Berita Harian: MukaDepan Posted: 07 May 2011 09:33 AM PDT Korban ibu Posted: 06 May 2011 02:51 PM PDT MukaDepan Wanita rentung selepas selamatkan tiga anakKUALA KRAI: Sehari menjelang sambutan Hari Ibu, seorang ibu berkorban nyawa bagi menyelamatkan tiga anaknya daripada api yang marak membakar rumah mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, tengah hari semalam. Sebelum ditemui rentung, Rafidah Ismail, 36, terpaksa membengkokkan besi tingkap rumah untuk mengeluarkan anakanaknya bagi disambut jiran. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, tiga anaknya, Rashidah Iliana Zamri, 7; Zaim Shahrul, 6; dan Zaim Iqbal, 2, selamat, bagaimanapun Rafidah terperangkap di dalam rumah dipercayai gagal membuka jeriji pintu. Mayat mangsa yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kuala Krai ditemui dekat pintu utama rumah berkenaan. Namun bagi bapa mangsa, Ismail Husin, 63, yang masih terkejut dengan kejadian itu, jeritan meminta tolong anak sulungnya akan menghantuinya sepanjang hayat. "Masih terngiang-ngiang suaranya meminta tolong ketika api marak tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa," katanya sebak. Suami mangsa, Zamri Hamat, 38, tentera di Kem Sri Banding Grik, Perak, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada bapa mentuanya, kira-kira jam 2 petang selepas solat Jumaat. "Bapa mentua minta saya bertenang ketika memberitahu rumah saya terbakar dan isteri terperangkap di dalam rumah," katanya yang tiba di Kuala Krai jam 5.45 petang. Katanya, kejadian itu memberi tamparan hebat baginya sekeluarga terutama anak sulung mereka Rashidah Ilyana yang masih terkejut dengan peristiwa yang menimpa ibunya. "Anak sulung saya hanya mendiamkan diri bila ditanya kerana benar-benar terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen NUR AMALINA takziah kpda kluarga allahyarham rashidah nia latif D pure power of mother's love harfizi Al Fatihah buat arwah Yangretibase "Ya Allah ya Rabbi, Engkau tolong kurniakan syurga bagi Allahyarhamuha Rafidah Ismail, seorang ibu muda yang terkorban nyawanya demi kasih sayangnya terhadap anak-anaknya. siti norsham seorang ibu sanggup bekorban apa saja demi anak-anak meraka walaupun nyawa jadi taruhah, takziah buat keluarga zamri hamat diatas pemergian isteri tercinta faizal zin betapa hebatnya kasih sayang seorang ibu terhadap anak2nye juga tidak dapat digambarkan dan dinilaikan dengan wang ringgit. mama mia.. ya Allah ya tuhan ku..smoga rohnya d cucuri rahmat & tergolong dlm golongan org yg mati syahid & beriman..AMIN.. zaidi semoga roh nya ditempatkan di sisi org yg mulia di sisi allah.....al-fatihah Saatijh Al Fatihah buat pergorbanan seorang wira demi anaknya. Allah meletakkannya bersama-sama orang yang solihah. amin ali salam takziah utk keluarga almarhumah. sungguh menyayat hati sekali, tetapi itulah pengorbanan seorang ibu yang tiada tolok bandingnya... mama mia.. ya Allah ya tuhan ku..smoga rohnya d cucuri rahmat & tergolong dlm golongan org yg mati syahid & beriman..AMIN.. mira sairaa pengorbanan seorang ibu buat ank2 tiada tolak bandingnya....al-fatihah, semoga rohnya bersama org2 yg beriman.....amiin. el manja kasihnye ibu membawa ke syurga...pengorbanan dia tiada ternilai....takziah buat kuarga arwah....al fatihah Manja Semua ini telah ditakdirkan. Semoga Allah menempatkan bersama orang yang soleh.Al Fatihah Fazlina Kassim alfatihah untuk arwah Faridah. Dia ibu yang hebat. Semoga di tempatkan bersama2 org yang beriman. simpati dgn apa yg berlaku. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya. Alfatihah aar Di dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Malik bin Rabi`ah as-Sa`idi, kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w., datanglah seorang lelaki drpd Bani Salamah, ia bertanya kpd Rasulullah, "Ya Rasulullah, masih adakah kebaikan (kewajipan) yg harus saya lakukan untuk berbakti kpd kedua-dua ibu bapaku setelah kedua-duanya meninggal dunia." Baginda menjawab: Ya ada, iaitu sembahyang atas (jenazah) kedua-duanya (maksudnya mendoakan kedua-duanya) dan memohon keampunan bagi kedua-duanya, memenuhi segala pesanannya (menyempurnakan janji mereka) setelah mereka meninggal dunia dan menghubungkan ikatan silaturahim yg tidak sampai serta menghormati para sahabat mereka(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban). Dalam sebuah hadis diterangkan: Anak derhaka yg kematian kedua-dua ibu bapanya kemudian ia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk kedua-duanya, nescaya ia diampuni Allah dan dianggap sebagai anak yg taat. abdul majid bin asbah al fatihah ... d harap keluarga mangsa brsabar dgn ketenteuan/takdir dari Allah SWT semoga roh allahyarhamah d tmpatkan brsama org2 solehah. amin mohd kamarul sungah besar p'g0rbanan ibu kpd ank nya,sgup b'k0rbn nyawa demi ank2 nya,sy ingt m'gucp kn takziah kpd klurga mangsa,b'sama2 lh kte sdekah AL-FATIHA kpd beliau m0ga r0h nya d'cucuri rahmad,AMIN. . . . Nadim Ini antara yang membuatkan Ibu itu suatu yang terlalu istimewa dalam hidup seorang yang bernama anak hamba allah. Alfatihah...Semoga allah memcucuri rahmat keatas roh beliau. Intanmaslina sememang nye ibu maner yang sanggup tengok pendaritan anak nyer,,,ibu snaggup mengharungi segala nyer
drsolah Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atasnya dan menempatkannya di syurga. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Mutakhir Posted: 07 May 2011 07:54 AM PDT Pelakon didakwa cabul pelajar Posted: 06 May 2011 03:07 PM PDT SELAYANG: Pelakon veteran yang popular di era tahun 70-an, Mokhtaruddin Mohd Said, 56, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun di asrama pusat perlindungan yang diasaskannya, enam hari lalu. Mokhtaruddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Najib Ismail.
Mengikut pertuduhan, pengasas Pondok Penyayang Raudah (PPR) itu didakwa secara jenayah mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun dengan mencium pipi dan memeluk pinggang mangsa tanpa kerelaannya di asrama itu di No 336, Batu 11, Gombak di sini pada jam 2.30 petang, 1 Mei 2011.
Difahamkan mangsa yang turut menginap di asrama berkenaan membuat laporan polis pada 2 Mei lalu.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya jika sabit kesalahan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pelajar tahfiz tali barut penyeludup Posted: 06 May 2011 03:06 PM PDT BUKIT KAYU HITAM: Upah lumayan antara RM1,000 dan RM2,000, mempengaruhi seorang pelajar lelaki di Maahad Tahfiz di negeri ini menjadi 'tali barut' dengan menyeludup 24 pendatang asing warga Myanmar ke negara ini. Pelajar berusia 15 tahun itu dikatakan melakukan kegiatan itu seorang diri dengan masuk ke Thailand menggunakan pasport sebelum menjemput sekumpulan pendatang tanpa izin itu di negara jiran untuk dibawa masuk ke negara ini melalui lubang tikus.
Dia yang turut menyertai pendatang tanpa izin itu sanggup berjalan kaki dalam jarak yang jauh dan merangkak di bawah pagar berduri yang dipotong di pagar sempadan negara ini untuk menyusup masuk.
Bagaimanapun, cubaan mereka membolosi negara ini gagal apabila ditahan sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Batalion 4, Rejimen Sempadan, awal pagi semalam.
Mereka ditahan kira-kira 500 meter dari pagar sempadan negara ini di ladang sawit dan menyusuri parit besar selepas berjaya merangkak seorang demi seorang di bawah pagar berduri sebelum berjalan kaki untuk mencari jalan keluar dalam cuaca gelap.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online Posted: 07 May 2011 07:23 AM PDT Lelaki pengsan disangka sudah mati Posted: Lelaki pengsan disangka sudah matiLelaki pengsan disangka sudah mati 07/05/2011 7:25pm KANGAR – Kegagalan seorang lelaki menjawab panggilan telefon sejak dua hari lalu, akibat pengsan selepas dipercayai terjatuh dalam rumahnya disangka telah meninggal dunia oleh rakan dan jirannya di pangsapuri Seri Sena dekat sini semalam. Rakannya Mohd Zawari Zain, 31, yang pergi ke rumah Khaw Sui Liong, 54, terkejut apabila mendapati lelaki itu dalam keadaan kaku. Selepas gagal menghubunginya, Mohd Zawari berkata beliau dan seorang lagi rakan terpaksa pergi ke rumah Khaw 5.30 petang untuk melihat keadaan dan terkejut apabila mendapati lelaki itu ditemui tertiarap dan tidak bergerak di atas tilam. "Saya melihat beliau dalam keadaan tertiarap tidak bergerak di atas tilam, manakala udara di sekitar bilik berbau busuk. Tetapi saya dan rakan tidak berani memegang mangsa kerana disangka sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui hari ini. Menurutnya, selepas menghubungi polis, dua anggota polis bersama sepasukan anggota perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang memasuki rumah terbabit, mengesahkan mangsa masih hidup. "Anak saudara lelaki itu yang dikenali sebagai Kent Khaw, yang sedang menuntut dalam bidang perubatan di sebuah kolej perubatan di Sungai Petani, bertindak memberi bantuan penafasan dan mendapati mangsa masih bernafas. Mohd Zawari berkata, Sui Liong yang bekerja sendiri, penghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, dipercayai pengsan sejak dua hari lalu tanpa disedari oleh jiran. Mangsa yang berada dalam keadaan koma mengalami kecederaan di bahagian pipi dan mata dipercayai terjatuh di dalam rumah terbabit telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menjalani rawatan malam tadi. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pelajar Tahun Lima lemas di sungai Posted: Pelajar Tahun Lima lemas di sungaiPelajar Tahun Lima lemas di sungai 07/05/2011 6:42pm KUANTAN – Seorang pelajar tahun lima ditemui mati lemas selepas mandi di Sungai Belat di sini, petang ini. Mangsa, Mohd Nor Aiman Hassan, 11, pelajar Sekolah Kebangsaan Mat Kilau di sini pergi ke sungai berkenaan bersama seorang rakannya. Kedua-dua mangsa kemudian dipercayai mandi berhampiran tebing sungai itu sebelum lemas. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Penolong Penguasa Mohd Lazim Jaafar berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.44 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota. "Pihak kami kemudian melakukan selaman dan menemui mangsa di tempat dia dilaporkan hilang pada jam 3.35 petang," katanya. Mayat Mohd Nor Aiman, dari taman perumahan Gudang Rasau di sini dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat, katanya. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pelajar terlibat jenayah meningkat Posted: Pelajar terlibat jenayah meningkatPelajar terlibat jenayah meningkat 07/05/2011 6:35pm ALOR SETAR – Pembabitan pelajar sekolah menengah di Kedah dalam kegiatan jenayah kini amat membimbangkan apabila seramai 344 pelajar ditahan kerana disyaki terlibat dalam 221 kes jenayah sepanjang tahun lepas. Daripada jumlah yang ditahan itu, 56 pelajar telah dituduh di mahkamah, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim. Beliau berkata daripada 221 kes yang membabitkan pelajar itu, 63 adalah jenayah kekerasan manakala 158 kes lagi memlibatkan jenayah harta benda. "Mereka yang terlibat berumur antara 16 dan 17 tahun. Statistik tangkapan pelajar sekolah yang terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah pada tahun lepas pula ialah 183 orang manakala dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini ialah 23 pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Kesedaran Jenayah di Sekolah Menengah Hutan Kampung di sini hari ini. Ahmad berkata selain itu, kegiatan lumba haram juga amat popular di kalangan pelajar dan statistik tahun lepas menunjukkan 30 pelajar sekolah ditahan dalam Ops Lumba Haram yang dijalankan oleh polis trafik. Sehingg Mac tahun ini polis telah menahan enam pelajar yang melakukan aktiviti lumba haram, katanya. Sementara itu, Ahmad berkata sebanyak 4,737 kes jenayah komersial, antaranya penipuan, pecah amanah, jenayah siber, wang palsu dan kad kredit membabitkan kerugian lebih RM28 juta dilaporkan sejak awal tahun lepas hingga Mac tahun ini. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Dalam Negeri Posted: 07 May 2011 03:38 AM PDT Swasta boleh bantu pendidikan teknikal, vokasional Posted: Swasta boleh bantu pendidikan teknikal, vokasionalSwasta boleh bantu pendidikan teknikal, vokasional MELAKA 6 Mei - Kerajaan menggesa pihak swasta berganding bahu dengan Kementerian Pelajaran untuk membangunkan bidang pendidikan teknikal serta vokasional bagi mengisi keperluan ekonomi negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui kerjasama tersebut, kerajaan dapat menggunakan segala kemudahan yang terdapat di sekolah-sekolah swasta bagi melahirkan lebih ramai pelajar berkemahiran dalam bidang tersebut. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tanpa kerjasama sektor swasta, hasrat kerajaan untuk meningkatkan jumlah pelajar dalam aliran tersebut daripada 10 peratus kepada 20 peratus dalam tempoh lima tahun tidak akan tercapai. ''Saya bercadang untuk mengajak bukan sahaja agensi kementerian yang ada di peringkat Persekutuan tetapi sektor swasta untuk terlibat sama bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah vokasional dan teknikal yang dibangunkan oleh mereka. ''Sebab itu, saya umumkan kita perlu tingkatkan pendidikan teknikal dan vokasional dalam tempoh lima tahun dan bukannya 10 tahun, ini merupakan cabaran besar yang perlu diharungi," katanya berucap merasmikan Karnival Pendidikan Melaka 2011 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengarah Pendidikan negeri, Juliah Leman. Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pada masa ini pelajar aliran teknikal dan vokasional hanya berjumlah kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar. Justeru katanya, jumlah itu jauh lebih rendah berbanding beberapa negara termasuk negara jiran Indonesia, Thailand dan Singapura yang mempunyai antara 40 hingga 60 peratus pelajar dalam aliran tersebut. ''Kesemua negara terbabit memberi tumpuan dalam bidang teknikal dan vokasional kerana pelajar yang mereka lahirkan dapat memenuhi tuntutan untuk memajukan ekonomi negara mereka," katanya. Beliau berkata, usaha yang dicadangkan bersama sektor swasta itu selaras dengan tumpuan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan bidang teknikal dan vokasional terus dikembangkan. Ujarnya, peranan yang boleh dimainkan oleh sektor awam dan swasta dilihat amat penting untuk membangunkan sektor pendidikan agar menjadi lebih maju selain mengisi keperluan ekonomi negara. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Transformasi menyeluruh - PM Posted: Transformasi menyeluruh - PMTransformasi menyeluruh - PM KOTA KINABALU 6 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan transformasi yang akan dilaksanakan kerajaan perlu dibuat secara menyeluruh dan tidak terhad kepada kerangka kerja semata-mata. Perdana Menteri berkata, ia harus merangkumi kemantapan minda, sistem, nilai dan sikap dalam mengemudi negara ke arah kemakmuran dan kejayaan melalui inisiatif transformasi kerajaan dan ekonomi. "Bagaimana baik sesuatu rancangan atau inisiatif tanpa kerangka minda, sistem nilai dan sikap yang betul dalam kalangan pelaksana serta kumpulan sasar, pelan terbaik akan hanya tetap tinggal pelan," katanya. Beliau berkata demikian dalam mesej rakaman video yang dipasang pada Majlis Makan Malam Perdana sempena Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kelapan di sini malam ini. Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Salleh Said Keruak; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman. Pada majlis itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu, Toh Puan Rahimah Stephen dinobatkan sebagai Tokoh Mubarak 2011. Jelas Najib, parti dan negara sedang menghadapi cabaran besar ekoran perubahan landskap politik tanah air. Katanya, kerajaan kini berhadapan dengan pengundi yang bersifat lebih kritis dan 'mendesak' terhadap wakil rakyat mereka. "Lahirnya pengundi yang mempunyai profil sedemikian adalah hasil kejayaan dasar-dasar yang telah digubal dan dilaksanakan kerajaan yang memerintah sejak merdeka. "Ia telah berjaya meningkatkan taraf hidup, tahap pendidikan dan akses kepada pasaran idea serta maklumat rakyat kepada tahap yang tidak pernah terjangkau kepada bapa-bapa kita terdahulu," katanya. Tegas Perdana Menteri, negara kini berada di persimpangan iaitu sama ada terus terperangkap dengan sindrom negara berpendapatan rendah hingga tergelincir dan menjadi sebuah negara yang gagal, atau menjadi negara maju berpendapatan tinggi dan bermaruah. "Saya amat berharap Mubarak akan terus berada di barisan hadapan untuk mempertahan dan menerangkan dasar-dasar serta inisiatif kerajaan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Tiada ancaman keselamatan Posted: Tiada ancaman keselamatanTiada ancaman keselamatan TELUK INTAN 6 Mei — Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, kematian pemimpin kumpulan Al-Qaeda Osama bin Laden tidak mempengaruhi situasi keselamatan di negara ini. Bagaimanapun, beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia berdepan sebarang kemungkinan. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Teluk Intan hari ini, Ahmad Zahid berkata, pasukan anti pengganas ATM dan PDRM sedia digerakkan berdasarkan maklumat cawangan khas serta unit perisikan. Katanya, kebarangkalian berlaku sebarang kekacauan di negara ini ekoran kematian pemimpin Al-Qaeda itu adalah tipis. Osama dilaporkan terbunuh dalam satu operasi oleh tentera Amerika Syarikat di Islamabad, Pakistan Ahad lepas. Berhubung parti komponen Barisan Nasional (BN), Zahid mengingatkan supaya ia tidak terlalu bergantung kepada UMNO dalam mencari kemenangan pada pilihan raya umum akan datang. Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, parti komponen perlu serius merangka program untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada BN khususnya di kawasan bandar. "Kita boleh bantu mereka tetapi mereka juga perlu bantu kita dalam UMNO. Kalau menang di kawasan majoriti Melayu jangan lupa masalah di cawangan-cawangan UMNO. "Jangan hanya turun lima tahun sekali tetapi sekurang-kurangnya sekali dalam setiap bulan," katanya. Beliau menambah, tidak mustahil untuk BN merampas kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tewas pada pilihan raya umum lalu dengan syarat mereka bersatu dan segera menyelesaikan masalah dalaman yang ada. "Kajian saya mendapati 60 peratus punca BN kalah dengan majoriti kurang 2,000 ataupun tidak boleh menang dengan majoriti lebih banyak iaitu sekadar di bawah 2,000 adalah kerana masalah dalaman parti. "Yang di atas (pemimpin) dan yang di bawah (ahli) perlu ada tolak ansur, saling membantu dan bukannya sentiasa menghentam satu sama lain kerana ia akan menjadi peluru kepada musuh politik kita," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Selatan Posted: 07 May 2011 03:22 AM PDT Revolusi ICT perlu dijejaki Posted: Revolusi ICT perlu dijejakiRevolusi ICT perlu dijejaki Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL utusanN9@utusan.com.my SEREMBAN 6 Mei - Revolusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang kini rancak mendepani perubahan minda orang muda perlu dijejaki oleh seluruh agensi dan jabatan kerajaan. Ini kerana kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, jika ia tidak dilakukan segera, maka segala maklumat dan dasar kerajaan tidak dapat disampaikan secara holistik terutamanya kepada orang muda yang sering mendapatkan maklumat menerusi alam maya atau dunia siber. "Bukan bermakna media konvensional seperti buku atau risalah tidak lagi dipakai, tetapi keberkesanannya semakin berkurangan. "Masyarakat hari ini lebih menggemari media baru di mana mereka boleh mengetahui apa sahaja maklumat termasuk berita dari seluruh dunia," katanya selepas menyampaikan penghargaan kepada 89 pesara kerajaan di sini hari ini. Mohamad diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam temu bual bersama stesen radio HotFM hari ini berhubung penggunaan media baru sebagai elemen efektif menyampaikan maklumat terutama kepada golongan muda. "Saya amat bersetuju dengan pandangan dan langkah Perdana Menteri kerana orang muda hari ini semakin matang kerana didedahkan dengan maklumat menerusi gajet elektronik yang canggih," ujarnya. Dalam perkembangan itu katanya, kerajaan negeri akan melancarkan 'cetak biru ICT' yang baru pada Julai depan mencakupi tiga elemen iaitu jalinan kerja yang rapat dengan sumber perkhidmatan dan syarikat perantaraan serta merancakkan industri ICT di negeri ini bagi menarik minat masyarakat untuk terlibat sama. "Turut dinyatakan dalam 'cetak biru' berkenaan ialah meramaikan masyarakat ICT yang menggunakan media baru ini," ujarnya. Kata Mohamad lagi, peralihan kepada komunikasi cara baru memang perlu kerana revolusi ICT hari ini telah menguasai minda orang muda yang kesemuanya bergerak pantas dengan maklumat berada di hujung jari mereka. "Jadi, jangan ketinggalan dalam revolusi ICT kerana maklumat perlu disampaikan melalui media elektronik dengan cepat dan tepat," ujar Mohamad. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Segerakan peruntukan atasi masalah infrastruktur Posted: Segerakan peruntukan atasi masalah infrastrukturSegerakan peruntukan atasi masalah infrastruktur
|
CHUA Kheng Hwa (kiri) bersama Sapiah Haron melawat kawasan yang mengalami masalah di sekitar Bemban pada Program Turun Padang di Bemban, Melaka, semalam.
|
MELAKA 6 Mei - Masalah kelewatan penyaluran peruntukan ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban di sini menyebabkan sebahagian kemudahan infrastruktur di kawasan itu gagal dilaksanakan untuk keperluan penduduk. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Chua Kheng Hwa berkata, kelewatan itu menyebabkan masalah infrastruktur seperti longkang tersumbat, tembok saliran runtuh, ketiadaan dewan dan ketiadaan bekalan elektrik sukar diselesaikan segera. Katanya, masalah ketiadaan bekalan elektrik di tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Ayer Panas sudah berlarutan selama tiga tahun. "Kita dimaklumkan projek melengkapkan semua kemudahan ini sudah tersenarai untuk pelaksanaan pada tahun ini, namun disebabkan beberapa masalah, peruntukan projek tersebut lewat disalurkan. "Pada masa ini, peruntukan bagi pelaksanaan untuk beberapa projek itu sudah berada di pihak Pejabat Daerah Jasin," katanya selepas mempengerusikan program turun padang peringkat Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan DUN (Japerun) Bemban bersama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di sini hari ini. Turut hadir Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Haron dan lima Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) iaitu Kesang Jaya, Tehel, Bemban Jaya, Kampung Ayer Panas serta Kesang Tua. Menurut Kheng Hwa, masalah kemudahan infrastruktur yang berlaku di DUN Bemban boleh diatasi segera sekiranya peruntukan bagi tujuan tersebut disalurkan secepat mungkin. Pada masa sama katanya, sikap penduduk yang gemar membuang sampah di tempat tidak sepatutnya seperti di perhentian bas Taman Kesang Jaya menambah masalah yang dihadapi penduduk. "MPHTJ sudah menyediakan tong sampah besar di kawasan taman itu, namun masih ada penduduk yang membuang sampah di perhentian bas sehingga menimbulkan masalah kebersihan dan akhirnya menyalahkan kontraktor serta pihak berkuasa terbabit," kata beliau. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pesara diminta terus berbakti kepada masyarakat Posted: Pesara diminta terus berbakti kepada masyarakatPesara diminta terus berbakti kepada masyarakat
|
MOHAMAD Hasan (tengah) bergambar bersama sebahagian 89 pesara kerajaan selepas Majlis Penyampaian Penghargaan kepada pesara kerajaan di Dewan Theatrette, Wisma Negeri, semalam.
|
SEREMBAN 6 Mei - Pesara kerajaan diminta terus menabur bakti kepada masyarakat agar ilmu, kecekapan pentadbiran dan nasihat boleh digunakan untuk membangunkan penduduk sekitar. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan amat memerlukan golongan pesara khususnya daripada kalangan penjawat awam supaya dapat kembali memberikan khidmat secara sukarela dalam mana-mana pertubuhan, masjid dan kampung. "Hari ini kerajaan menghadapi masalah untuk mencari pemimpin di kawasan kampung kerana ramai yang telah berhijrah ke bandar. Jika pesara ini kembali ke kampung masing-masing, gunakanlah ilmu dan pengalaman untuk bersama-sama membangunkan masyarakat setempat. "Kerajaan amat mengalu-alukan sumbangan ini demi agama, bangsa dan negara," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian penghargaan kepada 89 pesara kerajaan di sini hari ini. Jelasnya lagi, tidak bermakna apabila sudah menjadi pesara, maka golongan terlibat terus bersara dalam menaburkan bakti dan khidmat kepada masyarakat. Beliau turut menasihatkan pesara supaya menggunakan masa yang ada untuk bersama-sama ahli keluarga dan mendalami ilmu agama. "Jagalah kesihatan kerana dahulu kita aktif bekerja, tetapi bila bersara macam-macam (penyakit) yang datang. Aktifkan diri dengan kerja sukarela," ujarnya. Pada majlis itu, seramai 89 pesara yang menerima penghargaan puratanya telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam antara 28 hingga 41 tahun. Antara mereka ialah pembantu am di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Amiruddin Adnan yang telah berkhidmat selama lebih 41 tahun dan Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohamad Hassan yang berkhidmat lebih 40 tahun. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Utara Posted: 07 May 2011 03:21 AM PDT 2 lelaki perdaya 3 suri rumah Posted: 2 lelaki perdaya 3 suri rumah2 lelaki perdaya 3 suri rumah Oleh OPAT RATTANACHOT uspetani@utusan.com.my SUNGAI PETANI 6 Mei - Dua lelaki dikatakan memperdaya tiga suri rumah dengan menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memeriksa meter elektrik sebelum menyamun mangsa di rumah mereka di Taman Ria Jaya dan Jalan Bakar Sampah di sini semalam. Kejadian antara pukul 12 tengah hari hingga 2 petang itu mengakibatkan mangsa berusia 30 hingga 40 tahun kerugian beribu-ribu ringgit apabila barang kemas milik mereka dan sejumlah wang tunai dilarikan kedua-dua suspek. Ketika insiden, mangsa dikatakan berada dalam rumah sebelum didatangi dua suspek menaiki motosikal yang memakai uniform syarikat berkenaan untuk memeriksa meter di rumah teres mereka itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang berkata, suspek kemudian meminta izin untuk masuk ke dalam rumah dan memeriksa sistem pendawaian elektrik. "Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa, membenarkan suspek masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja masuk, suspek terus mengacu pisau ke arahnya. "Suspek kemudian menggeledah rumah dan melarikan sejumlah wang tunai dan barang kemas," katanya ketika dihubungi di sini semalam. Menurut Aik Chang, kes berkenaan merupakan yang pertama seumpamanya dilaporkan di daerah ini. Beliau berkata, suspek menjadikan golongan suri rumah yang kebanyakan suami mereka keluar bekerja sebagai sasaran. Kes ini diklasifikasikan sebagai rompakan bersenjata mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki suspek, ujarnya. Tambahnya, hasil maklumat mendapati TNB tidak menghantar kakitangannya untuk menjalankan pemeriksaan meter atau pendawaian elektrik di rumah pelanggan di kawasan sekitar. "Saya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan orang tidak dikenali memasuki rumah mereka," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Belajar seni, bahasa dengan bayaran RM10 Posted: Belajar seni, bahasa dengan bayaran RM10Belajar seni, bahasa dengan bayaran RM10
|
Seorang peserta membuat hiasan ukiran buah-buahan pada Karnival Kolej Komuniti Baling di Taman Baling Jaya, Pulai, Baling, kelmarin.
|
BALING 6 Mei - Program 1Malaysia di Karnival Kolej Komuniti Baling (KKB) di sini hari ini menjadi tumpuan orang ramai khususnya pelajar apabila menawarkan kursus pelbagai bahasa selama 32 jam dengan bayaran hanya RM10 seorang. Pengarah KKB, Asmah Othman berkata, selain mempelajari bahasa, program itu turut menawarkan kursus kesenian dan kemahiran untuk pengunjung berumur 15 tahun ke atas. "Kursus bahasa yang ditawarkan ialah bahasa Inggeris, Arab, Mandarin, Tamil, Thai dan Melayu," katanya pada karnival itu di pekarangan kolej berkenaan di Kota Baling Jaya, Pulai di sini semalam. Asmah berkata, kursus kesenian juga dikenakan bayaran RM10 seorang manakala kursus kemahiran dikenakan bayaran RM20 seorang untuk tempoh 32 jam. Beliau berkata, tujuan karnival tersebut adalah untuk memberi peluang kepada pelajar dan orang ramai meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di kolej tersebut. Katanya, karnival bertemakan Peneraju Komuniti Berilmu dan Berkemahiran itu menyediakan tenaga pengajar berpengalaman. Tambahnya, pihaknya berharap kursus bahasa terutama bahasa Inggeris dapat menyediakan peluang belajar kepada pelajar yang mahu meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Jelasnya, kursus itu hanya dibuat pada hujung minggu dan waktu malam untuk memudahkan orang ramai memilih waktu dan berkesempatan menghadirinya. Katanya lagi, warga emas, orang kurang upaya (OKU), penjawat awam dan komuniti setempat hanya perlu membuat permohonan kepada pihaknya untuk menyertai kursus berkenaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Alias guru pakar golok, parang kreatif Posted: Alias guru pakar golok, parang kreatifAlias guru pakar golok, parang kreatif
|
ALIAS Abdul Rahman menunjukkan golok dan parang yang dihasilkannya di Kampung Gabus Pulai, Baling, baru-baru ini.
|
BALING 6 Mei - Sejak zaman dahulu seni ukiran kayu menjadi antara warisan tradisi orang Melayu yang terkenal kerana ketinggian seni dan penggunaan kayu yang bermutu. Ia terserlah pada ukiran sama ada untuk dibuat rumah atau sebagai pemegang iaitu ulu senjata seperti parang, golok dan keris yang digunakan oleh masyarakat ketika itu. Kayu yang diukir juga digunakan untuk membuat sarung senjata yang masih lagi diminati. Seorang guru, Alias Abdul Rahman, 46, menjadikan kebolehan yang dimilikinya untuk menghasilkan ukiran bermutu tinggi. Alias adalah antara individu yang masih menjadikan kayu hutan yang banyak terdapat di negara ini sebagai produk bermutu tinggi dan menerima tempahan tinggi daripada pelanggan. Masa cutinya banyak dihabiskan untuk membuat sarung golok atau parang dengan penuh berhati-hati bagi mendapatkan hasil bermutu berdasarkan pesanan pelanggan. "Saya hanya menghasilkan produk ini jika mempunyai masa terluang bagi memastikan hasilnya bermutu," katanya ketika ditemui di bengkel berdekatan rumahnya di Kampung Gabus Pulai di sini baru-baru ini. Ternyata sarung golok yang dihasilkan bapa kepada empat anak itu mendapat sambutan menggalakkan kerana bermutu tinggi dan dibuat daripada kayu bermutu tinggi termasuk kayu nangka yang tahan lama. Bagi Alias yang sudah lebih 20 tahun menceburi bidang itu, kreativiti dalam menghasilkan produk itu tetap menjadi keutamaannya. Katanya, corak ukiran kepala burung, bunga dan tumbuh-tumbuhan antara kegemarannya dalam menghasilkan sesuatu produk yang dibuat sepenuhnya dengan tangan. Tambahnya, penghasilan senjata yang menjadi minat orang Melayu sejak dahulu mestilah selari dengan bentuk sarungnya supaya nampak lebih baik. Mengenai harga produk yang dihasilkan, Alias berkata, ia bergantung kepada bentuk rekaan dan kecantikan bahan yang digunakan iaitu antara RM25 hingga RM300 setiap satu mengikut saiz dan seninya. Bagaimanapun menurutnya, pelanggan mempunyai pilihan dan cita rasa sendiri dan dia akan menghasilkannya mengikut pilihan dan permintaan mereka serta tempoh menghasilkannya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Mutakhir Posted: 07 May 2011 03:20 AM PDT PERKASA buat laporan polis berhubung pertemuan paderi Posted: 07 May 2011 02:00 AM PDT Mutakhir GEORGETOWN: Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lalu. Laporan itu dibuat oleh Ketua Wira PERKASA Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin di Balai Polis Jalan Patani, di sini pada kira-kira 1.20 tengah hari. Mohd Rizuad berkata menurut laporan akhbar hari ini, dua buah laman blog mendakwa pertemuan itu turut membincangkan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu. "Isu ini akan merosakkan perpaduan kaum yang telah terjalin lebih 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan. Mohd Rizuad meminta polis menyiasat dakwaan blog berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba mencetuskan isu perkauman di negara ini. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ASEAN perlu bekerjasama hadapi persaingan sumber keperluan hidup Posted: 07 May 2011 01:31 AM PDT Mutakhir JAKARTA: Negara anggota ASEAN diminta memberi penekanan kepada kerjasama dalam program jaminan bekalan makanan untuk rakyat dan penyelesaian masalah tenaga bagi menghadapi persaingan dunia dalam sumber keperluan hidup yang semakin terhad. Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang membuat gesaan itu berkata keselamatan makanan dan keselamatan tenaga pada masa ini adalah cabaran yang amat besar bagi pertubuhan serantau itu. "Pada masa ini kita sedang menghadapi harga makanan dan tenaga yang sangat tidak menentu dan cenderung terus meningkat di pasaran dunia. "Salah satu langkah yang harus kita ambil ialah pelaksanaan ASEAN Integrated Food Security Framework (Rangka Kerja Keselamatan Makanan Bersepadu) secara komprehensif, terutamanya dalam pengembangan serta pelaburan dalam bidang makanan," katanya semasa berucap merasmikan Sidang Kemuncak Asean ke-18 di sini hari ini. Indonesia menjadi pengerusi ASEAN untuk tempoh setahun ini. Sidang kemuncak dua hari bertema Komuniti ASEAN dalam Komuniti Global itu, dihadiri ketua-ketua kerajaan atau wakil mereka dari kesemua 10 negara anggota ASEAN. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengetuai delegasi Malaysia dalam lima mesyuarat sidang kemuncak itu -- Sidang Pleno dan Permukiman, Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Asean dengan Wakil Perhimpunan Antara Parlimen Asean (AIPA), Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin-Pemimpin ASEAN dengan Wakil Belia, Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin-pemimpin Asean dengan Wakil Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) dan Sidang Kemuncak Ke-7 Segi Tiga Pertumbuhan Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA). Turut serta dalam delegasi Malaysia ke sidang kemuncak itu ialah Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed. Yudhoyono turut mengajak negara anggota ASEAN supaya mencari penyelesaian inovatif dalam mengatasi masalah keselamatan tenaga terutamanya melalui sumber tenaga baru dan tenaga yang boleh diperbaharui untuk mempelbagaikan bekalan tenaga dan mengurangkan penggunaan tenaga yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar. "ASEAN harus memperkuat kerjasama kawasan dalam pengembangan sumber tenaga boleh diperbaharui dan tenaga alternatif, termasuk tenaga hidro dan geo-thermal. Salah satu caranya, kita harus memajukan pembangunan pusat-pusat penelitian dan pengembangan tenaga yang boleh diperbaharui di kawasan kita," katanya. Dalam penanganan bencana alam, beliau berkata ASEAN harus mengutamakan langkah bagi meningkatkan penyelarasan serantau melalui pembentukan Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana dan meneruskan latihan bersama penanganan bencana alam seperti yang telah dilaksanakan dalam Latihan Bencana Forum Serantau Asean di Manado, Indonesia pada Mac lalu. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Setempat Posted: 07 May 2011 03:05 AM PDT ‘Kamu mati hidup semula’ Posted: 06 May 2011 02:30 PM PDT SHAH ALAM: "Saya anggap (kamu) seperti mati hidup semula," kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohtarudin Baki selepas menjatuhkan hukuman enam tahun penjara dan 10 sebatan terhadap penternak ikan yang mengaku salah atas pertuduhan pilihan memiliki 857 gram (g) ganja di Petaling Jaya, dekat sini, tiga tahun lalu. Mahkamah turut memerintahkan hukuman terhadap tertuduh, Chong Kok Wai, 26, yang pernah mengikuti diploma dalam bidang kejuruteraan di sebuah kolej di ibu kota itu berjalan mulai tarikh tangkap iaitu pada 20 Julai 2008. Mohtarudin dalam penghakimannya berkata, tertuduh bernasib baik ditawarkan pertuduhan pilihan itu. Selain itu, katanya, mahkamah turut mengambil kira beberapa faktor dalam menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh termasuk sokongan keluarganya yang tidak pernah gagal hadir sepanjang perbicaraan kes itu. "Saya harap kamu dapat memperbaiki diri kamu supaya menjadi orang berguna," katanya. Mengikut pertuduhan pilihan itu, Chong didakwa memiliki dadah berbahaya itu di kawasan berhampiran Restoran McDonald's, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 11.30 malam, 19 Julai 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Lelaki itu bernasib baik kerana sebelum ini didakwa di mahkamah atas tuduhan mengedar mengikut Seksyen 39B(1)(a) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, dia menukar pengakuannya selepas ditawarkan pertuduhan pilihan di akhir kes pembelaan. Sepanjang perbicaraan, seramai 10 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan tampil memberi keterangan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Rela mencuri Posted: 06 May 2011 02:25 PM PDT PUCHONG: Perbuatan licik seorang lelaki dipercayai anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mendalangi sekurang-kurangnya 10 kes jenayah pecah rumah di sekitar Bandar Baru Puchong, di sini, terbongkar apabila ditahan polis awal pagi semalam. Tangkapan dilakukan kira-kira jam 4 pagi di rumahnya di Bukit Puchong selepas mendapat maklumat orang awam dan risikan dilakukan polis sejak beberapa minggu lalu. Suspek yang berusia 20-an itu dikesan mendalangi kegiatan pecah rumah terutama rumah sejak enam bulan lalu. Turut dirampas di rumah suspek adalah pelbagai mata wang asing dan beberapa resit kedai pajak gadai yang menggunakan nama wanita dipercayai isterinya berusia 18 tahun. Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias, berkata modus operandi suspek adalah dengan mengumpil bumbung sebelum memasuki rumah mangsa melalui bilik air. "Dalam kejadian terbaru, Rabu lalu, suspek dikesan memecah masuk sebuah rumah di Taman Wawasan dan melarikan pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai berjumlah RM6,000," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Abdul Razak berkata, dengan tertangkapnya suspek, polis menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes jenayah pecah rumah di kawasan berkenaan sepanjang enam bulan lalu. Menurutnya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan polis. "Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Selain itu, polis juga akan menahan isteri suspek bagi membantu siasatan selain menyiasat kad perakuan anggota Rela yang ditemui di rumah suspek," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: BeritaUtama Posted: 07 May 2011 01:32 AM PDT Ajal bantu murid lemas Posted: 06 May 2011 03:04 PM PDT PORT DICKSON: Seorang lelaki menyelamatkan tiga mangsa lemas di Pantai 2 Telok Kemang, di sini, kelmarin, menemui ajal sejurus memberi bantuan pemulihan pernafasan (CPR) kepada seorang mangsa. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Zulkifly Hamzah, 43, rebah sebaik selesai memberi bantuan pernafasan kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang lemas ketika mandi di kawasan itu. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata ketika kejadian, pantai berkenaan tiba-tiba dilanda air pasang menyebabkan tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Telok Kemang lemas. "Zulkifly yang kebetulan membantu ibunya berniaga di kawasan pantai mendengar tiga murid lelaki menjerit meminta tolong dan terus terjun ke laut bagi menyelamatkan mereka. "Pengunjung lain yang menyedari kejadian itu turut berusaha menyelamatkan dua lagi mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, sejurus memberi CPR kepada seorang daripada murid berkenaan, Zulkifly rebah dan tidak sedarkan diri di situ. Orang ramai yang melihat kejadian bergegas membawanya dan murid yang lemas itu ke Hospital Port Dickson (HPD), namun Zulkfily meninggal dunia dalam perjalanan ke HPD. Sementara itu, seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika Zulkifly memberi bantuan CPR, murid lelaki itu masih tidak sedarkan diri. "Ketika itulah dia (Zulkifly) memberitahu kami, budak itu sudah tiada, namun selang beberapa lama kemudian ketika dia memberi CPR sekali lagi, budak lelaki itu terjaga dan Zulkifly pula rebah tidak sedarkan diri," katanya. Ibu Zulkifli, Nyapon Jantan, 63, berkata, anaknya itu berulang kali memberitahu bahawa dia akan pergi jauh.
"Namun, ketika itu saya tidak perasan sebarang perubahan dia kerana beranggapan dia mahu pergi jauh untuk bekerja. "Saya reda menerima berita kematiannya, namun saya tidak menyangka ia berlaku terlalu cepat sekali," katanya.
Menurutnya, sebelum kejadian dia sempat membancuh segelas air teh dan minum petang bersama arwah.
"Dalam perbualan itu, arwah berkata dia akan pergi jauh untuk mencari kerja kerana Aildifitri bakal menjelma tidak lama lagi.
"Kemudian, anak saya dengar tiga budak lelaki terkapai-kapai menjerit meminta tolong di tengah laut lalu terus berlari ke pantai memberi bantuan kepada mereka.
Sepupu Zulkifly, Badiozaman Abu, 43, yang turut sama memberi bantuan kepada tiga budak lelaki itu melihat Zulkifly jatuh pengsan selepas itu.
"Saya terus mengangkat dan membawanya ke kereta untuk mendapat rawatan di HPD. Ketika diberitahu dia sudah meninggal dunia, lemah seluruh anggota badan," katanya.
Zulkifly meninggalkan seorang isteri, Norhayati Ahmad, 39, dan juga tiga anak, Ilyasa Zulkifli, 14, Idham Syah, 9, dan Izuwan Shah, 8.
Sementara itu, tiga murid sekolah itu selamat dan seorang daripada mereka kini mendapat rawatan di HPD. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Mimpi Fafau jadi nyata Posted: 06 May 2011 02:58 PM PDT PETALING JAYA: "Sepanjang lima tahun bertugas sebagai penyampai radio Hot FM, peluang menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah mimpi menjadi kenyataan dalam hidup saya. "Pada pemerhatian saya, Perdana Menteri seorang yang tenang, kelakar dan pandai mengambil hati pendengar ketika meluahkan pandangannya pada sesi temu bual yang julung kalinya," kata penyampai popular Hot FM, Fara Fauzana mengenai pengalamannya menemu bual Najib, dalam segmen AM Krew, semalam. Lebih menarik, kata Fara, Perdana Menteri turut berkongsi sisi lain yang tidak diketahui ramai pada temu bual itu iaitu lagu kegemarannya iaitu Kancing Suasa dendangan R Azmi, Nobody (Wonder Girls) dan If Tomorrow Never Comes (Ronan Keating). "Saya juga kagum kerana beliau tiba di studio seawal jam 7.15 pagi sebelum ke udara. Semua artis patut mencontohi beliau kerana jadualnya sebagai Perdana Menteri sangat ketat," katanya yang mengendalikan sesi temu bual itu bersama dua lagi penyampai Hot FM, Faizal Ismail dan Kieran. Pada peringkat awal, Fara yang pernah menemu bual bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menerusi telefon turut gementar untuk bertemu ramah dengan Perdana Menteri itu.
"Memang saya sudah berjumpa beliau banyak kali, tapi ini kali pertama menemu bualnya secara langsung. Saya juga risau kerana mengalami masalah suara yang tak keluar bila buat program secara langsung. "Saya juga tak fikir pasal rating naik ke tidak bila buat temu bual ini kerana yang penting kita buat apa yang pendengar mahukan. Kalau rating naik pun mungkin kebetulan saja kerana yang penting peminat dan pendengar Hot FM gembira," katanya. Ditanya bagaimana tercetusnya idea untuk menemubual Najib, kata Fara, semuanya bermula secara spontan saja pada Khamis lalu. "Saya akui ini memang idea gila, tapi saya ingin bertanding dengan idea bos saya yang juga Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Radio, Media Prima, Seelan Paul dengan mengundang Perdana Menteri ke konti Hot FM dan kalau gagal, saya harus memotong rambut, begitu juga sebaliknya. "Saya terus meluahkan hasrat menemu bual Perdana Menteri menerusi laman twitter, Real Fafau yang mempunyai seramai 45,000 peminat pada 27 April lalu iaitu 'DS Najib Razak, can you come to Hot FM please'. Saya juga meminta peminat di laman twitter menyokong idea ini ternyata mendapat maklum balas positif dari pihaknya," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
The Malaysian Insider :: Bahasa Posted: 07 May 2011 01:26 AM PDT Pesawat Merpati Indonesia terbabas di laut bersama 25 penumpang Posted: 07 May 2011 12:53 AM PDT JAKARTA, 7 Mei — Sebuah pesawat komersial dengan 25 penumpang terbabas di kawasan laut di sebelah timur Indonesia hari ini. Pesawat itu, terbabas kira-kira 500 meter dari lapangan terbang Kaimana di Papua Barat, dipercayai milik syarikat Merpati. MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Isu gaduh: Ibu bapa gesa PIBG SMK di Shah Alam proaktif Posted: 07 May 2011 12:18 AM PDT SHAH ALAM, 7 Mei — Ibu bapa pelajar sebuah sekolah menengah kebangsaan di Shah Alam menggesa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) proaktif bercampur tangan untuk membolehkan insiden pergaduhan bulan lalu tidak berlarutan tanpa penyelesaian muktamad. Beberapa ibu bapa yang dihubungi mendakwa masih belum ada sebarang perjumpaan selepas seorang pengawas sekolah tingkatan tiga dipukul lapan pelajar dan diikuti pergaduhan berunsur perkauman pada 20 April lalu. Bekas pengerusi PIBG, A Sivaprakasam berkata, PIBG sekolah masih tidak mengadakan sebarang pertemuan berkenaan perkara ini sedangkan sudah melibatkan polis. "Sepatutnya PIBG mengadakan pertemuan dengan ibu bapa dan pelajar sekolah yang terlibat, bertanya bagaimana perkembangan keadaan mereka sekarang... namun, saya lihat mereka lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah yang wujud," katanya. Sebelum ini, Sivaprakasam juga berkata, beliau masih tidak dapat sebarang maklumat mengenai pertemuan pengetua sekolah dengan Ketua Pengarah Pelajaran di Putrajaya, 3 Mei lalu selepas ibu bapa pelajar sekolah berkenaan menghantar petisyen kecewa dengan cara pentadbiran pengetua berkenaan. "Kami tahu dia (pengetua sekolah berkenaan) telah berjumpa dengan mereka tetapi kami masih tidak tahu sebarang info daripada pengetua ataupun PIBG," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Sivaprakasam juga menambah, mereka hanya diberitahu bahawa pengetua akan membiarkan polis menyelesaikan masalah terbabit dan apabila bertanya kepada polis pula mahu menyerahkan kepada pentadbiran sekolah. "Saya tidak tahu mengapa ada percanggahan maklumat. Sebagai pengetua, dia perlu memberitahu perkara betul," ujarnya lagi. Tetapi menurut Sivaprakasam, beliau difahamkan pengetua tidak mahu memberi penjelasan mengenai keterangan pelajar yang diambil polis. Menurut seorang ibu pelajar sekolah berkenaan Quah Saw Choon, PIBG perlu mengambil tindakan segera setelah berlaku pergaduhan demi pergaduhan. "Kalau pengetua tidak mahu ambil kisah, PIBG perlulah bertindak segera untuk membantu menyelesaikan masalah. "Tetapi saya tidak puas hati apabila PIBG juga tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga," kata Quah lagi. Tambahnya, beliau tidak berpuas hati melihat cara sekolah menangani masalah pelajarnya sendiri. "Kalau seorang pengawas sekolah dicederakan, sekolah boleh tidak ambil kisah, bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang lain?" katanya. Selain itu, menurut Sivaprakasam, satu perjumpaan akan diadakan Isnin ini, yang hanya dihadiri ibu bapa dan penjaga untuk berbincang perkembangan pelajar yang terlibat dan cara menyelesaikan masalah bersama PIBG. Sebelum ini, menurut V Stephen Perumal yang juga mengetuai kumpulan ibu bapa berkata, berlaku pergaduhan antara pelajar berikutan sekumpulan pelajar memanggil pelajar kaum India dengan kata-kata kasar dan menghina. "Ekoran itu, pengetua hanya bertindak menghantar seramai 23 pelajar yang dikatakan tidak terlibat memberi kenyataan kepada polis tetapi tidak dibincang terlebih dahulu dengan ibu bapa pelajar tersebut. "Apabila ditanya mengenai hal ini, pengetua terbabit tidak mengaku bahawa dia yang arahkan penahanan anak-anak kami," katanya dalam kenyataan 25 April lalu. Selain itu, Siva juga berkata, pengetua tersebut langsung tidak ambil peduli apabila diminta berbincang bersama-sama ibu bapa untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sementara itu, menurut V Stephen Perumal yang bertidak sebagai ketua ibu bapa, beliau mahu pengetua meletakkan jawatan. "Beliau (pengetua) tidak layak menjadi pengetua jika tidak mahu bertanggungjawab atau diturunkan pangkat hanya sebagai pekerja biasa dalam pentadbiran. Seharusnya beliau menyelesaikan masalah bukan sekadar lepas tangan. "Kami telah beri tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak pentadbiran terhadap keselatan anak-anak kami. Apabila berlaku kejadian seperti ini, dia sepatutnya terlibat dalam menyelesaikannya," ulasnya lanjut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Muka Hadapan Posted: 07 May 2011 01:22 AM PDT Malaysia negara Kristian? Posted: Malaysia negara Kristian?Malaysia negara Kristian? Oleh ROKIAH ABDULLAH dan MOHD. KHUZAIRI ISMAIL pengarang@utusan.com.my PULAU PINANG 6 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu. Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu. Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com. Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa. "Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini. Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun. Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu. Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hotel yang terletak di Jalan Burmah mendapati persidangan sehari itu yang bermula pukul 8.30 pagi berlangsung di Bilik 2 dan 3, tingkat 7 hotel itu. Kira-kira 10 meja dan kerusi disusun di luar bilik persidangan yang dikatakan diadakan setiap tahun dengan beberapa rahib dilihat berbual-bual sebelum masing-masing masuk ke dalam bilik persidangan. Kenyataan Jeff itu bagaimanapun berbeza dengan laporan blog 'bigdog' yang mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti. "Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi," dakwa blog berkenaan. Blog tersebut menambah, sebagai satu komuniti minoriti, cita-cita DAP itu jelas membuktikan mereka cuba bertindak sebagai kaum majoriti. "Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya," dakwa blog itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 5 halangan utama majukan sukan Posted: 5 halangan utama majukan sukan5 halangan utama majukan sukan Oleh HASHNAN ABDULLAH pengarang@utusan.com.my
|
Muhyiddin Yassin dan Mohd. Ali Rustam bersama para pelajar yang memenangi pertandingan reka bentuk laman web antara sekolah seluruh Melaka pada Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2011 di Ayer Keroh, semalam.
|
PUTRAJAYA 6 Mei - Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membincangkan lima perkara yang dikenal pasti sebagai halangan utama kepada pembangunan industri sukan negara. Menurut kenyataan yang diedarkan kepada pemberita di sini hari ini, antara halangan itu adalah tiada penyelarasan dalam perancangan acara sukan, beberapa kementerian melakukan promosi sukan secara berasingan dan ketiadaan sepenuhnya produk jenama Malaysia. "Selain itu, halangan turut berpunca daripada penganjuran 'acara besar' yang tidak dieksploitasi sepenuhnya oleh pihak terbabit dan bidang sukan tidak dipupuk dari peringkat sekolah," menurut kenyataan itu. Mesyuarat yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu turut membincangkan program yang perlu dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjayakan Tahun Industri Sukan 2011. Menurut kenyataan itu, KBS perlu menyusun strategi bagi merealisasikan hasrat menjadikan sukan sebagai budaya hidup, pencapaian atlet dan potensi meningkatkan pendapatan negara. "Untuk itu, semua pihak berkepentingan seperti sektor korporat, atlet, media, institusi pengajian tinggi (IPT) dan masyarakat perlu bekerjasama melalui keupayaan dan kekuatan masing-masing dalam menjamin industri sukan yang mapan. "Antara program yang dikenal pasti ialah mengadakan persidangan dan seminar seperti Konvensyen Industri Sukan, Sports Busines Malaysia, program bual bicara, program Hari Terbuka Industri Sukan (Sport Industry Open Day), Anugerah Industri Sukan (Sports Industry Award) dan kempen sukan 'Team Malaysia','' katanya. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan tentang usaha memburu pingat emas pertama Sukan Olimpik di bawah program Road To London 2012 yang dijangka dicapai menerusi latihan jangka panjang dan bersistematik serta hubungan kerjasama yang erat antara kerjaan dan badan bukan kerajaan sukan kebangsaan. Ia juga menyentuh mengenai Dasar 1Murid 1Sukan yang mula diperkenalkan tahun ini bertujuan memberi keseimbangan antara keperluan akademik dan fizikal. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Rumah Berkualiti Mampu Milik dilancar Julai Posted: Rumah Berkualiti Mampu Milik dilancar JulaiRumah Berkualiti Mampu Milik dilancar Julai Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA mohdasron.mustapha@utusan.com.my KUALA LUMPUR 6 Mei – Kerajaan akan melancarkan program Rumah Berkualiti Mampu Milik selewat-lewatnya Julai ini, bagi memastikan harga rumah untuk Skim Rumah Pertamaku khususnya di Lembah Klang adalah RM220,000 ke bawah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program baru tersebut diperkenalkan selepas kerajaan mengambil kira keluhan orang ramai bahawa amat sukar untuk mendapatkan rumah di bawah lingkungan RM220,000 di kawasan Lembah Klang. Katanya, rumah tersebut nanti yang akan dibina hasil kerjasama strategik dengan pemaju swasta bakal menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS), bagi memastikan tempoh untuk menyiapkan sesebuah rumah dapat dipercepatkan. "Kerajaan sedar walaupun kita menawarkan pinjaman 100 peratus kepada golongan muda melalui Skim Rumah Pertamaku untuk rumah berharga RM200,000 ke bawah tetapi, amat sukar untuk mendapatkan rumah yang berharga sedemikian. "Jadi kita lancarkan program ini (Rumah Berkualiti Mampu Milik) bagi memastikan harga rumah kekal RM220,000 ke bawah. Kita sediakan tapak, pihak swasta yang akan bangunkan rumah," katanya semasa ke udara secara langsung bersama Krew Pagi Radio Hot FM di Sri Pentas, di sini hari ini. Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, projek Rumah Berkualiti Mampu Milik bukan bertujuan menggantikan Skim Rumah Pertamaku, sebaliknya ia dilancarkan bagi memantapkan lagi skim tersebut dan syarat kelayakan juga masih kekal. Tambahnya, program itu kelak bukan berorientasikan keuntungan tetapi merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan oleh setiap syarikat pemaju yang dilantik. "Skim Rumah Pertamaku adalah permintaan tetapi jika tiada penawaran, maknanya tiadalah rumah yang berharga kurang RM220,000 ke bawah yang boleh dibeli oleh golongan muda sebagaimana objektif asal kita," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Timur Posted: 07 May 2011 01:07 AM PDT Pokok 'daun emas' rapatkan 2 negara Posted: Pokok 'daun emas' rapatkan 2 negaraPokok 'daun emas' rapatkan 2 negara Oleh HAPIZAH AZIZ utusankelantan@yaho.com
|
SEORANG pengunjung bergambar dengan sebahagian pokok daun emas yang merupakan kraf tangan terbaru masyarakat Selatan Thailand sempena Pesta Thai 2011 di Gelanggang Seni Kota Bharu, kelmarin.
|
KOTA BHARU 6 Mei - Konsul Besar Diraja Thailand di sini, Surapon Petch-Vra berpuas hati dengan penganjuran Pesta Thai 2011 yang berjaya merapatkan hubungan antara penduduk kedua-dua negara. Beliau berkata, penganjuran pesta itu yang masuk kali ke-11 telah berjaya mencapai matlamatnya bagi mendekatkan masyarakat dan produk negara tersebut dengan rakyat Malaysia. "Penganjuran pesta ini menepati matlamat kedua-dua negara yang mahu mengeratkan hubungan dua hala yang wujud sejak sekian lama," katanya dalam ucapan perasmian di sini semalam. Hadir sama, Ketua Pengarah Pusat Pentadbiran Wilayah Selatan Thai, Panu Uthairat. Menurutnya, sepanjang pesta, pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai produk kraf tangan dan makanan keluaran negara itu, antaranya, 'pokok daun emas' yang dihasilkan menggunakan daun kering. Daun kering 'pokok daun emas' itu dikatakan boleh bertukar warna mengikut usia pokok iaitu merah jambu semasa muda, coklat (pertengahan) dan perak semasa matang. Selain 'pokok daun emas' turut terdapat 30 jenis produk kraf tangan lain yang dipasarkan di pesta berkenaan kebanyakan produk kecantikan termasuk sabun herba dan minyak urut. Lain-lainnya produk yang ditawarkan ialah mutiara, batu permata, pakaian, beg dan bunga hiasan. Terdapat juga lebih 10 gerai yang mempromosikan makanan dari Thailand seperti nasi kerabu, ayam gulai, ayam rempah dan minuman. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kenduri tahlil tak kesampaian Posted: Kenduri tahlil tak kesampaianKenduri tahlil tak kesampaian
|
MOHD. Zamri Awang Ngah bersama anaknya melihat sisa rumahnya yang terbakar di Kampung Tok Ngoh, Bachok, kelmarin.
|
BACHOK 6 Mei - Hasrat seorang anak, Rohani Mahamad, 39, untuk mengadakan kenduri tahlil arwah ibunya, Gayah Daud, yang meninggal dunia tujuh hari lalu, tidak kesampaian apabila rumahnya di Kampung Tok Ngoh, dekat sini hangus dalam kebakaran semalam. Rohani berkata, kejadian berlaku pukul 4.16 petang ketika semua sanak saudara sedang menyediakan juadah untuk dihidangkan kepada tetamu yang akan hadir pada majlis tahlil tersebut. "Ketika itu semua orang sedang sibuk di dapur dan di luar rumah untuk memasak, tiba-tiba semua tergamam sebaik sahaja ternampak api dari sebuah bilik. "Mujurlah adik saya sempat membawa keluar anak kembarnya, jika tidak mungkin kejadian ini akan meragut nyawa, apa pun saya bersyukur kerana mereka bertiga selamat," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Tambahnya, kejadian itu juga menyebabkan semua lauk pauk yang dimasak musnah dan tahlil arwah ibunya terpaksa diadakan di surau. Rohani memberitahu, dia reda dengan apa yang berlaku yang berlaku dan menganggapnya sebagai satu ujian dari Ilahi buat dia dan keluarganya. Sementara itu, Ketua Penjaga Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Bachok, Nordin Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.16 petang dan terus bergegas ke tempat kejadian. "Dua buah jentera dan enam anggota telah tiba di lokasi pada pukul 4.34 petang tetapi rumah yang diperbuat daripada kayu itu telah 90 peratus musnah,'' jelasnya. "Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.40 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan dengan kerugian kira-kira RM100,000," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Sukanun - VII himpun 6,000 atlet Posted: Sukanun - VII himpun 6,000 atletSukanun - VII himpun 6,000 atlet KUALA TERENGGANU 6 Mei - Kira-kira 6,000 peserta dan pegawai daripada 70 agensi akan menyertai Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun (Sukanun-VII) Kebangsaan yang akan berlangsung di sini bermula esok. Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan kedua terbesar selepas Sukan Malaysia (Sukma) itu akan turut mengetengahkan pasukannya dengan 230 peserta yang bersaing dalam 17 acara. Naib Canselornya, Prof. Dr. Aziz Deraman berkata, UMT selaku tuan rumah sudah bersiap sedia untuk menyambut ketibaan jumlah atlet yang besar dan berharap ia dapat berjalan dengan lancar. "Sebanyak 20 acara akan dipertandingkan dengan 17 acara menawarkan pingat manakala pertandingan memancing menawarkan hadiah wang tunai (RM3,000, RM2,000 dan RM1,000) serta acara mencari harta karun," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Menurut Aziz, pertandingan memancing diperkenalkan sebagai usaha UMT mengetengahkan pelbagai keunikan setempat termasuk lokasi universiti ini yang terletak berhampiran pantai. Beliau berkata, semua acara akan diadakan di Stadium Tengku Muhammad Ismail UMT kecuali boling di Mesra Mall Kemaman selain beberapa acara akan berlangsung di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak dekat sini. Katanya lagi, UMT berbangga kerana jumlah penyertaan pada kejohanan tahun ini meningkat kepada 70 kontinjen badan berkanun berbanding hanya 55 pada kejohanan Sukanun ke-VI di Pulau Langkawi dua tahun lalu. "UMT amat berterima kasih kepada kerajaan negeri yang banyak memberi sokongan termasuk peruntukan kepada UMT bagi menjayakan Sukanun kali ini yang memilih kuda laut sebagai maskot rasmi," katanya. Katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan menyempurnakan perasmian kejohanan itu pada pukul 9 malam esok di UMT. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Rencana Utama Posted: 06 May 2011 11:36 PM PDT Segar, bersih, dan selesa Posted: Segar, bersih, dan selesa Segar, bersih, dan selesa Oleh NIZHA PERIASWAMY
TIDAK seperti beberapa bulan yang lalu, salah satu nadi pengangkutan awam di Kuala Lumpur, Hentian Puduraya pada hari, sudah bertukar wajah. Lebih tepat lagi, stesen bas Puduraya mempunyai wajah yang lebih segar dan dinamik. Pandangannya tidak lagi seperti setahun yang lalu. Sesak, persekitaran yang panas, lantai yang berwarna hitam akibat kekotoran yang sudah menjadi sebahagian daripada identiti Puduraya atau ejen-ejen syarikat bas yang ada di mana-mana sambil memanggil anda dan menyebut beberapa lokasi. Jangan terkejut jika anda melihat tiada lagi kedai-kedai yang menjual makanan yang dipenuhi sampah sarap atau kucing tidak bertuan yang berkeliaran. Tandas yang kurang menyenangkan dan berbau, platform yang dipenuhi asap bas tebal, haba enjin bas yang memanaskan juga sudah lenyap. Sama seperti Stesen Keretapi Tanah Melayu yang berubah wajah kepada Stesen Sentral, kini Puduraya yang lama juga sudah menjadi sejarah. "Apa yang saya perhatikan di Puduraya hari ini bukan lagi Puduraya yang pernah saya lihat beberapa tahun lalu. Ia memberikan satu perasaan yang selamat, bersih dan berkualiti. "Saya hampir tertidur di tempat menunggu kerana tempat duduknya yang selesa, berhawa dingin dan kesesakan yang minimum. Harap keadaan ini dapat dikekalkan bila-bila," kata seorang wanita muda, Mooi Luan, 23, yang sedang menunggu bas untuk ke Ipoh, Perak. SKRIN jadual perjalanan bas memudahkan penumpang bas memastikan kelancaran perjalanan mereka.
Dia datang ke Hentian Puduraya satu jam setengah lebih awal kerana bimbang perhentian yang baru dibuka selepas hampir setahun menjalani kerja-kerja pengubahsuaian mempunyai perubahan jadual. Namun, bagi mengekalkan profesionalisme pengangkutan, tiada apa yang berubah dari segi jadual. Cuma, cara panggilan ke platform dan tempat menunggu banyak berubah. Lebih sistematik Mooi Luan, bersama-sama penumpang yang lain menunggu di sebuah ruang menunggu khas yang disediakan. Di atas lantai berjubin putih yang masih bersih dan bersinar dek terkena sinaran lampu, ruang yang berhawa dingin itu dilengkapi dengan skrin yang menunjukkan jadual perjalanan bas. "Ia seperti terminal kereta api atau penerbangan. Kini, ia lebih sistematik dan elok dipandang," kata seorang bapa, Shahnir Rizal, 42. Beliau ke hentian itu untuk menghantar anaknya yang mahu ke Kuantan, Pahang. KELIHATAN bas-bas di ruang terminal Hentian Puduraya yang diterangi dengan cahaya lampu bersiap sedia untuk berlepas ke destinasi masing-masing.
Katanya, beliau lebih selesa menunggu di tempat duduk dekat dengan tangga ke platform kerana ia bukan lagi panas seperti dulu. "Siap ada pendingin hawa dan saya rasa selamat. Lebih-lebih lagi apabila tempat ini dikelilingi oleh penguat kuasa dan pegawai keselamatan. Ini akan memberikan jaminan khususnya kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke hentian ini," kata Shahnir. "Cantik, memang cantik, bersih dan baru, tetapi saya terfikir, bagaimanakah agaknya keadaan hentian ini jika menjelang musim perayaan seperti sambutan Aidilfitri? Bukankan platform akan menjadi sesak seperti dahulu? Itu kebimbangan saya," kata seorang lagi pengunjung yang datang menghantar anak buahnya, Noyu Mohamad, 34. Wanita bertudung corak hitam dan putih itu juga menunjukkan ketidakpuasan terhadap pemasangan papan kenyataan dan papan pemberitahuan yang kurang lengkap. "Bukan saya mahu merungut, cuma saya rasa hentian ini lebih sempurna jika semua papan pemberitahuan siap sepenuhnya apabila ia dibuka. Sebentar tadi, saya sendiri menghadapi masalah mencari tempat menunggu dan platform. "Ada papan pemberitahuan nombor platform ditempatkan dibelakang tangga. Kalau tidak perasan maka tercari-carilah untuk nombor platform," kata Noyu. Bagaimanapun, Noyu akui, ia mungkin disebabkan hentian itu masih baru. HENTIAN Puduraya sebelum dinaik taraf.
Berjalan sambil memegang sekeping risalah bertajuk, Cameron Highlands Jonathan Medows, 24, dari Amerika Syarikat (AS) giat mencari tempat membeli tiket di Hentian Puduraya. "Ini kunjungan pertama saya ke sini. Tiada papan tanda yang menunjukkan tempat membeli tiket. "Ia di tingkat atas, saya mahu mendapatkan bas secepat mungkin," katanya yang sempat meminta bantuan daripada salah seorang pegawai keselamatan di situ. "Di AS, kami tidak banyak gunakan bas ekspres seperti di sini. Kami mempunyai mod pengangkutan lain yang lebih popular daripada bas. Hentian ini kelihatan baik dan bersih, mungkin kerana ia masih baru." Itu sahaja komen yang sempat dituturkan warga Amerika itu sebelum berlari menuju ke kaunter tiket ke Cameron Highlands. Rata-rata tinjauan di sekitar Hentian Puduraya mendapati, orang ramai sudah mula mengadaptasikan persekitaran yang baru. Namun, hanya sikap manusia sahaja yang boleh mengekalkan segala kemudahan, tahap kebersihan dan keselamatan di hentian itu. Namun, beberapa pekedai yang sudah membuka premis perniagaan di Hentian Puduraya enggan memberi sebarang komen. "Tidak mahu. Kalau keluar surat khabar, tak mahulah," itu sahaja yang disampaikan. Kosmo! mendapati, beberapa buah kedai runcit kecil, kedai buku dan kedai menjual makanan berbungkus sudah beroperasi di situ. Kerja menaiktaraf RUANG menunggu yang lebih selesa, kemas dan tersusun.
Selepas hampir 36 tahun beroperasi dengan satu tahun tempoh rehat, Hentian Puduraya yang baru dibuka pada 16 April lalu memberi kelegaan kepada penghuni kota. Lokasinya yang terletak di tengah-tengah pusat bandar dan berdekatan dengan hampir semua mod pengangkutan awam seperti kereta api, bas awam, teksi dan komuter memudahkan orang awam. Semasa proses menaik taraf hentian tersebut, Bukit Jalil menjadi hentian sementara untuk perjalanan ke utara. Dengan kos kerja-kerja menaik taraf dan pengubahsuaian yang menelan kos RM52 juta, UDA Holdings Bhd. menjadi syarikat yang dipertanggungjawab menjalankan tugas itu. Hampir 14 bulan ditutup, Azlina Sham, 19 menarik nafas lega apabila hentian baru itu tidak lagi 'membekalkan' asap bas yang meloyakan dan bahang di sekitar platform yang memerah peluh. Azlina sedar, hentian Puduraya kini sebuah hentian bas yang dilengkapi kemudahan dan fasiliti yang sesuai dengan keperluan semasa. Semua ini dialu-alukan. Cuma, buat masa kini, banyak yang tidak boleh digunakan sepenuhnya," katanya lagi merujuk kepada kemudahan lif yang masih ditutup. Gerai makanan (ketika dikunjungi Kosmo!) juga masih belum beroperasi. "Itu tidak mengapa kerana kita masih ada restoran dan kafe di luar hentian ini. Ada beberapa kedai runcit dalam hentian ini yang menjual makanan berbungkus," kata Nazamudin Mansor, 42 yang ditemui di Hentian Puduraya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Tampung lebih ramai pengguna Posted: Tampung lebih ramai penggunaTampung lebih ramai pengguna JAAFAR (dua dari kanan) menerangkan sesuatu kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (tiga dari kanan), ketika lawatannya di Hentian Puduraya baru-baru ini.
PADA majlis pelancaran Hentian Puduraya pada pertengahan bulan April lalu, Pengarah Urusan UDA Holdings Bhd. Datuk Jaafar Abu Hassan memberitahu, Hentian Puduraya akan menjadi identiti hab pengangkutan yang segar bagi perjalanan menuju ke utara Malaysia. "Usaha menaik taraf ini bertujuan untuk menampung bilangan para pengguna yang kian meningkat. "Pengubahsuaiannya menekankan kepada aspek keselamatan ruang menunggu di tingkat bawah dan tingkat mezanin, penambahan mobiliti untuk para pengguna melalui peningkatan lif dan eksalator, penambahan dua unit walkalator, laluan pejalan kaki, sistem-sistem siar raya, penambahan tandas awam yang turut melibatkan kemudahan mesra pengguna orang kurang upaya," katanya. Kini dengan 245 lot tapak, Hentian Puduraya menyediakan kaunter tiket, mesin-mesin ATM, kios, gerai runcit dan restoran. Daripada tinjauan Kosmo!, tiket-tiket kaunter juga mendapati berada dalam kedaaan yang lebih sistematik di tingkat satu dan medan selera di tingkat atas bumbung dengan pengubahsuaian kipas eksos. Ditanya tentang masalah ulat, wakil pegawai dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd. Fuad Ahmad memberitahu, pihaknya bersama-sama pihak penguatkuasa yang lain akan memastikan operasi ulat dibanteras. "Penumpang yang mahu membeli tiket, perlu terus ke kaunter tiket. Semua kaunter di bawah syarikat yang sama telah diselaraskan dan diberikan satu kaunter sahaja. Kami juga diberitahu, pihak UDA sedang dan telah berusaha untuk menjalankan sistem e-Tiket bagi memudahkan lagi pembelian tiket bas. Ini sekali gus dapat membanteras masalah ulat," katanya. Di samping semua itu, pihak UDA juga menempatkan lebih 40 orang pegawai keselamatan dan kaunter khas bagi SPAD dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta polis bagi pengawasan keselamatan yang maksimum. Selain itu, Jaafar turut memberi jaminan bahawa, sistem laluan bas yang diatur pihak pengurusannya turut mengambil kira isu kesesa kan yang banyak menjadi isu sebelum ini. "Kami akan menempatkan bas di depoh berhampiran. Hanya beberapa minit sebelum masa berlepas, bas akan ke platform. Ia bagi mengelakkan bas menunggu lama di platform menyebabkan bas-bas lain menunggu di jalan raya dan mengakibatkan kesesakan trafik,'' katanya. Dengan hampir 600 bas setiap hari dan 1,000 bas pada hujung minggu, UDA Holdings memberikan jaminan untuk melakukan yang terbaik dari segi kelancaran pengangkutan di kawasan sekitar. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Nasional Posted: 06 May 2011 11:35 PM PDT Halau bapa tegur isteri tutup tingkap Posted: 06 May 2011 04:59 PM PDT Nasional ISMAIL ketika ditemui di sebuah rumah kebajikan, di Ipoh. Warga emas jual barang terpakai untuk hidup IPOH: Anak derhaka! Mungkin itu perkataan tepat diberikan kepada seorang anak berkelulusan universiti yang tergamak menghalau bapanya yang berusia 64 tahun semata-mata kerana menegur isterinya yang tidak menutup tingkap ketika senja.
Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam di Manjung pada 5 April lalu, bapa malang yang mahu dikenali sebagai Ismail itu hanya mampu menjerit dan merayu selepas anaknya mengunci pintu pagar rumah dan menutup pintu bagi mengelak ayahnya memasuki semula ke dalam rumah. Berikutan itu, bapa malang itu yang bersara sebagai penyelia sebuah ladang di Tapah, terpaksa berkeliaran dan hidup bergelandangan tanpa arah tuju. Ismail berkata, dia terpaksa mencari sesuap nasi dengan menjual barang terpakai kira-kira tiga minggu sekitar Manjung sebelum membuat keputusan menaiki bas ke bandar raya ini sebelum ditahan dalam operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kini tinggal di sebuah rumah kebajikan di sini.
Beliau berkata, sejak kematian isteri akibat radang paru-paru pada 2005, kehidupannya mula berubah menjadi tidak terurus tambahan anak lelakinya sudah berumahtangga dan tinggal di Manjung.
Katanya, perasaan sunyi dalam hidupnya terubat apabila anak lelakinya bersama isteri serta tiga anak mereka mengunjungi rumahnya pada penghujung 2007 dan mempelawa beliau tinggal bersama mereka.
Bagaimanapun, kegembiraan tinggal bersama anak dan menantunya itu tidak lama apabila kehadirannya seolah-olah tidak diterima. Beliau juga mendakwa diberi pelbagai peraturan oleh menantu, termasuk soal remeh-temeh seperti mencuci kaki sebelum masuk rumah dan dilayan seperti orang tua nyanyuk yang tidak tahu mengurus diri sedangkan dirinya masih aktif dan sihat.
"Walaupun dilayan begitu, saya tetap sabar dan menurut segala peraturan serta kehendak anak lelaki dan isterinya itu. Ketika itu saya baru sedar pelawaan mereka tidak ikhlas dan mereka rimas kehadiran saya di rumah.
"Bagaimanapun, sebagai bapa, tidak pernah terlintas di fikiran saya akan dihalau anak kandung sendiri dan diperlakukan seperti saya tiada maruah dan nilai hidup.
"Hancur luluh hati saya kerana ia hanya berpunca daripada tindakan saya menegur menantu supaya menutup tingkap berikutan sudah Maghrib," katanya sambil berlinangan air mata ketika ditemui di sebuah rumah kebajikan di sini, semalam.
Ismail berkata, hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, mereka dikurniakan dua cahaya mata, namun anak sulungnya meninggal dunia ketika masih kecil kerana demam panas. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen farhana hamdan kenapalah anak2 sekarang yer,...cubalah kenang balik pengorbanan ibu n ayah yg membesarkan kita..andaikata mereka halau sepertimana anak buat kat ibu ayah camner?..fikir2kan nizam Tanggungjawab anak lelaki terhadap keluarga terutama ibu dan ayah kandung tidak terputus setelah berkahwin tetapi selama mana mereka masih hidup dalam saya harap anak tersebut bertaubat dan mohon ampun kepada bapanya kerana redha allah datang dengan keredhaan ibu dan bapa. Kenanglah jasa mereka membesarkan kita dari kecil tapak kaki hingga kita mampu berdikari. Insaflah saudaraku. anak papa sob..sob..sob..:( tergamak anak durhaka @ durjana!! suklenalin Anak x sdr d untung.Nantikn balasanx d akiharat.Sburuk org tua,dia tetap insan yg mghidupkn kita.Trgamak betul lelaki ni mghalau bapa kandungnya. asdi INI DA BUKAN ANAK NIE...INI DA KATEGORI ANAK DERHAKA NIE!!!WHO ARE YOU WITHOUT YOUR FATHER....BAWA2 LA BERTAUBAT....ITU JE MAMPU AKU CAKAP azhammustaffa Tak guna punya anak..belajar saja tinggi akai takdak,sanggup buat macam tu,sampai masanya nanti engkau pulak akan merasa atas parbuatan kau terhadap bapak kau....INGAT LAH..setiap perkara baik atau buruk pasti akan ada balasannya.......INSAFLAH wahai insan yang di panggil ANAK. dDeenz ANAK KURANG AJAR bukan BAPA tak ajar tapi pembawakan Anak sendiri. Bapa tak boleh dipersalahkan. Terlebih SAYANG BINI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | DAP, PKR Sarawak bertelingkah barisan kabinet bayangan Posted: 06 May 2011 04:46 PM PDT Nasional KUCHING: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini bertelingkah berhubung barisan Kabinet bayangan yang diumumkan Ahad lalu. Dalam laman blognya semalam, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng mendakwa, 'seseorang' dalam biro politik PKR sebagai 'gila kuasa' membantah kerana diberikan portfolio 'junior'.
"Bantahan itu tidak berasas. Memandangkan ia sebuah Kabinet bayangan, tiada portfolio kanan atau junior atau lebih penting atau kurang penting. "Ia hanya menunjukkan bahawa seseorang dalam Biro Politik PKR gila kuasa tanpa mengetahui fungsi sebenar sebuah Kabinet bayangan dan tanpa mengetahui fakta sebenarnya yang timbul daripada perjumpaan antara DAP dan PKR pada 30 April, 2011," katanya dalam blognya http://holeng.dapsarawak.com. Pakatan pembangkang di Sarawak mengumumkan barisan kabinet bayangan itu, Ahad lalu.
DAP dan PKR berbincang selama sejam barisan kabinet bayangan itu. DAP Sarawak diwakili Wong dan setiausaha parti negeri, Chong Chieng Jen, manakala PKR diwakili Naib Presiden Kebangsaan, Datuk John Tenewi Nuek, Ibi Uding dan Setiausaha Akhbar Ketua Parti Negeri Bian Baru, Vernon Kedit.
Dalam sidang medianya kelmarin, Baru berkata, PKR Sarawak tidak bersetuju dengan komposisi barisan Kabinet bayangan dan berkata, ia diumumkan satu pihak saja tanpa perundingan.
Baru berpendapat barisan Kabinet bayangan itu tidak menggambarkan perwakilan yang mencukupi bagi Bumiputera Islam dan bukan Islam.
Bagi membantah kenyataan itu, Wong berkata, barisan itu dibincangkan selama sejam dan dua pindaan dibuat kepada portfolio sebelum ia diumumkan dalam sidang media bersama.
"Kita bertukar-tukar pandangan mengenai barisan itu. Kita buat dua pindaan kepada portfolio. Ada dua perundingan penuh dilakukan," katanya.
Wong berkata, Baru perlu menjelaskan kepada DAP mengenai kenapa beliau menghantar tiga wakil yang tidak mempunyai kuasa membuat keputusan dan tanpa memberitahu DAP terlebih dulu.
"Baru tidak pernah memaklumkan kepada kita terlebih dulu bahawa tiga wakilnya tidak mempunyai kuasa seperti itu. Adakah tiga wakil PKR pada mesyuarat itu hanya untuk hiasan saja? Jika Baru terlebih dulu memaklumkan kami... saya tidak ragu-ragu untuk membatalkan atau menangguhkan mesyuarat itu," katanya.
Wong berkata, PKR sudah menunjukkan bahawa pemimpinnya di Sarawak tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam mesyuarat dengan DAP Sarawak. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Jenayah Posted: 06 May 2011 11:32 PM PDT Maut dibunuh anak angkat Posted: Maut dibunuh anak angkatMaut dibunuh anak angkat Oleh RACHEL NINA pengarang@utusan.com.my MIRI 6 Mei - Kurang dua hari sambutan Hari Ibu, takdir menentukan seorang wanita warga emas, Ranai Langgat, 81, yang lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar sejak setahun lalu, maut dibunuh anak angkatnya. Suspek, Ujang Achawa, 53, yang mengalami masalah mental bukan sahaja bertindak menikam mangsa malah mencekik dan memukul Ranai sehingga wanita itu menemui ajalnya. Ranai tinggal bersama Ujang yang dibelanya sejak kecil selepas kematian suami dan seorang lagi anak angkatnya, tahun lalu. Mayat Ranai ditemui berlumuran darah dengan kesan lebam di mata, dada dan kaki manakala kuku kakinya juga disiat-siat di sebuah rumah di Jalan Lintang 5, Taman Tunku, di sini. Wanita itu yang hanya mampu mengengsot dipercayai dicekik, dipukul dan ditikam bertubi-tubi oleh Ujang yang juga tidak mampu berjalan dan berdiri akibat penyakit gout. Pemilik rumah berkenaan, Hilda Genda Achaw, 44, yang merupakan adik tiri suspek berkata, dia menyedari kejadian berkenaan pukul 10.30 pagi selepas mendengar bunyi pukulan bertalu-talu dari dalam bilik yang menempatkan mangsa dan suspek. "Saya ada terdengar bunyi pukulan 'pek..pek..pek' namun tidak mengendahkannya kerana menyangka Ujang sedang bergendang kerana itulah minatnya," katanya sewaktu ditemui hari ini. Kata Hilda, kira-kira 10 minit selepas itu, dia membuka pintu bilik dan terkejut melihat mayat mangsa manakala suspek pula dilihat berbaring di sebelahnya bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Menurutnya, suspek baru keluar dari Unit Psikiatri Hospital Miri petang Rabu lalu selepas dirawat selama tiga minggu. "Belum pun sampai 24 jam dia diarah pulang, kejadian itu berlaku," katanya yang menjelaskan mangsa dan suspek telah menumpang di rumahnya sejak setahun lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Jamaluddin Ibrahim ketika dihubungi hari ini memberitahu pihaknya masih menunggu laporan perubatan suspek. Katanya, setakat ini kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Politik Posted: 06 May 2011 11:02 PM PDT Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 11.11.11? Posted: Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 11.11.11?Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 11.11.11? KUALA LUMPUR 6 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencetuskan teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 apabila menyatakan ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai angka 11, yang juga nombor kegemaran beliau. Pada masa sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak pula menafikan atau mengiakan mengenai ramalan bahawa PRU13 berkemungkinan berlangsung pada 11 November ini (11.11.11) disebabkan banyak angka 11 begitu signifikan dengan dirinya. Sebaliknya, Najib dalam nada bersahaja berkata, penentuan tarikh pilihan raya berdasarkan angka kegemaran, merupakan amalan yang sering digunakan dalam arena politik tanah air sebelum ini. "Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tidak semestinya pada bulan 11 (November) atau boleh jadi pada 11 hari bulan. Mengenai teka-teki bila pilihan raya, saya rasa elok diteruskan teka-teki ini. Soal bertuah atau tidak angka 11, saya tidak tahu, kita tengoklah dulu. "Soal tarikh itu (11 November 2011) memang ada kaitan dengan hidup saya tetapi sama ada pilihan raya akan berlangsung atau tidak, wallahualam," katanya selepas ke udara secara langsung bersama Krew Pagi Radio Hot FM di Sri Pentas, di sini hari ini. Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, tarikh bukan persoalan utama tetapi apa yang penting, jentera BN kena buat kerja untuk meyakinkan rakyat bagi memastikan dasar, program, kepimpinan serta cara parti itu mendekati hati rakyat diterima oleh pengundi. Ditanya sama ada BN sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum, beliau berkata, perkara tersebut tidak boleh diungkapkan kerana selagi semboyan belum dibunyikan, selagi itu jentera parti perlu bekerja keras bagi menawan hati rakyat. Terdahulu, ketika ditemu bual oleh penyampai radio Hot FM yang terdiri daripada Farah Fauzana; Faizal Ismail dan Kieran, Najib berkata, kesukaannya pada nombor 11 menyebabkan ramai yang meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan pada 11 November ini. Katanya, pada tarikh 11 Mac 1922, ayahandanya Tun Razak Hussein lahir; 11 Jun 1933 pula tarikh lahir bondanya, Tun Rahah Noah; tarikh lahir anak pertama beliau juga pada 11 hari bulan; UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946; menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pas tidak mampu ganti UMNO - Hishammuddin Posted: Pas tidak mampu ganti UMNO - HishammuddinPas tidak mampu ganti UMNO - Hishammuddin PASIR PUTEH 6 Mei - Pas tidak mampu untuk menggantikan UMNO dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam di negara ini kerana parti pembangkang itu sama sekali gagal mendapat sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkembangan itu juga membuktikan slogan 'Pas ganti UMNO' hanya retorik apabila ia kalah di semua kerusi ditandingi. Katanya, pakatan yang dibina juga hanya menguntungkan DAP yang berkemungkinan besar akan menggantikan Pas. "Jadi, gandingan antara UMNO dan parti komponen lain, persefahaman yang kita wujudkan selama ini dengan MCA, Gerakan, MIC dan parti di Sabah dan Sarawak masih lagi begitu relevan. "Dan alternatifnya (pakatan pembangkang), merupakan satu ikatan yang rapuh, diikat atas ikatan nafsu, kerakusan, keangkuhan dan ketamakan nak merebut jawatan dan kedudukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di sini hari ini. Mengenai indeks kebebasan media, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, kebebasan media tidak lagi membawa makna dalam dunia tanpa sempadan pada hari ini apabila semua maklumat yang cuba disekat boleh dihebahkan kepada umum. Katanya, kewujudan dunia siber serta laman sosial seperti facebook dan twitter telah menyaksikan perkara-perkara yang cuba disekat di negara tertentu seperti di Asia Barat turut didedahkan kepada umum. Justeru katanya, laporan kejatuhan indeks kebebasan media di negara ini hanya gimik politik pihak tertentu kononnya Malaysia tidak telus, tidak terbuka, tidak demokratik dan tidak inklusif dalam perkara-perkara yang dilaungkan di peringkat antarabangsa. "Indeks sebegitu rupa tidak membawa erti dan makna kerana (dalam soal penyebaran) maklumat dan cerita, sekarang ini bila saya cakap, sudah boleh dihebahkan kepada orang ramai sama ada melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), facebook atau twitter," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Mahkamah Posted: 06 May 2011 07:34 PM PDT Pemandu teksi tidak mengaku larikan penganggur Posted: Pemandu teksi tidak mengaku larikan penganggurPemandu teksi tidak mengaku larikan penganggur
|
M. Murugan dibawa anggota polis masuk ke Mahkamah Majistret 2 Selayang, dekat Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD NOOR AMIN
|
KUALA LUMPUR 6 Mei - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini atas tuduhan melarikan seorang penganggur yang 10 batang jarinya ditemui di tepi landasan kereta api berhampiran Stesen Kereta Api Kuang di Rawang, hujung bulan lalu. Tertuduh, M. Murugan, 27, didakwa melarikan K. Munispara, 29, dengan niat hendak mengurung lelaki itu secara salah kira-kira pukul 12 tengah malam, 24 April lalu di jalan besar Batu 16, Rawang, dekat sini. Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ching Kian Chung mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda. Majistret Nurul Hafizah Kamaludin membenarkan tertuduh yang diwakili peguam bela K. Theivaendran, diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 3 Jun ini. Pemandu teksi tersebut hanya didakwa atas tuduhan melarikan mangsa kerana dipercayai orang lain yang memotong jari lelaki berkenaan. Pada 25 April lalu, beberapa petugas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Kereta Api Kuang menemui bungkusan plastik mengandungi 10 batang jari manusia di tepi landasan kira-kira satu kilometer dari stesen kereta api berkenaan. Semua jari itu dimasukkan ke dalam plastik berwarna putih bersama tali dan pita pelekat berwarna hitam ditemui di tepi landasan di Kilometer 363 arah Butterworth, Pulau Pinang menghala ke Kuala Lumpur. Siasatan pihak polis berjaya mengenal pasti identiti mangsa iaitu seorang lelaki tempatan manakala media difahamkan motif kejadian ekoran cemburu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pelakon Mokhtaruddin didakwa cabul remaja Posted: Pelakon Mokhtaruddin didakwa cabul remajaPelakon Mokhtaruddin didakwa cabul remaja KUALA LUMPUR 6 Mei - ''Dituduh cium! Dituduh cium! Dituduh cium!''. Itu merupakan satu-satunya kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pelakon popular era 70-an dan 80-an, Mokhtaruddin Mohd. Saaid, 56, hari ini sambil bergaya dan tersenyum di hadapan jurugambar apabila menyedari kehadiran pihak media sebaik saja dia turun dari trak polis. Pelakon yang pernah dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi filem Pasung Puaka dan Pertentangan pada 1980 dan 1984 terus mengulangi kata-kata tersebut sehingga dibawa masuk ke dalam lokap Kompleks Mahkamah Selayang, dekat sini. Kira-kira 15 minit selepas itu, Mokhtaruddin yang hilang penglihatan akibat katarak sejak hampir sembilan tahun lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak berusia 13 tahun 11 bulan dengan cara mencium pipi dan memeluk pinggang mangsa. Dia yang tidak diwakili peguam bela didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 2.30 petang, 1 Mei lalu di Asrama Raudhah, Batu 11 Gombak, dekat sini. Mangsa merupakan salah seorang penghuni Pondok Penyayang Raudhah yang mana tertuduh merupakan pengasas kepada rumah perlindungan remaja bermasalah itu. Pertuduhan terhadap bekas jurulatih silat itu dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut. Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Hamzah yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM8,000 sementara anak sulung pelakon itu, Datuk Mohd. Bismi Adira memohon agar jumlah tersebut dikurangkan memandangkan dia hanya membawa RM3,000 pada ketika itu. Majistret Muhammad Najib Ismail kemudian menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 17 Julai ini. Anak lelaki Mokhtaruddin itu yang diberi pelepasan oleh Hospital Ampang Puteri selepas dimasukkan ke wad semalam kerana penyakit gastrik, membayar wang jaminan kira-kira pukul 11.45 pagi ini sebelum kesemua mereka dilihat meninggalkan pekarangan mahkamah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pahang Posted: 06 May 2011 07:22 PM PDT Arahan di 89 pusat rekreasi Posted: Arahan di 89 pusat rekreasiArahan di 89 pusat rekreasi Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL utusanpahang@utusan.com.my KUANTAN 6 Mei - Orang ramai diminta mengikut garis panduan yang ditetapkan di 89 pusat rekreasi sungai dan air terjun di negeri ini bagi mengelak berlakunya jangkitan penyakit terutama bakteria Leptospirosis dan Melioidosis. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, garis panduan tersebut melibatkan kerjasama antara beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perhilitan. Menurut beliau, semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan langkah pencegahan ditetapkan terutama pengunjung yang berisiko seperti pesakit diabetes dan kurang daya tahan badan. "Pengunjung yang mempunyai luka atau penyakit kulit disaran supaya tidak mandi, bermain air atau menyentuhnya secara langsung bagi mengelak jangkitan," katanya kepada pemberita di Wisma Sri Pahang di sini semalam. Sebelum ini seramai lapan daripada 22 orang yang terlibat mencari dan menyelamat seorang pemuda lemas di Lubuk Yu telah meninggal dunia akibat bakteria tersebut pada Julai tahun lalu. Bakteria Melioidosis disebabkan air dan tanah yang tercemar manakala Leptospirosis pula ialah virus air kencing haiwan seperti tikus dan anjing. Menurutnya, pengunjung digalakkan membawa bekalan air sendiri atau menggunakan bekalan air bersih dan selamat untuk diminum. Katanya, sekiranya mengalami demam atau jatuh sakit, mereka perlu segera mendapatkan rawatan serta memaklumkan kepada doktor sekiranya berkunjung ke pusat rekreasi tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Terharu terima kunjungan Ketua Polis Pahang Posted: Terharu terima kunjungan Ketua Polis PahangTerharu terima kunjungan Ketua Polis Pahang
|
Sharifuddin Ab. Ghani menyampaikan sumbangan berbentuk hamper makanan kepada Mohamed Jabar Mohamed yang menghidap sakit saraf kronik di Kampung Sri Damai, Jalan Gambang, Kuantan, kelmarin.
|
KUANTAN 6 Mei - Seorang pesara polis, Mohamed Jabar Mohamed, 61, yang menderita sakit saraf kronik terharu apabila menerima kunjungan Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani yang melawatnya di Kampung Sri Damai, Jalan Gambang di sini semalam. Mohamed Jabar disahkan menghidap sakit saraf kronik sejak setahun lalu selepas mengalami ketidakselesaan di bahagian leher. Dia yang kini mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini berkata, walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dia masih menaruh harapan untuk pulih. "Doktor juga memaklumkan ada peluang untuk saya sembuh seperti sedia-kala," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Sharifuddin di rumahnya di sini semalam. Mohamed Jabar yang bersara sebagai sarjan lima tahun lalu pernah ditugaskan di Balai Polis Ipoh, Pusat Latihan Ulu Kinta, Ipoh, bertugas di Sarawak sebanyak lima kali dan mempunyai pengalaman bertugas di sempadan Thailand. Dalam pada itu, Sharifuddin berkata, aktiviti tersebut membuktikan keprihatinan pasukan terhadap mereka yang pernah berkhidmat selain orang awam. "Kunjungan tersebut diharap akan menggembirakan pesakit dan ahli keluarga mereka. Kita akan meneruskan aktiviti seperti ini dari semasa ke semasa selain cuba membantu pesakit itu menjalani rawatan pemulihan," katanya. Pada program itu, beliau turut menyumbangkan hamper makanan dan sedikit wang tunai untuk kegunaan pesakit. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pulau Acheh destinasi pelancongan baru di Pahang Posted: Pulau Acheh destinasi pelancongan baru di PahangPulau Acheh destinasi pelancongan baru di Pahang
|
SULTAN Ahmad Shah melihat model pembangunan Pulau Acheh yang ditunjukkan oleh Adnan Yaakob (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Tengku Abdul Rahman (dua dari kiri) dan Loi Kong Yaw (kiri) di Kuantan, semalam.
|
KUANTAN 6 Mei - Pahang bakal memiliki satu lagi destinasi pelancongan menarik apabila Pulau Acheh yang terletak di Kuala Rompin akan dibangunkan sebagai pusat peranginan popular selepas Pulau Tioman. Idea projek pembangunan di kawasan seluas 20 hektar itu diilhamkan oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. Dikenali sebagai Rain Forest Resort, projek itu yang bakal dibangunkan oleh Plus Asia Jaya Sdn. Bhd. dijangka melibatkan kos RM120 juta. Pelancaran projek berkenaan disempurnakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang turut dihadiri Tengku Abdul Rahman, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tioman, Datuk Johari Hussain di sini hari ini. Pada sidang akhbar kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif Plus Asia Jaya Sdn. Bhd., Datuk Loi Kong Yaw berkata, projek yang dijangka siap dalam tempoh 18 bulan itu tidak akan menjejaskan alam sekitar kerana konsep pembinaan dilakukan secara mesra alam. "Pusat penginapan itu akan menyediakan hotel dan calet bertaraf lima bintang serta memfokuskan 80 peratus konsep alam semula jadi dalam pembinaan itu nanti," katanya. Selain itu, Kong Yaw berkata, beberapa projek lain turut dibangunkan seperti kondominium, pangsapuri dan taman tema air serta pelabuhan kapal layar sebagai tarikan kepada pengunjung ke pulau itu. Dalam pada itu, Johari berkata, apabila projek itu siap kelak, ia juga bakal menawarkan kira-kira 300 hingga 350 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Menurutnya, Pulau Acheh mendapat namanya kerana pernah menjadi tempat berlindung pedagang dari Aceh sebelum ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rencana Posted: 06 May 2011 03:09 PM PDT Membakar semangat juang baru Posted: Membakar semangat juang baruMembakar semangat juang baru
|
Najib Tun Razak beramah mesra dengan sebahagian ahli veteran UMNO di Majlis Program Pemimpin Bersama Rakyat – Rakyat Didahulukan di Pusat Konvensyen Shah Alam. Turut hadir Pengerusi Veteran UMNO Malaysia (Selangor) Datuk Abd Samad Maharuddin (dua kiri) dan Penaung Veteran UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
|
Izinkan saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih khususnya kepada Pengerusi Veteran UMNO Malaysia (Selangor), Datuk Abd. Samad Maharuddin serta ahli-ahlinya yang berjaya mengadakan majlis jamuan yang selain bertujuan menghargai peranan ahli-ahli veteran, juga terdapat mesej yang ingin disampaikan. Iaitu para veteran dalam konteks perjuangan tidak ada noktahnya, selagi nyawa dikandung badan dan selagi Allah SWT memberi kudrat kepada kita, selama itulah wajib kita teruskan perjuangan kita. Pada majlis malam ini, saya mahu nyatakan bahawa kita banyak terhutang budi kepada ahli-ahli veteran di Selangor. Lagi besarnya nilai semangat daripada veteran UMNO di Selangor ialah bahawa melalui kepimpinan mereka selama ini telah menjadikan Selangor sebagai negeri yang paling maju. Apa yang kita dapat saksikan dan kecapi hari ini bukan hasil daripada kepimpinan negeri hari ini, tetapi daripada kepimpinan UMNO selama ini yang telah menabur jasa dan membuat begitu besar sumbangan yang tidak ternilai kepada pembangunan dan kejayaan negeri Selangor. Sebagai sebuah parti politik yang wujud dalam sistem demokrasi yang kita selalu sebut sebagai demokrasi berparlimen, maka kejayaan atau kegagalan sesebuah parti politik itu boleh diukur dari beberapa segi atau dimensi. Pertama, sama ada parti tersebut mampu memenangi pilihan raya dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan. Ini merupakan pengukur yang mutlak. Kita boleh berbangga dengan ukuran lain seperti banyak mana bilangan ahlinya, banyak mana program dan banyak mana yang telah kita sumbangkan. Tetapi penyudahnya, sama ada kita boleh membentuk kerajaan atau tidak, itulah yang akan menjadi penilaian mutlak. Setelah kita membentuk sebuah kerajaan, kita tidak terlepas daripada penilaian lain pula. Iaitu sama ada kita mampu merealisasikan janji-janji yang telah dibuat semasa kita berusaha memenangi keyakinan pengundi. Ini juga merupakan satu pengukur kerana kegagalan memenuhi janji akan menyebabkan apabila sampai pusingan (pilihan raya) yang akan datang, ia akan menentukan kelangsungan kuasa sebagai sebuah kerajaan. Seterusnya jika kita berjaya menunaikan janji, kita juga akan dinilai kemampuan sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir. Keberkesanan kita dalam erti kata untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Kalau inilah perasaan di kalangan pengundi, maka kita akan dilihat sebagai sebuah kerajaan yang dapat memenuhi jangkaan dan inspirasi rakyat. Biarpun memerintah sekian lama serta banyak jasa yang ditabur, ia tidak menjanjikan sokongan berterusan. Sejauh mana jasa selama ini, kalau pun setinggi gunung, tidak menjanjikan kuasa yang berterusan. Hakikat ini perlu disedari yang mana dalam sistem demokrasi terbuka, terlalu banyak contoh betapa gemilang sekali pun sejarah kita, ia tidak menjamin kelangsungan kuasa. Ini dapat dilihat misalnya, kalau dapat saya berikan contoh apa yang berlaku dalam politik negara lain. Pada tahun 1991, ketika Presiden Amerika Syarikat, George Bush memenangi Perang Teluk pertama, rating penerimaannya di kalangan rakyat melebihi 90 peratus. Tetapi pada pemilihan Presiden tahun berikutnya, beliau kalah kepada seorang Gabenor dari negeri kecil iaitu dari Arkansas, Bill Clinton. Ini kerana Bush gagal merasai denyut nadi rakyat yang bimbangkan keadaan ekonomi. Ini bermaksud, bukan Perang Teluk yang menjadi ukuran tetapi ekonomi dan penyediaan pekerjaan yang sebenarnya dituntut oleh rakyat. Contoh kedua ialah apabila berakhirnya Perang Dunia Kedua. Pada masa itu, Perdana Menteri Britain ketika itu, Sir Winston Churchill telah memimpin United Kingdom dalam keadaan yang begitu tertekan. Tetapi beliau merupakan seorang wira yang menaikkan semangat rakyat British yang pada mulanya berasakan tidak ada peluang menentang Jerman yang dipimpin oleh Adolf Hitler. Tetapi pada pilihan raya tidak lama selepas itu, beliau akhirnya kalah. Ini kerana pengundi menganggap beliau sebagai pemimpin perang yang hebat tetapi kurang sesuai untuk memimpin pasca dunia selepas Perang Dunia Kedua. Kita seharusnya mengambil iktibar daripada sejarah ini. Politik seperti yang sering saya sebutkan ialah satu bentuk game yang berkisar kepada jumlah dan persepsi. Maksudnya kita perlu kepada bilangan tetapi jika kita hanya mempunyai bilangan dan tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya secara strategik, maka bilangan yang ramai sekali pun tidak membawa kepada kesan yang diharapkan. Misalnya dalam sesebuah negeri yang mana orang Melayu itu merupakan golongan majoriti, tetapi apabila orang Melayu tidak bersatu, maka jumlah majoriti yang besar sekali pun tidak membawa kesan seperti mana yang kita harapkan. Dari segi persepsi pula bererti kalau kita tidak berpijak di atas bumi yang nyata dan tidak dapat menilai realiti, maka kita hilang sentuhan dengan pengundi. Berbalik kepada kisah Clinton yang disebutkan tadi, jika kita mengkaji sejarahnya, beliau pernah mengalami keperitan akibat kekalahan pada pemilihan Gabenor Arkansas dua tahun selepas terpilih kerana dasar-dasarnya yang tidak popular. Apa yang menyebabkan beliau berjaya kemudiannya ialah dia tidak berada dalam keadaan penantian dan menyalahkan orang lain. Sebaliknya beliau melihat punca dan sebab-sebab kegagalannya. Apabila mengetahui mengenai sebab-sebab itu, beliau meminta maaf kepada pengundi dan seterusnya cuba memperbaiki imej dan kepimpinannya. Akhirnya beliau berjaya menjadi Gabenor semula dan kesudahannya menjadi Presiden AS. Saya sebutkan kisah Clinton ini sebagai contoh kerana ia sedikit sebanyak mungkin ada kaitannya dengan kita, maknanya di negeri Selangor. Kita tak biasa menjadi pembangkang. Kali terakhir kita bersifat menentang kerajaan ialah ketika menentang Malayan Union pada 1946 hingga 1955. Tidak pernah selepas itu kita menjadi pembangkang. Jadi apabila timbul pengalaman 2008 yang saya anggap sebagai mimpi ngeri, kita agak sukar untuk menerima realiti dan keadaan. Namun masanya sudah hampir tiba untuk kita kembali kepada rakyat. Oleh itu kita perlu membuang perasaan selama ini dan menggantikan dengan satu bentuk keinsafan dan keazaman yang baru. Kita tidak boleh terbawa-bawa dengan kesedihan dan tidak boleh berterusan dengan perasan kehilangan keyakinan. Tetapi kita sebaliknya mesti berusaha bersungguh-sungguh, membakar lagi iltizam dan semangat juang dan bangkit semula dengan penuh semangat untuk menebus semula kekalahan. Saya minta ahli-ahli veteran tunjukkanlah semangat ini kepada kita. Kepada yang muda dan pertengahan, tunjukkanlah juga semangat ini. Jika British kalah kepada kita kerana kita bersatu dan berjuang habis-habisan, takkan UMNO Selangor tidak boleh bangkit. Oleh itu sama-samalah kita pada malam ini, selain menyingkap semula sejarah, segala kelemahan kerajaan negeri dan segala kezaliman yang dilakukan kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti kita perbetulkan bila sampai masanya. Jangan biarkan maruah kita tercemar dan tercalar. Kuasa wajib kita kembalikan ke tangan UMNO sebagai parti keramat kita. Itulah yang saya harapkan dan semua senjata perlu kita gunakan agar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti UMNO boleh berjaya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pengawalan inflasi atau pertumbuhan? Posted: Pengawalan inflasi atau pertumbuhan?Pengawalan inflasi atau pertumbuhan? DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia). MINGGU ini kita dikejutkan dengan keputusan Bank Negara menaikkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate) 25 mata asas kepada 3 peratus dan Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement -SRR) dinaikkan 1 peratus. Dengan keputusan ini terdapat pelbagai reaksi. Ada yang menyatakan bahawa keputusan ini menunjukkan kebimbangan Bank Negara lebih kepada kenaikan inflasi daripada pertumbuhan. Kenaikan SRR bertujuan mengurangkan kecairan dalam pasaran supaya tidak menyemarakkan lagi inflasi. Semua negara di rantau ini termasuk China bimbang akan kenaikan inflasi dan telah mengambil langkah-langkah untuk membendung gejala ini. Kenaikan harga makanan menjadi bualan utama di mana saja. Kita juga tidak terlepas daripada masalah kenaikan harga makanan. Tanyalah saja suri rumah yang pergi ke pasar dan mereka akan memberitahu betapa harga barang-barang makanan naik melambung, seolah-olah tiada sesiapa boleh berbuat sesuatu untuk mengawal keadaan. Peniaga tidak payah memberi alasan yang munasabah untuk menaikkan harga barang-barang makanan, mereka boleh melakukannya sesuka hati dan meletakkan kesalahan kepada pembekal dan seterusnya. Kalau dipercayai kadar inflasi kita memanglah tidak tinggi, 3 peratus tetapi adakah itu yang kita lihat berlaku dengan kenaikan harga barang-barang makanan. Pengguna seolah-olah sudah tidak ada pilihan, suka tak suka kena beli juga. Keadaan begini bukannya sesuatu yang tidak pernah berlaku. Malangnya pengguna nampaknya tidak dapat berbuat apa-apa. Dengan kenaikan harga barang-barang makanan, kos sara hidup akan terus meningkat sedangkan gaji dan upah masih di takuk lama. Baru-baru ini Persatuan Pembeli-pembeli Rumah membuat kenyataan tentang keadaan yang mana orang muda hari ini tidak akan mampu untuk membeli rumah kerana adanya pihak-pihak seperti pemaju dan bank yang bersekongkol menaikkan harga rumah. Rumah jadi bahan spekulasi berleluasa juga dengan tiada kawalan oleh pihak berkuasa. Nisbah pinjaman susulan yang direndahkan tidak dapat membendung spekulasi dan mungkin lebih murah membeli hartanah di luar negara daripada negara kita sendiri. Susulan kenaikan kadar faedah semalaman ini akan mengurangkan pertumbuhan kerana ahli perniagaan akan mengurangkan pendedahan mereka kepada pinjaman. Jadi, pandangan sesetengah pihak inflasi lebih penting daripada pertumbuhan. Angka pertumbuhan untuk 2011 yang diuar-uarkan oleh pakar-pakar ekonomi seperti Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohamed Ariff ialah 5.5 peratus untuk tahun ini dan 5.2 peratus untuk 2012. Tetapi kita memerlukan sekurang-kurangnya 6 peratus sehingga 2020 untuk mencapai tahap negara berpendapatan tinggi iaitu AS$15,000 seorang. Ada juga pihak yang bersetuju kadar faedah ini dinaikkan kerana inilah langkah yang terbaik untuk mengekalkan kedudukan mata wang ringgit berbanding dolar Amerika. Kita telah menyaksikan pengukuhan mata wang ringgit sehingga RM2.97 berbanding 1 Dolar Amerika. Pengukuhan ini membantu kita ketika mengimport peralatan dan perkakasan untuk prasarana negara. Berita terkini yang kita diberitahu, pemulihan ekonomi di Amerika masih lagi tidak menentu dengan angka pengangguran terakhir tertinggi dalam masa lapan bulan. Keadaan di Eropah pun tidak juga baik dengan Portugal pula memerlukan bantuan kewangan. Jadi di Eropah sudah ramai "orang sakit" mereka yang dari segi eksport kita pun tidak boleh mengharapkan sangat untuk mendatangkan sesuatu perubahan yang lebih baik. Semalam harga minyak di New York jatuh di bawah paras AS$100 setong dan banyak pasaran saham di Asia yang jatuh ekoran harga komoditi yang jatuh. Begitulah keadaan ekonomi dunia. Yang pasti ialah ketidakpastian. Sementara itu kumpulan kerja Majlis Ekonomi yang telah berbincang menyarankan tumpuan semula ke arah Model Baru Ekonomi daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk membangun asas berdaya saing. Keputusan mereka ialah ekonomi kita dianggap kurang prestasinya dan pelabur dalam dan luar negara perlu diyakinkan dengan keupayaan kita. Masalah modal insan menjadi agenda utama ke arah pembangunan asas daya saing yang kukuh. Banyak faktor yang perlu dirombak untuk mewujudkan suatu suasana yang berdaya saing termasuklah keupayaan institusi-institusi kita dan insentif yang kita berikan kepada sektor swasta kita. Misalnya cukai korporat kita berbanding negara-negara di rantau ini masih tinggi dan ini perlu dilihat dengan segera. Begitu juga dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kita teragak-agak melaksanakannya sedangkan 225 negara lain sudah pun melakukanya. Suasana urus tadbir di pihak awam dan swasta juga perlukan perubahan untuk menjayakan transformasi yang dihajatkan. Kedua-dua sektor ini perlu bergerak dengan kadar yang berpuluh kali ganda daripada biasa. Tuduhan ketidakadilan sosial yang diberikan oleh Bank Dunia sebagai salah satu sebab penghijrahan rakyat Malaysia ke luar negara dengan sendirinya melenyapkan lain-lain sebab penting yang menyebabkan ramai yang berhijrah keluar. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Negara Posted: 06 May 2011 01:15 PM PDT Elak lambakan doktor kelas tiga Posted: Elak lambakan doktor kelas tigaElak lambakan doktor kelas tiga NEGARA sentiasa memerlukan doktor berkualiti tinggi. – Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan menghentikan kursus baharu perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mampu membendung masalah lambakan doktor yang tidak berkualiti di pasaran ketika ini. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr. David Quek Kwang Leng berkata, masalah tersebut berpunca daripada kewujudan banyak IPT yang menawarkan pelbagai kursus perubatan. Beliau berkata, pertambahan jumlah kursus perubatan itu menyebabkan pelajar bebas memilih kursus dengan kos yang rendah pula. "Ketika ini ramai pelajar boleh mendaftar kursus perubatan dengan mudah walaupun mereka sebenarnya tidak layak. "Mereka langsung tidak memikirkan tanggungjawab yang bakal digalas apabila sudah bekerja nanti,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Beliau diminta mengulas keputusan Kementerian Pengajian Tinggi membekukan kursus baharu perubatan di IPT tempatan berkuat kuasa 1 Mei lalu hingga 30 April 2016. Tindakan itu dilakukan bagi memastikan pelajar perubatan mendapatkan latihan yang berkualiti dan menjadi seorang pegawai perubatan berdaya saing. Kwang Leng menjelaskan, semua IPT di negara ini sama ada ia milik kerajaan mahupun swasta, bertanggungjawab sepenuhnya dalam melahirkan pegawai perubatan berkualiti tinggi. "Jika pelajar terbabit tidak mampu bersedia daripada semua segi, bayangkan bagaimana mereka hendak berdepan dengan pesakit yang kritikal. "Kita perlu melatih doktor yang terbaik dengan kualiti yang terbaik," katanya. Pada masa ini nisbah jumlah pegawai perubatan kepada pesakit adalah 1:1000. Bagaimanapun kementerian percaya bahawa nisbah 1:400 dapat dicapai menjelang 2020 biarpun pembekuan tersebut dilakukan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Mati selepas beri bantuan CPR Posted: Mati selepas beri bantuan CPRMati selepas beri bantuan CPR Oleh RAIS YEOP JOHARI rais.johari@kosmo.com.my
|
ISTERI Zulkifly, Norhayati Ahmad mencium jenazah suaminya buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Teluk Kemang, Port Dickson semalam.
|
PORT DICKSON – Niat murni seorang lelaki untuk menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang hampir lemas ketika mandi di pantai di sini tidak kesampaian apabila dia mati secara mengejut. Mangsa, Zulkifly Hamzah, 42, tiba-tiba pengsan semasa memberi bantuan pernafasan resutasi pulmonari-kardio (CPR) kepada kanak-kanak tersebut sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Port Dickson. Ibu mangsa, Nyapon Jantan, 63, berkata, semasa kejadian, dia bersama anaknya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu sedang duduk di gerai miliknya di tepi pantai Teluk Kemang di sini. Ujarnya, mereka kemudian ternampak tiga kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Teluk Kemang yang mandi di pantai berkenaan meminta tolong kerana dihanyut ombak. Ujarnya, beberapa pengunjung di kawasan itu telah terjun ke laut untuk menyelamatkan tiga kanak-kanak tersebut dan membawa mereka naik ke tepi pantai. "Apabila melihat ketiga-tiga kanak-kanak itu tidak sedarkan diri, Zulkifly memberi bantuan pernafasan kepada salah seorang daripada mereka. "Malangnya, sebaik sahaja kanak-kanak itu sedarkan diri, arwah pula rebah," katanya di sini semalam. Sepupu arwah, Badiozaman Abu, 43, berkata, walaupun sedih dengan kematian mangsa, dia bangga kerana mereka berdua dapat menyelamatkan tiga kanak-kanak tersebut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Baljeet Singh berkata, mayat bapa kepada tiga anak itu telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan semalam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Najib cetus teka teki pilihan raya Posted: Najib cetus teka teki pilihan rayaNajib cetus teka teki pilihan raya PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata, ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11. Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kesukaannya pada nombor itu menyebabkan banyak pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 November tahun ini (11.11.11). Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini semalam. Ketika ditanya lanjut selepas program satu jam itu, Najib berkata, tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya 'untuk mengisi masa terluang'. "Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya. Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat. Mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut benar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya tetapi sama ada pilihan raya itu... Wallahhualam." Terdahulu, beliau menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya. Najib berkata, nombor itu timbul pada beberapa peristiwa penting dalam hidupnya. Antaranya Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya, Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan dan UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Najib menjadi Menteri Besar Pahang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar ke-11 manakala nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: MukaDepan Posted: 06 May 2011 09:26 AM PDT Rebat UUM gagal Posted: 05 May 2011 03:42 PM PDT MukaDepan PTG Kedah tolak rayuan universiti kurangkan cukai tanah RM1.7 jutaBALING: Selepas enam kali membuat rayuan, Kerajaan Kedah semalam tetap dengan keputusan menolak permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu dan mengarahkan mereka membayar pada kadar lama RM1.7 juta setahun. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata rayuan UUM (bawah) itu tidak dipersetujui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri dan mereka kena menjelaskan cukai itu secepat mungkin atau boleh dikenakan penalti atau tanah kampus itu di rampas. "Rayuan buat dah, tapi PTG tak setuju jadi kena bayar secepat mungkin (RM1.7 juta) atau boleh kena penalti sehingga RM90,000 lebih atau tanah kampus boleh dirampas," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil di sini, lewat petang kelmarin. Katanya, kadar cukai 20 sen bagi setiap kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap kaki persegi. "Universiti Teknologi Mara pun bayar 50 sen bagi satu kaki persegi... jadi UUM mampu bayar banyak tu dan jika mereka tak mahu bayar, kerajaan negeri akan rugi kira-kira RM1.6 juta setahun," katanya. UUM membayar cukai tanah tapak kampus itu RM150,000 setahun sejak 1990 hingga 2008 selepas diberikan rebat oleh kerajaan negeri Barisan Nasional ketika itu dan selepas itu membuat rayuan kepada kerajaan negeri pimpinan PAS, tetapi ditolak. Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak yang kesal dengan keputusan itu berkata, pihaknya terpaksa akur dengan keputusan itu kerana ia adalah kuasa kerajaan negeri untuk menentukan jumlah perlu dibayar atas tanah yang diduduki institusi itu. "Saya kesal kerana pengorbanan UUM dalam bidang akademik yang turut membantu menaik taraf sosioekonomi Kedah demi kepentingan rakyat tidak diambil kira oleh kerajaan negeri dalam membuat keputusannya. "Oleh itu, kami akan membayar secara ansuran bagi melangsaikan nilai cukai itu mengikut masa ditetapkan," katanya. Katanya, dalam masa terdekat ini, UUM tidak bercadang membuat rayuan kerana sudah banyak kali rayuan dan perbincangan dikemukakan, tetapi ditolak. "Sepatutnya jasa dan sumbangan kami diambil kira. Jika ada rebat bolehlah kita gunakan untuk tujuan lain bagi kepentingan pelajar dan negeri ini," katanya di sini, semalam. INFO Kronologi cukai tanah UUM UUM ditubuhkan pada 16 Februari 1984.Cukai tanah patut dibayar RM1.7 juta.Dari 1990-2008 UUM membayar RM150,000 selepas rebat diberi kerajaan pimpinan BN.29 April 2009 UUM menghantar surat memohon semula rebat.10 Jun 2008 surat kedua dihantar.25 Julai 2010 rayuan dibuat terus kepada Menteri Besar. 19 September dan 22 Disember 2010 rayuan dihantar kepada Pentadbir Tanah Kubang Pasu. 20 April 2011 surat keenam dihantar kepada MB. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen arfiza saya rasa tidak seharusnya kerajaan negeri membebankan pihak universiti. UUM adalah satu intitusi yang bukan berasaskan keuntungan..seharusnya kerajaan negeri membantu permasalahan dalaman dan meningkat kan lagi taraf pendidikan ke peringkat antarabangsa..bukannya memberi tekanan kepada pihak universiti..adalah baik jika duit yg akan digunakan untukk membayar cukai itu disalurkan untuk kebaikan pelajar-pelajar. babablacksheep ikut mana suka hangpalah. cukai tetap cukai. toleransi kekadang diperlukan jugak. Kalu PR nak menang lagi kenalah pandai main psiko dengan depa. Hak UUM pulak boleh gak jadikan ini modal tuk bagi imej PR macam-macam. Amacam - pikiaq lah semua wei lah. sarung bantal spatutnya perkara ini bukan menjadi isu, dengan kadar yang sangat murah pihak universiti sepatutnya membayar cukai tanah tanpa sengaja mencetuskan kontroversi. Duit cukai adalah hak rakyat negeri Kedah maka rakyat berhak memperolehi faedah daripada cukai yg diperolehi dari UUM eunos Bayar je lah,cukai kan kena bayar x kira duduk dimana pun,dah mohon x dapat rebat sudah lah ini bukan isu politik, petani pun bayar cukai. yunos hamzah Tanah UUM kan luas.Mana tanah yang kosong tu boleh buat perojek pertaniaan dan ternakan.Hasil yang dijual boleh menampung sebahagiannya untuk pembayaran cukai tanah tahunan daripada tanah yang ada ditumbuhi lalang. ali abu talib Pada hemat saya, biarlah UUM bayar cukai tanah tu kerana ini adalah satu bukti yang UUM boleh menyumbang kewangan kepada pembangunan negeri Kedah itu sendiri. Keluasan tanah UUM seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjana kewangan yang lebih baik di masa hadapan melalui projek yang boleh menjana pendapatan. UUM kira beruntung kerana kadar tanah cukai tanah hanya 20sen per kaki per segi berbanding dengan kadar di Changlun/Sintok sekarang yang telah mencecah dalam lingkungan RM30-50 kaki persegi. pemerhati kenapa isu cukai tanah pun perlu dipolitikkan? hasil kutipan cukai akan dapat dinikmati oleh rakyat kedah juga untuk melaksanakan pelan2 pembangunan kedah. 1.7 juta bukan lah nilai yang banyak utk UUM bayar. digger apa kata bharian gali dan listkan semua IPTA punya kadar cukai tanah setahun. waktu tu baru rakyat jelata bley nilai negeri mana bagi kadar cukai tinggi...waktu tu baru leh pk2 nak pangkah mana pada PRU13 nanti mohd noor murthadha alias Alhamdulillah,lepas nie jangan merungut pulak kalau kos pengajian naik mendadak.... syims acim Agak dukacita sedikit apabila kerajaan negeri Kedah menjelaskan bahawa keputusan JTG yang tidak meluluskan rayuan tersebut.Untuk kebaikan modal insan dan pembangunan pendidikan,kerajaan negeri seharusnya boleh membuat pertimbangan rayuan tersebut kerana kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ada hak untuk memutuskan.Sebagai contoh,kerajaan negeri bolehlah mengenakan pembayaran sebanyak 50% dari nilai sebenar supaya berlaku perimbangan. Saatijh Apa nak susahkan universiti pulak. Senang sahaja tukar sahaja pemerintah kedah pada PRU13 nanti. Nafis Mohd Universiti lain tak bayar cukai tanah ke? UUM sahaja yang kena bayar? setahu saya UM, UKM, UIA dan selainnya kena bayar cukai tanah juga, ngapa UUM yang sebok? parJUSA apa masalahnya uum nak bayar cukai tanah tu, tu kan hasil negeri..bayar je lah...sama2 tolong menolong...cukai tetap cukai, bayar tetap bayar, negeri nak hasil jugak... WARGA 1MALAYSIA KERAJAAN BN KAN BANYAK DUIT, TAKKAN SEJUMLAH ITUPUN TAK MAMPU BAYAR. SEGAlA CUKAI RAKYAT KENA BAYAR, MAKA PULANGLAH BALIK HAK RAKYAT. PakChu Orang Changlun Pak Chu dah bosan dengan isu ini. Kalau badan kerajaan berat nak bayar cukai tanah, orang kampung macam pak chu ni kenapa boleh bayar pulak? Rasanya tak betul la orang bijak kata kerajaan negeri tak kenang jasa UUM tolong bantu majukan Kedah sebab tak bagi rebat. RM 1.7 juta tu kira bukanlah banyak kalau dibandingkan dengan keluasan tanah UUM tu.. kalu boleh belanja berjuta buat pesta besar-besar dan buat rombongan ke luar negara apalah susah-susah nak bayar cukai tanah secara ansuran pulak, hormatlah sikit kepada Kerajaan Negeri, walaupun tak sama pegangan politik sebab kerajaan negeri ni rakyat Kedah yang pilih, kena hormatlah pilihan rakyat. Bagi Pak Chu perkara ini memalukan, macam mana nak jadi universiti terkemuka di dunia kalau nak bayar cukai tanah yang tak seberapa pun memekik macam nak pecah dunia.. Pak Chu nak tanya sikit kat Profesor ni, UUM universiti no. berapa terbaik di Malaysia? Rakyat Malaysia Pada pendapat saya, sepatutnya kerajaan tempatan bertimbang rasa sebelum mengenakan cukai yg tinggi terutamanya kepada agensi pendidikan yang bertaraf tinggi serta berstatus Awam. Dah terang-terang pihak Universiti bukanlah satu agensi yg berasaskan keuntungan tetapi kebajikan rakyat dalam mendapatkan pendidikan...kenapa perlu dikenakan cukai setinggi tu....??? Langsung tidak fikir tentang kesan cukai tu kepada para pelajar....lepas ni pasti yuran akan meningkat jugak...
adoihaii...kenapa la sampai macam ni sekali... lali bayarlah. persekutuan pun kutip berbagai cukai hasil dalam jumlah yang banyak. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan