Khamis, 14 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Johor

Posted: 14 Apr 2011 09:52 AM PDT

Utusan Online - Johor


Ikut jejak bandar Weifang

Posted:

Ikut jejak bandar Weifang

Ikut jejak bandar Weifang

Oleh AZIZI MAJID
johor@utusan.com.my


Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang boleh dijadikan platform kepada pengusaha untuk membina kilang pengeluaran layang-layang.


JOHOR BAHRU 13 April – Penggiat permainan layang-layang dan wau di negeri ini disaran agar mengikut jejak langkah pemain di bandar Weifang, China yang menjadikan layang-layang sebagai satu bidang perniagaan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang, A. Rahim Nin berkata, Weifang yang dikenali sebagai 'Bandar Layang-layang' sememangnya terkenal kerana mempunyai beberapa kilang membuat layang-layang sendiri.

Beliau berkata, layang-layang pada masa kini sudah banyak mengalami perubahan termasuk dari segi bentuk dan saiz dan ia berbeza-beza mengikut sesebuah negara.

"Layang-layang kini sudah menjadi salah satu sukan yang semakin popular di seluruh dunia termasuk di negara ini dan kesempatan tersebut harus digunakan oleh penggiat layang-layang di negeri ini.

"Mereka mungkin boleh membuka kilang membuat layang-layang secara kecil-kecilan terlebih dahulu sebelum memperbesarkan lagi operasi apabila perniagaan semakin berkembang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

A. Rahim berkata, pihaknya juga amat berbesar hati sekiranya industri layang-layang ditempatkan di Pasir Gudang memandangkan bandar tersebut amat dikenali sebagai lokasi penganjuran festival layang-layang bertaraf antarabangsa.

Katanya, pihak-pihak berkaitan juga harus memberi sokongan dari segi kewangan dan lain-lain bagi memastikan usaha berkenaan dapat direalisasikan.

Katanya, Pasir Gudang dan Weifang akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi mewujudkan 'Bandar Layang-layang Berkembar' pada satu majlis Jumaat ini sempena Festival Layang-layang Sedunia Weifang Ke-28 yang akan berlangsung dari 16 hingga 18 April ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengusaha diseru belajar CPR

Posted:

Pengusaha diseru belajar CPR

Pengusaha diseru belajar CPR

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
johor@utusan.com.my


Robia Kosai (kanan) ditunjuk cara melakukan CPR oleh Dr. Mohd. Amin Moyidin (tengah) sambil diperhatikan Roslan Baba di Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 13 April – Kesemua pengusaha taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) diseru menyertai kursus Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) bagi meningkatkan tahap keselamatan kanak-kanak atau pelatih orang kurang upaya (OKU).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, kursus sehari anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri itu mula diperkenalkan bulan ini dan Johor terpilih sebagai negeri pertama melaksanakannya.

"Kursus dikendalikan oleh pegawai perubatan iaitu doktor yang akan memberi ilmu kepada peserta dari segi teori, praktikal serta menjalani ujian dan diberi sijil perakuan, bertujuan memberi bantuan pertama apabila berlaku sebarang kecemasan di taska mahupun PDK.

"Untuk itu kita beri peluang selama setahun kepada para pengusaha taska dan PDK untuk menghadiri kursus tersebut dan mulai April tahun depan ia akan dikuatkuasakan sebagai syarat untuk membuka dan mendaftarkan institusi terbabit," katanya kepada para pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kursus Pengenalan CPR di Dewan Asrama Akhlak, Kempas di sini baru-baru ini.

Kursus dengan penyertaan 200 orang itu turut dihadiri Pengarah Kesihatan Johor, Dr. Mohd. Khairi Yakub dan Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Roslan Baba.

Robia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang berkata, CPR merupakan satu teknik menyelamatkan nyawa yang perlu diketahui oleh masyarakat jika berlaku kecemasan seperti serangan jantung, tercekik makanan, tersedak susu, lemas, renjatan elektrik dan banyak lagi.

"Dengan pengetahuan asas CPR, peluang untuk menyelamatkan mangsa amat cerah sementara menunggu bantuan perubatan tiba," katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Robiah menyatakan terdapat 217 taska di negeri ini namun sebahagian besar masih belum berdaftar dengan JKM.

Jelasnya, berdasarkan rekod, terdapat 118 taska yang pernah mengemukakan permohonan mendaftar, 64 taska lagi tidak pernah mengemukakan permohonan sementara hanya baki 35 lagi mempunyai perakuan pendaftaran yang sah daripada JKM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 14 Apr 2011 09:02 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Farah pengawal peribadi digeruni

Posted:

Farah pengawal peribadi digeruni

Farah pengawal peribadi digeruni

Oleh ROSMAH DAIN
Gambar ASMARUDDIN JAMALUDDIN


Farahirda Mohd. Tahir (depan) bersama rakan-rakan di CPPTS.


MELIHAT bentuk fizikalnya yang kecil molek, ditambah dengan kelembutan seorang wanita, siapa sangka gadis genit ini sebenarnya seorang pengawal peribadi yang tangkas dan digeruni.

Farahirda Mohd. Tahir, baru berusia 23 tahun, namun minatnya terhadap kerja-kerja lasak membawanya kepada kerjaya yang jarang diceburi anak-anak gadis sebayanya.

Berasal dari Puchong, Selangor, Farahirda atau lebih senang disapa Farah mengakui cita-citanya terawal ialah untuk menjadi seorang anggota polis.

Namun apabila dia memilih untuk menjadi seorang pengawal peribadi nyata profesion itu cukup serasi dengan jiwanya.

''Ayah saya bekas tentera. Dari kecil saya sebenarnya minat dengan aktiviti lasak dan saya mengotakan cita-cita saya sekarang. Apa yang penting keluarga saya menyokong kehendak saya untuk menjadi seorang pengawal peribadi," tambah anak sulung daripada empat adik-beradik itu.

Farah yang agak pendiam mengakui, tugas sebagai seorang pengawal peribadi tidak memerlukan dia bercakap banyak agar senang menyimpan rahsia prinsipal (majikan) yang diwakili.

Ditambah dengan sosok fizikalnya yang kecil dan ada ketika mengenakan baju kurung, menyebabkan ramai orang tidak tahu dia sedang bertugas sebagai pengawal peribadi. Situasi itu memudahkan dia melakukan penyamaran (undercover).

Berkemahiran menggunakan senjata api termasuk pistol, gadis ini juga berkebolehan dalam seni pertahanan diri tae-kwando dan terlatih dalam teknik-teknik tindak balas wanita atau women response techniques (WRT).

Semua kelebihan itu membolehkan dia sebagai tenaga pengajar teknik WRT kepada peserta kursus terdiri daripada golongan wanita anjuran CPP Training & Services Sdn. Bhd. (CPPTS).

Mendapat pendidikan akhir dari Sekolah Menengah Rawang Utama, Selangor, Farah tidak pula pernah terfikir bahawa kerjaya yang diceburi ini sebagai satu yang luar biasa bagi wanita.

''Saya memilih satu bidang yang menuntut komitmen saya sepenuhnya ditambah pula kerjaya ini dimonopoli oleh golongan lelaki.

''Namun sepanjang penglibatan dalam bidang ini, rakan-rakan memberikan bantuan yang diperlukan dan menyokong saya,'' jelasnya yang mengakui tugas seorang pengawal peribadi memerlukan seseorang itu bukan sahaja kuat fizikal malah mental.

Farah mengakui tugas yang dipikul bukanlah mudah. Selain perlu peka, berkemahiran dan bersedia, dia perlu berwaspada terhadap apa sahaja kemungkinan yang tidak dijangka berlaku terhadap prinsipal.

Bukan itu sahaja, dia juga perlu berhadapan dengan kerenah prinsipal yang dilindungi.

''Sebagai pengawal peribadi wanita, saya selalu ditugaskan untuk melindungi isteri-isteri dan anak-anak orang-orang kenamaan serta mereka yang 'berada'," tegasnya.

Mengimbau kenangan sewaktu menjalani kursus intensif pengawal peribadi di CPPTS selama lima hari, katanya, ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu peritnya kursus latihan ala-komando yang dijalani bersama rakan-rakan lelaki lain.

''Direndam dalam kolam yang sejuk selama 12 jam adalah perkara yang saya tidak boleh lupa sampai sekarang. Namun Alhamdulillah, segala dugaan itu saya dapat tempuhi dan saya selamat menamatkan kursus dengan cemerlang," katanya.

Apabila ditanya adakah dia tidak takut dengan kemungkinan buruk apabila berlaku kecemasan yang menjadikan nyawanya sebagai taruhan, gadis ini memberitahu, itu semua sudah sedia dimaklumi.

Namun dari segi prinsipnya, apa-apa sahaja kecemasan yang berlaku, prinsipal perlu dilindungi waima dengan apa sahaja oleh seorang pengawal peribadi termasuk menghalang dengan tubuhnya sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dirogol kekasih kerana cinta

Posted:

Dirogol kekasih kerana cinta

Dirogol kekasih kerana cinta

Oleh ROSMAH DAIN

SEBAIK bertemu gadis berusia 20 tahun ini di sebuah tempat pelancongan di luar negara dan setelah memperkenalkan diri masing-masing yang berasal dari Malaysia, dia mula berbicara dengan galaknya.

Gadis anggun dengan calitan mekap nipis di wajah mengungkapkan kata, dia mengambil peluang untuk beristirehat di kawasan itu untuk mencari ketenangan dan lari daripada insan yang disayanginya.

Kata Rani (bukan nama sebenar) kasihnya yang terlalu mendalam terhadap seorang lelaki berusia 25 tahun telah menjadikan dirinya mangsa dalam tempoh setahun perkenalan.

''Saya amat menyayanginya kerana saya rasa inilah baru pertama kalinya saya rasa amat dihargai. Saya diperkenalkan dengan ibunya, balik dan pergi kerja dijemput. Ibunya juga sangat mesra dengan saya. Saya tidur di rumahnya dan segala-galanya disediakan untuk saya," kata Rani.

Beberapa bulan berkenalan kata gadis itu, kasih dan sayang Hisham (bukan nama sebenar) terhadapnya semakin menekan.

Dek cemburunya yang keterlaluan, Rani tidak boleh lagi pergi ke mana-mana tanpa pengetahuan Hisham. Lama-kelamaan kehidupan Rani jadi seperti kerbau dicucuk hidung. Gerak-gerinya diperhatikan, apa sahaja yang dilakukan perlu mendapatkan persetujuan daripada Hisham.

''Mula-mula saya tidak perasan, tapi lama- kelamaan saya rasa dia terlalu mengongkong saya. Setiap 10 minit sekali pasti dia menelefon bertanyakan apa yang sedang saya lakukan atau saya sedang bersama siapa.

''Seminggu selepas perkenalan kami dia sudah mula menampar wajah saya sekiranya dia mendapat tahu saya keluar makan dengan rakan-rakan sekerja lain tanpa kebenaran daripadanya. Bila keluar makan dia akan menjemput saya untuk makan bersama menjadikan saya sudah tidak dapat lagi bersama kenalan dan rakan-rakan," jelasnya.

Jelas Rani, kehidupannya di rumah sewa pun Hisham mahu ambil tahu. Sehinggakan kunci rumah pun dia yang pegang. Namun begitu Rani tetap mengambil pendekatan mendiamkan diri. Ibu dan keluarga di kampung tidak diberitahu apa yang terjadi terhadap dirinya.

Menurut Rani, atas nasihat rakan-rakan yang simpati, dia cuba menjauhkan diri daripada Hisham. Namun, ke mana sahaja dia melarikan diri, Hisham akan dapat menjejaknya.

Peritnya, apabila dia ditemui, pemuda itu pasti akan memukulnya sehingga berdarah kononnya sebagai balasan atas apa yang dilakukan Rani.

''Saya cuba membuat laporan polis. namun apabila saya hendak bertindak demikian, Hisham pasti datang kepada saya memohon keampunan dan kemaafan daripada saya dan menyatakan dia amat menyintai saya sehinggakan tiada apa yang boleh memisahkan kami,"katanya.

Suasana tenang kembali. Rani cuba mengambil pendekatan memaafkan Hisham dan cuba memulakan kehidupan baru bersama lelaki itu tambahan pula gadis ini amat menyintainya.

''Seterusnya, seminggu berlalu apabila dia mula melakukan kekerasan semula. Justeru, saya berazam untuk menjauhkan diri.

"Entah bagaimana dia datang ke rumah sewa saya. Kebetulan hari itu teman serumah tiada. Dia memecahkan pintu bilik sewa saya dan kemudian bertanya kepada saya mengapa saya cuba melarikan diri daripadanya," katanya.

Kali ini Rani tidak lagi mampu menjawab. Hisham bertindak mencekak rambut Rani dan kemudian menghentakkan muka Rani ke dinding menyebabkan hidung dan mulut Rani berdarah.

''Apa yang saya tidak sanggup hadapi ialah ketika dia mencampakkan saya ke lantai dan membuka baju tidur saya dan kemudian merogol saya dalam keadaan saya tidak bermaya.

''Ketika dirogol saya tidak sedar dan setelah tersedar dua jam kemudian saya melihat diri tidak berpakaian dan Hisham menangis di sudut katil memerhatikan saya," jelasnya.

Sambil Hisham menyatakan beribu penyesalannya, Rani berkata, dia menguatkan diri untuk bangun dan bergegas berpakaian dalam keadaan terhuyung-hayang.

Ketika itu Hisham tetap juga menangis dan merayu agar Rani tidak meninggalkannya dan menyebut bahawa dia melakukan itu semua atas dasar terlalu mencintai gadis itu.

Namun Rani terus berjalan keluar dari rumah sewanya dan nekad menghubungi abang-abangnya untuk memberitahu perkara sebenarnya.

Sampai di saat itu Rani berhenti. Katanya, Hisham telah dipukul oleh abang-abangnya dan kemudian dibawa ke balai polis manakala dia sendiri menjalani prosedur rawatan rogol di sebuah hospital akibat trauma. Hisham turut menjalani rawatan mental.

Rani menambah, biarpun hampir enam bulan sejak peristiwa itu berlalu namun tidak semudah itu dia melupakan peristiwa hitam yang menyakiti dirinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 14 Apr 2011 01:17 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Pecah monopoli lelaki

Posted: 13 Apr 2011 03:33 PM PDT

Ratu

Wanita pertama bergelar Pengarah Jualan Goodyear Malaysia

DUA tahun berturut-turut, peneraju utama sektor pembuatan tayar Goodyear diiktiraf sebagai jenama Paling Dipercayai dalam kategori tayar di Malaysia oleh Reader's Digest.

Untuk berada di tahap itu, pastinya kerjasama semua pihak memainkan peranan penting dan apabila membabitkan sesuatu produk, unit jualan juga tentunya menjadi penyumbang paling utama. Bagi Pengarah Jualan Goodyear Malaysia, Ivy Peng, menjawat jawatan utama di syarikat yang mempunyai nama kukuh seperti Goodyear adalah antara cabaran berat perlu didepani apatah lagi apabila sektor diceburinya itu dikatakan dimonopoli lelaki.

Kata wanita ramah yang selesa disapa sebagai Ivy itu, tempoh 15 bulan di Goodyear masih terlalu singkat baginya untuk merumuskan sama ada bidang baru diceburinya itu terlalu lasak atau tidak sesuai untuk wanita sepertinya.

"Namun, apa yang saya boleh katakan, industri berat yang menjadi cabang rezeki baru saya ini sebenarnya cukup terbuka, tidak memihak kepada mana-mana gender. Malah, paling saya suka, kebanyakan pemain industri yang ditemui terdiri daripada pasangan suami isteri. Mereka membuatkan saya selesa," kata wanita berusia 49 tahun itu ramah.

Melihatkan kredibiliti dimiliki Ivy dalam bidang jualan, pastinya ramai tidak menyangka, dia sebenarnya pemilik Ijazah Sarjana Muda jurusan Kimia dari Universiti Malaya sebelum memutuskan menyambung pengajian dalam bidang pemasaran di The Chartered Institute of Marketing, United Kingdom.
"Selama 23 tahun saya di Kodak, menjawat jawatan demi jawatan sebelum memutuskan berhenti demi keluarga serta anak-anak. Kemudian, ditawarkan posisi Naib Presiden di syarikat pengurusan perniagaan.

"Apa yang ingin saya katakan, gabungan kedua-dua bidang iaitu teknikal dan pemasaran banyak membantu saya berjaya dalam kerjaya," katanya.

Paling membanggakan, Ivy juga mencatat sejarah sebagai wanita pertama memegang jawatan sebagai Pengarah Jualan di Goodyear Malaysia sejak ia ditubuhkan selama 39 tahun.

"Ramai membayangkan, saya bakal berdepan tekanan dan cabaran apabila duduk di kerusi sekarang, tapi saya lebih gemar mengambil pendekatan bijak terutama apabila berurusan dengan kakitangan serta pelanggan.

"Setiap pemimpin punya cara serta kredibiliti sendiri dalam menyempurnakan tugas dan saya percaya, dengan bekerja seiring, wawasan diperjuangkan semua kakitangan mampu membentuk sefahaman sekali gus mewujudkan semangat berpasukan antara kami semua," katanya.

Di Goodyear, jabatan diterajui Ivy bertanggungjawab bekerjasama dengan kumpulan lain dalam menjana peningkatan jualan produk terutama melalui sesi latihan bersama pengedar.

"Apabila memahami kehendak industri terutama melalui hubungan bersama pengedar, secara tidak langsung saya sendiri dapat mencari idea demi memantapkan lagi jualan produk mengikut kehendak mereka," katanya yang menjadikan mendiang ibu sebagai idola.

Tingkahnya, ibu adalah individu yang bertanggungjawab membentuk sifat dirinya sekarang dan beliau yakin, keterbukaan serta sifat positif dalam kehidupan adalah kunci utama kejayaan seseorang.

"Walaupun saya anak perempuan, ibu tidak pernah menghalang bidang ingin diceburi, malah sokongan dan dorongan seperti doa yang tanpa henti memberkati hidup saya," katanya.

Begitupun, Ivy juga tidak menafikan, sokongan suami juga rahmat baginya kerana beliau akur, apabila bergelar wanita bekerjaya, tugas sebagai isteri dan ibu akuinya sedikit terganggu.

"Tapi mereka sangat memahami. Justeru, tidak mahu mensia-siakan apa diberikan keluarga, saya juga perlu bijak menguruskan masa yang ada dengan meluangkan waktu di hujung minggu atau bercuti bersama.

"Setinggi mana pun kedudukan kita di tempat kerja, seorang wanita itu perlu tahu hadnya. Jika kita melangkaui batas, kita perlu berpatah semula, sama ada membabitkan keluarga, kesihatan atau apa juga," katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, soalan 'bonus' diajukan sekadar berseloroh dan ingin tahu sama ada beliau mahir menukar tayar kenderaannya sendiri sementelah berkhidmat bersama pengeluar tayar terkemuka.

Sambil tertawa, Ivy mengakui belum pernah berdepan situasi kecemasan yang memerlukan dia membuka dan menukar tayar kenderaannya sendiri. Namun, akuinya, kemahiran itu sudah dipelajari malah yakin mampu melakukannya sendiri jika terdesak.

"Atas kesedaran itu jugalah Goodyear bakal mengadakan kempen Women with Drive dengan kerjasama Persatuan Automotif Malaysia (AAM) Mei nanti bagi mendidik wanita mengenai keselamatan dan kemahiran teknikal kenderaan," katanya menamatkan bicara.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beriadah di hutan hujan tropika

Posted: 13 Apr 2011 03:28 PM PDT

Ratu

pix_gal0
Skytrex sukan ekstrem popular di Perancis wadah baru isi masa lapang

SUATU ketika dulu, Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam terletak di Seksyen 8, Shah Alam begitu terkenal sebagai lokasi rekreasi.

Namun begitu, beberapa ketika, lokasi itu bagaikan sunyi seketika malah lenyap dari 'peta' pelancongan pelawat tempatan juga luar negara tanpa diketahui puncanya. Tapi bagi yang menyedari, lokasi itu kini bagaikan 'bernyawa' kembali sejak adanya Sytrex Adventure yang menghidangkan aktiviti ekstrem pada ketinggian 17 meter hingga 22 meter dari aras tanah.

Pengarahnya, Azlan Idrus, berkata dia memulakan operasi Skytrex Adventure di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, kira-kira tiga tahun lalu bersama rakan kongsinya dari Perancis, Julien Repellin.

Katanya, sukan ekstrem ini sangat popular di Perancis, malah di sana, ada lebih kurang 500 taman sukan menyediakan aktiviti sama seperti Skytrex khusus bagi penggemar aktiviti lasak penuh cabaran.

"Idea untuk mewujudkannya di sini tercetus kerana sayang melihatkan hutan hujan tropika yang tidak dipergunakan sebaiknya malah ia juga boleh dikira sebagai satu bentuk aktiviti sihat baru khusus untuk pencinta sukan lasak tempatan," katanya.
Bagi yang tidak dapat membayangkan, Skytrex menyamai aktiviti 'kanopi walk' atau jambatan gantung seperti terdapat di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang. Istimewanya, perjalanan anda tidak semudah langkah biasa.

"Di sini, ada tiga jenis trek iaitu Little Adventure khusus bagi kanak-kanak; Big Thrill, laluan sederhana lasak dan Extreme Challenge, yang menyediakan lebih cabaran.

"Cabaran bermaksud di setiap platform, ada disediakan halangan berbeza yang bakal mencabar adrenalin peserta seperti flying fox, laluan tidak stabil dipanggil The Earthquake, Happy Hopper dan banyak lagi," katanya.

Tambah Azlan, aktiviti Syktrex direka khusus bagi pencinta sukan lasak yang ingin mencabar ketahanan diri dan setiap halangan dicipta sememangnya mampu mencabar adrenalin.

"Seronok sebenarnya berada di dalam hutan hujan begini mungkin kerana cuacanya yang sejuk malah berbeza aktiviti riadah seperti merentas hutan atau berkhemah, Skytrex memberikan anda pandangan berbeza iaitu pada ketinggian paras pokok dan bila memandang ke bawah, pemandangannya nyaman dengan hutan menghijau.

"Skytrex juga terletak tidak jauh dari bandar Shah Alam malah ibu bapa atau wanita yang datang berkumpulan boleh datang ke sini pagi dan pulang menjelang petang tanpa perlu memikirkan jarak dan tempat untuk bermalam," katanya.

Disebabkan sambutan yang diterima begitu menggalakkan, Azlan menggalakkan orang ramai yang ingin turut serta supaya membuat tempahan dalam talian sekurang-kurangnya tiga minggu lebih awal.

"Ia adalah prosedur biasa bagi mengelakkan pertindihan jadual dan kami menerima tempahan daripada individu manakala untuk kumpulan atau korporat maksimum 25 orang satu sesi," katanya.

Bagi meragui keselamatan tambahan apabila berapa di lokasi tinggi yang hanya bergantung pada tali dan harness, Azlan memberi jaminan syarikat itu tidak berkompromi dalam aspek keselamatan.

"Julien adalah individu yang bertanggungjawab menyelia keselamatan skytrex dan pemeriksaan dilakukan secara berkala setiap hari, minggu dan bulan malah jika hutan disertai angin kuat serta petir, kami turut mempunyai laluan keselamatan bagi menurunkan peserta," katanya.

Malah, bagi tujuan keselamatan dan keselesaan peserta, Skytrex hanya boleh dinaiki individu yang mempunyai berat maksimum 100 kilogram.

"Bukan hendak mengetepikan naluri mereka yang ingin mencuba atau kerana platform dan tali tidak mampu menanggung tapi ia adalah untuk keselamatan semua kerana anda perlu ingat, aktiviti berlaku di paras ketinggian 22 meter," katanya.

Selain itu, Skytrex turut menyediakan lokasi untuk berkelah dipanggil Skydecx. Di sini, tempahan untuk mengadakan majlis sambutan seperti hari lahir boleh dibuat dengan tawaran harga berpatutan.

"Saya memang menyukai aktiviti ekstrem seperti ini namun tidak pernah berpeluang mengikuti mana-mana kegiatan lasak sehinggalah mula menyertai Kelab Rekreasi UiTM Machang, Kelantan.

"Jadi, pengalaman pertama ini sememangnya benar-benar menguji keberanian malah saya juga menyarankan wanita supaya terbabit aktiviti sihat begini sebagai satu kelainan." Penuntut, Siti Nadzirah Ismail, 20.

"Skytrex adalah aktiviti lasak pertama saya dan saat ini, saya benar-benar tidak sabar untuk merasai keseronokan berada tinggi di paras 22 meter dari paras tanah. Pada dasarnya, saya rasakan aktiviti begini bagus untuk merangsang keyakinan diri seorang wanita. Jadi, tidak perlulah sentiasa jaga ayu saja.

"Selepas ini, saya mungkin akan kembali lagi ke sini bersama keluarga dan sahabat karib kerana lokasi ini begitu strategik hanya terletak beberapa kilometer saja dari pusat bandar Shah Alam." Penuntut, Ainna Abu Bakar, 19.

"Kali pertama datang bersama anak-anak serta suami dan tujuannya hanyalah untuk merasai pengalaman cuti yang berbeza. Ada sedikit rasa bimbang kerana faktor halangan dan ketinggian tapi setelah mencuba laluan percubaan, rasa yakin untuk naik ke atas malah begitu teruja," kata guru, Farizah Ismail, 47.

Farizah yang juga memiliki anak istimewa turut membawa anaknya merasai cabaran ekstrem Skytrex dan akuinya, kegiatan luar sebegini adalah satu bentuk rangsangan yang baik untuk kanak-kanak sebegitu.

"Aktiviti sebegini bagus untuk membentuk rasa yakin dalam dirinya dan saya percaya, Skytrex juga mampu memberikan pendedahan kepadanya supaya lebih yakin sama seperti aktiviti berenang yang sering dilakukannya."

"Saya dapat tahu mengenai sukan ini melalui ibu saudara dan tidak keberatan mencubanya bersama rakan yang datang dari Jerman. Jujur saya katakan, ia memang menyeronokkan walaupun pada mulanya ada sedikit rasa takut tapi terjun menggunakan kaedah flying fox, saya boleh menjerit dan pada masa sama, melepaskan segala tekanan.

"Tapi, saya sarankan wanita yang pertama kali mencuba aktiviti lasak supaya melakukan senaman ringkas sebelum mencuba kerana cabaran Skytrex memerlukan kita menggunakan tenaga tangan untuk bergayut dari platform ke platform." Iman Effendy, 21.

Skytrex Adventure
Taman Pertanian Malaysia,
Bukit Cahaya Seri Alam,
Shah Alam,
Selangor.
Telefon: 013-2769841
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang

Laman web: www.skytrex-adventure.com


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Urban

Posted: 13 Apr 2011 01:46 PM PDT

Kosmo Online - Urban


Dulu bercahaya, kini bersalji

Posted:

Dulu bercahaya, kini bersalji

Dulu bercahaya, kini bersalji

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my



"SAYA suka melihat kartun Dora dan apabila diberi peluang untuk berjumpa, saya berasa amat teruja dan gembira. Saya mahu mengambil gambar bersama Dora," demikian petah bicara seorang kanak-kanak, Diyana Abdul Zainal, 8, yang ditemui bersama-sama ibu bapa dan adiknya di Dataran I-City, Shah Alam, Selangor. Di situ, Dora The Explorer membuat persembahan khas untuk kanak-kanak.

Dia yang sibuk menonton persembahan bersama lebih 300 kanak-kanak lain juga tidak ketinggalan menyertai pelbagai aktiviti yang turut disediakan pada hari itu seperti pertandingan mewarna, pertandingan makan aiskrim, menonton filem, kuiz bersama Dora The Explorer, teka-teki, pertandingan minum Root Beer dan sebagainya.

Bagi orang dewasa, mereka dilihat beratur panjang untuk membeli tiket ke SnoWalk di samping ada yang menunggu di pintu masuk SnoWalk menanti taburan salji yang dijanjikan oleh pihak pengurusan I-City.

Menjadi tarikan terbaru, I-City terus memperlihatkan pelbagai perkembangan sebagai salah satu destinasi pelancongan dengan inovasi baru.

Daripada hanya sebuah lokasi komersial, kepada lokasi bercahaya dengan dekorasi pelbagai arca berlampu kepada gerai-gerai permainan, aktiviti menunggang kuda, tempat makan, pameran-pameran dan sebagainya, kini I-City lebih daripada hanya sebuah tapak pelancongan bercahaya.

Habiskan RM10 juta

Pemilik bandar cahaya digital, I-Berhad, mengambil satu lagi langkah besar apabila melabur RM10 juta bagi menambah nilai pelancongan di tempat itu dengan membuka SnoWalk, satu tempat di mana anda berpeluang merasai musim sejuk dalam tempat tertutup!

Pelaburan yang besar itu diyakini bakal membuahkan hasil apabila ia menjadi satu-satunya lokasi di Lembang Klang yang menawarkan pengalaman Antartik kepada penduduk hutan hujan tropika.

Dengan keluasan 4,645 meter persegi, SnoWalk yang menjadi destinasi tarikan I-City itu menawarkan pengalaman sejuk pada suhu 5 darjah Celsius.

"Setiap pengunjung yang datang ke sini pasti akan teruja dengan SnoWalk memandangkan ia bukan sekadar tempat yang disejukkan tetapi, mempunyai semua fasiliti permainan musim sejuk termasuk rumah ais, gelongsor ais, bebola salji, arca ais dan pengangkutan kereta api ais," kata Pengarah I-City, Monica Ong. Beliau yang ditemui pada majlis pelancaran taburan salji di SnoWalk mahu semua orang merasai pengalaman di pusat salji itu.


PENGALAMAN bermain salji pasti mengujakan terutamanya buat si cilik.


Pada hari pembukaan taburan salji di SnoWalk, Monica memberitahu, pihaknya percaya, sasaran mereka untuk mendapatkan kehadiran 8,000 orang pengunjung sehari akan tercapai terutama pada hari minggu.

"Ini kerana pada hari Ahad dan cuti umum, kami akan menerima kira-kira 5,000 hingga 6,000 orang pengunjung. Dengan kedatangan karakter kartun popular seperti Dora The Explorer ia menjadi tarikan untuk memikat pengunjung cilik," kata Monica lagi.

I-City berkerjasama dengan saluran televisyen Nickelodeon SEA untuk membawa ikon kartun Dora The Explorer serta SpongeBob SquarePants pada bulan November nanti sebagai strategi untuk menarik lebih ramai pengunjung berkeluarga ke situ.

Kanak-kanak dilihat sangat gembira apabila mereka didedahkan dengan karakter kartun kegemaran. Mereka juga dihiburkan dengan lagu, permainan, kuiz dan sesi bergambar untuk 30 keluarga bertuah.

Walaupun dibuka enam tahun yang lalu sebagai bandar raya digital, populariti I-City yang mengutamakan penggunaan teknologi secara inovatif dikembang baru-baru ini dengan pelbagai intipati yang menarik.

Memberi sentuhan berbeza terhadap SnoWalk agar tampil unik berbanding taman tema bersalji lain, sebuah arca ais LED seberat 100 tan dibina di situ dengan tenaga kerja seramai 30 orang dari Harbin, China selama dua bulan.

Apa yang pasti, langkah yang diambil pihak pengurusan I-City menjadikan lokasi itu sebagai satu tarikan pelancongan bukan dibuat secara ala kadar.

I-City pada masa yang sama mahu menjadi pendidik, penghibur dan tempat rekreasi seisi keluarga.


ORANG ramai tidak melepaskan peluang merakamkan foto bersama arca-arca unik diperbuat daripada ais di SnoWalk.


"Dengan pelaburan yang banyak, saya berpendapat, bayaran masuk ke SnoWalk iaitu RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak berbaloi. Kami juga menawarkan baju sejuk kepada pengunjung yang masuk," kata Monica.

Seluruh teknologi bagi SnoWalk, kecuali taburan salji, dibina pada bulan Mac lalu dengan kerjasama dengan Pusat Sains Negara.

Pihak I-City berjanji akan memasang lebih banyak peralatan untuk tarikan pengunjung. Sebagai cabang Pusat Sains Negara, SnoWalk akan dibekalkan dengan pelbagai imej pendidikan dan pendedahan terhadap sains dan teknologi.

Malahan, Kosmo! juga diberitahu, pengunjung ke Pusat Sains Negara akan turut diberikan diskaun masuk ke SnoWalk sebagai menggalak lebih ramai orang mengunjungi SnoWalk.

"Taburan salji yang menjadi satu-satunya pengalaman pertama di Asia Tenggara ini dihasilkan oleh sebuah syarikat Korea, Barskorea di Icheon. Kelebihan kami memilih syarikat tersebut ialah kerana ia mempunyai teknologi yang canggih dan mesra alam," ungkap wanita itu.

Terang Monica lagi, mesin penyejuk akan menapis air sejuk kepada 15 darjah Celsius dan air itu akan dibekukan kepada -35 darjah Celsius menggunakan gas mesra alam. Kesemua 16 drum salji yang dipasang akan melepaskan ais itu dalam bentuk salji yang lembut iaitu hampir sama dengan tekstur sebenar salji.

"Air yang diproses membentuk salji menggunakan air bersih yang boleh diminum. Memandangkan segala proses pembuatan itu mesra alam dan pengguna, pengunjung boleh cuba merasai salji itu. Ia tidak membahayakan atau memudaratkan tubuh," kata Monica dengan yakin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karya kesayangan Yang Terutama

Posted:

Karya kesayangan Yang Terutama

Karya kesayangan Yang Terutama

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


PARA peminat lukisan boleh mengunjungi BSLN sehingga 24 April ini untuk menyaksikan pameran Yang Terutama.


HIMPUNAN 113 lukisan karya di Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Kuala Lumpur yang sedang berlangsung ini ternyata bukan calang-calang pameran. Mengumpulkan karya daripada pelukis tempatan dan luar negara, tambah menarik pameran ini juga menyaksikan BSLN berjaya membawakan koleksi lukisan daripada 14 bekas duta Malaysia di pelbagai negara.

Maka, tidak hairanlah pameran yang akan berlanjutan sehingga 24 April ini itu, dinamakan Yang Terutama. Pameran yang diadakan ini merupakan kesinambungan usaha BSLN dalam menghidangkan pameran koleksi peribadi para pengumpul untuk dijadikan tatapan umum.

Bermula seawal tahun 1970-an, BSLN memulakan pameran berbentuk koleksi peribadi yang bertajuk Koleksi Saya. Ia kemudian diikuti dengan beberapa siri pameran yang diteruskan sehingga kini. Pada tahun ini meneruskan nilai eksklusif dalam pamerannya BSLN kembali dengan tumpuan khas diberikan kepada kumpulan pengumpul terdiri daripada bekas diplomat.

Dengan koleksi 14 orang bekas duta, pengunjung akan dapat bersama-sama menikmati dan meneroka hubungan luar jangkauan diplomatik yang juga menjadi sebahagian daripada cacatan sejarah perjalanan individu yang bergelar Tuan Yang Terutama.

Pameran yang diilhamkan oleh Ketua Pengarah Balai Seni Lukis Negara, Datuk Mohd. Yusof Ahmad yang juga merupakan bekas duta itu diadakan bagi menggalakkan orang ramai menghargai dan memartabatkan seni visual tempatan bukan sahaja di dalam negara, malah ketika diluar negara.

Selain ingin melihat kaitan koleksi peribadi duta, ia juga sebagai satu simbolik pernyataan terima kasih kepada para bekas duta dan Kementerian Luar Negeri yang sentiasa menyokong institusi seni di Malaysia.


PAMERAN Yang Terutama mendapat perhatian daripada peminat seni tempatan dan pelancong asing.


Menurut Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, pameran itu turut memaparkan koleksi lukisan lama yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

"Pameran ini menunjukkan bahawa duta-duta Malaysia juga meminati seni lukisan dan mereka tidak keberatan membelinya untuk dijadikan koleksi. Koleksi itu dibeli mereka sama ada semasa bertugas di luar negara atau daripada pelukis-pelukis tempatan.

"Pihak Balai Seni Lukis meminjam sementara lukisan ini untuk dipamerkan sebelum ia dipulangkan kembali kepada duta-duta berkenaan," katanya dalam ucapan sebelum melancarkan pameran Yang Terutama di BSLN baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd. Yusof memberitahu, pameran itu sejajar dengan matlamat untuk membangunkan seni visual negara dalam konteks menyemarakkan aktiviti pengumpulan atau koleksi karya seni dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, ia sebagai jambatan antara pengumpul persendirian yang mempunyai pelbagai koleksi khazanah seni dengan orang ramai.

"Antara bekas duta yang terlibat ialah Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, Tan Sri Razali Ismail, Tan Sri Abdul Halim Ali, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak, Tan Sri Rastam Mohd. Isa dan Tan Sri Hasmy Agam.

"Sementara karya tempatan yang dipamerkan pula ialah lukisan Abdul Latiff Mohidin, Ahmad Zakii Anuar, Awang Damit Ahmad dan Hussein Enas, manakala lebih 30 karya dari luar negara pula antaranya membabitkan lukisan dari Belanda, Slovenia, Poland, Turki dan Peru," katanya.

Tambah Mohd. Yusof, pelukis-pelukis itu kebanyakannya dikenali secara peribadi oleh para duta sama ada semasa urusan rasmi kedutaan atau sebagai kenalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Servis apartment mewah

Posted:

Servis apartment mewah

Servis apartment mewah

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my


The Elements menawarkan kediaman mewah dan eksklusif dalam radius sekitar lima kilometer dari mercu tanda Kuala Lumpur, KLCC.


JIKA anda mencari satu kediaman yang memenuhi keperluan zaman moden bukan sahaja dari segi pembinaan, reka bentuk dalaman dan luaran, kemudahan serta kejiranan malah, anda juga mahukan lokasi yang tidak jauh dari bandar raya Kuala Lumpur, pastikan anda terus membaca artikel hartanah ini.

Apabila bercakap mengenai sebuah kediaman servis apartmen dalam radius kurang lima kilometer dari pusat Kuala Lumpur, pemaju Land & General Berhad dan Kumpulan Mayland memberikan satu peluang kepada warga kota untuk memiliki aset sedemikian pada harga yang sangat berpatutan.

"Dengan kemudahan atau fasiliti yang ditawarkan, kumpulan sasaran kami iaitu golongan profesional muda, keluarga kecil dan mereka yang mementingkan gaya hidup moden boleh memiliki setiap unit secara pegangan bebas," kata Pengarah Urusan Land & General Berhad, Low Gay Teck.

Dengan keluasan pembinaan meliputi 2.606 ekar (1.05 hektar) tanah, The Elements @ Ampang, servis apartmen didirikan secara strategik berhampiran Jalan Ampang membolehkan pemiliknya mempunyai akses jalan raya seperti Jalan Tun Razak, Lebuh Raya Ekspress Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuh Raya Lingkaran Tengah II (MRR2 ) dan Lebuh Raya SMART.

Selain jaringan jalan raya, kombinasi pengangkutan jalan selain bus dan teksi, lokasi itu juga berhampiran dengan stesen LRT Putra iaitu Keramat dan Jelatek di samping cadangan terbaru MRT di Ampang.

"Ia sebuah lokasi sangat mesra yang dibina di atas kemudahan yang lengkap," jelas Gay Teck merujuk kepada fasiliti seperti kedai runcit, restoran mewah, butik, pusat perubatan dan pusat pendidikan bertaraf antarabangsa.

Ini disumbang dengan jarak dekat kompleks-kompleks beli-belah termasuk KLCC, Pavilion, Great Eatern Mall dan Ampang Point yang berada dalam jarak kurang 10 kilometer.

Menyentuh lanjut mengenai The Elements yang terdiri daripada dua blok A dan B, setiap blok mempunyai 520 unit. Pemaju menawarkan pembeli memilih unit rumah daripada lapan rekaan yang berbeza.


SISTEM keselamatan yang lengkap turut dititikberatkan pemaju The Element.


Rekaan itu berlainan dari segi keluasan iaitu bermula daripada 640 kaki persegi (59.5 meter persegi) hingga 1,570 kaki persegi (145.9 meter persegi), rekaan dalaman dan perabot sedia ada yang dilengkapkan di dalam kediaman.

Setiap unit hampir siap dengan kabinet dapur dan penyedut haba dapur, ketuhar, penghawa dingin, sistem air panas dan sejuk serta bilik air yang lengkap.

"The Elements mahu mengetengah suasana kehidupan yang sempurna. Oleh itu ia menyediakan fasiliti seperti gim, lounge pelawat, taman permainan kanak-kanak, miniplex, bilik tetamu, dewan majlis, bilik dapur yang lengkap untuk majlis makan rasmi, bar dan kafe untuk majlis, kolam renang, spa, jakuzi, air panas, tempat yoga dan kawasan refleksologi," kata Gay teck lagi.

Sebagai pelaris, apartmen itu menyediakan kawasan bumbung terbuka yang dilengkapkan dengan dek pemandangan, taman di awan, taman privasi, lokasi rekreasi dan kawasan rehat.

Dari segi keselamatan pemaju The Elements memastikan kediaman itu lengkap dengan kamera litar tertutup, pagar berperimeter, sistem interkom, rumah keselamatan, sistem akses kad dan pegawai keselamatan di sekitar bangunan.

"Menambah lagi nilai sebagai penempatan moden lengkap, kami akan menyediakan perkhidmatan pusat perniagaan, dobi, perkhidmatan pengangkutan, jalur lebar serta penjagaan kebersuhan rumah untuk keselesaan muktamad pemilik yang sibuk dengan aktiviti harian," ujar GAy Teck.

Harganya bermula dari RM700 sekaki persegi sehingga RM900 sekaki persegi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan