, namun inginkan lebih stail dan saiz.

"Bagi memenuhi kehendak pengguna, kami memperkenalkan rangkaian Levi's Curve ID bersaiz lebih besar dan kemas sempena musim bunga 2011 untuk menambahkan gaya terbaik kepada pemakai.

"Sejak Levis Curve ID diperkenalkan pada Ogos 2010, ia digunakan lebih sejuta wanita yang akhirnya menemui jean paling sempurna.

"Rangkaian Levi's Curve ID direka hasil kajian yang dijalankan ke atas 60,000 ukuran badan serta maklum balas daripada wanita yang mempunyai bentuk dan saiz berbeza.

"Kami yakin wanita yang mempunyai apa sahaja bentuk dan saiz badan pasti sesuai memakai jean daripada rangkaian ini," katanya.

Koleksi terbaru itu kini dijual di butik Levi's seluruh negara.

Setiap butik menawarkan pakar jurujual untuk mengukur bentuk kaki wanita, menentukan jenis Levi's Curve ID sesuai dikenakan dan membantu pelanggan mendapatkan stail menarik.

Orang ramai juga boleh mendapatkan keterangan lanjut berhubung koleksi Levi's Curve ID: Shape not Size dengan melayari laman web, www.levi.com.my/my/women/room.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 09 Apr 2011 09:13 AM PDT

Utusan Online - Johor


Curi sawit jejas pekebun kecil

Posted:

Curi sawit jejas pekebun kecil

Curi sawit jejas pekebun kecil

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my


MD. Othman Yusof (tengah) bergambar bersama peserta Program Gotong-Royong Perdana di Pontian, semalam.


PONTIAN 8 April – Pihak berkuasa diminta bertindak mengatasi masalah kegiatan mencuri buah kelapa sawit yang meresahkan pekebun kecil di sini kerana ia menyebabkan mereka mengalami kerugian besar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Md. Othman Yusof berkata, kegiatan tersebut tidak akan berlaku sekiranya tiada 'orang tengah' yang membelinya walaupun dijual dalam bentuk tandan.

Menurutnya, harga setandan sawit yang dianggarkan bernilai RM20 menarik minat golongan tertentu mencuri buah yang telah dituai sebelum pemiliknya sempat menghantar kepada pembeli.

"Kami bimbang kegiatan tersebut menyebabkan bertambahnya kejadian jenayah di kampung-kampung bermula dengan mencuri kelapa sawit sehingga kepada kes pecah rumah," katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Program Gotong-Royong Perdana anjuran UMNO Cawangan Parit Rambai, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Cawangan Parit Rambai, Israk Abdullah dan Setiausaha UMNO Bahagian Tanjung Piai, Shafie Kandar.

Tambahnya, pihak berkuasa perlu membuat pemeriksaan dan pemantauan ke atas pembeli atau peraih kelapa sawit bagi memastikan kelapa sawit yang dibeli datang daripada sumber yang sah dan mereka perlu mempunyai senarai pekebun kecil beserta maklumat keluasan dan lokasi kebun mereka.

"Sekiranya mereka gagal menunjukkan bukti, tindakan membatal atau menggantung lesen hendaklah dilakukan bagi memastikan mereka tidak bersekongkol dengan penjual kelapa sawit haram," ujarnya.

Katanya, maklumat penduduk yang mempunyai kebun kelapa sawit hendaklah dijadikan rujukan sekiranya ada pihak yang tidak dikenali membawa keluar buah itu melalui kampung mereka.

"Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Rela perlu mewujudkan unit khas bagi mencegah kegiatan itu daripada terus berleluasa," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bandar Layang-Layang Berkembar di Pasir Gudang

Posted:

Bandar Layang-Layang Berkembar di Pasir Gudang

Bandar Layang-Layang Berkembar di Pasir Gudang


A. Rahim Nin (dua, kiri) melihat layang-layang yang akan dibawa ke Festival Layang-Layang Sedunia Weifang di China pada 16 hingga 18 April ini di Muzium Layang-Layang, Pasir Gudang, semalam.


JOHOR BAHRU 8 April - Majlis Perbandaran Pasir Gudang akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak berkuasa Weifang, China bagi mewujudkan 'Bandar Layang-Layang Berkembar' kerana kedua-dua bandar terlibat dalam penganjuran festival layang-layang bertaraf dunia.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, A. Rahim Nin berkata, beliau bersama Datuk Bandar Weifang, Zhang Changgao akan menandatangani MoU tersebut dalam satu majlis di wilayah Shandong 15 April ini bersempena Festival Layang-Layang Sedunia Weifang ke-28 yang akan berlangsung dari 16 hingga 18 April.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Hoo Seong Chang dan Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Dr. Sa'ari Md. Nooh juga akan hadir dalam majlis tersebut.

"MoU ini bertujuan menjalinkan kerjasama, bertukar pengetahuan dan pengalaman dalam sukan layang-layang dan seterusnya berkongsi sumber serta idea mengenai festival, kebudayaan dan industri pelancongan antara kedua-dua belah pihak," katanya ketika ditemui di Muzium Layang-Layang di Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

A. Rahim berkata, Weifang dipilih dalam kerjasama tersebut memandangkan bandar raya itu mempunyai pengalaman yang luas dalam penganjuran festival layang-layang, selain mempunyai kepakaran dan beberapa kilang yang dibina khusus untuk membuat layang-layang.

Katanya, bandar yang dikenali sebagai Bandar Layang-Layang di China itu juga berjaya menarik penyertaan peserta dari seluruh negara setiap kali menganjurkan festival berkenaan sejak 28 tahun lalu.

"Kita berharap dengan termeterainya MoU ini, ia dapat mempertingkatkan lagi mutu penganjuran layang-layang di Pasir Gudang pada masa akan datang.

"Kita juga berharap agar nama Pasir Gudang akan dikenali di mata dunia sebagai lokasi penganjuran festival layang-layang bertaraf dunia sekali gus dapat mempertingkatkan lagi industri pelancongan di negeri ini khususnya Pasir Gudang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rekreasi

Posted: 09 Apr 2011 01:44 AM PDT

Utusan Online - Rekreasi


Memecah kesunyian Ipoh

Posted:

Memecah kesunyian Ipoh

Memecah kesunyian Ipoh

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR dan ASLIZA MUSA


WONG Kok Mun bersama keretanya dengan pilihan sistem audio tersendiri.


KETIKA Ipoh sering diperkatakan orang sebagai 'bandar mati' pada waktu malam, siapa sangka beberapa peminat sistem audio kereta laungan tinggi berjaya memecahkan keheningan malam di tengah-tengah bandar raya ini.

Nada muzik berfrekuensi tinggi yang bergema di hadapan Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada setiap malam hujung minggu itu bukan sahaja menarik perhatian golongan muda, malah pengunjung pelbagai peringkat usia serta keturunan.

Meskipun jam melewati dinihari, kawasan menghimpunkan kira-kira 20 kereta di bawah naungan Kelab Audio Ipoh (IAC) itu terus bergema dengan alunan muzik rancak.

Ia menggamit mereka yang berada di sekitar dataran itu untuk melihat dengan lebih dekat kenderaan yang dipamerkan.

Dilengkapi sistem audio yang boleh didengari sejauh dua kilometer, rata-rata pemilik kenderaan tidak kisah membelanjakan ribuan ringgit bagi mengubah suai sistem audio kenderaan masing-masing.

Malah, ia suatu kepuasan untuk mereka jika mendapatkan sistem audio dan rekaan kereta terbaik bagi dikongsi bersama peminat-peminat dunia auto lain.

Pengerusi IAC, Ahmad Fuad Harun berkata, aktiviti yang diadakan setiap malam pada hari Jumaat dan Sabtu itu bukan sahaja menghimpunkan ahli dari Ipoh malah disertai ahli dari kawasan lain.

"Kami selalu berkumpul di sini seawal pukul 10 malam sehingga awal pagi dan rakan-rakan pula ada yang datang dari Manjung, Taiping, Teluk Intan, Bidor dan Tapah.

"Kami berkumpul setiap minggu di sini bagi menghidupkan suasana di bandar raya Ipoh yang sebelum ini dikatakan suram waktu malam.

"Lagipun, aktiviti sebegini bukanlah melibatkan sebarang kegiatan tidak berfaedah seperti lumba kereta. Kami hanya sekadar berhibur mendengar muzik secara santai sambil mempamerkan kreativiti masing-masing," katanya.

Bersetuju dengan pendapat tersebut, pemilik kedai aksesori kereta, Wong Kok Mun, 40, berkata, selain memeriahkan bandar raya Ipoh, aktiviti itu menghindarkan golongan muda daripada terjebak dalam aktiviti tidak bermoral.

Kok Mun yang menyertai IAC sejak lima tahun lalu telah membelanjakan kira-kira RM6,000 bagi memasang sistem audio keretanya.

"Sebelum ini, Ipoh sangat sunyi kerana tiada aktiviti yang boleh dilakukan pada malam minggu.

"Apabila IAC mengadakan perjumpaan seperti ini, ia secara tidak langsung memberi pendedahan kepada ahli mengenai aksesori terbaru sistem audio kereta," katanya.

Sementara itu, Nordin Zainal Abidin, 28, memberitahu, dia sanggup membelanjakan kira-kira RM50,000 untuk mengubah suai keretanya sehingga sering memenangi pertandingan Auto Show yang diadakan hampir di seluruh Malaysia.

Dia yang telah mengubah suai kebanyakan ruang dalaman kereta Perodua Kenari itu menyifatkan belanja dikeluarkan berbaloi dengan hasil yang diperoleh.

"Ini aktiviti yang sihat. Ia menghimpunkan ahli daripada pelbagai latar pekerjaan termasuk golongan profesional untuk saling bertemu sekali gus merapatkan hubungan," katanya.

Bagi mereka yang berminat menyertai kelompok komuniti itu boleh melayarinya di laman sosial Facebook.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 09 Apr 2011 01:07 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Darah seni Kamarudin

Posted: 08 Apr 2011 03:52 PM PDT

Ratu

Sesi jamming bersama rakan-rakan lama imbau kenangan zaman persekolahan, muzik terus segar dalam diri bos AirAsia

PERTEMUAN sulung penulis dengan 'orang kuat' syarikat penerbangan tambang murah terkemuka dunia ini tidak langsung bertujuan membicarakan soal operasi syarikat, jauh sekali bertanya mengenai promosi terbaru AirAsia.

Sebaliknya, dalam suasana penuh santai di sebuah kafe di Bangsar, Kuala Lumpur, Isnin lalu, Pengasas Bersama AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun berbicara mengenai sisi berbeza dirinya. Pada pertemuan itu, Kamarudin menyelongkar secara eksklusif bersama sisipan Sabtu, rahsia di sebalik kecintaannya terhadap dunia muzik. Jelas muzik memberi pengaruh yang cukup mendalam kepada Kamarudin. Muzik, khususnya dari era 1970-an hingga 1980-an begitu sebati dengan dirinya jika dilihat dari genre muzik yang diminati beliau.

Selain muzik pop seperti dendangan kumpulan Bee Gees dan Carpenters, beliau turut dipengaruhi muzik rock kumpulan Deep Purple dan Bad Company, progresif rock kumpulan Genesis dan Supertramp serta irama R&B dan soul kumpulan Earth, Wind & Fire.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Kamarudin pernah bekerjasama dengan rakan baik yang juga komposer tersohor, Roslan Aziz hingga terciptanya label muzik Roslan Aziz Production (RAP) pada 1988. Ketika era itu, RAP mencipta fenomena tersendiri dengan barisan artisnya yang gah hingga hari ini malah tidak keterlaluan jika entiti ini dianggap sebagai pencetus revolusi baru dalam dunia muzik tempatan.

Cinta Kamarudin terhadap dunia muzik tidak pernah padam sekalipun komitmen dirinya terhadap AirAsia menuntut beliau berkorban lebih banyak masa selain memberi keutamaan tidak berbelah bagi terhadap syarikat.
Dalam kesibukan memenuhi jadual dan mesyuarat di merata-rata tempat, siapa sangka beliau sempat mencuri waktu untuk menyertai sesi 'jamming' bersama rakan-rakan seasrama ketika zaman persekolahan dulu bagi melepaskan gian.

"Dengan minat yang ada inilah saya berpeluang bertemu kembali dengan rakan-rakan untuk jamming bersama. Apabila kami berkumpul, jari yang lembut kembali keras apabila asyik memetik gitar.

"Begitu mengujakan apabila masa ini turut dilalui dengan mengimbas kenangan lalu ketika menetap di asrama. Mungkin kenangan ini sukar difahami termasuk isteri sendiri, tetapi walaupun berkali-kali cerita yang sama diulang-ulang, keseronokan dan kenangan itu sendiri sentiasa menghiburkan kerana zaman remaja hanya dilalui sekali," kata Kamarudin mengimbas kenangan ketika menjadi penuntut kumpulan perintis di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan pada 1974.

Status dirinya sebagai ahli korporat tidak sesekali membataskan sempadan protokol malah Kamarudin tampil dalam persalinan cukup sederhana dalam pertemuan bersama sisipan Sabtu. Menggayakan kemeja berkotak dan seluar denim, topi yang tertera logo AirAsia memperlihatkan mode santai dirinya persis karakter dirinya sejak dulu lagi.

Terus rancak bercerita, Kamarudin teringat pula nostalgia berjinak-jinak bermain gitar tong ketika mula mengenal muzik.

Membuka kisah individu di sebalik kumpulan jamming yang mahu dikenali sebagai Mr Natural, Kamarudin berkata, selain dirinya yang bertindak sebagai pemain gitar bass, anggota lain termasuk Roslan Aziz, Mustafa Ramli, Zulkifli Jaafar Sidek dan Syed Naser. Semua mereka adalah bekas penuntut MRSM lebih 30 tahun lalu!

"Idea penubuhan band muzik ketika zaman pengajian di MRSM adalah atas dorongan guru yang mahu aktiviti muzik subur di sekolah berasrama penuh ini. Ketika itu, tidak banyak pilihan bentuk hiburan yang ada bagi pelajar selain tumpuan kepada bidang akademik dan sukan.

"Dengan sejumlah 142 pelajar lelaki, kemampuan bermain alat muzik sudah dianggap hebat. Secara tidak langsung, semua orang akan bermain muzik walaupun sekadar gitar tong," kata Kamarudin sambil bercerita kisah Ketua Pegawai Eksekutif Celcom (Malaysia) Berhad, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly yang turut memiliki band muziknya sendiri ketika menuntut di MRSM.

Kamarudin berkata, perkembangan muzik Barat era 1970-an banyak mempengaruhi minatnya terhadap dunia muzik ketika zaman remaja. Beliau menyifatkan melodi pada era itu menarik dengan kepelbagaian dan penuh melodi mengasyikkan.

"Mengembalikan nostalgia ketika zaman sekolah dulu, siapa sangka kami berempat sekali lagi berpeluang berkongsi pentas menjayakan persembahan di majlis alumni bekas pelajar terawal MRSM Kuantan 1974 di dewan sekolah kami sendiri, baru-baru ini.

"Bayangkan, masing-masing yang sudah lebih 30 tahun meninggalkan MRSM bersatu dan seolah-olah menjadi seperti budak sekolah kembali apabila mengadakan persembahan band Mr Natural," katanya sambil tergelak mengingatkan gelagat mereka mempersembahkan lima lagu termasuklah Wish You Were Here oleh Pink Floyd dan Cinta Hampa yang dipopularkan oleh D'lloyd pada persembahan itu.

Acara ulang tahun Alumni khusus untuk pelajar perintis MRSM Kuantan yang diadakan bulan lalu dihadiri lebih 90 bekas pelajar dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak termasuk mereka yang menetap di Manchester, United Kingdom (UK) dan Perth, Australia.

Ditanya apakah beliau masih mengikuti perkembangan muzik rentak terkini, secara peribadi Kamarudin menyimpulkan, muzik masa kini lebih cenderung kepada irama yang menggunakan bunyi tiruan serta sampling berbanding era 1970-an dan 1980-an yang mengutamakan dan kaya dengan melodi. Beliau berpendapat bahawa penyatuan kedua-dua kecenderungan ini akan menghasilkan muzik hibrid yang menarik seperti yang banyak dibuat pada lagu-lagu lama yang sering diberi nafas baru melalui susunan semula.

Kamarudin berkata, anak-anaknya juga meminati muzik, malah beliau menyediakan kelengkapan muzik yang lengkap di rumah bagi mendorong minat anak-anaknya terhadap muzik.

"Jika anak-anak saya berminat untuk mendalami bidang muzik, saya tidak menghalang asalkan mereka dapat mengimbangi antara muzik, pelajaran dan paling penting pendidikan agama sebagai pegangan hidup di dunia dan akhirat. Dengan prinsip ini, Insya Allah, mereka akan menjadi insan yang serba boleh.

"Saya juga meletakkan syarat untuk mereka bermain muzik di rumah hanya pada hujung minggu. Alhamdulillah mereka patuh dengan syarat ini. Sebagai bapa, saya tidak menghalang, malah menggalakkan hobi yang positif ini asalkan mereka pandai membahagikan masa.

"Saya percaya, sokongan begini akan dapat mengelak mereka daripada dipengaruhi gejala negatif yang wujud di kalangan anak muda sekarang," katanya.

Falsafah hidup

BESAR makna yang tersirat di sebalik pegangan Kamarudin menyentuh soal resipi kejayaan dalam profesion diceburi. Bagi Kamarudin, kejayaan dalam sesuatu pekerjaan dalam bidang yang diceburi memerlukan kesungguhan. Selain itu, laluan mencapai kejayaan juga memerlukan seseorang itu benar-benar memahami apa yang dilakukan.

"Kita perlu memahami keupayaan diri dan apa yang kita inginkan. Minat ini serta kesungguhan adalah faktor yang akan membantu kita mencapai kejayaan. Jati diri ini akan mengelak kita daripada terikut-ikut dengan trend semasa, contohnya apabila kita melihat seseorang itu berjaya dalam sesuatu perniagaan, sedangkan kita tidak ada kepakaran dan minat ke arah itu.

"Kesimpulannya, walaupun kita mempunyai wang atau memiliki modal yang banyak sekali pun, jika kita tidak arif dan memiliki minat mendalam dalam sesuatu bidang, memang apa yang kita cita-citakan agak sukar menjadi kenyataan. Insya Allah, dengan persediaan kesungguhan, minat yang mendalam, kepakaran yang disertakan dengan keikhlasan, kita akan mendapat kejayaan dengan izin Allah," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jasleen beralih bidang demi keluarga

Posted: 08 Apr 2011 03:45 PM PDT

Ratu

Jasleen bijak menguruskan perniagaan dan keluarga.

Jasleen bijak menguruskan perniagaan dan keluarga.

Dari sains biologi ke tekstil

BELAJAR lain, kerja lain. Itu bukannya perkara mustahil kerana sesetengah orang yang mendalami sesuatu bidang ketika dalam pengajian akhirnya menyimpang ke bidang yang jauh bezanya.

Alasannya, hanya tuan punya badan yang tahu. Mungkin tiada rezeki dalam bidang yang dipelajari atau sebenarnya meminati bidang lain tetapi perlu meneruskan pengajian dalam bidang lain kerana mematuhi permintaan keluarga atau mungkin juga, bertukar bidang kerana tuntutan semasa. Yang pasti, masing-masing mempunyai 1,001 alasan tersendiri. Begitu juga dengan Pengarah Eksekutif dari kumpulan syarikat tekstil terkenal, Euro Moda, Jasleen Kaur. Ketika wartawan Ratu menemuramah ibu kepada empat cahaya mata itu, beliau bijak dan lantang berbicara mengenai apa saja jenis dan material fabrik yang terdapat di gedung tekstilnya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dikategorikan sebagai wanita peramah dan tegas, Jasleen, 36, bukan penuntut bidang tekstil sebaliknya menghabiskan masa enam tahun sehingga ke peringkat Sarjana dalam jurusan sains, iaitu Biologi Sel dan Molekular di National University of Singapore.

Namun, wanita ini tidak pernah menyesal apabila tidak terbabit langsung dalam bidang sains sebaik saja tamat pengajian.

"Malah, saya berbangga apabila terbabit dalam bidang tekstil dan fesyen. Semuanya bermula pada dua tahun terakhir dalam pengajian, saya berkahwin dengan jejaka pilihan keluarga iaitu anak pemilik jenama fabrik terkemuka, Gulatis pada 1997," katanya.
Jasleen, berpegang pada prinsip tidak suka kerja dan keluarga terasing. baginya, keluarga dan kerjaya perlu bersatu kerana itu akan mengukuhkan ikatan. Justeru, selepas berkahwin, beliau sanggup mendalami ilmu perniagaan fabrik dan fesyen sungguhpun mengambil masa lama untuk memahami setiap perjalanan bidang yang berbeza.

Dia nekad mengambil masa dan ruang dengan membabitkan diri dalam bidang fabrik dan tekstil menerusi perniagaan keluarga suami di Gulatis.

Pada awal pembabitannya, Jasleen tidak patah semangat malah terus berusaha dari bawah. Katanya, beliau mempelajari pelbagai bidang kerja di setiap jabatan di Gulatis. Antaranya beliau membuat kerja pentadbiran, akaun, sumber manusia, jualan dan belian serta pelbagai jabatan lain demi memahami konsep keseluruhan perniagaan tekstil.

"Saya tidak kisah walaupun meneruskan hidup dalam bidang kerja dan budaya yang jauh jurang perbezaannya. Saya anggap ia sebagai satu cabaran dan demi cintakan keluarga saya sanggup lakukannya. Ini kerana saya tidak mahu pisahkan keluarga dan kerja, saya lebih suka jika bercampur dalam keluarga dan bidang kerja," katanya.

Namun, wanita kelahiran Singapura itu mengakui, beliau juga tidak terlepas daripada berdepan dengan cabaran. Beliau mempelajari selok-belok perniagaan menerusi kakitangan dan pada masa sama, bertanggungjawab menguruskan kakitangan berkenaan.

"Saya belajar setiap sudut perniagaan dan pada masa, mengajar kakitangan cara mempromosi fabrik kepada pelanggan. Bagi mengenal fabrik, saya juga berjalan jauh hingga ke Korea dan India, tempat di mana syarikat mendapatkan bekalan.

"Banyak perlu saya pelajari, termasuk memahami dan membaca cita rasa pelanggan tempatan dalam pemilihan fabrik, rekaan corak dan sebagainya," katanya yang ditemui sempena penajaan syarikatnya untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, minggu lalu.

Dalam kesibukan menguruskan perniagaan bersama suami, Jasleen juga seperti ibu lain tidak melepaskan tanggungjawab menjaga dan meluangkan masa bersama anak-anaknya. Beliau akan pastikan bersama anak setiap hari, bermula dari pagi hingga ke malam.

Isteri kepada Pavitar Singh Gulati dan ibu kepada Rasnam Kaur, 13; Manveer Singh, 11; Sachnam Kaur, 6; serta Harleen Kaur, 2; itu perlu bijak mengatur langkah setiap hari supaya kasih sayang kepada anak tidak terabai.

Jasleen sentiasa memastikan mempunyai masa untuk menghantar dua anak 'seniornya' (iaitu Rasnam dan Manveer) ke sekolah. Waktu itu, bagi beliau adalah waktu paling berkualiti bersama anak kerana dapat melihat dan membaca karektor anak dengan berbual bersama ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Selepas pulang, Jasleen akan menguruskan dua lagi anak `junior' (iaitu Sachnam dan Harleen) ke sekolah mereka dan mengambil semula pada waktu tengah hari.

"Setiap hari sehingga jam 1 tengah hari saya mempunyai masa untuk anak dan keluarga serta masa untuk diri sendiri di rumah sebelum memulakan tugas di pejabat pada tengah hari hingga ke petang. Saya juga pastikan anak menyiapkan tugasan sekolah setiap kali sebelum masuk tidur.

"Begitu juga dengan waktu kokurikulum, sukan dan masa riadah bersama keluarga. Saya juga pastikan aktiviti mereka cukup untuk berenang, bermain bowling, badminton, menonton wayang, membeli-belah, pergi perpustakaan dan bersembahyang bersama pada hujung minggu," katanya.

Kesibukan beliau setiap hari bukan alasan untuk membataskan hubungan dengan keluarga. Sungguhpun sibuk, menjaga keluarga dan memastikan fabrik syarikatnya sentiasa di hati pelanggan, masih terpancar keceriaan pada wajahnya. Ia sekali gus menunjukkan kebijaksanaan Jasleen mengatur hidupnya sungguhpun berkecimpung dalam bidang yang jauh daripada pengajiannya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Horizon

Posted: 08 Apr 2011 09:21 PM PDT

Kosmo Online - Horizon


Operasi moden Pan Pacific KLIA

Posted:

Operasi moden <br />Pan Pacific KLIA

Operasi moden
Pan Pacific KLIA

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA



LELAKI berkumis tebal itu kelihatan fokus mengadap skrin komputer di hadapannya. Matanya liar memerhatikan ratusan kotak kecil berwarna putih yang terpancar di atas skrin. Bagi Eksekutif Housekeeper Hotel Pan Pacific Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Mohd. Anuar Hussin itulah rutinnya saban hari. Selain menyelia kakitangan, dia juga bertanggungjawab memastikan perkhidmatan pembersihan dan kemas bilik di hotel itu berjalan lancar.

Perhatiannya tertumpu kepada salah sebuah kotak kecil itu yang tiba-tiba bertukar kepada warna hijau. Bagaikan memahami isyarat yang diberikan, lelaki itu segera memanggil salah seorang kakitangannya.

"Pelanggan di bilik nombor 418 perlu perkhidmatan kemas bilik. Tolong hantar kakitangan ke sana segera," katanya memberi arahan.

Jika sebelum ini, pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan itu lazimnya akan meletakkan tag di tombol pintu atau menghubungi kaunter penyambut tetamu, kini semuanya boleh dipantau di hujung jari secara dalam talian.

"Melalui sistem ini kami boleh mengetahui bilik mana yang memerlukan perkhidmatan kemas bilik atau tidak. Secara tidak langsung ia dapat menjimatkan masa dan guna tenaga, di samping memastikan keselesaan pelanggan pada tahap optimum," ujarnya.

Dikenali sebagai sistem Inncom, ia merupakan antara beberapa sistem pintar yang digunakan di Hotel Pan Pacific KLIA sejak 2008.

Ia berfungsi menyediakan satu sistem berpusat secara dalam talian bertujuan memantau dan melicinkan operasi dan pengurusan hotel secara keseluruhan.

Jimat elektrik

Pengarah Pemasaran Inncontrol Technologies Sdn. Bhd. Raymond CY Yap, berkata, melalui sistem itu, pihak hotel boleh memantau kehadiran pelanggan di samping menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang diinginkan.


WINSNES (dua dari kanan) yakin sistem pintar di Pan Pacific KLIA mampu melonjakkan nama hotel itu pada masa hadapan.


"Sensor pada sistem ini berkordinasi dengan beberapa jabatan di dalam hotel ini seperti housekeeping, kaunter penyambut tetamu, teknologi maklumat, penyelengaraan dan keselamatan," katanya.

Ujarnya, keistimewaan sistem pintar itu bakal dirasai pelanggan mendaftar di kaunter daftar masuk yang terdapat di terminal lapangan terbang atau di lobi hotel.

Selepas pendaftaran diaktifkan, pendingin hawa di dalam bilik akan berfungsi secara automatik sekali gus memberikan suasana nyaman dan selesa tatkala melangkah masuk ke dalamnya.

Sistem itu juga menerapkan ciri mesra alam dengan mengawasi tahap suhu pendingin hawa di keseluruhan bilik agar bekalan elektrik dapat dijimatkan dengan sewajarnya.

"Suhu asas bilik yang ditetapkan pihak hotel ialah 22 darjah Celsius. Tetapi, pelanggan boleh melaraskan suhu mengikut kehendak mereka ketika menginap.

"Cuma apabila mereka keluar dari bilik, suhu bilik akan dinaikkan dua darjah Celcius bagi mengurangkan penggunaan tenaga, di samping tetap menyamankan bilik," jelasnya.

Biarpun masih baru, namun sistem itu telah terbukti keberkesanannya.

Pengurus Besar Hotel Pan Pacific KLIA, Hans G. Winsnes memberitahu, pihaknya telah berjaya menjimatkan kos elektrik sebanyak RM561,878 pada tahun lalu.

Pada masa yang sama katanya, sistem yang digunakan mampu mengurangkan pembebasan 1,716 tan karbon dioksida dalam setahun.

Mula beroperasi pada tahun 1998, Hotel Pan Pacific KLIA merupakan salah sebuah rangkaian hotel-hotel mewah di bawah jenama Pan Pacific yang terdapat di seluruh dunia.

Di Malaysia, jenama itu hadir melalui konsep hotel kapal terbang di mana ia merupakan satu-satunya hotel yang dibina bersebelahan KLIA.

Sesuai dengan statusnya yang 'bersempadankan dunia', hotel itu menawarkan penginapan mewah serta perkhidmatan bertaraf lima bintang buat pengunjung dan pelawat antarabangsa.

Keistimewaan tidak sekadar terletak kepada reka bentuknya yang moden dan kontemporari serta kehijauan pepohon yang rimbun dan deru air terjun yang menyerikan laman-laman luar hotel itu tetapi juga 'kepintarannya'.


PELANGGAN kini boleh memesan makanan menerusi iPad yang menawarkan variasi menu sajian.


Menurut Winsnes, selain Inncom, pihaknya turut mengaplikasikan beberapa sistem lain seperti seperti Kad Komen Tetamu Elektronik (EGCC), Sistem Komputer Persekutuan (FCS), sistem penempahan Pan Pac, sistem e-pengurusan dan Vingcard.

"EGCC misalnya dapat menyimpan segala maklumat mengenai sejarah pelanggan dan aduan yang pernah mereka utarakan. Justeru, pihak hotel sedia mengetahui apa kehendak tetamu apabila mereka datang lagi ke hotel ini.

"Sementara itu, Vingcardn pula merupakan sistem kad pintar terkini yang menggunakan platform ZingBee bagi menawarkan tahap keselamatan optimum kepada pelanggan," katanya.

Nyata, perkembangan dan ledakan teknologi tidak pernah terhenti di Hotel Pan Pacific KLIA.

Menu makan dalam iPad

Terbaru, hotel itu melancarkan sistem tempahan makanan elektronik (VIPSeat Restaurant) yang dibangunkan oleh Tiare Technology.

Winsnes berkata, sistem yang menggunakan platform iPad itu kini boleh digunakan di restoran 24 jam, Degrees.

"Berbanding buku menu biasa, sistem ini lebih interaktif dan mesra pengguna. Setiap menu yang dipaparkan dalam resolusi tinggi mempunyai keterangan, gambar, senarai harga dan sebagainya.

"Selepas membuat tempahan, maklumat akan dipaparkan secara dalam talian pada skrin komputer di bahagian dapur untuk penyediaan hidangan," katanya.

Bercakap mengenai kelebihan sistem terbaru itu, katanya, ia bukan sahaja dapat menjimatkan penggunaan kertas, masa dan guna tenaga, di samping meningkatkan kebolehpercayaan pelanggan dan kualiti perkhidmatan yang diberikan.


PAN PACIFIC KLIA yang sudah berusia lebih sedekad kini dilengkapi dengan sistem pintar untuk melancarkan operasinya.


Katanya, beberapa pengiktirafan yang diperolehi hotel itu sebelum ini sama ada di peringkat Asia dan dunia membuktikannya.

"Tanpa ragu, kecemerlangan yang konsisten menjadi kunci kejayaan hotel ini diundi sebagai hotel lapangan terbang yang terbaik di dunia.

"Fokus kami adalah untuk sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dan perhatian kepada keselesaan tetamu-tetamu kami," katanya.

Hotel itu menawarkan 441 bilik tetamu merangkumi bilik deluxe, junior suite, eksekutif suite, deluxe suite, residential suite dan Pacific Club.

Terkenal dengan ruang makannya, Palm Terrace, hotel itu turut menyediakan kemudahan bersukan, pusat kecergasan, gimnasium yang lengkap dengan sauna dan jakuzi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tarikan kota dalam taman

Posted:

Tarikan kota dalam taman

Tarikan kota dalam taman


TEMBOK Besar Cina yang menjadi salah satu lokasi persinggahan wajib setiap kali pelancong berlibur di Beijing.


KEINDAHAN dan panorama pada masa musim sejuk menggamit perasaan penulis yang kali pertama menjejaki kaki di kota metropolitan Beijing, China. Kotanya yang cantik dihiasi dengan pokok-pokok tanpa daun memberi satu perasaan yang begitu romantis kepada penulis.

Suasana yang dingin memberi ketenangan kepada penulis seolah-olah berada di alam fantasi dan dunia khayalan. Ternyata, keindahan dan keunikan yang disaksikan sepanjang berada di kota itu sukar digambarkan dengan kata-kata.

Program lawatan selama tujuh hari enam malam itu turut disertai oleh Exco Biro Kesihatan, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Zahida Zarik Khan bersama 30 barisan kepimpinan ahli jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Pandan, Kuala Lumpur.

Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing mengambil masa selama tujuh jam.

Sebaik menjejakkan kaki di Beijing, penulis terpukau melihat keindahan lapangan terbangnya yang luas dan moden.

Latar belakang cahaya matahari terbenam ketika itu memberikan panorama yang begitu indah menyebabkan penulis dan beberapa rakan hampir terlupa untuk mengambil bagasi pakaian kami dek terlalu asyik merakamkan pelbagai aksi sebagai kenangan.


RAKYAT China sememangnya terkenal dengan kehalusan ukiran dan kraf tangan tembikar.


Kami kemudiannya dibawa menaiki bas menyusuri beberapa laluan utama di kota Beijing. Penulis perhatikan, keadaannya tidak ubah seperti di Kuala Lumpur, sentiasa sesak dengan kenderaan yang bertali-arus.

Bagaimanapun, kekusutan itu hilang sebaik sahaja melihat pelbagai bangunan moden dan tradisional menghiasi sepanjang laluan. Melihat reka bentuknya yang masih mengekalkan ciri-ciri rekaan kebudayaan Cina menyebabkan penulis seperti tidak sabar meneruskan penjelajahan di kota itu.

Cuaca sejuk di bawah takat beku menyebabkan semua tasik dan sungai-sungai utama di sekitar China membeku. Kami diingatkan oleh wakil agensi pelancongan, Bank Rakyat Travel Sdn. Bhd. agar sentiasa berpakaian tebal bagi mengelak sebarang kemungkinan.

Agenda pertama kami melihat pertunjukan akrobatik. Nyata aksi-aksi ekstrem pemain akrobatik bermain gelung rotan, melakukan lompatan dan mengimbangi badan membuatkan semua yang melihatnya berasa teruja dan kagum.

Tamat persembahan, peserta rombongan dibawa ke sebuah restoran halal untuk aktiviti makan malam. Perut yang berkeroncong dan cuaca sejuk menyebabkan semua begitu berselera menikmati hidangan lazat yang disediakan.

Puas menjamu selera, kami dibawa ke Hotel Ming Du yang menjadi lokasi penginapan sepanjang berada di kota itu.

Ke destinasi popular


MELIHAT teknik pembuatan batu jed di Jed Shop.


Pada hari kedua, rombongan dibawa melawat ke salah satu tarikan utama di Beijing iaitu Tembok Besar China. Tembok itu dipercayai dibina sekitar kurun ketujuh Sebelum Masihi oleh Maharaja Qin Shi Huang.

Ketika pemerintahan Dinasti Ming, baginda membaik pulih tembok itu secara besar-besaran menjadikannya sebagai sistem pertahanan terpenting dalam mengekang ancaman musuh.

Berusia kira-kira 2,000 tahun dan mempunyai panjang sejauh 8,851.8 kilometer. Ia bermula dari Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.

Apa yang pasti, sejarah panjang tembok berkenaan menjadi mercu tanda di China serta menjadi tarikan utama kepada jutaan pelancong ke negara itu.

Biarpun tidak berpeluang menjelajah ke keseluruhan tembok tersebut, namun kunjungan ke monumen yang diiktiraf salah satu daripada tujuh keajaiban dunia itu sangat bermakna.

Pada hari ketiga, kami dibawa melawat Medan Tiananmen dan Kota Larangan (Forbidden City). Ia dibina pada tahun 1406 iaitu pada tahun ketiga pemerintahan Maharaja Yongle dan terletak di kawasan seluas 72 hektar.

Kota itu merupakan kediaman rasmi pemerintahan beraja China apabila Maharaja Yongle, maharaja ketiga daripada dinasti Ming memindahkan pusat pemerintahan di Nanjing ke Peking atau kini dikenali sebagai Beijing.

Untuk mengelakkan sebarang ancaman, baginda telah membina tembok setinggi 10 meter dengan panjang keseluruhan 3,400 meter di sekeliling kota itu.

Di dalamnya terdapat 9,999 bilik bagi menempatkan kira-kira 8,000 hingga 10,000 penghuninya termasuk 3,000 sida, pembantu rumah dan gundik.

Sebagaimana Tembok Besar, jutaan tenaga manusia termasuk ribuan artis digunakan untuk menyiapkan kota itu. Menariknya, kota itu mempunyai dua pintu utama, pintu masuk terletak di di bahagian utara manakala pintu keluar di bahagian selatan.


PENIAGA jalanan yang mencari rezeki antara senario biasa yang boleh dilihat di Beijing.


Seterusnya, kami turut dibawa mengunjungi Olympic Sponsor Jewelry City. Di sana, kami berpeluang melihat sejenis batu istimewa apabila di dalamnya terdapat blue sapphire yang digunakan untuk membuat barang perhiasan wanita seperti loket, gelang dan cincin.

Peserta rombongan juga melawat salah satu tarikan di Beijing iaitu Stadium Sarang Burung yang pernah digunakan ketika Sukan Olimpik Beijing 2008.

Walaupun angin kencang, namun ia tidak menghalang penulis untuk bersiar-siar dan bergambar di sekitar stadium yang mampu memuatkan kira-kira 91,000 penonton itu.

Pada hari kelima penulis dan rombongan bertolak ke Istana Musim Panas atau Summer Palace dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih satu jam disebabkan kesesakan jalan raya yang dialami sepanjang perjalanan.

Mujurlah pemandu pelancong kami yang fasih berbahasa Inggeris banyak bercerita tentang sejarahnya, menyebabkan perasaan bosan tidak begitu dirasai.

"Istana ini merupakan tempat maharaja dan maharani beristirehat pada musim panas. Ia turut dikenali sebagai Yihe Yuan yang bermaksud Gardens of Nurtured Longevity," terangnya.

Rasanya kunjungan ke China tidak lengkap sekiranya tidak bertemu dengan maskot Sukan Olimpik Beijing 2008 ini. Peserta meneruskan agenda Zoo Beijing untuk melihat panda yang sememangnya aktif pada musim sejuk.

Pada hari-hari terakhir, aktiviti diteruskan dengan kunjungan ke Silk Market yang digelar syurga membeli-belah. Sebut apa sahaja barangan yang dikehendaki, semuanya terdapat di situ pada harga yang murah.

Menariknya, kebanyakan peniaga fasih berbahasa Inggeris memudahkan anda melakukan tawar-menawar dengan mereka.

Disebabkan itu, tidak hairanlah, ia merupakan destinasi pelancong yang ketiga popular di Beijing selepas Tembok Besar dan Kota Larangan. Secara puratanya, Beijing dilawati oleh 20,000 orang setiap hari dengan waktu operasinya bermula dari pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 08 Apr 2011 07:55 PM PDT

Harian Metro: Hati


Tampil vintaj, ceria

Posted: 08 Apr 2011 08:49 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SELAMA ini lebihan kain langsir, kain perca serta seluar jean lama dibuang saja atas faktor lusuh, koyak dan tidak lagi boleh digunakan.

Rekaan, size unik Princess

Posted: 08 Apr 2011 08:32 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KEBANYAKAN butik kasut di Malaysia sering memberi tumpuan kepada kasut berukuran lima dan enam kerana ia ukuran normal bagi kaki wanita di negara ini.

My Blog List