gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Urban

Posted: 06 Apr 2011 01:32 PM PDT

Kosmo Online - Urban


Resipi keluarga rahsia kejayaan

Posted:

Resipi keluarga rahsia kejayaan

Resipi keluarga rahsia kejayaan

Oleh BASIR ABU BAKAR
basir.abubakar@kosmo.com.my



PEMILIHAN makanan berkualiti dan ideal pada harga yang berpatutan ketika melangsungkan majlis perkahwinan pasti menjadi agenda utama bagi keluarga pasangan mempelai.

Setiap majlis perkahwinan yang hendak dilangsungkan tentunya terasa tidak sempurna tanpa hidangan makanan yang menarik, sedap dan memenuhi cita rasa tetamu jemputan.

Lebih menggelisahkan adalah sekiranya hidangan tersebut membuatkan para tetamu yang hadir mengalami sakit perut, cirit-birit atau keracunan makanan.

Semua itu adalah dilema dan tanggungjawab tuan rumah serta pihak yang diamanahkan untuk menyediakan makanan. Ia mempunyai kaitan dengan cara dan proses penyediaannya.

"Di Sri Angsana, selain menawarkan harga makanan kenduri kahwin yang murah, kami tidak mengetepikan soal kualiti dan kebersihan dalam menyediakan sesuatu makanan yang dipesan pelanggan.

"Saya sendiri akan pastikan setiap bahan makanan dan masakan yang diproses oleh pekerja mengikut paras mutu yang ditetapkan," kata Pengasas Sri Angsana Canopy dan Caterer, Nurulhuda Yaacob, 39.

Menurut Nurulhuda, menu makanan yang disajikan Sri Angsana kebanyakannya berasal dari resipi istimewa istana Johor dan rempah-ratus yang digunakan pula terdiri daripada rempah-ratus terpilih dari negeri tersebut.

"Sri Angsana mendapat bekalan rempah-ratus dari seorang pembekal utama di Johor. Sebulan sekali, sebanyak 400 kilogram rempah-ratus akan kami beli daripada pembekal tersebut.

"Rempah-ratus itu dibuat sendiri oleh pak cik saya yang merupakan pakar dalam menghasilkan rempah ratus untuk masakan kenduri masyarakat Johor. Salah seorang pak cik saya pernah menjadi tukang masak di istana negeri," katanya yang enggan mendedahkan isi kandungan rempah ratus tersebut.

Bermula dengan perniagaan sewa kanopi, Nurulhuda kini boleh berbangga kerana syarikat yang diasaskannya bersama suami, Mohd. Ashrin Alias, 43, kini berkembang dan turut menawarkan perkhidmatan katering dan pakej perkahwinan yang berkualiti pada harga berpatutan.

Gabungan kemahiran


NURULHUDA menunjukkan beberapa contoh hidangan makanan Sri Angsana Caterer untuk majlis perkahwinan atau keraian tertentu.


Pasangan suami isteri itu memiliki latar kemahiran dan bakat yang berbeza iaitu kepandaian dalam bidang masakan dan perniagaan.

Hasil gabungan kedua-duanya ternyata berbaloi kerana mereka berjaya menubuhkan perniagaan keluarga yang bernaung di bawah Sri Angsana Canopy & Caterer di sebuah bangunan tiga tingkat yang diberi nama Wisma Sri Angsana di Taman Nirwana, Ampang, Selangor.

Mengimbas detik permulaannya, bisnes yang turut disertai adik Ashrin, Mohd. Azlan, sebagai pemilik bersama itu diasaskan pada tahun 1996 di Pandan Indah, Kuala Lumpur dengan hanya menyediakan perkhidmatan menyewa kanopi untuk majlis-majlis perkahwinan.

Selepas setahun, Mohd. Ashrin dan isteri membuat keputusan memulakan perniagaan katering kerana mendapat banyak galakan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Tambahan pula, Nurulhuda yang berasal dari Johor mempunyai minat dan kemahiran yang tinggi dalam menyediakan masakan tradisi negeri.

"Pada awalnya, kami hanya menggunakan sebuah rumah lot tepi di Pandan Indah untuk kerja-kerja memasak serta tidak mempunyai pejabat seperti sekarang," jelas Mohd. Ashrin sambil memberitahu, mereka berpindah ke Wisma Sri Angsana sejak tahun 2007.

Mengakui perniagaan mereka bermula perlahan, Mohd. Ashrin berkata, permintaan untuk perkhidmatan katering tidak begitu mendapat sambutan sekitar awal 1990-an.

"Hidangan yang kami sediakan adalah resipi keluarga seperti nasi beriani, nasi bukhari, nasi hujan panas dan pelbagai lauk-pauk.

"Sebelum ini, kami terkenal dengan identiti lauk rendang daging. Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini kami beralih kepada lauk daging masak hitam, daging kambing masak kuzi dan lauk-lauk lain yang beridentitikan Johor," katanya yang juga menerima permintaan pelbagai jenis masakan lain mengikut kehendak pelanggan.

Tambah Nurulhuda, bagi mengekalkan rasa dan keenakan makanan, dia dan suami akan memasak sendiri setiap hidangan yang ditempah walaupun mempunyai 30 orang kakitangan untuk tugas-tugas di dapur.

Elemen penting

"Walaupun mempunyai kedudukan yang selesa ketika ini, saya tidak akan membiarkan orang lain memasak setiap hidangan.

"Saya percaya air tangan merupakan elemen penting bagi setiap masakan. Tambahan pula, resipi ini adalah warisan turun-temurun," ujar Nurulhuda yang mempunyai 300 kakitangan sepenuh masa dan sambilan.

Jelasnya lagi, dengan memasak sendiri, operasi perniagaan mereka akan lebih lancar kerana tidak timbul isu tukang masak berhenti kerja atau tidak komited terhadap tugas mengetuai dapur.


PENGURUSAN kelengkapan dapur yang tersusun dan bersih adalah antara kod wajib di premis penyediaan makanan Sri Angsana.


"Sekarang ini, setiap bulan sepanjang tahun ini kami sudah mempunyai tempahan majlis perkahwinan untuk diuruskan. Hinggakan pada musim puncak, dalam seminggu kami perlu bertungkus-lumus untuk memenuhi tempahan bagi 30 majlis perkahwinan.

"Begitupun, dalam sehari, kami mampu memasak tempahan makanan untuk 12,000 hingga 15,000 orang jemputan sahaja. Tempahan majlis hanya dihadkan untuk hari Sabtu dan Ahad," katanya yang turut mendapatkan semua bahan mentah dari pembekal secara pukal dengan harga rendah.

Untuk itu, terang Nurulhuda, sebanyak dua tan ayam, daging, beras dan barang mentah lain dibeli terus dari pemborong setiap minggu.

"Kami dapat beli barang mentah pada harga murah dari pemborong kerana kami bayar secara tunai kepada pemborong dan mereka selesa dengan cara begitu.

"Kami tidak mahu berhutang dengan pemborong kerana jika itu berlaku, pemborong akan cenderung untuk menaikkan harga barang sesuka hati dan ia mempengaruhi kelancaran perniagaan kami," katanya.

Pakej istimewa Sri Angsana dimulakan pada tahun 2010 dengan menawarkan pakej perkahwinan percuma bagi setiap tempahan katering berharga RM12.80 seorang dengan jumlah tempahan minimum sejumlah 1,000 orang jemputan.

"Dinamakan Pakej Tiga, selain hidangan makanan untuk tetamu, pelanggan akan menerima percuma set kanopi, kek pengantin tiga tingkat, hiasan meja, makanan pengantin, bunga segar, set pelamin, sepasang pakaian pengantin, solekan dan pelayan beruniform.

Sementara itu, terdapat juga Pakej Satu dan Dua yang masing-masing berharga RM8.80 dan RM10.80 sekepala dengan minimum 1,000 jemputan. Pakej tersebut menawarkan menu makanan berlainan dan tawaran percuma yang sama dengan Pakej Tiga tetapi tidak termasuk set pelamin, solekan serta pakaian pengantin," kata Nurulhuda.

Sejurus memperkenal pakej istimewa tersebut, Nurulhuda dan suami tidak menang tangan menerima dan menguruskan tempahan majlis perkahwinan.

"Sebenarnya, apa yang kami perkenalkan ini (pakej istimewa) sebagai satu tanggungjawab sosial dalam mengetengahkan amalan tolong-menolong.

"Melalui pakej ini, semua masyarakat kelas rendah juga mampu untuk mengadakan majlis perkahwinan yang mereka idam-idamkan dalam suasana gilang-gemilang," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dinosaur gemparkan Pusat Sains Negara

Posted:

Dinosaur gemparkan Pusat Sains Negara

Dinosaur gemparkan Pusat Sains Negara

Oleh BASIR ABU BAKAR
basir.abubakar@kosmo.com.my


TYRANNOSAURUS REX antara dinosaur ganas yang turut 'mengamuk' di Pusat Sains Negara.


MELANGKAH ke Pusat Sains Negara (PSN), Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini membuatkan penulis berasa sangat teruja dan berfikir untuk kembali semula ke situ bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, bangunan empat tingkat yang terletak di kawasan seluas 5.7 hektar itu memang tidak pernah putus daripada menganjurkan aktiviti-aktiviti menarik menerusi sembilan buah galeri pamerannya.

Ia termasuk pameran bertema yang dijalankan secara berkala melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan juga antarabangsa.

Sejak PSN mendapat sentuhan pengarahnya yang baru tahun lalu, Prof. Madya Irmawati Ramli ia berubah menjadi lebih ceria dan penuh dengan program menarik sekali gus berjaya menarik lebih ramai pengunjung ke situ.

Hadir sebagai institusi pembelajaran tidak formal, PSN menyasarkan golongan pengunjung daripada kalangan pelajar-pelajar sekolah, institusi pendidikan dan juga profesional.

Selain mengetengahkan pendekatan santai, PSN turut dilengkapi kandungan bahan pameran interaktif yang mampu merangsang minat pengunjung di samping menawarkan pengalaman merasai sendiri fenomena saintifik secara holistik.

Seorang pengunjung dari Johor, Azhar Surahman, 38, yang pertama kali datang ke PSN berkata, beliau berasa teruja dengan aktiviti yang disediakan di PSN.

"Bahan pameran dan aktiviti yang disediakan pengurusan PSN sangat bagus dan membuka minda sekali gus memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak serta ibu bapa yang datang ke sini.

"Cara persembahan bahan pameran sangat menarik untuk mengajak pengunjungnya berfikir mengenai sains malah, setiap pameran sangat berkait rapat dengan kehidupan harian kita," katanya ketika ditemui di PSN baru-baru ini.

Seorang suri rumah, Nor Huda Mokhtar, 32, memberitahu pendekatan santai bersahaja yang diketengahkan PSN untuk dirasai pengunjung sangat mengagumkan sehingga ia mampu membuat sesiapa sahaja berfikir mengenai sains dalam kegiatan sehariannya.


PANCAINDERA pengunjung seperti mata, telinga dan sentuhan dirangsang untuk membolehkan bahan pameran lebih interaktif.


Tambahnya, sejurus dia dan keluarga melangkah masuk melalui terowong akuarium ke ruang pameran mereka seolah-olah melangkah ke alam lain fantasi yang penuh dengan permainan dan gajet sains untuk diterokai.

"Pada bulan ini di PSN ada aktiviti pameran Dinos Alive yang telah diadakan sejak 1 Disember lalu. Orang ramai dapat melihat secara dekat 32 ekor dinosaur reptilia yang pernah wujud di muka bumi kira-kira 162 juta tahun dahulu.

"Lebih menakjubkan kesemua 32 ekor dinosaur tersebut 'hidup' dan pasti akan mengancam setiap pengunjung yang datang," katanya yang turut kagum dengan ngauman ngeri spesies Tyrannosaurus Rex atau T-Rex yang boleh didengar hingga ke luar pusat pameran.

Seorang pengunjung dari Kuala Lumpur, Lee Ah Seng, 43, yang datang ke PSN bersama ahli keluarga dan saudaranya itu turut terkejut dengan ngauman kuat dinosaur yang kedengaran di segenap ruang pameran di PSN.

Dinosaur robotik

Apa yang menakjubkan lagi kata Ah Seng, semua 32 dinosaur yang ditampilkan di PSN itu seolah-olah hidup kerana ia digerak menggunakan kaedah robotik.

Kesemuanya dibina berdasarkan saiz dan struktur badan menyerupai haiwan itu yang sebenar.

Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga pasti akan teruja dengan elemen nilai tambah yang dilengkapkan pada setiap dinosaur seperti pergerakan mekatronik dan kesan suara serta semburan asap.


APATOSAURUS merupakan dinosaur yang mempunyai leher panjang dan hidup di anatara 154 hingga 150 juta tahun lalu.


Sementara itu, Irmawati pula memberitahu, PSN kini menyajikan lebih banyak aktiviti yang merangsang, menarik dan menggalakkan pelawat mencintai sains dan teknologi.

Katanya, aktiviti yang disediakan akan berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

"Berkeluasan 6,717.6 meter persegi, PSN yang sebelum ini hanya mempunyai enam galeri pameran kini bertambah kepada sembilan galeri sains yang lebih interaktif.

"Galeri baru itu antaranya Kids Discovery Place!, Energy World dan Kidz World serta yang terbaru ialah taman Science Wonderland," kata Irmawati.

Tambahnya, sepanjang tahun ini PSN menawarkan lebih banyak aktiviti pameran kepada pengunjung mengikut peringkat umur dan pendidikan mereka.

Aktiviti yang baru sahaja selesai berlangsung ialah Festival Dinos Alive! yang berlangsung selama sembilan hari bermula 12 hingga 20 Mac lalu.

Ia diadakan bersempena Pameran Dinos Alive! 2010 Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh PSN sejak Disember tahun lalu dan berakhir 31 Mei ini.

Selain itu, Irmawati berkata, yang terbaru PSN turut memperkenalkan Science Wonderland untuk tatapan pengunjung.

Dahulu, kawasan tersebut dibangunkan sebagai Taman Pendidikan Sains yang lengkap dengan pelbagai hidupan alam seperti tumbuhan herba, kaktus dan juga serangga.

Bagi mencari kelainan dalam mengeksploitasi kawasan itu, pihak pengurusan PSN telah menambah baik konsep taman tersebut kepada Science Wonderland menerusi penerapan elemen inovasi dan kreativiti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Demam Bieber, jeritan Scream 4

Posted:

Demam Bieber, jeritan Scream 4

Demam Bieber, jeritan Scream 4

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@gmail.com



DEMAM Justin Bieber kini melanda negara apabila penyanyi berusia 16 tahun itu bakal singgah di Malaysia bagi menjayakan siri konsert jelajah dunianya pada 21 April ini.

Sebelum ke konsertnya itu, apa kata menonton filem berkaitan biografi dirinya di pawagam berdekatan anda. Lebih menarik, persembahan Bieber di Madison Square Garden pada tahun lalu itu dapat ditonton dalam bentuk tiga dimensi (3D).

Namun. sejarah juga bakal dilakar oleh filem Scream 4 yang bakal menemui peminat filem genre pembunuhan bersiri tanah air. Tiga filem sekuel terdahulu atau trilogi Scream iaitu Scream (1996), Scream 2 (1997) dan Scream 3 (2000) tidak pernah ditayangkan di pawagam tanah air.

Kisah pembunuhan kejam pembunuh 'gila tapi genius' yang bertopeng hantu itu bakal membuatkan anda kecut perut daripada terus kekal berada di kerusi panggung. Bersedialah dengan pelbagai kejutan yang mengerikan.

Bagi peminat filem seram Melayu, jangan ketinggalan menonton filem, Senjakala arahan Ahmad Idham yang membariskan bintang muda, Liyana Jasmay, Zahiril Adzim dan Faezah Elai.

Peminat filem cinta Hollywood pula bakal disajikan dengan filem bergenre drama iaitu Love and Other Drugs. lakonan Jake Gyllenhaal dan Anne Hathaway.

Justeru, nantikan kesudahan kesemua filem ini yang bakal memberikan kejutan buat anda.

Senjakala

Bahasa: Bahasa Melayu

Genre: Seram

Tarikh Tayangan: 14 April 2011

Pelakon: Liyana Jasmay, Zahiril Adzim, Faezah Elai, Aida Aris, Ruminah Sidek, Eizlan Yusof, Kamal Adli dan Zed Zaidi

Pengarah: Ahmad Idham

SELEPAS kematian tragis tunangnya dalam satu kemalangan jalan raya, Karlisa lakonan Liyana Jasmay saban malam diganggu dengan mimpi misteri yang memanggilnya supaya pulang ke kampung ibunya. Lantas, Karlisa dan rakan baiknya, Isabella (Faezah Elai) membuat keputusan untuk pergi ke Kampung Senja Lama.

Di kampung itu dia berkenalan dengan Arman (Zahiril Adzim), seorang lelaki kampung yang penuh misteri. Karlisa menyelami sejarah keluarganya daripada lelaki itu. Dari situ dia mula mengetahui bahawa ibunya pernah melarikan diri dari kampung itu untuk menjauhkan dirinya daripada saka warisan neneknya. Saka itu sedang dijaga oleh Arman dan ia pernah menyerang bapa Karlisa sebelum ini ketika ibunya enggan menerimanya.

Karlisa memberontak untuk menyelami misteri saka keluarganya itu. Adakah Karlisa bersedia menerima saka itu setelah mengetahui sejarah keluarganya? Ataupun Arman akan terus membela saka tersebut?

Justin Bieber: Never Say Never (3D)

Bahasa: Inggeris

Klasifikasi: Umum

Genre: 3D/Muzikal/Biografi

Durasi: 1 jam 43 minit

Tarikh Tayangan: 14 April 2011

Pelakon: Justin Bieber, Jaden Smith, Miley Cyrus

Pengarah: Jon Chu

FILEM ini berbeza berbanding filem-filem lain di pawagam. Ia sarat dengan realiti dan kisah hidup seorang bintang remaja yang menjadi fenomena di seluruh dunia, Justin Bieber. Dia menjadi kegilaan kanak-kanak perempuan hingga wanita-wanita dewasa.

Filem ini merupakan inspirasi kisah benar dalam hidup penyanyi kelahiran Kanada itu. Bermula daripada menjadi seorang pemuzik kanak-kanak jalanan di pekan Stratford, Ontario hinggalah dia menjadi fenomena di Internet. Ia memaparkan kajayaan penyanyi berusia 16 tahun itu dalam mencapai impiannya membuat persembahan besar di Madison Square Garden. Ikuti kisah konsert jelajah Bieber pada tahun lalu tersebut dalam paparan 3D.

Love and Other Drugs

Bahasa: Inggeris

Genre: Drama

Tarikh Tayangan: 14 April 2011

Pelakon: Jake Gyllenhaal, Anne Hathaway, Hank Azaria dan Judy Greer

Pengarah: Edward Zwick

MAGGIE lakonan Anne Hathway merupakan seorang wanita yang berfikiran bebas. Dia tidak mahukan sebarang ikatan terutamanya dalam percintaan dan lebih mempercayai kebahagiaan dengan kebebasan. Namun, seteleh bertemu dengan Jamie (Jake Gyllenhaal) iaitu seorang lelaki yang terlibat dalam bidang farmasi, hatinya mula terbuka untuk menerima lelaki.

Lelaki itu istimewa dan perasaan cintanya tertaut tanpa menyedarinya. Sebenarnya tanpa disedari, mereka sebenarnya sedang berada di bawah pengaruh 'dadah' hebat iaitu cinta.

Scream 4

Bahasa: inggeris

Genre: Seram

Durasi: 1 jam 43 minit

Tarikh Tayangan: 15 April 2011

Pelakon: Neve Campbell, Courtney Cox, David Arquette, Emma Roberts, Hayden Panettiere, Anna Paquin, Kristen Bell

Pengarah: Wes Craven

TEMPOH 11 tahun yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem Scream 3 untuk mengetahui sambungan kisah seram itu akhirnya terjawab apabila muncul sekuelnya berjudul Scream 4.

Mengekalkan tiga pelakon utama trilogi Scream iaitu Neve Campbell, Courteney Cox dan David Arquette, Scream 4 cuba menyuntik elemen yang segar dan terkini dengan menampilkan watak-watak baru lakonan barisan pelakon remaja popular masa kini termasuk Hayden Panettiere, Emma Roberts, Anna Paquin dan Kristen Bell.

Plot berkisar mengenai Sidney Prescott (Neve Campbell) yang kembali ke bandar kelahirannya di Woodsboro untuk mempromosi buku tulisannya. Ketika itu juga berlangsung acara ulang tahun ke-15 bagi memperingati pembunuhan bersiri di bandar itu yang membabitkan Sydney dan rakan-rakannya. Di situ, dia kembali bertemu dengan dua individu yang turut terbabit dalam pengalaman ngeri tersebut iaitu Sherif Dewey Riley (David Arquette) dan wartawan selebriti, Gale Weathers (Courtney Cox). Namun, pembunuh bersiri bertopeng hantu yang sering menghantui Sydney itu kini kembali dan menjadikan sepupu Sydney, Jill Roberts (Emma Roberts) dan rakan baiknya, Kirby Reed (Hayden Panettiere) serta rakan-rakan mereka yang lain sebagai sasaran terbarunya. Pembunuh misteri itu seolah-olah tidak mahu melepaskan remaja di kolej tempat Prescott pernah belajar itu. Siapakah dalang di sebalik topeng hantu itu pada kali ini? Adakah Scream 4 akan memberi kejutan seperti trilogi Scream sebelum ini?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 06 Apr 2011 01:20 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Malaysian hospitality kebanggaan MAS

Posted:

Malaysian hospitality kebanggaan MAS

Malaysian hospitality kebanggaan MAS

Oleh ABD. HALIM HADI
halim.hadi@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


Juruterbang dan pembantu juruterbang bersedia membawa penumpang ke destinasi yang dijadualkan.


TINGKAH laku sekumpulan pramugara dan pramugari di Bangunan Pentadbiran Malaysian Airlines (MAS), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi minggu yang lalu berbeza dengan apa yang biasa dilihat di dalam pesawat.

Suasana di situ riuh dengan gelak-ketawa dan tepuk-tampar sesama mereka. Di sudut berhampiran, beberapa orang wanita yang sudah berhias cantik masih menguap-guap menahan rasa mengantuk.

Jam menunjukkan pukul 6.50 pagi. Hanya tinggal beberapa minit sahaja untuk mereka menyelesaikan urusan peribadi kerana selepas taklimat selama 17 minit itu tiada lagi masa untuk diri sendiri.

Taklimat setiap pagi itu adalah permulaan tugas mereka sebagai kru kabin, memikul tanggungjawab untuk memastikan penerbangan berjalan lancar.

Tugas paling utama adalah memberi layanan terbaik kepada penumpang dalam apa jua keadaan.

Bagi yang pernah menaiki penerbangan Mas, kemesraan layanan yang dinamakan Malaysian Hospitality itu cukup istimewa malah tidak setanding dengan mana-mana syarikat penerbangan lain.

Di kalangan pelancong luar negara, pengalaman menjejakkan kaki ke dalam pesawat berlogo wau bulan itu digambarkan sebagai langkah pertama mereka di Malaysia, ditambah dengan senyuman kru kabin sebagai pengenalan kemesraan rakyat negara ini.

Bagi kebanyakan kita pula, menaiki kapal terbang mungkin semudah membeli tiket dan memungut semula bagasi tetapi di sebalik semua kelancaran itu berlaku pelbagai proses yang melibatkan beratus-ratus individu dalam tempuh begitu singkat.

MEGA baru-baru ini berpeluang mengikuti persediaan penerbangan MAS di KLIA, penerima lebih enam kali anugerah 'Kakitangan Kabin Terbaik di Dunia' oleh Skytrax.

Ia adalah pengiktirafan paling kerap yang pernah diterima oleh mana-mana syarikat penerbangan di dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saringan bagasi elak malapetaka

Posted:

Saringan bagasi elak malapetaka

Saringan bagasi elak malapetaka

DENGAN jumlah kira-kira 80,000 penumpang (di KLIA) setiap hari, pengurusan bagasi boleh menjadi 'malapetaka' tanpa sistem penyaringan yang sistematik.

Pengarah Operasi MAS, Kapten Mohamad Azharuddin Osman berkata, Mas mengaplikasikan teknologi pengurusan bagasi berteknologi tinggi melalui penyaringan automatik mengikut data penerbangan pada bagasi setiap penumpang.

"Selepas didaftar masuk, bagasi akan melalui proses penyaringan mengikut pesawat di atas rel pelongsor yang mempunyai jarak sepanjang kira-kira 34 kilometer di sini," jelasnya.

Jaminan keselamatan beg dan barangan yang berlegar di dalam bangunan lima tingkat (dikhaskan untuk pengurusan bagasi) itu dipantau sepenuhnya oleh kamera litar tertutup di setiap penjuru strategik.

Namun secanggih manapun pengurusan yang digunakan, tiada jaminan penuh bahawa bagasi akan tiba ke destinasi seperti sepatutnya.

Kesilapan penyaringan automatik boleh menyebabkan bagasi memasuki sektor rummage, tempat pengumpulan bagasi yang tidak dapat ditentukan.

Selain kegagalan sistem membaca kod, salah satu daripada punca bagasi dikategorikan sebagai 'sampah' adalah akibat pertukaran pesawat di saat akhir dan penumpang yang melakukan transit.

Bagaimanapun di dalam kes kehilangan bagasi, MAS memberi jaminan yang tinggi untuk menemui semula barang yang tersasar.

"Sistem pengurusan bagasi kami yang dihubungkan dengan semua lapangan terbang di seluruh dunia akan memudahkan pengesanan semula dilakukan," jelasnya.

Bakal terima empat superjumbo

Sementara itu, Mohamad Azharuddin berkata, MAS yang pada masa kini mempunyai 87 buah pesawat akan menambah sekurang-kurangnya 14 buah pesawat menjelang tahun depan.

"Kita dijangka menerima empat buah pesawat Airbus 380 pada tahun depan, pesawat komersial terbesar di dunia pada masa ini.

"Pada tahun ini kita juga bakal menerima lima daripada 15 buah pesawat Airbus 330 yang ditempah," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 06 Apr 2011 11:05 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Amal Tesco untuk anak Chow Kit

Posted:

Amal Tesco untuk anak Chow Kit

Amal Tesco untuk anak Chow Kit


WAKTU kualiti para pegawai kanan Tesco di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Chow Kit diluangkan untuk bermesra dengan penghuni Rumah Nur Salam.


MELUPAKAN sebentar dunia korporat mereka, seramai 10 orang pegawai pengurusan kanan Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. sanggup turun padang untuk mengecat, membaiki kerosakan kecil dan membersihkan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tjeerd Jegen bersama sembilan yang lain, projek komuniti itu dimulakan pada pukul 11 pagi. Mereka di bahagikan kerja kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan membuat kerja-kerja mengecat dan bertukang manakala satu lagi membersihkan bilik-bilik penginapan.

Pusat Aktiviti kanak-Kanak Chow Kit adalah pusat aktiviti 24 jam seliaan Rumah Nur Salam yang menawarkan persekitaran selamat, sihat dan penyayang untuk kanak-kanak jalanan serta terbiar di bawah usia 18 tahun.

"Mengutamakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami adalah sama pentingnya dengan mengejar keuntungan dalam jualan. Kami juga ingin mengingatkan kepada golongan yang berkemampuan untuk membantu dan menyokong kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini," kata Jegen ketika ditemui di pusat kebajikan tersebut.

Selain Jegen, sembilan lagi pegawai yang terlibat ialah Ketua Pegawai Operasi, Tim Golding; Pengarah Perhubungan Korporat dan Perundangan, Azlam Shah Alias; Pengarah Sumber Manusia, Norfaiezah Arshad; Pengarah Kewangan, Sean Wilkins; Pengarah Pemasaran, Neil Adams; dan Pengarah Mall, Vivian Yap.

Tidak ketinggalan menyumbang tenaga ialah Pengarah Hartanah, Shireen Iqbal; Pengarah Komersial Bahagian Makanan, Jason Godley; dan Pengarah Komersial Bahagian Pakaian, Hem Patel.

Selain kerja amal itu, Tesco turut mengadakan Tesco Walk for Kids 2011 yang diadakan di Putrajaya Mac lalu untuk mengumpul dana Tabung Rumah Nur Salam.

Pusat perlindungan itu menerima sebahagian bantuan dana untuk operasinya daripada syarikat multinasional tersebut.

Pendidikan

Mereka yang berdaftar di pusat jagaan tersebut bukan sahaja diberikan tempat tinggal dan makanan tetapi juga pendidikan, penjagaan kesihatan dan aktiviti rekreasi.

Pusat itu menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti di sekolah bagi lebih 700 orang kanak-kanak yang berdaftar.

Dalam pada itu, selain mengecat dan membersihkan bilik penginapan serta kelas belajar, Tesco juga memberi keperluan lain seperti pembersih vakum, mop lantai serta menderma tilam baru bagi memberi keselesaan tidur kanak-kanak itu.

Sebanyak RM20,000 telah dikeluarkan Tesco bagi membeli cat, susu formula, buku dan kelengkapan lain.

Tjeerd juga berkata, mereka akan mengupah kontraktor untuk menyiapkan kerja-kerja pertukangan bagi bahagian premis yang mengalami kerosakan teruk termasuk masalah teknikal lain yang melibatkan wayar serta kabel elektrik.

Waktu melepas lelah selepas selesai sebahagian tugas mengecat pula digunakan sebaik-baiknya untuk berehat sambil melayan kanak-kanak di situ membaca buku dan bermain kuiz.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Chow Kit, Syirin Junisya berkata, kos operasi pusat kanak-kanak itu berjumlah RM30,000 setiap bulan.

"Kami ada staf kami sendiri, pekerja sukarela, kaunselor dan juga perbelanjaan harian yang lain. Tesco telah memberikan kami bantuan yang sangat diperlukan dan kami bersyukur serta berterima kasih kepada mereka," katanya.

Pusat kanak-kanak itu sebelum ini bermula dengan hanya menyediakan perkhidmatan jagaan harian oleh Yayasan Salam.

Yayasan itu kemudian dinaik taraf dari pusat jagaan kanak-kanak harian ke pusat jagaan sepenuh masa bagi memenuhi permintaan ramai serta pertambahan bilangan kanak-kanak yang dihantar ke sana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kelab sosialit PUMA

Posted:

Kelab sosialit PUMA

Kelab sosialit PUMA

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my


PUMA bukan sahaja tampil sebagai jenama sukan malah menggalakkan aktiviti sukan melalui Kelab Sosial PUMA.


UNTUK menghangat dan mengaktifkan lagi kehidupan masyarakat Malaysia, PUMA menampilkan keseronokan dan keceriaan dalam dunia sukan. Pelancaran jelajah Kelab Sosial PUMA sebagai satu kempen baru menyatupadu peminat sukan selepas waktu pejabat dijangka menarik ramai orang.

Adakah anda penjaring terbaik foosball, pakar membaling dart, sensasi ping-pong atau mahaguru boling? Jika ya, Kelab Sosial PUMA pastinya menepati gaya hidup anda melalui kempen Sosial PUMA yang dilancarkan secara berperingkat di seluruh Malaysia.

Kempen Sosial PUMA adalah platform untuk semua peminat hiburan klasik berkumpul secara dalam talian serta berkongsi aktiviti.

Kempen itu bergantung kepada beberapa elemen termasuk video mood (disediakan dalam pelbagai bahasa dalam pelbagai platform) serta iklan dalam kedai. Laman web Sosial PUMA yang menggabungkan bahan kandungan daripada PUMA dan para pengguna akan dikemaskini secara dinamik di laman tersebut.

"Laman web ini direka bagi memudahkan sosialit PUMA di seluruh dunia berkongsi papan skor kompetitif mereka, selain berhubung dengan pengguna lain dan melihat gambar-gambar serta video parti daripada Kelab Sosial PUMA di pelbagai bandar di seluruh dunia.

"Laman ini membolehkan para pengguna menjana mata dan kemasyhuran dengan menghubungkan profil rangkaian sosial mereka (Facebook, Twitter dan FourSquare)," kata Ketua Jabatan Pemasaran PUMA Malaysia, Gabriel Yap.

"Kempen iklan media cetak dan online pula mengetengahkan aksi-aksi berkumpulan yang penuh kelucuan serta keceriaan yang hanya berlaku apabila teman-teman berkumpul untuk bermain boling, ping-pong, menyanyi karaoke atau membaling dart. Unsur nakal yang diperkenalkan disampaikan melaui kata-kata seperti Here's to 5am cabs, Not 5am runs, Some marathon ends at 6 am, Sometime victory is a phone number dan Scoring leads to scoring," katanya lagi.

Seperti semua inisiatif PUMA yang lain, titik perhubungan konsumer Sosial PUMA itu juga melibatkan pendedahan yang sama iaitu acara jalanan.

Bermula sebagai jelajah Kelab Sosial PUMA, yang berjudul Here's to the After-Hours Athlete, Sosial PUMA mula dilancarkan di Amerika Syarikat, Britain, Australia, Taiwan, Jepun dan Hong Kong, sebelum tiba di Malaysia serta Singapura. Ia mengesyorkan aktiviti sosial selepas waktu kerja dan permainan yang dimainkan bersama teman selepas terbenamnya matahari.

Kelab Sosial PUMA versi Malaysia dilancarkan sepanjang bulan Mac lalu dan April ini dengan pelbagai parti konsep sukan selepas waktu pejabat. Pelancaran yang dijangka diadakan di kelab popular di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan kembali semula ke Kuala Lumpur.

Parti pelancaran sudah pun berlangsung pada 11 Mac lalu di Palate Palette Kuala Lumpur membariskan persembahan hebat oleh Jamus Baum, Ze!, DJs Anowl dan Hackeem Elektrischer selain para pemenang bertuah akan membawa pulang pakaian PUMA daripada rangkaian sosial yang terbaru.

Kelab Sosial PUMA akan ke Roost Bistro, Johor Bahru pada 8 April ini sebelum kembali ke Kuala Lumpur bagi acara kemuncak yang akan berlangsung pada 15 April di suatu lokasi yang akan dimaklumkan kemudian.

"PUMA telah menerajui idea SportLifestyle dan membina jenama berdasarkan prinsip mencari keseronokan dalam hidup sihat," kata Gabriel.

Senarai penuh acara, tepat dan tarikh yang dikemaskini boleh diperolehi di www.puma-social.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 06 Apr 2011 09:31 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Pesona batik Kraftangan

Posted:

Pesona batik Kraftangan

Pesona batik Kraftangan

Oleh ZUHAYATI YAZID


Kraftangan tidak pernah jemu mempromosikan batik sebagai tekstil warisan.


BATIK Malaysia kaya dengan keindahan dan kehalusan seninya yang pasti mempesonakan mata memandang.

Malah fabrik warisan itu menjadi antara produk pelancongan yang sentiasa diketengahkan dalam pelbagai promosi sama ada di dalam mahu pun luar negara.

Jika dahulu batik hanya sekadar untuk kebaya atau kurung, tetapi ia kini mampu melangkaui batas dan sempadan untuk ditampilkan dalam apa juga majlis tidak kira formal mahupun santai.

Kebijaksanaan pereka fesyen mengadaptasi kepada pelbagai rekaan termasuklah untuk majlis santai, sekali gus meletakkan batik Malaysia pada kelasnya tersendiri.

Ini ditambah dengan kehadiran ramai pereka muda yang menyuntik idea-idea segar untuk penampilan lebih elegan sebagaimana yang dilihat pada peragaan fesyen Santai-Santai Glamor' anjuran Kraftangan baru-baru ini.

Majlis berlangsung di Laman Wau Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, dengan kehadiran Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Zakiah Ahmad serta isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datin Seri Shuryani Shuib.

Penganjuran majlis itu merupakan usaha Kraftangan dalam mengetengahkan kecantikan dan keunikan kraf tekstil itu sebagai fesyen pakaian kontemporari dan eksklusif.

Ia juga diharap dapat meningkatkan minat penggunaan batik dalam gaya hidup masa kini serta membudayakan pemakaian batik.

Pada majlis tersebut, lebih 40 koleksi pakaian kontemporari dan santai dengan pelbagai tema dan konsep menggunakan tekstil batik rekaan terkini diperagakan.

Ternyata batik cukup serasi dengan rekaan fesyen jubah, kaftan,blaus dan pareo, selain kurung dan kebaya dengan suntikan glamor dari segi tata hias labuci dan manik.

Antara yang menarik pada peragaan tersebut ialah koleksi fesyen daripada pereka-pereka batik terpilih seperti Nazari Maaruz, Meriam Atelier, Tinta, Rish Couture, Eco Kraf, D Collection dan Datin Sharifah Kirana.

Himpunan-himpunan ini jelas menampilkan pelbagai idea segar serta praktikal dan sesuai digayakan dalam majlis yang santai.

Pemilihan warna-warna terang mampu memberikan tarikan tersendiri berbanding rona lembut.

Kebanyakan rekaan tidak lari daripada penggunaan motif bunga-bungaan, logam dan hasil-hasil rimba yang jelas melatari keseluruhan rekaan.

Menggunakan warna-warna mewah seperti hitam, merah terang, hijau dan kuning menjadikan penampilan lebih bergaya serta kelihatan anggun.

Malah, percaturan warna yang tepat mampu menjadikan persalinan tampak unik dan berbeza termasuklah kemasan jahitan dan perincian berseni yang menyumbang kepada keindahan seni jahitan.

Selain itu, padanan tudung juga tidak kurang hebat. Kalau dulu tudung sekadar penutup kepala, kini lebih cantik apabila digayakan dengan pelbagai cara.

Ditambah pula dengan ketelitian sulaman tangan serta kreativiti menghasilkan busana yang penuh bergaya.

Aspek ini menguatkan lagi kepercayaan umum bahawa fabrik batik sebenarnya sesuai untuk pelbagai acara sama ada formal, santai mahupun keraian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 06 Apr 2011 09:19 AM PDT

Utusan Online - Johor


Jemi buktikan Orang Asli boleh

Posted:

Jemi buktikan Orang Asli boleh

Jemi buktikan Orang Asli boleh

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


JEMI Udin (dua dari kiri) bersama para pemenang anugerah pada Viscom Show Ke-12 di Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang, semalam.


JOHOR BAHRU 5 April – Seorang remaja Orang Asli, Jemi Udin membuktikan masyarakat Orang Asli boleh berjaya seperti kaum lain jika berusaha gigih untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Remaja berusia 21 tahun daripada suku kaum Mahmeri dan berasal dari Klang, Selangor ini merangkul Anugerah Ketua Program dalam jurusan Diploma Rekabentuk Grafik sempena Viscom Show ke-12 anjuran Politeknik Johor Bahru di Pasir Gudang dekat sini hari ini.

Jemi turut merangkul dua anugerah lain iaitu Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Grafik dan Anugerah Rekabentuk Pengiklanan.

Menurutnya, sejak kecil ibu dan keluarganya amat mementingkan pelajaran dan mahu kesemua sembilan adik-beradiknya berjaya dalam pelajaran sehingga ke universiti.

"Selain ibu bapa, rakan-rakan tanpa mengira kaum dan para pensyarah banyak memberi dorongan kepada saya untuk berjaya dalam pelajaran.

"Saya sendiri ingin buktikan kepada remaja Orang Asli lain bahawa pendidikan itu amat penting kerana ia dapat mengubah taraf kehidupan seseorang," katanya selepas majlis berkenaan.

Jemi bercadang melanjutkan pengajiannya ke peringkat ijazah dalam bidang sama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di negara ini sebaik menamatkan pengajiannya di politeknik tersebut tidak lama lagi.

Seorang penuntut kurang upaya, Nur Azian Md. Yusoff, 22, yang menghadapi masalah pendengaran sejak kecil diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Kemahiran Khas Rekabentuk Grafik.

Nur Azian berkata, kekurangan diri bukan penghalang baginya untuk berjaya, malah ia menjadi pembakar semangat supaya lebih berjaya dalam pengajiannya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Yusoff Mohd. Dali berkata, Viscom Show yang berlangsung selama dua hari bermula semalam antara lain mempamerkan hasil kerja penuntut semester akhir reka bentuk fesyen, industri dan grafik.

Menurutnya, para penuntut diharap dapat membuktikan kemampuan diri masing-masing supaya lebih bersedia untuk meneroka alam pekerjaan selepas menamatkan pengajian kelak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UiTM anjur program dekati pelajar sekolah

Posted:

UiTM anjur program dekati pelajar sekolah

UiTM anjur program dekati pelajar sekolah


Mohamed Khaled Nordin menunjukkan sesuatu kepada seorang pelajar pada program Ilmu Mengubah Destini 2011 anjuran UiTM di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang, Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 5 April – Universiti Teknologi Mara (UiTM) berusaha menganjurkan program untuk merapatkan hubungan warga universiti dengan masyarakat luar terutama dalam proses membudayakan ilmu pengetahuan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, malah sejajar dengan slogan Mengubah Destini Anak Bangsa, UiTM melalui Perpustakaan Tun Abdul Razak turut menganjurkan program Ilmu Mengubah Destini 2011 daerah Pasir Gudang dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, program yang menekankan penghayatan ilmu melalui pemerkasaan pusat sumber itu diadakan buat kali kedua selepas kali pertama di Pahang tahun lalu.

"Program ini adalah peluang kedua dan sebagai motivasi kepada anak-anak desa dan miskin yang tidak mampu untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi agar mereka berpeluang membela nasib diri dan keluarga.

"Diharap ia dapat membatu menzahirkan modal insan yang berupaya berfikir dengan kreatif dan kritis serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ilmu Mengubah Destini 2011 dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang dekat sini baru-baru ini yang turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pada majlis berkenaan, seramai 48 pelajar terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima penghargaan daripada pihak sekolah atas kejayaan mereka.

Tambahnya, program yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri itu juga bertujuan membantu meningkatkan kualiti pusat sumber sekolah menengah di daerah Pasir Gudang melalui perkongsian ilmu pengetahuan dan sumbangan bantuan fizikal.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, program sebegini harus digiatkan lagi supaya dimensi baru universiti dapat diperluaskan dan menjadi salah satu aktiviti jalinan masyarakat.

"Oleh sebab itu, universiti digalakkan untuk keluar daripada persekitaran pembelajaran dan pergi mengadakan program-program ilmiah di kawasan kampung mahupun bandar supaya masyarakat rapat dengan mereka," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 06 Apr 2011 01:03 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Rahsia selendang keringkam

Posted: 05 Apr 2011 04:46 PM PDT

Ratu

Sulaman benang emas dan perak kekal warisan budaya Sarawak

GEMERLAPAN kilauan taburan sulaman benang emas pada baju kurung atau kebaya dengan pelbagai corak dan motif menjadikan si pemakai tampak anggun serta keayuaannya lebih terserlah dan sempurna penampilan apabila digayakan bersama selendang keringkam.

Kehalusan sulaman keringkam benang emas atau perak berasal daripada Sarawak yang lazimnya dibuat selendang atau selayah (saiz lebih kecil dan pendek) dilihat agak kurang meluas pemakaiannya, namun fesyen berselendang itu tetap menjadi pilihan wanita yang ingin tampil dengan gaya ekslusif. Benang diperbuat daripada plat kepingan logam lembut yang disadur dengan emas atau perak menjadikan sulaman selendang keringkam di atas kain kasa robia atau jojet itu begitu unik dan sekali gus mengangkat warisan seni budaya Melayu Sarawak, tidak tenggelam di telan zaman.

Dengan harganya yang amat mahal sehingga mencecah RM8,000 sehelai, mungkin menjadikan pemakaiannya hanya orang tertentu saja atau sesiapa saja yang sanggup berbelanja tinggi.

Corak yang paling popular kegemaran pelanggan ialah sulaman emas bunga ros, orkid, paka Jepun, Kenanga dan Tampuk Pedada. Bahagian tepi selendang pula menggunakan corak kacang-kacang, palah lalat, lada tumpah dan susun bata.

Lazimnya, selendang atau selayah (saiz tudung lebih pendek) yang hampir menyamai seni sulaman tekad itu, pada umumnya dipakai untuk majlis keramaian seperti perkahwinan, pertunangan dan makan malam bersesuaian dengan corak yang nampak begitu elegan.
Bersesuaian dengan harganya, pembuatan selendang keringkam ini bukan calang-calang orang boleh melakukannya kerana ia memerlukan ketekunan, kesabaran dan daya kreativiti tinggi untuk hasil berkualiti.

Justeru, sentuhan tangan pengusaha selendang keringkam, Mastura Sedik, 67, anak jati Kampung Lintang, Kuching, Sarawak, bagaikan keramat dan ternyata keringatnya tidak sia-sia apabila idea kreatifnya mendapat perhatian mencakupi rakyat biasa hingga golongan bangsawan dan atasan untuk memiliki.

Antara barisan nama VIP yang turut memiliki koleksi sulaman beliau termasuk tiga Permaisuri Agong terdahulu, bekas isteri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Siti Hasmah Mohd Ali serta isteri Sultan di negara ini dan Brunei.

Sejak remaja, Mastura sudah biasa menyulam selendang keringkam yang diperturunkan dari generasi ke generasi oleh nenek moyangnya tanpa pernah rasa jemu meskipun diri sudah makin berusia, masih tekun menerima banyak tempahan daripada pelbagai pihak sama ada untuk dipakai sendiri atau sebagai cendera mata, walaupun ada antaranya terpaksa menunggu sehingga berbulan untuk disiapkan.

"Ia sesuai dan mudah disulam pada kain kasa robia, tidak mudah rosak, tahan lama dan lebih nampak elegan. Kerja sulaman ialah dengan meletakkan kain pada pemidang sepanjang dua meter bagi selendang keringkam manakala selayah (satu meter) supaya kainnya tegang bagi memudahkan sulaman. Sekiranya kain itu kendur menyebabkan hasil sulaman itu menjadi berkedut-kedut dan mencacatkan hasilnya dan sekali gus tidak berkualiti.

"Kerjanya amat rumit dengan memulakan sulaman di sepanjang tepi selendang itu, biasanya menggunakan corak pucuk rebung. Jarum digunakan pula berbentuk pipih serta mempunyai dua lubang yang cukup besar untuk dimasuki benang keringkam. Sulaman dilakukan penuh berhati-hati dan diulang lagi jika ingin corak yang banyak. Kemudian kita akan sulam dengan benang emas atau perak menggunakan pelbagai corak bagi memenuhi keseluruhan selendang mengikut kehendak pelanggan.

"Corak yang paling popular kegemaran pelanggan ialah sulaman bunga ros, orkid, paka Jepun, Kenanga dan Tampuk Pedada. Bagi sulaman di tepi selendang menggunakan corak kacang-kacang, palah lalat, lada tumpah dan susun bata.

"Apa yang perlu dilakukan ialah kita perlu mengira urat benang untuk menyulam dengan kiraan yang betul bagi menjadikan coraknya seimbang. Bagi corak yang mudah dan tidak banyak bunga sehelai selendang boleh disiapkan dalam tempoh seminggu, tetapi corak penuh ada kalanya hingga berbulan-bulan," kata Mastura ketika ditemui RATU di kediamannya, baru-baru ini.

Jawapan mengapa harga selendang ini amat mahal, beliau menjelaskan ia adalah disebabkan harga benang emas atau perak itu sudah mahal dan ia hanya diimport daripada India, Singapura dan Jerman.

"Seingat saya, pada zaman 1950-an harga benang emas hanya RM15 segulung
dan benang saduran perak RM3 segulung. Tetapi ia meningkat mengikut peredaran masa. Tahun lalu benang emas berharga RM75, bagaimanapun mulai Januari lalu naik sehingga RM95 manakala RM14 segulung.

"Benang emas dan perak ini pula agak sukar diperoleh. Sekarang hanya sebuah kedai saja menjual bahan itu di Kuching, iaitu di kedai Salih Ahmad & Co, berbanding sebelum ini banyak kedai boleh dicari. Benang emas ini diimport daripada Jerman, India dan Singapura. Harga selendang, serendah RM1,500 hingga melebihi RM5,000 berdasarkan kepada corak sulaman," katanya ibu kepada enam anak ini yang pernah mengikuti pelbagai ekspo dalam dan luar negara termasuk di Brisbane, Australia.

Selendang itu, walaupun tidak begitu luas penggunaan, tetapi ia tetap popular kepada masyarakat Melayu khususnya yang meminati keunikannya. Di Sarawak umpamanya, ada yang menjadikan selendang keringkam ini sebagai barang hantaran untuk perkahwinan dan juga untuk pakaian pengantin ketika bersanding.

"Saya sendiri masa berkahwin dulu menggunakan selendang keringkam yang dibuat sendiri.

Sehingga ini, selendang itu masih saya simpan dan sudah berusia 40 tahun. Setiap kali anak saya berkahwin, mereka akan memakai selendang itu, selain digayakan pada majlis konvokesyen mereka. Saya akan simpan terus selendang berwarna merah ini kerana ia benar-benar penuh nostalgia dan pastinya akan digunakan oleh anak cucu, pada masa depan," katanya.

Mastura yang mendapat bimbingan daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Sarawak di Kuching bagi mempromosi hasilnya, berkata kreativiti membuat sulaman itu diperluaskan untuk membuat hiasan seperti gambar, ayat al-Quran yang kemudian dibingkaikan sesuai digantung di dinding, kusyen sofa dan sebagainya.

Sulaman keringkam benang emas dan perak itu juga boleh dibuat pada baju kebaya dan kurung sekiranya ada tempahan daripada pelanggan bagi memenuhi sepenuh masa hidupnya dengan kerja-kerja ini.

Untuk memastikan selendang ini bertahan lama, beliau berkongsi rahsia, bahawa ia tidak boleh dibasuh sesuka hati sebaliknya hanya cukup sekadar celurkan di air dan elakkan daripada diperah supaya tidak rosak.

Kemudian, katanya, ia perlu disimpan sempurna iaitu membungkusnya dengan kain
minyak sebelum di simpan untuk mengelakkan ia pudar warnanya dan bertahan lama, selain jangan terkena minyak wangi atau peluh yang banyak bagi tujuan sama.

Barang berharga umpama songket

GENERASI sekarang semakin melupai seni warisan budaya, apatah lagi untuk menerokai bidang itu secara mendalam.

Bagi Pengajar Kraftangan Malaysia (Cawangan Sarawak), Azyla Adami, 27, yang juga antara anak didik Mastura dalam bidang ini, tidak mahu tergolong dalam kelompok generasi itu, sebaliknya mahu terus memartabatkan seni warisan budaya dalam apa saja bentuk dan produknya.

Menyedari, generasi muda dewasa ini kurang berminat mendalam sulaman keringkam, tambahan pula pembikinannya yang begitu mengambil masa panjang, Azyla tidak mahu ketinggalan belajar menghasilkan selendang itu.

Beliau tidak pernah terdedah dalam bidang ini sebelum ini, bangga kerana kini boleh menyulam selendang kebanggaan rakyat Sarawak itu walaupun tidak begitu cekap kerana ia jarang melakukannya kerana sibuk dengan tugas sehariannya sebagai tenaga pengajar kraf.

"Saya mengikuti latihan menyulam dengan Makcik Mastura selama tiga bulan dan saya sedari ia bukan kerja yang mudah. Bagi anak muda seperti kita ini memang memerlukan lebih kesabaran, ketekunan dan minat mendalam supaya dapat menghasilkan yang terbaik. Setakat ini saya ada menyulam beberapa helai selendang keringkam , kemudian diberikan kepada kawan sebagai cenderamata," katanya yang turut menyimpan hasrat untuk menjadikan sulaman berkenaan sebagai kerja sampingan bagi menambah pendapatan.

Beliau berpendapat, selendang ini diibaratkan sebagai barangan berharga seperti kain songket yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Malangnya, beliau sendiri sebagai tenaga pengajar melihat tidak ramai remaja sekarang yang minat dalam bidang ini, sebaliknya mereka lebih menumpukan kepada kraf lain.

"Saya fikir ia satu kerugian sekiranya kita mempunyai peluang untuk mendalami, mengapa ia dipersiakan. Mungkin juga disebabkan pembikinan selendang ini yang rumit serta bahan yang mahal.

"Malah pemakaiannya tidak begitu meluas dan dijual di kedai menyebabkan ramai yang tidak kisah mengenai kewujudannya. Apa yang saya lihat, pengusaha dalam bidang sulaman keringkam ini cuma akan membuatnya jika ada tempahan," katanya yang menjelaskan industri ini dibuat secara kecil-kecilan di kampung terutama di Kampung Lintang.

Beliau juga berharap supaya kerajaan lebih agresif dalam mempromosi warisan seni budaya seperti tudung ini yang dilihat hanya lebih popular di negeri ini dengan mengadakan lebih banyak bengkel dan kursus menggalakkan anak muda menceburi bidang ini.

INFO: Selendang keringkam

  • SELENDANG atau selayah keringkam adalah tudung yang disulam dengan benang saduran emas dan perak berasal daripada Sarawak. Kebanyakan wanita Melayu Sarawak memakainya sebagai selempang bersulam untuk disangkut di bahu atau untuk menutup kepala untuk menghadiri majlis keramaian dan perkahwinan.

    Tuan rumah dan tetamu pada majlis itu menutup kepada dengan selayah atau selendang keringkam yang digayakan dengan baju kurung atau kebaya tradisional.

    Dalam masyarakat Melayu Sarawak pula digunakan bagi menunjukkan tanda kesedihan dan kepiluan . Selayah seorang wanita yang meninggal dunia akan diletakkan di atas lalu dibentang di hujung keranda sebelum upacara pengkebumian. Kemudian selayah itu akan diserahkan kepada anggota keluarga terdekat sebagai tanda kenang-kenang dalam acara itu.

    Bagaimanapun, kini selendang keringkam itu digayakan dengan penuh keanggunan dan ekslusif untuk ke majlis perkahwinan, makan malam dan keraian lain.


  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Infiniti

    Posted: 05 Apr 2011 09:45 PM PDT

    Kosmo Online - Infiniti


    Teknologi mesra alam REDO

    Posted:

    Teknologi mesra alam REDO

    Teknologi mesra alam REDO

    Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
    amir.azam@kosmo.com.my



    KERIANGAN jelas terpancar pada riak wajah kanak-kanak apabila dapat bermandi-manda di kolam renang bersama sahabat dan keluarga terutamanya pada hujung minggu atau pun cuti sekolah.

    Aktiviti renang bukan lagi perkara baru bagi golongan kanak-kanak dan dewasa kerana ia antara aktiviti sukan yang membantu menyihatkan tubuh badan.

    Bagaimanapun, tidak semua orang dapat menikmati keseronokan di kolam renang apabila berdepan dengan alahan kulit, iritasi pada mata dan banyak lagi masalah lain apabila berenang terlalu lama di dalam kolam air menggunakan klorin.

    Namun, kini mereka tidak perlu berasa gusar apabila berkunjung ke kolam renang K Club di Taman Melawati, Kuala Lumpur yang terletak berdekatan Zoo Negara di Hulu Kelang.

    Apa yang membezakan empat kolam renang ditawarkan K Club berbanding tempat lain adalah ia merupakan kolam renang pertama di Asia Pasifik yang bebas daripada penggunaan klorin. Ini kerana kolam renang itu menggunakan teknologi dari Jerman yang dikenali sebagai REDO Water Systems.

    Pengarah Urusan REDO Water Systems, Attilia Galambodi berkata, kolam renang K Club merupakan perintis teknologi solusi rawatan air mesra alam REDO Water Systems di Malaysia.


    AKTIVITI renang menjadi lebih menyeronokkan apabila kolam renang bebas daripada klorin.


    "Inovasi teknologi REDO tidak menggunakan sebarang bahan kimia dalam rawatan air dicemari bakteria sebaliknya hanya memerlukan garam, kuasa elektrik dan air. Pemasangan teknologi ini juga amat mudah dan boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja, menjadikannya teknologi mesra alam serta pengguna.

    "Sebagai contoh, penggunaan 10 gram (g) garam, 16 watt kuasa elektrik dan satu liter air boleh menyahjangkit sebanyak 1,000 liter air. Jadi ia amat menjimatkan dan sangat efisien," katanya ketika ditemui Kosmo! di K Club baru-baru ini.

    Beliau menjelaskan, dengan cara tersebut air rawatan yang menggunakan teknologi itu akan menjadi lebih berkualiti dan selamat apabila digunakan sekali gus dapat memastikan kesihatan pengguna.

    Ujarnya, pembangunan inovasi teknologi REDO yang dibangunkan pada tahun 2002 adalah untuk menggantikan klorin dalam rawatan air.

    Merawat air bersih

    "Penggunaan klorin dalam rawatan air boleh mendatangkan bahaya, memerlukan kos yang tinggi dan sukar dikendalikan jika tidak mempunyai latihan mencukupi.

    "Kami membangunkan teknologi ini bukan sahaja untuk digunakan kolam renang tetapi, boleh diguna pakai dalam pelbagai sektor melibatkan rawatan air," katanya lagi.

    Galambodi menambah, apabila pengguna menggunakan teknologi ini, air tidak berbau, tiada iritasi mata dan paling penting ia selamat untuk kanak-kanak.


    KOLAM renang K Club yang tidak menggunakan klorin merupakan projek perintis REDO Water System di Malaysia.


    Katanya, ia sejajar dengan wawasan REDO Water Systems yang ingin membangunkan teknologi mesra alam, menjimatkan kos dan efisien.

    Selain rawatan air kolam renang, beliau memberitahu sasaran utama perniagaan REDO Water Systems adalah rawatan air minuman.

    Katanya, teknologi yang pernah memenangi anugerah pada tahun 2004 itu turut digunakan dalam sektor pertanian dan perladangan seperti ternakan ikan, ayam, lembu, kambing dan sebagainya kerana ia dapat membantu meningkatkan produktiviti.

    "Dalam sektor pertanian dan perladangan, produktiviti amat penting. Apabila air bersih dan sihat, ternakan serta tanaman akan menghasilkan lebih banyak hasil sekali gus meningkatkan produktiviti.

    "Kita juga turut melibatkan diri dalam sektor pengangkutan dan pembangunan seperti hotel, hospital, pejabat dan banyak lagi untuk meluaskan lagi penggunaan teknologi ini. Pendek kata di mana tempat memerlukan air bersih dan sihat, kami akan berasa di situ," katanya.

    Dalam pada itu, Pengurus Besar REDO Water Systems Asia, Andrew Lim Hai Guan, menambah, sehingga kini teknologi REDO Water Systems telah diguna pakai di 24 buah negara seluruh dunia.

    "Antara negara yang telah menggunakan teknologi kami termasuk Jerman, Venezuela, Portugal, Republik Czech, Filipina, Indonesia, Mesir, India dan banyak lagi.

    "Teknologi ini masih baru malah mudah dipasang sehingga sukar orang mempercayai kehebatannya. Pelanggan yang telah mencuba REDO Water Systems melahirkan rasa puas hati kerana ia mesra alam, menjimatkan kos dan efisien," ujarnya lagi.

    Air tidak berbau

    Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif K Club Worldwide Sdn. Bhd., Jimmy C.K. Yang berkata, empat kolam renang kelab tersebut mula menggunakan teknologi REDO Water Systems sejak September tahun lalu.


    GALAMBODI (kiri) dan Andrew bercadang memperkenalkan teknologi rawatan air bersih ini secara lebih meluas.


    "Saya mendapati pengunjung yang menggunakan kolam renang tersebut memberi maklum balas positif kerana air tidak berbau dan tidak menyakitkan mata mereka.

    "Pengunjung mengakui bahawa air kolam kami berbeza berbanding kolam renang lain kerana kualiti air lebih bersih dan selamat," ujarnya lagi.

    Jimmy menambah, penggunaan teknologi tersebut bukan sahaja menghindarkan pekerja-pekerja daripada mengendalikan bahan berbahaya tetapi, memberi kepuasan kepada pelanggan.

    Katanya, pelaburan terhadap teknologi tersebut dilakukan untuk kepentingan dan keselamatan pelanggan untuk masa hadapan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Konsert dengan sistem bunyi hijau

    Posted:

    Konsert dengan sistem bunyi hijau

    Konsert dengan sistem bunyi hijau


    AHLI kumpulan Melodeego, Peter Malagodi (kiri) dan Greg Reinauer mengangkat sistem Bunyi Mapan sebelum persembahan di Johnny D's, Sommerville.


    PADA kebiasaannya, penonton hanya bersorak dan menyanyi bersama kugiran kegemaran mereka tetapi, lain pula kisahnya apabila menyaksikan persembahan konsert demo Melodeego yang berasal dari Boston, Amerika Syarikat (AS).

    Melodeego yang menggunakan sistem Bunyi Mapan hasil ciptaan Sean Stevens memerlukan penontonnya mengayuh basikal untuk menjana kuasa sistem audio dan pencahayaan semasa persembahan mereka.

    Stevens berkata, terdapat sebuah bangku berlapikkan tiga buah basikal yang membolehkan tiga orang duduk di situ sambil mengayuh basikal.

    Selain itu, terdapat dua bangku berasingan yang mempunyai stesen pengayuh dan disambungkan kepada kotak pusat yang akan menyimpan serta mengurus bekalan tenaga.

    "Anda juga boleh menyambungkan ia kepada iPod. Apabila seseorang mula mengayuh akan kedengaran muzik berkumandang," ujarnya kepada wbur.org.

    Tenaga kayuhan tersebut telah dipasang pada generator-generator kecil yang disambung kepada palang kerangka basikal itu.


    DARI kiri: Mark Files Schwaller dan Greg Reinauer sedang memasang sistem Bunyi Mapan yang dijana menggunakan tenaga daripada kayuhan basikal.


    "Daripada roda belakang, anda akan mendapati terdapat generator-generator kecil ini. Ia seperti kereta hibrid yang dijana motor elektrik. Jika anda memperlahankannya ia akan menjana elektrik yang akan digunakan kemudian," katanya sambil memusing pengayuh dengan tangannya.

    Jelas Stevens lagi, seorang yang mengemudi kuasa kayuhan tersebut mampu membekalkan 100 watts tanpa mengeluarkan sebarang peluh. Lima orang pula mampu menjana kuasa elektrik sebuah persembahan secara langsung yang kecil.

    Katanya, dia menggunakan beberapa bahan untuk membangunkan sistem Bunyi Mapan tersebut seperti motosikal lama, peralatan audio dan papan lapis.

    "Kebanyakan barangan ini boleh didapati di Home Depot, Radio Shack atau pun Internet. Campuran bahan-bahan ini yang menjadikannya sesuatu baru," ujarnya lagi.

    Stevens merupakan seorang yang obses dengan sumber tenaga sejak mengenali permainan dijana kuasa bateri dan kit Lego bermotor.

    "Ia menelan kos kira-kira AS$8 (RM24) atau AS$10 (RM30) untuk berfungsi selama 30 minit. Selepas itu, kita akan membuang toksik sekali gus menyihatkan badan kita," ujarnya.


    KAYUHAN lima orang mampu menyediakan bekalan elektrik untuk sebuah konsert kecil.


    Lelaki berusia 32 tahun itu berkata, dia membuat permainan untuk golongan dewasa yang mampu menyelamatkan bumi.

    Dia telah membawa penjana kuasa kayuhan tersebut di parti tarian, festival seni Burning Man yang berlangsung di California dan ke hutan Vermont.

    Beberapa bulan lalu, kumpulan Melodeego berjaya memujuk seorang promoter di Somerville, Massachusetts untuk menempah kugiran mereka dengan menggunakan sistem Bunyi Mapan itu.

    Lebih menarik lagi persembahan mereka mendapat sambutan di luar dugaan.

    Melodeego kini dalam rangka perancangan untuk mengadakan persembahan bersiri pada musim bunga ini dengan menggunakan sistem Bunyi Mapan 10 basikal ciptaan Stevens yang menelan kos AS$14,000 (RM42,400).

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kuasa wayarles

    Posted:

    Kuasa wayarles

    Kuasa wayarles


    TETIKUS terbaru ini mempunyai 16 fungsi pilihan hotkey bagi memudahkan lagi pengguna melakukan pelbagai tugasan.


    MENYEDARI kepentingan peranti tetikus yang dapat memberi impak kepada peminat permainan video, syarikat pengeluar peranti komputer peribadi A4 Tech memperkenalkan tetikus wayarles model XG-760-X7 Super-Combo 7 yang menggunakan teknologi tanpa sekatan (No-Lag) dengan menyediakan gerakan kursor paling lancar ketika permainan.

    Peranti tetikus wayarles khas untuk permainan video pastinya dinantikan pengguna apatah lagi gajet tersebut memberi lima pilihan mod bagi mengatur aplikasi makro untuk permainan pada setiap mod.

    Dalam pada itu, tetikus terbaru itu mempunyai 16 fungsi pilihan hotkey untuk memudahkan lagi pengguna melakukan pelbagai tugasan yang diingini.

    Selain itu, ia menggunakan teknologi GlassRun yang memberi kelebihan pada tetikus berkenaan untuk digunakan pada permukaan kaca yang berdebu. Ciri itu menjadikan peranti terbaru tersebut sangat ideal untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

    Model tersebut mempunyai kelebihan capaian julat sambungan antara 15 hingga 20 meter tanpa gangguan.

    Lebih menarik, sistem penerima peranti tersebut menggunakan teknologi nano yang membenarkan ia disambung kepada tiga set tetikus wayarles X7 dan papan kekunci. Tetikus tersebut kini dijual pada harga RM159.

    Sementara itu, papan kekunci X7 dengan peningkatan fungsi lebih menarik dianggap sebagai pelengkap. Gabungan penggunaannya dikatakan meningkatkan faktor kemenangan dalam permainan video.


    PAPAN kekunci X7 dilengkapi Super-Combo 15 iaitu set kekunci yang telah diprogramkan untuk mempamerkan aksi memuaskan dalam permainan.


    Papan kekunci X7 dilengkapi Super-Combo 15 iaitu kekunci yang telah diprogramkan untuk mempamerkan aksi memuaskan seterusnya memenangi permainan dengan mudah.

    Mampu menukar lima mod dengan hanya satu klik, ia langsung tidak memerlukan perisian khas bagi tujuan berkenaan. Kadar kelajuannya pula adalah lapan kali lebih laju berbanding papan kekunci USB biasa iaitu 8 ms/ 125 Hz.

    Ia dilengkapi lapan kekunci khas bagi mengelakkan keadaan rumit apabila lebih daripada satu kekunci dalam papan kekunci ditekan serentak hingga boleh mengganggu permainan.

    Dengan pengenalan lapan kekunci itu, papan kekunci X7 sangat ideal untuk semua permainan video dalam talian serta permainan konsol seperti CS, DOTA, World of Warcraft dan banyak lagi.

    Dalam pada itu, ia mampu menyahaktif fungsi kekunci Windows buat sementara waktu bagi mengelak gangguan semasa permainan video berlangsung dan pada masa sama mampu memperbaiki mutu permainan. Papan kekunci itu kini dijual pada harga RM159.

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk, sila layari a4tech.com.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Komuniti Kita

    Posted: 05 Apr 2011 03:20 PM PDT

    Kosmo Online - Komuniti Kita


    USM menang hadiah utama video kreatif Adwave

    Posted:

    USM menang hadiah utama video kreatif Adwave

    USM menang hadiah utama video kreatif Adwave


    AZHARI (empat dari kiri) bergambar bersama pemenang pertandingan video kreatif pada Adwave 2011 di George Town baru-baru ini.


    KREATIF. Universiti Sains Malaysia (USM) menggondol dua hadiah pada pertandingan Video Kreatif Pelancongan Domestik sempena Pameran Pengiklanan Pemenang Anugerah 2011 (Adwave).

    Video My cuti APPs yang dihasilkan oleh kumpulan Elite Production berjaya membawa pulang wang tunai RM2,000 dan komputer tablet Mi DroidPad sumbangan Spice CSL International.

    Tempat kedua dimenangi Milky Way Production dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan video Malaysian Simplicity dan ketiga diraih Husna Munawar dan Marshitah Jaapar dari USM dengan video bertajuk Acsess.Search.Explore.

    Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Azhari Haron pada satu majlis di Queensbay Mall, George Town baru-baru ini.

    Lebih 50 penyertaan diterima dari seluruh negara dan video diadili oleh ahli panel dari Persatuan Ejen Periklanan Bertauliah Malaysia (4As), Kementerian Pelancongan, Spice CSL dan pensyarah USM.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pelajar KDU bantu anak-anak yatim membaca

    Posted:

    Pelajar KDU bantu anak-anak yatim membaca

    Pelajar KDU bantu anak-anak yatim membaca

    sekumpulan pelajar Kolej Damansara Utama Pulau Pinang (KDU) mengadakan program komuniti di Rumah Kebajikan Kanak-kanak Lebuh Macallum, George Town baru-baru ini.

    Program yang diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Harapan Sedunia (HWO) Pulau Pinang itu bertujuan memperbaiki kemahiran membaca dan berkomunikasi di kalangan kanak-kanak kurang bernasib baik.

    Di samping menyumbang bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, sukarelawan KDU dan HWO turut menganjurkan nyanyian dan permainan sukaneka bagi menghiburkan penghuni rumah tersebut.

    Menurut Eksekutif Program HWO, Joey Ariel Tan, program komuniti bacaan itu akan diteruskan ke beberapa rumah kebajikan lain termasuk menyediakan perkhidmatan Klinik Bergerak Percuma.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pelajar cemerlang Orang Asli terima penghargaan

    Posted:

    Pelajar cemerlang Orang Asli terima penghargaan

    Pelajar cemerlang Orang Asli terima penghargaan


    HOJITA (dua dari kiri) menerima hadiah kecemerlangan SPM 2010 daripada Zambry di Ipoh baru-baru ini.


    MOTIVASI. Pelajar berketurunan Orang Asli, Hojita Itam, 18, menerima penghargaan daripada kerajaan negeri Perak berikutan kejayaannya mencapai keputusan 8A, 2B pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 baru-baru ini.

    Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin, Manong, Kuala Kangsar itu menerima sebuah komputer riba, wang tunai RM300 dan sijil penghargaan.

    Hadiah penghargaan itu disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Ipoh baru-baru ini. Turut hadir bapa Hojita, Itam Chu yang juga Tok Batin Kampung Ulu Bekor, Manong.

    Hojita berkata, penghargaan itu menyemarakkan lagi semangatnya untuk terus meraih pencapaian lebih tinggi dalam pelajaran dan mengharumkan nama komuniti Orang Asli.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Blog List