Rabu, 27 April 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 27 Apr 2011 01:20 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Terjebak akibat pengaruh rakan

Posted:

Terjebak akibat pengaruh rakan

Terjebak akibat pengaruh rakan

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


Kebebasan muda-mudi di kelab malam boleh menjerumus ke kancah maksiat. - Gambar hiasan


PEPATAH ada mengatakan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak ada gunanya. Untuk itu, apa jua yang hendak dilakukan perlulah difikirkan kebaikan serta keburukannya terlebih dahulu agar ia tidak mendatangkan kekesalan yang berpanjangan.

Bagaimanapun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Bagi Mimi, apa yang telah berlaku dalam kehidupannya hari ini bukanlah kehendaknya. Namun apakan daya, dia juga merupakan insan biasa.

Hari ini, selain berendam air mata menyesali apa yang berlaku Mimi hanya mampu berserah kepada Tuhan selain bertaubat memohon keampunan daripada-Nya.

Mendapat didikan agama yang sempurna daripada kedua ibu bapanya, masih belum cukup untuk menjamin Mimi menjadi seorang anak yang baik.

Menurut Mimi, walaupun diberi pendidikan yang secukupnya, dia 'kalah' dengan godaan kawan-kawan apatah lagi ketika itu dia tinggal berjauhan dengan keluarga.

Daripada seorang anak gadis yang bertudung, akhirnya Mimi menjadi remaja liar.

Bukan setakat tudungnya 'hilang', bahkan dia mula pandai mengunjungi kelab-kelab malam.

Tetapi Tuhan masih menyayanginya dan dia kembali ke pangkal jalan dan menjadi anak yang solehah.

Menyingkap kisah lalu dan bercerita bagaimana dirinya yang kini hamil, menurut Mimi, setelah tamat pengajian, dia telah diterima bekerja di ibu kota.

Dari situ kawan-kawan lamanya (kawan perempuan) mula mencarinya. Akibat pujukan dan ingin merasai kehidupan yang bebas, akhirnya Mimi diperangkap sendiri oleh kawan baik tersebut.

''Akibat tersalah pilih kawan, beginilah akhirnya. Saya menyesal dengan apa yang telah terjadi tetapi apakan daya, tidak guna menyesali apa yang telah terjadi.

''Saya sesungguhnya tidak menyangka, kawan baik sendiri sanggup berbuat begitu dan saya tahu segala-galanya telah dirancang.

''Bermula dengan ajakan keluar kemudian ikut balik ke rumah dan akhirnya saya 'terkulai' di tangan lelaki yang tidak saya kenali,'' ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.

Pada peringkat awal Mimi berjaya menyembunyikannya daripada keluarga.

Tetapi apabila usia kandungan itu mencecah empat bulan ia sudah tidak mampu disembunyi dan keluarga mula mengetahui.

Bagaimanapun Mimi bersyukur kerana keluarga masih menyokong dan tidak menyisihkannya.

Namun, dia tetap berhadapan dengan dilema sama ada ingin terus membela anak yang dikandung atau berikan kepada orang selepas dilahirkan.

Menurut Mimi, sebagai seorang ibu, dia tidak sampai hati tetapi menyerahkan segala-galanya kepada ibu bapanya.

"Kalau ikutkan hati, saya ingin menjaga anak ini tetapi apabila memikirkan masa depannya, hati saya berbelah bahagi.

"Buat masa ini saya belum membuat keputusan tetapi setelah anak ini lahir, barulah keputusan sama ada ingin terus menjaga atau menyerahkan kepada keluarga angkat akan diputuskan.

"Cukuplah saya menyusahkan keluarga dan menghancurkan hati mereka,'' jelasnya.

Apabila ditanya mengapa tidak menggugurkan sahaja kandungan tersebut, jelas Mimi, walaupun dia tidak mengetahui siapa bapa kepada anaknya, dia masih lagi mempunyai hati dan perasaan kerana bayi yang dikandungnya itu tetap darah dagingnya sendiri.

Ketika ditanya mengapa dia tidak membuat laporan polis sahaja sekiranya betul dia dirogol, ujarnya sudah pasti tiada siapa yang akan mempercayai kata-katanya kerana sebelum ini dia memang seorang remaja liar.

Mengenai perancangan masa depannya selepas melahirkan anak, ujar Mimi, perkara pertama yang akan dilakukan ialah mencari pekerjaan untuk membantu keluarga.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertaubat dan telah berjanji dengan dirinya tidak akan menyusahkan keluarga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tukang masak cilik Maggi

Posted:

Tukang masak cilik Maggi

Tukang masak cilik Maggi

Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar RaShid Mahfof


Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur, menjadi juara pertandingan Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini


WALAUPUN tidak mempunyai kemahiran dan teknik masakan yang betul, tetapi ia bukan penghalang kejayaan tiga kanak-kanak cilik dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur mencuba nasib dalam Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri 2011.

Empat menu utama yang disediakan hasil gabungan kreativiti guru dan mereka sendiri telah dinobatkan sebagai juara sekali gus menewaskan 10 sekolah lain di sekitar Wilayah Persekutuan.

Salah seorang anggotanya, Nor Liyana Ahmad Zaini mengakui, mereka hanya mengambil masa lima hari untuk membuat persediaan dan persiapan memasak resipi menggunakan produk Maggi.

"Walaupun pada permulaan kami agak takut untuk memasuki pertandingan ini, tetapi hasil dorongan dan bantuan dari guru-guru telah membawa kami kepada kejayaan ini," katanya.

Volcano Crystal D'arca, Millenium Rainbow Briyani Pineapple Delight, Grilled Chicken with Maggi Sensation dan Hungarian Dragonballs with Deliciouse Sauce merupakan menu bertuah, disediakan Nor Liyana dan dua lagi rakannya iaitu Syarapina Mohd. Rapi dan Nor Ashfareena Ibrahim.

Sementara itu Eksekutif Chef Muluk Ramly yang mengadili pertandingan mengakui persaingan untuk memilih gelaran juara agak sukar.

"Kesemua penyertaan pada kali ini memenuhi kriteria dan tema yang dikehendaki.

"Kami mencari pemenang berdasarkan kelainan yang ditonjolkan dalam masakan terutama sekali daripada aspek rasa," katanya.

Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Negeri anjuran Maggi dengan sokongan Kementerian Pelajaran yang dianjurkan setiap tahun bermula 1997 melibatkan dalam pertandingan yang menampilkan 'chef-chef' cilik berusia antara 13 hingga 15 tahun ini.

Peserta hanya diberikan masa 90 minit untuk menyiapkan empat jenis masakan yang bertemakan Hidangan Pengantin selain masa tambahan 30 minit diberikan untuk kategori Chef Muda Maggi Kreatif.

Produk Maggi dan Nestle disediakan kepada para peserta sebagai bahan utama masakan. Mereka dikehendaki mencipta, menulis,dan memasaknya dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan.

Hadiah lumayan disediakan kepada pemenang pertama berupa wang tunai RM 1,000, sijil, medal, piala serta hamper Maggi sekali gus akan mewakili peringkat wilayah sekitar bulan Oktober ini.

Tempat kedua dimenangi oleh pasukan SMK Batu Muda yang menerima wang tunai RM500, sijil, medal dan hamper Maggi manakala tempat ketiga diraih SMK Seri Pantai, yang menerima wang tunai RM300, sijil, medal dan hamper Maggi .

Pemenang saguhati masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM150, sijil, medal dan hamper Maggi.

Hadiah disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Mohd. Adenan Deraman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 27 Apr 2011 11:10 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Ngauman Primax 95 Xtra

Posted:

Ngauman Primax 95 Xtra

Ngauman Primax 95 Xtra

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA


IZUDDIN melepaskan peserta konvoi Experience to Believe ke Bukit Tinggi baru-baru ini.


APAKAH ciri-ciri bahan bakar yang diinginkan oleh setiap pengguna kenderaan di negara ini?

Pastinya, rata-ratanya akan memberikan jawapan sama iaitu bahan bakar yang mampu memberikan lebih kuasa, membersihkan enjin dan pada masa yang sama mampu menambah jarak perbatuan kenderaan mereka.

Lantaran itu syarikat petroleum tunggal negara, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tidak pernah berhenti membangunkan variasi bahan bakar yang menepati piawaian antarabangsa.

Kewujudan pusat penyelidikan Petronas pada tahun 1988 membuahkan kejayaan dalam penghasilan bahan bakar berprestasi tinggi. Bermula dengan Primas pada tahun 1990, syarikat itu telah melahirkan beberapa siri petrol seperti PX2, PX3, Primax 95 dan Primax 97.

Penglibatan Petronas dalam siri Formula Satu (F1) bermula pada 2005 telah membawa dimensi baru dalam industri petroleum tempatan.

Hasil perkongsian pintar yang dilakukan, rakyat negara ini kini berpeluang merasai sendiri formula Primax 95 Xtra yang diinspirasikan daripada teknologi kejuruteraan termaju itu di atas jalan raya.

Bagi membuktikan keupayaannya, Petronas Dagangan Berhad (PDB) baru-baru ini menganjurkan acara pengembaraan dan konvoi bersama media dikenali sebagai Experience to Believe.

Konvoi yang disertai kira-kira 28 kenderaan itu membabitkan perjalanan sejauh lebih 200 kilometer (km) bermula dari Pusat Penyelidikan Petronas, Kajang ke Bukit Tinggi, Pahang.

Terdahulu, peserta-peserta berpeluang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Penyelidik Kanan, Bahagian Penyelidikan Produk, Chan Ming Yau. Peserta turut dibawa melawat melihat perkembangan penyelidikan dan teknologi terkini yang dijalankan di pusat tersebut.

Berbekalkan satu tangki penuh minyak, peserta konvoi kemudiannya dilepaskan oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Ir. Izuddin Husaini Mohd. Yusoff.

Menurut Izuddin, produk itu merupakan hasil kajian dan penyelidikan dua tahun Petronas berdasarkan penglibatan syarikat itu dalam perlumbaan F1 selama ini.

"Ia dibangunkan oleh jurutera-jurutera tempatan berorientasikan teknologi kejuruteraan terkini F1.

"Malah, ia telah beberapa kali diuji sebelum ini, misalnya ujian yang dilakukan oleh firma bebas dari United Kingdom, Britain's Millbrook and Tickford," ujarnya.

Tambah Izuddin, petrol terkini itu diformulasi untuk memberikan lebih kuasa kepada kenderaan, membersihkan enjin dan pada masa yang sama penjimatan kepada pengguna.

"Setiap pengeluar mempunyai resipi tersendiri untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya, pastinya Primax 95 Xtra tidak terkecuali.

"Apa yang lebih penting, ia boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan yang mempunyai teknologi suntikan terus serta sesuai untuk pemanduan di bandar ataupun perjalanan jauh," ujarnya.

Primax 95 Xtra dirumus dengan bahan tambahan termaju untuk memberi prestasi yang lebih baik. Bahan pengurang geseran berfungsi melindungi komponen enjin, sementara bahan peningkatan pembakaran bertindak meningkatkan prestasi enjin secara keseluruhan.

Tidak hairanlah, laluan berbukit di sepanjang Lebuh Raya Karak dilalui dengan penuh bergaya biarpun kenderaan yang dinaiki sarat dengan empat penumpang dewasa.

Kenderaan masih bergerak lancar, manakala geseran pada bahagian enjin kurang dirasakan sekali gus memberikan pemanduan yang mantap dan selesa.

Telah dilancarkan pada 10 April lalu, Primax 95 Xtra kini dijual pada harga RM1.90 sen seliter di semua 955 stesen Petronas di seluruh negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelaga hijau ikan hiasan manja

Posted:

Pelaga hijau ikan hiasan manja

Pelaga hijau ikan hiasan manja


IKAN pelaga hijau tidak berlaga sesama sendiri.


MALAYSIA mencatatkan kehadiran 25 spesies betta liar iaitu ikan hiasan dalam perairan air tawar negara. Spesies tersebut berpotensi untuk dikomersialkan memandangkan ia mempunyai ramai peminat di seluruh dunia.

Laporan oleh Fishbase 2011 menyebut bahawa sebahagian besar ikan itu terdapat di Semenanjung Malaysia, lima spesies di Sarawak dan empat spesies di Sabah. Daripada jumlah itu beberapa jenis pula telah dikenalpasti berpotensi dikomersialkan dengan mengambil kira kecantikan, warna, keunikan sifat dan jumlah anak yang dapat dihasilkan.

Antara spesies yang telah dikenalpasti ialah Betta bellica, Betta coccina, Betta persephone, Betta livida, Betta pulchra, Betta fusca dan Betta pugnax. Peminat ikan betta itu termasuklah mereka dari Jerman, United Kingdom, Amerika, Jepun, Taiwan dan China.

Uniknya spesies itu adalah ia hanya ditemui di rantau Nusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Sehubungan dengan itu, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi di Jelebu, Negeri Sembilan telah mengenal pasti beberapa spesies ikan hiasan tempatan terutamanya ikan betta yang sangat berpotensi dikomersialkan untuk pasaran dalam dan negara, kata Pengarah FRI Glami Lemi, Zulkafli Abdul Rashid.

Maklumat mengenai potensi spesies tempatan ikan hiasan itu sebenarnya telah dikumpulkan sejak tahun 2000.

Menurut Zulkafli, FRI telah memulakan kajian dengan menjalankan aktiviti pengumpulan spesimen ikan dari habitat semula jadi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Spesimen ikan liar betta yang berjaya dikumpul akan dipelihara dan dijinakkan dalam tangki di makmal FRI Glami Lemi sehingga matang dan boleh membiak. Setakat ini, 10 spesies betta telah dapat dijinak dan dibiakkan dalam makmal.

Zulkafli berkata, satu baka baru jenis Betta Bellica, yang berasal dari hutan simpan paya gambut di Pagoh, Johor dan Sabak Bernam, Selangor, berjaya dibiak dan dijinakkan dalam tangki dan berpotensi besar untuk dipasarkan.

Spesies itu dilaporkan telah banyak terancam dan diharapkan usaha pembiakan dapat diteruskan pula oleh penternak yang berminat untuk tujuan komersial.

"Spesies ini juga dikenali sebagai ikan pelaga hijau, tempala atau sepilai oleh penduduk tempatan tapi kami menamakannya Betta Manja kerana sifatnya yang begitu manja ketika lapar," jelas beliau.

Berpotensi dikomersialkan

Keistimewaan ikan hiasan itu ialah ia tidak berlaga sesama sendiri seperti ikan pelaga Siam, selain mempunyai warna badan yang cantik, bercoklat gelap, sisik berwarna hijau berkilat, mata berwarna biru berkilat dan sirip ekor yang panjang berbentuk nyalaan lilin.

"Ia sangat jinak dan makan di atas jari pemiliknya. Spesies ini berpotensi dikomersialkan dengan mengambil kira kecantikan, warna, keunikan sifat dan jumlah anak yang dapat dihasilkan," katanya.

Pegawai penyelidik kanan FRI Glami Lemi, Mohamad Zaini Suleiman pula berkata, ikan itu berpotensi dibiakkan dalam kurungan (tangki) sebab sepasang ia boleh menghasilkan 200 ekor anak.

"Jadi, dalam tempoh enam atau tujuh bulan, saiznya mencecah kira-kira tiga setengah inci dan boleh dipasarkan pada harga RM5 seekor manakala induknya RM10 hingga RM15 seekor.

"Ia juga boleh dikomersialkan dan dipelihara dalam tangki untuk dijadikan peliharaan kesayangan kerana keistimewaannya yang tidak takut untuk makan di tangan tuannya.

"Tidak mustahil pada masa hadapan, ikan ini boleh dijadikan sebagai ikan spa untuk urutan dan perubatan," katanya.

Pengarah teknikal dan pengeluaran Aquatics International Sdn. Bhd., Syed Abas Alattas, berkata, sehingga kini belum ada penternak ikan betta liar secara komersial di Malaysia. Pihak beliau akan mengimport ikan itu dari Thailand sekitar 20,000 ke 30,000 ekor sebulan untuk dieksport semula ke negara lain.

"Memang kita dapat keuntungan, tapi kalau boleh dikeluarkan secara komersial di Malaysia adalah lebih baik," katanya.

Sementara itu, satu kolokium sehari telah diadakan di FRI Glami Lemi baru-baru ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan sasar akan potensi ikan betta bagi meningkatkan pendapatan.

"Di samping menjana pendapatan, kolokium ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada peserta tentang perlunya konservasi terhadap khazanah semula jadi kita yang sangat bernilai untuk diwariskan kepada generasi akan datang," kata Zulkafli.

Kolokium dengan tema "Khazanah Warisan Penjana Kekayaan" itu diadakan untuk membentangkan kepada masyarakat terutama yang terlibat dalam industri perikanan mengenai kejayaan dalam penyelidikan perikanan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 27 Apr 2011 09:40 AM PDT

Utusan Online - Johor


Dipenjara sehari, denda RM17,500

Posted:

Dipenjara sehari, denda RM17,500

Dipenjara sehari, denda RM17,500

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


Lee Bok Piu diiringi seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 26 April - Seorang nelayan dihukum penjara sehari dan denda RM17,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah memberi rasuah RM3,500 kepada seorang pegawai polis tahun lalu.

Hakim Madihah Hairullah turut memerintahkan Lee Bok Piu, 58, dipenjara 20 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Warga emas itu didakwa memberi rasuah itu kepada Lans Korporal Toda Priengok sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap dirinya yang disyaki mencuri diesel di Jeti Nelayan Pontian Kecil, Jalan Al-Sagof, Pontian antara pukul 2 dan 3 pagi, 13 April 2010.

Bok Piu didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Bok Piu merayu supaya hukuman ke atas dirinya dikurangkan kerana dia mengalami masalah migrain yang serius dan pada masa sama terpaksa menanggung ibunya yang berusia 80 tahun.

"Saya tak kerja lagi, mahu jaga emak...emak sakit, mahu kurangkan sikit hukuman," katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Faizal Sadri manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

30 peserta tamat kursus masakan, jahitan

Posted:

30 peserta tamat kursus masakan, jahitan

30 peserta tamat kursus masakan, jahitan


Ahmad Maslan (tengah) menyampaikan sijil kepada peserta program Pembangunan Kesejahteraan Rakyat e-Kasih di Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 26 April - Seramai 30 peserta program Pembangunan Kesejahteraan Rakyat e-Kasih di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berjaya menamatkan kursus selama tiga bulan dalam bidang masakan dan jahitan, baru-baru ini.

Naib Presiden Dewan Usahawan Industri Desa (DUID) Kebangsan, Hapsah Rahmat, melalui program berkenaan, peserta diharap dapat membuka perniagaan bagi menjana pendapatan keluarga untuk menikmati kehidupan yang lebih baik.

"Kursus pertama yang dianjurkan ini membantu lebih ramai wanita khususnya golongan ibu tunggal yang ingin menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan," katanya semasa ditemui selepas majlis penyampaian sijil kepada peserta oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Hapsah berkata, sambutan yang diterima terhadap produk makanan sejuk beku yang dihasilkan peserta kursus berkenaan amat menggalakkan sehingga pengeluaran terpaksa ditingkatkan bagi memenuhi permintaan.

Seorang peserta, Nurul Fatin A. Rahman, 20 yang menyertai kursus masakan gembira kerana dapat menamatkan kursus selepas tiga bulan dengan mempelajari teknik membuat makanan ringan dan sejuk beku.

Bekas pelatih Kolej Kemahiran Belia Negara (KKBN) Ayer Baloi ini turut menerima peralatan memasak bagi membolehkannya mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah.

"Saya ucapkan terima kasih kepada DUID dan kementerian terlibat kerana telah memberi peluang mengikuti kursus ini serta peralatan memasak untuk memulakan perniagaan," katanya.

Seorang ibu tunggal, Mariam Nordin, 40, mengakui kursus itu banyak memberi manfaat kepadanya terutama mengenai kerja-kerja menjahit.

"Banyak pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus yang dianjurkan bermula pada 15 Februari lalu dan saya akan gunakan untuk menghasilkan rekaan yang menarik," katanya.

Dia yang mempunyai tiga orang anak berharap kemahiran dan ilmu yang diperoleh menerusi kursus itu dapat menambahkan pendapatan hariannya untuk membesarkan anak-anaknya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 27 Apr 2011 01:07 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Fesyen, warna cetus gaya imaginasi hebat

Posted: 26 Apr 2011 04:42 AM PDT

Ratu

PEMENANG bersama model yang disolek dan busana digayakan adalah rekaan penuntut PJCAD.

PEMENANG bersama model yang disolek dan busana digayakan adalah rekaan penuntut PJCAD.

WARNA mempengaruhi peribadi, malah kehidupan tanpa warna pasti menjadikan anda berasa suram, terpencil dan tidak bersemangat untuk menjalani kehidupan harian. Justeru, warna akrab dengan kehidupan, merangkumi solekan, fesyen dan penampilan. Ini adalah tiga elemen penting dalam hidup.

Bahkan setiap tahun ramalan warna di pentas peragaan menjadi isu hangat, begitu dengan kemuncak penggunaan warna dalam tata rias kerana warna memercikkan semangat bagi setiap individu walaupun mereka menggemari warna pudar.

Sama ada warna putih, hitam mahupun merah menyala, warna memainkan fungsi tersendiri dan paling nyata, warna sentiasa selari dengan fesyen menyebabkan syarikat pengeluar barangan kecantikan dan kosmetik, The Body Shop (Body Shop) menganjurkan program Brush with Fashion, mencari pereka fesyen berbakat dan jurusolek kreatif. Pengarah Urusan Rampai Niaga Sdn Bhd, Datin Mina Cheah-Fong, berkata solekan dan fesyen sememangnya dua perkara berbeza, tapi sentiasa selari dan saling melengkapi antara satu sama lain menyebabkan kedua-duanya sentiasa diperlukan.

"Bergaya tanpa solekan atau bersolek tapi tidak kena dengan gaya, kedua-duanya tidak elok. Kedua-duanya perlu seiringan, solekan mengiringi gaya menjadikan kita tampil hebat, kemas serta unggul," katanya ketika ditemui pada acara berkenaan di ibu kota, baru-baru ini.

Brush with Fashion menampilkan 10 jurusolek Body Shop dari 10 kaunter jenama berkenaan di seluruh negara, menunjukkan kemahiran masing-masing menyolek wajah model yang menggayakan busana rekaan penuntut Kolej Seni dan Rekaan Petaling Jaya (PJCAD).

Menarik mengenai acara ini, ia julung kali diadakan jenama pengedar penjagaan badan dan solekan dengan tema solekan tertentu, dihakimi oleh juri profesional iaitu Pengurus Latihan dan Pembangunan Body Shop, Vinz Sebastian, pengasas jenama fesyen Salabianca, Allan Chan dan pereka fesyen tanah air, Melinda Looi dan Khoon Hoi.
Jurusolek Body Shop yang bertanding antaranya Renee Chin Siew Nee, Nicolle Lee Ru Mong, Sally Surdino Ibrahim, Ang Siew Wen, Suphin Nai Wan, Ng Geok Ting, Jonatahn Chan dan Noor Haslynda. Penuntut PJCAD yang mempertaruhkan rekaan antaranya adalah Hariharan Arasu, Yoong Lee Kian, Pang Jia Ying, Khidmah Mohd Raffick, Mohd Nizam Ahmad Zamil, Felicia Tan dan Rachel Thomas Dulis.

Setiap jurusolek diberi masa tertentu untuk menatarias wajah model yang siap berbusana unik dan hakim akan meneliti mutu solekan selain idea menarik yang dijelmakan menerusi sentuhan warna menawan Body Shop pada wajah model.

Pada akhir acara, Ng Geok Ting diumumkan juara, Emma naib juara dan Noor Haslynda memenangi tempat ketiga.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan kalah bergaya!

Posted: 26 Apr 2011 04:39 AM PDT

Ratu

BERGAYA dengan tumit tinggi mungkin tampak elegan, namun ia juga boleh mengundang bahaya apabila memandu.

BERGAYA dengan tumit tinggi mungkin tampak elegan, namun ia juga boleh mengundang bahaya apabila memandu.

Fesyen dedahkan individu kepada risiko kemalangan

BERFESYEN kerana mahu tampil anggun dan menawan. Tidak mengira usia, kedudukan dan kerjaya, setiap wanita sememangnya memiliki sekurang-kurangnya satu barangan fesyen kegemaran.

Namun, dalam mengejar aliran gaya semasa, tanpa sedar sebenarnya satu daripada barangan terkini dimiliki mungkin meletakkan diri anda dalam situasi risiko berdepan kemalangan jalan raya. Kajian dijalankan di United Kingdom mendapati, lebih daripada 11.5 juta wanita seolah-olah mengumpan diri sendiri dan orang lain untuk terbabit kemalangan jika mengenakan kasut yang tidak bersesuaian ketika memandu.

Data diperoleh daripada sebuah syarikat insuran mendapati, empat daripada lima pemandu wanita mengakui memandu dengan stilettos (kasut bertali tumit tinggi) bukan hanya menyukarkan pemanduan, malah boleh menyebabkan berlaku bencana lebih buruk.

Kajian sama juga menunjukkan, pemakaian sandal flip flop dan bertali juga menyukarkan pengawalan kenderaan, yang mana 11.5 juta daripada 14.3 juta pemandu wanita berdepan risiko kemalangan hanya kerana selipar Jepun.

Walaupun kutipan data dilakukan di luar negara, situasi yang digelar sebagai bahaya, berpunca daripada fesyen itu boleh berlaku di mana saja, termasuk di negara ini.
Malah, dengan kebangkitan dan kepesatan industri fesyen tempatan, tidak mustahil, angka wanita tempatan yang berbuat demikian ketika memandu juga tinggi.

Ramai cuba menafikan wujudnya situasi bahaya atas faktor keselesaan dan gaya, tapi jika dirujuk kepada kajian dilakukan syarikat insurans Sheilas' Wheels ke atas 750 wanita, seramai 75 daripadanya mengakui terbabit atau nyaris kemalangan kerana kasut disarung tercabut atau tersangkut pada pedal.

Manakala 25 peratus lagi mengatakan mereka tidak akan teragak-agak menukar kasut tatkala mula melangkah ke dalam kereta walaupun sedar, sepatu yang disarung tidak selamat dengan kebanyakan daripada mereka memilih sandal flip flop atau selipar Jepun.

Itu hanya satu iaitu kasut, tapi percayakah anda jika ada kajian yang membuktikan bahawa pemakaian cermin mata gelap berbingkai besar yang anda anggap sebagai pelindung silau matahari ketika memandu itu juga adalah 'fashion hazard' atau bahaya di dalam berfesyen.

Ray Massey menulis, 12 juta wanita yang obses mengenakan cermin mata hitam mengurangkan had penglihatan mereka terhadap jalan raya terutama dengan pemakaian cermin mata berbingkai lebar dengan cermin berwarna gelap atau merah jambu.

Ia memang 'must have item' (barangan wajib milik) malah digayakan selebriti terkenal seperti Paris Hilton dan Victoria Beckham tapi pengendalian kenderaan membabitkan keselamatan nyawa dan adalah tidak berbaloi jika bergadai nyawa hanya kerana ingin sentiasa tampil cantik bergaya.

Bagi yang ragu dengan pemilihan cermin mata sesuai, selain daripada dua ciri dinyatakan, anda boleh menganggap cermin mata gelap yang lain juga tidak sesuai dikenakan tatkala memandu. Gaya aviator berbingkai bentuk bulat dan tipis serta lensa antipantulan berwarna coklat neutral atau kelabu.

Tidak lengkap jika menyentuh koleksi fesyen tanpa menyebut mengenai persalinan beragam bentuk dan material kerana pastinya ia juga tidak terkecuali menjadi antara jenis bahaya di dalam berfesyen.

Baju berhud yang mempunyai tali di leher bersama seluar sendat menjadi kegemaran gadis yang membonceng motosikal dan jika diperhatikan, tali jika berpintal boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Belum lagi dikira gelagat segelintir pemandu terutama wanita yang suka menyarung jaket secara terbalik semata-mata ingin menjaga kecantikan kulit daripada dipanah terik mentari.

Terkini, dalam kegilaan fesyen Muslimah, gelagat mereka bergaya memang menakutkan terutama dengan lilitan selendang panjang yang tidak kemas ala Hana Tajima dikhuatiri mengehadkan pandangan apabila memandu.

Justeru, bagi mengelakkan gangguan ketika memandu, wanita perlu lebih berhati-hati bermula daripada langkah pertama iaitu mula memegang stering. Penumpang juga perlu ingat, bukan hanya pemandu yang boleh menjadi punca gangguan, anda juga berpotensi menjadi punca.

WWD memperkasa wanita

PERNAHKAH anda terdengar orang berkata, kenapa perempuan itu bawa kereta besar? Dia tak mahir memandu. Atau tengok kemalangan tadi tak? Saya pasti, mesti pemandu perempuan jadi penyebab!

Mengikis persepsi negatif khalayak terutama lelaki terhadap kemampuan wanita ketika memandu di jalan raya pastinya sesuatu yang sukar tapi ia bukan mustahil.

Pengarah Jualan Goodyear Malaysia, Ivy Peng, berkata dia percaya kecekapan atau kemahiran yang ada pada seorang pemandu bukan bersandarkan kepada gender semata-mata.

"Di Goodyear, kami yakin, kecekapan itu perlu selari dengan pengetahuan dan kemahiran mengendalikan alatan atau dalam kata lain, anda mengenali kenderaan anda.

"Ini kerana, situasi kini tidak hanya memperlihatkan lelaki yang mendominasi pemanduan kerana wanita juga selain turut memainkan peranan sebagai isteri, ibu, suri rumah, ketua dan juga chauffeur (pemandu kereta mewah).

"Semakin ramai mencari rezeki melalui pemanduan, memiliki kenderaan sendiri dan kita melihat ada perubahan dalam dinamik gender, yang mana wanita mulai mengambil alih banyak peranan lelaki sebelum ini," katanya ketika berucap pada perasmian bengkel Women with Drive, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Melinda Ngew dan barisan selebriti yang menyokong, Sarimah Ibrahim, Xandria Ooi serta Bernie Chan.

Bengkel Women with Drive dengan kerjasama AAM dilancarkan julung kalinya di negara ini berikutan maklum balas positif daripada wanita di Australia, China, India, Indonesia dan Filipina melalui pelbagai aktiviti dianjurkan.

"Ia dicetuskan sebagai program khidmat komuniti untuk wanita dan dikendalikan pakar penjagaan kereta Goodyear bersama misi untuk menyediakan wanita dengan keyakinan dan pengetahuan bagi memastikan kenderaan mereka selamat serta sentiasa berada dalam keadaan baik sekali gus mengelakkan kemalangan.

"Bagi wanita yang berminat, nantikan bengkel pertama kami pada Mei ini dan pelajari kemahiran dikongsi dalam pemanduan," katanya.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman www.goodyear.com.my.

Sementara itu, AAM juga turut melancarkan kad keahlian Elite Femme khusus bagi pemandu wanita. Selain keistimewaan asas keahlian AAM, kad Elite Femme menyediakan nilai tambah kepada wanita, termasuk menyediakan kemudahan penginapan jika terbabit kemalangan, perlindungan jika diragut dan pelbagai kelebihan lain.

INFO

Bahaya fesyen di jalan raya

  • Cermin mata hitam
    Ia mungkin tampak cantik apabila digayakan tapi pemakaian cermin mata dempak boleh mengehadkan pandangan malah titik hitam juga lebih besar.
  • Kasut tumit tinggi
    Menghalang pergerakan kaki terutama apabila berdepan situasi kecemasan.
  • Gincu
    Walaupun penampilan itu penting, JANGAN sesekali mengenakan mekap ketika memandu kerana ia boleh mengalih tumpuan terhadap pemanduan.
  • Selendang
    Jika ia diperbuat daripada material lembut seperti sutera, ia mungkin berterbangan atau tersangkut di cermin tingkap sehingga menghalang pandangan.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Infiniti

    Posted: 26 Apr 2011 09:18 PM PDT

    Kosmo Online - Infiniti


    Dewan bedah tercanggih di Malaysia

    Posted:

    Dewan bedah tercanggih di Malaysia

    Dewan bedah tercanggih di Malaysia

    Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
    kurizduan.kurahman@osmo.com.my



    PEMBANGUNAN dewan bedah berteknologi tinggi di negara ini dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih bukan sahaja mampu meningkatkan taraf kesihatan ke tahap yang lebih tinggi malah, boleh menyelamatkan lebih banyak nyawa.

    Usaha yang dilakukan Pusat Perubatan Universiti kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak beberapa tahun lalu kini patut diberi pujian kerana mereka berjaya membangunkan sebuah dewan bedah berdefinisi tinggi (HD) yang dinamakan OR1 bagi memastikan pesakit dibedah dalam suasana yang lebih selamat.

    Ruang kondusif dan peralatan penyelesaian lebih ergonomik pula dibekal oleh syarikat penyediaan peralatan pembedahan, Karl Storz dari Jerman menjadikan bilik bedah OR1 lebih dinamik. Ia sekali gus menggalakkan pelancongan kesihatan yang semakin popular hari ini.

    Istimewanya dewan itu kerana berupaya membantu pakar bedah menjalankan pembedahan melalui pengawalan sistem peralatan perubatan selain boleh mengadakan lintas langsung atau telekonferens dengan pakar sama ada di dalam atau luar negara.

    Timbalan Pengarah Pusat Kemahiran Pembedahan Lanjutan (ASSC) PPUKM, Prof. Dr. Hanafiah Harunarashid memberitahu, OR1 merupakan teknologi pertama di Asia Tenggara dan Malaysia sangat bertuah menjadi negara pertama menggunakannya.

    Menurut beliau, pakar bedah juga mampu meminimumkan kesilapan ketika melakukan pembedahan laparoskopik dan endoskopik kerana mereka berupaya mengawal penuh sistem komputer, kuasa lampu, suhu dewan bedah dan sebagainya.

    Kata beliau, perkembangan teknologi dewan bedah tersebut yang menggunakan aplikasi elektronik membolehkan operasi bedah berjalan lebih lancar dan mudah berbanding dewan bedah terdahulu yang kurang teratur.

    Kata pakar bedah itu lagi, walaupun teknologi laparoskop yang digunakan ketika pembedahan laparoskopik dibangunkan sejak tahun 1980-an tetapi, pada ketika itu hanya melibatkan alatan asas berbanding teknologi terkini yang banyak mengaplikasi aspek elektronik.

    Skrin HD dan sentuh


    MALAYSIA menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki bilik bedah OR1.


    "Dewan bedah itu dianggap istimewa kerana kita menggunakan peralatan paling canggih. Jadi, kita boleh lakukan pembedahan laparoskopik tanpa membuat pembedahan terbuka lagi.

    "Paparan skrin berdefinisi penuh sangat jelas berbanding sebelum ini bahkan, kita boleh menggunakan alat dengan lubang sekecil lima milimeter (mm) untuk memasukkan peralatan ke dalam tubuh manusia dan hampir tiada luka," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

    Mengulas lanjut mengenai perjalanan sistem yang hanya terdapat di PPUKM, Hanafiah berkata, semua pakar bedah perlu membuat pendaftaran sebelum menggunakan dewan bedah OR1 melalui sistem komputer.

    "Sebagai contoh mudah, semua peralatan itu seperti checkpoint kapal terbang. Selagi semua tidak di set dengan baik, ia tidak boleh berlepas, ini semua bagi memastikan tiada masalah kelak," ujarnya.

    Tambah Hanafiah, pakar bedah juga boleh mengawal pelbagai peralatan seperti lampu, kamera dan sebagainya seperti diinginkan mereka dengan hanya menyentuh paparan skrin umpama gajet iPhone atau iPad.

    Dedah beliau, melalui OR1, pakar bedah juga mampu melakukan pembedahan secara bersendirian tanpa bantuan jururawat, namun perkara itu bergantung kepada jenis pembedahan.

    Kesesuaian dewan bedah itu juga dilengkapi kemudahan telekonferens bagi pembedahan yang lebih kompleks. Sekiranya seseorang doktor memerlukan pandangan pakar yang berada jauh beribu kilometer sekali pun, mereka boleh berbincang melalui sidang video sahaja.

    "Kita juga boleh melakukan pelbagai jenis pembedahan yang sebelum ini mungkin sukar dilaksanakan dan kini kita boleh lakukannya.


    PAPARAN berdefinisi tinggi mampu mengurangkan kesilapan ketika melakukan pembedahan.


    "Sebagai contoh, dengan teknologi buatan Jerman ini kita boleh melakukan pembedahan untuk bayi berusia seawal dua bulan sama ada yang mempunyai masalah paru-paru, ginjal, hati atau pun pankreas," katanya.

    Antara kelebihan melakukan pembedahan menerusi OR1 adalah pesakit cepat sembuh, kesakitan serta pendarahan juga kurang kerana potongan dilakukan secara minimum.

    Bukan itu sahaja, pada hari pembedahan juga, pesakit sudah boleh pulang. Bagi orang dewasa, dua hari selepas pembedahan mereka boleh meneruskan kerja kembali.

    Berbanding pembedahan yang dilakukan secara terbuka, selain rasa lebih sakit, pesakit akan ditahan di unit rawatan rapi (ICU) lebih daripada seminggu selepas pembedahan.

    Bagaimanapun ujar Hanafiah, secanggih mana peralatan itu pasti terdapat kekangan yang menghalang. Salah satunya kekurangan tenaga mahir untuk menggunakannya kerana sistem berkenaan masih baru.

    "Justeru, kami memerlukan lebih ramai pelatih dan sebab itu juga ASSC memperuntuk 12 makmal di kompleks yang turut menempatkan OR1 bagi melatih mereka mengendalikan alat itu dengan mahir.

    "Kita tahu, pembedahan laparoskopik jika tidak dilatih dengan baik boleh membawa banyak kemudaratan kepada pesakit. Oleh itu, mereka perlu dilatih sebaik mungkin," ujarnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kemarau jejaskan penghasilan madu lebah

    Posted:

    Kemarau jejaskan penghasilan madu lebah

    Kemarau jejaskan penghasilan madu lebah


    SEORANG penternak lebah menunjukkan sarang lebah yang kekurangan madu di Pekan Maria Pinto, Chile.


    KEKURANGAN air merentasi Chile telah membuatkan kuntuman bungaan menjadi kering sehingga menghalang lebah-lebah memperoleh makanan terdiri daripada madu bunga.

    Menurut Persatuan Pemeliharaan Lebah Kebangsaan, penuaian madu lebah telah merosot sebanyak 60 sehingga 70 peratus pada tahun ini.

    Disebabkan lebah mendebungakan kebanyakan buah-buahan eksport utama Chile seperti avokado dan epal, pakar-pakar memberi amaran kesan domino terhadap industri pertanian yang menyumbang kepada ekonomi negara berkenaan.

    "Sebahagian besar penghasilan buah-buahan tempatan memerlukan lebah-lebah untuk pendebungaan," kata Profesor Pemeliharaan Lebah Universidad de Chile, Mario Gallardo.

    "Serangga ini mempunyai kecenderungan pengkhususan. Sebagai contoh, sebaik sahaja ia mendebunga sebiji epal, ia akan setia bersama buah berkenaan sekali gus membuatkan pendebungaan lebih cekap," jelasnya.

    Lebah-lebah membantu pembiakan tumbuh-tumbuhan dengan memindahkan debunga subur antara pokok-pokok.

    Tumbuh-tumbuhan pertanian boleh didebunga secara manual atau semula jadi oleh angin, tetapi kaedah tersebut lebih mahal atau kurang cekap.

    Bagaimanapun, Presiden Persatuan Pemeliharaan Lebah, Marcelo Rodriguez Fernandez , memberi amaran jika pemeliharaan lebah tidak diperbaiki pada akhir tahun, banyak pengeluar kecil pertanian akan gulung tikar.


    PENDEBUNGAAN yang dilakukan lebah lebih cekap berbanding menggunakan teknik angin.


    "Cuaca La Nina yang bertanggungjawab terhadap kemarau dijangka akan berterusan sehingga musim luruh. Sekiranya hujan tidak turun atau pun kerajaan tidak membentuk skim bantuan menyeluruh, situasi tidak dapat dipertahankan lagi," katanya.

    "Seluruh wilayah telah diisytiharkan zon kecemasan oleh kerajaan kerana kemarau," tambahnya lagi.

    Pihak berkuasa secara perlahan-lahan menyedari kos kehilangan lebah-lebah itu dan skim bantuan kini dipertimbangkan pada peringkat serantau.

    Sebagai contoh wilayah Valparaiso telah membeli 10,000 kilogram (kg) fruktosa untuk memberi makan kepada lebah-lebah semasa ketiadaan bunga-bungaan.

    Pada tahun 2010, Chile telah mengeksport madu bernilai AS$21 juta (RM63 juta).

    Jumlah madu Chile adalah pertengahan pasaran kepelbagaian bunga walaupun negara itu mempunyai beberapa campuran tunggal premium seperti madu halus Ulma.

    Kemarau yang menyebabkan penurunan pemeliharaan lebah Chile telah menambah getir kepada industri lebah-lebah di peringkat global.

    Kebanyakan lebah di seluruh dunia berada dalam keadaan kritikal dengan perubahan cuaca, pancaran telefon bimbit dan racun perosak merupakan antara penyumbang kepada keruntuhan koloni lebah global.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pengalaman 3D memukau

    Posted:

    Pengalaman 3D memukau

    Pengalaman 3D memukau


    TV LED Samsung yang dipertingkatkan kualiti imej dan sistem bunyi 3D.


    TAHUN 2011 membawa Samsung ke satu dimensi sistem hiburan rumah yang lebih hebat dan bergaya dengan pelancaran televisyen (TV) Smart 3D LED, TV plasma dan pemain sistem hiburan rumah Blu-ray baru-baru ini.

    Model pilihan Samsung itu menawarkan hab pintar baru yang menyediakan capaian sebaran kandungan dan pilihan aplikasi yang menyeluruh.

    Justeru, era baru TV muncul dengan pengenalan TV LED Samsung Siri D8000 resolusi penuh HD. Ia telah menerima anugerah Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa (CES) 2011 baru-baru ini.

    Ciri-cirinya yang unik, reka bentuk canggih dan bahagian luar yang nipis adalah teknologi paling terkedepan menjadikan siri D8000 pilihan hiburan rumah masa kini.

    Bermula dengan reka bentuk menarik, siri D8000 menggunakan pendekatan minimum, bersih dan sesuai dengan keadaan sekeliling.

    Ciri-ciri inovatif lain adalah ultra clear panel, micro dimming, clear motion rate 800Hz, digital noise filter, BD wise dan wide color enhancer plus membolehkan siri tersebut mempersembahkan imej penuh HD yang realistik.

    Pada masa sama, Samsung turut memperbaiki keupayaan 3D dengan 3D sound, 3D hyper real engine serta peningkatan kaca mata 3D untuk pengalaman 3D yang lebih hebat.

    TV LED berukuran 55 inci (139.7 cm) itu turut dilengkapi sambungan web dan ciri-ciri semakan lewa seperti Smart Hub, Your Video, Search All dan Web Browser yang mesra pengguna.

    Dengan barisan penuh ciri-ciri mapan yang akan melengkapkan hiburan di rumah seperti ConnectShare movie, empat input HDMI, Anynet+, SRS Theater Sound menjadikan TV tersebut sebagai dunia hiburan paling canggih.

    Selain itu, melalui Samsung AllShare, pengguna juga boleh membangunkan rangkaian rumah tanpa wayar malah, pengguna juga boleh menukar kandungan 2D kepada format 3D melalui 3D Converter.

    Selain siri D8000, Samsung turut melancarkan TV model D7000, D6400, D5000 dan D4000.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan