Isnin, 9 Mei 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 09 May 2011 07:28 AM PDT

Kosmo Online


Rompak: Buruh dipenjara 6 tahun, disebat

Posted:

Rompak: Buruh dipenjara 6 tahun, disebat

Rompak: Buruh dipenjara 6 tahun, disebat

09/05/2011 8:39pm

KLANG – Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merompak seorang lelaki Pakistan dengan bersenjatakan parang dan kapak pada Ogos tahun lepas.

Hakim Norsyaridah Awang memerintahkan S. Kalidas, 22, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian iaitu pada 24 Ogos lepas.

Kalidas didakwa bersama-sama tiga lagi yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan ke atas Abdullah Khan, 26, di Lot 3877, Batu 2 1/2, Jalan Air Hitam, Dengkil, Sepang dekat sini, kira-kira pukul 9 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan atau denda. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saluran khas mengenai bayi, kanak-kanak

Posted:

Saluran khas mengenai bayi, kanak-kanak

Saluran khas mengenai bayi, kanak-kanak

09/05/2011 8:35pm

KUALA LUMPUR – Astro dan Fox International Channels (FIC) hari ini melancarkan BabyTV, sebuah saluran televisyen terkenal di dunia mengenai bayi dan kanak-kanak.

Ketua Pegawai Operasi, Measat Broadcast Network System, Henry Tan berkata, kandungan dan program saluran itu dihasilkan secara eksklusif oleh pakar pembangunan awal kanak-kanak.

Katanya, previu percuma saluran itu dapat ditonton oleh semua pelanggan Astro melalui Saluran 618 mulai hari ini hingga 30 September.

"Selepas tarikh itu (30 September), pelanggan yang berminat untuk terus menonton saluran berkenaan boleh melanggan BabyTV dengan bayaran RM5 sebulan," katanya pada majlis pelancaran saluran itu di sini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, di Kompleks Penyayang Bakti di sini. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harga gula naik 20 sen mulai esok

Posted:

Harga gula naik 20 sen mulai esok

Harga gula naik 20 sen mulai esok

09/05/2011 8:23pm

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai esok.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi Negara menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).

Mohd Zain berkata, sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun.

Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain, katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 09 May 2011 07:22 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Saman fitnah Ketua Menteri Sarawak terhadap Malaysiakini diteruskan

Posted: 09 May 2011 01:29 AM PDT

PUTRAJAYA: Kes saman fitnah oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud terhadap portal berita, Malaysiakini, akan diteruskan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan permohonan kebenaran Taib untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membuang hanya satu daripada empat perenggan pernyataan pembelaan Malaysiakini.


Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff serta Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff memerintah Abdul Taib membayar kos guaman RM10,000 kepada portal berita itu dan defendan bersama, ketua pengarang Steven Gan.

Pada 3 Jan lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan sebahagian daripada rayuan Abdul Taib. Mahkamah Rayuan membatalkan salah satu daripada empat perenggan yang dipohon oleh Abdul Taib untuk dibuang daripada pernyataan pembelaan, iaitu perbuatan saman itu menyalahkan proses mahkamah.


Tiga lagi perenggan dalam pernyataan pembelaan dikekalkan iaitu berkaitan justifikasi penyiaran artikel itu, ulasan pembaca dan perkapalan Archipelago yang didakwa dikaitkan dengan keluarga ketua menteri itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru disyaki rogol pelajar ditahan

Posted: 09 May 2011 12:08 AM PDT

KUANTAN: Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka, Jerantut, semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lepas.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, guru lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun itu di sebuah kuarters guru di tanah rancangan itu.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata guru berkenaan telah menghubungi keluarga mangsa untuk mengajar mangsa di kuarters tersebut.

"Mangsa dan seorang rakan sekolahnya pergi ke rumah guru berkenaan bagi menyiapkan kerja sekolah. Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian rakan mangsa telah beredar dari rumah itu.


"Selepas rakan mangsa keluar, guru berkenaan bertindak memeluk mangsa secara paksa dan merogolnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mohd Haris berkata guru berkenaan telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak dan keluarganya tinggal di Kedah.

Katanya, mangsa yang mengalami kemurungan menceritakan perkara itu kepada salah seorang guru di sekolahnya sehari selepas kejadian sebelum dimaklumkan kepada keluarga.


Beliau berkata keluarga mangsa membuat laporan polis semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 09 May 2011 03:45 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


Harga gula naik 20 sen mulai esok

Posted: 09 May 2011 03:41 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA: Harga gula naik 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai esok.

Pemuda maut ditikam pada majlis kahwin

Posted: 09 May 2011 02:57 AM PDT

Mutakhir

TAWAU: Seorang pemuda yang menceroboh satu majlis perkahwinan maut selepas ditikam dengan senjata tajam dalam kejadian di Tanjung Batu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP, Ibrahim Chin, berkata lelaki berusia 27 tahun itu datang ke majlis terbabit tanpa diundang dan bertindak menendang kerusi serta meja dalam kejadian 12.15 tengah malam itu.

"Lelaki itu datang ketika orang masih berkaraoke dan tiba-tiba menendang meja dan kerusi. Dalam keadaan kucar-kacir itu seorang lelaki lain yang menjadi tetamu di situ bertindak menikam belakang lelaki berkenaan dengan benda tajam," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Akibat tikaman itu, lelaki yang identitinya belum didedahkan maut di tempat kejadian.

Ibrahim juga meluahkan rasa kesal kerana pihaknya gagal mendapat kerjasama sewajarnya bagi mengesan penyerang terbabit untuk membantu siasatan.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi polis. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 09 May 2011 03:43 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Kaca berterbangan kondo mewah meletup

Posted: 08 May 2011 02:07 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya terkejut melihat banyak kaca berterbangan selepas terdengar bunyi letupan kuat disusuli gegaran," kata penghuni Kondominium Hampshire Park, Jalan Ampang, Daniela Semeraro, 42, semalam.

Dia yang tinggal di tingkat 12, segera turun bersama suami untuk menyelamatkan diri.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu, satu letupan kuat berlaku pada sebuah unit di tingkat 17 kondominium mewah berkenaan hingga menggegarkan kawasan sekitarnya.

Difahamkan, letupan itu menyebabkan puluhan rumah rosak, malah sebuah hotel yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian turut mengalami kerosakan.


"Saya difahamkan penghuni rumah iaitu seorang lelaki cedera di tangan dan terbakar rambut berikutan letupan itu.


"Selain itu, saya diberitahu mangsa baru pindah ke rumah berkenaan hari ini (semalam)," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, punca kejadian tidak dapat dikenal pasti, namun percaya ia berpunca dari letupan gas.


"Beberapa hari sebelum kejadian, terdapat gangguan pada tekanan gas apabila menunjukkan ia semakin rendah," katanya.

"Tiba-tiba saya dikejutkan dengan letupan yang kuat petang tadi (semalam)," katanya.


Difahamkan, penghuni rumah berkenaan seorang lelaki warga British berusia 61 tahun melecur 70 peratus badan. Mangsa kini dirawat di Pusat Perubatan Prince Court.


Sehingga malam tadi, pasukan bomba dan penyelamat, polis dan ambulans masih menjalankan usaha mengenal pasti punca kejadian dan menyelamatkan penghuni lain yang mungkin cedera.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kereta ‘tukar’ jadi motosikal

Posted: 08 May 2011 01:53 PM PDT

PUTRAJAYA: Gara-gara terlalu mempercayai jiran, seorang lelaki mendakwa kehilangan kereta Honda Civic 1.7 Vtech warna biru miliknya selepas bertukar tuan tanpa kebenarannya.

Mangsa, Zaidi Zakariah, 46, berkata, dia menyedari tertipu apabila kereta yang diberikan sementara waktu kepada jirannya yang juga seorang ejen kereta terpakai didapati tiada, tanpa memaklumkan di mana kereta itu berada. "Saya memberikan kereta itu sementara waktu kepadanya selepas tidak mampu membayar ansuran hampir tiga bulan kerana menghadapi masalah kewangan dan dia membayar RM6,000 sebagai pertukaran kepada kereta itu. "Apabila wang mencukupi, saya berjumpa semula ejen berkenaan untuk membayar dan menuntut semula kenderaan itu seperti yang dijanjikan, tetapi dimaklumkan kereta saya tiada. "Saya kemudian bertanya kepada pemilik kedai kereta tempat saya beli di Johor dan jawapan yang diberikan sama," katanya ketika datang ke pejabat Harian Metro di sini semalam. Zaidi yang berasal dari Kajang berkata, dia yang pelik dengan kejadian itu kemudian ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bandar Baru Bangi untuk mengetahui status kenderaannya. "Saya terperanjat sebaik mengetahui nombor pendaftaran kereta itu sudah bertukar menjadi nombor pendaftaran motosikal, manakala nombor pendaftaran motosikal itu bertukar menjadi nombor pendaftaran kereta saya. "Saya tidak pernah membuat sebarang pertukaran pada dokumen kenderaan itu," katanya. "Saya buntu dan tidak tahu kepada siapa boleh saya ajukan masalah ini," katanya. Zaidi berkata, dia membuat empat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengenai kehilangan kenderaannya. Menurutnya, kereta berkenaan dibeli atas nama isterinya, Noriah Hashim, 49, dengan harga RM65,000, pada Mei 2009. Dia mendakwa hanya sempat menggunakan kereta itu selama 11 bulan sebelum memberikannya kepada ejen berkenaan kerana masalah kewangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 09 May 2011 03:40 AM PDT

Utusan Online - Utara


Yakin capai setinggan sifar

Posted:

Yakin capai setinggan sifar

Yakin capai setinggan sifar

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperlis@utusan.com.my

KUALA KANGSAR 8 Mei – Kerajaan negeri yakin sasaran setinggan sifar menjelang 2012 dapat dicapai berdasarkan usaha berterusan pelbagai pihak dalam membanteras masalah tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, melalui beberapa pendekatan yang telah dirangka ia membantu memastikan sasaran sifar setinggan mampu dicapai.

"Sehingga kini kita telah berjaya menyelesaikan 60 peratus masalah setinggan dan bakinya akan diteruskan sebelum 2012 berakhir.

"Saya harap masalah ini (mencapai matlamat setinggan sifar) dapat diselesaikan secepat mungkin dan ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membantu menaikkan taraf hidup rakyat di negeri ini," katanya selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Zambry berkata, antara prosedur atau pendekatan baru yang digunakan adalah penempatan 'in-situ' di mana penduduk terbabit tidak perlu dipindahkan ke tempat lain.

Katanya, mereka hanya akan dipindahkan sekiranya tanah yang diduduki diambil balik oleh pemilik dan sekiranya perbincangan yang dibuat dengan pemilik tanah berjaya, kerajaan negeri boleh membeli tanah itu untuk diberikan kepada penduduk yang telah lama menetap di situ.

"Usaha ini diharap dapat membantu rakyat hidup dalam keadaan lebih selesa dan berasa selamat selain mengatasi masalah berkaitan pemilikan tanah yang sering berbangkit sebelum ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jadikan gotong-royong budaya - Raja Muda Perlis

Posted:

Jadikan gotong-royong budaya - Raja Muda Perlis

Jadikan gotong-royong budaya - Raja Muda Perlis


Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama penduduk kampung bergotong-royong di Mata Ayer, Padang Besar, semalam.


PADANG BESAR 8 Mei - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan masyarakat meneruskan budaya gotong-royong yang mempunyai nilai murni termasuk mengeratkan perpaduan di kalangan penduduk, khususnya di negeri ini.

Titah baginda, ini dapat dibuktikan menerusi sikap bantu-membantu di kalangan anggota masyarakat sewaktu menjalankan gotong-royong.

"Sikap bantu-membantu dan bekerjasama antara ahli masyarakat dapat disemai menerusi gotong-royong sekali gus menyemai hubungan yang baik," titah baginda sewaktu bersama rakyat dalam Program Gotong-Royong Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer sempena Hari Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail Ke-68 di Kampung Ngulang Utara, Mata Ayer, dekat sini, hari ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Titah baginda, gotong-royong juga boleh menjadi aktiviti riadah kepada masyarakat selain mengindahkan kawasan kediaman dan persekitaran.

Program gotong-royong tersebut turut mendapat kerjasama pelbagai agensi termasuk Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), polis dan tentera.

Selain gotong-royong membersihkan persekitaran dan masjid di kampung berkenaan, seorang penduduk Abdul Halim Abdul Rashid, 54, menerima bantuan sebuah rumah bernilai RM16,500 sumbangan pihak Baitulmal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMNO Perak jangan leka

Posted:

UMNO Perak jangan leka

UMNO Perak jangan leka

KUALA KANGSAR 8 Mei - Ahli-ahli UMNO Perak diingatkan supaya tidak leka dan lalai walaupun terdapat ramalan mengatakan parti kini berada dalam zon selesa dengan sokongan 60 peratus rakyat di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kajian terbaru oleh Zentrum Future Studies mengenai senario politik di Perak tidak sepatutnya membuatkan ahli-ahli berasa selesa bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Sebaliknya kata beliau, usaha akan dipergiatkan bagi meraih lebih banyak sokongan rakyat terutama di kalangan masyarakat Cina.

"Biarlah mereka buat ramalan dan analisis. Saya tidak mahu membuat kenyataan yang nanti akan ditafsirkan sebagai angkuh. Tapi ini tidak bermakna UMNO Perak tidak yakin untuk memenangi pilihan raya, cuma apa yang penting kita meneruskan agenda yang ditetapkan dalam usaha menyelesaikan masalah rakyat di negeri ini," katanya selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Kangsar hari ini.

Pemimpin Zentrum, Dr. Abu Hassan Hasbullah mendedahkan sokongan masyarakat Melayu dan India kepada pihak pembangkang di Perak semakin merosot kerana mereka semakin keliru dengan isu rampasan kuasa dan isu-isu lain yang berjaya dimanipulasi oleh Barisan Nasional (BN).

Justeru katanya, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13, pembangkang sudah tidak boleh bergantung kepada isu tersebut kerana ia sudah tidak relevan dan jika terus dimainkan, ia pasti akan mendatangkan kesan lebih buruk kepada parti.

Zambry berkata, UMNO Perak kini berada pada kedudukan paling kukuh dan bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan hujung tahun ini.

"Saya yakin selagi semua ahli bersatu, kita pasti mampu mengorak kejayaan dan mempertahankan pentadbiran BN di Perak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 09 May 2011 03:21 AM PDT

Utusan Online - Selatan


Semuanya ada di sini

Posted:

Semuanya ada di sini

Semuanya ada di sini

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusann9@utusan.com.my


Orang ramai boleh merasai pengalaman aktiviti sukan lasak serta menggunakan peralatan dan kemudahan sukan terkini di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, Seremban.


SEREMBAN 8 Mei - Hanya dalam tempoh dua tahun melalui tiga fasa pembangunan, Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini menyaksikan transformasi dari segi penyediaan kemudahan pelbagai jenis sukan secara komprehensif bagi memenuhi keperluan umum.

Lebih menarik, kompleks itu yang dahulu hanya mempunyai tiga buah bangunan kini diberi 'nafas baru' dengan dilengkapi pelbagai kemudahan infrastruktur termasuk bagi kegunaan aktiviti kemasyarakatan.

Namun, apa yang lebih membanggakan apabila pusat sukan kondusif itu turut diiktiraf sebagai Kompleks Belia dan Sukan contoh di negara ini oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Dalam erti kata lain, orang ramai yang pernah berkunjung (sebelum dinaik taraf) serta mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke kompleks awam itu pasti teruja dan terkejut dengan pembaharuan yang telah dilakukan.

Menyentuh aspek kemudahan sukan, kompleks tersebut menyediakan ruang kepada umum untuk menjalankan pelbagai aktiviti sukan luar dan dalam bangunan antaranya ialah padang bola sepak, futsal, badminton, tenis, ping pong, sepak takraw, boling padang, petanque dan juga snuker.

Proses menaik taraf itu juga memperlihatkan beberapa kemudahan sukan lasak turut dibangunkan di pusat berkenaan seperti skate park, flying fox, go-kart dan panjat tembok (wall climbing).

Bukan itu sahaja, proses penambahbaikan itu turut meliputi pembinaan kemudahan lain seperti surau, tempat letak kereta, dewan besar, skrin paparan gergasi dan juga taman permainan kanak-kanak.

Pengarah Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali berkata, tujuan utama kompleks sukan tersebut dinaik taraf adalah bagi menyediakan sebuah lokasi khas yang komprehensif lagi kondusif kepada umum untuk menjalankan pelbagai aktiviti khususnya sukan termasuk riadah dan kemasyarakatan.


SKATE park khas untuk remaja beriadah.


''Ini penting kerana saya rasa sudah tiba masanya kita memberikan perubahan kepada kompleks awam ini memandangkan masyarakat kini semakin sedar betapa pentingnya untuk bersukan demi menjaga kesihatan masing-masing.

''Di samping itu, kita juga berharap dengan penyediaan kemudahan yang lengkap di pusat ini, ia akan menarik minat lebih ramai pengunjung ke sini terutamanya di kalangan belia untuk bergiat aktif dalam menjalani aktiviti berfaedah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Katanya, hasrat tersebut penting demi memartabatkan belia masa kini sekali gus membendung penglibatan golongan berkenaan terhadap gejala sosial.

''Mereka sepatutnya memanfaatkan kompleks ini sebaik mungkin kerana pusat ini sebenarnya diwujudkan untuk mereka," jelas Baharudin.

Menurutnya, projek menaik taraf pusat tersebut dijalankan melalui tiga fasa pembangunan yang bermula pada tahun 2009.

''Selain kemudahan sukan, sebuah bangunan utama tiga tingkat turut dibina ditapak kompleks ini yang kini berfungsi sebagai ibu pejabat Jabatan Belia dan Sukan negeri ini.

''Kini semua unit berkaitan jabatan ini sudah berpusat di sini khusus bagi memastikan kelancaran dari segi pengurusan dan operasi jabatan dapat dijalankan dengan efisien," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, satu majlis bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan diadakan pada 9 Mei (hari ini) sebagai tanda jabatan berkenaan memulakan operasi di bangunan baru serta bersempena sambutan Hari Belia Negara 2011 iaitu pada 15 Mei depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Salah ejaan pada maklumat Tun Teja

Posted:

Salah ejaan pada maklumat Tun Teja

Salah ejaan pada maklumat Tun Teja


Penggunaan perkataan heroin dan depending dalam bahasa Inggeris yang salah pada maklumat mengenai Tun Teja di Jasin, Melaka.


JASIN 8 Mei - Makam Tun Teja di Kampung Samak, Merlimau di sini merupakan salah satu monumen sejarah masyarakat Melayu yang terkenal di negeri ini malah sering menjadi tumpuan pelancong asing setiap kali berkunjung ke Melaka.

Bagi menarik kunjungan lebih ramai pelawat, kerajaan negeri melalui agensinya, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) sentiasa berusaha untuk mengekalkan kebersihan di sekitar kawasan itu termasuk menyediakan kemudahan landskap yang menarik.

Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia ke makam tersebut hari ini mendapati imej negeri pelancongan terjejas apabila berlaku kesilapan perkataan pada papan keterangan yang terletak di pintu masuk ke Makam Tun Teja.

Perkataan dalam keterangan yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu silap dan dikhuatiri boleh menimbulkan salah faham serta kekeliruan di kalangan pelancong asing yang sememangnya tidak mengetahui latar belakang sejarah masyarakat Melayu.

Ia termasuk penggunaan perkataan heroin berbanding heroine serta depending berbanding defending.

Perkataan bahasa Inggeris yang silap pada papan tanda keterangan sejarah makam itu berbunyi she was able to arouse the heroin spirit among Malay women in depending the country against the Portuguese attack.

Keadaan itu dipersoalkan oleh seorang pelancong dari Kajang, Selangor, Darwin Ismail, 32, yang kelihatan agak terkejut apabila diminta memberi reaksi mengenai perkara itu.

Katanya, kesilapan tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan Makam Tun Teja merupakan tempat bersejarah dan menjadi tumpuan pelancong asing termasuk pelajar daripada pelbagai peringkat pendidikan.

"Agak memalukan kerana perkara ini berlaku di kawasan tumpuan pelancong," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, perkataan bahasa Inggeris yang salah pada papan keterangan makam perlu diganti segera dan Perzim perlu memastikan keadaan yang sama tidak berlaku di kawasan tumpuan yang lain.

Rakannya, Ikmal Mohd. Akim berkata, kesilapan perkataan itu agak memalukan memandangkan Melaka terkenal sebagai negeri warisan sejarah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penghasilan penuntut universiti miliki nilai tinggi di pasaran

Posted:

Penghasilan penuntut universiti miliki nilai tinggi di pasaran

Penghasilan penuntut universiti miliki nilai tinggi di pasaran

ALOR GAJAH 8 Mei - Pelbagai bahan pengajaran yang dihasilkan penuntut harus dihebahkan kepada masyarakat kerana ia boleh dijadikan produk komersial.

Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam berkata, pelbagai produk dihasilkan oleh para pelajar bagi memenuhi keperluan akademik mereka dilihat mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

"Lukisan, ukiran, karya kreatif dan juga produk lain yang dihasilkan oleh para penuntut sangat berkualiti dan merupakan satu kerugian sekiranya tidak dipasarkan," katanya pada majlis perasmian Pameran Tunas Ilham Ketujuh anjuran Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) di sini hari ini.

Pada pameran berkenaan, penuntut diploma FSSR tahun akhir mempamerkan hasil seni mereka untuk dipertontonkan kepada orang ramai yang merangkumi seni halus, fotografi, seni reka perindustrian dan reka bentuk grafik dan media digital.

Majlis perasmian pameran itu disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad.

Dalam perkembangan lain, UiTM cawangan Melaka menyasarkan pengambilan 20,000 penuntut menjelang 2015 dan menjadi kampus cawangan terbesar dalam sistem universiti berkenaan.

Kampus cawangan Melaka kini mempunyai 11,000 penuntut sepenuh masa dengan 7,000 penuntut ditempatkan di kampus Alor Gajah dan selebihnya di kampus Bandaraya Melaka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 09 May 2011 03:06 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


KVRM diperuntuk RM50,000

Posted:

KVRM diperuntuk RM50,000

KVRM diperuntuk RM50,000

KUALA LUMPUR 8 Mei - Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM50,000 kepada Kelab Veteran Kor Risik Malaysia (KVRM) bagi membantu penjagaan kebajikan ahli kelab tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bertepatan dengan dasar kerajaan yang amat menghargai jasa kira-kira 320,000 bekas tentera di seluruh negara kepada keamanan negara sewaktu mereka berkhidmat.

''Kita juga memberi kebenaran kepada KVRM untuk memiliki pejabat sendiri di setiap negeri bagi memudahkan segala urusan. Diharap penyatuan semua ahli di dalam KVRM akan berterusan,'' katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung KVRM ketujuh di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak libat soal pelajar

Posted:

Tidak libat soal pelajar

Tidak libat soal pelajar

Oleh Rosni Hassan


TIMBALAN Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang tiba untuk menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran Asia-Eropah disambut oleh Mohamed Khaled Nordin di Copenhagen, Denmark, semalam. – BERNAMA


COPENHAGEN 8 Mei – Keputusan kerajaan untuk melaksanakan moratorium atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) selama lima tahun iaitu sehingga 30 April 2016 tidak melibatkan soal pengambilan pelajar baru.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebaliknya menjelaskan, keputusan Kabinet itu hanya melibatkan penubuhan fakulti baru dalam bidang perubatan di mana-mana IPT awam dan swasta.

Keputusan itu, jelas beliau, tidak akan menjejaskan pengambilan pelajar baharu perubatan di universiti sedia ada dan IPT yang sudah mendapat kelulusan untuk mewujudkan fakulti perubatan tetapi belum memulakan program pengajian mereka.

''Kekeliruan yang mengatakan kita tak akan ambil lagi pelajar perubatan adalah tak betul, sekolah atau fakulti yang kita tak benarkan wujud. Ia juga tak jejaskan soal penghantaran pelajar ke luar negara, itu tak timbul," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 12 pelajar Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Mohamed Khaled mengumumkan keputusan Kabinet untuk melaksanakan moratorium bagi penawaran kursus baru dalam bidang perubatan selama lima tahun oleh mana-mana IPT sebagai satu bentuk kawalan bagi memastikan bilangan graduan perubatan dihasilkan dapat menjalani latihan perubatan berkualiti.

Mengulas lanjut, menurut beliau, kini, terdapat 33 institusi yang menawarkan program perubatan iaitu melibatkan 10 universiti awam dan 23 universiti swasta dan jumlah itu adalah mencukupi untuk mendapat nisbah seorang doktor bagi 400 penduduk menjelang 2020.

''Berdasarkan apa yang kita ada sekarang, pelajar yang akan dikeluarkan daripada 33 institusi ini, tanpa dilakukan pertambahan (fakulti perubatan) kita boleh capai sasaran tersebut," katanya.

Beliau berkata, keputusan itu diambil ekoran terlalu ramai pegawai perubatan siswazah di hospital-hospital menyebabkan ia sesak dan menimbulkan masalah selain boleh menjejaskan kualiti pegawai perubatan di hospital.

''Dalam masa moratorium itu, usaha akan dilakukan untuk meningkatkan kualiti, kurikulum dan menyediakan peralatan serta tenaga pengajar berkualiti kerana tidak ada IPT yang dibenarkan menubuhkan sekolah perubatan yang baharu," katanya.

Menurut Mohamed Khalid, unjuran dalam tahun ini adalah seramai 3,600 pegawai perubatan siswazah akan dikeluarkan dan menjelang 2020, seramai 5,000 orang lagi.

– Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

CUEPACS harap pelarasan gaji disegerakan

Posted:

CUEPACS harap pelarasan gaji disegerakan

CUEPACS harap pelarasan gaji disegerakan

KOTA BHARU 8 Mei – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan dapat mempercepatkan pelarasan gaji 1.4 juta kakitangan awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, permohonan untuk pelarasan gaji itu telah dibuat dua tahun lalu bagi mengurangkan beban ahlinya ekoran kenaikan harga barang.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak bermaksud mendesak kerajaan untuk berbuat demikian kerana memahami kedudukan kewangan negara dan sedar ia akan turut memberikan kesan kepada pekerja swasta.

"Kita sedar kenaikan harga barang adalah di luar kawalan dan kalau gaji kakitangan awam naik, kita bimbang ada golongan akan turut menaikkan harga barang dan bagaimana pula dengan bukan kakitangan awam," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Alternatif PTK oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin di sini hari ini.

Omar diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa kakitangan awam akan menerima pelarasan gaji dalam masa terdekat.

Beliau berkata, langkah itu juga untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam yang bekerja sambilan kerana rekod menunjukkan kira-kira 20 peratus daripada 730,000 kakitangan awam kelas sederhana melakukan kerja sambilan.

Katanya, CUEPACS tidak mahu kakitangan awam mengutamakan kerja sambilan sehingga menjejaskan produktiviti tugas hakiki mereka.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam proses terakhir untuk menyiapkan sistem penilaian baru bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

"Kira-kira 90 peratus sistem penilaian baru itu telah siap dan kita akan berbincang buat kali terakhir dengan JPA Selasa ini bagi melengkapkan sistem penilaian baru itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 09 May 2011 01:41 AM PDT

Harian Metro: BeritaUtama


Bot pulang misteri

Posted: 08 May 2011 03:01 PM PDT

SABAK BERNAM: Jeti nelayan Kampung Bagan Sungai Besar, dekat sini, gempar apabila sebuah bot yang dinaiki lima nelayan ditemui dengan kesan darah di beberapa bahagian dalam bot berkenaan, kelmarin.

Lebih mengejutkan, lima nelayan berkenaan iaitu tekong, Chia Yeow Chian, 41, pembantunya, Ismail Rejab, 41, serta tiga awak-awak warga Indonesia berusia antara 30 dan 35 tahun hilang dan gagal dikesan.


Ketika usaha mencari dan menyelamat dilakukan, pihak berkuasa menemui satu tilam yang turut mempunyai kesan percikan darah di tengah laut berhampiran perairan Sungai Besar dan adik Yeow Chian, Chia Yeow Soon, 39, mengesahkan tilam itu milik abangnya. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohd berkata, semua mangsa dilaporkan turun ke laut seperti kebiasaan untuk menangkap ikan pada jam 7 pagi, 4 Mei lalu dari Jeti Kampung Bagan Sungai Besar.

"Bagaimanapun, pada jam 7 pagi semalam (kelmarin), adik tekong berkenaan (Yeow Soon) terkejut apabila mendapati bot dinaiki abangnya bersama yang lain berada di jeti tetapi, tiada seorang pun di situ.


"Pemeriksaan adik tekong itu kemudian mendapati ada beberapa kesan darah di bahagian dalam dan hujung bot itu sebelum dia cuba mencari abangnya dan Ismail di rumah mereka, namun mendapati nelayan terbabit masih belum pulang," katanya ketika ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.


Menurutnya, Yeow Soon juga mendapati motosikal abangnya yang diletakkan di jeti itu sebelum turun ke laut, turut hilang namun polis menemui semula kenderaan itu di tepi jalan di Sungai Labu, kira-kira 13 kilometer dari tempat ia hilang, kelmarin.

Yeow Soon kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar dan pemeriksaan polis mendapati memang ada kesan darah di atas bot berkenaan namun tiada sebarang senjata ditemui.


Noor Mushar berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa giat dijalankan pelbagai agensi termasuk polis, pasukan polis marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta dibantu nelayan tempatan. Katanya, kira-kira jam 5 petang kelmarin pasukan penyelamat menemui satu tilam mempunyai kesan darah yang terapung di laut dan ia sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk siasatan.

"Siasatan awal tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan di atas bot itu di tengah-tengah laut, namun siapa yang menjadi penyerang dan mangsa belum dapat diketahui.


"Polis juga belum mengetahui siapa yang membawa pulang bot berkenaan ke daratan. Ini kerana kita belum dapat mengesan seorang pun daripada kelima-lima mangsa, namun segala bukti sedang dikumpulkan," katanya.


Menurutnya, siasatan kes berkenaan setakat ini dilakukan sebagai sebagai kes orang hilang sehingga petunjuk baru ditemui.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gonggong kaki

Posted: 08 May 2011 02:59 PM PDT

KUCHING: Kaki kanan yang digonggong anjing peliharaan seorang peniaga kuih memberi petunjuk kepada penemuan mayat seorang wanita dipercayai dibakar sehingga rentung di tapak pembuangan sampah berdekatan sebuah sekolah rendah di Batu Kawah, pagi semalam.

Mayat wanita tidak diketahui identiti itu ditemui kira-kira 50 meter dari tempat kaki kanannya dilarikan anjing terbabit sambil menyalak ke arah tuannya yang secara kebetulan baru pulang dari berniaga, kira-kira jam 7 pagi.


Sebelum penemuan itu, wanita peniaga kuih berusia 50-an itu baru masuk ke rumah sewanya dan pelik apabila mendengar anjing peliharaannya menyalak tidak seperti kebiasaan.

Difahamkan, peniaga terbabit dikatakan pada mulanya tidak mempedulikan salakan anjingnya, namun hatinya tergerak untuk mengetahui punca sebenar sebelum menghampiri tempat haiwan itu berada.


Sebaik menghampiri anjingnya, dia terkejut melihat haiwan itu menggonggong kaki kanan yang tercabut dari paras lutut dalam keadaan rentung, namun tiada anggota badan ditemui di lokasi berkenaan.


Menurut sumber, wanita terbabit terus memanggil seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang secara kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian sebelum menghubungi polis.

"Sebaik tiba, usaha mencari anggota badan mangsa berjaya ditemui selepas Unit Anjing Pengesan diarahkan bergegas ke lokasi kejadian.


"Seorang penduduk memberitahu ternampak kepulan asap beberapa hari lalu, namun tidak menyangka kejadian seumpama ini berlaku.

"Ini kerana penghuni menyangka ada penduduk membakar tayar kira-kira jam 11 malam. Namun, pada masa sama, penduduk turut hairan kerana pembakaran berlaku lewat malam," kata sumber berkenaan.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Fauzi Bujang ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat terbabit.


Katanya, siasatan awal mendapati kaki kanan bercerai daripada anggota badan mangsa dipercayai digonggong anjing sebelum dibawa ke lokasi penemuan itu.


"Pemeriksaan ke atas mayat terbabit tidak menemui sebarang dokumen peribadi, namun hanya mengesahkan mayat terbabit adalah wanita.


"Polis masih menjalankan siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 09 May 2011 01:40 AM PDT

Utusan Online - Muka Hadapan


PM minta rakyat bertenang

Posted:

PM minta rakyat bertenang

PM minta rakyat bertenang

Oleh Noraini Abd. Razak


NAJIB Tun Razak berbincang dengan Susilo Bambang Yudhoyono ketika mereka mengadakan pertemuan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-18 di Pusat Konvensyen Jakarta di Jakarta, Indonesia, semalam. – BERNAMA


JAKARTA 8 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat bertenang berhubung dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sehingga siasatan mengenainya selesai.

Katanya, dakwaan tersebut tidak akan memberi faedah kepada sesiapa pun, justeru mana-mana pihak sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan tidak boleh dan tidak sepatutnya mengeksploitasi isu tersebut.

''Sebab itu kita tidak boleh buat terburu-buru, kena siasat dulu. Saya tidak mahu membuat kesimpulan tanpa bukti.

''Biar kita siasat (dakwaan ini) dan yang penting jangan membesarkan cerita ini sebab ia boleh menjadi api dalam sekam.

''Kalau tidak bendung, boleh jadi polarisasi yang amat serius dalam masyarakat kita,'' katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di sini hari ini.

Perdana Menteri yang berada di sini sejak Jumaat lalu bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-18 ditanya laporan Utusan Malaysia kelmarin mengenai pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain didakwa membawa agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Laporan tersebut memetik laman blog http://bigdogdotcom.wordpress.com menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri mengingatkan bahawa agama adalah perkara sensitif dan semua pihak mesti menjaga keadaan supaya tidak berlaku sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

Katanya, Malaysia berpegang kepada peruntukan Perlembagaan yang menetapkan Islam adalah agama rasmi dan di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti.

Tegas Perdana Menteri, prinsip tersebut sangat penting dan dijadikan antara sendi utama pembentukan Malaysia yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa.

''Kalau ada sesiapa yang cuba gugat ketenteraman negara kita, kita tak akan benarkan perkara ini berlaku. Yang penting adalah keharmonian Malaysia,'' katanya.

Ditanya kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa pilihan raya hanya boleh diadakan tahun depan berikutan masalah perkauman yang masih menebal, Najib berkata, setiap orang mempunyai pandangan sendiri.

Bagaimanapun, kata Najib, pilihan raya diputuskan berdasarkan banyak faktor sambil enggan mengulas lanjut. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kukuhkan semangat 1ASEAN

Posted:

Kukuhkan semangat 1ASEAN

Kukuhkan semangat 1ASEAN

JAKARTA 8 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik perhatian tentang konsep 1ASEAN yang dilihat mampu memupuk semangat serta kesedaran ASEAN yang tinggi di kalangan penduduk serantau.

Mengambil contoh pelaksanaan inisiatif 1Malaysia untuk menyatukan rakyat di bawah satu gagasan, Najib percaya, usaha yang sama boleh dilaksanakan di peringkat ASEAN bagi menyatukan semangat negara-negara anggota.

''Bayangkan jika kita memperkenalkan diri kita kepada seseorang dari United Kingdom atau Perancis, kita memberitahu bahawa kita bukan sahaja orang Malaysia atau Indonesia, kita juga adalah ASEAN - seperti mana mereka memberitahu mereka dari Eropah.

''Ini kerana saya bangga datang dari Asia Tenggara. Saya mahu orang kita turut bangga - dan saya mahu seluruh dunia tahu siapa kita,'' kata Perdana Menteri ketika berucap pada Forum Kepimpinan ASEAN ke-8 di sini, malam ini.

Sebelum menekankan tentang 1ASEAN, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga beliau terhadap ASEAN sambil mengajak negara anggota untuk bersama-sama menonjolkan potensi pertubuhan itu dan berkongsi mengenainya dengan dunia.

Ini kerana, menurut Najib, sementara setiap negara bersendirian melaksanakan pelbagai langkah, terdapat lonjakan yang mesti dilakukan bersama-sama.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan konsep 1ASEAN merupakan kemajuan sosial yang perlu digerakkan secara kolektif oleh negara-negara serantau

''Kita mesti secara berterusan meningkatkan kemajuan sosial - memastikan masyarakat kita menerima perubahan di sekeliling, dan mereka dapat merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada perubahan itu dan berusaha untuk menjayakannya,'' kata Najib.

Beliau turut menggariskan perkara kedua yang mesti digerakkan secara kolektif iaitu membangun dengan memacu pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan dan meningkatkan peluang tanpa meminggirkan tadbir urus yang baik.

Katanya, amalan tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti sememangnya diperlukan untuk membawa kemajuan dan menjayakan perubahan.

Menurut Perdana Menteri, perkembangan pesat menjadikan rantau ini dinamik dan sangat berjaya malah Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China merupakan yang ketiga terbesar meliputi hampir satu pertiga penduduk dunia.

''Sementara Barat masih berhempas-pulas untuk mengatasi krisis ekonomi dan mendapatkan semula dominasi global, ASEAN pula melangkah maju.

''Perdagangan ASEAN dengan China untuk lapan bulan pertama tahun lepas sebanyak AS$185.4 billion, 47 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama 2009.

''Oleh itu kita adalah rantau yang sangat berpotensi dan kita patut bercita-cita untuk melakukan lebih lagi. Kita patut bercita-cita untuk menyaingi Eropah, menyaingi China malah menyaingi United States,'' katanya. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beri jaminan pemohon suaka akan diberi layanan baik

Posted:

Beri jaminan pemohon suaka akan diberi layanan baik

Beri jaminan pemohon suaka akan diberi layanan baik

MELBOURNE 8 Mei - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra memberi jaminan kepada Australia bahawa pemohon suaka yang dipindahkan ke Malaysia akan dilayan dengan penuh perikemanusiaan dan bermaruah.

Datuk Salman Ahmad memberitahu Sky TV pada Ahad bahawa pemohon suaka yang dihantar ke Malaysia akan diberi kebebasan bergaul dengan masyarakat sementara menuggu permohonan mereka diproses.

"Mereka tidak akan ditempatkan di mana-mana pusat tahanan," katanya.

Salman membayangkan bahawa cadangan pertukaran pemohon suaka antara Malaysia dengan Australia itu mungkin dilaksanakan sekali sahaja dan butiran terperinci mengenainya akan dimuktamadkan tidak lama lagi.

Katanya, Kuala Lumpur mengalu-alukan komitmen Australia untuk mengambil lebih banyak pelarian di Malaysia yang keseluruhannya berjumlah lebih kurang 94,000 orang.

Di bawah persetujuan sedia ada, Malaysia akan mengambil 800 orang yang cuba pergi ke Australia manakala Australia pula bersetuju mengambil 4,000 pelarian yang berada di Malaysia.

"(Dan) sudah tentulah lebih baik jika Australia bersetuju mengambil lebih daripada 4,000 orang," kata beliau.

Bendahari Australia, Wayne Swan hari ini berkata, kerajaan pimpinan Julia Gillard akan berusaha untuk melaksanakan perjanjian serupa dengan negara lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Gillard mengumumkan pada Sabtu bahawa Malaysia dan Australia sedang memuktamadkan perjanjian untuk bertukar pemohon suaka dan di bawah perjanjian ini, 800 orang yang cuba memasuki Australia dengan menaiki bot akan terus diambil oleh Malaysia.

Sebagai balasan, Australia akan mengambil 4,000 pelarian tulen dari Malaysia dalam tempoh empat tahun.

Ketika mengumumkan perkara itu, Gillard berkata langkah yang dicadangkan itu akan memberi tamparan hebat kepada penyeludup manusia.

"Seseorang yang cuba pergi secara tidak sah ke Australia menghadapi risiko terkandas di Malaysia dan diletakkan di bahagian belakang barisan menunggu," katanya kepada pemberita di Canberra.

Canberra berkata cadangan yang sedang dirundingkan itu akan melibatkan kos A$292 juta. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 09 May 2011 01:05 AM PDT

Utusan Online - Timur


Aspek kumbahan membimbangkan

Posted:

Aspek kumbahan membimbangkan

Aspek kumbahan membimbangkan

Oleh FAUZI MOHD
uutusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 8 Mei - Hanya empat peratus daripada 223,850 penggunaan tangki najis di negeri ini mendapatkan perkhidmatan daripada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd., (IWK) bagi pengurusan kumbahan yang sistematik dan berjadual.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Abd. Halim Jusoh berkata, perkembangan itu cukup membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan alam sekitar dan kesihatan awam untuk jangka masa panjang.

Menurutnya, setakat ini penggunaan tangki septik individu di negeri ini berjumlah 80,090 unit manakala tangki tradisional 'kerek' berjumlah 143,760 unit.

"Walaupun pelbagai promosi dilaksanakan oleh IWK dengan skim pembayaran yang rendah iaitu RM6 sebulan, kesedaran masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan pembentungan masih rendah.

"Bukan sesuatu yang sukar kerana pengguna hanya perlu mengosongkan tangki septik individu atau 'kerek' di kediaman atau premis mereka sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun," katanya selepas majlis perasmian loji Unit Nyahair Mekanikal (MDU) di Taman Perindustrian Gong Badak dekat sini hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan IWK, Ir. Mohd. Haniffa Abdul Hamid dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tepuh, Muhammad Ramli Nuh.

Loji milik IWK bernilai RM2.6 juta itu merupakan yang kedua dibina di negeri ini selepas sebuah lagi di Bandar Baru Kertih, Kemaman.

Tambah Abd. Halim, loji yang menggantikan pusat rawatan sebelum ini di Kampung Tok Jembal dekat sini berfungsi untuk mengolah enap cemar atau pepejal najis yang disedut dari tangki septik penduduk di sekitar daerah ini, Marang dan Hulu Terengganu.

Sementara itu, Mohd. Haniffa memberitahu, proses menyahair yang dilakukan di MDU Gong Badak turut menghasilkan produk sampingan daripada enap cemar kering yang dikenali sebagai bio-pepejal.

Katanya, ia digunakan dalam industri landskap terutama untuk menyuburkan tanah sebelum menanam pokok-pokok hiasan.

"Proses yang sama juga turut menghasilkan gas metana atau bio-gas yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik untuk menyalakan lampu di sekitar kawasan loji berkenaan dan dijadikan bahan bakar industri.

"IWK juga sedang mengusahakan satu lagi produk sampingan iaitu bio-efluen atau air terawat hasil daripada proses olahan di loji yang boleh digunakan untuk pembersihan serta komponen sistem penyejukan di kilang," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taska Permata Keluarga YPKT ke-32 dirasmi

Posted:

Taska Permata Keluarga YPKT ke-32 dirasmi

Taska Permata Keluarga YPKT ke-32 dirasmi


Ahmad Said beramah mesra dengan kanak-kanak semasa merasmikan Taska Permata Keluarga Teluk Ketapang di Seberang Takir Kuala Terenganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 8 Mei - Taska Permata Keluarga Teluk Ketapang di sini yang pembinaannya dibiayai oleh Golden Pharos Berhad (GPB) dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini.

Ia merupakan Taska Permata Keluarga ke-32 daripada keseluruhan 66 buah taska kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) beroperasi dalam usaha membantu menyempurnakan proses perkembangan awal kanak-kanak.

Pengerusi GPB, Datuk Zubir Embong berkata, ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat anak syarikat kerajaan negeri sebagai sokongan kepada inisiatif pendidikan prasekolah kelolaan YPKT.

Menurut beliau, sebanyak RM500,000 diperuntukkan untuk pembinaan taska itu dan ia mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Mac 2009.

"Keunikan taska ini ialah dari segi reka bentuknya kerana ia menggabungkan ciri-ciri kesenian Terengganu termasuk pada panel kaca seni binaan, pintu kayu dan kekuda kayu," katanya pada majlis perasmian taska berkenaan.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman; ADUN Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri serta Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa.

Pada majlis itu, Ahmad turut menyampaikan cek berjumlah RM21,400 kepada 2,114 penerima dari Dewan Undangan Negeri Seberang Takir sebagai bantuan untuk membeli pakaian sekolah.

Sementara itu, Ahmad ketika berucap pada majlis tersebut berkata, Taska Permata Keluarga mempunyai beberapa keistimewaan berbanding taska lain termasuk program hafazan dan program-program melibatkan ibu bapa.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang YPKT berkata, taska itu juga menggunakan kaedah pembelajaran secara interaktif yang dibangunkan dengan kerjasama Top IT Industries Sdn. Bhd.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PPK Tanjung Puri sasar miskin sifar menjelang 2015

Posted:

PPK Tanjung Puri sasar miskin sifar menjelang 2015

PPK Tanjung Puri sasar miskin sifar menjelang 2015


Ismail Mat (empat dari kanan) menyertai demonstrasi membuat karipap di tapak Karnival Kedai Peladang PPK Tanjung Puri di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 8 Mei - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Puri menyasarkan tiada seorang pun ahlinya hidup di bawah paras kemiskinan menjelang 2015 dengan sasaran purata pendapatan RM1,500 sebulan berbanding RM750 sekarang.

Pengerusinya, Ismail Mat berkata, walaupun ada kalangan mereka sudah boleh hidup mewah, namun masih terdapat 20 peratus daripada 2,400 peladang PPK Tanjung Puri berpendapatan kurang RM500 sebulan.

Justeru katanya, PPK Tanjung Puri akan menggiatkan lagi usaha memperkasakan ahlinya menerusi program yang disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Tambah beliau, antara usaha tersebut adalah menjalankan latihan industri bukan padi bagi memahirkan peladang dengan bidang lain yang boleh memberi sumber pendapatan tambahan.

"Hasil kerjasama dan latihan dengan KADA misalnya, seramai 50 ahli PPK sudah terbabit secara aktif dengan bidang pembuatan kuih dan makanan segera sehingga ada yang membuka cawangan di Kuala Lumpur.

"Selain itu, kita juga menyediakan kursus ternakan ikan keli dan ayam organik dan program berkala ini amat berkesan bagi melahirkan usahawan tani yang akhirnya boleh membantu rakan-rakan lain pula," katanya ketika ditemui di tapak Karnival Kedai Peladang PPK Tanjung Puri di sini hari ini.

Menurut Ismail, peranan PPK Tanjung Puri tidak terhad kepada menguruskan aktiviti peladang tetapi ia juga mengenal pasti pasaran bagi produk yang dihasilkan.

"Contohnya, dua minggu lalu kami membuka tapak di Pasar Tani Mega Terminal Makanan Negara (Teman), Tunjong dengan berniaga ayam kampung organik yang diternak oleh ahli-ahli PPK dan sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan.

"Pada Sabtu lalu sahaja sebanyak 1,500 ekor ayam habis dijual dalam masa kurang dua jam," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 09 May 2011 01:03 AM PDT

Berita Harian: Wilayah


Letupan gas gegar kondo

Posted: 08 May 2011 07:30 PM PDT

Wilayah

Seorang penghuni warga Britain baru pindah cedera

KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat dipercayai berpunca daripada letupan gas berlaku di tingkat 17 sebuah kondominium di Jalan Ampang di sini, malam tadi, sehingga menggegarkan beberapa bangunan di sekitar ibu negara.

Kejadian jam 7.40 malam itu mengakibatkan tingkap kaca beberapa bangunan kondominium berhampiran serta sebuah hotel yang terletak kira-kira 250 meter dari tempat kejadian pecah dan kacanya bertaburan di atas jalan.

Letupan itu turut menyebabkan penghuni unit di tingkat 17 berkenaan yang dikenali sebagai Paul Christopher Lovell, 61, seorang rakyat British cedera namun dilaporkan tidak serius. Saksi, Daniela Samarero, 42, yang tinggal di tingkat 12 kondominium sama berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan letupan kuat.

"Letupan itu yang menyebabkan semua kaca tingkap rumah kami pecah bertaburan. Malah, batu marmar pada bahagian dinding turut pecah.

"Saya dan suami terus bergegas mengambil dua kucing peliharaan kami dan lari turun mengikut tangga kecemasan untuk menyelamatkan diri," katanya yang bertugas di Kedutaan Belanda dan tinggal di kondominium itu sejak Ogos tahun lalu.

Katanya, sejurus letupan itu, beliau dan penghuni di blok B bahagian selatan kondominium itu kelam kabut menyelamatkan diri kerana bimbang kejadian lebih buruk berlaku.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata empat jentera bersama 38 anggota berjaya mengawal api dalam masa 45 minit.

"Selepas sejam, api dapat dipadamkan dengan sepenuhnya dan siasatan awal mendapati letupan dan kebakaran berpunca dari gas memasak yang memenuhi segenap ruang rumah dari saluran gas di unit itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, Unit Forensik belum dapat memastikan punca sebenar, sama ada kebocoran gas berpunca akibat kecuaian tuan rumah atau kerosakan pada saluran gas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan mengesahkan Levell baru berpindah ke kondominium itu, Jumaat lalu.

Levell kini dirawat di Hospital Prince Court.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Along tiru logo bank terkemuka pikat pelanggan

Posted: 08 May 2011 07:29 PM PDT

Wilayah

BANDAR BARU BANGI: Taktik along mempengaruhi orang ramai supaya membuat pinjaman kewangan dengan mereka tidak pernah 'padam' termasuk yang terbaru meniru logo sebuah bank terkemuka di negara ini.

Selain menggantung poster bertajuk "pinjaman wang berlesen" atau "pinjam tanpa penjamin, blacklist (senarai hitam) pun boleh", mereka membuat promosi terbaru dengan memasang poster "Maybonuk", di sekitar kawasan strategik di daerah ini.

Jika dilihat sekali imbas, sesiapa saja akan menganggap iklan terbabit sebagai "Maybank" kerana terkeliru dengan apa yang ditulis pihak berkenaan iaitu Maybonuk. Iklan terbabit juga meniru warna dan mengalihkan beberapa huruf dari ejaan sebenar bank terkemuka itu, selain mempamerkan kiraan bayaran bulanan yang perlu ditanggung peminjam bagi menarik perhatian.

Pada poster terbabit, juga dicatatkan jumlah pinjaman serendah RM10,000 dan setinggi RM200,000 dengan bayaran ansuran sehingga tiga tahun selain mengenakan caj yang murah bagi meraih pelanggan.

Sentral yang menghubungi nombor tertera di iklan terbabit dimaklumkan peminjam tidak perlu bimbang kesahihan pinjaman yang diberi kerana mendakwa mereka berlesen dan hanya menguruskan pinjaman kepada yang layak dengan memprosesnya dalam tempoh sehari saja.

Seorang penduduk, Hakimah Zainol, 24, berkata isu iklan pinjaman kewangan oleh along seperti tiada kesudahan kerana sehingga kini semakin banyak dilihat ditampal di mana-mana saja tanpa tindakan diambil pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) seharusnya serius menurunkan iklan terbabit yang bergantungan di sekitar kawasan pentadbiran mereka bagi mengelak pengguna terpedaya dengan skim yang diiklankan,

"Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu menyenarai hitamkan nombor telefon yang turut disertakan pada iklan terbabit bagi menyekat kegiatan itu berleluasa," katanya.

Beliau percaya iklan itu boleh mempengaruhi mereka yang terdesak terutama peniaga dan penjaja kecil bagi membuat pusingan modal perniagaan mereka.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 09 May 2011 12:19 AM PDT

Berita Harian: Nasional


Najib kemuka idea 1ASEAN

Posted: 08 May 2011 04:06 PM PDT

Nasional

NAJIB bersama dari kiri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Presiden Filipina, Benigno Aquino pada sesi bergambar sebelum sidang  BIMP-EAGA sempena Sidang Kemuncak ASEAN  di Jakarta, semalam.

NAJIB bersama dari kiri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan Presiden Filipina, Benigno Aquino pada sesi bergambar sebelum sidang BIMP-EAGA sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Jakarta, semalam.

Gagasan lahir kesedaran, perkukuh jati diri penduduk serantau

HASRAT melihat masyarakat Asia Tenggara lebih menyerlah di persada antarabangsa mendorong Datuk Seri Najib Razak menyuntik idea mewujudkan 1ASEAN sebagai gagasan untuk mengukuhkan jati diri penduduknya.

Berucap pada Forum Kepemimpinan ASEAN kelapan bertemakan `Mengubah Wajah ASEAN – Laluan Ke Hadapan' di Nikko Hotel di sini, malam tadi, Perdana Menteri berkata, 1ASEAN boleh melahirkan semangat kesedaran ASEAN yang lebih tinggi di kalangan penduduknya, seperti gagasan 1Malaysia. "Bayangkan apabila kita memperkenalkan diri kepada seseorang dari United Kingdom atau Perancis dengan mengatakan kita dari ASEAN seperti mana mereka akan merujuk diri masing-masing sebagai warga Eropah.

"Saya bangga berasal dari Asia Tenggara dan saya mahu masyarakat rantau ini berkongsi kebanggaan itu. Saya mahu seluruh dunia tahu siapa kita," katanya.

Forum anjuran Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia (ASLI) yang dipengerusikan Aburizal Bakrie itu turut dihadiri Naib Presiden Indonesia, Boediono; Setiausaha Agung ASEAN, Dr Surin Pitsuwan dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Michael Yeoh.

Najib berkata, ASEAN juga perlu terus memacu pertumbuhan ekonominya supaya lebih banyak peluang pelaburan memasuki rantau ini.
Bagaimanapun, katanya, itu hanya akan menjadi kenyataan jika diiringi amalan tadbir urus baik, ketelusan dan pertanggungjawaban sebagai panduan ke arah transformasi.

"Silapnya ialah umum kerap menganggap transformasi sebagai melakukan perubahan drastik hingga menyebabkan nilai murni, perwatakan asal tersasar dari landasan.

"Itu bukan caranya kerana transformasi sebenar ialah mengambil sesuatu yang baik dan menjadikannya lebih sempurna menerusi kepemimpinan, kebijaksanaan dan wawasan pemimpin terkemuka," katanya.

Mengambil contoh pengurus pasukan bola sepak kegemarannya, Sir Alex Ferguson, memimpin Manchester United sejak lebih 24 tahun lalu, Perdana Menteri berkata, deretan kejayaan kelab tersohor itu bukan dicapai dengan berpeluk tubuh tetapi menerusi perubahan yang dilakukan seiring peredaran masa.

Pendekatan itu, kata Najib, meletakkan Ferguson sebagai antara pengurus terbaik kalau pun bukan yang terbaik di dunia dan berharap hakikat itu menyebelahi Manchester United dalam perlawanan genting menentang Chelsea, lewat malam tadi.

Kita juga mesti bersama dalam menangani cabaran seperti kesan krisis ekonomi global dan keganasan yang menjejaskan keamanan sejagat, selain cabaran melahirkan tenaga kerja mahir, meningkatkan taraf hidup dan pendapatan serta menjadi negara maju.

Bantah cara tangkap nelayan kita

JAKARTA: Malaysia semalam secara rasmi menyampaikan rasa tidak puas hatinya terhadap cara penangkapan enam nelayan Malaysia ditangani pihak berkuasa Indonesia.

Ia disampaikan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan empat mata mereka di hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-18.

"Saya sudah sampaikan apa yang sepatutnya kepada beliau. Beliau memahaminya tetapi situasi ini agak kompleks.

"Ada pihak lain yang mengambil tindakan di luar pengetahuan Presiden. Beliau (Susilo) memaklumkan belum mendapat maklumat penuh mengenainya dan menjanjikan keputusan sebaik-baiknya dalam hal ini," katanya.

Mengulas keputusan pilihan raya umum Singapura, kelmarin, Najib berkata kemenangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) membolehkan Malaysia dan negara jiran itu meneruskan kesinambungan terhadap segala perkara serta rundingan dipersetujui sebelum ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hati terubat dapat bersama PM

Posted: 08 May 2011 04:03 PM PDT

Nasional

HANIF (kanan) bersama ayahnya, Zolkeflee dan adiknya Hafiz  membuat persediaan di laman twitternya sebelum memulakan sesi twitter dengan Perdana Menteri, malam ini.

HANIF (kanan) bersama ayahnya, Zolkeflee dan adiknya Hafiz membuat persediaan di laman twitternya sebelum memulakan sesi twitter dengan Perdana Menteri, malam ini.

Hanif hidap kanser tulang ada banyak soalan untuk Najib menerusi Twitter

BUKIT BERUNTUNG: Penghidap kanser tulang tahap tiga, Hanif Zolkeflee, 13, tidak sabar menunggu jam 8 malam ini kerana ia bakal mencatat sejarah tersendiri dalam hidupnya, iaitu berpeluang berbual dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun hanya menerusi Twitter dan bukan bersemuka dengan pemimpin negara itu, Hanif amat teruja dan sukar mempercayai impiannya itu akan menjadi kenyataan. "Semuanya bermula bagaikan tidak disangka. Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan bermurah hati menghadiahkan sebuah komputer riba pada 21 April lalu yang amat saya ingini sejak disahkan menghidap kanser tulang pada 27 September tahun lalu.

"Saya menerima kejutan pula apabila dimaklumkan Perdana Menteri sudi berbual menerusi twitter selepas permohonan dikemukakan oleh Kamalanathan beberapa hari lalu," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Seri Anggerik 3, Bandar Bukit Sentosa dekat sini.

Remaja itu akan ditemani bapanya, Zolkeflee Zakaria dan ibu Salisah Ibrahim, masing-masing 44 tahun dan adik, Hafiz, 10, berkunjung ke pejabat Kamalanathan dekat sini, untuk berhubung dengan Najib, bermula jam 8 malam secara langsung di laman twitter beliau selama 15 minit.

Hanif menghidap kanser tulang kaki kiri apabila terjatuh dalam rumah ketika bermain di ruang tamu tahun lalu dan kini menjalani rawatan susulan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setiap bulan.
"Saya mahu tanya banyak soalan kepada Perdana Menteri yang berjiwa rakyat. Walaupun menanggung sakit kronik ini, hati saya terubat dapat bersama di laman twitter. Hanya Tuhan yang tahu derita yang saya tanggung, tetapi penuh reda menghidap sakit ini. Saya tetap bersyukur kerana ibu bapa dan adik banyak beri sokongan serta semangat," katanya.

Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sentosa 2 itu, berkata bapanya terpaksa mengurangkan kegiatan berniaga di pasar malam beberapa bulan lalu untuk memberi perhatian kepadanya.

Sementara itu, Kamalanathan berkata, beliau mengetahui hasrat Hanif selepas ibu remaja itu memaklumkan keadaan anaknya yang sering bersendiri di bilik.

"Hanif juga pernah meminta komputer daripada ibu bapanya, namun mereka tidak mampu kerana bapanya yang sebelum ini berniaga kecil-kecilan, jarang dapat berniaga kerana terpaksa menguruskan Hanif, manakala ibunya pula tidak bekerja.
Bersimpati dengan keadaannya, saya sumbangkan komputer riba untuk menggembirakannya dan secara tidak langsung membantunya melawan penyakit," katanya.

Kamalanathan berkata, Hanif yang teruja dengan pemberian itu turut berkongsi kekagumannya terhadap Perdana Menteri.

"Beliau asyik berkata, alangkah seronoknya kalau dapat berjumpa Najib. Hanif terkilan kerana tidak dapat bertemu tokoh itu ketika beliau dan isteri melawat pesakit kanser tulang di PPUM akhir Mac lalu kerana pulang lebih awal," katanya.

INFO

Kanser Tulang

  • Kanser sekunder atau metastasis yang biasanya berasal daripada kanser payu dara, prostat, paru-paru, tiroid, ginjal atau buah pinggang
  • Penyakit yang disebabkan oleh sel tidak normal apabila berlaku perubahan pada gen yang mengawal pembahagian sel
  • Kanser terjadi daripada sel utama dan sel pada tisu perantara sekitar tulang
  • Pendekatan terbaru dalam rawatan kanser tulang membabitkan pembedahan menyelamatkan anggota berjaya menjamin pesakit menerima dan mendapatkan rawatan optimum
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Politik

    Posted: 08 May 2011 11:11 PM PDT

    Utusan Online - Politik


    Mubarak berikrar bantu BN dalam pilihan raya umum

    Posted:

    Mubarak berikrar bantu BN dalam pilihan raya umum

    Mubarak berikrar bantu BN dalam pilihan raya umum

    KOTA KINABALU 8 Mei - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) telah berikrar untuk membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan setiap dasar dan program kerajaan sekarang dilaksanakan dengan jayanya.

    Ikrar tersebut terkandung dalam satu usul yang diluluskan di akhir Perhimpunan Agung kelapan Mubarak di sini malam tadi.

    Sambil merakamkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, usul tersebut juga menggesa rakyat supaya terus menyokong kerajaan sedia ada demi untuk kesejahteraan bersama.

    Majlis itu menegaskan bahawa sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 3 April 2009 ketika suasana politik tempatan tidak menentu, pentadbiran kerajaan kelihatan kucar kacir dan rakyat berada dalam keadaan gelisah, Najib telah memperkenalkan pelbagai dasar serta inisiatif baru untuk memulihkan semula keyakinan rakyat.

    Antara dasar dan inisiatif tersebut yang tujuannya khusus untuk melonjakkan proses pencapaian status negara maju menjelang tahun 2020, termasuklah konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan serta Transformasi Ekonomi dan Transformasi Politik.

    Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 500 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara itu juga meluluskan penubuhan Gabungan Koperasi Mubarak Malaysia dan cadangan penubuhan Bank Koperasi Mubarak untuk meningkatkan ekonomi anggotanya.

    Sebelum itu, persidangan tersebut telah memilih anggota majlis tertinggi yang baru bagi penggal 2011-2013.

    Mereka ialah Datuk Seri Abdul Aziz Rahman dari Pahang sebagai Presiden, Tan Sri Ahmad Nordin Md Amin (Melaka) sebagai Timbalan Presiden dan lima orang lagi Naib Presiden yang terdiri daripada Tan Sri Zaleha Ismail (Selangor), Datuk Wira Othman Abdul (Kedah), Datuk Dr. Ong Hean Tee (Pulau Pinang), Datuk Yussoff Abd Manan (Sabah) dan seorang lagi dari Sarawak yang akan dipilih kemudian setelah negeri itu menubuhkan Mubarak cawangannya.

    Seramai 24 orang lagi anggota Majlis Tertinggi dinamakan oleh Mubarak negeri dengan setiap negeri diwakili oleh dua orang. - BERNAMA

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Renungi petunjuk Allah - Shafie

    Posted:

    Renungi petunjuk Allah - Shafie

    Renungi petunjuk Allah - Shafie

    Oleh ZULHISHAM ISAHAK dan NORZAINURA ABDUL MAJID
    pengarang@utusan.com.my


    SHAFIE Apdal (kiri) dan Mohd. Puad (dua kiri) menyampaikan bantuan kepada penduduk miskin selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Batu Pahat, Johor, semalam.


    BATU PAHAT 8 Mei - Musibah yang menimpa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak disingkirkan daripada kerajaan sehingga sekarang adalah petunjuk bahawa Allah tidak reda beliau menjadi Perdana Menteri.

    Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, semua kejadian itu perlu direnungi oleh rakyat kerana segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

    "Ini semua menunjukkan Allah tidak reda Anwar menjadi Perdana Menteri. Banyak petunjuk yang diberikan tetapi kenapa masih ada kumpulan yang fanatik dan taksub dengannya?

    "Mengapa sampai sekarang masih ada lagi yang tidak nampak (kebenaran)," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua bahagian itu, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan timbalannya, Ayub Jamil.

    Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, rakyat perlu sedar dan tidak lagi diperbodohkan dengan sikap Anwar yang 'depan cakap lain, belakang cakap lain'.

    Sementara itu Mohd. Puad berkata, DAP kini adalah musuh utama UMNO dan negara kerana kerap mencetuskan huru-hara dan kegelisahan antara kaum.

    Menurutnya, parti itu akan memainkan apa sahaja isu yang boleh menguntungkan mereka tanpa memikirkan kesan kepada negara.

    "Mereka akan timbulkan kegusaran dalam kalangan orang bukan Melayu dan kemudian melarikan diri. Mereka tidak mahu negara ini aman dan sentiasa mewujudkan ketegangan," katanya.

    Katanya, semua itu dilakukan untuk kepentingan politik mereka selain memperalatkan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memastikan matlamat 'sempit' parti itu tercapai.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Rencana Utama

    Posted: 08 May 2011 11:10 PM PDT

    Kosmo Online - Rencana Utama


    Jangan abaikan aduan pengguna

    Posted:

    Jangan abaikan aduan pengguna

    Jangan abaikan aduan pengguna

    Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
    rosmalina.kadir@kosmo.com.my



    SIKAP peniaga restoran yang tidak mempedulikan ketidak puasan hati pelanggan sering berlaku di mana-mana sahaja. Sama ada makanan yang disajikan tidak sedap, pelayan yang tidak mesra pelanggan, pesanan tidak sampai pada waktunya atau harga yang tidak sepadan dengan kualiti makanan menjadi antara punca pengunjung berasa kecewa.

    Malangnya, rasa tidak puas hati itu sekadar dilepaskan kepada teman-teman atau ahli keluarga ketika makan semeja. Akibat daripada itu, semakin ramai pelanggan akan memboikot restoran yang memberikan perkhidmatan mengecewakan berkenaan.

    Lebih memburukkan keadaan kebanyakan restoran di Malaysia masih tidak mengambil berat kepentingan mengumpul maklum balas pelanggan mengenai tahap perkhidmatan mereka dengan tujuan meningkatkan tahap perkhidmatan.

    Justeru, banyak yang terlepas pandang sehingga akhirnya perniagaan semakin merosot.

    "Sudah banyak kali saya makan di restoran yang memberikan perkhidmatan yang teruk terutama sikap pekerja yang tidak peramah dan lambat menghantar pesanan yang diminta.

    "Memang sakit hati lebih-lebih lagi bila sudah terlalu lapar. Lepas itu memang saya tidak akan makan di tempat yang sama dan akan beritahu kawan-kawan yang lain," jelas seorang guru, Fatin Izzati Abdul Rahman.

    Pekerja swasta, Ifwan Tun Tuah pula mempunyai pengalaman buruk dengan pemilik restoran yang tidak mempedulikan aduan yang dibuat malah, tidak memberi ganti makanan yang dihidangkan walaupun sudah hampir busuk.


    HIDANGAN yang lazat, perkhidmatan yang mesra pelanggan dan restoran yang bersih mampu menjadi daya penarik pelanggan. - Gambar hiasan


    "Saya dihidangkan lauk ayam yang sudah hampir busuk. Saya tidak marah ketika itu tetapi, meminta pekerja restoran menukar hidangan lain yang masih elok. Malangnya, pekerja itu dengan wajah sinis meletakkan kembali hidangan sama ke meja dan beritahu makanan tidak boleh diganti.

    "Terus darah saya naik sampai ke kepala. Saya minta panggilkan pengurus restoran tetapi, akhirnya pekerjanya beritahu pengurus tidak mahu jumpa kerana sibuk. Dengan perasaan marah dan geram saya meninggalkan restoran itu," katanya.

    Katanya lagi, dia sempat meninggalkan sekeping kad nama kepada pekerja restoran untuk disampaikan kepada pengurusnya dan mengugut akan melaporkan kepada akhbar sekiranya mereka tidak memohon maaf.

    "Tidak sampai lima minit pengurus restoran itu telefon dan meminta maaf berkali-kali. Tetapi dia masih tidak mengaku ayam yang dihidangkan sudah hampir busuk sebaliknya memberi alasan ia disebabkan rasa rempah yang digunakan," ujarnya.

    Sediakan platform aduan

    Ketua Pegawai Eksekutif Raydar Research Sdn. Bhd., Kym Wong berkata, maklum balas pelanggan amat penting untuk membantu sesebuah restoran mencapai jangkaan dan mengekalkan standard perkhidmatan bagi mewujudkan kesetiaan pelanggan.

    "Setiap kelemahan yang dimiliki sesebuah restoran mestilah diperbaiki kerana kos mencari pelanggan baharu adalah mahal. Selain itu, perkhidmatan yang tidak dijaga bakal menyebabkan pemilik restoran hilang perniagaan mereka dan turut mempengaruhi perniagaan pada masa akan datang," jelas beliau.

    Menurut Wong, pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan sesebuah restoran akan bercakap mengenainya kepada kira-kira sepuluh hingga 20 orang. Oleh itu, semakin ramai pelanggan yang tidak berpuas hati semakin terjejas reputasi restoran berkenaan.

    Sehubungan itu katanya, adalah penting untuk sesebuah restoran menyediakan platform aduan yang berkesan di samping maklum balas positif kerana pelanggan sering mendiamkan diri sekiranya mereka tidak berpuas hati di atas beberapa faktor.


    PENGENALAN program indeks reputasi makanan boleh meningkatkan kualiti industri kulinari negara.


    "Seringkali pelanggan tidak membuat aduan kerana tiada platform aduan yang disediakan pemilik restoran. Selain itu, pelanggan juga tidak membuat aduan kerana berpendapat tidak berbaloi atau aduan tidak akan membawa perubahan," katanya.

    Tambah Wong, pemilik restoran mestilah komited memulihkan perkhidmatan yang bermasalah selain mewujudkan kerja kumpulan yang baik bagi menyampaikan kualiti perkhidmatan yang terbaik.

    Jabatan aduan khas

    Sementara itu, Pengasas Jurnal Antarabangsa Pengurusan Perspektif, Ergodan H. Ekiz, dalam kajiannya merumuskan, pengurusan aduan pelanggan mesti dilakukan jabatan khas yang bukan sahaja mengumpul sebanyak mungkin data tetapi, menangani setiap kes dengan berhemah.

    "Perlu ada seorang yang bertanggungjawab menguruskan aduan pelanggan dengan kemahiran tertentu serta perlu memiliki sifat empati. Perlu diketahui bahawa modal untuk menguruskan aduan bukanlah pengeluaran yang sia-sia sebaliknya satu pelaburan jangka panjang," katanya.

    Erdogan memberitahu, kaedah terbaik mengambil kembali hati pelanggan adalah dengan memohon maaf bagi perkhidmatan yang tidak memuaskan. Selain itu, mereka perlu menjelaskan sebaik mungkin dan bertindak segera mengatasi masalah akibat aduan yang timbul.

    "Komunikasi yang baik dengan pelanggan amat penting malah, pemilik restoran perlu sentiasa berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan mereka selepas aduan diterima. Nilai tambah kepada perkhidmatan dan penyelesaian segera pasti dapat menyelamatkan reputasi sesebuah restoran," jelasnya.

    Kad kaji selidik

    Pengasas Restoran d'Tandoor, Abdul Malik Abdullah meletakkan tanggungjawab memantau kepuasan pelanggan kepada setiap pengurus restorannya.

    "Setiap pelanggan d'Tandoor akan diberikan kad kaji selidik bagi mengetahui pendapat mereka mengenai makanan dan layanan yang diberikan ketika menikmati hidangan di restoran d' Tandoor.

    "Pengurus restoran akan mengumpulkan semua maklumat berkenaan dalam bentuk laporan untuk dibentangkan dalam setiap mesyuarat mingguan yang dijalankan di ibu pejabat," katanya.

    Menurut Abdul Malik, pengurus restoran juga perlu bertanya kepada pelanggan yang tidak menghabiskan makanan mereka supaya sebarang kekurangan dapat diperbaiki.

    "D'Tandoor tidak akan membiarkan pelanggan yang tidak berpuas hati pergi begitu sahaja. Sekiranya ada aduan, surat permohonan maaf dan baucar makanan akan diberikan kepada pelanggan terbabit.


    ASPEK kebersihan kedai perlu dititikberatkan oleh pengusaha restoran. - Gambar hiasan


    "Tindakan ini perlu kerana pelanggan yang tidak gembira tidak akan berkunjung lagi ke restoran dan akan mempengaruhi orang lain," katanya.

    Pemilik Restoran Mahkota Padang yang terletak di Subang Jaya, Adnan Sujadi pula memberitahu, jika pelanggan tidak menghabiskan makanan mereka dalam jumlah yang besar, dia akan merasa makanan itu bagi menilai kembali rasanya.

    "Kadang-kadang pelanggan tidak habiskan makanan sebab sudah kenyang tetapi mungkin juga mereka tidak sukakan rasanya.

    "Penting untuk saya sendiri sebagai pemilik restoran menilai hasil masakan chef saya supaya ia sentiasa memenuhi standard yang ditetapkan," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kaum Rungus bukan termiskin

    Posted:

    Kaum Rungus bukan termiskin

    Kaum Rungus bukan termiskin


    EMPAT wanita suku kaum Rungus (dari kanan) Yuzok Pukuk, Montel Mosubal, Nokoling Amoi dan Yangamat Jamanji menunjukkan pakaian tradisi yang dipakai oleh nenek moyang mereka.


    SEBUT saja orang Rungus, ia sinonim dengan Kudat yang terkenal dengan gelaran The Tip Of Borneo atau hujung tanduk Sabah. Di sinilah letaknya Tanjung Simpang Mengayau iaitu salah satu daripada pusat pelancongan popular di barat Laut Kepulauan Borneo yang menyaksikan pertemuan arus laut Sulu dan Laut China Selatan.

    Sambil menyaksikan lautan lepas, badai ombak memukul pantai serta menikmati tiupan angin Negeri di Bawah Bayu, Simpang Mengayau memang sesuai sekali untuk dikunjungi bagi menyegarkan fikiran atau memupuk rasa kasih sayang sesama manusia dengan alam semula jadi.

    Ribuan penduduk tempatan di Kudat terdiri daripada suku kaum Rungus yang kaya dengan adat tradisi, budaya dan sejarah. Pakaian tradisional Rungus memang unik dan rumah panjangnya mempunyai ukiran tersendiri.

    Malangnya masyarakat Rungus di Kudat sering dikaitkan dengan persepsi bahawa kaum itu merupakan antara yang termiskin dan terkebelakang di negeri itu berbanding kaum lain.

    Mungkin persepsi negatif terhadap kaum berkenaan dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk hasil kajian Bank Dunia yang dikeluarkan baru-baru ini.

    Mengikut Kajian Bank Dunia 2010 yang dibentangkan pada Forum Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) di The Hague, Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia dengan kira-kira 10 peratus penduduk berada di bawah paras kemiskinan iaitu pendapatan isi rumah RM700 sebulan.

    Di peringkat nasional pula kajian itu mendapati 40 peratus rakyat termiskin datangnya dari Sabah termasuk kaum Rungus di Kudat.

    Adakah hasil kajian itu menggambarkan keadaan sebenar?

    Tidak seteruk seperti atas kertas

    Menurut kebanyakan mereka, kedudukan kaum Rungus di Kudat tidaklah seteruk yang digambarkan.


    SEBUAH rumah panjang Rungus yang dipanggil 'binatang' dalam bahasa suku kaum Rungus dibina di Kampung Babangazo menjadi salah satu tarikan pelancongan di Kudat.


    "Saya berpendapat para pengkaji hanya melihat secara luaran dan tidak turun padang melihat sendiri kehidupan kaum Rungus yang jauh lebih maju jika dibandingkan dengan kaum lain yang tinggal di pesisir pantai," kata James Tahanji Sumbing, 54, yang berasal dari Kampung Kusilad, Kudat.

    Beliau tidak bersetuju dengan hasil kajian itu kerana katanya 90 peratus tanah di daerah Kudat dimiliki kaum Rungus.

    Mereka memiliki sekurang-kurangnya dua hektar tanah dan mendiami rumah sendiri.

    James juga menyangkal dakwaan yang menyatakan bahawa minda kaum Rungus masih terkebelakang.

    Contohnya, majoriti jururawat yang berkhidmat di Hospital Kudat terdiri daripada kaum Rungus. Kebanyakan guru sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kudat dan SMK Lok Yuk Kudat adalah guru berijazah juga dari suku kaum Rungus.

    Beliau turut memberi contoh kaum Rungus yang banyak memegang jawatan penting di Sabah. Antaranya pegawai kanan Jabatan Penerangan Sabah pegawai daerah di Tambunan dan Nabawan, penasihat undang-undang kanan Yayasan Sabah, pensyarah di Universiti Malaysia Sabah, doktor di Hospital Pitas, guru besar di sekolah-sekolah di Kudat dan peguam.

    James berkata, majoriti penduduk di kampungnya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia. Daripada 15 keluarga yang mendiami kampung itu, lebih 20 orang adalah graduan universiti tempatan.

    Bryan Edwin, guru di Sekolah Menengah Teknik Kudat berkata, tidak adil untuk melabel kaum Rungus sebagai yang termiskin dan terkebelakang.

    "Bagi meneliti masyarakat sesuatu kawasan itu, tiga perkara asas iaitu sosial, ekonomi dan juga pendidikan harus dijadikan landasan kepada pengukuran miskin dan minda terkebelakang," katanya.

    Bryan berkata: "Jika dilihat secara mata kasar dan luaran memang seolah-olah kaum Rungus agak terkebelakang tetapi hakikatnya kehidupan mereka sebenarnya jauh lebih baik daripada beberapa kaum lain kerana mereka memiliki harta sendiri dan tidak menumpang tanah orang lain."

    Anak watan Kudat dari kaum Rungus Jabilin Garim yang bersetuju dengan pandangan James dan Bryan berkata, persepsi begini dianggapnya sebagai satu cabaran.


    DAKWAAN bahawa kaum Rungus sebagai ketinggalan adalah tidak benar apabila ramai masyarakatnya adalah lulusan institusi pengajian tinggi dan memiliki kerjaya profesional.


    "Kami mempunyai tempat tinggal, mempunyai makanan untuk dimakan serta hidup bermasyarakat di mana budaya dan sosial kami hampir sama. Bagaimana pula kami dilabel sebagai kaum termiskin dan terkebelakang?" soalnya.

    Pengkisahan dan bantuan kerajaan

    Bryan berkata, kerajaan melaksanakan banyak projek pembangunan di kawasan Kudat untuk keselesaan rakyat.

    Katanya, persepsi tersebut boleh diubah dengan menggalakkan masyarakat Rungus menonjolkan diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan.

    Jabatan Penerangan Negeri Sabah juga melihat pentingnya usaha bersepadu dilakukan bagi membetulkan keadaan.

    Penganjuran Pertandingan Pengkisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah pada 3 Mei lalu di Dataran Tomborungus Kudat adalah salah satu daripada usaha kerajaan membantu mengubah persepsi masyarakat luar terhadap kaum Rungus.

    Melalui pertandingan itu, peserta dan masyarakat luar boleh melihat sendiri cara hidup dan kemajuan daerah Kudat, manakala masyarakat setempat terutama kaum Rungus boleh mengambil ruang itu bagi mengubah pandangan negatif masyarakat luar terhadap mereka.

    Pengarah Penerangan Negeri Sabah Almain Ajirul berkata, objektif pertandingan itu adalah untuk menggalakkan masyarakat umum menyampaikan pendapat mengenai dasar-dasar kerajaan yang dicapai negara terutama melalui gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. - Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Turki dibelenggu keganasan ke atas wanita

    Posted:

    Turki dibelenggu keganasan ke atas wanita

    Turki dibelenggu keganasan ke atas wanita


    KES Opuz telah meraih perhatian wanita Turki yang bangkit mengadakan demonstrasi jalanan.


    DIA bukan selebriti ataupun ahli politik terkenal tetapi, setiap pergerakan Nahide Opuz sentiasa dikawal pengawal pengiring. Ini bagi memastikan wanita berusia 39 tahun itu dilindungi daripada serangan bekas suaminya.

    Ibu kepada dua cahaya mata itu merupakan wanita Turki pertama mempunyai pengawal peribadi yang dibayar oleh pihak kerajaan. Ia dilakukan selepas Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah mengutuk kerajaan Turki kerana gagal mempertahankan keselamatan Opuz malah, ibunya terbunuh akibat serangan tersebut.

    Sebelum kes terbesar itu dibicarakan di hadapan hakim di Strasbourg, Perancis, Opuz sudah beberapa kali dipukul dan terselamat daripada tikaman bekas suaminya. Walaupun Opuz telah beberapa kali membuat aduan mengenai serangan tersebut, pihak berkuasa Turki gagal mengambil tindakan terhadap laporannya termasuk kejadian bunuh ibunya.

    Opuz yang berasal dari selatan Kurdish kini menjalani kehidupan yang terpencil.

    "Baginya adalah amat mustahil untuk bercakap tentang kehidupan yang normal. Dia mengalami trauma akibat keganasan dan ancaman bunuh sepanjang alam perkahwinan serta selepas bercerai," tutur peguam Meral Danis Bestas.

    Selain itu, kes berprofil tinggi, Ayse Pasali, 42, yang ditikam sampai mati oleh bekas suaminya di luar rumah di Ankara, pada Januari lalu turut meraih perhatian orang awam dan pihak antarabangsa.

    Beberapa tahun sebelum itu, di bangunan mahkamah para wartawan menceritakan keadaan Pasali yang tidak keruan dan matanya lebam gara-gara dipukul teruk.

    Sebulan kemudian seorang lagi wanita Arzu Yildirim, 33, ditembak mati di tepi jalan Istanbul. Polis kemudian mendapati beg tangannya mengandungi salinan aduan mengenai ancaman bunuh untuk diserahkan kepada pendakwa raya tempatan. Ia dikatakan dilakukan oleh bekas teman lelakinya.

    Kumpulan aktivis memberitahu keganasan terhadap wanita di negara Kesatuan Eropah (EU) sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Ini menyebabkan banyak pihak menuding jari kepada badan kehakiman dan pemerintah iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP).

    Dibunuh bila minta cerai

    Berdasarkan laporan BIAnet iaitu stesen berita yang memberi fokus kepada pencabulan hak asasi manusia, sekitar bulan Februari dan Mac lalu seramai 52 orang wanita telah dibunuh.

    Dianggarkan sekurang-kurangnya 217 mati pada tahun lepas termasuklah 27 peratus wanita dibunuh akibat meminta cerai daripada suami.

    Sejak tahun 2002 hingga tahun 2009, jumlah wanita mati dalam pembunuhan yang dirancang telah meningkat sebanyak 14 kali ganda. Statistik itu didedahkan oleh kementerian keadilan meskipun tidak menyertakan butiran terperinci mengenai si pelaku dan keadaan.

    "Masalah di Turki kini mencapai tahap yang membimbangkan apabila semakin ramai wanita dibunuh dengan pelbagai cara," ujar Hulya Gulbahar, ketua aktivis hak wanita.


    WANITA di Turki bukan sahaja dicederakan apabila melakukan kesalahan malah, ada yang dibunuh apabila meminta cerai.


    Bagi pejuang hak asasi manusia, wanita di Turki sudah sekian lama menjadi mangsa keganasan dan pembunuhan kerana masyarakatnya masih melihat bahawa lelaki mempunyai kuasa yang lebih dominan.

    Sesetengah pengkritik mendakwa parti pemerintah parti AKP tidak melihat atau cuba menangani isu itu secara serius.

    "Masalah ini berlaku kerana pihak kerajaan bagaikan tidak berusaha membantu menghapuskan keganasan terhadap wanita," tegas Pinar Ilkkaracan salah seorang aktivis wanita.

    Dalam pada itu, Gulbahar turut menyalahkan ketidakadilan dan propaganda yang dicetuskan terhadap wanita dan lelaki yang kebanyakannya merujuk wanita hanya layak melakukan kerja-kerja rumah dan menguruskan anak.

    Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan cuba meredakan keadaan dengan menyatakan bahawa wanita dan lelaki tidak sama, cuma kedua-dua golongan ini saling memerlukan antara satu sama lain.

    Parti AKP yang berkuasa sejak tahun 2002 menolak tuduhan bahawa jumlah wanita dibunuh dan didera semakin meningkat sebalik mendakwa ia telah disensasikan secara melampau.

    "Kami ialah parti positif mempengaruhi pengundi konservatif supaya menentang keganasan. Wanita kini mula bangkit untuk mengatasi keganasan dan bersuara terhadap kes-kes yang telah dilaporkan," jelas penggubal undang-undang Fatma Sahin yang merangkap Ketua Cawangan Wanita AKP.

    Ankara kini aktif menyediakan laporan yang bakal dibentangkan pada Konvensyen Majlis Eropah dalam membincangkan hal berkaitan menentang keganasan wanita.

    Namun, bagi peguam Opuz ia sebenarnya bergantung kepada pelaksanaan undang-undang pada peringkat bawah.

    "Pihak berkuasa gagal mengambil tindakan secara serius pada setiap ancaman bunuh. Para pendakwa dan polis gagal menyediakan apa yang masyarakat perlukan," jelas Bestas yang turut merujuk pada kes bekas suami Opuz yang pada awalnya dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun tetapi, hukuman telah dikurangkan selama enam tahun sahaja.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Jenayah

    Posted: 08 May 2011 11:10 PM PDT

    Utusan Online - Jenayah


    Wanita Melayu mangsa asid?

    Posted:

    Wanita Melayu mangsa asid?

    Wanita Melayu mangsa asid?

    Oleh ANGELINA SINYANG dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 8 Mei - Kegiatan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid jenis 'thinner' dan 'alkali' kini dikatakan semakin berleluasa berlaku di ibu negara, dipercayai didalangi dua lelaki bermotosikal.

    Penjenayah yang sehingga kini belum diberkas dikatakan mencari mangsa terdiri daripada wanita yang kebanyakannya berketurunan Melayu di sekitar Dang Wangi, Sentul dan Brickfields.

    Polis bagaimanapun sehingga kini belum mengenal pasti motif perbuatan jenayah suspek berkenaan.

    Difahamkan, kedua-dua suspek, masing-masing bertubuh gempal dan kurus berusia 20 hingga 30 tahun sering menukar jenis motosikal, akan menghampiri mangsa sebelum melemparkan cecair ke arah muka dan tubuh mereka.

    Dalam kejadian terbaru semalam, seorang wanita dan anak perempuannya yang berusia setahun cedera di muka setelah disimbah sejenis cecair di Persiaran Titiwangsa.

    Mangsa berusia 30 tahun yang merupakan kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia disimbah asid dalam kejadian pukul 3 petang di hadapan rumah mereka.

    Kelmarin, dua wanita berusia lingkungan 20-an yang sedang berjalan kaki di Jalan Pudu Lama turut disimbah sejenis cecair kira-kira pukul 9 malam.

    Kira-kira sejam kemudian, seorang wanita turut cedera di muka selepas disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah di tempat letak kereta berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Putra.

    Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam tempoh dua hari lalu, empat laporan polis diterima membabitkan lima orang mangsa.

    Katanya, daripada lima mangsa itu, seorang daripada mereka berketurunan India.

    "Kita minta orang ramai, khususnya wanita supaya bertenang dan memberi kerjasama kepada polis untuk mengesan penjenayah itu yang sudah dikenal pasti identiti mereka.

    "Polis setakat ini mengesan dua suspek berketurunan India ini menaiki motosikal atau menunggu mangsa di laluan yang sunyi sebelum menyimbah mereka menggunakan botol plastik yang sudah dipotong berisi cecair itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Menurut Khairi, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu juga diminta mengenali wajah suspek, kenderaan dan nombor pendaftaran mereka serta pakaian dan memaklumkan segera kepada Rakan Cop atau Bilik Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.

    Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu, sebanyak 10 kes simbah cecair dipercayai asid dilaporkan berlaku di daerah ini sehingga Mac lalu.

    "Dalam kejadian terakhir pada Mac lalu, tiga wanita iaitu seorang guru dan dua orang awam dilaporkan telah disimbah cecair itu di pekan Brickfields.

    "Setakat ini, tiada mangsa dapat mengecam suspek yang menaiki sebuah motosikal kerana kejadian berlaku begitu pantas," jelasnya.

    Bagaimanapun menurutnya, usaha untuk mengesan suspek yang terlibat masih diteruskan kerana bimbang suspek kembali melakukan jenayah sama selepas ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Misteri kehilangan lima nelayan

    Posted:

    Misteri kehilangan lima nelayan

    Misteri kehilangan lima nelayan

    Oleh ABDUL YAZID ALIAS
    pengarang@utusan.com.my

    SABAK BERNAM 8 Mei - Lima nelayan, dua daripadanya warga tempatan dilaporkan hilang dipercayai selepas turun ke laut untuk menangkap ikan di perairan Sungai Besar dekat sini sejak Rabu lalu.

    Bagaimanapun, kehilangan mereka mencetuskan misteri apabila hanya bot yang mereka naiki ditemui pemiliknya pada pukul 7 pagi semalam di jeti Kampung Bagan, Sungai Besar.

    Beberapa kesan darah turut dikesan pada bahagian dalam dan hujung bot berkenaan.

    Ketua Polis Daerah, Supritendan Noor Mushar Mohamad berkata, dua nelayan tempatan yang dilaporkan hilang itu ialah tekong bot, Chia Yeow Chian, 41, dan Ismail Rejab, 41, masing-masing berasal dari Kampung Bagan Sungai Besar.

    Beliau berkata, tiga lagi nelayan merupakan warga Indonesia berusia antara 30 hingga 35 tahun yang masih belum dikenal pasti identiti mereka.

    "Sebelum kejadian, kesemua mangsa dilaporkan turun ke laut seperti biasa untuk menangkap ikan kira-kira pukul 7 pagi Rabu lalu.

    "Kesemua mereka bagaimanapun tidak pulang setelah beberapa hari ke laut sehingga pemilik bot itu yang juga adik tekong terbabit dikenali sebagai Chen menemui bot itu di jeti Kampung Bagan, Sungai Besar.

    "Sebaik sahaja menemui kesan darah di bahagian dalam dan hujung bot, Chen cuba mencari abangnya dan Ismail di rumah mereka namun kedua-duanya belum pulang," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

    Noor Mushar berkata, pada masa sama, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan agensi-agensi berkaitan turut menjalankan operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang hilang.

    "Kira-kira pukul 5 petang semalam, anggota penyelamat menemui sebuah tilam yang mempunyai kesan darah di permukaan laut dan ia dibawa pulang bagi membantu siasatan kerana kemungkinan mempunyai kaitan dengan kes tersebut," katanya.

    Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan di atas bot berkenaan ketika nelayan tersebut berada di tengah laut.

    Namun, katanya, polis belum dapat mengesahkan siapa yang menjadi penyerang dan mangsa setakat ini.

    "Kita juga masih menyiasat siapa sebenarnya yang membawa pulang bot itu ke jeti. Setakat ini, kes berkenaan disiasat sebagai kes orang hilang sehingga petunjuk baru ditemui," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pahang

    Posted: 08 May 2011 07:36 PM PDT

    Utusan Online - Pahang


    Dekati belia secara menyeluruh

    Posted:

    Dekati belia secara menyeluruh

    Dekati belia secara menyeluruh

    Oleh HARIS FADILAH AHMAD
    utusanpahang@utusan.com.my


    ABDUL Rahman Mohamad (berdiri, enam dari kanan) bersama pasukan bola jaring yang menyertai Karnival Sukan UMNO Lipis, di Kuala Lipis, kelmarin.


    KUALA LIPIS 8 Mei - Pendekatan UMNO menghampiri generasi muda tidak boleh dilihat dari sudut politik semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi perspektif kemasyarakatan yang lebih luas.

    Ketua UMNO Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, masalah menarik penyertaan generasi muda timbul apabila ramai di kalangan mereka tidak memahami atau meminati aspirasi perjuangan politik.

    Menurut beliau, golongan tersebut masih tidak mempunyai kesedaran politik dan idealisme perjuangan UMNO selain kerap diasak dakyah pihak tertentu.

    ''Dengan adanya kegiatan sukan dan pendidikan, golongan itu dapat dilibatkan bersama dan menarik mereka kembali yakin terhadap UMNO," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan UMNO Lipis di Dataran Lipis di sini semalam.

    Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samat dan Pengerusi Pengelola Sukan UMNO Lipis, Abdul Halim Othman.

    Karnival berkenaan merupakan anjuran bersama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Lipis dengan disertai 80 pasukan Futsal, masing-masing 20 pasukan bola jaring dan sepak takraw serta dan 15 pasukan petanque.

    Dalam pada itu, Abdul Rahman memuji penganjuran karnival tersebut kerana berjaya menarik ramai belia dan remaja kaum lain termasuk Orang Asli menyertai sukan yang dipertandingkan.

    Katanya, usaha UMNO Lipis itu amat penting untuk memastikan kelangsungan perjuangan parti membela masyarakat Melayu di samping mengeratkan perpaduan dengan kaum lain.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ambil tahu perkembangan politik

    Posted:

    Ambil tahu perkembangan politik

    Ambil tahu perkembangan politik

    KUANTAN 8 Mei – Penjawat awam disaran mengikuti perkembangan politik semasa walaupun tidak melibatkan diri secara langsung dengan perkara tersebut.

    Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, mereka perlu mengambil tahu kerana faktor politik merupakan salah satu tunjang kestabilan sesebuah negara.

    "Beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini amat merisaukan terutama dalam memikirkan masa depan negara dan anak, cucu serta bangsa kita.

    "Kita bimbang sekiranya tidak berhati-hati, akan wujud dua sistem parti yang menimbulkan pelbagai konflik," katanya ketika berucap pada majlis perasmian kejohanan permainan tradisional Maksak peringkat kebangsaan di sini kelmarin.

    Seramai 650 peserta daripada 12 kontinjen seluruh negara menyertai acara permainan tersebut seperti menyumpit, batu seremban, congkak, dam aji dan sepak raga yang berlangsung selama empat hari bermula kelmarin.

    Sementara itu, menurut Adnan, permainan tradisional itu bukan sekadar permainan biasa tetapi mampu mewujudkan semangat persaudaraan dengan lebih erat.

    Tambah beliau seharusnya nilai dan kesantunan budaya lemah lembut yang dipamerkan melalui permainan tersebut dipraktikkan dalam sistem penyampaian awam.

    "Jika itu yang dilakukan terutama dalam urusan pentadbiran, maka kita akan mendapat hasil terbaik dan mewujudkan perpaduan kaum yang lebih erat," ujar beliau.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Warga Lombok diminta jaga tatasusila ketika bekerja di Felda

    Posted:

    Warga Lombok diminta jaga tatasusila ketika bekerja di Felda

    Warga Lombok diminta jaga tatasusila ketika bekerja di Felda

    JERANTUT 8 Mei – Buruh warga Lombok dari Wilayah Nusa Tenggara Barat, Indonesia diminta memahami aspirasi budaya orang Melayu dan mematuhi undang-undang negara ini demi menjaga nama baik negara asal mereka.

    Gabenor Wilayah Nusa Tenggara Barat, Dr. Mohamad Zainul Majdi berkata, golongan itu perlu menjaga tatasusila dengan masyarakat tempatan khususnya di kawasan Felda yang menjadi tempat mereka mencari rezeki.

    Tambah beliau, sejak akhir-akhir ini, sikap segelintir golongan itu yang dipaparkan oleh media menimbulkan rasa kurang senang terhadap penduduk tempatan.

    ''Saya tidak menafikan di mana-mana sekalipun sama ada di Indonesia atau Malaysia hal yang serupa berlaku, tetapi lebih elok dan murni jika mereka menjaga tatasusila," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Pekerja Felda peringkat Kebangsaan di Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak (PPPTR), di Tekam dekat sini baru-baru ini.

    Menurut Mohamad, seramai 40,000 buruh asing dari Nusa Tenggara Barat bekerja di ladang kawasan Felda negara ini dengan menerima gaji antara RM800 hingga RM1,200 sebulan.

    Katanya, budaya orang Melayu negara ini dengan Indonesia tidak banyak berbeza malah mudah dihayati secara integrasi oleh buruh terbabit dengan penduduk tempatan.

    Beliau menegaskan, pentadbiran Indonesia tidak akan berkompromi dengan mereka yang membuat kesalahan jenayah di sini dan menyerahkan kepada pemerintah Malaysia melaksanakan hukuman sewajarnya berasaskan undang-undang di sini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Mahkamah

    Posted: 08 May 2011 07:20 PM PDT

    Utusan Online - Mahkamah


    Broker ke tali gantung

    Posted:

    Broker ke tali gantung

    Broker ke tali gantung

    Oleh SAFINA RAMLI
    utusankedah@utusan.com.my


    Airiy Azmi Mohamad selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di Alor Setar, semalam.


    ALOR SETAR 8 Mei - Seorang broker kenderaan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 59.91 kilogram, dua tahun lalu.

    Hakim Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Airiy Azmi Mohamad, 31, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

    "Saya dapati pembelaan tertuduh tidak munasabah serta tidak boleh diterima jadi tertuduh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati," kata Mohd. Zaki.

    Mengikut pertuduhan, Airiy didakwa mengedar dadah tersebut di Lorong 2, Unit Pemeriksaan dan Kemudahan Penumpang, Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 17 April 2009.

    Ketika ditahan, sebanyak 65 ketulan kanabis ditemui di bawah tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan serta bahagian simpan tayar di but belakang kereta.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Suhaimi Nik Sulaiman sementara tertuduh diwakili peguam, R.S.N. Rayer.

    Sementara itu, di Mahkamah Tinggi berasingan, seorang nelayan dan penganggur terlepas daripada hukuman gantung selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan memiliki dadah.

    Ismail Che Mat, 36, yang bekerja sebagai nelayan dipenjara selama tujuh tahun enam bulan serta 10 sebatan selepas mengaku salah memiliki heroin dan monoacetylmorphines seberat 23.25 gram di laluan Kuala Perlis, Jetty Point, Langkawi pada 29 April tahun lalu.

    Sementara itu penganggur, Mohd. Rofidi Karim, 38, pula dihukum penjara 10 tahun dan 10 sebatan selepas didapati bersalah atas pertuduhan pilihan memiliki dadah heroin dan monoacetylmorphines seberat 19.9 gram di rumah tidak bernombor di Kampung Charuk Kudung, Pendang pada 6 Mei 2009.

    Bagi satu lagi pertuduhan iaitu memiliki 4.39 gram methamphetamine di lokasi sama, Mohd. Rofidi dihukum penjara tiga tahun. Hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan diarahkan supaya berjalan serentak.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gegendang pecah: Buruh saman PDRM, kerajaan RM300,000

    Posted:

    Gegendang pecah: Buruh saman PDRM, kerajaan RM300,000

    Gegendang pecah: Buruh saman PDRM, kerajaan RM300,000


    Muhammad Syahir Yusoff menunjukkan writ saman menuntut ganti rugi teladan dan kecederaan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam.


    KOTA BHARU 8 Mei - Seorang buruh memfailkan saman ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia bagi menuntut ganti rugi RM300,000 kerana mendakwa ditampar oleh seorang anggota polis dua tahun lalu sehingga menyebabkan gegendang telinganya pecah.

    Dalam tuntutannya itu, Muhammad Syahir Yusoff, 20, menamakan 'seorang anggota polis tidak dikenali' sebagai defendan pertama, Ketua Polis Daerah Tumpat pada 2009 dan Kerajaan Malaysia masing-masing defendan kedua dan ketiga.

    Plaintif dalam writ samannya yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, dengan ditemani peguam, Shaharuddin Mohamed, turut menuntut ganti rugi kecederaan yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.

    Muhammad yang berasal dari Kampung Baru Geting, Tumpat mendakwa, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang di Balai Polis Tumpat pada 16 Oktober 2009, dia telah ditampar beberapa kali oleh 'anggota polis tidak dikenali' itu ketika disiasat membabitkan satu kes berkaitan dadah.

    Dakwanya, tindakan tersebut menyebabkan gegendang kedua-dua telinganya pecah dan kecederaan itu disahkan oleh seorang doktor di Hospital Tumpat, ketika menerima rawatan beberapa hari kemudian.

    "Saya ditampar semasa disiasat kerana disyaki mengedar dadah, bagaimanapun dibebaskan pada hari yang sama kerana tidak ada bukti saya melakukannya dan ujian air kencing saya juga negatif daripada penggunaan dadah.

    "Akibat ditampar, saya langsung tidak dapat mendengar selama beberapa hari sebab gegendang telinga pecah dan walaupun sudah pulih beberapa bulan kemudian, pendengaran saya kini tidak seperti dulu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

    Katanya, dia membuat satu laporan polis pada 26 Oktober 2009 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berhubung tindakan anggota polis berkenaan.

    Sementara itu, Shaharuddin berkata, pihaknya masih gagal mendapatkan nama defendan pertama daripada pihak berwajib, meskipun anak guamnya telah membuat kawad cam.

    Kegagalan pihak berkuasa itu dakwanya, menyebabkan anak guamnya lewat untuk memfailkan tuntutan di mahkamah.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Rencana

    Posted: 08 May 2011 03:05 PM PDT

    Utusan Online - Rencana


    Berubah supaya relevan

    Posted:

    Berubah supaya relevan

    Berubah supaya relevan

    Oleh NIZAM YATIM
    nizam.yatim@utusan.com.my

    USIA Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) genap 65 tahun pada 11 Mei ini. Seperti yang termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaannya, parti itu berjuang untuk mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

    Sebenarnya terdapat enam asas utama dalam perjuangan UMNO yang ditubuhkan pada 1946, antaranya untuk mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial menerusi sistem pemerintahan demokrasi berparlimen serta memajukan ekonomi orang Melayu, bumiputera dan rakyat Malaysia amnya.

    Ia juga berjuang bagi melahirkan bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak asasi manusia dan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.

    UMNO sudah pasti akan kekal dengan segala asas perjuangannya. Bagaimanapun berikutan perubahan zaman yang menyaksikan menurunnya sokongan orang Melayu terutama generasi muda selepas Pilihan Raya Umum 2008, maka mahu tidak mahu ia perlu mengubah pendekatannya.

    Seperti yang sering disebut kepimpinan parti itu, cerita-cerita kejayaan UMNO membangunkan Malaysia dan perjuangannya untuk memerdekakan negara sudah tidak lagi berkesan untuk menambat hati orang Melayu terutama generasi muda.

    Parti itu tidak boleh terlalu mengharapkan perjuangannya sebelum ini akan dihayati oleh generasi muda yang sudah pasti tidak lagi melihat UMNO dari segi jasa yang telah dicurahkan sebaliknya sama ada ia relevan pada masa kini dan akan datang.

    Keperluan supaya parti itu, berubah dibangkitkan sendiri oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-64 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tahun lalu.

    Dalam ucapannya, Najib menyeru seluruh lapisan kepimpinan dan ahli UMNO supaya menjadikan parti itu sebagai sebuah entiti politik yang berpaksikan kepentingan rakyat.

    Presiden UMNO itu turut mengingatkan pemimpin dan ahli parti supaya tidak leka dalam perjuangan sehingga ia dianggap oleh rakyat jelata hanya memperjuangkan kelompok kecil kumpulan yang berkepentingan sahaja.

    ''Demi menjadikan UMNO dekat di hati rakyat, para pemimpinnya mesti mengatur program untuk rakyat pada setiap masa dan bukannya secara bermusim menjelang pilihan raya sahaja," katanya.

    Najib juga mengingatkan bahawa UMNO sebagai sebuah parti politik yang telah mengetuai Barisan Nasional (BN) memenangi sebanyak 12 pilihan raya umum, perlu mengambil iktibar daripada nasib parti pemerintah di luar negara seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun yang hampir sama usianya yang kini menjadi parti pembangkang.

    ''Parti terbabit kehilangan kuasa kerana berleluasanya politik berpuak sehingga perkara itu lebih diutamakan daripada berkhidmat kepada rakyat. Parti ini mengutamakan kelompok tertentu yang berkepentingan sehingga kehendak dan tuntutan rakyat tidak diberi perhatian.

    ''Parti berkenaan juga tidak mempunyai iltizam politik untuk meneruskan perubahan dalaman sehingga pengundi melihatnya jauh daripada hati rakyat, tidak memahami kehendak mereka selain tidak segar mahupun dinamik," katanya.

    Dalam pada itu, bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik yang diminta mengulas perkembangan parti itu sekarang melahirkan kegembiraan kerana ia telah melalui proses overhaul selepas Tsunami 2008.

    ''Saya nampak parti telah mula melakukan perubahan dan ini sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti ini.

    ''Saya juga tertarik dengan gaya kepimpinan Najib yang terbuka dan berterus terang seperti baru-baru ini apabila mengajak Pas bergabung dengan UMNO.

    ''Ini bagus dan sesuai dengan zaman sekarang apabila rakyat lebih selesa dengan pemimpin yang mengamalkan ketelusan,'' ujarnya.

    Sabbaruddin juga melahirkan keyakinan bahawa segala perubahan yang dirancang oleh Najib akan dapat dilaksanakan dengan berkesan berikutan beliau mempunyai Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan Sabbaruddin sebagai seorang timbalan yang bagus.

    ''Ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) juga tiada yang bermasalah dan saya tidak nampak lagi berlaku pertelingkahan di peringkat kepimpinan negeri dan bahagian seperti sebelum ini. Saya harap ia berterusan sampai pilihan raya akan datang," ujarnya.

    Sementara itu, seorang lagi veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani menyambut baik nasihat Najib supaya kepimpinan parti itu di semua peringkat mendampingi rakyat.

    ''Saya harap pemimpin dan ahli parti di semua peringkat mengikut nasihat Presiden supaya mereka memainkan peranan untuk menjuarai isu-isu rakyat supaya UMNO disegani dan dilihat masih lagi relevan.

    ''Saya mendapati program mendekati rakyat yang diadakan sekarang tidak menyeluruh dan agresif seperti yang sepatutnya dan tumpuan juga harus dibuat bagi mendampingi orang Melayu bandar yang kini dihimpit dengan pelbagai masalah kehidupan," katanya.

    Beliau juga berharap tiada mana-mana pihak yang menyokong UMNO semata-mata kerana mahukan habuan kewangan.

    Sebenarnya, perubahan UMNO tidak harus dijadikan slogan semata-mata sebaliknya ia perlu diterapkan dari segi amalannya. Jangan lagi ada pihak yang masih mengatakan orang-orang UMNO sombong, angkuh dan tidak mesra rakyat.

    Usaha UMNO untuk berubah adalah selaras dengan hakikat bahawa parti itu sahaja yang boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu dan Islam di negara ini.

    Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau parti-parti kecil lain yang didominasi oleh orang Melayu tidak boleh menjadi alternatif kepada UMNO kerana ia lebih mementingkan kuasa sehingga sanggup melihat kedudukan orang Melayu dalam aspek ekonomi, politik dan lain-lain bidang terus dipinggirkan.

    Dengan cogan kata Bersatu - Bersetia - Berkhidmat, UMNO perlu membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu masih dinamik, segar dan bernafas baru.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Titik perubahan di Singapura

    Posted:

    Titik perubahan di Singapura

    Titik perubahan di Singapura


    Penyokong-penyokong Parti Tindakan Rakyat (PAP) bersemangat mengibarkan bendera, sepanduk dan poster calon parti mereka ketika berkumpul menunggu keputusan pengiraan undi sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 negara itu di Stadium Toa Payoh, Singapura, Sabtu lalu.


    PILIHAN raya umum Singapura pada 7 Mei lalu mengembalikan kuasa kepada parti memerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) tetapi berlaku perubahan besar apabila pembangkang iaitu Parti Pekerja (WP) memenangi enam daripada 87 kerusi Parlimen yang ditandingi.

    PAP memenangi majoriti 81 kerusi, termasuk lima kerusi yang menang tanpa bertanding tetapi kemenangan pembangkang tahun ini merupakan yang terbesar dalam sejarah negara pulau tersebut sejak meninggalkan Persekutuan Malaysia pada 1965.

    Antara anggota PAP yang menang tanpa bertanding ialah pengasas bersama PAP dan bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew, 87.

    Pegangan undi keseluruhan kerajaan PAP juga dilihat semakin menurun dari 75 peratus pada 2001 kepada 67 peratus pada 2006 dan hanya 60 peratus daripada dua juta pengundi untuk 2011.

    Tahun ini, pembangkang turut bertanding di 82 daripada 87 kerusi Parlimen berbanding hanya 47 daripada 84 kerusi pada 2006 sementara kemenangan terbesar iaitu empat kerusi Parlimen dicatatkan pada 1991.

    Kebangkitan pembangkang tahun ini dilihat sebagai satu rintangan kepada pentadbiran politik Singapura yang telah menikmati kemuncak kuasa sejak lima dekad lalu.

    Walaupun kepimpinan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong masih memegang majoriti besar, kekalahan 'paling teruk' dalam sejarah Singapura itu turut menyaksikan kekalahan seorang pemimpin utama PAP dan Menteri Luarnya, George Yeo.

    Yeo yang mengetuai Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) di kawasan panas Aljunied tewas bersama empat calon PAP lain dalam kawasan tersebut dan memaksa beliau keluar dari Kabinet.

    GRC iaitu satu kaedah yang selama ini dilihat memberi kelebihan kepada parti pemerintah juga telah mula menunjukkan kelemahan.

    Seorang profesor sains politik di Universiti Pengurusan Singapura, Bridget Welsh berkata, GRC merupakan asas dominasi satu parti di negara pulau itu dan pemecahan sistem itu membuka ruang untuk kepelbagaian politik di Singapura.

    Minggu lalu, sehingga 40,000 anggota kumpulan penyokong dilihat menyertai perhimpunan yang diadakan pembangkang, jauh mengatasi bilangan penyokong kerajaan.

    Kempen pembangkang juga banyak bergantung kepada internet terutamanya laman sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube memandangkan media utama dilihat sebagai media kerajaan.

    Antara isu yang dilihat menjadi penentu pilihan raya kali ini ialah kadar pendapatan mendatar, peningkatan kos sara hidup, jurang pendapatan yang semakin besar dan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Singapura yang lebih miskin.

    Sebelum ini, PAP banyak bergantung kepada kempen dakwaan birokrasi bebas rasuah di Singapura dan kejayaan pembangunan ekonomi termasuk peningkatan 14.5 peratus tahun lalu selepas berjaya mengharungi gawat ekonomi 2009.

    Namun, kali ini mereka dilihat tidak bersedia dengan tahap ketidakpuasan hati di kalangan pekerja dan golongan pertengahan yang merasakan kerajaan kurang responsif.

    Hsien Loong beberapa hari sebelum pilihan raya turut memohon maaf secara terbuka berikutan kesilapan kerajaan pimpinannya termasuk kurang membina perumahan awam dan tidak mengembangkan sistem jaringan pengangkutan bagi memenuhi peningkatan besar pekerja asing.

    Harga rumah di negara pulau itu telah meningkat sekitar 70 peratus sejak 2006 sementara jumlah pekerja asing kini melangkaui satu juta orang.

    Antara aduan lain yang dibangkitkan pembangkang dan pengundi dalam kempen pilihan raya kali ini adalah sikap pemimpin dan wakil rakyat PAP sendiri yang didakwa bongkak dan menjauhkan diri daripada rakyat di akar umbi.

    Hsien Loong yang menyatakan beliau "berasa rendah diri" selepas kemenangan pilihan raya kali ini turut menegaskan PAP sedar mengenai kekhuatiran dan isu yang diletakkan oleh pengundi.

    "Kami dengar suara anda," kata Hsien Loong yang mendapat mandat kali kedua sebagai Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas pengumuman keputusan oleh saluran televisyen tempatan, Channel NewsAsia.

    Sambil mengakui bahawa GRC Aljunied merupakan yang paling sengit persaingannya, Hsien Loong menyatakan kekecewaannya kerana tewas di situ walaupun telah berusaha keras.

    "Hilangnya pasukan PAP (Aljunied) merupakan satu kehilangan besar kepada pasukan Kabinet saya dan anggota Parlimen", ujarnya.

    Bagaimanapun, beliau berkata pasukan PAP menerima keputusan pengundi kerana berpendapat ia menunjukkan hasrat pengundi sambil berkata bahawa parti itu akan menganalisis keputusan pilihan raya dan membaiki apa yang perlu dan memperbetulkan apa jua kesilapan.

    Sambil menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai satu titik perubahan, beliau berkata dunia dan Singapura kini sudah berbeza selepas lima tahun yang penuh bermakna.

    "Para pengundi bukan orang yang sama apabila begitu ramai pengundi generasi muda dengan pelbagai kelulusan dalam pendidikan selain terdapat penduduk yang telah berusia dengan kebimbangan yang lain.

    "Semua lapisan rakyat Singapura mempunyai aspirasi yang tinggi dan mahu kerajaan mengubah cara serta pendekatan yang diambil. Ramai juga yang ingin melihat lebih banyak suara pembangkang di dalam Parlimen untuk memantau kerajaan PAP," jelasnya.

    Kenyataan Perdana Menteri itu disambut baik oleh ramai penganalisis tetapi mereka tidak mengharapkan perubahan dramatik dalam tempoh terdekat. - Agensi

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Negara

    Posted: 08 May 2011 01:45 PM PDT

    Kosmo Online - Negara


    Bimbang anak jatuh Sungai Perak

    Posted:

    Bimbang anak jatuh Sungai Perak

    Bimbang anak jatuh Sungai Perak

    Oleh MOHD. AZLI ADLAN
    azli.adlan@kosmo.com.my


    ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam melancarkan gerakan mencari Mohd. Azfar di Sungai Perak dekat Kampung Jawang, Sungai Siput semalam.


    SUNGAI SIPUT – Sambutan Hari Ibu yang diraikan semalam merupakan yang paling getir buat bekas model, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 34, apabila anak sulungnya tiba-tiba hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Perak berhampiran Kampung Jawang, Karai dekat sini kelmarin.

    Anak Kartika iaitu Mohd. Azfar Mohamad Afandi, 9, yang merupakan golongan kelainan upaya (OKU) dikatakan hilang kira-kira 12 tengah hari ketika sedang bermain seorang diri di dalam sebuah bilik di Resort Lang Buana milik datuknya, Shukarnor Abdul Mutalib, 62.

    "Luluh hati saya memikirkan kehilangan Mohd. Azfar. Saya cuba kuatkan diri dengan tak putus-putus membaca surah Yasin dan mendirikan solat hajat agar dia segera ditemui.

    "Saya bersedia untuk terima semua kemungkinan namun naluri keibuan saya kuat mengatakan anak sulung saya masih selamat," katanya dengan nada tersekat-sekat menahan kesedihan ketika ditemui di Resort Lang Buana, Kampung Jawang, Karai dekat sini semalam.

    Bekas suami Kartika, Mohamad Afandi Amir, 39, sampai ke resort tersebut dari Singapura kira-kira pukul 12.30 malam semalam setelah dimaklumkan berita kehilangan anaknya. Kartika mempunyai dua orang anak iaitu Mohd. Azfar dan Wann Kaitlynn Kartika, 6.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Laman web bekal pasangan gay

    Posted:

    Laman web bekal pasangan gay

    Laman web bekal pasangan gay

    Oleh JUNHAIRI ALYASA
    junhairi.alyasa@kosmo.com.my


    GOLONGAN gay kini mudah mencari pasangan masing-masing menerusi Internet. – Gambar hiasan


    KUALA LUMPUR – Kegiatan seks songsang melibatkan golongan gay di Malaysia kini semakin berleluasa berikutan wujudnya sebuah laman sesawang yang dijadikan medium oleh golongan itu untuk mencari pasangan masing-masing.

    Laman sesawang yang beroperasi di Amsterdam, Belanda itu turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk muat turun video lucah, majalah dan khidmat teman sosial.

    Lebih mengejutkan, laman sesawang yang dilayari oleh kira-kira 65,000 pengunjung sehari itu turut menyenaraikan kelab-kelab khusus untuk golongan gay dari luar negara yang ingin berkunjung ke Malaysia.

    Ia turut menyediakan khidmat tukang urut tempatan, lengkap dengan alamat dan nombor telefon.

    Golongan terbabit yang mendaftar menerusi laman sesawang itu secara percuma boleh memuat turun aksi mengghairahkan dan berinteraksi dengan ahli secara langsung.

    Wartawan Kosmo! mendapati ramai golongan gay dari Malaysia menjadi ahli dalam laman sesawang tersebut menerusi lebih 30 pelawaan yang dihantar melalui laman berkenaan.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pelarasan gaji: CUEPACS akur kekangan kewangan

    Posted:

    Pelarasan gaji: CUEPACS akur kekangan kewangan

    Pelarasan gaji: CUEPACS akur kekangan kewangan

    KOTA BHARU – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap akur jika masalah kewangan dijadikan faktor kerajaan tidak dapat melaksanakan pelarasan gaji kepada lebih sejuta penjawat awam.

    Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pada masa yang sama, kerajaan perlu melihat keperluan untuk berbuat demikian kerana kepentingan kakitangan berjawatan rendah yang terpaksa membuat kerja sampingan.

    "Apa pun, kita (CUEPACS) akur dengan kekangan kewangan kerajaan tetapi pada masa yang sama kita perlu melihat dan membantu kakitangan yang berjawatan rendah ini untuk mereka meneruskan kehidupan.

    "Kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 yang berjawatan rendah dilaporkan mula membuat kerja sampingan kerana masalah kewangan yang mereka hadapi," katanya selepas Majlis Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan di sini semalam.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Kota

    Posted: 08 May 2011 11:13 AM PDT

    Utusan Online - Kota


    Eksport minyak masak tumpas

    Posted:

    Eksport minyak masak tumpas

    Eksport minyak masak tumpas

    Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
    pengarang@utusan.com.my


    Nazarrudin Zainudin (kiri) bersama pegawainya menunjukan lori tangki yang membawa minyak bersubsidi yang ditahan sewaktu operasi di sebuah kilang di Bandar Armada Putra, Pelabuhan Klang, semalam.


    PELABUHAN KLANG 7 Mei - Cubaan sebuah kilang pemprosesan dan menapis minyak untuk mengeksport 41.8 metrik tan minyak masak bersubsidi ke luar negara bernilai RM71,060 gagal apabila ditumpaskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya, di sini hari ini.

    Serbuan dilakukan pada pukul 11 pagi di kilang berkenaan yang terletak di Bandar Armada Putra, di sini.

    Menurut Penolong Pengawal KPDNKK Bekalan Putrajaya, Nazarrudin Zainudin, pihaknya turut menahan masing-masing seorang pemandu lori, penyelia kilang dan pekerja ketika sedang sibuk memindahkan barangan kawalan tersebut.

    Katanya, mereka ditahan untuk membantu siasatan kegiatan yang dipercayai dilakukan sejak Disember tahun lalu dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, polis, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

    "Pemeriksaan lanjut ke atas lori berkenaan juga mendapati 70 peratus minyak dalam tangki telah dipindahkan ke tangki besar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Nazarrudin menambah, tangkapan itu merupakan yang terbesar bagi tahun ini kerana mengikut harga pasaran nilainya berjumlah RM146,300.

    "Minyak masak yang telah disubsidi berharga RM1,700 per metrik tan, manakala harga pasarannya adalah RM3,500 per metrik tan.

    "Walaupun syarikat itu memperoleh lesen sah daripada MPOB untuk menjual minyak masak ke luar negara, namun mereka tidak layak untuk membeli minyak masak bersubsidi bagi tujuan mengeksport kerana belian perlu dibuat mengikut harga semasa," katanya.

    Tambah beliau, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM250,000 bagi syarikat, manakala persendirian, denda tidak lebih RM100,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

    "Lori tangki minyak akan diserahkan kepada MPOB, manakala minyak yang dirampas diberi kepada KPDNKK Putrajaya untuk tindakan lanjut," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar dilancar

    Posted:

    Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar dilancar

    Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar dilancar

    KUALA LUMPUR 7 Mei - Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) akan dilancarkan hujung tahun ini yang tujuannya khusus untuk menjaga kepentingan dan kebajikan penduduk Wilayah Persekutuan.

    Majlis tersebut yang bidang tugasnya hampir sama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertanggungjawab menyalurkan maklumat berhubung kebajikan rakyat secara terus kepada kerajaan.

    Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (gambar) berkata, bagi tujuan itu, satu program ujian akan dilaksanakan di Putrajaya Jun ini bagi mengenal pasti sebarang kelemahan majlis tersebut.

    "Usul mengenai penubuhan majlis perwakilan ini sebenarnya dibentang tahun lepas dan Jemaah Menteri setuju meluluskan cadangan penubuhannya. Ahlinya akan menikmati keistimewaan yang hampir sama seperti anggota JKKK.

    "Ahli majlis perwakilan ini nanti akan ditempatkan di kawasan penempatan di setiap Parlimen dan dipecahkan mengikut zon masing-masing. Berapa ramai ahli majlis nanti bergantung kepada zon," katanya di sini hari ini.

    Mengulas lanjut Raja Nong Chik berkata, melalui penubuhan majlis perwakilan itu nanti, beliau percaya kerajaan akan memiliki hubungan yang lebih formal dengan rakyat di Wilayah Persekutuan.

    Bagaimanapun beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih belum mengetahui berapa ramai pemimpin masyarakat akan dilantik sebagai ahli MPKB kerana perkara itu masih dalam kajian.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: MukaDepan

    Posted: 08 May 2011 09:49 AM PDT

    Berita Harian: MukaDepan


    Eksklusif: Kera HIV

    Posted: 07 May 2011 06:36 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Kera penyebar HIV, denggi, malaria, tibi! Inilah ancaman bentuk baru kepada manusia dan lebih berbahaya, haiwan itu berkeliaran di kawasan bandar. Kajian Pusat Kecemerlangan Kajian Hidupan Liar dan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) ke atas lebih 2,000 kera yang ditangkap sekitar bandar seluruh negara mendapati 80 peratus daripada haiwan itu menghidap penyakit berbahaya itu dan risiko menjangkiti manusia juga tinggi.

    Hanya dengan memegang, membelai dan memeluk haiwan berkenaan, manusia boleh dijangkiti pelbagai jenis penyakit itu.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    abu berlin

    tindakan perlu diambil SEGERA...

    anne

    sokong sepenuhnya apa jua tindakan yg boleh menbendung masaalah penyakit berjangkit daripada berlarutan

    teh tarik

    HIV ni asalnya dari kere. my prof dlm kelas HIV penah citer, dulu2 ade org buat blood transfusion gune darah kere. n tanpa disangka2, darah tu ade HIV. itulah kes HIV yg pertama sekali di dunia sebenarnye. dan akhirnya skrg tersebar meluas kepada manusia..

    Menurut kajian lg, golongan yang berisiko tinggi utk mendapat hiv adelah golongan sejenis, sbb melalui hubungan sejenis tu, kulit penis or kulit dubur tu cepat melecet. dan dari luka/lecet tersebut lah HIV dipindahkan. begitu juge dgn hubungan seks yg normal. andai kate ppuan/ laki ade HIV, dan andai kate slh sorang ade luka kat bhgian tu, HIV akan terus merebak. tanpa luka , HIV tak akan disebarkan. sbb itu la juge org suruh pakai kondom. dannnnn sile lah buat HIV test sebelum kawin. sekian..

    nuru

    kalo camtu camne dgn penuntut universiti utara malaysia yg mmg mempunyai byk kera di dalamnya ye....

    abu

    Bagi makan boleh ,,tp jgn sentuh2 laa..kesian kera2

    cempaka orange

    banyak nya kere2 kena lupus separuh ni.yang ada hiv.kalau gigit orang nak salah siapa?

    ed, tiada yg bersikap kejam terhadap haiwan tersebut.. mereka cuma mahu menyampaikan kepada umum bahawa kera tersebut membawa penyakit merbahaya dan usaha mesti dilakukan supaya kera kera ini balik semula kehabitat asal mereka iaitu dihutan. Jadi larangan untuk jangan membelai dan memberi makan adalah wajar kerana haiwan tersebut masih terlepas bebas dan bukan dikurung jadi ia masih mampu mencari makan dengan byk dgn sendiri walaupun berada di hutan.

    Jadi mereka ini bertanggungjawab menyebarkan info kepada umum ttg risiko yg ditanggung oleh org ramai yg mendekati haiwan ini lebih lebih lagi yg mempunyai penyakit yg berisiko untuk menjangkiti manusia. Jadi, fikir fikirkanlah....

    ed

    jangan bersikap kejam kepada binatang (kera).. binatang (kera) pun ciptaan tuhan juga. manusia yang patut bertanggungjawab atas semua permasalahan bukan binatang.

    jawa

    kera pon de pnyakit HIV.... ni la bahana seks bebas......

    milo

    Kalau manusia yg kena HIV macam-macam kempen yg dibuat. Jangan menjauhkan diri daripada pengidap HIV sbb HIV tidak merebak melalui sentuhan. Tapi kenapa monyet dan kera tidak boleh pulak?? Lain ke?? bukan ke monyet dan kera tu makhluk Tuhan jugak.

    wanie

    takotnyaaa...xbrani dh nk dekat2 ngn kera..

    shahrul reza

    dah tahu macam tue?? kenapa tak di tangkap sahaja kera tersebut?? mana fungsi dewan bandaraya dan jabatan perhilitan??

    farida

    prihatin juga dengan haiwan lain seperti anjing dan kucing

    mail

    jabatan perhilitan dan Veterinar berkerja sama untuk menangkap dan melupuskan supaya tidak menjangkiti manusia dan memeriksa di seluruh kawasan yg berhampiran tempat awam.

    lee

    kalau dgn kempen HIV pun manusia tak sedar, apatah lagi binatang langsung tak faham. so nak elak penyakit, kera mesti dipupuskan.

    Yangretibase

    Yang kita lebih takut ialah kera dan monyet jelmaan, iaitu manusia yang berperangai dan berfiil seperti kera dan monyet

    haslinarawi

    setiap pagi minggu selepas berjogging atau bersenam di dataran tanjung emas, kami memberi makan pada monyet2 disekitar tanjung ketapang..halus saje jejari monyet2 tuu..minta2 tak menjadi apa2 kepada kami anak beranak..

    farhani

    tak salah memberi makan, cuma janganlah membelai haiwan tersebut.

    cam

    teori evolusi HIV memang pun menyatakan HIV berasal dari kera. bagaimana ia melompat ke spesis manusia, memang ada beberapa teori. Jadik, pihak yg berwajib memantau perkara ini, tolong lebih prihatin.

    rohani binti osman

    kurungkan semua kera yang ada di taman2 yang di biarkan merata-merata

    semah

    siapa yg harus dpersalahkan?????

    sophia sweden

    menakutkan....

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiga tentera terbunuh langgar lori

    Posted: 07 May 2011 02:59 PM PDT

    MukaDepan

    KERETA terperosok bawah
treler membawa minyak di Jalan
Mambau - Port Dickson semalam
tadi menyebabkan tiga anggota
tentera maut sementara seorang
wanita parah.

    KERETA terperosok bawah treler membawa minyak di Jalan Mambau - Port Dickson semalam tadi menyebabkan tiga anggota tentera maut sementara seorang wanita parah.

    Hilang kawalan ketika memotong

    SEREMBAN: Tiga anggota tentera dari Institut Kejuruteraan Elektrik Tentera Darat (IJED) Port Dickson, maut apabila kereta mereka bertembung sebuah lori tangki di Batu 7 Jalan Seremban-Port Dickson, dekat sini semalam.

    Dalam kejadian jam 3.45 pagi itu, Zulhelmi Ismail, 24, dari Gurun, Kedah; Izzat Badry Badaruddin, 22, dari Klang, Selangor dan Muhammad Afdhaluddin Azhari, 22, dari Pulau Pinang yang dalam perjalanan dari sini ke Port Dickson maut di tempat kejadian. Seorang rakan wanita mereka, Nik Nor Hashimah Abu Kassim, 19, dari Sungai Buloh, Selangor yang juga pelajar Politeknik Port Dickson, parah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).

    Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku apabila Proton Wira dipandu Zulhelmi dipercayai cuba memotong kenderaan, namun tidak berjaya lalu bertembung lori tangki yang datang dari arah bertentangan.

    "Kereta itu dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan hingga melanggar sebuah lori tangki menyebabkan tiga anggota tentera parah di kepala dan badan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi penumpang parah," katanya ketika dihubungi Berita Minggu, di sini, semalam.

    Semua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke HTJS untuk bedah siasat.
    Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

    Jurucakap bilik gerakan bomba pula berkata, lima anggota dari Balai Bomba Seremban 2 tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4 pagi dan berjaya mengeluarkan mayat yang tersepit kira-kira 17 minit kemudian berikutan keadaan kereta yang remuk di bahagian depan.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    mohd firdaus bin yahaya

    alfatihah buat shabatku izzat dan afdhaludin..moga roh kalian dicucuri rhmat Allah S.W.T. dan kalian dtempatkn dkalangan orang2 beriman..amin...

    ismail bin legee

    al-fatiha' dalam keadaan negara memerlukan tenaga muda yang berwibawa malangnya tragedi seperti ini tetap terus berlaku

    syuhada

    Al-Fatihah kpd arwa yg terkorban lam nahas ni...pd arwa klang..ak syg ko..arwa kechik tengs wei..korang mmg kawan yg baik pd ak..saat ak taw cite ni pg tu ak terduduk wei..ak ingat ni main2...ak doa kan korang arwah kawan2 ak d tempat kan d kalangan org2 beriman.. amin...

    daniel isaac

    semoga almarhum dcucuri rahmat...al fatihah...

    semoga roh di cucuri rahmat buat yg tiada,,amin,,,

    dya atika

    al -fatihah tuk allahyarham,,,,bhati-hati semasa memandu,,

    mat rempit

    takziah kepada keluarga mereka....byk kn brsabar

    shah siam

    sedekahkn al-fatihah kpda allahyarham...semua ni dah ketentuan illahi..

    azahar bin abdullah

    Peringatan kepada pemandu2 supaya berhati hati semasa memandu di jalan raya. Ingat orang tersayang sentiasa menunggu kita dan di doakan agar sentiasa selamat di jalan raya. Ikut peraturan jangan peraturan bukan ikut berasaan. Insya Allah selamat sampai ke destinasi. Sama2 lah kita menghadiahkan Al Fatihah serta ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan jalanraya membabitkan 3 anggota tentera di Batu 7 Jalan Seremban - Port Dickson semoga Allah tempatkan mereka di dalam golongan shuhadah. Insya Allah.

    alfred

    berikutan dengan kejadian ini,pandulah kenderaan dengan berhemah....semoga roh mereka bersemadi dengan tenang

    yuslan

    al- fatiha semoga roh di cucuri rahmat
    kepada keluarga mangsa takziah

    arsyad

    al-fatihah untuk allahyarham.

    vgpp

    berhati-hati bila memandu ingat orang yang tersayang

    Tiger Mekanize

    al-fatitah buat semua anggota yg terlibat kemalagan ngeri di port dickson...

    khairudin al limbati

    setiap ape yang berlaku itu ketentuan Ilahi, namun di sebalik itu tersimpan seribu hikmah yg kita tk ketahuinya...setiap kali pemanduan di jalanraya kdg2 saya risau dan takut sbb sesetengah kenderaan besar seperti lori dan bas tidak menghiraukan pengguna kenderaan ringan yang lain.kdg2 mereka bunyikan hon bising,dh la hon kuat,dah tu memotong pulak...

    shieda

    al-fatihah kepada mangsa .hati -hati di jalan raya kepada pengguna jalan raya

    kpd semua pemandu berhati-hati ketika memotong

    husna

    al-fatihah kepada mangsa yang terlibat..ucapan takziah kepada keluarga mangsa

    Rasidah bt Mahmad

    Al-Fatihah kepada mangsa. Kepada yang lain berhati-hati di jalnraya

    noorziehan rahim

    al-fatihah pada mangsa yg trlibat


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan