gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 16 Apr 2011 07:24 AM PDT

Kosmo Online


Pemuda sesat di Hutan Lipur Cherok Tok Kun ditemui

Posted:

Pemuda sesat di Hutan Lipur Cherok Tok Kun ditemui

Pemuda sesat di Hutan Lipur Cherok Tok Kun ditemui

16/04/2011 6:02pm

BUKIT MERTAJAM — Seorang pemuda yang sesat ketika berjoging di Hutan Lipur Cherok Tok Kun di sini petang semalam ditemui pagi tadi.

Mohd. Hanif Hashim, 23, ditemui kira-kira 1.20 pagi dalam keadaan tidak bermaya dalam sebuah lubang dipercayai perigi lama oleh sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan penduduk kampung yang berusaha mencarinya sejak pukul 7 malam semalam.

Sumber polis berkata, pelbagai usaha untuk mengesan mangsa dijalankan yang yang turut disertai pihak polis, bomba dan pasukan Rela.

Setelah enam jam mencari, akhirnya mangsa berjaya dikesan menerusi telefon bimbitnya.

"Kita mendapat maklumat sebaik dimaklumkan oleh mangsa melalui telefon bimbitnya.

Bagaimanapun mangsa tidak dapat dihubungi semula selepas telefon bimbitnya dipercayai terjatuh di dalam lubang tempat dia dijumpai," kata sumber polis situ. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

YPJM sedia bantu bekas banduan dapat kerja

Posted:

YPJM sedia bantu bekas banduan dapat kerja

YPJM sedia bantu bekas banduan dapat kerja

16/04/2011 5:59pm

KLANG — Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) sedia bekerjasama dengan Jabatan Penjara bagi membantu bekas banduan mencari pekerjaan dalam usaha memastikan mereka tidak kembali melakukan jenayah.

Naib Presiden 1 YPJM, Tan Sri Lee Lam Thye berkata yayasan itu sebelum ini pernah membantu beberapa bekas banduan mendapat pekerjaan dan mengintegrasikan mereka dalam masyarakat.

"Penerimaan masyarakat terhadap bekas banduan ini adalah salah satu faktor paling penting yang akan membantu mereka supaya tidak merasa tersisih dan tidak akan kembali melakukan kesalahan.

"Setahu saya ada beberapa bekas banduan melalui usaha YPJM dapat pekerjaan sebagai pemandu teksi di Lembah Klang dan mereka mudah diterima masyarakat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas berucap di Forum Rakyat mengenai Jenayah dan Integriti yang dianjurkan Institut Integriti Malaysia dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak serikwalaupun telah diserbu 22 kali diserbu

Posted:

Tidak serikwalaupun telah diserbu 22 kali diserbu

Tidak serikwalaupun telah diserbu 22 kali diserbu

16/04/2011 5:58pm

GEORGE TOWN — Walaupun diserbu pihak berkuasa 22 kali tahun lepas kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral, sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di sini diserbu sekali lagi malam tadi kerana kesalahan yang sama.

Hasil serbuan itu, sepasukan polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berjaya menahan 12 wanita warga asing yang didapati bekerja tanpa dokumen yang sah.

Ketua Operasi dari Cawangan D7 Bukit Aman ASP, Shahrul Nizam Jaafar berkata, 11 wanita warga China dan seorang rakyat Vietnam itu ditahan ketika leka melayan pelanggan.

"Serbuan itu dibuat hasil intipan selama sebulan berikutan maklumat orang ramai mengenai pusat hiburan yang menawarkan perkhidmatan GRO (pelayan pelanggan) rakyat asing," katanya kepada pemberita, disini hari ini.

Kesemua wanita terbabit yang berusia antara 17 dan 30 tahun juga didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral, katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 16 Apr 2011 07:18 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Isteri lari ikut Mat Afrika

Posted: 15 Apr 2011 02:24 PM PDT

JOHOR BAHRU: Bukan sekadar memikat dan melarikan isteri seorang pemandu lori yang hamil tiga bulan, seorang pelajar 'Awang Hitam' didakwa berlagak sebagai suami wanita berkenaan sejak setahun lalu dan tinggal sebumbung meski pun mereka berdua tiada sebarang ikatan sah.

Lebih membimbangkan, penuntut Afrika di kolej swasta di Selangor dipercayai bukan Muslim dan sekiranya mereka bersekedudukan ia dikhuatiri menyimpang akidah wanita dan bayi yang dijangka lahir Disember lalu.


Tidak cukup dengan kejayaan melarikan wanita itu, Awang Hitam berkenaan dengan berani menghantar SMS kepada suami wanita itu mengugut mahu mengambil tindakan sekiranya masih mengganggu keluarganya.

Selain itu, Awang Hitam terbabit mendakwa suami wanita itu pernah merogol dan memukul wanita berkenaan, sebelum mengakui wanita itu kini isterinya.


Mangsa, Zakaria Hitam, 35, berkata, dia tidak sangka mahligai dibina sejak enam tahun lalu lenyap selepas isterinya, Jasnianih Japar, 31, berkenalan dengan lelaki Afrika berusia 20-an yang dipercayai menerusi rakan sekerjanya, awal tahun lalu.


"Hampir setiap hari saya melihat isteri berbalas SMS dan berbual di telefon tetapi tidak pernah menyangka ia perkara serius hingga menjadi punca kehancuran rumah tangga saya.

"Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar selepas menghidu perbuatannya menerusi bil telefon yang mencecah ratusan ringgit sebulan.


"Saya pelik dengan perubahan isteri kerana mudah terpaut dengan kata romantis dan bentuk fizikal lelaki itu yang juga pelajar asing sebuah intitusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.

"Selepas bersemuka, saya memberi peluang kedua dan memaafkan perbuatannya demi anak pertama di dalam kandungan yang berusia tiga bulan ketika itu," katanya.


Zakaria berkata, isterinya hanya berubah buat seketika sebelum menjalin semula hubungan dengan lelaki berkenaan dan nekad menghilangkan diri dengan membawa pakaian dari rumah mereka di Taman Tampoi Utama, 20 Mac tahun lalu.


Selain itu, katanya, isterinya yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta di Kempas juga memohon cuti selama sebulan daripada majikan dengan alasan mahu berehat.


"Hati saya tersinggung dengan perbuatan isteri yang sanggup memburukkan nama saya di kalangan rakan sekerjanya sebelum menghilangkan diri.


"Selepas setahun saya berusaha mencari isteri, pada 24 Mac lalu saya menerima SMS daripada lelaki Afrika berkenaan yang mengakui dirinya sebagai Kenneth serta mengugut mahu membuat laporan polis dan mendakwa saya mengganggu isteri dan pernah merogolnya," katanya.


Menurutnya, selain itu lelaki berkenaan menghantar 20 SMS termasuk dakwaan menyatakan dia berkahwin dengan wanita itu dan mereka kini hidup berkeluarga.


Katanya, berikutan kejadian itu, dia membuat tiga laporan polis mengenai perbuatan lelaki Afrika berkenaan yang memporak-perandakan rumah tangganya di Balai Polis Skudai pada 28 Mac lalu (Isnin lalu).


"Dia datang ke sini menggunakan pas pelajar sepatutnya menuntut ilmu dan bukannya mengganggu rumah tangga orang lain. Selain polis, saya membuat laporan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ), namun hingga kini masih tiada sebarang maklumat diberikan," katanya.


"Selain isteri, saya tidak tahu nasib zuriat sama ada isteri selamat melahirkannya kerana anak sepatutnya dilahirkan Disember tahun lalu.


"Saya bukan saja bimbang isteri dipergunakan untuk kesenangan lelaki Afrika berkenaan, malah anak dan isteri mungkin terjebak dengan ajaran bukan Islam.


"Berikutan itu, saya memohon dan merayu pihak berkuasa menyiasat perkara ini sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku terhadap anak mahupun isteri," katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro, semalam.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Jasnianih diminta menghubungi talian 019-7400116.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 16 Apr 2011 03:40 AM PDT

Utusan Online - Selatan


JPJ sita 18 kenderaan Mr. Black

Posted:

JPJ sita 18 kenderaan Mr. Black

JPJ sita 18 kenderaan Mr. Black

Oleh Farabi Sheikh Said al Jabri
utusanN9@utusan.com.my


Anggota penguat kuasa JPJ mengeluarkan saman terhadap pemandu warga asing yang melakukan kesalahan jalan raya dalam Ops Mr. Black di Nilai, kelmarin.


SEREMBAN 15 April - Lubuk pelajar asing memandu kenderaan tanpa mematuhi peraturan digempur oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi di Nilai di sini, semalam.

Dalam Ops Mr. Black pukul 4 petang itu, 18 kenderaan termasuk kereta disita selepas melanggar peraturan jalan raya, termasuk tanpa cukai jalan.

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, lebih 60 anggota penguat kuasa yang terdiri daripada JPJ, polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan terlibat dalam operasi itu.

"Sebanyak 151 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik, selain 46 notis arah periksa dikeluarkan oleh pihak penguat kuasa.

"Dalam operasi itu juga, 23 kes melibatkan aspek teknikal. Antaranya cermin gelap, pengubahsuaian enjin dan sebagainya telah dikesan, selain 27 kes lagi melibatkan saman yang dikenakan ke atas pemandu warga asing," katanya di sini hari ini.

Kata Saiful Azzri, operasi yang dilakukan itu bukan sahaja tertumpu kepada warga asing, sebaliknya melibatkan semua pengguna bagi memastikan mereka mematuhi undang-undang.

Jelasnya, tumpuan akan terus dilakukan di kawasan seperti ini memandangkan ramai pelajar asing memandang remeh soal peraturan.

"Operasi menyeluruh di negeri ini akan diteruskan, termasuk pemeriksaan kenderaan persendirian dan perdagangan, di samping operasi bersepadu membabitkan agensi lain seperti polis dan Imigresen," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 sekolah sertai Edufund anjuran Giant

Posted:

10 sekolah sertai Edufund anjuran Giant

10 sekolah sertai Edufund anjuran Giant

SEREMBAN 15 April - Sebanyak 10 sekolah di Nilai terpilih menyertai program Edufund anjuran pasar raya besar Giant yang membolehkan lima peratus daripada jumlah pembelian barangan orang ramai didermakan kepada sekolah berkenaan.

Pengarah Pemasaran GCH Retail (M) Sdn. Bhd., Ho Mun Hao berkata, lima sekolah rendah dan lima sekolah menengah yang terlibat dengan program itu merupakan kumpulan kedua dipilih selepas program pertama dilancarkan di Giant Putra Heights, Selangor, Jun lalu.

"Menerusi program ini Giant Bandar Baru Nilai akan menyumbang sejumlah wang tunai kepada 10 sekolah ini bagi tujuan meningkatkan kemudahan pembelajaran dan keselesaan pelajar.

"Kita akan membayar lima peratus menerusi setiap resit pembelian yang dibeli oleh pelajar atau ahli keluarga mereka, resit ini akan dikumpul dalam satu tabung di sekolah berkenaan," katanya selepas merasmikan program berkenaan di sini hari ini.

Sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shamsudin, SK Datuk Shahbandar Abu Bakar, Sekolah Menengah Agama Nilai, SK Desa Jasmin, SMK Taman Semarak dan SMK Desa Cempaka.

Katanya lagi, sumbangan itu akan digunakan oleh pihak sekolah untuk menaik taraf kemudahan seperti perpustakaan dan juga peralatan komputer khusus bagi kegunaan pelajar.

Menurutnya, setiap enam bulan pihaknya akan mengutip resit yang dikumpul di setiap sekolah seterusnya menyerahkan wang tunai kepada pihak sekolah.

"Sekolah yang dipilih terletak sekitar tujuh kilometer dari Giant Bandar Baru Nilai. Kita berharap program ini dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik.

"Selepas Selangor dan negeri ini, kita merancang meneruskan program serupa di beberapa tempat lain hingga ke Johor," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Remaja didakwa pukul pelajar guna topi keledar

Posted:

Remaja didakwa pukul pelajar guna topi keledar

Remaja didakwa pukul pelajar guna topi keledar

KUALA PILAH 15 April - Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mencederakan seorang pelajar sekolah menengah menggunakan topi keledar, dua minggu lalu.

Tertuduh, S. Vijayakumaran, 18, minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dia didakwa dengan sengaja memukul Muhammad Saufi Samsul Bahrey, 14, dengan objek tersebut sehingga tempurung kepala mangsa retak.

Vijayakumaran dari Gemas didakwa melakukan perbuatan itu di perhentian bas Simpang Jalan Gemas-Londah, Gemas di Tampin dekat sini pukul 6 petang, 4 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Shukri Hussain mencadangkan supaya tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Peguam V. Gobhi merayu supaya jumlah itu dikurangkan kerana bapa anak guamnya tidak mampu disebabkan menanggung perbelanjaan ahli keluarga yang lain.

Azura membenarkan jaminan RM4,000 dan menetapkan 23 Mei ini bagi sebutan semula kes.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 16 Apr 2011 03:38 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


BN menang DUN Bukit Saban

Posted: 16 Apr 2011 03:25 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUCHING: Barisan Nasional menang kerusi Bukit Saban dalam keputusan pertama pilihan raya negeri Sarawak yang diumumkan pada 6.15 petang tadi.

Hentian Puduraya beroperasi hari ini

Posted: 16 Apr 2011 03:15 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Hentian bas Puduraya yang kini berwajah baru selepas kerja menaik taraf kemudahannya dimulakan Mac tahun lalu, memulakan operasinya hari ini.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad, Datuk Jaafar Abu Hassan, berkata ada beberapa masalah kecil yang membabitkan bahagian teknikal seperti lampu dan pendingin hawa yang masih belum siap.

"Ini adalah hari pertama operasi, kita masih dalam tempoh percubaan. Benda-benda kecil sahaja yang belum siap seperti masalah teknikal. "Segala penambahbaikan diharap dapat disiapkan dalam sebulan ini, namun kelengkapan lain sudah siap dan boleh digunakan sepenuhnya," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan pemeriksaan hentian bas itu.

Dengan pembukaan hentian itu, operasi bas ekspres di terminal sementara Bukit Jalil dihentikan sepenuhnya.

Hentian Puduraya yang dibuka pada 1976, ditutup sementara sejak Mac tahun lalu selepas kerajaan mendapati terminal di hentian itu perlu dinaik taraf dan diubah suai bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di samping menjamin keselesaan orang ramai.

Ia sepatutnya dibuka pada Disember tahun itu tetapi ditangguhkan kepada 1 Mac tahun ini. Bagaimanapun tarikh pembukaan ditangguhkan lagi sehingga dibuka sepenuhnya hari ini.
Jaafar berkata, menerusi pembahbaikan itu, Hentian Puduraya kini dilengkapi 296 kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik serta dikawal selia oleh 48 petugas bagi menjaga keselamatan dan keselesaan pengunjung.

"Operasi bas bermula 6 pagi tadi dan sehingga 11.30 tengah hari tadi sebanyak 146 bas berlepas dari hentian itu," katanya.

Beliau berkatam UDA Holdings sedang dalam perancangan menguatkuasakan penggunaan e-ticketing dalam masa dua bulan bagi menangani masalah perayu atau "ulat" tiket yang menjadi isu di Hentian Puduraya.

"Kami masih dalam perbincangan dengan pengusaha bas tentang perkara ini," katanya.

Apabila kita dapat kuatkuasakan sepenuhnya e-ticketing, orang ramai tidak perlu datang beramai-ramai untuk beli tiket. Mereka boleh beli melalui internet sahaja," katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talibm yang turut serta dalam lawatan itu berkata kementeriannya sedang meneliti tempat untuk laluan bas dua tingkat di luar terminal itu.

"Setakat ini kami berpuas hati dengan segala penambahbaikan di hentian ini dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti tempat untuk kemudahan hentian bas dua tingkat," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati beberapa kedai runcit sudah mula beroperasi dan dipenuhi pengunjung seawal 6 pagi, namun kemudahan lif, tangga bergerak serta medan selera masih belum beroperasi.

Beberapa pengunjung Hentian Puduraya ketika ditemui berpuashati dengan kemudahan yang disediakan.

Seorang pekerja sebuah kedai menjual makanan ringan, Hamimamtun Hassan, 25, berkata lebih banyak kemudahan tempat menunggu disediakan dan dalam keadaan teratur.

Seorang pelajar universiti tempatan, S Vasudevan, 21, berkata proses membeli tiket kini lebih mudah apabila semua kaunter tiket diletakkan di satu aras yang sama dan lebih tersusun dengan paparan skrin maklumat disediakan mengenai platform dan masa bas bertolak. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 16 Apr 2011 03:37 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Program sekolah dalam hospital

Posted:

Program sekolah dalam hospital

Program sekolah dalam hospital

Oleh FARHANA JONI
pengarang@utusan.com.my


NOORAINEE Abdul Rahman (kiri) memberi penerangan mengenai program sekolah dalam hospital yang dikenali sebagai Projek Hati Nurani pada sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 15 April - Yayasan Nurul Yaqeen akan melaksanakan program sekolah dalam hospital bagi mengelakkan pesakit kanak-kanak yang menjalani rawatan jangka panjang tercicir daripada pelajaran.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berkata, program yang dikenali sebagai Projek Hati Nurani itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, projek ini melibatkan beberapa fasa dengan fasa pertama dimulakan Jun ini di tiga buah hospital terpilih iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang.

"Saya terpanggil menubuhkan projek ini setelah mendapati sebilangan besar pesakit berusia antara lima hingga 18 tahun ketinggalan pelajaran mereka ekoran terpaksa menjalani rawatan di wad dalam tempoh yang sangat lama.

"Di samping itu, program ini juga mampu memberi motivasi kepada kanak-kanak untuk meneruskan pembelajaran mereka apabila kembali ke sekolah nanti," katanya pada sidang akhbar di kediamannya sini hari ini.

Norainee yang juga Penaung Yayasan Nurul Yaqeen berkata, terdapat dua kaedah pembelajaran yang akan digunakan iaitu pertama secara di dalam kelas dan kedua dengan guru bergerak ke katil pesakit.

"Kita mencadangkan seramai 11 guru bertauliah ditempatkan secara tetap di setiap hospital termasuk seorang guru pendidikan khas, penyelia serta guru di peringkat sekolah rendah dan menengah," katanya.

Rekod HKL pada tahun lalu menunjukkan seramai 932 pelajar menduduki peperiksaan peringkat sekolah dan awam ketika menerima rawatan di wad dengan 812 daripadanya murid sekolah rendah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Maklumat Azmi palsu'

Posted:

'Maklumat Azmi palsu'

'Maklumat Azmi palsu'

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 April - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini mengesahkan maklumat yang disampaikan Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin kepada pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin adalah palsu.

Maklumat tersebut yang mendakwa kononnya Perdana Menteri dan isteri mempunyai kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebenarnya tidak pernah wujud dalam simpanan ATM.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, Azmi yang merupakan bekas Timbalan Ketua Cawangan Khas Tentera Darat membuat kenyataan palsu tersebut atas kepentingan peribadinya sendiri.

"Apa yang diceritakan Azmi tiada sebarang kaitan dengan ATM, malah maklumat yang disampaikan kepada Raja Petra itu sebenarnya tidak pernah wujud dalam simpanan kami," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Raja Petra mendedahkan Azmi bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepadanya dalam satu komplot bagi memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembunuhan Altantuya.

Ekoran pendedahan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Azmi bakal berdepan tindakan tegas di bawah Akta Angkatan Tentera jika siasatan mendapati dia bersalah menyalurkan maklumat palsu.

Mengulas lanjut, Azizan memberitahu, siasatan terhadap pegawai tentera itu akan dikendalikan Lembaga Siasatan ATM dan sebarang tindakan yang bakal diambil adalah berasaskan siasatan lembaga tersebut.

"Azmi sebenarnya bukan lagi Timbalan Ketua Cawangan Khas sejak 14 Januari 2008 apabila dia bertukar ke Markas Tentera Darat dan pada masa ini, pegawai kanan berkenaan dikecualikan daripada sebarang tugas rasmi," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Raja Petra serlah wajah sebenar Anwar

Posted:

Raja Petra serlah wajah sebenar Anwar

Raja Petra serlah wajah sebenar Anwar

KUALA LUMPUR 15 April - Pendedahan Raja Petra Kamaruddin mengenai rancangan tersusun untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendedahkan sikap sebenar 'majikannya' sebelum ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Hamizun Khairuddin berkata, sebagai antara pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan individu yang sangat dekat dengan Anwar, Raja Petra pastinya mengetahui niat dan rancangan sebenar Ahli Permatang Pauh itu dalam usahanya untuk berkuasa.

''Pendedahan Raja Petra ini membabitkan maklumat yang luar biasa dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana ia mendedahkan sikap dan wajah sebenar Anwar.

''Polis juga perlu menjalankan siasatan terhadap individu yang dikaitkan oleh Raja Petra dalam usaha memfitnah Perdana Menteri dan isteri," kata beliau.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra bahawa Anwar semakin hilang kredibiliti sebagai seorang pemimpin pembangkang kerana krisis dalaman parti pembangkang dan masalah peribadi.

Dalam wawancara eksklusif siri kedua yang disiarkan menerusi Buletin Utama di TV3 semalam, Raja Petra yang merupakan antara rakan karib Anwar menambah, Penasihat PKR itu juga tidak lagi dihormati dalam pembangkang.

Dalam perkembangan sama, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, pendedahan Raja Petra semakin menguatkan hakikat bahawa Anwar bukanlah pemimpin berwibawa, jauh sekali layak untuk memimpin negara.

Beliau menambah, pendedahan Raja Petra juga melengkapkan sekian banyak isu dan skandal moral yang dikaitkan dengan Anwar termasuk kes liwat, rakaman video seks, pembohongan 16 September, pluralisme agama dan banyak lagi.

"Hanya pemimpin pembangkang seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Karpal Singh dan Lim Kit Siang sahaja yang percaya dan terus diperbodohkan Anwar," katanya.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman pula berkata, kredibiliti Anwar sebenarnya sudah lama hilang sebelum pendedahan Raja Petra lagi apabila seorang demi seorang yang pernah berjuang bersama beliau meninggalkannya.

Justeru katanya, rakyat perlu menilai dengan bijak segala pendedahan yang dibuat berkenaan Anwar kerana ia datang daripada individu yang sangat dekat dengan pemimpin pembangkang itu termasuk Raja Petra.

''Nilailah kredibiliti Anwar selepas pembohongan dan isu moralnya didedahkan serta janji-janjinya yang tidak pernah ditunaikan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 16 Apr 2011 03:15 AM PDT

Utusan Online - Utara


Kerajaan Kedah susahkan rakyat

Posted:

Kerajaan Kedah susahkan rakyat

Kerajaan Kedah susahkan rakyat

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

JERLUN 15 April - Kerajaan Pas Kedah sepatutnya mendahulukan kepentingan rakyat dalam pentadbirannya tetapi sebaliknya membuat beberapa keputusan yang kurang tepat sehingga menyusahkan orang ramai.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, keputusan kerajaan negeri menamatkan perkhidmatan pembayaran bil bekalan air di pejabat pos dan menaikkan cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga 10 kali ganda setahun ternyata menyusahkan banyak pihak.

Menurut beliau, meskipun keputusan berkenaan dibuat sebagai antara cara untuk menambahkan pendapatan kerajaan negeri, namun pada masa yang sama mereka mesti memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

"Kalau pun mahu meningkatkan pendapatan kerajaan negeri, janganlah sampai ia menjadi bebanan kepada rakyat,'' katanya kepada pemberita selepas Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Persatuan Francais Malaysia (MFA) bersama Wanita UMNO Jerlun di sini, semalam.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun memberitahu, beliau banyak menerima rungutan daripada penduduk negeri ini yang berasa terbeban dengan penamatan peranan pejabat pos sebagai ejen kutipan bayaran bil Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd., (SADA) mulai bulan lepas.

Kata beliau, rata-rata bil air penduduk khususnya yang tinggal di kampung bukan dalam jumlah besar iaitu sekitar RM7 hingga RM10 sahaja sebulan.

Namun, menurutnya, akibat penamatan itu, orang ramai terpaksa menaiki kenderaan atau menyewa teksi ke pekan untuk membuat pembayaran, sekali gus meningkatkan kos pengangkutan mereka.

"Pada masa keputusan itu dibuat, bekalan air di sesetengah kawasan seperti di UUM pula tidak mencukupi. Pihak pengurusan UUM terpaksa membawa lori tangki air untuk bekalan pelajar yang kemudiannya diangkut dengan baldi.

"Saya tidak dapat bayangkan sebuah universiti bertaraf tinggi seperti UUM yang menyasarkan untuk menjadi antara universiti terbaik di rantau ini terpaksa melalui masalah seperti itu. Ini satu kegagalan kerajaan negeri," katanya.

Selain itu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, beliau juga dimaklumkan bahawa UUM kini dikenakan bil cukai tanah melebihi RM1 juta setahun berbanding RM100,000 yang perlu dibayar sebelum ini.

Tindakan itu, katanya, amat dikesali kerana ia pasti membebankan universiti tersebut untuk membuat bayaran yang meningkat 10 kali ganda.

"Janganlah buat keputusan yang sampai ke tahap membebankan institusi pengajian tinggi awam yang banyak menyumbang dan memberi manfaat kepada penduduk dengan kewujudannya," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muqharabbin Duta Sukan Unimap

Posted:

Muqharabbin Duta Sukan Unimap

Muqharabbin Duta Sukan Unimap


Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen menyerahkan bendera Universiti Malaysia Perlis kepada Muhamad Muqharrabin (kanan) di Kangar, semalam.


KANGAR 15 April - Pendaki Gunung Everest, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dilantik sebagai Duta Sukan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang akan berperanan sebagai pakar motivasi kepada penuntut universiti berkenaan terutama dalam aktiviti pendakian.

Raja Muda Perlis yang juga Canselor Unimap, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyerahkan watikah pelantikan tersebut pada Majlis Anugerah Seri Gemilang Unimap 2010 yang turut dihadiri Pro Canselor, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil di sini, malam tadi.

Menurut Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin, pelantikan Muhamad Muqharabbin akan membantu Unimap menyerlahkan nama universiti itu dalam arena sukan dan pendakian, sejajar usaha Unimap menjadi antara 500 universiti terbaik dunia menjelang 2015.

"Beliau akan membantu Unimap dalam usaha menawan Base Camp Gunung Everest selewat-lewatnya tahun depan selain mengadakan program motivasi dan pendakian di beberapa gunung di negara ini," katanya.

Jelasnya, Unimap juga bercadang menawarkan satu unit dalam kokurikulum yang memberi tumpuan terhadap aktiviti latihan mendaki gunung.

Sementara itu, Muhamad Muqharabbin berkata, beliau sudah bersedia untuk mencurahkan ilmunya bukan sahaja kepada penuntut Unimap malah kepada masyarakat di negeri ini.

Beliau yakin penyertaan penuntut dalam pelbagai aktiviti terutama pendakian akan menyerlahkan minat mereka dalam bidang-bidang sukan yang lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

YSB buka pusat hemodialisis di Kulim

Posted:

YSB buka pusat hemodialisis di Kulim

YSB buka pusat hemodialisis di Kulim


Tunku Puteri Intan Safinaz menyampaikan kerusi roda kepada salah seorang penduduk di Kampung Jalan Baru, Kulim, semalam.


KULIM 15 April - Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) akan membuka sebuah lagi pusat hemodialisis di Kulim bagi membantu pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan.

Pengerusi YSB, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkata, pusat yang bernilai RM1.5 juta itu akan beroperasi di Taman Kota Kenari di sini.

Katanya, kerja-kerja mengubahsuai bangunan kedai kini giat dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh terdekat.

"Banyak pesakit buah pinggang daerah ini menghadapi kesulitan untuk mendapatkan rawatan. Ada di antara mereka terpaksa pergi ke Sungai Petani ataupun Seberang Perai untuk berbuat demikian.

"Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, kita akan bina sebuah lagi pusat hemodialisis di Kulim untuk memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan secara percuma," katanya kepada pemberita selepas menyertai program gotong-royong bersama anggota Kem Integrasi Sukarelawan YSB di Kampung Jalan Baru, Mukim Sedim, dekat sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Kulim, Datuk Mohd. Noh Ahmad.

Menurut Tunku Intan Safinaz, pembinaan pusat hemodialisis itu mendapat kerjasama daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) apabila mereka bersetuju menyumbangkan 10 buah mesin bernilai RM500,000.

"Kita tertarik untuk menubuhkan pusat rawatan sedemikian di Kulim setelah melihat kejayaan di Alor Setar. Selain itu, penubuhan pusat seumpama itu penting selepas mengambil kira bilangan pesakit baru yang menghidap penyakit buah pinggang semakin bertambah setiap tahun," jelasnya.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan Kem Integrasi Sukarelawan YSB, beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan penyertaan orang ramai ke dalam kerja-kerja bercorak kemasyarakatan.

Pada majlis itu, beliau turut menyumbangkan kerusi roda kepada enam warga emas dan 15 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam 2010.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 16 Apr 2011 03:13 AM PDT

Harian Metro: Setempat


2 maut kereta terbabas

Posted: 15 Apr 2011 12:56 PM PDT

KAJANG: Dua lelaki termasuk seorang yang belum dikenal pasti identitinya terbunuh apabila kenderaan dipandu mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 302, Lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, sebuah Perodua Kembara dipandu mangsa yang berusia 52 tahun bersama rakannya, 40-an dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di tepi lebuh raya.


Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob, berkata ketika kejadian, kereta mangsa di lorong kiri tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan ia memasuki susur keluar Plaza Tol Kajang sebelum terbabas di tepi jalan lalu merempuh pembahagi jalan.

Menurutnya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala.


"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi.


Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3 wanita curi kereta dicekup

Posted: 15 Apr 2011 12:54 PM PDT

PUTRAJAYA: Sekumpulan tiga wanita dan seorang lelaki dipercayai geng curi kenderaan yang bergiat aktif di beberapa kawasan sekitar pusat pentadbiran kerajaan di sini ditangkap dalam operasi berasingan selama tiga hari berakhir semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata semua suspek terbabit berusia 30-an ditangkap di tiga lokasi berbeza di Selangor.


Menurutnya, dua wanita terbabit ditangkap di kawasan Cheras manakala seorang lagi di Puchong, masing-masing pada tengah malam Rabu dan awal pagi Khamis lalu.

"Suspek lelaki ditangkap dalam satu lagi operasi di daerah lain iaitu di sebuah bengkel di Selangor pada awal pagi Jumaat. "Dalam tangkapan itu, kami merampas komponen kereta seperti papan pemuka, stereng dan Smart Tag serta buku cek.


"Kami juga merampas sebuah kereta Toyota yang dilaporkan hilang di daerah lain," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.


Abdul Razak berkata, beliau percaya dengan tertangkapnya suspek terbabit, pihaknya menyelesaikan beberapa kes kecurian kenderaan bukan saja di Putrajaya, malah di kawasan lain.

Namun, katanya, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai suspek terbabit dan kemungkinan mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan lain kerana dalang kumpulan itu belum ditahan.


"Suspek direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 379 (A) iaitu kecurian kenderaan. "Kami juga menyiasat melalui barang kes yang dijumpai seperti melalui Smart Tag yang digunakan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kes kecurian kenderaan di Putrajaya bagi tiga bulan pertama tahun ini tidak menunjukkan peningkatan berbanding dalam tempoh sama tahun lalu.


"Bagi Januari hingga Mac lalu ada 15 kes. Tempoh sama tahun lalu pun sama jumlahnya, tiada peningkatan," katanya.


Menurutnya, kecurian kenderaan kebanyakannya didapati berlaku di kawasan tempat letak kereta terbuka sama ada di kawasan perumahan dan pejabat kerajaan pada waktu siang. "Kebanyakan kenderaan dicuri adalah pacuan empat roda dan tiada kunci tambahan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 16 Apr 2011 01:27 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Kuasa di tangan 979,796 pengundi

Posted:

Kuasa di tangan 979,796 pengundi

Kuasa di tangan 979,796 pengundi

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM dan MOHD. ZAAIN MD. ZIN
pengarang@utusan.com.my


Abdul Aziz Mohd. Yusof menunjukkan gambar isyarat 'Tolong Senyap' semasa beliau meninjau persiapan terakhir SPR di sebuah pusat penamaan calon di Kuching, semalam. - BERNAMA


KUCHING 15 April - Seramai 979,796 pengundi berdaftar akan menentukan parti yang menjadi pilihan mereka untuk membentuk Kerajaan Negeri Sarawak bermula 8 pagi esok di 1,749 pusat mengundi di negeri ini.

Ia merupakan pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah politik negeri ini apabila buat pertama kali kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi.

Seramai 213 calon bertanding iaitu 71 daripada Barisan Nasional (BN), 15 DAP, 26 Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), 49 Parti Keadilan Rakyat (PKR), lima Pas, enam Parti Cinta Malaysia (PCM) dan 41 lagi calon Bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan semua keputusan pilihan raya akan diketahui selewat-lewatnya pukul 11 malam, manakala keputusan paling awal dijangka diperoleh pada pukul 8 malam.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengingatkan ejen atau wakil parti bertanding supaya tidak mengganggu petugas-petugas SPR ketika proses pengiraan undi untuk mengelak berlaku kelewatan pengumuman keputusan.

Beliau juga menasihatkan pengundi supaya menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi kerana cuaca pada sebelah petang esok diramal hujan dan menjangkakan peratusan keluar mengundi antara 65 hingga 75 peratus berbanding 63.2 peratus pada 2006.

Sementara itu, pihak polis pula memberi jaminan proses pilihan raya negeri esok akan berlangsung dengan aman dan lancar.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon berkata, pihaknya telah mengenal pasti lokasi dan jumlah anggota yang perlu ditempatkan termasuk untuk mengawasi tempat pengiraan undi.

"Semua pusat dan saluran mengundi memang ada anggota polis untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar seperti beratur dengan sistematik, tiada perayu undi dan kekacauan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini.

Untuk membentuk Kerajaan Negeri Sarawak, parti yang bertanding perlu menang di 36 kerusi DUN, manakala bagi mencapai majoriti dua pertiga pula, mereka perlu menang sekurang-kurangnya di 48 DUN.

Secara realistik, BN dilihat tidak berdepan masalah untuk memperbaharui mandat, namun kemampuan pembangkang untuk menambah kerusi juga tidak boleh diperkecilkan.

Sebelum DUN Sarawak dibubarkan pada 21 Mac lalu, BN menguasai 63 kerusi diikuti DAP (enam) dan masing-masing satu milik PKR dan PCM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan undi ikut sentimen - Najib

Posted:

Jangan undi ikut sentimen - Najib

Jangan undi ikut sentimen - Najib

KAPIT 15 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan pengundi di negeri ini supaya tidak mengundi mengikut sentimen pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 esok.

"Jangan undi ikut sentimen dan isunya kita perlu kerajaan yang mampu (membawa pembangunan)," katanya pada pemberita selepas merasmikan Terminal Penumpang Ekspres untuk bot, di sini hari ini.

Beliau berkata, pengundian esok berkisar mengenai masa depan Sarawak dalam memberikan kualiti hidup yang tinggi dan masa depan yang terjamin kepada penduduknya.

"Persoalan yang harus difikirkan oleh pengundi Sarawak ialah kerjasama antara pusat dan negeri untuk masa depan yang lebih terjamin (memandangkan) Sarawak adalah sebuah negeri yang besar dan luas dan perlu banyak pelaburan terutama dari segi prasarana yang maju dan moden.

"Ini persoalan penting. Siapa yang boleh deliver (membawa pembangunan), dan bukan saja (sekadar) slogan atau retorik atau kempen yang memburukkan peribadi seseorang," kata Perdana Menteri.

Najib dalam lawatan kerjanya itu telah berkunjung ke serata pelusuk kawasan pedalaman negeri ini termasuk Serian, Ba'Kelalan dan Lawas. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib umum peruntukan RM90 juta bina jalan Song-Kapit

Posted:

Najib umum peruntukan RM90 juta bina jalan Song-Kapit

Najib umum peruntukan RM90 juta bina jalan Song-Kapit

KAPIT 15 April — Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan tinjauan mesra ke pelosok pedalaman Sarawak hari ini ke Pekan Song dan Kapit di Ulu Rajang, sungai terpanjang di Malaysia.

Sebaik tiba dengan helikopter di padang daerah Song pada pukul 9.30 pagi, Perdana Menteri terus menuju ke tengah pekan Song dengan 5,000 penduduk kebanyakannya masyarakat Iban melaungkan "1Malaysia" dan "Hidup Barisan Nasional".

Najib yang menjadi Perdana Menteri pertama tiba di pekan kecil itu, diberi sambutan persembahan kebudayaan tradisional pelbagai kaum oleh pelajar dari sekolah menengah di pekan itu.

Dalam ucapannya, Najib mengumumkan peruntukan RM90 juta untuk pembinaan jalan dari Song ke Kapit, yang ketika ini hanya dihubungi dengan menggunakan sungai sejauh kira-kira 40km.

Katanya tender bagi projek itu akan dipanggil tidak lama lagi untuk membolehkan kerja pembinaan dimulakan.

Pengumuman Perdana Menteri itu mencerahkan harapan penduduk di pedalaman Rajang untuk menikmati kemudahan jalan raya Sibu-Kanowit-Song-Kapit yang ketika ini hanya menggunakan bot ekspres Sungai Rajang.

Perjalanan bot ekspres dari Sibu ke Song mengambil masa lebih satu jam melalui pekan Kanowit manakala perjalanan dari Song ke Kapit mengambil masa tiga jam.

Najib juga membidas pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat janji kepada penduduk pedalaman sekarang tetapi tidak membantu mereka semasa beliau (Anwar) menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

Katanya, pembangkang hanya datang semasa pilihan raya, sebaliknya Barisan Nasional (BN) akan terus membawa pembangunan selepas pilihan raya.

Perdana Menteri berkata, kini semua orang termasuk penduduk Sarawak tahu kisah Anwar.

"Semua orang dah tahu. Sebut jam tangan Omega sahaja orang Song pun tahu.

Tahu tak cerita jam Omega?" tanya Najib, disambut orang ramai yang menjawab.

"Tahu". Semasa berjalan sekitar pekan itu kemudian untuk bersalaman dengan orang ramai, Najib sempat meluangkan masa menurunkan autograf di bahagian belakang baju T yang dipakai seorang juruteknik, Amran Mahmud, 29.

Menurut Amran, beliau memang menantikan kedatangan Perdana Menteri sejak semalam untuk mendapatkan autograf.

"Peristiwa ini tak akan dilupai. Saya akan simpan baju ini," kata Amran.

Selepas tinjauan mesra itu, Najib menaiki helikopter untuk meneruskan perjalanan ke Kapit. Semalam, Perdana Menteri menjelajah hingga ke kawasan tanah tinggi Bario untuk bertemui masyarakat Kelabit di bahagian timur-laut Sarawak. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 16 Apr 2011 01:26 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Lawan kera gigit muka bayi

Posted: 15 Apr 2011 02:04 PM PDT

DIRAWAT...Rokiah dirawat di Hospital Melaka.
DIRAWAT...Rokiah dirawat di Hospital Melaka.

MELAKA: "Saya cekak tengkuk kera itu sekuat hati, baru haiwan itu lepaskan gigitan terhadap bayi yang saya jaga," kata Rokiah Abd Rahman, 59, menceritakan detik cemas menyelamatkan bayi berusia setahun tiga bulan yang diserang seekor kera, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi di rumahnya di Kampung Kilang Berapi, Merlimau, dekat sini, tindakan berani warga emas itu berjaya menghalang haiwan liar berkenaan daripada terus menggigit dan mencakar muka Siti Hajar Abd Razak.


Bagaimanapun, Sti Hajar cedera agak serius dan menerima hampir 30 jahitan di mukanya akibat digigit haiwan liar itu.

Rokiah berkata, ketika kejadian dia baru saja menidurkan Siti Hajar di kerusi buaian di bahagian tengah rumahnya selepas menutup semua tingkap dan pintu.


"Ketika menidurkan Siti Hajar, saya terlelap dengan berbaring di sisinya sambil tangan kanan diletakkan di badannya.


"Bagaimanapun, kira-kira 15 minit kemudian, saya tersentak apabila mendengar Siti Hajar menangis dengan kuat dan pada masa sama, saya berasa teramat sakit di tangan kanan.

"Apabila membuka mata, saya terkejut apabila mendapati seekor kera menggigit muka Siti Hajar.


"Melihatkan keadaan itu, saya menarik badan kera terbabit supaya dia melepaskan gigitan di muka Siti Hajar, tetapi ia enggan melepaskannya.

"Saya memberanikan diri mencekak tengkuk haiwan liar itu, baru ia melepaskan gigitan," katanya ketika ditemui di wad Hospital Melaka, di sini, semalam.


Menurut Rokiah, walaupun dalam keadaan sakit yang teramat sangat dengan tangan kanan berlumuran darah kerana digigit kera itu, dia terus menarik kera terbabit.


"Ketika itu, saya melihat muka Siti Hajar berlumuran darah dan dia menangis akibat kesakitan. Anak jiran saya yang mendengar bunyi bising dalam rumah masuk untuk memberi bantuan.


"Dia yang terkejut melihat kami berlumuran darah mencengkam kera itu sebelum memijaknya dan mencampaknya ke luar," katanya.


Menurutnya, dengan bantuan jiran, dia menghantar Siti Hajar ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum kedua-dua mereka dirujuk di Hospital Melaka.


"Saya jarang melihat kumpulan kera berada di kawasan kampung ini, tambahan pula rumah saya terletak di laluan sibuk dan hampir dengan kawasan kilang.


"Mungkin kera terbabit masuk ke rumah saya menerusi bahagian bumbung yang tidak mempunyai siling," katanya yang menjaga Siti Hajar sejak setahun lalu.


Dalam pada itu, Rokiah juga amat bersyukur kerana seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dijaganya dan tidur di dalam bilik tidak diserang haiwan terbabit.


Ibu tunggal kepada tiga anak itu cedera pada tangan kanan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Roslan Ahmad melawat Rokiah dan Siti Hajar, semalam.


Sementara itu, ibu Siti Hajar, Hazilah Mohamad, 33, berkata ketika kejadian dia bertugas di Politeknik Merlimau, apabila dihubungi anak Rokiah yang memaklumkan kejadian itu.


Katanya, dia menggigil apabila dimaklumkan berita itu kerana menyangka anaknya demam teruk.


Dia menghubungi suaminya, Abd Razak Bakar, 33, dan mereka bergegas ke Poliklinik Merlimau.


"Anak saya cedera di dahi, hidung, bibir, gusi dan tangan kiri, namun saya dan suami bersyukur kerana Siti Hajar selamat menjalani pembedahan selama dua jam bermula jam 10.30 malam tadi (kelmarin)," katanya.


Roslan berkata, dia akan meminta pihak Jabatan Perhilitan negeri segera melakukan pemantauan di kawasan kampung berkenaan bagi menangkap kera itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Waran tangkap

Posted: 15 Apr 2011 02:02 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon Norman Hakim dan tunangnya, Memey yang dituduh berkhalwat tiga tahun lalu, berikutan kegagalan pasangan itu hadir di mahkamah tanpa alasan kukuh untuk perbicaraan kes mereka, semalam.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Salehan Yatim yang mengeluarkan perintah itu berkata, waran tangkap berkenaan hanya berkuat kuasa pada tarikh prosiding berikutnya iaitu 20 Mei depan.


Ini bermakna, jika Norman, 35, dan Memey atau nama sebenarnya Suhaizah Suhaimi, 23, tidak hadir pada tarikh berkenaan yang ditetapkan untuk pihak pembelaan memfailkan hujahan balas, mereka boleh ditangkap.

Terdahulu, peguam Munirah Abu Bakar yang mewakili pasangan itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia menerima panggilan telefon daripada Norman pagi semalam memberitahu tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat tanpa memberikan sijil cuti sakit. Selain itu, Munirah memaklumkan Norman turut mewakili pihak Memey memaklumkan pelakon itu tidak dapat hadir dalam prosiding semalam kerana berada di luar ibu negara. Berikutan itu, pendakwa syarie, Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal memohon mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap pasangan berkenaan kerana mereka sepatutnya mendahului kes mahkamah berbanding perkara lain.


"Kami (pihak pendakwaan) tidak boleh menerima alasan itu kerana mereka sepatutnya perlu mendahulukan mahkamah, justeru pohon waran tangkap dikeluarkan kepada mereka pada tarikh akan datang," katanya.


Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon dan Memey didakwa berkhalwat di pejabat 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang di sini, pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.


Salehan turut menetapkan keputusan sama ada pasangan terbabit didapati bersalah terhadap tuduhan itu pada 29 Julai depan dan memerintahkan kedua-dua hadir pada tarikh berkenaan.

Pihak pendakwaan menutup kes itu pada Oktober tahun lalu selepas hampir dua tahun perbicaraan yang membabitkan lapan saksi pendakwaan dipanggil termasuk bekas Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor, Azhar Noordin, 42.


Semalam, Hasrul Hafiszi turut memohon tarikh lain supaya pihak pembelaan boleh memfailkan hujahan balas selewat-lewatnya 20 Mei depan manakala pihak pendakwaan perlu menggulung hujahan sebulan selepas tarikh itu iaitu 20 Jun depan.


Pada 18 Disember 2008 di mahkamah sama, Norman melafazkan cerai terhadap bekas isterinya, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 32.


Pasangan itu bernikah pada 8 Januari 2002 dan bercerai kali pertama dengan talak satu pada 5 Mei 2006 dan disahkan bercerai di mahkamah sama pada 10 Mei 2006 sebelum rujuk semula keesokan harinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 16 Apr 2011 01:07 AM PDT

Utusan Online - Timur


Bekalan air terjejas teruk

Posted:

Bekalan air terjejas teruk

Bekalan air terjejas teruk

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


Seorang penduduk menunjukkan kawasan tandak yang menakung air untuk bekalan harian dan kegunaan kebun kini dipenuhi pasir dan lumpur kerana hakisan akibat pembalakan di kawasan hutan dara yang baru diluluskan oleh kerajaan negeri di Bukit Kabung, Pasir Puteh, semalam.


PASIR PUTEH 15 April - Lebih 2,000 penduduk yang tinggal berhampiran tanah Rancangan Felcra Teratak Batu dekat sini, kesal dengan tindakan kerajaan Kelantan meluluskan kawasan tadahan air hujan di Bukit Kabung seluas 50 hektar kepada sebuah syarikat pembalakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Mukim Gong Kelih, Mat Lazim Zakaria mendakwa, kelulusan tersebut menyebabkan kawasan hutan dara itu diteroka, sekali gus memberi kesan buruk kepada penduduk yang tinggal berdekatan, berkemungkinan berlaku hakisan dan tanah runtuh.

Beliau mendakwa, sejak penerokaan kawasan hutan itu dibuat, ada penduduk yang mula berdepan dengan masalah gangguan bekalan air bersih untuk kegunaan harian dan bagi menjalankan projek pertanian melalui sistem tandak atau takungan.

"Tandak yang dibina untuk takungan air bersih dengan kos RM100,000 kini dipenuhi tanah dan lumpur sehingga menyebabkan batang paip yang menyalurkan bekalan air ke rumah penduduk dan kawasan pertanian tersumbat," dakwanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mat Lazim turut membawa pihak media dan Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan, Nik Nukima Nik Abdul Majid meninjau sendiri kawasan tadahan air itu yang terletak berhampiran kawasan pembalakan baru.

Beliau memberitahu, selain penduduk di kawasan Felcra Teratak Batu, dua lagi kampung tradisional iaitu Gong Kelih dan Gong Genor turut menerima nasib sama, sehingga ada penduduk terpaksa menggunakan air berlumpur pada musim tengkujuh dan bekalan terhad ketika kemarau.

"Inilah masalah yang kami hadapi iaitu keperluan air semakin kritikal. Sudahlah bekalan air daripada Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) gagal kami nikmati sejak sekian lama, kini berhadapan pula dengan padah angkara projek pembalakan yang sepatutnya diteliti oleh kerajaan negeri.

"Pemimpin kerajaan negeri patut datang ke rumah penduduk untuk melihat air yang dahulunya jernih, kini mengandungi lumpur. Siapa sebenarnya yang perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini?" soalnya.

Seorang penduduk, Wan Hanafi Wan Sulaiman, 63, berkata, bekalan air ke rumahnya sentiasa terputus akibat permukaan tandak diliputi pasir dan sampah sarap, selain air berlumpur sehingga melekat di pakaian dan pinggan mangkuk.

"Ada penduduk kampung yang membelanjakan antara RM700 hingga RM1,000 untuk membina telaga tiub kerana tidak mahu menggunakan air yang dianggap sudah tidak bersih," dakwanya.

Sementara itu, Nik Nukima berkata, pihaknya tidak menerima permohonan untuk pembalakan di kawasan berkenaan daripada mana- mana pihak, tetapi tidak boleh mengambil tindakan sekiranya kawasan diteroka tidak melebihi 500 hektar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sultan Kelantan rasmi Masjid Noor Aini

Posted:

Sultan Kelantan rasmi Masjid Noor Aini

Sultan Kelantan rasmi Masjid Noor Aini


Sultan Muhammad V (dua dari kiri) menyampaikan jam digital untuk kegunaan Masjid Nor Aini selepas merasmikan masjid tersebut di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 15 April - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berkenan berangkat merasmikan Masjid Noor Aini, Mukim Pasir Hor yang dibina dengan kos RM2.5 juta.

Kos pembinaan masjid itu disumbangkan oleh seorang kerabat diraja, Tengku Noor Aini Tengku Zainal Abidin.

Masjid berkeluasan hampir 3,000 meter persegi yang dibina oleh firma arkitek Zainuddin Harun itu dapat menampung 1,200 jemaah dan siap dibina tahun lalu dengan seni bina Melayu tradisional.

Pada kunjungan hari ini, Sultan Muhammad yang turut diiringi oleh adinda baginda, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan menyampaikan sumbangan dan sebuah jam digital kepada Imam Tua, Yusoff Mahmood bagi kegunaan masjid.

Baginda kemudiannya berkenan menunaikan solat Jumaat yang diimamkan oleh Imam Muda Masjid Noor Aini, Ahmad Sabri Mohd. Nawi.

Sultan Muhammad selepas itu meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah, termasuk kanak-kanak yang begitu teruja dapat bertemu secara lebih dekat dengan baginda.

Kunjungan baginda turut disertai oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan, Datuk Kamaruddin Mohd. Zin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KIST bantu keluarga mangsa nahas

Posted:

KIST bantu keluarga mangsa nahas

KIST bantu keluarga mangsa nahas

KUALA TERENGGANU 15 April - Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) akan meringankan bebanan keluarga lima pelajarnya yang terlibat dalam nahas ngeri di Besut, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif KIST Cawangan Kelantan, Muhamad Haris Hussain berkata, tragedi itu turut dirasai oleh seluruh warga kampus.

''Kita akan berusaha meringankan beban keluarga itu dan persatuan pelajar kolej mungkin melancarkan kutipan derma.

"Bagi tiga pelajar yang meninggal dunia pula, keluarga mereka akan menerima pampasan daripada perlindungan insurans," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, tiga pelajar perempuan di kampus utama KIST Bachok, Kelantan maut manakala dua rakannya cedera parah apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki di Kampung Gerai, Besut.

Kesemua lima sahabat yang dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Bachok itu merupakan penuntut tahun dua jurusan kejururawatan di KIST Cawangan Bachok.

Muhamad Haris berkata, dua lagi pelajar yang cedera parah semalam kini dilaporkan mulai stabil.

"Mereka kini masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan pencerobohan asrama perempuan oleh seorang lelaki sehingga menyebabkan mangsa dikatakan keluar dari asrama untuk menghilangkan tekanan.

Bagaimanapun katanya, pihak kolej telah memanggil beberapa pelajar yang berkenaan untuk siasatan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 16 Apr 2011 01:04 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Twitter, SMS sebar keputusan tak rasmi; SPR kata jangan percaya

Posted: 16 Apr 2011 12:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 April — Dunia siber khususnya SMS dan Twitter sekali lagi mewarnai pilihan raya — hari ini membabitkan pilihan raya negeri bumi Kenyalang Sarawak sementara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan jangan percaya keputusan tidak rasmi. 

Pilihan raya negeri Sarawak merupakan yang pertama ruang Twitter memainkan peranan signifikan dalam menyebarkan maklumat keputusan tidak rasmi. 

Proses pengundian di SK St David Bumbok, Jalan Batu Kitang, Kuching yang terletak di kerusi DUN Batu Kawa. — Foto oleh Choo Choy May

Tiga tahun lalu SMS dan portal menjadi perhatian. 

Penyokong dan pengikut kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) menyebar maklumat-maklumat berkaitan tidak rasmi — yang melibatkan pusat-pusat pengundian yang ditutup awal. 

Misalnya pemegang akaun Twitter bgu_sarawak menghantar mesej sekitar 12.30 tengah hari mengatakan "keputusan tidak rasmi N70, Ba'kelalan sehingga kini PKr mendahului dengan 245 undi dan BN 223. undi rosak 3." 

Kerusi itu menyaksikan saingan sengit antara calon BN dan PKR. Tun Faisal dari Umno dalam mesejnya pula berkata, "PRN#Sarawak. Keputusan Tak Rasmi BN Mendahului di Beberapa Peti Undi, setakat jam 2." Chang Lih Kang dalam mesejnya pula berkata, "tidak ramsi: N42 Meluan - SK Sg Merurun (PKR 88, BN 34); SK Lubok Assam - (PKR 135, BN 45)." 

SMS yang diperoleh daripada jentera PKR pula berkata pihaknya mendahului di Tasik Biru, Layar, Krian, Ngemah, Tamin, Kakus, Belaga, Jepak dan Ba'kelalan. 

Keputusan tidak rasmi itu diketahui lebih awal memandangkan satu pertiga pusat pengundian ditutup awal dengan lebih 1,000 ditutup pada 1 tengah hari tadi. 

Sehubungan itu Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meminta orang ramai agar tidak terpengaruh dengan keputusan pengundian untuk sesetengah kawasan yang diedarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas sejak tengah hari tadi. 

Beliau dipetik Bernama Online berkata, hanya keputusan yang dikeluarkan oleh SPR sahaja sah iaitu berdasarkan kepada maklumat yang telah diberi oleh setiap 71 pegawai pengurus pilihan raya yang telah dilantik. 

"Saya telah dimaklumkan banyak sebaran dalam SMS, internet mengatakan parti tertentu telah menang pilihan raya di kawasan masing-masing. Ini maklumat tidak boleh dipercayai, hanya sumber daripada SPR sahaja yang sah," katanya kepada pemberita. 

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1,038 pusat undi ditutup setakat 1 tengah hari

Posted: 16 Apr 2011 12:00 AM PDT

KUCHING, 16 April — Hampir dua pertiga atau 1,038 pusat pengundi telah pun ditutup setakat pukul 1 tengah hari tadi dengan kebanyakannya adalah di kawasan pedalaman dan luar bandar, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, walaupun ada kawasan terbabit telah ditutup awal iaitu seawal 9 pagi, namun proses pengiraan undi hanya dilakukan mulai 12.30 tengah hari. 

Sehubungan itu beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan keputusan pengundian untuk sesetengah kawasan yang diedarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak tengah hari tadi. 

Beliau dipetik Bernama Online berkata, hanya keputusan yang dikeluarkan oleh SPR sahaja sah iaitu berdasarkan kepada maklumat yang telah diberi oleh setiap 71 pegawai pengurus pilihan raya yang telah dilantik. 

"Saya telah dimaklumkan banyak sebaran dalam SMS, internet mengatakan parti tertentu telah menang pilihan raya di kawasan masing-masing. Ini maklumat tidak boleh dipercayai, hanya sumber daripada SPR sahaja yang sah," katanya kepada pemberita.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 15 Apr 2011 11:36 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Punca kematian Ahmad Sarbani diketahui Isnin ini

Posted:

Punca kematian Ahmad Sarbani diketahui Isnin ini

Punca kematian Ahmad Sarbani diketahui Isnin ini

KUALA LUMPUR 15 April - Punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui mayatnya di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada 6 April lalu, dijangka diketahui minggu depan selepas laporan kimia dan patologi kematiannya diserahkan kepada polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan kes itu kini di peringkat akhir dan pihaknya kini sedang menunggu kedua-dua laporan berkenaan sebelum diserahkan kepada pendakwa raya.

"Setakat ini kematian Ahmad Sarbani masih diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

"Laporan kimia dijangka diperoleh Isnin ini, manakala laporan patologi hasil lakonan semula dua hari lepas di pejabat SPRM juga dijangka diperolehi minggu depan," katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah kuil sempena program Komuniti Kepolisan disini hari ini.

Tambahnya, setakat ini seramai 42 individu telah disoal siasat berhubung kejadian itu termasuk keluarga mangsa.

Ditanya mengenai lakonan semula yang dilakukan kelmarin, Chin Wah berkata, ia bagi mendapatkan gambaran sebenar bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.

Katanya, lakonan tersebut dapat membantu pihak patologi menyiasat cara mangsa terjatuh dari bangunan tersebut hingga membawa kepada kematiannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 15 Apr 2011 11:24 PM PDT

Utusan Online - Politik


Gesaan dedahkan lagi rahsia Anwar

Posted:

Gesaan dedahkan lagi rahsia Anwar

Gesaan dedahkan lagi rahsia Anwar

KUALA LUMPUR 15 April - Pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin perlu mendedahkan lebih banyak rahsia mengenai sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, ia bukan untuk mengaib atau menghina Anwar sebaliknya untuk menyedarkan rakyat supaya tidak terus terpedaya dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang penuh dengan kepalsuan.

"Sudah terang lagi bersuluh selama ini Anwar akan menggunakan siapa sahaja dan pelbagai cara untuk mencapai hasrat menjadi Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pendedahan Raja Petra semalam berhubung sikap sebenar Anwar.

Ruslan berkata, pendedahan Raja Petra itu juga membuktikan perjuangan Anwar bersama PKR selama ini adalah palsu dan mengikut nafsunya semata-mata.

"Saya sudah lama mengenali Raja Petra. Selama mengikut Anwar dia sanggup ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi Anwar. Apa yang didedahkannya itu sememangnya patut diambil perhatian," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata, selari dengan pendedahan Raja Petra mengenai Anwar, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga perlu tampil menegakkan kebenaran mengenai sikap sebenar suaminya itu.

Menurut beliau yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, sebagai presiden parti, Wan Azizah bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya dan bukannya berlakon seperti tidak tahu apa-apa.

"Tidak sangka Wan Azizah sanggup membenarkan fitnah dilemparkan kepada pemimpin negara terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

"Wan Azizah dari awal lagi tahu fitnah dan hasutan yang telah dicaturkan oleh Anwar terhadap Najib dan Rosmah tetapi beliau telah menunjukkan satu lagi lakonan yang hebat," katanya.

Beliau berkata, rakyat telah muak dengan lakonan Wan Azizah dan anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dalam soal mempertahankan Anwar itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TPM sertai solat hajat

Posted:

TPM sertai solat hajat

TPM sertai solat hajat

KUCHING 15 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menyertai solat hajat berjemaah memohon keberkatan Allah menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, esok.

Solat hajat di Masjid al-Taqwa, Kampung Pinang Jawa yang diketuai oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut itu turut disertai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong, Datuk Daud Abdul Rahman.

Berucap di pekarangan masjid sempena Jamuan Rakyat 1Malaysia selepas itu, Muhyiddin meminta semua pengundi di negeri ini supaya membuat pilihan yang betul kerana ia berkaitan dengan masa depan.

"Saya berharap pertimbangan yang dibuat ialah pertimbangan yang bijaksana, bagi menentukan mana yang hak dan menolak yang batil," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 15 Apr 2011 11:21 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Angkat beban pada usia pucuk

Posted:

Angkat beban pada usia pucuk

Angkat beban pada usia pucuk

Oleh RIZAM ZAKARIYA
mohdrizam@kosmo.com.my



PERTAMA kali bertemu dengan dua beradik, T. Logasree, 9, dan T. Thurgashree, 5, di kediaman keluarga mereka di Taman Sepakat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini, tiada kelainan yang dapat dilihat.

Bentuk badan, lenggok bahasa tubuh manja dan cara percakapan mereka sama seperti kebanyakan kanak-kanak lain yang seusia mereka.

Sangkaan penulis tentang kanak-kanak yang bakal ditemu bual itu pasti mempunyai susuk tubuh yang agak berisi dan 'kental' berbanding kanak-kanak sebaya, ternyata meleset.

Namun, kedua-dua beradik itu sebenarnya mempunyai satu keistimewaan yang terselindung di sebalik paras fizikal mereka yang kecil. Mereka sebenarnya obses terhadap sukan angkat berat!

"Inilah anak-anak saya, Logasree dan Thurgashree," kata bapa mereka, M. Thanabalasingam, 39, pada petang itu.

Dua keping bingkai gambar yang terselit rapi sijil pengiktirafan oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) yang tertera nama kedua-dua anaknya itu ditunjukkan sebagai peneguh rasa percaya.

"Ini sijil Thurgashree kerana berjaya mencipta rekod melakukan bangkit tubi sebanyak 1,111 kali tanpa henti dalam masa 31 minit 21 saat.

"Ini pula sijil Logasree kerana dia telah berjaya mencipta rekod mengangkat besi seberat 21 kilogram (kg) dengan menggunakan dua jari sahaja," ujarnya memulakan bicara.

Kedua-dua beradik itu berjaya mencatatkan nama mereka dalam MBOR sempena satu majlis yang diadakan di Bangunan MIC, Kuala Lumpur pada 30 Disember tahun lalu.

Minat dipupuk

Ketika ditanya, bagaimana kedua-dua anaknya itu boleh memilih acara sukan tersebut, Thanabalasingam memberitahu semuanya telah dirancang olehnya sejak mereka masih kecil.

Tambah si bapa yang bangga itu, dia sebagai seorang ahli sukan angkat berat yang pernah mewakili Pulau Pinang, sudah tentulah minat yang sama sedikit sebanyak diwarisi oleh kedua-dua anaknya.

"Memang menjadi impian saya ingin melatih anak sendiri supaya suatu hari nanti mereka juga akan mampu mencipta kejayaan.

"Malah, ahli keluarga saya terutamanya isteri juga tidak membantah. Maka, ia umpama lampu hijau kepada saya," jawabnya tersenyum.


LOGASREE mengikuti skim pemakanan dan latihan yang ketat demi membolehkannya mencapai kemampuan optimum dalam usia sembilan tahun.


Katanya, Thurgashree mula dilatih sewaktu dia berusia tiga tahun dengan melakukan latihan angkat berat manakala ketika berusia empat tahun, latihan bangkit tubi mula disertakan dalam rutin.

Ketika itu katanya, Thurgashree sudah mampu mengangkat beban seberat lapan kilogram dan kini sudah mampu mengangkat beban besi seberat 30kg.

"Sebelum beraksi di Bangunan MIC Kuala Lumpur baru-baru ini, mereka berlatih secara intensif setiap hari di pusat latihan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru, Bukit Mertajam.

"Saya turut menyediakan bilik gimnasium di rumah. Sesekali saya turut mendapat khidmat nasihat dan bantuan daripada Pengerusi Persatuan Angkat Berat daerah Seberang Perai Tengah, Mohd. Azam Arifin," ujarnya.

Tambah Thanabalasingam, Logasree pernah mencipta rekod pertamanya ketika berusia lima tahun dalam satu program di Pulau Pinang pada tahun 2007 dan namanya juga turut tersenarai dalam MBOR.

Ketika itu, Logasree telah berjaya membuat angkatan clean and jerk seberat 14.70 kg dan angkatan snatch seberat 10.10 kg.

Kejayaan itu melayakkan dua adik-beradik tersebut menerima Anugerah Young Achievers Extraordinary bagi kategori bangkit tubi terbanyak oleh kanak-kanak dan angkatan terberat menggunakan dua jari oleh kanak-kanak.

Lebih manis bagi mereka, anugerah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam satu majlis yang diadakan di Sunway Lagoon, Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Diet tanpa lemak

Demi memastikan anak-anaknya sentiasa cergas dan bertenaga, Thanabalasingam hanya memberikan mereka makanan 100 peratus tanpa lemak.

"Paling banyak, mereka akan makan makanan barat, makanan yang direbus dan makanan stim.


KEJIRANAN Taman Sepakat, Bukit Mertajam sudah lama menjadi kawasan latihan memanaskan badan bagi (dari kanan) Logasree, Thurgashree dan bapa mereka Thanabalasingam.


"Mereka juga makan 10 biji telur rebus setiap hari yang dibuang kuningnya, sayur-sayuran dan ikan selain minum air buah-buahan," katanya.

Bagi memastikan kedua-dua anaknya sentiasa sihat dan berupaya melakukan latihan yang diatur, Thanabalasingam turut melantik doktor persendirian bagi memeriksa tahap kesihatan mereka setiap dua minggu.

Jelasnya, setakat ini kedua-dua anaknya itu belum pernah mengalami sebarang masalah kesihatan mahupun kesan sampingan akibat daripada latihan yang berat dan memenatkan.

Malah menurut Thanabalasingam, dengan jadual latihan yang agak ketat, mereka masih mampu mengikuti pembelajaran di sekolah seperti biasa. Lebih membanggakan, Logasree dan Thurgashree mampu mencatat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

"Saya memang sudah merancang untuk menjadikan kedua-dua anak saya ini atlet dalam acara angkat berat bagi mewakili negara dalam Sukan Olimpik suatu hari nanti.

"Perancangan saya agar kedua-duanya mampu mengangkat beban 48kg apabila mencapai umur 16 tahun.

"Saya mahu mereka mengharumkan nama negara dalam acara sukan ini di pelbagai peringkat termasuk mencatatkan nama dalam Guinness World of Records," ujarnya optimis.

Cuma katanya, dia masih mengharapkan sokongan kuat daripada pelbagai pihak terutamanya Majlis Sukan Negara agar mampu memberi peluang dan ruang kepada kedua-dua anaknya itu untuk terus mencipta kejayaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Burger kobra

Posted:

Burger kobra

Burger kobra


DAGING ular tedung dipercayai mengandungi protein yang tinggi.


JIKA Vietnam terkenal dengan makanan pelik seperti nasi goreng kucing, sebuah restoran di Yogyakarta, Indonesia pula tampil aneh menyediakan hidangan burger daging ular tedung.

Burger yang diperbuat daripada daging reptilia itu menjadi menu utama restoran tersebut dan mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.

Ular tedung yang diternak itu merupakan santapan buat penggemar daging reptilia. Kulit ular itu akan disiat terlebih dahulu sebelum dicincang halus-halus dan dibentuk menjadi daging burger.


JIKA dahulu ular tedung menjadi penawar penyakit, kini fungsinya berubah sebagai makanan manusia.


Rata-rata pengunjung restoran tersebut mengakui tidak yakin untuk mencuba burger kobra itu namun setelah merasainya, mereka sepakat mengatakan daging ular itu cukup enak.

Lebih menarik, daging ular tedung yang dijadikan makanan manusia itu dipercayai mengandungi protein yang tinggi sama seperti daging ayam, lembu dan kambing.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, sekurang-kurangnya 30 ekor ular tedung selar diperlukan sehari dengan kepanjangan purata 2.8 meter seekor.

Daging ular tedung itu pada asalnya dijadikan ubat untuk pelbagai penyakit seperti gatal-gatal, jerawat, strok, asma, tumor dan lain-lain.


SEBIJI burger kobra dijual pada harga 6,000 rupiah (RM2.10) hingga 9,000 rupiah (RM3.15).


Bagaimanapun, fungsi daging ular berbisa terbesar di dunia itu kini tidak lagi tertumpu kepada bidang perubatan sahaja malah ramai yang memakan dagingnya kerana gemarkan rasanya.

Selain dijadikan burger, daging ular itu turut dijadikan sate, dimasak gulai dan digoreng untuk dihidangkan bersama sos lada hitam.

Harga bagi sebiji burger kobra dijual pada harga di antara 6,000 rupiah (RM2.10) hingga 9,000 rupiah (RM3.15).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 15 Apr 2011 11:06 PM PDT

Berita Harian: Nasional


BN tiada masalah bentuk kerajaan

Posted: 15 Apr 2011 02:15 PM PDT

Nasional

DATUK Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menghadiri majlis sambutan tahun baru masyarakat India di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia, Seri Kembangan. Pada majlis dihadiri Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan lebih 12,000 masyarakat India itu, Perdana Menteri mengingatkan rakyat berhati-hati dengan cubaan pihak tertentu yang ingin menjadi wira dengan menggunakan sentimen perkauman dalam menyelesaikan masalah. - Foto Abdullah Yusof

DATUK Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menghadiri majlis sambutan tahun baru masyarakat India di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia, Seri Kembangan. Pada majlis dihadiri Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan lebih 12,000 masyarakat India itu, Perdana Menteri mengingatkan rakyat berhati-hati dengan cubaan pihak tertentu yang ingin menjadi wira dengan menggunakan sentimen perkauman dalam menyelesaikan masalah. - Foto Abdullah Yusof

Kunjungan PM, TPM lonjak sokongan

KUCHING: Barisan Nasional (BN) dijangka dapat membentuk semula kerajaan negeri menjelang tengah malam ini, apabila sebahagian besar keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 diketahui.

Malah BN dijangka tidak menghadapi masalah rumit mengulangi kemenangan dua pertiga, walaupun besar kemungkinan ia kehilangan lebih banyak kerusi berbanding sembilan daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya 2006. Selepas 10 hari berkempen dan dihidangkan dengan pelbagai ikrar dan janji, kecenderungan pengundi terutama di kawasan majoriti Bumiputera dilihat masih memihak kepada BN, atas sebab BN sudah memberi banyak sumbangan dalam meningkatkan sosioekonomi penduduk di negeri ini.

Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang banyak membantu sepanjang kempen pilihan raya ini, bagaimanapun dijangka membolehkan BN tidak kehilangan semua kerusi majoriti pengundi Cina, di sebalik kempen agresif pembangkang yang memainkan isu agama dan perkauman.

Malah, keyakinan pada pihak BN semakin meningkat pada beberapa hari terakhir kempen dengan kehadiran Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat ke serata tempat.

Mengakhiri lawatannya ke kawasan penempatan masyarakat Iban di pekan Kapit dan Song di Hulu Rajang semalam Najib menyampaikan amanat terakhir kepada rakyat Sarawak sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
"Jangan undi ikut sentimen. Persoalan yang harus difikirkan pengundi ialah kerjasama antara Pusat dan negeri untuk masa depan lebih terjamin (memandangkan) Sarawak sebuah negeri yang luas dan perlu banyak pelaburan, terutama dari segi prasarana yang maju dan moden," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk diminta realistik pilih ketua pemimpin

Posted: 15 Apr 2011 02:14 PM PDT

Nasional

KAPIT: Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat Sarawak memilih secara realistik dan tidak bersandarkan kepada slogan, isu atau sentimen dibangkitkan pihak pembangkang kerana pilihan raya negeri adalah penting dalam menentukan nasib dan masa depan rakyat di negeri ini.

Perdana Menteri berkata, dalam konteks ini, rakyat Sarawak seharusnya memilih Barisan Nasional (BN) iaitu pihak yang boleh 'melaksanakan' pembaharuan dan pembangunan selain menunaikan apa yang dijanjikan. Pemilihan BN juga penting bagi memastikan kerjasama rapat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat dapat diteruskan demi kepentingan rakyat.

"Masa depan negeri adalah berkisar kepada siapa yang boleh dan mampu membuat sesuatu yang boleh membawa peningkatan bukan saja pembangunan malah cara hidup, (meningkatkan) kualiti hidup, keharmonian dan masa depan lebih terjamin. "Bukan soal sentimen, bukan soal isu dibangkitkan. Ia (pilihan raya negeri) tak wajar lihat soal isu atau persoalan retorik saja, tapi berpijak di bumi nyata, yakni kita nak sebuah kerajaan yang mampu melakukan dan melaksanakan pembaharuan di negeri Sarawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Terminal Penumpang Kapit dan membuat tinjauan mesra selama hampir sejam di sekitar bandar ini bermula jam 10.30 pagi semalam.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai harapannya kepada lebih 970,000 rakyat Sarawak yang akan mengundi dan memilih wakil rakyat di 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Najib berkata, berdasarkan tinjauan selama beberapa hari di Sarawak, beliau mendapati sokongan pengundi memihak kepada BN.

Ditanya mengenai sentimen pengundi bandar yang cenderung kepada pihak lawan, Najib berkata, pembangkang sebenarnya bukanlah alternatif pilihan yang baik kepada pengundi.
"Kemampuan sebelah sana banyak persoalan. Kerjasama antara mereka (pakatan pembangkang) rapuh dan tiada kekuatan dalam aspek pengalaman dan sebagainya. Mereka bukan alternatif yang berdaya maju. Ketua umum mereka juga ada banyak masalah. Kita mesti lihat perkara ini secara waras dan realistik bahawa mereka (pengundi) perlu sokong BN," kata Perdana Menteri.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 15 Apr 2011 07:49 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Kuala Lipis dilanda banjir

Posted:

Kuala Lipis dilanda banjir

Kuala Lipis dilanda banjir

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Abdul Aziz Ismail membersihkan ruang dapur yang dipenuhi lumpur selepas banjir kilat di Kampung Tempoyang, Kuala Lipis, Pahang, kelmarin.


KUALA LIPIS 15 April - Hujan lebat berterusan selama enam jam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar ini mengalami banjir kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang semalam.

Kejadian itu menyebabkan penduduk terkandas ke pejabat dan berurusan di bandar ini berikutan sebatang pokok tumbang menghempap tiang elektrik di Jalan Bukit Residen menghala ke pejabat RISDA dan Rumah Rehat Bukit Residen di sini.

Beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh termasuk berdekatan pejabat RISDA, Tasik Residen, Perumahan Bukit Kerani dan Pejabat Agama Islam Lipis.

Turut terjejas di Jalan Pekeliling menghala ke bandar ini berdekatan Kem Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD), Jalan Datuk Mahmud berhampiran simpang masuk ke Taman Desa Perwira, jalan pintas ke Institut Pertanian Lipis dan Flat Sungai Kerpan 2.

Banjir kilat juga melanda Kampung Tempoyang dekat sini apabila beberapa rumah dinaiki air sedalam dua meter menyebabkan penduduk terpaksa memindahkan barang ke tempat selamat kira-kira pukul 3.45 pagi.

Seorang warga emas, Halimah Bidin, 63, berkata, dia dan suaminya, Abdul Aziz Ismail, 70, menyedari air masuk ke rumah mereka selepas dikejutkan oleh jiran.

''Kami bangun dan mendapati air memasuki ruang dapur rumah lalu bergegas memindahkan peralatan elektrik dan dokumen penting ke tempat selamat," katanya.

Banjir kilat itu, ujarnya, berlaku berikutan limpahan air dari Sungai Tempoyang berdekatan rumah mereka setelah hujan lebat bermula tengah malam berterusan hingga ke pagi.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Lipis (MDL), Mohd. Pauzi Abu Hussaini berkata, pihaknya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengalihkan pokok tumbang dan membersihkan tanah runtuh bermula pukul 8 pagi.

''Sebagai alternatif, kita juga meletakkan plastik pada permukaan tanah yang runtuh untuk menghindarkan resapan air hujan ke dalam struktur tanah supaya kejadian sama tidak berulang," katanya.

Menurut beliau, MDL akan menyediakan laporan lengkap kepada kerajaan negeri bagi memohon peruntukan membaik pulih kawasan yang terjejas akibat bencana alam itu.

Tambahnya, kerja-kerja membersihkan kawasan tanah runtuh dan pokok tumbang berjaya diselesaikan menjelang tengah hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wang ubah suai rumah RM55,000 disamun

Posted:

Wang ubah suai rumah RM55,000 disamun

Wang ubah suai rumah RM55,000 disamun

KUANTAN 15 April - Hasrat sepasang suami isteri mengubah suai rumah berkecai apabila wang simpanan RM55,000 lesap dilarikan dua penyamun ketika berhenti di lampu isyarat di persimpangan Jalan Bukit Ubi, di sini semalam.

Kejadian pukul 11.30 pagi itu berlaku semasa Wan Ismail Wan Jaafar, 60, dan isterinya, Ramlah Ab. Rahman, 56, dan menantu mereka, Sharifah Nazatul Shima Syed Mohd. Sidek, 32, menaiki sebuah kereta.

Mereka yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Bukit Goh, selepas mengeluarkan wang di sebuah bank di Jalan Tun Ismail di sini, kemudian berhenti di lampu isyarat sebelum tiba-tiba dihampiri dua suspek yang menaiki sebuah motosikal.

Nazatul Shima berkata, kedua-dua suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 125-Z berwarna biru putih itu lalu melompat turun dan memecahkan cermin tingkap kereta di bahagian penumpang hadapan sebelah kiri dengan seketul batu.

"Ibu mertua yang duduk di hadapan menjerit terkejut sebelum suspek mengambil beg tangan di kakinya.

"Ibu sempat bergelut dengan suspek sambil dibantu bapa mertua di tempat duduk belakang dan saya berada di tempat pemandu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Nazatul Shima, suspek berjaya merampas beg tangan tersebut yang turut mengandungi beberapa dokumen penting termasuk Mykad sebelum melarikan diri.

"Bapa mertua turun dari kereta dan cuba mengejar suspek namun gagal. Mereka simpan wang itu sejak lima tahun lalu untuk mengubah suai rumah tetapi impian mereka musnah begitu sahaja," katanya.

Ketua Polis daerah Kuantan, Asisten Komisioner, Mohd. Jasmani Yusuf berkata, pihaknya telah mengeluarkan lakaran wajah salah seorang suspek.

"Kita percaya kedua-dua suspek berusia 20-an dan salah seorang daripada mereka agak kurus, tinggi dan berkulit cerah. Motosikal mereka menggunakan nombor pendaftaran palsu," jelasnya.

Tambah beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes boleh tampil memberi kerjasama atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 09-5132222.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mohd. Haris Syazwan juara hafaz al-Quran

Posted:

Mohd. Haris Syazwan juara hafaz al-Quran

Mohd. Haris Syazwan juara hafaz al-Quran


Mohd. Haris Syazwan Mohd. Ariffin (tujuh dari kanan) bersama pemenang-pemenang lain selepas pertandingan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-32 di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 15 April - Seorang penuntut Universiti Al-Azhar, Mesir dinobatkan sebagai juara pertandingan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kategori 1-30 juzuk di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini baru-baru ini.

Dengan kejayaan itu, Mohd. Haris Syazwan Mohd. Ariffin, 19, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala iringan, sijil penyertaan dan pakej menunaikan fardu haji.

Seorang pelajar tingkatan empat, Farah Nabilah Amindin, 16, diumum sebagai juara bagi kategori wanita dan membawa pulang hadiah sama.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat mengurniakan hadiah kepada para pemenang pertandingan.

Pertandingan selama lima hari itu mempertandingkan masing-masing tiga kategori lelaki dan wanita iaitu kategori 1-10 juzuk, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk.

Pertandingan tersebut disertai 68 peserta berusia antara tujuh dan 25 tahun serta dinilai oleh barisan juri yang dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohammad Datuk Sheikh Abdul Aziz.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Sementara itu, Mohd. Haris ketika ditemui selepas pertandingan itu memberitahu, dia yang mengikuti jurusan al-Quran dan al-Qiraat di Universiti Al-Azhar tidak menyangka dipilih sebagai juara pada pertandingan tersebut.

"Selepas pulang ke tanah air ekoran berlaku pergolakan politik di Mesir, saya dicadangkan seorang ustaz supaya menyertai pertandingan ini dan tidak menyangka berjaya," katanya.

Menurutnya, dia pernah bersekolah di Maahad Tahfiz, Kelantan dan belajar menghafaz al-Quran serta mendalami maksudnya sejak berusia tujuh tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 15 Apr 2011 03:16 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Menanti detik perpaduan

Posted:

Menanti detik perpaduan

Menanti detik perpaduan

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan Abdul Hadi Awang (kiri) ketika kedua-duanya bertembung semasa berkempen dI Pekan Pusa, Betong, baru-baru ini.


''Allahuakbar...Alhamdulillah, satukanlah hati-hati kami ini Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... Tunjukkan titik pertemuan antara kedua-duanya, biar berlainan ideologi politik, tujuan tetap sama.'' Itulah salah satu komen yang dihantar oleh seorang pembaca sebuah blog yang memaparkan klip video Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpeluk dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Peristiwa yang dikatakan mencuit perhatian ramai ketika kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 itu berlaku ketika kedua-duanya bertembung semasa berkempen di Pekan Pusa, Betong pada Rabu lalu. Beberapa hari sebelum itu, media juga menyiarkan gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Najib dalam majlis perasmian Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Industri Automotif Pekan, Pahang.

Di dalam politik sudah tentulah, dua senario ini mendapat perhatian apatah lagi apabila ia membabitkan pemimpin dari dua parti besar orang Melayu iaitu UMNO dan Pas. Sememangnya sejak dulu lagi, ramai yang ingin melihat persengketaan antara dua parti besar tersebut berakhir.

Ia bukanlah semata-mata demi kuasa politik tetapi demi masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Sebelum ini sudah terbentuk banyak usaha bagi menyatukan dua parti berkenaan termasuklah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan tetapi semuanya terbengkalai di tengah jalan.

Segala-galanya berikutan penentangan daripada kelompok-kelompok tertentu yang seolah-olah tidak mahu melihat orang Melayu bersatu. Berikutan itu, isu tersebut yang dicetuskan oleh Abdul Hadi diam begitu sahaja dan tiada harapan diletakkan untuk melihat UMNO dan Pas duduk semeja.

Namun begitu ia bukanlah bermakna segala pintu rundingan bagi melihat UMNO dan Pas duduk semeja berbincang mengenai masa depan politik orang Melayu sudah tertutup. Mahu tidak mahu, pemimpin dan ahli-ahli kedua-dua parti itu adalah beragama Islam dan terikat kukuh atas dasar persaudaraan Islam.

Dari segi sejarahnya UMNO dan Pas boleh dianggap seperti 'pasangan kembar' yang 'dilahirkan dari perut yang sama'. Namun ideologi dan falsafah perjuangan yang berbeza 'memisahkan' antara dua saudara ini dalam mencapai cita-cita masing-masing.

Perikatan Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat menyulitkan lagi keadaan memandangkan berbeza dengan Pas, PKR ditubuhkan atas dasar kebencian yang amat mendalam terhadap UMNO. Dan kedudukan orang Melayu menjadi semakin tergugat dengan corak perjuangan sesetengah pemimpin-pemimpin PKR yang sanggup menggadaikan segala-galanya demi kuasa politik.

Kesudahannya tinggallah UMNO terkontang-kanting memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Atas sebab itulah ketika mengulas perkara berkenaan, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof.Datuk Dr.Mohamed Mustafa Ishak berkata, orang Melayu terutamanya di dalam Pas perlu berfikir di luar kotak.

Katanya, mereka tidak harus memikirkan perjuangan politik semata-mata sehingga soal perpaduan dengan UMNO mahu diketepikan begitu sahaja. Landskap politik negara yang berubah ketika ini jelas tidak menguntungkan orang Melayu dari segi jangka masa panjang.

''Tiada gunanya kita beria-ia memperjuangkan politik individu dan kepartian tetapi akhirnya kehidupan ummah tergugat,'' katanya ketika dihubungi.

Kenyataan ini seharusnya memberi pemahaman kepada kelompok-kelompok tertentu di dalam Pas yang dilihat cukup alergi apabila hendak bekerjasama dengan UMNO. Tetapi dalam masa yang sama, mereka begitu teruja menjalin persahabatan dengan DAP dan juga PKR yang ketika ini dilihat hanya mahu memperkudakan Pas.

Menurut Dr.Mohamed Mustafa, tindakan Abdul Hadi memeluk Najib dilakukan secara spontan dan ia menunjukkan bahawa bukanlah susah sangat untuk menjalinkan perpaduan antara UMNO dan Pas . ''Ia hanya soal mahu dengan tidak sahaja. Saya fikir bagi UMNO, parti itu sememangnya mahu menjalinkan perpaduan dengan Pas, soalnya bagaimana dengan Pas?,'' katanya.

Bagi Dr.Mohamed Mustafa, tiada apa yang lebih penting dalam perjuangan sesebuah parti politik Melayu itu selain memastikan kepentingan dan keutuhan ummah terjamin. Inilah pertimbangan utama yang harus diberikan oleh puak-puak yang terlalu memikirkan politik kepartian.

Kemesraan dan keterbukaan yang ditunjukkan oleh Abdul Hadi seharusnya menjadi teladan bahawa itulah sebenarnya yang diseru dalam Islam. Perbezaan ideologi politik tidak harus menjadi pencetus kepada 'penyebaran virus' kebencian antara umat Islam, sebaliknya perlu dijadikan asas bagi melahirkan ummah yang terbaik.

Perpecahan sesama umat Islam dan perpaduan yang retak di kalangan orang Melayu sudah menjadi bukti bagaimana ia telah memberi kesempatan kepada pihak lain untuk menangguk di air keruh. Jika orang Melayu di dalam UMNO dan Pas masih lagi dengan haluan politik masing-masing sehingga ada antara mereka menggunakan segala pendekatan bagi menjatuhkan antara satu sama lain, ia akhirnya akan membawa bencana kepada orang Melayu secara keseluruhannya.

Ia kerana apabila mereka terus bersengketa semasa sendiri, jatuh menjatuh antara satu sama lain, maka akhirnya mereka akan menjadi insan yang paling lemah di muka bumi ini. Sebab itulah, kita mengharapkan keakraban dan semangat persaudaraan yang ditunjukkan oleh Abdul Hadi tidak akan berakhir di Sarawak sahaja.

Sebaliknya kita berdoa agar impian untuk melihat UMNO dan Pas bersatu sebagai satu kelompok ummah yang kuat menjadi kenyataan. Tidak apa jika mereka hendak mengarak lambang berbeza dalam perjuangan politik tetapi biarlah bersama-sama menegakkan panji-panji perpaduan ummah!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu 'hangat' berbangkit di Phnom Penh

Posted:

Isu 'hangat' berbangkit di Phnom Penh

Isu 'hangat' berbangkit di Phnom Penh

SENATOR DATUK DR.FIRDAUS HAJI ABDULLAH Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

ADA dua perkara yang menyebabkan perwakilan Malaysia 'tergamam' dalam satu seminar antara anggota Parlimen ASEAN di Phnom Penh, Kemboja pada 4 dan 5 April lalu. Pertama, isu lama pembantu rumah dari Indonesia Nirmala Bonat yang dianiaya majikannya di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Kedua, isu baru tentang dakwaan seorang pembantu rumah dari Kemboja yang dirogol oleh majikannya di Malaysia.

Seminar tersebut diadakan dalam rangka kerjasama Asean Inter-Parlimentary Assembly (AIPA) dan diberi nama yang panjang, The Role of Parliamentarians on the Protection and Promotion of the Rights of Migrant Workers in ASEAN.

Isu Nirmala Bonat ditimbulkan oleh seorang perwakilan dari Indonesia yang ingin tahu tindakan yang telah diambil terhadap bekas majikan Nirmala yang menyiksanya dan telah didapati bersalah oleh mahkamah.

Anggota Parlimen dari Indonesia tersebut bertanya apakah benar bekas majikan Nirmala itu masih bebas (belum menjalani hukuman) walaupun telah didapati bersalah oleh mahkamah.

Saya dan Senator Boon Som Inong (wakil masyarakat Thai di Dewan Negara) agak tergamam apabila isu Nirmala itu ditimbulkan dalam seminar tersebut. Kami sendiri tidak pasti sekiranya bekas majikan Nirmala yang bersalah menganiayanya telah menjalani hukuman atau belum.

Walaupun wakil Indonesia tersebut menimbulkan isu penganiayaan Nirmala dengan menggunakan bahasa yang sopan santun dan penuh diplomasi, namun secara tersirat dia seakan-akan mempersoalkan 'kesungguhan' Malaysia melindungi kebajikan pekerja-pekerja asing terutama dari Indonesia. Secara tersirat juga, beliau seakan-akan mempersoalkan keberkesanan sistem kehakiman iaitu proses mahkamah di negara kita.

Sebagai anggota perwakilan dari Malaysia tentu menjadi tanggungjawab saya dan Senator Boon untuk memberi penjelasan isu yang ditimbulkan itu. Tetapi apakah yang hendak kami katakan kerana kami sudah hampir terlupa isu penganiayaan Nirmala. Bagi Indonesia (setidak-tidaknya bagi perwakilannya dalam seminar di Phnom Penh), perkara itu masih menjadi 'duri dalam daging'. Berbeza dengan kita, nampaknya mereka tidak mudah lupa.

Jadi, bagaimanakah kami (saya dan Senator Boon) hendak menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (Parlimen) Indonesia itu? Nasib baik, dalam keadaan 'terpinga-pinga' memikirkan bagaimana hendak memberi jawapan, saya teringat isu penganiayaan Nirmala ini pernah ditanya oleh seorang Senator kepada Kementerian Dalam Negeri dalam satu sidang Dewan Negara pada pertengahan tahun lalu.

Jika tidak silap, jawapan yang diberikan oleh kementerian ialah bekas majikan Nirmala yang telah dibicarakan dan didapati bersalah itu telah mengemukakan rayuan. Dia memang masih bebas (belum menjalani hukuman) dengan ikat jamin. Sewaktu itu, belum lagi ditetapkan bila kes tersebut akan dibicarakan di mahkamah rayuan. Itulah yang saya ingat dan itulah jawapan yang saya berikan. Saya juga berterus terang mengatakan saya kurang pasti perkembangan mutakhir mengenai perkara itu.

Selain isu Nirmala Bonat, satu lagi perkara yang 'mendebarkan dada' kami selama berada di Phnom Penh menghadiri Seminar AIPA itu ialah berita di halaman pertama akhbar The Phnom Penh Post (5 April) mengenai seorang pembantu rumah berasal dari Kemboja yang mendakwa dirogol oleh majikannya di Malaysia.

Dakwaan pembantu rumah itu, (yang masih berada di Malaysia) didedahkan oleh ibunya bernama Srey Sophal dalam satu sidang akhbar di Phnom Penh pada 4 April. Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh seorang pemimpin parti pembangkang Kemboja, Sam Ranisy Party bernama Mu Sochua.

Srey Sophal mendakwa anaknya telah dirogol dua kali (pada 29 dan 30 Mac) oleh bapa kepada majikannya. Sebelum itu, anaknya telah disiksa dengan berbagai cara - dipukul, dikurung dalam bilik berkunci dan tidak diberi nasi.

"They beat my daughter. They locked my daughter in a room, deprived her of rice," demikian Srey berkata sebagaimana dilaporkan oleh The Phnom Penh Post

Kerana 'siksaan yang dideritainya' itu, anak Srey ingin kembali ke Kemboja dengan segera. Tetapi syarikat yang mengurus penghantarannya ke Malaysia, Champa Manpower Company menuntut bayaran (ganti rugi atau denda kerana tidak mematuhi kontrak) sebanyak AS$2000.

Kerana 'kesahihan' berita tersebut (dakwaan Srey konon anaknya disiksa dan dirogol) masih belum dapat dipastikan dan kerana wujudnya unsur-unsur sensasi di dalam berita, maka Kedutaan Malaysia di Phnom Penh menasihatkan kami, saya dan Senator Boon mengelak memberi sebarang ulasan untuk sementara waktu.

Saya sendiri mendapat kesan bahawa berita dalam The Phnom Penh Post itu bercampur baur antara 'fakta dan fiksi' dan memang sengaja disulam dengan unsur-unsur drama. Tetapi sekurang-kurangnya ada dua pengajaran yang saya peroleh daripada berita tersebut dan daripada perbincangan sepanjang seminar anjuran AIPA itu.

Pengajaran pertama, isu pekerja pendatang akan tetap menjadi sumber 'dilema kemanusiaan' dalam erti bagaimana untuk mewujudkan hubungan menang-menang (win-win relationship) antara majikan dan pekerja hingga kedua pihak merasa keperluan masing-masing dipenuhi dan tidak ada pihak merasa dirugikan atau dianiaya.

Pengajaran kedua, agar negara kita jangan sampai dimalukan dan tidak menjadi 'mangsa prasangka' dalam forum-forum antarabangsa seperti seminar pekerja pendatang anjuran AIPA itu, isu seperti penganiayaan Nirmala janganlah sampai dibiarkan berlarutan sehingga terperangkap dalam proses birokrasi keadilan (sistem mahkamah) kita.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 15 Apr 2011 01:33 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Berat Balagi turun 81 kilogram

Posted:

Berat Balagi turun 81 kilogram

Berat Balagi turun 81 kilogram

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my


MALINDA RAZAK BALAGI masih dirawat di wad HPP, George Town semalam meskipun telah berjaya menurunkan berat badan sebanyat 81 kilogram.


GEORGE TOWN – Selepas kira-kira enam bulan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), keadaan lelaki obes, M. Balagi, 44, kini semakin baik apabila berat badannya yang dahulu mencecah 300 kilogram (kg) kini turun kepada 219 kg.

Perubahan itu hasil diet Balagi yang mengamalkan minuman susu rendah lemak sahaja selain menjalani latihan fisioterapi setiap hari di bawah bimbingan pakar-pakar di HPP.

Sebelum ini berat Balagi berjaya diturunkan kepada 280 kg selepas 20 hari di tempatkan di HPP dan turun lagi tiga bulan kemudian kepada 240kg sebelum mencecah 230 kg bulan lalu.

Balagi yang kelihatan semakin sihat bagaimanapun masih dirawat di wad HPP kerana masih tidak mampu berdiri akibat kesan kecederaan di bahagian pinggang semasa jatuh di dalam bilik air di rumahnya pada 26 Oktober tahun lalu.

"Menurut doktor, saya masih perlu tinggal di sini untuk satu tempoh yang belum dapat dipastikan bagi memastikan saya betul-betul pulih dan boleh mengimbangkan badan supaya dapat berjalan seperti dahulu.

"Memang bosan sangat kerana sudah lama terlantar di sini, namun saya gembira dengan perubahan berat badan serta cukup berterima kasih kepada doktor, jururawat serta jurulatih fisioterapi di sini," ujarnya ketika ditemui.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wajibkan bayar nafkah bekas isteri melalui potongan gaji

Posted:

Wajibkan bayar nafkah bekas isteri melalui potongan gaji

Wajibkan bayar nafkah bekas isteri melalui potongan gaji


KHAIRUL ANWAR (duduk kiri) bertemu orang ramai yang mahu mendapatkan khidmat SukaGuam di Setapak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Sukarelawan Peguam (SukaGuam) mencadangkan supaya satu undang-undang khusus yang mewajibkan pembayaran nafkah melalui potongan gaji digubal bagi menjaga kebajikan bekas isteri dan anak daripada terus teraniaya.

Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat (gambar kecil) berkata, cadangan itu akan dibawa kepada jabatan agama Islam negeri dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia untuk perbincangan lanjut.

"Kami akan menulis surat kepada setiap jabatan agama Islam negeri dalam masa dua minggu dari sekarang mengenai perkara ini kerana segala yang berkaitan dengan hal ehwal Islam ditadbir mereka.

"Cadangan ini akan menetapkan potongan gaji secara terus masuk ke akaun anak-anak," katanya pada program khidmat SukaGuam di Setapak di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Produk tiada Sijil Radioaktif dilarang masuk

Posted:

Produk tiada Sijil Radioaktif dilarang masuk

Produk tiada Sijil Radioaktif dilarang masuk


ANTARA produk makanan dari Jepun yang dijual di Malaysia. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kesemua produk makanan yang diimport dari Jepun tidak akan dibenar dibawa masuk ke negara ini sekiranya tidak mempunyai Sijil Radioaktif yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kompeten Jepun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, arahan itu berkuat kuasa semalam dan telah dimaklumkan kepada kerajaan Jepun menerusi Pengarah Keselamatan Makanan.

"Sejak 10 hingga 12 Mac lepas, kita hanya menjalankan pemeriksaan sendiri untuk mengawal produk yang masuk dari negara Jepun. Kita sudah beri tempoh hampir sebulan dan kini sudah tiba masanya untuk mereka melaksanakan Sijil Radioaktif.

"Kalau tidak ada sijil berkenaan, mereka tidak boleh bawa masuk produk makanan ke Malaysia," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Karnival Yuan 2011 di Bandar Utama di sini semalam.

Tiong Lai berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan Jepun memastikan produk makanan yang hendak dieksport bebas daripada bahan radioaktif dan selamat untuk digunakan oleh masyarakat di negara lain.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 15 Apr 2011 11:49 AM PDT

Utusan Online - Kota


Wajah segar Hentian Puduraya

Posted:

Wajah segar Hentian Puduraya

Wajah segar Hentian Puduraya

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


Konsep moden yang digunakan berjaya menampilkan elemen segar pada wajah baru Hentian Puduraya yang bakal dibuka semula Sabtu ini. - UTUSAN/ASWAD YAHYA


KUALA LUMPUR 14 April - Hentian Puduraya tidak pernah pudar popularitinya sejak dibuka pada 1976 dengan hampir setiap warga kota mempunyai kenangan menggunakan hentian tersebut.

Selain fungsi utamanya sebagai hentian bas, ia juga tidak pernah suram daripada pelbagai kisah lain seperti punca kesesakan lalu-lintas di jalan sekitarnya, tempat tumpuan penyeluk saku, ulat tiket dan sebagainya.

Hentian itu yang ditutup sejak kira-kira setahun lalu untuk proses pengubahsuaian dan naik taraf, kini bersedia untuk dibuka semula pada Sabtu itu dengan wajah baru yang lebih segar dan moden.

Dengan kos pengubahsuaian sebanyak RM52 juta, hentian itu pasti akan memberi lebih keselesaan kepada orang ramai seperti yang dirasai oleh penumpang di Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan.

Antara kemudahan yang disediakan ialah ruang menunggu yang lebih luas dan selesa, lif, eskalator dan juga tandas awam yang turut dilengkapi dengan kemudahan mesra pengguna dari kalangan orang kelainan upaya (OKU).

Di samping itu, perubahan ketara juga boleh dilihat melalui kaunter tiket yang lebih cantik dan sistematik di tingkat satu, medan selera di tingkat empat dan dewan solat yang mampu menampung 400 orang jemaah.

Lantainya yang menggunakan jubin berkilat, ditambah pula jumlah lampu yang banyak menjadikan suasana di dalamnya jauh berbeza daripada suasana sebelum ini.

Wajah luaran hentian itu juga memperlihatkan perubahan yang ketara dengan reka bentuk kontemporari dan penggunaan warna yang menyegarkan.

Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad, Datuk Jaafar Abu Hassan berkata, kerja-kerja naik taraf itu kini berada pada tahap akhir dengan 98 peratus daripada keseluruhan kerja sudah disiapkan.

Ketika ini, kerja-kerja akhir seperti pendawaian dan pemasangan sistem penyedut asap kenderaan di tingkat bawah sedang dilaksanakan sebagaimana yang diminta oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau berkata demikian pada media selepas membuat lawatan bersama media ke Hentian Puduraya di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Adnan Md. Ikhsan dan Ketua Operasi Negeri dan Perlesenan Terminal SPAD, Mohd. Fuad Ahmad.

Beliau berkata, dengan pembukaan semula Hentian Puduraya, hentian sementara di Bukit Jalil akan ditutup dan semua operasi bas ke utara akan kembali semula ke Hentian Puduraya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DBKL pasang 1,200 CCTV

Posted:

DBKL pasang 1,200 CCTV

DBKL pasang 1,200 CCTV

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 14 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang 1,200 kamera litar tertutup (CCTV) sebagai salah satu usaha berterusan dalam mencegah kegiatan jenayah di ibu negara.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, usaha menambah dan menggantikan CCTV sedia ada itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan menerusi salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Katanya, pihak DBKL akan bekerjasama dengan polis dalam mengenal pasti lokasi dan akan memantaunya secara bersama kerana alat itu akan turut digunakan untuk memantau kesesakan dan vandalisme.

"Jumlah CCTV di sekitar kawasan ibu negara pada masa ini adalah 1,000 buah tetapi ada juga yang rosak dan tidak berfungsi kerana tidak diselenggara dengan baik.

"Proses pemasangan dan penggantian CCTV tersebut berada dalam proses tender dan akan dipasang tidak lama lagi berasaskan sistem sewaan supaya ia sentiasa diselenggara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Agenda Tempatan 21 (LA21) Kuala Lumpur bertemakan Bandar Raya Selamat di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Lembaga Penasihat DBKL merangkap Ketua Penyelaras LA21 KL tema Bandar Raya Selamat, Datuk Ir. Abdul Latif Mohd Som dan Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran DBKL, Datuk Normah Malik.

Pada majlis tersebut, perjanjian persefahaman dengan 22 rakan kongsi program LA21 KL bagi tema Bandar Raya Selamat.

Ahmad Fuad berkata, pemasangan CCTV itu akan dapat memberi kesan psikologi positif kepada warga kota terhadap keselamatan mereka kerana mereka tahu yang mereka sentiasa dipantau.

Sementara itu, beliau berkata, rakan kongsi LA21 KL yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan berasaskan komuniti akan merangka satu pelan tindakan baru berkaitan bandar raya selamat.

"Dengan adanya konsep begini, semua pihak bertanggungjawab memantau keberkesanan pelan tindakan supaya ia mencapai sasaran," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa pindah ke PPR

Posted:

Mangsa pindah ke PPR

Mangsa pindah ke PPR

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my


RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin (tiga dari kiri) diberikan penerangan oleh penduduk sewaktu melawat kawasan tanah mendap di Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 15 April - Penduduk yang terlibat dalam kejadian tanah mendap di Kampung Pindah di Kampung Baru yang berlaku malam semalam akan berpindah ke penempatan sementara sehingga kawasan itu terkawal dan selamat untuk diduduki.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pihaknya akan menyediakan penempatan sementara kepada rakyat tempatan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, Setapak.

Katanya, sebanyak 30 keluarga terlibat dalam kejadian tanah mendap itu dan mereka akan dipindahkan ke PPR Air Panas selewat-lewatnya esok.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membantu penduduk ini berpindah dan kerja baik pulih akan dilakukan secepat mungkin.

"Yayasan Wilayah Persekutuan pula akan memberi sumbangan dan jumlahnya akan ditentukan kemudian. Di samping itu, insya-Allah pihak UMNO dan Barisan Nasional akan turut membantu, selain sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melawat lokasi kejadian tanah mendap di Jalan Syed Mahadi dan mangsa-mangsa yang ditempatkan sementara di Dewan Orang Ramai, Jalan Hamzah, Kampung Baru.

Turut hadir Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup dan Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, Sukiman Surahman.

Raja Nong Chik berkata, kajian awal mendapati kejadian tanah mendap itu berpunca daripada masalah perparitan dari Sungai Bonus yang kini menjadi sungai bawah tanah sejak pembangunan dilakukan di situ kira-kira 30 tahun lalu.

"Bagi penyelesaian jangka panjang, sistem perparitan perlu dirombak semula dengan membina kolam takungan banjir atau bina semula perparitan Sungai Bonus yang dibuat secara terbuka.

"Bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat selepas mendapat laporan daripada Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) yang telah dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengkaji perkara itu yang mengambil masa kira-kira sebulan," katanya.

Malam tadi, penduduk sekitar Jalan Syed Mahadi, Kampung Baru di sini, gempar apabila jalan di hadapan rumah mereka tiba-tiba mendap dan mengeluarkan air serta pasir sebelum membentuk dua lubang besar sedalam kira-kira dua meter.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List