gravatar

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 01 Mar 2011 01:11 PM PST

Utusan Online - Keluarga


Ah long wanita sama ganas

Posted:

Ah long wanita sama ganas

Ah long wanita sama ganas


Tindakan menyimbah cat merah amat sinonim dengan kekejaman ah long. - Gambar hiasan


AH LONG selalunya sinonim dengan lelaki. Sebabnya, tugas yang perlu dilakukan mereka menuntut kekasaran dan keberanian diikuti tindakan tidak berperikemanusiaan seperti menggertak, mengugut, menyerang, memukul dan kemungkinan membunuh mangsa.

Tetapi jangan terkejut kerana golongan wanita juga terlibat dengan kerja-kerja ah long termasuk yang berketurunan Melayu.

Ah long wanita juga bersifat 'hati kering' sehingga sanggup melakukan kekasaran ke atas peminjam yang gagal membayar mengikut jumlah serta tempoh dijanjikan.

Perkara ini didedahkan oleh Pegawai Unit Tindakan Khas Gores dan Menang & Ah Long, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Saharudin Bakar baru-baru ini.

Malah PPIM turut mempelawa Mega menyertai satu proses rundingan dengan ah long tersebut bagi melangsaikan hutang mangsa.

Ketika wartawan Mega berkunjung ke pejabat PPIM yang terletak di Keramat, Sharudin atau lebih mesra dengan panggilan Abang Dino memberitahu bahawa dia akan bertemu seorang ah long wanita Melayu untuk berbincang dan menyelesaikan satu kes.

Penulis memohon supaya diberikan peluang untuk turut serta dalam perjumpaan itu dan Abang Dino bersetuju.

Pada hari dijanjikan, penulis dan jurugambar mengikut Abang Dino bersama isterinya yang mesra disapa Kak Yati menuju ke sebuah restoran di Klang - lokasi pertemuan yang ditentukan ah long itu.

Namun, kata Abang Dino, perjumpaan kali ini sedikit berbeza kerana ah long itu mahu mangsa turut serta.

Tiba di tempat dijanjikan pada waktu yang ditetapkan, kami berempat bertemu mangsa bersama suaminya dan seorang saudara di luar restoran itu sebelum memasukinya.

Menuju ke sudut di tingkat bawah seperti yang diminta ah long itu, Abang Dino memperkenalkan dirinya dan ia disambut kurang mesra.

Kemudian, ah long itu mengarahkan Abang Dino supaya tidak membenarkan Kak Yati, penulis, jurugambar, suami mangsa dan saudaranya duduk di meja sama untuk mengikuti perbincangan itu. Dia hanya ingin bercakap dengan Abang Dino dan mangsa.

Selepas Abang Dino bersetuju, penulis dan suami mangsa duduk di meja bersebelahan untuk mendengar perbincangan itu.

Melihatkan susuk tubuhnya yang tidak terlalu tinggi dan mengalami masalah kesihatan sehingga membataskan pergerakannya tentu orang tidak menyangka dia seorang ah long. Wanita itu ditemani seorang anak saudaranya yang bertindak sebagai pemandu kereta.

Siapa sangka wanita berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an berwajah mirip Cina itu adalah ah long.

Sepanjang lebih setengah jam berbincang, ah long itu ternyata tidak berpuas hati dengan tujuan PPIM ingin membantu mangsa.

Bukan hanya bercakap banyak dan cuba memotong apa yang diperkatakan Abang Dino, wanita itu juga bercakap dalam nada kuat.

Antara kandungan perbincangan antara Abang Dino dan ah long menunjukkan ah long itu menganiaya mangsa dan bersikap kejam namun tidak mahu mengaku kalah.

Abang Dino: Kakak mengenakan faedah sebanyak 10 peratus kan?Betul kan?

Ah long: Ya.

Abang Dino: Bukankah itu terlalu tinggi dan bank pun hanya mengenakan beberapa peratus setahun?

Ah long: Ya memang lah tapi saya peduli apa. Dia bersetuju...Berlagak masa pinjam, kata semuanya boleh bayar, sekarang kenapa tak mahu bayar?

Abang Dino: Dia bukan tak mahu tapi dia sudah bayar sampai lebih RM23,000 (dalam catatan mangsa) walaupun pinjaman pokok dia hanya sekitar RM9,200. Mana boleh kakak kata dia tak mahu bayar?Dia sudah bayar. Kalau dalam Islam ini dipanggil riba.

Ah long: Saya tahu. Jangan cakap dengan saya pasal agama. Saya tak mahu dengar. Dia bukan sudah bayar RM23,000 tapi hanya RM19,970 (dalam catatan ah long). Semua jumlah yang dia bayar ini hanya untuk faedah, bukan pokok.

Abang Dino: Kalau dia bayar cuma RM19,970 pun, itu dah terlalu banyak untuk hutang dia yang hanya dalam anggaran RM9,200. Jumlah ini sudah melebihi hampir RM10,000. Sekarang mangsa tak patut bayar apa-apa dan hutang dia dengan kakak sepatutnya dah lama selesai.

Ah long: Saya malas nak ambil tahu dan saya tak nak peduli apa yang dia dah bayar. Sekarang kalau mahu tutup kes, dia kena bayar dengan saya RM22,000 dan jumlah ini termasuk pokok, tambah faedah bulanan yang dia tak bayar selama setahun.

Abang Dino: Mana boleh kakak kata tak nak peduli apa yang dia sudah bayar sebab itu duit juga. Kakak kena peduli. Sekarang saya mahu kakak tutup kes ini.

Ah Long: Kalau macam ini saya mahu mangsa bayar RM11, 408 (kononnya jumlah hutang pokok ditambah dengan faedah bulanan selama setahun yang didarab 1.5 peratus).

Abang Dino: Macam mana sekejap macam ini, sekejap macam itu. Sekejap 10 peratus, lepas tu turun 1.5 peratus. Sekarang saya mahu balik pejabat, bincang dengan bos dan akan telefon kakak balik untuk bagi tahu keputusan kami.

Kemudian, Abang Dino mengemas fail dokumen mangsa yang dipegangnya dan bingkas keluar dari restoran itu walaupun ah long berkenaan terus bercakap sebelum dia turut keluar.

Begitulah sikap kebanyakan ah long yang tidak mahu mengaku kalah walaupun secara terang-terang menganiaya mangsa.

Bagaimanapun, hasil budi bicara serta bukti yang dikumpul mangsa dan PPIM, ah long kebiasaannya terpaksa akur menutup kes atau bersetuju dengan sedikit pembayaran penyelesaian.

Menurut Abang Dino, proses peminjaman dilakukan ah long wanita adalah sama dengan kegiatan ceti haram lelaki yang mana mereka mengenakan faedah pembayaran bulanan membebankan peminjam.

Bezanya antara ah long wanita dan lelaki, ah long wanita akan mengupah samseng untuk bertemu mangsa bagi mengutip hutang.

Samseng tersebut yang akan menggunakan kekerasan seperti menggertak, mengugut dan memukul.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PPIM jadi orang tengah

Posted:

PPIM jadi orang tengah

PPIM jadi orang tengah


Iklan-iklan haram yang ditampal oleh agen-agen ah long di tempat awam kerap menarik perhatian peminjam. - Gambar hiasan


BEBERAPA tahun lalu, sebelum setiap pengguna telefon bimbit di Malaysia diwajibkan mendaftar talian, ah long mengiklankan perkhidmatan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kini, bagi mengelakkan identiti mereka dikesan mereka mempromosikan kegiatan itu melalui risalah atau tampalan memo di tempat-tempat awam. Antaranya di cermin hadapan kereta, pokok, pondok telefon, bangunan dan papan tanda.

Simbah cat merah, potong tangan, culik, gangguan tidak kira waktu, pukul, kurung, bakar dan bunuh adalah antara ugutan atau tindakan kejam ah long yang dikenakan ke atas mangsa mahupun keluarga mereka yang gagal melunaskan hutang.

Lebih menyedihkan, ada mangsa terpaksa bertukar kerja atau menjalani kehidupan ala masyarakat nomad bersama keluarga yang kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain semata-mata untuk lari dan menyelamatkan diri daripada ah long.

Itu belum kesukaran hidup ditanggung mangsa yang terpaksa mencari sumber pendapatan tambahan untuk meneruskan keperluan hidup kerana kad mesin pengeluaran automatik (ATM) dipegang ah long yang akan bertindak mengeluarkan wang gaji atau pencen bulanan diterima mangsa.

Segelintir mangsa pula terpaksa mendapatkan wang daripada ah long atau orang lain sehingga ada kes mangsa meminjam wang melalui lebih 31 orang ah long bagi menyelesaikan hutang sebelum itu.

Itu hanyalah penyelesaian sementara apabila mereka akan berdepan bebanan hutang baharu.

Pegawai Unit Tindakan Khas Gores dan Menang dan Ah Long Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Saharudin Bakar berkata, kebanyakan mangsa ah long terpaksa mencari jalan penyelesaian sendiri kerana tidak mengetahui di mana untuk mengadu atau meminta pertolongan.

Katanya, mangsa tidak menyedari, sebagai pengguna, mereka boleh melaporkan masalah itu kepada persatuan pengguna termasuk mengemukakannya di PPIM untuk mendapatkan bantuan dan penyelesaian kekal.

Saharudin atau lebih dikenali sebagai Abang Dino memberitahu, sepanjang 2010, PPIM menerima lebih 3,000 aduan daripada mangsa ah long.

Kesemua aduan itu adalah kes baru kerana PPIM tidak akan menerima kes ulangan yang bermaksud membabitkan mangsa sama.

Jelasnya, hampir kesemua atau 95 peratus daripada aduan yang diterima daripada mangsa berketurunan Melayu dan bakinya lima peratu, membabitkan kaum-kaum lain di negara ini.

PPIM, katanya, bukan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan bantuan kewangan kepada mangsa namun ia menggunakan pendekatan budi bicara untuk berbincang secara berdepan bersama ah long bagi menyelesaikan hutang mangsa secara baik.

"Kami memerlukan pengadu untuk mendaftarkan maklumat terperinci berhubung diri mereka, mengemukakan perincian hutang dan pembayaran yang dibuat kepada ah long untuk direkodkan.

"PPIM akan menyiapkan kertas kerja berhubung kes mangsa sebelum kami menghubungi ah long untuk menetapkan hari, waktu dan tempat perbincangan mengikut kehendak ah long.

"Kemudian, saya sendiri akan bertemu ah long secara berdepan bersama rekod peminjam untuk berbincang dan menyelesaikan masalah itu mengikut cara PPIM," ujarnya.

Jelasnya, dengan kepakaran dan kaedah budi bicara berkesan yang digunakan PPIM, sehingga kini, hampir semua kes aduan mangsa ah long sudah diselesaikan manakala sebahagiannya masih dalam perbincangan.

Menurut Abang Dino, dalam satu kes, peminjam didakwa masih berhutang nilai pokok berjumlah RM100,000 dan ah long mendesaknya membayar jumlah itu untuk menyelesaikan kes berkenaan.

Selepas mengemukakan masalah itu kepada PPIM, mangsa terbukti sudah membayar faedah selama bertahun-tahun sehingga lebih RM80,000 mengikut rekodnya.

Hasil perbincangan antara PPIM dengan ah long, mangsa hanya perlu membayar bakinya iaitu RM20,000 dan kes itu selesai.

Selain itu, PPIM juga membantu menjadikan kaedah pulangan harian atau mingguan yang ditetapkan ah long kepada bulanan supaya lebih mudah untuk membuat pembayaran.

"Pada masa sama, PPIM akan memastikan bayaran hutang itu dibuat secara ansuran dalam tempoh tertentu sehingga ia selesai.

"Secara tepat dan memudahkan orang faham, PPIM bertindak sebagai orang tengah yang mana membantu mangsa menyelesaikan kes, mengurangkan jumlah pembayaran dan menyampaikan bayaran bulanan yang rendah kepada ah long.

"Maksudnya, peminjam perlu membayar jumlah ansuran bulanan kepada kami setiap bulan dan kami akan menyampaikannya kepada ah long, jadi mangsa akan bebas daripada gangguan ah long secara kekal, kata Abang Dino.

Tegas beliau, bukan perkara mudah untuk menyelesaikan kes ah long kerana dia dan pegawai PPIM yang mengendalikannya sentiasa berdepan dengan risiko yang mungkin membahayakan nyawa.

Bagaimanapun, demi membantu masyarakat mendapatkan hak mereka, segala risiko perlu diketepikan.

Tambahnya, berhutang dengan ah long sememangnya satu kesilapan besar yang dibuat peminjam.

Namun, jelasnya, PPIM melihat perkara ini daripada aspek lain kerana menyedari dalam keadaan terdesak mendapatkan sesuatu, seseorang pastinya akan menggunakan setiap peluang yang ada di depan mata.

Misalnya, dalam kes ah long, kegagalan mendapatkan bantuan daripada badan berlesen seperti bank menjadi punca seseorang nekad meminjam daripada ah long.

Sikap kebanyakan bank yang terlalu sukar dan menggariskan syarat-syarat ketat untuk memberi pinjaman menjadi penyebab utama seseorang yang memerlukan duit beralih kepada ah long.

"Walaupun golongan yang bekerja sendiri mempunyai harta dalam bentuk tanah atau rumah, kebanyakan bank tidak ingin menjadikannya gadaian dan tetap 'berkeras' mahukan penyata gaji sebagai syarat untuk memberi pinjaman, jadi ini tidak mampu disediakan golongan berkenaan.

"Justeru, saya menyeru pihak bank lebih prihatin dengan masalah ini supaya melonggarkan syarat peminjaman wang bagi mengelakkan ah long dan mangsanya bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan.

"Mangsa ah long juga dinasihatkan datang ke PPIM untuk mendapatkan bantuan sewajarnya kerana sebagai pengguna mereka mempunyai hak daripada terus ditindas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 01 Mar 2011 11:29 AM PST

Kosmo Online - Varia


Kesihatan, pendidikan komitmen Colgate

Posted:

Kesihatan, pendidikan komitmen Colgate

Kesihatan, pendidikan komitmen Colgate


BACHAALANI (berdiri, empat dari kiri) dan para tetamu bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memegang kad ucapan terima kasih daripada penghuni rumah kebajikan sempena berakhirnya kempen Mari Beramal Bersama Colgate 2010 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KEMPEN Mari Beramal Bersama Colgate 2010 mencatat kejayaan luar biasa apabila berjaya mengumpul sejumlah RM200,000 melebihi apa yang dijangkakan sebelumnya.

Pengarah Urusan Colgate-Palmolive, Issam Bachaalani berkata, sambutan positif daripada pengguna Malaysia sekali lagi menunjukkan keprihatinan dan kemurahan hati rakyat negara ini.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengguna di negara ini di atas sokongan berterusan terhadap kempen amal seumpama itu.

Bachaalani berkata, kesemua sumbangan tersebut diagihkan kepada 12 rumah anak yatim yang dipilih daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menerima sumbangan yang terkumpul daripada kempen Mari Beramal Bersama Colgate.

Sementara itu, menurut Bachaalani lagi, antara penerima sumbangan adalah Rumah kebajikan Kanak-Kanak Taiping, Rumah Kebajikan Anak Yatim/Miskin Klang, Pertubuhan Pendidikan Anak-anak Yatim Selangor, Jemaah Pengurusan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Ulu Gadong dan Pengurusan Kebajikan Anak-anak Yatim/Miskin Islam, Melaka.

Tidak ketinggalan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim, Islam Daerah Segamat, Johor, Persatuan Pure Life dan Rumah Tunas Harapan Semai Bakti.

Katanya, kini komitmen Colgate kepada tanggungjawab sosial ditumpukan kepada bidang kesihatan dan pendidikan.

"Antara projek yang telah dilaksanakan dengan jayanya termasuklah program Bright Smiles, Bright Futures yang memberikan pendidikan penjagaan mulut dan sampel produk kepada 500,000 pelajar Malaysia setiap tahun," katanya.

Tambah beliau lagi, Bulan Kesihatan Mulut turut dilaksanakan bersama Persatuan Pergigian Malaysia untuk memberi pemeriksaan pergigian percuma kepada rakyat Malaysia di seluruh negara pada setiap bulan April dan mendidik mereka tentang kesihatan mulut. Untuk maklumat lanjut layari laman web http://www.colgate.com.my/.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 01 Mar 2011 09:08 AM PST

Utusan Online - Johor


Hasil naik hampir 100 peratus

Posted:

Hasil naik hampir 100 peratus

Hasil naik hampir 100 peratus

Oleh Zulhisham Isahak
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 28 Feb. - Hasil pendapatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi tahun lalu meningkat hampir 100 peratus iaitu RM6.2 juta berbanding RM3.4 juta pada tahun sebelumnya.

Datuk Bandar Johor Bahru, Mohd. Jaffar Awang berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan itu adalah dengan adanya perkhidmatan pejabat mini bergerak (e-Nobas) di kawasan tumpuan dan strategik.

"Untuk itu, tidak mustahil akan wujud lebih banyak e-nobas di bandar raya ini pada masa akan datang. Ternyata konsep e-nobas ini telah diterima orang ramai.

"Selain itu, sejumlah 23,426 lesen perniagaan telah didaftarkan di kawasan bandar raya sehingga kini dan pada tahun lalu sahaja, sebanyak RM19.7 juta berjaya dikutip," katanya semasa mempengerusikan mesyuarat bulanan MBJB, di Bangunan MBJB, di sini, hari ini.

Menurutnya, walaupun MBJB berjaya mengutip jumlah itu tetapi masih ramai peniaga di kawasan bandar raya yang berniaga tanpa lesen dan sepanjang tahun lalu sebanyak 75 kompaun dikeluarkan kerana berniaga secara haram.

Menurutnya, dakwaan mengatakan masalah itu berpunca daripada MBJB yang lewat mengeluarkan lesen perniagaan adalah tidak benar kerana pihaknya sentiasa proaktif dalam hal itu.

"Kelulusan permohonan lesen perniagaan dikendalikan dalam tempoh 14 hari jika membabitkan lesen sensitif seperti salon, bengkel kereta dan restoran kerana memerlukan penelitian serta lawatan ke tapak terbabit," katanya.

Mohd. Jaffar berkata, bagi lesen yang tidak sensitif seperti kedai gunting rambut dan menjual akhbar atau majalah, proses itu mengambil masa sehari sahaja.

Pada tahun ini, Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MBJB merangka gerak kerja khusus untuk melakukan transformasi penjaja dan penguatkuasaan lesen perniagaan, katanya.

Antaranya, melakukan operasi pemutihan penjaja haram termasuk di kawasan perindustrian, contohnya di Tebrau, Tampoi, Mount Austin, Bukit Mewah, Johor Jaya, Permas Jaya dan Plentong.

Tegasnya, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap peniaga yang ingkar termasuk kesalahan melibatkan kebersihan makanan serta premis perniagaan.

Di samping itu, MBJB juga akan menguatkuasakan pengharaman papan tanda dan iklan haram khususnya melibatkan iklan ceti haram atau ah long.

"Ini setelah mengambil kira aduan mengenai iklan haram yang meningkat serta sikap sesetengah pengiklan yang sewenang-wenangnya memasang papan iklan tanpa permit," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

minta baiki segera jambatan rosak

Posted:

minta baiki segera jambatan rosak

minta baiki segera jambatan rosak


Kamaruddin Yaakob dan Samion Kamaruddin mahu jambatan reput dan patah di Kampung Seri Pantai, Mersing dibaiki segera.


MERSING 28 Feb. - Penduduk Kampung Seri Pantai, dekat sini mengeluh kerana sebuah jambatan yang menjadi laluan mereka selama ini rosak sejak beberapa bulan lalu.

Seorang penduduk, Kamaruddin Yaakob, 53, berkata, jambatan terbabit menjadi laluan penduduk sejak sekian lama dan sebahagian daripada kehidupan mereka.

"Kayu-kayu di jambatan itu banyak yang reput dan patah. Lebih membimbangkan kami, ramai warga emas dan kanak-kanak yang pernah tergelincir semasa melalui jambatan ini," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini, baru-baru ini.

Kamaruddin yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, dia juga pernah hampir terjatuh semasa menunggang basikal ketika melalui jambatan itu kerana tidak menyedari salah satu papan di situ telah patah.

"Saya tak mampu untuk membaiki jambatan ini seorang diri. Justeru, saya minta agar ada penduduk bersama-sama bergotong-royong membaik pulihnya demi untuk kegunaan semua," katanya.

Anak bongsu Kamaruddin, Samion, 17, pula memberitahu, dia dan rakan-rakannya takut untuk bermain di jambatan berkenaan kerana ia terlalu uzur.

"Dulu selalu juga kami menunggang basikal ramai-ramai di situ, tapi kini tidak lagi kerana takut jatuh," katanya.

Seorang peniaga, Akasha Emir, 33, juga mengakui kakinya pernah terperosok semasa melalui jambatan tersebut pada waktu malam kerana papannya telah rosak dan patah.

"Kecederaan itu meninggalkan parut di kaki dan membuatkan saya serik lalu di tempat itu pada waktu malam," katanya sambil melahirkan perasaan warga emas atau kanak-kanak yang akan terjatuh jika jambatan itu tidak dibaiki segera.

Justeru, mereka berharap pihak yang bertanggungjawab turut membantu membaiki segera jambatan tersebut demi keselamatan penduduk kampung berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 01 Mar 2011 01:42 AM PST

Berita Harian: Ratu


Tukar-tukar kotak pensel

Posted: 28 Feb 2011 04:49 PM PST

Ratu

PEREDARAN fesyen masa kini tidak hanya memberi penumpuan kepada golongan berkerjaya, kanak-kanak yang belum menjana pendapatan juga tidak terkecuali mengikuti arus fesyen semasa.

Sesuai dengan usia dan tanggungjawab sebagai kanak-kanak bersekolah, segala kelengkapan ke sekolah, terutama kotak pensil juga perlu berubah, mengikut aliran terkini.

Seperti ibu dan ayah, kanak-kanak-kanak juga berasa seronok apabila dapat menukar koleksinya mengikut cita rasa mereka. Hari ini ke sekolah, mungkin si anak akan menggunakan kotak pensel hijau memandangkan ia sesuai dengan beg sekolah Ben-10. Dunia persekolahan kanak-kanak sekarang tidak lagi kusam seperti dulu, kehadiran pelbagai koleksi peralatan menulis untuk ke sekolah membuat mereka bertambah ceria dan kelihatan segar.

Lihat sajalah koleksi beg sekolah yang terdapat di pasaran, didatangi dalam pelbagai kelebihan tersendiri, ada yang beroda, kalis air dan mempunyai sokongan tulang belakang, begitu juga dengan kasut sekolah dan peralatan menulis.

Kotak pensel arena kini juga tidak kurang hebatnya. Ada yang memaparkan karakter kartun terkemuka seperti Barbie, Mickey Mouse dan macam-macam lagi. Tidak cukup dengan itu, koleksi kotak pensel juga didatangi dalam pelbagai bahan, termasuk besi, kain dan plastik serta kayu.

Pendek cerita, sekolah, tuisyen dan setiap kelas dihadiri disertakan dengan kotak pensil yang berlainan di samping kelengkapan peralatan menulis yang tidak kurang canggihnya.
Bagi sesetengah pihak, memanjakan anak dengan koleksi kotak pensel mungkin satu pembaziran. Kanak-kanak sering kali lalai dalam menjaga barangan mereka tetapi itu lumrah sifat kanak-kanak dan sebagai ibu bapa, menjadi tanggungjawab membimbing anak supaya lebih menghargai hak mereka.

Apa yang lebih penting, dengan adanya koleksi peralatan menulis yang pelbagai, sedikit sebanyak ia mampu menarik minat anak untuk ke sekolah. Masakan tidaknya, pasti berkobar-kobar hendak menulis menggunakan pensel mekanikal baru dengan pemadam dan pembaris Spongebob Squarepants.

Penolong Pengurus Jualan Runcit Swan, Mohd Jahawari Yeop Sohor memberitahu, koleksi kelengkapan peralatan menulis masa kini cukup menyeronokkan dengan kelebihan dan keistimewaan tersendiri yang memudahkan kanak-kanak sepanjang penggunaan.

Sebagai contoh, pensil mekanikal Shaker. Goncang saja, mata pensel keluar dengan sendiri dan ia menjimatkan masa penggunaan. Begitu juga koleksi pensel warna yang boleh diubah menjadi warna air dengan hanya membasahkan lukisan menggunakan berus warna.

Jika dulu, kotak pensel yang dibawa ke sekolah hanya sekadar kotak besi yang berisi pensel, pemadam, pengorek dan pembaris. Kini, keadaan berbeza, kotak pensil tampil dalam pelbagai rupa, bentuk kereta pun ada!

Ada kotak pensel berbutang, yang memudahkan kanak-kanak menyimpan peralatan tulis mereka; kotak pensel plastik atau besi bertingkat, yang memberi lebih ruang menyimpan.

Kotak pensel kain juga tidak kurang menarik dengan pembahagian ruang dan zip di samping penampilan unik seperti berbentuk pensel dan haiwan kesukaan, yang pasti menambah keceriaan kepada kanak-kanak di alam persekolahan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - GenK

Posted: 28 Feb 2011 09:24 PM PST

Kosmo Online - GenK


Goalball insafkan legenda EPL

Posted:

Goalball insafkan legenda EPL

Goalball insafkan legenda EPL

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR



DENGAN mata yang ditutup gogal hitam, keadaan sekeliling bagi Jesper Blomqvist dan Dominic Matteo menjadi gelap gelita. Tiada langsung cahaya yang dapat dilihat. Kaki yang sebelum itu pantas melangkah, mula menapak perlahan.

Kedua-dua pemain bola sepak legenda dari Manchester United (MU) dan Liverpool itu kemudian dipimpin ke hadapan tiang gol masing-masing. Tiang gol sepanjang sembilan meter itu adalah ukuran penuh sisi lebar gelanggang yang seluas 162 meter persegi.

Sedia menanti mereka adalah empat pelajar yang turut memakai penutup mata dan akan berganding bahu untuk beraksi dalam permainan goalball iaitu sejenis sukan berkaitan bola yang direka khas untuk golongan cacat penglihatan.

Sukan itu memerlukan tiga pemain untuk dua pasukan yang beraksi. Setiap pasukan akan cuba untuk menjaringkan gol dengan cara melontar bola khas yang mempunyai loceng di dalamnya ke gawang lawan.

Walaupun ia kelihatan mudah, namun apabila seorang yang baik penglihatan bertukar menjadi si buta, segala-galanya berubah.

Kelincahan Blomqvist dan Matteo ketika beraksi di padang tidak lagi wujud sebaliknya apa yang dapat dilihat hanyalah pergerakan sangat perlahan dan teraba-raba walaupun cuma untuk bergerak satu kaki ke hadapan.


DALAM permainan goalball penonton perlu sentiasa senyap kerana pemain bergerak berpandukan bunyi loceng yang diletakkan di dalam bola.


"Permainan ini terlalu sukar. Pertama kali mencubanya membuatkan saya bersyukur apabila mempunyai penglihatan sempurna. Meskipun hanya beraksi kurang 20 minit, tetapi ia sangat mencabar.

"Pelajar-pelajar ini sungguh hebat. Di sebalik kekurangan yang dialami (cacat penglihatan), tetapi mereka mampu bermain dengan begitu baik," kata Blomqvist yang berjaya menyumbang beberapa gol untuk pasukannya.

Dalam perlawanan goalball yang berlangsung di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak, Kuala Lumpur itu, pasukan Blomqvist (MU) berjaya menewaskan Matteo (Liverpool) dengan keputusan 8-2.

Sukan mencabar

Sementara itu, Matteo yang baru 'menggantung but' daripada arena bola sepak Liga Perdana England (EPL) tahun lalu, mengakui betapa sukarnya menjadi orang buta.

'Kehilangan' pancaindera penglihatan dalam tempoh yang sesingkat itu juga telah membuatkan dia berasa tidak tentu arah hingga membataskan pergerakan.

"Mula-mula nampak mudah, tetapi apabila mata sudah ditutup semuanya menjadi tidak keruan. Namun, kerjasama yang diberikan ahli pasukan saya sangat dihargai. Meskipun kami tewas tetapi ia satu pengalaman yang cukup bermakna bagi saya," tutur Matteo yang kini berusia 36 tahun.

Kehadiran Blomqvist dan Matteo ke sekolah tersebut merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Standard Chartered Bank Malaysia (Standard Chartered).

Ia bertujuan bagi mempromosikan projek mereka yang menyasarkan untuk menangani kebutaan yang boleh dicegah atau dipanggil Seeing is Believing (SIB).


PERMAINAN ini mengajar Matteo betapa hidup tanpa daya penglihatan bukanlah mudah.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Standard Chartered, Arif Siddiqui, kekurangan diri tidak boleh menjadi alasan untuk manusia gagal mencapai potensi diri dengan sebaik mungkin.

"Justeru, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menguatkan dan membolehkan mereka menjadi yang terbaik yang mereka dapat. Ini boleh dilakukan dengan melengkapkan mereka dengan peralatan yang diperlukan sekali gus menjadi individu bermaklumat dan sempurna," ujar Ariff.

Dalam pada itu, Pengetua SM Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Setapak, Che' Fatimah Che' Abdullah, 57, melahirkan rasa gembira di atas kesudian pihak Standard Chartered membawa dua pemain bola sepak legenda EPL menjejakkan kaki ke sekolah mereka.

"Melalui acara sebegini, ia mampu memberi motivasi kepada pelajar-pelajar agar tidak berasa rendah diri dengan kekurangan yang ada. Malah, ia juga membuatkan para pelajar rasa dihargai dan disayangi masyarakat," kata Che' Fatimah.

Selain perlawanan persahabatan goalball, pihak sekolah turut menyediakan beberapa persembahan istimewa yang dipersembahkan oleh pelajar yang berbakat seperti nyanyian, dikir barat dan persembahan muzik.


BAKAR SEMANGAT. Barangkali itu yang dibisikkan bekas pemain tersohor MU, Blomqvist kepada salah seorang pemainnya dari SM Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan).


Lawatan dan kehadiran Blomqvist dan Matteo ke sekolah tersebut diadakan bersempena Kejohanan Bola Sepak Piala EPL Masters Malaysia 2011 tajaan Standard Chartered yang akan berlangsung pada 13 Mac ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

Sebanyak empat pasukan akan bertanding bagi merebut piala tersebut iaitu Liverpool Masters, MU Masters, EPL All Stars Masters dan Malaysian Masters. Semua pemain merupakan bekas-bekas pemain yang pernah beraksi bersama pasukan masing-masing dalam saingan EPL.

Tiket-tiket berharga RM33 untuk menyaksikan perlawanan boleh dibeli secara dalam talian melalui Fatdeal Ticketing di www.fatdeal.com.my dan Fatdeal Outlets di Victoria Music Centre (Sungei Wang, Amcorp Mall, Tropicana City Mall dan Bangsar Shopping Complex).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kem remaja di Riverstone

Posted:

Kem remaja di Riverstone

Kem remaja di Riverstone

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


PESERTA berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox dan paintball.


BAGI melahirkan generasi muda yang bersemangat dan mempunyai jati diri yang tinggi, pihak pengurusan Riverstone Eco Resort yang terletak di Ulu Yam, Selangor menawarkan dua program motivasi sepanjang bulan ini.

Dianjurkan buat pertama kalinya, program yang dipanggil Kem Pintar dan Kem Survival Riverstone itu bertujuan untuk menanamkan sikap positif dalam diri golongan remaja.

Menurut pemilik Riverstone Eco Resort, Hamidah Asasaruddin, penganjuran kem tersebut bertujuan untuk membimbing remaja dalam menganalisis diri, mencari kekuatan dan kelemahan yang ada serta mengembangkan potensi serta bakat mereka.

"Di samping itu, modul yang akan diguna pakai mampu untuk menjadikan seseorang remaja itu sentiasa berfikiran positif dan komited terhadap tanggungjawab sebagai pelajar dan anak.

"Sepanjang tiga hari kem ini berlangsung, setiap peserta akan didedahkan dengan keperluan untuk memiliki sahsiah diri, penampilan dan kesihatan yang baik serta menguasai kemahiran berkomunikasi," ujar Hamidah.

Antara pengisian sepanjang program berlangsung termasuklah permainan simulasi, aktiviti riadah seperti merentas hutan, paintball dan flying fox.

Selain itu, peserta juga akan menunaikan solat secara berjemaah selain mengikuti kuliah Subuh dan Maghrib yang akan disampaikan oleh fasilitator yang berpengalaman.

"Kami harap, penganjuran kem sebegini akan dapat melahirkan remaja yang berkeyakinan, berdedikasi, berdikari, berdisiplin, menghormati orang tua dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian," tambah Hamidah yang mencetuskan idea bagi penganjuran kem tersebut.


PESERTA kem mencuba aktiviti paintball di Riverstone Eco Resort.


Untuk Kem Pintar, penyertaan terbuka kepada pelajar yang berusia tujuh hingga 12 tahun. Kem ini akan berlangsung pada 14 hingga 16 Mac. Yuran penyertaan sebanyak RM260 seorang dengan setiap peserta akan turut menerima sijil penyertaan dan kemeja T.

Bagi Kem Survival pula, ia akan diadakan pada 18 hingga 20 Mac dengan bayaran penyertaan RM290 seorang. Kem itu terbuka kepada pelajar berusia 13 hingga 19 tahun.

Setiap peserta akan menginap di dorm yang terdapat di resort tersebut. Mereka cuma perlu membawa barang-barang keperluan seperti pakaian yang sesuai sepanjang program, pakaian sukan, kasut, barangan mandian, selimut, tuala, kain pelikat atau kain batik.

Penyertaan terbuka kepada 50 hingga 100 peserta bagi setiap kem. Untuk menjamin keselamatan peserta, mereka akan dilindungi dengan Skim Insurans Kemalangan Berkelompok daripada syarikat insurans berdaftar.

Tarikh tutup penyertaan pada 12 Mac. Untuk maklumat lanjut hubungi Hamidah di talian 012-229 5228.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 28 Feb 2011 07:48 PM PST

Harian Metro: Hati


Iktibar harga timun jatuh

Posted: 28 Feb 2011 09:11 AM PST

KERUGIAN disebabkan harga sayuran jatuh suatu ketika dahulu tidak pernah menjejaskan semangat dan kesungguhannya untuk terus terbabit dalam sektor pertanian organik secara komersial.

Bermula dengan hanya projek percubaan 18 tahun lalu, kini ladang seluas 1.21 hektar di Kampung Paya Siput, Lanchang, Pahang berjaya diusahakan dengan tanaman timun dan terung menggunakan sistem fertigasi.

Bagi Norizan Othman, 50, hanya semangat dan kesungguhan menjadi bekalannya sepanjang terbabit dalam bidang pertanian organik sehingga layak menerima Sijil Organik Malaysia (SOM).

Katanya, untuk terbabit dalam pertanian organik dia perlu mematuhi semua peraturan membabitkan penggunaan baja dan racun yang ditetapkan oleh agensi berkaitan.


Menerusi penyertaannya dalam kurus selain tunjuk ajar rakan, dia mampu menghasilkan baja daripada campuran ikan, gula merah, batang dan buah pisang termasuk air laut.


"Untuk menghalang serangan serangga perosak, ulat pengorek buah dan hama, saya menggunakan kaedah semula jadi dengan menanam pokok semambu di kawasan kebun.

"Saya juga menggunakan perangkap, pelekat dan air perahan bawang putih dan halia yang disembur pada pokok bagi menghalang serangan ulat pengorek buah," katanya yang mendapat bantuan suami, Hamdan Mat Jusoh, 52.

Mengusahakan pertanian secara organik lebih menguntungkan berbanding dilakukan secara biasa yang menggunakan baja dan racun kimia diimport.

Petani mampu menjimatkan kos sehingga 30 peratus, terutama apabila tidak perlu membeli baja dan racun kimia yang harganya semakin meningkat.

Dia berkata, semangatnya terus bertambah setiap kali memungut dan menjual hasil terung dan timun, penat lelah mengusahakan kebun berbaloi apabila menerima imbuhan.

Dia kini hanya menumpukan kepada tanaman terung dan timun kerana permintaan terhadapnya begitu menggalakkan berbanding tanaman sayuran lain yang kurang memuaskan.

Timun dan terung mampu dijual pada harga antara RM2 hingga RM7 sekilogram. Harganya akan meningkat dua hingga tiga kali ganda pada musim tengkujuh apabila pengeluaran berkurangan.

Ibu kepada empat anak itu berkata, permintaan terhadap sayuran organik di negara ini begitu menggalakkan terutama apabila pengguna merasakan kesihatan mereka lebih terjamin menerusi makanan yang tidak dicemari bahan kimia.

"Selain bebas bahan kimia, timun dan terung organik mempunyai rasa yang lebih sedap dimakan mentah selain dimasak dengan pelbagai resipi.

"Walaupun harganya lebih tinggi, permintaan terhadap sayuran organik terus meningkat," katanya yang menerima Anugerah Ladang Organik Kebangsaan sebanyak empat kali.

Norizan yang mewakili negara pada sambutan Hari Peladang Asean di Kemboja 2005 berkata, pengalaman harga timun jatuh dan dijual RM10 sebakul menjadi sejarah dalam hidupnya.

Ketika itu hanya Tuhan sahaja mengetahui betapa kecewanya dia dan suami, penat lelah mengusahakan kebun berakhir dengan kerugian.

Bagaimanapun, selepas episod itu, projek yang diusahakan berjalan lancar seterusnya menghasilkan pendapatan yang lumayan sehingga tidak dapat memenuhi permintaan.

"Saya mampu memperoleh pendapatan sehingga RM10,000 semusim dengan purata hasil jualan antara RM200 hingga RM300 sehari.

"Masalah modal dan kurangnya sokongan agensi kerajaan berkaitan menyebabkan saya tidak dapat memperluaskan projek walaupun kawasan masih luas.

"Sebelum ini saya sudah mengeluarkan modal lebih RM100,000 untuk membesarkan kawasan selain menyediakan kelengkapan lain," katanya yang sentiasa mengharapkan bantuan pihak berkaitan.

Bagi Hamdan, minat dan kesungguhan isterinya mengusahakan projek tanaman sayuran organik mendorong dia bekerjasama dalam semua tugas.

"Pertanian yang diusahakan secara komersial mampu memberi pendapatan lumayan manakala permintaan terhadap sayuran terutama organik setiap hari bertambah.

"Semakin luas projek yang diusahakan, lebih banyak keuntungan diperoleh," katanya yang menjualnya terus ke pasar borong.

Dia yang turut mengusahakan projek tanaman pisang nangka seluas lapan hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Lanchang, berkata sokongan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan sedikit sebanyak melancarkan projeknya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Novel Bersiri - Cikgu Rania (Siri 29): Hari-hari yang dicabar tengkujuh

Posted: 28 Feb 2011 08:58 AM PST

RANIA mengurut dada. Dia berasa lega melihat Amanda Sofea ada di tempat yang dijanjikan. Bimbang juga di hatinya, kalau-kalau kelewatannya sampai di tempat itu membuatkan gadis yang dalam dilema itu berubah fikiran. Melihat kelibat Rania muncul, wajah murung Amanda Sofea disiram sejalur cahaya harapan.

"Amanda takut cikgu tak datang," luah gadis itu. Tangannya terus dipimpin Rania menuju ke kereta.

"Ada hal tadi. Cikgu terlambat. Amanda dah makan?" tanya Rania.

Amanda Sofea kelihatan lemah tidak bermaya. Amanda Sofea menggeleng.


"Kita makan dulu ya," putus Rania.


Amanda Sofea angguk.

"Macam mana Amanda sampai ke sini? Siapa hantar?" Rania sangat ingin tahu.
"Naik teksi, seorang," sahut Amanda Sofea.

Sambil menggeleng, Rania mengeluh perlahan. Nasib baik, tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Terima kasih Allah, lindungi budak ini! Begitulah manusia, apabila berdepan dengan tekanan, mereka boleh buat apa sahaja apatah lagi remaja seperti Amanda Sofea yang masih mentah untuk membuat keputusan. Aku juga begitu barangkali. Tekanan membuatkan aku sedikit tabah! Fikir Rania apabila sekilas ingatannya berkalih pada Ummar Qayyum.

Sambil memandu liar mata Rania mencari restoran. Tersilau sebuah restoran yang agak lengang pengunjung, Rania memarkir keretanya.

"Jom makan!" ajaknya.

Tanpa segan-silu, Amanda Sofea menyaingi langkah Rania.

"Agak-agaknya mama tahu tak yang Amanda dah tak ada di rumah?" Rania cuba mencungkil informasi sebaik sahaja Amanda Sofea selesai menjamu selera. Habis sepinggan mi goreng dilahapnya.

Amanda angkat bahu. Wajah yang mulai ceria berubah rona. Dia tidak suka persoalan itu ditimbulkan. Dia tidak suka nama mamanya disebut-sebut. Mama yang baginya pentingkan diri sendiri dan tidak pernah mengerti apatah lagi memahami situasi yang sedang dihadapi.

"Apa yang Amanda buat ni sebenarnya salah." Berhati-hati Rania membenamkan ayat tersebut di sanubari Amanda Sofea.

"Kalau salah kenapa cikgu cari Amanda?"

"Amanda tahu jawabnya bukan?" Rania merenung mata Amanda Sofea sehingga anak gadis itu dibeliti rasa bersalah.

"Amanda tahu Amanda salah cikgu tapi mama tu tak ada toleransi. Susah nak bawa berbincang dengan mama. Dia ego," adu Amanda Sofea.

Wajahnya bercelaru. Jiwanya berkecamuk. Puas dijelaskan pada ibu bahawa menggugurkan kandungan adalah perbuatan dosa tetapi ibunya tekad mahu menggugurkan kandungan tersebut.

"Dengan ayah dah bincang?" tanya Rania lagi.

Amanda Sofea telan liur. "Baba pun setuju dengan keputusan mama."

Masih terngiang-ngiang kata-kata mamanya sebelum dia mengambil keputusan untuk pergi dari rumah itu. Jauh di sudut hati, tertanya-tanya juga dia adakah benar bapa yang sesekali sahaja pulang itu turut bersekongkol dengan ibu?

"Mama kata baba pun setuju."

"Maknanya Amanda belum berbincang dengan ayah lagi?"

"Baba sibuk cikgu, dulu selalu juga balik tapi sejak baba kahwin lain, jarang boleh jumpa baba cikgu."

Terkedu Rania mendengarnya. Anak ini kekurangan perhatian dan kasih sayang rupanya. Mendengar penjelasan Amanda Sofea tersebut, Rania tidak sampai hati lagi untuk bertanya. Dia bimbang pertanyaannya bakal menambah beban derita yang barangkali diam-diam ditanggung Amanda Sofea.

Justeru, sampai saja di rumah sewa, terus saja Rania menyuruh Amanda Sofea membersihkan diri. Dia menyediakan pakaian untuk Amanda Sofea. Bila dia masuk ke kamar untuk mengajak Amanda Sofea solat bersama, anak gadis itu sudah lena di atas katil. Tidak sampai pula hatinya untuk mengejutkan Amanda Sofea. Dia solat sendiri.

Selesai solat, dihampiri Amanda Sofea. Wajah Amanda Sofea yang sedang tidur itu ditatapnya. Matanya redup tertutup rapat. Mulut kecilnya sesekali terbuka. Dengkurnya seperti bayi yang benar-benar kelelahan. Dia memang benar-benar penat setelah melalui detik-detik yang mencemaskan.

Alhamdulillah kerana akhirnya aku menemukannya sehelai sepinggang tapi dalam keadaan selamat. Apakah tindakan yang aku perbuat ini wajar? Tidak dia mengizinkan aku menghubungi ibunya. Bagaimana? Perlukah aku akur pada permintaannya padahal aku tahu ibunya wajar dimaklumi. Rania capai beg sandang Amanda Sofea. Di dalamnya ada telefon bimbit kepunyaan anak gadis itu. Perlukah aku hubungi ibunya? Soalnya lagi sewaktu telefon bimbit Amanda Sofea sudah berada di tangan. Setelah bulat dengan keputusannya, aral pula melintang. Telefon itu dikunci dengan kata laluan.

Ah, apa yang harus aku buat? Dia terfikirkan Ajeerah. Terus dihubungi Ajeerah menggunakan telefon bimbitnya pula.

"Tak ada cikgu. Jeerah tak simpan nombor mak Amanda. Kenapa cikgu?"

"Er, tak ada apa-apa."

"Tadi Jeerah cuba hubungi Amanda, dia tak angkat," cerita Ajeerah.

"Oh ya ke? Dia okeylah tu. Err, mak Jeerah ada nombor emak Amanda?"

"Tak tahu cikgu. Tapi kalau cikgu nak..."

"Er...tak apalah," ujar Rania yang tiba-tiba bertukar fikiran. Kalau ibu Ajeerah tahu, sudah pasti dia mengesyaki sesuatu. Bukankah itu memburukkan keadaan?

"Terima kasih Jeerah," ujarnya seraya mematikan talian. Dipandangi lagi gadis malang yang begitu lena dalam tidurnya. Telefonnya pula berdering.

"Mama..." ujar Rania lirih. Tidak dijawab. Sejak dari tadi, ibunya tidak berhenti-henti menghubungi. Dibiarkan sahaja deringan telefon daripada ibu berdering-dering sehinggalah usai dia menguruskan Amanda Sofea. Sekarang semuanya sudah terkawal. Wajarkah dia menjawab panggilan ibu? Apa mahu ibu? Sebelum ini telah dimaklumkan pada ibu bahawa dia akan bermalam di rumah sewaannya kerana banyak urusan. Atau ada hal penting yang lain? Soalnya sendiri lantas panggilan ibu dijawab.

"Di mana ni?" soal Puan Sri Zalia dengan nada cemas. "Mama telefon dari tadi, kenapa tak angkat?"

Dia mendengus perlahan mendengar bebelan daripada ibu.

"Mama dah telefon ayah sebab bimbangkan Ren," maklum ibunya tanpa sempat dia menjawab apa-apa.

"Mama, Ren okey. Tak payahlah mama kecoh-kecoh."

"Mahu mama tak kecoh kalau Ren tak jawab panggilan mama. Apa masalahnya sampai Ren tak boleh jawab panggilan mama?"

"Ren tengah bawa kereta tadi mama," jelas Rania seraya memandang Amanda Sofea yang sedang berkalih tubuh dalam tidurnya.

"Ren di mana ni?"

"Di rumah sewa Ren."

"Ren sihat?"

"Sihat ma."

Baru lapang rasa hati Puan Sri Zalia mendengarnya. Hati ibu mana yang tidak gundah-gulana apabila anak gadis tidak menjawab panggilannya. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku. Itu yang membuatkan Puan Sri Zalia tak senang duduk setiap kali gagal berhubungan dengan anak gadis nan seorang.

"Tadi Qayyum datang," ujar Puan Sri Zalia apabila keadaan sudah reda. Suaranya lembut penuh keibuan.

Rania diam sahaja.

"Dia dah cerita semua pada mama, seperti Qayyum, mama pun tak faham Ren. Apa masalah Ren sebenarnya?"

"Tak ada apa-apa ma."

"Hissh kamu ni Ren...macam tu kamu kata tak ada apa-apa."

"Habis Ren nak kata apa? Dah tak ada jodoh!"

"Ren, jangan cakap macam tu, mama tak suka dengar. Masalah ni berpunca daripada Ren. Ren yang tiba-tiba putuskan hubungan dengan Qayyum. Qayyum tak tahu apa-apa. Keputusan ni keputusan Ren seorang."

Rania membisu.

"Kasihan mama tengok Qayyum. Tak baik Ren buat dia macam tu tau."

Pilu Rania mendengarnya. Dapat dibayangkan bagaimana keadaan Ummar Qayyum sewaktu berjumpa ibunya. Kalau aku berasa belas padanya apatah lagi ibu. Maafkan aku Qayyum!

"Ren..."

"Mama, Ren nak selesaikan kerja Ren," Rania memberi alasan kerana tidak mahu memanjangkan isu antara dirinya dengan Ummar Qayyum.

"Ren..."

"Assalamualaikum mama."

Rania membaringkan tubuhnya bersebelahan dengan Amanda Sofea selesai saja ibu menjawab salamnya. Dia berasa penat yang bukan kepalang. Tiba-tiba saja kepalanya pening berdenyut-denyut. Urat-urat di tubuhnya berasa tegang. Matanya seperti tidak mampu dibuka lagi. Nafasnya perlahan menandakan dirinya lelah teramat sangat.

Dia terlena dalam keadaan berfikir dan terjaga apabila mendengar azan Subuh yang berkumandang dari surau berhampiran taman perumahan tersebut. Tidurnya dengan pakaian semalam masih membaluti tubuh. Dia bangkit membersihkan diri dan bersolat Subuh. Sesudah itu, dia mengejutkan Amanda Sofea dan bergegas pula menyiapkan sarapan untuk Amanda Sofea.

"Dah solat?" soalnya sewaktu melihat Amanda Sofea masih dalam telekung. Amanda Sofea terkebil-kebil.

"Cikgu, sebenarnya dah lama Amanda tak solat," ujar Amanda Sofea dengan ikhlas. "Amanda dah tak berapa ingat macam mana nak solat."

Walaupun terkejut, Rania tidak mempamerkan perasaan itu pada Amanda Sofea. Dia tenang dan memujuk gadis itu dengan cara yang tersendiri.

"Tak mengapa, cikgu boleh ajar. Cikgu balik sekolah nanti, kita solat sama-sama ya!"

Amanda Sofea angguk.

"Cikgu dah sediakan sarapan. Lepas makan, Amanda rehat dan jangan keluar ke mana-mana. Tunggu sampai cikgu balik."

Amanda Sofea angguk. Sebelum pintu dikunci, Amanda Sofea mencium tangan guru yang disayangi itu manakala Rania membalas dengan mengucup kedua-dua pipinya. Kereta dipandu perlahan sahaja kerana jarak rumah sewaannya dengan sekolah hanya memakan masa dua tiga minit sahaja.

Keluar sahaja dari pintu kereta, Ajeerah menyerbunya.

"Cikgu, Amanda Sofea lari dari rumah." Nafas Ajeerah tercungap-cungap. Berubah air muka Rania. Dia mengerling ke kiri dan ke kanan sebelum bertanya sesuatu pada Ajeerah.

"Emak Amanda telefon emak Jeerah pagi-pagi tadi. Emak Jeerah pun tanyakan Jeerah tapi Jeerah tak tahu. Ada Amanda telefon cikgu?"

Berderau darah Rania diaju soalan sedemikian. Dia hanya menggeleng.

"Mana Amanda pergi ya? Jeerah risaukan Amanda cikgu. Mesti dia lari sebab dia tak hendak gugurkan kandungan."

Sepatah kata pun tak mampu diucap Rania. Banyak yang mengganggu fikirannya saat itu.

"Selain cikgu dengan Jeerah, Amanda tak ada orang lain," Ajeerah berkira-kira sendiri.

"Jeerah naik kelas dulu ya," arah Rania apabila menyedari para pelajar sudah tidak kelihatan di perkarangan sekolah.

"Baik cikgu."

Ajeerah berlari-lari anak naik ke tingkat atas meninggalkan Rania sendirian terkebil-kebil. Jiwa Rania jadi tidak keruan. Loceng berbunyi. Rania bergegas masuk ke kelas. Ada empat kelas berturut-turut. Kalau keadaan sudah runcing sebegini, aku perlu berterus-terang dengan pengetua. Fikirnya dan bersemangat untuk menerangkan satu persatu apa yang berlaku. Namun begitu, apa yang dirancang tidak menjadi. Sewaktu dia sedang mengajar di Kelas 4 Jupiter pada waktu kedua, dia diarahkan berjumpa pengetua.

"Sekarang ya cikgu," kata kerani sekolah apabila melihat Rania teragak-agak.

Setelah memberikan latihan pada para pelajar, Rania mengekori kerani ke bilik pengetua. Debar di jantungnya berasa lain macam apabila kakinya diinjak ke bilik Tuan Haji Muhyiddin. Sebaik tersuluh wajah seorang wanita bersama Tuan Haji Muhyiddin debar di jantungnya kian laju manakala rimanya menjadi tidak menentu. Dia masih ingat raut wajah wanita itu. Wanita itu ialah Ibu Amanda Sofea. Diingati kerana wanita itu pernah ditemui di Planetarium sewaktu wanita itu menjemput Amanda Sofea yang pengsan.

Setelah dipersilakan duduk, Tuan Haji Muhyiddin memperkenalkan wanita itu kepada Rania dan bercerita tentang tujuan wanita itu hadir ke sekolah.

"Amanda Sofea telah menghilangkan diri semalam. Puan Rozana percaya Amanda Sofea bersama seseorang. Beliau ingin tahu kalau-kalau cikgu tahu di mana anaknya sekarang," jelas Tuan Haji Muhyiddin.

Rania serba salah.

"Saya dimaklumkan oleh emak Ajeerah bahawa cikgu agak rapat dengan anak saya, mungkin anak saya ada menghubungi cikgu atau mungkin ada bersama cikgu," serkap Puan Rozana tiba-tiba.

Kecut perut Rania dibuatnya.

"Maklumat daripada cikgu barangkali boleh membantu," Tuan Haji Muhyiddin mencelah. Dia berasa pelik melihatkan keadaan Rania.

"Maafkan saya. Boleh saya tahu kenapa agaknya Amanda Sofea menghilangkan diri?" tanya Rania berani.

"Ini masalah keluarga, saya hanya mahu tahu kalau-kalau cikgu tahu di mana dia berada." Tanpa menjawab pertanyaan Rania, Puan Rozana menyoalnya balik.

"Saya tak tahu."

"Betul cikgu tak tahu?" gertak Puan Rozana.

Rania angguk.

"Bukankah cikgu sangat rapat dengannya?"

"Saya memang agak rapat dengannya sejak saya mengetahui kisah tragis yang menimpa anak puan," sahut Rania selamba.

"Kisah tragis? Apa maksud cikgu?" Suara Puan Rozana meninggi.

Dia menjeling sekilas pada Tuan Haji Muhyiddin. Rania teringat pesanan Amanda Sofea supaya merahsiakan hal tersebut. Kemungkinan besar ibunya tidak tahu bahawa dia, pihak pentadbir dan kaunselor sekolah sudah tahu tentang peristiwa yang menimpa Amanda Sofea. Tahunya mereka adalah untuk kebaikan Amanda Sofea juga.

"Boleh cikgu jelaskan? Saya kurang mengerti," gertak Puan Rozana lagi.

Rania pandang muka Tuan Haji Muhyiddin yang nampak keliru. Barangkali Tuan Haji Muhyiddin juga tidak menyedari bahawa perempuan yang sedang bersemuka dengan mereka ialah ibu kepada pelajar yang mengandung itu.

"Tuan Haji, Puan Rozana ialah ibu kepada pelajar yang...," Rania terhenti seketika. Berat lidahnya untuk melangsungkan kata-kata seterusnya.

"Ibu siapa?" Berkerut dahi Tuan Haji Muhyiddin.

"Pelajar kita yang hamil...." Nada suara Rania sengaja direndahkan. Tuan Haji Muhyiddin terkejut sedang Puan Rozana pula sudah naik angin.

"Apa?"

Rania menghela nafas. Meluat juga dia melihat kelakuan Puan Rozana yang langsung tidak menunjukkan kematangan dan jauh sekali bersikap profesional.

"Awak jangan cakap sembarangan," ugut Puan Rozana.

Biji matanya sudah membuntang. Ketara dia sangat marah apabila mengetahui perihal kehamilan Amanda Sofea sudah diketahui pihak sekolah.

"Tak betul ke apa yang saya cakap?" cabar Rania. Dia sudah tidak sanggup melayan kerenah hipokrit Puan Rozana yang menyusahkan banyak pihak lebih-lebih lagi anaknya sendiri.

"Bermakna awaklah yang menyebarkan berita tersebut?" tuduh Puan Rozana. Matanya membelalak. Nafasnya turun naik begitu kencang. Berang sungguh dia mendengar kata-kata Rania.

"Sabar puan sabar. Perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Kami sudah ada perancangan untuk anak puan," pujuk Tuan Haji Muhyiddin melihatkan Puan Rozana sudah dilanda emosi.

"Kalau tak kerana rancangan puan untuk gugurkan kandungan Amanda, dia tak akan lari dari rumah," Rania menyiram minyak tanah ke dada Puan Rozana yang sedang membara.

Dia juga berasa marah mengenangkan tindak-tanduk tidak berperikemanusiaan yang sedang dirancang Puan Rozana.

"Kurang ajar!" herdik Puan Rozana. "Ini urusan anak saya dan awak tak berhak untuk campur tangan."

"Tapi rancangan puan salah. Berdosa. Lebih teruk lagi rancangan puan tidak mendapat persetujuan daripada Amanda Sofea. Dia tidak rela kalau puan gugurkan kandungannya."

"Saya akan pastikan awak akan dikenakan tindakan tatatertib atas apa yang telah awak lakukan."

"Apa yang saya buat? Saya hanya berusaha untuk menyelamatkan bayi yang tidak berdosa," bangkang Rania.

Puan Rozana mengetap bibirnya.

"Puan, sabar puan. Kita bincang tentang kehilangan anak puan dulu. Keselamatannya yang perlu diutamakan," pintas Tuan Haji Muhyiddin.

Dia bimbang melihatkan kesabaran Puan Rozana yang sudah genting menanti putus itu. Mendengar kata-kata Tuan Haji Muhyiddin, Puan Rozana sejuk sedikit. Dia duduk kembali dengan wajah yang masam mencuka.

"Cikgu tahu di mana Amanda Sofea?" tanya Tuan Haji Muhyiddin apabila keadaan semakin stabil.

"Amanda Sofea selamat. Dia berada di rumah sewa saya."

Bersambung...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 28 Feb 2011 03:07 PM PST

Kosmo Online - Komuniti Kita


18 wartawan muda makan malam dengan Zam

Posted:

18 wartawan muda makan malam dengan Zam

18 wartawan muda makan malam dengan Zam


ZAINUDDIN beramah mesra bersama peserta Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia pada majlis makan malan bersama beliau di Kuala Lumpur baru-baru ini.


DIRAIKAN. Seramai 18 peserta Zamalah Wartawan Muda 1 Malaysia anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) diraikan dalam satu majlis makan malam bersama Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Zainuddin Maidin (Zam) baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di Restoran 39, PNB Darby Park, Kuala Lumpur turut dihadiri oleh Pengerusi MPI , Datuk Chamil Warya, Ahli Dewan Negara selaku moderator kursus, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah dan bekas Pengarang Ekonomi Utusan Malaysia, Datuk Rosnah Majid.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Waris Penghulu Mat Taha berhimpun

Posted:

Waris Penghulu Mat Taha berhimpun

Waris Penghulu Mat Taha berhimpun


SEBAHAGIAN daripada ahli keluarga Penghulu Mat Taha yang berkumpul di Dewan Majlis Daerah Perak Tengah, Parit baru-baru ini.


JUMPA. Satu majlis pertemuan semula keturunan Penghulu Mat Taha iaitu penghulu terkenal di Kampung Layang-Layang Kanan Parit, Perak pada tahun 1920-an dan 1930-an telah berlangsung di Dewan Majlis Daerah Perak Tengah, Parit, Perak baru-baru ini.

Majlis yang bertujuan memberikan peluang kepada waris serta keturunan Penghulu Mat Taha beramah mesra serta mengenali antara satu sama lain.

Lebih 300 orang keturunan Penghulu Mat Taha termasuk tetamu istimewa iaitu isteri ketiga kepada Penghulu Mat Taha, Baaisah Lebai Darus yang kini berusia 92 tahun hadir pada majlis itu.

Ahli keluarga tersebut kini tinggal di seluruh negara.

Penghulu Mat Taha telah meninggal dunia pada awal tahun 40-an.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 28 Feb 2011 01:42 PM PST

Utusan Online - Keluarga


Minat luar biasa Afdlin

Posted:

Minat luar biasa Afdlin

Minat luar biasa Afdlin

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


AFDLIN sudah bersedia untuk menjual koleksinya kepada mereka yang benar-benar berminat.


SEBAIK sahaja melangkah masuk ke dalam sebuah bilik di pejabatnya yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Afdlin Shauki kelihatan begitu ralit menghadap komputer ribanya.

Apabila diperhatikan Afdlin rupa-rupanya sedang khusyuk melayari beberapa laman web sambil melihat satu persatu miniatur permainan yang cukup menarik perhatiannya.

Setiap satu diperhatikan dan dibaca dari segala aspek termasuklah tahun pembuatan, syarikat yang mengeluarkan sehinggalah kepada individu yang telah menghasilkan miniatur tersebut.

"Inilah yang sering saya lakukan seandainya ada masa terluang. Memang tidak lengkap kalau tidak melayari laman web sebegini untuk mencari barang permainan baru untuk dijadikan koleksi terbaru saya," luah Afdlin membuka bicaranya pada pertemuan petang itu.

Barangkali ramai yang tidak tahu bahawa Afdlin sebenarnya mempunyai hobi yang sangat unik. Di sebalik kehidupannya sebagai pelakon dan pengarah dia sebenar gemar mengumpul patung permainan terutama yang terdiri daripada miniatur watak-watak popular.

Kalau sesiapa mengunjungi pejabatnya, pasti akan tertarik dengan koleksi Afdlin yang memenuhi hampir setiap sudut ruang pejabatnya.

Bukan sembarangan permainan yang dikumpul Afdlin kerana anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu mengkhususkan koleksinya hanya kepada watak mahupun karakter dalam setiap filem yang menjadi kegemarannya.

Sebutkan apa sahaja watak daripada filem Hollywood khususnya, boleh dikatakan semuanya ada dalam koleksi Afdlin termasuklah The Lord or the Rings, Batman, Edward Scissorshand, Iron Man, Spider Man, Buffy The Vampire Slayer, The X-Files, Star Trek, Transformers, Star Wars dan bermacam-macam lagi.

Bukan itu sahaja, ikon seni unggul dunia seperti Marilyn Monroe, Frank Sinatra, Elvis Presley, The Beatles, Lucille Ball dan juga watak Scarlett O'Hara dalam filem epik, Gone With The Wind juga ada dalam koleksinya.

Malah, kegilaannya terhadap siri komedi Monthy Phyton, Afdlin mempunyai miniatur kesemua watak-watak dalam siri itu dan juga watak Brad Pitt dalam Inglorious Basterds yang masih tersimpan rapi di dalam kotak.

Cerita Afdlin, obsesinya untuk mengumpul miniatur watak-watak popular itu timbul sejak dia di bangku sekolah lagi.

Ketika itu, katanya, pada tahun 1977 sewaktu filem pertama Star Wars mula menjadi kegilaan ramai.

"Saya hanya mampu melihat pelajar yang lain membawa permainan Star Wars ke sekolah dan bermain bersama rakan-rakan.

"Kalau saya mahu beli permainan sama seperti mereka, memang tidak mampu kerana saya bukannya dari keluarga yang kaya.

"Bermula detik itu, saya berjanji kepada diri saya bahawa satu hari nanti saya juga mampu untuk memiliki permainan sama seperti mereka.

"Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan daripada hasil titik peluh sendiri, saya kini mempunyai koleksi seperti mana yang dapat dilihat hari ini," kata pemilik nama penuh Afdlin Shauki Aksan itu rendah diri.

Membalas dendam

Menyambung bicara, Afdlin memberitahu, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa miniatur watak dalam filem yang menjadi pilihannya untuk dijadikan koleksi.

"Seperti mana hasil seni yang lain termasuk filem dan lagu, saya cukup kagum dengan kreativiti mereka yang mencipta dan menghasilkan watak itu.

"Kita akan dapat melihat sendiri bagaimana halusnya hasil kerja mereka sehinggakan benda yang kecil pun kita akan dapat lihat betapa indah pembuatannya.

"Secara tidak langsung, kita menghargai hasil kerja seni orang lain yang sebenarnya bertungkus-lumus untuk menghasilkannya dan memberikan kepuasan kepada mereka yang memilikinya," kata pengarah filem Buli dan Papadom itu sambil membelek miniatur watak Aragorn dari filem The Lord of the Rings .

Menurut Afdlin, dia mengumpul apa sahaja patung watak daripada filem The Lord of the Rings . Baginya, sebagaimana hebatnya pembikinan filem epik trilogi arahan Peter Jackson itu, begitu jugalah halusnya pembuatan setiap permainan yang dikeluarkan untuk filem tersebut.

Afdlin memberitahu, dia mula serius untuk memulakan hobinya itu sekitar tahun 1998 di mana ketika itu kerjaya seninya baru bermula.

Disebabkan begitu taksub dan obses terhadap patung permainan dan filem, Afdlin pernah menghabiskan separuh daripada gajinya hanya untuk menyempurnakan hobinya itu.

"Apabila sudah mula mempunyai duit sendiri, itulah masanya untuk saya 'membalas dendam' dengan membeli dan mencari meniatur yang saya rasa menarik untuk dijadikan koleksi.

"Sehinggakan isteri saya, Maria Christina Orow Abdullah membebel apabila mengetahui peruntukan besar yang saya ketepikan khusus untuk hobi saya. Katanya, lebih baik gunakan wang itu untuk perbelanjaan anak-anak.

"Bukan itu sahaja, ketika saya begitu ghairah dengan minat saya itu, tiada seorang pun yang saya benarkan menyentuh setiap satu permainan saya walaupun anak-anak saya sendiri.

"Tetapi sekarang semuanya sudah berubah. Kalau sesiapa yang mahu bermain atau membeleknya, saya benarkan. Saya sudah tidak kisah lagi," katanya sambil ketawa kecil.

Melihatkan kepada koleksi permainannya itu, sempat juga Afdlin ditanya anggaran nilai keseluruhan dan sambil berseloroh, Afdlin menjawab: "Nilainya sampai boleh buat majlis kahwin dua tiga kali."

Sebahagian besar permainan yang ada di pejabatnya itu dibeli dan ditempah oleh Afdlin daripada sebuah kedai yang menjual permainan seperti itu yang majoritinya diimpot dari Amerika Syarikat, Jepun dan Hong Kong.

Jika berpeluang ke luar negara, Afdlin pasti mencari dan membeli miniatur yang jarang ada di pasaran atau edisi terhad.

Pada masa sama, Afdlin akan melayari laman web eBay untuk mencari mana-mana individu yang mahu menjual koleksi mereka.

"Ada beberapa yang saya miliki memang edisi terhad di mana bilangan yang dihasilkan tidak banyak. Mungkin dalam 5,000 unit sahaja di seluruh dunia.

"Sebagai contoh, patung Scarlett O'Hara itu saya beli dengan harga sekitar RM600 daripada seseorang yang ketika itu hendak berpindah dan mahu menjual barang permainannya.

"Saya memang cerewet dalam bab ini dan saya hanya akan mencari yang unik serta sukar diperolehi di pasaran.

"Jujurnya, permainan yang dihasilkan di kilang seperti mana yang kita dapat lihat di kedai permainan bukan pilihan saya.

"Melainkan jika saya merasakan ia begitu bernilai untuk dibeli, barulah saya membelinya," jelas Afdlin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kecintaan Mariyah pada seni ukir kayu

Posted:

Kecintaan Mariyah pada seni ukir kayu

Kecintaan Mariyah pada seni ukir kayu

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar ZULKARNAIN SAIDIN


Pelbagai reka bentuk ukiran pintu kayu yang ditawarkan oleh Khazanah Masa Sdn. Bhd.


PILIHAN perniagaanya mungkin agak di luar kebiasaan. Malah jarang sekali kita tahu tentang wanita yang berniaga pintu rumah kerana mendengarnya saja sudah agak kurang glamor berbanding jika membuka spa atau butik.

Sebab tidak ramailah yang mendorong Mariyah Pit, 54, menongkah arus membuka perniagaan menjual pintu melalui syarikatnya Khazanah Masa Sdn. Bhd.

Idea perniagaan tersebut timbul hasil pengalamannya menghadapi kesukaran untuk mencari reka bentuk pintu rumah yang menarik dan unik bagi kediamannya.

''Kebetulan pada ketika itu saya sedang mencari-cari pintu rumah yang bercirikan ukiran tradisional untuk kediaman sendiri,'' kata bekas arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu.

Beliau akui kerana meminati ukiran tradisional, maka salah satu usahanya ialah mengabadikan ia pada pintu rumah.

''Sekurang-kurangnya ada juga identiti tradisional Melayu dalam rumah untuk diingati oleh anak-anak supaya ia tidak terus pupus dek zaman,'' katanya.

Sebagai arkitek, Mariyah juga menggunakan peluang itu untuk mempromosi pelbagai reka bentuk pintu keluaran syarikatnya kepada pelanggan.

Kebanyakan pintu menggunakan kayu jenis nyatoh dan mahagony yang biasanya dihasilkan dalam saiz standard iaitu tinggi 2,050 milimeter (mm) dan lebar pula 860 mm.

Biasanya ia akan dijual pada harga serendah RM1,200 untuk ukiran pada sebelah pintu.

Ketika ditanya adakah perniagaan tersebut mampu bertahan, kata ibu beranak empat itu, permintaan untuk pintu memang sentiasa ada.

''Saya beri peluang kepada pelanggan untuk memilih rekaan yang digemari. Kalau yang orang lama biasanya memilih corak awan larat manakala yang muda lebih kontemporari,'' katanya ketika ditemui di kedainya di No. 12, Jalan Wangsa Setia 4, Wangsa Melawati, Ulu Klang, Selangor baru-baru ini.

Katanya, walaupun harga yang ditawarkan untuk pintu berukiran lebih mahal daripada biasa, tetapi itu tidak menjadi persoalan kepada yang menghargai seni.

Selain itu, kata Mariyah, syarikatnya juga menjual kaligrafi ayat-ayat suci al-Quran yang dihasilkan dari kayu.

''Kita juga menerima tempahan ukiran untuk hiasan dinding dan penghadang dinding,'' katanya.

Jelas Mariyah, kebanyakan pelanggan mendapat tahu mengenai perniagaan pintunya itu menerusi Internet dengan melayari laman web www.khazanahmasa.com.my

Sebelum memulakan perniagaan, Mariyah memberitahu, pembabitan awalnya dalam bermula dengan membuka firma arkitek.

''Selepas berhenti kerja, saya bercadang untuk meneruskan bidang ini di rumah sahaja kerana tidak sanggup lagi meninggalkan anak bongsu yang berusia dua tahun pada ketika itu,'' katanya.

Bagaimanapun katanya, disebabkan bidang arkitek memerlukan dia menghadiri mesyuarat maka lapan bulan selepas itu beliau mengambil keputusan membuka firma sendiri.

Katanya, berbekalkan modal RM5,000, Mariyah membuka firma sendiri di Jalan Tun Razak pada tahun 1994 dengan berkongsi pejabat dengan seorang rakannya.

Lama kelamaan dengan perniagaannya yang semakin berkembang, Mariyah mengambil keputusan membuka pejabat sendiri di tempat sekarang.

Peluang yang diberikan kepadanya untuk mereka bangunan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya telah mencetuskan rasa cintanya terhadap seni ukiran Melayu.

''Semenjak itu saya begitu lantang memperjuangkan ukiran seni Melayu ini,'' katanya.

Kata Mariyah, sepatutnya seni ukiran Melayu dijadikan sebagai perhiasan di mana-mana bahagian dalaman pada setiap bangunan negara ini.

''Sayangnya seni ukiran Melayu sudah tidak dihargai seperti mana pembinaan rumah kayu orang Melayu yang kini telah digantikan dengan rumah batu-bata.

''Tidak kisah sama ada ia diletakkan pada pintu dan sebagainya lagi tetapi sekurang-kurangnya identiti orang Melayu ini masih boleh disaksikan oleh generasi muda,'' katanya.

Mariyah berharap dengan usahanya menjalankan perniagaan pintu berukiran tradisional ini termasuk bahan-bahan ukiran lain akan dapat diketengahkan ketika orang lain sudah makin lupa terhadap warisan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Blog List