gravatar

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Harian Metro: Mutakhir

Posted: 03 Mar 2011 07:43 AM PST

Harian Metro: Mutakhir


Taska tak berlesen

Posted: 03 Mar 2011 05:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Berikutan enggan mengikuti kursus wajib penjagaan kanak-kanak, lebih 500 pengusaha taska sekitar Selangor lebih rela beroperasi secara haram tanpa memiliki lesen sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Presiden Persatuan Taska Negeri Selangor, Mahanom Basri, berkata ramai pengusaha taska memberitahu berminat menguruskan pusat jagaan kanak-kanak itu, tetapi keberatan memohon lesen kerana menganggapnya rumit apabila perlu mengikuti kursus.


Katanya, pengusaha mendakwa sukar menghantar kakitangan untuk menghadiri kursus penting terbabit berikutan tidak ramai yang berminat bekerja sebagai pengasuh secara tetap.

Mahanom memberitahu, pihaknya pernah menganjurkan beberapa siri kursus dalam usaha membantu pengusaha taska mendapat lesen, namun ada antara yang gagal dalam permohonan lalu, memilih beroperasi tanpa kelulusan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Murid sekolah dibaling asid

Posted: 03 Mar 2011 05:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Lapan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bandaraya, Bangsar di sini, trauma selepas dibaling asid oleh seorang penunggang motosikal ketika mereka sedang menunggu bas di depan sekolah, kira-kira jam 4.45 petang semalam.

Menurut saksi dikenali sebagai, Hassan, 30, dia terkejut apabila melihat tiga daripada mangsa berlari masuk ke dalam pagar sekolah sebelum membasuh muka mereka di tandas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 03 Mar 2011 07:28 AM PST

Kosmo Online


2,000 peserta dijangka sertai larian Wilayah

Posted:

2,000 peserta dijangka sertai larian Wilayah

2,000 peserta dijangka sertai larian Wilayah

03/03/2011 9:43pm

KUALA LUMPUR – Seramai 2,000 orang dijangka menyertai "Larian 1Wilayah Persekutuan Menjuarai Tranformasi" pada 12 Mac ini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011.

Pengarah Teknikal Larian, G. Mohan berkata, larian yang dibahagikan kepada 10 kategori itu akan bermula 7.30 pagi di Dataran Merdeka dan berakhir di tempat yang sama.

Beliau berkata, 10 kategori itu ialah Lelaki dan Wanita Terbuka serta Lelaki Junior Veteran masing-masing sejauh 7km; Lelaki Senior Veteran, Wanita Veteran, Lelaki dan Wanita dan Kerusi Roda Lelaki dan Wanita terbuka masing-masing sejauh 5km; dan dan Larian Keluarga yang terdiri daripada ibu bapa serta dua anak sejauh 3km.

Larian yang pertama kali dianjurkan Persatuan Olahraga Para Malaysia (POPM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu menawarkan hadiah wang tunai, kameja-T, pingat, sijil serta cabutan bertuah, katanya kepada pemberita di sini.

Mohan berkata, yuran pendaftaran RM20 dikenakan untuk kategori Lelaki dan Wanita Terbuka serta Veteran, RM10 untuk kategori Lelaki dan Perempuan Remaja, RM30 bagi kategori Larian Keluarga dan percuma bagi Kerusi Roda Lelaki dan Wanita Terbuka. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PTPTN: Dakwaan pembangkang dinafi

Posted:

PTPTN: Dakwaan pembangkang dinafi

PTPTN: Dakwaan pembangkang dinafi

03/03/2011 7:59pm

TEMERLOH – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi boleh menangguhkan pembayaran semula pinjaman itu, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, nama mereka tidak akan disenarai hitam oleh PTPTN dan mereka layak mendapat biasiswa bagi meneruskan pengajian sama ada universiti tempatan atau luar negara.

"Terdapat dakwaan pembangkang dalam ceramah mereka dalam kempen di Kerdau ini yang berkata, mereka yang tidak membayar balik pinjaman PTPTN tidak boleh melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

"Itu adalah satu fitnah dan pembohongan, kerajaan Barisan Nasional tidak bertindak zalim seperti mana yang didakwa oleh pembangkang sebaliknya sentiasa memberi ruang supaya mereka menjelaskan hutang itu setelah mendapat kerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pendidikan Kecemerlangan Pelajar Kerdau di Sekolah Kebangsaan Kuala Kerdau dekat sini hari ini.

Saifuddin berkata nama peminjam hanya akan disenaraihitamkan jika mereka gagal menjelaskan pinjaman itu setelah bekerja. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Menipu: Bekas eksekutif Modenas bebas

Posted:

Menipu: Bekas eksekutif Modenas bebas

Menipu: Bekas eksekutif Modenas bebas

03/03/2011 6:42pm

SUNGAI PETANI – Seorang bekas eksekutif syarikat Edaran Modenas Sdn Bhd dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Sungai Petani hari ini daripada 24 pertuduhan menipu membabitkan pengeluaran dokumen pelepasan eksais 190 buah motosikal bernilai RM2 juta sembilan tahun lepas.

Hakim Zainol Saad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Azhar Hussain, 40.

Dalam penghakimannya, Zainol berkata, pihak pendakwaan mengemukakan beberapa fakta yang bercanggah dan meragukan berhubung bilangan sebenar motosikal terbabit dan kerugian yang ditanggung oleh syarikat itu dalam kes berkenaan.

Katanya, pihak pendakwaan juga gagal membuktikan penglibatan tertuduh dengan menyatakan tarikh dan tempat perbincangan dilakukan.

Azhar didakwa menipu pegawai-pegawai di Bahagian Kawalan Kredit Edaran Modenas supaya mengeluarkan surat pelepasan eksais secara elektronik berjumlah RM2.03 juta bagi membolehkan pendaftaran 190 motosikal itu dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Edaran Modenas di Kawasan Perindustrian Gurun, dekat sini, antara 9 pagi dan 5 petang 14 Mac 2002. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 03 Mar 2011 03:32 AM PST

Utusan Online - Utara


Pesta D’Bendang meriah

Posted:

Pesta D'Bendang meriah

Pesta D'Bendang meriah

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my


Pertandingan menarik upih pinang juga menjadi tarikan pada Pesta Angin Timur D'Bendang 2011 di Kampung Banir Tembus, Perlis, baru-baru ini.


KANGAR 2 Mac – Walaupun cuaca panas terik, namun angin timur bertiup menyamankan wajah ribuan rakyat Perlis daripada pelbagai lapisan untuk terus menyaksikan tradisi kehidupan masyarakat pesawah dihidupkan kembali di Kampung Banir Tembus, Mukim Sanglang di sini.

Apa tidaknya, inilah masanya orang ramai khususnya generasi muda dapat melihat dengan lebih dekat kehidupan pesawah terutama kerja-kerja dijalankan pada suatu ketika dahulu.

Antaranya, seperti aktiviti menumbuk padi, menumbuk emping, membuat seruling daripada batang padi, menganyam tikar mengkuang dan membuat wau.

Di mana lagi hendak melihat aktiviti tradisi seumpama itu jika tidak di Pesta Angin Timur Perlis D'Bendang 2011 yang berlangsung selama dua hari di Kampung Banir Tembus hujung minggu lalu.

Lebih menarik, sempena dengan pesta tersebut acara menumbuk sambal beramai-ramai melibatkan 1,000 rakyat Perlis dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Sijil pengiktirafannya diberikan wakil MBOR, Leona Paul kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang turut disaksikan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.

Pesta tersebut anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mendapat sambutan memberangsangkan.

Selain aktiviti tersebut, pertandingan tarik tali, menggagau ikan, Mr. Badang Perlis 2011, pertandingan wau dan 'toi' diadakan.

Pesta itu dimeriahkan lagi dengan demonstrasi memasak gulai rebung bersama tulang, membuat kuih karas dan sagun.

Ternyata pesta sempena kedatangan angin timur itu mengimbau kembali aktiviti masyarakat di bendang menjalankan aktiviti seharian sama ada yang mendatangkan sumber pendapatan atau sekadar memenuhi waktu lapang.


Md Isa Sabu bersama Joseph Salang Gandum (kiri) menggoreng emping ketika melawat Pesta Angin Timur D'Bendang 2011di Kampung Banir Tembus, Perlis, baru-baru ini.


Sebagai contoh, selain hasil padi, pesawah pada masa dahulu atau keluarga mereka menambah pendapatan dengan menjual tikar mengkuang yang dianyam sendiri atau menjual emping dan sebagainya.

Golongan tersebut juga mempunyai aktiviti riadah seperti bermain wau buatan sendiri pada waktu petang atau mengharung parit dan paya berhampiran untuk menggagau ikan yang bukan sahaja boleh dijual malah dijadikan hidangan makan malam.

Tidak dinafikan sawah kaya dengan pelbagai produk selain padi, ikan-ikan air tawar dari parit atau paya juga boleh dijadikan pekasam yang kini bukan sahaja digemari penduduk kampung malah sudah dijual di bandar-bandar besar.

Memang benar, jika tidak ada Pesta Angin Timur Perlis D'Bendang 2011, mungkin ramai yang tidak dapat melihat lesung kayu dan alu digunakan oleh isteri atau keluarga pesawah untuk menumbuk padi bagi dijadikan beras atau emping.

Malah, ramai yang tidak mengetahui bahawa anak-anak pesawah juga kreatif apabila batang padi dibuat seruling sebagai memenuhi masa lapang yang mewarnai kehidupan pesawah di negeri Perlis.

Jadi, tidak hairanlah Md. Isa pada perasmian pesta berkenaan mahu pesta tersebut dijadikan acara tahunan sebagai produk pelancongan negeri Perlis yang boleh menjadi daya tarikan pengunjung ke negeri berkenaan.

"Pesta ini menarik kerana acara seumpama ini tidak ada di tempat lain seperti menumbuk emping atau menumbuk padi yang dibuat secara tradisional.

"Kita mahu masyarakat mengetahui lebih banyak mengenai sawah padi menerusi Pesta Angin Timur Perlis D'Bendang," tambah beliau.

Selain itu, pesta tersebut menampilkan persembahan wayang kulit, deklamasi sajak dan nyanyian artis-artis tanah air termasuk Raja Pop, Jamal Abdillah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas Kedah tidak berganjak

Posted:

Pas Kedah tidak berganjak

Pas Kedah tidak berganjak

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 2 Mac – Walaupun terdapat banyak rungutan daripada rakyat negeri ini, namun kerajaan Pas Kedah tetap tidak berganjak dengan keputusannya untuk menamatkan peranan Pejabat Pos sebagai ejen kutipan bayaran bil Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd., (Sada) mulai semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) memberi alasan, keputusan itu diambil untuk bersikap adil kepada pengguna supaya tidak dibebani dengan kos bayaran komisen yang dikenakan oleh Pejabat Pos kepada syarikat air berkenaan.

Menurut beliau, kadar komisen bagi negeri ini dinaikkan sebanyak 90 sen bermula bulan ini berbanding kadar lama sebanyak 70 sen untuk satu bil.

Jelas beliau, jika pihaknya bersetuju dengan kenaikan berkenaan, ia dibimbangi terpaksa dikongsi dengan pengguna.

Malah, kata beliau, kerajaan negeri sukar untuk memahami kadar komisen yang dikenakan oleh Pos Malaysia kerana ia berbeza-beza mengikut negeri.

"Sebenarnya Pos Malaysia ini cajnya berbeza-beza. Kedah (sebelum ini) sebanyak 70 sen, tempat lain 50 sen, jadi kita pun tidak faham.

"Jadi bila berurusan dengan orang tak faham ini, tak usah berurusan teruslah, senang. Kita pergi ikut lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menteri Besar ditanya mengenai keputusan kerajaan Pas Kedah menamatkan perkhidmatan pembayaran bil air di Pejabat Pos di seluruh negeri mulai semalam.

Ekoran itu, orang ramai merungut dengan keputusan tersebut manakala Pemuda Gerakan negeri yang kesal dengan perkara itu meminta kerajaan negeri supaya mengkajinya semula demi keselesaan penduduk yang masih ingin menggunakan perkhidmatan di Pejabat Pos.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, tindakan berkenaan akan menyusahkan lebih 100,000 rakyat negeri ini yang menggunakan perkhidmatan pembayaran bil air di Pejabat Pos, terutama mereka yang tinggal di luar bandar.

Azizan menambah, berikutan keputusan berkenaan, pihaknya akan memantapkan lagi kerjasama dengan agensi lain seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) untuk memudahkan pengguna membuat pembayaran bil air mereka di situ.

Menurutnya, agensi-agensi terbabit tidak mengenakan caj yang tinggi dan mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak.

Kata beliau, Sada juga membuka kaunter-kaunter di bandar-bandar utama selain merancang untuk menyediakan kaunter bergerak bagi tujuan berkenaan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu pencerobohan hutan di Langkawi, Azizan berkata, pihaknya sedang mengenal pasti pihak terlibat dan tindakan bakal diambil ke atas mereka jika didapati melanggar peraturan.

Beliau berkata, pencerobohan hutan di Langkawi bertujuan mengambil tanah berbanding di daratan tanah besar untuk mencuri balak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MBI nafi naik cukai taksiran

Posted:

MBI nafi naik cukai taksiran

MBI nafi naik cukai taksiran


Roshidi Hashim (empat dari kiri) meninjau kemudahan di taman pemainan kanak-kanak ketika mengadakan sesi dialog bersama PBT dan penduduk Kampung Baru Simpang Pulai, Ipoh, semalam.


IPOH 2 Mac - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan cukai tafsiran bagi tanah dan bangunan di bandar raya itu telah dinaikkan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, kadar cukai taksiran masih menggunakan kadar yang sama sejak tahun 1982.

Justeru itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan dakwaan tersebut dan boleh membayar cukai taksiran mereka pada kadar biasa.

"Kita masih menggunakan kadar cukai lama. Mungkin ada pihak terkeliru dengan kadar cukai bagi tanah kosong dan tanah yang telah didirikan bangunan.

"Bagi tanah kosong kadar cukainya adalah lebih rendah berbanding tanah kosong yang telah didirikan bangunan.

'' Jika sebelumnya mereka membayar RM100 tetapi setelah didirikan bangunan kadarnya mungkin naik sehingga RM200," ujar beliau.

Beliau menjelaskan demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan sesi dialog bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penduduk Kampung Baru Simpang Pulai dekat sini.

Dalam perkembangan lain Roshidi memberitahu, sehingga kini MBI telah menyiapkan kerja-kerja membaik pulih longkang di sekitar Simpang Pulai bagi mengelak berlakunya banjir kilat.

Ujarnya, kerja-kerja membaik pulih yang baru disiapkan itu membabitkan kos perbelanjaan sehingga RM900,000.

"Kita juga sedang melaksanakan projek taman kanak-kanak di daerah ini yang merupakan salah satu program di bawah keceriaan bandar yang membabitkan peruntukan sebanyak RM50,000.

"Saya percaya dalam masa beberapa tahun lagi landskap Simpang Pulai akan berubah dengan terbinanya beberapa pusat perniagaan baru yang bakal siap sepenuhnya dalam masa terdekat," tambah beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 03 Mar 2011 03:30 AM PST

Harian Metro: Setempat


Tipu rakan kongsi ladang tembikai

Posted: 02 Mar 2011 09:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat perniagaan kononnya menawarkan perkongsian perniagaan ladang tembikai dan hartanah di ibu kota dikesan mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil yuran seminar dan modal peserta yang berminat menyertainya.

Taktik syarikat terbabit mudah iaitu menghantar SMS secara rambang kepada mangsa dengan menyatakan mereka bertuah kerana terpilih menjadi rakan kongsi perniagaan yang dijalankan selain memujuk supaya hadir ke seminar dianjurkan mereka di hotel terkemuka.


Bagi meyakinkan mangsa, mereka akan menggunakan kertas kerja dan dokumen tertentu seolah-olah program yang dianjurkan mendapat pengiktirafan kerajaan.

Seorang mangsa yang juga ahli perniagaan, Saberi Abdullah, 44, berkata dia tertarik menyertai seminar dianjurkan syarikat terbabit pada akhir Oktober dua tahun lalu selepas menerima SMS.


Katanya, sebaik menyertai seminar itu, dia dipujuk empat lelaki yang juga menjawat jawatan penting dalam syarikat terbabit untuk menjadi rakan kongsi.


"Mereka memujuk saya membayar RM26,800 untuk modal perkongsian pakej emas bagi mendapat keuntungan berkali ganda.

"Saya setuju mengambil pakej ditawarkan dan membayar wang pendahuluan RM10,000 dengan kad kredit sebelum mengkreditkan jumlah selebihnya secara ansuran dalam akaun diberi syarikat itu," katanya ketika ditemui pada sidang media di pejabat MCA, di sini, semalam.


Hadir sama, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong dan Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Malaysia, Datuk Muhd Khairun Aseh.

Saberi berkata, selepas pembayaran dibuat, keuntungan yang dijanjikan tidak diperoleh hingga kini, malah dia dipaksa memasukkan sejumlah wang lagi bagi mengelakkan modalnya lenyap.


"Saya memasukkan wang kepada mereka sebelum menerima cek palsu pada 23 Januari lalu bernilai RM42,000.


"Saya cuba menghubungi mereka, tetapi gagal. Saya yang berasa tertipu membuat satu laporan pada 24 Februari lalu di Balai Polis Dang Wangi," katanya yang yakin ramai lagi mangsa terpedaya helah syarikat itu.


Menurutnya, purata 15 orang sehari mangsa yang hadir ke seminar dianjurkan syarikat terbabit dan mereka masih aktif menipu ahli perniagaan di seluruh negara.


Sementara itu, Khairun menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penipuan melalui SMS itu kerana ia memperdaya mangsa tanpa disedari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak polis patah kaki, tangan jatuh tingkat 10

Posted: 02 Mar 2011 09:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga seorang anak anggota polis berpangkat sarjan patah kaki kanan dan tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kuarters polis di Taman Miharja, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang baru pulang dari sekolah cuba masuk ke rumahnya dengan memanjat bahagian tepi bangunan untuk ke balkoni di bahagian belakang rumah selepas mendapati rumahnya itu berkunci.


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi berkata, remaja terbabit bagaimanapun tergelincir sebelum terjatuh.

"Remaja itu bagaimanapun terselamat kerana dia terjatuh di atas longgokan kain buruk yang diletakkan berhampiran surau di kawasan berkenaan.


"Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan," katanya.


Mohan berkata, biarpun patah kaki dan tangan, keadaannya kini dilaporkan stabil.

"Bapa mangsa anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 03 Mar 2011 03:24 AM PST

Utusan Online - Selatan


Cukai tanah RM10 setahun

Posted:

Cukai tanah RM10 setahun

Cukai tanah RM10 setahun

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 2 Mac - Semua rumah ibadat dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) yang mendiami tanah milik sendiri hanya dikenakan bayaran cukai tanah secara nominal iaitu RM10 setahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, perkara itu telah lama diperjelaskan, tetapi masih ada pihak yang keliru dan melemparkan pelbagai tuduhan kononnya kerajaan tidak prihatin terhadap pendidikan dan perihal agama.

"Kita telah katakan cukai tanah bagi kategori itu ialah RM10 setahun kerana kerajaan amat prihatin soal pendidikan dan kebebasan beragama di negara ini.

"Cuma, pejabat tanah daerah memang menyatakan bil bayaran penuh bagi tujuan penyelarasan akaun," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini hari ini.

Mohamad berkata, rumah ibadat dan sekolah terlibat boleh membuat rayuan menerusi borang yang disediakan di pejabat tanah daerah yang memang maklum cukai tanah itu akan dikenakan secara nominal iaitu RM10.

Namun katanya, hanya tanah yang benar-benar menjadi milik rumah ibadat yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta tanah milik sekolah dikendalikan oleh lembaga pengelola layak dikenakan cukai tanah nominal itu.

"Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan daripada sikap prihatin kerajaan ini. Semua rumah ibadat hendaklah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan benar-benar sah sebelum dibolehkan membayar cukai tanah sebanyak RM10.

"Kerajaan tidak akan melayan jika tanah itu milik individu dan andainya ini berlaku, cukai tanah yang perlu dibayar akan mengikut kadar semasa ditetapkan Pejabat Tanah," tegasnya.

Mohamad juga menegaskan, tidak perlu surat rayuan dihantar ke pejabat Menteri Besar kerana makluman mengenainya telah dijelaskan di pejabat tanah.

"Kerajaan korbankan pendapatan kerana prihatin dengan kepentingan rumah ibadat ini, lebih-lebih lagi yang berada dalam status bandar di mana cukai tanahnya adalah tinggi.

"Apa yang penting NGO yang mengendalikan rumah ibadat ini mendapat kelonggaran dalam membayar cukai tanah tinggi, begitu juga SJKC dan SJKT," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sekat segera kebanjiran PATI

Posted:

Sekat segera kebanjiran PATI

Sekat segera kebanjiran PATI

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 2 Mac - Negeri Sembilan tidak mahu menjadi lubuk pekerjaan bagi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadikan kawasan ladang sebagai 'markas' mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, apabila sudah masuk ke negara ini, sukar untuk mengusir mereka lebih-lebih lagi apabila 'lubang tikus' yang dijadikan tempat mereka menyorok semakin banyak di negeri ini.

"Saya sedar masalah ini dan memang banyak warga asing datang ke negeri ini dan bekerja terutama di ladang, berikutan harga komoditi getah dan kelapa sawit yang tinggi.

"Bukan disebabkan keselamatan kita longgar atau tidak diadakan operasi, tetapi di negeri ini kawasan ladang terlalu luas iaitu yang ketiga besar selepas Pahang dan Johor," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Justeru, katanya, kerajaan mahu Jabatan Imigresen, polis dan agensi penguat kuasa yang lain terus menggempur 'markas' PATI tidak kira di mana mereka berada supaya imej buruk itu dapat dibersihkan segera.

"Kita tahu ada di antara mereka datang ke negara ini secara sah, tetapi tinggal lebih masa, begitu juga yang bekerja dalam sektor pembinaan, tetapi menukar status kepada perladangan.

"Maka akhirnya mereka juga tergolong dalam kategori PATI yang wajar diambil tindakan. Jangan sampai keadaan tidak boleh dikawal sehingga menyusahkan rakyat," katanya.

Mohamad juga memberitahu, banyak kawasan terutama di daerah Lui Selatan, Jempol yang kini dibanjiri warga asing dari Indonesia dan Kemboja mengambil upah menoreh dan menebang pokok getah.

"Cuba bayangkan jika tanah itu seluas 1.2 hektar, seorang buruh asing boleh memperoleh pendapatan RM5,000 sebulan. Biasanya mereka bahagi dua dengan tuan tanah dan boleh memperoleh lebih RM2,000 sebulan," ujarnya.

Pada 19 Februari lalu, Jabatan Imigresen negeri berjaya menahan 34 warga asing yang terdiri daripada 25 rakyat Indonesia, lapan dari Kemboja dan seorang warga Pakistan dalam Ops Ladang di Lui Selatan, Jempol.

Difahamkan terdapat lebih 500 warga asing kini menjadikan kawasan ladang di Lui Selatan sebagai 'lubuk rezeki' baru mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pencuri air terus dibanteras Sains

Posted:

Pencuri air terus dibanteras Sains

Pencuri air terus dibanteras Sains


Kakitangan Sains mengambil contoh air untuk pemeriksaan bagi menentukan sama ada air dicuri dari sumber air bersih dalam operasi di salah sebuah premis perniagaan di Nilai 3, semalam.


SEREMBAN 2 Mac - Usaha membanteras 'pencuri air' di negeri ini terus diperhebatkan lagi apabila empat premis diserbu oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) kerana disyaki terlibat dengan kegiatan haram itu dalam operasi di sekitar daerah ini, hari ini.

Serbuan berasingan bermula kira-kira 10.30 pagi itu dijalankan ke atas sebuah premis menjual aksesori hiasan rumah di Nilai 3, dua bengkel membaiki kereta di Nilai 7 dan sebuah stor kosong di Taman Industri Ringan, Mambau, dekat sini.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, operasi berkenaan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguatkuasaan Sains bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hasil aduan dan maklumat orang awam.

''Hasil pemeriksaan, salah sebuah bengkel kereta yang diserbu termasuk sebuah premis yang sedang diubah suai untuk dijadikan stor dikesan terlibat melakukan penyambungan paip air secara haram.

''Kami mendapati kedua-dua pemilik perusahaan terbabit menggunakan paip jenis High Density Polyethlene (HDPE) bersaiz 25 milimeter (mm) yang disambungkan ke paip utama milik Sains untuk mendapatkan bekalan air bagi kegunaan operasi harian premis berkenaan," katanya.

Jelas Azlan, sebuah lagi bengkel membaiki kereta termasuk sebuah premis menjual aksesori hiasan rumah yang diserbu itu pula didapati menjalankan kegiatan penyambungan air semula tanpa kebenaran, meskipun telah dikenakan tindakan pemotongan sebelum ini.

''Pihak SPAN telah mengeluarkan notis pemberitahuan kesalahan terhadap keempat-empat perusahaan itu untuk dikenakan tindakan selanjutnya.

''Bagi kesalahan membuat penyambungan haram, pemilik premis tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (AIPA) 2006.

''Jika disabit kesalahan pemilik berkenaan boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali," tegas Azlan.

Tambahnya, bagi kesalahan menjalankan penyambungan semula, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 89 (9) AIPA 2006 yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, jika disabit kesalahan.

Dalam pada itu, Azlan memberitahu, hasil ujian klorin terhadap kesemua premis terbabit juga menunjukkan air yang disambungkan itu merupakan air terawat milik Sains.

''Kesemua paip yang digunakan untuk tujuan penyambungan tersebut turut disita untuk dijadikan sebagai bahan bukti," ujarnya.

Azlan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes kecurian air dengan menghubungi talian bebas tol Sains iaitu 1-800-88-6982.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 03 Mar 2011 03:15 AM PST

Utusan Online - Dalam Negeri


Orang ramai cadangankan bayar saman trafik secara beransur-ansur

Posted:

Orang ramai cadangankan bayar saman trafik secara beransur-ansur

Orang ramai cadangankan bayar saman trafik secara beransur-ansur

KUALA LUMPUR 2 Mac - Orang ramai meminta polis membenarkan saman tertunggak dibayar secara beransur-ansur bagi membolehkan pesalah lalu lintas, terutama golongan berpendapatan rendah melangsaikan kesemua saman mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, walaupun orang ramai gembira dengan pengumuman kerajaan melanjutkan tempoh bayaran saman berdiskaun selama 10 hari lagi, namun bagi mereka yang makan gaji, jumlah wang yang diperoleh setiap bulan adalah tetap dan tidak memungkinkan mereka membayar jumlah saman yang besar secara sekali gus.

Pekerja am, Khairul Hasan Abdullah Hasan, 35, berkata, bukan semua pesalah lalu lintas berupaya melunaskan saman kerana terdapat pelbagai faktor yang membuatkan mereka terpaksa menangguhkan hasrat untuk berbuat demikian.

"Kekurangan wang adalah masalah utama yang menghalang golongan berpendapatan rendah daripada membayar saman. Gaji yang rendah ditambah lagi bilangan ahli keluarga yang ramai untuk ditanggung membuatkan seseorang itu mengetepikan saman yang diterima.

"Kerajaan harus memikirkan beberapa kaedah lain selain saman berdiskaun untuk meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan ini seperti membenarkan bayaran secara beransur-ansur," katanya.

Seorang pelajar, Nurazlina Abdullah, 20, turut mencadangkan perkara yang sama kerana berasakan ia mampu meringankan beban yang terpaksa ditanggung pesalah yang tidak berkemampuan membayar saman.

"Sistem pembayaran secara beransur-ansur ini harus diguna pakai dalam sistem baru yang berkuat kuasa semalam kerana ia adalah satu cara untuk mendorong pesalah lalu lintas membayar saman.

"Lihat sahaja jumlah saman tertunggak yang masih belum dibayar. Bayangkan jika 17.3 juta saman itu habis dibayar, sudah tentu jutaan ringgit akan diraih kerajaan," katanya.

Pekerja swasta, L. Siva, 32, berkata, kerajaan harus mengkaji semula tempoh dua bulan yang diberikan untuk pemandu menjelaskan saman sebelum kes dibawa ke mahkamah kerana bukan semua pesalah berupaya melunaskan saman dalam tempoh itu.

"Saya bersetuju dengan kaedah saman berdiskaun tapi yang mungkin menjadi masalah ialah tempoh dua bulan yang diberi itu.

"Lebih baik sekiranya tempoh itu ditambah sebulan lagi supaya semua pihak berpuas hati dengan perkara ini selain dibenarkan membayar secara beransur-ansur," katanya.

Dalam pada itu pesara kerajaan, Yazid Mohamad, 64, berkata, tindakan menyenarai hitam harus dilakukan terhadap pesalah lalu lintas yang enggan membayar saman serta tidak berusaha untuk melunaskannya.

"Daripada apa yang kita boleh lihat beberapa hari yang lalu, ramai yang berusaha untuk menjelaskan saman mereka.

"Tempoh yang berakhir kelmarin menyebabkan ramai tidak berkesempatan melunaskan saman. Mereka harus diberi peluang untuk berbuat demikian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lagi desakan batal keputusan bawa masuk pekerja India

Posted:

Lagi desakan batal keputusan bawa masuk pekerja India

Lagi desakan batal keputusan bawa masuk pekerja India

KUALA LUMPUR 2 Mac - Kerajaan digesa membatalkan serta-merta keputusan untuk membawa masuk 45,000 pekerja dari India bagi mengisi kekurangan tenaga kerja kerana ia boleh menjejaskan kesejahteraan negara.

Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, keputusan itu akan meningkatkan lagi jumlah pekerja asing di negara ini sekali gus membangkitkan masalah berkaitan keselamatan.

Selain itu beliau berkata, ia juga boleh menyebabkan konflik antara mereka dan penduduk setempat ekoran berlakunya pertembungan budaya.

"Kita khuatir kemasukan beramai-ramai pekerja asing akan menyebabkan kehidupan masyarakat kita semakin tidak tenteram kerana berlaku pertembungan budaya dengan penduduk tempatan.

"Apatah lagi jika jumlah mereka semakin ramai. Apabila sudah semakin ramai dibimbangi kedudukan mereka di negara ini menjadi semakin tidak terkawal. Jika ini yang berlaku, ia boleh menyebabkan berlaku masalah keselamatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam mengumumkan kerajaan meluluskan pengambilan 45,000 pekerja dari India bagi membantu Persatuan Peniaga-peniaga India Malaysia mengisi kekurangan tenaga kerja.

Permintaan tersebut berikutan pihak pengusaha mendakwa gagal mendapatkan tenaga kerja tempatan kerana keengganan mereka untuk bekerja dalam sektor-sektor yang ditawarkan oleh persatuan.

Ekoran kenyataan tersebut, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mahu kerajaan mengkaji dan memperhalusi semula keputusan itu kerana dikhuatiri ia boleh membawa kesusahan kepada rakyat dan negara.

Kamaruddin berkata, kerajaan perlu memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat sebelum mengambil sebarang keputusan berkaitan pengambilan pekerja asing.

"Memang tidak dinafikan Malaysia merupakan antara negara yang menjadi pilihan bagi pekerja-pekerja asing tetapi kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk ke negara ini," katanya lagi.

Mengenai jalan penyelesaian terhadap isu tersebut beliau berkata, keutamaan hendaklah diberikan kepada penduduk tempatan.

Malangnya jelas beliau, sehingga kini pihak industri yang berkehendakkan pekerja dilihat tidak bersungguh-sungguh mendapatkan pekerja tempatan hingga menyebabkan ramai rakyat negara ini menganggur.

"Sebenarnya mereka mahu mengurangkan kos dan sebab itu mereka sanggup menggaji pekerja asing. Pekerja-pekerja tempatan langsung tidak diberi peluang untuk bekerja dengan mereka," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Remaja 13 tahun terjatuh dari tingkat 10 selamat

Posted:

Remaja 13 tahun terjatuh dari tingkat 10 selamat

Remaja 13 tahun terjatuh dari tingkat 10 selamat


Lokasi kejadian remaja 13 tahun jatuh dari bangunan tingkat 10 kuarters polis di Taman Miharja, Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - ihsan China Press


KUALA LUMPUR 2 Mac - Bumbung papan sebuah surau menjadi penyelamat nyawa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang hanya patah kaki kanan dan tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 10 kuarters kediaman polis di Taman Miharja, Cheras di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa yang merupakan anak kepada anggota polis berpangkat koperal di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, terselamat apabila segera dibawa oleh penduduk ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan baru sahaja pulang dari sekolah sebelum mendapati ibu bapanya tiada di rumah.

"Remaja berkenaan dikatakan cuba memasuki rumahnya dengan memanjat melalui koridor apabila mendapati pintu rumahnya berkunci.

"Dia nekad memanjat koridor untuk memasuki rumahnya melalui pintu dapur namun malang sekali, dia tergelincir dan terus jatuh di atas bumbung surau yang diperbuat daripada papan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, remaja tersebut terjatuh ke dalam surau dan mengalami kecederaan patah kaki kanan dan tangan kiri.

Katanya, kejadian itu disedari penduduk kuarters berkenaan yang kemudian bertindak pantas membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Mohan Singh berkata, sehingga berita ini ditulis, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Mangsa terselamat daripada maut kerana terjatuh di atas bumbung papan sebelum terhempas ke dalam surau.

"Jika dia terus terhempas ke atas lantai, mangsa mungkin mengalami kecederaan lebih teruk daripada patah kaki kanan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 03 Mar 2011 01:28 AM PST

Utusan Online - Muka Hadapan


Bayar saman diskaun dilanjut

Posted:

Bayar saman diskaun dilanjut

Bayar saman diskaun dilanjut

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


HISHAMMUDDIN Tun Hussein melawat Bilik Gerakan KDN bersama timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop (kiri) dan Datuk Lee Chee Leong di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 2 Mac - Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas selama 10 hari lagi, bermula semalam sehingga 10 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lanjutan tempoh diskaun 50 peratus bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman tetapi gagal berbuat demikian ekoran masalah sistem tergendala serta kesesakan kaunter di seluruh negara.

''Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu.

''Jadi untuk mereka yang ikhlas dan jujur hendak bayar saman tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, jadi kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai Selasa.

Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir.

Kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan kepada orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenaraihitam pesalah juga terpaksa ditangguhkan.

Sepanjang tempoh tersebut hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.

Hishammuddin menambah, keputusan melanjutkan tempoh bayaran saman itu adalah muktamad tanpa mengubah keputusan asal kerajaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tarikh ditetapkan.

''Mereka yang melakukan kesalahan perlulah menjelaskan saman masing-masing sepanjang tempoh 10 hari yang telah diberikan ini jika tidak mahu disenaraihitamkan," katanya.

Katanya, proses pembayaran dalam tempoh lanjutan ini akan dipantau dengan teliti.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin mengemukakan sebarang rayuan berhubung kesahihan kesalahan dinasihatkan supaya mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar korban terbaru H1N1, sekolah ditutup

Posted:

Pelajar korban terbaru H1N1, sekolah ditutup

Pelajar korban terbaru H1N1, sekolah ditutup

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Pelajar diarah pulang selepas sekolah diarah tutup setelah seorang daripada mereka menjadi korban terbaru H1N1 manakala seramai 149 lagi menunjukkan gejala serupa di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Long, Kajang, Selangor, semalam. – China Press


KUALA LUMPUR 2 Mac – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Long, Kajang menjadi korban terbaru wabak Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ekoran penularan terbaru itu, kementerian mengarahkan sekolah berkenaan ditutup buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.

"Kementerian telah menghantar sepasukan pemantau ke sekolah berkenaan dan pemeriksaan mendapati 15 pelajar menunjukkan gejala H1N1 seperti demam dan batuk.

"Pada hari ini pula, seramai 149 lagi pelajar menunjukkan gejala serupa manakala dua guru sekolah itu juga diberikan cuti sakit," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai kematian terbaru itu, Tiong Lai berkata, pelajar itu pada mulanya hanya mengalami batuk dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Saya nasihatkan semua orang sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri. Jangan ambil mudah jika terdapat tanda-tanda seperti itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ambil 45,000 pekerja asing belum muktamad

Posted:

Ambil 45,000 pekerja asing belum muktamad

Ambil 45,000 pekerja asing belum muktamad

PUTRAJAYA 2 Mac - Masih terlalu awal untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing terutamanya dari India bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tegas beliau, kementeriannya memerlukan laporan lanjut mengenai beberapa perkara termasuk meneliti sama ada bilangan kemasukan pekerja asing itu tepat atau tidak, serta di sektor mana mereka akan ditempatkan.

''Jadi agak terlalu awal untuk saya menyatakan bahawa semua ini akan diluluskan kerana saya nak dapat input di mana mereka hendak ditempatkan.

''Bagaimanapun, ia tidak berkisar kepada pekerja dari India sahaja tetapi secara menyeluruh," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahad lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing kebanyakannya dari India, bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini.

Subramaniam mendakwa kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah dihadapi sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit, dan industri tekstil yang sukar mendapatkan khidmat pekerja tempatan.

Hishammuddin menambah, dasar pengambilan pekerja asing ke negara ini tidak kira dari negara mana sekalipun adalah berkisar kepada keperluan industri.

"Menteri yang terlibat dengan sektor masing-masing mesti bertanggungjawab mengenal pasti keperluan sebenar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, isu ketiadaan dokumen pengenalan diri serta masalah kewarganegaraan bukan sahaja berlaku di kalangan kaum India tetapi meliputi kaum-kaum lain.

Sehubungan itu, beliau berharap kenyataan Subramaniam sebelum ini mengenai terdapat kira-kira 4,000 masyarakat India yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tidak perlu disensasikan.

''Saya tak mahu apa yang diumumkan dilihat dalam konteks satu kaum sahaja dan jumlahnya biarlah tepat dan dipersetujui semua pihak.

''Pagi tadi saya sempat berbual dengan Subramaniam (mengenai perkara ini) semasa mesyuarat Kabinet dan berharap penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang datang dari kenyataan beliau.

"Janganlah kita sensasikan kerana memang niat kita nak proses (permohonan) mereka yang berhak tetapi tidak semestinya lulus," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 03 Mar 2011 01:24 AM PST

The Malaysian Insider :: Bahasa


Badrul mahu hadir sidang DUN Selangor hujung Mac

Posted: 03 Mar 2011 12:30 AM PST

PELABUHAN KLANG, 3 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah berkata beliau akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualkan hujung Mac ini.

Beliau berkata sebanyak 10 soalan telah dikemukakannya untuk dijawab pada persidangan DUN itu nanti.

Pada 24 Januari lepas, Badrul Hisham dihalang menyertai persidangan khas DUN Selangor berikutan keputusan Speaker Datuk Teng Chang Kim mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong pada 16 Januari lepas dengan alasan ADUN itu gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Namun, pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai ADUN dan kerusi Pelabuhan Klang tidak kosong.

"Apa yang penting saya membawa hasrat rakyat di Pelabuhan Klang terutamanya dalam bidang pertanian dan saya harap kerajaan negeri akan membantu, jangan ada sekatan," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan jentera membajak kepada Persatuan Pengusaha Sayur-sayuran dan Buah-buahan Pulau Indah (PPSBPI) di sini hari ini. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas YDP Selayang didakwa lulus biaya selenggara rumah sendiri

Posted: 02 Mar 2011 11:31 PM PST

SHAH ALAM, 3 Mac — Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Bakaruddin Othman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dakwaan menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri kira-kira sembilan tahun lepas.

Bakaruddin, 57, yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dituduh di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang dengan menggunakan jawatannya sebagai Yang DiPertua majlis perbandaran itu untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.

Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya sendiri di alamat No 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS  bertarikh 27 Oktober 2001 di mana dia mempunyai kepentingan langsung.

Pihak pendakwaan yang diwakili oleh Ketua Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abdul Razak Musa meminta ikat jamin bernilai RM8,000 dikenakan terhadapnya.
Bakaruddin, yang tidak diwakili peguam pada hari ini, memohon supaya ikat jamin dirinya dikurangkan.

Asmadi kemudianya menetapkan jaminan RM8,000 dan seorang penjamin serta menetapkan tarikh sebutan kes itu pada 4 April ini.

Bakaruddin didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 16 akta sama iaitu dipenjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi. — Bernama

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 03 Mar 2011 01:15 AM PST

Berita Harian: Wilayah


Johor: Usaha perangi along

Posted: 02 Mar 2011 12:06 PM PST

Wilayah

PETUGAS MBJB menurunkan poster dan kain rentang ceti haram  dalam operasi  bersepadu antara Polis Johor dengan  MBJB sekitar Johor Bahru dan Tebrau.

PETUGAS MBJB menurunkan poster dan kain rentang ceti haram dalam operasi bersepadu antara Polis Johor dengan MBJB sekitar Johor Bahru dan Tebrau.

MBJB buang 31,000 iklan ceti haram sepanjang tahun lalu

JOHOR BAHRU: Kira-kira 31,000 iklan yang dipasang ceti haram atau along dibuang atau turunkan dibuang oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sepanjang tahun lalu menerusi operasi pembersihan di sekitar bandar raya ini.

Tindakan membuang iklan ceti haram itu diambil dalam usaha MBJB membanteras pemasangan iklan tanpa mematuhi spesifikasi dan syarat yang ditetapkan. Datuk Bandar MBJB, Mohd Jaafar Awang, berkata hasil gerakan itu, pihaknya mendapati sejak kebelakangan ini, iklan yang dipasang oleh ceti haram atau along semakin berkurangan.

"Jika pada Januari tahun lalu, MBJB menurunkan sebanyak 2,350 iklan along, bagi tempoh sama tahun ini, ia menurun kepada 1,780 iklan, iaitu penurunan 570 iklan.

"Penurunan ini berikutan penubuhan unit khas oleh MBJB sejak tahun lalu bagi membanteras iklan haram yang mengundang aduan serta rasa tidak selesa orang awam melihat pemasangan iklan yang tidak mematuhi peraturan," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Mohd Jaafar berkata, pasukan khas ditubuhkan itu mempunyai lima anggota bagi setiap kawasan merangkumi 24 zon pentadbiran MBJB.
"Mereka membuat rondaan dan pemantauan di setiap kawasan yang menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai iklan terbabit.

"Ini termasuk sebarang iklan yang ditampal hingga boleh menyebabkan gangguan penglihatan pemandu terutama pada lampu isyarat dan petunjuk arah jalan yang pastinya mengganggu orang awam untuk mengenal pasti sesuatu arah dengan tepat," katanya.

Mohd Jaafar berkata, unit khas itu bergerak secara berkumpulan setiap pada setiap pagi dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang menerima banyak aduan mengenai pemasangan iklan haram terbabit.

Katanya, antara kawasan dikenal pasti berdepan banyak masalah pemasangan iklan haram itu sehingga menimbulkan rungutan orang ramai termasuk di Jalan Tebrau, Taman Pelangi, Bandar Baru UDA, selain Mount Austin dan kawasan Perindustrian Tampoi.

"Kita akan terus menjalankan pemerhatian setiap hari bagi mengurangkan jumlah iklan haram yang diturunkan di sekitar kawasan MBJB serta yakin ia mampu dijayakan apatah lagi dengan penubuhan unit khas yang diwujudkan bagi membantu menurunkan iklan yang tidak perlu itu.

"Malah, penguatkuasaan terhadap papan iklan dan iklan haram along yang dipasang sewenang-wenangnya serta tanpa permit juga akan dipertingkatkan bagi memastikan mereka mereka memasangkan mengikut spesefikasi serta mendapat kelulusan bersyarat daripada MBJB," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUN Merlimau: Nelayan, petani terus dibantu

Posted: 02 Mar 2011 12:04 PM PST

Wilayah

MUHYIDDIN (dua dari kanan), Mohd Ali (tiga dari kanan), Idris (kanan)  dan Roslan (barisan belakang kanan) bergambar bersama penerima kunci rumah pada majlis Program Mesra Bersama Rakyat, di Kampung Chinchin, Merlimau.

MUHYIDDIN (dua dari kanan), Mohd Ali (tiga dari kanan), Idris (kanan) dan Roslan (barisan belakang kanan) bergambar bersama penerima kunci rumah pada majlis Program Mesra Bersama Rakyat, di Kampung Chinchin, Merlimau.

SPNB bina 279 unit Rumah Mesra Rakyat di daerah Jasin

MERLIMAU: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah membina 279 unit kediaman menerusi Program Rumah Mesra Rakyat (PRMR) di daerah Jasin, termasuk 72 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau sehingga sekarang.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron, berkata bagi menjayakan projek yang bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin itu, pihaknya membelanjakan RM16.3 juta, termasuk RM4.6 juta di Merlimau. "Daripada 279 unit yang diluluskan itu, hanya tinggal 25 unit lagi masih dalam proses pembinaan peringkat akhir, manakala selebihnya termasuk di Merlimau sudah disiapkan," katanya.

Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu berkata, secara keseluruhannya SPNB sudah menyerahkan 849 unit kediaman PRMR kepada golongan berpendapatan rendah di Melaka, termasuk nelayan dan petani membabitkan kos RM51.6 juta.

Katanya, SPNB juga sudah meluluskan 966 permohonan bagi projek sama di negeri ini dengan kos RM59.8 juta.

"Kini, kita membina dan memproses perjanjian bagi pembinaan 85 unit RMR di negeri ini," katanya.
Idris berkata, selain PRMR, SPNB juga berjaya menyiapkan tiga projek menerusi Program Rumah Mampu Milik (RMM) di Melaka yang masing-masing dibangunkan di Taman Seri Hilir, On Lok, Taman Seri Asahan dan Taman Limbongan Permai di sini, membabitkan 1,375 unit kediaman.

Katanya, projek sama turut dibangunkan di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam membabitkan pembangunan 243 unit rumah teres kos sederhana dan 250 apartmen kos rendah serta 19 unit kedai di atas tanah seluas 35 hektar.

"Projek ini juga bertujuan membolehkan penduduk berpendapatan rendah memiliki rumah pada harga RM45,000 hingga RM50,000 berbanding harga asal RM70,000 dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM150," katanya.

Idris berkata, sejak awal penubuhan SPNB, ia sudah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.4 bilion bagi menampung pembinaan rumah.

"Kita terima peruntukan dari kerajaan setiap tahun bagi membiayai projek perumahan SPNB dan berharap kerajaan dapat menyediakan tambahan peruntukan RM200 juta lagi bagi menampung kos projek untuk tahun ini.

"Pada masa ini SPNB komited membangunkan 33 projek membabitkan pembinaan 22,364 unit RMM di seluruh negara. Kita juga sedang membaik pulih sebuah projek terbengkalai Seaville Towers di Pulau Melaka yang membabitkan 160 unit rumah," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 03 Mar 2011 01:09 AM PST

Harian Metro: BeritaUtama


Ibu jual anak usia 3 tahun

Posted: 02 Mar 2011 11:24 PM PST

KUALA LUMPUR: Ke mana hilangnya naluri keibuan seorang wanita apabila tergamak menjual anak kandungnya yang berusia tiga tahun kepada individu baru dikenali semata-mata kerana wang.

Lebih tragis, wanita terbabit yang berusia 30-an turut bekerjasama dengan anak angkat lelakinya yang berusia 17 tahun membelasah bekas suaminya sehingga cedera selepas lelaki itu marah dengan tindakannya.


Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di tempat kerja lelaki berusia 43 tahun itu di Taman Wilayah di Kepong, di sini, Isnin lalu. Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu dijual kepada seorang lelaki dengan harga belasan ribu ringgit dan kanak-kanak itu dilaporkan kini berada dalam jagaan keluarga pembelinya di Pahang.

Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad, berkata lelaki itu dalam laporannya memberitahu dia beberapa kali menghubungi bekas isterinya selepas mendapat maklumat wanita terbabit menjual anak mereka.


"Dalam perbualan telefon, bekas isteri mangsa mengaku sudah menjual anak mereka menyebabkan berlaku pertengkaran.


"Pertengkaran itu tidak berakhir di situ apabila bekas isteri mangsa bersama anak angkatnya datang menyerang mangsa di tempat kerjanya," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, remaja berusia 17 tahun itu menumbuk muka mangsa beberapa kali sebelum mendakwa tidak takut kepada bapa angkatnya itu selain berani berdepan pihak berkuasa.


"Selepas itu, remaja terbabit memberikan amaran kepada mangsa supaya tidak campur tangan dalam urusan mereka. Bekas isteri dan anak angkat itu kemudian meninggalkan mangsa," katanya.

Zainuddin berkata, mangsa membuat laporan polis.


"Kepantasan pihak berkuasa bertindak membuahkan hasil apabila bekas isteri mangsa dan anak angkatnya itu ditahan kurang sejam selepas laporan polis diterima berhampiran rumah mereka.


"Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak terbabit kini dilaporkan berada di Pahang dalam jagaan satu keluarga yang didakwa membelinya," katanya sambil memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagangan Orang 2007.


Menurutnya, wanita terbabit dan anak angkatnya kini direman tiga hari bagi membantu siasatan.


Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit bercerai kira-kira setahun lalu dan tindakan wanita itu menjual anak kandungnya untuk mendapatkan wang dipengaruhi anak angkatnya berikutan dia tiada pekerjaan tetap.


Sementara itu, Zainudin menasihatkan orang ramai yang tidak mampu menjaga anak mereka supaya menggunakan saluran betul untuk menyerahkan zuriat itu untuk jagaan pihak lain dan bukan menjual anak mereka seperti barang dagangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maut langgar kuda

Posted: 02 Mar 2011 11:08 PM PST

PERMAISURI: Kejutan kecil untuk keluarga yang dirancang seorang petugas Kedutaan Malaysia di Pakistan dengan tidak memberitahu kepulangannya ke tanah air bertukar menjadi kejutan besar apabila dia terbunuh dalam perjalanan ke rumah orang tuanya selepas kereta dipandunya melanggar seekor kuda.

Kemalangan berlaku di Kilometer 38, Jalan Kuala Terengganu - Permaisuri, dekat Kampung Rhu Tapai, Merang di sini kira-kira jam 9.20 malam kelmarin.


Mangsa, Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd, 28, bertugas sebagai pegawai imigresen di Kedutaan Malaysia di Islamabad, Pakistan dan memandu Perodua Myvi yang turut dinaiki isteri dan dua anaknya.

Dia yang parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, namun isterinya, Ani Norbaya Abdul Rashid, 26, dan dua anak mereka, Nur Wana, 2, serta Nur Marwa yang berusia 60 hari, tidak cedera.


Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani berkata, mangsa yang memandu dari arah Kuala Terengganu terlanggar seekor kuda yang melintas secara tiba-tiba di tempat kejadian menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali sebelum merempuh dua kereta lain .


"Mangsa yang tersepit dikeluarkan penduduk kampung dan dihantar ke pusat kesihatan berdekatan sebelum dipindahkan ke HSNZ, tetapi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya.

Menurutnya, kuda berkenaan yang dianggar bernilai RM9,000 milik seorang penduduk kampung turut cedera teruk dan sempat disembelih penduduk kampung.


Ibu mangsa, Mariam Othman yang ditemui di rumahnya di Kampung Bari Besar berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian arwah kerana kepulangannya dari Islamabad selama ini amat dinantikan keluarga.

"Dia tidak memberitahu saya, tetapi isterinya ada menelefon memberitahu mereka sekeluarga akan pulang bercuti di kampung selepas tamat berkursus di Kuala Lumpur sebelum kembali ke Pakistan pada 7 Mac ini.


"Mungkin tindakan arwah tidak memberitahu saya mengenai kepulangannya untuk memberi kejutan kepada kami sekeluarga yang merinduinya," katanya.


Jenazah Wan Ahmad Fadzil yang berkhidmat di Islamabad sejak pertengahan 2009 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bari Besar pagi semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 03 Mar 2011 01:05 AM PST

Utusan Online - Timur


Pameran Perkataan + Gambar = Buku

Posted:

Pameran Perkataan + Gambar = Buku

Pameran Perkataan + Gambar = Buku

Oleh FAUZI MOHD
utusanterengganu@utusan.com.my


SEORANG pengunjung yang melihat Pameran Perkataan + Gambar = Buku di Muzium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. – utusan/auzi Mohd


KUALA TERENGGANU 2 Mac – Buat julung kali, Galeri Petronas dengan usaha sama Muzium Negeri, hari ini melancarkan pameran 'Perkataan + Gambar = Buku' bagi mengangkat kedudukan buku bergambar di negara ini sebagai karya seni yang dapat memikat masyarakat.

Galeri seni korporat itu membawakan pameran selama dua bulan di Muzium Negeri, Bukit Losong, di sini dengan 30 ilustrasi daripada 10 buku bergambar kanak-kanak kontemporari oleh sepuluh pengilustrasi ternama.

Mereka ialah Mohd. Yusof Ismail atau lebih dikenali sebagai Yusof Gajah, Azalan Hussain, Shukri Edrus, Jainal Amambing, Awang Fadillah Ali Hussein, Faizal Abdul Jalil, Khairul Azmir Shoib, Emilia Yusof, Norazmi Mokhtar dan Chong Chin Yew.

Pengurus Besar Kanan, Bahagian Perkhidmatan Korporat Petronas, Mohammad Medan Abdullah berkata, di bawah penyelarasan penyunting Alimah Salam, semua karya yang ditonjolkan sebagai sebuah set unik bagi memperingati pameran ini.

Menurut Mohammad Medan, pameran bakal membawa pengunjung ke dunia ilustrasi buku bergambar kanak-kanak melalui penerokaan mempesonakan ke tempat yang menawan dan dinamik dengan cerita yang disampaikan mengikut pelbagai gaya.


Pengunjung juga berpeluang menyaksikan bagaimana barangan dihasilkan sebelum dipamerkan pada Pameran Perkataan + Gambar = Buku.


Katanya, satu aspek pameran yang unik adalah penonjolan contoh-contoh rentetan proses kreatif para pengilustrasi dalam menerbitkan bahan bacaan berkenaan.

''Perkongsian di sebalik tabir contoh-contoh lakaran awal dan papan cerita yang jarang dilakukan, ditunjukkan dalam fasa pembentukan.

''Bukan hanya paparan visual ilustrasi muktamad, pameran ini juga menawarkan kepada para pengunjung kemungkinan dunia media yang lain mengandungi cat air, cat minyak, akrilik, cetakan blok kayu, paparan lakaran, kolaj, dakwat dan lukisan pensil," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran pameran tersebut di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, matlamatnya adalah untuk menyebarkan pemahaman penerokaan para pengilustrasi ke dalam dunia pertuturan dan gambaran kanak-kanak serta memberikan cara berkesan bagi menghubungkan masyarakat umum tentang seni buku bergambar.

''Ia menjanjikan habuan visual untuk pengunjung pelbagai peringkat usia melalui ekspresi berseni pengalaman secara kolektif para seniman.

"Pameran ini diharap mampu mengangkat kedudukan ilustrasi buku bergambar kepada satu bentuk seni yang serius, berasaskan peranannya dalam perkembangan landskap seni Malaysia.

"Untuk itu juga, Galeri Petronas mengharapkan masyarakat umum menghargai kepelbagaian bakat seni yang sedia wujud di negara ini," tambahnya.

Beliau menarik perhatian, secara keseluruhannya, para pengunjung mampu menyaksikan suasana meriah, menyeronokkan dan menguja oleh bakat-bakat kesenian paling menyinar di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perlu serius atasi pengangguran

Posted:

Perlu serius atasi pengangguran

Perlu serius atasi pengangguran

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 2 Mac – Kerajaan Pas Kelantan digesa melihat secara serius masalah pengangguran melibatkan rakyat negeri ini kerana ia akan turut memberi kesan kepada negeri-negeri lain.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kawasan Kuala Balah, Datuk Ab. Aziz Derashid berkata, kerajaan negeri perlu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kerana percaya ramai anak muda Kelantan ingin bekerja di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak mempunyai harapan dan terpaksa berhijrah ke negeri lain kerana peluang pekerjaan yang terdapat di negeri ini amat terhad.

"Di mana salahnya sehingga ramai anak muda kita berhijrah ke negeri lain. Kenapa kita tidak mampu memberi peluang pekerjaan kepada mereka sehingga beribu-ribu keluar negeri," katanya dalam perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Muhammad V pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Ab. Aziz berkata, kerajaan Pas Kelantan perlu mengambil tindakan segera mengatasi masalah tersebut bagi mengelak negeri ini menjadi pilihan kedua di kalangan rakyatnya sendiri.

Menjawab soalan seorang wakil rakyat Pas bahawa kadar pengangguran di Kelantan lebih kecil iaitu kira-kira 2.2 peratus, beliau menegaskan, ia disebabkan penghijrahan secara besar-besaran rakyat Kelantan ke negeri lain bagi merebut peluang pekerjaan yang ada di sana.

Dalam pada itu, Ab. Aziz turut meminta kerajaan negeri lebih serius mengatasi masalah pemilikan rumah di kalangan rakyat miskin yang turut mendapat perhatian Sultan Kelantan.

Beliau berkata, apa yang mendukacitakan ketika ini ialah lebih banyak rumah kos sederhana dan mewah dibina berbanding rumah mampu milik bagi rakyat berpendapatan rendah serta miskin.

"Kerajaan negeri mesti menubuhkan jawatankuasa khusus untuk menangani masalah ini sebelum ia menjadi lebih parah lagi. Kita juga tidak ada data tentang keperluan rakyat terhadap rumah mampu milik terutama di bandar-bandar besar seperti Kota Bharu," katanya.

Ab. Aziz turut membangkitkan masalah peniaga-peniaga kecil terutama bumiputera di sekitar bandar ini yang menurut beliau masih memerlukan bantuan.

Beliau turut membangkitkan masalah pemilikan rumah kedai di kalangan bumiputera dan kewujudan lot-lot niaga di bandar ini termasuk di Bazar Tok Guru yang disifatkannya 'indah khabar dari rupa.'

"Kerajaan negeri kena rancang supaya peniaga tidak dianiaya. Mungkin kita fikir volum, tapi tak fikir kesannya kepada peniaga. Kita kena pastinya orang Melayu dan bumiputera dapat membeli rumah kedai di bandar supaya cita-cita pemilikan ekuiti 30 peratus tercapai.

"Banyak tanah-tanah orang Melayu telah ditukar milik. Kita kena pastikan supaya tanah-tanah Melayu tidak terlepas ke tangan orang lain.

"Kelantan ini 95 peratus penduduknya orang Melayu dan keadaan kena menggambarkan keadaan 95 peratus itu. Jangan pula 95 peratus kedai dimiliki oleh bangsa lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

21 RAMD juara peringkat 8 Briged

Posted:

21 RAMD juara peringkat 8 Briged

21 RAMD juara peringkat 8 Briged


Pasukan 21 RAMD muncul juara selepas menewaskan 18 RAMD pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Peringkat 8 Briged Kategori Unit Besar di Kompleks Sukan Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), Pengkalan Chepa, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 2 Mac - Pasukan 21 RAMD mempertahankan kejuaraan Bola Sepak Peringkat 8 Briged Kategori Unit Besar di Kompleks Sukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Pengkalan Chepa di sini semalam.

Dalam perlawanan akhir itu, 21 RAMD menewaskan pasukan 18 RAMD dengan jaringan 3-1.

Pada perlawanan tersebut, 21 RAMD terlebih dahulu berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-18 menerusi Riduan Jamil yang bijak memperdayakan barisan pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan padu untuk mendahului 1-0.

Minit ke-44, kapten pasukan, Kamarizan Daud membuktikan ketajaman penyudah apabila menjaringkan gol kedua pasukannya sekali gus membawa bekalan selesa sebelum aksi babak kedua bersambung.

Separuh masa kedua, 18 RAMD mula memperkemaskan pasukan dan berjaya mencipta beberapa peluang terbaik namun dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah.

Serangan bertali arus 18 RAMD akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-60 menerusi Mohd. Shahidan Che Hassan yang berjaya menanduk masuk bola hantaran ketua pasukan, Mohd. Hafandi Razali untuk merapatkan jurang gol.

Mohd. Asrul Sazali muncul wira 21 RAMD apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-85 permainan sekali gus mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.

Sementara itu, pada aksi akhir Kejohanan Bola Sepak Peringkat 8 Briged Kategori Unit Kecil, 7 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) mencul juara selepas menewaskan Rejimen 506 Askar Wataniah dengan keputusan 2-1.

Pegawai Memerintah Batolian 21 RAMD, Leftenan Kolonel Marzuki Mokthar berkata, kejohanan itu merupakan acara tahunan dan RAMD merupakan tuan rumah untuk kali ini.

Menurutnya, kejohanan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu unit besar dan kecil yang sertai oleh sembilan pasukan.

"Kejohanan ini juga bertujuan mencungkil bakat dan merapatkan silaturahim sesama anggota dan ia sebagai salah satu galakan untuk mempraktikkan budaya hidup sihat di kalangan anggota," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 02 Mar 2011 11:59 PM PST

Berita Harian: Nasional


1,086 penjawat awam muflis

Posted: 02 Mar 2011 04:08 PM PST

Nasional

Kakitangan diisytihar bankrap tak boleh terima pencen, ganjaran

PUTRAJAYA: Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74 peratus atau 790 adalah lelaki.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata masalah itu perlu diatasi segera kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi mereka sehingga memaksa tindakan tatatertib dikenakan terhadap kakitangan terbabit. "Penjawat awam nadi penggerak dalam memastikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 dapat dicapai.

"Saya harap taklimat mengenai muflis oleh jabatan terbabit mampu memberi pendedahan kepada kakitangan awam mengenai kaedah terbaik untuk menangani pelbagai isu berkaitan hutang dan muflis," katanya ketika merasmikan taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Kebankrapan 1967 dan Akta Bantuan 1971 guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, semalam.

Taklimat berkenaan anjuran bersama CUEPACS dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman meminta penjawat awam memantau perbelanjaan bulanan masing-masing, selain memastikan tidak membuat pinjaman keterlaluan, bagi mengelak dikenakan perintah muflis oleh mahkamah.
Katanya, perintah muflis boleh menyebabkan mereka kehilangan hak untuk menikmati faedah pencen dan ganjaran lain, sehinggalah perintah itu ditarik balik oleh mahkamah terbabit.

"Kes penjawat awam diisytiharkan muflis boleh dielakkan jika mereka bijak menguruskan kewangan masing-masing.

"Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan status bankrap itu diberikan atas kapasiti penjawat awam sebagai penjamin kerana jika peminjam gagal menjelaskan pinjaman, penjawat awam yang memang `laku' sebagai penjamin akan dikenakan perintah bankrap oleh mahkamah," katanya.

Mengikut Akta Pencen 1980, mana-mana penjawat awam tidak boleh menerima pencen, ganjaran dan lain-lain faedah pada tarikh ia bersara daripada perkhidmatan awam jika dihukum bankrap atau diisytiharkan tidak berkemampuan oleh mahkamah sama ada di Malaysia atau lain-lain negara, sehinggalah mereka mendapat pelepasan daripada hukuman itu.

Akta berkenaan juga menetapkan pencen, ganjaran dan lain-lain faedah yang dinikmati selepas bersara juga akan terhenti jika mereka dihukum bankrap oleh mahkamah Malaysia atau lain-lain negara.

Mengulas mengenai taklimat itu, Omar berkata, ia bertujuan memberi pendedahan kepada pemimpin CUEPACS mengenai ketiga-tiga akta berkenaan berikutan pihaknya ada menerima pertanyaan pelbagai isu membabitkan akta terbabit.

"Taklimat hari ini adalah bagi pemimpin CUEPACS di sekitar Lembah Klang dan sesi yang sama akan diadakan secara berperingkat di setiap zon iaitu utara, selatan dan pantai timur tidak lama lagi, " katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

SABDALI BESARI

mohon kepada cuepecs agar dapat mencadangkan kepada BNM,mewujudkan satu peraturan atau undang - undang pinjaman bagi melindungi hak seseorang penjamin. sebagai contoh bagi sewa beli kereta.Sering kali penjamin menjadi mangsa apabila si pembeli gagal membuat pembayaran.Apabila berlaku kebankrapan pihak bank jarang sekali menuntut dipihak pembeli,tapi sebaliknya penjamin yang dicari.sedangkan ada setengah pembeli masih mempunyai harta lain yang boleh digunakan untuk melangsaikan hutang yang ditanggung oleh penjamin.Cadangan saya adalah baiknya intitusi kewangan mempunyai satu unit khas penyiasatan bagi menyiasat setiap kes pembeli bankrup bagi mengelak penjamin terlibat sama.Kebanyakan yang berlaku sekarang bank terus saja mengisytiharkan penjamin bankrup apabila gagal mendapat apa- apa bayaran daripada pembeli.

shah

Ukur baju dibadan sendiri..sedangkan mereka yg b'gaji rendah spt operator kilang mampu idup tanpa perlu b'hutang sehingga muflis..urus kewangan dgn bijak..jgn asyik nk b'lagak mcm orang kaya sedangkan gaji cukp2 mkn

yotokuu

Masalah individu muflis hanyalah pandangan pihak bank saja,ini kerana individu gagal membayar hutang bercampur bunga mengikut perjanjian...sebenarnya pekara ini boleh diselesaikan andainya pihak bank tidak terlalu terikat dengan perjanjian.contohnya mudah budak darjah 6 pun boleh pikirkan cara ini,andaikata individu itu gagal membayar hutang yang berbunga-bunga mengikut jadual atau tamat tempoh lanjutkan saja tempoh tersebut buat perjanjian baru(kedua)mengikut kemampuan si pengutang atau mengikut persetujuan kedua belah pihak.Dengan cara ini pihak bank masih boleh mendapat duitnya balik dan pengutang dapat berusaha mencari duit atau berfikir cara mana mengurus pebelanjan tampa rasa tertekan akibat gelaran muflis.Bagi saya yang Tak berpelajaran tinggi ini.Istilah individu Muflis tidak lojik sama sekali lebih-lebih lagi penjawat awam yang ada pendapatan tiap-tiap bulan,sebabnya selagi seseorang itu bernyawa,tidak cacat kekal ia masih boleh membuat duit dan mengumpul harta.Lainlah sesebuah agensi atau orginisasi seperti sarikat,compeni memang layak harus muflis sebabnya ianya digerakan oleh manusia.Dalam hal ini kerajan harus campurtangan agar pihak Bank dapat memahami istilah perjanjian kedua untuk pengutang.sekian terima kasih.

heikal

kita semua kalau boleh mmg nak elak dari buat pinjaman..tapi kalau da kerja dibandar besar terlalu tinggi..pendapatan kecilsewa umah pon tinggi.....harga sewa bilik boleh mencecah RM550 untuk bilik medium...belum lagi masuk perbelanjaan lain..ansuran kereta, motorsikal, bil telefon..nafkah anak bini...cukup ka kalau pendapatan hanya lingkungan RM1500-RM1800 bagi kumpulan sokongan....jadi kadang-kadang faktor inilah yang memaksa penjawat awam ni membuat pinjaman yang melebihi had yang sepatutnya..kadang tu ada juga agensi-agensi atau koperasi yang menawarkan..dipujuknya supaya memanjangkan tempoh pinjaman lagi...akhirnya apa yang jadi kepada penjawat awam yang bergaji kecil?..minta kerajaan pertimbangkan situasi ni..mungkin sudah diketahui..mungkin juga terlepas pandang..atau mungkin juga dipandang remeh..

jeffery Juan

Berita yang amat menyedihkan bagi perkhidmatan awam apabila dalam jumlah yang agak ramai diistiyharkan muflis oleh mahkamah dan belum lagi yang terbelenggu kerana hutang berat.Untuk menuding jari antara salah atau tidak kepada mereka yang terlibat bukan jalan penyelesaiannya,kita sedar apabila kaki tangan awam yang hanya bergaji RM 3500.00 mereka adalah golongan yang tidak berkemampuan dengan kos hidup yang semakin tinggi pada masa kini.Sudah sampai masanya kerajaan membantu mereka dan bukan hanya menghukum mereka,manusia apabila terdesak maka dia tiada pilihan lain dalam hisdupnya selain berhutang demi menampung kehidupannya.CUEPACS yang bertindak sebagai suara kaki tangan awam seharusnya tidak duduk diam dan hanya tahu menghukum tanpa memikirkan apa yang berlaku kepada mereka kerana tiada siapa yang mahu hidup susah.kaki tangan awam banyak dijerat along berlesen yang dibenarkan kerajaan seperti koperasi-koperasi yang mengenakan bunga tinggi sehingga meletakkan hutang beratus ribu tetapi pokok pinjamanya hanya 20,000.00 ringgit,bayaran potongan yang tinggi tanpa sekatan oleh kerajaan.Kenapa CUEPACS yang mempunyai koperasi sendiri masih membiarkan anggota nya berhutang dan meminjam dengan koperasi lain.Di kawasan pendalam seperti di Limbang Sarawak,harga barangan 5 kali ganda dari KL,ayam sekilo RM12.50,bawanga RM 30.00 sekilon,gula RM 2.70, dan kos hidup lain...... siapa mahu membela nasib mereka ini.....kaki tangan awam telah memerah keringgat demi kerajaan terutamanya yang berstatus kaki tangan sokongan.Pihak pengurusan hanya menuding tangan kerana mereka selesa dengan kemudahan mewah yang mereka terima,contohnya golong pengarah atau pegawai kanan,segala disediakan untuk mereka,kereta,driver,rumah pagi petang tak payah beli minyak kerana tersemua nya tersedia...


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib, delegasi tiba di Canberra

Posted: 02 Mar 2011 04:07 PM PST

Nasional

     NAJIB   disambut   Gary Grey ketika tiba di Defense Establishment Fairbain, Canberra, semalam.  Turut sama   Anifah   (kiri).

NAJIB disambut Gary Grey ketika tiba di Defense Establishment Fairbain, Canberra, semalam. Turut sama Anifah (kiri).


CANBERRA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi tiga hari ke Australia.
Ia adalah lawatan pertama beliau ke Australia, sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009, dengan jadual yang ketat ketika di Canberra dan Melbourne. Dalam lawatan ini, Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta pegawai kanan.
Pesawat khas yang membawa Najib dan rombongannya mendarat di Defense Establishment Fairbain di sini kira-kira jam 9.35 malam (6.35 petang waktu Malaysia).

Ketibaan Najib disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Salman Ahmad.

Turut menyambut Najib ialah Menteri bagi Perkhidmatan Awam dan Integriti Australia, Gary Grey, yang mewakili Perdana Menteri Australia, Julia Gillard.
Lawatan itu atas jemputan Gillard sebagai membalas lawatan rasmi beliau ke Malaysia tahun lalu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata lawatan itu menandakan hubungan dua hala yang kukuh yang sedia terjalin lebih setengah abad yang lalu.

"Ia akan menyediakan peluang bagi Malaysia dan Australia untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa demi kepentingan bersama," kata kenyataan itu.

Najib akan diberikan sambutan rasmi di dataran Bangunan Parlimen di sini hari ini, diikuti mesyuarat tertutup dengan rakan sejawatannya dan mesyuarat dua hala dengan anggota-anggota kanan kedua-dua delegasi.

Perdana Menteri dijadual menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara Kerajaan Malaysia dengan Australia dalam bidang pendidikan dan sukan.

Beliau juga dijadual bertemu Ketua Pembangkang Australia, Tony Abbott sebelum berlepas ke Melbourne untuk menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Ketua Menteri Victoria, Ted Baillieu.

Di Melbourne, Najib akan dianugerahi Doktor Kehormat daripada universiti tersohor di Melbourne, Monash University dan dijangka melawat Melbourne University.

Najib juga dijadual menghadiri perbincangan meja bulat dengan pemimpin industri Australia. – BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 02 Mar 2011 11:35 PM PST

Utusan Online - Jenayah


Warga Afrika Selatan monopoli sindiket pengedaran dadah

Posted:

Warga Afrika Selatan monopoli sindiket pengedaran dadah

Warga Afrika Selatan monopoli sindiket pengedaran dadah

KUALA LUMPUR 2 Mac - Selepas kejayaan polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah membabitkan warga Iran, kegiatan itu kini dikatakan didominasi oleh warga dari negara Afrika Selatan.

Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, berlaku peningkatan jumlah tangkapan dilakukan ke atas warganegara tersebut berbanding warga Iran yang kini dilihat semakin menurun.

Situasi ini berlaku berikutan perubahan modus operandi yang digunakan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang tidak lagi tertumpu kepada penyeludup warga Iran.

Perkara ini diakui sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim yang berkata, polis menyedari senario itu dan kini meningkatkan kawalan terhadap kemasukan warga dari negara tersebut.

"Tumpuan operasi tidak hanya tertumpu di lapangan-lapangan terbang sahaja malah pemantauan akan diadakan di perairan-perairan pintu masuk negara dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk memintas bekalan dadah masuk ke negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Noor Rashid bagaimanapun tidak menyenaraikan jumlah tangkapan membabitkan warga Afrika Selatan dalam sindiket pengedaran dadah di negara ini.

Beliau memberitahu, sepanjang dua bulan tahun ini, pihaknya berjaya melakukan tangkapan sebanyak 27,704 orang atas pelbagai kesalahan jenayah narkotik di seluruh negara.

Noor Rashid memberitahu, pihaknya juga berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM48.08 juta pada bulan Januari dan Februari tahun ini.

"Daripada jumlah rampasan tersebut tersebut, dadah jenis syabu mencatatkan nilai rampasan tertinggi iaitu sebanyak RM43.61 juta," ujarnya.

Noor Rashid memberitahu, pencapaian ini merupakan hasil kejayaan PDRM yang menjalankan pelbagai operasi bagi menggagalkan usaha penyeludupan masuk dadah selain membanteras segala aktiviti narkotik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kastam rampas rokok seludup RM4j

Posted:

Kastam rampas rokok seludup RM4j

Kastam rampas rokok seludup RM4j

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


ZULKIFLI Yahya (kiri) menunjukkan rokok yang dirampas dari sebuah kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara pada sidang media di Bukit Mertajam, semalam.


BUKIT MERTAJAM 2 Mac – Cubaan menyeludup rokok bernilai lebih RM4 juta dengan memalsukan dokumen oleh satu sindiket gagal apabila taktik itu berjaya dihidu oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

Sebuah kontena yang ditahan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) diikrarkan sebagai mengandungi kertas tebal untuk kulit buku seberat 24.1 tan menggunakan alamat sebuah kilang di Perai dekat sini.

Namun, hasil pemeriksaan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendapati kontena sepanjang 12.1 meter dari Thailand itu mengandungi 760 kotak atau 7.6 juta batang rokok putih jenama Zon King.

Pengarah JKDM negeri, Datuk Zulkifli Yahya berkata, kesemua rokok seludup itu dianggarkan bernilai RM836,000 dan melibatkan cukai sebanyak RM3,888,160.

"JKDM bertindak hasil maklumat awam yang diterima pada pukul 3.10 petang pada 28 Februari lalu dan menahan kontena terbabit di NBCT.

"Berdasarkan Borang Kastam 1 yang diikrarkan, pengimport kontena itu adalah sebuah kilang di Perai namun hasil siasatan didapati syarikat terbabit tidak terlibat langsung dalam kegiatan itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau memberitahu, sindiket berkenaan dipercayai cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan mengunakan alamat palsu pada borang ikrar. Pihaknya masih mengesan mereka yang terlibat dalam kegiatan itu.

Selain itu, beberapa kotak rokok yang diperiksa juga mempunyai tanda 'Amaran Oleh Kerajaan Malaysia' namun tiada setem cukai, dakwat keselamatan serta gambar amaran yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.

Tambah Zulkifli, tiada tangkapan dibuat setakat ini namun ejen perkapalan itu sedang disoal siasat mengenai pengimportan tersebut.

"Pengimportan rokok adalah dilarang di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 kecuali dengan lesen yang diluluskan Ketua Pengarah Kastam.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 (Semakan 1980) iaitu mengimport atau mengeksport apa-apa barang tak berkastam atau barang larangan," ujarnya.

Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh didenda maksimum 20 kali ganda nilai dagangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, seseorang boleh didenda maksimum 40 kali ganda nilai dagangan atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 02 Mar 2011 11:33 PM PST

Kosmo Online - Rencana Utama


Seniman cari pelapis

Posted:

Seniman cari pelapis

Seniman cari pelapis

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my



TIADA jalan pintas untuk menjadi seorang pelakon yang hebat, tidak cukup dengan hanya berbekalkan rupa paras menarik dan bakat semata-mata.

Sebaliknya, ilmu lakonan merupakan kunci utama untuk seseorang pelakon dikenali dan bertahan lama dalam industri lakonan yang dibaluti dengan 1,000 macam cabaran selain pulangan lumayan dan glamor.

Menyedari hakikat industri lakonan tempatan semakin kekurangan pelapis yang mempunyai pakej lengkap termasuk ilmu lakonan dan etika seorang pelakon, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah mewujudkan Rumah Aktor Seniman.

Tujuannya hanya satu, bagi melahirkan pelapis dunia lakonan yang berkualiti. Rumah Aktor Seniman yang diadakan setiap Sabtu itu telah bermula sejak 22 Januari lalu selama 13 minggu.

Mungkin ada yang menganggap Rumah Aktor Seniman tiada bezanya dengan kelas lakonan berbayar yang lain, bagaimanapun ia berbeza apabila pelakon terkenal Zul Huzaimy dipilih untuk mengemudi Rumah Aktor Seniman sebagai Pengetua.

Malah, setiap pelajar yang mengikuti kursus lakonan anjuran seniman itu bukan sahaja dibekalkan dengan ilmu lakonan tetapi pengalaman berharga apabila setiap minggu selain diajar oleh tenaga pengajar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), mereka juga dilawati oleh pelakon-pelakon terkenal tanah air untuk mencurahkan segala ilmu yang dimiliki kepada pelajar.


KAMI bersedia. Barangkali itu yang dilaungkan oleh para peserta yang mengikuti kursus di Rumah Aktor Seniman.


Menurut Presiden Seniman, Harun Salim Bachik yang memegang peranan sebagai penasihat program tersebut, pihaknya mengharapkan dengan adanya program Rumah Aktor Seniman yang kelasnya diadakan di Rumah Warisan, Kampung Baru, Kuala Lumpur itu, masa depan industri lakonan tempatan akan mencapai tahap yang lebih tinggi dengan apa yang dimiliki hari ini.

"Ilmu lakonan sangat penting, kecantikan hanya sementara. Jika seorang pelakon memiliki ilmu, dia akan kekal lama dalam industri lakonan.

"Apa yang saya lihat hari ini, ada yang berlakon macam kayu tetapi masih diminati sebab cantik atau kacak persoalannya adakah mereka akan kekal lama?," soalnya.

Sambungnya lagi, Rumah Aktor Seniman terbuka kepada mereka yang berusia 35 tahun ke bawah dan mereka yang benar-benar berminat terhadap lakonan.

Oleh sebab itu bayaran sebanyak RM580 dikenakan kepada setiap pelajar yang menyertai kursus anjuran seniman, selain mereka harus lulus uji bakat yang diadakan sebelum layak untuk mengikuti kelas tersebut.

"Kita tidak mahu orang yang tidak berminat dan tidak mahu beri sepenuh komitmen sertai kursus ini, sebab itu kita kenakan bayaran dan adakan uji bakat untuk menguji sejauh mana bakat dan minat yang dimiliki.

"Bayaran yang dikenakan itu sebenarnya berpatutan untuk makan dan minum mereka sepanjang mengikuti kelas. Kalau kita buat secara percuma, komitmen itu tidak ada, nanti mereka akan datang sesuka hati. Bila bayar, mereka ada rasa sayang sebab telah buat pelaburan," balasnya.

Selepas pelajar menamatkan kursus selama 13 minggu, mereka akan diberikan sijil dan mereka boleh membawa sijil itu ke Aswara untuk menyambung ke peringkat diploma.

"Kami tidak akan mengambil ramai pelajar dalam satu-satu masa kerana nanti pengajar tidak dapat memberikan sepenuh perhatian mereka.

"Seperti kursus yang pertama ini, kita sepatutnya ambil 30 orang sahaja tetapi disebabkan sambutan yang menggalakkan angka itu ditambah kepada 37 orang," ujar Harun lagi yang mahu lahirkan seorang pelakon yang siap sedia daripada segala segi.

Selain itu terang Harun lagi, jalan untuk pelajar bergelar seorang pelakon juga lebih mudah apabila mereka turut menjemput penerbit serta pengarah drama dan filem ke kursus tersebut.


DARI kiri: Yusof Kelana, Jurey Latif, Harun Salim Bachik bersama Timbalan Pengarah Finas, Zulkifli Wahab dan Hisham Mat Hussain.


"Menerusi cara ini, penerbit dan pengarah boleh lihat sendiri kemampuan pelajar. Jika mereka berminat, selepas pelajar menamatkan kursus, mereka boleh terus ditawarkan watak dalam drama atau filem," beritahunya lagi.

Mendidik cara teater

Salah seorang daripada tiga pengajar itu adalah Rosman Ishak yang merupakan pensyarah fakulti teater di Aswara.

Mempunyai 10 tahun pengalaman sebagai seorang pensyarah teater, Rosman menjelaskan dia mendidik pelajar supaya mahir dengan asas vokal, memahami tubuh diri serta cara pernafasan bagi melontarkan vokal dengan baik.

"Ada sesetengah daripada pelajar telah mempunyai asas lakonan kerana mempunyai pengalaman berlakon sebelum ini. Tetapi bagi mereka yang masih baru, saya menekankan aspek mengawal tubuh badan dengan cara itu baru jelas emosi yang ingin dilontarkan.

"Suara juga harus jelas dan sesuai dengan emosi yang dibawakan, selain kena banyak berimaginasi kerana setiap karakter yang diberi sebagai latihan berbeza dan kadang-kala tidak wujud di alam realiti," tuturnya.

Bukan sahaja untuk lakonan, kursus ini juga dilihat banyak membantu untuk meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang dan ia amat bagus untuk remaja.

"Saya akan minta pelajar membawa bermacam-macam karakter dan berimaginasi, jika mereka malu dan tiada keyakinan mereka tidak akan dapat bawa karakter dengan baik kerana bila bekerja kelak terdapat ramai orang yang akan memerhati mereka.

"Jika untuk remaja pula ia amat bagus untuk membentuk keyakinan diri dan karakter mereka. Semua pelajar datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza, jika ada yang malu untuk berhadapan atau bergaul dengan orang ramai, kini saya lihat mereka semakin berubah," katanya lagi.

Seronok

Selain mengejar cita-cita sebagai pelakon yang disegani, pelajar-pelajar yang menyertai kursus ini dilihat cukup gembira dan seronok sepanjang kursus dijalankan.

Meskipun terpaksa menghabiskan masa lebih kurang lapan jam setiap minggu untuk mengikuti kursus ini bermula pukul 9 pagi setiap hari Sabtu, tidak terluah perkataan penat atau bosan di bibir pelajar.


SELAIN asas lakonan, para peserta dibekalkan dengan teori tentang dunia hiburan.


Apa yang dilihat hanyalah kesungguhan mereka mengikuti setiap ajaran yang diberikan oleh tenaga pengajar tanpa merungut.

Salah seorang pelajar Muhammad Hafeez, 29, menjelaskan dia mengikuti kursus ini kerana minat yang mendalam terhadap lakonan.

"Saya minat dengan lakonan sejak dari kecil lagi. Sebelum ini saya pernah berlakon tetapi dengan adanya peluang seperti ini, saya tidak akan lepaskan untuk menuntut lebih banyak ilmu," katanya.

Seorang lagi pelajar yang merupakan remaja berusia 16 tahun, Aina Anisa, pula menyertai Rumah Aktor Seniman kerana ingin mencuba selain memenuhi masa lapangnya dengan perkara yang berfaedah.

"Saya dapat banyak ilmu dan pengalaman yang seronok sepanjang kursus ini. Selain dapat dengar sendiri pengalaman pelakon yang terkenal, kami juga diberitahu situasi sebenar kerja seorang pelakon oleh pengarah dan penerbit," jawabnya.

Bagi Zainoni Roslan atau Amy, 32, kursus ini amat bagus untuk mereka yang ingin menjadi pelakon kerana ia memberi pendidikan secara menyeluruh bukan hanya teori.

"Kami tidak hanya diajar asas lakonan tetapi juga mengenali mereka yang terlibat dalam industri. Ini secara tidak langsung memudahkan lagi perjalanan kami untuk jadi seorang pelakon," katanya.

Meskipun kursus lakonan Rumah Aktor Seniman pengambilan pertama belum tamat, pihak Seniman telah menerima banyak permohonan dan hanya 160 orang yang layak mengikuti kursus ini.

Mereka akan dibahagikan kepada dua bahagian untuk pengambilan kedua disebabkan jumlah ramai. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kursus lakonan Rumah Aktor Seniman, anda boleh hubungi pejabat Seniman di talian 03-41055442.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 02 Mar 2011 11:17 PM PST

Utusan Online - Politik


MB bidas pembangkang

Posted:

MB bidas pembangkang

MB bidas pembangkang

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my


ADNAN Yaakob (tengah) bersalaman dengan penduduk kampung di Dewan Sri Ketumbit, Temerloh, semalam.


TEMERLOH 2 Mac - Datuk Seri Adnan Yaakob membidas parti pembangkang yang memanipulasikan Laporan Audit Negara berhubung isu bajet kerajaan negeri dengan memberi fakta yang tidak benar sama sekali.

Menteri Besar berkata, pembangkang sudah kekeringan isu sehingga mendakwa kerajaan negeri sudah bankrap dan tidak mampu membela nasib rakyat.

Menurutnya, sejak beliau menerajui kerajaan negeri pada 1999, hanya dua kali Pahang mengalami bajet defisit manakala yang lain mencatatkan dua bajet berimbang dan enam kali lebihan hasil.

"Parti pembangkang tidak ada isu. Soal teguran Ketua Audit Negara adalah keseluruhan. Tidak melibatkan negeri ini sahaja.

"Kalau kerajaan negeri bankrap kenapa kita boleh berikan biasiswa kepada pelajar sekolah rendah sebanyak RM350 setahun dan sekolah menengah RM600 setahun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan pembangkang yang memainkan isu kerajaan negeri bankrap dalam ceramahnya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan (DUN) Kerdau di sini.

Adnan berkata, rakyat negeri ini khususnya di Kerdau tidak terpengaruh dengan kempen pembangkang itu kerana mereka bijak menilai dan memahami situasi yang berlaku di Pahang.

Menurut beliau, soal berhutang dengan Kerajaan Pusat tidak timbul kerana mana-mana negeri di negara ini turut berhutang termasuk yang ditadbir oleh pihak pembangkang.

"Isu itu tidak mempengaruhi rakyat dan kerajaan. Kalau rakyat terpengaruh sudah tentu kerajaan negeri ini tidak boleh mentadbir dengan berkesan," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, Barisan Nasional (BN) tidak menggunakan aset kerajaan dalam menjalankan kempen pada pilihan raya kecil tersebut.

Jelasnya, kempen yang dilaksanakan itu menggunakan kemudahan sendiri tanpa melibatkan mana-mana aset kerajaan yang terdapat di kawasan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengundi tolak calon luar

Posted:

Pengundi tolak calon luar

Pengundi tolak calon luar

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

JASIN 2 Mac – Rata-rata pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau mahukan wakil rakyat mereka seorang calon tempatan yang tulen dan berdaftar sebagai pengundi di kawasan tersebut.

Penduduk Merlimau, Arshad Aman, 63, berkata, wakil rakyat yang dipilih nanti harus datang daripada kalangan penduduk tempatan yang tentu dapat memahami masalah di kawasan tersebut.

"Ketulenan seseorang calon itu boleh diukur dengan melihat di manakah beliau berdaftar sebagai pengundi, kita tahu (calon Barisan Nasional) Roslan Ahmad bakal mengundi di Merlimau Pasir tetapi bagaimana dengan Yuhaizad?

"Jadi, saya minta Yuhaizad tampil menjelaskan di mana beliau akan membuang undi pada pilihan raya kecil Ahad ini atau adakah beliau tidak 'mampu' mengundi dirinya sendiri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Rekod daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Yuhaizad berdaftar di DUN Bemban.

Sebaliknya calon BN merupakan pengundi berdaftar di Merlimau dan akan membuang undinya di peti undi Merlimau Pasir.

Suri rumah, Hamidah Abdul Rahman, 50, pula mempersoalkan profil Yuhaizad sebagai seorang usahawan seperti dikemukakan oleh pentadbiran Pas.

Ini kerana, Pas tidak menyatakan dengan jelas dalam borang pencalonan jenis perniagaan yang diceburi Yuhaizad.

"Selain itu melalui laporan yang dikeluarkan, Yuhaizad juga pernah mengatakan beliau seorang ahli politik sepenuh masa, jadi siapa sebenarnya beliau," katanya.

Bagi pengundi muda, Mohd. Sah Jusman, 36, beliau lebih selesa memilih calon dikenalinya kerana ia memudahkannya untuk mengemukakan sebarang masalah pada masa depan.

"Seperti Roslan, kita tahu beliau memang merupakan anak tempatan yang mempunyai darah politik mengalir dalam dirinya.

"Roslan juga sering ditemui di pekan Merlimau, waima sebelum pengumumannya sebagai calon BN, manakala Yuhaizad pula muncul secara tiba-tiba sebaik sahaja diumumkan sebagai calon Pas," katanya.

Peniaga kuih, Aishah Md. Filus, 37, pula menyifatkan pemilihan Yuhaizad mewakili Pas sebagai sesuatu yang pelik kerana penduduk Merlimau kurang mengenalinya.

"Melalui perbualan harian saya dengan pelanggan, mereka sering tertanya-tanya siapa sebenarnya Yuhaizad, namun saya tidak ada jawapannya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 02 Mar 2011 07:33 PM PST

Utusan Online - Pahang


Orang Asli Kerdau semakin selesa

Posted:

Orang Asli Kerdau semakin selesa

Orang Asli Kerdau semakin selesa

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


ADNAN Yaakob bersalaman dengan kanak-kanak Orang Asli pada majlis beramah mesra bersama Menteri Besar di Kampung Sendayan, Kuala Krau, Pahang, baru-baru ini.


KUALA KRAU 2 Mac – Masyarakat Orang Asli suku Negrito di Kampung Orang Asli Paya Sendayan, Kerdau dekat sini bersyukur kerana menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan setanding dengan perkampungan lain di negeri ini.

Perkampungan itu yang terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Krau dapat dihubungi terus melalui jalan raya serta menerima bekalan elektrik dan air bersih.

Penduduk kampung yang sebelum ini bergantung hidup dengan mencari hasil hutan kini sudah berubah apabila melakukan pekerjaan sebagai penoreh getah dan menyertai tanah berkelompok kelapa sawit di bawah RISDA.

Mereka turut disediakan rumah yang lebih selesa sehingga berupaya 'keluar' daripada amalan tradisi berpindah-randah sebagaimana dilakukan oleh nenek moyang mereka dahulu.

Dilengkapi peralatan elektrik seperti televisyen dan komputer di dalam rumah, kemudahan itu membuktikan mereka menerima arus pembangunan untuk terus maju pada masa depan.

Tok Batin kampung itu, Rasib Ali mengakui penduduk mengalami pengaruh luar yang ketara kerana ada telah memeluk Islam dan memiliki peralatan elektrik di rumah masing-masing.

Katanya, kerajaan telah meluluskan kawasan tanah tradisi Orang Asli kira-kira 300 hektar membabitkan kawasan perkampungan dan ladang sebagai sumber ekonomi penduduk.

Menurutnya, sebanyak 20 rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) akan dibina tahun ini hasil sumbangan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

"Penduduk kampung ini adalah penyokong kuat Barisan Nasional (BN) dan UMNO sejak dahulu lagi dan tidak membenarkan mana-mana parti pembangkang bertapak disini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Rasib berkata, kedatangan 'orang besar' ke kampung itu membawa berita baik kerana penduduk akan menerima manfaat seperti penyampaian dividen Tanam Semula Berkelompok (TSB) dan bantuan pertanian.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu, Sarip Ngel, 40, pula berkata, kehidupan masyarakat Orang Asli di sini mendapat pembelaan sewajarnya daripada pemimpin tempatan.

Katanya, usaha menaik taraf Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) oleh kerajaan memberi impak baru terhadap usaha membina masyarakat Orang Asli lebih berdaya saing dan maju seiring dengan kemajuan negara.

Bagi rakannya, Jantan Budin, 41, pemimpin dan kakitangan kerajaan bukan hanya meninjau keadaan kampung itu pada musim pilihan raya tetapi pada hari-hari lain untuk mengikuti perkembangan kehidupan masyarakatnya.


TAMAN bimbingan kanak-kanak turut disediakan bagi memberi pendidikan prasekolah kepada penduduk Orang Asli Kampung Paya Sendayan, Kuala Krau, Pahang.


"Kehadiran mereka pada setiap masa membuktikan kerajaan prihatin dengan masyarakat Orang Asli di kampung ini," katanya.

Bagi Norasiah Mohamad Zabri, 27, kehidupan masyarakatnya akan bertambah baik pada masa depan berikutan perhatian istimewa diberikan kerajaan untuk memastikan taraf kehidupan mereka bertambah baik.

Katanya, kesediaan kerajaan membelanjakan RM1 juta bagi menyediakan klinik bergerak 1Malaysia di kampung itu membuktikan kerajaan prihatin dengan kesihatan mereka.

Azura Awang, 37, pula berkata, wanita Orang Asli juga tidak ketinggalan dalam memainkan peranan untuk mengubah cara hidup masyarakat di kampung itu.

Tambahnya, antara pendekatan dilaksanakan ialah menggalakkan anak-anak ke sekolah.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Negara yang mewakili Orang Asli di negara ini, Senator Muhammad Olian Abdullah berkata, masyarakat kampung itu mewakili empat peratus penduduk Malaysia yang menerima pembaharuan dan permodenan.

Beliau berkata, perkara itu dibuktikan apabila semakin ramai anak Orang Asli berjaya melanjutkan pengajian ke universiti tempatan dan luar negara serta menjawat pelbagai jawatan profesional dalam sektor awam dan swasta.

Menurut beliau, jika mereka diberi peluang sepenuhnya, golongan itu mampu bersaing dalam pelbagai bidang kerana minda semua bangsa adalah sama dianugerahkan oleh Tuhan.

"Bagaimanapun, masyarakat itu perlu berani menyuarakan pendapat dan hak mengikut saluran betul kerana mereka adalah penyokong setia kerajaan," katanya.

Sementara itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pihaknya memperuntukkan RM9.4 juta tahun ini bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan dalam meningkatkan kemajuan Orang Asli di negara ini.

Beliau menjelaskan, peruntukan tersebut disalurkan melalui JKOA dengan melaksanakan projek bekalan air bersih, infrastruktur, penempatan dan aktiviti sosio ekonomi di kampung Orang Asli di seluruh negara.

Menurut beliau, aktiviti sosio-ekonomi dapat memberi manfaat besar kepada masyarakat itu dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

"Usaha sedang digiatkan untuk mengangkat martabat Orang Asli supaya lebih ramai golongan itu khususnya generasi muda melanjutkan pengajian ke universiti," katanya.

Mohd. Shafie turut mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan RM200,000 untuk menaik taraf jalan kampung itu untuk kemudahan penduduk berulang-alik ke bandar berdekatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 02 Mar 2011 07:10 PM PST

Utusan Online - Mahkamah


theSun akan saman Nielsen

Posted:

theSun akan saman Nielsen

theSun akan saman Nielsen

Oleh NORILA DAUD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Mac. - Penerbit akhbar harian theSun, Sun Media Corporation Sdn. Bhd. (SMC) akan menyaman syarikat penyelidikan pasaran, The Nielsen Company (Malaysia) Sdn. Bhd. kerana didakwa menerbitkan anggaran palsu dan mengelirukan mengenai jumlah pembaca akhbar itu.

Cadangan tindakan saman itu disiarkan di muka depan akhbar theSun dengan tajuk Absurd figures (Angka tidak munasabah) hari ini.

Tindakan SMC itu berikutan Nielsen didakwa secara salah menganggarkan jumlah pembaca akhbar theSun hanya 131,000 (seperti dilaporkan dalam akhbar The Star, 26 Februari lalu), berbanding 300,000 naskhah edaran setiap hari berdasarkan laporan audit bebas.

Muka depan theSun hari ini melaporkan, Audit Bureau of Circulations (ABC) yang secara bebas mengaudit jumlah edaran beberapa penerbitan telah mengesahkan bahawa edaran harian theSun adalah 300,550 naskhah (tempoh 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010).

Pengarah Urusan Sun Media, Chan Kien Sing dilaporkan berkata, dengan 300,000 naskhah edaran setiap hari, pihaknya tidak mampu memenuhi permintaan yang bertambah malah masih ada senarai panjang syarikat yang menunggu giliran dimasukkan dalam senarai pengedaran theSun.

Beliau memberitahu, SMC akan melakukan segala langkah untuk mempertahankan perniagaan dan reputasinya serta telah mengarahkan peguam syarikat mengambil tindakan undang-undang terhadap Nielsen dan menuntut ganti rugi berkaitan.

"Secara logik dan pemikiran waras, anggaran jumlah pembaca theSun oleh Nielsen tidak mungkin kurang daripada angka jumlah edaran yang diaudit oleh ABC. Malah, kami menganggarkan jumlah pembaca harian kami mencecah 900,000.

"Kami meminta para pembaca, pengiklan dan pihak yang terlibat dalam industri ini supaya mempersoalkan penemuan cacat dan tidak logik oleh Nielsen," katanya.

Kien Sing mendakwa, pihaknya yakin anggaran Nielsen adalah 'cacat' dan salah manakala laporan Nielsen diterbitkan secara sembrono dan tidak bertanggungjawab, tanpa penyiasatan yang teliti dan sempurna terhadap angka edaran sebenar atau jumlah pembaca theSun.

"Sebelum ini pun kami telah mengambil tindakan berhubung isu anggaran jumlah pembaca yang diterbitkan oleh Nielsen kerana kami menganggap angka itu adalah palsu, salah anggaran dan mengelirukan.

"Kami telah mengemukakan isu ini kepada Nielsen untuk menimbangkan faktor relevan lain yang memberi impak kepada metodologi penyelidikan dan rumusan, serta bukti bahawa anggaran jumlah pembaca theSun (oleh Nielsen) adalah palsu dan tidak tepat.

"Bagaimanapun, usaha tidak berjaya kerana Nielsen secara konsisten telah mengetepikan pandangan dan input SMC," tegasnya.

Dalam pada itu, Kien Sing berkata, SMC telah mengingatkan Nielsen bahawa anggaran jumlah pembaca yang palsu dan mengelirukan itu telah merosakkan perniagaan SMC dan reputasi perdagangan serta SMC turut mengalami kerugian yang besar.

"Walaupun kami memahami konsep jumlah penyebaran dan anggaran jumlah pembaca berlainan, namun kami percaya menjadi tanggungjawab Nielsen mempertimbangkan bukti-bukti lain yang relevan khususnya angka ABC.

"Anggaran yang diperoleh daripada kajian pensampelan rawak dan teori ekstrapolasi yang dilakukan Nielsen telah menghasilkan penemuan yang bercanggah," katanya.

"Percanggahan yang ketara kira-kira 50 peratus lebih rendah antara anggaran jumlah pembaca Nielsen dan jumlah edaran theSun membuktikan metodologi Nielsen dalam menentukan data pembaca theSun pada asasnya adalah 'cacat' dan boleh dipersoalkan," tegasnya.

Beliau menambah, adalah tidak boleh diterima dan tidak profesional bagi Nielsen tidak mempedulikan langsung terhadap angka penyebaran yang telah diaudit yang dikeluarkan oleh badan yang dihormati dan profesional seperti ABC.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Giliran Anwar beri keterangan hari ini

Posted:

Giliran Anwar beri keterangan hari ini

Giliran Anwar beri keterangan hari ini

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


ANWAR Ibrahim tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, semalam bersama isterinya, Datin Seri Wan Azizah bagi perbicaraan kes liwat.


KUALA LUMPUR 2 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, esok.

Bagaimanapun, keterangan yang diberikan bukanlah keterangan bela diri sebaliknya pada prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) berkaitan beberapa barang kes yang dirampas dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008.

Barang-barang kes yang dirampas adalah sehelai tuala kecil 'Good Morning', sebatang berus gigi kecil warna putih, satu botol plastik jenama 'Cactus' dan dua helai bulu (termasuk sehelai bulu yang dijumpai oleh ahli kimia, Nor Aidora Saedon pada tuala kecil tersebut).

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan untuk membenarkan permohonan bagi mengadakan TWT oleh barisan pembelaan selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak di sini hari ini.

Hakim tersebut berpendapat, mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengetepikan barang-barang kes yang dipertikaikan sekiranya ia diperoleh dengan cara yang tidak adil.

''Kebiasaannya, mahkamah tidak mengambil kira dengan cara sesuatu bukti diperolehi. Tetapi bagi barang-barang yang diperolehi selepas sesuatu kesalahan dilakukan, maka mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengetepikan barang-barang tersebut sekiranya ia diperoleh dengan cara yang salah atau tidak betul.

''Pada pendapat saya, satu-satunya cara untuk menentukan perkara ini adalah melalui bicara dalam perbicaraan. Oleh itu saya benarkan permohonan barisan pembelaan,'' katanya.

Semalam, mahkamah memutuskan untuk mendengar hujah kedua-dua pihak mengenai keperluan untuk mengadakan TWT berhubung barang-barang kes itu.

Pada 23 Februari lalu, peguam bela Sankara Nair membangkitkan bantahan terhadap beberapa barang kes sewaktu saksi pendakwa keenam, Nor Aidora sedang memberi keterangan.

Bagaimanapun, pada waktu bantahan itu dikemukakan, pihak pendakwaan mahupun saksi berkenaan masih belum mengemukakan mahupun menyebut mengenai sebarang barang kes.

Setelah tuala, berus gigi, botol minuman dan bulu-bulu tersebut dikemukakan, barang-barang kes tersebut ditandakan sebagai 'ID' (barang yang belum diterima sebagai bukti) ekoran terdapat bantahan.

Pada tarikh yang sama, Nor Aidora yang juga Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia dalam keterangannya menyatakan bahawa ujian analisis asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap tuala, berus gigi dan botol minuman menunjukkan wujudnya profil DNA Lelaki Y.

Pada 17 Februari lalu, Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik jabatan itu, Dr. Seah Lay Hong menyatakan, ujian analisis DNA pada empat calitan putik kapas menunjukkan kehadiran profil DNA Lelaki Y di dalam rektum (salur dubur) dan permukaan dubur (perianal) Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 tahun itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Terdahulu, peguam bela utama Anwar, Karpal Singh memberitahu bahawa TWT wajar diadakan bagi memastikan barang-barang tersebut tidak diperoleh dengan tipu daya.

Beliau turut mendakwa barang-barang berkenaan diperoleh ekoran penangkapan dan tahanan yang tidak sah oleh pihak polis.

Oleh itu, Karpal memberitahu, barang-barang tersebut perlu dikekalkan sebagai 'ID' dan tidak diterima masuk sepenuhnya sebagai bukti (P).

Ia juga bagi memastikan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendapat satu perbicaraan yang adil.

Sementara itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menyatakan, barisan pembelaan tidak pernah membangkitkan isu tangkapan atau tahanan salah sebelum ini.

Sebaliknya, sehingga kini barisan pembelaan juga tidak pernah membuat bantahan dari mana dan bagaimana barang-barang kes itu diperoleh.

''Sekiranya Anwar ditahan secara salah, maka apa yang perlu dilakukan adalah berhujah sama ada tangkapan tersebut telah menyebabkan tertuduh mendapat satu perbicaraan yang tidak adil,'' hujahnya.

Beliau menghujahkan, barang-barang kes itu sepatutnya diterima masuk terlebih dahulu sebagai bukti sebelum bantahan dibuat.

Isu tangkapan pula boleh dijelaskan atau ditanya sewaktu pegawai penyiasat memberi keterangan.

''Oleh itu adalah tidak wajar TWT diadakan pada masa ini bagi mengelakkan berlakunya satu TWT yang lama,'' katanya.

Pada 16 Julai 2008, kira-kira pukul 1 petang, Anwar ditahan ketika berada di dalam kenderaannya di Bukit Segambut di sini, kira-kira 50 meter dari rumahnya iaitu sejam lebih awal dari tempoh beliau sepatutnya menyerah diri ke IPK Kuala Lumpur.

Pada pukul 8.35 malam, Anwar yang disoal siasat di Tingkat 7 IPK tersebut telah dibawa oleh polis ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi beliau menolak untuk diambil sampel darahnya dan hanya bersetuju dilakukan pemeriksaan biasa.

Beliau dibebaskan keesokan harinya dengan jaminan polis kira-kira pukul 9.45 pagi selepas ditahan hampir 21 jam di IPK tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 02 Mar 2011 03:22 PM PST

Utusan Online - Rencana


Langkah bijak sekolah satu sesi

Posted:

Langkah bijak sekolah satu sesi

Langkah bijak sekolah satu sesi

Oleh Dr. Sidek Baba

PENGUMUMAN Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri mengenai pendekatan sekolah satu sesi adalah sesuatu yang memberangsangkan.

Masanya sudah sampai supaya konsep sekolah satu sesi dibahaskan dengan bijaksana dan strategik supaya ia menjadi satu wadah membangun potensi generasi anak-anak secara seimbang.

Konsep sekolah satu sesi yang direncana oleh Kementerian Pelajaran merupakan satu hal yang amat menarik untuk diteliti dan dikaji. Realiti pendidikan di Malaysia tidak saja berjalan di arus perdana, dikendalikan oleh pihak kerajaan tetapi juga dikendalikan oleh lembaga pendidikan negeri dan swasta.

Uniknya pendidikan di Malaysia, ia tidak saja menawarkan pendidikan yang berasaskan ilmu-ilmu kemanusiaan, sains dan teknologi tetapi juga membenarkan pendidikan agama. Inilah acuan yang menarik dalam memartabatkan pembangunan modal insan di Malaysia.

Sejak sebelum merdeka, pendidikan Islam yang berjalan di bawah seliaan individu, swasta dan lembaga-lembaga negeri khususnya Jabatan Agama Negeri-Negeri berkisar sekitar institusi pondok, sekolah fardu ain, sekolah Quran, Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz dan juga madrasah. Ia menekankan pendidikan asas Islam seperti akidah, ibadah, tilawah, loghat, fikah dan seumpamanya. Asas ini amat penting bagi memberi kefahaman mengenai Islam, di samping pentingnya pembangunan diri dan kemuliaan akhlak.

Dalam masa yang sama, Kementerian Pelajaran sejak tahun 1961 telah memperkenalkan subjek Agama Islam dalam pendidikan arus perdana. Ia berkembang sehingga menghasilkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi yang menawarkan lebih banyak subjek-subjek mengenai Islam kepada pelajar.

Ia menjadi saluran yang terbukti baik bagi melahirkan ahli agama dan profesional yang dapat berperanan dalam membangunkan negara dan ummah. Usaha pihak lembaga swasta dan negeri juga bergerak seiring menghasilkan pendekatan integratif dalam proses keilmuan dan pendidikan. Darinya lahir pendidikan tahfiz integratif, pendidikan Islam integratif dan lain-lain.

Pendidikan agama masa kini amat memerlukan pendekatan integratif sama ada dari segi kurikulum mahupun metodologi pengajaran dan pembelajaran. Modal Insan yang ingin kita lahirkan tidak saja menuntut penguasaan ilmu Mengurus Diri (Fardu Ain) tetapi juga menuntut penguasaan ilmu Mengurus Sistem (Fardu Kifayah). Jenis cabaran dalam kehidupan masa kini tidak saja berputar sekitar isu-isu Fardu Ain tetapi menuntut penguasaan ilmu-ilmu sains dan teknologi, kemahiran dan ilmu-ilmu kemanusiaan.

Apakah dengan memperkenalkan konsep satu sesi ini, ia mampu menampung keperluan membangun modal insan holistik. Malaysia tidak akan mampu menghasilkan modal insan berkualiti sekiranya pendidikan agama berjalan dalam sifatnya yang terbatas atau pendidikan sains dan teknologi dengan pemahaman terhadap agama yang terhad. Pendekatan integratif menjadi asas yang sangat penting dan fundamental bagi menghasilkan pendidikan negara berasaskan Acuan Sendiri.

Memperkenalkan konsep satu sesi dalam pendidikan negara bakal memberi kesan terhadap pendidikan agama di waktu pagi atau petang. Pendidikan agama yang diajar di sekolah agama pagi atau petang diajar juga di sekolah-sekolah arus perdana.

Apakah perulangan subjek yang sama membawa kesan baik atau sebaliknya bagi pelajar. Satu aspek yang harus dikaji ialah setakat mana kesan penghayatan terhadap murid-murid dalam menghadapi cabaran sekitar kini. Ia memerlukan kajian dan penelitian supaya masa yang digunakan untuk belajar agama di sekolah agama pagi atau petang orientasinya membawa kepada pengukuhan terhadap pembinaan peribadi anak-anak.

Sekolah satu sesi mengambil masa belajar yang panjang. Orientasi sekolah asrama penuh pada masa kini mengambil pendekatan sekolah satu sesi dan kesannya dari segi akademik amat baik. Bagi sekolah-sekolah yang bukan asrama penuh, beberapa pertimbangan perlu diberi supaya pelaksanaan konsep satu sesi diatur dengan bijaksana supaya kesan pendidikannya adalah holistik.

Sesetengah sekolah terutama di bandar masih memerlukan sekolah dua sesi pagi dan petang akibat prasarana tidak cukup. Sesetengah sekolah agama pagi dan petang mungkin ditutup kerana sekolah satu sesi melampaui masa yang biasanya membolehkan pelajar belajar agama. Masa yang terlalu lama bagi pelajar di sekolah menyebabkan hubungan dengan ibu yang tidak bekerja menjadi terbatas.

Aspek positif yang boleh diunjurkan terhadap sekolah satu sesi ialah supaya ia tidak mengurangi komponen pendidikan Islam. Para pelajar beragama Islam boleh menunaikan solat Zohor dan Asar berjemaah bersama-sama dengan guru. Ruang untuk tilawah al-Quran disediakan. Makanan yang berkhasiat dapat diberikan kepada semua pelajar. Kegiatan kokurikulum dan permainan dapat berjalan dengan baik dan proses ulang kaji dan menyudahkan kerja-kerja rumah dapat berlaku di sekolah.

Apakah di tahap ini, Kementerian Pelajaran sudah mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya. Banyak aspek yang harus diambil kira seperti penjadualan subjek yang seimbang dalam jadual pengajaran-pembelajaran. Orientasi dan latihan perguruan mengendalikan konsep satu sesi.

Penyediaan makanan yang seimbang dan bermutu pastinya memerlukan peruntukan yang besar. Selain itu, peranan ibu bapa dalam proses pendidikan, pengawasan terhadap pelajar dalam tempoh yang panjang, kemudahan fasiliti kokurikulum, permainan dan sukan yang seimbang, kesemuanya perlu diberi perhatian. Begitu juga, latihan amali agama Islam dan sebagainya.

Pendidikan yang berkesan dalam membentuk watak anak-anak semestinya melibatkan peranan ibu bapa. Persekolahan satu sesi harus melibatkan ibu bapa secara aktif dalam hal-hal yang terizin.

Tanpa pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak, proses pendidikan akan mengalami ketempangan. Guru-guru merupakan tenaga pendidik yang penting. Sekiranya hal-hal ini dapat diatur dengan baik, maka sekolah satu sesi akan dilihat sebagai jawapan yang memberi harapan terhadap keperluan pendidikan di zaman ini.

Pendidikan dalam erti kata yang luas bukan sekadar proses memantapkan akliah atau daya kognitif dengan melalui peperiksaan semata-mata. Tetapi potensi insan yang harus digilap termasuk potensi insaniah supaya terlihat akhlak dan pekerti yang mulia. Ketangkasan jasmani yang membawa kepada disiplin yang tinggi perlu dibina supaya ia menepati maksud Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu membangun insan seimbang dan harmonis.

Pendidikan di Malaysia memerlukan asas kukuh supaya pembangunan kurikulumnya menjadikan anak-anak kita pintar dan artikulatif. Dalam masa yang sama, asas integrasi harus menjadi matlamat unggul supaya perbezaan yang ada daripada latar etnik, agama dan budaya menjadi titik temu bagi pembangunan etika yang tinggi, di samping nilai-nilai murni yang membawa kesan penghayatan.

Globalisasi yang datang memerlukan binaan generasi yang transformatif. Pendidikan tidak sekadar menghasilkan guna tenaga yang memiliki kepakaran dan keahlian dalam sesuatu bidang tetapi tetapi juga nilai-nilai insaniah yang akhirnya menjadikan manusia lebih manusiawi.

Justeru, pengukuran mengenai kejayaan dan kecemerlangan tidak hanya bergantung kepada keputusan peperiksaan semata-mata tetapi generasi muda harus dibangunkan dengan bakat kepimpinan dan kepengikutan yang baik menerusi kegiatan kokurikulum, bakat kesukanan dan ketangkasan menerusi kegiatan ekstra kurikulum, corak penilaian yang merangkum supaya peribadi yang baik dihasilkan mampu menghadapi cabaran dan kerenah zaman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Persamaan 3P dan 1D dalam politik Malaysia

Posted:

Persamaan 3P dan 1D dalam politik Malaysia

Persamaan 3P dan 1D dalam politik Malaysia

Oleh Noor Sulastry Yurni Ahmad

TULISAN ini cuba membincangkan formula yang membawa persamaan dalam sistem politik negara Malaysia. Tentunya pembaca tertanya-tanya maksud atau singkatan 3P dan 1D.

Hendak dikatakan keputusan STPM tidak juga, tarikh pilihan raya tidak juga, apatah lagi formula matematik. 3P merujuk kepada parti Pas, PKR dan Pilihan raya, manakala 1D merujuk DAP. Apa pula perkaitannya.

Selepas SPR melaksanakan tugas dengan penuh gigih, sedar tidak sedar sudah 16 Pilihan Raya Kecil (PRK) menjadi medan ujian politik sejak pasca 2008. Boleh dikatakan purata dua bulan sekali, PRK dijalankan dalam tempoh hampir tiga tahun ini. Ini bukan kerja mudah dalam konteks negara demokrasi berparlimen yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat majmuk untuk menjalani siri pilihan raya yang tidak pernah sunyi dalam sistem pentadbiran negara!.

Perkara yang menarik perhatian adalah penglibatan parti-parti pihak pembangkang yang bertanding dalam PRK yang berlangsung sejak PRU-12 lagi. Kelihatan tiada surutnya persaingan politik yang menjadikan PRK sebagai medan perjuangan dan perhitungan bagi setiap parti yang bertanding. Parti 2P dan 1D (pembangkang) mempunyai semangat yang tinggi untuk membawa perubahan dalam sistem demokrasi Malaysia yang memperjuangkan ideologi masing-masing. Hari demi hari, parti-parti ini dihambat pelbagai isu yang mencalar imej mereka sebagai parti politik yang mampu memberi persaingan sengit kepada Barisan Nasional (BN).

Namun begitu, sejauhmana kekuatan parti-parti 2P dan 1D ini bertahan untuk memastikan kedudukan mereka terpelihara dan memperoleh sokongan undi dalam PRU-13 yang bakal tiba. Persoalan ini bukanlah satu masalah yang membelenggu parti 2P dan 1D untuk mengatur strategi mereka. Strategi dan pendekatan psikologi dan fizikal yang dimiliki oleh parti-parti tersebut semakin dicabar oleh BN yang mempunyai kebolehan dari segi wakil pencalonan, kekuatan sumber, struktur parti yang lebih kuat dan lain-lain. Walaupun BN ada kelebihan, namun pihak pembangkang juga berkebolehan membuktikan mereka setanding dengan pihak lawan.

Sayang seribu kali sayang, isu kerajaan DAP di Pulau Pinang, konflik dalaman kerajaan negeri di Selangor, isu pembentukan ahli PKR di Sabah, isu peribadi calon pilihan raya di Tenang sehinggalah isu percanggahan pendapat antara kerajaan negeri dan pemerintah negeri, sedikit sebanyak merencatkan budaya politik pihak pembangkang. Keadaan berjaga-jaga dan membuat persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya umum semakin giat dijalankan, di samping melakukan persediaan bagi PRK yang sedang dan akan berlangsung tidak lama lagi.

Sungguhpun setiap parti politik sibuk berusaha mengasah strategi masing-masing, tugas hakiki mereka dan setiap calon yang dipilih perlu dipertingkatkan lagi kerana keputusan sudah dibuat oleh rakyat dan mereka mahu janji yang ditabur sudah dikotakan. Jika tidak, kesan mungkin akan dapat dilihat dalam pilihan raya yang bakal menjelang.

Bersediakah semua parti politik tidak kira 2P, 1D atau 1B (BN) untuk berkhidmat demi masyarakat sebelum, pada dan selepas PRU nanti? Ada formula yang boleh dijadikan tips kemenangan mereka pada kali ini dan tidak menjadi kesalahan jika berkongsi rahsia demi memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Pertama, bekerja sebagai sebuah pasukan walaupun bertanding atas tiket parti yang berbeza. Kedua, rakyat adalah raja pada setiap pilihan raya dan 'perhambakan' diri untuk menjalankan amanat yang diamanahkan rakyat.

Ketiga, bermuafakat dan bermusyawarah sesama ahli parti dari setiap lapisan untuk mendapatkan pandangan mereka demi kebaikan parti dan ahli. Keempat, kikis pemikiran skeptikal, iri hati, hasad dengki di kalangan ahli terutamanya para pemimpin parti supaya perjuangan menjadi lebih ikhlas dan bersih. Ini kerana tidak kira apa-apa agama yang dianuti dan dipegang oleh kita, semestinya semua agama mengajar kita melakukan kebaikan. Renung dan fikir dengan mendalam ideologi perjuangan sebenar setiap calon dan parti kerana bimbang akan terpesong daripada ideologi yang sebenar.

Manakala yang terakhir, anggaplah pilihan raya sebagai medan untuk menguji kekuatan parti atau calon yang bertanding kerana tanpa persaingan atau pertandingan, kita tidak akan sedar di mana kelemahan dan kekuatan masing-masing.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dicadangkan di sini tetapi perkara yang asas perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum melakukan perkara yang lebih rumit dan kritikal. Penulis sekadar berkongsi pandangan supaya setiap parti yang terus berkhidmat untuk rakyat pada hari ini supaya tidak meninggalkan ideologi perjuangan asal masing-masing.

Sememangnya semua perkara itu tidak dapat dilakukan dengan jayanya tanpa kerjasama ahli lain dan pada masa yang sama peluang perlu diberikan kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama berbakti kepada parti. Jangan disekat mereka yang berkelayakan dan berkemampuan untuk membantu parti menjadi lebih baik kerana ia merupakan satu kerugian sekiranya hasil yang baik tidak dapat dikongsi beramai-ramai.

Generasi muda pada hari ini, umpamanya komuniti yang sangat 'luar biasa' kerana zaman kini adalah zaman mereka bersinar. Malah parti-parti politik di Malaysia mengiktiraf bahawa generasi muda juga boleh membawa kelainan dalam mempertingkatkan mutu kerja sesebuah parti politik itu dengan penubuhan komponen Pemuda, Puteri, Dewan Muslimat dan sebagainya.

Kepimpinan politik negara turut dibarisi pemimpin-pemimpin belia yang mempunyai ketokohan yang amat membanggakan.

Sehubungan itu, PRU-13 mungkin dianggap sebagai cabaran yang getir dan medan perhitungan bagi sesebuah parti politik. Selain itu, PRU-13 adalah medan permuafakatan semua parti politik yang bertanding yang berjuang untuk rakyat dan kemajuan negara. Ia kelihatan seperti terlalu idealistik, retorik dan angan-angan mat jenin tetapi ia boleh dicapai melalui amalan 'konspirasi politik' yang sihat. Bertindak atas maklumat dan berfikir dengan akal yang bijak!

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Jabatan

Antropologi dan Sosiologi Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 02 Mar 2011 01:37 PM PST

Kosmo Online - Negara


Sewa pesawat Boeing 747 MAS

Posted:

Sewa pesawat Boeing 747 MAS

Sewa pesawat Boeing 747 MAS

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


PESAWAT jumbo Boeing 747 MAS seperti inilah yang akan digunakan untuk menerbangkan 514 pelajar dari Terengganu ke Mesir pada pertengahan bulan ini.


KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu akan menghantar 514 pelajar dari negeri ini kembali menyambung pengajian mereka di Mesir dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 747 yang disewa khas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dekat sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri akan menanggung kos penerbangan itu dengan jumlah pelajar yang terbabit dijangka diketahui hasil perbincangan dengan MAS pada 7 Mac ini.

"Kami jangka semua pelajar ini akan dapat kembali ke Mesir pada pertengahan bulan ini jika tiada sebarang masalah," katanya di sini semalam.

Jelasnya, bilangan pelajar yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri itu tidak termasuk 46 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan 52 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tempoh bayaran saman diskaun dilanjut 10 Mac

Posted:

Tempoh bayaran saman diskaun dilanjut 10 Mac

Tempoh bayaran saman diskaun dilanjut 10 Mac

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my


PESALAH trafik diberi peluang sehingga 10 Mac ini untuk menjelaskan saman dengan tawaran diskaun.


KUALA LUMPUR - Berita baik kepada pesalah trafik di negara ini yang tidak sempat melunaskan saman mereka sepanjang tawaran diskaun 50 peratus yang berakhir pada 28 Februari lalu.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan tarikh pembayaran saman itu dilanjutkan sehingga 10 Mac ini.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat untuk membantu pesalah trafik menjelaskan kompaun sekali gus mengelakkan kenderaan mereka daripada disenarai hitam.

"Keputusan ini juga dibuat kerana kita dapati ada pihak yang ikhlas mahu membayar saman tetapi gagal berbuat demikian disaat-saat akhir kerana sistem di kaunter bayaran tergendala," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sejak Ogos tahun lalu, kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sekolah tutup seminggu ekoran H1N1

Posted:

Sekolah tutup seminggu ekoran H1N1

Sekolah tutup seminggu ekoran H1N1


PARA pelajar SMK Bandar Baru Sungai Long, Kajang diarah pulang setelah salah seorang dari mereka dijangkiti H1N1.


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengarahkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Long, Kajang dekat sini tutup selama seminggu bermula hari ini setelah seorang pelajarnya disahkan meninggal dunia akibat menghidap virus selesema babi (H1N1) pada 24 Februari lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, penutupan sekolah itu bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan punca wabak H1N1 menular ke sekolah terbabit.

Katanya, kematian pelajar terbabit bagaimanapun hanya dilaporkan kepada pihaknya pada 28 Februari lalu oleh pengurusan sekolah terbabit.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 02 Mar 2011 11:37 AM PST

Utusan Online - Kota


D’Tebing makin tenggelam

Posted:

D'Tebing makin tenggelam

D'Tebing makin tenggelam

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Medan Selera D'Tebing semakin kurang dikunjungi berikutan beberapa masalah yang berlaku terutama masalah tempat letak kereta.


KUALA LUMPUR 2 Mac – Berbekalkan keyakinan bahawa masih ada sinar untuk mereka, peniaga di Medan Selera D'Tebing berhampiran Dataran Merdeka di sini memilih untuk terus berniaga walaupun sambutan pelanggan sangat mengecewakan.

Mereka menyedari masalah kekurangan tempat letak kereta menjadi punca medan selera itu sepi walaupun lokasinya sangat strategik dan pemandangannya begitu menarik.

Lebih dikesalkan oleh peniaga ialah apabila pihak yang diharapkan untuk membantu iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa seperti mengambil sikap terus berdiam diri.

Pihak berkuasa tempatan itu didakwa kurang prihatin biarpun beberapa aduan dikemukakan terutama berkaitan kerja-kerja penyenggaraan bangunan di situ.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi mendapati dakwaan para peniaga di situ ada kebenarannya.

Ini kerana persekitaran medan selera ini agak kurang menarik dan suram sedangkan ia baru sahaja dinaik taraf beberapa tahun lalu.

Selain pokok-pokok tidak dicantas, kolam takungan air pancutan di situ juga yang didakwa tidak pernah dibersihkan sekali gus mencetuskan persekitaran kurang selesa dan selamat.

Tinjauan mendapati keadaan kemudahan awam seperti surau dan tandas awam juga berada dalam keadaan kurang memuaskan.

Seorang peniaga, Asmidar Abu Bakar, 17, berkata, keadaan itu memberi gambaran kepada orang ramai seolah-olah medan selera itu sudah tidak beroperasi.

Namun, bagi meneruskan kesinambungan perniagaan milik bapanya itu, dia enggan menyerah kalah dan akan terus berusaha.

Katanya, selain cuba mempelbagaikan hidangan, pelbagai tarikan lain turut dilakukan termasuk menawarkan harga rendah kepada pelanggan.

"Memandangkan kebanyakan pelanggan tetap terdiri daripada pekerja dan kakitangan pejabat dan bank berhampiran, harga yang kami kenakan jauh lebih murah berbanding gerai lain di ibu negara.

"Kami tidak ada pilihan kerana jika faktor harga tidak menjadi tarikan utama, sudah tentu gerai kami tidak dikunjungi pelanggan," ujarnya.

Dakwanya, ketika medan selera itu mula-mula beroperasi, sambutan begitu menggalakkan, namun akibat tiada pemantauan berterusan daripada pihak bertanggungjawab, medan selera itu seolah-olah mati.

Azura Abu Bakar, 26, pula berkata, kerosakan lampu yang tidak diperbaiki juga menyulitkan peniaga untuk melanjutkan operasi perniagaan mereka pada waktu malam.

Bagaimanapun, katanya, demi memastikan perniagaan dapat diteruskan, peniaga terpaksa menggunakan wang sendiri bagi menggantikan lampu yang rosak.

"Peniaga di sini juga terpaksa meningkatkan sistem keselamatan di gerai masing-masing kerana banyak kes kecurian dan pecah masuk melalui bumbung berlaku, dipercayai dilakukan penagih dadah," ujarnya.

Katanya, keadaan itu turut menjadi punca ada sesetengah peniaga yang meninggalkan perniagaan mereka kerana tidak sanggup terus menanggung kerugian.

Ayob Deraman, 52, pula berkata, mempunyai pelanggan tetap serta lokasi strategik medan selera yang terletak di tengah-tengah pusat bandar raya itu menjadi salah satu faktor dia masih bertahan di situ.

Katanya, bukan menidakkan tugas yang dilakukan DBKL sebelum ini, namun apa yang diharapkan pihak berkenaan lebih bertanggungjawab dan prihatin dengan nasib peniaga di situ.

"Saya melihat ketiadaan papan tanda di laluan masuk menuju ke kawasan medan selera ini menyebabkan pelanggan tidak mengetahui kewujudan medan selera ini," ujarnya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Rahman Ishan, 40, berpendapat, medan selera itu tidak wajar diabaikan oleh pihak berkuasa kerana ia terletak di kawasan strategik.

"Ia terletak di tengah-tengah pusat bandar dan sekiranya medan selera ini dapat diserikan, sudah tentu ia menjadi salah satu lokasi menarik untuk menjamu selera dan bersantai," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis KL guna papan iklan banteras jenayah

Posted:

Polis KL guna papan iklan banteras jenayah

Polis KL guna papan iklan banteras jenayah

KUALA LUMPUR 2 Mac - Polis akan menggunakan papan iklan untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya jenayah dan langkah-langkah untuk mencegahnya daripada berlaku.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, papan iklan tersebut akan mula dipasang di tepi jalan dan lokasi tumpuan utama orang ramai sebelum sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 pada 25 Mac ini.

Beliau berkata, papan iklan itu akan memberi kesedaran dan mengingatkan masyarakat tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelak atau mengurangkan jenayah.

"Sebagai contoh, salah satu paparan di papan iklan ini adalah mengenai kecurian motosikal atau cubaan mencuri motosikal.

"Kita akan tunjukkan di iklan ini, gambar motosikal dalam keadaan mempunyai kunci pendua dan kunci yang berantai.

"Satu lagi ialah gambar motosikal yang dibiarkan begitu sahaja. Daripada paparan ini, kita akan tunjuk bagaimana penjenayah mudah untuk mengambil motosikal tidak berkunci dan meminta mereka yang melihat kejadian itu supaya menghubungi polis," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa temuramah khas sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini semalam.

Menurut Zulkifli, papan iklan tersebut tidak banyak menggunakan perkataan tetapi memaparkan gambar yang memudahkan orang ramai memahami apa yang berlaku dan perlu dilakukan.

Tambahnya, pemasangan iklan tersebut merupakan antara kempen kesedaran yang dilancarkan oleh Polis Kuala Lumpur untuk memerangi jenayah pada tahun ini.

"Kempen ini kita akan lakukan bersama dengan syarikat-syarikat tertentu.

"Kita sudah menghubungi dan berjumpa beberapa syarikat yang bersetuju untuk menaja papan iklan terbabit sebagai salah satu sumbangan dan tanggungjawab sosial mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, usaha bersungguh-sungguh memerangi jenayah yang dijalankan oleh pihaknya berjaya menurunkan jenayah indeks sebanyak 38 peratus pada tahun lalu.

Beliau berkata, trend penurunan terus berlaku dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini apabila jenayah indeks menurun kepada 3.5 peratus, manakala jenayah jalanan kepada 5.5 peratus.

"Matlamat kita adalah mencapai sasaran menurunkan jenayah indeks lebih daripada 5 peratus dan jenayah jalanan 20 peratus pada tahun ini," katanya sambil memberitahu beliau percaya dengan pelaksanaan program-program yang diatur, sasaran itu tiada masalah untuk dicapai.

Selain itu, Zulkifli berkata, pihaknya menumpukan perhatian kepada jenayah jalanan iaitu ragut, samun dan pecah rumah kerana jenayah terbabit menimbulkan ketakutan kepada masyarakat.

Katanya, ini kerana ada kes mangsa ragut sebelum ini mengalami kecederaan dan meninggal dunia akibat kecederaan berpunca daripada kejadian tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DBKL tidak masuk campur

Posted:

DBKL tidak masuk campur

DBKL tidak masuk campur

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Mac – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan masuk campur dalam pertikaian antara penduduk dengan pemaju kawasan Estet Batu.

Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup berkata, pihaknya akan membiarkan perkara itu diselesaikan oleh kedua-dua pihak itu di mahkamah.

Bagaimanapun, menurutnya, sementara menantikan perkara itu diselesaikan, penduduk meminta DBKL tidak menggunakan Ordinan Darurat 1969 untuk merobohkan rumah-rumah penduduk di situ.

Katanya, DBKL bersetuju dengan permintaan penduduk itu dan tidak akan ada kerja-kerja meroboh yang dijadualkan esok sehingga perkara itu diselesaikan antara kedua-dua pihak yang terlibat.

"Kita sudah minta penduduk Estet Batu untuk berbincang dengan pemaju, Mayland Development Sdn. Bhd. untuk menyelesaikan perkara ini.

"DBKL tidak akan masuk campur sehingga kami mendapat perintah pengusiran," katanya selepas mengadakan perbincangan dengan penduduk Estet Batu di sini semalam.

Sebelum itu, kira-kira 30 orang penduduk Estet Batu berkumpul di pekarangan ibu pejabat DBKL di Jalan Raja Laut sejak daripada pukul 10.30 pagi dan nekad untuk mengadakan mogok lapar jika DBKL gagal memberi sebarang maklum balas.

Bantahan itu adalah kali kedua diadakan selepas kali pertama pada Jumaat minggu lalu.

Sementara itu, seorang penduduk, R. Vijayaveeran, 34, berkata, dia gembira dengan janji yang diberikan oleh DBKL itu.

Menurutnya, DBKL sudah pun berjanji untuk tidak masuk campur dalam masalah itu dan akur dengan permintaan penduduk untuk menyelesaikannya di mahkamah.

"Kami akan tunggu pemaju mendapatkan perintah pengusiran dan kemudian kami akan menggunakan peguam untuk melawan mereka," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 02 Mar 2011 09:28 AM PST

Berita Harian: MukaDepan


Jangan heret tentera

Posted: 01 Mar 2011 02:53 PM PST

MukaDepan

pix_gal0
Pasukan keselamatan berkecuali, tidak tunduk tekanan politik

SUNGAI BESI: "Jangan heret pasukan tentera ke kancah politik kerana kami bersifat berkecuali dan hanya bertanggungjawab menjaga keamanan dan kedaulatan negara," kata Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin (atas).

Beliau juga menggesa semua pihak berhenti mempolitikkan isu pembelian kelengkapan ketenteraan dan aset pertahanan negara kerana tindakan sedemikian dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan negara. Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menerusi blognya mendakwa pembelian enam kapal peronda luar pesisir (OPC) oleh Kementerian Pertahanan dengan kos RM6 bilon, lebih mahal daripada negara lain.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menuntut wakil rakyat DAP itu membuat laporan rasmi kepada agensi itu, sebaliknya beliau menolak permintaan itu.

Zulkifeli turut menyangkal dakwaan pasukan tentera tunduk kepada tekanan politik.

"Tentera tidak campur tangan langsung dalam urusan politik negara, namun menyokong sepenuhnya kepada kerajaan memerintah yang dipilih rakyat. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak ambil tahu pasal soal politik negara atau antarabangsa.
"Kita tetap mengikuti perkembangan politik Malaysia dan dunia. Ini hanya untuk pengetahuan, malah pegawai dan anggota tentera pun mempunyai hak memilih (mengundi)," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau sebelum itu menghadiri Perbarisan Perutusan Hari Ulang Tahun Tentera Darat ke-78 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Zulkifeli berkata, berikutan ancaman keselamatan yang sentiasa berubah berikutan pembangunan dan kemajuan negara, tentera darat juga sentiasa membuat pembaharuan dari segi latihan dan peralatan ketenteraan untuk memantapkan keupayaannya.

"Berikutan banyak projek pembangunan bandar baru di seluruh negara, landskap latihan ketenteraan kita turut berubah bagi memahirkan anggota kita bertempur dalam suasana itu sekiranya berlakunya sesuatu ancaman yang mampu menggugat keselamatan negara.

"Kita sentiasa mencari pendekatan baru untuk melatih anggota kita, antaranya menggunakan simulasi lapangan tempur berupa sebuah pekan atau bandar kecil," katanya.

Dalam perutusannya pula, Zulkifeli menegaskan tentera darat sentiasa melakukan persiapan dari segi keupayaan tempur agar sentiasa berada di tahap tertinggi persediaan melaksanakan tugas yang digalas pasukannya.

Untuk memastikan matlamat itu tercapai, katanya, elemen terpenting yang dititikberatkan adalah menjaga kebajikan anggotanya untuk menjadikan mereka tentera yang bermotivasi, produktif dan bersedia untuk bertempur pada bila-bila masa.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

DINO

Selamat menyambut Hari Tentera Darat untuk Warga tentera Semua.Jasa dan pergorbanan anda amat dihargai semoga Allah merahmati.

yotokuu

Bergitulah sepatutnya..tentera untuk melindungi rakyat dan negara bukannya untuk memerangi rakyat sendiri.tentera dibayar gagi oleh rakyat.tiada rakyat tiada tentera dan kerajaan.kalu ada tentera yang memerangi rakyat sendiri walaupun apa alasannya seperti di Libya baik cincang saja pagawai pemerentah tertinggi tentera tersebut.

abdul hadi manshor

ye pihak ygtidak bertangunggujawab dalam mengheret tentera dalam kincah politik harus dihukum

Othman Sitlin

Kelengkapan persenjataan pihak pasukan keselamatan khususnya tentera mmg perlu dipertingkatkan seiring dgn keadaan dan keperluan semasa.Kewaspadaan dan kesiapsediaan dlm bidang pertahanan utk menghindari ancaman dari dalam dan luar.

cyberkerisz

Teruskan berjuang kepada semua anggota tentera Darat dan semua warga ATM. Jalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab agar negara tidak diganggu oleh anasir-anasir durjana.

"Tentera dan Rakyat Berpisah Tiada"

rohana bt taib

semuga tentera malaysia tetap utuh dan maju dalam segala bidang. demi memakmurkan kedaulatan negara, mestilah sentiasa bersedia.

khunshikang

saya rasa pegawai2 atasan tentera pun perlu fit dan tidak over weight (memunyai BMI unggul).Dari apa yg saya lihat,sebahagian besar pegawai2 atasan tentera berbadan gempal / over weight.fikir2kan la..

Hj shari

Jangan ganggu tentera dengan isu-isu politik, ahli politik perlu berhati-hati jangan cuba mengambil kesempatan segala hal untuk kepentingan politik kumpulan masing-masing.

kai

bodohnya tony pua..
takkan nak beli kelengkapan tentera harga 5 ringgit satu..
jika tak betul dakwaannya ,kementerian patut saman.

Mawar

Teruskan memperlengkapkan peralatan moden untuk kepenteingan rakyat dan negara. Pembangkang hanya pandai bercakap sahaja kerana mereka BODOH tak tahu jaga keselamatan Negara. Syabas dan Tahniah kepada ATM yang menjaga keamanan Negara.

Nizam

Semoga Pasukan keselamatan negara kita khususnya Tentera Darat akan terus maju dan standing dengan pasukan lain di rantau ini bagi menjamin kestabilan dan kedaulatan negara tidak dipandang rendah malah mampu diancam oleh kuasa-kuasa lain di rantau ini.
Rakyat Malaysia mahukan yang terbaik untuk Pasukan Keselamatan yang bermati-matian berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara tercinta.

Sedia Berkhidmat. Gagah Setia.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan pinda akta untuk halalkan skim 'kutu'

Posted: 01 Mar 2011 10:50 AM PST

MukaDepan

PENDANG: Peserta permainan 'kutu' yang sebelum ini terdedah kepada penipuan, akan dilindungi undang-undang apabila kerajaan meminda Akta Perniagaan Jualan Langsung (MLM) bagi menghalalkan skim itu.

Draf pindaan akta yang sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara untuk dikaji itu juga akan dapat membanteras sebarang bentuk penganiayaan terhadap pengguna selain menjadi salah satu cara mencegah orang ramai terbabit skim cepat kaya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Rohani Abdul Karim, berkata pindaan itu akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang. Pada masa ini tiada perlindungan bagi mereka yang menyertai skim kutu itu dan terdedah kepada penipuan serta penganiayaan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Kementerian memandang serius permainan ini kerana ia membabitkan sehingga jumlah wang yang besar selain tiada akta khususnya yang melindungi kepentingan pesertanya.

"Saya berharap akta itu dapat dibentangkan ke Kabinet tahun ini supaya permainan tersebut sah di sini undang-undang sebagai salah satu cara mencegah orang ramai terbabit dengan skim cepat kaya," katanya selepas merasmikan seminar Koperasi Wanita Peringkat Negeri di sini, semalam.

Pada 15 Oktober tahun lalu, empat ejen sebuah syarikat pelaburan wang kutu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu yang dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 pada 2008.
Pada 28 September tahun sama, sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu menggunakan wang pos dinamakan Program Ekspres yang dikatakan mencatat keuntungan kira-kira RM30 juta hasil penyertaan 30,000 ahli.

Sementara itu, Rohani berkata, kementerian juga merancang meminda undang-undang berkaitan aktiviti tarik kereta yang sering menimbulkan masalah di kalangan pengguna.

Katanya, melalui undang-undang berkenaan penarik kereta mestilah berdaftar mengikut sistem tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan kerja secara lebih telus dan berhemah.

"Kita dengar banyak rungutan tukang tarik kereta yang bersikap seperti samseng hingga ada kereta yang pinjamannya sudah dilunaskan sebanyak 75 peratus, ditarik secara tidak berhemah.

"Melalui undang-undang ini, kita tidak benarkan hal ini berlaku dan kita akan memastikan ia lebih tertib tanpa membabitkan sebarang kekasaran terhadap pengguna," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List