Selasa, 17 Mei 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Feminin

Posted: 17 May 2011 09:41 AM PDT

Utusan Online - Feminin


Golongan ibu perlu aktif

Posted:

Golongan ibu perlu aktif

Golongan ibu perlu aktif


Mengikuti aktiviti yang menyihatkan badan seperti senaman tai chi dapat membantu mengisi lapang dengan lebih berfaedah.


Kebanyakan wanita khususnya suri rumah yang mencapai usia lewat 40-an, akan mula dilanda rasa sunyi apabila anak-anak yang meningkat dewasa mula tinggal berjauhan sama ada telah berkahwin atau berkerja. Mereka perlu bijak memilih aktiviti bagi membantu menghilangkan perasaan sunyi dan memberikan kegembiraan hidup kepada mereka.

GOLONGAN ibu perlu aktif supaya mampu bersaing dan berjaya di dalam bidang yang diceburi. Mereka boleh melibatkan diri dalam persatuan ataupun perkara-perkara yang boleh memberikan keuntungan kepada mereka.

"Selain itu, apabila mereka mempunyai minda dan tubuh yang sihat, ini akan meningkatkan produktiviti dalam kehidupan seharian mereka .

"Tambahan pula, apabila mereka memiliki tubuh badan yang sihat, ia akan memberikan kebahagiaan dalam hidup."

– NURUL HUDA ABD RASHID Kerani

BAGI golongan ibu yang tidak bekerja adalah baik jika mereka melibatkan diri secara aktif dengan menyertai persatuan kerajaan atau bukan kerajaan. Setidak-tidaknya, masa mereka boleh dimanfaatkan untuk kebaikan diri dan masyarakat.

"Tetapi bagi wanita yang mempunyai anak kecil perlu dibataskan penglibatan mereka kerana masa untuk membesarkan anak-anak adalah lebih penting."

– NORDIYANA ROMLI Pelajar

ADALAH lebih baik golongan ibu bergiat aktif dengan perkara-perkara yang berfaedah berbanding jika mereka hanya duduk di rumah sahaja.

"Selain itu, dengan melibatkan diri dengan persatuan ataupun aktiviti kemasyarakatan, mereka boleh menghilangkan perasaan sunyi apabila tinggal di rumah sendirian.

"Bersukan dan berkebun adalah cara terbaik untuk menyihatkan tubuh badan."

– MARJANA AHMAD Peniaga

KEBANYAKAN golongan ibu yang berusia akan menghabiskan masa mereka di rumah kerana faktor bersara mahupun sebagai suri rumah.

"Adalah lebih baik mereka menggunakan masa yang ada ini dengan melibatkan diri di dalam persatuan yang dianjurkan dikawasan tempat mereka atau sebaliknya.

" Selain itu, mereka juga boleh mengisi masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti yang sihat seperti bersukan."

– ROHASNIZA MOHD ROSLI Kerani

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 17 May 2011 09:34 AM PDT

Utusan Online - Johor


Polis tahan lelaki mengamuk

Posted:

Polis tahan lelaki mengamuk

Polis tahan lelaki mengamuk

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 16 Mei - Polis tidak menolak kemungkinan suspek bersenjatakan parang yang menyamun sebuah stesen minyak di Bandar Permas Jaya, Sabtu lalu, mengamalkan ajaran sesat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, ia ekoran rampasan beberapa buku berkaitan ajaran tersebut yang ditemui di rumah lelaki berusia 49 tahun itu.

Katanya, suspek turut akan dirujuk ke Hospital Tampoi untuk ujian mental kerana keadaan emosinya yang tidak stabil.

"Semasa soal siasat, suspek enggan bekerjasama dengan polis dan terpaksa mendapatkan khidmat bantuan hospital untuk menentukan keadaan mentalnya bagi meneruskan siasatan," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, seorang lelaki berusia 25 tahun cedera ditetak di kepala dengan sebilah pedang oleh suspek yang juga bapa saudaranya di Bandar Baru Permas Jaya, pukul 9 malam, Jumaat lalu.

Bertindak atas laporan itu, polis pergi ke rumah suspek, namun mendapati dia yang bekerja sebagai pemandu teksi telah membawa isterinya berusia 37 tahun dan lima anaknya termasuk bayi perempuan berusia 16 bulan ke sebuah stesen minyak.

Suspek bersama dua anaknya kemudian menyamun empat bungkus rokok dan sejumlah coklat di stesen berkenaan.

Tujuh sekeluarga itu ditahan polis pada pukul 2.05 petang di Taman Pelangi selepas berjaya dipujuk oleh polis supaya menyerah diri.

Zainuddin berkata, lima anak dan isteri suspek yang ditahan selepas mereka turut menyamun stesen minyak berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari mereka ditahan.

"Bagaimanapun, mereka boleh ditahan semula oleh pihak polis sekiranya perlu. Motif sebenar mereka berbuat demikian masih dalam siasatan polis.

"Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan," katanya.

Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Din Ahmad Ketua Polis Batu Pahat

Posted:

Din Ahmad Ketua Polis Batu Pahat

Din Ahmad Ketua Polis Batu Pahat


ADNAN Azizon (kanan) menyerahkan 'tongkat kuasa' kepada Din Ahmad sambil diperhatikan oleh Mohd. Mokhtar (tengah) di IPD Batu Pahat, semalam.


BATU PAHAT 16 Mei - Pegawai Pemerintah Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Terengganu, Asisten Komisioner Din Ahmad, 53, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Batu Pahat yang baru.

Beliau yang bertugas di Terengganu sejak tahun 2003 mengambil alih tugas itu daripada Supritendan Adnan Azizon yang memangku jawatan itu sejak 1 Mac lalu berikutan persaraan Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris.

Adnan kini kembali memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Daerah Batu Pahat hari ini dan disaksikan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Din yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia menyertai pasukan polis sebagai kadet asisten supritendan pada 1983.

Dalam ucapannya, beliau berazam memberikan perkhidmatan terbaik dan berharap mendapat kerjasama daripada semua pegawai dan anggota.

"Saya berharap kita dapat memupuk semangat satu pasukan, memberi khidmat terbaik dan sentiasa mendokong visi dan misi kita untuk berkhidmat dengan masyarakat," katanya.

Sementara itu, Mohd. Mokhtar yakin Din dapat memberikan khidmat cemerlang berdasarkan pengalaman luasnya, termasuk pernah memegang jawatan Ketua Polis Daerah Kangar dan memangku jawatan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah sebelum ini.

"Saya yakin dengan asas ilmu agama yang dimilikinya dapat memantapkan lagi khidmat beliau. Saya juga berharap formula terbaik iaitu bekerja dalam satu pasukan dapat diteruskan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 17 May 2011 01:08 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Hidung tersumbat ganggu tidur

Posted: 16 May 2011 07:16 PM PDT

Ratu

pix_gal0
Selesema sering serang kanak-kanak

HAMPIR semua kanak-kanak beberapa kali dalam setahun diserang selesema dan kadar ini lebih tinggi kepada kanak-kanak yang tinggal di pusat asuhan, rumah kebajikan atau ke sekolah.

Selesema, satu jangkitan pada hidung dan tekak, biasanya disebabkan oleh virus. Ia turut memungkinkan akan berlaku jangkitan kepada bahagian telinga tengah atau menyebabkan cecair terkumpul di bahagian ini. Ia tidak boleh dicegah tetapi kadar jangkitannya boleh dikurangkan. Ia sering menyerang kanak-kanak, terutama sehingga kanak-kanak berusia dua tahun. Kanak-kanak boleh terganggu tidurnya, apatah lagi jika mengalami hidung tersumbat.

Langkah untuk melegakan hidung tersumbat, termasuklah menggunakan titisan salin nasal sebelum memberi bayi makan atau tidur.

Dalam kes yang lebih teruk, boleh gunakan ubat pelega sesak hidung, tetapi mesti berhati-hati kerana ia memberi kesan sampingan seperti rasa mengantuk, tidak selesa dan sukar untuk tidur. Alat penyedut lendir manual boleh digunakan bagi masalah yang lebih serius.

INFO
Cara mengurangkan jangkitan selesema

  • Jangan terlalu dekat dengan orang yang dijangkiti
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas menyentuh hidung
  • Gunakan tuala tangan pakai buang menggantikan sapu tangan
  • Ajar anak-anak supaya menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin dan basuh tangan serta-merta
  • Jika seseorang mendapat selesema, mereka hendaklah menjauhi pusat jagaan kanak-kanak atau sekolah
  • Makan makanan berzat dan amalkan gaya hidup sihat
  • Vaksin hanya terdapat untuk beberapa viral strain yang khusus. Ia tidak praktikal digunakan di Malaysia kerana virus yang menyebabkan selesema ini biasanya wujud sepanjang tahun

Simptom selesema

  • Batuk
  • Demam
  • Sakit tekak
  • Sukar bernafas
  • Hidung tersumbat dan akan semakin teruk serta berkahak
  • Akan bernafas melalui mulut kerana hidung tersumbat
  • Bersin
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Muntah dan cirit-birit

Rawatan selesema

  • Rehat yang sempurna
  • Mengambil banyak air
  • Mengambil makanan yang berzat
  • Pemberian paracetamol untuk melegakan demam dan membuat mereka selesa
  • Antibiotik tidak diperlukan

Sumber: Kementerian Kesihatan


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hadiah daripada ibu

Posted: 16 May 2011 07:09 PM PDT

Ratu

FORUM kanak-kanak mengenai HIV/Aids di Dublin.

FORUM kanak-kanak mengenai HIV/Aids di Dublin.

Kehidupan bebas HIV, Aids

HARI ibu adalah satu kesempatan bagi kita semua untuk berterima kasih kepada ibu yang melahir dan membesarkan kita.

Bukan itu saja, ibu sentiasa membuat kita berasa senang, selesa dan membantu anaknya mengusir mimpi buruk dan mengajar anaknya erti kehidupan sebenar. Ini adalah saat untuk mengingati bagaimana dia tersenyum ketika anda bahagia dan menghibur anda ketika anda terluka atau kecewa. Sebahagian besar daripada kita ada alasan tersendiri untuk mengungkap, 'Terima kasih, ibu'.

Setiap ibu hamil pasti memiliki impian memberikan permata hatinya rawatan terbaik, sama ada ketika hamil atau selepas melahirkan. Begitupun bukan semua ibu memiliki mimpi indah. Ada sebahagian ibu, mimpi indah menjadi mimpi buruk apabila dijangkiti HIV.

Setiap hari, lebih daripada 1,000 bayi di seluruh dunia dijangkiti HIV daripada ibu mereka ketika hamil, ketika melahirkan atau menyusui. Tanpa bantuan perubatan, sekurang-kurangnya setengah daripada bayi berkenaan akan mati sebelum sempat menyambut ulang tahunnya yang kedua.

Wakil Pertubuhan Dana Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia, Hans Olsen berkata, UNICEF sudah lama memperkenalkan 'Pencegahan Transmisi Ibu-Anak' (PMTCT), yang menggunakan ubat antiretroviral dan antibiotik untuk melindungi bayi daripada dijangkiti oleh ibu mereka ketika hamil.
Menurut cerita Olsen, Kak Salmah (nama samaran) adalah seorang yang hidup ibu dengan HIV, di Kuala Lumpur. Pada bulan September 2005, dia mendapat demam panas selama dua minggu.

"Beliau ke sebuah rumah sakit dan doktor menyarankan beliau mengambil ujian HIV. Ujian menunjukkan beliau positif dan beliau menangis kerana tidak tahu apa akan jadi kepada kehidupan dan anak-anaknya selepas 'pemergiannya' nanti. Ketika itu anak sulungnya hanya berusia empat tahun.

"Pada 2010, ketika Kak Salmah hamil untuk kedua kalinya, beliau terus mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dan menerima rawatan percuma di bawah program PMTCT Kementerian Kesihatan. Kakitangan hospital mengajarnya bagaimana mengambil ubat dan dinasihati melahirkan anak menerusi operasi pembedahan bagi mengurangkan risiko bayi yang dikandungnya mendapat jangkitan.

"Bayinya selamat dilahirkan, Januari lalu dan paling menggembirakan, bayi itu bebas HIV," katanya dalam bingkisannya sempena Hari Ibu, baru-baru ini.

Kata Olsen, UNICEF Malaysia dengan kerjasama Jabatan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, mewujudkan kumpulan khas membolehkan capaian menyeluruh terhadap hal berkenaan.

Kumpulan khas berkenaan ditubuhkan untuk mengenal pasti keperluan dan memperkasakan campur tangan sosial serta dasar dalam merangka keperluan melindungi hak wanita dan individu yang hidup dengan HIV.

UNICEF turut memberi fokus kepada dasar pembangunan dan berusaha untuk mengurangkan jangkitan HIV dalam kumpulan berisiko, termasuk kanak-kanak dan remaja.

Yang nyata, kisah Kak Salmah adalah kenyataan bagi ibu HIV-positif yang bukan saja semakin ramai malah berleluasa di seluruh dunia.

Di Lusaka, ibu kota Zambia, seorang anak kecil bernama Elson masih hidup dan sihat kerana ibunya, Inonge seorang positif HIV menerima ubat tepat di bawah program PMTCT.

Inonge, guru sekolah, takut ketika dia mengetahui dia mempunyai HIV ketika hamil. Beliau bernasib baik kerana diberi antibiotik pencegahan sepanjang tempoh kehamilannya.

Ketika Elson lahir, dia diberi antiretroviral sebanyak dua kali sehari selama tujuh hari pertama dalam hidupnya dan ketika disusui.

Pada usia enam minggu, Elson menjalani ujian HIV dan didapati bebas daripada virus berkenaan. Ini tentu saja saat hebat untuk Inonge. Hari ini, dia kembali ke rumah dengan bayinya dan lega kerana perjalanan yang difikirkan menyakitkan itu, ternyata tidak seburuk disangka.

Ketika seorang ibu mempunyai akses kepada perkhidmatan PMTCT seperti terapi antiretroviral, kemungkinan penularan HIV kepada bayi juga kurang daripada dua peratus. Tanpa rawatan, dianggarkan satu dalam dua bayi HIV-positif meninggal dunia sebelum ulang tahun kedua mereka. Ini tidak harus terjadi.

Pencegahan penularan ibu-ke-anak (PMTCT) adalah cara yang paling berkesan untuk mencipta generasi yang bebas HIV.

Justeru, Olsen berkata, UNICEF berusaha keras menyediakan ujian HIV, kaunseling, rawatan dan ibu menyokong keperluan untuk melindungi anak mereka. Ini menunjukkan kemajuan nyata apabila pada 2009, sebanyak 53 peratus wanita hamil yang hidup dengan HIV di negara berpendapatan rendah dan menengah menerima antiretroviral (ARV) untuk mencegah penularan ibu kepada anak, berbanding hanya 45 peratus pada 2008.

Peningkatan terbesar disaksikan di Afrika Timur dan Selatan, yang mana melonjak 10 peratus menjadi 68 peratus pada 2009. Tapi ini masih belum mencukupi dan pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memperbaiki jumlah berkenaan.

Sehubungan itu juga, Olsen menyeru pelbagai pihak untuk sama-sama membantu menjayakan program itu, bagi membebaskan bayi daripada dijangkiti ibu yang positif HIV.

"Sokongan anda sangat bermakna. Sumbangan RM150 hanya boleh membayar ARV (antiretroviral) untuk rawatan dua ibu dan anak mereka. Marilah kita bekerjasama membantu ibu HIV positif memberi hadiah hidup untuk bayi mereka, bebas HIV dan Aids," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 16 May 2011 07:15 PM PDT

Harian Metro: Hati


Kisah pemotret waktu

Posted: 16 May 2011 07:24 AM PDT

EMPAT jurugambar wanita ini mengetengahkan hasil terbaik mereka dalam meluahkan idea kreatif masing-masing semasa mengambil gambar setiap pementasan dalam kempen Women: 100 yang berlangsung baru-baru ini.

Naomi Aw, Evelyn Lam Lip Lin, Visithra Manikam dan Sharon Lam yang dipilih oleh Kakiseni berasa cukup bertuah apabila diberi peluang untuk merakamkan detik suka dan duka dalam setiap pementasan berkenaan.

Sewaktu kempen Women: 100, Evelyn Lam, 36, diberi tugasan mengambil gambar pementasan teater A Modern Woman Called Ang Tau Mui.

Ia mengisahkan peminat yang sangat meminati aktres Lin Dai. Impiannya ingin menjadi seperti Lin Dai dan sering mengirimkan surat walaupun selepas aktres itu membunuh diri.


Dalam pementasan itu, peminat aktres berkenaan banyak mempelajari aksi berlakon dan sekali-sekala membawa dirinya ke dalam filem Lin Dai dan menganggap dirinya turut beraksi dengannya.


Teater ini diarahkan oleh seorang pengarah yang mendapat ilham daripada nukilan surat Ang Tau Mui kepada Lin Dai.

"Saya sangat bertuah dan gembira untuk berkongsi dengan orang ramai bagaimana dapat meluahkan perasaan melalui gambar yang diambil.

"Selain itu, ia tidak lari daripada matlamat kempen ini yang mengetengahkan pelbagai kisah bagi menghargai wanita," katanya yang nyata sangat seronok apabila mengetahui dirinya dipilih untuk menjadi jurugambar bagi kempen Women: 100.

Dia sentiasa memastikan hasil kerjanya dapat merakam kenangan yang boleh diingati oleh pelanggannya untuk dikongsi sehingga berabad lamanya termasuk mengabadikan gambar menjadi album.

Evelyn tidak pernah mengetahui dirinya akan menjadi jurugambar bagi majlis perkahwinan dan potret walaupun memang berminat mengambil gambar sejak remaja lagi.

Mengambil jurusan perniagaan ketika di universiti dan bekerja dengan pelbagai industri tidak memberikan kepuasan kepada dirinya sehingga dia menceburkan diri dalam bidang fotografi pada 2008.

Bersama rakan kongsi, Peter Tan dan dibantu enam jurugambar lain, mereka secara berpasukan kini boleh berbangga dengan hasilnya.

Antara gambar yang pernah diambil selain perkahwinan dan potret ialah persembahan pentas artis antarabangsa misalnya Patrizio Buanne dan Jason Derulo serta persembahan budaya seperti Minggu Tahunan Venezuela yang dianjurkan kedutaan negara terbabit.

Pada April 2010, Evelyn dianugerahkan sarjana dalam bidang fotografi oleh Persatuan Jurugambar Master United Kingdom dan mendapati dirinya jurugambar perempuan pertama menerima akreditasi berkenaan di Malaysia pada masa itu.

Visithra Manikam, 31, pula mengakui tidak sukar untuk mengambil gambar tarian Women Deliberation Dance kerana dia mempunyai pengalaman dalam penghasilan gambar berkaitan tarian dan budaya.

Dia turut mengambil gambar bagi persembahan Sex Money Scandal The Girlie Show.

Dalam pementasan itu, Ribena Berry menyentuh mengenai bahaya memiliki tubuh yang mengundang skandal dan Puan Minah Tudong Periok dari Kementerian Los dan Found menceritakan karipap yang lesap.

"Walaupun gemar mengambil gambar berkaitan seni tarian, saya tidak kekok untuk mengambil gambar pada kempen ini kerana ia sebagai cara untuk menimba lebih banyak ilmu fotografi," katanya.

Menurutnya, pegangan setiap orang yang diambil gambar bahawa mereka mesti nampak cantik sering dijadikan sebagai asas untuk dia mengambil gambar.

"Gambar yang diambil juga biasanya nampak lebih feminin selain memberikan kepuasan kepada yang melihatnya.

"Saya sangat gembira bekerjasama bagi menjayakan kempen ini apatah lagi ia memberi kebebasan dalam mencurahkan idea," katanya yang pernah membuat pameran solonya pada 2009 dan secara berkumpulan pada 2010.

Naomi Aw Shui Ching pula bertanggungjawab untuk mengambil gambar bagi persembahan Women on Top yang mempamerkan lapan tarian direka oleh pereka tari Joseph Gonzales, Shafirul Azmi Suhaimi, Aris Kadir dan Kumpulan Penari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

Tema persembahan ini mencerminkan kehidupan wanita pelbagai sudut dan menyerlahkan raut wajah wanita yang diperlihatkan dalam beraneka gerak lincah tarian kontemporari.

Kumpulan ini juga mementaskan semula beberapa karya tari berpengaruh besar dalam tarian kontemporari Malaysia bagi menggambarkan isu yang membelenggu bukan saja wanita di Malaysia tetapi di merata dunia.

Naomi turut mengambil gambar teater Abuse yang mengisahkan perkara sedih, ngeri dan menjijikkan berkaitan penganiayaan yang berlaku pada manusia juga haiwan.

Cerita yang dikongsi kebanyakannya adalah kisah benar yang diluahkan oleh mereka yang mengetahui perkara itu menerusi paparan yang menyayat hati.

Naomi menganggap dirinya bertuah kerana diberi peluang untuk merasai pengalaman dalam seni itu melalui lensa kamera, malah ia memberi tunjuk ajar kepada dirinya sendiri bagi membolehkannya menghasilkan karya yang mampu menyentuh hati.

Dia yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang seni halus daripada Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2006, mula mengorak langkah dalam bidang fotografi apabila membuat keputusan mengambil sijil fotografi digital di Universiti Saima, Finland.

Sharon Lam yang berkecimpung dalam dunia fotografi selama lapan tahun sememangnya tidak kekok ketika diminta mengambil gambar teater Butterfly Lovers dan Shelah's Drag Army.

Butterfly Lovers adalah kisah cinta dari China pada abad ke-17 mengisahkan cinta terlarang sepasang kekasih Liang Shan Bo dan Zhu Ying Tai. Kisah cinta mereka juga dipadankan dengan versi timur Romeo dan Juliet atau versi Melayu Uda dan Dara.

Bagi persembahan Shelah's Drag Army, Sharon merakamkan kisah perjalanan hidup, dugaan dan kesengsaraan wanita yang diceritakan melalui matanya yang cantik bersama rakan yang lucu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesta unik rai kejayaan wanita

Posted: 16 May 2011 07:08 AM PDT

KEMPEN Women: 100 Kakiseni yang mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta mengadakan pelbagai tayangan yang mengambil masa 100 jam selaras dengan tema sambutan Women: 100.

Sebanyak 13 persembahan dipertontonkan yang memberikan penekanan menarik mengenai cara meraikan kejayaan dan memperkasakan wanita bagi memberikan kesan mendalam kepada penonton.

Kini, persembahan teater berkenaan juga boleh dilihat menerusi gambar yang diambil oleh jurugambar terbaik dengan idea kreatif masing-masing.

Kempen yang bermula pada 8 Mac lalu itu juga membabitkan pelbagai program seperti teater, bengkel, tarian, muzik, penulisan, konsert mini dan forum bertukar pandangan.


Menurut Ketua Kakiseni, Low Ngai Yuen, kempen itu berjaya mencatatkan angka lebih daripada 6,000 pengunjung yang memberi sokongan sekali gus kejayaan kepada kempen berkenaan.


"Sepanjang 30 hari kempen ini berlangsung, ramai yang memberi sokongan untuk menjayakan kempen ini selain memberikan pendedahan kepada orang ramai berkenaan kuasa wanita seiring matlamat utama kempen ini.

"Selain itu, kempen ini juga berjaya mendekatkan orang awam dengan seni, sekali gus berupaya menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi laman web Kakiseni," katanya.

Tambahnya, kempen berkenaan juga memberi peluang kepada industri seni persembahan untuk memperbaiki hubungan dengan orang ramai dan memberi peluang merasai keindahan seni.

Women: 100 turut bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dalam menganjurkan bengkel selama 100 jam khusus untuk wanita di seluruh Malaysia.

Bengkel itu turut meliputi ceramah motivasi dan kursus teknologi komunikasi dan maklumat, direka khusus untuk memperkasakan wanita melalui keusahawanan.

Majlis penutupan kempen terbabit turut dihadiri Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nor.

Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan, Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang turut menghadiri majlis berkenaan berkata program atau kempen sedemikian harus dipertingkatkan selaras dengan peranan penting wanita masa kini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan