gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Harian Metro: Mutakhir

Posted: 27 Apr 2011 07:15 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Indonesia dilanda gempa bumi

Posted: 26 Apr 2011 07:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Indonesia pada pukul 5.43 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa itu terletak di kedudukan 666 kilometer tenggara Ambon di Indonesia dan 1,674 kilometer tenggara Sarikei, Sarawak.


Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Elly Mazlein tunang duda

Posted: 26 Apr 2011 01:19 PM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas digosip kononnya mempunyai hubungan dengan suami orang, akhirnya pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengumumkan akan bertunang dengan pengarah filem dan drama, Azmi Mohd Hata.

Majlis pertunangan akan diadakan 29 Mei depan di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara itu menjawab teka-teki dan pelbagai tuduhan termasuk dia sudah menjadi isteri kedua.


Mengenali Azmi yang juga pengarah filem Duhai Si Pari-Pari dan beberapa drama tempatan sejak tiga tahun lalu sebelum serius sekitar pertengahan 2009, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi menyifatkan hubungannya dengan pengarah berusia 36 tahun itu sebagai sesuatu yang istimewa.

"Saya yakin Azmi adalah lelaki yang boleh memimpin saya ke gerbang kebahagiaan dan membina keluarga sejahtera. Malah saya percaya dia seorang yang bertanggungjawab, menghormati orang tua dan seorang yang penyayang hingga membuatkan saya mengambil keputusan menerima lamarannya.


"Saya tidak berbohong atau sengaja merahsiakan hubungan ini kerana daripada awal lagi saya sudah memberitahu yang hanya akan bersuara jika perkara itu benar-benar sah.


"Justeru, saya mengharapkan pengumuman pertunangan ini akan memberhentikan apa saja tuduhan lama yang pernah memberikan tekanan buat saya. Malah, saya sendiri melihat majlis pertunangan ini sebagai satu simbolik penghargaan buat keluarga dan teman media yang tidak henti menyokong kerana sejak dulu, saya sering berjanji akan menjemput semuanya jika saya sah mempunyai hubungan," katanya ketika ditemui Harian Metro semalam.

Elly juga mengesahkan bakal melangkah ke jenjang pelamin selewat-lewatnya Februari depan.


"Kami sepakat untuk tidak mengikat pertunangan terlalu lama. Sebenarnya kami merancang ingin melangsungkan perkahwinan November ini, namun melihat pada jadual kerja yang begitu padat, kami terpaksa menangguhkannya hingga ke Januari atau Februari depan.

Elly yang sebelum ini popular menerusi drama bersiri termasuk Na-O-Mei dan membintangi beberapa filem seperti Tangkai Jering dan Janji Diana turut mengakui bakal tunangnya duda dan mempunyai dua anak. Enggan mengulas persoalan berkaitan perkahwinan terdahulu dan anak Azmi, Elly yang juga anak kelahiran Slim River, Perak mengharapkan semua pihak menghormati pendiriannya.


"Biarlah apa yang berlalu dijadikan sejarah dan tidak perlu lagi ditoleh. Apa yang penting soal masa depan dan perancangan hari esok saya. Apa yang boleh saya simpulkan, Azmi benar-benar memberikan saya kebahagiaan dan sinar baru dalam hidup.


"Alhamdulillah, apa yang pernah kami rancangkan bersama akhirnya dapat direalisasikan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 27 Apr 2011 07:10 AM PDT

Kosmo Online


Che Ku Marzuki jurulatih sementara T-Team

Posted:

Che Ku Marzuki jurulatih sementara T-Team

Che Ku Marzuki jurulatih sementara T-Team

27/04/2011 8:17pm

KUALA TERENGGANU – Che Ku Marzuki Mohd Noor akan menyandang jawatan ketua jurulatih sementara pasukan T-Team bagi mengisi kekosongan jawatan itu setelah Yunus Alif direhatkan sementara.

Hal itu disahkan oleh pengurus pasukan T-Team, Rozi Mamat. Bagaimanapun ia hanya diumumkan secara lisan dan bukannya bertulis.

Menurut Rozi, untuk sementara waktu, Che Ku Marzuki, bekas jurulatih T-Team musim lalu dan Yusuf Ali, muka baru, akan mengisi kekosongan dan melatih pemain pasukan berstatus kelab itu.

"Untuk sementara waktu, kedua-dua jurulatih ini akan melatih pasukan T-Team," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini.

Persembahan hambar T-Team meletakkannya antara pasukan tercorot Liga Super dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong sehingga ada yang menggesa jurulatih T-Team ditukar. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Orkid Abdullah terlantar sakit di rumah

Posted:

Orkid Abdullah terlantar sakit di rumah

Orkid Abdullah terlantar sakit di rumah

27/04/2011 8:50pm

KUALA LUMPUR — Datin Orkid Abdullah, biduanita yang terkenal dengan lagu berirama Ghazal 'Penawar Rindu' pada era 60'an kini terlantar di rumahnya kerana menghidap penyakit ketumbuhan hormon tidak stabil (paraganglioma) sejak tiga tahun lepas.

Kalau dulu beliau aktif menghiburkan orang ramai menerusi pertunjukan pentas dan persembahan di televisyen, namun kini pergerakannya amat terbatas sehingga kesemua aktiviti harian termasuk makan dan minum diuruskan oleh tiga orang anaknya.

Rombongan dari Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang diketuai Presidennya, Datuk Freddie Fernandez menziarah Orkid di rumah beliau di No 38, Jalan Anggerik 2, Dataran Ukay di sini hari ini. Rombongan tiba kira-kira pukul 3.15 petang, dan menghabiskan masa kira-kira 45 minit bersama Orkid sambil menyampaikan sumbangan.

Anak bongsu Orkid, Eenaz Datuk Mokhtar, 31, berkata ibunya menjadi semakin lemah sejak awal tahun ini kesan daripada tumor yang kini sudah merebak ke sistem badan. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konsert percuma Super Junior M 28 Mei

Posted:

Konsert percuma Super Junior M 28 Mei

Konsert percuma Super Junior M 28 Mei

27/04/2011 7:27pm

PUTRAJAYA — Kumpulan muzik terkenal dari Korea, Super Junior M, akan mengadakan konsert percuma pada 28 Mei ini sempena Himpunan Sejuta Belia di sini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, konsert itu bertujuan menarik lebih ramai belia menyertai sambutan yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mei.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis prapelancaran tiga segmen sempena sambutan tersebut iaitu Segmen Modal Insan, Segmen world Youth Fantasy dan Clash of the Bands, di sini hari ini.

Menyentuh segmen-segmen tersebut, Ahmad Shabery berkata di bawah Segmen Modal Insan, sebanyak 26 aktiviti dirancang termasuk khutbah Jumaat khas, Karnival Angkatan Tentera Malaysia, Karnival Polis Diraja Malaysia, Pesta Buku/Majalah dan Festival Amal Islami.

"Seramai 1,500 anggota tentera dan 500 anggota polis dijangka melibatkan diri dalam segmen ini, tidak termasuk jumlah anggota yang akan bertugas di setiap lokasi acara. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 27 Apr 2011 03:38 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Sekolah ‘ditembak’

Posted: 26 Apr 2011 12:17 PM PDT

AMPANG: Pelajar Sekolah Kebangsaan Agama Islam Adni, Taman Seri Ukay, di sini, gempar selepas beberapa peluru ditemui selain terdapat kesan tembakan di cermin tingkap bangunan tingkat tiga itu, semalam.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata tembakan dipercayai dilakukan individu tidak dikenali lebih 50 meter dari sebuah kondominium di belakang sekolah berkenaan.


Katanya, kejadian itu masih dalam siasatan bagi mengenal pasti peluru digunakan.

"Kami sudah menghantar anggota forensik bagi menjalankan siasatan yang akan mengenal pasti jenis peluru digunakan dalam tembakan itu," katanya di sini, semalam.


Kejadian itu diketahui selepas seorang guru membuat laporan di Balai Polis Ulu Klang kira-kira jam 10.30 pagi, semalam selepas melihat cermin tingkap di sekolah itu berkecai akibat kesan tembakan.


Beliau berkata, kira-kira 15 minit kemudian, pihaknya menghantar pasukan forensik untuk menyiasat punca kejadian itu.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39, Akta Senjata Api 1960," katanya yang meminta orang ramai membantu siasatan jika mengetahui kejadian itu.


Sementara itu, seorang pekerja sekolah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu tembakan berkenaan mungkin berlaku malam kelmarin atau Ahad lalu hingga tidak disedari penghuni sekolah.

Katanya, perkara itu tidak dihebohkan menyebabkan suasana di sekolah itu masih tenang dan pembelajaran berjalan seperti biasa.


"Seorang guru menyedari perkara itu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut kerana bimbang dengan keselamatan pelajar," katanya yang ditemui di sekolah berkenaan, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Diserang enggan beri wang perlindungan

Posted: 26 Apr 2011 12:16 PM PDT

PETALING JAYA: Demi mempertahankan perniagaan diwarisi daripada ayahnya, seorang peniaga surat khabar bergelut dengan sekumpulan empat lelaki yang menyerangnya ketika sibuk menjaga gerainya di Sri Hartamas, Ahad lalu.

Dalam kejadian pada jam 9.30 pagi itu, empat lelaki warga tempatan terbabit dipercayai meminta wang perlindungan perniagaan daripada mangsa dan mendakwa kawasan itu di bawah pengawasan mereka.


Mangsa yang dikenali sebagai Jefri, 29, enggan memenuhi kehendak mereka kerana dia mendakwa sudah bertahun-tahun berniaga di kawasan itu menyebabkan tercetus pertengkaran.

Difahamkan, kerana tidak berpuas hati, seorang daripada suspek bertindak agresif dengan menumbuk muka dan badan mangsa sebelum semua suspek membelasah mangsa.


"Mereka tiba-tiba datang dan menyuruh saya tidak berniaga di kawasan itu.


"Kalau ingin meneruskan perniagaan, saya diminta membayar wang perlindungan RM2,000 hingga RM3,000 sebulan," katanya.

Suspek turut mengugut akan bertindak lebih kejam termasuk membunuh mangsa sekiranya enggan membayar wang perlindungan dan menjalankan perniagaannya di situ.


Bagaimanapun, mangsa diselamatkan beberapa anggota polis yang bersarapan di kawasan berhampiran tempat kejadian dan meleraikan pergaduhan itu.

Mangsa yang cedera di kepala selain kecederaan dalaman pada pipi kirinya, kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.


Menurutnya, identiti dua daripada suspek sudah dikenal pasti dan menyerahkan maklumat terbabit kepada polis untuk mengesan suspek.


Sementara itu, ketika dihubungi, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan kes itu dan akan meneruskan siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 27 Apr 2011 03:38 AM PDT

Utusan Online - Utara


Polis buru ahli Geng Chellu

Posted:

Polis buru ahli Geng Chellu

Polis buru ahli Geng Chellu

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


Shafien Mamat menunjukkan komputer riba dan beberapa motosikal yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam. (Gambar kecil) suspek, T. Sugunthan.


NIBONG TEBAL 26 April - Polis masih memburu seorang anggota Geng Chellu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan samun bersenjata dengan menjadikan warga asing sebagai mangsa yang bergiat aktif di sekitar daerah ini sejak Ogos tahun lalu.

Suspek yang diburu itu ialah T. Sugunthan atau dikenali sebagai Veera, 23, berasal dari Taman Merak, Simpang Ampat dekat sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, tiga rakan Veera yang berusia 18 tahun telah ditahan pada 15 April lalu di sekitar Taman Merak dan mereka kini direman sehingga 29 April ini.

"Kumpulan ini dipercayai terlibat dalam kes samun menggunakan parang, pisau dan topi keledar ke atas warga asing.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) SPS menyerbu dua rumah di Taman Merak dan menangkap tiga suspek terbabit," katanya pada sidang akhbar di IPD SPS, di sini hari ini.

Tambahnya, dalam serbuan itu, polis merampas dua motosikal jenis Ho nda EX5 berwarna hitam, sebuah motosikal jenis sama berwarna merah, sebuah komputer riba jenama Dell dan satu resit jual beli telefon bimbit daripada suspek.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan ini adalah mereka akan menaiki motosikal berasingan sebelum menahan mangsa warga asing yang pulang atau berjalan ke tempat kerja.

"Hasil siasatan yang dibuat, kesemua suspek mengaku terlibat dalam lebih 15 kes samun di sekitar SPS dan aktif melakukan samun sejak Ogos tahun lalu.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nasib Sarimah dapat pembelaan BN

Posted:

Nasib Sarimah dapat pembelaan BN

Nasib Sarimah dapat pembelaan BN


Sarimah Abdul Aziz menceritakan nasib hidup yang terpaksa tinggal di rumah uzur kepada Zambry Abd. Kadir (tiga dari kanan) di Kampung Menteri, Kuala Sepetang, baru-baru ini.


KUALA SEPETANG 26 April - Penderitaan ibu tunggal, Sarimah Abdul Aziz, 42, yang terpaksa tinggal di rumah papan yang uzur di Kampung Menteri di sini bakal berakhir apabila kerajaan bersetuju membina rumah baru tidak lama lagi.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir selepas meninjau keadaan rumah Sarimah sempena program turun padang di kawasan Parlimen Bukit Gantang kelmarin.

Zambry berkata, Yayasan Bina Upaya (YBU) diberikan amanah membina rumah berkenaan bagi memastikan Sarimah bersama empat anaknya dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan selamat.

Ketika ditemui pemberita, Sarimah berkata, dia bersyukur kerana kerajaan negeri sudi membantu membina rumah baru bagi menggantikan rumah sedia ada.

Katanya, dengan pendapatan sekitar RM100 sebulan hasil mengopek kerang, dia tidak mampu untuk membina rumah baru yang lebih selesa.

"Saya tiada pilihan melainkan terpaksa tinggal di rumah uzur ini. Itu pun atas ihsan ahli keluarga lain yang juga bukan golongan senang," katanya di sini kelmarin.

Dia yang kematian suami setahun lalu berkata, walaupun menerima bantuan bulanan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ia masih belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, lawatan Zambry ke sini bukan sahaja membawa khabar gembira kepada Sarimah tetapi lebih 750 keluarga yang tinggal di sepanjang laluan landasan kereta api pertama negara dari Port Weld ke Taiping.

Zambry berkata, kerajaan Barisan Nasional akan menyediakan tanah lot tersusun bagi menyelesaikan masalah penempatan membabitkan 776 rumah di sepanjang laluan kereta api berkenaan.

"Kerajaan Perak membuat keputusan untuk menyediakan lot tanah kepada penduduk terbabit selepas kerajaan Persekutuan bersetuju menyerahkan semula tanah di sepanjang laluan kereta api Kuala Sepetang-Taiping kepada kerajaan negeri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk kecewa, banjir Taman Seri Kulim terus berulang

Posted:

Penduduk kecewa, banjir Taman Seri Kulim terus berulang

Penduduk kecewa, banjir Taman Seri Kulim terus berulang

KULIM 26 April - Penduduk Taman Seri Kulim di sini yang sering dilanda banjir kilat mendakwa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) gagal mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah itu sehingga menyebabkan ia terus berulang.

Penduduk mendakwa, projek menaik taraf Sungai Tebuan yang digerakkan JPS baru-baru ini tidak membawa sebarang makna memandangkan banjir kilat dikesan lebih teruk berbanding sebelum ini.

Seorang penduduk Anissriman Ismail, 33, berkata, dalam kejadian terbaru semalam, lebih 30 rumah penduduk dimasuki air selepas hujan turun dengan lebat bermula kira-kira pukul 3 petang.

Dia mendakwa, sebelum ini air hanya akan memasuki halaman rumah tetapi banjir kilat semalam lebih buruk.

"Saya terkejut apabila air Sungai Tebuan melimpah dengan banyak sehingga memasuki seluruh rumah. Saya berharap pihak JPS dapat mengkaji semula keberkesanan projek tebatan banjir," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Anissriman berkata, berdasarkan tinjauan penduduk, kerja projek tebatan banjir itu dilakukan secara ala kadar dan menyebabkan masalah banjir kilat berulang.

"Penduduk difahamkan projek tebatan banjir ini hanya berjalan separuh dan terhenti dengan alasan tiada peruntukan," katanya.

Seorang lagi penduduk, Hassan Abdul Aziz, 55, kesal kerana masalah yang dihadapi penduduk tidak dapat diselesaikan meskipun beberapa agensi kerajaan berjanji untuk membantu sebelum ini.

"Taman ini sememangnya kawasan yang sering dilanda banjir kilat. Apabila projek tebatan banjir dilakukan penduduk berharap ia dapat atasi.

"Namun, sekarang keadaan bertambah buruk kerana ia tidak dilaksanakan dengan baik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 27 Apr 2011 03:30 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Sekolah Menengah Sains Selangor sekolah angkat MAS

Posted: 27 Apr 2011 02:48 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini menjadikan Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) di Bandar Tun Razak di sini sebagai sekolah angkatnya di bawah Projek Pintar MAS.

Pengerusi MAS, Tan Sri Dr Munir Majid, berkata pemilihan SMSS adalah satu daripada usaha membantu sekolah itu berkongsi pandangan dalam aspek peningkatan akademik dan pembangunan modal insan dengan 16 lagi sekolah angkat MAS yang lain.

"Bagi mengekalkan kecemerlangan pelajar SMSS, MAS akan membantu menerusi pelbagai program peningkatan akademik dan kokurikulum pelajar dengan bantuan tenaga pengajar sekolah itu, seperti meningkatkan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris. "Ramai pelajar tahu menggunakan bahasa Inggeris dan mempelajari dengan mendalam, tetapi yang kurangnya adalah keyakinan mereka untuk bertutur dalam bahasa itu," katanya selepas melancarkan projek itu di SMSS di sini, hari ini.

Munir berkata, projek itu turut merangkumi beberapa program termasuk kursus intensif komunikasi bahasa Inggeris, klinik dan seminar peperiksaan, ceramah kerjaya, seminar kekeluargaan untuk ibu bapa dan lawatan sambil belajar ke kawasan operasi MAS.

Beliau berkata, seramai 50 pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tiga dari keluarga berpendapatan rendah dipilih menyertai projek Pintar di sekolah itu selama tiga tahun.

Beberapa kakitangan MAS terpilih akan menjadi mentor kepada pelajar yang lemah, selain menawarkan tiket penerbangan percuma ke destinasi di Asia Tenggara sebagai insentif kepada pelajar dan guru yang cemerlang.
Munir Majid berkata, sejak 2007 sebanyak 19 sekolah sudah dijadikan anak angkat oleh MAS.

Bagaimanapun kontrak tiga sekolah tamat sejak tiga bulan lalu. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jazeman julung kali sertai Trofi Antarabangsa F3

Posted: 27 Apr 2011 02:41 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Pemandu F3 negara, Jazeman Firhan Jaafar, buat julung kalinya akan mengambil bahagian dalam Trofi Antarabangsa FIA l Formula 3 2011, pusingan pertama Siri Euro F3 di Litar Hockenheim di Jerman hujung minggu ini.

Perlumbaan itu, antara enam perlumbaan paling berprestij dalam kalendar perlumbaan antarabangsa F3, adalah kejohanan yang baru diperkenalkan khusus untuk meningkatkan profil F3 dan membangunkan kerjaya pelumba muda.

"Trofi Antarabangsa memberi peluang kepada saya untuk berlumba di beberapa litar yang belum pernah saya lawati, bertanding dengan pemandu-pemandu terbaik F3 dan mendapatkan lebih banyak pengalaman di peringkat F3, serta memberikan saya peluang untuk meningkatkan kemahiran pemanduan saya," kata Jazeman dalam satu kenyataan hari ini. Jazeman akan memandu kereta F3 Carlin British yang dibina khusus untuk memenuhi peraturan Siri Euro F3 termasuk menggunakan tayar Kumho pada perlumbaan di Hockenheim.

Beliau yang dijangka berdepan saingan sengit akan bersaing dengan pemandu tetap Siri Euro F3, serta pemandu daripada kejohanan F3 yang lain.

Kejohanan itu menawarkan hadiah menarik untuk pemandu di tempat tiga terbaik selepas enam perlumbaan - kelayakan bagi Lesen Formula One Super.

"Perbezaan terbesar bagi saya di Hockenheim ialah akan menggunakan tayar Kumho berbanding Cooper Tires yang kami gunakan dalam British F3.
"Saya berlumba di Hockenheim tahun lalu dalam British F3 dan penyudah terbaik saya bagi musim di sana, dua podium (kedua dan ketiga), jadi saya mempunyai kenangan indah pada perlumbaan kali ini dan saya berharap dapat memberikan persembahan cemerlang pada hujung minggu ini," kata Jazeman.

Perlumbaan Siri Euro F3 Hockenheim akan disusuli dengan Grand Prix Pau F3 (litar jalan raya) di Perancis, Siri F3 British di Spa di Belgium, Zandvoort Masters di Litar Park Zandvoort di Belanda, Grand Prix Macau di Litar Guia, Macau dan Grand Prix F1 Korea di Litar Antarabangsa Korea di Yeongam. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 27 Apr 2011 03:24 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Tidak pernah gagal tarik pelaburan

Posted:

Tidak pernah gagal tarik pelaburan

Tidak pernah gagal tarik pelaburan

SEREMBAN 26 April - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan membidas kenyataan pembangkang bahawa kerajaan negeri gagal menarik pelaburan baru, sekali gus menyaksikan pertumbuhan statik.

Kata Mohamad (BN-Rantau), kemasukan pelabur tempatan dan asing ke negeri ini sudah mencatatkan jumlah RM1.29 bilion dan ia bukanlah satu kegagalan.

"Pencapaian ini amat memberangsangkan kerana ia melebihi sasaran kerajaan negeri sebanyak RM1 bilion setiap tahun bagi pelaburan baru," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Mohamad yang menjawab soalan lisan Aminuddin Harun (PKR-Sikamat) memberitahu, kemasukan pelaburan baru sebanyak RM1 bilion setiap tahun sudah cukup untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 6 peratus hingga 6.5 peratus.

"Pelabur dalam sektor lain khususnya pembinaan, perkhidmatan dan industri kecil dan sederhana juga mendapat sambutan yang baik. Dalam tempoh Januari hingga Disember tahun lalu sahaja, jumlah pelaburan yang diluluskan di peringkat pihak berkuasa tempatan adalah RM3.387 bilion dan pelaburan ini dijangka mewujudkan 12,105 peluang pekerjaan," katanya.

Pada masa yang sama, Mohamad memberitahu, sektor utama yang menyumbang kepada nilai pelaburan merupakan sektor pembinaan dan perkhidmatan.

Menjawab soalan lisan Yap Yew Weng (DAP-Nilai) dan soalan bertulis Loke Siew Fook (DAP-Lobak) berkata, di Nilai sahaja sebanyak RM400 juta pelaburan baru telah dibawa masuk melibatkan sektor perkhidmatan dan perkilangan.

"Dijangkakan sebanyak RM500 juta lagi pelaburan sedang menunggu untuk dibawa masuk. Ketika ini 80 peratus merupakan pelabur tempatan dan 11 peratus lagi dari luar negara sedang menyiapkan infrastruktur masing-masing," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UiTM Kampus Bandaraya diarah bina tembok batu

Posted:

UiTM Kampus Bandaraya diarah bina tembok batu

UiTM Kampus Bandaraya diarah bina tembok batu


Gan Tian Loo (kiri) bersama seorang pengawal keselamatan melihat keadaan pagar yang mudah dibolosi penceroboh di asrama Kolej Siswi Tun Mutahir UiTM Bandaraya, Melaka, semalam.


MELAKA 26 April _ Kerajaan negeri mengarahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya merobohkan pagar dawai di bahagian belakang asrama Kolej Siswi Tun Mutahir UiTM di sini dan digantikan dengan tembok batu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo berkata, tindakan itu perlu diambil segera bagi memastikan kejadian asrama wanita di situ diceroboh oleh seorang lelaki tidak berulang.

Menurutnya, pemeriksaan pihaknya di sekitar kawasan kediaman pelajar itu mendapati pagar dawai yang sedia ada tidak selamat dan mudah diceroboh.

''Pagar itu juga tidak tinggi dan mudah bagi penceroboh masuk. Keadaan kawasan persekitaran asrama juga sunyi dari pandangan masyarakat kerana pada bahagian belakangnya tidak ada rumah kediaman lain," katanya kepada pemberita selepas melawat sekitar asrama Kolej Siswi Tun Mutahir UiTM, di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya mengadakan pemeriksaan di asrama wanita terbabit ekoran kejadian yang menimpa salah seorang pelajar wanita di situ yang dirogol dan disamun oleh seorang lelaki berusia 22 tahun minggu lalu.

Bagaimanapun, lelaki terbabit dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Kata Tian Loo, kerajaan negeri juga meminta pihak pentadbiran asrama menambah lagi jumlah pengawal keselamatan di samping menyediakan loceng kecemasan jika berlaku kejadian jenayah di sekitar kawasan asrama.

Menurutnya, selain tumpuan keselamatan di asrama Kolej Tun Mutahir, pihaknya juga akan memantau perkembangan yang sama di semua asrama kediaman pelajar di negeri ini.

Sementara itu, seorang pelajar asrama Tun Mutakhir yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 22, berkata, selepas kejadian itu, dia dan rakan yang lain turut trauma.

''Kejadian yang berlaku tetap berlaku, jadi sebagai pencegahan kami hanya mampu memastikan semua pintu sentiasa dikunci rapat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program perkasa pendidikan Orang Asli

Posted:

Program perkasa pendidikan Orang Asli

Program perkasa pendidikan Orang Asli

SEREMBAN 26 April - Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) telah menyediakan program yang komprehensif ke arah memastikan anak-anak Orang Asli mendapat pendidikan secukupnya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi berkata, kemudahan yang disediakan itu mencakupi pendidikan peringkat prasekolah hingga ke peringkat tinggi.

"JKOA telah melaksanakan program bantuan dikenali sebagai Skim Bantuan Galakan Pendidikan (SBGP)," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Hasim (BN-Labu) yang menjawab soalan Saifulbahri Idris (BN-Chembong) memberitahu, bantuan yang diberikan termasuk tambang pergi balik ke sekolah dan asrama, pakaian seragam, duit poket RM2 sehari dan perihal kebajikan di asrama.

"Kita juga menguruskan bantuan ke institusi pengajian tinggi dan menguruskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," ujarnya.

Selain itu kata Hasim, teknik belajar dan menjawab soalan juga diberikan kepada calon peperiksaan awam.

Katanya, kerajaan sentiasa prihatin soal pendidikan anak Orang Asli dan telah membina beberapa sekolah untuk menempatkan mereka iaitu Sekolah Rendah (SR) Kampung Tekir, Labu; SR Senibai, Johol; SR Sungai Sampo, Jempol dan SR Kampung Putera, Jelebu.

"Daripada empat sekolah ini, tiga kita sediakan asrama untuk mereka iaitu di SR Senibai, SR Sungai Sampo dan SR Kampung Putera," katanya.

Jelasnya, JKOA juga menyediakan kemudahan dan bantuan pendidikan tidak formal kepada anak Orang Asli melalui latihan kemahiran di Pusat GiatMara-JKAO, Damansara Damai, Kuala Lumpur yang menyediakan kursus mekanik kereta, motosikal dan pemanduan jentera.

"Pusat latihan jahitan wanita di Paya Bungor, Maran, Pahang pula dilengkapi tempat tinggal dan kemudahan kewangan untuk mereka," katanya.

Selebihnya, pihak JKOA juga dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah mendirikan 22 tabika di beberapa kampung Orang Asli dengan bilangan pelajar setakat ini seramai 373 orang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 27 Apr 2011 03:16 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Polis sedia dedah pelaku seks

Posted:

Polis sedia dedah pelaku seks

Polis sedia dedah pelaku seks

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 April – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis bersedia mendedahkan pelaku dalam video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum jika siasatan memerlukannya berbuat demikian.

Menurutnya, bagaimanapun sekiranya tidak perlu, pihaknya tidak akan mendedahkannya.

"Begitu juga dengan apa-apa benda yang tidak boleh didedahkan maka ia tidak akan didedah," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Bersama Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) seluruh negara di Kelab Golf Saujana, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, Timbalannya, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Khalid seterusnya meminta semua pihak supaya bersabar kerana kes itu masih di peringkat siasatan dan adalah tidak wajar jika pihaknya mengulas perkembangannya setiap hari.

"Apabila tiba masanya nanti kita akan beritahu hasil siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan," katanya.

Khalid menjangkakan dapat menyerahkan semula kertas siasatan kes video seks berkenaan kepada pejabat Peguam Negara (AG) pada minggu ini.

Difahamkan, kertas siasatan kes itu sudah dua kali dipulangkan semula kepada pihak polis untuk dilengkapkan siasatan.

"Prosedur memulangkan semula kertas siasatan adalah prosedur biasa kerana ia mesti jelas sebelum boleh dibawa ke pendakwaan.

"Sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak jelas memang ia dipulangkan kepada kita," katanya.

Khalid bagaimanapun enggan mengesahkan laporan akhbar tempatan berhubung analisis video seks tersebut yang dikatakan sepadan Anwar.

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Selangor mendesak polis mendedahkan identiti pelaku video aksi seks tersebut bagi mengelakkan kekeliruan kepada rakyat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keterangan RPK penting bagi lengkapkan siasatan

Posted:

Keterangan RPK penting bagi lengkapkan siasatan

Keterangan RPK penting bagi lengkapkan siasatan

PUTRAJAYA 26 April - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, keterangan Raja Petra Kamaruddin adalah penting bagi melengkapkan siasatan berhubung akuan bersumpahnya yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu.

Menurutnya, ini kerana dakwaan itu dibuat terhadap Raja Petra yang kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Rosmah dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

''Bagaimanapun orang ramai perlu memberikan polis ruang yang secukupnya untuk melakukan siasatan ke atas Raja Petra bagi mengelakkan wujudnya sebarang kesimpulan awal berhubung siasatan itu.

''Setakat ini saya belum dimaklumkan berhubung siasatan tersebut tetapi bila polis sudah serahkan kertas siasatan kes itu, barulah boleh saya bagi kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis pelancaran e-Warta Persekutuan yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di sini, hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya belum merakam keterangan Raja Petra berhubung akuan bersumpahnya itu.

Ini berikutan Raja Petra mahu ia dilakukan di luar Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand dan kemahuan Raja Petra itu tidak dapat dipenuhi kerana kuasa polis terbatas di dalam kawasan Kedutaan Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keterangan RPK belum dirakam

Posted:

Keterangan RPK belum dirakam

Keterangan RPK belum dirakam

KUALA LUMPUR 26 April - Polis masih belum merakam keterangan Raja Petra Kamaruddin berhubung akuan bersumpahnya yang mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu, berikutan pengendali blog Malaysia Today itu mahu ia dilakukan di luar Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, kemahuan Raja Petra itu tidak dapat dipenuhi kerana kuasa polis terbatas di dalam kawasan Kedutaan Malaysia.

Jelasnya, kes tersebut sama seperti kes-kes lain dan tiada keistimewaan diberi.

"Pada awalnya Raja Petra mahu memberi kerjasama bagaimanapun mungkin atas sebab-sebab tertentu dia ubah fikiran.

"Prosedur ambil keterangan itu bukan paksaan tetapi mesti atas kerelaan sendiri. Sehubungan itu, dia boleh memberi keterangan pada bila-bila masa yang terdekat ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat dengan ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah seluruh negara di Kelab Golf Saujana, Subang Saujana, dekat sini hari ini.

Mesyuarat hari ini membincangkan mengenai perkara-perkara baru dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk cara menyelesaikan siasatan kes dan mengesan saksi.

Raja Petra kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Rosmah dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 27 Apr 2011 01:58 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Isu Wahabi: Jakim jelas pandangan pegawainya salah

Posted: 27 Apr 2011 12:35 AM PDT

PUTRAJAYA, 27 April — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah memanggil pegawainya Zamihan Mat Zain yang mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini.

Pengesahan itu dibuat Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha ketika sidang media di sini.

"Padangan beliau (Zamihan) itu salah, kita memang menjemput Imam Besar Masjidil Haram ini dan menerima kunjungannya untuk menjalin hubungan lebih erat antara dua negara termasuk tentang Islam.

"Jadi tidak ada seperti yang didakwa kononnya Imam Besar Masjidil Haram ini cuba menyuntik fahaman Wahabi dan sebagainya, saya telah panggil pegawai ini pagi tadi serta memberi penjelasan kepada dia tentang kehadiran Imam Besar Masjidil Haram ini ke Malaysia," katanya.

Ditanya sama ada Jakim akan mengambil tindakan terhadap Zamihan, Othman bagaimanapun berkata pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Kita akan siasat dulu perkara ini dan dalam pertemuan dengan pegawai ini pagi tadi saya dah jelaskan, nampaknya dia akur dengan apa yang saya katakan.

"Apa-apa pun kita akan siasat dulu, kita ikut prosedur... tindakan itu akan dibuat kemudian," katanya.

Tahun lalu, Zamihan menjadi perhatian ekoran laporan bahawa beliau mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

Semalam, Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, beliau mengesyaki Sheikh Abdul Rahman cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan.

Justeru, Zamihan meminta pihak berkuasa berhati-hati dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penyebaran amalan Wahabi di negara ini.

Beliau berkata lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia.

Kata Zamihan, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar anjuran kerajaan negeri Perlis itu.

"Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

"Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata... ada tangan... ada kaki... itu semua kita tidak boleh terima," kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan yang dikeluarkan Zamihan itu bukan mewakili kerajaan atau Jakim.

"Apa yang dia katakan tidak mewakili kerajaan dan Jakim, itu mungkin hanya pandangan peribadinya.

"Biasalah dia ini, biasanya bila orang cakap A, dia akan cakap B tapi apa yang dia katakan dalam perkara ini bukan sebagai lidah kerajaan," tegasnya.

Sambil mempertahankan kehadiran Sheikh Abdul Rahman, Jamil Khir berkata kunjungan itu bertujuan untuk mewujukan hubungan yang lebih erat antara dua negara - Malaysia dan Arab Saudi.

Selain itu, Juanda turut mempertahankan kehadiran Sheikh Abdul Rahman sambil menafikan beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi.

Sehubungan itu kata beliau, kenyataan bahawa Sheikh Abdul Rahman telah menggunakan platform jemputan kerajaan untuk menyebarkan amalan Wahabi di Malaysia adalah "satu fitnah."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru tumbuk guru besar didenda RM2,000

Posted: 26 Apr 2011 11:41 PM PDT

ALOR SETAR, 27 April — Seorang guru didenda RM2,000 selepas didapati bersalah mencederakan guru besar sekolah tempat beliau mengajar lebih empat tahun lalu.

Guru itu akan dipenjara empat bulan jika gagal menjelaskan denda itu.

Mengikut laporan media memetik Bernama, Norazman kemudian membayar denda itu.

Majistret Nor Azah Idris menjatuhkan hukuman itu terhadap Norazman Abdul Wahab selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Norazman, 41, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan terhadap tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menumbuk muka dan menyepak paha Halim Saad, 52, di pejabat Sekolah Kebangsaan Gerigis, Jalan Langgar di sini kira-kira pukul 8.35 pagi, 20 Disember 2006.

Dalam rayuannya Norazman meminta mahkamah meringankan hukuman kerana menurutnya dia digantung kerja sejak Mac 2008 manakala dua anaknya akan memasuki universiti dan dua lagi belajar di sekolah menengah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 27 Apr 2011 01:58 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Tambak setinggi bumbung

Posted: 26 Apr 2011 03:51 AM PDT

Wilayah

PENDUDUK menunjukkan  tanah yang ditambak setinggi bumbung rumah di Taman Medang, Mahsan, Bahau.

PENDUDUK menunjukkan tanah yang ditambak setinggi bumbung rumah di Taman Medang, Mahsan, Bahau.

Penduduk rasa terhimpit, khuatir banjir kilat berulang

BAHAU: Tindakan tidak bertanggungjawab pemaju perumahan melakukan projek menambak tanah untuk projek perumahan baru di Taman Medang, Mahsan di sini, menyebabkan keselamatan penduduk di situ di ambang bahaya.

Penduduk meradang kerana tambakan itu melebihi paras bumbung rumah dan mereka juga diancam banjir lumpur setiap kali hujan lebat berikutan tanah merah yang ditambak tinggi itu mengalir ke bawah. Bagi Tey Huat Keong, 37, usahanya menabung bertahun-tahun hingga berjaya membeli rumah impiannya di taman berkenaan, ibarat mencurah air ke daun keladi, selepas projek menambak tanah bersebelahan rumahnya itu melebihi paras bumbung.

Pengusaha bengkel kenderaan itu membeli rumah berharga RM260,000 pertengahan tahun lalu dan mahu membuat pengubahsuaian sebelum menetap di situ.

Bagaimanapun, dua minggu lalu, Tey terkejut apabila melihat kehadiran jengkaut menambak tanah di sebelah rumah hingga melebihi paras bumbung dan kemudian diberitahu pekerja terbabit bahawa beberapa rumah baru akan dibina di tanah tambak itu.

"Bagaimana rumah boleh dibina di tapak yang lebih tinggi daripada bumbung rumah saya," katanya.
Tey mengakui tawar hati tinggal di rumah itu kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarga kerana kedudukan rumah bersebelahan apabila siap akan menjadi terlalu tinggi dan tiada jaminan keadaan tanah kukuh dalam jangka panjang.

"Jika mahu jual pun, tidak ada orang ingin membeli kerana tiada siapa mahu rumah bergelap dilindungi rumah sebelah," katanya.

Guru, Mohd Azmi Che Awang, 40, berkata tambakan tanah itu menutup bahagian tepi rumahnya walaupun tidak setinggi bumbung.

Katanya, tanah asal bersebelahan rumahnya tidak tinggi, tetapi kemudian ditambak tiga kali lebih tinggi hingga melebihi pagar rumahnya.

"Saya terpaksa membersihkan halaman rumah akibat dikotori tanah yang jatuh dan lebih membimbangkan apabila hujan, banjir kilat boleh berlaku dan memberi kesan buruk kepada penduduk di sini," katanya.

How Peng Chuan, 40, turut marah kerana kawasan projek itu yang asalnya hutan, ditebang hingga membahayakan rumahnya di bawah bukit.

Katanya, pemaju tidak membina penahan tebing bukit menyebabkan rumah di bawah bukit terdedah kepada tanah runtuh dan banjir kilat.

"Tahun lalu, banjir kilat melanda kawasan taman perumahan berhampiran. Kami tidak mahu pengalaman pahit itu berulang kerana walaupun pampasan diberi, jumlah itu tidak setimpal dengan kesusahan dan kerosakan yang penduduk alami," katanya.

Beliau berkata, pemaju juga membina jalan ke projek itu di depan rumahnya yang sepatutnya jalan mati dan ini mengganggu ketenteraman penghuni rumah di situ, selain membahayakan kanak-kanak yang bermain di padang permainan berhampiran.

Sementara itu, Mohd Azmi berkata, penduduk bersepakat menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Daerah Jempol (MDJL) terhadap pelaksanaan projek itu, terutama berkaitan penambakan tanah hingga melebihi paras bumbung rumah bersebelahan.

Katanya, MDJL perlu memantau pelaksanaan projek perumahan dan tidak mudah meluluskan sesuatu projek tanpa mengambil kira keselamatan dan ketenteraman penduduk taman perumahan bersebelahan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penternak bimbang gulung tikar

Posted: 26 Apr 2011 03:49 AM PDT

Wilayah

TD Poultry pembekal utama ayam 
di Pantai Timur.

TD Poultry pembekal utama ayam di Pantai Timur.

Lupus TD Poultry rugikan pengusaha ayam, pekerja

KUALA TERENGGANU: Rancangan TDM Bhd, sebuah syarikat milik kerajaan negeri melupuskan syarikat, TD Poultry (TDP) yang terbabit dalam kegiatan penternakan dan pemprosesan ayam menyebabkan penternak kontrak, pembekal dan kakitangan kebimbangan kehilangan sumber pendapatan kerana pemilik baru mungkin sudah mempunyai rantaian pembekalan sendiri.

Selain hilang sumber pendapatan, lebih 600 orang yang terbabit dalam rantaian bergantung hidup dengan TDP juga bimbang tindakan pelupusan anak syarikat itu juga akan menyebabkan bekalan ayam halal untuk kegunaan orang ramai turut terjejas. TDP ditubuhkan pada 1995 ketika pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bertujuan memastikan pengeluaran ayam halal di Pantai Timur terjamin dengan pengeluaran ayam bagi pasaran tempatan dikuasai TDP, selain menjadi payung kepada penternak Bumiputera serta menstabilkan harga ternakan itu di Terengganu.

Anak syarikat TDM itu adalah syarikat terbesar di Pantai Timur dalam industri penternakan dan pemprosesan ayam dengan purata pengeluaran 300,000 ayam sebulan bagi memenuhi pasaran tempatan.

Difahamkan, ahli lembaga pengarah TDM sedang mempertimbangkan untuk menjual TDP kepada syarikat tempatan.

"Kita bukan saja bimbang hilang pekerjaan, malah lebih penting lagi sekiranya TDP diambil alih pihak lain terutama pengusaha bukan Bumiputera, industri ayam halal akan terjejas. TDP adalah satu-satunya syarikat penternakan ayam Bumiputera yang mendapat logo 'Veterinar Health Mark' (VHM) daripada Jabatan Veterinar.
"Malah, sangat merugikan jika TDP bertukar tangan kerana pengurusan TDP khususnya penternak mampu berkembang tanpa suntikan modal daripada TDM dan kerajaan negeri ketika itu juga membuat pelaburan besar bagi merealisasikan TDP.

"Sebagai contoh, bagi suku pertama tahun ini saja, TDP mencatatkan keuntungan RM300,000. Oleh itu, kami warga TDP, penternak dan pemborong khasnya merasakan TDM mengambil langkah kurang bijak jika menjual TDP kerana TDM sudah ada kepakaran dalam pengurusan TDP," kata sumber.

TDP mempunyai kilang di Kawasan Perindustrian Chendering di sini, untuk memproses ayam daging bersih pada harga harga berpatutan dan mendapat permintaan tinggi dari negeri lain termasuk Kuala Lumpur dan Johor, namun setakat ini, syarikat itu hanya memenuhi pasaran tempatan.

Penternak TDP, Wan Musa Wan Embong yang terbabit sejak awal penubuhan syarikat itu berkata, sangat merugikan jika TDP dijual kerana ia antara platform untuk pengusaha Bumiputera berkembang dan membina kedudukan stabil dalam industri penternakan ayam.

"Syarikat besar seharusnya turut memikirkan aspek tanggungjawab sosial kepada masyarakat dengan memastikan adanya bekalan berterusan ayam halal," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 27 Apr 2011 01:43 AM PDT

Utusan Online - Timur


BN tunai janji di Manek Urai

Posted:

BN tunai janji di Manek Urai

BN tunai janji di Manek Urai

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
utusankelantan@utusan.com.my

KUALA KRAI 26 April – Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) membuktikan kesungguhannya membantu penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila melaksanakan semua janji yang dibuatnya dengan melibatkan kos sebanyak RM15 juta.

Bekas calon BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, ia sama sekali menutup mulut pemimpin Pas yang sering menabur fitnah mengatakan BN membuat janji palsu kepada penduduk di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai berkata, Pas sepatutnya merasa malu kerana tidak dapat membantu penduduk di kawasan itu biarpun telah diberi mandat untuk memerintah selama 20 tahun.

"Saya merasa amat gembira kerana semua janji-janji ini ditunaikan, ini membuktikan kita tidak bercakap kosong untuk membantu rakyat di sini.

"Kita juga merasa amat kecewa apabila ada pihak menabur fitnah bahawa BN tidak tunai janji ini sedangkan penduduk di Manek Urai melihat sendiri bagaimana projek-projek ini sedang dilaksanakan," katanya ketika ditemui di Kampung Manek Urai Baru di sini semalam.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meninjau kerja-kerja pembinaan jambatan yang menghubungkan Manek Urai Baru dan Lama.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Makhtar Mustafa.

Pada kempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, BN menjanjikan pembinaan jambatan baru bagi menghubungkan Kampung Manek Urai Baru dan Lama dengan kos RM14.1 juta, pengubahsuaian Masjid Temalir (RM600,000)

Selain itu, pusat sukan dan rekreasi di Manjor bernilai RM300,000 turut dibina.

Tuan Aziz tewas dalam pilihan raya kecil itu dengan majoriti 65 undi biarpun sebelum ini kawasan DUN itu merupakan kubu kuat Pas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

39 pegawai tadbir Terengganu bertukar

Posted:

39 pegawai tadbir Terengganu bertukar

39 pegawai tadbir Terengganu bertukar

KUALA TERENGGANU 26 April - Seramai 39 pegawai tadbir negeri terlibat dalam rombakan terbaharu berkuat kuasa mulai 1 Mei ini.

Arahan pertukaran yang dikeluarkan kelmarin dan ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah merupakan satu proses pertukaran biasa ekoran persaraan dan pengisian kekosongan jawatan.

Mereka yang terlibat termasuk seorang pegawai daerah selain beberapa pengarah dan penolong pengarah jabatan, ketua penolong kanan serta Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri.

Mendahului senarai ialah Pegawai Daerah Besut, Tuan Mamat Tuan Ngah dilantik sebagai Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menggantikan Osman Muda yang bakal menjadi Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Perubahan berlaku disebabkan kekosongan jawatan ekoran persaraan wajib Pengurus Besar PMINT, Datuk Zakaria Awang.

Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Abdul Rahim Jusoh dilantik sebagai Pegawai Daerah Besut. Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan Negeri, Azhar Jusoh mengambil tempat Abdul. Rahim.

Omar Mat (Ketua Penolong Pentadbir Tanah Besut) ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kuala Terengganu menggantikan Mat Arsad Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama (Khidmat Pengurusan).

Ketua Pegawai Operasi Terengganu Integrity And Strategic Institute (T-ISSI), Mohd. Elias Nik dilantik sebagai Timbalan Pengarah PTG (Pengurusan), manakala Wan Ismail Sahaimi Wan Omar (Ketua Penolong Pentadbir Hulu Terengganu) dilantik sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah Besut.

Ketua Penolong Pentadbir Tanah Marang, Jahani Ismail dilantik sebagai Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menggantikan Wan Mohd. Anuar Wan Endut yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah PTG (Pendaftaran).

Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat SUK, Wan Khalid Wan Jusoh pula dilantik mengisi kekosongan jawatan Penolong Pengarah Jabatan Bekalan Air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa asid terus jalani pembedahan susulan di hospital

Posted:

Mangsa asid terus jalani pembedahan susulan di hospital

Mangsa asid terus jalani pembedahan susulan di hospital


Wan Komsah Wan Ahmad mengelap tubuh suaminya Mohd. Riza Jaafar yang terbakar selepas menjadi mangsa kebocoran asid di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payong, kelmarin.


MARANG 26 April - Seorang kakitangan sebuah syarikat penyelenggaraan yang cedera terkena simbahan asid ketika menjalankan kerja di sebuah kilang di sini akan menjalani pembedahan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi, 17 Mac lalu, Mohd. Riza Jaafar, 35, melecur hampir 35 peratus bahagian tubuhnya menyebabkan masa depannya kini tidak menentu.

Menurutnya, selepas lebih sebulan berada di hospital akibat insiden tersebut, dia akan menjalani satu pembedahan susulan.

Menceritakan kejadian itu Mohd. Riza memberitahu, ia berlaku ketika dia dan dua lagi rakannya baru hendak memulakan kerja-kerja menguji ketahanan paip memproses produk daripada bahan kimia.

Bagaimanapun katanya, paip yang mengandungi asid itu secara tiba-tiba pecah dan bocor menyebabkan cecair itu mengenai mereka.

"Dua rakan saya hanya cedera ringan manakala saya pula terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman sebelum dirujuk ke HSNZ akibat melecur," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung semalam.

Jelas Mohd. Riza, berikutan insiden itu, dia menjalani beberapa fasa pembedahan dan terpaksa menahan sakit setiap kali lukanya dicuci.

"Sebaik sahaja terkena asid semua pakaian saya 'cair' kecuali topi keselamatan, cermin mata dan kasut menyebabkan saya terpaksa berbogel," katanya yang terus mencari paip air untuk mandi akibat terlalu panas dan kesakitan.

Menurutnya, dia akan menimbang untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang berkenaan selepas keadaan kesihatannya mengizinkan.

"Saya bimbang dengan masa depan keluarga kerana tidak tahu sama ada boleh kembali bekerja atau tidak selepas ini," katanya.

Tambah Mohd. Riza, wakil kilang ada melawatnya selepas kejadian tersebut tetapi tidak menjanjikan apa-apa pampasan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 27 Apr 2011 01:28 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


Pegawai SPRM diugut – Shafik

Posted:

Pegawai SPRM diugut – Shafik

Pegawai SPRM diugut – Shafik

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my


EAN YONG HIAN WAH, Ahmad Shafik


KUALA LUMPUR 26 April – Seorang pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu ekoran kematian Teoh Beng Hock, SPRM bukan sahaja tidak mendapat kerjasama saksi untuk meneruskan siasatan, malah pegawainya turut menerima ugutan.

Ekoran itu juga, tiada bukti dapat menunjukkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah terlibat dalam penyalahgunaan wang peruntukan Kerajaan Negeri Selangor.

Perkara itu dinyatakan oleh Pemangku Penguasa Kanan, Ahmad Shafik Abdul Rahman @ Alwee, 32, pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di sini hari ini.

Beliau yang bertugas di Unit Pemeriksaan dan Perundingan di Putrajaya telah mengambil alih siasatan terhadap Hian Wah daripada pegawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd. Anuar Ismail pada 27 Ogos 2009 berikutan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

''Tiada siasatan berkaitan dengan tandatangan Beng Hock di bawah cop Hian Wah kerana selepas kematian Beng Hock, keterangannya tidak dapat diambil.

''Dokumen termasuk fakta kes dirujuk kepada Tuan Hishamuddin (bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim) dan beliau arahkan siasatan lanjut berhubung kes tersebut. Tetapi disebabkan kematian Beng Hock, tiada kerjasama saksi, siasatan diganggu dan ada pegawai-pegawai SPRM yang diugut,'' jelas beliau.

Ahmad Shafik turut mengesahkan bahawa tiada sebarang keterangan yang membabitkan Hian Wah selain tiada bukti mencukupi untuk mendakwa beliau mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kata beliau, kerja-kerja bagi empat projek yang dituntut oleh Hian Wah juga didapati telah siap dan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan selain tiada tuntutan melampau ditemui dalam siasatannya.

Berikutan itu, jelas Ahmad Shafik, pihak SPRM mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya supaya siasatan terhadap kes tersebut dihentikan.

Berhubung kemasukan wang ke dalam akaun DAP, kata Ahmad Shafik, siasatan mendapati ia adalah tuntutan semula walaupun beliau tidak dapat memadankan 50 keping resit yang diserahkan oleh pegawai parti politik itu dengan projek- projek yang dilaksanakan.

Beliau turut mendapat arahan agar siasatan lanjut terhadap pembayaran kepada DAP tidak perlu dilakukan dengan alasan ia tiada kaitan dengan kes yang disiasat di bawah Seksyen 18 akta tersebut.

Semasa menyentuh tentang pendahuluan yang diberikan oleh DAP, anggota Suruhanjaya Siasatan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman menegur: ''Tidak mungkin kontraktor tidak ada RM1,800 untuk mulakan projek sehingga terpaksa pinjam daripada DAP. Kalau saya kontraktor itu, saya akan merasa malu. Macam mana mahu raih projek yang lebih besar.''

Beng Hock, 30, Setiausaha Politik Exco Selangor, Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam dekat sini.

Prosiding bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mustafa balas ‘serangan’ Azmin

Posted:

Mustafa balas 'serangan' Azmin

Mustafa balas 'serangan' Azmin

KUALA LUMPUR 26 April – Selepas tiga hari mengunci mulut meskipun 'diserang' secara terbuka oleh Azmin Ali ekoran kenyataan kontroversinya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali akhirnya membalas balik kritikan tersebut.

Beliau menyifatkan Azmin walaupun berjawatan sebagai Timbalan Presiden dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi tidak mempunyai ketahanan politik sebagaimana mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kata Mustafa, Azmin sekarang berada dalam keadaan yang sangat tertekan, maka bukanlah sesuatu yang menghairankan jika orang nombor dua PKR itu sering kali melenting secara berlebihan apabila berhadapan dengan sesuatu isu.

"Saya sebenarnya tidak terlalu mengambil kisah mengenai apa yang dikatakan oleh Azmin dalam laman Twitternya. Dia seorang pemimpin yang berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan pada masa yang sama tiada ketahanan.

"Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden PKR tetapi dia tidak mempunyai ketahanan seperti Anwar dan Wan Azizah.

"Sepatutnya Anwar yang tertekan kerana tuduhan ini (video seks) dilemparkan terhadapnya, tetapi saya pelik kenapa Azmin pula yang terlebih tertekan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas kritikan terbuka Azmin yang berang apabila hampir keseluruhan media melaporkan kenyataan Mustafa bahawa Pas akan membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai.

Azmin dalam Twitternya dipetik sebagai berkata: "Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

"Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian."

Ditanya mengapa mengambil masa selama tiga hari untuk membalas kenyataan Azmin, jelas Mustafa, selaku Setiausaha Agung Pas, beliau tidak mahu menambah lagi tekanan kepada Timbalan Presiden PKR itu.

"Dia kawan kita, jadi kita tidak mahulah tambah beban dia," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

16 Mei tentukan nasib Anwar

Posted:

16 Mei tentukan nasib Anwar

16 Mei tentukan nasib Anwar

Oleh AMIRUDDIN HARUN dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 April - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 16 Mei ini, keputusan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujahan lisan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan hari ini.

Anwar, 64, dibicarakan selepas didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang hingga 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Semalam, pihak pendakwaan dalam hujahnya menamakan Ketua Pembangkang itu sebagai pemilik profil asid deoksiribonukleik (DNA) 'Lelaki Y' yang ditemui di dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari.

Ketika menyambung hujah balasnya hari ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menjelaskan pihaknya tidak memanggil Dr. Muhammad Osman Abdul Hamid sebagai saksi memandangkan keterangan doktor dari Hospital Pusrawi itu tidak boleh diterima dan sebahagiannya pula tidak benar.

Menjawab hujahan peguam Karpal Singh berhubung isu tersebut, beliau menyatakan, ini kerana berdasarkan keterangan Mohd. Saiful Bukhari, doktor tersebut tidak menjalankan ujian forensik ke atas dirinya sebaliknya menasihatkan pergi ke hospital kerajaan.

Berhubung hujah peguam RamKarpal Singh yang mendakwa keterangan ahli-ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon berat sebelah, ujarnya, apa yang berlaku adalah setiap kali menjawab soalan balas peguam itu, keterangan mereka akan dipintas menyebabkan mereka tidak dapat memberikan penjelasan.

Justeru, beliau meminta mahkamah melihat secara menyeluruh keterangan sepanjang pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula kedua-dua saksi terbabit.

Hujah beliau lagi, berdasarkan bahan bukti yang dikemukakan, saksi-saksi pakar itu bukan sahaja cekap dalam menjalankan pemeriksaan dan analisis yang ditugaskan kepada mereka, bahkan telah menjelaskan penemuan atau pendapat mereka beserta dengan alasannya sekali.

''Tidak terputus rantaian keterangan berkaitan bahan-bahan bukti yang boleh memberi kesan kepada integriti mereka,'' tegas beliau.

Mengenai dakwaan peguam Sankara Nair bahawa tiada gel pelincir KY Jelly digunakan dalam kejadian itu, jelasnya, mengikut keterangan doktor, penggunaan gel tersebut sebagai alat pelincir adalah konsisten dengan apa yang berlaku.

Justeru, Mohd. Yusof menegaskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa air mani ditemui dan ia adalah kepunyaan Anwar, maka adalah wajar Ketua Pembangkang itu menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Beliau juga menyatakan tidak ada keterangan pengadu yang mustahil, tidak masuk akal atau diragui untuk mahkamah tidak merasa selamat menerimanya memandangkan pemuda itu merupakan saksi yang boleh dipercayai.

''Keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan pada peringkat ini adalah berwibawa untuk mahkamah menerimanya dengan selamat, telah diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya selain telah membuktikan seluruh inti pati pertuduhan,'' katanya.

Oleh itu, tegas Mohd. Yusof, pihaknya bukan sahaja berjaya mengemukakan bukti bagi menyokong kes prima facie, tetapi telah mengemukakan kes tanpa sebarang keraguan bahawa tertuduh yang melakukan perbuatan itu dan bukan orang lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 27 Apr 2011 12:22 AM PDT

Berita Harian: Nasional


Kerajaan puas hati pencapaian PNB

Posted: 26 Apr 2011 04:39 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]IPOH: Kerajaan berpuas hati dengan prestasi Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan tidak bercadang untuk menubuhkan entiti seumpamanya pada masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan mahu PNB akan terus melaksanakan dasar untuk mengukuhkan syarikat yang kini diakui sebagai entiti pelaburan terbaik di dunia.

Malaysia ‘saudara baik, jiran akrab’ China

Posted: 26 Apr 2011 04:36 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]BEIJING: Perdana Menteri China, Wen Jiabao menyifatkan Malaysia sebagai ‘saudara baik serta jiran akrab’, dan hubungan dua hala antara Beijing dan Kuala Lumpur mempunyai masa depan yang cerah. Wen berkata, beliau percaya Malaysia dan China akan menikmati masa depan cerah kerana hubungan bersejarah dan saling kepercayaan yang wujud antara kedua-dua negara itu.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 26 Apr 2011 11:31 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Terjebak kerana pemgaruh rakan

Posted:

Terjebak kerana pemgaruh rakan

Terjebak kerana pemgaruh rakan

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my



TERPENGARUH dengan ajakan teman-temannya, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Farizal, 30, terbabit dengan aktiviti menyamun ketika umurnya 28 tahun. Menurut Farizal, pada masa itu jugalah dia berjinak-jinak dengan dadah.

"Saya menyamun kerana mahu memenuhi membeli dadah selain berhibur," katanya yang sudah dua tahun menghuni Penjara Kajang atas kesalahan menyamun.

Mengakui agak gementar dan agak takut kali pertama terbabit dalam aktiviti menyamun, namun perasaan itu akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang mengujakan. Menyamun bukan saja menjadi pekerjaan sambilannya bahkan dia sudah terlibat dalam enam kes samun di kawasan sekitar Lembah Klang dan Johor.

"Memang ada rasa takut setiap kali menyamun, namun kehendak diri mengatasi segalanya. Langsung tidak ingat ibu bapa kerana ajakan kawan-kawan lebih kuat," kata Farizal.

Lazimnya, anak kesembilan daripada 11 beradik itu bersama empat rakannya menyasarkan van yang membawa bekalan rokok.

"Menyamun van membawa rokok agak lumayan kerana kami memperoleh purata RM40,000 hasil daripada jualan rokok tersebut," katanya yang masih bujang dan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Hikmah ditangkap

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Ketika Farizal sedang berehat-rehat di rumah sewanya di Cheras, Kuala Lumpur dia ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun, beberapa rakannya yang lain terlepas.

Menurut Farizal, segala-galanya berubah selepas dia ditangkap. Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik tangkapan tersebut kerana dia seolah-olah dikejutkan daripada mimpinya. Namun, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

"Ketika ditangkap barulah rasa sedih dan menyesal sangat. Masa tu, wajah ibu dan keluarga muncul satu persatu. Pasti mereka terkejut dan sedih dengan apa yang berlaku," katanya yang sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Sama seperti Farizal, Chin, 30, anak bongsu daripada tiga beradik berasal dari Rawang, Selangor mula terjebak dalam jenayah samun kerana ajakan kawan-kawan. Chin bersetuju menyertai kumpulan menyamun kereta mewah pada tahun 2009 untuk menyara keluarga kerana kesempitan wang walaupun bekerja sebagai seorang mekanik.


MEREKA yang menyamun tidak peduli jika terpaksa mencedera atau membunuh mangsa. – Gambar hiasan


"Kami bergerak berempat dan dua orang diperlukan untuk mencuri sebuah kereta mewah. Tidak sukar mencuri sesebuah kereta memandangkan saya seorang mekanik. Apabila misi mencuri kereta mewah berjaya, ia akan dijual pada harga serendah RM40,000.

"Selepas misi kami berjaya, saya semakin seronok melakukannya. Dalam keseronokan itu, timbul juga rasa takut setiap kali melakukan perbuatan terkutuk ini tetapi apabila melihat wang yang banyak di depan mata, rasa takut itu hilang," katanya yang mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun.

Chin amat merindui anaknya dan malu serta kesal dengan diri sendiri yang tidak berfikir panjang sehingga melakukan kerja haram yang memakan dirinya sendiri. Kini dia terpaksa meringkuk di penjara sehingga tahun 2014.

Terdesak sara keluarga

Seperti Farizal, Chin bertekad mahu mengubah hidup keluarganya. Tidak seperti Farizal dan Chin, Siva, 31, anak kedua daripada lapan beradik yang berasal dari Kuala Lumpur mula menyamun pada tahun 2008 akibat desakan hidup. Dengan pendidikan sehingga darjah tiga, Siva gagal mencari sebarang pekerjaan.

"Keluarga saya susah, bukan tidak mahu kerja tetapi tiada orang mahu ambil saya bekerja. Saya tertekan kerana perlu memberi makan isteri dan anak lelaki yang berusia empat tahun. Disebabkan itu saya tekad menyamun seorang diri dengan menyasarkan orang awam yang lalu lalang di kawasan sunyi dan terpencil.

"Sepanjang dua tahun menyamun, habuan yang paling banyak saya dapat ialah RM1,000 dengan hanya menyamun seorang orang awam. Biasanya saya akan menggertak mereka dengan pisau bagi membolehkan saya mendapat habuan dengan mudah," katanya yang bakal dibebaskan tahun ini.

Aktiviti Siva bagaimanapun dapat dihidu oleh ibu dan isterinya. Siva mampu memperoleh wang tanpa melakukan sebarang pekerjaan. Dia terpaksa berbohong kepada kedua-dua wanita tersebut kononnya duit yang diperoleh adalah hasil pemberian kawan-kawan yang simpati dengan nasibnya.

"Tapi saya tahu ibu tidak percaya dan sering menasihatkan saya supaya tidak buat perkara yang menyalahi undang-undang. Keseronokan menyamun lenyap apabila saya ditangkap pada tahun 2010 ketika sedang mengambil upah mencuci kereta.

"Saya tidak melawan atau cuba melarikan diri tetapi biarlah saya ditangkap," katanya yang insaf dengan kesalahan yang dilakukan.

Dalam pada itu, Pensyarah Kriminologi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P. Sundramoorthy memberitahu, terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang itu menyamun.

Pertama, mereka merompak kerana mahu mendapatkan habuan seperti duit. Kedua, sifat tamak sehingga sanggup melakukan apa sahaja tanpa berfikir panjang.


ANTARA senjata tajam yang digunakan oleh penyamun.


"Tetapi faktor paling utama ialah sifat tamak kerana mereka mahu senang dengan cara yang cepat dan mudah tanpa perlu bekerja. Ada juga yang mengaitkan seseorang itu menyamun kerana dadah, namun peratusnya tidak banyak.

"Jika seseorang itu dipengaruhi dadah, kita perlu lihat jenis dadah yang diambil. Ada beberapa jenis dadah yang menyebabkan seseorang itu bertindak berani dan agresif seperti syabu, ketamin dan ice. Mereka di bawah pengaruh dadah sebegini boleh melakukan apa sahaja tanpa berfikir," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Sundramoorthy, mereka yang mengambil dadah tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menyamun atau merompak. Mereka hanya melakukannya apabila ada peluang di depan mata.

Menurutnya, terdapat beberapa jenis samun yang sering berlaku iaitu samun jalanan, samun rumah dan samun kereta. Samun yang biasa terjadi ialah samun jalanan yang menjadikan orang awam sebagai sasaran lebih-lebih lagi apabila mereka berada di kawasan sunyi.

Katanya, kes samun dan rompak terutamanya rompak kedai emas dan bank jarang berlaku di Malaysia jika dibandingkan di negara-negara lain lebih-lebih lagi yang melibatkan senjata api. Antara sebabnya ialah akses kepada senjata tersebut sangat sukar.

Jika ada pun, ia melibatkan sindiket atau negeri-negeri yang terletak di sempadan.

"Tanggapan bahawa penyamun hanya menyamun orang kaya perlu diubah kerana orang biasa juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa mereka. Malah, rumah di pekan-pekan kecil juga tidak terkecuali. Jadi, kalau anda orang yang kaya, jangan tunjukkan kemewahan itu.

"Sukar untuk kita mengenal pasti seseorang itu penyamun atau perompak kerana mereka sama seperti kita. Jadi orang awam harus sentiasa berhati-hati jika ada individu yang datang menghampiri. Jangan sesekali menggunakan jalan pintas kerana mahu menjimatkan wang tetapi mengabaikan keselamatan," pesan beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 26 Apr 2011 11:30 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


Remaja mangsa 'kenduri seks'

Posted:

Remaja mangsa 'kenduri seks'

Remaja mangsa 'kenduri seks'

KUALA LUMPUR 26 April - Perkenalan seorang remaja dengan seorang lelaki menerusi laman sosial Facebook menjadi mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa 'kenduri seks' sembilan lelaki di sebuah rumah teres di Mahkota Cheras, dekat sini Sabtu lalu.

Sebelum kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dikatakan keluar menaiki teksi dari rumahnya di Kondominium Rakyat, Pantai Dalam, kira-kira pukul 7 pagi untuk menemui rakan lelaki yang baru dikenali menerusi laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, sebaik sahaja bertemu di lokasi dijanjikan, suspek membawa seorang rakannya menaiki sebuah kereta Proton Saga ke rumah mereka.

Sebaik sahaja sampai, terdapat tiga lagi lelaki yang merupakan rakan suspek. Salah seorang suspek telah mendekati mangsa untuk mengadakan seks namun remaja itu yang enggan menurut kemahuannya telah dipukul lalu dirogol.

Suspek dikatakan memanggil empat lagi rakan lelakinya datang ke rumah tersebut sebelum menjadikan mangsa sebagai 'kenduri seks' beramai-ramai.

Kejadian malang itu berakhir kira-kira pukul 9 malam selepas mangsa berjaya melarikan diri ketika dibawa salah seorang suspek ke restoran makanan tom yam.

Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dibawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Kesemua suspek terbabit dipercayai berusia 20-an," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

100,000 rakyat Thailand masuk negara ini

Posted:

100,000 rakyat Thailand masuk negara ini

100,000 rakyat Thailand masuk negara ini

KOTA BHARU 26 April - Seramai 100,000 rakyat Thailand memasuki negara ini sebulan melalui Sungai Golok-Rantau Panjang yang merupakan antara laluan keluar masuk utama ke Malaysia, di sini.

Konsul Besar Diraja Thailand di sini, Surapon Petch-Vra berkata, mereka datang sebagai pelancong, peniaga dan pekerja, tetapi kurang mengetahui peluang lain yang mampu meningkatkan hubungan erat antara kedua-dua negara.

Menurut beliau, jumlah kemasukan rakyat Thailand ke negara ini jauh lebih tinggi berbanding antara 40,000 hingga 50,000 rakyat Malaysia dan pelancong asing memasuki negara berkenaan melalui pintu masuk sama.

"Hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Thailand membolehkan rakyat Thailand berulang-alik ke negara ini," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Jalan Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Konsul, Itti Kawepornsakul; Pengarah Pusat Pentadbiran Selatan Thailand, Sommitr Silparasert dan Timbalannya, Boontum Munegan.

Sungai Golok-Rantau Panjang merupakan antara dua laluan keluar masuk ke negara ini di sini selain Tak Bai-Pengkalan Kubor di Tumpat.

Mengulas lanjut Suraporn berkata, dalam usaha meningkatkan lagi hubungan baik sedia ada, pihaknya akan menganjurkan Pesta Thai 2011 yang memasarkan pelbagai produk keluaran rakyat negara itu di Gelanggang Seni dekat sini selama lima hari bermula 4 Mei ini.

Beliau berkata, antara produk yang akan dipamer dan dipasarkan ialah makanan, pakaian, perabot, penjagaan kesihatan dan kraf tangan yang kebanyakannya dihasilkan oleh penduduk di Wilayah Selatan Thailand.

"Produk berkenaan dibawa terus dari kawasan terlibat sempena pesta itu," katanya.

Pesta itu, jelas beliau, merupakan program tahunan dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat tempatan setiap kali diadakan berikutan adanya hubungan baik antara kedua-dua negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 26 Apr 2011 07:53 PM PDT

Utusan Online - Pahang


Dengar masalah golongan muda

Posted:

Dengar masalah golongan muda

Dengar masalah golongan muda

LANCHANG 26 April – Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO perlu memperhebatkan lagi aktiviti turun padang mendekati golongan muda dan mendengar masalah mereka.

Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, golongan muda mempunyai masalah atau isu tersendiri yang perlu diketahui oleh kedua-dua pergerakan tersebut.

''Adalah menjadi tanggungjawab Pemuda dan Puteri UMNO mendekatkan diri dengan golongan muda supaya semua isu yang membelenggu golongan itu dapat segera diambil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan program Jejak Aspirasi 2011 di Felda Bukit Damar dan Lakum dekat sini, semalam.

Program anjuran bersama Felda dan Jabatan Perdana Menteri itu turut dihadiri Setiausaha UMNO Bahagian Temerloh, Razmi Sudin.

Mohd. Sharkar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata, program turun padang merupakan usaha terbaik untuk memahami masalah penduduk.

Katanya, menerusi aktiviti seumpama itu, segala masalah yang dihadapi penduduk dapat diperhalusi secara mendalam.

"Dengan berkunjung ke rumah golongan memerlukan seperti orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik dan warga emas, ia dapat membantu mereka memperoleh hak masing- masing.

"Misalnya, jika mereka tidak mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita boleh terus mengambil tindakan susulan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penderitaan Idris Baki dapat perhatian Alam Flora

Posted:

Penderitaan Idris Baki dapat perhatian Alam Flora

Penderitaan Idris Baki dapat perhatian Alam Flora


Izzati Iznan (empat, kanan) bersama Nordin Idris (dua, kanan) dan kakitangan Alam Flora melawat Idris Baki di rumahnya dekat Kampung Paya Luas, Temerloh, kelmarin.


TEMERLOH 26 April - Penderitaan seorang kakitangan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) yang menghidap lima penyakit kronik mendapat perhatian pihak pengurusan syarikat itu yang tampil menghulurkan bantuan di kediamannya di Kampung Paya Luas, dekat sini semalam.

Dalam kunjungan itu, Pengurus Besar Alam Flora, Izzati Iznan menghulurkan sumbangan kerusi roda, katil, lampin pakai buang dan barang keperluan harian kepada Idris Baki, 52, yang menghidap darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, masalah jantung dan paru-paru berair.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Paya Luas, Nordin Idris.

Izzati ketika ditemui berkata, pihaknya sentiasa menjaga kebajikan kakitangan terutama yang menghadapi masalah kesihatan.

Kata beliau, pihaknya akan membantu kakitangan untuk meringankan beban yang dihadapi mengikut keperluan serta menanggung persekolahan anak-anak pesakit.

"Kami mahu memberi kesedaran pada semua pekerja bahawa syarikat ini sangat komited dalam menjaga kebajikan mereka dan prihatin dengan masalah yang dihadapi.

"Kami bukan sahaja prihatin pada pekerja malah kepada pihak yang berurusan dengan Alam Flora seperti pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Menurut Izzati, Alam Flora juga menyediakan tempat untuk anak-anak kakitangannya yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di kolej kendalian syarikat DRB-Hicom.

Sementara itu isteri Idris, Shukeriah Md. Saad, 44, berkata, dia terpaksa berhenti kerja sebagai buruh di ladang Felcra untuk memberi sepenuh perhatian dan jagaan kepada suaminya.

Dia rela berhenti kerja kerana mahu menjaga suaminya itu yang memerlukan penjagaan rapi sambil dibantu empat anak mereka.

"Saya sanggup berhenti kerja kerana mahu menjaga suami sepenuhnya yang memerlukan sokongan moral daripada saya untuk sembuh. Sebelum ini suami saya mampu bekerja tetapi sejak lima bulan lalu kesihatannya terganggu dan kini terpaksa duduk di rumah.

"Saya bersama empat anak bergilir-gilir menjaganya dan kami berterima kasih kepada Alam Flora kerana sudi menghulurkan bantuan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPPT 'mini Parlimen' penduduk Temerloh

Posted:

MPPT 'mini Parlimen' penduduk Temerloh

MPPT 'mini Parlimen' penduduk Temerloh


SAIFUDDIN Abdullah (berdiri tengah, baris belakang) bersama P. Kamalanathan dan pemimpin akar umbi selepas Persidangan MPPT Ke-5 di, Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 26 April - Majlis Perundingan Parlimen Temerloh (MPPT) merupakan 'mini Parlimen' kepada penduduk daerah ini untuk membincangkan isu-isu pembangunan di kawasan mereka.

Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, MPPT merupakan platform yang sangat berkesan untuk mendapatkan idea dan pandangan rakyat akar umbi untuk membentuk dasar serta program pembangunan komuniti.

Tegasnya, antara aspek yang diberi tumpuan ialah pembangunan pertanian di samping enam Bidang Keberhasilan Utama Temerloh (TKRA).

"Pada masa sama, anggota mini Parlimen ini perlu menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk meningkatkan kecekapan maklumat dalam perbincangan MPPT," katanya.

Beliau berkata demikian selepas persidangan MPPT, Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) dan Majlis Pembangunan Luar Bandar (MPLB) Kelima di Dewan Tun Razak di sini.

Hadir sama Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan sebagai pemerhati persidangan. MPPT mengadakan persidangan secara terbuka sebanyak dua kali setahun.

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, sebanyak RM60,000 dibelanjakan untuk disalurkan kepada enam TKRA.

Beliau memberitahu, MPPT yang ditubuhkan pada Mac 2008 dianggotai 150 perwakilan yang terdiri daripada ahli politik, pegawai kerajaan, pemimpin dan aktivis masyarakat serta golongan korporat.

Katanya, mereka yang menganggotai MPPT membincangkan pelbagai isu terutama aspek pembangunan komuniti tempatan dalam Parlimen Temerloh.

"MPPT dapat melancarkan pembangunan komuniti, ketelusan dan pengurusan wang rakyat. Ia juga sebagai medan menerangkan dasar dan program kerajaan sekali gus meningkatkan sistem penyampaian kerajaan," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 26 Apr 2011 03:19 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Utusan bukan akhbar perkauman

Posted:

Utusan bukan akhbar perkauman

Utusan bukan akhbar perkauman

UCAPAN penuh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga penasihat Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) pada majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan KVUM di Taman Melawati, Selangor pada 24 April 2011.

SAYA tidak berhasrat untuk berucap pada hari ini kerana bimbang, apakah ucapan saya nanti mempunyai nilai berita atau tidak terutamanya berada di atas pentas hari ini adalah bekas ketua saya sendiri, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga tokoh wartawan.

Tetapi sebagai salah seorang yang lahir daripada Utusan Malaysia, saya fikir saya perlu bercakap.

Bagi saya, KVUM ini telah memainkan peranan yang cukup berkesan kepada veteran-veteran Utusan yang selama ini berjuang untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu. Setiap tahun, badan ini berjaya memberi dividen kepada semua ahlinya walaupun jumlah tersebut mungkin tidak besar tetapi ia cukup bermakna. Ia membuktikan jasa veteran Utusan ini tidak dilupakan.

Saya berharap selepas ini, KVUM lebih kreatif untuk menjana kewangan badan ini terutamanya dengan menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta dan jika boleh badan ini harus memiliki bangunan sendiri untuk memudahkan segala aktiviti berkait dengan urusan kelab.

Mutakhir ini Utusan Malaysia diserang dari segenap sudut, dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah oleh pelbagai pihak. Namun, Kumpulan Utusan bukan hanya sebuah kumpulan persuratkhabaran. Kumpulan Utusan adalah institusi yang menjadi pemangkin kepada kesinambungan nasionalisme Melayu, tanpa mengetepikan kepentingan lain- lain bangsa dan kaum di negara ini.

Kumpulan Utusan diserang mutakhir ini kerana keberanian akhbar ini mendedahkan beberapa perkara dan pada masa yang sama merelevankan isu-isu nasional. Namun pihak yang tidak senang dengan Utusan seolah-olah menganggap isu-isu mengenai agenda Melayu tidak lagi relevan, seolah-olah isu Melayu ini adalah isu yang cauvinis bagi golongan bukan Melayu.

Pada hal, apa yang dibangkitkan oleh Utusan ini cukup relevan dengan masalah nasional. Adakah membangkitkan isu Melayu itu dianggap sebagai perkauman. Bagi saya, Utusan harus menjadi suara kepada keseluruhan orang Melayu dengan tidak sedikit pun berhajat untuk mengetepikan kepentingan lain-lain kaum. Ada media, ada akhbar yang memaparkan isu kaum tertentu tetapi mengapa mereka tidak pula dianggap sebagai cauvinis.

Apa yang diperjuangkan oleh Utusan ini adalah soal bagaimana 'keindukan' negara kita ini harus dipertahankan supaya generasi Y (generasi muda) sedar bahawa apa yang dinikmati oleh mereka sekarang adalah hasil perjuangan nasionalis dalam Utusan serta pemimpin politik terdahulu.

Kita mungkin generasi X (generasi tua) tetapi generasi Y sekarang yang tidak membaca Utusan dan media arus perdana lain merasakan, apa yang dinikmati sekarang adalah kerana meritokrasi mereka sendiri, bukan disebabkan perjuangan terdahulu dan di sinilah peranan yang harus dimainkan oleh Utusan.

Oleh yang demikian, walaupun Perdana Menteri mengatakan bahawa beberapa isu yang dibangkitkan Utusan adalah pandangan pengarang dan bukannya pendirian kerajaan tetapi suara Utusan adalah suara kita, suara orang Melayu keseluruhannya, suara denyut nadi dan pemikiran orang Melayu.

Ya...Sekarang orang Melayu berpecah tetapi, salahkah Utusan yang menjadi darah daging orang Melayu menyuarakan rasa sebenar orang Melayu tanpa disaluti rasa dendam terhadap kaum lain, tanpa mengenepikan teras negara kita sebagai sebuah negara majmuk. Kemajmukkan ini diterima oleh semua tetapi soalnya sekarang adalah usaha pihak tertentu untuk melakukan peminggiran secara sistematik terhadap Utusan yang menjadi suara orang melayu.

Oleh kerana banyak agenda nasional yang diteraskan oleh kerajaan untuk membangunkan orang Melayu masih belum mencapai sasaran, Utusan tidak seharusnya berada di persimpangan hanya kerana serangan daripada pihak yang tidak senang dengan suara- suara orang Melayu. Bagi saya secara peribadi, Utusan kena terus menyuarakan denyut nadi dan pemikiran orang Melayu.

Dahulu, mungkin antara kita mengharapkan sebuah pergerakan politik tetapi pergerakan parti politik itu tidak lagi menyuarakan pemikiran orang Melayu. Mereka yang dulunya cukup lantang kini sudah bertukar menjadi liberal. Jadi, untuk mengharapkan mereka terus bersuara bagi mempertahankan kepentingan orang Melayu, saya tidak fikir mereka akan berani lagi bertindak demikian.

Malah ada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dianggap sebagai terlalu perkauman dan ada pihak tertentu memberi cadangan serta pandangan kepada kerajaan supaya meminggirkan ahli politik yang menerajui NGO tersebut, sedangkan dia bersuara atas platformnya sebagai ahli politik bebas dan sebagai peneraju kepada sebuah NGO demi kepentingan orang Melayu.

Mengapakah ini saya bangkitkan? Saya bangkitkan kerana apakah tidak relevan lagi bagi orang Melayu membangkitkan isu Melayu. Sekali lagi saya tegaskan, tanpa mengetepikan hak dan kepentingan bangsa lain. Kalau orang lain membangkitkan isu mengenai kaum mereka, kita tidak marah tetapi kenapa bila kita bangkitkan mengenai kaum kita, mereka menuduh kita perkauman.

Sebabnya kerana antara kita orang Melayu sudah tidak ada lagi kesatuan pemikiran, tidak ada lagi penyatuan di kalangan orang Melayu. Bila kesatuan itu tidak ada, maka senanglah kita diperkotak-katikkan oleh pihak tertentu tetapi jangan dalam keadaan ini menyebabkan kita seolah-olah berada di satu persimpangan. Kita tidak boleh berhenti di persimpangan, jalan kita mesti lurus.

Kepada pihak yang gemar melabelkan kaum Melayu sebagai perkauman, mereka ini sepatutnya melihat bagaimana toleransinya kaum Melayu. Lihat sahaja kejayaan orang Cina yang tinggal di kampung Melayu, urusan hidup dan perniagaan mereka berjaya kerana dibantu oleh orang Melayu tetapi berapa ramaikah orang Melayu di kawasan kampung baru yang majoritinya masyarakat Cina mampu berjaya?

Apakah mereka dibantu? Saya tidak membangkitkan rasa perkauman tetapi ia sesuatu yang harus kita fikirkan. Adakah hakikat toleransi ini menyebabkan kita terus mahu dipinggirkan.

Pengamal-pengamal media adalah pemikir dan pemikiran yang dicetuskan oleh Utusan bukan hanya untuk generasi terdahulu, hari ini dan generasi Y tetapi orang juga melihat kelak bagaimana relevansi ini harus ada kesinambungan dan bukan hanya sekadar kita mahu menyedarkan orang Melayu tetapi apa yang lebih penting untuk kesinambungan generasi akan datang.

Meskipun kita berhasrat untuk menjadi bangsa yang bertaraf antarabangsa tetapi ia tidak bermaksud kita harus korbankan identiti bangsa kita. Lihat sahaja sebuah negara jiran yang kononnya atas semangat mahu memupuk integrasi dengan memansuhkan sekolah aliran kebangsaan dan sebagainya tetapi akhirnya di mana identiti mereka? Benarlah dari segi wajah kita mampu mengenal pasti siapa mereka tetapi identiti yang menjadi cerminan bangsa itu sudah hilang.

Akhir sekali, saya sekali lagi menyeru Utusan supaya terus menjadi pemangkin kepada denyut nadi orang Melayu, pemangkin kepada pemikiran orang Melayu dan juga pemangkin kepada suara orang Melayu keseluruhannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Apa isyarat keputusan Pilihan Raya Sarawak

Posted:

Apa isyarat keputusan Pilihan Raya Sarawak

Apa isyarat keputusan Pilihan Raya Sarawak

SAYA turut berada di Sarawak ketika pilihan raya negeri tahun 2006 yang ketika itu boleh dijangka dengan mudah tetapi pilihan raya kali ini menguji kekuatan dan kelemahan politik kepartian yang diamalkan selama ini.

Akhirnya, apabila keputusan diumum, ia tidak memeranjatkan terutama yang mengikuti kempen tiga hari terakhir. Malahan, keputusan ini dianggap satu yang istimewa buat Barisan Nasional (BN) dalam suasana politik yang dipenuhi dengan kecemasan dan pelbagai andaian.

Bagi pembangkang, pelbagai kaedah digunakan untuk meruntuhkan moral BN sejak awal sehingga ke hari pengundian tetapi realitinya, pengundi Sarawak masih membekalkan peluang kepada BN untuk membuktikan bahawa ia komited untuk 'menerajui perubahan'. Walaupun pada awal ada tanda-tanda akan berlaku protes, kecewa, merajuk dan marah dengan tingkah laku pemimpin tertentu, kedatangan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN bersama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mengubah sentimen pengundi sekali gus membuatkan imaginasi pembangkang tercalar walaupun berkeyakinan menang dua pertiga di hari pengundian.

Walaupun BN berhadapan dengan satu siri pilihan raya kecil sejak Mac 2008 yang akhirnya keputusan seimbang dan tidak berpihak kepada mana-mana parti, namun pilihan raya negeri kali ini merupakan ujian pertama sejak Najib mengambil alih teraju kepimpinan negara pada April 2009. Keupayaan menang 55 kerusi, kurang tujuh kerusi daripada sebelumnya menunjukkan nilai 'kepimpinan' beliau diiktiraf dalam suasana politik yang tidak menentu.

Walkabout ke serata Sarawak disertai dengan pelbagai program dan aktiviti sepanjang hari oleh beliau dan Muhyiddin memberi keyakinan dan kepercayaan bahawa hubungan 'pusat-negeri' penting bagi majoriti pengundi jika mahukan politik pembangunan diteruskan dan pada waktu yang sama, menghormati pembaharuan persekitaran yang kian mencabar.

Kempen pilihan raya banyak tertumpu kepada 'politik konfrantasi' dan 'politik pujukan'. Pembangkang secara tersusun memberi tumpuan ke atas isu kepimpinan, tanah adat, agama, integriti dan rasuah, manakala BN mahukan proses pembangunan dilihat kemampuan BN untuk mentadbir.

Jika pembangkang cuba mempengaruhi persepsi pengundi dengan politik berasaskan kepada maklumat dan hujah serta teknologi sehingga ribuan membanjiri siri ceramah mereka, BN pula di sebaliknya. Isu yang dibawa menjurus kepada 'kejujuran' Najib untuk meneruskan tradisi perubahan ke atas pembangunan dan bersedia berbincang dan melahirkan kepercayaan ke atas sejarah dan keupayaan semasa.

Kempen rumah ke rumah dan pertemuan dalam kelompok kecil lebih efektif walaupun tidak agresif. Jika pada awal BN dilihat defensif akhirnya kehadiran pemimpin utama tanah air telah memberi nilai tambah ke atas pencapaian BN.

Populariti Najib-Muhyiddin membawa lembaran baru di Sarawak untuk mengimbangi kelesuan nilai kepimpinan negeri. Jaringan kepimpinan akar umbi merupakan hambatan kepada BN dan barangkali SUPP tewas di 13 kerusi kerana hilang hubungan peribadi dengan penduduk setempat terutama di kawasan bandar.

SUPP perlu bertanggungjawab atas kegagalan menawan pusat pentadbiran negeri yakni kekalahan di Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Lintang dan Batu Kawah, kesemuanya di Kuching. Bandar pentadbiran kini dikuasai lima serangkai. Malahan dalam kempen dinyatakan bahawa walaupun pembangkang menjadi ADUN, Kuching akan tetap dibangunkan oleh kerajaan negeri? Keyakinan yang berlebihan pada sejarah yang pengundi akan meneruskan sokongan tradisi sudah tidak relevan jika masing-masing tidak mahu 'berubah' mengikut peredaran masa.

Pemilihan calon juga penting. Bila dikatakan 'winneable candidate', calon mestilah tahu keperluan, kemahuan pengundi dan bukan diri sendiri atau penyokongnya. Lebih daripada itu, bacaan ke atas 'mindset' pengundi perlu dilakukan bukan hanya para strategis tetapi pemimpin sendiri. Kaedah berkempen sudah berubah. Jika masih mahu menggunakan poster lama yang tidak kreatif, hambar dan tidak ada keunikan, sukar menembusi minda pengundi. Kini, trendnya adalah untuk menyelongkar minda dan hati pengundi agar dapat meraih sokongan.

Keterbukaan perlu ada, ruang untuk menyampaikan maklumat dan menerima informasi agar membentuk hubungan dua hala dan bukannya menerusi orang ketiga. Jika pemimpin berjiwa elitis, maka pengundi akan membuktikan bahawa mereka adalah 'raja'. Pemimpin mesti berjiwa muda, berkelayakan dan terlatih menjadi speaker. Kupasan isu secara sistematik, tersusun dan lancar dapat meyakinkan pengundi.

Pemimpin dan sekutu perlu membuat 'home work' dan bersedia awal secara terancang dengan isu yang bakal dibawa oleh lawan supaya mudah menepis apa sahaja isu yang dibawa. Kempen pilihan raya tidak lagi boleh dilayan seperti 'rutin harian' seperti dahulu. Persiapan rapi perlu jika mahu menang dengan bergaya terutama memenangi hati pengundi dengan kepercayaan ke atas isu. Politik angka tidak melihat kepada undi popular tetapi bilangan kerusi yang dimenangi walau dengan satu undi sekalipun.

Isyarat pengundi jelas iaitu terajui perubahan dengan integriti, amanah ke atas hal dan tanggungjawab, serta kejujuran calon dan parti. Malahan, signal sama sudah diberikan oleh pengundi Cina pada pilihan raya negeri 2006. Kenapa tidak ada sebarang langkah diambil di peringkat akar umbi untuk membina semula jaringan hubungan pemimpin dan pengikut apabila sokongan terhakis sebanyak 17 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2001.

Kini mereka menolak habis-habisan. Barang sesiapa bertanding di bandar dengan majoritinya adalah pengundi Cina, mereka boleh menang jika lawannya BN. Itulah hakikatnya walaupun kawasan luar bandar masih meneruskan keyakinan ke atas BN. Parti mesti menampakkan kesungguhan, sekata dan sepakat dalam era merentasi keetnikan dan kelas di Sarawak. Kepimpinan lama dan kepentingan peribadi harus diketepikan dalam kedudukan semasa kerana jika masih berkeras, ia seolah-olah meranapkan semangat, keazaman dan motivasi untuk mengekalkan Sarawak sebagai 'deposit selamat' BN. Apakah kemasukan ahli baru berorientasikan etnik Cina perlu menjadi alternatif?

Pemimpin yang sayangkan parti tanpa membenarkan faktor keluarga dan sanak- saudara mempengaruhi keputusan kebangsaan adalah 'wira bangsa'. Hanya masa dapat menentukan sama ada pemimpin bersedia berundur dengan sukarela ataupun diheret untuk melepaskan jawatan tersebut. Ini kerana walaupun menang di kawasan sendiri, harus disedari ia adalah kubu kuat dan wujudnya semangat assabiyah.

Pemimpin liabiliti perlu memberi ruang kepada Najib untuk mempercepatkan proses penukaran kepimpinan kerana ia akan dilihat bagaimana beliau membantu 'meremajakan' kepimpinan parti. Pelan 'Lautan Biru' dan pemikiran di luar kotak dalam politik hari ini penting kerana ia bukan lagi persoalan siapa benar dan salah tetapi nilai kepercayaan yang tinggi. Malahan, perang psikologi mendominasi pilihan raya kali ini. Bukan sahaja melalui poster dan kain rentang yang mempengaruhi pemikiran pengundi, malah teks ringkas turut dihantar melalui telefon bimbit, Facebook dan Twitter.

PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN

Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 26 Apr 2011 01:30 PM PDT

Kosmo Online - Negara


Dasar belum muktamad

Posted:

Dasar belum muktamad

Dasar belum muktamad


Masalah obesiti berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk pemakanan. - Gambar hiasan


IPOH - Kementerian Pelajaran belum memuktamadkan peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di sekolah sebaliknya ia akan dibincangkan bagi mendapatkan maklum balas semua pihak terutama pengusaha kantin, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian juga belum mengadakan apa-apa perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu dan menyifatkan isu berkenaan bukan terlalu sukar untuk diselesaikan.

"Banyak kenyataan adalah daripada Kementerian Kesihatan sendiri yang mungkin berdasarkan aspek kesihatan, makanan seimbang dan sesuai supaya tidak berlaku kegemukan dalam kalangan pelajar sekolah.

"Saya akan berbincang dengan pegawai di Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan untuk meneliti menu yang sebaik mungkin.

"Isu ini tidak begitu susah diselesaikan, makanan yang mana sesuai, enak dimakan dan tidak membawa kesan ketara, kita tidak perlu halang penjualannya," katanya kepada pemberita selepas menutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lagi kes seleweng diesel subsidi

Posted:

Lagi kes seleweng diesel subsidi

Lagi kes seleweng diesel subsidi

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my


OTHMAN (kiri) bersama pegawainya menunjukkan tangki-tangki yang berisi diesel subsidi yang dipercayai diseleweng di Kuala Langat semalam.


KUALA LANGAT - Selepas kejayaan membongkar kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi Persatuan Nelayan Teluk Intan, Perak di Kawasan Perindustrian Bandar Bukit Puchong di sini Ahad lalu, Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekali lagi berjaya menyekat aktiviti serupa semalam.

Kali ini, serbuan yang dijalankan KPDNKK Cawangan Sepang berjaya menahan seorang pemborong diesel industri yang menyeleweng diesel subsidi sebanyak 69,000 liter bernilai RM128,000.

Turut serta dalam serbuan pada pukul 11.30 pagi ke atas premis di Batu 10, Kampung Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, di sini itu ialah empat anggota Teras Kimia bagi menjalankan ujian penandaan minyak diesel bersubsidi.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Othman Nawang berkata, siasatan awal terhadap pemilik premis yang berusia 40-an itu mendapati dia mempunyai lesen sebagai pemborong diesel industri yang sah bagi mengendalikan diesel industri tetapi bukan diesel bersubsidi.

"Premis milik pemborong ini sudah lima tahun beroperasi di sini manakala lokasi lamanya di Pandamaran, Klang sejak 1965.

"Hasil pemeriksaan, kita menemui empat tangki yang mengandungi 69,000 liter diesel dan ujian kimia mendapati ia positif diesel bersubsidi," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

797 mangsa berjaya diselamat

Posted:

797 mangsa berjaya diselamat

797 mangsa berjaya diselamat

PUTRAJAYA - Seramai 797 mangsa kes pemerdagangan manusia dari 20 buah negara berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa sehingga 31 Mac lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang terdiri daripada 505 wanita, 223 lelaki dan 69 kanak-kanak itu telah mendapat Perintah Perlindungan Tetap (PO) dan ditempatkan di rumah perlindungan.

"Statistik terkini mangsa yang berada di rumah perlindungan sehingga semalam ialah 50 wanita, 55 lelaki dan 23 kanak-kanak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 26 Apr 2011 11:18 AM PDT

Utusan Online - Kota


Resah seorang ibu tunggal

Posted:

Resah seorang ibu tunggal

Resah seorang ibu tunggal

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my


Ramlah Abdul Rahman di hadapan rumahnya yang juga gerai tempat dia berniaga di Jalan Sultan Ismail.


KUALA LUMPUR 25 April - Sudah hampir lima tahun, Ramlah Abdul Rahman, 55, memohon untuk mendapatkan rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan sejak itu, dia tidak pernah berhenti mengharap.

Namun, apabila ibu tunggal itu menerima notis supaya mengosongkan kediaman yang juga tapak gerainya selewat-lewatnya pada 1 Mei ini, dia mula resah, bingung dan tertekan memikirkan masa depan keluarganya.

"Makcik tidak tahu ke mana hendak menumpang berteduh selepas ini kerana selepas tarikh itu, bekalan api dan air juga akan dipotong. Makcik kini cuma berharap rumah PPR sahaja," katanya ketika ditemui di satu kawasan di Jalan Sultan Ismail di sini, semalam.

Sehubungan itu, Ramlah merayu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar mempercepatkan proses permohonan penyewaan rumah PPR yang dikemukakannya pada Jun 2006 dan April lalu.

Dia dan adiknya, Mohamad serta dua anak Mohamad yang menumpang di tanah simpanan milik Uda Holdings, yang sebelum ini dijadikan tempat parkir sejak 1999 itu, mengakui menerima notis pertama pada tahun 2009.

Bagaimanapun, katanya, atas pertimbangan Uda Holdings, Ramlah dan Mohamad dibenarkan tinggal di situ dan meneruskan perniagaan menjual makanan dan minuman untuk pekerja-pekerja kontrak di tapak pembinaan di situ.

"Bagaimanapun, sejak projek pembangunan di sini terhenti hampir dua bulan lalu, perniagaan makcik juga terpaksa dihentikan dan bagi meneruskan kehidupan makcik membuat nasi lemak bungkus dan diletakkan di gerai-gerai berhampiran," ujarnya.

Utusan Malaysia yang berkunjung ke kediamannya sebak sedikit melihat keadaan kediaman keluarga itu berikutan persekitarannya cukup daif dan langsung tidak sesuai dijadikan tempat tinggal, lebih-lebih lagi untuk pembesaran anak Mohamad iaitu Akash dan Aiman yang masing-masing berusia 10 dan 7 tahun.

Gerai dan pondok yang didirikan berhampiran sebatang pokok besar di situ menjadi tempat berteduh dan bermain oleh kedua-dua kanak-kanak itu sejak dilahirkan.

Kata Ramlah, permohonan penyewaan PPR pada 2006 dibuat atas namanya manakala permohonan kedua pada April 2011 pula menggunakan nama Mohamad, namun sehingga ke hari ini, maklum balas yang diterima menghampakan.

Ramlah yang mempunyai empat anak dengan tiga daripadanya sudah berumahtangga berkata, dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya kerana kehidupan mereka juga yang agak sederhana.

Katanya, apa yang lebih menjadi keutamaan mereka sekarang ialah tempat berteduh supaya Akash dan Aiman, yang kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, boleh terus bersekolah.

"Bagaimana hendak mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan, itu boleh diusahakan jika sudah ada tempat tinggal," katanya penuh mengharap.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Towerthon Menara KL tampil kelainan

Posted:

Towerthon Menara KL tampil kelainan

Towerthon Menara KL tampil kelainan

KUALA LUMPUR 25 April - Cabaran Towerthon Menara Kuala Lumpur (KL) edisi ke-10 menampilkan sedikit kelainan berbanding tahun-tahun sebelum ini apabila buat julung kalinya akan diadakan pada waktu malam.

Cabaran tersebut yang akan berlangsung pada 7 Mei depan bakal melibatkan lebih 3,500 peserta termasuk dari luar negara seperti Jerman, Kenya, Amerika Syarikat, Perancis, Iraq dan beberapa negara lagi.

Acara itu mendapat sokongan dan tajaan daripada beberapa syarikat seperti pengeluar minuman 100 Plus dan Red Bull, pengeluar barangan penjagaan diri Johnson and Johnson, Adabi dan Quick Sport.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd. Said berkata, larian pada waktu malam itu diadakan kerana pihak penganjur mahu peserta terutama yang sudah beberapa kali menyertai acara itu merasai sesuatu unik dan berbeza.

Katanya, pada waktu malam, suasananya lebih sejuk dan pasti akan memberi situasi dan cabaran yang berbeza kepada para peserta.

Beliau berkata, Towerthon Menara KL pada tahun ini juga menerima sambutan yang sangat luar biasa dan sudah melebihi 3,000 penyertaan yang disasarkan sebelum ini.

"Larian ini akan bermula pada pukul 8 malam di tempat letak kereta terbuka pekarangan Menara KL dan para peserta kemudiannya akan mendaki 2,058 anak tangga di menara itu," katanya di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Zuraidah memberitahu, larian yang dibahagikan kepada 12 kategori itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000.

Katanya, tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Mei ini dan orang ramai yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di Menara KL, Muzium Telekom atau di laman web www.menarakl.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

WI cari wanita muda jadi ahli

Posted:

WI cari wanita muda jadi ahli

WI cari wanita muda jadi ahli

KLANG 25 April - Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI), Kampung Raja Uda Pelabuhan Klang berharap dapat menambah lebih ramai ahli daripada kalangan wanita muda.

Pengerusinya, Raja Maizan Raja Salleh berkata, sebagai antara badan bukan kerajaan (NGO) tertua di Semenanjung, WI memerlukan tenaga pelapis untuk meneruskan aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan dan amal yang dilaksanakan selama ini.

"Kami berharap WI akan mendapat sambutan kalangan wanita muda yang dapat membantu menaikkan nama WI kerana saya akui pertubuhan ini agak kurang dikenali di kalangan mereka yang muda walaupun kami NGO yang paling aktif di Klang," katanya.

Menurut Raja Maizan lagi, ahli-ahli WI di Kampung Raja Uda kini mencecah 184 orang dan beliau berharap angka itu akan bertambah selepas ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 26 Apr 2011 09:44 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Lelaki Y Anwar

Posted: 25 Apr 2011 09:48 AM PDT

apa nak dilayan nobody tu? dia bukannya somebody pon. ini adalah petikan yg wajar kita baca. Zulnordin punya! Best!

Salam 2 all.

Arakian tersebut satu kisah, seorang Pak Yangoat yang terkenal dengan 'abidnya. Dahinya hitam, janggutnya Bin Laden pun bisa nangis dong. Tiap masalah pasti akan disolathajatkan..alhamdulillah. Satu ketika, banjir datang melanda, hingga mencecah bumbung rumah. Berlarilah Pak Yangoat keatas bumbong sambil menadah tangan mohon bantuan. Tiba-tiba lalu Pak Taming mendayung sampan. "Jom naik Pak Yangoat, kita ke pusat pemindahan". Pak Yangot sambil tersenyum berkata, "timaseh Pak Taming, insyallah ana dah buat hajat, nanti ALLAH akan tolong ana". Lalu Pak Yangoat terus menadah mohon pertolongan, sambil air makin naik.

Tiba-tiba lalu bot penyelamat bomba, "cepat naik Pak Yangoat, air makin naik". "Takpa, kejap lagi ALLAH akan tolong", sambil mulut Pak Yangoat berkomat kamit mohon bantuan. Akhirnya air sudah keparas dada, tiba-tiba datang helikopter TUDM sambil mencampakkan tangga penyelamat, "cepat naik Pak, air besar akan naik kejap lagi". "Takpa encik, ALLAH akan bantu saya", lalu Pak Yangoat terus menadah sambil kumat-kamit mohon bantuan. Dan datanglah air besar, hanyut dan mati lemaslah Pak Yangoat.

Dihadapan ALLAH, Pak Yangoat komplen, "ya Robb, aku hambaMu yang tunduk pada Mu. Tiap masalah aku pasti aku solathajatkan, hingga lebam dahiku. Kenapa Kau tidak menolong aku dikala aku kesukaran menghadapi banjir, hingga aku mati kelemasan, mengapa ya ALLAH!". Lalu ALLA Yang Maha Esa menjawab, "Aku dah hantar sampan, Aku dah hantar bomba, dan Aku hantar helikopter TUDM lagi, kenapa mike tak naik yop!!!".

Teman saja bawak cerita diatas yop, bila terkenangkan dah berkenjah solat hajat dibuat untuk mendapatkan kebenaran dalam isu membabitkan manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Seingat teman, solat hajat dah dibuat merata tempat. Malah malam pertama Anwar dipecat Tun Mahathir, solat hajat dibuat diBukit Damansara, diimamkan oleh Ustad Razali Nawawi. Segala macam imam sudah mengetuai solat hajat. Termasuk ke segala pesantren dan pondok di Selatan Thai, Indonesia, Filipina, sampailah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menganjurkan solat hajat untuk ALLAH tunjukkan kebenaran dalam isu manusia anugerah tuhan ini!

Malah mangsa liwat Anwar iaitu stafnya sendiri Saiful Bukhori Azlan pun pernah buat solat hajat di hadapan Ka'bah dan di Masjid Nabawi memohon kebenaran di tunjukkan oleh ALLAH. Bukan sahaja solat hajat, sumpah la'nat pun Saiful dah buat. Paling akhir Rabu Jamadil Awal 1432 bersamaan 06 Apr 2011, sekali lagi solat hajat dibuat secara besar-besaran untuk mendapatkan petunjuk haq dan kebenaran. Tetapi sehingga kini mereka yang taksub masih tidak dapat melihat kebenaran.

Persoalannya, adakah ALLAH sudah tunjukkan kebenaran itu? Bagi mereka yang taksub dengan manusia anugerah tuhan ini, kebenaran itu bagi mereka hanya jika mereka lihat Saiful muncul berkudis sopak, ataupun Tun Mahathir jadi sewel, ataupun manusia taksuban mereka bersemayam di Putrajaya. Sebab itu jika ada isyarat lain mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu & Buta. Sebagaimana kaum Yahudi & Nasara dahulu, mereka menunggu-nunggu kebenaran kenabian datang, tetapi dalam kepala mereka sudah diindoktirnasikan bahawa Nabi akan datang itu ialah Yahudi. Bila Nabi Muhammad saw, seorang 'Arab Makkiyun datang, dengan segala isyarat haq dan kebenaran kitabiah, Yahudi & Nasara menolaknya, kerana Rasulullah saw bukan Yahudi! Itu sahaja!

Bagi para penaksub ini, cuba renung-renungkan apa isyarat, bukti dan keterangan yang ALLAH telah hantar setakat ini:

1. Anwar terbukti seorang pembohong. Satu bukti jelas ialah pembohongan 16 Sept. Satu dunia dia temberang dan kelentongnya. Ini semua orang, satu duniawi tahu, kecuali yang PBB aje yang buat tak tahu. Tidak ada yang jelas melainkan jelasnya pembohongan Anwar dalam konspirasi 16 Sept ini! Kalau satu dunia Anwar boleh auta dan kelentong, dan masih juga ada yang PBB terus menyokong, bayangkan apa lagi pembohongan & penipuan yang manusia "anugerah tuhan" ni boleh buat!!

Tidak pernah ke mike nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 Sept, dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta ma'af, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal-hal lain!! Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar yop!!

2. Saiful yang mengadu menjadi mangsa liwat Anwar adalah staf dia sendiri. Anwar yang temuduga Saiful, Anwar yang ambil Saiful bekerja, Anwar yang bayar gaji Saiful, Anwar yang bawak Saiful makan angin ke Hong Kong, Bangkok & Singapura (walaupun baru beberapa minggu bekerja sebagai "errand staff"), tau-tau Anwar kata Dato' Sri Najib yang bersalah!!! Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Saiful. Sampai ada yang mintak biar Saiful cacat, gila, kena sopak, jadi sewel dan macam-macam lagi. Sebaliknya Saiful bukan sahaja bersumpah dalam Masjid mengadu Anwar meliwat dia, malah berangkat mengerjakan haji bersama ibu tercinta dan berdoa di Gua Hira' dan dihadapan Baitullah & Masjid Nabawi! Yang dok kelam kabut, dengan macam-macam caca merba & pasembor, dengan macam-macam pembongkaran dimunculkan, ialah Anwar, bukan Saiful!

Tidakkah pernah mike nak bertanya dalam hati kecil mike yop, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah la'nat. Mengapa yang kelihatan semakin "dila'nat" bukannya Saiful tapi dia? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar yop!!

3. dalam kes tuduhan meliwat Saiful Bukhori, pihak pendakwaraya mengemukakan pelbagai keterangan dan bukti, saksi, doktor, pakar kimia, pakar forensik, pakar DNA dan macam-macam lagi! Dan yang paling terang bukti & keterangan ialah adanya baki sperma seseorang dikenali sebagai Jantan-Y dalam karung kunyit Saiful. Dan Anwar hanya perlu berikan sampel DNA dia (darah, air liur, peluh, rambut, kuku dll, anything yop). Jika benar dakwaan Anwar bukan dia yang mengunyit Saiful, pasti DNA Anwar dan DNA Jantan-Y tidak akan "matching". Dan jika itu betul, bukan sahaja Anwar akan terlepas bebas, silap-silap mahkota Putrajaya pun dia boleh dapat.

Tidak pernah ke mike nak bertanya dalam hati kecil mike tu yop, kenapa Anwar liat sangat nak bagi sampel DNA tu yop; sedangkan dia tidak rugi satu habuk pun jika menyerahkan sampel DNA tu kepada Mahkamah jika dia yakin benar! Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

4. dalam kes videoklip terbaru, tak pasal-pasal manusia anugerah tuhan melenting kata itu bukan dia; walaupun tidak ada sesiapa pun yang tuduh dia, apatah lagi nak tuduh dia "menyudu" pelacur Cina tu. Anwar kata pada masa kejadian dia sedang sibuk bertweet, dan jam Omega yang dijumpai Datuk Eskay sebenarnya ada dengan isteri tercinta. Maka habislah keluar segala agamawan dan ustadwan, dengan macam-macam patwa qazaf dan lain-lain., siap memfasikkan dan mengkapiorkan orang lain yang memberi pendapat berbeza. Isunya bukan kita menuduh Anwar berlacur atai berzina, tetapi isunya ialah adakah videoklip itu tulin, dan siapa watak-watak didalam video tu. Tak timbul langsung tuduhan zina, rogol, atau melacur.

Tidak pernah ke mike semua nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kenapa twitter Anwar kosong daripada jam 09.30mlm-11.30mlm? Kenapa Anwar & Azizah liat sangat nak tunjukkan jam Omega spesial edition tu kalau betul ada dengan mereka? Kenapa Datuk Eskay rakan baik Anwar sendiri dedahkan videoklip ini? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

5. Karpal Singh beriya-iya nak jadi peguam Anwar dalam kes pertuduhan meliwat stafnya Saiful, dan Anwar beriya-iya mahukan Karpal membelanya. Tetapi Karpal Singh inilah orang yang sama yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar pada 22.10.1997 dalam Parlimen & dalam ceramah DAP di Hotel Federal KL. Dia yang ceritakan kepada pimpinan PAS sehingga mereka pangill dia "Anwar Al-Juburi". Dia yang jadi loyer Azizan & Umi Hafilda. Dia yang desak Anwar bertaubat & letak jawatan setelah pembohongan 16 Sept terbongkar. Dan inilah Karpal yang sama yang mengisytiharkan "perang" terhadap Islam apabila menentang cita-cita PAS nak mendirikan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam dengan perisytiharan "over my dead body". Dan mentor mereka Lee Kuan Yew pernah mendedahkan bahawa Bahagian Risikan Singapura & Australia mempunyai bukti teknikal Anwar terlibat dengan kegiatan tidak bermoral!!!

Tidak pernah ke mike semua nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kenapa Karpal penentang negara Islam ni beriya-iya nak jadi loyer Anwar? Adakah dia & sekutu DAPnya ada agenda tersendiri? Adakah Anwar sudah berada dibawah cengkaman mereka? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

6. Sejak daripada awal lagi, seorang-demi seorang sahabat baik dan rakan karib serta orang kepercayaan Anwar meninggalkan beliau, dan semuanya atas sebab yang sama - tidak percaya kepada Anwar, politikus yang rakus, cakap tak serupa bikin, hanya berminat nak jadi Perdana Menteri, punya masalah moral yang serius, dikhianati Anwar, pembohong dan lain-lain. Sejak Professor Dr. Chandra Muzaffar, Zainur Zakaria, Ezam Mohd. Nor, Datin Saidatul, Anuar Shaari, Hajjah Aminah, Datuk Jefrey Kitingan, Roslan Kassim, Ng Lum Yong, YB Gobalakrishnan, YB Wee Choo Keong, YB Mohsin, YB Datuk Seri Zahrain, YB Dominique, Professor Dr. Uthman Muhammady, Dr. Mohd. Yusri, Datuk Syazryl Eskay, rakan-rakan pengasas ABIM, dan ramai lagi mereka yang terkenal dengan kewibawaan dan integriti yang baik. Dan kesemua mereka tidak duduk diam selepas meninggalkan Anwar, malahan sebaliknya hampir semua memilih untuk mendedahkan topeng sebenar Anwar, bak kata Datuk Seri Zahrain, "bagai raksaksa pelbagai wajah". Dan sebaliknya yang masih merapati manusia anugerah tuhan ini ialah Michael Danby (MP pejuang gay Australia), Paul Wolfowitz (Yahudi yang menjadi akitek serangan Iraq/Afghanistan), Martin Indyk (Yahudi bekas Duta US ke Israel), James Wolfehnson (Yahudi bekas Presiden Bank Dunia), Al Gore (Yahudi bekas Naib Presiden US), William Cohen (Yahudi bekas Setiausaha Pertahanan US), Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan ramai lagi!

Tidakkah pernah mike semua nak bertanya didalam hati kecil mike tu, kenapa ramai rakan baik dan kepercayaan Anwar lari dan kini menentang dia secara terbuka? Mengapa para gay, pejuang homoseks & lesbian, para Yahudi & kafirun harbi kekal menyokong manusia anugerah tuhan ni yop? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu ALLAH hantar yop?

Sebenarnya yop, banyak lagi isyarat-isyarat dan petanda-petanda yang telah ALLAH hantar. Persoalannya ialah mengapa kita tidak mahu melihat dengan 'ainul-yaqeen-mata keimanan berdasarkan Al Quran & Sunnah. Mengapa kita tidak mahu menggunakan aqal yang ALLAH anugerahkan untuk berfikir. Otak itu ALLAH anugerahkan bukan untuk buat sup yop, tetapi untuk berpikior!!! Maka berfikirlah yop!

Nanti bila sampai depan ALLAH, kelak kita ditanya mengapa kita tidak mahu berfikir dan menggunakan aqal; jangan kita jawab "teman udah buat solat hajat berkajang-kajang nunggu kebenaran, tetapi mike tak hantar-hantar wahai ALLAH. Tak pasal-pasal ALLAH akan tempelak kita dengan berfirman:

"Aku dah hantar 16 Sept, Aku dah hantar Saiful, Aku dah hantar DNA, Aku dah hantar videoklip, Aku dah hantar rekod twitter, Aku dah hantar jam Omega, Aku dah hantar Eskay, Aku dah hantar Karpal Singh dan macam-macam lagi petanda, bukti dan isyarat telah Aku hantar! Ate, ngape mike tak nampak kebenaran tu lagi ke yop? Apa yang mike nak ALLAH hantar lagi yop?

Teman menutup tulisan ini dengan satu firman ALLAH dalam satu surah yang cukup terkenal dikalangan orang Melayu, iaitu surah Yaasin (ayat 7-10). Ingatan ini adalah untuk diri teman, dan mereka yang masih punya sedikit kelumit keimanan:

"Sesungguhnya telah pasti berlaku ketetapan siksaan ALLAH terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman (mempercayai). Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu dileher mereka, lalu tangan mereka terangkat ke dagu, maka kerana itu mereka menjadi terdongak. Dan kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada pangkat dan hartabenda sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) dihadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) dibelakang mereka (pada hari kiamat). Lalu kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). Maka (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka; samada engkau beri amaran (peringatan) kepada mereka, atau engkau tidak memberi amaran (peringatan) kepada mereka mereka tetap tidak akan beriman (mempercayainya)" (rujukan kepada Tafsir pimpinan Ar-Rahman & Al Quran & Terjemahan (Khadaamun Haramain Sa'udi).

Jadi persoalan besar yang teman nak tanya diri teman dan mike semua yop, tidakkah terpikior yang ALLAH mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk dan kebenaran tu yop! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop!

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH menjadikan tulisan dan peringatan ini kebaikan untuk diri teman dan mereka yang masih beriman, dan semoga ALLAH memberikan keberkatan dan menjauhkan teman dari segala sifat dengki, dendam dan takabbur, dan menjadikan tulisan ini sebagai suatu 'ibadah guna untuk mendekatkan diri lebih kepada ALLAH. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita akan kembali. Astaghfirullah hal 'azheem.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
07 Jamadil Awal 1432
11 April 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah

Posted: 25 Apr 2011 09:46 AM PDT

MukaDepan

pix_gal0
KUALA LUMPUR: Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

"Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal," katanya kepada Berita Harian semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti.
Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.

"Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan," katanya.

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tengok Baik2 Ye...

Halwa Telinga

My Blog List

Senarai Blog Saya

Selalu Baca