gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 17 Apr 2011 09:19 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


BN 55

Posted: 16 Apr 2011 12:43 PM PDT

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

je

BN jangan janji kosong saja. Banyak janji belum di tunai kan lagi. Contohnya di Lubok Antu. Banyak peruntukan di kawasan terpinggir di tarik balik oleh wakil rakyat setempat.

Penduduk Kuching

Kuching,Sibu,Miri semuanya disapu habis oleh DAP.BN hanya menang di kawasan pedalaman.

herman

saudara alvin
asal hang cakap mcm budak xsekolah
dah tempat2 yang DAP menang tu
adalah majoriti cina ada seat tu hampir
90percent cina, kesimpulan mudahnya cina xsokong BN lah, adoii itulah pembakang
benda fakta pun nak argue

lenka

sebenarnya kaum cina di sarawak yang rasis,mereka tidak menghargai usaha kerajaan mengundi pembangkang kerana objketif mereka lebih kepada kepentingan kaum mereka sahaja..walaupun dibina jambatan emas sekalipun mereka tetap memilih pembangkang kerana sikap patriotik tak ada dalam jiwa mereka..sikapa sayangkan negeri dan kemakmuran tidak di terap dijiwa mereka sejak kecil..ini senario yg sungguh menyedihkan dan mengecewakan..

Halid Ramlan

Dibandar-bandar pembangunan dah ada,dah cukup, apalagi nak..bagilah pembangkang satu,dua untuk bersuara diParlimen..Bukan susah bersuara jea..bukan buat kerja...pun!.

augustine

KUCHING, Bandaraya Utama Negeri Sarawak sudah ditawan bagi pihak PEMBANGKANG DAP. Satu permulaan yang bagus dalam Sejarah Sarawak.

syahir

BN harus sedar kaum cina di bandar hanya pandai bermain kata, Pembankang di hati mereka. MCA & GERAKAN tingkatkan usaha mendapat kepercayaan masyarakat CINA kpd BN! Pembankang mmg bersifat perkauman agar Malaysia tak aman. BN di hatiku. TQ Anak JATI MALAYSIA

Alvin

Undi itu rahsia.jadi macam mana rASH rushdi tahu pengundi cina menyokong pembangkang?

NORLYDIAWATY SAJI

BN achieve what they want .... skang saya sebagai rakyat sarawak juga mahu BN tunaikan janji membela nasib rakyat sarawak terutama siswazah yang masih byk tidak mendapat tempat dalam kerja...pembangunan, kemudahan, dan sebagainya...

Muhammad Nabil

Saya setuju pendapt rash rushdi. BN-SUPP hampir kalah di semua saluran majoriti pengundi cina. Nampaknya pengundi cina di Sarawak bukan sahaja inginkin pembangunan. Mungkin DAP lebih mendengar suara penduduk cina di Sarawak.

secara mata kasar bn menang tp di kampung2 keadilan yang menang.itu sangan membingungkan.sila ambil perhatian kepada usul penduduk luar bandar

rash rushdi

Melihat kepada pola politik sekarang penerimaankaum cina terhadap bn sememangnya amat merisaukan, mereka ini tidak lagi termakan termakan oleh umpan pembangunan. Jiwa perkauman mereka amat menebal. Ini isyarat yg tidak baik buat bn. Dengan isyarat ini sepatutnya parti2 komponan cina dlm bn sperti mca dan gerakan di smenanjung patut ambil iktibar.

Superstar

Alhamdulillah kekal ketua menteri orang Islam. Tahniah UMNO. Takziah PAS dapat omega 0-5.

aar

tidak boleh dibanggakan sangat kerana prestasi menurun

orang kampung

BN menang tapi juga kalah!!!!

cam

TAHNIAH!! ternyata busuknya pembangkang memainkan sentimen perkauman tidak diterima oleh rakyat sarawak. pengundi sarawak bijak. yg tak bijak penyokong semenanjung datang ke sarawak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 17 Apr 2011 07:14 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


BN menang 2/3 majoriti di Sarawak

Posted: 16 Apr 2011 09:34 AM PDT

KUCHING: Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh majoriti dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 apabila menang 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Daripada jumlah itu, DAP menang 12 kerusi diikuti oleh PKR (tiga) dan satu kerusi dimenangi oleh calon Bebas.


Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempertahankan kerusi DUN Balingian manakala timbalannya, Tan Sri George Chan Hong Nam tewas di DUN Piasau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 17 Apr 2011 07:03 AM PDT

Kosmo Online


2 nelayan Kemboja didakwa bunuh tekong Thailand

Posted:

2 nelayan Kemboja didakwa bunuh tekong Thailand

2 nelayan Kemboja didakwa bunuh tekong Thailand

17/04/2011 6:34pm

KUALA TERENGGANU — Dua nelayan warganegara Kemboja hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh tekong warganegara Thailand di perairan negara ini.

Tertuduh, Arifin Salleh, 27, dan adiknya Kadir, 25, didakwa membunuh Phat Phetpuk di dalam sebuah bot nelayan kira-kira 1 tengah hari, 27 Mac lalu di perairan Malaysia.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari wilayah Dombei Komprecho, Kemboja hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Faraziana Zainuddin.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Siti Faraziana kemudian menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan semula kes. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kumpulan jual telefon bimbit tiruan tumpas, 9 ditahan

Posted:

Kumpulan jual telefon bimbit tiruan tumpas, 9 ditahan

Kumpulan jual telefon bimbit tiruan tumpas, 9 ditahan

17/04/2011 6:32pm

KUALA LUMPUR — Satu kumpulan menjual telefon bimbit tiruan tumpas berikutan penahanan sembilan lelaki dan rampasan 73 telefon dan dua buah kenderaan yang kesemuanya bernilai RM111,000 dalam satu operasi di sini hari ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Othman Nawang berkata, kesemua mereka berumur antara 19 hingga 68 tahun ditahan di sebuah stesen minyak di Gombak ketika sedang asyik menawarkan telefon tiruan kepada orang ramai .

"Kejayaan operasi itu hasil risikan dan maklumat orang ramai sejak tiga minggu lepas. Ketika dihampiri anggota kami, mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap kerana kesalahan menjual barangan tiruan," katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.

Dalam pemeriksaan awal, pihaknya menemui 73 telefon bimbit tiruan jenis Nokia dan i-phone4 di dalam poket mereka dan juga dalam dua kenderaan.

Othman berkata, operasi bermula kira-kira pukul 11.40 pagi dan berakhir kira-kira pukul 2 petang.

Kesemua mereka kini ditahan reman untuk satu tempoh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 1(b) Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika disabit kesalahan pemilik premis itu boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali, katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kastam Kelantan rampas rokok seludup nilai cukai lebih RM1.7j

Posted:

Kastam Kelantan rampas rokok seludup nilai cukai lebih RM1.7j

Kastam Kelantan rampas rokok seludup nilai cukai lebih RM1.7j

17/04/2011 5:34pm

KOTA BHARU — Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyelesaikan 39 kes penyeludupan rokok haram bernilai RM316,761 dengan nilai cukai lebih RM1.7 juta dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah Kastam Kelantan, Zakaria Yusoff berkata sejumlah 25,967 karton rokok pelbagai jenama telah dirampas daripada 39 kes di seluruh negeri itu.

"Dalam tempoh empat bulan pertama itu juga, dua individu telah ditahan dan didakwa di mahkamah berhubung kesalahan di bawah Seksyen 145 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barangan yang dilarang import," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kes terbaru berlaku dua hari lalu, selepas mengintip selama lima jam Kastam Kota Baharu merampas 7,620 karton rokok pelbagai jenis bernilai RM167,640 daripada sebuah lori di km21, Kampung Banggol Kewat, Kok Lanas, Jalan Machang-Kota Baharu.

"Dalam serbuan 11 malam itu kita mendapati lori itu dipenuhi dengan muatan sofa dan tilam terpakai yang digunakan untuk melindungi kotak-kotak dan guni berisi rokok tidak sah pelbagai jenama dengan cukai keseluruhan barangan rampasan itu bernilai RM713,217," katanya.

Zakaria berkata kesemua barangan rampasan termasuk lori berkenaan dibawa ke Kastam Kota Baharu untuk tindakan lanjut dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk mengesan individu yang terlibat.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 145 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barangan yang dilarang import dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum tidak lebih dua puluh kali ganda daripada nilai rokok atau hukuman penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 17 Apr 2011 04:11 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Karnival Shapadu hangat

Posted:

Karnival Shapadu hangat

Karnival Shapadu hangat

Oleh RASMI ABDULLAH
kota@utusan.com.my


Hujan tidak menghalang pengunjung untuk hadir melihat persembahan pada Karnival Hari Shapadu 2011 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 16 April - Karnival Hari Shapadu 2011 yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan di sini hari ini mendapat sambutan hangat terutamanya di kalangan masyarakat di bandar raya ini.

Karnival yang bertujuan merapatkan hubungan kakitangan Shapadu dengan orang ramai itu julung-julung kali diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-39 syarikat tersebut.

Majlis perasmian karnival berkenaan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Shapadu, Shafiz Shahrani.

''Kami ingin melakukan satu kelainan bagi menyambut ulang tahun penubuhan syarikat kali ini selain ingin menjalinkan hubungan yang rapat dengan orang ramai.

''Pelbagai program yang menarik telah dirancang selama dua hari karnival ini berlangsung di Dataran Kemerdekaan antaranya persembahan pancaragam daripada tiga buah sekolah yang menjadi acara pembuka majlis perasmian ini.

''Acara lain yang diadakan ialah pertunjukan polis berkuda dan Forum Perdana Ehwal Islam malam ini," kata Shafiz dalam ucapan perasmiannya hari ini.

Ujarnya, selain itu, acara yang dijangka menarik pengunjung adalah pertunjukan aksi lagak ngeri penunggang motosikal berkuasa tinggi, senamrobik dan larian amal.

Jelas beliau, pengunjung turut berpeluang menyaksikan pemandangan sekitar bandar raya Shah Alam dari udara menerusi helikopter dengan menderma sebanyak RM50.

Sepanjang karnival hari ini, sebanyak 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia dan 1,000 naskhah Kosmo! diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

Sebanyak 50 gerai turut dibuka bagi memudahkan orang ramai membeli-belah sepanjang kunjungan mereka pada karnival berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belia perlu berdaya saing, kepimpinan kental

Posted:

Belia perlu berdaya saing, kepimpinan kental

Belia perlu berdaya saing, kepimpinan kental


MOHAMMED Najeeb Abdullah (tengah) dan Baharudin Jali (kiri) membuat pelepasan peserta Konvoi Promosi Gerakan Massa Generasi Muda di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, Seremban, semalam.


SEREMBAN 16 April - Belia perlu terus berdaya saing dan tidak lesu dalam menghadapi kerenah massa dan perubahan perilaku untuk berada di posisi hadapan sebagai pemimpin berkaliber.

Pengarah Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali berkata, belia abad ini perlu menyerlah dalam semua aspek dan bidang untuk menjadi penyumbang utama pembangunan dan kemajuan negara.

''Belia perlu versatil dan ada kekuatan luar biasa untuk bangkit dalam apa juga keadaan bersama-sama kerajaan melonjakkan negara ini ke era kecemerlangan.

''Ini perlu dibuat melalui kesepakatan, kesedaran, kekuatan jati diri dan daya saing tinggi tanpa ada perasaan curiga atau bermusuhan antara satu sama lain," katanya di Kuala Klawang, Jelebu, dekat sini, hari ini.

Baharudin berkata demikian dalam ucapan selepas menyambut Konvoi Promosi Gerakan Massa Generasi Muda peringkat negeri ini berhenti di pekan berkenaan.

Sebelum ini, konvoi sebanyak 60 kenderaan dengan 150 peserta itu telah dilepaskan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah.

Konvoi selama dua hari ini turut mengedarkan risalah berkaitan sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei depan selain dilangsungkan aktiviti gotong-royong bersama belia dengan menjelah di daerah Seremban, Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Tampin, Port Dickson dan Rembau.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Razak Mansor yang menyambut kedatangan peserta konvoi di Jelebu menjelaskan, konvoi sebegini memperlihatkan sikap belia yang cukup erat dan tidak berkira dalam melakukan aktiviti secara bersama.

''Aktiviti ini yang bukan sahaja singgah di setiap daerah tetapi membawa bersama generasi belia menyertai masyarakat dan merasai denyut nadi mereka melalui gotong-royong yang dijalankan," ujar Razak.

Esok peserta konvoi akan berada di Gemencheh, Johol sebelum ke Rembau dan menyusul ke Linggi sebelum ia dijadualkan berakhir di Labu, dekat sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua penunggang maut digilis lori

Posted:

Dua penunggang maut digilis lori

Dua penunggang maut digilis lori

SEREMBAN 16 April - Dua penunggang motosikal maut dalam tempoh 24 jam selepas masing-masing digilis lori dalam dua kemalangan berasingan semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam, seorang penjual ais krim warga Pakistan maut selepas digilis dan diseret treler sejauh kira-kira 50 meter dalam kemalangan di Jalan Bukit Putus, di sini.

Muhammad Salis, 32, meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang sebuah motosikal dari arah Kuala Pilah dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Seremban Jaya, di sini.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan cuba memotong treler membawa muatan besi, tetapi gagal sebelum bergesel dengan sebuah van dari arah bertentangan.

"Mangsa terperosok di bawah tayar belakang lori sebelum digilis dan diseret bersama motosikalnya," katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan di Jalan Mantin-Seremban dekat sini, seorang pemuda, Shaifulnizam Abu Hassan, 31, maut selepas terjatuh dari motosikal sebelum digilis dari arah bertentangan oleh sebuah lori.

Mangsa dari Taman Senawang Jaya meninggal dunia di lokasi kemalangan pada pukul 4.30 petang ini.

Jurucakap polis berkata, mangsa dalam perjalanan dari Mantin ke arah Seremban cuba memotong kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan terjatuh di laluan bertentangan sebelum digilis lori

Dalam pada itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi berharap saksi dapat tampil membantu polis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 17 Apr 2011 03:41 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Siasatan kes video seks selesai

Posted: 17 Apr 2011 03:31 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Polis sudah menyiapkan laporan siasatan rakaman video aksi seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang mengikut Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah). "Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ditanya mengenai maklum balas syarikat pengedar jam Omega mengenai identiti pemilik jam tangan itu, Acryl berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam terbabit.

"Kita tunggu sahajalah...kami tidak boleh paksa mereka untuk beri maklumat siapa pemilik jam tangan itu," katanya.

Jam tangan itu adalah antara dua barang bukti, selain rakaman video seks, yang diserahkan kepada polis oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bagi tujuan siasatan berhubung video itu.
Susulan itu, polis mengemukakan nombor pendaftaran jam itu kepada syarikat berkenaan bagi pengesahan pemiliknya dan memberikan tempoh seminggu untuk syarikat itu memberikan jawapan.

"Identiti pemilik jam itu bukan satu isu (dalam melengkapkan siasatan), apa yang penting dalam siasatan kita (Seksyen 292) adalah siapa penayang video itu," kata Acryl.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara.

Misteri Datuk T yang bermaksud "Trio" itu terjawab pada satu sidang akhbar di sebuah hotel pada 23 Mac lalu apabila Shazryl Eskay dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, serta Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah individu terbabit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Raja Muda Perlis sedih Hari Pahlawan berlalu tanpa disedari

Posted: 17 Apr 2011 02:34 AM PDT

Mutakhir

PADANG BESAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini meluahkan rasa sedih kerana kebanyakan rakyat seolah-olah tidak lagi menyedari kewujudan sambutan Hari Pahlawan.

Titah baginda, keadaan itu ditunjukkan menerusi sikap masyarakat yang membiarkan sambutan tersebut berlalu begitu sahaja.

"Perkara ini menyedihkan dan tidak menggambarkan keprihatinan masyarakat termasuk kepimpinan sektor awam dan swasta terhadap jasa besar para pahlawan," titah baginda pada Hari Keluarga Regimen 504 Askar Wataniah di sini. Baginda bertitah, sewajarnya sambutan Hari Pahlawan dilakukan secara besar-besaran sejajar dengan pengorbanan yang dilakukan pasukan tentera dalam menjaga keselamatan negara.

Di Australia, New Zealand dan United Kingdom, Hari Pahlawan dijadikan salah satu acara utama dan disambut segenap lapisan masyarakat, titah Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Regimen 504 Askar Wataniah.

Baginda seterusnya menyarankan agar publisiti lebih meluas diberikan mengenai Hari Pahlawan agar kesedaran rakyat mengenai jasa pasukan tentera dapat dipertingkatkan.

"Kesejahteraan dan kemakmuran negara kita tidak datang begitu sahaja tetapi adalah hasil titisan darah pejuang dan pahlawan yang telah berkorban nyawa untuk memastikan keamanan negara yang berterusan," titah baginda.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Panglima 6 Briged, Brig Jen Datuk Mohd Tajri, serta jaguh skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar.

Pada majlis itu, Raja Muda turut berkenan menyampaikan pakaian celoreng kepada Mohd Azlan yang juga anggota sukarela Tentera Darat dalam Skuadron Semboyan Askar Wataniah. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 17 Apr 2011 03:21 AM PDT

Harian Metro: Setempat


IPD Melaka Tengah terbakar angkara khianat

Posted: 16 Apr 2011 10:44 AM PDT

MELAKA: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di sini, gempar apabila kebakaran berlaku di tepi pintu bilik unit trafik dipercayai akibat perbuatan khianat kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Bagaimanapun, kebakaran kecil itu disedari seorang anggota cawangan penguat kuasa trafik yang kebetulan melalui kawasan itu untuk ke tandas, sekali gus mengelak api merebak ke bahagian blok lain.


Difahamkan, anggota terbabit bertindak pantas menggunakan alat pemadam api untuk memadam api yang turut menyambar belakang sebuah motosikal jenis Honda CBX 750 cc.

Kebakaran itu juga didakwa berlaku akibat bahan mudah terbakar yang diisi di dalam botol kaca sebelum dipercayai dilemparkan ke atas bumbung dan dinding pejabat berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kejadian itu.


Menurutnya, kebakaran itu tercetus dipercayai akibat bahan mudah terbakar, namun beliau enggan menghuraikan terperinci mengenainya.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian dan kerosakan yang berlaku. Saya tidak boleh mengulas mengenainya sehingga menerima laporan lengkap siasatan," katanya.


Beliau turut tidak menolak kemungkinan kejadian disebabkan perbuatan khianat dan masih menyiasat motifnya.

Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan.


Dalam perkembangan berkaitan, dua anggota trafik dilihat sibuk membersihkan motosikal berkuasa tinggi yang terjejas dalam kebakaran itu, petang semalam.


Pemerhatian mendapati ada kesan serbuk pemadam api dan asap hitam di dinding, selain beberapa serpihan kecil kaca bertaburan di atas lantai simen dan atas bangunan pejabat itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suami kena cekup di Bali

Posted: 16 Apr 2011 10:42 AM PDT

IPOH: Rancangan manis berbulan madu ke Bali, Indonesia, bersama suami berakhir tragedi apabila si suami ditahan polis negara berkenaan kerana cuba menyeludup dadah.

Lebih mengharukan apabila si isteri tidak dapat menerima kenyataan suaminya terbabit dengan gejala dadah sebelum mengalami histeria sejurus suspek dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.


Isteri suspek yang tidak percaya dengan apa yang berlaku kemudian ditenteramkan oleh orang ramai yang simpati dengan kejadian itu sebaik pasangan itu tiba di lapangan terbang negara berkenaan.

Sumber polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkata, suspek, Chong Eng, 38, ditahan pihak berkuasa bebas cukai di Lapangan Terbang Bandara Ngurah Rai, Bali, sebaik tiba dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.


Menurutnya, suspek yang tiba di lapangan terbang terbabit kelmarin menimbulkan rasa curiga pihak berkuasa yang kemudian melakukan pemeriksaan rapi ke atasnya.


Difahamkan, pihak berkuasa mula curiga terhadap suspek selepas menemui objek aneh sewaktu suspek melalui mesin imbasan x-ray.

Pegawai kastam di lapangan terbang itu kemudian memeriksa rapi tubuh suspek sebelum menemui sebungkus plastik berisi serbuk putih di dalam saku seluarnya.


Hasil pemeriksaan lanjut mendapati serbuk putih seberat 2.49 gram itu adalah dadah sintetik jenis ketamin yang popular di kalangan pengunjung disko.

Difahamkan, dadah berkenaan dianggar bernilai RM900 mengikut nilai pasaran negara berkenaan.


Siasatan lanjut mendapati dadah berkenaan yang diperoleh suspek dari Pulau Pinang sengaja diseludup ke pulau peranginan itu sebagai bekalan ketika berhibur dan berseronok.


Suspek memberitahu dia datang ke pulau berkenaan untuk berbulan madu dan melancong bersama isterinya selepas sekian lama merancang percutian berkenaan.


Difahamkan, suspek warga Malaysia itu akan didakwa di mahkamah dan bakal dihukum penjara tidak lebih 10 tahun jika sabit kesalahan.


Penangkapan itu adalah kes terbaru selepas seorang lelaki warga Malaysia ditahan di sebuah hotel terkemuka di Batam, Riau, 18 Mac lalu.


Dalam serbuan jam 2.30 petang (waktu tempatan), suspek ditahan di lobi hotel ketika dipercayai menunggu orang hubungannya di pulau peranginan berkenaan sebelum pemeriksaan lanjut menemui 300 biji pil ecstasy bernilai RM10,000 disembunyikan dalam bagasi dibawanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 17 Apr 2011 03:05 AM PDT

Utusan Online - Utara


Usahawan Islam perlu bersaing

Posted:

Usahawan Islam perlu bersaing

Usahawan Islam perlu bersaing

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my


JAMIL Khir Baharom (kanan) menyampaikan sijil Anugerah Usahawan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kedah kepada Mohd. Yusof Ismail pada majlis Makan Malam Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38 persatuan itu di Alor Setar, kelmarin.


ALOR SETAR 16 April - Usahawan Islam negara ini perlu sentiasa meningkatkan keupayaan serta peka dengan cabaran semasa untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ini termasuk dalam merebut peluang perniagaan yang lebih luas di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Banyak yang kerajaan mahu kongsi bersama maka ahli perniagaan melalui Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) perlu mengambil peluang untuk terlibat dalam projek-projek ETP," katanya pada majlis Makan Malam anjuran DPMM Kedah di sebuah hotel, di sini malam tadi.

Turut hadir Presiden DPMM, Syed Ali Al-Attas; Yang Dipertua DPMM Kedah, Datuk Md. Noor Omar dan Penasihat DPMM negeri, Tan Sri Osman Arof.

Pada majlis itu, Pengarah Urusan Usima Sdn. Bhd., Datuk Yusof Ismail diumumkan sebagai Usahawan Cemerlang, manakala Pengarah Urusan Iktikad Sdn. Bhd., Datuk Seri Mohd. Hizal Othman dipilih sebagai Usahawan Berjaya 2011.

Jamil Khir berkata, usahawan Islam tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran semasa seperti globalisasi, perubahan politik dan perkembangan teknologi.

Katanya, suasana ketika ini tidak lagi seperti dahulu kerana semua perkara berkait rapat dan mempengaruhi antara satu sama lain disebabkan cabaran tersebut.

Justeru, usahawan-usahawan perlu menyokong dasar kerajaan kerana ia bertujuan membantu memastikan ekonomi negara berkembang untuk manfaat semua termasuk masyarakat perniagaan Islam.

Sementara itu, Yusof melahirkan rasa terharu sebagai penerima pertama anugerah yang julung-julung kali diperkenalkan itu dan menyifatkannya sebagai kejayaan kepada semua kontraktor Melayu.

Beliau berkata, syarikatnya bermula daripada bawah sebelum muncul sebagai kontraktor utama di negeri ini dan ia dicapai berkat kerja bersungguh-sungguh dan strategi perniagaan yang baik.

"Kontraktor Melayu perlu berusaha lebih giat untuk membuktikan bahawa golongan bumiputera juga mampu berjaya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Raja Perlis dukacita penyalahgunaan teknologi

Posted:

Raja Perlis dukacita penyalahgunaan teknologi

Raja Perlis dukacita penyalahgunaan teknologi

KANGAR 16 April - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melahirkan rasa dukacita dengan sesetengah masyarakat yang menyalahgunakan teknologi maklumat untuk tujuan tidak berfaedah.

Baginda bertitah, amalan-amalan yang tidak berfaedah itu perlu dijauhi supaya masyarakat lebih proaktif dalam menjayakan Wawasan 2020.

Bagaimanapun, titah baginda, setiap individu seharusnya membuka minda dan memanfaatkan kepelbagaian sumber maklumat sama ada dalam bentuk cetakan atau digital yang kini boleh diperoleh secara global melalui Internet dan media massa.

"Beta menyeru rakyat Perlis melaksanakan tanggungjawab dengan mengamalkan budaya membaca untuk menimba ilmu pengetahuan agar minda sentiasa terbuka dan tidak berada dalam kepompong penjajahan oleh mana-mana pihak," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Karnival Membaca 1Malaysia dan Pelancaran Serentak Perpustakaan Desa Projek Khas Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-68 Raja Perlis di Perpustakaan Desa Taman Kemajuan, di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu serta Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Maglin D'Cruz.

Titah baginda, melalui pembacaan yang jitu, seseorang bebas memilih, menganalisis dan membuat penterjemahan sendiri mengenai pendapat, ilmu serta maklumat yang diperoleh.

"Pembacaan adalah santapan minda sebagaimana makanan berkhasiat yang boleh membina badan agar sihat, pembacaan bahan-bahan bermutu juga akan membina minda supaya terbuka dan pasti dapat menyumbang ke arah kebaikan dan kesempurnaan," titah baginda.

Baginda turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui Perpustakaan Negara yang memberi perhatian terhadap perkembangan perkhidmatan perpustakaan di Perlis sehinggakan seluruh pelusuk negeri mendapat kemudahan perpustakaan.

"Oleh itu, beta menyeru penduduk Perlis supaya mengambil peluang untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan kerajaan ini (perpustakaan), bukan sahaja golongan kanak-kanak dan pelajar, malah orang dewasa untuk menambah pengetahuan bagi menghadapi cabaran dalam era globalisasi.

"Beta juga ingin menyarankan agar semua rakyat menjadikan membaca sebagai satu amalan harian bermula dari dalam keluarga masing-masing daripada membuang masa dengan sembang kosong yang tidak memberi manfaat," titah baginda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pakar urut tradisional meninggal dunia

Posted:

Pakar urut tradisional meninggal dunia

Pakar urut tradisional meninggal dunia

TELUK INTAN 16 April - Pakar urut tradisional yang juga satu-satunya pembuat keranda untuk orang Islam di daerah ini, Sudarman Sugro meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba ketika menaiki basikal kira-kira pukul 10 pagi ini di Kampung Bahagia di sini.

Ketua Kampung Bahagia, Tajul Asnan Mohd. Rasit berkata, pemergian Sudarman, 63, pasti dirasai apatah lagi Allahyarham merupakan antara penggali kubur terkenal di sini.

"Jika ada orang meninggal dunia, Sudarman pasti menjadi orang pertama dicari walaupun dalam usia melebihi 60 tahun, dia masih bertenaga untuk menggali kubur," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah, rumah Allahyarham juga kerap dikunjungi orang ramai dari seluruh negara yang mahu mendapatkan perkhidmatan mengurut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 17 Apr 2011 03:05 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


Raja Petra janji pulang

Posted:

Raja Petra janji pulang

Raja Petra janji pulang

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 April – Pengendali laman blog antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin berjanji akan pulang ke tanah air untuk berhadapan dengan dakwaan memfitnah Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin jika Peguam Negara mahu berbuat demikian.

Raja Petra berkata, beliau akan mengaku bersalah dan rela dipenjarakan jika dituduh memfitnah Azmi dan bukannya dituduh untuk jenayah yang tidak dilakukannnya.

"Itu janji saya jika mereka berjanji untuk mendakwa saya atas jenayah yang betul, tetapi saya sesekali tidak akan berhadapan dengan tuduhan memfitnah 'tiga orang' ( isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Kolonel Norhayati Hassan dan Kolonel Aziz Buyong) yang saya tidak fitnah itu.

"Mereka (Peguam Negara) mesti berjanji bahawa ia adalah satu-satunya tuduhan yang akan saya hadapi dan bukannya menambah tuduhan-tuduhan bagi jenayah yang lain," katanya dalam laman web Malaysia Today hari ini.

Raja Petra berkata, selama tiga tahun media prokerajaan dan propembangkang telah memutar-belit fakta di dalam Akuan Bersumpah yang dibuatnya pada Jun 2008 dengan mengatakan bahawa beliau telah menuduh Rosmah, Norhayati dan Aziz berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh.

"Dari semasa ke semasa saya cuba membetulkan persepsi salah ini. Saya telah cuba tetapi tidak berjaya untuk menerangkan bahawa saya tidak membuat tuduhan sedemikian.

"Sebaliknya, apa yang saya dakwa adalah Leftenan Kolonel Azmi yang membuat dakwaan tersebut memandangkan dia adalah orang nombor dua di dalam Cawangan Khas perisikan tentera, jadi ini bukan calang-calang orang yang bercakap tentang seseorang yang penting di dalam kerajaan," jelasnya.

Katanya, beliau juga tidak pernah menafikan bahawa telah menandatangani Akuan Bersumpah pada 2008 kerana tandatangan dan namanya tertera di dalam dokumen itu.

"Menuduh saya kerana memfitnah Rosmah, Kolonel Aziz dan Kolonel Norhayati adalah dakwaan yang salah. Tuduhan yang betul adalah saya memfitnah Leftenan Kolonel Azmi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jawi siasat rakaman video seks

Posted:

Jawi siasat rakaman video seks

Jawi siasat rakaman video seks

KUALA LUMPUR 16 April – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang menjalankan siasatan terhadap kes pendedahan rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang, baru-baru ini.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkembangan siasatan tersebut setakat ini.

"Saya akan membuat kenyataan dari minggu ke minggu berhubung siasatan yang dijalankan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jalankan siasatan segera

Posted:

Jalankan siasatan segera

Jalankan siasatan segera

BATU PAHAT 16 April - Pihak berkuasa diminta menjalankan siasatan menyeluruh terhadap konspirasi jahat yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan seorang wanita Mongolia seperti yang didedahkan pengendali portal antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa kerana konspirasi itu adalah tindakan subversif yang cukup berbahaya.

"Saya juga hairan kenapa siasatan rapi tidak dibuat sehingga menunggu Raja Petra membuat pendedahan barulah kita hendak mengambil tindakan terhadap Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang didakwa memberikan maklumat kepadanya berhubung perkara itu.

"Pada saya, ini adalah satu perkara yang tidak boleh dilengah-lengahkan (siasatan) dan mengenai kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim pula ia sememangnya sudah musnah dengan pendedahan Raja Petra itu," katanya kepada pemberita selepas Program Juara Rakyat di Taman Sri Penggaram di sini hari ini.

Mengulas pendedahan Raja Petra, Mohd. Puad berkata, Ketua Pembangkang terpaksa mencipta konspirasi jahat itu bagi memastikan cita-cita pembangkang untuk menawan Putrajaya tidak terhalang.

Beliau berkata, Anwar sedar jika Najib dilantik sebagai Perdana Menteri maka peluangnya untuk menawan Putrajaya akan tertutup.

''Anwar berusaha agar ada pemimpin UMNO yang lain dilantik ke jawatan Perdana Menteri kerana sedar jika Najib yang dilantik, maka cita-cita dia untuk menawan Putrajaya tidak akan berjaya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 17 Apr 2011 02:15 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Niat suka-suka

Posted: 16 Apr 2011 03:45 PM PDT

BOTA: Siapa sangka, daripada hanya guru biasa di sekolah luar bandar, seorang wanita tempatan meraih populariti lebih sejuta pengunjung laman web sosial dari seluruh dunia melalui klip video miming 'gila-gila' yang diciptanya.

Terbaru, lakonan nyanyian miming bersama solekan ekspresi muka melalui lagu 'Kalau Berpacaran' nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali berjaya membuatkan nama Cikgu Syida semakin diminati di kalangan pelayar Internet.


Cikgu Syida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz, 30-an, berkata minatnya bermula dengan niat suka-suka berbekalkan kamera dan komputer yang dibeli 10 tahun lalu.

"Semuanya bermula apabila timbul hasrat membuat miming lagu 'Selamat Hari Raya' dendangan Rahimah Rahim pada Ramadan tahun lalu sebelum klip video itu dimuat turun melalui laman web Youtube.


"Namun percubaan itu dibalas dengan kata-kata cerca dan hinaan. Lebih teruk, ada yang menuduh saya gila dan sakit mental kerana menghasilkan klip video itu," kata guru Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang di Bota Kiri, di sini, ketika ditemui Metro Ahad.


Menurutnya, kata-kata kesat terbabit bukan hanya dilontarkan oleh kenalan dan rakan, malah turut dikirim puluhan pelayar di Internet.

"Namun semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk memberi dan mencari hiburan tersendiri di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Internet," kata guru Bahasa Inggeris itu.


Menceritakan pengalaman klip video pertamanya, dia mendakwa pernah merah muka dan menahan malu apabila rakaman itu dimuat turun daripada Internet dan ditayangkan ketika majlis alumni sekolah, hari raya lalu.

"Pada masa itu saya fikir nak sorok muka bawah meja kerana terlalu malu dan bimbang dikutuk rakan.


"Namun ia bertukar gembira apabila rakan memberi tepukan gemuruh dan kata-kata perangsang untuk meneruskan hobi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Parit, di sini.


Anak kedua daripada lima beradik itu juga berkata, setakat ini keluarganya tidak kisah dengan minatnya kerana sudah 'masak' dan faham perangai gila-gilanya.


"Rakan sejawat turut faham minat dan kecenderungan saya yang gemar mencuba dan mencari kelainan. Saya anggap ia satu hiburan bagi membuat orang tertarik dan tersenyum," katanya.


Dia yang juga anak perempuan tunggal pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, berkata membesar dalam lingkungan adik beradik lelaki menyebabkan jiwanya lebih kental dan mampu menyerap tekanan.


"Saya seronok melihat diri sendiri beraksi dengan pelbagai gaya muka, ditambah dengan solekan dan alatan tambahan seperti songkok dan baju Melayu yang dipinjam daripada adik-beradik lain.


"Niat saya bukan untuk menarik publisiti murahan tapi lebih kepada memberi hiburan kepada orang ramai melalui kelainan tersendiri," katanya.


Ternyata percubaan luar biasa itu melonjakkan namanya sebagai 'artis' baru paling terkenal di Internet dan berjaya menarik pengunjung dalam dan luar negara.


"Yang saya tahu, sejuta pelayar Internet melihat klip video saya yang mula dimuat turun empat bulan lalu.


"Malah, klip video miming saya itu turut menarik hampir 10,000 ahli daripada pelbagai bangsa dan keturunan termasuk dari luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia melalui 'Fan Page' (laman peminat) yang dibina dua bulan lalu," katanya.


Kejayaannya turut mendapat pengiktirafan apabila penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza menjemputnya sebagai tetamu khas dalam program bersama syarikat penyiaran Astro baru-baru ini.


Malah, rezekinya juga melimpah ruah apabila ditawarkan berlakon dalam sebuah telemovie selain menjadi pelakon iklan.


"Saya juga ditawarkan menulis di dalam sebuah majalah humor. Walaupun begitu, kerjaya pendidik adalah keutamaan dan sebati dalam jiwa saya.


"Walau dianggap popular sekalipun, saya tetap akan ke sekolah dan menabur bakti sebagai guru kepada anak bangsa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Undi kecoh

Posted: 16 Apr 2011 01:54 PM PDT

SABAR... orang ramai menunggu giliran untuk membuang undi di Ulu Sungai Setiam, Bintulu.
SABAR... orang ramai menunggu giliran untuk membuang undi di Ulu Sungai Setiam, Bintulu.

KUCHING: Proses pengundian di pusat mengundi di Dewan Datuk Merpati Jepang, Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, dekat sini, dicemari kekecohan dan insiden pertikaman lidah berikutan tindakan lima individu menyamar sebagai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasuki kawasan pusat pengundian, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Difahamkan, lima individu berkenaan termasuk dua wanita, dengan ada yang datang dari Semenanjung, dikatakan berada di pusat mengundi itu sejak jam 10 pagi lagi.


Berikutan tindakan itu, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof yang kebetulan berada di tempat kejadian meminta pas rasmi SPR daripada individu berkenaan, namun mereka hanya menunjukkan kad yang tidak disertakan gambar selain gagal mengemukakan borang sumpah kerahsiaan.

Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Ketua Angkatan Mudanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang tiba tidak lama selepas itu kemudian meneruskan provokasi terhadap penyokong BN yang kebanyakan mereka penduduk setempat.


Kedua-dua pihak kemudian saling cabar mencabar dan bertikam lidah serta enggan keluar dari kawasan 50 meter tempat mengundi walaupun diarah polis.


Keadaan itu menyebabkan sepasukan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikerah bagi meleraikan keadaan.

Kira-kira sejam kemudian, polis berjaya meleraikan pertikaman lidah membabitkan penyokong kedua-dua parti berkenaan.


Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang kelihatan ceria turut menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di pusat mengundi berkenaan, kira-kira jam 11.25 pagi.

Calon BN di DUN Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan calon BN di DUN Tanjung Datu, Tan Sri Adenan Satem turut membuang undi di pusat mengundi sama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 17 Apr 2011 01:37 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


BN bentuk kerajaan negeri

Posted:

BN bentuk kerajaan negeri

BN bentuk kerajaan negeri


Abdul Taib Mahmud menerima pelukan tahniah daripada isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib selepas BN diumumkan menang dua pertiga pada Pilihan Raya Sarawak Ke-10 di kediaman Ketua Menteri di Kuching, malam tadi. – Utusan/Zaki Amiruddin & Amir Hafiz Abd. Rahman


KUCHING 16 April – Barisan Nasional (BN) mengekalkan pemerintahan di Sarawak dengan majoriti dua pertiga walaupun berhadapan dengan tentangan sengit khususnya di kawasan pengundi Cina.

BN memperbaharui mandat rakyat apabila menang 55 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebahagian besarnya disumbang oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Berikutan kemenangan itu, Pengerusi BN negeri yang juga Presiden PBB, Tan Sri Abdul Taib Mahmud malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam satu majlis, di sini.

PBB mengulangi rekod pilihan raya negeri pada 2006 apabila menyapu bersih kesemua 35 kerusi yang ditandinginya di kawasan majoriti Melayu/Melanau dan Dayak.

Pilihan raya negeri kali ini menyaksikan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) kalah teruk malah Presidennya yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri George Chan Hong Nam tewas kepada calon DAP di DUN Piasau.

Satu lagi parti komponen BN negeri ialah Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang menang lapan daripada sembilan kerusi yang ditandinginya.

Walaupun berjaya merampas DUN Ngemah daripada Parti Cinta Malaysia (PCM), PRS kehilangan satu kerusi di Pelagus yang merupakan satu-satunya kawasan yang dimenangi calon Bebas iaitu George Lagong.

Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) yang menyapu bersih lapan kerusi pada pilihan raya negeri 2006 pula gagal mengulangi pencapaian itu apabila menang di enam DUN sahaja dan tewas di Ba'kelalan dan Krian.

Pencapaian terbesar parti pembangkang dilakar oleh DAP yang menawan hampir keseluruhan kawasan majoriti pengundi Cina apabila menang di 12 kerusi.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula hanya berjaya menawan tiga DUN iaitu Batu Lintang, Krian dan Ba'kelalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BN terus diyakini rakyat

Posted:

BN terus diyakini rakyat

BN terus diyakini rakyat


Najib Tun Razak (kanan) menunjukkan angka 52 jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (sehingga 10 malam) sambil diperhatikan oleh Rosmah Mansor serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN di Menara Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Sarawak hari ini merupakan satu kemenangan yang sangat bermakna dan jelas menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN masih tinggi lagi.

Dalam sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Kuching, Perdana Menteri, yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, mengucapkan tahniah kepada Taib dan BN Sarawak atas kemenangan yang sangat bermakna walaupun ia mendapat tentangan yang hebat kali ini.

"Dan kejayaan yang telah kita capai di banyak kawasan menunjukkan majoriti yang besar dan ada yang bertambah majoriti.

"Dengan ini maka, apa yang perlu kita lakukan ialah untuk menyampaikan ucapan berbanyak banyak terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana mereka telah mengekalkan sokongan dan keyakinan berterusan kepada BN," katanya.

Najib yang turun padang untuk berkempen sepanjang pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah negeri itu, berkata, kerajaan pusat akan memastikan semua janji pilihan raya kepada rakyat Sarawak akan ditunaikan.

BN telah pun memperoleh majoriti dua pertiga atau 48 kerusi pada pilihan raya yang mempertandingkan 71 kerusi.

Turut hadir, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung UMNO dan BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pula berada di Kuching bersama Taib pada sidang video itu.

Taib, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata beliau bersyukur telah dikurniakan dengan kemenangan bagi membolehkan BN kembali memerintah negeri Sarawak.

Katanya, BN negeri itu akan terus berusaha memajukan Sarawak supaya pembangunannya seiring dengan negeri-negeri lain.

"Kami di Sarawak mengucapkan terima kasih di atas sokongan Perdana Menteri sendiri dan Timbalan Perdana Menteri kerana dengan susah payah, penat lelah melawat kawasan-kawasan pilihan raya ini.

"Ini satu tanda kita mahu mendahului kepentingan rakyat," kata beliau yang mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dengan majoriti selesa 5,726 undi.

Taib juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak yang menyokong BN pada pilihan raya ini.

"Nampak majoriti dalam banyak kerusi bertambah naik...tinggi, menunjukkan keyakinan rakyat kepada kita. Walaupun cara-cara berkempen lain dan cabarannya, rakyat Sarawak dapat mempertahankan dengan cukup sopan santun," tambah beliau.

Taib juga berkata beliau berdoa semoga pada masa akan datang, Sarawak dapat melaksanakan semua janji-janji yang dibuat pada pilihan raya itu..

"Janji-janji kita setengahnya sudah ditunai oleh Perdana Menteri sendiri. Yang belum sempat kita buat kita akan penuhi," katanya. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu

Posted:

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu

Timbalan KSU ditangkap khalwat bersama bekas pembantu

PULAU PINANG 16 April - Seorang Timbalan Ketua Setiausaha di sebuah kementerian ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi ini.

Beliau yang berusia 51 tahun dan bergelar Datuk sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum dinaikkan pangkat ke kementerian berkenaan hujung tahun lalu.

Beliau bersama pasangannya ditahan sepasukan anggota JHEAIPP dan polis dalam satu operasi cegah maksiat kira-kira pukul 4 pagi, hasil maklumat orang ramai.

Difahamkan, pasangannya yang berusia 28 tahun merupakan bekas pembantu peribadinya.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk diambil keterangan.

Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih disiasat.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 17 Apr 2011 01:34 AM PDT

Utusan Online - Timur


Bekalan air terputus lagi

Posted:

Bekalan air terputus lagi

Bekalan air terputus lagi

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


MUSTAPA Mohamed (tengah) melakukan lawatan singkat ke benteng utama penyedut air di Loji Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.


PASIR PUTEH 16 April – Sebahagian daripada 11,500 pengguna di daerah ini sekali lagi terputus bekalan air bermula hari ini apabila benteng utama penyedut air untuk dirawat di Loji Kampung Wakaf Bunut dekat sini, pecah kembali, malam tadi.

Kejadian itu berlaku selepas tiga hari Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) berusaha memulihkan bekalan air yang terputus hampir 10 hari sebelum ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkembangan yang berlaku membuktikan Pas yang menerajui pentadbiran negeri ini gagal menyelesaikan masalah rakyat walaupun diberi peluang memerintah Kelantan selama 21 tahun

Beliau berkata, dakwaan bahawa Kerajaan Pusat tidak menyalurkan bantuan untuk menyelesaikan krisis air di Kelantan adalah suatu pembohongan kerana pinjaman mudah RM600 juta sejak 15 tahun lalu sudah pun disalurkan bagi tujuan berkenaan.

"Pinjaman mudah ini diperuntukkan bagi menambahkan kapasiti bekalan air dan membaiki paip saluran air ke rumah-rumah yang berkarat khusus untuk menjamin penduduk di negeri ini menerima bekalan air bersih yang berkualiti.

"Kenapa masalah ini masih terus berlanjutan sehingga saya terpanggil untuk meninjau sendiri masalah ini selepas membaca laporan akhbar dan menerima aduan rakyat setempat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan singkat ke benteng penyedut air utama berhampiran loji rawatan air Wakaf Bunut, dekat sini hari ini.

Pada 7 April lepas, lebih 200 penduduk terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi aman sebagai membantah kegagalan AKSB membekalkan air yang mencukupi kepada pengguna di Pasir Puteh.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, keadaan yang berlaku sekarang menyebabkan keseluruhan rakyat di Pasir Puteh tertekan akibat ketiadaan bekalan air yang berlarutan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pantai Merang berwajah baru

Posted:

Pantai Merang berwajah baru

Pantai Merang berwajah baru

SETIU 16 April -Pantai Merang yang lebih sedekad lalu sekadar menjadi lokasi transit bagi pelancong ke Pulau Redang akan diberi wajah baru bagi mengembalikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika meninjau kawasan itu kelmarin mahu persekitaran yang mencacatkan pandangan disusun dan diperindahkan semula.

Katanya, ia termasuklah menggantikan gerai-gerai yang dibina ala kadar oleh penduduk dengan pembinaan 30 unit kedai oleh pihak berkuasa tempatan agar memberikan keselesaan kepada peniaga setempat dan juga pengunjung.

"Kerajaan juga akan mengkaji semula kedudukan beberapa calet yang usang serta terbiar supaya kawasan itu ceria selain menjadi tarikan kepada para pengunjung ke situ.

"Kalau dibiarkan calet-calet itu yang tidak beroperasi sejak sekian lama memberikan gambaran yang tidak baik," katanya.

Selain meninjau Pantai Merang, Ahmad dalam lawatan kerjanya ke daerah itu turut meninjau beberapa kawasan lain termasuk penternakan udang di Kampung Nyatuh dan tanaman jagung di Kampung Langkap di sini.

Ahmad memberitahu, pihaknya juga akan memastikan muara sungai Merang tidak terlalu cetek supaya ia tidak menghalang bot nelayan dan pelancong keluar masuk melalui muara di situ.

"Tahun lepas sahaja kita membelanjakan hampir RM9 juta bagi mengorek pasir di muara serta laluan bot agar perkhidmatan bot pelancong untuk membawa penumpang tidak terjejas dalam masa yang terlalu lama.

"Kita juga akan meminta peruntukan daripada Kerajaan Pusat bagi membina benteng di muara sungai ini agar masalah mereka tidak akan berlaku setiap kali musim tengkujuh," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

50 pasukan rebut Piala Pegawai Daerah

Posted:

50 pasukan rebut Piala Pegawai Daerah

50 pasukan rebut Piala Pegawai Daerah

SETIU 16 April - Sebanyak 50 pasukan dijangka menyertai Karnival Bola Sepak Piala Pegawai Daerah Setiu di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana dekat ini mulai 5 Mei depan.

Kejohanan selama tiga hari anjuran Persatuan Bola Sepak Daerah Setiu (PBSDS) itu turut menyediakan gerai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan.

Setiausaha PBSDS, Arahma Deraman berkata, kejohanan kali ini agak berlainan kerana pihaknya menyediakan gerai-gerai yang boleh memberi manfaat kepada para pengunjung.

"Setiap pasukan akan dikenakan bayaran penyertaan RM50 dan mereka boleh mendapatkan borang itu mulai sekarang dengan PBSDS sebelum 28 April ini. Johan akan membawa pulang wang tunai RM3,000 bersama piala pusingan dan pingat manakala tempat kedua RM2,000 dan ketiga serta keempat masing-masing akan memperoleh RM1,000," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 17 Apr 2011 01:25 AM PDT

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kavyan kecewa Putrajaya dakwa Kamus Dewan hanya milik orang Melayu

Posted: 17 Apr 2011 01:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 April — Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), pertubuhan mewakili penulis kaum India, mendakwa Kementerian Pelajaran menafikan hak bukan Melayu terhadap Bahasa Malaysia ekoran kenyataannya bahawa Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya milik orang Melayu dan tidak boleh dipersoalkan oleh kaum lain.

Presidennya Uthaya Sankar SB berkata, jawapan Kementerian Pelajaran berhubung isu semasa — dakwaan yang Kamus Dewan mempunyai banyak kata-kata menyinggung perasaan kaum India — ternyata cuba menafikan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik seluruh bangsa Malaysia.

Sebaliknya (Kementerian Pelajaran) memaksa orang lain melihat serta menganggap Bahasa Malaysia (bahasa Melayu) sebagai milik kaum tertentu sahaja.

DBP terletak di bawah penyeliaan Kementerian Pelajaran.

"Jawapan dan pendirian seperti ini yang mewakili kerajaan Malaysia pasti menggagalkan usaha murni mengangkat martabat dan maruah Bahasa Malaysia, serta usaha membina Bangsa Malaysia," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kamus Dewan semasa adalah edisi keempat, dipasarkan sejak 2005. Edisi pertama keluar pada 1970.

Isu terbaru ini muncul ketika kontroversi novel Interlok masih berlarutan meskipun Kementerian Pelajaran menegaksan ia sudah ditutup.

Uthaya Sankar menambah, Kavyan yang terdiri daripada kumpulan penulis kaum India yang berkarya menggunakan Bahasa Malaysia serta mengendalikan aktiviti sastera, seni dan budaya menggunakan Bahasa Malaysia mempunyai alasan untuk berasa amat kecewa dengan pendirian dan bentuk jawapan yang diberikan oleh Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran.

"Kementerian sepatutnya mengambil langkah merakyatkan Bahasa Malaysia dan bukannya menyempitkan bahasa kebangsaan kepada kaum tertentu. 

"Apatah lagi dalam usaha menggalakkan generasi muda pelbagai kaum menggunakan Bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian," kata beliau.

"Begitu juga dengan hasrat Kerajaan Malaysia menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan," kata Uthaya Sankar.

Tambah beliau, sekiranya tiada langkah segera diambil bagi membetulkan kenyataan mengelirukan yang dikeluarkan menerusi portal rasmi kementerian berkenaan, nescaya akan menyempitkan kedudukan Bahasa Malaysia semata-mata sebagai bahasa milik hakiki kaum tertentu.

Dalam pada itu, katanya, Kavyan yang diasaskan pada Ogos 1999 akan terus mengangkat Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik seluruh rakyat Malaysia.

Kavyan, kata beliau, terkejut dengan jawapan yang diberikan Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran menerusi portal rasmi kementerian berkenaan berhubung laporan berita di akhbar Makkal Osai akhir bulan lalu.

Kenyataan kementerian itu menyebut bahawa Kamus Dewan disusun berasaskan perkataan-perkataan yang digunakan oleh pengguna bahasa Melayu, termasuklah perkataan-perkataan yang bersumberkan bahasa-bahasa lain seperti bahasa "sukuan atau etnik, bahasa Inggeris, China, Sanskrit, Tamil, Belanda, Arab dan sebagainya".

Kementerian Pelajaran dalam kenyataannya mengatakan bahawa "perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang terdapat dalam kamus-kamus bahasa Melayu terbitan DBP, ia hendaklah dilihat dari kaca mata bangsa Melayu dan bukan dari kaca mata bangsa lain."

Katanya, setiap bangsa di Malaysia mesti menerima hakikat bahawa kamus bahasa Melayu mencerminkan bahasa, adat dan budaya Melayu.

"Terdapat perkataan-perkataan yang digunakan seharian yang dianggap lucah oleh bangsa lain tetapi tidak kepada bangsa Melayu.

"Ada juga perkataan-perkataan yang dianggap mulia pada bangsa Melayu tetapi dianggap menghina oleh bangsa lain," kata kementerian itu dan menambah, di samping itu ada juga perkataan-perkataan yang dijadikan peribahasa, perumpamaan atau sebagai metafora. 

"Semuanya itu ialah sebahaian daripada adat dan budaya orang Melayu yang sepatutnya tidak dipersoalkan," katanya lagi.

Kementerian itu mengatakan demikian dalam reaksi kepada laporan Makkal Osai bertarikh 31 Mac lalu bahawa Kamus Dewan  mengandungi perkataan yang menyinggung perasaan kaum India.
Isu Kamus Dewan mempunyai perkataan-perkataan menyinggung kaum India juga pernah timbul hampir sedekad lalu.

"Kementerian Pelajaran tentu sahaja sedia maklum bahawa pengguna Bahasa Malaysia tidak hanya terdiri daripada kaum tertentu; sebaliknya masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Maka, huraian lanjut oleh Unit Komunikasi Korporat kementerian berkenaan berhubung isu sama amat mengecewakan," katanya lagi.

Uthaya Sankar berkata, Kavyan tidak mahu masuk campur dalam soal apakah perkataan-perkataan yang dikatakan "menyinggung perasaan masyarakat India" dalam isu semasa ini.

Bagaimanapun katanya, perkara yang membuatkan kredibiliti pihak terbabit boleh dipersoalkan adalah bentuk jawapan yang diberikan.

"Terbukti menggambarkan kejahilan" yang sekali gus memusnahkan harapan membina bangsa Malaysia dengan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan, bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, agama, latar belakang, adat, budaya dan agama," kata beliau lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KSN: Status senator Murugiah, timbalan menteri tamat esok

Posted: 16 Apr 2011 10:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 April — Tempoh perkhidmatan Datuk T. Murugiah sebagai senator akan berakhir esok, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau, perkhidmatan Murugiah (gambar) sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga akan berakhir esok.

"Bagi pihak kerajaan, saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Senator Datuk Murugiah Thopasamy di atas sumbangan, khidmat bakti dan perkhidmatan beliau sebagai anggota Dewan Negara dan Timbalan Menteri Persekutuan," kata Sidek dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Minggu lalu, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa kedudukan Murugiah sebagai anggota Dewan Negara yang akan berakhir Isnin ini tidak disambung, sekali gus akan digugurkan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

The Malaysian Insider difahamkan Murugiah, 47, bekas pemimpin Parti Progresif Penduduk (PPP) yang menyertai MIC Ogos lalu, telah dimaklumkan secara rasmi mengenai kedudukannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Empat bulan sebelum Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan presiden MIC, Murugiah diterima secara rasmi menyertai parti itu dan menjadi ahli biasa cawangan Batu Matang di Bukit Gantang, Perak.

Murugiah, ketua Pemuda PPP yang dipecat telah dilantik sebagai senator dan diberikan jawatan timbalan menteri ketika masih menganggotai parti itu.

Awal minggu lalu, Presiden MIC Datuk G Palanivel berkata, MIC ingin mengehadkan tempoh bagi anggotanya memegang jawatan senator kepada satu penggal atau tiga tahun sahaja bagi membolehkan parti itu 'memberi kuasa' kepada pemimpinnya di negeri yang BN tewas pada pilihan raya umum 2008.

Palanivel, yang juga bertaraf senator  berkata, selepas BN kehilangan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah pada pilihan raya umum 2008, kebanyakan senator MIC adalah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 16 Apr 2011 11:40 PM PDT

Utusan Online - Jenayah


26 kedi wanita ditahan Ops Kutip

Posted:

26 kedi wanita ditahan Ops Kutip

26 kedi wanita ditahan Ops Kutip

JOHOR BAHRU 16 April - Jabatan Imigresen negeri menahan 26 kedi wanita warga Indonesia di sebuah kelab golf terkemuka di Kulaijaya di sini kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dalam Ops Kutip hari ini.

Selain menjadi kedi, terdapat di kalangan wanita terbabit dikesan turut menawarkan khidmat seks kepada pemain dan pelanggan kelab selepas tamat waktu bekerja.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Johor, Mohd. Nakhafi Hasan berkata, kesemua wanita berusia 21 hingga 46 tahun itu ditahan pukul 8 pagi ketika baru hendak memulakan kerja, hasil maklumat awam.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri sah dan dipercayai telah bekerja di kelab golf tersebut sejak beberapa bulan lalu.

"Siasatan mendapati ada yang ditahan disyaki turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan kelab golf," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Nakhafi, seorang daripada wanita ditahan mendakwa mereka ditipu ejen pekerja asing yang berjanji memberikan mereka permit kerja dengan potongan RM400 daripada gaji bulan sebanyak RM500.

Ujarnya lagi, kesemua wanita tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen di Taman Setia Tropika untuk tindakan susulan dan kes disiasat mengikut Peraturan Imigresen 39 (b) 1963.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pusat hiburan diserbu 22 kali tetap beroperasi upah GRO warga asing

Posted:

Pusat hiburan diserbu 22 kali tetap beroperasi upah GRO warga asing

Pusat hiburan diserbu 22 kali tetap beroperasi upah GRO warga asing

GEORGE TOWN 16 April – Walaupun diserbu pihak berkuasa 22 kali tahun lepas kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral, sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di sini diserbu sekali lagi malam tadi kerana kesalahan yang sama.

Hasil serbuan itu, sepasukan polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman dan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut berjaya menahan 12 wanita warga asing yang didapati bekerja tanpa dokumen yang sah.

Ketua Operasi dari Cawangan D7 Bukit Aman, ASP Shahrul Nizam Jaafar berkata, 11 wanita warga China dan seorang rakyat Vietnam itu ditahan ketika leka melayan pelanggan.

"Serbuan itu dibuat hasil intipan selama sebulan berikutan maklumat orang ramai mengenai pusat hiburan yang menawarkan perkhidmatan GRO (pelayan pelanggan) rakyat asing," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 16 Apr 2011 11:38 PM PDT

Kosmo Online - Rencana Utama


Kelkatu petanda cendawan busut

Posted:

Kelkatu petanda cendawan busut

Kelkatu petanda cendawan busut

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
afzan.kasiman@kosmo.com.my



PAGI itu suasana dingin dan hening menyeliputi Felda Gunung Besout 2, Sungkai, Perak. Tanah masih belum terang, embun pagi juga belum berhenti menitik.

Namun, di sebalik deretan pokok kelapa sawit yang disempadani parit-parit kecil, kelihatan susuk tubuh milik Mohd. Shaiful Isa, 28, sedang tekun mengutip cendawan busut.

Dengan bantuan cahaya dari motosikal miliknya, pantulan cahaya putih daripada cendawan memang jelas kelihatan.

"Dalam keadaan yang redup sebegini, kerja mengutip lebih mudah kerana pantulan warna cendawan senang dilihat berbanding pada waktu cerah.

"Kerja mengutip cendawan memang dilakukan pada awal pagi kerana ia perlu diasing-asingkan dan dibersihkan sebelum boleh dijual di pasar," jelas Shaiful, anak peroka di Felda ini.

Selesai mengutip di tepi parit kecil, dia beralih pula ke satu kawasan busut yang hampir dilitupi dengan cendawan berkepala bulat tersebut.

Struktur tanah yang agak lembut di kawasan berkenaan memudahkan lagi kerja-kerja mencabut cendawan, sekali gus rentak tangannya semakin tangkas.

Kelkatu

"Kalau tumbuh di tanah lembut, cendawan boleh dicabut hingga ke akarnya. Begitu juga jika ia tumbuh di tanah berpasir.

"Jika tumbuh di tanah keras, batang cendawan yang panjang biasanya mudah patah semasa dicabut," katanya yang mengutip cendawan liar hampir 10 busut sehari ketika musim cendawan tumbuh.

Cendawan busut merupakan cendawan boleh dimakan yang tumbuh meliar selalunya di ladang kelapa sawit dan kebun getah. Antara lokasi terkenal yang menjadi rumah kepada tumbuhan jenis kulat ini sekitar Perak dan Negeri Sembilan.

Musim yang cukup sinonim dengan cendawan busut di Felda Gunung Besout ialah pada setiap awal tahun bermula bulan Januari hingga awal Mac dan hujung tahun di antara bulan November hingga Disember.


KERJA pembersihan dilakukan segera bagi memastikan cendawan dapat dipasarkan pada hari yang sama ia dikutip.


Ia juga boleh tumbuh di luar musim namun hasilnya tidak sebanyak awal dan hujung tahun. Bagaimanapun, tarikh sebenar bila cendawan akan tumbuh, tiada siapa yang dapat mengetahui dengan tepat dan jelas.

"Kehadiran cendawan di sini memang bergantung pada hujan. Mungkin betul pepatah yang mengatakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

"Namun, tidak semua hujan boleh menghasilkan cendawan. Kebiasaannya, cendawan muncul apabila hujan turun pada waktu malam dan keesokannya cuaca panas terik.

"Jika rutin cuaca seperti ini berulang selama tiga hari berturut-turut, kemungkinan besar cendawan akan tumbuh.

"Satu lagi petunjuk yang boleh dijadikan petanda ialah hujan yang mengundang kehadiran kelkatu.

"Jika banyak kelkatu, mungkin dalam masa tiga, empat hari lagi, cendawan akan tumbuh," jelas Shaiful yang pernah mengutip dan menjual 120 kilogram (kg) cendawan busut sehari.

Jangka hayat cendawan yang hanya mampu bertahan selama empat hari sering memberikan keterujaan kepada para penduduk di Felda berkenaan untuk turun ke ladang dan mencari cendawan.

"Apabila sudah ada tanda-tanda cendawan tumbuh, saya akan meronda ke lokasi yang menjadi tempat kebiasaan cendawan busut tumbuh.

"Jika ada topi cendawan yang keluar dari tanah, kami akan tandakan kawasan tersebut dan datang semula esok pagi untuk mengutipnya," ujar Shaiful.

Menurutnya lagi, hari tuaian terbaik ialah pada hari kedua. Jika cendawan dikutip pada hari pertama, ia masih terlalu kecil, jika hari ketiga pula, topi cendawan sudah besar dan hampir kembang.

Pada hari keempat pula, biasanya topi cendawan sudah mengembang.

"Jika dikutip pun, kami tidak menjualnya, cuma makan sendiri.

"Selalu juga kami terlepas musim cendawan kerana tidak ramai yang boleh menyedari kehadiran cendawan busut pada hari pertama, sedar-sedar ia sudah kembang," kata Shaiful yang juga merupakan peraih cendawan di sekitar Felda tersebut.

Memiliki kepakaran mencari lokasi tumbuhnya cendawan busut, minatnya itu lahir selepas sering mengikut abang dan ayahnya mencari dan menjual cendawan sejak kecil lagi. Malah, bapanya, juga seorang peraih cendawan.

Abang Shaiful, Ahmad Razak Isa, turut menjadikan cendawan busut sebagai pendapatan sampingan yang lumayan.

"Jika musim lebat, saya mampu membeli lebih kurang satu tan cendawan busut daripada warga Felda. Hasilnya pula akan dijual di pasaran luar, biasanya di Ipoh dan Rawang.

Pantang dibasuh


SELEPAS dicabut, cendawan akan dibersihkan dan diasingkan mengikut gred sebelum dijual di pasar.


"Memandangkan ia tidak tahan lama, proses pembersihan dan pengasingan perlu dilakukan sejurus ia dicabut supaya ia dapat dijual pada hari yang sama," katanya.

Tambahnya lagi, jika cendawan busut dijual hingga ke Rawang, maknanya musim cendawan di Besout benar-benar menjadi.

Menurut rakan Shaiful, Mohd. Roslan Salleh, 27, mereka mempunyai cara tersendiri untuk membersihkan cendawan busut.

"Jangan sekali-kali gunakan air untuk membersihkan cendawan melainkan jika sudah mahu dimasak. Cukup sekadar bersihkan tanah dan pasir yang melekat di cendawan. Membasuh dengan air akan menjadikannya cepat rosak dan buruk," katanya.

Selepas proses pembersihan dijalankan, cendawan akan dikumpulkan mengikut gred berdasarkan hari ia dikutip.

"Biasanya kerja mengutip akan dilakukan pada awal pagi. Ia kemudiannya terus dibawa ke rumah untuk dibersihkan dan diasingkan mengikut gred.

"Kebanyakan cendawan tumbuh pada hari yang sama, tetapi ada juga cendawan yang lewat sehari dua.

"Cendawan yang dicabut pada hari kedua adalah cendawan terbaik kerana teksturnya yang masih sedikit keras dan kenyal.

"Harganya juga lebih tinggi dan dijual mengikut kg. Untuk gred bagus, ia akan dijual pada harga di bawah RM20 sekilogram.

"Untuk cendawan yang dikutip sudah memasuki hari ketiga atau keempat, biasanya ia akan dijual longgok, sekitar RM5 hingga RM8 selonggok," katanya yang mengakui cukup seronok menjual cendawan jenis liar ini.

Menurut Roslan, memandangkan ia sukar ditemui dan tidak dapat diketahui bila ia akan tumbuh, jualan cendawan busut biasanya sangat laris.

"Mungkin sebab ia jarang ada, apabila kita buka gerai jualan, tidak sampai tiga jam, hasil jualan beratus kilogram pun dapat dihabiskan, apatah lagi jika cuma geng-geng kita yang menjual di situ.

"Kalau buka gerai di tepi jalan, memang orang akan berkerumun bila mengetahui kami menjual cendawan busut di situ," katanya.

Cendawan yang menjadi kegemaran ramai ini sememangnya enak dijadikan juadah pembuka selera. Teksturnya yang tebal sudah tentu menghadirkan rasa puas tatkala mencicip batang ataupun topi cendawan liar ini.

Rasanya manis dan baunya juga harum. Bukan sekadar itu, keenakannya memang tidak dapat dinafikan malah sesuai dengan apa jua masakan sama ada goreng tepung, sup, tomyam, masak lemak kunyit mahupun dijadikan campuran dalam hidangan masakan panas seperti mi hailam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Budi emas Anna

Posted:

Budi emas Anna

Budi emas Anna

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


KERAJAAN Solo menguniakan gelaran Datuk Paduka kepada Anna.


DATUK Paduka Dr. Anna Tee Achui, 74, terkenal dengan sikap pemurah dan baik hati. Beliau telah menghabiskan sebahagian besar usianya untuk kerja-kerja kebajikan termasuk menubuhkan National Caring Society Kuala Lumpur, 20 tahun lalu.

Persatuan itu menaungi beberapa buah rumah kebajikan. Pada musim perayaan, ahli persatuan itu akan mengunjungi rumah-rumah kebajikan berkenaan untuk mengagihkan makanan dan wang angpau.

Ia juga memberikan derma kepada pesakit buah pinggang, ibu tunggal, sekolah daif bahkan pesakit mental dan HIV.

Anna dilahirkan di Muar, Johor pada 10 November 1937. Bapanya membuka sebuah kedai ubat Cina di bandar Muar manakala ibunya seorang suri rumah.

Beliau mempunyai 13 adik-beradik, tujuh lelaki dan enam perempuan. Anna ialah anak yang kesembilan.

Menurut Anna, ibunya mahu beliau menjadi seorang rahib tetapi beliau sebaliknya memilih menjadi seorang jururawat.

Seawal usia 17 tahun khidmatnya ditagih di Hospital Johor Bahru, Hospital Muar dan Hospital Assunta Johor Bahru.

Senyuman

"Melihat senyuman yang terukir pada wajah orang di sekeliling sudah cukup untuk membuatkan hati saya tenang sepanjang hari.

"Kepuasan yang diperoleh tidak tergambar oleh kata-kata," ceritanya yang berkahwin dengan seorang usahawan, Lim Heng Yee, pada umur 20 tahun.

Pada masa lapang, Anna akan pergi ke hospital-hospital untuk melawat orang sakit atau orang tua. Beliau biasanya akan membawa bersama kek dan makanan, kemudian makan bersama pesakit berkenaan supaya mereka tidak berasa keseorangan.

Sepanjang hidupnya, Anna berpegang pada satu motto - 'Sayangi orang lain dan jangan pentingkan diri sendiri, serta berilah seberapa banyak yang anda boleh'.

Kesusahan membantu golongan yang memerlukan seperti orang miskin, orang kelainan upaya (OKU) dan anak yatim dilempar jauh daripada mindanya.

Ibu kepada tujuh orang anak ini pernah mengeluarkan wang simpanannya semata-mata untuk menolong individu dalam kesusahan yang datang berjumpanya.

Namun, ada juga insan yang suka mengambil kesempatan atas sikap baik hati Anna.

Tetapi kata Anna, beliau telah lama memaafkan perbuatan mereka yang menipunya dengan cara mereka-reka cerita kesusahan hidup yang mereka alami.

"Itu soal mereka dengan Tuhan," ujarnya.

Bebola matanya kian berkaca-kaca tatkala ditebak kisah beliau melalui zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

"Pada waktu itu saya berusia 12 tahun dan melihat sendiri askar Jepun menganiaya orang kita.



"Ibu dan bapa saya cuba sedaya upaya menyelamatkan kami 14 beradik dengan menyembunyikan kami di ceruk-ceruk rumah yang sempit," singkapnya yang mengakui cetusan jiwa kebajikannya berdenting daripada peristiwa itu.

Anna membuka farmasi pertama di daerah kelahirannya di Muar, Johor. Diberi nama Malaysia Medical Store, farmasi itu banyak memberi harapan kepada orang ramai.

Ia bagaimanapun terpaksa ditutup selepas Anna mengikuti keluarga berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1970-an.

Kenangan bersama mendiang suaminya hanya mampu terisi dalam ruang 39 tahun hidupnya berikutan lelaki itu meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

"Anak-anak menjadi permata hati dan kenangan abadi bersama suami saya. Saya gembira dengan anugerah kebahagiaan yang saya miliki sekarang.

"Kesemua tujuh orang anak saya juga berjaya memperoleh kehidupan yang selesa, itu hadiah bermakna bagi seorang ibu," getusnya yang tidak mengehadkan batasan komunikasi walau empat daripada anaknya kini berada di luar negara.

Walau berlatarbelakangkan pendidikan ampuh, kata Anna, kekentalan jiwa merupakan motivasi utamanya.

Amalan kebajikan yang dilakukannya sejak kecil sementelah memasuki gerbang kerjaya melayakkan Anna dianugerahkan pingat Datuk Paduka oleh kerajaan Solo, Indonesia pada tahun 2007.

Gelaran doktor falsafah (Ph.D) pula dianugerahkan oleh Universiti Camdaen, Amerika Syarikat.

Kaya

Malah, Yang di-Pertuan Agong Ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Syed Putra Jamalullail menganugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN) kepada Anna atas jasa dan baktinya kepada masyarakat setempat.

Melabelkan dirinya sebagai wanita biasa dan fleksibel, Anna tidak gentar menubuhkan National Caring Society Kuala Lumpur.

Selain bertindak sebagai pengerusi sejak badan tersebut ditubuhkan, Anna sendiri yang memilih ahli yang benar-benar ikhlas menyumbang bakti kepada masyarakat.

"Bantuan yang kami berikan bukan tertumpu pada keperluan semasa namun meliputi keperluan persekolahan dan bantuan perubatan.

"Sebab itulah ahli pertubuhan ini perlu benar-benar serius," ujarnya yang turut menguruskan pengkebumian jenazah golongan kurang mampu termasuk penghidap HIV dan AIDS.

Tambahnya, orang di sekeliling sering menganggap beliau melakukan amalan kebajikan menggunakan harta kekayaan keluarga.

"Hakikatnya, saya juga ada pekerjaan sendiri dan hasil titik peluh itu saya sumbangkan untuk aktiviti amal," katanya yang mempunyai sebuah syarikat hartanah, LandPro.

Hembusan kebimbangan Anna dapat dirasa saat pertemuan hampir tiba ke penghujungnya, namun semangat adi wira wanita ini akan meneruskan baktinya selagi kudrat masih terisi upaya.

"Saya akan teruskan aktiviti kebajikan ini selagi hayat dikandung badan. Bagaimanapun, saya masih mengharapkan ada barisan pelapis yang akan meneruskan perjuangan saya," tuturnya yang kini turut mendapat sokongan daripada anak-anaknya.

Anna turut menyertai parti MCA sejak lebih 40 tahun lalu. Kini beliau merupakan Pengerusi MCA cawangan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ajal raksasa sungai Sarawak

Posted:

Ajal raksasa sungai Sarawak

Ajal raksasa sungai Sarawak

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my


KERATAN akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mei 1992 memaparkan bangkai Bujang Senang yang ditembak di Sungai Pelaban, Sri Aman, Sarawak.


CERITA mengenai buaya raksasa menghuni sungai-sungai di Sarawak bukanlah kisah dongeng bahkan nama Bujang Senang masih digeruni hingga kini.

Kemunculan semula Bujang Senang, buaya jantan yang dipercayai oleh masyarakat tempatan berukuran 20 kaki panjang (enam meter) dan empat kaki (1.2 meter) lebar, bermula pada tahun 1982 apabila reptilia itu membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman, Sarawak.

Pada masa itu, Penghulu Bangan bersama abangnya Kebir sedang asyik menangguk udang di Sungai Sungga, cabang Batang Lupar sebelum dia terpijak sesuatu di dasar sungai.

Sepantas kilat, seekor buaya besar timbul dengan tubuh Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir yang dari tadi memerhati dari tebing terus terjun dan memeluk ekor buaya itu demi menyelamatkan adiknya tetapi tidak berjaya.

Ketika itulah Kebir menyedari buaya itu mempunyai belang putih di belakangnya. Warna itu pula kelihatan berkilau-kilauan.

Patah

Operasi mencari mayat Penghulu Bangan berterusan selama lima hari tetapi cuma bahagian atas mayat lelaki itu ditemui.

Berikutan itu, polis Sarawak melancarkan 'Operasi Buaya Ganas' di semua sungai besar di negeri itu seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas.

Operasi itu gagal dan Bujang Senang terus mengganas. Di antara tahun 1982 hingga 1991, sebanyak 13 orang menjadi mangsa kebuasan Bujang Senang.

Pada Mei 1992, Bujang Senang menyambar mangsa ke-14, Dayang anak Bayang, 20, ketika gadis Iban itu menyeberang Sungai Pelaban, cabang Batang Lupar bersama ibunya.

Air Sungai Pelaban hanya sedalam separas pinggang tetapi sebaik sahaja ibunya naik ke tebing, tiba-tiba satu deburan kuat menyebabkan Dayang hilang daripada pandangan.

Abang Dayang, Enie Bayang dengan bantuan rakan-rakannya segera membantu. Bersama mereka ialah si bomoh Mandau yang tidak henti-henti membaca mantera.

Setelah lebih dua jam, Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.


TENGKORAK kepala Bujang Senang dipamerkan di Ladang Buaya Jong, Siburan.


Entah kenapa, buaya itu timbul semula di permukaan sungai. Mandau pantas melemparkan lembing ke kepala buaya itu malangnya lembing itu patah.

Beberapa das tembakan yang dilepaskan Enie pula gagal membunuhnya. Buaya itu melarikan diri ke arah Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut Sungai Pelaban.

Kepala

Ketika itulah penduduk dari tiga buah kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya.

Sebanyak 40 das tembakan dilepaskan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu. Semua tembakan itu menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter.

Buaya itu menemui ajal dan bangkainya diangkut ke rumah panjang selama empat jam perjalanan.

Selepas itu barulah disedari di belakangnya ada garisan putih. Penduduk percaya itulah Bujang Senang yang diperkatakan orang selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya yang dibunuh itu seekor buaya jantan.

Katanya, orang yang membelah perut buaya itu menemui tulang dan rambut yang tidak dapat dipastikan kepunyaan manusia atau binatang, selain timah dan tali nilon.

Buaya itu berukuran 5.46 meter (18.5 kaki) panjang dengan lilitan perut 2.12 meter (6.9 kaki).

Berita kematian Bujang Senang itu mengejutkan rakyat Malaysia selepas ia disiarkan akhbar-akhbar arus perdana. Malangnya bangkai buaya itu dibuang ke sungai begitu sahaja.


SESETENGAH masyarakat di pedalaman Sarawak percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar sekarang.


Hanya beberapa hari kemudian kepalanya dikerat dan dibawa pulang oleh seorang lelaki, Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak.

Johnson, 65, percaya buaya itu adalah Bujang Senang seperti yang didakwa penduduk.

"Itulah kali pertama saya berjumpa dengan buaya yang mempunyai jalur putih di belakangnya," imbau Johnson yang membuka Ladang Buaya Jong sejak tahun 1963 lagi.

Katanya kepada Jurnal, selepas kejadian 1992 itu, tiada lagi serangan oleh buaya berjalur putih berlaku di sekitar Batang Lupar.

Sementara itu, Kurator Sejarah Zoologi dan Semula Jadi Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh berkata, sungai-sungai di Sarawak sememangnya terdapat banyak sarang buaya.

"Mengikut sejarah, buaya sudah wujud sejak lebih 160 juta tahun lalu. Jadi kewujudan banyak buaya besar di Sarawak adalah perkara biasa.

"Jalur putih di belakang buaya yang didakwa Bujang Senang itu berkemungkinan seekor buaya separa albino," ujarnya.

Apa pun, ada orang yang mempertikaikan kesahihan Bujang Senang sudah mati.

Malah terdapat masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar.

Oleh kerana itulah jika pukat mereka terjerat anak buaya, mereka akan melepaskannya sambil memohon maaf.

Ini semua bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 16 Apr 2011 11:21 PM PDT

Berita Harian: Nasional


BN terus kekalkan kepercayaan

Posted: 16 Apr 2011 03:42 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUCHING: Barisan Nasional (BN) terus mendapat kepercayaan rakyat Sarawak pada pilihan raya negeri ke-10 dengan kemenangan dua pertiga dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud kekal menerajui kerajaan negeri.

'Usaha pembangkang cetus tsunami politik gagal'

Posted: 16 Apr 2011 03:42 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Sarawak semalam adalah satu kemenangan amat bermakna dan jelas menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN masih tinggi lagi.

Utusan Online - Politik

Posted: 16 Apr 2011 11:18 PM PDT

Utusan Online - Politik


George Chan kecundang, Snap tewas teruk

Posted:

George Chan kecundang, Snap tewas teruk

George Chan kecundang, Snap tewas teruk

KUALA LUMPUR 16 April - Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam menerima kejutan apabila gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau setelah tewas kepada lawannya, Ling Sie Kiong daripada DAP.

Dalam keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 hari ini, Hong Nam yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak memperoleh 4,408 undi berbanding Sie Kiong 5,998 undi.

Datuk Salleh Jafaruddin yang bertanding atas tiket Bebas pula gagal dalam cubaannya untuk merampas kerusi DUN Balingian apabila tewas kepada sepupunya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu memperoleh 1,056 undi berbanding Abdul Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memperoleh 5,154 undi.

Abdul Taib yang mengetuai perjuangan Barisan Nasional (BN) buat kali terakhir turut mengetepikan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suriati Abdullah yang hanya mendapat 871 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Sementara itu Pesuruhjaya Pas Sarawak, Adam Ahid yang bertanding kerusi DUN Sebuyau tewas kepada penyandang, Julaihi Narawi daripada BN.

Adam mendapat 1,769 undi manakala Julaihi 4,045 undi manakala seorang calon Bebas, Ali Semsu hanya mendapat 67 undi.

Pas nyata tidak mendapat tempat di hati rakyat Sarawak apabila empat lagi calonnya iaitu Nani Sahari yang bertanding di DUN Tanjung Datu; Noraini Hamzah (Muara Tuang); Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi (Sadong Jaya) dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Beting Maro) menerima nasib yang sama seperti Adam.

Di DUN Padungan, calon Bebas yang juga penyandang kerusi, Dominique Ng Kim Ho hilang wang pertaruhan apabila hanya memperoleh 439 undi sekali gus tewas kepada calon DAP, Wong King Wei yang menang dengan majoriti 7,884.

Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Edwin Dundang yang sebelum ini menuduh PKR menghancurkan perpaduan etnik Dayak kerana meletakkan calon menentang parti itu, tewas dalam pertandingan merebut kerusi DUN Marudi.

Edwin hanya memperoleh 281 undi membolehkan calon Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengekalkan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 3,202 apabila turut menewaskan dua calon lain iaitu Michael Ding Tuan (Bebas) dan Gerang Dagom (PKR).

Snap ternyata ditolak oleh rakyat Sarawak apabila calonnya tewas di 25 lagi kerusi yang ditandingi iaitu DUN Opar, Tasik Biru, Bengoh, Tarat, Tebedu, Kedup, Lingga, Balai Ringin, Bukit Begunan, Engkilili, Layar, Bukit Saban, Krian, Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Belaga, Jepak, Kemena, Bekenu, Lambir, Telang Usan dan Batu Danau.

Parti Cinta Malaysia (PCM) yang muncul buat pertama kali dengan bertanding di enam kawasan Melayu dan Iban juga menerima nasib sama apabila tewas di semua kerusi.

Mereka adalah Adeh Denong di DUN Ngemah; Mac Palima Nyambil (Simunjan); Lipeh Mawi (Balai Ringin); Kong Tat Kim (Machan); Dick @ Laurance Dick Sekalai (Kakus) dan Dayang Juliana Awang Tambi (Bekenu).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Janji Taib akan dikotakan - PM

Posted:

Janji Taib akan dikotakan - PM

Janji Taib akan dikotakan - PM

KUALA LUMPUR 16 April - Datuk Seri Najib Razak berkata, janji untuk memberi laluan kepada pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mentadbir negeri itu akan tetap dikotakan.

Perdana Menteri menjelaskan, janji untuk berundur sudah dinyatakan sendiri oleh Abdul Taib secara terbuka dan ia perlu diterjemahkan sebagai satu komitmen.

Bagaimanapun katanya, ia akan dilaksanakan mengikut kesesuaian masa kerana perubahan itu memerlukan perancangan yang teliti dan tersusun.

"Saya percaya Pehin Sri (Abdul Taib) akan mengotakan janjinya, tapi kita akan tentukan kesesuaian masanya kerana apa yang penting ketika ini adalah untuk menentukan perubahan yang tersusun dan terancang untuk rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas mengikuti keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak, di sini malam ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 16 Apr 2011 07:27 PM PDT

Utusan Online - Pahang


RM2.6j baiki sistem perparitan

Posted:

RM2.6j baiki sistem perparitan

RM2.6j baiki sistem perparitan

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 16 April - Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta bagi membaiki dan menaik taraf sistem perparitan menangani masalah banjir dalam kawasan Parlimen Kuala Krau pada tahun ini.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said (gambar) berkata, kerja-kerja membersih, melebar dan menggali parit serta longkang yang sering tersumbat akan dilakukan di taman perumahan yang padat penduduk dan sering mengalami banjir kilat.

"Walaupun menjadi tanggungjawab kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membersih longkang dan parit, namun penduduk tidak boleh lepas tangan menjaga kebersihan taman atau perumahan masing-masing.

"Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan longkang tidak tersumbat kerana tindakan membuang sampah-sarap boleh mengakibatkan banjir dan menyebar wabak penyakit," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat dalam Parlimen Kuala Krau di Peragap, dekat sini hari ini.

Ismail berkata, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan persatuan penduduk dapat menganjurkan program gotong-royong sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk membersihkan penempatan masing-masing.

Kata beliau, rakyat negara ini perlu mencontohi sikap penduduk di negara maju apabila mereka bersama-sama membantu PBT menjaga kebersihan kawasan kediaman masing-masing.

"Mereka juga seperti rakyat negara ini dikenakan cukai pintu dan bayarannya jauh lebih tinggi berbanding yang dikenakan PBT di negara kita.

"Malah, PBT di negara maju tidak mengangkut sampah di hadapan rumah tetapi penduduk sendiri perlu membawa sampah ke kawasan pembuangan sampah yang disediakan tidak jauh dari taman perumahan mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pendidikan: Pemuda UMNO Raub mahu contohi MCA, MIC

Posted:

Pendidikan: Pemuda UMNO Raub mahu contohi MCA, MIC

Pendidikan: Pemuda UMNO Raub mahu contohi MCA, MIC


Shahiruddin Ab. Moin (empat dari kanan) dan Haris Fadzillah Abu Samah (kiri) menyaksikan Azinuddin Rahim (dua dari kiri) menyerahkan poster portal Score A kepada Pengetua SMK Dong, Samsiah Zainuddin di Raub, kelmarin.


RAUB 16 April - Pergerakan Pemuda UMNO Raub akan mencontohi kejayaan MCA dan MIC menubuhkan tabung pendidikan bagi meningkatkan kecemerlangan dan kualiti pendidikan pelajar Melayu di daerah itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Raub, Haris Fadzillah Abu Samah berkata, melalui modul kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mampu meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Kata beliau, pihaknya akan menjalankan pelbagai program pendidikan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kalau MCA boleh berjaya meningkatkan kecemerlangan pelajar kaum mereka menerusi Projek Langkawi, Pemuda UMNO Raub juga mampu mencapai kejayaan serupa walaupun tiada lagi pelajar cemerlang di sekolah menengah harian di daerah ini.

"Ini merupakan cabaran bagi pengetua dan guru di daerah ini untuk menggilap pelajar kurang cemerlang. Ia tidak mustahil jika ada kerjasama semua pihak termasuk sumbangan daripada sektor swasta," katanya pada majlis pelancaran Jom Masuk U - Pemuda UMNO dan penyerahan portal Tuition Online Skor A, SPM Kenshido di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, dekat sini semalam.

Majlis anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Raub itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Turut hadir, Pengarah syarikat perlombongan, Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd. (RAGM), Datuk Azinuddin Rahim.

Haris Fadzillah berkata, walaupun pelajar cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) meninggalkan sekolah asal mereka untuk meneruskan pelajaran di sekolah terbaik di seluruh negara tetapi rakan mereka yang kurang cemerlang juga perlu dibantu.

Berikutan itu, katanya, Pemuda UMNO Raub berhasrat menyumbangkan tenaga dan idea bagi membantu pelajar sekolah menengah harian di daerah itu supaya mereka boleh mencapai kejayaan di peringkat peperiksaan SPM.

"Mereka yang tidak mendapat keputusan cemerlang bukan bermakna tidak pandai tetapi mereka tidak bernasib baik mungkin kerana pendekatan atau persekitaran yang kurang memberangsangkan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa ribut terima RM23,500

Posted:

Mangsa ribut terima RM23,500

Mangsa ribut terima RM23,500

TEMERLOH 16 April - Kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM23,500 bagi membantu pemilik 10 rumah di tiga kampung yang rosak akibat ribut pada minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin (gambar) berkata, peruntukan itu bagi membaik pulih semula kerosakan kediaman penduduk akibat bencana itu.

Menurutnya, kerja baik pulih kesemua rumah yang terlibat dilakukan segera bagi memastikan mereka dapat kembali kepada keadaan asal.

"Peruntukan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco yang diadakan baru-baru ini sebaik sahaja saya dimaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita, di sini baru-baru ini.

Mohd. Sharkar berkata, tiga perkampungan terbabit adalah Kampung Orang Asli Paya Badak melibatkan lapan rumah manakala masing-masing sebuah rumah di Kampung Batu Hampar, Mentakab dan Pangsenam di sini.

Beliau berkata, pemberian peruntukan itu membuktikan kerajaan prihatin dengan kesulitan yang dihadapi rakyat.

Sementara itu, Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Dr. Sallehuddin Ishak berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memberi bantuan pakaian dan barangan makanan kepada mangsa ribut itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 16 Apr 2011 03:07 PM PDT

Utusan Online - Rencana


Boleh tewas kerana tiga “ta”

Posted:

Boleh tewas kerana tiga "ta"

Boleh tewas kerana tiga "ta"


Mereka lebih pandai simpan wang rasuah. Ada yang membeli jam yang berharga RM250,000 hingga RM500,000. Ada yang membeli lukisan berharga berjuta ringgit kerana ia ada nilai di masa depan.



DATUK Akhbar Satar bukan nama asing dalam dunia pencegahan rasuah. Beliau merupakan bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (dulunya Badan Pencegah Rasuah) Perlis dan Negeri Sembilan.

Akhbar juga pernah menjadi Pengarah Latihan di agensi tersebut, justeru bercakap mengenai rasuah dan kaedah membanteras jenayah itu dengan beliau sememangnya sarat dengan maklumat. Mengendalikan Akhbar & Associates di Plaza Damas Sri Hartamas Kuala Lumpur memberi ruang lebih luas kepada Akhbar untuk meninjau kaedah lebih canggih untuk menentukan tentang benar atau salah sesuatu maklumat yang diperoleh daripada seseorang.

Salah satu kepakarannya adalah poligraf yang menurut Akhbar berupaya menawarkan sehingga 98 peratus ketepatan maklumat - tentunya sesuatu yang amat berguna kepada agensi penguatkuasaan seperti SPRM. Sebagai salah seorang 'orang kuat' yang pernah turun padang menyelesaikan kes-kes rasuah, Akhbar turut meluahkan keprihatinannya terhadap kes-kes rasuah yang 'terlepas' selepas dibicara di mahkamah. Kepada wartawan Mingguan Malaysia, NORAINI ABD. RAZAK dan HAFIZAHRIL HAMID, anak kelahiran Kelantan itu berbicara lanjut.

MINGGUAN: Datuk sudah lama dalam bidang poligraf forensik, setakat mana masyarakat menerimanya sebagai keperluan?

AKHBAR: Kalau kita lihat masyarakat di Amerika Syarikat (AS) percaya satu-satu perkara mesti berlandaskan saintifik. Jika mereka nak masuk Agensi Perisikan Antarabangsa (FBI), CIA atau pasukan polis, ujian poligraf akan dijalankan ke atas mereka. Ini kerana mereka percaya sesuatu perlu dilakukan secara terbaik. Ujian ini telah dilaksanakan di sana sejak 90 tahun lalu. Kita jangan terkejut Singapura adalah antara negara yang paling banyak menggunakan ujian ini berbanding jumlah penduduk. Ini berlaku kerana mereka mahu melindungi semua perkara penting dan rahsia daripada pengetahuan negara lain apatah lagi yang dianggap musuh. Ujian ini dilakukan untuk memastikan mereka yang memegang rahsia boleh dipercayai. Secara umumnya manusia akan tewas terhadap tiga "ta" iaitu wanita, harta dan takhta. Semua ini boleh dicari dan diberi.

Manusia juga mempunyai social bond yang mana kita tidak tahu bila masa ia boleh bertukar. Sebagai contoh, saya adalah seorang yang menentang rasuah, bercakap tentang integriti dan sebagainya. Tetapi esok lusa kita tidak tahu bila kita tiba-tiba bertukar dan mengambil rasuah. Contohnya, sebelum ini saya tidak ambil rasuah tetapi tiba-tiba ada orang tawar RM20 juta, mungkin terfikir juga saya nak ambil. Saya lihat pula budaya di situ ramai yang ambil rasuah, jadi saya terfikir jika saya tak ambil orang lain yang terima. Saya hanya ambil 20 peratus saja, tapi bos 20 peratus. Sistem di sini adalah sistem yang korup jadi kenapa saya perlu risau. Ini adalah proses rasionalisation di mana kita menjadikan perkara yang salah sebagai betul mengikut pertimbangan dan keadaan sekeliling.

Satu lagi contoh ada kes di Melaka seorang lelaki berumur 70 dan di Kelantan berumur sekitar 80-an yang ditangkap kerana merogol cucunya. Ini yang dikatakan sebagai social bond. Jika kita lihat sejarah mereka dari umur muda hingga 80 tidak ada masalah. Tapi tiba-tiba hari itu ia berlaku hanya dalam tempoh split second. Itu yang berlaku kepada manusia. Perkara itu berlaku mungkin mereka ini tiba-tiba bernafsu melihat kain cucunya terselak. Pelbagai faktor mempengaruhi tetapi kealpaan ini hanya berlaku dalam tempoh sekelip mata dan akhirnya memusnahkan masa depan dan diri sendiri. Namun apa yang saya mahu tekankan adalah dalam soal ini kita tidak tahu apa akan berlaku kepada kita dan sesuatu yang buruk boleh berlaku dalam sekelip mata.

Bagaimana dengan soal ketahanan diri untuk mengelak terlibat dalam rasuah?

AKHBAR: Kita perlu lihat bagaimana bentuk ketahanan diri yang ada pada diri kita. Ada juga orang yang pandai agama tetapi kemudian terlibat dalam perkara yang merosakkan diri. Bagi saya sebagai ahli kriminologi, kenapa seseorang itu terlibat dalam perlakuan jahat adalah atas dua faktor. Pertama faktor genetik dan kedua persekitaran. Tetapi dalam soal menipu ia berbeza kerana seni menipu adalah sesuatu yang dipelajari. Kadang-kadang kita tidak sedar ada anak-anak yang belajar menipu daripada ibu bapa atau ahli keluarga sendiri. Tapi jika kita ajar anak-anak kita jangan mengambil barang orang sejak kecil maka ia akan mengingatkan mereka barang yang mereka ambil itu adalah barang curi hinggalah dewasa. Namun dalam melakukan jenayah seperti rasuah kita perlu faham bahawa ia adalah satu perlakuan yang dipelajari dan bukan soal diwarisi.

Kenapa jenayah rasuah dan kolar putih semakin menjadi-jadi?

AKHBAR: Siasatan kes rasuah adalah satu proses yang rumit. Ini kerana kes rasuah kebiasaannya win win situation. Jarang orang yang dapat kontrak melalui rasuah akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana kedua-dua pihak mendapat keuntungan. Untuk membuktikan kes rasuah juga rumit. Pesalah rasuah semakin pandai mencari jalan yang lebih licik untuk melakukan rasuah. Mereka lebih pandai simpan wang rasuah. Ada yang membeli jam yang berharga RM250,000 hingga RM500,000. Ada yang membeli lukisan berharga berjuta ringgit kerana ia ada nilai di masa depan. Ada yang membeli karpet yang bernilai ratusan ribu dan ada yang menyimpan di luar negara. Terdapat juga yang mengunakan money changer dengan menghantar wang pengubahan haram ke luar negara. Teknik ini adalah untuk mengelak dari diketahui oleh pihak penguat kuasa atau Bank Negara.

Pelaku rasuah akan memikir cara terkini untuk menyimpan wang rasuah supaya tidak dapat di kesan. Oleh itu pegawai SPRM perlu memikir two steps ahead. Di AS ada pihak tertentu yang mahukan jenayah kolar putih atau elit termasuklah rasuah tidak dikategorikan sebagai jenayah. Bagi mereka perkara ini adalah satu masalah sosial. Ini adalah satu bentuk tindakan yang berbahaya kepada negara. Mereka yang terlibat atau melakukan kegiatan rasuah, selalunya akan terlepas daripada hukuman kerana mereka mempunyai wang untuk menggunakan peguam yang terbaik dan terkenal. Selalunya peguam-peguam ini mempunyai peratusan kemenangan yang amat tinggi. Secara psikologi, peguam yang terkenal selalunya dikaitkan battle already won, berdasarkan kepada pandangan ahli kriminologi dalam Behavior of Law, yang mengatakan bahawa law varies according to rank.

Bagaimana Datuk melihat kempen dan kesedaran yang dilakukan untuk menyedarkan bahaya rasuah, adakah mencukupi?

AKHBAR: Saya rasa masih belum mencukupi. Kita perlu faham dalam mengajar kanak-kanak dahulu dan sekarang adalah berbeza. Kalau 20 tahun lepas saya main wayang kulit untuk memberi kesedaran bahaya rasuah, kini pasti teknik seperti ini tidak lagi sesuai. Kini dengan teknologi yang semakin canggih kita kena lebih kehadapan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Masalahnya sekarang kita hanya tertumpu kepada kempen ad hoc. Pada awalnya kempen di sana sini tentang rasuah tapi bila kempen tamat tidak ada lagi perancangan untuk meneruskan kesinambungan kempen. Pada saya masyarakat sekarang terutama kanak-kanak perlu dididik dengan cara psikologi, tidak boleh lagi terlalu didesak dan dimarahi. Jika seseorang itu penjenayah tegar sekali pun kita boleh cari di mana kelemahannya jika kita pandai dan sabar.

Apa sebenarnya cabaran dalam menjalankan soal siasat dalam kes rasuah?

AKHBAR: Bagi saya apa yang penting pegawai yang menjalankan soal siasat, kita kena faham dan tahu apa yang kita lakukan. Psikologi juga sangat penting dalam melakukan soal siasat kerana ia akan memudahkan lagi kerja siasatan. Dalam soal ini SPRM memerlukan pegawai terlatih, pegawai yang mahir dalam ilmu psikologi dan pegawai yang berpengetahuan. Dalam sesuatu kes sebelum mengadakan soalsiasat perlu ditubuhkan satu pasukan soal siasat. Pegawai yang terlibat mesti sangat terlatih dan menjalankan soal siasat secara lebih profesional. Mereka ini juga perlu hadir kursus-kursus soal siasat di luar negara. Selain itu teknik poligraf perlu digunakan untuk mendapatkan maklumat secara profesional. Bilik interogasi yang moden serta dilengkapi peralatan seperti CCTV dan one way mirror. Semua ini dapat mengelak saksi membuat sebarang tohmahan. Pegawai penyiasat juga boleh dipantau supaya tidak menyalahguna kuasa atau menggunakan kekerasan.

Berkesan dan tepatkah poligraf?

AKHBAR: Saya telah nyatakan tadi alat ini paling banyak digunakan di Singapura (terbanyak di dunia berdasarkan kepadatan penduduk). Kedua adalah AS dan ketiga Israel. Pasukan Polis di Arab Saudi pun pakai alat poligraf. Agensi Pencegahan Rasuah Singapura (CPIB) pun guna poligraf dan berjaya selesaikan banyak kes secara cepat dan profesional. Ujian poligraf adalah alat terbaik untuk mengesan pembohongan dan ia 98 peratus tepat. Alat ini dapat percepatkan penyelesaian kes serta dapat membebaskan orang yang tidak bersalah. Kebiasaannya tanpa poligraf, jika seseorang ditahan atau disyaki, mereka akan buka fail siasatan. Siasatan selalunya mengambil masa mungkin enam bulan dan mungkin enam tahun. Masa depan mereka ini akan gelap. Mereka tak dapat naik pangkat, tak dapat terima anugerah dan dilabel sebagai jahat. Tapi dengan ujian poligraf ia dapat menyelamatkan orang yang tak terlibat dengan cepat dan adil.

Bagaimana dengan peranan perisikan?

AKHBAR: Bagi pegawai perisik, mereka perlu menjadi seorang yang kreatif, tabah dan penyabar. Mereka ini perlu dilatih untuk mendapatkan maklumat atau sumber-sumber di jabatan yang strategik. Dengan maklumat kelas A yang diperoleh dari perisikan, barulah ia digunakan untuk melakukan siasatan terbuka supaya tidak berlaku kesilapan atau tersasar sasaran. Seorang pegawai perisikan tidak boleh didedah dan tidak menjalankan siasatan terbuka. Pegawai perisik hanya jalankan tugas risik sahaja dan siasatan dijalankan oleh bahagian siasatan.

Namun paling penting pegawai penyiasat perlu berilmu dan sentiasa menambahkan ilmu. Mereka juga perlu celik teknologi maklumat serta pandai mencari maklumat dalam Internet. Mereka ini juga perlu menguasai bahasa Inggeris kerana banyak buku penyiasatan dan soal siasat adalah dalam bahasa Inggeris. Mereka ini juga perlu dihantar menghadiri kursus-kursus di peringkat antarabangsa sebagai pendedahan dan pengalaman.

Di Malaysia poligraf memang digunakan antaranya oleh SPRM, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Mungkin SPRM boleh melantik lebih ramai pemeriksa poligraf bertauliah supaya proses temu dapat dijalankan dengan profesional setanding FBI dan CPIB.

Bagaimana dengan kredibiliti menang dan kalah dalam kes-kes rasuah?

AKHBAR: Peranan Pegawai Penyiasat (IO) perlu khusus dalam merancang dan menjalankan siasatan secara terperinci serta mendapatkan maklumat dan bukti seberapa banyak yang boleh agar loophole yang ada boleh ditampung sebelum ia dibolosi. Bagi peranan Pegawai Pendakwa juga penting. Mereka mesti ada pengalaman dan bekerjasama dengan IO dalam menangani sesuatu kes. Hakim juga patut memberi hukuman setimpal dengan pelaku dan pesalah rasuah. Nampak gayanya kini sudah semakin banyak perubahan.

Pegawai SPRM juga mesti menjadi white than whiter, mempunyai tahap integriti yang tinggi dan menjaga diri supaya tidak mendekati perkara-perkara yang boleh dipertikai masyarakat. Untuk mendapatkan penghormatan masyarakat, kita kena sentiasa bertindak secara profesional dan jujur. Namun yang paling penting sikap dan keprihatinan masyarakat perlu bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya rasuah. SPRM perlu kerjasama orang ramai kerana ia tak boleh hapuskan rasuah bersendirian. Pastinya SPRM memerlukan sokongan kerajaan, yang nampaknya semakin baik dan berkesan. Paling penting masyarakat kena lapor jika mereka melihat berlakunya kegiatan rasuah. Masyarakat perlu terus dididik supaya membenci rasuah. Jangan bagi rasuah, jika tidak beri tiada rasuah.

Orang Islam menolak arak dan memakan babi kerana dari kecil kita diingatkan bahawa kedua-duanya haram. Tetapi anak-anak kecil jarang sekali diingatkan bahawa zina dan rasuah juga haram. Jadi dalam apa hal juga segala-galanya mesti bermula dari kecil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hanya orang tidak beriman terlibat rasuah

Posted:

Hanya orang tidak beriman terlibat rasuah

Hanya orang tidak beriman terlibat rasuah

SUNGGUH menyedihkan, ramai penerima rasuah di Malaysia beragama Islam. Kebanyakan mereka adalah penjawat awam yang diberikan amanah dan kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang dan peraturan negara.

Semua orang Islam tahu bahawa rasuah dalam apa jua bentuk adalah haram. Perkara ini selalu disentuh dalam media sama ada akhbar, radio atau TV. Juga sering dikupas dalam ceramah agama dan khutbah Jumaat. Jika mereka kakitangan awam, sudah pasti mereka lebih tahu kerana ia termaktub dalam syarat perkhidmatan.

Mustahil ada kakitangan awam yang tidak tahu bahawa perbuatan rasuah itu berdosa. Jika sudah tahu, mengapa masih melakukannya? Sebabnya mereka ini tidak beriman, walaupun beragama Islam. Iman dan Islam adalah dua perkara yang berbeza.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? - Al Ankabuut (29): 2

Ujian terhadap iman seseorang datang dalam pelbagai bentuk. Salah satu ialah ujian terhadap keinginan wang ringgit dan harta benda. Mereka yang melakukan rasuah gagal mengawal nafsu yang sentiasa dahagakan wang dan harta.

Melalui ayat 53 Surah Yusuf, Allah SWT berfirman: Sesungguhnya hawa nafsu sangat membawa kepada kejahatan.

Dan nafsu ini akan dihasut pula oleh syaitan dalam pelbagai bentuk bisikan di hati atau melalui hasutan manusia lain yang dikuasai oleh syaitan: "Buatlah tiada siapa yang tahu... engkau kerja dah lama, gaji sebesar mana... ini duit terpijak... orang lain pun buat juga, tidak pun kena tangkap... bos engkau lagi makan besar."

Di dalam Quran jelas diperingatkan bahawa syaitan itu adalah musuh utama manusia yang kerjanya sentiasa mahu menyesatkan mereka ke jalan jahat. Manusia juga diberitahu bahawa syaitan membisikkan kejahatan di hati manusia dari tempat yang tidak dapat dilihat. Dan Allah juga mengingatkan bahawa hanya orang yang beriman sahaja tidak dapat disesatkan oleh syaitan.

Hai anak-anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibu bapa kamu (Adam dan Hawa) dari syurga, ia menanggalkan daripada kedua-duanya pakaian untuk memperlihatkan kepada mereka aurat. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. - Al Araaf (7): 27

Terdapat tidak kurang 80 ayat dalam Quran yang mengaitkan tentang syaitan. Dan manusia diingatkan supaya memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan syaitan. Tetapi disebabkan hanya sedikit manusia yang menjadikan Quran sebagai petunjuk, maka ramai jugalah yang tidak berwaspada terhadap syaitan dan tersisih daripada mendapat perlindungan Allah.

Akhirnya kecundang si penjawat awam. Tambahan pula mereka ini cuai atau langsung tidak menunaikan solat lima waktu. Yang bersolat pun boleh juga tewas jika sembahyang mereka didirikan bukan di atas dasar keimanan dan ketakwaan.

Yang ditangkap akan didakwa. Nama dan gambar mereka terpampang dalam akhbar. Ketika itu barulah berasa malu. Apabila dibawa ke mahkamah, mereka menutup muka jika ternampak kamera jurugambar. Malu mereka ini hanya kepada manusia, tetapi tidak sedikitpun dengan Allah.

Duit rasuah yang tersimpan dalam akaun akan disita dan apabila didapati bersalah akan dirampas. Mereka juga akan dibuang kerja. Alangkah malu dan susahnya anak isteri.

Fikir-fikirlah wahai penjawat awam kerana kerajaan sangat serius membanteras rasuah sekarang. Penangkapan beramai-ramai pegawai-pegawai Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen baru-baru ini adalah mesej yang jelas.

Tetapi yang lebih penting bagi mereka yang beragama Islam, bertaubatlah. Jadilah orang beriman yang malu dan takut hanya kepada Allah. Hukuman di dunia amatlah ringan jika dibandingkan dengan hukuman di akhirat yang Allah gambarkan dalam Quran sebagai 'sakit yang tidak terperi.'

Sesiapa yang bertaubat, tidak mengulangi kejahatan, beriman dan kemudian melakukan kebaikan akan menerima ganjaran lebih baik bukan sahaja di akhirat, tetapi juga di dunia. Hanya orang-orang yang beriman sahaja mengetahui kebaikan yang Allah berikan kepada mereka.

Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, benar-benar akan Kami hapuskan dari mereka dosa-dosa mereka dan benar-benar akan Kami beri mereka balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan. - Al Ankabut (29): 7

Dan bacalah serta fahamilah segala petunjuk daripada Allah dalam Quran.

Alangkah ruginya mereka yang tidak membaca Quran. Ramai yang suka membaca pelbagai buku tulisan manusia, anehnya tidak membelek buku yang 'dikarang' oleh Yang Maha Mengetahui. Kata-Nya dalam Quran '' setiap helai daun yang gugur pun adalah dengan pengetahuan-Ku." Berapa banyak daun yang gugur setiap hari. Hebatnya pengetahuan Allah.

Tetapi umumnya manusia termasuk cerdik pandai di Malaysia, lebih berbangga dengan bahan-bahan bacaan yang ditulis oleh pemikir-pemikir Barat. Tidak salah membaca karya-karya tulisan manusia itu, tetapi kenapa abaikan karya Yang Maha Agung ini.

Baguslah mengetahui blue ocean strategy, lateral thinking dan sebagainya, tapi alangkah ruginya jika kita tidak membaca Quran yang diturunkan daripada Luh Mahfuz (dimensi gedung segala ilmu) sebagai petunjuk kepada manusia ke jalan mencapai kebahagiaan sebenar di dunia dan akhirat.

Buku-buku tulisan manusia, kebanyakannya hanya mengajar kita sekadar untuk jadi kaya dan bahagia di dunia. Bacalah Quran kerana ia juga pintu kepada banyak rahsia yang tidak terdapat dalam mana-mana buku nukilan otak manusia.

Anda tidak perlu pandai berbahasa Arab untuk memahami dan mendalami isi kandungan Quran kerana ia telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa sekarang, termasuk Bahasa Melayu. Cuma berdoalah kepada Allah dengan tawaduk setiap kali sebelum membaca Quran supaya dibukanya pintu ilmu yang hak dari sisi-Nya untuk menambah keimanan anda.

Insya-Allah anda juga akan ditunjukkan ke jalan yang lurus untuk mengenali dan mendekati-Nya sedekat-dekatnya. Subhanallah!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 16 Apr 2011 01:43 PM PDT

Kosmo Online - Negara


BN tubuh kerajaan negeri Sarawak

Posted:

BN tubuh kerajaan negeri Sarawak

BN tubuh kerajaan negeri Sarawak


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) meraikan kemenangan BN bersama Taib Mahmud (tengah) di Kuching malam tadi.


KUCHING – Barisan Nasional (BN) membuktikan ia tetap parti pilihan rakyat apabila berjaya memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 yang berlangsung semalam.

Kemenangan yang membolehkan BN sekali lagi membentuk kerajaan negeri Sarawak itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof di Kuching malam tadi.

Beliau berkata, setakat pukul 9 malam, BN secara rasmi berjaya memperoleh 36 kerusi, DAP 5, PKR (3), Bebas (1) manakala parti-parti lain tiada sebarang kemenangan.

"Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa BN memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan kali ini bagi membentuk kerajaan negeri,'' katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Kuching dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur menyifatkan kejayaan tersebut amat manis.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Analisis keputusan pilihan raya Sarawak 2011

Posted:

Analisis keputusan pilihan raya Sarawak 2011

Analisis keputusan pilihan raya Sarawak 2011


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN menunjukkan angka kemenangan BN dalam pilihan raya negeri Sarawak di PWTC, Kuala Lumpur pada pukul 10 malam tadi, Pada pukul 11.30 malam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan BN menang 55 kerusi keseluruhannya daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.


*Kesemua presiden parti yang bertanding termasuk parti pembangkang tempatan di Sarawak menang kecuali Presiden SUPP, Tan Sri Dr. George Chan yang tewas di tangan calon DAP, Ling Sie Kiong di DUN Piasau dengan perbezaan undi sebanyak 1,590.

* Pilihan raya kali ini menyaksikan penglibatan parti terbanyak di Sarawak.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pegawai kanan ditangkap khalwat

Posted:

Pegawai kanan ditangkap khalwat

Pegawai kanan ditangkap khalwat

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my

GEORGE TOWN – Seorang pegawai kanan bergelar Datuk di sebuah kementerian ditangkap kerana berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel mewah di Batu Feringghi dekat sini awal pagi semalam.

Suspek yang berusia 51 tahun, itu ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi mencegah maksiat pada kira-kira pukul 4 pagi.

Pasangannya yang merupakan bekas pembantu peribadi suspek berusia 28 tahun turut ditahan kerana berada di dalam bilik tersebut dalam keadaan mencurigakan.

Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 16 Apr 2011 09:37 AM PDT

Berita Harian: MukaDepan


Kolonel disiasat

Posted: 15 Apr 2011 11:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggantung tugas rasmi Pegawai Kanan Markas Tentera Darat, Kolonel Azmi Zainal Abidin yang dikaitkan Raja Petra Kamarudin dengan konspirasi memfitnah pemimpin negara dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu sehingga siasatan ke atasnya selesai.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata ATM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat dakwaan pengendali portal Malaysia Today itu secepat mungkin dan hasilnya akan dijadikan asas untuk tindakan yang bakal diambil terhadap pegawai berkenaan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

shah

Akhirnya, pembawa fitnah di tahan jugak....siasat siapa yang cuba jatuhkan Najib dengan sanggup membuat fitnah ini...

walai

RPK lah batu api sabenarnya ... macam biskut dalam iklan tv .. sekejab ada ... sekejab xada

Khalid

aku tak paham apa motif TV3 atau sesapa pun dlm isu menemuramah RPK? ssiapa dia? mengapa sekarang nak di persoalkan? klu mcm tu senanlah ckp org ni ckp org tu pastu kena tangkap. ATM pun jgn sewenang2nya nak gantung perkhidmatan nti org ramai tidak lg respek kelibiliti ATM.. tolong lha media mainkan peranan anda sebenar bukan bikin rakyat keliru.. kita bukan tak tahu latarbelakang peribadi RPK. dan macam nak sama dgn isu Datuk T.. huh

AHLI PEMIKIR

SAPA YG BUNUH ANTALTUYA?.. ORG YG BUNUH MENDIANG SAJA YG TAHU APA TUJUAN DIA UTK MEMBUNUH.. SIAPA YG ARAH UNTUK BUNUH?.. SELAMA INI KITA RAKYAT DIPERBODOHKAN DGN CERITA2 MCM NI.. RAKYAT BUKAN BODOH TAK PANDAI MENILAI ..

DINO

JERAT TIDAK PERNAH LUPAHKAN PELANDOK TETAPI PELANDOK SELALU LUPAKAN JERAT.

heee

kalau rpk masuk sebelah kerajan semua bohong kalu masuk pr semua betoi..apa punya otak kambing

waris

Bila kena kat hampa baru tau RPK tu pembohong. Dulu hampa percaya semua.Kepada PM berhati-hati, mungkin RPK tu "wayang" saja.

anynomous

klu RPK tu pembohong apsal puak2 pembangkang pecaya kenyataan die slame ni? kenyataan die dlm MalaysiaToday? apekah puak2 pembangkang mmg suka dgr pembohongan? atau puak2 pembangkang ni mmg bodo2 belaka? dlm hal ni Kolonel tu klu xbesalah die boleh saman raja petra sebab tabur fitnah, tpi apsal xde feedback lgsung..jgn jadi bodo sbb sayangkan pengkhianat negara..

jin

rpk ni sumbat je dalam isa.
inilah orang yg sanggup menggadai negara kepada musuh.siasat juga si malaun jahanam ni.

Aizamir Shahrul

Yangretibase, dulu bila RPK cakap pasal kerajaan mu percaya pulak, semua yang dicakapnya betul belaka dan mu julang-julang dia kerana mendedahkan kebenaran. Sekarang dia buat pendedahan yang tidak berpihak pada mu, mu kata dia bohong pulak.

Badang

Kerajaan dan ATM perlu berhati-hati dalam menagani masalah ini yang boleh melibatkan keselamatan Negara. Kalau Pegawai Kanan terlibat dalam pembocuran maklumat yg sensitif, amat malang bagi institusi ini utk menentukan keselamatan negara terjamin. Kenyataan dari Pegawai Kanan Tentera memberi impak yg berbeza walaupun maklumat tersebut kurang tepat. Pembocuran maklumat yang tidak tepat mengenai kapal selam kita terdahulu perlu dijadikan iktibar kepada semua.

LamaDahTahu

RPK dah insaf! Tak guna bersekongkol dengan AI lagi...

Yangretibase

RPK sah seorang pembohong apabila dia sendiri mengaku bahawa pendedahan dia yang terdahulu itu satu pembohongan. Bolehkah pendedahan terbaru dipercayai? Seorang pembohong selama-lamanya berbohong. Maka, tidakkah Kolonel Azmi menjadi mangsa pembohongan RPK? Zalimlah bagi ATM mempercayai pembohongan RPK!

sabima

Awas musoh dalam selimut

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tengok Baik2 Ye...

Halwa Telinga

My Blog List

Senarai Blog Saya

Selalu Baca